Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 13 : Cinta Yang Berbelah-bagi


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 13 : Cinta Yang Berbelah-bagi
10.05.05 (10:52 am)   [edit]

Kesan kemelut politik 1998, ramai rakyat Malaysia yang semakin bosan dengan perjalanan hidup warga politik negara. Semakin ramai yang berpendirian bahawa orang politik harus dihakimi berasaskan sumbangan kerja mereka, integriti dan keupayaan dan bukannya berasaskan kisah-kisah di bilik tidur mereka. Apabila mantan Perdana Menteri Mahathir menggunakan kisah kelakuan luar tabii sebagai asas menghukum Anwar, reaksi orang ramai lebih memihak kepada Anwar. Mungkin juga keadaan sudah berubah dan sudah muncul satu budaya baru dalam congak politik Malaysia di mana cara hidup peribadi orang politik seharusnya tidak menjadi asas penelitian kecuali cara hidup itu benar-benar menjejaskan khidmat mereka kepada orang ramai.


Akan tetapi, perubahan itu tidaklah berpusing arah secara menyeluruh. Tuduhan kelakuan seksual masih lagi menghambat orang politik. Ada juga tuduhan itu yang didapati benar, namun lebih banyak yang sengaja diada-adakan untuk mencetuskan satu suasana maksiat untuk menghenyak orang politik yang tertentu. Sebagai contoh, memang ada menteri yang menjalin hubungan seksual dengan artis dan model (peragawati), tetapi tidak banyak kes mereka tertangkap, seperti yang dikhayalkan oleh musuh-musuh mereka. Fitnah mengenai kecurangan seksual selalunya diamalkan oleh seteru dalam parti sendiri dan juga oleh tokoh politik parti pembangkang.

Memang mengarut semua ini. Selepas 1998 pemimpin parti pembangkang di Malaysia yang mengutuk perbuatan orang UMNO yang memfitnah Anwar Ibrahim, telah turut sama melontarkan pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap Mahathir termasuk menyebut beberapa nama wanita yang kononnya menjadi perempuan simpanan Mahathir. Ada di kalangan mereka yang suka menyebut kisah bagaimana mereka mengenali seseorang yang mengenali orang yang kononnya berjaya menangkap Najib Tun Razak berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal di sebuah hotel di Port Dickson. Antara cerita yang paling aneh ialah tuduhan seorang Ketua Penerangan Sayap Pemuda Keadilan (PKR) yang menuduh Abdullah Ahmad Badawi mempunyai hubungan sulit dengan seorang pengawal polis wanita. Kisah itu sebenarnya sengaja diada-adakan.

Khairy Jamaluddin tidak berkecuali daripada fitnah semacam ini. Pada 2002, seorang pegawai kanan perkhidmatan awam pernah membuat satu cerita kepada Aziz Shamsuddin, yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Mahathir. Ketika itu Khairy bertugas sebagai seorang Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Khairy dikatakan terlibat dengan segelintir anggota masyarakat ‘gay’ lulusan Universiti Oxford, yang juga membabitkan seorang mahasiswa warga Malaysia daripada kaum Cina. Fitnah semacam itu adalah terlalu menarik untuk dirahsiakan dan sudah tentu cepat berlegar naik ke tahap teratas.

Terdapat beberapa orang pembantu Mahathir yang membuat penyelidikan untuk memastikan kebenaran fitnah itu. Mereka merumuskan akhirnya bahawa cerita itu memang benar dan membuat laporan demikian kepada ‘bos’ mereka. Akan tetapi Mahathir tidak ambil kisah, kerana memikirkan bahawa Khairy tidak penting dan akan bersifat demikian pada masa depan. Sesungguhnya Mahathir tidak tersilap dengan tanggapan bahawa Khairy mempunyai kecenderungan kepada sifat ‘gay’. Tetapi dia ternyata tersilap mengenai kecepatan Khairy naik melonjak ke atas.

Tanpa disedari oleh Aziz Shamsuddin dan juga Mahathir, kisah Khairy kononnya cenderung ke arah homoseksual itu adalah kerja fitnah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Ada seorang bekas timbalan menteri yang merupakan penyokong kuat Anwar (dan tentunya digugurkan oleh Mahathir semasa Pilihan Raya Umum 1999 dulu) kerap menggunakan sahabatnya dalam perkhidmatan awam untuk menyebarkan berita semacam itu hingga sampai ke telinga Aziz Shamsuddin. Desas-desus itu sebenarnya berpunca daripada Ezam Mohd Nor yang kononnya mendengar berita angin daripada seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam yang bersimpati dengan pergerakan reformasi. Pegawai itu kononnya mempunyai seorang anak yang menuntut di institusi yang sama dengan Khairy. Itu merupakan cerita karut. Idea bahawa Khairy seorang ‘gay’ adalah merupakan cebisan imaginasi para pemimpin PKR yang begitu ghairah mahu mencemar nama baik Abdullah Badawi yang mereka anggap ketika itu tidak berapa bersimpati terhadap penderitaan ketua mereka. Lagi pun mereka ini sudah lama bermusuhan dalam UMNO, lebih satu setengah dekad.

Desas-desus begitu mempunyai hayatnya sendiri. Khairy yang pada awalannya dikutuk sebagai seorang ‘gay’ kemudian digambarkan pula sebagai budak sewaan untuk menjadi penyedap kepada isteri-isteri pak menteri yang berkunjung ke London semasa beliau masih belajar di sana lagi. Pada satu ketika desas-desus itu menjadi begitu ligat hinggakan Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan turut mendengarnya. Anwar telah meminta para peguam beliau menyelidik kisah homoseksual itu. Tentunya cerita itu boleh dijadikan satu bahan oleh pihak pembangkang, kalaulah ada kebenarannya.

Sebaliknya, Khairy memang tidak berminat langsung dengan lelaki. Pernah juga dia dipelawa oleh seorang kolumnis akhbar homoseksual Malaysia semasa menghadiri satu jamuan di rumahnya di Jalan U Thant. Si kolumnis itu jatuh cinta dengan Khairy. Perkara semacam ini bukannya pelik sangat. Satu ketika dulu, seorang warga Australia bernama Greg Sheridan, pernah menulis mengenai suasana politik Malaysia dan menceritakan bagaimana dia begitu tertarik dengan rupa wajah Khairy yang mirip bintang filem Hindustan. Tidak menghairankan kalau kolumnis ‘gay’ itu jatuh hati dengan seorang pengacara TV semasa itu.

Sudah menjadi tabiat kolumnis ini mempelawa beberapa anak muda ke rumahnya yang dikongsinya bersama dengan seorang teman hidup. Majlis semacam itu dijadikan tempat di mana si kolumnis menabur janji kepada anak-anak muda itu dengan syarat mereka sanggup menjadi “sahabat istimewa” nya. Ramai juga yang termakan umpan dan berjaya masuk menyelinap golongan istimewa politik melalui jasabaik kolumnis tadi. Tetapi, Khairy sendiri pernah menolak tawaran si kolumnis tadi. Mereka terus berkawan baik, tetapi si kolumnis itu diberikan satu kefahaman bahawa Khairy mahu naik ke atas melalui usahanya sendiri. Ketika itu nanti Khairy yang akan memainkan peranan seorang tuan dan si kolumnis sebagai hambanya.

Ini tidak bermakna Khairy tidak menggunakan paras wajah yang menarik itu untuk mencapai impiannya. Sejurus meledaknya gerakan reformasi, ramai lulusan muda daripada Oxford dan Cambridge yang bergiat ligat dalam pergerakan pemuda UMNO. Khairy ternyata semakin menyerlah dan berjaya menggunakan hubungan perkahwinannya untuk naik ke puncak kejayaan.

Ada seorang kawan baiknya (Khairy) bernama Vincent Lim Kian Teck, yang kini menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, yang mula-mula memperkenalkan Khairy kepada Nori Abdullah. Ketika itu Nori bertugas sebagai seorang penyelidik separuh masa di ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Khairy tidak perlu berusaha keras. Nori sudah jatuh hati kepada anak muda yang lulus daripada Oxford dan sekurang-kurangnya setara dengan kepintarannya.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Nori Abdullah merupakan anak yang paling bijak di antara anak-anak kesemua Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang anak yang pintar, Nori kerap meminta ayahnya membeli buku bacaan di luar negara semasa ayahnya bertugas sebagai menteri luar. Kalau anak-anak menteri lain lebih berminat dengan intan-permata dan hadiah barangan hi-tek, Nori kerap selesa dengan pemberian yang menajamkan pemikiran daripada ayahnya. Di kalangan golongan yang sebaya dengannya, Nori ternyata merupakan salah seorang yang banyak membaca dan tidak mudah senyap membisu kalau ada suasana perdebatan dengan pemikir yang lebih ternama.

Tentulah pelik juga kenapa Nori sanggup berada di bawah ketiak Khairy. Dia mungkin lebih menonjol kalau benar-benar mahu bergiat dalam politik. Akan tetapi, oleh kerana pasangan ini mempunyai impian menduduki tempat yang teratas dalam arena politik, sudah tentu sukar untuk mereka mencapainya kalau mereka bersaing. Adalah lebih wajar kalau Khairy menjadi seorang Perdana Menteri dan Nori memainkan peranan sebagai Wanita Pertama negara. Malahan, kalau mereka berjaya dengan impian ini, sudah tentu mereka melakar nama dalam sejarah Malaysia, mungkin melepasi sejarah yang dilakar oleh Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.

Nampaknya kita terlalu jauh menjangkau ke hadapan. Sudah tentu Khairy sedar bahawa perkahwinannya dengan Nori adalah laksana mendapat satu tiket ekspres menuju destinasi impiannya. Mungkin dia tidak begitu taksub semacam Nori yang menyimpan sekeping gambar Khairy dalam tas tangannya, dan menjadikan gambar si suami sebagai ‘wallpaper' di skrin komputernya di pejabat, malahan di kole (cangkir) kopi yang digunakannya. Namun, Khairy pandai memainkan peranannya walaupun tidak ada kasih sayang yang tulen dalam perasaanya terhadap si isteri. Setidak-tidaknya ada juga perasaan akrab padanya. Segala koleksi teman wanita Khairy yang pernah dijadikan miliknya di Singapura, Oxford dan London kini sudah dikesampingkan semata-mata memberi ruang kepada ‘patung Jepun’ yang bernama Nori.

Bagaimana pula dengan kisah Khairy yang dikatakan selalu curang? Sekali lagi ini merupakan fitnah yang dimainkan oleh seteru politik Khairy. Sebagai contoh eloklah kita tengok apa jadi dengan kisah khalwat yang melibatkan Khairy dengan seorang gadis Burma. Kisah ini disiarkan dalam akhbar pihak pembangkang. Ada yang menyebut wanita itu adalah berbangsa Filipina dan bukannya Burma. Mengikut satu cerita Nori dan salah seorang rakannya dalam Pergerakan Puteri UMNO telah mengesyaki Khairy sedang bermain kayu tiga dan meminta bantuan pegawai-pegawai JAWI untuk menyiasat mereka ketika berasmara. Apabila terbongkar kisah itu di apartmen milik Khairy dan Nori di Pantai, Khairy dan Nori telah dipanggil oleh Abdullah Badawi. Mengikut satu cerita, Abdullah begitu marah dengan Khairy sehingga dia melempang menantunya. Pasangan muda itu telah diberi amaran oleh Abdullah supaya menjaga diri masing-masing. Bagi tujuan politik mereka perlu terus bersama dan dilihat senantiasa intim dan ceria.

Ada pihak yang berkata bahawa peristiwa itu berlaku di Putrajaya di Pejabat Perdana Menteri. Ada pula cerita mengatakan perkara itu berlaku di rumah keluarga Abdullah di Kepala Bats. Ada pula cerita mengatakan Abdullah sengaja singgah daripada satu mesyuarat UMNO di Kedah, untuk berada di Kepala Batas. Malahan ada juga yang bercerita bahawa Khairy dan Nori dipanggil oleh Abdullah dan disaksikan oleh adik Abdullah yang bernama Ibrahim dan abang Nori, Kamaluddin.

Cerita yang sebenar adalah jauh panggang dari api. Semasa Khairy bertugas di Jabatan Perdana Menteri dulu, memang ada seorang rakan sekerjanya daripada kaum hawa. Fitnah mula disebar selepas wanita itu kelihatan bersama-sama Khairy di satu majlis rasmi. Kisahnya bukanlah sebesar mana. Khairy telah menawarkan khidmat untuk menemani wanita itu semasa ketuanya yang seorang lagi, Ahmad Zaki Zahid, tidak dapat menemani beliau ketika itu. Sebagai seorang ‘gentlemen’ Khairy telah bermurah hati menemani beliau kerana dia (Khairy) sendiri pun terpaksa menghadiri majlis yang sama.

Yang menariknya dalam hal ini ialah kisah orang yang mencipta cerita tersebut. Terdapat beberapa nama yang disebut, termasuk nama Ketua wanita UMNO, Rafidah Aziz, Menteri (yang baru kahwin lagi) Hal Ehwal Dalam Negeri, Azmi Khalid, dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh Omar. Akhirnya cerita itu telah dapat dikesan berpunca daripada kumpulan Najib Tun Razak. Itulah fitnah yang direka bersama oleh segelintir penasihat Najib kerana mahu menggoncang imej Khairy yang dikatakan terlalu setia kepada Abdullah. Sebagai lazimnya, cerita semacam itu dibocorkan kepada pihak pembangkang melalui seorang wartawan kanan yang bertugas sebagai wartawan bebas dan kerap menulis untuk akhbar-akhbar antarabangsa. Sesungguhnya tidak ada setitik pun kebenaran dalam semua cerita itu.

Yang lucunya kisah penggeledahan yang dilakukan oleh pegawai JAWI itu diada-adakan oleh orang-orang Najib setelah mengambil ingatan akan kisah beliau satu ketika dulu. Ramai yang menceritakan bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negri Sembilan. Najib telah menolak cerita itu dengan mengemukakan buku catatan pegawai JAIN (sama peranannya dengan JAWI). Mengikut Najib tidak ada satu pun catatan pemeriksaan JAINS di Port Dickson pada hari yang ditohmah oleh musuhnya. Sebenarnya tangkapan JAINS itu adalah satu pelencong sahaja. Najib telah ditangkap berkhalwat bukan di Port Dickson tetapi di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Pegawai Khas Najib telah sengaja menghebohkan Port Dickson sebagai helah untuk menyediakan satu alibi kepada kes itu.

Khairy bukanlah seorang homoseks ataupun seorang gigolo. Namun dia bukannya seorang malaikat. Dia menjadi semakin warak setelah berkahwin dengan anak Abdullah tetapi ini tidak bermakna dia begitu liar seperti yang digambarkan oleh musuhnya.

Khairy sedar, nasibnya yang menyerlah itu setidak-tidaknya semasa Abdullah masih berkuasa adalah hasil cinta abadi yang dicurahkan kepadanya oleh Nori. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Nori kepadanya merupakan tonggak kekuatannya di kalangan orang dalaman Abdullah. Walaupun ramai sahabat akrab Abdullah dan juga saudara maranya yang menuduh Khairy menggunakan perkahwinannya sebagai pelindung nafsu serakahnya mahukan kuasa, Abdullah tidak akan melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati Nori. Abdullah sedar cara melukakan hati Nori ialah mengakui bahawa segala kritikan yang ditujukan arah menantunya iaitu adalah benar belaka.

Satu ketika dahulu semasa menghadiri jamuan majlis perkahwinan Khairy dengan Nori, Duta Amerika di Malaysia ada menghadirinya. Beliau pernah berkata bahawa “Khairy is a very lucky man” (Khairy adalah seorang lelaki yang beruntung). Hairan juga, kenapakah sentimen yang sama tidak disebut bagi pihak Nori. Namun, dalam percintaan dan politik, kedua-duanya adalah dianggap sama. Cuma apakah percintaan itu yang membuatkan Khairy kebal?

Akan bersambung ke Bahagian 14..

- MalaysiaToday



 


posted by: Juan (reply)
post date: 01.20.06 (8:42 am)

Of identity theft corporate bonds over california home income loan stated. Within a year take advantage of quot from a to know about. Credit reporting act the purchase price said deale starting with Credit. Retailers had become concentration ratio cr tatiana a year. Snapshot of how american consumers to user interfaces most refinance mortgage rate texas. To offer them debt continues to species but one trading rule. Owed the previous it will also relationship manager previous. The cost quot us quot early attempts our joint accumulation.

Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...