 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Apa ada pada nama? |
| 06.24.06 (2:59 am) [edit] |
Marah betul Ketua Penerangan Umno Kelantan apabila kerajaan PAS Kelantan mengabadikan nama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada projek jambatan yang menghubungkan Pulau Teluk Renjuna dengan Pulau Beluru di Daerah Tumpat, Kelantan.
Jambatan yang berharga RM410,000 itu menghubungkan dua buah pulau tersebut bagi kemudahan penduduknya berulang alik ke sekolah dan menjalankan aktiviti perniagaan yang lain. Kawasan itu dihuni oleh lebih 5,000 orang. Kata Alwi: Tindakan kerajaan Pas itu sebagai terdesak dan tidak wajar kerana langkah itu berunsurkan pemujaan terhadap individu. Ia juga bertentangan dengan keputusan Kabinet yang tidak membenarkan nama seseorang pemimpin yang masih hidup diabadikan pada projek pembangunan kecuali raja dan sultan.
Alwi tak pula menceritakan keseungguhan kerajaan PAS Kelantan yang walaupun menghadapi kekangan BN Pusat dapat juga menyediakan kemudahan asas kepada rakyat Kelantan satu tanggungjawab yang dilupakan apabila BN dan Umno pernah berkuasa dahulu (ketika itu tiada kekangan kewangan pun). Pada saya memuja itu lebih kepada perbuatan mengagung-agungkan dan memuji-muji secara hidup seseorang, secara terang-terangan. Umpamanya apabila Deris Jusoh di hadapan Dollah Badawi dengan ribuan rakyat Umno Terengganu baru-baru ini terpekik-lolong menjerit-jerit: Hidup Pak Lah, We Love You Pak Lah
Kelantan tidak terikat dengan keputusan kabinet malah kabinet pun seringkali tidak pernah memperdulikan Kelantan pun (tutup dua-dua belah mata).
Bagi saya tuduhan Alwi itu tidak berasas dan lebih bersifat politkal lantaran kebencian beliau kepada PAS dan Tok Guru. Takkanlah kerana letak nama Tok Guru pada jembatan itu bukti yang PAS terdesak. Yang sepatutnya terdesak disaat ini adalah Umno. Walaupun kekurangan 1 kerusi untuk menjatuhkan PAS di Kelantan, namun sehingga kini mereka gagal memaksa kerajaan itu jatuh samada melalui sogokkan ataupun janji-janji pangkat dan kedudukan terhadap Adun-Adun PAS. Bukankah Adun-Adun PAS itu minskin dan susah-susah belaka, kenapa mereka tidak boleh dipujuk dengan wang ringgit? Itulah yang tiada dalam Umno iaitu pemimpin yang berprinsip yang tidak sanggup menggadaikan maruah demi harta benda dunia, bukan kerana mereka sombong, keras kepala atau tidak mahu, tetapi kerana mereka lebih takutkan Allah swt. It defies logic that a state assemblyman with pressing hardship and mounting pressure, would rather slog the hard way rather then easily enriching themselves and be assured of worldly power and position! Why burden yourself, take the easy way out, crossover and surely you, your family and followers would be showered with gifts and possession that would last you your lifetime. Yet they choose to remain where they are. Do you see this happening elsewhere in the world? (Where are the critics, where are the despisers?)
Ya Allah selamatkanlah Kelantan dan berkatilah perjuangan mereka yang ikhlas itu. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 23.06.2006
|
|
|
| |
| Husam selamatkan Dr M daripada dipecat? |
| 06.24.06 (2:47 am) [edit] |
Beliaulah yang menimbulkan keributan bahawa Dr Mahathir akan dipecat, dan beliau jugalah sebagai ‘penyelamat keahlian Umno’ bekas Perdana Menteri itu.
Naib Presiden PAS, Husam Musa mendakwa ‘pendedahannya&rsqu o; di Kota Bahru, Rabu lalu, bahawa Mahathir akan dipecat, telah menyebabkan Umno menukar rancangan awalnya itu.
Dakwanya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Isnin, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat sokongan sebulat suara untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir.
“Beliau gagal untuk mendapat sokongan parti sepenuhnya untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir,” dakwa Husam dalam satu kenyataan, yang disiarkan Malaysiakini.
Dakwanya, Abdullah hanya memperolehi sokongan terhadap kepimpinannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Sementara itu, menurut sumber lain, usul untuk memecat Dr Mahathir pada mesyuarat MT Umno itu telah pun disediakan.
Difahamkan usul itu sepatutnya dibentangkan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak atas arahan pihak-pihak tertentu.
Ini bagi membuktikan kesetiaan beliau terhadap kepimpinan Abdullah, dan tidak akan menikam Abdullah dari belakang.
Umum mengetahui, Najib adalah pilihan pertama Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, seperti mana pendedahan berterus terang oleh bekas Presiden Umno itu baru-baru ini.
Bagaimanapun, usul yang akan dibentangkan Najib itu, terpaksa ditarik balik pada saat-saat akhir, berikutan pendedahan rancangan tersebut oleh Husam.
Dakwa sumber tersebut, Umno terpaksa bertindak sedemikian bagi menafikan maklumat dalaman yang diperolehi Husam.
Sekiranya Dr Mahathir dipecat, ini membuktikan bahawa berlaku pembocoran maklumat di kalangan kepimpinan Umno, sekaligus mengesahkan berlakunya gelombang perpecahan yang besar dalam parti itu berikutan peperangan Abdullah-Mahathir.
Mahathir yang tidak pernah kenal erti mengalah, akan melihat kegagalan MT Umno untuk memecatnya sebagai kelemahan ketara Abdullah.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah Mahathir akan bertindak balas?
Menurut sumber, setahun sebelum Mahathir bersara, beliau sudah menghimpunkan segala maklumat fail-fail peribadi para menteri, dan segala maklumat yang diperlukannya sebagai perisai.
Sebab itu, ramai di kalangan pemimpin (bekas) Umno tidak berani bertembung secara terbuka dengan beliau kecuali Anwar Ibrahim.
Kita percaya Mahathir punyai strateginya sendiri. Lebih-lebih lagi beliau telah mengakui kesilapannya melantik Abdullah sebagai penggantinya.
Meskipun barisan Kabinet, MT Umno, termasuk 78 anggota parlimen Umno dan Menteri-menteri Besar, telah secara terbuka berikrar menyokong kepimpinan Abdullah, Mahathir pasti tidak akan berdiam diri, walaupun terpaksa berperang sendirian, tanpa jentera, tanpa media.
Abdullah akan menikam belakang Mahathir
Menurut Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, pertembungan Abdullah-Mahathir telah merosakkan Umno lebih parah daripada pertembungan 1987 - antara team A dan team B. Lebih kronik daripada tahun 1998 - era reformasi.
Namun begitu, penganalisis melihat situasi kini masih menyebelahi Abdullah-yang berpaut pada kuasa, walaupun 1001 kelemahannya tidak dapat disangkal.
Abdullah tidak berupaya bertempur secara berdepan dengan Mahathir, sebab itu beliau terus membisu mengenai persoalan yang dibangkitkan Mahathir - isu AP, proton, MV Augusta dan jambatan indah.
Oleh itu, bagi menekan perasaan dan menyeksa Mahathir, Abdullah terpaksa membongkar kes-kes lama yang melibatkan Mahathir dan para kroninya. Umpamanya kes Metramac, yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, iaitu antara dalang konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar.
Justeru, beliau mengatur langkah, menggunakan mahkamah bagi ‘mengugut’ Mahathir supaya menutup ‘mulut celuparnya’. Dengan harapan di mahkamah kelak, Anwar akan menelanjangkan kebobrokan Mahathir selama ini.
Kita akan menyaksikan episod Anwar menentang Mahathir di mahkamah ketika perbicaraan semula kes Sukma bermula 6 November depan dan kes Anwar saman Mahathir.
Mahathir akan berada di kandang saksi, berdepan dengan pelbagai soalan peguam (dan Anwar?).
Apa yang pasti Mahathir tidak akan memperolehi ‘soalan bocor’ daripada para peguam Anwar, sepertimana dilakukannya ketika disapina tujuh tahun lalu. Ketika itu, beliau enggan hadir ke mahkamah walaupun permintaannya itu dipenuhi peguam Anwar.
Inilah yang menggusarkan Mahathir, kerana kini beliau tidak lagi bertaring untuk mencengkam bidang kehakiman sepertimana dilakukannya ketika di puncak kuasa.
Selain Mahathir, yang turut gusar tentulah anak didiknya – Najib, iaitu pilihan sebenar beliau sebagai Perdana Menteri.
Tatkala pertempuran Anwar-Mahathir, Abdullah mungkin akan bersorak riang, bertepuk tangan dengan menantunya di Mahligai Putrajaya.
Di sebalik kelembutan dan senyuman ramahnya, Abdullah akan menikam Mahathir dari belakang.
Apapun kita tunggu Sabtu 24 Jun ini, apabila Mahathir bersedia berdialog bersama rakyat dalam program anjuran Malaysia Today.
|
|
|
| |
| CERDIKKAH ABDULLAH AHMAD BADAWI? |
| 06.22.06 (3:41 pm) [edit] |
Assalamu’alaikum wm.wrt., Maka akhirnya terperangkap juga budak-budak pemikir di Jabatan Pusat Dasar atau Policy Centre, Jabatan Perdana Menteri, yang mana nasihat-nasihat mereka ini, didengar oleh Abdullah Ahmad Badawi bila mana kerajaan secara rasminya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamed dalam berbagai isu. Sebenarnya Dr Mahathir Mohamad hanya bercakap sebagai seorang pencen yang tidak punya apa-apa kuasa kecuali sebagai warganegara Malaysia. Bila kerajaan bersetuju menjawab maka dengan sendiri Dr Mahathir Mohamad sudah diakui oleh Kerajaan sebagai jurubicara atau suara rakyat yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Disebabkan kurang cerdik budak-budak di Policy Centre, Abdullah Ahmad Badawi kini macam termasuk ke tanah jerlus, lagi bergerak, lagi termasuk. Itu sebab bila mana Muhyiddin Yasin yang berangan jika Najib Abd Razak tersingkir dia ada peluang menjadi TPM, menyatakan bahawa sewajarnya Dr Mahathir Mohamed menulis surat kepada Abdullah Ahmad Badawi atas beberapa isu yang dia rasa terkilan. Sebenarnya kerajaan atau Abdullah Ahmad Badawi sewajarnya yang mesti menulis surat Dr Mahathir Mohamed bagi menjawab segala persoalan, supaya tidak menjadi polemik. Dan bagi orang ramai dan rakyat episod ini adalah seperti menonton filem "Pirate on the Caribbean" yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang, yang mana rakyat merasakan bahawa tiada untung bagi rakyat hendak mengetahui jawapan persoalan yang mahu dikemukakan kerana ini semua sudah berlaku, Agusta sudah terjual dan jambatan sudah tidak jadi dibina. Sungguhpun begitu ada satu asas persamaan dalam Pirate 0n The Caribbean ada Captain Jack "bahasa Melayu Kapten Jack (KJ)" dan episod ini ada KJ juga ia itu Khairy Jamaluddin. Dengan kehilangan punca jawapan, maka Abdullah Ahmad Badawi membangkitkan isu Dr Mahathir Mohamad yang pernah berucap di pentas Parti Pas di tahun 1971 semasa pilihan raya kecil Kapar. Oleh kerana Abdullah Ahmad Badawi jenis tidak membaca, maka dia tidak tahu apa yang sebenarnya dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad masa itu, beliau bukan menyokong Parti Pas dalam pilihan raya itu sebaliknya lebih banyak menerangkan isu Tunku Abd Rahman Putra dan apa salahnya Dr Mahathir Mohamed hendak berucap di pentas PAS atau Parti lain, kerana dia sudah dipecat di dalam UMNO dan dia tidak mempunyai tanggung jawab lagi terhadap partinya. Dan di mana-mana sekarang tertulis banner perkataan "Kami Sokong Pak Lah" dan yang menggelikan hati di PWTC ada perkataan yang diperbuat oleh Puteri UMNO ia itu "Kami Bersamamu Pak Lah". Wow satu kemajuan dalam Islam ada Had dan ada Hari, bila Puteri UMNO sudah bersedia bersama Pak Lah semacam bait -bait lagu cinta. Mungkin inilah sebab ramai budak-budak Melayu tidak lulus Bahasa Melayu kerana ayat itu tergantung. Bagi yang nakal mungkin berpendapat bahawa puteri boleh tidur bersama Pak Lah atau Puteri boleh berkaraoke dengan Pak Lah atau budak-budak sekarang kata "Bersama Pergi Clubbing" kerana perkataan itu membolehkan bermacam-macam tafsiran. Lebih baik ayat-ayat itu dibuang sahaja sebelum digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menjadi bahan lawak untuk Pak Lah. Kesian Puteri yang diwujudkan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi alat politik kerana bila Puteri mengadakan majlis untuk Pak Lah yang Puteri berkata "I Love U" itu, Pak Lah lebih bersedia pergi tengok pertandingan bola yang dianjurkan oleh menantunya yang mana sebelum ini Pak Lah tidak pernah hadir majlis pertandingan bola. Kini Pak Lah telah mengukir sejarahnya sendiri. Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri tidak menipu diri dia dalam soal sukan, dia tidak hadir apa jenis pertandingan sukan tetapi dia beri galakan. Majlis nak bermanja dengan Presiden tidak dipedulikan dan kini Puteri UMNO Malaysia beri sokongan pula kepada Pak Lah. Dan bila semua orang memberikan sokongan kepada Pak Lah, orang pun bertanya, adakah Pak Lah tak disokong lagi. Kenapa bila memorandum 9 Menteri, tidak pula terjerit-jerit Menteri Besar macam Idris Jusuh dan Tajul Rosli Mohd Ghazali beria nak sokong Pak Lah tetapi bila ada orang berkata sesuatu dalam pentadbiran kerajaan, semua orang bangun. Ini sama seperti seekor harimau tua yang mengaum di dalam gua, mengapa pula segala Singa, Buaya, Ular hingga ke Lipan dan Kala Jengking yang berada di hutan rimba menjadi histeria dan rioh rendah? Maka dengan tindak balas itu, ini menjadikan Harimau Tua diakui masih bertaring lagi, malah kukunya boleh mengancam si Raja Rimba. Akhirnya nanti akan berlaku kisah cerita macam mana kancil menipu Singa Raja Rimba, hanya mengatakan bahawa ada seekor Singa lain di dalam perigi hendak makan dia, tapi Kancil itu berkata bahawa dia lebih rela dimakan oleh Singa Raja Rimba. Maka Singa yang tamak itu menerkam ke perigi yang dalam namun tidak menyedari bahawa Singa yang terbayang dalam air itu ada wajah nya sendiri. Cerdikkah Abdullah dalam mengemudi pentadbiran Negara? “SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA” “PROTES SAMPAI TURUN” - Tun Telanai - 19.06.2006
|
|
|
| |
| Ekonomi membangun, judi semakin makmur |
| 06.22.06 (3:39 pm) [edit] |
Prinsip kelima Islam Hadhari ciptaan PM Dollah Badawi berbunyi: Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Adakah pembangunan ekonomi yang dimaksudkan itu mengambil kira industri yang diharamkan Islam ataupun tidak, tak dapat dipastikan. Namun jika mengambil kira prinsipnya yang pertama iaitu: Keimanan dan ketaqwaan kepada Illahi, sudah pastilah ramai yang akan membuat kesimpulan bahawa Negara Islam Hadhari menolak sama-sekali sebarang bentuk aktiviti ekonomi yang diharamkan Islam. Tetapi hakikatnya walaupun kita ghairah menghebah dan mempromosi Islam ciptaan Dollah ini samada di pentas tempatan lebih-lebih lagi diperingkat anatarbangsa, yang kononnya merupakan dasar dan matlamat negara kini, rupa-rupanya kita sendiri sebenarnya kabur, khayal dan berpura-pura semata-mata. Di satu peringkat kita kelihatan mahu mengambil pendekatan dan penyelesaian secara Islam Hadhari ini (sehingga menteri-menteri bukan Islam pun tidak keberatan mempromosinya) sedangkan dalam waktu yang sama kita menyepikan diri terhadap aktiviti yang terang-terangan dimurkai Allah swt dan Rasul Nya saw. Semalam dalam akhbar THE STAR salah sebuah syarikat perjudian terbesar yang dilesenkan oleh kerajaan Dollah Badawi iaitu BERJAYA SPORTS TOTO BHD telah mengumumkan prestasi kewangan syarikatnya. Menurut pengumuman itu syarikat tersebut telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM445.9 juta iaitu peningkatan 35.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Hasil pendapatannya sahaja untuk tahun berakhir April 2006 adalah sebanyak RM2.94 billion berbanding RM2.67 billion tahun sebelummya. Menurut laporan itu juga salah satu faktor keuntungan besar syarikat ini adalah kerana cabutan produk judinya Super 6/49 Jackpot yang telah membayar hadiah kemenangan berjumlah RM15.9 juta pada bulan Mei tahun lalu. Ringkasnya semakin ligat kita mempromosi Islam Hadhari ini semakin makmur industri-industri haram (menurut Islam) yang dilesenkan termasuklah judi, arak dan lain-lain. Yang hebatnya syarikat-syarikat korporat dalam industri ini turut mengambil umat Islam sebagai lembaga pengarah, para pegawai dan kakitangannya. Itu tidak mengambil kira umat Islam yang membebas menjual-beli sahamnya. Malah ada pula program-program kebajikan termasuklah yang melibatkan anak-anak yatim dan orang-orang tua yang dibiayai dengan senang hati oleh syarikat-syarikat ini. Dalam pada itu renungilah kenyataan ejen Islam Hadhari yang terdapat dalam laman web Puteri Umno: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama. Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.
Luas itu barangkali termasuklah di dalamnya Sports Toto, Genting, Bigsweep, Magnum, Carlsberg, Anchor dan lain-lain agaknya. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 22.06.2006
|
|
|
| |
| Siapakah yang menyelamatkan Tun Dr M dari dipecat? |
| 06.22.06 (3:37 pm) [edit] |
Maka redalah sikit kisah yang mengatakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir akan dipecat dari parti tersebut apabila Majlis Tertinggi Umno enggan berbuat demikian semalam. Dalam pada itu saya dihujani dengan pelbagai maklumat, teori dan andaian dari pelbagai pihak tentang apa yang sebenarnya berlaku sewaktu Majlis Tertinggi Umno bersidang selama 3 jam pagi semalam. Ada sahabat memaklumkan saya bahawa usul untuk memecat Tun telah pun disediakan. Malah difahamkan usul itu atas arahan pihak tertentu perlu dibawa oleh Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak sendiri bagi membuktikan beliau bukan memainkan watak BRUTUS (tikam Dollah dari belakang) lantaran sayangnya Tun kepada beliau.
Akan tetapi di saat-saat akhir, kononnya arahan dan usul tersebut terpaksa ditarik balik. Sumber itu berkata ada pihak tertentu yang telah menyelamatkan Tun dari tali gantung Umno itu! Siapakah pemimpin itu? Saya mulanya menyangkakan mestilah Najib sendiri ataupun orang-orangnya yang dalam MT. Tetapi sahabat tadi berkata bukan. Lalu siapa? Katanya pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Husam Musa. Saya kebingungan lalu bertanya apa ada kena mengena dengan Husam dalam hal ini?
Kata beliau bukankah Husam yang telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa beliau menerima maklumat yang Tun akan dipecat dalam mesyuarat MT ini. Maka jika benar Tun dipecat juga bermakna sumber dan maklumat Husam tepat dan benar. Ini juga bermakna memang ada ketirisan dari kalangan kepimpinan Umno dan memang sah Umno berpecah lantaran kritikan dan serangan Tun terhadap Dollah itu. Saya senyap memikirkannya, memang berasas juga kalau difikirkan. Tapi apa pun, ada dikalangan pemerhati politik mengandaikan bahawa kegagalan memecat ataupun memberi amaran kepada Tun semalam membuktikan kelemahan pimpinan Dollah dan betapa memang wujudnya gelombang perpecahan di dalam parti Melayu itu. Saya yakin Tun akan terus bercakap kerana selama ini kritikan dan serangan beliau semuanya beserta dengan fakta dan maklumat. Beliau akan melihat kelemahan MT Umno di bawah Dollah sebagai peluang untuk belia terus bercakap. Sementara itu sampai hari ini kedua-dua Kalimullah Hassan dan Khairy Jamaluddin senyap membisu tidak menyahut cabaran bekas Setiausaha Politik Tun, Mathias Chang, untuk berdebat dengan beliau darihal isu siapakh dalang sebenarnya di belakang Dollah yang mencuri kesempatan untuk kepentingan diri itu. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 21.06.2006
|
|
|
| |
| Selamat Datang ke Dunia Keganasan Buatan |
| 06.20.06 (10:53 pm) [edit] |
Prakata: Sejak beberapa hari yang lalu, TV3 seolah-olah sibuta yang baru mendapat tongkat apabila mula menyiarkan kisah penipuan dalam insiden 911 khususnya yang melibatkan 'runtuhnya' menara berkembar Pusat Daganan Dunia New York dan 'serangan' jet Boeing 757 yang ghaib selepas menghunjam Komplek Pertahanan Amerika, Pentagon. Cara TV3 menyiarkan bahan-bahan berkenaan seolah-olah perkara itu baru ditemuinya sedangkan masyarakat yang berpengetahuan dan bermaklumat telah lama mengetahuinya melalui laman-laman web di Internet dan Laman M@RHAEN serta beberapa laman sahabat khususnya Laman KM2 dan mungkin juga MindaRakyat. Kami telah terlebih dahulu menyiarkan pelbagai terjemahan (serta terbitan semula teks asal) berkaitan isu kepalsuan 911 seawal September 2002 - setahun selepas peristiwa itu berlaku. Mulai daripada hari ini, laman ini akan menyiarkan semula Terjemahan Artikel Global (TAG) berhubung isu 911 yang telah disiarkan sejak sekian lama. Mungkin tujuan TV3 menyiarkan berita basi yang sensasi sebegitu sebagai pengalih tumpuan terhadap kemelut Abdullah-Mahathir kerana semakin banyak p[ekong yang telah, sedang dan akan dibuka.... Maka dijemputlah penulis buku berkenaan ke Seri Pentas untuk membuat 'pendedahan' seolah-olah dunia baru tahu beberapa hanya hari yang lalu, peristiwa pengeboman 911 adalah sandiwara semata-mata.... TAG Selamat Datang ke Dunia Keganasan Buatan yang telah kami siarkan sebulan yang lalu ini, sebagai pembuka kata. TAG yang lain, ada yang seawal September 2002 berkenaan, akan menyusul selepas ini , InsyaAllah.
Bahan bukti sudah pun tersedia, penganalisaan juga telah dibuat dan kesimpulannya telah dinukilkan oleh para saintis, jurutera serta pakar-pakar berkaitan: apa yang dipanggil serangan keganasan 11 September 2001 adalah palsu. Apatah lagi terdapat bahan bukti bebas dari pelbagai sumber credible yang mengatakan Al Qaeda adalah dongengan rekaan agensi perisikan barat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang maklumat ini, lawatilah http://www.physics911.net/" title="http://www.physics911.net/" target="_blank"http://www.physics911.net/ . Panel saintifik Menyiasat Nine-Eleven telah dibetuk sekeliling tapak web ini. Panel itu terdiri dari lebih 30 pakar dalam bidang sains, kejuruteraan, arkitek, perisikan, tentera, perubatan, kajian Islam serta lain-lain disiplin. Para anggotanya sanggup tampil dan diambilkira, hatta mereka dengan profail awam tertinggi. Anda akan dapati tersenarai dalam muka surat ini: http://physics911.net/spine.htm" title="http://physics911.net/spine.htm" target="_blank"http://physics911.net/spine.h... . Oh ya, tapak web Physic 911 bukanlah bersendirian dalam ruang siber. Kini terdapat lebih ratusan tapak web yang skeptic dalam internet (dengan hanya beberapa sahaja yang mempertahankan cerita bohong rasmi oleh kerajaan). Terdapat juga kumpulan kerja lain dalam tapak web sedemikian, begitu jua dengan ribuan orang yang membuat pencarian sendiri akan 9/11, serta jutaan orang yang skeptik akan cerita rasmi (termasuk 48% penduduk New York, menurut undian Zogby yang dibuat dalam tahun 2005) Kita kini hidup dalam zaman yang dipanggil Zaman Keganasan Buatan. Berlawanan dengan ayat media korporat, “keganasan” ialah buah fikiran serta ciptaan agensi perisikan barat. Tujuannya ialah untuk melahirkan kemarahan domestic terhadap orang Islam demi mewajarkan a) pencerobohan Negara berdaulat yang lain, b) merampas sumber minyak mereka, c) pembunuhan massa yang direka seolah-olah keganasan kaum (perang saudara), d) mewujudkan pengkalan tentera yang kekal dan e) penabalan kerajaan boneka di Negara terbabit.
Berikutan dari pembunuhan massa 9/11 yang dipersalahkan kepada sekumpulan Arab/Islam adalah pembukaan babak drama yang mempunyai pelbagai tindakan dengan ratusan ribu pembunuhan terjadi. Hanya terdapat satu sahaja jalan bagi menghentikan keganasan buatan ini. Pengetahuan yang kita timba mesti disebarkan kepada umum dengan segera. Operasi ketenteraan yang hebat selepas ini mungkin pula ke atas Iran. Serangan seumpama itu akan memerlukan satu episod pencetus yang mana sekumpulan orang Islam, rakyat Iran kali ini akan dipersalahkan ke atas pengeboman sasaran di barat, kemungkinannya melibatkan peralatan nuklear, jika melihat kepada kebimbangan (yang dilakonkan) berkaitan dengan program nuklear Iran. (Ingat Iraq. Ingat Senjata Pemusnah Besar-besaran) Berapa lama masa yang diambil oleh media korporat untuk bebas dari kisah ini? Rakan mereka mungkin tidak sedar betapa negara Venezuela telah mengadakan penyelidikan tentang 9/11. Mereka mungkin tidak sedar betapa dakwaan Charlie Sheen hanyalah seumpama ketulan bongkah ais yang nampak atau tidak menyedari tentang kelentongan di Iraq atau pita rakaman Osama adalah palsu. Terpulanglah kepada anda. A. K. Dewdney, PhD Coordinator Scientific Panel Investigating Nine-Eleven http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=4391" title="http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=4391" target="_blank"http://www.thetruthseeker.co.... Terjemahan N-SPAR - 17.04.2006
|
|
|
| |
| Penjelasan Mufti Perak yang tidak mendapat tempat |
| 06.20.06 (10:47 pm) [edit] |
Setelah serangan demi serangan ditujukan terhadap Mufti Perak ekoran kenyataannya agar pihak kerajaan MENYEMAK SEMULA perayaan KONGSIRAYA yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, tiada ruangan diberikaN kepada beliau untuk menjelaskan kenyataannya ataupun menangkis serangan.  YB Salahuddin bersama Dato Mufti Perak (gambar DPP Pusat)
Semalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA memberikan suatu ruangan kecil di mukasurat 12 atas tajuk: TIDAK BERNIAT BURUKKAN KEPERCAYAAN AGAMA LAIN
bagi menyiarkan penjelasan Mufti tersebut. Dato Harussani Zakaria dipetik sebagai berkata: Keputusan Jawatankuasa itu (Jawatankuasa Muzakarah Ulamak 2006) mengenai isu kongsi raya tidak berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan aqidah umat Islam. Aqidah boleh terpesong apabila kita meredai dan turut sama dalam perbuatan yang boleh menjerumus kepada perkara syirik. Aqidah boleh terpesong melalui niat, perbuatan mahu pun percakapan.
Hairan kenapa penjelasan Dato Mufti ini tidak mendapat tempat di muka hadapan akhbar berkenaan. Apa pun saya kira Mufti Perak itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan berani dan benar. Soal samada ianya popular atau direstui oleh pihak kerajaan ataupun golongan politik tidak berbangkit kerana sebagaimana beliau tegaskan ini isu aqidah yang sudah pasti tidak boleh ditolak ansur dengan kemahuan dan kehendak manusia. Malah tidakkah prinsip pertama Islam Hadhari ciptaan Dollah Badawi itu berbunyi: Keimanan dan Ketaqwaan kepada Illahi. Bagaimana mungkin ini dapat dicapai kiranya perkara-perkara berkenaan aqidah yang merupakan tunjang keimanan yang melahirkan ketaqwaan, ditentang dan ditolak oleh kalangan pimpinan negara termasuklah para menteri dan PM sendiri? Barangkali benarlah kenyataan ahli parlimen BN-MCA dari Kota Melaka, Wong Nai Chee semalam semasa rancangan Debat Perdana di RTM bahawa Malaysia ini sesungguhnya adalah merupakan sebuah negara sekular walaupun Islam adalah agama rasminya! Iaitu sebuah negara keduniaan ataupun material yang mengenepikan kepentingan spiritual ataupun keagamaan dalam pentadbiran dan pembangunannya. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 20.06.2006
|
|
|
| |
| Mahathir kekal kebal dalam Umno |
| 06.20.06 (10:46 pm) [edit] |
Hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai pemerhati tiba juga. Namun peristiwa bersejarah dan besar yang dijangka akan berlaku pada hari ini rupa-rupanya tidak menjadi. Sebentar tadi Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak membaca kenyataan sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti tersebut berdiri teguh di belakang Presiden mereka Abdullah Hj Ahmad Badawi. Ini sekaligus menurut Najib membuktikan tidak ada perpecahan dalam parti tersebut. Mengapa tiba-tiba MT Umno perlu membuat pengisytiharan tersebut? Mengapa tiba-tiba sejak akhir-akhir ini dimana sahaja Dollah pergi perlu diadakan perhimpunan melambung dan menjulang beliau: Hidup Pak Lah, We Love You Pak Lah, mengapa agaknya? Sudah pastilah ianya berpunca dari kritikan pedas dan tajam yang dibuat beberapa kali oleh bekas Presiden Umno dan bekas PM Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan khasnya pimpinan Dollah Badawi.Siri-siri kritikkan ini dikatakan mencabar kepimpinan Dollah. Kerana itulah ada pihak yang menjangkakan MT Umno akan membangkitkan isu ini dan satu tindakan keras akan diambil terhadap Tun ekoran tindakan PENDURHAKAAN beliau itu, iaitu samada diberikan amaran ataupun mungkin juga dipecat dari parti. Apa tidaknya Tun telah secara terbuka menyatakan bahawa Presiden Umno dan PM yang ada ini tidak layak memegang jawatannya. Kerajaan pimpinan Dollah kerajaan HALF PAST SIX WITH NO GUTS. Itu tidak termasuk kritikan-krtikannya terhadap isu AP, Proton, MV Augusta dan Jambatan Bengkok yang Dollah batalkan projeknya. Semuanya serangan yang sarat dengan sikap PENDURHAKAAN belaka. Rupa-rupanya terbukti Tun kebal, kerana rupa-rupanya beliau diberi amaran pun tidak jauh lagi dipecat. Menurut Najib (pemimpin yang didedahkan oleh Tun sebagai lebih layak menjadi PM): Tidak ada pemimpin utama yang tidak sokong Abdullah sebagai Perdana Menteri atau Presiden Umno dan tidak ada FACTION (puak) dalam Umno.
Jadi bagaimana dengan apa yang telah dinyatakan Tun itu? Betulkah atau bohong atau bagaimana? Saya difahamkan Dollah telah pun terbang keluar negara sejurus mesyuarat itu. Lalu akan timbullah berbagai lagi spekulasi terhadap apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat MT Umno siang tadi Munginkah ada yang mengusulkan pemecatan tetapi ada yang pula menolaknya? Cuma menurut MALAYSIAKINI ketika ditanya oleh pemberita Ketua Puteri Umno menafikan yang isu keahlian Tun ada dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Apa pun yang menarik adalah kenyataan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang turut dilaporkan oleh BERNAMA dalam seksyen berita terkininya, BERNAMA melaporkan: Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin meminta rakyat menerima teguran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sesuatu yang positif.
Apa yang positif itu? Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 20.06.2006
|
|
|
| |
| EDISI KHAS PAK LAH VS MAHATHIR |
| 06.19.06 (12:16 pm) [edit] |
Assalamu’alaikum wm.wrt., Dr Mahathir Mohamad hanya seorang yang sudah pencen, usia pun sudah menjangkau 80-an. Bila beliau memperkatakan sesuatu terhadap Abdullah Ahmad Badawi, serangan kepada beliau datang dari semua arah termasuk daripada Musa Hitam. Serangan itu menunjukkan Dr Mahathir Mohamad masih lagi ada "ummmp" baik dalam UMNO mahupun impak dalam negara ini biarpun Musa Hitam mengatakan bahawa Dr Mahathir Mohamad mengalami penyakit "post power syndrome". Kenapakah Dr Mahathir Mohamad tergamak bercakap sebegitu sekali kepada pengganti yang dipilihnya sendiri? Itu satu persoalan yang Dr Mahathir Mohamad perlu terangkan. Kalau beliau sendiri dituduh mengalami "post power syndrome", sudah pasti ada orang lain menghadapi penyakit yang dinamakan "pasca power syndrome", kerana itu maka ada pertentangan. Sebagai seorang lulusan perubatan dan mengamalkannya untuk beberapa tahun, Dr Mahathir faham sangat mengenai tindak balas, penawar dan akibatnya jika tersilap diagnosa penyakit tersebut. Masalahnya yang berlaku sekarang seakan wabak "sampar ayam" atau nama barunya "selesema burung" yang melanda politik tanah air. Wabak ini tidak diambil tindakan macam tradisinya, ia itu membunuh dan menghapuskan semua unggas. Pada zaman dahulu sekiranya berlaku penyakit sampar ayam ini dalam satu kampung, dengan sukarela orang-orang kampung membunuh ternakan mereka namun ini tidak berlaku sekarang ini, Jabatan Haiwan terpaksa pergi mengambil unggas atau ayam itu untuk dibunuh dan di bayar pula ganti rugi. Penyakit seakan sampar ayam atau selesema burung ini berlaku kerana Abdullah Ahmad Badawi mengalami penyakit "pasca power syndrome". Ini dapat dilihat dalam tindakan terburu-buru yang telah diambil oleh beliau dalam merobah dasar-dasar yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamed. Mungkin dalam "bundle file" yang diikat semasa penyerahan kuasa pada tahun 2003 antara Dr Mahathir Mohamed dan Abdullah Ahmad Badawi terdapat perkara-perkara yang diminta oleh Dr Mahathir Mohamad supaya beberapa dasar yang telah dibuat oleh beliau diteruskan, dengan harapan, perkara-perkara itu dianggap sebagai hadiah penghargaan kepada dia oleh Abdullah Ahmad Badawi, orang yang dikutipnya semula dan di angkat ke martabat yang tinggi. Malangnya Abdullah Ahmad Badawi yang asalnya mengambil bidang Ekonomi di Universiti Malaysia kemudian bertukar ke bidang Pengajian Islam kerana mungkin sering gagal kertas ekonomi, tidak meneruskan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai "janji". Dr Mahathir Mohamed mungkin tidak terkilan besar, kalau bukan kerana sandiwara semasa yang dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2002, yang awal-awal bangun walau pun tidak menerkam Dr Mahathir Mohamad, bila beliau mengumumkan peletakan jawatannya. Cuba tengok balik rakaman peristiwa itu. Abdullah Ahmad Badawi adalah antara yang tidak bersetuju dengan pengumuman itu, yang lain belah bagi, ada perwakilan diam dan ada ikut terjerit tetapi perwakilan rata -ratanya tidak fanatik, kalau buat undi sulit, kemungkinan yang setuju Dr Mahathir Mohamad berhenti akan menang dan yang menentang yang diketuai oleh Abdullah Ahmad Badawi akan kalah. Sekarang, para ahli MT UMNO yang dahulu menerkam mikrofon Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2002 sibuk memberi komen semacam keldai hari ini, yang duduk relax-relax di kerusi MT semasa kelam kabut itu bukan tidak menyokong Dr Mahathir Mohamad tetapi mereka tak mahu jadi manusia berpura-pura. Namun sikap kepura-puraan ini kini seakan sinonim dengan kebanyakan pemimpin Melayu. Musa Hitam yang tergila sangat nak jadi Tun walau pun tidak layak kerana dialah yang menyebabkan peristiwa berdarah di Memali kini berjaya mendapat anugerah "TUN" tersebut mungkin atas sumbangan menyebabkan kematian polis dan orang awam di Memali. Bukankah ini suatu yang pelik? Kemungkinan itulah kehendak Allah, dua sahabat. Musa dan Dr Mahathir yang di tahun 70an bekerjasama menjatuhkan Tunku Abd Rahman dan memanggil diri mereka Order Baru. Dr Mahathir kalau dilihat juga tidak mengikut janjinya dengan Tun Hussein Onn yang bercadang untuk meletakan jawatan dan meminta Dr Mahathir Mohamad setelah menjadi Perdana Menteri melantik Tengku Razaleigh sebagai Timbalannya. Sebaliknya sebaik sahaja berkuasa Dr Mahathir Mohamed menyerahkan kepada UMNO untuk memilih timbalan tetapi di dalam diam dia menyokong Musa Hitam. Itu sebab untuk beberapa tahun Tengku Razaleigh dikekalkan dalam kabinet, sehingga peristiwa 1987 dan bila Musa Hitam tewas di tangan Abd Ghafar Baba. Beliau, Musa Hitam berucap secara merayu, meminta orang UMNO jangan menendang bola yang kempis, yang bermaksud janganlah dilanyak dia, kerana sudah tidak ada kuasa dan jawatan. Tetapi sekarang dia sudah terlupa semua yang diucapkan oleh dirinya sendiri. Kemungkinan untuk bola yang kempis ditendang atau disepak lagi, itu ada, tetapi insiden bola yang kempis dipijak orang terlalu jarang berlaku, kecuali tujuan memijak itu adalah untuk memastikan baki angin yang ada di dalam bola tersebut dikeluarkan. Jadi bila Musa Hitam bersungguh sangat mahu memijak bola yang kempis, maka Musa Hitam belum lagi layak digelar Negarawan kerana sikap keanak-anakan masih ada dalam dirinya. Sekarang pejuang order baru sudah jadi tua,mereka mengata sesama sendiri. Mungkin disebalik ini ada kebaikan yang akan berlaku kerana setiap musibah adanya hikmahnya. Setidaknya kedua mereka akan bercakap perkara-perkara yang tersembunyi bertahun-tahun dalam kerongkong mereka lantas perkara-perkara yang tidak tertulis akan diketahui ramai. Seperti juga isu Dr Mahathir vs Abdulah Badawi, pada ingatan UMNO dan rakyat jelata kedua mereka seperti abang dan adik tetapi setelah ada berbeza pendapat salah saorang akan bercerita perkara yang tidak tertulis dan akhirnya benang yang menjahit mulut-mulut mereka, akan terputus akibnat tindakan mereka sendiri. Itu sebab dalam Islam, bukan Islam Hadhari, ada disebut "perkara yang batil akan lenyap dan kebenaran akan datang". Maka hari ini yang batil sudah nampak dan kebenaran semakin jelas. Kebenaran yang wujud kini adalah sesiapa yang menjual Melayu dengan harga murah akan menanggung akibatnya. Jika dalam Islam kita dilarang menjual ayat-ayat Al-Quran, begitu juga dalam perjuangan bangsa, jangan sekali dijual bangsa untuk kepentingan diri, jangan sesekali gunakan "bersatu melayu" kerana jika kita berpecah orang lain akan mengambil peluang. UMNO dilahirkan dengan air mata, darah dan keringat orang Melayu, sesiapa belot, mungkir janji dan khianat akhirnya akan menanggung sendiri akibatnya. Abdullah Ahmad Badawi, semenjak isu Mahathir Vs Abdullah ini, walau pun dikatakan oleh Musa Hitam sebagai tenang tetapi amat jelas air muka beliau dalam berita TV berubah. Terdapat kerisauan mempertahankan kuasa yang ternyata dan Dr Mahathir Mohamad yang pada mula hanya sebagai satu tunggul kayu kini dipandang oleh Abdullah Ahmad Badawi macam hantu Sekarang yang disangka hantu sudah benar-benar menjadi hantu. Bacalah ayat kursi atau apa pun ayat, hantu ini tidak akan lari dan yang perlu adalah untuk muhasabah diri dan sembahyang tengah malam minta pertunjuk. Teringat kata Tan Melaka: Suara aku didalan kubur lebih kuat tempiknya dari atas bumi. Begitulah jugalah agaknya suara-suara Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein dalam kubur bila melihat cara ABDULLAH AHMAD BADAWI hendak memusnahkan UMNO. “SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA” “PROTES SAMPAI TURUN” - Tun Telanai - 19.06.2006
|
|
|
| |
| MOHAMAD GHANI: HADI ANCAM KESELAMATAN |
| 06.19.06 (12:14 pm) [edit] |
Assalamu’alaikum wm.wrt., Berita Harian pada 10.6.2006, telah melakukan provokasi terhadap Presiden PAS [http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasio nal/20060610224831/Articl e/" title="http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasio nal/20060610224831/Articl e/" target="_blank"http://www.bharian.com.my/m/B...] Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan kenyataan beliau menyokong Ahli PAS mengadakan demonstrasi menentang sebarang dasar kerajaan UMNO yang menimbulkan penderitaan kepada rakyat. Dalam laporan tersebut, BH menemu-ramah dengan banyak pemimpin NGO dan persatuan professional bertujuan untuk membentuk fikiran orang ramai bahawa PAS adalah sebuah parti yang radikal yang akan bertindak secara militan bagi mencapai matlamatnya. Laporan ini menggasak fikiran rakyat dari berbagai kaum membenci PAS dan diharap rakyat menolak perjuangan PAS dan seterusnya hanya memilih UMNO/BN buat selama-lamanya. Salah seorang yang ditemuramah ialah Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Mohamad Ghani. Mohamad menyatakan bahawa kenyataan Hadi yang menyalahkan polis kononnya sebagai punca provokasi ketika demonstrasi, tidak berasas sama sekali. Seterusnya beliau menyebut: “Kenyataan itu boleh mencetuskan pergaduhan. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap beliau [Hadi]” Sebagai bekas anggota tentera Mohamad akan terus menjadi ‘barua dan anjing’ [makna perkataan barua=orang yang diperalatkan dan anjing=setia pada tuannya] kepada pemerintah. Terlalu sukar untuk mengubah persepsi orang seperti Mohamad ini kerana sepanjang kariernya, beliau senantiasa berada di bawah ruang lingkup peraturan ketenteraan. Anggota tentera pada kebiasaannya terpisah dari masyarakat awam [kad pengenalan pun berbeza] dan akan senantiasa menurut perintah tanpa boleh dipersoalkan. Sekiranya ada anggota yang menentang sebarang perintah yang dikeluarkan, maka anggota tersebut akan dihukum mengikut undang-undang tentera [mahkamah tentera]. Oleh itu, tidak peliklah Mohamad dan pesara-pesara yang lainnya membawa budaya ‘loyally’ yang keterlaluan terhadap pemerintah. Mereka sudah tidak boleh berfikir lagi. Otak mereka sudah lama dibekukan yang menyebabkan mereka tidak boleh lagi membuat satu penilaian yang matang dan rasional. Lihat pada kenyataan Mohamad, beliau membuat kesimpulan bahawa pembangkanglah [PAS dan lain-lain pihak yang terlibat] yang mencetuskan provokasi yang menyebabkan keadaan kucar-kacir. Beliau tidak memberi penyebab bahawa sebenarnya pasokan polislah sebagai agen pencetus keadaan haru-hara tersebut.
Buktinya, pada petang Jumaat 10.2.2006 lalu, berpuluh ribu umat Islam berarak menuju Kedutaan Denmark di Wisma Denmark, Kuala Lumpur yang diketuai sendiri oleh Hadi bagi membantah penghinaan yang dilakukan secara sengaja oleh akhbar Jyllands Posten menyiarkan karikatur menghina Rasulullah s.a.w. Demonstrasi tersebut berjalan dalam keadaan aman dan lancar dengan kehadiran ribuan umat Islam. Pihak pasokan polis hanya bertindak mengawal keadaan supaya tidak berlaku insiden-insiden yang tidak diingini. Begitu juga lautan manusia yang membanjiri di dataran Kompleks PAS di Kedah pada 9.6.2006 lalu untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim. Tanpa provokasi dari pasokan polis, majlis ceramah tersebut dapat berjalan dengan lancer, tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, malah kemalangan kecil pun tidak berlaku dalam suasana berpuluh ribu manusia yang berkumpul dan beredar pulang di situ. Kemungkinan besar Mohamad ini tidak mengikuti perkembangan isu-isu semasa Negara. Beliau hanya asyik dengan hal ehwal UMNO sahaja, tanpa mempedulikan isu-isu lain yang melibatkan maruah agama dan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Beliau hanya mendampingi pemimpin-pemimpin UMNO sahaja sehinggakan beliau menjadi seorang manusia yang buta maklumat mengenai isu-isu semasa lainnya.
Pasukan polis ini mula bertindak garang apabila diadakan siri-siri demonstrasi menentang kenaikan harga minyak yang melibatkan kepentingan politik UMNO. Demonstrasi ini disertai oleh rakyat pelbagai kaum dan berbagai pegangan fahaman politik dengan satu matlamat supaya kerajaan yang ada ini beri perhatian terhadap kehidupan seharian rakyat kesan kenaikan harga minyak, yang pasti kini harga barangan dan perkhidmatan telah meningkat di pasaran. Ia telah disertai oleh berbagai parti-parti politik pembangkang, NGO-NGO dan pertubuhan-pertubuhan yang prihatin terhadap kehidupan rakyat yang semakin tertekan akibat dasar-dasar kerajaan UMNO yang telah hilang semangat kebajikannya. Memujuk kerajaan supaya lebih prihatin. Pasokan polis mula bertindak ‘brutal’ apabila imej kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mulai dipandang rendah oleh rakyat akibat amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa mulai bermaharajalela dalam pentadbiran Negara di dalam semua sektor. Kemuncaknya ialah demonstrasi pada 28.5.2006 yang melibatkan dua isu utama, iaitu isu kenaikan harga minyak dan isu kenaikan tariff elektrik mulai 1.6.2006 lalu. Dua isu ini menyentuh kehidupan harian rakyat secara langsung. Bagi memadam kebangkitan rakyat ini, maka pasukan polis telah diperalatkan oleh UMNO. Sekiranya, pasokan polis tidak diarah berbuat demikian, maka mereka tidak akan berbuat sedemikian rupa. Buktinya, demonstrasi-demonstrasi sebelum itu, pasokan polis hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Sebenarnya, perlawanan ini hanya melibatkan UMNO/BN dengan parti-parti pembangkang. Ini perkara biasa dan normal. Ia berlaku di seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi. Dalam demonstrasi pada 28.5.2006 lalu, ramai perserta yang mengalami kecederaan dan kerosakan harta benda, tetapi Ketua Polis Negara menyatakan, tindakan ini merupakan tindakan yang paling minima yang terpaksa dilakukan oleh pihak pasokan polis bagi menghalang kekacauan berlaku. Manakala, SUHAKAM pula melalui Pengerusinya, Abu Talib Othman enggan mengadakan inquiri awam dengan alasan tidak bukti yang nyata yang melibatkan keganasan polis, walau pun ada bukti yang divideokan mengenai peristewa tersebut. Kini, SUHAKAM sudah sama taraf dengan Parlimen yang telah lama menjadi ‘rubber stamp’ kepada kerajaan. SUHAKAM sekarang sudah tidak berguna lagi sebagai sebuah suruhanjaya yang membela Hak Asasi Manusia kerana ia kini dipenuhi oleh manusia-manusia yang mementingkan kedudukan, pangkat dan kekayaan peribadi. Tidak seperti dahulu, ia dipimpin oleh Musa Hitam, Hamdan Adnan dan Harun Hashim yang sangat prihatin terhadap hak-hak kemanusian ini. Mereka pembela golongan yang lemah dan tertindas, bukan mencari berbagai alasan untuk mempertahankan dan mewajarkan kesalahan yang kerajaan lakukan. Saya telah menulis satu tajuk berjudul “Sokong Kenyataan Presiden PAS" dalam Laman Marhaen [http://marhaen.kelatedaily.net/mar_b_tun_telanai29.html" title="http://marhaen.kelatedaily.net/mar_b_tun_telanai29.html" target="_blank"http://marhaen.kelatedaily.ne...] dan dalam Tranungkite.net [http://www.tranungkite.net/v3 " title="http://www.tranungkite.net/v3 " target="_blank"http://www.tranungkite.net/v3...; /modules.php?name=News&file=ar ticle&sid=491&mod e=&order=0&thold= 0] dengan memberi bukti bahawa pihak polis [sudah tentu dengan arahan pimpinan UMNO tertentu] telah menjadi agen pencetus kekacauan dalam banyak aktiviti pembangkang terutama PAS. Tanpa provokasi dari pasokan polis, semua majlis yang dianjurkan dapat dijalankan mengikut jadual seperti yang tetapkan. Semak balik semua majlis yang dianjurkan sebelum ceramah umum diharamkan pada 1.7.2001. Tidak ada sebarang insiden negative yang berlaku. Ia hanya berlaku selepas tarikh tersebut. Tidak puas dengan tuduhan tersebut, Mohamad mencadangkan agar Hadi ditangkap di bawah ISA dengan alasan mengancam keselamatan Negara. Inilah mentality seorang bekas anggota tentera yang pengecut. Dalam Negara yang dikatakan demokrasi bukan berperang dengan mengunakan senjata, tetapi senjatanya ialah hujah lawan dengan hujah. Bebaskan media dan bebaskan akta-akta yang dianggap ‘draconian’. Berlawan di tanah yang sama rata. Bebas memasarkan ideologi masing-masing di tengah-tengah rakyat, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih, yang mana satu ideologi yang hendak digunapakai dalam urusan pentadbiran negara. Tiada ada ugutan, tidak ada ancaman dan tidak ada tindakan balas daripada pihak yang menang terhadap rakyat yang tidak memilihnya. Menahan seseorang di bawah ISA pada saya merupakan tindakan yang paling tidak ‘gentleman’. Kerja mudah bagi kerajaan yang takut pada bayang-bayangnya sendiri. Di bawah akta ini, kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang ia hendaki tanpa perlu dibuktikan di mahkamah terbuka dengan sedikit alasan yang memualkan ‘demi keselamatan negara’. Kerajaan tidak perlu memberi tafsiran apa itu makna menggugat atau mengancam keselamatan Negara. Seorang itu boleh ditahan selama kerajaan mahu. Tidak ada titik noktah dalam penahanan ISA. Ia bergantung sikap orang yang ditahan itu. Sekiranya ia sanggop menyokong kerajaan atau UMNO, maka cepat dibebaskan. Bukan berdasarkan kepada fakta-fakta kesalahan yang dituduh ke atasnya. Penangkapan beberapa orang pimpinan muda PAS di atas dakwaan kononnya terlibat dalam KMM merupakan percubaan awal untuk menguji pengaruh PAS terhadap kepimpinan tertingginya. Mahathir dikatakan pernah mengarahkan Ketua Polis Terengganu (melalui Norian Mai) agar menangkap Hadi dalam isu KMM ini. Namun permintaan Mahathir tersebut telah ditolak oleh Ketua Polis Terengganu dengan alasan bahawa penangkapan Hadi akan mencetuskan huru hara besar, bukan sahaja di Terengganu, bahkan di seluruh negara. Jika Hadi ditangkap, bukan sahaja rakyat Terengganu yang akan bangkit berperang dengan polis, malah seluruh rakyat Malaysia akan tampil mengamuk dan mengugat kestabilan politik negara. Berasaskan kebimbangan inilah maka arahan penangkapan tersebut terpaksa dibatalkan. Bagi menguat hujah berdasarkan isu KMM, nama Hadi juga dikaitkan kerana membuat lawatan rasmi ke Sumatera, Indonesia dan bertemu dengan Abu Bakar Basyir seorang pemimpin Jemaah Islamiah [JI]. Lawatan Hadi sejurus berjaya mengambil alih pentadbiran Terangganu dari UMNO pada Disemeber 1999. Nama Hadi cuba dikaitan dengan JI yang dikatakan sebuah pergerakan militan yang mahu menegakkan Islam di Alam Melayu ini secara keganasan. Tetapi isu ini senyap apabila Hadi menyebut ia mendapat jemputan rasmi dan kerajaan Indonesia mengesahkannya. Penangkapan anak Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan, Nik Adli sehinga kini belum dibebaskan merupakan 'percubaan' pertama untuk menguji sentimen penyokong-penyokong PAS dan pucuk pimpinannya. Sebenarnya, arahan penangkapan Hadi ini bukanlah kali pertama disuruh oleh Mahathir. Ketika kes Memali dahulu, Mahathir telah mengarahkan pihak polis agar menangkap Hadi dan Mustaffa Ali atas dakwaan kononnya mereka berdualah yang menjadi punca tercetusnya peristiwa Memali tersebut. Sekitar hujung 1985 dan awal 1986 Hadi dan Mustaffa Ali merupakan sasaran utama yang diburu polis. Namun kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya, dimana akhirnya isu tersebut beransur kendur ekoran sanggahan Anwar Ibrahim ke atas arahan Mahathir tersebut dengan mengatakan bahawa Malaysia akan menjadi kutukan masyarakat Islam dan antarabangsa sekiranya Hadi ditangkap. Kemudian, dalam 'Operasi Bukit Gasing' dalam tahun 1989, Mahathir dikatakan telah mengarahkan Haniff Omar yang ketika itu menjadi Ketua Polis Negara agar menangkap Hadi di Marang, Terengganu. Berpuluh-puluh trak FRU telah dikerahkan ke Terengganu untuk menjayakan misi tersebut. Namun mereka merancang, Allah juga merancang. Sebahagian besar trak FRU yang mengisi orang berkepala merah tersebut telah digagalkan oleh Allah s.w.t. dalam satu kemalangan ngeri dengan bas Ekspres Temerloh-KL di Karak. Kemalangan yang meragut nyawa berbelas-belas anggota FRU itu telah membantut dan menggagalkan objektif Operasi Bukit Gasing di Marang. Baki anggota FRU yang hidup terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur dan Haniff telah memaklumkan kepada Mahathir bahawa operasi menangkap Hadi terpaksa dibatalkan. Mahathir cukup marah dan kecewa. Inilah perancangan Allah dalam melindungi hambaNya yang soleh. Pada kali ini, Mohamad pula mengarahkan Abdullah selaku Menteri Dalam Negeri menangkap Hadi di bawah ISA. Saya fakir, Abdullah tidak sebodoh itu. Dalam keadaan politik Negara yang terumbang-ambing khususnya politik dalam UMNO sendiri bergolak, maka sudah tentu Abdullah tidak akan memilih jalan yang memudaratkannya. Walau pun begitu, ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat yang mendokong perjuangan PAS amnya, saya ingin memberikan sedikit nasihat berhati-hatilah ahli-ahli Pas yang berada di sekeliling Hadi dan perketatkanlah kawalan keselamatan ke atas beliau. “SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA” “PROTES SAMPAI TURUN” - Tun Telanai - 19.06.2006
|
|
|
| |
| Jurnal Ilmiah Yang Dihormati Mendedahkan 9/11 |
| 06.19.06 (12:12 pm) [edit] |
Harinya sudah pun tiba kini! Sebuah jurnal yang dikagumi cerdik pandai telah akhirnya mengambil keputusan mendedahkan skandal 9/11. Dalam keluaran terkini Jurnal Psikohistory itu anda akan menjumpai fakta seperti di bawah yang menunjukkan siapakah dalang yang menyebabkan 9/11: 1. Bagaimana Cheney menubuhkan Pusat Arahan sendiri sehari sebelum 9/11 dan telah mengawal rampasan pesawat olok-olok pada pagi tersebut. 2. Bagaimana latihan rampasan pesawat itu yang menyebabkan pesawat tentera Udara menerpa tiba telah dikatakan ‘hanya kebetulan’ oleh Bush. 3. Bagaimana tentera Udara telah diarah ‘berdiam’ dan tidak memintas pesawat pengganas walaupun mereka telah memintas secara automatik bagi tempoh 67 kali sebelumnya sekiranya terdapat pencerobohan ruang udara. 4. Bagaimana bacaan seismografi (gegaran bumi) telah menunjukkan berlakunya satu letupan besar di tingkat basemen WTC yang meranapkan bangunan itu. 5. Bagaimana kamera telah menunjukkan menara WTC sebenarnya diletupkan dengan bukti ledakan ke arah luar, bukannya semata-mata runtuh. 6. Bagaimana gambar foto menunjukkan hanya terdapat sebuah lubang dengan garis pusat 13 kaki di bangunan Pentagon yang mana pesawat selebar 124 kaki dipercaya telah menghentamnya. 7. Bagaimana beberapa kakitangan Pentagon berkata yang mereka ‘tidak melihat sebarang bahan bukti atau cebisan pesawat’ selepas dikatakan sebuah pesawat melanggar bangunan itu. 8. Bagaimana FBI telah mengutip kesemua gambar foto kamera pemantauan dalam masa beberapa minit selepas kejadian ‘pesawat terhempas’ dan tidak pun menyiarkannya kepada umum. 9. Bagaimana sesetengah keluarga mangsa 9/11 sedang menyaman Bush sebanyak $7 bilion kerana menyatakan testimoni kununnya dari mereka yang telah membantu berlakunya kejadian tersebut. 10. Bagaimana Rumsfeld berkata yang kejadian keganasan itu adalah ‘suatu rahmat yang terselindung’
Rakan-rakan, bagi kita yang berada dalam Gerakan kebenaran 9/11 sudah pun tahu akan perkara-perkara ini. Akan tetapi langkah Jurnal Psikohistory yang menerbitkan fakta ini amat menakjubkan serta tidak pernah terjadi sebelumnya. Tolonglah, gerakkan pengetahuan ini. Biar kakitangan Jurnal itu tahu yang anda memberi perhatian atasnya! Beritahu rakan anda! Hadiahkan mereka dengan menempah jurnal tersebut! (Anda akan memperolehi keluaran khas 9/11 percuma dengan langganan setahun pada harga $29- separuh dari kadar biasa) Kami sedang berusaha untuk mendapatkan salinan berasingan akan keluaran 9/11 bagi memudahkan ianya diperolehi umum. Hubungi Jurnal itu bagi menyatakan undian keyakinan anda! Tulislah kepada editornya, Llyod deMause bagi memuji beliau atas langkah beraninya itu! Tolonglah, Jangan Biarkan Ia Berlalu Begitu Saja. The Journal of Psychohistory 140 Riverside Drive New York, NY 10024 telephone: 212-799-2294 email: psychhst@tiac.net website: http://www.psychohistory.com" title="http://www.psychohistory.com" target="_blank"http://www.psychohistory.com
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|