Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


UMNO MINTA FATWA TENTANG KELAB MALAM
02.01.05 (3:10 pm)   [edit]

The Syariah must be clear for the public. Many are asking if it is illegal to go to the nightclub. If it is illegal, JAWI should announce it.


Undang-undang Syariah mestilah jelas kepada umum. Ramai yang bertanya adakah salah untuk mengunjungi kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI patut mengisytiharkannya.


Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO Wanita Umno Malaysia yang juga selaku Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam THE MALAY MAIL hari ini.


Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI yang menyerbu sebuah kelab malam di KL baru-baru ini dan menahan hampir 100 orang pengunjung Islam yang mana 50 peratus terdiri daripada wanita.

Ramai masih mempersoalkan sama ada benar ataupun tidak para pegawai JAWI pada malam tersebut telah bertindak kasar dan di luar batasan kuasa mereka. Setakat ini, kenyataan dan aduan hanya diperolehi daripada mangsa ataupun tertuduh yang ditahan, termasuklah pimpinan Umno yang kononnya mempertahankan hak tertuduh. JAWI sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kini status kedudukan kelab-kelab malam pula yang dipersoalkan oleh pimpinan Umno. Saya rasa sebelum JAWI mengeluarkan kenyataan, kita boleh tanya siapa sahaja yang tinggal dan berada di KL termasuklah Shahrizat, Azalina dan Kamelia sendiri bagaimanakah rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di KL sebenarnya?


Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata menghidangkan arak dari pelbagai jenis. Muzik barat sama ada secara LIVE ataupun dimainkan oleh DJ berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan selitan muzik video yang biasanya memaparkan adengan separuh lucah. Dan kelab-kelab ini menggalakkan percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari dan bersuka-ria secara bebas tanpa batasan dalam suasana muram dan separuh gelap. Semakin malam membuta kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat sehinggalah menjelang subuh.

Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam kononnya masih mahu bertanya sama ada salah ataupun tidak dari segi syarak mengunjungi kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan Konsert Sureheboh TV3 pun Mufti Perak mengharamkan inikan pula kelab-kelab malam di KL! Aduhai sesat dan menyesatkan sahaja baunya.

Nampaknya semakin hari semakin keliru jadinya pimpinan ISLAM HADHARI, gerun memikirkan nasib dan masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang seumpama ini, mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari angkara melampau mereka.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 01.02.2005

 
Anwar Di Oxford Menggugat UMNO
02.01.05 (3:08 pm)   [edit]

Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim kini menetap di St. Anthony’s College, Oxford. Berita ini diketahui juga oleh salah seorang graduan universiti itu yang memihak kuat kepada kerajaan. Salah satu peranan beliau selepas bersara dengan kerajaan ialah menyekat pemberian dana kepada Anwar oleh Pusat Pengajian Islam di Oxford yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi. Sejurus mengetahui berita itu, si malaun ini termanggu setakat tidak terkena serangan jantung sahaja ketika itu. Namun dia bertenang semula setelah diberitahu bahawa pusat itu tidak akan diganggu-gugat oleh Anwar.


Kerajaan Malaysia tidak sedar betapa kuasanya tidak mencengkam melepasi sempadan negaranya. Walaupun ia mampu mencengkam kuasa daripada tampuk pusatnya, kuasa itu tidak berguna di Oxford. Kerajaan Malaysia berfikiran bahawa kalau Anwar mahu mendapat tempat terhormat di Oxford ia mesti melalui ehsan kerajaan Malaysia sahaja. Memang sudah beberapa minggu dahulu lagi saya dan beberapa ramai orang yang lain sekitar beberapa ratus orang sahaja yang sudah mengetahui rencana Anwar untuk menonjol di Harvard dan Oxford. Gabenor British di Hong Kong yang terakhir dan kemudiannya menjadi Pesuruhjaya European Union untuk urusan luar negara, Sir Christopher Patten telah memberikan sokongan untuk Anwar menetap di St. Anthony’s College. Di sana Anwar dijangka akan menulis sebuah buku mengenai pengalaman beliau semasa meringkuk dalam penjara. Inilah yang menjadi punca keresahan ramai malaun dalam UMNO gara-gara isi kandungan yang akan terdedah.

Ketika berada di London Anwar telah bertemu dengan mantan Naib Presiden Amerika, Al Gore. Mantan Naib Presiden ini sudah menjadi seorang pelopor satu kumpulan pemikir yang bergelar ‘Generations’. Kumpulan pemikir ini ditaja oleh beberapa bank pelaburan yang tersohor, dan salah satu pelanggan kumpulan ini ialah Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Anwar telah turut menemui tokoh lain seperti Mr. Gordon Brown bekas Chancellor Exchequer (setara dengan Menteri Kewangan) Britain, yang memang merupakan seorang sahabat lama Anwar semasa memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Kerajaan Malaysia sudah kerisauan kalau-kalau mahasiswa Malaysia yang menuntut di Oxford dan pusat pengajian tinggi yang lain akan menderu berbondong-bondong menemui Anwar. Memang sudah ada usaha menyekat gelagat itu, tetapi akhirnya nanti kerajaan sendiri akan terkejut dengan kesannya.

Anwar sudah mampu memulihkan kembali imejnya di peringkat antarabangsa dengan menyambung hubungan lama, sambil memberikan tonjolan betapa beliau memang seorang ahli politik yang sejati, tahu apa yang dilakukannya dan beliau memang banyak membaca. Sejurus beliau keluar daripada penjara, saya pernah berborak dengan beliau akan buku-buku yang pernah dibacanya. Jelas beliau memang terpaut kepada tulisan yang terkini dan beberapa banyak buku yang saya pernah membacanya sebelum itu telah dijadikan rujukan untuk beliau membetulkan kefahaman saya kerana saya mungkin terlupa ataupun tertinggal sebahagian yang patut benar-benar difahami. Kerajaan Malaysia pernah memperkecilkan keupayaan Anwar dengan sekatan hukuman Undang-undang untuk menyekat kemaraan beliau berpolitik semula. Namun, Anwar terus bersiap diri untuk menyertainya kembali, bukan semestinya pada pilihan raya yang akan datang ini, tetapi bila-bila masa sahaja.

Sebelum berlepas ke luar negara Anwar telah mengutuskan pesanan kepada Najib Tun Razak yang begitu melalak mengaib dan merendah-rendahkan kewibawaan Anwar. Anwar telah berpesan, seandainya Najib terus melalak lagi Anwar akan bertindak balas sehinggakan berita tindakan itu akan menjadi berita tajuk muka depan akhbar arus perdana The New Straits Times. Sungguh mengancam berita ini kerana NST adalah sebuah akhbar yang menaruh sikap benci tetapi rindu terhadap Anwar. Ada lagi satu sudut pesanan ini yang tidak didedahkan, tetapi amat jelas apa yang tidak disebut itu ialah kisah wujudnya seorang Tun Kepala Taik yang menjadi penyokong kuat kepada Najib. Memang jelas betapa hubungan politik antara Pak Lah dan Dato’ Najib sudah sampai menghampiri garisan berantakan. Memang kedua-dua pihak ini sudah tidak begitu selesa kalau melihat ke arah mana Anwar akan condong, pihak itulah nanti yang akan meraih untung. Sedangkan Anwar sudah jelas menyatakan sejak dahulu lagi yang beliau tidak akan rujuk semula menganggotai UMNO.

Gara-gara dipecat dan diaibkan pada 1998 dahulu, UMNO telah tinggal terkapai-kapai sehinggakan para pemimpinnya sudah berubah perangai laksana zombie dan polong tak bertuan, takut dan kecut bertindak kerana kegusaran apakah tindak balas Anwar seterusnya. Semasa perhimpunan tahunan UMNO pada September dahulu, Anwar baru sahaja dibebaskan. Baru sahaja dua minggu beliau merasa kebebasan, persidangan berkenaan telah meluluskan satu resolusi menyekat kemasukan semula beliau ke dalam UMNO. Namun demikian, Anwar yang tidak kelihatan ketika itu menjadi bintang berkerlipan di sidang tersebut. Walaupun secara rasminya beliau dianggap tidak wujud dan terus diserang dengan kata-kata retorik belaka, beliau tetap menjadi tajuk perbualan di mana sahaja orang bersua muka. Tidak ada yang berubah selepas itu. Semasa Anwar muncul di rumah majlis jamuan terbuka Hari Raya di kediaman Pak Lah di kawasan pilihan raya beliau, ketokohan beliau semakin menyerlah lebih-lebih lagi apabila Pak Lah tidak membalas kunjungan itu ke kediamannya pula.

Anwar tidak membuat kunjungan hari raya ke rumah kediaman Najib Tun Razak kerana alasan yang amat bernas. Najib pernah mengepalai satu Jawatankuasa khas untuk menyediakan satu rakaman video yang mendakwa Anwar bersenggama dalam perbuatan homoseks dengan seorang pondan Cina. Rakaman itu telah dibuat begitu tidak profesional sehingga tidak meyakinkan. Semasa ia ditayangkan kepada kumpulan Duta-duta Malaysia yang diterbangkan pulang secara khusus untuk bersama dengan pegawai tinggi tentera menontonnya, tidak ada sesiapa yang mempercayai perbuatan itu dilakukan oleh Anwar. Dalam sesi yang berasingan seorang Duta Malaysia dan seorang pegawai tinggi tentera telah membuat komen: “Bagaimana mungkin Anwar mempunyai rambut yang panjang semasa membuat aksi terkutuk itu tetapi kelihatan mempunyai rambut yang pendek ketika berehat?” Beberapa bulan yang lalu, seorang pegawai utama dalam konspirasi tersebut telah mendedahkan kepada Anwar bagaimana rakaman pita video itu telah dilaksanakan.

{Catatan: Seorang Duta yang sudah bersara telah mengirimkan komen ini sejurus membaca artikel saya dan membetulkan para di atas: “Saya baru sahaja membaca artikel saudara mengenai Anwar di Oxford dan ingin membetulkan kisah majlis pertemuan para Duta dengan Ketua Polis Negara ketika itu, kerana saya turut menghadirinya.. Kami tidak pun ditunjukkan gambar-gambar Anwar dengan gelagat homoseks dengan pondan Cina, tetapi telah diberikan begitu banyak gambar hotel dan bilik-bilik hotel yang dikira sebagai tempat Anwar melakukan kerja-kerja tersebut dengan lelaki. Ada juga rakaman apa yang dikatakan perbualan telefon Anwar dengan kekasih beliau. Semua itu tidak meyakinkan dan memang amat meloyakan.

{“Saya memang mengagumi Anwar kerana kepintarannya dan beliau bercakap dengan kami dengan lantang akan wawasannya terhadap mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bertoleransi dan terbuka. Ini adalah kejadian sebelum perhubungan beliau dengan Mahathir menjadi retak. Katakanlah beliau biseksual dan walaupun ketiadaan buktinya, saya tidak kisah sangat akan perkara itu. Memang ramai pemimpin tinggi kita yang sebenarnya mempunyai perangai yang buruk-buruk belaka.” – MGG: Saya sedia ditegur akan kenyataan ini. }

Sejurus beliau dibebaskan, Dato’ Seri Anwar telah bercakap dengan saya betapa beliau enggan terpaut kepada kisah silam ataupun mengelaknya kecuali beliau diancam. Kalau musuhnya dalam UMNO membiarkan sahaja perkara itu, mujurlah begitu. Ramai pemimpin UMNO yang kehairanan betapa ramai sangat pemimpin UMNO yang lain yang tertarik kepada Anwar. Seandainya beliau menganggotai parti itu semula beliau akan diangkat untuk memegang tampuk kuasa dengan pilihan suara yang besar. Sudah tentu ini mencetuskan implikasi besar kepada mereka yang masih mengepalai UMNO dan rakus serta tidak sehaluan dengan Anwar. Mereka semakin gusar betapa walaupun Anwar masih berada di luar UMNO beliau masih mampu mengkucar-kacirkan kerjaya politik mereka.

Apa pun, sudah jelas betapa Anwar tidak ingin membazirkan masa dengan karenah UMNO, dan perbuatan ini amat berbeza dengan musuhnya dalam UMNO yang masih yakin bahawa Anwar akan cuba memusnahkan UMNO. Anwar menjawab betapa beliau tidak perlu menghancurkan UMNO kerana UMNO akan secara tersendirinya dimusnahkan daripada dalam, tanpa sebarang bantuan darinya. Sekarang ini UMNO sedang kekalutan dan pada persidangan 2007 nanti sudah pasti ramai pemimpin yang sedia ada akan tergugat dan disagat. Perpecahan sudah semakin kuat dan ketara sehingga sukar untuk diperbaiki semula. Segelintir ketua yang masih kelihatan perkasa waktu ini akan terkejut beruk juga.

Kewujudan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menentukan fenomena ini. Beliau telah merombak Keadilan agar setiap Ketua Bahagian mesti menetap di negeri yang mereka pimpin dan tidak lagi di Kuala Lumpur. Beliau telah melakukan rombakan pada parti itu daripada peringkat akar umbinya. Namun beliau tidak layak bertanding pada pilihan raya 2008 nanti. BN terpaksa mengadakan pilihan raya sebelum tarikh itu. Inilah yang akan menggugat UMNO sehingga tidak dapat membaiki keadaannya. Tidak kiralah kalau pilihan raya itu diadakan sebelum ataupun selepas persidangan tahunan parti. Lebih-lebih lagi kalau buku tulisan Anwar mengenai kejatuhannya itu laris terjual untuk menjadi bahan bakar yang menghanguskan UMNO.

Tidak ada seorang insan pun dalam UMNO yang mempunyai kewibawaan untuk melupakan Anwar dan menjadikan UMNO sebuah parti yang mampu memperkecilkan ketokohan Anwar. Kekalutan dalam UMNO sudah menjamin perkara semacam itu sebagai satu ilusi sahaja. Kini, dengan beradanya Anwar di Oxford dan Harvard, kerajaan BN sedang dihantui satu ancaman yang lebih besar lagi. Satu ketika dahulu kerajaan mencetuskan pelbagai karenah semasa Anwar meminta bantuan dihantar ke luar negara untuk mendapatkan rawatannya. Kini, semua itu dilupakan kerana telah dibayangi oleh kegerunan kerajaan akan apa yang mampu Anwar lakukan untuk tahun hadapan. Tidak ada yang mampu dilakukan oleh BN dan UMNO mengenai perkara itu. Namun demikian inilah situasi yang akan terus menjadi mimpi ngeri mereka.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com


Komen Marhaintua: Kuasa Allah amat nyata: Anwar akan berada di Oxford dan Harvard bercakap kepada bakal pemimpin dunia. Tun Kepala Taik akan berada di Sri Lanka bercakap kepada siapa??? Takkan kepada bakal pemimpin Tamil Eelam??

 
Bila Wakil Rakyat Mabukkan Tarian Gelek
02.01.05 (3:06 pm)   [edit]

Ada segelintir wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang membuat pilihan pergi bercuti sambil menghabiskan wang rakyat jelata. Rencana awal mereka ialah bercuti ke Morocco (Maghribi) tetapi akhirnya mereka mengubah destinasi mereka ke Mesir. Daripada sekumpulan tiga belas yang dikira layak, tiga orang telah memilih untuk mengundurkan diri. Untuk mengelak daripada tuduhan mereka pergi berfoya-foya, lawatan itu diwar-warkan sebagai lawatan sambil belajar. Selama lapan hari lawatan yang disytiharkan sebagai kunjungan rasmi itu, mereka dijadualkan melawat Parlimen Mesir dan mengunjungi pelajar Malaysia di Kaherah. Inilah yang disebut sebagai lawatan sambil belajar, sedangkan hakikat sebenar mereka pergi melancong sahaja. Bayangkanlah mereka akan melawat tapak purba zaman silam termasuk menonton tarian gelek kerana ada ura-ura untuk menjadikannya bahan tarikan pelancong di Malaysia pula. Kumpulan itu sudah pun bersiap sedia untuk berlepas sebelum kisah itu terbongkar.


Inilah kisah sebenar terjadi kepada Jawatankuasa Akaun Awam Selangor (PAC), yang ditugaskan untuk menyelia pembaziran wang rakyat di negeri itu. Mereka telah merancang jadual itu secara berahsia dan kerajaan negeri sudah pun meluluskannya. Semua itu dianggap sebagai pampasan dan imbuhan kepada wakil rakyat serta keluarga mereka untuk pergi melancong dengan menggunakan wang rakyat. Satu ketika dahulu kerajaan Melaka pernah menganjurkan rombongan yang seakan-akan sama untuk pergi ke Disney World (Amerika). Ketua Menteri terpaksa bergegas pulang ke Melaka untuk sementara waktu apabila Perdana Menteri datang melawat ke negerinya dan kembali semula ke Amerika untuk meneruskan jadualnya berfoya-foya.

Perkara semacam ini bukanlah benda pelik di Malaysia. Ia juga berlaku di Singapura yang begitu megah dengan ketelusan kerajaannya. Di sana imbuhan semacam itu dianggap sebagai pampasan kerjaya. Cuma perkara semacam ini diputar-putarkan di Malaysia dengan perancangannya dibuat secara berahsia sahaja. Sehinggakan rakyat yang mengundi mereka tidak akan tahu-menahu akan hal itu. Untuk mengelak kebocoran rahsia seperti itu, agenda lawatan hanya dinyatakan pada saat-saat terakhir sahaja, agar orang awam mengetahuinya hanya pada saat terakhir juga.

Sememangnya orang awam dan rakyat jelata mempunyai asas yang kukuh untuk naik mual dengan cara penipuan begitu. Memang kena pada tempatnya kalau rakyat naik marah kerana merekalah yang mengundi wakil rakyat itu untuk menduduki kedudukan yang mereka nikmati sekarang; baik di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri.

Wakil rakyat daripada DAP bukanlah orang baru dalam sepak terajang politik. Beliau sedar segala tekanan yang akan dihadapinya. Keupayaan beliau menentang arus adalah untuk tujuan kepentingan politiknya juga. Beliau sedar apabila ada akhbar perdana yang terhidu akan rencana seperti ini beliau sudah pasti akan diberikan liputan akhbar yang meluas untuk menaikkan imej politiknya. Apabila wakil rakyat MCA dan UMNO sedar mereka akan terlepas habuan yang mengghairahkan itu telah bersepakat untuk menyerang wakil rakyat DAP itu dengan meminta beliau membayar gantirugi kerana lawatan yang dibatalkan, tidak kiralah ada beberapa ahli rombongan lain yang turut mengundurkan diri. Apa pun, setelah terdedah kisah sebenar, mereka telah kehilangan rasa hormat rakyat yang mengundi mereka.

Kerajaan Malaysia dan Selangor yang dipimpin oleh UMNO bagi pihak BN telah diam membisu dan tidak mahu taufan cangkir-kopi menjadi ribut yang besar ala tsunami. Mereka tidak mahu kelihatan terlibat dalam kemelut ini, dan mengambil sikap diam membisu sahaja. Begitulah sikap mereka apabila tersiar kisah syarikat swasta yang memandai-mandai dengan Undang-undang sendiri, keadaan universiti yang sudah bertukar menjadi kilang mengeluarkan ijazah ataupun degree sahaja, keadaan pegawai kerajaan yang mempunyai sikap perkauman, kurang cekap dan semakin cenderung ke arah teokrasi. Begitu juga dengan kisah segala kelemahan pengurusan kerajaan yang sudah mencapai satu fantasi disebabkan sistem pengurusannya yang haprak dan tidak mampu diperbetulkan lagi.

Tidak kiralah apakah isunya sekarang ini: termasuklah kisah pengendali lebuhraya PLUS yang mahu mengenakan denda kepada pengguna jalan raya yang lewat sampai ke destinasi mereka. Tindakan PLUS itu berpunca daripada keupayaan segelintir pengguna lebuhraya untuk meraih keuntungan dengan memanipulasi kemudahan yang ada mengikut sistem yang diamalkan oleh PLUS. Apabila orang ramai membantah, PLUS berdegil dengan menyebut ada klausa yang membenarkan mereka berbuat demikian dalam perjanjian mereka dengan kerajaan. Kabinet telah menegah PLUS agar tidak melaksanakan perkara itu tetapi PLUS tetap berdegil juga. Kemudian muncul kisah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertindak semacam PLUS juga dalam insiden membabitkan ‘blackout’ yang meliputi bahagian selatan Semenanjung baru-baru ini. TNB telah menuduh banyak pihak kecuali dirinya sendiri kerana berlakunya gangguan bekalan elektrik itu. Demikian juga halnya dalam kisah bank yang menaikan kadar caj kepada ahli dan pelanggannya. Inilah yang menjadi budaya kerja mereka, mahukan orang lain menampung kos kesilapan bank itu sendiri.

Tidak ada satu sudut kehidupan di Malaysia ini yang terjejas oleh kehaprakan semacam ini, sekarang. Sistem pengangkutan awam sudah pun berkecamuk. Satu ketika dahulu sistem pengangkutan memang kelihatan cekap tetapi telah dicemari oleh campurtangan politik yang mahukan orang Melayu menjadi tuan punya sistem itu. Satu sistem baru telah diwujudkan untuk memberi keuntungan besar kepada para kroni, tetapi itulah sistem yang tidak dapat bertahan lama. Setiap kali wujudnya sistem yang cekap, kerakusan politik Melayu tidak akan membiarkannya berjalan seperti itu. Kalau muncul suara membantah, kerajaan akan bertegas bahawa hanya kerajaan sahaja yang pandai mengurus. Orang yang mengeluarkan kata-kata ‘sumbang’ itu akan ditangkap dan dikenakan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dasar pengurusan kerajaan dibuat sambil lewa, selalunya diumumkan sebagai agenda tempelan dalam majlis perasmian sesuatu majlis membuka restoran ataupun kedai bunga. Dewan Parlimen dan perundangan negeri hanya merupakan dewan tukang angguk sahaja dan untuk mengatur majlis lawatan luar negara secara berahsia. Kerajaan Barisan Nasional bertugas mengikut satu hukum alam yang amat mudah; yakni jangan mengaku setiap kesalahan. Jangan utarakan pengadilan; Serang untuk melencungkan perhatian. Dan tunjukkan sikap berdalih apabila ditangkap.

Semua inilah yang mengundang pelbagai bencana kerana keangkuhan serta kelalaian adalah amaran awal kepada segala musibah yang akan melanda. Keengganan melayani segala kelemahan itu sejak dahulu lagi untuk membolehkan para kroni hidup senang-lenang memerlukan usaha mencetuskan pelbagai isu lain sebagai pelencung sahaja. Kita tidak perlu merenung jauh ke zaman silam untuk mengetahui segala kelemahan ini. Apabila sesuatu tindakan itu dibuat secara rahsia untuk memudahkan kerakusan seseorang individu, tidak lama kemudian, tindakan itu akan melibas kembali menghenyak individu yang sama. Segala pakatan untuk melindungi kerakusannya tidak dapat bertahan lama kerana lambat-laun akan terdedah juga.

Sistem politik Malaysia sudah lama dilanda krisis sejak 1988 apabila Perdana Menteri ketika itu (Mahathir Kepala Taik) bertindak mendendam dan melepaskan geram. Sebagai Presiden UMNO yang merupakan satu pergerakan massa dia telah bertindak buas menjadikan UMNO sebagai sebuah parti politik. Selama satu dekad UMNO dapat bertahan kerana keupayaan seorang insan (yang menjadi Timbalan Presiden parti itu, dan juga Timbalan Perdana Menteri) bernama Anwar Ibrahim. Sejurus Anwar dipecat, diaib dan dipenjarakan UMNO pun menjadi retak seribu. Jikalau musibah tidak dikenakan terhadap Anwar, UMNO mungkin mampu bertahan untuk satu ketika yang lama lagi. Orang Melayu sanggup berkorban nyawa kepada UMNO yang merupakan pergerakan bangsanya dan bukan kepada UMNO sebagai sebuah parti politik. Apabila UMNO bangkit menentang UMNO sekarang ini jelas menunjukkan betapa parti itu turut dilanda budaya celaru yang semakin menghantui orang Melayu. Semua parti komponen BN yang berteraskan bukan-Melayu turut menjadi keliru dan berpecah-belah sehingga turut membebankan UMNO juga.

UMNO sudah pun kehilangan bisa dalam pentadbiran kuasa seperti yang pernah dinikmatinya. UMNO sudah berpecah menjadi berpuak-puak mengikut pengaruh beberapa panglima perang yang menunjukkan kukunya. Presiden partinya, Abdullah Ahmad Badawi sudah turut terjebak dalam jaringan kepalsuan politik bikinan sendiri sehingga mudah diperkotak-katik oleh panglima perangnya sendiri yang memang sedia dicabar oleh panglima perang dari kem yang lain. Usaha beliau berunding dengan Singapura mengenai beberapa isu yang tertangguh telah terbantut begitu sahaja kerana beliau tidak mendapat kata sepakat pemimpin UMNO yang lain. Beliau berfikiran perkara semacam itu dapat diatasi dengan melengah-lengahkannya. Akan tetapi tindakan berlengah-lengah itu telah menarik minat beberapa pemimpin politik dan tokoh korporat yang berfikiran mereka dapat menangguk di air yang keruh. Pemimpin Melayu di pihak pembangkang sudah faham bagaimana caranya melumpuhkan pemimpin UMNO itu semuanya. Parti-parti Cina dalam BN dan juga pembangkang sudah bersiap sedia untuk memberikan kerjasama mereka. Skandal yang membabitkan PAS Selangor hanyalah percikan bunga api yang akan meledak dalam gelora politik yang akan penuh dengan warna-warninya.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com

 
WAKIL RAKYAT PERLU GUNA BAHASA `KASAR' DI PARLIMEN
02.01.05 (3:05 pm)   [edit]

Amat menarik sekali tajuk yang disiarkan di akhbar utama mereka. Beginilah caranya mereka membenarkan sesuatu perkara sekali pun ianya kurang elok atau dalam usaha menegakkan keburukan yang telah mereka lakukan. Ianya amat berbeza sekiranya pihak BA yang mengeluarkan kata-kata kasar tersebut berbagai telahan dan serangan bertubi-tubi dilakukan. Daripada Ahli politik mereka, Professor Kangkung mereka dan dari berbagai kalangan pihak yang dikerah supaya memihak kepada mereka.


Beginilah petikan cerita mereka;


Wakil rakyat perlu guna bahasa `kasar' di Parlimen
Oleh: ZABRY MOHAMAD
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bahasa `kasar' perlu digunakan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya mahu sesuatu perbahasan itu menjadi lebih bermakna dan mampu disampaikan dengan lebih berkesan.


Beberapa ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dihubungi hari ini berkata, kekuatan mesej dalam sesuatu perbahasan bergantung kepada kaedah ia disampaikan.

Rata-rata ahli Parlimen dan ADUN yang dihubungi berpendapat, ketegasan ketika berbahas amat penting bagi mereka sekiranya mahu mempertahankan pendirian atau menyelesaikan sebarang permasalahan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, sebagai pemimpin masyarakat, beliau perlu serius dalam menyampaikan perbahasan kerana ia merupakan suara hati rakyat sendiri.

"Kadangkala kita terlalu emosi dalam menyuarakan masalah rakyat dan menyebabkan bahasa yang digunakan agak kasar.

"Dalam mengejar kemajuan, kita sesekali kena bertegas supaya matlamat tercapai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam yang mahukan semua ahli Parlimen dan ADUN parti komponen Barisan Nasional (BN) menggunakan bahasa sopan ketika berbahas di Parlimen atau DUN.


Apabila membuat perbandingan memang beginilah sikap mereka. Kalau kita orang yang baik-baik tentunya kita membuat perbandingan dengan orang yang lebih baik daripada kita dan bukannya melihat kepada orang yang buruk perangainya daripada kita. Bukankah Islam menyeru kita apabila membuat kebaikan bandingkan dengan orang yang lebih baik dari kita. Ini tidak, lihatlah perbandingan mereka:

Bung Moktar menambah, perbahasan Parlimen atau DUN di negara ini dianggap beretika berbanding negara-negara lain seperti Taiwan atau Jepun di mana terdapat insiden membaling kerusi dan bertumbuk.


Apakah kita telah lupa apa yang mereka katakan apabila Tuan Guru Nik Aziz, Shahnon Ahmad dan beberapa tokoh BA yang lain. Kalau telah lupa diperlihatkan petikan serangan salah seorang penyokong mereka iaitu A. Jalil Backer:



Kalau dikaji susur galur sejarah Islam, ternyata Nik Aziz adalah ulama (kalau boleh dianggap ulama) pertama yang berani mengeluarkan kenyataan begini. Alangkah hebatnya Nik Aziz. Nabi Muhammad pun tidak pernah bekerjasama dengan syaitan, tapi Nik Aziz dengan lantang sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk menumbangkan sebuah pimpinan Islam (Umno)


Jadi siapa yang lebih teruk akhlaknya? Antara Dr. Mahathir yang membincangkan hadis 'Ahad' dengan Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut. NIK Aziz berkata demikian ketika mengulas buku Shahnon Ahmad yang berjudul Shit. (Petikan Shit :"Haramzadah punya pemimpin! PukiMak punya pemimpin! Mentang-mentang dapat kerusi, rakyat dilupakan langsung...")

Sampai bila pemimpin Pas harus bersembunyi di sebalik jubah, serban dan imej Islamik mereka untuk mengelirukan umat Islam demi kepentingan kelompok, ideologi dan kuasa?

Yang menjadi takjub dan bertambah hairannya kita, bagaimana umat Islam boleh terkeliru dan percaya kepada pendustaan mereka ini.
Saya menyeru mereka yang benar-benar berminat tentang Islam dan politik turut membaca idea-idea Yussuf Qardawi, Isma'il al-Faruqi, Muhammad Shaltut, Dr. Mohamed Sayed Tantawi, Dr. Mahathir, Astora Jabat dan ramai lagi pemikir Islam


Beliau telah meletakkan Dr. Mahathir dan Astora Jabat setaraf dengan Dr Yussuf Qardawi. Tetapi apabila kita melihat kepada kenyataan DS Anwar Ibrahim berhubung mereka ini tentunya sungguh mengaibkan. Pak Ngah perlihatkan kembali kenyataan DSAI:



Mahathir utus ulama Umno jumpa Qardhawi
Oleh Zulkifli Mohamed


PERMATANG PAUH- 22 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengarahkan tiga orang ulama Umno menemui ulama tersohor dunia, Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi bagi menghalalkan tindakannya menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatannya pada 2 September 1998.

Demikian, diberitahu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya kepada rakyat Permatang Pauh, ketika menghadiri Program Qurban dan Majlis Ramah Mesra sempena Eidul Adha di sini. Menurut beliau, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya oleh Dr. Yusof dalam pertemuan mereka 3 minggu lalu.

Dr Yusuf, antara sebahagian ulama dunia yang pernah mengeluarkan fatwa pendirian syariat yang menolak hukuman bersalah ke atas Anwar. Selain beliau, Dr. Shaikh Taha Jabir Al-Alwani, Pengerusi Majlis Fiqh Amerika Utara dan Kanada turut menyatakan pendirian yang sama.
Tanpa menyebut nama ketiga-tiga ulama Umno terbabit, Anwar menjelaskan pertemuan antara Dr Yusuf dan ulama Umno itu berlangsung ketika beliau masih terpenjara. Namun, misi mereka untuk mempengaruhi Dr Yusof gagal, apabila mereka membisu seribu bahasa dan termalu setelah diperdengarkan ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan fitnah dan Qazaf.


“Dr Yusof sendiri membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka,” jelas Anwar.

Menurut Anwar, Dr Yusuf turut melahirkan kekesalan dan malu dengan sikap orang-orang agama dalam Umno yang sanggup datang bertemunya semata-mata untuk memenuhi nafsu pemimpin mereka. Malah, berasa runsing dan kecewa kerana ulama sebegini tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam Umno.

“Ulama-ulama sebeginilah yang akan merosakkan kebenaran dan kesucian Islam. Umat Islam akan rosak,” ujarnya.

Mulai esok, Anwar akan berangkat ke luar negara untuk memulakan tugasnya sebagai pensyarah jemputan di universiti-universiti terkemuka dunia, antaranya di Oxford, Howard, Georgetown dan beberapa buah universiti lain. Anwar juga ditawarkan sebagai penasihat Raja Qatar.


Benarlah kata orang tua dulu dulu, dalam menegakkan sesuatu hal biarlah yang benar dan jangan sekali menegakkan benang yang basah. Semua rakyat nampak yang benang tersebut basah dan akuilah rakyat telah arif dan faham setiap perlakuan pemerintah. Kalau yang benar rakyat akan katakan benar dan kalau yang salah, rakyat tetap katakan salah.


Semoga bertemu di lain lembaran, Wassalam.

..….. Pak Ngah - 01.02.2005

 
KOMPILASI KENYATAAN MANGSA TSUNAMI KEPADA UMNO DAN BN
01.31.05 (4:46 pm)   [edit]

Setelah sebulan tragedi ombak besar tsunami melanda Malaysia, Pak Ngah telah mengumpulkan kenyataan daripada mangsa dan semua pihak terbabit dengan tragedi tersebut. Gambaran yang diperolehi memperlihatkan sikap, pengamalan budaya kerja dan tindak-tanduk sebenar UMNO dan Barisan Nasional dalam menangani sesuatu krisis kemanusiaan.


Anda fikirkanlah, apakah semua yang selalu mereka war-warkan dari DULU, KINI dan SELAMAnya benar atau slogan kosong penuh retorik. Yang jelas, mereka tidak memperlihatkan sikit pun MALAYSIA BOLEH yang selalu mereka war-warkan, sebaliknya memperlihatkan tindak-tanduk dan perlakuan yang kurang bijak dan rendah akhlaknya.

Berikut diperturunkan kenyataan-kenyataan tersebut untuk renungan semua golongan Rakyat Malaysia.


1. Seorang mangsa yang dikenali sebagai Ismail menyifatkan, tindakan menaikan bendera Umno tidak sewajarnya berlaku kerana penempatan yang menempatkan 120 buah rumah itu bukan projek Umno atau Barisan Nasional (BN).


2. "Umno jadi macam gila, sikit-sikit nak nama padahal tak dak apa pun yang depa buat bantu mangsa tsunami, " jelasnya.

3. Rakannya Encik Mansor menambah, jika Umno boleh pacak bendera parti mereka, PAS pun boleh naikkan bendera bulan purnama kerana PAS juga berjasa pada masyarakat Kuala Muda.

4. "Jika ikut rasa PAS pun boleh pasang bendera kerana turut berjasa pada mangsa tsunami. Tapi, depa ada maruah bukan macam Umno muka tak malu, " jelasnya marah.

5. Kami tidak dapat pakaian sekolah, dua pasang stoking yang telah diterima pun kena diserahkan semula kerana kami pelajar sekolah agama.” Demikian keluhan adik Nurul bt Mahmud, pelajar tingkatan lima dari Sekolah Maktab Mahmud, yang sebelum itu dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Anashiin, di sini.

6. 12-01-2005 - Sedang kita sibuk membicarakan mengenai mesin pembersih air (Artikel Naib Ketua Pemuda UMNO di agendadaily.com - bertajuk Pemuda Umno turut tumpu penyediaan mesin pembersih air, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat mungkin sedang memasang atau sedang memberi air bersih dengan mesin penyulingan air di Aceh bernilai 7 juta Ringgit) Tahniah UMNO - ingat sehari kelewatan memberi bantuan di Kuala Muda adalah umpama setahun kesengsaraan mereka. Email ringkas ini diterima dari Mohd Ridzuan (UMNO Cawangan Kg Manjoi Perak).

7. PENANG, Malaysia, Jan 4 (IPS) - ''There are mattresses and blankets piled up to the ceiling in the relief centers, but they (the authorities) are waiting for some big-shot government politician to come and distribute them, so that everyone gets media publicity,'' said an angry Saiful Izham, a relief worker with the Merbok Community Development Center in Kedah.

8. ''We have to wait and see if there's more to come,'' said a fisherman who only wanted to be known as Salim.

9. ''They (the fishermen's association) only promised aid to their members,'' Salim laughs, derisively. ''In contrast, the Buddhists didn't care whether we, Muslims, were members or not when they gave us aid.''

10. Some fishermen claim that aid is being channelled to victims through politicians from the ruling United Malays National Organisation.

11. ''Some of the relief centres are well stocked with supplies but they are being closely guarded by the government coalition members and are not being distributed to those in need,'' the website claimed. ''They refuse to distribute anything until a minister...can find time to personally do so with the television crew and reporters in tow.''

12. The head of the charity, she said, was told that a certain ministry was in charge of receiving donations.

13. ''They directed him to a storeroom where he had to leave the goods,'' she wrote. ''He was not even allowed to go in to see what else the people needed and was told that the goods would be distributed when the people go home.''

14. JKKK Kampung Tepi Sungai, Encik Ismail Othman berkata, peruntukan yang dibuat tidak sekata sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terutama yang sepatutnya dapat bantuan itu tidak turut memperolehinya. Contohnya bantuan bot, ada nama yang didaftarkan bukan nelayan sebaliknya peniaga warung mee mendapat bantuan". Perkara ini bukan kesilapan teknikal tapi kerana kroni atau ada hubungan kekeluargaan maka mereka yang tidak pernah menjadi nelayan turut mengecap peruntukan RM3000.00 untuk bot besar manakala RM1,000 untuk bot kecil, " jelasnya.

15. Sementara itu, JKKK Kampung Paya, Encik Shuib Ahmad juga menyedari ada penyelewengan dalam pembahagian peruntukan dan penempatan. Di kawasan sini, seramai 51 orang yang terlibat kerosakan peralatan rumah dan kemasukan tambur laut belum menerima apa-apa bantuan RM2,000 sedangkan 16 orang termasuk mereka yang tidak terlibat telah memperolehinya. "Saya kecewa sebab tak mai tanya kita dulu. Kita tau la yang mana kena tambur laut dan tak kena apa-apa pun. Ini dak, bila berkecamuk baru nak minta tolong, " ceritanya panjang


Di mana salahnya? Hakikat yang perlu diterima, mereka tidak ikhlas, tidak jujur, penuh wasangka dan rendah minda kemanusiaan serta sempit cara pemikirannya. Perjuangan mereka amat sempit dan tidak telus. Sentiasa mengambil kesempatan di atas nasib malang yang menimpa orang lain dan yang paling utama gagal berfungsi sebagai pemerintah yang adil dan bertanggungjawab. Kita pasti menolak mereka dalam pilihan raya yang akan datang agar keadilan dan pertanggungjawaban dapat diberikan kepada pemerintah yang insaf siapa diri mereka tanpa rakyat. Sayonara UMNO dan BN 2008.


Semoga bertemu di lain lembaran, Wassalam.

..….. Pak Ngah - 31.01.2005

 
WiFi? Ha ha ha.. komputer dah rosak Datuk..!
01.31.05 (4:44 pm)   [edit]

Menilai projek demi projek tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menggembar-gemburkan kehebatan teknologi WiFi dan Program SchoolNet, saya termanggu-manggu memikirkan bahawa realitinya tidaklah sehebat mana. Ianya sekadar projek yang bakal membuncitkan lagi perut-perut kroni sesudah Time Engineering (sekadar menyebut satu nama kroni) untung besar menyediakan perkakasan sebahagian makmal-makmal terbengkalai seluruh Malaysia.


Ingin saya mengingatkan kembali para pembaca bahawa sebelum projek ETEMS ini dihebohkan kepada orang ramai, terdapat satu projek lagi yang dilaksanakan hampir secara menyeluruh ketika era Aziz Shamsudin iaitu projek “e-book”. Beribu-ribu unit komputer kecil ini yang dikatakan mampu menggantikan buku teks diagihkan ke sekolah-sekolah. Malah masih terpasang dengan gahnya lagi di sekolah saya, terminal capaian wireless internet di Bilik Guru. Setelah kegagalan projek tersebut, semua komputer dikembalikan semula, malangnya mercu tanda projek sia-sia ini (terminal tersebut) akan kekal bersemadi menjadi pusara ngeri pembaziran wang rakyat akibat ketamakan dan tindakan tidak bijak. Dan setiap kali  melangkah ke bilik guru, terminal itu akan menyebabkan saya hamper nak termuntah bila mendengar Menteri Pelajaran menyatakan sekolah-sekolah akan menikmati kemudahan WiFi tak lama lagi.


Ketika itu, diwar-warkan pelajar tidak perlu lagi mengusung buku-buku teks, kajian demi kajian dibentangkan kononnya membawa buku dan beg yang berat menyusahkan pelajar. Para menteri umpama katak saling sahut menyahut menyalak di dada akhbar tentang keprihatinan terhadap beban di belakang pelajar sedangkan buku teks percuma pun tak dapat nak beri pada anak-anak Malaysia ini.

Ketika itu juga para guru mula berjinak-jinak dengan komputer “e-book” kecil ini. Kagum dengan keupayaannya mengakses internet walaupun keupayaan lainnya terhad. Saya yang agak celik komputer ketika itu hanya tergelak melihat kerakusan kawan-kawan menyatakan kecanggihan alat itu sedangkan saya meramalkan bahawa alat itu hanya pelaburan sia-sia kerajaan tanpa persediaan software yang sepatutnya.. (tidak seperti sekarang ini)

Nilai sebuah “e-book” itu dimaklumkan sebanyak RM3,000 satu dan diagihkan kepada para pelajar secara terpilih. Tak sampai setahun pun, semua kemudahan itu ditarik balik dan kami di sekolah terpinga-pinga dengan perkembangan tak disangka-sangka itu.

Berbalik kepada kemudahan WiFi yang kononnya nak disalurkan secara canggih manggih ke sekolah-sekolah itu… sedarkah Menteri Pelajaran bahawa setelah kebanyakan sekolah mengalami masalah pembinaan makmal kurang sempurna sehingga hampir nak runtuh tempoh hari, kebanyakan komputer itu terpaksa ditempatkan di penempatan-penempatan sementara yang kurang kondusif untuk kesejahteraan jangka hayatnya? Berapa banyak komputer-komputer yang telah rosak kerana kegagalan sistem dan hardware. Walaupun saya tidaklah mahu menafikan bahawa pihak sekolah juga berperanan menjaga peralatan-peralatan itu, tetapi realistikkah matlamat Menteri sedangkan perkara asas pun tak mampu nak selesaikan..?  Dan tahukah beliau jawapan Pengarah Pelajaran Negeri dalam menghadapi keadaan ini?


”Kalau nak tunggu kementerian bagi memang lambatlah..sedangkan pelajar-pelajar nak guna peralatan ini. Beginilah, kalau ada komputer rosak mana-mana hardware yang elok boleh guna tu cikgu pasangkanlah ke komputer yang elok. Mana-mana meja yang dah patah riuk (akibat pembaikan makmal) sambung-sambungkanlah mana-mana yang patut”





Router ASDL

Model Router 4 port ASDL Aztech3100R yang dibekalkan pada harga kira-kira RM5300 seunit. (Ringgit: Lima Ribu Tiga Ratus)

Kami boleh buat. Masalah ini bukan berlaku di sekolah kami sahaja. Bagaimana kalau ianya berlaku di sekolah yang gurunya tidak mahir pemasangan hardware. Kalau guru dah sampai jadi tukang kayu di sekolah dan jadi juruteknik komputer, mana peranan dan tanggungjawab syarikat-syarikat gergasi yang beroleh projek-projek ini. Malah kabel projektor yang kami gunakan untuk mengajar selalu “jem” dan gambar yang ditayangkan melalui projektor komputer sudah jadi merah, biru, kuning..tak sampai setahun pun digunakan..kadang-kadang fed-up nak guna teknologi. Barang dibekalkan tak berkualiti. Silalah check sikit di sekolah-sekolah, dahlah perkhidmatan sokongan syarikat-syarikat gergasi ni lembap nak m**pus! Nak dapatkan wayar kabel sekeping ni pun disuruhnya kami telefon sendiri dekat hotline syarikatnya.


Tentang Program SchoolNet yang disambung ke sekolah oleh pihak GITN Sdn Berhad, (kontraktor projek SchoolNet) setelah jurutekniknya sampai, baiki sikit-sikit..terus blah.  Bahagian modem/router sahaja yang diperbetulkan.. connection dan networking semua komputer disuruhnya cikgu sendiri pasang. Apa dia ingat cikgu-cikgu semua pakar komputer apa? Mana kontraktor? Mana tanggungjawab syarikat berkenaan setelah mendapat pembayaran? Rupa-rupanya kontraktor cuma bertanggungjawab terhadap penyediaan talian jalurlebar dan membekal serta setting modem (terminal)/router sahaja. Apa-apa sambungan selepas unit terminal ASDL/Router (gambar kanan), bukan tanggungjawab kontraktor, tetapi menjadi urusan pihak sekolah sendiri! Kontrak kata begitu....

Makmal siap dibina dan diperbaiki semula..lepas tu tinggal semua komputer bercempera sebab cikgu-cikgu pun terngangga..perkataan networking tu pun tak faham! Harapkan sorang dua sahaja yang usaha juga sikit-sikit betulkan menurut kepandaian/kepakaran masing-masing..itupun setelah beria dipujuk sebab takut rosak kena ganti.

Janganlah ambil mudah. Pengarah pun janganlah cakap tanpa menyelidiki kemampuan guru. Kalau kami nak jadi tukang kayu atau juruteknik komputer buat apa kami masuk bidang perguruan..baik kami buka syarikat perabot atau cyber cafe. Bukan soal tak mahu berkorban dan sebagainya..guru ni dah banyak bebanan perkeranian dan benda-benda lain, awak lagi nak suruh depa buat kerja lagu tu. Usahalah wahai pihak JPN untuk cari langkah sesuai seperti minta juruteknik atau pegawai syarikat berkenaan yang terlibat memantau perkembangan di makmal. PPD pun serupa jangan hanya bak burung belatuk mengulang arahan Pengarah..arah cikgu buat sendiri..tanyalah kemampuan cikgu-cikgu ni dahulu.

Lagu teknologi ini akan terus dimainkan oleh Kementerian Pendidikan yang mempunyai dana terbesar dalam agihan belanjawan, bukan untuk kepentingan nusa bangsa, tetapi untuk kroni-kroni keparat menteri yang rakus dan tak sirna kelaparan wang.

Buatlah apa-apa projek pun Datuk..kalau tak jadi, berhenti sahajalah!

Cikgu Komando
Pahang - 30.01.2005
(gambar/suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)






Fakta M@RHAEN:
Program SchoolNet kelolaan GITN Sdn Bhd ini melibatkan 9480 buah sekolah rendah dan menengah.

- 6110 buah sekolah menggunakan ADSL (untuk sekolah-sekolah yang mempunyai sambungan telefon talian tetap).
- 1345 buah menggunakan WiFi (untuk sekolah-sekolah yang berkelompok dalam satu kawasan)
- 2025 menggunakan teknologi satelit VSAT (untuk sekolah-sekolah pedalaman).


Kontrak ini adalah untuk tempoh 5 setengah tahun bermula 25 Feb 2004 hingga 24 Ogos 2009.

Jika Menteri Pelajaran mengatakan SEMUA sekolah akan dibekalkan dengan WiFi, beliau mungkin mendapat maklumat yang salah kerana Program SchoolNet ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

 
ANNUAR JADI HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG DI KOMPLEKS BUNGA RAYA KLIA
01.31.05 (4:41 pm)   [edit]

Usaha Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Annuar Musa untuk memulihkan hubungan dengan pihak istana Kelantan khasnya Sultan Kelantan dan Raja Perempuan masih tidak menemui kejayaan dan dilihat sesuatu perbuatan yang makin menyerlahkan keadaannya yang terdesak kini.

Beberapa kali beliau sudah cuba mendekatikan diri dengan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan, namun ia tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Ada kalanya Annuar terpaksa menjual maruah menjadi hidung tidak mancung dan pipi tersorong-sorong dalam ikhtiar untuk menjalinkan hubungan dengan istana.

Annuar kini berada di dalam keadaan terdesak untuk memulihkan hubungan dengan pihak istana apabila beliau dilantik menjadi Pengerusi UMNO Kelantan. Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Annuar memerlukan hubungannya yang selesai dan akrab dengan istana Kelantan demi survival politiknya di negeri itu.

Annuar menyedari keperluan ini. Betapa istana yang dibencinya sebelum ini namun hari ini beliau terpaksa melupainya dan menjilat kembali ludahnya. Beliau sedar pengaruh dan juga kuasa istana adalah penentu kepada politik Kelantan.

Politik dan istana di Kelantan tidak dapat dipisahkan. Hakikat ini jelas apabila Pas sendiri cuba hendak mengetepikan pengaruh dan juga peranan istana menyebabkan kerajaan Pas itu seperti terancam.

Pembentangan pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan beberapa tahun lalu untuk menjelaskan kuasa Sultan menjelaskan realiti ini. Kerajaan Kelantan cuba hendak menipiskan kuasa sultan bagi melicinkan pentadbirannya. Jelas usaha itu bukan boleh melicinkan pentadbiran sebalik bertambah mengusutkan.

Sejarah dan peristiwa itu benar-benar diperhati dan disedari oleh Annuar. Maka beliau perlahan-lahan mengubah semula tindakan dan strateginya menyerang istana. Beliau menyedari dan insaf bergaduh dengan istana tidak memberi keuntungan baginya.

Pemilik Mercedes WCE1 itu memang ada masalah dengan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan. Langkahnya menabalkan Tengku Ibrahim Putera pada 1993 untuk menggantikan Sultan Ismail menyebabkan beliau telah menjadi musuh istana. Sultan Kelantan amat murka atas perbuatannya.


Krisis dan juga situasi itulah yang menjadi phobia kepada Annuar Musa hari ini. Dalam mimpinya jika BN berjaya membentuk kerajaan Kelantan beliau tidak yakin beliau akan dilantik menjadi MB. Beliau amat bimbang takut kisah lama yang dilakukan ke atas istana Kelantan akan diungkit.

Ini menyebabkan impiannya untuk menjadi ketua kerajaan Kelantan tidak akan tercapai. Kerana itulah beliau kerana pulihkan semula hubungan dengan pihak istana secepat mungkin dan semesra yang boleh.

Oleh kerana itu Annuar Musa sedaya upaya cuba menonjolkan dirinya baik dan mesra dengan istana. Beliau cuba menampilkan kepada umum yang beliau setia dan taat kepada sultan. Pantang ada majlis keberangkatan Sutlan dan Raja Perempuan, Annuar  akan terjolor-jolor mempamerkan dirinya. Walaupun majlis itu tidak memerlukan kehadirannya, namun dia memberani diri serta menololkan diri juga untuk hadir.

Misalnya sewaktu Sultan dan Raja Perempuan hendak berangkat menunaikan fardu haji pada 14 Januari lalu. Beliau dikatakan terkisin-kisin (tersengeh-segeh) berada di balai berlepas Kompleks Bunga Raya KLIA. Dari maklumat yang disampaikan kehadiran beliau tidak berapa diraikan oleh mereka yang sama-sama hadir di situ. Malahan beberapa kerabat diRaja juga dikatakan terkejut dengan kehadiran Annuar di situ.

Begitu juga pada waktu keberangkatan pulang Sultan dan Raja Perempuan serta anakanda baginda pada petang semalam (29 Januari), Annuar dan isterinya (rakan kongsi Ooi Kee Siang) juga dikatakan hadir. Katanya beberapa dif kenamaan yang terdiri daripada peneriman darjah kebesaraan bergelar datuk merasai hairan di atas kehadiran Annuar itu. Mereka saling tanya dan pandang memandang sesama sendiri bila nampak anak berada di situ. (Untuk rekod Annuar bukan penerima darjah kebesaran bergelar datuk dari Kelantan).

Biasanya di majlis-majlis seperti itu hanya mereka berkenaan sahaja, misalnya pihak kerajaan negeri, pegawai kanan kerajaan negeri, penerima darjah kebesaran dan kaum kerabat di raja sahaja berada di situ. Apabila Annuar dan isterinya (rakan kongsi Oii Kee Siang) turut ada sama kehadirannya nampak begitu canggung sekali. Walaupun beliau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan namun kapasiti itu tidak memerlukan beliau hadir ke majlis seperti itu.

Apa yang sedihnya menurut sumber itu ada suara-suara sumbang yang mengomen kehadiran Anwar itu. Ini termasuklah satu suara yang mempersoalkan Annuar sepatutnya tidak hadir kerana dulu beliaulah yang beriya-iya hendak menggantikan Sultan dengan Tengku Ibrahim. “Dulu nak pecat sultan hari ini mari pulak…tak malu!” begitulah bisikan itu dipetik.

Mungkin keadaan itu tidak berapa menghina dan memalukan Annuar. Apa yang paling terasa kepadanya ialah apabila beliau tidak sama diajak masuk ke kamar istirahat di kompleks berkenaan bersama Sultan dan Raja Perempuan dan paduka anakanda baginda.

Yang paling memalukan Annuar ialah apabila Ibrahim Ali dan Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Nik Aziz diajak memasuki bilik istirahat itu untuk bersembang dengan sultan. Annuar khabarnya selama sultan dan raja perempuan berada di dalam bilik itu hanya  tersengeh-sengeh dan melilau-lilau di lobby kompleks itu sahaja.

Annuar Musa hanya dapat memandang Sultan dan Raja Perempuan hanya ketika baginda berdua berlalu ke keretanya untuk berangkat pulang. Nanya Annuar! – Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 30.01.2005

 
PAK LAH TERKEJUT PERANGAI ANAK BUAHNYA
01.29.05 (9:57 pm)   [edit]

Pengasas ISLAM HADHARI Malaysia yang juga PM telah menyatakan perasaan terkejutnya apabila membaca laporan bahawa terdapat aturcara bersiar-siar dan hiburan di dalam lawatan rasmi yang dirancang oleh anak-anak buahnya. BLOG ini telah mendedahkan darihal aturcara demikian yang dirancang oleh PAC kerajaan Selangor dan Ketua Menteri Melaka serta delegasinya.


Di dalam akhbar THE STAR hari ini Pak Lah dipetik sebagai berkata:


If they want to go overseas and watch belly dancing it is better they do not go. There are a lot of better things for them to do here.


Jika mereka mahu ke luar negara semata-mata mahu menyaksikan tarian gelek, lebih baik tak payah pergi. Di sini banyak kerja yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan.


Eloklah perhati-perhati sedikit gelagat anak buah Pak Lah tu. Pak Lah sendiri ke hulu ke hilir menjaja Islam Hadhari sampai Najib di Davos, Switzerland mengaku bahawa Malaysia mengamalkan Islam fundamentalis tetapi perangai anak-anak buah mereka macam IBLIS!


Bimbang-bimbang juga Pak Lah agaknya tak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku di peringkat pertengahan dan bawah. Yang dia nampak semua baik dan sempurna sebagaimana yang dilaporkan oleh juak-juak di keliling-kelalangnya.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 29.01.2005

 
Dakwaan Bayaran Membersih Rumah Mangsa Tsunami Dipersoal
01.29.05 (9:54 pm)   [edit]

Catatan Webmaster:
Walaupun amat jarang, namun sesekali apabila kita menerima emel sebegini, elok juga kita siarkan untuk makluman dan perhatian kita bersama. 





Assalamualaikum,
 
Saya dah baca apa yang tertulis berkaitan dengan rakyat Malaysia yang ke Acheh membantu mangsa-mangsa Tsunami. Atas dakwaan mereka menerima bayaran untuk membersih rumah-rumah mangsa tsunami dari wang hasil derma itu, adakah benar atau hanya dakwaan dari mereka yang tidak membantu apa-apa.
 
Pada pandangan saya, lebih mulia mereka membantu mangsa-mangsa tersebut dari menuduh perkara yang kita tidak tahu kebenarannya. Adakah penulis artikel itu banyak membantu mangsa? Apa sumbangan penulis ruangan itu terhadap negara selain dari menjadi pembangkang. Apa sumbangan penulis terhadap umat Islam seluruh dunia, di Malaysia. Atau setakat duduk di depan PC sepanjang hari?
 
Hanya itu pertanyaan saya. Wassalam


Mythical Red Rose 29.01.2005

 
Ke Ambang Pernikahan – Satu Proses Ngeri
01.29.05 (9:51 pm)   [edit]

Kayu - Januari 29, 2005 - 18 Zulhijjah 1425:
 
Borang Permohonan Untuk Berkahwin, Borang Kebenaran Berkahwin, HIV Test, Sesi Temu Bual, Surat Pengakuan Bujang, Surat Pengakuan Bermastautin, Tandatangan Imam Untuk Sokongan Berkahwin dan banyak lagi adalah beberapa perkara atau proses yang akan dilalui oleh mereka yang berhajat untuk bernikah di Johor Darul Takzim. Boleh dikatakan saya adalah mangsa proses birokrasi atau “pita merah” di Jabatan Agama Islam negeri Johor baru-baru ini. Memalukan, menyusahkan, membazir waktu, membazir tenaga, membazir wang, membazir hampir segalanya adalah gambaran terbaik yang teman boleh berikan untuk menceritakan betapa peritnya hendak bernikah di negeri Johor, negeri kelahiran teman sendiri.
 
Sebagai anak jati Johor (Negeri Termiskin di Malaysia), kawan berkeras untuk mengadakan majlis akad nikah atau ijab kabul di negeri kelahiran kawan. Memang boleh buat di Kuala Lumpur di mana kawan sudah bermastautin selama 4 tahun. Tetapi mengenangkan negeri asal kelahiran dan keunikan negeri kelahiran sendiri, teman membuat keputusan untuk bernikah juga di Johor. Tetapi, apa yang akan teman hadapi boleh dijadikan sebagai pengajaran dan teladan, cuma teman kecewa dan terperanjat mengapa perkara-perkara begini boleh terjadi di negeri kelahiran teman.
 
Proses bermula apabila kawan membeli Borang Permohonan untuk berkahwin untuk teman dan bakal isteri teman. Apabila dibawa pulang dan dibaca (Jawi belaka, nasib baiklah teman boleh baca), kawan dapati ianya hanyalah borang permohonan untuk berkahwin. Kami diminta mendapatkan beberapa perkara sebelum boleh mengisi borang kebenaran untuk bernikah. Beginilah ceritanya:
 
Selesai mengisi mana yang mampu kami cuba mendapatkan surat pengakuan bujang dari majikan kami. Tetapi kami menghadapi masalah kerana JAIJ memerlukan majikan yang beragama Islam. Setelah bersusah payah kami berjaya juga mendapatkannya. Kemudian kami berusaha pula untuk mendapatkan surat pengakuan bermastautin dari Ketua Kampung atau Ketua Mukim tempat kami tinggal. Bakal Isteri saya tidak menghadapi masalah kerana rumahnya terletak agak berdekatan dengan kompleks penghulu dan ia diuruskan oleh ibu bapanya. Tetapi bagi pihak saya, masalah demi masalah terpaksa dihadapi.
 
Saya mengambil cuti dan pulang ke Johor semata-mata untuk berjumpa si Ketua Mukim setelah diberitahu temujanji tidak perlu dibuat dan saya hanya perlu datang ke pejabat Ketua Mukim. Bayangkanlah perasaan saya ketika diberitahu Ketua Mukim tiada di pejabat dan kemungkinan besar akan balik lagi 14 hari. Yang menyedihkan, tiada kakitangan lain yang boleh membuat atau membantu saya kerana semuanya kena dibuat oleh si Ketua Mukim. Percubaan kali kedua juga menemui kegagalan setelah cuti diambil. Oleh kerana saya bimbang akan ada kerusi atau meja yang terbang di pejabat Ketua Mukim Batu Pahat, saya meminta ibu saya pergi ke pejabat itu apabila beliau lapang. Alhamdulillah dapat juga berjumpa si Ketua Mukim ini. Yang membuat saya terkilan adalah apabila si Ketua Mukim boleh bertanya kepada ibu saya kenapa si bakal pengantin tidak datang sendiri. Ibu saya memberitahu bahawa saya sudah datang banyak kali dan si Ketua Mukim ini asyik tidak ada di pejabat. Dengan melihat ibu saya dari celah cermin matanya yang dilondehkan, dia terus mencetak dan menandatangani surat bermastautin. Itulah si Ketua Mukim yang dilantik menjadi Ketua, si Rahmatnya.
 
Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah, surat itu adalah surat yang memang sudah dikarang untuk bakal-bakal pengantin. Ianya menyatakan si bakal pengantin bermastautin di alamat itu dan masih bujang. Kenapalah si Jabatan Agama Islam Johor tidah memberitahu calon dari awal bahawa surat boleh diminta di pejabat Ketua Mukim. Tidaklah saya macam orang gila naik turun kepejabat lama untuk meminta bantuan mendapatkan surat pengakuan bujang. Inilah masalahnya bila manusia tidak memberi kesungguhan dalam membuat kerja. “Janji gaji aku masuk hujung bulan, tak kena buang kerja, tak kena marah. Dah lah!”. Rata-rata perangai manusia yang saya terpaksa hadapi untuk mengisi Borang Permohonan untuk Berkahwin di Johor. Tidak ada inisiatif untuk membantu pelanggan langsung.
 
Tapi jangan terperanjat puan-puan dan tuan-tuan, certitanya belum habis lagi. Saya kena pula pergi membuat pemeriksaan darah untuk mengesan sama ada saya HI positif atau tidak. Saya memberitahu bahawa saya sudah ada keputusan pemeriksaan perubatan yang memang saya lakukan sendiri setiap tahun. Malang ianya tidak diterima, hanya hospital kerajaan saja yang diterima, kononnya pemeriksaan luar boleh melibatkan penipuan. Pergilah saya ke Hospital Kerajaan dan setelah menunggu selama 1 jam lebih barulah dipanggil untuk membuat pemeriksaan darah. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit. Selesai saja kami diberikan sampul surat bermatri untuk dibawa semasa temuduga. Payah benar nak berurusan kahwin di Johor ini. Apalah beza hospital kerajaan dan swasta? Kalau nak diikutkan masalah penipuan, kita semua sudah sedia maklum, di mana ianya lebih cerah untuk berlaku. Tidak payahlah saya cakap di sini, fikir sendirilah.
 
Selesai ujian darah saya pergi mendapatkan Imam yang bertugas di Mukim tunang saya. Kami diberitahu yang pernikahan mesti dibuat di masjid Mukim tersebut jika pernikahan tidak dibuat di rumah. Isunya sekarang adalah apabila saya memohon supaya pernikahan dibuat di masjid berdekatan rumah saya memandangkan selesai sahaja akad nikah, majlis kami akan diadakan di satu tempat yang berdekatan dengannya. Kebenaran tidak diberi atas alasan ia berada di luar mukimnya, walau kami sudah diberitahu oleh Jabatan Agama yang kami hanya perlu memberitahu imam Mukim tersebut yang kami mahu bernikah di masjid lain. Proses ini memakan masa lagi sekali. Si imam di masjid Mukim tunang kami berkeras mengatakan tidak boleh tetapi Jabatan Agama kata boleh. Apabila bakal bapa mertua saya melawat Kadi Daerah dan menanyakan mengapa, keluarlah isu yang kemungkinan ianya berkemungkinan berkaitan dengan sempadan Mukim dan upah menikah sebanyak RM100.00. Aduhai, itu juga sebabnya. Kerana sudah tidak tertahan dengan hukum-hakam dari manusia, saya membuat keputusan mengikut saja kata si imam tadi.
 
Pergilah saya ke rumah si imam tadi, dia pun menandatanganilah surat sebagai jurunikah. Setelah dibeleknya borang saya dia menyuruh saya mendapatkan tandatangan sokongan dari imam masjid yang terdekat dengan rumah pengantin lelaki untuk memberi sokongan bahawa saya ini layak berkahwin. Satu hal lagi kena saya hadapi. Dengan bersusah-payah akhirnya dapat juga saya mendapat tandatangan beliau. Itu pun setelah beberapa percubaan. Pada ketika itu saya yakin, insyaAllah tidak ada lagi masalah. Alhamdulillah ianya berjalan seperti yang kami harapkan dan ianya berlangsung tanpa masalah.
 
Apa yang hendak saya tekankan di sini adalah kenapa semua proses-proses yang menyusahkan serta membebankan ini diperlukan. Yang menipu untuk berkahwin hanya sedikit, tetapi mangsanya adalah orang-orang yang hendak berkahwin pertama kali seperti saya. Bermacam-macam surat dan tandatangan diperlukan. Sudahlah saya berada di Kuala Lumpur dan urusan kertas kerja dilakukan di Johor. Bayangkan berapa banyak masa dan wang habis semata-mata untuk mengisi boring yang hanya 3 muka surat. Hingga saya katakan pada si Imam, “Semua hukum Allah sudah cukup, yang melengahkan dan melambatkan semua proses ini adalah hukum manusia”. Imam hanya tersengih macam kerang busuk, tak terkata apa.
 
Contohnya, kalaulah saya hendak bernikah di masjid yang saya mahukan, dan saya rela menipu untuk mendapatkannya. Apa yang saya perlu buat adalah mengisi alamat yang berdekatan di masjid itu. Setelah si Ketua Mukim menandatangani surat pengesahan bermastautin tanpa sebarang pemeriksaan, kebenaran akan diperolehi. Tetapi apabila saya berkata benar, saya menjadi mangsa birokrasi. Macamlah si Ketua Mukim tu kenal saya atau ibu saya semasa menandatangani surat pengesahan bujang dan bermastautin. Macamlah si Imam di masjid berdekatan rumah ibu saya tahu yang saya ni layak berkahwin. Karut, semuanya prosedur karut belaka yang diamalkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Bak kata saya, yang menipu sudah pandai menipu dan mudah sahaja untuk memutar-belitkan proses. Bila sudah diketahui yang mereka menipu, bayar sajalah denda yang sekerat tuh.  Yang sebenarnya menjadi mangsa adalah orang yang betul-betul hendak bernikah.
 
Jadi harapan saya cuma tiga. Untuk Imam-imam tu, tolong utamakan kebajikan dan kewajipan dari RM100.00 itu. Untuk si Ketua Mukim, belajar-belajarlah duduk di pejabat selalu. Untuk Pejabat Agama Johor, belajar-belajarlah untuk belajar memajukan proses yang lapuk tu.


- Mejoh
Penulis bebas - 29.01.2005

 
NAHI MUNGKAR BUKAN LAGI TANGGUNGJAWAB KERAJAAN ISLAM HADHARI
01.29.05 (9:50 pm)   [edit]


Segala-galanya bermula pada 20 Januari lalu apabila para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ataupun JAWI bertindak ke atas kira-kira 100 orang anak muda Islam yang sedang berada di sebuah kelab malam di KL pada kira-kira jam 12.55 malam.


Mereka telah ditahan kerana rata-rata berpakaian tidak sopan, duduk berpasang-pasangan tanpa ikatan dan ada diantaranya yang meminum arak. Menurut JAWI mereka yang bersalah akan didakwa di bawah kesalahan PERBUATAN TIDAK SOPAN Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (559) yang jika sabit kesalahannya boleh didenda sehingga RM1000.

Tindakan ini merupakan aktiviti biasa JAWI namun akhbar THE MALAY MAIL telah mensensasikan serbuan kali ini dengan tajuk utama:



POUNCED upon, abused and rounded up like juvenile delinquents, several Muslim youths have filed a complaint against officers of Pusat Agama Islam for the high-handed manner in which they were treated following a raid at a club in Kuala Lumpur recently.


Saya sendiri apabila membaca laporan tersebut merasakan tindak-tanduk para pegawai JAWI yang berkenaan pada malam tersebut agak keterlaluan, itupun jika benarlah laporan akhbar berkenaan. Antara yang didedahkan kononnya para pegawai JAWI telah bertindak kasar dan biadap. Ada seorang wanita yang mahu ke tandas telah tidak dibenarkan sehinggalah beliau akhirnya membuang air di bilik tahanan. Ada pula kalangan wanita yang ditahan yang telah disuruh memperagakan pakaian masing-masing di depan para pegawai lelaki bagi tujuan dirakamkan gambar mereka.


Apa pun kisah ini tidak berakhir di situ. Ibu bapa mangsa telah membawa perkara ini ke perhatian Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Shahrizat Jalil yang sudah barang-pasti terus sahaja menyebelahi pihak mangsa. JAWI dan Menteri yang berkenaan terus sahaja membisu.

Kejadian ini memberi imej buruk terhadap Islam, sedangkan yang terlibat adalah para pengunjung kelab malam yang terdiri daripada orang Islam, para pegawai penguatkuasa yang juga Islam serta Menteri yang juga beragama Islam. Mengapa kita tidak mempertikaikan apa alasan mangsa yang terlibat berada di tempat kejadian? Apa alasan mereka berpakaian demikian, keluar berpasang-pasangan dan ada yang minum arak pula.

Kalau para pegawai JAWI yang bertugas bertindak kasar dan biadap maka mereka seharusnya dikenakan tindakan namun kelemahan mereka tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan pula sikap para mangsa jika mereka benar-benar bersalah.

Yang menghairankan adalah sikap kerajaan sendiri. Menurut laporan NST hari ini, isu ini rupanya telah dibangkitkan dalam mesyuarat mingguan kabinet Rabu lepas. Yang peliknya bukan Menteri yang bertanggungjawab yang membuat kenyataan tetapi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Rais Yatim!
 





Rais Yatim

Rais Yatim


Kata Rais:



At its meeting the Cabinet also felt Malaysia had no need for morality police
We concluded that morality is best left to the family.


Bermakna tugas MENCEGAH KEMUNGKARAN yang menurut Islam adalah merupakan tanggungjawab kerajaan kini tidak lagi akan dipikul oleh kerajaan ISLAM HADHARI Malaysia. Terserahlah kepada keluarga masing-masing untuk memelihara perlakuan dan akhlak anak-anak masing-masing.


Sedangkan dalam waktu yang sama kerajaan terus melesenkan kelab-kelab malam, konsert maksiat, pesta arak dan seumpamanya.

Inilah ISLAM HADHARI yang Pak Lah mahu jaja dan jual pada OIC! Inilah ISLAM HADHAIR yang Najib isytiharkan di Forum Ekonomi Dunia di Davos sebagai yang terbaik di dunia! Subhanallah.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 29.01.2005

 
Merayakan Pilihan Raya
01.29.05 (9:48 pm)   [edit]

Oleh Hishamuddin Rais
Jan 28, 05 1:10pm


Satu minggu setelah didirikan kerajaan sementara Iraq di bawah pimpinan Ayad Allawi, saya telah menulis bahawa pilihan raya di Iraq akan ditangguhkan. Apa yang saya tulis itu adalah salah dan tidak tepat. Pilihan raya di Iraq akan dijalankan pada akhir bulan Januari 2005 ini seperti yang telah dirancang.

Kalau rajin meneliti berita mengenai Timur Tengah, khususnya Iraq, kita akan dapat memahami bahawa pilihan raya ini adalah strategi serampang dua mata yang sedang disusun oleh kuasa tentera Anglo-Amerika. Empayar Amerika sama seperti empayar yang terdahulu – empayar Napoleon, empayar Iskandar Zulkarnain atau empayar British - tidak akan mengundur diri secara sukarela. Sejarah telah memperlihatkan bahawa hanya dengan perlawanan sahaja, barulah empayar-empayar ini dapat dilumpuh dan ditumpaskan.

Dua strategi yang saya maksudkan ini ialah – pertama untuk menumpaskan gerakan pembebasan rakyat Iraq. Kedua, untuk memastikan tujuan asal rancangan penaklukan Iraq, masih di landasan yang tepat. Pilihan raya ini hanya satu daripada pelbagai taktik yang telah dan sedang dirancang untuk menghasilkan strategi ini.

Saya sering terbaca tentang wujudnya komuniti warga sunni dan shiah di Iraq. Setiapkali saya membaca berita Iraq yang dilaporkan oleh agensi-agensi berita, saya diingatkan tentang majoriti 60 peratus warga Iraq bermazhab shiah. Bakinya adalah warga sunni yang terpecah kepada Arab, Kurds dan Turks. Bila saya membaca tambahan kata-kata sifat – majoriti – di setiap berita, maka saya merasa sangsi. Ini kerana dari satu segi Iraq dituduh sebagai tidak pernah sekalipun mengadakan pilihan raya.

Besar kemungkinan ini satu fakta yang tepat. Jadi, jikalau negara Iraq tidak pernah mengadakan pilihan raya, bila pula masanya kerajaan negara ini menjalankan bancian penduduk. Ini menimbulkan persoalan tentang 60 peratus warga shiah dan 40 peratus warga sunni. Adakah ini fakta saheh atau ini satu senkang yang boleh dipasak untuk menimbulkan perbalahan antara warga Iraq.

Saya perhatikan, fakta 60 peratus warga shiah ini terus menerus dilaporkan sebagai ‘hadis saheh’. Saya rasakan kata sifat 'the majority shiah population' ini sedang dijadikan satu senjata untuk mengolah pandangan penduduk Iraq dan pandangan penduduk dunia agar bersedia menerima keputusan pilihan raya yang akan dijalankan nanti. Keputusan ini diharapkan tidak akan menimbulkan kesangsian. Kerana ini adalah keputusan pemilihan 60 peratus warga yang dikatakan menjadi majoriti di Iraq.

Kuasa imperialis

Kuasa imperialis Anglo-Amerika tidak pernah bersimpati kepada mazhab sunni mahupun shiah. Untuk mana-mana kuasa imperialis, tidak ada sunni dan tidak ada shiah. Untuk kaum pemodal, yang penting bukan mazhab agama. Yang diperlukan hanyalah sokongan tanpa mengira dari mazhab manapun asalkan dapat memperkukuhkan perlaksanaan projek imperialis mereka. Rakyat yang dijajah boleh bersembahyanglah tunggang-tunggit dengan cara apapun.

Ini tidak akan menjadi masaalah. Berdoalah hingga berbuih-buih mulut – pasti tidak akan dihiraukan. Sembahlah patong tertidur, patong terlentang atau patong terngadah, kuasa imperialis tidak akan tidak akan ambil pusing. Tetapi jangan sesekali cuba menghalang pengembangan falsafah neo-konservatif dan projek globalisasi kabal zionist di Rumah Putih. Kabal zionist ini sedang mengajukan dua projek – pertama keselamatan Isreal dan kedua, kabal ini sedang merangka, menjaring dan membolot pasaran minyak dunia.

Dua projek ini saling bantu-membantu. Iraq sedang menjadi anak bidak penyususunan projek kabal noe-konservatif dari Rumah Putih. Kerana itu, jika kita beri sedikit perhatian, pasti kita dapat melihat bagaimana warga shiah di Iraq dianggap sebagai 'rakan' manakala warga shiah di Iran dan di Syria dianggap musuh yang bakal menerima dentuman peluru berpandu Amerika. Ada warga shiah yang dianggap 'shiah baik' dan ada pula yang dicap sebagai 'shiah jahat'.

Semua kuasa imperialis telah dan akan menggunakan taktik pecah dan perintah. Kalau kuasa imperialis British dan Jepun dahulu semasa menjajah dan menakluk Tanah Melayu, telah mengadudombakan orang Melayu dengan orang Cina. Orang Melayu diwarwarkan sebagai majoriti bumiputera manakala orang Cina pula dianggap sebagai kaum pendatang yang mendalangi pengganas komunis.

Ini tidak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Iraq. Komuniti shiah dianggap sebagai pasak kestabilan. Manakala komuniti sunni dituduh sebagai wahabi, salafi, baathis, fundumentalis, terroris atau pengganas pendatang.

Pengganas berjenis salafi dan wahabi wujud di Iraq? Tunggu dahulu – saya ingin bertanya bukankah keluarga Bush – senior dan junior – adalah sahabat baik kepada kepala segala wahabi dan salafi yang bersarang di Istana Riyadh. Bagaimana pula salafi dan wahabi yang di Riyadh boleh menjadi sahabat baik manakala salafi dan wahabi di Iraq wajib dikecaikan tubuh badan mereka. Soalan-soalan yang saya tanyakan ini tidak memerlukan ijazah sain politik untuk kita mendapat jawapannya.

Memboikot pilihan raya

Saya tidak hairan apabila media antarabangsa, termasuk media kita, sedang menghebohkan berita tentang potensi perang saudara akan meletus di Iraq. Berita disebarkan – perang saudara ini akan meletus kerana komuniti sunni tidak mahu malah memboikot pilihan raya. Warga sunni di Iraq tidak cintakan demokrasi. Mereka lebih suka mengganas.

Perang saudara akan bermula? Saya menganggap sesiapa sahaja yang menimbulkan cerita potensi perang saudara ini, telah terperangkap dalam jaringan kabal neo-konservatif dari Rumah Putih. Atau jika ada si Mamat yang percaya tentang perang saudara ini akan meletus, maka si Mamat ini adalah Mat Bebal lagi buta politik. Tidak ada perang saudara yang akan meletus di Iraq. Yang saheh perang sedang berlaku sekarang. Dan bukan akan meletus sesudah pilihan raya ini.

Saya menjadi pelik kerana ada manusia dalam dunia ini yang rabun untuk mendengar bahawa rakyat Iraq sedang berperang, bergerila, bermandi darah melawan kuasa tentera imperialis Anglo-Amerika. Mati dibunuh, mati kena bom dari udara, tembak-menembak, mati di timbunan rumah runtuh atau letupan – semua ini adalah perang namanya. Perang tidak pernah bersaudara, berculai atau ada anak menantu. Perang ialah pertempuran bunuh membunuh untuk merebut kuasa.

Pergilah ke Baghdad, Tikrit, Basrah atau Mosul dan sila tanya kepada orang-orang di sana. Apakah mereka akan memberi jawapan begini – 'perang saudara akan bermula tepat pada jam 7 petang pada 2 Februari 2005 ini kerana malaun si sunni ini tidak pergi mengundi'. Jika inilah jawapan yang diterima, rasa saya inilah satu-satunya tanda dunia kita ini telah hampir khiamat.

Bagi saya, tanda kiamat ini tidak akan disuarakan. Tanyalah sesiapa sahaja warga Iraq tentang apa yang sedang berlaku sekarang. Ajukan pertanyaan kepada sunni, shiah, kristian, Kurdish atau Turkmen. Dari pengalaman saya tinggal hampir satu tahun di Iraq, jawapan yang akan diberikan pasti – 'yallah ya shabab ibni char murta Bush dan Sharon sedang berkonspirasi, sampai mati pun mereka tidak akan dapat minyak di Kirkuk.'

Saya akui warga di Iraq terbahagi kepada pelbagi bangsa, agama dan mazhab. Saya juga akui bahawa mereka memiliki perbezaan. Ini bukan sesuatu yang ganjil. Di dalam dunia ini tidak wujud satu negara bangsa yang ‘homogenous’. Jepun dan Korea sering dikatakan sebagai contoh negara bangsa yang ‘homogenous’. Ini juga tidak betul. Komuniti Buraku rakyat asli Jepun berbeza dari Jepun arus perdana. Di Korea pula ada warga Korea kristian ada warga Korea menganut shinto.

Taktik pecah dan perintah

Warga Islam pun boleh dibeza-bezakan antara mereka. Ada mazhab sunni dan mazhab shiah. Dalam mazhab sunni ada pula ada salafi, ada wahabi, ada pula sunnah wal jamaah. Kalau shiah ada pula Ismaili, ada Druze, ada Allawite. Dalam mana negara pun, pasti ada kepelbagaian budaya bangsa-bangsa – ada Melayu, ada Cina, ada Tutsi, ada Hutu, ada Arab, ada Kurdish. Untuk mencari perbezaaan dalam kepelbagainan warga bangsa adalah satu yang enteng.

Hu ha hu ha tentang perang saudara kerana perbezaan mazhab ini, pada saya, adalah sebuah komedi seram. Komedi yang sedang dipentaskan sebagai satu taktik pecah dan perintah oleh kuasa imperialis. Ianya juga diwarwarkan untuk menutup hakikat kemusnahan dan kesengsaraan yang sedang dihempapkan ke atas rakyat Iraq akibat diserang oleh bala tentera kuasa imperialis
Anglo-Amerika.


Lawak ini bertambah seram apabila saya terbaca kenyataan seorang jeneral Rumah Putih yang berkata '.. Iraq bermasaalah kerana ramai pengganas asing yang telah memasuki Iraq.' Aha! Siapa sebenarnya pengganas asing ini. Pengikut Saddam dari wilayah Takrit ke, ahli parti Baath cawangan Adhamiah ke atau Abdel Halim Affeez penjual ikan di pasar borong Basrah?

Kenyataan soldadu Amerika yang menuduh 'pengganas asing ' sebagai punca bala petaka yang menimpa rakyat Iraq adalah contoh logik lucah yang telah ditunggang terbalikan. Pengganas asing itu tidak lain dan tidak bukan ialah bala tentera British dan Amerika sendiri. Merekalah makhluk asing yang datang dari negara yang beribu-ribu batu jauhnya dari Baghdad. Soldadu Amerika dan soldadu Britishlah yang telah membedil Ramadi, Tikrit, Mosul atau Nassiriyah. Garuda-garuda hitam merekalah yang telah menjadikan Falujjah padang jarak padang terkukur.

Tiga minggu yang lalu secara rasmi telah diwartakan bahawa telah tidak ditemui senjata pemusnah massa (WMD). Laporan ini hasil siasataan lebih dari satu tahun oleh satu pasukan tentera khas yang arahkan oleh Rumah Putih sendiri. Bila berita ini disambut media, Presiden Bush dan Perdana Menteri Tony Blair terseringai bersilat lidah cuba bertahan untuk menghalalkan serangan perang mereka ke atas Iraq.

WMD – weapons of mass destruction – dijadikan sebab utama untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar kita semua bersetuju untuk menyerang Iraq. Bahaya senjata ini dijadikan hantu polong yang menakut-nakutkan kita semua. Rasa takut yang dibungkus pula oleh suasana kelam kabut 9/11 membolehkan rakyat Amerika dan rakyat dunia menerima janji sebuah Iraq yang demokratik dan Timur Tengah yang aman bebas sejahtera.

Siasatan PBB diperlekehkan

Semua ini adalah bohong dan karut. Jangan kita terlupa bahawa fakta ketidakwujudan senjata ini telah diberitahu lebih awal lagi – sebelum Iraq diserang – oleh Hans Blix ketua penyiasat WMD yang diarahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Apabila laporan awal dari diplomat PBB ini dihebohkan kepada media, kabal neo-konservatif dan zionis telah bertungkus lumus menggunakan media untuk memperlekeh hasil siasataan PBB ini. Kewibawaan diplomat ini dipetikaikan hinggakan seluar dalam Hans Blix yang koyak itu telah menjadi rashia umum.

Dari agenda menghapus WMD, kini agenda Iraq beralih pula kepada proses pilihan raya. Rakyat dunia kini didodoikan pula dengan lagu-lagu demokrasi, hak perwakilan Iraq, dan hak rakyat Iraq menentukan nasib mereka sendiri. Iraq ingin dijadikan contoh untuk membina demokrasi di seluruh Timur Tengah. Kail telah dipasang. Umpan sedang ditabur. Tetapi semua ini adalah hampeh belaka.

Jangan kita tersalah faham tentang makna pilihan raya dan demokrasi. Pilihan raya itu bukan demokrasi. Kita tak perlu pergi jauh untuk memahami hakikat ini. Di Malaysia ini kita ada menjalankan pilihan raya tetapi ini bukan bermakna Malaysia sebuah negara yang demokratik. Dengan wujudnya pilihan raya, bukan bermakna wujud demokrasi.

Jangan lupa Hitler di German juga menjalankan pilihan raya. Hitler juga ada memiliki parlimen. Hitler juga ada memiliki wakil rakyat yang dipanggil Yang Berhormat. Suharto, Pinochet, Mahathir, Mugabe semuanya mengadakan pilihan raya. Waspada, ditaktor juga boleh dipilih melalui pilihan raya. Hakikatnya, bukan pilihan raya yang mewujudkan demokrasi tetapi iklim demokrasi yang mengasak untuk melahirkan pilihan raya.

Perang saudara yang diheboh-hebohkan ini adalah persediaan awal tentera Amerika melatih rakyat Iraq untuk menjadi soldadu upahan. Meng-Iraqi-kan perang Iraq ini cukup penting. Tiga atau empat beg mayat sehari yang diterbangkan dari Baghdad ke lapangan terbang tentera di pelbagai wilayah di Amerika adalah satu hakikat yang tidak dapat diterima oleh rakyat Amerika.

Sepuluh hingga lima belas soldadu sehari diterbangkan ke German kerana cedera parah, adalah pukulan teruk ke atas kekuataan bala tentera Amerika.

Meng-Iraqi-kan perang inilah yang dihalwakan dengan nama perang saudara. Kalau di Tanah Melayu dahulu, anak-anak muda kampung dicari dan diupah oleh pentabiran British untuk menjadi Askar Melayu, Special Constables, Home Guard atau mata-mata. Strategi British ialah untuk mengagalkan kelahiran setiakawan Melayu/Cina/India yang boleh bersatu menentang kuasa imperialis British yang menjadi musuh mereka bersama.

Diharam menyimpan benih

Kabal neo-konservatif dan zionis di Amerika Syarikat sedang mengkaji cara yang terbaik untuk mentabir Iraq. Sebelum pentabiran Bremmer berundur dan memberi watikah kepada Allawi, pelbagai undang-udang dasar telah dicipta untuk memastikan Iraq akan terus menjadi koloni Amerika. Beratus-ratus perjanjian carigali minyak telah ditandatangani oleh Bremmer dengan pelbagai syarikat minyak Amerika.

Semua harta negara Iraq telah diswastakan. Tidak dibenarkan diwujudkan kembali syarikat-syarikat yang dimiliki oleh negara. Iraq akan menjadi negara contoh berdagang bebas yang dimimpi-mimpikan oleh kabal neo-konservatif di Washington. Dan jangan terperanjat jika saya memberitahu bahawa salah satu daripada rang undang-undang yang telah direka dan diwartakan oleh Bremmer ialah pengharaman kaum tani Iraq dari menyimpan-benih tanaman mereka.

Jika mereka ingin mendapatkan benih padi, gandum, jagung atau tanaman baru, maka kaum tani ini wajib membeli dari Mosanto syarikat pembekal benih. Untuk memastikan projek asal – minyak dan keselamatan Isreal – ini dilandasan yang tepat, Bremmer juga telah membenarkan Amerika mendirikan 14 pangkalan tentera. Ini pula akan dibantu oleh kedutaan Amerika di Baghdad – sebuah kedutaan yang paling terbesar di dunia.

Minggu depan Iraq akan merayakan pilihan raya. Bila anak bulan Januari mula menghilang, maka seluruh Iraq akan diwartakan dalam keadaan darurat. Lapangan terbang akan ditutup. Kereta tidak dibenarkan bergerak dijalanraya. Jam 6 petang hingga 6 pagi, semua warga wajib berada di dalam rumah.

Sesiapa yang sakit perut dan cuba mencari air di Sungai Dajlah, besar kemungkian akan ditembak mati. Kalau bernasib baik boleh menjadi penari gelek di Kelab Malam bernama Abu Gharaib. Penduduk di Ramdi, Falujjah, Tikrit, Baghdad akan dikurung agar mereka semua dapat merayakan pilihan raya.

Bila pilihan raya Iraq ini berlaku, saya teringat di zaman Mao, Ho Chin Minh dan Brezhnev dahulu. Ketika itu saya ada terbaca berita tentang beberapa orang rakyat Cina Merah lari ke Taiwan, atau berita warga kota Havana melarikan diri ke Miami atau rakyat jerman merentas Tembok Berlin.

Maka akan heboh semua akhbar melaporkan bagaimana rakyat negara-negara sosialis ini telah mengundi dengan kaki – they votes with their feet. Di zaman perang dingin, ayat ini menjadi bagitu klise sekali. Hari ini saya ingin menuliskan satu ayat pertama dan berharap ianya akan menjadi klise juga - mereka sedang mengundi dengan kalashnikov dan bukan dengan pen.

Sumber: MalaysiaKini
Kiriman: WM Rasmi LR - 29.01.2005

 
Kini Umno pacak bendera pula di rumah sementara
01.29.05 (12:51 pm)   [edit]
Oleh Mohd Sabri Said

Gambar Besar


SUNGAI PETANI, 29 Jan (Hrkh)- Setelah menyekat pelbagai pihak yang mahu sama membantu mangsa tsunami di pusat-pusat perpindahan di utara Semenanjung, kini Umno memacak benderanya pula bagi memberitahu dunia, rumah sementara ini projeknya. Umno memasang bendera mereka di Rumah Sementara mangsa tsunami dekat Padang Katong.

Sedangkan, peruntukkan itu datang dari sumbangan orang ramai yang dikumpul oleh Tabung Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

"PAS Sungai Petani kesal Umno mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh sedangkan mereka menerusi Puteri dan Pemuda Umno mencetuskan beberapa kekecuhan sewaktu diamanahkan menjagai penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda, " jelasnya.

Tambah beliau, bukan sahaja Umno cuba berlagak hero setelah penempatan sementara itu diduduki malahan diakui oleh banyak pihak termasuk jabatan kerajaan sendiri bahawa parti itu mengganggu pembahagian bekalan yang dilaksanakan.

Dulu Umno sambungnya, cuba monopoli penempatan sementara dan sekarang beralih pula kepada rumah sementara setelah semua mangsa yang kehilangan rumah di tempatkan di situ mulai 10 Januari lalu.

"Banyak pihak termasuk jabatan kerajaan rasa tidak puas hati dengan gelagat Puteri dan Pemuda Umno yang lebih mementingkan politik dari bantuan perikemanusiaan.

"Dulu depa sekat orang lain nak bagi bantuan. Bantuan mereka pula hanya diagih bila menteri datang bersama kamera TV.

"Sebelum itu, bantuan berlonggok sahaja di situ padahal mangsa tsunami sangat memerlukan bantuan itu segera, " tegas Badrul Hisyam.

Seorang mangsa yang dikenali sebagai Ismail menyifatkan, tindakan menaikan bendera Umno tidak sewajarnya berlaku kerana penempatan yang menempatkan 120 buah rumah itu bukan projek Umno atau Barisan Nasional (BN).

"Umno jadi macam gila, sikit-sikit nak nama padahal tak dak apa pun yang depa buat bantu mangsa tsunami, " jelasnya.

Rakannya Encik Mansor menambah, jika Umno boleh pacak bendera parti mereka, PAS pun boleh naikan bendera bulan purnama kerana PAS juga berjasa pada masyarakat Kuala Muda.

"Jika ikut rasa PAS pun boleh pasang bendera kerana turut berjasa pada mangsa tsunami. Tapi, depa ada maruah bukan macam Umno muka tak malu, " jelasnya marah.

 
SEMUA PENIAGA MEE DI LEMBAH KELANG,JOM PI KUALA MUDA, UMNO NAK BAGI BOT !!!
01.29.05 (12:45 pm)   [edit]

Mai kita ramai-ramai peniaga mee di Lembah Kelang ini, kita ke Kedah sebab depa bagitau boleh dapat peruntukan bantuan kerosakan bot. Kawan kita peniaga mee di Kota Kuala Muda dah dapat pun RM3,000.00. Hangpa kalau tak percaya jugak, nei… diperlihatkan petikan berita dari Harakahdaily. Hoi yuuuuu… boleh dapat 3,000 oiii… sapa tak mau, alamat kita kontek orang sana biasa diuruskan….



Peniaga mee dapat bantuan kerosakan bot akibat tsunami, kata JKKK
Oleh Mohd Sabri Said


SUNGAI PETANI, 28 Jan (Hrkh)- Dua orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Kota Kuala Muda mendedahkan pembahagian peruntukan dan pemilihan nama ke penempatan sementara mangsa tsunami di Padang Katong dilaksanakan secara tidak adil.

Ketika menemui Harakahdaily,mereka juga melahirkan rasa kesal kerana pembahagian bekalan dan peruntukan dibuat tidak melalui JKKK sebaliknya ditugaskan kepada individu lain yang bukan terlibat dengan bencana itu.

JKKK Kampung Tepi Sungai, Encik Ismail Othman (foto) berkata, peruntukan yang dibuat tidak sekata sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terutama yang sepatutnya dapat bantuan itu tidak turut memperolehinya.

Contohnya bantuan bot, ada nama yang didaftarkan bukan nelayan sebaliknya perniaga warung mi mendapat bantuan.

"Perkara ini bukan kesilapan taknikal tapi kerana kroni atau ada hubungan kekeluargaan maka mereka yang tidak pernah menjadi nelayan turut mengecap peruntukan RM3000.00 untuk bot besar manakala RM1,000 untuk bot kecil, " jelasnya.   (berita lengkap...)


Memetik kata-kata Perdana Menteri berhubung kes fobia terhadap Islam ini, memang patut pun, tengoklah perangai orang UMNO sendiri, dalam keperitan bencana pun mereka ambil kesempatan. Kalau begitu PM biarlah terus buta huruf dari buta hati. Ada juga sedikit kebenaranya tentang buta huruf tersebut hingga menyebabkan tidak tahu baca atau membezakan peniaga mee dengan nelayan. Akhirnya sedikit petikan kata kata YAB PM:



Kikis fobia terhadap Islam -- OIC perlu dahului usaha raih keyakinan Barat - PM
Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN


PUTRAJAYA 27 Jan. - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu mendahului usaha meraih keyakinan Barat untuk lebih memahami Islam ketika dunia semakin didominasi oleh fobia terhadap agama itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah juga mahu isu kemiskinan dan buta huruf di kalangan umat Islam yang berkaitan soal pembangunan manusia dijadikan agenda teratas CEP selain usaha memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di kalangan negara anggota.

Katanya, walaupun sebahagian negara OIC kaya dan rakyatnya mewah tetapi bilangan itu adalah kecil sedangkan landskap anggota pertubuhan itu dipenuhi dengan negara miskin dan rakyat yang kelaparan.

"Buta huruf yang merupakan cerita lama bagi negara maju, masih menjadi isu semasa di banyak negara Islam,'' ujarnya sambil menegaskan bahawa sudah sampai masanya ia dihapuskan.


Semoga bertemu di lain lembaran, Wassalam.


..….. Pak Ngah - 29.01.2005

 
KETUA PEMUDA UMNO: BUAT DAN JAGA MURID SEKOLAH BETUL-BETUL
01.29.05 (12:43 pm)   [edit]

Nampak dan dengar hebat, tetapi sejauh mana kemampuannya belum pernah teruji atau belum pernah ada “track record”. Yang pasti dari dulu berhubung seruan, slogan, retorik dan mencabar banyak kali sangat telah didengar. Contohnya DEBAT, akhirnya terkulai layu bak sekuntum bunga. Diperlihatkan di bawah petikan akhbar mereka yang memperlihatkan sikap tidak yakin dan angkuh terhadap pihak Polis Diraja Malaysia. Selalunya pihak atasan yang berkenaan sahaja yang ada kuasa memantau, tetapi lihatlah sikap mereka:



Ketua Pemuda UMNO akan pantau siasatan polis
BANGI 27 Jan. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata beliau sendiri akan memantau siasatan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa berhubung kes pembunuhan anggota jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Cheras semalam.


Beliau yang menyifatkan kes itu sebagai serius berkata kejadian terbabit sebagai suatu yang tidak berasas dan berharap mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

Hishammuddin yang tidak mahu perkara itu disembunyikan berkata, Pergerakan Pemuda UMNO akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan berharap polis akan mengambil tindakan segera.

"Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan minta bersabar dalam kejadian yang saya lihat amat merugikan dan sedikit sebanyak mengambarkan sikap kerakusan dan tidak bertanggungjawab anak-anak muda pada hari ini.

"Malangnya ia melibatkan pemuda saya dan seperti murid kita di sekolah saya turut bertanggungjawab terhadap kedudukan pemuda-pemuda UMNO di bawah jagaan saya,'' katanya. - Bernama


Memetik kata-kata Ketua Pemuda UMNO sendiri seperti berikut: ''Malangnya ia melibatkan pemuda saya dan seperti murid kita di sekolah, saya turut bertanggungjawab terhadap kedudukan pemuda-pemuda UMNO di bawah jagaan saya,'' Kita ingin melihat kata-kata dan tindakan yang sama beliau lakukan ke atas kes berikut kerana ianya melibatkan murid di sekolah. Kedua-dua kes di bawah melibatkan murid sekolah:



Edisi Selatan: Perogol ancam bunuh


JOHOR BAHRU: Pelajar yang ditikam empat kali di perut dalam kejadian cubaan rogol di rumahnya, di kuarters kakitangan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di Taman Universiti, Skudai, dekat sini, terpaksa merangkak hampir dua meter ke pintu bilik bagi mendapatkan pertolongan.

Terdahulu mangsa berusia 15 tahun itu terpaksa bergelut selama kira-kira 10 minit, apabila terjaga dan mendapati ada lelaki cuba merogolnya sebelum ditikam empat kali di perut, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin itu.

Dia kemudiannya terpaksa merangkak kira-kira dua meter, dalam keadaan berlumuran darah untuk menjerit meminta pertolongan keluarganya yang tidur di ruang tamu.

Edisi Selatan: Denda RM500 tak adil
Oleh Ibrahim Isa


JOHOR BAHRU: “Di manakah keadilannya? Saya masih menanggung derita dan kesakitan dibelasah 30 pelajar, tetapi mereka hanya dikenakan hukuman denda RM500,” itulah luahan mangsa pukul 30 pelajar senior hingga cedera parah pada 2002, Muhammad Nur Hanafi Mohd Nooh, 16.

Berikutan kejadian itu, Muhammad Nur terpaksa menerima 158 jahitan di seluruh badan dan kepala, pendarahan dalaman, pembedahan belakang badan, patah tulang rusuk serta retak tulang bahu kiri dan kanan.

Muhammad Nur, 13 tahun ketika kejadian dipukul 30 pelajar senior pada 29 Oktober 2002 hingga pengsan, mengalami pendarahan dalaman dan pelbagai kecederaan lain ketika belajar di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini.

Dalam kejadian antara jam 2 hingga 3 pagi itu, mangsa dikejutkan sekumpulan pelajar senior dari katilnya, sebelum ditampar, ditumbuk dan ditendang hingga cedera parah.

Sekumpulan pelajar senior memukulnya, berusia 15 tahun ketika itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya dan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun, denda dan sebatan.


Sama-samalah kita tunggukan tindakan memantau seperti mana katanya kepada Pemuda UMNO dan murid sekolah tersebut. Kalau beliau gagal lagi seperti mana yang lalu, eloklah diamkan diri dan fahamilah kemampuan diri yang tak seberapa. Akhirnya, di antara ciri-ciri untuk jadi pemimpin perlulah berkelakuan terpuji, amanah, berani kerana benar dan sentiasa bercakap benar.


Semoga bertemu dilain lembaran, Wassalam.

..….. Pak Ngah - 29.01.2005

 
ALAHAI BERUNTUNGNYA KELANTAN...
01.28.05 (11:28 pm)   [edit]

Timbalan Menteri Penerangan mengumumkan kononnya RTM akan memberikan keutamaan tinggi kepada Kelantan dengan memaparkan penghidupan dan budaya rakyat di negeri tersebut. Kata Zainuddin Maidin, adalah menjadi hasrat RTM untuk mendedahkan kepada masyarakat luar keunikan hidup rakyat di Kelantan.


Hakikatnya memang Kelantan merupakan sasaran utama RTM. Lihat sahajalah terdetik apa sahaja peristiwa maka akan berkejarlah RTM ke sana. Isu banjir umpamanya, maka seluruh wakil rakyat pembangkang dari Umno BN akan menerima publisiti percuma.

Kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat Kelantan tidak langsung diberi perhatian samada dalam mengeluarkan kenyataan maupun membuat ulasan. Demikianlah baiknya RTM terhadap negeri Kelantan. Yang jelas RTM selama ini rata-rata telah memaparkan segala yang buruk dan hodoh berkenaan Kelantan.





Zainudin Maidin

Menurut Zainuddin sebagaimana di petik oleh BERNAMA beberapa rancangan yang mempunyai ramai peminat akan diteruskan antaranya rancangan Salam Pantai Timur.

Saya tidak tahu berkenaan orang lain, tetapi secara peribadi saya berani mengatakan rancangan yang tidak bermutu ini memang tidak diminati ramai. Ianya lebih merupakan siaran propaganda pro Umno BN yang ditaja oleh RTM. Barangkali inilah antara rancangan yang telah mengakibatkan hasil RTM semakin terhakis sebagaimana yang didedahkan oleh BLOG ini satu ketika dahulu.

Bagi saya Zainuddin tidak payahlah berpura-pura. Memang sejak tahun 1990 sehingga kini kerajaan negeri Kelantan telah berdiri sendiri tanpa sedikit pun bantuan daripada sudut penyiaran dan penerangan dari RTM yang boleh menyuburkan imejnya. Teruslah dengan kerja-kerja jahat anda. InsyaAllah, RTM pun akan terus rugi akibatnya.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 28.01.2005

 
HIDUP SEJAHTERA DI BAWAH NAUNGAN ISLAM
01.28.05 (11:27 pm)   [edit]

Assalamu’alaikum wm.wrt.,


Kehancuran Sistem Dunia

Sistem dunia sekarang ini sedang mengalami kemusnahan peradaban yang sangat mengerikan. Meskipun begitu kecenderungan ini telah disedari sejak dari awal tahun 70-an lagi, iaitu selepas Persidangan Stockholm mengenai Keamanan Kemanusiaan, dan terutama ketika diterbitkan sebuah blue print yang bertajuk: 'A Blue Print for Survival' dari The Ecologist, serta Laporan Pertama yang dikeluarkan oleh Club of Rome, The Limits to Growth. Namun demikian belum ada satu pun resolusi yang sesuai untuk menghalang kehancuran sistem dunia yang berjalan sekarang ini.

Hampir semua krisis yang berlaku dalam sistem dunia sekarang ini berpunca dari faktor-faktor berikut:


1. Meningkatnya aktiviti-aktiviti manusia dalam pelbagai sektor.


2. Semakin sedikitnya sumber-sumber yang boleh digunapakai.

3. Peningkatan kadar penduduk dunia yang amat pesat.

4. Masalah-masalah peningkatan pengeluaran hasil-hasil pertanian untuk mencukupi bekalan penduduk dunia.

5. Meningkatnya kecenderungan-kecenderung an pada modenisasi dan industrialisasi dari hampir seluruh aktiviti manusia.

6. Meningkatnya kecenderungan pada urbanisasi dan tumbuh suburnya megapolis.

7. Melebarnya jurang antara negara-negara maju dengan negara-negara yang sedang membangun dan apatah lagi dengan Negara-negara yang dikategorikan sebagai negara miskin.

8. Meningkatnya kebergantungan kepada teknologi.

9. Meningkatnya kecenderungan-kecenderung an bersifat empiris, duniawi, sekular, humanistik, pragmatik, utiliter dan hedonistik.

10. Meningkatnya kadar pengangguran.

11. Pembaharuan atau pembangunan yang dirangsang bukan disebabkan oleh keperluan, tetapi lebih kepada untuk mencapai sesuatu matlamat jangka pendek yang menyebabkan ketidak-seimbangan di antara pihak pengeluar-pengguna.

12. Meningkatnya gejala pengasingan pada diri manusia, baik pengasingan manusia dengan alam, manusia di antara manusia lainnya bahkan dengan dirinya sendiri. 


Apabila kecenderungan-kecenderung an global di atas terus berlaku ke atas sistem dunia dari waktu ke waktu, tanpa ada tindakan yang bermakna untuk menghentikan sejumlah rentetan-rentetan bahayanya. Maka kita sewajarnya bertanya: “Apakah penyebab dasar keseluruhan kecenderungan di atas berlaku?”
 
Selama ini, pendekatan untuk menjawab fenomena-fenomena di atas lebih bertumpu kepada pendekatan yang bersifat pragmatik. Kemunculan masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial adalah disebabkan kesalahan sistem kapitalistik disebabkan oleh dasar-dasar jangka pendek yang kurang tepat atau kerana human error. Akibatnya untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, mereka lebih menyandarkan kepada pendekatan-pendekatan yang bersifat pragmatis berdasarkan aqal tanpa mengkaji kelemahan sistem dasar-dasar tersebut..


Keynes menyebut: “Masalah-masalah kemanusiaan, sering diselesaikan dengan dasar-dasar mikro dan makro, tanpa mahu meneliti paradigma dasar yang menopang sistem dunia saat ini (kapitalisme). Hal ini menyebabkan dasar munculnya masalah-masalah kemanusiaan bukan kerana kesalahan pada peringkat kebijaksanaan mikro dan makro, akan tetapi lebih didasarkan kepada kesalahan paradigma dasarnya, ideologi kapitalisme!” Dengan kata lain, ideologi kapitalisme sebagai penyangga sistem dunia perlu dikaji semula baik objektif-ilmiah dan empiris.

Kapitalisme: Gagal Menciptakan Kesejahteraan

Hidup sejahtera merupakan impian setiap umat manusia. Sebab itulah tujuan hidup di dunia adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup. Lalu, dibuatlah paradigma dan ukuran kesejahteraan membentuk pelbagai dasar, taktik dan cara untuk mencapainya.

Pandangan terhadap kesejahteraan termasuk cara untuk mencapainya sangat bergantung kepada pandangan manusia terhadap kehidupan ini. Ide kapitalisme dan sosialisme –suatu ideologi yang bercorak materialistik—menentuka n pencapaian material sebagai unsur mendapat kebahagiaan. Kedua-duanya juga membentuk formula dan strategi untuk menciptakan kesejahteraan masyarakat.

Sosialisme terbukti gagal menciptakan kesejahteraan. ‘Masyarakat equal’ tanpa kelas tidak pernah wujud di kalangan masyarakat manusia. Daya pengeluaran menurun sangat pantas. Pertumbuhan ekonomi sangat kecil. Lahirlah manusia-manusia mesin yang bertuhankan material, serta kelas-kelas sosial yang semakin menjauhkan masyarakat sosialis dari ide masyarakat ide. Kegagalan ide ini semakin jelas, setelah rakyatnya meruntuhkan rejim sosialis di Soviet Rusia-Kesatuan berasaskan kekuatan sosialisme. Walaupun begitu pemikiran sosialisme masih lagi gunapakai oleh beberapa negara bekas pengaruh komunis yang menebal pada satu waktu dahulu.

Dalam pada itu, kapitalisme sebagai penyangga sistem dunia juga terbukti gagal menciptakan kesejahteraan manusia. Bahkan, ideologi ini telah menyeret manusia pada kehancuran-kehancuran yang lebih mengerikan lagi. Kebobrokan sistem kapitalisme, baik pada sistem perundangan mahupun sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pendidikan dan kesihatan telah ternyata terpampang di depan mata. Di bawah ini saya akan paparkan fakta gagalannya sistem kapitalisme:

Kapitalisme: Sistem Pemerintahan Dan Undang-undang

1. Nasionalisme

Nasionalisme terbukti gagal dan sudah tidak lagi relevan untuk membangunkan peradaban masa depan. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa fahaman Nasionalisme dinyatakan sebagai fahaman yang menuntut adanya kesetiaan kepada bangsanya melebihi segala-segalanya [assabiyah]. Nasionalisme merupakan indikator destruktif bagi peradaban masa depan. Fahaman ini telah memberi kesan buruk bagi umat manusia, kerana:


i. Meningkatnya jumlah negara yang hanya mementingkan dirinya sendiri dengan mengesampingkan bahkan lebih cenderung mengorbankan kepentingan pihak lain.
 
ii. Munculnya rasialisme yang bersifat perkauman yang menebal.


iii. Nasionalisme telah memecah-belahkan umat manusia, bahkan menutup trend dunia global yang saling menopang dan mendukung di antara satu sama lain.


Sistem ekonominya pula lebih menjaga kepentingan ekonomi Negara sendiri berbanding kepentingan masyarakat sejagat. Menyekat kemasukan barangan dan perkhidmatan dari luar dengan mengenakan kadar tariff import yang tinggi yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan dari luar negeri menjadi mahal dan tidak mampu rakyat tempatan menggunakannya, kecuali orang-orang kaya dan mewah yang mendapat keistimewaan daripada pemerintah. Rakyat tempatan digalakkan menggunakan barangan tempatan yang dikatakan ‘bermutu’.


Kecenderungan global juga menunjukkan bahawa Nasionalisme sudah tidak relevan lagi bagi peradaban mendatang. Di Negara-negara ASEAN sudah wujud pasaran tanpa sempadan. Barangan dan perkhidmatan di Negara-negara ini bebas memasuki Negara jiran tanpa sekatan dan halangan melalui tariff dan duti import yang tinggi. Negara yang tidak percaya pada dirinya sendiri yang tidak boleh bersaing di pasaran terbuka, terpaksa menaikkan duti import untuk memahalkan barangan luar dengan alasan lapuk untuk menjaga perusahaan tempatan. Rakyat menjadi korban. Pada ketika ini kita memerlukan suatu sistem dunia yang saling menopang dan mendukung di antara satu sama lain demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya, bukan hanya orang-orang atau Negara-negara tertentu sahaja.

2. Sistem Pemerintahan Demokratik

Sistem pemerintahan demokratik yang menempatkan rakyat sebagai pihak berdaulat juga telah menimbulkan malapetaka moden. Sistem pemerintahan demokrasi adalah berasaskan kepada sekularisme telah menimbulkan ‘Kekosongan Rohani’. Agama menjadi subsistem yang tidak lagi bererti.

Pengasingan kekuasaan [separate of power] adalah tipu-muslihat dengan alasan untuk menghapuskan dictatorship atau autoritarianisme terbukti pembohong malah kuasa dicengkam lebih kuat daripada wajah dictator sebenar. Pemerintahan ala-diktator terus berjalan berselindung di sebalik Perlembagaan Negara yang tidak dapat berfungsi seperti mana makna dan maksud yang tersurat ketika ia digubal dahulu. Konflik terus menerus berlaku kerana perebutan kuasa. Kuasa adalah segala-segalanya, sanggup membayarnya walaupun semahal mana. Konflik elit politik ini akan mengorbankan kepentingan-kepentingan awam dan terabainya urusan rakyat. Rakyat akan diikat dengan peraturan dan Undang-undang yang mengikat dan bias berpihak kepada pemerintah.

Sistem perundangan tidak mampu memberi jaminan keadilan dan keamanan kepada masyarakat. Masyarakat menjadi semakin takut dengan sistem kehakiman yang tempang. Lebih dari itu, pendidikan perundangan kepada rakyat juga sangat kurang dan diabaikan. Akhirnya kebanyakan rakyat tidak mengetahui Undang-undang dan peraturan yang berlaku di negaranya yang memudahkan pihak pengusaha mengeksploitasikannya untuk kepentingan diri dan kroni-kroninya.

3. Sistem Ekonomi

Sistem kapitalis adalah berdasarkan kepada teori Supply and Demand, “….bencana melanda bumi dengan penumpukan kekayaan demikian cepat, namun tidak memberikan timbal balik apa-apa pun ….” Pengeluaran yang dianggap oleh kapitalis sebagai inti permasalahan ekonomi cukup signifikan. Namun, kekangan ekonomi dan pengedaran barangan merupakan masalah ekonomi yang belum boleh diselesaikan oleh sistem ekonomi kapitalis. Munculnya konglomerat serta perusahaan-perusahaan individu yang menguasai aset-aset awam, semakin memperlebarkan jurang kemiskinan antara yang kaya dan yang miskin. Kekayaan terus dipunggah oleh negara-negara kapitalis raksasa dan para pemilik modal.

Pembahagian kekayaan dunia tidak seimbang di antara Negara maju dengan Negara miskin. Negara-negara industri Barat yang penduduknya hanya 17% dari seluruh penduduk dunia, hidup dengan menikmati 66% pendapatan dunia. Eropah Timur dan USSR dengan penduduknya 8% dari penduduk dunia mendapat bahagian 19% dari pendapatan dunia. Sementara itu, 74% penduduk negara-negara membangun (Afrika, Asia dan Amerika Latin) hanya mendapat sekitar 1/5 pengeluaran dan kekayaan dunia.

Jurang di antara negara kaya dan negara miskin semakin melebar. Pada tahun 1970-1980, GNP di negara miskin rata-rata meningkat 17 US Dollar per penduduk, di negara pengeksport minyak 624 Dollar dan di negara industri 2.117 Dollar. Ini bermakna, jika pertumbuhan bagi tempoh 1980-1990 sama dengan dekad sebelumnya [1970-1980], rasio pendapatan penduduk di negara miskin dan negara kaya pada tahun 1990 menjadi 1 dibanding 52 (sebelumnya 1:43).

Demikianlah, sistem kapitalis telah melahirkan kekangan perekonomian yang semakin hari semakin melebar. Bahaya cukup besar dari jurang pemisah yang ada sekarang ini antara kaum kaya-miskin, Utara-Selatan dan antara ras kaum serta golongan kulit berwarna, disebabkan oleh kesedaran yang dirasakan oleh kaum miskin bahawa mereka miskin. Kepongahan teknologi Barat akan berubah menjadi pukulan maut bagi imperialisme. Dunia Barat telah menyebarkan berita-berita mengenai prestasi material mereka ke seluruh dunia. Kesedaran diri, dugaan-dugaan dan perasaan ketidak-adilan semakin tumbuh subur di negara-negara miskin, tanpa usaha untuk mengatasi keadaan ini, maka suatu revolusi akan muncul mengancam keamanan dunia.

4. Bidang Pendidikan

Di bidang pendidikan, lahir generasi sekuleristik-materialisti k-hedonistik, yang mengagung-agungkan material. Dunia pendidikan lebih didominasikan oleh kepentingan-kepentingan ekonomi. Pendidikan sekarang ini adalah untuk mencetak manusia-manusia materialistik yang berorientasikan kepada produktiviti dan konsumer material belaka dengan mengetepikan peranan agama dan etika.

Pendidikan sekularistik telah membentuk anak-anak menjadi orang-orang yang permisif (budaya serba boleh-Malaysia Boleh). Cairnya norma-norma agama merupakan akibat dari pola dan orentasi pendidikan yang salah. Pendidikan berasaskan agama yang boleh menjadi benteng keimanan dan ketakwaan dirobohkan kerana ia tidak memberi keuntungan material. Maka, lahirlah generasi-generasi yang jauh dari norma-norma kemanusiaan. Perlakuan vandalisme, samseng, buli, bohsia-bohjan dan tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar semakin menjadi-jadi. Dunia fashion yang mendedahkan aurat semakin menambah kegilaan aksi-aksi separa lucah. Artis perosak akhlak dan moral disanjung dan dipuja, ulama dikeji dan dihina.

Kegagalan sistem pendidikan kapitalistik juga disebabkan kerana kesalahan di dalam memandang manusia ideal dan cara untuk membentuk manusia ideal. Disebabkan ideologi ini berpusat kepada material, dunia pendidikan pun mengikuti kaedah-kaedah yang bersifat materialistic juga. Pendidikan dewasa ini dibangunkan di atas andaian psikologis yang salah. Belum lagi ditambah dengan sistem sosial masyarakat yang tidak mendukung sama sekali terhadap pendidikan anak. Akibatnya, anak-anak semakin jauh dari keluarga, teman dan bahkan dirinya sendiri. Akhirnya kehancuran peradaban manusia tinggal menunggu waktu saja.

5. Sistem Kesihatan

Jaminan terhadap kesihatan bagi masyarakat juga semakin jauh. Dengan adanya penswastaan, maka orang berduit mendapat perkhidmatan yang istimewa, orang-orang tidak berduit mendapat khidmat kesihatan kelas tiga. Perkhidmatan kesihatan hari demi hari semakin meningkat. Ada cubaan pula untuk menswastakan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit. Kesihatan rakyat juga merupakan ‘basic needs’ yang perlu dijaga oleh pemerintah. Nampaknya, semua keperluan ‘basic needs’ telah diperniagakan untuk memperolehi keuntungan. Dua tahun lagi dari sekarang tariff air akan naik seperti mana kenaikan tol, elektrik, telefon, makanan, perumahan dan pakaian.

Islam Diterapkan Akan Membawa Rahmat

Islam adalah Ad-Deen yang menjelaskan seluruh aspek kehidupan masyarakat. Islam datang dengan aturan multidimensional yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Ini tercermin pada hukum-hukum Islam yang mengatur masalah mu’amalat dan uqubat. Islam juga mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri. Ini tercermin pada hukum-hukum yang mengatur masalah akhlaq, makanan dan pakaian. Islam juga mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya. Ini dapat digambarkan melalui hukum ‘ibadah, dan sistem ‘aqidah (keyakinan). Allah s.w.t. berfirman:


“Dan Kami telah menurunkan kepada mu (Mohammad) al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat dan khabar gembira bagi orang Muslimin.” (QS. an-Nahl [16]: 89).


Islam tidak sekadar menjelaskan aspek-aspek kehidupan dalam bentuk yang umum, lebih dari itu, Islam juga menjelaskan dengan terperinci aturan-aturan yang mengatur kehidupan masyarakat.


Islam dengan ‘aqidah dan syari’ahnya, memiliki kekuasaan untuk menyelesaikan masalah umat manusia. Metod penyelesaian pada sistem hukum Islam merupakan gambaran Islam sebagai way of life (jalan hidup). Hukum Islam ini diturunkan oleh Allah s.w.t. khusus menjadi rahmat atas seluruh umat manusia. Allah s.w.t. berfirman:


“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Mohammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Qs. al-Anbiyaa’ [21]:107).


Muhammad diutus oleh Allah s.w.t. sebagai Rasul dengan membawa risalah Islam. Risalah ini berisikan asas peraturan yang mengatur kehidupan manusia. Berdasarkan ayat di atas, risalah Islam ditujukan agar manusia mendapat rahmat baik di kehidupan dunia mahupun akhirat. Dengan demikian, Islam merupakan satu-satunya sistem yang memiliki tata-cara pemeliharaan dan pengaturan kehidupan manusia, jaminan memenuhi keperluan asas [basic need] serta jaminan atas hak-hak asasi manusia. Semua itu wajib dipelihara agar manusia dapat meraih dan menikmati kebahagiaan hidup di dunia ini. Allah s.w.t. berfirman:



“Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepada mu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada mu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.” (Qs. al-Qashash [28]: 77).


“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi mu, maka berjalanlah di segala penjuru dan makanlah sebahagian rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu kembali.” (Qs. al-Mulk [67]:15).


Pada dasarnya manusia berjalan di muka bumi ini untuk memenuhi keperluan asasinya dan kemampuan manusia adalah terbatas. Untuk mengelak manusia dari terjatuh kerana berpegang pada yang salah, Islam datang dengan sistem hukum yang mengatur tata-cara untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Tidak cukup hanya itu, Islam juga telah menjelaskan kepada manusia barangan dan perkhidmatan yang boleh diperniagakan dan yang tidak boleh diperniagakan. Dengan aturan-aturan ini diharapkan manusia mampu memenuhi keperluan-keperluan asasinya. Kaum Muslim tidak diperbolehkan mencuri, merompak dan lain-lain aktiviti yang melanggar hak orang lain dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.


Asas Penerapan Islam di tengah-tengah Masyarakat

Penerapan Islam di tengah-tengah masyarakat harus didasarkan kepada asas-asas berikut ini:

1. Keadilan Hukum Islam

Islam diterapkan untuk menjamin hak-hak keadilan manusia sebagai makhluk yang paling mulia. Selain itu, Islam diturunkan untuk mewujudkan kesejahteraan dan ketenangan jiwa, kebahagiaan hidup dan terpeliharanya urusan manusia dalam Islam. Allah s.w.t. berfirman:


“Dan Kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Qs. al-Israa’ [17]: 82).


“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (Qs. al-Israa’ [17]: 9).


2. Penerapan Islam secara menyeluruh bukan ambil setengah-setengah, buang yang tidak menguntungkan. Daulah Islamiyyah harus mampu menjamin pelaksanaan syari’at Islam di tengah-tengah masyarakat.


Negara merupakan salah satu unsur bagi penerapan syari’at Islam. Negara juga berperanan secara langsung dalam mengatur urusan rakyat dan memenuhi hajat hidup masyarakat. Allah s.w.t. berfirman:


“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kami mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mu…” (Qs. al-Maa'idah [5]: 49]).


3. Ketaqwaan harus dijadikan dasar bagi individu, masyarakat dan negara Islam untuk menjalankan syari’at Islam.


Pelaksanaan syari’at Islam di tengah-tengah masyarakat harus dilandasi dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Tanpa ketaqwaan maka penerapan syari’at Islam akan kehilangan ruh dan semangatnya. Bahkan akan berakhir dengan kehancuran penerapan Islam itu sendiri. Allah s.w.t. berfirman:


“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada ku.” (Qs. adz-Dzaariyaat [51]: 56).


4. Adanya hubungan ta’awuniyyah (saling tolong menolong) antara negara dengan rakyatnya.


Pelaksanaan syari’at Islam akan menemui kegagalan sekiranya tidak ada dasar tolong-menolong antara negara dengan rakyatnya. Dalam hal ini Allah s.w.t. telah berfirman:


“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qs. al-Maa'idah [5]: 2).


5. Muhasabah Umat terhadap Negara


Penerapan syari’at Islam harus mendapat kawalan dari semua pihak. Pihak-pihak yang menyimpang dari syari’at Islam harus diluruskan dan dikembalikan kepada jalan yang lurus dan benar. Adanya kawalan (muhasabah) merupakan jaminan agar semua komponen masyarakat boleh berjalan sesuai dengan aturan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Siapa saja yang mengetahui adanya penguasa zalim, yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah, merosak perjanjian dengan Allah, memperlakukan hamba-hamba Allah dengan dosa dan permusuhan, kemudian ia tidak mahu merubahnya baik dengan ucapan atau perbuatan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam kelompok mereka.”


Inilah lima asas bagi penerapan syari’at Islam. Dengan lima asas ini pula akan mewujud jaminan, “bila Islam diterapkan akan membawa rahmat bagi manusia.” Sebaliknya penerapan syari’at Islam tanpa memperhatikan lima asas ini, ia hanya akan berakhir kepada kegagalan penerapan syari’at Islam. Persoalannya kenapa ianya gagal dilaksanakan? Jawapannya ialah kerana orang Islam sendiri tidak yakin dengan jaminan Allah kerana keseluruhan pemikiran umat Islam diselubungi oleh pemikiran budaya Barat dan juga untuk menjaga survival politik jangka pendek pemerintah.


Islam Menjamin Keperluan Asas [basic need] Setiap Rakyat

Salah satu bahagian terpenting daripada syari’at Islam adalah adanya peraturan-peraturan yang berkaitan dengan jaminan memenuhi keperluan asas bagi setiap individu masyarakat iaitu makanan, pakaian, perumahan, air, api, pendidikan dan kesihatan.

Dalam hal memenuhi keperluan ini Islam telah mewajibkan kaum laki-laki untuk bekerja untuk mencukupi keperluan dirinya, anak-isteri serta keluarganya yang tidak mampu. Allah s.w.t. berfirman:


“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf. Seorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” (Qs. al-Baqarah [2]: 233).


Bagi orang yang tidak mampu bekerja, Islam telah menetapkan nafkah mereka akan dijamin oleh sanak saudaranya. Jika sanak saudaranya juga tidak mampu memenuhi keperluan tersebut, maka beban memberi nafkah diserahkan kepada negara. Negara Islam dengan Baitul Malnya akan menanggung nafkah bagi orang-orang yang tidak mampu bekerja dan berusaha. Rasulullah s.a.w. bersabda:



“Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyatnya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyatnya.” [HR. Bukhari dan Muslim]].


Negara juga perlu mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada rakyatnya, agar rakyat boleh bekerja dan berusaha. Rasulullah s.a.w. pernah memberi dua dirham kepada seseorang dan bersabda:



“Makanlah dengan satu dirham, dan bakinya, belikanlah kapak, lalu gunakanlah ia untuk bekerja.”


Negara juga harus mendorong rakyatnya agar giat bekerja agar mereka berkemampuan memenuhi keperluan-keperluan asas. Rasulullah s.a.w. pernah ‘mencium’ tangan Sa’ad bin Mu’adz r.a., tatkala beliau s.a.w. melihat bekas-bekas kerja pada tangan Mu’adz. Baginda s.a.w. bersabda:



“Dua tangan yang dicintai Allah Ta’ala.”


Fakta bahawa pemerintahan Islam ketika itu telah bekerja keras untuk memenuhi keperluan asasnya rakyatnya tercermin dengan apa yang dilakukan oleh ‘Umar bin Khaththab. Beliau r.a., telah membina suatu rumah yang diberi nama, “daar al-daaqiq” (rumah tepung). Di dalam rumah itu tersedia berbagai macam jenis tepung, korma dan barang-barang keperluan lainnya. Tujuan dibangunnya rumah itu adalah untuk menolong orang-orang yang singgah dalam perjalanan bagi memenuhi keperluannya dapat terpenuhi. Rumah itu dibangunkan di antara jalan antara Mekah dan Syam, di tempat yang strategik dan mudah dicapai oleh para musafir. Daar al-daqiiq juga dibangun diantara jalan Syam dan Hijaz.


Jika negara tidak mampu, maka seluruh kaum Muslim wajib menanggungnya. Ini digambarkan dengan cara penarikan pajak oleh negara dari orang-orang yang mampu, lalu dibahagi-bahagikan kepada orang-orang yang tidak mampu.

Islam Menjamin Kesihatan Dan Pendidikan Rakyat

Kesihatan dan pendidikan adalah dua hal yang merupakan keperluan asasi dan harus dinikmati oleh semua manusia dalam hidupnya. Masalah kehendak umum dan kemashlahatan hidup rakyat terpenting. Negara merupakan pihak yang berkewajipan memenuhi kedua-dua hal ini untuk seluruh rakyatnya. Islam telah menetapkan bahawa yang akan menjamin dua jenis keperluan dasar itu adalah negara. Mengadakan dan jaminan terhadap kedua-duanya dapat memenuhi keperluan asas rakyat menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh negara, baik untuk orang miskin mahupun yang kaya, Muslim mahupun non Muslim. Baitul Mal akan menanggung pembiayaannya.

Pada masa Rasulullah s.a.w., beliau pernah mendapat hadiah dari Muqauqis seorang doktor. Rasulullah s.a.w. menjadikan doktor tersebut sebagai doktor umum untuk seluruh rakyat. Tindakan Rasulullah ini menunjukkan bahawa hadiah tersebut bukanlah untuk kepentingan peribadi tetapi untuk masyarakat dan negara.

Pada masa lalu, Daulah Islamiyyah telah menjalankan fungsi ini dengan sangat baik. Di masa Daulah Islamiyyah, banyak hospital-hospital didirikan. Bahkan Negara menanggung kos ubat-ubatan serta menggalakkan mencari teknik-teknik pengubatan yang baru. Rasulullah s.a.w. pernah membangunkan sebuah hospital untuk orang-orang sakit dan membiayainya dengan harta dari Baitul Mal. Pernah serombongan lapan orang dari Urairah datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. di Madinah. Mereka menyatakan keimanan dan keIslamannya kepada Rasulullah s.a.w., kerana Allah. Mereka ini berpenyakit dan menderita sakit limpa. Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka beristirahat dan menjalani rawatan perubatan diambil dari Baitul Mal, di sebelah Quba’ yang bernama Zhi Jadr. Mereka tinggal di sana hingga sembuh dan gemuk. Mereka diizinkan minum susu dari binatang-binatang ternakan.

Dalam buku Tarikhul Islam al-Siyasi, diceritakan bahawa ‘Umar r.a. telah memberikan sesuatu dari Baitul Mal untuk membantu kaum yang terserang penyakit di jalan menuju Syam, ketika ia melewati daerah tersebut. Hal yang sama juga pernah dilakukan oleh para Khalifah dan Wali-wali. Bahkan Khalifah Walid bin Abdul Malik secara khusus memberikan bantuan kepada orang yang terkena penyakit.

Dalam bidang rawatan kesihatan ini, Bani Ibnu Thulun di Mesir memiliki masjid yang dilengkapi dengan tempat-tempat untuk mencuci tangan, almari tempat penyimpanan ubat-ubatan dan minuman, serta dilengkapi dengan doktor untuk mengubati orang-orang yang sakit..

Dalam bidang pendidikan, Islam juga memberikan perhatian yang sangat besar. Banyak nas dan hadith yang mendorong kaum Muslim untuk belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti ilmiah. Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Mencari ilmu adalah kewajipan atas setiap Muslim.” [HR. Thabarni].


Pada satu ketiga, gaji guru diambilkan secara langsung dari Baitul Mal. Sebab, jaminan untuk mendapatkan pendidikan terbaik merupakan tanggungjawab negara Islam. Rasulullah pernah menetapkan kebajikan terhadap tawanan perang Badar, apabila seorang tawanan telah mengajar 10 orang penduduk Madinah dalam hal baca dan tulis akan dibebaskan sebagai tawanan. Ad-Damsyik menceritakan suatu kisah dari al-Wadliyah bin Atha’, yang mengatakan bahawa di Kota Madinah ada tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah ‘Umar bin Khathab r.a. guru-guru tersebut digaji 15 Dinar setiap bulan.


Demikianlah, Islam telah memberikan jaminan pemenuhan keperluan asas kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama yang di bawah naungannya. Bila perkara ini dilaksanakan, maka kita sebagai orang yang berakal dan sihat pasti akan lebih condong kepada sistem Islam yang demikian sempurna dan agung. Alangkah indahnya jika syari’at Allah diterapkan di muka bumi ini. Sungguh, rahmat, kemuliaan dan kesejahteraan akan dikecap oleh setiap umat manusia, baik Muslim mahupun non Muslim, bila hukum-hukum Allah ditegakkan di muka bumi ini.

Apa yang terjadi sekarang contohnya di Malaysia, semua ‘basic need ‘ itu telah diperniagakan untuk mencari keuntungan yang semaksimum mungkin. Kerajaan mengalihkan tanggungjawab tersebut kepada pihak swasta, pihak swasta mempunyai matlamat yang berbeza dengan matlamat kerajaan. Kerajaan tidak mencari keuntungan dalam menjaga kebajikan rakyat yang merupakan tanggungjawabnya, tetapi fungsi swasta adalah bermatlamatkan keuntungan. Pesan Nabi s.a.w., apabila keperluan asas rakyat ini telah diperniagakan, maka tunggulah kecelakaan akan menimpa umat manusia.

Bala Allah macam-macam cara dan bentuknya. Umat akan menjadi bertambah miskin, papa kedana tidak mampu membiayai kos kehidupan yang mahal, sebaliknya kroni-kroni pemerintah akan bertambah kaya raya. Jurang kaya-miskin menjadi bertambah lebar sehinggakan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Keamanan dan keselamatan tercabar, masalah sosial meningkat, luputnya kasih sayang di antara manusia dan akhirnya membawa kehancuran. Oleh itu kembalikanlah kepada Islam Sebenar, Islam seperti yang diajar oleh Nabi berpandukan Al-Quran dan SunnahNya.
 
Sekian, terima kasih. Wassalam.


- Sri Bunian - 28.01.2005

 
BENTERAS PENJENAYAH: ABDULLAH JANGAN PENTINGKAN AHLI UMNO SAHAJA
01.28.05 (11:25 pm)   [edit]

Setiap saat kejadian jenayah; bunuh, rogol, ragut, rompak dan sebagainya berlaku dalam negara kita nan tercinta ini. Fenomena ini sudah menjadikan lingkungan kita tidak lagi selamat. Jenayah bukan lagi berlaku di belakang, tetapi ada kalanya di hadapan mata.

Malangnya tidak semua kes itu mendapat liputan dan menjadi perhatian umum. Ada kes berlalu begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa kepedulian daripada mana-mana pihak. Ia dilihat sebagai satu perkara biasa sahaja yang harus ditanggung sendiri oleh mereka yang mengalaminya serta saudara mereka tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa.

Bagaimana pun ada kes-kes yang istimewa mendapat perhatian dan menjadi sorotan begitu meluas di dalam media massa. Ada kalanya berhari-hari malahan berminggu-minggu kes itu diwar-warkan. Ini berlaku apabila kes-kes berkenaan mendapat perhatian menteri dan juga Perdana Menteri.

Selalunya bila sesuatu kes itu ke pengetahuan menteri atau Perdana Menteri, apa lagi PM akan mengomennya ia diperbesar-besarkan dan didedahkan secara umum. Kesan daripada itu, kes itu akan diselesaikan dengan seberapa segera. Pihak polis yang diamanahkan menjaga keselamatan jadi tidak kena hendak tidur, berusaha menyelesaikannya. Pelakunya akan diburu hingga ke lubang cacing.

Sementara itu mangsa atau keluarga mangsa pula akan mendapat manfaat daripada itu, mereka mendapat perhatian dan simpati. Ramailah pula yang akan menghulur bantuan dan luahan simpati. Pendeknya, mangsa dalam kes-kes special seumpama itu mendapat perhatian dan beban mereka akan ringan.

Sebaliknya kes yang terlepas dari perhatian PM atau menteri akan melayani derita mereka sendiri. Keluarga mereka juga akan merintih hiba bersendirian tanpa ada sesiapa yang mengambil hirau nasib mereka.

Kes-kes yang mendapat perhatian istimewa biasanya berlaku kepada ahli parti berkulat, UMNO. Kalau ahli UMNO ditimpa kemalangan atau terlibat dengan jenayah maka ia akan mendapat perhatian khusus.

Ahli UMNO dalam hal ini nampaknya mendapat prioriti daripada kerajaan. Bukan sahaja menteri turun menemui mereka tetapi Perdana Menteri juga akan turut memberi perhatian.

Banyak kes sebegini. Sekurang-kurangnya ada tiga kes contoh. Pertama kes di mana anak kepada Ketua Cawangan UMNO di Johor yang kena rogol di pondok pengawal TNB dua tahun lepas. Kedua kes Puteri UMNO dipagut ular di Pekan, dan ketiga kes ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cheras dibelasah di jalan raya. Kes ini paling baru.

Semua kes itu melibatkan kematian.

Ketiga kes ini mendapat liputan dan perhatian luar biasa. Perdana Menteri Abdullah Badawi al-Hadhari sendiri misalnya membuat komen mengenai kes anak Ketua Cawangan UMNO di rogol ketika masih berada di luar negeri.

Betapa beliau marah dengan pelaku kes itu. Hasil daripada itu kes itu mendapat liputan meluas dan pelakunya ditangkap dan telah pun dijatuhi hukum bunuh. Kes ini adalah di antara kes yang diselesaikan dalam masa yang begitu cepat.

Begitu juga dengan kes melibatkan Puteri UMNO yang kena pagut ular. Puteri itu mati kerana lambat mendapat penawar untuk menawarkan racun ular berkenaan. Akibatnya Timbalan Perdana Menteri anak Razak Hussein mengarah agar semua hospital di Pahang dilengkapi ubat pelali racun ular.

Dalam kes terbaru pula, kematian ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO cawangan Cheras, menyebabkan Abdullah Badawi al-Hadhari turut sama bercakap mengenainya. Apa lagi media massa jadi tidak cukup ruang untuk menyiarkan berita itu.

Kesannya orang ramai berpusu-pusu mendatangi rumah si mangsa dan menziarahi keluarga mangsa dan menghulur derma. (Mungkin derma untuk tsunami juga diberikan kepada mangsa berkenaan? Kalau tak betul, maaf!)

Persoalannya apakah apabila sesuatu kejadian itu berlaku ke atas orang UMNO baru ia dipandang berat? Diambil tindakan segera dan pelakunya diburu sebegitu rupa? Sebaliknya kalau ia bukan berlaku ke atas ahli UNMO ia dibiarkan atau tindakan lambat dijalankan?

Selain kes itu ada banyak kes seumpama itu berlaku di seluruh negara. Tetapi perhatiannya tidak sebegitu serius. Pihak berkuasa juga tidak menjadi panik dan bertindak segera untuk memburu si pelaku.

Misalnya di jalan raya berapa banyak orang menghadapi masalah seperti itu ahli jawatan kuasa Pemuda UMNO itu? Banyak! Kesnya bukan sahaja tidak diberi perhatian, report yang dibuat pun ada kalanya tidak disiasat dan hilang di dalam bakul di balai polis.

Di Kelantan sudah lebih 10 orang penoreh getah di Jeli dan Tanah Merah maut dibaham harimau, tetapi tidak ada perhatian seperti tiga kes klasik itu. Keluarga mangsa dibiarkan begitu sahaja dan usaha untuk menjamin keselamatan petani dan penoreh masih di takuk lama juga.

Seorang isteri di Temangan maut kerana digilis keretapi ketika mencari line telefon bimbit untuk berhubung dengan suaminya juga tidak diberikan perhatian serius. Walhal dia adalah isteri perajurit yang menjaga keselamatan negara. Mungkin disebabkan wanita malang itu bukan parti UMNO maka kesnya berlalu begitu sahaja, seperti berlalunya kereta api berkenaan sesudah melanggarnya.

Hendaknya pada masa depan, pihak kerajaan dan pihak berkuasa jangan bertindak menyelesai atau memburu pelaku kepada mangsa-mangsa melibatkan ahli UMNO sahaja. Semua orang tidak kira parti dan warna kulit harus dilindungi. Orang Pas, Keadilan, Dap dan sebagainya juga berhak mendapat perlindungan dan pembelaan sebab mereka juga adalah rakyat negara ini.

Tugas kerajaan, polis dan sebagainya bukan untuk menjaga keselamatan mangsa dari UMNO semata tetapi seluruh rakyat negara ini. Kerajaan Islam Hadhari yang songsang itu seharusnya berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat dan jangan bersikap memilih mereka yang sebulu ‘balik’ dengannya sahaja.

Kerajaan Malaysia bukan sahaja hak ahli UMNO tetapi ia adalah milik rakyat seluruhnya. Samjiiii! – Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 25.01.2005

 
Kerajaan Kelantan Akan Membeli 8 Buah Mercedes Lagi?
01.28.05 (8:25 am)   [edit]

Assalamualaikum,


Saya mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Kerajaan Kelantan akan membeli 8 buah Mercedes lagi ( tambahan kepada 7 buah yang mereka telah beli dahulu) bagi kegunaan para Exco-exco Kerajaan Negeri.

Khabarnya 8 buah kereta Mercedes ini telahpun diluluskan pembeliannya oleh mesyuarat Exco pada minggu lepas dan hanya menunggu pengesahan minit mesyuarat sahaja pada minggu ini sebelum Kerajaan Negeri membeli kereta-kereta tersebut.

Sekiranya maklumat yang saya dapat ini benar, maka tindakan Kerajaan Negeri Kelantan ini adalah amat dikesali.

Saya ingin mencadangkan supaya mulai dari hari ini segala keputusan berkenaan dengan kemudahan serta "benefits" para pemegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri mestilah mendapat kelulusan dari AJK PAS Pusat terlebih dahulu. Seharusnya keputusan berkenaan "benefits and salary" para Exco tidak harus dibuat oleh para Exco sendiri. Ianya sepatutnya dibuat oleh pihak ketiga bagi menjamin keadilan dan tiada salah guna kuasa.

Saya juga mencadangkan kepada semua PAS Cawangan, Kawasan dan Negeri seluruh negara supaya jangan lagi menjemput Timbalan Menteri Besar Kelantan serta para Exco yang telah menerima kereta-kereta Mercedes tersebut ke program-program parti sehingga mereka memulangkan semula kereta tersebut dan menjadikan kereta-kereta tersebut sebagai "pool" ataupun kegunaan ramai. Mereka-mereka ini telah mengkhianati perjuangan Islam dan seharusnya dihukum dengan hukuman yang berat.

Saya juga ada mendapat maklumat bahawa antara yang kuat melobi untuk pembelian kereta-kereta ini adalah Exco yang terlibat menjaga Hal-ehwal Agama di Kelantan. Seharusnya sebagai seorang ustaz, beliau harus menunjukkan contoh teladan yang baik. Malangnya ini tidak berlaku.

Saya juga menyesali jawapan yang diberikan oleh Ustaz Nik Amar semasa Munaqasyah Ucapan Dasar PAS Pusat baru-baru ini di atas isu Pembelian kereta Mercedes. Jawapan beliau tidak mencerminkan seorang yang amanah dan jujur di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pejuang Islam.

Alasan kononnya mereka tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan juga tidak harus digunakan oleh para Exco PAS kerana peraturan Kementerian Kewangan di dalam isu penggunaan kereta pemberian kerajaan atas urusan peribadi para Exco adalah peraturan yang dibuat oleh UMNO. Seharusnya PAS mesti menunjukkan contoh teladan yang lebih baik daripada UMNO untuk meyakinkan rakyat supaya merubah sokongan mereka kepada PAS.

Sikap para Exco PAS ini kelak akan menyebabkan kejatuhan kerajaan PAS. Kelantan sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia seharusnya mempunyai para Exco dan pemegang jawatan yang melambangkan keprihatinan mereka terhadap kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Pembelian kereta Mercedes ini hanya melambangkan keangkuhan para Exco sahaja.

Saya berharap kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam urusan pembelian kereta Mercedes ini supaya bertaubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Pada masa ini pun, penyokong-penyokong PAS sudah pun mula meluahkan kekecewaan mereka terhadap keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan tempoh hari.

Para Exco Kelantan ini harus beringat bahawa terdapat ribuan aktivis PAS yang hidup dalam keadaan ekonomi tertekan semata-mata untuk melihat kelangsungan serta kejayaan perjuangan. Jangan sampai mereka-mereka ini mendoakan sesuatu yang tidak baik ke atas para Exco Kelantan yang rakus dan angkuh ini.

Ahli PAS  - 27.01.2005

 
Blackout dan Kontrak-kontrak
01.28.05 (8:23 am)   [edit]


Dalam tulisan awal penulis, penulis tidak mengulas kritikalnya perkhidmatan telefon. Ini kerana pada pendapat penulis telefon tidaklah sekritikal elektrik dan air.


Kali ini penulis ingin bertanya pula tentang kontrak. Kalau ada para peguam yang mahu komen juga silakan. Pertama soalannya apa itu kontrak? Kedua boleh atau tidak kontrak di ubahsuai? Kontrak adalah perjanjian antara dua pihak yang berurusan dalam apa-apa kepentingan. Kontrak sepatutnya adil kepada kedua-dua pihak. Apabila tiada keadilan maka kontrak boleh diubahsuai, atau pun kontrak review.

TNB umpamanya membeli Unit sebanyak 40,622.5 GWj (Gigawatt jam), menjana sendiri 42,102.1 GWj dan jumlah Unit dijual 71,737.9 GWj. Ini bermakna TNB membeli 49 % unit untuk dijual, manakala peratus dibeli nisbah dijual ialah 57 %. Tuan-tuan bayangkan kalau bahan mentah yang kita boleh buat sendiri kita kena beli sebanyak 50%. Sedangkan bahan tersebut kita boleh buat sendiri.

Di Malaysia, kalau sebut kontrak, Samy Vellu kata itu kontrak yang dah dimetrai dengan PLUS Kerajaan tak boleh buat apa-apa... Gitu jugak TNB itu kontrak yang dah di sign dengan IPP, TNB dan Kerajaan tak boleh buat apa-apa walaupun IPP dan PLUS untung berlipat kali ganda. Yang hairannya kontrak Royaliti Terengganu zaman kerajaan Pas dulu boleh pulak buat apa-apa... boleh tukar jadi Wang Ehsan...

Adalah penulis terdengar sekali dulu, zaman seorang CEO TNB yang dah bersara dia boleh merungut pasal IPP..macam ni sapa pun boleh buat bisnes... tak guna saya jadi CEO kalau saya tak boleh buat keputusan.. Maka pendeklah umur perkhidmatan CEO tersebut dalam TNB..

Jadi begitulah kisah kecil saja pasal Kontrak di Malaysia yang mana peguam-peguam dah turun naik mahkamah...

Jadi kontrak ni boleh diubah atau review atau tidak? Jawabnya tengok siapa yang untung siapa yang rugi... baru boleh jawab boleh atau tidak..

MNI - 27.01.2005

 
PAK LAH NAMPAK MACAM NAIK ANGIN
01.26.05 (10:26 pm)   [edit]

Sewaktu berucap di hadapan pegawai-pegawai kerajaan, Pak Lah telah mengeluarkan kata-kata pedas. Di antara ungkapan-ungkapannya yang dapat saya ingati adalah:-

1. Kalau pandai pun tak guna, jika hati busuk. Mesti jujur dan ikhlas di dalam (sambil meletakkan tapak tangannya ke sebelah kiri dadanya).

2. Kalau dah pandai, bagilah idea.

3. Panggil meeting tak datang. Kat luar cakap macam-macam.

Kepada siapa agaknya kata-kata pedas itu ditujukan.

Sebelum itu perkara-perkara berikut berlaku:

1. Dr Mahathir mencadangkan supaya tambatan RM : USD disemak semula kerana katanya negara telah rugi banyak akibat peg yang tidak disemaksemula. (Lain pula bunyi orang tua ni. Dulu dia yang beria-ia nakkan peg itu dipertahankan. Pak Lah dah kata dah Kerajaan tidak akan tergesa-gesa menyemaksemula tambatan RM : USD itu).

2. Najib setelah mesyuarat dengan Ghani Othman, meminta sesiapa saja di dalam UMNO Johor memberikan pendapat mengenai hubungan dengan Singapura, di antaranya mengenai projek jambatan bengkok untuk menggantikan tambak Johor.

Berikutnya, Shahrir Samad mencadangkan supaya projek itu dibatalkan saja jika menjadi masalah kepada perhubungan dua hala itu. Lagi pun katanya, projek itu bukannya keutamaan mendesak.

Bagi menjawab Shahrir, Ghani Othman berkata projek itu jangan digunakan sebagai "point for negotiation" dengan Singapura kerana mahu tak mahu ia mesti dilaksanakan. Katanya lagi, jalan sambungan ke jambatan itu sedang dibina dan akan menjadi satu kerugian jika projek itu dibatalkan.

Samy Velu pula berhujah pembatalan projek itu sebagaimana cadangan Shahrir, tidak boleh dibuat dengan mudah kerana ia akan melibatkan bayaran pampasan. Beliau meminta supaya pendapat PM dan TPM hendaklah diperolehi dulu sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai projek itu.

Saya ingat perkara kedua inilah yang membuat Pak Lah panas baran dengan perkara pertama sebagai pemula. Mr Cool dah tak jadi Mr Cool lagi dah.

Seperingatan saya, sebelum ini pun Pak Lah ada berkata projek jambatan bengkok itu tidak perlu dilaksanakan jika jambatan lurus dapat dipersetujui dengan Singapura. Jadi kalau Shahrir kata batalkan, tak pe lah. Dia tak kata tak payah buat jambatan lurus. Kerana itu, tak mungkin Shahrir yang dimaksudkan oleh Pak Lah. Lagi pun mereka dah diketahui kawan lama.

Kalau Samy Velu risau fasal kontrak dah diberi, tukarkan saja kepada kontrak jambatan lurus. Jadilah penyelesai masalah bukan pendatang masalah pada Pak Lah dengan cadangan supaya pendapat kedua PM dan TPM diperolehi dulu. Pendapat PM saja tak cukup ke???

Jika Ghani Othman risau fasal jalan penyambung yang sedang dibina, sambungkan saja jalan itu ke jambatan yang lurus. Boleh buat jalan penyambung yang bengkok jika itu perlu untuk menyambungkannya dengan jambatan yang lurus. Tak payahlah sampai seolah-olah nak bagi katadua pada PM. Dulu pun dengar cerita Pak Lah nak lantik orang lain jadi MB. Macam mana pulak boleh berani cakap macam itu secara terbuka. Ini tentu ada orang yang jadi tukang cucuk. Mungkinkah orang yang baru meeting dengan Ghani Othman tu?

Selalu saya jijik dan sedih dengan telatah pemimpin-pemimpin kita bila timbul bab projek berbillion ringgit. Mereka begitu sensitif dan bersemangat bila bercakap mengenainya sehingga memperkatakan rahsia negara secara terbuka yang boleh pula mengurangkan kuasa timbangtara kita dengan Singapura. Mengapa begitu? Adakah mereka-mereka ini mempunyai saham dalam projek tersebut? Dan yang tak punyai saham, nak batal projek supaya boleh diuruskan saham diberi kepada orang "lain" pula???

Saya kata begitu kerana kalau tak silap saya, projek jambatan bengkok itu telah pun diumumkan Dr M kerana Singapura susah sangat nak bersetuju dengan pergantian tambak Johor dengan jambatan baru. Jelas Goh Chok Tong tambak Johor mempunyai nilai aesthetic dan sejarah kepadanya. Ini kononnya memaksa kita membuat jambatan bengkok. Betul ke? Perlu ke?

Dalam surat khabar tak lama dulu ada dilapurkan projek itu telah pun diberikan kepada sebuah syarikat kepunyaan seorang hartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara. Dengan demikian mungkinkah ini satu "war by proxy" - satu kisah orang ini suruh orang itu bagi tahu orang yang lagi satu itu supaya cakap secara terbuka projek tersebut mesti dilaksanakan mau tak mau.Mungkinkah ini yang membuat Pak Lah melenting!!??

Saya menyokong Shahrir Samad supaya projek itu dibatalkan saja kalau Singapura tidak bersetuju dengan jambatan lurus. Pampasan kepada syarikat yang telah diberikan projek itu boleh digantikan dengan projek lain. Jalan penyambung boleh digunakan untuk tujuan projek-projek pembangunan lain. Berbillion wang ringgit negara boleh diselamatkan. Kalau cadangan pembinaan jambatan bengkok itu melibatkan kronisma dan korupsi, pembatalan projek itu sekali gus akan menghindar ia daripada berlaku dan menyelamatkan berjuta ringgit dalam kos pembinaan. Tak de faedah membuat jambatan bengkok. Buat sakit mata saja melihatnya dan kita akan diketawakan orang. Mungkin ada pula nanti pihak yang mencadangkan supaya jambatan bengkok itu dijadikan mercutanda tambahan kronisma dan korupsi di negara ini???

Mengenai penyemakan semula tambatan RM : USD, saya cadangkan supaya Pak Lah tak payah ambil pusing dengan saranan Dr M. Kalau disemak semula sekarang, kemungkinan besar pelabur-pelabur saham asing (dan juga dari dalam tetapi menyamar sebagai pelabur asing) yang telah pun membeli pada kadar USD1.00 = RM3.80 akan menjualkan saham-saham yang telah dibeli sekarang dan dulu dengan serta merta. Apa akan jadi pada PSKL jika itu berlaku??? Mungkinkah akan terjadi krisis kewangan yang kedua sebagaimana yang diramalkan oleh setengah-tengah pihak? Eloklah Kerajaan berhati-hati dalam soal ini dan kaji segala implikasi buruk dan baik sebarang penyemakan semula tambatan itu sebelum menyemak.

Nampaknya sudah menjadi kebiasaan ramai pemimpin di negara ini yang mendahulukan kepentingan diri di atas kepentingan negara. Inilah "the moral of the story".........


kabusputih


sumber:http://disc.server.com/discussion.cgi" title="http://disc.server.com/discussion.cgi" target="_blank"http://disc.server.com/discus...

 
KOMEN BEKAS PM TENTANG RASUAH MELOYAKAN!
01.26.05 (12:25 pm)   [edit]

Pandangan dan komen bekas Perdana Menteri mengenai gejala rasuah yang boleh merosakkan masa depan negara seperti mana dilapor akhbar hari ini sungguh meloyakan.

Sesiapa yang mengenali hati budi manusia bekas PM itu tentu akan merasa mual, meluat dan menyebabkan darah boleh mendidih sehingga ke paras membahayakan kesihatan. Komen-komen dan juga pendapatnya selepas bersara ini senilai dengan tahi sahaja.

Seperti mana yang dilaporkan ketika berucap di majlis Diskusi Tun Razak dari Persepktif bekas PM itu, anjuran Persatuan Alumni Yayasan Tun Razak, bekas PM itu berpendapat pembangunan negara kini akan rosak binasa disebabkan amalan rasuah.

Aduh… sedap dan indah bunyinya pandangan dan nasihat berkenaan, seolah-olah manusia bekas PM itu termasuk mereka yang digolongkan dalam kategori maksum.

Ketika mengeluarkan pandangan itu apakah beliau sudah lupa apa yang sedang berlegar di sekeliling dirinya. Kita ingin tahu dan ingin tanya bekas PM itu siapakah yang menggalakkan rasuah di negara ini? Jawabnya (cepat) tidak orang lain dan bukan sesiapa lagi melainkan beliau sendiri.

Beliaulah bapa penggalak rasuah di negara kita ini. Jadi apa yang beliau cakap itu tidak berlandaskan akal yang sihat. Mungkin istilah nyanyuk atau mamai sangat sesuai diberikan kepadanya. Sebenarnya orang itu sudah nyanyuk dan tidak tahu lagi makna dan natijah yang diucapkan. Jika dilihat kepada aktiviti lain mengenai dirinya beliau masa kini sedang bertempelan dengan najisnya sendiri.

Dunia seluruhnya sudah tahu amalan rasuah di negara ini berkembang dan gemuk di zamannya menjadi PM. Hakikat ini tidak dapat dinafikan. Ianya diikhtirafkan sendiri oleh badan dunia mengenainya.

Kejadian rasuah itu pula terang-terangan dan berlaku di hadapan mata beliau sendiri. Mustahil beliau tidak nampak. Kenapa beliau tidak cuba mencegahnya?

Kalau kita mempersoalkan ini orang akan kata kita hendak mencaci beliau mahu memburukkannya dan tidak mengenang jasa-jasanya. Jasa apa kalau negara dan umat (rakyat) rosak kerananya?

Tetapi ini jelas dan ada bukti. Sudah banyak kes rasuah yang melibatkan kroninya dibiarkan begitu sahaja. Para perasuah yang terdiri daripada kroni dan kaum kerabatnya termasuklah juga yang menjilat buntutnya terus hidup subur dan sihat tanpa sebarang gangguan apa-apa.

Para perasuah terus menjadikan profesyen rasuah itu untuk menjaga anak bini masing-masing tanpa sedikit pun merasa malu dan segan.

Banyak contoh untuk dituliskan di sini. Tetapi cukup kalau disebutkan kes-kes klasik yang mendapat perhatian dan desakan umum.

Antaranya ialah kes yang melibatkan perempuan bermuka bulat mulut laser, Rafidah Aziz, melibatkan lelaki yang berjanggut sunan, Annuar Musa dan lelaki yang berkepala botak dan selalu pakai bow, Nazri Aziz. Inilah adalah jaguh-jaguh atau hero dan heroian rasuah terbilang di Malaysia pada masa ini.

Bukti dan kes menunjukkan mereka ini perasuah sangat jelas. (Sila rujuk laporan di laman ini sebelum ini). Bukan sahaja BPR tetapi rakyat marhaen di bawah juga sudah tahu. Tetapi tidak ada apa-apa tindakan dan pendakwaan dikenakan ke atas mereka. Mengapa? Jawapannya senang mereka adalah kroni, menteri dan bekas menteri kabinet bekas PM itu.

Selagi tiga manusia durjana dan pengkhianat negara ini tidak diambil tindakan, bekas PM itu tidak usah banyak cakap dan ulaskan mengenai rasuah. Lebih baik diam sahaja dan banyakkan berdoa untuk kembali kepada Allah. Cakap banyak pun tidak guna kalau tindakan tidak diambil.

Timbul persoalan kenapa beliau takut hendak mengambil tindakan kepada tiga manusia itu dan yang lain. Apakah beliau juga sebenarnya pelopor rasuah di negara ini?

Jika kita membuat perhitungan mudah secara logikal kalau menteri kabinet banyak yang bergelumang dengan rasuah apakah bekas PM tidak terkena najis dan noda itu walaupun sedikit? Hanya bekas PM dan menteri kabinetnya sahaja yang tahu! Tetapi pepatah Melayu ada mengatakan kalau kepala sudah masuk ekor akan menyusul kemudian. – Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 25.01.2005

 
Mahathir utus ulama Umno jumpa Qardhawi
01.26.05 (12:23 pm)   [edit]

Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH- 22 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengarahkan tiga orang ulama Umno menemui ulama tersohor dunia, Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi bagi menghalalkan tindakannya menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatannya pada 2 September 1998.



Demikian, diberitahu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya kepada rakyat Permatang Pauh, ketika menghadiri Program Qurban dan Majlis Ramah Mesra sempena Eidul Adha di sini. Menurut beliau, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya oleh Dr. Yusof dalam pertemuan mereka 3 minggu lalu.

Dr Yusuf, antara sebahagian ulama dunia yang pernah mengeluarkan fatwa pendirian syariat yang menolak hukuman bersalah ke atas Anwar. Selain beliau, Dr. Shaikh Taha Jabir Al-Alwani, Pengerusi Majlis Fiqh Amerika Utara dan Kanada turut menyatakan pendirian yang sama.

Tanpa menyebut nama ketiga-tiga ulama Umno terbabit, Anwar menjelaskan pertemuan antara Dr Yusuf dan ulama Umno itu berlangsung ketika beliau masih terpenjara. Namun, misi mereka untuk mempengaruhi Dr Yusof gagal, apabila mereka membisu seribu bahasa dan termalu setelah diperdengarkan ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan fitnah dan Qazaf.

“Dr Yusof sendiri membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka,” jelas Anwar.

Menurut Anwar, Dr Yusuf turut melahirkan kekesalan dan malu dengan sikap orang-orang agama dalam Umno yang sanggup datang bertemunya semata-mata untuk memenuhi nafsu pemimpin mereka. Malah, berasa runsing dan kecewa kerana ulama sebegini tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam Umno.

“Ulama-ulama sebeginilah yang akan merosakkan kebenaran dan kesucian Islam. Umat Islam akan rosak,” ujarnya.

Anwar turut menjelaskan perjuangannya sewaktu dalam Umno. Menurutnya, ketika dalam Umno beliau yakin akan mampu membuat perubahan, dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan mengubah sistem korupsi negara.

“Saya telah berjaya meminda rang undang-undang anti rasuah di Parlimen dalam tahun 1997. Tetapi para pemimpin perasuah dalam Umno telah “menikam” saya,” jelasnya.

Katanya, jika masih ada orang-orang Umno yang mengatakan mereka hendak membuat perubahan dari dalam, lupakanlah, saya telah cuba.

Sebab itu, katanya saya memilih jalan benar, walaupun sukar tetapi saya yakin akan bawa perubahan.

Anwar, selanjutnya menegaskan betapa pentingnya kerjasama pakatan BA, khususnya di antara PKR, PAS dan DAP bagi mengubah kerajaan yang sedia ada.

Sempena Eidul Adha, sehari suntuk Anwar dan Azizah telah menghadiri 12 program Ramah Mesra dan pengagihan daging Qurban bersama masyarakat Permatang Pauh di surau, masjid dan markas BA di KADUN Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya. Pada malam sebelumnya, mereka telah menghadiri Perhimpunan Rakyat di Galeri Pejuang Cherok Tokkun.

Mulai esok, Anwar akan berangkat ke luar negara untuk memulakan tugasnya sebagai pensyarah jemputan di universiti-universiti terkemuka dunia, antaranya di Oxford, Howard, Georgetown dan beberapa buah universiti lain. Anwar juga ditawarkan sebagai penasihat Raja Qatar.

 
KONFLIK PATANI: THAI POHON BANTUAN PAS
01.26.05 (12:22 pm)   [edit]

Akhbar THE STAR dalam ruangan dunia hari ini melaporkan bahawa calon parti THAI RAK THAI yang sedang bertanding dalam pilihan raya umum Negeri Thai berjanji kiranya menang akan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan bantuan PAS Kelantan untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thai.


Kata Wairoj Pipitpakdee yang puterinya kini adalah isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan:


PAS has a majority in Kelantan. They know who the insurgents are and what they are doing but they do not think about helping Thailand since nobody has asked them to.


Parti THAI RAK THAI dijangka menang besar dalam pilihan raya umum 6 Februari ini.


PAS Kelantan seharusnya bersedia memainkan peranan orang tengah dalam isu ini. Inilah masa dan ketikanya untuk membuktikan bahawa Islam tidak pernah menganjurkan keganasan. Konflik ini boleh diselesaikan secara rundingan dan tolak-ansur tanpa pertumpahan darah.

Adalah diharapkan agar Tok Guru MB Kelantan dapat membuat kenyataan mengulas perkembangan ini secepat mungkin. Mudah-mudahan kedamaian akan dapat dinikmati oleh saudara-saudara kita di Selatan Thai. Mudah-mudahan semua pihak jujur untuk mencari perdamaian.

PAS perlu segera bertindak dan mengambil langkah proaktif dalam hal ini. Inilah peluang terbuka untuk membabitkan diri dalam menyelesaikan konflik antarabangsa melalui formula Islam.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 25.01.2005

 
PERMINTAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO, DR. LIM KENG YAIK DAN MAT SKODENG SAMA SAHAJA
01.25.05 (1:09 pm)   [edit]

Berita-berita yang selalu disiarkan melalui akhbar Utama mereka ini selalunya hanya ingin menonjolkan atau untuk membina imej pemimpin tertentu sahaja. Hakikatnya apa yang disarankan mereka sebenarnya hanyalah kosong dan lebih kepada kempen slogan sahaja.


Sepatutnya dalam kedudukan berkuasa memerintah, apatah lagi PM sebagai Pengerusi OIC suatu tindakan mengecam melalui saluran diplomatik telah dikeluarkan beberapa jam selepas BUSH mengatakan IRAN sebagai sasaran keutamaan satunya masa kini. Tetapi sampai kini tiada satu pun huruf atau perkataan atau ayat yang telah dikeluarkan. Selepas berita ini disiarkan melalui laman Harakahdaily selang 4 hari barulah dikeluarkan kenyataan. Diperlihatkan di antara 2 kenyataan yang telah dipetik untuk perkara yang sama renungan semua pihak:


Bush musuhi Islam - Salahuddin
Thursday, January 20 @ 12:55:00 MYT - Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, untuk menyerang Iran menggambarkan sikap permusuhan dan anti Islamnya kepada umat Islam.


Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, kesediaan beliau untuk menyerang Iran itu menampakkan beliau sengaja mempamerkan satu semangat anti Islam dan menampilkan sikap permusuhan terhadap negara umat Islam.

"Tidakkah beliau berasa bersalah semasa menyerang Iraq dahulu di mana laporan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyatakan Iraq tidak memiliki senjata nuklear namun beliau tetap menyerang Iraq sampai ke hari ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Laporan dari berita AFP semalam memetik Bush tidak menolak kemungkinan akan melancar serangan ke atas Iran jika Washington gagal memujuk Teheran untuk menghentikan usaha membangunkan senjata nuklear.

Salahuddin berkata, huru-hara yang dilakukan oleh Bush di Iraq masih gagal diselesaikan dan sekarang beliau berhasrat pula untuk menyerang Iran.

"Jadi apa kewarasan beliau sehingga sanggup untuk menyerang Iran pula?" soalnya.

Sehubungan itu beliau berharap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Persidangan Negara Islam (OIC) mengambil serius dan perlu bertindak untuk menghalang hasrat Bush itu.

"Sepatutnya OIC adakan satu persidangan tergempar bagi membincangkan perkara itu," katanya.


Inilah permintaan yang dikeluarkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO seperti mana perenggan yang terakhir yang dihitamkan dan bandingkan dengan permintaan mat skodeng seperti mana petikan terakhir di akhir tulisan ini:



Negara Islam diminta bersatu tentang cadangan Amerika serang Iran
PULAU PINANG 23 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO meminta negara-negara Islam di seluruh dunia bersatu menentang cadangan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iran kerana alasan negara itu mempunyai program nuklear yang boleh mengancam dunia.


Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) terutamanya, perlu tegas untuk memberhentikan sikap AS yang sewenang-wenangnya menyerang sesebuah negara atas alasan yang sama.

``Iraq telah menjadi mangsa Amerika dan sehingga hari ini mereka (AS) gagal membuktikan dakwaan kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran yang berbahaya dan perkara yang sama juga akan berlaku kepada Iran,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Presiden AS, George W. Bush baru-baru ini yang tidak menolak kemungkinan menyerang Iran pada sidang akhbar selepas majlis Korban Perdana Pemuda UMNO di Teluk Kumbar dekat sini, hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai hasrat Bush yang membayangkan kemungkinan AS akan menyerang Iran sebagai sasaran kedua selepas Iraq di dalam ucapan sulungnya sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden AS bagi penggal kedua.

Hasrat Bush itu turut dikongsi oleh Naib Presidennya, Dick Cheney beberapa jam sebelum beliau mengangkat sumpah.

Malah pandangan itu turut dikongsi oleh Senator Demokrat, Joseph Biden yang mengatakan tiada apa yang boleh memujuk Iran agar tidak membangunkan senjata nuklear.

Hishammuddin turut menyifatkan Bush itu sebagai melampau dan kurang ajar serta melanggar hak asasi manusia walaupun dakwaan mereka mengatakan Iran menggunakan bahan nuklear untuk membangunkan senjata pemusnah besar-besaran.

"Bush sebenarnya sudah melampau dan hasratnya untuk menyerang Iran membuktikan kerakusan sifatnya sebagai penjajah tanpa mengambil kira pendapat dan kedaulatan negara lain,'' katanya.

Katanya, Pemuda UMNO melakukan apa sahaja yang termampu untuk dilakukan sambil merujuk kepada perhimpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil dan mengumpul tanda tangan bagi membantah tindakan AS terhadap Iraq sebelum ini.


Apa yang dapat dilakukan oleh Pemuda UMNO hanya berkumpul beramai-ramai di Stadium Bukit Jalil, kumpul tandatangan, sediakan air kotak, nasi bungkus, Bas-bas percuma, slogan dan laungan, banting dan sepanduk. Semuanya disediakan dengan menggunakan wang rakyat atas nama perhimpunan keamanan, atas nama menentang rancangan serangan Amerika atau atas apa jua nama sekali pun tetapi wang rakyat Malaysia yang jadi korbannya. Kalaulah diberikan kebenaran kepada Barisan Alternatif menggunakan Stadium tersebut untuk tujuan yang sama, ianya insyaAllah akan memenuhi stadium tanpa menggunakan sedikit pun duit rakyat. Alasan yang sama juga digunakan oleh Dr. Lim Keng Yaik dalam mengulas mengenai cadangan kenaikan tariff elektrik. Banding bandingkan alasan mereka dengan alasan dan permintaan Mat Skodeng….. sama sahaja.



TNB tidak wajar minta kenaikan tarif elektrik
Oleh MERAN ABU BAKAR
BANGI 23 Jan. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak wajar meminta sebarang kenaikan tarif elektrik pada waktu ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik.


Katanya, selepas insiden terputus bekalan elektrik pada 13 Januari lalu yang membabitkan empat negeri sudah tentu tindakan menaikkan tarif oleh TNB sesuatu yang kurang sesuai.

"Mereka (TNB) belum membuat permohonan untuk kenaikan tarif pada masa ini tetapi saya ingin menasihatkan jika mereka ingin memohonnya sekarang, ia adalah sesuatu yang tidak wajar,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.


Keng Yaik berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan akan menimbangkan permohonan menaikkan kadar tarif elektrik sekiranya TNB membuat permohonan itu selepas insiden 13 Januari lalu.

Pada 26 Oktober lepas, Presiden dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohd. Noh berkata, syarikat utiliti negara itu akan menghantar permohonan kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik.

Keng Yaik menambah, lagi pun sekarang keadaan masih tegang dan sudah tentu semua pihak akan menentang keputusan tersebut.


Alasan penentangan keputusan oleh Dr. Lim Keng Yaik sungguh melucukan, ianya membawa maksud kalau tak ada kejadian terputus bekalan tempoh hari bolehlah dinaikkan kadar tersebut. Bukan begitu? Hai apalah malangnya rakyat Malaysia mempunyai Menteri yang sebegini rupa!


Sebelum kita melihat permintaan Mat Skodeng, diperlihatkan apakah yang dapat diperhatikan dari luahan kata Ketua Pemuda UMNO ini dari segi keilmuan dan kefahaman Islam dirinya untuk dibuat penilaian oleh mereka-mereka yang mengaji dan menerima Islam seluruhnya dan sentiasa tunduk ke atas semua perintah dan larangannya:


Ada pihak cuba racuni fikiran mangsa tsunami
SUNGAI PETANI 23 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar pihak-pihak tertentu yang cuba meracuni pemikiran mangsa bencana tsunami di negara ini dengan menidakkan keikhlasan kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada mereka.


Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak terlibat sengaja membuat tanggapan buruk terhadap bantuan yang dihulurkan agar mangsa tragedi itu tidak menghargai dan berterima kasih.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat pegawai dan kakitangan di bawah kementeriannya yang menafikan keikhlasan kerajaan.

Dalam pada itu, katanya, terdapat pihak yang mendakwa bantuan sebelum ini bukan datang dari kerajaan, sebaliknya datang dari Tuhan.

"Bantuan tidak datang begitu sahaja, Allah suruh kita berusaha dan bekerja bagi mendapatkan sesuatu. Kalau bukan dari usaha kita, ingat Tuhan bagi begitu sahaja," katanya.


Inilah permintaan Mat Skodeng untuk di bandingkan dengan permintaan pemimpin, nampaknya sama sahaja:



Edisi Tengah: Mat Skodeng minat mengintai daripada beri maklumat


ALOR GAJAH: Pergerakan Belia 4B negeri berkemungkinan menghadapi masalah menarik ‘Mat Skodeng’ menyertai skuad khas yang akan ditubuhkan bagi menyalur maklumat kepada pihak berkuasa berikutan mereka lebih berminat menghendap daripada memberi maklumat.

Beberapa Mat Skodeng yang ditemui di kawasan Pantai Tanjung Bidara, dekat sini, menyatakan sekiranya mereka diberi tugas itu, `hobi’ mereka pasti terganggu kerana selepas ini tiada pasangan berani datang ke kawasan yang dihendap.

Seorang Mat Skodeng yang enggan dikenali, berkata dia melakukan aktiviti menghendap untuk mencari ‘kepuasan’ dan sekiranya diberi tugas memberi maklumat, tiada lagi ‘aksi panas’ dapat dilihat sebab kebanyakan pasangan akan menjadi takut.


Semoga bertemu di lain waktu, InsyaAllah.


..….. Pak Ngah - 24.01.2005

 
PEMBATALAN LAWATAN ANGGOTA PAC SELANGOR KE MESIR: WAKIL UMNO LARI DARI ISU
01.25.05 (1:08 pm)   [edit]

Akhirnya lawatan 7 hari 5 malam anggota Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Negeri Selangor ataupun PAC ke Mesir yang menelan belanja hampir RM8,000 seorang itu dibatalkan.


Lawatan tersebut menurut Ahmad Bhari Abdul Rahman ADUN Umno Taman Templer terpaksa dibatalkan kononnya atas alasan wakil DAP Sekinchan Ng Suee Lim telah menarik diri di saat akhir.

Isu mengapa Ng menarik diri tidak didedahkan oleh Ahmad, sebaliknya Ahmad lebih ghairah menegaskan bahawa Ng akan diminta membayar kos pembatalan tersebut kerana ia berpunca daripada tindakan beliau sendiri. Menurut THE STAR Ahmad dilaporkan berkata:


Please send the bill to our friend from the DAP.


Orang macam Ahmad ini memang tidak layak menganggotai PAC yang sepatutnya berfungsi memeriksa dan menyemak kewangan dan perbelanjaan kerajaan negeri. Beliau dan anggota ADUN MCA dari Subang Jaya Lee Hwa Beng cuba bermain silap mata apabila lari dari isu sebenar yang mengakibatkan Ng menarik diri.


Ng menarik diri kerana lawatan tersebut lebih tertumpu kepada aturcara melancong dan tidak membabitkan aktiviti yang berkait dengan tugas-tugas PAC kecuali lawatan selama 2 jam ke Parlimen Mesir!

Aturcara pelancongan yang padat itu termasuklah lawatan ke pusat-pusat pelancongan terkemuka Mesir termasuk NILE CRUISE iaitu pelayaran mewah menyusuri Sungai Nil yang termasuk menyaksikan tarian gelek!


Hotel yang dipilih semuanya bertaraf 5 bintang dan eksklusif. Antaranya Sheraton el Gazirah. Di hotel ini rupanya terdapat kasino ataupun pusat perjudian eksklusif (patutlah Ahmad dan rakan-rakan pilih hotel ini!).

Lantaran pembaziran dan aktiviti yang tidak bermanfaat dan tidak senonoh itulah maka Ng menarik diri, kenapa Ahmad dan Lee mahu lari dari isu sebenar jika tidak kerana mereka sudah berasa panas dan bersalah?

Rata-rata lawatan ini memang bulat-bulat membazir dan tidak masuk akal. Tiba-tiba Ahmad menegaskan bahawa akibat pembatalan ini maka aturcara berjumpa dengan para pelajar Selangor yang menuntut di Al Azhar terpaksa juga dibatalkan. Kata Ahmad lagi:


The students are bound to be angry


Pelajar marah atau Ahmad yang sebenarnya tak puas hati kerana akan terlepas peluang menyaksikan tarian gelek separuh bogel gadis Mesir semasa menyusuri Lembah Nil serta menziarah kasino di hotel Sheraton itu!


Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 24.01.2005

 
Bicara Dua Malaikat
01.25.05 (1:07 pm)   [edit]

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit.

Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi: "Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"

Berkata malaikat yang seorang lagi: "Enam ratus ribu orang."

Bertanya malaikat yang bertanya: "Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab: "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq. Dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu: "Apa nama saudara."

Berkata lelaki itu "Nama saya Muwaffaq."

Abdullah bertanya: "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

Jawab Muwaffaq: "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadakaku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini. "Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam),lalu aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteri ku itu kepadanya."

Jiran ku itu berkata: "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaan ku maka aku terpaksa memberitahu mu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada pada ku lalu aku berikan kapada wanita itu dan aku katakan kepadanya: "Belanjakan wang ini untuk anak- anak mu. Dan aku berkata pada diriku: Haji ku di muka pintu rumah ku (Rumah jiran ku) maka ke manakah aku akan pergi."

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah pada ku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW: "Tanyalah pada jiran tetangga mu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

Taraknama69@yahoo.com
www.taraknama.cjb.net
www.e-online.cjb.net  - 20.01.2005

 
MARUAH ISLAM TERUS DICABULI
01.24.05 (11:18 pm)   [edit]

Dalam berehat-rehat menikmati cuti Eidul Adha ini terdapat beberapa paparan gambar dan klip video yang telah menyentap jiwa dan perasaan saya. Memang Islam mengajar umatnya agar menentang segala bentuk keganasan. Umat Islam tidak pernah dituntut menjadi pengganas walaupun dalam persada politik dunia hari ini tindak-tanduk sebilangan kecil individu dan kumpulan telah mengakibatkan Islam itu sendiri dilabel sebagai agama pengganas apalagi para penganutnya.


Gambar dan paparan video yang saya maksudkan berasal dari bumi Iraq yang kini dijajah oleh tentera penceroboh Ameika Syarikat. Ia bukannya menunjukkan keganasan umat Islam tetapi sebaliknya memaparkan tindakan ganas yang dikenakan terhadap umat Islam semata-mata kerana cap pengganas tadi.

Peristiwa kejam yang pertama ini berlaku di sebuah sekatan jalan di Tal Afar di Iraq pada hari Selasa lalu menjelang Eidul Adha. Menurut laporannya seramai 5 orang kanak-kanak beserta ibu-bapa mereka melalui sekatan ini di dalam sebuah kenderaan. Malangnya si bapa gagal berhenti disekatan yang dikendalikan oleh tentera AS.

Tentera yang kurang ajar tersebut telah melepaskan tembakan dan berjaya membunuh kedua-dua ibu-bapa yang duduk di kerusi hadapan manakala sebahagian kanak-kanak yang tidak berdosa telah tercedera.
 







Wajah kanak-kanak yang tidak berdosa ketakutan apabila kedua-dua ibubapa sendiri ditembak mati depan mata

Apa lagi tafsiran yang boleh kita buat terhadap kejadian trajis ini jika tidak melaknat tindakan kejam dan biadap tentera AS yang menurut laporan kejadian seumpama ini berlaku hampir setiap minggu di Iraq. Saya memuatkan komen seorang pembaca dari AS apabila melihat gambar-gambar ngeri ini:



I don't blame our soldiers either. Yeah! They were just following orders right? Maybe you'd think differently if this were your family. These soldiers made a mistake and they should be punished. At the very least they should be charged with manslaughter. Tough break when you are a kid who's been hired to travel to another country and murder people, but somebody has to take the wrap if those actually responsible for this retarded war won't.


posted by Rusty Iron at 4:23 PM


Beliau mengatakan bayangkan jika yang terbunuh dan tercedera itu anggota keluarga kita sendiri. Gambar ini turut dimuatkan dalam akhbar NST hari ini tapi apa yang boleh kita lakukan selain mengurut dada. Demikianlah dayusnya kita pada hari ini.


Kejadian kedua juga berlaku di Iraq, iaitu di Baghdad Selatan sebagaimana yang dipaparkan oleh CNN hari ini. Tentera AS telah digerakkan dari rumah ke rumah untuk memeriksa samada terdapat penghuni yang menyembunyikan senjatapi menjelang pilihnaraya Iraq yang dijangka diadakan lewat bulan ini. Rumah yang tidak berpenghuni dipecah masuk manakala bagi rumah yang berpenghuni dengan berkasut dan senjata terhunus tentera berkenaan menuju ke bahagian-bahagian rumah yang mereka ingin termasuklah bilik tidur dan bilik air tanpa menghiraukan wanita yang berada dalam rumah.

Dalam satu paparan ditunjukkan seorang pegawai telah menemui sebuah senajatapi mainan yang mirip sebuah senajatapi sebenar. Beliau telah memarahi tuan rumah tersebut kerana memilikinya walaupun tuan rumah berkenaan menjelaskan yang ia milik anak kecilnya yang memang pun ramai di rumah berkenaan. Dengan biadap pegawai tadi telah mematah dan menghancurkan bahan mainan tersebut di depan mata tuan rumah. Mengapa tidak diserahkan kepada tuan rumah untuk dimusnahkan sendiri, bukankah ianya alat mainan. Mengapa begitu biadap bertindak tanpa menghurmati hak asasi tuan rumah tadi?

Memang panas kalau kita menyaksikannnya walaupun ianya tidaklah sekejam kejadian di Tal Afar namun kesimpulannya demikianlah rupanya apabila Allah swt mencabut kehebatan dari diri kita. Lalu jadilah kita seumpama sampah yang tidak berharga yang boleh sahaja ditendang dan disepak sesuka hati.

Ya Allah hancurkanlah tentera Ahzab ini dengan ke Esaan Mu!

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 23.01.2005

 
PERBALAHAN DI ANTARA MUSTAPA – ANNUAR MUSA KIAN MENANAH
01.24.05 (11:12 pm)   [edit]

Luka dalam di antara Mustapa Mohamed dan Annuar Musa (pemilik Mercedes Benz WCE 1) makin hari nampaknya makin parah. Dari luar luka itu tidak nampak berdarah tetapi ianya berladum di dalam.

Dari segi zahiriah hubungan keduanya berjalan seperti biasa sahaja. Hipokrasi orang politik terus melindungi mereka.

Mustapa boleh bersalam dengan Annuar Musa di hadapan orang ramai. Di dalam sidang DUN Kelantan yang baru lalu Mustapa dengan nada ‘mengada-ngada’ cuba meyakinkan setiap ahli Dewan dari UMNO bahawa dia tidak bergaduh dengan Annuar.

Sambil menepuk bahu Annuar yang berada di kerusi sebelahnya, (kerusi Ketua Pembangkang) Mustapa berkata ‘ini bos kawan (saya), kita kena setia dan taat kepada bos, ini bos kawan ni jangan usik dia…

Segenap yang ada di Dewan dan galeri tahu erti dan makna sanjungan dan tepukan belakang Annuar oleh Mustapa itu. Tepukan itu adalah ejekan. Fatamorgana yang pesimis!

Annuar sendiri faham akan pujian tidak ‘bermata’ Mustapa itu. Beliau memberi good luck kepada Annuar yang mengambil tempatnya sebagai Ketua pembangkang dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Mustapa sangat terkilan dengan perubahan itu. Dia benar-benar marah. Orang yang menjadi sasarannya ialah Annuar. Mustapa walaupun bodoh politik tetapi tahu permainan Annuar di sebalik pertukaran itu. Sesudah Presiden parti menerima memorandum mengandungi 25 muka surat, (berhubung kelemahan dan kesilapan Mustapa) baru jawatan itu terpecat, berpindah tangan dari Mustapa ke Annuar.

Siapa yang menghantar memorandum itu? Dan siapa yang menyiapkannya? Ramzi Abdul Rahman bekas Setiausaha Khas Abdullah Badawi al-Hadhari dikatakan yang menjadi perantaranya. Justeru bila berlaku pertukaran Ramzi dilantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebagai ganjarannya.

Perubahan dan pertukaran serta memorandum itulah yang menjadi punca perbalahan mereka berdua. Menyebabkan hati Mustapa luka berdarah. Mustapa merasakan perjuangannya di dalam UMNO tidak diikhtiraf, dan Annuar Musa pula telah menikamnya dari belakang.

Usahanya untuk merampas Kelantan tidak dinilai langsung. Mustapa juga khabarnya sangat terkilan dengan keputusan Abdullah Badawi al-Hadhari yang memecat beliau. Mustapa pening memikirkan apakah sebab musababnya dan beliau merasa hairan bagaimana seorang yang (konon) berjasa seperti beliau dipecat?

Beliau dianggap sebagai berjasa dan hero di dalam UMNO Kelantan kerana berjaya merampas banyak kerusi Pas di dalam pilihan raya lalu dan sehinggakan parti berkenaan hampir kehilangan kerajaan.

Nasib Mustapa sungguh malang di Kelantan. Begitu juga dalam kes pemecatan Ibrahim Ali sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, risikonya dipikul oleh Mustapa. Seolah-olah orang lain tidak ada saham sedikit pun dengan penyingkiran Ibrahim itu. Seolah-olah semua orang tidak terlibat melainkan Mustapa seorang. Benarkah?

Satu pertanyaan untuk umum kalau ada yang sayangkan kepada sang kodok itu, apakah ada yang mempertahankan? Apakah Annuar Musa membela Ibrahim Ali baik di dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Kelantan atau pun Majlis Tertinggi UMNO. Berapa kali Annuar Musa bangkit mempertahankan Ibrahim?

Ibrahim sendiri jangan mudah terpesona dengan retorik Annuar. Ibrahim juga harus sedar dalam kancah politik Kelantan, bukan sahaja Mustapa yang takut kepada lompatan emasnya, tetapi Annuar juga.

Malahan kalau dibandingkan di antara Mustapa dengan Ibrahim, Annuar lebih takut kepada Ibrahim. Pesaing Annuar dalam UMNO Kelantan ketika itu bukan Mustapa tetapi Ibrahim.

Jadi bila ada masalah dan desas desus Ibrahim hendak kena pecat maka orang paling bergembira dan suka ria ialah Annuar Musa kerana pesaingnya sudah tidak ada.

Annuar bernasib baik dalam hal ini walaupun dia terlibat tetapi semua tempiasnya menimpa Mustapa. Hingga ke hari ini Ibrahim marah dan dendamkan Mustapa sehingga mengarang sebuah buku membelasah Mustapa.

Berbalik kepada hubungan mereka berdua (Annuar dan Mustapa) tadi, kejelikan hubungan mereka jelas terpamer sewaktu keduanya pergi ke KLIA untuk menghantar Sultan Kelantan untuk menunaikan Haji pada 14 Januari lalu.

Body language mereka berdua menunjukkan keduanya tidak boleh bertentangan mata. Keduanya tidak cuba untuk berada dalam kelompok yang sama sebaliknya saling menjauhi diri pada petang itu.

Begitu juga sikap isteri mereka berdua. Kamarzam (isteri Mustapa) kelihatan duduk jauh di belakang kelompok perempuan yang ingin bersalam dengan Raja Perempuan, sementara Rosniah (isteri Annuar) pula berada di hadapan.

Suatu ketika apabila Mustapa nampak Annuar berjalan cuba mendekati Tengku Razaleigh Hamzah dia terus mengelakkan diri dari bertembung dengan Annuar Musa. Padahal ketika itu dia berada di belakang Ku Li.

Sikap Mustapa pada petang itu nampak begitu hina dan kurang ceria sekali sementara Annuar pula cuba mendominankan dirinya yang busuk itu walaupun Sultan Kelantan lebih melayani Mustapa daripadanya.

Khabarnya Annuar Musa yang sudah kesekian lama ingin bersalam dan beramah mesra dengan Sultan Kelantan masih gagal berbuat demikian. Peristiwa penabalan Tengku Ibrahim Indra Putra tahun 1993 masih menghantui dirinya.

Menyaksikan sandiwara live (seperti mana yang diceritakan) pada petang itu apa yang dapat disimpulkan hubungan diplomatik di antara Annuar Musa dengan Mustapa di dalam UMNO tidak akan pulih sebaliknya terus membengkak dan menanah. – Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 23.01.2005

 
Jingoza: Tak Nak, Tapi Nak!
01.23.05 (6:14 pm)   [edit]

Oleh Salim Hashim


Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati
 
Saya terpanggil memberi sedikit komen kerana kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah 'kalifah' di bumi Allah ini dalam menyambung tugasan menyampaikan Maaruf dan menegah mungkar demi kesinambungan kesejahteraan umat Muhammad s.a.w. yang dikasihi.
 
Di samping menyahut seruan dari PM Malaysia kita terhadap kempen anti-merokok bertemakan 'Katakan Tak Nak', kita amat menyokong seruan itu demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia apa lagi dengan statik setiap tahun angka kematian meningkat dari Kementerian Kesihatan terhadap keparahan wabak ini. Tidak sedikit jumlah wang digunakan dalam kempen ini tapi keberkesanannya amatlah diragui.
 
Juga amat pelik dirasai apabila arahan kepada penjual-penjual rokok dari syarikat-syarikat gergasi pengeluar rokok supaya penjual-penjual hanya menjual dalam kotak atau tidak menjualnya sebatang atau dalam jumlah sedikit! Ini seperti menggalakkan pengguna menghisap rokok lebih banyak jika dibeli dalam kotak tambahan pula digalakkan menjual kotak besar, apa kejadahnya di sebalik kempen anti-merokok kita berkempen pula menjual rokok dalam kotak besar ataupun tidak dibuka? Semacam 'main-main' saja. Ini hanya menguntungkan syarikat penjual dan juga kerajaan di segi cukai, tidak keterlaluan juga jika dikatakan akan kegelojohan sebuah stesen TV milik umNO mengiklankan 'Sempurnakan Harimu' dengan hiburan bercorak 'gameshow' ala judi ditaja oleh sebuah syarikat gergasi rokok juga! Apakah demi ketamakan mencari untung atau sekadar berhelah dan menipu dalam memanipulasikan undang-undang iklan rokok di dalam media!
 
Harapan agar semua pihak memainkan peranan membanteras gejala tidak sihat ini perlu dari semua bukan sahaja kerajaan atau swasta, bahkan sudah sampai ke tahap bahaya apatah lagi peningkatan kematian berpuncakan wabak ini.
 
Kita juga patut memuji sebuah kerajaan bukan Islam iaitu negara China yang pada 14 Januari' 05 telah mengharamkan segala bentuk pembinaan kilang rokok luar demi menjaga rakyatnya yang kian parah dengan wabak ini. Ini satu tindakan proaktif yang sepatutnya telah diambil dulu oleh kerajaan Malaysia yang mengisytiharkan Negara Islam Hadhari!
 
Juga demi mengelakkan bencana dan musibah, segala bentuk perjudian baik empat nombor ekor (yang mana dahulu hanya sekali dua seminggu) tapi kini semakin galak dan kerap, juga segala perjudian/kasino di Genting, perjudian video dan apa saja berbau judi !Ini semua hanya menguntungkan 'tauke-tauke' judi dan kerajaan mendapat keuntungan sekelumit sahaja di samping bala yang mungkin menimpa!
 
Umum mengetahui bahawa banyak pendapat alim ulama tersohor dunia berkenaan kes rokok yang pada mereka setelah dihalusi adalah 'haram’, jika tidak silap arwah datuk PM kita juga seorang ulama terkenal yang juga menentang wabak dan perangai 'membazir' ini. Kita perlu memperingatkan semua sebagai 'kalifah' pada umat Islam kita semua adalah bertanggungjawab terhadap segala tindak-tanduk yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t. supaya jangan kita ditimpa laknat jika Allah s.w.t. murka, kerana jika bala atau laknat menimpa kita semua akan merasa bukan pesalah sahaja, demi masyarakat Islam yang penyayang kita semua perlu bantu membantu dan saling ingat memperingati demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ingatlah seksa akhirat amatlah pedih. Wassalam.


Allahu Akhbar  Allahu Akhbar  Allahu Akhbar
 
Salim Hashim
Anak jati Kg Makam Tn Guru Hj Kassim
Jalan Datuk Keramat
Pulau Pinang
22.01.'05/11 Zulhijah 1425

 
OOI KEE SIANG - WCE 1 - ANNUAR MUSA PENEMUAN BUKTI BARU MENGENAI RASUAH ANNUAR MUSA
01.19.05 (10:44 pm)   [edit]

Ke mana lagi Annuar Musa hendak lari? Satu lagi bukti ditemui menunjukkan bahawa sah Annuar Musa membeli kereta Mercedes Benz WCE 1 bernilai RM980,000 didapati secara tidak sah.

Kalau sebelum ini keraguan itu berdasarkan kepada kemampuan beliau untuk memiliknya, namun kini ia disusuri dengan bahan bukti yang sangat kukuh. Bukti itu menunjukkan ada seseorang yang tolong ‘membayar’ kereta berkenaan. Ada unsur rasuah berlaku di dalam pembelian kereta berkenaan.

Apakah bukti itu? Sabar!

Sebelum ini Annuar Musa dalam agenda mempertahankan dirinya yang busuk berkeras mengatakan dia membeli kereta itu dengan wangnya sendiri. Kononya beliau telah menjual dua buah keretanya (Mercedes Benz Sport DAB 4 dan Mercedes Benz S320L JFJ 2) untuk membeli kereta berkenaan. (Salah sebuah kereta ini sehingga kini masih ada dalam garaj kereta di rumahnya).

Beliau juga menegaskan disebabkan wang julan (trade-in) kedua buah kereta itu tidak mencukupi maka beliau (kononnya) terpaksa membuat pinjaman bank (Hong Leong Finance).
 
Sementara di kawasannya (Kok Lanas) pula apabila rakyat mempersoalkan kemampuannya membeli kereta itu Annuar cuba mengelabukan mata rakyat dengan mengatakan beliau menggunakan wangnya sendiri yang dihimpun sejak kesekian lama. Dia kononnya telah kaya sejak sebelum menjadi menteri lagi...


Anak buah Annuar dan para ‘jong dondangnya’ sering kali menggunakan hujah ini “Annuar orang kaya asal” apabila setiap kali berhadapan dengan persoalan mengenai kemampuan dan juga keperluan Annuar memilik Mercedes lebih daripada tiga buah serentak.

Kekayaan itu kononya ialah hasil wang yang dikumpul ketika bekas menteri itu menjadi Perancangan Bandar semasa berkhidmat dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad (SEDC) Kelantan pada tahun awal 80-an.

Disebabkan beliau perancang bandar, beliau tahu mana tanah yang mahal dan kawasan sekitar Kota Bharu yang hendak dimajukan. Jadi beliau bertindak awal membeli tanah-tanah itu dengan harga murah kemudian dijual kepada SEDC dengan harga berlipat kali ganda. Dari sinilah belau mula mengumpul wang.

(Sebenarnya cara itu juga jahat dan berunsur rasuah – pecah amanah. Jelas wang yang banyak itu dikumpul secara tidak bermoral dan beradat).

Walaupun ada pihak membuat laporan polis berhubung pembelian kereta itu (sebenarnya dihadiahkan oleh seseorang sebagai gratis) tetapi Annuar dengan segala upayanya dapat meloloskan dirinya. Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga turut mengelidah rumahnya, namun pendakwaan tidak dilakukan, jadilah pengelidahan itu sebagai sandiwara sahaja.


Dalam jawapan kepada persoalan itu yang dibangkitkan oleh oleh Dollah Kok Lanas, (Dollah komunis) Annuar menjelaskan yang tuduhan itu paslu. Annuar mendakwa Dollah sengaja memburukkannya. Beliau juga bermati-matian menyatakan kereta itu bukan dibeli dari seseorang, tetapi dengan syarikat yang sah di Bangsar.

Pengakuan Annuar itu benar, kereta itu dibeli dari syarikat Optima Auto Sdn. Bhd terletak di Jalan Maaruf Bangsar, tetapi apa yang dipersoalkan ialah cara pembelian dan pembayarannya? Tidak ada ketelusan di dalam proses jual beli WCE 1 itu.

Beliau juga lantas mengemukakan bukti yang beliau berhutang dengan bank untuk membeli kereta berkenaan. Betulkah? Beliau menyebut ada membuat pinjaman (loan) dengan Hong Leong Finance untuk selama 60 bulan bermula pada 11 Oktober 1999 hingga Oktober 2004.

Memang Annuar ada mengemukakan bukti pinjaman dengan Hong Leong Finance. Tidak siapa boleh menafikannya. Rekod bank ada dan boleh ditengok. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan ialah tarikh pinjaman itu dibuat meragukan dan ini menyebabkan seperti ada taktik back dated pinjaman berkenaan.

Menurutnya beliau membuat loan itu pada 11 Oktober 1999 sedangkan kereta itu (WCE 1) dibeli pada 24 Ogos 1999. Jadi dimanakah justifikasinya dalam hal ini. Selalunya bank akan memberi pinjman sebelum kereta dibeli bukannya selepas kerta dibeli kecuali berlaku re-finance?

Ini bermakna kereta itu dibeli terlebih dahulu dan loan dibuat kemudian. Apakah di sini berlaku trick untuk melindungi sesuatu? Persoalan juga timbul siapa yang membayar pendahuluan kereta berkenaan? Sedangkan Annuar mendakwa kereta itu dibeli setelah dua buah keretanya dijual (trade-in).

Dari siasatan yang diperolehi ada bukti menunjukkan bahawa bayaran pendahuluan kereta itu ada dibuat oleh seseorang. Dan kemungkinan pinjaman itu dibuat kemudian sebagai untuk mengelak daripada berlakunya rasuah atau pemberian gratis dalam bentuk bayaran ke atas kereta berkenaan oleh seseorang.

Apapun tenguk dan analisaslah kepada bukti terbaru ini. Apakah ini palsu atau sebaliknya, walahualam. Tetapi inilah bukti penemuan baru mengenai kes itu. Pihak BPR juga mungkin sudah lama menerima bukti (alibi) ini?

Bukti ini ialah mengenai salinan cek bayaran dan juga resit penerimaan bayaran berkaitan pembelian kereta WCE 1. Cek-cek ini menunjukkan bahawa ada pihak lain yang tolong membayar kereta berkenaan. Dan resit bayaran ini ada mencatatkan nama Ooi Kee Siang sebagai tukang membayarnya. Apakah ini menunjukkan Ooi yang membayarnya atau dia hanya membantu Annaur membuat bayaran?

Terdapat empat kali berlaku transasi berkaitan bayaran kereta berkenaan. Pertama ialah pada pada 14.8.1999 sebanyak RM50,000, kedua pada 25.8.1999 sebanyak RM100,000, ketiga pada 14.10.1999 sebanyak RM50,000 dan keempat pada 21.10.1999 sebanyak RM26,097.25. semuanya berjumlah RM226,097.25.

Bersama ini disertakan bukti berkenaan (resit dan slip cek bayaran). Sama-sama kita fikir apakah bukti ini benar atau tidak.

Kita mengharap Annuar dan pihak berkuasa sekali lagi menjawab ataupun membetulkan fakta kepada bukti ini untuk tidak menampakkan betapa komannya kita (pihak berkuasa) dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-unang di negara ini, sementara Annuar pula terus mendapat perlindungan oleh pihak tertentu daripada dihantar ke Sungai Buloh. – Reformasi.

Keretanya:


Pembelinya:


Urusniaganya:



























RM50,000.00
RM100,000.00
RM50,000.00
RM26,097.25

Penerimanya:

 


Tun Paduka Tuan - 17.01.2005

 
TIDAK UMUM JUMLAH KES ELAK PANIK: MENTERI GAGAL JALANKAN AMANAH
01.19.05 (9:43 pm)   [edit]

Wabak denggi menjadi bualan sekali lagi. Lantaran wabak ini dikesan mengganas semula. Secara tiba-tiba sebanyak 1,000 kes direkodkan setiap minggu berbanding 450 kes yang dicatatkan sebelum ini, jelas menunjukkan betapa wabak ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.


Angkatan Muda memandang serius mengenai perkara ini. Seluruh rakyat seharusnya memberikan perhatian serius mengenai masalah ini yang antaranya berpunca daripada sikap tidak mengendahkan kebersihan.

Cuma yang amat memeranjatkan mengenai cara kerajaan khususnya kementerian berkenaan menghadapi perkara ini. Merujuk kenyataan Menteri Kesihatan, dalam berita harian Sabtu, 15 Januari 2004, di mana Dr Chua Soi Lek menjelaskan, kementeriannya tidak mengumumkan lebih awal berhubung peningkatan kes denggi bagi mengelak keadaan panik di kalangan orang ramai.

Cara dan kenyataan Menteri tersebut jelas kebudak-budakan adakah dengan menyelindungkan fakta sebenar mampu untuk memberi kesedaran dan mengerahkan rakyat untuk turut sama memerangi wabak ini.

Malah dalam berita yang sama juga dipetik Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri Johor, Dr Daud Abdul Rahim, berkata Jabatan memandang serius perkara tersebut dengan bertindak tegas. Sehingga 8 Januari lalu, Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan 1,954 kompaun bernilai RM388,637 selain mengeluarkan notis kepada 1,050 pemilik rumah dan premis perniagaan di seluruh daerah di negeri ini kerana membiarkan nyamuk aedes membiak di premis mereka.

Angkatan Muda kesal apabila perkara yang serius seperti ini ditangani dengan cara kebudak-budakan oleh pihak berkuasa bukan setakat menyorokkan fakta
sebenar tetapi dengan menjadikan saman sebagai usaha utama menangani wabak ini. Ia juga kelihatan seperti kerajaan turut sama mengutip hasil dari kejahilan rakyat mengenai wabak penyakit ini.


Setelah fakta sebenar kes melibatkan denggi ini terbongkar hampir setiap hari kerajaan seperti biasa menyalahkan rakyat sebagai punca tersebarnya penyakit
ini.


Contohnya - utusan 16/1, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek hari ini melahirkan rasa kesalnya dengan sambutan dingin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap kempen memerangi denggi anjuran kementerian itu.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kebersihan dan Kesihatan Nasional pada 8 Januari yang lalu telah mengarahkan semua pihak termasuk pihak berkuasa segera mengambil tindakan menyeluruh bagi menangani penularan wabak denggi yang disifatkannya "semakin serius". (Utusan Malaysia 9 Januari 2005).

Tetapi sedarkah mereka betapa kerajaan sendiri tidak pernah memberikan kerjasama untuk badan lain turut sama menjayakan kempen kesedaran masyarakat dan seumpamanya.

Contohnya Berapa banyak kali Parti keadilan rakyat (dahulunya Parti keadilan nasional) ingin menjalankan kempen kebersihan, gotong-royong tetapi malangnya pihak kerajaan tempatan dan Kementerian Kesihatan tidak pernah memberikan kerjasama sepenuhnya. Contoh kedua, Keadilan Negri Sembilan pernah membuat pendedahan mengenai kawasan projek terbengkalai yang telah menjadi kawasan penternakan nyamuk aedes terbesar yang terletak di belakang bangunan UMNO Negri Sembilan/ berhadapan Kelab Melayu Negri Sembilan di Seremban tetapi malangnya ketika sidang media dibuat hanya akhbar berbahasa Cina yang hadir dan berita tersebut menjadi berita kaki, serta sehingga kini setahun lebih keadaan tetap sama. Di sini angkatan muda mempersoalkan sejauh mana tahap keseriusan kerajaan menangani wabak denggi atau sekadar mengeluarkan kenyataan untuk dilihat membuat kerja dan mengeluarkan saman untuk dilihat prihatin sedangkan kerajaan memungut keuntungan dari saman itu.

Ke arah Malaysia Yang lebih adil

Era Hanim Md Zaki
Exco Angkatan Muda Malaysia
Parti Keadilan Rakyat


Edisi 18.01.2005

 
NAJIB JAMIN BENTANG KUTIPAN TABUNG BENCANA TSUNAMI DENGAN SYARAT
01.19.05 (9:42 pm)   [edit]

Apakah yang ingin dikatakan oleh Najib sebenarnya? Mungkin nak bagi tau tak payahlah bentangkan kerana jumlah yang telah dikutip mencecah RM53,142,180.91. Bila dibentangkan kelak mestilah benar-benar telus. Kalau pengurusan dan pengumpulan bantuan menelan belanja hampir RM30 juta nak buat apa kutip derma macam itu. Hanya sejumlah kecil sahaja yang dapat diagih-agihkan. Lebih baik rakyat salur bantuan kewangan terus kepada mangsa, barulah penderma tidak menjadi mangsa pengutip derma pula seperti yang lazimnya.


Tetapi yang tersirat dan bersyarat dari kata-kata Najib tersebut sudah memperlihatkan sikap sebenarnya dan apa yang mereka akan lakukan di masa akan datang:


"Saya boleh menjamin bahawa laporan lengkap dapat disediakan, tetapi dengan syarat kutipan tabung tsunami yang dilakukan oleh DAP juga perlu dibentangkan .."


Sila perhatikan laporan penuh berita mereka seperti berikut:



Kerajaan beri jaminan bentang kutipan Tabung Bencana Tsunami
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kerajaan memberi jaminan akan membentangkan semua kutipan yang diterima untuk Tabung Bencana Tsunami Malaysia daripada syarikat dan individu di negara ini bagi menjamin ketelusan pengagihan bantuan tersebut.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bagi memastikan hanya mereka yang menjadi mangsa tsunami sahaja yang akan mendapat bantuan.

"Saya bagi jaminan segala kutipan akan dibentangkan termasuk siapa yang memberi dan menerimanya,'' katanya ketika menggulung perbahasan usul tsunami yang dibentangkan oleh Ahmad Shabery Cheek (BN-Kemaman) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua mangsa tsunami di negara ini juga akan dibantu tanpa mengira kaum dan mendapat layanan yang adil serta saksama.

Mengenai jumlah kutipan Tabung Bencana Tsunami Negara, beliau berkata, sehingga 14 Januari lalu, jumlah kutipan yang dilakukan melalui media massa serta serahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta beliau sendiri telah mencecah RM53,142,180.91.

"Ia adalah satu jumlah yang tidak pernah dikutip sebanyak itu dalam masa yang singkat dan ini menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap mangsa-mangsa tsunami,'' katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab celahan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang bertanya adakah kerajaan dapat memastikan ketelusan dalam pengagihan wang daripada tabung berkenaan beliau berkata:


"Saya boleh menjamin bahawa laporan lengkap dapat disediakan, tetapi dengan syarat kutipan tabung tsunami yang dilakukan oleh DAP juga perlu dibentangkan.


"Dan jika sekiranya DAP telah mengadakan kutipan untuk mangsa tsunami, mereka boleh menyerahkannya kepada saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara.


Apa yang dinyatakan oleh Najib seterusnya berhubung kerja-kerja bantuan di Acheh oleh Negara-negara ASEAN adalah amat dialu-alukan dan benar kerana ianya telah terbukti berjaya kecuali tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai objektif lainnya dan selayaknya dihalang daripada bergiat di Acheh. Laporan petikannya seperti di bawah:



Kerja bantuan di Aceh tiada tempoh had masa - Najib
Oleh: HAMDEN RAMLI
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kerajaan Indonesia hari ini menjelaskan bahawa tidak ada tempoh had masa ditetapkan kepada negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk meneruskan kerja bantuan dan kemanusiaan di Aceh.


"Jadi kenyataan awal (tentera asing perlu keluar sebelum 26 Mac) itu tidak merupakan ketetapan sebenarnya yang dibuat oleh kerajaan atau pemerintah Indonesia.

Sebelum ini, Naib Presiden Indonesia Yusuf Kalla dilaporkan sebagai berkata, semua tentera asing yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di wilayah Indonesia yang teruk dilanda gempa bumi dan ombak besar tsunami pada 26 Disember lalu perlu meninggalkan negara itu menjelang 26 Mac ini.


Najib berkata, pasukan bantuan Malaysia akan terus berada di Aceh selagi khidmat diperlukan dan kehadiran mereka diterima oleh kerajaan Indonesia.
Di antara khidmat dan kehadiran yang tidak diperlukan oleh Rakyat Indonesia telah dipetik 2 berita berikut:



Missionaries Relocate 300 Orphans Va. Group Says Muslim Tsunami Victims Will Be Raised in Christian Home
By Alan Cooperman Washington Post Staff Writer
Thursday, January 13, 2005; Page A01


A Virginia-based missionary group said this week that it has airlifted 300 "tsunami orphans" from the Muslim province of Banda Aceh to Jakarta, the Indonesian capital, where it plans to raise them in a Christian children's home.

The missionary group, WorldHelp, is one of dozens of Christian, Muslim and Jewish charities providing humanitarian relief to victims of the Dec. 26 earthquake and tsunami that devastated countries around the Indian Ocean, taking more than 150,000 lives.

Most of the religious charities do not attach any conditions to their aid, and many of the larger ones -- such as WorldVision, Catholic Relief Services and Church World Service -- have policies against proselytizing. But a few of the smaller groups have been raising money among evangelical Christians by presenting the tsunami emergency effort as a rare opportunity to make converts in hard-to-reach areas.

"Normally, Banda Aceh is closed to foreigners and closed to the gospel. But, because of this catastrophe, our partners there are earning the right to be heard and providing entrance for the gospel," WorldHelp said in an appeal for funds on its Web site this week.

The appeal said WorldHelp was working with native-born Christians in Indonesia who want to "plant Christian principles as early as possible" in the 300 Muslim children, all younger than 12, who lost their parents in the tsunami.

"These children are homeless, destitute, traumatized, orphaned, with nowhere to go, nowhere to sleep and nothing to eat. If we can place them in a Christian children's home, their faith in Christ could become the foothold to reach the Aceh people," it said.

Brewer said the Indonesian government gave permission for the orphans to be flown to Jakarta last week and was aware that they would be raised as Christians.

["We have no knowledge of this," Foreign Ministry spokesman Marty Natalegawa said Thursday in Jakarta. "If confirmed, this would constitute a serious violation of the standing ban by the Indonesian government on the adoption of Acehnese children affected by the tsunami disaster and appropriate steps would be taken accordingly." He added that he did not believe any Indonesian official would have approved the transfer of the children.]

"These are children who are unclaimed or unwanted. We are not trying to rip them apart from any existing family members and change their culture and change their customs," Brewer said. "These children are going to be raised in a Christian environment. That's no guarantee they will choose to be Christians."

Rombongan K’jaan dan Umno Terengganu Ke Aceh Dihalau
Dilulus terbit pada Monday, January 17 @ 18:18:10 MYT oleh admin


Menyusuri kisah kegagalan rombongan Kerajaan Terengganu dan Pemuda Umno Terengganu di dalam misi ke Aceh. Malah lebih teruk dari itu, kehadiran mereka telah ditolak oleh masyarakat di Aceh

Rombongan yang disertai 22 orang tersebut yang disertai oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Exco Kerajaan Negeri Rasol Wahid, Ketua Pemuda Umno Negeri Sabri Alwi ,7 orang Ketua Pemuda Umno Bahagian,7 orang pegawai perubatan telah bertolak dari Kuala Terengganu pada hari Isnin 10 Jan yang lalu.

Mereka diwar-warkan membawa ubat-ubatan, makanan serta wang tunai. Ubat yang dibawa sejumlah RM22,000 yang dibeli daripada duit yang disumbang oleh antaranya anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Mereka ini diberitakan bertolak dari KLIA dan menuju ke Medan, dari Medan mereka akan terus menuju ke Aceh.
Apa yang menyedihkan ketika di Medan sebilangan Ketua Pemuda Bahagian telah mengambil kesempatan untuk berehat-rehat dan berseronok-seronok ada yang terus hilang sehinggalah keesokan harinya.


Rombongan ini bertolak dari Medan menuju ke Aceh, tetapi tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, ini berlaku kerana sebelum bertolak mereka tidak menghubungi mana-mana pihak di Aceh. Oleh kerana kedatangan mereka tiada sumber dan halatuju yang sah, rombongan ini telah ditolak mentah-mentah oleh pihak yang menguruskan bantuan kemanusiaan di Aceh.

Oleh kerana melihat suasana yang tak menentu dan rombongan ini tiada tempat perlindungan, maka mereka telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke Medan dengan sumbangan yang dibawa tidak dapat diserah

Kemudian sebahagian anggota rombongan termasuk 7 orang pegawai perubatan mengambil keputusan untuk terus pulang ke Kuala Lumpur bersama semua ubat-ubatan yang dibawa. Sementara 8 orang anggota Pemuda Umno Negeri, tidak terus balik kerana mengambil kesempatan untuk terus melancong di Medan.

Inilah Kerajaan yang Bestari, yang bagus, yang cemerlang pandai merancang, gemilang dalam membuat kebajikan dan terbilang dalam melaksanakan perancangan. Sepatah kata anggota rombongan yang telah kembali ke tanah air “Niat nak pergi asal tu dah tak betul”


Apabila kita membuat sebarang kerja kebajikan, hendaklah dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan bukannya untuk tujuan yang lain. Inilah akibatnya apabila telah menjadi budaya dan amalan melakukan kerja-kerja yang bermuka-muka dan dengan niat yang lain. Tanpa disedari ianya telah diperlihatkan di peringkat antarabangsa. Selama mana lagi nak disorokkan kebejatan tersebut, sedikit demi sedikit terlihat jua oleh orang ramai dan rakyat marhaen.


Selamat berjumpa lagi insyaAllah.

..….. Pak Ngah - 18.01.2005

 
PAS DAN PKR BERGABUNG BERITA JAHAT TAK MASUK AKAL
01.19.05 (9:40 pm)   [edit]

Semasa kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan pada hujung minggu lepas beliau dan rombongan berkesempatan berjumpa dengan pimpinan PAS negeri yang diketuai Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Sejurus selepas perjumpaan tersebut agensi bertita kebangsaan BERNAMA telah melaporkan kononnya cadangan untuk menggabungkan PAS dan PKR telah pun dibincangan dalam pertemuan tersebut.


Terbit sahaja berita palsu ini orang ramai telah mula membuat pelbagai andaian malah ada di kalangan peyokong PAS dan PKR pun turut gelabah dan mula membuat-buat cerita.

Kononnya dikatakan Tok Guru tidak setuju tetapi DSAI tetap mahukan cadangakn itu dipertimbangkan.

Masuk akal ke kalau PAS dan PKR ini bergabung menjadi satu macam PKN dan PRM satu ketika dulu? PKR kita ketahui mempunyai ahli yang bukan-Islam maka ke manakah mereka mahu ditempatkan kiranya gabungan ini ditubuhkan?

Malah sehingga hari ini akhbar NST masih mengusung berita jahat ini dengan menyebut di bawah tajuk HADI: PAS WILL NOT BE DISSOLVED.


Two days ago PAS spiritual leader and Kelantan MB Datuk NiK Abdul Aziz Nik Mat and PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim met in Kota Baru and indicated that THE TWO PARTIES MIGHT MERGE.


Nik Aziz had said that the two parties had now found COMMON GROUND.


Sementara itu dalam Malaysiakini hari ini Datin Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR menafikan sama sekali laporan ini. Kata beliau pertemuan itu memang telah berlangsung namun tidak ada sama sekali perbincangan berkenaan menggabungkan kedua-dua PAS dan PKR.


Kata beliau:


Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Dr Wan Azizah Wan Ismail today refuted news reports on a merger proposal between her party and PAS.


The news reports were mischievous, had no truth and misquoted both party leaders, she said when met at the Parliament lobby.


Kita seharusnya dapat mengesan betapa jahatnya agenda agen-agen Umno dan BN ini yang sentiasa mahu meranapkan usaha menyatupadukan pakatan pembangkang khususnya antara PAS dan PKR. Pakatan pembangkang sekiranya dapat dihidupkan semula sebagaimana pada PRU 1999 lalu sudah pasti akan menggoyangkan kedudukan mereka yang berkuasa.


Kita berharap agar pimpinan kedua-dua parti PAS dan PKR akan terus berusaha ke arah itu demi menyemarakkan lagi harapan kita pada PRU yang akan datang. Sementara itu kepada mereka yang tidak ada kerja lain selain menabur fitnah dan memecah-belahkan perpaduan PAS dan PKR, lebih baik cari cerita lainlah.

Kenapa tak dilaporkan tentang IPF dan Umno akan bergabung kerana MIC enggan terima IPF sebagai kerabat BN. Umno pun sebelum ini pernah bergabung dengan parti AKAR di Sabah yang di dalamnya ada ahli-ahli bukan-Bumiputera. Kalau Presiden Umno dah acap kali turun merasmikan mesyuarat agung tahunan IPF, lebih baik terima sahajalah ahli-ahli IPF jadi ahli.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 18.01.2005

 
KERAJAAN KELANTAN BERJIMAT CERMAT KERAJAAN MELAKA MENGECAP NIKMAT
01.17.05 (9:27 pm)   [edit]

Baru sahaja BLOG ini membicarakan darihal tindakan ahli-ahli EXCO kerajaan negeri Kelantan yang enggan membuat tuntutan terhadap elaun tertentu yang layak bagi mereka lantaran mahu mencontohi sikap Tok Guru MB mereka yang berjimat cermat apabila membelanjakan wang negeri tiba-tiba terdengar sesuatu yang kontra sedang berlaku di sebuah negeri lain.


Di Melaka sebagaimana yang didedahkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan dilaporkan di dalam www.malaysiakini.com kerajaan negeri yang dipimpin oleh Naib Presdien Umno Ali Rustam telah dengan begitu ghairah sekali membelanjakan lebih RM1juta dari khazanah negeri dalam lawatan kerja selama 15 hari ke Amerika Syarikat, London dan Dubai.

Perbelanjaan tersebut melibatkan 23 orang wakil negeri termasuklah 3 orang anak Ali Rustam yang masih bersekolah serta isteri beliau.

Aturcara lawatan tersebut sebagaimana yang didedahkan oleh Guan Eng lebih merupakan aturcara melancong:


According to a copy of their itinerary, the 23 delegates will visit Hawaii, San Antonio, Houston, New Orleans and Miami before transiting in London and Dubai to return to Malaysia.


Throughout the working visit, the delegation only has one confirmed official function with the Lt Governor of the Hawaii state, James R Alona Jr.

Other scheduled official visits are to Pearl Harbour, the San Antonio riverwalk, the French Quarters, Millionaires Row in New Orleans, Everglades National Park in Miami and the Houston Medical Centre.


Demikianlah bijaksananya Ketua Menteri negeri Hang Tuah itu berbelanja wang rakyat. Sehinggakan anak-isteri beliau pun dimasukkan ke dalam senarai delegasi kerajaan negeri, bayangkan kalau kerajaan negeri Kelantan melakukan perkara yang sama pasti seluruh kekuatan media perdana akan menyerang dan memukul kerajaan PAS pimpinan Tok Guru. Anehnya bila Ali Rustam yang lakukan, semua pakat membisu seribu bahasa.


Maka bebas dan bermaharajagilalah Ali Rustam dan kuncu-kuncunya. Belanja besar menghabiskan wang negeri sedemikian rupa tak mengapa sebab pilihanraya nanti pasti rakyat akan tetap setia memangkah Umno BN!

Akhirnya sekadar untuk melelehkan lagi air lior rakyat negeri Melaka delegasi kerajaan negeri ini untuk makluman akan menginap di hotel kelas pertama bertaraf antarabangsa iaitu:


Throughout their two weeks in the US and Dubai, the 23 delegates are arranged to stay in posh hotels like Hilton Hawaii Village Beach and Spa, as well as Hotel Le Royal Meridien Beach Resort and Spa.


Tak mainlah hotel bajet, ataupun motel setaraf yang di Tanjung Kling, maklumlah Naib Presiden Umno lah katakan.


Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 16.01.2005

 
LEBIH 50,000 IKUTI CERAMAH ANWAR DI KELANTAN
01.17.05 (9:23 pm)   [edit]

Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)


Suasana politik di Kelantan panas kembali! Kehadiran Sdr. Anwar Ibrahim ke negeri berkenaan ternyata berjaya menaikkan suhu politik  negeri Tok Janggut dan Tok Kenali itu di samping melepaskan kerinduan rakyat Kelantan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Malam tadi lebih 50,000 orang memenuhi Stadium Sultan Muhamad ke–IV menghadiri majlis solat hajat dan Ceramah Perdana yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim.

Walaupun majlis berkenaan cuba disabotaj oleh pihak polis dengan mengadakan sekatan jalan raya ‘segera’ di semua jalan masuk ke bandar Kota Bharu, namun majlis berkenaan tetap juga berjaya dan Stadium Sultan Muhamad ke-IV yang boleh memuatkan lebih 45,000 penuh sesak.

Ekoran sekatan jalan raya itu juga menyebabkan lebih 10,000 orang terpaksa berpatah balik. Sementara mereka yang kuat semangat terpaksa menghadapi pemeriksaan (yang tidak perlu) polis berjam-jam untuk memasuki stadium.

Tindakan polis itu dikesali dan menghairankan kerana majlis berkenaan mendapat permit polis dan ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Pada petangnya tidak ada tanda-tanda sekatan jalan raya diadakan, bagaimana pun ia dilakukan pada saat-saat akhir menjelang Maghrib.

Semua jalan masuk ke bandar Kota Bharu diadakan sekatan jalan raya, malahan di jalan tertentu seperti dari Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Rantau Panjang ke Kota Bharu terdapat tidak kurang daripada lima sekatan jalan raya.

Di jalan Pasir Mas ke Kota Bharu, sekatan diadakan kepala jambatan Salor, di jambatan Brahim Ali (Tendong). Sementara dari jalan Tumpat ialah di Pasir Pekan dan di kepala jambatan Sultan Yahya Petra. Ketua Polis Kelantan sendiri juga dilihat berkawal di atas jambatan Sultan Yahya Petra.

Selain itu sekatan jalan raya juga dibuat di jalan Pasir Puteh, Kuala Krai, Pengkalan Chepa, Bacok dan Tanah Merah. Semua kereta yang melalui jalan-jalan berkenaan diperiksa dan penumpang diminta mengeluarkan kad pengenalan dan ditanya dengan soalan-soalan tertentu untuk melengahkan perjalanan.

Sekatan itu bukan sangat untuk tujuan keselamatan tetapi untuk melambat-lambatkan pergerakan orang ramai dengan harapan Stadium Sultan Muhammad ke-IV tidak dipenuhi oleh orang ramai dan Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana itu gagal.

Sungguh pun begitu, mereka yang bersemangat dan merindui Anwar tidak mempeduluikan halangan itu mereka sanggup ‘melekat’ di atas jalan lebih dua jam. Ada yang terpaksa meninggalkan kereta di seberang jambatan dan berjalan kaki sejauh empat kilometer menuju ke stadium.

Bekas Adun Kelaboran Haji Nordin Yaacob yang keuzuran juga terpaksa berpatah balik setelah lebih satu jam terhalang oleh sekatan jalan raya di Pasir Pekan.

Majlis berkenaan bermula dengan solat Maghrib dan Isyak beramai-ramai kemudian diikuti dengan Solat Hajat. Tuan Haji Hashim (dari pondok Pasir Tumbuh) telah mengimani solat hajat berkenaan.

Sementara Ceramah Perdana bermula sebaik Solat Hajat selesai. Selain daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar menyampaikan ucapan, Ahmad Yaacob (TMB) dan Husam Musa juga turut sama berucap.

Ketika Anwar berucap walaupun diganggui hujan gerimis namun orang ramai tidak mempedulikan dan tetap terpaku di atas padang. Ucapan yang dikira sederhana itu dikira tidak memuaskan hati orang ramai namun ia cukup sebagai mengubat kerinduan orang ramai kepadanya setelah enam tahun mereka menanti kehadirannya.

Kali terakhir Anwar hadir ke Kelantan dan berceramah ialah tiga hari sebelum ditangkap pada 20 September 1989 dan tempatnya ialah di Stadium Sultan Muhamad ke-IV.

Turut sama hadir di majlis berkenaan dan berada di pentas bersama VIP ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas ditohok (pecat), Datuk Ibrahim Ali.  – Reformasi.

 


 


(Perkembangan selanjutnya akan dilaporkan dari masa ke semasa).

Tun Paduka Tuan - 16.01.2005 Gambar-gambar kiriman: Tun Paduka Tuan.

 
Tsunami: TV lain.... Realitinya lain....
01.17.05 (9:18 pm)   [edit]

Assalamuallaikum,
Salam sejahtera untuk semua. Hari ini ingin saya memaparkan satu lagi kisah yang apa saya alami pada tengah hari tadi di penempatan sementara bencana Tsunami di Kuala Kedah.
 
Semalam hati saya bercampur gembira dan sukar untuk mempercayai apabila saya menonton berita TV mengenai penyerahan kunci rumah-rumah tersebut. Apa tidaknya jika apa yang dilihat itu adalah suka hatinya saya sebagai rakyat Malaysia jika begitulah layanannya kepada mangsa-mangsa yang diberikan kunci kerana dari apa yang dilihat di dalam rumah tersebut sudah disediakan selengkapnya daripada peralatan dapur, pergi ke ruang tamu dan sampai ke dalam bilik tidur. Segala-galanya telah disediakan dengan selengkap-lengkapnya.
 
Di ruang tamunya tersedia indah sofa dengan TVnya dan didapurnya pula tersedia pula mesin basuh dengan peti aisnya serta dapur memasak. Manakala di bilik tidur pula tersedia katil dan tilam yang empoknya di mana telah difokuskan akan MB duduk sambil bertanya-tanya kepada penghuninya.....
 
TETAPI....itu semuanya hanyalah tayangkan di kaca TV.. Sebaliknya..realiti adalah berlainan sekali.... Semasa saya tiba pada tengah hari tadi saya melihat sebuah lori sedang mengangkat peti ais ke atas lorinya dan saya melihat lori perabot telah bersedia untuk keluar meninggalkan kawasan penempatan itu... Lantas saya pun cubalah bertanya kepada beberapa orang yang berdiri di tepi rumah tersebut dan mereka berkata tidak tahu. Lalu saya pergi terus kepada salah seorang yang berada dalam rumah tersebut dan bertanya terus kepadanya.... Anda tahu apa jawapannya.... "oohhh...ini cuma rumah contoh aja encik.... jadi kami terpaksalah ambil balik kesemua peralatan yang ada nie..."
 
Sekarang ini telah timbul persoalan pada saya apa yang di lihat dalam TV semalam adalah berlainan sekali dari realitinya. Untuk memuaskan hati saya lalu saya pergi pula pada sebuah rumah di sebelah rumah tersebut dan dapatlah saya beramah mesra dengan tuan rumahnya. Beliau menjemput saya masuk ke dalam rumahnya dan saya meminta kebenaran untuk meninjau akan keadaan rumah tersebut. Sambil melihat saya pun bertanyalah beberapa soalan padanya dan ternyata jelaslah kini apa yang ditunjukkan dalam TV itu hanyalah TV sahaja yang tahu akan kebenarannya. Apa yang mereka perolehi adalah cuma tilam dan satu dapur gas untuk memasak dan beberapa kampit beras dengan beberapa kilo gula untuk digunakan dan itu merupakan pemberian yang terakhir di mana selepas ini sudah tiada lagi dan yang paling saya sedihkan adalah tandas yang disediakan saya mendapati airnya bertakung di antara pintu masuk dan mangkuk tandas itu.
 
Jika inilah realitinya, saya berharap selepas ini adalah pihak-pihak yang dapat membantu untuk menyediakan kesemua peralatan kepada penghuni-penghuni di penempatan tersebut... Dan biarlah UMNO dengan labu-labunya itu.... Biarkanlah mereka dengan propaganda mereka untuk mengelabui mata rakyat Malaysia... Dan kepada rakyat Malaysia amnya, cubalah anda datang dan lihat sendiri apa yang terjadi di sini, kerana realitinya ada di sini bukannya di TV atau akhbar perdana....


Taraknama69@yahoo.com
www.taraknama.cjb.net
www.e-online.cjb.net  - 16.01.2005

 
PROJEK KASINO: MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA BANTAH DI MALAYSIA BAGAIMANA?
01.16.05 (1:17 pm)   [edit]

BERNAMA hari ini melaporkan 7 badan Islam di Singapura membuat bantahan darihal cadangan kerajaan Singapura untuk membina kasino ataupun pusat perjudiannya yang pertama di pulau republik tersebut. Sebelum ini beberapa badan bukan-Islam telah turut membuat bantahan yang sama, menurut BERNAMA:



Seven Muslim organisations are the latest to oppose any move to develop a casino here, the Straits Times reported.


In a joint statement Friday, they urged the Islamic Religious Council (Muis) to convince the government to refrain from legitimising the casino industry despite the objections from the public.

They also called on Muslims to be clear about the need for them not to be involved in any way, whether as clients or employees, even though the casino sector could offer numerous job prospects.Islam prohibits gambling because it is harmful and destructive, said the group, adding that Muslims have a moral and civil obligation to oppose the introduction of ills like gambling into society.


Walaupun mereka berada dalam kelompok minoriti di Singapura namun masyarakat Islam di sana berani bangun dan menyatakan pendirian mereka secara terbuka.


Tidak seperti kita yang berada di seberang Selat Tebrau. Jangankan nak membantah pusat perjudian di Genting Highlands, semakin hari semakin meraih laba yang berganda-ganda.

Walapun kononnya umat Islam dikatakan tidak dibenarkan berjudi di pusat peranginan tersebut hakikatnya bukanlah suatu rahsia lagi bahawa orang Melayu masih boleh berjudi secara sembunyi dan curi-curi malah kadangkala dengan kerjasama pihak dalam, secara terang-terangan dan terbuka pula.

Kumpulan Islam di Singapura ini bukan sekadar melarang masyarakat Islam terbabit dalam aktiviti perjudian malah dalam bantahan tersebut mereka turut memperingatkan masyarakat Islam agar tidak langsung menceburkan diri dalam sebarang aktiviti lain termasuklah bekerja untuk kasino tersebut.

Lain di Malaysia yang diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh bekas PM nya dan kini mengamalkan apa yang dipanggil dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh PM barunya, rakyat beragama Islamnya bebas dan boleh sahaja bekerja, membeli saham dan menjadi pengarah syarikat judi yang kesemuanya tersenarai di Bursa Malaysia. Demikianlah hebatnya kerajaan Islam Hadhari Malaysia, negara lain tak mahu contoh ke?

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 15.01.2005

 
KUNJUNGAN ANWAR KE PONDOK LUBUK TAPAH DITERUSKAN
01.15.05 (2:06 pm)   [edit]

TERKINI, Jumaat 8.00 malam: Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah tetap bersedia menerima kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pondoknya pada petang esok seperti mana yang dirancangkan.

Haji Abdullah di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Asar (5. 15 petang) tadi sebagai mengulas desas desus beliau menghalang Anwar mengunjungi beliau, menjelaskan beliau tidak ada apa-apa masalah untuk menerima kedatangan Anwar ke pondoknya.

“Kami sedang membuat persediaan untuk menanti ketibaan Anwar seperti mana yang dirancangkan,” katanya ringkas seperti mana dipetik dari jurucakap pondok berkenaan.

Sebelum ini heboh diperkatakan Tuan Guru berkenaan enggan menerima Anwar yang bercadang mengunjunginya petang esok. Beliau juga dikatakan tidak akan menghadiri majlis solat hajat bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Menurut jurucakap pondok berkenaan, memang pada mulanya ada berita mengatakan Tuan Guru enggan menerima Anwar Ibrahim, tetapi selepas mendapat penjelasan program lawatan itu berjalan seperti dirancangkan.

Sebelum ini heboh diperkatakan kononnya Haji Abdullah enggan menerima Anwar dan pihak polis juga melarang kunjungan itu. Adalah dipercayai khabar angin itu satu dakyah yang cuba untuk mensabotajkan kunjungan Anwar ke Kelantan.


Mengikut jadual yang telah ditetapkan Anwar akan mengunjungi Pondok Lubuk Tapah dan menemui Tuan Guru Haji Abdullah sebagai mudirnya kira-kira jam 4.00 petang.


Dalam pada itu persiapan untuk menyambut kedatangan Anwar ke Kelantan esok berjalan lancar. Bendera dan juga sepanduk mengalu-alukan kedatangan wira semua bangsa itu di pasang di sekitar Kota Bharu.


Dua bidang kain rentang gergasi juga dipasang di jalan Pengkalan Chepa menuju ke lapangan terbang Sultan Islam Petra dan di bulatan di kepala jambatan Sultan Yahya Putera. Kain rentang berkenaan sungguh menarik perhatian umum.

Adalah dijangkakan lebih 50,000 akan menghadiri program solat hajat dan Ceramah Perdana di stadium jam 8.00 malam esok. – Reformasi.

(Perkembangan selanjutnya akan dilaporkan dari masa ke semasa).

Tun Paduka Tuan - 14.01.2005 7.50 malam

 
ANTARA RM15 BILLION ATAU KONDOM: PEKEBUN KECIL MENOLAK KEDUA-DUANYA
01.15.05 (1:57 pm)   [edit]
Peebun kecil yang merupakan kelompok rakyat terbanyak tidak akan mudah terpedaya dengan hanya melihat RM 15 billion keuntungan yang bakal diperolehi oleh negara sedangkan kehidupan masyarakat menjadi punah ranah dan kehancuran zuriat dari salahguna kondom.  Di sinilah bezanya di antara rakyat berilmu dengan peniaga dan pemerintah yang buta hatinya dan nampak duit semata.  Lihat kenyataan yang dibuat ini:
RM15 - susu getah berbanding getah sekerap.  
Bagaimana pun, faktor itu tidak mampu menarik minat pekebun-pekebun kecil negara atas sebab-sebab sikap dan kurang kesedaran,
Kehancuran nilai kemanusiaan akibat punahnya zuriat yang teratur mengikut kehendak universal yang Syumul atau Islam bukannya bernilai RM 15 billion sebaliknya tidak setanding dengan wang ringgit berbillion billion.  Ianya tidak dapat diukur dengan wang kerana nilainya teramat tinggi.
Malaysia bakal hilang RM15b pendapatan - Mardec
Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Malaysia bakal kehilangan RM15 bilion daripada hasil penguasaannya sebagai pengeluar barangan getah utama dunia dalam tempoh empat hingga enam tahun lagi sekiranya masalah kutipan susu getah tidak diatasi.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Pembangunan Getah Malaysia (Mardec), Datuk Dr. Mahmood Abd. Kadir, masalah kutipan itu akan berlaku sekiranya para pekebun kecil getah negara terus cenderung untuk menghasilkan getah sekerap berbanding susu getah.

Getah sekerap adalah hasil getah yang diambil selepas sehari ditoreh manakala susu getah pula dikutip selepas beberapa jam ditoreh.

Menurut beliau, susu getah yang digunakan untuk membuat sarung tangan, kondom, benang getah serta produk-produk lain sebenarnya menawarkan pendapatan purata yang lebih tinggi iaitu sehingga RM15 berbanding getah sekerap.

Apakah yang dapat dipelajari dari Tsunami, apakah kita telah meneliti apa yang telah dilakukan manusia sehingga bala besar begitu Allah telah turunkan.  Ambillah iktibar dan mula menghitung amal kebajikan telah kita lakukan.  Lupakan tentang menghasilkan kondom tersebut tetapi beralih kepada produk lain sekalipun membuat kondom di antara penyumbang besar keluaran dan keuntungan.  Perhatikanlah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:
Bencana besar adalah peringatan dari Allah – TG Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Dis– Pelbagai pihak mengaitkan kejadian bencana yang berlaku di beberapa negara di rantau Asia dua hari lalu, ada hubungan dengan kemungkaran dilakukan manusia sendiri.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kejadian itu merupakan satu peringatan kepada manusia terhadap tingkah laku mereka sebelum ini.

“Ia ada hubungan secara langsung, tetapi manusia tidak memahaminya seperti disebut dengan jelas dalam al Quran,” katanya di sini. Dalam surah al An’aam ayat 65 Allah berfirman yang bermaksud,

“Katakanlah: Dia kuasa mengirimkan seksaan kepadamu dari atas (kepalamu) atau dari bawah kakimu (bumi) atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan, sehingga setengah kamu merasakan kesakitan daripada lain. Perhatikanlah, bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat, mudah-mudahan mereka memahaminya.
Firman Allah Taala lagi, dalam surah Al Ankabuut ayat 40 bermaksud,
“Masing-masing Kami seksa kerana dosanya; di antara mereka ada yang Kami kirim kepadanya angin taufan (yang mengandungi pasir) dan di antara mereka ada diseksa oleh teriakan yang keras (terus mati) dan di antara mereka ada yang Kami benamkankan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan (dalam laut). Allah tiada menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
Ahad lalu, gempa bumi yang berlaku di perairan Sumatera menyebabkan terjadi ombak besar (tsunami) dan melanda beberapa negara di rantau Asia sehingga mengakibatkan seramai 23,000 penduduk terkorban.

Tsunami turut melanda beberapa negeri di negara ini termasuk Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor dan Perak sehingga mengakibatkan kematian seramai 53 orang.    (baca selengkapnya di Harakahdaily)

Tak perlu lagi berdalih, kembali ke pangkal jalan. Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Selamat berjumpa lagi insyaAllah.

..….. Pak Ngah - 15.01.2005

 
BANTUAN MANGSA TSUNAMI SALURKAN SECARA JUJUR DAN TELUS
01.12.05 (12:20 pm)   [edit]

Setelah 15 hari bencana tsunami memuntahkan bencananya di pesisir pantai utara Semenanjung akhirnya semalam pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat yang dipengerusikan Najib Tun Razak mengumum dan mengagihkan secara resmi bantuan mereka.


Kata Najib waris setiap 68 orang mangsa yang terkorban akan diberikan sumbangan RM20,000 seorang iaitu berjumlah RM1.36 juta.

Ini merupakan bantuan pusingan ketiga dan terakhir setelah dua bantuan sebelum ini diserahkan.

Bantuan pertama yang telah dibayar adalah RM1,000 di atas setiap kematian berjumlah RM68,000 dan RM500 ke ats setiap keluarga yang telah dipindahkan. Bantuan pusingan kedua adalah RM2,000 ke RM5,000 bagi setiap rumah yang musnah dan antara RM1,000 ke RM3,000 bagi setiap bot yang musnah. Setakat ini kerajaan telah mengagihkan sejumlah RM7.7 juta dalam bentuk bantuan.


Selain itu kerajaan juga akan menyerahkan RM500 kepada setiap 206 penternak ikan dan 102 pengusaha sawah padi yang terjejas akibat bencana itu. Ianya berjumlah RM154,000.

Bermakna untuk rakyat tempatan yang menjadi mangsa, bantuan kerajaan setakat ini berjumlah RM9.214juta.

Ini tidak termasuk sumbangan yang diberikan oleh agensi kerajaan yang lain samada diperingkat pusat ataupun negeri. Sedangkan menurut berita jumlah sumbangan yang diterima oleh Tabung Bantuan Bencana Pusat adalah RM29.6 juta iaitu sumbangan yang diperolehi dari tabung yang diusahakan oleh NST, Berita Harian, TV3 dan 8TV yang masih berterusan:


The NST/Berita Harian/TV3/8TV group set up a fund called the Malaysian Tsunami Disaster Fund. All money collected - RM29.6 million on last count yesterday - is channelled directly to the National Disaster Relief Fund.


Ini tidak termasuk apa sahaja baki yang terdapat dalam tabung Pusat ini.


Kalau RM29.6 juta tolak RM9.214 bermakna Tabung Bantuan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh Najib sepatutnya mempunyai baki RM20.386 juta lagi dan ini tidak termasuk baki serta apa sahaja sumbangan yang mungkin diberikan oleh pihak-pihak lain.

Kita harapkan semoga pengagihan ini dilakukan setelus dan secekap-cekapnya. Jangan pula nanti ada penyelewengan dan salah-guna. Jangan wang yang diamanahkan yang septutunya turun kepada mangsa yang ditimpa bencana sebaliknya jatuh untuk kegunaan orang lain ataupun tujuan lain. Kalau orang yang diamanahkan berlaku curang maka tunggulah azab yang lebih dahsyat dari Allah swt.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 11.01.2005

 
Surat untuk Tok Guru
01.12.05 (12:17 pm)   [edit]

Tok Guru yang dikasihi,
Sepanjang sejarah Parti Islam SeMalaysia (PAS), ada lima tokoh yang kami sifatkan sebagai cukup signifikan terhadap proses kebangkitan Islam di Malaysia. Mereka bukan sahaja tangkas berpolitik malah corak pemikirannya juga tersangat progresif. Dan, kehadiran kelima-lima tokoh ini dalam pelbagai zaman adalah satu hal yang amat membantu ke arah menyerlahkan lagi era kegemilangan PAS. Dan, salah seorang dari yang kami maksudkan ialah Tok Guru sendiri.


Semenjak era dwitunggal Dr. Burhanuddin Helmy dan Zulkifli Muhammad, tidak pernah PAS dapat menonjolkan satu wawasan politik yang berprinsip dan pragmatik, yang sekali gus mengetepikan dialektika oposisi yang sering kali terlabel pada setiap gerakan pembangkang. Namun kehadiran langsung Tok Guru selama lebih satu dasawarsa dalam pentas politik eksekutif tanah air, sekurang-kurangnya berjaya mengubat rasa kerinduan kami terhadap kepimpinan gandingan dwitunggal tersebut. Apatah lagi Tok Guru dapat berganding baik dengan dua teman akrab yang telah pergi; Fadzil Noor dan Yusof Rawa.

Tok Guru yang dikasihi,
Gayamu yang bersahaja, tetapi cukup berseni. Berbekalkan kemahiran logika dan citra tasawuf, Tok Guru bukan sahaja mengukuhkan keyakinan perjuangan PAS sebagai wadah islami, malahan Tok Guru turut berjaya menambat hati-hati yang dahulunya agak sinikal dengan perjuangan PAS. Dan, pelengkap kepada keistimewaan Tok Guru ialah sikap Tok Guru sendiri yang sentiasa mendahulukan Islam daripada PAS itu sendiri. Tok Guru lebih rela PAS berkubur asalkan Islam terus hidup dan menyinari kehidupan beragama di kalangan khalayak. Pada kami, inilah sikap teladan yang harus disemai dalam setiap struktur serta mentaliti pimpinan dan ahli parti. Percayalah, sesebuah organisasi hanya mampu untuk terus bertahan jika sentiasa ada proses muhasabah di samping kembali memposisikan haluan gerakan sesuai dengan bahasa dan aspirasi zaman.


Kami yakin dan percaya, jika pandangan di atas dibaca, maka Tok Guru tentunya rimas. Malah, tidak mustahil ada di kalangan mereka yang akan menyifatkan kami mahu menambat hati Tok Guru, meskipun kami sendiri tidak tahu apa ganjarannya yang akan kami perolehi. Apa pun itulah realiti positif dewasa ini buat Tok Guru. Namun di sebalik realiti positif di atas, ada khabar kurang enak buat Tok Guru untuk kami kongsi di sini (mungkin juga boleh jadi khabar enak pada Tok Guru). Kami kira Tok Guru lebih sudi untuk mendengar realiti ini dari yang sebelumnya; kerana realiti ini mengajak kita menyelami kelemahan diri lalu bangkit ke arah menjadikan PAS sebagai gerakan islamis yang unggul dan bakal dikenang dalam sejarah dunia!

Tok Guru yang dikasihi,
Dewasa ini kami melihat bibit-bibit perpecahan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri di Kelantan. Organisasi Serambi Makkah; negeri kebanggaan kami mula menunjukkan keretakan serta terhakisnya perpaduan dalam budaya kerja. Sebagai insan yang sangat cintakan perjuangan Islam yang humanis, kami dapat rasakan bahawa terdapat perpecahan ketara dalam aliran pemikiran mereka-mereka yang dalam madrasah politik Tok Guru ini. Ada di kalangan mereka di lihat begitu terpengaruh dengan fahaman dan pemikiran talebanisme (juga wahabisme) yang kami sebelum ini kerap kali tegas menyatakan bahawa ia adalah fahaman yang berbahaya serta mengancam keharmonian dan toleransi demokratik yang ada dalam masyarakat. Namun di satu sisi lain, wujud barisan pemimpin yang tampil dalam bentuk kerja yang progresif – seumpama Tok Guru sendiri! Mereka memperbanyakkan kerja secara efisien sambil mengurangkan birokrasi dan pencak politik. Memang tidak dapat dinafikan, masing-masing ada kelemahannya termasuk barisan ini. Namun, mana ada insan biasa yang sempurna! Tanpa ada niat untuk berkempen buat mereka, karakteristik kepimpinan Husam Musa dan Nik Amar jauh lebih baik dari mereka yang berstatuskan ulama’ semata-mata, tetapi gagal mengurus pentadbiran secara cekap. Bahkan mereka bukan sahaja gagal dalam menjalankan fokus pentadbiran, malahan turut gagal untuk membangun pemikiran ummah yang dinamik dan progresif seperti mana yang dianjurkan oleh Islam.


Tok Guru yang dikasihi,
Kami bukanlah mahu mengemukakan idea Islam progresif mahupun Islam liberal. Apatah lagi ia pastinya membawa konotasi kepada dialektika Islam Hadhari yang diprakasai oleh UMNO. Kami tiada niat sedemikian. Cuma apa yang kami harapkan agar budaya “mencari kebenaran dan hikmah yang hilang” terus disemai dan dibajai dalam perjalanan organisasi kerajaan negeri. Janganlah ada yang menjadikan kerusi dalam tampuk kerajaan negeri sebagai tempat untuk bersenang-lenang!


Tok Guru yang dikasihi,
Daripada terpecahnya aliran pemikiran dalam kepimpinan PAS Kelantan (sama ada kepimpinan teras mahupun pemuda), maka timbullah pula masalah ketidaksefahaman dalam menguruskan organisasi negeri. Muktakhir ini, elemen-elemen ini semakin ketara dapat kami perhatikan. Kebanyakan Exco kerajaan Negeri lebih gemar melakukan kerja tanpa ada satu orientasi arahan, sekali gus menzahirkan satu kekosongan kepimpinan mutlak. Maafkan kami Tok Guru, jika kami katakan di sini bahawa Tok Guru agak kurang ‘cakna’ tentang hal ini! Rentetan daripada keadaan inilah yang mendorong kepada budaya kerja ‘one man show’ dan mentaliti ‘buat kerja masing-masing’. Kami tidak tahu sejauh mana Tok Guru telah berperanan dalam memperbetulkan keadaan ini. Sebagai orang tua sekali gus Ketua Eksekutif negeri, Tok Guru sepatutnya dapat mengatasi ketidakseragaman tindakan di kalangan Exco ini dengan keutuhan arahan. Kami yakin dan percaya, masalah ini akan menjadi lebih rumit dan parah jika disusuri pula mutu-kerja wakil-wakil rakyat PAS di Kelantan. Pada kami, ada di kalangan mereka didapati tidak layak untuk mentadbir dan memimpin masalah perkhidmatan rakyat. Ringkasnya, mereka langsung tidak berkeupayaan untuk menjadi wakil rakyat yang berguna lagi berkesan! Memang benar, mereka semua ikhlas, tapi ia masih belum lagi dari mencukupi. Keikhlasan tanpa disertai kecekapan tidak akan mencapai kejayaan. Ingatkah lagi kita akan kata-kata masyhur Saidina Ali ‘setiap kebathilan yang tersusun, boleh mengatasi kebenaran yang tidak tersusun”. Apa yang rakyat mahukan kini ialah kecekapan perkhidmatan dan usaha giat bagi berbakti pada nusa bangsa, lebih-lebih lagi mereka yang marhaen dan melarat hidupnya!


Tok Guru yang dikasihi,
Ada beberapa saranan kami buat tatapan Tok Guru. Maaf sekali lagi jika apa yang kami nyatakan ini akan di katakan dianggap senada dengan UMNO/BN. Tok Guru telah pun memimpin eksekutif negeri lebih dari satu dasarwarsa. Lazimnya, pemerintahan eksekutif dalam tempoh yang lebih lama akan mengundang kepada ketidakcekapan dan pengabaian. Ia boleh berlaku tanpa kita sedari. Pada hemat kami, Tok Guru mempunyai potensi besar bagi membangun spiritual Muslim di Malaysia. Tok Guru boleh memimpin dan membangun keperibadian islami di kalangan anak-anak bangsa kita agar mereka menjadi Muslim yang semarak menegakkan panji-panji keadilan dan melawan sebarang kezaliman! Mudahnya, Tok Guru adalah lebih layak menjadi bapa bangsa yang religious berbanding menjadi seorang eksekutif! Bersama-sama Tok Guru telah pun tersedia generasi pelapis yang sangat berkualiti, yang sebelum ini sangat sukar untuk diperolehi. Justeru, mari kita ketepikan dahulu sinonim kepimpinan negeri atau parti yang mesti diterajui oleh ulama’. Pandangan bahawa hanya ulama’ sahaja yang mesti memimpin adalah sangat tidak relevan! Dalam konteks apa ulama’ mesti memimpin? Ulama’ yang bagaimana? Adakah ulama korup juga boleh memimpin? Sudah tentunya Tok Guru turut tidak bersetuju seperti juga kami!


Tok Guru yang dikasihi,
Ulama’ ada peranannya seperti juga mereka yang non-ulama’. Lebih-lebih lagi kita disempitkan pula dengan pemaknaan istilah ulama’. Tidakkah mereka yang bukan dari aliran pendidikan agama formal tetapi mempunyai kemahiran agama yang tinggi serta mampu mendiskusi pemasalahan semasa secara progresif, juga boleh digelar ulama’? Tentu sekali! Maka, polisi kepimpinan ulama’ wajar ditekuni semula agar ia tidak dieksploitasi oleh individu-individu yang mementingkan hegemoni dan dominasi diri mereka. Jangan biarkan polisi kepimpinan ulama’ ditakrifkan dalam kerangka yang anti-progresif!


Tok Guru yang dikasihi,
Bicara kami mungkin usai di sini. Namun ada tinta terakhir buat renungan kita bersama. Tok Guru tidak perlu menoleh lagi untuk mencari-cari pilihan yang ada. Di hadapan kita ini ada anak-anak muda yang mampu mengisi posisi eksekutif. Mereka bukan sahaja berbakat dan berkredibiliti profesionalisme, tetapi mereka turut terlatih dalam madrasah perjuangan islami. Kami yakin dan percaya, mereka mampu memainkan peranan yang terbaik bagi mengisi teraju kepimpinan negeri yang sudah boleh Tok Guru tinggalkan. Lebih menguntungkan, kini mempunyai dua generasi yang berwibawa; generasi Husam Musa, Nik Amar, dan generasi pemuda negeri yang berfikiran progresif. Mereka inilah yang perlu diberi peluang dalam detik-detik keemasan ini. Ya, memang berat untuk menuntut Tok Guru berundur dan merubah fokus gerak-kerja Tok Guru. Tetapi cukuplah jika kami ungkapkan di sini sebagaimana tokoh sanjungan Tok Guru sendiri - Ayatollah Ruhollah Khomeni – meskipun dia yang mengerakkan revolusi sehingga berjaya meraih hasilnya, namun citranya sebagai pemimpin spiritual mengatasi posisi eksekutif yang ditawarkan kepadanya. Dan, kami di sini sangat-sangat mengharapkan agar Tok Guru agar menuruti jejak langkah pahlawan revolusi kita itu. Pedulikan desakan mereka yang tiada mempunyai ensesi ruhi!


Sekali lagi Tok Guru yang dikasihi,
Maafkan kami anak-anak muda ini, jika Bicara di atas tidak disenangi. Apa pun, kami sangat sayangkan Tok Guru, tetapi inilah cara kasih kami….


Sekian, salaam dari kami – UmmahOnline Team!

ummahonline@yahoo.com
http://www.ummahonline.cjb.net" title="http://www.ummahonline.cjb.net" target="_blank"http://www.ummahonline.cjb.ne... - 11.01.2005

 
Puteri Umno Membolot Duit Bantuan Kepada Kami
01.07.05 (11:10 am)   [edit]

Assalamualaikum,


Pada awalnya kami mangsa-mangsa malapetaka Tsunami berterima kasih ke atas bantuan yang ditunjukkan oleh Puteri Umno kerana pada mulanya kami merasakan mereka menolong kami dengan penuh ikhlas.

Akhirnya, tembelang mereka pecah apabila kami mendapati bahawa mereka datang membantu kami dengan dibayar gaji sebanyak RM20 sehari untuk mencuci rumah-rumah mangsa daripada duit bantuan tsunami.

Kami amat pilu dengan sikap menangguk di air yang keruh yang ditunjukkan oleh Puteri Umno kerana kami sendiri para nelayan telah hilang mata pencarian sehinggakan hendak mendapatkan sebanyak RM20 seharipun agak sukar di masa-masa yang akan datang.

Kami mengharapkan mana-mana pihak termasuk Puteri Umno pulanglah ke kampung halaman masing-masing sekiranya tidak ikhlas menolong kami di sini.
Bagi kami, lebih baik jika Puteri Umno meneruskan kerja mereka di kilang daripada membolot duit bantuan Tsunami untuk membayar gaji anda.


Perbuatan Puteri Umno ini wajarlah diambil iktibar oleh semua pihak memandangkan ianya hanyalah merupakan sejenis perbuatan yang memalukan bangsa dan negara.

Mohd Saad Othman
Mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah  - 07.01.2005

 
KEADAAN DI ACHEH SUNGGUH MENGAZABKAN!
01.07.05 (11:09 am)   [edit]
Acheh, Indonesia. Dengan bahasa apakah yang boleh saya gambarkan keadaan di Acheh pada hari ini? Tidak ada bahasa dan tidak ada kata-kata yang tepat untuk diucapkan sebagai menggambarkan situasi di Acheh pada hari ini. Semuanya tidak tepat dan lengkap!

Begitu juga kalau diambil gambar atau visual, sejuta keping pun tidak mampu menceritakan keadaan sebenarnya. Demikian juga kalau dilukis (yang tentunya menggunakan kanvas paling panjang di dunia), ia tidak boleh memberikan gambar sebenarnya.

Paling tepat dan sesuai ialah datang sendiri ke daerah ini melihat dengan mata, telinga, hidung dan mulut sendiri. Mungkin dengan cara itulah gambaran yang tepat boleh dirasakan. Kalau pun kita tidak berdaya untuk menjelajah ke seluruh Acheh, tetapi cukup hanya di sekitar Banda (bandar) Acheh sahaja. Di sini sudah cukup memberi cerita duka dan menyayukan hati. Di sini sudah dapat kita membayangkan betapa azabnya kejadian pada 26 Disember lalu.

Cuma apa yang perlu ditambahkan, kalau kita merasakan di Banda Acheh ini sudah cukup menyayatkan hati, apa yang berlaku dan dialami penduduk di Meulaboh lagi menyayatkan! Kerana seluruh penduduk di situ hampir menjadi mangsa bencana itu.

Kenapa anda perlu datang? Kerana dengan mata kita akan melihat puing-puing kehancuran Banda Acheh. Dengan telinga kita dapat mendengar rintihan dan rayuan penderitaan rakyatnya yang menjadi mangsa tsunami. Anak-anak kecil kehilangan ibu dan bapanya sedang merengek dan merintih kesayuan menagih simpati dan makanan. Mereka kehilangan arah dan menghadapi trauma yang menyeksakan.

Semuanya di dalam keadaan bermurung durja. Mereka seolah-olah mayat hidup dan perasaannya hilang ditelan ombak. Air mata mereka semuanya sudah kering, tidak ada apa lagi hendak ditangisi. Jiwa dan seluruh hidup mereka hancur. Mereka sangat mengharap bantuan daripada kita semua.

Sementara itu puluhan khemah mangsa pengusian didirikan di kiri kanan jalan. Mangsa menjadikan apa juga tempat untuk berlindung. Di mana ada rumah buruk, bangunan usang, masjid dan sekolah di situlah mereka berhimpun, menumpang teduh. Masa depan mereka juga sangat samar dan kelabu. Datanglah…

Dengan hidung pula dapat kita menghidu bau hanyir dan hangit mayat yang masih bergelimpangan walaupun kejadian sudah berlalu lebih seminggu. Bau yang memabukkan itu menyumbak ke dalam telinga. Menjadikan kita loya, dugal dan akhirnya akan berakhir dengan muntah angin.

Datanglah! Saya menyeru anda sekalian untuk melihat sendiri bagaimana kemusnahan kota Acheh. Kota di mana menjadi tapak tamadun Islam di Nusantara ini. Datang melihat bagaimana penderitaan rakyatnya yang menjadi mangsa. Dan bagaimana ‘keharuman’ bumi yang dibakar dengan bedalan ombak jahat lagi ganas bernama tsunami itu.

Datang, datanglah untuk menginsafkan diri betapa diri kita yang kita rasa hebat, bertuah, kaya, bijak dan sebagainya ini sebenarnya tidak mempunyai apa-apa.

Dalam pengamatan saya boleh dikatakan seluruh bandar Acheh musnah. Semua urusan kehidupan terhenti. Pentadbiran kerajaan Acheh juga mati. Bangunan tinggi pejabat kerajaan retak kerana gempa bumi, manakala bangunan rendah rumah dan sebagainya habis dipukul gelombang. Semuanya berselerakan pecah dan berderai, bagaikan kaca terhempas ke batu.

Jalan-jalan raya pula habis ditimbus oleh selut hitam (lahar) yang dibawa oleh ombak. Hanya ada lorong untuk laluan motorsikal dan laluan pejalan kaki yang dibina oleh pasukan penyelamat. Sesetengah jalan raya masih boleh dilalui hatta oleh motorsikal.

Di satu kawasan Kampung Keramat, para pembantu sukarelawan tidak dapat masuk langsung kerana keadaan sungguh mengazabkan. Mayat membengkak dan berulat bergelimpangan dan mengeluarkan bau yang tidak boleh hendak dibayangkan.

Sesiapa sahaja melalui di situ akan loya dan muntah dan ada yang pengsan.

Mungkin lukisan ilusi ini melampau tetapi itulah yang terjadi kepada saya sendiri. Sebahagian mayat-mayat itu sudah pun diangkut. Yang tinggal adalah mayat yang di dalam longkang dan di celahan batu yang sukar untuk dicungkil dengan tangan. Keadaan menjadi semakin susah dan terbiar apabila alat seperti ‘pencakup’ dan sebagainya sangat kurang malahan ketiadaan langsung.

Melihat kepada kemusnahan itu saya merasakan pembangunan semula Acheh memakan masa yang panjang. Setidak-tidak 30 tahun untuk mengembalikan sebahagian daripada landskap Acheh sebelum ini.

Bagaimana pun pembangunan manusia, pembinaan semangat rakyatnya tentu memakan masa yang lebih lama. Keseluruhan rakyat Acheh mengalami kejutan dan trauma, lantaran itu sudah ada yang bertekad untuk tidak lagi kembali tinggal di Acheh. Setengahnya rela meninggalkan sisa-sisa harta dan bersedia mati di tempat lain.

Buat masa ini (3 Januari 2005) mayat-mayat mangsa masih lagi belum habis dikutip dan dicari. Di celahan runtuhan bangunan, di atas bangunan, di atas dahan  kayu, mayat bersangkutan macam setinggan menjemur kain baju mereka di kawasan setinggan.

Di bawah runtuhan bangunan dan rumah yang ranap dilanda tsunami dan gempa masih lagi belum dibongkah!

Paling menyedihkan pemandangan di sepanjang sungai di Banda Acheh, berdekatan jambatan Melayu. Di sini mayat berterapungan persis ikan yang terkena tuba. Mayat bercampur dengan sampah sarap. Di anggarkan 1,000 mayat kedapatan di sini.

Sementara itu bantuan berupa makanan, minuman, pakaian dan kesihatan sudah mula tiba mencurah-curah. Pasukan sukarela dari segenap pelosok dunia sudah berada ada di Acheh. Semuanya berkhemah di suatu kawasan berdekatan terbangan Sultan Iskandar Muda di sini. (Bersambung, insyaAllah).

Mohd Sayuti Omar - 06.01.2005

 
RTM RUGI MENTERI MENGELUH
01.07.05 (11:05 am)   [edit]

Menurut laporan BERNAMA hari ini Menteri Penerangan Kadir Sheikh Fadzir mengadu bahawa pendapatan RTM melalui iklan berada ditahap yang paling membimbangkan. Tambah beliau pendapatan dari iklan bagi stesen radio swasta lebih baik dari pendapatan kedua-dua RTM1 dan 2.


Kata beliau lagi RTM dijangka dapat memperbaiki kedudukan ini sekiranya rancangan-rancagannya mampu menarik lebih ramai penonton dan sekali gus memperolehi tempahan iklan yang lebih dari syarikat-syarikat swasta.

Mengapa jadi begini? Itu Pak Menteri tidaklah pula jelaskan secara terperinci. Berapa banyak kerugian yang ditanggung? Juga Pak Menteri tak ulas panjang lebar?

Yang jelasnya siaran di RTM yang TOTALLY berat sebelah, memuji dan memuja parti pemerintah dan kerajaan sehingga melangit tingginya memang tidak digemari rakyat. Apa pun siaran yang diterbitkannya sentiasa tidak lari dari agenda mengampu. Pastinya laporannya tidak pernah objektif.

Memang RTM perlu memilih satu antara dua sama ada mahu kekal sebagai lidah dan suara parti pemerintah dan pemimpinnya semata-mata ataupun mahu menjadi lebih objektif dan menyalurkan sumber dan maklumat seperti BBC, CNN dan Al Jazeera. Saya difahamkan sehingga drama swasta yang disiarkan oleh RTM pun hanya diberi kepada penerbit-penerbit kroni pihak tertentu, lantaran itu kualitinya tidak menentu, hambar dan tidak ditonton orang.

Siaran Debat Perdana baru-baru ini adalah satu contoh di mana RTM boleh dilihat bersikap terbuka dengan membenarkan suara semua pihak didengari. Kenapa tidak siarkan pula persidangan Parlimen secara langsung, berikan liputan berita yang adil, benarkan semua pihak yang mampu untuk menerbitkan drama swasta masing-masing ikut citarasa semasa barulah ada perubahan sikit.

Rakyat dah mual dan muak dengan siaran umpama Salam Pantai Timur, Bicara Islam (yang cuma menonjolkan ustaz-ustaz cari makan), Selamat Pagi Malaysia dan sebagainya yang hanya pandai mengipas pihak atasan tanpa ada ruang untuk menyalurkan luahan hati rakyat yang sebenar.

Selagi RTM dan Pak Menteri berada di takuk lama, yakinlah selagi itu pendapatan dari iklan untuk RTM akan terus merosot dan menjunam jatuh.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 07.01.2005

 
Puluhan Masjid di Aceh Tidak Terjejas
01.06.05 (11:33 am)   [edit]

BANDA ACEH: Berpuluh-puluh masjid masih berdiri teguh dengan kubah mereka terserlah di bawah sinar matahari, di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar di sini? satu fenomena yang menunjukkan kekuasaan Tuhan di samping seni bina yang bagus.


Kesan bencana tsunami di utara Sumatera, Indonesia 26 Disember lalu menyebabkan sebahagian besar rumah dan bangunan di beberapa bandar ranap akibat dihentam ombak besar.

Namun, di sepanjang pantai yang dilanda bencana, puluhan masjid masih berdiri teguh.

"Kekuasaan Tuhan menghalang masjid daripada ranap," kata Mukhlis Khaeran, yang menyaksikan ombak menghanyutkan rumahnya di Baet dekat sini, tetapi tidak menjejaskan masjid berdekatan.

"Dia menghukum kita kerana ketamakan serta keangkuhan, tetapi Tuhan akan melindungi rumahnya (masjid)," Khaeran memberitahu AFP, dengan lengannya cedera kerana bencana yang mengorbankan lebih 100,000 orang di Aceh.

Masjid adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat di Indonesia, terutama di Aceh, yang dianggap sebagai pintu masuk Islam ke negara kepulauan itu yang mempunyai paling ramai penduduk Islam.

Meskipun terbabit dalam perjuangan kemerdekaan sejak lama dulu, Aceh, yang sebahagian wilayahnya melaksanakan undang-undang syariah, terus menjadi wilayah utama penduduk Islam di Indonesia.

Kepercayaan keagamaan di Aceh serta sekitar Lautan Hindi diuji pada 26 Disember lalu apabila gempa bumi mencetuskan ombak besar yang melanda pantai dan memusnahkan kawasan terbabit.

Ketika sesetengah penduduk bercakap mengenai kemurkaan Tuhan, beratus orang berlindung di masjid dalam keadaan panik untuk lari daripada ombak ganas dan berdoa kepada Tuhan selepas bencana tsunami.

Di perkampungan Kaju, dekat sini, ratusan rumah musnah manakala masjid di kawasan terbabit hanya mengalami kerosakan dinding.

"Penduduk Aceh berkata masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa boleh merobohkannya melainkan Tuhan sendiri," kata Ismail Ishak, 42, yang menggali timbunan runtuhan rumahnya untuk mencari tujuh saudara maranya.

Di Pasi Lhok, kira-kira 20 kilometer dari pekan Sigli, utara Aceh, 100 orang yang lari berlindung dalam masjid selamat, manakala hampir setiap rumah di lima kampung sekitarnya ranap, kata imam besar kawasan itu, Teungku Kaoy Ali.

Di Meulaboh, pekan di barat Aceh yang terletak 150 kilometer daripada pusat gempa bumi yang mencetuskan ombak besar maut itu, 10,000 mati tetapi masjid di bandar itu tersergam di tengah-tengah kehancuran.

Seorang penduduk di sini, Achyar berkata, apabila beliau melihat ombak besar muncul dari laut, nalurinya menyatakan lari ke masjid berhampiran.

"Saya memanjat menara masjid dan memegang kuat kepada wayar elektrik sehingga air surut.

"Kebanyakan daripada rakan Cina saya lemas kerana mereka berlindung di tingkat dua kedai mereka," katanya.

Satu penjelasan yang diberi kenapa masjid tidak musnah adalah kebanyakannya dibina lebih kukuh daripada struktur lain.

Namun, sebuah masjid di Sigli dibina daripada kayu tetapi masih terselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah.

Masjid Baiturrahman di sini rosak sebahagiannya daripada gempa bumi dan tsunami, tetapi terbukti berguna sebagai tempat berlindung, hospital untuk rawat mereka cedera dan kini juga sebagai rumah mayat.  AFP


....

 


 


 


 


 


 


..


 


 


 


 


 


 


Taraknama69@yahoo.com
www.taraknama.cjb.net
www.e-online.cjb.net  - 05.01.2005

 
PEMUDA UMNO MASIH TERCUNGAP-CUNGAP
01.06.05 (11:16 am)   [edit]

Semalam rombongan Pemuda Umno dan Pemuda PAS bertembung di Pelabuhan Kelang apabila kedua-dua pihak berada di sana untuk mengirim bantuan kemanusiaan melalui KD Mahawangsa yang dijadualkan berlepas ke Banda Aceh lewat petang ini.


Khairy Jamaluddin dan Salahuddin Ayub bersalaman dan kemudiannya berpisah setelah menyerahkan bantuan masing-masing mewakili parti masing-masing.

Khairy semasa di sana sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN berkata Pemuda Umno akan menghantar FACT FINDING team seramai 10 orang ke Aceh untuk mengkaji keperluan mangsa tsunami di sana.


We want to find out what they really need because we don't want to give items that they already have.


10 orang itu kata Khairy akan dikenal-pasti dan dijangka berlepas ke Aceh kira-kira seminggu dua lagi.


PAS yang dhaif dan serba kekurangan dijangka menghantar rombongan perubatan kedua hari ini setelah misi yang pertama diketuai oleh Dr Syed Azman berlepas sejurus selepas kejadian. UMNO yang serba lengkap, gagah dan perkasa baru mahu mengenal pasti 10 orang dari kalangan mereka yang mahu ke sana. Kalau dah kenal kemudian kira-kira 14 hari pula lagi baru akan dihantar. Nanti berada di sana tak tahu berapa lama pula, barulah kemudian pulang ke tanah air untuk beri taklimat, pasti memakan masa yang panjang.

Di sana sebagaimana yang dilaporkan oleh misi pertama PAS termasuklah wakil CNN sendiri, tidak ada hotel antarabangsa, tidak ada pusat hiburan. Yang ada cuma bau mayat dan sisa bangunan dan rumah yang telah ranap. Tidur di lantai, makan-minum tidak sempurna, barangkali kerana itulah Pemuda Umno perlu mengambil masa yang lama sebelum bertindak sedangkan orang-lain telah bergegas ke sana.

Kalau demikianlah caranya, lebih baik Pemuda Umno bantu rakyat Malaysia yang terjejas sahaja, keperluan mereka pun masih banyak belum mencukupi, kerana kalau terlalu lambat hendak membuat keputusan, takut jadi bagai lebai malang, sana tak dapat sini pun tergadai.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 05.01.2005

 
Kenapa 26 Disember?....
01.06.05 (11:13 am)   [edit]

Berikut ialah email dari kawan watashi;


Dalam sejarah:
Pada 26 Disember 1932 gempa bumi berlaku di China yang membunuh 70,000 nyawa.
Pada 26 Disember 1939 gempa bumi berlaku di Turki yang membunuh 40,000 nyawa.
Pada 26 Disember 2003 gempa bumi berlaku di Bam yang membunuh 45,000 nyawa.
Pada 26 Disember 2004 gempa bumi berlaku di Sumatera yang membunuh lagi berpuluh ribu nyawa.


Juga tidak kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal-awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa. Adakah  semuanya ini 'coincidental'? Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan  mabuk dan berfoya-foya?  Pada pagi 26 Disember 2004, di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda.... Atau suatu azab kerana mengagungkan syirik?

Muramatsu
Japan - 05.01.2005

 
Ulama PAS Eksploitasi Dasar Kepimpinan Ulama’
01.05.05 (1:18 pm)   [edit]

Sebenarnya sudah lama saya teringin nak menulis mengenai kepimpinan ulama dalam PAS. Namun kerana tiada kelapangan hal itu terpaksa saya tangguhkan dahului, apatah lagi saya memang berhasrat untuk menulis secara terperinci mengenai isu yang rumit lagi kompleks ini.


Waima, melihat hangatnya perbahasan mengenai isu ini dalam media Internet, saya merasa terpanggil-panggil untuk menulis beberapa analisis spontan saya; dengan hasrat ia sekurang-kurangnya dapat menjernihkan semua kredibiliti institusi ulama yang dewasa ini seolah-olah digambarkan sebagai korup dan tidak berwibawa, lebih-lebih lagi dalam kasus PAS.

Terlebih dahulu saya menyifatkan diri saya sebagai seorang Muslim yang progresif dan modernis. Namun bukan dalam ertikata anti-konservatif atau anti-ulama’ seperti mana yang seringkali dikaitkan dengan golongan progresif dan modernis yang direstui oleh Uncle Sam. Amat penting juga saya menegaskan bahawa saya merupakan pendukung kuat kepada polisi kepimpinan ulama yang dicerminkan oleh PAS hasil dari adaptasi kejayaan revolusi Islam Iran 1979. Kejayaan revolusi ini sememangnya adalah hasil kerja kuat ulama-ulama yang hebat dan berwibawa seperti Khomeini, Baheshti, Muthahhari dan Taleqani. Memang benar, ulama dalam satu kelas yang sewajarnya kita hormati, justeru tidak patut kita mencemuh dan menghina mereka.

Namun begitu, penghormatan kita terhadap institusi mahupun individu yang dianggap berstatus ulama ini ada hadnya! Hadnya bilamana ada di kalangan ulama yang menggunakan institusi ulama demi memastikan dominasi kekuasaan diri dalam sesebuah organisasi yang diterajuinya. Untuk itu mereka menghimpun firman Allah, Sabda Rasulullah serta pandangan ulama-ulama salafi sebagai memperkuatkan hujah dominasi mereka. Mereka juga sentiasa cuba mentafsirkan dimensi ulama dalam Islam menurut selera dan posisi mereka – demi survival politik mereka. Sebab itu saya tidak hairan jika ada di kalangan ulama yang boleh terseret dalam soal KKN (Korupsi-Kronisme–Nepoti sme).

Saya yakin dan percaya, Presiden PAS bukanlah ulama yang seperti itu. Begitu juga Tok Guru Nik Aziz yang saya anggap sebagai ulama klasik yang berjiwa
progresif dan memahami bahasa zaman. Pada saya mereka telah menampakkan keikhlasan dalam perjuangannya, meskipun keikhlasan tersebut adalah hal yang Allah pendamkan untuknya sahaja. Kendatipun, ada beberapa individu yang digelar berstatus ulama di dalam PAS yang mempunyai ciri-ciri yang saya gambarkan bobrok. Mereka mendakwa kononnya memperjuangkan keadilan, sebalik merekalah yang melakukan kezaliman dan mengaut laba peribadi.


Izinkan saya mengemukakan beberapa contoh yang lama terpendam dalam dada saya, yang baru kini diluahkan. Pertama ialah ‘Datuk’ Ustaz Harun Taib (saya quote-kan datuk sebab satu masa dahulu beliau pernah menghina mereka yang menerima gelaran datuk, tapi kini beliau sendiri yang memakai dan menerimanya). Sepanjang beliau memimpin Dewan Ulama PAS, beliau tidak pernah untuk cuba membuka satu generasi yang boleh mewarisi kepimpinan panjangnya, hinggakan tidak pernah lahir mereka yang boleh mengambil alih kepimpinan beliau. Belia lebih menampakkan sebagai one man show atau dialah segala-galanya. Seperti kata teman saya, “Ustaz Harun Taib lebih sesuai untuk duduk kampung, dan ajar fikah terhadap orang kampung aje, jangan masuk Bandar, kalau tidak rosak masyarakat”. Harun Taib juga adalah contoh ulama yang tidak pandai bergaul, suka mencemuh dan membodohkan orang lain. Beliau berfikir dan bertindak seolah-olah beliaulah lebih pandai dalam segala aspek. Pernah saya dimaklumkan oleh teman saya yang bekerja di Wisma Darul Iman semasa di bawah pemerintahan PAS, Harun Taib telah mengarahkan pegawai kewangan negeri agar meluluskan rombongan keluar negara bersama dengan kroninya. Tetapi bila Pegawai Kewangan Negeri jawab bahawa kita tak ada budget, beliau membentak dengan mendakwa “saya ini pakar ekonomi, tahulah saya menguruskannya”. Begitulah lagak seorang ulama yang keras kepala persis macam Paul Keating!

Demikian juga Hasan Shukri, yang mendapat jawatan senator setelah berjaya meleraikan perbalahan dalam menentukan siapa Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya 1999. Hasil kejayaannya mendamaikan Harun Taib dengan Ustaz Hadi, maka dapatlah jawatan senator itu sebagai hadiah dari kerajaan PAS Terengganu. Kalau tak percaya cakap saya sila tanya secara jujur dengan seluruh AJK PAS Pusat. Mereka semua mengetahuinya! Memang orang yang melingkupkan Kohilal ini tidak layak menjawat ‘orang nombor dua’ dalam PAS. Apatah lagi, jawatan tersebut diperolehi selepas melanggar keputusan majlis syura yang menetapkan Haron Din sebagai satu-satunya calon Timbalan Presiden. Jadi macam mana nak suruh ahli supaya wala’ sedangkan Timbalan Presiden sendiri yang tidak wala’! Secara tradisi dan sinonim saya menyifatkan Hasan Shukri ini baik, tetapi baik untuk diri dia sendiri sahaja. Pernah beliau menjadi pengerusi sebuah masjid, tetapi selama beliau menjadi pengerusi beliau tidak pernah bercambahnya ahli-PAS dalam jawatankuasa masjidnya. Memang benar, beliau sebaik-baiknya menjadi pengikut parti yang setia sahaja, bukannya pemimpin!

Satu lagi kes ialah mengenai Azizan Razak, beliau menggunakan Markaz PAS sebagai rumahnya sendiri, walhal rumah markaz tersebut bukannya miliknya. Tetapi kerana ‘busuk hati’ dan ‘bahlol’ (saya terpaksa gunakan perkataan ini kerana pada saya mereka ini bukannya ulama tetapi diktator, dan pada saya juga seorang kafir yang demokratik lebih Islam dari seorang Muslim yang diktator!), beliau bermukim terus di situ! Itulah Azizan Razak! Manusia yang sering bercakap kasar dan sombong diri!

Saya sebenarnya teramat sangat untuk menulis lagi, tetapi cukuplah buat waktu ini sambil menunggu sanggahan-sanggahan dari para pembodek-pembodek PAS atau juga dari mereka yang sangat husnu-dzan dengan para ulama-ulama bobrok ini meskipun ulama ini sedang menipu kita semua! Ingin sekali lagi saya tegaskan bahawa selagi manusia-manusia seperti Harun Taib, Azizan Razak dan Hassan Shukri berada dalam hierarki PAS, maka selagi itulah PAS tidak dapat pergi lebih jauh seperti mana yang telah dicapai oleh beberapa gerakan Islam yang lain umpama; PKS, Ikhwanul Muslimin dan Hizbul Muslimin (Gunong Semanggol). Mereka ini telah mencemar nama baik Revolusi Islam Iran 1979, dan mereka inilah juga yang mengeksploitasi dasar kepimpinan ulama bagi memuaskan nafsu ‘bodoh’ mereka. Maafkan saya, jika saya melepaskan kegeraman saya dengan cara sebegini, tetapi itulah realitinya. Harap ada yang dapat menarik saya kembali ke pangkal jalan (kembali ke naungan keharunan, keshukrian dan keazizanan!).

Said Jubair - 04.01.2005

 
Tsunami: Petugas Umno Mengaut Keuntungan
01.04.05 (9:00 pm)   [edit]

Malaysia Today: Isnin 3 Januari, 2005
Oleh Zulkifli Mohamed


TELUK KUMBAR- 1 Januari : Ketika negara dirundung kesedihan kerana tragedi tsunami yang melanda, Malaysia Today dimaklumkan ada segelintir petugas sukarela yang membantu mangsa tsunami telah mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

Menurut Badrul Hisham Shaharin (gambar, kiri), Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, ada segelintir petugas daripada Puteri Umno telah berpakat dengan peniaga memalsukan resit belian barangan yang dibekalkan untuk keperluan mangsa tsunami.

Dakwanya, ada barangan yang sepatutnya berharga murah tetapi telah digandakan harganya melalui resit yang dikeluarkan.

“Ini bukti jelas, ada penyelewengan dalam pengagihan bantuan dan peruntukan yang dikendalikan oleh para petugas Umno. Ini baru pengagihan peringkat bawahan.” katanya.

Beliau menjelaskan demikian, selepas program gotong royong Angkatan Muda PKR membantu membaikpulih rumah salah seorang mangsa tsunami, Arif Ariffin di Teluk Kumbar, Sabtu.

Menjawab soalan, ketiadaan bilik gerakan PKR di pusat-pusat petempatan mangsa tsunami seperti mana diwujudkan oleh Wanita Umno dan Puteri Umno, Badrul menjelaskan,

“Angkatan Muda telah menghantar tawaran ke Jabatan Perdana Menteri melalui emel Perdana Menteri sendiri. Kita tawarkan tenaga sukarelawan dan barangan yang dikumpul untuk kita gerakkan sekali dengan jentera kerajaan bagi membantu mangsa tsunami, tetapi sehingga ke hari ini tiada jawapan.”

Sehubungan itu, beliau melahirkan kekesalan kerana Umno mempolitikkan tragedi ini . Menurutnya, kerajaan sepatutnya menjadikan contoh kesanggupan kerajaan Indonesia bekerjasama dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan Kerajaan India yang sanggup bekerjasama dengan Tentera Pembebasan Tamil Elam untuk membantu mangsa di negara berkenaan atas dasar kemanusiaan.

Katanya,
“Umno hendak menunjukkan seolah-olah mereka sahaja yang membantu mangsa tsunami. Sepatutnya, persoalan kemanusiaan dan kemusnahan negara diutamakan untuk membantu rakyat yang ditimpa bala bencana.”

Beliau juga berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua keluarga mangsa, seperti dilakukan kerajaan pimpinan Thaksin kerana kegagalan kerajaannya memberi amaran awal tentang ancaman tsunami kepada rakyatnya.

Badrul berharap kerajaan akan menjadikan tragedi tsunami sebagai pengajaran. Alat pengesanan amaran gempa, meskipun kosnya tinggi perlu dipasang di perairan negara untuk menjamin keselamatan dan nyawa rakyat pada masa depan.
 

“Tiada kompromi dalam masalah nyawa,” tegasnya.

Sementara itu, Fariz Musa (gambar, kiri), Exco Angkatan Muda PKR yang turut menyertai program gotong royong itu, melahirkan keyakinan bahawa bantuan yang disalurkan melalui Umno tidak akan diagihkan secara telus, adil dan saksama.

“Apabila kerajaan menggunakan jentera Umno Bahagian, Cawangan, Wanita, Puteri, JKKK dan seumpamanya, sudah pasti bantuan tidak akan dapat disalurkan secara menyeluruh kerana mereka akan bertindak secara pilih kasih,”
katanya.

Menurutnya, “Umno akan cuba memastikan bahawa aktiviti PKR dan BA membantu mangsa tsunami disembunyikan daripada pengetahuan umum, agar hanya kerajaan BN sahajalah dilihat kerajaan terbaik dalam usaha membantu mangsa-mangsa.”

Sementara itu, Amizudin Ahmat, Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, yang mengetuai program gotong royong di Teluk Kumbar itu, melahirkan terima kasih kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan melalui Angkatan Muda Negeri. Menurutnya, sebuah bilik gerakan mangsa tsunami telah ditubuhkan oleh Angkatan Muda Pulau Pinang di Kampung Sungai Batu di sini.

Turut hadir dalam program itu, Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Zarerah Hanim, Nurin Aina Abdullah, Mohd Rofi Osman; Ketua Bahagian Bukit Bendera, Aminah Abdullah; Exco Wanita Pusat dan Aidi Rafizul Idrus; Bendahari Angkatan Muda Bukit Mertajam.

Siaran - 03.01.2005

 
Ke Mana Perginya Duit Untuk Mangsa Tsunami?
01.04.05 (8:58 pm)   [edit]

Saya baru sampai ke Kuala Lumpur jam 6 pagi tadi (3 Jan.), selepas 3 hari berada di beberapa tempat kejadian yang dilanda bencana Tsunami. Keadaan amat mengerikan.
 
Terima kasih kepada para penyumbang yang menyumbang perbagai bentuk sumbangan. Saya telah pergi dengan lori yang penuh dengan bantuan. Bantuan yang saya berjaya kumpulkan dan telah disalurkan ialah kain baju, beras, minyak masak dan saya berjaya kumpulkan sumbangan wang berjumlah RM100 itu pun saya telah serahkan RM50 kepada dua keluarga yang benar- benar susah.
 
Apa yang berlaku benar - benar berlainan dari yang dilaporkan media perdana. Contohnya semalam ketika keADILan membuat gotong royong perdana di Kg. Pulau Betong dan Kg sungai batu, mereka belum dapat bantuan lagi pun. rumah mereka musnah sama sekali, di Kg Pulau Betong ada 10 rumah Melayu dan 15 buah rumah Tionghua terlibat teruk. sampan mereka semua pecah, mereka juga dilarang turun ke laut.
 
pada peringkat awal perkampungan ini seolah-olah dilupakan sehinggalah lawatan Sdr. Anwar Ibrahim dan hanya selepas lawatan Anwar Kg. tersebut diterpa oleh beberapa orang menteri bersama wartawan. tetapi tanpa bantuan yang ada hanya bantuan makanan seperti beras dan lain-lain. sehingga petang semalam mereka (termasuk keluarga Tionghua ini) cuma dapat bantuan RM 200 dari pusat zakat pulau pinang.
 
Mana peruntukan puluh juta yang diluluskan oleh kerajaan? Tolong segerakan! Tak perlu tunggu menteri sampai barulah nak sampaikan cek sebesar pintu...........
 
Suasana di tempat kejadian seolah-olah dah jadi seperti pilihan raya Puteri,Pemuda dan Komponen BN yang lain sibuk buka bilik gerakan dan bawa pemimpin melawat kawasan dengan wartawan, tabur janji manis. mana bantuan puluh juta tidak disalurkan.
 
Anak-anak nelayan ini telah dilarang turun ke laut, mereka jadi model untuk keluar di dada media tapi seolah-olah BN banyak membantu.
 
Saranan kepada pemimpin BN tolong jangan politikkan bantuan ini. Bantuan tersebut adalah dari duit kerajaan bukan duit parti politik atau dikumpulkan dari orang ramai yang ikhlas membantu.
 
Kami juga telah terjumpa beberapa bukti penyelewengan bantuan telah dilakukan oleh puteri Umno yang menaikkan harga barangan (dalam bil) bantuan yang dibeli untuk memperoleh duit lebihnya. BN boleh buka bilik bantuan mereka dalam kawasan sekolah tetapi pihak lain (BA) tidak mendapat peluang yang sama, sedangkan dari segi bantuan tanyalah penduduk terlibat mereka sendiri melihat ketika pemimpin UMNO melawat dengan cara bawa wartawan untuk bergambar, pemimpin BA bertungkus-lumus membancuh simen bina rumah mangsa semula.
 
Jangan biarkan anak-anak nelayan ini mati kelaparan.
 
Malam ini Angkatan Muda (saya) akan turun sekali lagi untuk menghulurkan bantuan dengan selori bahan makanan. Selain itu jentera kita akan teruskan usaha gotong royong bina rumah mangsa dan masak untuk makanan keluarga mangsa.
 
Sesiapa yang masih sudi untuk menghulurkan bantuan, kami bagi pihak mangsa merayu bantuan dalam pelbagai bentuk.... lampin bayi, makanan (beras, minyak, susu, susu bayi) dan bantuan kewangan.
 
Badrul Hisham Shaharin (chegubard)
28 Disember 2004

 
Tsunami oh Tsunami
01.02.05 (8:04 pm)   [edit]

Oleh Salim Hashim


Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati

Tsunami telah datang dan pergi, tapi tidaklah sampai seteruk zaman Nabi Noh atau Lut alaihissalam. Kejadian 'ombak besar' adalah sebagai amaran awal atau bala dari Allah s.w.t., PM Malaysia berkata akan mengadakan Sistem Penyampaian Maklumat Awal secepat mungkin. Tetapi lupakah kita Allah s.w.t. telah berfirman lama dah di dalam Al-Quran supaya jangan membuat onar dan kerosakan bumi anugerahNya! Laut dan pantai, bukit-bukau di Malaysia dinodai semahu mungkin, kebinasaan yang dihalalkan demi kemajuan kononnya, tetapi sebenarnya ialah memperkayakan diri dan kroni demi mengejar kebendaan dan kemewahan semata-mata.

Laut dan pantai ditambak demi pembangunan, yang sepatutnya dijaga dan dijadikan Allah untuk kebahagiaan manusia menggunakannya, bukit-bukau juga ditarah gondol yang juga untuk umat manusia, tapi habis semua disalahgunakan dan dibinasakan, akibatnya samalah seperi kejadian tanah runtuh, kejadian Highland Towers dan banyak lagi bala menimpa sebab kebiadaban manusia sendiri terutama pemimpin-pemimpin UMno/BN yang gila dan tamakkan harta dan kuasa di Malaysia ini, pemberian Allah dikhianati demi tembolok dan kroni.

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya yang bersekongkol dengan UMno/BN membuat projek-projek di sekitar pantai dan bukit, contohnya penambakan pantai di Tanjong Tokong yang diberi pada kroni Umno Bukit Bendera Ahmad Ismail dan Rashid dari UMno Jelutong yang baru saja digantung kes rasuah politik, kampung-kampung Melayu sekitar Tanjong Tokong, Tanjong Bunga, Batu Ferringgi, Telok Bahang juga sebelah Balik Pulau pula angkara Hilmi Yahya, juga orang kuat UMno! Mereka-mereka ini merosakkan tempat-tempat Melayu atas dasar mahu kemajuan kononnya, dengan lampu hijau dari Ketua Menteri Pulau Pinang yang biadab tetapi menunjukkan kesopanan yang baik bila berhadapan dengan orang-orang Melayu. Amat mudah Melayu ditipu! Semua ini menyukarkan pada bangsa Melayu tetapi keuntungan pada kaum kapitalis.

Penambakan di pantai Tanjong Tokong (seperti juga di Jelutong) harus dihentikan serta merta, kita juga akan memanjangkan perkara ini pada PM Malaysia, sebelum kita menerima azab yang mungkin datang dengan lebih teruk pada negara tercinta.

Kebejatan pemimpin-pemimpin UMno/BN telah terlalu lama bermaharajagila, sejak lapan tahun lalu di Pulau Pinang bersekongkol dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap tanah-tanah orang Melayu terutama di Kampong Makam yang sehingga kini masih tidak diambil tindakkan walau telah menerima beberapa laporan termasuk kepada BPR, Polis juga kementerian-kementerian yang berkenaan. Bukan saja Kampong Makam malah sekeliling Pulau Pinang boleh dilihat pengkhianatan mereka-mereka ini. Mandat yang diberikan Orang Melayu dipersia-siakan malah dikhianati terus. Badan-badan yang sepatutnya bertindak seperti BPR diam seribu bahasa seperti makan gaji buta, apakah terjadi atas segala laporan-laporan yang mereka terima? Atau ada tangan-tangan ghaib yang membonekakan mereka? Kita akan memanjangkan perkara ini selagi tiada sebarang tindakan.

 Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar

Salim Bin Hashim
Anak Jati Kampong Makam Tuan Guru Haji Kassim
Jalan Datuk Keramat
Pulau Pinang
02.01.2005/21 Zulkaedah1425

 
Tuduhan Ahli PAS Memaksumkan Ulamanya - Kalian Jangan Kurang Ajar Dengan Ahli PAS!
01.02.05 (8:02 pm)   [edit]

Mulut adalah satu anggota badan yang sering disalah gunakan apabila kita berada di dalam keadaan marah. Malah ia akan membinasakan seseorang itu apabila dia terlanjur perkataan atau tersalah memilih ungkapan apabila berkata sesuatu.


Sering kali kita mendengar jika seseorang pemimpin itu adalah seorang ulama, mereka akan menyebut pemimpin itu adalah daripada golongan ulama. Apabila pemimpin yang dikategorikan daripada golongan ulama itu membuat kesilapan, maka ayat yang keluar untuk menghentam pemimpin itu adalah dengan menggunakan perkataan 'ulama'. Sebagai contoh di dalam satu artikel dari seorang yang menggelar dirinya Jamaludin Al Afghani Jr menulis, “Penulis tidak bencikan ulama sama sekali tetapi ulama didapati gagal bertindak dengan baik apabila mereka memegang tampuk kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih sesuai untuk jawatan yang bersifat sebagai penasihat sahaja.”

Apabila seseorang itu adalah seorang pemimpin yang pekerjaannya adalah seorang doktor gigi misalnya, dan beliau mempunyai masalah berkenaan dengan kepimpinannya, tiada pula kita mendengar atau membaca tulisan seseorang yang pemimpin itu adalah doktor gigi. Misal contoh, jika seseorang pemimpin itu bernama Dr. Abuyah, tiada pula kita terbaca yang mengatakan, "Penulis tidak bencikan doktor gigi sama sekali tetapi doktor gigi didapati gagal bertindak dengan baik apabila mereka memegang tampuk kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih sesuai untuk jawatan yang bersifat sebagai penasihat sahaja.” Malah kita akan membaca "Penulis tidak bencikan Dr. Abuyah sama sekali tetapi Dr. Abuyah didapati gagal bertindak dengan baik apabila mereka memegang tampuk kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih sesuai untuk jawatan yang bersifat sebagai penasihat sahaja.”

Jadi mengapakah apabila seseorang pemimpin yang berpendidikan agama apabila tersalah guna kuasa, perkataan ulama dikeluarkan? Bukan nama pemimpin itu yang dibesarkan, tapi perkataan ulama yang sengaja diperbesarkan. Malah dituduh ahli PAS adalah golongan manusia yang mengatakan ulama PAS adalah maksum. Ini adalah satu fitnah yang nyata lagi melampau. Lebih baik sesiapa yang menuduh kami ahli PAS mengatakan ulamanya maksum, bunuh sahaja kami, kemudian mayat kami anta buat gulai kemudian makan buat kenduri. Itulah perumpamaan dosa yang kalian buat apabila memfitnah lebih 900,000 ahli PAS memaksumkan ulamanya. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang maksum di dunia ini. Sahabat nabi pun tidak boleh dikategorikan maksum walau mereka memang ahli syurga.

Kami ahli PAS memang telah terbau ke mana arah arus yang akan dibawa apabila artikel Orang Kuat PAS: Isu Kohilal: Hassan Shukri Masih Layak Sebagai Timb. Presiden PAS dikeluarkan. Sama ada beliau ini ahli PAS atau bukan kami tidak tahu. Jika betul beliau adalah ahli PAS, tolong beri nama sebenar, serta nombor ahlinya sekali agar kami dapat membetulkan aqidah seorang ahli PAS yang telah tersasar jauh memaksumkan ulama. Tolong beri nama sebenar di dalam web page yang anta telah keluarkan iaitu di laman web Laman Marhaen. Jika beliau tidak berani, memang sah beliau adalah bukan ahli PAS, malah seorang pemfitnah untuk memburukkan gerakan Islam.

Ulama adalah satu GOLONGAN manusia yang alim, golongan orang-orang yang alim apabila dijamakkan namanya ulama, dan ulama ini adalah pewaris nabi. Jika seseorang yang alim itu memimpin, kemudian dia terbabas dengan fitnah dunia, maka orang itu telah jatuh taraf ulamanya. Bukanlah ulama yang patut disalahkan, malah individu itu yang patut disalahkan. Jangan bermain-main dengan perkataan, nanti kita akan terjerumus seperti golongan Syiah yang menghina sahabat, mengatakan sahabat ini tidak betul, sahabat ini dilaknat Allah, padahal para sahabat dah masuk syurga dah, yang pihak Syiah ini tak tahulah ke mana arah perginya, ke neraka?

Mulut kalian jangan celupar pada ulama, jika hendak celupar juga, kalian celupar sahajalah kepada ahli PAS kerana ahli PAS dah biasa dituju dengan ayat-ayat itu. Jika hendak menghentam juga kerana memang itu kerja kalian, hentamlah pada orang yang hendak dituju. Jika tidak berpuas hati dengan Ustaz Harun Taib, maka berdepanlah dengan beliau, bukannya berdepan dengan ulama. Kerana jika betullah Ustaz Harun Taib telah terbabas dengan fitnah dunia, maka beliau bukanlah seorang ulama, tetapi hanya sekadar manusia biasa yang telah tergoda dengan godaan syaitan kerana beliau bukanlah seorang yang maksum. Jika ikhlas kita kerja kerana Allah, kembalikanlah Ustaz Harun Taib kepada perjuangan Islam.

Yang Benar.
Mazwandi Bin Mustaffa
No. ahli PAS : 664863
02.01.2005

 
Mangsa Tsunami Dakwa Belum Terima Bantuan
01.02.05 (9:51 am)   [edit]

PULAU PINANG - 30 Disember: Setelah hampir seminggu tragedi ombak besar (tsunami) melanda, sebahagian mangsa di Kuala Pulau Betong dan Tanjong Tokong di sini mendakwa mereka masih belum menerima bantuan yang dijanjikan kerajaan. Malah turut memaklumkan sehingga kini mereka belum dikunjungi mana-mana pemimpin kerajaan untuk melihat sendiri penderitaan yang dialami.

Keluhan mereka diluahkan kepada rombongan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang melakukan lawatan ke kawasan berkenaan, Khamis lalu.

Menurut Khoo Thiam Hoo, 40 tahun, salah seorang nelayan di Kuala Pulau Betong,



“Kami masih menunggu janji kerajaan hendak membantu, tetapi sehingga sekarang tidak ada mana-mana pemimpin datang melawat kami. Bila mahu datang?” soalnya.


Khoo turut mendakwa, bot beliau dan rakan-rakannya di Kuala Pulau Betong berjumlah lebih daripada 500 buah turut mengalami kerosakan teruk, ada yang hilang dan tenggelam. Kebetulan ketika tiba, rombongan Anwar dan pemimpin BA sempat melihat beberapa nelayan sedang berusaha mengangkat enjin bot yang baru dijumpai di dasar Sungai Pulau Betong.



“Kita mahu kerajaan ambil “action” bukan cakap saja mahu bantu, tapi tidak membantu pun,” keluhnya.


Sementara itu, seorang mangsa tsunami di Tanjung Tokong, Yusof Majid, 71 tahun, turut mengeluh,



“ Mana bantuan yang dijanjikan kerajaan?

Televisyen dan surat khabar hari-hari melaporkan bantuan sana bantuan sini, tapi kami satu sen pun belum terima. Mahu tunggu sampai bila baru mahu beri? rungutnya.


Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara dalam sidang media di Sekolah Menengah Kota Kuala Muda, Kedah, dipetik sebagai berkata, Kerajaan akan menyalurkan bantuan peringkat kedua kepada mangsa ombak besar tsunami, mulai minggu depan sementara peringkat terakhir akan dibayar selepas proses taksiran kerugian harta benda dijalankan.
Menurutnya, peringkat pertama membabitkan bantuan wang tunai RM1,000 kepada waris yang terkorban, RM200 kepada mereka yang cedera dan RM500 untuk keluarga yang berpindah sedang diagih-agihkan dan dijangka selesai dalam masa dua hari lagi.

 
KERAJAAN KELANTAN DERMA RM100,000 KEPADA MANGSA TSUNAMI
01.02.05 (9:50 am)   [edit]

Jakarta: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada mangsa serangan ombak tsunami di Acheh.


Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan Haji Husam Musa yang mewakili kerajaan negeri. Sumbangan itu merupakan yang paling awal dihulurkan oleh sesebuah kerajaan negeri dari Malaysia.

Turut sama menghulurkan bantuan kewangan, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas yang menyampaikan sumbangan daripada khariah surau Taman Tun Razak serta jiran setempat.

Turut sama dalam rombongan itu ialah Adun Lombongan, Drs. Zainuddin Awang Hamat, yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Husam bersama rombongan seramai empat orang tiba di sini lewat tengah hari tadi menyampaikan bantuan itu menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (PBSMI). Sumbangan itu diterima oleh Presiden Persatuan PBSMI Bapak Basuki yang diwakili oleh isterinya, Laila Mastura.

Turut berada di majlis penyerahan bantuan berkenaan beberapa orang mangsa serangan ombak berkenaan yang juga anak menantu dan cucu Bapa Basuki. Mereka juga turut menceritakan detik-detik cemas berhubung kejadian pada 26 Disember itu.

Rombongan kerajaan Kelantan itu turut diberikan taklimat ringkas oleh pihak PBSMI berhubung kejadian berkenaan dan masalah yang berlaku di Acheh pada masa ini.

Keadaan di Acheh ketika ini sungguh menyedihkan di mana sebahagian daripada kira-kira 400,000 mangsa masih belum disempurnakan. Mayat bergelimpangan di kiri dan kanan jalan serta bercampuran dengan sampah sarap dan ada yang tenggelam di dalam lumpur.

Usaha menyelamatkan mangsa yang masih hidup serta mengebumikan ribuan mayat menghadapi kesulitan kerana kekurangan tenaga manusia. Keadaan menjadi bertambah sulit lagi apabila mayat sudah mula mereput dan berbau.

Pihak badan sukarela dan NGOs dan juga kerajaan serta bantuan dari luar sukar untuk memasuki ke Acheh dan menyampaikan bantuan disebabkan masalah ketiadaan pengangkutan dan juga jalan perhubungan yang masih belum pulih.

Ekoran itu bertan-tan barangan yang dikumpul berupa makanan, pakaian dan peralatan lain tersangkut di pusat pengumpulan yang ada di seluruh Indonesia khasnya di Jakarta.

Sementara itu Husam memberi jaminan kerajaan negeri dan pihak lain yang sangat bersimpati di atas kejadian itu akan terus memberikan sumbangan untuk meringankan bebanan mangsa berkenaan. Beliau menjangka rombongan kedua dari Kelantan akan menyusul sebaik beliau pulang.

Katanya sumbangan itu adalah sebagai menyatakan simpati rakyat Kelantan ke atas nasib umat Islam di Acheh.

Sebelum itu Nasharuddin menyampaikan ucapan takziah dan salam daripada Presiden Pas Haji Abdul Hadi Awang dan juga segenap kepimpinan Pas kepada rakyat dan kerajaan Indonesia.

Menurutnya kepimpinan Pas meminta rakyat Indonesia khasnya menerima bencana itu sebagai satu ujian Allah bukan sahaja untuk rakyat Indonesia tetapi
untuk semua umat Islam. Bencana itu juga sebagai ujian ke atas sedalam mana persaudaraan Islam.


Sebelum Subuh esok Husam bersama rombongan akan berlepas ke Acheh dengan pesawat Hercules milik Angkatan Tentera Indonesia (TNI. Rombongan itu dijangka akan berada selama seminggu di Acheh.

Mohd Sayuti Omar - 01.01.2005

 
Pulau lenyap: Berpuluh-puluh kampung di utara Sumatera hanyut
01.01.05 (7:47 pm)   [edit]

 



DUA gambar daripada satelit DigitalGlobe menunjukkan sebahagian daratan
di utara Banda Aceh sebelum dan selepas dilanda
tsunami. Gambar atas menunjukkan keadaan bandar itu pada
23 Jun 2004 manakala gambar bawah pula menunjukkan
sebahagian daratan sudah ditelan lautan selepas dilanda ombak
besar akibat gempa bumi di Lautan Hindi.
– Gambar AFP









BANDA ACEH: Harapan untuk menemui berpuluh-puluh ribu lagi mangsa tsunami di utara Sumatera tipis berikutan beberapa pulau dilaporkan lenyap, manakala berpuluh kampung musnah sama sekali dihanyutkan ke laut.

Kerajaan Indonesia semalam mengesahkan angka korban mencecah 80,000 orang tetapi Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supadi, berkata ia mungkin mencapai lebih 100,000 orang.

Sehingga lewat semalam, lebih 126,000 orang terbunuh akibat dilanda tsunami berikutan kejadian gempa bumi di Lautan Hindi dekat Sumatera dan agensi bantuan meramalkan jumlah itu akan meningkat kepada lebih 140,000 orang.

Ia adalah antara bencana alam dianggap paling buruk dalam sejarah dunia yang pernah dicatatkan setakat ini.

Semalam, pegawai Indonesia berkata, tinjauan udara di Sumatera mendapati tiada tanda lagi kehidupan di beberapa kawasan penempatan seperti Meulaboh, Pulau Simeulue dan Tapak Tuan.

Malah, katanya, beberapa pulau yang terletak di perairan pantai barat Sumatera sudah lenyap ditelan laut.

Meulaboh, yang terletak 150 kilometer dari pusat gempa bumi itu, dihuni kira-kira 150,000 penduduk, manakala Pulau Simeuleu dihuni kira-kira 76,000 orang.

Associated Press pula melaporkan, keseluruhan kawasan daratan di kampung nelayan Meulaboh kini menjadi padang jarak padang tekukur dengan hanya beberapa tiang seri dan sampah sarap menyelubungi kampung berkenaan.

Dipercayai satu pertiga daripada penduduk kampung itu terkorban ditelan ombak besar tetapi setakat ini hanya sebilangan kecil mayat mereka ditemui.

“Amat sukar untuk meramal jumlah kematian sebenar. Kami boleh terus mencari dengan menggunakan bot kecil, tapi dengan melihat angka (mangsa yang hilang) ia sudah pasti amat sukar,” kata Dody Budiatman, koordinator pasukan mencari dan menyelamat kerajaan di Jakarta.

Kebanyakan pegawai kerajaan mengaku bahawa mereka tidak pasti berapa banyak mayat yang sudah dikebumikan. Satu daripada cara untuk membuat jangkaan ialah dengan memastikan jumlah mayat ditanam beramai-ramai dalam sebuah kubur dan jumlah itu didarab dengan jumlah kubur besar yang ada.

Satu lagi cara ialah mereka membuat anggaran jumlah penduduk kampung, mengira berapa ramai selamat dan mengandaikan yang lain terbunuh dalam tragedi itu.

India kelmarin turut melaporkan bahagian paling selatan di benua kecil itu, Indira Point, turut lenyap ditelan lautan selepas ombak besar melanda kawasan itu.

Sementara itu, aliran bantuan – termasuk ubat-ubatan dan beg mayat - mula tiba di sini didahului dengan pesawat kargo Amerika Syarikat, C-130. Pasukan penyelamat dari Malaysia, Taiwan, Australia, Korea Selatan dan negara lain juga sudah berada di Banda Acheh.

Menurut kenyataan kerajaan, bantuan bekalan dari 18 negara mula tiba di Sumatera semalam. Pesawat tentera C-130 dari Australia dan New Zealand juga menyertai usaha menyelamat melalui ruang udara.

Dalam perkembangan berkaitan, Asean akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 6 Januari ini untuk berbincang mengenai cara menangani bencana seperti ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan, berkata bencana alam yang menyebabkan lima juta penduduk Asia hilang tempat tinggal itu dianggap kemusnahan global terburuk dalam sejarah dunia yang tidak dijangka dan ia memerlukan tindak balas besar-besaran masyarakat dunia.

“Bukan saja kita perlu menggunakan habis-habisan tenaga dan sumber manusia tetapi keperluan kewangan serta teknikal,” katanya.

Sebanyak setengah bilion dolar dijangka diserahkan untuk negara terjejas itu.
 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...