Tabung Bantuan Penyakit Kronik


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Tabung Bantuan Penyakit Kronik
01.01.04 (1:13 pm)   [edit]
Kini dalam negara digegak-gempitakan dengan cerita Tabung Bantuan Penyakit Kronik yang katanya berjumlah RM100 juta, namun satu sen pun belum terusik. Isu itu timbul setelah Pemuda Umno melakukan sedikit godaman politik kepada Kementerian terbabit sambil Kementerian Kesihatan juga turut diseret. Jika tidak silap tabung ini diumumkan kewujudannya semasa rakyat dipilukan dengan cerita kematian beberapa pesakit Biliary Atresia seperti Allahyarham Sofea Qhairunnisa yang gagal mendapatkan rawatan di bumi yang sedang bermegah dengan KLIA dan Menara kembar Petronasnya.
Selepas pengumuman penubuhan tabung itu pula, tak kurang 5 orang anak watan yang menemui ajal kerana tiada pembelaan yang sepatutnya dari kerajaan. Ianya amatlah berbeza dengan sikap kerajaan di bawah TKT Mahathir yang telah menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya Mirzan, dengan wang rakyat RM2 billion yang akhirnya terus terlungkup sambil anak lelakinya bergaya sakan menghayun telor ke sana-sini tanpa sedikit pun mempunyai rasa malu sebagai orang Melayu.

Untuk sehari dua lalu, masing-masing Kementerian dan Jabatan saling menuding antara satu sama lain sebagai punca kenapa wang Tabung itu tidak dikeluarkan untuk membantu mangsa yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir seraya memalitkan arang di muka pembesar negara yang hanya tahu bercakap megah sahaja. Memang benar seperti dakwaan penulis rakyat, betapa pemimpin rejim warisan dari Tun Kepala Taik masih berdiri dek kekuatan propaganda.

Setelah dihebohkan akhbar, baru lah kita tahu apa yang berlaku. Rupa-rupanya, Kementerian yang memegang kuasa bagi mengeluarkan bantuan itu telah diberi syarat bahawa hanya mereka yang berpendapatan RM600 sahaja layak untuk menerima peruntukan tersebut. Lidah yang dibelit dan jari yang dituding selama dua tahun ini, akhirnya telah menyerlahkan betapa mereka yang mengungguli jawatan tertinggi baik dalam kabinet mahupun Kementerian hanyalah para badut sarkas, mangkuk hayun dan kera yang diberi bunga. Mereka tidak tahu sebenarnya untuk melaksanakan amanah yang diberi.

Mari kita perhatikan secara perlahan-lahan. Bagaimana agaknya mereka boleh muncul dengan ide haprak hanya mereka yang berpendapatan rendah RM600 sahaja yang layak untuk diluluskan bantuan bagi menyambung nyawa anak pinak mereka?? Bukankah sedikit masa dahulu, Tun KT Mahathir ada menyatakan yang Malaysia bercadang merealisasikan tahap gaji minimum RM1000. Bahkan ianya sudah pun menjadi modal politik Samy Vellu menipu kaum bangsanya. Kita sebagai rakyat marhaen teringin sangat meneliti perkiraan dan congak para menteri yang menjadikan tahap gaji itu sebagai genting menghalang rakyat malang mendapatkan pembelaan. Formula apa yang digarapnya? Kajian di negara mana pula yang disauk mereka dengan menjolok angka sekecil itu sebagai batas kelayakan menerima bantuan??

Sedikit masa dahulu Dr Mahathir si Raja Kelentong merangkap Tun Kepala Taik pernah menipu rakyat dengan mengatakan bukan tangga gaji yang penting. Angka bukanlah penting sambil mengambil contoh wang Yugoslavia yang begitu besar angkanya tetapi kecil nilai pasaran untuk memperbodohkan rakyat. Ia juga telah menegaskan, yang penting adalah kuasa membeli. Kita rakyat telah disogok supaya bersyukur melulu kepada dirinya dan rejim pimpinannya yang ‘konon’ telah berjaya menjaga keupayaan daya beli rakyat sambil mengambil satu dua contoh yang mengelirukan untuk dibebelkan kepada rakyat. Malah Pengkhianat Melayu itu juga telah sempat menyeru rakyat untuk meniru gelagat rakyat luar negara yang tinggi pendapatan perkapita nya atas kerja keras mereka dan sentiasa menerima dan bersyukur dengan apa sahaja yang dibuat kerajaan.

Akan tetapi bedebah itu tidak pun mengambil dan menghurai suasana perubahan ekonomi pasaran dalam negara yang sudah jauh berubah sejak ia mencengkam kuasa. Kenapa ia tidak huraikan tentang harga kereta Toyota DX pada tahun 1980 berharga RM7000 dan kini yang setaranya ialah Toyota Vios pada harga RM80 ribu? (bagaimana pulak dengan Proton yang katanya kereta untuk rakyat?) Kita juga hairan kenapa ia gagal mengulas harga tepung yang dahulunya 20 sen sekati dan kini menjadi RM1.60 sekilo. Saudara sebut sahajalah apa bendanya, kesemuanya telah melompat berkali ganda berbanding harga dahulu. Kemudian cuba kita bandingkan pula dengan perubahan kenaikan gaji kakitangan awam dan swasta serta pendapatan isi rumah terutamanya orang susah. Sekiranya anda terdiri dari anak Datuk, Tan Sri, Tun dan segala tokoh korporat dan biliana serta miliana dalam negara, perkara ini mungkin remeh serta leceh untuk difikirkan. Almaklumlah, duit macam padi dalam kapok. Jika Tun Daim boleh membuat kejutan di BSKL dengan nilai puluhan juta hanya untuk duit kopi, takkan lah anak pinaknya tidak menikmati kemewahan setara itu??

Gaji guru lebih-kurang berubah dua kali ganda dari tahun 80-an. Begitu juga gaji para doktor. Malah ianya boleh di ‘generalised’ kan kepada semua pekerja dalam negara kita. Dalam masa yang sama cukai di naikkan serta diadakan yang baru sambil membatalkan cukai kecil yang tidak seberapa. Dalam dua puluh tahun TKT mencengkam kuasa secara tipu muslihat (dia kalah sebenarnya dalam pemilihan Umno tahun 1987 kepada KuLeigh), musibat ini telah menipu rakyat dengan angkuh dan berleluasa. Bayangkan kerana mahukan kereta nasional Proton, pembeli kereta telah dicaj berlebihan sebanyak RM25 bilion untuk dibayar royalti kepada Mitsubishi untuk tempoh sedekad yang lalu. Tetapi kenapa pulak dia batalkan royalti Petronas kepada kerajaan Terengganu sedangkan nilainya hanya RM700 juta?? Kemudian secara khianat diganti pula Wang Ehsan, semata-mata atas pertimbangan politik sempit.

Dalam negara kita hanya hujan dan juga yang terikat oleh hukum graviti sahaja yang turun. Manakala yang lainnya semua telah meningkat naik, malah ada juga yang meroket. Harga perkhidmatan utiliti juga sudah melonjak dari paras yang sebelumnya. Tol jalan sudah berapa kali dinaikkan dan dipanjangkan konsesinya melalui perjanjian yang penuh muslihat.

Berbalik kita kepada tabung yang menjadi isu kini. Apakah sebenar yang menghantui perjalanannya? Soal syarat dan peraturankah atau duit peruntukan itu sendiri tidak ada? Sudah menjadi satu amalan untuk menteri terlepas cakap atau mengucapkan janji retorik tanpa terikat untuk menunaikannya. Mungkin kewangan yang dijanjikan itu sendiri satu gurauan buruk kepada rakyat miskin? Maksud saya ia hanya sebagai gula-gula untuk pilihan raya yang bakal tiba.

Sudah muncul pelbagai tanda betapa Malaysia sudah kering kecairan kewangannya. Pembatalan projek kereta api berkembar serta dua tiga projek mega lainnya yang tidak dihebahkan media memberi petanda yang sihir ekonomi Tun Kepala Taik Mahathir sudah menampakkan rupa sebenar. Hari ini di halaman ekonomi akhbar UM, kerajaan dikatakan akan mengeluarkan bon bernilai RM35 billion dengan RM15bilion akan diguna sebagai perbelanjaan kerajaan, manakala selebihnya adalah untuk melunaskan bon yang matang pada tahun 2004!!! Siapa kata era Mahathir bedebah itu tidak membuat hutang??

Lihat! Abdullah pada tahun pertama pemerintahannya sudah dibebankan dengan bon hampir RM20 billion!! Kita juga patut merasa marah apabila Tabungan awam seperti KWSP dan KWAP akan dipaksa melanggan bon tersebut. Soalnya, tidak cukupkah lagi himpunan bon, nota serta skrip yang tersimpan dalam perbendaharaan Tabung awam tadi??

Kita juga jangan menjadi Melayu Pelupa bahawa Belanjawan negara sudah pun 9 tahun defisit berturut-turut. Mana-mana juga kontraktor dalam negara tahu bagaimana kerajaan memindah-mindahkan wang peruntukan pembangunan akibat ketiadaan kecairan tunai. Begitu banyak anugerah projek yang ditunda dan kontraktor yang belum menerima bayaran perkhidmatan mereka.

Ura-ura untuk mendikitkan pengeluaran wang simpanan KWSP sedikit masa lalu juga, jika diperhatikan dengan teliti mungkin disebabkan oleh kekurangan wang tunai. Atau mungkin juga ia diguna untuk memantulkan imej PakLah yang segera menyergah sambil melarang peraturan itu.

Hari ini diberitahu syarat baru bagi memohon wang tabung penyakit kronik itu dengan memaksa keluarga mangsa mencari wang sendiri dari pelbagai punca dengan kerajaan hanya akan menganugerah melalui tabung itu sebanyak mana yang telah dikutip mereka. Ini satu lagi syarat yang timbul dari otak manusia berhati jahat dan tiada perikemanusiaan. Apa mereka fikir keluarga mangsa itu artis seperti Ras Adiba Radzi yang mampu mengheret Mahathir bersama para korporat untuk menyumbang?? Siapakah gerangan manusia berhati busuk yang menyekat wang rakyat dari dinikmati oleh marhaen untuk menyambung nyawa mereka??

Bagi kita, sepatutnya rakyat marhaen tidak kira status ekonomi mereka, kecuali jutawan seperti anak pinak pemerintah berhak menerima wang tabung penyakit kronik itu tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka harus sedar bahawa wang itu adalah dari kutipan cukai yang sama-sama rakyat sumbangkan. Mereka hanya diberi amanah untuk mengatur pemberian bantuan itu secara sistematik. Bukannya untuk membuatkan rakyat merasa mual dan getik.

Apakah saudara fikir, pendapatan RM3,000 sebulan dengan anak 5 orang serta tanggungan hutang rumah, kereta dan peribadi mampu menyediakan peruntukan kos rawatan RM300,000??? Walaupun setelah memungut derma dan mengiklankan di dada akhbar? Alangkah beruntung sekiranya anda berbinkan Tun Kepala Taik Mahathir dan mengidap segala penyakit kronik itu.

Memang sah kerajaan perwarisan Tun Kepala Taik wajar dipunggahkan.

Dr. Nologareng - 31.12.2003



 


posted by: menangis tak berlagu (reply)
post date: 12.31.03 (10:52 pm)

Selagi segelintir rakyat yang menyokong pemimpin ini belum sedar dari tidurnya yang lena bermimpikan mimpi2 indah selagi itu negara ini akan menjadi caturan pihak pemimpin yang berpolitik untuk kepentingan perut dan kroni2nya.Kalau pun betapa kuat tempikkan yang dilaungkan ia umpama anjing menyalak bukit.Kerana mereka mempunyai segala imuniti yang melindungi mereka.Selagi Melayu bernama Melayu selagi itu lah ia kan terus layu tak bermaya untuk membela nasib jenerasi akan datang yang bakal hancur diranap kerangkusan pemimpin menjadikan harta negara dan rakyat sebagai nahan dagangan.

Bangunlah wahai bangsa ku.Jadilah saperti bangsa lain yang berani mengeheret pemimpim korup kemuka pengadilan.Kenapa kah bangsa ku kau begitu mementingkan diri sendiri tanpa pendulikan warisan kamu sendiri.

Apa yang bakal anak-anak dan cucu kamu warisi di kemudian hari.
Sedarlah negara mu sudah hampir tergadai.Entah nama Malaysia yang dibanggakan sudah tidak akan wujud lagi dimuka bumi kalau kamu terus lena du buai mimpi di saing hari.



posted by: tokjanggut (reply)
post date: 01.07.04 (3:14 am)

sememangnya itulah nasib bangsa kita yan masih tidak bangun dari tidur

Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...