Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Warga kota enggan terima Jalur Gemilang dikesali
09.01.05 (2:17 pm)   [edit]
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ketua Puteri UMNO, Noraini Ahmad kesal dengan sikap segelintir warga kota yang enggan menerima Jalur Gemilang yang diagihkan secara percuma oleh pergerakan itu dan KUB Malaysia Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata, sikap negatif itu jelas menunjukkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda semakin terhakis kerana tidak menghargai Jalur Gemilang.

"Saya berasa amat kecewa, marah dan geram dengan alasan mereka yang saya sifatkan sebagai tidak masuk akal kerana menolak pemberian kami dengan mengatakan mereka tidak memiliki kereta atau motosikal.

"Ini menunjukkan mereka gagal memahami erti kemerdekaan yang sebenar dan hanya tahu bahawa 31 Ogos cuti umum semata-mata,'' katanya kepada pemberita selepas mengetuai program pengagihan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-48 di hadapan perhentian LRT KLCC di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KUB, Izham Yusoff, para pegawainya dan exco-exco pergerakan Puteri UMNO.

Noraini menambah, warga kota yang enggan menerima Jalur Gemilang seharus malu dengan sikap pelancong asing yang meminta Jalur Gemilang dan memberikan ucapan `Selamat Hari Merdeka'.

Beliau turut menegur sikap orang ramai yang lebih teruja untuk menyaksikan konsert sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan negara berbanding mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurutnya, walaupun pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan tetapi warga kota terutamanya generasi muda perlu menghargai jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Mengulas mengenai program tersebut beliau berkata, KUB menyumbangkan sebanyak 2,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai di kawasan hentian itu.

"Jalur Gemilang ini adalah simbol kepada sambutan Hari Kemerdekaan dan yang penting semangat kemerdekaan itu harus disemarakkan di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya mereka menghayati erti kemerdekaan,'' katanya.

Dipetik drp Utusan Online

 
TUTUPNYA KITAB HAYAT KHALID JAFRI
08.31.05 (9:43 am)   [edit]

21 jam sebelum jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di hadapan Dataran Merdeka berdetik menganjakkan usia kemerdekaan ke angka 48 tahun, Tuhan telah megutuskan Malaikat Maut mencabut nyawa Khalid Jafri@Bakar Shah.

Tepatnya jam 3.00 petang, 29 Oogos 2005 maka tertutuplah kitab hayat Khalid Jafri alias Bakar Shah. Ia telah mengakhiri kehidupannya – melata menghirup kepuasan duniawi di atas pundak maya ini selama 65 tahun.

Khalid, dari segi sejarah (tanpa melihat hitam atau putih) sebagai manusia ia telah meninggalkan legasi cukup hebat kepada negara ini. Beliau ditauliah oleh setengah manusia sebagai sang hero yang menjatuhkan sang hero, bekas TPM Anwar Ibrahim melalui buku beracunnya berjudul “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.”

Betapa buku itu telah menggoncang politik negara ini. Ia disebut bukan sahaja di Malaysia, tetapi terhimbau ke seluruh dunia, kerana ia melibatkan tokoh yang hebat dan terkenal. Sesiapa pun tidak menduga tiba-tiba nama Khalid turut melayang dan beriringan dengan nama Anwar ke seluruh dunia.

Bila menyebut kecelakaan dan sejarah kejatuhan Anwar, maka nama buku itu disebut. Nama Kahlid turut terheret sama. Walaupun ada nama-nama lain lebih penting di sebalik tragedi hitam terancang itu, namun nama Khalid tidak dilupakan. Nama Khalid tersangkut di cangkuk yang paling tinggi pada pancang maufakat jahat itu.

Sekiranya kata-kata Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Mohamad Saman Ramli ketika mengulas keputusan penghakiman ke atas Khalid; bahawa Khalid terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar dengan buku itu, betapa hitam dan zulmatnya nama Khalid Jafri. Sah beliau berdosa kepada bukan sahaja Anwar dan keluarganya, namun kepada 25 juta rakyat negara ini.


Apakah beliau benar-benar terlibat atau sekadar berada di pingaran dalam konspirasi itu? Sukar untuk disahkan! Dalam hal ini Kahlid sahaja yang mengetahui. Dan kini Khalid sudah pun berganjak ke alam ghaib dan sedang berhadapan dengan Atiq dan Ratib. Khalid tidak bisa lagi menjelaskan hakikat ini.

Maka tertinggallah persoalan itu kepada kita tanpa jawaban yang putih.

Tidak dapat dielakkan, kesan kepada kehidupan Khalid ekoran buku itu sungguh besar sekali. Beliau dicemuh dan dihina di mana-mana sahaja. Beliau dilihat sebagai satu mahkluk yang huduh berterbangan bersama beberapa bapa konspirator termasuk bekas PM yang juga bapa Marina.

Ke mana beliau pergi, beliau akan diludah. Sehinggakan beliau menjadi malu dan sentiasa melarikan diri daripada dunia. Kehadirannya di mahkamah kerana menjawab pertuduhan di atas beberapa pendakwaan, bagaikan seekor anjing kurap. Namun atas kehendak undang-undang negara beliau tidak dapat mengelak dan terpaksa menyerah diri kepada khalayak.

Apabila mahkamah memutuskan beliau bersalah, dan dipenjara selama setahun serta diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM4.5 kepada Anwar Ibrahim, di sinilah kemucak kemarahan umum kepadanya. Keputusan mahkamah itu meletakkan beliau dalam kedudukan bersalah dan hina dina.

Bermula dari situlah beliau yang sudah diserang kencing manis terus diserang berbagai penyakit kronik lain. Penyakit jiwa, penyakit malu, penyakit bersalah dan berdosa  akibat keputusan itu. Semuanya menekan beliau. Keadaan ini menyuburkan virus kencing manis, sehinggalah akhirnya membawa beliau memasuki perteduhan alam kubur.

Daripada segi pandangan zahir, perjalanan pulang Kahlid dalam suasana yang sungguh pilu, sedih dan menyakitkan. Ianya sungguh mendukacitakan. Beliau pergi dalam keadaan anggotanya tidak lengkap di mana sebelah kakinya terpaksa dipotong dan dikapan berasingan dengan indera yang lain.

Gambaran ini menunjukkan kematian beliau tidak dalam sempurna! Astaghfirullah!

Suasana kurang senang ini juga terlihat di rumahnya di PD Villa Port Dikcson. Pada hari pengembumiannya sungguh menyayu dan menyedihkan. Tidak ramai yang meziarahi jenazahnya. Kematiannya seakan tidak diratapi dan disendui rakyat. Ia kontras dengan statusnya yang dinobatkan sebagai hero bergelar ‘Datuk’! Tidak ramai yang hadir melainkan keluarga terdekat dan rakan-rakan sepermainan di Utusan Melayu dan juga di dalam dunia perfileman.

Tidak ada manusia berwajah lembut, jernih mengeliling jenazahnya. Tidak ada manusia berjubah, berjanggut hadir menziarahinya. Tidak ada manusia berkupiah putih yang sedang membaca ayat-ayat suci di sisi jenazahnya! Tidak ada Mufti, tidak ada Tuan Kadhi, dan tidak ada Ustaz. Apakah kekeringan manusia ini melambangkan beliau begitu jauh dengan kumpulan manusia demikian?

Paling menyedihkan, bukan itu sahaja. Demikian juga dengan manusia berperwatakan ‘cepra’ tidak juga kelihatan. Tidak ada tokoh-tokoh besar di dalam parti dihuni oleh para konspirator menjatuhi Anwar hadir. Padahal sebelum ini beliau dilihat sebagai pengilham kepada golongan berkenaan dalam menggerakkan kerja bajingannya.


Apakah mereka juga terasa malu untuk hadir selepas mahkamah mengesahkan dosa Kahlid? Jadi mereka malu! Aneh ... seharusnya tidak timbul perasaan keimanan itu, mereka semua sepatutnya hadir. Atau setidak-tidak seorang di kalangan mereka bertaraf menteri hadir sebagai mewakili golongan konspirator itu. Setidak-tidak wakil mereka dari Melaka atau Negeri Sembilan!

Seharusnya keranda Khalid dipenuhi dengan bunga-bunga simpati yang bertimbun dan melambak. Atau perjalanan Kahlid ke kubur diiringi oleh ribuan manusia yang menyanjunginya selama ini. Tetapi tidak ada. Khalid berjalan sendirian sahaja ke lahad tanpa tepukan dan ucapan syabas yang diterimanya seperti sewaktu Anwar dipecat pada 3 September 1998 dahulu.

Malahan mereka bagaikan tidak tahu pun bahawa orang yang menjadi ilham di atas kejayaan mereka sudah tiada. Mereka seolah tidak terasa pun bahawa penulis buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” itu sudah diperintah berangkat ke alam akhirat.

Kesian Khalid. Duka Khalid. Sedih Khalid. Sendu Khalid. Hina Khalid, kerana kematiannya tidak diratapi, malahan kewujudannya seakan memecahkan Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu tidak dipedulikan langsung. Jasa-jasa Khalid tidak dikenang sekuman pun dan ini sekali gus menjadikan Darjah Kebesaran yang diterima dari kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk itu juga palsu belaka.

Apa pun atas nama al-nas (manusia) yang dicipta dari setitik mani, menjadi naufah kemudian dibubuh nyawa dan kemudian ditarik kembali, sama-samalah kita menginsafi, mengambil iktibar di atas yang berlaku. Apapun dosa dan pandangan kita kepada Khalid, kita terima ia sebagai takdir Ilahi. Sudilah mensedekahkan al-Fatihah untuknya. - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 31.08.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

Perakan.net: Tiada tokoh Umno ziarahi jenazah Khalid Jafri.

 
Dr. M: Penasihat yang nasihatnya tidak diperlukan
08.31.05 (9:40 am)   [edit]
Akhbar THE STAR semalam mendedahkan tajuk eksklusif di muka depannya:

Dr M returns cars to Proton (Dr M pulangkan kereta-kereta ke Proton)

Dilaporkan ekoran kekecewaannya dengan perkembangan yang berlaku di dalam Proton, Penasihat Proton itu telah memulangkan kesemua kenderaan milik Proton yang diberikan untuk kegunaannya iaitu 7 semua sekali termasuklah VW Touareg, sebuah kenderaan pacuan 4 roda 4WD dan VW Phaeton serta beberapa siri Proton Waja.

Kekecewaan ini dikesan sejak dari penamatan perkhidmatan CEO Proton Tengku Mahaleel dan kemudiannya isu pengimportan kenderaan impot yang berleluasa yang didakwa menjejaskan jualan kenderaan tempatan.


Dari perkembangan tersebut jelas nasihat-nasihat Dr M sudah tidak diterima dan diambil kira lagi. Dahlah itu dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Dr M sendiri mendakwa sebagaimana dilaporkan dalam THE STAR:

I don’t know whats going on in Proton. I have no communication with them. I can only advice if I know something is happening.

Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di Proton. Saya tidak dihubungi. Saya cuma boleh memberikan nasihat sekiranya saya tahu apa yang sedang berlaku.

Demikianlah rintihan Dr M berkebetulan disaat negara mahu merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 48 esok. Nampak gaya Tun pun tak lamalah akan kekal menyandang jawatan Penasihat, kalau nasihat Penasihat pun dah tak diperlu, bermakna ia satu petanda bagi beliau untuk melepaskan jawatannya itu ataupun kelak akan dilepaskan darinya.

Malah bila ditanya adakah beliau masih Penasihat Proton secara sinis Dr M menjawab:

Ya, saya masih lagi penasihatnya, setahu sayalah.

Demikianlah hari-hari terakhir Dr M di Proton. Merdeka!

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

 
PAHLAWAN ATAU PENGECUT?
08.29.05 (11:43 am)   [edit]
Gaya tempikannya macam pahlawan, bila nak memulakan langkah ke medan juang kecut pula kata katanya. Inikah contohnya PAHLAWAN, kata mudah dituturkan pengkhianat dan sebagainya sedangkan diri sendiri adalah amat pengecut dengan kata berdaleh bak kata orang tua ,”Lembut gigi dari Lidah” Beginilah perilaku yang telah dan terus dipamerkan oleh mereka. Di mana kita temui Pahlawan sejati…….. sudah pastinya bukan Ketua Pemuda yang satu ini.

Berikut adalah petikan yang membuatkan Pahlawan parang tumpul ini memekik-mekik tak ketahuan halanya……..


Hak MAS buat pelantikan
Oleh HERMAN HAMID

SEPANG 27 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, soal siapa akan dilantik menjadi peneraju Penerbangan Malaysia (MAS) sama ada orang tempatan atau luar, adalah terletak di tangan Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu.

Kata beliau, mereka berhak mendapatkan siapa paling layak dan kemudian nama dicadangkan itu hendaklah dipersetujui kerajaan kerana Khazanah Nasional Bhd. adalah pemegang saham terbesar bagi MAS.

“Dalam hal ini siapa yang akan dipilih sama ada warga tempatan atau asing bukanlah satu persoalan kerana tidak ada peraturan menetapkan perkara tersebut.

“Apa pun saya percaya MAS mempunyai pengalaman yang cukup banyak serta arif untuk menentukan orang terbaik bagi menerajui syarikat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan pelepasan Kejohanan Lumba Kereta `Merdeka Endurance Millenium' di Litar F1 Sepang di sini hari ini.

Kong Choy diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini bahawa MAS dijangka melantik seorang warga asing menerajui operasinya dalam usaha syarikat itu meningkatkan pencapaian dan daya saing.

Ini berikutan persaraan awal bekas Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Fuaad Dahlan awal minggu lalu.

Antara calon berpotensi dilantik ke jawatan itu ialah Ketua Eksekutif British Airways, Rod Eddington; Pengurus Besar Eksekutif Qantas, John Borghetti dan Ketua Pengarah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik, Andrew Herdman.

Kong Choy menegaskan apa yang lebih penting dalam hal ini ialah orang yang dipilih merupakan orang yang benar-benar layak menduduki jawatan berkenaan.

“Selebihnya saya tak nak komen kerana ini masih lagi satu spekulasi,'' ujarnya.


Katanya tak mau dijajah tetapi perlakuannya sentiasa mengikut penjajah, amalannya ikut penjajah, pakaiannya ikut penjajah, makan dan minumnya ikut penjajah, Adabnya ikut penjajah, perangainya ikut penjajah, zalimnya lebih zalim dari penjajah. Ikutilah petikan kenyataan nya:


Pemuda tidak mahu MAS `dijajah'
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO membidas tindakan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang dikatakan mahu melantik warga asing sebagai pengarah urusan barunya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap pelantikan warga asing untuk menerajui sesebuah syarikat milik negara boleh disamakan seperti merestui penjajahan semula tetapi dalam bentuk yang baru.

"Ini adalah pendirian Pemuda UMNO sebelum MAS mengumumkan sebarang pelantikan dan kita mahu tahu apa alasan mereka berbuat demikian.

"Jangan tengok pada sudut komersial sahaja tetapi kena tengok agenda yang lebih besar iaitu agenda Melayu.

"Pemuda UMNO tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku dan apa MAS nak buktikan dengan pelantikan orang luar ke jawatan itu,'' katanya.

MAS mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM274.83 juta pada suku pertama yang berakhir 30 Jun 2005, berbanding keuntungan sebelum cukai RM22.504 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama sebelumnya.

Hishammuddin berharap pengurusan MAS dapat memberikan sebab yang munasabah kenapa jawatan Pengarah Urusan itu tidak dapat diisi oleh rakyat Malaysia amnya, dan orang Melayu khasnya.

"MAS kena beri sebab mengapa orang Melayu atau rakyat Malaysia tidak layak. Penjajahan sekarang bukan melalui senjata sahaja tetapi kita kena sedar ada penjajahan melalui pemikiran, budaya dan ekonomi,'' katanya.

Beliau berkata, apa yang diperjuangkan pergerakan itu selari dengan dengan pendirian Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mahu syarikat milik kerajaan (GLC) memahami dan membantu orang Melayu selaras dengan aspirasi Pemuda seperti yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu.

"MAS mewakili Malaysia. Ia kena beri gambaran untuk kekuatan sebagai satu bangsa yang berhemah. Kita (ahli politik) juga yang mempertahankan MAS dan kita juga yang cari laluan baru untuk MAS dan buat hubungan dua hala,'' katanya.

Ketika ditanya jika Pemuda Umno bersetuju atau akan membantah cadangan Khazanah Nasional untuk melantik antara empat tokoh penerbangan antarabangsa berbangsa Inggeris sebagai peneraju MAS, Hishammuddin berkata: ``Kita rasional. Kita akan lihat kenyataan rasmi dahulu. Yang penting, mereka kena perjelaskan.''


Akhirnya lihatkan kepada petikan berikut, kalaulah diri kita orang Melayu tentulah kita katakana bawalah nasi lemak kerana roti canai bukannya makanan orang Melayu yang dibanggakan umno. Identiti Negara bukannya roti canai, kalau nak tahu Tanyalah kepada orang yang terhunus kerisnya di tangan itu……


Roti canai tetap dibawa ke angkasa
KUANTAN 27 Ogos - Rancangan untuk membekalkan angkasawan negara dengan roti canai ketika berada di angkasa yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, akan diteruskan seperti dicadangkan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, angkasawan tempatan yang pertama kali ke angkasa perlu membawa identiti negara.

Beliau berkata, baru-baru ini, seorang angkasawan Jepun telah mengikuti satu misi ke angkasa dengan membawa makanan kegemaran negara itu sejenis mi sup, ramen.

"Ketika dia kembali minggu lepas, antara soalan yang ditanya Perdana Menteri negara itu ialah apakah rasa ramen di angkasa, justeru kita juga boleh bertanya apakah identiti kita apabila di angkasa lepas nanti,'' katanya di sini hari ini.


Akhirnya cermin-cermin diri sebelum menasihatkan atau memperjuangkan sesuatu perkara kerana rakyat sudah faham apa itu kelentong, temberang dan penipuan pemerintah.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 29.08.2005

 
Isu Mawi ke Kelantan: Respon kepada tulisan Ibnu Aki
08.28.05 (1:27 pm)   [edit]
Apabila saya menulis artikel Undang Mawi: PAS tertekan atau Umno yang gelabah iaitu respon saya terhadap kenyataan Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien, sebagaimana dijangkakan saya telah menerima banyak respon dan maklum balas. Rata-rata respon yang diterima adalah positif belaka kecuali adalah satu dua kerat yang negatif termasuklah dari seorang penulis yang memperkenalkan dirinya sebagai Ibnu Aki.

Beliau tidak dapat menerima hujah saya lantas bertegas bahawa dalam isu Mawi ini kerajaan PAS Kelantan sememangya tertekan, tak secara langsung samalah nadanya itu dengan Hishamuddin walaupun beliau memuatkan disclaimer ataupun penafian bahawa beliau bukan penyokong Hishamuddin.

Beliau tidak dapat menerima rasional bahawa langkah kerajaan negeri ini perlu dilihat dari perspektif dakwah, yakni agenda dakwah untuk mendekati golongan remaja yang selama ini dibuai budaya hiburan yang tidak syarie.


Dan dalam ketaksuban beliau mempertahankan hujahnya beliau telah menyelitkan satu kenyataan yang saya kira tidak tepat yang cuba membawa maksud bahawa PAS Kelantan bersedia menggadaikan prinsip perjuangan apabila sahaja kedudukannya tercabar, beliau menyebut:

Saya berkata begitu kerana melihat gelagat pentadbitan PAS di Kelantan yang pada saya akan melakukan sesuatu, walaupun bertentangan dengan GAYA parti itu apabila merasakan diri mereka tergugat. Saya rasa itu perkara biasa dan memang realiti politik.

Kalau GAYA yang Ibnu Aki maksudkan itu merujuk kepada PRINSIP, umum mengetahui bahawa prinsip perjuangan PAS adalah Islam. Bermakna beliau cuba menuduh bahawa PAS Kelantan sanggup meminggirkan Islam semata-mata kerana kedudukannya tergugat. Ini satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak berasas.

Tidakkah dengan cara menganjurkan konsert ini melalui peraturan dan syarat yang selaras dengan slogan Membangun Bersama Islam bermakna kerajaan negeri menagmbil inisiatif memperkenalkan satu alternatif kepada satu budaya yang asalnya tidak langsung mengambil kira prinsip dan kaedah Islam.

Sejak PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 banyak aktiviti dan budaya yang asalnya tidak memiliki unsur Islami telah dirobah dengan menyuntikkan semangat Islam dan akhirnya menyelamatkan rakyat dan negeri dari belenggu dosa dan fitnah.

Adakkah apabila kerajaan negeri pimpinan Tok Guru mengalihkan akaun kerajaan negeri dari institusi kewangan konvensional kepada yang Islam maka Ibnu Aki turut melihatnya sebagai langkah tertekan. Begitu juga dengan tindakan tidak melesenkan lagi premis-premis judi, mengawal lesen arak, memperkenalkan 5 hari bekerja (yang kini ditiru pusat) dan banyak lagi juga dilakukan kerana tertekan?

Bukan tertekan saudara, ianya dilakukan sebagai tanggungjawab kerana PAS parti Islam, maka adalah menjadi tanggungjawabnya bila diberi amanah oleh rakyat untuk melaksana dan memperkenalkan sistem dan budaya Islam setakat mana kuasa yang ada padanya sebagaimana termaktub oleh Perlembagaan Persekutuan.

Wayang kulit, karaoke dan snooker juga demikian rupalah. Ia terpaksa diharamkan terlebih dahulu kerana pada asalnya memiliki unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam dan kemudiannya dibernarkan kembali setelah diterapkan beberapa syarat dan peraturan yang selari dengan Islam, salahkah metodologi sedemikian pada pandangan saudara?

Dalam bab konsert dan hiburan ini agaknya saudara tidak banyak mengikuti perkembangan di Kelantan sehingga menganggap ianya sebagai sesuatu yang baru. Ini bukan konsert pertama yang diizinkan oleh kerajaan negeri PAS malah telah banyak yang seumpamanya telah dibenarkan (termasuklah yang tidak dibenarkan namun yang dibuat juga oleh mereka yang kecewa yang separti dengan Hishamuddin dengan berselindung di belakang premis yang dimiliki kerajaan Persekutuan).

Konsert budaya termasuklah dikir barat, nasyid dan lain-lain telah banyak kali dianjurkan. Bekas penyanyi Rock Akil Hayy telah banyak menganjurkan konsert sekitar Kelantan yang turut dihadiri Tok Guru MB malah rocker terkenal Ito pernah menyanyi dalam satu konsert anjuran PAS di PUTIK. Malah THR (Time Highway Radio) pernah menganjurkan konsert promosi Pantai Timurnya, yang turut dihadiri oleh Timbalan MB Kelantan.

Oleh itu soalan saudara:


Yang menjadi tanda tanya kepada saya, sejak bila PAS berdakwah melalui hiburan?

telah terjawab dengan sendirinya, masalahnya saudara menulis tanpa mengikuti perkembangan semasa, oleh itu lain kali perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan tuduhan melulu.

Budak FELDA Taib Andak ini (gelaran yang Ibnu Aki berikan kepada Mawi) telah memperlihatkan kecenderungan beliau kepada mempromosi budaya hiburan secara Islam, keterampilan beliau banyak berbeza dari artis-artis lain. Lalu PAS Kelantan merasakan beliau sesuai untuk melebarkan lagi jaringan dakwah Islamiyahnya, bersalahkah mereka berbuat demikian?

Kita sepatutnya positif dalam hal ini dan sepatutnya turut menyumbang ke arah kejayaan matlamat mengislamkan masyarakat dalam serba-serbi kegiatan hidupnya. PAS di Kelantan memilki kerajaan, oleh itu ia perlu menggunakan kuasa yang ada di tangannya sebijak dan secermat mungkin untuk membuktikan yang Islam itu sesuai untuk semua masyarakat sepanjang zaman.

Lantaran itu Ibnu Aki dan sesiapa sahaja yang memiliki kecintaan terhadap Islam sewajarnya bersatu tenaga membantu kejayaan usaha ini.

Hishamuddin dan rakan-rakannya telah gagal menyelamatkan umat Islam khususnya anak-anak muda kita dari tenggelam ke dalam budaya hedonisma yang liar dan melalaikan. Oleh itu bila PAS serius dalam mengemukakan alternatif sudah pastilah mereka akan risau dan merasa tertekan.

PAS tidak tertekan, di Terengganu kita telah berusaha sedaya kita melaksanakn Islam, namun atas kempen Hishamuddin dan rakan-rakannya, kerajaan berteraskan Islam telah ditolak dan kini Terengganu kembali teraba-raba. Konsert liar sudah mula dianjurkan kembali, budaya-budaya lama yang dikawal dan dilarang PAS atas nama Islam telah dihidupkan kembali. Masjid dan surau kembali lesu dan lengang. Inikah yang kita mahu berlaku di Kelantan?

Saya berterima kasih atas pandanganIbnu Aki namun saya tetap dengan pandangan saya bahawa Umnolah tertekan dan gelabah apabila PAS mengundang Mawi dan bukan sebaliknya. Mudah-mudahan Allah swt menyelematkan kerajaan PAS di Kelantan.

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

 
Isu Mawi ke Kelantan: Tok Guru MB Kelantan Beri Penjelasan
08.28.05 (1:20 pm)   [edit]
Walaupun telah banyak penjelasan diberikan namun ramai yang masih tidak berpuas hati. Ada yang pertikaikan, ada yang berhujah tidak syarie, ada yang kata jahiliyah dan berbagai lagi reaksi yang negatif dan tidak membina sama-sekali. Walaupun Harakah keluaran terbaru telah memuatkan penjelasan ahli EXCO PAS yang juga Naib Presiden parti Hj Husam Musa, kalau yang tak puas hati masih akan tetap tidak berpuas hati juga.

Sebentar tadi Tok Guru Mursyidul Am yang juga MB Kelantan yang bertanggungjawab memberikan lampu hijau kepada konsert yang dimaksudkan telah menyentuh isu ini dalam ceramah beliau.


PAS Kawasan Hulu Langat telah mengundang beliau ke Taman Melewar sebentar tadi dan dalam majlis tersebut Tok Guru telah mengambil peluang untuk melurutkan kekusutan di dada mereka yang masih kusut dan berserabut, mudah-mudahan berpuas hatilah hendaknya.

Kata Tok Guru sebagaimana yang pernah saya coretkan dalam BLOG ini sepatutnya tidak timbul sebarang masalah (dalam mengundang Mawi) kerana ini bukanlah kali pertama kerajaan negeri mengundang seorang penyanyi. Akil Hayy seorang bekas penyanyi rock pernah diundang. Ito seorang rocker pernah diundang, oleh itu apa bezanya apabila kerajaan negeri mengundang seorang lagi penyanyi iaitu Mawi.

Beliau menambah yang kerajaan negeri undang adalah Mawi bukan Akademi Fantasianya. Kesalahan Mawi hanyalah kerana beliau menyertai AF, dan kerajaan negeri pun tidaklah berminat pada AF, hanya Mawi sahaja.

Tambah beliau lagi sebagai sebuah kerajaan negeri yang berlandaskan Islam, tugas beliau dan pimpinan negeri adalah untuk menapis dan meneliti apa sahaja yang penting untuk Islam.


Malah kata Tok Guru istilah menyanyi itu sendiri sepatutnya tidak dihadkan dengan menyanyi yang kita dengar dan ikuti hari ini. Sesungguhnya nasyid dan marhaban itu juga menyanyilah asalnya. Di zaman Rasulullah saw dahulu, terlalu ramai mereka di zaman itu yang telah mempersembahkan syair di hadapan baginda, antara yang terkenal adalah Hassan bin Tsabit. Bersyair itu kata Tok Guru menyanyilah juga hakikatnya.

Tok Guru menjelaskan lagi bahawa di pasaran hari ini terdapat terlalu ramai penyanyi yang boleh dipilih, namun tidak diundang ke Kelantan kerana perangai dan gaya serta persembahan mereka tidak menonjolkan imej Islam.

Beliau turut menyentuh persembahan dikir barat dan wayang kulit yang asalnya telah diharamkan oleh kerajaan PAS. Walau bagaimanapun setelah terdapat versi yang baru yang mengandungi mesej dan unsur Islam, maka larangan terhadapnya telah ditarik balik.

dalam ucapannya Tok Guru turut menasihatkan orang-ramai khususnya mereka yang mencintai Islam agar jangan cepat melenting dan bersikap negatif dalam hal ini.

Tok Guru tidak ketinggalan mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengatakan kerajaan PAS Kelantan berada dalam siatuasi tertekan, kata Tok Guru PAS tidak pernah merasa dirinya tertekan di Kelantan. Insyallah katanya Islam bila dipantau oleh alim-ulamak dengan sendirinya ia akan menjadi selamat.

Tok Guru turut menafikan kononnya kerajaan negeri turut berhasrat mengundang Siti Nurhaliza ke Kelantan sebagaimana yang didakwa Hishamuddin. Jangankan penyanyi perempuan, qariah di Kelantan pun sekadar dibenarkan membaca Al Quran secara tartil sahaja dan tidak secara taranum (berlagu).

Mudah-mudahan penjelasan Tok Guru ini akan segera menamatkan polemik Mawi ke Kelantan ini. Kita doakan sahajalah ianya berjaya dan kelak akan dapat menambat hati anak-anak muda untuk dekat dan akhirnya bersama-sama mendokong dan menyokong perjuangan Islam insyallah.

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

 
Menteri nafi nikah Mala
08.14.05 (8:47 am)   [edit]
PADANG BESAR: Selepas sekian lama membisu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid, 66, mula bersuara semalam dengan menafikan gosip perkahwinannya dengan selebriti popular, Normala Samsudin, 42.

“Ramai bertanyakan saya soalan ini, adakah saya berkahwin? Di sini saya kata tidak. Confirm (pasti) tidak (berkahwin),” katanya ringkas, sekali gus menafikan gosip yang tersebar luas, terutama di kalangan peminat dunia hiburan tempatan.

Sebelum membuat penafian itu, Azmi yang sebelum itu membuat sidang akhbar mengenai pekerja asing menutup semua alat perakam suara milik wartawan yang diletakkan di depannya.

Sambil berdiri, beliau yang berkaca mata hitam dengan senyuman di bibirnya berkata:

“Di sini... saya nak buat kenyataan sebab ramai tanya (gosip berkahwin dengan Normala), saya kata tidak,” katanya sambil beredar dan enggan mengulas lanjut perkara itu.

Beliau ditemui selepas merasmikan Konvoi Kemerdekaan anjuran Puteri Umno bahagian Padang Besar di depan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Padang Besar. Hadir sama Setiausaha Politiknya, Khalid Bulat.

Gosip itu timbul apabila Normala atau Mala, bekas pengacara program Nona dan juga pelakon, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan atau VVIP pada Julai lalu.

Gosip perkahwinan Azmi dan Normala sudah lama timbul berikutan hubungan baik kedua-dua ‘public figure’ itu yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Lebih menguatkan lagi gosip itu apabila Azmi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar kini berstatus duda selepas kematian isterinya, Mac lalu.

Normala yang pernah dinobatkan sebagai Wanita Melayu Tercantik juga beberapa kali menafikan gosip beliau berkahwin, walaupun laporan itu tidak pernah menyebut siapa VVIP yang dikatakan menjadi suami barunya
 
Judi terus kita beri muka
08.09.05 (7:10 pm)   [edit]

Dalam keghairahan kerajaan memperomosikan jenama Islam Hadhari, tidak melesetlah jika ada yang memiliki persepsi bahawa komitmen kerajaan terhadap Islam samada pemahaman mahupun perlaksanaannya akan semakim rancak dan bersungguh-sungguh. Definasi rasmi yang diberikan berbunyi:



Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.


Manakala prinsip pertama dari 10 prinsip Islam versi kerajaan ini adalah:



Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.


Lantaran itu kita menganggap akan dibentuk dan dibinalah sebuah negara yang berpegang teguh kepada ajaran dan peraturan Islam. Tamadun Islam yang kita tahu menolak segala amalan dan peraturan jahiliyah yang bertentangan dengan Islam. Demikian juga tamadun Islam yang kita tahu terbina dengan penyuntikan dan pemberian nafas Islam ke dalam setiap aspek penghidupan rakyatnya termasuklah aktiviti sosial dan ekonomi menuju kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azzawajalla.


Begitukah Malaysia agaknya?

Akhbar THE STAR dalam ruangan STAR BIZ nya hari ini menonjolkan di muka depan tajuk:


BToto believed to have nod for new betting game


Menurut laporannya salah sebuah syarikat perjudian terbesar dalam negara iaitu Berjaya Sports Toto telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk mempromosikan satu lagi produk judi baru iaitu I Perm.


(Untuk rekod: lesen perjudian dikawal oleh Kementerian Kewangan. Menteri Kewangan Malaysia adalah PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam, UM. Tokoh yang memperkenalkan Islam Hadhari)


Menurut laporan akhbar itu lagi:


The launch of I Perm is expected to boost BTotos bottom line as the new service would likely draw more customers to its outlets and raise the betting amounts.


Bermakna dengan bermurah hati Kementerian Kewangan yang diketuai Pak Lah memberikan keizinan kepada syarikat judi ini untuk memperkenalkan satu produk judi baru bermakna lebih ramai lagi kaki judi dijangka mengunjungi kedai-kedai judi syarikat ini dan dengan itu perolehan syarikat dijangka bertambah.


Bagi tahun berakhir April 2005 Berjaya Sports Toto mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM488.4 juta dengan pendapatan sebanyak RM2.67 billion pada tahun itu.

Tidakkah sepatutnya negara yang mendakwa mahu membina sebuah tamaddun Islam itu jika tidak pun serta merta mengharamkan judi, mempunyai program berjadual kea rah pembenterasan aktiviti perjuadian yang jelas diharamkan oleh Allah swt itu.

Kalau masyarakat bukan Islam menuntut supaya industri judi ini diteruskan untuk mereka sekalipun, namun kerajaan Islam Hadhari sepatutnya tidaklah pula mengambil langkah menggalak dan menyuburkan lagi industrinya dengan memberikan pelbagai kelulusan baru seumpama ini.

Kalau demikianlah rupanya maka negara Islam Hadhari kita sebenarnya menggamit dan mengundang bala dan murka Allah bukannya rahmat dan barakah Nya.

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 08.08.2005

 
TUN DR M TIDAK DIUNDANG UMNO?
08.07.05 (10:27 pm)   [edit]

TUN DR M TIDAK DIUNDANG UMNO?


Cili Api mendapat khabar dari sumber yang sangat dipercayai bahawa sehingga enam hari sebelum Perhimpunan UMNO bermula, bekas PM serta Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir, masih tidak mendapat undangan untuk menghadiri Perhimpunan tersebut.

Sudah tentulah beliau kecewa kalau tidak murka pun. Oleh kerana itu beliau terus belah, khabarnya mula-mula ke London dan kemudian ke Argentina, di mana beliau memiliki ladang dan kawasan menunggang kuda yang sangat luas.

Cili Api dengar bukan soal AP saja yang menyebabkan kelewatan mengundang Tun Dr M. Bahkan ada khabar-khabar angin kononnya terbongkar gerakan yang mendapat restu daripada  mantan Presiden UMNO itu, untuk menyerang Presiden sekarang.

Kononnya ada perwakilan yang sudah bersiap untuk mengemukakan usul mengejut tidak percayakan Abdullah. Tetapi, Pak Dolah, dengan alat-alat yang ada pada kerajaan dan seorang PM, telah dapat menyekat rancangan ini.

Sebenarnya Cili Api tidak hendak mendengar sangat berita angin. Tetapi masalahnya, oleh sebab media perdana tidak boleh dipercayai, dalam negara ini berita angin sudah menjadi sumber berita yang dianggap lebih tepat.
 


ORANG MASIH SAYANG SAYA!

Akhbar-akhbar telah menyiarkan berita tentang Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut atau diraikan untuk hari jadinya. Sangat menyentuh kalbu Cili Api. Tetapi yang lebih menyentuh perasan ialah apa yang diakatakan oleh Tun Dr M berhubung sambutan ini.

Dia kata dia rasa gembira sebab  ada sambutan di hotel-hotel. Bahkan katanya Yang Dipertuan Agung pun telah memberikan kek hari jadi kepadanya. Ujar Tun Dr M, “Saya sangat gembira sebab orang masih ingat kepada saya”.

Kalbu Cili Api rasa tersetuh. Bahkan merasa sangat sedih campur kesian. Tak hendak komen lebih dari itu kerana takut  keluar berderai pula air mata Cili Api. Selamat Hari Jadi Tun,  Mudah-mudahan Allah lanjutkan umur dengan penuh semangat berAPi-APi!
 


SELIDIK LEBIH LUAS DARIPADA AP

Cili Api tertarik dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd Noor, dalam Malaysiakini baru-baru ini. Seperti biasa kenyataan pemimpin-pemimpin Keadilan paling jarang sekali dikeluarkan oleh media perdana.

Khabarnya, Presiden UMNO merangkap PM telah mengarahkan supaya media jangan beri apa-apa berita positif kepada Keadilan dan pemimpin-pemimpinnya, terutama sekali Anwar Ibrahim. Dengan tiada berita, orang ramai akan menganggap Keadilan sudah mati dan Anwar tidak aktif lagi.

Mengikut Ezam, Menteri Rafidah harus diselidik bukan saja mengenai soal AP, bahkan banyak lagi soal, seperti pemberian saham kepada keluarga dan lain-lain. Berbagai-bagai laporan polis telah dibuat terhadap Rafidah, terutama oleh Angkatan Muda Keadilan. Akan tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.

Baru-baru ini Cili Api baca dalam akhbar Tun Dr M mendakwa bahawa beliau telah menyelamatkan Makcik Fidah sebanyak tiga kali dalam kes-kes berlainan. Takkanlah Tun Dr M bercakap bohong. Tapi yang Cili Api tahu ialah satu kes saja,  iaitu apabila bekas PM menolak dalam Parlimen desakan untuk menyiasat tuduhan bahawa Makcik Fidah memberikan saham bernilai jutaan ringgit kepada anggota keluarganya.

Sebenarnya, Cili Api tahu bahawa amalan korupsi dan penyelewengan kuasa meluas di kalangan ramai pemimpin UMNO dan Kerajaan. Tidak  terbatas hanya kepada Rafidah.

Ada korupsi dan penyelewengan yang melibatkan pemberian projek, kontrak, saham, lesen, selain dari AP.

Soalnya, bolehkah PM Pak Dolah betul-betul dapat memerangi korupsi? Adakah beliau sendiri serta keluarga terdekat beliau benar-benar bersih daripada amalan korupsi dan kronisme? Jikalau tidak, beliau pasti akan gagal bertindak tegas. Cili Api mengharapkan  orang ramai akhirnya tidak akan memandang beliau sebagai Dol Keropok saja.
 


KHAIRY PEMBELA ORANG MELAYU?

Orang yang paling lantang sekali sekarang ini menyuarakan hak orang Melayu dan hendak membela nasib orang Melayu  ialah Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Menantu Perdana Menteri ini telah berjaya naik begitu cepat sekali dalam bidang politik. Kini beliau dipandang sebagai juara mengembalikan semangat DEB.

Selain berjaya dalam politik, anak muda ini berjaya besar juga dalam bidang ekonomi. Mengikut cerita mereka yang tahu berita, beliau sekarang ini sudah menjadi maha jutawan. Ada yang mengatakan harta dan wang miliknya sudah mencecah lebih RM300 juta.

Cili Api tidak tahu sama ada berita dan cerita ini benar atau tidak. Sama juga Cili Api tidak tahu sama ada benar atau tidak tuduhan beliau terlibat dengan skandal bersama seorang gadis jelita dari Burma.

Mungkin kedua-dua ini berita angin saja, tetapi Cili Api ulangi: di negeri ini berita angin merupakan sumber berita  lebih tepat daripada media perdana yang dimiliki atau dipengaruhi oleh parti-parti komponen BN.

Cili Api sangat tertarik bahawa anak muda ini dikemukakan dan dipromosikan oleh media sebagai juara orang Melayu.  Nampaknya, Khairy yang tinggal dan belajar berpuluh-puluh tahun di luar negara sudah menjadi lebih Melayu daripada Melayu yang lain, termasuk mertuanya,  sungguhpun Pak Dolah lama menjadi ketua BTN (Biro Tatanegara), badan propaganda kerajaan UMNO yang digunakan untuk menanam semangat keMelayuan sempit.

Cili Api sangat bimbang sekali lagi DEB dan “hak istimewa Melayu” akan disalahguna untuk memberi lebih banyak peluang kekayaan kepada segelintir orang Melayu saja dan bukannya untuk benar-benar membela nasib ramai orang Melayu yang miskin atau susah.

Kali ini nampaknya golongan yang mungkin melakukan ini terdiri daripada orang-orang muda berkelulusan tinggi dari luar negara, yang cepat hendak jadi kaya dan berkuasa.

Cili Api (Suara Keadilan) 06.08.2005

 
Implikasi Tuntutan Maaf Rahim Nor Terhadap Anwar Ibrahim
08.06.05 (2:33 pm)   [edit]

Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara telah memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim atas kesalahan menghenyak beliau sehingga lumat kira-kira tujuh tahun yang lalu.

‘Majlis’ meminta maaf itu bukanlah mengikut cara Islam ataupun Melayu. Walaupun asas tuntutan maaf itu dikatakan atas dorongan ajaran agama Islam yang Rahim anuti. Si kaki pukul tadi telah meminta maaf hanya melalui pengiriman sepucuk surat yang dibaca oleh peguam beliau di mahkamah. Lantas Anwar Ibrahim menggugurkan saman beliau terhadap Rahim.

Mengikut surat maaf yang dibacakan oleh peguam, Rahim mengaku yang dia telah bertanggungjawab menghenyak Anwar dan kerana itu beliau menuntut kemaafan daripada Anwar dan ahli keluarga beliau.

Permohonan maaf secara terbuka itu telah dibacakan oleh peguam yang mewakili Rahim, Joseph Ting, berbunyi demikian:
 



     “Saya, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Nor, menerima TANGGUNGJAWAB TERHADAP SERANGAN ITU. Kesakitan dan kesengsaraan yang anda dan keluarga alami sangat-sangat dikesali dan secara ikhlas memohon maaf kepada anda, Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga keluarga anda.


      Yang ikhlas: Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor.”



Sejumlah wang pampasan ataupun saguhati akan dibayar oleh pihak tertentu atas perbuatan beliau. Siapa pihak tertentu itu tidak pula disebutkan.


Apakah Rahim Nor akan membayar wang itu daripada koceknya sendiri? Ataupun apakah kerajaan Malaysia yang akan membayarnya disebabkan Rahim merupakan pegawai kerajaan yang masih bertugas ketika dia naik angin? Ataupun ada syarikat tertentu yang sanggup membayarnya bagi pihak kerajaan dan Rahim? Kalau syarikat itu adalah milik rakyat, sudah tentu rakyat marhaen berhak mengetahui namanya. Kalaulah syarikat itu salah sebuah syarikat besar yang kaya raya rakyat marhaen berhak mengetahuinya juga kerana kebanyakan syarikat yang bertaraf kaya-raya di negara ini kebanyakannya menjadi kaya dengan meminjam wang simpanan rakyat marhaen juga.

Akan tetapi kalau syarikat itu salah sebuah syarikat awam di mana Rahim menduduki jawatan ahli lembaga pengarah dan wang simpanan rakyat marhaen tidak digunakan untuk membeli sahamnya, memang tidak perlu disebut nama syarikat itu. Cuma, kalau syarikat itu adalah salah sebuah syarikat judi di negara ini seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Chai apakah Anwar Ibrahim sanggup menerimanya?

Kalau pun Rahim Nor berupaya membayar wang pampasan itu daripada simpanan pencarian hidupnya melalui beberapa syarikat perniagaannya sendiri, tentu ia akan menimbulkan banyak tandatanya. Memang sudah menjadi pengetahuan umum betapa setiap pegawai tinggi polis mempunyai lesen untuk menguruskan stesen minyak ataupun kedai jual nombor ekor. Hanif Omar umpamanya, dikatakan pada satu ketika dahulu mempunyai lebih sepuluh lesen kedai menguruskan penjual nombor ekor. Malahan, ada seorang bekas OCPD Kedah yang ditugaskan menangkap seorang insan bernama Dr. Mahathir pada 1969 dahulu di bawah ISA, kini bertugas sebagai pengarah khas perniagaan video judi ataupun kuda besi.

Rakyat marhaen mahu tahu nama penyumbang pampasan itu dengan jelas. Lebih-lebih lagi seandainya Anwar bertindak mahu mendermakan sebahagian wang itu kepada rakyat marhaen ataupun menubuhkan satu “Yayasan Kenangan” ibunya yang meninggal ketika beliau berada dalam penjara.

Boleh pening juga perkara ini rupanya! Mungkin elok kita lupakan hal itu buat sementara waktu kerana tidak mungkin Anwar dibayar wang itu dalam masa esok ataupun lusa. Ada banyak soalan lagi yang perlu kita bincangkan dalam hal ini.

Pengakuan Rahim Nor sekali gus mengingatkan kita nama beberapa tokoh politik negara yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah menganiayai diri sendiri sehingga matanya lebam dalam penjara. Itulah teori yang disuarakan sendiri oleh TKT Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Itulah juga teori yang diulang-ulang oleh segelintir ahli jemaah menteri beliau ketika itu.

Malahan anak emas perempuan beliau yang bernama Rafidah Aziz (a.k.a Ibu Jerung) pernah menyebut di London betapa mata lebam Anwar adalah disebabkan beliau membekamnya (dengan gelas) dalam penjara. Macam mana Rafidah tahu yang Anwar diberikan hidangan minuman dengan menggunakan gelas? Dan kalau kita mahu membekam diri sendiri tentulah kita perlukan sekeping cermin untuk melihat tempat yang kita bekam. Bagaimana pula Rafidah tahu di dalam penjara, Anwar memang disediakan sekeping cermin muka? Yang jelas, ketika itu Rafidah meniru gelagat bapa angkatnya yang mengatakan sebab orang Arab di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dahulu menyimpan jambang dan janggut ialah kerana ketika itu pisau cukur belum dicipta. Cuma si Tun Kepala Taik itu lupa betapa ketika itu sudah ada pedang tajam yang digunakan untuk berperang.

Yang anehnya teori TKT Mahathir mengenai penganiayaan diri sendiri yang dibuat oleh Anwar telah diulang-ulang secara terbuka mahupun tertutup oleh menteri-menteri kabinet Mahathir yang beragama Islam. Menteri-menteri bukan beragama Islam tidak mahu menyentuh bab itu. Mungkin kerana mereka fikir Anwar bukan berbangsa Jepun yang sanggup melakukan upacara ‘harakiri’. Sekali gus kita boleh pertikaikan tahap amalan agama Islam di kalangan menteri Islam ini semuanya. Apakah mereka tidak faham maksud ‘fitnah’ dalam ajaran agama? Apakah mereka tidak pernah dengar cakap-cakap mantan Menteri Besar Selangor yang pernah menyebut di TV bahawa dosa memfitnah itu adalah lebih besar daripada dosa seseorang yang membunuh orang lain?
 
Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh lain yang menokok-tambah akan pelbagai isu dan tohmahan lain untuk memperkuatkan kes yang memburuk-burukkan Anwar Ibrahim? Kita harus ingat Anwar Ibrahim telah ditangkap dan dituduh di bawah Akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di mana beliau telah ditahan tanpa bicara dan penangkapan itu dilakukan secara paksa di mana sekumpulan polis pilihan Rahim Nor telah datang mengopak pintu depan rumah kediaman Anwar yang ketika itu dipenuhi oleh para penyokong beliau.


Perbuatan biadap ini telah dilakukan beberapa hari selepas Anwar menulis surat melalui peguam yang beliau bersedia ‘menyerahkan diri’ ke Bukit Aman “bila-bila masa diperlukan oleh polis”. Sebaliknya Rahim Nor telah menerima arahan dari atas untuk mengerahkan satu pasukan elit memecah pintu dan masuk dengan senjata yang canggih dan para pegawai polis itu memakai ‘topeng menutup muka mereka seolah-olah mereka dalam keadaan berperang.

Salah seorang pegawai yang bertanggungjawab menendang pintu rumah kediaman Anwar ialah anak saudara Rahim Nor sendiri yang kini ditahan kerana satu kesalahan besar di Johor.

Semasa Anwar ditahan di bawah ISA beliau telah digodam dan dibiarkan telanjang bulat selama tiga hari sebelum dibenarkan seorang doktor wanita keturunan India melihat dan merawatnya. Doktor itu menangis apabila melihat keadaan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dikasari seperti itu. Daripada keterangan doktor itu di mahkamah dan perbualan beliau kepada kawan rapatnya secara peribadi, doktor itu ada mengatakan bahawa pukulan teruk semacam itu adalah bertujuan untuk membunuh Anwar.

Dengan kata lain, semasa Rahim Nor menghenyak Anwar Ibrahim, tujuan beliau ialah untuk membunuhnya. Malahan semasa polis khas yang ditugaskan memecah pintu dan menangkap Anwar, mereka “telah dibisikkan untuk mencetus keadaan huru-hara” agar orang yang berada dalam rumah kediaman Anwar melawan sehingga terjadi satu rusuhan di mana ada seorang pegawai polis khas akan melepaskan tembakan untuk membunuh Anwar.”

Inilah satu senario yang telah dirancang mengambil kiasan daripada satu senario bagaimana mantan ketua pembangkang Filipina Benigno “AQUINO” Jr. telah dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di Lapangan Terbang Manila pada 21 Ogos 1983. (kematian itu telah melonjakkan nama balu beliau Cory (Curazon) Cojuangco Aquino yang akhirnya dipilih oleh rakyat menjadi Presiden Filipina pada 25 Februari 1986.

Sesungguhnya manusia boleh merancang apa sahaja, tetapi Allah yang lebih cekap merancang dan melaksanakannya. Anwar telah dirancang agar mati dalam rumah kediamannya melalui satu huru-hara yang tidak menjadi. Apabila beliau tidak ditembak mati, beliau telah diheret ke Bukit Aman untuk dihenyak dan dilanyak dan dibiarkan telanjang bogel selama tiga hari, agar mati.

Demikianlah perancangan Rahim Noor atas arahan seorang ketuanya yang juga beragama Islam dan kini bergelar Tun Kepala Taik Mahathir. Rahim Noor mengaku bersalah dan meminta maaf, atas alasan yang dia akur kepada ajaran agama Islam.

Akan tetapi selama tiga hari Anwar telanjang bulat di bilik penjara tanpa sehelai kain menutup badannya, Rahim Noor mengulangi kata-kata kepada para pemberita akhbar bahawa Anwar berada dalam keadaan selamat. Seluruh dunia lega dengan kenyataan itu. Hanya pihak pembangkang yang mempertikaikan kenyataan itu dan mahukan Anwar dihadapkan ke muka pengadilan. Ketika itu barulah Rahim Noor mengumumkan bahawa penahanan Anwar adalah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila dunia luar turut mempertikaikan tindakan itu dan bocor kisah Anwar telanjang bulat selama tiga hari, barulah Anwar dibawa ke muka pengadilan dan dituduh bermacam-macam tuduhan yang amat memalukan negara, dan bangsa terutamanya Bangsa Melayu.

 
Pemimpin BN Pula Terus 'Buncitkan Perut'
08.03.05 (2:08 pm)   [edit]

Assalamualaikum w.b.t.


Perang kenaikan harga minyak, nampaknya begitu hebat diperkatakan mutakhir ini dimana-mana sahaja, tidak kira di kedai-kedai kopi,di kedai baiki motor sehinggalah ke kedai pajak gadai. Mungkin untuk masa yang terdekat ini, para 'pencinta minyak' sekalian akan berasa kenaikan ini biasa sahaja, apa tidaknya kebanyakan warga Malaysia ini lebih suka berfikir singkat dan paras 'naik minyak' mereka akan teraktif dengan serta-merta apabila mereka melihat duit mereka yang surut dengan mendadaknya apabila membeli barangan keperluan harian mereka. Untuk masa terdekat ini, warga Malaysia lebih suka dengan 'Prinsip Angguk-angguk' nya apabila mendengar penjelasan dari pihak kerajaan.

Mutakhir ini, MTEN yang dipelopori oleh Tok Pa sedang sibuk menjaja produk 'minyak urat'nya diserata Malaysia tentang betapa Kerajaan Umno 'terpaksa' menaikkan harga minyak memandangkan harganya dipasaran dunia mencecah US Dollar 60 Setong. Hebohlah Tok Pa ke hulu ke hilir bak seorang gurkha yang kehilangan turbannya. Malah kerajaan telahpun menerbitkan buku bertajuk "Penjelasan Isu Harga Minyak Dan Subsidi" untuk diedarkan kepada rakyat yang sentiasa angguk-angguk sejak keluar dari perut ibu mereka lagi.

Memang saya tidak nafikan harga minyak petroleum di pasaran dunia meningkat dengan begitu hebat sekali setelah tumbangnya Parti Baath dibawah Saddam Hussein di kaki Bush. Malah ramalan ini telah pun berlegar-legar sejak 2 tahun yang lalu dikalangan pemerhati ekonomi di seluruh dunia malah mahasiswa yang mempelajari matapelajaran petroleum di universiti tempatan juga telah diberitahu oleh para pensyarah tentang 'malapetaka' ini 2 tahun lalu. Tentang itu tidakperlulah dipanjangkan lagi. Itu bukan isunya.

Isunya disini adalah mengapa dengan lantangnya kerajaan pusat menyeru rakyat jelata berjimat cermat mulai sekarang serta menasihatkan rakyat agar redha dengan kenaikan ini sedangkan para pemimpin BN langsung tidak perlu dinasihatkan agar berpada-pada menggunakan duit negara mutakhir ini untuk perbelanjaan negara?

Setiap kali minyak dinaikkan, kerajaan akan menggunakan helahnya bahawa keuntungan Petronas yang dinikmati pada Mac 2005 iaitu sebanyak RM 58.03 billion tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk 'subsidize' minyak di Malaysia kerana keuntungan itu untuk pembangunan negara. Rata-rata memfokuskan kepada Petronas,bagaimana pula dengan keuntungan negara dari sektor-sektor lain ? Setidak-tidaknya keuntungan negara dari sektor kerajaan yang lain boleh 'menyuntik' dana kepada kerajaan untuk mensubsidikan petroleum di Malaysia. Betulkan kerajaan mahu menggunakan keuntungan yang didapati untuk pembangunan ataupun mahu menggunakannya untuk 'membuncitkan' perut pemimpin masing-masing.

Seandainya RM 9 billion yang sepatutnya digunakan oleh kerajaan dari keuntungan Petronas untuk 'subsidize' minyak tidak dapat dijadikan kenyataan, bagaimana pula sekiranya kita menggunakan pendekatan 'memotong gaji' serta semua elaun bagi setiap menteri serta kakitangan kerajaan yang berpendapatan RM 9,000 keatas? Gaji yang dipotong itu dikumpulkan untuk melabur dalam kerja-kerja carigali petroleum yang mana dijadikan alasan utama mengapa keuntungan Petronas tidak boleh digunakan untuk membantu rakyat yang sedang dalam kegawatan.Sekiranya Pak Lah boleh mengarahkan agar kerajaan membelanjakan RM 12.5 juta untuk mengubahsuai mahligai PM di Putrajaya, takkanlah Pak Lah tidak boleh 'dermakan' gaji serta elaunnya demi kesenangan rakyat. Inilah yang dikirakan langkah yang wajar dilakukan kerana pemimpin kerajaan pusat juga harus berkorban sama apabila krisis kenaikan minyak berlaku ! Barulah berbaloi rakyat 'memangkah' lambang 'dacing' sewaktu PRU yang lalu bagi memenangkan BN untuk membentuk kerajaan !

Adakah langkah itu dianggap mustahil? Untuk pengetahuan warga Malaysia amnya dan kerajaan pusat khasnya, cara pemotongan itulah yang digunakan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk menyuntik dana demi pembangunan fizikal rakyat diserata Kelantan selama 15 tahun! Mungkin suatu ketika dahulu pemimpin BN 'ketawa terbahak-bahak' melihat kesengsaraan pemimpin PAS Kelantan mengorbankan gaji serta elaun mereka untuk rakyat memandangkan bantuan kewangan yang sepatutnya diberi oleh kerajaan pusat disekat, kini tibalah masanya pemimpin BN pula berbuat demikian !

Selain itu,acapkali juga kita mendengar paras harga minyak di Malaysia adalah yang terendah di Asean. Sekiranya kita mahu membandingkan Malaysia dan Thailand, boleh bukannya tidak boleh tetapi jika itulah alasannya Malaysia perlu mengkaji semula cukai jalan, tol serta pelbagai kos yang ditanggung oleh pengguna di Malaysia kerana Thailand tidak mempunyai tol malah cukai jalannya pula tersangatlah murah jika dibandingkan dengan Malaysia.

Selain itu,kerajaan BN memang boleh mencerap anggaran kerugian yang bakal dihadapi kerajaan sekiranya subsidi minyak petroleum terus diberikan kepada rakyat, namun dapatkah wahai pemimpin BN sekalian memikirkan betapa 'tingginya' kenaikan harga barang yang akan dialami oleh penduduk Malaysia di semua sektor ? Kenaikan yang dialami oleh rakyat disifatkan sebagai suatu yang 'unpredictable'. Kenaikan harga disemua sektor 100 peratus dialami oleh rakyat sedangkan pemimpin atasan menikmati elaun yang disediakan oleh kerajaan untuk berbelanja ! Adilkah itu ? Jika mahu harapkan anak buah Shafiee Apdal yang sememangnya gagal menguatkuasakan undang-undang berkait dengan penyeludupan minyak ke negara jiran mahu memantau akan fenomena kenaikan harga barang,nampaknya rakyat terpaksalah menangis tidak berlagu sekali lagi! Memang tidak afdal sekiranya pemimpin atasan khususnya BN tidak tahu akan realiti ini.

Sememangnya pemimpin BN sekali lagi mahu rakyat 100 peratus bertanggungjawab akan kenaikan harga minyak petroleum ini sedangkan pemimpin itu sendiri langsung tidak mempunyai kesan akan kenaikan ini kerana taraf gaji dan elaun mereka tidak membuatkan mereka mengetahui apa itu nilai kesusahan! Inilah hadiah utama kepada rakyat setelah rakyat memberikan mandat yang begitu besar kepada kerajaan BN untuk memerintah.

Sedarlah, pemimpin BN sememangnya bencikan hidup susah kerana bertahun lamanya mereka tidak pernah susah untuk menipu rakyat demi mendapatkan undi sewaktu PRU sedang berlangsung.

Sekian.

Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net
Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net" title="http://kelatedaily.net" target="_blank"http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan)
 - 03.08.2005

 
Rakyat Diperbodoh Dengan Istilah Subsidi Petrol
08.03.05 (2:06 pm)   [edit]

Petikan drp Forum Gerak Reformasi (FGR)


Assalamualaikum

Harga minyak naik kerana kerajaan BN tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media pembohong sekarang. Ramai orang Umno mengangguk tapi apakah mereka mengangguk faham atau mengangguk tak faham. InsyaAllah saya cuba huraikan bagaimana kerajaan menipu rakyat dengan istilah subsidi petrol.

Kalaulah yang bercakap itu adalah Menteri perdagangan Vietnam yang tak ada minyak dalam negaranya. Itu mungkin betul. Vietnam tak ada minyak di perut buminya maka setiap titik minyak mentah atau petrol mesti dibeli dari negara lain. Yang peliknya, yang bercakap itu adalah Menteri Perdagangan UMNO Malaysia yang mengeksport minyak. Saya tak tahulah sama ada kenaikan harga minyak ini diarah oleh Mamak Mahathir yang menguasai Petronas atau tidak.
Kita perlu mengetahui beberapa fakta penting untuk berbincang tentang harga minyak ini.



1. hendaklah diketahui bahawa separuh dari harga yang kita bayar untuk seliter petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan Malaysia BN. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.


2. harga memproses dari minyak mentah ke minyak petrol ialah 20 percent dari harga minyak petrol refined. Semuanya berlandaskan harga minyak mentah dengan harga refined petrol dari Singapore (yahudi timur).Beza atau marginnya di panggil 'Singapore Petrol refiner margin'

3. hendaklah juga diketahui bahawa percent keuntungan retail dan wholesaler petrol adalah stable maknanya jangan kita marah orang jual minyak.


Sekarang mari kita fikir perlahan lahan bagaimana kerajaan BN menipu kita dengan istilah subsidi petrol. Ramai menganggap subsidi petrol semacam dengan subsidi harga petrol kepada nelayan iaitu kerajaan beli minyak dari stesen minyak berdekatan dan jual dengan harga murah pada nelayan seolah-olah kerajaan guna duit Perbendaharaan, keluar cek, bayar stesen minyak dan rugi. Jawabnya NO. Ini bukannya yang berlaku.


Istilah subsidi petrol yang digunakan untuk menipu rakyat itu ialah sebenarnya JUMLAH CUKAI ATAU PENDAPATAN YANG TIDAK DAPAT DI PUNGGUT OLEH KERAJAAN BN AKIBAT MENJUAL HARGA PETROL lebih rendah DARI INTERNATIONAL PRICE'.

Ianya adalah SUBSIDI ATAS KERTAS dalam bentuk tax melepas' yang tidak dapat dipungut oleh kerajaan Umno.

Apa yang sebenarnya berlaku pada minyak orang Terengganu yang sudah dizalimi. Sudahlah kena tarik royalti oleh Umno khianat dan sekarang terpaksa beli barangan mahal pula untuk sara hidup anak bini.

Minyak di bumi Terengganu dimiliki oleh orang Terengganu. Akibat Terengganu duduk bawah federal , maka Petronas ( sekarang bawah mamak mahathir-mahazalim) diberi kuasa untuk menggali dan mengepam minyak, Mengepam minyak ni bukan kerja susah , pasang switch pam sedut dengan enjin Rolls Royce dan masuk ke dalam kapal minyak atau refinery di Kerteh. Dahlah ambil minyak orang Terengganu, tak bayar royalty pula ...muka tak malu punya orang.

Minyak yang dipam ini bila dijual ke Amerika, ditolak royalti kepada kerajaan pusat dan royalti curi ...semuanya masuk dalam poket Petronas (poket mamak). Sebenarnya, Petronas mempunyai dua pilihan sama ada hendak jual minyak mentah ke AS dan Singapore atau memproses sendiri di Kerteh jadi petrol kereta. Apa yang dibuat oleh PETRONAS pemalas ini ialah mereka lebih suka jual kepada Singapore atau AS. Lebih kurang Ali-Baba jugalah tapi Bush-Baba.

Bila berlaku kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Petronas mendapat manfaat lebih tinggi berbanding dengan royalti.

Sekarang kita perlu faham bahawa minyak adalah bukan milik mak bapak Mahathir atau mak bapak Petronas. Ia adalah milik rakyat.

Sekarang masalahnya, rakyat terpaksa bayar lebih atas benda yang miliknya ia itu minyak mentah. Kenapa rakyat perlu bayar mahal pada barang miliknya. (Untuk air.. janganlah bagi swasta ..mampus rakyat jawabnya ditipu oleh malaun ni)

Sekarang kita kaji pula di manakah yang dikatakan subsidi oleh Najib, Shafie Afdal atau Dollah Badawi. Subsidi yang dimaksudkan ialah, cukai yang diabaikan atas harga petrol .Adakah itu subsidi namanya. Itu sebenarnya, merendahkan tax pada bahan petroleum. Satu lagi perkara. Mengapa Petronas masih lagi mengeksport minyak mentah keluar negara dalam keadaan rakyat tak ada minyak. Sepatutnya Petronas yang menjaga harta rakyat tidak mengeksport minyak tetapi memproses di dalam negeri dengan harga refinery yang hanya menambah kos 20 peratus dari harga minyak mentah. Kalaulah minyak mentah dianggap percuma maka sepatutnya harga yang kita bayar hanyalah 20 percent dari harga yang dijual sekarang.

maka timbullah soalan dari menteri Umno yang tak pandai tadbir dan makan gaji buta ni.. Bagaimana mahu perintah negara. Saya mahu beritahu menteri UMNO ni ... yang hang tak bagi royalti pada kerajaan PAS Terengganu dulu dan lambatkan duit grant tahunan tu.. apa tak tanya ,,macam mana kerajaan PAS Terengganu mahu perintah.

Saya tak tahulah apa jadi pada Malaysia bawah BN ni apabila minyak habis.. he .. kedarah pitis rakyat sungguh puak ni. Muka tebal hati hitam. Orang politik macam ini ramai yang pemalas lebih malas dari rakyat jelata. Kerja siang malam ..macam mana nak songlap duit rakyat.

untuk baca terperinci lagi sila ke http://ahmadhadeed.tripod.com" title="http://ahmadhadeed.tripod.com" target="_blank"http://ahmadhadeed.tripod.com...

Wassalam

Petikan drp FGR

 
SELANGOR: RAKYAT SENGSARA WAKIL RAKYAT NAIK GAJI
08.03.05 (2:05 pm)   [edit]

Baru masuk dua hari harga petrol naik lagi ke 10 sen, dan dalam keadaan rakyat menderita dalam jangkaan harga barangan lain turut akan naik hasil dari kenaikan bahan utama ini, tiba-tiba naik lagi satu perkara.


Bukan harga barangan, bukan harga rumah ataupun harga air, elektrik atau lain-lain, tetapi kali ini yang naik adalah sesuatu yang sedap dan menyenangkan hati mereka yang menerimannya. Cumanya tidak seperti kenaikan harga petrol yang membebankan hampir seluruh rakyat jelata, kenaikan ini cuma melibatkan sekitar 56 orang sahaja, itupun di Selangor sahaja.

Kenaikan yang dimaksudkan adalah kenaikan elaun Menteri Besar, ahli-ahli EXCO dan ADUN Selangor yang diluluskan oleh dewan undangan negeri Selangor semalam.

Kenaikan 10 peratus itu pula dikebelakangkan penguatkuasaannya iaitu bermula tahun 2004! Bermakna tunggakan elaun untuk MB sahaja selama 19 bulan mencecah RM25,000. Boleh beli sebuah rumah kos murah!

Bermakan berkuatkuasa serta merta elaun Menteri Besar adalah RM14,175.15, Timbalan MB RM7,440.29, EXCO RM6,109.29 dan ADUN RM4,112.79.

Kakitangan kerajaan dibebankan dengan kenaikan harga petrol dan kesan sampingan yang dijangka terhadap barangan-barangan lain, sedangkan gaji mereka terus berad aditakuk lama. Demikian juga halnya mereka yang bekerja di kilang, kakitangan biasa di sektor swasta dan para buruh. Bagaimana pula dengan para petani dan nelayan? Tiba-tiba wakil-wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat tersenyum simpul, mengangkat tangan setinggi langit, mengundi dan meluluskan sendiri kenaikan gaji masing-masing.

Sementara itu MB Selangor Khir Toyo turut membayangkan kemungkinan peruntukan tambahan diberikan kepada para ADUN (BN sahaja, pembangkang tak masuk senarai) untuk memudahkan mereka memberikan hadiah ketika menghadiri jemputan kenduri ataupun apa sahaja majlis persendirian.


Mengapa MB Selangor yang kononnya seorang MB disatu-satunya Negeri Maju beranggapan jawatan wakil rakyat ini laksana Santa Claus, yang kerjanya tidak ada lain selain mengagih dan memberikan hadiah semata-mata! Wakil rakyat ini sepatutnya menjadi pengantara diantara rakyat dan pihak atasan, bukannya Santa Claus.

Wakil rakyat sepatutnya satu institusi yang menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya. Masalah rakyat, cadangan rakyat, sikap rakyat, pendirian rakyat akan ia suarakan melalui sidang dewan. Itulah sepatutnya tugas dan tanggungjawab wakil rakyat sebagaimana yang terdapat di negeri-negeri maju yang Khir ghairah mahu contohi itu.

Ini tidak, kalau rakyat nak kahwin, ada kenduri-kendara dan berbagai lagi maka wakil rakyatlah dituju untuk mendapatkan wang dan pampasan! Trend ini sebenarnya telah direka sendiri oleh BN dan dulunya Perikatan. Lalu kini Khir kononnya bersikap proaktif memerah khazanah negeri bagi tujuan kerja-kerja Santa Claus ini.

Jadilah rakyat umpama peminta sedekah, dan jadilah wakil rakyat laksana Raja di kawasannya.

Memang tidak dapat dinafikan dalam satu-satu kawasan itu pasti ada mereka yang miskin dan kurang berada khususnya di kawasan-kawasan luar bandar. Dalam hal ini wakil rakyat sepatutnya menjadi pegawai yang membantu mereka yang seumpama ini untuk memperolehi bantuan kerajaan samada melalui jabatan kebajikan, pusat zakat atau seumpamanya. Bukan wakil rakyat yang sendiri keluar duit. Kalau ini mahu dibenarkan, tidakkah ianya kelak akan membuka kepada poltik wang dan salah guna kuasa yang sememangnya amat sinonim dengan Umno itu?

Berbalik kepada kenaikan elaun MB, EXCO dan ADUN Selangor ini, dalam keadaan kegawatan kenaikan harga barangan yang menjejaskan kehidupan rakyat ini, maka sedarlah kita dimana letaknya kepentingan mereka yang berkuasa. Mengapa perlu diluluskan kenaikan ini dalam keadaan yang gawat ini, kakitangan kerajaan disuruh menjimatkan pengunaan alat hawa dingin kerana kononnya kerajaan perlu berjimat, tetapi wang rakyat diguna untuk menampung elaun wakil rakyat, tidak mengapa!

OK sungguhlah nampaknya Khir OK ini.

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 03.08.2005

 
JAKIM, IKIM, JAIS, JAWI, MAJLIS FATWA…. AMANAH APA YANG SANGGUP LAGI DIPIKUL?
08.03.05 (2:02 pm)   [edit]

Sedih dan mengalirkan air mata kerana apa yang diharapkan dari mereka-mereka telah sanggup menerima amanah Allah di atas dan berkuasa melaksanakan amanah Allah ini diam membisu dalam hal melibatkan Pemimpin Negara, kecut, gugup, redha dan dayus.


Kalau tempoh hari sosej dan ayam bercampur benda haram, mereka hangar binger tetapi apabila pemimpin melakukan yang haram mereka membisu seribu bahasa menjadi seperti pekak dan bisu. Adakah bagi mereka dalam hal ini memilih selemah-lemah iman dengan hanya berdoa? Apakah kelompoknya ulama yang seperti ini tetapi benarlah Allah mudah sahaja membuka atau menutup pintu hati sesiapa jua. Lihat petikan berikut:


Abdullah Hadiri Istiadat Kalungan Bunga Hari Pahlawan
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Ahad menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2005 di Tugu Peringatan Negara di sini.


Perdana Menteri meletakkan kalungan bunga di tugu itu diikuti Panglima Angkatan Tentera Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamed Bakri Omar, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Elias Din, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Datuk Muhammad Ghani dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Datuk Yusuf Hamdain Diego.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan, beberapa menteri kabinet, anggota parlimen serta pegawai-pegawai kanan polis dan tentera.

Sempena Hari Pahlawan, Abdullah dan Najib Sabtu malam menghadiri majlis tahlil yang diadakan di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai, memberi peluang kepada rakyat negara ini menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahan dan menegakkan kedaulatan negara.

-- BERNAMA


Petikan berikut yang dibuat dari Laman Forum Gerak Reformasi telah memperlihatkan sama ada apa yang dilakukan di petikan di atas bersalahan atau tidak.



Anonymous
PM KITA BUAT TAK PE PUN........
Mon Aug 1, 2005 2:28pm
203.106.67.89


Kategori : Akidah
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain
Fatwa :


ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36


Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Kategori : Lain-Lain
Tajuk : Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
Isu :
Keputusan :


bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga di tugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

Kategori : Ibadat
Tajuk : Bacaan doa di tugu peringatan
Isu :
Keputusan :


Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Kategori : Akidah
Tajuk : Hukum Bacaan Doa Di Tugu Peringatan
Isu :
Keputusan :


Bacaan Doa Di Tugu Peringatan.

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syarak dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi dan al-ansab dan najis daripada amalan syaitan, maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya muka-muka kamu bercahaya”.

Keterangannya: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang Jahiliyah sembelih Qorban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah kepada ibadat, berdoa di batu Tugu Peringatan sama seperti orang-orang Jahiliyah beribadat di al-ansab yang dimaksudkan dalam ayat 90 itu.


Akhirnya, kepada siapa lagi untuk kita berlindung selain dari Allah yang Maha Esa. Nak diharapkan mereka-mereka itu sudah nampak amat jelas mereka membelakangkan apa jua termasuk apa yang telah difatwakan mereka sendiri. Marilah kita sama-sama berdiri teguh di belakang ulama yang sanggup berkata benar walaupun dimusuhi oleh pemerintah. Kita mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan pemerintah yang melakukan perbuat


Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 03.08.2005

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...