 Blog For Free!
Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH MAHATHIR? |
| 04.30.05 (10:26 pm) [edit] |
Melihat kepada berita yang di siarkan berhubung dengan pertemuan Dr Mahathir dan Lee Kuan Yew sememangnya mengundang persoalan. Apa tidaknya? Lee Kuan Yew adalah Menteri Mentor Singapura dengan maksud ada kuasa dalam pemerintahan Singapura.
Yang menimbulkan persoalannya kenapa seorang yang bertaraf Menteri Mentor berjumpa seorang yang telah mengundurkan diri dan tidak akan menghalang atau mengganggu apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.
Berbagai persoalan besar yang melibatkan kenegaraan yang ditimbulkan seperti berikut:
Segelintir umat Islam di negara ini yang kurang arif mengenai Islam dan boleh dikuasai oleh pihak yang berpura-pura berpegang kepada Islam.
Sama ada Malaysia akan dikuasai oleh kumpulan pelampau Islam dan kemungkinan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali dalam kerajaan.
Menyentuh mengenai hubungan dua hala Malaysia-Singapura sekarang, Dr. Mahathir cuma memberikan komen ringkas iaitu ia nampak sangat baik.
Dr. Mahathir berkata, beliau dan Kuan Yew tidak berbincang mengenai hubungan dua hala antara kerajaan sekarang atau sebarang isu berbangkit.
Persoalan berhubung segelintir yang kurang arif dan dapat dipergunakan oleh pihak yang berpura-pura berpegang kepada Islam ini sebenarnya ditujukan kepada siapa, Parti PAS atau UMNO sendiri? Pada pandangan umum, apa yang nampak jelas adalah pengamalan Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan UMNO itu sendiri mempergunakan Islam untuk mencapai objektif politik berdasarkan kegagalan Kerajaan Islam Hadhari sendiri menghalang kerja-kerja mungkar dan menyeru kepada kerja-kerja amal. Bak kata orang tua-tua, sudah terang lagi bersuluh. Tak payah diulangkan lagi dan cukuplah diperingatkan tentang kejadian serbuan JAWI ke ZOUK tempoh hari dan adanya di kalangan Menteri-menteri mereka yang menyokong dilupuskan Undang-undang Syariah melalui mahkamah. Ianya dikatakan berhubung hak asasi manusia.
Berhubung dengan penguasaan pelampau Islam dan kembalinya DSAI merupakan satu agenda besar. Ianya adalah menentukan masa depan negara dan hubungannya di peringkat Asia Tenggara, Asia, dan dunia keseluruhannya. Apa agenda terselindung dan tersembunyi yang ingin dilaksanakan? Apakah selepas ini mereka ingin pula mengaitkan DSAI dengan Pelampau Islam? Sekira ianya di antara objektif mereka, jelas ketakutan mereka di atas kebangkitan dan pembaharuan serta pengembangan minda yang dibawa oleh DSAI amat menggerunkan mereka.
Bila dinyatakan hubungan dua hala Malaysia Singapura nampak amat baik menjelaskan lagi banyak yang tersirat di kalbunya. Apabila seseorang mengatakan nampak baik bermaksud ianya melindungi pendiriannya. Ia meletakkan perkataan “nampak” bagi melindungi keadaan sebenar. Ianya juga bermaksud banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menjadikan hubungan dua hala tersebut menjadi amat baik.
Apabila ditanya sama ada mereka membincangkan hubungan dua hala, sepatutnya lah Tun Dr. Mahathir seperti mana yang telah dinyatakan oleh beliau. Sekiranya beliau menyatakan berbincang berhubung hubungan dua hala, apakah kedudukan beliau untuk berbuat demikian. Tetapi persoalan yang timbul di sini kenapa seorang Menteri Mentor bagi sebuah negara mengadakan perbincangan dengan orang yang telah mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan? Kenapa tidak terus sahaja dengan Perdana Menteri semasa. Pertemuan dengan bekas Perdana Menteri perlu lebih kepada urusan peribadi dan tak perlu mengulas apa jua berhubung dengan urusan negara kerana ianya akan memberikan impak kepada urusan kenegaraan. ATAU apakah Mantan PM ini masih mengekalkan kuasa de facto.
Berikut adalah petikan berita tersebut:
Malaysia tidak jadi negara Islam ekstrem PUTRAJAYA 27 April - Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam yang ekstrem seperti yang dianggap oleh kebanyakan negara asing kerana umat Islam di negara ini berfikiran lebih rasional, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang sering dilemparkan oleh negara asing terutamanya di kebanyakan negara Eropah bahawa kumpulan pelampau Islam di sini akan menguasai semua.
"Memang terdapat segelintir umat Islam di negara ini yang kurang arif mengenai Islam dan boleh dikuasai oleh pihak yang berpura-pura berpegang kepada Islam.
"Bagaimanapun, majoriti umat Islam di sini mengetahui dengan jelas apa itu Islam dan tidak mudah untuk dipesong atau dipengaruhi,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hampir sejam bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Kuan Yew yang merupakan Menteri Mentor Singapura itu tiba kira-kira pukul 2.40 petang.
Dalam pertemuan tersebut, Kuan Yew menanyakan sama ada Malaysia akan dikuasai oleh kumpulan pelampau Islam dan kemungkinan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali dalam kerajaan.
"Memang banyak negara luar yang ingin mengetahui mengenai kedudukan Malaysia dalam perkara ini tetapi saya berpendapat kita tidak akan menjadi negara Islam yang ekstrem,'' katanya.
Mengenai kemungkinan Anwar kembali, Dr. Mahathir berkata: "Saya fikir dia masih ada kapasiti untuk menimbulkan masalah jika dia kembali tetapi saya ragu-ragu sama ada Anwar dapat mencari laluannya.''
Kuan Yew turut menanyakan penilaian Dr. Mahathir mengenai pencapaian Malaysia dan kepimpinan baru selepas 18 bulan beliau mengundur diri sebagai pemimpin negara.
Dr. Mahathir berkata: "Saya telah meminta maaf kepada beliau bahawa saya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.
"Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya telah berjanji pada diri sendiri iaitu selepas mengundurkan diri saya tidak menghalang atau mengganggu apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.''
Ditanya mengenai perasaan beliau dikunjungi oleh rakan sejawatnya itu dulu, Dr. Mahathir berkata, beliau sangat gembira melihat Kuan Yew sihat dan berminat untuk mengetahui mengenai banyak perkara.
Menyentuh mengenai hubungan dua hala Malaysia-Singapura sekarang, Dr. Mahathir cuma memberikan komen ringkas iaitu ia nampak sangat baik.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, beliau dan Kuan Yew tidak berbincang mengenai hubungan dua hala antara kerajaan sekarang atau sebarang isu berbangkit.
Apakah ada sesuatu di sebalik kehadiran Lee Kuan Yew menemui Tun Dr Mahathir akan terjawab dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 30.04.2005
|
|
|
| |
| DR MAHATHIR: ANWAR DAN GOLONGAN ISLAMIS AKAN GAGAL |
| 04.29.05 (1:46 pm) [edit] |
Setelah lama tidak bersua maka semalam dipertemukan dua bekas pemimpin autokrat Asia Tenggara iaitu Dr Mahathir dan Harry Lee Kuan Yew. Kuan Yew yang dalam kunjungan rasmi ke Malaysia sempat berjumpa dan beramah-mesra dengan bekas rakan sejawatnnya itu di Putrajaya.
SAHABAT KARIB HARRY LEE DAN CHE DET (gambar)
Sepanjang menjadi PM di Singapura dari tahun 1959 hingga 1990 Kuan Yew dikenali sebagai pemimpin yang telah membawa kemajuan yang pesat di Negara pulau tersebut. Tetapi Kuan Yew juga hebat dalam aspek yang lain. Di bawah beliau Singapura tidak mengenali apa itu hak asasi kecuali apa yang diizinkan Kuan Yew. Demi mengejar kemajuan beliau telah menginjak-injak dan menyepak-terajang sebarang suara yang menentang kehendak beliau. Akibatnya suara pembangkang luluh dan pupus. Penentang dipenjarakan tanpa bicara (Said Zahari bekas wartawan Utusan merengkok selama 17 tahun ditahan tanpa bicara oleh Kuan Yew) ataupun dibangkrapkan melalui pelbagai bentuk saman malu dan sebagainya. Badan kehakiman, polis dan lain-lain berada di bawah telunjuk beliau. Demikianlah hebatnya Kuan Yew.
Tak kuranglah juga dengan Mahathir. Pembangunan fizikal hebat ketika beliau menjadi PM. Turut hebat juga adalah tindakannya terhadap para penentangnya. ISA digunakan terhadap sesiapa sahaja yang beliau pandang bermasalah. Bukan sekadar penentang politik, Ketua Hakim dan Hakim-hakim kanan habis dipecat dan dibicarakan di zaman Mahathir. Mahathir akan dikenali sebagai PM yang mempunyai 4 TPM, bertukar ganti bukan kerana meninggal dunia, tetapi sama ada meletak jawatan (protes) ataupun dipecat sendiri oleh beliau. Islam dipacu mengikut pemahaman beliau. Bermakna berbanding dengan Kuan Yew beliau juga tidak kurang hebatnya dalam hal-hal tertentu jauh mengatasi Kuan Yew.
Lalu beramah-mesralah kedua pemimpin di hujung senja ini, bergembira, bergelak ketawa bertukar-tukar pengalaman terhadap apa yang telah bersama mereka lalui.
Kata Mahathir, Kuan Yew bertanya tentang Anwar Ibrahim, adakah mempunyai harapan kembali ke arus perdana politik tanahair. Jawab Mahathir:
I think he still has the capacity to cause trouble if he comes back but I doubt whether he can make any headway.
Saya rasa beliau mampu mencetuskan masalah bila kembali nanti tetapi saya tidak yakin beliau akan berjaya.
Kuan Yew juga bertanya adakah Malaysia akan diperintah oleh golongan ISLAMIS, jawab beliau:
My view is that I don't think so. The Malay Muslims are very rational people. There are some who are not that knowledgeable about Islam and who can be misled, but the majority know what Islam is all about and they cannot be easily misled by people who pretend to be Islamists.
Pada pandangan saya tidak mungkin. Masyarakat Melayu Islam adalah golongan yang rasional. Mungkin ada kalangan mereka yang tidak mengerti darihal Islam yang mungkin terpedaya, namun majoriti mereka tahu apa itu Islam dan tidak akan mudah disesatkan oleh mereka yang berpura-pura memperjuangkan Islam.
Tak tahulah sama ada Kuan Yew dapat menerima komen dan pandangan Mahathir itu atau sekadar mentertawakannya dalam hati. Yang pasti Mahathir masih menaruh dendam terhadap Anwar dan golongan Islam yang mahu kembali kepada kebenaran. Bermakna walaupun sudah tiada bertaring lagi Mahathir dan Kuan Yew masih tetap dengan pendirian dan pandangan mereka semasa muda dulu.
Kesimpulannya, sama ada Anwar akan berjaya ataupun tidak maka terpulanglah kepada rakyat, dalam hal ini Mahathir sudah TIDAK RELEVAN lagi (meminjam istilah popular Augustine Paul). Manakala dalam soal masa depan Islam, Allah telah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang bertaqwa dan istiqomah samada Mahahtir akan hidup menyaksikannya ataupun tidak wallahualam.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 29.04.2005
|
|
|
| |
| DATUK SERI NAJIB ATAU GENERAL ENDRIARTO SUTARTO YANG TIDAK BERCAKAP BENAR |
| 04.28.05 (3:54 pm) [edit] |
Siapakah yang sebenarnya berbohong di dalam hal ini. Kenyataan dipetik dari Utusan Malaysia dan yang satu lagi dipetik dari AFP.
Persoalannya di sini, bagaimana boleh berlakunya percanggahan ini? Apakah dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu akan membolehkan rakyat Malaysia merasakan satu kesefahaman telah dicapai sebaliknya bukan seperti mana yang dilaporkan oleh pihak media Indonesia.
Apa pun yang telah dinyatakan, implikasi dari kenyataan DS Najib memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia yang satu persetujuan telah dicapai. Apabila dinafikan oleh pihak berwajib dari Indonesia apakah statusnya kenyataan TPM tersebut? Di manakah kepercayaan yang kita harus letakkan kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TPM tersebut. Sama-sama kita lihat kedua dua kenyataan tersebut:
Malaysia amal prinsip ASEAN selesai pertikaian di Sulawesi SHAH ALAM 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penempatan aset ketenteraan bukan faktor yang akan menentukan kedaulatan di kawasan perairan Sulawesi yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, atas dasar tersebut, Malaysia tiada sebarang masalah bagi menempatkan hanya sebuah kapal ronda di kawasan tersebut.
Katanya, Malaysia juga berpegang teguh kepada prinsip ASEAN iaitu untuk tidak menggunakan kuasa ketenteraan dalam menguatkuasakan sebarang tuntutan dari negara ini terhadap rakan-rakan ASEAN lain.
Jelas beliau, kerajaan percaya tuntutan ke atas kawasan yang sama itu boleh diselesaikan dengan bijaksana secara rundingan walaupun akhirnya, perkara itu terpaksa dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau badan antarabangsa yang lain untuk menentukan keputusan muktamad.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, memandangkan persefahaman telah dicapai oleh kedua-dua negara untuk mengurangkan jumlah kapal ronda di perairan itu kepada sebuah kapal sahaja, maka Malaysia akan mematuhinya dan akan mengundurkan kapal-kapal yang lain secepat mungkin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga dan pelancaran laman web Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP), di sini hari ini.
Beliau mengulas persetujuan yang dicapai oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Mohd. Anwar Mohd. Nor dengan Panglima Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL), Laksamana Madya Slamet Subidyanto di Batam, baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua panglima itu bersetuju untuk mengurangkan bilangan kapal ronda di perairan Sulawesi kepada sebuah sahaja dalam usaha mewujudkan suasana reda di kawasan yang menjadi pertikaian itu.
"Kita setuju untuk menguatkuasakan persefahaman ini dengan kadar yang segera. Tidak ada masalah bagi kita untuk membuat pengubahsuaian (pengurangan) kerana jumlah kapal atau penempatan aset tentera tidak merupakan kriteria dari segi hak milik pada akhirnya.
Indonesia denies deal with Malaysia over warships in disputed sea Monday, April 25 @ 18:19:09 MYT
JAKARTA, April 25 - The head of Indonesia's armed forces on Monday said he had no knowledge of an agreement with Malaysia to limit their naval presence in a disputed maritime area to a single warship each.
General Endriartono Sutarto said he had received no confirmation of claims by Malaysian Deputy Prime Minister Najib Razak that the two sides have agreed to scale back their fleets in the Sulawesi sea off eastern Borneo.
"There has been so far no report," Sutarto, accompanied by Navy Chief Vice Admiral Slamet Subiyanto, told reporters.
"It is a must for us to be present there," he said when asked whether the navy would reduce its deployment to one vessel.
Najib, who is also defence minister, said that the agreement had been reached at a recent meeting between the Malaysian and Indonesian naval chiefs.
But Subiyanto also said he had no report of such agreement.
Earlier this month warships from the two countries brushed sides near the Karang Unarang reef east of Borneo island, where Indonesia has built a lighthouse to strengthen its territorial claims in the disputed region.
Both countries have lodged official protests with each other over the incident.
Tensions have been high in the area after Malaysia granted an oil concession in the region on February 16 to Anglo-Dutch firm Shell. Jakarta says the blocks awarded by state oil firm Petronas are not in territory controlled by Malaysia.
Officials from both sides begun negotiations to settle the overlapping claims to the area last month and are due to meet again in May.
The two countries have locked horns over the region before. A dispute over the ownership of two islands ended in December 2002 with an International Court of Justice ruling that the islands belong to Malaysia. - AFP
Apa yang ingin kita utarakan di sini, di manakah kita akan berpegang pada setiap apa jua kenyataan TPM selepas ini? Semua kenyataannya pasti akan menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak dan kita pasti akan tercari cari maklumat kedua, ketiga bagi melihat kebenaran kenyataan tersebut. Amatlah malang perkara ini telah menjadi amalan kepimpinan Malaysia selama ini. Apa lah gunanya menanam tebu di bibir atau ibarat indah khabar dari rupa.
Akhirnya, bagai kata orang tua tua, Kerbau di pegang pada talinya manakala manusia dipegang pada kata penuturannya.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 27.04.2005
|
|
|
| |
| Kerajaan Sengaja Cetuskan Krisis Melalui Catuan Disel |
| 04.27.05 (1:17 pm) [edit] |
Oleh Marhaintua
Kekurangan bekalan disel masih berterusan sehingga mencetuskan banyak masalah pada pengguna. Apabila tuan punya pengangkutan kerugian besar kerana kenderaan terpaksa beratur berderet-deret menunggu disel, sudah tentu bebanan kerugian masa dan kos dianjak kepada para pengguna.
Apakah kerajaan tidak sedar akan libasan ini? Sampai bilakah catuan ini akan diteruskan semata-mata kerana kerajaan mahu menangkap golongan yang menipu pembelian disel dan menyorokkan bekalan disel?
Alangkah aneh apabila tujuan catuan ini semata-mata untuk menyekat disel daripada diseludup ke negara jiran, tetapi yang menjadi mangsa adalah tuan punya kenderaan, pemandu kenderaan itu dan para pengguna yang menerima padahnya?
Laluan ke negara jiran kita diawasi oleh pihak imigresen, kastam dan polis serta unit pencegah penyeludupan. Kalau disel masih diseludup ke luar negara, unit penguatkuasaan kita tidak cekap dan terlalu kuat menerima rasuah. Di sanalah patutnya kerajaan membuat perubahan. Bukannya di stesen minyak yang memberikan khidmat kepada pengangkutan yang tidak bergelumang dengan penyeludupan.
Terdapat beberapa insiden penangkapan pihak yang menyorokkan disel secara membeli di pam dan mengepamnya ke dalam tangki khas. Tetapi, kenapakah kerajaan menghadkan bekalan disel di setiap pam? Apakah semua tuan punya stesen pam terlibat dengan penyeludupan ini?
Sepatutnya ada satu rencana khas agar stesen pam dibuat di merata tempat di mana kenderaan tertentu boleh membeli dan mendapatkan bekalan disel dengan mudah. Contohnya, ada pam minyak di tempat khas hanya untuk digunakan oleh bas-bas sekolah. Setiap rangkaian polis stesen dibenarkan mempunyai bekalan minyak sendiri tanpa menggunakan stesen minyak pam awam.
Hospital pun harus mempunyai bekalan minyak sendiri supaya ambulans dan kenderaan hospital tidak perlu beratur di stesen awam. Kakitangan hospital boleh beli minyak dengan memotong gaji bulanan.
Yang penting sekarang, kerajaan harus batalkan cara mencatu bekalan disel di stesen minyak. Ternyata tindakan kerajaan ini tidak akan mendatangkan hasil yang berkesan. Seperti yang berlaku pada masa dahulu lagi, tindakan mencatu semacam ini tidak akan membawa banyak kebaikan. Ia boleh dianggap sebagai hanya satu helah untuk mencetuskan krisis bagi melencungkan penelitian rakyat marhaen daripada segala kepincangan pentadbiran kerajaan Dolah Badawi.
Memang patutlah menteri yang menyibuk dalam hal ini meletakkan jawatannya. Nampak sangat dia tidak tahu menjalankan tugas
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com> 27 April, 2005
Berita lain
Marhaintua: Kerajaan Sengaja Cetuskan Krisis Melalui Catuan Disel Matpoktengoh Kembali: Oh Hadhariku... (karikatur) Roslan SMS: Pencalonan Dr Siti Mariah - Adakah Tok Guru Berkempen? Media PKR: Bantuan serta-merta mangsa kebakaran diragui Media AM PKR: Isu Moral: Dua Pertubuhan Islam Harus Duduk Semeja MalaysiaToday: Persoalan wang mengenai lawatan pemimpin Republican Ke M'sia
|
|
|
| |
| MASA DEPAN POLITIK ANWAR SIFAR KHAIRY SILAP KATA KADIR JASIN |
| 04.24.05 (2:28 pm) [edit] |
Khairy Jamaluddin naik ke takuk nombor dua kepimpinan Pemuda Umno dalam suasana yang penuh kontroversi. Para pimpinan Pemuda Umno pusat yang pada awalnya telah menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan nombor dua itu akhirnya berundur malu apabila Khairy mengumumkan kesediaannya untuk bertanding. Mereka malu dan segan-silu bukan kerana Khairy hebat mana, tetapi kerana hakikat bahawa Khairy bukanlah calang-calang pemimpin muda yang berhingus, hingus-hingus beliau, beliau adalah menantu Presiden parti dan PM! Siapa berani cabar menantu PM kecuali menempah maut politik percuma!
Dari permulaan yang kontroversi, Khairy terus mencetuskan pelbagai kontroversi lain yang kadangkala meletakkan Umno dalam situasi yang terperangkap dan berbahaya. Antara yang menonjol adalah cabaran beliau terhadap Tok Guru MB Kelantan yang berkahir dengan Pemuda sendiri mengasingkan diri dari beliau, ini diikuti dengan kenyataan bahawa kerajaan tidak berhasrat mengungkit kes-kes rasuah sebelum Pak Lah jadi PM dan ini dinafikan di dalam Parlimen oleh pihak kerajaan sendiri.
Terbaru adalah berkenaan bekas TPM Dato Seri Anwar Ibrahim. Di dalam kenyataannya kepada edisi tempatan akhbar International Herald Tribune terbitan AS bertarikh 29 Mac Khairy berkata:
Anwars future in politics is nil. He is a political irrelevance for as long as he stays out of Umno. And the door is shut forever. I am sure of it.
Masadepan politik Anwar adalah sifar. Dia tidak lagi relevant selagi dia berada di luar Umno. Dan pintu (Umno) sudah tertutup buat selamanya (untuk Anwar). Itu saya yakin.
Demikianlah bacaan mentah oleh seorang tokoh politik pemuda Umno yang memang mentah. Sekiranya ada pihak yang mengatakan bahawa masadepan Khairy kelam dalam ketiadaan Pak Lah kelak itu mungkin boleh diterima, tetapi komen beliau terhadap Anwar ini dikira tersasar jauh dan jelas beliau lebih emosi dan tidak membuat bacaan rapi darihal Anwar.
Pandangan ini dikongsi oleh Abdul Kadir Jasin dalam majalah Malaysian Business keluaran April15-31. Kata Kadir:
So, it is premature for anybody, including die-hard Umno members and supporters, to declare Datuk Seri Anwar Ibrahim politically dead, unless of course, they are so gifted that they can read the future.
Adalah terlalu awal bagi mana-mana pihak termasuklah penyokong dan ahli taksub Umno untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mati dari segi politik, melainkan mereka terlalu hebat sehingga boleh membaca masa depan.
Knowing Anwar (personally from the day he was introduced by Tun Dr Mahathir Mohamad to the press on March 29, 1982 as Umnos newest member), I am sure he loves being damned by the likes of Khairy. He is an expert in turning adversity into opportunity.
Anwar yang saya kenal saya pasti akan gembira apabila dikutuk demikian rupa oleh Khairy. Beliau adalah pakar dalam mengubah tentangan terhadap beliau untuk akhirnya menjadi peluang.
Memang dalam politik ini tidak ada sesuatu apa pun yang tetap, segala-galanya telah dirancang oleh Allah swt. Siapa sangka Anwar dari TPM kini boleh sekadar menjadi penasihat sebuah parti pembangkang. Esok?
Siapa sangka Tengku Razaleigh Hamzah bekas Naib Presiden Umno, bekas Menteri Kewangan, mencabar Presiden Umno dan kalah tipis, kemudian membentuk parti pembangkang luar Umno, menentang Umno dalam dua pilihan raya dengan bantuan PAS dan Dap, kemudian menyertai Umno kembali, kini sekadar Ahli Parlimen Gua Musang. Esok?
Demikianlah berbagai kemungkinan dan kenyataan yang berlaku dalam politik yang memang sukar dibaca oleh sesiapa pun. Musuh hari ini boleh esok menjadi kawan sebagaimana yang diakui oleh Anwar semasa berucap di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu bahawa siapa sangka bila beliau bermasalah dalam Umno, kawan-kawan semua lari, tetapi musuh yakni PAS boleh datang memberi simpati.
Kesimpulannya jangan kita mendahalui teka-teki politik yang sentiasa berubah-ubah. Jangan sombong dan bongkak dalam membuat bacaan sehingga merendah dan menghina pihak lain. Khairy perlu berhati-hati musuh politik beliau bukan hanya berada di luar Umno malah dalam Umno itu sendiri sebenarnya sedang menunggu peluang untuk menjatuhkan beliau. Perhatikanlah...
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 23.04.2005
Berita Lain
Tugu Negara: Isu Glenn Braveheart: Surat Terbuka Kepada PM Roslan SMS: Masa Depan Politik Anwar Sifar - Khairy Silap Kata Kadir Jasin Media AM PKR: Kerajaan Harus Bertanggungjawab Ke atas Kerugian 4 Tahun ISA7 Blogkatur Cikgu Komando: Menteri Pertahanan Tidur & Braveheart Cucu Mat Kilau: Nabi Muhammad SAW Idola Sepanjang Zaman, Bukan Artis!! Amirulreza: Demam Kepialu di Kelantan: Jawapan Kepada Awang Selamat
|
|
|
| |
| IMPLIKASI KASINO DI SINGAPURA TERHADAP MALAYSIA |
| 04.23.05 (10:26 am) [edit] |
Walaupun berbagai pihak menyatakan pendirian menentang cadangan membuka kasino di Singapura namun kerajaan pimpinan Lee Hsien Loong (gambar kiri) itu akhirnya meluluskan juga lesennya atas dasar kepentingan ekonomi republik tersebut.
Dengan kelulusan tersebut bermakna Singapura akan membina dan membuka dua buah pusat peranginan bersepadu lengkap dengan kasino yang berteknologi tinggi. Menurut penganalisis, perbelanjaan untuk melengkapkan sebuah kasino berteknologi tinggi setaraf dengan yang berada di Las Vegas sekurung-kurangnya akan menelan belanja USD5 ke 15juta ataupun RM19 ke 57 juta. Itu teknologinya sahaja tidak termasuk pembinaan dan prasarana!
Dengan kelulusan ini banyak kini tertanya-tanya. Apakah impak kasino ini kelak kepada Malaysia? Kononnya jumlah pelancong akan berkurangan kerana lari dari CASINO DE GENTING ke CASINO DE TEMASIK. Ada pula pihak menafikan, kasino di Singapura kononnya tak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke Malaysia.
Apa pun, yang pastinya dunia kini sedang memperkata dan membanding-bandingkan antara kasino di Singapura itu kelak dengan LAS VEGAS ASIA iaitu kasino di Macau, bukannya dengan Malaysia. Menurut SINGAPORE NEWS NET:
Singapore and Macau target two different groups of gamblers, said Tang, a Hong Kong-based analyst at Deutsche Securities Asia Ltd. Singapore will draw the Indonesian Chinese, the Thais and the Malaysians; Macau will get the mainlanders.
Singapura dan Macau akan mensasarkan dua kumpulan kaki judi berbeza menurut Tang, seorang penganalisis daripada Deutsche Securities Asia Ltd. Singapura akan menarik rakyat Indonesia berbangsa Cina, Thai dan Malaysia manakala Macau tertumpu kepada mereka yang dari tanah besar.
Bermakna kasino di Singapura kelak akan menarik keluar kaki judi dari Malaysia serta juga menarik mereka yang dari Indonesia dan Thailand di samping rakyatnya sendiri. Kalau demikian baguslah untuk Malaysia! Kuranglah kaki judi yang akan panjat ke puncak Genting saban hari 24 jam sama ada dari Negara-negara jiran maupun dari Malaysia sendiri. Mudah-mudahan mereka akan terus berkurangan dan kasino di Genting akhirnya akan lingkup dan tutup kedai!
Sementara itu kerajaan Singapura difahamkan akan mengenakan berbagai peraturan terhadap rakyatnya sendiri yang akan berkunjung ke kasino republik tersebut. Antaranya ia akan hanya melayan mereka yang berpendapatan tinggi, dan deposit besar akan dikenakan sebelum seseorang rakyat Singapura dibenarkan menjejakkan kaki masuk ke dalam lubuk judi itu.
Tak mengapalah. Singapura pun tidak pernah mengisytiharkan negaranya sebagai sebuah Negara Islam sebagaimana Malaysia. Negara Islam Malaysia bagaimana, sudah pasti selepas ini demi kerana mahu terus hidup bernyawa kasino Genting akan memperkenalkan berbagai promosi, potong harga dan macam-macam lagi lalu apa pula sikap kerajaan. Yang pasti Shafie dan Al Ghazali yang Pak Lah cari-cari itu kedua-duanya menentang apa bentuk judi sekalipun, boleh ikut ka?
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 22.04.2005
Berita Lain
Pak Ngah: Renungan Seruan Yang DiPertuan Agong Amirulreza: 10 Petua Elak Demam Kepialu – Jabatan Kesihatan Kelantan Roslan SMS: Implikasi Kasino Di Singapura Terhadap Malaysia SriBunian: Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam - Siri 2 SriBunian: Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam - Siri 1
|
|
|
| |
| AWAS! ADA WEBSITE AKAN SABOTAJ KONVENSYEN PENGAMPUNAN ANWAR 1 MEI NANTI |
| 04.22.05 (7:22 am) [edit] |
Awas! Ada sebuah berita jahat akan menjelma dalam sehari dua ini menerusi sebuah website yang selama ini menganggap dirinya bebas dan telus, akan menyebarkan berita kononnya Konvensyen Pengampunan Anwar Ibrahim bakal diadakan 1 Mei hadapan tidak mendapat sambutan dan perkenan Anwar Ibrahim.
Website berkenaan khabarnya sedang menyiapkan empat siri rencana bertujuan untuk menggagalkan konvensyen berkenaan dan mengelirukan orang ramai.
Daripada maklumat yang diketahui di antara isi kandungan rencana berkenaan, website itu akan mendedahkan kononnya program pengampunan itu tidak mendapat restu bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Selain Anwar, golongan reformasi yang selama ini berjuang bermati-matian untuk membebaskan Anwar juga tidak merestuinya dan akan mendesak agar program pengampunan itu dibatalkan.
Rencana jahat itu juga akan cuba mempersoalkan siapakah di sebalik program (konvensyen) pengampunan itu. Mereka menimbulkan keraguan ini kerana Anwar atau parti naungannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menunjukkan diri yang mereka terlibat.
Kononnya sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan oleh mereka berhubung konvensyen berkenaan. Dan keadaan ini dijadikan alasan oleh website berkenaan untuk menggagalkan konvensyen itu.
Seperti mana yang diketahui, konvensyen berkenaan memang tidak melibatkan diri Anwar Ibrahim secara langsung. Ianya diusahakan oleh rakyat marhaen yang menyintai kedamaian dan mahu melihat keadilan tertegak di negara ini.
Penganjur konvensyen berkenaan tidak mempunyai apa-apa motif melainkan untuk melihat keadilan ditegakkan dan demi kepentingan umum.
Sementara itu Sekretariat Konvensyen berkenaan yang terletak di Jalan Ipoh juga dikatakan menerima pelbagai ugutan dan sekatan daripada tertentu. Namun kerja-kerja terakhir untuk menjayakan konvensyen berkenaan tetap diteruskan juga atas keyakinan usaha itu adalah untuk kebaikan. Justeru itu semua pihak hendaklah berwaspada dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan juga fitnah yang bakal disebarkan oleh website berkenaan. - Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 21.04.2005
Berita Lain
Amirulreza: Bangsa UMNO Biadap, Terus Bonekakan YDP Agong Sokong Islam Hadhari TAG 1809 MGGPillai: Beberapa Nama Harus Dipancung Kerana Remehkan... Ummah Online: Kritik agama untuk 'Islam sivil' (Siri 5/Akhir) MalaysiaToday: Angkatan Muda Pulau Pinang tubuh Kelab Rakwadi HarakahDaily: Tumbuk Bekas AJK Umno, BBR Desak Adun Palong Letak Jawatan
|
|
|
| |
| MENGAPA KEDIAMAN RASMI PM DI PUTRAJAYA MASIH KOSONG? |
| 04.21.05 (2:00 pm) [edit] |
Pagi tadi saya terbaca ulasan Blog Jeff Ooi yang memetik akhbar INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE bertarikh 18 April berkenaan kisah kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Menurut akhbar tersebut sehingga kini setelah hampir 18 bulan kediaman rasmi itu dikosongkan oleh Dr Mahathir PM baru Pak Lah masih belum berpindah ke sana.
Ada khabar angin yang mengatakan kononnya rumah itu berhantu lalu PM baru dan keluarga tidak jadi berpindah.
Tetapi yang menariknya apabila akhbar itu menyebut:
Khairy Jamaluddin, a member of the ruling party and the prime ministers son-in-law, says the house displeased the prime ministers wife, Endon Mahmood. We convinced her to move in, but it still needs renovation, he said.
Khairy Jamaluddin seorang ahli parti pemerintah dan menantu PM mengatakan bahawa kediaman rasmi itu sebenarnya tidak digemari oleh isteri PM Endon Mahmood. Kami telah meyakinkan beliau agar berpindah, namun ia perlukan pengubahsuaian.
Kenapa Endon tak gemari kediaman rasmi yang menelan belanja berjuta RM itu?
Apa pentingnya rumah itu digemari atau tidak oleh Endon, kerana ianya kediaman rasmi PM bukannya kediaman rasmi Endon, menantu atau anak-anaknya?
Dan yang paling penting atas asas apakah rumah tersebut perlu diubahsuai lagi yang sudah pasti belanjanya kelak dipikulkan ke atas bahu rakyat Malaysia! Saya kira jika kerja-kerja pengubahsuaian telah pun bermula bermakna ia pasti menelan belanja yang banyak oleh kerana 18 bulan telah berlalu dan Pak Lah masih belum pindah-pindah lagi?
Rakyat Malaysia perlu tahu akan perkembangan ini, ahli-ahli Parlimen perlu bangkitkannya dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara bagi memperolehi penjelasan dari pihak kerajaan. Jangan telus di bibir sahaja.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 20.04.2005
|
|
|
| |
| Senarai Pengkhianat Dalam Usaha Menegakkan Hukum Allah SWT |
| 04.17.05 (11:26 am) [edit] |
Malaysians Against Moral Policing
Organisations:
1. Aliran Kesedaran Negara (Aliran) 2. All Women's Action Society (AWAM) 3. Campus Ministry Office, Penang Diocese (CMO) 4. Center for Orang Asli Concerns 5. Citizen's Health Initiative 6. Community Action Network (CAN) 7. Community Development Centre (CDC) 8. Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer) 9. Food Not Bombs, Kuala Lumpur 10. Forum Iqra' 11. Group of Concerned Citizens 12. Indigenous Peoples Development Center (IPDC) 13. International Movement for a Just World (JUST) 14. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 15. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI) 16. Justice and Peace Commission, Penang Diocese (J&P) 17. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS) 18. Lasallians in Action 19. Malayan Nurses Union 20. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA) 21. Malaysian Aids Council (MAC) 22. Malaysian Trade Union Congress (MTUC) 23. Malaysian Voters Union (MALVU) 24. Metal Industry Employees Union 25. National Council of Women's Organisations (NCWO) 26. National Human Rights Society (HAKAM) 27. Pelangi Community Foundation 28. Penang Coordinating Council, Campus Ministry Office 29. Penang Diocesan Youth Network (PDYN) 30. Penang Office for Human Development (POHD) 31. Persatuan Ibu Tunggal Mutiara Kuala Lumpur 32. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS) 33. Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) 34. Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) 35. Protect & Save the Children 36. Pusat KOMAS 37. Research for Social Advancement (REFSA) 38. Sabah Women Action Resource Group (SAWO) 39. Save Ourselves (SOS) 40. Sisters in Islam (SIS) 41. Society for Christian Reflection 42. SOS Selangor 43. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 44. Tenaganita 45. The Management Institute for Social Change (MINSOC) 46. The Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia 47. Universiti Bangsar Utama (UBU) 48. Wanita Inovatif Jati Diri (WIJADI) Kelantan 49. Women's Aid Organisation (WAO) 50. Women's Development Collective (WDC) 51. Women's Candidacy Initiative (WCI) 52. Women's Centre for Change (WCC), Penang
Political Parties:
1. Democratic Action Party (DAP) 2. Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) 3. Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) 4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Businesses:
1. The Body Shop West Malaysia
Elected Representatives:
1. Azalina Othman Said (YB Datuk), MP for Penggerang, Minister of Youth & Sports 2. Chong Chieng Jen (YB), MP for Bandar Kuching 3. Chong Eng (YB), MP for Bukit Mertajam 4. Fong Kui Lun (YB), MP for Bukit Bintang 5. Fong Po Kuan (YB), MP for Batu Gajah 6. Jimmy Donald, MP for Sri Aman, Sarawak 7. Lim Hock Seng (YB), MP for Bagan 8. Lim Kit Siang (YB), MP for Ipoh Timur 9. Loke Siew Fook (YB), ADUN for Lobak 10. M. Kulasegaran (YB), MP for Ipoh Barat 11. Mohamed Nazri Aziz (YB Datuk Seri), MP for Padang Rengas, Minister in the PM's Department 12. Mohd Zaid Ibrahim (YB Datuk), MP for Kota Bharu 13. Ng Yen Yen (YB Dato' Dr), MP for Raub, Deputy Minister of Finance 14. Rahman Ismail (YB Datuk Dr), MP for Gombak 15. Rais Yatim (YB Datuk Seri Utama Dr), MP for Jelebu, Minister of Arts, Culture and Heritage 16. Tan Kee Kwong (YB Dato' Dr), MP for Segambut 17. Tan Kok Wai (YB), MP for Cheras 18. Tan Seng Giaw (YB Dr), MP for Kepong 19. Teng Chang Khim (YB), ADUN for Sungai Pinang 20. Teresa Kok Suh Sim (YB), MP for Seputeh 21. Toh Kin Woon (YB Datuk Dr), State Executive Councillor, ADUN for Machang Bubuk, Penang 22. Wong Nai Chee (YB), MP for Kota Melaka
Individuals:
1. A.Basarudin, PhD candidate, UCLA 2. Abd. Mutalip Abdullah, academic 3. Adriani Wahjanto, advocate & solicitor 4. Ahmad Hamdan Bin Kamaruddin, graphic designer 5. Alan Khoo 6. Albert Khor, technical consultant 7. Alex de Silva, Advocate and Solicitor 8. Alex Tan Ken Seng 9. Ali Imran 10. Ambiga Sreenevasan 11. Aminullah Ali, businessman 12. Amir Muhammad, film maker / writer / director 13. Andrew Aeria, academic 14. Andrew Khoo 15. Andrew Teh 16. Angela M. Kuga Thas, trustee, KRYSS 17. Angelyn Lee 18. Ann Lee, writer / director 19. Anna Har, pusat KOMAS 20. Antares (Kit Leee), writer, musician, ontologist & grandfather 21. Anthony Row 22. Anushia Kandasamy, consultant 23. Anwar Fazal, former president, Consumers International 24. Audrey L. Fernando, Malaysian citizen 25. Ayesha Jacqueline Chue, manager and mother of three 26. Azah Yazmin Yusof, broadcaster 27. Azhar Azizan Harun 28. Azmi Sharom, academic 29. Azzat Kamaludin 30. Baradan Kuppusamy, journalist 31. Berlinda Gooi, academic relations manager 32. Bernice Chauly, writer/photographer/actor 33. Beth Yahp, writer 34. Beverly Yong, gallery director 35. Bishan Singh, development entrepreneur 36. Brian Lariche 37. Bruce Gan 38. Cara Kamaruddin 39. Cecil Rajendra, poet / lawyer 40. Cecilia Anthonysamy, doctor 41. Celina Khor, TV presenter 42. Chan Choy Lang 43. Chan Lean Heng, USM academician 44. Charlene Rajendran, lecturer-drama 45. Charles Hector 46. Chee Sek Thim 47. Cheong Wai Quan 48. Chiam Heng Keng (Prof Dr) 49. Chua Hang Kuen, concerned Malaysian 50. Chuah Siew Eng 51. Colin Ong 52. Dhani Ahmad, male, independent punk activist, Gombak 53. Din Merican 54. Dominic Chan Weng Chun 55. Eileen Chan, teacher, social activist, actor, dancer 56. Ellen Philomena Ryan 57. Eric Goh Choo Tuck 58. Eugene Jayaraj Williams, partner, Messrs Zaid Ibrahim & Co. 59. Ezrena Marwan, graphic designer 60. F.R. Bhupalan (Mrs) 61. Fahri Azzat, advocate & solicitor 62. Farah Naim, lawyer 63. Farish A. Noor (Dr), political scientist and researcher on Political Islam 64. Fathi Aris Omar, Malaysiakini columnist and Asian Public Intellectuals fellow 65. Florence Looi Kwok Yih, lawyer 66. Foo Chiwei, graphic designer 67. Foo Ong Pin (Dr), consultant paediatrician 68. Francis Soh 69. Grace de Silva, Malaysian citizen 70. Hariati Azizan, journalist 71. Haris Ibrahim, lawyer 72. Haslinah Yacob (Hajjah) 73. Hasmah, Malaysian citizen 74. Helen Ting, PhD candidate 75. Ho Chin Soon (Haji) 76. Ho Yock Lin, Women activist 77. Honey Tan, citizen 78. Indran Rajalingam, lawyer, Kota Bharu 79. Irene Fernandez (Dr) 80. Izlyn Ramli, Malaysian citizen 81. Jacinta Johnson 82. Jacqueline Ann Surin, Malaysian citizen 83. Jahabar Sadiq, citizen / journalist 84. James Jan, Malaysian-Software Engineer 85. James Lee, lawyer 86. Janet Tay Hui Ching, lawyer, KL 87. Jeffrey Lim, blogger 88. Jeff Ooi, blogger 89. Jennson Yuen, co-founder of forPLU.com website & businessman 90. Jerald Gomez 91. Jerald S. Joseph 92. Jerome Kugan, writer / musician 93. Jeya Kumar, advocate and solicitor 94. Joachim F. Xavier 95. Joe Selvaretnam, citizen 96. John Chung, research executive 97. Jonson Chong 98. Julian Lee, student, Melbourne 99. Juliyah, Malaysian citizen 100. K Parameswary a/p Karpusamy, lawyer 101. K. Arumugam 102. K.C. Chye 103. Karen Chu 104. Karim Raslan 105. Kasim Ahmad, president Forum Iqra 106. Kathy Rowland, www.kakiseni.com 107. Kenny Lai 108. Kent Wong, Assist.Accountant 109. Kevin Tan, Malaysian citizen 110. Koh Swe Yong 111. Kohila Yanasekara, activist 112. Krishnaveni Paul, lawyer 113. Kristinawati Ramlan, PR practitioner 114. Lai Wan Teng, citizen 115. Latifah, Malaysian citizen 116. Lawrence Lee 117. Lee Ban Chen, Malaysiakini columnist 118. Lee Hwok Aun, PhD candidate 119. Lee Jen Pink, lawyer 120. Leonard Teoh, advocate & solicitor 121. Leong Phaik Leng, advocate & solicitor 122. Leslie Lau, journalist / citizen 123. Lim Guan Eng, secretary general, DAP / former MP for Kota Melaka 124. Lim Swee Kuang (Joshua), IMA section head, father of two teenagers 125. Lim Tuck Sun 126. Lina Tan, producer 127. Loh Yin San, concerned citizen 128. Low Ngai Yuen, TV presenter 129. Lum Woon Foong 130. Maha Abdullah 131. Majella Gomes, writer 132. Mak Weng Kit 133. Malik Imtiaz Sarwar, lawyer 134. Manjeet Singh Dhillon, lawyer 135. Manon Easan 136. Mansor Saat, businessman 137. Marina Mahathir 138. Marina Zain 139. Marina Zainal Farid, race car driver 140. Mark Talalla 141. Maya Ardilia Husin 142. Md. Roslan Osman 143. Medaline Chang, journalist 144. Michael Chin 145. Michael Phung 146. Mina Cheah, Malaysian citizen / tax payer / registered voter 147. Mohammad Hashim Kamali (Prof) 148. Mohan Ambikaipaker, anthropologist and graduate student 149. Mohd Hazri (Hj), personal and corporate transformational healer 150. Mohd Nasir Hashim (Dr) 151. Mohd Zamri Kassim 152. Mona Mariappan 153. Mustafa K Anuar, PhD, social activist 154. N.Sivananthan, lawyer 155. Nachammai Kumarappan 156. Nicholas Tan 157. Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, Kota Bharu 158. Nik Fahmee Nik Hussin, Father of 2 159. Nizam Zakaria, writer 160. Norhashima, Malaysian citizen 161. Pamela Moo 162. Pang Khee Teik 163. Param Cumaraswamy 164. Patrick Teoh 165. Paulina Michael, Malaysian citizen of Sarawak origin, activist, mother of two 166. Petra Gimbad, student 167. Philip Wong, human resource head 168. Phillip Lim, senior manager franchise & retail 169. Pia Khalsom Zain Azraai, sister and daughter 170. Prema Perumal, software engineer / blogger 171. Premesh Chandran 172. Puteri Rose Sharlinah, Malaysian citizen 173. Puteri Shehnaz Majid, Advocate & Solicitor 174. Quek Sue Yian, banker 175. Rachel Ng 176. Rafidah Abdullah, writer/TV presenter 177. Rajen Devaraj 178. Ramdas Tikamdas, lawyer 179. Ranita Mohd. Hussein (Dato¡¦) 180. Ranjit Kaur 181. Rashidah Abd A'ala, Malaysian citizen 182. Rashidah Hashim, mother of two 183. Razlina Razali, lawyer 184. Richard Yeoh, concerned Malaysian 185. Rita Sim, concerned rakyat Malaysia 186. Ritu Bal 187. Rizal Hashim 188. Robert Hempel, engineer 189. Ronnie Liu, DAP International Secretary & NGO bureau chief 190. Rosli Omar, PhD 191. Rosniza, Malaysian citizen 192. Rozana Isa, concerned citizen and mother of three 193. S. B. Toh, journalist 194. S.Z. Aljeffri, artist 195. SA Thein, executive 196. Salina Jaffar, Human activist 197. Sally Ee 198. Samsukri Mohamad 199. Sascha Khan, business director 200. Selvamalar Alagaratnam, advocate & solicitor 201. Sem Kiong Angin, Sarawak 202. Shahrinaz Shaik, lawyer 203. Shalina Azhar 204. Sham Richard, concerned Malaysian 205. Shanon Shah, writer / musician 206. Shanti Ramu, concerned mother 207. Sharaad Kuttan 208. Sharan Sidhu, accounts executive 209. Sharifah Sarizeah 210. Sharmala Batumalai 211. Sharon Barbosa, advocate & solicitor 212. Sharon Nelson 213. Sidek Kamiso, journalist 214. Sonia Abraham, lawyer 215. Sonia Randhawa, media activist 216. Sreekanth Pillai 217. Sreesanthan Eliathamby, lawyer 218. Sri Sarguna Raj 219. Stephanie Bastian 220. Steven Ho 221. Sulin Chee 222. Sumit Mandal 223. Syahrul Bahiah Jamaludin, Malaysian 224. Tan Ban Cheng 225. Tan Siok Choo 226. Tania Khan, mother 227. Teo Chui Ping, concerned solicitor 228. Thein Soon Ann, engineer 229. Theivanai Amarthalingam, legal advisor, Penang 230. Tina Shah 231. Tony Woon Yeow Thong, advocate & solicitor, Seremban 232. Usha Nair, IT consultant 233. V. Gayathry 234. Vernon Adrian Emuang, Malaysian citizen, registered voter and activist 235. Veronica Shunmugam, arts journalist and singer 236. Vidya Bharati, concerned Malaysian 237. Vinayak Pradhan 238. Vincent Tey Wei Seng 239. Wei Ching 240. Wong Ee Lynn, concerned citizen 241. Wong Meng Chuo, social and environmental activist 242. Wong Teck Chi, student 243. Wong Yuen Mei 244. Yap Miow Sen 245. Yap Swee Seng 246. Yasmin Mokhtar, concerned citizen 247. Yasmine Merican, lecturer and graduate student 248. Yee Khim Chong 249. Yeoh Seng Guan, academic 250. Yvonne Tan 251. Zaharom Nain, academic and father of three 252. Zainal Zikri Zainal Abidin 253. Zarina Zahid, purchasing & merchandising executive 254. Zedeck Siew 255. Zuraidah Abdul Rahman
Dipetik drp Forum Gerak Reformasi
Berita lain
Blogkatur Cikgu Komando: Isu Exco Ajak Bertumbuk.... (dibuka dalam browser berasingan) Media PRM - Hassan Karim: Kenapa Bimbang Jika PRM Terus Hidup? Ummah Online: Kritik agama untuk 'Islam sivil' (Siri 4) SriBunian: Budaya Mendekati Zina Amirulreza: Zaid Tidak Undur Selagi Tidak ‘cah keting’ Yang Cuba Jatuhkannya Media PKR - Sivarasa Rasiah: Pembubaran Pertubuhan - Penjelasan Tentang Akta TAG 1806 Joe Vialls: Apakah Amerika Mensabotaj Penerbangan Airbus 961? TAG 1805 MGGPillai: Malaysia Terperangkap Dan Bermimpi Ketika Glenn Braveheart Cabut Lari
|
|
|
| |
| GEMERCINGAN TIN KOSONG ZAID IBRAHIM |
| 04.15.05 (12:12 pm) [edit] |
Di awal-awal lagi ketika saya membaca laporan mengatakan ahli Parlimen Kota Bharu Zaid Ibrahim bercadang untuk melepaskan jawatan di dalam parti kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lembaga disiplin partinya, saya menganggap cadangan itu sebagai satu ugutan sahaja. Saya tidak fikir Zaid akan melepaskan jawatan yang dipegangnya. Laungan itu tidak lebih daripada gemercingan tin kosong sahaja. Apa lagi apabila beliau menyebut akan berbincang dengan isterinya, menyebabkan saya rasa makin tidak yakin dengan beliau, dan kata-kata Zaib itu tidak lebih daripada sekadar cakap kerana beliau memiliki lubang di antara hidung dengan dagu sahaja. Apakah soal-soal besar mengenai diri (perjuangan untuk bangsa dan negara) perlu dibincangkan dengan isteri? Apakah Zaid juga jenis Abdullah Badawi atau Najib Razak yang dikontrolkan oleh bini? Kerana itu, telatah Zaid itu bak usaha hendak membetulkan besi yang bengkok sahaja. Kata orang daripada tidak bercakap dan mengulas mengenai keputusan lembaga displin itu lebih baik bercakap, setidak-tidaknya orang tahu yang Zaid tidak bisu dan pekak. Semua orang tahu mengenai Zaid. Zaid dari dulu hingga sekarang terkenal sebagai seoang yang banyak cakap. Kononnya dia seorang yang tegas dan berprinsip serta tidak suka kepada hal remeh-temeh. Seorang yang idealis dan praktikal? Itulah tanggapan umum terhadap beliau. Tengok apa yang beliau lakukan ke atas Hukum Hudud yang dibentangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan. Beliaulah satu-satunya manusia yang membawa hukum berkenaan ke mahkamah untuk didakwa. Atas alasan dan tujuan apa pun kerja Zaid itu sebagai mensabotajkan pelaksanaan Islam di negara ini. Kononya beliau seorang pengamal undang-undang nombor satu dan tidak ada tolak banding di Kelantan. Jadi sebagai hendak mempertahankan Perlembagaan negara agar tidak dicabuli, maka undang-undang Hudud itu dibawa untuk diperjelaskan di mahkamah. Menurut justifikasi Zaid dari sudut undang-undang negara yang sekular itu Hukum Hudud bertentangan dengan Perlembagaan. Tentu ianya melanggar hak asasi. Kerana itulah beliau berusaha membawa Hudud ke mahkamah. Di dalam hal ini orang tidak soal apakah Hukum Hudud itu bertentangan dengan perlembagaan negara atau tidak. Sebagai orang Islam Zaid seharusnya menghormati dan menjunjung Hukum Hudud berkenaan. Di dalam kes ini soal mekanisme perlu diketepikan dan mengutamakan soal yang fardu. Kecualilah seseorang itu tidak meyakini kepada wujudnya Tuhan. Sebab itu ada pihak yang pesimis dengan langkah Zaid menentang hudud di Kelantan. Beliau sebenarnya bimbang dan takut hukum berkenaan akan menimpa ke atas dirinya jika ia dibenar dilaksanakan. Hukum Hudud setidak-tidaknya akan menyekat banyak aktiviti beliau yang kontras dengan masyarakat Kelantan dan umat Islam yang diamalkan olehnya serta orang sama spesis dengannya. Berbalik kepada soal sandiwara Zaid hendak lepas jawatan tadi. Belum sampat mentari masuk ke ufuk Barat beliau sudah conner mengubah pendiriannya. Hari ini beliau menegaskan tidak akan melepaskam jawatan di dalam parti. Beliau menggunakan desakan dan kemahuan penyokongnya agar tidak berbuat demikian. Sekali lagi kita ingin persoalkan di manakah prinsip dan ketegasan Zaid di dalam mempraktikkan amalan hidupnya. Kenapa beliau harus akur kepada kehendak penyokongnya kalau apa yang ditegakkan itu benar? Apakah di dalam kitab undang-undang Zaid kebenaran boleh dirobah jika ianya ditentang oleh umum? Beliau berdalih dengan adanya beliau di dalam Umno beliau akan cuba memperbaiki sistem di dalam Umno khasnya mengenai lembaga disiplin parti yang dianggap tidak adil dan profesional. Ewah… sedap bunyinya sepertilah dia terror sangat. Apa yang beliau hendak perbaikkan? Apa yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin itu memang tepat. Dan sudah menjadi budaya di dalam parti Umno bahawa soal keadilan dan kesaksamaan sudah lama berkubur. Zaid seorang pemain wang di dalam politik. Hakikat ini semua orang tahu. Bertahun-tahun diusahakan untuk menjadi ketua bahagian Umno Kota Bharu. Bagi mencapaikan hasratnya itu wanglah menjadi senjata utamanya. Entah berapa juta wangnya dihabiskan untuk menjatuhkan Ahmad Restom Maher, ketua bahagian ketika itu. Kekalahan Ahmad Restom dengan dua undi dalam pemilihan bahagian Kota Bharu dulu ialah kerana wang. Hakikat ini diakui oleh semua orang di Kelantan. Tidak tahulah kita apakah difinasi wang pada otak peguam itu. Apakah dengan memanggil perwakilan, ketua bahagian dan sebagainya menjamun makan dan kemudian dihulurkan sampul yang di dalamnya ada wang, bukan politik wang? Apakah itu politik sedekah? Politik wang yang diamalkan Zaid bukan setakat di dalam Umno sahaja. Sebaliknya di dalam pilihan raya dulu, wang jugalah senjata saktinya. Kawasan Parlimen Kota Bharulah paling mewah dan banyak ditaburkan wang selepas Jeli. Setiap pengundi di Kota Bharu diberikan wang di antara RM100 hingga RM300. Kalau Zaid tidak main wang belum pasti dia memang. Semua orang tahu tembelang dan juga kebusukan Zaid. Jadi janganlah cuba hendak menunjuk lagak atau menjadi samseng kampung dusun. Jangan melihat orang yang menghukum beliau itu kotor, tidak adil dan saksama atau bermoral, sebaliknya renunglah kepada diri sendiri yang lebih kotor, jijik, zalim dan rendah moral. Sebenarnya apa yang dibuat oleh Umno ke atas bekas Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu terlalu ringan. Sepatutnya dengan apa yang diamal, dibudayakan oleh beliau, Zaid seharusnya dinyahkan terus dari Umno kerana kehadirannya menyebabkan Umno yang sudah hamis menjadi lebih hanyir lagi. - Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 14.04.2005
Berita Lain
Roslan SMS: SYABAS - Mufti Pertahan Moral Policing Pak Ngah: Wakil Rakyat Guna Bahasa Kasar? Tun Paduka Tuan: Gemercingan Tin Kosong Zaid Ibrahim Roslan SMS: Kes Keputusan Lembaga Disiplin Umno: Zaid Dan Pak Lah Bertelagah Cucu Mat Kilau: Fiesta Media Idola Jadi Penyeri Maulud Nabi Negeri Islam Hadhari! Cucu Mat Kilau: Tragedi: Polis Terus Mengganas Di Kuantan!! Avicenna: Mengapa Guna Cara Yahudi, Jika Tidak Mahu Dipanggil Yahudi? Media PKR - Syed Husin Ali: Jangan Abaikan Penuntut Lemah Media PRM Hassan Karim: Menjawab Tulisan Syed Husin - Kembali Kepada Keputusan... Media PKR - Syed Husin Ali: Kembali Kepada Keputusan Kongres Nasional PRM Ke-34 Media PKR - Latheefa Koya: Sikap Dolak Dalik Hassan Media PRM: Penjelasan Mengapa Kongres Nasional Khas PRM Di J.Bahru Perlu Diadakan
|
|
|
| |
| Pak Lah Yang Tersepit |
| 04.14.05 (8:59 am) [edit] |
Serba tidak kena. Begitulah perasaan Pak Lah dalam menjalankan tugas beliau sebagai Perdana Menteri. Buat itu salah dan buat ini pun salah.
Pak Lah memang tersepit dalam beliau cuba melaksanakan tugasan beliau sebagai PM. Seperti mana yang umum telah maklum bahawa Pak Lah sebenarnya dibayangi oleh 4K (Kamaluddin, Khairy, Kalimullah dan Kak Endon – saya tak mahu panjangkan bab ini).
Pak Lah yang cuba menonjolkan keIslaman pada dirinya sebagai anak cucu orang baik-baik yang beragama banyak memperkatakan perihal keindahan Islam, keagugan Islam dan nilai-nilai Islam dalam Islam Hadharinya. Namun, kerap kali di kalangan 4K yang membayangi beliau banyak menyanggahi prinsip dan nilai-nilai yang cuba beliau ketengahkan.
1. Pak Lah amat arif tentang hukum berpakaian wanita – namun isterinya, anaknya dan menantunya semua tidak bertudung. Walaupun sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ibu beliau pesan agar isterinya itu diminta bertudung – Pak Lah tak sanggup menyuruh Kak Endon…
2. Sebagai graduan pengajian Islam, Pak Lah tahu konsert dan segala macam hiburan yang bergaul lelaki perempuan dan pelbagai lagi maksiat itu haram, tetapi kerana desakan anak-anak dan menantu serta kerena isteri yang sanggup pulang khas (dari rawatan di USA) untuk menghadiri majlis-majlis tersebut, Pak Lah terpaksa menyanggahi arahannya sendiri supaya menghormati kesedihan mangsa tsunami dengan memeriahkan majlis maksiat dan hiburan seperti itu. Bayangkan – Kak Endon dalam keadaan tercunggap bila ditanya oleh pemberita semasa tiba di airport, sanggup menghadiri majlis konsert/gala 3 malam (hingga larut malam) berturut dari tarikh dia balik tu. Kemudian berkejar ke Trengganu untuk majlis songketnya pula.
3. Dalam pada usaha kerajaan mengekang kegiatan bersifat militan, perniagaan anaknya sendiri terbabit dengan berurusan yang ditakrif oleh rakan sejawatannya di Amerika sebagai wanted list mereka. Apabila beberapa pemuda Melayu Islam disumbat ISA kerana tuduhan mempunyai senjata api (yang hingga sekarang tiada buktinya), anaknya yang berurusan perniagaan dengan senjata nuklear bebas keluar masuk rumah dan pejabat Perdana Menteri Malaysia.
4. Ketika seluruh umat Islam bangkit membantah usul penubuhan Suruhanjaya Pelbagai Agama, Pak Lah hanya mampu berkata cadangan itu terpaksa ditangguh dan tidak berani membatal terus. Ini kerana jentera yang kuat di belakang cadangan IRC tersebut termasuk anaknya sendiri yang menjadi pengerak utama Sisters in Islam. Apakah berani Pak Lah menyuruh anaknya mempegaruhi SIS supaya membatalkan cadangan tersebut? Atau apakah nanti anaknya pula yang berjaya mempengaruhi pendirian Pak Lah?
5. Apabila institusi Islam seperti JAWI dan para pengawainya diaibkan oleh media, Sharizat dan beberpa lagi penyokong/pembela maksiat/mungkar, Pak Lah tidak mampu bersuara. Malah menantunya pula yang lantang mengherdik mana-mana pihak yang menyokong tindakan pegawai JAWI. Pak Lah tetap berdiam.
Rakyat boleh membaca gerak-geri Pak Lah akhir-akhir ini. Rakyat dapat lihat semakin jelas ketidakmampuan Pak Lah mengekang pengaruh dalam keluarganya sendiri yang tidak mahukan nilai-nilai keIslaman diketengahkan. Pak Lah sedar bahawa cakap-cakapnya berhubung Islam ditentang sendiri oleh ahli keluarga terdekatnya.
Memang Pak Lah tersempit. IB bersikap terbuka dan amat mengharapkan Pak Lah berani menjadi pemimpin mithali untuk negara dan terutamanya untuk rumah tangganya sendiri. IB doakan agar Pak Lah ingat pesan-pesan arwah ibunya sendiri.
Sekain Ibrahim Baba 13 April, 2005
Berita lain
TAG 1804 MGGPillai: Apakah Nilai Keselamatan Negara? Insan Berguna: Pak Lah Yang Tersepit Media PKR - Sanusi Osman: Hidupkan PRM Untuk Menguntungkan Musuh Roslan SMS: Zaid Bimbang Umno Tidak Patuhi Proses Undang-Undang Kopiah Putih: Parti Keadilan Rakyat Semakin Hanyut MalaysiaToday: Keadilan Permatang Pauh Tubuh 6 Cawangan... MalaysiaToday: Anwar Ibrahim to get Muslim Democrat Award
|
|
|
| |
| Kerajaan Deris Seleweng Fakta Cukai Pintu! |
| 04.13.05 (5:08 pm) [edit] |
Assalamualaikum w.b.t.
Dewan Undangan Negeri Terengganu bersidang lagi. Nampaknya kredibiliti dan kebiadapan kerajaan Deris mula menjadi buah mulut rakyat Terengganu mutakhir ini, malah ia turut didengari oleh rakyat yang bersempadanan dengan Besut dan Jerteh iaitu Pasir Puteh. Jika Umno Kelantan terkenal dengan budaya ‘Cah Keting’nya, Umno Terengganu pula mula menampakkan budaya ‘Keghah Keng’ ny dalam scenario politik mereka.
Rata-rata kerajaan Deris mula menidakkan langkah Kerajaan PAS Terengganu pada suatu ketika dahulu yang menghapuskan cukai pintu. Mereka mendakwa Kerajaan Pas sebelum ini, tidak pernah menghapuskan cukai pintu, sebaliknya hanya mengecualikan kutipan itu bagi rumah kediaman.
Kenyataan ini dinyatakan oleh laporan Bernama pada 11 April 2005 yang bertajuk “Pas Tidak Pernah Hapus Cukai Pintu di Terengganu, Kata Ahmad”. Menurut laporan itu lagi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkata
“pengecualian itu adalah berdasarkan keputusan peringatan mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Terengganu tahun 2000 yang dibuat pada masa kerajaan terdahulu dan telah diterima oleh mesyuarat Exco kerajaan terdahulu”
Malah menurut Ahmad Said lagi, ia adalah bercanggah dengan peraturan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, seharusnya Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) menyediakan senarai pegangan yang tidak dikecualikan dari dikenakan cukai.
"Dan sebab itulah apabila kita minta pandangan Penasihat Undang-undang negeri, katanya pengecualian kutipan cukai yang diputuskan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu Pas, adalah tidak menepati kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah akta tersebut," katanya.
"Oleh yang demikian pengecualian tersebut secara tidak langsung, adalah satu dasar yang tidak mempunyai asas-asas perundangan yang sebenar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Ali (BN-Kemasik) di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Persoalannya disini, apakah motif utama Ahmad Said berkata sedemikian dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu ? Adakah kenyataan itu dikeluarkan semata-mata untuk menunjukkan ‘bukti’ kepada rakyat Terengganu bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Terengganu dahulunya adalah tidak mengikut ‘syariat’ perlembagaan Malaysia ? Adakah nikmat rakyat Terengganu yang bebas daripada cukai pintu semasa Kerajaan Terengganu memerintah adalah suatu ‘penipuan’?
Namun begitu, Ahmad Said tidak berfikir panjang terhadap apa yang diktakan dalam dewan. Di dalam isu berkenaan, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong (PAS-Batu Buruk) melalui laporan Harakahdaily membalas hujah berkenaan dengan menjelaskan bahawa bayaran cukai pintu adalah hak atau budi bicara kerajaan negeri dan ia tiada kena mengena dengan Perlembagaan Malaysia.
Hujah itu adalah berdasarkan Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai sumber yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri, antaranya cukai pintu.
“Jadual 10, sumber yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri ialah antara lain, ini (cukai pintu) adalah hak dan budi bicara kerajaan negeri dan tidak ada kena mengenakan dengan Perlembagaan Malaysia sebagaimana yang dikatakan oleh pihak kerajaan,” ujarnya ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja pada persidangan Dun, semalam.
Beliau juga menjelaskan bahawa seksyen 9 yang memberi kuasa iaitu pihak berkuasa negeri boleh dari semasa ke semasa memberi kepada PBT arahan-arahan dari jenis am yang perlu menguatkuasakan semua arahan itu dengan seberapa segera yang boleh.
“Ini adalah hak kerajaan negeri untuk memberi arahan kepada PBT mengenai dengan cukai pintu, kemudian Seksyen 39, hasil kepada PBT iaitu hasil itu terdiri daripada semua cukai, kadar, sewa, bayaran lesen dan seterusnya,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan lagi, kuasa untuk mengenakan kadar Seksyen 127, pihak PBT boleh dengan kelulusan pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan perlu mengenakan sama ada secara berasingan atau sebagai satu kadar yang disatukan kadar atau kadar-kadar tahunan dalam sesuatu kawasan PBT bagi maksud-maksud di atas.
Tambahnya, berdasarkan Artikel 110, penyerahan hasil-hasil dan kutipan cukai kepada kerajaan negeri di mana tertakluk kepada para II iaitu setiap kerajaan negeri boleh menerima hasil daripada percukaian
Hujah yang disampaikan oleh, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong (PAS-Batu Buruk) itu cukup membuktikan bahawa Ahmad Said masih ‘meraba-raba’ berkenaan perkara yang tercatit dalam Perlembagaan Malaysia, yang mana selama ini Umno cukup menjunjungnya lebih daripada apa yang termaktub dalam al-quran dan as-sunnah.
Adakah pihak Umno Terengganu akan mengeluarkan lagi fakta bahawa niat utamanya untuk menidakkan apa yang dilakukan oleh Kerajan Pas Terengganu dahulu demi membenarkan niat ‘jahat’ nya untuk mengaut keuntungan dari kesusahan rakyat Terengganu?
Sekian.
Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com) email: avicenna@kelatedaily.net Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net" title="http://kelatedaily.net" target="_blank"http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan) - 13.04.2005
|
|
|
| |
| Alahai Zaid Ibrahim... Sepatutnya... |
| 04.10.05 (9:08 pm) [edit] |
“Sepatutnya, Lembaga Disiplin Siasat betul-betul, ikut prosedur kerana ini melibatkan maruah. Saya kasihan kepada UMNO. Saya fikir mahu pertimbangkan kedudukan dalam politik, mungkin akan berundur dan tumpukan perhatian kepada bisnes saya”.
Di atas ialah petikan luahan Zaid Ibrahim, Ketua UMNO(baru) Bahagian Kota Bharu. Dia luahkan demikian mungkin tidak berpuas hati kerana diberi amaran oleh keputusan Lembaga Disiplin sebab mengguna ejen dalam pemilihan dengan disabitkan melanggar Tata Etika Ahli UMNO Perkara 2.2.
Sepatutnya Zaid sebagai seorang peguam yang handal yang berkelulusan undang-undang, mesti mengetahui undang-undang dan peraturan.
Sepatutnya dia tahu prosedur-prosedur yang ditulis.
Sepatutnya, orang yang alim undang-undanglah kena patuh dulu undang-undang, sebabnya dia berpengetahuan berbanding masyarakat ramai.
Sepatutnya Zaid kena beritahu kepada masyrakat keseluruhannya, bahawa undang-undang dan etika yang diguna pakai di dalam UMNO(baru) adalah lebih tinggi dari undang-undang di luar UMNO(baru), bahkan lebih tinggi dari undang-undang negara.
Sepatutnya Zaid maklumkan kepada masyarakat di luar UMNO(baru) bahawa undang-undang dan peraturan UMNO(baru) itu tidak betul walaupun siasatan dilakukan dengan betul, khasnya untuk masalah politik wang.
Sepatutnya Zaid faham bahawa politik wang adalah rasuah. Perasuah adalah penjenayah.
Sepatutnya Zaid maklum apabila diberi amaran di atas kesalahan politik wang, maka ia bermaksud kesalahan rasuah, bukannya minta nasihat bini untuk berundur dari arena politik.
Sepatutnya Zaid bukan berundur dari politik atas nasihat bini saja, tetapi letak jawatan ahli Parlimen terus. Kalau Zaid kata kasihan kepada UMNO(baru), maka Zaid kena jauh lebih kasihan kepada undang-undang negara dan menghormati Badan Pencegah Rasuah.
Sepatutnya Zaid sebagai orang alim undang-undang kena bersyarah kepada seluruh ahli UMNO(baru) sedarkan mereka politik wang adalah rasuah. Bukan setakat malu kerana politik wang melibatkan maruah.
Sepatutnya Zaid Ibrahim kena begitu.
Sepatutnya Zaid tidak semalu itu, sebab pada penganut ajaran UMNO(baru) politik wang bukan rasuah. Kenapa pula orang alim undang-undang ini malu sangat dengan politik wangnya?
Kita yang tidak ada ilmu undang-undang ini tahu politik wang itu rasuah dan tidak pernah Zaid malu pun! Jangan-jangan Zaid tahu juga politik wang sebenarnya rasuah!
Rasuah pula kotor, kotor adalah najis, antara najis ialah taik yang busuk, setiap taik pula ada kepalanya dan taik-taik busuk inilah yang berbaur dengan udara yang disedut ke tekak dan hidung mereka setiap kali berhimpun atas nama Perhimpunan Agung UMNO(baru) itu.
Sepatutnya Zaid tahu taik busuk. Kemudian kita tak boleh pandai-pandai nak takrif atau kelaskan taik itu sebagai bersih dan wangi pula.
Itulah yang sepatutnya.
Muramatsu 10.04.2005
|
|
|
| |
| Siapa Si Mamat ini? |
| 04.10.05 (4:27 pm) [edit] |
Oleh Hishamuddin Rais Mar 25, 05 1:16pm
Kali ini saya tidak teringin untuk menjadi pengamal kewartawanan Gonzo. Saya akan cuba memasuki satu penulisan genre baru. Genre yang saya maksudkan ini dilahirkan oleh teknologi Internet. Untuk sesiapa yang bertanya – apa bendanya gonzo ni – sila google perkataan ini. Menggoogle adalah salah satu dari ciri penulisan genre baru yang saya maksudkan ini.
Bagi anak-anak sekolah, termasuk juga pelajar universiti, genre penulisan saya ini bukan sesuatu yang baru. Malah, pada hemat saya, anak-anak sekolahlah yang telah menjadi peneroka awal. Selalunya anak-anak muda ini lebih berani dan agak ‘avant garde’ dalam tingkah kerja mereka. Genre yang saya maksudkan ini ialah genre penulisan CPT – curi, potong dan tampal.
Saya melakukan CPT ini kerana saya didesak oleh kakak saya yang selalu bertanya tentang Iraq. Dia mendesak kerana dia tahu saya pernah tinggal di kota Baghdad satu ketika dahulu. Dalam masa yang sama, kakak saya sebagai orang kampung, amat ingin tahu kenapa perang berlaku di Iraq dan siapa kepala yang memulakan perang ini.
Apabila saya dihadapkan dengan soalan politik dunia yang berat-berat seperti – perang Iraq ini rancangan siapa/siapa ketuanya/apa untungnya/siapa kawan/ siapa lawan – maka saya merasa amat rungsing. Pada pandangan saya, kakak saya ini mewakili orang kampung yang setia pada pegangan agamanya tetapi telah berpuluh tahun ditipu dengan pelbagai maklumat yang tidak betul.
Maklumat-maklumat bohong ini ada yang muncul dari gedebe-gedebe dan orang-orang politik yang selalu berselindung di bawah jubah agama. Sayangnya, genre penulisan CPT kali ini tidak pula dalam bahasa Melayu. Ini bermakna kakak saya, pak cik dari Kampung Kerinchi atau mak cik dari Senaling tidak akan dapat memahami apa yang telah saya curi dan tampal.
Tetapi rasa saya, kali pertama ini, ada baiknya jika perkara-perkara yang telah saya curi dan tampal ini diketahui oleh Mamat Yuppie dari Telawi dan Minah-Minah Sarong Party yang selalu melayari Internet semasa mereka bersantai di cafe Starbuck. [+]
|
|
|
| |
| Apabila Wanita Mengimamkan Solat – Apakah itu Satu Kemajuan Untuk Wanita? |
| 04.09.05 (6:08 pm) [edit] |
(Female-Led Prayers: A Step Forward for Women?)
Pada 18 Mac, 2005 Amina Wadud menjadi wanita Islam yang pertama mengimamkan solat Jumaat. Pada hari yang sama kaum hawa telah membuat langkah besar untuk menjadi setara kaum lelaki. Akan tetapi, apakah kita sebenarnya mencapai kebebasan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita?
Jawapan yang baik telah diberikan secara ikhlasnya oleh Yasmin Mogahed, anggota Sidang Pengarang “Ask About Islam”. Yasmin merupakan seorang wartawan berdarah campuran Mesir-Amerika yang berpangkalan di Wisconsin, Amerika Syarikat. Buat masa ini beliau masih menyambung pengajiannya dalam jurusan kewartawanan bagi ijazah Sarjana.
Salam, Sarah.
Terima kasih kerana soalan yang sungguh mencabar! Sesungguhnya, dalam memberikan jawapan, saya tidak fikir saya bersetuju dengan pendapat anda. Apa yang selalu kita lalai ialah memahami betapa martabat wanita yang dikurniai Allah mengikut nilai Allah Yang Maha Esa dan bukan mengikut ukurannya dengan kaum lelaki. Akan tetapi, pergerakan feminisme tonjolan Barat telah melupuskan kebesaran Allah daripada tanggapan ini sehingga memikirkan bahasanya tidak ada lagi piawaian ataupun standard yang tinggal untuk dicipta kecuali kita mesti menyaingi taraf kaum lelaki. Kesannya kita dapati bagaimana kumpulan feminis Barat terpaksa menggapai nilai harga dirinya mengikut hubu7ngannya dengan kaum lelaki. Lantas, kaum wanita telah terjebak dengan satu tanggapan yang amat salah. Wanita Barat telah memperakui bahawasanya kaum lelaki itu adalah satu piawaian yang past mesti ditandingi seandainya wanita mahu mencapai piawaian yang songsang itu.
Ketika kaum Adam mula memotong rambutnya menjadi pendek, kaum wanita pun mahu ikut fesyen yang sama. Apabila orang lelaki masuk menganggotai pasukan tentera, wanita pun mahu turut sama dan begitulah seterusnya. Wanita mahu melakukan semua itu bukan kerana apa-apa selain daripada mencapai piawaian yang baru diikhtirafnya. Apa yang gagal diperakuinya ialah sikap Allah Subhanahu Wataala memartabatkan kaum lelaki dan wanita mengikut nilainya yang tersendiri dan berbeza, dan tidak kepada kesamaannya. Jadi, pada 16 Mac 2005 wanita Islam telah melakukan kesilapan yang sama.
Selama 1,400 tahun lamanya, sudah sedia ada satu konsensus di kalangan ilmuwan bahawasanya lelaki adalah jenis yang dibenarkan untuk mengimamkan solat. Apakah maknanya perkara ini kepada seseorang wanita Islam? Orang yang mengimamkan solat kita itu tidak bermakna mempunyai satu kelebihan spiritual yang lebih unggul dari segi mana pun. Hanya kerana seseorang lelaki mengimamkan solat bukannya bererti ada keistimewaan yang luar biasa. Malahan sesuatu solat berjemaah itu tidak mencetuskan keistimewaan yang amat ketara hanya kerana seseorang lelaki yang mengimamkannya. Kalaulah besar sangat keistimewaannya ataupun syahdu sangat peranan semacam itu, kenapakah Nabi junjungan kita tidak meminta Aishah, Khadijah ataupun Fatimah yang merupakan tiga wanita unggulan ummah menjadi imam di masa mereka hidup? Ketiga-tiga wanita tersohor ini telah dijanjikan syurga tetapi mereka tidak pernah mengimamkan solat (yang bercampuran antara kaum lelaki dan perempuan – penterjemah).
Kini, secara mendadak pula dan untuk pertama kali selepas 1,400 tahun, kita mempertikaikan peranan lelaki sebagai seorang imam, dengan tanggapan bahawa “Itu satu perkara yang tidak adil.” Demikianlah pemikiran kita walaupun Allah tidak pun memberikan satu keistimewaan yang istimewa kepada orang yang mengimamkan solat itu. Dari penilaian Allah, seseorang Imam bukannya diiktiraf lebih mulia oleh Allah berbanding pengikut yang berdiri solat di belakangnya. Sebaliknya, bukankah hanya kaum Hawa yang boleh menjadi seseorang ibu? Bukankah Allah semesta alam memberikan keistimewaan yang sungguh berprestij itu untuk wanita menjadi ibu? Nabi junjungan telah mengajar kita betapa syurga berada di kaki ibu. Tidak kiralah apa yang dibuat oleh kaum lelaki, dia tidak akan menjadi seorang ibu. Kenapa pula itu tidak dipertikai dan dianggap tidak adil?
Apabila ditanya apakah yang paling istimewa yang perlu kita hormati? Nabi junjungan kita menjawab: “Ibu kamu, ibu kamu dan ibu kamu.” Nabi mengulangi jawapan itu tiga kali sebelum menyebut “ayah mu” hanya sekali sahaja. Bukankah itu boleh dianggap satu pemilihan yang berat sebelah? Sesungguhnya tidak kiralah apa juga yang dilakukan oleh kaum lelaki, di tidak akan berjaya sampai ke satu tahap unggulan seseorang ibu. Alahai, alangkah pelik benda ini? Ketika Allah memberikan kehormatan yang paling tinggi kepada kita yang sungguh unik sekali, kita pula terhegeh-hegeh menyibuk mencari satu status penghormatan dengan merujuk kepada lelaki sebagai tanda aras (kayu-pengukurnya) tanpa menyedari betapa unggulnya penghormatan yang telah dikurniakan kepada kita. Kita telah sengaja menerima kaum lelaki sebagai satu tanda-aras untuk menjadi satu piawaian kita. Sehinggakan apa juga yang ternyata unik sebagai hak kewanitaan, sudah dianggap tidak ada nilainya. Sesungguhnya sikap tidak sensitif dan peka itu adalah sifat yang sungguh memalukan kita sehingga kita anggap sifat semula jadi sebagai seorang ibu itu adalah satu penghinaan. Dalam pertembungan ini kita menerima sifat berperang itu sebagai sifat kelelakian dan sifat kasih sayang yang tidak berbelah bagi sebagai sifat kewanitaan, sehinggakan kita menganggap betapa inilah rasionalnya.
Apabila kita menerima-pakai hakikat bahawa apa juga yang dilakukan oleh lelaki itu sesuatu yang lebih baik, sekali gus ia mencetuskan ikutan yang mendadak; bahawasanya apa juga yang dimiliki oleh lelaki; kita kaum wanita mesti dapat memilikinya juga. Kalau kaum lelaki boleh mengisi saf depan dalam jemaah kita, kita beranggapan bahawa itu adalah satu keistimewaan dan mahukan hak itu. Kalau ada lelaki yang mengimamkan solat kita, ia mencetuskan tanggapan bahawa si imam tadi adalah lebih dekat di sisi Allah, lantas kita juga mahu menjadi imam semacam itu. Entah bagaimana agaknya, kita telah menciplak satu tanggapan bahawa kedudukan yang menonjolkan kepimpinan semacam itu adalah satu pertanda bahawasanya seseorang itu amat hampir di sisi Allah.
Seseorang wanita Islam tidak perlu merendahkan martabatnya semacam ini. Dia mempunyai Allah sebagai ukuran piawaiannya. Dia mempunyai Allah untuk memberikan penilaianNya. Dia tidak memerlukan kaum lelaki dalam penilaian ini. Malahan dalam jihad kita ini mengikut kaum lelaki, kita sebagai kaum wanita tidak pula berhenti sejenak untuk menilai apakah segala kemungkinannya yang kita miliki itu adalah lebih baik untuk kita. Dalam banyak hal, kita telah melepaskan apa yang lebih unggul semata-mata kita cuba hidup setara semacam lelaki.
Lima puluh tahun yang lalu, kita telah menyaksikan kaum lelaki meninggalkan rumah mereka untuk bekerja di kilang-kilang. Ketika itu kita sibuk dengan peranan sebagai ibu. Akan tetapi secara tiba-tiba kita juga mahu mengikut jejak langkah mereka. Entah macam mana pula, kita tiba-tiba mempunyai tanggapan bahawa kita mesti mengikut arus gelombang kebebasan wanita untuk menolak tepi peranan melahir dan mengasuh anak-anak hanya untuk bertugas mengendalikan jentera. Kita telah menerima hakikat bahawa tugas bekerja di kilang itu adalah lebih mulia dari peranan membesarkan anak-anak, semata-mata kerana kaum lelaki bekerja di kilang. Apabila selesai kerja di kilang itu, kita diharapkan menjadi seorang manusia yang serba boleh, seorang ibu yang sempurna, seorang isteri yang mithali, yang pandai menjaga rumah dan pada waktu yang sama seorang yang berjaya dalam kerjayanya. Apabila tidak ada sesiapa yang mempertikaikan peranan seseorang wanita yang bekerja itu, kita pun mula sedar apa yang kita korbankan itu hanya satu langkah mengikut secara membabi-buta akan peranan kaum lelaki.
Apabila kita melihat anak-anak sendiri yang bersikap semacam orang asing kepada kita, barulah kita sedari betapa kita tersilap melepaskan segala keistimewaan yang dianugerahkan kepada kita. Hanya sekarang ini, apabila diberikan pilihan, ramai kaum wanita Barat yang memilih untuk berada di rumah untuk membesarkan anak-anak mereka sendiri.. Mengikut bancian United States Department of Agriculture (Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) hanya terdapat 31 peratus ibu yang mempunyai anak, dan 18 peratus ibu yang mempunyai antara dua hingga lebih kanak-kanak, yang bekerja sepenuh masa. Mengikut bancian Parenting Magazine pada 2000, di kalangan ibu-ibu yang bertugas begini, seramai 93 peratus menyatakan kesanggupan berada di rumah membesarkan anak-anak sendiri. Namun, mereka terpaksa bekerja kerana tanggungan bebanan kewangan. “Bebanan” ini sebenarnya dipaksakan ke atas mereka gara-gara sikap mahukan kesamaan dari hak jantina di dunia Barat yang serba moden. Inilah juga yang membawa pemisahan di kalangan umat Islam yang lalai akan keistimewaan taraf jantina mengikut pandangan Islam.
Kaum wanita barat telah mengorbankan hampir satu abad dalam membuat eksperimen mereka sebelum menyedari akan keistimewaan yang diberikan kepada wanita Islam kira-kira 1,400 tahun dulu lagi. Apabila mengambil kira keistimewaan saya sebagai seorang wanita Islam, sudah tentu saya akan menghina diri sendiri kalau mencuba menjadi seseorang yang berbeza. Secara ikhlas saya memang tidak mahu menjadi seorang lelaki. Sebagai wanita kita tidak akan mencapai kebebasan sepenuhnya sehinggalah kita berhenti cuba meniru lelaki dan menilai sendiri segala keindahan nilai-nilai perbezaan yang dikurniakan kepada kita oleh Tuhan.
http://www.islamonline.net/askaboutislam/display .asp?hquestionID=9651" title="http://www.islamonline.net/askaboutislam/display .asp?hquestionID=9651" target="_blank"http://www.islamonline.net/as...
Berikan komen anda kepada artikel ini di sini.
Terjemahan MT-SPAR - 08.04.2005
|
|
|
| |
| Apa jadi dengan siasatan BPR terhadap 18 VIP Rasuah? |
| 04.09.05 (6:02 pm) [edit] |
Angkatan Muda Keadilan (AMK) melihat reaksi luarbiasa terhadap laporan malaysiakini pada 1 April sebagai tindakan jijik dan petanda negara yang rosak. Mereka gagal melihat jenaka sebagai jenaka.
Juga hilang prioriti sama sekali. AMK juga hairan mengapa laporan polis AMK minggu lalu terhadap tindakan ‘racist’ Pemuda Umno menganjurkan Seminar Melayu Dalam Bahaya, langsung tidak mendapat reaksi Pejabat Peguam Negara.
Seminar tersebut jelas menakutkan Melayu dan memburukkan bangsa lain di negara ini. Ia sebenarnya cubaan untuk menutup rasuah pemimpin Melayu dengan memainkan sentimen kaum. AMK juga hairan mengapa badan politik dan NGO yang sibuk mengancam malaysiakini tetapi membisu apabila laporan polis dibuat terhadap pemimpin yang rasuah.
Mengapa tiada gesaan dibuat terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan? Apakah jenaka 1 April ini lebih serius daripada berbilion wang rakyat yang terlibat dalam rasuah pemimpin? Jelas sekali mereka hilang keutamaan dan menjadi lambang negara yang rosak.
AMK mendesak semua individu dan badan yang lantang dan serius dalam isu jenaka 1 April ini juga membuktikan mereka serius dalam persoalan lebih penting seperti rasuah. Untuk makluman mereka, tidak ada satupun daripada puluhan laporan polis yang dibuat membabit rasuah, telah disiasat dan mendapat perhatian Pejabat Peguam Negara.
Semuanya dipendam. AMK mencabar badan-badan ini supaya mendesak pihak berkuasa untuk menyatakan status laporan polis itu, semuanya, termasuk kisah 18 VIP yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.
Pertanyaan sila email penerangan_keadilan@yahoo .com atau hubungi Badrul Hisham Shaharin, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia 0163242564 - 08.04.2005
|
|
|
| |
| Penubuhan dan Pendaftaran PAS |
| 04.08.05 (5:18 pm) [edit] |
Penubuhan dan Pendaftaran PAS ------------------------- ------
Assalamualaikum para pembaca sekalian,
Sebelum dimulakan cerita pendaftaran PAS elok kita lalui dahulu susur galur peristiwa penting politik orang-orang Melayu beserta Tarikh dan Faktanya sekali ketika peralihan kuasa dari:
british - jepun - kosong/peralihan - british - darurat - pru 1 : ------------------------- ------------------------------ ------------
1. Tahun 1938 - Parti Kesatuan Melayu Muda, KMM. ------------------------- -------------------------
Parti KMM diasaskan di Kuala Lumpur oleh Ibrahim Hj Yaacob (lahir di Temerloh, 1911 ), sebagai Parti politik PERTAMA orang Melayu di Tanah Melayu. Para pemimpinnya terdiri dari Guru-guru sekolah lepasan MPSI. Tujuan utama KMM adalah memperjuangkan kepentingan Bangsa Melayu, menanam semangat kebangsaan orang Melayu, melindungi hak orang-orang Melayu dan menuntut kemerdekaan dari penjajah british kerana ketika itu dunia diambang peperangan besar dan jepun telah menawan manchuria dan menyerang china tahun 1937. Penjajah british amat gelisah dengan parti KMM dan dengan asakan kuasa jepun di asia ketika itu, british sasau dan telah menuduh KMM radikal dan menahan para pemimpin KMM pada bulan oktober 1941. (Perlu diingat, raja-raja Melayu ketika itu masih dinasihati british lagi.)
2. Tahun 1942 - jepun di Tanah Melayu. ------------------------- ----------------
Bulan disember 1941 - jepun mendarat di Kota Bharu, dan bulan februari 1942 - seluruh tanah Melayu jatuh ke tangan jepun. Semasa pemerintahan jepun para pemimpin KMM yang ditahan british telah dibebaskan. Faktor kemenangan jepun di Tanah Melayu adalah kerana pertahanan british lemah, pemerintahan british ada unsur penipuan dan ada agenda tersembunyi kuasa nasara itu di rantau ini. Ketika jepun datang, tentera british tak nampak muka pun, perang dalam hutan tak tahu dan semua penakut, (mungkin harapkan sarjan Hassan saja untuk lawan jepun dlm hutan). Penjajah british cabut lari, "lesap siiuup macam j bond", bukan nak bela orang Melayu dan Tanah Melayu tetapi nak menyamun aja macam amerika di Iraq.
Penjajah jepun pula perlu mentadbir urusan orang-orang Melayu yg terkontang-kanting ditinggalkan british, maklumlah terlalu lama percaye pd penjajah british, minta dinasihati oleh kuffar british, dan tidak percaya pada kekuatan sendiri. Sultan telah disorokkan dan dengan itu, jepun terpaksa mengharapkan tokoh-tokoh orang Melayu yg ada ketika itu seperti Ibrahim Yaacob, Onn Jaafar dan Dr Burhanuddin Helmy. Pada lahirnya KMM dan tokoh-tokoh itu kerjasama dengan jepun, tetapi sebenarnya KMM dan tokoh-tokoh itu berhubung dengan gerakan Melayu anti jepun untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ekonomi dunia pula tidak menentu ketika itu dan harga barang mahal, duit jepun tak laku dan rakyat gelisah. Pada bulan Jun 1942 jepun mula berkeras dan menyalahguna kuasa dengan mengawal suasana dan pergerakan rakyat secara kasar, manakala parti KMM pula dibubarkan.
3. 6 ogos 1945 - bom atom menghancurkan hiroshima dan nagasaki. ------------------------- ------------------------------ ----------
Setelah jatuhnya bom atom yg menghancurkan hiroshima dan nagasaki pada 6 ogos 1945, maka bermulalah perlumbaan kuasa nuklear oleh negara-negara yang kemarok kekejaman, yg tiada etika perang dan yg lapar untuk membunoh ramai manusia tidak kira wanita, orang tua atau kanak-kanak. Maka tersohorlah formula kuasa atom e = mc2 . Sangat jelas kekejaman pengeboman tentera amerika sama aje macam jepun dari dulu hingga kini, dan amerika saja yg boleh simpan bom nuklear, negara lain tak boleh, kan jelas niat jahat amerika itu. tetapi media barat menutupnya.
4. 15 ogos 1945 - jepun menyerah kalah. ------------------------- ---------------
Ada kekosongan kuasa di Tanah Melayu ketika itu. Orang Melayu terlepas peluang keemasan untuk betul-betul merdeka dari sebarang penjajah. british telah berhati-hati dan mereka datang sedikit dan berperingkat mulai penghujung september 1945. Sangat Aneh pejuang dan askar Melayu (yang dibawah perintah raja-raja) yang bersabung nyawa menghalau jepun boleh menerima dengan tersangat Mudah, penjajah british sebagai "Tuan" Semula ?? Kena pukau ke apa ? Mengapa pejuang dan askar Melayu tak teruskan segera menghalau inggeris dan british ?? Malah dijemput Semula kuffar british untuk menasihati ??
maka "naiklah tocang" british untuk meneruskan semula kepura-puraannya, untuk mengawal suasana di Tanah Melayu dan mengawal raja-raja Melayu agar menuruti lagi nasihat mereka. british sebenarnya lemah dan tiada kekuatan selain tipu helah dlm menasihati pembesar Melayu. Ketika jepun serang singapura pun, cuma satu meriam saja dilepaskan jepun dari johor bahru, british dah cabut lari naik kapal ke australia.
Malah british tak nampak muka pun menentang jepun dan membela orang Melayu - semua penakut, cabut lari, tinggal leftenan Adnan saja bela singapura, hingga dicincang jepun. mana british ?? mana bangsa lain ?? Mereka nak menguasai kekayaan negara aja dan mengangkutnya keluar. Sebenarnya penjajah british itu, mahu meneruskan agenda perampokan hasil bumi Tanah Melayu dan meneruskan penguasaan kuasa nasara itu keatas umat Islam rantau ini. Adakah orang Melayu sedar ?? atau masih tidur ?
"Jangan tidur selamanya, sebab mati nanti baru celik.... Semoga ALLAH hidupkan hati kamu dan kami dan dicelekkan minda, Amiin."
5. Bulan Oktober 1945 - Parti politik KEDUA orang Melayu ditubuhkan. ------------------------- ------------------------------ ---------------
Oktober 1945 - Parti politik KEDUA orang Melayu ditubuhkan bernama Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM, dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmy, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) dan Mokhtaruddin. Matlamatnya adalah memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan agama Islamnya, menyingkirkan pemerintah british dan mendirikan sebuah negara yang merdeka. Ini adalah kelompok pertama pemimpin dan Pemikir Melayu setelah tamat perang, yang cepat bangkit berdiri untuk menyelamatkan Tanah Melayu, bangsanya, Agamanya dan hasil buminya. Cuma sebulan saja setelah jepun 'surrender' mereka telah Bangun Memperjuangkan Agama, Tanahair dan Bangsanya. Merekalah pejuang sejati.
Sekali lagi orang Melayu hilang punca, lambat bertindak dan "indecisive". Nak ikut raja atau pemimpin politik ? Sungguh lemah minda rakyat ketika itu, dan tidak perkasa segala tindakan rakyat untuk menangani kebebasan diri dan negara. Maka british pun segera ambil kesempatan, mereka cepat bertindak dan tidak termeleh.
Adakah orang Melayu memang suka perhambakan diri ?? Jika betul menurut ajaran Islam ini tak seharusnya berlaku, dan Adakah sudah berubah sikap Melayu hingga kini ?? Sudah Perkasakah jiwa, minda dan semangat Melayu ? "Bersedialah Bangsaku, kerana ketikanya akan tiba dalam sekelip mata untuk meraih kemenangan", umpama surrendernya jepun dan terlepasnya peluang keemasan ketika itu untuk bebas merdeka.
6. Penghujung 1945 dan sepanjang 1946 adalah Sangat kritikal. ------------------------- ------------------------------ --------
Orang Melayu semakin bangkit dan bersedia untuk merdeka dan menyahkan british. Pada bulan Februari 1946 - 2 lagi Parti politik orang Melayu (kumpulan KETIGA) ditubuhkan bernama Angkatan Pemuda Insaf, API, dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Dan Angkatan Wanita Sedar, AWAS, dipimpin oleh Shamsiah Sutan Fakeh.
Untuk meredakan keresahan orang Melayu terhadap pentadbiran semula british di Tanah Melayu melalui tenteranya, maka british telah bertindak mengalihkan pentadbiran tentera kepada pentadbiran baru (ala penipuan) melalui malayan union pada 1 april 1946. Itulah "april fool" british terhadap umat Islam dan orang Melayu ketika itu. Dan itu disebabkan orang melayu masih tidak mempercayai Pentadbiran Islam, sampailah kini.
Parti PKMM, API dan AWAS telah lebih dahulu dari parti lain maju kehadapan membela orang Melayu. Malah parti-parti itu telah bergabung menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) untuk menolak perlembagaan baru british melalui malayan union. Hasilnya PUTERA telah mengemukakan "Perlembagaan Rakyat" yg diterima sultan dengan menetapkan kuasa dan memelihara kedaulatan raja-raja Melayu, hak orang-orang Melayu dan mengetatkan syarat kewarganegaraan.
Tetapi "Perlembagaan Rakyat" terus ditolak oleh british mentah-mentah. Dan british sengaja melengah-lengahkan usaha ke arah kepimpinan orang Melayu, dengan pelbagai helah untuk melambatkan usaha orang Melayu (seperti berlengahnya amerika keluar dari Iraq masa sekarang), disamping british terus mencari formula baru untuk mengukuhkan kedudukannya disebalik tabir.
7. 1946, ditubuhnya u.m.n.o. ------------------------- -----
Semangat orang Melayu untuk merdeka terus berkobar-kobar dan merebak luas. Dan pada 11 mei 1946 - Parti politik Keempat orang Melayu ditubuhkan bernama United Malay National Organisation, Umno, dipimpin oleh Onn bin Jaafar (district officer pentadbiran british di Batu Pahat, yg berketurunan turki) yang memperjuangkan nasionalisme Melayu. Umno terus didaftarkan dibawah pentadbiran british pada tahun 1946 itu juga. Nama awal Umno pada kongres bulan mac 1946, adalah pekembar, pkmb atau parti kebangsaan Melayu bersatu. Tup-tup bertukar u.m.n.o. - bahasa inggeris. Apakah psikologinya ?? .. sedangkan nama 3 parti orang Melayu terdahulu berbahasa Melayu dan ketuanya berbangsa Melayu sepenuhnya. Adakah u.m.n.o. tajaan british ??
8. 1948, Hizbul Muslimin - Parti orang-orang Islam. ------------------------- ----------------------------
Pada bulan Mac, 1948 - Hizbul Muslimin ditubuhkan dan adalah parti Islam Pertama orang Melayu pasca perang dunia ke2. Ia juga merupakan Parti politik KELIMA orang Melayu, dan dipimpin oleh Guru Agama bernama Hj Abu Bakar Al-Baqir yang ingin menubuhkan Kerajaan Islam di Tanah Melayu ini. Guru Agama itu tidak terlalu menonjol pendekatan politiknya dan banyak merendah diri, tetapi kuffar british nampak tertekan dengan perkembangan ini, dan telah terbuka tembelang penjajah nasara itu apabila terus mengishtiharkan darurat di Persekutuan Tanah Melayu mulai Jun 1948. Alasannya, 3 orang british yang mempunyai ladang dan estet di sungai siput perak dibunuh komunis.
Perintah darurat adalah helah british untuk mengukuhkan lagi tapak kuasanya di Tanah Melayu dan melengahkan lagi tuntutan merdeka. Parti politik tidak dibenarkan bergerak. Pertama sekali, british terus mengharamkan parti komunis, dan kemudian dilibatkan sekali pengharaman keatas semua parti politik, kecuali u.m.n.o. PKMM diharamkan kuffar british tahun 1948, API diharamkan kuffar british tahun 1948, AWAS diharamkan kuffar british tahun 1948, dan HIZBUL MUSLIMIN diharamkan kuffar british bulan ogos, tahun 1948.
TETAPI u.m.n.o. tak diusik pun oleh british - hingga kini. Adakah u.m.n.o. itu dizahirkan melalui pemikiran penjajah british ??
Sedangkan rakyat dan pemimpin Parti Melayu terdahulu seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Pak Sako, Ahmad Boestamam dll yang masih berjuang untuk menghalau penjajah Inggeris dari terus meracuni raja, pemimpin dan orang Melayu, telah dilabel pula oleh british dan u.m.n.o. yang pro kesenangan dan pro penjajah ketika itu sebagai pengganas, "radical", haluan kiri dan hingga ada yang dilabel komunis.
Bayangkan betapa lamanya british berhelah dan liatnya british, dari 1945 - 1957. jepun cuma memerintah Tanah Melayu selama 3 tahun (1942 - 1945) dan itulah yang sering dipropaganda media pro british sebagai kesengsaraan yang panjang, ubi kayu dsbnya. Sedangkan buruknya penjajah british yang beratus tahun menipu dan diulang kembali menjajah didiamkan saja. Adakah bangsa kita terlalu kagum akan bangsa omputeh, bahasa omputeh dan terlalu malu ? 1945 - 1957 adalah lama, 12 tahun orang Melayu kerugian, dan bila merdeka itu pun bersyarat, dan kepada orang2 pilihan british. Orang2 yang sanggup menyambung dasar-dasar british tanpa merugikan ladang-ladang, estet-estet, lombong-lombong, tanah-tanah, budaya, cara hidup dan gaya pemerintahan kuku besi british.
9. 1951 - Penubuhan PAS (Jawinya "pha-alif-siin" atau PAS) ------------------------- ------------------------------ -----
Setelah nampak kemelut dan cabaran masa akan datang untuk umat Islam dan orang Melayu ketika itu, yang mana penjajah kuffar british tidak membenarkan Parti politik tertentu bergerak, maka ahli-ahli dari Hizbul Muslimin, PKMM serta Guru Agama, Ulama dan Pemikir ISLAM di Tanah Melayu dan segelintir ahli agama umno yang insaf, telah bermesyuarat di Gunung Semanggul, Perak pada 23 Ogos, tahun 1951. Mereka membincangkan peri pentingnya mendaulatkan ISLAM di Tanahair Tercinta Orang Melayu ini. Mereka juga telah bersependapat betapa perlunya wujud suatu gerakan Islam, Siasah Islam atau Harakah Islamiyyah apabila tidak ada negara Islam di Tanah Melayu ini.
Ada segelintir "talibarut british" yang mengintai kuasa dan mengambil kesempatan ketika itu, seperti Allawi di Iraq dan Karzai di Afghanistan masa kini, memberi gelaran "Bahaya dari Gunung" terhadap PAS dan "claim" itu parti serpihan umno. Sampai sekarang pun, masih ada yang terus menyambung lidah talibarut british itu.
Namun begitu, Hasil dari mesyuarat itu telah tertubuhnya Parti Islam SeMalaya, PAS, pada 24 November 1951, yang diketuai oleh seorang Ulama bernama Tuan Hj Ahmad Fuad. PAS merupakan Parti politik KEENAM orang Melayu di Tanah Melayu ini. Walaupun PAS telah ditubuhkan 24 Nov 1951, tetapi tidak didaftarkan di pejabat pentadbiran british sebagai teladan bahawa persatuan ISLAM itu tidak memerlukan restu british. Itulah Hikmahnya, tambahan pula memang tidak boleh didaftarkan dalam sistem british yg masih "berdarurat", kerana british masih tidak membenarkan parti politik Melayu bergerak kecuali u.m.n.o. ketika itu.
Begitulah kesusahan dan liku-liku yang dilalui PAS. ALLAH saja yang membalas usaha baik mereka yang terdahulu, Amiin.
PAS lahir dari Pemikiran Pelbagai Ahli Agama Islam dan Para Ulama di Tanah Melayu, di Gunung Semanggul, yang telah nampak ketika itu peri pentingnya mendaulatkan ISLAM di Tanahair Tercinta Orang Melayu. Mereka telah nampak kerosakan umat dimasa akan datang jika ISLAM itu diperintah menurut acuan british, bukan memerintah. Itulah niat murni mereka terhadap orang Melayu dan tanahairnya, tetapi terus dipinggirkan. Dan kini semuanya jelas bagi kita masalah pentadbiran negara tanpa etika ISLAM yang menjadi telahan mereka (Alim Ulama) satu ketika dahulu.
Telah berterusan penipuan demi penipuan yang dilakukan british terhadap orang Melayu, seperti isu malayan union (akhir 40an), perlembagaan reid (50an), jus soli (50an), memerdekakan singapura (60an), tetapi semua itu ditutup oleh media, ditutup oleh sekatan berpolitik dan sekatan maklumat.
dan parti-parti yg diterajui umno terus menyimpang dari jalan lurus dengan, belot terhadap setiakawan PAS dengan membuat rusuhan lakonan di Kelantan (akhir 70an), tragedi Memali dan seterusnya perpecahan umno kerana telah hilang berkat (80an), umno juga telah mengulangi kedurjanaan setiakawannya apabila menganiaya Anwar, setelah banyak mempergunakan Anwar dan orangnya dlm isu Islam umno (akhir 90an), semakin merebak kemungkaran yg dilakukan umno/bn dengan rasuah, skandal wang, skandal pribadi, maksiat, salah guna kuasa, melacurkan institusi awam dan pelbagai penyelewengan (akhir 90an),
bersambung pula dengan pm baru, penipuan besar-besaran dalam PRU 11 tanpa sekelumit perasaan malu, Rakyat umum rasa malu apa yang berlaku dalam pru itu, tetapi umno/bn serta spr buat muka tak malu. perkara mungkar terus membiak, orang Melayu makin lupa daratan, berkat makin tiada, pemimpin semakin gila kuasa dan kemarok duit hingga gondol segala bukit, tamak haloba merasuk pemimpin, dan orang melayu telah mabok dunia, tsunami datang pun masih tak luwes maboknya (tahun 2000an).
sekali lagi semua itu ditutup oleh media, ditutup oleh sekatan berpolitik, berceramah dan sekatan hebahan maklumat. Media yang dikawal sepenuhnya oleh umno/bn pun tipu, dengan menyatakan penipuan, penyelewengan, rasuah, tekanan, sekatan dan kemungkaran tidak berlaku sebaliknya mendakwa semua itu adalah kesalahan dari parti-parti alternatif.
Itulah dia sistem autokrasi tersohor dalam negara umat Melayu moden, pemimpin yang telah melakukan "Total Media Control" dan memerintah cara kuku besi/isa british terhadap rakyatnya sendiri yang sememangya dhaif, untuk para pemimpin itu terus merampok hasil bumi orang Melayu, seperti guru britishnya dulu merampok hasil bumi Tanah Melayu dan mengangkutnya keluar.
Jelas sekali, orang Melayu masih lagi hilang punca, lambat bertindak dan "indecisive". Nak ikut arahan kuasa pemimpin politik atau suruhan Agama ALLAH Yang MAHA BESAR ? Sungguh lemah kemahuan dan minda orang Melayu untuk meraih Kebaikan sebenar.
Kebanyakannya suka tunggu dan lihat, suka tengok orang lain, tidak usaha bersungguh-sungguh dan ada yang tidak peduli langsong apa nak jadi pada masa depan Islam, Umat, politik dan Negara. Dan dari dulu hingga kini orang Islam Melayu masih termeleh dan tidak perkasa dibawah kepimpinan pm baru, mahupun yg lama. Semakin keliru nampaknya umat Melayu adalah.
Jika betul-betul menurut ajaran Islam semua itu tak seharusnya berlaku, Bolehkah bawaan parti umno melakukannya ?? Jika boleh, eloklah. Jika tidak, Apakah pilihan Rakyat ?... "Bersedialah Secukupnya Sahabatku, kerana ketikanya akan tiba dalam sekelip mata untuk meraih kemenangan", umpama surrendernya jepun dan terlepasnya peluang keemasan ketika itu untuk bebas merdeka.
Semua Rakyat terutamanya pihak parti politik seperti PAS, PKR, Barisan Alternatif, kumpulan NGOs, badan tertentu, persatuan dan semua pihak yang sayangkan negara dan generasi pewaris negara ini hendaklah jangan berhenti mengkaji secara terperinci segala bentuk kerjasama untuk membersihkan pentadbiran negara, menyelamatkan generasi muda dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Manusia politik juga hendaklah berkelaku baik dan konsisten, bertindak pantas dalam era yang sangat mencabar ini." "Manusia politik hendaklah jujur pada diri, pengikut, parti dan sekalian rakyat."
10. Pendaftaran PAS tahun 1955 ------------------------- --------
Walaupun PAS secara resminya telah ditubuhkan pada 24 Nov 1951, tetapi masih tidak didaftarkan di pejabat pentadbiran british hinggalah hampir pilihanraya pertama 1955.
Tahun 1952 british telah melonggarkan batas pergerakan parti-parti politik untuk membolehkan praya majlis-majlis bandaran, menurut kaedah di London, dapat dilaksanakan dalam Tanah Melayu. Media dan akhbar pro british telah menutup kredibiliti Pemimpin dan Parti PAS, dan PAS tidak menyertai praya bandaran itu kerana tidak berdaftar dengan british. Hidup rakyat tidak selesa dan ruang menyebarkan PAS adalah sempit ketika itu.
penjajah british terus melakukan perang saraf untuk menakutkan rakyat melalui tempoh darurat itu (1948 - 1960) supaya british kukuh bertapak lagi. malah birokrasi britishlah yang menetapkan bahawa untuk Pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu - semua parti politik mesti berdaftar dengan pentadbir british. Apa hak british membuat peraturan itu di rumah dan tanahair orang Melayu, sedangkan rumah dan tanahair british nun jauuh ribuan batu dari Tanah Melayu ?? Sebenarnya british sudah tiada kuasa lagi mentadbir di Tanah Melayu dan menasihati raja-raja Melayu ketika itu, setelah lari dari jepun.
Dimanakah silapnya orang-orang Melayu ?? Dimanakah kerjasama Raja-raja, Pemimpin politik Melayu, Alim Ulama Melayu, Askar Melayu, Pahlawan Melayu, Pendekar Melayu dan Orang-orang Melayu ketika itu ? Adakah kesepakatan yang wujud antara semua itu ? Sudah hilangkah semua Ajaran ISLAM dan Amalan ISLAM masing-masing ? Kenapa tak dipedulikan dan dibiarkan saja kuffar british menyelongkar tanahair, rumah hingga ke dapur kita ?? Apa sudah jadi ? Adakah itu natijah dari asohan ala barat dan nasihat british yg lebih seratus tahun itu ? Sungguh terhina rasanya menyingkap sejarah silam orang Melayu.
Jangan didekati lagi cara barat, resam barat, budaya nasara, pemalsuan yahudi dan nasihat british, wahai Bangsaku ! Telah terbukti ia palsu dan kita diaibkan. - Parti Umno telah berdaftar dengan pentadbir british, tetapi tidak menentu dan telah bergolak ketika itu, hingga Onn Jaafar keluar umno buat kali ke 2, dan akhirnya menubuhkan parti Malaya Merdeka, MP atau IMP inggerisnya, pada bulan Ogos 1951. Tahun 1953 IMP dibubarkannya dan ditubuhnya pula Parti Negara, februari 1954. Apakah penyebab malangnya nasib beliau ? Setelah pilihanraya majlis-majlis bandaran, Umno dan Mca telah berpakat menubuhkan parti perikatan pada bulan mac 1953, kemudian disusuli Mic menjadi anggota pada bulan april, 1955.
kuffar british yg semakin kukuh kuasanya melalui pembelian masa dari orang-orang Melayu, telah tidak henti mahu menyekat pengaruh beberapa parti lain, termasuklah PAS ketika itu. media british terus membasuh minda rakyat bahawa parti yg direstuinya saja mampu mentadbir Tanah Melayu ini. perang saraf menakutkan rakyat terus dilakukan british dan itulah tipu helah british sebagai sumber ilham kekuasaannya. Dan untuk menyertai Pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu (Julai 1955) - semua parti politik mesti berdaftar dengan pentadbir british.
Namun PAS tetap tidak berputus asa untuk menghadapi birokrasi british itu demi masa depan Islam, Rakyat dan Negara. Dan dari Pertolongan ALLAH SWT jua serta berkat usaha, doa dan kebijaksanaan Pemimpin Islam dan Ulama ketika itu, Parti Islam Se-Malaysia, PAS berjaya juga didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran 733 (Penang). Pendaftaran itu telah membolehkan PAS menyertai pilihanraya pertama Negara pada bulan Julai 1955. (bayangkan 1 bulan saja persediaan PAS ketika itu, berbanding perikatan yg telah berlari dahulu)
Pendaftaran itu pula melalui seorang kerani India yang kenal dengan Almarhum Dr Hj Abbas, YDP PAS kedua. Untuk makluman pembaca; Presiden dan Yang Dipertua PAS hingga kini adalah 8. 1. Tuan Hj Ahmad Fuad } Ulama 2. Dr Hj Abbas Alias } Professional 3. Dr Burhanuddin Al-Helmi } Professional 4. Dr Zulkifli Mohamad } Professional 5. Dato' Hj Mohd Asri Muda } Ulama 6. Tuan Hj Yusof Rawa } Ulama 7. Datuk Hj Fadzil Mohd Noor } Ulama 8. Dato'Seri TG Hj Abd Hadi Awang } Ulama
dan kerani India itu pernah dibantu oleh Almarhum Dr Abbas ketika susah tiada kerja dahulu, sebelum beliau menjawat jawatan kerani dengan british.
Dan kebetulan pula hari itu pegawai british atasan tidak ada di pejabat pendaftar pertubuhan dan kelulusan zaman itu boleh dibuat oleh kerani kanan (cc) itu saja - maka PAS pun berjaya didaftarkan pada 31hb. Mei 1955 untuk menyertai pilihanraya pertama dengan izin ALLAH SWT. Sesudah itu hinggalah kini menjadi sejarah. Tanyalah orang lama PAS dan dapatkan pengesahan. Hikmahnya, pendaftaran PAS tidak melalui manusia british, tetapi rakyat Malaya sendiri.
Pencapaian PAS dalam pilihanraya pertama tidak seberapa (PAS 1 kerusi, perikatan 51 dan jumlah 52 kerusi) sebab ramai yang percaya agenda menakut-nakutkan rakyat oleh parti perikatan. Peranan media british pun telah membuat ramai yang sangsi dengan Politik ISLAM hinggalah ke hari ini.
Beza, jauh bezanya penubuhan PAS dengan u.m.n.o. Begitu juga kesusahan dan liku-liku yang dilalui PAS. Mereka tetap sabar dan beristiqamah. ALLAH saja yang Lebih Tahu dan membalas usaha baik mereka yang terdahulu, Amiin.
Kini PAS adalah pertubuhan berdaftar dan ia bukan pertubuhan bawah tanah. Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR. Matlamat PAS ialah; 1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH. 2. PAS mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara. Dapatkan maklumat lanjut dari markas PAS atau cawangan PAS berdekatan.
Hati-hatilah membaca sejarah, kerana kebanyakan teks sejarah ditulis oleh mereka yang pro penjajah, pro kesenangan, pro mahu berkuasa, pro kuasa nasara, pro orientalis, pro membenci Pejuang Islam. Apatah lagi mereka telah menang cara resapan sekular dan cara penipuan yahudi yang sangat berleluasa diseluruh dunia masa kini.
Hati-hatilah bila menulis, membaca sejarah dari mindset pro penjajah british, dan Hati-hatilah menuruti pemikiran pengampu british yang terus mahu berkuasa dan memperkudakan kamu.
ALLAH Maha MENGETAHUI.
ALLAH U AKBAR! ALLAH U AKBAR! ALLAH U AKBAR!
oleh : i <bandwidh@yahoo.com> (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Menteri SMS |
| 04.08.05 (4:24 pm) [edit] |
Mutaakhir ini semacam timbul suasana baru dalam masyarakat kerana SMS atau Sistem Maklumat Singkat (Short Message System). Watashi mohon maaf pada Tuan Roslan-SMS. Itu pun kalau SMS ini sama dengan SMS Tuan Roslan. Dulu, rakyat seakan-akan gila dengan sogokan oleh menteri tentang internet, hari-hari internet, internet, internet dari pagi hingga malam. Kini nampaknya, SMS,SMS,SMS………….
Sekarang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kata amaran Tsunami akan dibuat melalui SMS. Dia sebut demikian waktu mula-mula amaran Tuhan melalui Tsunami itu melanda pantai barat utara semenanjung tanah air.
Menteri yang sama sebut lagi tentang cita-citanya hendak menyalur maklumat benjana itu melalui SMS selepas gempa bumi mengoyak rabakkan Pulau Nois baru-baru ini. Seperti di lapor ini
Penyebaran maklumat gempa bumi kepada orang ramai dalam 15 minit KUALA LUMPUR 4 April - Mulai sekarang, maklumat mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami akan dipastikan dapat disampaikan kepada orang ramai dalam tempoh tidak melebihi 15 minit selepas kejadian itu berlaku.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, penyebaran maklumat mengenai kejadian itu akan boleh dilakukan dengan lebih pantas lagi apabila Pusat Amaran Awal Tsunami yang bernilai RM19 juta mula beroperasi penghujung tahun ini. Katanya, setakat ini, kaedah yang dikenal pasti untuk digunakan dalam menyalurkan maklumat tersebut adalah melalui media massa dan laman web Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca.
``Kita akan pastikan pihak media mendapat maklumat mengenai kejadian gempa ini secepat mungkin dan seterusnya dapat menyiarkan berita terkini serta perkembangannya dari semasa ke semasa.
``Selepas ini saya percaya tidak akan ada lagi masalah dalam penyaluran maklumat, malah apa yang hendak kita beritahu ini akan turut merangkumi arahan pihak berkuasa seperti keperluan berpindah dan sebagainya,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Minggu lalu beberapa ahli Parlimen mengkritik kelemahan pihak media dalam menyalurkan maklumat mengenai kejadian gempa bumi 29 Mac lalu yang melanda barat Sumatera.Sementara itu, mengenai kaedah penyampaian maklumat melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) pula, Jamaluddin memberitahu bahawa beliau sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
``Saya difahamkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) sedang menjalankan kajian lanjut dan pada saya ia perlu dilaksanakan kerana kaedah SMS diakui antara cara yang efektif dalam menyebarkan maklumat terkini selain dari media massa.``Malah pelbagai kaedah lain turut dikaji antaranya melalui internet seperti mendapat kerjasama dari syarikat penyedia internet seperti Jaring untuk mereka mewujudkan breaking news ketika pengguna melayari internet.
``Bukan itu sahaja kita juga kalau boleh hendak cipta sistem yang membolehkan sistem siaraya di masjid-masjid seluruh negara dapat diaktifkan secara automatik apabila kita hendak sampaikan maklumat,'' ujarnya.
Nampaknya, Menteri yang berfikiran sains dan teknologi ini bersungguh-sungguh hendak menggunakan SMS. Mungkin sudah ada tokoh-tokoh korporat yang sedang tunggu dengan mulut terngaga projek-projek buat duit melalui SMS ini. Terutamanya yang terlibat dengan perniagaan telekomunikasi. Misalnya, orang kaya macam Ananda Krishnan.
Macam yang semua tahu, kini JAKIM pula nak guna SMS untuk memudahkan orang ramai periksa logo halal atau barangan halal yang dilulus JAKIM seperti dilapor ini.
SMS untuk semak Halal, Setuju atau Tidak? http://www.tranungkite.net/mo...;file=article&sid=876
Bagi watashi, kedua-dua idea ini menarik, kerana pengalaman berada di negara maju macam Jepun ini menunjukkan mereka tidak menggunakan sistem SMS untuk semua kerja-kerja yang kita cuba nak buat. Mungkin lepas ini SMS untuk check halal dan check amaran Tuhan (Tsunami) yang pertama di dunia, kemudian boleh dicatat dalam buku rekod malaysia. Ini tidak mustahil berlaku kerana tabiat ini diajar dan diasak kekepala rakyat jelata sejak lebih 22 tahun lepas (masa pemerintahan Mahathir).
Untuk itu watashi sertakan gambar yang diambil disebuah pasaraya besar di Jepun yang menjual daging halal. Gambar ini ialah surat akuan dari pengekport di sana disahkan sumber dan kaedah yang diguna untuk memprosesnya adalah mengikut aturan Islam.
Surat kenyataan ini menyebabkan kita yakin bahawa ianya memang halal. Pengeksportnya dari negara Brasil (Negara Islamkah Brasil?) . Boleh dikatakan di Jepun Brasillah pengeksport utama makanan halal.
Di sini, tidak ada sistem yang canggih-canggih serta tidak menggunakan peruntukan wang yang banyak untuk menyakin dan memudahkan orang Islam mendapat rezeki yang halal. Kita heran kenapa mudah sangat kita lari dari masalah sebenar yang dihadapi.
Persoalan utama bukannya semakan halal dan haram, tetapi penipuan yang gagal dikesan oleh pihak berkuasa, bukan saja gagal dikesan, tetapi tidak ada tindakan susulan atau penguatkuasaan yang sangat-sangat lemah.
Buatlah sistem canggih macamana pun, jika ia tidak dijaga oleh manusia ia tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada manusia.
Disamping itu, dilaporkan juga kononnya sistem siaraya di masjid-masjid seluruh negara akan diaktifkan secara automatik untuk sebar maklumat bencana. Auto jangan tak auto. Buat jangan tak buat, tetapi jangan membazir sangat wang negara, dan tumpukan kepada kawasan yang mempunyai riziko sahaja. Misalnya di kawasan sebelah pantai barat dari selatan hingga utara.
Tetapi kalau kita berjalan di kawasan penempatan di Jepun, di sana kita dapat lihat tiang tinggi yang mengandungi “loud speaker” diarah ke 4 penjuru. Tiap-tiap hari ada saja pengumuman dibuat, disamping itu, ia berbunyi tiap jam 12 tengahari. Kawan watashi beritahu, ia sangat berguna jika berlaku kecemasan dan ia berjalan secara manual (analog).
Negara yang sangat canggih teknologi digitalnya ini tidak melihat SMS sebagai cara yang effektif. Tetapi mereka menggunakan teknologi (digital dan IT) yang canggih itu untuk kerja-kerja yang manusia memang tidak mampu buat, selagi manusia mampu buat, mereka tidak gunakan teknologi yang mereka ada. Tetapi kita tidak begitu, semuanya berharap dan lepas tangan kepada teknologi sahaja.
Tidak keterlaluan disebut, masyarakat kita dan pembesar negara semakin gilakan teknologi sambil lupa kita manusia yang membuat teknologi itu. Oleh kerana gila inilah mungkin masyarakat dalam negara kini tidak ada nilai manusia dan terus melanggar peraturan yang dibuat untuk mereka dan lupa diri kita ini manusia lalu tidak lakukan penguatkuasaan yang dilakukan kerana percaya kepada teknologi saja.
Maaflah kerana banding dengan Jepun. Mungkin ada menteri yang baca tulisan ini bosan, tetapi menteri dalam banyak kes, kerap menggunakan Jepun sebagai kayu ukur mereka bila buat sesuatu justifikasi perkara yang mereka cadangkan.
Watashi sangat faham dan terkesan suasana ini kerana tempat watashi kerja sekarang mempunyai teknologi yang sangat canggih bahkan mereka sedang membangunkan sistem yang paling canggih di dunia dari tahun 1997 dan dijangka siap akhir 2007. Dimana mereka membangunkan dan menggunakan kecanggihan teknologi untuk membantu mereka buat perkara yang mereka tak mampu buat.
Mula-mula sampai dulu, bila gempa watashi off tv, takut datang mudarat dari elektrik. Tetapi tindakan itu rupanya tak betul. Sebaliknya, watashi diberitahu, Untuk tahu skala gempa adalah mudah, on tv jangan off di sana akan dilapor kawasan gempa komplet dengan magnitudnya.
Kemudian jika gempa berlaku pada magnitud besar dari 4, tak kira pangkat dan masa semua pekerja yang mempunyai alat kejituan tinggi diwajibkan datang ke tempat alat untuk kemudian memastikan keadaan alat samada dalam keadaan baik atau tidak.
Negara yang kita tahu orangnya penuh disiplin ini, mereka tidak tinggal “manusia” dan tidak nampak tergila-gila kepada teknologi untuk menjaga mereka, tidak seperti Menteri-menteri kita yang tergila-gilakan semuanya. Kita kena fikir sejenak, mereka adalah pembuat teknologi pun tidak gila, tetapi kenapa kita hanya pengguna ini yang tergila-gila lebih dari mereka?
Muramatsu 08.04.2005 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Sah… Zaid Bersalah Kerana Terlibat Dengan Rasuah |
| 04.08.05 (4:22 pm) [edit] |
Assalamualaikum w.b.t.
Bergema sudah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen melalui Bulletin Utama Tv3 pada pukul 8.10 malam tadi dan Bernama. Yang pasti bukan Zaid sahaja yang dikenakan hukuman, malah adik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, iaitu Dato’ Shahrir Abdul Jalil juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno. Cuma bagi saya hukuman yang dikenakan kepada Zaid sungguhlah ringan.
Artikel saya yang terdahulu telah menyiarkan bahawa Zaid telah cuba menyekat kuasa Majlis Mufti Kebangsaan yang melibatkan fatwa. Nampaknya kini, sudah nampak tanda-tanda Allah menghukumnya sedikit demi sedikit, setelah dahulu kita juga mengetahui bahawa Zaid telah lama menjadi alat untuk menyekat kerajaan Pas Kelantan dari melaksanakan hukum hudud di Kelantan melalui firma guamannya yang mana Zaid telah mengemukakan saman mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerana didakwa bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan.
Berbalik hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin Umno terhadap Zaid.Menurut Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, Ketua Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah didapati bersalah kerana didapati melanggar Perkara 2.2 dalam lembaga disiplin parti kerana terbabit dalam kegiatan rasuah (membenarkan agen menggunakan wang). Maka Zaid telah dikenakan ‘amaran’ sahaja oleh lembaga berkenaan.
Manakala Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai iaitu Dato’ Shahrir Abdul Jalil pula didapati bersalah kerana melanggar Perkara 5 Kod Tataetika Angota Umno kerana menganjurkan majlis menjelang pemilihan parti pada September tahun lepas. Maka Shahrir digantung keahlian selama 3 tahun.
Tengku Rithauddeen menjelaskan kepada pemberita bahawa 2 kes itu merupakan yang terakhir diperingkat cawangan dan bahagian yang dikenakan hukuman.
"Selepas ini, lembaga tidak akan melayan sebarang aduan," katanya.
Jadi, sehingga hari semalam, seramai 61 anggota parti daripada pelbagai peringkat telah didapati bersalah dan dikenakan tindakan oleh lembaga itu. Daripada jumlah itu, seorang digantung keahlian selama dua penggal (enam tahun), 45 anggota digantung keahlian selama sepenggal (tiga tahun) manakala 15 lagi diberi amaran.
Antara ketua bahagian yang digantung keanggotaan sebelum ini ialah Datuk Abdul Rashid Ismail (Jelutong), Datuk Astaman Abdul Aziz (Wangsa Maju), Datuk Ismail Mamat (Machang) dan Sulaiman Taha (Labis).
Malah menurut Tengku Rithauddeen lagi, setakat ini hanya 32 daripada 61 orang yang dikenakan tindakan telah mengemukakan rayuan berhubung keputusan yang dibuat oleh lembaga itu.
Katanya lembaga itu juga memberi tempoh sehingga 18 April ini untuk anggota parti mengemukakan aduan mengenai salah laku tata etika menjelang pemilihan Majlis Tertinggi pada September tahun lepas.
Sekarang cuba kita perhatikan apakah kenyataan yang saya ketengahkan di atas. Hukuman-hukuman itu adalah di bawah Lembaga Disiplin Umno dan (Badan Pencegah Rasuah) BPR tidak ada kuasa terhadap individu yang dibicarakan dibawah Lembaga Disiplin berkenaan, walaupun secara terus terang hukuman yang dijatuhkan itu boleh dibicarakan mengikut Seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta itu, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
Adakah kita semua boleh fikirkan apa yang telah dilakukan oleh Umno terhadap anggota atasannya? Umno telah menggunakan kuasanya untuk menyekat BPR untuk bebas melakukan kerja membanteras rasuah dalam Umno. Malah, Umno telah menipu rakyat bahawa segala kegiatan rasuah yang berlaku dalam pemilihan parti atau di dalam ruang lingkup organisasi Umno adalah diluar bidang kuasa BPR.
Sedangkan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menyiasat dan mendakwa mana-mana individu yang mengamalkan rasuah tidak mengira rakyat biasa ataupun anggota politik parti pembangkang. Jika kita melihat dasar PAS pula, pemimpin tertinggi PAS memberikan kebebasan untuk BPR untuk menyiasat siapa sahaja dalam organisasi PAS.
Berbalik kepada hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin parti, saya juga tertarik dengan pendirian lembaga berkenaan yang memberi tempoh sehingga 18 April ini untuk anggota parti mengemukakan aduan mengenai salah laku tata etika menjelang pemilihan Majlis Tertinggi pada September tahun lepas dan lembaga itu tidak akan melayan sebarang aduan yang dikemukakan kepadanya selepas tarikh itu.
Kenyataan itu menunjukkan bahawa banyak lagi kes yang sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin berkenaan. Itu baru sahaja kes yang melibatkan pemilihan Majlis Tertinggi pada September tahun lepas, bagaimana pula kes sebelum dari pemilihan pada September 2004?
Malah individu yang ingin membuat laporan mengenai rasuah ang berlaku didalam pun takut untuk berbuat demikian sehinggalah Tengku Ahmad Rithauddeen membuat pengumuman membuat penawaran imuniti kepada pemberi maklumat politik wang yang dibuat dahulu.
"Tidak ada aduan baru. Yang ada ialah aduan selepas saya membuat pengumuman penawaran imuniti kepada pemberi maklumat politik wang yang dibuat dahulu."
Malah beliau enggan mengulas aduan yang baru dikemukakan selepas penawaran imuniti itu melibatkan 3 Naib Presiden Umno yang menang pada pemilihan itu.
"Bukan senang kes ni...kita perlu mengkaji secara serius mengenai dakwaan yang dibuat dan mendapatkan pengesahan serta turun ke peringkat akar umbi," katanya.
Lihatlah saudara sekalian, betapa korupnya rasuah yang melanda Umno. Malah mereka membuat tekanan yang kuat terhadap BPR untuk mendakwa mana-mana anggota parti pembangkang seperti PAS agar bersalah kerana terlibat dalam rasuah, seperti yang berlaku terhadap kes bekas Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad yang didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, pada kadar RM240 semalam antara 5 Januari 2002 dan 30 Jun 2003 yang kesemuanya berjumlah RM31,050
Akhir qalam, ingin saya bertanya kepada pembaca dan penyokong Umno sekalian. Adakah ini yang dikatakan menepati prinsip ke-2 dalam konsep islam hadhari iaitu “Kerajaan adil dan beramanah”?
Sekian.
Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com) email: avicenna@kelatedaily.net - 08.04.2005
|
|
|
| |
| MUNCUL LAGI KUMPULAN BIADAP TERHADAP ISLAM |
| 04.07.05 (11:30 pm) [edit] |
Sejak akhir-akhir ini muncul dengan begitu subur sekali berbagai pihak yang mula berani mencabar dan mempertikaikan peraturan dan penguatkuasaan Islam dalam negara secara terang-terangan. Ada pihak dengan berani menyuarakan pandangan dan tuntutan bahawa Islam menyekat kebebasan dan menafikan hak individu.
Hari ini akhbar THE MALAY MAIL pula melaporkan terdapat satu kumpulan yang mewakili 221 individu Muslim yang menuntut agar undang-undang syariah yang diguna pakai dalam negara disemak semula kerana dikatakan terdapat peruntukkan yang menafikan individu dari menyampaikan pandangan dan pendapat.
Kumpulan ini turut menuntut agar apa yang dikatakan IMUNITI Mufti dan Majlis Fatwa disemak semula agar sebarang keputusan mereka boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Menurut mereka cara penguatkuasaan undang-undang syariah di dalam negara begitu operasif ataupun menekan dan ianya bertentangan sama-sekali dengan budaya yang diamalkan dalam negara.
 JURUCAKAP KUMPULAN BIADAP (dari Malaysiakini) |
Kumpulan ini dilaporkan telah pun menyerahkan tuntutan mereka kepada Yang Dipertuan Agong. Mereka dikatakan diwakili kononnya oleh individu Muslim dari pelbagai profesion. Jurucakap kumpulan ini adalah TUANKU AAMASH TUANKU ADNAN dan antara individu Muslim yang aktif menyokong adalah ABDUL MANAN HARUN, ISMAIL IBRAHIM, MASTURA JOHAR, REDZA SHAWIS dan JEFRI AHMAD JAILANI.
Apa sudah jadi dengan umat Islam dalam negara ini? Penjajah British dan Jepun yang tidak Islam itu pun tidak berani menyentuh ataupun mencuit mana-mana peraturan ataupun amalan Islam yang telah diguna pakai dalam negara di zaman mereka. Tiba-tiba dalam negara Malaysia yang merdeka hari ini anak-anak bangsa yang mengakui menganut Islam secara biadap dan kurang ajar berani bangun menuntut untuk disemak dan dibelah-belah peraturan Islam yang sudah pun cukup longgar itu.
Institusi Mufti dan Majlis Fatwa turut dipertikaikan. Bagaimanakah fenomena ini boleh muncul secara tiba-tiba di alaf baru ini, di bawah pemerintahan yang dikatakan mahu berpegang pada prinsip Islam Hadhari? Tidakkah dengan cara ini kita sekaligus memaparkan wajah Islam yang sangat serba kekurangan, hodoh dan cacat di mata rakyat yang bukan Islam? Mengapa tidak, Islam kini dipertikaikan oleh umatnya sendiri, orang Islam sendiri hilang keyakinan ke atas institusi agamanya, Islam mahu digambar operasif dan jumud laksana kominis di dunia Soviet satu ketika dahulu! Tidak mustahil jika golongan biadap ini terus diberi ruang mereka akhirnya akan menelanjang dan meranapkan Islam kerana barangkali bagi mereka Islam yang ada dilihat setaraf dengan kominis yang perlu dirobohkan demi memperolehi kebebasan mutlak.
Siapakah yang bertanggungjawab memberi nafas dan tenaga kepada golongan dan kumpulan seperti ini? Menurut akhbar ini gesaan kumpulan ini dibangkitkan ekoran peristiwa serbuan JAWI ke atas pusat maksiat Zouk beberapa bulan lalu! Tak kanlah kerana itu maka Islam mahu disemak semula!
Golongan ini sesungguhnya lebih berbahaya daripada ancaman militan dan pelampau agama, kerana militan dan pelampau agama sekadar mahu mencetuskan huru-hara dengan keganasan yang pastinya tidak popular dan tidak dapat diterima rakyat sama ada yang Islam maupun bukan-Islam. Sedangkan kumpulan seumpama ini cuba bersuara secara menipu dan mengaburi mata rakyat, bermain dengan sentimen jelmaan barat yang sudah pun popular di kalangan mereka yang leka terhadap agama termasuklah yang bukan-Islam. Jika dibiarkan terus bernyawa mereka akhirnya akan membunuh Islam dari hati sanubari penganutnya, mana yang lebih merbahaya? Mana yang lebih sepatutnya ditahan dan disumbat ke dalam penjara!
Jika kerajaan Umno dan BN terus mengizinkan individu seperti Astora Jabat, kumpulan seperti Sisters in Islam, golongan anti-Hadis dan kini kumpulan sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail ini terus diberi publisiti dan ruang percuma maka tidak ada pihak lain yang perlu dipersalahkan selain Kerajaan Umno dan BN sendiri kiranya Islam nanti menimpa nasib yang lebih malang dan punah.
Demi mempertahankan maruah dan martabat agama, segeralah bertindak ke atas kumpulan ini sebelum kita ditimpa musibah dan laknat yang tidak mampu kita bendung dan tahan lagi. Kembalilah kepada Islam yang sebenar. Perangilah segera musuh dalam selimut ini sebelum Islam berterusan menjadi mangsa!
Sementara itu sekadar untuk pengetahuan laman web MALAYSIAKINI melaporkan kenyataan kumpulan biadap ini yang berbunyi:
Just as the church state divide is characteristic of Christianity, Islam in Malaysia should not enjoy state support in terms of policing public morality.
Sebagaimana pemisahan gereja dan negara merupakan ciri utama bagi penganut Kristian maka Islam di Malaysia juga sepatutnya tidak disokong oleh negeri dari sudut mengawal akhlak orang awam
Berderau darah saya bila membaca kenyataan ini, anda bagaimana? Mereka meminta pandangan orang ramai dengan memberikan nombor faks 03 2698 3948 mereka, lakukanlah sesuatu!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 07.04.2005
|
|
|
| |
| Isu Ladang Kuala Betis: Penduduk Kampung Pedalaman Gua Musang Mengamuk! |
| 04.06.05 (11:54 am) [edit] |
Assalamualaikum w.b.t.
Pentadbiran Kerajaan negeri di Kelantan diuji lagi. Dulu isu balak di hutan simpan Lojing mencuri perhatian para media tempatan, kini isu ‘pembersihan’ tanah ladang di Sungai Raya, Kuala Betis pula yang mengambil alih. Sepanjang pemerhatian saya, rata-rata isu yang berlaku di Kelantan seolah-olah diadaptasi dari isu yang berlaku di Selangor. Adakah ini suatu kebetulan atau isu ini diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka?
Pada Ahad yang lalu, pada pukul 12.30 tengah hari, dipercayai bahawa 250 penduduk yang meneroka tanah berkenaan dengan menanam getah, dan buah-buahan sejak 20 tahun lalu telah melakukan nekad melakukan mengamuk dengan bertindak membakar 3 jentera penyodok tanah (bulldozer) dan seterusnya menterbalikkan 4 lagi jentolak milik sebuah syarikat perladangan.Ini berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kelantan Dato’ Zuber Shariff dalam laporan Bernama yang bertajuk “Penduduk Kampung Bakar Jentera Berat Milik Pemaju Pertanian” pada 4 April 2005.
"Mereka juga telah menterbalikkan sebuah mesin pembancuh simen dan sebuah tangki minyak diesel serta turut merosakkan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Para penduduk juga merentang kain yang tertera perkataan “Kami Tidak Rela Tanah Kami Dijual, Kami Tidak Rela Tanah Kami Digadai dan Kembalikan Tanah Rakyat Kepada Rakyat”
Akibat kejadian itu, polis telah menahan 10 lelaki yang berusia antara 43 dan 60 tahun yang disyaki terbabit dalam tindakan merosakkan peralatan berkenaan. Namun begitu, mereka telah dibebaskan setelah memberi keterangan. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api.
"Kesemua mereka telah dibebaskan setelah keterangan diambil," kata Zuber.
Apa yang membuatkan saya tertanya-tanya berkenaan status penduduk berkenaan adalah walaupun tanah berkenaan milik kerajaan, namun peneroka telah mendakwa tanah itu milik mereka berdasarkan ‘Premium Tanah’ yang dibayar setiap tahun kepada Pejabat Tanah Gua Musang walaupun tanpa mendapatkan geran tanah. Jika benar dakwaan penduduk berkenaan, maka sudah pasti rekod kewujudan peneroka haram itu berada dalam simpanan Pejabat Tanah Gua Musang.
Yang pasti berdasarkan laporan Harakahdaily pada 4 April yang lalu, sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yaacob telah pun mengarahkan kerja-kerja mengukur dan meratakan tanah di kawasan itu dihentikan. Malah beliau sendiri telah ke Kuala Betis pada 23 Mac yang lalu dan melakukan dialog dengan penduduk berkenaan masalah berkenaan. Sesi dialog itu juga dihadiri oleh Adun Nenggiri, Mat Yusof Ghani dan anggota jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang.
Apa yang terjadi pada majlis berkenaan adalah seorang perempuan melaung dan mengatakan bahawa mereka tetap mahu teruskan demonstrasi biar apa pun cara yang dilakukan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Untuk menunjukkan bahawa kerajaan negeri prihatin terhadap masalah yang dihadapi penduduk, Timbalan Menteri Besar telah melakukan tinjauan sekali lagi ke Gua Musang dua hari selepas itu. Seterusnya mengadakan pertemuan dengan syarikat pemaju pertanian berkenaan bagi memutuskan pampasan yang perlu dibayar kepada penduduk yang terlibat.
Hasilnya pemaju berkenaan telah memberhentikan kerja-kerja mereka dan jentera milik mereka sudah dikumpulkan di suatu tempat.
“Bagaimanapun ketika proses perundingan sedang dijalankan, sekumpulan penduduk yang didalangi pihak tertentu bertindak merosakkan jentera milik syarikat berkenaan.
“Saya percaya perkara itu berlaku kerana penduduk terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu sehingga sanggup melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu terserah kepada pihak berkuasa keselamatan bagi menangani isu terbabit,” kata Penyelia DUN Galas, Chek Hashim Sulaiman.
Umum mengetahui bahawa Kerajaan PAS Kelantan mengambil pemerintahan daripada kerajaan BN pada 1990. Maka data penduduk yang terbabit dengan penerokaan itu tiada. Untuk tujuan itu, pihak berkuasa tanah di Gua Musang kini sedang mengumpul data penduduk berkenaan.
Setelah pengumpulan data itu selesai, maka ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri bagi membolehkan pampasan dibayar kepada mereka. Jadi tidak mungkin pengumpulan data-data penduduk berkenaan dapat dilakukan dalam sekelip mata, di sini masa lah yang membatasi tujuan itu.
“Tak kan lah isu seperti ini boleh diselesaikan dalam sekelip mata kerana ia memerlukan penelitian banyak peringkat. Kita juga bimbang tindakan segelintir penduduk merosakkan harta milik syarikat boleh merumitkan keadaan.
“Ini kerana kes tersebut sudah berada di tangan pihak berkuasa keselamatan pula. Ini tentunya akan merumitkan lagi,” katanya.
Berkenaan laporan Bernama yang melaporkan bahawa Timbalan Menteri Besar yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Tanah, Wilayah dan Alam Sekitar Negeri yang gagal dihubungi menunjukkan bahawa beliau masih dengan pendiriannya yang tidak mahu ‘berdepan’ dengan media berkenaan. Ini berikutan ‘track-record’ mereka yang sentiasa memutarbelitkan segala kenyataan yang diberikan oleh pihak BA. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan?
Di sini ingin saya mengajak saudara-saudari sekalian berfikir sejenak. Kebanyakan kawasan yang dibangunkan adalah kawasan yang melibatkan kawasan pembangkang negeri Kelantan iaitu UMNO. Jadi adakah pihak pembangkang negeri mahu menidakkan pembangunan yang cuba dijalankan oleh pihak kerajaan negeri Kelantan? Adakah ini suatu sabotaj?
Sekian.
Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com) email: avicenna@kelatedaily.net - 05.04.2005
|
|
|
| |
| Anak Siam, Berpendidikan Arab Jahiliyah Bikinan Barat |
| 04.06.05 (11:53 am) [edit] |
Kalau Mahathir menggunakan Astora Jabat untuk mempertahankan fikirannya agak logik, kerana Mahathir menyanjung tinggi anak peranakan seperti beliau, seperti mana tulisannya dalam Dilema Melayu. Astora Jabat anak siam peranakan diletak di Bicara Agama Utusan Malaysia itu kira-kira bikinan pendurjana di sekeliling Mahathir dan UMNO(baru).
Cucu Hassan Al-Banna tuntut bekukan hudud Oleh ASTORA JABAT
PERBINCANGAN mengenai kebangkitan Islam datang dari Barat bukan perkara baru. Para cerdik pandai Muslim daripada golongan islah atau reformasi seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Abdul Rahman al-Kawakibi dan sebagainya telah lama mendesak umat Muslim belajar dan mengambil ilmu serta teknologi dari Barat.
Dari segi ilmu tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa ilmu orang Barat lebih baik dan lebih maju daripada mana-mana bangsa kecuali dalam ilmu agama seperti tauhid dan ibadat. Manakala teknologi Barat sudah tentu tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana bangsa termasuk yang dianggap sangat hebat kini seperti Jepun. Ini kerana sebenarnya Jepun sendiri adalah bikinan Barat disebabkan ia dibangunkan untuk dijadikan benteng mempertahankan kemaraan komunisme ke rantau Asia. (bacaan selengkapnya)
Kalau Astora Jabat kata Jepun ada bikinan barat untuk mengekang komunisme, maka dia sendiri sebenarnya bikinan UMNO(baru) yang bertuhankan Barat untuk menanam fikiran Islam Barat ke dalam dunia timur, khasnya islam di Negara Islam (Mahathir ) Islam Hadhari (Pak Lah).
Kalau Astora Jabat kagum dengan kebangkitan Islam di Barat (pandangan beliau tentang Amina Wadud dan Tariq Ramadan) itu menunjukkan betapa fikiran dia sendiri juga sudah dibikini Barat dan menjadi lidah barat di timur. Ia dikata demikian, kerana mereka yang berfikiran Islam Barat yang dikagumi barat itu juga adalah tidak terlepas dari dibikin oleh Barat.
Misalnya, kenapa Astora Jabat tidak ulas panjang mengenai sembahyang Jumaat Amina Wadud dilakukan di dalam gereja? Adakah ia menggunakan psikologi yang serupa dengan psikologi UMNO(baru) membenarkan pemain kriket Israel ke Malaysia suatu waktu dulu? Iaitu kononnya ingin menunjukkan tolenrasi Islam kepada mereka?
Kita tidak tahu apa niat pihak gereja. Tetapi yang didedahkan ialah tiada masjid di Amerika yang benarkan Amina Wadud dan orang-orangnya berbuat begitu. Astora Jabat tahu bahawa Jepun adalah bikinan Barat. Sedangkan dia lupa, fikiran dan fahaman dia sendiri pun bikinan barat. Tetapi dia tidak terasa begitu, seperti mana Amina Wadud yang tidak merasa dia bikinan Barat (gereja).
Di Malaysia pun, Sister In Islam adalah bikinan barat. Kalau layari web sawangnya, dilinknya tidak ada satu pun disambung ke Institusi Islam di Malaysia. Hatta JAKIM dan IKIM pun tidak disambungnya. Sebaliknya, ia disambung ke sawang-sawang di Barat. Ini sudah cukup menunjukkan kepada kita betapa SIS ini juga adalah bikinan Barat.
Di samping itu, UMNO(baru) amat rapat dengan SIS melalui Puteri UMNO(baru). Begitu juga Astora Jabat, amat rapat dengan UMNO(baru). Semua ini tali-temali berkaitan sesamanya dengan Barat. Tetapi mereka tidak terasa, bahawa mereka juga bikinan Barat seperti Jepun itu.
Zaman ini, Barat tidak perlu datang menjajah seperti dulu, cukup dengan menanam pemikiran Barat yang berani menentang Islam secara terbuka. Golongan yang berani dan tolol ini kebanyakannya bertuhankan Barat.
Ia mudah untuk melihat betapa berhasilnya Barat dalam membikinkan golongan ini. Golongan yang berkuasa inilah yang melaksanakan dasar melekehkan bahasa malaysia dalam pengajaran ilmu sains dan matematik. Jepun yang dikatakan dibikin oleh Barat ini pun tidak bersikap demikian terhadap bahasa yang keluar dari lidah nenek moyang mereka.
Tetapi Melayu? – UMNO(baru)? Perosak agama, bahasa dan bangsanya sendiri tanpa menyedari ia dibikin oleh Barat.
Muramatsu 05.04.2005
|
|
|
| |
| MORAL POLICING: APA SIKAP UMNO SEBENARNYA? |
| 04.05.05 (1:10 pm) [edit] |
Isu MORAL POLICING masih hebat diperdebatkan. Ada kumpulan yang mendesak agar segala peraturan dan undang-undang yang mengawal moral ataupun akhlak dan perlakuan individu perlu dihapuskan atas alasan ianya mengganggu dan menghalang hak kebebasan seseorang. Mereka berhujah bahawa isu moral ataupun akhlak seharusnya diserahkan kepada keluarga masing-masing dan bukannya kerajaan.
Bersungguh-sungguh betul kumpulan ini sehingga satu memorandum telah diserahkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan melalui jurucakap mereka Nori Abdullah iaitu anak Perdana Menteri sendiri. Selain kumpulan mereka sendiri, terdapat individu tertentu yang telah menyokong dan menurunkan tandatangan pada memorandum ini menandatangan setuju masing-masing. Antaranya termasuklah para menteri kabinet Umno iaitu Nazri Aziz, Rasi Yatim, Azalina Othman.
Kemudian terbit pula kenyataan Setiausaha Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad dan Menteri di JPM Andullah Mat Zain yang menyelar tuntutan kumpulan ini atas alasan ianya keterlaluan.
Pasti ramai yang prihatin akan merasa gelisah melihatkan pertelagahan antara kenyataan sesama menteri kabinet Umno ini sedangkan Umnolah yang sepatutnya muncul sebagai juara Islam Hadhari.
Dalam akhbar NST semalam dimuatkan temuramah dengan seorang tokoh Umno dari Kedah iaitu Badaruddin Amiruddin (gambar) ahli parlimen Jerai yang telah menyentuh isu ini secara khusus. Antara lain dalam temuramah tersebut beliau menyebut:
Memastikan wujudnya hak asasi adalah suatu perkara yang baik. Namun ianya tidak boleh dituntut dengan cara merugikan negara. Ada pertubuhan yang menuntut dan menjuarai hak itu dan ini. Bagi mereka sekiranya seorang Muslim mahu meminum arak atau berpakaian menjolok mata, ianya merupakan hak, tetapi hak bagaimana sedangkan ianya HARAM.
Sekiranya umat Islam terlibat dalam aktiviti yang HARAM nanti apa pula reaksi orang lain terhadap kita? Pasti ianya mencemar imej negara dan agama.
Demikianlah reaksi Badaruddin terhadap isu ini. Beliau menambah:
Adakah anda mahu melihat anak-anak kita mengunjungi kelab-kelab malam dan pulang pada jam 3 ke 4 pagi, merokok dan minum arak? Saya dapat menyaksikan ini berlaku di ibukota dan saya sangat sedih. Mereka yang belum berkahwin berpeluk-pelukan.
Adakah anda mempunyai anak? Anda akan fahami maksud saya jika anda ada anak sendiri. Adakah ketika itu anda akan berkata: Itu hak dia, bila melihat anak anda sendiri meminum arak dan mengambil dadah?
Apa sebenarnya sikap Umno dalam hal ini? Sesama pemimpin Umno pun nampak tidak bersatu pemdapat sedangkan isu ini sangat kritikal terhadap nasib dan masadepan umat Islam dalam negara ini! Jangan dipolitikkan isu ini untuk kepentingan mana-mana pihak. Kalau memorandum dan tuntutan ini melampau walaupun anak PM yang menjuarainya, yang salah tetap salah. Jangan dibela dan diberi muka dalam hal yang membabitkan maruah agama!
Saya yakin bukan hanya parti Islam, NGO Islam dan individu Islam tidak dapat menerimanya malah sahabat-sahabat kita dalam Umno juga demikian sebagaimana yang ditunjukkan oleh reaksi Badaruddin ini. Ayuh kita pertahankan yang hak dan bersama mencegah kebatilan.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 04.04.2005
|
|
|
| |
| KEMATIAN POPE JOHN PAUL II |
| 04.03.05 (10:19 pm) [edit] |
Pope John Paul II meninggal dunia jam 2137 waktu Itali semalam. Beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun setelah dilantik menjadi Pope, Ketua Katholik dunia, pada tahun 1978. Mendiang meninggal dunia setelah diserang pelbagai penyakit kronik pada usia yang telah lanjut ini.
Sebagai seorang Muslim kita mengucapkan takziah kepada saudara-saudara kita yang beragama Kristian Katholik dan bagi kita, kita mendoakan semoga di saat akhir nafas beliau dalam sedar mudah-mudahan beliau telah sempat mengucapkan dua kalimah syahadah disaksikan oleh para malaikat.
Apa yang mahu saya utarakan di sini adalah pendirian John Paul yang tegas sepanjang menjawat jawatan Ketua Katholik dunia ini.
Dalam bab perancangan keluarga dan aktiviti seks selamat, John Paul menentang pengunaan alat mengawal kehamilan ataupun kondom. Dalam erti kata lain bagi yang sah telah bernikah, beliau melarang penggunaan alat ini dan lebih penting lagi beliau menentang penggunaan alat ini di kalangan remaja yang menggunakannya kononnya atas alasan mahu mengelakkan kehamilan.
John Paul juga menentang kaedah pengguguran kerana ia membunuh nyawa yang tidak berdosa walaupun siibu mengandung kerana hubungan luar nikah. Dan dalam isu homoseks ataupun budaya gay, beliau telah menolaknya sama-sekali kerana bertentangan dengan ajaran Katholik.
Mendiang juga tegas dalam menentang peperangan di Afghanistan dan Iraq atas alasan banyak nyawa yang tidak berdosa akan terkorban. Walaupun demikian beliau menyokong capurtangan di Balkan kerana peperangan saudara di sana sudah sampai ketahap genocide.
Kesimpulannya, kalau kita renungkan usaha-usaha penentangan mendiang di atas, kita hairan mengapa ada individu dan kumpulan Islam tertentu pula bersungguh-sungguh menyokong kerja-kerja ini kononnya atas alasan hak asasi, hak individu dan entah apa-apa lagi.
Ada kumpulan di Malaysia yang bersungguh mempromosi penggunaan kondom sebagai alat seks selamat. Demikian juga ada individu dan kumpulan yang menganngap cara hidup gay yang dilaknat Allah sebagai satu cara hidup pilihan yang perlu diberi hak. Dan dalam babak peperangan di Afghanistan dan Iraq juga masih ada kumpulan yang bersetuju dengan tindakan AS atas alasan kononnya mahu memerangi keganasan.
Di saat ini perlu sangat kita menyedarkan saudara-saudara kita se Islam betapa telah jauhnya mereka menyimpang. Kalau Katholik yang tidak menerima Islam pun menentang kemungkaran, takkanlah kita yang beriman kepada Allah dan RasulNya, Muhammad s.a.w. memilih sebaliknya. Fikirkanlah.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 03.04.2005
|
|
|
| |
| Buku “Khir Toyo Di Antara Amanah & Khianat” Belum Diedar Sudah Dirampas! |
| 04.03.05 (10:17 pm) [edit] |
Pelik tapi benar. Sebuah buku berjudul – “Khir Toyo Di Antara Amanah dan Khianat” yang ditulis oleh Mohamad Rafi Awg. Kecil, walaupun belum beredar di pasaran namun sudah dirampas oleh pihak Polis.
Tindakan polis ini sudah tentu memusingkan kepala orang yang waras mengenai undang-undang di negara ini. Timbul persoalan apakah buku yang masih dalam ‘embargo’ sudah boleh dirampas atau ditahan?
Polis bertindak merampas buku berkenaan tengah hari tadi (3 April) yang masih dalam proses percetakan di Shah Alam Selangor. Empat orang anggota Polis yang diketuai oleh seorang ASP telah memasuki premis percetakan berkenaan dan mengambil 12 buah buku berkenaan kononnya untuk dianalisis dan dibuat kajian.
 Mohammad Rafi menunjukkan bukunya yang sedang diburu oleh polis |
Tindakan polis merampas buku di kedai atau di pasaran untuk tujuan itu sudah lumrah di negara ini. Atas nama keselamatan, polis bertindak demikian. Bagaimana pun biasanya selepas seminggu sesebuah buku itu berada di pasaran barulah ianya diambil untuk dianalisis.
Sekiranya buku itu menyentuh mengenai dasar kerajaan, hal perkauman, hal agama dan menjejaskan ketenteraman awam, polis akan bertindak menahan atau merampas buku berkenaan. Itu biasa yang berlaku!
Namun apa yang berlaku ke atas buku berkenaan adalah ganjil dan aneh sedikit. Buku berkenaan masih lagi belum diedar, tiba-tiba ia sudah dirampas. Apakah alasan tindakan berkenaan? Setahu kita tidak ada peruntukan undang-undang berhubung penerbitan buku (penerbitan tidak berkala) boleh dilakukan demikian.
Apa yang menyesalkan lagi, tindakan polis ke atas buku berkenaan bukan setakat mengambilnya (rampas) sahaja kononnya untuk dianalisis tetapi beberapa jam kemudian mereka mendatangi semula ke premis percetakan berkenaan dengan tujuan hendak merampas kesemua sekali buku berkenaan.
Bagaimana pun buku-buku berkenaan sudah dibawa keluar oleh penulisnya dan sudah pun beredar khasnya di Lembah Kelang.
Tindakan polis itu sungguh aneh dan pelik sekali. Semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan polis Shah Alam itu. Persoalan timbul apakah polis berkenaan bertindak atas kepentingan awam dan negara ataupun kepentingan individu tertentu?
Kalau mereka bertindak atas kepentingan awam, buku itu tidak perlu dirampas atau diambil kerana ia tidak memberi apa-apa kemudharatan kepada negara, bangsa dan juga agama. Buku itu tidak sedikit pun menyentuh soal perkauman, soal kebebasan agama, soal bahasa ataupun soal anak menantu Perdana Menteri Abdullah Badawi ataupun soal Jeslina The Zouk itu.
Buku setebal 128 muka surat itu khusus menyentuh soal Menteri Besar Selangor Khir Toyo yang baru-baru ini riuh rendah diperkatakan. Sebahagian daripada isi buku berkenaan adalah keratan akhbar dan juga rencana dan artikel yang pernah disiarkan.
Kalaulah buku berkenaan disifatkan sebagai boleh menyusahkan Khir Toyo pihak polis seharusnya menyiasat akhbar atau pun laman web yang menyiarkan berita-berita mengenai Khor Toyo yang dikompilasikan di dalam buku itu.
Timbul juga persoalan apakah Khir Toyo tidak boleh dikritik langsung? Apakah istimewanya si anak Jawa itu? Kalau bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pun boleh dikritik, boleh dituduh sebagai Mahafiraun dan macam-macam apalah kelebihan Khir Toyo? Hebat sangatkah si doktor gigi itu?
Bagi saya Khir Toyo tidak kebal dan mempunyai imuniti seperti raja-raja Melayu. (Malah raja-raja Melayu pun boleh dikritik). Anak Toyo itu juga boleh ditegur dan perlu dikritik untuk kebaikannya juga. Apa salah Khir ditegur kalau untuk kebaikan buat dirinya dan negeri Selangor?
Semua pemimpin di Malaysia kena tegur. Khairy Jamaluddin menantu PM ditegur bagaikan nak ‘rak’ menerusi buku yang ditulis oleh Yahaya Ismail, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Polis tidak pun bertindak merampas buku berkenaan dan pencetakan buku berkenaan tidak pun digeledah oleh polis.
Kalaulah tindakan polis hendak merampas dan menahan pengedaran buku itu untuk menjaga Khir Toyo, ianya sangat dikesalkan. Kita juga berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat menjelaskan atas tindakan polis Shah Alam ini. Kita tidak mahu khidmat mesra rakyat yang dianjurkan menjadi khidmat membenci rakyat dan bertindak di atas tunggangan individu dan bukannya di atas kepentingan negara.
Es-Putra - 03.04.2005
|
|
|
| |
| HISHAMUDDIN MASIH NAK TEGAKKAN BENANG BASAH |
| 04.03.05 (11:33 am) [edit] |
Apa lagi yang dapat dikatakan oleh pendokong Bahasa yang cintakan bangsanya. Setiap bangsa dikenali di dunia melalui bahasanya. Kalau orang Melayu masih berbangga dengan bahasa Inggeris dan hanya menggunakan satu penakulan sahaja iaitu bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, sampai bila Bahasa Melayu dapat pula dijadikan Bahasa ilmu?
Kalau di Negara sendiri sudah tidak ambil peduli, apakah nak suruh England, India dan Cina atau Amerika Syarikat yang memulakan dulu Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu? Begitulah sifatnya orang yang tidak cintakan Bahasa ibundanya. Mereka sebenarnya masih amat terbelenggu dengan pemikiran penjajah. Mereka hanya dapat menerima ilmu di dalam Bahasa Inggeris sahaja hingga lupa banyak lagi bahasa yang lebih tinggi ilmu teknologinya ada di dunia ini. Kenapa tidak mengambil bahasa teknologi terkini di dalam Bahasa Jepun, Korea atau Jerman yang ternyata paling terkini ilmu sainsnya.
Jepun dan Korea menjadi negara maju tetapi menggunakan bahasa ibunda mereka. Ilmu bukannya hanya pada bahasa tetapi pengamalan, pengkajian dan penerokaan ilmu asasnya menjadikan ianya berkembang dan maju. Apa jua bahasa yang digunakan bukan factor utama pembelajaran. Jangan fikiran yang terbelenggu dengan penjajahan hendak dipaksakan kepada generasi masa hadapan negara. Lihat petikan berita dan kenyataan berikut:
Sains, Matematik tetap BI -- Kerajaan akan terus memartabat bahasa Melayu - Hishammuddin Oleh Noor Azam Shairi
KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan akan meneruskan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi pada masa yang sama akan terus memartabatkan bahasa Melayu.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya akan memperkemaskan dan memperbaiki apa sahaja kelemahan yang ada dalam pelaksanaan dasar pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.
Beliau berkata, apa yang menjadi cabaran sekarang ialah pelaksanaan dan keupayaan murid-murid serta guru-guru untuk menyesuaikan diri. Tegas beliau, pihaknya sentiasa memantau dan mengkaji hasil pelaksanaan dasar itu sejak tahun pertama ia diperkenalkan.
"Kementerian amat mengambil berat tentang pelaksanaan (dasar ini).
"Hasil kajian dan laporan inilah yang digunakan untuk menambah baik kaedah-kaedah pelaksanaannya,'' katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia di sini. (lihat di kategori rencana)
Menjawab kebimbangan sesetengah pihak mengenai masa depan orang Melayu, Hishammuddin berkata, pelaksanaan dasar itu tidak sama sekali akan merosakkan identiti dan jati diri bangsa Melayu serta nasib bahasa Melayu.
"Bahasa Inggeris tidak `menghilangkan bangsa' sebaliknya martabat bangsa Melayu akan menjadi lebih tinggi apabila mereka mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa,'' katanya.
Mengulas lanjut, Hishammuddin meminta semua pihak berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
"Jangan ada pihak yang menjadikan dasar ini alasan untuk menutup kelekaan dan kelalaian mereka pada masa lalu sehingga menyebabkan bahasa Melayu tergugat,'' katanya.
Yang masih leka dan lalai adalah golongan pemimpin yang masih terbelenggu dengan pemikiran penjajah British yang masih mengatakan Inggeris sahajalah Bahasa Ilmu sedangkan Al Azhar di dalam Bahasa Arab pun menghasilkan banyak pakar di dalam berbagai bidang.
Kalau dilihat di beberapa perenggan di atas memperlihatkan orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut amat primitif pemikirannya, Apakah dengan bangsa Melayu menjadi lebih tinggi hanya kerana dapat menguasai Bahasa Inggeris. Kita bimbang mereka terlalu membaca buku-buku Inggeris hingga terlupa ada lebih banyak kitab tidak di dalam bahasa Inggeris yang jauh amat bermutu dan amat tinggi nilai ilmunya.
Akhirnya, kita sudah Merdeka mencapai 50 tahun tetapi pemimpinnya masih berada di bawah pemikiran penjajah. Ianya tidak menghairankan kerana mereka amat berbangga dengan berpakaian macam penjajah tetapi mencemuh dan memandang rendah orang yang berpakaian cara Melayu dan berketayap serta berkain sahaja. Bagi mereka orang Melayu yang bercakap Inggeris dan berpakaian Inggeris adalah yang dipandang tinggi dan mulia. Hakikatnya mereka sudah ketinggalan zaman. Masa untuk mereka terus memimpin kian kabur dan harus akan tenggelam tidak lama lagi.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 03.04.2005
|
|
|
| |
| Zouk, Jawi, Paklah, Nori, Maksiat Hal Peribadi |
| 04.02.05 (11:16 am) [edit] |
Assalamualaikum,
Zouk & JAWI
Beberapa hari lepas Ahem berjumpa dengan teman yang datang dari Penang. Dia mempunyai kenalan yang bekerja dengan JAWI. Dia bercerita tentang kejadian di Zouk. Menurutnya, yang melaporkan kepada JAWI mengenai muda-mudi melayu yang mabuk adalah orang cina. Menurut pelapor ini, ada pesta arak di Zouk ini di bahagian bawah kelab. Keadaan orang melayu yang mabuk dalam pesta ini sudah tidak boleh dikawal sehingga sudah hampir menjadi PESTA ZINA yang mana sudah berlaku mukaddimah zina.
Astaghfirullah…. Ahem hanya mampu beristighfir… Meremang bula roma ahem mengenagkan jika Allah menurunkan bala disebabkan kejadian maksiat ini seperti di Aceh. Ahem berdoa agar ahem sekeluarga terutama anak-anak ahem tidak akan terjebak dalam perkara sebegitu.
Kemudian kawan ahem cerita lagi, yang isu ada yang terkencing dalam seluar adalah disebabkan orang yang terlalu banyak minum arak memang selalu hendak terkencing dan tidak dapat menahan kencing mereka. Tu yang kalau terlambat sikit boleh terkencing dalam seluar. Lepas tu yang ditangkap tu ada pulak anak datok dan ada yang bapa mereka kawan rapat dengan beberapa orang menteri. Itu yang JAWI kena tembak kanan kiri. Dan akhirnya mereka tidak didakwa dengan arahan pihak atasan.
Paklah Setuju ke Takut?
Pihak yang mengarah pendakwaan digugurkan terhadap 100 orang yang ditangkap adalah Kabinet Malaysia. Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri iaitu Abdullah Ahmad Badawi atau nama manjanya Pak Lah. Paklah adalah cucu seorang ulama/tok guru. Beliau adalah pengasas Islam Hadhari. JAWI juga duduk di bawah Pak Lah (Jabatan Perdana Menteri). Setakat ini Pak Lah membisu seribu bahasa. Jika kita tafsirkan, dengan beliau mendiamkan diri dengan isu sebesar ini, maka kita boleh kata Pak Lah bersetuju dengan pengguguran pendakwaan ini. Ini bermakna mengikut Islam Hadhari pesta arak adalah dibenarkan untuk dihadiri oleh anak-anak melayu Islam kerana itu hak peribadi dan masalah keluarga. Jika ini adalah realitinya, maka pada pendapat ahem ini bukan ajaran Islam dan tukar sahaja Islam Hadhari kepada Mungkar Hadhari.
Okaylah mungkin kita kena berbaik sangka. Pak Lah tak bersetuju. Tetapi kenapa Paklah tidak mempertahankan JAWI yang duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri? Kan Paklah Perdana Menteri. Jawapannya senang… Pak Lah takut. Takut pada siapa ya? Mungkin pada group Mahathir yang masih ramai berkuasa dalam Kabinet. Mungkin dengan anak perempuannya Nori yang beria-ia mempertahankan mereka yang ditangkap ini. Mungkin takut pada Amerika yang memberi tekanan dari dalam. Kalau takut, letak sahaja jawatan. Jawatan Perdana Menteri bukan untuk mereka yang penakut. Adakah Paklah nak memperjudikan akhlak dan akidah seluruh orang Islam Malaysia gara-gara nak menyelamatkan segelintir kecil golongan elit yang tidak duduk di bumi nyata ini.
Firman Allah yang ertinya
Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi [981]; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang [982]. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (Al-Hajj:11)
Negeri Tidak Mempunyai Hak Untuk Menjaga Moral Rakyat?
Satu memorandum telah dibuat untuk memansuhkan kuasa kerajaan negeri untuk menjaga moral rakyat kerana, mengikut memorandum ini, ia adalah masalah keluarga. Ini berikutan kes penangkapan Jawi di Zouk. Ramai yang sain memorandum tu. Antaranya Sisters In Islam yang antara ahlinya anak Pak Lah yang bernama Nori. Semasa menyerahkan kepada Nazri Aziz, Nori adalah orang yang menyerahkan memorandum itu dan menerangkan kepada Nazri dengan bersungguh-sungguh. Pak Lah, apa dah jadi?
Jika ini dibenarkan, maka implikasinya, banyak yang akan dibolehkan termasuk judi, arak, zina, dadah dan akhirnya Malaysia akan menjadi seperti di negara barat. Adakah negara sebegini dipanggil negara Islam Hadari? Sebenarnya inilah yang mereka mahu dan ahem amat yakin semua ini adalah perancangan halus oleh yahudi dan sekutunya untuk melemahkan umat Islam.
Di US, sebelum tahun 70-an, berzina adalah satu perkara yang dipandang hina oleh masyarakat. Tetapi dengan adanya gerakan “Hak asasi” seperti SIS dan sebagainya, dan dibantu oleh media massa yang dikuasai oleh Yahudi, maka pandangan tentang zina telah berubah. Malahan sekarang, jika seorang perempuan tidak ada boyfriend, yang mana status boyfriend ini membenarkan mereka berzina, maka perempuan itu akan merasa rendah diri. Akhirnya zina ini telah diterima oleh masyarakat. Sekarang pula gay dan lesbian pula mula mendapat tempat di hati masyarakat US.
Adakah ini yang kita mahu? Na’uzubillah himinzalik. Ya Allah, Jauhkanlah ini terjadi pada masyarakat Malaysia. Gerakkan ini adalah untuk membaratkan bukan sahaja tradisi malahan agama dan akidah masyarakat kita. Malahan ahem percaya konsep Islam Hadhari ini adalah idea yahudi untuk menjadikan negara ini seperti negara barat yang kononnya boleh membawa kepada kemajuan. Ini adalah serangan secara terbuka kepada nilai, tradisi dan agama kita. Adakah kita boleh duduk berdiam diri sahaja dengan serangan ini? Kita mesti mempertahankan diri sebelum terlambat. Kita kena menerangkan kepada rakan dan keluarga kita tentang perkara ini agar masyarakat kita tahu apa yang terjadi dan menentang gerakkan ini.
Sesungguhnya kumpulan seperti mereka yang menganjurkan memorandum ini telah Allah sebut dalam Al-Quran
Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya [979],
Dengan memalingkan lambungnya [980] untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Ia mendapat kehinaan di dunia dan dihari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar. (Al-Hajj:8-9)
Adakah Membuat Maksiat Ini Hal Peribadi?
Sesungguhnya manusia ini diciptakan Allah untuk bermasyarakat. Bukan untuk duduk sendiri-sendiri. Jika hendak hidup sendiri-sendiri, pergi masuk ke dalam hutan. Jadi segala aktiviti individu itu mesti akan sedikit sebanyak mempengaruhi masyarakat. Jika aktiviti yang dilakukannya baik maka akan baiklah masyarakat itu dan begitulah sebaliknya.
Kemudian jika aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti maksiat yang dibuat terang-terangan, tanpa ada yang berani mencegahnya, kita takut apa yang Allah firmankan dalam ayat di bawah ini jadi kenyataan. Firman Allah yang maknanya:
Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh). (Al-Isra’ :58)
Sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mengadakan makar, maka Allah menghancurkan rumah-rumah mereka dari fondasinya, lalu atap (rumah itu) jatuh menimpa mereka dari atas, dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari. (Al-Nahl : 26)
Jika ini berlaku, bala yang turun adalah kepada seluruh penduduk. Bukan pada orang yang berbuat maksiat sahaja. Cuma bezanya adalah di hari akhirat, masing-masing akan dihisab mengikut amalan masing-masing. Jadi maksiat ini bukan hal peribadi lebih-lebih lagi jika dibuat terang-terangan. Kejadian Tsunami di Acheh membuktikan perkara ini.
Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa agar Islam tertegak di Malaysia dan marilah kita membantu di dalam rangka untuk menegakkan Islam ini dengan berdakwah dengan menyampaikan apa yang kita tahu walaupun satu ayat. Semoga bala Allah tidak sampai di Malaysia.
Wallahu ‘Alam
Ahem ahem0209@yahoo.com - 01.04.2005
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|