UNDI UMNO: INI JASANYA KEPADA UMAT MELAYU


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


UNDI UMNO: INI JASANYA KEPADA UMAT MELAYU
05.17.07 (11:42 am)   [edit]

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sering ke Australia; lebih tepat lagi, Perth. Nak memancing, dia pergi ke Perth. Nak makan nasi kandar, ke Perth. Nak beli kebaya nyonya, pun ke Perth juga. Begitulah rapatnya Abdullah dengan Perth. Malah, bukanlah satu perkara yang mustahil untuk beliau merasakan bahawa dia wakil rakyat Perth, bukannya ahli parlimen Kepala Batas!

Oleh kerana Abdullah selalu ke luar negara, dia dikatakan mudah penat dan sering tidur dalam mesyuarat. Sejauh manakah tepat maklumat ini, tidak dapat dipastikan. Namun itulah dakwaan yang dibuat oleh beberapa orang bloggers yang mengaku mengenali Abdullah atau pembantu-pembantunya secara dekat.

Kata orang tua-tua, sekiranya tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Kita boleh membuat rumusan, sedikit-sebanyak tentulah ada kebenarannya. Hal ini semakin ketara apabila Abdullah dikatakan tidak memahami perasaan orang Melayu, iaitu kaum yang diwakili oleh parti UMNO, apabila kabinet campur tangan dalam soal ekuti syarikat guaman yang menjadi panel Maybank. [Utusan Online]

Seorang menteri yang mungkin tahu Abdullah selalu tidur dalam mesyuarat, membawa isu ini dalam kabinet. Apabila Abdullah terjaga, dia terus bersetuju dengan bantahan tersebut. Akhbar yang dimiliki oleh UMNO sendiri, Utusan Malaysia, menyifatkan tindakan Abdullah itu sebagai "menambah luka masyarakat Melayu".  [Utusan Online]

Isu ekuti syarikat guaman hanyalah satu isu serpihan. Malah, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa ia merupakan isu maruah dan komestik sahaja. Isu maruah kerana orang Melayu merasakan sebarang dasar atau garis panduan yang membantu usahawan Melayu untuk berdiri sama tinggi dengan usahawan bangsa lain sewajarnya disokong oleh semua pihak.

Bagi seorang ahli politik Melayu UMNO, dia ingin melihat dasar atau peraturan itu tidak disentuh. Soal apakah ia dapat meningkatkan penyertaan orang Melayu, itu soal lain. Mereka juga tidak berminat untuk mengetahui sama ada orang Melayu yang mendapat manfaat dari dasar atau peraturan tersebut menjual kepentingan mereka kepada bangsa lain. Sebab itulah penulis mengatakan ini merupakan satu isu komestik.

Sekiranya pemimpin UMNO dan Utusan Malaysia benar-benar ingin melihat orang Melayu menjadi rakan kongsi tulen kepada usahawan bangsa lain, maka mereka mesti berani untuk mendedahkan hipokrit bangsa yang berada dalam parti itu. Kegagalan meningkatkan jumlah usahawan Melayu dan pemilikan ekuti Melayu tidak harus dibebankan kepada peniaga berbangsa Cina atau India.

Ia berlaku kerana sebilangan pemimpin Melayu yang mendapat kontrak, projek, saham dan tanah melupuskan pegangan mereka kepada orang lain. Sekiranya pemimpin Melayu yang berebut mendapat kontrak, projek, saham dan tanah mengusahakannya secara usahasama tulen dengan peniaga bangsa lain, soal ekuiti Melayu di negara yang satu waktu dulu bernama Persekutuan Tanah Melayu tidak berbangkit lagi.

Malangnya, ada pemimpin Melayu yang menjadi musang berbulu ayam. Mereka inilah yang melacurkan maruah dan harga diri orang Melayu kerana mengejar keuntungan besar dalam jangka masa singkat tanpa mahu berusaha.

Tindakan sedemikian membuatkan bangsa-bangsa lain menjadi marah. Orang Cina bukan tidak mahu melihat orang Melayu berjaya. Mereka juga faham kenikmatan dan kemakmuran negara akan lebih bermakna sekiranya semua kaum yang ada di Malaysia berjaya -- dan ini termasuk bangsa Melayu. Mereka juga tahu orang Melayu, India atau mana-mana bangsa yang terpinggir akan membuat kacau dan ini boleh menimbulkan masalah yang besar.

Oleh itu, jangan bermain api perkauman dengan mengatakan orang lain tidak ingin melihat Melayu berjaya. Yang membuatkan orang Cina marah ialah pemimpin Melayu mendapatkan kontrak, projek, saham dan tanah, tetapi pengusaha bangsa lain yang menumpahkan titik peluh untuk menjana pendapatan. Sebahagian pendapatan itu terpaksa diagihkan dengan pemimpin Melayu tadi yang tinggal di rumah besar dan memandu kereta mewah. Agihan ini pula hanya berlegar di sekitar kelompok kecil pemimpin Melayu elit sahaja dan ia tidak sampai kepada orang Melayu menengah atau bawahan.

Inilah hakikat yang harus difahami. Sekiranya pemimpin UMNO benar-benar ingin melihat orang Melayu berjaya dalam bidang keusahawanan, maka mereka mesti berani mendedahkan petualang-petualang ini. Sebahagian petualang itu ada dalam UMNO. Apa yang disebutkan ini adalah satu rahsia terbuka (open secret). Semua orang tahu siapakah mereka ini.

Atau, apakah masih ada pemimpin UMNO yang tidak menyedari perkara ini? Kita bimbang Abdullah yang sering berada di Perth -- termasuklah untuk membuka restoran nasi kandar [http://puteri.com.au/gallery.htm" title="http://puteri.com.au/gallery.htm" target="_blank"http://puteri.com.au/gallery....] dan merasmikan pameran kebaya nyonya [-- gagal memahami apa yang sedang berlaku di sekelilingnya

Fikir-fikirlah wahai orang Melayu : Menang sorak, tetapi kampung tergadai kerana kepandaian orang Melayu memerintah bangsa dan agama akan musnah.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai

 
Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...