Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Kuan Yew Tidak Sebodoh Itu
10.05.06 (11:35 pm)   [edit]

Walaupun Lee Kuan Yew sudah menghantar surat penjelasan dan ‘meminta maaf’ dari Abdullah Badawi berhubung dakwaannya bahawa masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik, tetapi di dalam hati saya masih lagi tertanya-tanya:  Apakah Kuan Yew sebodoh itu?

Jika jawapannya “Tidak!”, mengapa dan apakah muslihat dia membuat dakwaan tersebut; dan kemudian meminta maaf pula?

Kuan Yew bukan tokoh politik biasa di rantau ini.  Pengalamannya sangat luas dan dalam; pengetahuannya pun tinggi.  Kalau di Malaysia, Lee mungkin (‘mungkin’ kerana dia tidak tergolong dalam jenis ‘bumiputera’) sudah lama dinobatkan menjadi ‘Bapak Singapura’.  Dari satu segi, dia telah berjaya membangunkan pulau itu sehingga menjadi pusat perdagangan dan kewangan yang penting.  Di segi yang lain pula, dia juga boleh dikatakan berhasil menekan musuh-musuh politiknya melalui bermacam-macam tindakan dan cara yang tidak demokratik seperti merampas hak kebebasan mereka untuk bersuara, berorganisasi dan sebagainya – termasuk penggunaan ISA yang mahazalim itu.

Sebagai Perdana Menteri dia berkuasa selama 31 tahun.  Dalam tempoh itu, entah berapa ratus atau mungkin ribu orang tokoh politik berhaluan kiri, kesatuan sekerja dan pelajar-pelajar Cina yang telah dipenjarakannya. Said Zahari, wartawan Utusan Melayu yang progresif itu pernah diISAkannya selama 17 tahun.   Begitu juga Chia Thye Poh, bekas MP Barisan Sosialis yang ditangkap pada 28 Oktober 1966.  Chia merupakan pemegang rekod paling lama ditahan oleh Lee Kuan Yew – 23 tahun tanpa bicara!

Apabila Goh Chok Tong menggantikan tempatnya, Lee tidak berundur dari arena politik, sebaliknya dia meletakkan dirinya sebagai Menteri Kanan.  Kini dalam kabinet anak lelakinya Lee Hsien Loong, dia menyandang jawatan sebagai Menteri Mentor pula.   Pendek kata, dalam usianya sudah mencatat 83 tahun pun dia masih lagi di tampuk kekuasaan.

Mungkin juga olehkerana sifat pemerintahannya yang ala fasis dulu, maka hingga hari ini dia terus-menerus dibayangi kebimbangan untuk melepaskan sepenuhnya cengkaman ke atas pemerintahan di Singapura.

Dengan latarbelakang tersebut, sangat susah bagi saya (walaupun dalam bulan puasa ini) untuk menerima mentah-mentah keikhlasan beliau meminta maaf itu serta  mengisytiharkannya  ke seluruh dunia.

Saya masih belum berpeluang untuk membaca keseluruhan kandungan surat penjelasan Lee kepada Abdullah.  Tetapi, mengikut apa yang dilaporankan oleh media massa, dia telah meminta maaf atas kenyataannya itu.   “Saya minta maaf kerana apa yang saya katakan telah menyebabkan ketidakselesaan. Selepas sedekad hubungan bermasalah dengan pemimpin sebelum anda, perkara seperti ini tidak diingini langsung,” katanya dalam suratnya bertarikh 29 September.

Apakah Abdullah sudah merasakan ‘keselesaan’ itu sekarang selepas menerima surat tersebut?  Pada hemat saya, sekiranya ditanyakan kepada Mahathir iaitu regu tango Abdullah sejak kebelakangan ini,  saya percaya dia (Mahathir)  akan bertambah marah.  Melalui suratnya,  langsung tidak nampak keikhlasan Lee atau sikap rendah hatinya untuk mengaku, apatah lagi membetulkan kesalahannya.  Lebih teruk lagi, dengan cara nakalnya dia telah cuba pula untuk mengaitkan pihak yang ketiga iaitu “pemimpin sebelum anda” ke dalam senario ini.  Dengan begitu, bukankah sudah tampak kaki ular?

Sungguh, bukannya senang Lee Kuan Yew hendak memohon maaf dari sesiapapun, apa lagi Abdullah Badawi.

Tetapi, diitinjau dari sudut lain pula, samada disengajakan ataupun tidak, dengan  kenyataan perkaumannya yang provokatif dan kemudian ‘meminta maaf’ itu,  Lee sebenarnya telah membantu untuk menaikkan kredibiliti Abdullah yang sudah merosot sebelum ini.  Sementara banyak orang Cina mungkin bersetuju dan menyokong Lee, tidak sedikit pula orang Melayu yang telah ditolak oleh arus perkauman itu lalu berpaling semula dan memihak kepada Abdullah.

Sekiranya itulah yang menjadi muslihat Kuan Yew, agaknya dia sudah hampir-hampir berjaya. Tetapi walau apapun, Abdullah masih tetap boleh berterimakasih kepada Lee kerana telah membantu beliau untuk meneruskan agenda perkauman di Malaysia.
 

Syed Hamid Ali - 05.10.2006

 
Hidup berjiran dengan Harry Lee
10.05.06 (11:32 pm)   [edit]

Saya berjiran dengan Mr X selama berpuluh-puluh tahun. Kami saling kenal-mengenali ringkasnya hubungan kami dikira hubungan jiran yang baik.

Lalu apabila Mr X melakukan sesuatu yang menyinggung hati, perasaan dan ketenteraman saya pastilah saya segera menyatakan dan menzahirkan ketidakpuasan-hati saya itu terus kepada beliau. Kalau anak-anaknya membuat bising yang terlampau saya akan maklumkan kepada beliau, kalau keretanya menghadang jalan masuk ke rumah saya terus saya akan beritahu beliau demikianlah sebaliknya.

Minggu lepas bekas PM Singapura (jiran kita di Selatan) Harry Lee Kuan Yew Menteri Mentor dalam kabinet anaknya Lee Hsien Loong telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung kita selaku jirannya. Harry dilaporkan sebagai berkata dalam sebuah majlis forum IMF:

Our neighbours both have problems with their Chinese. They are successful. They are hard working and therefore they are systemically marginalized. Indonesia and Malaysia want Singapore, to put it simply, to be like their Chinese: compliant

Kenyataan beliau itu kelihatan seolah mahu menghasut keharmonian hubungan antara kaum di Malaysia. Ianya sangat tidak bertanggungjawab tambahan dikeluarkan oleh jiran kita yang pernah duduk bersama-sama kita dalam Persekutuan Malaysia satu ketika dahulu.

Yang mahu saya ketengahkan di sini adalah reaksi PM kita terhadap kenyataan Harry itu.Menurut NST semalam Dollah dilaporkan sebagai berkata:

I will write a letter to him. I want him to explain his statement.
(Saya akan mengirim surat kepada beliau. Saya akan minta beliau memberikan penjelasan)

Apakah tidak ada teknologi komunikasi yang lain di Putrajaya? Saya percaya Dollah boleh mengangkat telefon atau handphone nya dan menelefon direct Harry sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Negara-negara lain apabila timbul masalah seumpama ini. Kita sering dengar apabila timbul konflik contohnya Presiden AS akan menghubungi terus mana-mana ketua Negara berkenaan melalui telefon.

Responnya spontan dan pasti akan mendapt reaksi spontan juga.

Tetapi PM kita memilih untuk mengirim surat (Snail Mail!).

Bayangkan kalau saya tersinggung dengan Mr X kerana sampah yang dibuangnya di hadapan rumah masuk ke kawasan rumah saya, lalu saya mengirim surat menyatakan ketidapuasan hati saya. Apa agaknya reaksi Mr X?

Bagi saya Harry Lee akan lebih besar kepala dan mungkin tidak memperdulikan pun surat Dollah itu.

Protes sampai turun!

Sila kunjungi blog ROSLAN SMS:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda

Oleh Roslan sms - 05.10.2006

 
Saya tidak terlibat kata PM
10.05.06 (11:29 pm)   [edit]

Sekiranya kita melawat ke laman web Badan Pencegah rasuah BPR, kita dapat klik ke ruangan perundangan dimana diterangkan darihal takrif suapan, kesalahan rasuah dan peruntukkan undang-undang berkenaan rasuah.

Di bawah huraian kesalahan rasuah dijelaskan:

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Saya membawa perkara ini kerana di dalam kekalutan kita membicarakan darihal permohonan maaf Lee Kuan Yew dan ketidak-tentuan sikap kerajaan mengenainya, terdapat satu berita kecil yang mungkin tidak mendapat perhatian orang kebanyakkan.

Dalam akhbar THE STAR satu ruangan kecil empat perenggan membawa tajuk:

PM: I have no interest in Iraq scheme

Dan dalam akhbar THE SUN:

Abdullah denies involvement in project

Setelah perjumpaan khas PM Dollah Badawi dengan para ulamak jemputan di Putrajaya semalam seorang pemberita bertanya berkenaan dakwaan penglibatan beliau di dalam program Oil-for-Food Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum Iraq diduduki Amerika Syarikat dan tentera bersekutu dahulu sebagaimana dilaporkan di dalam laman-laman web tertentu.

Program PBB untuk Iraq itu dikatakan melibatkan kontrak berjumlah USD800 juta ataupun RM2.96 billion.

Kata Dollah sebagaimana dipetik THE STAR:

The website can say whatever it wants. I know what I have done. I do not have any interest of any sort.

Laman web itu boleh perkatakan apa sahaja yang ia mahu. Saya tahu apa yang telah saya lakukan. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung.

Manakala THE SUN melaporkan:

Recommending people an opportunity to participate does not imply that I have been involved in any dealings. It is quite normal for government leaders to write letters of introduction for any particular group seeking genuine business opportunities.

Memberikan sokongan kepada mana-mana pihak bagi berpeluang mengambil bahagian (dalam perniagaan) tidak bermakna yang saya terlibat dalam urusannya. Ianya sesuatu yang biasa bagi pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menulis surat memberikan sokongan kepada mana-mana kumpulan yang mahu menceburkan diri dalam peluang perniagaan.

Sebenarnya bekas PM Tun Dr Mahathir pun ada mendedahkan darihal penglibatan Dollah ketika itu Dollah adalah TPM. Dan kumpulan atau syarikat yang menerima sokongan Dollah itu menurut laporan berkenaan program tersebut yang disediakan oleh Charles Duelfer dan Paul A. Volcker turut melibatkan Tradeyear Sdn. Bhd. dan Mastek Sdn. Bhd. Salah seorang yang terlibat aktif dalam kumpulan itu adalah Noor Asiah Binti Mahmood I/C No: 530624-08-5224, beliau adalah adik ipar Dollah, adik kepada allahyraham Kak Endon.

Dalam laporan itu disebut:

The Volcker Report also mentions that Abdullah had written a letter to Taha Yassin Ramadan on 13 November 2000 recommending a delegation headed by Mr. Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Mahmood

Laporan Volcker menyebut bahawa Abdullah telah menulis surat kepada Taha Yassin Ramadan pada 13 November 2000 dengan memebrikan sokongan kepada satu delegasi yang diketuai oleh En Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood.

Laporan itu turut menyebut:

A review of Iraqi documents confirms the association between Iraqi officials, Mr. Faek Ahmad Shareef and Abdullah. References to Mr. Shareefs oil allocation in the SOMO (State Oil Marketing Organisation) documents appear in some instances as Mr. Faek Ahmad Shareef/for the benefit of Abdullah.

Suatu semakan terhadap dokumen-dokumen Iraq itu mengesahkan penglibatan antara para pegawai Iraq, En. Faek Ahmad Shareef dan Abdullah. Rujukan kepada peruntukkan minyak En Shareef di dalam dokumen-dokumen SOMO (Organisasi Pemasaran Minyak Negara) di dalam beberapa bab merujuk kepada En. Faek Ahmad Shareef/untuk kepentingan Abdullah.

Adakah tindakan Dollah itu jatuh di bawah huraian rasuah sebagaimana yang terdapat dalam laman web BPR itu?

Saya difahamkan beberapa ketua kerajaan lain yang turut terlibat dengan program PBB ini telah pun melepaskan jawatan masing-masing apabila skandal ini didedahkan kecuali Dollah. Jadi bagaimana ya?
 

Protes sampai turun!

Sila kunjungi blog ROSLAN SMS:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda

Oleh Roslan sms - 05.10.2006

 
SIAPAKAH PATRICK LIM?
10.04.06 (10:40 pm)   [edit]

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Nama Patrick Lim sangat terkenal bagi rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Beliau dikatakan bersahabat baik dengan Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita dan yang menariknya seperti yang didedahkan oleh bekas PM, Dr. Mahathir Mohamad bahawa Patrick Lim bersama-sama dengan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin adalah pemerintah sebenar bagi kerajaan negeri Terengganu hari ini, bukan Idris Jusoh.

Idris dijadikan sebagai patung bernyawa sahaja. Di belakang Idris ada orang lain yang mengatur pembangunan di negeri Terengganu. Idris hanya ditugaskan sebagai jurucakap sahaja, tanpa ada sebarang peranan untuk merancang dan membangunkan Terengganu. Idris ini tidak sedarkan diri dan nampaknya Idris amat suka peranannya sebagai boneka Abdullah.

Idris tidak ada kebebasan membuat sebarang keputusan sebagai Menteri Besar seperti MB-MB dan KM-KM di negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO/BN, hatta dalam UMNO sendiri, Idris hanya Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan ketuanya ialah Abdullah.

Idris diperlakukan sebagai orang bodoh dan dungu atau sebagai robot yang telah diprogramkan untuk berkokok sebagai ‘ayam jantan’ ketagih betina. Idrislah yang akan mencanangkan projek-projek pembanguan yang dibawa ke Terengganu seperti yang ditunjukkannya ketika perasmian tapak Universiti Darul Iman tempoh hari. Di majlis tersebut, nampak sangat kebodohan dan kedunguan Idris meneriak dan memekik-mekik bagaiakan orang gila dirasuk puaka. Amat memalukan kerana ianya ditatap oleh seluruh rakyat melalui siaran langsung oleh RTM.

Idris tidak boleh membuat sebarang keputusan atau tindakan selagi tidak mendapat ‘lampu hijau’ daripada Putrajaya terlebih dahulu. Dikatakan, sebahagian projek-projek pembangunan di Terengganu yang bernilai berbillion ringgit disapu oleh Patrick Lim dan Khairy [Khairy sebenarnya bertindak sebagai office boy sahaja bagi Patrick Lim].

Sebelum Mahathir mendedahkan perkara ini, Raja Petra Kamaruddin terlebih dahulu membongkarkannya kepincanganan ini melalui Malaysia Today dalam satu tulisannya [http://www.malaysia-today.net/CorridorsPower/2006/0 7/who-is-really-running-m alaysia-anyway.htm" title="http://www.malaysia-today.net/CorridorsPower/2006/0 7/who-is-really-running-m alaysia-anyway.htm" target="_blank"http://www.malaysia-today.net...] dan kemudian diterjemahkan dan disiarkan dalam laman Marhaen [ http://marhaen..kelatedaily.net/mar_a_tag2136.html" title="http://marhaen..kelatedaily.net/mar_a_tag2136.html" target="_blank"http://marhaen..kelatedaily.n...]

Hari ini, Malaysiakini turut mendedahkan ‘Siapa Patrick Lim’ -Sila baca laporan tersebut :
 

Nama Patrick Lim melonjak secara tiba-tiba dan menjadi tumpuan awam selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa pemaju hartanah itu bersama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin ‘memerintah’ Terengganu.

Malah, Dr Mahathir membahasakannya sebagai Patrick Badawi. Dr Mahathir menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan tabung bangunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kemaman Jumaat lalu.

Jadi, siapakah Patrick Lim? Patrick Lim merupakan seorang pemaju hartanah yang tidak menonjolkan diri. Bapanya adalah seorang yang terkenal dalam arena lumba kuda sehingga logo syarikatnya Equine Capital Bhd turut menggunakan imej kuda.

Patrick adalah Pengerusi Eksekutif Equine Capital Bhd yang beribu pejabat di Seri Kembangan, Selangor. Beliau mempunyai tiga projek hartanah yang besar – satu daripadanya adalah di Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Projek itu termasuk dalam projek pembangunan jambatan kedua Pulau Pinang. Projek perumahan tersebut dikenali sebagai Crescentia Park – projek campuran komersial dan perumahan – yang akan dimajukan sebagai bandar satelit ketiga di Pulau Pinang.

Kawasan itu merangkumi kawasan seluas 450 ekar. Nilai Pembangunan Kasar dan Kos Pembangunannya dianggarkan masing-masing bernilai RM860 juta dan RM636 juta. Projek itu dijangka disiapkan sepenuhnya pada 2015.

Kawasan tersebut boleh diakses melalui jambatan kedua Pulau Pinang dan melalui lebuhraya. Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat projek pembangunan jambatan kedua itu, beliau turut diberi taklimat oleh Patrick mengenai projek syarikatnya.


Padang lumba kuda

Sebelum ini, salah seorang pengurus anak syarikat milik Patrick terbunuh selepas terkena kipas helikopter yang dinaikinya dan insiden itu menjadi tumpuan laporan media massa.

Selain itu, Patrick Lim Soo Kit juga mendapat hak mereka-bentuk dan membina semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang akan dipindahkan ke kawasan Batu Kawan yang berharga RM375 juta.

Ini menjadikannya Patrick sebagai seorang pemaju yang mempunyai projek hartanah yang terbesar di Malaysia.

Projek kedua yang diperolehi Patrick adalah pertandingan perahu layar Monsoon Cup di Pulau Duyong, Terengganu – idea yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri. Projek bernilai RM200 juta termasuk pelaksanaan pembangunan prasarana di pulau tersebut, termasuk pembinaan chalet.

Perdana Menteri mahu dianjurkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa sewaktu musim tengkujuh bagi menghapuskan mitos bahawa tiada aktiviti yang dapat dijalankan pada musim tersebut, di mana nelayan tidak keluar menangkap ikan kerana laut yang bergelora.

Bagi sesetengah pihak, pembabitan Patrick dalam projek pembangunan yang termasuk dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang dan penganjuran ‘Monsoon Cup’ itu mencerminkan hubungan baik beliau dengan Perdana Menteri.

Monsoon Cup merupakan pertandingan perahu layar bertaraf dunia pertama yang diadakan di Asia dan dimulakan pada Disember tahun lalu, dengan disaksikan oleh 500 juta penonton di seluruh dunia.

Jackie Chan tertarik

Pertandingan tersebut berjaya menarik kehadiran pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Michelle Yeoh dan tunangnya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan lumba kereta Formula 1, Ferrari, Datuk Jean Todt.

Abdullah turut menyaksikan pertandingan tersebut untuk memberi sokongan kepada projek berkenaan. Todt sudahpun memiliki dua buah bunglow di pulau tersebut.

Sementara itu akhbar melaporkan baru-baru ini Jackie Chan yang merupakan rakan karib Patrick turut menyuarakan minatnya untuk untuk membeli hartanah di Pulau Duyong.

Pelakon Hong Kong itu dilaporkan berkata, beliau telah jatuh cinta dengan keindahan dan ketenangan pulau tersebut dan sedang menimbang untuk membeli hartanah di situ.

Chan berada di Malaysia baru-baru ini untuk melawat kawasan pertandingan Monsoon Cup itu. Beliau yang datang dari Singapura, menaiki skuter air untuk meninjau sekitar kawasan tersebut.

Atas jemputan Patrick

Jackie berkata beliau datang ke Pulau Duyong atas jemputan Patrick

“Patrick memujuk saya supaya datang menyaksikan pembangunan dan keindahan Pulau Duyong. Lawatan saya juga adalah untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai Duta Pelancongan Asia.

Bagaimanapun, Jackie bekata, beliau tidak dapat menyaksikan pertandingan ‘Monsoon Cup’ tahun in kerana sibuk dengan penggambaran filem Rush Hour 111.

Dalam cara pertandingan tahun lalu, pihak penganjur telah mengedarkan 30,000 baju hujan ‘pakai-buang’ kepada penonton yang datang menyaksikan pertandingan tersebut.

Patrick juga berjaya melantik juara kapal layar dunia sebanyak dua kali, Peter Gilmour sebagai pengarah pertandingan tersebut yang berlangsung pada 29 November hingga 4 Disember tahun lalu.

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH BERPUASA SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN
 

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai - 29.09.2006

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...