Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Saifuddin Nasution berhijrah ke Pas : Tak mungkin tapi tak mustahil
11.29.04 (11:19 pm)   [edit]

Gempar ! tersebar berita konon bekas ADUN Lunas Saifuddin Nasution akan menyertai Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) dalam masa terdekat kerana tidak lagi sependapat dengan DSAI.

Saifudddin disergah Anwar ?

Sebelum ini pun sudah tersebar berita konon sewaktu berkunjung ke Munich ketika menziarahi Anwar yang menjalani rawatan di sana, Saifuddin telah disergah Anwar kerana dikatakan cuba mempengaruhi wira rakyat itu agar memilih Pas sebagai wadah untuk memacu agenda reformasi.

Saifuddin pernah digosipkan akan menyertai Umno sebelum pilihanraya umum lalu kerana pertemuannya dengan Pak Lah merupakan salah seorang tokoh muda di dalam keADILan cukup analitikal ketika mengemukakan hujah baik di dalam program-program ceramah,diskusi maupun mesyuarat.

Beliau telah memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda keADILan menewaskan Sdr Mustaffa Kamil Ayub pada PAT pertama parti itu di Kemaman tahun 2001.

Bagaimanapun beliau telah melepaskan jawatan setelah kira-kira dua tahun menerajui pemuda dipercayai kerana berselisih pendapat dengan Ketua Pemuda Ezam Mohd Nor tatkala itu sedang dikurung di Kemta Kemunting/Penjara Kajang kerana kesalahan di bawah ISA dan OSA.

Selepas meninggalkan kepimpinan pemuda Saifuddin telah dilantik sebagai Naib Presiden keADILan ( Parti Keadilan Nasional ) sehinggalah terbentuknya jawatankuasa penaja Parti Keadilan Rakyat ( PKR) pada 3 Ogos 2003 apabila namanya disenaraikan sebagai ahli MPT sahaja.

Difahamkan status jawatan Naib Presiden yang disandang Saifuddin masih kekal dalam konteks Parti Keadilan Nasional sementara menanti pengesahan dibuat oleh para perwakilan didalam Kongres Pertama Disember ini untuk menentukan barisan ulung kepimpinan Parti Keadilan Rakyat .

Setakat ini tidaklah diketahui sama ada Saifuddin mendapat pencalonan untuk jawatan Naib Presiden atau ahli MPT PKR sahaja. Kemungkinan beliau telah pun dicalonkan oleh bahagian-bahagian tertentu sebagai Naib Presiden atau sekurang-kurangnya ahli MPT.

Peluang Saifuddin untuk memenangi jawatan Naib Presiden PKR dikatakan cerah apalagi jika beliau hanya memilih untuk bertanding jawatan ahli MPT sahaja.Justeru itu tiada sebab Saifuddin cuba digosipkan untuk menyertai Pas.

Tidak mungkin tetapi tidak mustahil

Walau apa pun, sifir `dunia politik` selalunya tidak setepat matematik yang sudah ditentukan jawapannya.Di dalam sepak terajang politik 2 x 3 belum pasti 6 ,kerana hari ini jawapannya boleh jadi 7,esok boleh jadi 3,lusa macam-macam yang pasti jarang-jarang sekali memberi jawapan setepat Matematik.

Sekalipun tidak mungkin Saifuddin akan menyertai Pas jika beliau masih menyedari bahawa:

-keADILan merupakan rakan Pas di dalam BA dimana persefahaman lisan telah dicapai antara kedua-duanya bahawa tidak akan wujud sebarang gejala seberang menyeberang atau curi mencuri ahli.

-dasar perjuangan keADILan tidak bercanggah dengan tuntutan Islam.


-pengaruhnya di dalam keADILan masih lagi kuat.

-belum pasti keseluruhan Pas bersedia menerima beliau kerana Saifuddin pernah meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno menyokong `perjuangan dari dalam` yang didokong oleh Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Situasi akan lebih mencabar Saifuddin terutamanya di Kedah kerana Pas negeri itu diketuai oleh salah seorang pemimpin paling `kaku `.

-sebarang permasaman muka diantara Pas-keADILan perlu dielakkan,jika mahukan gagasan BA lebih kukuh terutamanya setelah Anwar dibebaskan.Khuatir nanti Saifuddin turut menyumbang saham meretakkan hubungan Pas-keADILan yang masih belum intim walau telah terjalin hampir enam tahun

Tetapi tidaklah mustahil Saifuddin meninggalkan keADILan untuk rujuk semula ke dalam Pas apabila beliau menyangka :

-Persefahaman lisan diantara Pas-keADILan yang melarang berlakunya seberang menyeberang dan curi mencuri ahli sudah tidak lagi relevan.

-Dasar keADILan tidak Islamik malah sekular lebih-lebih lagi setelah percantuman dengan PRM dibuat. Sesetengah golongan mendakwa Saifuddin sebagai salah seorang pemimpin keADILan yang tidak bersetuju gabungan PKN-PRM . Itu kurang tepat kerana tidak dapat dibuktikan Saifuddin menentang sebaliknya beliau adalah salah seorang penyokong kuat gagasan itu terutamanya ketika memimpin pemuda dulu.

-Pengaruh dan ideanya di dalam keADILan sudah merosot dan kurang diterima kerana kononnya perjalanan parti hanya ditentukan oleh bekas-bekas SU Anwar Ibrahim sahaja.

-Pas boleh memberikannya posisi politik yang baik dan membebaskan dia bergerak untuk merealisasikan cita-cita dan wawasannya.

-Mampu menjamin tiada sebarang permasaman muka diantara Pas-keADILan (PKR) akibat tindakan beliau.

-Gagasan `politik baru` yang sedang cuba dijuarai PKR sebagai retorika jua walaupun dipimpini oleh Anwar sendiri.

Semoga segala yang negatif itu tidak menjadi kenyataan,setiap luahan sekadar pandangan penulis, kalau kebetulan benar elok dipertimbangkan jika kurang tepat lemparkanlah jauh-jauh.

Apa pun pepatah orang tua-tua: “ Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.” kekadang perlu juga dipakai sebelum mengatur langkah baru,kerana tak semestinya langkah baru itu menjamin untung - adakalanya mengundang rugi .

Perjuangan ini bukan untuk diri semata bahkan kalau tidak difokuskan kearah mendaulatkan rakyat kesudahannya tak ke mana kecuali sekadar berlegaran akhirnya terperangkap di dalam zon yang sudah begitu lama disediakan para pengamal politik primitf ( jakun ).

Kalau mahu menempa nama dan habuan
barisan alternatif bukan tempatnya
jika mahu mencari makan
gerakan Reformasi bukan lubuknya

tetapi jika mahu menabur jasa
dan melakar sejarah baru
anda semua tak perlu terburu - buru
mengejar runtunan nafsu

hanya perlu bersama pasang surut
gelombang reformasi
lantaran kita semua sedang
menghambat suatu yang sudah pasti .



Inderaloka.

 
Suhaimi Ibrahim didesak berhenti Presiden GPMS
11.29.04 (11:17 pm)   [edit]

Beberapa buah ahli gabungan telah mendesak Dato Suhaimi Ibrahim supaya mengundurkan daripada memimpini GPMS untuk memberi peluang kepada tokoh lebih dinamik dan berwibawa menerajui badan yang mendakwa memperjuangkan kepentingan dan membangunkan sumber manusia pelajar Melayu itu

Menurut jurucakap kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Aktivis GPMS Muda: “ Sejak 1999 hinggalah kini,kepimpinan Suhaimi benar-benar lesu tak bermaya,semuanya kerana beliau kecewa tidak dipilih bertanding sebagai wakil rakyat di dalam dua p/raya umum 1999/2004.”

Dakwa jurucakap itu lagi: “ Kunjungan Suhaimi ke Munich menziarahi bekas TPM Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini,seolah-olah beliau mahu membawa GPMS menongkah arus,sedangkan dasar GPMS adalah bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah bagi memudahkan segala agenda perjuangan dicapai.”

Suhaimi adalah Adun Pahang kawasan Benta sesi 1995 – 99. Tatkala reformasi mula meledak September 98 beliau terlibat sebagai penyokong kuat DSAI hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum melutut dan mengampu Mahataik.

Kesungguhannya menyembah Mahataik dapat dilihat apabila beliau duduk bersama-sama bekas PM itu sebelah menyebelah pada malam keputusan p/raya umum 1999.Walaupun tidak dipilih semula menjadi calon BN ketika itu,kegembiraanya menyambut kemenangan BN seolah-olah dia turut bertanding.

Selepas itu kalaulah tidak terlibat menerajui GPMS dan kepimpinan belia sudah tentu namanya terus dilupai orang kerana Umno sendiri pun dilihat tidak lagi berminat melayani Suhaimi.

Dakwaan Aktivis GPM Muda ada kebenarannya ; Suhaimi menjadikan jawatan Presiden GPMS sebagai batu loncatan politik bukan untuk memperjuangkan nasib pelajar Melayu.

Lantaran itu semua pihak dalam GPMS wajar menolak Suhaimi, kerana ramai lagi tokoh-tokoh muda terdiri daripada para pensyarah,pentadbir kerajaan dan profesional Melayu lebih layak untuk diketengahkan.
Memang ! Suhaimi tidak berbuat apa-apa pun sepanjang dia memimpini GPMS,sementelah badan itu sendiri sudah tidak lagi bertaring apa lagi berbisa sejak sekian lama.

Antara aktiviti Suhaimi yang boleh `dibanggakan` oleh GPMS ialah membuat beberapa statemen mengutuk gerakan reformasi /BA dan mengajak semua orang menyokong Umno BN,lain daripada itu tiada.

Amat malang buat `sang lompat` itu kerana kempen beliau mengutuk reformasi/BA itu langsung tidak dihargai apabila terus dipinggirkan daripada Umno BN.Ertinya Umno tidak mempercayai dan meluat melihat gelagat Suhaimi yang mengada-ngada.

Bukan sahaja Umno menolaknya bahkan para reformis dan pendokong BA pun mahu termuntah menyaksikan lagaknya terhegeh-hegeh mengampu Mahathir /Imam Hadhari Umno..

Tiba-tiba sahaja dia dilihat bergambar bersama-sama Anwar ketika wira rakyat itu menjalani rawatan di Munich. Ada yang kaget tetapi ramai juga yang selamba kerana kehadiran `sang lompat` seumpama itu di saat-saat sebegitu merupakan fenomena biasa di dalam mana-mana perjuangan.

Tanpa sebarang `kemaluan` Suhaimi mendabik dada konon dia telah didoktrinkan oleh Anwar ketika mantan TPM itu memimpini Pergerakan Pemuda Umno dulu. Doktrinisasi Anwar itulah yang merangsang dia memperjuangkan `pembebasan Anwar dari dalam`.

Persoalannya dari dalam mana ? Dari dalam mimpi,khayalan atau jamban ! Jelas satu jawapan mahakarut oleh manusia yang menjiwai `semangat katak` didalam menentukan corak perjuangannya.

Saya percaya sdr/sdri para reformis dan pendokong BA serta marhaen sedia berlapang dada untuk menerima siapa sahaja namun kita perlu hati-hati terhadap mana-mana individu yang ingin mengambil kesempatan daripada sikap keterbukaan Anwar.

Kalaulah Suhaimi ketika ini pemimpin Umno dan wakil rakyat beranikah dia mengisytiharkan sebagai penyokong Anwar atau bersediakah dia untuk sekali lagi `sehidup semati bersama Anwar` jika Umno dapat memujuknya kembali dengan pangkat dan projek ! ataupun sanggupkah dia berdepan dengan ugutan Umno akan menarik balik segala kemudahan dan projek yang diberikan kepadanya sekarang ( sekiranya ada) ?

Tanda-tanda ugutan itu sudah ada apabila jawatannya selaku Presiden GPMS mula diungkit-ungkit oleh pihak-pihak yang berkepentingan.Untuk menolak penglibatan Umno dibelakang tabir pergolakan di dalam GPMS itu agak mustahil.

Sama-sama kita nantikan apakah reaksi seterusnya `sang lompat` yang pernah berbangga dan syok sendiri kerana wajah dan penampilannya mirip- mirip Anwar Ibrahim. Kata orang tatkala DSAI masih berada di dalam Umno dan kerajaan dulu,segala-galanya mahu ditiru oleh Suhaimi .

Mungkin semua boleh ditiru oleh Suhaimi tetapi prinsip,keikhlasan,komitm en serta ketahanan dan ketinggian daya juang Anwar amat sukar untuk diklon atau ditiru-tiru lebih-lebih lagi oleh `sang-sang lompat` persis Suhaimi Ibrahim Ali ( dua orang tu bukan satu !)



Inderaloka

 
ALAHAI TANAH AIR KU
11.10.04 (8:48 pm)   [edit]

Petikan akhbar berikut dari Berita Harian (09/11/2004) untuk difikirkan bersama sebagai rakyat Malaysia yang prihatin:



Ab Rashid berkata, siasatan awal polis mendapati barang dan senjata yang dirampas dibawa masuk berikutan kelemahan kawalan keselamatan, termasuk pagar yang usang.


Katanya, ia menyebabkan pelatih mudah keluar masuk, terutama pada waktu malam sekali gus memudahkan mereka mendapat bekalan daripada rakan di luar.

“Kita menerima laporan mengenai kehilangan hasil tanaman dan ternakan penduduk, dipercayai dicuri pelatih pusat berkenaan,” katanya.


Dari apa yang berlaku ini, dapatlah dikatakan Pusat Serenti sudah bertukar fungsi dari pusat latihan untuk membaik pulih penagih dadah kepada pusat operasi penagih dadah untuk menjalankan kegiatan mereka di luar pagar pusat serenti.


Megat Joned pernah menjadi Presiden Pemadam, dan pernah satu ketika Umi Afilda juga dikata pernah gagal dalam perebutan untuk mendapatkan kontrak papan iklan kempen anti dadah yang dilancarkan oleh Pemadam seterusnya mereka terbabit dengan konspirasi memfitnah DSAI.

Berbalik kepada pusat operasi penagih, rupa-rupanya penagih menjadikan pusat serenti sebagai pusat operasi, iaitu mereka keluar dari pusat serenti bukannya untuk tujuan melarikan diri dari pusat berkenaan, tetapi mereka keluar dan kembali ke pusat serenti berkenaan semula. Pusat serenti sudah menjadi kubu penagih dadah. Biasanya penagih atau mana-mana orang yang kena tahan di pusat tahanan dalam dunia mana sekalipun, mereka akan cuba lari dari pusat tahanan dan tidak mahu kembali semula. Sebaliknya, pusat serenti tidak terjadi demikian. Ini menunjukkan satu rekod baru yang boleh dicatatkan dalam buku Malaysian Book of Record.

Bolehlah disebutkan, usahkan pagar pusat serenti yang mudah diceroboh, sempadan negara pun mudah diceroboh – rujuk tulisan watashi dan keratan akhbar tentang 1.2 juta pendatang Indonesia yang kononnya diampun sempena Aidil Fitri ini. Walaupun tulisan watashi ini sinis, tetapi ia amat serius demi keselamatan negara. Apa guna kita ada Menara Berkembar Petronas atau berjaya renang selat inggeris yang sangat dibanggakan itu, sedangkan sempadan tidak dijaga!

Muramatsu
Japan - 09.11.2004

 
Anwar mahu diwujudkan barisan pembangkang yang kuat
11.10.04 (8:46 pm)   [edit]

Arfa’eza A Aziz
Nov 8, 04 6:31pm


Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin parti-parti pembangkang supaya mengetepikan perbezaan antara mereka dan berusaha untuk mewujudkan sebuah gagasan politik alternatif yang baru dan kuat di negara ini.

“Kita perlu leburkan perselisihan kecil sesama kita dan tumpu kepada gambaran yang lebih besar, iaitu untuk membina sebuah negara yang aman di bawah kerajaan yang adil dan telus. Supaya jika ada keuntungan kita akan bahagikan kepada semua rakyat secara adil,” katanya.

“Saya berharap Keadilan (PKR), bersama-sama dengan teman seperjuangan kita dalam PAS dan DAP, dapat berbincang mengenai dimensi baru ke arah mewujudkan muafakat baru dan kuat,” tambah Anwar ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama penyokongnya di Shah Alam malam tadi.

Anwar juga menggesa parti-parti pembangkang supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda media arus perdana yang sengaja melaporkan mengenai perbezaan yang wujud antara parti pembangkang dalam usaha untuk memecahkan kerjasama antara mereka.

“Mengapa kita harus biarkan orang lain yang menentukan agenda kita? PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP, mengapa? Sebab media perdana kata begitu. Keadilan tidak boleh bekerjasama rapat dengan PAS sebab media arus perdana tidak senang melihatnya. Siapakah yang menentukan dasar dan masa depan kita? Kita atau mereka. Kitalah yang mesti menentukan dasar-dasar itu berasaskan kepada keutamaan kita dan agenda bersama kita,” katanya.

‘Politik bermusuhan’

Anwar juga mengingatkan pihak pembangkang supaya jangan mengamalkan ‘politik bermusuhan’ sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah pemimpin dalam pentadbiran sekarang.

“Saya tidak bersetuju sekiranya kita meneruskan agenda kita (untuk reformasi) melalui politik adu domba sepertimana yang dilakukan oleh mereka. Kami sebaliknya patut ambil kesempatan atas sedikit ruang yang ada untuk bersama rakyat, mendekati mereka dan untuk lebih memahami mereka.

“Kita tidak bermusuh dengan dengan parti-parti mereka. Musuh-musuh kita adalah mereka yang mengambil rasuah dan yang terus menerus menindas rakyat. Ini sudah jelas,” tambahnya.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Hatta Ramli yang turut bersetuju dengan kenyataan Anwar mengenai perlunya diperbaharui usaha untuk memperkukuhkan barisan pembangkang.

“PAS sentiasa menggalakkan DAP supaya kembali semua (ke pangkuan Barisan Alternatif). Jika Anwar atau sesiapa sahaja mahu memulakan perbincangan baru mengenai perkara itu, saya rasa parti saya akan menerimanya sepenuh hati. Saya rasa Anwar boleh memainkan peranan (sebagai orang tengah) dengan baik.”

Orang tengah

Manakala Ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Kim yang turut hadir di majlis tersebut, juga bersetuju bahawa Anwar merupakan orang terbaik untuk menjadi orang tengah antara kedua-dua parti tersebut.

“Saya rasa DAP akan mengalu-alukan usaha Anwar untuk menyatukan parti pembangkang. Setakat ini, beliau merupakan satu-satu pemimpin yang mempunyai pengaruh ke atas kesemua parti pembangkang. Beliau merupakan faktor penyatu.”

Namun begitu, Teng turut mengakui bahawa ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan oleh Anwar.

“Pembangkang terpaksa bekerja kuat untuk mencari formula yang boleh diterima oleh semua pihak sebelum mereka dapat memulakan ruang baru kerjasama antara mereka”.

Sementara itu, malaysiakini diberitahu, dalam perjumpaan pertamanya dengan ahli-ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di ibu pejabat PKR, Anwar telah menekankan tentang pentingnya kerjasama padu antara parti-parti pembangkang.

Menurut Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor, dalam perjumpaan tersebut, Anwar juga menyentuh mengenai perlunya PKR bekerjasama rapat, bukan sahaja dengan PAS dan DAP, tetapi juga dengan badan bukan kerajaan dan kumpulan media yang menyokong agenda reformasi.

“Beliau juga bercakap mengenai rasional gabungan antara Keadilan and Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bagaimana gabungan itu menguntungkan kita. Ia merupakan perjumpaan yang bagus dan beliau juga sudah jelas dengan halatuju masa depan parti ini.”

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua pula menyifatkan ucapan pertama Anwar itu sebagai yang terbaik dan ‘menjadi sumber inspirasi’ kepada mereka.

“Saya rasa sudah lama beliau mahu memberitahu perkara itu kepada kami. Ia telah disampaikan dengan baik dan ianya memberi kita satu perspektif yang baik mengenai apa yang dikatakan perjuangan,” katanya.

“Malah mereka yang dahulunya eberatan untuk menerima gabungan tersebut kini nampaknya sudah berpuashati. Beliau (Anwar) juga menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya.”

Sumber: MalaysiaKini
Kiriman: Wartawan Laman Reformasi - 09.11.2004

 
MAHATHIR CAKAP SEBIJI MACAM TOK WAN PAK NGAH
11.09.04 (3:13 pm)   [edit]

Nak cerita sikit tentang Tok Wan Pak Ngah, umur dah lanjut, mata pun dah rabun, berjalan pun dah tak berapa larat lagi dah, telinga masih boleh dengar cuma cakap sahaja dah mula mamai. merapu tak tau ke hala. Maklumlah orang dah tua memanglah kuat melalut. Tetapi yang tak eloknya adalah tindakan melalut seumpama itu akan mengakibatkan kesulitan kepada orang lain.


Dr Mahathir sekarang ini bercakap tak ubah macam Tok Wan Pak Ngah tetapi yang peliknya cakap Tok Wan Pak Ngah tidak pula mereka siarkan dalam akhbar Utama mereka. Kalau kita perhatikan dengan cermat kata kata Dr Mahathir ini, sedikit pun tidak berubah semasa ucapannya berhubung dengan tindakan pada syuhada meletupkan diri terhadap musuh Allah terdahulu. “Mengapakah belia-belia Palestin, laki-laki dan wanita, sanggup mengikat bom di badan mereka dan membunuh diri? Apakah motif kelakuan ini? Adakah sebagaimana dilabel oleh Dr. Mahathir ketika Persidangan Menteri Luar OIC tempoh hari, mereka adalah pengganas yang hilang pertimbangan semata-mata?"

Ingatkah lagi ucapan Dr Mahathir yang ini, kalau Pak Ngah petik dalam negara, orang akan katakan di Malaysia sahaja tetapi kali ini biar dipetik dari Indonesia semasa Mahathir masih jadi PM dulu-dululah;


Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengimbau agar para ulama dan intelektual Muslim menghentikan penyebaran interpretasi dangkal dan keliru tentang Islam. Para ulama seharusnya tidak menyebarkan ajaran-ajaran yang membingungkan dan memecah belah jemaah, dan sebaiknya mengajarkan ilmu pengetahuan moden sehingga masyarakat Muslim dapat diperhitungkan lagi di mata dunia.


Satu hal yang keliru menurut Mahathir, banyak kaum Muslim yang menganggap para pelaku peledakan bunuh diri Palestin sebagai martir (pahlawan yang mati syahid). Tapi, di lain pihak, tak ada penghargaan diberikan kepada orang-orang yang mempelajari ilmu pengetahuan, matematik, teknologi, dan lain sebagainya, yang sangat penting bagi pembangunan kemampuan pertahanan negara-negara Islam.

Mahathir, yang mengkritik serangan Amerika Syarikat dan koalisinya ke Iraq, mengatakan, ketika pasukan pimpinan AS menyerang Irak, umat Islam di seluruh dunia berdoa kepada Allah agar menyelamatkan kaum Muslim Irak dan negeri mereka. Namun, doa mereka tak terjawab.

Hal itu, katanya, bukan karena Allah telah meninggalkan umat Islam, melainkan karena mereka tak berusaha mengejar kemajuan dunia dalam bidang pengetahuan dan kemampuan untuk memproduksi senjata serta memiliki angkatan bersenjata yang disiplin dan terlatih untuk mempertahankan diri mereka.


Apakah yang berlaku dari ucapan mantan PM dahulu ini dibaca sekali lalu seperti seorang yang berjuang untuk Islam tetapi kalau diteliti ungkapan tersiratnya…… Ianya memperlihatkan tidak yakinnya Dr Mahathir di atas ketentuan Allah, sebaliknya hanya yakin kepada apa yang dapat dilakukan dan dilihat melalui mata kasar sahaja. Dalam bahasa mudah lebih mementingkan benda yang dapat dilihat, pegang atau rasa tetapi tidak kepada spiritual dan roh.


Lihatlah apa yang di melalutkan oleh Dr Mahathir dari artikel yang Pak Ngah petik ini, betul-betul dah jadi macam Tok Wan Pak Ngah;


Ramai umat Islam diseksa empat tahun akan datang
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjangka lebih ramai umat Islam akan disiksa dalam tempoh empat tahun akan datang berikutan kemenangan Presiden George W. Bush untuk terus menerajui Amerika Syarikat (AS).


Menurut Dr. Mahathir, beliau dukacita kerana Bush adalah orang yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan membawa malapetaka.

"Walaupun marah dengan keputusan itu, namun umat Islam perlu berjaga-jaga dan tidak melakukan sesuatu yang akan membinasakan mereka,'' katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Yayasan Kepimpinan Perdana dan Yayasan Al-Bukhary di Masjid Negara, di sini, malam ini.


Kalau dibacakan tulisan ini selepas membaca tulisan Marhaintua: DLTJ 2: Setinggi-Tinggi Terbangnya Bangau, boleh percayakah cakap-cakap Dr Mahathir ini. Bagi Pak Ngah ianya adalah sama dengan cakap cakap Tok Wan Pak Ngah. Dengar takpa, percaya tak payah.


Dengan ini, terubatlah kerinduan Pak Ngah untuk menulis dan mengulas.

SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI, MAAF DZAHIR DAN BATHIN dan semoga panjang umur.

..….. Pak Ngah - 08.11.2004

 
PAS JANGAN BERLEBIHAN PERSENDAKAN UMNO
11.09.04 (3:12 pm)   [edit]

Oleh Tun Paduka Tuan


Pertukaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan daripada Mustapa Mohamad kepada Annuar Musa, terus dipersendakan oleh Pas. Pas melihat pertukaran jawatan itu sebagai tanda UMNO di dalam keadaan serba tidak kena. Pas menganalogikan pertukaran kepimpinan itu sebagai ‘tukar tayar’ semata-mata.

Di dalam Harakah keluaran terbaru (16 – 30 November 2004) Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri mempersendakan langkah Umno menukar Mustapa kepada Annuar Musa itu. Bagi MB itu pertukaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan dan perkembangan membanggakan Umno dan juga rakyat Kelantan. Di dalam erti kata lain perubahan itu tidak boleh mencabar kehebatan Pas di Kelantan?

Saya kurang senang dengan persendaan yang keterlaluan itu. Pada saya persendaan itu boleh memberi padah kepada diri Pas sendiri. Di dalam pada itu Pas berbangga dengan enjin (perlembagaan dan dasar partinya), bahawa ia tetap menjadi pilihan rakyat. Sebenarnya kebanggaan itu juga sudah tidak tepat lagi jika berdasarkan kepada keputusan dan realiti pilihan raya umum lalu.

Sama ada setuju atau tidak dengan analogi itu, semua pihak harus menyedari bahawa Umno Kelantan jelas sedang mencari tapak dan kedudukan kukuh untuk terus bertindak ke atas Kelantan. Umno bukan main-main kali ini. Saya yakin Annuar atau Mustapa tidak akan termakan dan mempedulikan dengan analogi itu. Kepada mereka katalah apa pun mereka tidak akan peduli dan melayaninya. Tayar ke tayar lah....

Yang penting Umno akan kuat, (tidak kira kekuatan itu mengikut undang-undang demokrasi atau sebaliknya) dan dapat mencapai hasrat gejolak nafsu mereka untuk menguasai Kelantan. Sepatutnya itulah perkara pokok yang perlu diinsafi oleh Pas dan bukan melihat perubahan kepimpinan di dalam Umno itu sebagai suka-suka parti itu sahaja.

Justeru Pas tidak elok kalau terus mempersendakan perubahan dan percubaan Umno itu. Pas kena melihat apakah pertukaran itu memberi kesan atau tidak. Dan dalam hal ini sudah pasti bagi Umno ia memberi kesan. Pilihan raya yang lalu jelas, apabila Umno menggunakan tayar cap Mustapa, parti berkerutu itu berjaya meraih 21 kerusi. Hanya kurang dua kerusi sahaja lagi untuk merampas Kelantan.

Apakah kali ini dengan menggunakan tayar cap Annuar Musa, Umno akan dapat mengekalkan kerusi itu atau menambah setidak-tidaknya tiga kerusi lagi? Annuar sendiri sudah membuat sasaran akan merampas sekurang-kurang 15 kerusi.

Di dalam kedudukan seperti hari ini, bak telor di hujung tanduk, Pas seharusnya tidak terlalu (over) mempersendakan Umno sebegitu lagi. Pas sendiri kena sedar diri bahawa mereka juga di dalam bahaya. Bahawa mereka juga perlu berbuat sesuatu, dan ini termasuklah menukarkan atau menampal tayarnya juga.

Pas mesti sedar bahawa ada komponen-komponen di dalam kenderaannya (parti) yang tidak sempurna lagi hari ini. Sudah ada yang haus, bengkok dan skrunya yang lus. Pas kena baiki segala itu, kalau tidak mahu kenderaan itu akan mogok di tengah jalan.

Jangan sesekali bersikap membangga diri dan suka mengaku kitalah yang terbaik daripada orang lain. Kerana sikap itulah kelak akan membawa padah kepada kita.

Sikap nampak kuman di seberang laut dan tidak nampak gajah di hadapan mata sangat bahaya bagi Pas Kelantan di dalam menghadapi tentangan dan serangan Umno. Apa yang patut Pas lakukan berusaha memperbaiki kelemahan organisasi mereka yang sudah dikenal pasti itu daripada terus mentertawakan Umno.

Banyak kelemahan dan kecacatan Pas kalau hendak disebut. Kalau diumpamakan kepada kenderaan (kereta) segala keburukan itu akan nampak apabila bonet depan dan bonet belakangnya di buka. Sementara bonet itu ditutup maka segala itu nampak cantik dan kemas sahaja. Hakikatnya Pas sedang mereput dari dalam!

Kepada pemimpin Pas ingatlah kalau banyak sangat mengena dan mentertawakan orang, lama kelamaan orang yang kita ketawakan itu pula akan ketawakan kita. Sebelum cempedak menjadi nangka lebih baik bertindak sekarang.  – Reformasi!

Tun Paduka Tuan - 08.11.2004

 
Skuad Penembak Polis Menghukum Bunuh 50 Pengkhianat Rakyat Iraq
11.08.04 (9:43 am)   [edit]

Sementara tali barut itu ditembak semasa dalam perjalanan pulang dari latihan kendalian Amerika di kawasan Kurdish, CIA pula sibuk menyeludup keluar tahanan rakyat Iraq bagi digunakan sebagai cip tawar-menawar di masa hadapan, dan mengatur sedikit penghukuman kepada PM boneka Australia John Howard.


Copyright Copyright Joe Vialls, 26 October 2004  - L








 


Pemandangan ngeri ini mengingatkan kepada tindakan Penghukuman Operasi Khas yang dilakukan bersama Pejuang Perancis semasa Perang Dunia II, mayat pengkhianat rakyat Iraq yang menjadi tali barut penceroboh terbaring dalam barisan yang kemas, menjadi amaran kepada yang lainnya yang berharap mahu mengkhianati rakyat mereka sendiri bagi segenggam shekel (wang Yahudi)

Bersekongkol bersama musuh memang sentiasa menjadi urusan yang berbahaya, akan tetapi tidak lah sebahaya akan apa yang berlaku di Iraq hari ini, di mana orang muda dan yang tua sama-sama menunjukkan kebencian terhadap kesemua penceroboh berbangsa Amerika dan sekongkolan rakyat tempatan dalam cara yang amat praktikal semungkinnya. Jalan-jalan raya sekitar Baghdad tidak digunakan oleh para anggota demonstrasi kiri yang tidak bersenjata untuk membawa sepanduk “America Out”, sebaliknya telah menyediakan laluan transit bandar yang pantas bagi rakyat Iraq yang bersenjata dari revolver yang ringkas sehingga lah kepada senapang mesin yang berat. Sesetengah warga yang taat sanggup mempakirkan kereta mereka di jalanan supaya garaj mereka boleh digunakan sebagai kemudahan penyimpanan sementara bagi pelancar roket Katyusha laras tunggal mahupun laras berganda, mortar, dan senjata anti-kereta kebal recoilless yang dikendalikan oleh anggota terlatih Garda Republikan dan Tentera Mahdi.

Dalam tinjauan pendapat nyata terakhir dalam bulan September (bukan dijalankan oleh media Barat), hampir 97% dari rakyat Iraq mahukan tentera Amerika, British dan Australia berambus pergi dari negara mereka, dengan kebanyakan mereka bersedia berkorban nyawa bagi mencapai objektif itu. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap ‘syaitan’ yang telah membunuh isteri serta anak-anak mereka setiap hari dalam usaha mencuri simpanan minyak Iraq dan pembalasan itu amat pantas apabila kesempatan tiba.

Bilamana seseorang tentera Amerika menjadi bodoh untuk menjengukkan kepalanya enam inci dari turet kereta kebal atau perisai, sentiasa sahaja raifal berkuasa AK54 dibidik dan bersedia melepaskan peluru 7.62mm melalui telinga kanan atau kirinya. Keberangan penembak curi warga Iraq amat bersahaja dan terkawal, bermaknanya mereka jarang tersasar dalam membalun sasarannya. Sekiranya penembak tepat itu tersasar dalam tembakan pertama beliau tidak akan menembak untuk kedua kalinya, sekali gus menafikan kemampuan penceroboh untuk mengesan punca tembakan serta memusnahkan rumahnya dengan peluru letupan tinggi dari meriam kereta kebal Abrams.
 
Memang benar, Baghdad dalam tahun 2004 benar-benar menyamai Palestin dalam tahun 2002 dan 2003, di mana penceroboh dengan kuasa tembakan yang ampuh telah menyembelih penduduk tempatan setiap hari, dengan harapan supaya rakyat Iraq akhirnya “melihat [quasi Kristian atau quasi Yahudi] kebenaran”, serta akur untuk dijadikan hamba sahaya kepada orang alim Barat yang sedang melaksanakan agenda serampang dua mata tu.


Hanya apabila kita melihat dengan kaedah ini baru lah kita boleh melihat akan kegilaan ketara di sebalik pencerobohan haram yang terus berlangsung ini, yang berterusan serta menyerupai pula segala aktiviti haprak Ghengis Khan dalam abad kedua puluh satu. Dan percayalah ianya adalah kegilaan ketara yang begitu khusus bentuknya, di mana sang penceroboh berazam terus untuk tidak dinafikan. Walaupun semua pesakit jiwa boleh dianggap insan tidak bermakna kepada golongan kaya, para pengamalnya mungkin pula mencadangkan diagnosis Freudian yang terhampir bagi kelompok bertopeng agama ini sebagai “Obsessive-compulsive psychotic schizophrenics" .
 
Sebagai penganalisis adil yang sering menyengat, saya kerap kali dilabel sebagai “Pencinta Orang Islam” atau “Pembenci Yahudi”, akan tetapi ianya hanya kerana saya enggan tunduk membongkok di meja suaka yang bertopengkan Hak Keagamaan, sambil membenarkan bahlol menyorong picagari yang penuh dengan Thorazine [atau apa sahaja yang digemarinya] ke dalam bontot saya. hakikatnya, bersama-sama dengan jutaan orang lainnya dalam Internet, saya adalah seorang nasionalis yang percaya betapa setiap negara mempunyai hak kepada kedaulatan dan budaya mereka sendiri, tanpa ada walau sedikit kacau ganggu oleh kelompok gila yang dihantui oleh cita-cita sejagat yang sewel itu.
 
Bahaya Orang Asing! 
 


Untuk kita berpeluang memahami keadaan di Iraq, serta kenapa tentera Amerika akan akhirnya disepuh dan dimalukan, adalah perlu pertamanya untuk menolak setiap propaganda yang disogok dan dimuntahkan oleh CNN dan ABC, kerana sehingga anda menyingkirkan mereka, anda akan terus kekal menjadi ‘bebiri’ bodoh, yang selamanya terserempak dengan rimbunan rumput yang beracun, mencari sesuatu yang menyelerakan untuk dimakan, tetapi tidak berupaya menjumpainya.
 
Anda wajib membayangkan betapa gambar grafik kanak-kanak di atas adalah gambar sebenar anak-anak anda dalam bandar anda sendiri yang sedang dipujuk oleh penceroboh haram tentera Komunis Russia yang sedang menggenggam gula-gula. Ini adalah “Bahaya Orang Asing” yang menjadi serba tak kena, betul kan, kerana pemujuk kanak-kanak itu memakai perisai (armor) badan dan juga mempunyai senjata mesin bersebelahannya. Bagaimana agaknya anda rasa wahai rakyat Amerika?
 
Apakah anda akan hanya berdiri melihat sahaja dan membenarkan anak-anak anda dipermainkan oleh penceroboh Komunis Russia, atau anda akan pergi mengambil raifal yang terdekat dan menembak antara celah kedua biji matanya? Apabila dihidangkan secara ini, jawapan nya memang begitu terang sekali, dan ini lah apa yang benar-benar dirasai oleh ibu bapa rakyat Iraq semasa melihat anak-anak kecil mereka dipermainkan oleh penceroboh haram Amerika. Satu-satunya alasan kenapa anda tidak mengetahuinya ialah kerana CNN dan ABC telah berjaya membasuh otak anda supaya mempercayai yang Iraq adalah satu bangsa “Pengganas Islam”, sedangkan hakikat sebenarnya Iraq ialah tapak kelahiran tamadun Barat seperti yang kita tahu hari ini, dengan hubungan budaya dan tradisi yang sambung menyambung sehingga 3,000 tahun lamanya, sedangkan tamadun Amerika baru berusia merangkak ke usia 300 tahun.
 
Begitulah akhirnya cara anda wahai rakyat Amerika. Anda kini sudah pun menembak penceroboh Komunis Russia yang pertama di antara kedua biji matanya di atas bumi Amerika dan hanya tinggal sekitar 129,996 lagi musuh untuk dibunuh. Kemudiannya penceroboh Russia Komunis telah melawati penjara setempat dan berurusan dengan segala mangkuk hayun yang sebelumnya telah dihukum keras atas kesalahan mencederakan orang, rogol, rogol beramai-ramai, menyeksa serta membunuh. “Anda akan menjadi tentera Amerika yang baru”, Komunis Russia memberitahu pesalah yang berkumpul, dan tentu sahaja mereka gembira bukan kepalang mengangguk tanda setuju. Pihak Russia memberi penjenayah itu beberapa senjata usang, sedikit latihan asas ketenteraan dan menyuruh mereka mencari sesiapa yang cuba menghentikan langkah komunisme Russia dari mengambil-alih Amerika ‘dengan aman demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat’.
 
Semula jadinya, keadaan ini akan membawa kita kembali kepada gambar foto ngeri yang terpampang di atas sana, bagaimana mayat itu disusun dalam barisan kemas kira-kira 135 batu Timur-laut Baghdad. CNN dan ABC telah pun memberitahu anda yang kesemua mayat itu ialah “rakyat Iraq yang menganggur yang menyertai tentera Iraq bagi menghidupkan demokrasi kepada rakyatnya.” Anda boleh memeriksa perkara ini dengan bebas, kerana perkataan itu masih lagi berada dalam tapak web Amerika. Mereka juga mengatakan yang kesemua anggota ‘Tentera Iraq’ itu dalam perjalanan kembali dari berehat di Basra, akan tetapi itu juga adalah satu pembohongan.
 
Salah satu perkara pertama yang dibuat CIA sebaik Amerika menceroboh Iraq secara haram ialah melawat penjara-penjara dan menawarkan kesemua penjenayah dalamnya dengan ‘pekerjaan’, yang banyak membantu mengosongkan ruang seperti di Abu Ghraib untuk diisi oleh tahanan politik, dan tahanan perempuan [biasanya adalah para isteri Pegawai Kanan Iraq]; yang kemudiannya digunakan sebagai umpan atau cip tawar-menawar sesekali untuk memenuhi kehendak nafsu seks anggota penyeksa perisikan Amerika.
 
Oleh kerana mereka mengetahui yang kekalahan tidak dapat dielakkan lagi, CIA mula menyeludup tahanan wanita keluar dari Iraq sejak dua bulan lalu ke lokasi rahsia di Timur Tengah di mana mereka boleh digunakan sebagai bahan tawaran selepas Amerika dipaksa keluar dari Iraq. Dan para isteri itu mungkin tawaran yang berkuasa. Dalam satu kes, perumpamaan rakyat Amerika yang diculik dan ditahan secara tidak sah dan didera secara seksual ialah isteri kepada Jeneral empat bintang Collin Powell tatkala ia masih lagi menjadi Pengerusi ‘Joint Chief of Staff’ beberapa tahun lalu.
 






Pada hari Isnin sebuah ‘bom teksi’ buatan Pasukan Khas Israel telah meletup berhampiran beberapa buah kenderaan perisai Australia di Baghdad yang didorong  bergerak sepanjang jalan yang tidak biasa ini, lantas memasuki terus ke dalam perangkap oleh Perisikan Amerika. Tiga orang tentera telah cedera dengan seorang darinya parah. Ianya adalah amaran terakhir kepada PM boneka Australia John Howard supaya menghantar juga lagi 500 tentera Australia seperti yang dituntut Wall Street ke Iraq, atau bom berikutnya akan lebih besar serta sasaran mungkin tidak akan dilindungi oleh armor…

50 orang “Tentera Rakyat Iraq” itu telah “diserang hendap” [memetik ulasan oleh media arus perdana…] bukanlah ‘pelindung demokrasi Amerika’ yang didakwa baru kembali dari berehat di Basra, akan tetapi merupakan sekumpulan penjenayah dari penjara Iraq yang telah menerima latihan Amerika di kawasan Kurdish Utara Iraq. Setiap seorang dari mereka sepatutnya terperosok dalam penjara tetapi telah dibebaskan CIA Amerika selepas pencerobohan. Dalam masa yang sama, CIA telah menggugat dan membubarkan Polis Iraq yang sah serta sistem kehakiman negara itu, mengatasinya pula dengan mengisi kekosongan dua institusi itu dengan boneka mereka sendiri, kehakiman dan penguatkuasaan secara automatik tentu sahaja berada dalam genggaman Amerika. Sebagaimana yang diramalkan, telahan CIA itu memang silap besar dan kini keadaan sebaliknya yang terjadi.
 
Sebagaimana amalan di mana-mana negara juga, Undang-undang Iraq amat keras dan tidak bertolak ansur dalam tempoh peperangan dan bekerja untuk musuh masih lagi dianggap pengkhianatan, boleh dihukum mati di Iraq, yang akan dilaksanakan oleh skuad penembak dari anggota tentera ataupun pasukan polis. Protokol memerlukan selagi boleh, skuad penembak patut terdiri dari pasukan beruniform.
 
Setiap rakyat Iraq yang bersetuju memakai uniform boneka Amerika semasa pencerobohan akan dengan pantas dicatat oleh pihak berkuasa sebagai pengkhianat dan kemudiannya dijatuhkan hukuman mati tanpa kehadirannya (in absentia) oleh majistret atau Hakim Iraq. Pelaksanaan hukuman oleh skuad penembak atau kaedah lainnya dijangka secepat yang mungkin, seperti mana juga dijangka di Amerika sekiranya keadaan bertukar tempat.


Orang pertama yang mengetahui akan 50 hukuman bunuh adalah melalui dua orang saksi yang termengah-mengah (yang memang jelas dibenarkan terlepas untuk tujuan itu), tiba di Baghdad dengan berita yang konvoi ke Selatan telah ditahan pada  satu sekatan jalan raya oleh polis Iraq, dan kesemua penumpang telah diarahkan keluar dari kenderaan dan diperiksa kartu pengenalan setiap orang. Ianya adalah rutin yang masih dan terus berjalan di “Segi tiga Sunnah’ dan pemandu konvoi telah membuat kesilapan yang mengundang maut apabila menganggap polis yang mengendalikan sekatan jalan itu adalah boneka Amerika seperti mereka juga. Malangnya, ianya tidak begitu…
 
Sekatan jalan raya itu telah dikendalikan oleh anggota Polis sebenar Iraq dalam pakaian seragam asal, yang mengetahui nama dan rekod setiap lelaki dalam konvoi itu, yang kesemuanya berada dalam senarai hukuman mati oleh Hakim rakyat Iraq. Agak lewat Menyedari yang mereka menghadapi skuad penembak rasmi, dua belas orang dari mereka bertindak nekad untuk melarikan diri dalam sebuah dari terak-terak itu, akan tetapi anggota polis itu memang sudah bersedia. Dua anggota polis melepaskan dua tembakan grenad pendorong roket letupan tinggi ke arah belakang terak, satu prosedur yang sah secara undang-undang di bawah ‘atau melalui kaedah praktikal yang mungkin’ dalam waran hukuman. Kesemua 12 orang pengkhianat itu mati dalam bebola api yang terjadi akibat tembakan.
 
Begitulah yang berlaku kepada mereka yang lainnya, yang pada kebiasaan manusia yang menghadapi hukuman mati, akan berdiam diri dek terkejut sehinggalah sebutir peluru dipam masuk ke dalam kepala mereka sehingga terpadamnya cahaya kehidupan buat selama-lamanya. Mematuhi arahan surat kuasanya, skuad penembak mengatur mayat dalam barisan yang kemas sepanjang jalan, supaya kesemua mayat itu akan diberi pengebumian yang sepatutnya oleh ahli keluarga masing-masing atau sesiapa sahaja yang ambil pusing. Kemudiannya anggota skuad penembak berdiri dengan segak dalam keadaan senang diri, sebelum menaiki kenderaan pacuan empat roda dan pulang ke rumah, tugasan kehakiman telah pun selesai dilaksanakan dengan ketepatan ketenteraan yang menjadi contoh sebutan.


Cerita tentang kejadian itu, penghukuman bunuh massa yang rasmi yang pertama ke atas pengkhianat sejak pencerobohan haram Amerika dalam tahun 2003, tersebar bagai api ganas ke seluruh pelosok Iraq, seraya mengingatkan kepada rakyat biasa Iraq yang bersekongkol dengan musuh akan dihukum mati dan kerajaan sah Baath tidak akan memaafkan tindakan keji sebagai pengkhianat.

Kesan psikologi yang menakutkan ke atas tentera Amerika dan lain-lain orang asing di Iraq memang begitu ketara. Dari menghadapi tembakan ‘pengganas Al-Qaeda’ palsu dari jarak jauh, arahan telah pun dikeluarkan secara rasmi kini betapa mereka juga dibenarkan mengesyaki polis tempatan yang kelihatan mesra mengawal lalu-lintas kenderaan, kerana secara tetiba tanpa amaran mengambil keputusan untuk merobekkan dahi anda dengan mata yang ketiga (bulls eye).

Artikel asal: http://joevialls.altermedia.info/iraq/traitors.html" title="http://joevialls.altermedia.info/iraq/traitors.html" target="_blank"http://joevialls.altermedia.i...
Semua grafik adalah merupakan Hakcipta & Hakmilik Joe Vialls.


Terjemahan N-SPAR

 
Dr S. Husin Ali: Projek Membina Negara Gagal
11.07.04 (9:35 am)   [edit]

Artikel ini terbit dalam Suara terbaru, bilangan 56. Ia merupakan sebahagian daripada pembentangan dalam Konvensyen PADU pada 27 Oktober 2004 di Kuala Lumpur.







PROJEK MEMBINA NEGARA GAGAL
USAHA PECAH DAN PERINTAH BERTERUSAN


Dr Syed Husin Ali

Salah satu cabaran dan tugas rakyat dan pemimpin sesebuah negara yang pernah dijajah  ialah untuk membina sebuah negara moden yang bersatu padu, makmur dan bahagia. Cabaran dan tugas ini adalah sulit, tetapi lebih sulit lagi bagi negara yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa seperti Malaysia.

Sebenarnya, selepas hampir setengah abad merdeka, usaha membina negara (nation building) di Malaysia ini belum berjaya diasaskan. Saya bimbang, walaupun keadaan selalu nampak tenang di permukaan, namun masih banyak yang bergelora di bawah. Dalam keadaan dan suasana tertentu gelora itu boleh meletup ke permukaan sehingga merosakkan bahkan mengkaramkan bahtera yang kita percaya sedang cuba belayar menuju ke arah kestabilan politik.

Memang benar bahwa negara ini tidak pernah mengalami perang atau pemberontakan kaum seperti yang telah berlaku di Bosnia, Sri Lanka, Ruanda dan Fiji. Namun, malangnya kita telah banyak juga mengalami pembuhuhan atau pertentangan kaum, walaupun  tidak dalam jangka waktu yang panjang dan cuma dalam kawasan terbatas. Saya selalu berperasaan takut sekiranya malapetaka seperti Peristiwa 13 Mei bukan saja berulang lagi, bahkan berlaku dengan skala yang lebih besar.

Pemimpin pemerintah acap kali menuduh parti-parti pembangkang suka menimbulkan kekacauan yang merosakkan kestabilan. Ini tidak benar. Kalau hendak membuat kacau mereka boleh berbuat demikian. Tetapi sebenarnya, sikap dan tindakan kebanyakan pemimpin dan parti pembangkang sangat membantu kestabilan berterusan. Dengan ini saya tidak pula menafikan bahwa ada unsur-unsur kaum dan agama yang sempit serta tidak sihat yang boleh menimbulkan bahaya politik walaupun golongan mereka kecil.

Sesungguhnya dari segi ini sesetengah pemimpin dan parti utama pemerintah lebih besar dosa mereka. Sebabnya, parti-parti yang mereka pimpin terbatas kepada satu kaum. Dasar atau agenda yang mereka kemuka atau warwarkan bercorak perkauman. Pada ketika-ketika tertentu, apabila mereka lemah diancam perpecahan atau semasa menghadapi pilihanraya mereka menimbulkan ketakutan kaum. Mereka menggunakan alat-alat negara dan  media yang mereka kuasai untuk memukul gendang dasar usang pecah dan perintah.

Apabila ekonomi utuh dan kemajuan baik, perkara ini kurang mengancam keharmonian  kaum dan kestabilan politik. Akan tetapi, sebagaimana yang banyak kali kita alami, dalam keadaan ekonomi lemah, menguncup dan menghadapi krisis,  konflik kaum menjadi bertambah runcing dan mencabar kestabilan politik. Negara kita ini mempunyai banyak sumber kekayaan tetapi penduduk yang tidak begitu ramai. Malangnya kekayaan tidak teragih secara adil dan dimonopoli oleh sebilangan kecil saja yang kuat kedudukannya.

Sebelum dan sewaktu Perhimpunan UMNO baru-baru ini pemimpin dan media begitu banyak memperkata tetang jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Ini memang wujud dan masih serius. Akan tetapi terdapat juga jurang bertambah lebar di antara golongan berada atau kaya dengan golongan tidak berada atau miskin. Jurang ekonomi, terutama antara kaum dan kelas  boleh menjejas buruk hubungan sosial. Ekonomi yang tidak utuh sebab berasaskan pembahagian tidak adil boleh menggoncang kestabilan politik.

Selain itu kita dapati negara seperti Malaysia, yang mengamalkan sistem ekonomi bebas, terletak di bawah banyak pengaruh globalisasi yang negatif. Pengeluaran dan pengeksportan sumber-sumber semula jadi dan juga industri buatan bergantung kepada pasaran dunia yang sekarang ini dikuasai oleh Amerika Syarikat dan segelintir negara yang  kuat serta berkuasa. Begitu juga import bahan-bahan penting, dari makanan kepada jentera berat, kebanyakannya  bergantung kepada negara-negara ini.

Proses globalisasi yang tidak terkawal mengakibatkan meluasnya penjajahan bentuk baru yang boleh melemahkan keutuhaan ekonomi negara dengan meneruskan penindasan serta melanjutkan kemiskinan di kalangan rakyat. Satu aspek lain yang tidak boleh dipandang ringan ialah di rantau Tenggara Asia, seperti di Timur Tengah, petroleum terdapat terutama sekali di negara-negara yang mempunyai ramai penduduk Islam.

AS menganggap Tenggara Asia sebagai fron kedua bagi memerangi pengganas antara bangsa, yang dikaitkan dengan beberapa buah negara majoriti Islam di rantau ini. Adakah seperti di Timur Tengah, perang menentang pengganas dan menguasai petroleum akan digabungkan dalam satu strategi penaklukan di Tenggara Asia kelak? Ada bahayanya perkara ini boleh berlaku. Jikalau berlaku, kestablilan politik dan keuntuhan ekonomi negara pasti akan terancam.

Di Malaysia, seperti di banyak negara membangun, kuasa politik dan kekayaan ekonomi semakin bertumpu kepada segelintir orang yang semakin kecil bilangannya. Jurang ketidaksamaan sosio-ekonomi semakin melebar. Yang kaya, dari semua kaum,  menjadi bertambah kaya melalui sistem kronisme, amalan korupsi dan juga dengan menyalahguna hak istimewa Melayu. Sungguhpun kemiskinan mutlak berkurangan, tetapi kemiskinan perbandingan semakin serius dengan bertambah lebarnya jurang sosio-ekonomi.

Masalah politik dan ekonomi ini menjadi bertambah kompleks oleh kerana kedudukan sistem pendidikan dan kesihatan Negara yang semakin rumit dan merosot. Dalam bidang pendidikan kita melihat perkembangan dua sistem, iaitu: awam dan swasta. Dalam sistem awam, dari peringkat rendah hingga universiti, sebahagian besar murid/pelajar  adalah Melayu yang mengikuti sekolah aliran kebangsaan/Melayu. Ramai mereka datang dari masyarakat desa dan dari keluarga yang tidak begitu kukuh kedudukan ekonomi.

Sebaliknya, kebanyakan yang swasta terdiri dari orang bukan Melayu (khususnya Cina)dan juga bilangan Melayu yang bertambah. Mereka belajar dalam bahasa Inggeris, dan ramai mereka mempunyai keluarga berkemampuan mengongkosi pendidikan yang mahal. Ada yang tidak mampu pun terpaksa ke aliran swasta oleh kerana aliran awam tidak mempunyai tempat untuk menampung mereka, walaupun mereka berkelaykan. Dalam dua sistem yang terpisah ini ada tersemat rasa tidak puas hati dengan polisi pemerintah berkaitan  tempat, kursus, biasiswa, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Sistem swasta ini bukan saja terdiri dari sekolah, kolej dan universiti yang menggunakan bahasa Inggeris. Selain ini, sudah lama wujud sekolah, kolej dan universiti menggunakan bahasa Tionghua, yang dibina dan ditanggung oleh masyarakat Tionghua sendiri. Mula-mula mereka mahu mempertahan bahasa, budaya dan identiti bangsa, yang merupakan hak asasi mereka. Sekarang ini semakin ramai pergi ke institusi Tionghua sebab mereka kurang percaya kepada mutu pendidikan awam dan juga senyap-senyap mahu merakamkan rasa tidak puas hati dan bantahan mereka terhadap sistem pendidikan kebangsaan. Jangan lupa, hal ini berlaku juga di kalangan orang Melayu/Islam yang memilih untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat, yang hendak ditutup.

Begitu juga dengan kesihatan. Bukan saja wujud hospital awam dan swasta, yang mangasingkan mereka berkemampuan pada umnya dengan mereka yang tidak berkemampuan umumnnya. Sedikit sebanyak kadar kemampuan ini bertindih dengan kaum dan keturunan pula. Lebih serius lagi, semakin ramai sekarang ini orang Tionghua yang berpaling kepada rawatan tradisional, dan pergi ke “hospital Tionghua” yang semakin bertambah atau semakin besar dengan sokongan kewangan masyarakat sendiri.

Tidak ada salahnya berpaling kepada rawatan tradisional, kerana bukan saja orang Tionghua, bahkan orang Melayu, India dan lain-lain berbuat demikian juga. Begitu juga tidak ada alasan untuk menyekat, apatah lagi menghapus, hospital masyarakat.Yang hendak saya tegaskan ialah pengasingan atau pemisahan yang berlaku dalam bidang pendidikan dan  kesihatan menjelmakan keretakan dalam masyarakat. Ia boleh menambah burukkan ketegangan dan keretakan dalam bidang politik dan ekonomi.

Semua ini menunjukkan bahwa, selepas hampir lima puluh tahun merdeka, pemerintah telah gagal dalam proses untuk membina bangsa moden yang bersatu, makmur dan bahagia. Sebabnya jelas. Pemerintah sekarang masih mengamalkan dasar serta tindakan yang tidak terlepas daripada ikatan perkauman. Mereka tidak berani menggalakkan nilai serta cara berfikir yang benar-benar tidak perkauman; mereka tidak berani melaksanakan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang adil dari segi ekonomi, politik dan sosial yang tidak perkauman.

Jikalau mereka tidak mempunyai “political will” untuk membina parti politik yang tidak perkauman, susah kita hendak mempercayai bahwa pemerintah benar-benar mempunya cita-cita untuk membina sebuah negara bersatu padu yang boleh memberi keadilan untuk semua. Kadangkala hati kecil kita bertanya: adakah pemerintah hari ini memang sengaja mahu perbezaan dan pemisahan kaum terus berlanjutan supaya mudah mereka  melanjutkan dasar pecah-pecah dan pemerintah untuk terus berkuasa?

Kiriman: Babyrina
Edisi 07.11.2004

 
Airmata Takbai
11.07.04 (9:34 am)   [edit]

Insiden pembunuhan beramairamai umat Islam Pattani oleh siam perut hijau menitiskan airmata ramai tidak terkecuali dari kalangan Islam Hadhari. Sekiranya ada dari mereka yang juga turut menitiskan airmata - alhamdulillah - kerana ia menandakan bahawa iman masih ada di dalam dada. Titisan airmata di bulan Ramadhan yang mulia ini perlulah dimengertikan sebagai anugerah dari Allah swt untuk menilai semula ideologi yang dipegang. Kerana apa yang berlaku di Takbai juga pernah berlaku di Memali. Bezanya di Takbai penembaknya kafir yang memberi arahan juga sama. Cara tindakan mereka lagak Bush  Amerika yang NYATA amat memusuhi Islam. Kalau Bush boleh adakan aneka garam sebab untuk membunuh umat Islam maka Siam, sebagai anak didikan Bush juga demikian. Di Memali yang menembak adalah orang Islam yang memberi arahan juga sama! Mereka juga mengada-adakan aneka garam sebab untuk bertindak lagak Bush Amerika. Maka yang selama ini memberi sokongan dan bersekongkol dengan penguasa yang mengganas juga turut menerima ganjaran dari Allah swt. Airmata adalah tanda Allah masih sayang pada yang menitiskannya. Jadi ambillah iktibar dari titisan itu sebagai petunjuk dari Allah swt. Janganlah sia-siakannya.


Allah jadikan syurga dan neraka untuk orang-orang Islam memilihnya. Memali berlaku semasa pemimpin yang mempersoalkan sama ada syurga dan neraka itu wujud atau tidak. Yang mempersoalkan apa akan jadi dengan orang kafir jika dilaksana hudud. Yang bertindak persis Allah swt mencendawankan tempat-tempat maksiat untuk menguji iman umat! Manakala para ulama mereka membisu seribu bahasa. Apakah masih mahu bersama dengan mereka?

Cara perut hijau (saya tidak tahu kenapa istilah ini digunakan oleh kawan-kawan apabila menyebut "siam") menzalimi umat Islam Pattani di insiden yang baru lalu mendedahkan kebencian yang amat sangat mereka terhadap umat Islam. Kebencian ini bukan timbul dalam masa sekelip mata tetapi akibat dari perancangan kufar untuk membahagi-bahagikan umat Islam supaya keadan mereka tidak akan senang sampai bila-bila dan mereka senang diperkotak-katikkan melalui negara bangsa (nation states) tajaan kuasa-kuasa besar (kuffar). Di mana ada umat Islam di situ akan berlaku penyembelihan beramai-ramai dan pelbagai penyeksaan - palestin, afghanistan, iraq, chenchnya - apa kurang negara tercinta ini. Ketahuilah dan sedarlah sebelum nasi menjadi basi.

Di antara sebab yang diberikan, ramai yang mati kerana lemas akibat bertindihan di dalam truck tentera yang membawa mereka ke tempat tahanan. Tentera tidak cukup truck kerana hari tersebut cuti. Alangkah dangkalnya seorang perdana menteri memberi hujah yang sedemikian. Apakah operasi tersebut berlaku secara spontan, sehingga pihak tentera tidak bersedia? Apakah di sana kekurangan bas awam untuk diguna sebagai alternatif? Perut hijau... Cara mereka melayani dan bertindak biadab terhadap umat Islam Pattani lebih buruk, teruk dari layanan yang mereka berikan kepada babi! Babi, makanan kegemaran mereka, tidak pernah disumbat muat ke dalam lori sebagaimana dilakukan terhadap umat Islam pada insiden pembunuhan Takbai. Manusia apabila hilang perhitungan dan agama bukan lagi dihayati akan sanggup melakukan yang tidak pernah terfikir oleh kewarasannya.

Semoga saudara-saudara kita yang dikorbankan oleh perut hijau di insiden Takbai diterima Allah sebagai para syuhada kerana mereka bertindak demi agama Allah yang tercinta. Semoga Allah melaknatkan pemimpin dan pengikut yang bertindak membunuh mereka. Al-Fatihah kita hadiahkan untuk mereka - Al-Fatihah.

Semoga Allah juga melaknat mereka-mereka yang menzalimi umat Islam di mana sahaja hatta di negara tercinta ini.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin.

Pak Chu - 06.11.2004

 
5000 PENUHI RUANGAN MASJID MENDENGAR UCAPAN DSAI
11.06.04 (1:32 pm)   [edit]

Permatang Pauh - Lebih 5000 penyokong DSAI memenuhi ruangan masjid Jamek Kubang Semang  untuk mendengar ucapan sulung beliau di Permatang Pauh. Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu di penjara dan juga kenangan  lama di mana ianya banyak memberikan pengajaran yang bermakna. Beliau juga menceritakan  layanan yang diterimanya di Arab Saudi DARI PENJARA KE ISTANA.


Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang memperjuangkan  prinsip keadilan dan kebebasan media,dan undang-undang dalam negara tercinta.

Komitmen beliau juga tetap kepada agenda membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin yang rakus dan berharap rakyat tetap dan berdiri kukuh bersama  demi menegak keadilan dalam  negara.

 


 



(DSAI di Masjid Jamek Kubang Semang)



Berita & Gambar Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 06.11.2004

 
WAKIL RAKYAT PERMATANG PAUH SAMPAIKAN ZAKAT
11.06.04 (1:31 pm)   [edit]
PERMATANG PAUH 5 NOV: Meski pun sibuk dengan program lawatan bersama suami beliau di Parlimen Permatang Pauh, namun kesempatan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh tidak diketepikan.

Kepulangan DSAI ke Permatang Pauh dipenuhi dengan berbagai program dan begitu sibuk melayani rakyat marhaen, namun Wan Azizah juga mempunyai agenda tersendiri dengan menyampaikan zakat kepada rakyat Permatang Pauh. Beliau  mengambil kesempatan bertemu rakyat marhaen dan menyampaikan bantuan di pejabat  ke ADILan Bahagian di Sungai Semambu pada hari yang sama. Program yang dijalankan pada setiap tahun ini selama beliau menjadi wakil rakyat tidak pernah di abaikan.

Pada sebelah petang juga beliau dijangka akan bersama suami beliau DSAI berbuka puasa di Masjid Jamek kubang Semang dan bersembahyang Taraweh  bersama penduduk Permatang Pauh.
 

PERMATANG PAUH 5 NOV: Meski pun sibuk dengan program lawatan bersama suami beliau di Parlimen Permatang Pauh, namun kesempatan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh tidak diketepikan.

Kepulangan DSAI ke Permatang Pauh dipenuhi dengan berbagai program dan begitu sibuk melayani rakyat marhaen, namun Wan Azizah juga mempunyai agenda tersendiri dengan menyampaikan zakat kepada rakyat Permatang Pauh. Beliau  mengambil kesempatan bertemu rakyat marhaen dan menyampaikan bantuan di pejabat  ke ADILan Bahagian di Sungai Semambu pada hari yang sama. Program yang dijalankan pada setiap tahun ini selama beliau menjadi wakil rakyat tidak pernah di abaikan.

Pada sebelah petang juga beliau dijangka akan bersama suami beliau DSAI berbuka puasa di Masjid Jamek kubang Semang dan bersembahyang Taraweh  bersama penduduk Permatang Pauh.
 


 



(Gambar sekitar Majlis Penyampaian Zakat)


Gambar-gambar akan menyusul bersama berita terkini lawatan dan Majlis berbuka di Masjid Kubang Semang.

Berita & Gambar Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 06.11.2004 

 
DSAI DIRAIKAN OLEH QARYIAH MASJID JAMEK KUBANG SEMANG
11.06.04 (1:30 pm)   [edit]

KUBANG SEMANG 05 NOV: Hampir 1000 anak qaryiah Masjid Jamek Kubang Semang meraikan kepulangan DSAI ke Permatang Pauh. Masjid Jamek Kubang Semang adalah antara Masjid Jamek yang dianggap bebas tanpa kongkongan pihak pemerintah kerana bukan sahaja ianya ditadbir oleh anak kampung  kubang Semang malahan antara Masjid Jamek yang mempunyai dana tersendiri hasil sokongan anak qaryiah tempatan.


Inilah  antara masjid terawal di Permatang Pauh yang boleh meraikan beliau kerana ianya dimiliki oleh anak qaryiah tempatan. Turut hadir ialah isteri beliau Datin seri Wan Azizah merangkap ahli Parlimen Permatang Pauh. Terdahulu dari itu, dalam program berasingan DSWA telah sudi menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk miskin dalam  Parlimen Permatang Pauh di sebelah petangnya. Sementara DSAI mengadakan pertemuan dengan masyarakat Tionghua di sebelah  Pulau.

Turut hadir  beberapa ahli pimpinan tertinggi Ustaz Badrul Amin, Sdr Ezam, Sdr Azmin, Sdr N. Gobalakrisnan dan beberapa  pimpinan tertinggi peringkat negeri. YB Hamdan juga tidak ketinggalan turut hadir sebagai tuan rumah. DSAI dijangka menyampaikan ucapan setelah selesai mengerjakan solat tarawih pada malam ini.


Berbagai  juadah berbuka dari bubur lambok, roti canai,,lemang dan nasi dalca disediakan kepada para tetamu yang hadir. Sementara itu pihak UMNo juga tidak ketinggalan dengan menganjurkan majlis yang sama di dua tempat berasingan sebagai  cuba  untuk menyaingi program yang dianjurkan dengan menjemput TYT Pulau Pinang dan Adun Penanti. Majlis dijangka tamat dengan qiamulail di sebelah malam hingga ke pagi ini. Berita akan menyusul kemudian.

Seperti biasanya  pihak polis juga turut mengambil bahagian mengadakan sekatan lalulintas bagi melicinkan program yang dianjur.

 
Pertemuan DSAI dengan para hadirin di Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kubang Semang


 
Turut hadir: Ustaz Badrul Amin (kiri) dan N. Gobalakrishnan (kanan)


Berita & Gambar Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 06.11.2004

 
Dah Lama Tak Jumpa - Bahagian Pertama
11.05.04 (4:07 pm)   [edit]

31 Oktober 2004 yang lalu adalah satu tarikh yang sungguh besar dalam sejarah Malaysia moden. Malahan inilah tarikh pemisah yang akan menentukan tamatnya era Dinasti Kodi yang dimulakan oleh Tun Kepala Taik Mahathir dan yang akan berakhir dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Insan yang bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan sebahagian utama dinasti kodi tersebut (satu ketika dahulu sehinggalah beliau diaib, dihenyak dan dipenjarakan enam tahun yang lampau) akan merobah segala keadaannya untuk menjadi katalis dan pemangkin perubahan itu. Sekali gus Saudara Anwar Ibrahim akan menggerakkan satu kebangkitan gelombang rakyat Malaysia untuk merobah nasib mereka.

Ketibaan pulang Anwar Ibrahim sudah pun menjadi satu teka-teki besar dari segi sambutannya. Rakyat marhaen mahu menyambutnya pulang seperti mana mereka menyambut pulang orang tersayang daripada luar negara - baik pulang daripada tanah suci Mekah, daripada India ataupun China mahupun daripada pengajian tinggi di luar negara.

Hanya kerana episod sambutan ini, sudah berlaku bermacam-macam peristiwa yang lucu, menghairankan malahan juga memusykilkan. Pelbagai tafsiran telah diberitakan. Ada pihak yang berkata Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang sambutan besar-besaran untuknya. Kenyataan semacam ini sekali gus mematikan segala usaha untuk mendapatkan lesen berhimpun di Stadium Bukit Jalil.

Kemudian ada berita yang menuduh Ezam Mohd Nor dan Azmin Ali sebagai tali barut UMNO. Sekali gus Laman Marhaen yang mula-mula menyiarkan berita itu dituduh sebagai tidak ada kredibiliti langsung dan sengaja cari ‘mileage’ membesarkan awal kemunculannya pada tahun 1998.

Memang bermacam-macam kerenah lagi.

Kenapakah muncul segala kerenah ini hanya gara-gara mahu menyambut kepulangan Anwar Ibrahim? Ataupun kerana terlalu ramai pihak yang mahu sejemput peranan yang gah bahawasanya dia adalah juara segala juara dalam pengorbanan Anwar Ibrahim?

Semasa Anwar berada di Munich saya ada menghantar secebis emel kepadanya. Antara lainnya saya mengatakan: “Semasa saudara mula-mula melaungkan ‘reformasi’ beratus laman web muncul laksana cendawan tumbuh selepas hujan semalaman. Tetapi, apakala saudara terhukum, hampir semua lamanweb itu menghilang tidak semena-mena laksana embun jantan yang dipanah mentari pagi.

Saya telah meminta Anwar mengingati perjuangan hanya segelintir “pejuang setia” yang bergadai golok untuk menyambung semangat perjuangannya termasuk segolongan pejuang yang meringkuk dalam penjara atas cengkaman ISA serta sanak saudara mereka yang turut merana walaupun bebas hidup di luar penjara. Antara tahanan itu, memang ramai yang tidak berdosa tetapi dipekap kerana dijadikan alasan untuk si tua kutuk TKT Mahathir terus mencengkam kuasa.

Kini, Anwar sudah pulih daripada penderitaan sakitnya. Boleh berjalan tanpa kerusi roda ataupun bertongkat mengimbangi tegaknya. Kos rawatannya ditanggung oleh Klinik Ortopedik itu sendiri kerana kehadiran Anwar telah menjadikan klinik itu masyhur sehingga kini. Bayangkan semasa Hosni Mubarak dirawat di hospital itu, tidak banyak wartawan yang berada di situ berbanding kehadiran Anwar baru-baru ini.

Saya tidak hairan kalau Dr. Hoogland sudah diberikan tawaran untuk membuka satu klinik di Arab Saudi ataupun di Brunei kerana kehadirannya sudah pasti menarik pelancong asing yang mahukan rawatannya. Sebagai perbandingan, kalau kita lihat pusat rawatan ortopedik di Colmar Peranchis, ramai pelawat asing datang ke hospital itu hanya untuk bersiar-siar di kawasan laman rehatnya kerana hospital itu terkenal dengan kolam air panas yang menyihatkan badan dan pakar urut dan ortopedik yang berpengalaman.

Semasa Anwar mengerjakan umrah dan ziarah, ketibaannya telah diberikan satu kehormatan diraja yang mencetuskan kejengkelan kerajaan Malaysia. (Mahakuda: Kerajaan Bantah Layanan Saudi Terhadap Anwar) Kenapa? Bukankah perbuatan membantah keistimewaan itu satu bentuk kurang ajar? Kenapakah kita tidak berbangga apabila Anwar diberikan kehormatan diraja? Anwar sudah didapati tidak bersalah oleh mahkamah Malaysia, sekali gus dia bukan bertaraf banduan. Soal wujudnya kesilapan teknikal di pihak mahkamah adalah tidak relevan kerana itu soal yang dikemukakan oleh si tua kutuk diktator tua adalah tidak bertempat.

Keseluruhan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus merasa malu dengan tindakan Menteri Luar negara menulis surat bantahan kepada kerajaan Saudi terhadap memberikan layanan yang istimewa kepada Anwar. Perbuatan Syed Hamid Albar adalah satu perbuatan yang biadab dan terus terang satu kerja kurang ajar.

Satu ketika dahulu Anwar Ibrahim telah melawat Amerika dan diberikan layanan permaidani merah seolah-olah dia adalah Ketua Kerajaan sebuah negara. Kenapakah kerajaan Mahathir ketika itu tidak menghantar satu surat bantahan? Kenapakah Paklah, Perdana Menteri Malaysia sekarang ini (yang ketika itu menjadi Menteri Luar) tidak mengungkit kes ini kepada kerajaan Presiden Clinton yang bukan beragama Islam?

Nampak sangat TKT Mahathir tidak berani menunjukkan bantahan rasmi kepada Amerika tetapi berani secara senyap-senyap mendesak Hamid Albar membuat bantahan kepada kerajaan Arab Saudi, yang beragama Islam.

Namun demikian, kepulangan Anwar Ibrahim memang ternyata satu titik-tolak perubahan besar-besaran yang mungkin berlaku di negara ini. Saya gunakan perkataan ‘mungkin’ kerana kemungkinan kepulangan itu akan mencetuskan suasana tegang disebabkan sekatan polis yang tidak merelakan rakyat marhaen meluru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Rakyat marhaen akan pergi juga ke lapangan terbang itu walaupun jawatankuasa sambutan AI sudah membatalkan sambutan yang mereka cadangkan. Mereka membatalkan sambutan ini kerana gagal mendapat permit berkumpul dan menyewa Stadium Nasional Bukit Jalil, kononnya.

Ketua penaja majlis menyambut kepulangan Anwar merangkap Bendahari PKR telah bertidak tidak mahu meneruskan upacara besar-besaran itu. Tentu beliau mempunyai sebab yang munasabah yang tidak dapat dikongsinya bersama rakyat jelata.

Sesungguhnya, rakyat negara ini amat bernasib baik kerana dapat berdepan dengan situasi ini dalam keadaan negara yang aman. Inilah keamanan yang diasaskan oleh bangsa Melayu di sebalik unsur-unsur samseng peninggalan Ghee Hin dan Hee San serta pengaruh kesamsengan ala Tamil Elam.

Apabila dibuat perbandingan akan keadaan peredaran politik yang berlaku di rantau ini, kita akan dapati betapa Malaysia selalunya dapat menampan bencana buruk yang pernah menjangkiti negara-negara jirannya. Malahan, Allah merestui Malaysia sebagai sebuah negara yang ditampan daripada bencana alam yang besar-besar seperti yang kerap melanda Indonesia dan Filipina (gempa bumi, letupan gunung berapi dan kejadian feri karam), Vietnam Thailand dan Myanmar (banjir besar, penyakit berwabak, perang saudara dan junta tentera), dan banyak lagi fenomena alam yang dapat dihindari.

Cuma Malaysia tidak bernasib baik apabila dilanda wabak JE yang memusnahkan ternakan khinzir di seluruh negara. Pada pengamatan saya wabak itu adalah satu contoh pertama serangan biologi yang dibuat oleh pihak asing untuk memajukan industri ternakan khinzir di Vietnam. (InsyaAllah satu hari nanti akan kita bincangkan perkara ini selepas kajian mendalam sudah meyakinkan kesahihannya).

Yang amat nyata, keadaan politik Malaysia adalah penentuan rakyat ini juga dan kalau ada kucar-kacir yang tercetus, ia adalah merupakan mainan kuasa asing yang tidak mahu melihatkan Malaysia aman damai dan orang Melayu khususnya hidup tenteram dan selesa.

Dengan lain perkataan, selama 22 tahun TKT Mahathir mencengkam kuasa, dia gagal menentukan bahawa peribumi yang merupakan kaum asal negara ini dapat bertapak dengan selesa.

Sebaliknya kaum mendatang yang menonjol ke depan sedangkan peribumi, khususnya orang Melayu sudah terhimpit menjadi warga Malaysia Kelas Dua.

Inilah cabaran Anwar Ibrahim yang paling besar dan rakyat marhaen menaruh setinggi-tinggi harapan kepadanya untuk menyelesaikan masalah mereka.

- marhaintua - 05.11.2004

 
Jamuan Berbuka Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Permatang Pauh
11.04.04 (10:30 pm)   [edit]

Jamuan Berbuka Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Permatang Pauh 
Dan Selamat Pulang Ke Pulau Pinang


Pada 5 November 2004 (Jumaat)

12.00 Tengah hari: Bersembahyang Jumaat Di Masjid Seberang Jaya

Masa: 6 petang
Tempat: Masjid Jamek Kubang Semang
Aktiviti: Berbuka dan Taraweh serta Tazkirah hingga 10.00 mlm
Qiamulail bersama Ustaz Badrul Amin malam yang sama hingga subuh 6 Nov.


Perhatian: Semua dijemput hadir.makanan yang disediakan mungkin tidak mencukupi. Sila bawa bekalan untuk berbuka.
Pihak jawatankuasa masjid mengalu-alukan kehadiran semua. Bagi penyokong luar, pelan lokasi akan dihantar kemudian.


Kiriman Wartawan Rasmi LR - 04.11.2004

 
Nilai Semula Sahsiah Pirdaus Ismail Sebagai Bekas Imam
11.04.04 (10:27 pm)   [edit]

Seseorang yang hendak dilantik menjadi imam sembahyang, mereka bukan sahaja setakat fasih di dalam bacaan al-Quran, pandai dan lunak berdoa dan tahu rukun-rukun sembahyang, tetapi keperibadian juga merupakan syarat paling utama. Mereka bukan sekadar arif mengenai hukum tetapi memiliki keperibadiannya yang suci dan murni.

Seorang imam juga tidak boleh perengus, bercakap bohong, emosional ataupun berkelakuan biadab di khalayak dan tidak menghormati apa-apa keputusan yang dibuat berdasarkan undang-undang yang betul. Seorang imam juga tidak boleh merasa hebat dan gah kerana dia mendapat perkenan atau restu pemimpin atasan yang bermotif untuk memperalatkan serba sedikit ilmu yang dimilikinya.


Imam bukan sahaja menjadi kepala dalam sembahyang, tetapi model kepada makmumnya di belakang. Lebih luas menjadi role model kepada masyarakat di dalam khariahnya. Apa lagi kalau ia bertaraf Imam Masjid Negara, dia ialah role model untuk seluruh rakyat negara ini.

Seseorang imam bukan perlu baik ketika menjadi imam sahaja. Dia haruslah berkelakuan baik di sepanjang kehidupan dan dalam segala aktivitinya. Malahan ketika tidur juga seseorang imam itu harus menjaga adat tidur dan bangun serta adat-adat lain yang lebih bersifat peribadi. Demikian halusnya perincian dan sifat-sifat yang patut ada pada seseorang imam.

Dan sifat itu harus kekal kepada dirinya meskipun seseorang itu sudah tidak berkhidmat secara rasmi lagi. Bukan bermakna apabila dia sudah berhenti menjadi imam, maka dia boleh kembali kepada perangai manusia kebanyakan. Mahu jadi samseng ataupun keras kepala. Khidmat Imam (pemimpin) dalam konteks Islam tidak ada persaraan! Kerana seorang imam itu adalah khalifah di atas muka bumi ini.
 
Apabila menyentuh kepentingan dan keperluan ini menyebabkan saya jadi tertanya-tanya bagaimana status bekas Imam Masjid Negara yang bernama Pirdaus Ismail? Apakah beliau terus layak mendapat panggilan atau sanjungan sebagai bekas Imam lagi setelah perangai dan hati perut sebenarnya Pirdaus telah diketahui umum kini.


Pirdaus semasa menjadi imam lagi telah menggunakan mimbar mengecam Sdr. Anwar Ibrahim. Beliau telah membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengaibkan Sdr. Anwar. Hasil kerjanya itu didewakan sebagai tokoh muda Islam kemudian akhirnya berhenti dan diberikan beberapa ganjaran termasuk bertanding di dalam pilihan raya atas tiket UMNO/BN.

BN sengaja meletakkan seorang berperibadi seperti Pirdaus untuk merampas kerusi itu daripada Dr. Wan Azizah. Sebenarnya itu adalah hak dan rezeki Pirdaus. Kita tidak mempertikaikan itu. Mungkin kewarakannya sebagai seorang imam boleh dijadikan penawar untuk mendidik dan membangun manusia selaras dengan kehendak ajaran agama.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah apabila beliau sudah tidak lagi berperibadi sebagai seorang imam selepas memasuki pilihan raya. Tindakan beliau tidak dapat menerima kekalahannya di Permatang Pauh sehingga mengemukakan bantahan, menjelaskan rupa diri sebenar imam berkenaan.

Kelakuan beliau di malam pengiraan undi – menyepak peti undi dan juga berbohong di dalam mahkamah semasa memberi keterangan menjadikan kita teralat dan keliru untuk menerima beliau sebagai seorang bekas imam. Kalau segala keburukan itu tergamak dilakukan oleh beliau, apakah tidak ada keburukan dilakukan semasa menjadi imam?

Kalau sebelum ini ada cerita mengatakan beliau mengambil kesempatan di atas kedudukannya sebagai imam mendapat beberapa tander di Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk kepentingan peribadinya sukar dipercayai, tetapi setelah rahsia dan kebusukan beliau terdedah rasanya cerita itu ada kebenarannya?

Berdasar kepada peristiwa dan hakikat itulah maka perlu rasanya kita membuat penilaian semula terhadap status beliau seorang imam. Apakah layak beliau digelarkan dengan nama itu; bekas imam? Apakah ianya tidak akan mencemarkan jawatan berprestij dan teragung di dalam Islam itu?

Kerajaan tidak ada peraturan khas di dalam soal ini. Jadi terpulang kepada kita apakah layak untuk memanggil beliau sebagai bekas imam, atau sebagai seorang ustaz – seorang yang tahu dan faham mengenai hukum Allah, ataupun beliau layak digolongkan sebagai seorang samseng yang keras kepala yang kini sudah bergabung dengan orang yang menuduh Sdr. Anwar sebagai penderhaka sahaja?

Kita tidak mahu nanti orang terkeliru apakah begitu sebenarnya sahsiah seorang imam apabila merujuk beliau sebagai bekas Imam Besar Masjid Negara?  – Reformasi!

Tun Paduka Tuan - 04.11.2004

 
Bocor dan Lolos lagi..Tahniah Hishammudin & LPM!
11.04.04 (10:26 pm)   [edit]

Sungguh memalukan apabila sebuah institusi hebat seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia yang seharusnya mempunyai kredibiliti tinggi dalam mengendalikan peperiksaan ternyata cuai. Saya agak terperanjat apabila betapa cepatnya Pengerusi MPM mengandaikan  bahawa hanya kesalahan di peringkat sekolah yang membolehkan soalan bocor sedemikian.


Apa yang lebih mengejutkan ialah "format baru" penyelesaian masalah kebocoran soalan yang didedahkan oleh Pengerusi LPM secara tergesa-gesa:

Ditanya kemungkinan kertas peperiksaan itu perlu diduduki semula, Abu Hasan berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan.


"Jika betul, mereka (pelajar SMK St. Paul) perlu menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan. Hanya mereka sahaja, bukan pelajar seluruh negara kerana mereka sahaja yang terlibat,'' jelasnya.


Hmm..bijak-bijak…ooo..jadinya mereka ni sahajalah yang boleh menduduki peperiksaan semula berkenaan. Sudahlah mereka dapat soalan bocor, boleh pulak menduduki peperiksaan itu sekali lagi. Emm.. tak mengamuk ke murid-murid Form 6 seluruh negara wahai Tan Sri..?


Begitu cantik dan kemaskini sekali pelan menghadapi kebocoran peperiksaan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dalam pada kerja dah semakin kurang kerana semua beban mentaksir diserah bulat-bulat pada cikgu mengendalikan kerja yang sepatutnya LPM buat…masih juga tak dapat menyediakan satu pelan bersepadu menghadapi risiko kebocoran soalan. Yang nampak jelas, bila soalan bocor mesti lapor di media. Yang kedua, menteri dan kementerian tak salah. PMR di Kuching, penceramah yang salah, STPM di Seremban, guru salah bocorkan soalan, SPM..kepala guru mana pula nak dituding! Lihat pula komen Menteri Pendidikan:

Menurut Hishammuddin, apa yang penting sekarang ialah mengesan mereka yang melakukan perbuatan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.


"Sesiapa yang terlibat membocorkan soalan ini perlu dikenakan tindakan tegas, itu yang paling penting kerana mereka ini telah mengingkari amanah yang kita berikan,'' tegasnya..


Memberikan beberapa perspektif lain sebagai seorang guru dan ingin mengkaji daripada pelbagai kemungkinan (tidak hanya menuduh guru, sekolah dan pelajar membocorkan soalan). Kecenderungan membuat kesimpulan melulu sering terpelanting dari mulut seorang menteri muda yang terlupa barangkali betapa dia begitu cepat menyalahkan para warden sebuah sekolah menengah agama di Negeri Sembilan dahulu apabila seorang pelajar bernama Farid terkorban. Nyata tuduhan semberono ini dilemparkan bagi menyelamatkan imej masing-masing yang sudah lama terpalit dengan kelemahan, kelembapan, kegawatan birokrasi dan kelemahan pengurusan. Kononnya beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin terhadap kelekaan pihak guru dan sekolah..kunun…! Lain kali, cakap hati-hati Hishammudin oii..jangan pakai ludah aje..jaga sikit hati para guru ni..jangan sesedap emosi aje menuduh guru itu ini begini…sepatutnya andalah yang menjadi payung mereka..ini anda pulak yang lebih-lebih? Tuding satu jari, empat lagi tunjuk pada diri siapa wahai sepupu Najib?


Menjadi buah mulut di kalangan guru-guru sains betapa Lembaga Peperiksaan Malaysia kini sudah terlalu “malas” bekerja. Mereka melemparkan longgokan tugas peperiksaan yang sepatutnya mereka kendalikan seperti PEKA, Ujian Lisan, dan membebankan guru-guru dengan benda yang sewajarnya perlu diproses secara professional dan sulit. Bukan saya nak kata, cikgu tidak mampu menjalankan tugas professional..tetapi apabila perkara-perkara sulit dan memerlukan kemahiran pentaksiran..bukan semua orang mampu membuatnya…begitu juga dalam penggubalan soalan..bukan semua orang mampu menggubal soalan. Tetapi kami seakan dipaksa untuk menjadi pakar pentaksiran sedangkan ini bukan kerja mudah. Seolah-olah sebuah kenderaan rosak, semua pemilik mesti mahir memperbaikinya…mana mungkin semua orang menjadi mekanik?.

Lembaga peperiksaan pun satu hal…semuanya dilemparkan kepada guru-guru di sekolah..sudahlah kami ni banyak pekerjaan lain terutamanya yang mengajar sains..nak melaksanakan PEKA lagi..dengan EteMsnya, dengan amali makmal, dengan kehendak sukatan yang makin bertimbun semenjak semakan semula kurikulum..dengan pelbagai tekanan kerja perkeranian seperti yang pernah dikeluarkan dalam satu ruangan pembaca akhbar perdana tulisan Bekas Murid Mahadzir..amboi! Yang duduk kat Lembaga tu bukan main relaks lagi..atau pun dah transform jadi lembaga tunggul?

Perlaksanaan perkara-perkara seperti PEKA tidak saya nafikan, banyak juga kebaikannya. Sungguhpun begitu, sedarkah wahai para penggubal dasar PEKA dan pencipta pelbagai versi ujian-ujian kendalian peringkat sekolah di Kementerian bahawa betapa beratnya beban menjadi seorang guru sains dan guru bahasa di sekolah..janganlah kerana anda berada di sekolah hanya untuk dua tiga tahun dan terus ke kementerian mendabik dada seolah-olah anda tahu segalanya tentang dunia sekolah. Para pegawai di sana mungkin pernah menjadi guru ketika era Uji Rashid dan DJ Dave masih lagi menyanyi, cuba datang ke sekolah sekarang dan lihat pula apa gaya dan pancaroba yang menimpa semua guru-guru sains di Malaysia kerana idea bernas anda! Uji diri anda sendiri dalam persekitaran kami kalau nak merasa...1001...$%$&*&%$#@.... tekanan yang dihadapi.Lihat lagi komen Menteri Pendidikan selanjutnya...

Mengulas mengenai kemungkinan punca kejadian itu berlaku, Hishammuddin berkata, ini mungkin disebabkan oleh penglibatan ramai tenaga kerja dalam menggubal soalan peperiksaan itu pada tahun ini.

Katanya, ini berlaku ekoran pelaksanaan dasar pembelajaran Sains dan Matematik (SMI) dalam bahasa Inggeris yang memerlukan soalan peperiksaan itu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.


"Daripada hampir 900 orang yang terlibat dan terdedah dalam penggubalan dan penterjemahan soalan ini berbanding hanya 200 pada tahun sebelumnya, tidak mustahil ada seorang dua yang tidak amanah,'' katanya


Mengenai ini saya telah mengupas berkenaan isu Maths & Sains: Kasihanilah Anak-anak Kita Pak Menteri I dan Maths & Sains: Kasihanilah Anak-anak Kita Pak Menteri II. Lain kali kalau nak buat satu-satu dasar bawaklah berbincang dalam parlimen..jangan ikut nafsu serakah kroni. Sekarang nampaknya Hishammudin mula nak salahkan dasar PPSMI..baguslah tu…kalau ada kesedaran tu ubahlah terus sebelum lebih ramai anak Melayu, anak Cina dan anak India kerabat Marhaen..yang terkorban kerana tak mampu mendalami subjek hardcore.


Lembaga Peperiksaan Malaysia..kuatlah sikit bekerja..jangan nak harap tenaga guru sahaja. Tak lama lagi dengar cerita dahulu nak suruh semua sekolah buat soalan SPM dan STPM masing-masing…baguslah tu…kalau begitu bolehlah tutup sahaja Lembaga, mana-mana pegawai yang dah terlalu lama mind settingnya itu, hantarkanlah ke sekolah-sekolah biar terbuka sedikit minda 70-an dan 80-an mereka. Saya bukan tak kenal siapa mereka...


Sah kertas soalan Biologi STPM bocor
Oleh Zalina Yahaya


SEREMBAN 3 Nov. - Siasatan awal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengesahkan kebocoran soalan kertas Biologi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul di sini berpunca daripada kelemahan pengawasan sekolah, dan bukannya akibat kelalaian badan tersebut.

Sehubungan itu, Pengerusi MPM, Prof. Tan Sri Dr. Abu Hassan Othman berkata, beliau telah mengarahkan satu kumpulan penyiasat ke sekolah berkenaan hari ini untuk meneliti segala aspek secara terperinci bagaimana perkara itu boleh terjadi.

Menurut beliau, kumpulan penyiasat itu akan menemu bual semua pihak terlibat termasuk pengetua, guru subjek, pengawas dan penyelia peperiksaan.

MPM, katanya, memandang serius kejadian ini dan tidak akan membiarkan ia mencemarkan imej dan kredibiliti majlis itu.

"Siasatan awal kami mendapati ia berpunca dari peringkat bawah (di sekolah) dan bukannya di peringkat MPM. MPM adalah satu badan profesional dan telah mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun mengendalikan peperiksaan.

"Bagi kami, ini adalah satu perkara yang amat serius dan MPM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab termasuk membuat laporan polis,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, seorang bapa mendakwa sekurang-kurangnya lima daripada enam soalan Bahagian B kertas Biologi STPM yang diduduki anaknya menyamai soalan peperiksaan percubaan.

Abu Hasan yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, beliau menjangka hasil lengkap laporan berkenaan akan diterimanya dalam masa terdekat.

"Kami akan mengambil tindakan dan tidak akan membiarkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. MPM juga tidak akan berkompromi dengan sebarang percubaan yang boleh mencemarkan nama baiknya selama ini,'' katanya.

Ditanya kemungkinan kertas peperiksaan itu perlu diduduki semula, Abu Hasan berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan.

"Jika betul, mereka (pelajar SMK St. Paul) perlu menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan. Hanya mereka sahaja, bukan pelajar seluruh negara kerana mereka sahaja yang terlibat,'' jelasnya.

Sementara itu, tinjuan Utusan Malaysia ke sekolah berkenaan hari ini mendapati, tiga orang pegawai MPM tiba ke sekolah berkenaan tepat pukul 10.05 pagi untuk menjalankan siasatan terperinci.

Ketiga-tiga pegawai berkenaan menghabiskan masa lebih dua jam di pejabat pengetua menemuramah beberapa guru dan menyemak beberapa dokumen berkaitan.

Peperiksaan diadakan semula jika dakwaan bocor benar - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi kertas Biologi akan diadakan semula jika dakwaan bahawa soalan bagi mata pelajaran itu bocor didapati benar.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagaimanapun keputusan mengadakan semula peperiksaan itu bergantung sama ada ia dan berlaku secara meluas di seluruh negara atau sebaliknya.

Katanya, peperiksaan semula itu sebaliknya hanya akan diadakan hanya di sekolah berkenaan sekiranya `soalan bocor' itu hanya berlaku di sebuah sekolah sahaja.

Sehubungan itu beliau mengarahkan mengarahkan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Termuzi Abdul Aziz membuat laporan polis berhubung perkara itu, esok.

"Bagaimanapun keputusan akhir mengenai perkara ini bergantung kepada laporan rasmi hasil daripada siasatan polis,'' katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di kediamannya di sini malam ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini bahawa sekurang-kurangnya lima daripada enam soalan Bahagian B kertas Biologi peperiksaan STPM yang bermula hari ini didapati menyamai soalan peperiksaan percubaan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Paul di Seremban.

Menurut Hishammuddin, apa yang penting sekarang ialah mengesan mereka yang melakukan perbuatan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.

"Sesiapa yang terlibat membocorkan soalan ini perlu dikenakan tindakan tegas, itu yang paling penting kerana mereka ini telah mengingkari amanah yang kita berikan,'' tegasnya.

Mengulas mengenai kemungkinan punca kejadian itu berlaku, Hishammuddin berkata, ini mungkin disebabkan oleh penglibatan ramai tenaga kerja dalam menggubal soalan peperiksaan itu pada tahun ini.

Katanya, ini berlaku ekoran pelaksanaan dasar pembelajaran Sains dan Matematik (SMI) dalam bahasa Inggeris yang memerlukan soalan peperiksaan itu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

"Daripada hampir 900 orang yang terlibat dan terdedah dalam penggubalan dan penterjemahan soalan ini berbanding hanya 200 pada tahun sebelumnya, tidak mustahil ada seorang dua yang tidak amanah,'' katanya.


p/s: terima kasih webmaster kerana bangkit kembali! Teruskan PerjuanganReformasi!!
.
Cikgu Komando
- guru kanan "seks"a
Pahang - 04.11.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Sebagai catatan/makluman: Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia pernah melakukan satu kesilapan yang amat besar ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2003 yang melibatkan keputusan Subjek Elektif 3765/1 Teknologi Maklumat. Secara mudah, semua keputusan yang melibat subjek berkenaan menjadi terbalik-kot - tunggang langgang. pelajar yg sepatutnya memperolehi 7E dan 8E telah diberikan keputusan 1A dan 2A, manakala pelajar yang memang dijangka boleh mencapai keputusan 1A dan 2A, diberikan keput