Kg.Hadhari: Semakin Hari Semakin Ngeri !


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Kg.Hadhari: Semakin Hari Semakin Ngeri !
07.02.07 (7:59 pm)   [edit]
Alkisah, semalam (1 Julai 2007)  Cucu dan beberapa orang kroni telah mengambil kesempatan untuk meninjau Perkampungan Hadhari yang diadakan di Komplek Yayasan Pahang, Tg.Lumpur dekat sini. Memandangkan malam tadi juga adalah hari terakhir program tersebut diadakan, maka bagi Cucu adalah menjadi sedikit kerugian sekiranya tidak melihatnya. Program yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan oleh TV9 "Dekat Dihati" iaitu salah sebuah rangkaian TV swasta milik Media Prima. Umum sudah mengetahui semenjak orang kuat Media Prima iaitu Datuk Farid Ridzuan mengadakan program-program karnival sebegini. Namanya semakin meletup,bahkan saham Media Prima melonjak. Beliau disanjung dan dipuja oleh setiap lapisan masyarakat. Bahkan rakyat Malaysia boleh dikatakan mengenali beliau sama seperti lain-lain personaliti TV yang popular.
 
Sepanjang perjalanan, Cucu cuba membayangkan betapa indahnya perkampungan Hadhari itu. Pastinya suasana damai dan penuh keinsafan bagi pengunjung yang hadir ke situ. Bagi Cucu, antara tujuan lain kehadiran Cucu juga adalah untuk mencari ketenangan serta mengambil sedikit iktibar dari apa yang dipaparkan di tapak karnival tersebut. Pandangan Cucu juga, pastilah perkampungan Hadhari jauh berbeza dengan karnival Jom Heboh TV3 yang sering diadakan di tempat Cucu ini.
 
Pertama kali sampai dipintu masuk Kompleks Yayasan Pahang, terasa bagai ada sedikit ketenangan kerana terdengar jelas suara penceramah jemputan berbicara untuk program Halaqah TV9. Bagi Cucu jika begini keadaannya, pastilah perkampungan Hadhari akan diterima oleh semua. Ia berbeza dengan Jom Hebah, yang pernah mendapat kecaman oleh para ulamak dan cendiakawan. Bahkan, Jom Heboh juga telah diharamkan oleh beberapa orang mufti di negara ini. Mungkin kerana agenda dan pengisiannya yang jauh tersasar dari apa yang diharapkan.
 
Berbalik ke perkampungan Hadhari, ketika melangkah masuk ke pintu pagar Komplek Yayasan Pahang terasa diri ini terpanggil-panggil untuk melihat lebih dekat apa yang berlaku sebenarnya. Memandangkan tapak berlangsungnya program Halaqah TV9 agak jauh dari pintu masuk, maka Cucu mengambil kesempatan untuk meninjau terlebih dahulu ke gerai-gerai jualan yang terdapat disitu.
 
Mengucap panjang Cucu !! Apabila memasuki kawasan gerai jualan terbabit, suasananya saling tak tumpah macam pasar malam. Bahkan sama sahaja dengan suasana di Karnival Jom Heboh yang diharamkan. Apa tidaknya, para peniaga terjerit-jerit memanggil pelanggan yang berduyun-duyun. Manakala bagi jualan barangan kering pula, suasana kecoh dengan bunyi alat pembesar suara dengan lagu-lagu serta juruhebah bertugas yang langsung tidak memahami apakah agenda perkampungan Hadhari itu sendiri. Suasana hiruk pikuk itu jelas kedengaran dalam jarak lebih 100 meter dari tapak jualan.
 
Cucu cuba melangkah lebih jauh lagi, dan melalui gerai-gerai jualan para penaja program perkampungan Hadhari. Sesungguhnya, ia lebih mengejutkan !! Disana sini terdengar jeritan dan pekikan para juruhebah bertugas mempromosikan barangan di gerai masing-masing. Mungkin malam itu adalah malam terakhir,maka banyak barangan yang dijual secara murah. Kedengaran bunyi muzik yang keterlaluan sehingga memecah telinga. Disana sini terdapat alat pembesar suara hingga menimbulkan suasana kebisingan yang amat dasyat. Mujurlah, jarak antara gerai jualan tidak terlalu rapat sepert Jom Heboh.
 
Terlihat disana sini orang ramai berasak-asak untuk mendapatkan barangan jualan yang ditawarkan. Tidak kurang juga yang hanya memantau seperti Cucu. Kelihatan beberapa orang tua, yang memakai kain pelekat dan kupiah dikepala mengeleng-ngelengkan kepala mereka tanda kecewa melihat suasana disitu. Cucu dapat merasakan betapa hampanya perasaan mereka melihat apa yang berlaku. Tambahan pula mereka juga seperti Cucu, ingin mencari ketenangan dan kedamaian tatkala mendengar namanya perkampungan Hadhari.
 
Cucu meneruskan perjalanan dan tiba dilokasi program Halaqah yang terletak diruang hadapan Komplek Yayasan Pahang. Mujurlah program masih berlangsung dan topik sedang hangat diperkatan. Cuma yang agak pelik, berhampiran pentas diletakkan sebuah kenderaan tentera iaitu kereta kebal. Apakah motifnya? Cucu sendiri pun hairan. Bila direnungkan, barulah Cucu perasan bahawa kereta kebal diletakkan disitu bagi menunjukkan salah satu konsep Islam Hadhari iaitu untuk mempertahankan negara agaknya. Jika tidak, masakan ia diletakkan dihadapan pentas utama. Apapun Cucu tidak nampak kepuasan atas tajuk Halaqah malam itu, kupasan serta isu yang dibincangkan lebih kepada menyokong apa yang telah disajikan tanpa memikirkan implikasi sebaliknya.
 
Cucu kemudian meneruskan perjalanan dan berehat seketika di gerai-gerai jualan yang terletak berhampiran pintu masuk. Kelihatan disitu juga suasan hingar bingar berlaku. Kelihatan, para pengunjung juga telah mulai reda. Demikianlah alkisahnya memori Cucu di perkampungan Hadhari.
 
Sesungguhnya Cucu sendiri terfikir, apakah motif perkampungan Hadhari itu sebenarnya jika pengisiannya langsung tidak dipantau oleh pihak berkenaan. Kabarnya, program yang dianjurkan di Komplek Yayasan Pahang itu juga mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan lain-lain agensi terbabit. Persoalannya disini, apakah ini yang disajikan. Kulitnya sahaja yang ditukar tetapi pengisiannya sama. Apa yang membezakan perkampungan Hadhari denga Jom Heboh ialah ia mengadakan pameran barangan khazanah Islam, kemudian diadakan ceramah perdana serta artis yang diundang juga ialah kumpulan nasyid (Hijjaz, Saujana dan Raihan) serta penyanyi yang mempunyai imej islamik iaitu bertudung seperti Waheeda dan Ina Naim. Itupun, agak melucukan juga, apabila kelibat penyanyi 60an A.Rahman Hassan yang baru sahaja menandatangani kontrak untuk menganjurkan Konsert Pop Yeh Yeh sempena menyambut kemerdekaan pada 25 Ogos 2007 ini. Biar apapun, apakah relevennya A.Rahman Hassan dengan Islam Hadhari? Jika sebelum ini, beliau turut diundang menghiburkan para Imam ketika majlis makan malam bersama TPM. Kini beliau sekali diundang bersama dengan artis yang berimej Islamik yang lain. Mungkinkah A.Rahman Hassan kini dilantik sebagai "Duta Islam Hadhari" agaknya?
 
Bagi mencerminkan imej Islamik juga, pihak penganjur iaitu TV9 (Media Prima) turut menampilkan personaliti TV yang berciri Islamik iaitu menutup aurat (bertudung litup). Apa yang dilihat lain-lain agendanya lebih kurang sama sahaja dengan Jom Heboh !! Dengan hiburan-hiburan yan dipasangkan di kaunter-kaunter juruhebah yang mempromosikan barangan syarikat masing-masing. Apa yang lebih menyedihkan lagi, sudahlah suasana hiruk pikuk itu tidak dikawal,cara berpakaian petugas gerai jualan juga tidak dipantau. Misalnya di gerai Power Root kelihatan petugas perempuan dengan seluar sendatnya, manakala di gerai Silky pula dengan pakaian mini skirtnya yang menampakkan keseksian masing-masing. Apakah perkara sebegini langsung tidak dipantau oleh pihak berkenaan.
 
Sepatunya, dengan imej perkampungan Hadhari biarlah pengisian dan agendanya juga selaras dengan konsep Islam Hadhari itu sendiri. Jika inilah yang dipaparkan dan diagung-agungkan sangat oleh Media Prima, Cucu yakin wajarlah ia diharamkan pula nanti oleh ulamak dan mufti. Namun apakah , larangan dan pengharaman ini akan memberi keinsafan kepada pihak berkenaan. Difahamkan, Media Prima mendapat untung besar menerusi penajaan. Justeru itulah mereka tidak boleh menghalang cara promosi yang digunakan oleh syarikat terbabit Jika arahan tegas dikeluarkan, pasti pihak penaja akan terkilan dan akhirnya tidak mahu lagi mengikuti roadshow perkampungan Hadhari ataupun Jom Heboh yang dianjurkan oleh Media Prima.
 
Maka, akhirnya Cucu sedarlah sememangnya agenda untuk memesongkan pemikiran rakyat di negara ini dengan "Islam Hadhari" pasti akan tercapai akhirnya. Konsep dan  pengisian yang jelas terpesong terus dimainkan oleh pihak berkuasa dalam usaha untuk menyaingi konsep Islam yang dipelopori oleh parti pembangkang terutamanya PAS. Kabaran yang Cucu terima, pihak Yayasan Pahang dengan bangganya mengumumkan bahawa perkampungan Hadhari bakal diadakan lagi di komplek berkenaan pada tahun hadapan. Semoga agenda perubahan dapat dilakukan dan dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Pahang juga, konsep program ini dapat diubah agar roh Islamik dapat terpancar dalam jiwa para pengunjung yang hadir dari segenap pelusuk kampung.
 
Jika konsep sebegini terus dibiarkan, sesungguhnya benarlah kata sesetengah pihak perkampungan Hadhari di Kuantan baru-baru ini adalah pertukaran lokasi sebenar iaitu di negeri Kelantan. Tuan Guru Nik Aziz, awal-awal lagi dapat membaca agenda perkampungan Hadhari ini agaknya. Sesungguhnya memang benar telahan sesetengah pihak perampungan Hadhari, semakin hari semakin ngeri !!
 

- Cucu Mat Kilau   www.cucumatkilau.blogdrive.com  /  www.cucumatkilau.cjb.net

 
Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...