 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Apakah Barisan Nasional Berkhidmat Untuk Rakyat? |
| 03.31.06 (12:15 pm) [edit] |
TELEKOM telah mengenakan satu bayaran untuk perkhidmatan yang saya tidak perlukan. Mereka menganggap saya memerlukannya walaupun kalau ikutkan peraturan saya mesti memohonnya. Semua pelanggan Telekom tentu sudah menerimanya sekali gus memberikan Telekom satu jumlah kewangan yang besar dan yang tidak patut diterimanya. Apa yang tidak boleh diperolehi oleh kerajaan dan syarikatnya daripada para pelanggan, mereka menyamunnya secara berahsia. Apabila saya buat aduan, saya telah diberitahu kesilapan itu dan dibatalkan dari menerima perkhidmatan yang saya tidak minta tetapi perlu membayar bil yang ada sehingga dibatalkan perkhidmatan itu. Tetapi ini bukan sahaja masalah yang telah menghantui saya. Untuk menghubungi Telekom bukannya perkara mudah gara-gara talian elektronik yang dikatakan untuk menjimatkan tenaga manusia. Telekom menganggap sesiapa yang menelefonnya punya banyak masa yang terluang. Panggilan saya terjawab oleh seorang manusia hanya setelah mencubanya beberapa jam. Saya perlu menelefon meja bantuan mereka selalu. Setiap kali mencuba saya tidak berjaya bercakap dengan sesiapa. Setiap kali saya diminta memegang gagang menunggu setiap sepuluh minit, muncul satu suara yang mengatakan bahawa ‘panggilan anda amat kami hargai’ dan dipotong untuk beberapa kali, dan kali ini tanpa kemaafan ataupun mesej mengenainya. Saya perlu telefon sekali lagi dan kerap terputus dua hingga tiga kali setiap kali melaksanakannya. Sistem automasi telah diperkenalkan di Telekom seperti di syarikat milik kerajaan dan jabatan kerajaan untuk membebaskan operator telefon daripada perlu bercakap dengan orang luar. Inilah yang dianggap permodenan. Yang lucunya saya mudah dapat bercakap dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di London, Tokyo, Paris, Washington, malahan Bangor di Maine walaupun saya tidak perlu bercakap dengan seseorang operator. Sekarang ini saya kerap merasa seram-sejuk setiap kali kena mengadu kerosakan talian telefon saya ataupun kalau mahukan bantuan. Yang pertama, saya mesti tentukan saya ada masa diam di rumah untuk dua jam lagi, dan mempunyai masa yang terluang. Nampaknya Telekom lebih berminat memasang alat-alat menjimatkan tenaga manusia daripada mencari maklumat apakah itu membawa faedah kepada rakyat. Sebahagian besar kemarahan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan antara lainnya terletak kepada proses modernisasi. Dengan kata lain, syarikat kepunyaan kerajaan, dan jabatan kerajaan wujud untuk menyusahkan rakyat, yang sudah pun dibebankan dengan segala peraturan kerajaan untuk golongan yang rapat dengan kerajaan mendapat nikmatnya. Penarikan subsidi sebanyak 30 sen ke atas harga petrol sudah pun menyerlah secara terbuka. Kemarahan rakyat semakin membuak dan menjadi serius. Selagi kebenarannya tidak didedahkan, dan kenapa ia dilakukan dan mengambil masa untuk dinyatakan, terpaksalah Paklah berdolak dalik sambil seorang suku-sakatnya dapat membalun semua projek dalam satu bidang yang akan dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Penarikan subsidi ini memberikan begitu banyak habuan kepada seorang manusia untuk membolot semua kontrak yang dirancangnya. Perkara ini mungkin tidak benar semuanya, tetapi inilah yang sudah dipercayai secara keseluruhannya. Paklah ataupun kerajaan tidak perlu menyatakan kebenarannya. Tidak siapa yang mempercayai penafian itu lebih-lebih lagi dengan cara ia diperjelaskan. Kenaikan 30 sen dalam harga petrol telah menyebabkan melambungnya harga barangan yang lain. Paklah berkata perkara begini tidak harus berlaku. Akan tetapi sudah berapa ramaikah orang, terutamanya yang berpangkat besar, dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar perintah kerajaan? Setakat ini tidak ada sesiapa pun. Kalau ada sesiapa yang dibawa ke mahkamah selalunya dia adalah seorang peniaga kecil ataupun seorang penjaja. Mereka ini terpaksa menaikkan harga kerana terpaksa membayar lebih terhadap barangan yang perlu digunakan ataupun untuk dijualnya. Kerajaan telah mengejek para penunjuk perasaan terhadap kenaikan harga petrol kerana mereka disokong oleh parti pembangkang. Ini adalah satu kesilapan. Kalaulah Barisan Nasional tidak berminat dengan isu yang berbangkit, parti pembangkang akan masuk campur. Masa untuk kerajaan boleh terlepas dengan mengharapkan parti pembangkang saja-saja menentang rencana kerajaan sudah pun berlalu. Tidak ada gunanya untuk kerajaan mencemuh sesiapa yang menentangnya sebagai anggota parti pembangkang. Rakyat marhaen tahu bahawa Barisan Nasional yang menunjangi kerajaan. Dahulu setiap marhaen dianggap oleh Barisan Nasional sebagai tembok membisu sahaja. Sebagai Presiden Barisan Nasional dan UMNO, Paklah mempunyai hanya satu jalan sahaja yakni mengaku kesilapan mereka. Inilah yang tidak sanggup dilakukannya. Bukan begitu? Hari ini Barisan Nasional cakap berbelit-belit. Sesuatu dasar kerajaan yang diperkenalkan oleh seseorang menteri selalu sangat disanggah oleh seorang menteri yang lain. Perkara begini mendapat liputan meluas dalam akhbar arus perdana yang juga merupakan cawangan seranta awam Malaysia. Malahan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak hanya diberikan ruang liputan akhbar seandainya dia mengeluarkan kata-kata memuji Paklah. Ada desas-desus mengatakan anak menantu Paklah sudah menyimpan beberapa keping gambar Najib dalam keadaan yang memalukannya dan gambar itu akan disebarkan seandainya beliau cuba bertanding melawan Paklah nanti. Apakah benar desas-desus ini bukan dapat disahkan, tetapi ia cukup menjadi bahan untuk ramai manusia mempercayainya. Apa pun kelentung yang disebarkan ia tidak akan merobah kepercayaan ini. Sesungguhnya kita tidak mahu tahu apakah benar kelentungan semacam ini. Pada masa lalu, ia nampaknya berjaya. Tidak lagi sekarang ini kerana adanya internet dan kerajaan sudah tidak dipercayai lagi. Apa pun ugutan kerajaan tidak akan merobahnya. Sepanjang minggu lalu, saya tidak memiliki komputer saya. Gara-gara tindakan orang yang rapat dengan pihak berkuasa, bekas Pengerusi Eksekutif MAS, Datuk Munir Majid. Rupa-rupanya Ketua Polis Negara turut terlibat seperti yang saya dimaklumkan selepas komputer itu dipulangkan kepada saya. Paklah adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri tetapi komputer saya telah dirampas atas arahan seorang menteri yang rapat dengan Datuk Munir. Soalnya sekarang kenapakah Paklah dan Ketua Polis Negara terlibat dengan tindakan saman malu, kalau ia menjadi tujuan merampas komputer itu? Polis terlibat kerana ada satu perenggan dalam buku perundangan kita yang tidak tertulis dalam buku undang-undang banyak negara Komanwel yang lain, mengenai hukuman kerana jenayah saman-malu. Tujuannya ialah mencari siapakah yang menulis surat layang. Akan tetapi isi kandungan surat layang itu sudah pun disiarkan kepada media rasmi. Tentulah betul isi kandungan surat layang itu. Tetapi, apakah sebabnya kabinet saling tikam menikam seperti yang kita lihat sekarang ini? Kita lihat anggota kabinet yang mencaci kerajaan, UMNO berantakan sesama mereka dan dengan parti lain yang menganggotai Barisan Nasional sehinggakan mereka berpuak di satu pihak dan rakyat berpuak menentang mereka pula. - MGG Pillai pillai@streamyx.com http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2241" title="http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2241" target="_blank"http://www.mggpillai.com/arti... Terjemahan MT-SPAR - 31.03.2006
|
|
|
| |
| Polis Bogelkan Saya dan Curi Duit Saya |
| 03.31.06 (12:12 pm) [edit] |
Cheng Pik Wai adalah seorang suri rumah berusia enam puluh tahun. Beliau mendakwa telah dibogelkan dan kehilangan RM200 selama tiga jam ditahan di satu lokap polis awal bulan ini. Chen datang berhijrah daripada Taiwan 35 tahun dahulu selepas mengahwini seorang warga Malaysia. Beliau telah menceritakan penderitaan yang di lalui itu dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen pagi tadi.
Mengikut satu salinan laporan polis beliau yang dikemukakan di balai polis Jalan HS Lee, Cheng telah ditahan di lokap polis Dang Wangi (dahulunya Penjara Pudu) pada 11 Mac. Ini terjadi ekoran satu salah faham yang mengatakan beliau ada mencuri barang milik sebuah ‘shopping mall’ di bandaraya. Chen yang memiliki kerakyatan Malaysia telah dihantar ke lokap itu pada 5 petang. Di situ seorang pegawai polis wanita yang disebut namanya sebagai “Shamsiah” meminta Cheng menyerahkan segala milik peribadinya. “Pada mulanya Shamsiah masukkan semua duit shilling daripada dompet saya ke dalam satu beg plastik. Akan tetapi apabila dia mengira wang kertas saya nampak beliau mengambil beberapa keping wang itu dan masukkan dalam laci mejanya. ”Beliau berkata wang itu adalah sebagai wang sogok dan bercakap saya dalam bahasa Kantonis “bei ngo yam cha” (duit minum teh) kata ibu kepada tiga orang anak dalam laporannya. Kemudian Shamsiah meminta Chen memberitahu nombor PIN kad ATM beliau dan mahu tahu berapa baki wangnya. ”Dia beritahu saya kalau saya tidak berikan (maklumat itu) dia akan suruh saya buat ketuk-ketampi,” kata Cheng yang menambah beliau enggan memberikan maklumat itu tetapi tidak pula disuruh ketuk-ketampi. Dibogel dan diaibkan ”Tidak lama kemudian muncul dua orang polis wanita membawa saya masuk satu bilik dan menyuruh saya berbogel. Kemudian mereka minta saya berpusing tiga kali. “Ketika saya berbuat demikian, mereka mula ketawa. Saya rasa dimalukan,” kata beliau dalam laporannya. Chen telah dibebaskan, tanpa kenyataan beliau dirakamkan, dengan jaminan polis pada kira-kira jam 8 malam apabila suami beliau tiba. Mengikut Cheng, selepas dua polis wanita itu memulangkan miliknya, mereka meminta beliau memberikan mereka wang. Mereka bercakap dalam bahasa Kantonis ’bei lui’ (bagilah duit) Cheng berkata dia bagi mereka RM10. Selepas keluar daripada balai itu, barulah dia sedar bahawa wang sejumlah RM200 telah hilang. Kemudian dia kembali semula ke pusat tahanan itu dengan suaminya dan satu pertengkaran berlaku antara Shamsiah dengan mereka. ”Shamsiah mahu memulangkan semula RM10 kepada kami tetapi suami saya enggan menerimanya. Kemudian Shamsiah memukul meja di depan kami dan suami saya beritahu padanya yang kami akan membuat laporan polis,” katanya. Kes terhadap Cheng sudah pun digugurkan selepas semua pihak yang terbabit membuat persetujuan. Di sidang akhbar hari ini, Cheng mendakwa dia juga dinafikan pergi ke tandas sepanjang tahanan dan polis tidak menyediakan seorang penterjemah kerana dia hanya tahu cakap Mandarin. Apabila ditanya bagaimana pengalaman beliau, Cheng yang ternyata terganggu itu menjawab: ”Saya menjadi begitu takut dan rasa begitu tertekan. Saya seorang wanita tua, kenapa polis layan saya semacam itu?”
”Keadaan di lokap memang sejuk dan saya tidak boleh berhenti menangis tetapi saya tidak diberikan peluang untuk memberikan penjelasan,” katanya. Chen telah ditemani oleh suaminya Walter Lim pagi tadi. Kenapakah perkara begini masih berlaku? Sementara itu, Kok yang mendedahkan perbuatan polis dengan mendedahkan video-klip seorang tahanan yang dipaksa ketuk-ketampi sambil berbogel, menyatakan kekesalannya bahawa peraturan polis masih lagi tidak dipatuhi. ”Kenapakah Cheng dibogelkan. Ini bukan kes membabitkan dadah. Polis sudah menggunakan satu peraturan baru semasa memeriksa badan, tetapi kenapakah ini masih berlaku lagi?” tanya beliau. “Polis sudah cakap banyak semasa menolak IPCMC, tetapi cuba lihat perkara ini. Masih lagi berlaku salahguna kuasa,” kata Kok lagi. Mengikut Kok lagi, Cheng akan diminta mengecam anggota polis yang terlibat pada hari ini. Turut hadir di sidang akhbar itu ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang. (gambar: MalaysiaKini) Terjemahan MT-SPAR - 31.03.2006
|
|
|
| |
| Komen-komen Pendek Ehwal Semasa |
| 03.30.06 (10:44 am) [edit] |
KEPALA IKAN RM45 Sudah pasti kalau anda ingin menikmati kelainan anda perlu bayar lebih, apa salahnya kalau dia nak naikkan harga, kalau pembelinya mahu kelainan dan kesedapan yang berlainan, lagi pun beliau orang Putrajaya tentu banyak duit. Penulis pernah dulu menawar bila membeli ikan dipasar, satu hari penulis pergi kelaut untuk memancing ikan, muntah hijau dibuatnya, mulai hari itu penulis sudah jarang kepasar dan menawar harga ikan ketika membeli. Kalau saudara membeli makanan untuk dimakan, sedangkan anda tidak AKAD dengan sebaiknya, jualbeli ini menjadi tidak sah, sebab anda tidak setuju dengan harga yang dibeli, oleh itu jangan makan, sebab jualbeli anda tidak sah. Anda kena sahkan jualbeli dengan akad tanda persetujuan jualbeli. Bila anda sudah membayar dalam masa yang sama anda was-was dengan barangan yang anda beli, anda boleh pulangkan jika tidak setuju dengan harga atau perkhidmatan yang diberi. Oleh itu, dalam masa yang sama mungkin harga ikan tongkol itu sedang mahal sekarang, (harga ikan berbeza mengikut musim), tak heranlah kalau makan kat mamak pun harga kari kepala ikan sama lebih kurang macam tu. Tapi kalau satu cawan Coffee kat kedai mat salleh tu sampai RM28 tak pulak bising, tanya berapa untung diaorang tiap tahun, kita dok penuhkan kedai kopi tu, berlagak tak tentu pasal , kopi secawan RM1 nak minum yang RM28. Tu roti canai kat KLIA tu, apasal tak bising. Belum minyak naik lagi dia dah taruk harga melambung tinggi. Pizza yang sekelepet tu pung sama, kalau nak banding harga kat tempat lain, RM4- RM8 je...tapi kat sini berapa?. APA KATA KITA ADAKAN HARI BERHENTI BERGERAK Cakap sahaja bergerak kita memerlukan kenderaan, dan kenderaan memerlukan minyak, bagi menyahut berjimat cermat, kita adakan HARI BERHENTI BERGERAK, yakni kita tidak keluar rumah, dan tidak kemana-mana bahkan ke pasar sekali pun. Kalau hari AHAD sudah biasa, kita dirumah, pilihlah satu hari yang sesuai..kita CUTI sehari duduk je kat rumah, semua orang SERENTAK kan JIMAT, sebab semua boleh REHAT serentak. Kalau berdemo tak boleh, hantar memorandum tak boleh, bercakap tak boleh, tulis dalam akhbar tak keluar, bercakap kat TV kena potong (tak keluar pung). Apa lagi nak buat. CUTI je satu hari tak rugi lagi pun boleh bersama keluarga. MYKAD Orang yang klonkan MyKAD ini patutnya yang kena ISA dan ditahan di Kem Kemunting, bukan nya Nik Adli tu. Dari MyKad ini boleh buat macam-macam honar kat Malaysia. Pergi tangkap, ISAkan kata polis Malaysia cekap, yang lawaknya..ada ciri keselamatan tercanggihlah. Apa canggihnya...berlambak sistem macam tu kat dunia ni, Malaysia jer "perak", orang saja buat tak nak buat je'. Dan saya gerentilah server-server yang ada kat Putrajaya tu boleh "hack" belaka. Cuma orang tak nak buat, kita baik kan. VSS atau Kena BUANG Dengar khabar MUSIM VSS melanda lagi teruk lepas ini, baru ini saya terdengar mereka baru kena VSS, ini pulang dengar MAS nak buang 6500 orang, syarikat yang berkait dengan PROTON mungkin akan menghadapi yang sama. Bank dah lama buat benda tu sebab nak untung, teller dah jadi teller besi. Untunglah teller besi tak masuk Union, tak mogok (kecuali rosak aje). Boleh kerja lebih masa tanpa dibaya OT. Ini dapat dilihat trend sekarang, bila buka interview aje...berduyun-duyun orang masuk apply, dah pulak tu SPM tak mainlaa...semua ada Diploma dan Degree. Tapi sayang mereka ada degree pun, bila minta kerja contohnya Kerani minta gaji macam minta jadi manager sapa nak bagi. Kalau nak pengalaman janganlah memilih. Kemudian dah dapat peluang kita bagi gunakan sebaiknya, majikan faham kamu perlukan pengalaman, tapi buatlah yang terbaik, tidaklah saja nak memenuhkan office jer..kerja tak tahu. Kita baca pulak gaji purata rakyat Malaysia tidak manarik minat pelabor luar lagi untuk melabor di Malaysia, tengok ajerlah...Intel yang dulunya kilang di Penang kita sudah berpindah ke China. Mereka lebih sanggup untuk membayar lebih untuk bangunan baru daripada membayar gaji lebih kepada tenaga buruh mereka yang perlu ditanggung setiap bulan. Bayangkan jika kita terus menerus menaikan taraf hidup kita yang tidak seimbang dengan keperluan industri kita, apa akan jadi dengan halatuju industri kita, SMI tak menjadi , industri berat dan tinggi modal besar, Akhir Kerajaan suruh kita kembali ke Pertanian Moden, Para graduan digalak bertani, Kontraktor kelas F juga disuruh bertani, Orang kampun yang biasa bertani pun suruh bertani juga. Entah. MARINA MERANA -Saya terbaca harakah baru ini, yang mengisarkan cadangan IFC yang disokong oleh SIS, antaranya berbunyi , semua anak-anak orang yang Ibubapanya ISLAM tidak boleh secara automatic menjadi ISLAM oleh kerana ibubapanya ISLAM. Saya tidak faham apa maksud sebenar IFC dan SIS ini sehingga dari pembacaan saya, yang saya faham semua anak orang ISLAM perlu di ISLAMkan bila cukup umur?. Saya amat terkejut bila kefahaman lain yang datang dari pemikiran saya ialah sekali gus, menyatakan Semua Anak Orang ISLAM ketika ini adalah disah ISLAMnya dari segi undang-undang yang dicadangkan oleh IFC dan SIS, yang lebih teruk adakah Marina dan rakan-rakannya itu sekali gus mempertikaikan keISLAMan anak-anak orang ISLAM ini kerana mereka tidak diISLAMkan secara Sah melalui undang-undang yang dicadang dan disokong mereka?. Saya ambil dan serahkan kepada anda memikirkan betapa merananya MARINA ini. PROTEST SAMPAI TURUN Cili Kering - 30.03.2006
|
|
|
| |
| Apakah itu ISLAM HADHARI? |
| 03.30.06 (10:41 am) [edit] |
Assalamualaikum. w.b.t, Apakah itu ISLAM HADHARI? Persoalan ini selalu bermain di fikiran majoriti orang-orang Islam di Malaysia. Bahkan orang bukan Islam pun bertanya-tanya mengenainya. Disini saya huraikan sedikit sebanyak mengenai ISLAM HADHARI. ISLAM HADHARI adalah satu konsep ISLAM yang dikemukakan oleh Abdullah Ahmad Badawi selaku cucu seorang Ulama zaman lampau. Konsep yang ditekankan oleh ISLAM HADHARI ialah kesederhanaan dalam pelbagai segi. Ini termasuk penerapan nilai-nilai ISLAM didalam kehidupan seharian. ISLAM HADHARI ialah dimana ISLAM digunapakai mengikut HAD-HAD tertentu pada HARI-HARI yang ditetapkan sahaja. Sebagai contoh, 1. Hari Jumaat. ISLAM digunapakai pada waktu solat jumaat berjumaah secara siaran langsung. Namun tiada HAD (kuasa) untuk menahan mana-mana orang ISLAM yang tidak bersolat jumaat. 2. Penahanan mana-mana individu tidak dikawalselia oleh HAD (tatacara) yang telah ditetapkan didalam ISLAM. Ini berlaku pada setiap HARI dimana tahanan dibogelkan semasa disoalsiasat dan dikasari. 3. Konsep penahanan didalam ISLAM tidak diterima pakai malah penahanan tanpa HAD dilakukan kepada sesiapa yang tidak selari dengan pandangan kerajaan pada setiap HARI. Ini termasuk tahanan ketika berdemo dan juga tahanan akta keselamatan dalam negeri. 4. Keperluan menutup aurat (tudung) tidak mestikan kepada semua pelajar perempuan beragama ISLAM di sekolah. Mana-mana pengetua atau guru besar yang melaksanakan HAD pemakaian tudung ini boleh diambil tindakan. Pemantauan oleh Kementerian Pelajaran dilakukan setiap HARI untuk perkara ini. 5. Mana-mana pihak dibolehkan mencabar mana-mana undang-undang ISLAM malah tanpa HAD atas nama kebebasan beragama dan perlembagaan. Beberapa kes telah berjaya ditimbulkan oleh orang-orang kafir setiap HARI di media elektronik dan cetak. 6. Penyanyi perempuan lagu "ISLAM HADHARI" yang selalu ditayangkan di TV1 dan TV2 dilihat tidak menutup aurat malah mewarnakan rambut mereka dengan warna-warna ala burung belatuk. Inilah ISLAM yang ditonjolkan tanpa HAD setiap HARI. 7. Sistem kewangan berasaskan riba (walaupun dikatakan berkonsepkan syariah) ditonjolkan yang kononnya diambil dari konsep ISLAM, malah dipaksakan kepada semua orang ISLAM menggunakannya setiap HARI tanpa HAD (tatacara) yang ditetapkan oleh ISLAM. 8. Penyelewengan, kezaliman dan penindasan kepada hamba rakyat dibenarkan sama sekali tanpa HAD setiap HARI oleh ISLAM yang dipelopori oleh Abdullah Ahmad Badawi. 9. Rasuah adalah dibenarkan dalam segala urusan tanpa HAD setiap HARI walaupun ianya tidak dibenarkan oleh ISLAM. 10. Ingat.... Zakat wajib diberikan hanya kepada pengurus-pengurus PPZ (LPZ) yang ditetapkan sahaja. Sesiapa yang melanggarkan boleh dikenakan denda atau penjara. Walaupun PPZ (LPZ) menyelewengkan wang zakat tanpa HAD, namun anda wajib membayarnya. Jika tidak bagaimana Kerajaan Taghut ini dapat menyelamatkan (bail-out) syarikat kroni mereka. Inilah rukun yang diwajibkan ke atas semua bersandarkan fatwa yang dikeluarkan oleh pemuka-pemuka ISLAM HADHARI.
Oleh itu.. inilah semua kesepuluh rukun-rukun utama didalam ISLAM HADHARI... satu wadah ISLAM yang hanya tertumpu pada HAD dan HARI yang ditentukan sahaja.
ISLAM HADHARI = Sesat Lagi Menyesatkan. diforwardkan dari artikel yang disampaikan oleh... Ketua Perusuh Bekas Fellow Kanan INSTITUT KAJIAN STRATEGIK DAN ANTARABANGSA - ISIS KAMI BUKAN BANGANG Untuk Malaysia Yang Bijak - Suhairul Hanim Hj Kamaruddin- Shah Alam - 30.03.2006
|
|
|
| |
| Kerajaan mahu tutup mulut rakyat |
| 03.30.06 (10:36 am) [edit] |
Sudahlah dalam isu kenaikkan harga minyak, bantahan rakyat mahu dipadamkan dengan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang keluar berdemonstrasi, kini kerajaan mahu mengambil sikap yang sama terhadap satu lagi isu. Cut down on the debate Hentikan perbahasan (mengenainya)
Kata Menteri Luar Syed Hamid Albar, yang ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen semasa sidang akhbarnya di luar dewan. Menurut beliau ahli-ahli Parlimen dan semua pihak sepatutnya tidak lagi membahaskan secara terbuka isu pembinaan jembatan baru yang bakal merentangi Selat Johor menggantikan Tambak Johor.  Inilah Jambatan Bengkok yang penuh kontroversi itu
Kata beliau para pimpinan dan pegawai kerajaan yang terlibat dalam perundingan dengan pihak Singapura itu tahu apa yang mereka lakukan. Kata beliau lagi: The less we debate openly about the matter, the easier the topics can be finalized including the technical details. Lagi kurang kita berdebat berkenaan perkara ini, lebih mudah kita menyelesaikan permasalahannya berserta hal-hal teknikalnya sekali.
Sesungguhnya pembinaan Jambatan Bengkok ataupun yang kerajaan panggil Scenic Bridge itu akan menelan belanja RM620 juta iatu bagi bahagian Malaysia. Kita tidak faham mengapa rakyat tidak dibenarkan bersuara dan memberi pandangan. Kerajaan berhak mendengar ataupun menolak pandangan rakyat namun ia tidak sekali-kali berhak menutup mulut rakyat. Kalau dalam hal-ehwal Islam pun kita buka seluas-luasnya kepada semua pihak untuk menyentuh dan mengulasnya takkanlah dalam bab Jambatan Bengkok yang mencetuskan pelbagai kontroversi itu suara rakyat mahu dikawal dan dibisukan. Kini kita mendengar pihak Singapura menuntut pelbagai perkara dari pihak kerajaan termasuklah hak menerobos ruang udara kita serta bekalan pasir untuk kegunaan negara pulau itu. Sudah pastilah rakyat prihatin dan tidak mahu maruah dan kepentingan negara dipergadaikan semata-mata kerana mahu menawan hati rakan kita d iseberang yang tidak pernah menguntungkan kita itu. Malah dalam hal ini Tun Dr Mahathir baru-baru ini berkata: Masa mula-mula menjadi Perdana Menteri pada 1981, saya pergi ke Singapura untuk berbaik dengan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew tetapi mereka tidak ikhlas untuk berbaik dengan kita. Sekarang mereka minta pasir dan ruang udara (kita) sebelum bersetuju membina jambatan baru menghubungkan kedua-dua negara bagi menggantikan Tambak Johor, tapi apa yang dia bagi pada kita? Tiada, kosong. Bagi saya trend menutup mulut rakyat ini adalah satu trend yang tidak sihat dan membunuh hak bersuara dikalangan rakyat jelata. Takkanlah dah hampir 50 tahun Merdeka kita nak berundur sepuluh tapak ke belakang dari segi amalan hak asasi ini? Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Oleh Roslan sms - 30.03.2006
|
|
|
| |
| PDRM: MENULIS SEJARAH UNTUK MASA DEPAN |
| 03.29.06 (11:18 am) [edit] |
Tempoh 199 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat untuk menjejaki kembali setiap catatan perjalanan yang ditempuhi oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Jika catatan masa ini dijadikan asas untuk merenung kembali liku dan onak yang terpaksa ditempuhi oleh pasukan polis negara ini pastinya kita akan dapat melihat betapa besarnya peranan dan tanggungjawab pasukan polis kepada rakyat negara ini keseluruhannya. Disetiap zaman dan sudut sejarah negara ini kita akan melihat bagaimana fungsinya. Berhadapan dengan zaman getir darurat polis, adalah benteng utama rakyat yang ketakutan daripada ancaman komunis. Peristiwa Bukit Kepong contohnya mungkin satu bukti yang cukup kukuh dan kuat terpahat didalam lipatan sejarah negara. Sehingga kini setiap peristiwa yang berlaku, yang mewarnai catatan sejarah pasukan polis negara ini pastinya menjadi azimat dan tradisi yang akan dipertahan oleh generasi polis yang sedia ada dan mendatang. Secara umumnya tiada siapa menafikan akan betapa besarnya jasa pasukan polis kepada rakyat negara ini. Fungsi dan peranan mereka sebagai penjaga keamanan diakui. Namun begitu sebagaimana umum mengakui akan besarnya jasa pasukan polis begitu juga umum menyedari bahawa terdapat banyak kekurangan dan kelemahan pasukan polis kini yang perlu ditangani segera. Keprihatinan rakyat terhadap isu ini kerana rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi, untuk melihat tradisi kepolisian yang bersendikan kepada tradisi membela rakyat dapat terus diperkukuhkan. Namun begitu harapan ini terus menjadi persoalan dihati dan benak rakyat adakah ianya mampu dipikul oleh generasi polis yang sedia ada kini. Labelan sinonim yang wujud terhadap pasukan polis kini terlalu buruk untuk diletakkan harapan dan amanah yang begitu tinggi. Imej rasuah, penyalahgunaan kuasa, ganas dan sebagainya kini adalah gambaran masyarakat terhadap pasukan polis. Gambaran ini bukan hadir dari niat buruk dan pandangan serong tanpa alasan tetapi ianya hadir kerana itulah realitinya pasukan polis pada hari ini. Laporan siasatan Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia yang mengeluarkan 10 strategi dan 125 cadangan bagi memastikan pasukan polis negara ini dipulihkan imej, operasi dan pengurusannya turut mengukuhkan lagi tanggapan ini. Calaran terhadap imej pasukan polis terus-terusan didedahkan, kadar kematian tinggi tahanan di pusat tahanan juga cukup membimbangkan. Sepanjang 2002 – 2003, sebanyak 38 kes dicatat melibatkan kematian suspek didalam tahanan polis. Manakala Bagi tempoh 6 bulan pertama tahun lalu sahaja 6 kematian dicatatkan. Meskipun angka ini dilihat kecil tetapi persoalan kematian suspek didalam tahanan polis adalah sesuatu yang cukup mengecewakan. Ini membuktikan berlakunya penderaan dan seksaan terhadap suspek yang ditahan. Dengan tanggapan begini pastinya imej pasukan polis cukup jauh dihati rakyat. Begitu juga halnya dengan pendedahan peristiwa ‘ketuk ketampi’. Imej polis jatuh merudum ekoran pendedahan ini. Rakyat mempersoalkan bagaimana mungkin bagi sebuah pasukan yang diamanahkan untuk menjaga maruah rakyat dengan sewenang-wenangnya melakukan amalan yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara dan tradisi polis itu sendiri. Lebih memalukan insiden tersebut melibatkan maruah umat Islam dan orang Melayu. Arena politik tanahair juga dilihat tidak sunyi daripada penglibatan polis. Kegagalan pasukan polis untuk mempraktikkan profesionalismenya seringkali menjadikan pasukan polis alat dan perkakas kepada pemerintah yang diterajui oleh UMNO/BN. Program-program politik parti pembakang seringkali diganggu gugat dengan segala macam aturan yang tidak masuk akal. Ceramah, perhimpunan dan sebagainya yang biasanya aman tanpa sebarang kekacauan seringkali berakhir dengan kelam kabut jika berlakunya campur tangan polis. Kejadian keganasan polis di Perhimpuan Lebuh Raya Kesas, serbuan kasar dan tidak beradab polis di program ceramah Menteri Besar Kelantan di Kedah, tindakan agresif sehingga berlakunya kecederaan yang berlaku di Johor dan banyak lagi menjadi bukti yang sangat jelas betapa tindakan pasukan polis dilihat dipengaruhi kepentingan pihak lain. Begitu juga halnya kejadian yang menimpa mantan Timbalan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim yang tidak perlu diulas lagi bagaimana berlakukanya pakatan terburuk dan terhina elit pemerintah dengan polis untuk menjatuhkannya. Rekod amalan buruk ini memberi gambaran yang cukup negatif kepada polis. Terbaru tragedi yang menimpa kepada himpunan aman rakyat membantah kenaikan harga minyak. Tindakan pasukan polis menyembur air dan bertindak ganas terhadap rakyat yang cuba untuk meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak adalah suatu tindakan yang melanggar janji yang pernah diuar-uarkan oleh mereka sendiri. Jaminan polis terhadap 7 perkara pada seminar kepada semua OCPD daerah termasuk untuk memberi kebenaran kepada rakyat untuk berhimpun dengan selamat tanpa gangguan kini dikhianati. Sudah sampai masanya PDRM memperkukuhkan intergriti mereka. Begitu juga sudah sampai masanya pasukan polis kukuh dalam pendirian untuk mempertahankan kedaulatan perlembagaan. Saranan dan arahan yang jelas membelakangkan kepentingan rakyat dan negara perlu diabaikan bagi mengelakkan mereka terus-terusan dipandang dengan imej yang buruk oleh rakyat. Untuk mengembalikan kredibaliti pasukan polis yang tercalar ini maka hendaklah fungsi dan peranan pasukan polis itu dikembalikan kepada fungsi dan peranan asalnya iaitu sebagai pembela kepada keamanan dan rakyat, bukan pembela kepada segelintir elit pemerintah. Inilah realiti yang dihadapi pasukan polis diketika mereka menyambut sambutan yang ke 199. Malah jika hendak disenaraikan setiap salah laku dan amalan songsang pasukan polis pastinya penulisan ini akan menjadi satu laporan yang cukup panjang. Namun begitu kesimpulan yang boleh dibuat daripada setiap isu yang berbangkit terhadap pasukan polis ialah satu penyusunan semula pasukan polis perlu dilakukan. Dan tindakan awal yang perlu dilakukan oleh pihak PDRM mahupun Kementerian Dalam Negeri ialah dengan melaksanakan keseluruhan cadangan dan strategi yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia. Komitmen PDRM terhadap usaha ini sewajarnya perlu dijadikan janji PDRM kepada rakyat sempena sambutan Hari Polis yang ke 199 tahun. Pastikan sambutan 199 tahun hari ini menjadi permulaan kepada penulisan sejarah polis untuk 199 tahun yang mendatang dengan wajah dan imej pasukan polis yang lebih baik. Mazlan Aliman Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pircjohor@gmail.com - 29.03.2006
|
|
|
| |
| Bila Menteri secara terbuka perlekehkan rakyat |
| 03.29.06 (11:15 am) [edit] |
Kenaikan harga minyak RM0.30 sen tempoh hari yang merupakan kadar kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia sudah pasti menghiris dan membelah kalbu rakyat lantaran kos besar yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Kerajaan telah pun membuat keputusan dan pengumuman. Sebagaimana hak yang ada pada kerajaan untuk berbuat demikian, rakyat juga memiliki hak menerima atau membantah kenaikan tersebut.  Belon-belon hitam yang dilepaskan ke udara Ahad lepas simbolik kenaikan harga minyak dan rintihan rakyat Mungkin bagi mereka yang menerimanya penjelasan pihak kerajaan cukup memuaskan hati mereka dan mereka dapat hidup tanpa sedikit pun terasa terjejas dengan kenaikan kos itu. Itu hak mereka. Namun bagi mereka yang tidak berpuas hati, sudah pasti berhak menyuarakan keresahan mereka itu menurut cara yang mereka yakini berkesan perlu juga dihormati. Dalam hal ini sistem demokrasi dan hak asasi manusia sebagaimana terpahat dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia Merdeka menyediakan ruang untuk berkumpul dan bersuara bagi mana-mana warganegaranya yang merasakan perlu berbuat demikian. Kerajaan yang tidak bersedia menerima rintihan rakyat seumpama ini adalah kerajaan yang tidak yakin, tidak percaya dan tidak menghormati sistem demokrasi dan Perlembagaan yang dibentuknya sendiri! Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz semasa mengulas demonstrasi memprotes kenaikan harga minyak yang dianjurkan oleh MTUC dan parti-parti politik serta NGO sebelum itu dipetik sebagai berkata dalam THE STAR: You can demonstrate until the cows come home, but the Government will not withdraw the subsidy reduction Sekiranya lembu pulang ke kandang sekalipun anda boleh terus berdemonstarsi, namun kerajaan ntidak sekali-kali akan menarik-balik pengurangan subsidi (yang diumumkan). Demikianlah bongkak dan sombongnya kenyataan seorang Menteri yang mewakili kerajaan Malaysia yang dikatakan sedang pesat membangun, Pengerusi NAM dan OIC itu. Kalau perumpamaan seumpama itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin dari negara autokratik umpama Korea Utara, Cuba atau negara-negara mundur di Afrika, barangkali ianya tidak diambil kira, tetapi apabila dikeluarkan oleh seorang Menteri negara kita, maka lumpurnya terpalit di wajah semua wargangera Malaysia. Bagi saya sebenarnya pemimpin yang tidak dapat menerima dissent ataupun bantahan dari rakyatnya sendiri dengan lebih terbuka dan rasional samalah dengan lembu yang Nazri ambil contoh itu (kasar nampaknya). Menyondol dan mengunyah sama ada dipukul atau dibiarkan asalkan perut kenyang dan hati senang. Protes sampai turun! Sila kunjungi blog ROSLAN SMS: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Oleh Roslan sms - 29.03.2006
|
|
|
| |
| Pelakon Charlie Sheen Mempersoalkan Cerita Rasmi 9/11 |
| 03.28.06 (11:16 am) [edit] |
Pelakon Charlie Sheen telah menyertai angka yang semakin meningkat akan tokoh awam yang sangat kredible dalam mempersoalkan cerita rasmi 9/11 dan menyeru agar satu penyiasatan bebas akan serangan serta keadaan yang berkaitan dengannya. Sejak dua tahun lalu, sejumlah individu yang dihormati telah menyuarakan secara umum pandangan serta keraguan serius mereka tentang 9/11. Ini termasuklah mantan penasihat presiden serta penganalisis CIA Ray McGovern, bapa idea Reaganomics serta mantan Pembantu Setiausaha Perbendaharaan AS Paul Craig Roberts, profesor Fizik BYU Steven Jones, mantan Menteri Pertahanan Jerman Andreas von Buelow, mantan Pegawai MI5 David Shayler, mantan anggota kabinet Tony Blair Michael Meacher, mantan Ketua Ekonomi Jabatan Buruh semasa penggal pertama President George W. Bush Morgan Reynolds serta ramai yang lainnya.
Bercakap kepada The Alex Jones Show dalam Rangkaian Radio GCN, bintang kepada rancangan komedi popular Two and a Half Men serta berdozen filem termasuk Platoon dan Young Guns, Sheen telah menghurai tentang kenapa beliau mempunyai masalah untuk mempercayai versi kerajaan akan kejadian terbabit. Sheen telah bersetuju betapa teori konspirasi terbesar telah dibuat oleh kerajaan sendiri dan membuka mukadimah penghujahan beliau dengan memetik kenyataan Theodore Roosevelt , "Untuk kita terus berdiri dengan Presiden samada salah atau benar bukan sekadar tidak patriotik dan merbahaya, malahan ianya adalah satu pengkhianatan secara moral kepda rakyat awam Amerika.” "Kita bukannya teoris konspirasi dalam isu khusus ini," kata Sheen. "bagi saya ia kelihatan seperti 19 amatur dengan kotak pemotong yang telah menawan empat buah pesawat udara komersil serta menghunjam 75% sasaran mereka , ianya terasa seperti teori konspirasi. Ianya telah menimbulkan banyak persoalan." Sheen menghuraikan suasana penerimaan akan perbincangan serius mengenai 9/11 menjadi lebih ketara berbanding dua tahun lalu.
"Dari orang yang saya temui serta kalangan sahabat taulan, kelihatannya mereka semakin gelisah dan berubah” Keruntuhan Bangunan-bangunan yang mencurigakan. Sheen telah menerangkan akan kecurigaannya yang pantas berkaitan dengan alasan rasmi bagi keruntuhan menara kembar serta bangunan 7 pada hari 9/11. "Saya bangun awal pada hari itu dan bersiap untuk melakukan latihan penggambaran Spin City, rancangan yang saya terlibat, ketika itu saya menonton berita dan melihat menara utara sedang terbakar. Saya telah melihat menara selatan telah dilanggar secara langsung, rakaman pandangan lebar di mana pesawat itu menghilang di sebalik bangunan dan kemudiannya kita melihat satu bebola api yang hebat.” “terdapat satu perasaan di mana ia tidak kelihatan seperti sebarang pesawat komersil yang pernah saya naiki sepanjang hidup saya dan kemudiannya tatkala bangunan itu runtuh kemudiannya pada hari itu saya telah berkata kepada adik saya ‘katakan saya gila, akan tetapi tidakkah ianya kelihatan seperti bangunan itu runtuh akibat letupan terkawal’?” Sheen berkata yang naluri kebanyakan orang berbisik betapa semua bangunan itu telah diletupkan secara sengaja, kemudiannya telah terhakis oleh kebanjiran versi rasmi yang tanpa henti bermula dari hari kejadian. Sheen telah mempersoalkan kemampuan bebola api untuk bergerak turun 1100 kaki di sepanjang saluran lif serta memusnahkan lobi menara itu seperti yang ditunjukkan rakaman video, terutamanya apabila dibandingkan dengan cerita para saksi akan bom-bom serta letupan di paras basemen bangunan tersebut. Berkaitan bangunan 7, yang tidak pun dilanggar oleh sebarang pesawat, Sheen telah menekankan akan penggunaan terma “tarik,” satu terma industri bagi pengeboman terkawal dengan menarik dinding luar bangunan kearah tengah dalam letupan, sebagaimana yang telah digunakan oleh Larry Silverstein dalam dokumentari PBS tahun 2002 apabila ia berkata yang keputusan untuk ‘menarik” bangunan 7 telah dibuat sebelum ia runtuh. Teknik ini memastikan keruntuhan bangunan nterjadi di atas tapaknya sendiri dan ianya dapat dilihat dengan jelas semasa keruntuhan bangunan 7 dengan ‘crimp’ klasik terbentuk
Keruntuhan Bangunan 7 yang amat mencurigakan itu sebelum ini telah menjadi tumpuan oleh Professor Fizik Steven Jones dan Kevin Ryan dari Makmal Underwriters, syarikat yang meluluskan komponen keluli yang telah digunakan dalam pembinaan Menara WTC. "Terma ‘tarik’ adalah bahasa pemusnahan kebiasaan sebagaimanan istilah ‘action and cut’ yang digunakan dalam dunia perfileman,’ kata Sheen. Sheen telah merujuk kepada anggota bomba dalam bangunan itu yang menjadi saksi kepada kemusnahan terkawal secara letupan dan bom. "Ini bukannya saya atau kamu yang menonton video dan membuat spekulasi tentang apa yang kita lihat, ini adalah para budiman yang berada di dalam bangunan-bangunan itu di tempat ia runtuh.” "Sekiranya ada masalah dengan bangunan 7 makanya terdapat masalah dengan semua kisah itu,” kata Sheen lagi. Kelakuan Bush pada 9/11 Sheen kemudiannya menyoalkan tentang tindakan Bush pada 9/11 serta lokasi beliau di Booker Elementary School di Florida. Sebaik sahaja Andy Card telah membisikkan ke telinga Bush betapa Amerika telah diserang kenapa agaknya Perkhidmatan Rahsia tidak segera membawa Bush ke lokasi sulit demi keselamatannya? Dengan berterusan duduk bersama kanak-kanak tadika (dengan memegang buku dalam keadaan terbalik- Penterjemah) di mana telah diketahui umum lokasinya sebelum kejadian 9/11, beliau bukan setakat meletakkan dirinya dalam bahya, bahkan juga nyawa ratusan kanak-kanak sekolah lainnya. Gelagat seperti itu berlaku jika kerajaan tahu dengan pasti apa sasaran sebelum dari kejadian dan hakikat betapa Presiden Bush bukanlah salah satu dari sasaran tersebut.
“Sepatutnya sebaik didedahkan akan berita itu perkhdimatan rahsia akan segera mengepung Presiden seolah-olah beliau ditembak dan segera mengeluarkan beliau dari bilik tersebut,” kata Sheen. Persoalan bagaimana Bush telah melihat pesawat pertama yang menghentam menara utara tatkala tiada liputan secara langsung dibuat, satu kenyataan yang diulang Bush sebanyak dua kali juga menjadi perhatian orang. "Saya agak salah satu kelebihan menjadi seorang Presiden ialah anda boleh menikmati rangkaian TV yang tidak pun wujud di maya pada ini,” kata Sheen. “Ia mungkin membuatkan anda percaya yang ia telah pernah melihat imej serupa dalam latihan persediaan, saya tidak pasti mengenainya.” Insiden Pentagon Sheen membentangkan ketidakpercayaannya terhadap cerita rasmi akan apa yang terjadi di Pentagon berbanding dengan bahan bukti yang terhampar. “Tunjukkan kami akan kendalian mengkagumkan itu, cuba tunjukkan kepada kami. Hanya perlu tunjukkan bagaimana pesawat tersebut melakukan cara terbangnya. Membelok 270 darjah dengan kelajuan 500 batu sejam serta turun 7,000 kaki dalam masa dua minit setengah, sambil melewati puncak pokok pada jarak 500 meter terakhir.” Kita tidak berupaya mengesahkan betapa sebuah pesawat komersil telah menghentam Pentagon kerana kerajaan telah merampas serta enggan menyiarkan rakaman yang menunjukkan perlanggaran tersebut. "Saya faham demi kepentingan keselamatan negara makanya tidak menyiarkan rakaman kamera Pentagon, tetapi bagaimana pula dengan kamera Sheraton, rakaman kamera stesen minyak, bagaimana pula tentang kamera Jabatan Pengangkutan di Lebuhraya? Kenapa disorok kesemua pita yang telah merakam dengan sempurna? Sebaliknya mereka hanya menyiarkan lima ‘frame’ yang bukan milik pehak berkuasa, ianya benar-benar mendatangkan kecurigaan,” kata Sheen lagi.
Sheen juga telah mempersoalkan tentang bagaimana pesawat itu secara asasnya ghaib begitu sahaja dalam Pentagon dengan tiada langsung bangkai pesawat serta apa yang telah terjadi kepada bahagian sayapnya. Berkaitan bagaimana pentadbiran Bush telah pun menyiapkan perancangan Perang Afghanistan dua hari sebelum 9/11 dengan menghimpunkan 44,000 tentera AS dan 18,000 tentera British di Tajikistan serta Uzbekistan, serta seruan kepada “mewujudkan kejadian bencana yang mencetuskan tindakbalas- seperti Pearl Harbor baru,” sebagaimana yang dinyatakan dalam Dokumen PNAC, Sheen menyatakan,"anda tidak merancang pencerobohan besar-besaran dalam satu malam sahaja kan? Ianya adalah suatu yang telah diambilkira secara terperinci dan terancang.” "Secara kebetulan? Kami tidak fikir begitu," kata Sheen dan beliau telah menyatakan petikan PNAC sebagai "melambangkan keangkuhan pentadbiran ini.” Penyiasatan sebenar Sheen telah menyertai yang lainnya dalam menyeru diadakan satu ulangkaji serta penyiasatan bebas yng sebenar akan 9/11. Sheen berkata yang "11 September 11 bukanlah sebuah filem, bahkan ia adalah sebuah festival filem,” dan persoalan itu perlu, "diketuai, sekiranya boleh oleh sebuah jawatankuasa penyiasat yang nutral. Bagaimana jika kita menggunakan ahli politik luar negara yang telah bersara? Bagaimana jika kita menggunakan pakar yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran ini?” "Ianya terpulang kepada kita untuk mendedahkan kebenaran. Ianya terpulang kepada kita kerana kita berhutang kepada keluarga serta mangsa kejadian. Kita terhutang kepada nyawa setiap yang terlibat yang secara mendadak telah diubah pada hari itu untuk selamanya. Kita terhutang kepada mereka untuk mencari kebenaran akan apa yang telah terjadi.” Charlie Sheen telah menyertai anggota keluarganya yang hebat terutamanya bapa beliau pelakon Martin Sheen yang telah lantang menentang perang Iraq sebelum ia bermula lagi yang kini telah pun terbukti kebenarannya dalam menggunakan platform awamnya untuk menyatakan kebenaran dan keadilan dan kita mengkagumi serta menghormati usaha-usaha berani beliau itu, ini mengingatkan kepada petikan Mark Twain. "Dalam awalan satu perubahan, patriot biasanya sedikit sahaja, pemberani, dibenci serta diolok-olokkan. Tatkala perjuangan iti sudah berjaya, yang lainnya akan turut serta kerana ketika itu tiada lagi pengorbanan untuk menjadi seorang patriot." ;URL=http://www.prisonplanet.com/a... Terjemahan N-SPAR - 28.03.2006
|
|
|
| |
| Cerita menarik mengenai tauge... |
| 03.28.06 (11:14 am) [edit] |
ASSALAMUALLAIKUM, ini aku dapat kisah dari seorang kawan....bila aku baca...rasa2nya jika ditulis macam ini mungkin puak2 umno akan tahu kemana hilangnya duit mereka sekarang ini.... tapi jika tak paham juga aku pon tak tau laa nak habaq macam ana lagi....
Cuba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh sen. Kalau dicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates taknak ambil, malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak cukup untuk mereka membeli kad mainan Naruto atau Pokemon dan seumpamanya. Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan budak kecil pun tak pandang? Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki penuh 45 liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan kita isi tangki penuh 5 kali, ini bermakna kita telah membelanjakan RM67.50 lebih banyak dari kos biasa. (Boleh dapat setangki penuh lagi!) Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku. Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan dinaikkan 50 sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 70sen lebih daripada biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen x 5 hari = RM3.50. Maknanya sebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu ditanggung oleh seseorang. Anggaplah makan di luar sekali sahaja hanya pada waktu bekerja. (RM67.50 + 14= RM81.50) Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga sampai mati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu dinaikkan juga. Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 10 kilo ikan sebulan, maka penambahan kos yang ditanggung ialah RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak. Sebulan kita beli 10 ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10 perlu dibelanjakan untuk menanggung kos. (RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50) Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya belum masuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika sebelum ni kita belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang kena tambah RM10 lagi. (RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50) Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita membelanjakan RM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu belanjakan RM 330. Lebih RM30 perlu ditanggung. (RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50) Masak sendiri di rumah lebih jimat? Tapi jangan lupa, harga LPG pun naik 30 sen sekilogram. Satu silinder bersamaan 12 kg. 12 x 30 sen = RM3.60. Anggap saja sebulan guna satu silinder. (RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 = RM145.10) Sebulan paling tidak pun sesekali nak juga makan di luar bersama kawan-kawan atau keluarga kan. Ikut teori kenaikan 20 sen harga minuman dan 50sen makanan, sekali makan di luar kita terpaksa bayar lebih 70sen. Katakanlah kita makan di luar, sebulan 5 kali, maknanya kita telah belanjakan lebih RM3.50. Tu kira belanja diri sendiri. Kalau belanja kawan atau ahli keluarga, mestilah berganda tambahannya. (RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 + 3.50 = RM148.60) Jadi? Simpanlah 30 sen tu untuk masa depan. Sekarang, boleh rasa kan..???? Ada apa dengan 30 sen?! Sesungguhnya.. aku tercari2 dimanakah 30sen aku sekarang!.. uwaaa......................... p/s: jom tengok vcd ceramah terkini di http://vcd2buy.tblog.com" title="http://vcd2buy.tblog.com" target="_blank"http://vcd2buy.tblog.com taraknama@gmail.com http://taraknama.tblog.com/" title="http://taraknama.tblog.com/" target="_blank"http://taraknama.tblog.com/ - 27.03.2006 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Bilakah Penternak Ayam Akan Menikmati Pampasan Bencana Ayam? |
| 03.23.06 (10:43 am) [edit] |
Kira-kira tujuh tahun yang lalu, negara ini telah dihenyak oleh wabak JE (Japanese Encephalitis) yang dikatakan disebar melalui nyamuk Culex; dan penyakit Virus Nipah yang mengambil sempena nama Kampung Baru Sungai Nipah dekat Port Dickson, dan disebarkan melalui cecair dan sentuhan babi. Port Dickson, terutama di kawasan Bukit Pelanduk, Tanah Merah Site A dan C, Chuah serta Kampung Baru Sungai Nipah adalah pengeluar babi terbesar satu ketika dahulu di Asia Tenggara dengan bilangan ternakan hingga 1 juta ekor. Bagaimanapun, sistem penternakan yang kotor dengan najis dibuang begitu saja ke dalam sungai adalah punca utama JE dan Virus Nipah meragut lebih 200 nyawa manusia, termasuk 30 orang kanak-kanak Kebanyakan yang mati adalah penternak, pekerja ladang dan anggota mereka. Berikutan wabak itu, operasi besar-besar dijalankan membunuh kira-kira setengah juta babi. Seperti yang pernah saya tulis di waktu itu, mala petaka semacam itu telah lama diramalkan oleh seorang agamawan yang didatangkan daripada China yang berkata “menjelang berakhirnya tahun 2000 kawasan Bukti Pelanduk akan menjadi kawasan di mana rumah tidak berpenghuni, sekolah tanpa murid-murid dan jalan raya tanpa kereta”. Ekoran tulisan saya itu banyak emel yang diterima dengan maklumat betapa kebanyakan tanah di mana babi itu diternak adalah milik orang Melayu, khususnya pemimpin UMNO negeri termasuk warga istana. Kerana itu kekotoran yang melimpah masuk Sungai Lukut hingga hari ini tidak diambil peduli walaupun air di situ disedut untuk dijadikan bekalan minuman. Bulan lalu saya ada menulis satu artikel kenapakah Jabatan Agama Islam tidak diberikan peranan untuk mengesahkan bekalan air sebagai halal untuk dijadikan bekalan air minuman? Sehingga kini kita tidak dapat sebarang reaksi akan soalan ini. Mungkin ia akan memakan masa dua tahun sebelum ada reaksinya seperti reaksi Kementerian Penerangan menukar ‘infotainment&rsquo ; kepada Inforia pada hari ini. Sedangkan itulah yang saya cadangkan dalam tulisan saya pada 14.09.2004 yang lalu, sebaik Kadir Sikh Fadir mengumumkan penggunaan perkataan itu. Dengan penukaran perkataan itu kali ini, nampaknya satu lagu baru akan digubah menggantikan “TV1 Tetap Unggul” kerana dalam lagu itu ada perkataan ‘infotainment&rsquo ;. Apapun saya puji Zam kerana berubah sikap. Satu ketika dahulu dialah yang mempertahankan perkataan ‘infotainment&rsquo ; Saya harap selepas ini Zam akan cuba pengaruhi Perdana Menteri untuk ubah perkataan “Precinct, parcel, boulevard’ dan banyak lagi perkataan Amerikan yang ditanam oleh Tun Mahathir di Putrajaya. Maaf kalau melencong sedikit tadi. Tetapi itulah kisah kerajaan kita ini. Perkataan ‘infotainment&rsquo ; ditukar semasa RTM memperkenalkan jenama barunya (termasuk logo) yang menelan berjuta ringgit. Inilah yang saya sebutkan dahulu “Pemerintahan Melalui Cogankata.” Kini, tujuh tahun sudah berlalu selepas wabak JE dan Virus Nipah menghenyak negara ini. Kalau saya tidak silap satu ratus juta ringgit telah diperuntukkan oleh kerajaan memberikan pampasan kepada penternak khinzir itu semuanya. Kerana itu jumlah babi yang diternak tidak pun mencecah setengah juta tetapi kerana adanya tabung pampasan itu tiba-tiba jumlah babi naik meningkat lebih dua kali ganda. Penternak yang sudah pencen dan tidak duduk di Bukit Pelanduk muncul untuk menandatangani surat akuan bahawa mereka turut kehilangan babi yang tidak mereka ternak lagi. Semasa wabak itu merebak daripada Negeri Sembilan kita dapati ada sekatan jalan dibuat untuk menentukan tidak ada babi yang diangkut daripada satu kawasan kepada satu kawasan yang lain. Tetapi dalam pencegahan wabak selesema burung, kenapa tidak ada sekatan jalan dibuat untuk mencegah penghantaran ayam hidup daripada Siam ke selatan Semenanjung? Kira-kira tiga tahun dulu dalam bulan Mac, kira-kira 70 daripada 120 bekas penternak babi di Tanah Merah Site A, dikatakan menternak semula kira-kira 400 ekor babi walaupun kerajaan mengharamkan babi di kawasan itu. Lantas, Sungai Lukut tercemar lagi. Adakah sesiapa yang ambil peduli? Walaupun bekalan air di Lukut, Port Dickson, kawasan Felda di persekitaran hinggalah ke arah Seremban datang daripada bekalan sungai yang sama? Sesungguhnya kalau kita jelajah Negeri Sembilan ktia akan lihat banyk sungguh ladang ternakan babi sekarang ini. Tinjauan ini amat mudah dilakukan kalau kita perhatikan sungai-sungai yang dicemari najis babi. Yang peliknya inilah air sungai yang disalurkan untuk bekalan minuman semua rakyat Negeri sembilan termasuk warga istana, pemimpin kerajaan BN dan ketua-ketua agama Islam yang sepatutnya sedar akan jenis air yang diminum oleh umat Islam, termasuk semua budak-sekolah dan di asrama mereka. Begitu juga dengan air kumur semasa kita berwuduk. Di sini saya mahu melencong sikit. Semasa saya menyebut kisah Jabatan Islam dan air minum halal, ada satu emel yang saya terima bahawa air sungai sengaja dibiarkan tercemar kerana kebanyakan kilang membotolkan air ‘mineral’ adalah milik pemimpin parti BN. Saya tidak mencurigai berita emel itu kerana kita pernah disogokkan kisah kemalangan jalan raya yang menimpa Menteri Aziz Shamsuddin yang mengorbankan isteri beliau. Ekoran kemalangan itu tersebut kisah sekeping cek yang dicuri oleh seorang pemuda Melayu daripada tempat kemalangan itu. Cek itu adalah cek yang bernilai lebih dua puluh ribu ringgit yang diterima oleh Menteri Aziz Shamsuddin daripada satu kilang mineral di Taiping. Sehingga hari ini kita masih menunggu kisah penutup kes itu di mahkamah. Berbalik kita kepada wabak selesema unggas yang melanda negara ini, kini kita dapati banyak ayam yang diternak oleh orang kampung turut menjadi mangsa. Itulah pencarian hidup orang kampung yang sudah tua dan baru pencen daripada jawatan kerajaan. Ada yang menggunakan hasil peliharaan ayam kampung untuk menyara anak dan cucu yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi. Apa yang akan jadi apabila semua ayam mereka mati? Alangkah melucukan kisah ayam mati ini? Hanya dua minggu yang lalu Perdana Menteri dan anggota kabinetnya telah menghadiri satu pesta makan daging ayam sebagai satu pertanda bahawa wabak unggas sudah berakhir. Kerajaan telah membuat satu senarai nilai pampasan yang akan dibayar kepada penternak ayam yang kerugian (Sila lihat url ini: http://agrolink.moa.my/jph/epv/kadarpampasan.htm" title="http://agrolink.moa.my/jph/epv/kadarpampasan.htm" target="_blank"http://agrolink.moa.my/jph/ep... ) Bilakah agaknya mereka akan dibayar pampasan itu? Menunggukan pilihan raya akan datang baru diselesaikan bayaran pampasan? Itulah yang terjadi di Lukut dahulu, penternak dibayar hanya satu minggu sebelum pilihan raya yang mengalahkan Roslan Kassim. Saya percaya ladang besar yang memelihara ayam ada mengambil insurans untuk menutup risiko memelihara ayam mereka. Apabila berlaku wabak ayam tentulah mereka mendapat pampasan atas kerugian yang melanda. Adakah sesiapa dapat menduga berapakah jumlah pampasan bagi setiap ekor ayam yang mati kerana selesema burung di kalangan penternak kecil-kecilan di kampung-kampung? Daripada jumlah yang dibayar nanti berapakah sebenarnya pampasan ayam yang mati dan berapakah yang masuk kantung JKK Kampung dan tabung orang-orang UMNO? - Marhaintua - 23.03.2006
|
|
|
| |
| Pembaziran Marina Harbour Di Kuala Kedah - Salah Siapa? |
| 03.23.06 (10:41 am) [edit] |
Siapa untung dan siapa pula yang rugi? Siapa sapu duit dan siapa yang akhirnya merana? Itu adalah beberapa persoalan yang timbul bila menonton berita TV3 malam ini berhubung projek Marina harbour di Kuala Kedah yang kini menjadi gajah putih. Menurut laporan tersebut ianya bukan sahaja ianya menjadi satu pembaziran yang besar, tetapi turut menjadi sarang maksiat oleh para remaja. Berita tersebut turut melaporkan beberapa bahagian bangunan yang kini telah rosak dan reput tanpa penyelenggaran yang sempurna. Hiasan dalaman dilaporkan adalah yang mahal dan yang diimport. Ketika laporan itu belum habis, sepupu saya yang pernah satu ketika berkhidmat dengan Kumpulan Aseania (kepunyaan keluarga Sheikh Fadzir) menyampuk sambil mengatakan bahawa segala pembekalan perabot itu adalah dari anak syarikat kepunyaan keluarga Kadir Sheikh Fadzir (lihat gambar istananya http://www.malaysia-today.net/fotos/2005/02/homes-o f-filthy-rich-and-famous.htm" title="http://www.malaysia-today.net/fotos/2005/02/homes-o f-filthy-rich-and-famous.htm" target="_blank"http://www.malaysia-today.net...). Pernah semasa di peringkat pembinaan projek dulu pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan terhadap pembaziran yang sedang dilakukan oleh kerajaan. Pelbagai laporan dan berita dibuat di media alternatif, namun semuanya tidak diambil peduli. Kini terbukti benar hanya setelah lebih RM70 juta dibazirkan. TV3 jika serious sepatutnya lebih peka di peringkat awal. Jangan asyik membodek ketika pemimpin UMNO sedang berkuasa dan hanya berani bertindak setelah nasi menjadi bubur. Begitu jugalah dengan pelbagai projek yang kini dirancang untuk dibazirkan oleh pentadbiran Idris Jusoh. Dengan taraf kemiskinan negeri Terengganu yang masih terbawah di kalangan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN, Idris tidak meletakkan prioriti langsung dalam menaikkan taraf kehidupan rakyat negeri. 1. Siapa yang untung dengan pembelanjaan RM200 juta untuk Monsoon Cup? 2. Siapa yang akan untung dengan pembelanjaan RM200 juta bagi pembinaan Marina (projek yang sama dengan di Kuala Kedah) di Pulau Duyung? 3. Siapa akan untuk dengan pembelanjaan yang sudah mencecah RM200 juta untuk Pusat Sukan Kuda di Kuala Ibai? 4. Siapa yang bakal mengaut keuntungan bila satu lagi Pusat Equine yang akan dibina tidak jauh ke utara tapak lapangan terbang kini? 5. Siapa yang untung dengan pembinaan masjid kaca yang bakal dibanggakan? Dan banyak lagi pembaziran yang telah dan bakal dilakukan oleh Idris dan pimpinan UMNO dalam keadaan rakyat menderita kemiskinan. Jika struktur bangunan diukur sebagai pembangunan - Idris patut meletak prioriti untuk menyiapkan komplek membeli belah di belakang stesen bas yang terbengkalai semenjak pemerintahan Wan Mokhtar lagi. TV3 jika benar-benar prihatin dengan nasib rakyat Terengganu dan bersungguh untuk mengelakkan pembaziran dari berlaku (bukan melapor bila sudah menjadi gajah putih), TV3 MESTI tidak takut dengan pemimpin yang masih berkuasa. Laporlah "without fear or favour". Sekian Ibrahim Baba 22 Mac 2006
|
|
|
| |
| JANGAN TERTIPU DENGAN 'MUSLIHAT' MAHATHIR..... |
| 03.20.06 (11:26 am) [edit] |
Pada aku, Mahathir sebenarnya masih ber'main' dengan politik Malaysia walaupun secara rasminya dia bersara.... Banyak kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan Pak Lah (Ayah Lah..?) telah dikeluarkan secara 'press statement' yg amat memalukan kerajaan Ayah Lah...Lalu, pencacai-pancacai bongok dalam KMU pun berkokok sama menyokong mahathir dan mengecam Ayah Lah seburuk-buruknya.... Sekarang Mahathir dianggap macam 'patung yang disembah' (idol) oleh mereka dengan pelbagai puji-pujian yang melambung seolah-olah mahathirlah segala-galanya....Ayah Lah is nothing..!!! Mahathir mengecam Pak Lah setelah dilihat bahwa penasihat akrab yang merangkap sebagai menantu yang disayangi, telah mempelgunakan peluang yang ada untuk mengumpul harta (termasuklah anak-beranak serta saudara terdekat) bagi tujuan mencantas sebanyak-mungkin tunas-tunas atau mereka yang ada kaitan dengan 'team mahathir' (Team M bukan MyTeam...). Najib, orang kuat dan harapan Team M, sekarang terpaksa menjadi 'pelakun' serba boleh dan sangat menikus dalam sesuatu kenyataan yang dikeluarkan supaya perasaan Ayah Lah tidak terguris...Kerana padah akibatnya kalau melukakan hati Ayah Lah....Lalu 'Tok Det' digunakan sebagai pencurah dan pelepas perasaan terhadap Ayah Lah, supaya rakyat tidak berapa senang dengan kerajaan sekarang... Mereka boleh bermain-main dalam keadaan sekarang, kerana mereka sangat selesa dan ditambah pula dengan kedudukan pembakang yang agak tidak menentu dan tidak bersatu.....dan mereka tahu kalau Ayah Lah jatuh, ingat, Najib selaku orang kuat Mahathir, akan menjadi PM....dan hidup mahathir akan bertambah selesa sampai akhir hayat.... Ayah Lah terpaksa tidak memperdulikan luahan rakyat apabila keputusan kenaikan minyak dibuat, kerana 'Team'nya memerlukan banyak duit sebelum pemilihan agung Umno akan datang....Peluang menjadi PM, Menteri Kewangan dan Menteri dalam Negeri, sudah cukup selesa baginya melebarkan jajahan penaklukan harta rakyat untuk kepentingan teamnya, demi survival politik dalam Umno, kalau tak, dia sendiri pun kena cantas... Politik cantas-mencantas ini nampaknya sudah mencapai tahap kritikal, bila rakyat sendiri telah terbabit untuk dibebani masalah negara....dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin negara boleh bergembira dan menikmati pelbagai subsidi-subsidi (elaun-elauan) termasuk subsidi minyak.... Apakah yang menyebabkan rakyat berjaya diperbodohkan..? Setelah ruang demokrasi telah di'rogol', diperkosa dan di'liwat', adakah tiba masanya revolusi menjadi pilihan semasa..? Tepuk dada tanya iman.... Diharap kita jangan melayan sebarang kenyataan Mahathir, kerana dia tidak ade kena mengena dengan perjuangan ini. Akan tetapi, anggaplah kenyataan-kenyataan mereka itu sebagai masalah dalaman parti mereka dalam perebutan kuasa politik Umno, yang mana tak lain semata-mata untuk kepentingan peribadi dan 'urat-perut' sendiri... Marilah kita bersatu, mantapkan strategi semasa, hidupkan kerja jemaah dan ramaikan ahli serta sedarkan rakyat semua....kerana itu tugas kita semua, bukan tugas pimpinan semata-mata. Maka, LAWAN TETAP LAWAN...... CyberLuncai - 20.03.2006
|
|
|
| |
| Aku Tak Terfikir Macam Ahli Fikir, Berfikir |
| 03.09.06 (10:52 am) [edit] |
Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak lagi....Apa dah jadi dengan kerajaan oh kera……&hell ip;jaan. Slogan membela nasib rakyat, semuanya untuk rakyat dan termasuklah menaikkan harga minyak untuk rakyat....... Marahnya rakyat pada dia, serta menimbulkan bermacam-macam tanggapan di atas kekurangan dan kelemahannya sebagai pemerintah yang dilantik olehnya. Kehendak rakyatkah dia dan apakah kehendak Tuhan atau suratan takdir supaya dia yang berkuasa memerintah Negara. Inilah padahnya menerima beban pemerintahan yang ditinggalkan oleh bekas pemerintah, yang rakyat jelata sanjungi dahulu akan kehebatannya, dan kelantangannya boleh membawa kejayaan mutlak kepada setiap rakyat. Banyak mana pula usaha yang dia telah lakukan sewaktu memerintah dan banyak manakah pulak kejayaan yang telah rakyat kecapi dan menikmati. Bagi aku dialah, yang aku dapati antara pemimpin yang paling tajam pemikirannya dapat membawa fikiran dan membeli hati rakyat supaya menerima apa saja yang dia lakukan dengan berkesan sekali merancang, membangunkan dan mendungukan fikiran rakyat demi kepentingan diri ketika di bawah pemerintahannya selama lebih kurang 21 tahun. Buku karangan beliau Malay Dilema benar-benar menepati apa yang tersirat dan tersurat, dengan berasa bangganya pula buku itu dihalalkan untuk tatapan rakyat, kandungannya adalah hasil percambahan fikiran, ketajaman minda dan sejarah kemelayuan Melayu Malaysia dikupas, dengan bertujuan agar benar-benar dapat membeli hati, jiwa dan raga Melayu. Hasilnya penulisan beliau cukup berkesan setelah melakukan kajian akan kelemahan, kekurangan dan kelebihan orang-orang Melayu. Intipatinya boleh digunakan tidak melebihi 15-20 tahun, sebab akan wujud satu Melayu yang akan menderhakai dan menggugat kepimpinan beliau dan rakyat mulai sedar dan bangkit untuk melawan. Lantaran bermacam-macam perkara yang telah berlaku di penghujung jalan, semuanya berkaitan dengan kedudukan beliau sebagai pemerintah. Kelemahan demi kelemahan mula terpacul dan beliau mulai sedar tempoh lemahnya Malay Dilema lantaran dia berhasrat untuk mengundurkan diri. Maka dia mengambil langkah bersara dari tampuk pemerintahan, mengundur diri dengan bijaksana. Setelah berjaya memenuhi impian peribadi dan bercita-cita untuk ketua negara terlaksana, maka berundurlah dia yang aku anggap sebagai seorang diktator yang pernah memerintah Negara. Seawalnya Malaysia cukup sederhana, di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn pewaris Datuk Onn bin Jaafar. Beliau memaksa untuk bersara kerana tekanan yang cukup hebat, Kepimpinan beliau diserlahkan seolah-olah rakyat cukup dan sangat dahagakan kepimpinan yang lebih berani, boleh membawa rakyat lebih dengan kelebihan dari bangsa lain. Maka kepimpinan bertukar tangan. Dia mula berkuasa. Negara ku sebenarnya kaya, walaupun sebesar jantung pisang tapi bermacam-macam hasil bumi yang telah Tuhan anugerahi bila saja termaktub di dalam Perlembagaan, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia. Maka sumurlah Negara tersebut, rezeki melimpah ruah. Maka bermulalah kerjaya mempelbagaikan khazanah Negara. Diselongkar satu persatu. Berbillion-billion Ringgit mencurah-curah masuk dalam kantung Negara dan saku mereka, begitulah juga banyaknya jutaan Ringgit mungkin billion dan trillion yang telah dikerjakannya sama ada untuk rakyat jelata yang kononnya dahagakan pembangunan material tanpa memikirkan pembangunan insan mahupun peribadi serta golongan kroni-kroninya. Maka lahirlah jutawan-jutawan keparat, tak kurang juga usahawan merempat melukut di tepi gantang yang menerima habuan, kerana bersedia dan sanggup menjadi barua, semata-mata bagi memenuhi impian pemimpin mereka. Satu persatu bangunan dibangunkan dengan banyaknya. Bumi diturap tar terbentang dari utara hingga ke selatan, timur dan barat, tak terkira banyaknya projek. Agendanya berjaya, cukup berjaya sekali merencanakan sejarah Negara, sehingga rela menggadai maruah dan budaya bangsa. Para menterinya membisu diri, sekadar menjadi pak sanggup dan pak turut, benak sungguh hati mereka. Kenapa demikian jadinya? Antaranya sebab otak mereka telah tidak boleh berfungsi mengikut acuan Islam, kerana telah disuntik agenda racun berbisa. Menerima apa saja, termasuklah wang sogokan puluhan juta keringat anak bangsa. Menyokong apa saja asalkan dapat menumpang merasa apa yang ketua mereka rasa. Mereka-mereka itu telah dijerat, dikawal segala gerak laku dan mulut mereka telah disumbat dengan wang ribuan dan jutaan Ringgit. Melawan bererti derhaka kepada ketua, masing-masing menerima habuan bendahara. Beranikah mereka? Tidak! Tidak! Sama sekali tidak berani melawan ketua mereka. Setiap menteri dan kuncu-kuncunya dalam saku ketua keparat, melawan bererti derhaka. Rakyat yang menderita. Maka jadi kayu, maka kayu-kayu ini hanya tahu setuju dan angkat tangan. Rasuah dah jadi lumrah. Masih tak percaya perbuatan mereka, siasat harta benda mereka. Apa dah jadi dengan Perbendaharaan Negara? Maka bertepuk tanganlah rakyat bersuka ria gembira melihat dan mendengar ada banyak buruh-buruh pendatang izin mahupun tanpa izin sedang tekun menyusun batu-batan untuk menongkat langit di celah-celah jalan raya hasil usaha tok samy juga yang jadi kaya-raya. Di bandar-bandaraya yang jelek lagi menjijikkan intipatinya, dihimpunkan segala bentuk bangunan kononnya berjaya. Maka berdirinya megah batu-batan yang disusun di setiap simpang dan di sepanjang jalan raya, agar boleh sebaris dengan negara-negara kaya, untuk dipandang mulia dan disanjung tinggi. Kononnya maju dan setanding dengan negara barat, namun yang pastinya cuma terlopong-loponglah mulut rakyat jelata tanpa mengira bangsa ternganga besar memandangnya. Itulah yang dibangga-banggakan olehnya. Tak kurang juga meraba pulalah si buta bertanyakan tingginya batu itu? Maka terkekeh-kekehlah pulak sicerdik dan kuncu-kuncunya melihat rakyat diperbodohkan menjadi mangsa. Bagi mereka habuan untuk rakyat senang sahaja! Mereka perlukan hiburan, mereka dahagakan keseronokan, lalu disogokkan dengan kecanggihan dan keseronokan sosial agar leka dan lalai semata-mata bagi memenuhi dan menjamin kedudukan untuk mereka terus berkuasa. Tanpa mengira bangsa keturunan dan agama, ramai yang memenuhi pusat-pusat hiburan, sehingga leka, seleka-lekanya. Tak kurang juga gejala maksiat berlaku berleluasa semata-mata mengikut nasfu tanpa mengira usia, keturunan dan bangsa. Ancaman dadah sehinggakan tidak dapat dikawal, dari kalangan anak muda sehinggalah yang tua, yang tidak berilmu sehinggalah juga yang berpelajaran tinggi, yang jadi buruh sehingga bergaji besar, ragut dan rompak macam dah jadi perkara biasa. Dan paling mendukacitakan juga rasuah dah jadi lumrah. Inilah antara gejala-gejala peninggalan pemimpin terdahulu yang tidak dapat rakyat maafkan. Rakyat tidak rencanakan supaya memiliki daya berfikir yang tinggi. Rakyat hanya tau terima saja dan betapa dungunya rakyat jelata sehingga tidak dapat menilai parti yang terbaik yang sepatutnya untuk memerintah negara. Dengan dihebahkan bermacam-macam agenda bodoh dan tolol, kononnya mereka sajalah yang pandai memerintah Negara, yang berupaya membangunkan Negara ini. Dia maha tahu untuk menggunakan segala sumber untuk melemahkan fikiran rakyat, begitu juga diberikan hiburan, dimomokkan dengan segala macam hiburan termasuklah di kaca televisyen. Propagandanya licik dan diakui amat berkesan sekali, tapi amat malang sekali rakyat, rakyat jelata dah berjaya dibeli dan dilembukan. Perancangan ekonomi untuk menaikkan taraf bumiputera menemui kegagalan. Berjuta-juta Ringgit ditaburkan untuk menaikkan ekonomi, setakat berkemampuan saja. Pinjaman oleh pihak bank sekadar untuk menutup mata saja, yang sebenarnya bagi menggalakkan orang Melayu berhutang kemudian bayar. Maka pusingan duit boleh berlaku, dan pihak bank mengaut riba. Manakala yang pinjam tak dapat bayar, tak pa boleh isytihar bankrap, senang aje. Macam-macam lagi kalau sentuh fasal ekonomi. Dipendekkan cerita, usahawan Melayu tidak memiliki daya fikir yang tinggi. Mereka berniaga ikut contoh apa yang orang lain buat sebelum ini, mereka berniaga akibat desakan kemajuan, dan mau kaya cepat. Mereka tidak berupaya bertahan lama dalam bidang yang diceburi, kerana otak usahawan Melayu tidak boleh bertahan lama untuk berfikir. Lemah bila menghadapi cabaran, lemah untuk bersaing, lemah untuk mencipta perniagaan baru, dan lemah pegangan iman dan Islam sekadar pakaian bukannya amalan. Aku pun tak tau berapa ramai bilangan Melayu yang berjaya yang jadi jutawan tulen tanpa melibatkan penyelewengan dan lain-lain sumber yang haram. Maka hasilnya mereka berjaya membentuk usahawan Melayu Mudah Lupa Diri. Dr. Jangan kau letakkan pada rakyat. Kau yang bertanggungjawab mengapa dan kenapa Melayu lupa diri, rakyat benar-benar terbeli dengan wadah dan wacana yang telah kau cipta. 20 tahun sudah berlalu, ibarat habis madu sepah dibuang semut datang terkumat-kamit untuk menjamah sisa yang tinggal, juga bercita-cita tinggi menjejaki langkah nafsu kuat tapi tak bertenaga. Maka rakyatlah yang jadi mangsa, menanggung beban sengsara sepanjang usia. Memang hebatnya cerita dalam Malay Dilema tapi sayang…… Kerana pada aku Malay Dilema itu ibarat duri dalam daging. Ibarat jarum berbisa menusuk jiwa, gunting dalam lipatan yang telah berjaya memesongkan fikiran rakyat. Kononnya ceritanya kelak supaya ada kebangkitan bangsa bermaruah, bersama-sama dia merencanakan wadah dan impiannya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Merdeka yang berjaya. Namun sesungguhnya dia memang telah berjaya dalam kerjayanya menggunakan rakyat yang disogokkan dengan kebangkitan Melayu. Malay Dilema bertujuan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan peribadi. Dia seorang yang cerdik untuk mensejarahkan bangsa Melayu. Sebenarnya cerita dalam Malay Dilema ialah untuk mengisahkan diri dia. Dia yang akan bangkit, dia yang akan berjaya, dia yang akan kaya, sedangkan rakyat terbeli hatinya tergadai maruah budaya bangsa, peninggalan nenek moyang dahulu kala. Budaya Negara tercemar kerana ikutan nafsu pemimpin durjana, budaya bangsa tercalar keasliannya. Kononnya jika dibandingkan dengan negara maju, rakyat jelata telah dan akan ketinggalan sepanjang zaman. Jika tidak seiring dengan negara maju, akan mundur dalam segala-galanya, tidak maju dan bermacam-macam lagi. Maka rakyat seakan terpanggil untuk menyokong agenda mereka dengan menggunakan bermacam-macam teknik dan taktik supaya rakyat terbeli dengan irama dan rentak tarinya. Maka terikut-ikutlah rakyat mengejar kemajuan yang dirancang yang akhirnya budaya bangsa tergadai di tanah air sendiri, tidak seiring dengan budaya bangsa. Rakyatnya pula ibarat kanak-kanak kecil disuakan dengan gula-gula berlari-lari keriangan mendapatkannya, yang tak dapat menangis tersedu-sedan berputih mata, meminta-minta. Dr. itu yang masih muda lalu meluahkan harapan apa yang tersirat di benak hatinya untuk membela rakyat. Yang sebenarnya akan tertunailah juga hasrat dirinya untuk berkuasa, lalu dibukukannya idea yang terbenam di dalam kepala otaknya agar rakyat menyokongnya dan lalu bukunya itu diharamkan oleh Bendahara Negara ketika itu, kerana boleh menghasut fikiran rakyat jelata untuk menentang pemimpin negara. Puluhan Universiti di Negara, sarjana, pengkaji, pembongkar rahsia dan cerdik pandainya hanya bagai sicelik diberi tongkat, harapkan kepintarannya agar dapat membantu menjana fikiran rakyat. Rupa-rupanya ibarat lembu dicucuk hidung. Memang hebat Malay Dilema mengawal minda. Wadahmu cukup berjaya sehinggakan cendekiawan Melayu terbeli olehnya. Berapalah punya ramai yang bergelar professor terbilang, rupa-rupanya ketandusan minda untuk menyurut rahsia dan menyelongkar di sebalik kejayaan Malay Dilema. Tidak kelihatan satu pun yang dapat diharapkan boleh memainkan peranan bagi mengimbangi fikiran seorang bertaraf diktator. Memang hebat kariernya sewaktu berkuasa. Apa rahsia di sebalik pembikinan Malay Dilema itu? Pakar-pakar kewangannya dan juga penasihat ekonomi negara pun sama. Harapkan pagar, pagar makan dan lanyak padi. Negara ku kononnya kaya, rakyatnya masih ada yang miskin terhina dan dihina oleh bangsa sendiri, hidup melata, melarat meminta-minta, kegetiran untuk terus mengharung hidup, pemimpinnya menganggap cobaaaan belaka. Kakitangan kerajaan macam kuda pakai cermin mata kuning makan rumput hijau, masing-masing berlumba-lumba juga nak jadi kaya-raya. Bermacam-macam usaha yang mereka lakukan termasuklah penyelewengan tugas dan menerima rasuah. Kerajaan menubuhkan bermacam-macam Suruhanjaya kononnya bagi mengawal selia mereka yang bekerja termasuklah Suruhanjaya Polis DiRaja. Perkara rasuah dah jadi lumrah. Apa tidaknya ribuan yang bekerja berketurunan Melayu, ganjaran yang diterima tidak setimpal dengan usaha yang diberikan untuk Negara. Ganjaran sekadar untuk menyara keluarga bukannya untuk membeli harta benda. Lalu tabung-tabung berselerakan menawarkan hutang berlipat kali ganda dapatnya untuk memenuhi selera mereka. Maka bebanannya tak terhingga, sehinggakan iman mereka tergadai, sanggup melakukan apa saja. Melayu Islam tergadai jiwa, Islam tergadai maruah. Mereka ibarat barua, seperti mana kata pemimpin mereka, lalu mereka pun ketawa sama tanda suka. Mana perginya orang bergelar ustaz, ustazah atau Guru Agama? Berpeluk tubuh sekadar mengajar murid-murid di sekolah? Mana perginya kuliah untuk menyebarkan ilmu, agar iman kakitangan kerajaan kuat lagi jitu bagi menghindarkan perkara mungkar berlaku di kalangan kamu. Para ulamanya pula, hanya berbangga berserban tinggi, berkupiah, berjubah leret entah apa dah jadi. Harapkan mereka membawa sepanduk di jalan raya membawa message derhaka punya negara menghina Nabi Muhammad Rasulullah SAW, duduk menyepi membisu diri, patuh dan taat sia-sia pada pemerintah. Kononnya kamu golongan syurga, tapi derhaka kepada Rasulullah. Apa tindakan kamu? Apa perjuangan Kamu? Kamu benar-benar tak boleh harap……&hel lip;.. Majlis Ulama ibarat tikus dihempap beras. Wahai para ulama, tidakkah kau tahu dan sedar, bahawa kau telah menerima tanggungjawab besar terhadap Agamaku. Bahawa kau telah diamanahkan oleh ALLAH untuk menjaga agamaku. Tidakku tahu rupanya ulama golongan bangsa Melayu Islam berjiwa pengecut. Ayat Al-Quran dan Hadis hanya petah di bibir saja rupa-rupanya. Ayuh bangun segera jangan terlena asyik dengan kemerduannya aje. Pantas bertindak sebelum terlambat. Hebahkan dan hebohkan pada rakyat jelata akan intipatinya, pengajarannya, suruhannya dan nobatkan di dalam jiwa berkorban apa sahaja, demi rasulmu. Sebelum Merdeka golongan ulama penentang bangsa penjajah. Bangsa Melayu Islamkah mereka? Wahai ulama! Kenapa tidak kau teladani semangat mereka menegakkan yang benar serta sanggup mati, berani berjuang demi Nabi dan RasulNya, demi AgamaNya. Aku pun tak tahu, mungkin kau lena dibuai mimpi. Mana perginya Insan Kamil. Allahu Akbar. Sedarlah wahai ulama, ayuh berdiri megah pergi berjuang membawa panji-panji ISLAM, laungkan kalimah ALLAH. Yang sembunyi nyak dirinya, tak ada harga diri, Hendakku penggal kepalanya kerana derhaka kepada Agama dan Bangsa dan Negara.
| |