Mahathir, Bertaubatlah!


Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Mahathir, Bertaubatlah!
09.17.05 (8:57 am)   [edit]

MAHATHIR, BERTAUBATLAH!

Sepanjang lebih sebulan lalu Cili Api lihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad @ Dr M @ Che Det lebih sering mendapat (atau diberi?) liputan berita besar dalam media daripada PM Datuk Seri Abdullah Badawi @ Dolah.

Kesian Dolah. Tapi kalah dengan Dr M tak mengapa juga. Yang lebih kesian lagi beliau kadang-kadang mendapat (atau diberi) ruang lebih kecil dan di halaman kurang penting dalam media berbahasa Melayu dan Inggeris  daripada timbalannya, Datuk Seri Najib. Tak tahulah macam mana dengan akhbar berbahasa Cina dan Tamil.

Cili Api lihat ada tiga berita yang menarik perhatian dan diberi liputan  luas oleh media. Pertama, pendedahan tentang AP, kedua, peristiwa Dr M memulangkan setengah dozen kereta kepada Proton, dan ketiga, yang paling baru berlaku, ucapan Cek Det di persidangan anjuran Suhakam dan sidang akhbar beliau selepas itu.

Leih 30 buah NGO memboikot persidangan itu. Mereka membantah Suhakam, sebagai sebuah suruhanjaya hak asasi, mengundang seorang bekas PM yang begitu buruk sekali rekodnya, kerana begitu banyak sekali mencabul hak asasi.

Semasa Dr M @ Cek Det memberi ucapan, beberapa orang diplomat bertindak keluar apabila Barat dikritik kerana sikap mereka terhadap soal hak asasi. Dr M memang sudah selalu mengkritik Barat dalam hal ini. Kadang-kadang Cili Api bersetuju dengan beliau.

Masalahnya, Cili Api lihat Dr M melakukan perkara yang sama dalam negara terhadap rakyatnya sendiri, sebagaimana yang dilakukan oleh Bush dan Amerika Syarikat ke atas rakyat dunia. Cuma, secara perbandingan apa yang dilakukan oleh Dr M itu lebih kecil.

Cili Api ingat, ketika Dr M mula berkuasa beliau kelihatan agak liberal. Tetapi dua tiga tahun kemudian beliau mula berubah.Akhirnya, beliau melakukan segala jenis pencabulan terhadap hak asasi. Bukan saja beliau terus menggunakan ISA bahkan beliau telah meruntuhkan kewibawaan serta kebebasan mahkamah, media dan polis.

Dalam sidang media yang diadakan selepas beliau berucap,  Cek Det telah melakukan perkara yang tidak patut dilakukannya. Beliau mengulangi fitnah meliwat ke atas Anwar Ibrahim. Bahkan beliau terus menuduh para wartawan yang menyokong Anwar terdiri daripada  jenis “gay” (yang mengadakan hubungan sejenis) belaka.

Cili Api lihat akhbar-akhbar pun takut hendak melaporkan perkara ini. Bukankan mahkamah telah membebaskan Anwar daripada fitnah keji itu? Mengapakah Cek Det perlu menghina mahkamah dan menghina dirinya dengan mengulangi tuduhan itu?

Cili Api dengan ikhlas ingin menasihat Tun Dr Mahathir Mohamad: bertaubatlah sebelum terlewat! Manusia, sebesar mana pun kuasanya, tidak boleh menongkat  dunia!

MENGAPA TIDAK PULANG YANG LAIN?

Sunguhpun peristiwa Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Penasihat Proton, memulangkan balik setengah dozen kereta  kepada Proton sudah lama juga berlalu, namun Cili Api rasa masih sesuai untuk mengulas tentangnya.

Dr M @ Cek Det berkata dia memulangkan kereta tersebut bukan kerana marah. Kalau bukan marah adakah kerana kecil hati? Ataupun adakah beliau hendak membuktikan diri sebagai seorang yang berprinsip, tidak mahu menerima hadiah ataupun pinjaman apatah lagi rasuah dari sesiapa? Jikalau begitu, Cili Api hendak angkat topi kepadanya tanda setinggi-tinggi hormat.

Tetapi Cili Api tahu Dr M @ Cek Det telah menerima berbagai-bagai jenis hadiah daripada bermacam-macam orang. Bukankah beliau pernah menerima hadiah beberapa buah kereta  canggih buatan Timur dan Barat? Bukankan ada kereta-kereta itu yang masih dalam simpanan dan kegunaannya? Bukankan hadiah-hadiah itu merupakah rasuah? Mengapakah Tun Dr Mahathir tidak mengembalikan saja kereta-kereta ini?

Selain itu, tidak sedikit orang yang mengetahui bahawa Dr M @ Cek Det telah dihadiahkan juga dengan rumah-rumah indah, lengkap dengan perabot dan hiasan, oleh beberapa orang kroni besarnya? Tengok saja yang di Country Heights dan di Janda Baik. Tidak usahlah sebut yang lain. Tidakkah hadiah rumah-rumah itu sebenarnya merupakan sogokan rasuah?  Sekali lagi, mengapakah Tun Dr Mahathir tidak mengembalikannya?

Seterusnya, Dr M @ Cek Det mempunyai tanah ladang yang luas, khabarnya seluas 2000 ekar di Argentina. Bukankah beliau sering bercuti ke sana dan menunggang kuda berjam-jam? Dari manakah datangnya wang untuk mendapatkan kawasan yang begitu luas dan baik. Adakah apa-apa unsur rasuah? Bukankah lebih baik Tun Dr Mahathir memulangkannya saja?

Cili Api ingin memberikan satu lagi nasihat. Wahai Tun Mahathir. Anda sudah mengecapi segala macam kesenangan dan keindahan dalam dunia ini. Anda sudah tua. Apa perlu lagi harta yang banyak – kereta, rumah atau tanah. Alangkah baiknya jikalau dipulangkan semuanya. Dengan demikian anda akan bersih daripada tuduhan rasuah!

Cili Api



 
Your Name:


Your Comment:


Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...