Balik kuang (somersault) adalah satu aksi akrobatik yang biasanya dilakukan oleh mana-mana ahli seni mempertahankan diri ataupun ahli akrobatik. Ianya menjurus kepada tindakan pusing balik dari keadaan sedia ada (berdiri) dengan memusingkan badan diudara untuk kepada kepada keadaan asal. Apa yang saya cuba bayangkan disini adalah tindakan penjualan saham Maxis Corporation kepada Saudi Telecom Corporation (Saudi Telecom) sebanyak 25% atas alasan untuk memudahkan memasuki ruang operasi negara asing termasuklah India dan Indonesia. Kini apa yang dijangkakan memang benar-benar terjadi. Di komentar terdahulu saya ada menegaskan bahawa tindakan Ananda Krishnan untuk memilik peribadikan Maxis Corporation adalah disebabkan dia ingin menjual kepentingan Maxis kepada pihak ketiga. Banyak pihak yang mengatakan bahawa komentar saya tidak berasas namun kini telah terserlah niat dan agenda sebenar jutawan parasit ini (Ananda Krishnan). Saudi Telecom Corporation (STC) adalah satu syarikat telekomunikasi yang sedang meningkat naik di pasaran Asia Barat, namun apakah anda agak niat sebenar STC membeli hak 25% pegangan dalam Maxis Corporation itu. Disini saya ingin dedahkan apakah tujuan sebenarnya. STC telah diarahkan oleh satu entiti tertentu untuk membeli kepentingan sebanyak 25% tersebut dan memegangnya selama sekurang-kurangnya 3 tahun kewangan. Ananda Krishnan pula dijangkakan akan melepaskan sebahagian lagi saham dalam Maxis Corporation pada penghujung tahun ini kepada satu lagi syarikat (dijangkakan syarikat tersebut adalah dari Hong Kong, Taiwan atau China). Syarikat tersebut juga dikehendaki memegang bahagian saham tersebut selama 3 hingga 5 tahun kewangan. Semua syarikat tersebut (STC dan entiti dari Hong Kong, Taiwan atau China) tersebut akan diarahkan melepaskan pegangan saham tersebut kepada satu lagi entiti lain selepas tempoh masa tersebut dimana entiti lain ini sebenarnya adalah proksi kepada Temasek Group. Mengikut maklumat yang ada, inilah perancangan yang telah disiapkan sejak awal-awal lagi dimana terdapat satu bahagian keuntungan (ratusan jutaan ringgit) yang akan diserahkan kepada “mereka-mereka&rdqu o; yang dianjung kuasa di Malaysia atas sokongan yang diberikan oleh mereka kepada Temasek Group. Ini semua adalah “wayang” bagi mengaburi mata pelabur tempatan dan rakyat Malaysia atas penjualan sepenuh kepentingan awam Maxis Corporation kepada Ananda Krishnan. Adakah kita sanggup tunggu dan lihat ianya bertukar tangan ataupun kita bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk melindungi keselamatan dan kepentingan negara tercinta ini? Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 50 Ketua Perusuh Bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) (http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)
|