ASTRO RM31.9j, Yuran Langgan Tetap Naik RM 15


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


ASTRO RM31.9j, Yuran Langgan Tetap Naik RM 15
06.28.07 (4:42 pm)   [edit]
ASTRO All Asia Networks Plc mencatat keuntungan bersih RM31.9 juta bagi suku kewangan pertama berakhir 30 April 2007.
Keuntungan ini diperolehi sebelum kadar yuran langganan dinaikkan kepada RM 15 pada bulan lepas. Dengan pengumuman yang dibuat oleh ASTRO ini, seluruh pelanggan Astro dinegara ini terasa seperti dibuli oleh syarikat pengedali TV Satelit ini.

ASTRO masih mampu mengaut keuntungan yang besar sekalipun kadar yuran langganan tidak dinaikkan sebenarnya.

Tindakan ASTRO yang menaikkan kadar yuran langgan mulai bulan lepas adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak diteliti dengan baik.

Dalam keadaan ekonomi rakyat yang kurang stabil akhir-akhir ini, ASTRO mengambil tindakan yang agak melampau terhadap pelanggan-pelanggannya dan memaksa mereka membayar lebih bagi mendapatkan perkhidmatan mereka.

Etika perniagaan yang buruk ini berkemungkinan akan menyebabkan kapitalis ASTRO yang menguasai siaran TV satelit dinegara ini mendapat untung yang lebih pada suku tahun yang kedua dan seterusnya selepas ini.

Pemiliknya, Ananda Krishnan pasti akan tersenyum lebar kerana berjaya mempergunakan Kerajaan untuk menindas pelangan-pelanggannya.

Sebenarnya, isu menaikkan harga ini telah menjadi Trend yang gagal dikawal oleh Kerajaan pada masa kini dan iannya digunakan oleh kapitalis untuk memperoleh untung lebih dengan cepat.

Mereka mengunakan helah seperti teori kenaikan harga barang lainnya serta kos bagi caj perkhidmatan yang kononnya membebankan mereka, yang sekaligus didakwa sebagai 'memaksa' mereka untuk turut serta dalam aliran kenaikkan ini bagi mengelakkan kerugian.
Hakikat ini hanyalah satu lagi penipuan yang seharusnya disiasat memandangkan kebanyakan Kapitalis ini tidak membuat congakan yang betul terhadap jangkauan pasaran masa depan dan hanya mengambil faktor semasa bagi mengambil keputusan untuk menaikkan harga barang.

Memandangkan ASTRO memonopoli sektor TV Satelit ini maka mereka mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan kenaikkan harga yuran langganan tanpa perlu merujuk mana-mana pesaing. Ini juga akan menyebabkan kerugian yang amat tinggi dipihak rakyat kerana terpaksa menjadi mangsa tanpa kerelaan.

Pihak Kerajaan pula langsung tidak menyebelahi rakyat malah memberi kata dua pada rakyat sama ada ingin bayar atau jangan gunakan perkhidmatan ASTRO. Kerajaan gagal memastikan hak rakyat sebagai pengguna terbela. Mereka tidak pernah peduli atau ambil kisah tentang kemampuan rakyat yang mana kita tahu, Kerajaan juga sememangnya terdesak ekoran dari dana negara yang agak menyusut akhir-akhir ini.

Keuntungan besar syarikat-syarikat swasta yang dijana melalui pakej kenaikkan harga barang ini dijangka akan memberikan pulangan yang agak tinggi pada Kerajaan melalui pelangsaian cukai-cukai langsung dan tidak langsung.

Tapi, adakah perkara itu wajar sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat. Walaupun Kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji tetapi itu hanya dinikmati oleh 1 juta rakyat Malaysia yang bekerja dengan Kerajaan.

Sebab itu MTUC harus teru bangkit berjuang agar nasib lagi 26 juta rakyat dapat dibela.

Walau apa pun. ASTRO diminta untuk memikirkan semula kenaikkan harga perkhidmatannya dan menurunkannya pada kadar yang lebih rendah bagi menarik lebih ramai pelanggan.
 

- Herman Samsudeen
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
http://dppwp.wordpress.com" title="http://dppwp.wordpress.com" target="_blank"http://dppwp.wordpress.com

Blog Herman Samsudeenhttp://syukran.wordpress.com" title="http://syukran.wordpress.com" target="_blank"http://syukran.wordpress.com

 
Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...