 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan? |
| 03.25.07 (1:49 am) [edit] |
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau lebih dikenali sebagai SJER telah dikenalpasti akan menjadikan Singapura mendapat pembesaran wilayah mereka secara “virtual”. Malah beberapa insentif telah diberikan kepada warga Singapura yang membolehkan mereka memiliki hartanah di Malaysia tanpa dikenakan cukai atau levi serta sekatan. Kini episod kedua (seperti yang dijangkakan) telah di war-warkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sepertimana yang tertera di laman web Utusan Malaysia. Perkara inilah yang amat kritikal yang menyebabkan beberapa bangkangan diberikan atas keujudan WPI. Utusan Malaysia memetik: “Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini (22 Mac 2007) mengumumkan beberapa langkah baru untuk merangsang pertumbuhan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor termasuk membenarkan syarikat-syarikat yang beroperasi di sana mengambil rakyat asing bekerja tanpa had. Menurut Perdana Menteri, pakej insentif WPI itu turut membolehkan syarikat-syarikat yang layak beroperasi di kawasan tersebut mendapatkan sumber modal secara global dan mengecualikan mereka daripada peraturan-peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC). ‘‘Syarikat-sy arikat yang layak menikmati insentif itu dikhususkan untuk enam sektor sasaran iaitu industri kreatif, perkhidmatan pendidikan, perunding dan penasihat kewangan, perubatan, perkhidmatan berkaitan logistik dan pelancongan,’&rsquo ; kata Abdullah dalam ucaptama Persidangan Invest Malaysia 2007 di sini hari ini. Beliau berkata, syarikat-syarikat yang layak beroperasi di WPI juga akan dikecualikan daripada cukai pemegangan bagi pembayaran tertentu selama 10 tahun sekiranya mereka memulakan operasi di wilayah pembangunan baru itu sebelum 2015. Dalam pengumuman tersebut, Abdullah turut berkata, syarikat-syarikat yang beroperasi di WPI akan dikecualikan daripada cukai pendapatan korporat bagi aktiviti-aktiviti dalam zon dan di luar Malaysia selama 10 tahun.“ Perkara ini akan menyebabkan kebanjiran warga asing yang bekerja di Malaysia tanpa had tidak kira status professional mahupun pekerja bawahan. Kadar pengangguran di Malaysia agak teruk dimana dikatakan seramai lebih 60 ribu graduan tidak mendapat pekerjaan. Jika WPI meneruskan agenda mereka ini, maka dikhuatiri senarai pengangguran akan meningkat naik kerana tentunya syarikat asing akan mengambil pekerja asing. Sepatutnya Abdullah Ahmad Badawi memikirkan perkara ini dan mendesak supaya kuota kakitangan dalam mana-mana syarikat di WPI ditetapkan kepada 90% warga Malaysia dan 10% warga asing jika mereka ingin mendapatkan status bebas cukai dansebagainya. Ini untuk menjamin agar graduan kita mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Namun seperti biasa yang dikatakan oleh ramai pihak bahawasanya Abdullah Ahmad Badawi bukan seorang negarawan yang tulen kerana banyak arahan serta tindakannya yang lebih menguntungkan negara asing dan syarikat asing. Jika sikap Abdullah Ahmad Badawi & Co terus menerus bersikap begini, maka janganlah kita hairan jika suatu hari nanti kita akan dijajah kembali. Dikala projek MSC dimulakan dahulu, telah ditetapkan bahawa setiap syarikat yang mahu beroperasi di MSC perlu mematuhi kuota pekerja tempatan. Ini untuk memberikan peluang kepada graduan tempatan mendapatkan pekerjaan. Kini projek WPI seperti “kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiarkan mati kelaparan”. Ayoh, marilah kita berubah. Ketua Perusuh Bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) (http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)
|
|
|
| |
| Memori Kebun Bunga |
| 03.23.07 (11:38 am) [edit] |
Oleh Tun Adil - Ketika menulis ini banjir telah melanda Kampung Kebun Bunga, TTDI Jaya Shah Alam. Saya mengenali ‘Kebun Bunga’ ini kerana di sinilah terpahat satu sejarah apabila 100 000 pejuang reformasi berhimpun mendesak Mahathir berundur. Tetapi persis seorang maharaja, Mahathir mengarahkan media memperlekeh himpunan besar-besaran itu. Lantas TV3 pun menyiarkan perhimpunan itu hanya diraikan seramai 500 orang sahaja. Media-media pun menyiarkan gambar sebagai bukti perhimpunan itu ‘lengang’ dan dingin. Tetapi apabila Harakah menyiarkan gambar 100000 pendukung reformasi sememangnya hadir dan sasaran perhimpunan raksasa tersebut telah terlaksana, ternyata TV3 dan konco-konconya memang bingai dan terbongkarlah segala penipuan dan auta mereka. Kemudian ketika Pilihanraya berlangsung, sentimen Melayu jugalah yang digunapakai bagi menarik sokongan. Dan orang kampung mengundi UMNO kerana ingat UMNO ini sama seperti UMNO zaman Tun Razak. Tapi malangnya inilah parti yang membakulsampahkan bangsa sendiri. Mereka mengadakan Mentor, Akademi Fantasia, Gangstarz, OIAM, MI, Sinetron & Telenovela bagi melekakan orang Melayu dari peka terhadap situasi politik tanah air. Mereka tidak mahu muda mudi ini bangkit dan membakar UMNO dengan gelombang Reformasi. Maka lahirlah muda mudi yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan tetapi masih memperabis duit untuk mengundi kumpulan kegemaran mereka. Maka lahirlah graduan Diploma Information System yang lebih peka untuk menjaga buah hati dari menjaga kepentingan rakyat. Semua muda mudi tidak akan ambil pot dan menganggap politik ini sebagai ‘pening kepala’ dan ‘membosankan’ . Inilah kerja khianat media perdana untuk memalingkan minda golongan belia! Sama juga ketika saham naik, maka media pun menemubual Naib Ketua Pemuda UMNO. Maka Khairy Jamaluddin pun mengatakan lebih kurang begini. “Pembangkang Harus Menerima Hakikat Kita Berada Di Landasan Yang Betul”. Selang beberapa hari kemudian saham kita merudum jatuh. Di mana Khairy untuk mengulas? Kalau berada di landasan yang betul macam mana harga saham boleh jatuh balik? Untuk pengetahuan anda yang saya hormati, ekonomi Malaysia sebenarnya bergantung kepada persekitaran global, kalau saham Amerika jatuh maka saham Malaysia juga akan jatuh. Tak payahlah nak cakap “kita berada di landasan yang betul” kerana Malaysia ini hanyalah pak turut ekonomi Singapura & Amerika. Tetapi seperti biasa media pro – BN akan ‘silent’ tentang kerugian saham sebanyak berbilion ringgit ini. Mereka hanya kata harga saham telah jatuh. Media: Tipu Dan Terus Tipu! Ketika perobohan setinggan peneroka bandar, keluar lagi satu berita mengatakan Tian Chua cuba membunuh. Untuk mereka yang tidak tahu, Tian Chua ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat. Beliau dikenali ramai apabila tindakan ‘hati kering’nya bersila di depan trak FRU yang mara untuk merempuh para demonstran. Nasib baik FRU tidak berhati kering melanggarnya. Pada awal bulan ini, Tian dalam perjalanan untuk mempertahankan orang-orang Melayu Ampang daripada dirobohkan kediaman mereka di kampung Berembang. Penduduk Melayu kampung itu telah dihalau keluar oleh penguatkuasa berbangsat Melayu MPAJ. Itulah kisah sebenar yang perlu mendapat frontpage media perdana, bukan kisah Tian cuba membunuh. Amat sedih ketika akhir tahun lalu, satu majlis perkahwinan telah diraikan di celah-celah runtuhan kampung Berembang. Pemandangannya tidak ubah seperti di pinggir Baghdad Iraq. Tapi inilah yang terpaksa ditelan orang Melayu apabila ditindas oleh bangsa sendiri di bumi sendiri. Lebih teruk dari Israel, sedang Israel tidak menindas bangsa sendiri! Saya amat sensitif dengan kes ini. Ini kerana Hishamuddin Hussein telah berjanji kepada saya yang dia mahu menegakkan ketuanan Melayu, bahkan dia telah menghunus keris. Rupanya keris itulah juga yang digunakan untuk menikam bangsa Melayu kampung Berembang. Saya mengagumi Allahyarham Ahmad Boestamam, dalam satu majlis terdapat seorang penyokong Parti Rakyat Malaysia menghadiahkannya keris. Tidak seperti Hishamuddin yang menghunusnya, Ahmad Boestamam hanya menatang keris itu dan bersumpah dia akan berjuang atas kepentingan rakyat. Dan Ahmad Boestamam meminta rakyat menamatkan riwayat beliau dengan keris itu sekiranya terbukti beliau membelot dari penjuangannya membela rakyat Sebaliknya Hisham hanya mengacungkan keris itu dan kemudian mereka-mereka inilah yang menikam segala kantung-kantung perbendaharaan negara! Tujuan saya menulis ini ialah untuk mengisytiharkan yang saya tidak akan mengundi UMNO atau mana-mana parti Barisan Nasional yang bertanding dalam ilihanraya ini. Saya tidak akan jadi bodoh dan saya tidak akan membenarkan diri saya menjadi bodoh. Saya tidak akan redha atas apa yang telah dilakukan oleh pemerintah terhadap tanah air saya ini. Saya juga tidak sesekali redha di atas campur tangan Singapura di dalam pentadbiran negara. Saya akan menyokong segala gerakan untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru yang bersih dan adil! Tanpa mengira kaum dan agama semua rakyat Malaysia adalah layak untuk mendapat ruang yang sama rata. Tiada prejudis terhadap mana-mana kaum kerana saya bukan orang Yahudi yang prejudis terhadap orang Arab, atau pengganas Serbia yang prejudis erhadap bangsa Bosnia yang beragama Islam.
|
|
|
| |
| SPR DAJAL DAN IBU SEGALA SYAITAN DI BUMI MALAYSIA |
| 03.23.07 (11:25 am) [edit] |
Oleh Tun Telanai Assalamu’alaikum wm.wrt., Sukacita saya merujuk berita yang disiarkan oleh HarakahDaily terbitan 21 Mac 2007 [http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&am p" title="http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&am p" target="_blank"http://www.harakahdaily.net/b...;task=view&id=6903&am p;Itemid=28] berhubung dengan kenyataan barua UMNO, Abdul Rashid bin Abdul Rahman merangkap Pengerusi Suruhanjaya Penipu Rakyat @ SPR. Barua ini mencabar sesiapa sahaja yang tidak puas hati dengan SPR boleh mengheret SPR ke Mahkamah Pilihan Raya seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia perkara 18, katanya. Suruhanjaya Penipu Rakyat @ SPR digerakkan melalui peruntukan di bawah Perlembagaan Malaysia Bahagian VIII Perkara 113 hingga 119. Ianya digubal oleh penjajah British yang sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan buat masa sekarang ini. Sila rujuk kembali kenyataan yang dibuat oleh barua UMNO ini : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&" title="http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&" target="_blank"http://www.utusan.com.my/utus...;dt=0109&pub=Utusan_M alaysia&sec=Muka_Hada pan&pg=mh_01.htm http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=240108&" title="http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=240108&" target="_blank"http://www.bernama.com/bernam...;vo=110 http://www.malaysiakini.com/news/61818" title="http://www.malaysiakini.com/news/61818" target="_blank"http://www.malaysiakini.com/n... Berjuang menuntut demokrasi [melalui SPR] yang lebih tulus di Malaysia ini terpaksa berhadapan dengan sebuah kerajaan ‘pariah’ yang bertindak ala-mafia dalam sistem pemerintahan diktator di negara ini untuk mengekalkan UMNO supaya terus berkuasa buat selama-lamanya. Bertindak zalim dan ganas [memperalatkan pasukan keselamatan] menutup ruang interaksi di antara pihak yang bukan kerajaan dengan rakyat. Rakyat hanya dibenarkan mendengar dan melihat ‘suara keramat’ daripada pihak kerajaan sahaja tanpa dibenarkan rakyat membuka mulut apatah lagi untuk membenarkan rakyat menggunakan kaki dan tangan. SPR dan agensi-agensi milik kerajaan [contohnya seperti pasukan polis, Jabatan Pendaftaran Negara, sistem perundangan boleh dimanipulasikan dan sebagainya] telah bertungkus-lumus siang-malam membantu UMNO mengekalkan kuasa, tetapi mereka terlupa satu perkara. Bahawasanya, kuasa Allah s.w.t. telah pun menetapkan jangka hayat UMNO. Setiap benda ada tarikh expirenya atau tarikh luputnya, tetapi sebagai manusia yang lemah, kita tidak mengetahuinya. Ia berada dalam ilmu Allah s.w.t. Tanda-tanda kejatuhan UMNO semakin jelas dan terang apabila kita rajin membaca dan merujuk kejatuhan kerajaan-kerajaan dahulu-kala yang banyak disebut dalam Al-Quran, yang mana di suatu ketika dahulu kerajaan-kerajaan berkenaan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Di Asia, khususnya di Asia Tenggara [kecuali Myanmar yang diperintah oleh junta tentera] tidak ada lagi kerajaan yang diperintah melalui sistem diktator [Singapura pun sudah mula membuka ruang yang lebih kepada demokrasi pada pilihan raya yang lalu], melainkan negara kita Malaysia. Walau bagaimana dahsyat sekali pun berbagai kemungkinan yang akan berlaku, perjuangan menuntut demokrasi perlu diteruskan seperti mana dalam proses awal menuntut kemerdekaan dahulu yang dipelopori oleh golongan kiri [UMNO bukan pejuang tulen, ia terima kemerdekaan dalam tinta emas hasil perjuangan golongan yang terdahulu daripadanya]. Para pejuang perlu merujuk kepada perjuangan menuntut demokrasi yang lebih adil yang berlaku di New Zealand [Rujuk : http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2504" title="http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2504" target="_blank"http://malaysia-today.net/blo...] Politik adalah sesuatu yang serius. Ia menentukan kepimpinan negara, dasar dan polisi negara, memberi kesan kepada ekonomi dan keadaan sosial negara dan yang paling penting arah masa depan, maruah dan integriti negara. Tetapi integriti politik di negara ini telah dimusnahkan oleh SPR dan pemerintah [baca: UMNO]. Segala aduan ketidakadilan, hilang kewibawaan dan kurangnya ketelusan dan akauntabiliti proses demokrasi dan pilihan raya tidak diberi perhatian kerana takut hilang kuasa [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/61502" title="http://www.malaysiakini.com/news/61502" target="_blank"http://www.malaysiakini.com/n...] Namun, apa yang sebaliknya berlaku, peraturan dan undang-undang pilihan raya dipinda bagi mengecilkan peluang dan kebebasan demokrasi. Lihat sahajalah kepada jumlah deposit yang dikenakan kepada calon, senarai pemilih yang meragukan, hinggalah kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menguntungkan UMNO [UMNO membawa maksud BN juga], semuanya dibuat bagi mendatangkan kesukaran kepada parti-parti lawan UMNO untuk bertanding di padang yang sama rata. Barua ini terus mengeluarkan kata-kata : "Kami bersikap telus... mereka (parti politik yang tidak puas hati) perlu memberi contoh (bahawa ketelusan tidak diamalkan oleh SPR) . Apa sebenarnya yang kami tidak telus? Semasa kami mengira, mempamerkan keputusan, mengumumkan keputusan dan seterusnya, apa sebenarnya yang kami tidak telus? Segala-galanya boleh dilihat dan dilakukan secara terbuka. Apa yang kami lakukan di pusat pengundian, pusat penjumlahan... adakah kami melakukan muslihat? Tidak, segala-galanya ditentukan oleh pengundi dan bukan oleh SPR."
Wahai Rashid, penambahan masa mengundi dua jam di Selangor dalam pilihan raya umum ke-11 yang lalu, adakah telus? SPR sendiri telah melakukan ultra-vires melanggar Perlembagaan Negara dan melanggar banyak peraturan yang dibuatnya sendiri. Artikel mana dan undang-undang mana yang Rashid gunakan untuk melanjutkan masa mengundi sehingga ke pukul 7.00 malam. Dalam hal ini jelas diterangkan dalam peraturan SPR menyebut: “Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia [Rujuk : http://www.spr.gov.my/index/proses.htm" title="http://www.spr.gov.my/index/proses.htm" target="_blank"http://www.spr.gov.my/index/p...]. Teluskah ini, wahai Rashid Barua.Rashid dan SPR hanya bertindak sebagai barua kepada UMNO mengikut perintah dan arahan sahaja. ?Sebagai buktinya pada pilihan raya umum ke-11 lalu, Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 Mac 2004. Pada petang itu juga, Rashid Rahman telah membuat satu pengumuman bahawa SPR akan bersidang dalam masa 14 hari untuk menetapkan tarikh hari pencalonan dan tarikh membuang undi [The Sun 4 Mac 2004]. Tetapi, secara tidak semena-mena, beberapa jam kemudiannya, Rashid telah mengadakan perjumpaan pada hari yang sama dan menetapkan hari pencalonan pada 13 Mac dan hari membuang undi pada 21 Mac. Kenapa pula boleh terjadi perubahan mendadak itu sedangkan tidak ada notis yang diterima daripada semua speaker yang berkenaan? Kenapa pula dipadatkan tempoh hari pencalonan dengan hari membuang undi kepada satu jangka masa yang begitu pendek, sedangkan SPR mempunyai banyak ruang masa untuk mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Teluskah itu namanya, wahai Rashid Barua UMNO?
Sebenarnya SPR belum bersedia mengadakan pilihan raya umum pada ketika itu. Buktinya ialah daftar pengundi yang belum siap sedia dan tidak pun digazetkan pada hari Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen. Saya sedut semula laporan The Star bertarikh 4 Mac, terhadap apa yang disebut oleh Pengerusi SPR pada 3 Mac: “Rashid berkata bahawa daftar pengundi telah digazetkan sebaik sahaja Perdana Menteri membuat pengumuman mahu membubarkan Parlimen. Kata beliau, dan mengikut undang-undang, hanya daftar pengundi yang telah diperakui dan digazetkan sebelum pembubaran yang boleh diguna-pakai dalam pilihan raya umum itu” Sesuatu daftar pengundi tidak boleh dikira sudah digazetkan oleh seseorang dengan cara memetik jarinya dan berkata “dengan ini saya gazetkan daftar pengundi.” Penggazetannya dianggap sah hanya setelah ada maklumat mengenainya yang disiarkan dalam gazet kerajaan. Apakah tarikhnya daftar itu digazetkan? Sudah tentu bukan pada 3 Mac. Dengan hal yang demikian, daftar pengundi itu dianggap tidak sah. Dengan itu juga pilihan raya umum ke-11 yang lalu tidak sah. Sikapnya [kemahuan UMNO] yang tergesa-gesa mengadakan pilihan raya itu sebagai penyebab berlakunya kelam-kabut dalam proses pilihan raya itu : i. Lokasi tempat mengundi hanya disiarkan dalam laman web SPR pada petang sebelum hari mengundi, iaitu hari Sabtu 20 Mac. Banyak panggilan kepada akhbar-akhbar pada hari Jumaat 19 Mac meminta lokasi tempat mengundi tidak pun terjawab. Pengumuman tempat mengundi yang dibuat pada saat paling terakhir telah membuatkan para pengundi tercari-cari tempat membuang undi sehingga ramai yang tidak larat ke sana-sini sehingga naik penat dan melupakan hak asasi mereka untuk mengundi. Hal menyebabkan lebih 230,000 pemilih di Selangor sukar mengundi kerana kecelaruan tempat mengundi. Jadi, SPR pimpinan Rashid Barua ini mengalahkan BA di Selangor dua kali. Pertama pada tahun 1999, menafikan hak 680,000 pengundi dan kedua, pada 2004 kerana menyebabkan lebih 230,000 pemilih sukar mengundi kerana kecelaruan tempat mengundi." ii. Banyak komputer (SPR) tidak berfungsi dan tidak dikendalikan dengan cekap oleh petugas pada hari mengundi. Kepincangan itu tentu dapat diperbaiki seandainya ada masa yang cukup untuk membuat percubaannya. iii. Banyak daftar pengundi yang didapati dicemari oleh nama yang hilang dan pengundi yang dihantar ke tempat mengundi yang salah. Sudah tentu ini menunjukkan betapa daftar pengundi itu tidak disemak dahulu dan diperiksa untuk kemaskini. Mungkin juga banyak kesilapan itu disengajakan untuk tujuan menipu.
Sekali lagi saya hendak bertanya Rashid Barua ini. Teluskah itu wahai Rashid seperti yang dislogankan “Cekap dan Telus”. Jawapannya ada di dalam laporan di bawah : Laporan Negara berkenaan Amalan Hak Asasi-2004 Dikeluarkan oleh Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh Pada 28 Februari 2005 Seksyen 3- Hormat Kepada Hak Berpolitik : Pilihan raya yang diadakan secara berkala. Meskipun jumlah pengundian pada umumnya diperolehi dengan tepat namun terdapat beberapa perkara luar biasa yang menjejaskan keadilan pilihan raya tersebut. Realitinya, parti pembangkang tidak mampu untuk bersaing dalam kapasiti yang sama dengan parti pemerintah (yang memegang tampuk pemerintahan negara sejak kemerdekaan pada tahun 1957). Ini lantaran terdapat pelbagai sekatan untuk berkempen, mengadakan perhimpunan secara bebas, berpersatuan dan akses kepada media. Namun, calon pembangkang tetap aktif berkempen dan mencatat beberapa kejayaan dalam pilihan raya di peringkat Parlimen dan negeri. Pada pilihan raya umum Mac lalu, parti pembangkang telah memenangi 20 daripada 199 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan 52 daripada 453 kerusi Dewan Undangan Negeri. Malaysia memiliki sistem kerajaan berparlimen dan perundangan dwi dewan. Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihan raya umum yang diadakan setiap 5 tahun dan berlangsung sejak tahun 1957 lagi. Ahli Senat bagi Dewan Negara pula adalah dilantik. Parti Melayu UMNO menguasai perikatan pelbagai parti yang membentuk Barisan Nasional. Semenjak tahun 1969, Barisan Nasional sentiasa mengekalkan penguasaan sekurang-kurangnya dua pertiga majoriti di Parlimen yang membolehkan pihak Kerajaan meminda Perlembagaan dengan mudah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kuasa pemerintahan tampak tertumpu kepada Perdana Menteri. Pada tahun 2003, Mahathir Mohamad, yang telah menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 1981, telah bersara dan melepaskan kuasa kepada Timbalannya, Abdullah Badawi. Pada pilihan raya umum Mac berikutnya, parti gabungan pemerintah tersebut telah memenangi 90 peratus daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Ketiadaan akses sama rata kepada media adalah antara masalah paling serius yang dihadapi pembangkang sewaktu pilihan raya umum Mac lalu (lihat Seksyen 2.a.). Stesen televisyen milik Kerajaan dan swasta langsung tidak memberikan laporan yang adil terhadap parti pembangkang. Akhbar utama berbahasa Melayu dan Inggeris pula turut menyiarkan laporan yang berat sebelah. Parti pembangkang juga mendakwa mereka menghadapi kesukaran untuk membeli ruang iklan di akhbar. Pemimpin pembangkang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya, yang bertanggungjawab untuk mengadakan dan memantau pilihan raya, tidak menjalankan tugasnya dengan adil. Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya adalah bebas namun ia dilihat sebagai berada di bawah kawalan pihak Kerajaan. NGO dibenarkan untuk mewujudkan kumpulan pemerhati pilihan raya bebas namun mereka tidak diberikan sebarang keistimewaan. Pembangkang membuat pelbagai rungutan terhadap sikap luar biasa pegawai pilihan raya pada bulan Mac tersebut namun kebanyakan pemerhati membuat kesimpulan ia tidak memberi kesan yang penting sehingga mengubah keputusan pilihan raya. Antara rungutan tersebut termasuklah kes pengundi yang tidak berdaftar, kerosakan sistem komputer dan kelewatan membuka pusat mengundi – yang kesemuanya menyumbang kepada menghalang sesetengah pengundi daripada mengundi. Di negeri Selangor, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya telah memanjangkan tempoh mengundi sehingga 2 jam yang jelas melanggar undang-undang pilihan raya. Suruhanjaya Pilihan Raya memberi alasan bahawa kelemahan dan suasana kelam-kabut ini terjadi lantaran bertambahnya jumlah pusat mengundi pada saat-saat akhir yang juga turut memberi kesan kepada jumlah pengundi. Pemimpin-pemimpin pembangkang juga merungut bahawa pegawai-pegawai kerajaan tempatan yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya tidak selalunya bersikap neutral. Tuduhan yang lebih serius telah dilaporkan berkenaan penggunaan “pengundi hantu” untuk meningkatkan jumlah undi. Mereka ini dilaporkan dibawa dari daerah lain untuk mengundi di kawasan yang menghadapi persaingan sengit. “Pengundi hantu” ini dikatakan terdiri daripada mereka yang menggunakan nama palsu atau nama orang yang telah mati tetapi masih tersenarai dalam senarai pengundi berdaftar ataupun mereka yang bukan warganegara dan tidak berhak untuk mengundi. Pihak pembangkang mendakwa sejumlah 70,000 “pengundi hantu” telah digunakan di Terengganu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional. Parti pembangkang juga merungut kerana tidak dibenarkan untuk memantau undi pos yang dibuat oleh anggota polis dan tentera. Pihak Kerajaan menggunakan alasan keselamatan untuk tidak membenarkan ejen parti memantau peti undi pos di pangkalan polis dan tentera. Kertas undi pula ditanda dengan nombor siri yang boleh dipadankan dengan nama pengundi. Meskipun tiada bukti pihak Kerajaan pernah mengesan undi individu tertentu namun pemimpin pembangkang mendakwa bahawa keadaan ini dapat mempengaruhi sesetengah pengundi lebih-lebih lagi kakitangan-kakitangan awam. Perlembagaan menyatakan bahawa kawasan pilihan raya Parlimen hendaklah mempunyai jumlah pengundi layak yang hampir sama meskipun ia juga turut menyatakan hahawa kelebihan hendaklah diberikan kepada kawasan luar bandar. Pihak Kerajaan kemudiannya telah mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara pada tahun 2002. Pada tahun 2003, 25 kerusi Parlimen baru telah ditambah di negeri di mana parti pemerintah memiliki pengaruh yang kuat. Pembangkang merungut bahawa kedua-dua negeri yang ia kuasai sebelum pilihan raya bulan Mac itu tidak mendapat sebarang kerusi baru dan persempadanan semula itu dilakukan oleh Kerajaan bertujuan untuk melemahkan pembangkang. Pemerhati bersetuju bahawa persempadanan semula itu menguntungkan calon Kerajaan namun berpendapat ia tidak memberi kesan yang ketara kepada pertandingan untuk merebut kerusi di peringkat negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menarik balik larangan untuk mengadakan perhimpunan politik pada pilihan raya bulan Mac. Bagaimanapun, untuk mengadakan perhimpunan, penganjur perlu memfailkan permohonan kepada pihak polis 14 hari lebih awal dari tarikh perhimpunan. Syarat ini ternyata sukar untuk dipatuhi memandangkan tempoh singkat yang berbaki 17 hari sahaja selepas pengumuman tarikh mengundi dan tempoh 7 hari bagi calon pilihan raya untuk berkempen secara formal. Namun, pihak pembangkang sempat juga mengadakan banyak perhimpunan besar sepanjang tempoh berkempen itu. Pada tahun 2003, Parlimen telah meminda undang-undang pilihan raya dan menjadikan satu kesalahan bagi calon yang “menyebarkan niat jahat, rasa tidak puas hati atau permusuhan”. Suruhanjaya Pilihan Raya memberi amaran mereka yang melanggar undang-undang ini akan dibatalkan pencalonannya. Calon pembangkang merungut kerana undang-undang ini menyekat mereka dari mengkritik polisi kerajaan di tempat awam. Di bawah Undang-undang Pilihan Raya, calon yang kalah boleh merayu keputusan pengundian kepada Mahkamah Khas Pilihan Raya untuk kes seperti tuduhan penipuan, mengubah kertas undi atau lain-lain pelanggaran Peraturan Pilihan Raya. Bagaimanapun pada tahun 2002, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Undang-undang Pilihan Raya yang melarang penelitian mahkamah terhadap keputusan pengundian yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fungsi Parlimen sebagai badan perundingan telah menjadi semakin merosot. Penggubalan undang-undang yang dicadangkan oleh Kerajaan jarang sekali dipinda atau ditolak. Penggubalan yang dicadangkan oleh pembangkang pula tidak pernah mendapat pertimbangan serius. Pembangkang tidak lagi berpeluang untuk membahaskan sesuatu penggubalan itu bagi pihak orang awam. Pada bulan September, seorang ahli Parlimen DAP telah digantung tanpa gaji selama 6 bulan apabila gagal memohon maaf kepada Speaker Parlimen setelah “cuba mengelirukan Dewan Rakyat” berhubung isu mengangkat tangan ketika upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen. Parlimen pada tahun 1995 telah meminda peraturannya untuk memberikan lebih kuasa kepada Speaker dan mengekang prosedur Parlimen yang sering digunakan oleh pihak pembangkang. Pindaan itu juga memberikan kuasa kepada Speaker untuk menggantung ahli Parlimen yang disifatkan sebagai sukar dikawal sehingga 10 hari, mengenakan had bagi Timbalan Menteri untuk mengemukakan soalan tambahan dan membuka semula isu yang tidak relevan, dan mewujudkan peraturan bagi memastikan soalan yang dikemukakan mempunyai nilai kepentingan awam. Langkah seterusnya yang dibuat pada tahun 1997 dan 1998 telah menghadkan lagi peluang bagi ahli Parlimen untuk mempersoal dan membahaskan polisi kerajaan. Pada tahun 2001, satu pindaan kepada Peraturan Tetap Parlimen telah membenarkan Speaker untuk menyunting salinan bertulis ucapan ahli Parlimen sebelum ia disampaikan. Meskipun begitu, pihak Kerajaan tetap sering berhadapan dengan soalan tajam di Parlimen namun peristiwa ini selalunya tidak akan dilaporkan dengan menyeluruh dalam akhbar. Selepas tragedi antara kaum pada tahun 1969, Kerajaan telah menghapuskan sistem pemilihan kerajaan tempatan menerusi pilihan raya dan menyerahkan tugas pelantikan jawatankuasa perbandaran dan ketua kampung kepada kerajaan negeri. Beberapa ahli politik dan aktivis NGO telah menyokong agar pilihan raya kerajaan tempatan diperkenalkan semula. Malahan sesetengah pegawai perbandaran parti pemerintah turut mengakui bahawa kerajaan tempatan adalah seumpama “rubber stamp” bagi Kerajaan. Pada tahun-tahun yang lepas, terdapat pelbagai tanggapan tentang rasuah dan kronisme dalam parti gabungan yang memerintah dan institusi kerajaan. Perdana Menteri Abdullah dalam tempoh beberapa bulan awal memegang tampuk pemerintahan telah terang-terangan mengutuk perbuatan rasuah, membatalkan projek besar yang berunsur kronisme, mendesak agar Badan Pencegah Rasuah dipertingkatkan lagi, mencadangkan penubuhan sebuah institut latihan etika bagi kakitangan awam dan mendesak institusi kerajaan agar lebih responsif kepada masyarakat awam. Pada bulan Februari, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel, yang merupakan syarikat milik kerajaan, dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi telah ditahan dalam dua kes berasingan berkaitan tuduhan pecah amanah dan rasuah. Pada bulan November, UMNO telah menggantung 16 ahlinya kerana disyaki terlibat dengan politik wang sewaktu pemilihan parti.
|
|
|
| |
| Tanam al-quran kat Kutub... |
| 03.21.07 (5:06 pm) [edit] |
Al-Quran bukan untuk ditanam Oleh Kamarulzaman Pid(Harian Metro)
PUTRAJAYA: “Kenapa al-Quran mahu ditanam? Perbuatan seperti itu tidak ada nilainya,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau mengulas hasrat penjelajah negara, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir untuk menanam al-Quran sejurus menyempurnakan ekspedisi di Kutub Utara yang akan bermula 4 April depan.
Dr Mohd Asri berkata, perbuatan menanam al-Quran sebenarnya tidak melambangkan penghormatan kepada kitab suci umat Islam itu.
“Perbuatan itu menyalahi maksud sebenar al-Quran diturunkan kepada umat Islam. Al-Quran diturunkan kepada umat Islam untuk dibaca dan dijadikan panduan dalam kehidupan, bukan untuk ditanam.
“Jadi, saya menasihati beliau (Sharifah Mazlina), fikirkan semula hasratnya itu,” katanya ketika dihubungi petang semalam.
Sharifah Mazlina meluahkan hasratnya itu sebagai bukti orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah dalam ekspedisi itu.
Beliau turut mendakwa beberapa pakar agama bersetuju dengan cadangannya itu.
Sebelum ini, beliau pernah menanam al-Quran di Antartika ketika memulakan ekspedisi merentas benua itu pada Disember 2004.
Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain, berkata perbuatan menanam al-Quran adalah sesuatu yang baru.
“Satu ketika dulu pernah al-Quran diletakkan di bulan oleh seorang berbangsa Mesir yang dikirimkan menerusi roket Amerika Syarikat.
“Namun, usaha beliau (Sharifah Mazlina) untuk sampai ke kutub itu memang perlu dipuji. Saya rasa niat untuk berbuat demikian adalah baik iaitu untuk menunjukkan orang Islam pernah sampai ke tempat itu,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Abdullah berkata, hal itu akan dibincang dan fatwa mengenainya akan dikeluarkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Kuala Terengganu, Terengganu, dari 10 hingga 12 April depan.
“Kita ada muzakarah dan biarlah perkara berkenaan diselesaikan golongan profesional.
“Kita mencari penyelesaian dan titik pertemuan. Jangan pula kita cari perbezaan untuk masyhurkan seseorang.
“Paling penting, jangan kita menidakkan usaha yang sudah berjalan selama ini,” katanya pada sidang media di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, semalam.
|
|
|
| |
| Hala Tuju Politik Najib |
| 03.21.07 (2:45 pm) [edit] |
Teater Politik Melayu: Nasib Seorang Najib Beberapa hari yang lalu, kita semua sudah pun mendengar pengakuan ikhlas dari Ahli Parlimen Pekan yang juga merupakan TPM Malaysia. Dalam riak wajah yang gagal ditafsir maksud tersirat disebaliknya, Najib telah melontarkan sebuah kenyataan betapa hubungan beliau dengan PM Dolah adalah baik dan amat lancar. Justeru itu, segala tohmahan dari website dan laman-laman blog di internet adalah fitnah semata-mata! Sayu juga hati ini memikirkan betapa seorang TPM yang sudah bungkus pada PRU 1999 itu boleh lagi berdolak dalik menafikan hubungan dinginnya dengan Dolah Badawi. Kita semua tahu ketika Najib mengadakan lawatan ke Asia Timur, terdapat dua mesyuarat penting yang diadakan. Pertama, mesyuarat pemimpin Barisan Nasional. Yang kedua pula ialah mesyuarat kabinet. Dan mesyuarat kabinet itu diadakan hanya sehari sebelum Najib dijadualkan berangkat pulang ke tanah air. Menteri-menteri ini seolah-olah sengaja membuat meeting tanpa Najib. Kasihan Najib. Saya tidak mengetahui hala tuju politik Najib. Juga apakah perubahan yang bakal dilakukan Najib sekiranya menjadi PM. Kalau PM Abdullah Ahmad Badawi mahu mewujudkan pentadbiran secara auto pilot, Najib pula bakal melahirkan apa yang dipanggil pemerintahan Ratu. Ini kerana persepsi umum menyatakan bahawa Najib ini telah dicucuk hidung oleh Rosmah, tetapi perlu diingat itu hanyalah persepsi, bukan menggambarkan sesebuah kenyataan. Dan persepsi ini kita raikan bersama selaku warga negara. Jikalau benar Najib berjaya menjadi Perdana Menteri, maka bolehlah kita anggap Malaysia ini bakal berdepan dengan malapetaka besar. Berdasarkan sejarah Nusantara, kerajaan Islam Acheh menjadi lemah dan musnah selepas ditadbir oleh ratu-ratu perempuan. Sama ada ratu-ratu itu berperangai seperti Rafidah Aziz atau Rosmah Mansor tidaklah pula saya tahu. Berbalik tentang hal Najib, adakah Najib ini dimusuhi oleh juak-juak Khairy pada waktu ini? Sebenarnya Najib dan Khairy kini adalah kawan baik. Ini kerana ahli politik biasanya diberi dua pilihan, sama ada mahu berkerjasama atau bakal menerima nasib seperti Anwar Ibrahim. Kalau Najib mahu menentang pengaruh Khairy Jamaluddin, maka nama Najib akan disebut-sebut pada sesi perbicaraan kes Altantuya yang mulanya dijadualkan pada March 2008. Dengan kata lain, nyawa politik Najib akan dipancung selepas pilihan raya nanti. Akan tetapi, jika Najib tunduk kepada Khairy, maka kes Altantuya akan dipercepatkan dan keputusan mahkamah juga bisa diatur. Manakan tidak, pertukaran hakim dilakukan secara drastik dan kita juga sangsi, apakah ada keadilan di pihak Arwah Aminah Abdullah @ Altantuya Shariibuu. Dengan segala kejelikan yang dipaparkan, mampukah kes ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya? Sebab itulah anda melihat kes Altantuya ini tak ubah seperti drama telenovela, mulanya ditangguhkan kepada March 2008, kemudian mahu dipercepatkan pula sehingga ke bulan April 2007. Jelas, institusi kehakiman kita masih belum bebas dari diperkotak katikkan oleh orang-orang tertentu. Dan anda bakal menyaksikan Razak Baginda dibebaskan dari penjara sebagai seorang innocent. Rupa-rupanya, Razak Baginda itu hanyalah kambing hitam yang sengaja diperap untuk mendesak Najib agar tunduk kepada keperkasaan orang-orang AAB Inc. Dan Najib yang terkenal dengan sifat setiakawan tu terpaksa tunduk meskipun darah satrianya menggelegak berapi. Apakan daya, nyawa politiknya kini dalam genggaman sebilangan manusia yang jauh lebih berkuasa dari PM sendiri. Najib kini hanyalah TPM wayang kulit sahaja. Ada tangan-tangan tukang karut yang mengawal gerak-geri politiknya. Sama ada dia datang atau tidak dalam meeting kabinet tidak ada bezanya. Lebih menyedihkan, tidak seperti elit politik yang lain, Najib tidak mendapat sokongan dari akar umbi termasuk dari Pahang sendiri. Mereka semua lebih gemar berkerjasama dengan orang-orang Khairy yang berpoket tebal. Inilah hakikat yang terpaksa ditelan Najib. Dan kerana itu juga dia perlu bergayut kepada undi pos untuk terus berada di arus persada politik negara. Tinta Tun Adil - tun-adil@hotmail.com - 19.03.2007
|
|
|
| |
| Biarkan Idris(derih) Gila Dengan Rekod-Rekodnya! |
| 03.19.07 (2:13 pm) [edit] |
Oleh Anuwa Jamalullail ANDAIKATA ada satu anugerah untuk mengiktiraf mana-mana negeri yang mencipta paling banyak rekod, maka besar kemungkinan anugerah itu akan dimenangi oleh Terengganu Darul Iman. Pada 29 Julai 2006, Terengganu menganjurkan acara gotong-royong yang dinamakan Program Jom Bersih Terengganu Kita. Ia didakwa disertai 240,830 orang di seluruh negeri dan berjaya dicatatkan sebagai program gotong-royong terbesar dalam Malaysia Book of Records (MBoR). Orang yang paling puas dengan kejayaan itu tentulah Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Pada awalnya para pemimpin Barisan Nasional Terengganu berkata program itu dianjurkan bukan bertujuan mencari nama atau pengiktirafan. Ia kononnya hanya didorong hasrat mendidik masyarakat agar lebih prihatin terhadap kebersihan negeri. Anehnya, di masa sama mereka juga menyeru agar rakyat seluruh negeri menyertai program itu di tempat masing-masing untuk ‘mencipta rekod’. Tujuan mencipta nama itu makin terserlah apabila tidak sampai 10 hari selepas itu, MBoR sekali lagi muncul di Terengganu. Pada 17 Ogos lalu, Idris bersama 50 penyelam diiktiraf MBoR sebagai kumpulan pertama mewarna Jalur Gemilang di dasar laut. Program melukis dan mewarnakan Jalur Gemilang di atas kanvas sepanjang lima meter di perairan Pulau Kapas itu bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-49. Ia dinamakan Merdeka Dive 2006: Warna-Warni Jalur Gemilang di Dasar Laut. Program dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah persatuan alam sekitar. Tidak dinyatakan berapakah jumlah perbelanjaan dikeluarkan kerajaan untuk program yang semata-mata bertujuan mencari kemasyhuran itu. BN memang pandai berdalih untuk mengelak daripada dipersoalkan tentang perbelanjaan kerajaan. Kalau untuk program gotong-royong dikatakan dibiayai masing-masing oleh pihak setempat, maka program di dasar laut itu pula dikatakan mendapat pembiayaan pihak swasta. Sejauh manakah kebenaran dakwaan itu? Alasan sama pernah digunakan BN Terengganu apabila diasak beberapa pihak mengenai perbelanjaan menjayakan Piala Monsun pada penghujung 2005 lalu. Pertandingan kapal layar bertaraf antarabangsa di perairan Pulau Duyong, Kuala Terengganu itu tidak mendapat sambutan rakyat Terengganu sendiri, walau pun diiktiraf sebagai yang pertama pada kelasnya diadakan di negara ini. Soalnya, berbaloikah ratusan juta wang rakyat dihabiskan semata-mata untuk memasyhurkan negeri di mata dunia? Akhbar melaporkan RM60 juta dibelanjakan untuk projek pembangunan di pulau itu sebagai persiapan Piala Monsun 2005. Bagaimana pun, satu maklumat lain yang rapat dengan perbendaharaan negeri mendakwa peruntukan sebenar pembangunan pulau itu melebihi RM200 juta. Setelah mengenali tabiat boros BN dalam membelanjakan wang rakyat, jumlah yang didakwa itu bukan suatu yang mengejutkan. Pembinaan Taman Tamadun di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang menelan belanja ratusan juta juga mencipta rekod tersendiri. Taman itu turut menempatkan Masjid Kristal, iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini. Bagi rakyat Terengganu, tiada tujuan lain pembinaan masjid di pulau tanpa penduduk itu melainkan semata-mata untuk tujuan pelancongan dan kemegahan. Dari perspektif berbeza, Terengganu turut dikenali menerusi beberapa kes sosialnya. Antaranya, kes sekumpulan ibu tunggal yang mengemis di tangga sebuah tokong di Kampung Cina, Kuala Terengganu pada Januari lalu. Mereka mengakui sanggup datang dari Dungun sehari sebelum Tahun Baru Cina semata-mata mahu mendapatkan ang pau dari para pengunjung tokong itu. Rasanya belum pernah berlaku kes yang memalukan umat Islam dan orang Melayu seteruk itu di mana-mana pun dalam negara ini. Beberapa pihak yang sangat marah dengan kejadian itu malah menggelarkan Terengganu sebagai negeri ‘Melayu paling bangsat dalam dunia’. Rekod lah juga tu! Kisah tiga exco kerajaan ‘ditipu’ juga boleh dianggap rekod, sekurang-kurangnya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Itulah yang dialami tiga exco dalam kes berasingan. Kes pertama membabitkan Exco Kebajikan ditipu lebih 2,500 suri rumah dan wanita belum berkahwin, yang mengaku sebagai ‘ibu tunggal’ semata-mata bagi melayakkan mereka menerima bantuan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP). Seorang lagi exco mengaku tertipu oleh sebilangan penerima bantuan perkakasan nelayan, apabila mendapati mereka sebenarnya bukan nelayan. Exco yang seorang lagi pula ditipu seorang wanita, gara-gara bermain saham. Sesuatu yang belum pernah terjadi juga menjadi rekod apabila ia pertama kali berlaku. Antaranya ialah kes kecurian bunga besi pagar istana di Kuala Terengganu. Kerajaan BN juga mencatat rekod sebagai kerajaan paling berani membawa maksiat ke bumi Tok Sheikh Duyong, seorang ulama tersohor di rantau ini, atas alasan meraikan pelayar dan pelancong asing. Dengan beberapa rekod yang dicatatkan itu, kelayakan menobatkan Terengganu sebagai negeri paling banyak mencipta rekod tidak wajar dipertikaikan lagi. Namun, segala kemasyhuran yang tercipta itu belum cukup memuaskan hati para pemimpin BN, terutama Idris. Dia mahu Terengganu dikenali dengan sesuatu yang luar biasa. Atas hasrat itu, maka timbul idea membina tandas ‘wangi’ bertaraf lima bintang dengan nilai antara RM100,000 hingga RM150,000 sebuah. Turut dicita-citakan ialah sebuah Galeri Dasar Laut di perairan Pulau Bidong untuk menempatkan berbagai replika bahan kesenian Terengganu. Sekali lagi, segala rekod itu belum mampu membuat Idris puas. Akhirnya dia memilih untuk menjadi Menteri Besar pertama yang menjual gula kepada rakyatnya. Selepas ini pun Idris akan terus mencipta rekod lagi. Biarkanlah Idris tenggelam dengan rekod-rekodnya. Biarkan! Biarkan!
|
|
|
| |
| Apakah Najib Menghitung Hari? |
| 03.19.07 (2:07 pm) [edit] |
Oleh: Raja Petra Kamarudin - Malaysia Today Ada satu bidalan Bahasa Inggeris di Malaysia yang bermaksud wang menguasai segala-galanya. Ataupun’ money controls all’ ataupun ‘MCA’. Tidaklah menghairankan kalau parti MCA disebut sebagai parti masyarakat tauke. Sesungguhnya MCA adalah mengenai perniagaan yang besar-besar. Apapun jadinya, MCA ternyata merupakan anjing suruhan kepada UMNO, abang tua dalam gagasan Barisan Nasional. Ada semacam satu undang-undang yang tidak bertulis betapa kaum Cina menguasai duit sedangkan orang Melayu (UMNO) menguasai politik negara ini. Namun demikian, apabila anda sudah menjadi kaya-raya, tentu ada kepinginkan sedikit kuasa politik ataupun sebaliknya, dan apabila Itulah salah satu sebab kenapa saya tidak berminat berpolitik, tarikan untuk menjadi kaya adalah terlalu perkasa dan dalam politik anda mempunyai ruang untuk merangkul kuasa dan mudah dipaut oleh nafsu. Kini, saya hanya mengimpikan kekayaan itu, tetapi saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menjadi demikian. Sebab kedua saya mengetepikan politik ialah kerana orang politik tidak boleh cakap apa yang dimaksudkannya dan tidak penuhi apa yang dicakapkannya. Seseorang politikus perlu menjadi seorang hipokrit dan saya lebih rela bercakap secara bebas dan tanpa takut-takut. Alasan yang ketiga semestinya disebabkan semua laluan ke Putrajaya hanya boleh diterokai melalui UMNO, Untuk berlenggang melalui anjung kuasa, seseorang mesti berjalan dahulu melalui dewan UMNO dan ini memang tidak menarik minat saya. Kalau orang politik UMNO tidak mempunyai simpanan wang seperti yang diperolehi oleh orang Cina, ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai ruang untuk mendapatkan wang. Memang, orang Cina tahu buat duit, cara lama, melalui kerja kuat dan dengan berniaga, tetapi orang Politik UMNO boleh membuat duit dengan cara menggunakan ataupun lebih tepat lagi menyalahgunakan kuasa dan kekuasaan yang ada di tangan mereka. Apabila seseorang itu melalui anjung kuasa adalah amat mudah membalun harta negara seolah-olah itu harta bapak mereka. Memang inilah yang mereka lakukan tanpa segan-silu semahu nafsu. Pada bulan September tahun lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah membelanjakan RM600 juta wang negara untuk memfaraidkannya kepada 191 cawangan UMNO. Setiap cawangan menerima sekitar RM3 juta yang kemudiannya diagihkan kepada segelintir ahli jawatankuasa UMNO yang terpilih kerana sokongan mereka itu yang amat ditagih. Pemberian itu dimasukkan dalam perkiraan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMNK9) sedangkan Parlimen mahupun Kabinet tidakpun memberikan kelulusan kepada perbelanjaan itu. Sesungguhnya gelagat demikian amat menekan dan memeranjatkan semua pihak. Tentu anda terfikir betapa marahnya rakyat Malaysia dengan salahguna kuasa itu dan yang menghairankan kita ialah hampir semua rakyat berdiam diri dan menelan air liur sahaja. Timbalan Perdana Menteri Abdul Najib Tun Razak sedar betapa kisah ini tidak serasi pada dirinya. Siapa sahaja yang menguasai 191 cawangan UMNO sudah tentu akhirnya menguasai seluruh negara ini. Sesungguhnya ketua 191 cawangan UMNO yang menentukan siapa nanti yang akan menjadi Presiden dan Timbalan Presiden parti. Sudah menjadi adat di negara ini apabila Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri., walaupun tidak ada undang-undang yang berkata demikian. Satu pergerakan anti-Najib yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Najib (GAN) telah ditubuhkan pada tahun lalu untuk menentukan segala paku terakhir dapat dipasak dalam keranda yang disediakan untuk Najib. Pada tahap awalnya Najib ketawa dan perlekeh keseluruhan agenda itu dan menganggapnya sebagai cakap kosong untuk mencetuskan perbalahan antara beliau dan bosnya. Bagi beliau orang yang dimaksudkan ‘bos’ itu tentulah Perdana Menteri. Akan tetapi Perdana Menteri tidak pula menganggap dirinya sebagai bos kepada Najib. Bagi Abdullah Ahmad Badawi, bos kepada Najib ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Inilah orangnya yang bertegas supaya Najib dilantik menjadi orang nombor dua terkuat di negara ini. Kalau kuasa pilihan terserah kepada Abdullah sudah pasti dia memilih Muhiyuddin Yassin yang sudah tentu pada hari ini merupakan Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya Najib sedar juga akan konspirasi mahu menggulingkannya. Dia sudah sedar kini betapa dia sudah kehilangan sokongan mahagurunya - Mahathir. Seperti yang Mahathir katakan, adalah amat sukar untuk Najib menepis segala tohmahan yang melibatkannya dengan kemelut pembunuhan wanita Mongolia. Sama ada dia terlibat ataupun tidak adalah satu perkara lain pula. Mungkin juga Peguam Negara telah terlalu celupar dengan pengumuman terbuka di tahap awal perbicaraan kes itu dengan menyebut hanya tiga orang yang terlibat dan tidak ada pernglibatan malaun lain dalam kes itu. Hakikat dia perlu mengumumkan perkara itu demikian rupa adalah satu gambaran betapa banyak udang yang tersorok di sebalik batu. Apa sebenarnya tujuan beliau membuat pengumuman tidak ada pihak lain yang terlibat selain yang tertuduh? Pengumuman semacam itu membuatkan andaian betapa ada pihak lain yang terlibat menjadi semakin kencang dan merebak dengan pantas. Sesungguhnya bukan apa yang dimaksudkan oleh Peguam Negara yang penting sangat. Malahan tidak juga kemungkinan apa yang akan terbongkar dalam perbicaraan itu nanti. Politik adalah melibatkan persepsi dan apa yang menjadi persepsi orang yang dianggap penting. Ada orang yang membuat andaian bahawa Najib berserta ataupun isterinya dan terlibat dalam perkara itu. Persepsi ini memanglah tidak adil, tetapi politik bukannya menjurus sangat kepada kesaksamaan. Politik adalah mengenai persepsi dan persepsi itu selalunya memang tidak adil langsung. Pada mulanya Najib beranggapan dia hanya perlu diam membisu dan menunjukkan sokongan padunya terhadap Perdana Menteri kerana dia fikir ini adalah satu langkah yang paling selamat. Ketika berlaku kemelut Mahathir– Abdullah, Najib telah bertindak memberikan sokongannya kepada Perdana Menteri dengan harapan itu adalah satu isyarat yang jelas mengenai taat dan setianya. Akan tetapi langkah demikian bukannya dihiraukan langsung. Dia tidak berjaya meyakinkan Abdullah Badawi akan kesetiaan itu, sedangkan pada waktu yang sama dia kehilangan sokongan Mahathir yang kini nampak jelas betapa kesilapan besarnya yang kedua ialah memaksa Abdullah melantik Najib sebagai Timbalannya. Bekas Bendahari UMNO merangkap Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah bertemu Perdana Menteri baru-baru ini setelah menerima pelawaan berbuat demikian. Apa yang diberitahu oleh Abdullah kepada Daim bolehlah ditafsirkan sebagai bermulanya pusingan terakhir untuk Najib. Daim adalah orang yang suka bercakap terus terang dan telah bertanya Abdullah dengan jelas kenapa dia mempercepatkan perbicaraan Razak Baginda setahun lebih awal daripada jadual perbicaraannya. Abdullah Badawi menjawab bahawa itu bukan urusan yang dilakukannya tetapi itu adalah kerja seseorang di pejabatnya. “Seseorang’ yang dimaksudkannya itu hanya boleh merupakan anak menantunya Khairy Jamaluddin. Abdullah Badawi menjelaskan dengan lantang kepada Daim betapa dia lebih serasi dengan Muhiyuddin daripada Najib. Dia dapat bekerjasama lebih selesa dengan Muhiyuddin. Rumah Muhiyuddin yang dahulunya sentiasa lengang kini kerap dikunjungi ramai manusia kerana orang UMNO sudah mula sedar bahawa inilah insan yang bakal menggantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mereka mahu menonjolkan muka tarpal sebagai golongan yang mula-mula memberikan semangat pada beliau walaupun dia belum lagi mendapat jawatan itu. Demikianlah budaya UMNO di mana hanya yang menang dianggap penting dan yang kalah disisihkan seolah-olah dia sudah terkena penyakit kusta. Perbicaraan pembunuhan yang membabitkan Razak Baginda memang tidak memberi keselesaan kepada Najib. Bahan bukti bahawa Najib pernah mengeluarkan sepucuk surat kepada Jabatan Imigeresen agar mengizinkan visa kepada si mati sudah berada dalam tangan pihak yang mahu melihat Najib mengambil persaraan awal. Bukti betapa Najib, Razak dan si mati pernah membuat lawatan luar negara bersama-sama memang berada di tangan pihak yang sama. Bahan bukti itu memang boleh diperkecilkan seandainya Najib membuat pengakuan sukarela untuk berundur daripada politik. Namun, kalau dia masih berdegil, bahan bukti itu boleh dikemukakan di mahkamah dan Najib menghadapi risiko yang lebih besar daripada kehilangan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Satu perkara yang akan menjadi begitu paling sukar untuk menjelaskan ialah pertemuan antara Ketua Inspektor dan Razak Baginda yang kini menghadapi tuduhan membunuh di pejabat Najib di mana si Ketua Inspektor telah membuat pengakuan yang dia pernah membunuh enam orang sebelum itu. Di sebalik pengakuan itu dia masih bersedia membunuh Razak Baginda menyelesaikan masalahnya dengan wanita Mongolia itu. Kisah ini termasuk kisah lawatan luar negara yang dibuat bersama Najib dan Razak serta surat Najib kepada Jabatan Imigeresen . menunjukkan wujudnya konspirasi di peringkat paling tertinggi dan seandainya semua itu masih tidak mencukupi untuk mengheret Najib dalam pembabitan pembunuhan, ia sudah tentu memadai meyakinkan negara ini betapa dia tidak seharusnya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Seandainya Abdullah Badawi menyingkirkan Najib hanya kerana dia lebih selesa dengan Muhiyuddin, sudah tentu ini akan mencetuskan satu krisis dalam UMNO. Akan tetapi usaha beliau menyingkirkan Najib berasaskan bahan bukti ini sudah tentu Abdullah dilihat sebagai melaksanakan sesuatu yang tepat. Kini Najib perlu bertindak. Beliau tidak lagi mempunyai pilihan lain dalam perkara ini. Satu ketika dahulu dia beranggapan tidak perlu berbuat sesuatu selain berlagak yang dia setia di belakang Perdana Menteri. Pertukaran hakim dan tarikh perbicaraan Razak Baginda adalah sesuatu yang sungguh mendebarkan dengan andaian bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Jelas ini bukan isu pentadbiran mahkamah yang biasa. Sudah ada kuasa ghaib yang memainkan peranan di sebalik tabir menggoyahkan kedudukan Najib agar kecundang. Seandainya nama Najib di sebut dalam perbicaraan itu dan isteri beliau disapina untuk memberi keterangan pada perbicaraan nanti sudah tentu ini akan mencetuskan petaka yang akan menggugat kedudukan Najib. Apa yang mereka perlu laksanakan ialah mengulangi semula peristiwa ‘2 September 1998’ ke atas Najib dan dia akan menjadi bahan sejarah seperti yang pernah terjadi kepada Anwar Ibrahim hampir satu dekad yang lalu. Untuk menentukan pertahanannya diperkasakan, Najib kini membawa bersamanya beberapa ketua cawangan UMNO menyertai rombongannya ke luar negara. Di tidak boleh menyogok ketua cawangan itu secara peribadi daripada sakunya walaupun dia memang mampu berbuat demikian, kerana dia berkemungkinan dituduh menggunakan politik wang dan boleh dipecat ataupun digantung daripada Parti. Jadi, dia membawa mereka menyertai lawatan keluar negara sebagai anggota rombongan dengan biayaan kerajaan. Mahathir tidak fikir Najib akan berjaya mempertahankan dirinya. Anda sendiri dapat melihat betapa Mahathir sendiri sudah melembutkan kritikan beliau terhadap Abdullah Badawi kononnya disebabkan keadaannya yang kurang sihat dan para doktor sudah memberi nasihat agar Mahathir sentiasa tenang sebagai menjaga jantungnya yang perlu banyak rehat. Gelagat itu berubah kerana timbul kesedaran bahawa bukannya Abdullah yang semakin ketara akan berundur tetapi Najib. Akan tetapi Najib tidak akan menerima nasib begini dengan mudah tanpa bertarung. Dia akan bertarung mati-matian untuk mengekalkan kedudukannya. Dia mungkin boleh mencuba, seperti Anwar Ibrahim satu ketika yang mencubanya juga. Hakikatnya, dalam politik Malaysia apa yang diingini oleh Perdana Menteri, dia pasti mendapatnya.
|
|
|
| |
| Pandangan TPM Dan Catatan Anak Muda Mengenai Rasuah |
| 03.16.07 (3:22 pm) [edit] |
"cik senyum2 ni. ke cik nak kira mcm mana?"- polis "kalo setel kat sini mcm mana? tapi tak banyak yg saya ada"-aku "berapa cik ada?"- polis [aku check wallet, cuma ada duit rm50 jek beberapa keping. dem!!! mana duit rm10 aku???] "rm50"-aku "ok. kalo nak kasi, kasi cepat. ada orang datang tu"- polis [aku hulur rm50 tu kat dia] "letak dalam [bakul] ni"-polis [aku letak dalam bakul moto polis tu] "ok setel ek"- aku aku ambik lesen dan ic aku lalu blah dari situ.
nak ikutkan, aku tak nak kasi duit kat polis tu. tapi memikirkan sebelum ni aku dah kena saman rm300, dan aku memang tak sanggup nak bayar beratus2 lagi buat kali kedua. jadi, aku kasi rm50. bukan niat aku nak kasi, tapi aku TERPAKSA kasi. ni kira aku pemberi rasuah jugak ke ah? kalau betul aku dalam kategori orang pemberi rasuah, bukan aku sorang yang kasi rasuah. ramai lagi kat luar sana tu!
........................................... atas itu adalah petikan catatan seorang anak muda yang aku kenali di laman blognya http://www.bilik.blogspot.com/" title="http://www.bilik.blogspot.com/" target="_blank"http://www.bilik.blogspot.com... mengenai pengalaman dia dan rasuah di negara ini, di bawah ini pula komen seorang blogger http://www.jahilgoblog.net" title="http://www.jahilgoblog.net" target="_blank"http://www.jahilgoblog.net , yang memberi respon mengenai pandangan seorang Timbalan Perdana Menteri yang bukan sahaja negaranya kini dipandang hina kerana rasuah malah dirinya juga terpalit skandal rasuah dan pembunuhan wanita Monggolia. ......................................... Utusan Malaysia... hari ni (link), najib ulas pasai rasuah. aku tertarik dengan statement glokalnya yang berbunyi : ...kerajaan tidak terpengaruh dengan sebarang kaji selidik yang menggambarkan indeks rasuah di negara ini semakin tinggi.
alasannya cukup mudah : ...indeks rasuah tersebut menggunakan metodologi yang tidak diketahui sedangkan kerajaan telah lama berusaha keras memerangi jenayah rasuah daripada berleluasa...
ni.. kalau kat sekolah dulu, cikgu aku gunakan penyataan yang aku petik tadi untuk dicontohkan kepada perlakuan "bodoh sombong". dia tak mengaku kata dia tak reti, dalam masa yang sama, dia tuduh kata orang lain pun tak reti. maka jadilah dia kelihatan sombong dalam keadaan yang amat bodoh. contoh dia tak reti, dan dia kata orang lain tak reti Banyak perkhidmatan seperti ini ada dalam pasaran dan kita tidak tahu kaedah metodologi yang digunakan... kalau tadak kaedah metodologi, mana datang kesimpulan? nak pegang pada apa? kalau ada kaedah dan metodologi, takkan tak diberitahu untuk memperkemaskan fakta dan kesimpulan yang dibuat? kalau dah kata "ada dalam pasaran", maksudnya kena beli. takkan kita cuma beli satu perenggan saja baca seterusnya di www.chegubard.blogspot.com - CheguBard International Student (Feb 2007 - Feb 2008), Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University , 1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea.
|
|
|
| |
| ISA: Mengapa Pak Lah tak buka Al-Quran? |
| 03.16.07 (3:19 pm) [edit] |
Oleh CIKGU ISHAK SURIN Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan SUDAH tiba masanya Pak Lah, anak dan cucu ulama tersohor, dari Pulau Pinang ini, selak al-Quran, cari panduan; Apakah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu serasi dengan hujah Allah atau tidak? Mengapa undang-undang rimba itu dipertahankan benar-benar sebalikya hukum-hakam Allah yang wajib dilaksanakan pada peringkat pentadbiran, dilaberal-laberalkan? Dulu Pak Lah tiada kuasa. Maka tiada power untuk berbuat demikian. Kini, Pak Lah diberi kuasa. Mengapa menangguh? Mengapa tidak hapuskan akta-akta rimba yang menyenak dan jelas bercanggah dengan prinsip Islam? Walaupun beberapa negara di dunia mempunyai undang-undang tanpa bicara yang kebanyakkannya diwujudkan selepas Peristiwa 9-11 sebagai langkah kecemasan, tetapi undang-undang mereka mempunyai sekatan dan imbangan (check and balance) yang ketat supaya kepentingan menjaga keselamatan negara diseimbangkan dengan hak asasi seseorang individu. Dalam semua undang-undang tersebut, jangka masa seseorang itu ditahan hanya untuk beberapa hari sahaja. Selepas itu, orang yag ditahan mestilah dihadapkan ke mahkamah atau dibebaskan. ISA di Malaysia bukan begitu. Mangsa boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari untuk siasatan yakni selama dua bulan. Lama tu! Selepas itu, tahanan akan dikenakan perintah tahanan di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun (minima). Apabila tempoh dua tahun genap, perintah tahanan boleh disambung dua tahun lagi, kemudian dua tahun lagi sehingga bila-bila atas keputusan yang dibuat oleh polis dan Menteri Dalam Negeri berdasarkan laporan dari satu lembaga penasihat yang jelas tidak bebas. Sehingga kini terdapat lebih kurang 97 orang yang disimpan di bawah undang-undang rimba ISA ini, termasuk lebih kurang 60 orang yang dituduh sebagai anggota “KMM” dan 6 “JI”. Menjelang September 2006 yang lalu, tahanan “KMM” telah ditahan selama 5 tahun tanpa didakwa dan tidak pernah disab itkan atas apa-apa kesalahan. Antara Januari dan Disember 2006, 38 orang dari kumpulan “JI” akan genap menjalani tempoh penahanan selama 4 tahun – tanpa langsung diberi peluang membela diri. Sifirnya begitu mudah. Jika ada bukti terhadap apa yang mereka lakukan, pastilah pihak polis sudah mendakwa mereka di mahkamah terbuka dan dijatuhkan hukuman. ISA hanyalah kurungan biadap kepada tahanan yang memang tidak boleh dibuktikan kesalahan mereka. Apabila tempoh penahanan diperbaharui, kerajaan mengatakan tahanan perlu kepada pemulihan atau kaunseling. Tetapi, jika mereka tidak pernah dibuktikan bersalah, apakah yang perlu dipulihkan? Sepatutya, pihak penahan (BN dan Umno) yang menggunakan ISA ini yang patut “dipulihkan” dari kerakusan dan penyalahgunaan undang-undang rimba ini untuk kepentingan politik sempit mereka. Pejelasan berdolak-dalik kerajaan mengenai penahanan mereka hanyalah mengesahkan prasangka bahawa tahanan “KMM” dan “JI” ditahan adalah atas permintaan Amerika sebagai sebahagian dari agenda Amerika memerangi keganasan yakni satu tindakan yang amat-amat diragui. Di Indonesia, tidak terkecuali telah menyaksikan beberapa serangan pengganas dan ramai rakyatnya ditangkap atas tekanan Amerika. Tetapi Indonesia berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan berpegang teguh kepada hak asasi manusia dengan hanya menangkap mereka yang mempunyai bukti terlibat dan kemudian diberikan hak melalui perbicaraan terbuka di mahkamah. Di Filipina juga, tiada undang-undang seumpama ISA ini walaupun negaranya mempunyai masalah yang berlarutan dengan pejuang pemisah yang telah meragut banyak nyawa. Jika dibandingkan dengan Malaysia yang tidak pernah berlakunya serangan pengganas, tiba-tiba menyimpan hampir 100 orang tahanan yang disyaki pengganas untuk tempoh yang panjang tanpa memberikan hak seincipun untuk mereka dibicarakan dengan adil. Apa yang dikemukakan oleh SUHAKAM tidak dipedulikan. SUHAKAM mengulas: “Sejarah menunjukkan bahawa undang-undang dan amalan berkaitan ISA telah menjejaskan kedudukan hak asasi di Malaysia”. Ulasan lain: “Di bawah ISA, warga negara dan bukan warga negara Malaysia telah ditahan secara arbitrari (sewenang-wenangnya) dan diberi layanan di luar batas kemanusiaan dan disiksa semasa dalam tahanan. Kekhuatiran ini mempunyai asas yang kukuh”. Malah komen ekstrem yang lain SUHAKAM: “Adalah dicadangkan agar ISA dimansuhkan…&rdquo ; Untuk pengetahuan kita, ISA telah digubal pada tahun 1960 sebagai undang-undang dharurat dan kini sepatutnya ia telah dimansuhkan sebaik sahaja dharurat tamat. Tetapi kerajaan mengekalkannya untuk dijadikan senjata penting bagi menangani masalah “dharurat” terutama yang bersifat politik (mengancam BN).
|
|
|
| |
| Geran Tanah Disonglap? |
| 03.15.07 (4:39 pm) [edit] |
Kini heboh satu Malaysia akan isu pemalsuan geran tanah yang diproses oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) beberapa negeri di Malaysia. Isu pemalsuan ini adalaha agak besar. Tanah adalah satu aset yang paling berharga dulu, kini dan selamanya. Tanah jugalah yang menyebabkan adik beradik, suami isteri, anak beranak bergaduh dan bermasam muka. Malah sampai ada yang tidak mahu mengaku saudara atas kes melibatkan pertikaian pemilikan tanah. Utusan Malaysia ada menyiarkan tajuk berkaitan perkara ini. Isu yang ditimbulkan menyebabkan kita semua (rakyat Malaysia) tertanya-tanya akan tahap keselamatan sistem komputer di PTG yang digunakan untuk memproses dokumen berkaitan tanah. Malah kononnya ada satu sindiket yang bergerak bebas memalsukan dokumen tanah dengan kerjasama orang dalam. Jika kita lihat di Selangor dan Wilayah Persekutuan, beberapa kes pemalsuan dokumen tanah telah berlaku. Kebanyakan kes berkait dengan pegawai-pegawai berpangkat besar (tetapi mengkambinghitamkan beberapa pegawai kecil) di PTG. Malah majoriti daripadanya dikaitkan juga dengan pengaruh politik beberapa ADUN, EXCO dan Wakil Rakyat dari Barisan Nasional. Kes yang sama pernah berlaku di kawasan Raub (Batu Talam) melibatkan wakil rakyat dari UMNO baru-baru ini. Malah kes ini sedang menunggu tarikh perbicaraan semula. Jika anda semua masih ingat di Selangor, bagaimana Menteri Besar (Khir Toyo) dengan pengaruh dan proksinya mengambilalih beberapa bidang tanah yang berskala besar untuk kepentingannya. Malah pernah berlaku kes banjir (terpencil) dalam bilik server di tingkat 2 bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada hari raya haji beberapa tahun yang lalu. Ini menyebabkan server yang memproses dokumen berkaitan tanah telah rosak. Kejadian ini berlaku hanya disebabkan oleh kesyang melibatkan Menteri Besar Selangor (Khir Toyo). Saya berani mempertaruhkan reputasi saya dengan mengatakan bahawa dalang bagi semua kes pemalsuan dokumen tanah di PTG dilakukan oleh ADUN, EXCO malah Wakil Rakyat dari Barisan Nasional. Kalau anda tidak percaya, kita tunggu dan lihat akan kesudahan kes ini. Kalau ianya melibatkan mereka, anda jangan harap bahawa ianya akan didedahkan oleh media tempatan. Bukan sekali dan bukan dua kali mereka-mereka ini terlibat dalam beberapa kes yang berkaitan dengan penyelewengan, pemalsuan dokumen (kad pengenalan di Sabah), rasuah, peras ugut dan banyak lagi. Pasukan Polis dan BPR hanya digunakan untuk memastikan bahawa semua rakyat tidak akan tahu siapa dalang dalam kes sebegini. Yang akan terpapar hanyalah cuma kambing-kambing hitam sahaja. Kita tunggu dan lihat… Ayoh, marilah kita berubah. Ketua Perusuh Bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) (http://ketuaperusuh.wordpress.com/" title="http://ketuaperusuh.wordpress.com/" target="_blank"http://ketuaperusuh.wordpress...)
|
|
|
| |
| Gerakan Sistematik Hapuskan Islam… |
| 03.13.07 (10:31 pm) [edit] |
Oleh TARMIZI MOHD JAM - Ahli Perhubungan merangkap Setiausaha JPN PAS Wilayah Persekutuan
KES LINA JOY amat mengesankan. Beliau tidak memohon murtad tetapi mahu nama aga-manya (Islam) dalam kad pengenalan dibatalkan. Secara tidak langsung tindakannya itu mencabar ajaran Islam tentang murtad. Bagitu juga dengan kontroversi ajaran sesat Ayah Pin di Besut. Ajaran krakpotnya didalangi pihak tertentu yang jelas tidak boleh menerima-nya tetapi semata-mata untuk mencabar Islam. Memorandum Majlis Bukan Islam yang dituju-kan kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 dulu, jelas memperincikan tuntutan dan desakan yang berbau anti Islam. Mereka mahu orang Islam diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah. Di era kekuasaan Pak Lah yang lemah, kumpulan ini mendesak agar ditubuhkan satu badan berkanun IFC atau Inter-Faith Commission. Ia khas untuk menukar ajaran apa sahaja agama yang dirasa menyekat hak asasi manusia terma-suk ajaran Islam berkenaan murtad. Badan ini boleh memutuskan permohonan seseorang Islam yang hendak murtad. Menurut draf rang undang-undang IFC yang dikemukakan pelopornya yakni Majlis Bukan Islam dalam Majlis Peguam; IFC akan berkuasa melaksanakan beberapa norma undang-undang antarabangsa. Ini bererti aduan tidak akan dipu-tuskan mengikut acuan agama seseorang atau undang-undang sivil Malaysia yang sedia ada. Antara norma-norma antarabangsa itu adalah Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948. Kes Lina Joy merupakan asakan strategi musuh terhadap Islam. Era 70an dan selepas itu, mere-ka mencari orang yang bakal murtad dalam kum-pulan masyarakat yang dhaif seperti anak luar nikah (zina) antara Islam dan bukan Islam. Di Pulau Pinang, terdapat sebuah firma guaman yang aktif mengiklankan peristiharan murtad dalam akhbar The Star. Mereka mengikut satu ataur cara undang-undang yang dipanggil deed poll. Peristiharan seperti itu adalah cara yang digunakan di England oleh seorang yang hendak mengisytiharkan penukaran namanya. Tetapi, perisytiharan begini tiada kuasa disisi undang-undang di Malaysia. Maka, dari sinilah muncul idea penukaran nama melalui kad pengenalan. Lina Joy cuba mengambil manfaat dari kelemahan Akta Pendaftaran Negara. Beberapa kes murtad pernah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran seperti kes Kartini. Apabila JPN sedar kesilapan itu, maka syarat dibuat mana-mana orang Islam yang mahu tukar nama dari nama Islam kepada orang bukan Islam, pemohon hendaklah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah. Syarat inilah yang sedang dicabar oleh Lina Joy. Dalam mendengar hujah di Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz memberi peluang kepada Majlis Perunding Bukan Islam (pelopor IFC) berhujah bahawa orang Islam berhak untuk murtad. Peluang dan peranan yang diberikan kepada mereka, mungkin baik bagi mendengar semua pihak yang berminat walaupun sama sekali tidak ada kepentingan dari segi hak mereka mempraktikkan agama mereka seperti yang disyorkan oleh Artikel 11 Perlembagaan. Namun begitu, tindakan Mahkamah Rayuan Persekutuan boleh dianggap oleh kumpulan ini sebagai mengiktiraf hak mereka dalam kes murtad orang Islam dengan memberi ruang selesa untuk mereka campur tangan dalam urusan Islam. Ini benar-benar amat mengecewakan! Kes Lina Joy adalah kali pertama membabitkan isu Artikel 11 (1) dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Islam yang menjadi identiti bangsa, kini sedang dirobek-robek. Selama ini ia tetap utuh sekalipun pernah dijajah lebih 500 tahun oleh kuasa besar Kristian di rantau ini. Definisi Melayu dalam Perlembagaan juga turut terancam dengan bahang panas dari kes Lina Joy ini. Dibawah Akta Pendaftaran, mengkehendaki agama seseorang disebut sebagai satu-satunya ciri pengenalan pemiliknya. Ini menyulitkan Lina Joy memadamkan agama Islam pada kad pe-ngenalannya. Sebab itu, Lina Joy mencabar kua-sa JPN. Jabatan itu diberi kuasa mensyaratkan seorang yang hendak tukar nama Islam asalnya disebabkan murtad hendaklah mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Kes-kes lain seperti kes Moorthy dan Nyonya Tahir, kumpulan Artikel 11 yang seiya dengan IFC mendakwa hak orang bukan Islam di negara ini tidak dilindungi. Ia dipelopori oleh 14 NGO antaranya Suaram, Awam, Hakam, Sisters in Islam dan WAO. Kumpulan inilah juga yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Dan mereka jugalah yang mencadangkan penubuhan IFC! Mereka mempersoalkan mengapa hak murtad diletakkan dibawah undang-undang Syariah? Fenomena ini ditambah dengan kedangkalan pemimpin Islam Umno dalam kerajaan yang turut memberikan kekuatan kepada kumpulan ini untuk terus menggapai impiannya. Kebebalan Nazri Aziz, Menteri Di JPM dalam isu ini amat membimbangkan. Beliau bukan sa-haja gagal membela Islam malah turut menyokong kumpulan yang mahu merobek maruah Islam di negara ini. Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang kufur dengan Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang, tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.” - (An-Nahl:106) Dipetik drp Lidah Rasmi PAS Wilayah Persekutuan POLITIK@KL Bil (2) November 2006
|
|
|
| |
| Pelajar Malaysia dipaksa hadir Pertemuan Dengan Najib |
| 03.13.07 (10:29 pm) [edit] |
Sempena Lawatan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan beberapa Menteri dan pemimpin kanan Negara ke Korea satu perjumpaan dengan Pelajar Malaysia telah dianjurkan pada 12 Mac 2007. Diyakini ada di kalangan pelajar Malaysia di sini enggan menghadiri majlis yang dijangka akan menjadi medan propaganda parti pemerintah. Namun malangnya majlis pertemuan itu wajib dihadiri oleh semua pelajar Malaysia. Malah terdapat ugutan untuk memotong elaun jika tidak hadir. Dalam satu perkeliling yang ditandatangani oleh Syahirah Mohd Sahar, S/U Agong PPMK06/07, Persatuan Pelajar Malaysia Korea 2007 selain menyatakan ugutan pemotongan elaun jika tidak hadir turut menyatakan beberapa garis panduan dan tatasusila yang ditetapkan oleh Kedutaan Malaysia di Korea. Antaranya ialah : Kehadiran tepat pukul 6 petang. Pintu akan ditutup selepas pukul 6.15 petang. Pintu akan dibuka semula selepas majlis berucap tamat. Bagi yang ingin bertanya soalan, sila kenalkan diri: nama penuh, institusi pengajian dan bidang pengajian. Soalan – soalan sensitif dan mengenai elaun adalah dilarang sama sekali. Jaga pertuturan dan adab majlis kerana VIP akan turut serta di setiap meja dan media massa turut hadir. Jaga imej pelajar Malaysia. Harap semua dapat berdiri dan bertepuk tangan apabila TPM memasuki dewan sehingga beliau duduk. Makanan amat mencukupi. Tidak perlu berebut dan tidak perlu mengambil dalam kuantiti yang banyak pada satu masa. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan demi menjaga nama baik pelajar Malaysia di Korea.
Ugutan dan perkeliling seperti ini sebenarnya sendiri boleh memalukan negara. Badan – badan pelajar dan intelektual yang tumbuh subuh di Negara ini sudah tentu akan mentertawakan cara pemerintah mengawal pelajar Malaysia. Seharusnya lawatan pemimpin negara bertemu pelajar atau warga negara yang berada di bumi asing dipenuhi dengan sesi pertukaran idea, dialog terbuka ke arah mencari formula terbaik memajukan dan mendepani masalah negara. Memberi ugutan untuk hadir, mengawal soalan dan memberi arahan untuk bangun dan bertepuk tangan menggambarkan bagaimana pemimpin negara mengawal budaya intelektual anak Malaysia. Arahan cara makan "Jangan ambil dengan banyak sekali" menggambarkan cara mereka melihat penuntut Malaysia. Ini amat memalukan dan menyedihkan. Jika pertemuan ini diadakan secara terbuka boleh berdialog secara sihat maka tidak perlu dipaksa pasti pelajar Malaysia akan datang. Malah jika tiada kawalan ketat saya juga amat berminat untuk hadir. Diyakini kawalan ketat ini juga berikutan isu – isu panas seperti Kes Altantuya dan Korupsi pembelian senjata turut menjadi bualan penuntut Malaysia.
Badrul Hisham Shaharin International Student (Feb 2007 - Feb 2008), Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University , 1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea. Penulis sedang mengikuti pengajian peringkat 'Master' dalam bidang Inter Asia NGO studies pengkhususan Pengurusan Krisis di Songkonghoe University Seoul di bawah biaya penuh The May 18 Gwangju Memorial Foundation. Beliau juga merupakan eksekutif ko ordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)
www.chegubard.blogspot.com - CheguBard
|
|
|
| |
| Nasib 2 Rakyat Malaysia Di Gantanamo: Wisma Putra didesak campur tangan |
| 03.10.07 (10:51 pm) [edit] |
Dua Rakyat Malaysia dihadapkan ke tribunal palsu : Campurtangan dan pendirian Kementerian Luar ditunggu. Wisma Putera (Kementerian Luar Negeri) di desak untuk campur tangan dan menyatakan pendirian terhadap perkembangan terbaru dua rakyat Malaysia yang terlibat dihadapkan ke Tribunal Tertutup di Teluk Guantanamo. Semalam Amerika Syarikat mula membicarakan 14 suspek penting, dua daripadanya rakyat Malaysia di tribunal tertutup Teluk Guantanamo, tiga tahun selepas mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam keganasan. Laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menyatakan, dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang ditahan pada 2003. Akhbar Britain The Independent pula melaporkan, selain dua rakyat Malaysia, suspek lain ialah tiga rakyat Pakistan, Yaman (2), Arab Saudi (2), masing-masing seorang warga Palestin, Libya, Somalia, Indonesia dan Tanzania, lapor akhbar Britain, The Independent, semalam. Namun, tribunal itu mendapat kecaman ramai dan disifatkan sebagai tribunal palsu kerana tiada seorang pun wakil media serta peguam suspek dibenarkan menghadirinya. Perbicaraan itu bertujuan menentukan sama ada 14 suspek itu layak disenaraikan sebagai pejuang musuh bagi membolehkan mereka dibicarakan di mahkamah tentera. Suspek termasuk lelaki disyaki perancang serangan 11 September 2001, Khalid Sheikh Mohammed dan lelaki Indonesia, Hambali yang dituduh mendalangi serangan bom di Bali, Indonesia yang meragut lebih 200 nyawa pada 2002. Lelaki lain termasuk didakwa sebagai pemimpin al-Qaeda, Abu Zubaydah dan Ramzi Binalshibh. Sementara itu agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan, suspek terbabit dibicarakan di depan panel tiga pegawai tentera yang bakal memutuskan status mereka sebagai pejuang musuh atau tidak. Namun, kumpulan hak asasi sebelum ini mengecam keras perbicaraan tertutup sebagai tribunal palsu dan tentera Amerika boleh menggunakan bukti yang diperoleh secara paksaan bagi mendakwa suspek. ¡°Ia satu kesilapan besar jika keseluruhan perbicaraan itu dirahsiakan. Tindakan menutup kamar mahkamah dengan cara itu hanya menghantar isyarat bahaya kepada dunia luar berhubung keadilan proses perundangan Amerika,¡± kata peguam, Floyd Adam yang juga pakar dalam isu kebebasan maklumat. Malangnya ketika hampir seluruh dunia mengecam tindakan menghadapkan tahanan ke tribunal rahsia, Wisma Putera yang mana rakyatnya sendiri terlibat terus membisu dan tidak membuat sebarang campurtangan serius. Sikap ini menggambarkan ketakutan pemimpin negara dengan sikap dan keangkuhan Amerika Syarikat. Sesungguhnya rakyat Malaysia amat kecewa dengan sikap ini. Ketika anak Malaysia dizalimi dan dalam keadaan amat memerlukan pembelaan, kerajaan membisu kerana takut dengan keangkuhan Amerika Syarikat. Badrul Hisham Shaharin Executive Co ordinator Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK) ------------------------- ---------------------- International Student (Feb 2007 - Feb 2008), Inter-Asia Graduate School of NGO StudiesSongkonghoe University , 1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea che'GuBard. www.chegubard.blogspot.com penerangan_keADILan@yahoo .com / badrul_angkatanmuda@yahoo .com +6017 6688404. gerakmalaysia@gmail.com www.gerakmalaysia.org
|
|
|
| |
| Pengendalian Skandal Salahlaku Berprofil Tinggi , Bukti Perdana Menteri Acuh Tak Acuh Benteras Rasuah |
| 03.10.07 (10:48 pm) [edit] |
Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan
Kenyataan Media - 9 Mac 2007 Angkatan Muda Keadilan Malaysia melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tingkah laku Perdana Menteri, Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam menanggani skandal salahlaku yang menyelubungi Ketua Pengarah Badan Pencecah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Md Nor dan Dato` Johari Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Pendedahan tentang Ketua Pengarah BPR yang dikatakan terlibat dengan penyelewengan dan jenayah seksual telah dibuat oleh Gerakan Anti Korupsi & Demokrasi (Gerak) beberapa minggu lalu dan telah menarik perhatian media. Tidak lama kemudian kita dikejutkan pula dengan tuduhan rasuah bernilai 5.5 juta yang melingkari Dato` Johari Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk membebaskan tahanan ordinan darurat dari sebuah laman web. Namun begitu tindakan Abdullah Ahmad Badawi, yang juga sebagai orang yang bertangungjawap ke atas BPR dan Kementerian Dalam Negeri adalah begitu tidak menyakinkan dan tidak sehaluan dengan slogan anti korupsi yang dilaung-laungkannya, dengan mengekalkan mereka dalam jawatan masing-masing walaupun semua tuduhan tersebut adalah serius dan berat. Tuduhan keatas kedua-dua mereka begitu serius dan berat kerana mereka adalah antara orang yang utama dipertangungjawapkan untuk membenteras kesalahan yang mereka lakukan; Zulkipli dituduh rasuah dan penyelewengan manakala Dato` Johari Baharum telah dituduh melindungi penjenayah yang sepatutnya dibenteras dan dilawan olehnya. Selain itu nampaknya Perdana Menteri juga tidak mengambil pusing pelbagai tuduhan dan kecurigaan yang melingkari kabinetnya sebagaimana yang didedahkan sendiri oleh Dato` Seri Utama Rais Yatim beberapa tahun lalu yang mendedahkan ada 18 kes berprofil tinggi yang kami percaya sebahagiannya telah menjadi rahsia umum seperti kes Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik. Oleh itu kami melihat perlu ada langkah yang betul dan bersungguh-sungguh harus dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membenarkan apa yang telah diucapkan dan dijanjikanya. Kami mendesak Perdana Menteri untuk melaksanakan perkara berikut. 1. Mengantung serta merta jawatan mereka yang disandang oleh mereka yang dituduh untuk memudahkan tugas penyiasatan terhadap mereka. 2. Menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat mereka kerana terbukti pihak polis telah gagal untuk membuat penyiasatan menyeluruh dalam kes Zulkipli Md Nor. 3. Semua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Menteri juga wakil rakyat diwajipkan mengistiharkan harta di parlimen dan dewan undangan negeri. 4. Letakkan BPR bertanggungjawap keatas parlimen 5. Segera siasat kes-kes berprofil tinggi termasuk beberapa dakwaan rasuah oleh Dato` Seri Anwat Ibrahim yang melibatkan skandal pembelian Sukhoi dan Kapal Selam, juga 18 kes berprofil yang disebutkan di atas.
Tindakan diatas amat perlu dilakukan demi menjaga harta rakyat, maruah negara, dan nasib bangsa Malaysia dari hancur akibat bahana rasuah.
Jika tidak dilakukan nyata Perdana Menteri dan kabinetnya telah melindunggi perasuah dan penjenayah yang akhirnya menelurkan nilai yang rosak dalam masyarakat dan negara. Faris Musa Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kiriman: che'GuBard. www.chegubard.blogspot.com penerangan_keADILan@yahoo .com / badrul_angkatanmuda@yahoo .com +6017 6688404
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|