Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Taraf seorang mahasiswa yang lembab di negara kita
08.29.06 (3:42 am)   [edit]

ASSALAMUALLAIKUM,

Beberapa hari lepas saya ada membaca surat khabar Utusan Meloya dan di ruangan forum ada satu tulisan daripada seorang penuntut Universiti yang menyatakan akan kekeliruannya dengan parti PAS. Walaupun saya tahu tujuan sebenar surat khabar Utusan MeLOYA nie mengeluarkan artikel tersebut adalah untuk menghentam PAS dan memberikan kecelaruan dalam pemikiran rakyat Malaysia. Sungguh malang saya rasakan kerana ia di tulis oleh seorang yang dianggap terpelajar walaupun hakikatnya bagi saya, dia ini bukanlah org yang berpelajaran.

Seorang pelajar universiti yang tidak membuat homework sebelum mengeluarkan tulisan yang tiada fakta amat menyedihkan.  PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan menjadi kafir apabila menjadi ahli UMNO.  Perkataan kafir itu sendiri boleh memberi berbagai-bagai tafsiran tertakluk kepada balaghah bahasa Arab.  Kafir di sini bukan bermakna terkeluar dari Islam.  Sebaliknya kafir di sini menunjukkan kafir dari segi sifat.
 
Saya ambil contoh hadis sahih Rasulullah yang bermaksud "Sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja, maka dia adalah kafir yang nyata".  Kafir dalam hadis ini ulama mentafsirkan sifat kekafiran yang nyata.  Tidaklah membawa makna ianya terkeluar dari Islam.  Matinya perlu diuruskan seperti jenazah orang Islam lainnya.  Tetapi sifat meninggalkan solah itu membawa kepada sifat kafir yang nyata.  Bagaimanapun harus diingat, kata-kata Rasulullah adalah benar.  Sekiranya Allah membenarkan perkataan Rasulullah tadi, kita akan dilihat Islam di sisi manusia tetapi kafir di sisi Allah.
 
Sama juga orang yang mendokong prinsip-prinsip UMNO, ditakuti menjadi kafir di sisi Allah walaupun kita masih tidak mengatakannya kafir secara jelas.  Sifat kekafiran ini bukan terletak kepada berbaik-baik dengan orang kafir tetapi bertolak ansur dengan mereka sehingga sanggup mengorbankan prinsip-prinsip Islam.  Tidak ada salahnya berbaik-baik dengan orang kafir, malah ianya dianjurkan oleh Islam, tetapi bukan sehingga mengabaikan tuntutan Islam demi menjaga persahabatan tersebut.
 
Mengenai pengharaman kaum wanita dari menjadi wakil rakyat, bukanlah ianya haram mutlak.  Haramnya bersebab.  Pada suatu ketika dahulu keadaan amat meruncing sehingga adanya tangkapan ISA, sebab itulah ianya diharamkan menurut ijtimak ulama.  Sekarang ini keadaannya sudah kembali stabil maka hukum tadi telah dimansuhkan.
 
Perkara seumpama tadi boleh dilihat dengan mengambil kira seorang isteri yang bekerja.  seorang isteri itu dibenarkan bekerja.  Namun apabila keadaan rumah tangganya tidak terurus maka hukum dia bekerja adalah haram.
 
PAS tidak pernah mengutuk Dr Mahathir sebagai firaun.  Kata-kata tersebut dihamburkan oleh orang UMNO yang pro-Anwar.  Pemerintahan Mahathir memang zalim.  PAS tidak pernah menjemput Dr Mahathir di majlis-majlis anjurannya.

PAS tidak pernah mempergunakan Al-Quran dan Al-Hadis untuk kepentingan politik.  Sebaliknya menggunakan Al-Quran dan Al-Hadis untuk memperkemaskan politik PAS agar sejajar dengan tuntutan keduanya.

Utusan Malaysia (forum)
Surat terbuka buat pemimpin Pas
 
SAYA mahasiswa di universiti tempatan ingin memberikan sedikit teguran kepada pemimpin Pas. Jika kita imbau perjuangan Pas pada masa lampau, para pemimpinnya selalu mengatakan bahawa haram dan kafir menjadi ahli UMNO. Hujah mereka ialah UMNO berbaik-baik dengan MIC dan MCA serta tidak melaksanakan Hudud.
 
Mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang benar dan mereka memperjuangkan Hudud di Malaysia. Tapi kini mereka juga berbaik-baik dengan bukan Islam.
 
Jika benar mereka sudah berbaik-baik dengan bukan Islam, adakah Pas kini juga menjadi kafir? Itu yang menjadi persoalannya, atau mungkin Pas boleh mengubah hukum Islam jika mereka ada kepentingan politik?
 
Persoalan lain, mengapa pada suatu ketika dahulu Pas mengatakan wanita tidak boleh menjadi calon pilihan raya, tapi mereka juga meletakkan calon wanita pada pilihan raya 2004. Adakah al-Quran telah berubah? Kekalahan besar Pas pada pilihan raya 2004 mungkin disebabkan mereka mempermainkan hukum Islam.
 
Pada tahun 1999, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka pemimpin Pas sebulat suara mengutuk Tun Dr. Mahathir dan menuduh Dr. Mahathir sebagai firaun. Pemimpin Pas selalu mendakwa Mahathir adalah pemimpin yang teruk. Tapi kini, pada tahun 2006, mengapa Pas menjemput Mahathir ke majlis-majlis yang dianjurkan bersama oleh Pas?
 
Adakah Pas kini juga adalah pengikut firaun?
 
Wahai pemimpin Pas, janganlah anda mempermainkan al-Quran dan sunah untuk tujuan politik.
 
– ZAKI KELATE,
 Kota Bharu, Kelantan.


taraknama@gmail.com
http://taraknama.tblog.com/" title="http://taraknama.tblog.com/" target="_blank"http://taraknama.tblog.com/  - 29.08.2006

 
Iblis, Jemuan, Ajak Bersumpah - Siapa Terdesak?
08.21.06 (6:31 pm)   [edit]

Kalut memang kalut, semakin berserabut, nampak ada yang terdesak.

Sah, jalan perdamaian semakin buntu. Pertembungan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah semakin sengit.

Simpul perbalahan antara mereka berdua semakin sukar dirungkai. Rakyat khususnya ahli UMNO semakin keliru.

Mana tidaknya, sekiranya Perdana Menteri, Timbalannya dan bekas Perdana Menteri telah tergamak menghambur ungkapan iblis, jemuan (jahat sangat) dan ajak bersumpah junjung al-Quran, semata-mata masing-masing mahu menegakkan kebenaran - kalau tidakpun benang basah.

Abdullah melabelkan mereka yang menganggu usahanya untuk membangunkan negara sebagai ‘iblis’. Najib pula menganggap pemimpin Umno yang memporak-peranda parti itu sebagai jemuan, sementara Dr Mahathir ajak mereka bersumpah junjung al-Quran di masjid, bagi membuktikan dakwaannya berkaitan pembatalan projek jambatan bengkok.

Abdullah mengungkapnya di Kuantan 10 Ogos lalu, Dr Mahathir ‘menyambutnya&rsquo ; di Petaling Jaya, dua hari kemudian, sementara Najib yang mahu dilihat mempertahankan bosnya berucap di Kedah, 19 Ogos.

Meskipun masing-masing tidak menyatakan secara khusus pihak yang dimaksudkan, namun pemerhati menganggap Abdullah dan Najib merujuk kepada Dr Mahathir dan sebaliknya.

Perang mulut yang semakin panas ini entah untuk pusingan keberapa, dikatakan meletus selepas Abdullah menghambur kata ‘iblis’ kerana katanya iblis merasakan dirinya lebih pandai daripada orang lain.

Agaknya dek ‘panas telinga’ dilabel sebegitu, Dr Mahathir bingkas bangun – mencabar pihak berkenaan bersumpah bersama-samanya. Cabaran itu dibuat di depan 500 hadirin dalam majlis Jasamu Dikenang anjuran Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, selang dua hari selepas Abdullah melafazkan ungkapan ‘iblis’.

Najib hanya sekadar ‘nasi tambah’apabila melabelkan jemuan terhadap Dr Mahathir. Timbalan Presiden Umno itu sedang main wayang seolah-olah beliau sekutu Abdullah meskipun desas-desus mengatakan sebaliknya. Kata mereka, Najib akan menikam Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin dari belakang apabila sampai saat dan ketikanya.

Kalau tidak, masakan Nazri Aziz terpaksa ‘berteriak’ ada pemimpin Umno sedang bersandiwara menyokong Abdullah.

Dr M terus menyengat

Kita yakin Dr Mahathir tidak akan terjejas dan berundur daripada meminta jawapan hanya kerana label iblis itu. Tetapi tindakan Abdullah yang menajamkan lagi pertentangan dengan Dr Mahathir akan memburukkan lagi keadaan

Buktiya, kalau di Taman Melawati 24 Jun lalu, Dr Mahathir masih ‘malu-malu’ sekadar menyebut ‘anak menantu’ dan ‘tingkat empat’ sebagai pengkhianat negara, namun selepas disembur di Kota Bharu pada 28 Julai, barulah beliau secara terbuka membongkar rahsia tingkat empat dengan menyebut nama menantu Abdullah - Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya sebagai lebih berkuasa daripada Perdana Menteri.

Malah, di Kota Bharu itu juga Dr Mahathir mengisytiharkan secara terbuka akan menyokong pencabar Abdullah sekiranya Presiden Umno itu ditentang dalam pemilihan parti.

Kemudian 12 Ogos lalu di depan media, Dr Mahathir meneruskan langkah silatnya, mendedahkan surat sulit daripada dua bekas Perdana Menteri Singapura – Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong yang tersimpan dalam ‘kotak rahsia’ miliknya.

Surat itu menjadi ‘bukti’ Malaysia boleh membina Jambatan Indah tanpa sebarang syarat, diterimanya semasa beliau hampir bersara sebagai Perdana Menteri. Kerajaan dakwa Dr Mahathir, hanya memendam surat itu yang menyebabkan rakyat tidak mengetahui sebab sebenar pembatalan projek Jambatan Indah.

“Singapura tidak kata kalau mahu bina jambatan ada syarat itu, ada syarat ini. Tetapi kita (kerajaan) sendiri yang tawarkan pasir dan ruang udara kepada negara itu,” dakwanya.

Sebelum itu, pada 6 Ogos lalu dalam sidang media di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak, Dr Mahathir menegaskan seorang Perdana Menteri yang menjual negaranya tidak perlu dikekalkan hingga tamat tempoh perkhidmatannya.

“Kalaulah kita dapati seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu lima tahun…kita kena ambil tindakan awal sikit.”

Bersemuka Bersama Perdana Menteri

Abdullah nampak terdesak. Terpaksa muncul di TV3 membuat penjelasan dalam program khas ‘Bersemuka Bersama Perdana Menteri’ pada 7 Ogos lalu. Niatnya untuk menyerap kritikan, setidak-tidaknya untuk menafikan ‘tohmahan’ Dr Mahathir agar rakyat bersamanya.

Bagaimanapun penjelasan Abdullah tidak memberi apa-apa jawapan secara spesifik, bahkan mengundang pelbagai persoalan lain. Abdullah juga tidak menjawab isu penjualan syarikat motosikal MV Agusta pada harga satu Euro yang dikritik keras oleh Dr. Mahathir. Hanya menantunya, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Barisan Nasional beria-ria mengatakan keseluruhan rakyat menerima penjelasan Perdana Menteri.

Seperti dijangka, Dr Mahathir hanya memandang sebelah mata penjelasan Abdullah, bahkan mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri bahawa anaknya Kamaluddin tidak mendapat peluang perniagaan di Malaysia, kekayaan anaknya itu diraih di luar negara.

Kenyataan Abdullah mempertahankan tindakan Khairy memiliki saham ECM-Libra turut dipandang sinis oleh Dr Mahathir.

“Di mana dia (Khairy) dapat duit RM9 juta…dia kata pinjam dekat kawan…siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta...saya pun nak pinjam jugak,” sinisnya.

Tidak tertahan dengan bahang kritikan, termasuk cabaran Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayob yang mahukan Khairy mendedahkan ‘anasir Yahudi’ dalam ECM-Libra Avenua Bhd, akhirnya Naib Ketua Pemuda Umno itu terpaksa menjual kesemua 10.2 juta sahamnya yang mewakili 1.23 peratus dalam syarikat pelaburan dan broker saham itu.

Transaksi itu diumumkan pada 12 Ogos lalu, tarikh yang sama Dr Mahathir ajak bersumpah.

Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda Ezam Mohd Nor menganggap tindakan Khairy itu sebagai pengecut, kerana tidak berani membenarkan dirinya disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membuktikan dirinya bersih daripada amalan korupsi dan salahguna kuasa.

Abdullah beri paku buah keras

Geram dengan tindak-tanduk Dr Mahathir yang terus lantang mengkritik kerajaan, Abdullah akhirnya memberikan paku buah keras terhadap bekas bosnya itu pada 14 Ogos lalu.

Abdullah berkata: "Beliau (Dr Mahathir) boleh kata apa sahaja yang beliau suka. Saya Perdana Menteri, saya yang memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat."

Reaksi Abdullah itu bagi mempertahankan keputusan kerajaan membatalkan projek jambatan bengkok, ekoran kenyataan Dr Mahathir sehari sebelum itu, yang berkata beliau akan berhenti mengkritik kerajaan sekiranya projek itu diteruskan semula.

Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah, berpendapat Dr Mahathir semakin terdesak dan terpaksa menyerang Abdullah sebagai satu tindakan menyelamatkan diri dan keluarganya daripada mendapat kesan daripada apa yang telah dilakukan semasa beliau berkuasa.

Manakala bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), A Kadir Jasin pula menganggap Dr Mahathir tidak mempunyai kekuatan dan pengaruh yang cukup untuk menyingkirkan Abdullah dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Apapun Dr Mahathir dijangka akan semakin ‘bengis’ apabila turun ke negeri tempat tumpah darahnya, Kedah, untuk menyampaikan ceramah Cabaran Pembangunan Ummah, di Hotel Star City, Alor Setar pada 23 Ogos, setelah beberapa siri ‘roadshow’nya dipaksa batal atau ditangguh kerana tekanan Umno.

Soalnya, siapa terdesak?

 
Langit Yang Muram
08.16.06 (1:07 pm)   [edit]

Beberapa hari kebelakangan ini, cuaca mendung telah menghiasi wajah Kuala Lumpur. Bayangkan, mentari masih belum memberi salam hatta tika itu jarum pendek jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Kadang-kadang saya tersalah anggar akan waktu sebenar akibat si langit yang selalu muram. Beberapa detik kemudian ia menangis memuntahkan hujan rahmat dari Allah s.w.t.
 
Saya gagal menafsir apakah langit itu sedih akibat ‘genocide’ yang dilakukan Israel kepada Lubnan sepanjang 34 hari lalu. Gencatan senjata hanya diisytiharkan setelah lebih 1000 rakyat Lubnan dibunuh hidup-hidup oleh zionis. Apakah Pengerusi OIC lebih suka membutakan mata dan memekakkan telinga mendengar raungan belas ihsan mangsa terrorist Laknatullah bernama Yahudi ini?
 
Tidak dilupai juga bagaimana gadis-gadis Palestin yang dipaksa bersetubuh dengan tentera Israel, sejurus kemudian dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh si Yahudi. Kes-kes rogol yang dilakukan Israel terhadap wanita Palestin adalah sebuah tindakan yang amat kurang ajar, namun seperti biasa negara-negara Islam yang berkuasa di semenanjung Arab telah menutup mulut dalam isu ini. Lebih sedih, negara Islam hadhari juga dilihat lebih gemar menyalak di kandang sendiri tetapi setibanya Condy di depan mata, terus disalam dan disapa mesra macam saudara mara lagaknya. Adapun menantu patah tangan melalak, siapa dia untuk melalak kepada Condy? Atau mungkin beliau sedang membintangi sebuah lagi program realiti tv ‘the Malaysian Actor’?
 
Tak sangka, betul-betul tak sangka orang-orang Arab keturunan Nabi Muhammad ini telah menjadi kaum paling pengecut dan paling hina dalam sejarah peradaban manusia. Mana lebih hina, membuat kejahatan atau melihat saja kejahatan dilakukan?***
 
*** Berdasarkan cerita 3 orang lelaki saling mendabik dada mengatakan diri mereka paling zalim / kejam.

  • Lelaki pertama menarik seorang perempuan dan menamparnya hingga pecah muka. Beliau berkata akulah paling zalim.
  • Lelaki kedua menarik perempuan itu, merogolnya berkali-kali dan mematahkan tangannya. Beliau berkata akulah paling zalim.
  • Lelaki ketiga hanya tersenyum memandang perempuan itu tanpa bertindak apa-apa, tetapi terus berkata, kamu semua tidak zalim sezalim sehina aku, adapun wanita ini sebenarnya adalah adik kandungku!


Lelaki pertama dan kedua = Amerika, Britain dan Israel
Lelaki ketiga = negara Islam
Wanita = Negara Palestin
 
Sekadar Berfikir

Shahir Rashid  -  15.08.2006

 
Hikmah di sebalik Keterlanjuran Sharifah Amani di FFM-19
08.16.06 (1:02 pm)   [edit]

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Maka hebohlah seantero negara, perihal Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) Sharifah Amani menghina dan merpelekehkan Bahasa Melayu ketika berucap selepas memenangi anugerah tersebut. Ucapan spontan beliau yang berbunyi ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ bukan sahaja mengecewakan para penonton yang menyaksikan siaran itu secara langsung di kaca TV, malahan turut mengguriskan hati Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
 
Terkadang, saya merasa lucu melihat keadaan ini. Mungkinkah apa yang dilakukan oleh Sharifah Amani ini adalah satu bukti jelas kepada kita betapa generasi akan datang akan terus memperlekehkan bahasa ibunda. Soalnya siapakah yang harus dipersalahkan?
 
Beliau ada sebab untuk berkata demikian kerana baginya, sejak dari kecil hingga sekarang semua ahli keluarga terdidik dengan percakapan bahasa Inggeris di rumah. Lantaran itu beliau menjadi "Pelat" untuk bercakap Melayu. Bukankah janggal bunyinya "Pelat" berbcakap Melayu bagi seorang yang berbangsa Melayu. Jika "pelat" itu bagi seorang yang berbangsa asing mungkin ianya tidak terlalu janggal.
 
Tetapi itulah hakikatnya. Usah disalahkan Sharifah Amani seorang. Beliau hanyalah anak muda yang tidak mengerti perjuangan bangsa agaknya. Beliau tidak mempunyai kuasa untuk memperjuangankan martabat bangsa dan bahasa Melayu itu sendiri.
 
Apa yang kita harus sedar dalam diam, kini anak-anak kita juga telah ditanam dengan pembelajaran bahasa Inggeris sejak di bangku sekolah rendah lagi. Jika dulu bahasa Inggeris hanya digunakan untuk subjek Bahasa Inggeris tapi kini bahasa tersebut telah digunakan sepenuhnya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Justeru itu siapakah yang bertanggungjawab terhadap ini semua?
 
Biarpun terdapat kritikan demi kritikan daripada pihak-pihak tertentu agar subjek teras itu dimelayukan kembali, namun hingga saat ini ia semakin nampak samar-samar. Apa yang jelas ramai anak bangsa Melayu yang menghadapi kesukaran untuk memahami subjek berkenaan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini berbeza dengan anak-anak masyarakat bandar sebenarnya.
 
Maka, kecaman yang dibuat terhadap seorang pelakon seperti Sharifah Amani biarpun pedas bunyinya namun usahlah dianggap terlalu serius. Ini kerana apa yang dilakukan oleh beliau adalah menunjukkan yang beliau kini amat mahir dengan bahasa Inggeris hingga terlupa dan tidak dapat bercakap dengan baik dalam bahasa ibunda sendiri. Apakah kita harus melihat lebih ramai generasi muda akan datang akan terus lupa dan menjadi seperti beliau?
 
Sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang. Hasrat untuk memperkasakan bahasa seperti yang dililhamkan oleh Kementerin Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan baru-baru ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya langkah-langkah drastik tidak diambil mulai sekarang untuk kembali memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa utama dalam kehidupan rakyat Malaysia.
 
Jika, mentaliti kini masih beranggapan bahawa hanya bahasa Inggeris yang boleh membawa kemajuan sesuatu bangsa itu maka akan punahlah jatidiri bangsa itu sendiri sebenarnya. Marilah kita kembali kepada hakikat sebenar dan berpijak di bumi yang nyata, bahawa bahasa Melayu sememangnya kini semakin terpinggir dek arus pembangunan. Sia-sia saja perjuangan yang dibuat oleh pahlawan Melayu terdahulu seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi. Bak kata pahlawan Hang Tuah "Tak Melayu Hilang Di Dunia"
 
Namun kini, sikit demi sedikit budaya Melayu terhakis, tanah orang Melayu tergadai, bangsa Melayu tercemar dan kini bahasa Melayu bakal hilang ditelan dek zaman. Apa yang tinggal hanyalah Keretapi Tanah Melayu, sejak dulu hingga kini masih kekal selamanya. Apakah kita sedar akan perkara ini, atau sengaja buat tidak sedar hanya kerana memikirkan periuk nasi kita?
 
Bangkitlah wahai umat Melayu, insiden yang berlaku kepada Sharifah Amani dalam FFM19 sebenarnya harus membuka mata semua pejuang Melayu dan kerajaan agar kembali mendidik minda dan jiwa anak-anak kita hari ini dengan nilai-nilai kemelayuan termasuklah mermartabatkan semula bahasa Melayu.
 
Usahlah kita terlalu marah dengan Sharifah Amani, sedangkan sebelum ini begitu ramai pemimpin yang lebih agung dari beliau yang terang-terangan lebih gemar berucap dan bertutur dalam bahasa Inggeris apabila ditemuramah dan sebagainya. Jika tidak sepenuhnya pun, pasti bahasa Melayu akan dirojakkan dengan bahasa Inggeris kononnya atas nama "Standard", "Advanced" dan lebih profesional. Inilah sebenarnya yang menyebabkan generasi muda hari ini, semakin hari semakin lupa indentiti Melayu itu sendiri. Marilah kita sama-sama memperjuangkan serta mermartabatkan kembali bahasa Melayu dalam pentadbiran, pendidikan dan urusan seharian kita.
 
Jadikanlah insiden yang melibatkan Sharifah Amani sebagai ikhtibar dan sempadan agar tidak akan lahir lebih ramai lagi generasi muda seperti beliau yang terlupa nilai-nilai bangsa Melayu itu sendiri.
 

"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.co.uk
http://www.cucumatkilau.cjb.net" title="http://www.cucumatkilau.cjb.net" target="_blank"http://www.cucumatkilau.cjb.n... - http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive... 

 
Pak Lah Sudah Ketandusan Idea
08.14.06 (5:04 pm)   [edit]

Kasihan Pak Lah. Dah ketandusan idea, begitu juga menantu kesayangannya. Tak ada cara untuk menepis dan menjawab segala isu dari Tun Mahathir. Selepas cuba untuk mengalihkan pemerhatian rakyat dari mempersoalkan kenyataan beliau, timbul pula kuncu-kuncunya seperti Koh Tsu Koon dll. Ingat tak semasa mula mula Pak Lah dilantik menjadi PM. Ketibaannya disambut oleh Koh Tsu Koon dengan meriah sekali. Memuji Pak Lah melangit. Gara-gara Koh Tsu Koon pergi ke Sibu Sarawak dalam tahun 1995 (kalau tak silap saya) calon MCA kalah. Saya berada di SIBU di waktu itu.

Menteri Besar Menteri Besar pun dengan megah membuat kenyataan tanpa menyedari mereka pun bukan MR CLEAN. Kalau nak dikorek kelemahan mereka memang banyak. Tapi siapa yang berani??? Masing-masing jaga periuk nasi. Jadi, di mana ketelusannya? Sekarang timbul isu iblis pula. Cuba bayangkan seorang yang berketurunan ulama sanggup menggelarkan orang lain sebagai iblis.

Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun tidak menggelarkan musuh baginda sebagai IBLIS. itu menunjukkan Pak Lah dah terdesak.

Sekarang nak control internet pula, kebebasan bersuara, memaksa ahli-ahli UMNO supaya menyokong kerajaan. Kenapa tidak memaksa ahli-ahli PAS, DAP & KEADILAN untuk berbuat demikian. Ambillah iktibar apa yang berlaku di Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar. Singapura tidak boleh disentuh langsung!!!

Akhbar-akhbar yang di kuasai oleh kerajaan, macam biasalah cuma siarkan berita-berita yang telah di'censor'. Macam lembaga penapisan negara pula. Tapi FINAS cuma censor adengan adegan lucah. Pemberita pula censor berita-berita yang benar. Jadi jangan salahkan rakyat yang memboikot akhbar akhbar harian dan mengalihkan perhatian kepada berita berita internet dan independent. Cuba bayangkan apabila rakyat tidak membeli surat khabar, pendapatan kurang dan akhbar menanggung kerugian. Jadi, berlakulah pembuangan pekerja-pekerja secara paksa. Baru padan muka mereka kerana tidak amanah di dalam membuat liputan akhbar.

Saksikan adegan-adegan yang lebih menarik.

Ingat BOLA ITU BULAT!!!! 8-)

- Nasar60 - 14.08.2006

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...