Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


KETAHUILAH, AHLI UMNO CERDIK SIKIT DARIPADA AYAM DAGING
05.23.05 (2:00 pm)   [edit]

Sebak dan pilu juga mendengar rintihan (bakal bekas MB) Kedah Syed Razak Syed Zain mengenai perlakuan ahli Umno Kedah terhadapnya yang sedang sakit kini. Kata Syed Razak kesetiaan ahli Umno kepadanya tiba-tiba berubah apabila mendengar spekulasi mengenai dirinya.

Beliau lantas menyifatkan mereka yang mengamalkan politik demikian sebagai berpolitik cari makan. Marah dan kesal betul nampaknya Tuan Syed kita itu.

Perubahan kesetiaan dan sokongan itu barang kali sangat mengejutkan beliau. Sebelum ini walaupun beliau tahu gejala itu tetapi belum pernah merasainya kerana belum dialami sendiri. Mungkin kerana itu jugalah penyakitnya menjadi-jadi. (sehingga dua kali diterbangkan ke Singapura).

Tetapi Tuan Syed bagi kita orang (pemerhati Umno) sedikit pun tidak rasa hairan dengan perubahan sikap orang Umno terhadap Tuan Syed itu. Sikap dan fe'el ahli Umno itu bukan sesuatu yang baru, tetapi itulah budaya ahli Umno sebenarnya.

Sejak dari dulu hingga kini dan selamanya begitulah sikap ahli Umno. Mana lagi ada ahli Umno yang setia kepada perjuangan di era pasca Merdeka ini. Atau yang setia dan taat kepada pemimpin mereka. Yang sanggup bergadai bergolok demi perjuangan, sudah tidak ada lagi. Semuanya masuk Umno kerana nak cari ‘makanan tumpah’ Tuan Syed, makanan tumpah!

Soal setia dan sayang pemimpin juga sudah sirna. Bagi ahli Umno yang dididik dengan kebendaan (kemajuan melampau) itu mereka akan sayang kepada pemimpin yang boleh menyuap mereka sahaja. Jadi yang sudah tidak boleh menyuap (ketar tangan misalnya), mereka akan nyahkan begitu sahaja.

Semuanya berjuang di dalam Umno untuk cari makan. Saya rasa Tuan Syed juga begitu. Kalau Tuan Syed tidak nak cari makan dalam Umno dan kerajaan buat apa lagi Tuan Syed tercatuk lagi di kerusi itu. Kaki sudah lemah, tangan sudah menggeletar macam mana Tuan Syed nak menjalankan kerja-kerja untuk membangunkan Kedah. Pergi ke pejabat pun terpaksa naik kereta sorong orang kena tolak, macam mana nak kerja?

Kenapa Tuan Syed tidak berundur, apakah alasan itu kerana nak teruskan perkhidmatan ataupun menambahkan makanan?

Sepatutnya Tuan Syed sedar dan insafkan diri dan tidak paksa diri bekerja lagi. Berilah laluan kepada pencari makan lain di dalam Umno yang masih banyak itu dan sangat tergila-gilakan jawatan itu untuk menambahkan hasil dan khazanah peribadi mereka.

Berbalik kepada perjuangan mencari makan di dalam Umno, ia bukan berlaku di Kedah sahaja. Gejala itu wujud di mana-mana sahaja. Di mana ada cawangan, bahagian dan negeri Umno di situlah wujudnya budaya itu. Di situlah berhimpunnya pencari makanan tumpah  di dalam Umno.

Sebab itulah kalau mereka (ahli Umno) masuk dalam Umno dan berjuang beberapa hari, termasuk yang mengangkat bendera pada sesuatu pilihan raya atau pakai baju T lambang BN / Umno jika tidak dapat habuan mereka akan tinggal perjuangan Umno. Mereka akan memaki hamun Umno dan mencari koloni (parti) lain pula bagi meneruskan kerja mencari makan itu.

Kerana trend begitu jugalah maka nilai dan matlamat perjuangan Umno sudah tidak bererti lagi. Hari ini mana ada lagi ahli Umno yang memperhitungkan nasib bangsa Melayu lagi. Mana lagi ada yang bercakap soal bahasa Melayu, budaya Melayu dan apa-apa hal mengenai Melayu. Semuanya galak bercakap fasal ekonomi dan pembangunan – maknanya soal makan dan minumlah tu.

Malahan kepentingan agama juga mereka lupakan begitu sahaja asalkan perut mereka buncit! Mereka akan tidak peduli apa lagi nak jadi kepada agama, janji perut mereka mengelembung dan dubur boleh mengeluarkan najis. Mereka tidak akan hiraukan apa-apa lagi.

Kebanyakan ahli Umno kini ada syarikat dari, serendah ahli sampai ke sebesar ahli. Yang besar ada syarikat korporat, (listed company) yang kecil pula setidak-tidaknya lesen kelas F baiki dan gali longkang.

Buatlah kajian ke atas ketua Pemuda Umno dan juga Ketua Bahagian, siapa yang tidak punya syarikat. Semuanya ada. Semua jadi kontraktor secara tiba-tiba walaupun tidak pernah kenal tukul dan pegang paku.

Kerana sikap inilah juga menyebabkan banyak bangunan runtuh atau retak. Beratus juta wang rakyat hangus gara-gara mereka. Keadaan ini ditambahburukkan lagi dengan budaya rasuah di dalam Umno. Projek berharga RM1 juta dimake-up sampai RM2 juta. Kerana nak untung banyak maka pembinaan pun tidak mengikut spek (ukuran/syarat) yang ditetapkan.

Kesetiaan dan tanggungjawab sudah tidak ada di dalam Umno. Ia bukan lagi menjadi sesuatu yang dititik beratkan. Bersetia, Bersatu dan Berkhidmat itu hanya tinggal menjadi slogan tahi itik sahaja. Jadi jangan haraplah dalam keadaan tubuh sudah lemah longlai, mata sudah kelabu Tuan Syed mengharapkan akan ada sang setia kepada Tuan Syed. Ada yang pergi jenguk Tuan Syed di hospital (untuk tengok tenat ke tidak pun) sudah mujur, duhai Tuan Syed.

Ahli Umno hari ini memilih pemimpin bukan berdasarkan kewibawaan dan merit seseorang. Soal bijak, berwawasan, apa lagi jujur ikhlas tidak menjadi perhitungan lagi. Yang mereka pentingkan ialah seseorang itu dapat memberi sesuatu kepada mereka. Memberi upah sesen dua.

Kalau seseorang itu dapat berikan sesuap nasi, mereka akan dokong dan puja melangit biru. Mereka tidak akan hirau apakah setinggi dan serendah mana moral orang itu, atau pun apakah dia seorang penjenayah atau penyangak, janji boleh tolongnya akan disokong.

Begitulah kayu pengukur yang digunakan oleh ahli Umno terhadap pemimpin mereka.

Jadi kesimpulannya Tuan  Syed tak usahlah bersedih dan berdukacita dan berlara nestapa dengan fe’el dan perangai orang-orang Umno. Sudah begitu rasminya ahli-ahli parti yang dibesarkan dengan material dan bukan semangat perjuangan tulen itu.

Untuk pengetahuan Tuan Syed orang Umno persis ayam daging sahaja. Apa yang mereka tahu hanya mengunyah dan mengunyah, mereka sedikit pun tidak menyedari masa pisau akan sampai ke lehernya. Asal boleh makan mereka tidak akan pedulikan apa-apa lagi hatta nyawa dan masa depan mereka.

Tegasnya mereka (ahli Umno) cerdik sedikit dari ayam daging kerana mereka boleh bersanggama, sedangkan ayam daging tidak boleh ‘bergituan’ lagi kerana sudah dikasi dengan kebendaan, itu sahaja. - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 21.05.2005

 
HISHAMUDDIN TAK DAPAT MENILAI ANTARA KACA DAN PERMATA
05.23.05 (1:57 pm)   [edit]

Keutamaan dalam bertindak hendaklah berlandaskan kepada fakta dan bukti serta dapat dilihat dengan jelas duduk perkara sesuatu permasalahan tersebut. Amat menghairankan apabila kantin kotor nak panggil BPR tetapi projek menyediakan komputer ke Sekolah yang bernilai jutaan ringgit masih membisu diam membatu. Berikut di perlihatkan petikan kedua dua berita yang berkenaan seperti berikut:



Kantin kotor: BPR mungkin siasat
Oleh: NOR AZIAH JAAFAR


KEPALA BATAS 21 Mei - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk memanggil Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pemberian tender kantin di sekolah-sekolah sehingga menimbulkan masalah premis yang kotor.

Serentak itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ambrin Buang supaya memaklumkan kepada orang ramai dengan telus cara pemberian kontrak tersebut untuk mereka membuat penilaian.

Menurutnya, sama seperti isu disiplin dan keselamatan murid-murid, pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam isu kebersihan kantin kerana tidak mahu masalah kesihatan menjadi penghalang kepada usaha kerajaan untuk memperkasakan sekolah-sekolah di negara ini.

"Pihak kementerian tidak mahu pemberian tender kepada pengusaha kantin disalahgunakan sehingga soal makan minum murid-murid diabaikan serta menimbulkan kebimbangan dari segi kesihatan mereka.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk memikirkan kaedah yang terbaik secara telus agar orang ramai yakin dengan sistem kita dan jika sekiranya ada penyelewengan saya juga tidak teragak-agak untuk memanggil pihak berkuasa termasuk BPR untuk datang siasat,'' katanya.

Kontraktor rakus jejas pembelajaran
Oleh Noor Azam Abd Aziz
azam@hmetro.com.my


KECEWA dan sedih. Itulah perasaan yang dikongsi warga pendidik serta masyarakat apabila menyaksikan usaha kerajaan menyediakan infrastruktur terbaik untuk sekolah berkubur di tengah jalan berikutan kegagalan kontraktor terbabit.

Nampaknya, kemelut pembinaan makmal komputer di sekolah yang tidak lama dulu dipaparkan dalam media massa belum selesai sepenuhnya berikutan ada lagi yang belum dibaik pulih atau diperbaiki.

Paparan media massa berhubung kegagalan menyiapkan projek makmal komputer sekolah, penambahan bangunan sekolah serta jalan di beberapa negeri sebelum ini memperlihatkan betapa usaha murni kerajaan itu tergendala dan pelajar menerima padahnya.

Masalah berkenaan wajar dijadikan perhatian umum kerana ia membabitkan jutaan ringgit wang rakyat dalam menyediakan kemudahan terbaik untuk dunia pendidikan negara.

Keluh kesah masyarakat yang menyaksikan kegagalan projek murni kerajaan itu menjelaskan betapa mereka prihatin dan meletakkan harapan tinggi supaya ia disempurnakan demi masa depan anak-anak.

Mereka wajar marah, kecewa dan meluahkan perasaan berkenaan kerana harapan hanya tinggal harapan dan apa dijanjikan hanyalah tong kosong yang tidak bermakna.

Bahangnya begitu dirasai warga pendidik dan masyarakat luar bandar yang begitu dahagakan kemudahan di sekolah.

Masalah yang begitu ketara serta mendapat liputan meluas ialah isu kegagalan projek pembinaan makmal komputer sekolah pada 2004.

Dengan peluang pendidikan teknologi maklumat terhad di kawasan desa kerana masalah kewangan dan latar belakang keluarga, makmal komputer serba lengkap sudah pasti hadiah bernilai buat anak-anak itu supaya tidak tercicir.

Kemelut berhubung projek makmal komputer ini dibongkar apabila bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin mendedahkan hanya 50 peratus makmal komputer dirancang siap pada akhir 2001, selesai dibina setakat Julai 2003.

Berdasarkan laporan didedahkan media pada 2004 mendapati 533 makmal komputer sekolah di seluruh negara tidak boleh digunakan dan ini sungguh mengecewakan.

Hasil tinjauan mendapati kemudahan berkenaan belum siap sepenuhnya, sedang diperbaiki akibat kerosakan selepas pembinaan dan tiada kelengkapan seperti dijanjikan.


Beginilah keadaannya apabila gagal menilai antara kaca dengan permata. Walaupun kilauan permata bersinar namun yang nampak kaca sahaja. Apakah mereka sengaja membutakan mata mereka atau mereka sebenar nya pelakon semata, tiada mengenal kepentingan rakyat tetapi hanya slogan di bibir sahaja. Musim pemilihan ini maka berdegar-degar mereka berkokok tetapi ekor berlumuran taik. Hanya mereka yang tidak mengambil berat akan masa depan agama, nasib anak bangsa sahaja terus alpa dibuai kokokan kosong sijalak menantikan hari berakhirnya mereka. Sama ada digulaikan akhirnya atau disimpan sebagai Sijalak yang tidak diendahkan lagi


Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 22.05.2005

 
Ilmu Hisab Darjah Satu
05.09.05 (5:49 pm)   [edit]

TKT Mahadey berceloteh mengenai kenaikan harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di Malaysia.
 
Sayang seribu kali sayang, begitulah pemikiran seorang pemimpin bangang, ilmu hisab darjah satu pun masih tak paham-paham. Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang kita buta ilmu hisab.
 
Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter orang Britain (British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair comparison).
 
Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81) seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48 seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang lebih tinggi?
 
Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang makanan lagi. Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa M50??? Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas kerja 6 bulan. Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam…….
 
Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.
 
Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada ayam.


Dr. Ekonomi - 07.05.2005

 
Awas: KWSP Mahu Diliwat
05.07.05 (1:50 pm)   [edit]

Belum habis kekecohan isu Tabung PPTPN mahu meminjam wang dari KWSP bagi membiaya pinjaman pelajaran anak-anak, kerajaan Negeri Sembilan menambah kejutan umpama gempa bumi Sumatera 28 Mac lalu, yang mahu pula meminjam RM250 juta dari KWSP bagi melunaskan hutangnya yang tertonggek kepada peneroka FELDA Sendayan Negeri Sembilan.


Apa yang menarik kedua-pihak tadi begitu beria-ia dan bersungguh-sungguh menabur janji manis untuk membayar kembali pinjaman yang dibuat. Kerajaan Negeri Sembilan maju selangkah ke hadapan apabila MB Mohamad membuat kejutan seperti gegaran pada 26 Disember yang menghasilkan tsunami dengan mengatakan kununnya KWSP akan memperolehi untung yang jauh lebih besar sehingga RM48 juta jika permohonan kerajaan pimpinannya diluluskan. Beliau membandingkan dengan perolehan yang ciput sahaja sekiranya KWSP menyimpan wang pekerja itu sebagai simpanan tetap di Bank Negara. Wow……..!

Boleh percaya ker?

Kebimbangan dan kekhuatiran kita bukan tidak berasas. Memang sudah menjadi tradisi kerajaan UmnoBn menggunakan apa sahaja alasan bagi mewajarkan matlamat mereka. Apa sangatlah dengan janji lidah yang tidak bertulang si Mohamad tu! Kalau kantul, beliau akan cepat sahaja mencuci tangan sambil meletakkan jawatan. Tinggalkan sahaja taik itu untuk MB berikutnya bersihkan. Itulah sebenarnya yang Muhamad ini sedang lakukan. Masalah peneroka FELDA Sendayan itu telah berlaku di zaman MB lalu TS Isa Samad @ Doraemon.

Jika mahu dikorek, setiap kerajaan negeri dalam Negara kita telah pun gagal ataupun culas dalam membayar hutang kepada kerajaan pusat. Ada yang berbilion Ringgit seperti Kedah dan Pahang. Kerajaan Kelantan yang berjimat telah berjaya mengurangkan hutang yang dibuat kerajaan BN dahulu, sehingga menyukarkan ia melaksanakan projek yang berfaedah kepada rakyat. Begitu juga dengan kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS dahulu. Akan tetapi kerajaan negeri di bawah UmnoBn memang cekap dalam membazir serta mengeringkan wang negeri.

Lihat sahaja kepada projek Muzium Padi Gunung Keriang Kedah. Begitu juga dengan Pusat Penyembelihan Desa Pahlawan serta Safari Park di Kuala Nerang. Itu hanya sebahagian sahaja, tetapi ia telah menyumbang kepada penggundalan hutang negeri yang sudah melebihi RM 1 Billion itu dengan penghasilan negeri yang kecil sahaja. Mungkinkah kerana itu DS Syed Razak jatuh sakit sehingga dinasihatkan berehat oleh doktor yang merawat?

Negeri Sembilan juga tidak kurang ceritanya, lantaran masalah yang bertimbun hasil sekongkolan MB dan cukong (towkey Cina) yang mengelilinginya. Sebenarnya ini jugalah asas kepada banyak kerosakan ekonomi yang terjadi dalam Negara kita sejak Tun Kepala Taik Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu. Untuk meredakan keadaan TS Doraemon telah pun dipindahkan ke Kerajaan Pusat dengan segala masalah dihempapkan ke atas kepala MB baru.

Ada pun budaya memiskinkan tabungan negara adalah misi berjaya yang telah dilakukan oleh kerajaan di bawah TKT Dr Mahathir dengan dilindungi segala asap perabun pembangunan serta projek pengiktirafan dunia yang seterusnya didendang oleh media. Sekadar untuk halwa telinga dan menjamu mata sahaja. Dengannya juga harta negara milik rakyat disedut dengan rakus sehingga menjadikan negara di pinggir kemuflisan dengan sebahagian besar pemimpin dan akomplisnya menjadi jutawan segera. Apakah maknanya sijil serta bon yang dikeluarkan jika bukan kerana negara tidak berwang?! Ini juga dapat menjelaskan kenapa untuk 9 tahun lalu Bajet negara sentiasa sahaja negatif! Atau kita boleh terima sahaja sebagai penanda aras seperti dakwa mereka?

Rakyat sebenarnya tidak lagi terpesona kepada segala pergerakan Bursa Kuala Lumpur mahupun cerita tentang Rizab Negara yang sentiasa sahaja memantul dengan cantik! Bagi mereka yang arif tentang ekonomi dan pergerakan wang ‘M1M2M3’ tentu sahaja membungkam melihat penjawat awam memperbodohkan rakyat awam seenaknya. Hakikatnya negara memang sudah tidak mempunyai cukup aliran tunai.

Menurut satu cerita Dato Mustapha Muhammad sendiri mengaku secara berahsia akan keringnya dana dalam negara. Sehinggakan beliau terpaksa buat ‘dek’ sahaja tatkala diorat oleh Shahidan Kassim dan Pak Syed Razak yang meminta bantuan kewangan dalam satu lawatan ke Negara Gajah Putih tidak berapa lama dahulu.

Dengan penuh kesenian ‘khianat’ TKT Mahathir telah melakukan pelbagai helah dalam menyedut wang rakyat khususnya ketika berlakunya kejatuhan ekonomi dalam tahun 1998. Dengannya juga DS Anwar telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang telah pun diatur dek kerana beliau enggan memenuhi kehendak Tun Kepala Taik itu dalam menyelamatkan bisnes anaknya.
 
Atas prinsip glamour pelbagai projek gajah putih dibina. Keperluan bukan lagi ukuran dalam pembangunan Negara. Terjadilah pertindihan bangunan yang mempunyai fungsi sama. KLCC dibangunkan sedangkan Menara KL atau bukit sekeliling Lembah Kelang sudah cukup untuk menaikkan antenna telekomunikasi yang besar. KLIA dibina sedangkan Lapangan Terbang Subang masih baik dan cuma perlu diperbesarkan sahaja. Dalam alpa rakyat sudah kerugian berbilion Ringgit dengan harga pembangunan itu yang telah dinaikkan dari harga sebenar. Lantas kebajikan mereka dilupakan atau lebih dahsyatnya memang dirancang menjadi begitu.


Semasa pertelingkahan memuncak antara Mahathir TKT dengan Anwar yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu, Perbendaharaan mahu diliwat supaya membayar harga tinggi bagi syarikat perkapalan anak Mahathir yang tidak bernilai dan berdaya maju.

Petronas yang merupakan lembu tenusu sebaik TKT mendapat kuasa dari Allahyarham Hussein Onn, menjadi muflis secara teknikalnya dengan hutang yang menggunung. Malah ia dipaksa menjadi Pak Sanggup menyelamatkan beberapa syarikat serta Bank Bumiputra yang akhirnya telah ditelan oleh ular lidi milik Daim Zainudin seorang penyimpan rahsia TKT Mahathir.

Sebaik saja kempis susu Lembu Petronas, satu-satunya Tabung Dana yang unggul untuk digomoli ialah KWSP! Makanya semua mata memandang ke arah KWSP untuk disembelih atau sekurang-kurangnya menyedut sesuatu darinya. Kita belum pun melupai bagaimana pencarum telah ditipu bontang dengan skim pembelian Komputer dengan mengeluarkan wang caruman yang memperkayakan golongan terapat pemerintah. Kini mereka kembali lagi dengan ide bernas yang menggelikan hati.
 
…….Harga minyak naik lagi! Alahai.


Dr. Nologareng- 06.05.2005

 
ASTORA JABAT MENYENARAIKAN ULAMA YANG TELAH MENGKAPIRKAN ULAMA YANG LAIN
05.02.05 (4:30 pm)   [edit]

Astora Jabat merasakan dirinya seolah olah tergolong dalam kumpulan ulama yang dikafirkan oleh ulama terkenal dunia Islam. Maka dengan itu beliau telah menyenaraikan nama-nama ulama yang telah mengkafirkan ulama lainnya, mungkin termasuk dirinya seperti berikut:



1. Imam al-Ghazali, mengkafirkan mereka dan mengkafirkan puak mereka di kalangan ahli falsafah Muslim seperti Ibn Sina, al-Farabi dan lain-lain (kurun ke 11)
2. Ibn Taimiah mengkafirkan mereka dan mengkafirkan puak mereka di kalangan ahli falsafah Muslim seperti Ibn Sina, al-Farabi dan lain-lain (Kurun ke 13)
3. Tok Guru Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan terlibat dalam mengkafirkan UMNO pada tahun 1959
4. Tok Guru Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut pada tahun 1979 mengkafirkan ahli UMNO
5. Tok Wali Pak Cu Hassan dari Pasir Mas mengeluarkan fatwa pada tahun 1981 menghukum penyokong BN sebagai kafir
6. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO ketika berceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 17 April 1981
7. Cara mereka menghukum UMNO dan kerajaan sebagai kafir secara tidak langsung ialah seperti mengecapnya sebagai sekular. Kemudian mereka pula memberi erti sekular itu kafir seperti dilakukan oleh Datuk Haron Din dalam ceramahnya semasa berkempen pilihan raya umum tahun 1999.


Kita akan melihat dari mana agaknya Astora Jabat ini membuat rujukan. Sekarang kita Lihat dengan siapa yang beliau rujuk:




  • Semua maklumat mengenai para cerdik pandai agama dan ulama Pas yang terlibat dalam mengkafirkan orang Muslim itu diambil dari koleksi bahan bukti berupa buku, risalah, keratan akhbar, kaset dan video yang dikumpulkan oleh Datuk Safei Daud.


  • Berdasarkan bahan bukti yang dikumpul oleh Safei Daud para cerdik pandai agama dan ulama Pas juga mengkafirkan UMNO secara kolektif (al-jamai). Ini seperti dilakukan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan pada tahun 1963. Dewan Ulama Pas berkenaan telah mengeluarkan fatwa menghukumkan orang Muslim yang bekerjasama dengan orang bukan Muslim sebagai kafir atau haram. Fatwa tersebut berbunyi: ``Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.''


  • Pada tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekali lagi membangkitkan hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah.

  • Ulama besar siapakah dia ini Datuk Safei Daud kita kurang arif, Astora Jabat tidak pun menerangkan kepada kita siapa dia Safei Daud itu. Kalau tidak ulama amat besar, masakan dia bandingkan dengan Imam Al Ghazali dan ibn Thaimiah.. Tetapi kalau yang di maksudkan Datuk Safei Daud itu orang UMNO…… elok sangatlah Astora Jabat membuat rujukan….Bukannya apa bak kata orang tua tua 2 X 5, 5 X 2 sahaja. Bukan kah lebih elok kalau astora jabat menerangkan tentang penulisannya ini secara tertutup sahaja di kalangan mereka. Tak kan tak ambil sedikit pun pengajaran seperti mana berita yang disiarkan dalam akhbar yang sama dan hari yang sama seperti berikut:



    Exco, pegawai terima kunci rumah pada majlis tertutup
    SHAH ALAM 30 April - Majlis penyerahan kunci rumah di Seksyen 7 di sini kepada anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri diadakan secara tertutup di perkarangan kawasan perumahan itu hari ini.


    Pembinaan 10 buah banglo dan sebuah rumah kelab yang dilengkapi kolam renang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana kos pembinaannya yang didakwa terlalu tinggi sehingga mencecah RM40 juta.

    Ekoran kontroversi itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah membuat penjelasan bahawa kos sebenar pembinaan kompleks perumahan itu bukan RM40 juta tetapi hanya RM21 juta.

    Pihak media yang hendak membuat liputan majlis penyerahan kunci itu hari ini bagaimanapun dihalang daripada memasuki perkarangan kawasan perumahan itu oleh pihak pengawal keselamatan.

    Pengawal keselamatan di pintu masuk kompleks itu berkata mereka hanya melaksanakan arahan untuk tidak membenarkan pihak media masuk.

    Antara anggota exco kerajaan negeri yang dilihat hadir ialah Datuk Abdul Fatah Iskandar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad dan Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin.

    Difahamkan, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Seri Onn Ismail dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datin Paduka Badariah Hassan ialah antara yang turut menerima kunci rumah masing-masing.

    Seripah Noli ketika dihubungi berkata beliau telah menerima kunci rumah itu hari ini dan kediaman itu boleh diduduki mulai esok. - Bernama


    Akhirnya, kalau mahu mengajak orang ramai kepada kebenaran, berpandukan lah kepada wahyu dan hadith Rasulallah dan bukannya akal fikiran Manusia yang amat sempit dan bodoh ini. Ilmu tanpa guru menyesatkan oleh bergurulah kepada yang adil dan hak. Jangan sesekali berguru kepada yang suka tidak berkata benar atau bercakap bohong atau menulis bohong nantinya kamu dilempar ke dalam api neraka yang amat pedih.


    Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

    Pak Ngah - 01.05.2005

     
    Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...