 Blog For Free!
Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Mufti Perak tolak tafsiran Ka Ting |
| 04.20.06 (11:28 am) [edit] |
Rata-rata ramai yang keliru, marah dan tidak dapat menerima tafsiran perlakuan sumbang dan lucah sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden MCA yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Ting baru-baru ini. Menurut Ong perlakuan tersebut sebenarnya merujuk kepada: Pasangan yang melakukan aksi melampau seperti berbogel atau melakukan aktiviti seks.
Bermakna hanya apabila pasangan atau sesuatu kumpulan itu berbogel ataupun melakukan aksi seks di khalayak ramai barulah ia dianggap sebagai perlakuan sumbang ataupun lucah. Ketika itu barulah penguatkuasa PBT boleh mengambil tindakan. Ong mungkin mentafsir perlakuan tersebut menurut kaca mata barat ataupun menurut selera peribadinya ataupun apa sahaja namun ianya nyata dan jelas tersasar dan tergelincir dari landasan Islam dan adat serta budaya Melayu. Islam dilahirkan untuk membentuk akhlak dan moral umat manusia dan budaya Melayu sendiri sungguh kaya dalam mempertahankan maruah dan harga diri bangsanya. Bolehkah kita duduk selesa dan tidur nyenyak dengan tafsiran sesat Ka Ting itu? Kita yang saya maksudkan adalah umat Islam dan orang Melayu. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan masyarakat Cina dan India dalam negara ini pun tidak dapat menerima atau bersetuju dengan tafsiran Ka Ting yang tidak selari dengan mana-mana kepercayaan, adat dan budaya timur itu. Terubat juga hati hari ini apabila membaca kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria (sila rujuk HARIAN METRO hari ini) yang menyatakan bahawa:
Definisi PBT (pihak berkuasa tempatan) terhadap perlakuan sumbang mestilah tepat, mesti ada takrifannya. Kalau sampai bogel baru hendak tangkap, itu (menampakkan) teruk sangatlah negara ini Kelakuan tidak sopan tidak semestinya bogel saja, bercium dan sebagainya boleh dianggap tidak sopan juga. Jadi, pengertiannya perlulah tepat Teras kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan perlu menjadi pegangan setiap individu di negara ini dalam mengawal kelakuan di khalayak ramai.Ia sepatutnya menjadi teras dan takrif bagi semua bangsa tidak mengira Melayu atau Cina. Undang-undang yang digubal juga melaksanakan apa yang terkandung dalam Rukun Negara.Jadi mestilah Rukun Negara dipatuhi semua. Mengikut Kanun Keseksaan tindakan boleh diambil terhadap individu yang didapati melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Ini isu yang melibatkan maruah dan harga diri bangsa. Selesa dan tergamakkah kita melihat anak-anak bangsa kita diberikan lesen berkelakuan sumbang yang kononnya tidak sumbang menurut takrifan Ka Ting itu?! Hakikatnya perbuatan berdua-duan, berpeluk-pelukkan dan bercumbu-cumbuan yang haram dan tidak senonoh dari kalangan anak-anak bangsa sudah menjadi suatu yang di luar kawalan, berlaku di depan mata dalam keadaan kita tidak berupaya melakukan sesuatu. Penguatkuasaan sahaja disaat ini yang mampu mengawal perlakuan sumbang ini, itupun belum pasti dapat dibenteras. Sekurang-kurangnya usaha dan tindakan perlu dijalankan disamping pendidikan di sekolah dan IPTA dan IPTS serta penglibatan ibu bapa dan penjaga. Tetapi apabila kita pandai-pandai memberi tafsiran baru sebagaimana yang Ka Ting lahirkan itu maka yang akan punah dan ranap kelak adalah bangsa dan agam kita juga. Sesungguhnya disaat dan ketika ini golongan ulamak dan cerdik-pandai agama perlu bangun dan menyatakan pendirian dalam isu yang sangat serius dan kritikal ini sebagaimana Mufti Perak. Semoga berpadananlah dengan firman Allah swt: Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama . Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 20.04.2006
|
|
|
| |
| Charlie Sheen Mencabar Dongengan 9/11 |
| 04.20.06 (11:24 am) [edit] |
Pelakon Charlie Sheen telah mencipta sejarah apabila mempersoalkan cerita rasmi 9/11, menggelarnya “teori konspirasi terbesar”. Komen Sheen telah menyebabkan gelombang kejutan merentasi media alternative dan telah menjadi salah satu cerita terbesar dalam internet selama berminggu-minggu. Kisah itu turut mendapat liputan masa utama oleh saluran berita utama seperti CNN, FOX News serta ratsuan akhbar di seluruh dunia. Berikutan dari langkah berani beliau menjadi tumpuan atas persoalan 9/11 serta belasahan penulisan para upahan serta penjilat kerajaan, Sheen telah mengeluarkan satu kenyataan email kepada media meminta beliau dicabar atas fakta yang beliau ada bukannya sekadar membudak-budakkan beliau. Tidak ada satu pun saluran media utama yang mempunyai keberanian menyahut cabaran Sheen itu. Hanya beberapa hari selepas kisah Sheen tersiar dalam akhbar arus perdana, sumber-sumber dalam FOX News dan CNN telah memberitahu Alex Jones dengan syarat tidak direkodkan betapa terdapat usaha bersepadu dari pehak pengurusan syarikat tersebut untuk “membunuh” kisah Sheen serta menamatkan sahaja liputan akan Pergerakan Kebenaran 9/11. penerbit telah diberi kata dua itu walaupun telah mencatatkan rekod tinggi serta maklumbalas penonton yang positif dari liputan kisah dakwaan Sheen akan kelentongan 9/11. Dalam rancangan Jimmy Kimmel ABC pada hari Jumaat 14 April, Sheen sekali lagi mengutarakan persoalan beliau tentang cerita rasmi kepada puluhan juta rakyat Amerika. Tatkala disoal oleh hos Jimmy Kimmel tentang kenyataan yang beliau buat dalam rancangan radio Alex Jones, Sheen dengan padat dan ringkas menyatakan,” Kerana saya mempunyai persoalan, saya mempunyai banyak persoalan berkaitannya.”
Beliau meneruskan, seraya menolak layanan media akan kenyataannya, menekankan betapa “[media arus perdana] tidak benar-benar melihat akan apa yang saya pohon mereka melihatnya, sebarang bahan bukti atau sebarang benda yang menimbulkan persoalan-persoalan tersebut… “ sebaliknya mereka memutarbelitkan cerita apakah beliau ” layak” untuk menyoal kerajaan. “Saya merasakan satu-satunya kelayakan yang saya perlukan ialah sebagai seorang warganegara pembayar cukai yang cintakan Negara,” Sheen menyatakan kelayakan itu dengan disambut tepukan germuruh dari penonton di studio. Sheen meneruskan,”Apa telah terjadi kepada masa dalam negara ini tatkala kita berhak, tatkala kita mempunyai Perlembagaan serta Hak Asasi yang dikarunia Tuhan untuk mencurigai tentang perkara-perkara yang tidak masuk akal.” Ketika disoal Kimmel apakah yang telah membuatkan beliau menyogok soalan-soalan tentang cerita rasmi, Sheen membalas, “Saya telah membuat banyak kajiselidik,” kemudiannya merujuk kepada individu berprofail tinggi yang dengan beraninya tampil ke hadapan menanya soalan tentang 9/11, menegaskan “… bukan saya sahaja, terdapat juga orang lain sebelum saya- para pakar, jurutera, ahli fizik dan saintis serta cerdikpandai yang telah menyuarakan kesemua ini dan saya melihat akan kajian mereka lalu berkata ya, banyak darinya yang tidak munasabah, lantas tercetuslah persoala-persoalan itu.” Sebelum Kimmel berpindah ke tajuk lain dalam perbincangan itu, Sheen dengan berhati-hati mengingatkan hadirin, “Terdapat dua bidang: Bangunan 7 serta lima bingkai gambar dari Pentagon. Jangan setakat dengar cakap saya, buat lah kajiselidik sendiri.” Berikutan dari siaran Jimmy Kimmel Live show, Alex Jones telah bercakap dengan Sheen tentang pandangan beliau berkaitan temuramah itu. Sheen membuat kenyataan berikut: "Ini adalah detik-detik penting akan Pergerakan Kebenaran 9/11. Kita telah melepaskan anak panah berapi ke dalam jantung propaganda sempit yang digambarkan sebagai cerita rasmi yang tidak boleh dipertikaikan. Mari kita bergandingan, pintu kebenaran telah terbuka! Dedahkan patriotisma anda. Sebagai respons Alex Jones telah menyatakan, "Dalam pengalaman 12 tahun saya di bidang penyiaran, saya telah mendedahkan ratusan cerita yang menarik perhatian rakyat dalam negara ini, namun tidak ada menarik minat imaginasi orang seperti kenyataan Charlie Sheen tentang 9/11. Secara meluas orang mengenal akan pegangan keberaniannya yang memecahkan empangan pembohongan dan arus kesedaran telah terbuka. Pergerakan Kebenaran 9/11 telah menyaksikan kelahirannya lebih empat tahun setengah lalu dan sedang menyaksikan suntikan semangat yang tidak pernah berlaku apabila Charlie Sheen berkata-kata.”
"Apa yang penting sekarang ialah rakyat bercakap-cakap tentang keberanian Charlie Sheen. Orang biasa memahami betapa Sheen telah mengambil risiko dengan bercakap lantang tentang apa yang mereka hanya fikirkan secara sulit sahaja: 9/11 adalah kerja bedebah orang dalam yang menjadi peristiwa asas untuk Negara polis sedang tumbuh di Amerika serta sebagai preteks bagi peperangan yang sedang berlangsung bagi empayar sejagat.”
http://prisonplanet.com/articles/april2006/15 0406defiantsheen.htm" title="http://prisonplanet.com/articles/april2006/15 0406defiantsheen.htm" target="_blank"http://prisonplanet.com/artic...
Terjemahan N-SPAR - 20.04.2006
|
|
|
| |
| Rais ajak rakyat kembali ke zaman jahiliyah |
| 04.12.06 (11:34 am) [edit] |
Sebagaimana yang dirancang akhirnya berjaya juga hajat Rais Yatim untuk menganjurkan persembahan Makyong di Kelantan. Walaupun kerajaan negeri melalui Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 telah mengharamkan persembahan tersebut kerana unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam yang terkandung di dalam persembahannya namun Rais tetap mahu meneruskan dan ternyata beliau berjaya juga. Dengan penuh bangga Rais melangkah masuk Gambar PERAKAN
Sabtu malam minggu lepas bertempat di Kampung Bunuhan, Tumpat Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan telah menganjurkan program: Merakyatkan Seni Budaya dan Kempen Berbudi Bahasa
Maka walaupun peraturan negeri melarangnya, walaupun persembahan itu memiliki unsur yang bertentangan dengan Islam dengan para penari yang tidak menutup aurat Rais berjaya membuktikan bahawa beliau juara mencabar dan melanggar undang-undang dan peraturan dunia serta juga peraturan Allah swt sendiri. Cumanya kehadiran ke majlis tersebut menurut laporan Harakahdaily tidaklah segah sebagaimana yang Rais harapkan. Kalau kita masih ingat Rais pernah menyatakan: We want to bring arts to the people. I will be there at the planned Mak Yong show. I want to gauge the response from the people of Kelantan.
Gambar PERAKAN
Dan di dalam sebuah lagi laporan sebelum ini Rais mengaharapkan ratusan ribu rakyat Kelantan akan keluar menyatakan sokongan terhadap usaha kerjajaan beliau menghidupkan kembali tarian yang berasal dari kerajaan Siam lama itu. Yang hadir disamping Rais, Annuar Musa dan Ketua Umno Tumpat Nor Zahidi Omar, adalah beberapa kerat ahli-ahli Umno dan kanak-kanak sekolah. Jelas jika majlis itu sebagai garispanduan ukuran buat Rais maka mesejnya rakyat Kelantan secara umummnya memang menolak persembahan tersebut. Suka saya mengulangi apa yang pernah saya petik sebelum ini di dalam BLOG ini: Di dalam artikelnya Buddhism in Malaysia, Yeap Tor Hor dan Kerry Trembath menulis: The shadow play or wayang kulit and dance forms such as menora and MAKYONG are all testimonies that BUDDHISM was once a powerful religious and cultural influence in Malaysia.
Malah dalam website Akademi Seni Kebangsaan sendiri jelas membukitkan unsur-unsur mistik hadir dalam persembahan seni ini apabila menyebut: The word MAKYONG is believed to be derived from mak hiang (spirit of the paddy) and the MAKYONG performance is said to be connected to rituals concerning the spirit of the paddy.
Apa pun Rais telah berjaya membuktikan yang kerajaan melalui kementerian beliau akan mempertahankan apa sahaja yang dikira penting dari sudut politiknya, walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang mahupun bertentangan dengan syarak. Kita ucapkan syabas kepada Rais melalui tindakan beliau itu dan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan serta konco-konco kanannya sekurang-kurangnya akan membuka mata rakyat Kelantan terhadap apa yang bakal terjadi pada nasib dan masadepan Islam di bumi Kelantan kiranya pemuka-pemuka seumpama ini terus diberikan peluang berkuasa. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 11.04.2006
|
|
|
| |
| Yang Tidak Dilihat oleh Rakyat Malaysia |
| 04.12.06 (11:30 am) [edit] |
Pemuda UMNO mahu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilanjutkan tempohnya. Itulah laungan mereka tahun lalu sambil menghunus keris di atas kepala. UMNO bercakap mengenai Merdeka, Perlembagaan dan kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan yang telah dipinda berkali-kali sejak kemerdekaan 31 Ogos 1957 dahulu lagi memang amat jelas mengenai hak dan keutamaan khas orang Melayu. Itulah Perlembagaan yang dirangka sebelum kemerdekaan sekali gus menjadikannya Perlembagaan British dan bukannya Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaya (kini Malaysia) adalah satu perjanjian ataupun kontrak di mana orang Melayu, Cina dan India (yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC) bersetuju bahawa itulah perjanjian bagaimana negara ini harus ditadbir apabila muncul 31 Ogos, 1957. Seperti dalam mana-mana perjanjian ataupun kontrak, walaupun ada yang tidak terpahat di atas batu dan boleh dipinda mengikut keadaannya, segala perubahan itu mesti merupakan persetujuan bersama ataupun keizinan bersama. Perjanjian tidak boleh dipinda secara satu hala. Semua yang bersetuju dalam perjanjian itu mesti juga bersetuju kepada perubahan dan pindaannya. Dalam hal ini perjanjian asal masih laku lagi. Hanya kalau ada pindaan ataupun tambahan yang mesti diambil kira sebagai sebahagian terpenting perjanjian itu. Perlembagaan Malaysia ataupun perjanjian pokok masih lagi utuh dan tidak ada perubahan dari sudut peruntukan yang menjamin hak rakyat Malaysia mengejar kepentingan bisnes mereka ataupun semua rakyat Malaysia adalah sama sahaja tanpa ada diskriminasi disebabkan jantina, kaum ataupun agamanya. Tetapi pada 1970 telah diwujudkan satu perjanjian tambahan di antara orang Melayu, Cina dan India untuk menyelesaikan satu masalah yang sedang menghantui negara semasa itu. Masalah itu ialah peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969. Penyebabnya ialah jurang ekonomi yang jauh bezanya antara berbilang kaum. Sebelum 1969 dahulu, orang Cina memang sudah lama menjangkakan perkara itu akan berlaku dan para pemimpin Cina telah bertemu dengan Tan Siew Sin yang ketika itu adalah Menteri Kewangan mencadangkan agar sesuatu mesti dilakukan. Mereka beranggapan kalau rencana menyelesaikan masalah itu dapat dirancang oleh orang Cina sebelum ia dipaksa dengan kegunaan senjata, setidak-tidaknya orang Cina boleh menguasai keadaannya. Sebaliknya, kalau perkara itu dipaksakan ke atas orang Cina, besar kemungkinan mereka tidak akan bersetuju. Antara yang terlibat dalam inisiatif itu ialah Niew Nam Chee seorang penasihat ekonomi kepada Lim Goh Tong, tuan punya Genting. Tetapi, Tan Siew Sin enggan mendengarnya dan perkara itu terdiam begitu sahaja. Nim Chee merasa kecewa dan berkata kalaulah Siew Sin mendengar, sudah tentu tidak ada DEB hari ini. “Orang Cina mempunyai peluang untuk berbuat sesuatu tetapi kita tidak melakukannya,” kata Nim Chee. “Kini kita tidak boleh berbuat apa-apa.” Apabila rusuhan kaum meledak pada 13 Mei, kerajaan yang terkejut beruk sedar betapa masalah itu tidak boleh diabaikan dan menjadi panik lantas melancarkan tindakan kecemasan. Seperti mana-mana tindakan kecemasan, apabila ia dilaksanakan secara terburu-buru, keputusan yang dibuat tidak akan merupakan tindakan yang sempurna. Tetapi, begitulah keadaan kecemasan. Apabila muncul kecemasan, selalunya tindakan pembetulan yang diambil dan selalunya tindakan itu adalah untuk jangka pendek sahaja. Semacam memadamkan api di semak sahaja. Kemudian apabila keadaan sudah tenteram, barulah ada masa untuk berfikir panjang apa sebenarnya yang perlu dilaksanakan untuk jangka panjang. Inilah yang telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru, satu langkah pendek yang dijangka dapat berjalan antara 1970 hingga 1990. Ada orang kata 20 tahun adalah satu tempoh yang panjang dan tidak boleh dianggap sebagai jangka pendek. Sesungguhnya tamadun manusia telah wujud selama berjuta tahun, jadi 20 tahun hanya merupakan setitik embun dalam hayat tamadun manusia. Akan tetapi apabila tempoh 20 tahun itu sampai ke penghujungnya barulah mereka sedar bahawa 20 tahun itu tidak sepanjang mana. Barulah mereka sedar bahawa mereka masih tidak dapat mencapai apa yang mereka impikan. Malahan DEB sudah gagal segagal-gagalnya seperti yang diakui olah Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di Parlimen. Apa yang patut dilakukan sekarang? 1990 sudah pun berlalu dan pencapaian DEB tidak pun ke mana seperti yang mereka impikan. Apakah mahu disambung lagi DEB? Ini bermakna satu perjanjian sudah dilanggar.. yakni Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberikan jaminan tidak ada diskriminasi ke atas kaum dan agama. Apakah mereka langgar perjanjian kedua di mana DEB yang sepatutnya berakhir pada 1990? Memang tidak dinafikan bahawa pelanggaran 1970 dahulu adalah berasaskan persetujuan bersama dan dipersetujui oleh semua yang terlibat semasa menandatangani perjanjian utama dahulu. Akan tetapi melanjutkan DEB bererti mencemari perjanjian utama itu, dan perlu dibuat secara tindakan sebelah pihak dan tidak berasaskan persetujuan bersama. Ini bererti Umno sahaja yang membuat keputusan itu. Bukankah itu satu dilema besar? Orang Melayu mahu DEB dilanjutkan kerana mereka merasa tidak lagi mencapai sasaran yang diletakkan dahulu dan merasakan mereka akan menerima faedah kalau DEB dilanjutkan. Kaum Cina mahu DEB itu dihentikan kerana mereka merasakan orang Melayu sudah meraih faedahnya dan lagi pun perjanjian dahulu ialah DEB mesti berakhir pada 1990 sahaja. Jadi, siapa yang betul dalam hal ini, orang Melayu ataupun orang Cina? Sebenarnya mereka berdua memang salah. Orang Melayu bersalah memikirkan yang mereka sudah menerima faedahnya dan akan terus meraih faedah itu kalau DEB dilanjutkan. Orang Cina tersilap memikirkan bahawa orang Melayu memang sudah meraih keuntungan daripada DEB Memanglah....... Hampir semua gerai di R&R sepanjang Lebuhraya PLUS diuruskan oleh orang Melayu dan hanya segelintir sahaja yang diusahakan oleh orang Cina (Harus dirakamkan di sini mereka hanya bercakap mengenai perniagaan dalam DEB dan bukan mengenai dasar pendidikan yang merupakan satu perkara lain). Apa gunanya berhasad dengki terhadap gerai-gerai yang menjual nasi lemak dan teh tarik? Yang perlu kita tanya di sini ialah siapa yang mendapat berjuta-juta projek kerajaan, kontrak dan konsesi? Seorang kontraktor Cina yang mendapat satu konsesi kerajaan mampu mengalahkan semua gerai yang diuruskan oleh peniaga Melayu di sepanjang Lebuhraya PLUS dari Perlis hingga ke Johor. Satu perniagaan orang Cina adalah bersamaan ratusan perniagaan orang Melayu. Mungkin ada pihak yang berkata ‘tunggu.....!’ kerana memikirkan beberapa bank milik Melayu, Renong, Lebuhraya PLUS, Petronas, Pernas, SEDC, GLC dan banyak lagi? Bukankah in perniagaan raksasa orang Melayu? Tidak sekali-kali. Petronas, Pernas dan GLC dan segala bank raksasa itu adalah milik negara dan bererti mereka adalah milik seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat yang membayar cukai. Saya diberitahu 95% mereka adalah orang Cina. Syarikat seperti Renong Plus dan sebagainya adalah milik UMNO. Apabila kita sebut perkataan Melayu, yang kita maksudkan ialah marhaen Melayu. Rakyat marhaen tidak memiliki Petronas, Pernas, Renong dan segala bank itu. Mereka adalah milik kerajaan ataupun/dan Umno. Kekayaan adalah apa yang berada dalam poket anda dan bukan dalam poket orang lain. Perbelanjaan membangunkan Rancangan Malaysia Ke-9 yang berjumlah RM200 billion dan dibentangkan di Parlimen baru-baru ini menunjukkan betapa banyaknya wang yang akan dibelanjakan sehingga 2010. Tender untuk kira-kira 10% jumlah wang itu membabitkan 378 projek infrastruktur akan dimulakan bulan hadapan. Ya, pada bulan Mei, ramai yang akan memasang lukah di pergentingan. Sudah tentu segala tumpuan akan dilaksanakan terhadap siapa yang akan meraih kontrak itu semuanya. Akan tetapi itulah yang akan kita nampak, ataupun kalau kita ubah sikit soalan itu itulah yang kerajaan mahu kita nampak nanti. Masih banyak wang yang akan dibalun tetapi tidak tersenarai dalam dokumen RMK9 itu. Inilah yang dapat dilencongkan daripada penelitian Parlimen. Semua itu sengaja diagih-agihkan secara senyap dan rahsia kepada sahabat handai, taulan dan ahli keluarga pihak yang mencengkam kuasa. Di sini wang yang terlibat adalah dalam lingkungan ratusan billon ringgit. Tidak ada Jawatankuasa ataupun Lembaga Pengarah yang akan meluluskannya. Parlimen pun tidak punya peluang melihatnya. Hanya seorang insan yang menurunkan tandatangannya dan perkara itu pun dilaksanakan. Tidak perlu tender terbuka ataupun persaingan harga. Harganya dipersetujui secara rahsia antara ketua kerajaan negeri dan pewaris kekayaan tadi. Apakah yang kita cakapkan ini? Kita sedang cakapkan kisah pembalakan dan konsesi balak yang berkali ganda besarnya daripada Kepulauan Singapura yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia. Cuba perhatikan perkara berikut ini: 1) Sepanjang 1980-an, pembalakan bebas di Sabah dan Sarawak menjadikan Malaysia menandingi Indonesia sebagai pengeluar balak tropika yang paling besar di dunia. 2) Sepanjang dua dekad yang lalu, sejak 1980 dan oleh sebab pembalakan yang bebas di hutan rimba Malaysia, pengurusan hasil hutan secara berperingkat-peringkat telah diketepikan. 3) Hutan rimba Semenanjung Malaysia sudah tidak wujud lagi dan yang ada hanyalah kawasan hutan “sudah kerja” yang merupakan segelintir tanah kawasan hutan rimba tropika sahaja. 4) Malaysia ialah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia ini. Ribuan ekar tanah hutan rimba telah ditebang untuk memberi laluan kepada ladang pertanian. 5) Malaysia ialah pengeluar balak tropika terbesar di dunia ini bersamaan dengan 70% bekalan balak dunia. 6) Untuk sembilan tahun daripada 1979 - 1988, purata pengeksportan balak Sabah ialah sekitar sembilan juta meter persegi setahun dan membawa lebih RM15 billon. 7) Selama lima tahun daripada 1988 – 1993, pendapatan eksport naik bertambah sehingga RM12.5 billion. 8) Pada September 1997, Kerajaan Ngeri Sabah telah meluluskan tambahan konsesi balak sebanyak 4.2 juta ekar (asal 1.7 juta ekar).untuk syarikat pembalakan pada kadar RM50 dan ini adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran. 9) Balak yang mempunyai harga pasaran sebanyak RM300 per meter persegi, telah diberikan kepada syarikat balak dengan kadar RM50 sahaja.
Berapakah nilai semua itu? Mengikut mereka yang mahir dalam industri tersebut nilai sebenar adalah sekitar RM100 billion, yakni separuh perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-9. Siapakah malaun yang menikmati daripada RM100 billion itu? Kita akan dedahkan nama mereka dalam episod seterusnya dalam laporan khas ini. Tungguuuu!! Akan bersambung... - MalaysiaToday Terjemahan MT-SPAR - 12.04.2006
|
|
|
| |
| Bila tersepit Khir salahkan PBTnya |
| 04.07.06 (12:06 pm) [edit] |
Kisah ini bermula apabila para penduduk di Petaling Jaya menghadiri satu sesi taklimat berkenaan cadangan MPPJ untuk meminda sebahagian dari Deraf Pelan Struktur Tempatan MPPJ (RTPJ1) di Dewan Sivik Petaling Jaya baru-baru ini. Majlis taklimat ini diadakan bagi mematuhi Seksyen 12A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang mensyaratkan pihak PBT mengadakan perundingan dengan penduduk tempatan sebelum melaksanakan sebarang perubahan ke atas Pelan Struktur di kawasan PBT. Majlis taklimat itu diketuai Yang DiPertua MPPJ dan para pegawainya serta ADUN-ADUN BN bagi kawasan tersebut. Taklimat awal telah diberikan sendiri oleh Pengarah Perancangan Bandar MPPJ. Salah satu cadangan yang dikemukakan oleh MPPJ adalah: Bahawa Lot 11 di Seksyen 52, Mukim Bandar Petaling (yang terletak berhampiran padang letak kereta hentian Putera LRT Taman Jaya) diubah statusnya daripada tempat letak kereta ke status komersial.
Cadangan ini telah mencetuskan keributan di kalangan para penduduk tempatan yang hadir oleh kerana terdapat sesuatu yang mencurigakan terhadap cadangan ini. Menurut seorang penasihat undang-undang kepada Persatuan Penduduk yang hadir, MPPJ kononnya mahu berunding tetapi sebenarnya telah pun membuat keputusan. Lalu didedahkan bahawa MB Selangor sendiri telah hadir merasmikan projek bangunan PJ Exchange ataupun PJX iaitu satu projek bangunan komersial yang akan dibina oleh SBC Corporation. Projek yang dirasmikan itu didirikan di Lot 11 berkenaan. Bermakna MPPJ tidak menurut peraturan undang-undang yang ada, melancarkan projek sebelum pun perundingan diadakan dengan penduduk tempatan! Dan yang hadir merasmikan projek HARAM itu adalah Ketua Eksekutif Negeri Selangor sendiri iaitu Khir Toyo selaku MB! Lalu tercetuslah ketegangan sehingga seorang penduduk bangun memekik: YOU are really pulling a fraud on all of us Anda semua cuba menipu kami yang hadir.
Bagaimana kejadian ini boleh berlaku? PBT cuba menipu dan membohongi para penduduk tempatan, proses undang-undang kononnya mahu dituruti sedangkan sebenarnya projek telah pun berjalan dan dilancar pula oleh MB sendiri.
Menurut para penduduk banting berkenaan pelancaran PJX itu telahpun dinaikkan di merata Petaling Jaya siap dengan logo kerajaan negeri. Lalu apa kata Khir di atas penipuan ini: Saya tidak dimaklumkan yang bangunan ini masih menunggu kelulusan. Saya sedih kerana hanya dimaklumkan statusnya hanya melalui pangilan telefon pada jam 6 petang. Biasalah saya merasmikan projek-projek yang masih dalam peringkat cadangan, namun ini tidak bermakna ianya cap mohor bagi mengelakkan melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Pelancaran ini sebenarnya GIMIK sahaja (menurut kamus GIMMICK bermaksud AKSI PUBLISITI)
Demikianlah keadaan PBT di Selangor serta gelagat dan perangai Menteri Besarnya. Ini Negeri Maju, negeri lain tak tahulah macam-mana. Dalam hal ini imej Khir Toyo jelas telah tercalar dan sebagai ahli politik yang licik beliau menyedari keadaannya lalu terus melompat mencari mangsa untuk dipersalahkan. MB tak cuai dan tak silap, yang cuai dan silap MPPJ, tutup kes. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 06.04.2006
|
|
|
| |
| Siapakah Pewaris Sebenar RM200 Billion? |
| 04.07.06 (12:03 pm) [edit] |
Parlimen Malaysia sedang mendebatkan Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri pada minggu lalu. Di akhir pembentangan itu Abdullah Ahmad Badawi menjadi sebak dan hampir menitiskan air mata. Sejumlah RM200 billion akan dibelanjakan untuk membangunkan negara itu sepanjang lima tahun daripada 2006 kepada 2010. Apa yang tidak disebut ketika itu ialah sejumlah tiga kali ganda peruntukan ini akan dibelanjakan untuk mengurus negara. Di mana kita akan mencekau wang sebanyak itu sedangkan Petronas hanya menyumbang RM150 dalam bentuk cukai sepanjang masa itu? Kesedaran ini mungkin yang menyebabkan Paklah menjadi sebak Cuba kita tinjau apa yang mereka rencanakan untuk Malaysia Timur, dua buah negeri yang menyumbang 50% daripada sejumlah pendapatan tahunan Petronas yang berjumlah RM59 billion. Dua buah negeri ini telah diberikan peruntukan yang paling kecil dalam bajet negara sedangkan kadar penduduk bertaraf miskin tegar di sana adalah yang paling tinggi. RM1.148 billion akan dibelanjakan untuk menaik taraf jalan kampung dan luar bandar di Sarawak dan Sabah. Sarawak diperuntukkan RM702 juta dan Sabah menerima RM446 juta. Di samping itu tambahan RM396 juta diperuntukkan kepada Sarawak dan RM340 juta di Sabah untuk pembaikan bekalan air. Di Sabah, FELDA akan menangani masalah kemiskinan tegar melibatkan 2,000 buah rumah. Sebanyak RM150 juta diperuntukkan kepada FELCRA untuk pembangunan pertanian di Sarawak. Kerajaan juga sedang berusaha memberikan pekerjaan dan aktiviti yang memberi sumber pendapatan untuk mengecutkan kadar kemiskinan tegar itu di kalangan masyarakat peribumi dan masyarakat Bumiputera – Orang Sungai, Rungus, Bisaya, dan Sulu, Penan dan Lun Bawang di Sarawak. Di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, sejumlah RM189 juta akan diperuntukkan kepada Sabah dan RM139 juta kepada Sarawak untuk menangani kadar kemiskinan tegar di kalangan peribumi dan masyarakat Bumiputera. Pembangunan tanah adat dan tanah pesaka di Sabah dan Sarawak akan di laksanakan untuk faedah masyarakat Bumiputera melalui pembangunan projek komersial dan projek yang sesuai. Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan seperti ini. Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, mengalu-alukan peruntukan RM480 juta untuk projek Loji Pemulihan Air Sandakan (Fasa Dua) mengikut laporan Daily Express pada 2 April, 2006. Tan berkata Abdullah telah menyebut Projek Fasa 2 itu antara beberapa projek infrastruktur di negeri itu. Menteri itu juga menyebut akan berita peruntukan RM786 juta untuk membaik-pulih jalan luar bandar dan bekalan Air di Sabah.. Bukankah menarik perkara ini? Apakah masyarakat peribumi dan Bumiputera di Malaysia Timur akan melihat peruntukan ini sebagai durian runtuh?? Sesungguhnya mereka tidak akan mendapat apa-apa. Yang menikmati durian runtuh itu nanti adalah tauke-tauke dan taikun yang akan melahap sebahagian besar peruntukan itu. Taikun yang kaya-raya sudah pun diberikan kontrak gergasi dan menunggukan wang di bawah RMK-9 untuk tiba. Apabila yang kaya semakin kaya-raya, yang miskin akan menjadi semakin papa-kedana. Siapakah nanti yang diberikan kontrak penswastaan bekalan air Sandakan? Siapa pula yang akan diberikan kontrak menyelia jalan negeri bernilai RM600 juta untuk 15 tahun lamanya? Siapa yang akan diberikan kontrak menyelia jalan Persekutuan yang bernilai beratus juta bagi seluruh Sabah? Siapa pula yang telah diberikan kontrak jalan Pantai ke Maligan di Sipitang untuk tiga tahun yang bernilai RM18 juta itu? Siapa pula yang diberikan kontrak Kota Kinabalu International Airport yang bernilai antara RM800 juta hingga Rm1 billion itu? Siapa pula yang telah diberikan kontrak untuk membina lebuhraya Donggongan ke Kimanis? Berikut adalah syarikat yang telah diberikan kontrak bagi kerja-kerja di atas: LINTASAN RESOURCES SDN BHD Alamat Berdaftar : Lot 1, Block A, Ground Floor, Wisma TP, Mile 1 ½, Tuaran Road, Tuaran, Sabah. Tarikh ditubuhkan: 10 December 2001 Jenis perniagaan : Kontrak sivil dan struktur dan pembekalan bahan Modal Dibenarkan: : RM5,000,000 Modal Berbayar: : RM1,000,000 Pengarah: 1) Md Afendi Bin Hamdan 2) Lim Pau Chang Pemegang Saham: 1) Sasa Teguh Resources (M) Sdn Bhd (550,000 saham) 2) Lintasan Korporat Sdn Bhd (450,000 saham) Akaun (Terakhir pada 31 Dec 2003): Aset Tetap: 3,853,544 Aset Semasa: 2,347,072 Jumlah Aset: 3,554,672 Tanggungan Semasa : 2,645,944 Tanggungan Jangka Panjang : 2,264,853 Turnover: 8,840,745 Untung Sebelum Cukai : 376,170 Untung Selepas Cukai : 296,170 Keuntungan Terkumpul: 289,819 CITY BEST CORPORATION SDN BHD Alamat Berdaftar: 1st Floor, Lot 2, Block 10, Bandar Indah, Mile 4, North Road, Sandakan, Sabah. Tarikh ditubuhkan : 3 January 1991 Jenis Perniagaan: Construction (Syarikat proksi untuk ‘Chu Bothers’, Lawrence Chu Jan Taw and Terence Chu Sheng Tau). Modal Dibenarkan : 1,000,000 Modal Berbayar : 760,000 Pengarah: 1) Frederick Venentinus; 2) Mastika @ Mai Saidatul Pemegang Saham1) Frederick Venentinus (418,000 saham); 2) Mastika @ Mai Saidatul (342,000 saham) Akaun (Terakhir 31 Dec 1997): Aset Tetap: 0 Aset Semasa: 82,298 Jumlah Aset : 30,000 Tanggungan Semasa: 60,325 Jumlah liabilities: 60,325 Turnover: 0 Untung Sebelum Cukai : 0 Untung Selepas : 0 Keuntungan terkumpul: 0 JATRAYISAN CORPORATION SDN BHD Alamat Berdaftar: 3E, Lorong Buah Belimbing 1, Off Jalan Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah Tarikh Diwujudkan : 8 April 2000 Jenis Perniagaan: Pembinaan Modal Dibenarkan: 1,000,000 Modal Berbayar : 760,000 Pengarah: 1) Chu Jen @ Patrick 2) Noor Jainah Binti Matrin Pemegang Saham: 1) Chu Jen @ Patrick (15,200 shares) 2) Noor Jainah Binti Matrin (744,800 shares) Akaun: (Tidak ada maklumat yang pernah dikemukakan hingga kini) KENATEX SDN BHD Alamat Berdaftar: Wisma Kenatex, Mile 5 ½, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Tarikh Penubuhan : 3 April 1989 Jenis Perniagaan : Pembinaan Modal Dibenarkan : 1,000,000 Modal Berbayar: 750,000 Pengarah: 1) Murni Bin Teppo 2) Chu Kok Keng 3) Katian Binti Pedin Pemegang Saham: 1) Katian Binti Pedin (481,600 shares) 2) Surayah Binti Delim (244,000 shares) 3) Murni Bin Teppo (24,400 shares) Akaun (Terakhir pada 31 Dec 2003): Aset Tetap: 706,427 Aset Semasa : 4,899,813 Jumlah Aset : (-1,530,958) Tanggungan Semasa : 7,137,198 Jumlah Tanggungan : 7,239,772 Turnover: 3,242,470 Kerugian Sebelum Cukai : 46,412 Kerugian Selepas Cukai : 37,877 Kerugian Terkumpul : 2,383,532 Komen pembaca: Don'tPlayGod berkata… UMNO bukannya berminat apakah bumiputera sebenar di Sabah dan Sarawak mendapat faedah. Mereka hanya mahu menentukan agar bumiputera di pihak pemerintah mendapat durian runtuh daripada UNO. Seperti biasa lintah darat dari Sabah dan Sarawak tidak akan ambil peduli apakah kebajikan bagi pihak rakyat marhaen. Mereka akan menjadi terlalu sibuk membalun duit. Ini memang baik untuk UMNO tetapi tidak berguna langsung untuk bumiputera lain. Saya memang naik mual bila Badawi mengulang kata-katanya yang dia mahu ketelusan dan akauntabiliti. Memang dia tidak berguna!!!. mentos berkata… Di sini kamu menyibuk dengan senarai taikun kaya-raya di Sabah dan Sarawak dan lengkap dengan nama mereka. Biarkan saya tanya kamu soalan ini: Siapa yang untung di Malaysia Barat? Kenapa tidak senaraikan nama mereka dan kira berapa ramai Melayu yang mendapat faedahnya daripada RMK-9 dan berapa yang benar-benar mendapat faedahnya?. Mungkin juga kontrak itu diberikan kepada Cina kaya-raya Malaysia Timur kerana pengalaman mereka. Tetapi di bahagian lain Malaysia, kontrak diberikan kepada orang Melayu kerana mereka kenal orang yang tertentu sahaja. Sekarang baru anda tahu perasaan orang Cina yang memberi setiap hari tanpa menerima apa-apa. bumi-non-malay berkata... UMNO rasis, Umno kroni, UMNO terroris, UMNO lintah darat dan perogol UMNO .... sudah menikmati segala itu selama 50 tahun dan KINI mahukan 50 tahun lagi....inilah yang menjadikan rasis UMNO tetap unggul dan pihak yang menentangnya lemah, dan dapat dicekik daripada menikmati kuasa .....DADAH KUASA!!....Wang adalah segala-galanya, kepada rasis UMNO, mereka boleh beli sesiapa sahaja. Kita boleh mencekik UMO pada 2007 nanti.....hutang negara sudah mencapai 500 billion ringgit, bila sampai setengah trillion ringgit Indeks KLSE akan turun hingga tahap bawah 200 sahaja. Dengan ini nanti akan berakhirlah riwayat UMNO. - MalaysiaToday Terjemahan MT-SPAR - 07.05.2006
|
|
|
| |
| KISAH HENDAK TUMBANGKAN KERAJAAN PAS KELANTAN DENGAN CARA BELI ADUN (Bahagian Ketiga/Akhir) |
| 04.06.06 (11:31 am) [edit] |
Lokasi : Di rumah Tengku Razaleigh Hamzah, di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan. Masa: Sekitar 4.00 petang, selepas selesai upacara pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan. Tarikh: 30 Mac 2006. Perkara: Perihal perebutan menjadi Menteri Besar. Pelakon: Mustapa Mohamad dan Annuar Musa. Pencerita: Tengku Razaleigh Hamzah. Ceritanya: Kononnya selepas Umno merasakan mereka berjaya mempengaruhi dan membeli Adun Pas, maka persiapan untuk menubuh kerajaan negeri pun dibuat. Kepercayaan Umno bahawa mereka berjaya menubuhkan kerajaan sekalingus menggulingkan Nik Aziz secara hidup-hidup, apabila mereka merasakan sudah ada Adun Pas yang bersedia menggadaikan prinsip – menyertai Umno. Satu-satu kepercayaan mereka ialah, apabila Omar Mohamad telah masuk ke istana pada suatu malam dan menghadap Sultan. Walaupun orang tidak tahu apa yang berlaku ke atas bekas Exco Pertanian itu sebenarnya, namun apabila Omar memasuki istana, ia menjadi petanda sahih bagi Umno bahawa Adun Pas itu akan menyertai Umno. Kerana kebetulan semasa itu di antara Adun yang sedang dipikat Umno ialah Omar. Pemergian Omar itu, pada mulanya sangat menggembira orang-orang Umno kerana apa yang digembar-gembur sebelum ini sudah menjadi kenyataan. Setengahnya sudah pun membotakkan kepala sebagai tanda kesyukuran (?) di atas apa yang bakal berlaku. Dan lebih jauh daripada itu, sudah ada kroni puak-puak tertentu membayangkan kabinet kerajaan Kelantan yang baru. Aduh! Orang paling gembira dan seronok beruk ialah Annuar Musa dan juga Mustapa Mohamad. Bagi Annuar impian untuk menjadi MB sudah terbayang di hadapan mata. Begitu juga dengan Mustapa Mohamad, angan-angannya untuk jadi MB sudah menerawang ke dalam matanya. Betapa tidak, apabila Omar berpihak kepada Umno, maka Sultan akan memanggil mereka (Annuar dan Mustapa), kerana kedua-duanya berperasaan merekalah paling layak untuk menjadi MB Kelantan. Memang pun di Kelantan pada masa ini kedua-dua merekalah yang layak (masam kepala sikit) untuk menjadi pemimpin. Tetapi malangnya, kedua-dua ini juga ada penyakit yang sukar untuk diubati dan sudah diketahui oleh sekalian rakyat. Mustapa merasakan dia lebih layak, sebab dia sudah disebut awal-awal akan jadi MB sekiranya BN menang pada pilihan raya umum lalu. Nasibnya menjadi malang apabila BN/Umno tidak cukup kerusi. Sementara Annuar pula merasakan dia lebih layak kerana dia kini yang diamanahkan oleh mertua Khairy untuk menjadi Pengerusi Umno Kelantan. Perlantikan itu ditafsirkan oleh Annuar, beliaulah tokoh paling dipercayai. Dengan kedudukan itu Annuar merasakan dia yang paling kanan, dan paling layak. Annuar sudah mula menjual tapai, apabila Mustapa disingkir selaku Pengerusi Umno, di mana ia ditafsirkan oleh Annuar dan pengikutnya kononnya Presiden Umno yang juga Perdana Menteri tidak mahu kepada Mustapa. Di pihak Mustapa pula, tetap merasakan dirinya yang akan dilantik menjadi MB. Mustapa menjadikan soal hubungan Annuar dengan istana yang masih belum sempurna menjadi penyebab, kenapa Annuar tidak akan dilantik menjadi MB. Kumpulan Mustapa mengira, macam mana orang yang tidak disenangi Tuanku, atau pernah cuba menabalkan orang lain sebagai Sultan boleh diterima menjadi MB – penasihat Sultan. Berdasarkan fakta itu Mustapa merasakan dia lebih layak. Jadi keduanya berangan-angan akan menjadi MB bulan ini (April). Dan kedua-dua penyokong masing-masing mempertahankan tokoh masing-masing saling buruk memburuk di antara satu sama lain. Lantaran kedua-dua puak juga telah mula memasang angan-angan malahan sudah pun ada bayangan kabinet Kelantan baru yang dibuat oleh kedua pihak. Di kedua pihaknya khabarnya mahu melantik Ramzil Abdul Rahman (Setiausaha Umno) sebagai Timbalan Menteri Besar (TMB). Annuar Musa khabarnya telah memberi tahu Ramzi tentang agendanya itu. Pun begitu juga Mustapa. Kenapa Ramzi menjadi tokoh popular sebagai MB, walaupun dari segi kelayakan tidak seberapa kerana beliau hanya berkelulusan SPM Pangkat 3, tetapi kerana hubungan dengan Abdullah Badawi al-Hadhari menyebabkan beliau diistimewakan. Baik Annaur maupun Mustapa tujuan mereka mengambil Razmi ialah untuk merapatkan hubungan dengan Abdullah. Ramzi dikenali sejak dulu lagi sebagai tukang pembawa mangga (pauh) kepada Abdullah dan Endon. Setiap kali tiba musim pauh, Ramzilah yang akan memikul tong pauh ke rumah Abdullah di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Orang bermadah perlantikan Ramzi sebagai Setiausaha Politik Abdullah dulu ialah sebagai upah kerana membawakannya pauh Siam. Bagaimana pun walhasil balik asal, angan-angan mereka semuanya terlerai dan musnah apabila mendapat tahu pemergian Omar ke istana itu bukan untuk megumumkan dia masuk Umno. Tidak ada apa-apa reaksi daripada pihak Istana dengan pemergian Omar itu. Ini bermakna Omar tidak jadi menyertai Umno, (kerana pemergiannya diperangkap) dan kerajaan Nik Abdul Aziz tidak jatuh. Apabila ini terbongkar menurut sang pencerita, maka kedua manusia yang berambisi untuk menjadi MB pula saling tunding menuding di antara satu sama lain. Annuar Musa dikatakan telah menyalahkan Mustapa Mohamad kerana membawa Omar Mohamad terlalu awal ke istana. Annuar menuduh kerana Mustapa ingin menunjukkan yang dia berjasa (membawa Adun Pas menyertai Umno), padahal keputusan mengenai pendirian Omar itu masih belum muktamad dan diperingkat rundingan. Annuar menuduh Mustapa kerana kebetulan semasa Omar pergi ke istana Mustapa bersama Radzi Sheikh Ahmad ada di istana. Bagaimana pun, berlainan pula tanggapan dan tuduhan di pihak Mustapa. Menurut sang mencerita lagi, Mustapa menyalahkan kegagalan untuk membawa masuk Adun Pas itu kerana Annuar Musa. Mustapa menuduh Annuar tergogah-gapah menarik Omar, sedangkan Mustapa semasa di istana itu bukan pun membincang soal kemasukan mana-mana Adun Pas. Menurut pencerita lagi, Mustapa marah kepada Annuar Musa kerana pandai-pandai mengarahkan Azizuddin Hussein (anak saudara Omar) membawa Omnar ke istana. Ekoran kegagalan itu maka berlakulah tuduh menuduh di antara satu sama lain. Menurut sang pencerita lagi, apa yang dialami oleh Mustapa dan Annuar Musa tidak ubah seperti seperti sang Lebai Malang. Mereka berdua bergaduh di antara satu sama lain, sedangkan apa yang diharapkan berlaku tidak pun berlaku. Kata sang penutur itu lagi, cerita merebut MB Kelantan ini sungguh melucukan. Ini adalah kali pertama perebutan berlaku dalam versi khayalan begitu! Beliau tidak percaya kalau ada lagi cerita-cerita ala Abu Nawas di zaman serba canggih dan minyak naik ini. “Sepatutnya cerita seperti ini sudah tidak berlaku lagi, cerita Annuar dan Mustapa ini saling tidak ubah seperti cerita Pak Pandir,” kata sang penutur terus tergelak diikuti oleh beberapa yang hadir. – Reformasi. Tun Paduka Tuan - 06.04.2006
|
|
|
| |
| Notis bankrap EXCO Selangor menimbulkan pelbagai tandatanya |
| 04.06.06 (11:29 am) [edit] |
Akhbar UTUSAN hari ini mendedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor yang juga ADUN Sementa, Rahman Palil dikenakan notis bankrap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. Anggota EXCO itu dikenakan notis bankrap setelah didapati ingkar membayar RM311,295.35 yang dituntut oleh bekas pengarah syarikat Agmal Development Sdn. Bhd. (Agmal), Zarinah Abu Bakar.
Apa kaitan beliau dengan Zarinah? Pada tahun 1994, Rahman telah menghantar dua wakilnya termasuk seorang pegawai Pejabat Tanah Daerah Petaling bagi berbincang menggunakan syarikat Zarinah dalam satu permohonan mendapatkan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor. Hasil perbincangan, Zarinah mendakwa, beliau, Rahman dan dua wakilnya itu bersetuju dengan empat syarat antaranya ialah Zarinah akan memberikan 60 peratus saham syarikat itu kepada Rahman, 20 peratus kepada wakilnya dan 10 peratus kepada isteri pegawai jabatan tersebut. Zarinah akan mendapat saham sebanyak 10 peratus daripada nilai tanah yang diperoleh. Zarinah mendakwa, pejabat tanah tersebut kemudian telah meluluskan permohonan itu dan mengurniakan sebidang tanah seluas 11.3 hektar di Sungai Buloh yang bernilai RM9,147,600 pada waktu itu. Lalu apa yang terjadi? Bila telah selesai kononnya bagi tujuan mengelakkan cukai Rahman membuat keputusan untuk menjual semua saham syarikat Agmal kepada syarikat Aras Bumi Sdn. Bhd. dengan harga RM2 juta pada Oktober 1995. Zarinah mendakwa beliau hanya menerima sebahagian sahaja dari bahagiannya dari perolehan jualan itu dan sehingga kini Rahman masih berhutang RM311,295.53 kepadanya. Ada yang memusykilkan? Pertama permohonan Agmal mendapatkan tanah dari kerajaan Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Petaling dikatakan dibuat pada tahun 1994. Rahman ketika itu dikatakan memiliki 60 peratus kepentingan dalam Agmal. Harus diingat Rahman pada tahun 1994 sudah pun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kawasan Sementa, bermakna walaupun memohon melalui nama Agmal namun Rahman selaku ADUN adalah pihak berkedudukan. Kedua mengapa perlu guna Agmal? Mengapa Rahman tidak menggunakan syarikatnya sendiri? Pasti ada sesuatu yang mahu disembunyikan. Mungkinkah ada usaha untuk menyembunyikan kehadiran Rahman lalu satu decoy terpaksa digunakan? Ketiga disebutkan 10 peratus dari saham baru Agmal dipegang oleh ISTERI PEGAWAI JABATAN TERSEBUT iaitu isteri kepada pegawai dari Pejabat Tanah Daerah Petaling, siapakah pegawai itu? Tidakkah ini menunjukkan kepada satu konspirasi jahat, ADUN dan Pegawai dari Pejabat Tanah bersekongkol untuk membaham tanah kerajaan! Apa pun saya kira tolak ketepi isu bankrap ini (yang saya pasti Wak Rahman boleh selesaikan dalam sekelip mata), pihak Badan Pencegah Rasuah BPR perlu bergerak dan menyiasat hal ini. Kalau perlukan laporan maka penduduk di Kapar perlu segera membuat laporan. MB Selangor, Khir Toyo berdegar-degar bersyarah berkenaan ketelusan dan good governance, kali ini anak buahnya sendiri, EXCO Agama pula tu, yang salah guna kuasa dan kedudukan untuk songlap tanah. Ini merupakan satu perbuatan yang amat mengaib dan memalukan negeri ini. Maka MB perlu bertindak segera, jangan sekadar petah berkata-kata sahaja, rakyat jelata nak mohon tanah sekangkang kera pun berpuluh tahun belum tentu permohonan diluluskan, tiba-tiba ADUN Umno, tanpa banyak kira-bicara dengan senang dapat memperolehi tanah bernilai jutaan ringgit. Apa dah jadi ni Khir? Apa jadi Insan Rabbani yang mahu dilahirkan Negeri Selangor Maju 2005 pimpinan anda? Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Saksikan WTV8 di http://wtv8.tv" title="http://wtv8.tv" target="_blank"http://wtv8.tv Saluran Alternatif Anda Oleh Roslan sms - 06.04.2006
|
|
|
| |
| Konspirasi Saudagar Bank Yahudi |
| 04.05.06 (12:26 pm) [edit] |
Memahami Anti-Semitik Hanya dengan menyebut “Konspirasi Saudagar Bank Yahudi” anda akan menjadi popular sebagaimana seekor ‘skunk’ dalam sebuah parti di taman. Orang yang canggih serta boleh bertolak ansur akan menguis ke tepi konsep ini sebagai cerita lama sekadar untuk menimbulkan kebencian serta membosankan. Mereka percaya manusia “anti-semitik&rdquo ; wajar difitnah, dihantar ke penjara dan hilang hidup mereka. Namun apakah sekiranya benar-benar terdapat “Konspirasi Saudagar Bank Yahudi”? tentu sahaja gerombolan yang canggih tadi akan terasa malu seperti ada kote di dahi, mungkin tak? Mereka akan didedahkan sebagai rubes, mangsa kepada penipuan stereotaip Yahudi oleh media massa yang kebetulannya dimiliki oleh para saudagar bank yang sama. The "Jewish Banker Conspiracy" bukanlah cerita dongeng. Ianya adalah plan bank pusat yang dikuasai Rothschild untuk mewujudkan sistem totalitarian bagi melindungi monopoli haram peribadi ke atas hutang-piutang di seluruh dunia. Mereka mencetak matawang kerajaan atas harga kepingan kertas tanpa sandaran emas (kos cetakan sejuta dollar hanyalah $20,000- Penterjemah) dan kemudiannya meminjamkan kepada kerajaan dengan bunga faedah yang lumayan. Dalam kata-kata mentor Bill Clinton, Professor Carol Quigley dari Universiti Georgetown, yang merupakan orang dalam, perancangannya ialah “bukan sekadar mewujudkan sistem dunia… mampu untuk mendominasi system politik setiap Negara.” Mereka merancang untuk menguasai keseluruhan sistem dalam “gelagat feudal oleh bank-bank pusat dunia yang bekerja selari (dan) oleh perjanjian sulit yang tiba di dalam pelbagai mesyuarat serta konferens yang kerap diadakan.” (Tragedy and Hope, p. 324) Anggota keluarga bank pusat dan sekutunya menggunakan kelebihan yang tidak adil untuk mengaut monopoli atas kekayaan dunia serta mencekik budaya dan politik. Untuk membuatkan kita menerima “Order Baru Dunia” mereka, (juga dikenali sebagai globalisasi) mereka perlu memecah-belahkan serta menghenyak kemanusiaan dengan memusnahkan empat tiang utama identiti peribadi dan ikatan sosial yakni Negara, bangsa, agama serta keluarga. Mereka menaja fahaman Komunisme, Zionisme, Sosialisme, Neo Konservatif, Liberalisme, Feminisme, Multibudaya serta “Kepelbagaian&rdquo ; untuk mencapai maksud jahat itu. (Sosialisme menggantikan kerajaan untuk keluarga). Mereka menaja keganasan (termasuk 9-11), revolusi, peperangan dan kemelesetan ekonomi dan mungkin merancang satu lagi peperangan dunia. Anti-semitik diperjuangkan kerana idealist Yahudi, opportunis serta dupes memainkan peranan utama dalam gerakan di atas terutamanya Komunisme. Apabila Order Baru Dunia menjadi lebih tunggal, fahaman anti-semitik tanpa dapat dielak akan meningkat. Yahudi perlu menangani hal ini dari berlakon mengatakan “kelompok anti-semitik” mereka-reka cerita. Sebaliknya “anti-semitik&rdquo ; perlu menghentikan menyamakan semua Yahudi. Yahudi bukanlah jenis yang terikut-ikut dan terikat. Bangsa Yahudi lari meninggalkan pertubuhan Yahudi secara gerombolan. Menurut kajiselidik 2001, 25% dari keseluruhan 5 juta Yahudi Amerika telah menganut agama lain. Suku lagi adalah “sekular” dengan meninggalkan hanya 51% yang mengaku masih menganut dan mengamalkan agama Yahudi. Satu setengah dari kesemua Yahudi berkahwin campur manakala tiga suku darinya membesarkan anak-anak dalam agama lain. Majoriti bangsa Yahudi mungkin akan menentang agenda saudagar bank sekiranya mereka memahami tentangnya. Hati saya pilu untuk mendengar Texe Marrs berkata baru-baru ini hanya 5% bangsa Yahudi yang sedar tentang gambaran besar ini. sedangkan 95% lagi akan menderita sekiranya mereka berterusan tidak ambil pusing akan apa yang terjadi. Gambaran Besar Ramai kalangan “anti-semitik&rdquo ; seperti Texe Marrs dan Des Griffin percaya yang Pharisee Yahudi telah menerima tawaran dari Syaitan yang telah ditolak Nabi Isa: “Saya akan memberi kamu Kekuasaan Dunia (yakni Wang, Kuasa) sekiranya kamu patuh dan tunduk kepada ku”. Mereka percaya kitab Talmud Judaisme ditujukan untuk menabalkan Lucifer (Syaitan) dan sentiasa merancang untuk memusnahkan Kristian. Sambutan Krismas baru-baru ini adalah bukti yang mereka tidak lagi berkhayal. Saya baru memulakan kajian ini dan jangan disalah anggap sebagai seorang pakar. Hipotesis saya sekarang ialah dengan penabalan Syaitan/Lucifer membawa maksud menabalkan makhluk dalam berperanan sebagai Tuhan. Ini yang dipanggil Illuminisme. (Lantas, keriangan) Tuhan telah ditolak. Tuhan mewakili perkembangan semula jadi kemanusiaan melalui pautan kepada nilai kerohanian seperti moral, keadilan dan kebenaran. Satu elemen kuat Judaisme Talmud menghadkan tafsiran “manusia” kepada bangsa Yahudi sahaja (yang lain dipanggil Goyem atau binatang- Penterjemah). Lantas, perjalanan sejarah manusia boleh dilihat sebagai gantian Tuhan dengan manusia dan “manusia” kepada Yahudi (atau manusia menjadi Yahudi). Apa sahaja yang kita panggil “moden” merujuk kepada sekatan akan Tuhan dari alam semesta dan cubaan memenuhi kekosongan itu dengan sebutan manusia/Yahudi/anggota Illuminati. Itulah alasannya kenapa budaya moden satu penipuan. Israel Shamir telah mengatakan yang Holokaus Yahudi sedang digunakan untuk mendewakan Yahudi. Holokaus telah menggantikan lambang salib sebagai simbol suci pengorbanan-Tuhan. Muzium Holokaus sebenarnya adalah kuil sembahan. Penganut Yahudi yang mengalu-alukan senario ini mungkin akan menerima padah kemudian nanti. Tafsiran akan makna Yahudi sungguh kabur. Sebagaimana yang saya katakan di mana-mana jua, bank-bank pusat telah membentuk pakatan berdasarkan kepada wang, perkahwinan serta Kabal Freemason dengan keluarga-keluarga utama di Eropah dan Amerika. Apabila emas kekayaan menjadi Tuhan, mereka yang kaya raya adalah “Manusia Pilihan”. Dongengan ini bersama-sama dengan tradisi Talmud dan Kabal adalah mekanisme sempurna bagi penguasaan kelompok elit Totalitarian. Menurut Israel Shahak, Fahaman Judaisme bersendi kitab Talmud senantiasa menyediakan model bagi masyarakat tertindas yang tertutup. "Zionisme adalah peristiwa untuk rancangan jangka panjang," kata penganut Zionis rakyat Amerika yang tersohor Louis Marshall, penasihat kepada saudagar bank Kuhn Loeb in 1917. "ianya hanyalah tambatan yang selesa di mana dapat disangkutkan senjata yang ampuh.” Dalam kata lain, keseluruhan enterprise Yahudi, Judaisme dan sebagainya, mungkin “senjata ampuh” untuk menabalkan pemerintahan golongan kaya-raya, yang merupakan “bangsa Yahudi” terutamanya melalui kekayaan mereka. Namun bangsa Yahudi kebiasaan akan berselindung di sebalik anti-semitik. Sebagai contohnya, keluarga DiRaja British melihat diri mereka berasal dari House of David. Seorang Mohel Yahudi telah menyunatkan ‘anu’ Putera Charles. Apakah Windsor seorang penganut Yahudi? (Douglas Reed, Somewhere South of Suez, p.356.) Henry Kissinger pernah berkata, "manusia yang telah dihukum selama 2000 tahun semestinya telah melakukan kesalahan yang besar.” Sikap tidak bersimpati beliau mungkin menggambarkan sikap majikannya, saudagar bank Illuminati. Apakah kesalahan yang telah dilakukan Yahudi? Jawapan: kerana mempercayai “pemimpin” mereka. Terjemahan N-SPAR - 05.04.2006
|
|
|
| |
| KISAH HENDAK TUMBANGKAN KERAJAAN PAS KELANTAN DENGAN CARA BELI ADUN |
| 04.03.06 (11:56 am) [edit] |
Usaha Annuar Musa dan Umno hendak membeli Adun Pas bagi merealisasikan impian mereka bagi menubuhkan kerajaan BN dalam masa terdekat mulanya bunyi kelakar. Iyalah, siapa terfikir di zaman ini masih lagi ada aktiviti orang beli orang - Adun. Kalau tahun 60-an dulu memang betul. Sudah berlaku pun di mana wakil rakyat Pas telah dibeli hidup-hidup. Mereka hendak dibayar seperti orang membayar daging babi di lorong Pasar Pinang Kota Bharu. Orang Umno meletakkan nilai Adun Pas begitu murah sekali! Generasi kini tidak banyak yang tahu mengenai kisah jijik dan tragis ini. Peristiwa ini berlaku tahun 1968. Ketika itu Umno berada dalam keadaan desperate untuk memerintah Kelantan. Kedudukan kerusi masa itu 21 Pas – 9 Perikatan/Umno. Jadi jalan mudah ialah dengan ‘membeli’ Adun Pas, tak payah tunggu pilihan raya akan datang. Harapan Umno kalau mereka boleh beli lima orang Adun Pas, mereka akan berjaya menggoncangkan kerajaan Pas – mereka akan jadi 14 sementara Pas pula tinggal 16. Sebenarnya kerja tidak bermoral Umno ini berlaku sejak lama dulu lagi. Ia bukan sehari dua ini. Apa yang diteruskan oleh Annuar Musa dan Umno hari ini, ialah meneruskan kerja ‘begero’ dan biadap bapa-bapa mereka dulu. Usaha mempengaruhi calon Pas itu dilakukan dengan kerjasama polis. Sekali lagi persekokonglan polis dengan Umno bukan sehari dua, tetapi sejak awal merdeka lagi. Polis sudah digunakan sewenang-wenangnya untuk menjadi anjing suruhan kerajaan. Polis bertindak menahan dan mengurung lima orang Adun Pas. Lima orang wakil rakyat Pas itu; Abdullah Yusuf, (Speaker wakil To Uban), Saufi Idris (Kota Bharu Timur kini Tawang), Abdul Rahman Salleh (Pasir Puteh Tenggara kini Semerak), Yusuf Abdul Latit (Tanah Merah Timur, Jeli) dan Omar Muhammad (Tanah Merah Timur). Mereka dikurung di sebuah banglow di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira sebulan. Semasa dikurung ini mereka ini ditorture dalam apa yang dinamakan kejadian turn about. Semasa dikurung mereka juga diugut akan ditekan. Di samping itu mereka ditawarkan ganjaran dan kedudukan di dalam kerajaan sekiranya mereka akur untuk berpaling tadah. Disebabkan tidak tahan dengan ancaman itu, serta ada yang tertarik dengan tawaran lumayan kerajaan Perikatan, akhirnya mereka (bersedia) membuat pengakuan untuk berpaling tadah dan menyokong Umno. Mereka diminta membuat kenyataan di dalam televisyen dan juga akhbar. Selepas pengakuan itu mereka dilepaskan pulang ke Kelantan. Pada masa itu juga Dewan Undangan Negeri akan bersidang. Mereka membuat rancangan pada sidang dewan itu satu undi tidak percaya akan dilakukan ke atas kerajaan Pas. Malang apabila tiba hari persidangan, tiga daripada lima orang Adun Pas itu telah kembali semula kepada Pas. Mereka ialah Abdul Rahman Salleh, Yusuf Abdul Ghani dan Omar Muhammad. Sementara dua lagi Saufi Idris dan Abdulah Yusuf kekal di dalam Umno kerana mereka sudah termakan umpan beracun Umno. [lihat Memoir Politik Asri – Penerbitan Universiti Kebangsaan 1993] Dengan pengembalian itu, usul undi tidak percaya tidak dapat dijalankan. Peristiwa ini sungguh memalukan Umno Kelantan dan juga Umno Kuala Lumpur yang ketika itu di bawah arahan bapa Najib, Tun Razak bin Hussein, yang baru mengambil alih daripada Tunku Abdul Rahman. Jadi berpadukan kepada peristiwa itulah, maka generasi muda Umno di bawah pimpinan Annuar Musa hari ini cuba mengulangi sekali lagi peristiwa busuk itu. Cuma bezanya kali ini mereka mengubah taktik dengan tidak mengunakan polis, sebaliknya dengan memancing langsung dengan ‘wang-wang palsu’ yang bernilai jutaan ringgit. Ternyata usaha Annuar untuk membeli Adun Pas itu sudah tidak berjaya. Sudah dua tahun kerajaan Kelantan penggal ke – 11 berjalan. Walaupun ada dakwaan mengatakan Adun Pas hendak menyertai Umno, tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, ia hanya provokasi dan perang saraf di pihak Umno saja. Sebaliknya satu demi satu Adun Pas yang didekati itu muncul menyatakan pendirian mereka, dan mendedahkan ada broker-broker Umno menghampiri mereka tujuan untuk membeli mereka. Adun Pas yang mula-mula didekati ialah Zakaria Yaacob (Kemuning). Umno mengira dengan kemenangan tipis Cikgu Ya, dan tidak diberikan jawatan penting di dalam kerajaan, Cikgu Ya akan kecewa. Jadi Umno mainkan sentimen itu untuk cuba membeli cikgu Ya hidup-hidup. Mereka mengira di dalam kekecewaan itu mudah untuk membeli Cikgu Ya. Adun kedua yang pernah dihampiri dan ditawarkan ganjaran kewangan ialah Hassan Mahmood. Hassan juga salah seorang Exco Kerajaan Kelantan. Khabarnya broker politik Umno ini pergi sendiri ke rumah Hassan. Bagaimanapun, ditolak oleh Hassan, dan Hassan dikatakan pernah membawa perkara ini ke pengetahuan Badan Pencegahan Rasuah (BPR). Selain Hassan, Adun Limbongan Zainuddin Awang Hamat juga menjadi sasaran Umno. Umno telah menjadikan Zainuddin sebagai sasarannya yang paling ampuh. Beberapa kali broker Umno yang menjadi agen kepada Ramzi Abdul Rahman (Setiausaha Umno Kelantan) telah berjumpa dengan Zaindudin. Mereka menawarkan ganjaran kepada Zainuddin. Dari pengakuan Zainuddin sendiri beliau diminta menyebut berapa banyak yang diingini. Umno mengira Zainuddin mudah dijinak memandangkan hubungan (sebagai kawan) Zainuddin dengan tokoh-tokoh Umno Kelantan. Umno mengambil kesempatan di atas hubungan baik itu, tanpa mengira bahawa bersahabat bukan bermakna bersedia untuk mengikuti ke mana sahabat pergi, tanpa memikirkan apakah perjalanann itu benar atau pun batil! Apa yang digunakan oleh golongan desperado ini di dalam mengecek Zainuddin, ialah Zainuddin perlu meningalkan Pas demi untuk rakyat Kelantan. Kononya, kalau Zainuddin menyertai Umno ia bukan dianggap menderhaka atau pun belot di dalam perjuangan kerana tindakan itu sebagai hendak membantu rakyat Kelantan. Seorang lagi yang didampingi rapat oleh Umno ialah Omar Mohamad, Adun Perupuk. Malahan apa yang berlaku ke atas Omar ini sungguh melucukan dan sekaligus mencemaskan orang Pas. Bekas exco ini dikatakan telah pun dibawa ke istana Kelantan untuk berjumpa Sultan Kelantan. Peristiwa yang berlaku sebelum Hari Keputeraan Sultan Kelantan ini sungugh mencemaskan hati orang Pas. Peristiwa inilah dikaitkan dengan tohmahan bahawa kerajaan Kelantan akan jatuh pada April ini. Gara-gara peristiwa itu inilah Omar Mohamad dikatakan sudah bersedia untuk bersama Umno. Cerita Omar masuk ke istana ini benar, bukan sengaja diheboh-hebohkan Umno. Namun versinya saja berbeza. Suatu malam Omar dijemput oleh anak saudaranya Azizuddin Hussein yang juga wakil rakyat kawasan Mengkebang, di Kuala Krai. Aziz ini anak kepada Kalsum Ahmad, adik kepada Omar Mohammad. Kalsum adalah bekas Adun kawasan itu dan juga pernah menyertai Semangat 46. Seorang ahli keluarga mereka dikatakan sakit dan ingin berjumpa dengan Omar. Aziz pergi menjemput Omar dengan kereta. Di dalam perjalanan hendak ke rumah si sakit, tiba-tiba telefon Aziz berdering, ada panggilan dari istana. Menurut panggilan itu Aziz kena ke istana ketika itu juga. Omar tidak dapat berbuat apa-apa mengikut saja, lagi pun Omar diberi tahu, sultan sudah lama menunggu. Di sinilah berlaku perkara yang melucukan dan menjadi modal politik di Kelantan. Apabila Aziz dan Omar sampai di istana, kelihatan sama berada di situ ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan Mustapa Moahamad. Keadaan ini tentu membingungkan Omar. Detik yang ditunggu-tunggukan itu pun sampai apabila Sultan muncul dan bertanyakan kepada Omar Mohammad, apakah dia benar-benar hendak menyertai Umno? Omar tentulah terpinga-pinga dengan pertanyaan itu. Jawaban yang keluar dari mulut Omar tentulah boleh dibayangkan. Di dalam istana, di hadapan Sultan jawaban mestilah memenuhi kehendak baginda Sultan! Peristiwa ‘pemergian’ Omar ke istana ini sekejap saja telah menjadi buah mulut orang ramai di Kelantan. Ia dieksploitasikan seindah-indah dan seluas-luasnya. Apa lagi keadaan menjadi kelam kabut sehingga tidur orang Pas tidak lena, memikirkan apakah peristiwa itu ada kebenaran atau sebaliknya. Seorang pemimpin kanan Pas ketika itu berada di Kedah, terpaksa meninggalkan majlis kembali Kelantan di malam buta. Sementara di pihak Umno pula telah membuat persediaan selengkapnya untuk menubuhkan kerajan baru di Kelantan sebaik saja selesai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan. [Keluaran akan datang: Annuar Musa dan Mustapa Mohamad bergaduh hendak jadi MB sekiranya Adun Pas menyeberangi ke dalam Umno. Dengar pula versi Tengku Razaleigh Hamzah yang juga menyifatkan peristiwa ini sebagai kelakar!] Bersambug, esok. InsyaAllah. – Reformasi. Tun Paduka Tuan - 02.04.2006
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|