Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Kebodohan Institut Terjemahan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
10.28.05 (8:34 am)   [edit]

Nun jauh tersorok di sebalik lapisan tebal laporan Auditor General (Ketua Audit Negara) terdapat satu perkara yang sungguh tidak disangka-sangka: Terdapat berjuta-juta naskhah buku yang tidak terjual di Institut Terjemahan Negara. Satu lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan mendedahkan longgokan buku dan bahan percetakan yang tersusun di gudang yang terletak di kawasan ibu pejabat yang sungguh mahal


Masalah yang menghantui kedua-dua agensi berkenaan mencerminkan satu isu yang lebih besar; betapa bodohnya kerajaan yang suka campurtangan dalam urusan yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor swasta. Pegawai kerajaan bukannya pandai untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya. Tatasusila perkhidmatan awam selalunya menongkah arus iklim perniagaan.

Laporan Ketua Audit Negara itu, walaupun kerap dialu-alukan, tidak pula membawa kaedah memperbetulkan isu yang fundamental. Selalunya ia melaporkan segala pembaziran tetapi mengabaikan caranya masalah itu boleh timbul di tahap awalannya ataupun bagaimana untuk menyelesaikannya.

Bayangkan kalaulah kita menutup kedua-dua agensi itu. Kemudian gunakan wang yang dapat dijimatkan termasuk pendapatan yang berbangkit daripada sewa ibu pejabat yang canggih-manggih untuk memberikan ‘grant’ kepada bakal penulis, guru-guru dan pensyarah untuk menulis ataupun menterjemahkan buku ke dalam bahasa Melayu. Saya akan memberikan RM25K (25,000 Ringgit) kepada penulis dan RM10K kepada penerbit, tanpa cukai (setengah jumlah itu untuk kerja-kerja terjemahan) bagi setiap jilid yang disudahkan. Kalau buku laris terjual, si penulis dan penerbit akan dapat keuntungan tambahan dan royalti.

Sebaliknya penerbit diperlukan menyumbangkan satu salinan kepada setiap perpustakaan awam di negara ini. Dengan cara ini buku yang telah diterbitkan itu akan mendapat pengagihan yang sungguh meluas dan besar kemungkinan buku itu akan dibaca orang. Kaedah in akan turut menggalakkan guru-guru yang kurang gajinya dan para pensyarah untuk menulis sebagai cara menambah pendapatan mereka. Bukankah ini satu jalan yang baik untuk memberikan imbuhan kepada golongan yang bekerja keras dan produktif di kalangan mereka.

 Kita boleh mengolah ‘grant’ itu dengan memberikan anugerah khas kepada para penulis dan penterjemah dalam bidang sains dan teknikal.

Beribu-ribu tajuk (kebanyakannya berbentuk klasik, baik fiksyen ataupun bukan fiksyen) sudah diketahui umum, jadi soal hakcipta tidak lagi menjadi satu masalah. Kalau ada buku dan hasil tulisan yang masih dikawal oleh hakcipta, saya akan gunakan dana untuk mendapatkan hak menterjemahkannya.

Skim semacam itu akan menggalakkan guru-guru kita, pengarang dan pensyarah untuk menulis, dan sekali gus menambahkan jumlah hasil penerbitan dalam Bahasa Melayu. Sudah tentu jumlahnya adalah lebih banyak daripada apa yang sedang diusahakan oleh kedua-dua agensi itu sekarang ini.

Satu lagi keuntungannya ialah kemunculan berdozen penerbit baru. Sudah tentu ini menjadi satu perangsang kepada calon usahawan kita.

Semasa Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 1956 dan kemudiannya dikembangkan pada 1960-an, ada satu mangsa yang tidak diketahui ramai dalam bentuk tamatnya riwayat ramai penerbit dan pencetak Melayu seperti Sinaran Brothers. Apabila Dewan menjadi besar dan dominan ia telah menjerut pembangunan penerbit dan penulis baru dan yang inovatif.

Kalau kita ambil kira penterjemah dan penulis di Dewan Bahasa dan Institut Terjemahan Negara, saya akan menghantar mereka mengajar di sekolah-sekolah sahaja.

Sementra itu semua buku yang menggunung itu bolehlah dijual pada harga lelong sahaja dan semua jilidan dijual pada kadar diskaun sebanyak 50% semasa minggu pertama jualan. Hari yang pertama eloklah dibuka hanya kepada guru dan pelajar. Pada minggu yang kedua saya akan menurunkan harga diskaun sebanyajk 50% lagi menjadikan harga jualan lelong kepada 25% daripada harga jualan yang asal. Sekali lagi guru-guru dan para pelajar menjadi kumpulan sasaran jualan itu. Kalau ada lagi buku yang tidak terjual ia boleh dijual dengan kadar 10% daripada harga asal pada minggu yang ketiga. Pada minggu yang terakhir, apa juga yang tinggal, dijual dengan kadar RM1 sahaja. Kalau ada lagi buku yang tinggal selepas itu ia harus diberikan secara percuma.
 
Perhatikan bagaimana inventori bergerak dan ruang buku yang dapat dikosongkan.


Para penulis mahu melihat hasil kerja mereka dibaca, bukannya disusun di gudang dalam bilik yang gelap. Bayangkan penyebaran pengetahuan di kalangan masyarakat kita kalau kita ambil tindakan seperti ini.

Segala aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan Negara boleh dilakukan dengan lebih berkesan dan pada kos yang minimum kepada kerajaan oleh universiti dan syarikat penerbitan. Pegawai kerajaan tidak tahu bagaimana menggerakkan barang jualan ataupun meletakkan harga pada barangan mereka secara agresif. Birokrat tidak tahu apa maknanya kehendak pasaran dan keutamaan pelanggan. Tidak kiralah sama ada buku itu terjual ataupun tersadai dalam gudang, pegawai kerajaan masih menerima bonus dan pangkat mereka. Tidak ada insentif untuk mereka bekerja keras. Dengan rencana saya ini, kalau penulis tidak menulis dan penterjemah tidak menterjemah, mereka tidak menerima grant. Kalau buku mereka tidak laris terjual, itu sahaja yang mereka dapat, grant - dan tidak ada lain lagi. Itu sudah cukup menjadi insentif bagi mereka menghasilkan karya yang bermutu.

Yakinlah akan banyak lagi buku dalam Bahasa Melayu yang akan diterbitkan. Kalau ada yang rugi dalam skema ini, mereka adalah golongan birokrat. Inilah alasan besar kenapa cadangan saya ini tidak akan diterima pakai.

Institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan Negara tidak ada kena mengena dengan kerja menerbitkan karya Melayu tetapi berperanan menentukan tempat kerja yang selesa kepada pegawai kerajaan berbangsa Melayu. Inilah satu faktor yang telah dilupakan oleh laporan Ketua Audit Negara itu.
 


- M. Bakri Musa

 
Bila Impian Bertukar Igauan
10.24.05 (1:24 pm)   [edit]

Media arus perdana Malaysia melalakkannya sebagai satu ‘dream team’ yakni satu pasukan impian. apabila pasukan itu dipimpin pula oleh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah tentulah rombongannya diwarnai oleh harapan besar sebagai satu misi pelaburan yang berjaya.


Beberapa majlis pemasaran yang ‘high-profile’ gemanya telah dianjurkan di dua bandaraya pasaran yang antara terpenting di dunia - London dan New York. Rombongan itu telah berada di London pada 12 September dan di New York sehari kemudiannya.

Misi itu telah dianjurkan bersama oleh sebuah bank pelaburan AS, Merrill Lynch dan ECM Libra Bhd, satu syarikat yang (kononnya) dikira hebat.

ECM Libra adalah dipengerusikan oleh Datuk Kalimullah Mahsheerul Hassan yang ketika artikel ini ditulis masih merupakan Ketua Pengarang Kumpulan (Group Editor-in-Chief) di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Antara pengarah utama syarikat itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Rombongan pelaburan itu telah disertai oleh orang-orang ternama di kalangan eksekutif kanan syarikat bukan-Bumiputera. Contohnya ialah Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Datuk Lim Kok Thay (Genting) dan Ralp Marshall (Astro) – dan adalah segelintir pengurus Bumiputera daripada GLC (Syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan)

Yang menjadi ironisnya belum pun sampai satu minggu selepas misi yang disebut berjaya itu tamat, Merrill Lynch telah menurunkan penilaiannya terhadap pasaran saham Malaysia kepada ‘underweight’ sedangkan dinaikkan pula pasaran Korea Selatan.

Dalam satu utusannya kepada Kuala Lumpur, The Singapore Business Times berkata: “Dalam satu nada Merrill Lynch telah menyanyikan lagu-lagu pujian menyatakan Malaysia adalah syurga pelaburan, tetapi dengan nada lain ia memberi amaran agar para pelabur jangan menyentuhnya. Inilah yang membuatkan masyarakat niaga Kuala Lumpur dan kerajaan menjadi jengkel...” Laporan itu menambah: “Strategi Merrill dalam laporannya mengenai rantau ini bertarikh 20 September adalah bertujuan mahu melonjakkan bursa saham Korea Selatan itu. Bursa Saham Kuala Lumpur telah diperlekehnya kepada ‘underweight’ disebabkan lonjakannya ke atas adalah terlalu terhad.

Malahan ada beberapa peniaga Malaysia mengeluh bahawa laporan Merrill Lynch itu boleh dianggap sebagai memudarkan apa yang dikatakan sebagai kejayaan misi pelaburan. Yang lebih penting lagi, kata mereka, kutukan begitu tidaklah boleh mewarnakan pujian kepada ECM Libra – yang kini diketawakan sebagai “boutique financier” kerana ECM Libra yang mengajak Merrill Lynch untuk memberi bantuan menganjurkan misi itu.

Jadi, kalau ada peniaga Bumiputera yang meradang kerana tidak dijemput menyertai rombongan yang dikatakan kekurangan penyertaan bumiputera itu dulu, seharusnya bersyukur kerana tidak dijemput dulu sebagai anggota rombongan tersebut. Memang jelas betapa impian sudah bertukar menjadi igauan.

Semasa Merrill Lynch menurunkan taraf Bursa KL itu secara kebetulan pula Credit Suisse First Boston, satu lagi bank pelaburan yang berpangkalan di AS telah berbuat demikian jua pada September 30 – yakni hari yang sama Perdana Menteri membentangkan bajet 2006. Kemudian pada 3 Oktober, UBN Amro Holding NV melalui jabatan pelaburannya di Hong Kong telah menurunkan taraf ‘overweight’ Malaysia kepada ‘neutral’ .

Apa silapnya yang sebenar? Hanya mereka yang ada hubungan dengan misi pelaburan London-New York tahu apa yang sebenarnya berlaku - terutama percanggahan antara gembar-gembur yang diterbitkan oleh media arus perdana dengan tindakan menurunkan taraf pasaran yang menyusulinya.

Tamat

Catatan Marhaintua: Semasa disoal di London, ada satu soalan yang tidak dapat dijawab oleh Paklah: “Kenapakah rencana pelaburan negara anda sama dengan rencana pelaburan yang disediakan oleh Temasek Holdings, Singapura dalam buku panduan pelaburan mereka?”

Dengan lain perkataan ada dua kemungkinan yang terjadi:

Pertama: Paklah terjebak kerana misi itu adalah satu cara ECM Libra dan Khairy mengaut harta karun. Berapa juta ringgit telah dilabur oleh kerajaan dalam misi ini? Berapa peratus yang dibalun oleh Khairy dan Kalimullah Masheerul Hassan?

Kedua: Kalimullah Masheerul Hassan dikenali sebagai agen perisik kerajaan Singapura. Dia kini menjadi Group Editor-in-Chief. Nampak sangat Pemuda UMNO tidak boleh mencalonkan orang Melayu mengisi jawatan itu. Selagi kedudukan beliau tidak digugat, mamak Singapura ini akan mengusahakan juga peluang untuk sedut duit kerajaan Malaysia. ECM Libra bukan milik orang Melayu kerana semua pemegang saham adalah orang Cina. Khairy menjadi pengarah di situ hanya sebagai pengutip komisen sahaja. Tidak lebih daripada itu. Selagi ini caranya Malaysia memasarkan peluang pelaburan selagi itulah Singapura akan terus maju jaya. Apa boleh buat....... kerana Pemuda UMNO hanya tahu melalak menghina PAS dan Bangsa Melayu.
 

 
Pengaruh Desas-desus dan di Mana Malaysia Tersilap
10.24.05 (1:22 pm)   [edit]

Pegawai kerajaan Malaysia telah memberikan penghormatan yang sama kepada Perdana Menteri dan ahli keluarganya seperti mana mereka menghormati keluarga DiRaja. Khamis yang lalu (20 Oktober, 2005) kita telah melihat gelagat ini semasa pengkebumian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood. Almarhumah bukanlah Wanita Pertama seperti yang disebut oleh surat khabar dan rangkaian televisyen. Malahan bukan Wanita Kedua Negara kerana kehormatan itu adalah milik isteri kepada Timbalan Yang DiPertuan Agong. Ini bererti Almarhumah bukan jua Wanita Negara yang Ketiga, tetapi bolehlah disebut sebagai Wanita Negara Keempat Belas di bawah senarai nama Permaisuri Sultan dan isteri-isteri Yang DiPertua Negeri. Saya bersedih dengan pemergiannya dan ini akan lebih membebankan tugas Paklah lagi. Semoga Paklah mempunyai keberanian dan kecekalan menghadapi masa depannya yang sungguh mencabar.


Kini sudah muncul desas-desus adanya ahli UMNO yang mahu mencabar beliau bagi jawatan Presiden UMNO. Kononnya, seandainya ada seorang tertentu yang mencabar Paklah, insan itu akan berjaya menumpaskannya.

Bagaimana pun Perdana Menteri kelihatan sudah menjadi semakin ‘imperial’ (kuasa seorang maharajah) walaupun dia semakin kehilangan cengkaman ke atas Ahli Majlis Tertinggi parti dan terhadap panglima perang dalam parti. Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dia memang mempunyai kuasa besar, tetapi dia mesti sentiasa berjaga-jaga kerana ramainya musuh politik dalam parti sendiri. Apabila dia tidak boleh menyingkir dua orang menteri kabinet setelah mereka didapati bersalah oleh parti dan rakyat jelata, adalah bukti kelemahannya. Kalau bukti lain diperlukan lagi, ialah kelewatan beliau merombak kabinet bekas ketuanya dua tahun dulu sejurus mengambil-alih jawatan dan selepas selesainya pilihan raya umum tahun lalu.

Almarhumah Endon pernah menemani suami beliau menziarahi saya di rumah selepas saya menjalani pembedahan jantung tujuh belas tahun dulu, Tidak berapa lama kemudian hatinya jadi tersentuh kerana saya mengkritik suaminya bukan sebagai kritikan peribadinya tetapi sebagai seorang Perdana Menteri. Memang jelas beliau tidak tahu membezakan kritikan peribadi dengan kritikan ke atas jawatan. Saya sentiasa dapat menjalin persahabatan yang baik dengan Paklah setiap kali kami bersua muka, tetapi peluang begitu semakin jarang sekarang ini sejak beliau menetap di Putra Jaya dan saya di Kuala Lumpur. Waktu ini saya tidak lagi boleh memandu , selepas menghidap serangan angin ahmar

Saya memang menyukai Almarhumah. Akan tetapi ini tidak bermakna saya tidak boleh mengkritik pegawai kerajaan yang memberikan layanan Wanita Pertama Negara kepada Almarhumah semasa pengkebumiannya seolah-olah Almarhumah adalah orang istana. Inilah pertama kali isteri seorang Perdana Menteri meninggal semasa suami masih berkuasa. Dulu, kita mempunyai seorang Perdana Menteri (Tun Razak) yang meninggal semasa dalam jawatan. Pada kali ini kita telah melihat bagaimana pegawai kerajaan jadi gelabah seolah-olah tidak tahu apa yang mesti mereka lakukan. Perdana Menteri adalah penjawat yang dilantik, dan kematian isterinya betapa pun meremukkan hati, tidak memestikan rencana radio dan TV ditukar kepada pembacaan ayat suci Quran bermula daripada 10 pagi hinggalah selesai pengebumian itu. Setiap hari ada sahaja umat Islam yang meninggal dunia, dan radio dan TV tidak pun menukar rancangan biasanya sebelum pengebumian mereka. Kenapa pula kematian isteri seorang Perdana Menteri menjadi penyebabnya?

Akan tetapi pejabat Perdana Menteri mesti diberikan kepujian kerana mengumumkan kematian itu dalam masa satu jam. Endon menghembuskan nafas terakhir pada 7.55 dan Radio dan TV mengumumkannya pada 8.27 pagi. Pada keseluruhannya negara ini mengetahui kematian itu melalui desas-desus yang tersebar luas. Pengumuman radio dan TV telah memadamkan berita angin itu. Tindakan ini memang amat berbeza dengan amalan yang terdahulu. Pernah terjadi apabila seorang Yang DiPertuan Agong, ketika itu Sultan Kelantan, telah mangkat, bendera di Istana Negara telah dipasang setengah tiang, tetapi rakyat belum diberitahu mengenainya sehinggalah beberapa jam kemudian. Saya telah memberitahu BBC tempat saya bertugas sebagai wartawan bebas, dan si editor ketika itu telah meminta penjelasan Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk memperakukannya. Pegawai itu memperakukan kematian itu. Lantas pengumuman pun dibuat oleh BBC. Rakyat mengetahui berita rasmi kerajaan mengenai kematian itu dua jam kemudiannya.

Dalam kisah kematian Datin Seri Endon, pengumuman kematiannya telah disiarkan sebelum desas-desus dapat bertiup kencang. Pihak berkuasa telah bertindak bijak. Apabila ada amalan baru memberikan berita kepada rakyat sebaik sahaja kejadiannya, sudah tentu berita kematian isteri Perdana Menteri tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi.

Akhbar The New Straits Time hari ini telah memarahi rakyat jelata kerana mencadangkan kematian mantan Timbalan Perdana Menteri. Kononnya, Tun Ghafar Baba yang berusia 80 tahun sudah meninggal dunia. Beliau telah berada di Wad ICU, Hospital Pantai dan sedang sakit tenat. Perdana Menteri dan tetamu lain sudah pun menziarahinya, walaupun beliau tidak dibenarkan menerima tetam. Sebenarnya persiapan untuk mengalihkannya ke sebuah hospital di England telah menyebabkan berita angin itu. Saya belum berjumpa beliau sejak diserang angin ahmar dulu. Ketika itu pun dia memang kelihatan tidak sihat. Beliau kelihatan menjadi terlalu gemuk dan ingatan beliau sudah tidak menentu. Beliau pernah dikalahkan dalam pertandingan jawatan timbalan presiden UMNO oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, yang kemudainnya telah dipecat oleh Mahathir Mohamad semasa Anwar sudah menjadi timbalan perdana menteri.

Setelah kalah, Tun Gahafar telah bersara daripada dunia politik dan dipinggirkan oleh media perdana. Lagipun beliau telah menjadi begitu lantang mengkritik beberapa dasar kerajaan. Tetamu yang datang menemui beliau di Bangsar adalah orang biasa sahaja. Mereka datang dengan ikhlas Tetapi mereka menyebarkan berita angin kerana kekurangan maklumat rasmi kerajaan. Tun Ghafar telah berada di hospital selama sebulan tetapi adakah sebarang maklumat mengenainya? Dia mungkin merupakan orang biasa pada hari ini, tetapi satu ketika dulu dia merupakan seorang yang ternama. Berita angin tidak boleh tersebar luas seandainya para pegawai mengeluarkan maklumat yang secukupnya. Cadangan bahawa rakyat menyebarkan berita angin adalah tidak benar. Apabila mereka terpaksa mendengar berita angin yang kemudiannya ternyata betul sudah tentu mereka menyebarkan berita angin itu. Mereka tidak teragak-agak berbuat demikian kerana media rasmi dan mereka yang rapat dengan Barisan Nasional tidak mahu menyiarkannya ataupun sengaja menyebarkan pembohongan. Kebanyakan laporan berita yang kita terima adalah memihak kepada kerajaan dan selalunya tidak berguna kepada rakyat jelata.

Kalau pun ada surat khabar yang memaparkan kebenaran, berita itu mengambil masa sampai kepada para pembaca. Saya menetap di Kuala Lumpur dan hanya kira-kira satu batu jaraknya daripada pejabat pengedaran akhbar. Namun, saya menerima akhbar langganan saya pada 10 pagi setiap hari. Saya tidak kisah sangat kerana saya membaca internet pada awal pagi. Akan tetapi saya telah diberitahu kelmarin bahawa di beberapa tempat mereka yang ketiadaan komputer akan mendapat berita itu selewat-lewatnya pada keesokan harinya. Seandainya dia tidak mempunyai ASTRO program, dia terpaksa bergantung pada berita angin yang akhirnya selalu membawa kebenaran juga.. Kerana itu penyebaran berita angin di Malaysia tidak mempunyai niat jahat. Surat khabar, radio dan TV tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan mereka dengan cara memberikan berita yang tidak berguna, berita palsu ataupun lambat mengedarkan akhbar mereka.

Cuba kita renung kembali kisah penyakit Datin Seri Endon. Beliau telah menerima rawatan di California dan mereka yang rapat dengannya tidak memberitahu rakan-rakan mereka apa yang dihadapinya. Akan tetapi rakyat Malaysia sedar hayatnya tidak akan lama apabila dia menerima rawatan di Malaysia dan akhbar Malaysia melaporkannya sebagai satu buletin perubatan beberapa hari sebelum kematiannya. Apabila doktor ditemuramah oleh akhbar menunjukkan penyakitnya sudah serius. Apabila pemimpin agama lain (bukan-Islam) berkumpul mendoakan beliau, memang jelas harapan sudah semakin menghilang. Hanya menunggu masa sahaja. Tetapi kenapakah pihak berkuasa menangani desas-desus yang bertiup kencang? Ketika itu saya adalah semacam rakyat Malaysia lain yang boleh mengagak masa beliau sudah sampai. Jadi apakah kita semua menyebarkan berita angin?

Kenapakah rakyat tidak diyakini dan diberitahu apa sebenarnya yang mengena isteri Perdana Menteri? Kenapakah berita angin dibenarkan membiak mengenai kesihatannya? Apa boleh kita buat, seandainya berita angin dibiarkan berleluasa tanpa maklumat dan berita yang benar, angkara pegawai serta kakitangan pejabat beliau enggan menjawab soalan? Kenapakah para pegawai memberitahu apa yang mengenainya, supaya desas-desus tidak merebak? Apa gunanya merungut seperti yang berlaku kepada The New Straits Times pagi tadi mengenai kesihatan Tun Ghafar Baba. Beliau yang sedang sakit di wad ICU dikatakan sudah mati sedangkan persiapan masih dibuat untuk menghantarnya ke United Kingdom. Kalaulah rakyat jelata diberitahu akan penyakitnya di setiap tahap, mungkin juga desas-desus itu tidak merebak begitu hebat.

Kali pertama rakyat mengetahui penyakit Ghaffar ialah semasa Perdana Menteri dan tetamu lain pergi menziarahi beliau di hospital. Barulah rakyat tahu bahawa dia sudah tidakmampu bersuara. Akan tetapi kita memang mempunyai tabiat mrlupakan pemimpin kia yang lama, bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebelum menghembuskan nafas terakhir Tunku telah meminta agar dia dikebumikan di makam diraja di Kedah, di mana ramai wara istana dikebumikan. Pesanan itu melegakan satu maslaah besar di mana patut dikebumikan beliau kalau terpaksa diadakan di Kuala Lumpur. Ketika itu ramai pegawai yang merasa lega takut-takut tersilap memberikan penghormtan kepadanya. Itulah jadinya kalau dasar kerajaan tidak dirangka dengan teliti. Saya tidak fikir kalau tiba masa beliau nanti, Paklah mahu dikebumikan di perkarangan Masjid Negara sedangkan isterinya di kebumikan di Putra Jaya.

Apapun, di sebalik kehebatannya Datin Sri Endon tidak seharusnya diberikan penghormatan diraja. Lainlah kalau tujuan berbuat begitu ialah untuk menggantikan keluarga diraja dengan Perdana Menteri. Kalau begitu, kita harus diberitahu dulu dan bukan dikejutkan seperti yang sudah berlaku

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com


http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2139" title="http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2139" target="_blank"http://www.mggpillai.com/arti...

 
Negara Islam yang menghalalkan judi
10.22.05 (2:54 pm)   [edit]

Kita sudahpun sampai ke pertengahan Ramadhan. Fasa ini dikira sebagai fasa Maghfirah ataupun keampunan. Sepatutunya di saat inilah kita sudah bersedia menzahirkan keimanan dan ketaqwaan kita dalam apa sahaja aktiviti dan tindak-tanduk kita.


Tambahan pula sekiranya kita diberikan peluang oleh Allah swt memimpin hamba-hamba Nya. Dengan tanggungjawab itu sebagai seorang Muslim sepatutnya kita tunduk pada ketentuan dan peraturan Allah swt, sebagaimana firman Nya dalam surah al Baqarah 185:


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.


Tiada lagi keraguan dalam hal ini tambah-tambah dalam bulan puasa ini, tak kiralah samada kita PM, MB, Menteri mahupun ahli parlimen ataupun ADUN.


Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli parlimen Umno kawasan Yan, Badruddin Amiruldin bertanya di dalam Dewan Rakyat semalam adakah sebagai sebuah negara Islam, Malaysia akan terus menggalakkan perjudian?

Kata beliau lagi berjudi ini boleh membawa manusia ke kancah amalan syirik, THE STAR melaporkan:


In the kampong, when people want to win numbers games, they go to see the bomoh and even make offerings to trees so that their numbers will come out winners. All this shows that gambling can make people carry out deviationist practices.


Di kampung, apabila seseorang ghairah mahu menang judi tikam nombor, mereka sanggup berjumpa bomoh dan sanggup membawa persembahan ke pokok-pokok, dengan harapan nombor yang mereka tikam akan naik. Semua ini membuktikan yang amalan berjudi itu boleh membawa kepada amalan-amalan sesat (syirik).


Badruddin tidak perlu membawa contoh amalan di kampung beliau, dalam hal ini cukup ayat-ayat Allah swt sebagai hujah dimana Allah telah berfirman dalam surah al Maaidah 90-91:



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


Perbuatan terkutuk ini adalah dosa besar dan sudah pastilah berdosa juga mereka yang membenarkan amalannya samada secara langsung mahupun tidak langsung. Dan sebagaimana yang diduga Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hilmi Yahya telah menjawab dengan mengatakan:



Gambling was a matter of individual choice.


Judi ini terpulang kepada pilihan individu.


Bermakna benar (sebagaimana yang Umno dakwa) negara ini adalah Negara Islam akan tetapi jenis negara Islam Malaysia ini adalah yang anjal sehingga ia membenarkan judi walaupun berdosa kerana ianya pilihan individu!


Dalam hal ini Badruddin, Hilmi termasuklah Pak Lah dan rakan-rakan, yang beragama Islam dan yang menjunjung dan mendaulatkan al Quran sebagai kalam Allah perlulah akur kepada firman Nya (al Baqarah 219):


Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.


Bersedialah untuk memikul beban ini sebagai pemimpin bila berhadapan dengan Allah swt di Hari Pengadilan kelak.


JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/



Oleh Roslan sms - 20.10.2005

 
TAKZIAH
10.20.05 (9:20 am)   [edit]

Ucapan takziah diatas kembalinya ke Rahmatullah Datin Seri Endon-isteri PM dato Seri Abdullah pada pagi tadi. Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya

 
Minoriti India-Malaysia Yang Hanyut
10.19.05 (3:50 pm)   [edit]




(Malaysia’s minority Indians drift)
Oleh: Baradan Kupusamy - Asiatimes Online 19/10/05

Lebih 150 tahun sejak mendarat untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah kepunyaan British, masyarakat minoriti India di Malaysia sedang hanyut tanpa keruan dan tanpa sesuatu yang dapat mereka banggakan di negara baru mereka.


Sekali lagi nasib masyarakat minoriti ini sedang didebatkan dengan hangatnya, dan sekali lagi lahir satu jurang pemisah yang dalam mengenai apa yang menjadi penyebab dan apakah ubatnya.

Iklan Malaysia bagi bidang pelancongan ialah “Truly Asia” memang kena pada usaha menonjolkan imej masyarakat majmuk yang puas, dan hidup penuh kemewahan sedangkan hakikat yang sebenar wujud keresahan yang membara terutama di kalangan masyarakat India daripada kabilah Tamil

Selepas 150 tahun bertungkus lumus di ladang getah dan sawit dan juga di Jabatan Kerja Raya, membina setiap bentuk infrastruktur, kaum India Malaysia memiliki kurang daripada 2% kekayaan nasional, demikian yang dibentangkan oleh para ekonomis  dalam satu forum mengenai masa depan masyarakat India, minggu lalu.

Masyarakat India masih belum terjumpa bakat terpendam mereka, ataupun menjumpai identiti budaya walaupun mereka mengisi 8% daripada sejumlah 25 juta penduduk Malaysia. Mereka merupakan kumpulan yang ketiga terbesar selepas kaum Melayu yang menjadi majoriti dan pendatang Cina.

Pada 2004, India minoriti menyumbang 15% kepada pesalah juvena, melakukan 40% jenayah ganas dan merupakan 50% banduan di penjara. Ini menyerlahkan profil yang biasa dalam satu kelas masyarakat yang daif.

Jumlah Melayu ialah 60% penduduk negara, sedangkan orang Cina yang menguasai ekonomi negara menyumbang seramai 25% daripada jumlah penduduk. Yang lain adalah kumpulan asli yang kecil-kecil.

“Kami tiba di sini dengan sedikit periuk dan kuali, dan tiga hingga empat generasi kemudiannya kami masih di takuk lama,“ kata A.V Kathiah seorang bekas penggiat kesatuan sekerja. “Ada segelintir orang India yang tidak mempunyai apa-apa dan mereka sudah menjadi peminta sedekah. Kami telah dipinggirkan dan dilupakan bukan sahaja oleh negara tetapi oleh pemimpin kaum kami. Kami tidak punya suara dalam membuat dasar dan masa depan kami memang kelam.”

“Pandangan begini memang amat lumrah dan kerap kedengaran, dibincangkan dan ditulis selama beberapa dekad.

Di sebalik keresahan itu ada segelintir orang India yang berjaya dan atas daya sendiri berjaya dalam pengajian mereka dan tidak miskin lagi sehingga ramai yang menjadi doktor, jurutera dan akauntan – begitu juga orang perniagaan.

Akan tetapi ada pakar yang berkata majoriti India Malaysia sudah terjebak dalam satu cara hidup yang menekan.

Minggu lalu, ada seorang perancang unggulan kerajaan telah memberi taklimat kepada 600 cerdik-pandai India. Beliau menyarankan betapa kerajaan mengambil kira masyarakat India apabila menggubal dasar. Beliau meminta para hadirin mengangkat tangan seandainya puas hati dengan tindakan kerajaan itu. “Tidak ada seorang pun yang hadir mengangkat tangannya.” Kata seorang pensyarah universiti yang menghadiri taklimat itu.

Mustapha Mohamed, yang mengepalai Unit Perancang ekonomi kerajaan telah bertanya siapa yang tidak puas hati. “Kami semua mengangkat tangan,” kata pensyarah itu kepada IPS. “dengan lantang kami beritahu beliau betapa kerajaan tidak banyak menyumbang ataupun berbuat apa-apa.”

“Masalahnya bukan semata-mata keabaian kerajaan, kata pakar. Kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu memberi keutamaan kepada orang Melayu secara terbuka dan aktif membantu mereka mendapat kemudahan dalam pelbagai cara – biasiswa, pinjaman perniagaan, pekerjaan, latihan industri – kerajaan yang sama telah menolak permintaan masyarakat India agar diwujudkan hak keistimewaan yang mampu membantu mereka..

“Kami bukannya meminta sedekah,” kata Dennison Jayasooria, pengarah eksekutif Social Strategic Foundation, satu badan pemikir yang membantu masyarakat India.”

Tetapi dasar kerajaan untuk membantu kaum India, perlaksanaannya yang lemah,” kata Jayasooria. “Seandainya ini tidak diperbetulkan, akan banyak lagi pihak yang tidak puas hati.”

Kerajaan harus mengambil lebih ramai orang India dalam sektor awam, tentukan lebih banyak tempat di universiti dan tambahkan pinjaman perniagaan untuk orang India, katanya.

Di sebalik dasar hak keistimewaan, kerajaan telah membantu melalui satu sistem kuota di mana kaum India mendapat 5% hingga 10% tempat di universiti, biasiswa dan peluang pekerjaan yang minima dalam perkhidmatan awam. Ada segelintir anggota masyarakat India yang telah menggunakan sumber ini untuk keluar daripada jurang kemiskinan, tetapi masih ramai lagi yang tidak ada peluang untuk terlepas dari kancah itu.

Ada pakar yang berpendapat bahawa wujudnya jurang dalam yang memisahkan masyarakat India adalah disebabkan fahaman berkasta, kelas dan etnik. Semua itu adalah faktor sejarah yang digalakkan oleh kolonial British sehingga lahir satu struktur masyarakat India yang mengandungi puak yang berada, kaum Malayalee berkasta tinggi (daripada Kerala) dan Tamil Jaffna (daripada Sri Lanka) di bahagian tangga atas dan kaum Tamil yang dianggap semacam pariah. Kelas ini merupakan 80% masyarakat yang berada di kelas bawahan.

Kaum Malayalee dan Tamil Jaffna dapat meraih banyak keuntungan disebabkan keakraban mereka dengan tetuan British dulu dan mereka berjaya memerah ekonomi moden untuk mengumpul harta dan maju jaya. Tetapi kaum Tamil yang merupakan tenaga buruh di ladang-ladang terpaksa meringkuk dalam ladang getah, hidup merempat dikelilingi hutan menghijau yang tidak mudah dipengaruhi oleh kemajuan moden.

Seperti orang Cina yang berjaya mengekalkan jaringan dengan tanah besar mereka, kaum Malayalee dan Tamil Jaffna mempunyai jaringan dengan negara asal mereka yang membolehkan mereka pulang ke sana ataupun berpindah ke negara lain.

Sebaliknya kaum pekerja Tamil telah melupakan perkampungan tumpah darah mereka di India, disebabkan kurang ilmu dan apati yang lahir daripada kemiskinan di ladang-ladang ramai di kalangan mereka tidak pun mendapat kerakyatan Malaysia. Inilah yang menyulitkan usaha mendapatkan pekerjaan ataupun kemudahan lain.

Kaum Tamil di ladang-ladang menanggung keazaban apabila ladang getah dan kelapa sawit telah ditebang dan ditukarkan menjadi padang golf, perumahan dan bandar baru semasa negara menikmati ekonomi rancak pada 1990-an.

Ramai kaum Tamil yang terhumban daripada ladang dan menjadi pekerja yang tidak terlatih dan menetap di kawasan setinggan di bandar. Inilah kawasan yang menjadi sarang pembiakan jenayah, dadah dan samseng.

“Akan tetapi penghijrahan ke kawasan bandar mempunyai keburukannya. Mereka hidup merempat, di perkampungan yang penuh jenayah dan bekerja sebagai buruh kasar kerana tiada pendidikan dan kemahiran,” kata S. Arulchelvam, seorang aktivis sosial.

Kedatangan beberapa juta pekerja asing menjadikan buruh Tamil tidak relevan lagi pada ekonomi negara. Masyarakat Tamil menjadi semakin terpinggir dan menggalakkan segelintir golongan mudanya ke arah hidup bergelumang dengan jenayah.

Berbeza dengan kumpulan etnik India yang lain, kaum Tamil tidak mampu menimba pelajaran sebagai alat eskapisme. Sekolah Tamil telah terabai bukan sahaja oleh negara tetapi oleh masyarakatnya sendiri Sehingga kebelakangan ini pelajaran tidak menjadi matlamat tinggi masyarakat buruh Tamil. .

Malaysian Indian Congress adalah parti politik India yang didominasi oleh Tamil. Parti itu telah mencuba beberapa skim untuk memajukan masyarakat Tamil dalam ekonomi - bermula dengan penubuhan koperasi sehingga menubuhkan syarikat korporat. Skim ini semua telah gagal bukan sahaja disebabkan pengurusan yang tidak cekap tetapi disebabkan kecurian yang dilakukan oleh orang-orang yang diamanahkan dengan wang tunai yang sukar diperolehi.

Kepimpinan politik MIC dan wawasannya sentiasa beku, bersifat feudal dan tidak berwibawa. Walaupun merupakan sebagai rakan dalam pemerintahan, MIC yang diketuai oleh Samy Vellu sejak 1979, tidak mampu mengenakan tekanan ke atas kerajaan supaya memperbaiki nasib masyarakat Tamil.

“Beliau (Samy Vellu) memimpin parti seolah-olah dia itu adalah seorang “ZAMINDAR (tukang kutip cukai) dan membuat segala keputusan sambil bergayut pada kuasa dan berkemungkinan mati dalam tugasnya,” kata seorang ahli akademik.

“Masalah hidup masyarakat Tamil berpunca daripada apati sendiri, dan oleh kesan sistem manipulasi oleh penjajah dan kini kerana diabaikan oleh Malaysia Merdeka.

Walaupun sudah banyak seminar dan macam-macam kertas kajian, para pemimpin masyarakat ataupun pemimpin MIC belum lagi mampu mengemukakan satu pelan bersistem yang dapat digunakan oleh kerajaan untuk membantu masyarakat Tamil. Inilah yang menyebabkan mereka tidak keruan dan hanyut.

Keabaian ini telah menghasilkan satu arus-bawah ketidakpuasan dan amarah masyarakat Tamil – dan inilah amarah yang perlu diberikan tumpuan dengan segera.

Inter Press Service.

Terjemahan MT-SPAR  - 19.10.2005

 
Perubahan dalam PAS menggusarkan Umno
10.18.05 (12:06 pm)   [edit]

Sejak muktamar PAS yang lalu, barisan kepimpinan PAS yang baru kini sedang gigih berusaha membawa nafas baru dengan memberikan penekanan kepada dua pendekatan iaitu repackaging dan engagement (hubung jalin).


PAS mahu dilihat sebagai parti yang mampu dan layak mengambil-alih teraju kuasa dari Umno. PAS mahu menguna pakai kaedah dakwah yang boleh mendekatkannya lagi dengan masyarakat sehingga memungkinkan masyarakat Malaysia memahami dan menerimanya. Segala momokkan dan gambaran buruk terhadap PAS selama ini yang dijelmakan oleh kerja-kerja jahat musuh-mushnya mahu dikikis dan dilenyapkan.

Setakat ini PAS kelihatan serius dalam usaha menjayakan pendekatan ini. Bersungguh memperkenalkan satu alternatif terhadap hiburan umpamanya dengan menganjurkan konsert alternatif baru-baru ini di Kota Bharu sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran KB Bandaraya Islam telah mendapat ulasan dan reaksi yang positif dari semua pihak samada dari kawan mahupun lawan.



KONSERT PAS BERMULA DENGAN SOLAT
KONSERT UMNO?


Mengadakan dialog dengan pihak polis contohnya, telah menonjolkan imej PAS sebagai parti keamanan, yang akur kepada undang-undang dan peraturan. Medekatkan diri dengan golongan artis melaui acara sukan bersama, berinteraksi dengan masyarakat pelbagai agama melalui majlis forum dan dialog, mendekati NGO termasuklah yang selama ini sangat vokal terhadap perjuangan PAS telah membina persepsi mesra rakyat, yang sudah pasti membawa banyak kesan positif terhadap parti itu.

Perubahan-perubahan seumpama ini apabila sahaja positif terhadap PAS maka suka tak suka ianya akan memberi kesan negatif pula terhadap mushnya, iaitu Umno.

Dalam akhbar SUNDAY TIMES hari ini Abdul Razak Ahmad menulis sebuah ulasan berkenaan perkembangan ini.

Salah seorang Naib Presiden Umno (yang tinggal dua setelah seorang digugurkan kerana rasuah politik) Muhyiddin Yassin memberikan reaksi negatif, kata beliau:


Pas has not changed in its basic objective (of a theocratic State). It is hypocrisy at the highest level.


PAS tidak mengubah objektif utamanya (iaitu pemebntukan sebuah negara teokratik). Ia sebenarnya hanyalah kepura-puraan tahap tertinggi.


Reaksi Muhyiddin ini memang dijangka kerana takkanlah beliau mahu memperakui pencapaian pasti musuhnya. Namu menurut Abdul Razak:



But beneath the scepticism lies some worry, because Pas is nothing if not determined to see its reinvention strategy through.


Sebenarnya disebalik pandangan dingin itu muncul kebimbangan, kerana PAS kelihatan begitu bersungguh-sungguh dalam menjayakan strateginya itu.


Malah tambah Razak lagi dalam hal ini seorang ahli parlimen BN berkata:



Quite a number in Umno are concerned, because they did not expect Pas to be this serious in wanting to change


Sebahagian mereka di dalam Umno sebenarnya bimbang, kerana mereka tidak menjangkakan yang PAS begitu serius dalam mahu membawa perubahan.


Cumanya para pemimpin Umno sudah pastilah akan menyembunyikan kebimbangan ini. Dan dalam bertindak demikian kadangkala ulasan yang mereka keluarkan lucu bunyinya dan jika tidak berhati-hati ianya akan memakan diri.


Umpamanya Ketua Penerangan Pemuda Umno Azimi Daim terpaksa berkata:


We are happy that Pas is finally saying that pop concerts, which it deemed un-Islamic in the past, are all right. It allows us to approach the electorate and tell them that Umno was right all along


Kami gembira yang PAS akhirnya terpaksa akur yang konsert pop yang mereka pernah cap sebagai tidak Islamik itu, sekarang ini sudah boleh. Ini membuka ruang bagi kami untuk memberitahu kepada para pengundi bahawa sesunggunya dalam hal ini Umno betul sejak dari awal-awal lagi.


Sebenarnya PAS terus menolak konsert yang tidak menzahirkan unsur-unsur ke Islaman. Yang mereka kemukakan baru-baru ini di KB adalah konsert alternatif yang jauh berbeza dari konsert pop anjuran Umno selama ini. Takkanlah itu pun Azimi tak nampak, atau pura-pura buat tak nampak. Mana ada konsert pop Umno dimulakan dengan solat berjemaah, diasingkan antara lelaki dan wanita, mana ada!


Ketua Umno Kelantan Annuar Musa pula dipetik sebagai berkata:


Pas can do, we can do better. We can now organise concerts in the kampung, because we dont want entertainment events in Kelantan ending up a Pas monopoly.


Apa yang PAS boleh buat, kita boleh buat lebih baik. Kita sedang menyusun untuk menganjurkan konsert di kampong-kampung kerana kita tidak mahu acara-acara hiburan hanya dibolot oleh PAS.


Bercanggah sungguh antara pandangan Azimi dan Annuar. Kenyataan Annuar pula menunjukkan yang konsert Umno sebelum ini tidak betul kerana itulah beliau berkata Umno boleh buat yang lebih baik dari yang PAS lakukan.


Berserabut juga nampaknya antara sesama Umno, dan dalam hal ini siapa yang berani mengatakan yang Umno sebenarnya tidak bimbang. Namun sebagaimana ulasan Razak sesungguhnya pergelutan sebenar antara Umno dan PAS pada tahun 2008 kelak adalah berhubung isu-isu periuk nasi rakyat, rasuah, ketelusan, kecekapan sistem pengagihan, ekonomi, pekerjaan dan pendidikan.

Dan jelas dalam isu-isu ini Umno semakin tenat dan teruji. Jika PAS dapat menonjolkan pula Kelantan sebagai sebuah model negeri yang telus dan cekap, pemipinnya bersih dan tidak rasuah, di samping melahirkan berbagai lagi acara-acara alternatif yang tidak bercanggah dengan Islam, Umno perlu bersedia untuk mengucap selamat jalan kepada takhta kuasa yang diribanya selama ini.

JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/



Oleh Roslan sms - 18.10.2005

 
ORANG YANG BUTA MATA HATINYA
10.18.05 (12:04 pm)   [edit]

Buta mata masih ada harapan untuk melihat cahaya keislaman dan mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak tetapi kalau dah buta hati …nauzubillah…


Perhatikan petikan kenyataan ZAM terkini dan lihat perbandingan ke atas yang dikatakannya. Apakah ianya jelas atau tidak lagi kepada sifat kejahilan pemimpin yang tidak dapat membezakan yang haram dan halal.

Ingat lagikah; “Majlis Mufti Malaysia dilaporkan memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Sehubungan itu, mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram". Keputusan majlis itu diumumkan oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria”.


Zam: Mawi concert proves PAS accepts Islam Hadhari
BANGI: PAS' move to invite Akademi Fantasia 3 winner Mawi to perform at a concert during the celebration of Kota Baru's declaration as an Islamic City recently showed that the opposition party has accepted the Islam Hadhari (Civilisational Islam) concept.


Thus, the Islam Hadhari issue should not be questioned any more and no one should attempt to confuse the matter by describing it as a “new Islam,” said Deputy Information Minister Datuk Zainuddin Maidin.

“Islam Hadhari has now been accepted by PAS itself, as it allowed a concert to be held and accepted Mawi to perform, which is in line with the Barisan Nasional system of government which allows entertainment.

“Now they are showing a civilised attitude,” he told reporters after opening an oratorical course for the ministry's Special Affairs Department (Jasa) officers here yesterday.

He said Islam Hadhari was not something new but had been practised by the Government since independence.

Zainuddin said it was based on an informed policy that was adapted to suit the changing times without compromising Islamic teachings.

Earlier in his speech, Zainuddin said Jasa speakers should always upgrade their knowledge by reading and practising lifelong learning to ensure they kept abreast with current issues.

The seven-day course is attended by 90 Jasa officers. – Bernama


Bagi memperlihat perjalanan konsert Tautan Kasih dibuat petikan berikut:



Pemuda disyor buat konsert ‘ala Tautan Kasih’ di kubu Umno
Tuesday, October 11 @ 11:16:54 MYT
Oleh SAIDATUL AMANI
(Yang mengikuti rombongan media membuat liputan konsert ‘Tautan Kasih’ di KB)


BERTUAH Mawi, Harakah buat liputan besar-besaran dalam konsertnya - ini antara ayat yang diluahkan oleh para wartawan hiburan yang membuat liputan konsert `Tautan Kasih' di Kota Bharu, Kelantan 30 September dan 1 Oktober lalu.

Penulis hanya mampu tersenyum tetapi di sebalik senyuman itu sudah pasti tersimpan seribu makna yang sukar untuk ditafsirkan.

Sepanjang dua hari di Kota Bharu yang telah ditambah gelarannya, kali ini sebagai bandar raya Islam, penulis setiap hari membelek helaian akhbar perdana serta tabloid untuk melihat laporan konsert yang julung kali diadakan di negeri Serambi Makkah itu.


Ramai wartawan memberi respons positif, tak kurang juga yang negatif. Sebelum konsert itu diadakan ramai di kalangan ahli PAS serta pimpinan membantah cetusan idea daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertikaian demi pertikaian sering diluahkan khususnya daripada ahli PAS sehingga melibatkan kontroversi yang melampau.

Sebelum konsert, penulis sendiri beranggapan apakah kerajaan Kelantan berjaya memantau ghairah anak-anak muda terhadap kemunculan Mawi? Sudah pasti kedengaran jerit pekik nama Mawi, tidak kurang juga yang menari serta terlompat-lompat apabila Mawi membuat persembahan.

Ternyata tanggapan itu meleset. Penulis turut berasakan bahawa konsert pada malam Sabtu dan Ahad itu seperti berada dalam suasana satu majlis keramaian, walaupun ini merupakan kali pertama penulis menonton konsert. Hebat, menawan dan memukau...

Memukau dengan persembahan Akil Hayy, M Nasir dan Mawi...menawan dengan penampilan artis-artis yang penuh kesopanan manakala hebat dengan suara ‘original’ ketiga-tiga penyanyi ini tidak kurang juga kumpulan nasyid Rabbani dan Mestica.

Jika penyanyi sudah memukau, menawan dan hebat apatah lagi para penonton yang dikategorikan menjadi tiga tempat. Kedudukan lelaki, perempuan dan berkeluarga berasingan.

Dianggarkan 99 peratus penonton perempuan bertudung manakala lelaki tidak malu untuk berkopiah. Kesopanan dan akhlak ketika menyaksikan persembahan idola mereka tetap terjaga hanya terdengar jerit pekik daripada seorang dua sahaja.


Mungkin inilah hikmahnya para penonton menunaikan solat jemaah maghrib dan isyak di padang tempat konsert itu diadakan sebelum berlangsungnya konsert tersebut.

Walaupun Mawi menjadi `kegilaan' dewasa kini khususnya para remaja perempuan Kelantan, penulis tidak mendengar suara mereka sama-sama menyanyi mengalunkan lagu sebagaimana yang diminta oleh Mawi.

Mereka hanya bertepuk tangan, bersorak dan menjerit nama Mawi dan tidak lebih daripada itu. Penulis turut rasa selamat, selesa dan tenang sekali.

Penulis lirik dan penghibur terkenal tanah air, M Nasir turut melahirkan rasa terkejut dengan penampilan penonton di Kelantan yang begitu bersopan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas konsert Tautan Kasih pada malam pelancaran Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.

Inilah indahnya Islam jika ia benar-benar dipimpin oleh seorang ulama yang takut dengan hukum Allah.

Malam pertama konsert yang diadakan di Padang Majlis Perbandaraan Kota Bharu, hati penulis tersentuh dengan luahan hati penyanyi yang menjadi idola remaja masa kini (Mawi). Timbul rasa simpati sedangkan sebelum ini penulis termasuk dalam katogeri `insan yang membantah konsert Tautan Kasih bersama Mawi'.

Luahan hati Mawi sebelum menaiki pentas membuatkan hati penulis terfikir sejenak, memang tepat keputusan Tuan Guru menjemput Mawi menyanyi di Kelantan.


Aku tidak mahu lupa diri,
Aku tidak mahu lupa darjat,
Aku tidak mahu lupa asal usulku,
Aku mahu menjadi aku...


Kesediaan bukan sahaja Mawi malahan M Nasir, Akil Hayy, Rabbani, Mestika menerima jemputan daripada kerajaan Kelantan wajar dihargai oleh semua pihak.


Hanya penyanyi yang memenuhi cita rasa pimpinan dan ahli PAS sahaja yang dibenarkan membuat konsert di negeri Serambi Makkah itu.

Jika ada pihak yang mahu mempolitikkan konsert tersebut sehingga mereka tidak mendapat tempat di persada hiburan tanah air, apakah PAS bersedia menyediakan tempat untuk para artis itu terus berhibur dengan bayaran yang lumayan?

Jemputan kerajaan Kelantan

Ini mungkin antara risiko yang bakal dihadapi oleh mana-mana artis yang menerima jemputan kerajaan Kelantan, jika benar ada pihak yang mahu mempolitikkan konsert tersebut.

Sehubungan itu, tidak adil jika masyarakat terus-terusan menyerang Mawi dan memperlekehkan keterbukaan minda pimpinan PAS untuk memberi hiburan alternatif kepada rakyatnya.

PAS perlu `berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan parti politik yang terus menguasai negara hari ini. Jika PAS berdiri `tempang' sudah pasti sukar untuk parti Islam ini menembusi pasaran politik dunia.


Rakyat Kelantan memang dahagakan hiburan. Meminjam kata-kata Akil Hayy selepas mendendangkan lagu `Selimut Putih'; `malam ini bukan untuk berhibur tapi untuk merehatkan minda...' Jika dihalusi kata-katanya memang benar, berhibur setelah penat bekerja bukan berhibur sebahagian daripada budaya manusia.


BAGI MELIHAT SENDIRI APAKAH YANG TELAH DIPERLIHATKAN  DALAM  KARNIVAL SURE HEBOH TERMASUK KONSERT SURE HEBOH YANG DI TERIMA OLEH ISLAM HADHARI DAN BUATLAH KESIMPULAN NYA SAMADA ZAM ITU FAHAM ATAU TIDAK PERBEZAAN ANTARA ISLAM PERJUANGAN PAS DAN ISLAM HADHARI YANG MENJADI IKUTAN NYA.  LIHAT DAN BANDINGKAN DENGAN SENDIRI.  KITA TIDAK MAHU SEBARANG FITNAH TETAPI KALAU ZAM YANG MEMFITNAH ISLKAM ….BIARLAH DIA MENGEMUKAKAN NYA DI HADAPAN ALLAH KEMUDIAN HARI KELAK.


Sila lihat petikan berikut: Konsert Sure Heboh TV3 bagi tahun 2005:
KSH 2005



Negeri Sembilan
Perlis
Melaka
Johor
Sarawak
Pulau Pinang
Pahang
Kuala Lumpur



Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.


Pak Ngah - 18.10.2005

 
Kenyataan Dr M: Krisis keyakinan kerajaan Pak Lah semakin parah
10.15.05 (9:46 am)   [edit]

Kini telah hampir 4 hari berlalu di mana bekas PM Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan pimpinan Pak Lah sebagai telah berbohong kepada rakyat dan menyembunyikan kebenaran khusus dalam kemelut AP khasnya berkenaan status kereta nasional berjenama Naza.


Sehingga kini tidak ada seorang pun pimpinan kanan kerajaan Pak Lah yang telah memberikan reaksi terhadap dakwaan serius bekas PM itu.

Hari ini Dr M terus membongkar lagi isu tersebut. Melalui rancangan THE EXCHANGE terbitan TV3 siang tadi Dr M telah mendedahkan beberapa surat yang membuktikan bahawa Naza sebenarnya tidak pernah menerima kelulusan dari beliau selaku PM (ketika itu) untuk diberikan status kereta nasional seperti Proton.

Salah satu surat yang didedahkannya adalah dari pihak Naza yang berbunyi:


Sehubungan dengan itu NKSB berharap YAB Dato Seri dapat memberi khidmat nasihat dan dorongan untuk kami menjadikan Kia Karnival sebagai sebuah kenderaan dua guna yang berkapasiti 2500cc yang pertama buatan tempatan.


Kata Dr M kandungan surat ini sendiri membuktikan ianya bukan permohonan untuk memperolehi status kereta nasional tetapi sekadar memohon beliau memberikan khidmat nasihat dan dorongan bagi menjadikan Naza sebuah produk kereta nasional. Bermakna banyak lagi syarat dan peraturan belum dipenuhi.


Beliau berkata adalah tidak patutu Naza diberikan status berkenaan sedangkan kandungan tempatannya ketika itu hanyalah 18 peratus sedangkan Proton yang memiliki status yang sama memiliki kandungan tempatan sebanyak lebih 90 peratus.

Beliau mendakwa menteri MITI, Rafidah Aziz lah yang telah BULLDOZE isu Naza ini. Ketika beliau hadir merasmikan kilang Naza, beliau sendiri ketika itu tidak tahu menahu yang kelulusan telah diberikan untuk Naza memiliki status kereta nasional.. Beliau berkata dalam satu mesyuarat kabinet Rafidah mendakwa telah memperolehi kelulusan dari beliau. Dalam siaran THE EXCHANGE Dr M bertegas mengatakan:


I have not approved it. (Saya tidak pernah meluluskannya)


Pendedahan ini sudah pasti menghakis lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pak Lah yang terus memilih untuk membisu sedangkan Rafidah masih seorang anggota kabinet sehingga hari ini!


Ini suatu isu yang serius dan jika benar dakwaan bekas PM itu bermakna kabinet dan PM telah diperalatkan oleh seorang menteri berhubung suatu perkara yang melibatkan kepentingan negara. Sudah pasti pihak berwajib perlu mengambil tindakan. Mengapa BPR berdiam diri, malah mengapa PM sendiri berdiam diri?

Dengan terbongkarnya perkara ini oleh seorang bekas PM, kerajaan Pak Lah kini semakin parah dilanda krisis keyakinan. Rakyat berhak untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dan mengapa jika ianya merupakan suatu kesalahan, pihak kerajaan tidak bertindak dan sebalinya terus sahaja memendamkan perkara ini.

Kalau anak Ketua Polis Negara pun boleh ditangkap oleh BPR atas dakwaan rasuah, apa hebatnya menteri berkenaan? Mengapa perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/



Oleh Roslan sms - 15.10.2005

 
Johor Juara Bertahan
10.15.05 (9:44 am)   [edit]

Kayu – 7 Ramadhan 1426 / 10 Oktober 2005


Syabas kepada Ghani, Johor secara rasminya telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai negeri termiskin (RM598.35 juta) di Malaysia (Utusan Malaysia 2 Oktober 2005) dua tahun berturut-turut. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai memandangkan betapa kutu-kutu UMNO/BN yang menyandang jawatan MB berlumba-lumba untuk memiskinkan negeri sendiri, tetapi melakukannya untuk dua tahun berturut-turut adalah sesuatu yang menakjubkan. Tahun ini pemenang tempat kedua adalah Kedah (RM450.96 juta) dan ketiga adalah Selangor (RM377.33 juta).

Kesian teman dekat jawa-jawa dan bugis-bugis Johor, dahlah dimalukan tahun lepas dengan si balau Ghani ni, tahun ni kena lagi. Ingat lagi teman macam mana Ghani (Jawa Johor) dengan yakinnya yang Johor dapat dan berkemampuan untuk membayar balik hutang (RM700 juta – 2004) menjelang akhir 2004 bila Johor dinobatkan Negeri Termiskin Malaysia pada tahun lepas. Cakap tinggal cakap, janji tinggal janji, itu sajalah si Jawa Johor sorang ni boleh cakap. Kalau tidak mengenangkan campur tangan Istana Johor, dah lama dah si Jawa Johor ni digantikan dengan MB baru semasa pilihanraya tahun lepas. Entah apa janji si Jawa Johor ni atau entah apa kepentingan dia untuk orang istana, hingga istana minta supaya dia dikekalkan. Tapi orang Johor semua tahu, si Jawa ni adalah Pak Turut pada istana berbanding dengan Muhyidin bekas MB Johor dulu.

Yang lebih menyedihkan lagi adalah menjelang akhir tahun ini Johor sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju seperti yang diwar-warkan oleh si Jawa Johor ni. Jangan kata kelibat negeri maju, negeri tiga suku maju pun tak de lagi bayangnya. Kita tunggu sajalah apa si Jawa Johor ni nak cakap lepas ni. Tahun lepas dia bising, tapi tahun ni masih senyap aja. Rasa dah habis modal kut nak menipu.

Seperti biasa, inilah balanya bila kepimpinan BN yang dah nyata korup masih diberi kuasa berulang kali untuk memerintah. Tak payahlah kita nak berbincang atau menanyakan apa dia korupsi yang dah si Jawa ni lakukan. Tak cukup masa dan kertas untuk kita bincangkan tentang hal-hal macam ni. Yang sedihnya rakyat masih menaruh harapan yang BN dapat membawa perubahan atau membaiki keadaan. Mereka terus mengundi BN pada setiap pilihanraya hanya dengan janji-janji manis yang dilafazkan 3-4 bulan sebelum pilihanraya. Ada pula yang masih sanggup menjual maruah dan masa depan anak-anak dan generasi berikutnya dengan membantu BN untuk menang pilihanraya menerusi undi hantu dan sebagainya.

Berbalik kepada Johor Negeri Termiskin sekali lagi, teman tengah mencari-cari jalan bagaimana Johor boleh membayar balik hutang pada Kerajaan Persekutuan. Kalau kita melihat balik dari Bajet 2006 yang dibentangkan oleh Pak Lah(yang setakat ni tak de orang berani komen), teman tak nampak jalannya. Kebanyakkan belanjawan adalah untuk pengurusan peringkat kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Pelik, macam manalah Johor yang gah suatu ketika dulu negeri terkaya boleh tersembam menjadi negeri termiskin dalam tempoh tak sampai dua penggal si Jawa Johor ni berkuasa. Dari terkaya kepada termiskin memang sesuatu yang perlu disiasat oleh BPR dan Jabatan Audit. Kalau nak siasat pun tak berani, baik baring aje kat landasan keretapi dan tunggu kena langgar. Tak ada lagi bagus dari ada. Tapi kalau di buat lah siasatan, dan tak de silapnya pada si Jawa Johor ni, tak tau la teman apa nak cakap.

Untuk kali ni teman amatlah berharap supaya sebilangan besar jawa-jawa dan bugis-bugis Johor sedar akan kesilapan mereka. Buat permulaan suruhlah si Jawa ni letak jawatan atau berundur diri secepatg mungkin. Kita tahu, di negeri Johor ni, UMNO/BN terlalu utuh jadi susah kalau diminta supaya jangan mengundi BN. Bak kata orang-orang dulu, kalau calun BN tu diletak kucing atau kambing pun, orang Johor mesti pangkah dacing punya. Begitulah taksubnya orang Johor pada BN dan UMNO. Tapi susah nak disalahkan orang Johor ni, sebab pengasas UMNO datangnya pun dari Johor. Jadi janganlah dibuang dulu UMNO/BN tu, kita buang dulu si Jawa MB ni dulu.

Jadi teman menyeru kepada warga Johor supaya petisyen dibuat untuk menyingkirkan si Jawa Johor ni atas dasar undi tidak percaya terhadap kepimpinannya. Teman rasa tidak ada satu pun rakyat Johor rela jika si Jawa Johor ni ”membantu” Johor untuk mempertahankan gelaran negeri termiskin ini untuk tahun depan buat tahun ketiga berturut-turut. Buat penutup kata dari teman kali ni, teman nak bertanya pada si Jawa Johor ni, ”Apa yang kau nak buat”?

Mejoh
Penulis bebas - 15.10.2005

 
Berita Menarik Hari ini
10.14.05 (12:55 pm)   [edit]
Media BA: KDN Nafikan Permit Penerbitan Suara Keadilan
Pak Ngah: Rumah Kata Pergi Dan Kubur Kata Mari
TAG 1879 MGGPillai: Lebih Berbahaya Bertugas di Iraq Berbanding di Pakistan
TAG 1878 Rense.com: Salaam ataupun Salami
TAG 1877 Naomi Klein: Francais Maut
TAG 1976 Counter Punch: Berita Baik! IMF Telah Kehilangan Pengaruhnya
TAG 1875 The Guardian: Ancaman Terowong Keretapi Bawah Tanah NY Satu Penipuan
TAG 1874 The Australian: Peranan Polis Dalam Pengeboman Bali
TAG 1873 David Leibovitz: Tidak Ada Pertubuhan Islam Yang Ganas di Indonesia
 
Isu Parlimen: Kredibiliti Pemimpin Barisan Nasional Semakin Terhakis!!!
10.09.05 (9:42 am)   [edit]

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,


Cucu amat tertarik dengan senario yang berlaku dalam kerajaan UMNO mutakhir ini. Bermula dengan isu AP di parlimen, hingga membawa Rafidah Aziz untuk hadir secara tergesa-gesa menjawab isu AP hinggalah ke isu Isa Samad perlu melepaskan jawatan dalam kabinet dan kerajaan. Dalam isu AP, yang paling menarik sebenarnya, biarpun kenyataan ataupun hujah berkenaan isu tersebut telah dihuraikan oleh Rafidah namun sebahagian besar daripada AP ( Ahli Parlimen ) dari BN sendiri amat kecewa dengan jawapan yang diberikan. Apatah lagi bagi para pemimpin pembangkang .
 
Ucapan keras oleh Lim Kit Siang terhadap Rafidah, susulan daripada isu AP telah menyebabkan Rafidah merasa terlalu tercabar dan berapi-api mengatakan beliau akan mengemukakan saman terhadap Lim di mahkamah. Antara lain Lim mempertikaikan Rafidah tentang isu saham menantunya, kehadiran ke parlimen, termasuklah isu AP yang diputar belitkan oleh Rafidah. Semua ini jelas membuktikan kepada kita rakyat Marhaen tentang sikap sebenar seorang Menteri UMNO yang dikira paling senior dalam kabinet selepas Samy Vellu. Rafidah sepatutnya sudahlah dinyahkan dari barisan kepimpinan kerajaan BN. Banyak insiden-insiden yang memalukan telah berlaku dalam MITI selama Rafidah memimpin kementerian tersebut. Bayangkan setelah lebih 20 tahun , MITI diperalatkan sesuka hati oleh beliau, kini akhirnya Rafidah seakan-akan "Takut Kepada Bayang Sendiri". Beliau bukan sahaja gentar berhadapan dengan hujjah daripada pihak pembangkang di parlimen, malahan beliau juga gusar dengan hemburan-hemburan yang berbisa diluahkan oleh para pemimpin UMNO sendiri di parlimen. Kini parlimen sudah menjadi medan pertembungan tiga penjuru. Rafidah bukan sahaja dihentam oleh Lim Kit Siang, malahan turut juga disokong oleh para pemimpin UMNO sendiri.
 
Nah, akhirnya inilah yang berlaku dalam sebuah negara Islam Hadhari. Yang melakukan kesalahan dibiarkan terus bermaharajagila, sebaliknya mereka yang mempertikaikan dan mahukan keadilan akhirnya menerima akibatnya. Inilah juga yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Beliau terpenjara akibat cuba untuk melakukan reformasi dalam UMNO dan kerajaan. Maka, kini ia berlaku dihadapan mata kita. Pemimpin seperti Mohamed Aziz (Sri Gading) dan Bung Mokhtar (Kinabatangan), akhirnya diberikan amaran keras agar tidak menyokong usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang di parlimen iaitu Lim Kit Siang. Akibat keterlanjuran itu, Naib Presiden UMNO , Dato' Najib telah mengeluarkan kenyataan berbau ugutan terhadap kedua-dua pemimpin UMNO itu agar mereka memohon maaf atas kesalahan yang sememangnya patut dilakukan oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sebenarnya.
 
Namun, akibat takut dengan tindakan dari pada pucuk pimpinan maka Mohamed Aziz dan Bung Mokhtar akhirnya menghulurkan sembah dan salam memohon keampunan diatas kesilapan mereka itu. Persoalannya disini, apakah menjadi satu kesalahan bila para pemimpin UMNO itu menyokong satu usul yang jelas untuk kepentingan rakyat marhaen ? Inilah dia sikap sebenar para pemimpin UMNO sebenarnya, mereka sanggup mempertahankan maruah Rafidah yang semakin tercemar mutakhir ini sebaliknya akan mengenakan berbagai tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang cuba mempertikaikan kreadibiliti pemimpin terbabit.
 
Sesuatu yang amat sukar kita terima sebenarnya. Usul yang dikemukan oleh Lim Kit Siang di parlimen , adalah satu usul rakyat . Maka tidak sepatutnya mereka yang menyokong usul tersebut dikenakan tindakan. Apakah akan terjadi kepada ahli parlimen BN sebenarnya, jika mereka dinafikan hak untuk bersuara berlandaskan keadilan di parlimen. Aspirasi rakyat yang dibawa akhirnya musnah begitu sahaja akibat sistem yang jelas telah dirosakkan oleh pucuk pimpinan mereka terdahulu. Inilah dia mentaliti pemimpin UMNO/BN ini di parlimen, mereka seperti burung Kakaktua yang pandai berkata-kata tetapi tidak tahu apa yang dituturkan. Mereka disekat daripada memperkatakan sesuatu isu yang boleh menjatuhkan imej kerajaan, walhal isu tersebut adalah isu rakyat yang perlu diberi penjelasan di parlimen itu sendiri.
 
Parlimen sudah seperti panggung wayang, lihat sahaja dimana kelibat para pemimpin BN ketika perbahasan usul sedang dilakukan. Kita dapat menyaksikan didepan mata kita, jelas sekali ketika para pemimpin BN menyampaikan ucapan kelihatan dibelakang-belakan mereka kerusi-kerusi kosong yang menjadi pendengar dan pemerhati kepada persindangan tersebut. Mana perginya wakil rakyat yang dipilih untuk menyuarakan rintihan rakyat di parlimen. Mereka lebih suka menghabiskan masa dan menerima elaun kehadiran di parlimen, sebaliknya menghilangkan diri ketika perbahasan biarpun isu tersebut adalah isu penting yang harus diperjelaskan kepada rakyat di kawasan mereka. Sikap inilah yang sebenarnya jelas membuktikan kepada kita yang para pemimpin BN ini, hanya indah kabar dari rupa. Mereka akan cakap berdegar-degar ketika berada di kawasan masing-masing sebaliknya menikus ketika berada di parlimen.
 
Justeru itulah kita hanya dapat melihat, muka yang sama untuk menyampaikan ucapan ketika perbahasan di adakan. Saban hari kita akan menyaksikan Mahamed Aziz (Sri Gading), Bung Mokhtar (Kinabatang) dan terkadang muncul pemimpin seperti Sabry Chik (Kemaman) dan juga beberapa kerat wakil yang berani bersuara. Mana perginya para pemimpin lain ? Yang selama ini hebat berkata-kata dan berhujjah bila berhadapan dengan isu rakyat. Sebaliknya mereka gagal untuk berfungsi ketika di parlimen. Andai inilah yang berlaku, Cucu dapat rasakan perjalanan parlimen kita ada sedikit kejanggalan. Ini kerana pemimpin yang dihasilkan dalam UMNO/BN adalah para pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk mempertahankan hujjah mereka lantaran tindakan yang akan dikenakan oleh pucuk pimpinan kerajaan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada wakil Teluk Kemang (R.Sothinatan) yang terpaksa menerima hukuman 6 bulan digantung khidmatnya dalam kerajaan dan kabinet akibat keterlanjuran beliau mengemukan sesuatu usul di parlimen.
 
Semoga apa yang kita lihat ini dapat dijadikan ikhtibar untuk kita meyakinkan hamba rakyat agar memilih para pemimpin yang benar-benar jujur untuk memperjuangkan nasib rakyat terbanyak. Marilah sama-sama kita memberi kesedaran kepada semua agar melihat hidangan yang disajikan kepada kita hari ini sesungguh satu hindangan yang amat memualkan dan meloyakan tekak kita. Maka ayuh lakukan perubahan demi melihat Malaysia yang lebih adil dan saksama suatu hari nanti.
 
P/S Cucu mengambil kesepempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat semua, terutamanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seisi keluarga, TN Guru Nik Aziz, TN Guru Hj Hadi Awang dan seluruh kepimpinan barisan Alternatif .


"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.co.uk
http://www.cucumatkilau.cjb.net" title="http://www.cucumatkilau.cjb.net" target="_blank"http://www.cucumatkilau.cjb.n... - http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
 - 09.10.2005

 
Sikap Berjaga-Jaga Di Subway Amerika Adalah Satu Penipuan Untuk Melencung Tumpuan
10.09.05 (9:41 am)   [edit]

Sejurus keluar berita bahawa Karl Rove sudah bersedia untuk menghadiri pengadilan ’Grand Jury’ yang menyiasat kisah kebocoran CIA, peguam beliau Robert Luskin telah menafikan yang dia telah menerima satu utusan khas daripada Pendakwaraya Khas Patrick Fitzgerald. Utusan khas ini ataupun disebut “target letter” merupakan satu pertanda bahawa si penerimanya adalah berkemungkinan akan menerima proses celaan oleh mahkamah.


Namun demikian ada laporan yang semakin disebarkan di Washington bahawa:

1) surat ‘target letters’ itu sudah pun dihantar kepada Karl Rove, Scooter Libby dan Ari Fleischer;

2) Rove sudah bersedia menghadiri mahkamah dan berkemungkinan bertolak ansur dalam satu perjanjian di mana kenyataan beliau di mahkamah nanti akan digunakan oleh pihak pendakwa terhadap orang lain yang dikenakan siasatan jenayah;

3) Cheyney dan Presiden Bush berkemungkinan disebut sebagai konspirator yang perlu dicela juga;

4) Dalam “utusan perang” Bush kepada Majlis ‘National Endowment for Democracy’ pada Khamis lalu, beliau melaporkan ketibaan 19 orang pengganas memasuki bandaraya New York untuk meletakkan bom di laluan (terowong) tren bawah tanah.

Kenyataan Bush merupakan satu helah White House untuk mengalihkan tumpuan daripada proses celaan terhadap pentadbiran Bush di White House.

Media arus perdana telah menyedari bahawa satu skandal 'bertaraf Watergate' bakal berlaku di Washington.

Sila lihat gambar bawah:

Question: If Bloomberg really thought there was a credible threat against the subway, would he be riding it? (kalau Bloomberg benar-benar yakin kesahihan ancaman besar di terowong tren bawah tanah, beranikah dia menaikinya?)

 
Berita Menarik Hari ini
10.08.05 (8:43 am)   [edit]

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA RAMADAN AL-MUBARAK
Dr. Omar Yaakob: Renungan Ramadan 1
Dr. Omar Yaakob: Renungan Ramadan 2

Syed Husin Ali: Ulasan Bajet 2006
TAG 1867 MGGPillai: Rafidah Aziz Buktikan Jurang Antara “kita” dan “mereka” dalam BN
TAG 1866 MGGPillai: Puak Sunni Akan Menang Di Iraq
SriBunian: Antara Dua Kemasyhuran
SriBunian: Hishamuddin Hussein: Malaysia Negara Demokrasi?
PPIM: Persatuan Pengguna Islam Seru Boikot Colgate Thailand
Roslan SMS: Hutang RM377 juta: Khir Cuba Mencari Alasan
Media AM PKR: Rombakan Kabinet Negeri Sembilan: MB Gila Kuasa
Khidmat Sosial: Bantulah Adik Fatin Rashidi, Pesakit Barah Berusia 3 bulan

 
TAKTIK JAHAT REEZAL & THE GANG
10.06.05 (7:18 pm)   [edit]

TAKTIK JAHAT REEZAL & THE GANG
NORDIN KARDI TERLIBAT DAN REEZAL MINTA AZALINA 
TAHAN WANG RM100,000 UNTUK GPMS


Selalunya orang yang dalam keadaan terdesak (desprate) akan melakukan apa sahaja. Seperti orang kelemasan di sungai, dia akan memaut apa sahaja yang tercapai dek tangannya. Kalau tergapai batang kayu dia akan memeluk batang kayu. Kalau terpeluk buaya, dia juga akan peluk buaya. Dia tidak akan kira apakah buaya itu bahaya atau pun tidak. Waktu itu apa yang penting dia selamat.
 
Begitulah keadaan anak mamak kelabu asap bernama Reezal Naina Marican Naina dalam usaha merebut jawatan presiden GPMS. Dia sebenarnya dalam keadaan kelemasan. Bukan di air tetapi di darat. Maka dia sanggup melakukan apa sahaja, tanpa mengira apakah yang dilakukan itu halal atau pun tidak. Apakah ianya selari dengan ajaran agamanya (Islam?) atau tidak.
 
Hal inilah sama dilakukan oleh bekas PM (yang menjadi idolanya) ke atas mantan TPM Anwar Ibrahim lalu. Dalam usaha memastikan kekuasaanya bekas PM itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk yang jelek dan najis. Mungkin si mamak kelabu asap ini juga belajar dari si tua bangkak pencacai najis itu.
 
Di antara taktik jahat si mamak ini demi mencapai cita-citanya beliau dikatakan telah menyekat peruntukan sebanyak RM100,000 yang diperuntukan Kementerian Belia dan Sukan untuk GPMS. Beliau telah mempengaruhi si Azalina Said untuk tujuan itu.
 
Peruntukan sebanyak RM100,000 telah pun dikeluarkan oleh kementerian berkenaan. Tetapi disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal, chek itu dipulangkan semula untuk diperbetulkan. Tetapi keadaan ini telah diambil kesempatan oleh Reezal. Belau telah menggunakan kedudukannya menasihat Azalina agar menahan wang berkenaan.
 
Ekoran penahan wang itu GPMS ketiadaan wang kini. Sebab itulah beberapa projek yang direncankan tidak dapat diadakan. Begitu juga dengan hutang tertunggal GPMS kebelakang ini tidak dapat dilunasi. Adalah dipercayai tindakan si mamak ini adalah salah satu cara beliau hendak melemahkan kedudukan Suhaimi.
 
Bagaimana pun apa yang menghairankan kenapa menteri betina (Azalina) itu boleh pula ikut kata-kata mamak itu? Azalina tidak sepatutnya menahan wang berkenaan dan seharusnya dipulangkan kepada GPMS kerana itu adalah peruntukan untuk gabungan itu. Tindakan dan persetujuan Azalina ini menjelaskan bahawa menteri yang dikaitkan dengan “lesbian” itu juga bersekongkol dengan si mamak kelabu itu.
 
Taktik kedua si mamak ini ialah telah mempergunakan khidmat Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UMM), Nordin Kardin yang terkenal dengan anti Anwar Ibrahim untuk mengatur dan juga memberi motivasi bagaimana untuk menjatuhkan Suhaimi. Satu pertemuan dengan Nordin telah diadakan Jumaat lalu bertempat di hotel International Kuala Lumpur.
 
Dalam pertemuan itu Reezal dan gengnya telah mendapat khidmat nasihat bekas Pengarah Biro Tatanegara itu bagaimana hendak jatuhkan Suhaimi. Pertemuan itu terpaksa dipanggil untuk mempengaruhi 19 orang AJK GPMS yang dikatakan setia dan berdiri teguh di belakang Suhaimi.
 
Reezal terdesak kerana 19 daripada 23 ahli jawatankuasa dikatakan menyokong Suhaimi. Mereka juga dikatakan hadir setiap pertemuan Reezal namun sokongan mereka tetap kepada Suhaimi. Jadi untuk memastikan sokongan 19 Ajk itu pecah, maka pertemuan itu diadakan degan harapan Nordin dapat mempengaruhi mereka.
 
Sekali lagi tindakan tidak halal dilakukan si mamak ini. Dan sekali lagi juga menghairankan kenapa NC UMM itu bersedia untuk menjadi penasihat jahat kepada geng mamak ini? Sepatutnya sebagai seorang akademik kelas satu tetapi pemikiran kelas tiga membiarkan sahaja urusan GPMS itu kepada budak-budak sahaja. Apa, semua gerakan dan kelab hatta di jalan budak Tadika pun hendak dipantau ke?
 
Jika si mamak kelabu itu yakin dengan kedudukan beliau, dia tidak perlu panggil Nordin menjadi penasihatnya. Beliau sepatut lakukan sendiri. Khabarnya Ikut sama dalam pertemuan dengan Nordin itu dua orang Exco kerajaan. Satu dari Selangor iaitu Rahman Palil dan satu dari Melaka, Rahman.
 
Pertemuan itu menjelaskan betapa terdesaknya Reezal dan geng mamak dalam usaha untuk menyingkirkan Suhaimi. Adalah dipercaya taktik dan niat jahat itu bukan setakat itu sahaja. Si mamak itu akan terus bergerak dan melakukan berbagai taktik jahat lagi. Yang penting beliau akan menang, dan berjaya singkirkan Suhaimi. Selagi Suhaimi tidak jatuh, beliau akan melakukan apa sahaja hatta menggunakan nama dan pengaruh bapa Islam Hadhari!


- Cikgu Tua - 06.10.2005

Artikel sebelumnya:Geng Mamak Goncang GPMS

 
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 14 :Menabalkan Seorang Raja
10.06.05 (7:16 pm)   [edit]

Satu ketika dulu, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, pernah berjenaka betapa dia senang hati dengan tugasnya sehingga tidak ingin melepaskan jawatan itu secara tergesa-gesa. Malahan, dia pernah berkata secara berseloroh juga bahawa Timbalannya, Tun Razak masih muda lagi untuk menjadi sebagai seorang pengganti. Memanglah, Tunku bergurau senda seperti biasa. Akan tetapi, peristiwa itu lama terpahat di minda Tun Razak sehinggakan dia mula naik jengkel dibuatnya. Selang beberapa tahun selepas itu Tunku mula merasakan tindakan balas Tun Razak yang mula mual dan merasakan betapa takhtanya dirampas sejurus meledaknya peristiwa 13 Mei 1969.


Beginilah laluan golongan putera mahkota yang sudah menghampiri kuasa singgahsana, selalunya amat peka akan ketidakstabilan kedudukan mereka. Selagi mereka tidak mengecapinya, kedudukan mereka tetap goyah laksana telur di hujung tanduk. Seseorang raja sesungguhnya mempunyai kuasa ke atas seseorang putera mahkota dan golongan ini selalunya terpaksa berdepan dengan raja yang perkasa ataupun seseorang yang menjadi gila kuasa disebabkan terlalu lama mencengkamnya.

Pada waktu ini, walaupun zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi baru sahaja muda usianya, nampak sangat pertanda betapa goyahnya cengkaman kuasa itu. Raja yang lemah sudah tentu sukar menyerlah. Putera mahkota pula terlalu ghairah menyambar peluang untuk memainkan peranan itu. Harus difahami dengan nyata bahawa walaupun Najib Tun Razak adalah orang yang bakal menggantikan Abdullah, dan Anwar Ibrahim merupakan orang mengidam yang tak sudah, pengganti sebenar kepimpinan Abdullah nanti ialah menantunya, Khairy Jamaluddin. Pada usia muda 30 tahun, Khairy sudah ternyata merupakan Peneraju Masa Depan yang tidak ada tolok bandingnya.

Khairy tentu sedar betapa rapuhnya kedudukan beliau kini. Walaupun merasa selamat gara-gara talian jodohnya, dia tidak boleh begitu taksub dengan kepercayaan yang dia masih selamat kerana kedudukan Abdullah yang begitu kurang meyakinkan sebagai nakhoda peneraju bahtera negara. Khairy perlu menjadi seorang raja secepat mungkin ataupun menggantikan bapa mertuanya dengan seorang manusia yang terhutang budi kepadanya. Sejak kebelakangan ini keperluan itu semakin terdesak lagaknya. Keadaan tidak stabil sudah semakin menular dalam kerajaan Abdullah setelah rakyat Malaysia sedar betapa orang yang begitu kuat mereka sokong semasa pilihan raya umum dulu masih tidak mampu menunaikan segala janji yang dikatakannya.

Pada November 2003, semasa Abdullah naik takhta sebagai Perdana Menteri, Khairy pernah berkata kepada kawan-kawannya betapa dia mahu melihat mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir dipenjarakan, bersama-sama Daim Zainudin dan beberapa penyangak di zaman mereka. Dua tahun sudah pun berlalu, Mahathir masih perkasa membuktikan yang dialah sebenarnya seorang raja. Dunia politik Malaysia masih diperkotak-katik secara remot sahaja yang ternyata memang begitu stailnya sejak dulu. Mahathir telah berani mencabar kuasa Abdullah dengan mendedahkan isu AP dengan muslihat bahawa kerajaan Abdullah adalah lebih korup berbanding kerajaannya dulu. Malahan dalam banyak hal, Mahathir telah menunjukkan yang dia bukan mudah diketepikan. Abdullah memang sedar yang dia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya, walaupun dalam hal ehwal UMNO, tanpa memikirkan dulu apa pendapat Mahathir mengenai setiap perkara itu.

Sebagai contoh eloklah kita ambil kisah pelantikan Mahadzir Khalid sebagai Pemangku Menteri Besar Kedah. Semua orang tahu betapa Menteri Besar yang ada, Syed Razak sudah kurang bertenaga dan uzur sejak beberapa bulan. Namun, Abdullah mengambil masa yang lama untuk melantik seorang pemangku Menteri Besar, bukan disebabkan ketiadaan calon. Abdullah sendiri yang membuat pengakuan kepada satu rombongan yang dianggotai timbalan menteri UMNO Kedah dan ahli Exco, bahawa Syed Razak tidak boleh diketepikan kerana beliau adalah orang Mahathir. Demikianlah lembiknya Abdullah Badawi, sehingga dia telah terhalang untuk melantik orang-orangnya sendiri sebagai Menteri Besar Perlis, Kedah, Selangor, Johor dan Sabah. Hanya di Negri Sembilan, Abdullah berjaya meletakkan calonnya sebagai pemimpin utama di negeri itu.

Najib Tun Razak memang sudah jelas amat mengecewakan. Walaupun mulut dia sentiasa berbuih mengulang laungan pembaharuan yang digesa oleh Abdullah, Najib ternyata bersikap dingin dalam menyokong dasar-dasar Abdullah. Malahan dalam isu AP. Najib yang memang tidak rapat dengan Rafidah, hanya memainkan peranan seorang jurucakap, seolah-olah dia berlakon dalam drama mainan di sekolah rendah. Najib terlalu berhati-hati, tidak bersedia bersuara lantang mempertahankan ketuanya, kerana wujudnya kesedaran kalau berlaku sesuatu kepada ketuanya, dialah yang akan menggantikan tempatnya.

Inilah yang membuatkan Khairy sukar tidur di malam hari, mencongak akan segala rencana yang dilakar dua tahun dulu lagi, dan masih lagi tidak berapa menjadi.. Khairy masih merasakan bahang ancaman kepada impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling muda. Dia amat mengharapkan ketokohan Anwar dapat membantu sejurus dia berjaya memujuk Abdullah menerima Anwar kembali menganggotai UMNO. Akan tetapi Anwar pun sudah semakin kehilangan kilauannya. Gara-gara terlalu kerap berada di luar negara, Anwar sudah semakin renggang dengan para penyokong kuatnya dengan memilih bulu seperti mana dia berlagak semasa masih berkuasa dulu. Yang lebih penting lagi, Anwar sudah gagal menunaikan janji untuk memimpin puak pembangkang ataupun membawa pulang dana yang amat diperlukan daripada dermawan luar seperti yang pernah dijanjikannya. Kegagalan beliau memujuk DAP menerima PAS, yang merupakan usaha utama beliau semasa pilihan raya umum 1999 dulu, ternyata mencalar keupayaannya.

Pucuk kepimpinan PAS sudah semakin mencurigai Anwar dan para pembantunya. Mereka amat sedar betapa Anwar masih intim dengan Khairy dan berhasrat mahu rujuk kepada UMNO dan menerajuinya semula. Walaupun dua pemimpin utama PAS, presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Metneri Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, masih menghormati Anwar setiap kali dia ebrada di wilayah mereka, ramai pemimpin PAS yang lain, trermasuk golognan profesional dalam parti terus mengadakan pertemuan rahsia merancang strategi bagaimana bertindak seandainya Anwar memeranjatkan mereka mengenepikan puak pembangkang hanya kerana mahu berada dalam UMNO semula.

Ada seorang naib presiden PAS yang telah bertemu sendirian dengan Khairy. Mereka bertemu dua bulan dulu di sebuah bilik di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur. Pertemuan itu adalah tidak formal tetapi ada dua perkara yang telah mereka bincangkan. Pemimpin PAS itu telah memberitahu Khairy bahawa Anwar tidak akan berjaya membawa PAS menganggotai BN semula. Ini merupakan satu tindakan di mana Abdulah Badawi pernah memainkan peranan utama di tahap awal kepimpinan kerajaan Tun Razak. Kedua, Khairy telah memberitahu pemimpin PAS itu bahawa walaupun Anwar memang sedia diterima balik oleh UMNO, partinya PKR mesti dibubarkan dulu sebelum kemasukan Anwar dapat diterima semula.

Walaupun Anwar menafikan ini secara terbuka, Anwar tetap tidak muak memberitahu pendengarnya betapa UMNO kerap menghantar pesanan agar dia menimbangkan semula untuk menganggotai parti itu. Beberapa hari yang lalu di Kota Bharu, Anwar ada menyebut perihal seorang mantan Menteri Besar dan beberapa pemimpin bahagian UMNO menjemput beliau rujuk semula untuk mereformasikan UMNO. Para pendengarnya tentu lebih yakin akan cakap-cakap Anwar kalaulah dia berani menyebut nama mereka secara terus terang.

Mantan Menteri Besar itu ialah Osman Aroff, seorang ahli politik Kedah yang begitu terkenal dengan korupsi yang amat tinggi dan kini laksana kucing kurap sahaja di kalangan pucuk kepimpinan UMNO. Osman Arof pernah menjadi orang suruhan Anwar di Kedah, dalam usaha memerangi pengaruh penjilat utama Mahathir di sana yang bernama Sanusi Junid. Tetapi, Osman Arof sudah tidak berpengaruh lagi dan tidak dihiraukan oleh sesiapa. Pemimpin bahagian yang Anwar maksudkan itu termasuklah Afifuddin Omar, seorang loyalis Anwar yang cuba bermain peranan yang sama dengan Abdullah tetapi tertipu juga apabila diberikan kerusi negeri sebagai ganti kepada kerusi dan jawatan Parlimen yang amat ditagihnya.

Semua manusia ini berjumpa dengan Anwar kerana tidak ada orang lain yang bersedia menemui mereka.

Sejak Khairy meninggalkan pejabat Perdana Menteri, Abdullah sudah mula menerima laporan khas Cawangan Khas (SB) di rumahnya dengan selesa dan tidak lagi di pejabatnya. Alasannya? Untuk membolehkan Khairy muncul semasa taklimat diberikan, seolah-olah secara kebetulan sahaja dan membolehkan beliau menarik kerusi yang terdekat untuk mengetahui maklumat rahsia yang dibincangkan.

Dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Anwar Ibrahim, Khairy diberikan tugas khas untuk menilai maklumat SB itu semua dan merancang satu strategi khas untuk bapa mertuanya. Abdullah sedar betapa Anwar adalah lebih penting kepada Khairy kalau dibandingkan kepada keperluannya sendiri. Lagi pun kalau ada usaha membawa Anwar semula memasuki UMNO, ia akan mengilaukan masa depan Khairy sebagai seorang tokoh politik yang berwibawa di hari muka. Anwar pula dijangka dapat memberikan sokongan kepada Khairy kalau diasak oleh Najib. Akan tetapi, di waktu yang sama Abdullah sedar segala usaha membawa Anwar semula akan mencetuskan satu keadaan di mana dia sendiri akan berdepan dengan gerakan bersepadu yang datang daripada Mahathir dan Najib. Kerana itu, helah membawa masuk Anwar adalah usaha untuk Khairy menonjolkan dirinya sebagai calon tengku mahkota yang mahu naik menjadi raja yang berdaulat dan berkuasa.

Yang peliknya, Anwar tidak pernah menceritakan urusannya dengan Khairy kepada umum. Tetapi, secara peribadi, Anwar memang mengagumi Khairy sehingga satu tahap seolah-olah dia cemburu juga. Tidak kiralah apa kelemahan Khairy, Anwar menganggap beliau sebagai kunci utama untuk pulang semula ke pangkuan UMNO dan kuasa. Khairy juga merupakan kunci utama Anwar untuk menyerang balas Mahathir Mohammad. Walaupun perkara ini boleh dianggap aneh, orang dalaman Anwar sudah diberikan panduan bukan sahaja menghormati Khairy, tetapi cuba merapati penasihat Khairy seperti Omar Ong dan Ahmad Zaki Zahid.

Politik mempunyai pasang surut yang sungguh aneh, kerana sukar diramal dengan tepat sekali. Dalam beberapa minggu yang mendatang, lakonan ini akan dimainkan sehingga kemuncaknya. Beberapa tindakan sedang dirancang oleh pihak Khairy dan juga oleh pihak lain yang terlibat dalam drama ini yang akan memuncak dan membawa perubahan kepada warna politik Malaysia. Khairy sedang berdepan dengan satu ujian besar dalam kerjaya politiknya yang begitu singkat tetapi cepat naik mencanak.

Bersambung ke Bahagian 15

- MalaysiaToday

 
Negeri maju hutang tak bayar
10.05.05 (10:53 am)   [edit]

Pada bulan Ogos lalu Selangor telah diisytiharkan sebagai Negeri Maju oleh Menteri Besarnya Khir Toyo. Kini hampir 2 bulan berlalu, anak-anak Selangor masih terpinga-pinga dan tertunggu-tunggu limpahan kemajuan yang tak jatuh-jatuh pun ke riba mereka.


Dalam akhbar NST hari ini Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa usaha sedang dipertingkatkan untuk memungut hutang melebihi RM9 billion yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri. Hutang ini termasuklah hutang yang diberikan kepada badan-badan berkanun negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.


Menurut laporan Ketua Audit Negara, tidak ada satu pun kerajaan negeri yang membayar ansuran hutangnya mengikut jadual, bermakna ada yang membayar namun tidak menepati jadual yang ditetapkan.

Tetapi yang lebih parah lagi terdapat kerajaan negeri yang langsung tidak membayar balik hutangnya sepanjang tahun lalu. Antaranya adalah Johor, Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu dan Negri Sembilan.

Ya, kerajaan Selangor Negeri Maju, langsung tidak membayar sesen pun hutang mereka pada tahun lalu.

Sepanjang tahun 2004 sebanyak RM349.84 juta telah dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berhutang (termasuk Kelantan) namun Selangor Negeri Maju tidak tersenarai! Maju-maju juga tapi hutang kenalah bayar.



JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/


Oleh Roslan sms - 05.10.2005 (Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi

 
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 13 : Cinta Yang Berbelah-bagi
10.05.05 (10:52 am)   [edit]

Kesan kemelut politik 1998, ramai rakyat Malaysia yang semakin bosan dengan perjalanan hidup warga politik negara. Semakin ramai yang berpendirian bahawa orang politik harus dihakimi berasaskan sumbangan kerja mereka, integriti dan keupayaan dan bukannya berasaskan kisah-kisah di bilik tidur mereka. Apabila mantan Perdana Menteri Mahathir menggunakan kisah kelakuan luar tabii sebagai asas menghukum Anwar, reaksi orang ramai lebih memihak kepada Anwar. Mungkin juga keadaan sudah berubah dan sudah muncul satu budaya baru dalam congak politik Malaysia di mana cara hidup peribadi orang politik seharusnya tidak menjadi asas penelitian kecuali cara hidup itu benar-benar menjejaskan khidmat mereka kepada orang ramai.


Akan tetapi, perubahan itu tidaklah berpusing arah secara menyeluruh. Tuduhan kelakuan seksual masih lagi menghambat orang politik. Ada juga tuduhan itu yang didapati benar, namun lebih banyak yang sengaja diada-adakan untuk mencetuskan satu suasana maksiat untuk menghenyak orang politik yang tertentu. Sebagai contoh, memang ada menteri yang menjalin hubungan seksual dengan artis dan model (peragawati), tetapi tidak banyak kes mereka tertangkap, seperti yang dikhayalkan oleh musuh-musuh mereka. Fitnah mengenai kecurangan seksual selalunya diamalkan oleh seteru dalam parti sendiri dan juga oleh tokoh politik parti pembangkang.

Memang mengarut semua ini. Selepas 1998 pemimpin parti pembangkang di Malaysia yang mengutuk perbuatan orang UMNO yang memfitnah Anwar Ibrahim, telah turut sama melontarkan pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap Mahathir termasuk menyebut beberapa nama wanita yang kononnya menjadi perempuan simpanan Mahathir. Ada di kalangan mereka yang suka menyebut kisah bagaimana mereka mengenali seseorang yang mengenali orang yang kononnya berjaya menangkap Najib Tun Razak berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal di sebuah hotel di Port Dickson. Antara cerita yang paling aneh ialah tuduhan seorang Ketua Penerangan Sayap Pemuda Keadilan (PKR) yang menuduh Abdullah Ahmad Badawi mempunyai hubungan sulit dengan seorang pengawal polis wanita. Kisah itu sebenarnya sengaja diada-adakan.

Khairy Jamaluddin tidak berkecuali daripada fitnah semacam ini. Pada 2002, seorang pegawai kanan perkhidmatan awam pernah membuat satu cerita kepada Aziz Shamsuddin, yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Mahathir. Ketika itu Khairy bertugas sebagai seorang Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Khairy dikatakan terlibat dengan segelintir anggota masyarakat ‘gay’ lulusan Universiti Oxford, yang juga membabitkan seorang mahasiswa warga Malaysia daripada kaum Cina. Fitnah semacam itu adalah terlalu menarik untuk dirahsiakan dan sudah tentu cepat berlegar naik ke tahap teratas.

Terdapat beberapa orang pembantu Mahathir yang membuat penyelidikan untuk memastikan kebenaran fitnah itu. Mereka merumuskan akhirnya bahawa cerita itu memang benar dan membuat laporan demikian kepada ‘bos’ mereka. Akan tetapi Mahathir tidak ambil kisah, kerana memikirkan bahawa Khairy tidak penting dan akan bersifat demikian pada masa depan. Sesungguhnya Mahathir tidak tersilap dengan tanggapan bahawa Khairy mempunyai kecenderungan kepada sifat ‘gay’. Tetapi dia ternyata tersilap mengenai kecepatan Khairy naik melonjak ke atas.

Tanpa disedari oleh Aziz Shamsuddin dan juga Mahathir, kisah Khairy kononnya cenderung ke arah homoseksual itu adalah kerja fitnah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Ada seorang bekas timbalan menteri yang merupakan penyokong kuat Anwar (dan tentunya digugurkan oleh Mahathir semasa Pilihan Raya Umum 1999 dulu) kerap menggunakan sahabatnya dalam perkhidmatan awam untuk menyebarkan berita semacam itu hingga sampai ke telinga Aziz Shamsuddin. Desas-desus itu sebenarnya berpunca daripada Ezam Mohd Nor yang kononnya mendengar berita angin daripada seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam yang bersimpati dengan pergerakan reformasi. Pegawai itu kononnya mempunyai seorang anak yang menuntut di institusi yang sama dengan Khairy. Itu merupakan cerita karut. Idea bahawa Khairy seorang ‘gay’ adalah merupakan cebisan imaginasi para pemimpin PKR yang begitu ghairah mahu mencemar nama baik Abdullah Badawi yang mereka anggap ketika itu tidak berapa bersimpati terhadap penderitaan ketua mereka. Lagi pun mereka ini sudah lama bermusuhan dalam UMNO, lebih satu setengah dekad.

Desas-desus begitu mempunyai hayatnya sendiri. Khairy yang pada awalannya dikutuk sebagai seorang ‘gay’ kemudian digambarkan pula sebagai budak sewaan untuk menjadi penyedap kepada isteri-isteri pak menteri yang berkunjung ke London semasa beliau masih belajar di sana lagi. Pada satu ketika desas-desus itu menjadi begitu ligat hinggakan Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan turut mendengarnya. Anwar telah meminta para peguam beliau menyelidik kisah homoseksual itu. Tentunya cerita itu boleh dijadikan satu bahan oleh pihak pembangkang, kalaulah ada kebenarannya.

Sebaliknya, Khairy memang tidak berminat langsung dengan lelaki. Pernah juga dia dipelawa oleh seorang kolumnis akhbar homoseksual Malaysia semasa menghadiri satu jamuan di rumahnya di Jalan U Thant. Si kolumnis itu jatuh cinta dengan Khairy. Perkara semacam ini bukannya pelik sangat. Satu ketika dulu, seorang warga Australia bernama Greg Sheridan, pernah menulis mengenai suasana politik Malaysia dan menceritakan bagaimana dia begitu tertarik dengan rupa wajah Khairy yang mirip bintang filem Hindustan. Tidak menghairankan kalau kolumnis ‘gay’ itu jatuh hati dengan seorang pengacara TV semasa itu.

Sudah menjadi tabiat kolumnis ini mempelawa beberapa anak muda ke rumahnya yang dikongsinya bersama dengan seorang teman hidup. Majlis semacam itu dijadikan tempat di mana si kolumnis menabur janji kepada anak-anak muda itu dengan syarat mereka sanggup menjadi “sahabat istimewa” nya. Ramai juga yang termakan umpan dan berjaya masuk menyelinap golongan istimewa politik melalui jasabaik kolumnis tadi. Tetapi, Khairy sendiri pernah menolak tawaran si kolumnis tadi. Mereka terus berkawan baik, tetapi si kolumnis itu diberikan satu kefahaman bahawa Khairy mahu naik ke atas melalui usahanya sendiri. Ketika itu nanti Khairy yang akan memainkan peranan seorang tuan dan si kolumnis sebagai hambanya.

Ini tidak bermakna Khairy tidak menggunakan paras wajah yang menarik itu untuk mencapai impiannya. Sejurus meledaknya gerakan reformasi, ramai lulusan muda daripada Oxford dan Cambridge yang bergiat ligat dalam pergerakan pemuda UMNO. Khairy ternyata semakin menyerlah dan berjaya menggunakan hubungan perkahwinannya untuk naik ke puncak kejayaan.

Ada seorang kawan baiknya (Khairy) bernama Vincent Lim Kian Teck, yang kini menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, yang mula-mula memperkenalkan Khairy kepada Nori Abdullah. Ketika itu Nori bertugas sebagai seorang penyelidik separuh masa di ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Khairy tidak perlu berusaha keras. Nori sudah jatuh hati kepada anak muda yang lulus daripada Oxford dan sekurang-kurangnya setara dengan kepintarannya.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Nori Abdullah merupakan anak yang paling bijak di antara anak-anak kesemua Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang anak yang pintar, Nori kerap meminta ayahnya membeli buku bacaan di luar negara semasa ayahnya bertugas sebagai menteri luar. Kalau anak-anak menteri lain lebih berminat dengan intan-permata dan hadiah barangan hi-tek, Nori kerap selesa dengan pemberian yang menajamkan pemikiran daripada ayahnya. Di kalangan golongan yang sebaya dengannya, Nori ternyata merupakan salah seorang yang banyak membaca dan tidak mudah senyap membisu kalau ada suasana perdebatan dengan pemikir yang lebih ternama.

Tentulah pelik juga kenapa Nori sanggup berada di bawah ketiak Khairy. Dia mungkin lebih menonjol kalau benar-benar mahu bergiat dalam politik. Akan tetapi, oleh kerana pasangan ini mempunyai impian menduduki tempat yang teratas dalam arena politik, sudah tentu sukar untuk mereka mencapainya kalau mereka bersaing. Adalah lebih wajar kalau Khairy menjadi seorang Perdana Menteri dan Nori memainkan peranan sebagai Wanita Pertama negara. Malahan, kalau mereka berjaya dengan impian ini, sudah tentu mereka melakar nama dalam sejarah Malaysia, mungkin melepasi sejarah yang dilakar oleh Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.

Nampaknya kita terlalu jauh menjangkau ke hadapan. Sudah tentu Khairy sedar bahawa perkahwinannya dengan Nori adalah laksana mendapat satu tiket ekspres menuju destinasi impiannya. Mungkin dia tidak begitu taksub semacam Nori yang menyimpan sekeping gambar Khairy dalam tas tangannya, dan menjadikan gambar si suami sebagai ‘wallpaper' di skrin komputernya di pejabat, malahan di kole (cangkir) kopi yang digunakannya. Namun, Khairy pandai memainkan peranannya walaupun tidak ada kasih sayang yang tulen dalam perasaanya terhadap si isteri. Setidak-tidaknya ada juga perasaan akrab padanya. Segala koleksi teman wanita Khairy yang pernah dijadikan miliknya di Singapura, Oxford dan London kini sudah dikesampingkan semata-mata memberi ruang kepada ‘patung Jepun’ yang bernama Nori.

Bagaimana pula dengan kisah Khairy yang dikatakan selalu curang? Sekali lagi ini merupakan fitnah yang dimainkan oleh seteru politik Khairy. Sebagai contoh eloklah kita tengok apa jadi dengan kisah khalwat yang melibatkan Khairy dengan seorang gadis Burma. Kisah ini disiarkan dalam akhbar pihak pembangkang. Ada yang menyebut wanita itu adalah berbangsa Filipina dan bukannya Burma. Mengikut satu cerita Nori dan salah seorang rakannya dalam Pergerakan Puteri UMNO telah mengesyaki Khairy sedang bermain kayu tiga dan meminta bantuan pegawai-pegawai JAWI untuk menyiasat mereka ketika berasmara. Apabila terbongkar kisah itu di apartmen milik Khairy dan Nori di Pantai, Khairy dan Nori telah dipanggil oleh Abdullah Badawi. Mengikut satu cerita, Abdullah begitu marah dengan Khairy sehingga dia melempang menantunya. Pasangan muda itu telah diberi amaran oleh Abdullah supaya menjaga diri masing-masing. Bagi tujuan politik mereka perlu terus bersama dan dilihat senantiasa intim dan ceria.

Ada pihak yang berkata bahawa peristiwa itu berlaku di Putrajaya di Pejabat Perdana Menteri. Ada pula cerita mengatakan perkara itu berlaku di rumah keluarga Abdullah di Kepala Bats. Ada pula cerita mengatakan Abdullah sengaja singgah daripada satu mesyuarat UMNO di Kedah, untuk berada di Kepala Batas. Malahan ada juga yang bercerita bahawa Khairy dan Nori dipanggil oleh Abdullah dan disaksikan oleh adik Abdullah yang bernama Ibrahim dan abang Nori, Kamaluddin.

Cerita yang sebenar adalah jauh panggang dari api. Semasa Khairy bertugas di Jabatan Perdana Menteri dulu, memang ada seorang rakan sekerjanya daripada kaum hawa. Fitnah mula disebar selepas wanita itu kelihatan bersama-sama Khairy di satu majlis rasmi. Kisahnya bukanlah sebesar mana. Khairy telah menawarkan khidmat untuk menemani wanita itu semasa ketuanya yang seorang lagi, Ahmad Zaki Zahid, tidak dapat menemani beliau ketika itu. Sebagai seorang ‘gentlemen’ Khairy telah bermurah hati menemani beliau kerana dia (Khairy) sendiri pun terpaksa menghadiri majlis yang sama.

Yang menariknya dalam hal ini ialah kisah orang yang mencipta cerita tersebut. Terdapat beberapa nama yang disebut, termasuk nama Ketua wanita UMNO, Rafidah Aziz, Menteri (yang baru kahwin lagi) Hal Ehwal Dalam Negeri, Azmi Khalid, dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh Omar. Akhirnya cerita itu telah dapat dikesan berpunca daripada kumpulan Najib Tun Razak. Itulah fitnah yang direka bersama oleh segelintir penasihat Najib kerana mahu menggoncang imej Khairy yang dikatakan terlalu setia kepada Abdullah. Sebagai lazimnya, cerita semacam itu dibocorkan kepada pihak pembangkang melalui seorang wartawan kanan yang bertugas sebagai wartawan bebas dan kerap menulis untuk akhbar-akhbar antarabangsa. Sesungguhnya tidak ada setitik pun kebenaran dalam semua cerita itu.

Yang lucunya kisah penggeledahan yang dilakukan oleh pegawai JAWI itu diada-adakan oleh orang-orang Najib setelah mengambil ingatan akan kisah beliau satu ketika dulu. Ramai yang menceritakan bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negri Sembilan. Najib telah menolak cerita itu dengan mengemukakan buku catatan pegawai JAIN (sama peranannya dengan JAWI). Mengikut Najib tidak ada satu pun catatan pemeriksaan JAINS di Port Dickson pada hari yang ditohmah oleh musuhnya. Sebenarnya tangkapan JAINS itu adalah satu pelencong sahaja. Najib telah ditangkap berkhalwat bukan di Port Dickson tetapi di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Pegawai Khas Najib telah sengaja menghebohkan Port Dickson sebagai helah untuk menyediakan satu alibi kepada kes itu.

Khairy bukanlah seorang homoseks ataupun seorang gigolo. Namun dia bukannya seorang malaikat. Dia menjadi semakin warak setelah berkahwin dengan anak Abdullah tetapi ini tidak bermakna dia begitu liar seperti yang digambarkan oleh musuhnya.

Khairy sedar, nasibnya yang menyerlah itu setidak-tidaknya semasa Abdullah masih berkuasa adalah hasil cinta abadi yang dicurahkan kepadanya oleh Nori. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Nori kepadanya merupakan tonggak kekuatannya di kalangan orang dalaman Abdullah. Walaupun ramai sahabat akrab Abdullah dan juga saudara maranya yang menuduh Khairy menggunakan perkahwinannya sebagai pelindung nafsu serakahnya mahukan kuasa, Abdullah tidak akan melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati Nori. Abdullah sedar cara melukakan hati Nori ialah mengakui bahawa segala kritikan yang ditujukan arah menantunya iaitu adalah benar belaka.

Satu ketika dahulu semasa menghadiri jamuan majlis perkahwinan Khairy dengan Nori, Duta Amerika di Malaysia ada menghadirinya. Beliau pernah berkata bahawa “Khairy is a very lucky man” (Khairy adalah seorang lelaki yang beruntung). Hairan juga, kenapakah sentimen yang sama tidak disebut bagi pihak Nori. Namun, dalam percintaan dan politik, kedua-duanya adalah dianggap sama. Cuma apakah percintaan itu yang membuatkan Khairy kebal?

Akan bersambung ke Bahagian 14..

- MalaysiaToday

 
Penipuan Dalam Kontrak Pembekalan Komputer Sekolah-sekolah
10.05.05 (10:50 am)   [edit]

Berikut adalah beberapa SMS berhubung Kontrak Pembekalan Komputer Sekolah-sekolah oleh Syarikat DHIT (anak syarikat DRB-HICOM).
 


DELL BERSUBAHAT DGN DHIT BERJAYA MENIPU KPM MEMBEKAL PC TANPA SPESIFIKASI YG DILULUSKAN FASA 3

SPESIFIKASI MEJA KPM LULUS DLM KONTRAK IALAH 4 KAKISETENGAH.MAKLUM SEKOLAH JGN T.TANGAN SPP

ADA SEKOLAH YG MENERIMA SPESIFIKASI DELL YG BUKAN TERNYATA DLM KONTRAK

SEGALA MAKLUMAT BOLEH DI SAHKAN OLEH DHIT STAF YG DITUGARKAN UTK PROJEK MOF

CS GOH ORG KANAN YATINA ADALAH DALANG DLM HAL INI. TRADEROF, TRIDENT, MASTER PRETIS, KIP DAN BYK LAGI ADALAH SYKT YG BERKAITAN DGN CINA

SYKT PEMBEKAL PERABOT(K.I.P) ADALAH SYKT ALI BABA SEBAB SEMUA BEKALAN PERABOT DILAKUKAN OLEH JUARAPAC.MAIDIN ADA BERSAMA YATINA SETIAP MLM UTK ATUR STRATEGI

SYARIKAT ALARM YG DILANTIK ADALAH SYARIKAT REKAAN SAJA ALAMATNYA SAMA DGN ALAMAT PEJABAT SYARIKAT PERUNDING DHIT.SEBUT HARGANYA TELAH DIATUR

SEMUA SYARIKAT PEMBEKAL YG TERLIBAT DLM 261 SEKOLAH KONTRAK TAMBAHAN ADA MEMBUAT BAYARAN UNDER TABLE.TRADEROF ADALAH SYARIKAT TOL PLAZA UTK KRONI DATO YATINA

DHIT TELAH MEMBEKAL MONITOR JENAMA LICOM GRED C. DAN MELETAK JENAMA KOMNAS TAPI MEMBERITAHU MOE KUALITINYA SAMA SEPERTI SAMSUNG

DIHARAP PIHAK BERKUASA DAPAT SEMAK SEMULA PEMBEKALAN DRB HICOM IT (DHIT) DLM PROJEK PENGKOMPUTERAN FASA 3 MOE SBB ADA

- Orang Dalam

 
SIAPA DIA GENG MAMAK?
10.04.05 (12:37 pm)   [edit]

Sebelum ini orang tahu geng mamak hanya sebuah kumpulan gangster atau perompak bersenjata yang menjalankan aktiviti merompak bank dan melakukan kekerasan jenayah. Mereka bukan sahaja merompak harta benda orang tetapi ada kalanya turut membunuh dan mencabut nyawa orang. Semua kerja itu dilakukan kerana survival, untuk hidup.


Mereka bergerak di bandar besar, khasnya di Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ternyata membimbangkan dan mengancam keselamatan awam. Negara juga bermasalah dengan adanya kumpulan hantu-hantu ini. Mereka menjadikan orang ramai tidak nyenyak tidur.

Tetapi, tanpa banyak diketahui kini terdapat satu lagi geng mamak. Kumpulan ini baru wujud dan aktif sebulan dua ini sahaja. Kegiatan mereka berbeza dengan kumpulan geng mamak yang merompak menggunakan senjata itu. Namun dari segi moral, nilai kegiatan mereka lebih kurang sama sahaja.

Mereka bukan merompak harta benda, tetapi membuat kacau dan mempunyai agenda yang besar untuk kepentingan kumpulan mereka. Bagi menghalalkan tindakan mereka itu, maka mereka sanggup mengorbankan orang lain termasuk kawan dan juga sahabatnya sendiri. Kumpulan ini sebenarnya tidak boleh dipercayai dan tidak ada kejujuran di dalam persahabatan.

Geng mamak yang dimaksudkan ialah dua tiga ekor budak hitam di dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang ketika ini berusaha keras untuk menguasai gabungan itu dengan berusaha untuk menyingkirkan Presiden sekarang Suhaimi Ibrahim. Mereka kini terdesak hendak menguasai GPMS kerana untuk dijadikan kuda kepang mereka dalam politik.

Ketua kumpulan ini ialah Reezal Marican Naina Marican. Si mamak kelabu asap. Dia pada masa ini ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum ini beliau menjadi Setiausaha akhbar kepada Sharizat Jalil yang juga seketurunan dengannya.

Atas bodekan dan lobi yang tidak henti siang malam, akhirnya beliau berganjak setakuk dengan menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Penempatan beliau di sini, panjang juga ceritanya. Ia memasuki pejabat itu bukan kerana kredibilitinya, sebaliknya di atas auta dan putar belitnya juga.

Dan tentulah juga di antara pihak yang berusaha menempatkan dia di situ ialah GPMS sendiri. Atas niat hendak merapatkan GPMS dengan Abdullah yang pernah menjadi pemimpin gabungan itu maka si Naina Kelabu ini dicadangkan agar diberi post itu selepas pilihan raya umum lalu.

Perkara yang tidak dipersoalkan kini ialah layakkah dia untuk menjadi pemimpin GPMS? GPMS, ialah Gabungan Pelajar MELAYU Semenanjung. Mengenai lokasi dan tempat tinggalnya, (Pulau Pinang) si Naina Kelabu ini tidak menjadi masalah ia telah memenuhi syarat itu kerana dia juga bermukim di Semenanjung. Namun dari segi bangsa dan warnanya bagaimana pula?

Apakah Reezal ini Melayu? Dalam konteks Melayu seperti mana disebutkan oleh Perlembagaan. Atau sekadar berstatus Bumiputera sahaja, seperti orang Siam, Dusun dan Kadazan di Sabah? Jika ditilik kepada nama dan juga marganya, si Naina Kelabu ini lebih kurang sama seperti bekas Perdana Menteri sebelum ini. Kedua-duanya tidak layak menggunakan bin di dalam kad pengenalan sebaliknya sesuai menggunakan (pengenalan) sebagai anak lelaki (s/o) sahaja.

Jelas dari sudut ini beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada gabungan pelajar Melayu. Dan sekiranya pelajar Melayu merestui beliau menjadi Presiden, alangkah bacolnya budak-budak Melayu. Merelakan diri dipimpin oleh anak mamak kelabu asap.

Bukan itu sahaja, peribadi Reezal ini juga tidak berapa putih dan tidak pantas untuk menjadi pemimpin kepada mana-mana kumpulan pun kecuali ‘geng mamak’. Mungkin orang tidak tahu kisah peribadinya, yang ditangkap khalwat. Isteri keduanya itu adalah hasil daripada tangkapan khalwat. Kalau beliau tidak ditangkap khalwat mungkin mereka belum berkahwin lagi dan terus bergelumang dengan maksiat.

Cerita ini bukan rekaan, Abdullah Badawi al-Hadhari juga telah mengetahuinya.

Hairan macam mana pelopor Islam Hadhari itu boleh menerima Reezal selaku Setiausaha Politiknya. Atau ciri-ciri demikian, berkhalwat, main dengan isteri orang, rasuah dan sebagainya adalah di antara ciri-ciri dan tanda ketulenan umat Islam Hadhari?

Pernahkah mamak-mamak yang mengelilingi beliau (geng) berfikir, dengan rupa diri yang comot dan kotor begitu layak atau sesuaikah untuk Reezal memimpin gabungan itu? Mungkin geng mamak boleh menerima kerana itu menjadi kebanggaan mereka, tetapi bagaimana dengan yang lain, berketurunan Melayu, bersongkok dan berkupiah? Apakah mereka juga bersedia menerimanya?

Jika diperhatikan kepada mereka yang menyucuk Reezal supaya menentang Suhaimi Ibrahim semuanya berwarna sama dengannya. Mereka adalah dari suku-sakat mamak. Yang bercakap putar lidah! Mereka ialah Jais Ishak, dari Pulau Pinang, juga mempunyai rupa, bulu dan warna kulit sama dengan Reezal. Seorang lagi ialah Zamri Isa, juga dari bumi serumpun dengan Reezal, Pulau Pinang.

Begitu juga Harimum Izan walaupun dari Selangor tetapi mempunyai darah coklat seperti Reezal juga. Jadi mereka inilah yang bersekongkol untuk membina empayar di dalam GPMS dengan menyingkirkan kepimpinan Melayu tulen Suhaimi Ibrahim.

Geng mamak ini bukan bergerak sendiri. Mereka mendapat sokongan padu daripada beberapa ekor Melayu yang teringin hendak menjadi pemimpin tetapi terhalang kerana masalah peribadi. Melayu GPMS yang desperado ini ialah Syed Annuar Syed Muhammad, Shahrir Rejab dan beberapa ekor bekas pemimpin GPMS yang sudah tidak laku gadai seperti Rahman Karim dan Ishak Junid.

Syed Annuar dan Shahrir Rejab cuba bangkit untuk menjadi pemimpin, tetapi dihalang oleh masalah peribadi. Shahrir yang kini menjawat jawatan Timbalan Presiden sepatutnya tidak menjadi broker kepada Reezal, namun kerana masalah peribadi dan tubuh yang tercalar, hendak tak hendak beliau hanya jadi gurkha Reezal sahaja kini. Biarlah di sini tidak disebut dulu penipuan besar yang dilakukan oleh Shahrir Rejab.

Begitu juga dengan Syed Annuar. Dulu beliau bukan main lagi menyokong Suhaimi Ibrahim. Tetapi kerana terkedu hati sedikit bila dinasihatkan agar melepaskan jawatan Setiausaha Agung terus merajuk dan bertindak melawan tauke. Semangat juang dan nilai perjuangan orang-orang ini senipis kulit bawang sahaja.

Kenapa Syed Annuar diminta berhenti sebagai Setiausaha Agung ialah kerana beliau berada jauh di Terengganu. Kedudukannya itu merumitkan urusan GPMS yang berpusat di Kuala Lumpur. Sementara itu beliau selalu membut tuntutan perjalanan yang melebihi daripada had dan di luar kemampuan GPMS untuk membayarnya?

Kerana hendak menjimatkan perbelanjaan itulah serta untuk tidak menyusahkannya, dan diatas persetujuannya juga (kononya untuk jaga parti (UMNO) di Terengganu), maka jawatan itu diberikan kepada Sobri. Peralihan itulah katanya menyinggungkan hati si Arab tiruan ini dan menyebabkan beliau bertidak bersekongkol dengan geng mamak Penang bagi menentang Melayu tulin Pahang, Suhaimi Ibrahim.
 


(Bersambung esok: Taktik jahat Reezal and The Geng)

- Cikgu Tua - 04.10.2005

 
Apakah Benar Islam Indonesia Yang Ledakkan Bom di Bali?
10.04.05 (12:35 pm)   [edit]

Dr. Mahathir telah menyebutnya dengan tepat. Dia tidak fikir bahawa Al Qaeda, ataupun Jemaah Islamiah (JI) ataupun sebarang kumpulan Islamiah yang lain bertanggungjawab meledakkan bom di Bali. Akan tetapi cara mudahnya pertubuhan itu semua dituduh melakukannya, dan diulang-ulang pula perkara itu sepanjang masa sejak ledakan minggu lalu, diburukkan lagi oleh gelagat kerajaan Indonesia dan dituturi oleh tuduhan kerajaan Britain terhadap Australia kerana tidak mempedulikan amaran awal kepada rakyatnya yang bersantai di Bali, memberikan andaian memang wujud sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Kerajaan negara barat ataupun agensi risikan mereka adalah bertanggungjawab. Mereka terus membesarkan perkara itu kerana rakyat Bali dan Indonesia serta di tempat-tempat lain tidak percaya betapa peristiwa di Bali itu adalah kerja-kerja pertubuhan Islamiah. Amerika Syarikat (dan Australia, antara lainnya) telah mencetuskan huru-hara di Selatan Vietnam pada 1960-an, sambil menuduh kumpulan Vietcong melakukannya. Tidak ada kesepakatan di kalangan pemberita Barat bahawa Al Qaeda terlibat. Jason Burke daripada The Guardian berpendapat bahawa Al Qaeda tidak mungkin terlibat dan segala suara bantahan dan sumbang di media Barat kini semakin dipersetujui oleh rakyat biasa di merata dunia, baik yang beragama Islam ataupun tidak, kerana mereka meragui segala berita rasmi mengenai ledakan bom di Bali.


Akan tetapi peristiwa itu muncul tepat pada ketikanya. Negara barat yang diketuai oleh PBB sedang terjebak dengan kemelut di Iraq. Iran pula sudah berani bertelagah dengan kuasa-kuasa Barat mengenai rencana nuklear mereka. Korea Utara pula telah memerangkap enam negara barat yang berunding mahu menghentikan kontroversi nuklear dengan bertegas bahawa loji nuklear bikinan Korea Utara itu adalah bertujuan untuk kegunaan aman dan meminta Amerika Syarikat meneruskan pembinaan loji itu. Itu pun selepas Korea Utara menonjolkan karenah Amerika yang mempolitikkan perkara itu. Rakyat dunia bebas di luar negara Barat bersorak sakan kerana kejayaan Korea Utara mempersendakan Amerika. Kini, Korea Utara telah meminta PBB dan negara lain menghentikan gelagat memberikan makanan kepada rakyatnya yang dikatakan kebuluran konon, kerana menyedari semua itu adalah satu rencana Barat mahu menguasai Korea Utara.

Umat Islam biasa di dunia ini tidak percaya sekelumit pun akan berita dunia yang ditentukan oleh Barat. Inilah yang membawa kesan terhadap perhubungan Bart dengan Indonesia, terutama pucuk kepimpinannya yang dipimpin oleh Susilo Bambang Yudhoyono. Australia terlalu kerap menawarkan pasukan polis dan forensiknya membantu polis Indonesia menyelesaikan kes pengeboman Bali. Ataupun apakah itu satu helah agar polis Indonesia tidak menyalahkan pembabitan polis Australia? Memang sudah menjadi amalan negara barat, sanggup membunuh beberapa ribu rakyat warganya sendiri semata-mata mahu mengkucar-kacirkan sesebuah negara. Sementelahan pula warganya sendiri sudah sekian lama sanggup memusuhinya juga. Mereka sanggup membunuh warga sendiri semata-mata meletakkan tuduhan ke atas Al Qaeda ataupun pertubuhan picisannya. Inilah yang terjadi di Bali kerana Barat amat mengingini agar orang ramai percaya itu adalah kerja jijik Osama bin Laden ataupun pasukan sekutunya. Adalah tidak cocok, seandainya negara barat membunuh warganya sendiri. Negara Barat boleh membunuh warga negara Dunia Ketiga tanpa takutkan balasannya dan tidak pun menyimpan sebarang rekod pembunuhan itu seperti yang berlaku di Iraq. Pada waktu yang sama ia bertegas bahawa rakyatnya adalah tidak berdosa. Lyndie England kini dihukum penjara kerana mengaibkan para banduan di penjara Abu Ghraib, sedangkan banduan yang ditahan di penjara Guantanamo selama bertahun ini disebabkan mereka beragama Islam. Mereka dinafikan hak asasi dihakimi oleh mahkamah Amerika untuk mencabar penahanan yang haram itu.

Nampaknya kerajaan Indonesia sudah memihak kepada Barat. Presiden Yudhoyono dan ramai lagi sudah mengulang-ulang apa yang disebut oleh Barat akan pembabitan Al Qaeda ataupun Jemaah Islamiah. Akan tetapi rakyat, terutamanya yang melihat tayangan CNN ataupun BBC tidak mempercayai perkara itu. Presiden Yudhoyono sudah mengikuti gelagat Presiden Musharaf dan juga Paklah di Malaysia. Mereka ini adalah pemimpin Islam yang begitu ghairah memerangi keganasan anti-Islam tetapi sanggup bersekongkol dengan Barat untuk mengganyang rakyat sendiri. Saya tidak setuju dengan usaha sekarang menggalakkan orang menjadi Muslim, sedangkan tidak mengambil kira latar belakang mereka. Namun saya tahu kenapa ia dilakukan. Umat Islam merasa senang dengan agamanya setelah meledaknya peristiwa 9/11. Ia merupakan satu reaksi yang lantang terhadap perjuangan krused (perang salib) Barat terhadap Islam. Hari ini, Turkey akan membuat keputusan apakah ia akan menganggotai pertubuhan European Union. Menteri luar Turki tidak akan pergi ke Brussels berunding apakah ia boleh menganggotai EU sebagai sebuah negara anggota sampingan yang membolehkan warga negara Turki bekerja di EU. Ramai pemimpin EU telah menyebut-nyebut betapa Turki menganggotai EU sebagai sebuah negara Islam yang moderat. Namun, terdapat beberapa negara di EU yang tidak setuju dengan keanggotaan Turki. Soalnya sudah ramai umat Islam di EU dan kerana itu perkara keanggotaan ini mungkin terpaksa ditangguhkan juga.

Perang Iraq telah menonjolkan Al Qaeda. Begitu juga perihal para pejuang kebebasan beragama Islam. Orang-orang yang disogokkan dengan propaganda Al Qaeda tidak pun membaca akhbar, mereka mendengar propaganda di televisyen ataupun membaca berita sogokan dengan tulisan propaganda bikinan Barat. Kerana itu mereka tidak menganggap Islam seperti yang dididik kepada mereka dulu. Di Arabia, Sunni Islam yang sudah lama memerintah negara. Bukan begitu pula di Iraq. Apabila Amerika Syarikat menyerang Iraq ia melumpuhkan kerajaan Sunni Islam yang didakwanya kumpulan Baathist. Akan tetapi kerajaan Sunni Islam di Baghdad adalah ciptaan penjajah British dulu. Ketika itu British berperang dengan Peranchis untuk melebarkan hegemoni penjajahannya di Timur Tengah. Britain menjajah Iraq selama 30 tahun dan tumbang apabila Perdana Menteri Sunni, yang menyamar dengan pakaian seorang wanita, lengkap dengan hijabnya telah diperangkap oleh rakyat jelata di Baghdad. Sejak itu pemerintah di Baghdad adalah orang Sunni, termasuk Saddam Hussein. Dalam usaha menonjolkan pemerintahan Shiah, Britain sebenarnya menghancurkan ciptaannya sendiri semata-mata mahu menyokong Amerika mencetuskan huru-hara di sana. Saddam Hussein memang amat dibenci di Timur Tengah. Akan tetapi kehaprakan Bart di Iraq telah membolehkan Saddam menjadi seorang al-syahid Sunni. Saddam sedar dia akan dikenakan hukuman gantung. Tetapi dia akan digantung sebagai seorang al-syahid di Timur Tengah. Buat masa kini, Iraq sudah menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditadbir lagi. Barat terutamanya Amerika terus membuat silap di sana sehinggakan terbukti apa yang dikatakan oleh Samuel Huntington dalam tesisnya berjudul pertembungan tamadun manusia.

Barat, terutama sekali Amerika memang tidak berguna lagi di Iraq. Kumpulan pejuang kebebasan yang kebanyakannya golongan Sunni semakin garang, dan kalau ada laporan yang kita terima daripada wartawan barat ialah perihal kemenangan di tangan Barat. Ini cerita songsang sebenarnya. Kalau kita ikuti kisah serangan taufan Katrina dan Rita di Amerika Syarikat, terutamanya laporan CNN, kita akan faham betapa goyahnya pentadbiran awam di sana. Macam mana pula Amerika Syarikat boleh berlagak sombong mencemuh perkhidmatan awam negara Dunia Ketiga?

Rupanya segala kisah di Amerika Syarikat itu adalah versi Hollywood yang mudah kita lihat di negara dunia ketiga dan bukannya di Amerika Syarikat, konon. Mereka yang mencengkam kuasa telah menggunakan segala daya untuk menyerlahkan penderitaan rakyat jelata. Kerana itu apa juga yang Barat lakukan, dengan kerjasama Hollywood ataupun para wartawan mereka bukanlah kisah yang sebenarnya. Perkara ini memang amat difahami oleh Dunia Ketiga. Kini Barat terpaksa mengolah rencana lagi dan babitkan rakyat Dunia Ketiga pula. Pengeboman di Bali minggu lalu, nampaknya adalah satu cara untuk melakukannya.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com

 
Humban Hattan ke laut: Sri Gading mencemarkan nama baik Parlimen
10.04.05 (12:34 pm)   [edit]

Saya sempat mengikuti siaran secara langsung pertandingan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Perlis di Stadium Bukit Jalil Sabtu lepas. Semasa menonton saya sempat juga menyaksikan lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan oleh penyanyi rock Hattan.


Saya kira ianya sempurna walaupun Hattan sebenarnya kelihatan macam mahu mengulangi 2 baris terakhir lagu tersebut sedangkan beliau terlupa yang lagu nyanyiannya itu telah pun sempurna sehinggalah muzik dihentikan.

Tiba-tiba di Dewan Rakyat semalam ahli Parlimen Seri Gading Mohamed Aziz (Umno-BN) naik angin dan kelihatan macam hilang pertimbangan apabila membangkitkan insiden di atas. Beliau mendakwa Hattan tidak menyanyikan versi sebenar lagu tersebut dan menanggap tindakan Hattan itu sebagai satu penghinaan kepada lagu kebangsaan yang dinyanyikan pula di hadapan Yang Di Pertuan Agung.

UTUSAN melaporkan beliau sebagai berkata:


Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut


Amboi, Mat Aziz ni wakil rakyat ke wakil hutan rimba?


Pertamanya ratusan ribu rakyat Malaysia boleh mengesahkan bahawa tiada cacat celanya nyanyian Hattan itu, malah kalau pun ada kesilapan ianya tidak disengajakan dan tak perlulah sehingga mendesak agar tindakan keras dan drastik diambil!

Dan keduanya bagaimana mungkin seorang yang berstatus ahli parlimen, anggota badan perundangan tertinggi dalam negara boleh mengeluarkan kata-kata kuno, nak menghumban orang ke laut?

Saya perhatikan Mat Aziz ini memang juru lawak dan tukang karut yang besar dalam Dewan Rakyat. Beliau memang akan mencuri apa sahaja kesempatan untuk bercakap dalam dewan walaupun kandungan ucapannya itu tiada isi dan kadang-kala tak masuk akal. Rata-rata kehadiran beliau dan dua tiga orang lagi rakannya lebih banyak mencemarkan nama baik dewan dan negara kalau nak dibandingkan dengan nyanyian Hattan tadi.

Elok sangatlah para pengundi di Seri Gading beri perhatian sikit. Pilihanraya umum akan datang tak perlu lah humbannya ke laut, cukuplah dengan menafikan beliau undi, bolehlah dia duduk lepak-lepak di warung-warung kopi. Rasanya tempat seperti itu lebih memerlukan khidmat beliau dari dewan rakyat yan mulia itu.



JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

 
Berani kerana benar tiada dalam kamus BN
10.04.05 (12:33 pm)   [edit]

Sidang dewan rakyat siang tadi gempar apabila suatu surat dari Ketua Pengarah MITI telah diedarkan kepada semua ahli dewan. Sebagaimana dilaporkan BERNAMA:



Surat bertarikh 30 Sept itu, dan ditandatangani oleh KSU kementerian Datuk Mohd Sidek Hassan, adalah bagi menjelaskan mengenai kesan pengedaran senarai nama anggota Parlimen yang telah menerima AP untuk membawa masuk kereta import bagi kegunaan sendiri.


Kebanyakan ahli dewan menganggap pengedaran surat tersebut menghina Parlimen kerana Menteri yang berkenaanlah yang sepatutunya memberikan penjelasan kepada dewan dan bukannya berlindung melalui surat KSU nya. Menurut prinsipn akauntabiliti, pertanggunjawaban terhadap Parlimen terletak atas bahu Menteri.


Ekoran kekalutan itu Ketua Pembangkang Lim Kit Siang telah mengemukakan usul agar Rafidah Aziz dan KSUnya itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Apa yang mahu diperkatakan di sini adalah sikap ahli-ahli dewan terhadap usul tersebut. Isunya memang jelas bahawa surat yang diedarkan itu sesungguhnya tidak kena pada tempatnya, malah cuba melarikan pertanggungjawaban menteri berkenaan terhadap badan perundangan yang tertinggi dalam negara.

Masalahnya walaupun jelas, namun oleh kerana isu ini dibawa oleh pembangkang, maka ia tidak boleh disokong oleh mana-mana anggota dewan dari BN. (Kebetulan dua orang wakil Bn iaitu dari Kinabatangan dan Sri gading telah berbahjas menyokong usul tersebut).

Menurut TPM Najib Tun Razak yang juga Ketua Whip BN di Dewan Rakyat:


Dalam apa keadaan pun mereka tidak boleh menyokong usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.


Tidakkah pelik bunyinya. Bermakna walaupun sesuatu perkara itu dibawa demi kepentingan rakyat dan negara namun kiranya ia dibawa pembangkang benar atau betul sekali mana pun ianya tetap tidak boleh disokong!


Setahu saya sebelum ini memang ada usul-usul yang dibawa oleh ahli dewan dari parti pembangkang yang telah turut disokong oleh wakil BN, termasuklah yang dibawa oleh wakil PAS khususnya isu yang melibatkan Islam dan hubungan antarabangsa.

Kalau beginilah disiplin yang mahu dikenakan terhadap ahli-ahli dewan dari BN, bermakna ianya salah dan tidak bermaruah serta beretika. Bermakna juga ahli-ahli dewan dari BN tidak lebih dari rubber stamp ataupun robot yang cuma boleh bercakap atas perkara-perkara yang diizinkan kepada mereka oleh ketua mereka tidak kiralah samada perkara itu benar atau sebaliknya.

Sothinathan dari MIC pernah digantung dari dewan kerana menyuarakan kepentingan bangsanya dalam dewan, dan kini giliran Bung Moktar dan Mohamed Aziz pula. Lain kali kalau mahu mempertahankan kebenaran dalam dewan, lompat sahaja ke bangku pembangkang, kerana di bangku BN cuma rubber stamp dan robot sahaja yang dibenarkan bercakap!



JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER:   http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

 
GENG MAMAK GONCANG GPMS
10.03.05 (8:42 am)   [edit]

Setelah dicabar oleh Suhaimi Ibrahim, akhirnya Rezzal Marican Naina Marican telah menyatakan pendiriannya, dia akan mencabar Suhaimi bagi jawatan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Rezzal membuat pengakuan itu hari ini dan disiarkan oleh TV3 menerusi Buletin Utama malam ini (2 Oktober).


Alasan yang diberikan Rezzal kenapa dia menentang orang yang membawanya masuk ke dalam gabungan itu, (Suhaimi Ibrahim) ialah kerana kehendak dan desakan dari akar umbi. Dan proses itu (lawan) adalah satu transasi. Begitulah alasan Rezzal.

Betulkah dakwaan Rezaal itu, atau ianya satu pembohong kering di siang bolong belaka bagi mengeliru dan menghalalkan tindakan dalam usaha mengejar cita-cita politik dan aktiviti pemenuhi raga nafsu serakahnya?

Mungkin bagi ahli dan orang yang bodoh mempercayai kata-kata dan alasan anak mamak itu. Tetapi bagi yang celek dan dapat membaca kilat dalam kilau, sudah dapat menebak apakah auta politik anak mamak itu. Sesungguhnya politik anak mamak itu dangkal dan mudah untuk dimengertikan oleh sesiapa sahaja.

Rezzal sebenarnya berbohong. Tindakannya untuk menentang Suhaimi bukan kerana adanya desakan dari bawah. Tidak ada ombak dan angin dari bawah dalam GPMS yang mahu menumbangkan Suhaimi. Sebaliknya agenda untuk menyingkirkan Suhaimi bermula di pejabat menteri kewangan sendiri di mana tempat Rezzal bertugas.
 
Golongan yang sewarna dengan Rezzal – anak mamak, telah rancak menjalankan kempen untuk menjatuhkan Suhaimi dan menaikkan Rezzal. Mereka telah menggunakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai isu dan alasannya. Kehadiran Suhaimi pada majlis Pidato Kemerdekaan oleh Anwar telah dijadikan isu. Mereka telah mengecap Suhaimi sebagai menyokong Anwar.


Pelit dan anih. Apakah hubungan mengenai hal ini. Apakah relevannya kalau Suhaimi menyokong Anwar maka beliau perlu dijatuhkan. Selama ini pun dunia maya sudah mengetahui bahawa Suhaimi adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Tengok kepada muka, janggut dan misalnya sudah ada wajah Anwar di situ. Jadi mengenai sokongan dan simpati Suhaimi kepada Anwar bukan sesuatu yang baru.

Dan apakah menjadi satu kesalahan kalau Suhaimi menyokong Anwar, maka beliau kena ditendangkan? Apakah Anwar haram bagi GPMS? Ataupun orang yang ingin menguasai GPMS hari ini sehaluan dengan Hishamuddin Hussein maka mereka kena tolak Anwar. Kerana di antara orang yang mencaci dan benci serta menutup pintu kepada Anwar daripada menjenguk ke rumah Umno ialah Hishamuddin Hussein.

Sebenarnya soal Anwar yang dijadikan isu oleh juak-juak mamak itu hanya alasan sahaja. Sebetulnya usaha untuk menjatuhkan Suhaimi bermula sejak sebelum Anwar dibebaskan lagi. Rezzal dan geng mamaknya, sebenarnya ada agenda peribadi yang besar di dalam hal ini, maka beliau kena menguasai GPMS samada secara baik atau pun kotor.

Satu hal yang tidak boleh disembunyikan, Rezzal mahu menjadikan GPMS sebagai alatnya untuk merangkak di dalam Umno. Si naina kelabu ini menyimpan cita-cita besar di dalam politik Umno. Beliau ada perhitungan dan agenda sendiri mahu menjadi tokoh besar dalam arena politik Umno.

Rezzal tidak boleh menyembunyikan mengenai mimpinya. Dia sedang bermimpikan untuk menjadi Naib Ketua Pemuda Umno. Itu realitinya. Pada perkiraannya sekiranya Hishamuddin Auummm... meninggalkan jawatannya hari ini, maka akan berlaku kekosongan pada jawatan Naib Ketua. Di mana Khairy Jamaluddin menantu comel Abdullah Badawi al-Hadhari akan menganjak menjadi Ketua Pemuda.

Bagi perkiraan Rezzal kekosongan itu nanti boleh diisi olehnya. Walaupun Mukriz anak bekas PM sedang menunggu Q, namun bagi perkiraan mamak itu beliau boleh meratah begitu sahaja anak mamak besar itu. Dia berperasan pula dia lebih anggun berbanding Mukriz. Caranya ialah dengan menjadikan GPMS sebagai platrform dan juga bahtera untuk membantunya.

Hambatan Rezzal untuk menguasai GPMS ini juga terdesak memandangkan anak mamak besar (Mukriz) itu sudah ada platformnya sendiri. Selaku Presiden ANSARA (bekas pelajar MRSM), Mukriz setidak-tidaknya boleh bergerak menggunakan vehicle untuk kepentingan politiknya. Jadi Rezzal terpaksa mencari landasannya sendiri untuk berhadapan dengan Mukriz. Dalalm hal ini satu-satu landasan yang dikira dapar diraih ooleh anak mamak ini ialah GPMS.

Itulah hakikatnya. Desakan dari akar umbi terhadapnya seperti mana yang didakwakan itu hanya satu pendustaan semata-mata. Untuk memperlihatkan hal ini, maka dilakukan diciptakan kenyataan dari beberapa bekas pemimpin GMPS dengan membuat komenter kononya GPMS akhir-akhir ini lembab dan tidak peka kepada agenda perjuangannya. Semua itu adalah sandiwara dan satu lakonan dengan upah yang sedikit untuk menghalalkan tindakan sahaja.

Bagi para pengampu Rezzal yang kebanyakannya sewarna dengannya (mamak Penang)  itu, mereka tentu mendapat upah atau gula-gula projek dari Rezzal. Sebagai manusia yang sama spesis dengan Umno yang telah menjadikan rasuah, politik wang dan habuan sebagai upahan dan imbalan, mereka juga tidak terhindar dari realiti itu. Kebanyakan mereka (anggota GPMS) adalah terdiri daripada anak-anak Umno juga.

Melihat kepada cara Rezzal mempersiapkan diri untuk menentang Suhaimi dan mengenali asal usulnya, menampakkan akan kebiadaban anak Naina kelabu itu. Tidak sepatutnya beliau melawan Suhaimi kerana Suhaimilah yang membawanya dan mengajar berpersatuan di dalam GPMS. Kalau bukan kerana ehsan Suhaimi yang telah didesak oleh manusia bernama Jais Ishak, nasib Rezzal masih berlum ke mana. Kesempatannya duduk di bawah ketiak Menteri Kewangan kini juga adalah diatas budi Suhaimi (GPMS).
 
Apabila kerana gilakan kedudukan dan pangkat, anak mamak ini melupai itu semua. Melupai asal usulnya. Bukan itu sahaja sebelum ini juga Rezzal dikatakan telah bersumpah atas nama Allah, dan menyebut; walahi, wabilah dan wathali... tidak akan menentang Suhaimi.


Tetapi sumpah tinggal sumpah sahaja. Tidak menghairankan kerana sumpah orang munafik dan kufur itu tidak berlaku dalam Islam. Kalau Rezzal seorang beriman dan bertakwa dia tidak akan mempermainkan nama Tuhan hanya untuk mengejar dunia yang semuanya palsu berlaka. – Reformasi.
 
(Bersambung esok. Siapa dia geng mamak?)
 


- Cikgu Tua - 03.10.2005

 
Mahathir, Bertaubatlah!
10.03.05 (8:40 am)   [edit]

BETUL KE TS HALIL?


Dalam sekelip mata Ketua Pengarah Kastam, Tan Sri A. Halil bin Mutalib sudah menjadi selebriti yang sering diburu wartawan dan diberi publisiti luas oleh media. Tapi puncanya memanglah tidak begitu sedap.

Ia bermula dengan media melaporkan wang kerajaan (lebih tepat wang rakyat) berjumlah RM5 juta dirancang untuk dibelanjakan bagi mengadakan majlis-majlis  “mera’ikan” persaraan Tan Sri itu.

Cili Api tertanya-tanya. Adakah betul cerita ini? Kalau betul memang serius. Betapa tidak. PM Abdullah Badawi sendiri membuat kenyataan bahawa jumlah yang dibelanja untuk “menyambut” pengunduran mantan PM Tun Dr Mahathir tidak sebesar itu. Sayang PM Dolah tidak memberikan jumlahnya!

Lepas kenyataan PM, lebih besar lagi cerita-ceriti media. Lebih masyhur lagi TS Halil. Ketua Pengarah kastam ini menyatakan dia dianiayai. Mengikut timbalan beliau, belanja sebenar cuma RM200,000 (dua ratus ribu) saja. Adakah media berbohong?

Sekarang ini Cili Api tidak tahu hendak kata apa. Seorang bekas editor dan kini Timbalan Menteri, terkenal dengan nama Datuk Zam pun berkata orang ramai tidak boleh percaya sangat berita akhbar. Bagaimana dengan berita TV tentang semua kenyataan Zam? Berdasarkan pengalaman datuk tentu lebih tahu, bukan?

Cili Api tertarik dengan pengumuman Halil beliau akan mengheret sesetengah media ke mahkamah. Setakat ini anggapan Cili Api mudah saja. Kalau Halil tahu dia berbohong, tentu beliau tidak akan berani ambil tindakan undang-undang. Tunggu dan lihatlah!
 


KABINET BINCANG MAIN GOLF!

Cili Api lihat, Ketua Pengarah Kastam TS Halil itu hebat juga orangnya. Dia buat kenyataan tentang main golf di Langkawi dan itu menjadi agenda perbincangan dalam mesyuarat kabinet menteri. Bukan itu saja, lepas itu kabinet putuskan pula Ketua Setiausaha Negara menulis surat kepada Halil supaya meminta maaf.

Apa asal usulnya? Wartawan bertanya Halil tentang dia main golf di Langkawi. Dia jawab mudah saja, lebih kurang begini: “Mengapa tanya tentang saya main golf. Mengapa tak tanya tentang TPM yang juga main pada masa dan tempat yang sama?”

Besar benar sangatkah  makna kenyataan ini? Kalau tidak, masakan  dibawa ke kabinet. Tapi sampai sekarang Cili Api tidak dapat selam lubuk hati TPM Najib. Mengapa dia menganggap perkara ini begitu penting? Mengapa sampai perlu diarah Halil minta maaf? Najib selalu main golf dan main macam-macam lagi dengan berjenis jenis orang, bukan? Oh hujan, mengapa kau turun; katak panggil aku. Oh …..oh …. oh.

Cili Api percaya, kalau tidak ada buaya (maaf, udang) di sebalik batu, takkanlah main golf menjadi perkara besar. Kesian Halil, sebab tidak boleh disamakan dengan TPM. Dia tidak ada pilihan, terpaksa minta maaf juga. Kalau ingkar tentu kena ambil tindakan disiplin. Entah-entah akibatnya sampai boleh dipotong segala imbuhan persaraan.

Begitulah nasib mentimun dengan durian. Walaupun ini bukan sebarang mentimun. Berat bertan-tan, dan ada serinya pula. Cili Api urut dada saja.
 


HALIL DALAM PARLIMEN

Kes Tan Seri Halil ditimbulkan oleh beberapa orang MP BN dalam Parlimen. Hebat juga. Tidak kurang hebatnya bila dibanding dengan kes AP. Bezanya, Menteri Datuk Rafidah Aziz boleh jawab segala tuduhan dalam Parlimen, jika mahu dan berani. Tapi kesian, Halil tidak ada peluang yang sama.

Cili Api nampak para MP BN ini tidak menimbulkan isu belanja mera’i persaraan Halil yang konon lebih besar (mengikut PM Dolah) daripada belanja “menyambut” Tun Dr Mahathir berundur. Sebaliknya, yang menjadi tumpuan ialah penjelasan seorang pegawai yang mengatakan kerajaan rugi RM7 juta akibat kes Halil ini, kerana kakitangan kastam berhenti seminggu menjalankan operasi menyerbu.

Ada dua perkara yang menarik perhatian Cili Api tentang hal ini. Mengapakah apabila ada kes penipuan, pembaziran, penyelewengan dan rasuah besar-besar, yang melibatkan kehilangan beratus-ratus juta, bahkan berbilion ringgit, MP-MP BN tidak buka mulut?

Cili Api cabar mereka ini buka suara tentang kes simpanan Petronas. Berapa bakinya sekarang? Berapa banyak dibazirkan, terutama untuk projek-projek mega dan selamatkan syarikat kroni? Apa perlu dan peranan Penasihat Petronas? Mengapa tidak gesa Petronas bentangkan laporan kewangan dan aktiviti kepada Parlimen?

Kedua, ada seorang dua MP BN yang seolah-olah menyindir Kementerian Kewangan. Salah seorang menegaskan Jabatan Kastam dan Ketua Pengarahnya di bawah Kementerian Kewangan, dan sepatutnya bertindak tegas mengambil tindakan disiplin terhadap Halil. MP itu tidak sebutlah siapa Menteri Kewangan itu.

Sekali lagi Cili Api hendak tanya: ada buaya (maaf, udang) di sebalik batu? Pada satu pihak Halil diarah minta maaf kepada TPM. Pada pihak lain ada MP cuba  hendak sindir PM merangkap Menteri Kewangan juga. Ada apa-apa antara PM dan TPM, ke?

Suasana politik negara  sekarang ini begitu kompleks. Cili Api sepatutnya minta nasihat daripada Tun Mahathir. Tetapi malangnya Tun yang disayangi tidak melantik dirinya sebagai penasihat Cili Api!
 


APA KHABAR TS ABU TALIB?

Tan Seri Abu Talib, kini Pengerusi Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), baru-baru ini telah menghadiri suatu majlis dialog dengan anggota-anggota Parlimen BN.  Dalam dialog itu telah timbul soalan mengenai perbicaraan tiga kes besar melibatkan pembunuhan yang berakhir dengan buang kes.

Abu Talib menyatakan sering keadilan tidak dapat dilaksanakan oleh kerana dua sebab besar, iaitu penyiasatan yang tidak teliti dan pendakwaan yang tidak cekap. Tan Sri ini tentu arif tentang perkara yang dia bermadah. Maklum sajalah, beliau pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara dulu.

Cili Api minta maaf, kerana hendak membuat soalan bodoh sedikit. Tidak adakah sebab lain, Tan Sri? Bagaimana dengan bukti-bukti yang dimusnahkan, Tan Sri? Semasa Tan Sri menjadi Peguam Negara dulu, siapakah yang memusnahkan bahan-bahan bukti dalam kes yang melibatkan seorang pemimpin MIC-BN, bernama Vijendran?

Tan Sri yang arif tentu lebih arif tentang hal ini. Betulkah jabatan polis dan jabatan Peguam Negara waktu itu terlibat,  Tan Sri?

Cili Api faham mengapa Suhakam suka mengundang Tun Mahathir berucap tentang hak asasi manusia. Cili Api ingin bertanya, apa khbar sekarang Tan Sri? Semoga baik belaka.
 


KEADAAN NEGARA MEROSOT

Dalam seminggu lalu, Cili Api membaca berita penting, yang keluar kecil saja dalam media tempatan. Mengikut berita itu sebuah bank pelaburan global, Merill Lynch, mengatakan ekonomi Malaysia tidak sihat, berbeza dengan gembar gembur kerajaan.

Berita ini terbit semasa PM Dolah Badawi mengadakan “road show” di England dan Amerika Syarikat untuk menarik pelabur. Cili Api dengar khabar “road show” itu diselenggarakan oleh syarikat Libra, milik  menantunya Khairy Jamaluddin.

Laporan Merill Lynch bahawa saham Malaysia sudah turun “di bawah nilai” (underweight) tentu akan mengakibatkan pelaburan semakin kurang ke mari. Cili Api bimbang tentang hal ini. Tetapi lebih bimbang sebab kenaikan harga petrol dan barang-barang sekarang akan membuatkan keadaan ekonomi rakyat lebih sakit lagi.

Siapakah gerangan lebih sihat selepas “road show” PM itu?  Tolong beritahu Cili Api!

 
SUDAH MATI BARU BANTU
10.03.05 (8:38 am)   [edit]

28 September 2005


Menteri Pendidikan, Datuk Hishamuddin Tun Hussein, baru-baru ini mengumumkan bahawa kementeriannya akan mengeluarkan sebanyak RM10 juta untuk perbelanjaan membaiki kerosakan di sekolah-sekolah  jenis kebangsaan Cina, Tamil dan misi. Katanya, sekiranya jumlah itu tidak cukup, beliau akan meletakkan jawatan.

Menteri Datuk Ong Kah Teng, Ketua MCA, diikuti oleh  Datuk Samy Vellu, Ketua MIC, segera memuji pengumuman Hishamuddin. Adakah mereka ini, seperti Hishamuddin, menganggap jumlah RM10 juta itu sudah cukup besar dan memadai? Mereka tentu mengetahui sebenarnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan beratus-ratus jumlahnya dan memerlukan bantuan lebih banyak kali ganda lagi. Malang sekali jikalau ini merupakan satu lagi contoh melepaskan batuk di tangga

Pengumuman Hishamuddin dibuat setelah kejadian sedih di Sekolah Keat Hwa “K”. (Sekolah ini disatukan dengan Sekolah Keat Hwa “H” kerana penuntutnya terlalu ramai.) Dalam kejadian ini, seorang guru sekolah itu, Chan Boon Heng, 43 tahun, yang sedang menggunakan mesin cetak  fotostet, terjatuh 15 kaki, apabila lantai papan tempat beliau berdiri terbolos, akibat sudah lapuk dimakan anai-anai. Beliau terhempas di atas lantai simen dewan perhimpunan sekolah, cedera di kepala dan dalaman tubuhnya, lalu meninggal dunia.   Seorang anaknya berumur lapan tahun murid di sekolah tersebut.

Kami merasa sangat sedih dan penuh simpati kepada anak Cikgu Chan serta keluarganya atas kejadian paling malang ini. Sungguh ironis sekali Menteri mengumumkan bantuan  hanya selepas maut berlaku. Agaknya, jikalau beliau tidak terkorban, Hishamuddin tidak akan terlintas hendak menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan, terutama sekali yang memerlukannya.

Sebelum ini bantuan diumumkan kepada beberapa buah sekolah jenis kebangsaan, dengan penuh upacara dan publisiti luas, hanya sebelum pilihanraya umum, untuk memancing undi. Khabarnya ada sesetengah janji pilihanraya itu masih belum dipenuhi sampai sekarang.  Oleh kerana itu, tidak ramai akan mempercayai secara melulu kata-kata Hishamuddin bahawa beliau benar-benar sanggup meletakkan jawatan jika wang bantuan itu tidak mencukupi.

Kita tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang mahu menyalahkan hanya Menteri Pendidikan semata-mata untuk mendapat political mileage (faedah politik). Pertanyaan telah pun timbul: menapa pihak pentadbiran sekolah tidak mengetahui, apatah mengambil tindakan lebih awal terhadap masalah anai-anai itu? Adakah kerana cuai? Ataupun kerana tiada peruntukan wang? Pada masa yang sama kita tidak mahu pula pemimpin-pemimpin BN cuba mendapatkan faedah politik dengan bantuan kecil yang dibesar-besarkan dalam media yang mereka miliki atau pengaruhi, sebagaimana berlaku sekarang.

Sangat ajaib bagaimana Kah Teng dan Samy Vellu boleh berpuas hati dengan janji Hishamuddin. Sebenarnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan diiktiraf dalam sistem pendidikan negara, dan berhak untuk mendapat bantuan. Bantuan itu seharusnya bukan saja untuk membaiki kerosakan tetapi juga untuk tujuan yang lain. Bukankah anak-anak murid sekolah jenis kebangsaan itu merupakan rakyat negara yang mungkin berguna kepada Negara apabila mereka besar nanti?  Bukankah ibu-bapa mereka membayar cukai juga? Hakikat mereka bukannya sekolah kebangsaan tidak harus menjadi alasan untuk mengabaikan nasib mereka.

Mengikut maklumat yang diperolehi dan boleh dipercayai, sekolah-sekolah jenis kebangsaan menerima hanya antara 2 hingga 4 peratus daripada peruntukan kepada semua sekolah. Sudah tentu ini tidak memadai.  Peruntukan ini terlalu rendah dan boleh, bahkan sudahpun, menimbulkan perasaan dianaktirikan di kalangan masyarakat  Cina, India dan lain-lain. Perasaan seperti ini tidak sihat dan sudah tentu tidak mungkin membantu proses pembentukan bangsa yang bersatu padu.

Memandangkan segala ini, Kerajaan harus membuat kajian menyeluruh mengenai dasar memberi bantuan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Pengumuman dan tindakan kementerian atau Kerajaan tidak seharusnya dalam bentuk tampal sulam dan ad hoc saja, sebagai reaksi kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Ia harus melibatkan semua aspek atas asas dasar yang lengkap serta rasional.

- Editorial Suara Keadilan - 30.09.2005

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...