Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Pembangkang Perlukan Perubahan?
04.30.07 (1:02 pm)   [edit]
Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengulas panjang mengenai topik ini kerana ianya banyak diulas oleh rakan-rakan siber seperti Dato’ Ron, Raja Petra dan sebagainya. Namun saya beranggapan perlu juga saya meluahkan idea pemikiran saya agar ianya boleh ditakrifkan sebagai pemangkin perubahan dalam partai pembangkang.

Partai Pembangkang (bergantung kepada dimana lokasi mereka berada) seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain lagi perlulah berubah. Berubah dari ertikata fizikal dan mental. Perubahan adalah perlu untuk memastikan kejayaan perjuangan mereka dimasa akan datang. Kelangsungan perjuangan pembangkang perlulah ditakrifkan sebagai suatu “check and balance” yang diperlukan oleh tanah air yang tercinta ini.

Sejak dari bermulanya kemerdekaan Malaysia, partai pembangkang telah wujud. Ada yang melebelkan parti pembangkang sebagai puak kiri malah ada juga yang melebelkan pembangkang sebagai subversif. Namun rasional pembentukan dan perjuangan pembangkang adalah sesuai dengan naluri manusia yang kritis atas banyak isu.

Dengan berakhirnya pilihanraya kecil DUN Ijok semalam, maka kita akan dapat lihat bagaimana tidak berupayanya partai pembangkang memantapkan organisasi serta kesefahaman di antara mereka. Malah banyak juga insiden yang tidak terkawal dikatakan dilakukan oleh pembangkang. Pada pandangan saya (anda berhak untuk menyanggah komentar saya ini), sewajarnya pimpinan pembangkang memerlukan satu revolusi dalam pentadbiran dan pengawalan.

Malah jika mereka di”provoke” oleh hantu-hantu didalam Barisan Nasional, mereka sepatutnya tidak melatah malah adalah lebih baik mereka (partai pembangkang) bersikap professional. Para pemimpin dan pengikut mereka (parti pembangkang) perlulah mengawal tindakan mereka serta bertindak menjauhi provokasi tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa beberapa insiden di Ijok didalangi sekumpulan ahli dan pemimpin Barisan Nasional yang tidak professional (anda boleh kenalpasti sendiri) namun kemampuan pimpinan atasan mereka mengawal (malah “blackout”kan isu ini) dari pengetahuan pengundi. Kemampuan pimpinan atasan Barisan Nasional memperkudakan semua media termasuklah syarikat pengendali telekomunikasi amatlah berjaya sehinggakan para pengundi terpedaya.

Tan Sri Khalid Ibrahim contohnya tidak mempunyai satu kemampuan menangani asakan soalan daripada wartawan (yang selalunya memanipulasikan soalan dan jawapan) sehinggakan terserlah kepincangan, kelemahan serta kekalutan beliau. Sewajarnya dimasa akan datang calon sepatutnya membiarkan pegawai PR mereka (atau pimpinan atasan mereka) memberikan komentar.

Di pihak Parthiban pula, dia amat kurang memberikan komentar di dalam televisyen malah imej tersenyumnya (dia memang bukan suka tersenyum tetapi ianya adalah efek dari aturan gigi yang dimiliki olehnya) sahaja yang menjadi tumpuan. Semua komentar serta ulasan diulas serta diwarwarkan oleh Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, Najib Tun Razak ataupun Abdullah Ahmad Badawi. Jadi kekurangan Parthiban tidak dapat dikesan oleh pengundi dan ini menyelamatkan imejnya.

Oleh yang demikian jika di masa akan datang ada berlakunya mana-mana pilihan raya kecil (tumpuan yang biasanya besar berbanding pilihanraya umum), adalah diharapkan calon yang dikemukakan oleh partai pembangkan perlu melalui satu siri latihan “Public Relation” (PR) dan semua komentar perlu dikawal agar tidak berlaku kesilapan dimata pengundi.

Pengundi berhak untuk memilih siapa juga walaupun mereka tahu bahawa calon yang mereka pilih adalah pengamal rasuah. Biasanya pengundi sanggup dijamu dengan segala kemewahan sementara. Ini bukanlah perkara pelik kerana ianya juga berlaku diseluruh dunia.

Jadi kesimpulannya ialah partai pembangkang perlu menilai semula semua bakal-bakal calon yang akan mereka letak sama ada didalam pilihan raya kecil mahupun pilihanraya umum jika mereka berhasrat untuk memerintah Malaysia. Jangan biarkan calon yang kurang sesuai serta mempunyai banyak kesilapan semasa diwawancara menjadi ayam tambatan. Semua partai pembangkang perlulah menubuhkan satu “collaboration&rdqu o; diantara mereka demi untuk menjayakan misi mereka.

Tahniah kepada Barisan Nasional (atas kemenangan yang mungkin juga disebabkan oleh pengundi virtual @ hantu). Tahniah kepada Parthiban kerana menjadi wakil virtual @ wakil hantu kerana daftar pemilih yang ternyata kotor. Tahniah juga kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya menjual maruah anda sebagai suruhanjaya bebas.

Sekalung tahniah juga kepada semua perayu undi dari kedua-dua belah pihak (parti pembangkang dan kerajaan) kerana anda berjaya dalam tugas anda. Cuma satu ingatan dari saya, jika anda rasuah, menipu atau memanipulasi maklumat, sila sediakan jawapan anda apabila disoal nanti dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.
 

Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
(http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)

 
Menang dengan cara samseng, Pemuda Umno belasah petugas PAS di Ijok
04.30.07 (1:01 pm)   [edit]
Pemuda Umno sudah mewarisi sikap provokasi, samsengdan biadap anak menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan ianya terbukti di hari penamaan calon sehingga hari pengundian dalam Pilihan raya Dun Ijok.

Advertisement

Bagaimanapun, sikap samseng Khairy dan kuncu-kuncunya tidak didedahkan langsung oleh media arus perdana, sebaliknya petugas dan pemimpin KeADILan dan PAS dilemparkan fitnah seolah-olah semua ketegangan berpunca daripada penyokong KeADILan.

BN khususnya Pemuda Umno bermaharajalela menunjukkan kesamsengannya ditambah pula dengan sikap `bacul' pihak Polis yang ternyata menyebelahi mereka.

Kejadian tragis yang berlaku jam 6.30 pagi 28 April (Sabtu) di Simpang Tiga Ijok, enam petugas PAS yang sedang meronda dan memantau seluruh kawasan di Ijok telah di belasah oleh lebih 20 orang Pemuda Umno.

Petugas PAS dibelasah ketika mereka mahu membetulkan banner KeADILan yang jatuh di hadapan rumah Umno Klang.

Tanpa disedari lebih kurang 20 Pemuda Umno datang terus membelasah, terajang, sepak, pukul dengan menggunakan kayu terhadap petugas PAS tanpa usul periksa.

Enam petugas PAS lima orang teruk dibelasah dan seorang terpaksa melarikan diri dan terus ke balai Polis meminta bantuan.

Seorang petugas, Abu Bakar Samad, 44, dari Ulu Langat cedera parah kerana dibelasah, diterajang dan dipukul menggunakan kayu sehingga pengsan.

Beliau dihantar ke hospital Sungai Buluh dan dibenarkan keluar jam 2.30 petang, 29 April (Ahad).

Borhan Haji Osman pula dipukul teruk di mukanya sehingga matanya lebam dan benjol oleh beberapa orang Pemuda Umno yang duduk di atas perutnya.

Naib Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Naza Abdul Latif cedera parah di kepala dan dijahit 16 jahitan kerana dihentak dengan kayu.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Langat, MatJan Sulong pula patah gigi dan lebam di muka dan dibadan. Manakala Bendahari PAS, Mohd Shah Mior lebam di tangan kerana beliau sempat mengelak pukulan daripada Pemuda Umno yang menggunakan kayu.

Ketika itu beliau berada dalam kereta dan sempat keluar terus melarikan diri ke balai Polis, Simpang Tiga Ijok.

Selepas lima minit kejadian itu, Ketua Pemuda PAS Ulu Langat, Sani datang dan mendapati Abu Bakar tidak sedarkan diri kerana mengalami kecederaan teruk.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan sikap `bacul' pihak Polis yang sudah berada di tempat kejadian itu tetapi tidak mengambil tindakan tegas terhadap samseng Umno tersebut.

Ini kerana katanya, "Masa saya sampai Polis ada di situ dan membiarkan Pemuda-pemuda Umno itu terus memukul petugas PAS. Kalau betul Polis telus mereka boleh jalankan siasatan terus di rumah Umno Klang." Khairy pencetus provokasi

Pilihan raya kecil Dun Ijok tercatat dalam sejarah di negeri Selangor kerana terpaksa menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk meleraikan segala ketegangan.

Ketegangan bermula di hari penamaan calon, 19 April sehingga hari pen

undian. Ketika di Kampung Jaya Setia, ketua samseng, Khairy terlolong-lolong sambil menunjukkan tangannya ke arah penyokong KeADILan provokasi untuk memulakan pergaduhan.

Nama AJK KeADILan Bahagian Kuala Selangor, Azmi Mohamad yang kebetulan botak dipermain-mainkan oleh penyokong Pemuda Umno, Puteri Umno dan Wanitanya. Tanpa malu mereka terjerit-jerit; "Botak, botak, botak, tuan keluarkan botak, ketepikan botak," di saksikan para wartawan, pengundi dan pihak Polis.

Perkara yang sama juga berlaku di Sekolah Bukit Badong, ketika Khairy datang bersama Ketuanya, Dato' Hishamuddin Hussein semua penyokong BN terlolong-lolong mengejek penyokong KeADILan.

Suasana menjadi panas di mana-mana sahaja adanya Khairy. Memang Khairy pencetus provokasi.
 
Cerita mangsa serangan samseng, Pemuda PAS kutuk keganasan Pemuda Umno
04.30.07 (1:00 pm)   [edit]
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk tindakan ganas samseng-samseng Umno yang menyerang dan merompak petugas-petugas Pilihanraya BA dalam pilihan raya kecil N.11 Dun Ijok yang lalu.

Advertisement

Pemuda Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan mereka yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini, mendesak agar pihak Polis membuat tangkapan dan menyiasat kes terbabit.

Menurut Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad beliau mahu agar pemimpin Umno meminta maaf dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Mangsa kejadian iaitu seorang pemuda PAS dari Hulu Langat, Nazar Abdul Latif dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut kejadian tersebut.

Menurut beliau, pada pukul 6.15 pagi, 28 April 2007 iaitu pada pagi hari pengundian selepas menunaikan solat subuh beliau dan lima orang petugas lain melihat satu banner yang tertulis “Anwar Agen Yahudi” digantungkan ditepi jalan, tidak jauh dari Bilik Gerakan Pilihan Raya BN yang dihuni oleh ahli Umno Klang.

Pemuda-pemuda cuba menurunkan banner berkenaan. Namun sebelum sempat banner diturunkan, seramai lebih 40 orang petugas Umno Klang dari dalam longkang yang berhampiran menyerang mereka.

Rupa-rupanya samseng Umno ini sengaja memasang banner tersebut sebagai perangkap dan bersembunyi di dalam longkang sambil menantikan mangsa mereka.

Mereka sanggup tidak bersolat subuh semata-mata untuk melakukan tindakan keji tersebut. Petugas Umno yang berusia sekitar 20-40 tahun ini menyerang mereka beramai-ramai dengan bersenjatakan kayu dan belantan.

Dalam keadaan panik, tiga orang dari petugas PAS ini sempat melarikan diri dengan sebuah kereta menuju ke balai polis berhampiran.

Nazar bersama dua orang lagi petugas iaitu Abu Bakar dan Mat Jan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan ditengah-tengah jalan.

Beberapa kenderaan yang lalu cuba berhenti untuk membantu, namun mereka terpaksa memecut laju bila mana samseng Umno ini membaling kayu panjang ke arah mereka sebagai amaran untuk tidak masuk campur.

Sebuah kereta kancil terkena kayu berkenaan dan pemandunya telah membuat laporan di balai polis berdekatan yang teletak hanya 50 meter dari tempat kejadian.

Beberapa anggota polis tiba setelah menerima dua laporan. Apa yang mengecewakan adalah sikap pegawai polis tersebut kerana tidak berbuat apa-apa.

Mereka hanya memerhatikan ahli-ahli Umno ini memukul petugas PAS berkenaan sehingga mereka lemah dan tidak berdaya untuk bangun.

Kenderaan mangsa juga rosak teruk kerana dipecahkan dan duit sebanyak RM 1,000 bersama telefon bimbit mereka turut dirampas oleh samseng-samseng Umno ini.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan oleh 3 orang sahabat mereka. Mat Jan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar. Nazar pula menerima 16 jahitan di kepala, manakala Abu Bakar telah ditahan di hospital kerana pendarahan di telinga kesan dari hentakan yang kuat dan beliau telah dibenarkan keluar hospital pada awal pagi 29 April 2007.

Laporan Polis telah dibuat sekali lagi selepas itu di Balai Polis Ijok, namun pegawai polis di situ enggan menerima laporan berkenaan dan menasihatkan mereka membuat laporan di Balai Polis Batang Berjuntai.

DPPWP amat kesal kerana pihak polis masih lagi tidak mengambil apa-apa penangkapan atau siasatan terhadap kes ini walaupun telah ada tiga laporan yang dibuat.

Tegas Kamaruzaman, sikap Polis yang bersubahat dengan samseng Umno ini amatlah memalukan dan mencemarkan nama baik institusi PDRM diseluruh negara.

DPPWP menyifatkan samseng-samseng ini sebagai manusia bacul yang tidak berakal kerana bertindak liar, malah lebih buruk dari haiwan kerana menyerang tiga orang petugas PAS yang tidak bersenjata secara beramai-ramai.

Beliau menganggap pemuda Umno ini hanya berani berdepan dengan ahli PAS bila mereka ramai, tetapi petugas PAS bersedia menghadapi mereka walaupun tidak ramai. v Justeru, DPPWP menggesa agar seluruh ahli PAS melakukan solat hajat agar Allah menunjukkan kuasanya kepada samseng-samseng Umno yang bacul ini.
 
Gambar keganasan petugas BN di awal hari pengundian
04.29.07 (11:27 pm)   [edit]

INIKAH pilihan raya yang adil sebagaimana yang didakwa oleh pihak pemerintah? Atau pilihan raya kecil Ijok menjadi medan membalas dendam oleh Barisan Nasional. Berikut adalah antara beberapa rakaman yang diperolehi oleh petugas Harakahdaily dalam kejadian ganas oleh petugas BN terhadap petugas BA awal pagi tadi.

Advertisement

Image Image

Image Image

Image Image

 
NAJIB TUN RAZAK: MALAYSIA KOMITED DALAM PEPERANGAN MEMBANTERAS RASUAH
04.25.07 (11:41 am)   [edit]

Saya kadang-kadang terasa hendak ketawa geli hati dan kadang-kadang terasa amat sedih melihat gelagat para pemimpin UMNO yang berani bercakap bohong dihadapan public. Geli hati melihat cara para pemimpin UMNO bercakap bohong secara terang-terangan, tanpa berselindung terutama ketika hendak mempertahankan diri atau kerajaan seolah-olah seluruh rakyat Malaysia ini bodoh [kecuali beberapa kerat professor universiti yang sanggop menjadi kuda tunggangan dan pencacai UMNO] tidak mengikuti perkembangan semasa.

Sedih pula apabila melihat para pemimpin UMNO itu bersungguh-sungguh menutup segala jenis kehaprakan dan kebohongan mereka itu dengan muka selamba berkebolehan berlakon dan sandiwara mendodoi rakyat dengan berbagai gaya menunjukan yang mereka itu baik, amanah, jujur, bertangungjawab dan yang penting bagi mereka ialah menyakinkan bahawa mereka menjaga kepentingan rakyat lebih daripada menjaga kepentingan diri. Lebih-lebih lagi pemimpin itu terdiri di kalangan orang-orang Islam yang hukumnya berdosa yang pasti akan menerima pembalasan diakhirat nanti. Itu adalah ajaran Nabi Muhammad s.a.w, bukan daripada ajaran Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi yang serba boleh mengikut kesesuai masa dan tempat.

Contoh terbaru, pada 24.4.2007, hari Selasa semalam, satu majlis sempena ulang tahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan Institut Integriti Malaysia telah diadakan. Setiausaha Agung Komanwel Don McKinnon telah hadir ke majlis tersebut untuk menyampaikan ucapannya sempena pelancaran Institut Integriti Malayasia. Dalam ucapannya McKinnon berkata:

“RASUAH ANTARA LAIN ADALAH MENYOGOK, NEPOTISMA, PAKATAN YANG MERAGUKAN, KARTEL DAN PILIHNARAYA YANG TIDAK ADIL. HAPUSKAN RASUAH DAN KEPIMPINAN YANG BURUK MAKA SECARA LANGSUNG AKAN TERHAPUSLAH KEMISKINAN”
Najib Tun Razak, selaku Timbalan PM dijemput merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, Najib dengan muka selamba berkata :
“RASUAH DAN SOGOKKAN ADALAH MERUPAKAN MASALAH BESAR DALAM PERTUMBUHAN SEBUAH MASYARAKAT DEMOKRASI DALAM NEGARA INI. WALAUBAGAIMANAPUN KATANYA MELALUI PELAN INTEGRASI NASIONAL NILAI-NILAI HIDUP RAKYAT DALAM HAL INI SEMAKIN BERUBAH”.
Lihat kenyataan Najib. Beliau terang-terang berbohong dalam majlis yang hendak mendidik rakyat supaya menjadi manusia yang beramanah, ikhlas dan ada akauntabiliti, tetapi seluruh dirinya sendiri terpalit ‘shit’ yang paling berbau busuk merebak ke seluruh dunia melalui media.

Dalam setiap pilihanraya kecil [termasuk PRU] yang Najib menjadi kaptennya, Najib melakukan perkara-perkara yang berlawan apa yang dia diucapkan itu. Pemimpin jenis ini, Islam melarang mengangkatnya menjadi pemimpin umat. Sekiranya umat tetap memilih pemimpin jenis, maka kehancuran akan menunggu terhadap umat tersebut. Rahmat Allah tidak akan turun.

Najib bersama-sama dengan kabilahnya melakukan berbagai gejala rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menggunakan harta awam dengan sewenang-wenangnya. Lihat di Ijok, siapakah yang melakukan amalan rasuah dan ketidakadilan dalam pilihanraya kecil ini. Najib dan kerajan pimpinan UMNO telah perkara-perkara seperti berikut:

  • Parti pembangkang tidak dibenar menghantar ejen menyelia pembuangan undi pos oleh anggota polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan bebas dalam semua pilihanraya yang berlangsung.
  • Melarang liputan media yang berat sebelah, tidak jujur dan tidak benar, sama ada di media cetak, radio atau televisyen sewaktu kempen dalam semua pilihanraya kecil dan umum, seperti penyiaran kartun tidak beretika, tulisan, siaran serta iklan untuk “menakutkan” pengundi terhadap pembangkang.
  • Mengamalan politik wang dalam setiap pilihanraya
  • Penyalahgunaan sumber-sumber dan dana kerajaan sewaktu kempen pilihanraya.
  • Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ‘sementara’ dengan memberi peruntukan dan membuat janji-janji pilihanraya berhubung projek-projek pembangunan, atau penyalahgunaan kuasa oleh menteri kerajaan ‘sementara’ dengan menggunakan wang rakyat untuk berkempen seperti bagi kos perjalanan serta penyalahgunaan sumber-sumber awam. Hasilnya, kerajaan UMNO/BN gagal memastikan sebuah pilihanraya yang "bebas, adil dan bersih”.
 
Di Ijok rasuah dan meyalahgunaan kuasa berluasa tanpa sekatan. Di Ijok duit berterbangan jutaan ringgit, lihat ini :


Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/66363" title="http://www.malaysiakini.com/news/66363" target="_blank"http://www.malaysiakini.com/n...
 

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/65764" title="http://www.malaysiakini.com/news/65764" target="_blank"http://www.malaysiakini.com/n...

Di Batu Talam, berjuta ringgit ditaburkan merasuah para pengundi. Penyalahgunan harta awam berluasan, lihat gambar-gambar ini :
  
 
Jadi, kesimpulannya Najib mewakili ‘golongan IBLIS’ akan buat apa sahaja untuk menang. Janji pilihan raya bukan rasuah kata ketua barua dan iblis laknatullah Pengerusi SPR. Maksud ini iblis selain janji pilihanraya tidak dikira sebagai rasuah, maka tafsiran ini juga boleh digunapakai untuk berjudi yang kerajaan keluarkan lessen, tidak dikira berjudi dan tidur dengan pelacur juga tidak dikira sebagai berzina [sah sebagai suami-isteri] sekiranya kerajaan memberi lesen kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan seks ini.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai

 
SAH! … Najib bukan pilihan ayahandanya
04.25.07 (11:39 am)   [edit]
Lanjutan tulisan IB bertajuk ”Najib bukan pilihan ayahandanya” (23 April 2007) dan kesilapan besar Najib mengaitkan ayahandanya dalam peristiwa ”Dawn Raid” Guthrie, IB menelefon datuk saudara IB itu petang tadi.
 
Komennya ... ”sahlah bila ayahnya kata Najib itu bodoh dan malas membaca”. Beliau mengulangi cerita yang kerap dia ceritakan peristiwa ketika di rumah Tun Razak (semasa menjadi TPM) bersama beberapa pimpinan UMNO lain, didapati beberapa anak-anak Tun Razak sedang mengaji Quran. Datuk saudara saya menyapa ”rajin budak-budak ngaji!”.
 
Tun Razak menjawab ”Ish, malas tu, Najib tu bodoh dan malas belajar, payah sikit hok sulung gitu ... adik dia jauh (lebih) pandai
 
Dengan berlakunya kesilapan yang memalukan Najib yang mengatakan ”dawn raid” adalah hasil usaha politik ayahandanya maka terbukti Najib ini tidak cerdik (bahasa tepat = bodoh) dan malas membaca (sepertimana kata ayahandanya sendiri).

Utusan 23 April (dan media-media lain) melaporkan ”Khalid perlu cakap benar – TPM” dengan laporan berikut:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu sepatutnya bercakap benar mengenai perkara tersebut dan jangan memutarbelitkan fakta untuk memancing undi.
Beliau memberitahu, Tan Sri Mohd. Desa Pachi selaku CEO PNB pertama, Tun Dr. Ismail (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Allahyarham ayah beliau sendiri, Tun Abdul Razak yang bertanggungjawab merintis kejayaan mem bawa balik Guthrie ke negara ini.
Bodohnya Najib ni dan tidak membacanya Najib ni maka terhasilah kesilapan fakta yang besar dan MEMALUKAN:

1.    & nbsp;  ”Dawn Raid” berlaku pada tahun September 1981. Walhal ayahandanya telah meninggal pada Januari 1976.
Lihat: http://www.guthrie.com.my/html/history.html" title="http://www.guthrie.com.my/html/history.html" target="_blank"http://www.guthrie.com.my/htm...

On 7 September 1981, Permodalan Nasional Berhad ("PNB") acquired the entire ordinary share capital of GCL.

2.    & nbsp;  Pengambilalihan Guthrie dilakukan oleh PNB pada September 1981. Dan Dr. M jadi PM pada 16 Julai 1981. Dan sebelum Dr. M – ayahandanya Tun Razak telah digantikan oleh pak saudara Najib sendiri (Hussien Onn) selama 5 tahun. Jauhnya selangnya tu.

Sila baca: Anglo-Malaysian Relations: Old Roles versus New Rules
Roger Kershaw - International Affairs (Royal Institute of International Affairs 1944-), Vol. 59, No. 4 (Autumn, 1983), pp. 629-648


3.    & nbsp;  Najib kata Desa Pachi beritahu Tun Ismail terlibat. Najib yang malas membaca ingat Tun Dr. Ismail TPM masa ayahnya. Tapi rupanya Desa Pachi sebut Tun Ismail Ali – Pengerusi PNB masa itu yang juga ipar Dr.M (abang Hasmah).
Utusan 23 April:

Beliau memberitahu, Tan Sri Mohd. Desa Pachi selaku CEO PNB pertama, Tun Dr. Ismail (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Allahyarham ayah beliau sendiri, Tun Abdul Razak yang bertanggungjawab merintis kejayaan membawa balik Guthrie ke negara ini.


Ini yang sebenarnya dikatakan oleh Desa Pachi seperti disiarkan oleh Utusan 22 April:

Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang pertama, Tan Sri Mohd. Desa Pachi berkata, usaha membawa balik Guthrie, yang sebelum itu dikenali sebagai Guthrie Corporation PLC diserahkan kepada PNB iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan. [Disebut PNB baru ditubuhkan – macammana jadi zaman Tun Razak?]


Dan kata Desa Pachi lagi:

“Saya masih ingat lagi apabila Tun Ismail memanggil saya di pejabatnya memaklumkan bahawa seorang pegawai Rotchild (sepatutnya Rothschild – Utusan pun tak reti nak eja bila lapor!), Jock Armitage akan datang ke Kuala Lumpur dari London untuk menemui saya menerangkan tentang projek dawn raid.

[Bukan Tun Dr. Ismail .... macammana Najib boleh pergi sebut Tun Dr. Ismail pulak?]
IB nak tunggu komen Dr.M bila projek hasil buah fikiran dia ada orang lain pulak mengaku.


4.    & nbsp;  Khalid memang terlibat masa ”Dawn Raid” – sekurang-kurangnya sebagai Pengurus Pelaburan semasa itu.

Ini diakui oleh Desa Pachi sendiri:

Mohd. Desa berkata, setelah mendapat maklumat lanjut mengenai projek dawn raid, dan menerima arahan Tun Ismail supaya PNB meneruskan usaha itu, beliau telah mengarahkan Khalid yang pada masa itu pengurus pelaburan PNB untuk memantau usaha membawa balik Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.


Yang peliknya Najib berucap demikian semasa melancar Kempen Galakan Membaca – dia sendiri tidak membaca sejarah.

Utusan:

“Jadi sapi jangan ambil nama. Dalam pilihan raya ini cakap yang benar, jangan benda-benda yang tidak benar pun ingin kaitkan,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Galakan Membaca di Sekolah Kebangsaan Ijok di sini hari ini.

Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyanggah apa yang disebut oleh Najib yang cuba menjadi sapi untuk mendapat nama. Rupa-rupanya Najib jadi sapi ....
 
 
Sekian
Ibrahim Baba
 
BUAT KHIR TOYO:SATU HARI SATU PENDEDAHAN
04.23.07 (11:50 am)   [edit]
Pendedahan Keempat:

Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas lima bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak akan mampu membayar semua pinjamannya itu.

Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000. Dr Khir juga perlu menjelaskan kepada umum apakah benar beliau menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%.

Mengikut rekod, Dr. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" title="http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" target="_blank"http://wordpress.com/tag/1-ha...


Pendedahan Ketiga:

Dr Khir Toyo perlu menjawab apakah benar beliau telah meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).

Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir.

Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" title="http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" target="_blank"http://wordpress.com/tag/1-ha...


Pendedahan Kedua:

Dr Khir Toyo telah meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. Dalam masa yang sama Dr. Khir perlu menjawab apakah benar beliau meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat.

Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol beliau, Dr Karim Mansor.

Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" title="http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" target="_blank"http://wordpress.com/tag/1-ha...


PENDEDAHAN PERTAMA

Sebagai mana yang telah saya janjikan, hari ini saya akan memulakan siri kempen 1 Hari 1 Pendedahan, khusus didedikasikan buat Dr Mohamad Khir Toyo bagi beliau menjawab dan merungkai semua pertanyaan yang selama ini membelenggu rakyat Selangor dan Malaysia amnya.

Pendedahan Pertama:

Khir Toyo perlu menjawab dakwaan yang mengatakan beliau telah eluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir.

Manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntunganminimum RM20 juta.
Rakyat menuntut jawapan konkrit daripada Khir Toyo!

- Shamsul Iskandar Md Akin
http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" title="http://wordpress.com/tag/1-hari-1-pendedah an/" target="_blank"http://wordpress.com/tag/1-ha...

Kiriman: Keadilan Rakyat <pkr_news@yahoo.com>

 
Siapa Di Belakang Indeks Komposit?
04.19.07 (1:17 am)   [edit]
Maaflah Najib Tun Razak, saya agak “skeptik” terhadap Indek Komposit ini.

Rata-rata sejak kebelakangan ini saya hanya mendengar komentar ekonomi hanya dari Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri. Namun saya tidak mendengar ulasan ekonomi dari pakar ekonomi ataupun dari pandangan Puan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Apa yang telah terjadi. Lonjakan Indeks Komposit “kononnya” telah mencecah paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu 1,322 mata. Hebat sungguh kekuatan ekonomi Malaysia. Memang tidak dinafikan, itulah data yang boleh anda dan saya dapat dari Bursa Malaysia. Bursa Malaysia dikenali umum dikalangan pelabur adalah satu bursa sandaran kepada bursa Singapura.

Jika Indeks Komposit (IK) di Singapura meningkat, maka peluang untuk IK di Bursa Malaysia pastinya akan naik sama. Teori domino paling digunapakai dalam mentafsirkan kesan serantau pada pasaran saham dan pelaburan. Bursa Singapura pula dipengaruhi juga oleh Bursa Hong Kong dan Jepun. Bagi yang berminat untuk mengetahui akan situasi ekonomi serantau dan dunia, anda digalakkan mendapatkan khidmat Bloomberg.

Utusan Malaysia melaporkan (BACA SINI) bahawa kenaikan Indeks Komposit di Bursa Malaysia adalah disebabkan oleh pembelian saham mewah oleh pelabur yang memasuki pasaran pada harga rendah. Malah Najib Tun Razak ada menyatakan bahawa mentaliti pelabur di Malaysia kini sudah berubah dan pandai memilih masa yang sesuai untuk melabur.

Persoalannya disini, siapakah pelabur yang melonjakkan Indeks Komposit dengan membuat pelaburan pada kadar rendah? Adakah ianya pelabur runcit (pelabur minoriti) ataupun pelaburan sindiket (syndicate) yang berskala besar yang menggerakkan paras Indeks Komposit.

Jika pelabur runcit, maka tentunya modal yang mereka gunakan adalah agak besar (sekurang-kurangnya lebih dari RM700 hingga RM800 juta) pada beberapa minggu ini. Setakat ini pernahkan anda kenal mana-mana pelabur runcit yang mampunyai kekuatan ekonomi dan pelaburan sebesar itu. Tentunya tidak.

Ini bermakna hanya pelabur sindiket (syndicate) sahaja yang mampu menjana pelaburan sebesar itu. Siapa pelabur sindiket (syndicate) tersebut. Adakah pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) boleh memberikan data-data pelabur sindiket yang menggerakkan Indeks Komposit.

Disini saya ingin memberikan anda satu gambaran tentang siapa sebenarnya pelabur sindiket (syndicate) tersebut.

1. Mempunyai modal mudah-alih sebanyak sekurang-kurangnya RM800 juta
2. Mempunyai pakar pelaburan (investment planner) yang bagus dan cekap.
3. Mempunyai dana sokongan tambahan sekiranya perlu (paling kecil sebesar RM200 juta).

Jadi siapakah pelabur sindiket tersebut (syndicate).

1. Mungkin KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Perkerja)
2. Mungkin KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen)
3. Mungkin Amanah Raya Berhad
4. Mungkin Kumpulan CIMB
5. Mungkin Kumpulan Maybank
6. Mungkin LTH (Lembaga Tabung Haji)
7. Mungkin LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera)
8. Mungkin ECM-LIBRA (Proksi kepada Temasek Group)

Tujuan menaikkan Indeks Komposit?

1. Untuk menyakinkan pengendali dana asing
2. Untuk menyakinkan pelabur industri
3. Untuk menyakinkan rakyat Malaysia (bakal pengundi Piliharaya tidak lama lagi)
4. Untuk mengaut keuntungan segera (memerangkap pelabur runcit)
5. Untuk mengumpul dana pilihanraya.

Jadi… Kesimpulannya..

Siapa sebenarnya dibelakang kenaikan Indeks Komposit (IK)?
 

Kita semua boleh tunggu dan lihat…
 

Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
(http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)

 
Operasi Risikan Antarabangsa? (Episod 1)
04.19.07 (1:15 am)   [edit]
Malaysia adalah satu kuasa ekonomi di rantau Asia Tenggara suatu masa dahulu. Malah Malaysia pernah dilabelkan sebagai “Tiger of Asia” atas kekuatan ekonomi yang ada padanya sekitar tahun 80?an dan 90?an.

Pada ketika itu, perang dingin masih lagi ujud diantara blok komunis dan blok yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan Britain. Kekuatan ekonomi Malaysia menyebabkan beberapa pihak mencemburui dan seterusnya menggunakan segala usaha mereka untuk mengekangnya daripada terus mantap dan berjaya.

Singapura walaupun berjiran dengan Malaysia, masih lagi bersikap prejudis terhadap ekonomi, kuasa dan politik Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku lewat tahun 80?an dan 90?an banyak yang dijanakan dari Singapura. Malah beberapa pertelagahan berkaitan dengan keselamatan negara juga pernah berlaku diantara dua negara in, walaupun ianya berjaya dikawal sehingga tidak mencetuskan kegawatan keselamatan.

Namun, seperti biasa bila mana sesebuah negara yang tidak mempunyai hasil galian dan kawasan yang terhad, pastinya akan senantiasa meragui kejujuran jiran mereka. Cuba kita lihat senario yang berlaku di Asia Barat (Israel dan Palestine). Israel senantiasa meragui akan jiran-jirannya seperti Jordan dan Syria. Malah mereka pernah cuma menggempur dan berperang dengan dua negara jiran ini.

Walaupun Malaysia tidak pernah (tidak akan) berkonflik dengan Singapura menggunakan kekuatan ketenteraan, namun kewaspadaan perlulah senantiasa ada. Singapura sejak dahulu lagi dikenali sebagai satu proksi Amerika Syarikat dikawasan Asia Tenggara. Malah kemudahan keselamatan yang diperolehi oleh Singapura melangkau jauh dari sudut teknologinya dari jiran-jiran negara lain yang berhampiran. Kemudahan yang dibekalkan oleh pihak Amerika Syarikat dengan kerjasama Israel sebagai penasihat keselamatan telahpun digunapakai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Singapura.

Beberapa tindakan penyusupan telah dilakukan (senantiasa dilakukan) oleh pihak agensi risikan Singapura melalui tindakan pesawat terbang tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicle - UAV) telah dilakukan dibeberapa kawasan strategik seperti di Johor Selatan dan pernah ada pihak terlihat akan UAV terbang pada waktu subuh dikawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Walaupun beberapa syarikat utama pertahanan negara seperti SCS Technology ada membangunkan kemudahan UAV buatan tempatan, namun keberkesanannya masih lagi dipersoalkan, malah beberapa ujian yang gagal telah berlaku terhadap kemudahan UAV ini. Namun kita amat berharap agar Malaysia dapat menggunakan kemudahan UAV ini untuk tujuan mengawal keselamatan sempadan negara.

Penggunaan UAV yang kecil dan senyap (Predator) itu pernah juga mencetuskan kebimbangan penduduk di sekitar Tampoi dan Skudai. Namun ianya disenyapkan oleh kata-kata yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Najib Tun Razak. Malah tiada tindakan konstruktif dari pihak Kementerian Pertahanan menangani permasalahan ini.

Kita (agensi risikan tempatan) tahu bahawa Malaysia selalu digunakan sebagai lokasi pertemuan dan pertukaran maklumat diantara beberapa agensi risikan dunia yang terkenal seperti FSB, KGB, CIA, MOSSAD, MI6 serta beberapa lagi agensi risikan kecil sejak dari awal Perang Dingin lagi. Kini dunia operasi risikan menggunakan Malaysia sebagai platform yang selamat kerana kita (rakyat Malaysia) tidak mengambil peduli akan isu-isu berkaitan keselamatan.

Pada artikel (episod) yang akan datang, InsyaAllah saya akan mengupas lebih lanjut berkaitan dengan isu risikan dan keselamatan negara. Keperluan agensi risikan tempatan dan pihak pertahanan negara melaksanakan plan C4I dan lain-lain plan sokongan adalah sesuatu kemestian yang perlu dimulakan dan dipercepatkan.
 
 

Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
(http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)

 
Mungkin masa sudah tiba untuk anak muda bergerak sendiri dan tinggalkan pakatan pembangkang….
04.19.07 (1:15 am)   [edit]

Pakatan pembangkang bergaduh lagi. Kali ini kerana pilihanraya kecil Ijok. PSM dan PRIM kedua-duanya menyifatkan yang PKR bersifat perkauman apabila meletakkan calon Melayu, Khalid Ibrahim (bukan adik atau abang Anwar Ibrahim) untuk manjadi calon mewakili PKR dalam pilihanraya kecil itu. PRIM yang diketuai oleh Uthayakumar malah mendakwa parti UMNO (yang mencetuskan isu Kampung Medan dan perobohan Kuil-kuil Hindu) sebagai lebih adil terhadap kaum India berbanding PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Pergaduhan diantara parti-parti pembangkang yang sering berlaku setaip kali pilihanraya kecil sudah pasti akan mengembirakan regim Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 50 tahun. Ini adalah kerana ini akan memberikan peluang untuk Barisan nasional untuk terus berkuasa dengan lebih lama lagi.

Saya yakin ramai anak muda dalam parti-parti pembangkang yang dahagakan perubahan akan merasa teramat kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam parti pembangkang mutakhir ini. Selain daripada itu, pakatan pembangkang juga gagal untuk meyakinkan rakyat terutamanya yang atas pagar untuk menyokong mereka sebagai kerajaan alternatif bagi menggantikan regim 50 tahun Barisan Nasional jika mereka terus gagal untuk mencari kesepakatan.

Saya sejak dari dulu merasa sangsi dengan “golongan-golongan& rdquo; tua(baca: pakatan pembangkang)  ini ikhlas untuk membawa perubahan kepada negara. Yang semakin terlihat ialah ketamakan dan kerakusan untuk berkuasa. Tentang Barisan Nasional mengapa saya tak mahu bincangkan ialah kerana saya telah lama menggangap mereka adalah “syaitan besar” yang perlu dimasukkan segera oleh anak muda dalam tong sampah sejarah. Jadi pakatan pembangkang yang dahulunya saya ada menaruh sedikit harapan pada satu ketika dahulu untuk membawa perubahan sudah pasti saya akan kritik habis-habisan jika saya terlihat yang mereka semakin mengarut.

Jadi kali ini, saya ingin bertanya kepada semua anak-anak muda yang benar-benar mahukan perubahan di negara kita, apa yang kita nak lakukan? Apakah sudah sampai waktunya untuk anak-anak muda sama ada didalam dan diluar parti untuk berhenti berharap dengan pakatan pembangkang dan mulakan gerakan sendiri untuk menuntut perubahan? Atau nak terus bergantung dengan “orang-orang tua” yang hanya mahu memperkudakan kita?

 
Mufti Perak beri amaran...jadi tunggu apa lagi?
04.11.07 (8:17 pm)   [edit]

Saudara pengarang
Kajian bertajuk 'Beberapa Perkara Syubhah (Meragukan) Dalam Pelaburan Internet' telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perak menerusi laman web 24 Mac lalu mendedahkan skim pelaburan internet menyumbangkan kepada ancaman bahaya kerana bukan sahaja terlibat dengan riba tetapi bakal menyebabkan kekacauan berikutan potensi besar ditipu.

Advertisement

Laman web terbabit menjelaskan pelaburan internet jelas melanggar hukum agama terutatama tiada akad jelas ketika memulakan urusan seperti dikehendaki syarak di samping tidak menyatakan secara jelas sama ada pelaburan itu di buat di sektor halal atau pun haram.

Selain itu, punca pelaburan internet ini perlu dijauhi kerana tiada Penasihat Syariah untuk memastikan urusan pelaburan itu menepati syarak atau sebaliknya.

Dalam laman web itu juga menyebut :"Islam tidak pernah melarang umatnya menjadi kaya raya, namun kekayaan itu mesti diperolehi secara halal, dibelanjakan secara halal, tidak sombong dengan kekayaan yang ada dan menunaikan tanggunjawab sosial dan agama menerusi hartanya."

Secara ringkasnya hujah Mufti Perak berkaitan pelaburan internet ialah:

  1. ancaman bahaya kerana terlibat dengan riba

     

  2. potensi besar ditipu.

     

  3. tiada akad jelas ketika memulakan urusan

     

  4. tidak jelas pelaburan itu di buat di sektor halal ataupun haram.

     

  5. tiada penasihat Syariah

Jadi kepada 'hardcore' dan fanatik pelaburan internet, bermuhasabahlah, dan berlapang dadalah jika benar-benar mahu penyelesaian kepada hukum pelaburan internet.

Dalam dunia, siapa yang tidak mahu kaya dan ingin keluar daripada belenggu kemiskinan tetapi sanggupkah meneruskan kehidupan bersama keluarga, anak isteri dengan harta dan wang belanja yang tidak halal dan meragukan ini...tepuk dada tanya iman.

Janganlah cari pelbagai alasan yang tidak berasas untuk 'menghalalkan' namun jika ada dalil yang kuat, minta para ahli akademik, atau ahli agama yang menceburi bidang ini berdepan dengan alasan ilmiah masing-masing tetapi bukan hujah secara emosi.

Janganlah pula nanti kedengaran :" setelah semua mufti mengeluarkan fatwa, timbul pula hujah lucu, iaitu selagi mufti Indonesia, mufti Kemboja atau mufti Timbaktuu belum keluarkan fatwa selagi itulah kami akan melabur..."

Atau mereka akan selidiki pula sejarah silam mufti-mufti ini sama ada pada zaman kanak-kanaknya pernah melastik burung, mencuri mempelam atau ponteng mengaji untuk menjejaskan kredibiliti dan ingin menunjukkan pula para mufti ini tidak boleh dipercayai.

Al-quran berulang kali menyebut 'Afala Taqilun' kepada manusia untuk dijadikan panduan yang bermaksud " apakah kamu tidak berfikir?" jadi tunggu apa lagi...fikir-fikirkanlah.

 
Lojing: 'Kehebatan' BPR Kelantan bertindak dikagumi!
04.11.07 (8:13 pm)   [edit]

Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Pengarah BPR Kelantan kerana telah bertindak cepat membuka fail siasatan mengenai pembalakan di Lojing hanya dengan meneliti laporan akhbar selama seminggu.

Advertisement

Saya perturunkan petikan berita disiarkan Berita Harian, Rabu, 4 April 2007: "Pengarah BPR negeri, Md Yusoff Md Zain, berkata pihaknya membuka kertas siasatan selepas meneliti laporan media mengenai isu itu sejak minggu lalu."

Berdasarkan berita yang disiarkan, BPR tanpa perlu menunggu laporan dibuat telah membuka fail siasatan, sudah tentu bertujuan mencari siapa yang melakukan kesalahan yang mungkin boleh disabitkan di bawah Akta Pencegahan Rasuah. Ini sebagai bukti kecekapan BPR untuk menegakkan undang-undang.

Alangkah baiknya jika Pengarah BPR Wilayah Persekutuan juga bertindak pantas membuka fail siasatan terhadap Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad, yang telahpun dihukum oleh Lembaga Tatatertib Umno kerana membeli undi semasa Perhimpunan Agung Umno. Mengapa tiada fail sisatan dibuka terhadap Menteri Kewangan Kedua atas beberapa tindakan beliau semasa di Bank Negara dulu? Adakah Pengarah BPR Wilayah Persekutuan tidak secekap Md Yusof.

Apakah Pengarah BPR Selangor juga tidak cekap kerana sehingga kini tidak kedengaran Menteri Besar Selangor dipanggil oleh BPR untuk membantu siasatan terhadap berbelas laporan salah guna kuasa beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengapa BPR tidak membuka fail siasatan terhadap seorang hakim yang bercuti bersama orang yang didakwa di mahkamah yang beliau menjadi hakimnya? Apakah pengarah siasatan BPR juga tidak cekap? Jika memang mereka tidak cekap, Pemangku Ketua Pengarah BPR sewajarnya bertindak terhadap mereka.

Ataukah Pengarah BPR Kelantan bertindak kerana 'mengikut telunjuk' atau 'syok sendiri' hanya kerana Kelantan berada di bawah PAS? Ataukah sememangnya BPR melakukan tugas secara pilihan (selective)? Persoalan-persoalan ini perlu dijawab oleh Pemangku Ketua Pengarah BPR, yang imej BPR telah tercalar kerana laporan polis terhadap bekas KP BPR oleh angotanya sendiri. - lanh(HarakahDaily.net)

 
Beginikah orang cina menilai orang melayu islam malaysia
04.10.07 (3:05 pm)   [edit]

sila lihat video ini untuk lebih lanjut lagi. Tonton sehingga habis kerana anda akan menemui sesuatu yang 'menyedihkan' di bahagian tengah video ini.

Sila klik untuk lihat video
 
Rosmah: Tiru macam saya
04.08.07 (12:36 am)   [edit]
Gatal jari saya untuk menekan keyboard ini apabila membaca laporan di Utusan Malaysia bertajuk:

Rosmah: Isteri pemimpin perlu tampil imej diterima masyarakat

Menurut laporan akhbar tersebut:

Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penampilan baik hanya boleh dilakukan dengan mempunyai pemahaman mendalam mengenai nilai-nilai dan norma maysrakat di sekeliling mereka.


Rosmah berkata:

Bertertib dan mempunyai ilmu dalam bidang protokol adalah sebahagian keperluan penting dalam pembinaan imej untuk mencapai kejayaan selain mendapat penghormatan dan diterima oleh masyarakat.


Lalu saya terpanggil untuk memaparkan gambar-gambar berikut, yang tidak ditokok-tambah, untuk kita sama-sama renungkan, apakah ini imej yang dimaksudkan Rosmah itu:

  
 

Risau juga, adakah tulisan saya dengan menyertakan gambar-gambar di atas dikira fitnah dan mengancam keselamatan negara juga? Mungkin pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi boleh bantu.
 
SILA KE ROSLAN SMS CORNER
http://n32.blogspot.com" title="http://n32.blogspot.com" target="_blank"http://n32.blogspot.com
roslansms@gmail.com
 

06.04.2007

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...