Siling Plaster Bukan Penyelesai Masalah Bocor


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Siling Plaster Bukan Penyelesai Masalah Bocor
06.28.07 (4:43 pm)   [edit]
Isu keruntuhan siling di pejabat-pejabat Kerajaan baru-baru ini benar-benar mengusarkan Samy Vellu. Siasatan telah dijalankan oleh Kementerian Kerjaraya.

Namun keputusan bagi menguatkuasakan penggunaan siling plaster bagi mengantikan siling jenis akustik bagi semua projek baru pada masa akan datang dijangka tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Siling plaster memang agak mahal kerana ia diperbuat dari campuran batu kapur. Walau bagaimanapun ia juga tidak mampu menampung barang yang berat dan mempunyai risiko untuk bocor sama seperti siling akustik. Ia juga mampu menjadi tempat pembiakan kulat bila terkena air.

Isu sebenar dalam kes ini adalah tentang cara dan kualiti kerja kontraktor yang diupah bagi menjalankan projek-projek pembinaan bangunan kerajaan. Terdapat sesetengah kontraktor yang gagal dalam memastikan projek yang dijalankan oleh mereka itu menjadi projek berkualiti ekoran terlalu banyak politiking dalam mendapatkan kontrak di peringkat awal.

Mereka juga gagal menyediakan tenaga mahir yang mencukupi dan bergantung pada pekerja asing yang kurang mahir dan tidak memahami etika keselamatan dalam sektor pembinaan dengan baik.

Walaupun projek berjaya disiapkan kadangkala ada kontraktor yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh dan tertinggal barang-barang yang tidak berguna di atas siling.

Terdapat juga kontraktor penyelenggaraan yang tidak cermat dan meletakkan barang-barang kerja mereka bukan didalam stor tapi di atas siling.

Penialaian kualiti yang dibuat oleh pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR), juga perlulah lebih teliti dan memastikan mereka tahu apa bahan dan kualiti produk yang diguna bagi pembinaan bangunan Kerajaan.

Mereka tidak seharusnya bersikap sambil lewa dan membiarkan masalah muncul baru bertindak. Terdapat sesetengah pegawai JKR yang melakukan penyeliaan dengan sambil lewa dan menghabiskan masa membuat lawatan ditapak projek dengan minum bersama kontraktor. Mereka tidak memeriksa secara terperinci setiap kerja-kerja yang dilakukan.

Terdapat juga projek-projek yang belum siap sepenuhnya tetapi diumumkan siap oleh Samy Vellu bagi memastikan dateline dalam piagam pelanggan tercapai walaupun ianya bohong.

Antara bukti yang paling jelas adalah Projek Bangunan MATRADE yang diserahkan pada MITI pada awal tahun ini. Sistem janakuasa elektrik, lif dan beberapa perkara dalam bangunan ini belum lagi siap sepenuhnya walaupun bangunan tersebut telah digunakan oleh MATRADE.

Selain itu, pada bulan Mei lepas Samy juga mengumumkan bahawa projek Terowong SMART atau Terowong Bistari telah siap sepenuhnya. Tetapi bila berlaku banjir pada awal bulan Jun barulah dia mengakui bahawa projek tebatan banjir masih lagi belum siap.

Pengalaman ini amat berharga bagi rakyat kerana ianya telah berjaya membuka mata rakyat untuk melihat kelemahan Samy Vellu yang selalu berdolak-dalik dan memberikan jawapan emosi tanpa benar-benar menyelidiki masalah yang dialami.

Sudah sampai masanya Kementerian Kerjaraya menerima Menteri baru bagi menggantikan Samy. "Bapak borek anak rintik", inilah yang berlaku dalam Kementerian ini sekarang. Jadi dengan ketiadaan Samy dan digantikan orang lain mungkin suasananya agak berbeza.
Cuma kita berharap agar orang ini benar-benar ingin bekerja untuk rakyat dan tidak menyalahgunakan peluang yang ada sebagaimana yang dilakukan oleh Samy sekarang

- Herman Samsudeen
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
http://dppwp.wordpress.com" title="http://dppwp.wordpress.com" target="_blank"http://dppwp.wordpress.com

Blog Herman Samsudeen: http://syukran.wordpress.com" title="http://syukran.wordpress.com" target="_blank"http://syukran.wordpress.com

 
Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...