Banyak spekulasi berlegar di kalangan pembangkang bahawa Ezam bakal menyertai Umno dan terjebak dalam perancangan kem Khairy. Pernah diceritakan kepada kita bagaimana Ezam melakukan perjanjian sulit bersama Khairy agar Anwar dibebaskan. Malah tindak-tanduk Ezam yang jauh dari Parti Keadilan setelah Anwar dibebas sebenarnya sebahagian janjinya kepada Khairy supaya Anwar dibebaskan segera. Ketika itu Anwar yang dalam keadaan kritikal sakit tulang belakang, sama ada hendak atau tidak, Ezam terpaksa menerima syarat yang ditawarkan demi kebaikan Anwar. Apakah syarat itu? Ezam keluar dari Keadilan dan Anwar tidak boleh terlibat dalam politik secara langsung selama 2 tahun selepas pembebasan. ini dikatakan penyebab Anwar bertugas di luar negara bagi mengelak daripada terlibat dalam Politik tempatan. Malah desas-desus itu dikuatkan lagi dengan kedatangan tanpa diundang Khairy di rumah Dato Seri Anwar pada hari pembebasannya untuk menyerahkan pasport. Ketika Anwar dibebaskan, semangat reformasi kembali bangkit di kalangan warga reformis, mereka cuma menunggu masa Anwar yang balik dari berubat di German untuk memulakan kembali gerakan reformasi yang sudah pudar semenjak tahun kemuncaknya pada tahun 2000, dan harapan mereka hampa apabila Anwar yang kembali seketika ke Malaysia dan terus bertugas di luar negara. ini adalah kerana Anwar sendiri terikat dengan perjanjian. Namun perjanjian mereka terjejas apabila satu persatu skandal Khairy menjual negara yang didedahkan menjadi penyebab hubungan sulit dan perjanjian politik mereka kini tidak lagi relevan. Malah Tun Mahathir kini berada di luar negara untuk satu operasi besar. Ezam akan Berjuang Luar parti ? Spekulasi Ezam keluar daripada Keadilan bukan sahaja kita dengar sejak dua menjak ini, malah sewaktu pilihan raya tahun 2004 Ezam diberitakan keluar bersama 6 lagi tokoh reformasi didalam Keadilan seperti Ruslan Kasim. Namun kem Najib dan Khairy ketika itu gagal memujuk Ezam, dan kemarahan Ezam memuncak apabila mereka gagal juga membebaskan Anwar Ibrahim setelah 6 tokoh ini keluar Keadlan, lalu Ezam bertindak mahu bertanding melawan Najib di Pekan tetapi dihalang dengan syarat SPR bagi membolehkannya bertanding. Apakah ketika itu Khairy sudah mahu menghapuskan Najib? Apapun diberitakan Ezam bakal menggerakkan satu reformasi total dalam pemerintahan di Malaysia. Ezam akan memberi kata dua kepada Kepimpinan Paklah supaya bertindak atau semua dokumen rahsia rasmi kerajaan akan dikeluarkan untuk tayangan umum. Apakah ada orang dalam Umno sendiri yang memberikan maklumat menjelang perhimpunan Agung Umno ini. Apakah Najib akan diserang pula di luar mahkamah, di mana ketika inipun Najib tidak lena tidur mengenangkan perbicaraan Altantuya yang sedang berlangsung. Apakah akaun bank Sammy Vellu bakal diedarkan di khalayak awam. Aan apakah Musa Hassan akan menjadi ketua kakitangan kerajaan kedua selepas Dato Zulkifli Ketua Pengarah BPR ditelanjang Ezam. Malah 2-3 orang saksi besar sedia tampil mendedahkan kepincangan sedia ada. Siapakah mereka? Jangan lupa, isu Ketua Pengarah BPR dimainkan TV3 bagi membantu Ezam, andai TV3 tidak memainkan sentimen tersebut apakah anda akan ingat Pengarah BPR itu akan mengundur diri. Awal minggu ini TV3 memainkan peranannya sekali lagi dengan membuat laporan penafian Tan Sri Musa Hassan berkenaan salah lakunya. Apakah TV3 akan mendendang lagu yang sama seperti yang dilakukan kepada Ketua Pengarah BPR. Siapakah di belakang TV3 ini? Kini Paklah kembali dalam tekanan, bukan sahaja dalam isu rasuah malah dalam isu tuntutan pekerja swasta dalam isu gaji minima. Peranan ini dimainkan Syed Shahir melalui MTUC. Paklah mungkin beranggapan setelah menaikan gaji kakitangan awam, dia boleh goyang kaki untuk menghadapi pilihan raya dengan gula-gula daripada kerajaan. Namun apa yang tidak disangka kini satu gelombang dari sektor swasta boleh menggugat Kerajaan di mana pekerja swasta menuntut taraf hidup yang lebih selesa setelah pelbagai keperluan hidup, harga Minyak dan harga utliti seperti elektrik dan air naik mendadak. Apa yang merisaukan 2 gerakan ini akan menjadi pencetus gelombang reformasi kedua pada bulan Julai ini? Apakah perlu gerakan pembangkang menambah perisa dalam melonjakkan kembali gerakan reformasi? Bola di kaki anda. Apapun semua ini hanya satu spekulas. Walau bagaimanapun bibit kebangkitan rakyat kini bermula sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Spekulasi Ezam juga bakal menentukan masa depan pembangkang. Mungkin spekulasi ini juga akan menjadi mimpi buruk pula bagi pembangkang jika Ezam benar-benar menyertai Umno. Apapun tunggulah satu episod yang menarik bakal berlaku pada bulan Julai ini. Aa pasti menarik!!! AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! AWAN TETAP LAWAN - Reformis Muda - 28.06.2007
|