 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Peluang jadi jutawan ala Guiness Malaysia |
| 09.24.05 (1:27 pm) [edit] |
Beberapa hari lalu BLOG ini memuatkan kesungguhan sebuah syarikat arak tersohor di Malaysia yang berhasrat mempromosikan secara besar-besaran produk arak terbarunya.
Guiness dilaporkan akan berbelanja sehingga RM13juta bagi kerja-kerja promosi di Malaysia sahaja.
Hari ini dalam akhbar THE STAR terbit sebuah iklan Guiness yang pasti menarik perhatian ramai:
Jadi seorang jutawan. Cara-caranya beli 5 botol Guiness quart ataupun 10 botol Guiness pints, dan kumpulkan pelekat pada tudung-tudungnya. Kemukakan pelekat-pelekat tadi samada 5 ataupun 10 ke mana-mana kedai Magnum yang berdekatan dan anda boleh menikam satu nombor 4D pilihan yang berharga RM2. Disamping itu anda perlu mengisi borang penyertaan untuk berpeluang memenangi pula hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.
Kempen promosi menjadi jutawan ini dibuat sempena pelancaran Guiness Foreign Extra, stout terbaru keluaran Guiness. Buat pertama kalinya kita lihat gergasi industri maksiat arak dan judi bergabung untuk mengejar keuntungan besar.
Perhatikan tidak ada disclaimer ataupun larangan langsung yang mengatakan bahawa iklan ini dimaksudkan untuk masyarakat bukan Islam sahaja (atau barangkali sekarang dah tidak ada larangan). Bermakna ada yang boleh mengatakan bahawa promosi ini mengecualikan larangan berjudi dikalangan orang Islam yang dilekat di dinding-dinding premis Magnum di sekitar negara (kecuali Kelantan), kerana melalui promosi ini tiket 4D tidak dibeli tetapi diberi percuma.
Kesimpulannya inilah yang kita dapat, apabila Islam dijadikan sekadar alat apabila perlu dan penting sahaja. Apabila keperluan dan kepentingan tadi digerhanai dengan keuntungan dan kemewahan maka, Islam duduk disaf belakang. Kepentingan syarikat, ekonomi dan apa sahaja diletakkan disaf depan dan teratas.
Siapa tak mahu jadi kaya, tambahan dalam keadaan ekonomi yang kabur dan kusut ini. Lalu dimanakah letaknya maruah, kehormatan dan kesucian Islam?
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Bebaskan segera Nik Adli Nik Abd Aziz |
| 09.24.05 (1:26 pm) [edit] |
Pada 22 September yang lalu. genaplah 4 tahun Ustaz Nik Adli Nik Abd Aziz ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). Beliau kononnya dituduh terlibat dalam kumpulan ektrimis KMM.
Sehingga kini tiada sebarang pertuduhan dibawa terhadap beliau di mahkamah terbuka. Menurut rekod beliau adalah anak Menteri Besar yang pertama ditahan di bawah ISA.
Dengan ini bermakna pada 23 September, Ustaz Nik Adli sama ada akan dibebaskan ataupun terus ditahan lagi untuk tempoh 2 tahun sebagaimana diperuntukkan oleh akta bangsat dan tidak bertamaddun itu.
Tibalah sudah masanya bagi PM Malaysia mengkaji semula kesesuaian akta pusaka penjajah British ini. Kiranya kerajaan memiliki bukti, maka yang tertuduh perlu diberikan hak membela diri di mahkamah yang terbuka. Menahan seseorang tanpa bicara, tanpa hak untuk didengar adalah merupakan satu kezaliman yang sama-sekali bertentangan dengan Islam.
4 tahun anak-anak dan isteri masing-masing dipisahkan dengan paksa dari yang mereka kasihi. 4 tahun mereka yang tidak berdosa menanggung dan memikul penderitaan. 4 tahun mereka menyambut Ramadhan dan Eidul Fitri dalam keadaan hiba dan bersedih.
Apa bezanya kita dengan negara kuku besi yang lain, dengan negara diktator yang lain umpama Korea Utara, Kominis Cina, Cuba, Myanmar dan lain-lain. Kita merungut melihat tahanan Islam di Kem Guantanamo di Cuba, akan tetapi tahanan sendiri di Kamunting tidak kita indahkan.
Demi kemanusiaan dan demi hak kebebasan individu, Pak Lah, kembalikanlah si bapa kepada isteri, anak dan keluarga mereka masing-masing. Jangan kita berterusan mencabar dan mengundang laknat dari Allah swt dengan menahan mereka demikian cara.
Ya Allah bebaskanlah saudara-saudara kami:
Nik Adli Dato Nik Abd Aziz Solehan Abdul Ghafar Mohd Lothfi Ariffin Mohd Rafi Udin Mohd Zulkifli Mohd Zakaria Zainon Ismail Zid Sharani Mohd Isa
Amin.
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Padahnya mencuit Najib Tun Razak |
| 09.24.05 (1:25 pm) [edit] |
Pernah satu ketika dahulu ketika zaman Dr M, artis serba boleh dan Pengetua AF3 hari ini, M. Nasir diletakkan dalam keadaan dilema dan serba tertekan apabila kata-kata beliau dijadikan hujah oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.
M. Nasir dalam satu situasi dikhabarkan telah berkata SIAPA MAHATHIR, dengan maksud besar sangatkah Mahathir, lebih kurang begitu.
Akibat dari keterlanjuran beliau (di kacamata pihak yang berkuasa) itu, M.Nasir telah dihukum bersalah oleh mahkamah hutan rimba dan kesannya segala karya beliau telah dibekukan oleh pihak berkuasa.
Dalam akhbar tempatan hari ini, senario yang lebih kurang serupa timbul sekali lagi. Kali ini giliran Ketua Pengarah Kastam Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib pula. Beliau ditempatkan dikandang orang salah kerana mengungkap kata-kata:
On yesterday golf game (he said he was playing) on my own time and using my own money. I am paying for this golf game. Everyone must pay from his or her own pocket. Even the deputy prime minister came here to play golf. Why no one questioned him?
Berkenaan permainan golf semalam (katanya dia bermain) pada masa lapangnya sendiri dan mengunakan wangnya sendiri. Saya bayar untuk bermain golf ini. Semua yan ada membayar dari kocek masing-masing. Malahan timbalan perdana menteri pun datang ke sini main golf. Kenapa tak ada orang memperoalkan tindakan beliau?
Maka bersidanglah kabinet semalam dengan dipengerusikan oleh Najib Tun Razak sendiri (Pak Lah berada di luar negara). Menurut Ketua Setiausaha Negara, kabinet memandang berat kenyataan Halil itu, sebagai seorang ahli perkhidmatan awam beliau tidak sepatutnya menyamakan kedudukan beliau dengan TPM. Lalu Halil diarahkan memohon maaf pada Najib.
Soalnya tidak berasaskah kenyataan Halil itu? Apakah ianya berniat jahat, palsu dan satu pembohongan?
Negara berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah namun kabinet mengambil masa untuk membincangkan satu perkara yang sangat remeh dan tidak masuk akal. Tidakkah kabinet memikirkan bahawa kenyataan Halil itu sebenarnya mungkin harmless, tidak berniat jahat, hanya sekadar mahu menguatkan hujah beliau bahawa bermaina golf dengan masa dan duit sendiri itu tidak salah
Apakah kenyataan demikian begitu sensitif dan sungguh mengaibkan sehingga perlu Halil memohon maaf kepada TPM dan perkara ini pula dihebahkan kepada umum.
(Halil sejak akhir-akhir ini dibabitkan dengan kontroversi perbelanjaan jutaan ringgit untuk majlis perpisahan beliau yang akan tamat perkhidmatannya pada 3 Oktober ini.)
Saya kira isu penyelewengan AP, isu kos hidup rakyat yang semakin mencengkam akibat kenaikan harga minyak dan banyka lagi jauh lebih penting dari meminta Halil memohon maaf. Najib pun takkanlah sensitif sangat, atau memang ada pihak sengaja mahu menjatuhkan Halil sebagaimana M.Nasir dahulu, entahlah.
Renungilah keratan sajak dari Halil:
Siapa sangka, ketika bahtera hampir tiba ke pelabuhan, tiba-tiba ribut melanda tanpa belas kasihan, seolah-olah menenggelamkan keringat tanpa belas kasihan. Tetapi percayalah, selagi hayat dikandung badan, maruah mereka akan tetap saya pertahankan, walaupun tidak ramai yang berani untuk sama-sama tampil ke hadapan, mungkin kerana mereka mengira untung sendiri pada masa depan, mungkin bila jatuhnya Halil bolehlah mereka menapak pantas ke depan
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Kasihan Mawi diseret Ketua Putera Umno |
| 09.24.05 (1:22 pm) [edit] |
Siapa bilang Umno tak bimbang bila Mawi setuju ke Kelantan?
Terbukti hari ini Pengerusi Putera Umno, yang memiliki latarbelakang serba berwarna-warni itu, terpaksa menyeret Mawi ke PWTC bagi membuktikan yang Mawi kononnya benar-benar menyokong Umno. Dikhabarkan majlis di PWTC itu sepatutnya majlis pengisytiharan Mawi menyertai Putera Umno (sila lihat Harakahdaily), akan tetapi majlis yang dirancangkan itu tidak menjadi sedemikian.
Sebagaimana Azeez pun difahamkan pernah merancang mendapatkan ijazah Phd (yang membawa gelaran Dr. ) sehinggalah beberapa pihak termasuk BLOG ini mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah layak memasuki mana-mana universiti berdasarkan kelayakan akademiknya, lalu cadangan memperolehi Doktor Falsafah secara segera itu telah dibatalkan. (Azeez pernah kononnya mendakwa Universiti Prestoon yang beliau masuk belajar adalah Universiti tertua di Amerika Syarikat, mengikut rekod universiti berkenaan ditubuhkan pada tahun 1994, baru 11 tahun, tua lagi UM)
Mawi muncul dikaca TV hari ini menyatakan:
Saya penyokong setia Pak Lah dalam memerangi musuh nombor satu negara (dadah), memang saya sokong habis-habisan. (Petikan BERNAMA)
Sesungguhnya bukan hanya Mawi malah saya percaya MB Kelantan, orang-orang PAS, orang-orang tidak berparti siapa sahaja memang menyokong Pak Lah selaku PM dalam bab memerangi dadah. Dan tidak sekadar itu termasuklah dalam bab memerangi rasuah, membawa ketelusan dalam kerajaan, membela rakyat termiskin dan berbagai lagi masalah yang melibatkan rakyat dan negara, kita semua bersama Pak Lah.
Kalau sekadar itu sahaja matlamat Azeez, saya percaya jangankan Mawi, Ketua Dewan Pemuda PAS pun boleh mengisytiharkan demikian tanpa perlu dipaksa-paksa!
Tetapi Azeez sebenarnya telah merancang agar Mawi mengisi borang Putera Umno lalu mengisytiharkan dirinya ahli Putera sebagaimana pernah seorang artis wanita dahulu yang mengisytiharkan dirinya ahli Puteri Umno.
Akan tetapi hajat Azeez itu tak kesampaian. Dalam majlis tersebut menurut beberapa wartawan (yang malangnya tak terbit pula di TV) Mawi mengatakan:
Saya tidak berpihak ke mana-mana pihak, saya neutral.
Mengapa mahu dipaksa anak muda ini? PAS sendiri tidak pernah terhegeh-hegeh mempelawa Mawi menyertai parti itu. Tok Guru MB Kelantan umpamanya sekadar mengiktiraf kesungguhan Mawi yang dilihat cenderung kepada budaya hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam.
Atas kecenderungan inilah maka Mawi diundang ke Kelantan. Mawi tidak perlu menyertai PAS, cukup sekadar memberikan kesediaan untuk membuat persembahan yang menepati peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Mengapa Azeez begitu ghairah mahu memaksa Mawi menyertai Umno, jika tidak kerana bimbang yang anak muda ini akan nanti terpikat dengan PAS dan terus membawa bersama para peminatnya naik bulan!
Biarlah Mawi membuat keputusannya sendiri. (Tak payah paksa-paksalah Azeez, jangan bawa budaya amalan anda itu dalam kes melibatkan Mawi ni). Sebelum ini pun beliau pernah menegaskan tidak menyertai mana-mana parti, siapa sahaja undang, beliau akan pergi. Biarlah dia bebas memutuskan halnya sendiri.
Siapa yang menonton siaran di TV tadi dengan jelas dapat melihat betapa Azeez cuba mempengaruhi Mawi ketika Mawi membuat kenyataan dengan cara berbisik-bisik di sebelahnya. Sehingga Mawi diajukan persoalan darihal kecenderungan politik ayahnya, sampai begitu sekali.
Janganlah sampai memeras dan mengugut untuk mendapatkan kepuasan politik, itu amalan zaman Hang Tuah.
Ayah dan keluarga Mawi sebagaimana Mawi sendiri berhak menyokong siapa sahaja yang mereka mahu. Dan mereka tidak perlu menzahirkan pada seiapa pun, lebih-lebih lagi Azeez. Cukuplah poster Tuan Guru yang membisu di dinding rumah di FELDA Taib Andak sebagai saksi bagi mereka yang berakal.
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Apabila kita mendahului proses keadilan |
| 09.24.05 (1:19 pm) [edit] |
Pengarah Syarikat broker saham Koh Kim Teck yang dituduh bersama pengawal-pengawal peribadinya membunuh remaja warga Cina tahun lepas, didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi KL.
Koh dan dua lagi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri apabila Hakim Abdul Kadir Musa mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka yang tertuduh.
Kalau ditanya, ramai yang mungkin tidak berpuas hati dengan penghakiman ini, namun hakim yang mengadilinya perlu memuaskan hatinya berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukakan. Bukan senang mahu mensabitkan seseorang sebagai pembunuh lalu dijatuhkan hukuman mati. Oleh itu dalam hal ini kita terpkasa berpuas hati dengan keputusan hakim kerana atas kepala bahu beliaulah dibebankan tugas yang sukar ini dan beliau telah pun membuat keputusan.
Selesailah setakat ini satu bab, kecuali pihak pendakwa mengemukakan rayuan ke mahkamah rayuan.
Isunya di sini adalah berkenaan Koh Kim Teck. Beliau pernah dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato Seri oleh Sultan sebuah negeri. Semasa pertuduhan dikenakan terhadap beliau dahulu pihak istana telah melucutkan gelaran tersebut dari Koh.
Kini Koh didapati tidak bersalah, apakah pihak istana akan mengembalikan anugerah tersebut kepada beliau?
Bagi saya tindakan melucutkan gelaran itu dahulu dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Bukankah seseorang itu tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Mengapakah kita perlu mendahului proses keadilan?
Memanglah anugerah dan gelaran adalah prerogatif istana, akan tetapi dalam hal ini ianya dilucutkan kerana tertuduh dituduh membunuh. Kini beliau dibebaskan dari pertuduhan itu, lalu bagaimana?
Dalam keghairahan kita mengejar status negara maju, kita juga perlu mengejar sama kemajuan dibidang keadilan dan membutikan bahawa kita menghormati hak kebebsan individu dan kumpulan. Sejak zaman Dr Mahathir lagi (apabila pelbagai pertuduhan dilemparkan terhadap Dato Seri Anwar contohnya) telah ada kecenderungan pihak atasan mendahalui proses keadilan. Siapa boleh lupa kenyataan akhbar Dr M ketika mengumumkan pertuduhan terhadap DSAI dahulu, seolah-olah beliau telah pun disabitkan kesalahannya sebelum pun dibenarkan membela diri.
Walaupun kes ini kes bunuh dan melibatkan pula seorang bukan Melayu, saya tetap merasakan bahawa proses keadilan itu perlu dijunjung dan dihormati oleh semua pihak dari istana sehinggalah ke kaki lima. Keadilan dan kesaksamaan perlulah hidup dalam masyarakat dan negara sebelum kita boleh digelar sebagai sebuah negara yang bertamaddun.
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Fobia Pemuda Umno terhadap Anwar |
| 09.24.05 (1:17 pm) [edit] |
Nama Azimi Daim bukan lagi asing dalam Pemuda Umno. Ketua Penerangan Pemuda ini satu ketika dahulu dijangkakan akan mengambil tempat sebagai Naib Ketua Pemuda apabila Aziz Sheikh Fadzir mengsosongkan tempatnya kerana faktor usia. Malahan beliau antara yang terawal ketika itu mengumumkan akan bertanding jawatan tersebut.
Akan tetapi cita-cita besar beliau itu tidak kesampaian apabila seorang budak muda yang memiliki taring yang panjang telah membuat pengisytiharan akan turut bertanding. Apabila Kahiry Jamaluddin (menantu Pak Lah) mebuat pengisytiharan tersebut bukan sahaja Azimi malah calon-calon lain turut terpatah semangant dan mengundurkan diri belaka lantaran malu-malu alah dan bimbang dimurkai Presiden parti.
Hari ini akhbar THE STAR memuatkan dua mukasurat temuramah dengan Azimi. Menarik dan terhibur juga membaca sikap dan bacaan politik beliau.
Berkenaan Anwar Ibrahim dan Umno beliau berkata:
Now after so many years, the court is saying that what Khalid Jeffri had written is not true and that Anwar was not involved in those kind of things. We accept this court decision too. But that does not mean that we can accept him back into Umno.
Kini setelah beberapa tahun berlalu, mahkamah memutuskan bahawa apa yang ditulis Khalid Jeffri itu tidak benar dan bahawa Anwar tidak terlibat dalam perkara-perkara itu. Kami juga menerima keputusan mahkamah ini. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna yang kami akan menerima Anwar kembali ke dalam Umno.
Beliau turut mengakui bahawa Anwar mempunyai ramai pengikut di dalam Umno samada yang menyokong secara terbuka maupun secara sembunyi. Ditanya apakah impak Anwar terhadap Umno, beliau berkata:
The youth wing will fight until the end whoever tries to revive him or bring him banck into Umno.
Pergerakan Pemuda akan menentang sesiapa sahaja yang mencuba untuk membawa Anwar kembali ke Umno.
Dalam hal ini saya pasti Anwar sendiri pun tidak pernah menyuarakan kesediaan beliau untuk kembali ke Umno, parti yang pernah menyisihkan beliau, menghina dan mengaibkan beliau dan kaum keluarganya.
Soalnya jika kata Azimi keputusan mahkamah dihormati, mengapa Pemuda Umno mahu menentang pula kemasukan Anwar jika pun benar Anwar berminat. Apa lebihnya sangat Umno sehingga boleh memilih-milih ahlinya?
Malah keputusan mahkamah itu sebenarnya telah membuktikan wujudnya konspirasi besar-besaran dalam Umno pimpinan Dr Mahathir dahulu untuk melenyapkan masadepan politik Anwar. Dr M terus dengan pendirian beliau dan terus menghina Anwar walaupun mahkamah telah membongkar rahsia sebenarnya.
Di dalam temuramah ini Azimi juga ditanya darihal dakwaan Ketua Pemuda PKR bahawa beliau pernah berbual-bual secara tidak resmi dengan beberapa Exco Pemuda Umno. Kata Azemi isu ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Pemuda dan Ketua Pemuda telah mengeluarkan arahan:
Dont anybody try to communicate with them and try to chit chat
Jangan sesiapa cuba menghubungi atau berbual-bual dengan mereka.
Azemi menambah:
As information chief I am also giving this warning to my colleagues in the exco not to have any discussion with them without our permission and knowledge. If we know about such meetings we will come down hard on them.
Sebagai ketua penerangan saya juga memberi amaran kepada rakan-rakan exco saya supaya jangan berbincang dengan pihak ini melainkan dengan kebenaran ataupun pengetahuan kami. Jika kami mendapat tahu berkenaan sebarang perjumpaan seumpama itu tindakan keras akan diambil.
Nampak gaya macam goyah dan tak stabil sahaja kedudukan Pergerakan Pemuda Umno, sehinggakan gelagat dan tindak-tanduk anggota Exconya pun mahu dipantau sedemikian rupa.
Ezam baru mendakwa bersembang-sembang barangkali dengan Khairy atau sesiapa lagi, Hisahamuddin dan Azemi dah melompat-lompat kekalutan. Jika beginalah keadaan Umno pada hari ini, memang layak sangatlah Anwar Ibrahim dan Ezam memujuk rakan-rakan yang masih berada di sana agar keluar dan menyertai sahaja perjuangan sebenar di sebelah sini.
Bangsa Melayu kehausan saf pimpinan yang berani kerana benar, membenci kemungkaran dan membela keadilan. Lalu tunggu apa lagi saudara-saudara ku.
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Alahai waraknya Sheikh Shahidan |
| 09.21.05 (11:24 am) [edit] |
Sekali membaca UTUSAN hari ini berkenaan kenyataan MB Perlis yang mengulas konsert perisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam nampak gaya macam ahli agama sahaja Shahidan Kasim. Mana tidaknya beliau dilaporkan berkata:
Pas tidak sensitif dengan masyarakat Islam Kelantan apabila membenarkan persembahan hiburan yang disertai juara Akademi Fantasia 3, Mawi pada 1 Oktober ini ketika umat Islam bersiap sedia menghadapi Ramadan.
Pas, tegas beliau, seharusnya menganjurkan persembahan yang lebih bercorak keagamaan sebagaimana yang dilakukan oleh BN negeri Kelantan yang menganjurkan Majlis Menggamit Ramadan pada malam yang sama.
Yang hairannya Shahidan tidak pula menyatakan apakah persediaan kerajaan BN Perlis dalam menyambut bulan yang sama. Berapa banyakkah premis judi yang akan ditutup, berapa banyakkah tempat maksiat yang akan ditutup?
Untuk pengetahuan Shahidan kerajaan PAS Kelantan sejak berkuasa pada tahun 1990 memang telah pun membesarkan bulan Ramadhan malah ia satu-satunya kerajaan negeri yang mengambil inisiatif memasukkan program Ihya Ramadhan dalam kalender pelancongannya. Di Perlis bagaimana?
Persembahan hiburan yang dimaksudkan oleh Shahidan itu sebenarnya adalah hiburan alternatif yang menepati ciri-ciri enakmen berkenaan hiburan yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan. Ianya bukan macam Sureheboh atau apa sahaja konsert lain yang yang pernah diizinkan oleh Shahidan di Perlis.
Untuk pengetahuan Shahidan lagi kerajaan PAS sejak diberikan mandat pada 1990 bukan sekadar mahu jadikan Islam sebagai majlis dan peraian yang dianjurkan semata-mata dan apabila perlu malah ianya adalah satu-satunya kerajaan negeri yang beriltizam mahu menjelmakan kehidupan Islam itu dalam setiap aspek penghidupan negeri dan rakyatnya.
Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah ayat 185:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Bulan Ramadhan itu diturunkan al Quran, bukan untuk dibaca semata-mata, bukan juga untukdijadikan bahan perhiasan tetapi ia turun untuk dilaksana. Sejauh manakah perlaksanaan Islam di Perlis berbanding dengan Kelantan? Ada orang di Perlis yang minuman kegemarannya adalah WHITE WINE, tetapi dalam bab Islam dia bercakap mengalahkan Tok Lebai dan alim ulamak.
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
|
|
|
| |
| Menteri Besar Perlis yang baru Oktober ini? |
| 09.21.05 (11:22 am) [edit] |
Maklumat yang diperolehi daripada seorang pemimpin yang amat rapat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memberitahu saya bahawa Oktober ini akan berlaku satu rombakan kabinet yang melibatkan masa depan beberapa orang menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran kerajaan Pak Lah termasuk kedudukan beberapa orang menteri besar yang akan digugurkan.
Saya tidak berminat untuk mendedahkan nama menteri dan timbalan menteri yang terlibat dalam rombakan ini kerana saya cuma ingin memfokuskan tentang rombakan yang melibatkan perhubungan negeri saya.
Untuk makluman semua pembaca khususnya penduduk Perlis, kita bakal mendapat seorang menteri besar yang baru pada Oktober ini. Menteri besar sekarang, Datuk Seri Shahidan Kassim akan diberikan jawatan baru sebagai satu peralihan bagi orang politik yang akan bersara.
Ini membawa erti Shahidan tidak akan sempat menduduki pejabat barunya di Mini Putrajaya Perlis (yang menempatkan kompleks pentadbiran kerajaan Perlis) kawasan yang berdekatan dengan Gua Cenderawasih disebabkan projek pembinaannya baru sahaja dimulakan dan beliau pula akan melepaskan jawatan MB.
Exco kanan kerajaan Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin telah lama melobi Pak Lah supaya melantiknya sebagai MB. Zahidi dikenali sebagai “anak emas” Pak Lah (kerana masih tetap menyokong Pak Lah walaupun Pak Lah pernah menjadi naib presiden tanpa memegang jawatan kabinet) sehinggalah kemunculan naib ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaludin yang telah merenggangkan hubungan rapat di antara Zahidi dan Pak Lah. Sehubungan dengan itu, Zahidi amat memusuhi dan berdendam dengan Khairy.
Manakala Shahidan pula mengambil kesempatan permusuhan mereka berdua ini dengan merapatkan hubungannya dengan Khairy. Harapannya moga-moga hubungan strategik ini mampu mengekalkannya sebagai MB demi menjaga kepentingannya dalam Bintong Construction Sdn Bhd, Azhar Construction Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi yang merupakan syarikat nominee beliau bagi membolot keseluruhan projek pembangunan di negeri Perlis.
Sementara itu, hubungan Shahidan dan Zahidi masih keroh sehingga ke hari ini kerana Shahidan sentiasa dalam keadaan mencurigai Zahidi yang beliau rasakan menikamnya dari belakang. Zahidi pada peringkat awalnya tidak ada dalam senarai rombakan Exco kerajaan Perlis yang berlaku dalam tahun ini, tetapi akhirnya Shahidan terpaksa menyenaraikan namanya juga di atas arahan daripada Kuala Lumpur.
Bagi penduduk Perlis, ramai sekarang sedang beranggapan bahawa Pak Lah akan melantik Zahidi bagi menggantikan Shahidan sebagai MB.
Walaubagaimanapun, menurut sumber saya yang amat rapat dengan Pak Lah, sebenarnya Pak Lah akan melantik Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan bukannya Zahidi.
Sumber tersebut yang mahu dirahsiakan identitinya memberitahu saya bahawa alasan perlantikan Radzi adalah kerana Pak Lah amat mempercayai Radzi berbanding dengan yang lain. Saya turut diberitahu bahawa Pak Lah sebenarnya paling rapat dengan dua orang pemimpin Umno. Orangnya ialah Radzi sendiri dan Datuk Seri Adnan Yaakub di atas faktor Team B 1987.
Dengan perkembangan ini, maka besar kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil di Perlis yang melibatkan Parlimen Kangar dan DUN Kayang. Ianya bagi membolehkan Radzi menjadi ADUN Kayang dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai MB Perlis yang baru.
Perlantikan Radzi dipercayai mampu mempertahankan pengaruh Pak Lah di kalangan ahli di peringkat akar umbi di Perlis. Sudah menjadi rahsia umum tentang perebutan pengaruh di antara Pak Lah dengan Datuk Seri Najib Razak (di belakangnya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Hishamudin Hussein, Ku Li, Tan Sri Ananda Krishnan, dan Tan Sri Vincent Tan serta ramai lagi).
Justeru, Pak Lah yang mahu membasmi rasuah memang sewajarnya meletakkan orang harapannya di Perlis. Selamat bertugas, Datuk Radzi!
Sumber: Malaysia Today.
|
|
|
| |
| Tiada bantuan bagi yang bukan Umno di Kepala Batas |
| 09.21.05 (11:21 am) [edit] |
Oleh Zulkifli Mohamed - Malaysia Today
KEPALA BATAS: Sepasang suami isteri merayu Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memberikan perhatian sewajarnya terhadap penderitaan yang dialami anak bongsu mereka yang telah kehilangan sebelah kakinya ketika berusia empat hari.
Bayi tersebut Nor Fatin Najwa, 4 bulan, kehilangan kaki kanannya setelah menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap sejenis ketumbuhan di pangkal pehanya sejurus dilahirkan.
Menurut Mohd Rashidi Mohd Nasir, 40, anaknya dilahirkan pada 13 Mei lalu di Hospital Seberang Jaya, Butterworth.
Bayi perempuannya itu telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 400 gram di Hospital Alor Setar.
Katanya beliau membelanjakan hampir RM400 sebulan, meliputi kos ubatan, keperluan harian anaknya dan kos pengangkutan berulang balik ke Hospital Alor Setar setiap bulan.
“Pendapatan saya sekitar RM600 sebagai pekerja kilang di Sungai Petani tidak dapat menampung kos rawatan susulan di Hospital Alor Setar,” jelas bapa kepada 9 orang anak itu.
“Mana nak tampung keperluan harian keluarga, mana nak kena bayar sewa rumah,” jelasnya yang membayar sewa rumah RM180 sebulan.
Kerana terdesak, kata Mohd Rashidi, ibunya pernah memohon derma ehsan daripada masyarakat kampung.
“Makcik pernah meminta derma kat orang kampung, tetapi ada di antara depa marahkan mak cik, kerana depa kata perbuatan mak cik boleh memalukan Pak Lah.
“Tetapi depa tak tau perasaan mak cik ketika itu, mak cik terlalu sayangkan cucu mak cik ni, mak cik nak tolong dia,” jelas Bariah Ahmad sambil meriba cucu istimewanya itu.
Ketika menagih simpati Mohd menjelaskan berlaku sikap pilih kasih oleh pihak-pihak tertentu ketika beliau memohon bantuan mereka.
“Mereka ingin tahu saya penyokong parti mana, rupa-rupanya mereka lebih mengutamakan parti daripada sifat kemanusiaan.
Lebih dikesalkan kata Mohd wakil rakyat Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin langsung tidak pernah menjenguk keluarganya, walaupun telah beberapa kali dihubungi.
“Beliau hanya hantar wakilnya sahaja,” katanya kesal.
Menurut Mohd lagi, masalah beliau juga pernah diajukan kepada YB Dato’ Jahara Hamid, ADUN Teluk Air Tawar yang juga Exco Kerajaan Pulau Pinang.
“Tetapi beliau juga tidak dapat membantu, kerana katanya saya tinggal di kawasan lain.”
Sementara itu, Malaysia Today difahamkan, Mohd pernah memohon bantuan media cetak dan elektronik untuk menyiarkan masalah beliau bagi meringankan bebanannya.
“Sehingga kini tidak ada mana-mana media yang menyiarkan masalah saya, mungkin sebab ini kawasan Pak Lah kut?” katanya.
“Saya memohon Pak Lah dapat berbuat sesuatu,” rayu Mohd yang tinggal di Paya Keladi Hujung bersama isterinya Nor Hasiah Lazim, 40, dan anak-anaknya tiga lelaki dan enam perempuan.
Mohd sedang menunggu kelulusan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengulas perkara itu, Zaini Awang, Ketua Bahagian Keadilan Kepala Batas, yang turut melawat keluarga tersebut berkata beliau tidak terkejut dengan kejadian itu.
“Sikap pilih kasih pemimpin Umno Kepala Batas bukannya perkara baru. Amalan mengenepikan bantuan kepada penyokong BA telah menjadi amalan mereka sejak dulu.
Umno katanya, sepatutnya mencontohi amalan pemimpin MCA atau Gerakan yang akan membantu kaum mereka ketika kesusahan walaupun berlainan ideologi parti.
Sementara itu, Nursuzriman Mohamed, AJK Pemuda PAS Kepala Batas berkata, beliau akan berusaha mengumpulkan derma orang ramai untuk keluarga tersebut.
“InsyaAllah saya akan cuba dapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu,” katanya yang turut kesal pengabaian yang dilakukan oleh pemimpin Umno Kepala Batas.
http://www.malaysia-today.net/blog/2005/09/tiada-ba ntuan-bagi-yang-bukan-umn o-di.htm" title="http://www.malaysia-today.net/blog/2005/09/tiada-ba ntuan-bagi-yang-bukan-umn o-di.htm" target="_blank"http://www.malaysia-today.net...
- Malaysia Today
CATATAN: Kepada sesiapa yang sudi memberi bantuan boleh datang sendiri ke kampung PAYA KELADI HUJUNG (BELAKANG SURAU PAYA KELADI HUJUNG) . BOLEH HUBUNGI SUZRIMAN DI TALIAN 012-5763005 . BOLEH HUBUNGI Mohd Rashidi (BAPA ANAK MALANG) DI TALIAN 019-4023596 . KELUARGA INI HANYA MAKAN SEKALI DALAM MASA SATU HARI .
|
|
|
| |
| Anwar marah dengan kata-kata ‘homoseks’ Mahathir |
| 09.19.05 (11:26 am) [edit] |
Oleh S Jayasankaran
Bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Anwar Ibrahim marah dengan komen-komen seksual yang dilaporkan telah dilakukan oleh bekas ketuanya Mahathir Mohamad.
Peguam Anwar, Sankaran Nair memberitahu semalam Anwar telah menelefon beliau dari Prague – di mana beliau sedang dalam lawatan ceramahnya – untuk menyatakan kebimbangannya. “Kenyataan sedemikian tidak dapat diterima,” kata En Nair. ”Satu kenyataan yang dikeluarkan bila tiba waktunya.”
Dr Mahathir pada minggu lepas dilaporkan telah berkata yang beliau terpaksa memecat Anwar untuk menghalang seorang homoseksual dari menjadi perdana menteri. ”Bayangkan seorang PM homoseksual,” Dr Mahathir dilaporkan berkata. ”Tiada siapa yang akan selamat.”
Bekas perdana menteri itu, sekarang berusia 80 tahun, juga dilaporkan berkata sebahagian dari media juga berada di belakang dakwaan yang tuduhan terhadap Anwar direka-reka.
”Malah setengah kalangan orang-orang media, adalah homoseksual,” Dr Mahathir dipetik berkata. ”Mereka tidak suka saya mengambil tindakan terhadap seorang yang mana mereka juga melakukan perkara yang sama. Jadi saya menjadi orang jahat kerana itu.”
Anwar, yang menjadi timbalan Dr Mahathir pada 1993, dipenjarakan pada 1998 atas tuduhan meliwat dan salah guna kuasa. Beliau tetap mengatakan tuduhan-tuduhan tersebut telah direka sebagai sebahagian dari rancangan untuk menghalang beliau menentang Dr Mahathir, yang telah bersara pada 31 Oktober, 2004. Dr Mahathir tetap mengatakan bahawa tiada sebarang konspirasi.
Pada September 2004, Anwar, 57, telah dibebaskan dari penjara selepas mahkamah agung Malaysia menarik balik tuduhan meliwat tersebut. Dan akhir-akhir ini, beliau mendapat kemenangan di mahkamah.
Bulan lepas, beliau mendapat permohonan maaf dari Abdul Rahim Nor, ketua polis yang telah menyerang beliau pada malam penahanannya. Beliau juga telah mendapat pampasan yang tidak diketahui jumlahnya dari kerajaan.
Beberapa hari kemudiannya, beliau telah mendapat RM4.5 juta untuk pampasan libel dari Khalid Jefri, yang telah menulis sebuah buku pada 1997 yang telah menimbulkan kontroversi tersebut. Anwar berkata kemenangan itu telah ‘membebaskan’ beliau.
|
|
|
| |
| Satu lagi pencapaian bumi Islam Hadhari |
| 09.19.05 (11:25 am) [edit] |
Akhbar THE SUN edisi hujung minggunya di ruangan Media & Marketing telah menyiarkan satu lagi pencapaian negara yang seharusnya dibanggakan oleh mereka yang bertanggungjawab, siapa sahaja mereka yang dimaksudkan.
Dipaparkan wajah gadis-gadis muda negara (saya tak pasti kalau ada gadis Melayu yang terlibat) dalam pakaian separuh telanjang semuanya berwarna hitam berkerumun di sekitar tauke dan teraju industri ini.
Upacara maksiat ini diadakan di mana lagi jika tidak di pusat maksiat negara iaitu di Zouk Kuala Lumpur, nama yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur dimana kuasa penguatkuasaan agama pernah dicabar dan diperlekehkan satu ketika dahulu.
Menurut Pegurus Besar Pemasaran Guiness Anchor, Malaysia adalah pasaran terbesar Guiness (jenama arak jenis stout) di peringkat Asia! Dan kerana itu Malaysia dijadikan pusat untuk melancarkan identiti terbaru jenama Guiness iaitu Guiness Foreign Extra Stout.
Syabas Darul Islam Malaysia!
Menurut syarikat arak ini lagi sasaran mereka untuk jenama baru ini adalah di kalangan anak-anak muda sekitar usia 25 ke 35 tahun. Mereka dijangka berbelanja sekitar RM13 juta untuk tujuan promosi semata-mata. Menurut syarikat itu lagi:
We are proud to say that Malaysia was the first market to test it out and succeeded. The next step was to create an occasion such as the Black Party to gather the younger people to enjoy and sample Guiness.
Kami berbangga mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah pasaran pertama yang kita gunakan untuk menguji jenama ini dan kami berjaya. Langkah seterusnya adalah untuk menganjurkan majlis-majlis hiburan Parti Hitam untuk mengumpulkan anak-anak muda bagi mencuba Guiness
Demikianlah realiti yang kita hadapi pada hari ini. Siapakah dapat memastikan anak-anak muda, remaja kita tidak akan turut terjebak dalam majlis-majlis maksiat yang dirancangkan ini? Yang terbaru Jabatan agama pun mengeluh kerana kononnya tidak cukup tenaga untuk melakukan pengutakuasaan, kalau cukup pun stigma di Zouk dahulu masih belum dapat dikikis lagi.
Ini masalah serius. Dan ianya perlu ditangani dengan mendekati golongan remaja kita dan membuka channel ataupun saluran dimana kita boleh berbicara, menyampaikan mesej dan terus menyelamatkan kita. Atau apakah cadangan kita?
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms
|
|
|
| |
| Ayah Pin tidak akan ditahan, kata peguam |
| 09.19.05 (11:23 am) [edit] |
LUNAS: Ariffin Mohamed atau Ayah Pin dipercayai tidak akan ditahan untuk didakwa oleh pihak berkuasa memandangkan tiada peruntukan undang-undang khusus yang boleh mensabitkan kesalahannya.
Demikian kata Peguam Zulkifli Nordin ketika berceramah di Kampung Siam di sini baru-baru ini.
Menurut Zulkifli, perkara itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi kepada beliau oleh pihak-pihak tertentu.
“Mahkamah syariah tidak ada kuasa membicarakan kesalahan orang bukan Islam, sementara di bawah undang-undang sivil, murtad bukannya satu kesalahan.
“Ramai yang tidak tahu, Ariffin telah membuat akuan bersumpah pada 2 Ogos 1998 bahawa beliau telah keluar dari agama Islam.
Jadi, undang-undang mana kita hendak dakwanya, syariah atau sivil?” Soalnya kepada Malaysia Today selepas diminta mengulas lanjut perkara itu.
Tambahnya lagi, Perlembagaan Persekutuan artikel 74 dan 75 dengan jelas menyatakan Mahkamah Syariah tiada kuasa untuk membicarakan kesalahan orang bukan Islam.
“Jika kita dakwa Arifin di bawah undang-undang sivil, dan dia mengaku di mahkamah bahawa dia adalah Tuhan kerajaan langit sekalipun, itu bukannya satu kesalahan,” kata Zulkifli.
“Jika kita dakwanya di mahkamah syariah, dan dia boleh membuktikan dia bukannya penganut Islam, mahkamah perlu bebaskannya. Jika perkara ini terjadi bagaimana tanggapan orang ramai nanti?” tanyanya.
“Lebih baik kita biarkan dia pergi menyabung ayam,” katanya ketawa.
Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat mengesan dan mendakwa Arifin, walaupun sebahagian besar pengikutnya termasuk salah seorang isterinya sedang dibicarakan di mahkamah syariah Terengganu.
Menyentuh fenomena murtad yang semakin berleluasa termasuk di kalangan yang berpendidikan agama, Zulkifli meletakkan kesalahan itu antara lain berpunca daripada ketidakprihatinan pemimpin Umno.
“Secara serius semuanya bermula pada 1998, apabila berlaku kes murtad Nor Aishah Bokhari,” jelasnya.
“Pemimpin Umno tidak mengambil apa-apa tindakan dari segi undang-undang untuk mengubah perlembagaan negara bagi menghalang kejadian itu berulang.
“Apabila berlaku kes murtad kita tidak ada sistem untuk mencegahnya. Pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dari kelemahan undang-undang negara ini,” katanya.
|
|
|
| |
| Apa Tindakan Susulan Daripada Parti PAS dan Keadilan? |
| 09.17.05 (8:59 am) [edit] |
Assalamu’alaikum wm.wrt.,
DAP melalui wakil rakyatnya ADUN Setiawan, Perak telah mengambil tindakan membuat laporan polis berkaitan dengan dakwaan Pemuda UMNO bahawa Lim Kit Siang, Karpal Sing dan Ronnei sebagai komunis dan pihak polis sedang menjalankan penyiasatan rapi berhubung dengan perkara itu. Tetapi nampaknya sampai ke tarikh rencana ini ditulis belum nampak tanda-tanda bahawa PAS dan Keadilan akan mengambil tindakan yang serupa terhadap Pemuda UMNO melalui laman webnya yang mengambarkan YAB Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan dan Presiden PAS YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang serta Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang komunis atau melibatkan diri dalam pergerakan komunis. Malah tidak sebarang komen diberikan oleh pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti ini. Tuduhan yang dilemparkan secara persenda-sendaan itu sangat berat. Ia mempunyai unsur fitnah dan berniat jahat. Impilkasinya terhadap orang yang kena tuduh juga sangat berat kerana imej mereka akan dipandang serong oleh rakyat. Kalau Ronnei boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, maka pengendali laman web ini juga boleh disiasat di bawah akta yang sama.
Penyiasiatan kes-kes seperti ini bukan perkara baru bagi pihak polis kerana sebelum ini pejabat akhbar internet terkenal Malaysiakini telah dua kali diserbu dan digeledah oleh pihak polis. Pertama, apabila Malaysiakini menyiarkan tulisan seorang pengirim yang mengibaratkan hak istemewaan orang Melayu seperti red Indian di Amerika Syarikat. Pemuda UMNO melenting, riuh-rendah seluruh Negara melalui saluran medianya menghentam MalaysiaKini. Apabila Pemuda UMNO membuat laporan polis, secepat kilat pihak polis menyerbu pejabat MalaysiaKini dan merampas peralatan computer yang digunakan dalam operasinya serta ketua pengarangnya Stevan Gan disoal-siasat. Kedua, seorang penulis yang menggelarkan dirinya sebagai “Anwar” telah menulis [kemudian memohon maaf] memperlecehkan Islam Hadhari yang menjadi dasar kerajaan sekarang dan juga menyentuh isu politik wang dalam UMNO diumpamakannya sebagai “kencing dan berak” disiarkan melalui Jeff Ooi Screenshot di MalaysiaKini. Sekali lagi setelah menerima laporan daripada Pemuda UMNO, pihak polis telah menyerbu pejabat MalaysiaKini dan komputernya dirampas untuk dibuat penyelidikan. Begitu juga apa yang terjadi kepada YM Raja Petra Kamarudin. Beliau juga dua kali diserbu dan digeledah pejabatnya oleh pihak polis. Pertama, ketika gelombang reformasi memuncak dan beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengendali laman web kempen Bebaskan Anwar Ibrahim. Kedua, baru-baru ini beliau dipanggil oleh pihak polis Bukit Aman untuk disoal siasat berhubung dengan rencananya yang melibatkan Yang DiPertuan Besar Negri Sembilan berkonspirasi dengan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk menyingkirkan Tan Sri Isa Samad dalam isu politik wang dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada September 2004. Jadi, berdasarkan kes-kes tersebut, maka sudah tentu pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci sekiranya mereka menerima laporan kerana dakwaan yang dibuat oleh laman web Pemuda UMNO ini sangat besar implikasinya kepada orang yang kena tuduh disebabkan mereka yang dituduh ini tidak pernah melibatkan dengan pergerakan komunis apatah lagi untuk mengamalkan ajaran komunis yang menolak kewujudan Tuhan. Apa ditunggu lagi wahai pemimpin-pemimpin PAS dan Keadilan. Negara ini hanya mengamalkan satu sahaja undang-undang, tidak ada dua dan tidak ada tiga. Perlembagaan telah menetapkan bahawa sebagai rakyat Malaysia, maka ianya hendaklah diadili dan dilayan di bawah undang-undang yang sama. Tidak ada siapa yang ada lagi immunity termasuk Raja-raja Melayu. Ayuh Hanipa Maidin dan peguam-peguam PAS serta Keadilan segera membuat laporan polis dan kemukakan saman anda sekarang. Kami sebagai rakyat Malaysia ingin melihat sekuat mana Pemuda UMNO boleh berlari.
Wassalam.
- Sri Bunian
|
|
|
| |
| Mahathir, Bertaubatlah! |
| 09.17.05 (8:57 am) [edit] |
MAHATHIR, BERTAUBATLAH!
Sepanjang lebih sebulan lalu Cili Api lihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad @ Dr M @ Che Det lebih sering mendapat (atau diberi?) liputan berita besar dalam media daripada PM Datuk Seri Abdullah Badawi @ Dolah.
Kesian Dolah. Tapi kalah dengan Dr M tak mengapa juga. Yang lebih kesian lagi beliau kadang-kadang mendapat (atau diberi) ruang lebih kecil dan di halaman kurang penting dalam media berbahasa Melayu dan Inggeris daripada timbalannya, Datuk Seri Najib. Tak tahulah macam mana dengan akhbar berbahasa Cina dan Tamil.
Cili Api lihat ada tiga berita yang menarik perhatian dan diberi liputan luas oleh media. Pertama, pendedahan tentang AP, kedua, peristiwa Dr M memulangkan setengah dozen kereta kepada Proton, dan ketiga, yang paling baru berlaku, ucapan Cek Det di persidangan anjuran Suhakam dan sidang akhbar beliau selepas itu.
Leih 30 buah NGO memboikot persidangan itu. Mereka membantah Suhakam, sebagai sebuah suruhanjaya hak asasi, mengundang seorang bekas PM yang begitu buruk sekali rekodnya, kerana begitu banyak sekali mencabul hak asasi.
Semasa Dr M @ Cek Det memberi ucapan, beberapa orang diplomat bertindak keluar apabila Barat dikritik kerana sikap mereka terhadap soal hak asasi. Dr M memang sudah selalu mengkritik Barat dalam hal ini. Kadang-kadang Cili Api bersetuju dengan beliau.
Masalahnya, Cili Api lihat Dr M melakukan perkara yang sama dalam negara terhadap rakyatnya sendiri, sebagaimana yang dilakukan oleh Bush dan Amerika Syarikat ke atas rakyat dunia. Cuma, secara perbandingan apa yang dilakukan oleh Dr M itu lebih kecil.
Cili Api ingat, ketika Dr M mula berkuasa beliau kelihatan agak liberal. Tetapi dua tiga tahun kemudian beliau mula berubah.Akhirnya, beliau melakukan segala jenis pencabulan terhadap hak asasi. Bukan saja beliau terus menggunakan ISA bahkan beliau telah meruntuhkan kewibawaan serta kebebasan mahkamah, media dan polis.
Dalam sidang media yang diadakan selepas beliau berucap, Cek Det telah melakukan perkara yang tidak patut dilakukannya. Beliau mengulangi fitnah meliwat ke atas Anwar Ibrahim. Bahkan beliau terus menuduh para wartawan yang menyokong Anwar terdiri daripada jenis “gay” (yang mengadakan hubungan sejenis) belaka.
Cili Api lihat akhbar-akhbar pun takut hendak melaporkan perkara ini. Bukankan mahkamah telah membebaskan Anwar daripada fitnah keji itu? Mengapakah Cek Det perlu menghina mahkamah dan menghina dirinya dengan mengulangi tuduhan itu?
Cili Api dengan ikhlas ingin menasihat Tun Dr Mahathir Mohamad: bertaubatlah sebelum terlewat! Manusia, sebesar mana pun kuasanya, tidak boleh menongkat dunia!
MENGAPA TIDAK PULANG YANG LAIN?
Sunguhpun peristiwa Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Penasihat Proton, memulangkan balik setengah dozen kereta kepada Proton sudah lama juga berlalu, namun Cili Api rasa masih sesuai untuk mengulas tentangnya.
Dr M @ Cek Det berkata dia memulangkan kereta tersebut bukan kerana marah. Kalau bukan marah adakah kerana kecil hati? Ataupun adakah beliau hendak membuktikan diri sebagai seorang yang berprinsip, tidak mahu menerima hadiah ataupun pinjaman apatah lagi rasuah dari sesiapa? Jikalau begitu, Cili Api hendak angkat topi kepadanya tanda setinggi-tinggi hormat.
Tetapi Cili Api tahu Dr M @ Cek Det telah menerima berbagai-bagai jenis hadiah daripada bermacam-macam orang. Bukankah beliau pernah menerima hadiah beberapa buah kereta canggih buatan Timur dan Barat? Bukankan ada kereta-kereta itu yang masih dalam simpanan dan kegunaannya? Bukankan hadiah-hadiah itu merupakah rasuah? Mengapakah Tun Dr Mahathir tidak mengembalikan saja kereta-kereta ini?
Selain itu, tidak sedikit orang yang mengetahui bahawa Dr M @ Cek Det telah dihadiahkan juga dengan rumah-rumah indah, lengkap dengan perabot dan hiasan, oleh beberapa orang kroni besarnya? Tengok saja yang di Country Heights dan di Janda Baik. Tidak usahlah sebut yang lain. Tidakkah hadiah rumah-rumah itu sebenarnya merupakan sogokan rasuah? Sekali lagi, mengapakah Tun Dr Mahathir tidak mengembalikannya?
Seterusnya, Dr M @ Cek Det mempunyai tanah ladang yang luas, khabarnya seluas 2000 ekar di Argentina. Bukankah beliau sering bercuti ke sana dan menunggang kuda berjam-jam? Dari manakah datangnya wang untuk mendapatkan kawasan yang begitu luas dan baik. Adakah apa-apa unsur rasuah? Bukankah lebih baik Tun Dr Mahathir memulangkannya saja?
Cili Api ingin memberikan satu lagi nasihat. Wahai Tun Mahathir. Anda sudah mengecapi segala macam kesenangan dan keindahan dalam dunia ini. Anda sudah tua. Apa perlu lagi harta yang banyak – kereta, rumah atau tanah. Alangkah baiknya jikalau dipulangkan semuanya. Dengan demikian anda akan bersih daripada tuduhan rasuah!
Cili Api
|
|
|
| |
| Helah Mahathir menjadi lagi … |
| 09.17.05 (8:55 am) [edit] |
Sewaktu Suhakam baru-baru ini mengumumkan bahawa Mahathir Mohamad merupakan salah seorang pemidato yang diundangnya untuk berucap pada majlis pembukaan Persidangan Hari Hak Asasi Manusia, saya benar-benar berasa musykil. Tidak adakah orang lain di negara ini yang lebih kredibel daripada bekas PM itu untuk bercakap tentang mauduk tersebut. Bagi saya, Mahathir bukan sahaja tidak memahami erti gagasan “hak asasi manusia”, malah dia tidak akan segan silu menodainya. Banyak alasan yang terlintas di fikiran saya. Apakah Mahathir dipilih kerana kebanyakan para pesuruhjaya Suhakam merupakan orang-orang yang terlantik pada waktu pemerintahan Mahathir – oleh itu mereka semacam terhutang budi kepadanya. Atau, apakah sesungguhnya Suhakam sendiri tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan “hak asasi manusia”, dan kerana itu tidak menyedari bahawa zaman pemerintahan Mahathir itu penuh dengan pelbagai bentuk pernodaan hak asasi manusia. Mujurlah tindakan Suhakam itu tidak disenangi oleh lebih 30 buah badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini. Badan-badan itu bukan sekadar mengkritik Suhakam kerana tindakannya itu, tetapi juga telah mengancam akan memboikot majlis pelancaran persidangan itu. Antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh badan-badan tersebut, saya mendapati kenyataan Aliran yang ditandatangani Presidennya, P. Ramakrishnan, merupakan kenyataan yang paling mantap. Kenyataan yang berjudul “Remember the human rights yang have trampled, Tun Mahathir?” itu telah menyenaraikan segala pernodaan hak asasi manusia yang telah dilakukan Mahathir selama pemerintahannya – dari Operasi Lalang, pelbagai penerapan ISA, aksi jahat polis, hinggalah kepada tindakan yang diambilnya terhadap Anwar Ibrahim. Sayang sekali Suhakam yang kita harapkan untuk mempertahan hak asasi manusia di negara ini tidak menyedari semua ini. Demikianlah sifatnya Suhakam: Harapkan pagar, pagar makan padi! Meskipun terdapat bantahan yang begitu lantang terhadap penyertaan Mahathir, namun Suhakam tetap tidak berganjak pendiriannya. Demikianlah juga Mahathir: dia tetap berkeras mahu terus menyampaikan ucapannya. Malah dia menggunakan alasan “hak asasi manusia” untuk mempertahankan haknya menyampaikan ucapan tersebut – dan dia menuduh pihak-pihak yang menentang penyertaannya itu sebagai mencuba merampas hak asasinya pula. Memang terasa lucu sekali melihat Mahathir bercakap tentang hak asasi manusia – namun tidak harus dilupakan bahawa beliau adalah pelopor gagasan “Malaysia boleh!” Bila Mahathir beria-ia seperti itu, saya mulai berasa syak. Mesti ada sesuatu yang hendak dilakukan oleh Mahathir di luar jangkaan orang lain, termasuklah pihak NGO yang membantah penyertaannya itu. Mahathir bukanlah seorang ahli politik yang tindak tanduknya berasaskan ideologi maupun prinsip – dia lebih merupakan seorang yang bertindak berasaskan taktik, demi kepentingan dirinya. Misalnya, meskipun hari ini Mahathir mengkritik langkah Amerika Syarikat di Iraq, namun sewaktu Perang Desert Storm yang pertama dahulu Malaysia di bawah pimpinan Mahathir merupakan salah sebuah negara yang menyokong langkah AS. Segala tindak-tanduknya berdasarkan kepentingan pada waktu-waktu yang berkenaan, bukannya berdasarkan sebarang pegangan atau prinsip yang menentang pencerobohan sebuah kuasa besar terhadap sebuah negara kecil. Setelah Mahathir menyampaikan ucapannya di majlis Suhakam itu barulah kita dapat menyelami tujuannya. Dalam ucapan tersebut Mahathir telah menyerang apa yang dianggapnya sebagai sikap kepura-puraan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain. Kuasa-kuasa besar itu bukan sekadar menceroboh negara lain, tetapi juga menceroboh hak asasi manusia penduduk negara Iraq di beberapa tempat penderaan yang khas. Dengan kenyataannya itu, Mahathir jelas berusaha untuk memperlihatkan bahawa reputasinya sendiri sebagai penoda hak asasi manusia tidaklah seburuk mana. Kerana ada orang yang lebih buruk daripada dirinya, maka dia menganggap keburukannya itu sebagai sesuatu yang halal atau dapat dihalalkan. Caranya Mahathir melemparkan tuduhannya tentulah agak menjengkelkan – sehingga Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia yang menghadiri majlis itu berjalan keluar meninggalkan majlis itu bersama-sama dengan dua orang duta negara lain. Ditanya tentang peristiwa itu, Mahathir menjawab dengan jawapan putar belitnya yang biasa: “Saya ada hak untuk berucap, dan mereka ada hak untuk tidak mendengar saya.” Pada hemat saya, Mahathir tentulah berasa senang dengan apa yang telah dapat dilakukannya: memperlihatkan keberaniannya mengkritik negara-negara kuasa besar seperti AS dan UK yang pada waktu ini tidak begitu disenangi oleh rakyat negara ini kerana “perang melawan keganasan” yang khusus ditujukan terhadap orang Islam. Lebih penting daripada itu, dengan langkahnya dan reaksi para duta Barat itu, Mahathir telah meletakkan para NGO dan para pejuang hak asasi pada keseluruhannya dalam keadaan yang serba salah. Terdapat dua jenis para pejuang hak asasi di negara ini. Satu jenis terdiri daripada mereka yang dipengaruhi oleh pemikiran Barat tentang hak asasi dan demokrasi. Satu jenis lagi terdiri daripada mereka yang bersimpati dengan orang Islam yang menjadi mangsa tindakan tidak berperi kemanusiaan oleh kuasa-kuasa besar itu. Dengan mengkritik tindak-tanduk kuasa-kuasa besar itu Mahathir telah meletakkan dirinya di barisan depan dalam perjuangan kedua-dua golongan tersebut. Oleh kerana Mahathir telah mengkritik kuasa-kuasa besar itu dan perwakilan negara kuasa-kuasa besar itu pula mengkritik Mahathir, maka golongan-golongan yang menghentam Mahathir kerana rekodnya – baik mereka yang memperjuangkan demokrasi maupun bersimpati dengan Islam – kini sudah hilang sengatnya dan tumpul taringnya. Demikianlah liciknya permainan politik putar belit “bekas” PM yang bernama Mahathir Mohamad itu. Meskipun dia bukan seorang yang bersimpati terhadap gagasan “hak asasi manusia” dari segi prinsipnya, namun dia dapat mencuri landasan perjuangan mereka yang benar-benar memperjuangkan hak asasi manusia. Dengan menggunakan “credential” baru yang diperolehnya sebagai pejuang hak asasi manusia, selepas ucapannya itu Mahathir malah memperoleh keyakinan diri untuk mengulang-ulang dakwaan lamanya yang tidak mempunyai bukti tentang Anwar sebagai seorang “gay”. Hakikat bahawa segala pertuduhan yang telah diinisiatifkannya itu sudah ditolak sepenuhnya oleh mahkamah yang lebih tinggi dalam suasana kehakiman yang sedikit lebih bebas tidak menjadi soal kepadanya. Malah dengan muka selamba dia mendakwa bahawa Anwar telah memperoleh layanan sewajarnya dari sistem kehakiman yang tiada celanya – dan dibela pula oleh enam orang peguam yang hebat. Bila ditanya tentang pandangan dunia yang tidak memihak kepadanya, Mahathir secara mudah – dan tanpa bukti – menuduh semua wartawan yang membela Anwar itu sebagai “gay” juga. Tentang kejahatan Ketua Polis Negara, tentang kecacatan para hakim, tentang pertuduhan yang cacat dan diada-adakan – dia berlepas tangan dan mengaku tidak tahu, juga dengan muka yang selamba. Seorang teman saya yang berasa jengkel dengan sikap Mahathir itu menyatakan kepada saya bahawa dia yakin bahawa “orang tua ini sudah nyanyuk.” Namun saya tidak bersetuju dengan beliau – walaupun saya sedar bahawa umur Mahathir sudah melewati 80 tahun. Menurut pandangan saya, ini adalah sahsiah Mahathir yang sebenarnya pada sebarang umur, maupun sewaktu umurnya 20 tahun! Hanya rakyat Malaysia yang tidak pernah menyedari hakikat ini.
- Rustam A Sani
|
|
|
| |
| Di mana si betina ummi hafilda....? |
| 09.15.05 (7:15 am) [edit] |
Bermulanya tarikh dari pembebasan DSAI dan kemenangan saman ke atas kalid jefri dengan ini aku telah terbukti apa yg aku telah dengar drpd ceramah si betina nie pada tahun 2000 dulu sememangnya bohong dan tipu belaka.....(memang depa nie pembohong pun...tapi nak menunjukkan dalil yg qata'i lagi bahawa UMNO nie memang pembohong)
Inilah dikatakan UMNO sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih undi...si betina ini telah datang ke kawasan aku yaitu Guaq Cempedak Yan Kedah dan telah mengadakan ceramah di Dewan MDY Blkg Balai Bomba dan telah berceramah dengan cara bahasa yg kotoq dan keji sekali menceritakan akan keburukkan dan penghinaan pada DSAI....kat atas pentas masa tuu aku tengok si Burong Tiong Parlimen Jerai lanie ada sama laaa....
Yang malang lagi...orang ramai yg datang tuu adalah kebanyakkan org2 veteren UMNO, tok tok lebai UMNO, tok iman dan juga anak2 muda yg nak tengok si betina nie.... mereka ini datang untuk mendengar penglipur lara sibetina nie...dan bagi puak2 UMNO yg berotak udang..maleh berpikiaq...dan terima bulat2...compom depa ambil point betina nie untuk menambahkan ketaksuban mereka pada UMNO dan meng'kompom'kan lagi yg DSAI tuu peliwat.....
TETAPI jika kepada golongan yg mahu berfikir dan menggunakan akal yg Allah swt bagi ini dengan sempurnanya...insya'allah tentu mereka akan insaf.. sedar.. dan akan meninggalkan dasar perjuangan UMNO nie....tapi.....
Puak2 UMNO nie dah dikatakan mereka nie berotak UDANG...jadi susah punya nak tukaq colour biru nie.....
Jadi pesanan dan peringatan aku pada puak2 UMNO yg mana sudah dengar cerita dan ceramah merapu si betina tuuu....kau orang bawak2 berfikirlaa dengan waras.....gunakanlah akal itu seelok-eloknya.....dan mencari perjuangan yg sebenarnya tanpa ada rasa keraguan tentu kau orang dapat kembali ke pangkal jalan punya kerana Allah itu maha kaya.........
Dan pada ahli UMNO kawasan jerai yg mana sudah dengaq si betina nie dulu hangpa pon bawak2 pikiaq laaa apa yg si betina tuu merapu dulu adalah bohong belaka.....fiirkanlah..........
...aku dah mai dah.... ...sapa2 nak joint aku gempoq parlimen Jerai... ...jom kita gempor... 16/09/2005: ceramah bersama Husam Musa 9.00 mlm di Pejabat Pas kawasan JERAI
Oleh GuagStation guaqstation@gmail.com
|
|
|
| |
| Pemuda Umno yang kurang ajar! |
| 09.15.05 (7:13 am) [edit] |
Saya dimaklumkan melalui laman BLOG Jeff Ooi di www.jeffooi.com/ bahawa laman web Pergerakan Pemuda Umno di http://www.pemuda.com.my/ telah cuba membabitkan pimpinan PAS dalam polemik mentah mereka berkenaan perjuangan kemerdekaan, iaitu kontroversi yang kononnya telah dicetuskan oleh Ronnie Liu dari DAP.
Jika kita berkunjung ke laman berkenaan kita dapat melihat gambar kulit buku karangan Chin Peng (bekas Setiausaha Agung PKM) yang bertajuk:
Alias Chin Peng: My side of history
Akan tetapi apa yang dipaparkan di laman tersebut bukanlah kulit asal buku itu kecuali telah dipinda dengan jahat dengan memuatkan gambar para pemimpin pembangkang termasuklah Tuan Guru Nik Abd Aziz, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Dato Seri Anwar Ibrahim.
 Kiri: KULIT ASAL BUKU CHIN PENG dan kanan: KULIT YANG DIPINDA OLEH PEMUDA UMNO
Kerja jahat ini barangkali bermaksud mahu membabitkan pemimpin-pemimpin ini termasuklah pemimpin DAP sebagai dalang kominis, kerana turut dipaparkan kata-kata yang tidak terdapat pada kulit asal buku itu yang berbunyi:
Komunis selamanya, datuk dan nenek kami turut merasai kekejaman komunis, tetapi itu dahulu
Menurut Jeff Ooi ADUN DAP dari Setiawan telah pun membuat laporan polis berkenaan kerja-kerja jahat Pemuda Umno ini.
Mengapakah begitu kurang ajar dan biadap sekali Pemuda Umno sehingga tergamak meletakkan gambar pemimpin tertinggi PAS, yang diiktiraf sebagai tokoh ulamak Islam dalam kerja jahat mereka itu. Apakah hujah Ronnie tidak boleh dilawan dengan hujah, perlukah kita menggunakan taktik kotor dan jijik seumpama ini?
Ingat tidak pernah dalam sejarah negara, ahli atau pemimpin PAS terlibat dalam fahaman ataupun pergerakan komunis, tetapi satu ketika dahulu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tun Razak dan Dr Mahathir, iaitu Abdullah Ahmad dan Siddiq Ghouse pernah ditahan di bawah ISA kerana kononnya terlibat dengan gerakan ataupun fahaman kominis!
Fakta ini barangkali tidak pernah terdaftar dalam benak kepala Pemuda Umno, kerana mereka sentiasa berada dalam sindrom penyakit Melayu Mudah Lupa, yang telah diagnosis oleh Dr Mahathir sendiri satu ketika dahulu.
Berpada-padalah sedikit tingkah laku biadap itu, jangan sampai marahkan pijat kelambu habis dibakar.
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms
|
|
|
| |
| Bila terkena batang hidung MCA Pemuda Umno sepi menikus |
| 09.15.05 (7:12 am) [edit] |
Dalam keghairahan Pemuda Umno menuduh DAP bersimpati dan menjulang nama dan perjuangan kominis ekoran isu siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya, tiba-tiba MCA pula dituduh komunis.
Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, Pemuda Umno sepatutnya siasat rakan karibnya MCA terlebih dahulu kerana menurut laporan (sila lihat Malaysiakini) MCA bercadang mewujudkan sekolah latihan berdasarkan model sekolah latihan perkaderan komunis yang terdapat di Republik Rakyat China.
Malah satu rombongan pemimpin kanan MCA diketuai Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan (abang kepada Presiden MCA Ka Ting) dan Dr Hon Choon Kim telah pun mengunjungi China minggu lalu bagi tujuan ini.
Soalnya mengapa perlu belajar dari sebuah parti yang jelas mendukung dan memperjuangkan ideologi komunis, yang dibenci dan ditentang sangat-sangat oleh Pemuda Umno sejak kebelakangan ini?
Mengulas kenyataan Husam, Ka Ting dalam akhbar THE SUN hari ini menjelaskan:
He said MCAs cadre training concept, which PAS said was inspired by the Chinese Communist Party, has been around for umpteen years and it is our internal affair.
Kata beliau konsep latihan perkaderan MCA, yang PAS tuduh sebagai diilhamkan dari Parti Komunis China, sebenarnya telah wujud sekian lama, dan ini merupakan masalah dalaman kami.
Bila Ronnie Liu dari DAP menyentuh sedikit darihal sumbangan PKM terhadap kemerdekaan negara (itupun memetik kata-kata bekas KPN Rahim Nor) melompat dan melatah Pemuda Umno, menghujankan DAP dengan maki hamun dan pelbagai tuduhan termasuklah anti nasional dan seumpamanya. Akan tetapi bila rakan mereka sendiri yang tidur sebantal dengan mereka bertindak lebih jauh dari itu, pakat senyap membisu dan menikus sahaja Pemuda Umno.
DAP baru menulis satu artikel itupun oleh seorang pemimpinnya, sedangkan MCA bertindak mempelajari dan menimba ilmu Parti Komunis Cina atas keputusan dan restu parti secara keseluruhan!
Kalau dengan satu artikel dah jadi anti nasional, bagaimana bila berkongsi modul latihan dan gerak kerja?
Kasihan Pemuda Umno asyik leka bersilat tak sedar ikatan kain dipinggang dah terlondeh sampai ke buku lali!
JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER: http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms
|
|
|
| |
| Carrefour tidak sensitif aduan pelanggan Islam |
| 09.14.05 (10:56 am) [edit] |
SEBERANG JAYA: Ramai pelanggan Islam kesal terhadap pengurusan pasar raya Carrefour di sini kerana mengabaikan sensitiviti pelanggan Islam apabila mengiklankan suatu jenama arak di troli yang digunakan oleh para pelanggan pasar raya tersebut.
Tindakan itu dianggap tidak menghormati sensitiviti para pelanggan Islam yang menggunakan troli berkenaan ketika membeli-belah di pasar raya itu.
Lebih dikesalkan, beberapa orang kakitangan pasar raya tersebut yang enggan nama mereka disiarkan menjelaskan perkara itu telah berlanjutan hampir sebulan lalu walaupun mendapat bantahan daripada pelanggan Islam.
Tinjauan Malaysia Today semalam, mendapati iklan arak jenama ‘Carlsberg’ jelas terpampang di bahagian depan, kiri dan kanan troli berkenaan.
 Seorang pelanggan yang ditemui Mohd Yusof Mansor, 26, berkata pengurusan Carrefour perlu lebih prihatin dan memahami sensitiviti pengguna Islam.
“Sebagai pengguna Islam, saya kesal dengan pihak pengurusan kerana hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira perasaan pelanggan Islam.
“Kita faham hak mereka untuk mengaut keuntungan melalui iklan, tetapi apabila melibatkan iklan produk yang diharamkan oleh Islam, perkara ini tidak wajar melibatkan pengguna Muslim,” katanya yang menetap di Kubang Ulu.
“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi kerajaan kita sedang giat menerapkan prinsip Islam Hadhari dalam kehidupan rakyat,” tambahnya tegas.
Sementara itu, hasil tinjauan mendapati ramai pengguna Islam tidak menyedari kewujudan iklan tersebut di troli yang mereka sedang gunakan.
 Ismail Hashim, 53, yang ditemui Malaysia Today agak terperanjat apabila dimaklumkan bahawa troli yang digunakannya mempamerkan iklan arak.
“Mana boleh buat macam ni, pakcik tak mahu bersubahat sama. Kalau buat macam ni terasa kita ikut bersubahat promosi arak.
“Janganlah buat cara ni, kalau nak iklan pun buatlah cara lain yang tidak melibatkan pelanggan Islam,” katanya yang sering membeli belah di pasar raya itu bersama keluarganya.
Selain jenama arak, produk lain turut diiklankan di troli tersebut.
Mengulas perkara itu, Cik Jane, Setiausaha Pengurus Cawangan berkenaan yang dihubungi Malaysia Today, memaklumkan pihaknya terikat dengan syarat-syarat perjanjian pengiklanan yang termeterai dengan syarikat berkenaan.
“Perjanjian itu akan tamat pada November depan,” jelasnya yang mengakui telah menerima beberapa aduan daripada pelanggan berkenaan hal tersebut.
“Buat masa sekarang, pihak kami hanya dapat mengasingkan troli-troli berkenaan untuk kegunaan pelanggan Islam dan bukan Islam,” jelasnya
Pengurus Cawangan, Encik Boon Eow gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut
|
|
|
| |
| Mahathir akan disaman dalam masa terdekat, kata Azmin |
| 09.13.05 (10:22 am) [edit] |
PERMATANG PAUH: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed akan menghadapi tindakan undang-undang dalam masa terdekat, tegas Naib Presiden Keadilan Mohd Azmin Ali.
“Saya mempunyai bukti yang cukup untuk mengesahkan penglibatan Dr Mahathir dalam konspirasi fitnah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga secara langsung melibatkan diri saya dan keluarga saya.
“Peguam saya akan mengemukakan permohonan tersebut di mahkamah dalam masa terdekat supaya beliau dapat hadir ke mahkamah untuk menjawab persoalan-persoalan ini,” tegas Azmin kepada Malaysia Today selepas menyampaikan ceramahnya di Kampung Padang Ibu, di sini semalam.
Menurut Azmin peguamnya dalam peringkat terakhir meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan bagi mengheret bekas Presiden Umno itu ke mahkamah.
Pada 2 September 1988 Mahathir menggunakan asas tuduhan dalam buku ‘50 Dalil’ untuk memecat Anwar, yang secara langsung mengaitkan Azmin, apabila difitnah salah seorang anaknya adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan Anwar.
Bagaimanapun, Mahkamah Seksyen Ampang pada 25 Jun lalu memutuskan dakwaan tersebut adalah fitnah dan mengesahkan keterangan doktor pakar bahawa bukti DNA menunjukkan Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin adalah ibu bapa biologi kepada Afifah Azmin.
Mahkamah tersebut telah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara terhadap penulis dan penerbit buku ’50 Dalil’ Datuk Khalid Jafri.
Pada 18 Ogos lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Hishamudin Mohd Yunus, turut mengesahkan buku ‘50 Dalil’ adalah fitnah dan ada konspirasi politik di sebalik penerbitannya kerana diedarkan dalam beg perwakilan dalam Persidangan Agung Umno.
Menyentuh tindakan Mahathir terus menfitnah Anwar seperti dilaporkan dalam portal Malaysiakini, Azmin menyifatkan tuduhan itu sebagai provokasi oleh seorang yang sudah nyanyuk dan tidak lagi relevan bagi menarik perhatian umum, khususnya media.
“Saya percaya rakyat sudah tidak lagi mempedulikan Dr Mahathir, sebagai seorang tua yang sudah nyanyuk dan tidak relevan lagi.”
Sebab itu, kata Azmin kenyataan Mahathir itu tidak dilaporkan dalam akhbar media perdana melainkan Malaysiakini.
9 September lalu, Malaysiakini melaporkan Mahathir sebagai berkata, “Saya tidak boleh ada seorang peliwat dalam kabinet saya. Bayangkan seorang ‘gay’ (lelaki homoseks) menjadi PM...tiada seorang pun yang akan selamat!”
Mahathir juga menafikan bahawa pemecatan Anwar, adalah disebabkan kerana mereka berdua tidak lagi sehaluan.
Beliau mendakwa, tuduhan tersebut diada-adakan oleh media – terutama wartawan ‘gay’ (lelaki homoseks) – yang menyokong perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Azmin mengganggap kenyataan Mahathir itu bersikap biadap apabila menghina keputusan mahkamah apabila terus memfitnah Anwar.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambl tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir untuk mengajar beliau supaya menghormati undang-undang dan menghormati mahkamah,” kata bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
|
|
|
| |
| Mengapa Surat Terbuka Saya Kepada Mawi? |
| 09.13.05 (10:20 am) [edit] |
Surat terbuka saya kepada Mawi sepertimana juga jemputan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada Mawi telah menimbulkan polemik yang semakit hangat. Sebelum ini komentar Dr Saliha Hassan dan Dr Agus Yusoff juga telah mengundang pandangan pro dan kontra di kalangan semua pihak. Situasi ini menunjukkan kemunculan Mawi dalam dunia hiburan tanahair benar-benar diberi perhatian oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan akademik dan politik. Mungkin inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Fenomena Mawi’ atau ‘Gelombang Tsumawi’.
& nbsp; Lebih menarik lagi apabila ‘Fenomena Mawi’ turut melibatkan PAS bermula dengan jemputan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, diikuti kunjungan pimpinan Dewan Pemuda dan Muslimat ke rumah kelahiran Mawi dan terakhir surat terbuka saya kepadanya. Pendekatan seperti ini bukan sahaja telah mengejutkan beberapa pimpinan UMNO tetapi juga turut menarik perhatian sahabat-sahabat saya dalam barisan kepimpinan PAS. Sebagai seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap surat terbuka tersebut, saya wajar memberikan alasan mengapa surat terbuka tersebut ditulis.
Pendidikan Politik
& nbsp; Dalam salah satu program anjuran Barisan Alternatif (BA) bagi mengenalpasti punca-punca kekalahan BA, Profesor Khoo Kay Kim telah mengemukakan pandangan tentang betapa pentingnya peranan PAS dan BA dalam menyampaikan pendidikan politik kepada rakyat. Dalam konteks sebuah negara demokrasi, rakyat seharusnya dididik dengan kesedaran tentang peranan kerajaan , budaya berpolitik yang bermoral dan juga hak-hak rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Melalui pendidikan politik ini rakyat akan menjadi matang dalam menyertai demokrasi.
& nbsp; PAS telah melaksanakan program pendidikan politik kepada rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung semenjak penubuhannya pada tahun 1951 lagi. Walaupun pendekatan PAS dalam menyampaikan pendidikan politik itu menjurus kepada isu-isu kepartaian, ia turut menyumbang kepada rakyat untuk membaca perjalanan sistem politik di sebuah negara demokrasi. Satu isu yang jarang disentuh oleh PAS dalam berpolitik ialah tentang pengaruh budaya popular dalam masyarakat. Malah budaya popular ini telah mempengaruhi politik di negara maju dan negara membangun.
& nbsp; Selain daripada itu, golongan yang hampir tidak pernah didekati oleh PAS dalam menyampaikan pendidikan politik ialah golongan seni khususnya artis. Golongan ini seperti juga rakyat yang lain memerlukan penerangan tentang peranan mereka dalam politik negara. Sekiranya golongan ini boleh disedarkan tentang tanggungjawab politik mereka, mereka boleh menjadi golongan yang paling peka terhadap ketidakadilan dan penyelewengan di sekeliling sebagaimana golongan Romantik di Jerman pada kurun ke-19. PAS tidak boleh mengabaikan golongan ini dalam memberikan pendidikan politik.
& nbsp; Kemunculan Mawi yang mewakili sebahagian masyarakat khususnya golongan muda merupakan kesempatan terbaik kepada PAS untuk menerokai penyampaian pendidikan politik kepada golongan berbudaya popular ini. Sudah sampai masanya untuk PAS melentur budaya popular ini dan golongan seperti Mawi dengan pendidikan politik yang sihat untuk melahirkan rakyat yang matang berpolitik. Sekiranya tidak golongan seni ini selamanya akan menjadi ‘tukang karut’ dan ‘terompah’ UMNO untuk meraih sokongan politik rakyat. Kesediaan Mawi untuk menerima undangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan satu permulaan yang baik untuk membina kematangan berpolitik yang sepatutnya ada kepada rakyat. Mawi boleh berada di pentas Umno dan pada masa yang sama tidak menolak jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kematangan seperti ini sebenarnya hampir pupus termasuk di kalangan golongan ulama dan akademik yang sepatutnya terkehadapan dalam soal ini. PAS seharusnya mula menerokai laluan tersebut yang tidak diberi perhatian serius sebelum ini.
Mawi Memerlukan Bimbingan
& nbsp; Sewaktu berlangungnya Akademi Fantasia (AF) yang pertama, saya terbaca komentar Dr Firdaus Abdullah yang sekarang menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Aznil (pengacara AF) yang beliau percayai pernah menjadi muridnya semasa di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Dr Firdaus ingin memberikan bimbingan supaya Aznil boleh menjadikan AF sebagai pentas mendidik masyarakat dari segi budaya orang Timur memandangkan AF mendapat sambutan meluas di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
& nbsp; Saya percaya hasrat Dr Firdaus itu bukan mudah untuk dicapai tetapi beliau telah menunjukkan satu ikhtiar yang boleh dilakukan oleh masyarakat. Masyarakat Malaysia tidak boleh membiarkan budaya popular yang mencorakkan kita tetapi kitalah yang seharusnya mencorakkan budaya popular. Semenjak zaman P. Ramlee, masyarakat Malaysia telah dicorakkan oleh budaya popular bukannya masyarakat yang mencorakkan budaya tersebut. Semua pihak bersifat lepas tangan untuk membimbing golongan artis ini sehingga mereka dieksploitasikan oleh pemodal-pemodal untuk membawa budaya popular yang negatif.
& nbsp; Sebelum ini telah ramai artis-artis yang seumpama Mawi yang datang dari keluarga kampung yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. Kemunculan mereka mirip kemunculan Mawi dengan membawa imej luhur dan baik. Tetapi budaya popular yang didominasikan oleh pemodal-pemodal yang mementingkan keuntungan telah mencorakkan mereka sehingga mereka menularkan budaya popular yang negatif ke dalam masyarakat. Mereka sebenarnya adalah mangsa eksploitasi golongan berkepentingan sehingga identity luhur dan baik itu musnah.
& nbsp; Sebagai sebuah gerakan Islam yang melaksanakan usaha dakwah melalui berpolitik, PAS seharusnya menjadi penyelamat kepada eksploitasi murahan seperti ini seterusnya menjadi penentu yang terpenting mencorakkan budaya popular di negara Malaysia. Saya percaya kekuatan yang ada pada PAS boleh memecahkan eksploitasi ini sekiranya digembelingkan dengan baik. PAS perlu melakukan usaha membimbing artis-artis yang ada untuk mengatakan ‘NO’ kepada eksploitasi murahan terutama artis-artis yang baru muncul seperti Mawi.
Simbol Rakyat Marhain
& nbsp; Komentar Dr Agus Yusoff yang menyifatkan Mawi sebagai mewakili golongan rakyat yang terpinggir dan didiskrimnasi sangat menarik perhatian saya. Mawi datang dari generasi kedua sebuah keluarga Felda. Beliau tidak mempunyai peluang untuk mendalami muzik dan vokal kerana tiada guru muzik yang sanggup datang ke Felda untuk memberikan khidmat pendidikan percuma. Mungkin beliau hanya mempelajari seni suara warisan dari guru-guru berzanji dan marhaban yang ada di sana. Beliau termasuk di kalangan anak Felda yang tidak memperolehi kemudahan pendidikan sempurna.
& nbsp; Mawi adalah simbol anak Melayu yang terpinggir dari sebuah negara yang dikatakan akan maju pada tahun 2020. Jarang-jarang rakyat boleh menghayati nasib golongan marhain seperti ini. Kalau dahulu, P.Ramlee menarik penghayatan rakyat terhadap golongan seperti melalui filem-filemnya seperti Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat dan Penarik Beca. Saya percaya pendekatan seperti inilah yang menjadi antara faktor terpenting P. Ramlee dekat di hati rakyat. Terdapat juga tokoh-tokoh filem di luar negara seperti MGR di lihat sebagai simbol rakyat terpinggir dan tertindas.
& nbsp; Kemunculan Mawi dalam dunia hiburan tanahair membawa watak tersebut. Menyedari hakikat tersebut, saya melihat rakyat Malaysia bukanlah buta terhadap segala bentuk diskriminasi dan penyelewengan yang berlaku. Mereka memerlukan tokoh dari golongan terpinggir itu sendiri sepertimana juga Hamid Tuah di zaman 1960-an untuk menyuarakan suara hati mereka. Mawi seharusnya digilap untuk menjadi tokoh seperti P. Ramlee, MGR dan Hamid Tuah dalam konteks menyuarakan suara rakyat marhain di samping mengekalkan indentiti sebagai seorang muslim sejati.
& nbsp; Namun begitu, Mawi perlu dibimbing ke arah itu. Malangnya dunia hiburan hari ini tidak akan menjadikan beliau sebagai tokoh golongan marhain. Pihak kerajaan yang di dominasikan oleh Umno tidak mungkin akan ‘membuka pekung di dada’ mereka. Tiada pihak yang boleh memainkan peranan itu melainkan PAS yang komited memberi perhatian terhadap golongan marhain. Sekiranya ‘fenomena Mawi’ tidak dimanfaatkan sebaik mungkin mungkin PAS perlu menunggu fenomena-fenomena lain yang entah bila akan muncul.
Ketiga-tiga faktor ini merupakan antara asas mengapa saya menulis surat kepada Mawi. Surat itu adalah harapan saya terhadap Mawi supaya beliau tidak hanyut dieksploitasi oleh golongan pemodal seperti ramai artis-artis yang seumpamanya sebelum daripada ini. Surat tersebut juga merupakan satu rasa bertanggungjawab saya sebagai pendukung PAS untuk menyempurnakan peranan PAS sebagai pendakwah dan penyelamat ummah. Meskipun demikian saya tetap menentang penganjuran AF tetapi tidaklah bermaksud hukum haram program itu akan kekal selama-lamanya. Sekiranya dibuat mengikut lunas-lunas Islam, saya yakin Mufti Kerajaan Negeri Perak juga akan bersetuju penganjurannya walaupun namanya masih lagi dikekalkan Akademi Fantasia.
Oleh: Mahfuz Omar Pengurusi Institut Pengembelengan Dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)
47 TAMAN SATRIA , JALAN LANGGAR, 05460 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
570825-02-6067 - 019-4422685 - 13.09.2005
|
|
|
| |
| Tandatanya di sebalik Misi Jelajah Niaga Malaysia |
| 09.12.05 (11:32 am) [edit] |
Kedua-dua berita di RTM dan Buletin Utama TV3 memaklumkan darihal Misi Jelajah Niaga Malaysia yang diketuai oleh PM ke London dan New York. Tujuan misi tersebut menurut BERNAMA adalah:
Untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik kepada para pelabur.
Dan menurut BERNAMA lagi ini merupakan jelajah pertama seu | |