 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969 |
| 05.30.07 (3:22 pm) [edit] |
oleh Datuk Raduan Taib (r_taib@yahoo.com), Gombak AgendaDaily, April 27, 2005
Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.
Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya
 Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya
Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .
 Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.
Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.
Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.
 Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.
Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.
Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.
Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.
Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.
Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini
Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.
 Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.
Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.
Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.
Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.
Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.
Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.
Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.
Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).
Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.
Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.
Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.
Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.
Gambar di atas ialah dipiksi (depiction) satu kisah tersohor dalam sejarah Rom, yakni The Rape of the Sabine Women [i]. Gambar ini dan seterusnya adalah sekadar hiasan. Urgggh! Malas ke tulang hitam rasanya saya nak buat kerja gratis (percuma) untuk UMNO dan sekaligus Kementerian Penyiaran. Kerja percuma untuk Menantu Dolah dan Zainuddin Maidin. Tetapi apakan daya, kedua-dua institusi itu sudah terlalu uzur untuk berfikir (yang pertamanya berusia 60 tahun, dan yang keduanya sudah 50 tahun). Sepatutnya salah satu atau kedua-dua institusi ini yang menjawab dan membetulkan fakta. Tetapi malangnya kedua-dua membisu. (Mungkin bisu beragenda dan/atau atas arahan dari seberang Selat Tebrau). Oleh kerana saya anggap memperbetulkan, menentang perbuatan merubah sejarah negara itu satu fardhu kifayah, dan kerana saya nampak tiada Melayu lain mahu ke depan, maka biarlah saya cuba menegur perbuatan bathil itu. Menurut seorang apologist (tukang perbetul cerita) pengarang buku “13 Mei” [1], rumusan pengarang ialah Al Marhum Tun Abdul Razak mencetuskan rusuhan 13 Mei dalam membolehkan satu coup de tat dari Al Marhum Tunku Abdul Rahman. Nauzubillah! Zalimnya tuduhan. Tetapi sebelum kita mengupas kezaliman itu, ada baiknya kita menafsir apakah dorongan intelektual yang merasuk pengarang untuk memutar belitkan sejarah. Apakah persoalan besar yang ingin dijawab, hingga ada pihak “wang besar Cina” yang sanggup menaja pengarang bermentelaah di London selama tiga bulan untuk menggali, mengorek kononnya arkib lapuran perisikan Brtish yang telah dibatalkan palang rahsia tentang 13 Mei? 
Seorang Arab (Islam?) sedang dibelasah oleh sekumpulan bangsa Kulit Putih semasa rusuhan anti-Islam di Australia dua tahun lepas. Setepatnya, berikut ialah hasrat dan niat pengarang buku “13 Mei” seperti yang yang selokakan oleh seorang apologist bagi pihak pengarang [2]. Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah. Soalnya bukan siapa salah. (Cewah cewah, tak perlu tanya siapa salah). Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. (Hak alahai sonang nya justifikasi intelektul. Jangan pertikai salah siapa, ianya, awak semua kena percaya cakap saya, salah Tun Razak). Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab (Wow, berpengaruhnya Rudin X! Langsung tak sangka). Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. (Oh, jangan salahkan Cina hina dan caci Melayu. Siapa yang beri lesen dan permit tu?). Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir. Perhatikan dalam sedutan karangan di atas, perkataan dalam italic ialah komentar Rudin X akan penulisan apologist, manakala perkataan yang digelapkan (bold) ialah kononnya nawaitu si pengarang buku mengikut cakap apologist beliau. Alaaaaaahai. Kalau setakat nak tahu mengapa pasukan tentera ketika itu dilihat “memihak” dan nampak seperti tidak bertindak mengawal keadaan, jawapannya bukan berada di London. Jawapannya bukan terletak pada tafsiran jaundis (berat sebelah) oleh perisik British/Australia di Malaysia. Jawapannya terletak pada budaya dan semangat setiakawan, esprit de corp tentera. Semangat setiakawan yang sama telah mendorong tentera Amerika melakukan My Lai Massacre di Vietnam [3]. Budaya dan semangat setiakawan yang nendorong askar Amerika membantai umat Fallujah di Iraq [4]. Semangat setiakawan yang mendorong tentera British yang didewa-dewakan oleh bangsa Cina Malaysia melakukan penyembelihan Cina beramai-ramai di Batang Kali.[5] Budaya dan semangat yang sama wujud di kalangan semua askar di seluruh dunia, malah juga ada di kalangan soldadu Angkatan Tentera Singapura. Mentaliti membalas dendam terhadap apa yang mereka fikir penganiayaan ke atas salah seorang dari kalangan mereka. Di Malaysia, sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab? Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit. Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang. Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini. Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu. Pembaca boleh mensohihkan cerita yang saya bawa ini dengan bertanya kepada siapa juga Melayu yang masih hidup dan mempunyai pengalaman “dekat” dengan peristiwa 13 Mei. Untuk mendapatkan corroboration (keselarian) tentang cerita saya ini, sila klik dan lawat blog ini [6]. Jika pengarang buku “13 Mei” jujur dan tiada niat lain, pengarang tidak perlu cari penjelasan di London. Carilah penjelasan dalam rekod lapuran polis di Balai Campbell (Dang Wangi). Atau kalau tidak pun, cari dalam rekod semboyan (telex) lapuran kejadian jenayah berat di Bukit Aman untuk malam tersebut. Tidak perlu bersusah payah ke London. Nah tuan/puan. Dalam hal tercetusnya rusuhan 13 Mei, puak chauvinis Cina telah tersilap langkah dengan membunuh seorang pegawai Askar Melayu. Yang mana ekoran itu, yang selain dari berjaya membakar kemarahan orang Melayu dengan perarakan besar-besaran menang pilihan raya, askar Melayu telah turut marah. Dan sebelum tuan/puan atau sesiapun chauvinis China menuduh Askar Melayu yang terlibat dalam 13 Mei itu campur tangan dalam politik negara, maka di sini saya sanggah -- penglibatan mereka adalah soal hati. Noktah. 
Bila segerombolan askar mengamuk, tuan/puan fikir Tun Razak boleh kawal? Ingat polis boleh kawal? Lagikan seorang laskar kena tangkap polis pun, askar satu batalion sanggup rempuh dan serang balai polis, inikan pula mengawal gerombolan askar yang sedang marah dengan bersenjata lengkap. Ingat kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya? Langsung mencetuskan Operasi Lalang? [7] Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman. Siapa yang selesaikan insiden dan pujuk Prebet Adam menyerah diri? Dr Mahathir? Polis? Tidak. Pegawai Pemerintah Prebet Adam kena turun padang dan berdepan dengan muncung raifel Prebet Adam. Nasib kamu lah chauvinis Cina. Dengar lagi hasutan sahabat handai dan saudara mara kamu dari Singapura! Kamu sudah pijak ekor ular. Kamu kena patuk. Kamu dah kejutkan harimau tidur. Kamu kena baham. Sudah itu kamu tuduh Tun Razak jahat. Kamu tuduh 13 Mei disengajakan kerana agenda nak lancarkan DEB. Kaudu sungguh hati perut kamu. Kencing dalam tempurung bulu dan cerminkan muka kamu di situ dulu. Sesudah itu carilah salah Melayu. Dah tu kini kamu orang cuba menjadi revisionist sejarah pula?
|
|
|
| |
| Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy |
| 05.30.07 (3:02 pm) [edit] |
Harakahdaily Wed | May 30, 07 | 11:44:11 AM Terkini! PUTRAJAYA, 30 Mei (Hrkh) -![Advertisement]() -- Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani, 42, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut. Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini. Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam. Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telahpun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya. Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Berita lanjut menyusul.
|
|
|
| |
| Yang Tersembunyi Kini Jelas? |
| 05.17.07 (11:44 am) [edit] |
Kata orang, amat senang untuk mengusik orang yang suka melatah. Anda cuma perlu cuit sedikit sahaja, tentunya pelatah akan melatah dan seterusnya setiap titip tutur kata akan mula menjadi kelam kabut. Perkataan yang tidak sepatutnya pun akan terhambur tanpa kawalan. Begitu juga dengan mana-mana situasi yang lain. Mudah dan makin memudahkan. Kenapa saya berkata begini. Pertamanya, semenjak beberapa bulan ini saya ada mendedahkan beberapa kepincangan dalam pengurusan keselamatan dan korporat yang boleh mengancam kedaulatan dan kepentingan negara. Sebagai contoh, saya ada mendedahkan kekurangan pemantauan secara berkala oleh unit risikan terhadap pencerobohan ruang udara oleh negara asing di Selatan Johor. Ianya banyak kali dilakukan oleh unit UAV dan angkatan udara negara tersebut pada waktu awal pagi dan senja. Kini dengan terbinanya (telah diuji dengan berkesannya) TUAV (Tactical Unmanned Aerial Vehical) oleh syarikat tempatan maka bolehlah kita memanfaatkannya untuk mengekang pergerakan risikan negara asing tersebut. Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Namun usaha mengekang aktiviti risikan ini mungkin akan tergagal dengan terbinanya WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) atau lebih dikenali sebagai SJER. Malah kerjasama yang mungkin dijalinkan oleh pihak Malaysia akan menyebabkan penguasaan pentadbiran dan ekonomi dikuasai oleh Singapura (BACA SINI). Pastinya Singapura akan menuntut hak dan kelebihan pada tahap yang tidak dijangkakan daripada Kerajaan Malaysia dalam urusan WPI. Tanda-tandanya makin jelas kini. Jangan pula anda terkejut, jika selepas Singapura menguasai segala-galanya di WPI, pergerakan sayap pelaburan Singapura iaitu Temasek Group pula akan menguasai beberapa GLC dan syarikat utama negara seperti yang pernah saya utarakan dahulu. Tanda-tandanya makin jelas kini. Bursa Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini amat mudah untuk membenarkan mana-mana syarikat tersenarai dan milik awam dinyahsenaraikan dan dipindah milikkan kepada individu tertentu. Ini termasuklah kepada kes yang sedang dalam proses penyahsenaraian iaitu Maxis Corporation Berhad oleh Tan Sri Ananda Krishnan. Beberapa individu lain pula telah memilik peribadikan beberapa syarikat utama dan kemudiannya menyerahkannya kepada satu proksi di Singapura untuk ditadbirkan. Proksi ini pula sebenarnya adalah proksi bayangan kepada sayap pelaburan Temasek Group. Ianya kini makin disahkan oleh kenyataan Ketua Eksekutif CIMB Berhad yang menyatakan bahawa pergerakan penyahsenaraian syarikat awam dan pemindahan pemilikan kepada peribadi adalah satu yang wajar dan bertepatan. Pada saya inilah yang paling merbahaya kepada keselamatan sistem korporat di Malaysia. Jangan terkejut jika selepas ini anda akan dapati bahawa Synergy Drive pula akan dinyahsenaraikan dan kemudiannya dimilik-peribadikan dan seterusnya terjual kepada entiti asing. Semua perancangan ini memang telah lama diusahakan. Cuma kini masanya hampir tiba. Apakah yang akan berlaku kepada negara ini? Jika anda masih patriotik, sila bantah semua pergerakan korporat ini. Janganlah hanya memikirkan keuntungan segera sahaja lalu membelakangi kedaulautan dan keselamatan negara. Jangan biarkan negara ini dijajah dan ditadbir oleh boneka-boneka. Jangan fikirkan tentang diri anda sendiri sahaja, fikirkan juga akan anak cucu cicit anda yang lain. Fikirkan tentang masa depan negara ini. Itupun jika anda masih lagi patriotik. Namun jika anda rasakan tidak kisah akan perkara ini, saya nasihatkan anda tukarkanlah kewargenegaraan anda. Amat malu sekiranya anda masih berbanga menjadi warga Malaysia namun pada masa yang sama andalah yang menggadai maruah bangsa dan negara Ketua Perusuh Bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) (http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)
|
|
|
| |
| UNDI UMNO: INI JASANYA KEPADA UMAT MELAYU |
| 05.17.07 (11:42 am) [edit] |
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sering ke Australia; lebih tepat lagi, Perth. Nak memancing, dia pergi ke Perth. Nak makan nasi kandar, ke Perth. Nak beli kebaya nyonya, pun ke Perth juga. Begitulah rapatnya Abdullah dengan Perth. Malah, bukanlah satu perkara yang mustahil untuk beliau merasakan bahawa dia wakil rakyat Perth, bukannya ahli parlimen Kepala Batas! Oleh kerana Abdullah selalu ke luar negara, dia dikatakan mudah penat dan sering tidur dalam mesyuarat. Sejauh manakah tepat maklumat ini, tidak dapat dipastikan. Namun itulah dakwaan yang dibuat oleh beberapa orang bloggers yang mengaku mengenali Abdullah atau pembantu-pembantunya secara dekat. Kata orang tua-tua, sekiranya tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Kita boleh membuat rumusan, sedikit-sebanyak tentulah ada kebenarannya. Hal ini semakin ketara apabila Abdullah dikatakan tidak memahami perasaan orang Melayu, iaitu kaum yang diwakili oleh parti UMNO, apabila kabinet campur tangan dalam soal ekuti syarikat guaman yang menjadi panel Maybank. [Utusan Online] Seorang menteri yang mungkin tahu Abdullah selalu tidur dalam mesyuarat, membawa isu ini dalam kabinet. Apabila Abdullah terjaga, dia terus bersetuju dengan bantahan tersebut. Akhbar yang dimiliki oleh UMNO sendiri, Utusan Malaysia, menyifatkan tindakan Abdullah itu sebagai "menambah luka masyarakat Melayu". [Utusan Online] Isu ekuti syarikat guaman hanyalah satu isu serpihan. Malah, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa ia merupakan isu maruah dan komestik sahaja. Isu maruah kerana orang Melayu merasakan sebarang dasar atau garis panduan yang membantu usahawan Melayu untuk berdiri sama tinggi dengan usahawan bangsa lain sewajarnya disokong oleh semua pihak. Bagi seorang ahli politik Melayu UMNO, dia ingin melihat dasar atau peraturan itu tidak disentuh. Soal apakah ia dapat meningkatkan penyertaan orang Melayu, itu soal lain. Mereka juga tidak berminat untuk mengetahui sama ada orang Melayu yang mendapat manfaat dari dasar atau peraturan tersebut menjual kepentingan mereka kepada bangsa lain. Sebab itulah penulis mengatakan ini merupakan satu isu komestik. Sekiranya pemimpin UMNO dan Utusan Malaysia benar-benar ingin melihat orang Melayu menjadi rakan kongsi tulen kepada usahawan bangsa lain, maka mereka mesti berani untuk mendedahkan hipokrit bangsa yang berada dalam parti itu. Kegagalan meningkatkan jumlah usahawan Melayu dan pemilikan ekuti Melayu tidak harus dibebankan kepada peniaga berbangsa Cina atau India. Ia berlaku kerana sebilangan pemimpin Melayu yang mendapat kontrak, projek, saham dan tanah melupuskan pegangan mereka kepada orang lain. Sekiranya pemimpin Melayu yang berebut mendapat kontrak, projek, saham dan tanah mengusahakannya secara usahasama tulen dengan peniaga bangsa lain, soal ekuiti Melayu di negara yang satu waktu dulu bernama Persekutuan Tanah Melayu tidak berbangkit lagi. Malangnya, ada pemimpin Melayu yang menjadi musang berbulu ayam. Mereka inilah yang melacurkan maruah dan harga diri orang Melayu kerana mengejar keuntungan besar dalam jangka masa singkat tanpa mahu berusaha. Tindakan sedemikian membuatkan bangsa-bangsa lain menjadi marah. Orang Cina bukan tidak mahu melihat orang Melayu berjaya. Mereka juga faham kenikmatan dan kemakmuran negara akan lebih bermakna sekiranya semua kaum yang ada di Malaysia berjaya -- dan ini termasuk bangsa Melayu. Mereka juga tahu orang Melayu, India atau mana-mana bangsa yang terpinggir akan membuat kacau dan ini boleh menimbulkan masalah yang besar. Oleh itu, jangan bermain api perkauman dengan mengatakan orang lain tidak ingin melihat Melayu berjaya. Yang membuatkan orang Cina marah ialah pemimpin Melayu mendapatkan kontrak, projek, saham dan tanah, tetapi pengusaha bangsa lain yang menumpahkan titik peluh untuk menjana pendapatan. Sebahagian pendapatan itu terpaksa diagihkan dengan pemimpin Melayu tadi yang tinggal di rumah besar dan memandu kereta mewah. Agihan ini pula hanya berlegar di sekitar kelompok kecil pemimpin Melayu elit sahaja dan ia tidak sampai kepada orang Melayu menengah atau bawahan. Inilah hakikat yang harus difahami. Sekiranya pemimpin UMNO benar-benar ingin melihat orang Melayu berjaya dalam bidang keusahawanan, maka mereka mesti berani mendedahkan petualang-petualang ini. Sebahagian petualang itu ada dalam UMNO. Apa yang disebutkan ini adalah satu rahsia terbuka (open secret). Semua orang tahu siapakah mereka ini. Atau, apakah masih ada pemimpin UMNO yang tidak menyedari perkara ini? Kita bimbang Abdullah yang sering berada di Perth -- termasuklah untuk membuka restoran nasi kandar [http://puteri.com.au/gallery.htm" title="http://puteri.com.au/gallery.htm" target="_blank"http://puteri.com.au/gallery....] dan merasmikan pameran kebaya nyonya [-- gagal memahami apa yang sedang berlaku di sekelilingnya Fikir-fikirlah wahai orang Melayu : Menang sorak, tetapi kampung tergadai kerana kepandaian orang Melayu memerintah bangsa dan agama akan musnah. "SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA” “PROTES SAMPAI TURUN” - Tun Telanai
|
|
|
| |
| Hina Hudud: Dr.Mashitah Wajar Ditarbiyahkan Semula |
| 05.09.07 (12:09 pm) [edit] |
Maka terbuktilah bahawa Islam Hadhari adalah mazhab baru ciptaan UMNO sebenarnya? Jika tidak, masakan para pemimpin UMNO sewenang-wenang dibiarkan mempersendakan hukum Allah?. Inilah yang harus kita persoalkan tentang ajaran Islam Hadhari ini sebenarnya. Terbaru bekas penceramah bebas yang sudah tersohor di negara kita, bahkan di rantau ini iaitu Dr.Mashitah Ibrahim secara terang-terangan telah menghina Hukum Hudud di khalayak ramai. Belia bukan sahaja memperlekehkan dan mempersendakan hukum Allah itu, malahan beliau turut membandingkan dengan hukum hudud dengan hukum ciptaan manusia yang baginya adalah lebih "perfect". Beginikah mentaliti yang terdidik dalam jiwa seorang bergelar "Ustazah" yang selama ini disanjung dan dipuja oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini?. Beliau yang kini merupakan Ahli Parlimen Baling, dan telah diangkat menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri merupakan salah seorang tokoh agama terkenal yang telah "dibeli secara tunai" oleh UMNO untuk menentang pengaruh tokoh-tokoh agama terkenal yang kebanyakkannya telah menyertai parti pembangkang terutamanya PAS. Seingat Cucu, antara tokoh agama terkenal yang terlebih dahulu mewarnai persada politik tanahair ialah Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Hassan Ali, Dr.Badrul Amin, Dato' Ishak Baharom, Dr. Haron Din, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Kamal Ashaari dan ramai lagi. Kesemua mereka mengambil peluang untun berdakwah dilandasan perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah heboh dan kecoh satu Malaysia kononnya golongan ini mengenakan bayaran tinggi untuk terlibat dalam program-program agama anjuran Kerajaan, RTM, TV3 dan sebagainya. Apa yang berlakunya, akhirnya mereka semua telah digam dari terus berdakwah menerusi media massa yang dikawal oleh kerajaan. Namun berkat kesabaran dan kekuatan Iman dalam jiwa mereka, akhirnya para tokoh agama terkenal ini telah berjuang menerusi landasan politik untuk menyampaikan dakwah kepada umat Islam di negara ini. Akibat tidak berada dan menyokong Kerajaan, maka mereka dicop sebagai ulamak yang boleh dijual beli. Tambahan pula telah menyertai parti pembangkang. Maka dalam pilihanraya 1999, banyak kerusi BN telah jatuh ke tangan PAS dan nama-nama seperti Dato' Hassan Ali, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ismail Kamus , Ustaz Taib Azamuddin dan lain-lain telah berjaya menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing. Di saat ini, kita masih tidak nampak kelibat tokoh agama terkenal menyertai UMNO dan kerajaan. Maka, tatkala Islam Hadhari telah diperkenalkan dan dalam usaha untuk bersaing dengan PAS yang dianggap lebih Islamik dari UMNO, kerajaan telah berusaha untuk mengetengahkan golongan agama untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu. Hasilnya, muncullah nama-nama seperti Dr.Mashitah Ibrahim (Penceramah Bebas), Ustaz Firdaus (Bekas Imam Masjid Negara), Ustaz Fadzil Hanafi RTM (Kini ADUN Alor Mengkudu, Kedah) dan beberapa orang lagi. Dr.Mashitah telah berjaya memenangi kerusi parlimen Baling menewaskan Ustaz Taib Azimuddin (bekas Iman Besar Masjid Negara) dengan majoriti 4,100 undi. Namun UMNO begitu hampa, kerana harapan besar yang diletakkan kepada Ustaz Firdaus untuk menumbangkan Keadilan di Permatang Pauh gagal. Beliau tewas ditangan Presiden Parti Keadilan Nasional iaitu Datin Seri Dr.Wan Azizah Ismail isteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kekalahan Ustaz Firdaus telah memberikan sedikit tercalar imej tokoh ulamak tersebut di mata masyarakat serta umat Islam di Malaysia. Biarpun tewas beliau akhirnya diberi tempat juga dalam kabinet Pemuda UMNO Islam Hadhari. Tahniah, kita ucapkan kepada beliau ! Maka, dengan kemenangan di Baling nama Dr.Mashitah terus tersohor dan disebut-sebut oleh para penyokong UMNO. Kononnya Dr.Mashitah adalah orang yang paling layak di gelar "Serikandi Islam Hadhari". Maka, kabinet Pak Lah telah menobatkan beliau sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sehinggalah ke hari ini. Jika dilihat kepada perjalanan politik Dr.Mashitah, beliau sememangnya cukup bertuah. Dalam usia politiknya yang terlalu mentah, beliau akhirnya diberi kepercayaan oleh pemimpin Islam Hadhari untuk memikul tanggung jawab bagi menyerang dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh tokoh-tokoh ulamak yang berada dalam parti pembangkang terutamanya PAS. Siapakah Dr. Mashitah Ibrahim ? Sebelum kita mengetahui lebih lanjut, elok juga kita kenali dulu siapakah Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim ini. Beliau telah dilahirkan di negeri jelapang padi Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.
Kerjayanya sebelum ini adalah Penceramah / Pendakwah bebas. Beliau juga merupakan panel program motivasi dan kekeluargaan Islam Media Cetak dan Elektronik. Pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah Kuliyyah Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Penglibatan Datuk Dr. Mashitah dalam dakwah bukanlah baru, beliau telah dilatih ibu bapanya sejak berusia 13 tahun lagi. Pada peringkat awal, beliau giat berceramah sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sahaja. Kemudian memulakan program motivasi keluarga yang menggabungkan unsur kaunseling, motivasi dan kekeluargaan yang bersifat universal. Kemunculannya di radio Malaysia KL mendapat sambutan dan dari situlah beliau mengembangkan siri dakwahnya melalui program Adikku Sayang, Al Kuliyyah dan Forum Ehwal Islam. Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, beliau telah dianugerahkan pingat daripada Sultan Pahang sehingga membawa gelaran Datuk. Kemenangan beliau di Baling dalam pilihanraya umum 2004 lalu telah membuka harapan baru kepada UMNO untuk beliau menjadi perisai dalam mempertahankan imej dan maruah Islam Hadhari sebenarnya. Kenyataan Biadap Dr. Mashitah Sebelum kes terbaru ini berlaku, sememangnya telah banyak kenyataan biadap Dr.Mashitah yang mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Antaranya ialah mengenai kenyataan beliau bahawa "Wanita dibenarkan melacur". Beliau antara lain mengatakan bahawa wanita boleh melacurkan diri jika kesempitan hidup atau darurat. Kenyataan tersebut yang telah disiarkan dalam ruangannya di akhbar Harian Metro pada 19 Jun 2005, jelas merupakan satu dakyah yang amat berbahaya dan boleh merosakkan umat Islam. Apa yang melucukan ialah kenyataan beliau itu muncul tatkala beliau sering mengatakan bahawa beliau akan memainkan peranan untuk memulihkan kembali akhlak golongan wanita di Baling khususnya yang didakwa telah jauh tersimpang dengan ajaran Islam. Kes yang kedua ialah ketika serbuan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terhadap remaja Melayu yang mengadakan Pesta Seks di Disko Zouk, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Biarpun kejadian tersebut dianggap suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini, namun Dr.Mashitah lebih suka menyalahkan pihak JAWI yang kononnya bertindak melampau terhadap remaja terbabit. Walhal, dalam kes tersebut remaja terbabit sememangnya berperlakuan sumbang, minum arak serta langsung tidak mencerminkan imej seorang remaja di sebuah negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini. Dan sesungguhnya kini, keimanan dan ilmu agama yang dimilik oleh Dr.Mashitah semakin boleh dipertikaikan sama sekali. Kenyataan beliau dikhalayak ramai tentang Hukum Hudud tidak sesuai sama sekali digunakan di zaman ini jelas mengingatkan kembali kepada kita tentang kenyataan biadab bekas memanda menteri Dr.Mahathir suatu ketika dulu. Bunyinya hampir sama, tetapi natijahnya tetap satu iaitu mereka cuba menghina dan memperlekehkan hukuman yang telah termaktub di dalam Al-Quran sejak sekian lama. Jika Mahathir mengeluarkan kenyataan ini, mungkin beliau terlalu cetek ilmu agama. Namun bila kenyataan celupar ini dikeluarkan oleh tokoh agama terkenal seperti Dr.Mashitah, ianya adalah sesuatu yang amat berbahaya sebenarnya. Ia bukan sahaja merosakkan minda, malahan juga akidah umat Islam terutamanya golongan muda yang dipercayai menjadi sebahagian besar pendengar beliau ketika itu. Apakah yang terjadi kepada Dr.Mashitah sebenarnya? Apakah mungkin beliau perlu ditarbiyah semula. Mungkin juga jiwa, minda dan keimanan beliau sedikit terpesong akibat sering kali mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para pemimpin Islam Hadhari? Jika beginilah Dr.Mashitah sekarang, sungguh malang sekali nasib beliau. Cucu pernah bersama beliau dalam sebuah program motivasi keluarga yang bertajuk "Belaian Kasih" di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan suatu ketika dulu. Beliau menjadi penceramah dan Cucu menjadi Pengerusi Majlis dihadapan lebih 3000 peserta motivasi tersebut. Terkenang Cucu, tatkala waktu rehat Dr.Mashitah mengalami sedikit masalah kesihatan dan memintan Cucu untuk mengawal "Odean" di dalam dewan. Diberinya Cucu helaian kertas tentang tajuk "Belaian Kasih". Maka sempatlah Cucu menjadi penceramah motivasi ketika itu, biarpun hanya seketika. Apapun, cara dan gaya penyampaian beliau sesungguhnya antara yang terbaik pernah Cucu saksikan. Namun kini semuanya mungkin hanya tinggal kenangan semata-mata. Beliau kini hanya muncul memberikan ceramah dalam program-program yang dianjurkan oleh kerajaan Islam Hadhari semata-mata. Adalah lebih elok Dr.Mashitah kembali ke pangkal jalan dan menjadi seperti dulu, dari terus dipergunakan sebagai "Srikandi Islam Hadhari" oleh manusia yang bertopengkan hawa nafsu dan rakus untuk terus berkuasa di bumi tercinta ini. Justeru itu, sebagai memprotes kenyataan biadap Dr.Mashitah ini marilah kita sama-sama menghantar memorendum secara peribadi supaya beliau menarik balik kenyataan tersebut dan bertaubat kepada Allah terhadap apa yang telah beliau ucapkan itu. Sesungguhnya sebagai umat Islam yang pernah menyanjung beliau selama ini, kita merasa amat terhina dengan kenyataan biadap beliau itu. Marilah kita sama-sama menghantar memo kepada beliau, semoga beliau insaf diatas apa yang berlaku ini. Sila hantarkan memo anda kepada beliau di alamat :- YB Datuk Dr. Mashitah Bt Hj. Ibrahim Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. atau menerusi E-mel kepada mashitah@pmo.gov.my Sila klik sini untuk melihat ucapan live beliau tentang isu ini. P/S - Klik sini isu Panas! Syarikat pengeluar LEGO Denmark Hina Nabi Muhammad S.A.W
|
|
|
| |
| Boikot pilihanraya umum? (Part 1) |
| 05.04.07 (12:05 pm) [edit] |
Topik ini panas dan sensitif. Kerajaan takut dengan topik ini, pembangkang pun takut dengan topik ini. Dari pihak kerajaan BN, mereka takut kerana jika pembangkang boikot, mereka tidak akan menang dengan bermaruah seperti apa yang berlaku pada parti Thai Rak Thai pimpinan Thaksin pada pilihanraya umum di Thailand pada penghujung 2005 apabila parti-parti pembangkang seperti parti Demokrat dan lain-lain memboikot pilihanraya tersebut. Di pihak pembangkang pula (tolak DAP, kerana bagi saya DAP hanyalah agen PAP dari Singapura) boikot pilihanraya mengingatkan mereka kepada boikot pilihanraya yang pernah dilakukan oleh Parti Buruh pada tahun 1960an dulu. Boikot tersebut gagal dan menyebabkan rakyat melupakan parti Buruh (perlu faham juga mengapa Parti Buruh boikot pilihanraya pada ketika itu dimana ramai pemimpin mereka ditahan dibawah ISA). Apa-apa pun, gerakan untuk menjual idea untuk memboikot pilihanraya umum sudah bermula. Sekurang-kurangnya dalam dunia blog. Sila lihat disini.
|
|
|
| |
| JOM HEBOH kembali ke Perak |
| 05.04.07 (12:03 pm) [edit] |
Setelah 3 tahun gerombolan penyanyi dan Penari tajaan TV3 Tidak singgah di Ipoh, Kini mereka kembali lagi pada hujung Minggu ini di Stadium Indra Mulia Ipoh untuk memeriahkan pesta maksiat hadhari.. 3 tahun dulu Mufti Perak pernah Mengharamkan Sure Heboh.. mungkin oleh kerana Sure heboh sudah ditukar kepada JOM Heboh kemungkinan Kerajaan Negeri Perak dan dato bandar Ipoh yang baru ini sudah ada ahli majlis fatwanya yang baru ataupun mendapat khidmat nasihat mufti nun jauh di Utara. mungkin pimpinan tertinggi dah tak tahan sangat hiburan dan tari menari yang lama sudah tidak dihidangkan pada rakyat negeri Perak. takut.. takut nanti rakyat Perak tak sokong Kerajaan. pilihanraya dah dekat , jadi ubat bagi rakyat Perak ni hilang kesedaran politik dengan melalaikannya dengan hiburan.
paling tidakpun bagi menghormati fatwa mufti Perak yang mengatakan Sure Heboh Haram bawa sajalah karnival Perkampungan Hadhari. kenapa perlu karnival Jom Heboh!! Apakah rakyat negeri Perak mati jika tiada hiburan dan Jom Heboh? Nampaknya CEO Farid TV3 Ridzuan ni dah melampau.. masa baru baru hari tu rajin pergi Umrah, buat rancangan Islamik, sekarang ni dah jauh tersesat dengan pelbagai rancangan hiburan dan mencabar Fatwa Mufti Perak. Bila dah jiwa iyu asyik hiburan, mulalah sekarang memulakan kembali laporan Fitnah. maka bertepatanlah seluruh pendokong perubahan BOIKOT TV3!!!
|
|
|
| |
| SPR KECEWA TIADA KERJASAMA-Usaha menyediakan senarai daftar pemilih yang bersih |
| 05.01.07 (4:20 pm) [edit] |
PUTRAJAYA, Rabu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang kurang memberi kerjasama dalam usahanya menyediakan senarai daftar pemilih yang bersih. Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata selain Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerjasama daripada agensi kerajaan, termasuk polis, Jabatan Imigresen dan mahkamah, amat mengecewakan. "Walaupun SPR sudah berkali-kali mengutus surat kepada pihak berkenaan, ada yang masih belum berjawab, termasuk yang sudah dihantar hampir dua tahun lalu,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini hari ini. Beliau berkata, SPR memerlukan kerjasama yang lebih baik daripada agensi berkenaan bagi mendapatkan maklumat untuk membolehkannya menyemak dan mengeluarkan nama pemilih yang tidak sepatutnya berada dalam daftar pengundi. Katanya, ini kerana SPR tidak boleh membatalkan nama mana-mana pengundi dengan sewenang-wenangnya tanpa arahan terus daripada agensi kerajaan yang bertanggungjawab. "Kelembapan penguatkuasaan membanteras pengeluaran kad pengenalan palsu mengakibatkan SPR terpaksa menerima pendaftaran mengundi, walaupun ia tidak layak kerana SPR tiada kepakaran memastikan kesahihan sesuatu kad pengenalan. "Setakat ini, SPR hanya menerima kerjasama yang amat baik daripada JPN dari segi perkongsian maklumat bagi mengemas kini daftar pengundi supaya bebas daripada pengundi hantu dan pengundi palsu. "Bagaimanapun, saya akui agak mustahil bagi mewujudkan daftar pemilih yang 100 peratus bersih,"katanya. Abdul Rashid berkata, maklumat mengenai nama orang yang sudah meninggal dunia atau orang yang dipenjara dan orang yang hilang kewarganegaraan juga lambat diterima oleh SPR. "Nama emak saya yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu pun masih ada dalam senarai pemilih," katanya. Beliau berkata, tugas SPR akan lebih terurus jika polis dan mahkamah lebih proaktif menyampaikan maklumat mengenai penangkapan pemilik kad pengenalan palsu atau keputusan melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang supaya daftar pemilih dapat dikemas kini segera. Abdul Rashid berkata, pendedahan yang dilakukan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai petisyen pilihan raya kawasan Likas baru-baru ini membuka mata pelbagai pihak kepada masalah yang dihadapi SPR, terutama di Sabah. Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan keputusan pilihan raya Likas adalah tidak sah kerana ada pengundi didapati bukan warganegara, selain penemuan wujudnya pengundi hantu. Kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pendatang izin adalah satu masalah khusus bagi Sabah.SPR tidak mendapati masalah seumpama itu di negeri lain, termasuk di Sarawak. Abdul Rashid berkata, pendatang asing di Sabah begitu mudah mendapat kad pengenalan palsu kerana ia dijual dengan berleluasa termasuk pasar malam. Katanya, pihak penguat kuasa berkenaan perlu mengambil iktibar daripada isu Likas dan menangani masalah peningkatan kemasukan pendatang haram dan penjualan kad pengenalan palsu di negeri itu. "Ini bukan masalah baru kerana saya turut menghadapi masalah yang sama selama 17 tahun sebagai Setiausaha SPR sebelum menjadi pengerusi November lalu,"katanya. Bagaimanapun, beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan gembira kes seumpama itu diberi penghakiman yang saksama kerana dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingannya. Abdul Rashid berkata, pemilih mendaftar menggunakan kad pengenalan palsu mula diatasi apabila JPN mempunyai pangkalan data warganegara berkomputer sejak Mei 1999 yang berjaya mengesan kira-kira 500,000 nama menggunakan nombor kad pengenalan yang diragui, meninggal dunia atau hilang kelayakan. Tindakan pembersihan yang dimulakan tahun lalu akan berterusan, semua pendaftaran baru dapat dipastikan sahih dan sejak tahun lalu, tidak ada pemohon dengan kad pengenalan palsu yang berjaya menyamar bagi mendaftar dengan SPR. Mengenai masalah menyediakan daftar pemilih mengikut alamat kad pengenalan, beliau berkata Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mewajibkan seseorang yang berpindah menukar kepada alamat baru dalam tempoh 90 hari, tidak dikuatkuasa secara tegas sekarang. Justeru, katanya, SPR terpaksa membenarkan pengundi mendaftar mengikut kawasan yang dipilih sebagai alamat kediamannya dan berpuas hati mempunyai hak pemastautin mengikut Perlembagaan Negara.
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|