 Blog For Free!
Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| SINGAPURA DAN THAILAND LEBIH ISLAM HADHARI DARIPADA MALAYSIA |
| 04.01.05 (2:25 pm) [edit] |
BERNAMA melaporkan hari ini betapa perbahasan berhubung perlu ataupun tidak sebuah kasino diizinkan di Singapura sedang hangat diperkatakan. Rata-rata rakyat Singapura bimbang akan implikasi negatif yang bakal timbul terhadap institusi masyarakat hasil daripada pembinaan kasino ini kelak.
Bekas Ketua Pembangkang JB Jeyaratnam dilaporkan tidak berpuas hati apabila pihak kerajaan enggan memberikan keizinan kepada satu kumpulan yang mahu berdemonstrasi di kotaraya Singapura memprotes secara terbuka terhadap ura-ura pembinaan kasino ini.
Malah Menteri Kanan yang juga bekas PM Singapura Lee Kuan Yew dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri tidak dapat menerima hasrat pembinaan kasino di negara pulau itu. Kata beliau tidak ada mana-mana individu yang boleh kaya melalui aktiviti perjudian.
Menkajubkan juga apabila memikirkan bagaimana sebuah negara sekular yang bukan-Islam seperti Singapura dapat memberikan tindak-balas sedemikian rupa terhadap hasrat membina sebuah pusat perjudian.
Demikianlah juga halnya di Thailand baru-baru ini apabila ribuan sami-sami Buddha berdemonstrasi di Bangkok membantah penyenaraian sebuah syarikat arak ke Thailand Stock Exchange ataupun Bursa saham Thailand. Sami-sami ini membantah dengan mengatakan bahawa arak bukanlah sebahagian dari ajaran Buddha dan arak itu sendiri sebenarnya memberikan kesan buruk terhadap masyarakat.
Thailand adalah sebuah negara bukan-Islam yang majoriti penduduknya beragama Buddha belaka.
Akan tetapi di Malaysia sebuah negara Islam (sebagaimana yang dilabelkan Umno) judi dan arak diizinkan secara terbuka atas alasan bertoleransi serta memberikan masyarakat bukan-Islam kesempatan mengamalkan Sesutu yang tidak dilarang agama mereka!
Malahan di Malaysia kerajaan Islamnya bukan sekadar memberikan lesen operasi untuk sebuah kasino yang beroperasi 24 jam, ia juga mengizinkan premis-premis judi dibuka yang menjual nombor-nombor ramalan yang dicabut hampir setiap hari. Kesemua syarikat-syarikat judi ini tersenarai di Bursa Malaysia.
Begitulah juga halnya dengan arak. Kerajaan Islam Malaysia bukan sekadar mengizinkan pembinaan kilang-kilang arak, malah arak itu sendiri boleh didapati di mana-mana kedai termasuklah kedai yang beroperasi 24 jam. Syarikat-syarikat arak di Malasyia turut disenaraikan di Bursa Malaysia.
Kesemua syarikat judi dan arak dikategorikan sebagai saham-saham mewah ataupun BLUECHIP belaka.
Negara bukan-Islam prihatin tidak mahu rakyatnya terjebak ataupun terbabit dengan kerja-kerja mungkar, negara Islam Hadhari macam mana?
Berikut diberikan petikan konsep Islam Hadhari sebagaimana terdapat dalam laman http://www.islamhadhari.org/prinsip10.html" title="http://www.islamhadhari.org/prinsip10.html" target="_blank"http://www.islamhadhari.org/p... :
Islam Hadhari akan memberi penekanan kepada pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
Nampaknya lebih ISLAM HADHARI Singapura dan Thailand dalam konteks ini!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 31.03.2005
|
|
|
| |
| APA JASA VINCENT TAN KEPADA KELANTAN? |
| 03.30.05 (9:54 pm) [edit] |
Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat hari Ulangtahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan Yang Ke-55. Semoga Allah swt melanjutkan usia ke bawah DYMM Al Sultan dan Raja Perempuan.
Namun demikian sebagai hamba rakyat saya rasa terkilan apabila membaca senarai para penerima bintang dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Al Sultan itu. Kerana salah seorang penerimanya adalah VINCENT TAN CHEE YIOUN iaitu Pengerusi Berjaya Group Berhad. Beliau menerima Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran DATUK.
 'Raja Judi' Yang Amat Mulia Vincent Tan, SJMK |
Berjaya Group ini adalah syarikat induk yang memiliki Berjaya Sports Toto syarikat perjudian yang juga tersenarai di Bursa Malaysia. Kedua-dua Berjaya Group dan Berjaya Sports Toto tidak termasuk dalam senarai saham yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Bursa Malaysia.
Kerajaan PAS negeri Kelantan telah mengamalkan dasar MEMBANGUN BERSAMA ISLAM sejak memerintah negeri itu pada tahun 1990. Ia telah berusaha membina dan membentuk rakyat dan negeri Kelantan ke arah penerimaan Islam secara total sebagai satu cara hidup demi kesejathteraan rakyat dan negeri. Antara langkahnya adalah mengharamkan premis judi sejak tahun 1990 serta segala aktiviti yang bercanggah dengan Islam setakat mana kuasa yang terdapat padanya.
Walaupun diperakui bahawa kuasa menganugerahkan bintang dan darjah kebesaran adalah kuasa DYMM Al Sultan namun saya merasakan ia perlulah seiring dengan dasar dan matlamat kerajaan negeri. Bukankah sepatutnya istana dan kerajaan itu laksana isi dan kuku, istana memayungi kerajaan dan kerajaan mendaulatkan istana.
Tindakan mengurniakan bintang kebesaran kepada pemilik syarikat judi ini dikira tidak selari dengan hasrat rakyat untuk kembali kepada Islam. Dan semoga ianya akan diberi perhatian oleh pihak istana dan kerajaan negeri. Jangan sampai Islam dipersendakan oleh pihak musuh lantaran kealpaan kita.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 30.03.2005
|
|
|
| |
| Cubaan UMNO Kelantan lunturkan reputasi Kerajaan negeri |
| 03.30.05 (2:37 pm) [edit] |
Assalamualaikum w.b.t.
Pelbagai serangan telah dilancarkan oleh UMNO Kelantan terhadap kerajaan negeri mutakhir ini. Yang terbaru ialah isu mengenai penggondolan hutan simpan di Lojing, Hulu Kelantan. Kali ini UMNO Kelantan telah menampilkan ‘jogho’ baru bagi meruntuhkan reputasi kerajaan bersih yang di praktikkan oleh PAS Kelantan. Jogho baru tersebut adalah Sazmi Miah yang merupakan Ahli Parlimen Machang dan merangkap Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Isu ini telah lama dipalu oleh Sazmi iaitu sejak 20 Mac 2005 lagi melalui kenyataan akhbarnya yang bertajuk “Pusat Kesal Kelantan biar pembalakan haram” melalui Utusan Malaysia. Rata-rata Sazmi banyak menggunakan ‘tohmahan’ secara rambang kepada kerajaan Kelantan tanpa menampilkan bukti-bukti yang kukuh.Jika kita teliti kenyataannya pada 20 Mac 2005, Sazmi menggunakan perkataan “dari apa yang kita tahu” bagi mendakwa kerajaan negeri tidak membuat kajiselidik terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti perlombongan itu dan sebaliknya.
"Malah dari apa yang kita tahu, syarikat yang kononnya mahu melombong emas atau timah itu sebenarnya hanya mahukan balak semata-mata dan bukannya untuk melombong,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Air Untuk Kehidupan di sini, hari ini.
Malah berbekalkan ‘ramalan nujum’nya itu, Sazmi mendakwa syarikat yang dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan itu sebenarnya syarikat yang dikategori sebagai `tidak berdaya maju'. Selain itu, dia juga mendakwa bahawa syarikat terbabit langsung tidak menggunakan peralatan atau teknologi yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti perlombongan, sebaliknya menggunakan peralatan yang diragui.
Namun begitu, pada 22 Mac 2005, Timbalan Meneri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yaacob membalas tohmahan itu dengan mengatakan bahawa dakwaan Sazmi, kononnya kerajaan Kelantan tidak mengambil tindakan terhadap syarikat melombong yang menjalankan pembalakan haram adalah tidak berasas.
“Kita mempunyai peraturan tertentu dan ia mesti dipatuhi setiap mereka yang diberi lesen melombong di negeri ini. Misalnya apabila ada kawasan perlombongan dikenal pasti mempunyai balak, tender pembalakan dikeluarkan terlebih dahulu.
“Kemudian selepas pembalakan selesai dijalankan, barulah lesen kepada pelombong dikeluarkan,” katanya di sini.
Selain itu, mungkin Sazmi tidak menyedari bahawa Jabatan Perhutanan sentiasa memantau kegiatan itu bagi mengelakkan ada pelombong mengambil kesempatan menceroboh kawasan pembalakan.
Namun begitu,isu itu tidak berhenti setakat itu sahaja, demi menjaga egonya bahawa dakwaannya itu bukan direka-reka, Sazmi sekali lagi membuat kenyataan akhbar mengenai 'penemuaan' bukti terbaru mengenai kelemahan kerajaan negeri iaitu, terdapat banyak kawasan hutan termasuk bukit di kawasan Ulu Kelantan gondol akibat aktiviti pembalakan secara berleluasa dan tidak terurus. Ini berdasarkan kenyataan akhbar Utusan Malaysia pada 28 March 2005.
Dalam tohmahannya kali ini, Sazmi telah turut memaparkan gambar yang didakwanya diambil hasil tinjauan udara sekitar kawasan Lojing dan Blok Sokor, Tanah Merah bersama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Malaysia, Datuk Shaharuddin Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Pehutanan Negeri Kelantan, Dahlan Taha dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Alwi Che Ahmat.
"Kita juga mendapati banyak bukit yang telah ditebang tidak terurus dan ditinggal begitu sahaja tanpa perancangan yang baik,'' katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pembalakan di Ulu Kelantan hari ini.
Menurut sidang akhbar tersebut, Sazmi mendakwa syarikat-syarikat itu cuma memohon kepada kerajaan negeri untuk mengeluarkan balak dengan alasan untuk membuat pembangunan dari segi pertanian, ladang teh, ladang kelapa sawit dan sebagainya
"Setakat ini kita kesan terdapat lebih 10 buah syarikat yang telah diberi kelulusan untuk mencari gali dan melombong emas di situ dengan melibatkan tanah lebih 2,800 hektar,'' tambahnya.
Menurut taksirannya, daripada 2,800 hektar itu, kerajaan negeri mengalami kerugian antara RM 15 juta hingga RM20 juta dari segi hasil balak sahaja.
Tetapi sekali lagi hujahnya itu berjaya dipatahkan, pada 28 March 2005 dalam Harakahdaily melalui kenyataan Pengarah, Jabatan Perhutanan Kelantan, Haji Dahlan Taha yang bertajuk “Jabatan Perhutanan nafi hutan di Kelantan gondol” yang mana beliau mendakwa gambar yang disiarkan di muka depan Utusan Malaysia pada hari itu sebagai Hutan Simpan Kekal Lojing adalah tidak benar, sebaliknya ia adalah tanah kerajaan yang telah tamat kerja-kerja pembalakan.
“Dan bukannya di kawasan Hutan Simpan Kekal Lojing sebagaimana dilaporkan. Bagi kawasan tanah kerajaan pihak jabatan hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen dan mengutip hasil serta memantau pengeluaran hasil-hasil hutan supaya semua syarat dipatuhi.
“Dalam hubungan ini untuk menjaga kepentingan alam sekitar syarat-syarat tambahan telah dikenakan kepada lesen-lesen yang diluluskan dalam tanah diberi milik,” katanya dalam kenyataan bertulis mengenai isu tersebut hari ini.
Malah Haji Dahlan Taha yang turut bersama Sazmi dalam aktiviti pemantauan itu mendakwa sepanjang lawatan itu didapati kawasan-kawasan hutan simpan diurus dibawah pengurusan hutan berkekalan terbukti berada dalam keadaan baik.
“Di kawasan yang dikategorikan untuk pembangunan agensi-agensi didapati kerja-kerja pembersihan hutan ada yang telah selesai dan ada yang sedang dijalankan. Kawasan tersebut tidak tertakluk kepada pengurusan hutan berkekalan,” ujarnya.
Selain itu, Haji Dahlan menerangkan lagi bahawa kawasan yang diambil gambarnya itu adalah kawasan yang telah diwartakan keluar daripada hutan simpan dan sijil perlombongan telah dilulus kerajaan negeri.
“Pelombong telah memohon kelulusan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan dan pampasan hutan telah pun dijelaskan. Jabatan telah mengeluarkan lesen bagi kawasan tersebut dan tidak timbul pembalakan haram berlaku,” ujarnya.
Mengulas dakwaan berkenaan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yacob berpuas hati dengan laporan Jabatan Perhutanan mengenai dakwaan bahawa kononnya berlaku penggondolan di kawasan hulu Kelantan dan Sokor, Tanah Merah.
Beliau juga mengulas bahawa,
“Pandangan daripada beberapa jabatan teknikal termasuk Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Geosains dan Mineral, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pertanian diambil kira kerajaan negeri,” katanya.
Rentetan itu maka secara rasminya gagallah cubaan Sazmi untuk menyamakan isu di Kelantan dan Bukit Cahaya di Shah Alam. Ini memandangkan laporan rasmi Jabatan Perhutanan tidak menggambarkan seperti didakwa Sazmi sebelum ini.
Apakah Sazmi akan terus mencari bukti yang tidak wujud itu pada hari yang mendatang ? Sama-samalah kita saksikan.
Sekian.
Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com) email: avicenna@kelatedaily.net - 30.03.2005
|
|
|
| |
| KESUDAHAN KEPADA KONSERT FORCE OF NATURE:PERTANYAAN ROSLAN SMS TERJAWAB |
| 03.29.05 (10:00 pm) [edit] |
Ternantikan apakah kesudahan nya dari konsert tersebut adalah pada pagi ini diberikan sebuah lagi gerak-gempa yang lebih kuat terasa di seluruh Ibukota. Dengan itu cepat cepat kembali ke jalan yang benar, jangan sampai terlambat. Kata-kata manusia di dolak-dalikkkan. Kita lihat kembali petikan tulisan Roslan SMS (Roslan SMS: Konsert Force of Nature - Keliru Kita Dibuatnya...):
KONSERT FORCE OF NATURE: KELIRU DAN TERPINGA KITA DIBUATNYA Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN Kalau nak difikirkan semasak-masaknya kita pun akan turut jadi keliru dan terpinga-pinga.
Betulkan jika saya silap. Tidakkah lantaran kejadian malapetaka Tsunami pada 26 Disember tahun lalu maka Pak Lah telah mengarahkan agar segala bentuk sambutan meraikan ketibaan tahun baru 2005 dibatalkan? Bukankah tindakan ini diambil kerana menghormati mangsa kejadian serta menginsafi kesengsaraan yang menimpa mereka yang terlibat? (bacaan selengkapnya....)
Inilah jawapan yang dinantikan, namun mereka terus mencari cari alasan lain untuk tidak mahu kembali merujuk kepada penciptanya. Berikut berita terkini jam 0120 pagi:
Strong Quake Hits Off Indonesia Island
Latest Headlines: • Powerful quake rocks Indonesian island, downs electricity lines AFP - 3 minutes ago • Strong Quake Hits Off Indonesia Island AP - 5 minutes ago • 8.2 quake hits Indonesia's tsunami region: US survey AFP - 11 minutes ago Special Coverage
Officials issued a tsunami warning for residents of southern Thai provinces, three months after a tsunami devastated parts of Indonesia and other countries in the region. The quake occurred at 11:09 p.m. local time at a depth of nearly 19 miles, the USGS (news - web sites) in Golden, Colo., said. Japan's Meteorological Agency said the quake registered 8.5. Tremors were felt throughout peninsular Malaysia's west coast, causing thousands of residents to flee high-rise apartment buildings and hotels. There were no immediate reports of any casualties or major damage. "I was getting ready for bed, and suddenly, the room started shaking," said Kuala Lumpur resident Jessie Chong. "I thought I was hallucinating at first, but then I heard my neighbors screaming and running out." Chalermchai Aekkantrong, deputy director of Thailand's meteorological department, told a radio station that officials were asking people near the coast to evacuate, although there were no immediate reports of a tsunami. Tremors form the quake could be felt in the Thai capital Bangkok for several minutes beginning at about 11:20 p.m. The Dec. 26 magnitude-9 undersea earthquake, the world's biggest in 40 years, and the huge tsunami it sent charging across the Indian Ocean at the speed of a passenger jet killed more than 174,000 people and left another 106,000 missing. More than 1.5 million people were left homeless in 11 countries.
Akhirnya dari Pak Ngah, kembali lah ke pangkal jalan ketika masih ada ruang untuk kita.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 26.03.2005
|
|
|
| |
| Malaysia Bergegar Lagi |
| 03.29.05 (1:19 pm) [edit] |
Assalamualaikum w.b.t.
Malaysia bergegar lagi. Kini pusat gegaran masih lagi di kawasan Acheh iaitu di kawasan antara bandar utama yang berpulau iaitu di Pedang dan Medan. Menurut Ramlan iaitu Indonesian meteorological official,gegaran itu berlaku selama 3 minit. Kekuatan gempa itu berukuran 8.7 skala richter di Utara Sumatera pada 12.09:37 waktu Malaysia pada Selasa,March 29,2005. Kekuatan ini kurang 0.3 skala richter berbanding gempa bumi yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004.
Selepas gegaran itu, terdapat 2 lagi gegaran susulan iaitu:
1)Pukul 02:30:43hr (March 29 Malaysia Time) pada 0.90N 97.80E (kedalaman: 30.0km) dengan magnitud 6.7 di Nias Region;
2)Pukul 00:38:43hr (March 29, Malaysia Time) pada 1.37N 97.36E (kedalaman: 30.0km) dengan magnitud 6.0 di the Nias Region.
Menurut USGS Preliminary Earthquake Report lagi, pusat gegaran adalah pada 2.093 darjah Utara, 97.016 darjah Timur berkedalaman 30km.
Akibat daripada gempa itu, kerajaan tempatan di situ telah melaporan secara rasmi kepada Metro TV bahawa berdozen penduduk telah terkorban dan beratus rumah telah musnah di Bandar GunungSitoli, Pulau Nias, Indonesia. Ini berdasarkan maklumat dari Reuters.
"I can guarantee that dozens have died," Agus Mendrofa, the deputy mayor of Gunungsitoli town, said.
Berdasarkan peta ini akan kita dapati gegaran itu berkedudukan 205km WNW dari Sibolga, Sumatra, 245km SW dari Medan, Sumatra, Indonesia, dan 535km WSW dari Kuala Lumpur.
Yang pasti gegaran ini cukup membuatkan penduduk di Semenanjung Malaysia berasa panik terutamanya di kawasan Pantai Barat. Rentetan itu,Kerajaan Malaysia melalui Dato Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi kepada penduduk di kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi telah dinasihatkan supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi pada pukul 4.10 pagi,29 March 2005 melalui Berita RTM.
Lanjutan dari kejadian ini, para penduduk yang berada di kawasan pantai terutamanya sedang berada di dalam kebimbangan jika gelombang tsunami berulang kembali. Berdasarkan sumber Pacific tsunami warning center melalui Berita Reuters, berkata kemungkinan akan berulangnya kejadian tsunami adalah tinggi.
"The latest quake had the potential to cause a "widely destructive tsunami" and authorities should take "immediate action," including evacuating coastlines within 600 miles of the epicenter"
Selain itu,ia melaporkan bahawa segala kemungkinan tsunami boleh berlaku kepada Kepulauan Mauritius.
Di Malaysia pula dilaporkan melalui Berita Bernama bahawa kira-kira 70 nelayan di Kampung Permatang Tepi Laut Bayan Lepas bergegas ke kawasan pantai untuk melihat keadaan bot dan sampan yang ditambat di sana selepas gegaran dirasakan.Selain itu, di beberapa kawasan rumah pangsa di Gelugor,Universiti Heights,Sungai Dua dan Jelutong didapati bahawa penduduk telahpun meninggalkan rumah masing-masing dan berkumpul di kawasan lapang berhampiran flat masing-masing.
Di KEDAH,gegaran kesan daripada gempa bumi di Sumatera turut dirasai di beberapa kawasan di negeri ini terutamanya di Langkawi, Kulim, Kota Kuala Muda dan Alor Star.Di Kota Kuala Muda,beberapa anggota polis yang tiba dengan kereta peronda mengarahkan penduduk berkenaan berkumpul di rumah transit di Permatang Katong bagi mengelak sebarang risiko.
Di LANGKAWI,gegaran menyebabkan orang ramai yang berada di beberapa buah hotel bergegas turun ke kawasan lapang. Gegaran turut dirasai hampir 45 saat di Alor Star dan Kulim.
Di KUALA LUMPUR,penduduk Flat Sri Perak, Sentul di sini Farhad Masrad Abdul Hamid, 30, berkata beliau merasakan rumahnya bergoyang pada lebih kurang pukul 12.15 malam tetapi tidak mengetahui apa yang terjadi.
"Saya kejutkan isteri dan anak-anak yang sedang tidur bagi mengelak berlaku apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatan kami," katanya.
Di PETALING JAYA,Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalalludin Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata gegaran dirasai pada 12.09 pagi tadi mencetuskan panik di kalangan 681 pesakit hospital itu.
"Pesakit-pesakit menjadi panik apabila melihat cawan-cawan bergerak manakala gambar-gambar di dinding hospital bergoyang," katanya ketika ditemui Bernama.
Di CAMERON HIGHLANDS, Dr S Elangovan, pegawai kesihatan daerah Perak Tengah yang sedang menghadiri kursus mengenai "quit smoking" di sana pada mulanya ingat angin kencang apabila nampak tingkap bilik hotelnya di Rosa Passedena bergoyang pada pukul 12.05 pagi tadi.
Yang pasti semua penduduk masih berkeadaan berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan samada bencana tsunami akan berlaku atau tidak.Nampaknya suatu kekalutan kedua kalinya yang melanda rakyat Malaysia berlaku lagi. Adakah ini suatu isyarat daripada Allah bahawa segala 'kegiatan' kita yang lakukan selama ini kian dibalas oleh Allah? Terutamanya 'kegiatan' yang mencampur-adukkan antara yang makruf dan mungkar. Konsert pun buat, sembahyang pun buat !!!
Sekian.
Coretan: amirulreza(amirulreza.2ya.com)
|
|
|
| |
| CEMERLANG MEMBAZIR, GEMILANG YANG SIA-SIA |
| 03.29.05 (12:45 pm) [edit] |
Saya menghormati Pak Lah sebagai PM Malaysia. Sebagai ketua eksekutif negara pada tangannyalah terletak nasib dan masa depan bangsa dan negara. Kiranya beliau kuat dan berwibawa maka demikianlah negara namun kiranya beliau lemah maka akan lemahlah juga negara dan rakyat di dalamnya.
Sejak menjadi PM pelbagai komen dan pandangan telah dilontarkan terhadap kepimpinan beliau. Banyak yang baik banyak juga yang negatif.
Bagi saya dalam tempoh sesingkat 48 jam sebelum artikel ini ditulis sahaja beliau telah terlibat dalam kerja-kerja pembaziran dan sia-sia yang terus-terang saya katakan telah merugikan negara. Bayangkan negara seterusnya di bawah kepimpinan beliau?!
Pada hari Sabtu lalu di Kuala Terengganu Pak Lah telah mengumumkan pembinaan ISLAMIC CIVILISATION THEME PARK, yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun. Kerajaan akan melantik pakar perunding dan para artisan yang pernah bekerja untuk taman tema bertaraf antarabangsa seperti Movie World dan Sea World di Australia dan Disnelyland Tokyo bagi merealisasikan matlamat penubuhan taman berkenaan. Taman ini yang terletak di Pulau Pak Man berhampiran Pulau Duyong akan dipenuhi dengan binaan 21 replika bangunan dan monument bersejarah Islam termasuklah masjid-masjid terkenal diseluruh dunia. Juga akan dibina sebuah MASJID KACA KRISTAL TERAPUNG di atas Sungai Terengganu!
Belanjanya RM200 juta! Tidakkah ini satu pembaziran besar khususnya bagi rakyat Terengganu. Apa gunanya dibina replika 21 masjid sedangkan masjid-masjid di Terengganu pun dhaif-dhaif belaka? Apa gunanya masjid terapung dari kaca kiranya rakyat Terengganu kebanyakkannya sengsara menderita tidak memiliki rumah sendiri?
Sedangkan dengan RM200 juta boleh membina sehingga 8,000 buah rumah untuk rakyat termiskin kiranya kos pembinaan rumah tersebut sekitar RM25,000 sebuah.
Kemudian siang tadi pula di Putrajaya Pak Lah telah merasmikian persidangan PEACE IN PALESTINE yang dihadiri sekitar 400 peserta termasuk wakil-wakil aktivis masyarakat. Dalam ucapannya Pak Lah mengajak masyarakat dunia untuk bergabung bagi mencari penyelesaian terhadap isu Palestin khususnya dalam hubungan Israel – Palestin.
Sejauh manakah suara Pak Lah ini didengari? Adakah melangkau bangunan Putrajaya International Convention Centre itu atau sekadar bergema di dalam bangunan gajah putih itu sahaja tanpa mampu menerobos ke dunia luar.
Mengapa kita berbelanja bertaus ribu malahan menjangkau jutaan barangkali semata-mata bagi menganjurkan satu persidangan antarabangsa yang tidak pun diambil peduli langsung oleh dunia luar apalagi negara yang berkonflik itu. Seolah-olah majlis ini dirancang untuk menonjolkan imej Pak Lah semata-mata tanpa menghiraukan sedikit pun samada ianya akan mampu memberi impak ke atas Palestin atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kerana itu bagi saya dalam tempoh 48 sahaja Pak Lah telah membuktikan yang beliau berkemampuan membawa mudarat kepada rakyat dan negara. Apa akan jadi 48 jam berikutnya, dan hari-hari seterusnya? Cemerlang, gemilang, terbilang atau apa?
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 29.03.2005
|
|
|
| |
| KATA-KATA SEORANG PEMIMPIN NEGARA ISLAMTENTANG MAKANAN HALAL DAN HARAM |
| 03.27.05 (10:09 am) [edit] |
Dukacita, hampa, kecewa dan bermohon kepada Allah semoga dijauhkan Allah dari di anggap menjadi pengikut mereka sedangkan mereka terus berkata kata tanpa merujuk kepada orang yang benar-benar ikhlas dengan ilmunya.
Manusia hidup di alam sementara ini semata mata untuk menjadi hamba kepada Allah. Hanya ada 2 golongan Manusia di dunia ini. Beriman dan tidak beriman, yang patuh dan yang ingkar kepada perintah Allah. Diri kita di mana? Kalau yang beriman dan patuh tidak ada apa jua dalihnya dan hanya perlu patuh kepada perintah Allah dan Rasulnya dan tak payah susah-susah berfikir kerana segala yang telah ditetapkan Allah sama ada undang-undangnya, kehidupan bermasyarakat sudah amat sempurna dan tak payah nak mencari kebebasan atau memperjuangkan hak asasi sendiri lagi.
Manusia ini adalah hamba, sebagai hamba tentulah perlu mematuhi penciptanya. Kita ini umpama terpenjara di dunia sebelum ke akhirat kelak. Jadinya perlulah mematuhi semua peraturan. Pakaiannya perlu betul, makanan nya perlu ikut peraturanya, dipermudahkan kata seperti banduan di penjara. Makanan mesti makan apa yang disediakan. Pakaian Mengikut bentuk dan warna disediakan, waktu waktunya ditetapkan jadual oleh pihak berkuasa dan lain-lain lagi. Begitu jugalah Manusia didunia ini, tetapi ramai dikalangan mereka yang diangkat menjadi pimpinan dikalangan mereka mudah lupa yang mereka juga hamba sepertimana orang yang mereka pimpin.
Berikut lihatlah petikan kata kata mereka dan kemudiannya bukti-bukti yang jelas kegagalan agensi mereka dengan berbagai alasan yang kemudian nya orang Islam telah memakan makanan yang haram akibat kecuaian dan kelalaian mereka yang diamanahkan menjadi pemimpin dan pelaksana. Tetapi perlu di ingat bukan sahaja makan, tanggungjawab mereka sebagai pemimpin adalah memelihara Islam seluruhnya.
Jangan curiga produk makanan punyai tanda logo halal KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengguna tidak perlu curiga untuk mengguna atau memakan produk makanan di negara ini yang mempunyai tanda logo halal yang sah.
Perdana Menteri menegaskan, ini kerana kerajaan pasti bertindak sekiranya terdapat maklumat dan aduan berhubung produk makanan yang kelulusan halalnya diragui.
"Kalau (barang-barang makanan itu) tak halal dan ada bukti kemukakan laporan dan kita (kerajaan) pasti akan mengambil tindakan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
Sehubungan itu, Abdullah turut meminta semua pihak supaya berhenti menggembar-gemburkan isu berkaitan halal haram barangan makanan dan logo Halal.
"Janganlah kerosek (loghat Kedah: cari) sana, kerosek (cari) sini,'' katanya.
Menurutnya, biarlah perkara itu diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menguatkuasakan dan mengambil tindakan ke atas
Kalau beginilah jawapan dari pihak yang diberi amanah menjalankan tugas, macam mana kita nak percayakan logo Tanda Halal mereka? …………. Bila ditanya .. tak jawab pun. Perhatikan Soalan di Bahagian 2, sedikit pun tak dijawab oleh mereka, Apakah sebabnya? Takut Kerajaan Marah! Tetapi sedikit pun tak takut ALLAH marah. Jangan lah marah kalau rakyat tak percayakan JAKIM dan LOGO HALALNYA lagi selamanya.
Petikan daril laman portel e Halal
Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
 Aduan : Assalamualaikum.., Saya ingin merujuk kepada risalah yang dinyatakan diedarkan oleh dr Rasheed.....ujian dilakukan oleh mahasiswa um,ukm...& CAP seperti aduan baru ini pada 17 February 2005... untuk makluman senarai ini masih lagi disebarkan dikalangan umat islam terutama sekali di pejabat 2x;
Saya amat berharap kalau pihak jakim dapat membuat kenyataan mengenai risalah yang masih hangat disebarkan terutama sekali setelah isu sosej meggunakan yang usus khinzir... agar umat islam lain tidak keliru dengan penggunaan produk produk tersebut dan keliru dengan risalah yang diedarkan..
Terima kasih Tarikh Aduan : 26 March 2005 - 00:17:37
Jawapan : Jakim telah pun memberi penjelasan untuk perhatian orang ramai agar tidak mempercayai dan terpengaruh dengan risalah yang disebarkan atas nama Dr.Rasheed Moss sejak tahun 2003 lagi. Pada 19 May 2003 JAKIM telah mengeluarkan kenyataan tersebut di akhbar Utusan Malaysia. Tetapi sehingga sekarang risalah ini masih lagi tersebar dan mengganggu ketenteraman pengguna dengan dakwaan barang-barang yang tidak halal sedangkan sebahagian besar barang-barang tersebut ada yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Adalah dinasihatkan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan risalah yang tidak benar ini dan produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah boleh digunakan. JAKIM telah membuat siasatan dan mendapatkan maklumat dari Universiti Malaya yang telah menjelaskan bahawa Dr. Rasheed Moss ini tidak wujud di UM dan tiada dalam senarai sebagai tenaga pengajar/pekerja di UM. Harap maklum, risalah ini hanyalah khabar angin dan tidak boleh dipercayai.
Tarik Semua Produk Yang Diragui Daripada Pasaran, Sekarang! Friday 03.18.05 [9:44 am] Angkatan Muda Malaysia memandang serius mengegani perkembangan sosej “halal” yang menggunakan usus babi sebagai sarungnya. Ini merupakan pencabulan hak asasi umat Islam untuk mendapatkan keselesaan makanan halal mengikut syariat Islam.
Menurut laporan media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa agensi berkenaan baru-baru ini yang menyerbu ke sebuah pusat memproses sosej yang berada di Selayang dan telah menemui penemuan yang menggemparkan apabila mendapati sosej-sosej yang diproses di situ menggunakan usus babi. (sebagai catatan/makluman: Artikel ini telah ditarik balik oleh Angkatan Muda Malaysia: Media AM PKR: Isu Halal: Maaf Dan Tarik Semula Tuduhan )
Bukan kita Rakyat Marhaen sahaja mempertikaikan nya, Menteri beliau sendiri pun mengatakan seperti berikut:
‘Halal hub’ boleh terjejas: Penyediaan sosej daripada usus babi Oleh Rasheffa Abdul Rashid
TAIPING: Pendedahan penggunaan usus babi dalam penyediaan sosej yang menjadi isu hangat ketika ini boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai ‘halal hub’ di kalangan negara Islam, kata Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Kalau masih belum berpuashati hayatilah petikan yang Pak Ngah petik penulisan dari blog seperti berikut:
Was-was dan ketidakpastian membuat keputusan inilah yang akhirnya menjerumuskan kita kepada perkara yang SYUBHAT.
ILMU adalah salah satu langkah penyelesaian, selain daripada merujuk kepada yang lebih mengetahui. Sebagai mengambil langkah yang selamat, seeloknya elakkanlah diri dari terlibat dengan perkara-perkara yang SYUBHAT sedaya upaya kita. Sememangnya dugaan Allah terhadap keimanan kita datang dalam berbagai cara.
Rasulullah SAW. bersabda, "Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang HARAM itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang SYUBHAT yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga dari yang SYUBHAT, bererti dia telah menjaga din dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjerumus dalam SYUBHAT bererti dia telah terjerumus kepada yang HARAM. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap pemerintah memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkan-Nya." (HR Bukhari & Muslim).
Selamat membaca dan memperolehi manfaat darinya InsyaAllah,
Kepentingan memilih makanan dan minuman yang bersih serta halal, sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini bertujuan memastikan makanan dan minuman itu tidak memudaratkan manusia.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu." (Hadis riwayat Muslim)
Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya pada masa yang sama, perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.
Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Islam begitu menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin kepada kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, pasti akan lahir dalam dirinya nur keimanan yang membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan termasuk pakaian, tempat tinggal dan tubuh badan.
Dalam ibadat asas agama itu sendiri iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hamba-Nya dalam keadaan kotor dan hina. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: "Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih."
Pemilihan makanan bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah."
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 114-115).
Makanan yang haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal, akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.
Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah. Ketiga, dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari akhirat kelak.
Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.
Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa. Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan.
Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.
Dari aspek adab pemilihan makanan pula, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya.
Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya.
Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika salihah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya.
Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal."
Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: "Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya."
Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu 'makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.' Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.
Sementara 'berhenti sebelum kenyang' pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah 'kilang' dalam perut untuk memprosesnya.
Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan.
Harus kita insaf bahawa kelalaian dan kealpaan kita mengurus dengan baik segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah, akan membawa padah kepada diri kita sendiri.
Diri kita mestilah belajar dan berani menentukan apakah yang perlu kepada kita sendiri dan menolak sebarang rayuan, slogan, rintihan apatah lagi propaganda yang disogok saban hari dengan berfikiran secara bebas sebagai menghargai kejadian diri kita dijadikan Manusia oleh Allah. Apa guna menjadi Manusia yang boleh mudah sahaja dicucuk hidungnya digerakkan ke sana sini. Biarlah kita sendiri menentukan ke mana arah tujuan hidup ini berlandaskan Islam yang dibawa Rasulallah dan Al Quran .
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 26.03.2005
|
|
|
| |
| Jeslina Tak Sabar Nak Kahwin - Ikut Perancangan Asal, Dah Lewat |
| 03.26.05 (10:35 am) [edit] |
Moga-moga Jes berbahagia hingga ke mati. Beranak cucu, bercicit dan berciak. Kita bagi tips sikit pada adik yang akan kahwin ini. Dunia Perkahwinan dan Percintaan dua yang berbeza. Pandai-pandailah jaga rumahtangga. Duduklah dengan suami biar sama rendah dan berdiri pula sama tinggi, sepertimana dituntut oleh Sisters In Islam dan ….Dr.Amina Wadud. Semoga dasar samarata yang dicari oleh Jes dan rakan-rakan itu akan membahagiakan rumahtangga Jes.
Oleh WANDA IDRIS
SAAT ini, Jeslina Hashim mungkin gadis paling bahagia melalui kehidupannya. Masakan tidak, lebih kurang lima minggu dari sekarang, dia akan bergelar isteri kepada Dion Andrew Vercoe atau nama Islamnya, Dion Rais Vercoe.
Malah kala mengadakan pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Jeslina yang mesra dipanggil Jes bangga menunjukkan cincin bertatah berlian kuning, cincin pertunangan yang diberikan oleh Dion.
Dia juga berkali-kali menyatakan teruja dan tidak sabar-sabar mengakhiri zaman solo dengan jejaka dari New Zealand berusia 32 tahun itu.
Jes dengan tunangnya atau suaminya?
“Seronoknya... Tak sabar nak kahwin,'' katanya tersenyum manja.
“Sebenarnya kalau ikut perancangan, Jes nak kahwin apabila umur mencapai 24 tahun. Tapi masa umur tu, Jes baru bertemu dengan Dion. Kami berkawan selama tiga tahun.
“Sekarang umur Jes dah masuk 27 tahun, tu yang Jes tak sabar tu. Dah lewat dari perancangan asal,'' ujar Jes yang bertunang dengan Dion pada akhir Januari lalu.
Malah kalau diikutkan hati, kata Jes, dia tidak mahu bertunang lama-lama.
“Jes ni jenis yang tak sabar, apalagi untuk menempuh hari bahagia begini. Itu yang kalau boleh Jes nak buat semua perkara, sampaikan kawan Jes kata Jes gila.
“Lucunya, dia orang dah plan, masa majlis pernikahan dan resepsi nanti, mereka nak kurung Jes, kerana takut Jes lupa nak bersiap gara-gara nak buat segala persiapan,'' katanya sambil ketawa.
Ditanya apakah dia tidak terganggu dengan cerita kontroversinya ditangkap pihak JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) yang masih diperkatakan, Jes memberitahu tidak mahu perkara itu mengganggu kebahagiaan yang sedang dikecapinya.
Malah tegas penyanyi itu, dia menganggap kekalutan itu sudah berlalu.
“Apa yang Jes ingini sekarang hanyalah memastikan segala perancangan perkahwinan yang diatur berjalan lancar,'' katanya.
Namun saat dia sedang berada di puncak kebahagiaan, Jes mengakui berada di dalam dilema lantaran permintaan kedua ibu bapanya yang tidak mahu majlis perkahwinannya dihadiri pihak media.
Bagaimanapun, kata Jes dia perlu menghormati permintaan kedua ibu bapanya itu.
“Masa mereka bagi tahu Jes bahawa majlis perkahwinan Jes akan diadakan secara tertutup, Jes pening kepala memikirkannya.
“Jes tak mahu rakan media kecil hati tetapi Jes juga perlu menghormati permintaan ibu bapa Jes,'' jelasnya.
Justeru untuk memudahkan pihak media, kata Jes dia akan mengedarkan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinannya pada hari yang sama majlis berlangsung.
Bercerita tentang majlis perkahwinannya, menurut Jes, dia akan bernikah pada 21 April ini di Dewan Felda, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi (perkahwinan di taman) pula akan diadakan pada 1 Mei ini.
Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada Disember depan di kampung halaman Dion yang terletak di Marlboro iaitu di bahagian selatan negara kiwi itu.
Kata Jes, dia tidak mengadakan majlis perkahwinan di rumah kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.
Lagipun, kata Jes, majlis pernikahan dan perkahwinannya akan diadakan dalam suasana ringkas tapi penuh meriah yang hanya akan dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Ikutkan perancangan Jes mahu mengenakan pakaian putih untuk kedua-dua majlis pernikahan dan perkahwinan.
“Tapi Jes tak tahan tengok baju Rizalman. Ia baju kurung berwarna biru keperak-perakan yang cantik sangat dan Jes akan mengenakannya pada majlis pernikahan.
“Sebenarnya baju tu koleksi terbaru Rizalman yang Jes tengok semasa menemani kawan ke butik pereka itu.
“Untuk majlis perkahwinan di taman pula, Jes akan mengenakan pakaian Melinda Looi. Ia adalah korset dengan skirt tutu (skirt ballerina) paras lutut berwarna putih gading.
“Manakala untuk solekan dan dandanan pula, Jes memilih A'm,'' ceritanya penuh ceria.
Ditanya apakah yang membuatkan dia terpikat dengan Dion, ahli perniagaan dalam bidang hiasan dalaman, kata Jes;”Dia penyabar, memahami dan tak banyak soal tentang kerja Jes dan paling penting, keluarga amat menyayangi Dion.''
Bercerita tentang perkenalannya dengan Dion pula, Jes memberitahu bahawa dia mengenali jejaka itu melalui tunang temannya.
“Kami selalu lepak bersama dan selalu berjumpa. Tapi Jes tak pernah pun berborak mesra dengan Dion ni. Setakat ucap hai tu adalah.
“Jes sebenarnya tak minat dengan lelaki mat saleh. Tapi satu hari tu, kami berdua menunggu kawan-kawan. Nak tak nak terpaksalah berbual. Masa tu dia tengah buat kerjanya.
“Jadi Jes tanyalah fasal kerjayanya. Punyalah panjang dia explain sampai Jes tak faham. Jadi Jes cakap dengan diri Jes tak mahu lagi berborak dengan mamat ni.
“Tapi mungkin dah ditakdirkan jodoh kami. Satu hari Jes buatkan lukisan untuk seorang kawan dan kebetulan dia ada dan tanya pada kawan Jes mana dia beli lukisan tu. Bila kawan tu cakap Jes yang lukis, dia macam tak percaya. Jes bengang jugaklah.
“Jes kata kalau tak percaya, Jes boleh lukiskan untuknya. Dia setuju dan esoknya kami pergi beli barangan untuk lukisannya.
“Kemudian makan-makan dan lepas tu, kami semakin rapat dan terus jatuh cinta. Yang kelakarnya, lukisan yang dia minta tu, langsung tak siap-siap sampai sekarang.''
Muramatsu 25.03.2005
|
|
|
| |
| AGENDA MELUCUTKAN TARING PENGUATKUASA AGAMA MEMUNCAK |
| 03.25.05 (12:01 pm) [edit] |
Buletin Utama TV3 sebentar tadi membawa tajuk utama yang antara lain berbunyi berkuatkuasa serta merta semua serbuan jabatan agama mestilah di bawah pemantauan Ketua Polis Daerah ataupun OCPD.
Menurut Menteri di JPM Nazri Abdul Aziz di Wilayah Persekutuan semua serbuan pihak JAWI perlulah disertai oleh pegawai kanan polis di daerah berkenaan bagi memastikan yang pihak polis akan bertanggungjawab terhadap prosedur serbuan dan tangkapan jika ada. Malah menurut MALAYSIAKINI waran perlulah diperolehi terlebih dahulu sebelum sesuatu serbuan dilakukan.
Sekiranya kehadiran pihak polis bermakna kerja-kerja penguatkuasaan agama akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur maka langkah baru ini sangatlah dialu-alukan. Namun demikian kiranya prosedur tambahan ini akhirnya mengekang pihak berkuasa agama dalam menjalankan tugas mereka atau mengakibatkan menjadi terhalang kerja-kerja mereka maka sudah pastilah langkah baru ini sangat dikesali.
Nazri dilaporkan memberikan kenyataan ini setelah menerima memorandum dari pihak NGO di dewan Parlimen yang menurut MALAYSIAKINI menuntut:
The document registered protest against recent actions to enforce morality among Muslims in particular, saying the state has no role in policing morality.
Dokumen tuntutan ini merakamkan bantahan mereka terhadap tindakan menguatkuasakan moral di kalangan umat Islam khususnya, dengan menekankan bahawa kerajaan sesungguhnya tidak berhak mengawal moral individu.
 NORI PAK LAH & SUAMI |
Kalau ada sesiapa yang berpeluang menonton siaran Buletin Utama ini akan dapat menyaksikan bahawa NORI ABDULLAH anak PM Pak Lah kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan tuntutan di dalam memorandum tersebut kepada Nazri disaksikan oleh wakil NGO lain serta wakil media.
Apakah mesej yang cuba diutarakan?
Tuntutan kumpulan pendesak ini yang terdiri daripada 52 NGO dan 42 individu sesungguhnya cuba menarik terus taring ataupun merampas kuasa pihak penguatkuasa agama dalam menjalankan tugas-tugas mencegah kemungkaran. Mereka mendesak agar kerajaan menjamin yang akhlak dan moral individu itu adalah hak masing-masing dan tidak perlu dikawal atau dicegah mana-mana pihak termasuklah pejabat agama dan PBT.
Dan kumpulan ini mengunakan NORI ABDULLAH untuk menjuarai tuntutan mereka sekaligus membuktikan bahawa anak PM sendiri berdiri di belakang mereka!
Jelas perkembangan ini membayangkan satu trend yang sangat berbahaya terhadap masadepan Islam. Atas nama kebebasan dan hak asasi, sebarang bentuk kerja ataupun aktiviti mencegah kemungkaran sedang cuba dikekang dan dihapuskan. Bermakna jika tuntutan ini akhirnya diterima kerajaan maka Islam nanti akan hanya diberikan keizinan melakukan kerja dan aktiviti amar makruf semata-mata, bina masjid, sekolah agama, musabaqah bank Islam dan lain-lain, tetapi sebarang bentuk mencegah kemungkaran akan diharamkan.
Bersedialah kita untuk menghadapi gelombang maksiat dan keruntuhan akhlak kerana selepas ini isu moral dan akhlak adalah hak masing-masing, bebas tanpa sekatan ataupun larangan!
Untuk rekod, antara yang menyokong dan menandatangani memorandum ini di lobi Parlimen adalah Rais Yatim dan Azalina Othman.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 24.03.2005
|
|
|
| |
| Gempar! 2 orang ADUN di Kelantan akan tinggalkan Umno |
| 03.24.05 (6:27 pm) [edit] |
Pada hari Isnin 21 Mac yang lepas, saya telah bertemu dengan Exco kanan kerajaan Kelantan Haji Husam Musa di pejabatnya di Kota Darul Naim. Saya terpaksa menunggu beliau terlebih dahulu kerana beliau sedang meraikan tetamunya. Apabila tetamu tersebut keluar, saya agak terkejut melihat mereka berdua kerana saya amat mengenali mereka itu. Mereka adalah dua orang ADUN Umno di dua bahagian yang berasingan di Kelantan. Saya pun terus masuk ke bilik Haji Husam dan berbicara dengannya. Tajuk asal perbincangan telah menjadi tajuk kedua perbincangan kami kerana saya tiba-tiba berminat untuk berbincang tentang tujuan mereka berdua tadi datang menemuinya. Pertamanya Haji Husam memaklumkan kepada saya untuk merahsiakan identiti kedua-dua orang ADUN Umno tersebut bagi menjaga kedudukan mereka buat sementara waktu ini sehinggalah pada suatu masa yang sesuai nanti. Menurut Haji Husam mereka berdua mempunyai niat untuk menyertai PAS pada masa yang terdekat ini. Antara alasan mengapa mereka berniat untuk menyertai PAS disebabkan rasa tertekan dengan perpecahan yang melanda Umno Kelantan hari ini terutamanya selepas rombakan kepimpinan perhubungan negeri yang menggugurkan Datuk Mustapa Mohamad dengan digantikan oleh Datuk Annuar Musa. Menurut mereka lagi, perpecahan tersebut telah mengakibatkan mereka berdua yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kem pun turut terkena penangan akibat permusuhan di antara kem. Haji Husam juga turut menyatakan bahawa niat mereka juga adalah untuk menguatkan pentadbiran kerajaan Kelantan dengan sama-sama berganding bahu untuk membangunkan ekonomi negeri Kelantan. Kedua-dua orang ADUN itu kata Haji Husam mahu memberi sumbangan khasnya idea-idea mereka kepada kerajaan negeri yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat berbanding dengan pimpinan Umno Kelantan yang sibuk membahagi-bahagikan projek Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan kepada kroni-kroni mereka supaya komisyen yang tinggi terjamin. Sejauh mana kebenaran tentang niat mereka berdua itu, sama-samalah kita tunggu. Apabila saya meminta jaminan dari Haji Husam tentang kesungguhan mereka itu, beliau menyatakan bahawa harapan beliau agar kita semua berdoa semoga Allah memberi hidayah dan kekuatan kepada mereka.
Ammar Yasir ammar_jadid@yahoo.com - 23.03.2005
|
|
|
| |
| JADILAH WARTAWAN PROLIFIK DAN JUJUR |
| 03.23.05 (4:19 pm) [edit] |
Menjadi wartawan memerlukan kejujuran dalam melaporkan sesuatu perkara yang difikirkan perlu. Baik media kerajaan atau media pembangkang. Wartawan memainkan peranan dalam menaikkan imej atau menjatuhkan imej dengan laporan yang dibuat. Tugas wartawan bukannya perkara mudah menyiarkan berita picisan bagi membetulkan atau menegakkan perkara yang salah.
Melaporkan perkara yang benar lebih mudah dari melaporkan perkara yang dibuat-buat. Kerana itu media memainkan peranan yang jitu dalam sesebuah Negara. Peranan akhbar internet juga seharusnyalah menuju kepada arah tersebut. “the internet and the changing of news”.
Wartawan tidak perlu mengejar glamour dengan apa yang dilaporkan. Satu perkara yang perlu difikirkan lidah-lidah pengarang baik akhbar pro kerajaan dan akhbar pro parti-parti politik ialah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Marhaen. Jika akhbar rakyat marhaen melaporkan perkara yang dianggap remeh temeh ianya menjatuhkan kredibiliti sesebuah akhbar. Inilah peranan wartawan dalam menyiarkan maklumat, masalah dan jalan penyelesaiannya. Peranan ketua ketua atau tuan-tuan politik mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat marhaen.
Bagi akhbar pro kerajaan, ketulenan laporan memang tidak dipersetujui oleh para penyokong pembangkang. Namun bagi akhbar pembangkang pula laporan perlulah benar kerana untuk menyakinkan rakyat dengan cara yang lebih telus.
Keyakinan rakyat kepada pembangkang harus lebih kukuh berbanding dengan akhbar kerajaan.Ini adalah kerana kerajaan sesebuah Negara sudah pastilah mempunyai lidah pengarang yang menaikkan nama sesebuah Negara atau juga menaikkan imej seseorang pemimpin. Hitler juga terkenal dengan peranan akhbarnya sehinggakan propaganda memainkan peranan yang penting dalam era penjajahan Jerman di benua Eropah selain kekuatan bala tenteranya.
Naik atau jatuhnya sesebuah akhbar ialah bagaimana peranan wartawan tadi melaporkan berita. Kupasan dan pendedahan kes yang dianggap melibatkan ikan-ikan jerung harus didedahkan dan diulang-ulang bagi mengingatkan betapa kes ini besar dan harus ada juga jalan penyelesaiannya yang dibuat. Wartwan akhbar juga haruslah mendedahkan kelemahan dan kebaikan para tuan-tuan mereka . Inilah yang dinamakan ketelusan. Jika tidak, sama sahajalah akhbar arus perdana yang menaikkan nama dan melindungi tuan-tuan mereka.
Laporan tidak seharusnya baik-baik belaka. Laporan semestinya mendedahkan sesuatu kelemahan agar celik dan sedar bahawa tuntutan rakyat dan pengorbanan rakyat besar untuk seorang pemimpin. Jika laporan akhbar memetik sesuatu laporan melalui sebelah pihak, menambahkan apa yang tidak benar ,memesongkan kenyataan fakta, ianya dianggap sebagai wartawan upahan untuk sesuatu akhbar.
Peranan wartawan selain melakukan akhbar jualan, mendapat sedikit upah daripada laporan yang dibuat sehinggakan etika pertanggungjawapan kepada rakyat marhaen diketepikan akan menjadikan rakyat jemu untuk melihat yang itu-itu juga di dada akhbar mereka. Pertanggungjawapan terhadap apa yang ditulis haruslah jelas dan mengajak para pembaca untuk menyaksikan sesebuah kerajaan atau pertubuhan politik yang disokong.
Di era 50-an, para wartawan dan sasterawan menjadikan karya-karya mereka sebagai sebahagian dari masyarakat dengan mengeluarkan akhbar bagi menentang penjajahan di ketika itu, menyedarkan rakyat tentang pelajaran, menentang rasuah dan salahguna kuasa sehinggalah ianya berjaya menambat hati kaum Melayu untuk menyertainya. Apa yang dipentingkan para wartawan di ketika itu ialah sastera dan karya untuk masyarakat. Di sinilah peranan wartawan tadi dianggap bertanggungjawab dan prolifik dalam menyiarkan laporannya tanpa mendapat habuan yang diperlukan.
Pernah di awal era Reformasi, akhbar Harakah telah berjaya menaikkan imej parti PAS dan meninggalkan akhbar kerajaan yang di ketika itu sesak untuk mendapat tempat di hati rakyat. Namun kini akhbar pro kerajaan telah kembali melonjak dengan bahan propaganda yang dimainkan para juak-juak wartawan pro kerajaan yang walau pun kuat juga menipu. Sudah tentulah peranan wartawan tadi memihak kepada syarikat tempat ianya bekerja selain meningkatkan jualan bagi mendapat sedikit habuan dari berita yang dilaporkan. Wartawan ini yakin dengan akhbarnya walau ramai yang menyedari bahawa UMNO di belakangnya.
Apa yang kita mahukan ialah peranan wartawan tadi dapat meyakinkan rakyat membeli bahan media cetak dan media elektroniknya.
Peranan wartawan bukan sekadar membuat berita tanpa ada rumusan jalan penyelesaiannya. Jika tidak, sama sahaja peranan akhbar pro kerajaan yang dianggap mula bertindak membuat pendedahan. Misalnya kes Bukit Cerakah, pendedahan ini perlu dijelaskan kepada rakyat dan bagaimana peranan pembangkang menyelesaikannya sehinga Khir Toyo meletak jawatan. Tapi malangnya tidak ada tindakan dari akhbar pembangkang.
Bagaimana pula peranan akhbar internet untuk mengajak pembaca melihat, menilai, melayari dan membaca bahan-bahan yang dilaporkan. Malaysikini nampaknya lebih berjaya berbanding akhbar lain walaupun media tersebut menyiarkan artikel yang 70% memihak kepada pembangkang.
Namun peranan malaysiakini dianggap belum cukup meyakinkan jumlah penyokong kerajaan untuk beralih kepada Barisan Alternatif. Di sinilah media memainkan peranan yang besar bagaimana untuk menarik pembaca melayari website mereka dan bukannya peranan wartawan untuk menonjolkan siapakah yang membuat berita berbanding dengan nilai berita yang disiarkan.
Dalam hal ini beberapa website memainkan peranan untuk menghadapi cabaran menentang dakyah akhbar pro kerajaan. Kehadiran beberapa website pro Reformasi yang suatu ketika dahulu bermatlamatkan menegakkan keadilan kini telah makin lesu kerana yang diwujudkan ialah akhbar yang menyokong melulu. Jika inilah keadaannya, maka tak ubah sama sahaja standard laporan dengan akhbar kerajaan.d2a
Peranan wartawan adalah lebih daripada itu. Jika Anwar Ibrahim dikutuk, Ezam dikutuk, Azmin dikutuk. Mereka-mereka ini sanggup menerimanya dengan tenang. Akhbar pembangkang harus berani menerima kritikan dan teguran, pemimpin pembangkang harus ditegur dan bukan dipuja-puja, begitu juga peranan wartawan tadi. Bukannya memuja membuta tuli dengan wakil-wakil di daerah masing-masing, tetapi tidak membuat apa-apa untuk meyakinkan dan menakutkan parti lawan. Jika UMNO bertindak begitu kita kutuk, tapi bagaimana pula peranan kita di pihak pembangkang??
..apa lah sangat kita wartawan upahan JIKA GLAMOUR YANG DICARI
PATUTLAH KIRDATUN DAH DIPENCENKAN DARI MT.
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 22.03.2005
|
|
|
| |
| BAHANA TUNTUTAN GENDER EQUALITY TERHADAP ISLAM |
| 03.21.05 (12:07 am) [edit] |
Islam sentiasa menjamin hak wanita. Malah Islamlah yang tersohor memberikan penghormatan dan menaikkan martabat kaum wanita diketika dunia Eropah masih dalam belenggu kegelapan. Insan yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan demikian juga yang pertama syahid di jalan Allah adalah wanita jua.
Islam telah complete sebagai satu peraturan hidup yang diterima penganutnya, sesuai untuk sepanjang zaman sehingga hari akhirat. Cuma sejak akhir-akhir ini ekoran persitiwa September 11 Islam mula mahu disuntik kononnya dengan nafas baru oleh para pengganggunya dengan menggunakan individu dan badan Islam yang bobrok bagi menjuarai trend sesat ini.
Isu umpama GENDER EQUALITY ataupun persamaan hak khusus untuk golongan wanita mula diumpan dan dimain-mainkan. Sesungguhnya peruntukkan terhadap hak wanita dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Kalau ada negara contohnya menafikan hak wanita untuk mengundi dalam pilihanraya, banyak negara Islam yang mengamalkan demokrasi memberikan hak ini umpama Malaysia dan Iran. Kalau ada negara contohnya tidak membenarkan wanita menjadi calon, banyak negara Islam yang mengamalkan demokrasi mengizinkannya, malah Iran sehingga membenarkan calon wanita untuk Naib Presiden.
Yang tidak dituntut oleh wanita Muslimah adalah perkara-perkara yang telah menjadi amalan Islam sebagaimana yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw, diamalkan dari zaman Baginda sehingga hari ini. Antaranya adalah bahawa Solat Jumaat cuma diwajibkan ke atas umat Islam lelaki dan khatib serta imamnya adalah lelaki belaka sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
 Aminah mengimamkan solat Jumaat |
Tiba-tiba Jumaat lalu dunia Islam dikejutkan apabila ada segolongan kecil di Amerika Syarikat diketuai oleh Professor Amina Wadud, seorang professor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University telah mengerjakan solat Jumaat (dalam gereja) diimamkan oleh Aminah sendiri. Jemaah sekitar 100 lebih orang ini bercampur lelaki dan wanita.
Di dalam Harakahdaily bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudeen berkata:
Sembahyang yang diimamkan oleh wanita yang makmumnya terdiri daripada lelaki dan wanita adalah tidak sah.
Malah Sheikhul Azhar sebagaimana dipetik oleh BBC mengatakan Islam tidak membenarkan wanita menjadi khatib dan imam kepada jemaah yang termasuk kaum lelaki.
Bagi saya peruntukkan hukum telah jelas dalam hal ini. Soal samada Aminah merupakan professor tidaklah merupakan lesen bagi beliau untuk memberikan tafsiran sesuka hatinya dalam hal ini.
 AMINAH WADUD |
Namun yang menjadi kebimbangan berikutan peristiwa ini adalah penerimaan mereka yang kurang jelas pemahaman Islamnnya dan memang pula merupakan juara dalam bab-bab memberikan tafsiran yang mengelirukan terhadap Islam. Sebagai contoh dalam UTUSAN hari ini Astora Jabat memberikan liputan meluas terhadap aksi Aminah dengan sokongan yang tinggi melangit.
Aminah memang merupakan rakan akrab kepada Marina Mahathir dan pertubuhan Sisters in Islam. Oleh itu atas nama perjuangan GENDER EQUALITY jangan terkejut perkara ini kelak dituruti secara buta oleh individu dan badan yang seumapama ini dalam negara kita. Oleh itu para mufti perlu segera bertindak menyelamatkan maruah dan martabat agama di negara kita, segerelah bertindak sebelum Stadium Bukit Jalil umpamanya menjadi lokasi solat Jumaat pertama yang diimamkan oleh Marina ataupun Shahrizat ataupun entah siapa-siapa lagi wanita Islam keliru dalam negara kita.
Saya pasti dunia barat yang sememangnya tidak senang dengan Islam akan menaja dan menyokong usaha sesat ini demi memecah-belahkan agama kita, tambahan ada pula baruah yang sanggup mengerjakannya. Jangan biarkan perkara ini berlaku!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 20.03.2005
|
|
|
| |
| Konsert Tsunami: Pelengkap Agenda Yahudi Dalam Konsep Islam Hadhari! |
| 03.20.05 (11:55 am) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Maka berakhirlah debaran para pemimpin Negara Islam Hadhari dengan berakhirnya Konsert Bantuan Tsunami di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Konsert mega sehebat Kelibat Micheal Jackson yang pernah diadakan di negara ini dulu kabarnya telah mendapat sambutan hebat dan luar biasa dengan kehadiran hampir 13,000 penonton memenuhi seluruh ruang stadium berkenaan.
Lebih "mengharu-birukan" kita ialah turut menyaksikan konsert itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Endon Mahmood dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa orang menteri kabinet Islam Hadhari yang lain.
Sesungguhnya kelibat Pak Lah dan Najib ini sudah dijangka sejak awal-awal lagi. Ini dilihat jelas dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka berdua untuk menyokong program-program hiburan mungkar di negara ini. Apa nak jadi dengan Pak Lah, Cucu ulamak tersohor Abdullah Fahim ini akhirnya ? Hasrat dan niat yang ditunjukkan semuanya ada pada beliau. Ditambah lagi dengan imej ulamaknya menjadi Imam dalam solat dan kemudiannya dengan sedih dan sayunya mendendangkan puis yang bertajuk "Ku Cari Damai Abadi" ketika Perhimpunan Agong UMNO pada 9 Mei 2003 dulu. Antara lain Cucu ingin memetik ungkapan azimat Pak Lah dalam puisi tersebut iaitu :-
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun Untuk hidup kaya Aku cari bukan wang berjuta-juta Untuk hidup bergaya Aku cari bukan kawan-kawan Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali Aku cari mana dia Al-Shafie Kita bongkar rahsia kitab suci Cari pedoman Kita bongkar rahsia sunnah Nabi Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi Dialah teman Dialah wali Dia mencukupi Aku hidup bererti Menikmati damai abadi
Melihat kepada ungkapan puisi Pak Lah ini, jelas kepada kita yang Perdana Menteri Malaysia ini sememangnya seorang yang berjiwa nurani dan inginkan kepada "Kemenangan Islam" di Malaysia tercinta ini. Tapi apa yang berlaku, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui semua ini.
Pun begitu, jika dilihat apa yang berlaku mutakhir ini seolah-olah tiada tanda-tanda yang jelas beliau ingin membawa negara ke arah itu. Ini ditambah lagi dengan pencemaran imej Islam Hadhari yang direka cipta oleh mereka sendiri. Pak Lah lupa dan tidak sedar bahawa beliau bukan sahaja pemimpin negara Islam Hadhari Malaysia, namun beliau juga adalah pemimpin bagi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).
Sungguh memalukan sekali bila Cucu melihat sikap yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin Islam seperti beliau sebenarnya. Kita bukan nak mengutuk segala pembangunan meterealistik yang telah terlaksana di negara ini sebenarnya, tetapi kita malu melihat sikap seorang pemimpin yang sanggup menyokong program-program mungkar dan maksiat dalam usaha untuk membawa rakyat ini ke arah menghayati konsep Islam sebenar (Islam Hadhari) itu.
Seantero dunia tahu bahawa rantau ini termasuk Malaysia baru sahaja dilanda dengan bencana Tsunami, bahkan ramai juga rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat dilanda ombak tersebut. Kita merasa syukur dan amat berbangga dengan sikap Pak Lah ketika itu , yang telah membatalkan semua program-program hiburan menjelang tahun baru 2005 di seluruh negara. Seluruh rakyat marhaen melihat sikap Pak Lah harus dipuji kerana mula menyedari bahawa program mungkar seperti itu bukan sahaja mencemarkan kesucian Islam malahan turut mengguris hati dan perasaan mangsa yang telah kehilangan harta dan nyawa.
Namun tidak sampai sebulan selepas kejadian itu, Datin Seri Hindon isteri beliau telah mula memberanikan diri untuk hadir dalam satu program hiburan di ibu negara. Kemudian mereka membenarkan juga Konsert Sure Heboh TV3 yang telah jelas diharamkan oleh sesetengah ulamak Islam Hadhari itu sendiri. Melihat kepada sikap ppemimpin yang semakin longgar untuk menerapkan unsur Islam inilah akhirnya program hiburan mungkar terus diadakan tanpa ada lagi sekatan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan hukum Islam di negara ini.
Akibatnya semakin beranilah pihak-pihak berkenaan mengiklankan program hiburan mereka seperti Akademi Fantasia, Malaysia Idol, Mentor dan macam-macam lagi di TV. Tidak cukup dengan itu Perdana Menteri atau isterinya turut menghadiri pogram-program hiburan seperti Anugerah Juara Lagu TV3 dan terbaru iaitu Anugerah Seri Angkasa di mana Pak Lah turut hadir sebagai tetamu. Sikap inilah sebenarnya yang amat mengecewakan sebahagian rakyat yang ingin menyaksikan "Kemenangan Islam" di negara ini. Apa yang ingin kita harapkan lagi, jika pemimpin utama negara yang sepatutnya kita harap-harap bagi merealisasikan hasrat tersebut secara jelas dan terang-terangan akhirnya bersekongkol dengan program maksiat seperti ini. Maka akhirnya kemanakah Imej Islam Hadhari yang hendak dibawa oleh mereka sebenarnya.
Justeru itu, dengan berakhirnya Konsert Force Of Nature baru-baru ini, secara jelas ianya telah menjadi pelengkap kepada agenda Islam Hadhari itu sendiri. Tambahan pula dua imam besar Islam Hadhari iaitu Pak Lah dan Najib telah hadir mengimami hampir 13,000 penonton yang sudang berkampung sejak awal-awal lagi di Stadium Putra Bukit Jalil itu. Jika benar mereka berkampung sejak jam 4.00 seperti dilaporkan oleh media arus perdana, maknanya mereka terpaksa menunaikan solat Asar , Maghrib dan Isyak secara berjemaah " Jamak Takdir " dalam stadium tersebut. Apa boleh buat... dah takdir nak tengok artis-artis antarabangsa beraksi kan !!
Buktinya "Walaupun konsert itu hanya bermula pada kira-kira pukul 8 malam, orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi pekarangan stadium itu seawal pukul 4 petang" laporan akhbar Utusan Malaysia.
Kabarnya antara artis antarabangsa yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah kumpulan Black Eyed Peas, Backstreet Boys, Boyz II Men, Wyclef Jean, Ruth Sahanaya, Eric Benet, Nicholas Tse, Yumiko Cheng dan Jackie Chan. Manakalan artis tempatan pula ialah terdiri daripada Sheila Majid, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah , Innuendo , Ruffedge serta kumpulan V.E.
Dengar berakhirnya konsert Bantuan Tsunai itu juga, Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Duta Khas Yayasan Force Of Nature iaitu Tan Sri Razali Ismail atas kejayaan melengkapkan Konsep Islam Hadhari dengan membawa masuk agenda Yahudi untuk menghadirkan dalam diri rakyat Malaysia kepada konsep Islam Sebenar itu. Semoga Allah akan membalas segala apa yang telah Tan Sri laksanakan ini. Tan Sri adalah dalang pelengkap agenda Yahudi dalam Islam Hadhari !!!!!!
"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU Anak Watan Jengka Pahang DM cmk_pahang@yahoo.co.uk http://www.cucumatkilau.cjb.net" title="http://www.cucumatkilau.cjb.net" target="_blank"http://www.cucumatkilau.cjb.n... - http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive... - 19.03.2005
|
|
|
| |
| SAMI BUDDHA BANTAH SYARIKAT ARAK- ULAMAK MALAYSIA? |
| 03.20.05 (11:54 am) [edit] |
Satu berita menarik dalam akhbar THE STAR hari ini. Beribu-ribu sami Buddha berdemonstrasi di hadapan ibupejabat bursa saham Thailand kerana membantah penyenaraian awam salah sebuah syarikat arak yang paling maju di negara tersebut.
Syarikat Thai Beverages Limited yang mengeluarkan produk Chang Beer dan Mekhong Whisky itu dilaporkan akan menjadi syarikat penegluar arak yang pertama yang bakal disenaraikan di Bursa Saham Thailand ataupun SET.
Para sami yang dianggarkan berjumlah hampir 2,000 orang (menurut Bangkok Post 5,000 orang) telah melalui wakil mereka menyerahkan surat bantahan kepada SET. Antara lain surat tersebut memaparkan kesan buruk arak terhadap masyarakat disamping menyuarakan kebimbangan tentang mendadaknya naik kemalangan jalanraya yang berpunca dari pemandu yang mabuk khususnya dikalangan remaja.
MenurutPhra Suriya Panya-vachiro, Setiausaha Agung Pusat Koordinasi Sami-sami Buddha Thailand (laporan akhbar THE NATION Thailand) 99.9 peratus dari masalah sosial di Thailand dikesan dari penggunaan arak!
Thailand adalah sebuah negara Buddha. Syarikat araknya baru mahu mohon untuk disenaraikan. Malaysia sebuah negara yang didakwa Islam yang jelas mengharamkan arak namun di Bursa Malaysia di bawah kaunter produk pengguna terdapat dua syarikat pengeluar arak iaitu Carlsberg dan Guiness. Kedua-dua syarikat ini telah pun disenarai dan diurusniagakan di Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun dan masing-masing mengaut keuntungan yang lumayan dari tahun ke tahun.
Tak tahulah apa usaha ulamak Malaysia dalam hal ini, khususnya yang duduk selesa di bilik-bilik berhawa dingin di JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama negeri-negeri. Arak di Malaysia tidak seburuk kesannya sebagaimana arak di Thailand agaknya?
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 19.03.2005
|
|
|
| |
| IKEA UMUM TUTUP SEMENTARA RESTORAN & KAFE TAPI TIADA MOHON MAAF |
| 03.20.05 (11:52 am) [edit] |
Masuk hari ini sudah dua hari berturut-turut pihak pengurusan IKEA Retail Malaysia memuatkan notis dalam akhbar-akhbar tempatan yang:
Memaklumkan penutupan sementara Restoran dan Kafe Exit. Penutupan sementara bagi tujuan proses samak. Mengusahakan untuk mengesahkan sijil jaminan halalnya.
Media tempatan telah mendedahkan secara berleluasa betapa restoran di Komplek IKEA ini menghidangkan sosej dari usus babi kepada para pelanggannya termasuk yang beragama Islam walaupun kononnya memiliki sijil halal. Sejak terdedah berita ini banyak pihak telah menyerang pihak IKEA dan lain-lain yang terlibat dalam mengeluarkan produk tersebut.
Melihatkan ketegangan suasana maka IKEA mengeluarkan notis ini bagi mententeramkan para pelanggannya. Soalnya tiada langsung pernyataan mohon maaf oleh pihak IKEA terhadap masyarakat Islam khususnya mereka yang telah tertipu dan memakan makanan haram yang telah mereka hidangkan itu.
Ini bukan soal main-main yang boleh disapu ke bawah tikar begitu sahaja. Ini soal maruah dan kehormatan umat Islam. IKEA perlu didesak mengeluarkan pernyataan memohon maaf kepada semua umat Islam. Jangan sekadar memeperkudakan umat Islam untuk melariskan produk mereka tanpa sensitif langsung terhadap kesucian agama.
Selagi pernyataan maaf secara terbuka ini tidak disiarkan maka wajarlah umat Islam memboikot syarikat gergasi Sweden ini. Mana yang lebih penting maruah agama atau kepentingan dan keperluan peribadi?
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 19.03.2005
|
|
|
| |
| PAS Dan Umno Sama Spesis |
| 03.18.05 (7:49 am) [edit] |
Ketika era reformasi 1998, saya masih lagi bergelar pelajar Sekolah Menengah di Kelantan. Ketika itu juga saya sangat-sangat ghairah menyeru rakan-rakan supaya memberi sokongan dan dukungan kepada PAS. Pada saya, PAS ketika itu adalah satu-satunya gerakan Islam yang wajib disertai di Malaysia ini.
Lebih jauh lagi, saya berfikir ketika itu bahawa seluruh masalah manusia di Malaysia akan selesai apabila PAS memerintah. Dan, hasrat ini hanya akan tercapai bila tumbangnya regim Umno. Pada saya, mereka yang mengkritik PAS semuanya adalah Umno.
Tetapi kini saya telah berubah. Bukan menyertai Umno, tetapi saya sudah muak dengan perangai ‘bermain-main’ politik PAS. Identiti PAS sebagai parti politik telah memudarkan citra gerakan Islamnya. Di samping itu, PAS bukan sahaja tidak progresif, malah langsung tidak punya keberanian untuk bersikap radikal.
Hari ini saya tidak lagi berparti, sebaliknya saya hanya mempunyai agama. Saya lebih selesa untuk menolak parti politik Islam, apatah lagi parti secular macam Umno. Tidak dinafikan, saya kini telah terpengaruh dengan idea Cak Nur, “Islam Yes, Parti Islam No”. Jelas PAS sangat-sangat berbeza dengan Ikhwanul Muslimin, Hamas dan Hezbollah.
Alasannya cukup mudah: PAS adalah parti politik yang berdaftar dengan sistem secular (maksudnya secular yang bodoh), manakala gerakan Islam yang disebut sebelumnya nyata sekali benar-benar tersendiri, bebas tanpa dikonkong oleh sistem Hosni Mubarak, Mahmud Abbas atau Omar Karemi. Ustaz Hadi, maafkan saya, anda harus redha menerima kewujudan orang seperti saya – yang lahir dari pinggiran PAS juga…
Ingrid Erez - 17.03.2005
|
|
|
| |
| Tarik Semua Produk Yang Diragui Daripada Pasaran, Sekarang! |
| 03.18.05 (7:44 am) [edit] |
Angkatan Muda Malaysia memandang serius mengegani perkembangan sosej “halal” yang menggunakan usus babi sebagai sarungnya.
Ini merupakan pencabulan hak asasi umat Islam untuk mendapatkan keselesaan makanan halal mengikut syariat Islam.
Menurut laporan media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa agensi berkenaan baru-baru ini yang menyerbu ke sebuah pusat memproses sosej yang berada di Selayang dan telah menemui penemuan yang menggemparkan apabila mendapati sosej-sosej yang diproses di situ menggunakan usus babi.
Pendedahan sosej bersalutkan usus babi yang berada dalam pasaran ketika ini dianggap keterlaluan kerana jelas pihak pengusaha kilang tidak sensitif dengan sensitiviti penduduk Islam di negara ini.
Berikutan itu PPIM melalui satu siaran medianya menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah dikenal pasti dicampur usus babi adalah Gourmessa, Muller's Haus, Dew Fresh, Puteri, Miami Butcher House dan Maspac.
Menurut PPIM lagi, kebanyakan jenama-jenama ini (sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar raya besar di seluruh Malaysia.
Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen – Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific (Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan Pacific Refrigerating Sdn Bhd (Maspac).
Antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial, Ikea Cafe, dan Muller Sousage.
Angkatan Muda Malaysia mendesak tindakan segera Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menarik segera semua produk yang diragui dari pasaran dan meminta semua restoran terbabit menghentikan penggunaan produk tersebut. Tindakan segera ini perlu demi menjaga hak asasi umat Islam untuk mendapatkan makanan halal.
Angkatan Muda Malaysia melihat perkembangan ini amat memalukan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan makanan halal di negara ini.
Negara dan agensi yang bertanggungjawab seharusnya malu kerana dalam keadaan Malaysia begitu sibuk untuk menjuarai label produk halal akhirnya peristiwa yang memalukan berlaku dalam negara sendiri.
Kelemahan ini jelas terbukti apabila, maklumat dari Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan menyatakan pada masa ini tidak ada loji-loji di luar negara yang diiktiraf dan disahkan halal oleh Malaysia bagi membekalkan 'natural casing' atau 'collagen', tetapi hanya menggunakan bahan daripada campuran sayur-sayuran sahaja untuk menghasilkan sosej. Ini menunjukkan perhatian yang kurang dan sambil lewa diberikan terhadap isu produk halal ini.
Ketidak seriusan kerajaan dalam isu ini dapat diperjelaskan lagi apabila laporan media hari ini mendedahkan yang JAKIM hanya mempunyai 6 orang pegawai yang ditugaskan dalam penyeliaan label halal bagi seluruh negara. Ini satu perkara yang tidak munasabah.
Justeru ini Angkatan Muda Malaysia mendesak untuk pihak berkenaan menarik semula produk yang diragui dari pasaran dan meminta restoran–restoran berkenaan tidak menggunakan produk meragukan.
Di samping itu umat Islam diperingatkan supaya berhati–hati dan cuba elakkan untuk membeli produk atau memasuki restoran yang meragukan.
Sesuatu harus dilakukan segera pihak yang berkenaan sama ada JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih bertanggungjawab dan bukan bertindak mengikut musim.
Salam Reformasi.
ZARERAH HANIM MD ZAKI Exco Angkatan Muda Malaysia Parti Keadilan Rakyat 0126262929 penerangan_keadilan@yahoo .com - 17.03.2005
|
|
|
| |
| LTAT BERI DIVIDEN 15.75 PERATUS:APA HAL KWSP? |
| 03.18.05 (7:43 am) [edit] |
Akhbar-akhbar hari ini menonjolkan pengumuman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) darihal pengumuman dividen kepada para pencarumnya. Sebagaimana yang dilaporkan UTUSAN:
Kira-kira 100,000 anggota tentera yang mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menikmati dividen dan bonus lumayan 15.75 peratus bagi tahun kewangan 2004.
Ia akan melibatkan pembayaran berjumlah RM401.4 juta.
Pada 2003, LTAT membayar dividen dan bonus 10.75 peratus manakala pada tahun 2002 ialah 10 peratus.
Tahniah diucapkan kepada semua warga tentera kerana memperolehi keuntungan yang lumayan daripada pelaburan masing-masing. Tetapi yang lebih penting lagi tahniah kepada para pengurus dana LTAT khususnya jabatan LTAT yang terlibat kerana telah berjaya memikul amanah dengan bekerja keras bagi memberikan keuntungan yang sebegini lumayan!
Soalnya kalau LTAT boleh beri sehingga 15.75 peratus mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beri sekadar 4.75 peratus? Sedangkan jumlah dana terkumpul KWSP lebih dari RM200 billion iaitu berlipat kali ganda lebih besar dari LTAT.
Saya cadangkan Pengurus Dana KWSP digantikan dengan Pengurus Dana LTAT yang cemerlang itu ataupun pindahkan sahaja dana KWSP untuk diuruskan oleh Pengurus Dana LTAT yang telah berjaya membuktikan kebolehan mereka. Jangan perjudikan masa depan para pekerja semata-mata kerana kepentingan pihak tertentu.
Tahniah LTAT.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 17.03.2005
|
|
|
| |
| sosej khinzir? |
| 03.17.05 (12:53 pm) [edit] |
PERHATIAN BUAT UMAT ISLAM: Produk sosej yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific (Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac). Hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial, Ikea Cafe, dan Muller Sousage. Senarai dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
|
|
|
| |
| Remaja menyamar suami isteri |
| 03.16.05 (5:36 pm) [edit] |
Oleh Wan Adlina Wan Ab Aziz am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Segelintir remaja di bandar ini berlagak sebagai suami isteri muda dan menjadikan sebuah kondominum, di Kuala Ibai, di sini, sebagai lokasi maksiat.
Cara itu dikesan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini memandangkan kedudukan kondo itu yang terletak di pinggir Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, berhampiran hutan paya gambut.
Harian Metro difahamkan, remaja berusia lingkungan 20-an itu dikatakan sering membawa pasangan ke kondo itu untuk melakukan maksiat, pada kira-kira jam 11 malam.
Penduduk, Hasnah Mohd, 47, mendakwa perbuatan remaja terbabit sukar dikesan apabila mereka menggunakan taktik yang mampu mengaburi mata penduduk berhampiran.
“Lagak mereka bagaikan pasangan suami isteri muda. Mereka akan beredar ke lokasi lain selepas menetap di rumah sewa berkenaan dalam tempoh dua tiga minggu.
“Malah, mereka bijak membawa pasangan memasuki rumah sewa itu selepas jam 12 tengah malam, iaitu ketika penduduk sudah tidur,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) berkata, pihaknya sering menjalankan pemantauan dan serbuan di kondominium itu bagi mencegah kemungkaran.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengakui kegiatan tidak bermoral itu masih aktif walaupun pelbagai serbuan dibuat.
“Kami masih menyiasat beberapa rumah di blok tertentu di kondominium berkenaan yang dikenal pasti menjadi sarang maksiat golongan terbabit berdasarkan maklumat orang awam.
“Malah, sebelum ini, kami menangkap dua pasangan remaja, masing-masing berusia 19 tahun, yang dipercayai melakukan maksiat,” katanya, semalam.
Menurutnya, kedudukan kondominium yang strategik dan jauh dari kawasan perumahan mendorong remaja aktif melakukan maksiat.
“Lebih-lebih lagi, didapati masih banyak rumah yang belum didiami penghuni di blok tertentu memudahkan mereka melakukan maksiat,” katanya.
Menurutnya, pasangan yang ditahan boleh dikenakan denda RM3,000 dan dua tahun penjara atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 29, Kesalahan Jenayah Takzir Terengganu (2001), kerana melakukan persediaan persetubuhan sebelum nikah dan Seksyen 31, kesalahan yang sama, kerana melakukan maksiat.
|
|
|
| |
| ANNUAR MUSA JUMPA ABDULLAH BINCANG BELI ADUN PAS DI KELANTAN |
| 03.16.05 (12:05 pm) [edit] |
Jika maklumat ini benar bermakna Umno Kelantan di bawah pimpinan Annuar Musa (penjenayah rasuah yang masih bebas) serius untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dengan cara membeli beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (Adun) dari Pas.
Berita mengenai usaha ini sudah berlegar sejak lama dahulu, khususnya selepas Umno Kelantan gagal untuk membawa kes petisyen pilihan raya ke mahkamah apabila kompromi diadakan. Umno sangat mengharapkan petisyen yang dikemukakan itu berpihak kepada mereka.
Paling baru desas-desus ini bergema minggu lepas apabila Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Awang Dondang (Adik Husin) memberitahu media massa di Jertih kononya beberapa Adun Pas bersedia menyertai Umno. Adun berkenaan dakwanya telah menemuinya.
Ekoran itu juga tersebar dengan meluas menerusi SMS megenai perkara tersebut. Macam-macam berita menerusi SMS yang diterima oleh orang ramai. Antaranya, “tiga Adun Pas berada di luar negara (London)”, “beberapa orang Adun Pas berjumpa Annuar Musa”, dan “Umno siap sedia angkat sumpah, tiga Adun Pas menyertai Umno.”
Bagaimana pun disebabkan berita yang disebarkan itu bermacam-macam versi menyebabkan kesahihan dan kualitinya dipertikaikan. Orang ramai yang sedikit gelabah menjadi tenang semula dan menganggap berita itu hanya permainan di pihak Umno semata-mata.
Bagaimana pun jika maklumat yang diterima lewat tengah malam ini benar, mungkin gossip berhubung pembelian Adun Pas itu akan terus menyerabutkan kepala rakyat Kelantan dan ahli Pas seluruhnya.
Satu sumber dalaman Umno memberi tahu, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi Annuar Musa bersama empat orang kuat Umno Kelantan dilihat telah berjumpa dengan Abdullah Badawi al-Hadhari di Putrajaya. Mereka adalah Setiausaha Umno Kelantan Ramzi Abdul Rahman, Bendahari, Norzaidi Omar, Awang Dondang (Adik Husin) Timbalan Pengerusi Umno.
Empat mereka ini adalah pemimpin peringkat tertinggi di Kelantan pada masa ini yang diberikan amanah untuk merampas Kelantan dengan apa cara sekali pun.
Dalam perjumpaan itu, katanya Annuar Musa ada menyebut mengenai usaha untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dengan cara membeli Adun dari Pas. Menurutnya sumber itu, beliau dikatakan memberi laporan kepada Abdullah Adun Pas sudah menyatakan kesediaan untuk menyertai Umno.
Sumber itu menambah Abdullah Badawi pula dikatakan merestui projek Annuar itu.
Sebagai rekod, sebelum ini Abdullah melarang Umno Kelantan daripada mempengaruhi Adun Pas. Ertinya beliau tidak merestui kalau ada usaha membeli calon Pas semata-mata untuk membolehkan Umno membentuk kerajaan di Kelantan. Abdullah lebih suka kalau Adun Pas berkenaan menyertai Umno di atas suka rela tanpa diberikan apa-apa ganjaran.
Perjumpaan sulit di antara Umno Kelantan dengan Abdullah itu terdedah apabila sumber kami (seorang tokoh Umno) Kelantan yang berkebetulan ke pejabat Abdullah untuk berjumpa dengannya terserempak dengan rombongan Umno Kelantan itu.
Ramzi yang ternampak (sumber kita itu) menghampirinya dan memberi tahu akan butir pertemuan berkenaan. Ramzi dikatakan tersalah tembak di dalam hal ini dengan menyangka (sumber kita itu) adalah orang kuat Annuar dan Abdullah.
Seperti mana yang diucapkan kepada sumber kita (tokoh Umno) itu, Ramzi memberi tahu Umno akan menjadi kerajaan tidak lama lagi apabila strategi yang dikemukakan kepada Abdullah itu telah direstuinya. Menurut sumber itu, Ramzi memberi tahu di antara agenda utama pertemuan Umno Kelantan dengan Presidennya itu ialah untuk menyampaikan perkara berkenaan.
Sekiranya maklumat yang kita terima ini benar maka Pas Kelantan perlu berhati-hati. Wajar kalau Pas Kelantan mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai hal ini. Jika tidak sedikit sebanyak ia boleh menyerabutkan pemikiran rakyat.
Sementara itu sebagai pengetahuan, minggu lalu Tengku Razaleigh Hamzah juga ada memberi tahu hal ini kepada seseorang (enggan namanya disebut) mengenai usaha terbaru Umno (Annuar) ini. Menurut Tengku Razaleigh orang yang beriya-iya untuk merampas Kelantan dengan cara membeli Adun Pas itu ialah Annuar Musa. Tambah Tengku Razaleigh, Annuar tidak percaya kalau melalui proses pilihan raya, Umno boleh menang. – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 16.03.2005
|
|
|
| |
| Husam Musa layak sebagai Presiden PAS |
| 03.15.05 (9:52 pm) [edit] |
Saya tahu idea untuk meletakkan Husam Musa sebagai Presiden PAS adalah sangat drastik dan pasti gagal, serta sudah tentunya tidak akan mendapat sambutan hangat. Ia bukanlah idea yang popular, lebih-lebih lagi dalam konteks PAS yang akhir-akhir ini semakin tersudut ke pinggir ummah. Namun idea ini penting untuk direalisasikan demi survival PAS. Jadi segala-galanya tergantung kepada perwakilan PAS untuk menentukan arah haluan gerakan oposisi ini.
Pada saya Ustaz Hadi adalah pemimpin yang tidak berwawasan, gagal untuk bersikap pragmatik, liberal, toleran dan dinamik seupama Ustaz Fadzil Noor. Corak kepimpinan Ustaz Hadi jelas terpengaruh dengan aliran Taimiyyah, Qayyim hinggalah pada fahaman wahabi yang muktakhir ini dilihat sebagai penaja keganasan yang akhirnya menatijahkan gerakan seperti al-Qaeda, Taleban. Malah pengganas Usama Bin Laden adalah salah seorang penganut fahaman ‘keras’ wahabi ini!
Dan, maaf jika saya katakan bahawa Ustaz Hadi lebih berimejkan ortodox dengan keyakinan dogmatiknya seperti teori darul Islam dan Darul Harb, hudud, negara Islam dan prioriti fiqh! Walhal ummah kini memerlukan pemimpin gerakan yang liberal, tetapi berprinsip seperti Yusof Qardawi, Hassan Nasrallah, Hidayat Nurwahid dll.
Justeru sempena muktamar PAS Jun nanti, saya menyeru kepada semua ahli PAS agar berani untuk membuat perubahan dengan segera menyingkirkan semua kuda-kuda lama seperti Ustaz Hadi, Azizan Razak (yang tinggal percuma atas markaz PAS Kedah), Hassan Shukri (Pengerusi Lembaga Pengarah Kohilal yang lembab) dan Harun Taib (sang wahabi tulen) dengan menaikkan pemimpin muda yang progresif seperti Husam Musa, Zulkifli Ahmad, Ahmad Awang dan Mohammad Sabu.
Walaupun mereka ini muda, tetapi mereka jauh lebih ikhlas dan berani dalam perjuangan berbanding kuda-kuda tua sebelum ini. Malah secara peribadi saya menyifatkan Husam Musa jauh lebih baik dari Anwar Ibrahim - yang sentiasa mengkhianati perjuangan Islam. Tetapi sebaliknya Husam lebih konsisten dengan wadah Islami! Letakkan Husam Musa sebagai Presiden jika mahu selamatkan PAS.
Hidup Islam, hancur Hizbiyyah!
- Ingrid Erez - 15.03.2005
|
|
|
| |
| KALAU ISLAM DILABEL PENGGANAS YANG LAIN SEKADAR GANGSTER DAN SAMSENG |
| 03.15.05 (9:47 pm) [edit] |
Sejak persitiwa 11 September para pejuang dan aktivis gerakan Islam di merata dunia dilabel PENGGANAS oleh dunia barat khususnya Amerika Syarikat. Presiden Bush semasa mengisytiharkan WAR AGAINST TERRORISM ataupun perang besar-besaran menentang keganasan telah memberi kata-dua kepada negara-negara Islam agar jangan memberi sebarang perlindungan ataupun ruang kepada mana-mana pejuang atau gerakan Islam yang dilabel pengganas.
Yang terakhir di Indonesia Ustaz Abu Bakar Bashir telah diseret ke mahkamah atas alasan terlibat dalam aktiviti keganasan di Indonesia. Malah dalam akhbar Utusan baru-baru ini diberitakan beberapa pelajar yang menerima keputusan cemerlang namun masih dalam tahanan di Kamunting kerana dituduh terlibat dengan JI.
Tiba-tiba AFP melaporkan hari ini pimpinan parti Sinn Fein iaitu sayap politik gerakan pembebasan katholik Republik Ireland atau IRA yang terkenal dengan beberapa siri keganasan di UK sehingga hari ini diterima mengunjungi bumi Amerika Syarikat sempena perayaan St Patricks Day di sana. Bush melalui jurucakap Washington sekadar melabel gerakan IRA ini sebagai gangster dan samseng. Sebagaimana dilaporkan AFP:
Continued violence, paramilitary activity and associated criminal acts remain a key obstacle to a lasting and durable peace. But a senior administration official, speaking on condition he not be named, told AFP the United States is particularly unhappy with the continued IRA thuggery and gangsterism ... and that's the message thats being sent.
Keganasan yang berterusan, aktiviti paramilitari dan penglibatan di dalam aktiviti jenayah merupakan halangan besar ke arah mencapai kedamaian yang berpanjangan. Seorang jurucakap kanan pentadbiran (Bush) yang tidak mahu namanya disebut memberitahu AFP bahawa AS sungguh tidak berpuas hati dengan kegiatan GANSTERISME dan SAMSENG IRA, dan mesej ini telah pun disampaikan.
Demikianlah double standard pentadbiran Bush yang kononnya berlagak bagai Polis Dunia. Darah di tangan pejuang IRA barangkali tidak sama merah dengan darah yang kononnya ada di tangan para pejuang Islam. Terlalu perit dan berat bagi Bush mengiktiraf IRA sebagai gerakan pengganas. Mengapa? Kerana label pengganas itu bagi Bush dan kaum kerabatnya hanya sesuai untuk ditampalkan ke muka umat Islam sahaja!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 15.03.2005
|
|
|
| |
| Berpakaian sopan, media cuba kelirukan bukan Islam |
| 03.14.05 (9:34 pm) [edit] |
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang mendakwa media di negara ini cuba mengelirukan penganut bukan Islam apabila kerajaan Kelantan mengumumkan cadangan berpakaian sopan kepada golongan bukan Islam.
Kata Tuan Guru Abdul Hadi, kerajaan PAS Kelantan hanya memberikan cadangan terhadap cara berpakaian kepada bukan Islam kerana pada asasnya, mana-mana budaya tidak mengizinkan pengamalnya berpakaian yang menjolok mata.
"Mereka (kerajaan Kelantan) hanya memberi cadangan sahaja, terpulang kepada penganut bukan Islam untuk mengikut atau tidak.Ini bukan paksaan,"tegas beliau ketika ditemui di Pejabat Presiden sebentar tadi.
Dalam pertemuan itu, beliau juga kesal media sengaja memutarbelitkan isu sebenar dengan mendakwa sekiranya PAS memerintah, bukan Islam turut dipaksa untuk berpakaian menutup aurat.
Sambil menyifatkan laporan media itu sebagai propaganda memburukkan PAS beliau menyatakan, sememangnya media yang tidak mahu rakyat berpakaian sopan.
PAS tetap bertegas cadangan tersebut bukan satu akta yang boleh dijadikan landasan untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.
Katanya cadangan itu hanyalah usaha dakwah PAS terhadap bukan Islam dalam misi mengurangkan punca gejala sosial di kalangan masyarakat.
Katanya, sepengetahuan beliau agama-agama lain juga tidak pernah menganjurkan penganutnya berpakaian menjolok mata.
"Bagi orang Cina mereka ada Cheongsam dan begitu juga agama lain mereka ada pakaian tradisional mereka yang tidak menjolok mata,"katanya.
Beliau mengambil contoh dalam satu dokumentari National Geographic di Amerika Syarikat, satu pertubuhan telah melakukan program pemulihan akhlak ramaja.
Tambahnya, dalam program tersebut memaparkan pertubuhan itu mengambil langkah memisahkan antara lelaki dan perempuan yang bermasalah supaya dapat menerapkan disiplin di kalangan mereka.
Katanya,langkah tersebut amatlah baik dan bersesuaian dengan Islam.
Ujarnya, begitu juga dalam isu berpakaian, seharusnya masyarakat Malaysia melihat sebarang tindakan yang memberi gambaran positif kepada penyelesaian gejala sosial, ianya perlu diambil perhatian bukanya ditentang.
Dalam kenyataan terdahulu, kerajaan negeri Kelantan sehingga kini belum bercadang menguatkuasa undang-undang khusus berkaitan cara berpakaian sopan kepada pekerja premis perniagaan di kalangan bukan Islam.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum ini kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) hanya menasihat mereka supaya berbuat demikian.
“Apa yang disaran kepada mereka supaya berpakaian cara sopan. Tidak timbul soal menguatkuasa undang-undang, kena denda atau sebagainya," ujarnya selepas merasmikan Festival Membaca Kelantan 2005 di KB Mall pada 10 Mac lalu.
Menurutnya, berpakaian menutup aurat di kalangan umat Islam dan sopan bagi yang bukan Islam adalah menjadi syarat permit lesen premis perniagaan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.
Beliau berkata, kerajaan tidak mahu memaksa orang awam berbuat demikian, kecuali mendidik mereka dari semasa ke semasa.
Ini kerana, kata beliau suasana hari ini memerlukan golongan wanita menutup aurat atau berpakaian sopan bagi mengelak gejala yang tidak diingini.
Katanya, ramai menjadi mangsa rogol kerana mereka yang tidak menutup aurat atau berpakaian kurang sopan.
"Keadaan ini menimbulkan rasa kurang enak pandangan kaum lelaki sehingga menyebabkan mereka berkeinginan melakukan sesuatu yang buruk terhadap wanita terbabit," ujarnya. - mks.
|
|
|
| |
| NATIJAH DEBAT PERDANA: TANGANI SEGERA MASALAH DADAH |
| 03.14.05 (7:52 am) [edit] |
Dalam satu perkataan boleh saya katakan bahwa kesimpulan majlis debat perdana anjuran RTM sebentar tadi, menunjukkan yang masalah penyalahgunaan dadah dalam negara kita telah sampai ke tahap KRITIKAL.
Kita mempunyai pelbagai akta dan peraturan iaitu antara yang terketat dalam dunia namun angka penyalahgunaan dadah terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga disebut bahawa terdapat 2 penagih baru setiap jam (iaitu 48 setiap hari ataupun 1440 setiap bulan) di Malaysia dan lebih 70 peratus daripadanya terdiri daripada kalangan anak-anak Melayu!
Berdasarkan hujah dan statistik yang dibentangkan oleh ahli-ahli panel jelas bahawa walaupun di sana terdapat undang-undang dan penguatkuasaan namun keberkesanannya ke arah membanteras masalah sosial seolah tidak berkesan dan sebaliknya angka dan statistik negatif terus meningkat.
Bagi saya ketiga-tiga ahli panel iaitu Zainal Abidin Zain (Presiden PEMADAM), Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) dan Loh Seng Kok (Ahli Parlimen Kelana Jaya) telah memberikan komen dan hujah yang jujur dan semasa. Seorang lagi ahli panel iaitu DCP Najib (Pengarah Narkotik Bukit Aman) dilihat terlalu kaku bagai robot dan tidak berdaya memberikan hujah yang bernas kerana barangkali bimbang melangkaui disiplin pasukan.
Mengetepikan sentimen politik saya melihat isu ini bukan lagi isu yang boleh dipandang ringan tetapi ianya perlu ditangani secara kolektif dan serius memandangkan segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan nampaknya tidak berjaya menzahirkan penyelesaian yang efektif. Ahli-ahli panel yang tiga tadi (termasuklah moderator) telah menyingkap betapa kritikalnya masalah sosial ini dan betapa formula baru dan lebih berkesan sangat-sangat diperlukan.
Ustaz Ahmad Awang dan Loh Seng Kok kelihatan bersetuju bahawa pendidikan kerohanian (kata Loh menekankan unsur-unsur dan nilai-nilai baik) dari peringkat persekolahan lagi perlu ditekankan bagi melahirkan jiwa yang teguh dan mampu menolak sebarang ajakan ke kancah kehancuran penyalahgunaan dadah ini.
Oleh itu saya sekali lagi memohon agar pihak PAS dan terutama kerajaan PAS di Kelantan memberikan perhatian terhadap isu yang semakin KRITIKAL ini. Dewan Pemuda PAS contohnya boleh segera menubuhkan Lajnah khas untuk menangani isu ini dengan membawa penyelesaian secara Islam (Ustaz Ahmad Awang boleh dimanfaatkan sebagai Penasihat memandangkan pendedahan yang pernah beliau terima sewaktu berkhidmat untuk kerajaan dan PUM dahulu). Dan dalam waktu yang sama kerajaan PAS Kelantan perlu menubuhkan jawatankuasa khas yang kalau boleh diterajui oleh MB atau Timbalannya untuk menangani isu yang sama.
Dalam hal seberat ini tidak cukup kita sekadar menjadi pembangkang dan pengkritik. Sudah tiba masanya kita turut menyumbang dan secara berani mengemukakan formula penyelesaian Islam yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.
Inilah masanya untuk kita buktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa sesungguhnya Islam itu sebenarnya adalah penyelesai permasalahan ummah. Saya yakin dan percaya kalau PAS secara serius memulakan inisiatif ke arah menangani masalah dadah ini, pasti banyak pihak dan tenaga professional dan bukan professional sama ada di dalam maupun di luar PAS akan berbondong-bondong memberikan khidmat dan bantuan.
Kesimpulannya, saya mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga ahli panel debat ini kerana berjaya mengetepikan sentimen politik dan sebaliknya bersama-sama mengemukakan pandangan dan hujah demi kebaikan bersama.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 14.03.2005
|
|
|
| |
| Semakin Hari Semakin Ngeri! Apa Nak Jadi? |
| 03.12.05 (11:05 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Alkisah, maka beginilah nasib orang Melayu di negara Islam Hadhari. Semakin hari semakin dikelirukan dan dipesongkan oleh puak-puak UMNO yang sengaja bertujuan untuk menghina agama Islam itu sendiri. Cucu pun hairan, kenapalah manusia-manusia ini sanggup bertindak sedemikian rupa? Dalam pada mereka menjaja ke seluruh negara mengatakan negara Malaysia adalah sebuah negara Islam, dan Islam Hadhari adalah satu langkah untuk mengembalikan umat Islam di negara ini kepada Islam sebenar tetapi dalam masa yang sama mereka terus melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan konsep Islam itu sendiri. Maka fahamlah Cucu, yang Islam Hadhari bukanlah untuk membangunkan umat Islam sebenarnya tetapi lebih kepada untuk memperkasakan bangsa Melayu seperti yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi.
Persoalannya, inikah cara cucu seorang ulama tersohor, Abdullah Fahim, yang dikatakan mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islamik? Jika beginilah caranya cucu seorang ulama melaksanakan corak kepimpinan Islam di negara ini, maka Cucu khuatir semakin hari akan semakin punah dan rosaklah akidah, maruah dan keimanan anak bangsa kita ini suatu hari nanti. Belum pun reda iktibar dan petunjuk dari Allah SWT akibat Bencana Tsunami, kini imej Islam di negara ini terus dicemari oleh mereka-mereka yang mengaku pemimpin Islam Hadhari. Terbaru, langkah membenarkan konsert "Force Of Nature" yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac ini jelas sekali membuktikan sikap sebenar pemimpin Islam Hadhari ini.
Apakah tujuan dan motif utama konsert "Force Of Nature" yang kononnya bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami itu? Sanggupkah wang hasil jualan tiket program maksiat yang mengundang artis-artis barat seperti itu disedekahkan kepada mangsa-mangsa Tsunami terutamanya yang beragama Islam? Cucu melihat, dengan mengundang artis barat seperti Backstreet Boys, Boys II Men, Black Eyes Peas dan ramai lagi yang sememangnya kita tahu akan menyuburkan lagi aktiviti maksiat semasa konsert itu berlangsung sudah pasti akan menimbulkan lebih banyak impak negatif terutamanya kepada golongan muda sebenarnya.
Cucu pun kurang jelas, kenapalah manusia seperti Tan Sri Razali Ismail yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh terfikir untuk menjayakan sebuah konsert sebagai idea untuk mengutip tabung derma mangsa Tsunami. Apakah selama beliau berkhidmat di ibu pejabat PBB di New York dulu, beliau telah diserapkan dengan jiwa "Yahudi"? Bukankah banyak idea lain yang boleh dilakukan oleh beliau , kiranya ingin melakukan kerja amal seperti itu. Di manakah kematangan orang seperti Tan Sri Razali ini? Jika hanya berfikiran seperti "Promoter Konsert" dalam hal ini. Inilah agaknya hasil didikan Islam Hadhari yang diagung-agungkan sangat oleh mereka agaknya!!. Maka tunggu dan lihatlah akan kemusnahan akidah anak-anak Melayu yang kononnya beragama Islam dalam konsert itu nanti. Cucu juga amat sedih dan terkejut dengan langkah kerajaan Islam Hadhari, untuk tidak menghalang Pesta Arak ala "Zouk Fest 2005" yang diadakan di Genting Higlands pada hari Sabtu 5 Mac hingga awal pagi 6 Mac yang lalu. Khabarnya hampir 10,000 anak muda yang kebanyakannya berbangsa Melayu menyertai pesta tersebut. Masya Allah !!! Apa nak jadi ni? Rupa-rupanya tidak habis dengan isu Jeslina Hashim bersama lebih 100 orang remaja ditangkap oleh JAWI dalam pesta maksiat di Disko Zouk, Jalan Ampang dulu.. Kini budaya ZOUK semakin mencabar undang-undang di negara Islam Hadhari !!!! Mereka menganjurkan satu pesta maksiat yang lebih dasyat lagi! Kalau di Disko Zouk hanya 100 orang ditangkap, kini mereka kumpulkan 10,000 orang pula... bukankah ini jelas untuk menunjukkan sikap "kurang ajar" dan satu penghinaan terhadap kemurnian Islam sebagai agama rasmi negara ini. Apa buktinya pesta tersebut membawa kebaikan? Mana perginya pemimpin Islam Hadhari? Sudahlah pesta itu ditaja oleh Heineken iaitu satu jenama arak yang terkenal. Pesta yang diadakan di tiga venue utama di Genting itu iaitu underground, main arena dan arena itu jelas sekali bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Dengan hiburan dan pesta hingga lewat pagi mereka dihidangkan dengan minuman arak, anak-anak muda Melayu dibiarkan berpelukan dan bercumbuan antara satu sama lain tanpa ada yang menghalang seperti di Zouk Ampang. Khabarnya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang datang ke lokasi untuk membuat serbuan telah dihalang oleh pihak polis atas alasan boleh mengganggu ketenteraman awam dan sebagainya!!! Apa nak jadi semua ini? Apa yang lebih menyedihkan lagi salah satu venue pesta tersebut iaitu di arena .... mereka namakan sebagai "GETTHO HEAVEAN" maknanya pesta di situ akan membawa ke syurga ... Bukankah ini satu penghinaan terhadap umat Islam sebenarnya? Ke mana perginya ulama-ulama Islam Hadhari dalam hal ini? Setelah mereka terus membenarkan Konsert Sure Heboh diadakan, kemudian membiarkan konsert dan program maksiat seperti Who Will Win, Akademi Fantasia, Rentak Juara, Audition dan banyak lagi, kini sedarlah Cucu bahawa Pak Lah iaitu selaku pemimpin ulung negara Islam Hadhari sememangnya mahukan umat Islam di negara ini terus hancur bila beliau terus mengiktiraf program berbentuk hiburan dan maksiat seperti ini. Terbaru, malam tadi Pak Lah serta seisi keluarga telah mengHADHARIkan dirinya untuk hadir bagi merasmikan program hiburan maksiat "Anugerah Seri Angkasa" yang terulung yang kononnya dikatakan setaraf dengan program Academi Awards dan Anugerah Oscar di Amerika. Maka sedarlah kita inilah dia relalitinya, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebenarnya. Dengan bukti-bukti ini sudah cukup jelas untuk kita menilai kebenaran apa yang diperkatakan oleh pejuang-pejuang Islam bahawa Islam Hadhari adalah Islam ciptaan puak-puak UMNO untuk mengaburi mata umat Islam supaya menolak Islam sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Mereka tahu jika konsep Islam sebenar diterapkan dalam jiwa umat Melayu sudah pasti mereka akan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Parti Islam se Malaysia. Maka dengan imej Islam yang bak kata Dato" Najib Timbalan Perdana Menteri bahawa Islam harus diuruskan mengikut peredaran zaman. Jelaslah kepada kita akan tembelang puak-puak ini sebenarnya. Awasilah anak-anak kita dari terpengaruh dengan gejala "Islam Hadhari UMNO" ini jika kita mahu terus selamat di dunia dan di akhirat. Begitulah nasib Islam Hadhari sebenarnya. Semakin hari semakin ngeri.. apa nak jadi? Amin .. Ya Rabbal Alamin.... "Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU Anak Watan Jengka Pahang DM cmk_pahang@yahoo.co.uk http://www.cucumatkilau.cjb.net" title="http://www.cucumatkilau.cjb.net" target="_blank"http://www.cucumatkilau.cjb.n... - http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive... - 12.03.2005
|
|
|
| |
| Pembaca meter jadi jutawan kuil |
| 03.12.05 (9:13 pm) [edit] |
KUALA LUMPUR 4 Mac - Selepas membawa isu Thaipusam ke pengetahuan pihak-pihak berkuasa, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat telah menerima banyak maklumat mengenai ketidak jujuran Pengerusi kuil Mariamman di batu Caves sehingga cukup untuk membawanya ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Nadarajah a/l Ratnam telah dipercayai mempunyai 7 rumah, 1 lot kedai dan dua hartanah di India dan Australia.
Angkatan Muda juga mendapati Nadarajah memiliki sekurang-kurangnya 6 buah kereta yang kebanyakannya mempuyai nombor pendaftaran 2027 termasuk berstatus mewah.
Laporan yang dihantar sendiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda, S. Manikavasagam menyebut bahawa banglo kediaman Pengerusi kuil itu terletak di Kota Damansara di alamat no 19, Jalan Pekaka 8/19 Petaling Jaya, Selangor dan diberitahu bahawa banglo tersebut mempunyai bilik di bawah tanah.
Nadarajah juga mempunyai satu lagi rumah teres dua tingkat di Sea Park di alamat No 72, jalan SS2/75, Petaling jaya.
Dalam menanyakan harga banglo tersebut, Manikavasagam berkata, juru nilai hartanah menganggarkan harganya lebih kurang RM4 juta.
"Sebagai seorang yang mengelolakan Kuil Sri Maha Mariamman secara sukarela di Batu Caves, beliau tidak sepatutnya memiliki harta sebegitu banyak," kata Manikavasagam.
Manikavasagam mempersoalkan harta yang dimiliki oleh Nadarajah kerana aset yang dimiliki oleh beliau telah menimbulkan syak dari kalangan masyarakat India amnya.
Laporan yang dihantar ke BPR itu menyebut, Nadarajah terbabit dalam mengambil rasuah di dalam projek pembinaan Menara Mariamman di Jalan Bandar. Untuk melindungi kegiatan rasuah itu, beliau telah berselindung di sebalik nama seorang kontraktor Cina.
Nadarajah juga dipercayai terlibat dalam menerima rasuah daripada semua kontraktor yang terlibat dalam membekalkan peralatan kuil, bahagian pembinaan dan juga kontrak pembersihan kuil.
Manikavasagam memberitahu separuh daripada ahli jawatankuasa kuil tersebut merupakan saudara terdekat Nadarajah termasuk akauntan kuil yang menjalankan urusan kira-kira dan pemeriksaan belanjawan kuil.
Sebelum menjadi Pengerusi kuil, Nadarajah hanyalah seorang pembaca meter TNB. Sebelum ini, Angkatan Muda pernah membuat laporan polis terhadap Nadarajah mengenai isu tiket palsu semasa perayaan Thaipusam 2 tahun yag lalu.
Malaysia Today juga telah difahamkan bahawa Nadarajah telah diamanahkan oleh Sivanesan (sebuah rumah kebajikan) sebanyak RM200,000 untuk membangunkan kuil di batu Caves tetapi tidak menampakkan sebarang pembaharuan.
Laporan tersebut telah diterima oleh Superintendant Mohd Tarmizi Abdul Manaf dari BPR Wilayah Persekutuan dari bahagian siasatan dan berjanji akan membuat penyiasatan.
Sumber :http://www.malaysia-today.net...
|
|
|
| |
| KERANA MAHUKAN RAKYATNYA BAIK, TOK GURU DICERCA |
| 03.12.05 (4:27 pm) [edit] |
Saya sudah menjangkakan yang isu garis panduan pakaian untuk para pekerja wanita di premis perniagaan (yang ingin diperkenalkan MPKB) pasti akan dipolitikkan oleh pelbagai pihak. Telahan saya memang benar.
Pada hari ini Ketua Wanita MCA berterusan memukul dan menyerang tindakan MPKB itu termasuklah pandangan Tok Guru MB Kelantan. Tak cukup dengan Dr Ng, Sisters in Islam juga tidak mahu ketinggalan dalam kerja memperlekehkan pandangan Tok Guru MB.
Ekoran usaha MPKB untuk menerbitkan garis panduan sedemikian Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan telah memberikan pandagan. Kata beliau pelbagai gejala sosial yang berlaku ketika ini menyebabkan Kelantan memperkenalkan kod etika berpakaian kepada semua premis perniagaan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Tiba-tiba Ketua Wanita MCA Dr Ng melenting dan menyerang Tok Guru dengan mengatakan (sebagaimana dilaporkan THE STAR):
I have come to a stage where I have given up (commenting) on what Datuk Nik Abdul Aziz says. Doesnt he realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women.
Saya sudah bosan mengulas pandangan Datuk Nik Abdul Aziz. Apakah beliau tidak menyedari bahawa kebanyakan mangsa jenayah seksual adalah mereka yang berpakaian lengkap dari kepala ke hujung kaki termasuklah kanak-kanak? Seseorang yang mempunyai minda sedemikian terhadap isu gender sebenarnya adalah penghalang kearah pembangunan wanita.
Wakil Sisters in Islam, Nabila Nasir pula berkata:
If the way women dressed made them victims of sexual crimes then women in baju kurung and headscarves as well as girls in school uniforms would not be raped and killed.
Sekiranya cara berpakaian seseorang wanita itu mengakibatkan merek menjadi mangsa jenayah seksual bermakna wanita yang berbaju kurung dan bertudung termasuklah kanak-kanak berpakaian seragam sekolah tidak akan dirogol dan dibunuh.
Allah swt berfirman di dalam Al Quran (al Ahzab:59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Allah swt berfirman lagi (an Nur : 31)
Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Memang pada umumnya kita melihat si binatang yang dinamakan perogol memang tidak memilih mangsanya, namun sebagai manusia Muslim kita diperintah oleh Allah swt untuk berjaga-jaga dan mengambil usaha pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Inilah yang cuba diterapkan oleh kerajaan negeri pimpinan Tok Guru.
Sebagaimana kata Tok Guru dalam hal ini:
Saya sebagai bapa yang menjaga sebuah negeri kena pastikan anak-anak saya berada pada tempat yang betul agar dijauhi segala masalah yang boleh berlaku kepada mereka.
Tidakkah ini satu sikap prihatin dan bertanggungjawab seorang pemimpin yang sepatutnya dialu-alukan dan dijadikan contoh!
Kerajaan pusat sendiri mewajibkan penggunaan topi keledar ke atas penunggang dan pembonceng motosikal. Namun kalau berlaku kemalangan serius biasanya penunggang dan pembonceng menjadi mangsa walaupun menggunakan topi keledar. Lalu patutkah kita mengesyorkan agar terpulanglah pada penunggang dan pembonceng samada mahu ataupun tidak bertopi keledar? Kalaulah pandangan Dr Ng dan rakan-rakannya mahu diterima.
Usaha pencegahan yang ingin dilaksanakan oleh Kelantan ini berdasarkan wahyu Illahi dan bukannya ciptaan Tok Guru. Sebagai kerabat BN yang mana Umno merupakan tonggaknya Dr Ng seharusnya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Kalau sekadar nak singgung Tok Guru tak mengapa tapi jangan sampai ke peringkat menyinggung Islam dan penganutnya.
Kenapa hiruk-pikuk atas usaha Kelantan? Kenapa tak persoal apa usaha kerajaan BN dalam hal ini? Rogol dan bunuh berlaku saban hari, dimana formula penyelesaiannnya? Pesalah rogol dihukum seberat-beratnya namun kes rogol terus berlaku, kenapa?
Sepatutnya kita belajar dari formula Kelantan kalau pun tak sanggup nak sokong, lihat sahaja dari tepi padang, tapi awas jangan sampai keperingkat memperlekeh dan menghina.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 11.03.2005
|
|
|
| |
| KALAU ORANG CINA HENDAKKAN SEKOLAH CINA,KITA TETAP SOKONG |
| 03.12.05 (4:26 pm) [edit] |
Hari ini MCA yang mewakili orang Cina memohon menambahkan bilangan Sekolah Kebangsaan Cina di seluruh negara. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan berpegang teguh dengan Islam kita amat menyokong permohonan orang Cina tersebut memandangkan itulah tuntutan semula jadi manusia yang dijadikan Allah berpuak-puak dan berkaum-kaum agar dapat memperjuangkan keperluan hakiki iaitu bahasa dan pembelajaran bangsa sendiri.
Seperti yang selalu kita dengar dan baca berbagai keterangan pihak Barisan Alternatif termasuk PAS, mereka sudah pastinya menyokong orang-orang Cina, India atau bangsa lain mendapatkan peluang terus mempelajari bahasa ibunda memandangkan ianya adalah anugerah Allah Pencipta alam ini. Dengan berbagai bahasa, bangsa dan cara hidup kita bersama membentuk sebuah negara dengan menghormati bahasa dan susila tersebut supaya harmonis dan bukannya menetapkan satu aliran atau menetapkan satu dua bahasa sahaja mencapai pembangunan, kemajuan, integrasi dan keselamatan. Lihat petikan berikut:
MCA rayu tambah sekolah Cina Oleh: HAIRULAZIM MAHMUD KUALA LUMPUR 10 Mac - MCA mahu kerajaan menambah bilangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dengan menyalurkan bantuan kewangan yang sepatutnya dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).
Parti kedua terbesar dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu juga merayu supaya kerajaan menambah jumlah guru di semua SJKC.
Perkara tersebut merupakan antara teras utama yang terkandung dalam memorandum MCA kepada kerajaan bagi merangka RMK-9 yang akan bermula pada tahun depan.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan secara terperinci berkaitan soal penambahan SJKC di kawasan-kawasan tertentu itu.
"Biarlah perkara itu dibincangkan secara tertutup dalam kuorum komponen BN."
Bukannya kita menuntut apa apa keistimewaan, tetapi kita ingin memperlihatkan kenyataan yang telah berlaku kepada Sekolah Agama Rakyat. Apakah keperluan umat Islam yang melangkaui batas bangsa seperti Melayu, Cina, India dan berbagai lagi bangsa tidak dipandang serius oleh pihak yang diamanahkan menurut pentadbiran Islam?
Kita memetik petikan berikut yang memperlihatkan keadaan yang dialami oleh Sekolah Agama Rakyat. Apakah pemerintahan semasa tidak menyenangi Islam? Atau apakah yang mereka katakan Islam Hadhari bagaikan satu slogan? Atau bagi menanam tebu di bibir sahaja. Lihatlah petikan berikut:
Sebenarnya, banyak manakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada SAR ini?
Saya cuba membahagikan bantuan kepada seluruh SAR termasuk Sabah dan Sarawak, kepada tiga kategori iaitu kepada Sekolah Agama Rakyat tinggi, menengah dan rendah.
Bantuan yang paling tinggi diberikan kepada seorang pelajar SAR ialah RM120 (Seratus Dua Puluh) setahun. Peringkat Menengah menerima RM80 (Lapan Puluh) setahun manakala Rendah menerima RM60 (Enam Puluh) setahun.
Jika dibuat perbandingan dengan bantuan sebanyak RM120 setahun ini, bermakna setiap pelajar tersebut menerima bantuan sebanyak RM10 (Sepuluh) sebulan. Jika, RM10 dibahagikan dengan tiga puluh hari, pelajar SAR hanya menerima 33 sen (Tiga Puluh Tiga sen) sehari.
Manakala, jika dibuat perbandingan dengan bantuan sebanyak RM60 setahun, ini bermakna pelajar tersebut menerima bantuan sebanyak RM5 (Lima) sebulan. Kalau RM5 dibahagikan dengan tiga puluh hari, pelajar SAR hanya menerima 16.5 sen (Enam Belas setengah sen) sehari. Apakah yang boleh dimanfaatkan dengan hanya 16.5 sen sehari? Lebih malang lagi apa bila 16.5 sen juga dipotong. Yang paling tinggi sebanyak 33 sen pun juga dipotong.
Selain SAR, saya percaya bahawa Kerajaan BN juga banyak memberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan, Pusat Serenti, Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak dan sebagainya.
Kita mengambil Pusat Serenti sebagai misalan. Secara kasarnya dianggarkan tidak kurang dari 250 ribu orang penagih dadah ini menjadi sampah kepada masyarakat, masalah kepada negara dan sebagainya, mereka diberikan latihan dan bantuan.
Paling tidak kerajaan menyediakan bantuan tempat mereka tinggal, baju percuma, kasut percuma, makan minum dan sebagainya diberikan secara percuma oleh kerajaan.
Berapakah sekurang-kurangnya bantuan untuk makan sahaja disediakan oleh kerajaan untuk mereka? Saya tidak fikir kurang daripada RM5 sehari.
Ini belum lagi dengan bantuan dalam bentuk warden, pengawal, pelatih, ubat-ubatan dan sebagainya. Mungkin bantuan ini boleh mencapai sebanyak RM10 (Sepuluh). Apakah bantuan kepada penagih dadah ini dipotong oleh kerajaan?
Lebih jelas lagi jika kita bandingkan dengan penjara-penjara di seluruh negara? Semua rakyat maklum bahawa penghuni penjara adalah terdiri daripada mereka bukan sahaja melakukan jenayah, melanggar undang-undang negara, melawan negara, melawan Perdana Menteri, melawan Menteri-menteri.
Walaupun mereka melakukan pelbagai jenayah seperti mencuri, merogol, merompak, membunuh dan pelbagai kegiatan jenayah, penjenayah ini tetap diberikan bantuan oleh Kerajaan dalam bentuk menyediakan penjara atau bilik yang selesa untuk mereka, pakaian, makan minum termasuk pelbagai kemudahan kerajaan.
Belanja ini amat tinggi. Sekurang-kurangnya sama seperti penagih dadah. Jika kita anggarkan RM10 sahaja, adakah bantuan kerajaan kepada mereka dipotong oleh kerajaan?
Perancangan keutamaan dan keperluan semasa dan masa depan memerlukan mereka mereka yang amanah dalam ilmunya dan bukannya dari kalangan mereka yang penuh niat tersirat kerana apa yang berlaku sekarang ini di dalam sistem pendidikan negara jelas telah memperlihatkan hasil yang rendah budi pekertinya, tiada jati diri, suka berseronok seronok, kebendaan semata-mata, kurang yakin perkara ghaib dan akhirnya menjadi umat yang seperti buih di lautan terumbang ambing mengikut ombak yang memukul Pantai.
Jadilah kembali seperti orang yang disempurnakan sifatnya oleh Allah dengan mengecap semua kebebasan yang menjadi hak miliknya sebagai manusia berpandukan lunas undang-undang ketetapan Allah yang maha sempurna tanpa merubah sana-sini menjadikan undang-undang ciptaan manusia yang diletakkan paling tinggi, sedangkan undang-undang pencipta alam ini sendiri dipinggirkan.
Undang-undang ciptaan Allah dibuat semata mata kepada manusia, kalau manusia yang menolaknya, kepada siapa lagi undang-undang tersebut hendak diamanahkan ? Kepada Cakrawala? Binatang ? Tentunya kepada manusia sahaja. Renung renungkanlah..
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 12.03.2005
|
|
|
| |
| MENYANGAH PEMIKIRAN SESAT MARINA TUN MAHATHIR |
| 03.12.05 (4:23 pm) [edit] |
Petang ini baru saya sempat membaca rencana “Moral yang tergugat” tulisan Marina (saya kira dia anak bekas PM). Saya sedikit pun tidak terkejut membaca pemikiran dan sikap pesimis dan biadab anak sulung bekas Perdana Menteri itu terhadap agama khasnya kepada para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang membuat penyerbuan ke atas kelab disco Zouk baru-baru ini.
Kita sungguh kesal di atas label dan persepsi buruk penuh prejudis Marina ke atas tugas suci penguatkuasa Jawi itu. Bagaimana pun kita harap keadaan itu tidak akan menjejaskan semangat para pegawai penguatkuasa berkenaan untuk terus menjaga amanah Allah. Hendaknya Jawi khususnya akan menyambut cacian dan penghinaan Marina itu sebagai cabaran demi menjaga agama Allah.
Tidak terlambat kalau kita terus mengalu-alukan tindakan itu dan mendoakan agar Jawi terus berada di atas paksi tanggungjawabnya dalam usaha untuk memartabatkan dan menjaga kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi di dalam Perlembagaan negara ini. Jawi seharusnya tidak perlu tunduk kepada manusia yang berdarah Firaun begitu.
Kita sudah tahu apa yang ada dan sedang menetas di dalam kepala Marina. Jadi tidak usah kita sedih dan kesal dengan apa yang dihumbankan menerusi tulisan sampahnya dalam The Star 5 Mac itu. Sikap beliau itu sedikit pun tidak menghairankan kalau kita memahami latar belakang pendidikan serta penghayatan agama oleh Marina serta keluarganya selama ini. Bagaimana bapak begitulah anak. Kuah kalau tidak tumpah ke nasi ke mana lagi? Umum sudah tahu rona pemikiran bapaknya terhadap Islam. Bapaknya seorang anti-Islam ‘tersembunyi’ nombor satu di dalam negara ini. Seburuk bekas PM pertama Tunku Abdul Rahman dalam agama, rasanya buruk bapak Marina lagi.
Tunku Abdul Rahman yang enak mengiktiraf negara ini sebagai sekular tidak berani untuk mencabar dan meremehkan sunnah Rasulullah. Seingat saya Tunku hanya berani mengeluarkan fatwa wang Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat boleh digunakan untuk membangunkan masjid. Namun kita tidak pernah mendengar Tunku menghina sunnah dan batang tubuh Rasulullah s.a.w.
Tindakan bapak Marina lebih buruk dan jauh tergeleceh daripada itu. Bagi beliau hukum agama boleh menghalang kemajuan hidup manusia serta tidak adil dan saksama. Di dalam erti kata lain bapaknya sanggup mencabar akan kesempurnaan Allah yang disyariatkan menerusi ajaranNya.
Misalnya bagaimana bapaknya mempertikaikan hukum Hudud. Baginya Hudud tidak adil dan zalim. Satu undang-undang atau hukum yang kolot dan tidak tamadun. Kerana itu bila Nik Aziz hendak melaksanakan Hudud ia ditentang hangit oleh bapak Marina. Mereka yang beriman tidak akan berani untuk membuat andaian begitu. Apa yang ditegaskan di dalam kitab suci tidak boleh sewenang-wenangnya dibahas atau ditafsirkan mengikut naluri kita. Namun batas itu tidak dihiraukan oleh bapak Marina.
Tuduhan terhadap hukum Hudud itu secara tidak langsung menolak kesucian dan keagungan al-Quran dan kesempurnaan Allah. Tetapi ini dilakukan oleh bapa Marina. Apakah hukumnya seseorang Islam yang berkelakuan begitu? Sesetengah ulama berpendapat orang yang mempersenda dan sengaja menafikan akan kesucian hukum Allah adalah termasuk dalam golongan kufur.
Bukan itu sahaja si bapa Marina juga sering memandang remeh dan mempersendakan sesuatu ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kepadanya ajaran Muhammad tidak agresif, kolot dan tidak perlu diturut seluruhnya. Alasannya sesetengah ajaran itu disalah tafsirkan oleh ulama ekstrem. Apa yang dinamakan sunnah seperti janggut, serban dan jubah hanya mengarut dan bidaah semata-mata.
Kisah bagaimana bapaknya menghina Nabi dan sunnah sudah lama tersebar. Kisahnya pemecatan Mufti Selangor Ishak Baharom dan lebih mempertahankan ratu cantik oleh bapanya juga sudah lama berlalu dan menjadi sejarah. Semua itu adalah sebahagian tindakan dan yang dibuat berasaskan pemikiran sesat si Ketua kumpulan gagak hitam yang telah menodakan kanvas putih Islam di negara ini.
Kini pemikiran itu disambung oleh anaknya. Bapak borek anak tentulah rintik. Marina juga membenci hukum hakam agama seperti bapaknya. Bagi mereka segala hukum itu bukan sesuatu yang dinamik tetapi menjadi menghalang kebebasan dan kemajuan manusia menurut kamus mereka.
Kerana itulah Marina benci kepada tindakan Jawi itu. Baginya cara Jawi itu sungguh memalukan. Pandangan Marina di dalam hal ini sungguh naïf dan menghina Islam. Beliau jelas membuat tuduhan itu berdasarkan kepada nafsu semata-mata. Beliau meletakkan soal kebebasan tanpa batas manusia di hadapan daripada kepentingan untuk menjaga kesucian agama.
Anggapan Marina tindakan Jawi itu akan menakutkan kaum remaja kepada Islam amatlah songsang sekali. Mungkin menurut pemikirannya untuk menjinakkan remaja dengan Islam ialah dengan membebaskan mereka melakukan sex secara bebas, minum arak atau bertelanjang bulat di jalan raya.
Apa yang ditulis dan ditempelakkan Marina tidak menghairankan. Begitulah kalau manusia hidup berpandukan akal semata-mata. Meletakkan soal logik di dalam agama akan menjadikan manusia itu keliru dan terkeluar dalam rangka ad-din sebenarnya. Mereka sesekali tidak akan melihat hikmah dan juga rahsia di sebalik hukum hakam yang diturunkan. Apa yang mereka lihat hanya kezaliman menurut akal fikiran mereka.
Selamanya pandangan manusia yang bertuhan akal ini tidak akan menemui titik temu. Mereka tidak akan mempercayai sesuatu yang ghaib dan akan menilai apa yang nyata dan tersauk dek akal mereka sahaja. Misalnya jangan hairan kalau manusia seperti ini menolak akan kewujudan malaikat. Rukun Iman yang ke kedua mempercayai malaikat mungkin ditolak mentah-mentah oleh mereka.
Golongan ini akan berpegang kepada yang zahir semata-mata. Begitu juga dengan ibadat sembahyang yang dianggap ritual agama semata-mata dan tidak mempunyai apa-apa natijah di sebalik Rukun Islam kedua itu. Setengah dari mereka beranggapan ibadat itu membuang masa sahaja. Justeru mereka sering mempersoalkan apakah sebenarnya yang kita sembah? Kesan dari pemikiran karut itu menyebabkan mereka meninggalkan sembahyang dan merasakan sembahyang itu sebagai tali yang menambatkan kebebasan mereka.
Apakah kita harus melayan orang seperti ini? Sampai ke bila ia tidak akan menemu titik temu. Kita menyediakan bukti berdasarkan wahyu yang dicatat al-Quran sementara mereka berpandukan apa yang nampak oleh akal dan naluri. Selamanya di antara ‘pemegang’ agama akan bertentangan dengan mereka yang menilai agama dengan akal cetek dan busuk mereka. Kedudukan kita dengan orang seperti ini seperti dua garisan selari yang panjang.
Pandangan Marina itu sesuai untuk manusia bebas yang tidak yakin kewujudan Tuhan. Golongan atheis sangat menyenangkan kepada pemikiran ala Marina itu. Bagi atheis, tuhan tidak ada, apa lagi menuntut apa-apa perbuatan atau aktiviti (ibadat) yang mereka anggap palsu seperti itu. Bagi mereka semuanya di atas bidang kuasa dan hak manusia dan individu itu.
Perbahasan dengan orang yang menggunakan akal tidak akan menang. Logik akal tidak dapat diterima dalam memikirkan kebesaran Tuhan. Tuhan tidak boleh dicari dengan akal sebalik dengan keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Hanya mereka yang beriman – yakin akan apa yang diajarkan (wahyu) sahaja dapat menerimanya. Tuhan (Allah) dalam agama Islam bukan seperti patung dalam agama Buddha atau lembu yang dianggap dewa oleh Hindu atau Nabi Isa dalam Kristian.
Kepada pencinta agama (Islam) usahlah bersedih di atas apa yang menimpa Marina, bapaknya dan sekutunya itu, kerana Tuhan telah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 10: “Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta". – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 11.03.2005
|
|
|
| |
| SATU LAGI SYARIKAT JUDI YANG CEMERLANG |
| 03.08.05 (11:29 pm) [edit] |
Semalam sebuah lagi syarikat gergasi industri perjudian yang disenaraikan di Bursa Malaysia mengumumkan keuntungan berlipat kali ganda.
Berjaya Sports Toto (yang dahulunya dikenali ebagai Sports Toto) dilesenkan oleh kerajaan Malaysia sekitar tahun 1969 untunk menjalankan operasi perjudian berlesen. Hari ini syarikat perjudian ini menawarkan 6 jenis permainan judi yang dicabut 3 kali seminggu.
Menurut kenyataannya pada suku ketiga berakhir Januari 2005 keuntungannya syarikat perjudian ini melambung 11.2 peratus kepada RM374.2 juta. Jualan bagi tempoh 3 bulan tersebut mencecah RM1.95 billion dan keuntungan sebelum cukainya bagi tempoh tersebut adalah RM133.4 juta.
Bermakna untuk tempoh 3 bulan sahaja rakyat Malaysia berbelanja sebanyak RM1.95 billion untuk mencuba nasib dengan menikam nombor yang dikeluarkan oleh satu syarikat perjudian! Bagaimana dengan syarikat perjudian yang lain?
Demikianlah keadaannya negara kita pada hari ini. Kita boleh bersyarah bertegang urat leher berkenaan kesungguhan untuk kembali kepada Islam, penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan pelbagai slogan lagi, namun hakikatnya industri maksiat yang kita sendiri lesenkan termasuklah arak, judi dan seumpamanya sedang semakin hari meraih keuntungan dan laba dalam angka yang sangat menakjubkan.
Selagi tidak ada usaha dari pihak kerajaan untuk menutup ataupun mengawal industri yang diharamkan oleh Allah swt ini maka selagi itulah ianya akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Dan kerajaan sendiri pun bolehlah menumpang hasil dari cukai pendapatan dan lain-lain cukai yang dikenakan ke atas industri ini. Maju mereka majulah juga kerajaan Malaysia.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 08.03.2005
|
|
|
| |
| ANWAR TERHARU SAMBUTAN DI MANCHESTER, UNITED KINGDOM- - Rakyat Malaysia Di Manchester Puas Hati. |
| 03.08.05 (2:00 pm) [edit] |
Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa sungguh gembira dan terharu dengan sambutan masyarakat Malaysia di Manchester ketika kunjungannya ke sana Ahad lalu dan lebih terharu lagi apabila mengetahui bahawa mereka semua hadir dalam keadaan tekanan dari Kerajaan, agensi kerajaan serta Petronas yang amat kuat dengan risiko biasiswa ditarik balik, diberi surat tunjuk sebab atau dihantar pulang terus ke tanah air. Namun mereka tidak menghiraukannya dan datang beramai-ramai mengikuti program tersebut dari mula hingga akhir.
Walaupun tidak kesemua pelajar yang tinggal di Manchester hadir kerana khuatir akan dikenakan tindakan, namun kehadiran seramai tidak kurang dari 200 orang itu sudah cukup membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah satu nama yang besar bukan sahaja di dalam senario politik di Malaysia, malahan juga di peringkat antarabangsa.
Sebelum ini, ramai pelajar yang telah mendapat panggilan telefon serta emel dari penganjur masing-masing dan juga dari para pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di London dan diugut agar tidak hadir ke sebarang program yang melibatkan Anwar Ibrahim. Lebih mengecewakan lagi, para pelajar juga dilarang dari bersua muka, bersalaman serta bertembung dengan beliau. Tekanan ke atas pelajar semakin kuat apabila tarikh kedatangan Anwar semakin hampir dan penganjur menerima maklumat seramai 10 orang anggota PDRM dari Bukit Aman telah tiba di Manchester 2 hari sebelum kedatangan Anwar bagi memantau keadaan seolah-olah undang-undang Malaysia diterima pakai di Britain. Ia juga ada berkaitan dengan kedatangan TPM pada minggu depan.
Hampir kesemua pelajar di Manchester yang menyatakan rasa minat untuk hadir tetapi khuatir akan dikenakan tindakan oleh penaja mereka menyatakan rasa kecewa mereka atas tindakan kerajaan Malaysia dan MSD menakut-nakutkan mereka seperti kanak-kanak kecil dan langsung tidak menggunakan kebijaksanaan dalam menjalankan tugas.
Mereka juga faham bahawa tindakan ini adalah kerana mereka (MSD) khuatir jika pelajar terpengaruh dengan Anwar yang dikenali berkarisma dan bijak berpidato akan menyebabkan sambutan lawatan Najib terjejas dan ini akan memalukan mereka (MSD dan pegawai-pegawai Najib).
Selain masyarakat Malaysia di Manchester, program tersebut juga mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia yang tinggal di Sheffield, Liverpool, Bolton, Birmingham, Edinburgh (Scotland), Dublin (Ireland), Cardiff (Wales) dan London. Ada yang datang sehari lebih awal dan menumpang di rumah kawan-kawan di Manchester bagi mengelakkan daripada terlewat dan terlepas peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka serta bergambar dan bersalaman. Dewan juga dipenuhi oleh sebilangan masyarakat Britain keturunan Pakistan, India, Bangladesh dan Afghanistan serta pelajar-pelajar dari negara Indonesia, Singapura, Afrika dan Arab seperti Libya dan Mesir.
Anwar yang diiringi oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Saudara Azmin Ali tiba dari Oxford tepat jam 12.55 minit tengah hari. Ketibaan beliau disambut oleh Presiden dan Naib Presiden Keadilan Antarabangsa Eropah serta Imam Masjid Khidzrah, Qari Badaruddin. Beliau beramah mesra bersama petugas-petugas program dan terus ke dewan sembahyang bagi mengerjakan Solat Zohor berjemaah.
Selesai solat, Anwar sambil diiringi oleh Timbalan Datuk Bandar Manchester, Afzal Khan turun ke dewan di tingkat bawah masjid tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Imam Besar Masjid Khidzrah, Qari Badruddin. Kemudian syarahan yang dipengerusikan oleh Timbalan Datuk Bandar Manchester bermula dengan
Anwar mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, Keadilan Antarabangsa Eropah (KAE) serta United Kingdom Islamic Mission (UKIM) dan Pejabat Datuk Bandar Manchester kerana memberi peluang kepada beliau bertemu dan berdialog bersama warga Islam di Manchester dan juga rakyat Malaysia di sini. Anwar juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sambutan yang tidak disangka-sangkakan.
Di dalam ucapan beliau, beliau menegaskan betapa pentingnya kepimpinan sebuah negara yang adil dan amanah dan beliau juga berkali-kali menekankan bahawa, jika sesuatu itu salah, ianya tetap salah dan patut ditentang habis-habisan begitu juga sebaliknya. Inilah yang beliau tekankan ketika bertemu dengan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz di Amerika baru-baru ini bahawa tindakan Amerika di Iraq adalah salah begitu juga dengan Israel di Palestin. Beliau bersetuju dengan tindakan Syria mengundurkan tentera mereka jika Amerika turut mengundurkan tenteranya dari Iraq dan Israel keluar dan wilayah Palestin.
Anwar juga mengajak umat Islam agar bersatu menentang keganasan dan bersama menaikkan semula Islam di mata barat dengan menghormati bangsa lain dan berharap barat akan turut menghormati umat Islam di seluruh dunia.
Beliau juga menyatakan keprihatinan beliau terhadap tindakan ke atas orang-orang Islam di Britain di mana mereka berada dalam keadaan yang serba salah akibat dicapkan sebagai pengganas hanya kerana mereka Islam. Beliau berharap agar kerajaan Britain akan lebih berhati-hati di dalam tindakan mereka membanteras pengganas di Britain dan tidak menganiaya orang Islam yang ikhlas menjalankan tanggungjawab mereka untuk agama. Ini adalah kerana berlakunya kejadian di mana rumah orang Islam di Britain ini diserbu oleh pasukan anti-pengganas Britain dan mereka ditahan tanpa bukti yang jelas dan akhirnya mereka dibebaskan oleh mahkamah Britain kerana ketiadaan bukti bagi mendakwa
mereka dengan undang-undang anti-keganasan yang baru digubal oleh Parlimen Britain.
Ketika ditanya oleh salah seorang yang hadir mengenai kejadian yang menimpa ke atas beliau, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak menyimpan sebarang dendam kepada sesiapa pun, dan sudah pun memaafkan mereka yang menganiaya beliau. Namun, beliau tetap tidak akan melupakan apa yang terjadi ke atas dirinya dan kesengsaraan serta tekanan yang dialami oleh keluarga beliau dan rakan-rakan beliau termasuk beribu-ribu penyokongnya ketika dipenjarakan. Anwar menyatakan bahawa beliau tahu dan mengambil berat ke atas nasib penyokongnya yang dipukul, ditangkap dan dipenjarakan kerana dirinya dan berjanji akan berusaha membantu apa yang terdaya apabila pulang nanti.
Anwar meluahkan kekecewaan beliau kerana keadaan rasuah di Malaysia bertambah menjadi-jadi sekarang dari apa yang berlaku sewaktu beliau di dalam kerajaan. Beliau menyatakan bahawa dirinya didakwa dan dipenjara atas tuduhan rasuah walaupun tidak melibatkan sesen wang pun tetapi mereka yang jelas melakukan rasuah dengan jumlah yang begitu banyak, bebas melakukannya dan masih lagi dibiarkan walaupun ada bukti jelas mengenai kelakuan mereka.
Ucapan beliau keseluruhannya dilakukan di dalam bahasa Inggeris dan diselang-selikan dengan Bahasa Malaysia bagi menghormati masyarakat antarabangsa yang hadir.
Anwar juga dengan lantang menyatakan rasa kecewa beliau di atas tindakan kerajaan Malaysia yang menghalang para pelajar daripada bertemu dengan beliau kerana ini amat bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi di negara ini dan juga di Malaysia. Katanya "saya mendapat tahu, pelajar akan dikenakan tindakan seperti diberi surat tunjuk sebab, ditarik balik biasiswa atau dihantar terus pulang ke Malaysia jika mereka didapati hadir di mana-mana program saya malah mereka juga dilarang daripada bertembung atau bersalaman dengan saya".
Tambah beliau "ketika saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu, saya
menggalakkan para pelajar dari pelbagai peringkat bertemu dan berdialog dengan sesiapa sahaja dengan fikiran terbuka agar mereka dapat memperolehi ilmu dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan, ini tidak, pelajar dilarang, macam mana mereka hendak maju?"
"Saya telah nyatakan akan hal ini kepada Presiden University Oxford, Chris Patten dan beliau mengambil berat akan hal ini dan berjanji akan bertindak jika terdapat pelajar Malaysia yang dikenakan tindakan oleh kerajaan Malaysia. Gordon Brown, (Menteri Kewangan dan Menteri Kanan Britain) juga berjanji akan membantu di pihak kerajaan Britain". Oleh itu, Anwar meminta mana-mana pelajar yang menerima surat dari penganjur mereka walau rakaman percakapan telefon sekali pun, diminta menghubungi beliau atau Chris Patten di Oxford University bagi tindakan selanjutnya.
Pertemuan selama 3 jam itu memberikan hasil yang amat positif kepada Anwar dan mereka yang hadir dan banyak persoalan yang selama ini bermain di fikiran dan benak mereka yang hadir terjawab dan ramai yang menyatakan rasa gembira dan puas hati yang tidak terhingga..
Selepas program ditutup dengan bacaan doa oleh Imam Badruddin, Anwar diserbu oleh pelajar dan masyarakat Malaysia serta antarabangsa untuk bersalaman, bertanya khabar dan bergambar. Perkara yang sama juga berlaku ke atas Wan Azizah di mana beliau diserbu oleh kaum wanita yang hadir yang terdiri dari pelajar dan isteri-isteri yang menemani suami belajar juga sebahagian pemastautin tetap di sini.. Anwar dan Wan Azizah mengambil masa selama hampir 30 minit untuk bergerak dari pentas tempat beliau berucap ke meja makan yang hanya terletak dalam lebih kurang 15 meter sahaja lantaran terlalu ramai yang berpusu-pusu untuk bergambar dengan beliau.
Di dalam satu program yang berasingan, Anwar menegaskan bahawa beliau begitu yakin dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan teguh dengan komitmen beliau terhadap Parti. Beliau juga berkata bahawa PKR adalah
sebuah parti yang terbaik di Malaysia. Namun, beliau akui akan kekuatan BN dan UMNO buat masa ini dan berharap agar semua pemimpin dan ahli PKR tak kira di mana sahaja berada agar bekerja lebih kuat lagi bagi menjamin kejayaan parti.
Anwar berkata demikian ketika berehat sambil bertemu ahli-ahli KAE dan penyokong Barisan Alternatif di kediaman Presiden Keadilan Antarabangsa Eropah di sana selepas program berakhir.
Beliau berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada semua pendokong KAE di atas segala daya usaha untuk menganjurkan program ini walaupun menghadapi tekanan yang amat kuat dan berjanji untuk membantu sehingga ke keringat terakhir jika sekiranya ada di antara mereka yang diambil tindakan oleh pihak penaja mereka.
Dalam isu penubuhan IRC, Anwar dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Parti Keadilan merupakan sebuah Parti yang berbilang bangsa dan agama secara total, namun beliau tidak merasa apa-apa masalah jika IRC ditubuhkan asalkan ianya dianggotai oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam.
Apabila ditanya mengenai desas desus yang mengatakan bahawa beliau diramalkan akan menjadi PM selepas Pak Lah dan akan melatih Khairy Jamaluddin bagi menggantikan beliau selepas itu, Anwar menjelaskan bahawa daripada beliau melatih Khairy, adalah lebih baik beliau melatih ahli PKR yang lain yang lebih komited dengan perjuangan PKR. Beliau menganggap ini adalah perkara biasa di dalam politik dan tidak mengambil berat akan hal ini.
Anwar menjelaskan bahawa agenda beliau sekarang adalah membawa Parti Keadilan ke peringkat antarabangsa bagi mendapat pengiktirafan dan sokongan di seluruh dunia dengan bantuan ramai rakan dan kenalan beliau sewaktu beliau di dalam kerajaan dahulu. Katanya, apabila PKR telah kuat di peringkat antarabangsa, maka beliau akan pulang ke tanah air dan dengan bekalan kekuatan jentera parti, beliau akan memacu PKR ke arah sebuah parti yang benar-benar kukuh dan kuat dan mendapat
keyakinan rakyat untuk memerintah negara. Ini juga kata beliau, merupakan kelebihan bagi Barisan Alternatif kerana PAS agak sukar untuk mendapat tempat yang sebegini di peringkat antarabangsa terutama di negara barat kerana imej Islam mereka yang belum boleh diterima oleh barat terutama Amerika dan Eropah buat masa ini, begitu juga dengan DAP.
Anwar menegaskan bahawa beliau akan bekerjasama dengan Presiden PAS Tn. Guru Datuk Seri Hj. Hadi Awang di dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif.
Anwar dan rombongannya meninggalkan Manchester tepat jam 5.30 petang dengan penuh kepuasan dan bagi penyokong PKR dan Barisan Alternatif di Manchester mereka merasa sungguh berpuas hati dapat melepaskan rindu untuk menatap wajah pemimpin kesayangan mereka dan sepakat menyatakan bahawa Anwar Ibrahimlah satu-satunya pemimpin yang benar-benar layak memimpin Malaysia ketika ini dan berikrar akan berusaha sedaya yang termampu untuk membantu memastikan kejayaan PKR dan Barisan Alternatif di dalam setiap pilihan raya di masa akan datang.
SEKRETARIAT KEADILAN ANTRABANGSA EROPAH
(Suntingan M@RHAEN)
|
|
|
| |
| Teguran buat Wahid, Senario & Melodi |
| 03.08.05 (9:02 am) [edit] |
Kepada saudara Wahid dan pihak yang terlibat... apa ni??? Tak terasa apa ke bila mempersendakan perkataan "Marobbuka" dalam aksi beruk belacan anda di pesta maksiat TV3 di Perlis semalam (Ahad dalam rangcangan Melodi live).. Apakah kamu sedar atau tidak apa makna ungkapan tersebut?
Ini berkaitan dengan pengakuan ketuhanan kepada Allah s.w.t yang menjadikan kamu dan seluruh isi alam ini. Apakah kamu tak tahu bahawa dengan bersikap demikian kamu telah terdedah kepada tergelincirnya akidah? Sekaligus menghina Islam...
Sebenarnya telah banyak perkara yang kamu dan kumpulan kamu telah lakukan sebelum ini yang banyak menghina islam dan menyentuh perasaan orang islam...
Antaranya, menjadikan ucapan salam sebagai bahan lawak. Pengertian Hari Raya Kurban dipersendakan dalam usaha kamu untuk memikat penonton untuk tertawa dsbnya... Malah banyak lagilah kalau nak diperincikan di sini. Apa ni???? Islamkah kamu lagi atau dah tak betul ke kamu?
Namun apa yang ingin diperkatakan di sini, sesungguhnya, hentikanlah perbuatan anda itu dan bertaubatlah sebelum Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya terhadap kita semua. Banyak cara lain nak cari rezeki. Pelawak ni bukan kerja yang elok di sisi Agama Islam. Tanyalah tok-tok alim yang benar benar ikhlas. Bukan tok-tok alim yang naik Merc mata belalang tu.. Itu semua tak boleh pakai nasihatnya...
Insaflah.. Kembalilah ke pangkal jalan dan jagalah kesucian Agama Islam yang kita cintai..
Harap ma'af.
Pensil Kayu - 08.03.2005
|
|
|
| |
| “Mutiara” pemimpin PAS dalam genggaman seorang sahabat |
| 03.08.05 (9:01 am) [edit] |
Tulisan-tulisan pelbagai pihak terutama dalam PAS tentang perubahan kepimpinan PAS yang patut dilakukan dalam pemilihan pada Muktamar PAS bulan Jun ini telah mengundang saya untuk memberikan pandangan saya sebagai seorang ahli akademik dalam bidang Sains Politik.
Saya amat memberikan perhatian terhadap perkembangan PAS kerana saya sangat mengharapkan agar PAS dapat mengimbangkan pengaruh Umno demi merealisasikan sistem timbang tara (checks and balances) dan sistem dua parti dalam negara kita.
Liku-liku perjalanan hidup Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam arena politik Malaysia terutama dalam PAS telah banyak merubah daya pemikiran politik Malaysia sehinggakan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun mengakui ketokohan politik Allahyarham semasa beliau menjadi perdana menteri di mana beliau beranggapan bahawa kehilangan Allahyarham dari arena politik Malaysia bolehlah diibaratkan seperti kehilangan kejantanan berpolitik dan ibarat politik hidup tanpa senda gurauannya.
Para pemerhati politik, wartawan, cendiakawan sehinggakan pertubuhan-pertubuhan politik dan NGO lazimnya akan membuat intipan tentang siapakah orang (mutiara) dalam genggaman Allahyarham Datuk Fadzil dan mutiara seperti ini wujud di kalangan semua pimpinan yang bertaraf negarawan di seluruh dunia yang mana mutiara ini boleh disifatkan sebagai “the president man”.
Sebagai pensyarah di Jabatan Sains Politik di sebuah IPTA di dalam negara dan orang yang selalu mengikuti dan mengkaji kehidupan berpolitik Allahyarham, saya melihat mutiara (the president man) dalam genggaman Allahyarham adalah Ustaz Ahmad Awang (bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia) dan Dr Hatta Ramli yang dahulunya Setiausaha Politik Presiden merangkap Setiausaha Politik Ketua Pembangkang di Parlimen ketika Allaryarham masih ada lagi. Saya pernah bertukar-tukar fikiran dan pendapat dengan kedua-dua tokoh ini iaitu Ustaz Ahmad dan Dr Hatta dalam isu politik dalam Malaysia, terutamanya ketika Umno dan rakan sekutunya dalam Barisan Nasional telah menuduh PAS sebagai parti politik yang radikal (terrorist), saya telah mendapat satu jawapan balas dari kedua-dua orang ini adalah sama dan tidak ada perbezaan lansung dengan pemikiran Allahyarham Datuk Fadzil.
Pada jangka masa yang sama, ada seorang pelajar dalam jurusan Sains Politik dari University of Tokyo tengah membuat tesis tentang “Terrorist in Islamic Politics”. Jadi kedua-dua orang tokoh ini telah dapat merungkai satu pandangan negatif terhadap isu berkenaan melalui jawapan-jawapan bernas yang diberikan oleh mereka.
Saya telah diberikan salinan teks-teks ucapan Allahyarham oleh Dr Hatta untuk dijadikan analisis dan bahan kajian bagaimanakah pemikiran Allahyarham dan teks ini telah disediakan oleh sebuah pasukan “think tank” di bawah kelolaan Dr Hatta sebagai Setiausaha Politik Presiden.
Apa yang lebih menarik lagi, saya telah mendapat satu naskah “Perundangan Islam Dalam Sebuah Negara” yang di dalamnya penuh dengan huraian tentang pendapat Allahyarham dalam perundangan Islam dalam sebuah negara demokrasi yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Awang.
Saya sebagai orang luar PAS dan sentiasa mengikuti perkembangan-perkembangan positif Parti Islam ini menganggap sudah sampai masanya PAS perlu menggilap mutiara genggaman Allahyarham dalam skop yang lebih baik dari kini dalam barisan kepimpinan PAS yang akan datang agar ketajaman pemikiran Allahyarham yang ada pada dua tokoh ini dapat dibuahkan dalam arena politik PAS khususnya dan Malaysia amnya.
Saya sebagai ahli akademik melihat ketokohan Ustaz Ahmad Awang dan Dr Hatta Ramli akan mengimbangi di antara peranan yang boleh dimainkan oleh ulama dan intelek dalam PAS dan saya amat menyokong PAS yang berversi baru.
- Pensyarah Sains Politik - 08.03.2005
|
|
|
| |
| AWANG ADEK: JANGAN JADI PENGEMIS POLITIK MURAHAN |
| 03.08.05 (8:58 am) [edit] |
Apabila PAS memang tipis mempertahankan kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu, ramai yang meramalkan kerajaan negeri tersebut tidak akan dapat bertahan lama. Spekulasi ini berdasarkan kedudukan PAS yang hanya bertahan dengan majoriti tipis 2 kerusi. Pada pilihan raya tersebut PAS menang 24 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan dengan bakinya berada di tangan Umno.
Kini hampir setahun telah berlalu sejak tarikh pilihan raya tersebut. Pelbagai pembaharuan telah dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz demi memperbaiki kedudukan dan membangkitkan semula kekuatan. Barisan ahlli EXCO yang dibentuk oleh Tok Guru dikira barisan yang paling mantap malah ada penganalisis politik yang menganggapnya sebagai barisan EXCO yang terbaik sejak negara merdeka.
Dengan kesungguhan kerajaan negeri ini ramai yang berpandangan bahawa ura-ura kerajaan ini akan runtuh sudah tidak berbangkit lagi.
Rupa-rupanya Umno masih tidak boleh melupakan peristiwa kegagalan mereka untuk membentuk kerajaan negeri itu sehinggalah hari ini igauan dan mimpi membentuk kerajaan negeri masih lagi menghantui mereka. Hari ini BERNAMA melaporkan yang ahli parlimen Bachok Awang Adek Hussien dalam satu majlis di Kuala Besut menawarkan mana-mana ADUN PAS Kelantan yang berminat untuk menyertai Umno bagi membolehkan Umno membentuk kerajaan.
Kononnya kata Awang Adek terdapat spekulasi di Kelantan bahawa ada ADUN PAS yang berhasrat menyertai Umno. Hasrat ini kononnya ekoran kegagalan kerajaan negeri membawa pembagunan sejak 14 tahun lalu.
Sejauh mana kebenaran kenyataan Awang Adek ini hanya rakyat Kelantan sahaja yang layak mengukurnya. Tetapi jelas dari kenyataan ini menggambarkan betapa desperatenya Umno mahukan kuasa walaupun terpaksa mendapatkannya melalui pintu belakang.
Saya yakin bukan sekadar ahli-ahli DUN PAS malah seluruh ahli PAS di pelbagai peringkat pada hari ini telah dewasa dan matang dalam sepak-terajang politik di tanah air ini. Ahli-ahli PAS bukanlah ayam daging yang boleh dibeli dan disembelih sesuka hati. Perjuangan Islam yang mereka tatang dan dokong terlalu mahal dari segala yang berharga atas dunia ini. Kerana itulah kita lihat sejak dari era kepimpinan ulama, tidak terdapat seorang pun Ahli Parlimen ataupun ADUN PAS yang tergamak untuk menggadaikan prinsip untuk semata-mata lompat dan menyertai Umno.
Benarlah sungguh kenyataan Almarhum Prof Zulkifli Muhammad pada 4 Mei 1964 dahulu iaitu sejurus PAS berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan selepas pilihan raya umum ke-2 pada tahun tersebut, ketika berucap di hadapan wakil-wakil rakyat PAS ketika itu beliau berkata:
Saya minta satu sahaja, kita tanamkan di dalam hati kita, bahawa kerajaan negeri PAS Kelantan ini boleh dihancurkan bila-bila pun. Tetapi saudara-saudara sanggupkah kita menghancurkan Islam di dalam hati kita sendiri? Kalau kita rasa kita tidak sanggup, marilah kita jadikan hati-hati kita ini benteng yang boleh menahan sebarang dugaan yang datang kepada Islam.
Bagi Awang Adek tunggulah pilihan raya sekali lagi, tak perlulah menjaja membuat tawaran ke sini sana macam pengemis politik yang tidak bermoral. Rakyat Kelantan telah pun memberi mandat kepada parti pilihan mereka, janganlah menghina atau membelakangkan suara rakyat itu..
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 07.03.2005
|
|
|
| |
| Prinsip dan budaya Hadhari |
| 03.07.05 (1:25 pm) [edit] |
Oleh Dr Shafie Abu Bakar Pendahuluan
BUDAYA Hadhari bermaksud adalah manifestasi dari apa yang diistilahkan sebagai `Islam Hadhari`.
Ianya terpancar dari pemikiran pendukung dan penyokong gagasan berkenaan, bahan dokumen Islam Hadhari, tafsiran-tafsiran terhadapnya, amalan dan praktis yang berlaku di dalam masyarakat di bawah kekuasaan pendukung `Islam Hadhari`.
Budaya Hadhari adalah manifestasi tersurat, terlihat dan tersirat. Ianya mungkin sesuatu yang bahagiannya sesuai dengan tuntutan Islam yang digariskan di dalam `Islam Hadhari`, mungkin bersifat partial, kontradiksi atau bercanggah sama sekali.
Dari segi prinsip dan akidah penganut Islam meyakini dan berpegang bahawa Islam adalah agama wahyu yang diturunkan melalui Rasulullah s.a.w. menerusi firman Allah yang disampaikan kepada baginda. Islam ialah agama dari Allah sebagaimana firman Nya: Bermaksud:
`Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah ISLAM` (Ali Imran, 3 : 19). dan bukan rekaan dari baginda, sebaliknya adalah ketentuan dari Allah, bukan ciptaan Rasulullah. Firman Allah bermaksud:
`Dan ia tidaklah memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.` (al-Najm, 53: 3 - 4).
Kita merasa tidak senang kesucian dan ketinggian agama Islam yang bersifat wahyu, kudus, suci dan sempurna diganding dan disetarafkan dengan sesuatu yang terhasil dari pemikiran, gagasan, pendekatan, aspirasi, ilham, pendapat atau apa jua yang bermaksud seumpamanya menjadi `Islam Hadhari` iaitu sesuatu dari Yang Abadi diganding dengan sesuatu yang baharu dan budaya sifatnya. (Hadhari digunakan oleh Ibn Khaldun (m. 808H./1406M.).
Contohnya ungkapan berikut: `Islam Hadhari and PM`s aspiration``. Seterusnya huraian bagi tajuk berkenaan: `Islam Hadhari is certainly evolving. Abdullah is at the beginning of his term of office, and it is anticipated that his programme and his aspirations for the Muslim community in Malaysia.` (NST, June 26, 2004: 11).
Atau ungkapan berikut: ``Abdullah`s adoption of Islam Hadhari …`` (NST, Dicember 22, 2004: 6). Atau ``Islam Hadhari seperti yang digariskan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi … (BH, 9 Feb. 2005: B7).
Beberapa kutipan contoh di atas jelas `Hadhari` yang dikaitkan dengan Islam adalah ciptaan, susunan, pendekatan yang direka manusia, individu atau kelompok bagi kerangka konsepsi Islam Hadhari. Ianya direka dan dirangka bagi kesesuaian masyarakat di Malaysia.
Dari sudut ini `Islam Hadhari` adalah `Islam` yang suci di`corrupted` dengan `Hadhari` yang di dalam istilah `Islam` itu terhimpun antara nilai yang murni, tetap dan abadi dengan pendapat `Hadhari` baharu, semasa, kontradiksi, sekular, memilih (mana yang berkenan) dan bersifat rekaan bagi tujuan tertentu.
Lebih dari itu rekaan dan penyelewengan juga dilakukan pada karya Islam Hadhari yang diterbitkan oleh Yayasan Islam Hadhari bagi membuktikan wujudnya penggunaan `Islam Hadhari` di kalangan ulama yang jelas tidak betul.
Ini didedahkan oleh Ustaz Nasruddin Mat Isa Setiausaha Agung Pas pada halaman depan Harakah keluaran 20 Muharam - 4 Safar 1426/ 1 - 15 Mac 2005. Buku Manhaj al-Hadharatul Insaniah fi al-Qur`an karangan ulama terkenal Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti diterjemahkan kepada`Islam Hadhari Dalam Pembangunan Insan (Asas Kepada Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia). Ianya satu penyelewengan dari maksud sepatutnya, iaitu `Tamadun Kemanusiaan Dalam al-Qur`an`.
2. Prinsip sepuluh Hadhari
Kalau kita melihat kepada sepuluh prinsip Hadhari, jelas terkandung di dalamnya elemen-elemen baru sebagai tambahan yang di sesuaikan. Mari kita perhatian kepada 10 prinsip berkenaan:
1. Keimanan dan ketakwaan 2. Kerajaan adil dan beramanah 3. Rakyat berjiwa merdeka 4. Penguasaan ilmu pengetahuan 5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6. Kehidupan berkualiti 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. Keutuhan budaya dan moral 9. Pemeliharaan alam semula jadi 10. Kekuatan pertahanan
Sekurang-kurangnya empat dari sepuluh prinsip di atas (no. 3, 7, 8 dan 9 yang bertulisan italic) adalah perubahan dan penyesuaian dengan masyarakat kini yang belum tentu bersesuaian dengan Islam. Untuk no. 3 di dalam Islam tidak diungkapkan sebagai berjiwa merdeka, tetapi di dalam Islam yang ditekankan ialah membentuk hamba (abid) berjiwa salih.
Firman Allah yang bermaksud: `Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menjadi hamba yang mematuhi perintahku` ( al-Zariyat, 51: 56)
Peruntukan bagi no. 7 banyak dibicarakan di dalam bidang fiqh, barangkali ada anggapan apa yang diperuntukkan di dalam perundangan Islam itu lemah, tidak sempurna dan tidak adil terhadap minoriti dan wanita ?
Bagi no. 8, dari aspek budaya dan moral, walaupun Islam menghormati budaya etnik (al-Hujurat 49: 13), tetapi budaya dan moral bukan berasaskan nilai budaya dan moral etnik tertentu, tetapi budaya berasaskan nilai dan moral Islam yang digaris oleh al-Qur`an dan al-Sunnah di dalam pembinaan ummah.
Nilai budaya dan moral etnik boleh diterima sekiranya ianya tidak bercanggah dengan nilai Islam, manakala prinsip no. 9 persoalan ini memang ada tersebut di dalam al-Qur`an antaranya (al-Rum, 30: 41), tetapi konsep alam, konsepsi Islam yang berhubung dengannya dan peranan insan dalam hubungan dengan alam dunia dan akhirat sudah tentu berbeza dari pandangan tentang alam dari segi pandangan umum, lebih-lebih lagi pandangan yang bersifat sekular (lanjutan di belakang).
Pendeknya penyusunan prinsip sepuluh lebih memperlihatkan, bahawa ianya adalah sesuatu yang dilonggok dahulu berdasarkan kepentingan semasa yang antaranya ada berbetulan dengan pandangan Islam yang sememangnya bersifat universal, tetapi tidak pula tunduk kepada kehendak setempat, sekelompok dan keperluan semasa.
Misalnya pembentukan jiwa dan diri manusia agar menjadi manusia yang abid dan patuh kepada perintah Allah dan jauh dari maksud `berjiwa merdeka`. Demikian juga di dalam pembentukan wanita di dalam Islam bertujuan menjadikan seorang wanita yang muslimah, mu`minah yang salihah.
Hak dan keadilan bagi sesuatu itu bukan bererti kesamarataan, tetapi adalah memberi kepada seseorang itu hak dan keadilan yang sepadan dengan hak dan fungsinya. Misalnya seorang wanita di dalam setengah perkara tidak mungkin dapat disamakan hak dan tugas, misalnya dari segi fizikal, keibubapaan dan hukum hakam keislaman.
Dalam kata lain jika prinsip sepuluh mau diperturunkan kepada kesesuaian masyarakat setempat dan semasa, maka prinsip Islam yang kudus dan suci tidak boleh sekali-kali diperturunkan kepada tahap penyesuaian dengan pemikiran dan keperluan semasa, setempat dan yang terhad.
3. Prinsip Hadhari Memperkecilkan Islam
Adalah menjadi pertanyaan, mengapa prinsip yang dikumpul hanya setakat sepuluh ? Apakah ini saja prinsip penting dan dikaitkan prinsip ini dengan Islam. Bagaimana dengan prinsip-prinsip berikut?
a) Perundangan b) Kerohanian c) Kekeluargaan d) Jihad e) Hubungan antarabangsa f) Pengibadatan g) Keakhiratan h) Pendidikan dan Pembinaan Insan i) Ukhuwwah j) Sosial dan Komunikasi dan banyak lagi prinsip-prinsip yang boleh ditambah. Lengkapkah10 prinsip Hadhari ? Ianya amat terhad dan kecil dan memperkecilkan Islam. Sedangkan Islam adalah agama Allah yang merangkumi segala kewujudan termasuk alam dari yang ghaib seperti akhirat, syurga, neraka, kiamat, qadha` qadar, malaikat, jin hingga kepada alam syahadah dari langit bumi, cakerawala, planet, matahari, bulan, bintang, dunia, manusia, hewan, tumbuhan, tanah, batu batan dan sebagainya.
Firman Allah bermaksud:
`Tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam` (al-Anbiya`, 21: 107).
Sesungguhnya skop dan ruanglingkup Islam adalah luas. Sebab itu Islam tidak sewajarnya dipersempitkan. Bahkan tidak sewajar dan tidak sepatutnya hadhari digandingkan dengan Islam. Sebaliknya ianya boleh diletak di bawah, bidang atau kategori yang sesuai dan releven dengan persoalan yang merangkumi 10 prinsip yang dihimpunkan.
Al-Imam al-Ghazali r.h.a (m.505/1111) mengarang panjang lebar kitab Ihya` Ulum al-Din yang beribu halaman tebalnya (salah satu cetakan 6 jilid setebal 3095 hlm.) yang merangkumi berbagai-bagai bidang keislaman yang dibahagikan kepada empat rubu`, rubu` ibadat, muamalat, munjiyat dan muhlikat tidak pula kerana lengkapnya dinamakan `Kitab al-Islam`.
Sebaliknya ianya mengkategorikan kitabnya di bawah kategori `Ihya` Ulum al-Din, demikian dengan al-Mawardi tidak menamakan kitabnya dengan Siyasatul Islam, kerana karangan bagi panduan pemerintahan maka dinamakan sebagai al-Ahkam al-Sultaniyyah. Dalam konteks ini prinsip Hadhari yang sepuluh tidak sepatut dan tidak selayaknya dikaitkan dengan Islam yang begitu besar dan meluas.
Oleh kerana ianya lebih berkait dengan soal politik dan pentadbiran, maka wajar diberi judul ``Prinsip Politik, Pentadbiran Dan Sosio-Budaya Umno Terkini``.
Ianya boleh juga di beri judul, `Tonggak 10 Politik Negara` ciptaan Umno selari dengan `Rukun Negara` yang pernah dijadikan prinsip panduan atau boleh juga dinamakan `10 Tatasusila Malaysia` sebagaimana Indonesia dengan Pancasilanya (Lima Sila). Judul-judul sedemikian lebih releven dan selamat dari merendah dan menjatuhkan maruah Islam ke bawah kemahuan politik Umno.
4. Budaya Hadhari
Budaya adalah hasil dari pemikiran, perlakuan dan tindak laku individu dan kelompok masyarakat yang tercermin pula pada artifek-artifek penghasilan mereka seperti cara berpakaian, kediaman, hasil pekerjaan, makanan, bahasa, penulisan,seni, adat, pergaulan, aturan, politik, cara berkomunikasi, sosialisasi dan sebagainya.
Hadhari di dalam konteks Umno, bahkan sebagai kekuasaan politik yang memerintah kesannya tercermin di dalam jaringan kekuasaan politik dan pentadbiran pemerintah, arahan-arahan, tindakan pegawai-pegawai, amalan-amalan dilakukan dan kesan pada khalayak rakyat.
Kelahiran konsep `Islam Hadhari` secara rasminya diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada September 2003, tetapi pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Islam Hadhari telah diamalkan lebih lama sebelum ianya diperkenal dan sebelum mereka mengetahui tentang Islam Hadhari ! (hebat). Dalam hal ini Datuk Zainuddin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan mendakwa:
``Islam Hadhari is not new, from Tunku Abdul Rahman`s era until today, the Government has always practiced Islam Hadhari.`` (NST, Monday, Sept. 27, 2004: 14).
Ini ditegaskan pula oleh Datuk Dr. Abdullah Md. Zain Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan katanya:
``We have actually been practiced it since Merdeka, even during Tun Razak`s time, emphasis was given to development. Under Tun Dr. Mahathir Mohamad, this policy was continued.`` (New Sunday Times, August 1, 2004: 4).
Kalau demikian, kerana Islam Hadhari bersifat kontradiksi, juga dari segi amali, maka banyak benarlah elemen bersifat Islam dan kontradiksi yang tidak bersifat Islam di dalam pentadbiran Umno sejak dahulu lagi. Memang hakikatnya sedemikian berlaku.
Contoh pada zaman Tunku Abdul Rahman jasa beliau yang agak ketara ialah penubuhan PERKIM dan mempelopori penubuhan OIC, tetapi pada masa beliau Loteri Kebajikan Masyarakat berkembang dan duitnya digunakan untuk pembinaan masjid. Bila beliau dikritik, katanya beliau sanggup menanggung dosa. Judi juga tak kurang hebat pada zaman Tunku.
Pada zaman Tun Razak beliau sememangnya terkenal sebagai bapa pembangunan dan berjaya menarik PAS sama membentuk Barisan Nasional (ditendang keluar pada zaman Tun Hussein Onn), tetapi tidak sunyi dari konflik dan pertentangan.
Dari segi politik perebutan kepimpinan berlaku di antara beliau dengan Datuk Harun Idris Bekas Menteri Besar Selangor yang memimpin Pemuda Umno secara efektif yang akhirnya melalui perundangan Datuk Harun terpenjara,sebagaimana nasib yang dialami oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam hubungannya dengan Dr. Mahathir, melalui tindakan Dr Mahathir memecat Datuk Sri Anwar dari Timbalan Perdana Menteri dan tindakan perundangan yang dikenakan Datuk Seri Anwar juga terpenjara !
Begitulah sebahagian dari amalan dan warna-warna Hadhari jika betullah sebagaimana dikatakan oleh Datuk Zainuddin Maidin dan Datuk Dr. Abdullah Md. Zain bermula sejak merdeka dan zaman Tunku lagi !
5. Kontradiksi dengan prinsip Hadhari
Melihat kepada 10 prinsip Hadhari, maka kelihatannya begitu baik, tetapi dari segi amalinya mungkin terbalik dan tidak baik. Sebagai contoh dari prinsip pertama, keimanan dan ketakwaan, maka kita bertanya apakah arahan agar menghentikan pembinaan surau baru di Selangor (BH, 20 Julai 2004: 1) tidakkah bercanggah dengan usaha bagi mendekatkan masyarakat dengan tempat ibadat, lebih-lebih lagi bagi tempat yang jauh dari masjid.
Tidakkah kerajaan, khususnya Kerajaan Negeri Selangor mengambil kira bantahan rakyat terhadap larangan ini ? ( BH, 23 Julai 2004: C2). Bagaimana dengan larangan pelajar Selangor di Mesir memakai jubah,larangan tokoh-tokoh agama memakai jubah dan serban di tv, pegawai-pegawai masjid digalak memakai songkok, tidak kopiah dan serban (lebih terjamin bersih dan menurut sunnah).
Tidakkah tindakan kerajaan mengarah Jawi menarik balik saman terhadap sekumpulan anak muda (100 orang) di Zouk Disco di Kuala Lumpur pada 20 Januari 2005 menjatuhkan maruah Jawi dan umat Islam dan akibatnya makin berleluasa perlakuan maksiat dan tidak takut pada penguatkuasa syariat.
Dari segi prinsip kerajaan adil dan beramanah banyak contoh kontradiksi yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Contoh ketidakadilan pihak kerajaan pusat terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah pembangkang dan ketidakadilan terhadap parti lawan BN di dalam pengurusan pilihan raya.
Ini diakui oleh SPR dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Seri Abdul Rashid bin Abdul Rahman yang mencadangkan agar diwujudkan badan bebas menyiasat Suruhanjaya Pilihanraya (UM, 25 Mac 2004: 1), tetapi ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri sehari berikutnya.
Dari segi amanah ketara kontradiksinya. Ingatan kita masih segar terhadap kenyataan Datuk Seri Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu tentang 18 orang (jerung besar) yang dikatakannya terlibat di dalam rasuah.
Juga betapa politik wang menjadi topik yang hangat dibincangkan di dalam perhimpunan Agung Umno 2004 dan kehilangan wang PPRT sebagai bantuan kepada penduduk paling miskin dan sebagainya. Tentang prinsip Rakyat berjiwa merdeka telah dibincangkan, manakala prinsip keempat tentang penguasaan ilmu pengetahuan, kita setuju dengan prinsip ini, tetapi sepatutnya penguasaan tidak terhad kepada kelimuan sains dan teknologi sahaja, tetapi juga ditekankan penguasaan keilmuan keagamaan.
Oleh itu sekatan dan penutupan sekolah agama tidak selaras dengan prinsip yang mau membentuk insan yang beriman dan bertaqwa. Kita juga melihat Kementerian Pelajaran adalah kementerian yang paling bercelaru pada masa ini dan tidak mencerminkan hasrat mau menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.
Berhubung dengan prinsip kelima iaitu pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, sebenarnya sehingga kini hasrat ini masih gagal, perbezaan ekonomi masih ketara antara Bandar dan luar Bandar, perbezaan antara kaum masih jelas dan penguasaan harta berada ditangan kelompok kecil tertentu. Mereka lebih mendapat keutamaan dari segi mendapat projek, kerana berkedudukan di dalam politik pemerintah.
Prinsip keenam, iaitu kehidupan berkualiti, kita bersetuju dengan prinsip ini, tetapi realiti kehidupan masyarakat adalah bercanggah dengan sebahagian besar dari golongan muda, terutama di kalangan pemuda yang terjebak di dalam penyalahgunaan dadah.
Dari kalangan muda juga terjebak di dalam gejala moral serta maksiat dan ramai dari golongan muda yang menjadi harapan negera adalah jauh ketinggalan di dalam bidang pelajaran. Ini menjadikan Negara tidak berimbang dari segi pelajaran yang mengakibatkan pula golongan pemuda ini terencat dan tidak produktif dari segi ekonomi.
Ini menggagalkan hasrat bagi prinsip kelima yang lepas. Prinsip ketujuh dan kelapan sudah disentuh sebelum ini. Manakala prinsip kesembilan, iaitu pemeliharaan alam semula jadi sebagai tambahan. Sebenarnya banyak tindakan yang bercanggah dengan prinsip ini.
Berita yang paling heboh sekali sekarang mengenai alam sekitar ialah berhubung dengan Taman Pertanian di Shah Alam yang tergugat akibat dari pembangunan tak terkawal di keliling taman tersebut dan dikhuatiri akan memusnahkan ekosistem dan biodiversiti bagi taman tersebut.
Masalah alam sekitar juga di negeri Selangor, ialah berhubung dengan rancangan kerajaan mau mendirikan insinerator di Broga Semenyih yang boleh merosakkan alam sekitar dan menyebarkan racun dioxine melalui udara dan juga saliran-saliran ke sungai-sungai di Hulu Langat yang digunakan oleh sebahagian dari penduduk di negeri Selangor.
Manakala prinsip kesepuluh ialah kekuatan pertahanan, iaitu sesuatu yang dituntut dari segi agama dan bernegara. Tetapi adakah kita telah mantap dari segi pertahanan berbanding dengan Negara jiran yang dikatakan lebih canggih dari segi kelengkapan. Adakah Negara telah bebas dari kemahuan dan tekanan kuasa luar ke atas keselamatan Negara, persempadanan, udara dan lautan ?
6. Prinsip-prinsip tambahan
Prinsip-prinsip yang lain yang kita senaraikan juga sebanyak sepuluh (tidak akan dibicarakan semua) yang tidak kurang penting sengaja dielak dari disenaraikan, kerana pendukung hadhari tidak sanggup berdepan dan tidak sanggup melaksanakan. Contoh dari segi perundangan Islam. Perkara seperti hudud ditentang oleh pihak pendukung hadhari dan ada dari kalangan peguamnya yang membawanya ke mahkamah. Dato' Abdullah Md Zin bila ditanya tentang hudud, secara eskapis beliau menjawab:
`Muslim must believe in hudud but the enforcement can be postponed or delayed to suit social conditions.`` (N. Sunday Times, August 1, 2004: 4).
Tidak juga dimasukkan jihad, kerana pihak imperialis tidak menyenangi dan menentangnya serta menganggapnya sebagai elemen keganasan. Nampaknya pendukung hadhari akur dengan pegangan ini. Manakala aspek keluarga dan ukhuwwah adalah penting di dalam pembinaan, masyarakat dan ummah. Barangkali ini dianggap tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ?
7. Kesimpulan
Hadhari adalah rekaan manusia yang cuba digandingkan dengan sesuatu yang bersifat wahyu dan abadi, maka jadilah ianya sesuatu yang `corrupted``, tidak sesuai dan menjatuhkan Islam.
Dari prinsip yang mau ditegakkan memperlihatkan kontradiksi dari segi amalan dan budaya politik dan pentadbiran di Malaysia. Berdasarkan prinsip sepuluh ini adalah lebih sesuai diberi judul yang lain sebagaimana telah dibincangkan di atas.
Kita melihat di dalam keghairahan pihak berkuasa, khususnya Umno mau menegakkan Islam Hadhari berlaku kesalahan berangkaian, baik dari segi bahasa, logic, semantic dan akidah sehingga buku panduan hadhari Manhaj al-Hadharatul Insaniyyah fi al-Qur`an bagi menegakkan benang basahnya diterjemahkan sebagai Islam Hadhari Dalam Pembangunan Insan, pada hal terjemahan sepatutnya Tamadun Kemanusiaan Dalam al-Qur`an , tiada kaitan dengan Islam Hadhari.
Masya Allah.
sumber: http://www.ladang.net.my/modules.php?name=News&" title="http://www.ladang.net.my/modules.php?name=News&" target="_blank"http://www.ladang.net.my/modu...;file=article&sid=573
|
|
|
| |
| HALIM ABDUL RAHMAN DITAJA UNTUK REBUT JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS |
| 03.06.05 (2:09 pm) [edit] |
Bendahari Pas Pusat Datuk Paduka Abdul Halim Abdul Rahman kini ditaja untuk merebut salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden Pas menjelang Muktamar parti itu awal Jun hadapan yang akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa Kelantan.
Beberapa orang yang ‘makan di tangan’ atau merupakan ayam didik kumpulan ‘tiga abdul’ dikatakan menjadi manager menaja Halim Abdul Rahman untuk merebut jawatan itu.
Walaupun Halim keberatan untuk menerima ‘pencalonan’ itu setelah menyedari pengaruh politiknya di dalam Pas berkurangan, namun kumpulan penaja ‘kutu berahak’ itu terus mendesak Halim agar bertanding.
Di dalam perkiraan kumpulan itu, Halim Abdul Rahman perlu untuk mendapat pencalonan dan seterusnya memenangi jawatan berkenaan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan selepas muktamar akan datang.
Di dalam perhitungan mereka sekiranya Halim memenangi kerusi itu beliau berhak untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas berbanding tokoh-tokoh muda lain di Kelantan.
Kumpulan ‘tiga abdul’ yang menaja Halim itu kini sangat terdesak di dalam politik Kelantan justeru mereka perlu melakukan sesuatu untuk membuat bingkasan semula.
Mereka sangat berharap Abdul Halim akan menang dan seterusnya dilantik menjadi Pesuruhjaya bagi memastikan agenda mereka yang tergendala sebelum ini dapat dilaksanakan semula.
Agenda mereka (kumpulan ‘tiga abdul’) ialah untuk menguasai Kelantan dan mengetepikan kepimpinan ulama yang dipelopori Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sehubungan itu para penaja Halim itu juga khabarnya sedang giat turun ke 14 kawasan Pas di Kelantan. Halim katanya tidak berani turun sendiri memandangkan beliau sudah lama ditolak oleh beberapa bahagian Pas di Kelantan.
Halim sendiri menyedari bahawa eranya sudah pun berakhir. Apabila di dalam pilihan raya lalu beliau dilempar bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, maknanya beliau sudah diminta secara terhormat agar berehat dari berpolitik.
Mana-mana kawasan yang diketuai oleh golongan muda, telah menyatakan awal-awal mereka keberatan untuk mencalonkan Halim.
Selain itu isu lama mengenai diri Halim seperti tidak membayar hutan, serta memperdayakan rakan kongsi perniagaan dalam syarikat batu bata dan sebagainya adalah di antara isu yang menjadikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan semakin tidak popular.
Selain daripada beberapa kawasan di Kelantan menjadi tumpuan penaja Halim itu, beberapa kawasan di Terengganu juga cuba ditembusi. Beberapa kawasan khasnya yang diketuai oleh kenalan Halim dikatakan bersimpati kepadanya. Bagaimana pun kawasan di Terengganu juga tidak memberi jaminan akan mencalonkan Halim ke jawatan itu.
Halim dikatakan akan mendapat sokongan lebih 60 peratus di Kelantan dan kira-kira 10 peratus di Terengganu. Sementara di negeri-negeri Utara, Selatan dan Pantai Barat Halim akan berhadapan dengan Muhammad Sabu, Nasharuddin Md. Isa, Husam Musa dan juga Mahfuz Omar yang dikategorikan sebagai calon muda dan profesional.
Dalam pada itu penaja Halim di dalam kempen memastikan ketua kumpulan “tiga abdul” itu dicalonkan, mereka memburukkan dua bakal calon lain, Muhammad Sabu dan Mahfuz Omar. Kempen memburukkan dua bekas calon Naib Presiden pada Muktamar dua tahun lepas sedang giat dijalankan.
Di antara hujah yang diguna pakai ialah konon Halim lebih lama berada di dalam parti berbanding mereka berdua – Muhamamd dan Mahfuz. Lebih menyedihkan isu peribadi mengenai Muhammad Sabu yang pernah ditangkap khalwat juga turut sama diungkitkan.
Dalam pada itu ada setengah pemerhati politik dalaman Pas berpendapat meskipun Halim mendapat cukup pencalonan beliau mungkin akan menarik diri di saat akhir. Sebagai seorang politikus yang licik (play save) atau tidak suka mencari penyakit Halim tidak akan sedia untuk beradu tenaga merebut jawatan itu, apa lagi apabila beliau sudah dapat mengesan awal-awal akan kalah. – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 05.03.2005
|
|
|
| |
| CHIN PENG: BERILAH MAHKAMAH KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN |
| 03.06.05 (11:50 am) [edit] |
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng 81 tahun, telah memfailkan permohonan di mahkamah tinggi Pulau Pinang untuk memohon deklarasi bahawa beliau dan 300 - 500 orang bekas anggota partinya berhak memasuki, bermastautin, berkediaman dan tinggal di Malaysia.
Belum pun sempat mahkamah memutuskan tarikh untuk mendengar permohonan tersebut, banyak pihak termasuk Perdana Menteri telah membuat kenyataan membantah permohonan tersebut.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan bahawa Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia masing-masing membuat bantahan atas alasan sekiranya dibenarkan Chin Peng kembali bermakna pengorbanan bekas perajurit selama ini seolah-olah tidak dihargai.
Pak Lah turut menyuarakan sentimen yang sama sebagaimana dipetik Utusan:
Kerajaan akan tetap berpegang kepada pendirian yang pernah dibuat pada tahun 2003 untuk tidak membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia.
Sejak akhir-akhir ini berita tentang Chin Peng sering mendapat liputan. Sejak terbitnya buku beliau setebal 527 muka:
Alias Chin Peng: My Side of History
Banyak pihak berminat untuk menyelami dan mengetahui dari beliau sendiri versinya darihal perjuangan PKM dan kemerdekaan negara. Malah kerajaan Singapura tahun lalu membenarkan Chin Peng mengunjungi republik tersebut untuk memberikan pidato dan bertukar-tukar pandangan dengan ahli-ahli sejarah dan akademik.
Cuma kerajaan Malaysia sehingga hari ini walaupun setelah menandatangani Perjanjian Damai di Hadyai pada tahun 1989 dengan pihak PKM masih enggan membenarkan Chin Peng menjejakkan kaki kembali ke tanah air beliau (walaupun pimpinan PKM lain termasuklah Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Chik telah pun pulang ke tanah air).
Dalam buku beliau yang diterbitkan pada September 2003 itu Chin Peng ada menyebut antara lain bahawa setelah selesainya perjanjian 1989 itu beliau memang berhajat sangat untuk pulang. Permohonan beliau untuk pulang pada tahun 1990 telah ditolak kerajaan pada tahun 1991. Menurut beliau hajatnya untuk pulang adalah bagi mengunjungi kampung halamannya di Setiawan, Perak dan mengunjungi pusara ibu-bapa dan kaum keluarganya yang telah meninggal dunia.
Bagi saya apa pun yang pernah dilakukan oleh Chin Peng dan PKM segala-galanya telah menjadi bahan sejarah. Kita dididik dengan versi Inggeris darihal perjuangan menuntut kemerdekaan dan kita akur dengan versi tersebut. Kita tidak pernah bepeluang mendengar versi mereka yang berjuang menentang Inggeris. Ini sehinggalah Chin Peng, Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Chik mengeluarkan buku masing-masing.
Sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan menjunjung undang-undang kita sepatutnya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta yang dikemukakan. Membantah di peringkat ini bermakna kita sendiri tidak menghormati proses keadilan.
Chin Peng dan rakan-rakan menganggap diri mereka juga pejuang dan bukannya pengganas. Demi keadilan dalam sejarah kita sepatutnya memberi peluang mereka ini mengemukakan hujah untuk dinilai dan diteliti oleh ahli sejarah dan akademik.
Kita semua anti komunis dan keganasan, namun kita juga berpegang pada prinsip bahawa setiap individu berhak membela diri dan membersihkan namanya demi keadilan dan kebenaran.
Di dalam bukunya Chin Peng membuat kesimpulan:
You can tell me I was wrong. You can tell me I failed. But I can also tell you how it was and how I tried.
Anda boleh mengatakan yang saya bersalah. Anda boleh mengatakan yang saya telah gagal. Namun saya juga berhak menyatakan bagaimana (kisah) sebenarnya dan bagaimana saya telah mencuba.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 06.03.2005
|
|
|
| |
| RAKYAT SELANGOR JUGA BERSUBAHAT DENGAN KHIR TOYO |
| 03.05.05 (9:09 pm) [edit] |
Rakyat negeri Selangor tentu merasa kecewa dan sakit hati di atas apa yang bakal menimpa ke atas tanah seluas 800 ekar (Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam) ekoran arahan Perdana Menteri Abdullah Badawi al-Hadhari agar tanah itu diserahkan kepada kerajaan Persekutuan.
Abdullah yang nampaknya begitu kurang senang dengan cara pentadbiran Khir Toyo telah membuat keputusan drastik agar taman itu diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk diuruskan.
Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, rakyat Selangor sekali lagi akan kehilangan sebahagian lagi bumi negeri mereka. Sebelum ini sudah dua kali rakyat Selangor kehilangan bumi mereka atas nama pembangunan.
Pertama kali ialah ketika menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan pada tahun 1974 untuk dijadikan Wilayah Persekutuan. Seluas 234 kilometer persegi tanah yang bernilai jutaan billion terpaksa dilepaskan.
Gara-gara itu Selangor terpaksa mengalih ibu negerinya ke Shah Alam. Benar, ada ganjaran oleh kerajaan Persekutuan di atas budi baik kerajaan Selangor itu, tetapi nilainya tentulah tidak sama. Kuala Lumpur tetap Kuala Lumpur dan tidak akan sama dengan Shah Alam.
Kali kedua ialah pada 8 Oktober 1997 apabila tanah seluas 4,581 hektar di Sepang pula diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan bandaraya pentadbiran baru Putrajaya.
Walaupun mulanya penyerahan tanah itu menimbulkan kontroversi, namun ia dapat diselesaikan apabila MB Selangor ditukar.
Khabarnya Abu Hassan Omar (MB ketika itu) keberatan untuk menandatangani menyerah tanah itu kepada kerajaan Persekutuan. Kesannya skandal beliau dengan adik iparnya didedahkan. Akhirnya MB berkepala putih itu dipecat dari menjadi MB.
Apabila tempatnya diambil oleh Khir Toyo maka tidak lama kemudian proses menandatangani penyerahan itu pun selesai! Ada juga orang berpendapat salah satu syarat untuk Khir Toyo dicadangkan menjadi MB Selangor beliau harus bersetuju untuk menyerahkan tanah di Putrajaya itu kepada kerajaan Persekutuan?
Mungkin penyerahan kedua tanah itu tidak berapa mengecewakan kerana ianya adalah di atas kepentingan rakyat Malaysia. Rakyat Selangor boleh berbangga kerana mereka sanggup menyerahkan tanah milik mereka demi maruah negara dan untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia.
Sebaliknya penyerahan tanah seluas 800 ekar, Taman Pertanian itu berlainan dengan semangat penyerahan dua kawasan berkenaan. Penyerahan kali ini bukan atas desakan pembangunan tetapi disebabkan kerana kegagalan pihak pentadbir negeri menguruskan tanah berkenaan.
Mungkin isu penyerahan Taman Bukit Cahaya Seri Alam itu tidak timbul sekiranya tanah itu diuruskan dengan baik dan masalah kepincangan (penyelewengan) pembangunan di Selangor tidak berlaku. Perdana Menteri tidak akan berang sehingga mahu taman itu diserahkan kepada kerajaan Pusat. Jelas arahan itu kerana pentadbiran Putrajaya tidak berpuas hati dengan pentadbiran Shah Alam.
Dalam hal ini, secara profesionalnya kekesalan itu tertuju kepada Menteri Besar, Khir Toyo Erodikrono. Seandainya Khir Toyo dapat menguruskan dengan baik taman berkenaan dan segala projek di sekelilingnya tidak menjejaskan taman itu masalah yang timbul kini tidak akan berlaku.
Namun disebabkan kecuaian, kelemahan dan kurang tegas MB serta para Exconya maka berlakulah apa yang berlaku. Pembangunan di sekeliling taman itu menjejaskan taman itu dan kesannya (implikasinya) menyebabkan taman itu akan hilang dari menjadi hak milik Selangor sampai ke bila-bila.
Sudah pastinya rasa kecewa rakyat Selangor itu bukan terhenti di situ sahaja. Rakyat Selangor mesti mahukan sesuatu tindakan dilakukan. Di dalam hal ini cara terbaik tidak lain dan tidak bukan ialah Khir Toyo harus diberhentikan. Tidak guna Selangor membayar gaji kepada seorang Menteri Besar yang tidak dapat menjaga khazanah negeri berkenaan. Membazirkan wang sahaja! Kalau terus dibiarkan lama kelamaan habis negeri Selangor digadaikannya.
Sebaliknya dengan sikap dan kelemahan Khir Toyo ia boleh menyebabkan Selangor akan terus kehilangan tanah di masa akan datang. Yang jelasnya masalah yang berlaku seperti di U10 dan juga Gombak (Taman Templer) itu bukan terhad di situ sahaja sebalik, banyak lagi kawasan lain yang mengalami pencerobohan yang serupa.
Selain daripada beberapa projek yang didedahkan itu boleh merosakkan ekologi dan ekosistem dan alam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, masih banyak lagi masalah pencemaran dan juga kehilangan hasil negeri lain di Selangor.
Masalah kilang haram masih belum selesai. Pencurian air juga belum selesai. Begitu juga kejadian mencuri pasir tidak ada tanda-tanda akan berhenti. Pembinaan rumah mewah di atas tanah setinggan dan sebagainya terus menjadi-jadi tanpa ada jalan penyelesaian dan tindakan tegas diambil.
Begitu juga nasib rakyat marhaen yang memerlukan rumah dan tempat berlindung masih belum dapat diatasi dengan sempurna. Yang menghairankan berpuluh projek perumahan di bina di dalam tempoh setahun namun masalah ketiadaan tempat tinggal masih berlaku dan bertambah dari setahun ke setahun.
Himpunan segala masalah itu semua menjelaskan akan kelemahan Khir Toyo selaku MB. Kalau dia berwibawa sudah pasti arahan-arahan yang dikeluarkan kepada Exco akan dilaksanakan. Tetapi kerana Exco mengambil sikap mendengar sahaja, maka ia tidak ada penyelesaian. Jelas bahawa sikap Exco itu kerana mereka tidak respect Khir Toyo sebagai MB.
Khir juga tidak mempunyai idea untuk menyelesaikan segala masalah ekonomi dan sosial di Selangor. Beliau masih tercari-cari formula untuk mengatasinya. Beliau juga tidak serius menyelesaikan segala kemelut itu. Beliau dilihat lebih memberi tumpuan dan mengumpul kekuatannya di dalam politik. Cita-citanya untuk menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia lebih menonjol daripada agenda memajukan Selangor tahun 2005.
Memerhati kepada keupayaan Selangor di bawah Khir Toyo ini jelas menunjukkan tindakan melantik budak mentah menjadi MB tidak banyak membawa kebaikan kepada Selangor. Jelas idea orang yang melantik Khir Toyo dulu semata-mata hendak pergunakan budak itu bagi kepentingan si pelantik itu sahaja.
Menyentuh mengenai perasaan duka rakyat Selangor yang kehilangan tanah, sekali imbas ia juga bukan boleh disalahkan kepada Khir Toyo seratus peratus. Rakyat tidak meletakkan kesalahan itu di atas penjaga lembut itu. Rakyat harus faham bahawa apa yang dilakukan Khir Toyo itulah bentuk dan juga corak pemerintahan kerajaan yang ada hari ini.
Rasuah dan penyelewengan serta wakil rakyat bekerja untuk membuncitkan tembolok sendiri adalah lumrah dan juga budaya di dalam kerajaan Umno dan BN selama ini. Jadi rakyat tidak perlu sangat kecewa di atas apa yang berlaku sebaliknya haruslah menerimanya kerana rakyat yang pilih.
Kalau kerajaan bersih, cekap dan amanah atau adil, telus dan ikhlas, tidak rasuah dan zalim bukan namanya kerajaan BN. Di dalam hal ini – mengenai nasib yang menimpa Selangor dan juga negeri lain, rakyat harus sama memikul dan bertanggungjawab. Pada saya rakyat (Selangor) turut bersubahat untuk mengkhianati negeri itu.
Nah sekarang kalau rakyat benar-benar insaf inilah masanya untuk bertindak. Dari sekarang siap sedia untuk memperbetulkan kepincangan itu. Jangan pilih mereka lagi untuk menjadi pentadbir dan pengurus negeri ini (Selangor). Pilih dan lantiklah mereka yang boleh dipercayai, mempunyai iltizam yang tinggi untuk memartabatkan rakyat dan mendaulatkan negeri.
Peluang untuk berbuat demikian terbuka setiap lima tahun sekali. Lakukan dan gunakan peluang itu sebaik mungkin. Tidak ada gunanya kita menangisi nasib negeri dan bangsa kita, kerana kita sendiri juga ada saham dalam membenarkan segala penyelewengan dan ketidakadilan itu berlaku. Di dalam hal ini mereka yang kecewa dengan apa yang berlaku itu (khasnya orang Umno) harus tepuk dada dan tanya selera! – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 05.03.2005
|
|
|
| |
| Mahfuz: Dedahkan kertas siasatan JAWI |
| 03.04.05 (9:59 pm) [edit] |
Oleh Zulkifli Mohamed www.malaysia-today.net 4 Mac 2005
 Hj Mahfuz Omar |
BUKIT MERTAJAM- 2 Mac: “Saya mencabar kerajaan membenarkan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) mendedahkan kertas siasatannya tanpa pindaan, termasuk menyiarkan sekali gambar-gambar suasana keadaan malam itu, yang melibatkan penangkapan artis Jeslina Hashim iaitu anak saudara Datuk Shahrizat Jalil.”
Demikian cabaran Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Hadharah bukan Hadhari” di Galeri Pejuang, Cherok Tokkun, semalam.
Gesaan Mahfuz itu, berikutan tindakan JAWI yang menarik balik saman terhadap 100 pengunjung kelab malam The Zouk, Ampang yang dipercayai mengadakan pesta arak di kelab itu pada 13 Januari lalu.
Soal beliau, “Apakah Islam Hadhari tajaan Umno menganggap tindakan JAWI menahan umat Islam yang meminum arak dan berkelakuan tidak senonoh itu salah?”
Jelasnya, jika benar Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan iaitu di antara sepuluh prinsip asas pelaksanaannya, tentulah tidak berlaku pembatalan saman oleh pihak JAWI.
Sepatutnya, katanya biarlah mahkamah tentukan sama ada tindakan JAWI itu salah atau tidak, bukannya pemimpin Umno bertindak menyalahkan JAWI.
Sebab itu, katanya, Islam Hadhari hanyalah satu istilah untuk mengelirukan orang Melayu bagi mengekalkan sokongan kepada Umno, dan bukannya untuk memandu rakyat ke arah Islam sebenar.
Isu penangkapan 100 pengunjung Islam di “The Zouk” oleh JAWI mendapat bantahan keras pemimpin Umno, antaranya oleh Datuk Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Noraini Ahmad, Ketua Puteri Umno, dan Zainah Anwar; Sisters In Islam.
 Ustaz Sidek Noor |
Ustaz Sidek Noor, yang turut berucap sebelum itu, menganggap Islam Hadhari bertujuan menghalang kemaraan Islam di negara ini yang dipelopori PAS. Beliau selaku AJK PAS Perak, turut menyoal keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep itu.
“Tidak ada satupun kelab malam, premis judi atau kilang arak yang ditutup atau dikurangkan. Yang ada, maksiat semakin bertambah sejak Islam Hadhari diperkenalkan,” katanya.
Sementara itu ketika bercakap kepada Malaysia Today berkaitan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), Mahfuz menjelaskan,
“Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Abdullah Mohd Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang tidak bersetuju dengan penubuhan IFC. Tetapi dalam masa yang sama, kita sentiasa mengalu-alukan program dialog antara agama dan program silang budaya antara pelbagai kaum di negara ini.”
Menurutnya lagi, apabila Perdana Menteri meminta ditangguhkan, bermaksud beliau tidak peka dengan bantahan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini dan bercanggah dengan kenyataan menteri yang menjaga hal ehwal Islam di negara kita. Beliau perlu tegas dalam hal ini.
http://www.malaysia-today.net/blog/2005/03/mahfuz-d edahkan-kertas-siasatan-j awi.htm" title="http://www.malaysia-today.net/blog/2005/03/mahfuz-d edahkan-kertas-siasatan-j awi.htm" target="_blank"http://www.malaysia-today.net...
04.03.2005
|
|
|
| |
| Mahathir Perdana Menteri Yang Merosakkan Negara |
| 03.04.05 (9:57 pm) [edit] |
Dengan kata lain, pendedahan tentang kerosakan akibat pencerobohan haram sama ada ke atas Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam atau sempadan negara oleh pendatang asing, ini semua antara kepala taik- kepala taik yang ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir. Kenapa Perdana Menteri sekarang dan menteri-menterinya tidak berkata ini dengan jelas dan terang!. Mesej ini disampaikan secara tersirat di sebalik pendedahan yang dibuat sekarang oleh media-media utama dan arus perdana.
Untuk kes pencerobohan haram tanah dan alam sekitar. Keputusan yang dibuat selalunya drastik, kemudian tidak dijadikan peraturan lalu tidak boleh dilaksanakan dengan tegas. Lihat keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang dilapor oleh media ini.
Sejurus selepas tinjauan tersebut, Abdullah membuat empat keputusan drastik bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan kepada alam sekitar.
KEPUTUSAN 1-Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diwajibkan bagi kawasan melebihi 20 hektar berbanding sebelum ini iaitu seluas 50 hektar. Jika terdapat pecahan kawasan kurang 20 hektar secara berturutan yang hendak dimajukan maka laporan EIA diwajibkan bagi keseluruhan kawasan tersebut.
KEPUTUSAN 2-Semua kawasan pembangunan dengan keluasan 40 hingga 80 hektar yang telah dibersihkan tetapi tidak dimajukan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan kerajaan akan membayar balik kos yang ditanggung oleh pemilik tanah. Kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai taman rekreasi untuk penduduk setempat.
KEPUTUSAN 3-Pokok-pokok bersaiz dengan diameter 15 hingga 20.32 sentimeter (enam hingga lapan inci) tidak boleh ditebang. Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi berkaitan akan menandakan pokok-pokok yang tidak boleh ditebang sekiranya kawasan itu hendak dibangunkan.
KEPUTUSAN 4-Semua undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta. Penguatkuasaan diketatkan dan pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut.
Untuk kes pencerobohan haram sempadan negara oleh pendatang asing pula. Bukankah ini menimbulkan suasana yang payah juga. Pertelagahan sesama menteri berlaku. Banyak masa dan wang kerajaan habis untuk semua ini.
Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid, semalam, bahawa pemohon suaka politik sama ada yang sudah atau belum memperoleh surat daripada UNHCR `tidak akan disentuh' dalam `Ops Tegas' yang bermula Isnin lalu.
Dianggarkan di antara 5,000 dan 10,000 pemohon suaka politik berada di negara ini dan Azmi sendiri mengakui ada menerima maklumat bahawa UNHCR telah mengeluarkan kira-kira 10,000 surat kepada PATI menjelang tamat tempoh pengampunan 28 Februari lalu.
Pastikan semua pendatang haram pulang ke negara mereka atau keluar dari dalam negara. Perkara yang penting lepas ini ialah, semua undang-undang yang ada dilaksanakan sepenuhnya.
Jaga sempadan sama ada dalam bentuk air atau tanah dengan baik. UMNO(baru) pun jangan ambil peluang kerana ada kuasa sikit, jangan sampai ganggu tugas kakitangan kerajaan.
Terutamanya urusan keluar masuk warga asing dalam negara sama ada atas urusan apa sekali pun. Ini tidak, dalam keadaan ‘Ops Tegas’ baru dikuatkuasakan, kaunter sudah dibuka di Indonesia untuk menguruskan kemasukan semula mereka ke Malaysia. Apakah semua ini?.
Kenapa tidak dibiar semua penceroboh yang ada (1.2 juta) itu habis dulu, kemudian lakukan proses biasa seperti yang dilalui oleh semua orang untuk pergi ke negara asing. Sama ada urusan kerja, melancong dan sebagainya??
Selepas keputusan di buat, pelaksanaan peraturan dengan tegas dan tetap adalah diperlukan, jangan jadi panas-panas taik ayam saja. Namun, pengalaman penceroboh sebelum ini begitu, ketegasan yang ada adalah bermusim, musim “Oppss” barulah undang-undang dan peraturan dilaksanakan dengan tegas, habis musim itu, keadaan jadi longgar semula. Ini pola pelaksanaan undang-undang yang berlaku sebelum ini.
SEKARANG SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN DAN MENTERI HENTIKAN KERJA PINDA SANA PINDA SINI UNDANG-UNDANG YANG ADA. LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG YANG DIBUAT LEBIH PENTING DARI PINDA. KALAU TIDAK, HANYA PINDAAN YANG DIBUAT, PERLAKSANAAN TIDAK KE MANA AKHIRNYA PINDA LAGI.
Muramatsu 04.03.2005
|
|
|
| |
| BUKAN HANYA TOL DAN MINYAK HARGA RUMAH KOS MURAH PUN NAIK DI SELANGOR |
| 03.04.05 (9:55 pm) [edit] |
Belum pun reda isu perkosaan rakus terhadap Taman Pertanian Bukit Cerakah, hari ini Khir Toyo MB Selangor mencipta satu lagi isu sensasi. Akhbar THE STAR hari ini melaporkan yang beliau mengisytiharkan mulai tahun hadapan harga rumah kos murah di Selangor akan naik.
Kini harga rumah kos rendah yang sememangnya mensasarkan mereka yang berpendapatan rendah di Selangor berharga RM35,000. Namun kata Khir harga ini diperolehi setelah kerajaan negeri memberikan subsidi RM7,000 seunit. Mulai tahun depan kerajaan negeri akan menarik balik subsidi ini bermakna harga rumah kos rendah bagi tahun 2006 adalah RM42,000.
Bermakna kenaikan sebanyak 20 peratus akan terkena ke atas rakyat berpendapatan rendah di Selangor sekiranya berhajat memiliki rumah kos rendah.
Saya tidaklah tahu pandangan orang lain tapi bagi saya harga baru ini tidak setimpal dengan pendapatan mereka yang dalam kategori ini. Kalau dicongak-congak seorang yang mampu menyimpan RM200 sebulan, akan hanya mampu memiliki rumah berkenaan setelah menyimpan selama 210 bulan ataupun 17 tahun 6 bulan tanpa gagal(tidak termasuk keuntungan ataupun faedah)!
Menurut Rancangan Malaysia ke 8, 43.8peratus daripada 4.6 juta bilangan isi rumah hanya mampu meraih pendapatan rendah di bawah RM1,500 sebulan. Bermakna setelah tolak makan-minum bulanan, belanja persekolahan anak, bekalan api dan air dan lain-lain overhead bulanan, seseorang itu terpaksa menabung RM200 pula bagi 17 tahun 6 bulan barulah mampu beli rumah kos murah.
(Menurut Abd Rahim Anuar Fakulti Ekonomi UUM kos makanan yang terpaksa ditanggung oleh satu isi rumah di Semenanjung adalah RM428 sebulan bermakna pendapatan RM1,500 sebulan tolak RM428 untuk makanan, tolak belanja anak sekolah dan kos persekolahan lain umpama bas sekolah dan tuisyen, tolak pula bekalan api dan air, tolak kos ketua rumah belanja pergi dan balik tempat kerja, tolak kos rumah sewa sebelum mampu beli rumah sendiri, tolak belanja kecemasan umpama rawatan di klinik dan lain-lain belanja bulanan, memang sengsara untuk membolehkan seseorang menabung RM200 sebulan!)
Itu kalau beli cash. Memang mereka dalam golongan ini boleh diberikan pinjaman (itupun kalau berpendapatan tetap) tetapi nilai bayaran balik bulanan pun sekitar angka itu juga, bayangkan.
Oleh itu rasional untuk menarik balik subsidi ini dikira tidak kena, tambahan Selangor pula mendabik dada sebagai negeri bertaraf MAJU di Malaysia. Janganlah diketepikan golongan yang berpendapatan rendah ini. Masalah setinggan di Selangor yang Khir nak sifarkan pada tahun ini sebenarnya berpunca dari rakyat yang tidak mampu membeli rumah sendiri. Tidak ada siapa pun yang tidak inginkan memiliki rumah sendiri, syaratnya mestilah di dalam kemampuan seseorang itu.
Kalau dah ditekan sehingga RM42,000 saya kira kerajaan negeri sudah tidak langsung memikirkan lagi kebajikan rakyat dalam kategori ini. Janganlah negeri sahaja maju tetapi rakyat merempat dalam kesengsaraan.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 04.03.2005
|
|
|
| |
| MADAH BERHELAH (BELA DIRI) KHIR TOYO |
| 03.04.05 (12:47 pm) [edit] |
Lalu bermadah dan berkicaulah Khir Toyo, twit… twit…twit… mengatakan keadaan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam dalam keadaan sihat sejahtera dan Alhamdulillah, adanya.
Tidak ada apa-apa kerosakan ke atas taman berkenaan. Tidak ada juga pencerobohan ke atas taman seluas 800 hektar seperti mana yang dihebohkan. Serentak itu Khir mencabar (mereka yang membuat tuduhan) dan orang ramai agar datang setiap hari ke taman berkenaan, melihat sendiri apa yang berlaku di sana.
Khir nampaknya berani dan begitu konfiden dengan penjelasannya itu. Dia seperti sedikit pun tidak merasa cemas dan juga kecut perut dengan apa yang didedahkan itu (meskipun kepulangan secara mendadak dari luar negeri itu menunjukkan beliau tidak senang duduk dan sakit perut semasa di sana).
Beliau lantas terus membela dirinya dan tetap menegaskan dan menjelaskan bahawa taman itu tidak terjejas. Bukan itu sahaja, keluasan tanah hutan simpan kekal itu juga sudah berkurang daripada 3,145 ekar pada awalnya, kini tinggal 2,116 ekar. Katanya walaupun sebelum ini status taman pertanian itu direvoked (ditarik balik), tetapi beliau lepaskan semula dan mengekalkan status seperti yang ada hari ini.
Apapun usaha dan budi murni Khir Toyo itu perlu disanjung tinggi. Khir nampaknya bersikap mesra alam dan berusaha mengekalkan taman berkenaan yang akan menjadi pesaka alam (‘warisan bangsa’) seperti mana asal diwujudkan. Khir juga menyatakan sayangnya dia kepada taman berkenaan. Selalu juga berjogging ke situ? (Ada apa-apa ke berjogging di situ?)
Namun dalam jawapan itu serta melihat kepada body language Khir dalam memberi penjelasan ke atas masalah itu ada beberapa perkara yang menjadi kemusykilan. Situasi ini menjadikan seolah ada sesuatu yang masih belum di‘celar’ sepenuhnya. Masih ada yang tesangkut dan tertutup.
Misalnya Khir tidak menafikan projek di sekeliling bukit (U10) yang menjejaskan taman berkenaan. Beliau hanya bercerita dan menegaskan bahawa taman itu tidak diceroboh dan masih wujud. Itu sahaja. Beliau mengalih pandangan dengan memberi tumpuan kepada Taman Botani itu sedangkan perkara pokok yang didedahkan ialah mengenai projek pembangunan di U10.
Memanglah taman pertanian itu masih ada, tidak ke mana. (Cuma sudah rosak dan musnah sahaja) Tetapi apa yang dipertikaikan ialah projek di sekelilingnya sehinggakan meratah sempadan taman itu dan menjejaskan ekologinya yang dihebohkan.
Khir tidak mengulas perkara itu, malah secara tidak langsung mengakui apa yang dilaporkan itu bahawa berlaku projek bersifat Firaun dan Haman di situ. Patutnya Khir membuat penjelasan berhubung bagai mana projek itu diuruskan. Berlaku penarahan bukit kelas 4, penerokaan kawasan yang belum diluluskan. Inilah yang menarik dan ingin diketahui.
Motif pendedahan itu juga adalah untuk mengetahui perkara itu sementara soal Bukit Cahaya Seri Alam itu sebagai alasan atau model sahaja. Kesimpulan yang ingin diketahui umum mengenai hal itu ialah beberapa perkara beriktu:
1. Kenapa tidak ada pemantau ke atas projek berkenaan sehinggakan menjejaskan alam sekitar? 2. Kenapa tidak diambil tindakan kepada syarikat yang melakukan kesalahan walaupun diberikan amaran lebih dari tiga kali? 3. Kenapa begitu banyak syarikat (35) yang diberikan kebenaran menjalankan projek berkenaan? 4. Siapakah pemilik projek berkenaan dan berapa keluasan tanah yang diluluskan serta berapa nilai semasanya? 5. Di zaman (MB) siapakah tanah itu diluluskan? 6. Apakah kalau tidak ada pendedahan itu kerajaan Khir atau kerajaan Selangor akan bertindak? 7. Apakah segala projek itu mendapat kelulusan dari Ikram atau pun pihak berkuasa alam sekitar lain?
Khir dan kerajaan Selangor harus menjelaskan perkara ini dengan sejelas-jelasnya. Beliau tidak perlu menyembunyikan apa-apa fakta. Segala maklumat dan fakta itu perlu disenaraikan dan didedahkan kepada umum. Kalau boleh ditampalkan di semua tempat awam di Selangor dan juga Kuala Lumpur.
Mungkin satu kertas putih juga perlu disediakan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjelaskan perkara ini kepada rakyat secara rasmi dan lebih bertanggungjawab.
Dengan berbuat demikian sahajalah baru orang boleh mempercayai ketulusan Khir dan para anggota Exconya. Kalau setakat mengakui hatta bersumpah dengan nama Tuhan sekali pun orang tidak akan mempercayai Khir.
Sejarah masa lampau yang menimpa beberapa orang Menteri Besar dan menteri di dalam Umno tidak pernah padam dari ingatan orang ramai.
Apabila seseorang Menteri Besar atau menteri dihimpit masalah, mereka akan melepaskan diri dengan apa cara sekali pun termasuklah menafi dan bersumpah. Namun akhirnya terpaksa juga mengaku apabila tembelang mereka terus busuk dan memburuk sehingga melampaui semua ceruk negeri.
Sebenarnya opera Cina di Selangor ini semakin mendebarkan Khir Toyo. – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 03.03.2005
|
|
|
| |
| PAK LAH SENARAI HITAMKAN KHIR NAMUN SELESAIKAH MASALAH? |
| 03.04.05 (12:45 pm) [edit] |
 Kawasan sekitar Bukit Cherakah yang kini gondol |
Kini jelas. Taman Bukit Cahaya Seri Alam yang dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah memang mengalami kesan negatif terhadap ekologinya hasil dari pembagunan rakus yang dijalankan oleh 35 pemaju dipersekitarannya.
MB Selangor Khir Toyo dalam akhbar THE MALAY MAIL hari ini menafikan memiliki sebarang kepentingan peribadi terhadap projek yang sedang dilaksanakan. Kata beliau:
I have no share or any interest in the development there. I have nothing to hide about this.
Sama ada beliau ada kepentingan ataupun tidak itu isu kedua. (Walaupun ramai yang mengakui bahawa Khir memang mempunyai hubungan yang akrab dengan pemilik Lebar Daun Developmet, salah-sebuah syarikat pemaju yang terlibat yang dibongkar oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini) Yang pentingnya kini Taman ini dan segala khazanah di dalamnya telah menjadi mangsa pembangunan yang diketahui hidup-hidup oleh kerajaan negeri bawah pimpinan Khir.
 Khir OK diblacklist.. |
Pak Lah semasa merasmikan Hari Lanskap Negara di Taman Tasik Perdana hari ini telah menyebut secara terbuka perkosaan yang berlaku terhadap Taman ini. Malah beliau secara terbuka menyebut nama Khir di dalam ucapannya itu. Dan BERNAMA melaporkan Pak Lah semasa dalam perjalanan ke Taman Tasik Perdana melalui pesawat Nuri telah memantau sendiri kesan buruk terhadap Taman Pertanian berkenaan. BERNAMA memaparkan gambar Pak Lah menjenguk dari tingkap pesawat tersebut dengan caption:
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is visibly upset to see the extensive damage done to the Bukit Cahaya Seri Alam Agriculture Park vicinity in Shah Alam.
PM Pak Lah kelihatan begitu tersinggung menyaksikan kemusnahan besar yang berlaku terhadap Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam.
Kerajaan Pusat melalui mesyuarat kabinet Rabu lalu telah mengumumkan akan mengarahkan kerajaan negeri menyerahkan Taman berkenaan untuk digazetkan sebagai tanah reserve persekutuan. Tetapi apakah tindakan tersebut menyelesaikan masalah yang berlaku?
Kedua-dua akhbar NST dan Utusan masih mendedahkan secara terbuka isu ini dan berterusan membongkar pelbagai persoalan baru, malah NST mempertikaikan adakah Khir sebenarnya menjaga kepentingan Taman berkenaan ataupun kepentingan pemaju.
Kesimpulannya satu badan penyiasat perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dari awal hingga akhir. Atas nama ketelusan segala-galanya perlu dibawa kepengetahuan rakyat dan pihak yang bertanggungjawab perlu diseret kepengadilan bukan sekadar mendenda satu-dua pemaju tetapi siapa sahaja yang bertanggungjawab samada pemaju, kakitangan kerajaan termasuklah ahli EXCO dan MB sendiri jika perlu!
Kalau PM sendiri dilaporkan kecewa dan banyak pihak pula merungut secara terbuka tetapi yang didenda cuma satu-dua pemaju dan kemudiannya semua kembali seperti sedia-kala, maka jangan hairan beribu lagi perkosaan terhadap khazanah negara seumpama di Bukit Cerakah ini akan berlaku, kerana kita sesungguhnya sekadar pandai membuat bising hanya apabila segala-galanya sebenarnya telah musnah dan ranap.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 03.03.2005
|
|
|
| |
| KEMBALIKAN PILIHAN RAYA MAJLIS TEMPATAN |
| 03.03.05 (4:28 pm) [edit] |
Semalam merupakan ulangtahun ke-40 tarikh pembatalan pilihan raya majlis tempatan yang pernah diadakan di negara kita sehingga tahun 1965. Ianya dibatalkan melalui peruntukan Emergency (Suspension of Local Government Elections) Regulations 1965 iaitu satu peruntukan yang digunakan atas nama darurat. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrontasi dengan Indonesia, suasana difikirkan tegang dan tidak sesuai untuk pilihan raya jenis ini
Pra 1965 ahli-ahli majlis-majlis tempatan dalam negara dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya.
Tujuan pemilihan di peringkat ini pada dasarnya adalah untuk mewujudkan ketelusan dalam urusan dan pentadbiran majlis-majlis tempatan di mana sesuatu tindakan dan keputusan yang dibuat secara tekniknya diputuskan oleh wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada ahli-ahli majlis yang dipilih.
Pasca 1965 ahli-ahli majlis tempatan cuma dilantik di kalangan ahli-ahli politik yang mewakili parti yang memerintah di peringkat negeri. Dalam erti kata lain rakyat tidak lagi terlibat dalam proses membuat keputusan dan dasar sedangkan rakyatlah yang merupakan pembayar cukai dan hasil yang merupakan sumber dana utama untuk satu-satu majlis tempatan.
Dalam suasana aman dan negara bersungguh mahu mempamerkan wajah negara maju, maka layaklah proses demokrasi saluran ketiga ini dihidupkan kembali. Tambahan dengan banyaknya keluhan di kalangan rakyat darihal perjalanan majlis-majlis tempatan, sesuai sangatlah kerajaan menimbangkan agar pilihan raya majlis tempatan ini dijalankan semula. Sekurang-kurangnya rakyat boleh terlibat langsung dalam menentukan suasana kehidupan masing-masing di peringkat tempatan.
Sementara itu DAP semalam telah mengadakan perhimpunan di dataran Merdeka untuk menuntut agar pilihan raya majlis tempatan ini sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dihidupkan kembali.
Demonstrasi jalanan di Lubnan |
Namun yang menyedihkan apabila pihak polis meleraikan perhimpunan aman ini dengan menangkap 7 orang yang terbabit termasuklah seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN. Wajarkah pihak polis bertindak demikian? Menurut sumber perhimpunan tersebut ketika itu telah pun sampai ke penghujungnya namun pihak polis dengan memberikan hanya sekali amaran telah terus bertindak meleraikan yang hadir di samping menangkap individu berkenaan serta merampas belon-belon yang mahu dilepaskan oleh pihak penganjur.
Kejadian ini mengingatkan saya tentang siaran CNN yang saya tonton satu dua hari ini di mana demonstrasi jalanan rakyat Lubnan (Lebanon) yang menutut agar tentera Syria berundur dari bumi mereka ditunjukkan. Pihak kerajaan telah mengharamkan sebarang bentuk demonstrasi, pihak polis dengan senjata lengkap telah dikerah keluar, namun walaupun demonstrasi yang ditontonkan besar, bising dan menganggu suasana, pihak berkuasa tidak mengganggu sedikit pun, cuma sekadar mengawal lalulintas dan pergerakan demonstrasi berkenaan.
Malaysia jauh lebih aman dan maju dari Lubnan!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 02.03.
|
|
|
| |
| SURE HADHARI? 'TAHNIAH' KERAJAAN BN TERENGGANU |
| 03.03.05 (4:27 pm) [edit] |
Merujuk kepada Mingguan Malaysia 27/2/2005 ms.14, kita sepatutnya menyampaikan sekalung "tahniah" kepada Kerajaan Terengganu yang telah menafikan telah memberi kebenaran kepada stesen televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan program berbentuk hiburan, Karnival TV3 Sure Heboh di negeri ini. Tentunya ia sesuai dengan prinsip pertama Islam Hadhari -Keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Merujuk kepada ceramah seorang Ustaz, yang memetik dari buku yang digunakannya saban minggu untuk berkuliah, taat menyuburkan iman dan maksiat pula memusnahkannya.
Karnival TV3 Sure Heboh dikatakan oleh Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mewakili Majlis Mufti Malaysia pada 30 Julai 2004 lalu adalah sebagai haram dan diwajibkan diberhentikan segera.
Menurut pandangan mufti itu, "pada saya Sure Heboh ini adalah suatu perkara yang tidak baik kerana ia melalaikan orang. Maka perbuatan melalaikan orang itu hukumnya haram," ujarnya ketika menjawab soalan pemanggil sewaktu siaran langsung di waktu itu.
Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Pejabat Mufti Negeri Perak telah membuat laporan membantah pihak terbabit yang menganjurkan program 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia' dan 'Persembahan Bakat Warga Emas'.
Pada 26 Februari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hisham Wan Salleh berkata, kerajaan negeri tidak pernah dan tidak akan membenarkan karnival berkenaan atau yang seumpamanya, dibuat di negeri ini kerana ia mengandungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis tempatan yang tidak menepati ciri-ciri Hadhari. Ini menguatkan lagi bahawa benarlah seperti apa yang telah dinyatakan oleh Mufti Negeri Perak itu, walaupun dinafikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang menyatakan, "kita patut berjaga-jaga dengan kenyataan yang dibuat, kalau tidak akan timbul banyak kekeliruan dan menyusahkan banyak pihak.
Kenyataan yang menggunakan itu haram, ini haram patutlah dikaji sedalam-dalamnya dan dirundingkan dengan seberapa ramai orang dan akhirnya kalau membuat sesuatu keputusan pun biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri buat keputusan. Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah, tidak ada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja."
PM sendiri pernah menyebut bahawa kerajaan ingin mengetahui hujah yang diguna pakai Majlis Mufti Malaysia dalam membuat keputusan untuk mengharamkan konsert yang diadakan sempena satu karnival anjuran syarikat televisyen swasta.
Yang menjadikan kita sepatutnya mengucapkan tahniah yang lebih tinggi, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan komunikasi negeri, kerajaan negeri telah membuat kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi menganjurkan satu program Hadhari yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu mengenai konsep Islam Hadhari kerana telah berjaya "menghadharikan" TV3 dengan menganjurkan karnival Islam Hadhari yang akan diadakan di negeri ini dengan kerjasama stesen televisyen itu. .
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan komunikasi negeri itu, program ini mempunyai pengisian yang hampir sama dengan Sure Heboh tetapi yang membezakannya ia tidak akan mengadakan konsert dan nyanyian seperti yang diadakan di negeri-negeri lain. Sudah tentu penghadhariannya akan menutup rapat pintu-pintu maksiat yang akan menghakis keimanan.
Menurut pamplet dan iklan yang diedarkan sebelumnya oleh pihak penganjur di seluruh negara, Perak merupakan negeri kedua selepas Negeri sembilan iaitu di awal bulan Mac untuk menganjurkan karnival itu. Oleh kerana mungkin kerajaan Perak menurut kata Muftinya, ataupun mungkin juga setelah mereka gagal untuk menghadharikannya, maka Sure Heboh tidak dibenarkan. Pada peringkat awalnya, Karnival Sure Heboh yang dijadualkan datang ke Terengganu bertarikh 20- 21 Ogos ini.
Tahniah kerajaan Terengganu sekali lagi. Bukan mudah untuk menghadharikan sebuah stesen swasta yang kita sendiri pun tahu rancangan apa yang sering disiarkan.
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Yusuf Husin sendiri tidak mampu melakukan apa-apa. Pada bulan Oktober 2004 lalu, beliau hanya mampu meminta ibu bapa menutup televisyen apabila didapati program TV tidak baik untuk anak-anak mereka.
Amirruddin - 03.03.2005
|
|
|
| |
| KHIR OK DAH TAK OK LAGI |
| 03.03.05 (8:52 am) [edit] |
 Wajah Khir toyO (KO) dan kawasan gondol |
Semuanya OK Khir demikianlah bunyinya tajuk akhbar Utusan Malaysia hari ini. Khir Toyo semalam sebelum menyerahkan laporan kedua darihal perkosaan Taman Pertanian di Bukit Cerakah kepada PM (laporan pertama ditolak oleh PM) telah membawa para pemberita mengunjungi Taman berkenaan.
Setelah hampir seluruh media perdana mendedahkan darihal kesan ekologi terhadap pembangunan di sekitar taman berkenaan Khir dengan selamba mahu membuktikan bahawa segala pendedahan yang dibuat adalah palsu dan tidak benar.
Lantaran kenyataannya:
Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.
itulah maka Utusan menggelarkan beliau Khir OK!
Sebenarnya isu di sini bukan soal pencerobohan terhadap tanah di Taman tersebut, persoalan utama sebenarnya adalah kesan pembangunan yang tidak terkawal yang berlaku di sekeliling Taman berkenaan yang dibimbangi menganggu tumbuhan dan hidupan di dalam Taman berkenaan.
Sebagaimana didedahkan oleh Utusan sebelum ini bukit-bukau yang ditarah di sekitarnya telah mengakibatkan banjir melanda taman berkenaan apabila hujan lebat. Hidupan dan tumbuhan turut terjejas dan mati akibat hutan yang sepatutnya menampan Taman berkenaan telah gondol dikerjakan oleh pemaju.
Inilah masalahnya dan Khir OK tidak sepatutnya lari dari isu sebenar.
Kalau kita membaca NST hari ini di muka hadapan ditunjukkan gambar dari udara sekitar Taman berkenaan. Khir tidak boleh menafikannya. Betapa pembangunan luar kawalan sebenarnya berlaku atas kelulusan asal pihak kerajaan negeri, segala kerja pembangunan berjalan dengan rancak di bawah dagu MB dan para EXCO nya.
Malah Utusan dalam laporannya hari ini menimbulkan berbagai lagi persoalan ekoran kenyataan Khir antara lain:
Timbul persoalan, apakah itu jawapan beliau dalam menangani isu sebenar kesan ekologi yang dialami oleh taman itu akibat pembangunan di sekelilingnya?
Mengapa isu sebenar mengenai pembahagian tanah yang terlalu banyak kepada pemaju-pemaju tidak dijawab?
Kenapa kelulusan diberikan untuk pembangunan di kawasan yang sensitif kepada pembangunan, dan kenapa bukit Kelas 4 ditarah?
Laporan media mengenai isu itu sebelum ini, sama sekali tidak menyentuh mengenai soal pencerobohan.
Akibat dari tindakan politik selamatkan diri ini Khir sesungguhnya telah membangkitkan lebih banyak lagi pertikaian terhadap kredibiliti beliau. Petang semalam beliau dikhabarkan telah menyerahkan laporan kedua kepada PM.
Dan sebentar tadi TV3 telah menyiarkan kenyataan di mana Kabinet telah mengarahkan agar Taman berkenaan diambil-alih sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan dan digazetkan sebagai Taman Pertanian Negara. Jelaslah pusat tidak lagi dapat menaruh kepercayaan kepada Khir untuk memelihara Taman berkenaan.
Dengan keputusan demikian bermakna masadepan politik Khir berada di hujung tanduk. Nampaknya Khir dah tak OK lagi selepas ini!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 02.03.2005
|
|
|
| |
| PAK LAH: SEMUA OK.. TAK TERJEJAS DAN TAK DICEROBOH |
| 03.03.05 (8:47 am) [edit] |
Pening juga kepala Pakngah apabila mendengar penjelasan DS Khir Toyo seperti berikut, “Dr Mohamad Khir berkata, taman pertanian itu tidak terjejas atau berlaku pencerobohan, sebaliknya keluasan taman itu ditambah 12 hektar. Lawatan ini jelas menunjukkan hutan masih ada, keluasannya ditambah dan keadaannya dijaga dengan baik,” katanya.
Menurut beliau, apa yang berlaku adalah pembangunan di sekitar dan kawasan hutan sedikit terganggu di kawasan penanaman sayuran, perkampungan budaya dan empangan Sungai Baru.
Dalam satu penjelasan yang bertentangan diantara satu sama lain. Mula kata kata tak terjejas atau berlaku pencerobohan tetapi emudiannya kata sedikit terganggu. Kalau macam itulah penjelasannya bukan sahaja Pak Lah tak patut terima, Orang kampong macam Pakngah pun tak boleh terima. Berbelit-belit tetapi yang jelas telah berlaku kerosakan kepada Taman Bukit Cahaya Seri Alam. Lihatlah apa penjelasan DS Khir Toyo seperti berikut:
Semuanya OK - Khir -- Tetapi dua pemaju akan dikenakan tindakan undang-undang Oleh: HELMI MOHD. FOAD dan ZAINI RABAN
SHAH ALAM 1 Mac - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang meninjau ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam selama sejam hari ini membuat kesimpulan: "Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.''
Beliau juga hairan bagaimana ada pihak-pihak `tertentu' menggambarkan seolah-olah hutan taman pertanian itu "sudah tidak ada''.
PM mahu Khir segera bertindak SHAH ALAM 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan Selangor mengambil tindakan segera dalam isu berkaitan pembangunan berhampiran Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam di sini yang boleh membawa kesan buruk kepada sistem ekologi taman pertanian itu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, perkara itu disuarakan oleh Abdullah kepadanya semasa beliau menyerahkan laporan berhubung isu pembangunan yang kini hangat diperkatakan.
"Perdana Menteri minta kita (kerajaan Selangor) ambil tindakan segera,'' katanya ringkas ketika dihubungi mengenai pertemuannya dengan Abdullah di Putrajaya hari ini.
Seperti mana lazimnyalah bila dah diketuk, baru nak buat kerja. Dalam hal ini pun serupa sahaja. Bila dah dibongkar baru nak ambil tindakan. Beberapa tempoh terdahulu, tak kan tak nampah digondolkan. Lagi pun dari Pejabat MB sendiri pun mungkin boleh nampak , lain lah kalau pembangunan dibuat di Sumatera ke, Johor atau Perlis. Kalau tak dihebohkan tempohari sudah pasti tak timbul dakwa mendakwa ini. Dah hilang 5 ke 6 bukit baru nak dakwa.
Lihat petikan akhbar berikut:
Selangor mahu dakwa 14 syarikat Oleh Rafidah Mat Ruzki
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan mahkamah terhadap 14 syarikat yang memajukan kawasan di sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, di sini kerana menebang hutan tanpa mendapatkan kelulusan kerja tanah.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (gambar), berkata kerajaan negeri sudah menghantar beberapa surat amaran kepada pemaju terbabit sebelum mengarahkan mereka menghentikan kerja tanah pada 18 Februari lalu.
“Mereka membersihkan hutan sebelum mendapat kelulusan kerja tanah,” katanya kepada pemberita selepas melawat taman pertanian itu, semalam.
Beliau meninjau keadaan di beberapa kawasan di sekitar taman itu yang dikatakan teruk terjejas akibat pembangunan tidak terancang sejak beberapa tahun lalu.
Dua daripada tiga kawasan yang dikatakan teruk terjejas akibat pembinaan tidak terancang oleh pemaju di sempadan taman itu, didapati sudah pulih. Keadaan di Taman Budaya yang dilanda banjir pada 2003 dan Empangan Sungai Baru yang tercemar juga sudah dipulihkan.
Lepas ini apa pula yang dikatakan beliau terhadap penggondolan di Kawasan Selayang.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 02.03.2005
|
|
|
| |
| KETIBAAN ANWAR KE MANCHESTER DITUNGGU-TUNGGU |
| 03.02.05 (4:25 pm) [edit] |
Assalamualaikum Rakan-rakan sekelian.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Oxford University sebagai Pensyarah Fellow akan berada di Manchester bagi bertemu dengan masyarakat Malaysia di sana. Program tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 06 Mac, 2005 Masa : 2.00 pm (Selepas Solat Zohor Tempat : Masjid Khidzra (United Kingdom Islamic Mission), Cheetham Hill Road, Manchester - Rujuk peta Bulatan No. 17. Anjuran: Keadilan Antarabangsa Eropah (KAE)
Maka dengan itu, penganjur program, Keadilan Antarabangsa Eropah dengan kerjasama United Kingdom Islamic Mission (Manchester) menjemput semua masyarakat Malaysia yang berada di United Kingdom terutama sekali di Utara England untuk bersama-sama hadir ke majlis tersebut.
Adalah dijangkan majlis tersebut bukan sahaja akan dihadiri oleh masyarakat Malaysia, malah kebanyakan masyarakat Muslim di sana(Pakistan, India, Afghanistan, Bangladesh, Eropah, Arab, Indonesia, Singapura, Brunei, Afrika) juga berminat untuk hadir sama bagi mendengar syarahan daripada pemimpin Islam yang dikenali ramai masyarakat dunia ini. Pengerusi Masjid yang juga Imam masjid tersebut juga berasa sungguh bangga dan terharu dengan kesudian Datuk Seri Anwar untuk hadir ke masjid tersebut yang mana Datuk Seri Anwar adalah salah seorang yang membantu dalam pembinaan masjid tersebut beberapa tahun dahulu.
Sayugia diingatkan bahawa walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan ancaman, pelajar-pelajar di United Kingdom terutama sekali di Manchester telah bersepakat untuk tidak mengendahkan ancaman tersebut kerana adalah jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membawa apa-apa kapisiti politik dalam rangka lawatannya, tetapi adalah berstatus ahli akademik dan tidak menjadi apa-apa kesalahan bagi seorang ahli akademik menyampaikan syarahannya kepada masyarakat apatah lagi kepada golongan pelajar. Malahan, kebanyakan mereka menyatakan, sikap penjawat jawatan awam itu adalah kebudak-budakan, keterbelakang dari semangat demokrasi dan tidak dialu-alukan.
Yang paling membanggakan ialah pihak penganjur telah mendapat tawaran dari pelbagai pihak untuk menderma wang ringgit, bahan makanan, tenaga dan material yang diperlukan dalam persiapan program tersebut. Namun, program tersebut akan tetap diadakan secara sederhana, berhemah dan berjimat cermat dan para pelajar tidak akan dilibatkan dalam persiapan program. Ini adalah bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Tetapi adalah cukup untuk mereka sekadar menghadiri dan mendengar syarahan sambil mengambil ilmu serta iktibar daripada syarahan tersebut walaupun kebanyakan mereka menyatakan kesanggupan untuk membantu dan tidak gentar dengan sebarang ancaman dan tindakan.
Para pelajar dan masyarakat Malaysia juga akan hadir tanpa sebarang insentif atau sogokan seperti wang ringgit, jamuan besar-besaran, hiburan, sukan dan sebagainya kerana program yang bakal diadakan ini adalah program berbentuk akedemia dan bertukar pendapat dan fikiran.
Keadilian Antarabangsa Eropah memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia atas makluman saat akhir ini walaupun perancangannya telah dibuat terlebih lama dahulu atas alasan strategi serta kesibukan Datuk Seri Anwar dengan jadual kerja dan syarahannya yang ketat di Oxford University, Harvard University dan London. Walaubagaimanapun, adalah diharapkan agar semua rakyat Malaysia di United Kingdom dapat membuat persiapan awal terutama sekali perancangan perjalanan untuk ke Manchester dan diharapkan agar pihak MSD tidak akan membuat sebarang sekatan jalanraya di semua pintu masuk ke Manchester bagi menghalang kehadiran mereka nanti.
Kedatangan Anwar Ibrahim ke Manchester adalah seminggu lebih awal daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Mac depan juga di Manchester, tetapi mempunyai gaya persiapan yang amat berbeza sekali.
Timbalan Perdana Menteri dijangka akan menemui hampir 2,500 orang pelajar di sebuah dewan yang besar di Manchester ini dan pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan acara tersebut. Beliau dijangka akan melancarkan program Islam Hadhari peringkat United Kingdom yang mana majoriti rakyatnya adalah beragama Kristian (Hadhari?) dan Atheis (tidak berugama). Juga didalam majlis pelancaran tersebut acara sukan seperti bolasepak, badminton, persembahan tarian, nyayian dan kugiran juga akan turut diadakan untuk mencerminkan makna Islam Hadhari Malaysia.
Kebanyakan rakyat Malaysia disini merasakan bahawa ini adalah satu sejarah bagi mereka di United Kingdom dan amat menarik sekali dimana Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan bertembung selang seminggu dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ini juga, pada pendapat mereka, adalah satu peluang untuk melihat siapakah yang mempunyai daya pemikiran yang lebih tinggi, berkarisma dan benar-benar layak dipanggil pemimpin justeru, lebih layak untuk memimpin mereka apabila mereka pulang ke tanahair kelak.
Bertemu lagi.
PENGERUSI KEADILAN ANTARABANGSA EROPAH (KAE) MANCHESTER UNITED KINGDOM (est. 2000)
InfoM@RHAEN - 02.03.2005
|
|
|
| |
| SURAT TERBUKA KEPADA YAB TUAN GURU DATO NIK ABD AZIZ NIK MAT |
| 03.02.05 (6:31 am) [edit] |
PERKARA: PUSAT PEMULIHAN DADAH SECARA ISLAM
Assalamualaikum
Kehadapan Tok Guru yang dikasihi semoga sihat sejahtera sentiasa di bawah bimbingan Allah swt.
 TG Dato Nik Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan. |
Pada hari Ahad lalu semasa program Debat Perdana di RTM 1, Dato' Noh Omar selaku Timbana Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah mencabar PAS khususnya kerajaan negeri Kelantan agar mendirikan sebuah pusat pemulihan dadah yang bercirikan Islam yang menurut beliau akan disokong sepenuhnya oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan ataupun AADK.
Bagi saya, isu penyalahgunaan dadah ini adalah satu penyakit sosial yang besar yang menurut statistiknya banyak menimpa remaja Melayu/Islam. Pihak kerajaan pusat melalui Pusat Serentinya menurut Noh sendiri sekadar mampu menahan pesakit jenis ini selama tempoh 2 tahun, tanpa program pengisian yang dapat menjamin kejayaan pemulihan yang sepenuhnya.
Dan sejak berpuluh tahun berperang dengan penyakit sosial ini dan dengan pelbagai undang-undang pencegahan nampak seolah-olah masalah kronik ini tidak pernah kelihatan reda malah semakin di luar kawalan.
Lalu saya rasa wajar sangatlah kerajaan negeri pimpinan Tok Guru mengambil langkah proaktif dengan merancang dan mengusahakan satu pusat pemulihan yang mengambil pendekatan Islam sebagai satu alternatif bagi mengubati penyakit masyarakat ini. Pasti pakar-pakar dan sukarelawan dapat dikumpulkan dari seluruh Negara untuk membantu. Jadikan pusat di Kelantan ini kelak sebagai satu pusat contoh yang boleh nanti diteladani di tempat-tempat lain.
Saya yakin kiranya Tok Guru sendiri menerajui usaha ini pasti segenap lapisan masyarakat bukan sekadar di Kelantan sahaja akan berebut untuk memberi sokongan dan bantuan. Barangkali boleh diadakan roadshow bagi memungut dana ke arah perlaksanaan usaha ini dalam waktu terdekat.
Saya berdoa dan berharap agar kerajaan pimpinan Tok Guru akan memandang serius perkara ini dan membuktikan insyallah ISLAM BOLEH!
Sekian terima kasih.
ROSLAN SMS
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 01.03.2005
|
|
|
| |
| GEMPAR – DATUK CAMPAK PISTOL KE ATAS MEJA PENGURUS BESAR KPK |
| 03.02.05 (6:28 am) [edit] |
Kota Bharu – Pengurus Besar Kumpulan Perkayuan Kelantan (KPK) petang semalam menerima ugutan dari seorang yang mengakui dirinya bergelar Datuk Azmi yang berasal dari Perak agar meluluskan permohonannya untuk mendapat kawasan balak milik KPK.
Datuk berkenaan yang datang bersama dua orang selaku pengawalnya telah menampakkan pistol di atas meja Pengurus Besar KPK berkenaan sambil memaksa pengurus itu menandatangani surat kelulusan.
Ugutan ini berlaku dipercayai apabila Pengurus berkenaan enggan memenuhi permintaannya agar meluluskan kawasan balak yang dipohonnya.
Datuk berkenaan yang dalam usia 30-an juga mendakwa permohonan itu dibuat atas arahan pihak istana Kelantan, sementara dua orang ‘pengawal’ yang datang bersamanya didakwa sebagai ADC Sultan Kelantan.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4.00 petang semalam.
Semasa peristiwa itu berlaku, satu panggilan kononnya dari istana telah dibuat ke pejabat berkenaan.
Disebabkan yakin dengan dakwaan itu serta takut dengan ugutan berkenaan, pengurus berkenaan terpaksa menandatangani surat kelulusan permohonan kawasan balak Datuk berkenaan.
Dua minggu sebelum ini Datuk berkenaan ada memohon kawasan balak milik KPK. Bagaimana pun beliau tidak mampu membayar wang cagaran yang diminta oleh KPK sebanyak RM100,000 sebelum kelulusan diproses.
Tembelang busuk Datuk berkenaan bagaimana pun terbongkar apabila sebaik sahaja kejadian itu dilaporkan kepada pihak kerajaan negeri. Pengurus berkenaan bertindak memaklumkan segera kejadian itu kepada Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa selepas menandatangani surat kelulusan Datuk berkenaan.
Husam yang merasakan sesuatu yang tidak kena terus bertindak mendatangi Istana Besar di Kota Bharu untuk mendapat kepastian apakah dakwaan Datuk berkenaan benar atau sebaliknya. Hasil tindakan Husam ternyata ‘berbaloi’ apabila pihak istana menafikan tidak ada kaitan dengan Datuk berkenaan.
Pihak Istana juga menjelaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tidak ada individu yang bernama Datuk Azmi yang menjadi proksi kepada istana. Selama ini juga pihak istana tidak pernah melantik sesiapa sebagai proksinya. Dua orang yang didakwa sebagai ADC sultan juga tidak benar.
Ternyata panggilan ke pejabat KPK itu yang kononnya datang dari istana sebagai satu strategi bagi meyakinkan pengurus berkenaan sahaja. Setelah drama penipuan ini terbongkar KPK bertindak serta merta membatalkan kelulusan permohonan berkenaan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh kerajaan Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu dan pihak polis sedang menyiasat kes ini.
Sementara itu ekoran kejadian itu Pengurus Besar KPK berkenaan bercadang untuk melepaskan jawatan kerana terlalu takut dengan kejadian itu.
Sebagai rekod KPK adalah di antara syarikat milik kerajaan negeri di bawah portfolio Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, yang mencatatkan keuntungan pada tahun ini setelah mengalami kerugian beberapa tahun lalu.
KPK juga menjadi sasaran para pengusaha balak di Kelantan untuk mendapat kawasan pembalakan milik kompleks berkenaan. – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 28.02.2005
|
|
|
| |
| SIAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA, PAK LAH ATAU KHAIRY JAMALUDDIN? |
| 03.01.05 (5:01 pm) [edit] |
Khairy Jamaluddin sudah melampau. Habis kepala semua orang dia pijak-pijak. Kepala bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), dia pijak-pijak. Kepala Tan Sri KSN dia pijak-pijak. Kepala Tan Sri IGP dia pijak-pijak. Kepala Tan Seri Ketua Turus Angkatan Tentera dia pijak-pijak. Kepala Tan Sri Hakim Negara dia pijak-pijak. Kepala Mufti Wilayah Persekutuan dia pijak-pijak. Kepala Timbalan Perdana Menteri dia pijak-pijak. Kepala Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun dia pijak-pijak. Habis, kepala siapa lagi yang belum dia tidak pijak-pijak?
Khairy Jamaluddin sudah lupa daratan. Macam kacang lupa kulit. Bagai kaduk naik junjung. Seperti kera dapat bunga. Umpama kodong dapat cincin. Dia barua Singapura. Dia barua Amerika. Mungkinkah dia juga barua zionis yahudi? Hari ini, Khairy sudah gadaikan Perdana Menteri Malaysia kepada Singapura dan kepada Amerika Syarikat. Mungkin juga dia gadaikan Perdana Menteri Malaysia kepada zionis yahudi. Ini semua berlaku kerana Khairy anak didik Kalimullah, Ketua Pengarang Kumpulan NST merangkap jadi spy Singapura. Yahya Ismail pernah bertanya dalam buku terbarunya, kenapakah Kalimullah kerja sekejap sahaja dengan TPM Tun Ghafar Baba? Jawabnya kerana dia tidak lulus security vetting atau tidak diizinkan oleh pihak keselamatan negara. Sebabnya kerana Kalimullah adalah ejen atau spy Singapura. Dalam zaman Pak Lah, Kalimullah naik tocang. Pasal apa? Pasal dia pandai ampu Khairy. Dia juga pancing Khairy dengan wang berjuta ringgit. Akibatnya, Khairy pun ikut telunjuk Kalimullah dan gadaikan Pak Lah selaku bapa mertuanya kepada Singapura, Amerika dan yahudi.
Macam mana dia gadai? Senang sahaja. Pak Lah terlalu sayangkan Khairy. Semua rahsia negara Khairy baca. Semua fail rahsia Negara yang Pak Lah bawa balik ke rumah, Khairy baca. Fail sengkang besar atau rahsia besar pun Khairy baca. Lepas itu Khairy lapor pada Kalimullah. Kalimullah pula report pada Singapura. Kadang-kadang, Kalimullah juga report terus pada Amerika Syarikat.
Bangsat betul Khairy Jamaluddin. Laknat betul Kalimullah. Tapi Pak Lah tak peduli apa orang kata. Dia sayang sangat pada menantunya. Dia terlalu sayang pada Khairy pasal Kak Endon suruh. Jahanam Malaysia kalau amalan Pak Lah macam ini berpanjangan. Lengkup agama Islam kalau perbuatan Pak Lah tak hendak sekat pengkhianatan Khairy berterusan. Hancur bangsa Malaysia kalau Khairy dan Kalimullah terus dipercayai oleh Pak Lah.
Kenapa Pak Lah lembik sangat? Kenapa Pak Lah asyik ingat Kak Endon sahaja dalam dunia ini yang benar, sebenar-benarnya. Kenapa Pak Lah marah-marah pegawai kerajaan atau Menteri yang menyampaikan berita-berita mengenai Khairy seperti di atas? Kenapa Pak Lah tak mau terima bahawa Khairy adalah pengkhianat negara?
Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun sama. Macam pondan. Cita-cita tinggi melangit. Tapi perjuangan tak kemana. Nama sahaja cucu pengasas UMNO dan anak bekas Perdana Menteri. Tapi semangat juang lembik macam maknyah. Hishamuddin ingat bila Khairy jadi naibnya, Khairy akan jadikan dia kuat? You are a fool, man! Real bloody fool!! Sekarang apa sudah jadi? Nampak gayanya Khairy macam dah nak bunuh Hishamuddin. Exco Pemuda UMNO Malaysia takkan tak nampak apa Khairy buat. Orang macam Datuk Dr. Zambry yang naik mendadak kerana pakar ampu Hishamuddin buta ke? Tak nampak ke apa yang Khairy buat? Betul juga kata Yahya Ismail, Exco Pemuda UMNO Malaysisa dan majoriti Kertua Pemuda UMNO adalah barisan super oportunis yang gila pangkat dan mabuk harta kekayaan par excellence! Jadi, apa ahli-ahli pemuda UMNO di seluruh negara nak buat? Ampu lagi Hishamuddin dan Khairy? Ampulah!!! Ampulah sampai negara lengkup, bangsa tergadai dan agama musnah!!!! Ampulah!!!!
Tapi, segala musibah yang menimpa UMNO dan negara ini sebenarnya berpunca daripada sikap Pak Lah yang dengar sangat cakap Kak Endon, Khairy dan Kalimullah. Kalau Pak Lah tak bagi muka pada Khairy dan Kalimullah, tentu kaduk tak naik junjung. Kalau Pak Lah tak lebih-lebih sangat dengan Kak Endon, tentulah Khairy tak boleh angkat muka. Kalau Pak Lah insaf bahawa dialah Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tentunya dia tak rela dirinya dikongkong oleh Kak Endon, Khairy dan Kalimullah.
Pak Lah kena sedar. UMNO hak orang Melayu. Jadi, kalau orang Melayu kata Khairy itu pengkhianat, Pak Lah kena dengar, siasat dan ambil tindakan sewajarnya. Ini tidak. Pak Lah Presiden UMNO. Tapi bila orang UMNO tegur Pak Lah pasal Khairy, Pak Lah melenting dan orang UMNO itu pula yang disalahkan. Pak Lah Perdana Menteri Malaysia. Jadi, kalau ada rakyat Malaysia kata Khairy adalah pengkhianat negara, Pak Lah kena dengar, siasat dan ambil tindakan serta merta. Ini tidak. Walaupun orang dah kata, waspadalah dengan Kahairy, Pak Lah masih lagi bagi Khairy baca seluruh fail mengenai rahsia besar negara. Lingkup… Lingkup Malaysia tak lama lagi.
Pak Lah kena insaf. Beberapa Perdana Menteri Malaysia yang dulu-dulu, bukan Tun Mahathir Mohamad, pernah disusupi oleh anasir-anasir musuh. Ingat tak cerita Sidik Ghouse ejen CIA? Ingat tak kisah seorang setiausaha politik yang jadi talibarut komunis? Ingat tak cerita seorang hamba Allah yang jadi ejen freemason. Ingat tak Pak Lah segala cerita ini?
Sekarang, Pak Lah sedar tak yang Pak Lah sedang dipagari oleh ejen-ejen Singapura, Amerika, yahudi dan zionis. Ini bahaya. Ini soal keselamatan negara. Ini soal survival bangsa. Ini soal agama. Sebab itulah hari-hari ada saja percubaan puak-puak musuh ini untuk melemahkan Malaysia. Terbaru sekali soal Inter Religious Commission atau Suruhanjaya Antara Agama. Cuba Pak Lah siasat dengan rapi, siapakah di sebalik ura-ura pebubuhan IRC itu? Mungkinkah menantu Pak Lah bernama Khairy dan Kalimullah terlibat di sebalik ura-ura itu.
Pak Lah jangan lupa, soal Islam Hadhari pun kena jaga-jaga. Islam hanya satu. Tak ada Islam A, tak ada Islam B. Tan ada Islam PAS, tak ada Islam UMNO. Tak ada Islam Hadhari, tak ada Islam tak hadhari. Islam agama Allah. Kalau kristian adalah macam-macam kategorinya. Ada protestan, ada katholik, ada churches of England, ada prebystrian, ada Anglican, ada Sidang Injil Borneo, ada macam-macam. Tetapi Islam hanya satu kerana Islam adalah agama penyatuan, perpaduan, keamanan, kesejahteraan. Kalau gitu, kenapa Pak Lah kata yang ini Islam Hadhari dan yang lain pula Islam tak Hadhari? Kenapa ada Islam Pakeda dan Islam bukan Pakeda? Adakah ini juga atas nasihat Khairy yang super pintar? Pak Lah jangan lupa, soal rasuah. Pak Lah nak hapuskan rasuah. Tapi, kenapa kabinet Pak Lah penuh dengan muka-muka rasuah? Pak Lah tentu tahu siapa muka-muka rasuah dalam kabinet Pak Lah. Khairy yang super bijaksana pun juga tahu. Tapi, dengar-dengar ceritanya, Khairy juga sekarang sudah jadi super korup, super crook, dan super penyamun. Kalau Pak Lah tak percaya, tanya Datuk Cik Khalib CEO TNB. Tanya dia apa Khairy dah buat dengan tender-tender TNB? Kalau Pak Lah nak tau, tanya-tanyalah Datuk Seri Idris Jusoh. Tanya dia berapa ribu ekar tanah pasir Khairy dapat dari Terengganu tanpa perlu diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu?
Itu baru sikit. Kata orang putih, baru tip of the iceberg. Banyak lagi cerita pasal Khairy anak menantu kesayangan Pak Lah. Akhir-akhir ini sudah timbul cerita pasal Khairy bercintan-cintun dengan seorang wanita asing. Ada orang sudah ada filem pasal cerita Khairy yang terbaru ini. Mereka tidak bohong. Rasa-rasanya Nori anak perempuan kesayangan Pak Lah pun dah tau pasal cerita ini. Percayalah Pak Lah. Banyak orang ada filem pasal kisah ini. Tapi Pak Lah tentu biasa dengan cerita pasal filem seperti ini kerana seorang lagi anggota keluarga Pak Lah pun dah ada filem juga. Yang Pak Lah belum pasti ialah, mungkinkah dan bilakah filem-filem itu jadi filem box office di Malaysia?
Tolonglah Pak Lah. Tolonglah. Khairy Jamaluddin mesti dikenakan tindakan tegas dan segera. Jangan sampai Khairy menantu kesayangan Pak Lah ini jadi penyebab keruntuhan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Kalau Pak Lah tidak bertindak, slogan Pak Lah (atau mungkinkah ini juga slogan ciptaan Khairy?) cemerlang, gemilang, terbilang hanya menjadi slogan kosong. Kalau Pak Lah tidak bertindak bermakna Pak Lah akan mengkhianati bangsa Malaysia yang mahu maju sepenuhnya menjelang 2020. Kalau Pak Lah tidak segera bertindak, lebih baik Pak Lah berhenti dan lantik sahaja Khairy sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO secara rasmi.
Percayalah Pak Lah. Ramai bangsa Malaysia dah kecewa dengan Pak Lah. Bila mereka baca buku Yahya Ismail yang terbaru mengenai Khairy berura-ura nak jadi Perdana Menteri bila berumur 40 tahun, ramai lagi bangsa Malaysia jadi meluat dengan Pak Lah. Hal ini buat mereka bertanya: Siapa Perdana Menteri Malaysia? Pak Lah atau Khairy? Mereka hilang hormat pada Pak Lah kalau Pak Lah tidak bertindak segera. Tapi ingat, kalau nak bertindak terhadap Khairy, bertindaklah juga terhadap cikgu besarnya bernama Kalimullah. Kedua-dua manusia ini adalah makhluk perosak. Mereka merosakkan Pak Lah, mereka merosakkan Malaysia, mereka merosakkan Islam, mereka merosakkan UMNO.
Terkini: Seorang Hamba Allah berkata pada 28.2.05, baru-baru ini Khairy telah ditangkap oleh JAWI kerana berkhalwat. Lebih menarik lagi, isteri Khairy, Nori Abdullah, dikatakan terlibat memerangkap suaminya dengan jerat khalwat tersebut. Benarkah cerita ini? Harap sama-sama kita siasat!
- Pendekar Mustar - 01.03.2005
|
|
|
| |
| MUNGKINKAH KERUSI MB SELANGOR SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI BUAT KHIR |
| 03.01.05 (4:59 pm) [edit] |
Saya perhatikan serangan terhadap Khir Toyo sejak akhir-akhir ini semakin kritikal dan timpa-menimpa. Ia bersungguh-sungguh disensasikan oleh saluran media perdana sehingga dilihat seolah-olah mahu mengenakan tekanan terhadap Khir untuk mengosongkan kerusinya.
Sebentar tadi Buletin utama TV3 turut menyiarkan suasana kepulangan Khir dari Amerika Syarikat (lawatan yang terpaksa disingkatkan). Dilaporkan bahawa Khir terpaksa menyediakan laporan kedua kepada kabinet dalam tempoh terdekat terhadap isu perkosaan Taman Pertanian di Bukit Cerakah, setelah laporan pertama beliau ditolak oleh PM sendiri.
Isu Bukit Cerakah ini telah disensasikan oleh Utusan Malaysia berturut-turut dengan siri laporan khasnya. Dan terbaru ia diikuti dengan pendedahan penerokaan hutan dan penarahan bukit yang berlaku di daerah Selayang pula. Dalam hal ini Pak Lah dilaporkan berkata:
Takkan mereka yang menjadi perancang susun atur tak boleh rancang lebih awal dengan mengambil kira pokok-pokok besar yang tidak perlu ditebang.
Sebelum ini Khir turut dilibatkan dengan isu jawatankuasa pemeriksa kira-kira kewangan negeri (PAC) Selangor yang dikhabarkan merancang melawat sambil melancong ke Mesir dengan mengunjungi persembahan tarian gelek dan seumpamanya. Program ini akhirnya dibatalkan setelah didedahkan kepada rakyat.
 MAT TAIB DAH RASA, KINI GILIRAN KHIR.. |
Jelas seolah-olah ada tangan hitam yang bertindak menekan Khir dari pelbagai sudut. Mungkin ada kem dalam Umno yang mula mual dan muak dengan tindak-tanduk Khir dan merasakan beliau wajar digantikan dengan kroni ataupun proksi mereka. Apa pun nasib dan masa depan Khir semakin malap.
Mat Taib satu ketika dahulu pernah berada dalam situasi yang sama, didedahkan kepada istana darihal pernikahan beliau dengan Puteri di Raja sehingga mengakibatkan murka pihak istana. Ini dituruti dengan peristiwa beliau ditahan di Australia dengan wang tunai berkilo-kilo beratnya sehingga akhirnya Mat Taib tergolek dan terlentang dari kerusi empok MB nya.
Demikian juga dengan Abu Hassan Omar (yang dikhabarkan telah terlibat dalam kes menjatuhkan Mat Taib). Apabila ada pihak mendedahkan darihal perlakuan sumbang mahramnya yang mengaibkan itu, akhirnya beliau tiada pilihan melainkan lari meninggalkan kerusi MB. Abu Hassan undur dengan berpesan bahawa kerusi MB Selangor ini adalah satu kerusi yang panas!
Kini nampaknya giliran Khir Toyo pula. Entahlah siapa yang terlibat di belakang tirai namun yang jelasnya kes-kes yang dikemukakan terhadap beliau terlalu berat untuk beliau terus dapat bertahan sebagai MB. Diisytiharkannya Selangor Negeri Maju 2005 tetapi MB dan EXCO nya tidak dapat mengawal aktiviti pembangunan dalam negeri sendiri malah pura-pura tidak tahu menahu dan menyalahkan pula kakitangan kerajaan.
Silap gaya silap langkah senasiblah Wak Khir dengan Mat Taib dan Abu Hassan. Puak-puak dalam Umno Selangor pasti melonjak gembira mahu menawarkan diri untuk mengantikan Khir. Noh Omar apa kurang layaknya?! Kasihan Wak Khir.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 28.02.2005
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|