 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| SATU LAGI KEBANGAAN ISLAM HADHARI |
| 03.01.05 (12:03 pm) [edit] |
Genting Berhad, salah sebuah syarikat perjudian yang terbesar di Malaysia baru-baru ini mengumumkan laporan kewangannya bagi suku keempat tahun 2004.
Sebagaimana yang dijangkakan bagi tempoh 3 bulan terakhir 2004 sahaja perolehan Genting adalah sebanyak RM1.194 billion iaitu pertambahan sebanyak RM40 juta berbanding dengan suku yang sama bagi tahun 2003.
Jumlah perolehan Genting bagi tahun 2004 sahaja adalah sebanyak RM4.647 billion iaitu peningkatan sebanyak RM400 juta berbanding tahun 2003. Keuntungan sebelum cukainya bagi tahun 2004 adalah RM1.777 billion iaitu peningkatan sebanyak RM200 juta berbanding dengan keputusan tahun 2003.
Demikianlah hebat dan teguhnya aktiviti judi yang dijalankan 24 jam di puncak Genting yang tidak pernah rugi-rugi. Bila saya kaitkan dengan Islam Hadhari pasti ada yang tersinggung namun hakikatnya inilah yang berada di hadapan kita. Kita mempelopori apa yang dinamakan Islam Hadhari yang salah satu prinsip utamanya adalah keimanan dan ketakwaan kepada Illahi. Kalau demikian halnya bagaimana kita boleh menyepikan diri apabila industri yang diharamkan oleh Allah swt ini kita biarkan bermaharajalela di negara kita sendiri.
Mana maruah dan harga diri kita sebagai umat Islam yang kononnya berkuasa dalam tanah airnya sendiri?
Berikut adalah senarai ahli lembaga pengarah syarikat ini:
Genting Berhad Board of Directors
Tan Sri Lim Kok Thay Chairman, President & Chief Executive Tun Mohammed Hanif bin Omar Deputy Chairman Tan Sri Mohd Amin bin Osman Executive Director Dr. R. Thillainathan Executive Director & Chief Operating Officer Mr Quah Chek Tin Executive Director Dato' Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Independent Non-Executive Director Tan Sri (Dr.) Gunn Chit Tuan Independent Non-Executive Director Tan Sri Dr. Lin See Yan Independent Non-Executive Director
Jelas dari senarai di atas 3 dari mereka adalah beragama Islam. Ini tidak termasuk kakitangan Islam serta pemegang saham yang beragama Islam.
Dan sekadar untuk makluman berikut disenaraikan antara kerja kebajikan yang mana syarikat perjudian ini turut melibatkan diri:
Among the non-profit organisations which received the Group's contributions were Alzheimer Disease Foundation, Thalassaemia Association Malaysia, Malaysian AIDS Foundation, Malaysian Liver Foundation, Persatuan Kebajikan untuk Kanak-Kanak Istimewa Pahang Barat, Yayasan Sultan Idris Shah, Yayasan Pembangunan Kubang Pasu, PEMADAM Kebangsaan, Yayasan Wanita Cemerlang, National Council of Women's Organisation, Malaysian Crime Prevention Foundation, St. John Ambulance and Malaysian Nature Society.
Bayangkan wang judi yang haram disalurkan pula pada badan kebajikan, mereka yang tidak berdosa diberi ganjaran berupa hasil haram, dan kita membisu tidak berkata apa-apa!
Percayalah industri ini akan terus maju dan berkembang sebagaimana lain-lain syarikat yang setaraf dengannya. Dan kita terus melaung ke sana ke mari yang Malaysia adalah sebuah negara Islam dan kita kononnya mengamalkan konsep Islam Hadhari. Kembalilah pada Islam sebenar!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 28.02.2005
|
|
|
| |
| Sengih gusi wayang MELAYU |
| 02.28.05 (10:53 pm) [edit] |
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
|
|
|
| |
| Khairy “menyalak” pada tempat yang salah |
| 02.28.05 (4:17 pm) [edit] |
Isu JAWI menangkap orang Islam di pub pada 13 Januari yang lalu masih belum selesai. Kali ini giliran Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua Pemuda UMNO mangambil bahagian mengkriktik JAWI. Beliau malahan menegur rakannya sendiri di dalam Pemuda UMNO iaitu Shamsul Najmi Shamsuddin yang menyokong tindakan JAWI. Khairy menyatakan bahawa tindakan Shamsul tersebut tidak direstui oleh beliau dan Dato’ Hishamuddin sendiri. Itu hanyalah pendapat Shamsul sendiri dan bukannya pendirian Pemuda.
Kesimpulannya Pemuda UMNO tidak menyokong JAWI. Mereka menyokong Jeslina dan yang lain. Bukan secara nyata tetapi secara tersirat. Di dalam kes ini kamu, sama ada menyokong atau menentang JAWI. Tidak menunjukkan pendirian samalah seperti menentang usaha JAWI tersebut. Lagipun apa yang JAWI lakukan adalah sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran .
Komentar utama Khairy kali ini adalah apa yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh yang terdapat di dalam seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 adalah tidak jelas . (lihat Sunday Mail 27/2/2004). Beliau merasakan bahawa peruntukkan tersebut perlu diperjelaskan terlebih dahulu kerana katanya perkataan yang terkandung di dalam peruntukkan tersebut akan ditafsirkan secara subjektif oleh pegawai penguatkuasa Jawi (‘leave too much to the subjective judgment of the JAWI enforcement officers.’). Beliau juga mengeluh tentang tindakan JAWI yang dilihat bersifat diskriminasi dalam menjalankan serbuan. Mengapa, keluh beliau, JAWI tidak membuat serbuan terhadap orang Islam yang bertugas di dalam kapal terbang yang terlibat menjual arak.
Kegagalan Khairy memahami bagaimana sesuatu undang-undang itu digubal dan beroperasi menyebabkan beliau keliru dalam isu ini. Nampaknya komen Khairy berasaskan kepada anggapan atau premis bahawa JAWI yang menggubal Akta yang berkenaan. Itulah sebabnya beliau secara tersirat meminta JAWI menyatakan secara jelas makna kelakuan tidak senonoh (indecent behaviour) yang terdapat di dalam Akta tersebut. Bertolak daripada premis yang salah telah membawa kepada komen yang salah. Beliau terburu-buru membuat komentar tanpa terlebih dahulu menguasai isu yang beliau bicarakan.
Biarlah dijelaskan di sini bahawa undang-undang yang berkaitan bukan digubal oleh JAWI. Tugas utama JAWI hanyalah menguatkuasakan undang-undang tersebut .Apabila undang-undang menyatakan bahawa mempamerkan kelakuan tidak senonoh di tempat awam adalah satu kesalahan tugas JAWI adalah untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilanggar. Sekiranya kesalahan tersebut dilanggar JAWI mempunyai tanggungjawab statutori untuk membawa mereka yang melanggar undang-undang tersebut ke muka pengadilan. Ini dilakukan dengan menangkap dan menahan mereka yang melanggar undang-undang tersebut. Sudah semestinya JAWI harus mematuhi prosedur yang telah ditetapkan semasa tangkapan hendak dilaksanakan. Apabila JAWI berpuashati bahawa terdapat syak wasangka yang munasabah mana-mana orang Islam melakukan kesalahan berkelakuan tidak senonoh di mana-mana tempat awam di Wilayah Persekutuan mereka mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan. Apa yang diperlukan oleh undang-undang bagi memastikan tangkapan itu sah adalah kewujudan syak wasangka yang munasabah (a reasonable suspicion).
Mereka yang ditangkap oleh JAWI adalah dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Mereka mempunyai hak untuk diwakili peguambela. Hanya kerana mereka ditangkap tidak bererti mereka telah bersalah. Mahkamahlah yang akhirnya akan menentukan sama ada mereka telah melakukan kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. UMNO tidak perlu bimbang kerana mereka yang ditangkap perlu dibicarakan terlebih dahulu dan tidak akan di ISAkan. JAWI tahu batasan undang-undang. Sekiranya JAWI bertindak melebihi batas undang-undang terdapat undang-undang yang akan bertindak ke atas JAWI.
Sekira pun makna berkelakuan tidak senonoh adalah tidak jelas di dalam Akta, forum selayaknyanya untuk Khairy menjerit untuk mengadu hal tersebut adalah di Parlimen iaitu tempat di mana undang-undang tersebut diluluskan. Beliau sepatutnya mengadu kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang melebihi dua pertiga bilangannya itu untuk menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan berkelakuan tidak senonoh tersebut. Sekiranya makna perkataan tersebut masih lagi tidak jelas di dalam Akta yang berkenaan, pindaan perlu dilakukan untuk menjelaskan makna perkataan tersebut. Janganlah menjadi bahan ketawa orangramai dengan “menyalak” pada tempat yang salah. “Menyalak”lah pada ahli-ahli Parlimen kamu sendiri dan bukannya kepada JAWI.
Mengenai cadangan Khairy bahawa JAWI sepatutnya pergi membuat serbuan dan tangkapan di dalam kabin kapalterbang persoalan yang harus ditanya mengapa JAWI? Mengapa tidak disuruh Kerajaan Islam Hadhari untuk mengeluarkan arahan yang tegas melarang hidangan arak di dalam kapalterbang? Atau mungkinkah arak bukan najis yang haram di dalam Kerajaan Islam Hadhari? Adalah suatu yang tidak munasabah untuk meminta sesuatu institusi yang kurang berkuasa seperti JAWI untuk bertindak kepada Syarikat Kapalterbang seperti MAS dalam keadaan terdapat badan yang lebih berkuasa iaitu Kerajaan sendiri untuk bertindak di dalam isu menghidangkan arak di dalam kapalterbang.
Berhubung saranan beliau bahawa JAWI tidak saharusnya bersifat memilih dalam melakukan serbuan iaitu dengan hanya menumpukan tempat-tempat tertentu sebaliknya harus pergi ke semua tempat maksiat dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut, kita berhak mempersoalkan keseriusan dan keikhlasan cadangan beliau tersebut apabila dilihat kepada sejarah UMNO yang terus-menerus cuba menghalang sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk mencegah maksiat.
Sehingga kini kita masih belum mendengar pendirian Pemuda UMNO di dalam isu-isu yang boleh dikategorikan sebagai kelakuan tidak senonoh seperti Sure heboh, Akademi Fantasia, Malaysian idol, konsert-konsert hiburan yang megkhayalkan. Khairy mungkin ikhlas dalam membuat cadangan tersebut tetapi bagaimana dengan parti beliau. Adakah beliau betul-betul bersedia untuk menyokong dan mempertahankan JAWI sekiranya JAWI melaksanakan cadangan beliau.
Dengan apa yang ditunjukkan melalui reaksi dan sikap pemimpin-pemimpin parti beliau yang tidak sependapat dalam isu JAWI ini sudah lebih daripada cukup untuk kita meragui pendirian Khairy ini. Beliau sendiri enggan merestui dan menyokong kenyataan rakannya sendiri. Bagaimanapun sama ada disedari atau tidak dengan mencadangkan bahawa JAWI harus pergi ke semua tempat maksiat dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut Khairy kini mengakui bahawa terdapat banyak tempat maksiat di negara Islam Hadhari ini. Terima kasih Khairy kerana pengakuan kamu tersebut yang makin menambah keyakinan kami betapa mengarutnya Islam Hadhari yang UMNO slogankan.
Akhirnya Khairy juga sepatutnya mempamerkan konsistensi di sini. Jika benar dakwaan JAWI melaksanakan serbuan terpilih mengapa hanya JAWI sahaja diserang. Mengapa Pemuda UMNO tidak bersuara langsung dalam isu pendakwaan terpilih bagi kes rasuah yang melibatkan pemimpin –peminpin di dalam Kerajaan Islam Hadhari seperti Rafidah Aziz dan ikan-ikan besar yang lain. Sebenarnya bukan JAWI yang tidak konsisten sebaliknya kamulah yang secara konsisten tidak konsisten.
|
|
|
| |
| KALAU DAH TAHU DIRI TAK TAU, JANGAN DIBUAT... |
| 02.28.05 (4:10 pm) [edit] |
Beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan Agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf suruhanjaya berkenaan....Laman M@RHAEN
Inilah yang di peribahasakan oleh orang tua dulu-dulu seperti TIKUS MEMBAIKI LABU. Dah tahu diri tak tau tapi masih nak buat juga. Diri sendiri pun belum terjaga nak jaga diri dan agama orang lain. Banyak-banyakkan bertaubat dan menginsafi diri dari masa ke semasa. Apa salahnya sebelum mencadangkan ICM tempoh hari, buat sembahyang ikhtikarah, mohon pada Allah supaya diberikan petunjuk dan kebenaran nescaya Allah akan memberikan petunjuknya. Ini tidak. Hanya mengikut rasa nafsu dan pemikiran sendiri sahaja. Rasa rasanya macam diri dah berusaha dan faham dengan niat suci supaya penubuhan ICM dapat menjadi kenyataan. Ilmu sahaja tanpa ketakwaan tidak langsung dipandang Allah.
Kalau kita perhatikan petikan kata-kata ini:
“Inilah, apabila kita minta datang ke persidangan bagi membincangkan tentang ICM semalam, pertubuhan Islam boikot.
"Lepas itu timbullah macam-macam andaian sedangkan jika mereka dapat bersama menyertai persidangan, pastinya draf ICM dirangka dengan lebih baik dan menyeluruh membabitkan pandangan dari mereka yang arif dalam semua agama,'' adalah pemikiran yang hanya berpandukan kepada akal tanpa mendapat cahaya wahyu Allah. Mengapa mereka tidak terfikir pula kenapa mereka yang amat arif dalam hal Islam tidak mahu menyertainya?
Adakah kerana di kalangan yang Arif Islam ini negatif pemikirannya atau ilmu dan ilmu yang diamalkannya dengan sinaran ketakwaan yang ada pada mereka, mereka telah melihat banyak keburukan dari kebaikan ataunya lebih layak ditegah dari dibenarkan. Tetapi penganjur ICM yang beragama Islam ini tidak langsung dapat berfikir ke arah itu sebaliknya lebih terarah kepada golongan itu memang sengaja begitu, sempit pemikiran dan berbagai andaian lain. Sebaliknya diri mereka yang jahil dalam Islam sendiri tidak pernah mereka cerminkan diri. Memang begitu adat Manusia, yang baik selalu dibenci dan yang buruk kian diutamakan.
Majlis Peguam pertahan ICM KUALA LUMPUR 26 Feb. - Majlis Peguam hari ini terus mempertahankan usaha penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) walaupun ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri semalam mengenai cadangan tersebut yang disifatkan sebagai melulu.
Sambil menjelaskan bahawa ICM tidak akan menyentuh hak orang Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Pengerusinya, Kuthubul Zaman Bukhari menyeru masyarakat Islam negara ini supaya tidak bimbang dengan penubuhan ICM. “Inilah, apabila kita minta datang ke persidangan bagi membincangkan tentang ICM semalam, pertubuhan Islam boikot. “Lepas itu timbullah macam-macam andaian sedangkan jika mereka dapat bersama menyertai persidangan, pastinya draf ICM dirangka dengan lebih baik dan menyeluruh membabitkan pandangan dari mereka yang arif dalam semua agama,'' katanya.
Kita petik kata kata TG Nik Aziz seperti petikan berikut:
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz turut membantah cadangan penubuhan IFC ini dan dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata: For Muslims, only Islam is the right religion and we can have dialogues with anyone if there is a need.
Di bawah ini petikan lain ucapan TG Nik Aziz
Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga membantah keras cadangan penubuhan suruhanjaya itu.
Nik Abdul Aziz yang ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Syarikat Ladang Sungai Terah Sendirian (SLST) Berhad, semalam berkata, cadangan itu adalah taktik halus yang cuba digunakan pihak luar untuk campur tangan secara tidak langsung dalam urusan dan hal ehwal agama Islam.
“Sejak dulu lagi, segala urusan berkaitan Islam diuruskan secara mutlak oleh umat Islam tanpa sebarang bantuan daripada pihak luar.
“Malah sebelum ini, ada pihak tertentu cuba campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di Asia Barat tetapi tidak berhasil.
“Pihak terbabit gagal berbuat demikian kerana cadangan mereka mendapat tentangan hebat daripada umat Islam di sana,” katanya.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, suruhanjaya seumpama itu pernah wujud di negeri-negeri Arab, dengan berselindung di sebalik namanya.
“Bagi orang Islam hanya agama suci itu sahaja yang benar. Islam juga memberi berpeluang untuk berdialog dengan sesiapa sahaja sekiranya timbul sebarang keraguan,” katanya selepas hadir pada persidangan akhbar Syarikat Ladang Sungai Terah, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Majlis Peguam menubuhkan suruhanjaya itu sehingga menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak.
Esok dijangka berlangsung persidangan kebangsaan bagi penubuhan IRC yang dianjurkan Majlis Peguam antara lain akan membincangkan draf penubuhan suruhanjaya yang dikatakan cuba mencampuri urusan agama Islam di negara ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihak yang mahu menubuhkan suruhanjaya itu sebenarnya mahu menimbulkan masalah dengan bertopengkan nama suruhanjaya semata-mata.
Setelah kita melihat petikan kata-kata dari Tuan Guru Nik Aziz, bolehlah kita membuat keputusan di mana kebenarannya. Akhirnya cukup sudah kerosakan yang dibuat ke atas Islam selama ini dan kembali ke pangkal jalan. Setiap yang datang pasti akan kembali, semoga dengan kembali ke pangkal Jalan Allah memberikan perlindungannya di dunia dan akhirat.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 28.02.2005
|
|
|
| |
| DEBAT PERDANA DADAH DEDAH AKSI GELOJOH NOH OMAR |
| 02.28.05 (4:09 pm) [edit] |
Setelah tamat musim pertama siri Debat Perdana anjuran RTM, kini bermula pula musim keduanya dengan debat bertajuk: Dadah Musuh Nombor Satu Negara.
Format debatnya dikekalkan sebagaimana biasa dan Johan Jaafar juga kekal sebagai moderatornya.
Ahli-ahli panel kali ini terdiri daripada Noh Omar Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Teng Chang Khim ADUN DAP Selangor, Dr. Lolo Ghazali AJK PAS Pusat dan Prof Dr Mahmud dari UUM.
Dr. LoLo berjaya |
Debat yang pada mulanya berjalan dalam keadaan tenang dan teratur mula menjadi kelam-kabut apabila Noh Omar dilihat bertelagah dengan Teng ketika giliran Teng memberikan hujah. Noh Omar sebagaimana wakil-wakil Umno/BN sebelum ini dilihat cuba menguasai majlis malah dalam dua ketika beliau berhujah tanpa pun moderator mengemukakan soalan ataupun pertanyaan sebagaimana ahli panel yang lain.
Memaklumi peribadi Noh yang memang robust dan ringan mulut itu, tidak hairanlah beliau cuba membolot majlis dengan berhujah seolah-olah beliau seorang Menteri penuh.
Gelagat beliau membuktikan betapa pimpinan Umno/BN memang sukar duduk berbincang dan berhujah secara ilmiah tanpa emosi kerana barangkali trend perdebatan secara umum sebagaimana sering diamalkan dalam negara-negara demokrasi tidak pernah mereka amalkan kecualilah siri debat di RTM ini.
Yang nampak cool dan lebih berhujah secara ilmiah adalah wakil PAS Dr Lolo dan wakil UUM Prof Dr. Mahmud. Tahniah Dr Lolo yang pastinya turut mengharumkan nama Dewan Muslimat PAS.
Dr. Lolo telah membawa hujah Islam dengan memetik ayat Al-Quran yang berhubung dengan larangan Allah terhadap melibatkan diri dalam kerja-kerja yang membinasakan diri serta hadis Rasulullah saw berhubung perlunya kuasa digunakan untuk mencegah kemungkaran bagi mereka yang berkuasa.
Walaupun sering diganggu moderator dan Noh sendiri Dr Lolo jelas tidak emosional malah berjaya mencuri peluang untuk memaparkan kepada masyarakat di mana lantaran prejudis politik kerajaan PAS Kelantan yang walaupun merupakan negeri dalam persekutuan telah tidak dilibatkan secara langsung dalam AADK ataupun Agensi Anti Dadah Kebangsaan. AADK ini dipengerusikan oleh MB di peringkat negeri-negeri tetapi tidak di Kelantan.
Dr Lolo turut menekankan betapa pendidikan agama penting sebagai langkah pencegahan malah point ini turut dipersetujui oleh Prof Dr. Mahmud. Cuma yang mengecewakan apabila Noh dengan sombong mengecilkan petikan dan hujah Al-Quran yang dibawa oleh Dr Lolo apabila beliau berkata:
"Ayat Al-Quran betul, kita nak tanya apa yang Kelantan buat, apakah Kelantan berikan untuk selesai kes (dadah ini) setakat baca Al-Quran sahaja bolehkah selesai masalah."
Noh dilihat melenting apabila Dr Lolo mendedahkan bahawa rasuah juga merupakan punca merebaknya penyalah gunaan dadah ini. Beliau memetik insiden betapa mudahnya dadah diperolehi di pusat-pusat Serenti yang bukan merupakan rahsia lagi. Dan ini bukti betapa rasuah turut menyumbang ke arah penyakit dadah ini.
Dalam waktu yang terbatas Dr Lolo menegaskan bahawa yang pentingnya adalah untuk mewujudkan:
A God fearing society
Iaitu masyarakat yang takut pada Allah sama ada daripada kalangan rakyat lebih-lebih lagi daripada kalangan pemimpin.
Kesimpulannya saya merasakan wakil PAS telah berjaya membuktikan bahawa PAS sentiasa bersikap terbuka dan bersedia pada bila-bila masa sahaja menyumbang ke arah kebaikan negara. Sebagai bukti seperti diakui Noh, Hj Husam Musa pernah membentangkan kertas kerja dalam satu majlis anjuran AADK. Cumanya pusatlah yang sebenarnya tidak mengiktiraf kewujudan kerajaan negeri PAS di Kelantan yang telah dipilih rakyat.
Saya fikir lanjutan dari debat ini PAS perlu menyahut cabaran Noh bagi menawarkan pusat-pusat pemulihan khususnya di Kelantan bagi membuktikan ada penyelesaian secara Islam. Kalau tidak silap, bekas wakil rakyat PAS di Kuala Krai Ustaz Ibrahim Mahmud memiliki sebuah pusat pemulihan secara Islam di Kelantan. PAS dan kerajaan negeri perlu proaktif dan membina sebuah pusat yang pasti akan menerima sokongan banyak pihak.
PAS teruslah menyertai debat-debat pada masa-masa akan datang!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 27.02.2005
|
|
|
| |
| Persoalan ICM |
| 02.27.05 (10:15 am) [edit] |
Apakah isu penubuhan ICM ini hanya gimmick untuk mengalih arah dan mendapatkan sokongan golongan Islam-melayu kepada kerajaan yang sedia ada di Malaysia? atau adakah ini benar-benar permintaan dari golongan bukan Islam? kalau tidak kenapa ia tiba-tiba muncul setelah sekian lama dibantah sebelum ini?
|
|
|
| |
| APA LAGI SURUHANJAYA ANTARA AGAMA KALAU PAK LAH DAN NAJIB PUN TENTANG... |
| 02.26.05 (10:26 pm) [edit] |
Akhbar hari ini memetik TPM Najib Tun Razak sebagai berkata di Pekan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia merupakan satu syor yang tidak sensitif dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dalam erti kata lain Suruhanjaya ini tidak berhak untuk HIJACK permasalahan berhubung kait dengan Islam untuk dijadikan isu dalam apa sahaja perbincangannya. Dan sebentar tadi di Tanjong Malim Pak Lah turut menyuarakan perkara yang sama, dalam kenyataannya kepada media sebagaimana yang disiarkan oleh Berita Radio RTM beliau berkata:
Cadangan penubuhan suruhanjaya ini perlulah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
Bermakna kalau badan-badan Islam pun menentang penubuhannya sudah pastilah ianya menjadi tidak relevan lagi dan harus dihentikan.
BERNAMA memetik Pak Lah sebagai berkata:
Controversies related to the proposed commission must be taken into consideration. The commission will become meaningless if it is opposed.
Dan semalam persidangan kebangsaan ke arah penubuhan suruhanjaya ini telah pun selesai bermesyuarat. Yang hairannya macam mana Rais Yatim selaku Menteri Kabinet boleh hadir merasmikan persidangan ini sedangkan bukan hanya NGO Islam malah PM, TPM dan anggota menteri lain menentang penubuhannya? Tidakkah ini mencerminkan bagai tidak sekatanya jemaah kabinet dalam hal ini?
Saya telah mengutarakan dalam BLOG ini bahawa mereka yang bersungguh mahu mengusahakan penubuhan suruhanjaya ini sebenarnya akan meletakkan Islam dalam keadaan berbahaya. Dan kiranya mereka ini dibiarkan dengan agenda mereka (dan kita pula diamkan) maka kita selaku umat Islam seolah-olah bersetuju menggadaikan maruah dan kedudukan agama kita untuk kepentingan orang lain.
Terbukti beberapa isu sensitif telah disentuh secara terbuka dalam persidangan tersebut contohnya (sebagaimana yang dilaporkan oleh UTUSAN MALAYSIA hari ini):
(Seorang peserta beragama Islam berkata: Malah sewaktu perbincangan mengenainya ada peserta berhujah dengan mengatakan APA YANG ISTIMEWA PADA ISLAM HINGGA PERLU DIMASUKKAN PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN TERSEBUT, yakni Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan?).
(Seorang lagi peserta Islam dari IPTA berkata: Persidangan tersebut menyaksikan terdapat dua trend utama pemikiran iaitu golongan yang mahukan kebebasan beragama yang tidak mempunyai batasan. Mereka ini kalau boleh mahu kebebasan itu adalah melampaui daripada peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.
Demikianlah apabila kita secara bebal membenarkan isu Islam dibahas secara bebas dan terbuka oleh semua pihak khususnya yang bukan-Islam. Pasti perkara-perkara sensitif akan diheret sedangkan perkara seumpama ini tidak pernah kita benarkan untuk dibicarakan secara terbuka oleh mana-mana pihak sejak zaman berzaman.
 M@RHAEN mohon mencadangkan logo SiS (Ro Ha Ya Mim - Rahim) elok saja ditukar kepada Ro Ha Ya Ba - Rahib |
Dengan perkembangan ini saya kira mereka di kalangan penganut Islam yang bersekongkol dalam persidangan ini (termasuklah Sisters in Islam / Rahib dalam Islam (?) - M@RHAEN) perlu faham betapa besarnya mudarat yang telah mereka ambil. Hentikanlah kerja sia-sia ini.
Ingat saudara-saudara BAR Council yang merupakan salah satu badan penggerak persidangan ini pernah membenarkan terbitnya satu artikel dalam majalahnya yang mempertikaikan hak melaungkan azan melalui pembesar suara. Saya pasti kalau tertubuhnya suruhanjaya ini maka isu seumpama ini akan turut dibahas dan dibincangkan. Atas nama kebebasan dan hak asasi akhirnya Islam dipaksan tunduk dan akur dengan kemahuan puak minoriti. Jangan sampai bertindak menjolok sarang tebuan!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 26.02.2005
|
|
|
| |
| KE ARAH PENUBUHAN ICM: SIAPA BIAYAI SIMPOSIUM MEREKA? |
| 02.26.05 (10:24 pm) [edit] |
Beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan Agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf suruhanjaya berkenaan....Laman M@RHAEN
Semalam, sebanyak 24 pertubuhan agama dan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ke Arah Penubuhan ICM dan ia dibiayai oleh sebuah Yayasan Konrad Adenauer. Bagi yang belum tahu tentang yayasan tersebut diperturunkan di bawah Mengikut laman web mereka sendiri yang beroperasi di Kuala Lumpur:
Introduction Konrad Adenauer Foundation
The Konrad Adenauer Foundation is related to the Christian Democratic movement. Having emerged from the 'Society for Christian Democratic Education Work' founded in 1956, it was named after the first Chancellor of the Federal Republic in 1964. We are guided by the same principles that inspired Adenauer's work.
The Konrad Adenauer Foundation offers political education, conducts scientific fact-finding research for political projects, grants scholarships to gifted individuals, researches the history of Christian Democracy, and supports and encourages European unification, international understanding, and development-policy cooperation.
Cadangan penubuhan ICM ditentang hebat pelbagai pihak kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi Undang-undang Syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat.
Ini dapat disaksikan apabila beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf Suruhanjaya berkenaan.
Malah sewaktu perbincangan mengenainya, ada peserta berhujah dengan mengatakan "apa yang istimewa pada Islam hingga perlu dimasukkan peruntukan-peruntukan tersebut?"
Bila disebut pengganas, banyak telunjuk hanya menuding kepada Islam, tetapi mereka melupakan apa yang telah dilakukan di kalangan mereka dan sebagai contoh sila perhatikan berita di bawah ini:
Pelampau Kristian hiris bibir lapan wanita
KAMPALA: Kumpulan pengganas Kristian Uganda yang menggelar diri mereka Tentera Tuhan (LRA) terus mengganas di utara Uganda dengan membunuh hampir 30 orang selain menghiris bibir lapan mangsa wanita yang berada dalam keadaan parah.
Kekejaman mereka semakin meningkat sejak gencatan senjata dengan kerajaan Uganda tamat, awal minggu ini.
Jurucakap tentera dan pegawai tempatan berkata, anggota LRA membunuh sekurang-kurangnya 21 orang di empat daerah di utara negara itu sejak tamatnya gencatan itu dan dalam kejadian kelmarin, pengganas Kristian itu bertindak kejam menghiris bibir wanita di kawasan itu.
Lapan wanita itu yang berlindung di sebuah kem bagi pelarian perang di daerah Kitgum, keluar mengambil air di sebuah perigi, kira-kira tiga kilometer jaraknya dari kem berkenaan apabila terserempak dengan anggota bersenjata LRA itu.
“Pengganas itu kemudian bertindak mengepung dan menghiris bibir mangsa dengan kejam,” kata jurucakap tentera wilayah itu, Lt Paddy Ankunda.
“Apa yang dikesali, inilah orang yang pernah duduk semeja dan berbincang mengenai keamanan. Tapi lihatlah kekejaman mereka,” katanya.
Ankunda dan Pengerusi Majlis Daerah Kitgum, Norman Ojwee, berkata wanita dibiarkan berlumuran darah dan dimasukkan ke sebuah hospital untuk dirawat.
LRA sememangnya terkenal dengan tindakan ganas mereka ke atas penduduk di utara Uganda, khususnya perbuatan menculik kanak-kanak.
Akhirnya, tidak perlulah mereka mengajar umat Islam untuk menjadi manusia mengikut kehendak mereka sebaliknya cerminkan diri sendiri sejauh mana telah memahami umat Islam. Jika mereka sentiasa berpendapat yang negatif terhadap Islam dan sentiasa serong, buatlah apa jua Suruhanjaya ke. ICM, semuanya adalah perbuatan penuh bermuslihat, mala fide dan ingatlah, Umat Islam bukannya menerima Islam sebagai agama sebaliknya adalah satu cara hidup paling sempurna.
Kalau umat-umat lain tetap dengan perkataan agama, maka ianya terangkum dalam skop yang kecil berbanding Islam yang merangkumi cara hidup.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 27.02.2005
|
|
|
| |
| Tahap pemikiran moderator yang bernama ADAMYAN di kmu.net.my VS Panelis Saiful(red) |
| 02.26.05 (12:02 pm) [edit] |
|
adamyan wrote: |
Allah swt suruh berzina dihukum sebat dengan syarat perlakuan zina tu dilihat oleh 4 orang saksi beriman - yang tu tak nak sebut?
kanun jenayah hudud dan Qisas PAS mengatakan kalau orang Islam berzina di hukum sebat tapi kalau orang bukan Islam berzina didenda atau dipenjara....ha ha ha..adil?
kalau orang Islam mencuri dipotong kedua belah tangannya tapi kalau orang bukan Islam mencuri, denda saja...ha ha ha? adil? adil ka balaci? |
Jadi apa yg saudara mengharapkan dr hukum tsb? Kesamarataan? Org Islam mencuri........maka non muslim yg bersubahat turut sama dipotong, begitukah maksud sdr.
Barangkali sdr kurang faham.........., hayatilah maksud syahadah....."Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah & aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Kita bersaksi Allah itu tuhan kita, Dia itu pencipta kita........kenapa pulak kita mempertikaikan apa yg Allah suruh. Apa pula tugas nabi sebagai pesuruh Allah? Apa yg Allah suruh nabi sampaikan?
Bolehkah kita berkata "X aci ler mcm ne!!! aku kene potong tangan, Ah Meng sahabat seperjuangan aku.........kene penjara jer."
Ingat sdr..........hukuman tsb bagi mengelakkan hukuman bakal diterima di akhirat kelak, yg tiada hujungnye.
Bagaimana adamyan? Blh sdr bg komen?
Wassalam......
|
Quote: |
Jadi apa yg saudara mengharapkan dr hukum tsb? Kesamarataan? Org Islam mencuri........maka non muslim yg bersubahat turut sama dipotong, begitukah maksud sdr. Barangkali sdr kurang faham.........., hayatilah maksud syahadah....."Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah & aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Kita bersaksi Allah itu tuhan kita, Dia itu pencipta kita........kenapa pulak kita mempertikaikan apa yg Allah suruh. Apa pula tugas nabi sebagai pesuruh Allah? Apa yg Allah suruh nabi sampaikan? Bolehkah kita berkata "X aci ler mcm ne!!! aku kene potong tangan, Ah Meng sahabat seperjuangan aku.........kene penjara jer." Ingat sdr..........hukuman tsb bagi mengelakkan hukuman bakal diterima di akhirat kelak, yg tiada hujungnye. Bagaimana adamyan? Blh sdr bg komen |
itu yang kata tang mana pertikai? skang ni Islam tu agama yang adil, kalau dah kafir curi kena denda, Islam curi kena penjara maka adilkah (macam contoh hudud dan Qisas PAS).
kalau kami hukum sama rata kang, apa pulak kata agama lain walhal depa bukan Islam tapi kena hukum ikut Islam, tak ke jadi lintang pukang tu kan, jadi atas sebab itu maka kami memilih untuk tidak melaksana hudud. |
|
Terima Kasih adamyan......
adamyan wrote: |
Quote: |
Jadi apa yg saudara mengharapkan dr hukum tsb? Kesamarataan? Org Islam mencuri........maka non muslim yg bersubahat turut sama dipotong, begitukah maksud sdr. Barangkali sdr kurang faham.........., hayatilah maksud syahadah....."Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah & aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Kita bersaksi Allah itu tuhan kita, Dia itu pencipta kita........kenapa pulak kita mempertikaikan apa yg Allah suruh. Apa pula tugas nabi sebagai pesuruh Allah? Apa yg Allah suruh nabi sampaikan? Bolehkah kita berkata "X aci ler mcm ne!!! aku kene potong tangan, Ah Meng sahabat seperjuangan aku.........kene penjara jer." Ingat sdr..........hukuman tsb bagi mengelakkan hukuman bakal diterima di akhirat kelak, yg tiada hujungnye. Bagaimana adamyan? Blh sdr bg komen |
itu yang kata tang mana pertikai? skang ni Islam tu agama yang adil, kalau dah kafir curi kena denda, Islam curi kena penjara maka adilkah (macam contoh hudud dan Qisas PAS).
kalau kami hukum sama rata kang, apa pulak kata agama lain walhal depa bukan Islam tapi kena hukum ikut Islam, tak ke jadi lintang pukang tu kan, jadi atas sebab itu maka kami memilih untuk tidak melaksana hudud. |
Jadi maksud sdr........hukum hudud itu x blh laksana sebab adanye non muslim dlm M'sia? Base on ayay bold diatas ne. BEGITUKAH maksud sdr? |
|
Terima kasih adamyan.......
adamyan wrote: |
UMNO takut tak mampu berlaku adil antara orang Islam dan orang kafir di negara ni..itu saja jawapannya. |
Kepimpinan saya ada ajar saya........dr sirah nabi. Kerajaan Islam Madinah ditubuhkan dgn adanye agama lain di Madinah.......like Jews. Hingga ada perjanjian diadakan antara kaum/agama monoriti waktu itu........tetapi perundangan Islam tetap dilaksanakan jua. Jadi bagaimana tu? Wassalam.... |
to be continue kut.....??? |
|
|
|
| |
| WAJAH-WAJAH DR. MAHATHIR MOHAMAD- DALAM KENANGAN TUNKU |
| 02.26.05 (11:34 am) [edit] |
Assalamu’alaikum wm.wrt.,
Saya amat tertarik membaca artikel yang ditulis oleh YM Raja Petra Kamarudin, Editor Malaysia Today Net yang telah disiarkan dalam Malaysia Today pada hari Isnin 21 Februari 2005 yang lalu’. Artikel itu berjudul “Mahathir’s 1969 letter to Tunku Abdul Rahman “. Dalam artikel tersebut, Raja Petra tidak menyentuh isu atau tuduhan yang dibangkitkan oleh Mahathir terhadap Tunku sehingga menimbulkan kemarahan Tunku dan Tunku seterusnya memecat beliau dari UMNO. Dalam tulisan ini, saya tidak berhasrat untuk memetik semula tuduhan Mahathir terhadap Tunku yang terkandung dalam surat tersebut. Selepas pemecatan itu, Mahathir terus bangkit menentang dan mengecam serta mengutuk kaedah Tunku mentadbir negara, khususnya ketika mengendali peristiwa pergaduhan di antara kaum pada 13 Mei 1969. Kecaman-kecaman ini terkandung di dalam ucapan-ucapan beliau di seluruh negara dengan menggunakan ‘plat form’ parti PAS. Mahathir juga bergerak memasuki dan menghasut pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti-universiti tempatan dan di luar negara supaya bangkit menentang pemerintahan Tunku.
Mahathir telah mendapat sokongan yang besar di kalangan penuntut-penuntut Melayu yang sedang belajar di universiti-universiti tempatan seperti Anwar Ibrahim dan Musa Hitam. Anwar dengan beberapa kawan-kawannya yang bersemangat Melayu seperti Ibrahim Ali, Hishamudin Rais, Mohamad Sabu dan ramai lagi yang kini menjadi kaya raya kerana memberi sokongan kepada UMNO [meninggalkan semangat perjuangan semasa belajar dahulu, kerana pentingkan diri] bangun bangkit menentang Tunku dan kumpulannya dalam UMNO yang masih setia padanya seperti Senu Abdul Rahman dan Khir Johari. Anwar dan kawan-kawannya mencetak dan mengedar surat ini ke seluruh negara mengecam kepimpinan Tunku. Kelantangan suara Anwar menyebabkan beliau ditahan di bawah ISA selama dua tahun, selepas tercetusnya “Peristiwa Baling 1974”. Beliau hanya dibebaskan pada tahun 1976. Sementara di luar negara pula, Mahathir berjaya mendapat sokongan dan dapat mempengaruhi sebahagian besar penuntut-penuntut yang belajar di sana yang menganggap tragedi 13 Mei 1969 itu meletus kerana dasar Tunku yang sangat berlembut dengan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina yang menyebabkan orang Melayu jauh ketinggalan dalam serba-serbi kehidupan mereka. Di Australia contohnya, Mahathir yang mendapat ruang yang luas dengan bantuan Shahnon Ahmad yang ketika itu Shahnon sedang menuntut di situ. Dengan pertolongan Shahnon, Mahathir bebas bergerak menemui dan menghasut pelajar supaya menentang Tunku. Dan akhirnya Tunku terpaksa tunduk dengan desakan-desakan yang dibuat oleh kumpulan pro-reformasi yang ditimbulkan oleh Mahathir. Pada tahun 1970 Tunku terpaksa melepaskan jawatannya dan Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas sebagai PM ke dua. Beliau kemudian melancarkan DEB untuk menyusun semula masyarakat Melayu yang ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Sampai ke hari ini dasar ini gagal untuk mencapai matlamatnya. Orang Melayu terus kekal di takuk lama, kecuali kumpulan UMNOPutra. Mahathir memberi pelbagai alasan atas kegagalan dasar tersebut. Ia tidak mahu mengaku akan kelemahannya, sebaliknya diletakkan segala kegagalan tersebut ke atas bahu orang-orang Melayu. Tunku berkata [lihat buku Kenangan Tunku oleh K.Das, ms.138] : “Beliau [Mahathir] menghina saya, dia menggelar saya sebagai orang yang tidak punyai hati nurani. Dia kata semua orang Melayu bencikan saya dan pada waktu berlaku rusuhan 13 Mei, dia kata saya sedang bermain poker. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh tahu saya sedang bermain poker atau tidak. Sebenarnya dia sedang bercakap mengenai dirinya sendiri. Dia lebih teruk daripada itu”.
Kata Tunku lagi : “Ya, 1959 baik, 1964 juga baik, tetapi 1969 adalah tahun yang terburuk kerana komunis mula membuat kacau dan juga orang-orang saya seperti Razak juga menghadapi masalah. Masalah yang ditimbulkan oleh Harun [Harun Idris], Mahathir [Dr. Mahathir Mohamad] dan Ghazali [Ghazali Shafei]. Mereka ingin mengambil alih kuasa [lihat ms.123]. Sambung Tunku lagi : “Harun, Mahathir dan Ghazali-semuanya bekerja dengan Razak untuk menyingkirkan saya, untuk mengambil alih tempat saya. Jadi, mereka ini semua satu kumpulan [lihat m.s.125]. Mengenai krisis Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993 yang membawa kepada penghapusan kedaulatan Raja-raja Melayu, Tunku memberi komen : “Kita boleh menjadi Republik dalam tempoh dua minggu-itu merbahaya. Dia adalah seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak peduli langsung pada kelas, pada undang-undang, pada arahan, pada Perlembagaan. Apa yang sesuai dengannya, dia buat [lihat m.s.143]. Kenapa Mahathir benci sangat kepada golongan bangsawan Melayu yang terdiri dari Raja-raja Melayu dan kerabat-kerabat, Tunku menjawab : “Dia [Mahathir] sebenarnya tidak ada apa-apa. Ayahnya adalah seorang pegawai bawahan di Kedah, dia pula seorang doktor di Kedah. Datuknya berasal dari India. Ayahnya separuh India atau tiga suku India. Ayahnya datang ke Alor Setar dan berkahwin dengan orang Melayu dan menjadi separuh atau tiga suku Melayu dan suku India. Dia merasa rendah diri. Itu sebabnya dia benci akan golongan bangsawan dan lain-lain kerana dia tidak mempunyai pendirian [lihat m.s.147]. Bercakap mengenai kedaulatan undang-undang dan pemerintahan undang-undang, Tunku memberi penjelasan : “ Mereka mesti patuh pada undang-undang, menghormati dan mendukung undang-undang, itulah sepatutnya, tetapi apa yang mereka buatkan sekarang, mereka tidak ambil peduli mengenai undang-undang , mereka gantung dan pinda undang-undang untuk menyesuaikan dengan perancangan mereka. Jadi mereka memerintah undang-undang di mana mereka tahu ianya akan mengekalkan kuasa mereka. Sesiapa yang menentang atau tidak bersetuju dengan mereka atau mengkritik mereka, mereka akan menyumbat orang itu ke dalam penjara [lihat m.s.150]. Itulah sebahagian wajah-wajah sebenar Mahathir seperti yang digambarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam buku “Kenangan Tunku” hasil wawancara dengan K.Dass. Ini termasuk perangainya yang anti Islam. tergamak menghina sunnah Nabi, menghina ulama, menutup SAR, memperkecil-kecilkan amalan dasar dan sunnah dalam beribadah. Kenapa Mahathir begitu marah kepada Tunku. Jawapannya ialah kerana pada pilihan raya tersebut beliau mengalami kekalahan di tangan Allahyarham Yusuf Rawa [bekas Presiden PAS ke 5]. Yusuf menang kerusi Parlimen Alor Setar Utara [kini dikenali sebagai Parlimen Kubang Pasu]. Mahathir seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan. Mahathir mahu menang sahaja, tidak mahu menerima kekalahan. Dengan kekalahan tersebut, beliau mula mencari alasan untuk menyalahkan orang lain. Begitulah sikapnya yang ditunjukkan dalam memerintah Malaysia. Beliau seorang yang enggan menerima kekalahan. Sekiranya ia kalah, ia akan melakukan apa sahaja terhadap sistem yang mengalahkannya itu. Ini terbukti kepada sistem pilihan raya kita yang sudah tidak ada lagi integritinya. Memang benar apa yang diucapkan oleh Tunku itu. 21 tahun Mahathir memerintah, apa yang telah lakukan terhadap negara ini. Sistem pemerintahan menjadi rosak binasa, caca-marba, tidak ada lagi “separate of power” di antara 3 institusi utama negara seperti yang digariskan oleh Perlembagaan. Eksekutif mencampuri semua urusan institusi lain sehinggakan Parlimen tidak dihormati dianggap sebagai “rubber stamp” dan institusi kehakiman telah mengalami krisis keyakinan yang teruk di mata masyarakat. Jentera-jentera kerajaan digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun merasa bersalah untuk mengekalkan kuasa. Rasuah bermaharajagila dalam segenap lapangan kehidupan masyarakat. Rasuah berlaku dalam pelbagai sektor. Perasuah melibatkan tokoh-tokoh besar diberi perlindungan, malah dilantik sebagai menteri, MB, KM dan Yang DiPertua Negeri. Politik wang telah merebak dalam masyarakat amat sukar untuk dibasmikan, terutama ketika tiba waktu pemilihan dan musim pilihan raya. Duit gugur bagaikan daun kering di musim kemarau. Mahathir menguruskan Malaysia bagaikan sebuah syarikat sendirian berhad, tempat memfaraidkan khazanah negara sesama mereka dan anak-beranak dan membiarkan rakyat terbanyak berada dalam kemiskinan dengan pelbagai tekanan kos kehidupan semakin meningkat dari hari ke hari. Semuanya memerlukan wang.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
- Sri Bunian - 26.02.2005
|
|
|
| |
| SURUHANJAYA ANTARA AGAMA: BUKAN SAHAJA NGO MALAH MENTERI PUN TENTANG |
| 02.26.05 (11:31 am) [edit] |
Rais Yatim telah pun merasmikan persidangan yang bermesyuarat untuk memutuskan penubuhan suruhanjaya ini yang dikenali sebagai Interfaith Commission ataupun IFC. Dan didalam ucapannya beliau meminta agar semua pihak membuka minda masing-masing dan tidak bersikap prejudis terhadap cadangan penubuhan suruhanjaya ini.
 RAIS SEMASA MERASMIKAN PERSIDANGAN |
Beberapa NGO Islam diberitakan enggan menghadiri persidangan ini atas alasan ianya merupakan usaha untuk mencampuri urusan agama Islam (sebagaimana dilaporkan BERNAMA):
... various organisations representing Muslims voicing their concern over the formation of the IFC, which they see as an attempt to interfere in Islamic affairs.
Untuk rekod, bukan sekadar NGO Islam seperti ABIM, JIM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Persatuan Ulamak yang menentang penubuhan IFC ini malah tentangan turut diterima dari anggota kabinet sendiri!
Menteri di JPM Dr Abdullah Md Zain (yang memegang portfolio JAKIM) sendiri membantah cadangan penubuhan IFC ini. Beliau mendakwa penubuhan IFC ini bercanggah dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam, BERNAMA melaporkan Abdullah sebagai berkata:
I dont agree with the setting up of the IFC...Malaysia is an Islamic state, will matters concerning Islam also come under the purview of the IFC?. No way, how can it be, I object to it. If they want to have only their religions (excluding Islam), its up to them but if they want Islam to come under the IFC of course it is not possible as it is contradictory.
Bagaimana Rais boleh merasmikan sesuatu yang Menteri menjaga portfolio agama Islam tidak setuju dengannya? Percanggahan ini sungguh membimbangkan terutama apabila ia membabitkan isu Islam dalam negara.
Sekiranya cadangan penubuhan IFC ini semata-mata mahu memupuk baik sangka dan harmoni sesama agama saya kira perkara ini telah pun wujud sekian lama dalam negara. Malah kita tidak pernah mendengar rusuhan, perbalahan ataupun pergaduhan yang berkait atas isu agama di Malaysia. Toleransi beragama diiktiraf oleh semua pihak. Malah di Kelantan sendiri Tuan Guru MB Kelantan pernah hadir dan memberi ucapan di Wat Siam di Tumpat dan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin berbagai agama di sana.
Rumah-rumah ibadat agama lain tumbuh dan berfungsi tanpa halangan dari Johor ke Perlis sehinggalah ke negeri majoriti Islam termasuklah Kelantan dan Terengganu.
Lalu di mana terdesaknya kita sehingga terpanggil untuk membentuk majlis seumpama ini. Lantaran itulah timbul isu bahawa penubuhan IFC ini semata-mata untuk melentur dan melunakkan Islam itu sendiri sehingga memungkinkan beberapa aspek berhubung dengan Islam di modify supaya tidak dilihat menganggu hak asasi agama lain!
Perkara-perkara yang umat Islam anggap sebagai sensitif mahu diburaikan supaya ditafsirkan mengikut pandangan semua pihak antaranya:
Kalau orang mahu murtad dari Islam, maka itu hak mereka contohnya. Isu hak pemeliharaan anak-anak Islam setelah suami-isteri bercerai dan salah seorang kembali ke agama asalnya, ini mahu dikanunkan demi menjamin hak asasi. Hak asasi pesalah jenayah syariah yang sejak zaman berzaman tidak pernah dipertikaikan mahu disemak-semula.
Ini semua hak mutlak umat Islam yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk yang menganggap diri mereka moderat dan liberal seperti Sisters in Islam dan seumpamanya.
Inilah yang pihak Islam tidak mahu ditolak-ansurkan. Bukan soal tidak mahu duduk semeja yang sebelum ini telah pun dipraktikkan tanpa sebarang kekalutan. Menteri dan pemimpin kerajaan khususnya dari Umno perlu bijak dalam hal ini dan jangan sekali-kali terlibat dalam kerja-kerja melacurkan Islam atas nama perpaduan dan mahu dilihat moderat.
 Abdullah Md Zain dan TG Nik Aziz kmenyuarakan tentangan |
Ini bukan isu Umno atau PAS ini isu nasib dan masadepan Islam dalam bumi yang tercinta. Sebagaimana Dr Abdullah, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz turut membantah cadangan penubuhan IFC ini dan dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata:
For Muslims, only Islam is the right religion and we can have dialogues with anyone if there is a need.
Kesimpulannya, orang Melayu/Islam memang menghormati kaum dan agama lain dalam negara dan kita telah pun hidup bersama sejak pendatang Cina dan India mula bermastautin di tanahair barangkali seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah diberikan kerakyatan selepas Merdeka sehinggalah hari ini. Tiada konflik agama di sini lalu tiada sebab mengapa perlu kita membicarakan sesuatu yang tidak relevan seumpama IFC ini.
Kekalkan apa sahaja yang ada, jangan kita cuba bermain dengan api.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 26.02.2005
|
|
|
| |
| KENAPA PM MASIH TAK TAHU? |
| 02.26.05 (11:27 am) [edit] |
Betulkah PM memang tak tahu yang kebanyakan masalah di peringkat daerah selalunya menghadapi gangguan pemimpin politik setempat dalam menjalankan tugas mereka? Pugar tanah, pembahagian tanah, ambil dan korek pasir, luluskan pembangunan dan berbagai kelulusan lain semuanya dan selalunya dating dari pemimpin politik setempatlah. Bukankah semua projek PLB semuanya dipegang oleh pemimpin politik tempatan begitu juga dalam memperolehi tender-tender terutamanya kelas F (Dulu dulu) sekarang dah tukar kelas macam lain pula.
Pegawai kerajaan kebanyakannya adalah professional dan menjalankan kewajipan berlandaskan peruntukan sedia ada tetapi mereka menghadapi masalah besar berhadapan dengan pemimpin politik tempatan yang amat rakus hendakkan semua projek dan semuanya nak ikut jalan belakang sahaja. Kerana itu adalah kurang tepat mengatakan Pegawai Kerajaan kurang mahir dengan bidang tugas mereka sebaliknya pemimpin politik tempatanlah yang langsung tidak mahir, kurang pengetahuan dan hanya tahu mengenakan tekanan dan mendabik dada mereka ada kuasa dan kenalan mereka adalah pemimpin besar politik tempatan, negeri dan negara. Lihat pada petikan berita berikut:
Pegawai kerajaan di daerah perlu mahir dengan bidang tugas JOHOR BAHRU 24 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, para pegawai kerajaan di peringkat daerah perlu menguasai dan mahir dengan bidang tugas mereka supaya masalah di daerah dapat diselesaikan dengan segera.
Melalui cara itu katanya, banyak masalah di peringkat itu tidak perlu dibawa hingga ke peringkat Exco kerajaan negeri untuk diputuskan.
"Pegawai di peringkat daerah seperti Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah serta pegawai yang lain mesti mahir dengan segala undang-undang berkaitan dengan pejabat daerah,'' katanya kepada para pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar Saujana, di sini hari ini.
Menurutnya, antara peraturan berkenaan yang perlu dikuasai oleh pegawai terlibat ialah Kanun Tanah dan undang-undang kerajaan tempatan supaya mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Sekalipun PM sendiri yang mahukan laporan tersebut tetapi Kerajaan Selangor yang bermenteri besarkan DS Khir Toyo masih sanggup memberikan laporan yang tidak dapat memuaskan hati PM sendiri, ini menjelaskan kepada rakyat , ada sesuatu yang tidak kena atau cuba diselindungkan sekalipun rakyat ramai semuanya sudah dapat menduga dan amat percaya mereka akan akhirnya menjadikan isu kemusnahan Bukit Cahaya ini lemah dan tidak lagi menarik perhatian, apatah lagi apabila rakyat sudah menghilangkan tumpuan daripada kes JAWI dan ZOUK yang lalu. Begitulah mereka menyelesaikan masalah dari satu masalah mereka membentuk masalah lain yang akhirnya RAKYAT akan melupakan perkara pokok atau ISU UTAMA. Inilah berita tak puas hati PM:
PM tidak puas hati laporan awal isu Taman Pertanian Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI KUALA LUMPUR 24 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan laporan awal berhubung isu Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam dan beliau mengarahkan kerajaan negeri Selangor mengemukakan satu lagi laporan yang lebih lengkap kepadanya.
Laporan berhubung ancaman sistem ekologi taman itu yang heboh diperkatakan sekarang, akan dibentang dan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting memberitahu: "Dalam mesyuarat Kabinet semalam, Perdana Menteri masih tidak berpuas hati dengan laporan awal yang diterimanya daripada kerajaan negeri Selangor.
Usaha terbaru mereka mencari jalan keluar isu kemusnahan Bukit Cahaya adalah dengan mengemukakan isu pencemaran baru yang akan diperbesar-besarkan. Rakyat akan terjurus ke arah kegiatan curi pasir pula dan sedikit demi sedikit melupakan isu, JAWI dan ZOUK, kemudiannya DS KHIR TOYO dan KEMUSNAHAN TAMAN BUKIT CAHAYA dan akan tertumpu pula kepada isu curi pasir. Isu ini juga telah digunakan bagi menghilangkan perbincangan awam semasa Kerajaan menghadapi isu lain satu ketika dahulu. Kini ianya akan berulang dan rakyat akan terus terikut perancangan UMNO dan BN. Mereka akan melupakan JESLINA, JAWI, ZOUK, DS KHIR TOYO, TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM dan bercakap pula pasal curi pasir yang lebih rendah implikasi politiknya kepada rakyat. Berita yang mereka ketengahkan:
Kejadian curi pasir berleluasa di Selangor KUALA SELANGOR 24 Feb. - Kegiatan mencuri pasir semakin berleluasa di Selangor sehingga sesetengah pengusaha semakin berani `menodai' kawasan hutan simpan seluas 720 hektar di Rantau Panjang di sini.
Ibarat pencuri di siang hari - operasi mereka dijalankan tanpa henti di tiga sempadan daerah melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
Ternyata, ketiga-tiga kawasan bekas lombong dan sungai itu menjadi kawasan `segi tiga emas' kepada pengusaha terbabit sehingga mereka berani memperlekehkan ketegasan kerajaan yang mengarahkan operasi sedemikian dihentikan serta-merta sejak Julai 2003 lalu.
Menurut sumber, keberanian pengusaha berkenaan dipercayai berpunca dari penguatkuasaan yang lemah.
Pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu sejak beberapa tahun lepas tidak ubah seperti `mencurah air ke daun keladi' semata-mata.
Kegiatan haram itu masih berlaku secara terang-terangan dan dipercayai turut didalangi sindiket samseng dan tonto......
Kita lihatlah dalam hal yang melibatkan hal agama pun mereka tidak peka. Kita tetap menyokong sepenuhnya kenyataan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, Suruhanjaya Antara Agama (ICM) tidak boleh diwujudkan di negara ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi. Tetapi lihat pada kenyataan mereka yang tidak arif tentang Islam berhubungkait tindakan mereka yang tetap ingin menubuhkan ICM seperti berikut:
Jawatankuasa ICM nafi penubuhan pengaruhi urusan Islam Oleh: HELMI MOHD. FOAD dan HERMAN HAMID BANGI 24 Feb. - Jawatankuasa Pemandu Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) menafikan dakwaan pelbagai pihak bahawa penubuhan badan itu akan mempengaruhi urusan agama Islam.
Pengerusinya, Malik Imtiaz Sarwar berkata, suruhanjaya itu juga tidak sekali-kali akan menjadi badan penghakiman terhadap pelbagai masalah membabitkan umat Islam termasuk kes murtad.
Sebaliknya beliau menjelaskan, ICM dicadangkan untuk bertindak menjadi perunding dan pendamai sebagaimana yang telah dirangka dalam kertas cadangan penubuhannya.
"Dalam isu seperti murtad, kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, sebaliknya hanya boleh mengemukakan pandangan. "Misalnya kita memberikan cadangan bahawa sesuatu kes sepatutnya begini... jangan penjara tetapi beri kaunseling, namun ia terpulang kepada kerajaan atau jabatan agama untuk membuat penelitian,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi rehat selepas majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Ke Arah Penubuhan ICM oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim, di sini hari ini.
Sebagai penutupnya kita tetap menyokong semua yang baik kepada Islam dan kenyataan Menteri seperti berikut amat di sokong dan di alu-alukan dan ucapan terima kasih.
`Mana boleh, saya bantah ICM' Oleh: MOHD. LAZIM ENDUT HULU TERENGGANU 24 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, Suruhanjaya Antara Agama (ICM) tidak boleh diwujudkan di negara ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi. Beliau menegaskan, jika ICM ditubuhkan tentunya agama Islam akan turut berada di bawah suruhanjaya ini.
"No way, mana boleh, saya membantah perkara ini,'' tegas beliau sambil menyifatkan usaha yang diterajui Majlis Peguam itu sebagai `membuka' isu lama.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati ketika memperkatakan sesuatu isu yang cuba menyentuh institusi keagamaan di negara ini.
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu (menubuhkan ICM) kerana perlembagaan negara ini telah menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Kalau ICM ditubuhkan bererti Islam pun sudah pasti akan turut berada di bawah suruhanjaya itu, bagaimana ni?,'' katanya.
Semoga Allah meneruskan hidayahnya kepada semua pejuang yang ingin memartabatkan Islam , apatah lagi di Negara yang telah rakyatnya terlalu rindukan Islam yang syumul. Keadilan Islam tiada tandingannya. Wallahualam.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 24.02.2005
|
|
|
| |
| Najib vs. Anwar di Manchester UK |
| 02.25.05 (9:09 am) [edit] |
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mahukan lebih 2500 orang pelajar di seluruh U.K untuk berkumpul di Manchester bagi menghadiri program Pelancaran Islam Hadhari di Manchester, United Kingdom. Majlis yang dirancangkan untuk diadakan pada 12 Mac ini bakal menyaksikan program besar-besaran anjuran Timbalan Perdana Menteri ini.
Beribu-ribu pound sterling akan dibelanjakan dalam memastikan ianya akan menjadi kenyataan. Pegawai-pegawai Najib telah lama berada di U.K terutama Manchester ini untuk merancang program ini dengan dibantu oleh pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di U.K yang diketuai oleh En. Nazir serta Atache Pendidikan MSD yang berpangkalan di Manchester tetapi tinggal di London, Cikgu Ali.
Sebuah dewan besar di Manchester telahpun ditempah malah kesemua padang bolasepak (tidak silap hampir 6 buah kesemuanya) juga turut ditempah. Untuk menjadikan ianya satu program yang meriah, acara sukan Piala Perantau turut akan diadakan. Pelajar-pelajar undergraduate telah dikerah oleh konco-konco Najib untuk mengumpulkan rakan-rakan mereka di seluruh UK.
Untuk acara bolasepak yang akan diadakan nanti, mereka diberi tempuh kurang dari 2 minggu untuk mengumpulkan 60 buah pasukan untuk hadir bertanding pada hari tersebut. Selain bolasepak, pertandingan badminton dan beberapa acara sukan lain juga turut akan diadakan.
Penyediaan makanan untuk 2500 orang juga sedang di atur. Najib juga dijadualkan untuk bertemu dengan pelajar-pelajar lepasan ijazah (Masters/PhD) dalam sessi berasingan.
Yang menariknya, Najib ke Manchester hampir-hampir bertembung dengan kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadualkan untuk turun ke Manchester dalam masa yang terdekat ini untuk satu program bersama masyarakat Malaysia di Manchester dan North West England. Namum program Anwar tidaklah mendapat publisiti yang meluas seperti program Najib kerana pihak MSD dan para penaja sedang sibuk merayau ke sana-ke mari memberi amaran kepada semua pelajar supaya tidak menghadiri program Anwar nanti atau tindakan tegas akan diambil.
Mereka juga sedang mencari-cari dan menduga-duga siapa penganjur program Anwar di Manchester ini dan bila tarikhnya, namun, belum ada sesiapa pun yang mempunyai maklumat tersebut kecuali penganjur dan Anwar sahaja yang tahu.
Walaubagaimanapun, sebilangan pelajar Malaysia di Manchester dan daerah berhampiran telahpun dimaklumkan dan sedang menanti-nanti pengesahan program tersebut. Ianya difahamkan akan diadakan dalam tempuh masa yang terdekat ini.
Tidak seperti program Najib, program Anwar akan diadakan dalam suasana yang agak sederhana, berjimat cermat dan rendah diri. Walaupun pelajar-pelajar diingatkan untuk tidak hadir dalam program Anwar nanti, namun, sebagai pelajar matang dan telah melihat demokrasi dilaksanakan di UK dan seluruh Eropah, mereka dijangka tidak menghiraukan amaran tersebut. Rata-rata yang ditemui oleh penulis menyatakan tidak sabar untuk hadir dalam program tersebut dan tidak akan mempedulikan amaran oleh pengecut-pengecut tersebut.
Walaupun tidak beribu pelajar yang akan hadir nanti, namun, jumlah hadirin yang agak ramai dijangka akan hadir. Ini adalah kerana mentaliti masyarakat Malaysia di Manchester ini adalah lain dengan masyarakat Malaysia di tempat lain di seluruh UK ini. Tambahan lagi, kedudukan geografi Manchester ini yang terletak di tengah-tengah pulau UK ini akan memudahkan untuk semua pelajar dari utara, selatan, serta Ireland untuk hadir dan tidak mengambil masa perjalanan yang lama dan memenatkan berbanding London.
Satu pertembungan yang agak hebat dijangka akan berlaku di Manchester ini dalam masa yang agak terdekat ini dan kita akan saksikan siapa lebih berkualiti, bukan berkuantiti.
Anwar yang telahpun berada di UK ini sejak 24 Januari yang lalu kini adalah pensyarah tamu di Oxford dan telah pun mengadakan beberapa majlis public lecture di beberapa tempat di London dan Oxford. Ini adalah lawatan pertama kali Anwar ke Manchester sejak dibebaskan dari Sungai Buloh.
Beberapa buah universiti lain di seluruh UK ini juga turut menjemput Anwar untuk memberikan syarahan di Universiti mereka masing-masing, tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan jadual yang agak ketat di Oxford, maka banyak jemputan yang terpaksa di tolak. Namun, Anwar, sebelum tiba di UK ini telah merancang agar pelajar-pelajar di dua bandar utama di UK ini harus dilawati iaitu di London dan Manchester.
Zack - 24.02.2005
|
|
|
| |
| SAMPAI BILAKAH ABDULLAH BADAWI MESTI BERGELUMANG DENGAN KOMPLOT RASUAH |
| 02.24.05 (11:03 pm) [edit] |
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (DSAAB) seorang pemimpin bersih dan berjiwa besar. Beliau mahu memerangi rasuah. Mahu rakyat membangunkan kehidupan sejahtera. Mahu rakyat memiliki minda kelas pertama. Dan mahu rakyat jadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Tetapi, DSAAB dibelenggu dilemma. Niatnya yang luhur dan murni kini terdampar sepi. Jiwanya yang bersih terus diheret untuk bergelumang dengan kemungkaran. Segolongan anggota kabinet DSAAB adalah perasuah dan penyalahgunakuasa. Sesetengah timbalan menterinya juga perasuah dan penyalahgunakuasa. Lebih teruk lagi, sesetengah anggota kabinet dan timbalan menterinya juga golongan muflis moral dan budi. Teruk DSAAB diumpat, dimaki dan dicaci. Ramai pula pemandu teksi di Kuala Lumpur yang asyik membebel pasal Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz Yeop. Ramai juga jurujual kereta di ibukota mengumpat pasal Datuk Seri Rafidah Aziz. Kedua-duanya dikatakan telah makan terlalu besar. Sampai muntah-muntah. Sampai terboroi perut di sepanjang jalan. Kisah Datuk Seri Jamaluddin Jarjis @ JJ pun sudah mula timbul di kedai-kedai kopi hotel lima bintang, di sepanjang Jalan Sultan Ismail, dan di daerah segitiga kewangan di Kuala Lumpur. Menteri ini selalu digandingi oleh balacinya bernama Datuk Shahziman Mansor, Timbalan Menteri kepada Datuk Seri Lim Kheng Yaik. Pada suatu malam, setahun dua yang lalu, kedua-dua anak emas DSAAB ini digossipkan telah membahagi-bahagikan RM800,000 dalam sekelip mata. Kalau hendak tahu kisah selanjutnya, selalu-selalulah makan malam di Carcosa Seri Negara atau di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Senarai kerasuahan segolongan anggota kabinet dan timbalan menteri DSAAB amat panjang. Sesetengah menteri dan timbalan menteri yang dalam penggal pertama pun dipercayai sudah mula berjinak-jinak dengan rasuah dan mula arif mengenai seni penyalahgunaan kuasa. Ini belum termasuk senarai pemimpin negeri di bawah rejim DSAAB. Segolongan mereka jatuh dalam kategori perasuah. Sesetengah mereka masuk dalam kumpulan penyalahguna kuasa. Tetapi, ada juga yang masuk dalam kelab muflis moral dan budi. Kalau hari ini ada seorang pengembara yang menyusur dari Kuala Perlis sampai ke Tanjung Puteri, singgah makan satay di Shah Alam, dan meratah cencalok di Kota Melaka, tentu pengembara itu akan pengsan mendengarkan seribu satu cerita bagaimana kotornya moral dan budi sesetengah pemimpin negeri di bawah kekuasaan DSAAB. Kalau hendak tahu dengan lebih sahih mengenai hal ini, cuba-cubalah pasang telinga. Pasti kita akan terdengar cerita panas pasal MB Perlis, gossip pasal MB Johor dengan Exconya yang seksi, dan kisah MB Selangor dengan jin-jin tanahnya.
Kalau pengembara di atas singgah di Melaka, tentu dia akan terhidu kisah KM Melaka dengan hantu-hantu kuburnya. Kisahnya begini. KM Melaka ini suka sangat berkawan dengan hantu kubur. Sebab itu dia gadai banyak tanah wakaf kubur kepada hantu-hantu kubur. Wakaf MAIM di depan Masjid Negeri Melaka adalah mangsa terbarunya. KM Melaka dikatakan telah menggadaikan tanah wakaf itu kepada sekumpulan hantu kubur bermata sepet.
KM Melaka juga dipercayai merestui sebuah syarikat membina sebuah menara telekomunikasi di Bandar Hilir dengan harga belasan juta ringgit. Banyak pihak membantah projek itu atas sebab-sebab alam sekitar. Tetapi KM Melaka tidak mempedulikan bantahan itu. KM Melaka kena berhati-hati. Jangan izinkan diri jadi boneka hantu kubur. Jangan biarkan hantu kubur bernama Poh Ah Tiam panjat kepala. Ingat. Jangan selalu sangat ke Singapura dengan hantu kubur itu. Ramai orang sudah mula bertanya, betulkah gossip KM Melaka simpan duit di Singapura guna nama seorang perempuan yang kononnya anak buah hantu kubur Poh Ah Tiam. KM Melaka bercita-cita tinggi hendak jadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi, kalau KM Melaka hari ini tidak berfikiran strategik, lebih baik dia berhenti sekarang. Apa gunanya jadi Naib Presiden UMNO dan KM, kalau dia tidak terdaya membaca kilat dalam kilau? Apa gunanya KM Melaka hendak jadi pemimpin besar, kalau pemikiran beliau terlalu kerdil dan dangkal? Semua perkembangan seperti di atas sangat menghairankan. Adakah ini tandanya segelintir MB dan KM memprotes konsep Islam Hadhori? Atau, inikah caranya mereka mengkhianati agama, bangsa dan tanahair mereka? Apakah tindakan paling sesuai dengan golongan seperti ini? Adakah DSAAB akan terus melindungi mereka? Berat sungguh tanggungjawab DSAAB untuk memerangi rasuah dan memperjuangkan Islam Hadhori. Ianya berat kerana yang rasuah dan yang songsang moral dan budi bukan sahaja kaum Adam. Anggota kabinet yang kaum Hawa pun dipercayai ada yang songsang moral. Kalau tidak percaya, intiplah apa yang Azalina buat. Carilah kepastian, benarkah dia simpan lelaki Myanmar sebagai penyedapnya, atau mungkinkah berita ini hanya fitnah semata-mata?
Jadi, apalah yang hendak DSAAB lakukan sekarang? Prioriti beliau adalah memerangi rasuah. Tetapi, beliau sendiri masih dipagari oleh segolongan manusia yang rasuah. Perjuangan beliau adalah untuk menegakkan Islam Hadhori. Tetapi, sekelompok manusia di keliling beliau juga bergelumang dengan dosa dan kebangkrapan moral dan budi.
Di kaca TV, muka DSAAB kelihatan merah padam dan tidak berseri-seri lagi. Ini kerana semuanya dibebankan ke bahu beliau. Dari soal mercun, pergi ke soal kemalangan jalanraya, soal TNB, soal denggi, semua DSAAB kena tanggung. Itu belum lagi soal karenah menantu kesayangannya bernama Khairy Jamaluddin. (di lamanweb ini pun terkandung satu cerita panas pasal Khairy.) Kalangan usahawan, diplomat, pegawai kerajaan, orang politik dan orang kampung kini sudah pandai mengumpat pasal Khairy. Di Terengganu ceritanya lain. Di Putrajaya ceritanya lain. Di Permatang Pauh ceritanya lain. Di UKM ceritanya lain. Di Kapit, Sarawak, ceritanya lain. Di Tawau, Sabah, ceritanya lain. Di mana-mana ceritanya lain. Ini kerana Khairy dikatakan telah membabitkan diri dalam beraneka jenis urusan, baik urusan kerajaan, politik atau perniagaan.
Tetapi, yang menerima kesan negatifnya adalah DSAAB. Penulis politik prolifik tanahair, Saudara Yahya Ismail @ Pak Ya, sudah pun menulis buku meramalkan Khairy akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila DSAAB menerima senaskah buku tersebut, DSAAB mulalah naik angin. Apa pasal? Kerana konon-kononnya, Khairy sedang mencaca-murbakan banyak hal dan banyak perkara yang tidak lama lagi mungkin meletup menjadi isu politik dan isu negara? Adalah kurang pasti kalau tindakan pencaca-murbaan ini termasuk fitnah kepada Tun Mahathir Mohamad selaku Penasihat Proton.
Khairy sudah melampau. DSAAB kena bertindak. Kalau tidak, kita semua bimbang Khairy akan menyebabkan keruntuhan pemerintahan DSAAB. Sekarang ini, banyak peluru gajah sudah disiapkan untuk membedil Khairy. Kisah dan gambar beberapa babak skandal Khairy pun sudah ada di tangan pihak tertentu. Mungkin DSSAB pun sudah melihatnya sendiri. Dengar-dengar ceritanya, Nuri isteri Khairy pun sudah maklum tentang skandal itu. Jadi, bila lagi? Janganlah DSAAB masih hendak pertahankan Khairy. Janganlah sesiapa yang menyampaikan berita mengenai Khairy kepada DSSAB, orang itu dikatakan bersalah.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia patut merasa lega sedikit kerana mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kini sedang menjalani fellowship di Oxford University, England, tempat Khairy pernah belajar. Harap-harap banyaklah peluru gajah dan kisah benar pasal Khairy yang boleh dibawa balik ke Malaysia tidak lama lagi.
Baru-baru ini, DSAI juga telah mendapat penghormatan untuk menyampaikan satu syarahan di London School of Oriental and African Studies. Tajuknya adalah mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa, iaitu dua perkara yang dihuraikan secara panjang lebar seperti di atas, dan dua perkara yang kini sangat-sangat memeningkan kepala DSAAB serta majoriti rakyat Malaysia.
Kita semua pening kepala kerana bekas Ahli Parlimen Pembangkang yang terlebih sedikit tuntutan perjalanannya diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, tetapi mereka yang songlap duit rakyat berpuluh juta ringgit tidak langsung dikenakan tindakan. Ikan bilis diheret ke mahkamah kerana rasuah. Ikan paus dibiarkan sampai boncet perut menyedut duit rakyat. DSAI tahu akan hal ini. DSAAB juga tentu tahu pasal hal ini. Kalau begitu, bila DSAAB hendak bertindak?
Bagaimanapun, cuba kita bayangkan betapa bersemangatnya DSAI sewaktu menyampaikan syarahan itu di hadapan khalayak intelektuil antarabangsa di London. Dengan intonasi, gaya, suara dan wajah yang menawan, pasti hadirinnya terpaku kepada apa yang diluahkan oleh DSAI. Dan, agaknya, macam mana kalau DSAI diberi peluang menyampaikan syarahan yang sama di PWTC dengan audiens daripada Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan seluruh warga UMNO? Bolehkah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka berkurangan, sedikit demi sedikit, selepas itu?
Lupakan sahaja soalan di atas. Tetapi, cuba renungkan pula soalan ini. Apakah pendapat anda kalau DSAI diberikan pengampunan dan dikembalikan statusnya di dalam parti dan kerajaan? Lepas itu, macam mana pula kalau DSAI yang karismatik itu diminta merefomasikan UMNO dan Malaysia supaya bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa?
Soalan di atas bukan soalan kosong. Ia mungkin menjadi satu kebenaran. Bayangkan, apa akan jadi, seandaianyalah DSAAB yang dalam keadaan tercungap-cungap dicekik masalah Khairy, tiba-tiba terus give-up dan mengosongkan jawatannya suatu hari kelak. Kalau ini terjadi, tidak layakkah DSAI menggantikan takhta pemerintahan negara supaya kita semua terselamat daripada bencana rasuah dan salahgunakuasa?
DSAAB kena fikirkan soal di atas masak-masak. KM Melaka rosak kerana hantu kubur Poh Ah Tiam. MB Johor hancur kerana langsui Halimah. MB Selangor sedang dirasuk jin tanah Lebar Daun. Shahidan pula sedang digoda jerangkong Noritta! Jadi, janganlah DSAAB tersungkur kerana hanturaya Khairy. Ingat. Baru-baru ini seorang Hamba Allah telah menasihati DSAAB “jangan berkawan dengan orang bodoh.” Rakyat Malaysia pula minta DSAAB jangan berkawan dengan hantu kubur, jin tanah, langsui, jerangkong dan sebagainya. Kalau sudah tidak terdaya hendak lawan hantu, jembalang dan puaka berkenaan, carilah helah yang munasabah dan undurkanlah diri secara terhormat!
- Pendekar Mustar - 24.02.2005
|
|
|
| |
| PANASSSS... |
| 02.23.05 (10:58 pm) [edit] |
PANASSSS...Inilah muka depan Harakah cetak yang akan berada di pasaran mulai Jumaat, 25 Februari. Ceritanya panas...bagaimana ni, hendak melaksanakan Islam tetapi awal-awal lagi berbohong dan menipu pembaca. Cerita JAWI juga panassss. Macamana ni...inikah dia Islam Hadhari...saman ke atas artis gugur selepas macam-macam kutukan artis berkenaan hamburkan ke atas JAWI, melalui media cetak dan elektronik. Ketua Pengarah JAWI juga bersara awal, penguatkuasanya juga ditukar. Atau ada satu macam konspirasi untuk memalukan Perdana Menteri ketika beliau di luar negara? Dapatkan naskah anda segera.
|
|
|
| |
| KONSERT FORCE OF NATURE: KELIRU DAN TERPINGGA KITA DIBUATNYA |
| 02.23.05 (10:55 pm) [edit] |
Kalau nak difikirkan semasak-masaknya kita pun akan turut jadi keliru dan terpingga-pingga.
Betulkan jika saya silap. Tidakkah lantaran kejadian malapetaka Tsunami pada 26 Disember tahun lalu maka Pak Lah telah mengarahkan agar segala bentuk sambutan meraikan ketibaan tahun baru 2005 dibatalkan? Bukankah tindakan ini diambil kerana menghormati mangsa kejadian serta menginsafi kesengsaraan yang menimpa mereka yang terlibat?
Maka batallah segala bentuk acara hiburan dan tari-menari sebagaimana biasa. Kerajaan mengarahkan agar ianya digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat. Maka sunyi sepilah KL dan Bandar-bandar utama yang lain melainkan beberapa kelompok yang memang degil dan meneruskan perayaan. Tanggal 1 Januari 2005 dada-dada akhbar diserikan dengan wajah para menteri lelaki dan perempuan duduk berdoa di masjid-masjid.
Kini dah hampir 2 bulan bencana tersebut berlalu. Akibat sikap prihatinnya kerajaan maka dilantik bekas diplomat Tan Sri Razali Ismail sebagai Duta Khas Perdana Menteri dalam urusan bantuan mangsa Tsunami. Ramai yang terpegun dengan perlantikkan ini kerana ia seolah-olah mencerminkan betapa seriusnya penglibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan antarabangsa.
Semalam tiba-tiba kita dikejutkan apabila Razali mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengutip RM10 juta untuk mengisi tabung misi beliau. Macam mana nak dapat RM10 juta ini? Kata Razali melalui penganjuran Konsert Force of Nature pada 18 Mac kelak di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan bangganya Razali mengumumkan bahawa artis-artis antarabangsa akan dijemput untuk menjayakan konsert ini antara lain Backstreet Boys, Black Eyed Peas, Boyzs II Men di samping artis-artis tempatan.
Tak serabut ke kalau nak difikirkan? Dan takkanlah Duta Khas PM ini tidak ada idea lain selain menganjur konsert untuk memperolehi dana? Kalau sekadar menganjur konsert lebih kurang sama taraf manager funfair sahaja, buanglah status diplomat.
Ini kita tak masuk bab sesuai atau tidaknya konsert dalam suasana kita mendakap konsep Islam Hadhari di peringkat Negara. Sesungguhnya keutamaan kita makin bercelaru apabila dasar kita tidak jelas dan berubah-rubah. Sekejap kita mahu pada Islam sekejap Islam terpaksa kita kesampingkan. Apalah kesudahannya kita kelak, wallahualam.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 23.02.2005
|
|
|
| |
| KHIR BERSELINDUNG DI SEBALIK PEGAWAI KERAJAAN |
| 02.23.05 (10:50 pm) [edit] |
Isu perkosaan terhadap tanah sekitar Taman Pertanian Bukit Cerakah dibangkitkan sehingga ke peringkat Majlis Tertinggi Umno. Presiden Umno memberi kata dua kepada MB Selangor dan ketua-ketua negeri lain agar tidak lagi mengizinkan perkara seumpama ini berlaku lagi. Namun penyelesaiannya, entahlah.
Dalam kolum CITIZEN NADES di akhbar THE SUN hari ini penulis kolum berkenaan mencatatkan:
The state EXCO for housing, management and squatters was quoted by BERNAMA as saying that the MB realized 3 months ago that unplanned development was going on around the park and has asked for a special task force to be set up.
Unplanned development? I beg your pardon. Surely developers cannot proceed with development work without a development order issued by the local council, in this case, the Shah Alam City Council?
But before that who authorized the re-zoning of the land from agriculture or recreation to residential? Only the state EXCO has such powers, and they must have authorized such change? Is the state government trying to correct its own misdeeds because of public pressure?
EXCO Perumahan, Pentadbiran dan Setinggan sebagaimana dipetik oleh BERNAMA berkata bahawa MB telah menyedari sejak 3 bulan lalu yang pembangunan tidak dirancang sedang dijalankan di sekitar taman berkenaan dan satu badan bertindak telah dibentuk.
Pembangunan tidak terancang? Maaf cakap. Sudah pasti sebarang bentuk pembangunan tidak dapat dijalankan tanpa arahan pembangunan yang diluluskan oleh PBT, dalam hal ini, Majlis Bandaraya Shah Alam.
Akan tetapi sebelum itu, siapakah yang telah mengarahkan tindakan menzon semula syarat tanah yang dimaksudkan dari pertanian ataupun rekreasi ke perumahan? Kuasa sedemikian hanya terletak di tangan EXCO kerajaan negeri, dan pasti merekalah yang telah meluluskannya. Adakah kerajaan negeri sedang cuba memperbetulkan kelemahannya lantaran desakan pihak awam?
Yang terkini kita dapati seolah-olah semua jari menuding ke arah MBSA. MBSA lah yang bersalah dalam hal ini, mereka tidak cekap, tidak telus dan berbagai lagi. Kakitangan awam yang tidak boleh bersuara lantang sebagaimana ahli politiklah akhirnya dijadikan mangsa dalam isu ini. Orang politik dari MB dan barisan EXCO nya semua melepaskan diri. Tidak ada langsung prinsip akauntabiliti, yang ada cumalah prinsip menyelamatkan periuk nasi masing-masing! Kasihan kakitangan kerajaan.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 23.02.2005
|
|
|
| |
| PENYELEWENG WANG PPRT:AZIZ AKAN DEDAHKAN PERANAN ANNUAR MUSA |
| 02.23.05 (10:47 pm) [edit] |
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Abdul Aziz Muhamad diperintah membela diri oleh mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini di atas dua tuduhan; bersuhabat melakukan pecah amanah dan penipuan ke atas Projek Pembangunan Rakyat termiskin (PPRT) sebanyak RM11.
Mahkamah telah menetapkan pada 1 Jun depan untuk mendengar keterangan membela diri oleh Aziz itu. Kes pecah amanah wang PPRT ini menjadi perhatian umum sejak ia mula dibicarakan tahun lepas. Kes ini menimbulkan kekecewaan dan kemarahan orang ramai kerana wang itu adalah untuk membantu rakyat miskin.
Seramai 47 orang saksi telah dikemukakan oleh pihak pendakwa di sepanjang perbicaraan lalu. Sementara itu pihak pendakwa akan menawarkan lima orang saksi untuk Aziz termasuklah bekas Menteri PLB Annuar bin Musa.
Perkembangan kes berprofil tinggi ini menjadi semakin menarik. Orang ramai sudah lama menanti bagaimanakah kesudahan kes ini, dan ketagih untuk mengetahui siapakah yang benar-benar bersalah. Orang ramai mereka yang bertanggungjawab akan mendapat pembalasan setimpal.
Sebelum ini orang ramai mengharapkan menteri Annuar Musa juga turut sama berada di kandang orang salah memandangkan beliau ada orang paling bertanggungjawab mengenai pecah amanah itu. Ini kerana ia adalah menteri di kementerian itu.
Keadaan ini bagaimana pun sungguh membingungkan, Annuar yang dikatakan bertanggungjawab mengendali atau menyeliakan projek berkenaan terlepas, sebaliknya yang ditangkap pengawai kementerian berkenaan. Orang menyifatkan ‘pengarah’ dilepas sebaliknya ‘pelakon tambahan’ yang ditangkap. Orang lain makan nangka orang lain terkena getah!
Kerana ‘kelemahan’ inilah ada yang menganggap Aziz Muhamad dan seorang lagi yang dituduh bersubahat adalah sebagai kambing hitam untuk menyelamatkan Annuar.
Bagaimana pun latar belakang mengenai penyelewengan projek berkenaan akan terdedah juga di mahkamah kelak apabila Aziz akan mendedahkan perkara sebenarnya. Tidak mungkin Aziz akan terus cuba menyembunyikan fakta untuk menyelamatkan diri orang lain (Annuar) sedang dirinya kini sudah menghampiri ‘tali hukuman’.
Orang ramai yang mengharapkan Annuar ikut sama diheret ke mahkamah kecewa apabila bekas menteri itu hidup senang lenang dan bebas di luar. Lebih mengecewakan lagi Umno masih lagi menerima dan memberi tempat untuknya di Kelantan. Beliau hanya disoal siasat oleh BPR, keretanya disita (buat sementara) namun dibebaskan tanpa sebarang tindakan.
Ada pihak mempercayai pembebasan Annuar itu dibuat untuk menjaga imej parti yang mempelopori gagasan Islam Hadhari. Tindakan ke atasnya direhatkan sementara untuk menjaga imej dan reputasi parti khasnya di Kelantan.
Perbicaraan mendengar keterangan bela diri oleh Aziz nanti akan menjadi lebih menarik lagi apabila, latar belakang Ooi Kee Siang, jutawaan dan mafia Cina yang dituduh bersubahat dengan Aziz juga akan didedahkan. Ooi kini masih bebas dan tidak dapat(?) dikesani polis walaupun beliau pernah ditangkap polis.
Kehilangan Ooi Kee Siang inilah yang menyelamatkan Annuar Musa. Ooi adalah saksi penting di dalam kejadian ini dan beliaulah juga yang menjadi perancangnya untuk memperdayakan wang rakyat berkenaan. Beliau (Ooi) juga adalah proksi Annuar di dalam syarikat yang ditawarkan projek oleh KPLB itu dengan menjadi rakan kongsi isteri Annuar, Rosniah Abdul Rahman.
| |