10 Sebab Mengapa Saya Menyertai KeADILan


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


10 Sebab Mengapa Saya Menyertai KeADILan
06.25.07 (4:26 pm)   [edit]
Timbalan Ketua Angkatan Muda, Cikgu Fariz Musa pernah menyuarakan betapa pentingnya seseorang anak muda mengetahui sebab dan matlamat menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Baiklah, di sini saya perturunkan alasan-alasan penyertaan saya ke dalam keADILan.

Pertama, di bawah pemerintahan Barisan Nasional, prestasi ekonomi negara kita semakin mantap. Harga minyak petrol umpamanya telah turun dari RM 1.35 kepada RM 1.92 pada tahun 2006. Penurunan harga minyak ini menggambarkan kepedulian Barisan Nasional yang sentiasa peka terhadap keperluan rakyat marhaen.

Kedua, Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan Manhaj Islam Hadhari. Islam Hadhari telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Ketika ini, purata 8 kes rogol dilaporkan saban hari. Kes samun pula berlaku setiap 30 minit. Alhamdulillah, syukur kerana Malaysia semakin aman di bawah naungan Barisan Nasional.

Ketiga, kekayaan diagihkan secara sama rata di antara negeri di seluruh Malaysia. Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu merupakan negeri-negeri paling maju di negara ini kerana mempunyai hasil bumi yang sangat banyak.

Keempat, pilihanraya semakin telus. Pembangkang diberi akses media yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Sebagai contoh, ketika pilihanraya di Ijok baru-baru ini wartawan TV3 Teynmoli Subramaniam berkempen untuk calon keADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kelima, di bawah pemerintahan Barisan Nasional rakyat semakin selesa kerana memiliki banyak lebuh raya terutamanya di Kuala Lumpur. Semua lebuh raya di Malaysia tidak dikenakan sebarang tol.

Keenam, akhlak golongan muda semakin baik. Di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, gejala sosial semakin kurang. Ketika ini sudah tiada kelibat mat rempit yang gemar merosakkan dara anak gadis Melayu. Semua mat rempit telah menyertai perjuangan suci Putera Umno.

Ketujuh, di sekolah-sekolah, remaja semakin seronok mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti kokurikulum yang sihat seperti merakam gambar perempuan dicabul kehormatan, menghisap ganja dan syabu, berkaraoke jamban dan terlibat dalam sukan waja diri seperti kes pertempuran samurai di negeri kubu kuat Islam Hadhari, Terengganu Darul Iman.

Ini menggambarkan generasi muda masa kini telah menjadi aset yang sangat bernilai kepada negara. Tahniah kerajaan Barisan Nasional.

Kelapan, Barisan Nasional mengamalkan perbelanjaan berhemat dan tidak membazir. Seperti contoh di Parlimen, sebanyak RM 80 juta dibelanjakan bagi mengubah suai ruang Parlimen agar ia dilihat cantik menarik. Namun, parlimen tetap hodoh kerana bocor. Ini adalah bukti betapa telusnya mereka memerintah negara kita ini.

Kesembilan, Barisan Nasional menggalakkan wacana minda dengan memperkenalkan budaya hedonisme di kalangan rakyat. Program-program ilmiah seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Gangstarz, Studio Bintang Kecil, Mystarz, Mentor dan sebagainya diperkenalkan sebagai santapan rohani masyarakat Islam Hadhari.

Kesepuluh, Barisan Nasional memiliki barisan kepimpinan terulung yang sentiasa mengabdikan diri kepada rakyat. Untuk rekod, menteri paling bersih di dalam kabinet BN ialah Rafidah Aziz.

Seorang lagi tokoh, Muhammad Muhd. Taib merupakan pemimpin yang disegani kerana beliau tidak mempunyai harta yang banyak sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Anak Perdana Menteri Kamaluddin Abdullah dikenal pasti sebagai seorang insan berperibadi mulia yang hidup sederhana tanpa mempedulikan kekayaan dan kemewahan di dunia ini. Maklumlah, anak Imam Besar Islam Hadhari.

Itu belum lagi dicampur dengan sifat zuhud pemilik plat KJ10Q (Plat Singapura: Disebut KJ Thank You). Ada apa di sebalik plat ini wahai Inche Khairy Jamaluddin?

Demikianlah adanya.

Sila berikan komen anda di sini.
 

THE REDLINE
http://www.adilmalaysian.blogspot.com/" title="http://www.adilmalaysian.blogspot.com/" target="_blank"http://www.adilmalaysian.blog...

 
Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...