Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


SIAPA PEGANG KEMUDI PUTERA UMNO?
06.22.05 (11:12 pm)   [edit]

Semalam Pak Lah selaku Presiden Umno telah hadir merasmikan pelancaran gilang-gemilang sayap baru Umno iaitu Putera Umno. Majlis berlangsung di Stadium Hang Tuah Melaka.


Acara yang dipenuhi dengan konsert dan hiburan itu bermula seawal jam 3.00 petang dengan konsert dan persembahan oleh barisan artis jemputan termasuklah Aznil Nawawi dan KRU. Menurut laporan stadium telah dibanjiri lebih 30,000 orang muda-mudi yang pastinya tertarik dan terpikat dengan program hiburan pada malam tersebut.

Menurut Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien yang berucap dalam acara tersebut, penubuhan Putera Umno membuktikan komitmen Presiden UMNO yang ingin memastikan anak-anak bangsa Melayu bergerak cemerlang agar hasrat negara menjadi Malaysia maju pada 2020 tercapai.

Putera Umno ini membuka keahliannya kepada golongan remaja dan belia Melayu berusia antara 18 dan 25 tahun dan ianya diketuai oleh salah seorang EXCO Pemuda Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang akan dikenali sebagai Pengerusi Biro Putera Umno.

Menurut sumber Pemuda Umno memperjudikan nasib para remaja apabila memberikan teraju kepada seorang yang diragui kebersihan serta kedudukannya dalam masyarakat. Sumber itu berkata bagaimana seorang yang telah dituduh melakukan ugut dengan senjatapi di mahkamah (yang kesnya sedang berjalan di mahkamah) boleh diberikan amanah memimpin anak-anak remaja yang kononnya kelak akan menjadi galang-ganti pemimpin masa depan negara?

Malah menurut sumber itu lagi pemimpin ini mempunyai banyak lagi kes sivil yang sedang menanti di mahkamah berhubung perniagaan dan hutang. Dan anugerah Datuk yang beliau sandang juga turut dipertikaikan. Ini tidak termasuk akhlaknya yang suka berfoya-foya dan pernah terlibat dengan isteri orang.

Sejauh mana kebenaran makulmat ini masih dalam proses disahihkan namun menurut penyampai sumber, sesiapa yang mempertikaikannya bolehlah buat carian sendiri di mahkamah dan bertanya dengan sesiapa sahaja yang kenal rapat dengan pemimpin ini!

Kesimpulannya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda:

Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat (kehancuran) nya.(HR. Bukhari Muslim)

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 20.06.2005

 
Bapa Marina Tidak Layak Menganggotai FCI
06.22.05 (11:10 pm)   [edit]

Bekas Perdana Menteri Malaysia alias si gila talak, si bapa Marina tidak layak untuk menganggotai Jawatankuasa Kecemasan Untuk Iraq (FCI) bagi memantau proses pengadilan terhadap bekas pemimpin Iraq termasuk Saddam Hussein memandangkan reputasi dirinya sendiri buruk, teruk dan boleh dipertikai.

Pelantikan bapa Marina menganggotai jawatan itu bersama bekas Presiden Algeria, Ahmed Ben Bella, bekas Menteri Luar Peranchis, Rolan Dumas dan bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, Ramsey Clarke memalukan negara ini dan suatu pemilihan yang tidak tepat dan tidak menggunakan perimbangan akal yang panjang.

Bapa Marina sendiri sebelum menerima tawaran itu sepatutnya sedar dan insaf diri sendiri untuk menerima pelantikan itu. Dan negara ini khas Abdullah selaku Perdana Menteri seharusnya tidak mengiktiraf pelantikan itu untuk menjaga maruah negara.

Banyak sebab kenapa si gila talak itu tidak layak menganggotai jawatan kuasa berkenaan. Seseorang yang hendak menjadi pengadil atau hakim apa lagi dalam kes sebesar itu (melibatkan negara luar dan bekas seorang Presiden) seharusnya mempunyai maruah dan reputasi diri yang tinggi.

Seseorang itu juga tidak mesti tercalar dengan ha-hal perogolan undang-undang, campur tangan (interfere) di dalam keputusan hakim dan juga pendakwaan seseorang di negaranya sendiri.

Beliau juga hendaklah terdiri dari seorang yang menghormati kepada mahkamah, hakim dan juga seluruh sistem perundangan yang dibentuk oleh negaranya. Kalau seseorang itu merupakan anti kepada kesucian dan ketelusan undang-undang negaranya bagaimana dia boleh diharap untuk ikhlas dan telus dengan perundangan negara lain?

Rekod telah mencatatkan si gila talak itu telah terlibat dengan semua ‘jenayah perundangan’ di negaranya. Beliau telah mencabuli pendakwaan, penghukuman dan juga persaksian di dalam mahkamah. Malah lembaran sejarah hidupnya juga telah memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas kerana Salleh enggan menuruti kehendaknya.

Si gila talak itu adalah penjenayah undang-undang nombor wahid di negara ini malah di antara pembesar negara di rantau ini yang tidak segan silu menggunakan kuasanya untuk kepentingan dirinya.

Penahanan, pendakwaan dan penghukuman bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim jelas mempunyai campur tangan bapa Marina itu. Belum pernah berlaku dalam proses perundangan negara ini di mana seseorang suspek dimalukan demikian rupa.

Sebelum Anwar di bawa ke mahkamah, affidavit mengenai kesalahannya telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar utama negara ini. Inilah satu keganjilan dan keanehan dan juga kecelakaan besar yang berlaku di zaman bapa Marina menjadi PM negara ini selama 22 tahun. Tidak pernah berlaku affidavit seseorang suspek itu disiarkan sebelum ianya di bawah ke mahkamah.

Campur tangan dan perogolan ke atas institusi undang-undang bukan setakat itu sahaja, beliau juga turut terlibat dalam urusan soal siasat dan pendakwaan. Bapa Marina telah memilih seorang hakim yang bersedia mengikuti kehendaknya dalam membicara Anwar Ibrahim.

Persekongkolan Hakim ini jelas apa bila beliau (hakim) menolak dan tidak bersedia memenuhi permintaan OKT untuk memanggil bapa Marina ke mahkamah untuk disoal siasat oleh peguam Anwar? Kehadiran bapa Marina perlu kerana beliau adalah saksi utama di dalam sebahagian perbicaraan Anwar itu.

Penglibatan bapa Marina berterusan sampai kepada peringkat membuat keputusan – menjatuhkan hukuman. Walaupun beliau menafikan tidak membayangi keputusan hakim tetapi dunia semua mengetahui apa yang berlaku.

Urusan penghakiman ke atas Anwar baru bebas dan telus apabila Abdullah Badawi Al Hadhari menjadi Perdana Menteri. Hakim yang menghakimi Anwar tidak lagi dibayangi oleh kuasa prerogatif Perdana Menteri lantas itulah hakim memberi keputusan bagi membebaskan Anwar.

Dunia dan rakyat Malaysia yakin kalau pada 3 September 2004 itu bapa Marina masih lagi menjadi PM, hakim tidak akan membuat keputusan berpihak kepada Anwar. Keputusan tidak akan menjadi 2 – 1 membebaskan Anwar sebaliknya 2 – 1 menyalahkan Anwar. Mungkin kalau si gila talak itu masih menjadi PM sampai ke hari ini wira semua bangsa itu masih meringkuk di dalam penjara.

Rekod pengkhianatan dan campur tangan bapa Marina dalam proses undang-undang bukan sahaja dalam kes Anwar. Terdapat banyak lagi kes-kes perdana lain yang sangat jelas yang dipengaruhi oleh kuasa Perdana Menteri. Kes Rafidah Aziz adalah contoh paling klasik.

Penglibatan serius ini meletakkan bapa Marina seorang yang kotor dan jelek dan berlumuran najis (dari kaki hingga ke kepala) dalam proses undang-undang. Tidak pernah terbayang dan tidak berlaku seseorang yang sudah diproses untuk dihadapkan ke mahkamah tetapi ditarik balik?

Peguam Negara sudah pun menyiapkan kertas pertuduhan ke atas Rafidah berhubung rasuah melibatkan anak menantunya tetapi ia ditarik balik? Tidak ada sebab dan alasan dari sudut perundangan mengenai penarikan balik kes Rafidah itu, dan ini meletakkan kuasa membantah itu di tangan Perdana Menteri iaitu bapa Marina.

Apakah kertas pertuduhan itu tidak lengkap, dan kalau tidak lengkap maka ia sekali lagi menunjukkan kelemahan sistem undang-undang di mana Peguam Negara tidak tahu membuat melaksanakan kerjanya?

Berdasarkan penglibatan tidak bermoral bapa Marina di dalam pengadilan di negara ini sudah cukup membuktikan beliau bukan seorang yang putih terhadap undang-undang dan keadilan. Beliau munafik dalam memberi keadilan kepada manusia di negaranya sendiri.

Jadi bagaimana beliau boleh diharapkan untuk menjadi ‘hakim’ untuk mengadili kesalahan di peringkat dunia? Justeru pelantikan beliau oleh FCI itu meragukan dan perlu dipertikaikan. Apakah tidak mustahil si gila talak itu sendiri melobi agar dia dilantik ke situ?

Seperti mana akuinya pertemuan beliau dengan bekas Peguam Negara Amerika Syarikat di Amman itu dijadikan tapak untuk beliau melobi menduduki jawatankuasa itu dalam usaha membina imej dirinya yang telah dicap sebagai penjenayah undang-undang oleh rakyat negara ini. - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 21.06.2005

 
KAMU SEMUA HARUS TERUS SEMBAH PAKLAH DAJAI DAN UMNO SIAL
06.02.05 (11:51 pm)   [edit]

Petikan drp Forum Gerak Reformasi (FGR)




  • Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion.


  • Istana/Mahligai PM : RM200juta yang hanya mahu dihuni oleh dua orang tua.


  • Jet peribadi PM (Global Express): RM200juta. Pesawat TUDM terhempas tak apa, nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak mengapa, asalkan jangan wira dunia ketiga.


  • Panggung Negara: RM225juta.


  • Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion (kemudahan di sini tanpa sebarang halangan boleh digunakan untuk menghimpun rakyat bagi memuji pemimpin, tapi bila pembangkang ingin menyewanya ditolak dengan alasan nak repair).


  • Sukom: RM330juta. (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) Kenyataan dari Kementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 99) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00.


  • Replika keris gergasi, dipintu masuk kompleks sukan di Bukit Jalil: RM9 juta.


  • Projek Empangan Hidroelektrik Bakun: RM13.4 bilion


  • Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion.


  • Program Jaya MSN: RM160 juta.


  • Velodrom Cheras: RM9 juta.


  • KLIA, Sepang: RM10.5 bilion.


  • KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion


  • Litar Sepang F1: RM286 juta. Untuk menganjurkan perlumbaan, Malaysia terpaksa membayar RM76 juta. Hadiah dan kos perbelanjaan


  • RM182.4 juta. Petronas pula membelanjakan RM1.9 bilion untuk membolehkannya mempunyai pasukan pelumba sendiri. Saban tahun Malaysia kehilangan ribuan rakyatnya akibat kemalangan di jalanraya, tapi Tun Dr Mahathir pula seolah-olah menggalakkan rakyatnya berlumba...? Lumba dah tamat tonjol pula budaya barat, goncang botol arak!!!



  • Pelbagai projek lebuhraya bertingkat di Lembah Kelang


  • Projek Kota Terapung Di Johor Bharu.


  • Laluan Kedua (menghubungi Singapura) di Gelang Patah, Johor.


  • Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja. Jeti Parameswara di Bandar Hilir, Melaka berharga RM11.5 juta juga terbiar masih belum digunakan kerana kedudukan tak sesuai.


  • Projek "genius" Sanusi Junid; tanam padi atas bumbung. Projek bernilai RM200,000.00 hasilnya hanya 41 kg di bumbung seluas 97 meter persegi.


  • Projek Sanusi, Kompleks Jihad Basmi Kemiskinan berharga RM16 juta untuk sembelih binatang korban. Ia boleh memuatkan daging 1000 ekor lembu pada satu-satu masa. Tak ada lembu apa nak buat? Nak isi kerbau pendek tak boleh, akhirnya jadilah kompleks ini sebagai projek yang rugi kerana kepintaran MB Umno.


KERAjaan proksi yahudi memang suka membazir sedangkan ada rakyat yang tingal dalam reban ayam tapi pemimpin sebok dengan pojek mega!!!


Terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana membiarkan harga kereta dinaikkan iaitu barang keperluan rakyat.

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...