|
![]() Blog For Free! Archives Home 2009 October 2007 July 2007 June 2007 May 2007 April 2007 March 2006 December 2006 October 2006 August 2006 June 2006 April 2006 March 2005 October 2005 September 2005 August 2005 July 2005 June 2005 May 2005 April 2005 March 2005 February 2005 January 2004 December 2004 November 2004 October 2004 September 2004 August 2004 July 2004 June 2004 May 2004 April 2004 March 2004 February 2004 January 2003 December My Links Alternatif TokJanggut M@rhaen Anwar Ibrahim Blog Boikot PRU Amin Iskandar @ Black Minda Kembara TranungKite.net tBlog My Profile Send tMail My tFriends My Images Sponsored Blog Penafian /Pengakuan Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com |
1 0 adi penjilat buntutnya selama ini tidak pernah lepas. Hatta kalau bekas PM itu jumpa dengan lembu atau pun anjing dilaporkan dalam televisyen atau akhbar. Selama 22 tahun beliau menjadi PM. Mendapat sokongan padu rakyat tanpa berbelah bahagi. Kalau pun sudah tidak menjadi Perdana Menteri, salahkah kalau beliau menjenguk rakyat yang sedang menderita itu. Kalau tidak mahu ke Pulau Pinang, tetapi pergilah ke Kuala Kedah itu negerinya sendiri? Tetapi sebenarnya hal ini tidak menghairankan. Jika dilihat kepada sikapnya sebelum ini kita tidak merasa ganjil dan perlu bertanya apakah beliau simpati ataupun tidak? Selama ini pun beliau bukan peka kepada masalah rakyat marhaen. Selama beliau menjadi PM 22 tahun apa yang diberi perhatian ialah masalah-masalah pembangunan keduniaan yang tidak ada kena-mengena dengan rakyat marhaen. Jarang beliau turun menemui rakyat susah. Tidak penah kita lihat dia menyingsing kain mengharungi sungai, angkat seluar turun ke bendang ataupun meranduk lumpur ke ladang getah atau kepala sawit. Tempat yang selalu dikunjungi ialah pameran bertaraf dunia, pertunjukan konsert dan sebagainya di dewan-dewan eksklusif berhawa dingin. Jadi tidak hairanlah kalau bila rakyat berhadap dengan bencana sebegitu teruk tidak mendapat apa-apa perhatian daripada beliau. Usahkan duit ringgit menjenguk silau pun tidak. Jadi kepada mangsa tsunami dan seluruh rakyat Malaysia usahlah bersedih dan terkilan dengan sikap bekas PM itu. Biarkan dia terus terjun dengan labunya. Hari ini dia hanya menguruskan soal hidup matinya sendiri; makan, tidur, berak dan bersanggama (kalau boleh lagi). Soal rakyat tidak perlu dipedulikan lagi sebab dia sudah ada semua yang kita semua tidak memilikinya! Takziah untuk semua keluarga mangsa tsunami. - Reformasi. Tun Paduka Tuan - 29.12.2004 |
|||||||||||||||||||||||||||
| Hapuskan terus benda2 maksiat ni, jangan nak tangguh plak... |
| 12.29.04 (10:42 pm) [edit] |
Konsert Sambut Tahun Baru 2005 Ditangguh KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Dua konsert mega yang dijadualkan berlangsung di ibu kota pada malam 31 Dis ini untuk menyambut kedatangan tahun baru 2005, ditangguhkan sebagai tanda kesedihan rakyat Malaysia atas tragedi tsunami yang melanda pantai utara Semenanjung Ahad lepas. tok:Hapuskan terus baru bagus |
| Mana Hilangnya “Tradisi Membela Rakyat” Barisan Nasional? |
| 12.29.04 (12:36 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Susulan daripada kenyataan Menteri Kerjaraya, Samy Vellu bahawa kerajaan tetap akan menaikkan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 10% mulai jam 12.01 pagi 1 Januari 2005 ini, maka ramailah di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional yang kecewa sebenarnya. Inilah kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat, majoriti ahli parlimen BN bertindak sebulat suara mempersoalkan cadangan kerajaan itu. Bahkan sekali imbas kita melihat seolah-olah ahli parlimen BN bersama pembangang sebulat suara menyuarakan isu tersebut. Mungkin ini satu petanda baik ke arah mewujudkan agenda perubahan sebenarnya? "Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara" Salam Perjuangan, CUCU MAT KILAU |
| Mana Perginya Kecanggihan Satelit MEASAT Yang Dibanggakan Malaysia? |
| 12.29.04 (12:35 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Maka ramailah manusia yang terkorban akibat ombak `tsunami' yang melanda pantai barat Semenanjung berikutan gempa bumi di Utara Sumatera hari Ahad lalu. Cucu amat terharu dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut. Bagi Cucu apa yang berlaku baru-baru ini sungguh menggemparkan! Daripada paparan dan laporan yang dibuat, sememangnya Cucu sendiri tidak boleh menggambarkan keadaan tersebut ketika itu. Selama ini Cucu pernah melihat di kaca TV, banyak filem-filem barat yang memaparkan adegan-adegan seperti itu. Tetapi apa yang berlaku pada kali ini adalah perkara benar yang sesungguhnya tidak disangka-sangka oleh seluruh rakyat Malaysia. Biarpun ada sesetengah daripada kita yang menganggap negara ini adalah selamat kerana tidak termasuk dalam lingkungan jaluran gunung berapi, dan apatah lagi untuk berlaku gempa bumi. Namun kita harus ingat segalanya dari Allah SWT sebenarnya. Mungkinkah ini sebagai satu petanda dunia sudah menuju akhir zaman agaknya? Mungkinkah apa yang berlaku ini sebagai peringatan daripada Allah agar manusia tidak terus leka dan lalai dari mengingatinya. Cucu pernah dengar kata-kata tok moyang Cucu dulu, bahawa sekiranya Allah ingin menurunkan bala... semua akan merasainya walaupun terdapat orang alim dan ulama dalam sesuatu kawasan itu. Maknanya, kita harus terus ingat mengingati antara satu sama lain. Kemaksiatan dan kedurjanaan yang terpampang berlaku di hadapan mata harus kita hapuskan walau dengan apa jua sekali pun. Andai kita hanya melihat dan tidak ada timbul rasa berdosa maka bila Allah menurunkan balanya, kita juga akan menerima akibatnya. Pun begitu, apa yang ingin Cucu difahamkan kejadian gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera itu telah dirasai di beberapa tempat di negara ini sebelum ombak besar tsunami sampai. Pengarah Bahagian Seismologi Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Low Kong Chiew, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata gempa bumi itu berlaku di Barat Laut Sumatera pada pukul 8.58 pagi. Ia mengakibatkan gegaran dirasai di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan sekitar Lembah Klang. Menurut beliau lagi bacaan awal menunjukkan pusat gempa bumi itu adalah di Latitud 3.1 N Longitud 95.5 E (kedudukan lebih kurang 680 km dari Kuala Lumpur) dengan magnitud 7.0 pada skala Richter. Manakala dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh stesen NTV7 malam tadi (27/12), ada menyatakan akibat daripada gempa bumi tersebut menyebabkan laut bergelora dan berlakunya ombak yang besar dikenali sebagai "Tsunami". Apa yang amat mengejutkan Cucu ialah, laporan tersebut ada mengatakan bahawa ombak besar tersebut mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke perairan negara ini. Persoalannya di sini, di manakah kecanggihan sistem teknologi maklumat yang diagung-agungkan oleh kerajaan Malaysia selama ini. Mana perginya maklumat dari MEASAT I dan MEASAT II yang dilancarkan dengan menelan belanja berbilion ringgit Malaysia dulu!! Bayangkan, sepatutnya jika benar ia mengambil masa 45 minit, sudah tentu gambar satelit boleh merakamkan perjalanan ombak besar dan gelombang yang akan melanda itu. Dengan maklumat tersebut ia boleh terus disampaikan melalui media masa seperti radio dan TV, atau kepada pihak yang bertanggung jawab menjaga perairan pantai yang terbabit supaya memaklumkan kepada orang ramai agar menjauhkan diri daripada pantai dengan segera. Bukankah ianya akan dapat menyelamatkan banyak nyawa mereka yang terkorban itu. Sungguh memalukan dan mengecewakan sekali, jika satelit yang dibanggakan itu gagal memberi manfaat kepada orang ramai sebenarnya. Bagi Cucu kalau setakat satelit hanya digunakan untuk merakamkan siaran langsung bolasepak atau hiburan semata-mata maka tidak gunalah kecanggihan tersebut dibazirkan begitu sahaja. Sepatutnya inilah gunanya kecanggihan satelit iaitu dapat menyampaikan maklumat yang cepat dan tepat. Cucu memetik dalam satu laporan ucapan yang disampaikan Oleh PM Malaysia iaitu Pak Lah semasa beliau merasmikan Simposium Kebangsaan Sains Dan Teknologi di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2003 yang lalu. Antara lain dalam ucapannya beliau ada menyentuh hal kepesatan dan pembangunan sains dan teknologi di Malaysia. katanya
Melihat kepada ucapan Pak Lah itu, maka terbuktilah apa yang digambarkan oleh kita tidak menjadi kenyataan!! Bahkan dalam keadaan negara yang dilanda malapetaka seperti ini pun Pak Lah masih berseronok berada di luar negara. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara yang prihatin dengan permasalahan rakyat beliau harus membatalkan semua jadualnya di luar negara dan terus pulang ke negara ini dengan kadar segera. Sikap Pak Lah ini amatlah berbeza daripada sikap beberapa pemimpin negara barat sebenarnya! Inikah ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang dibanggakan selama ini? Apalah gunanya kerajaan membazirkan wang berbillion ringgit untuk menghantar satelit ke angkasa lepas, tetapi sebaliknya ia gagal berfungsi dengan baik dan telah menyebabkan ramai nyawa yang terkorban!! Apa yang lebih menarik bagi Cucu, menurut dalam sebuah ensiklopedia bebas WIKIPEDIA ada mengatakan mengenai tsunami. Dalam ayat yang terakhir ada mengatakan bahawa ombak Tsunami boleh dikesan melalui satelit.
Kebanyakan bandar di sekitar Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawai, mempunyai sistem amaran dan prosedure pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami akan dijangka dengan pelbagai institusi seismologi sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelite. Bukankah jika maklumat MEASAT ini digunakan, dan disalurkan kepada negara-negara yang terlibat, lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Bukankah hanya negara Malaysia yang berbangga mempunyai satelit di angkasa lepas selama ini. Bahkan Malaysia berlumba-lumba pula untuk menghantar Angkasawan ke angkasa lepas!! Kononnya takut negara Asean yang lain mendahului Malaysia dalam hal ini. Maklumlah jika ada yang menghantarnya maka nama Malaysia tidak akan tersohor lagi! Inilah dia sikap sebenar kerajaan Malaysia sebenarnya, mereka mahukan nama nombor satu, dan sanggup membazirkan wang rakyat untuk tujuan itu. Apa yang lebih menghairankan Cucu, ke mana pula perginya laporan dari Jabatan Kaji Cuaca? Jika selama ini mereka sering melaporkan keadaan cuaca dan ketinggian ombak laut di negara ini. Bahkan laporan jabatan ini juga boleh menjangkakan keadaan yang akan berlaku pada hari esok dan lusa bahkan lebih lama dari itu!! Tetapi mereka gagal untuk melaporkan dengan pantas keadaan yang berlaku di Laut Selat Melaka, biarpun ombak yang datang ini mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke perairan pantai negara ini. Sama-samalah kita fikirkan akan perkara ini dari segi rasionalnya. "Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara" Salam Perjuangan, CUCU MAT KILAU |
| lokasi militan bukannya di Malaysia, tapi di Thailand |
| 12.29.04 (1:09 am) [edit] |
Kenyataan Perdana Menteri Thailand bahawa sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok di Kelantan serta kawasan hutan di pedalaman negeri tersebut menjadi lokasi latihan para militan dan pengganas adalah satu kenyataan yang dangkal dan karut.Ianya tidak menunjukkan semangat kejiranan negara ASEAN.Bahkan Perdana Menteri Thailand itu sendiri menyembunyikan fakta sebenar bahawa kegiatan pengganas dan militan di rantau ini antara lainnya ialah berpusat di Thailand. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa lokasi sebenar latihan para militan dan pengganas ialah di Thailand. Ada 3 sebab mengapa saya berkata demikian : 1. Parti Komunis Malaya ( PKM ) pimpinan Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan beberapa orang lagi adalah merupakan pimpinan gerakan pengganas komunis di Tanah Melayu dan telah melarikan diri ke Selatan Thailand. Sekarang ini mereka masih lagi hidup dan menetap di sebuah perkampungan di Yala. Saya telah membaca dua buah buku karangan Abdullah CD dan isterinya ( kalau tak silap namanya Mariani ). Beliau memperihalkan secara jelas dan terang bermula dari awal kegiatan PKM yang tercetus di Chenor dan Temerloh, kemudian melarikan diri ke Selatan Thailand.Buku tersebut dicetak di Hong Kong dan menurut sumber ianya diharamkan di Malaysia.Di dalamnya terdapat gambar-gambar lokasi latihan, peta dan ahli kumpulan serta peralatan-peralatan untuk menawan kembali Tanah Melayu.Apa yang jelas, lokasi latihan itu ialah di Selatan Thailand, bukannya di Malaysia. 2. Sekiranya PULO itu dikatakan pengganas oleh pihak Kerajaan Thailand ( secara jujur saya tidak katakan bahawa PULO itu pengganas, bahkan gerakan memperjuangkan hak kebebasan dan kemerdekaan rakyat seperti rakyat Palestin ) maka lokasi latihan sebenar PULO ialah di sekitar hutan Selatan Thailand, meliputi beberapa kawasan di Sukhirin, Yala dan beberapa lokasi lagi di wilayah Narathiwat. Lokasi tersebut adalah di Thailand dan bukannya di Malaysia.Kenapa Kerajaan Thailand menyembunyikan kenyataan ini?Sekiranya betul mahu memerangi PULO,kenapa dibunuh rakyat kebanyakan?Carilah mereka di dalam hutan. 3. Iklim politik Selatan Thailand adalah sama dengan penjajahan Jepun, Belanda, Inggeris dan Portugis.Dulunya Selatan Thailand berada di bawah kerajaan Islam Melayu Pattani yang makmur dan aman.Jepun,Belanda,Inggeris dan Belanda kesemuanya ini adalah pengganas.Mereka bukan sahaja menjajah dan mengaut keuntungan, tetapi berusaha menghapus identiti tulen rakyat tempatan serta membunuh ulama dan pejuang-pejuang kemerdekaan.Peliknya apabila rakyat bangkit menentang penjajahan ini, mereka pula ditangkap dan dibunuh serta dilabelkan sebagai pengganas.Sebenarnya penjajah itulah pengganas,bukan mereka yang menentang penjajahan itu! Dari kenyataan tadi, jelas bahawa lokasi yang menempatkan pengganas adalah di Thailand, bukannya di Malaysia. Abdul Hadi Muhamad
|
| GEMPAR !!! TSUNAMI TELAH DIKETAHUI OLEH SEORANG ILMUAN INGGERIS |
| 12.29.04 (1:00 am) [edit] |
( Dipetik dari laman Hidayatullah.com Indonesia ) AS dipercayai akan musnah akibat ombak besar bernama "mega-tsunami" yang bakal melanda Afrika termasuk Inggeris dan Amerika Serikat. Inikah akhir kedigdayaan Amerika?
|
| PENANG: Fullstop |
| 12.28.04 (1:58 pm) [edit] |
Seluruh dunia dikejutkan dengan gempa bumi serta tsunami yang melanda kawasan pesisir Lautan Hindi yang sehingga kini telah menelan angka korban yang cukup besar seluruh Asia. Pada adat kebiasaannya angka itu akan bertambah tinggi apabila lebih ramai mangsa yang akan ditemui dalam sehari dua ini.
Ini ialah gempa bumi yang paling kuat sejak 40 tahun lalu dan berlaku setahun selepas gempa bumi yang melanda Bam di Iran. Begitu kuatnya gegaran itu sehinggakan terasa di seluruh dunia serta memberi kesan kepada putaran bumi menurut Encik Enzo Boschi, Ketua Institut Geofizik Kebangsaan Itali. Gempa bumi yang terkuat pernah berlaku selepas meletupnya Gunung Karakatoa.
Kawasan yang teruk ditimpa bencana itu ialah negara pesisir pantai Lautan Hindi. Sehingga kini lebih 23,000 nyawa disahkan terkorban oleh ombak besar Tsunami yang terhasil oleh pergeseran pelantar Benua tadi. Semasa artikel ini ditulis Indonesia, Sri Lanka dan India mendahului senarai kematian. Negara-negara lain yang terlibat ialah Thailand, Bangladesh, Maldives serta Malaysia sendiri. Malaysia agak bernasib baik kerana terlindung oleh kedudukan Sumatera sebagai penampan kepada Tsunami dengan kematian lima puluh orang rakyatnya. Namun begitu mengikut sumber, puluhan yang lain masih dalam senarai mereka yang hilang. Pulau Pinang mendahului dari segi angka kematian dengan sebahagian besar melibatkan rakyat yang sedang berkelah serta beriadah di kawasan Pantai sekitar Batu Feringghi serta Tanjung Bungah. Manakala Kedah dan Perlis hanya mengalami kerosakan harta benda serta beberapa kematian sahaja. Sebagai hamba Allah kita perlu meredai apa yang telah berlaku. Kepada mereka yang ditimpa musibah kita mengucapkan takziah serta berharap mereka bersabar dalam menempuh ujian ini terutamanya yang telah kehilangan sehingga 5 anggota keluarga. Kita hadiahkan Al-Fatihah….. Sebagai rakyat yang sayangkan negara dan bangsanya, kita merasakan ada yang tidak kena dalam sistem amaran keselamatan negara. Paling tidak, kita akan menuding jari kepada Jabatan Kaji Cuaca dan Menteri yang terbabit. Soal kita, di mana kah silapnya? Secara mudah dan lewa, mereka boleh sahaja menggunakan ungkapan TS Lim Goh Tong, Biliana Genting Highlands yang menyatakan bencana tanah runtuh di Genting Highlands sebagai ‘Tuhan Allah punya kerja’. Tidak ada keraguan tentangnya, apa jua yang berlaku adalah dalam kehendak dan pengetahuanNya. Fullstop. Negara kita Malaysia sentiasa dilaung-laungkan sebagai negara unggul dan contoh teladan kepada dunia. Pada tahun 2020 nanti, kita telah diberitahu akan muncul sebagai sebuah Negara Maju. Malah ada negeri seperti Kedah yang berhutang lebih RM1.5 Billion kepada Kerajaan Pusat tanpa kemampuan melunaskannya sudah terlebih lajak dari lajunya apabila mengumumkan dasar pemerintahan negeri untuk muncul negeri maju lebih awal yakni pada tahun 2010!! Mungkin Pak Syed Razak ada hujah tersendiri walaupun Pegawai Tinggi kerajaan negeri itu sendiri memperlekehkan wawasan beliau itu. Apa sudah terjadi kepada sistem amaran cuaca Jabatan Kaji Cuaca? Dalam sehari dua ini kita lihat mereka begitu hebat berhujah dalam kaca TV sambil merujuk kepada graf seismologi di paparan komputer akan kisah bencana itu. Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27 Disember 2004, Pengarah Bahagian Seismologi, Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia (JPKM), Kementerian Sains Teknologi Inovasi, Low Kong Chiew turut mencelah menunjukkan kepakarannya dalam mengulas bencana yang sudah pun terjadi sambil meragut puluhan nyawa. Kata pepatah, ‘rumah siap pahat berbunyi’, begitulah tamsilan yang boleh dibuat dalam menerangkan sikap profesionalisme mereka. Bersilih ganti pegawai Jabatan itu menampilkan kepakaran dalam mengulas kisah gempa bumi dan tsunami, seolah-olah mereka sahajalah sumber pengetahuan yang ada. Apakah mereka fikir lakonan ilmiah mereka itu boleh mengubati kesedihan mangsa dan membuatkan rakyat berasa selamat untuk berkelah di pantai dan ke laut mencari rezeki? Gegaran gempa bumi dirasai sekitar jam 8-9 pagi di tanah air, manakala tsunami yang melanda kawasan pantai Barat Malaysia pula terjadi sekitar jam 1.30 tengah hari! Selang masa yang ada ialah sekitar tiga jam. Tempoh tiga jam itu amat berharga dan boleh mengelak kematian rakyat yang meletakkan amanah kepada mereka dalam menjaga keselamatan nyawa rakyat dan negara.
[Gambar kiri ialah pemandangan kesan tsunami di Thailand, manakala gambar kanan ialah mangsa yang sedang mengendong mayat anaknya di Pulau Pinang] Apabila bacaan pada pengesan menunjukkan berlakunya gempa bumi yang sebegitu kuat, apakah yang telah dibuat oleh pegawai terbabit? Jika mereka melihatnya, kenapakah tidak dibuat tindakan susulan yang segera bagi mengelak bencana? Kepada Pegawai yang berkaitan, apakah mereka menghubungi rakan sejawat di Indonesia atau Pusat Pengesan Gempa bumi yang canggih di Amerika? Adakah mereka bertanya di manakah pusat gempa bumi itu? Sekiranya di darat ia tidak membimbangkan sangat. Apabila sahaja gempa bumi itu berpusat di laut, tentu sahaja ia akan menghasilkan tsunami. Inilah satu fakta yang telah masyhur dan diketahui ramai apatah lagi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter. Di sinilah asas kepada kelalaian yang memakan sebegitu banyak korban. Mungkin ada yang berkata, ‘alah…negara lain juga turut dilanda musibah sedang kita hanya terkena sedikit sahaja’. Dalam soal ini kita perlu melihat pada kecanggihan serta tahap kemajuan negara yang terlibat. Jangan lah kita bandingkan keadaan di Malaysia dengan Maldives, Sri Lanka mahupun India. Seperti kata penulis dalam Forum Gerak Reformasi yang menggunakan nick Yang Arif,
Dalam dunia ini, tidak ada satu tempat pun yang selamat dari gempa bumi, termasuk Malaysia, walaupun negara kita ni tidak ada gunung berapi atau tidak termasuk dalam zon "Lingkaran Api Pasifik". Tsunami adalah ombak besar yang memang akan tercetus dari gempa bumi yang berlaku di tengah laut. Pulau Sumatera sudah banyak kali terkena gempa bumi yang kuat selama ini, tetapi pihak Jabatan Kaji Cuaca tidak pernah peduli tentang kesannya kepada negara kita. Selama ini Sumatera digegarkan oleh gempa bumi yang terjadi di darat. Jadi ini tidak menghasilkan gelombang tsunami yang besar. Jadi pihak kita yang berwajib tidak ambil peduli dan tidak menghasilkan suatu prosedur susulan sekiranya gempa terjadi di sana. Bagi akal yang bijak serta sihat, seharusnya tragedi ini dapat dielakkan. Jelas dalam soal ini, mereka yang terbabit telah tidak melaksanakan tugas serta amanah dengan betul dan jujur. Negara kita mempunyai rangkaian perhubungan yang baik serta sempurna. Malah kita punya tenaga Institusi Polis serta kakitangan Jabatan Penerangan yang mencukupi serta boleh dikerahkan untuk membuat siaraya serta mengarahkan rakyat menjauhi kawasan pesisir pantai sekiranya Jabatan Kaji Cuaca pantas mengenal pasti kemungkinan bahaya dari Tsunami yang terhasil oleh gempa bumi itu. Soalnya, kejadian ini melibatkan gempa bumi sekuat 8.9 Richter, bukannya yang kecil-kecilan. Pihak berkuasa harus menjawab persoalan ini dan menanganinya dengan serius. Memanglah ia tidak melibatkan kematian di kalangan VIP atau anak meredak mereka. Akan tetapi nyawa yang melayang itu mempunyai tanggungjawab kepada keluarga masing-masing. Bagaimana nasib mereka yang hilang tempat pergantungan? Cukupkah dengan seribu dua yang dihulur? Kisah kelalaian begini mengingatkan kita akan beberapa kejadian tanah runtuh seperti di KESAS Hiway, Lebuhraya PLUS serta pelbagai tempat lain. Malangnya pihak yang terbabit lebih suka bercakap dan membuat ulasan setelah bencana terjadi dan memakan korban. Tidak ada langkah-langkah mengenal pasti dan pencegahan yang tepat dan berkesan. Sekadar melepaskan kentut di kerusi. Apabila negeri yang teruk dihenyak Tsunami ialah Pulau Pinang, makanya tidak boleh tidak Jambatan Pulau Pinang kini menjadi perhatian umum serta menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna. Apakah ia benar-benar selamat? Tidakkah gegaran sekuat itu memberi kesan kepada tapaknya di bawah air itu? Kenyataan Samy Vellu dengan alasan pro nya ala gengster Bollywood tidak begitu meyakinkan. Kita mahu bukti fizikal penyokong tiang serta ‘base’ jambatan itu diperiksa dengan teliti. Tidak hanya dengan membelek konkrit simen di atas jambatan sahaja. Apakah yang telah terjadi di bawah sana? Jika menurut Ayoyo Samy, ia telah pun diperiksa sekumpulan pakar! Iye ker?? Kita berhak untuk meraguinya. Bukankah negara kita terkenal dengan sikap sembunyi fakta dan menjual auta! Sekali lagi kita meminta penjelasan dari Pegawai atasan Jabatan Alam sekitar untuk menjelas serta menerangkan kelalaian yang jelas dilakukan mereka dalam memberi siaraya akan kemungkinan berlakunya tsunami. Mereka perlu bertanggungjawab bagi kelalaian yang telah meragut puluhan nyawa itu. Kepada badan penguatkuasa serta agensi kerajaan yang lain, perlulah mereka bersikap profesional dan proaktif dalam menjalankan amanah. Dr. Nologareng- 28.12.2004 |
| MALAPETAKA MELANGGAR MALAYSIA |
| 12.27.04 (8:38 pm) [edit] |
Pak Ngah seperti mana jua penduduk Malaysia yang lain amat sedih dan dukacita di atas kehilangan sanak saudara kita yang telah meninggal akibat serangan Tsunami. Kita telah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimananya mengganasnya ombak tersebut tanpa belas kasihan memukul pantai, rumah dan harta benda serta mengakibatkan kehilangan jiwa yang besar. Namun kita perlu tetap bersabar terhadap ujian Allah ini. Ada yang kehilangan ibu bapa, anak isteri dan sebagainya. Ketentuan ada di tangan Allah jua. Ombak besar yang naik sempena kenaikan harga pelbagai barangan menghadapi tahun 2005 seolah-olah melengkapkan semuanya. Sebagaimana Tsunami yang memusnahkan harta benda dan jiwa serta dapat dilihat dengan mata kepala sendiri amat menggerunkan. Kenaikan harga barangan juga umpama tsunami tetapi ianya tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi amat menyeksakan rakyat miskin. Mereka tidak merasa secara spontan tetapi umpama diracun arsenik memakan tulang belulang mereka sedikit demi sedikit mereput. Ianya jauh lebih kejam daripada Tsunami yang dapat dilihat dengan mata kasar. Sekali pun ianya menggerunkan, tetapi rakyat terus diseksa jua. Berikut adalah petikan Laporan tentang malapetaka Tsunami;
Apabila kita merenung kembali, apakah yang telah pemimpin kita lakukan sehingga malapetaka ini dijatuhkan Allah kepada negara kita. Kalau betul kita menjalankan Islam, sudah pasti terelak malapetaka tersebut kerana janji Allah tidak pernah mungkir, tentulah adanya kesalahan telah dilakukan oleh mereka yang telah diberi amanah dan gagal melaksanakan amanah tersebut. Ia adalah kejadian alam yang berlaku atas kehendak Allah dan bukan usaha tangan Manusia sendiri. Ianya berbeza dengan sebarang usaha yang gagal dicapai oleh perancangan Manusia. Kita lihatlah apa yang telah dilakukan oleh pemimpin semasa kerajaan memerintah seperti berikut:
Benarlah seperti kata Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher menyifatkan sesetengah ahli politik dan orang kenamaan seperti `ketam mengajar anak berjalan lurus'. Untuk makluman Datuk bukan sahaja di dalam hal merokok ini, sebaliknya di dalam hal yang lebih besar yang melibatkan akidah umat Islam pun mereka bersikap demikian juga. Oleh itu janganlah kita memilih ketam tetapi pilihlah mereka-mereka yang cinta dan mengamalkan Islam demi mematuhi kehendak dan larangan Allah dan Rasulnya. Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 28.12.2004 |
| TSUNAMI – KE MANA HILANGNYA ABDULLAH AL- HADHARI? |
| 12.27.04 (8:37 pm) [edit] |
SEHINGGA kini (9.00 malam) seramai 51 orang rakyat Malaysia menjadi korban bedalan ombak Tsunami yang melanda pantai di Utara Semenanjung. Jumlah itu yang disahkan setakat ini. Namun ia dikhuatiri masih banyak lagi mangsa yang belum dijumpai atau hilang. Mungkin angka itu kecil berbanding dengan jumlah kematian di negara-negara lain, seperti Indonesia, Thailand, Sri Lanka atau India. Namun pun begitu ia cukup memilu dan menyesalkan kita. Kita semua turut bersedih dan berdukacita di atas kejadian itu. Takziah kepada keluarga mangsa! Menurut agensi berita antarabangsa angka kematian di Sri Lanka mendahului negeri lain sebanyak 11,000 orang diikuti Indonesia 4,730 dan Thailand 870. Namun biar pun jumlah kehilangan nyawa dari negeri kita tidak sampai 10 persen (sama dengan kadar kenaikan tol), berbanding negara lain, tetapi ia cukup memilukan kita. Nyawa manusia tidak ada harga dan tolok bandingnya. Walaupun seorang – hatta orang bisu atau orang buta yang menjadi mangsa, kita tetap merasa dukacita dan kesal atas kejadian itu. Ada beberapa perkara yang merungkai di kepala kita di atas apa yang berlaku. Ini semua menyebabkan kita ‘tersemak’ ke belakang mencari di manakah silap dan salahnya sehingga bencana itu meragut begitu ramai nyawa. Walaupun kejadian itu adalah takdir, namun kita tidak boleh menerima seadanya tanpa mencari jawapannya. Kejadian itu adalah pertama kali berlaku di negeri kita. Sebelum ini Malaysia tidak pernah menghadapi ancaman bencana alam sedemikian. Kalau ada pun hanya tempias sahaja, kita sekadar menerima gegarannya. Kesannya tidak sampai kehilangan nyawa. Kerana itu kita mungkin tidak pernah mengambil kisah dan alpa di atas implikasi bencana itu walaupun sejarahnya telah menunjukkan ia memakan puluhan ribu jiwa. Apa yang menjadi kemusykilan kita, apakah kita tidak mempunyai alat bagi mengesan kejadian itu? Apakah disebabkan kerana negara kita tidak pernah mengalaminya maka kita tidak perlu menyediakan peralatan untuk mengesaninya dan rakyat perlu diberikan isyarat awal? Selalunya begitulah lumrah yang berlaku di negara kita. Kita tidak mempunyai kemudahan keselamatan untuk mengesan hal-hal yang jarang berlaku seperti itu. Apabila berlaku sesuatu musibah baru kita bersusah payah memikirkan untuk menyediakannya. Setelah nyawa hilang harta benda lenyap baru kita sedar dan terbangkit dari mimpi siang! Sudah banyak contoh kalau hendak disebut. Kejadian keruntuhan Highland Tower, kehilangan helikopter di Bario, Sarawak, di mana kita terpaksa memanggil bantuan luar untuk mencari dan menyelamat mangsa. Mengapa ini berlaku kerana kita tidak pernah memikirkan bahawa bencana atau musibah itu akan menimpa kita. Dalam hal-hal sebegini kita berfikir surut ke belakang dan bukan jauh ke hadapan. Negara kita diakui sebagai moden dan ‘canggih’. Bekas Perdana Menteri dahulu sangat berbangga dengan pencapaian negara kita dalam bidang kemajuan dan (keselamatan) juga. Kononnya negara kita sudah maju dan canggih semuanya. Semua yang ada di Barat dan di Jepun ada di negara kita. Lalu kita (mereka yang buta akal dan taksub biawak kepadanya) memuja dan memuji bekas PM itu sebagai hebat, bijak dan entah-entah lagi. Apakah andaian dan penobatan kita itu betul? Jika kita lihat apa yang berlaku itu (bedalan Tsunami) sehingga mengorbankan 51 jiwa dan jutaan harta benda musnah apakah kita boleh mengatakan kita maju? Negara kita sudah moden seperti mana yang dilaungkan itu? Kalau kenyataannya begitu benar, kita percaya malapetaka itu boleh dihindar dan angka kematian tidak seramai itu. Kini terjawab. Apabila ombak itu melanggar kita baru kita tahu apakah jenis kehebatan dan kemodenan negara kita yang dilaung-laungkan selama 22 tahun lalu. Jelas bahawa apa yang dilaungkan selama ini hanya laungan tin kosong sahaja. Kemajuan dan kemodenan kita (dalam soal keselamatan nyawa) lebih kurang sahaja dengan Sri Lanka, Indonesia dan India. Kita masih belum sampai ke mana pun sebenarnya. Cuma angan-angan kita sahaja lebih yang dibawa oleh segelintir orang yang banyak berkhayal daripada berpijak di bumi nyata. Untuk mengesan bedalan ombak itu pun kita masih terkial-kial. Pandangan jauh yang kononnya dimiliki oleh bekas PM sebelum ini ternyata tidak berguna langsung. Kalau bekas PM berpandangan jauh sudah tentu kejadian seperti itu dapat dihindari. Sekurang-kurangnya kita mempunyai peralatan untuk mengesan bencana itu. Tetapi apa yang kita ada? Jawabnya tidak ada apa-apa, melainkan sebuah keindahan khayalan yang diilhamkan oleh bekas PM yang sama-sama kita kongsikan untuk memeriahkan hidup kita yang sebenarnya kosong! Seperkara lagi yang kita musykil di atas apa yang berlaku ialah di manakah menghilangnya Perdana Menteri (yang disayangi), Abdullah Ahmad Badawi al-Hadhari? Ke mana beliau? Khabarnya beliau berada di luar negara dalam rangka lawatan memajukan negara. Apakah beliau tidak peka dengan apa yang berlaku? Sebagai PM yang menggagaskan Islam Hadhari, Abdullah patut pulang segera ke tanah air. Beliau tidak cukup setakat membuat arahan menerusi telefon agar kerajaan membantu rakyat. Di saat-saat genting begini Abdullah al-Hadhari harus mendampingi rakyat. Rakyat yang sedang bersedih dan berdukacita sangat memerlukan layanan beliau selaku pemimpin nombor satu negara. Apakah lawatan yang dilakukan itu penting sangat? Ianya lebih penting daripada nyawa manusia? Di sini semuanya terserlah sikap sebenarnya Abdullah Badawi. Pemimpin yang dipuja sebagai berjiwa rakyat, penuh prihatin, ternyata hanya slogan semata-mata. Abdullah sudah bersikap tidak berbuat apa yang dicakapkan! Abdullah jelas tidak prihatin dan sayangkan rakyat! Melihat sikap Abdullah itu samalah dengan perangai Annuar Musa. Di saat rakyat Kelantan (ahli UMNO) kesejukan dan kelemasan, beliau (Annuar) sebagai ketua tidak ada di dalam negeri, sebaliknya berseronok dengan anak dan bininya di Eropah! Apakah ini model pemimpin Islam Hadhari? Nampaknya Abdullah dua kali lima sahaja dengan Annuar di dalam menangani rakyat yang sedang berdukacita. Patutlah Abdullah boleh menggantikan Mustapa Mohamed (yang jauh lebih baik dan bersih) di Kelantan dengan Annuar Musa. Apa pun duhai rakyat marhaen fikirlah sendiri. Jangan disalahkan ibu yang mengandung! - Reformasi. Tun Paduka Tuan - 26.12.2004 |
| ANNUAR MASIH BELUM PULANG DARI MAKAN ANGIN |
| 12.26.04 (2:13 pm) [edit] |
SUDAH hampir dua minggu berlalu setelah beberapa hari banjir melanda negeri Cik Siti Wan Kembang dan pahlawan Tok Janggut – negeri Kelantan Darulnaim. Kesan-kesan kemusnahan dan kerosakan kerana banjir masih belum habis. Rumah rosak, jalan berlubang atau koyak dan sebagainya masih jelas kelihatan di mana-mana sahaja. Walaupun ada bantuan segera banjir di bawah peruntukan Bencana Alam namun ianya bukan mudah untuk dipulihkan. Bandar Kota Bharu yang akan diisytiharkan sebagai bandar Islam tidak sampai lima hari lagi masih kotor dan berselut. Di mana-mana jalan dan kawasan dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu kelihatan sampah sarap masih bertimbun. Bandar Kota Bharu berdebu dan berselut macam selepas perang. Pihak penguasaan bandaran Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bertungkus lumus siang dan malam membersihkan seluruh bandar tersebut. Seperti mana diumumkan, MPKB menganggarkan sebulan untuk membersihkan seluruh bandar Kota Bharu. Melihat kepada masalah dan kotoran ia memerlukan peruntukan wang yang banyak. Banjir tahun ini memang teruk dan besar istilah orang Kelantan. Di kampung-kampung pula soal pengagihan bantuan untuk mangsa banjir masih menjadi buah mulut dan rungutan. Pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat silih berganti memberi bantuan. Keduanya berlumba-lumba untuk berbuat ‘kebajikan’ di samping bagi menanam budi politik. Pihak kerajaan Pusat menghulurkan bantuan kepada mereka (mangsa banjir) yang menyokong Barisan Nasional (BN). Orang-orang BN diberikan keutamaan. Walaupun orang Pas juga dihulur tetapi lewat dan nilainya juga tidak seberapa dibandingkan dengan apa yang diberikan kepada penyokong BN. Begitu juga dipihak Pas, hal yang sama berlaku. Penghulu dan juga orang yang ditugas membanci mangsa banjir atau ditugaskan mengagihkan bantuan banjir hanya mengutamakan ‘orang bulan’ daripada ‘orang dacing’. Sebenarnya hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Di dalam keadaan darurat begitu sepatutnya tindakan pilih kasih tidak berlaku. Kedua pihak Pas dan UMNO sepatutnya mengetepikan perangai buruk itu daripada terus diamalkan. Insaf dan sedarkan semua kita sama sahaja. Kita tinggal masalah itu kepada Pas dan UMNO yang sukar untuk difahami oleh orang yang berfikiran rasional. Kita doakan agar kedua penganut parti itu sedar dan bertaubat akan kesilapan mereka selama ini. Selain itu apa yang masih menjadi sebutan di sinilah ialah soal Pengerusi UMNO Kelantan yang baru Annuar Musa yang masih lagi tidak menampakkan batang hidungnya. Walaupun banjir sudah surut, tetapi Annuar masih belum balik-balik lagi dari luar negeri. Ada suara sinis mengatakan tidak ada guna kalaupun dia balik. Annuar bukan boleh sekat banjir dari melanda Kelantan. Betul, tetapi selaku pemimpin beliau harus berada bersama rakyat. Beliau mesti mengetahui sakit demam rakyat pada setiap ketika dan bukan menjelang pilihan raya sahaja. Sehingga hari ini Annuar masih berada di di London (bukan Los Angeles seperti mana disebut sebelum ini, maaf!), Untuk apa dan kenapa beliau begitu lama di oversea? Orang tidak nampak di mana logik dan relevannya Annuar meninggalkan Kelantan di saat rakyat memerlukan bantuan daripada beliau. Apakah beliau ke sana atas urusan menjalankan tugas negara atau negeri Kelantan atau UMNO? Kalau atas tugas negara tidak mengapa, tetapi kalau sekadar bercuti di musim Krismas tidak berapa ada guna dan pentingnya bagi rakyat. Ada dua perkara yang orang memerlukan kehadiran Annuar. Pertama soal banjir, khasnya di Ketereh di kawasan yang diwakilinya. Beliau adalah Adun Kok Lanas dalam bahagian Ketereh. Selaku ketua bahagian dan pengerusi perhubungan beliau banyak memegang peruntukan banjir. Apa yang menjadi masalahnya beliau enggan menyerahkan peruntukan kepada orang lain dan disuruh menunggunya hingga pulang. Beliau ingin menyampaikan sendiri. Annuar bimbang kalau peruntukan atau bantuan itu diberikan oleh orang lain maka beliau tidak akan mendapat political mileage. Bukan bantuan banjir sahaja, peruntukan untuk budak-budak sekolah menerusi one-off juga ditahankan sehingga beliau balik. Sudah timbul rasa tidak senang di kalangan pemimpin bahagian. Seorang pemimpin bahagian Ketereh bertaraf satu bintang tidak segan-segan mengatakan, apakah Annuar mahu budak masuk sekolah berbaju buruk seminggu baru hendak bagi baju baru? Masalah kedua yang melingkari diri Annuar Musa ialah mengenai hal PULO. Masalah PULO ini tidak ada kesudahannya. Orang ramai menanti kepulangannya untuk mendengar apakah ulasan beliau mengenai dakwaannya konon kerajaan Kelantan beri wang hasil daripada penyelewengan balak kepada PULO. Secara kebetulan masalah PULO timbul dan banjir melanda Kelantan sebaik Annuar meninggalkan negara pada 10 Disember lalu. Beliau seakan sudah tahu masalah PULO akan jadi hangat. Apakah pemergiannya itu untuk mengelakkan daripada menjawab masalah berbangkit daripada isu yang beliau timbulkan itu? Dari maklumat terbaru Annuar kini masih lagi berada di London. Beliau akan pulang selepas sambutan Krismas. Dari siasatan bebas yang dilakukan walaupun beliau meninggalkan negara 10 Disember tetapi selepas 19 Disember baru beliau berada di Eropah. Seminggu sebelum itu khabarnya Annuar berada di negara jiran? Indonesia. Annuar ke Indonesia bukan urusan kerajaan atau parti tetapi urusan peribadinya. Tanpa pengetahuan sesiapa pun bakal MB Kelantan itu telah berkahwin dengan rakyat Indonesia. Isteri mudanya itu ialah seorang doktor gigi. Perkahwinan ini sudah lama berlangsung. Pada suatu masa isterinya diletakkan di Sarawak. Ketika itu beliau kerap berulang alik ke Sarawak. Namun kerana timbul masalah di Sarawak kini isterinya sudah pulang semula ke Jakarta. Segala maklumat ini didedahkan oleh kawan rapatnya sendiri yang juga turut menyaksikan saksi perkahwinan kedua itu. Perkahwinan itu tidak menjadi masalah sebab Islam menghalalkan perkahwinan sampai empat kalau mampu zahir dan batin. Cuma apa yang dipertikaikan kenapa harus sembunyi dan letakkan di luar negara. Apakah kerana sebagai escape selepas kehilangan jawatan, Annuar mengatur rancangan itu? - Reformasi. Tun Paduka Tuan - 26.12.2004 |
| CERITA-CERITA ‘NAIK’: MAKLUMLAH NAK SAMBUT TAHUN BARU 2005 |
| 12.25.04 (9:54 am) [edit] |
Menjelang tahun baru ini, macam-macam jenis 'naik' akan berlaku, Di dalam banyak-banyak naik ini, hanya satu sahaja yang tidak berbahaya kepada orang ramai ia itu NAIK ANGIN. Kalau dah naik angin selalunya meracau sendiri sahaja, paling kuat hamput orang sana sini tetapi tidak menyusahkan orang lain. ‘Naik’ yang ingin Pak Ngah perlihatkan ini naik yang menyusahkan orang ramai dan hanya menyenangkan segelintir kecil orang berkepentingan sahaja. Memanglah amalan Hadhari ketika ini amat mengelirukan memandang kepentingan ramai jarang sangat dipedulikan sebaliknya hanya mereka yang berkenaan sahaja yang diberikan perhatian. Kita mulakan dengan melihat apa yang akan naik bermula 1 Januari 2005 seperti berikut:
Kalau nak dikutip banyaklah lagi. Cukuplah sekadar itu. Sekolah dah nak buka, buku-buku kian bertambah, anak yang belajar di sekolah dah bertambah, perjalanan bertambah tetapi tidak ada pertambahan atau peningkatan ekonomi. Nak ditunggu duit projek tahun 2004 ini bilakah akan dapat pembayarannya. Kerja-kerja dah selesai sejak Ogos tahun 2004, tetapi pembayaran belum dapat. Nak dapat projek baru dah nampak kian sulit. Semuanya barang naik…… amalan pentadbiran dari Dulu, kini dan Selamanya…….. Beginilah pandangan luar berhubung dengan pertumbuhan negara kita untuk renungan bersama:
Pengakhir kata lihatlah dan dalamilah artikel di bawah ini. Apakah yang akan DS Abdullah Badawi lakukan bagi memenuhi tuntutan atau kehendak USA tersebut atau apa jua tindakannya kita akan sama perhatikan beberapa bulan akan datang ini.
Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 24.12.2004 |
| Astro tidak siarkan wawancara Anwar dengan Al-Jazeera? |
| 12.25.04 (9:52 am) [edit] |
Oleh Arfa'eza Aziz Wawancara selama 90 minit bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan saluran berita Arab, Al-Jazeera, dikatakan tidak disiarkan oleh Astro – penyedia televisyen satelit tempatan – malam Rabu lalu. Menurut wakil Al-Jazeera bagi Asia Tenggara, Sohaib Jasim, beliau menerima aduan bahawa wawancara melalui program "Bila Hudud" (Tanpa Sempadan) di saluran tersebut, tidak disiarkan di Malaysia. "Ya, saya diberitahu ianya tidak disiarkan malam Rabu lalau. Tetapi hanya di Malaysia, kerana saya dapat menontonnya di Jakarta tanpa sebarang masalah," katanya kepada malaysiakini. Menurutnya lagi, ini bukan kali pertama Astro memilih untuk tidak menyiarkan wawancara Al-Jazeera dengan Anwar. Sohaib berkata, wawancara dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 6 Sept lalu juga tidak disiarkan oleh Astro. "Saya telah mewawancara Anwar sebelumnya, tetapi itu pun tidak disiarkan oleh Astro. Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan mengapa," katanya. Bagaimanapun, katanya, mereka yang berminat untuk mengikuti wawancara tersebut boleh melayari lamanweb Al-Jazeera. Slot siaran September lalu, pelanggan Astro juga tidak berpeluang untuk mengikuti siaran ulangan wawancara Anwar dengan Lorraine Hahn melalui program Talk Asia di CNN. Kerana Astro belum lagi membuat sebarang ulasan rasmi terhadap pertanyaan mengenai perkara tersebut, isu mengenai siaran ulangan itu masih menjadi satu misteri. Ketika dihubungi kemudiannya, jurucakap Astro bagi Jabatan Al-Jazeera berkata program itu tidak dapat disiarkan kerana suapan siaran dari saluran tersebut berakhir pada jam 10 malam setiap hari. "Slot siaran Al-Jazeera di Astro ialah 7 pagi-10 pagi, 12 tengahari-2petang, 5 petang-7 petang dan 9 malam-10 malam. Jika program itu disiarkan dalam jangkawaktu keempat-empat slot tersebut, maka ia tidak menjadi masalah, Kami tidak mempunyai masalah menyiarkan wawancara dengan (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya. Menurutnya, jika semua berjalan lancar, siaran ulangan wawancara Anwar sebelum ini, telah disiarkan pada jam 7.30 pagi, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya telah disiarkan. Bagaimanapun, anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata rakan dan saudara maranya juga memberitahu yang siaran ulangan itu juga tidak disiarkan. "Kami menunggu untuk menyaksikan siaran semula itu pada jam 7.30 pagi tetapi tidak ada pun," katanya ketika dihubungi hari ini. Anwar kecewa Sementara itu, pembantu Anwar dan juga peguam, Sankara Nair berkata bekas timbalan perdana menteri itu telah menyatakan rasa kecewanya kerana Astro tidak menyiarkan wawancara terbarunya yang disiarkan di seluruh dunia. Menurutnya, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan tahap kebebasan akhbar yang wujud di negara ini. Dalam satu perkembangan berkaitan, Sankara berkata Anwar telah menemui Emir Qatar semalam di istananya di Doha. "Dalam pertemuan tersebut, Emir telah menggalakkan Anwar supaya meneruskan dialog antara Islam dan Barat," katanya. Sumber: MalaysiaKini |
| BAYAR CUKAI PINTU: HADIAH KRISMAS IDRIS JUSOH UNTUK RAKYAT TERENGGANU |
| 12.24.04 (9:38 am) [edit] |
Dalam sibuk masyarakat khususnya di Pantai Barat memperkatakan darihal kenaikan 10 peratus kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang akan bermula tahun 2005 ini, masyarakat di pantai timur rasa selesa lantaran tidak terjejas secara langsung. Rakyat di Terengganu contohnya yang baru merasa gelombang perubahan setelah mengundi kerajaan baru BN masih dibuai dengan alunan lunak Islam Hadhari Terengganu Bestari. Kerajaan Terengganu baru ini separti dan sefahaman dengan Kerajaan Pusat, oleh itu pasti tidak sesusah lagi sebagaimana ketika berada di bawah kerajaan PAS dahulu. Malah Pak Lah sendiri berjanji mahu memberikan sesuatu yang tidak pernah dijangka sebelum ini kepada rakyat negeri Terengganu terutama dalam bentuk pembangunan fizikal dan kemewahan. Dalam akhbar hari ini, MB Terengganu Idris Jusoh mengumumkan kerajaan negeri BN akan mengenakan kembali cukai pintu yang telah dihapuskan oleh PAS dahulu. Katanya biar rakyat turut merasa bertanggungjawab menyumbang ke arah pembangunan bandar dan desa. NST melaporkan:
Takkanlah wang rakyat mahu diperah untuk menampung kerja sekecil mengangkat dan melupuskan sampah sahaja. Atau barangkali kerana dah banyak sangat membazir tanam pokok bonsai sana-sini maka tiada cara lain melainkan perlu dibayar melalui poket rakyat? Sementara itu, ADUN Batu Burok Wan Mutallib Embong yang merupakan bekas EXCO kerajaan PAS menegaskan bahawa PAS akan bertindak menghapuskan kembali cukai pintu ini kalau kembali berkuasa pada pilihan raya yang akan datang. Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Oleh Roslan sms - 23.12.2004 |
| Tiada Kem Latih Militan: Bukti Jelas Tiada Kumpulan Militan Malaysia Sebenarnya !!!! |
| 12.24.04 (9:35 am) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Cucu tertarik dengan laporan dalam semua akhbar arus perdana hari ini (23/12) antara lain Timbalan Perdana Meneri, Dato' Najib menolak dakwaan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dan beberapa pemimpin negara itu bahawa Militan Islam di selatan Thai mendapat latihan di beberapa buah kem latihan di Kelantan. Thailand melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Sutham Saengprathum mendakwa mereka mempunyai gambar dan bukti kem-kem latihan di Malaysia yang melatih puak pemisah di selatan Thailand itu selama ini. Kenyataan ini berikutan terjadinya beberapa tragedi pembunuhan beramai-ramai puak pemisah Islam di selatan Thai baru-baru ini yang mendapat bantahan dari seluruh dunia. Persolannya di sini, menagapakah Perdana Menteri Thailand amat berani mengeluarkan kenyataan yang sememangnya menurut Najib, bisa mengeruhkan perdagangan dan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara. Apa yang lebih menarik, Najib mengarahkan Thailand supaya mengemukakan BUKTI tentang dakwaan mereka itu. Bila Cucu fikirkan sejenak, terkadang rasa macam seronok pula melihat keletah kerajaan UMNO ini. Apa yang terjadi sebenarnya adalah balasan Allah SWT terhadap para pemimpin UMNO dan kerajaan selama ini yang manangkap dan menuduh anak MB Kelantan iaitu Nik Adli dan beberapa orang lagi rakyat yang tidak berdosa sebagai anggota KMM. Kononnya mereka itu adalah rangkaian taliban (Osama Laden) di Afganistan. Seantero dunia masih ingat kata-kata Mahathir (Bekas PM) yang mengatakan mereka punyai BUKTI wujudnya KMM yang pada awalnya kerajaan sendiri menamakannya Kumpulan Mujahidin Malaysia kemudian ditukarkan kepada Kumpulan Militan Malaysia. Cucu masih ingat dalam satu kenyataan media (Tahun 2001), PM Mahathir dengan lantang mengatakan beliau dan kerajaan mempunyai BUKTI-BUKTI DOKUMEN tentang penglibatan anggota KMM dengan kumpulan pihak Taliban di Afganistan. Tapi apabila diminta mengeluarkan kertas putih mengenainya, hingga ke hari ini masih tidak dibuktikan. Apa yang menyedihkan ialah individu yang dikatakan anggota KMM terus ditahan di Kemunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Biarpun seluruh dunia mengatakan penahanan tanpa bicara seperti ISA adalah satu kezaliman dan bukti jelas pencabulan hak asasi manusia, namun kerajaan UMNO masih tetap berdegil kononnya apa yang dinyatakan tentang KMM dan Nik Adili anak MB Kelantan dikatakan sebagai ketua KMM Malaysia adalah benar belaka berdasarkan bukti-bukti serta dokumen yang mereka ada !!!! Nah ! Sekarang apa dah jadi? Apa lagi yang mahu dibuktikan? Akhirnya terkena batang hidung sendiri, yang menjadi mangsa ialah Najib selaku Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seolah-olah ada konspirasi antara Pak Lah dan Takhsin (PM Thailand) untuk menjatuhkan imej Najib sebenarnya. Sudahlah sebelum ini banyak kejadian yang memalukan melibatkan Kementerian Pertahanan di bawah Najib seperti kejatuhan helikopter ATM yang melibatkan kematian seperti kejadian di Sg.Petani, Kedah awal bulan lalu. (Terbaru, 16 Disember 2004 pesawat Pilatus terhempas di Kepala Batas, Kedah membunuh pelatih dan jurulatih. - M@RHAEN) Kini timbul pula isu kem latihan militan di Kelantan. Seolah-olah isu ini ingin memperlecehkan imej Najib selaku Menteri Pertahanan. Persoalannya, benarkah bukti dan dakwaan Thailand itu? Apakah ia hanya untuk mengalih pandangan dunia tentang insiden yang berlaku di selatan negara itu mutakhir ini dan Malaysia dijadikan sasaran. Apakah agenda Thailand sebenarnya? Cucu bukan nak menyokong ucapan Thaksin itu, tetapi bagi Cucu inilah padahnya kerajaan UMNO yang bertindak zalim terhadap anggota KMM selama ini. Maka bila kerajaan Thailand mengiyakan apa yang dikatakan oleh kerajaan Malaysia, barulah berbagai helah diberikan kononnya kerajaan yakin tidak ada kem latihan militan seperti yang digambarkan oleh Thailand. Jika benar tiada kem latihan militan, maknanya selama ini kerajaan UMNO juga "pembohong besar" bila menangkap dan menahan anggota KMM !!! Justeru itu, sudah tibalah masanya kerajaan UMNO membersihkan imej Malaysia di mata dunia dan menyakinkan Thailand bahawa negara ini bebas dari puak militan sebanarnya. Jalan yang terbaik ialah membebaskan semua tahanan dan mengisytiharkan bahawa KMM sebenarnya tidak wujud dan kerajaan UMNO perlu memohon maaf kepada semua anggota dan keluarga mangsa yang ditahan selama ini. Apa yang terjadi sekarang ialah, ada yang dibebaskan dan ada pula tahanan yang dilanjutkan penahanan mereka selama dua tahun lagi !! Bukankah Zalim namanya !! Dalam satu kenyataan Kata Najib: "Mereka (Thailand) menyatakan mempunyai bukti serta senarai nama militan Islam yang terlibat dan Malaysia berharap bukti itu akan dapat diserahkan seberapa segera. "Pada masa ini kerajaan Thailand masih belum menyerahkan bukti atau senarai nama militan Islam terbabit yang membolehkan kita melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya."Bola di kaki mereka sekarang. Mereka yang buat dakwaan, bukan kita.'' Merujuk kepada kenyataan Najib di atas, jelaslah kepada kita bahawa kini sememangnya apa yang mereka lakukan kepada PAS terkena semula ke batang hidung mereka!!! Cucu juga memetik ucapan bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato' Fadzil Noor yang dikeluarkan dalam Harakah 28/9/2001 di bawah tajuk:
Bila Cucu fikirkan semula, maka inilah sebenarnya balasan Allah atas kedurjanaan dan kebiadapan kerajaan UMNO selama ini. Bila PAS mahukan BUKTI tentang wujudnya KMM mereka berdolak-dalik. Sudah terang lagi bersuluh sekarang mereka pula menagih BUKTI dari kerajaan Thailand tentang wujudnya kem latihan militan di Malaysia. Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah Thailand khabarnya mempunyai bukti bergambar, sedangkan kerajaan UMNO selama ini menuduh adanya KMM tetapi tidak dinyatakan dengan bukti bergambar. Maka hebat lagilah Thailand dalam menipu kerajaan UMNO yang selama ini menipu PAS dan pembangkang di Malaysia!!! Hikmah di sebalik kejadian ini sebenarnya ialah, inilah masanya Gerakan Mansuhkan ISA menyuarakan pandangan ini kepada pucuk pimpinan kerajaan UMNO supaya memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan seterusnya membebaskan semua tahanan ISA termasuk, yang kononnya, anggota Kumpulan Militan Malaysia. Manakala berita pembebasan KMM ini perlu dihebahkan seluas-luasnya dalam akhbar supaya kerajaan Thailand melihat benarlah tiadanya wujud militan di Malaysia. Alasan Thailand untuk mengaitkan kem latihan militan di Malaysia adalah jelas berpandukan kenyataan kerajaan Malaysia sendiri bahawa wujudnya kumpulan Militan Malaysia yang kononnya berpangkalan di negeri Kelantan. Semoga dengan kejadian ini, akan memberi ikhtibar kepada kerajaan UMNO supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan mereka. Selama ini mereka sangka, dengan tertangkapnya anggota KMM jelaslah kerajaan Malaysia mengikut telunjuk Amerika untuk menghapuskan pengganas .... Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, Malaysia pula dikatakan sebagai kem latihan pengganas (Militan). Wahai pemimpin UMNO, cermin-cerminlah diri dulu selepas ini !!! "Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selamat Meneruskan Perjuangan Untuk Agama Bangas Dan Negara !! Reformasi Harus Diteruskan, Lawan Tetap Lawan" Salam Perjuangan, CUCU MAT KILAU |
| PENYAKIT DIBAWA ANNUAR MUSA SUDAH MULA MEREBAK! |
| 12.21.04 (1:44 pm) [edit] |
TINDAKAN kurang bijak Annuar Musa kerana mengaitkan penyelewengan balak di Kelantan kononnya diberikan kepada Pattani United Liberalition Organisasi (PULO) telah menimbulkan masalah kepada negara ini. Tindakan Annuar itu seperti mana yang dibayangkan telah diambil kesempatan oleh pihak kerajaan Thailand untuk menekan umat Islam Pattani. Kenyataan Annuar di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu disambut bagaikan orang mengantuk disorong bantal oleh kerajaan Thaksin Shinawatra. Kelmarin Perdana Menteri Thaksin Shinawatra secara terang-terangan telah membuat tuduhan memedihkan; kononnya terdapat sekolah agama rakyat di Kelantan digunakan sebagai markaz melatih tentang pemisah. Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan hari rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Tuduhan itu secara tidak langsung menggambarkan negara ini menjadi pusat melatih pengganas. Kenyataan Thaksin Shinawatra itu juga sebagai melanggar semangat kejiranan dan Asean. Beliau nampaknya bercakap mengikut sedap mulutnya sahaja dan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tidak cukup dengan menuduh tanpa periksa ke atas Kelantan (Malaysia) hari ini Thaksin Shinawatra cuba mengheret Indonesia pula ke dalam kekemelutan di Selatan Thai itu. Thaksin seperti membuat tuduhan ke atas Kelantan, (tanpa menyertakan bukti jelas) mendakwa kekacauan di Selatan Thai itu disebabkan kerana ada penglibatan rakyat Indonesia. Sekiranya Thaksin menghormati semangat kejiranan dan Asean beliau tidak akan membuat tuduhan terbuka begitu. Beliau sekurang-kurangnya berfikir lebih sekali sebelum mengeluarkan tuduhan itu. Mungkin walaupun niatnya hendak menimbulkan kekeliruan di Kelantan (atas kehendak orang Kelantan sendiri), namun ia tidak sepatutnya berbuat begitu. Thaksin seharusnya mengutamakan semangat kejiranan dan Asean daripada cuba memenuhi kehendak pihak itu yang sangat benci kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Apakah Thaksin sedar implikasi kenyataan itu? Ia boleh menimbulkan suasana keruh di antara negaranya dengan Malaysia dan juga Indonesia. Sebagai negara yang bersatu dalam Asean sepatutnya Thaksin menyelesaikannya dulu di peringkat dalaman. Beliau harus mengenang budi baik negara jiran Asean yang lain. Baru-baru ini semasa persidangan ekonomi Asean bersama rakan dialognya di Laos ada ura-ura untuk membincangkan soal kemelut Selatan Thailand. Tetapi kerana ianya dibantah oleh pihak Thai agenda itu terpaksa digugurkan. Ini menunjukkan bahawa semangat Asean diamalkan oleh Malaysia. Apabila kita mengenangkan ‘akal pendek’ dan menunjukkan kesombongan Perdana Menteri itu tentu orang akan terhimbau kepada kenyataan Dari satu segi kita langsung boleh menyalahkan kepada Thaksin. Tetapi sebenarnya apa yang diucapkan oleh Thaksin itu adalah ialah kerana menyambut dakwaan Annuar Musa. Dalam hal ini orang yang tidak cerdik ialah Annuar Musa. Kalau Thaksin membuat kenyataan itu bersandarkan kepada tuduhan Annuar itu mengapa Thaksin tidak mendapat maklumat sahih daripada Annuar dulu? Ataupun apakah sememangnya Thaksin sudah mendapat bekalan maklumat (rekaan) daripada Annuar? Umum sudah tahu bahawa Annuar begitu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan Pas bagi membolehkan UMNO memerintah Kelantan dan beliau menjadi MB. Tidak mustahil kalau Annuar melakukan tindakan gila itu walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan orang Melayu sendiri. Kini semua orang sedang menghalakan kepada bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga tuan punya Mercedes Benz WCE 1 yang dibeli dengan wang yang meragukan itu. Dalam hal ini Annuar Musa harus bertanggungjawab. Beliau kena jelas dan tunjukkan bukti. Beliau kena ingat gara-gara cakapnya itu menyebabkan perkara ini sudah melarat. Penyakit gila kuasa yang dibawa oleh Annuar itu sudah mula merebak. Implikasi daripada kenyataan itu bukan kecil dan main-main tetapi sudah merebak ke seluruh negara. Persoalannya bukan sahaja kepada Kelantan, tetapi kepada seluruh negara.
Beribu orang menyertai demonstrasi aman di sepanjang jalan Pengkalan Chepa menuju ke Konsul untuk menyerahkan surat bantahan itu yang diketuai oleh Presiden MTRK Datuk Ibrahim Ali. Dicelah-celah riuh rendah mengecam kerajaan Thaksin itu terdengar satu pekikan memaki hamun Annuar Musa. “Ini semua kerana kes (sebab kenyataan) Annuar Musalah, bodoh! Kecek (cakap) tidak tenguk depan dan belakang ikut sedap mulut!” cemuh satu suara penuh emosi. Laungan itu jelas menggambarkan rakyat Kelantan kurang senang dengan tindak tanduk Annuar Musa tempoh hari. Walaupun Thaksin ada politik lain di sebalik kenyataannya itu, namun bagi rakyat Kelantan Annuar juga secara tidak langsung telah bersekongkol dengan Thaksin dan Thailand. Andaian sebelum ini Annuar ada agenda untuk membalas budi Muhammad Nur Matta yang dikira berbudi dengannya kerana melindung Ooi Kee Siang semakin menampakkan kebenaran! – Reformasi. Tun Paduka Tuan - 20.12.2004 |
| BILA ANWAR MENYELAR DEMOKRASI DI MALAYSIA, NAJIB MEMBIDAS |
| 12.19.04 (9:38 am) [edit] |
Bagi membuktikan bukan Pak Ngah yang sengaja mengadakan berita tersebut, diperlihatkan kenyataan Najib dari Laman partinya seperti berikut:
Kita lihat pula apa kata salah seorang menteri berhubung pengundi hantu. Ini ah contoh jawapan mereka di kalangan dunia kepompong mereka yang sempit, tidak telus dan sentiasa di dalam ketakutan akan runtuhnya parti dokongan mereka yang kian mereput.
Ingatkah lagi akan tulisan Pak Ngah yang lalu;
Diperlihatkan beginilah bentuknya siaran berita di Laman Web mereka bagi menjelaskan dan memaklumkan perkara semasa. Ketakutan mereka berhadapan dengan PAS amat jelas, tetapi adalah tidak munasabah untuk sebuah parti yang selalu menganggap mereka sebuah parti yang sentiasa di hati rakyat mengharapkan PAS dibubarkan. Adalah jelas mereka sudah keletihan menghadapi arus politik yang kian sophisticated yang memerlukan pengorbanan ahlinya yang begitu besar. Bahang penggunaan kewangan sudah mula menyisihkan di kalangan rakyat, mengugut dan menakutkan rakyat jua kian tersisih di kalangan minda rakyat. Mereka kini telah memasuki fasa melibatkan pihak lain seperti mana kata Tuan Guru Nik Aziz, bagi memenangi pilihan raya. Mereka sudah tidak lagi bergantung harap kepada rakyat negeri sendiri untuk terus menang. Diperlihatkan beberapa petikan berita untuk bacaan kalangan mereka sebagai pengubat duka dan kecelaruan dan sebagai renungan bersama:
Kekalutan mereka bagi terus mengekang gelombang kebangkitan baru dari Barisan Alternatif kini menjadi rumit. Aturgerak Barisan Alternatif kini berjalan dengan lancar dan teratur. Kalau dulu gerakan diatur secara nampak secara fizikal kini BA telah menuju ke arah gerakan minda, keserasian, jiwa teruja dengan menemukan ketelusan, keadilan dan hak kebebasan hakiki kepada setiap insan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit dan bahasa Kebanggaan pembangunan mereka telah tepu dan gerakan ekonomi yang membisu amat meresahkan dan menjadi igauan. Kini wang sudah kekeringan, kerana itu mereka cuba kepada Hadhari, Persoalannya, dapatkah mereka menandingi Islam yang dibawa oleh PAS yang meneruskan perjuangan Rasulullah dan meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi di bumi Malaysia ini akan terjawab menjelang tahun 2009. Mereka kini kelihatannya serba tak menjadi, pembangunan terbantut, penswastaan lingkup, sosial remaja runtuh, nilai kemanusiaan kian merosot, rasuah menjadi budaya yang tak mungkin dapat dihilangkan. Mereka benar-benar sedang menuju keruntuhan dan Malaysia Baru pasti tertegak di dalam masa terdekat ini. Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 19.12.2004 |
| Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Berhubung Perlawanan Bola Tajaan Minuman Keras |
| 12.19.04 (9:36 am) [edit] |
Kiriman GuagStation Soalan: Bagaimana pula hukumnya orang Islam memakai baju yang memaparkan jenama minuman keras, lambang persatuan dan simbol Kristian? Baju dan pakaian seumpama ini (terutama baju T) digemari oleh golongan muda. Ikuti Fatwa dan penjelasan selengkapnya oleh Kiriman: GuagStation |
| ANWAR LAUNGKAN REFORMASI KALI PERTAMA,SAIFUDDIN TIDAK MENJELMA... |
| 12.19.04 (9:34 am) [edit] |
Ipoh 19 December 2004- Laungan kali pertama Anwar Ibrahim di Ipoh disambut puluhan ribu ahli keadilan dan para penyokong dari perbagai kaum disini semalam. Hampir 10 ribu hadir sebagai pemerhati dan penyokong mendengar ucapan beliau dan komitmen dalam perjuangan setelah bebas dari penjara Sungai Buluh.
Pemilihan kali pertama kongres Parti Keadilan Rakyat ini,juga menampakkan muka lama dilantik ke jawatan baru. Beberapa pemimpin sokongan reformis juga dilantik oleh perwakilan sebagai tanda sokongan kebangkitan semula parti yang dicop sebagai sebuah parti sekadar parti NGO’s. Walau apa pun yang diperkatakan, PKR ini bukan sebuah parti yang boleh diperkecilkan kemampuannya. Dengan lantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat, walau pun dahulunya juga penasihat, namun faktor pembebasannya dan sokongan luar terhadap beliau serta sokongan keluarga dan para penyokong, akan menjadikan parti ini satu kuasa baru bagi mencabar Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang. Faktor Anwar dikalangan para pemimpin PAS dan DAP serta NGO’s, dianggap sebagai satu faktor utama penyatuan. Namun dalam keghairahan para pemimpin dan pemilihan pada kali ini,ramai tertanya-tanya dimanakah wira reformasi dan bekas Yang Berhormat Lunas Saifuddin Nasution Ismail yang tidak kelihatan. Walau pun desas desus dalam webmarhaen sebelum ini kononnya dinafikan beliau dalam Malaysia Today, namun ketidakhadirannya dalam perhimpunan pada kali ini menjadi tandatanya pelbagai pihak dimanakah pendirian beliau. Jika benar kehilangan Saifuddin atau pun beliau meninggalkan keadilan atau sebaliknya, memang keadilan kehilangan seorang pemidato yang hebat. Bahkan beliau yang pernah bertugas di negeri Cik Siti Wan Kembang dalam unit perancangan ekonomi negeri itu sebelum menjadi ADUN Lunas ini mempunyai “peminat” sendiri dalam setiap ceramahnya. Sokongan sahaja tidak akan membawa parti ke mana. Dalam pilihan raya umum PKR perlu banyak “berkursus” dengan PAS terutamanya di kampung-kampung berhubung dengan kempen rumah ke rumah dan cula. PAS dilihat mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian masyarakat Melayu di kampung dengan mempunyai pelan kerja kempen yang lebih tersusun kerana dianggap parti yang telah lama berjuang menentang BN. Malahan PAS mempunyai jentera kempen dalam semua peringkat sama seperti UMNO. Jika keadilan inginkan kemenangan maka jentera pilihan raya keadilan juga perlu diperkemaskan. Ahli keadilan bukan sekadar memasang bendera di jalanraya, atau mengusung pemimpin dalam kereta bersama bendera, bahkan perlu bekerja lebih dari yang disangka. Jika PKR tidak kemana dalam pilihan raya. SENARAI LENGKAP PRESIDEN PARTI TIMBALAN PRESIDEN NAIB PRESIDEN MPT
|
| INGATKAH LAGI KATA KATA DSAI, TOL NAIK KERANA RASUAH |
| 12.17.04 (9:31 pm) [edit] |
Begitu juga, apabila kita terbaca tulisan seorang penuntut dari luar negara yang memulangkan Master of Economicsnya kembali kepada Perdana Menteri yang diperolehinya pada tahun 1998 daripada Universiti Malaya. Sungguh menyayat hati Pak Ngah membacanya dan amat merasa malu dan terhina atas perbuatan pengamalan rasuah yang sedemikian rupa yang sedang melanda Malaysia. Dipetik ayat akhir tulisan beliau tersebut:
Berita penuh sila lihat di Matarr Njie: Letter to PM: Corruption Is A Way Of Life In Malaysia Mengapakah pemimpin yang sebegini diberikan tempat menerajui negara,. Ianya juga patut dijadikan panduan oleh DS Samy Vellu. “JAGALAH hati rakyat" Itulah kata nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang paling diingati dan sehingga kini sentiasa dijadikan panduan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam menjalankan tugasnya. Lihatlah berita hari ini;
Siapakah yang rugi dari segi pembinaan tol ini?
Yang untung adalah:
Yang paling rugi:
Diri Pak Ngah termasuk orang paling, paling rugi kerana dahlah jarang lalu melalui Lebuhraya tetapi cukai-cukai yang dikutip juga termasuk di dalam subsidi yang dibayarkan kerajaan semasa, namun hati Pak Ngah sedikit terubat bila mengenangkan yang Pak Ngah tidak memangkah UMNO dan BN pada Pilihan Raya yang lalu. Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 18.12.2004 |
| TOL NAIK 10 PERATUS HADIAH KRISMAS KERANA MENGUNDI BN |
| 12.17.04 (9:30 pm) [edit] |
Seperti dijangkakan walaupun seluruh ahli parlimen Malaysia yang sepatutnya mewakili seluruh rakyat dalam negara ini menentang kenaikannya namun sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kerjaraya, kabinet tetap bersetuju dengan kenaikan tol Lebuhraya Utara Selatan (NSE) pada kadar 10 peratus mulai Januari 2005 ini. Menurut akhbar THE STAR:
Samy Vellu turut berkata bahawa PLUS tidak mengalami keuntungan dan sebaliknya dijangka mula memungut keuntungan selepas 15 tahun beroperasi. Pasti ramai yang akan merungut dengan kenyataan ini. Kenaikan kadar 10 peratus ini agak besar dan pasti akan melimpah dan mengakibatkan kenaikan barangan lain yang terjejas akibatnya khususnya industri pengangkutan yang telah pun sedia dibebankan dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini. Mengapa apabila kita mengumumkan kenaikan harga satu-satu barangan ataupun perkhidmatan kita sering mengaitkannya dengan beban yang dipikul kerajaan. Dalam hal ini tol dan sebelum ini petrol merupakan barangan dan perkhidmatan yang secara langsung impak kenaikannya terkena terus kepada rakyat. Mengapa kita tidak membicarakan darihal beban lain yang dipikul kerajaan yang tidak mengena langsung kepada rakyat. Contohnya beban menanggung Putrajaya dari kadar sewanya sehingga infrastruktur mewah dan membazir. Pembinaannya menjangkau RM5.2 billion, mahligai PM RM200juta dan seumpamanya. Kerugian yang diakibatkan pelaburan dari badan dan agensi kerajaan yang kini ditanggung secara percuma oleh kerajaan contohnya kerugian yang menimpa SUKOM, PEWAJA dan pelaburan Tabung Haji yang lesap serta pelbagai lagi projek mega dan mewah yang beban akhirnya dihumbankan kepada rakyat. Tiba-tiba dalam hal yang menyangkut langsung kepada kepentingan rakyat, alasan mengelakkan bebanan kepada kerajaan digunakan. Dahulu kenaikan harga petrol juga demi mengurangkan bebanan subsidi kerajaan dan tidak lama lagi kos ubat-ubatan di hospital kerajaan dan entah apa-apa lagi nanti. Demikianlah lantaran mengejar KECERMERLANGAN, KEGEMILANGAN dan KETERBILANGAN rakyat yang menjadi mangsa. Harga barang terus naik dan akan naik, harga hasil pertanian tidak lumayan, kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan dan swasta tidak menjadi, apa nak kata selain MALAYSIA BOLEH! Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Oleh Roslan sms - 17.12.2004 |
| TIMBALAN KETUA UMNO JELUTONG DIGANTUNG TIGA TAHUN. APA TINDAKAN BPR SETERUSNYA? |
| 12.17.04 (2:31 pm) [edit] |
Merujuk kembali kepada kenyataan oleh Ketua Pengarahnya seperti berikut:
Apakah amat sukar memahami di antara kenyataan-kenyataan berikut:
Di mana kita akan mendapat persamaannya. Lihat seperti berikut:
Apa tindakan seterusnya adalah menjadi tanggungjawab BPR yang telah diamanahkan rakyat untuk menjalankan siasatan ke atas individu terbabit. Apa jua alasan yang diberikan, penakulan yang utarakan,ianya adalah salah bukan sahaja dari segi moral dan kemasyarakatan dan yang lebih buruk di sisi Allah subhanahuawa taala. Kita memohon perlindungan Allah dari pemerintah yang zalim dan penguatkuasa yang tidak adil. Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 17.12.2004 |
| Nik Aziz: Di mana Annuar Musa ketika rakyat ditenggelami banjir? |
| 12.17.04 (2:29 pm) [edit] |
Ketika sidang DUN Kelantan, Annuar Musa cukup lantang. Tetapi, di mana beliau ketika rakyat memerlukan bantuan menghadapi banjir besar di Kelantan baru-baru ini, tanya Mursyidul AM PAS, TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ dalam tulisannya ini. - Dipetik drp HarakahDaily
“Kelantan Boleh!” Jika di peringkat persidangan Dewan Rakyat orang ramai sering disogok dengan seribu satu macam alasan berdolak dalik enggan membuat liputan siaran langsung dari Kuala Lumpur, kini bagaimana? Sekali lagi terbukti yang kerajaan Kelantan berkemampuan, lebih demokratik dan berstrategik. Seluruh dunia boleh mengikuti perdebatan dan mengukur tahap kebolehan pihak kerajaan dalam menjawab pelbagai tohmahan 21 pembangkang dari wakil rakyat Umno. Dari sini, sekali lagi rakyat dapat melihat Umno yang ketinggalan. Apa yang lebih menarik ialah setiap wakil Exco memulakan ucapan penggulungan dengan petikan ayat-ayat al Quran atau Hadis sesuai dengan portfolio masing-masing. Ini membuktikan yang Islam itu syumul. Setiap persoalan manusia dari segenap sektor kehidupan ada panduan bersumberkan al Quran. Ini mengesahkan lagi kesungguhan kerajaan yang benar-benar mahu “Membangun Bersama Islam”. Tidak satupun isu yang dibangkitkan tidak berjawab. Ia disimpul mati melalui pelbagai hujah dan bukti yang menunjukkan Kelantan sedang membangun roh dan jasad. Pasukan kerajaan negeri yang kami turunkan dalam pusingan kali ini saya kira cukup mantap. Dalam keadaan saya yang sangat berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri, tahulah saya motif gesaan ketua pembangkang yang meminta saya “berehat”. Ini tidak lain kerana Umno sudah nampak kesukaran yang besar untuk menggugat kerajaan negeri selagi saya masih ada. Itu yang timbul saya dikatakan kononnya telah pernah mati atau telah meletakkan jawatan. Alhamdulillah, saya masih seperti ini. Saya tidak latah dan mudah melompat walaupun ketua pembangkang itu cuba mengacah saya supaya berehat (Utusan Malysia, 12 Disember 2004). Setakat ini, saya tidak nampak alasan yang manasabah untuk saya berehat. Walaupun saya dikatakan tidak tahan dikritik tetapi pada pemerhatian saya, orang yang menuduh saya, yang saya kira pantang menerima kritikan sebenarnya. Ini yang selalu saya perhatikan. Misalnya, dalam isu menabalkan Sultan Kelantan yang baru, beliau cukup kuat melenting dan kelihatan melontar kata-kata yang amat kesat kepada YB Nasarudin Daud (ADUN Meranti) berbunyi, “awak bahlul”. Begitu juga dengan kisah-kisah pembelaan nasib fakir miskin. Jika tidak kena dengan anginnya, beliau boleh menjerit dengan perkataan-perkataan hina seperti “bodoh”, “keling”, “ayam kampung”, “tak ada standard” dan “tak cukup mengaji”. Beliau cukup gemar memperkecil dan mengherdik orang lain. Setelah cukup puas mengaibkan orang, mulalah beliau menepuk dada dengan mendakwa diri sendiri sebagai “ahli politik yang seasoned”. Semua ini boleh disemak dalam cakera padat (VCD) yang ada dijual atau “hansard” dewan. Dari segi ilmu tasauf, inilah yang disebut ulama sebagai penyakit-penyakit hati. Sombong, sum’ah, ujub, ria’dan takabur. Diri sendiri tiada cela sedikit pun.. Yang cela, hina dan kekurangan adalah orang lain. Orang lain halal diremeh dan diperkecilkan. Pantang ditegur, ketua pembangkang dari Adun Umno ini terus bangun untuk “mengaum” biar sekali pun ketandusan hujah yang waras. Dari segi psaikologi, seorang yang rendah akan gemar memakai songkok tinggi dan selipar tebal. Bagaimanapun, kita tidak hairan dengan harimau yang mengaum kerana mengikut pepatah Melayu, “harimau mengaum tidak menangkap". Jika kita rajin menyemak kisah-kisah di dalam al Quran, perangai keji yang seumpama ini tidak ada pada Nabi Muhammad saw, Nabi Ibrahim atau Nabi Musa tetapi amat nyata menjadi amalan musuh-musuhnya. Walaupun Islam memberi ruang berhujah dan berbeza pandangan tetapi harus diperhatikan yang hujah balas kita hendaklah berpaksikan peraturan Allah. Dalam pada itu pun, akhlak menempelak perlu dijaga. Membodoh-bodoh dan membahlulkan pejuang Islam sudah tentu bukan caranya. Dalam suasana banjir di Kelantan yang dikatakan terburuk sejak lebih 20 tahun, saya terkejut apabila diberitahu bahawa ketua pembangkang yang kononnya sangat lantang menyuarakan mesej rakyat dalam sidang dewan yang lalu kini sedang berehat di luar negara. Kehadiran Timbalan Perdana Menteri di Bilik Gerakan Negeri pada 14 Disember lalu disambut oleh saya dan anggota Exco kerajaan negeri termasuk Dato’ Mustapa Mohamed tanpa Yang Berhormat berkenaan. Saya yang disuruh rehat tidak rehat pun, manakala dia pula sedang berehat di luar negara dalam keadaan negeri hampir tenggelam. Jika beliau dikritik dalam persidangan dewan yang akan datang, bersedialah orang ramai untuk menyaksikan telatah lakonannya. Pendek kata, fahamlah saya apabila “orang kuat Umno ini” beria-ia sangat mahu “merehatkan” saya. Dengan kesungguhan mereka, tahulah saya bahawa kepemimpinan saya telah berjaya menyusahkan Umno. Bagi PAS, ini petanda sebuah kejayaan. Jika begitulah keadaannya, maka tidak jadi lagilah nampaknya saya untuk merehatkan diri. Saya akan hanya mula berehat apabila Umno berhenti mengganggu gerakan Islam. Lambat lagilah nampaknya. - mj/zs |
| HARI INI PKR MELAKARI SEJARAH PETA POLITIK NEGARA. |
| 12.17.04 (2:27 pm) [edit] |
Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)
Bersejarah kerana pada hari itulah parti yang wujud di atas paduan dua perjuangan (parti), Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung menjadi satu. Persidangan itu merupakan julung kali selepas penggabungannya diluluskan oleh pejabat Pendaftar Pertubuhan. Kepada rakyat yang taksub dengan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak merasakan peristiwa itu penting. Bagi mereka sejarah itu dibiarkan begitu sahaja tanpa merasai apa-apa perubahan kepada peta sejarah politik bangsa. Tidak mengapa. Namun dari sudut sejarah, hakikatnya penyatuan dua parti itu sangat penting kerana ianya bakal memantulkan sinar baru dalam kanvas politik Malaysia. Penyatuan kedua parti itu membentang wadah baru kepada rakyat untuk dijadikan alternatif kepada parti BN yang dilihat sudah banyak busuk daripada wangi itu. Serentak itu, persidangan tersebut bakal membentuk barisan kepimpinannya. Bagaimana agenda itu dikira tidak begitu penting lagi apabila Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sudah dinobatkan sebagai Presidennya. Mungkin perebutan jawatan Timbalan Presiden di antara Abdul Rahman Othman dan Syed Husin Ali serta pemilihan ahli jawatankuasa tertingginya mungkin memberi kehangatan. Hendaknya proses pemilihan berjalan dengan licin dan dalam suasana semangat setiakawan yang tulen. Semua pihak yang ternatijah dengan pemilihan itu akan rela menerimanya tanpa menganjakkan paksi jihad. Selain dari peristiwa itu perhimpunan PKR juga dikira bertuah kerana ianya bakal dihadiri sama oleh wira semua bangsa Sdr. Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar hadir selaku pemerhati dan tidak dapat melibatkan diri secara langsung dalam perhimpunan berkenaan tetapi ia cukup bererti. Kalau selama ini Anwar hanya mengirimkan perutusan dari penjara sempena perhimpunan Keadilan, namun kini jasadnya sendiri hadir. Adanya Anwar di situ sudah tentu ia memberi semangat kepada PKR untuk terus mara menggerakkan perjuangan yang dicetuskan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Tentunya kehadiran itu memberi spirit dan kekuatan kepada PKR. Dalam erti kata lain PKR kali ini bersidang dengan ditemani sama oleh ‘orang tuanya’. Ada beberapa perkara yang perlu dititik berat di dalam persidangan esok. Di antaranya ialah menyelesaikan beberapa isu yang belum selesai termasuklah soal penyatuan ahli. Ini perkara penting. Walaupun perpaduan di dalam parti sudah utuh, namun masih ada kuda-kuda atau sendi-sendi perjuangan yang perlu diperketatkan. Di antaranya ialah soal tuduh menuduh atau pun rasa curigai mencurigai di antara satu sama lain. Berbagai isu kedengaran mengenai perkara ini. Ada tuduhan wujud puak-puak tertentu di dalam PKR (Keadilan). Ada digelar sebagai kabilah, penganut UMNO, puak liberal dan sebagainya. Tuduhan atau tanggapan seperti ini hendaklah dihapuskan. Begitu juga krisis atau perbalahan peribadi dengan individu tertentu tidak perlu diperpanjangkan. Semua pihak kenalah terbuka dan rasional. Masing-masing perlu bermuhasabah dan mencari kesilapan masing-masing dan bukannya cuba mengorek kesalahan orang lain sehinggakan kesilapan kita tidak ternampak. Begitu juga sikap membenci perjuangan disebabkan tidak sebulu dengan orang perseorangan juga tidak betul dan satu tindakan yang kurang bijak dan matang. Sikap itu tidak ubah seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar. Siapakah yang rugi akhirnya? Harus difahami musuh senantiasa mencucuk di antara kita supaya sering berbalah dan bermasaman muka sesama sendiri. Virus – wasangka, meragui atau mencurigai si anu dan si ani adalah permainan licik pihak musuh. Strategi memecah dari dalam itu kenalah difahami dan dihindarkan. Sementara itu persidangan esok penting kerana akan menentukan hala tuju dan masa depan politik Sdr. Anwar Ibrahim. Hal inilah yang menjadi fokus kepada pemerhati dan rakyat seluruhnya. Mereka mahu kepastian ke manakah langkah Anwar selepas ini. Ini kerana sebelum ini timbul bermacam andaian dan teori mengenai Anwar. Paling popular ialah mengatakan beliau akan bersama UMNO semula. Suara-suara itu sedikit sebanyak mematikan langkah mereka yang ghairah untuk melihat Anwar memimpin pembangkang pada pilihan raya seterusnya. Gara-gara timbulnya spekulasi itu menjadikan langkah mereka tergencat buat seketika. Kita harap perwakilan akan tegas dalam menentukan arah tuju perjuangan Anwar selepas ini. Sekiranya perwakilan mahukan beliau menjadi penggerak atau inspirator kepada perjuangan PKR bersama oposisi, maka Anwar tidak boleh mencari seribu helah untuk menafikannya. Anwar tidak boleh bertindak bertentangan dengan aspirasi ahli PKR dan rakyat jelata. Jika ada tumbuh angan-angan untuk bersama UMNO dalam masa terdekat ini angan-angan itu perlulah dipadamkan segera. Kepada Anwar pula, beliau harus berhati-hati untuk tidak tersilap langkah kali kedua. Sebagai Bapa Perjuangan, lebih penting beliau perlu memuaskan hati rakyat daripada kehendak dirinya sendiri. Beliau kena menjadi lilin demi rakyat! Seperti dibimbangi ramai kalau Anwar tersalah langkah kali kedua nasibnya akan buruk. Pun begitu sekiranya perwakilan memberi signal dan mandat kepada Anwar untuk menentukan hala tuju politik menurut kehendaknya, maka parti dan kerabat oposisi yang mengakui dan berikrar untuk menerima Anwar sebagai ketua harus akur juga. Jangan ada nanti pertikaian atau pun apa-apa tindakan yang bertentangan. Apa pun yang lebih penting ialah solidariti di dalam membuat keputusan dan sepadu di dalam bertindak di samping mempunyai semangat juang yang kental – tidak mudah mengalah dan goyah. Percaya dan yakinlah perjuangan yang suci itu akan menang juga walaupun memakan masa terlalu lama. Sejarah masa lampau perjuangan yang diterokai oleh hero rakyat, seperti Khomeni di Iran, Mahatma Ghandi India, Nelson Mandala di Afrika Selatan, Jose Rizal di Filipina dan banyak lagi perlu dijadikan azimat. Bukan senang untuk mereka menang. Mereka terpaksa mengambil masa berpuluh tahun sebelum dijulang rakyat sebagai wira mereka. Kemenangan dalam perjuangan bukan hanya bermakna apabila mendapat kuasa, tetapi syahid (mati) di dalam perjuangan itu adalah puncak kepada kemenangan. Kalaupun kita sudah memperoleh kuasa belum tentu kita syahid kerana ada kalanya kuasa menjadikan kita kufur kepada Ilahi. Banyak sudah mereka yang berkuasa menjadi kufur kepada perjuangan (Allah). Insaflah perjuangan Keadilan (PKR) hanya baru memasuki tahun ke enam. Ia masih muda dan tidak akan mudah untuk mencapai kemenangan. Pisang pun selepas ditanam, mengambil masa tiga hingga lima bulan baru berbuah. Apa lagi sebuah perjuangan yang terpaksa menghadapi berbagai tribulasi tentulah memerlukan pengorbanan dan masa lebih panjang daripada itu. Selamat bersidang! – Reformasi. Tun Paduka Tuan - 17.12.2004 |
| PINTU PAGAR UMNO MASIH DITUTUP RAPAT |
| 12.16.04 (9:12 am) [edit] |
Tiga lagi ahli Umno digantung keahliannya oleh Jawatankuasa Disiplin parti tersebut. Bermakna sehingga kini 40 orang telah digantung keahliannya selama 3 tahun manakala seramai 12 didapati bersalah dan dilepaskan dengan amaran. Kebanyakkan mereka ini terlibat dengan politik wang ataupun jenayah rasuah menurut isitlah yang diberikan oleh Badan Pencegah Rasuah. Aktiviti membeli kuasa dan kedudukan ini berlaku dengan hebatnya ketika Umno melalui proses pemilihan diperingkat bahagian dan pusat baru-baru ini. Yang menghairankan BPR telah pun membuat kenyataan bahawa sebarang aktiviti membeli sokongan termasuklah dalam pemilihan parti adalah merupakan jenayah rasuah. Banyak pihak termasuk dari Suhakam telah meminta agar tindakan segera diambil terhadap mana-mana pihak yang mengamalkan budaya tercemar ini. Namun sehingga kini BPR tidak pun bergerak malah mencuit pun tidak. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Ritahuddeen bila ditanya adakah pihak BPR telah menghubungi beliau (THE SUN): Tengku Ahmad said they HAVE NOT. Sedangkan dalam akhbar THE STAR yang memetik majlis yang sama dilaporkan: On the response to the offer of immunity to informers who received money during the recent party election Tengku Ahmad Ritahuddeen said it was ENCOURAGING but declined to elaborateBermakna jawatankuasa ini telah menerima maklumat dan bukti bahawa terdapat amalan jenayah rasuah yang berlaku semasa pewmilihan Umno namun tidak melaporkannya kepada BPR malah lebih memualkan lagi pihak BPR yang diharapkan menjadi agensi juara untuk memerangi rasuah di negara kita mengambil sikap membisu mendiamkan diri. Malah Tengku Ahmad pula dilaporkan berkata dalam THE SUN What is considered an offence under this code (KOD ETIKA UMNO) may not be so under the agencys Prevention of Corruption Act.Soal samada berlaku ataupun tidak jenayah rasuah bukan hak Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Presiden, Timbalan Presiden ataupun mana-mana pihak untuk membuat kenyataan tambahan pula yang dari Umno kerana mereka memiliki elemen kepentingan. Takkanlah Tengku Ahmad selaku bekas majistret tidak tahu akan hal ini. Serahkan kepada agensi yang diberi kuasa untuk menyiasat. Kalau benar Presiden Umno dan pimpinan baru Umno ini telus dan bersih serta bersungguh mahu membenteras rasuah maka rongkaikanlah ikatan yang berada ditangan, kaki dan mulut BPR itu. Bebaskan mereka untuk benar-benar bebas membuat penyiasatan dan mengambil tindakan. Kerana berdasarkan perkembangan terbaru ini jelas di sana terdapat tangan ghaib yang menghalang BPR dari berani untuk bertindak. Jika pintu pagar Umno berterusan ditutup rapat dan pimpinan Umno cuma menjerit-melolong dari dalam sahaja kononnya mahu membentras rasuah, maka sampai bila-bila pun imej rasuah, kronisma dan nepotisma yang hodoh dan busuk itu akan kekal melekat di wajah Umno yang sudah tercemar itu. Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ |
| BANJIR PUN MAHU DIPOLITIKKAN |
| 12.16.04 (9:07 am) [edit] |
TV3 kemudiannya menemuramah ahli Parlimen Kota Bharu Zaid Ibrahim yang menyatakan kekesalannya di atas kelewatan bantuan tersebut. Malah beliau mendakwa terpaksa menyalurkan bantuan parti (umno) untuk mangsa berkenaan memandangkan kelewatan tersebut. Walaupun tidak disebut, jelas rungutan dan aduan tersebut dituju ke arah kerajaan negeri Kelantan. Segmen seterusnya Buletin Utama menyiarkan majlis taklimat banjir yang diberikan oleh SUK Kelantan kepada TPM Najib Tun Razak yang turut dihadiri oleh Tuan Guru MB, barisan EXCO dan wakil rakyat Umno. Mengapa TV3 mahu highlight kejadian di Kota Bharu itu saya kurang pasti, yang jelasnya di sana ada niat jahat untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri PAS tidak cekap mengendalikan malapetaka yang tidak diundang ini. Malapetaka ini tidak kenal orang, orang PAS, orang Umno, orang tak berparti semua kena. Mengapa harus kita mahu menangguk di air keruh? Mengapa Zaid perlu mendabik dada menghulur bantuan partinya sedangkan beliau adalah ahli Parlimen Kota Bharu yang mempunyai peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan pusat? Saya yakin dalam kecelaruan banjir yang terburuk sejak 20 tahun ini sudah tentu akan ada kelewatan dan kekurangan di sini-sana. Mangsa perlulah bersabar dalam kesusahan ini. Agensi yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kecemasan ini bukan hanya melibatkan agensi negeri malah dari pusat turut terlibat. Kalau nak dipolitikkan banjir ini, macam-macam isu boleh dieksploitasi, ada orang kata sejak PAS memerintah secara aman tak pernah banjir seburuk ini tiba-tiba bila BN hampir rampas kuasa diturunkan bala sedemikian rupa, bayangkan kalau BN menang. Namun tidak moleklah dieksploitasi sehingga demikian rupa. Begitu juga semalam Najib Tun Razak dikatakan bersungguh turun ke Kelantan nak bantu itu dan ini tetapi bila hulur bantuan kecemasan cuma RM50,000 sahaja diserah sedangkan banjir menimpa begitu dahsyat sekali. Namun kita yakin itu adalah bantuan serta-merta dan sebagaimana jaminan TPM kerajaan Pusat akan membantu dalam bentuk kewangan berupa pampasan kepada mangsa-mangsa banjir berdasarkan penilaian yang akan nanti dilakukan oleh kerajaan negeri. Dalam mengharungi masalah yang menimpa umat Melayu Islam ini, seharusnya kita berlapang dada dan bersikap terbuka. Tolaklah politik ke tepi dulu, demi agama dan bangsa kita bekerjasama untuk menyelesaikannya. Tahniah TV3 kerana meletakkan stesen penyiaran anda sebagai saluran media yang tidak bermaruah, berhibur sewaktu rakyat ditimpa malapetaka! Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/ Oleh Roslan sms - 15.12.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel |
| PAK LAH MENGELUH LAGI... DAN LAGI... DAN LAGI.... |
| 12.11.04 (9:17 pm) [edit] |
Pak Ngah turut simpati dengan seruan YAB PM berhubung dengan RASUAH. Di mana-mana pun PM akan sebut fasal RASUAH, Nampaknya PM nak hapuskan sungguh rasuah ini, sebut di sana, sebut di sini, tetapi tak nampak sangat pula tindakannya, Lihatlah keluhan dalam ucapan PM kepada kakitangan Perkhidmatan Awam seperti berikut. Petikan awalnya sahaja;
Alangkah indahnya kata-kata PM itu disulamkan dengan perbuatan, tak payah pilih-pilih, semuanya kalau RASUAH tetap RASUAH. Prosesnya tetap sama BPR mulakan penyiasatan, nak tunggu arahan siapa lagi? Kalau dah jenayah rasuah berlaku ambil tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tak payahlah nak cerita tafsir itu macam ini, tafsiran orang ini pula macam itu, yang itu kata Politik Wang, yang ini kata Beri Wang, dia itu kata Sumbangan Wang dan akhirnya semua telah setuju yang ianya jenayah, iaitu Jenayah Rasuah. Jangan diberikan alasan kalau dibawa ke Mahkamah akan memakan masa yang lama….. tetapi pada pengetahuan yang lalu itu dalam kes Ezam Mohd Noor pasal OSA itu cepat juga kan…. Boleh buat kalau nak buat, tetapi jangan hanya kepada pihak lain, kena batang hidung sendiri buat-buat hendak tak hendak saja mika ye. Daripada berita yang diperlihatkan sekali lagi, menunjukkan niat yang amat tersirat di kalbu mereka, perhatikan sekali lagi berita berikut:
Kian hari dendam membara rakyat terhadap ketidakadilan BN kian mendalam, tetapi sebagai orang kampung mereka memendam rasa yang amat sangat tetapi tidak ditunjukkan. Pemimpin BN boleh mendabik dada mengatakan cegah RASUAH sana sini tetapi rakyat bukan sahaja telah mendengar dan mendengar sendiri laungan slogan tua tersebut, sebaliknya sudah mangli dan tidak peduli. Bak kata perumpamaan Melayu, UMNO umpama telur di hujung tanduk, menantikan masanya sahaja.. Berakhir kalam, “Keluhan Pak Lah keluhan hampa, keluhan rakyat penuh derita, umpama yang di tunggu tak tiba, mengharap pada yang ada tetapi apa kan daya yang ada pun tak boleh diharapkan jua. Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 11.12.2004 |
| PEMUDA UMNO MENYERANG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM |
| 12.11.04 (9:16 pm) [edit] |
Cerita mereka berdegar-degar macam sungguh, tetapi mereka memang kuat pembohong, mereka terus memberikan berbagai maklumat serba-serbinya tanpa berkata benar dan disebarkan di kalangan mereka. Kalangan mereka percaya penuh berita tersebut tetapi di kalangan pimpinan UMNO memang tahu kisah sebenar, kunta kunte menyalak-nyalak, riuh-rendah seantero UMNO agar ahlinya terus berselimut dan terkongkong di dalam kepompong yang kuno. Berikut diambil petikan yang menunjukkan rasa besar hati dan serba tahunya kunta kunte:
Rasanya, tak perlulah diulang-siar sepenuhnya tulisan si kunta-kinte ini. Bla…. Bla… Itu….ini….dia….kami…. tak.. yaa...ya …..tak …..apanama….. kunun nya……………….. kunun…… kunun………apanama... islam sebenar MASALAHNYA, MEREKA TIDAK SUKA MENYELIDIK DENGAN TEPAT DAN JELAS. SUKA MEMBUAT ANDAIAN SEMATA MATA UNTUK MENYENANGKAN HATI PEMIMPIN MEREKA. BILAKAH MEREKA AKAN SANGGUP MENINGGALKAN HARTA DUNIA UNTUK AKHIRAT ???? Wallahualam. ..….. Pak Ngah - 10.12.2004 |
| Terengganu Negeri Terkaya Di Bawah Pemerintahan PAS |
| 12.11.04 (9:13 pm) [edit] |
Terbuktilah kini Terengganu semasa di bawah pemerintahan PAS sebelum dirampas oleh UMNO/BN awal tahun ini mampu menjadi negeri terkaya di Malaysia. Namun, kerana busuk hati Dr. M yang merampas wang royalti petroleum serta disokong oleh para pengkhianat rakyat Terengganu sendiri, kerajaan pimpinan PAS masih mampu mengatasi lima (5) negeri BN yang lain. Di Parlimen semalam, Timbalan Menteri Kewangan Tg. Putera sendiri mengaku kemampuan kerajaan PAS Terengganu mengatasi kedudukan kewangan negeri-negeri Johor, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis. Walaupun dibantu dengan segala bantuan kewangan negeri-negeri pimpinan BN tersebut tetap dikategorikan negeri yang hampir muflis oleh kerajaan Pusat. Kemampuan Terengganu tersebut adalah berdasarkan rampasan wang royalti dan sekatan bantuan dengan pelbagai alasan oleh kerajaan Pusat. Jika Terengganu di bawah PAS tidak disekat dan diboikot secara kejam oleh kerajaan Pusat, sudah pastilah Terengganu menjadi negeri terbaik dari segi kedudukan kewangan. Menurut laporan Timbalan Menteri Kewangan itu, negeri terbaik dengan kedudukan kewangan yang paling stabil ialah Sarawak dengan lebihan kewangan RM3.27billion dan diikuti oleh Perak dengan RM615juta. Manakala Terengganu pula adalah defisit RM94.8juta. Tiga negeri tercorot defisit ialah Johor, Kedah dan Pahang. Jika Terengganu semasa di bawah pemerintahan PAS mendapat wang royalti seperti diperolehnya semasa pemerintahan Wan Mokhtar, yang dianggarkan RM1billion setahun untuk tahun-tahun 2001, 2002, 2003 dan bahagian kedua tahun 2000 (kerana Pusat terlepas bayar separuh pertama wang royalti tahun 2000), maka Terengganu tidak lagi defisit RM94.8juta tetapi Terengganu mempunyai lebihan kewangan sebanyak RM3.4billion [iaitu -RM94.8juta + RM3,500juta = RM3,405.2juta]. Ini bermakna Terengganu di bawah pemerintahan PAS sebelum ini mampu menjadi negeri terkaya mengatasi semua negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. Oleh kerana kemampuan sebuah kerajaan pimpinan parti pembangkang untuk menjadikan sebuah negeri contoh inilah maka Dr. M dan para pengkhianat bangsa serta segelintir pimpinan UMNO Terengganu yang sanggup melacurkan prinsip mereka telah bertindak dengan busuk hatinya menindas rakyat Terengganu. Sekian |
| Annuar Musa Pengkhianat Bangsa Melayu dan Umat Islam |
| 12.11.04 (9:11 pm) [edit] |
Akibat celupar mulutnya dan kerana terlalu ingin menjadi jaguh, Annuar Musa telah menjadi pengkhianat terhadap bangsanya sendiri serta umat Islam Pattani. NST 9 Disember di muka hadapan melaporkan Annuar Musa telah membongkarkan bahawa gerakan Islam Pattani (PULO) mendapat bantuan kewangan dari PERKIM sambil dikaitkan dengan kerajaan Kelantan. Sejarah telah membukti demi ukhuwah seagama dan sebangsa, umat Islam Melayu Nusantara tidak perlu mengenal sempadan dalam mendaulatkan bangsa dan agama mereka. Catatan-catatan tersebut mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak, namun begitulah hakikat persaudaraan dalam Islam dan ia bukan sahaja terbukti di Nusantara ini sahaja. Ketika kejatuhan kerajaan Melayu Islam Champa 1830-an dengan kekejaman dilakukan oleh orang-orang Diet-Viet maka lahirlah gerakan Islam yang diterajui oleh Katib Sumat yang pada masa itu menuntut di Kelantan. Sejarah mencatatkan bahawa beliau kembali ke tanah airnya dengan diikuti oleh bantuan ketenteraan dengan restu pemimpin negeri Kelantan di waktu itu. Dalam catatan sejarah kesultanan Melayu Terengganu, Sultan Mansur II, juga di sekitar tahun 1830-an, dikatakan telah mengirim bantuan ketenteraan kepada masyarakat Melayu Islam Pattani dalam menentang tentera Siam yang mengganas sewaktu itu. Turut tercatat dalam beberapa bahan sejarah ialah beberapa ulama’ Pattani dan Kelantan yang sedang menuntut di Mekah telah bergegas pulang ke tanah air dalam zaman tentera Siam mengganas dengan zalim ketika itu. Semua ini menunjukkan keprihatinan umat sebangsa dan seagama dalam mendaulatkan agama mereka dan demi ukhuwah yang utuh. Malah persempadanan geografi yang ada sekarang hanya yang diletakkan oleh penjajah Siam pada suatu ketika dan British. Kita bangsa Melayu adalah di bawah rumpun yang satu. Soal benar atau palsu tuduhan Annuar itu persoalan lain. Jika pun benar, apakah perlu Annuar mengkhianati semangat perjuangan sebangsanya? Apatah lagi jika itu suatu pembohongan … maka Annuar memang pengkhianat sebenar. Walaupun Annuar sekadar bertanya untuk penjelasan di DUN Kelantan, soalan seperti itu tidak sepatutnya dibuat secara terbuka di hadapan para wartawan. Kenapakah perlunya Annuar mengkhianati umat sebangsa dan seagamanya sendiri untuk terus ditekan dan tindas oleh tentera Siam yang zalim lagi ganas itu. Apakah tujuan dia ketika mengkhianati bangsanya sendiri itu? Apakah ini yang disebut dalam pepatah Melayu … marahkan nyamuk kelambu dibakar … Dan apakah ini yang dimaksudkan dengan istilah tali-barut? Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka adalah kerana tali-barut yang mengkhianati bangsanya sendiri. Begitu juga ketika penaklukan tentera Jepun, terdapat ramai orang sebangsa yang menjadi tali-barut tentera rahsia Jepun. Bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri ketika melarikan diri dari negerinya setelah diburu oleh tentera Bintang Tiga (selepas pengunduran Jepun) telah ditangkap di Kota Bharu akibat kerja tali-barut. Tok Janggut juga ditangkap akibat kerja tali-barut Orang Putih ketika itu. Apakah Annuar Musa berhasrat untuk menjadi tali-barut kerajaan zalim Siam dengan mengkhianati bangsa Melayu dan umat Islam sendirinya? Dalam hal ini, NST (dibantu oleh dua wartawan Melayu juga) (dan juga Metro Edisi Timur) juga tersabit sebagai mengkhianati bangsa dan umat Islam sendiri dengan menyiarkan berita seumpama itu dengan tajuk berhuruf besar sepenuhnya “PERKIM FUNDS SENT TO PATTANI MOVEMENT, SAYS ANNUAR”. Apa manfaatnya kepada bangsanya dan umat Islam sendiri bila berita yang menjadi bahan untuk musuh kita menindas dan terus menzalimi saudara sebangsa dan seagama kita? Sekian |
| Laman Web UMNO: Sejarah Anwar Dibuang !! |
| 12.11.04 (9:09 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Lucu benar bila Cucu melihat telah Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Hishamuddin. Sudahlah Anwar belum pun mengumumkan yang beliau berminat untuk menyertai UMNO, tiba-tiba Pemuda UMNO dengan lantangnya mengeluarkan usul supaya menolak kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Terbaru Naib Ketuanya pula Khairy Jamaluddin dengan lantang mengeluarkan kenyataan akan membuat laporan polis dan menyaman Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan supaya menarik balik ucapan beliau yang mengatakan UMNO/BN menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu akibat penggunaan wang bagi menyogok para pengundi agar mengundi BN. Ini berikutan UMNO/BN khuatir dan takut jika wang tidak digunakan mereka akan kalah dalam pilihan raya umum ke-11 yang lalu. Cucu merasa Khairy Jamaluddin mengigau agaknya, untuk menegakkan benang yang basah!!! Kononnya kenyataan Nik Aziz itu boleh menjatuhkan maruah dan imej UMNO. Bagi Cucu pemuda UMNO sebenarnya memang sudah tiada hala tujunya sekiranya isu yang sudah terang lagi bersuluh seperti itu, masih lagi nak dipertahankan oleh pemuda UMNO. Apakah Khairy layak untuk menggantikan Hishamuddin tidak lama lagi jika isu "Bangang" seperti ini mahu dijuarainya. Lebih baik Khairy serahkan isu tersebut kepada Hishamuddin sebenarnya. Bukankan nama beliau tidak rosak begitu teruk sekali. Umum telah mengetahui .. sejak azali lagi dan sememangnya Dulu, Kini dan Selamanya UMNO/BN akan menaburkan wang bagai daun berguguran kepada para pengundi supaya mengundi mereka dalam pilihan raya. Tidak usah tunggu Nik Aziz tunjukkan bukti, sebab semua orang satu Malaysia sudah tahu akan perkara ini. Baby yang baru lahir pun boleh tahu jika mereka pandai bercakap!!! Apa ke bangangnya Pemuda UMNO yang masih nak menafikan dan berhajat membawa kes ini ke mahkamah. Bukankah dalam pemilihan Agong UMNO sendiri telah terbukti "Politik Wang" digunakan secara berleluasa. Itu baru mereka menentang dan berkempen sesama sendri. Apatah lagi dalam pilihanraya .. mereka terpaksa menentang parti pembangkang. Bukankah wang yang memastikan kemenangan mereka sebenarnya !!! Berbalik kepada soal Pemuda UMNO ini.. Cucu juga amat terkejut kerana laman web pemuda UMNO http://www.pemudaumno.org.my membuang sejarah Anwar dalam senarai Bekas Ketua Pemuda UMNO. Apalah nak jadi dengan Hishamuddin ini, sudahlah Kementerian Pendidikan ditukarkan kepada Kementerian Pelajaran, yang rasa Cucu agak kuno dan janggal sikit atas alasan perkataan tersebut dicipta oleh Anwar. Kini mereka membuang segala maklumat tentang sejarah dan jasa-jasa Anwar dalam Pemuda UMNO. Dalam bab 4, ruangan "Sejarah Bekas-Bekas Ketua Pemuda UMNO" ada dinyatakan perenggan berikut :
Tetapi apa yang berlaku bila diklik pada Bab 4: Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut, artikel yang dikeluarkan amatlah melucukan sekali iaitu :
Ini membuktikan Pemuda UMNO sememangnya sudah mula di perbodoh-bodohkan oleh pucuk pimpinan mereka sendiri. Bayangkan ahli-ahli pemuda UMNO peringkat akar umbi yang baru menyertai pergerakan itu melihat dan mengetahui bahawa Anwar pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO sebelum ini. Tetapi bila melihat kepada sejarah dalam laman web mereka, Nama dan sejarah Anwar dipadamkan. Berita ini pernah disiarkan satu ketika dulu. Cuma Cucu ingin membuktikan yang sememangnya Pemuda UMNO semakin hilang arah tujuan sebenarnya di bawah kepimpinan Hishamuddin. Dan sebagai jalan penyelesaiannya, Insya Allah Cucu akan berusaha menerbitkan artikel yang dihilangkan oleh laman web Pemuda UMNO itu. Cucu memang mengikuti perkembangan Anwar sejak dalam UMNO lagi dan Cucu masih ingat setiap pergerakan Anwar dulu, kini dan selamanya. Jangan lupa ikuti tulisan Cucu akan datang !! "Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selamat Meneruskan Perjuangan Untuk Agama Bangas Dan Negara !! Reformasi Harus Diteruskan, Lawan Tetap Lawan" Salam Perjuangan, CUCU MAT KILAU |
| 25 kerusi jawatan tertinggi PKR dipertanding dalam kongres sulung | ||||||||||
| 12.11.04 (12:27 pm) [edit] | ||||||||||
Oleh Salmiyah Harun Setiausaha Agung PKR, Mustafa Kamil Ayub, berkata untuk jawatan majlis tertinggi 20 kerusi akan dipertandingkan manakala untuk jawatan Timbalan Presiden dan pengerusi tetap masing-masing satu kekosongan manakala Naib Presiden pula sebanyak 3 kekosongan. Menurutnya, untuk jawatan Presiden hanya menerima satu pencalonan tetapi bagi jawatan lain seperti timbalan, naib presiden dan pengerusi tetap masing-masing sudah menerima pencalonan. Dr Wan Azizah Ismail dijangka akan kekal sebagai Presiden PKR. Katanya, jumlah pencalonan yang layak bertanding dijangka melebihi 70 orang. Mustafa berkata, pada 14 Disember ini (sehingga jam lima petang) mereka yang terlibat hendaklah mengesahkan penerimaan pencalonan mereka. "Selepas tarikh itu kita boleh tahu nama calon untuk semua jawatan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Pada 17 Disember adalah Kongres Pemuda dan Wanita PKR, manakala pada 18 dan 19 Disember pula Kongres PKR 2004. Kongres ini akan berlangsung di Dewan Thow Boo Keong, Ipoh, Perak. Katanya, tema kongres ialah 'Keadilan Untuk Semua'. Beliau berkata sejumlah 34 jawatan dilantik oleh presiden dan yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi termasuklah Setiausaha Agung dan Bendahari serta Ketua Penerangan. Menurutnya lagi, sebanyak 131 bahagian seluruh negara yang bermesyuarat dijangka hadir dan seramai 1,532 perwakilan di seluruh negara akan turut serta dalam kongres itu. Beliau menjangkakan ada 500 pemerhati lantikan manakala 4,000 sebagai pemerhati tambahan. Katanya, beberapa wakil mewakili komponen parti Barisan Alternatif (BA) termasuk PAS dijangka hadir. Wakil DAP dan pertubuhan bukan kerajaan juga dijemput ke kongres itu, katanya. Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat parti itu dijangka berucap pada malam 18 Disember dalam sesi khas syarahan perdana yang akan memperjelaskan agenda perubahan parti. |
||||||||||
| DITERIMA BAIK |
| 12.10.04 (12:57 pm) [edit] |
DITERIMA BAIK...Di tengah kehangatan isu tekanan kerajaan Malaysia mengenai layanan 'Ketua Negara' yang diterima Dato' Seri Anwar Ibrahim, Wakil (Naib) Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengambil sikap meneruskan pertemuan empat mata dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu selama setengah jam di kediaman beliau di Jalan Brawi Jaya, Jakarta Selatan malam tadi (9 Disember). Foto Zunar. |
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...


My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?