Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


KENAIKAN HARGA BAHAN PETROLEUM
07.31.05 (10:56 am)   [edit]

Petrol naik RM0.10 (RM1.62 seliter)
Diesel naik RM0.20 (RM1.28 seliter)
Gas naik RM0.05 (RM1.45 seKG)
 
Tahniah....Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta!
07.31.05 (10:54 am)   [edit]

Assalamualaikum w.b.t.


Selepas satu, satu krisis yang timbul di bawah pemerintahan Malaysia mutakhir ini. Setelah isu AP yang langsung membuatkan Rafidah dan Pak Lah kelu seribu bahasa, kini satu lagi igauan buruk menghantui Malaysia. Sudahlah harga barangan yang wujud di Malaysia baru sahaja 'kebah' dari 'demam' kenaikan harga, sekarang ini demam naik harga akan melanda Malaysia sekali lagi.

Ini memandangkan kelmarin (Sabtu, 30 Julai 2005) kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak yang mana menurut kenaikan terbaru itu, harga runcit petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.62 seliter, petrol regular (RON 92) RM1.58 seliter, diesel RM1.281 seliter dan LPG RM1.45 se kg.

Manakala di Sabah dan Sarawak harga runcit baru RON 97 ialah masing-masing RM1.60 dan RM1.61 seliter, RON 92 RM1.58 di kedua-dua negeri, manakala diesel RM1.284 dan RM1.278 seliter manakala LPG RM1.53 sen se kg di kedua-dua negeri.

Sesungguhnya ketahuilah wahai warga Malaysia sekalian bahawa kenaikan harga runcit minyak pada kali ini adalah harga runcit diesel= 20 sen, petrol=10 sen dan gas petroleum cecair (LPG)=5 sen dan kenaikan ini berkuatkuasa mulai Ahad. Saya percaya sambil-sambil warga Malaysia yang asyik melihat siapakah yang tersingkir di dalam AF di Astro tadi akan tercengang tidak terkata dengan kenaikan ini.

Sebab musabab kenaikan ini masih menggunakan 'modal' yang sama dengan yang sebelumnya iaitu ketidakmampuan kerajaan untuk menanggung bebanan subsidi petroleum yang makin meningkat kepada angka RM6.63 bilion pada akhir tahun ini.

Namun sedikit kelegaan berlaku pada harga ikan selepas ini kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan paras subsidi kepada nelayan dari 44.1 sen kepada 64.1 sen iaitu pertambahan sebanyak 20 sen seliter. Melalui tindakan itu nelayan akan dapat membeli diesel subsidi dengan harga lingkungan RM1.20.

Nampaknya keuntungan dari pelbagai sumber pendapatan negara yang digembar-gemburkan sebelum ini masih tidak mampu untuk menyelamatkan kita pada kali ini. Pak Lah pada suatu ketika dahulu dengan nada lantangnya menerangkan kepada rakyat seantero Malaysia bahawa keuntungan yang didapati dari keuntungan negara adalah untuk pembangunan dan pelaburan semata-mata. Kononnya daya pergerakan daya saing negara akan terbantut sekiranya kerajaan berterusan memberi subsidi minyak kepada rakyat!

Maka, tunggulah pesta kenaikan harga yang akan melanda Malaysia selepas tarikh 31 Julai 2005 ini !

Sekian.

Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net
Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net" title="http://kelatedaily.net" target="_blank"http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan)
 - 31.07.2005

 
Agen MI-6 Tony Blair Tertangkap Ketika Cuba Meletupkan Sistem Kereta api Subway Chicago
07.29.05 (11:05 am)   [edit]

Perisikan Peranchis serta perkhidmatan Marshall AS pada malam Isnin 18 Julai 2005 telah menangkap lapan dari agen MI-6 British kepunyaan Tony Blair yang sedang cuba mengebom sistem kereta api bawah tanah Chicago. Dalam tembak menembak itu 4 agen British telah terbunuh. Empat yang lain telah ditangkap semasa sedang melakukan keganasan dan diberkas. Agen British sebahagian dari rangkaian Al-Qaeda Bush & Blair telah dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan hari ini dengan bahan letupan sebagai bukti. Sel pengganas British MI-6 beroperasi dalam Laidlaw Corp di Chicago.


Peguam AS Chicago Patrick Fitzgerald telah menghantar sapina kepada Tony Blair dalam kes CIA Valerie Plame pada 13 Julai 2005 bagi menjawab soalan berkaitan peranannya dalam pembocoran yang berkait dengan George W Bush, Richard Cheney, Condi Rice, Andrew Card, Scooter Libby dan Karl Rove. Tony Blair belum pun menjawab kepada sapinanya itu. Begitu juga dengan Bush yang juga telah dihantar sapina tersebut. Tony Blair telah memberi George W Bush dengan perisikan British palsu yang menyatakan pemimpin Iraq Saddam Hussein telah memperolehi “kek Kuning” (Yellow Cake) bahan nuklear dari Niger. Ini adalah alasan bagi Bush memulakan perang Iraq. Kesemua itu telah terbukti sebagai satu pembohongan oleh Bush dan Blair. Suami kepada agen CIA Valerie Plame Duta, Joseph Wilson telah menyerahkan laporan beliau sebelum dari pembohongan Bush/Blair yang mengatakan bahawa Niger tidak pernah menjual kek kuning kepada Iraq. Wilson telah tampil ke hadapan menyatakan Bush telah berbohong dalam ucapan State of the Union seluruh Negara. Rangkaian CIA Valerie Plame telah meneruskan siasatan serangan yang dipentaskan ke atas Amerika pada 11/9/2001 oleh Bush& Cheney. Polis New York Bernard Kerik yang menguruskan operasi FEMA di Jeti 29 yang dikenali dengan kod Angel ataupun Tripod II telah memasang bom di bangunan WTC 7 yang dimusnahkan pada 9/11/2001. operasi ini adalah operasi Jabatan Kehakiman AS yang melibatkan Gary Best dari Agensi Perisikan Pertahanan DIA yang merupakan Kroni kerajaan bayangan George W Bush yang kini berada dalam penjara di French Guinea kerana kesalahan perisikan terhadap kerajaan Peranchis. Best telah mengaku kepada pihak berkuasa Peranchis akan penglibatannya dalam kejadian 9/11. sebaik saya menulis kenyataan akhbar ini dua orang lagi agen MI-6 British telah ditangkap beberapa minit lalu dan butiran lengkap akan menyusul selepas ini.

Hari ini juga agen MI-6 British Linda Fanton Pike dari Iowa yang mempunyai hubungan dengan Hillary Rodenhurst Clinton telah membuat ancaman bunuh terhadap seorang wartawan penyiasat bagi pihak operatif agensi Jabatan Pertahanan di bawah Setiausaha Penjenayah Donald Rumsfeld. Wartawan itu telah diugut supaya menjauhi Tom Heneghan & Stew Webb.

Pemecah rahsia (whistleblower) Mary Scneider www.maryschneider.us telah memberi kita email palsu dari syarikat software P-Tech berhubungan dengan 9/11, (Mitre) yang telah digunakan bagi menguasai komputer Pentagon pada 9/11/2001.

Tayar kereta Pemecah Rahsia Persekutuan Tom Heneghan telah dicuri dari keretanya hari ini pada siang buta oleh bedebah yang bersekongkol dengan Bush.

Bush & Blair jelas sedang cuba mewujudkan serangan pengganas di Amerika bagi melencungkan Penyiasatan Juri Utama Persekutuan akan peranan mereka dalam pembocoran identity Plame yang merupakan perlanggaran Perundangan Keselamatan Kebangsaan [National Security Laws] dan Jenayah Perang mereka terhadap Negara Iraq Berdaulat dengan laporan palsu yang disengajakan. Serangan Khianat lanjut ke atas Amerika melibatkan agen jahat CIA, DIA, British MI-6, Russia serta Mossad yang juga terlibat dalam Serangan WTC dan Pentagon pada 9-11-2001.

lebih banyak lagi akan menyusul. Tunggu…..

Tom Heneghan & Stew Webb
www.stewwebb.com


Terjemahan N-SPAR  - 29.07.2005

 
Foto ‘Pengebom’ Telah Dipinda
07.29.05 (11:04 am)   [edit]

Sekurang-kurangnya seorang telah ditindih masuk ke dalam gambar





Pada asalnya  disedari oleh web citizens for legitimate Government, kami kini mempunyai bukti seterusnya yang mencadangkan gambar foto di atas telah dipinda.


 


 


 



 


CLG melaporkan, “Pada mulanya, (hampir-hampir) kesemuanya kelihatan bagus saja, namun perhatikan dengan dekat… lihat pada tangan lelaki yang memakai topi putih… perhatikan tangan kirinya (tangan kiri BELIAU)… bahagian bawah jeriji pagar railing berada DI HADAPAN tangan kirinya… yang tak sepatutnya berada di situ!! Saya bukannya pakar imej, namun ini nampak sungguh melucukan. Saya kata ianya palsu”


CLG juga telah melakukan pemeriksaan ke atas imej ini. “Tangan lelaki yang bertopi putih memang jelas ditindihkan ke dalam gambar tersebut. Bukan setakat lengannya berada di belakang railing yang sepatutnya beberapa kaki di belakang BELIAU, bahkan juga dengan pembesaran menggunakan Photoshop, sebahagian dari jeriji besi itu masuk ke dalam kepalanya. Ini adalah ‘gambar foto yang diubahsuai’, namun piksel kepalanya telah tersalah campur dengan piksel jeriji itu.” – Michael Rectenwald.
 
Di sini ialah pembesaran gambar tersebut. Anda boleh melihat dengan jelas betapa besi railing kelihatan DI HADAPAN lengan kiri lelaki yang dikatakan pengebom itu. Bukan setakat itu akan tetapi kelihatan juga bagaimana jeriji besi itu menembusi kepala lelaki tersebut.
 
Analisis selanjutnya menunjukkan dengan jelas jeriji besi itu kelihatan menembusi kepala lelaki itu. Juga terdapat garisan luar yang jelas di atas topi ‘pengebom itu’ dan sekitar kepalanya, menunjukkan yang imej itu telah ‘dipotong’ dan ditindihkan ke atas gambar asal stesen kereta api tersebut.
Kenapa agaknya pihak berkuasa meminda imej tersebut? Apakah yang sedang mereka cuba lakukan  itu untuk memujuk orang awam supaya mempercayai kelentungan mereka? Ataukah ini hanya ilusi optikal sahaja? Sekiranya  sesiapa ada mempunyai penerangan lain bagi keganjilan ini, tolong e-mail butiran lengkap kepada kami.


Terjemahan N-SPAR  - 29.07.2005

 
APABILA PEMIMPIN MELAYU MUDAH MENGGADAIKAN PRINSIP
07.25.05 (11:37 am)   [edit]

Melihat Rais Yatim membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno semalam, serta Pak Lah pula dengan manja memanggil Radzi Sheikh Ahmad sebagai Di sahaja ketika ucapan penggulungannya mengingatkan kita betapa mereka yang satu ketika dahulu pernah berkerat rotan berpatah arang dengan bekas PM Dr Mahathir kini selesa bertaut mesra di keliling pinggang Presiden Umno yang baru.
 
 


Rais tanpa diminta oleh sesiapa pun semalam telah cuba menjernihkan imejnya apabila turut mengulas isu popular yang sering dikait dengan beliau iaitu MEMBAKAR JAMBATAN. Kata beliau:


Pokok lada tepi tempayan
Kalau dibakar jadi abu
Apa ada pada jembatan
Kalau dibakar buatlah baru


Isu membakar jambatan ini sinonim dengan Rais kerana ketika berlaku krisis kepimpinan dalam Umno ketika Ku Li mencabar Dr M dahulu, Rais telah menggunakan ungkapan ini untuk menunjukkan betapa beliau telah tiada lagi ikatan dengan Dr M dan Umno lalu melangkah keluar bersama Ku Li dengan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Ku Li Presidennya manakala Rais Timbalan.


Umno digodam dan digasak dengan teruk oleh Rais ketika berada di luar. Demikianlah juga dengan Radzi. Saya teringat sebelum pilihnaraya 1990 dahulu pernah mengikuti satu taklimat pilihanraya yang diberikan oleh Radzi di rumah Mazlan Dato Harun di Sg. Buloh dimana Radzi berkata lebih kurang:


Ini bukan Umno Baru tetapi Umno Baru .... ah, baruah!


Tetapi semua itu telah berlalu. Rais dan Radzi telah kembali melutut pada Umno. Dr M pun telah berundur dari kepimpinan Umno. Kini Presidennya adalah Pak Lah, juga regu Ku Li semasa dalam Team B lalu tetapi tidak sebagaimana Ku Li, Rais dan Radzi, Pak Lah tiada kekuatan politik untuk keluar bersama-sama. Pak Lah lebih rela menelan pahit duduk di dalam kepompong Umno walau dipecat dari jawatan dan dipinggirkan. Demikianlah taatnya Pak Lah pada Umno.


Kini kuasa tertingg Umno ditangan Pak Lah. Tak hairanlah Pak Lah mengambil Radzi menjadi Setiausaha Agung Umno, memberi kerusi menteri pada Rais, memberi kembali kerusi parlimen kepada Shahril (yang juga bersama team B dulu) dan memberi tempat kepada rakan-rakan lamanya dulu samada dalam team B ataupun 46.

Cuma yang tak dapat Pak Lah beri tempat adalah Ku Li sendiri. Lalu tinggallah Ku Li menyendiri di Gua Musang, disisihkan oleh rakan-rakannya yang pernah seia dan sekata termasuklah yang telah membakar jambatan satu ketika dahulu. Ku Li cuba mencabar Pak Lah tetapi dari segi teknikalnya digagalkan. Khabarnya kini Ku Li sedang meninjau-ninjau alternatif lain, eloklah tu, kalau Umno sendiri pun sudah tidak menghargai beliau.

Berbalik kepada isu membakar jambatan tadi, saya kira apa yang lacking ataupun kekurangan dalam Umno hari ini adalah pemimpin yang berprinsip dan berwibawa. Kerana itulah Umno mudah dihinggapi pelbagai penyakit, penyakit politik wang, penyakit salah guna kuasa dan kedudukan, penyakit cantas-mencatas, penyakit kronisma dan nepotisma.

Pemimpin yang tulin dan tidak menggadaikan prinsip dan maruah untuk kepentingan diri sudah tiada lagi dalam Umno. Tiada lagi pemimpin yang setia dan berpegang teguh pada janji. Tiada lagi pemimpin yang berani sehidup dan semati. Yang ada cumalah sebagaimana diungkapkan oleh Allahyarham SN Dato Usman Awang dalam sajaknya Melayu yang dipetik oleh Pak Lah semalam:

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar


Siapa yang kuat dan gagah maka kesitulah semua akan berebut berteduh di bawah naungan payungnya walaupun yang kuat dan gagah itu mungkin dipihak yang salah. Segala ungkapan segala janji sumpah setia yang dilafazkan cuma berguna ketika ada kepentingan, namun jika kepentingan itu telah tiada, telah hilang, telah tiris dan koyak, maka relailah segala ikatan. Laksana jambatan tadi walaupun telah dibakar boleh pula dibina yang baru, jambatan Umno kata Rais!

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menetang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Demikianlah kata-kata keramat Usman Awang yang pada dasarnya sangat ketandusan dalam Umno pada hari ini. Lantaran itulah Umno akan sentiasa sukar untuk mengenal-pasti dan menonjolkan pemimpin yang benar-benar jujur dan berwibawa menepati kehendak sajak Melayu ciptaan Sasterawan Negara itu.

(Sekadar untuk dikongsi: Allahyarham SN Dato Usman Awang kembali ke rahmatullah pada tanggal 29 November 2001 pada usia 72 tahun. Seorang penulis terkenal Faisal Tehrani pernah membuat catatan - Di kamar Dato Usman saya lihat terpampang gambar-gambar beliau dengan pemimpin pembangkang seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, ketika ini juga Dato Usman memberitahu saya yang beliau tidak sabar menanti antologi puisi Dari Derita Bangsa yang memuatkan puisi terakhir beliau berjudul SAUDARA ANWAR IBRAHIM diterbitkan.

Beliau meninggal dunia dalam keadaan menghormati dan mengkagumi DSAI dan saya percaya sajak MELAYU dibaca Pak Lah semalam beliau nukilkan dalam situasi dan suasana sedemikian. Al-Fatihah)

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS dihttp://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

 
Alahai Dr Mashitah...
07.25.05 (11:32 am)   [edit]

Hari ini saya nak bercerita sikit tetang Dr Mashitah, ceritanya dah cukup popular, tapi tidak tahu adakah ia boleh dicetuskan dalam perhimpunan agung angguk-angguk, paling kurang Firdaus ada juga muncul, tapi Dr Mashitah belum nampak lagi. Di Baling, pemuda Pas sudah berkampung, menerangkan tentang “Fatwa songsang Dr Mashitah.


Pada mula Dr Mashitah hendak bertanding, saya mulanya sedikit kecewa juga sebab bertanding atas tiket umno, tapi hakikat di Malaysia ni umno memang senang hendak jadi apa-apa somebody yang berjawatan tinggi, maka saya anggap Dr Mahsitah berbuat sesuatu untuk sesuatu dari dalam sana. Cerita beliau bergaduh dengan jirannya, hingga group kami menggelarkannya Ustazah Rumput Karpet. Cara beliau demand dengan ceramahnya, saya cuba ketepikan kerana jauh di sudut hati, orang yang bergelar “Ustazah“ ini di harap dapat berbuat sesuatu dari dalam.

Saya juga cuba ketepikan anggapan bahawa dalam umno apa yang boleh di buatnya? Saya masih menaruh harapan akan adalah sesuatu yang “berlainan“ dapat dibawanya.

Saya bukanlah tertarik sangat sebab beliau cantik, tetapi lumrah lelaki akan tertumpu sedikit jika yang bercakap tu ada rupa, cute dan sebagainya. Latarbelakangnya juga memanglah cukup tetapi ilmu bukan dinilai dari segi apa yang ada dan diketahui tetapi apa yang di amal.

Saya juga merasakan “habislah “ kali ini Pas di Baling, nak lawan bekas imam Masjid Negara kenalah dilawankan yang ada tokoh “agama“ juga. Bila BN berbuat begini saya nampak harapan Pas tipis di Baling

Hari ini harapan saya tersebut bukan sahaja hancur malah saya menjadi pelik dengan Dr Mashitah, paling kurang bab-bab duit, bab-bab jawatan dan bab-bab keduniaan saya boleh terima jika dia mahukan keduniaan. Tetapi bab fatwa “songsang “ beliau ini saya rasa sangat pelik kerana ia saya tidak nampak keuntungan dunia jika ia di keluarkan, memandangkan tahap ilmu yang ada pada beliau.

Atau barangkali umno ni memang suwei, tak kira sapa yang masuk.. hancuss ..teringat juga bagaimana Firdaus menendang peti undi sehingga Dr Wan Azizah ketika di tanya hakim berkata “saya hormati beliau kerana beliau seorang ustaz".

Busuk-busuk ahli umno lain yang tak mengaji pun tidak lah saya dengar tendang peti undi,naik pentas, tidak kerluarkan Fatwa songsang, yang dua manusia ni yang ada belajar ilmu agama, pun ikut sama malah lebih dahsyat dari ahli umno yang tak sekolah.

Maka saya suka simpulkan umno nie …memang suwei …siapa yang masuk memang suwei …

- Hello Datuk Seri Anwar..apa khabar..lama tak dengar berita …senyap jer,…

MNI - 23.07.2005

 
Brabus, Wald, Kleement, Lx Mode, G-Power: Siapa pengeluar sebenar kereta ini?
07.24.05 (10:05 pm)   [edit]

AP dikeluar tetapi aksesori sahaja yang diimport


KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz diminta menjelaskan kenapa banyak permit import (AP) yang diberikan untuk mengimport aksesori (peralatan komponen) kereta sebenarnya kerana jenama kereta berkenaan tidak pernah ada pengeluarnya di luar negara.

Naib Presiden PAS, Husam MUsa dalam kenyataannya menuntut Rafidah menerangkan kenapa dasar seperti itu berlaku dan kalau ada pengeluarnya di dunia ini di manakan kilang dan pengeluar kereta-kereta itu.


Ini kerana, beliau bimbang, pendekatan ini dibuat untuk kepentingan kroni sahaja bukannya mempunyai kes yang asli dan tepat dengan dasar yang ditetapkan.

Beliau mendedahkan, beberapa jenama kereta di Malaysia, misalnya Brabus, sebenarnya tidak mempunyai kilang pengeluarnya.

"Pengedar kereta jenama Brabus sebenarnya mengimport komponen kereta dari pengeluar kereta Mercedes dan dipasang di Malaysia atas nama Brabus," dakwa Husam dalam kenyataannya.

Ward, satu lagi jenama kereta di Malaysia yang juga mendapat AP dari MITI tetapi tidak dapat dikesan pengeluar asalnya di luar negara.

"Kalau pengeluaran AP ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Rafidah dalam perhimpunan Umno hari ini hendaklah mendapatkan hak dari pengeluar asal kereta itu dahulu, di mana kilang pengeluar kereta ini sebenarnya," tanya Husam.

Sebenarnya, kata Husam, kereta ini mengimport aksesori kereta dari Wolkswagen dan dipasang di Malaysia dan diberi nama Wald.

Ketika menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini, Rafidah berkata, AP ada dua jenis iaitu yang terbuka dan francais.

Untuk AP francais, pengedar kereta di Malaysia dikehendaki mendapatkan hak pengedaran tunggal di negara ini untuk jenama kereta berkenaan di luar negara.

Selepas hak melalui perjanjian itu diperolehi dari penheluarnya barulah kerajaan melalui MITI, kata beliau, akan mengeluarkan permit import kepada mereka.

Ini termasuklah kereta jenama Brabus sebagaimana yang dibangkitkan oleh Husam dalam kenyataan ini.

Menurut Husam dalam kenyataannya, selain dari Brabus, jenama kereta di Malaysia yang tidak dapat dikesan pengeluarnya diluar negara adalah Lx Mode yang mendapat 480 AP, Brabus (192), G-Power (192), Impul (1074), Ward (2023), Kleement (199) dan Tom's (378).
- ZS

 
LEBIH 1 JUTA MENONTON PERHIMPUNAN UMNOSECARA LANGSUNG MELALUI WEB TV: PAK LAH
07.24.05 (9:59 pm)   [edit]

Sebentar tadi telah selesai pun sudah Perhimpunan Agung Umno ke-56 yang diakhiri dengan ucapan penggulungan Pak Lah selaku presidennya. Ulasan BLOG ini terhadap ucapan itu akan dibuat insyallah selepas ini.


Di kesempatan ini saya sekadar mahu highlight kan ulasan Pak Lah berkenaan dengan siaran secara langsung persidangan tersebut melalui web tv Umno (selain dari siaran langsung oleh RTM, Astro, NTV7 dan TV3). Ulasan Pak Lah terhadap hal ini mengambil lebih 15 minit daripada ucapan penggulungannya yang hampir satu setengah jam itu.


Hang tau Umno dan PAS kini setanding!


Menurut Pak Lah beliau dimaklumkan web tv Umno menerima lebih dari 1 juta hits yang dapat dikesan ditonoton dari Negara-negara luar termasuklah dari Israel sendiri. Kata Pak Lah ini membuktikan betapa Umno kini menjadi perhatian bukan hanya rakyat dalam negara malah sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

Syabas diucapkan kepada Umno.

Namun demikian untuk makluman Pak Lah dan rakan-rakan dalam Umno, Harakahdaily milik PAS, sebuah parti kecil di Malaysia berbanding dengan Umno yang Presidennya adalah juga Pengerusi OIC, menerima sekitar 1 hingga 1.5 juta hits hampir setiap hari! Itu tidak mengambil kira hits yang diterima ketika PAS mengadakan Muktamar tahunannya.

Kalau dengan menerima lebih 1 juta hits semasa persidangan tahunannya maka Umno dikira bertaraf antarabangsa, maka PAS yang baru sekadar mampu memerintah 1 negeri dalam Malaysia tetapi menerima lebih 1 juta hits setiap hari, maka tak keterlaluanlah kalau dikatakan PAS juga boleh dikira bertaraf antarabangsa.

Kesimpulannya ini menunjukkan PAS kalau pun tidak setanding dengan Umno mungkin telah lebih ke hadapan kalau sifir Pak Lah mahu diambil kira. Tahniah Umno dan tahniah PAS!

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 23.07.2005

 
ISU AP BELUM SELESAI: TANGISAN FIDAH BUKAN PENYELESAI
07.21.05 (2:05 pm)   [edit]

Sesungguhnya isu permit kereta import (AP) masih belum selesai lagi. Walaupun senarai penerimanya sudah didedahkan dan Rafidah Aziz (menteri betina yang bertanggungjawab mengeluarkannya) telah menangis terisak-isak ketika menjelaskan perkara itu, ia tidak menamatkan isu itu. Tangisan bukan menjadi penutup kepada sesuatu kemisterian!
 
Dari sudut kemanusiaan air mata itu hanya daya simpati yang cukup tinggi kepada seseorang wanita. Air mata adalah senjata adalah penawar. Di dalam hal ini Rafidah nampaknya telah menggunakan air mata sebagai benteng mempertahankan kekhilafannnya yang dilakukan sejak lebih 20 tahun lalu.
 
Banyak perkara yang perlu diuraikan di sebalik pemberian AP itu dan juga langkah-langkah menyelesaiannya perlu difikirkan. Alasan kononnya pemberian AP itu untuk menggalakan perusahawan otomotif di kalangan Bumiputera bukan jawaban konkrit dan tidak semua orang menerima.
 
Dalam hal ini pemberian AP itu seperti juga pemberian lesen ataupun kontrak kerajaan lain kepada orang tertentu untuk membina kehidupan dan juga sebagai ganjaran kepadanya. Ini jelas apabila 100 peratus penerima AP itu orang yang berkepentingan.
 
Mereka juga bukan mengusahakan sendiri, sebaliknya mengalibabakan permit mereka. Bayangkan betapa selesanya seseorang yang dinaugerahkan AP boleh goyang kaki dan berjoli. Kalau satu permit dibayar di antara RM30,000 hingga RM50,000 berapa juta sebulan kalau ia memiliki 1000 AP?
 
Lantaran itu hasrat yang dijadikan alasan oleh MITI itu tidak menjadi kenyataan dan sewajarnya ia disemak dan disusun semula sejak lama, iaitu 30 tahun lalu.
 
Betapalah dangkalnya kita semua kalau menerima penyelesaian isu itu dengan hanya ada beberapa tindakan dan aksi yang lebih kepada sandiwara itu oleh pihak kerajaan dan menteri berkaitan. Pendedahan senarai penerima, tangisan Cik Rafidah atau pun pemberian surat Rafidah kepada bapa Marina bukan penyelesaiannnya.
 
Kalau kita menerima itu, maka samalah otak kita dengan Abdullah Badawi Al Hadhari yang mengeluarkan kenyatana isu AP – (perbalahan di antara bapa Marina dengan Rafidah itu selesai) apabila cik Fidah serahkan surat 10 muka surat kepada bapa Marina itu.
 
Tegasnya, satu penyelsaian lebih jauh dan tegas diperlukan. Abdullah selaku Perdana Menteri perlu mengambil tindakan lebih berani dan menyeluruh. Tindakan itu kelak biarlah berbentuk membela rakyat dan memberi keuntungan kepada negara. Abdullah harus berkorban di dalam hal ini daripada menjaga kepentingan negara dengan pengaruh politik peribadi.
 
Ada beberapa persoalan timbul di sebalik isu ini dan ia menuntut penjelasan.
 
Seperti mana yang ditimbulkan oleh Naib Presiden Pas Husam Musa, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah baru di dalam pengagihannya. Perkara penting katanya kerajaan juga perlu menjelaskan berapa cukai yang dibayar oleh para pemegang AP itu. Pejelasan ini penting sekali.
 
Selama ini rakyat tidak pernah tahu berapakah kadar cukai atau pun duti lain yang dibayar oleh mereka. Apakah mereka tidak pernah membayarnya dan menikmati kekayaan itu tanpa berkongsi dengan kerajaan menerusi pembayaran duti sewajarnya?
 
Bahawa tidak dapat disembunyikan wujud penipuan oleh para pemegang AP itu. Mereka mengistyharkan harga kereta yang rendah kepada kastam dan menjualnya berlipat kali ganda. Selain itu syarikat pemegang besar juga akan membuat pengakuan mereka rugi bagi mengelakkan membayar cukai.
 
(Bahana paling besar ialah kerana pemberian itu berleluasa dan tidak dikawal sehinggakan ja menjejaskan perusahawan automotif negara. Bukankan ini satu perbuatan khianat di mana sifatnya semacam kita membunuh hak kita sendiri?).
 
Kerajaan sendiri tahu akan keadaan ini tetapi dibiarkan begitu sahaja. Kenapa? Situasi ini menyebabkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu masuk segera. BPR perlu diberi kebebasan dalam menyiasat perkara ini tanpa mempunyai banyak red-tape.
 
Begitu juga BPR perlu diberikan kebenaran untuk menjenguk masuk ke dalam rumah Rafidah Aziz. Ada perasaan curiga kepada Rafidah di dalam hal ini kian membuak-buak. Apa lagi beliau ada rekod pernah hendak dihadapkan ke mahkamah dalam kes rasuah?
 
Begitu juga bila manusia bercakap meletakkan kitab suci di hadapan, mesti ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Pepatah Melayu ada mengatakan kalau tidak ada mengada, masakan tempua bersarang rendah. Adakah sebelum ini Fidah bercakap dan menyebut pasal Quran?
 
Alasan yang diberikan Fidah kenapa sesetengah syarikat diberikan AP sampai puluhan ribu kerana mereka kuat bekerja. Mereka berjaya mendapat prinspal – syarikat pengeluar kereta luar negara.
 
Jawaban itu nampak sekali dangkal dan tidak mempunyai hujah yang kuat.
 
Rasanya bukan sedikit yang bekerja kuat seperti mana dikatakan Fidah itu. Ada yang berbuat lebih daripada itu. Tetapi masalahnnya kerana mereka tidak kenal Fidah, tidak baik dengan bekas PM atau tidak ada cable dan sebagainya maka mereka dibiarkan. Keupayaan dan kesungguhan mereka ternafi dengan sendiri.
 
Mislanya kenapa Naza Motor mendapat begitu banyak kerana salah seorang ahli lembaga Pengarahnya ialah ada kaitan dengan Fidah.
 
Meneliti kepada senarai itu menjelaskan mereka yang memperolehi AP semua terdiri daripada kroni dan juga suku sakat pemimpin-pemimpin Umno dan juga kerabat BN. Jelas pemberian itu tidak telus atau berdasarkan merit sebenarnya seperti mana dakwa Fidah. Ia lebih kepada berasaskan kepada kenalan dan juga anak beranak.
 
Ada pihak memuji Abdullah atas tindakan mendedahkan penerima AP itu. Tindakan itu disifatkan melambangkan keberanaian Abdullah. Kerana sebelum ini tidak ramai yang menjangka pendedahan itu dibuat. Bila Abdullah melaksanakan menjelang perhimpunan agung Umno maka Abdullah dikatakan berani dan tegas.
 
Keberanian Abdullah sebenarnya apabila beliau mengambil tindakan membatalan permit berkenaan atau pun menyerahkan kepada BPR menyiasat kenapa sesetengah penerimanya begitu banyak. Kalau Abdullah sanggup berbuat demikian, itulah baru boleh dikatakan berani, telus dan bersifat Hadhari mengikut persepsi Umno.
 
Setakat mendedahkan senarai itu sesiapa pun boleh. Sebelum ini pun orang ramai sudah tahu siapa yang memonopoli AP itu. Ia tidak pun memberi apa-apa kesan. Mereka yang termasuk dalam senarai itu sedikit pun tidak merasa malu. Mereka tidak lebih daripada para penyangat berlesen negara ini, yang lesennya diberikan oleh MITI.
 
Sebaliknya kalau tindakan undang-undang, seperti membatal AP mereka, atau minta mereka membayar cukai sepatutnya kepada kerajaan dan membenarkan BPR menyiasat, itulah keberanian sejati. Kalau ini berlaku, saat inilah kita boleh nobatkan Abdullah sebagai berani dan telah menemui Shafie dan Ghazali yang dicari-cari itu.
 
Apa yang dilakukan kini hanya sebagai hendak ‘menyelamatkan’ diri sahaja. Abdullah berbuat begitu takut isu mengenai AP akan bergema di Dewan Merdeka sempena perhimpunan agung Umno hari ini. Jadi sebelum ia bergema maka beliau mendedahkan setidak-tidaknya perwakilan Umno yang sudah sedia dikasi dan dikembirikan itu tidak akan mengamuk sangat kepadanya.  - Reformasi.


Tun Paduka Tuan - 21.07.2005

 
Perhimpunan Angguk-angguk
07.20.05 (6:21 pm)   [edit]

Sampul surat akan bertukar tangan, peluang bisnes akan diagih-agihkan, kereta mewah serta perhiasan terkini akan menjadi bahan bualan dan daya tarikan. Biasanya itu lah yang berlaku setiap kali Umno mengadakan perhimpunan, khususnya dua dekad yang lalu. Rentak dan irama yang sama akan berulang walaupun bebaru ini TS Isa Samad telah dihukum atas kesalahan yang menjadi amalan hampir semua pemimpin parti itu.


Jika kita perhatikan dalam media, iklan serta pelbagai acara menonjolkan diri telah berlangsung tanpa henti. Sekejap pemimpin Umno mengambil peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat, seketika menjadi pegawai polis atau kakitangan kesihatan. Gelagat sebegini memang mengundang lelucon serta rasa jengkel di mata kita. Apatah lagi jika latar belakang si pemimpin tadi boleh kita simpulkan dalam satu ucapan loghat penang- PUNGGAH!!

Saban hari di dada akhbar terpampang pemimpin berbagai peringkat mula aktif mengunjungi serta menziarahi warga Melayu yang dhaif dan malang. Umpama iklan biskut ‘Choc Fudge’ ia bisa timbul dan ghaib begitu sahaja. Tenggelam timbul dengan pelbagai cerita dan berita hiburan seperti karnival TV3, rancangan tv realiti AF, Mentor dan yang terkini Mencari Cinta!! Lebih menyeronokkan apabila diselidiki hampir kesemua warga malang yang dipergunakan bagi meraih populariti mereka itu adalah juga ahli Umno! Bukanlah sangat mahu membaiki keadaan atau membela nasib malang pesakit dan rakyat secara umum, tetapi lebih kepada perkiraan meraih kemasyhuran.

Dua hari lepas seorang perempuan muda di Terengganu yang mengidap ketumbuhan di bahagian kiri leher telah menjadi figura buat tontonan awam. Pesakit itu katanya adalah ahli Puteri Umno. Jika benar cabang parti itu atau Umno secara umumnya menjaga kebajikan rakyat, tidak timbul soal penderitaan anak bangsa sehingga ke tahap itu. Begitu juga dengan kisah keluarga miskin yang terpaksa makan nasi berlauk siput babi! Malah tidak akan ada kejadian ruangan akhbar menjadi seperti tepian jalan Chow Kit untuk rakyat memohon bantuan dan sedekah bagi mengubati penyakit! Namun seperti kata rakan saya yang sering mematikan bicara dengan kalimah- Malaysia Boleh!

Pagi ini ketika sedang leka menjamah sarapan beberapa ketulan kuih dengan kawan-kawan, saya terpandang keluaran khas akhbar untuk Perhimpunan Umno. Saya tertarik dengan isu yang dikeluarkan oleh Presiden PWTC, Dato Mohd Noor Yaakob (mirip hero filem Tamil) berkaitan penggunaan kas-kas dalam menu hidangan perwakilan. Kenapa agaknya beliau bimbang sangat? Takut ketagihan atau mabuk kerana asal-usulnya yang sama dari bunga popi? Sungguh melucukan. Saya tersenyum sendirian sambil sempat menyakat seorang teman yang kebetulannya ialah orang kuat Umno!

Nak takut mabuk apa lagi, jika selama ini di bawah Dinasti Kodi mereka telah menjadi seperti Keling Mabuk Todi. Kena kutuk kata bangsa pemalas mereka ketawa, bercakap soal rasuah mereka mengilai macam ianya satu jenaka, bahkan dipermainkan soal agama anutan mereka pun tidak terasa apa-apa! Cuba tengok perangai orang mabuk, kan serupa? Terbaring tepi longkang pun mereka selesa macam di atas dipan istana!

Jika kita menyorot perkembangan mutaakhirin ini, suara-suara atau resam Jebat kembali bertenaga. Sana-sini timbul teguran serta laungan aspirasi ahli yang mahu perjuangan Umno kembali ke asalnya. Ke pangkal jalan! Aih, betul ka apa yang kita dengar ini? Dah tersesat ka Umno? Walhal saban waktu mereka halakan kata nista kepada Melayu di pihak satu lagi terutama Tok Guru dan para alim ulama. Kenapa pihak akhbar memberi laluan sedemikian yang sering dipengapkan dahulunya oleh media? Sudah tersedar apabila seluar terlondeh sampai ke cenunut ponggong atau hanya satu lagi agenda alih tumpuan?

Kata orang, perseteruan Najib dan PakLah dalam Umno sudah sampai ke tahap matang. Tunggu tanduk berlaga sahaja lagi. Petandanya sudah jelas. Gendang perang sudah pun dimulakan, manakala kelompok opportunis sudah pun mengemaskan diri dalam kem yang difikirnya layak untuk membolehkan ia bercendawan walaupun perangainya tak ketahuan. Perhatikan bagaimana Kadir Sheikh Fadzir serta Zainuddin Mydin sudah pun membuka pencak di belakang Najib yang bergelomang dengan dua isu besar- rasuah yang diminta Rosmah dari pembikinan kapal selam Scopene serta cerita lama khalwat ketika tertangkap di Port Dickson! Apakah ini buah keras yang akan dibuka oleh TS Isa Samad untuk menyeret turun Najib?

Bebaru ini kem PakLah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu bagi mendengar pandangan terus dari akar umbi. Kerana yang dok bergayut sekelilingnya adalah akar ara yang bakal mengkaputkannya. Khabarnya teruk juga PakLah dihentam sambil diberi nasihat antaranya soal penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains dan juga kedudukan sesetengah menteri dan CEO dalam syarikat milik kerajaan. Ada juga permintaan yang keterlaluan atau dangkal dibuat hadirin, namun banyak juga yang bernas. Apakah PakLah bakal melakukan sesuatu dalam rombakan kabinet selepas Perhimpunan Umno nanti?

Bercakap soal Perhimpunan ini, awal-awal lagi Tun Kepala Taik Mahathir telah menyatakan kuzuran untuk tidak menghadirinya. Itu satu langkah baik, kerana dibimbangi ia akan menjadi lubuk sumpah seranah perwakilan. Malah ketidakhadiran beliau akan memberi lebih ruang dan kebebasan perwakilan menyampaikan hasrat walaupun siang-siang lagi Najib sudah kata tidak ada kejutan. Telah menjadi resam bagi Umno baru yang menapis apa isu atau suara yang mahu dibawa perwakilan. Adalah lebih mudah untuk perwakilan memuji pemimpin atasan ataupun membaca gurindam mahupun sajak. Perbuatan menegur seperti yang berlaku dalam Muktamar PAS yang lalu adalah barang mustahil. Sama mustahil untuk Presiden Bush mengaku yang ia telah mengada-adakan cerita untuk menceroboh Iraq serta Peristiwa 9/11 adalah operasi sel sulit dalam Rejim Bush di bawah kendalian Dick Chenney!

Pelbagai isu hangat termasuk yang dikitar semula ditonjolkan ke dalam masyarakat seperti isu ‘2 AP’ - pemberian Approved Permit (AP) dan isu lelaki murtad Ayah Pin atau Setan Pin dan sebagainya. Kisah AP tu kita ketepikan sebab ia hanya ribut dalam secawan kopi sahaja. Apabila media berhenti dari memperkatakan soal itu, ia akan terus sejuk seperti mana hidung kucing. Namun yang jauh penting adalah kisah sekumpulan sahabat Syaitan yang diketuai Setan Pin! Idris Jusoh telah menyentuh soal ini dengan mengatakan yang isu manusia murtad itu perlu ditangani dengan bijak kerana ia telah menjadi perhatian dunia. Tak mudah untuk dimasukkan dalam ISA. Inilah dia karut marut manusia dalam Umno yang kununnya mendaulat serta menjadi benteng bangsa dan Agama.

Jika dahulunya Anwar Ibrahim yang memang diakui tokoh bertaraf dunia mereka boleh henyak dengan menyalahgunakan hukum, perundangan serta media, kenapa untuk Setan Pin lain pula ceritanya? Jika dahulu hanya kerana buku fitnah boleh mereka humban serta hina Anwar Ibrahim kenapa tindakan mereka tergagap untuk mengurung sahabat Setan- Pin? Terlalu pelik jika kita bandingkan kesungguhan mereka menjatuhkan empayar Al-Arqam sedangkan tuduhannya sama- ia melibatkan akidah!

Sekali gus ia membuatkan kita faham betapa jika tidak mengganggu status quo kuasa UmnoBn serta ekonomi kaum Cina, makanya biarlah apa sahaja yang rakyat nak buat. Sembah patong ka, mengaku nabi ka, hatta mengaku Tuhan pun tak ada salahnya.

Cerita kelentungan alih tumpuan sebegitu memang amalan pemerintah yang mahu terus berpaut pada kuasa tanpa perasaan yang mereka akan dipertanggungjawabkan. Air dan minyak bercampur tiada. Dunia dan akhirat dua cerita berbeza. Sekular dalam bahasa suratnya.

Namun apa yang menjadi buah mulut serta topik bergebang di sana-sini ialah keadaan ekonomi Negara yang semakin tenat. Sebahagian besarnya disumbang oleh pemerintahan 22 tahun Tun Kepala Taik. Zaman Pak Lah ada sedikit sebanyak usaha penjimatan, namun perebutan kuasa yang memuncak antara PakLah dan Najib menjadikan keadaan yang teruk semakin parah. Zaman Tun Hussein Onn dan TKT Mahathir berulang di mana Timbalan menjadi gunting dalam lipatan.

Untuk rakyat kecil, berjimatlah semaksimum mungkin. Jauhi pembaziran. Lupakan Cuti-cuti Malaysia serta waspada dengan rompakan atas jalan raya melalui saman had laju dan sebagainya. Menabung dengan baik serta menyediakan perlindungan insurans untuk ahli keluarga kerana kerajaan hari ini bukan lagi menjaga kebajikan rakyat. Sekadar menanam tebu di bibir atau melepaskan kentut di kerusi menteri.

Sekian.

p/s Ibu Rasuah terus unggul dengan lakonan isu AP. Sampai Nangeh berayor hidung. Bangge……..

Dr. Nologareng- 19.07.2005

 
Polisi Malaysia 'berjaya' lahirkan Belia Pak Angguk - Debat Perdana
07.20.05 (6:20 pm)   [edit]

Assalamualaikum w.b.t.


Apabila kita mendengar sahaja nama 'Prof Di Raja Ungku Aziz' pasti ada di antara kita yang melabelkan beliau sebagai seorang yang intelek, berprestasi tinggi, dan macam-macam lagi. Namun bagi saya pula, beliau adalah seorang yang ber'mulut laser' sama ada ketika membincangkan tentang UMNO ataupun mengenai apa sahaja yang melibatkan bangsa Melayu. Nampaknya 'title'nya sebagai Melayu Terbilang yang dianugerahkan kepadanya sempena Hari Umno masih 'gagal' untuk menutup terus mulutnya yang laser itu.

Ini terbukti pada Debat Perdana 17 Julai 2005 yang lalu. Kali ini Pak Ungku berjaya mengupas krisis identiti di dalam jiwa remaja. Dengan wujudnya Akademi Fantasia, Malaysia Idol dan pelbagai lagi rancangan realiti tv, maka lahirlah belia yang khayal, malas untuk berfikir dan kurang membaca. Namun jika kita sedari atau tidak, rancangan realiti tv yang wujud mutakhir ini adalah kesinambungan daripada 'Budaya Konsert' yang bercambah setelah bermulanya pemerintahan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Inilah jasa utama 'seorang anak ulama' yang diagung-agungkan oleh UMNO selama ini.

Di sini tidak diketahui sama ada Pak Ungku sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa 'Budaya Konsert' itulah maka bermulanya detik kewujudan belia khayal yang diistilahkan oleh Pak Ungku itu!

Pak Ungku nampaknya masih berkaliber untuk membincangkan isu luarannya sahaja namun masih 'berkias' untuk menyentuh akar umbi sesuatu isu itu. Memang saya akui, siapalah saya untuk mempertikaikan tentang kredibiliti Pak Ungku yang mempunyai intelektualiti yang berprestasi tinggi itu, namun itulah 'ketakutan' yang masih ada di dalam dirinya untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang terkenal dengan identiti pak turutnya itu.

Walaupun Melayu PAS cuba untuk mengubah rentak songsang itu dengan memperkenalkan 'pengisian' serta pengaplikasian Islam di dalam cara hidup, namun sehingga kini ianya tidak berjaya dek tangan-tangan bangsa Melayu sendiri yang masih menjadi 'Pak Angguk' untuk terus memberikan tampuk kuasa kepada UMNO untuk terus menjahanamkan bangsa Melayu. Malah rentak pemikiran Melayu yang malas untuk berfikir serta mengkaji itu adalah hasil polisi Umno yang mengenakan pelbagai akta serta peraturan yang mana ia digunakan untuk menyekat belia daripada berbeza pendapat dengan pihak kerajaan. Benar, belia masih boleh membaca, mengkaji serta berbuat apa sahaja namun ianya hanya untuk skop pendidikan semata-mata tidak lebih daripada itu. Antara akta yang cukup berkesan untuk membantutkan pemikiran para belia yang berstatus mahasiswa adalah AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti).

Jadi tidak hairanlah sekiranya wujud belia yang lebih suka meniru identiti yang dipelopori oleh bangsa barat atau bangsa yang selain daripada bangsa Melayu yang mana identitinya 'songsang' serta tidak menepati nilai Islam yang sepenuhnya! Malah daripada segi pembuatan kereta nasional pun, kita masih yakin untuk beridentitikan teknologi daripada Jepun serta Korea.

Jelas di sini, UMNO yang telah memegang tampuk pemerintahan Malaysia sejak merdeka lagi masih tercari-cari kaedah serta polisi yang berkesan untuk memupuk bangsa Melayu yang mempunyai identitinya yang tersendiri.

Adakah Melayu (UMNO) akan terus hanyut dengan 'Akademi Fantasia' yang wujud di dalam minda mereka?

Sekian.

Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net
Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net" title="http://kelatedaily.net" target="_blank"http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan)
 - 19.07.2005

 
Terkejut Lihat Ustaz Idris Berhujah di Debat Perdana!
07.05.05 (9:58 pm)   [edit]

Assalamualaikum w.b.t.


Malam semalam debat perdana bergema lagi. Kali ini ahli panel menampilkan Khir Toyo(Presiden MBM), Ustaz Idris (PAS), Norman (KRU) dan Ong Tee Keat (Timb. Menteri Kem. Belia & Sukan). Pada mulanya saya agak sangsi dengan debat ini memandangkan polisi moderator iaitu Johan Jaffar yang sentiasa mengajukan soalan-soalan yang memerangkap pemimpin PAS dalam debat perdana edisi lepas, namun Ust. Idris jelas begitu bersedia kali ini untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kali ini moderator seolah-olah tidak keruan kerana segala perangkap yang ditanam pada kali ini serba tidak menjadi. Jika dilihatkan dengan situasi 3 lawan 1 antara PAS dengan UMNO, jelas kali ini Ust Idris akan terpinga-pinga melawan asakan kiri dan kanannya, namun lain pula jadinya.

Di dalam debat itu, moderator ada menanyakan tentang polisi PAS terhadap hiburan yang dilabelkan oleh moderator sebagai polisi sempit. Moderator menanyakan kepada Ust Idris samaada hiburan yang dibawakan oleh KRU(Norman) tidak menyalahi polisi hiburan PAS. Ini seolah-olah mahu menebalkan lagi golongan penghibur terhadap PAS. Ust Idris berjaya meredakan 'tekanan' itu dengan menyatakan bahawa polisi PAS bukan dibuat-buat sendiri, tetapi berpandukan al-quran dan as-Sunnah. Jika wujud pertentangan pendapat mengenai itu, PAS dan para artis boleh berbincang.

Pada kesempatan debat perdana kali ini, ustaz Idris menggunakan sepenuh-penuhnya ruang untuk menguar-uarkan tentang apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang sihat dan dirangkumkan dengan pengisian Islam di dalamnya. Contohnya bola sepak, Ustaz Idris menerangkan kepada rakyat bahawa PAS Kelantan ada menganjurkan Kejohanan Futsal yang dikelolakan oleh Celcom dan Kerajaan PAS Kelantan. Fakta ini begitu 'memeranjatkan' moderator kerana moderator tidak tahu pun bahawa wujud fenomena itu di dalam PAS. Jelas disini, moderator tidak melakukan 'homework' sebelum mengemukakan persoalan itu.

Malah, jika kita perhatikan sepanjang debat itu dilangsungkan, saya langsung tidak percaya akan kebolehan Ustaz Idris berhujah. Setelah diselidiki biodatanya, barulah saya tahu bahawa beliau mempunyai Master Dakwah & Kepimpinan UKM dan kini sedang melakukan Phd di dalam bidang itu pula.

Antara suasana yang begitu menggamit hati saya adalah persoalan yang dikemukakan oleh seorang pemanggil dari Selangor tentang Islam Hadhari. Menurut 'caller' itu, beliau begitu senang dengan polisi BN terhadap Islam Hadharinya kerana dakwaannya, Islam Hadhari membolehkan hiburan tanpa tapisan diaplikasikan dalam Malaysia, sedangkan PAS pula selalu kemukakan ini tak boleh, itu tak boleh.

Di dalam persoalan ini, Ustaz menjawab dengan begitu 'simple' sekali, kerana tiada tapisan itulah maka, Islam yang syumul yang diperjuangkan oleh PAS berjuang. Umpamanya internet, kerajaan BN sendiri pun melakukan tapisan terhadap ruangan porno kerana internet bukan semuanya elok. Begitu juga hiburan, tidak semua hiburan itu baik, jadi kita hendaklah adakan tapisannya. Maka disini Islam yang berpandukan al-quran dan as-Sunnah adalah penapisnya.

Namun bagi Khir Toyo, lain pula jawabnya. Khir Toyo menyatakan bahawa Islam Hadhari tidak menyatakan bahawa dalam hiburan, semuanya dibenarkan. Bagi saya Khir Toyo hanya menegakkan benang yang basah semata-mata. Walhal umum telah mengetahui bahawa apa yang dianjurkan oleh BN adalah konsep hiburan yang tidak mempunyai batasan. Tiada sekatan dikenakan terhadap hiburan tersebut. Contohnya, jika mahu bernyanyi dengan pakaian yang ketat dan sendat untuk wanita, itu dibolehkan.

Berkenaan konsep Islam Hadhari, Khir Toyo ada menyatakan bahawa Islam Hadhari diwujudkan untuk mewujudkan golongan Islam yang progresif dan maju dalam pelbagai bidang. Dia mengambil contoh dengan ketiadaan sarjana Islam sehebat Ibn Batutah, Ibnu Sina dan lain-lain lagi. Islam Hadhari ujarnya mahu menjadikan golongan Islam berjaya di dunia dan di akhirat. Disini Khir Toyo terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

Baiklah, sekarang kita renung sejenak. Sekiranya kita berhibur contohnya, kita mahu dunia di akhirat. Jadi seharusnyalah kita isikan nilai-nilai islam di dalam hiburan. Mahu berpakaian, pakailah purdah serta baju dan seluar yang tidak bertentangan dengan syariat, mengapa pula kita 'seksi' kannya. Barulah dunia selamat, akhirat pun selamat ! Tetapi nampaknya UMNO mahu wanita seksi sahaja memenuhi dunia hiburan Malaysia.

Jelas disini bahawa Khir Toyo 'tewas' dalam mempertahankan konsep Islam Hadharinya.Di akhir debat perdana itu, saya perhatikan bahawa Norman begitu 'menaruh' harapan tentang apa yang dilakukan oleh PAS mengenai hiburan.

Namun bagi saya, seandainya Norman atau artis-artis lain mungkin ingin meluaskan sayapnya di pantai timur seperti Kelantan selepas ini, baiklah jika kiranya Norman benar-benar faham tentang hiburan yang dibolehkan oleh syariah. Kaji dahulu dalam-dalam, barulah boleh berbincang dengan PAS tentang niatnya itu. Janganlah pula nanti, akibat ketidakfahaman Norman terhadap polisi hiburan islam yang syumul maka, pihak Norman melabelkan macam-macam terhadap PAS pula.

Sekian.

Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net
Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net" title="http://kelatedaily.net" target="_blank"http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan)
 - 04.07.2005

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...