Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


1,000 sambut DSAI di KLIA
11.01.04 (1:26 pm)   [edit]

Orang ramai berada di KLIA seawal pukul 7 pagi lagi untuk menyambut kepulangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada beberapa orang yang duduk bermalam di KLIA untuk mengelak halangan polis. Apabila pesawat komersial Penerbangan Arab Saudi Anwar mendarat pada 8.36 pagi, hampir 1,000 orang sudah berada di KLIA untuk menyambutnya.

Polis menutup sekurang-kurangnya 6 jalan utama ke KLIA dan membenarkan hanya mereka yang mempunyai tiket untuk terus ke KLIA. Polis turut membuat sekatan di keretapi ekspres ERL. Menurut seorang yang berjaya meloloskan dirinya, ada beberapa peringkat halangan polis sehingga di KLIA sendiri. Menurutnya lagi, beberapa pemimpin PKR seperti Dr. Syed Husin Ali dan Tian Chua turut mengalami masalah untuk masuk ke dalam.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali, terkejut dengan operasi polis tersebut. “Ini aialh satu lagi bentuk tekanan dan sekatan oleh kerajaan. Jelas sekali Anwar masih lagi ancaman untuk UMNO dan kerajaan.”

Bercakap di rumahnya tidak lama kemudian, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan rasa peliknya terhadap sekatan polis kepada orang ramai. “Mereka datang dengan bunga, bukan peluru.”

Anwar melangkah keluar ke bahagian utama lapangan terbang lebih kurang jam 9.20 pagi, ditemani isterinya, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah dan anak-anaknya. Orang ramai menjerit ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar!’ apabila melihatnya. Anwar, yang kelihatan sihat dan segar terus meletakkan tangannya di mulut, disebalik begitu banyak bunga-bunga yang diberikan dan dibaling ke arahnya.

Anwar kemudian meninggalkan KLIA pada jam 9.30 pagi. Beliau singgah di perkuburan Islam Bukit Kiara untuk melawat kubur ibunya, Che Yan Hamid dan abangnya, Abdul Rani Ibrahim - dua-dua yang meninggal dunia ketika Anwar dipenjarakan.

Apabila tiba di rumahnya jam 10.30 pagi, ada hampir 3,000 orang penyokong menunggunya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua,” kata Anwar dalam ucapannya di rumahnya. “Tetapi saya mahu menekankan masalah kita masih banyak. Jangan fikir kerana Anwar sudah bebas segala-galanya sudah selesai.

“Pembebasan Anwar ialah pembukaan bab baru. Bab ini ialah mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.”

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan mengatakan bahawa jika Tun Dr. Mahathir masih PM, tidak mungkin beliau dibebaskan. Tetapi, beliau mengatakan mahkamah masih lagi tidak bebas, rasuah masih lagi berleluasa dan wujud golongan-golongan yang terus miskin disebalik kemewahan ekonomi Malaysia.

“Apa yang kami mahukan ialah agenda perubahan.” Anwar turut menasihatkan penyokong-penyokong Reformasi untuk bertindak aman jadi polis tiada sebab untuk menahan mereka.



Artikel ini adalah suntingan para pengendali Laman web www.jiwa-merdeka.net , dihantar pada 31 October 2004 10:43 pm

 
Kata DSAI, PKR ialah masa depan politik Malaysia
11.01.04 (1:23 pm)   [edit]

Di dalam sidang media di rumahnya pada jam 3.00 petang tadi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Parti Keadilan Rakyat ialah masa hadapan politik Malaysia.

Beliau berkata demikian kerana PKR memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Anwar turut berkata kerjasama antara parti-parti pembangkang ialah penting untuk pembaharuan di Malaysia.

Apabila ditanya mengapa beliau kurang bercakap mengenai parti, beliau menjawab ini ialah kerana beliau sendiri tidak memegang jawatan di dalam PKR.

“Saya kena hormat pimpinan parti. Presiden parti, Wan Azizah pun ada membuat keputusan yang tidak mengikut nasihat saya,” katanya secara berseloroh.

Beliau juga menegaskan bahawa meskipun beliau berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau tidak akan menyertai UMNO. Tetapi beliau tidak mahukan politik dendam meskipun Tun Dr. Mahathir dan beberapa pimpinan UMNO mencerca dan menyerangnya secara peribadi.



Artikel ini adalah suntingan para pengendali Laman web www.jiwa-merdeka.net , dihantar pada 31 October 2004 10:42 pm

 
DSAI...hentikan igauan untuk 'bekerjasama dengan Pak Lah'
11.01.04 (1:20 pm)   [edit]

Apa sahaja alasan yang diberikan oleh DSAI untuk bekerjasama dengan Pak Lah perlu dihentikan. Seolah-oleh DSAI tidak mempunyai prinsip dan kekuatan diri apabila beliau masih lagi bercakap secara samar-samar. Apa sahaja bentuk kerjasama yang dihulurkan oleh DSAI kepada Pak Lah @ kerajaan akan menodai semangat reformasi itu sendiri.

DSAI mesti jelaskan kepada rakyat bahawa, beliau adalah di kem pembangkang secara TOTAL.

Apabila DSAI mula menyebut untuk bekerjasama dangan kerajaan membanteras rasuah, mengembalikan maruah sistem kehakiman dan sebagainya...seolah-olah DSAI seorang yang opportunis. Ini menguatkan hujah dan tuduhan-tuduhan yang menyatakan DSAI akan kembali kepada UMNO. Dari kata-kata DSAI sejak beliau kembali dari Munich, rakyat masih lagi kurang jelas...apakah halatuju politik DSAI sebenarnya.

Cuma, apa yang rakyat tahu...DSAI mesti teguh dalam pendirian dan kekal dalam perjuangan. Tidak sekali-kali berkompromi dengan UMNO walau apa cara sekali pun. DSAI mesti berada di barisan pembangkang sebagai penyatu dan pemimpin Barisan Alternatif.

Sejak peristiwa September 1998 , rakyat marhaen sudah mula memahami sepak terajang politik. Secara rawak, keseluruhan rakyat Malaysia sudah celik politik. DSAI telah diangkat sebagai satu simbol mangsa kebobrokan pentadbiran kerajaan UMNO. Rakyat Malaysia menyebelahi DSAI.

Diharap DSAI tidak akan menodai wadah perjuangan beliau sendiri. Rakyat tetap bersama DSAI selagi DSAI teguh dlm perjuangan. Tetapi, kalau DSAI berpaling kiblat, obor yang dinyalakan selama 6 tahun akan terpadam dan menjadi sia-sia.

Rakyat akan menentukannya.


sumber FGR

 
Thaksin Shinawatra: Autoritarian moden di ASEAN
10.31.04 (9:22 am)   [edit]

Oleh: Farish A. Noor
Kiriman: UmmahOnline Team


Seramai 84 orang warga Thai mati dibunuh oleh tentera keselamatan mereka sendiri di mana kebanyakan daripada mereka mati sewaktu dibawa ke kem tahanan tentera akibat kekurangan oksigen dan dipijak lantaran terpaksa berhimpit-himpit dan berasak-asak di dalam trak-trak yang sempit dan terhad. Ini sepatutnya menjadi amaran kepada semua warga negara-negara ASEAN. Di Thailand, seperti di kebanyakan tempat di ASEAN, kita sedang menyaksikan kembalinya fahaman fasis (Fasisme) ke dalam sistem-sistem pentadbiran.


Pembunuhan kejam warga Thai yang beragama Islam ini telah mengingatkan kita kepada pembunuhan kejam berdozen-dozen aktivis pro-demokrasi di Burma yang berlaku pada tahun 1988 di mana mereka ini dimasukkan secara beramai-ramai ke dalam lori-lori tertutup manakala paip ekzos lori tersebut dihala ke dalam lori tersebut. Mereka mati kelemasan kerana tersedut asap lori yang bertoksik. Mungkinkah ini adalah satu lagi kes regim zalim di ASEAN yang mengambil teladan dari regim zalim ASEAN yang lain? Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa usaha untuk membentuk negara demokrasi di ASEAN adalah jauh daripada mencapai matlamatnya, dan juga bukti bahawa dasar ‘tidak campurtangan’ atau dasar pintu tertutup yang diamalkan di dalam urusan dalaman negara adalah cara termudah oleh negara-negara ini untuk membenarkan kerajaan masing-masing menzalimi rakyat mereka sendiri.

Pembunuhan yang sungguh kasual ini boleh berlaku di Thailand di bawah pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Dan, ini menunjukkan betapa beliau bersikap sambil lewa dan tidak menghormati nilai-nilai kehidupan dan hak-hak asasi manusia. Editorial akhbar Thailand, The Nation menonjolkan tentang ketiadaan moral di negara itu dengan tepat sekali apabila ia menyatakan: “Anggapan dia (Thaksin) tentang hak-hak kemanusiaan telah menyebabkan pelbagai tragedi-tragedi peribadi yang ditutup dengan pengisytiharan tentang kejayaan kerajaannya dalam memerangi dadah. Tetapi sekarang, kepimpinannya yang teruk itu telah menyebabkan negara di ancam perpecahan teruk di antara rakyat dan negara”. Semua ini bukanlah suatu kejutan kerana apabila Leftenan Kolonel (B) Dr. Thaksin Shinawatra menerajui kuasa, yang secara tidak langsung ia merupakan petunjuk kepada berlakunya kejatuhan projek demokrasi di Thailand dan kembalinya pemerintahan autoritarian yang cenderung untuk menguasai semula negara itu.

Pergerakan pro-demokrasi dan pro-reformasi di Thailand telah bergerak aktif sejak permulaan abad ke-20 lagi dan ia telah dipimpin oleh reformis-modenis seperti Pridi Banomyong dan seterusnya diambil alih pada 1960an oleh golongan intelektual dari haluan kiri seperti Jit Pumisak. Situasi demokrasi yang berlaku untuk tempoh yang sementara di Thailand ini telah ditimbulkan dan dipimpin oleh para pelajar pada Oktober 1973 sebelum ia ditamatkan tiga tahun selepas itu oleh golongan anti-reformasi yang dipimpin oleh elemen ekstremis haluan kanan yang disokong oleh tentera pada Oktober 1976. Pergerakan pembentukan pro-demokrasi ini pada mulanya ditaja oleh golongan elit di Thailand termasuk keluarga Diraja Thailand. Tetapi, kerana disebabkan oleh kegilaan dan kejian terhadap golongan haluan kiri yang berpunca oleh Perang Dingin yang berlaku ketika itu iaitu; ahli demokrat haluan kiri telah dituduh meminta simpati dari pro-Komunis dan ini dianggap sebagai ancaman kepada golongan pemerintah elit dan juga kepada kepentingan negara-negara kapital (seperti Amerika dan Jepun) terhadap Thailand. Oleh kerana Thailand adalah negara barisan hadapan dalam peperangan anti-Komunis yang diprakasai oleh Amerika Syarikat di Vietnam, maka Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa barat yang lainnya telah bersedia membenarkan sebuah kumpulan anti-reformasi untuk merampas kuasa dari elemen ekstrem haluan kiri masyarakat Thai yang di antaranya termasuklah keluarga diraja, tentera dan juga sami-sami Buddha. Penyingkiran demokrat haluan kiri pada tahun 1976 ini hanya mengingatkan kita kembali kepada pembunuhan kejam beribu-ribu golongan haluan kiri di Indonesia pada tahun 1965 dan kudeta ke atas Timor Timur pada tahun 1974 di mana ini turut berlaku di bawah jagaan ‘Uncle Sam’ - yang hanya mementingkan kepentingan politiknya dan tidak mempedulikan hak-hak kemanusiaan.

Namun begitu, eksperimen demokratik antara tahun 1973-1976 (yang telah menyaksikan kehadiran kuasa kerajaan yang benar-benar mengamalkan demokrasi pada era selepas peperangan) tetap meninggalkan kesan dengan menekankan kepada nilai-nilai demokratik dan reformasi di dalam masyarakat Thai. Selepas itu, di dalam Oktober 1977, telah berlaku pertukaran kuasa pemerintahan di dalam tentera berfahaman sederhana yang lantas menjadikan mereka lebih berkuasa dan menambahkan kesederhanaan dalam sistem politik Thailand (yang masih banyak dikuasai oleh tentera yang disokong oleh negara-negara Barat).

Ketiadaan fungsi oposisi demokratik telah menyumbangkan kepada wujudnya golongan elit yang mementingkan harta. Mereka selalunya bekerjasama secara rahsia dengan tentera dan polis dengan menggunakan ruang demokratik sivil yang terhad itu untuk menguatkan dan melebarkan jaringan pelindung-klien mereka sendiri dan dalam masa yang sama terlibat secara lansung dengan ekonomi ‘underground black market’. Budaya elektokrasi (electocracy) merebak apabila ahli-ahli politik Thai menganggap negara itu sebagai milik sementara mereka yang boleh diperlakukan dengan sesuka hati sementara rakyatnya adalah wakil yang boleh dibeli. Tahun 1970an dan 1980an menyaksikan pertumbuhan pelanggan politik di mana perbezaan ideologi politik adalah perkara kedua dan perbalahan dalam politik adalah suatu perkara biasa. Ini membawa kepada ketidakstabilan kerajan-kerajaan campuran di mana fungsi Perdana Menteri adalah untuk memenuhi permintaan ahli-ahli politik yang hanya mengarahkan sokongan tempatan di beri kepadanya, tetapi tidak memberi perhatian dalam mempertimbangkan kenaikan tahap ekonomi yang lebih banyak untuk jangka masa panjang. Negara itu menjadi alat bagi mereka untuk melancarkan muslihat perbalahan politik dan hasilnya, garis sempadan antara politik dan perniagaan adalah samar-samar. Thailand menjalankan lebih banyak pilihanraya berbanding negara-negara lain di ASEAN dan pilihanraya ini selalunya diiringi oleh keganasan yang berunsurkan politik. Kejatuhan negara ini hanya dihentikan buat sementara oleh kumpulan yang berasaskan militan yang dipimpin oleh Penasihat Keamanan Nasional (National Peace-Keeping Council).

Sehingga tahun 1992, golongan pertengahan yang mempunyai hubungan dengan politik telah mempunyai kedudukan yang stabil dan pada Mei 1992, golongan kelas pertengahan ini yang telah memimpin rampasan kuasa yang membawa kepada peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Jeneral Suchinda Kraprayoon. Mei 1992 adalah tahun penting kerana ia menyaksikan berakhirnya campur tangan secara langsung kuasa tentera di dalam politik di Thailand. Ramai pemerhati-pemerhati politik dalam dan luar negeri berharap bahawa ini akan membawa kepada pemulihan secara keseluruhan iaitu pemulihan masyarakat sivil dan pemulihan dari segi pengamalan sistem demokrasi di negara itu dan juga penerusan semula projek reformasi yang tertangguh.

Namun, di antara tahun 1992-1997, berlaku kebangkitan golongan elit perniagaan kota yang yang mengamalkan fahaman liberal-kapitalis. Mereka kembali semula kepada politik klientelisme (clientisme) dan pelindung (patronage). Ekonomi Thailand meningkat dengan mendadak akibat dari ketiadaan diskriminasi dan peluasan kredit yang tidak dikawal, pelaksanaan pelbagai projek mega, kemasukan Thailand ke pasaran global dan jumlah pelabur asing yang melabur di negara itu. Namun peningkatan itu berakhir pada 1997 dengan kejatuhan menjunam matawang Thai Bhat menjadikan ia sudah tidak bernilai akibat dari krisis matawang yang melanda Asia Timur pada tahun 1997-1998. Berikutan dari krisis tersebut, hampir 65% kapitalis di Thailand telah diisytiharkan bankrup.

Selepas berlakunya krisis matawang, masyarakat Thai menumpukan perhatian kepada diri mereka sendiri dan masyarakat pertengahannya lebih memberi perhatian kepada hal dalaman dan mereka menjadi lebih mempertahankan hak sendiri. Kegagalan total kerajaan Perdana Menteri Chauvalit untuk menghentikan kejatuhan nilai matawang Baht menyebabkan berlakunya krisis kepercayaan terhadapnya dan campur tangan sebuah negara berkuasa besar diperlukan untuk menghentikan krisis ekonomi dari menjadi semakin parah. Gerakan pro-demokrasi dan pro-pembangunan mendapat tamparan hebat apabila golongan elit perniagaan kota yang telah mengalihkan sokongan mereka kepada pemimpin-pemimpin yang lebih kuat dan mempunyai agenda politik yang lebih meyakinkan, bersifat sentralis dan mencadangkan model autoritarian untuk negara.

Pada ketika inilah Thaksin Shinawatra memperolehi kemasyhuran. Beliau sendiri merupakan bekas komander pasukan keselamatan yang memegang pangkat Leftenan Kolonel di dalam pasukan Polis Thailand. Dengan latar belakang pendidikan yang menyamai pemimpin-pemimpin senior dalam pasukan tentera, polis dan keselamatan Thailand, beliau mendapat penghormatan dan sokongan yang tinggi dari pasukan tentera serta pasukan keselamatan. Beliau kemudiannya terjun ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi peneraju utama dalam bidang telekomunikasi. Dengan berdasarkan kepada perniagaan yang berjaya, kaitannya dengan tentera dan asas kewangan milik sendiri, dia membentuk dan memimpin parti Thai Rak Thai (Thai cintakan Thai) dan mendapat kuasa dengan sokongan dari golongan pertengahan dan komuniti ahli perniagaan (dan juga negara-negara kapital asing).

Thaksin menaiki kuasa kebetulan pada hari yang sama Perlembagaan Thai diumumkan iaitu pada tahun 1997. Perlembagaan ini pada zahirnya adalah sebuah Perlembagaan reformasi tetapi realitinya ia lebih terarah kepada peluasan dan pengukuhan kuasa serta kuasa pemerintahan Ekskutif (Perdana Menteri) terhadap badan yang membentuk undang-undang dan juga terhadap badan-badan kerajaan yang lain. Bekerja di dalam parameter Perlembagaan 1997 yang menyebelahi Eksekutif, Thaksin merintis siri pembangunan yang bertujuan untuk memulihkan kuasa dan kedudukan golongan elit perniagaan dan juga untuk memenuhi keperluan negara-negara kapital di dalam dan di luar negeri. Rentetan dengan peningkatan jumlah aksi demonstrasi dan mogok yang dilancarkan oleh pekerja pada tahun 1997 (1,200 pada tahun 1997, berbanding 754 pada tahun 1995), Thaksin dan pengikut-pengikutnya di dalam arena perniagaan ingin mewujudkan sebuah parti politik dan kerajaan yang akan memelihara kepentingan pelaburan mereka dan dalam pada masa yang sama, memulihkan keadaan masyarakat.

Salah satu daripada projek Thaksin adalah ‘perjanjian sosial baru’ dengan rakyat. Perjanjian ini menjanjikan pemulihan undang-undang dan pemerintahan walau apa cara sekali pun. Di bawah kepimpinan Thaksin, rakyat Thailand selalu disogokkan dengan propaganda negara tentang ancaman-ancaman dalam negara iaitu dari kumpulan-kumpulan pengedar dadah sehinggalah kepada kumpulan militan Islam di Selatan Thailand. Berikutan dari serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dan tuduhan bahawa Indonesia diserang pengganas dalam tahun 2001, Thaksin telah menggunakan alasan-alasan retorik seperti ‘peperangan menetang keganasan’ untuk meluaskan kuasanya dan menambahkan skop aktivitinya ke pihak keselamatan Thailand. Di dalam kerajaan inilah Perdana Menteri Thailand cuba menyampaikan kepada rakyat Thailand bahawa apa yang berlaku di Selatan Thailand itu hanyalah salah satu dari trend global pengganas Islam yang memerlukan tindakbalas keras, kadang-kala kejam - sebagai reaksi kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Pendekatan Thaksin ini direalisasikan dengan pelantikan Jeneral Panlop Pinmanee iaitu seorang bekas askar pegawai yang diupah untuk berkhidmat di Laos. Jeneral ini juga adalah ketua di dalam Skuad Anti-Komunis Berani Mati di dalam tentera Thailand dan turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di dalam Operasi Keselamatan Dalaman (asalnya adalah sebuah unit anti-Komunis yang diberi nama Operasi Supresi Komunis). Seperti rakan Indonesianya Jeneral (B) A. M. Hendropriyono (yang ditugaskan oleh Presiden Megawati Sukarnoputri menjadi ketua kepada unit Anti-Keganasan di Jakarta), Jeneral Panlop Pinmanee terkenal dengan taktik-taktik kejamnya dan rekodnya yang tidak menghormati hak-hak kemanusiaan. Dia pernah menunjukkan kekejamannya sekali lagi sewaktu kempennya menentang kumpulan pengedar dadah di Thailand yang menyaksikan pembunuhan kejam kira-kira 2,000 orang.

Seperti juga Indonesia dan Malaysia, Thailand turut menghebahkan bahawa mereka turut mempunyai pusat anti keganasan di selatan tanahair itu. Dan seperti pusat-pusat anti keganasan lain di ASEAN, pusat-pusat anti keganasan Thailand diberi sokongan padu oleh negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat. Jeneral Pinmanee, unit Operasi Keselamatan Dalamannya serta agensi perisikan Thailand (Thailand’s Nasional Intelligent Agency, NIA) dan tentera Thailand ke-4 yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Pisarn Wattanawongkeree telah ditugaskan ke wilayah Islam di selatan Thai iaitu daerah Pattani, Jala, Narathiwat dan Satun. Jeneral Pisarn adalah masih baru lagi memegang jawatan ini kerana ini adalah kali pertama dia bertugas di luar Bangkok. Pendekatan terus Jeneral Pinmanee sekali lagi dibuktikan pada 28 April 2004 apabila tentera Thai sekali lagi mengebom dan kemudiannya menyerang Masjid Keresek di Pattani. Insiden ini menyebabkan semua pihak termasuk pemisah Muslim yang berlindung di masjid tersebut mati terbunuh (saksi menyatakan bahawa askar-askar telah mencemar kesucian masjid itu apabila bertempur di situ).

Pendekatan Thaksin terhadap ketidakstabilan sosial di selatan Thailand adalah memalukan untuk seorang pemimpin. Beliau membenarkan komander-komander senior di dalam pasukan militan Thai untuk bertindak sesuka hati dan dalam masa yang sama, kerajaannya menjanjikan projek pelaburan bernilai 300 juta Baht untuk wilayah tersebut di mana salah satu tawaran yang dijanjikan ialah membaik-pulih Masjid Keresek di Patani.

Namun begitu, pemimpin-pemimpin Islam tempatan telah membahaskan bahawa masalah sebenarnya adalah terletak pada tindakan semberono yang dilakukan oleh pasukan tentera dan polis serta perjanjian yang tidak menjamin hak kemanusiaan yang sempurna buat mereka. Pengkritik tempatan turut menyatakan bahawa janji-janji Thaksin itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Masalah sebenarnya ialah Bangkok tidak memahami dan tidak menghargai keperluan dan kehendak masyarakat Islam Patani. Masyarakat ini adalah terdiri dari bangsa Melayu dan mereka sangat bencikan cengkaman kuasa Bangkok yang mahu membentuk wilayah mereka menjadi sebuah wilayah yang beridentitikan Thailand. Telah berkurun-kurun lamanya masyarakat di selatan Thailand cuba mempertahankan identiti mereka sebagai sebuah negeri Melayu yang mempunyai budaya dan sejarah yang tersendiri dan mereka bencikan cubaan pemimpin-pemimpin Thai yang berjaya (seperti Jeneral Phibun Songkram) yang mahu menukarkan identiti mereka yang tersendiri ini agar menyamai identiti rakyat Thailand di wilayah yang lain di negara itu - yang berbeza etnik, budaya, bahasa dan agama dari mereka.

Berbeza dengan imej Thaksin sebagai ahli politik yang tidak terlibat dengan angkatan tentera seperti yang diwar-warkan oleh pengikut-pengikutnya, beliau sendiri telah mengekalkan hubungan rapat dengn pasukan-pasukan tentera Thailand dan agensi-agensi keselamatan. Beliau mempolitikkan jawatan di dalam tentera dengan merombak semula jawatan komander tertinggi tenteranya dan melantik salah seorang dari saudaranya menjadi komander angkatan tentera. Jeneral Pisarn mempunyai hubungan yang rapat Perdana Menteri Thaksin (melalui sepupunya, Chaksin) dan keluarga Diraja Thailand (dia dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Maharani). Jeneral ini telah diberi lampu hijau untuk menjalankan objektifnya menggunakan kaedah dan syaratnya sendiri. Dengan pendekatan Laissez-faire di dalam bidang politik dan kerajaan, adakah ini merupakan suatu kejutan yang harga nyawa manusia di Thailand ketika ini begitu rendah nilainya dan keganasan akan semakin meningkat?

Tanggungjawab terhadap beban yang memalukan ini sepatutnya ditanggung oleh kerajaan negara-negara ASEAN yang tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di Patani dahulu. Untuk suatu jangka masa yang lama, pemimpin-pemimpin ASEAN hanya menutup mata dan menyembunyikan kepala di dalam tanah dari melihat kepada realiti yang berlaku di sekitar mereka. Namun sekarang semuanya sudah tidak semudah itu, kerana tanah yang menyembunyikan kepala mereka telah dicemar dengan darah manusia-manusia yang tidak berdosa. Dan tertanam di dalam tanah itu juga adalah harapan kita untuk melihat demokrasi ASEAN terhadap rakyatnya, oleh rakyatnya dan kepada rakyat ASEAN itu sendiri.






Artikel ini merupakan terjemahan bebas UmmahOnline Team daripada artikel asal; Thaksin Shinawatra: From Securocrat to Telecoms Moghul to Prime Minister - A profile of modern-day authoritarianism in ASEAN.


UmmahOnline Team
ummahonline@yahoo.com
http://www.ummahonline.cjb.net" title="http://www.ummahonline.cjb.net" target="_blank"http://www.ummahonline.cjb.ne... - 30.10.2004

 
Amaran Buat Dato Kamarul: Jangan Jadi Zahid Mat Ariff Kedua!
10.30.04 (9:22 am)   [edit]

Kepulangan Anwar Ibrahim wira ummah memang dinanti-nantikan oleh semua lapisan rakyat marhaen yang mencintai perjuangan reformasi ke arah keadilan,kesaksamaan dan kebenaran.

Dato Kamarul memperbodoh-bodohkan reformis dan marhaen ?

Sesiapa mempercayai bahawa Anwar sendiri tidak membenarkan kepulangannya disambut oleh para penyokongnya terdiri daripada pelbagai lapisan manusia di bumi yang serba unik kerana kemajmukannya,nescaya orang itu benar-benar bodoh atau pun dia sedang berhelah.

Apa pun Dato Kamarul Baharin Abbas selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Kepulangan Anwar (JSKA) tidaklah berada di dalam situasi kebodoh-bodohan  ketika membuat statemen bahawa rakyat tidak perlu ribut-ribut berkerumunan memapak (menyambut) ketibaan Anwar kerana wira ummah itu sendiri tidak mahu dilayan begitu.

Jika Kamarul tidak bodoh ( mustahil dia bodoh kerana lepasan MCKK -Malay College Kuala Kangsar - begitu terkenal dengan kebijaksanaannya ) tentu ada golongan yang cuba diperbodoh-bodohkannya . Ya ! Kamarul sedang memperbodoh-bodohkan para reformis dan marhaen !

Bendahari keADILan itu perlu ingat bahawa kepercayaan yang diletakkan ke atas dirinya sebagai Pengerusi JSKA bukanlah tiket untuk dia cuba menggagalkan program tersebut mengikut perhitungan politiknya semata-mata. Tindak-tanduknya yang agak memeranjatkan itu bukan sahaja sedang dipantau oleh ahli-ahli keADILan bahkan para reformis ,pimpinan/ahli Pas,DAP dan Ngo`s dan sekelian marhaen.

Sebenarnya JSKA bukanlah `badan tertinggi sementara ` yang perlu dipohon keizinannya terlebih dahulu sama ada sambutan kepulangan Anwar boleh dibuat atau sebaliknya ! Rakyatlah yang menentukannya  dan dalam hal ini statemen Kamarul perlu ditolak bulat-bulat.

Apa yang mendorong Kamarul tiba-tiba cuba  merencatkan segala usaha mobilisasi yang sedang rancak digerakkan ke seluruh pelusuk tanahair untuk menyambut kepulangan wira ummah itu pada jam 8.30 pagi 31 Oktober di KLIA nanti ?

Adakah beliau sedang mengikut jejak langkah `pondan tua Bangladesh Zahid Mat Ariff` bekas Naib Ketua Pemuida keADILan yang telah terjun semula ke dalam `lubang taik` Umno ?

Tentu masih segar dalam ingatan para reformis dan marhaen bagaimana cucu saudara  Ghafar Baba itu membatalkan program `Perhimpunan Black 14 2003` di saat-saat akhir dimana sebelumnya `malaun` itu sendiri berdegar-degar bersumpah akan menjayakannya walaupun terpaksa menanggung risiko.

Alasan `pondan tua Zahid Mat Ariff` membatalkan perhimpunan berkenaan kerana takut keADILan akan dilabel oleh Umno parti jakun/ortodoks sebagai penjana keganasan.

Akhirnya terbukti bahawa Zahid bukan ingin menyelamatkan keADILan daripada keganasan seperti dibicarakannya tetapi langkah tersebut merupakan `isyarat awal`yang dihantar kepada Umno betapa dia telah bersedia untuk terjun semula ke lubang taik itu.

Mungkinkah Dato Kamarul terkenal dengan kebudimanannya itu sedang melakukan congak yang sama dengan budak lapar duit Zahid Mat Ariff ?

Minta simpang malaikat 44 dan jauhkan sejauh langit dengan bumi jika Kamarul masih lagi mahu berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran,sebaliknya jika dia sudah jemu dan wang pula kian menipis terpulanglah ! asalkan jangan dibabitkan orang lain.

Mike Tyson arahkan Kamarul batalkan program ?

Hairan ya ! tiba-tiba saja Dato Kamarul seolah-olah mahu menghalang rakyat daripada menyambut kepulangan wira yang paling mereka kasih dan sanjungi itu,sedangkan sebelum ini kelihatan beliau begitu bersemangat untuk menjayakan program tersebut. Ada udang di sebalik mee ke ?

Kalangan kekawan reformasi ada menyebut bahawa perubahan sikap Kamarul itu berlaku sebaik-baik sahaja Muhammad bin Mohd Taib ( Mike Tyson) dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno .

Mungkinkah Imam Hadhari yang sedang kebingungan menghadapi masalah dalaman parti dan negara menghantar Mike Tyson untuk memujuk Kamarul supaya program `sambutan kepulangan` itu dibatalkan ( digagalkan ) agar `penonjolan` Anwar dapat digerhanakan.

Sayogia diingat Kamarul merupakan orang kanan Mike Tyson ketika era pra-reformasi. Menurut kalangan tertentu di dalam keADILan pula,Kamarul adalah proksi Mike Tyson di dalam parti pimpinan isteri Anwar itu. Apakah benar dakwaan tersebut ?

Apakah tindakan Kamarul cuba menghalang rakyat menyambut kepulangan wira mereka itu,menghampirkan lagi kepada jawapan `misteri` yang selama ini hanya diketahui oleh sebilangan orang sahaja ?

Akhirnya,buat sdr/sdri para reformis,marhaen dan para pendokong BA persetankan sahaja statemen Kamarul itu,kalau dia takut atau pura-pura takut atau mahu bersubahat dengan Umno sekalipun itu urusan dia !

Yang penting kita gerakkan segala-galanya untuk berhimpun mulai jam 8.30 pagi di KLIA 31 Oktober dengan satu hasrat,seia dan sekata : Menyambut Kepulangan Sang Rajawali Anwar Ibrahim Penyelamat Rakyat. Anwar For Malaysia.

Inderaloka - 30.10.2004 (Disiarkan tanpa semakan/suntingan)

 
APA NAK JADI NI?
10.30.04 (9:21 am)   [edit]

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Saya agak lama tidak menulis dalam Laman ini, artikel terakhir saya disiarkan pada 16.10.2004 bertajuk ‘Polemik Hassan Shukri’. Ketiadaan bahan-bahan penulisan saya itu bukan bererti saya telah berhenti dari memberi sumbangan menyedarkan masyarakat tentang hal-hal semasa khususnya berkaitan perkembangan politik semasa menerusi penulisan, saya sedang dan akan sama-sama memberi sumbangan dalam bentuk itu untuk kepentingan agama, bangsa dan Negara kita yang tercinta ini. Walaupun begitu, saya terus mengikuti perkembangan politik semasa melalui website-website yang pro kepada pembangkang dan sebaliknya.


Kita semua tahu bahawa DS Anwar Ibrahim akan kembali ke Tanah Air  dari Jeddah, Mekah pada 31.10.2004, iaitu pada hari Ahad ini. Apa yang malangnya, kita telah disumbatkan dengan berita-berita yang kurang enak didengar dan tidak patut pun perkara seumpama itu timbulkan dalam suasana kita hendak bersatu dan memperjuangkan apa yang telah diistilahkan sebagai ‘ Politik Baru Berwajah Baru’

di bawah kepimpinan bersama di antara Anwar Ibrahim dengan DS Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] dan juga bersama-sama dengan DAP berserta dengan pelbagai NGO yang terdapat di dalam Negara ini untuk mengubah ‘landskap’ politik’ yang didominasikan oleh UMNO yang bergelumang dengan perbuatan rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi bukan untuk agama, bangsa dan Negara ini. Perjuangan UMNO lebih menjurus kepada perjuangan untuk mengisi ‘tembolok’ diri sendiri dan dikesampingkan kepentingan ramai.

Saya terasa amat mendukacitakan apabila timbul krisis keyakinan untuk menyambut kepulangan Anwar dari luar Negara. Isu ini paling kecil, tetapi dalam parti Keadilan telah menimbulkan ‘keributan’ yang tidak sepatutnya diperbincangkan. Umpamanya Angkatan Pemuda PKR Perak [Laman Marhaen 27.10.2004] membuat tuduhan terhadap Ezam Mohd. Noor dan Azmin Ali yang mengandaikan ada pihak-pihak tertentu dalam Umno terutama dari puak Najib Razak yang dipengaruhi oleh Mahathir Mohamad  mempergunakan mereka berdua berusaha untuk mempengaruhi  Anwar  untuk kembali ke pangkuan Umno. Isu ini telah menambah kekeliruan di kalangan ahli-ahli di akar umbi yang tidak tahu kedudukan perkara yang  sebenar.

Soal untuk menyambut kepulangan Anwar pada hari Ahad ini juga bercelaru. Tidak konsisten. Ada berita yang mengatakan bahawa Anwar sendiri menyeru penyokong-penyokongnya tidak datang beramai-ramai ke KLIA untuk menyambut kepulangannya bagi mengelak kesesakan setelah permohonan Jawatankuasa Sambutan untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil ditolak oleh kerajaan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Dato’ Kamarul Bahrin Abbas Pengerusi Jawatankuasa Sambutan [Malaysiakini.com, 26.10.2004] dan sambutan rasmi hanya akan diadakan di kediaman Anwar selepas majlis berbuka puasa dan selepas sembahyang sunnat Tarawih dan Witir. Penyokong-penyokong Keadilan dikelirukan lagi oleh Warga Baru dengan menimbulkan siapa pemimpin yang berpengaruh dalam Keadilan [Laman Marhaen, 27.10.2004].

Lebih hebat dari itu, Inderaloka dalam tulisannya dalam Tranungkite.net, 26.10.2004 menyebut ada komplot di kalangkan orang-orang tertentu dalam Keadilan untuk berebut jawatan dalam parti yang akan bersidang pada bulan Disember ini. Syed Hussien Ali akan dicalonkan sebagai Presiden parti bagi menggantikan DS Wan Azizah Ismail yang mempunyai agenda lain. Apa erti kepada kita semua ini. Suasana ini menggambarkan kepada kita bahawa tiada ada perpaduan dalam parti Keadilan. Keadaan ini amat menggembirakan musuh-musuh kita, iaitu UMNO. Mereka dengan mudah dapat memasukkan jarum untuk memusnahkan kesepaduan yang wujud dalam Keadilan. Mereka akan menjalankan peranan adu-domba bagi memecahkan perpaduan ini agar setiap ahli dan pemimpin-pemimpinnya senantiasa berada dalam keadaan curiga-mencurigai di antara satu sama lain dan senang bagi mereka untuk menjalankan dasar ‘pecah dan perintah ‘ yang akhirnya membawa Keadilan berada dalam keadaan lemah dan UMNO dengan senang dapat menguasai keadaan.

Sepatutnya tiada ada polemik untuk urusan menyambut kepulangan Anwar. Senang dan paling sample. Arahkan semua ahli, penyokong dan pemimpin- pemimpin parti dari seluruh Negara berkumpul di KLIA untuk menyambut kepulangan Anwar. Kita patut memberi pujian dan terima kasih terhadap Presiden PAS yang telah pun mengeluarkan arahan kepada semua ahli, penyokong dan pemimpin-pemimpin PAS dari semua peringkat turun padang ke KLIA menyambut kepulangan Anwar, tetapi dalam Keadilan terdapat dua kumpulan. Satu kumpulan mahu diadakan sambutan untuk Anwar dan satu kumpulan lain tidak mahu diadakan dengan alasan-alasannya tersendiri dan tidak ada ‘pendirian bersama’ dalam soal ini. Ini baru perkara kecil, bagaimana perkara-perkara yang lebih besar seperti pembentukan dasar dan memperkukuhkan agenda perjuangan menegakkan Keadilan dan memulihkan kembali sistem pentadbiran Negara yang rosak.


Kita patut sedar dengan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran ini, kita akan dapat menunjukkan  semangat perpaduan dan kekuatan yang ada dalam KeADILan, di samping kita dapat menghantar mesej kepada kerajaan bahawa kita bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan Reformasi.
Kita wajib sedar bahawa Negara ini bukan sebuah Negara demokrasi, ia sebuah Negara yang diperintah secara ‘diktator’. Semua kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat disekat dan dikongkong serta ditutup. Tiada ruang untuk kita bergerak bebas. Oleh itu, segala pendekatan yang kita akan ambil mesti mengambil kira suasana pemerintahan ala diktator ini. Bagaimana kita akan bertindak bergantung kepada kekuatan kita sendiri bagi menghadapi sebuah kerajaan diktator [ demokrasi seperti yang dilaung-laungkan selama ini, hanyalah sebagai sandiwara sahaja dan pemanis mulut ketika berbicara].


Sekarang bukan masanya untuk kita berpolimik. Kita mesti berusaha membentuk satu perpaduan yang kental yang terdiri dari pelbagai kaum, agama, pelbagai parti politik dan NGO bagi mewujudkan satu kekuatan baru bagi menentang UMNO. Percayalah selagi kita tidak dapat membentuk satu kekuatan baru dengan dokongan semua pihak, pasti kita akan mengalami kekecewaan. Kita wajib berani menghadapi risiko. Adalah amat mustahil dalam Negara yang diperintah oleh diktator ini akan memberi kerjasama kepada kita bagi menjalankan program dan aktiviti terutamanya program-program yang melibatkan berhubung terus dengan rakyat, mereka akan tetapkan mempergunakan semua institusi yang ada dalam Negara ini untuk mengekalkan kuasa yang ada pada mereka pada hari ini. Pasukan polis yang terkenal sebagai benteng pertahanan UMNO akan dipergunakan sekali untuk menghalang perhimpunan tersebut. Kalau UMNO membiarkan perkara ini berlangsung dengan sempurna, ia amat memeranjatkan kita semua.

Agenda utama kita sekarang ialah membentuk satu kekuatan baru secara demokrasi bagi menentang UMNO. Marilah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama,, bangsa dan parti-parti politik, turunlah beramai-ramai ke KLIA pada hari Ahad ini untuk menyambut kepulangan Anwar. Usah takut dengan pelbagai ugutan dan kecaman. Marilah kita tunjukkan kekuatan yang ada pada kita.

Sekian, terima kasih. Bertemu lagi InsyaAllah. Wassalam.

Oleh: Meli - 30.10.2004 

 
SERUAN JIHAD KEPADA ASTORA JABAT TELAH TIBA, APAKAH BELIAU AKAN TERUS MAJU KE MEDAN JIHADATAU TERUS
10.30.04 (9:20 am)   [edit]

Sedih, pilu dan kerinduan Pak Ngah kepada semua pejuang yang telah suhada di tangan pemerintah yang zalim di Selatan Thailand. Semoga Allah meletakkan mereka setanding dengan para syuhada yang terdahulu.


Pak Ngah perlihatkan seruan dari kalangan pimpinan di Selatan Thailand kepada orang melayu patani di luar negara untuk kembali berjuang bersama menegakkan Islam ditempatnya di Selatan Thailand terus mengingatkan Pak Ngah kepada Astora Jabat. Inilah masa nya untuk beliau membuktikan kata kata nya, tulisan nya, ilmu nya, amalan nya yang tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Islam. Apatah lagi seruan tersebut datang dari tanah tumpah lahir nya sendiri. Lihat seruan mereka kepada Astora Jabat dan yang lain nya:


Yang jelas kini, walau apapun jalan yang kita pilih, semaada jalan damai atau jalan kekerasan natijahnya sama, bagi Thaksin dan orang-orangnya tak kenal dan tak tahu adab atau norma-norma kemaknusian. Siam dan Thaksin tahu hanya satu jalan saja untuk menakut dan mengajar Umat Melayu Patani ialah dengan guna mucung senapang. Siam amat ghairah dan amat suka membunuh Umat Melayu Patani dan memberi layanan lebih keji dari anjing-anjing kurap.


Dengan itu. Ayuh anak bangsa Melayu Semua, kita bersama bangkit berjihad dan berjuang. Kita bersama bangkit angkat panji-panji Allah menentang habis-habisan penjajah Siam yang durjana.

Jangan sama sekali kita berduka diatas kehilangan anak-anak muda kita. Mereka itu adalah syuhada dan bunga-bunga bangsa kita.
Astora perlu menyahut cabaran ini, kalau beliau menikus, takut, menyorok, bersembunyi dan beralasan apa jua sudah,tidak boleh diterima lagi kerana yang membuat seruan dari tanah tumpah darah nya sendiri, tempat lahir nya. Seluruh kaum keluarga nya ada disana.


Inilah masa yang ditunggu tunggu untuk melihat apakah yang akan dilakukan oleh saorang yang banyak berbicara berbagai hal dalam surat khabar Utama. Rakyat Malaysia tidak bagitu memerlukan Astora Jabat berbanding keperluan dari rakyat di tanah tumpah darah nya. Ini lah ujian yang paling besar telah Allah berikan kepada Astora Jabat. Nak jaga perut atau nak jaga Islam, sama samalah kita melihat apa kah reaksi Astora Jabat. Dari Pak Ngah, pergilah demi untuk Islam dan.. Sanak saudara mu menantikan kepulangan mu…. Semoga beroleh kejayaan kepada Saudara Astora Jabat.


..….. Pak Ngah - 30.10.2004

 
PERBANDINGAN ANTARA TAK BAI & MEMALI
10.30.04 (9:17 am)   [edit]

Sebagai seorang Islam, watashi mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan di Tak Bai. Namun, di samping kita lihat kes di luar sempadan sana, dalam masa yang sama elok kalau kita lihat di dalam sempadan kita juga. Untuk itu, berikut ialah perbandingan yang dapat watashi tulis untuk tatapan kita bersama:














































TAK BAI (THAILAND) MEMALI (BALING KEDAH, MALAYSIA)
Askar tembak penunjuk perasaanPolis tembak orang tak tunjuk perasaan
Penunjuk perasaan berarak di luar rumahPenduduk berada di dalam rumah
Askar guna senapangPolis guna senapang
Askar guna kereta perisaiPolis guna kereta perisai
Sebab : 6 guru agama di tahanSebab : Ustaz Ibrahim Libya di kata mengancam negara
Ramai mati kena tembak oleh askarRamai mati kena tembak oleh polis
Askar kata penunjuk perasaan bawa senjataPolis kata penunjuk perasaan bawa senjata
Thaksin Shinawatra : Pemimpinnya bukan IslamMahathir : Pemimpinnya Islam
Thaksin Shinawatra : Pemimpin meminta maaf atas kejadianMahathir : Usahkan minta maaf, terus dipertahankan
Sebelum kejadian : Di bawah Undang-undang tenteraSebelum kejadian : Bukan bawah undang-undang tentera – undang-undang Mahathir
Beri selatan Thai autonomi - Dr. Mahathir cadang Thailand berunding dengan penduduk Islam (Tajuk Utusan Malaysia – 29/12/2004 Apa Mahathir kata????????????????
Baru berlaku – Mahathir dah pencenLama sudah berlalu – Mahathir berkuasa
Serang waktu siangSerangan subuh ke siang

 

Walaupun marah dan sedih, tapi watashi tidak hairan dan pelik kerana peristiwa di TakBai adalah Kufar – Islam atau umpama Israel (Yahudi) – Palestin(Islam), yang watashi lagi sedih ialah sikap UMNO(baru – Islam Hadhari) terhadap PAS/KeADILan – Memali dan fitnah DSAI .

Muramatsu
Japan - 30.10.2004

 
MACAM TULISAN HEBAT DI LAMAN UMNO ONLINE: NASIHAT DAN TUNJUK AJAR KEPADA PEMUDA PAS
10.29.04 (9:42 pm)   [edit]

Inilah cerita “PELIK TETAPI BENAR UMNO” yang sebenarnya. Seperti Ketam ingin mengajar anaknya belajar betul, atau seperti juga Kaduk naik Junjung. Atau juga Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong. Dalam bahasa mudah senang sahaja TAK SEDAR DIRI.


Benarlah pepatah orang tua mengatakan 'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Apabila Pemuda PAS memulakan tindakan membuat laporan kepada Pihak berwajib seperti mana termaktub di dalam peruntukan sistem perundangan sedia guna Kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional ketika ini, UMNO yang selalunya mendabik dada sebagai tunjang pemerintahan BN menjadi amat rimas, keluh kesah, gelabah, berpeluh tak tentu fasal akibat kejadian rasuah dan salah laku yang dilaporkan kepada BPR seperti mana lazimnya.

Apakah kegelisahan dan kegawatan ini memperlihatkan sikap sipelaku yang ketakutan apabila laporan dibuat? Atau jika nak ditakutkan, apa yang hendak ditakutkan kuasa berada di tangan mereka, jika perlu tidak ada sebarang penyiasatan atau jika dilakukan pun, keputusan adalah seperti berikut: “Siasatan telah dijalankan dan mendapati tiada bukti yang jelas berlakunya rasuah dan kes ditutup.” Kenapa mereka masih gugup!!!!!!! Kerana mereka juga orang Islam, kerana itu mereka tetap percaya pembalasan hari akhirat dan pembalasan yang bakal diterima di dunia ini.

Beginilah bentuknya artikel Utama di muka Utama Laman mereka;
 



Dewan Pemuda Pas Perlu mengubah Arah Perjuangan Jika Tidak Mahu Digelar `Pemuda Yang Hanya Pandai Buat Laporan’
Oleh: Zulkifli Ibrahim


JIKA wakil rakyat Pas satu ketika dahulu digelar wakil rakyat `melawat orang mati dan wakil rakyat makan kenduri’ tetapi hari ini mereka telah berjaya melahirkan pemimpin pelapis yang kerjanya buat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis.

Di awal tahun 90 an, wakil rakyat Pas cukup dikenali kerana keprihatinan mereka dalam soal-soal kematian dan kenduri kahwin dan tidak keterlaluan kalau dikatakan salah satu sebab Pas dapat bertahan di Kelantan sehingga hari ini kerana dua faktor di atas.

Tetapi sebagai wakil rakyat, melawat orang mati dan menghadiri kenduri perkahwinan sahaja tidak mencukupi kerana tanggungjawab yang lebih besar wakil rakyat ialah memastikan pembangunan dilaksanakan di kawasan yang diwakili supaya kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Biar pun rajin `menunjuk muka’ dalam kerja-kerja khairat kematian tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin sehingga rakyat yang diwakili hidup dalam kemiskinan dan kemunduran sangat ditegah oleh Islam.

Islam berkehendakkan pemimpin yang bukan sahaja menjaga hal-hal khairat kematian dan kenduri kahwin, malah pemimpin terbabit perlu memerah minda memikirkan bagaimana untuk memastikan rakyat di kawasan yang diwakilinya hidup selesa dengan kemudahan asas tersedia.

Namun malang, nasib rakyat yang diwakili oleh parti pembangkang bukan sahaja tidak terbela malah mereka terpaksa merantau ke negeri orang untuk mencari pekerjaan kerana pemerintah gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ramai rakyat Kelantan berhijrah ke ibu kota dan ke negeri-negeri yang lain untuk mencari peluang pekerjaan kerana pemerintahan Pas di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal menyediakan peluang pekerjaan.

Lebih malang lagi, kepimpinan Nik Aziz juga gagal membawa pembangunan sehingga ada beberapa tempat di negeri itu masih menggunakan pelita minyak tanah dan air perigi kerana pemerintah gagal menyediakan kemudahan asas sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Dunia sudah berubah tetapi malangnya Pas belum juga berubah. Pemimpin pelapis iaitu Dewan Pemuda yang diharapkan membawa agenda perjuangan yang lebih besar kepada rakyat banyak menghabiskan masa dengan mencari kesalahan BN dan UMNO serta tidak ada bezanya sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu.

Ramai mengharapkan Dewan Pemuda Pas di bawah pimpinan Salahuddin Ayob akan membawa perjuangan pemuda yang lebih jelas dengan menjadikan agenda membela rakyat sebagai agenda utama dan bukannya banyak menghabiskan masa membuat laporan BPR dan pihak Polis.

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, Dewan Pemuda Pas telah membuat laporan BPR kononnya berlaku politik wang dalam UMNO dan membuat laporan Polis di seluruh negara berhubung dengan isu kegagalan pelbagai projek di bawah Kementerian Kerja Raya.

Dewan Pemuda Pas juga telah menganjurkan konsert rock yang melibatkan sebuah kumpulan yang pernah digam oleh RTM kerana kesalahan dadah dan menjadi kumpulan ini sebagai `roll modul’ kepada kanak-kanak dan belia yang menyaksikan konsert tersebut.

Dewan Pemuda Pas sepatutnya membuat program turun ke padang berjumpa dengan rakyat di kampung-kampung sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan meninjau masalah penduduk miskin serta berusaha menyelesaikannya.

Ramai pihak berpendapat itu yang sepatutnya dilakukan oleh Dewan Pemuda Pas dan bukannya menghabiskan masa di balai Polis dan menganjurkan konsert rock kerana ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Berlainan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama parti dan negara.

Rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dipastikan mendapat kemudahan asas yang sempurna dan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi kemiskinan luar bandar menjadi agenda utama beliau.

Ada pihak berpendapat Dewan Pemuda Pas tidak perlu malu, mereka patut mencontohi program yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang melancarkan jihad membasmi kemiskinan dan turun ke kampung-kampung untuk berjumpa rakyat mengenal pasti masalah dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

Belum terlambat lagi Dewan Pemuda Pas mengubah arah perjuangannya sebelum mereka digelar `Pemuda yang hanya pandai buat laporan’.


Begitulah pandangan dan penulisan yang dibuat bukannya berdasarkan fakta dan kajian sebaliknya hanya andaian mengikut emosi sendiri. Kalau tahun 60-an dulu mungkin rakyat Melayu menerima berita ini, tetapi kini amat menggelikan hati membaca artikel seperti di atas. Walau bagaimana ketawa dan terbahaknya tuan puan membacanya, bagi ahli UMNO, ianya amat relevan dan kemas kini. Kenapa mereka berpendapat demikian adalah disebabkan pemikiran dan minda mereka terbelenggu sekitar 1960-an sahaja dan minda mereka tidak lagi membangun sebaliknya melihat kepada kebendaan dan bertongkat sahaja.


UMNO Kuno membelenggu minda di dalam kepompong 60-an dan mereka terus menulis seperti di atas untuk beberapa tahun akan datang ini sehingga terbentuknya Malaysia Baru bersama DSAI dan akan lupuslah UMNO selamanya. Sejarah kehadiran UMNO akan tetap terpahat dan akan menjadi kajian para ilmuwan saat-saat kehancuran dan pelupusannya mereka. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan dapat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana UMNO melupus dan terbentuknya Malaysia Baru.

..….. Pak Ngah - 29.10.2004

 
Awas! Ezam dan Azmin Tali Barut Umno
10.28.04 (2:47 pm)   [edit]

Sepak terajang politik di Malaysia semakin hari semakin menarik apabila kami yang terdiri daripada pencinta keadilan dan kebenaran dapat mengesan politiking murahan yang dirancang oleh budak-budak politik yang baru setahun jagung dalam politik. Ini termasuklah perancangan dari dalam parti Keadilan Rakyat sendiri apabila budak-budak suruhan saudara Anwar yang terdiri daripada Ezam Mohd Noor dan Azmin Ali cuba berlagak hero.


Umno khususnya amat bimbang dan gusar tentang pengaruh besar dalam negara dan dunia yang dimiliki oleh saudara Anwar. Maka pihak-pihak tertentu dalam Umno terutama dari puak Najib Razak yang dipengaruhi oleh Mahathir Mohamad telah memperbodohkan dua orang budak ini supaya berusaha untuk mempengaruhi saudara Anwar yang amat matang berpolitik untuk kembali ke pangkuan Umno.

Pertemuan yang berlangsung di antara Ezam dengan ejen-ejen Umno telah berlaku sebanyak dua kali. Pertemuan dan perundingan yang berlaku dengan diketuai oleh Ezam sendiri, dengan satu tujuan untuk kembali semula kepada Umno itu sungguh jelas dan tidak ternafi lagi. Gambar Ezam di sebelah Aziz Shamsudin menggambarkan betapa dalamnya hasrat Ezam untuk kembali semula kepada Umno.

Ezam dan Azmin masing-masing telah dijanjikan berjuta-juta ringgit dan tempat penting dalam kerajaan sekiranya mereka berdua berjaya mempengaruhi saudara Anwar! Oleh yang demikian, mereka berdua amat rapat dengan saudara Anwar sekarang dengan mengusung beg saudara Anwar ke sana ke mari dengan satu tujuan supaya pihak-pihak lain tidak dapat merapati dan mempengaruhi saudara Anwar.

Umno merasakan riwayat politik saudara Anwar hanya dapat ditamatkan apabila saudara Anwar kembali ke pangkuan Umno ibarat ‘bagi orang Keadilan, dari Umno mereka datang dan kepada Umno mereka kembali’. Sekiranya saudara Anwar terus dibiarkan di luar Umno, maka juak-juak Najib terutama sekali godfather mereka Mahathir Mohamad tidak dapat tidur lena dengan nyenyak akibat pelbagai mimpi ngeri yang melanda diri mereka.

Hypothesis kemusnahan politik saudara Anwar amat mudah pada tanggapan dan pegangan mereka. Apabila saudara Anwar kembali kepada Umno dengan terpengaruh kepada tawaran jawatan penting dalam hierarki Umno serta kerajaan, maka saudara Anwar akan terperangkap sama seperti Tengku Razaleigh suatu masa dahulu sehingga membubarkan Semangat 46. Akhirnya nasib mereka berdua sama apabila hanya menjadi gurka Umno.

Kami amat bimbang kerana mereka berdua telah menang pada pusingan pertama apabila saudara Anwar sentiasa mengulangi bahawa beliau cuba lari dari membicarakan politik kepartian kerana kami takrifkan beliau cuba untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana politik pembangkang.

Ezam sendiri telah terlepas cakap dalam satu taklimat bahawa saudara Anwar hanya sekadar akan mengucapkan terima kasih dan penghargaannya atas sokongan yang diberikan rakyat kepadanya selama ini dalam siri-siri jelajah seluruh Malaysia selepas 31 Oktober ini tanpa berani berbicara dengan jelas dan terang tentang agenda perubahan negara.

Terdapat percubaan untuk mensabotaj konvoi menyambut kepulangan saudara Anwar yang digerakkan oleh Ezam dan Azmin. Sebagai contoh, menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat, Ezam telah berjanji untuk menanggung perbelanjaan sewa bas rombongan ke KLIA. Dia dengan bangganya menyuruh para pemuda negeri yang tiada sebarang agenda peribadi yang hanya ikhlas berjuang untuk mendaulatkan keadilan di Malaysia balik mencari seramai mungkin peserta konvoi.

Akhirnya, rata-rata pemuda negeri ini kecewa apabila Ezam menjawab dengan mudah bahawa peruntukan sewa bas tidak dapat disediakan sedangkan dalam masa yang sama para pemuda negeri ini telah bertungkus lumus mengumpulkan sehingga beratus-ratus jumlah peserta konvoi. Apabila peserta ini diberitahu program untuk membawa mereka ke KLIA terpaksa dibatalkan kerana Ezam memungkiri janjinya peserta-peserta ini memaki hamun kerana merasa diri mereka telah tertipu. Siapa yang menanggung malu? Jawapannya biar siapa pun pemainnya, imej Keadilan telah pun tercemar akibat sabotaj dari Ezam ini.

Sama ada Ezam dan Azmin berjaya atau tidak untuk mensabotaj saudara Anwar supaya kembali kepada Umno, kami amat berharap para pejuang keadilan dan kebenaran agar dapat lebih berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga dengan Ezam dan Azmin ini. Tali barut dalam parti adalah musuh dalam selimut yang lebih berbahaya daripada musuh yang nyata seperti Barisan Nasional dan Israel.

Angkatan Muda Keadilan Perak - 27.10.2004


tok:minta maklum balas segera daripada pihak yang terlibat

 
Aktivis reformasi seru orang ramai sambut Anwar di KLIA
10.28.04 (2:46 pm)   [edit]

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Hrkh) - Kepulangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap akan disambut secara besar-besaran, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penyokong-penyokong mantan Timbalan Perdana Menteri itu.


Anwar kini berada di Jeddah dan akan pulang ke tanahair pada 31 Oktober ini dan pesawat Saudi Airlines yang beliau naiki dijangka mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi.  (Maklumat terkini:  Pesawat Saudi Airlines flight: SV818 yang beliau naiki dijangka mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8:40 pagi (bukan 10:00 pagi) dari Jedah)

Acara sambutan yang pada mulanya dijadual akan diadakan di Stadium Bukit Jalil terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran pihak kerajaan.

Gerakan Anwar Bebas (GAB), sebuah pertubuhan yang diwakili penyokong Anwar dan aktivis reformasi berkata mereka akan meneruskan perhimpunan menyambut kepulangan Anwar di KLIA.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas kenyataan akhbar oleh pengerusi jawatan sambutan, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas yang menyatakan Anwar tidak mahu orang ramai menyambut beliau di KLIA.

Menurut Jurucakap GAB, Tian Chua, kehadiran orang ramai adalah bermakna kerana ini adalah satu event penting bagi rakyat Malaysia.

"Setelah lebih enam tahun terpenjara dan lebih tiga tahun menderita sakit tulang belakang, kini Anwar akan pulang sebagai seorang yang bebas dan sihat serta bersedia memimpin kearah perlaksanaan agenda reformasi seperti yang beliau sebutkan," kata Tian.

"Oleh itu, GAB menyeru orang ramai dari segala lapisan masyarakat dan kefahaman politik untuk hadir beramai-ramai di KLIA pada waktu dan tarikh tersebut untuk memberi sambutan hangat kepada Anwar.

Pertubuhan itu juga kata beliau akan menjalankan memobilisasi sendiri bagi membantu memastikan kehadiran orang ramai pada hari tersebut.

Sebelum ini Harakahdaily memetik sumber pemimpin parti KeADILan yang menyatakan parti itu juga akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Presiden PAS juga telah memberi arahan agar pemimpin dan ahlinya menyambut kepulangan Anwar. -ER

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10343&" title="http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10343&" target="_blank"http://www.harakahdaily.net/a...;mode=thread&order=0

 - 28.10.2004

 
Perhimpunan KLIA akan diteruskan seperti biasa-KeADILan
10.28.04 (2:45 pm)   [edit]

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Hrkh)- Parti KeADILan Rakyat akan meneruskan perhimpunan menyambut kepulangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seperti yang dirancang, kata seorang pemimpin kanan parti itu.


Anwar akan pulang ke tanahair dengan pesawat Saudi Airlines pada jam 31 Oktober ini dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi.

Pemimpin tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan mengulas laporan akhbar harian dan akhbar versi internet hari ini yang memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa sambutan, Dato' Kamarul Baharin Abas yang menyatakan bahawa Anwar tidak mahu orang ramai datang ke KLIA pada hari tersebut.

 Menurut beliau, sepanjang pengetahuannya, tidak ada sebarang arahan seperti itu daripada Anwar dan oleh itu parti KeADILan mengambil pendirian akan meneruskan perhimpunan tersebut seperti yang telah diputuskan oleh mesyuarat biro politik yang diadakan Sabtu lepas.

"Dalam mesyuarat tersebut, arahan telah dibuat kepada setiap bahagian KeADILan di seluruh negara agar menghantar wakil untuk menyambut kepulangan Anwar di KLIA dan arahan ini kekal," kata beliau.

 Beliau juga berkata biro politik parti itu akan sekali lagi mengadakan mesyuarat petang ini di Shah Alam dan dijangka akan memperkemaskan pendirian serta memperjelaskan isu tersebut.

Ketibaan Anwar di KLIA dijangka akan diberi sambutan hangat.

Presiden PAS, Dato' Seri Hj Hadi Awang juga telah mengeluarkan arahan agar semua pemimpin dan ahli parti itu turut menyambut Anwar. Majlis sambutan juga akan diadakan di rumah mantan Timbalan Perdana Menteri itu di Bukit Damansara dan majlis berbuka puasa bersama beliau akan diadakan di masjid berhampiran. - ER/zs

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10337&" title="http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10337&" target="_blank"http://www.harakahdaily.net/a...;mode=thread&order=0

 
Biro Agama Umno: `Ustaz Najib` dilantik Timbalan Pengerusi
10.28.04 (2:44 pm)   [edit]

Mungkin niat untuk memberi peluang Najib bermuhasabah, mendorong Imam Hadhari melantik bekas boyfriend ZZ itu sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno Pusat di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kali pertama semalam 26 Oktober 2004 selepas Perhimpunan Agung September lalu.
 
Mesyuarat MT itu juga turut menyaksikan Muhammad Mohd.Taib diberi nafas baru apabila beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Megat Joned Megat Ayub `penjenayah` yang dikatakan terlibat merancang pembunuhan Mustakizah lebih sedekad lalu.
 
Pemuka lain yang dilantik sebagai MT atas `kuota lantikan Presiden` ialah Shahrir Abd Samad,Mustapha Muhammad dan Adnan Yaakub (calon-calon Naib Presiden yang tewas.)
 
Tidak ketinggalan `pembakar jambatan` Rais Yatim dan `perasuah permit teksi terbesar` Nazeri Aziz turut mendapat ehsan Imam Hadhari apabila tersenarai sebagai anggota penggubal dasar tertinggi parti ortodoks itu.
 
Sekilas pandang Imam Hadhari nampaknya mengambil peluang untuk melonggarkan sedikit kepungan Najib terhadap dirinya dengan melantik kebanyakan orang-orang kepercayaan beliau sebagai anggota MT kecuali Nazeri Aziz.
 
Ertinya Imam Hadhari tidaklah lagi mudah untuk digulingkan oleh bekas boyfriend ZZ melalui `undi tidak percaya MT `seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
 
Apa pun tiga orang lagi pemuka parti primitif berjawatan Menteri yang tewas di dalam pemilihan lalu kempunan untuk terus menganggotai MT apabila nama mereka tidak disenaraikan. Mereka adalah Dr Shafie Salleh Menteri Pendidikan Tinggi, Azmi Khalid Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Abd Kadir SF (pariyah Umno tersohor) Menteri Penerangan.
 
Menurut sunber yang boleh dipercayai peluang untuk ketiga-tiga orang menteri berkenaan meninggalkan Kabinet adalah cerah jika Imam Hadhari tidak mewarisi amalan demokrasi `versi Mahataik`. (Perihal Mahataik melantik tongong-tongong di luar MT atau mengekalkan penyandang MT yang tewas di dalam pemilihan parti sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan SU Parlimen sudah pun tercatat di dalam kitab sejarah negara dan parti primitif Umno).


Secara keseluruhannya tiada yang menarik tentang `kabinet baru Umno`itu kecuali Imam Hadhari melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Biro Agama, seolah-olah tidak ada calon lain yang layak. Jika demikian halnya,secara tak langsung membenarkan dakwaan rakan dan lawan bahawa para perwakilan pada PA Umno baru-baru ini jelas menolak golongan agamawan bahana rasuah politik yang bermaharajagila.
 
Perlantikan Najib sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno juga dikira memeranjatkan. Benarkah niat Imam Hadhari meletakkan Najib di situ sebagai dorongan agar timbalannya itu bermuhasabah untuk memperbaiki moralnya yang negatif?
 
Atau Imam Hadhari sengaja ingin `mengenakan` Najib atau memang beliau sudah bingung sebingung-bingungnya sehingga tidak dapat mengagak bahawa Umno akan ditertawakan orang semahu-mahunya kerana melantik seorang `malaun` sebagai orang kuat yang akan mengatur program keagamaan.
 
Tak perlu pergi jauh! cuba sdr/sdri bayangkan di dalam PA Umno tahun hadapan, seperti biasa persidangan akan dimulai dengan bacaan doa. Menurut amalan turun temurun parti primitif itu bacaan doa` tersebut akan dilafazkan oleh Pengerusi Biro Agama.
 
Memandangkan Pengerusi Biro Agama kini adalah Presiden sendiri adalah kurang tepat dan kurang wajar beliau terhegeh-hegeh membaca doa`, Timbalan Pengerusi dikira lebih sesuai ,soalnya lancarkah lisan suami Rosmah Mansor itu berdoa`?
 
Mulai sekarang Zahid Hamidi (bekas Ketua Pemuda yang hanya menunjukkan `kejantanannya selama enam hari` sebelum melutut di kaki Mahataik ketika reformasi meledak September 98 dulu) bolehlah membimbing Najib untuk berdoa dengan lafaz dan kifiyat yang betul, sepertimana seorang guru tadika mengajar doa` tertentu kepada kanak-kanak di pusat-pusat didikan pra-sekolah.
 
Kalau Zahid tidak membimbing Najib dari sekarang dikhuatiri nanti bukan sahaja bacaan doa Timbalan Pengerusi Biro Agama pada Perhimpuan Agung tahun hadapan akan ditertawakan oleh para perwakilan bahkan segala syaitan dan jin yang turut berada di PWTC akan sama terbahak-bahak!
 
Itu baru bab doa` belum lagi bab mengimami solat. Selaku Timbalan Pengerusi Biro secara automatik Najib adalah Imam 2 Umno, sewajarnya jika ketiadaan Imam Hadhari, Najib mengambil alih tugas imam.


Kalau solat Zohor dan Asar siapa pun boleh mengimaminya, bagaimana dengan solat Maghrib, Isya` dan Subuh? Sekali lagi `kealiman` Najib diragui!
 
Apa kata kalau di dalam program keagamaan yang diatur oleh biro itu kelak disamping melipatgandakan usaha memantapkan Islam Hadhari diselitkan juga acara sampingan, umpamanya ujian tilawah yang melibatkan ahli-ahli Umno dan para artis terkenal, pastikan Ziana Zain turut serta, tentu lebih bersemarak bukan?


Inderaloka - 27.10.2004

 
PELAJAR LAHIR ANAK: KENYATAAN PEMIMPIN ISLAM HADHARI DAN PANDANGAN ASTORA JABAT
10.27.04 (5:01 pm)   [edit]

Pencegahan merupakan langkah terbaik bagi menghalang kejadian anak luar nikah dari dilahirkan oleh umat yang mengaku dirinya Islam. Semua telah maklum betapa perlu memelihara keturunan kerana zina merosakkan keturunan. Kita lihat di negara Barat, anak-anak luar nikah berleluasa sehingga melahirkan satu generasi yang hilang keturunannya dan mengharungi kehidupan tak ubah seperti haiwan, bebas seks seolah-olah bukan kesalahan atau dosa lagi dan kini telah menular di kalangan remaja terutama di kalangan anak muda Malaysia di bandar-bandar.


Apabila ianya berlaku di Malaysia ianya merupakan satu malapetaka besar dan perlu ditangani secara mematuhi kehendak Islam, apatah lagi Malaysia telah diisytiharkan oleh Mantan Tun Dr M sebagai Negara Islam dan dimasyhurkan pula Islam Hadhari oleh PM DS Abdullah Ahmad Badawi. Nah sekarang buktikan yang Islam Hadhari itu mencakupi seluruhnya ruang lingkup kehidupan Manusia. Jangan cakap Islam Hadhari dalam hal pembangunan dan ekonomi sahaja.

Kita akan lihat kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pemimpin Islam Hadhari ini di dalam kes melahirkan anak luar nikah. Tidak menjadi kesalahan anggapan kita kerana mereka di kalangan pemimpin Islam Hadhari yang tentunya memang arif tentang apa yang mereka maksudkan Islam Hadhari. Inilah salah satu bentuk pandangan Islam Hadhari berhubung dengan kes anak luar nikah:


Pelajar lahir anak: Tangani dengan teliti
Oleh: MERAN ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Semua pihak diminta jangan terburu-buru dalam mengendalikan kes seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang didapati melahirkan anak di dalam bilik asramanya, Jumaat lepas.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mana-mana pihak tidak boleh menuding jari menyalahkan pelajar perempuan itu sahaja yang sudah tentu menghadapi tekanan yang berat selama mengandung dan melahirkan bayi tersebut.

``Perbuatannya (mengandung dan melahirkan anak di luar perkahwinan) memang suatu kesalahan dan dipandang serius.

``Pada masa yang sama nasihat saya, kita harus menangani perkara ini dengan teliti. Kita sedang berhadapan dengan individu yang memerlukan bimbingan, kaunseling dan perlindungan,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada tiga keluarga miskin di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar UUM yang melahirkan bayi di dalam bilik asramanya pada Jumaat lepas.

Pelajar itu kemudian meletakkan bayi tersebut di dalam sebuah kotak dan membiarkannya lebih lapan jam sementara dia keluar untuk mendapatkan rawatan.

Shahrizat sedih bagaimana pelajar tersebut boleh dibiarkan menghadapi trauma mengandung selama sembilan bulan dan melahirkan bayi secara sendirian.

Menurut beliau, pihak yang lain terutama `bapa' kepada bayi itu harus bertanggungjawab.

"Saya akan mengarahkan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelesaikan kes ini termasuk memberikan bimbingan dan kaunseling,'' ujarnya.


Mengenai bayi tersebut, jelas beliau, jika tiada sesiapa yang datang menuntut, bayi itu akan diletakkan di bawah tanggungjawab JKM.


Lihat cara penyelesaiannya;


“Saya akan mengarahkan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelesaikan kes ini termasuk memberikan bimbingan dan kaunseling,'' ujarnya. Adakah ini rupa bentuk penyelesaian oleh Islam Hadhari?


Lihat pula pada kenyataan ini;



“Perbuatannya (mengandung dan melahirkan anak di luar perkahwinan) memang suatu kesalahan dan dipandang serius. "Pada masa yang sama nasihat saya, kita harus menangani perkara ini dengan teliti. Kita sedang berhadapan dengan individu yang memerlukan bimbingan, kaunseling dan perlindungan,'' katanya


Mereka tahu ianya satu kesalahan besar tetapi tak perlu buat apa, sebab nya langsung tak menyebut jenis kesalahan apa (Hudud ke, Takzir ke atau Qisas contohnya) dan apa hukuman yang boleh dikenakan. Contoh nya bila mereka menyebut tentang kes yang mereka kategorikan menghasut akan disebutkan di bawah akta mana, seksyen mana dan boleh dikenakan denda atau penjara, tetapi di dalam kes yang amat berat melibatkan dunia dan akhirat ini lain pula jadinya.


Kita meninjau pula pandangan penulis agama yang disegani oleh UMNO dan Islam Hadhari iaitu Astora Jabat. Mula-mula kita Lihat dulu bagaimana beliau memperkenalkan ilmu pengajian nya dan seterusnya jawapan beliau berhubung dengan kes yang hampir sama:

Penulis melakukan perkara itu bukan kerana tidak cukup ulama atau tidak ada ulama di negara ini yang bercakap tentang Islam atau agama, tetapi kerana Islam atau agama adalah bidang penulis. Sejak dari kecil penulis belajar agama (pondok) sehingga ke universiti luar negara (Maghribi) pun belajar agama juga. Jadi apakah yang boleh dilakukan oleh penulis dalam penulisan jika tidak bercakap tentang agama atau Islam? -- Tak kan tak boleh sebut nama Universiti?

Dari penjelasan ini menunjukkan Astora Jabat hanya seorang penulis yang membicarakan tentang Islam dan bukan nya ulama’. Ini memberikan maksud beliau tidak layak memberikan pandangan sendiri di dalam apa jua bentuk, sebaliknya hanya boleh memperlihatkan pandangan ulama-ulama sahaja, tetapi apa yang telah dilakukan nya sila Lihat sendiri; Apa pandangan pembaca semua setelah membaca pandangan beliau di bawah terpulang kepada pembaca membuat penilaian sendiri. Bagi Pak Ngah biarlah belajar dan berguru dengan orang berilmu, kalau belajar tanpa guru bimbang bergurukan dengan syaitan.


Hamil dengan rakan (soalan dari pembaca akhbar Utama mereka)
Saudara Astora,
Saya mempunyai seorang kawan yang hamil kerana telah terlanjur dengan teman lelaki yang menuntut bersama di sebuah universiti. Dia bercadang untuk menggugurkan anak dalam kandungan, tetapi temannya ingin bertanggungjawab kerana dia kata dia telah baca dalam majalah Al Islam bahawa anak yang berada dalam kandungan selama enam bulan bermula dari hari akad nikah dianggap anak yang sah taraf.


Saya ingin bertanya apakah betul seperti kata teman lelaki kawan saya bahawa majalah Al Islam pernah menyiarkan fatwa tersebut? Malah saya juga ingin bertanya apakah fatwa seperti boleh diguna pakai di negara ini? - Lina

JAWAPAN ASTORA JABAT:
Penulis banyak menerima e-mel dan panggilan telefon daripada wanita yang telah terlanjur atau mereka yang mendakwa kawan wanita mereka telah terlanjur meminta nasihat macam mana dapat menyelesaikan masalah anak dalam kandungan. Ada yang ingin menggugurkan anak dalam kandungan seperti kawan saudari. Ada yang lelaki sanggup bertanggungjawab, tetapi keluarga wanita menolak. Malah ada juga yang lelaki tidak mahu bertanggungjawab.


Bagi kes kawan saudari dianggap nasib baik kerana lelaki sanggup bertanggungjawab. Cuma si gadis itu saja yang mahu membuat pengguguran atas sebab-sebab yang saudari tidak menceritakan.Pada pandangan penulis kita mesti optimis ke atas apa jua musibah yang menimpa ke atas kita kerana seperti kata orang Perancis: C'est pas la fin du monde. (dunia masih belum kiamat). (Tak jumpa ayat Quran ke?)
Selain itu mesti ada perkara tidak betul menyebabkan kita melakukan kesalahan itu. Dengan itu apa yang perlu dilakukan bukan terus berada dalam kesalahan atau membuat kesalahan yang besar, tetapi berusaha membaiki kesalahan berkenaan.


Dalam Islam pintu bertaubat sentiasa terbuka dan tidak masuk neraka orang yang melakukan kesalahan dan perkara yang berdosa kecuali dia tidak mempelajari daripada kesalahan dan tidak bertaubat daripada dosa.

Dalam kes kawan saudari tidak ada sebarang masalah. Ini kerana menurut fatwa yang dibenarkan guna pakai di Malaysia jika si wanita hamil berkahwin dengan kekasihnya ketika mengandung lebih dua bulan atau hampir tiga bulan anak yang lahir dianggap sah taraf.

Dalam erti kata lain anak mesti berada dalam kandungan si wanita enam bulan satu detik (lebih enam bulan) selepas dia diangkat nikah dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, menurut fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi dan beberapa ulama zaman silam seperti `Urwah bin az-Zubeir, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain mengharuskan anak menjadi anak kekasih wanita yang hamil itu walaupun berkahwin selepas tiga bulan mengandung.

Tetapi ini dianggap menyalahi fatwa rasmi Malaysia dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap melanggari fatwa rasmi berkenaan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kedua-dua fatwa ini pernah disiarkan dalam majalah Al Islam dan akhbar ini tahun lalu.


Begitulah 2 bentuk penyelesaian yang dapat dipetik dari seorang pemimpin dan seorang ilmuwan agama yang berpegang dengan Islam Hadhari. Buatlah pendirian sendiri dan bagi kita eloklah kita kembali kepada Al-Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan Islam kita dunia dan akhirat. Seperti mana sentuhan P. Ramlee dalam 3 Abdul, Kasih Sayang bukannya datang dari harta benda atau wang ringgit tetapi keikhlasan hati. Sama-samalah kita memelihara hati kita agar sentiasa bersih sesama jiran tetangga, masyarakat dan rakyat keseluruhannya. Buangkan sifat buruk dan tamak haloba dan kebendaan yang telah terbukti menghancurkan.


Lihat pada UMNO sekarang ini, mereka kian tidak relevan akibat mengikut hawa nafsu semata.. Tidak ada apa salahnya kita meninggalkan yang sudah tidak relevan dan bersama mengharungi Malaysia Baru.

..….. Pak Ngah - 25.10.2004

 
UMNO DILANDA SINDROM KHAIRI ANWAR DIMULIA DAN DISEGANI
10.27.04 (4:58 pm)   [edit]

Syukur Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana menjelang Ramadhan tahun ini Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah selamat menjalani pembedahannya di Munich, Jerman. Selepas itu, beliau dipercayai telah diterbangkan oleh sebuah pesawat khas menuju ke Arab Saudi. Siapakah pemilik sebenar pesawat itu jangan kita pedulikan. Menurut yang empunya cerita, jet tersebut dimiliki oleh seorang sahabat DSAI. Mungkin juga kerabat Diraja Arab Saudi.


Kata yang empunya cerita, setibanya di Jeddah, DSAI dan rombongan telah menerima sambutan permaidani merah. Kemudiannya beliau beredar ke Riyadh di mana beliau dipercayai mempunyai jadual yang agak sibuk. Dari berita CNN baru-baru ini, jelaslah bahawa salah satu daripada jadualnya adalah pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan.
 
Jadi, terbuktilah bahawa DSAI yang pernah difitnah, dianiaya dan disumbatkan ke dalam penjara dengan tuduhan yang amat melulu di negaranya sendiri, adalah seorang tokoh Islam yang masih dan terus dimuliakan dan disegani di negara asing, khususnya di dunia Islam. Sebab itulah yang empunya cerita menyatakan bahawa DSAI kini dipercayai menjadi tetamu beberapa kerabat Diraja Arab Saudi.


Sesudah itu, barulah beliau berpeluang menunaikan Umrah di Mekah dan berziarah ke Madinah. Mudah-mudahan sewaktu menziarahi Makam Rasullah atau sewaktu mendirikan solat di Taman Syurga atau Raudhah di Masjid Nabawi, di Madinah, DSAI akan beroleh petunjuk dari Allah SWT. Begitu juga sewaktu beliau sembahyang di bawah Talang Emas atau di Pintu Kaabah di Masjidil Haram.

Seterusnya, mudah-mudahanlah DSAI selamat kembali ke Malaysia pada penghujung bulan ini dengan satu tekad serta matlamat perjuangan yang diredhai Allah SWT. Moga-moga beliau akan kembali berjuang sebagai seorang Putera Islam yang berwibawa bukan sahaja di Malaysia, malahan di Nusantara dan di arena antarabangsa.

Seluruh sambutan dan aktiviti DSAI di Arab Saudi ini, bagaimanapun, dikatakan mula mencemaskan sesetengah pihak di Kuala Lumpur. Sebab itulah Wisma Putra dipercayai telah diarah oleh sesetengah pihak untuk menghantar nota bantahan kepada Arab Saudi kerana memberikan sambutan permaidani merah kepada DSAI.

Perkembangan seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Selaku Tuan Rumah, Arab Saudi berhak memberikan apa sahaja bentuk sambutan kepada tetamunya. Apa pasal mesti sesetengah pihak di KL naik gusar, jadi sesetengah sasau atau sentiasa ambil pusing mengenai DSAI dan bentuk sambutannya di Arab Saudi? Kalau pihak yang jealous ini hendakkan sambutan bentuk al-Hadhori sewaktu berada di Arab Saudi, mintalah pada Tuan Rumah. Kalau Tuan Rumah buat tak peduli, padanlah muka sendiri. Kalau Tuan Rumah fikir, sambutan yang layak hanya bentuk kabilah unta beduwi, terima aje lah. Itu sudah nasib badan.

Begitulah kisahnya DSAI mutakhir ini. Kata yang empunya cerita, ramai juga pemimpin Malaysia yang mengunjungi beliau sewaktu di Munich. Mereka terdiri dari semua kaum dan parti. Pemimpin UMNO pun tidak kurang jumlahnya. Katanya, ada ketua bahagian, ada ADUN, ada Menteri, dan ada Timbalan Menteri. Sesetengah mereka berani terbang terus ke Munich. Tetapi, ada juga yang masuk ke Munich secara curi-curi. Mereka terbang dari KL dan berhenti di lain-lain destinasi di Eropah. Lepas itu, barulah mereka menuju ke Munich ikut jalan darat. Macam-macam ada !!!!

Pendek kata, DSAI tidak sepi dari rakan, taulan, kawan dan sahabat sewaktu berada di Munich. Entah ya entah tidak, yang empunya cerita juga menyatakan bahawa seorang Menteri dari MCA pun turut menziarahi DSAI di Munich. Lebih lucu (atau memalukan?) lagi, yang empunya cerita juga berkata, kononnya ada seorang Timbalan Menteri dari UMNO, yang DSAI telah tolak kedatangannya ke Munich. Siapa dan mengapa? Yang ini kenalah tanya sendiri dengan DSAI kelak.

Oleh itu, sempena Ramadhan yang mulia ini, cuba-cubalah sama-sama kita imbas semula kisah penganiayaan dan fitnah terhadap DSAI sejak 1998 dulu. Lepas itu kita ikuti pula perkembangan DSAI sekarang ini. Akhirnya, kita tanyalah diri kita sendiri, tergamakkah kita mensia-siakan kepimpinan DSAI yang masih unggul dan berwibawa? Atau, relakah kita sama-sama berjuang dengan DSAI apabila tiba waktu dan ketikanya?

Secara peribadi, saya amat yakin DSAI akan kembali aktif ke dalam arus siasah negara. Begitu pun, DSAI tidak boleh kembali dengan begitu mudah dan secara seorang diri. Perjalanan beliau masih penuh ranjau dan berliku-liku. Beliau memerlukan sahabat yang ikhlas dan penyokong yang setia, di mana sahaja yang perlu, dari seluruh pelosok negara. Bersatu teguh, bercerai roboh, lurah sama dituruni, bukit sama didaki, biar putih tulang, jangan putih mata. Inilah prinsip perjuangan dan ikrar kesetiaan yang diperlukan oleh DSAI.

Begitu pun, saya juga tidak pasti kalau DSAI mahu kembali ke dalam UMNO yang sedang tenat digugat “sindrom khairi”- iaitu penyakit yang menggalakkan kepura-puraan, penipuan, cantas-mencantas, tindas-menindas, rasuah politik, peras ugut politik, dan juga fitnah.

Oleh itu, sewaktu Umno sedang dilanda “sindrom khairi” dan sewaktu DSAI terus dimuliakan dan disegani oleh banyak pihak, sama-samalah kita fikirkan, apakah wadah perjuangan yang paling sesuai dan relevan dengan senario Malaysia mutakhir ini? Selamat berjuang dan selamat maju jaya demi agama, bangsa dan negara!

HANG NADIM - 26.10.2004

 
Hi Hi Bye Bye : versi sammy vellu
10.26.04 (4:30 pm)   [edit]

Hi Hi Bye Bye
(Jawapan ku untuk semua)

Mula terasa resah bagai ada yang mendedah
Mungkin ku lewa atau kroniku dah berpaling tadah
Bila politik tak seperti dahulu kala
Definisi gembira bermakna bila ku tiada

Dulu senyum ku manis rambut palsu ku kau suka
Kini semua pahit tak seperti era Mahathir
Namun hakikatnya serik ku mendengar cemuhan
Letih dan bosan asyik kena komplen pasal jalan

( korus )


Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Bukankah aku ahli silap mata
Kau berikan duit, kau berikan dusta
Kini kau kata hi hi, nak ku katakan by by
Biar ku berdikari cari taktik sendiri
Jangan kau hampiri suruh ku berhenti

( verse 2 )

Mula ku kau kenali, gunung sanggup kudaki
Setelah duit kucuri, apa yang kau peduli?
Ingatkah siapa membuat jalanraya satu Malaysia
Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa

Berikan semula projek ketika bersamaku
Pulangkan semua kontrak hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila duit dan rasuah bagai tak dihargai

( ulang korus )

( rap )

Sesekali terlintas di fikiran
Suruh kau terima saja keadaan
Baik kau semua kecewa Biar aku habiskan Ringgit Malaysia
Pasti egoku tak hairan
Merasakan penangan
Tak mungkin lain yang mengganti
Ku petik jari ramai yang takuti

Hi, Hi, Hi, Yai, Yai, Ho Ho Ho Ho Ho Ho
Hi, By By

( ulang 2X )

Kini kau kata, Hi, Hi
Nak ku katakan, By, By

( ulang korus )

Tak termakan rayu takkan ku menyesal
Dengarkan kataku aku kan kekal. - ZS


dipetik dari http://disc.server.com/discussion.cgi?disc=29561" title="http://disc.server.com/discussion.cgi?disc=29561" target="_blank"http://disc.server.com/discus...;article=615515;title=FOR UM%20GERAK-REFORMASI

 
Antara ABIM dan Anwar Ibrahim
10.26.04 (4:14 pm)   [edit]

Anwar Ibrahim belum pun bersiap sedia untuk berangkat pulang, kemunculannya sudah mula menjadi isu hangat untuk dibincangkan oleh ABIM.


Semalam di Sekretariat ABIM di Chepor, Chemor Perak, telah diadakan satu perbincangan yang dihadiri oleh tiga orang panel anggota ABIM. Mereka adalah Dr. Ridzuan Osman (UM), Shaharuddin (UNIMAS) dan presiden ABIM Ahmad Azam.

Secara ringkas nampak sangat ABIM tidak berapa senang dengan kepulangan Anwar Ibrahim. Kerana itu anggota ABIM tidak dibenarkan membawa sepanduk yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota ABIM. Rupanya ABIM tidak terlibat dalam sebarang rencana penyambutan kepulangan Anwar Ibrahim

Nampak sangat ABIM sudah menukar haluannya daripada sebuah NGO yang berani mengkritik parti pemerintah kepada sebuah pertubuhan yang merupai sayap UMNO.

Kalau UMNO merupakan sebuah parti Melayu di mana terdapat sekurang-kurangnya 50% ahli yang masih menyokong Anwar, bagaimana mungkin ABIM yang pernah dinaungi oleh Anwar sebagai mantan presidennya dan menikmati kuasa kekayaan berlimpah ruah sumbangan Anwar boleh bertukar haluan. Apakah benar ABIM di bawah pimpinan Ahmad Azam sudah begitu taksub dengan kepimpinan seorang diktator tua yang sudah pun hilang taringnya.

Kenapakah ABIM pimpinan Ahmad Azam begitu taksub mengulangi kenyataan bahawa TKT Mahathir masih lagi memainkan peranan dalam pentadbiran negara ini?

Panglima Chepor - 25.10.2004

 
MIC SAMSENG, 3 ANGGOTA POLIS BERPIHAK
10.26.04 (4:13 pm)   [edit]

ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
 
25 OKTOBER 2004
 
MIC SAMSENG, 3 ANGGOTA POLIS BERPIHAK
 
Bersama ini merupakan salinan laporan polis saya berikutan kejadian samseng yang dilakukan oleh anggota MIC pada 25 Oktober 2004 semasa kami mengadakan sidang media mendesak Samy Vellu letak jawatan. No. Laporan Polis THSL / 029691 / 04







 
Pada 25 / 10 / 2004 jam lebih kurang 12.30 tengah hari semasa saya menghadiri sidang Media Mendesak Samy Vellu Meletakkan Jawatan, di hadapan Selangor Assembly Hall, Jln Dato Maharajalela, K. Lumpur, apabila sampai di penghujung sidang media tersebut, hadir sekumpulan 10-15 orang yang mengakui daripada parti MIC telah cuba membuat kacau dan secara kasar meminta kami beredar dari kawasan tersebut, walau bagaimanapun kami tetap tidak beredar. Kira – kira dalam sepuluh minit kemudian datang 3 orang anggota polis datang, salah seorang yang berpakaian preman minta kami bersurai dan menanggalkan dua sepanduk yang digunakan dalam sidang media.
 
Sejurus itu secara tiba – tiba kumpulan MIC yang berada di situ terus meluru secara kasar menolak saya dan kawan – kawan yang lain, mereka dengan ganas sambil diperhatikan oleh polis mengoyak dan sepanduk kami. Apabila kami cuba bertegas polis yang berpakaian preman tersebut mengarahkan kami diam dan mengugut untuk membuat tangkapan jika kami tidak diam.
 
Kemudian semua sepanduk tersebut diserahkan oleh anggota MIC itu kepada polis di situ.
 
Kami menyesali tindakkan 3 anggota polis yang hadir itu berat sebelah dan melindungi tindakan ganas, samseng kumpulan MIC tersebut. Kumpulan MIC itu di ketuai oleh Senator Datuk Saravanan iaitu juga ahli jawatankuasa pusat MIC.
 
Sekian laporan saya.
 
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Timb. Ketua Penerangan
Angkatan Muda Malaysia
Parti Keadilan Rakyat

 
DRB-HICOM: JANGAN LEPASKAN KEPADA MEREKA
10.26.04 (4:12 pm)   [edit]

Berita Harian (23.Oktober 2004) bertajuk Pemilik saham bertelagah:Persaingan kuasai 15.8 peratus kepentingan DRB-Hicom dirujuk. Gambar Tan Sri Salleh Saleh Sulong diapit oleh dua seorang syed (Syed Mokhtar) dan mamak (SM Nasimuddin SM Amin).

Sudah banyak kali watashi bagi “hint” mengenai genetik yang dibanggakan oleh Mahathir dengan genetik dikutuk Mahathir yang dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme Mahathir. Sebelum ini pernah timbul masalah di dalam DRB-Hicom semasa Mahathir mula-mula melepaskan jawatannya. Kali ini dikatakan adalah yang ketiga. Di samping itu, watashi juga hubungkan beberapa kes yang mana genetik yang dikutuk Mahathir tidak sanggup melakukannya, sebaliknya ia disanggupi oleh genetik yang dibanggakan oleh Mahathir.

DRB-Hicom asalnya dipegang kuat oleh tokoh-tokoh korporat yang berasal dari Kelantan dan Terengganu, antaranya dulu Datuk Nazdmi, Allahyarham Tan Sri Yahya dan kini Tan Sri Saleh Sulong. Mereka ini Melayu yang mana genetik mereka tidak dihormati oleh Mahathir. Mahathir sentiasa saja kutuk genetik jenis yang bukan genetik yang dibanggakan beliau. Terbaru beliau kutuk lagi di Melaka sambil mengaitkan kegagalan orang Melayu dengan DEB. Sebaliknya, genetik Syed Mokhtar dan SM Nasimuddin adalah sesuatu yang dibanggakan oleh Mahathir.

Banyak projek yang diberikan kepada mereka ini kemudiannya menjadi kontroversi , misalnya e-village dan gali parit di negeri Selangor – Syed Mokhtar. Apa sudah jadi dengan e-village dan kerja gali parit di negeri Selangor? E-village di Dengkil sudah gagal selepas Mahathir lancar beberapa tahun lalu bersama-sama Jackie Chan. Manakala berapa ramai penduduk dari Jenderam Hulu ke kampung Semarang tenggelam banjir Lumpur kerana parit yang digali tidak sempurna? Di samping itu, projek terowong air sebelah lapangan terbang Sungai Besi juga adalah miliknya. Projek ini juga jadi kontroversi berpunca daripada sikap Mahathir. Pembaca boleh kenang semula beberapa peristiwa sebelum ini.

Begitu juga NAZA KIA. Ini kereta yang diimport oleh SM Nasimuddin yang tentunya mendapat AP atas kepentingan UMNO(baru)-Mahathir. Kemudian pernah disiarkan betapa kereta mereka itu adalah kereta nasional. Watashi pernah bandingkan dengan kereta kijang Indonesia yang diimport oleh Tommy anak Suharto lalu dipanggilnya kereta itu kereta nasional supaya rakyat beli di samping kempen patriotik yang dilakukan. Perniagaan NAZA adalah perniagaan keluarga seperti mana perniagaan restoran kari kepala ikan atau nasi kandar. Mereka ini rela import pekerja dari India yang tak pandai cakap Melayu dari memberikan peluang kepada orang tempatan. Orang Melayu tidak sanggup jual nasi putih kari kepala ikan campur secubit sayur dan papadom dengan harga RM18.00 di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tetapi mereka ini sanggup.

Kerajaan khasnya PakLah perlu berbuat sesuatu ke atas kes DRB-Hicom ini. Tolong pastikan supaya DRB-Hicom tidak terlepas kepada mereka sama ada Syed Mokhtar atau SM Nasimuddin. Kekalkan DRB-Hicom kepada Melayu yang dikutuk oleh Mahathir. Jangan lepaskan kepada mereka yang bergenetik yang dibanggakan oleh Mahathir. UMNO (baru) umumnya dan Paklah khasnya, pastikan bahawa Melayu yang dibenci Mahathir kekal memegang saham terbesar dalam DRB-Hicom dan jauhkan pengaruh Syed Mokhtar dan SM Nasimuddin.

Jika DRB-Hicom terlepas ke tangan mereka berdua, maka makin seronok lah Mahathir kutuk Melayu dengan berbagai-bagai kutukan, malas, tak pandai berniaga, tak pandai belajar dan macam-macam lagi. Apa yang Melayu ada jika DRB-Hicom terlepas? PETRONAS kini di Miliki oleh Merican – genetik yang di bangga Mahathir juga.  Watashi sudah maklumkan banyak kali tentang peranan puak-puak ini dalam mengaut harta negara. Mahathir pernah lantik Mohamad Nor Yakub di MARA, kerana MARA adalah lubuk duit orang Melayu. Kemudian dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan, yang mana kini masih lagi di situ di bawah Paklah. Paklah perlu berhati-hati dengan puak-puak ini. Kalau Paklah dapat tindihkan Zainuddin Maidin dengan Kadir Syeikh Fadil maka Paklah juga boleh lakukan sesuatu untuk selamatkan DRB-Hicom dari terlepas ke tangan puak-puak ini yang hanya menggunakan sentimental orang Melayu melalui UMNO (baru) untuk membuat harta.

Lagi pun, Mahathir selalu ungkit tentang orang Melayu sentiasa menagih projek/harta kerajaan. Melayu tak mampu berdiri sendiri dan sebagainya. Oleh yang demikian, biarlah Proton kepada orang Melayu lain. Carilah projek lain yang tak ada kepentingan kerajaan. Jangan nakkan tongkat aje. Kalau dah kaya dan duit banyak, tolong jangan ganggu sangat perniagaan orang Melayu yang lain. Tak malu ke, Syed Mokhtar dan SM Nasimudin dok cari perniagaan yang mana kerajaan ada kepentingan di dalamnya, sedang sudah kaya raya banyak harta. Pergilah bersaing dengan Ananda Krishnan atau apek lain di luar sana. Jangan asyik tumpukan nak ambil DRB-Hicom saja. Biarlah Salleh Sulong jaga Proton. Tak macho lah ahli perniagaan yang besar-besar dok berebut-rebut projek/harta kerajaan yang mana dah berkembang pesat. Malulah kepada orang lain, seperti mana yang selalu diucapkan oleh Mahathir sendiri.

Muramatsu
Japan - 25.10.2004
P/S: Kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Yahya, jangan bagi peluang kepada SM Nasimuddin atau Syed Mokhtar memegang Proton. Mereka ini kroni Mahathir.

 
PERTANDINGAN PENERIMA DAN PEMBERI ANUGERAH DATUK TERBANYAK
10.26.04 (4:11 pm)   [edit]

Oleh Tun Paduka Tuan


Luahan kebimbangan di atas terlalu banyak anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Sultan dan Yang Dipertua Negeri (YDPN) nampaknya tidak dihiraukan. Makin dibimbangi dan dinasihati, makin menjadi-jadi pula penganugerahan itu. Sesetengah Raja atau Sultan seperti tidak berkenan pandangan itu dicampakkan kepada mereka. Hari ini penganugerahan itu seperti satu pertandingan pula!

Baru-baru Yang DiPertua Negeri Melaka menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran kepada 84 orang. Di mana angka itu mencatat sebagai rekod terbanyak. Jangan main dengan Melaka walau negerinya terkecil selepas Perlis, tetapi mampu menganugerahkan darjah kebesaran terbanyak. Inilah yang dikatakan tubuh kecil tetapi nafsu besar. (Tak percaya ke.. tanya Khalil Yaacob)

Bagaimana pun rekod itu bertahan hanya tidak sampai sebulan, apabila sultan Pahang sempena hari jadinya pada 24 Oktober lalu telah menganugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk seramai 109. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan Pahang di atas kejayaan mencatatkan rekod itu. Biarpun negerinya sudah hampir muflis namun darjah kebesaran boleh diperbanyakkan. Masih ada peruntukan untuk menempah darjah kebesaran dan pinggan? Atau kalau kerajaan negeri tidak ada wang minta sahaja wang daripada penerima untuk membeli pingat dan bintang kebesaran mereka.

Barang kali disebabkan teguran dan pandangan yang diberikan tidak berapa dipedulikan, maka eloklah perkara ini dibiarkan sahaja. Bagi orang degil tidak ada guna kita menasihati atau memandunya sebab bodohnya akan kembali kepada kita. Biarlah Labu terjun dengan labunya. Sebaliknya kita mengesyorkan pula agar diadakan pertandingan penganugerahan dan penerima darjah kebesaran dan pingat terbanyak.

Pertandingan ini boleh dianjurkan oleh peringkat nasional, dan tuan rumahnya secara bergilir-gilir di antara 13 buah negeri yang ada di dalam Malaysia ini. Elok kalau Abdullah Badawi al-Hadhari membincangkan cadangan ini di dalam mesyuarat kabinet akan datang ataupun pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok atau lusa.

Hadiah besar berupa gajah boleh diberikan kepada mana-mana negeri atau Raja yang paling banyak mengurniakan anugerah.

Di samping itu pertandingan penerima anugerah terbanyak juga boleh diadakan pada setiap tahun. Mereka yang paling banyak menerima anugerah darjah kebesaran dan bintang akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah boleh disediakan untuk mereka ini. Buat masa ini bekas PM adalah dirasakan elok kalau dipilih sebagai pemenang penerima anugerah terbanyak. Beliau pun suka dengan benda-benda macam ini.

Kepada sekalian ahli Parlimen (terutamanya yang membangkitkan isu Sammy Vellu baru-baru ini) saya mohon mencadangkan untuk di bawa ke Parlimen ala Jakun seperti mana kata Muhammad Sabu itu.  – Reformasi!

Tun Paduka Tuan - 25.10.2004

 
Anwar `Orang Biasa` Yang Paling Ditakuti Sebuah Parti Ortodoks
10.25.04 (10:15 pm)   [edit]

Oleh Inderaloka


Perihal para pemuka sebuah parti primitif di Malaysia yang dikatakan begitu teguh pengaruhnya di kalangan orang Melayu sejak lebih lima dekad, begitu mencemburui Anwar kerana kerajaan Arab Saudi menyambut ketibaan `bekas banduan` itu dari Munich bagaikan pemimpin besar ummah, sudah pun diketahui umum.
 
Parti ortodoks mahu samakan Arab Saudi dengan FRU/JKK.


Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan makar terkutuk oleh bekas `tuhan` parti ortodoks Umno (Mahathir Mahataik) dan disokong oleh kebanyakan hamba-hambanya sehingga terpaksa mendekam di kurungan selama 6 tahun, kini telah dimuliakan oleh hampir kesemua manusia berakal waras dari timur hinggalah ke barat.
 
Bukanlah hasrat kita untuk mengagung-agungkan wira ummah itu tetapi begitulah hakikat yang dapat disaksikan sejak beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh kemudian menjalani rawatan di Munich seterusnya menunaikan ibadah Umrah di Mekah. Tak putus-putus dikagumi dan dikunjungi oleh manusia pelbagai agama, budaya, ideologi dan karenah .
 
Jika para pengunjung dan pengagum itu tabik kepada ketabahan dan ketahanan Anwar menghadapi tribulasi di dalam perjuangan untuk memartabatkan keadilan dan kebenaran sejagat lantas mereka memuliakan beliau, sayogia Anwar berhak menerima kemuliaan itu asalkan beliau tetap mengingati maksud ayat di dalam al Qur`an : Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan menghina sesiapa yang dikehendakiNya.
 
Hanya para penganut parti ortodoks Umno saja yang melupai maksud firman Allah itu meskipun kerap kali mereka wiridkan selepas solat fardhu terutamanya Maghrib, Isya` dan Subuh.
 
Begitulah bahananya kalau berwirid sekadar di bibir mulut tetapi nun di sudut kalbu bersimpang perenang dan lebih parah kalau kalbu itu sendiri mengkufuri maksud ayat tersebut.
 
Apa pun tidaklah Umno itu dinamakan parti ortodoks lagi primitif lagi tempurung sekiranya tidak berfungsi ke arah menghaprakkan diri mereka secara total. Minda mereka yang sempit berkeladak itu mengira pemerintah Arab Saudi boleh saja digertak dan diarah-arah persis mereka mengarahkan agen-agen penguatkuasa (SB, FRU, JKK dll) agar mengganggu program-program rakyat yang mahukan reformasi di Malaysia.


Saat kehinaan parti ortodok kian hampir.
 
Sesungguhnya mereka lupa bahawa parti ortodoks/jakun Umno hanya boleh berlagak bagaikan `maharaja` di bumi Malaysia yang sempit ini sahaja (itu pun tak semua kerana di Sarawak Umno tak laku sesen pun), luar dari itu tak siapa pun mengenali Umno, lebih-lebih lagi di Semenanjung Arab yang terletak di dalamnya bumi suci/mulia Mekah dan Madinah.
 
Buat siapa sahaja sama ada Mahataik, Imam Hadhari, Ibu Rasuah, Bekas Ketua Puteri Lesung, Pondan Tua Bangladesh Ketua Pemuda, Penggemar Ayam Mentah Taiwan Nazeri, Perogol Bersiri, bekas boyfriend Ziana Zain dll yang menganggap parti ortodoks/primitif Umno sebagai `dunia` mereka, tolong ingat pesanan ini :
 
“Kalau mahu mendapatkan darjat kemuliaan baik di dunia mau pun akhirat (itu pun kalau kamu mahu beriman dengannya), jangan sesekali menghina dan menzalimi sesama makhluk terutamanya manusia. Manusia itu diciptakan Allah dengan kemuliaan dan bebas merdeka, usah sesekali diragut kemuliaan itu dan dicengkam kebebasan dan kemerdekaan mereka semata-mata kerana mahu menjamu keserakahan nafsu!”
 
Tak faham lagi? Lantaran kamu semua sudah pun puas meragut kemuliaan, kebebasan dan kemerdekaan Anwar serta rakyat marhaen yang meneriakkan keadilan dan kebenaran maka giliran kamu untuk menerima `ganjaran` terhadap kezaliman tersebut kian hampir.
 
Biarkanlah mereka menyalak dan melolong sepuas hati namun untuk menyekat limpahan cahaya kebenaran dan keadilan adalah mustahil.
 
Cepat atau lambat, pasti parti haprak itu akan tergolek disepak rakyat, bila saatnya? Setelah rakyat memahami bahawa suara mereka adalah suara keramat, untuk itu para reformis dan pejuang harus nekad dan komited kerana `seorang Anwar` tiada upaya untuk memerdekakan rakyat kecuali dia dibantu oleh `ribuan Anwar` yang bersedia mencipta gelombang.
 
`Orang biasa` yang amat digeruni kabilah ortodoks
 
Belum pun keputusan permohonan oleh JK Sambutan Kepulangan Anwar(JKSKA) untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil bagi menyambut kepulangan pemimpin ummah itu dijadualkan pada 31 Oktober 2004 diperolehi, namun penyalak-penyalak (agak-agak para pembaca spesis apa yang gemar menyalak) parti ortodoks telah pun memulakan salakan mereka:
 
“Siapa Anwar Ibrahim, dia bukan VIP atau pemimpin negara untuk mendapat layanan istimewa, dia hanyalah `orang biasa`………….”
 
Menurut taklimat yang disampaikan sendiri oleh Ezam Mohd Noor Ketua AM keADILan selepas Solat Tarawikh di kediamannya pada malam 23 Oktober 2004, pihak KDN hampir pasti tidak akan meluluskan permit kepada JKSKA yang dipengerusikan oleh Dato Kamarul Baharin juga selaku Bendahari Parti Keadilan Rakyat.
 
Ezam jelas menyindir `kebijaksanaan` para pegawai di KDN yang memberikan alasan jika permohonan JKSKA diluluskan mereka khuatir Pas dan DAP juga akan mengajukan permohonan sama (menggunakan stadium) untuk aktiviti parti mereka.
 
“Itu adalah alasan yang paling melucukan kerana Stadium Bukit Jalil bukan hak mutlak Umno sebaliknya hak awam. Pas, DAP dan keADILan adalah parti yang didaftarkan statusnya sama dengan Umno, kalau Umno boleh menggunakan premis awam mengapa parti pembangkang dihalang?” ujar Ezam.
 
Difahamkan pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil sendiri sedia memberi laluan kepada JKSKA (sewaan untuk tujuan itu khabarnya mencecah puluhan ribu RM untuk tempoh satu dua jam), apa pun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana kelulusan berhimpun adalah di bawah bidang kuasa KDN.
 
Begitulah bobrok dan dayusnya parti primitf/jakun/ortodoks Umno! Mereka sendiri melabelkan bahawa Anwar adalah `orang biasa` yang tiada apa-apa kelebihan, jika itu kata mereka apa yang perlu dikhuatiri?
 
`Orang biasa` sudah tentu amat sukar memanggil khalayak untuk menyambut kepulangannya kerana dia tiada sebarang daya tarikan, kalau ada pun barangkali setakat dua tiga orang pengikut setia yang mustahil boleh membanjiri kawasan seluas SBJ!


Sambutan Kepulangan Anwar di KLIA 31 Oktober 2004 – jam 10.00 pagi.
 
JKSKA tiada lagi pilihan kecuali tetap meneruskan hasratnya menyambut kepulangan Anwar. Difahamkan segala-gala telah diatur bagi memastikan sambutan tersebut tidak mendatangkan sebarang kesulitan kepada mana-mana pihak. Mereka sedia bekerjasama dengan pihak berwajib demi kelancaran program berkenaan.
 
Sambutan dijadualkan pada 31 Oktober 2004 jam 10.00 pagi, selepas itu satu sidang media akan diadakan di hotel terkemuka di Ibukota KL. Manakala sebelah malamnya majlis berbuka puasa akan diadakan di Masjid Bukit Damansara berhampiran kediaman Anwar. JKSKA akan menghebahkan dari masa ke semasa sebarang perkembangan yang berkaitan.
 
Rakyat marhaen dan para pendokong reformasi mestilah turun beramai-ramai sebagai tanda bahawa mereka bersedia menyambut Anwar untuk memimpin satu gerakan membebaskan Malaysia dan rakyatnya daripada terus dikongkong oleh gerombolan manusia primitif yang hanya memikirkan tuntutan nafsu serakah.
 
Puasa? Itu bukan alasan kerana di dalam sejarah jihad umat Islam kebanyakan `peperangan besar` berlaku pada bulan Ramadhan!


Jika umat terdahulu sanggup bermandi darah di bulan Ramadhan untuk menegakkan kebenaran, apakah umat Islam Malaysia terlalu kedekut mengalirkan sedikit peluh bagi menyambut kepulangan seorang insan yang di tangannya ada nyalaan obor harapan buat golongan termiskin, tertindas dan teraniaya!
 
Andai masih bermalas-malasan dan mengharap pada orang lain untuk menyambut kepulangan itu lebih baik anda semua berhenti daripada menganggotai Pas, keADILan, DAP, NGO`s atau apa saja organisasi yang mendakwa memperjuangkan keadilan dan kebenaran! Lebih manis jika anda semua menyertai Umno atau mana-mana komponen BN dan NGO`s pengampu kerana mereka tidak sukakan Anwar dan agenda reformasinya!
 
Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada TG Dato Hj Abd Hadi Awang Presiden Pas yang telah memutuskan agar semua program parti di pelbagai peringkat dibatalkan pada hari tersebut untuk memastikan sambutan kepulangan Anwar turut dijayakan oleh segenap lapisan ahli Pas.


Tidakkah sdr/sdriku para pembaca yang rata-rata pro-reformasi merasa malu kepada jiran tetangga kita Republik Indonesia! Di sana sudah wujud JK Panitia Sambutan Anwar Ibrahim meskipun Anwar hanya dijadualkan sampai ke situ kira-kira 1½ bulan lagi.
 
Teristimewa pula ketua kepada JK Panitia itu adalah salah seorang Menteri Kabinet yang baru di bawah pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, namanya Fahmi Idris. Manakala Wakil Presiden (Naib Presiden) Yusof Kalla sudah menyatakan kesediaan untuk menjadi `host` di sepanjang kunjungan Anwar ke RI nanti.
 
Bukan setakat RI, bahkan Filipina yang akan dikunjungi Anwar pada tahun 2005 pun sudah menubuhkan JK Panitianya diketuai oleh salah seorang Senator yang amati disegani di sana.
 
Harus diingat sdr/sdri ku! Anwar Ibrahim bukan suka-suka untuk berkunjung ke sana ke mari bahkan beliau diundang! Itulah hebatnya `orang biasa` di sisi Umno ortodoks haprak tetapi `orang luar biasa` bagi pencinta keadilan, kebenaran, kedamaian dan kemanusiaan baik di timur maupun barat!
 
Cukup sekadar mencatatkan secara ringkas, itu baru RI dan Filipina belum lagi Afrika Selatan, tawaran dari Pusat Islam Universiti Oxford, dialog Islam-Barat di Florida dan pelbagai program yang memerlukan komitmen `orang biasa` bernama Anwar!
 
Bayangkanlah sdr/sdri! seperti yang diceritakan oleh Dr Badrul Amin bahawa Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld telah memohon agar `orang biasa` itu bertindak sebagai mediator di dalam konflik negara kuasa besar itu di bumi Iraq.
 
AS dikatakan sudah tidak mampu lagi menahan kebangkitan pejuang Iraq, namun kerana keegoan sebagai superpower mereka terpaksa pura-pura berani! Apa kata `orang biasa` itu kepada Donald Rumsfeld sebelum beliau bersetuju sebagai mediator” AS mestilah mengkaji semula dasar luarnya.”
 
Kalau Anwar `orang biasa` mahukah Rumsfeld dengan `keegoan polis dunia` yang begitu menebal itu, mahu berbincang dengannya? Jawab sendiri ….!


Inderaloka - 25.10.2004

 
Kasihan Sharifah Aini...
10.25.04 (10:14 pm)   [edit]

Hairan juga kita bagaimana kisah Sharifah Aini semakin ternyata melalut. Ia bermula semasa kes Saudara Anwar Ibrahim (kita jangan gunakan gelaran diraja UMNO lagi) sedang hangat dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan. Ketika itu Sharifah Aini meletup dengan kes SMS kepada seorang wartawan hiburan. Kemudian kisah itu beralih kepada episod surat layang melibatkan Siti Norhaliza.


Memang umum tidak berapa sedar betapa golongan artis digunakan oleh puak putar belit politik untuk melencongkan perhatian rakyat marhaen daripada sesuatu isu yang dianggap hangat. Kerana di Malaysia ini, masyarakat artis banyak bergantung kepada ihsan kerajaan dan parti pemerintah untuk cari makan. Sekali gus mereka juga dijadikan alat untuk memerangkap minda rakyat marhaen terutamanya orang Melayu agar memihak kepada parti pemerintah.

Sharifah Aini dianggap sebagai selebriti unggulan dalam dunia muzik tanah air. Kerana itu apa juga skandal dalam hidupnya sengaja diserkap oleh pihak media untuk menjaga martabat bangsa Melayu. Hanya orang lama yang tahu segala cerita ini memeramnya kerana tidak mahukan bangsa Melayu malu.

Belum pun selesai kes Siti Norhaliza yang diaibkan oleh adik angkat Sharifah Aini, tiba-tiba muncul kes Sharifah Aini disekat di depan stesen TV3. Kali ini kes itu menjadi semakin kalut kerana ternyata orang di TV3 tidak diajak berkongsi sama untuk mengiakan kes itu.

Kalaulah petugas di TV3 diajak berkongsi sama dengan kes putar-alam itu sudah tentu muncul gambar dua Mat Rempit atas motosikal besar dan terdapat pula 'syringe' yang digunakan untuk 'menyuntik' Sharifah Aini dengan apa yang dikatakan 'cecair' sahaja itu.


Pelik juga, orang yang menahan Sharifah Aini itu tidak berhati perut kerana menyuntik cecair pada badannya. Tetapi berhati perut kerana tidak menyimbah asid pada badannya. Malahan setelah menyuntik Kak Pah, 'syringe' yang digunakan dibawanya bersama mungkin untuk menyuntik mangsa lain agaknya. Atau untuk mengelak pihak forensik mengesan apakah jenis cecair yang digunakan.

Kini, Kak Pah sedang berehat sambil bersembunyi. Hanya polis yang tahu di mana tempat persembunyian itu. Yang peliknya ada pula berita bahawa polis mungkin menahan Kak Pah kalau didapati ceritanya "satu temberang". Kerana itu polis cuba 'melakonkan' semula peristiwa Sharifah Aini ditahan di depan TV3.


Rakyat marhaen terutamanya orang Melayu sibuk membincangkan kes Kak Pah. Sudah masuk dua bulan Sharifah Aini menjadi topik hangat. Sebelum puasa dulu, kes Kak Pah menjadi hangat semasa orang Melayu menghadap juadah sarapan pagi. Kini, ia menjadi hangat ketika orang Melayu menanti azan Maghrib.

Pelbagai andaian telah dibuat. Tetapi yang paling menggemparkan ialah kisah kemungkinan Kak Pah terkena badi Saudara Anwar Ibrahim.

Kenapa ada pihak yang membuat andaian begitu? Apakah benar salah satu peranan Kak Pah dulu ialah menyediakan beberapa orang 'perempuan' yang menjadi bahan saksi polis yang mereka telah melayan Saudara Anwar dan menerima upah daripada Dato’ Nallakaruppan?

Kalau betul andaian ini, kita dapat lihat betapa perangai Sharifah Aini melalut adalah saling tak tumpah dengan perangai TKT Mahathir kebelakangan ini.

Kalau ada kebenaran perkara ini, kenapakah tidak ada seorang pun pemberita akhbar yang mengemukakan soalan yang sama kepada Kak Pah dan mencetuskan perkara yang sama?

Apabila ditonton kembali rakaman video fitnah 'perempuan sundal' (diedarkan percuma oleh Bukit Aman) itu dulu, ke manakah mereka menghilang sehingga hari ini? Apakah benar suara Kak Pah pernah dirakamkan dalam video yang sama?

Veteran Bukit Aman - 25.10.2004

 
Badrul Amin: Depan Kaabah Anwar Berkata Soal Masuk Umno Tidak Relevan!
10.25.04 (10:13 pm)   [edit]

Oleh Inderaloka


Dr. Badrul Amin mantan pensyarah kanan kuliyyah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lebih sedekad sebelum meletak jawatan pada tahun 99 kerana tuntutan reformasi seterusnya dikurung dalam Kemta Kamunting selama dua tahun (2001-03), berbicara betapa semua keperitan yang dilalui sepanjang penglibatannya menyokong perjuangan `orang biasa` Anwar terubat apabila beliau berada di bawah naungan Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini.
 
Air matanya juga deras mengalir tanpa disedari tatkala beliau berpeluang menyampaikan salam dirinya, famili, sanak saudara dan rakan seperjuangannya kepada Rasululllah saw di Raudah berhampiran makam Kekasih Allah itu di Masjid Nabawi Madinah al munawwarah.
 
Begitu di antara luahan rasa Dr Badrul Amin juga selaku ahli MPT keADILan ketika menyampaikan tazkirah ringkasnya setelah memimpin solat Maghrib, Isya`, Tarawikh dan Witir di kediaman Ezam Mohd.Noor Ketua AM keADILan di Shah Alam pada 23 Oktober 2004 lepas.
 
Lebih menarik dan menggembirakan para reformis serta pejuang keadilan dan kebenaran yang hadir apabila Dr Badrul Amin memaklumkan bahawa beliau berpeluang berbicara dengan Anwar Ibrahim betul-betul di hadapan Kaabah selepas solat Maghrib menjelang Isya pada 12 Oktober 2004.
 
Di dalam perbualan tersebut Dr Badrul menanyakan Anwar beberapa soalan antaranya apakah Anwar akan memasuki Umno semula dan bagaimana pula status Ruslan Kassim.
 
Di hadapan Kaabah yang mulia itu Anwar menjawab pantas: ”Soal masuk Umno tidak relevan dan kalau Ibrahim Ali saya alu-alukan kehadirannya inikan pula Ruslan Kassim.”
 
Berdusta adalah dilarang agama, seorang mukmin tidak akan melanggar pantang itu walau di mana dia berada lebih-lebih di hadapan Rumah Allah yang paling mulia! Masihkah sdr/sdri para pendokong reformasi dan rakan-rakan seperjuangan ragu-ragu tentang pendirian Anwar!


Justeru itu isu Anwar akan menyertai Umno sudah padam sepadam-padamnya, sesiapa yang masih gatal mulut menyebarkan khabar angin bahawa Anwar akan rujuk semula kepada parti primitif/ortodoks dan jakun itu tanpa mengira sama ada mereka ahli Pas, keADILan, DAP, NGO`s dll, nescaya mereka itu berjiwa Umno yang benci kepada reformasi, hindarilah diri anda daripada mereka sejauh yang boleh!

Inderaloka - 25.10.2004

 
PEMUDA UMNO MENYERANG PEMUDA PAS
10.24.04 (3:25 pm)   [edit]
Nampaknya sungguh bersemangat Pemuda UMNO menyerang Pemuda PAS akibat dari Laporan kepada BPR oleh Pemuda PAS atas perbuatan RASUAH semasa Perhimpunan UMNO tempoh hari. Kata mereka orang lain yang makan cili orang lain pula yang pedasnya. Betul juga kata Pemuda UMNO tu ye… Mereka yang makan cili yakni mereka yang terlibat rasuah, kenapa pula Pemuda PAS pula yang beriya-iya benar buat Laporan BPR.

Tetapi memang pelik Pemuda UMNO ini mengaku makan cili, tetapi bila bercakap kata kononnya berlaku amalan politik wang. Kalau dah makan cili tu tak payah konon-konon lagi, tentulah pedas. Bila pedas kenalah cari penawarnya, air serbat ke, ais bandung ke. Di Malaysia ini, Rasuah ini penawarnya adalah BPR. Mungkin Pemuda PAS berhemah tinggi dan ingin membantu mendapatkan penawar tersebut kepada UMNO. Berlapang dada dan terbuka lah UMNO menghadapi kepedasan yang berpanjangan ini. Lihat petikan dari laman UMNO online

Pemuda Pas Buat Laporan BPR Politik Wang Dalam UMNO: 
`Orang Lain Makan Cili, Orang Lain Pula Yang Rasa Pedasnya'

Oleh: Zulkifli Ibrahim
KUALA LUMPUR: Orang lain yang makan cili, orang lain pula yang rasa pedasnya. Perumpumaan ini mungkin sesuai untuk digunakan kepada `campurtangan’ Dewan Pemuda Pas yang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dengan dakwaan kononnya berlaku amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Mengulas kenyataan campurtangan Dewan Pemuda Pas ini, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Subahan Kamal berkata, Dewan Pemuda Pas tidak perlu membuang masa mencampuri hal ehwal dalaman UMNO kerana terlalu banyak kelemahan dan kejumudan yang berlaku di dalam Pas yang perlu diperjuangkan oleh Dewan Pemuda.

Menurutnya, ini diakui sendiri oleh Dewan Pemuda Pas dalam Muktamar parti itu baru-baru ini yang mengecam hebat pucuk pimpinan parti sebagai berfikiran sempit, jumud dan tidak ada strategi.

“Dakwaan berlaku politik wang di dalam UMNO tidak ada kena dengan Pas dan tindakan Dewan Pemuda parti itu yang membuat laporan kepada BPR adalah satu tindakan campurtangan yang memalukan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Subahan berkata Dewan Pemuda Pas juga tidak perlu membuang masa membicarakan soal politik wang di dalam UMNO kerana terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa semasa Pas memerintah negeri Terengganu.

“Sungguh memalukan semasa Pas memerintah Terengganu berlakunya penyelewengan wang zakat sebanyak RM500,000 manakala selama empat tahun setengah memerintah negeri itu berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengeluaran geran tanah kepada suku sakat pemimpin parti itu,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin tidak sepatutnya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa sehingga Pas menerima balasannya ditolak rakyat dalam Pilihanraya Umum lalu.

“Saya hendak nasihatkan Dewan Pemuda Pas, sebagai parti pemerintah UMNO tahu apa yang hendak dilakukan untuk kebaikan parti dan tidak perlulah mana-mana pihak campurtangan kerana terlalu banyak kelemahan dan kejumudan di dalam Pas yang boleh diperjuang oleh Dewan Pemuda parti itu,” katanya.

Beliau berkata, perlembagaan UMNO sudah menetapkan bahawa masalah parti diselesaikan mengikut saluran parti dan tidak memerlukan campurtangan daripada mana-mana pihak.

“UMNO akan menyelesaikan masalah politik wang mengikut saluran-saluran di dalam parti dan yakin masalah ini akan dapat diatasi tanpa perlu membuat laporan kepada BPR atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kelemahan Pas yang paling ketara ialah mereka masih berpolitik cara lama iaitu mencari kelemahan orang lain untuk diekploitasi tanpa berusaha untuk membaiki kelemahan diri dan turun ke padang untuk meninjau masalah rakyat di kampung-kampung.

“Berbeza dengan UMNO, kita bukan sahaja bercakap malah menjadikan pembelaan rakyat sebagai agenda utama dan akan memastikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pemerintah,” katanya.

Pemuda UMNO perlu mengambil tindakan serupa dengan membuat Laporan BPR di atas segala tuduhan yang telah dikeluarkan seperti disebutkan di atas:
Datuk Subahan Kamal berkata Dewan Pemuda Pas juga tidak perlu membuang masa membicarakan soal politik wang di dalam UMNO kerana terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa semasa Pas memerintah negeri Terengganu. “Sungguh memalukan semasa Pas memerintah Terengganu berlakunya penyelewengan wang zakat sebanyak RM500,000 manakala selama empat tahun setengah memerintah negeri itu berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengeluaran geran tanah kepada suku sakat pemimpin parti itu,” katanya.
Kalau tidak mengambil tindakan membuat laporan BPR ianya menunjukkan tuduhan kosong, omongan kosong tanpa fakta dan bukti, mereka reka cerita, semata mata mahu menjawab tindakan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS. Tidak ada helah lagi untuk apa jua tujuan atau apa jua kononnya lagi, ianya SAMA ADA BENAR ATAU TIDAK BENAR, TUDUHAN ATAU DAKWAAN ATAU FITNAH SAHAJA.

Dari Pak Ngah hanya ambil satu pedoman, kalau sakit itu, eloklah jumpa doktor atau pengamal perubatan Islam. Dah tau punca penyakitnya tak kan tak mau berubat, dah tau diri mengidap kencing manis tak kan nak biarkan dipotong kaki. Hukum Hudud nak dipotong tangan ada pula yang kata zalim, kencing manis dihukum potong kaki tak kata zalim pun. Sebenarnya tidak ada yang zalim dalam hukum Allah semuanya paling sempurna dan paling adil. Kita perlu ingat memperingati sesama Islam, jauhkan dari fitnah atau tuduh orang dan jangan jadi hipokrit dalam bahasa Melayu dan kalau dalam Islam sama lah dengan Munafik. Salam dari Pak Ngah dan Selamat berpuasa.

..….. Pak Ngah - 24.10.2004


tok: menunjukkan satu lagi ketaikkan amno dan kebodohan pemuda(?) amno khususnya

 
PENGAMPUNAN: AGENDA PERTAMA DALAM REFORMASI KEDUA
10.24.04 (3:21 pm)   [edit]

Oleh Tun Paduka Tuan


Lebih lima tahun kita berusaha untuk membebaskan Sdr. Anwar Ibrahim dari cengkaman kuku kerakusan dan kekejaman rejim bekas PM. Semua cara dan ikhtiar kita lakukan. Daripada selemah-lemah cara (berdoa) sampailah kepada seagresif tindakan; mendesak dan mencabar kerajaan bekas rejim berkenaan.

Keyakinan perjuangan kita konsisten, bahawa pemenjaraan ke atas Anwar itu dilakukan secara tidak sah dan adil. Di mana kerajaan menerusi penguasa, polis dan mahkamah yang bertanggungjawab menzalimi Anwar bukan lagi sanggup merogol peraturan dan hukum, tetapi melakukan ‘sodomi’ ke atas peraturan dan adat budaya Melayu, hukum agama dan bertindak di luar nilai-nilai manusia normal.
 
Biarpun ada di antara kita menyimpan ‘parut kenangan’ di mana-mana tubuh dalam jihad membebaskan Anwar, tetapi kita tidak serik. Selama lebih lima tahun kita tetap menggerakkan perjuangan. Kerana apa, kerana kita yakin kita berada di pihak benar – dan kebenaran itu akan muncul juga di hujung kehancuran kebatilan.


Pada 2 September 2004, segala itu terjawab. Doa dikabulkan, desakan dan bantahan akhirnya di dengar juga apabila ia cukup menggelisahkan mereka yang menjadi penyambung rejim berkenaan. Anwar akhirnya dibebaskan. Kejayaan itu menandakan kemenangan kita dalam perjuangan membebaskan Sdr. Anwar.

Barang kali ada di antara kita terlupa disebabkan terlalu simpati (alias   taksub) atau sayang kepada Sdr. Anwar, bahawa kita sebenarnya bukan sahaja memperjuangkan batang tubuhnya. Atau bukan pembebasan beliau yang menjadi inti pati perjuangan kita. Sebaliknya apa yang menjadi tujuan kita ialah memperjuangkan idealismenya dan memastikan idealismenya hidup dan berkembangan subur untuk kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Itulah inti pati sejati perjuangan kita. Adapun perjuangan untuk membebaskan beliau itu adalah kebetulan, kerana idealisme itu dipunyai oleh tuan tubuh berkenaan (Sdr. Anwar). Anwar sendiri tidak senang kalau kita memperjuangkan pembebasannya sahaja. Seperti mana yang diucapkan ketika sidang video di Markaz Tarbiah Pas di Taman Melewar baru-baru ini, “pembebasan Anwar tidak bermakna kalau rakyat jelata tidak dibebaskan daripada tekanan, penganiayaan dan ketidakadilan”.

Kini Sdr. Anwar telah bebas dan selamat menjalani pembedahan dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 31 Oktober ini. Dia berada dalam kondisi yang cukup sihat dan mantap. Dia sudah boleh dan bersedia untuk menyemarakkan semula agendanya. Dan rakyat pun gembira, terhibur dan berkeyakinan beliau boleh melakukannya.

Maka kita semua pun seronok, gembira dan merasakan apa yang kita perjuangkan akan sukses semuanya. Tetapi kita jangan lupa di samping segala kejayaan, pembebasan yang diperolehi dan kesejahteraan yang dinikmati kini, bahawa masih ada tali besi yang mengikat kaki dan pergerakan wira semua bangsa kita itu.

Ada penjara yang masih mengelilinginya! Ada tembok batu ghaib yang melingkunginya. Apakah itu? Ianya ialah undang-undang di bawah akta pertubuhan yang tidak membenarkan seseorang yang dijatuhi hukuman penjara bergerak aktif di dalam pertubuhan siasah. Ekoran akta itu bermakna Sdr. Anwar baru boleh aktif di dalam parti atau melibatkan diri dalam apa-apa pertubuhan pada tahun 2008. Ini bermakna beliau masih dibelenggu selama empat tahun lagi.

Empat tahun tidak lama bagi kalendar seorang pejuang. Tetapi untuk sebuah negara dan rakyat tempoh itu sesuatu yang merugikan. Apa lagi dalam saat negara memerlukan seorang ‘pembangun’ seperti beliau, empat tahun itu dirasakan amat lama. Negara akan mengalami banyak kerugian dengan terbekunya Anwar selama tempoh itu. Negara sudah tidak ada masa untuk keluar dari zon penderitaan yang berlaku hari ini. Justeru kita kena usahakan agar beliau dibebaskan sepenuhnya. Tali besi akta itu hendaklah disintak dan dibuang segera.

Dalam hal ini kita tidak banyak pilihan, melainkan dengan berusaha mendapat pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong. Itulah sahaja jalan pintas untuk menyelamatkan kita kerugian selama empat tahun. Nah.. pengampunan itu sangat penting. Justeru itu mulai saat ini kita kena jadikan soal mendapat pengampunan itu sebagai agenda utama dalam gelombang reformasi kedua ini.

Rakyat hendaklah bangkit mendesak dan memohon perkenan Yang DiPertuan Agong agar memberi pengampunan kepada Sdr. Anwar. Untuk merealisasikan perkara ini kerajaan atau Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai masalah. Sebelum ini pun ada tokoh yang dikira kontroversi yang berpotensi seperti Anwar telah diberikan pengampunan.

Datuk Harun Idris (Allahyarham – al Fatihah untuknya), bekas Ketua Pemuda UMNO dan MB Selangor yang dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan rasuah dan Datuk Mokhtar Hashim, bekas Menteri Belia dan Sukan kerana dakwaan membunuh telah diberikan pengampunan.

Mereka diberi pengampunan ketika kedua mereka masih dalam menjalani hukuman. Rasanya pengampunan untuk Sdr. Anwar lebih mudah dan wajar kerana beliau telah pun selesai menjalani hukum selama enam tahun yang dijatuhi ke atasnya dengan penuh kekeliruan dan kontroversi.

Bukan itu sahaja soal pengampunan ini juga perlu dilihat bukan semata kerana kita ingin melihat Anwar melaksanakan idealisme dan wawasan perjuangannya, tetapi ia adalah lebih besar daripada itu. Manfaat dan kepentingan pengampunan itu nanti adalah untuk kepentingan negara dan rakyat seluruhnya. Hendaknya pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam proses pengampunan ini akan melihat kepentingan dan keperluan mendesak ini! – Reformasi!

Tun Paduka Tuan - 23.10.2004

 
Anwar tiba di KLIA 10 pagi, 31 Oktober ini
10.23.04 (6:14 pm)   [edit]

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan pulang dari Tanah Suci dan sampai ke tanah air pada 31 Oktober ini, pada jam 10 pagi dan bukan jam 3 petang seperti dilaporkan sebelum ini.


"Saya akan pulang dengan Saudi Airlines dan pesawat kami akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi," kata Anwar dalam perbualan telefon dengan Harakahdaily.

Anwar dan rombongannya kini berada di Jeddah setelah selesai mengerjakan umrah dan selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman awal September lalu.

Turut bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail; anak-anak mereka Nurul Nuha dan Nurul Iman, bapa beliau; Dato' Ibrahim Abdul Rahman dan isteri; pembantu peribadi, Azmin Ali dan empat yang lain.

Ketika di Jeddah, kerajaan Arab Saudi memberi layanan baik kepada Anwar dengan menyediakan pesawat diraja, disambut mengikut protokol diraja dan menunaikan umrah dengan diiringi 25 orang pengawal istana.

Beliau juga diberi penghormatan untuk menunaikan solat waktu dan Tarawih di sebelah makam baginda Rasulullah s.a.w., di Masjid Nabawi, ketika melakukan ziarah di Madinah. Kerajaan Malaysia dilaporkan mengemukaan bantahan kepada Kerajaan Saudi mengenai layanan ini.

Dalam perkembangan sama, hasrat 'Jawatankuasa Sambutan Kepulangan Anwar¡' untuk mengadakan acara sambutan kepulangan beliau untuk orang ramai di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur terpaksa dilupakan, kata seorang ahli jawatankuasa itu.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, ini kerana setakat ini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan mengenai permohonan penggunaan stadium itu.

Minggu lepas, jawatankuasa tersebut mengemukakan permohonan rasmi kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggunakan stadium sukan tersebut bagi tujuan itu untuk mengelakkan kesesakan di KLIA.

"Mesyuarat khas jawatankuasa yang diadakan semalam mengambil pendirian bahawa sikap dingin kerajaan ini bererti permohonan kami ditolak dan dengan itu sambutan mungkin terpaksa diadakan terus di KLIA memandangkan tiada pilihan lain," kata beliau.

Kenyataan rasmi mengenainya dijangka akan dikeluarkan segera, katanya. - ER/lanh

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10289&" title="http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10289&" target="_blank"http://www.harakahdaily.net/a...;mode=thread&order=0

 - 23.10.2004

 
MAKSIAT: MUFTI TIADA KUASA HANYA YANG BOLEH, SURUH TUTUP TV SAHAJA
10.23.04 (6:13 pm)   [edit]

Pak Ngah amat sedih apabila di beritahu seperti mana dibaca dari Malaysiakini dan Harakahdaily oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Yusuf Husin yang sebenarnya mufti tak ada kuasa dan hanya boleh suruh tutup TV sahaja kalau rancangan tak baik. Pak Ngah ingatkan bila boleh keluarkan Fatwa itu mestilah orang yang berkuasa kerana di sisi Allah, Mufti ini mempunyai kuasa selebar dan seluasnya yang ada peruntukan di dalam Al Quran dan Hadis Rasulallah.


Kalau begitu “Mengapa masih mengekalkan nama jawatan tersebut sebagai MUFTI, bukankah lebih manis diubahkan kepada Ketua Pejabat dan pejabatnya pula dinamakan Pejabat Pentadbiran berkaitan hal hal orang Islam. Tak perlu apa-apa kuasa dan hanya mematuhi apa yang ditetapkan Kerajaan Memerintah ketika itu.

Kalau sebut MUFTI ini seharusnya tidak terikat dengan mana-mana perundangan melainkan hanya terikat dengan perundangan Islam sahaja. Tak tahulah kalau di dalam Common Law ada menyebut MUFTI juga. Pada pandangan Pak ngah yang cetek ini, kalau berhubung kait dengan Islam, semuanya kena Islam, Undang undangnya kena Islam, Pentadbirannya kena Islam, Pengurusannya kena Islam, Pakaiannya pun kena Islam dan tentang pakaian tentulah Mengikut cara pakaian Rasulallah dan sahabatnyalah yang paling baik. Kalau nak pakai macam Melayu pun baik juga tetapi kalau pakai macam orang barat, bagi tau Pak Ngah macam mana boleh jadi lagu tu. Agama Islam dari Timur Tengah, diri orang Melayu dari kepulauan Melayu tetiba pakai macam orang barat… memang tak munasabah dan tak berapa nak masuk akal melainkan hatinya, jiwanya dan perasaannya sentiasa mengagungkan yang dari barat itu lebih baik dari amalan biasa orang Melayu dan lebih baik dari Islam dari Timur Tengah. Kerana pancaran cahaya ilmunya dapat dilihat pada tubuh badannya. Stop di sini tak payah pergi lebih jauh.

Lihat pada petikan yang Pak Ngah buat ini:


Muffti Wilayah Persekutuan minta ibubapa tutup TV jika programnya tidak baik
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Hrkh) - Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Yusuf Husin meminta ibubapa menutup televisyen apabila didapati program tv tidak baik untuk anak-anak mereka.


“Bila rancangan TV di rumah terlalu menonjol kepada perkara yang tidak baik ibu bapa tutuplah TV,” katanya.

Ini kerana, katanya, ibu bapa yang menyediakan TV di rumah maka ibubapalah yang berperanan sebelum tugas tersebut diserahkan kepada orang lain.

We have no power, says FT Mufti
Fauwaz Abdul Aziz
Contrary to popular perception, muftis wield no power and merely play an advisory role to the government in tackling social problems affecting the Muslim community.


Federal Territory Mufti Dr Yusof Hussain today said although they can issue fatwas (religious edicts), they lack the powers to enforce them without the cooperation of government agencies.

“There are 14 muftis, under the powers of the Sultan. We are tasked to look after the affairs of the Islamic religion and Muslims. It sounds like our responsibilities are wide, but we don’t have any powers to enforce. Our role is merely advisory. That’s it.

“Sometimes people listen (to our advise). But if when they do not want to listen, what more can we do?” he asked during a meeting with PAS Federal Territory liaison, Youth and Women’s wings’ representatives at his office in Kuala Lumpur.


Sekiranya Mufti tidak mempunyai kuasa jadi siapakah yang mempunyai kuasa? Siapakah yang mempunyai kuasa perundangan Islam di Malaysia yang telah di isytiharkan sebagai sebuah Negara Islam ini. Apa lah gunanya ada Mufti yang tertinggi di Negeri-negeri sekiranya tidak punya kuasa, hanya sebagai penasihat sahaja. Ubahkan Mufti kepada penasihat sahaja jawatannya, apa nak dimalukan kalau hanya itu kerjanya. Jawatan mau dinamakan mufti tetapi kerja hanya nasihat, Kita tak mahu orang memandang serong atau tidak baik kepada pemegang amanah sebenar Mufti sebagaimana diperuntukkan oleh Islam sendiri.


Akhirnya dari Pak Ngah, kalau perlu ubah nama jawatan dari Mufti ke nama lain tidak ada apa salahnya kerana kalau mau terus gunakan nama jawatan Mufti mestilah memenuhi semua bentuk tanggungjawab dan mempunyai semua kuasa sebagai seorang mufti.

..….. Pak Ngah - 23.10.2004

 
Tarik Diri Perangi Politik Wang: Adnan Yaakub Terus Mentaikkan Dirinya
10.23.04 (6:11 pm)   [edit]

Ketika menggulung perbahasan di dalam salah satu sidang DUN Pahang pada sesi lepas (1999-2004), DS Adnan Yaakub selaku MB pernah mengibaratkan segala sokongan atau sanjungan diberi oleh Pas terhadap beberapa kebaikan yang dibuat oleh kerajaan Umno BN sebagai `tahi yang disalut dengan pembungkus gula-gula`.
 
Begitulah prejudisnya `samseng taik minyak` Umno itu terhadap Pas. Ketika itu Pas dan keADILan (BA) menguasai sebilangan kerusi pembangkang di dalam DUN Pahang hasil daripada kemenangan pada p/raya umum 1999.
 
Kakitangan kerajaan negeri Pahang tak dapat bonus.
 
Apa pun selepas p/raya umum kesebelas Mac 2004 semua kerusi yang dimenangi oleh BA dapat dirampas semula oleh Umno BN melalui `penipuan hidup-hidup` di samping kelemahan BA sendiri.
 
Rupa-rupanya kemenangan besar Umno BN di Pahang itu tidak dapat menyelamatkan Adnan Yaakub daripada terus dihantui oleh tahi. Mungkin sudah ditakdirkan dia terpaksa menyapu segala jenis tahi yang ditinggalkan berselerak oleh pembuang-pembuangnya.
 
Adnan ketika mula mengambil alih teraju kerajaan Pahang Darul Makmur daripada Mohd Khalil Yaakub pada tahun 1999 atas kemahuan Mahataik,mendapati kantung kerajaan negeri hampir-hampir kering gara-gara salah-urus dan penyelewengan Khalil antara yang termasyhur ialah rompakan balak melampaui kuota sehingga 2004.
 
Kerajaan Pahang yang ditadbir oleh Umno BN kini telah disenaraikan sebagai salah sebuah negeri hampir-hampir muflis oleh kerajaan persekutuan, kemungkinan besar bonus tahun ini untuk kakitangan berkhidmat di bawah kerajaan negeri itu tidak dapat dibayar kerana tiada lagi sumber yang boleh disauk.
 
Malang sungguh `samseng taik minyak` Umno itu, Si Perompak Balak kini enak-enak bersemayam bagaikan maharaja di singgahsana TYT Melaka namun tahi bikinannya terus melekat pada batang tubuh Adnan manakala bau busuknya terpaksa pula dihidu oleh seluruh kakitangan kerajaan negeri itu.


Rangkaian taik` terus menguasai Umno.
 
Tidaklah salah kalau Adnan pernah menganggap pujian Pas terhadap satu dua kebaikan kerajaan Umno BN ibarat `tahi yang disalut dengan pembungkus gula-gula`,kerana hakikatnya Adnan memang mengetahui segala-galanya baik di dalam parti (Umno BN) maupun kerajaan hampir-hampir ditaikkan sepenuhnya oleh Mahataik setelah 22 tahun anak Kutty keparat itu mencengkam kuasa.
 
Meskipun Si Kepala Taik (kini Tun Kepala Taik) sudah terpelanting keluar dari perut Umno secara mendadak namun`rangkaian taik ` yang telah diwujudkan oleh pengkhianat bangsa dan agama tersohor itu terlalu sukar untuk dicerai-pisahkan.
 
Ertinya `rangkaian taik` bukan sahaja menguasai perut Umno bahkan mata,telinga,hidung dan sekelian anggota zahir batin Umno habis ditaikkan. Rasuah politik (politik wang) merupakan satu manifestasi dari aneka pernyataan `rangkaian taik`itu.
 
Islam Hadhari gagal merawat penyakit tinggalan Mahataik.
 
Walaupun Imam Hadhari yang akan menyambut ulang tahun pertama pemerintahannya pada 31 Oktober ini,cuba mengetengahkan gagasan Islam Hadharinya untuk memadamkan imej busuk angkara Mahataik tetapi setakat ini eksperimen itu hanya dikagumi oleh kelompok yang meyakini bahawa media cetak dan elektronik pro-kerajaan sebagai makhluk tidak pernah membuat dosa (maksum).
 
Kelompok lain termasuk majoriti pemuka-pemuka Umno sendiri hanya memandang endah tak endah sahaja gagasan yang sedang dijaja oleh Imam Hadhari itu.
 
Di sebalik kesungguhan (?) Imam Hadhari memerangi rasuah di merata ceruk negeri dan rantau namun parti di bawah pimpinannya sendiri terus digelumangi amalan rasuah terutamanya ketika berdepan dengan agenda pemilihan pucuk kepimpinan parti di segenap peringkat seperti yang berlaku baru-baru ini.
 
Nasihat,pujukan dan rayuan Imam Hadhari supaya pengamal politik wang diperangi habis-habisan tidak langsung dipedulikan oleh para perwakilan apabila mereka memenangkan `perasuah-perasuah` tegar untuk membantu bapa mertua Khairy Jamaluddin itu memimpin Umno dan negara bagi tempuh tiga tahun akan datang.


Hakikat `perasuah-perasuah politik` telah menguasai sebahagian besar barisan MT Umno diakui sendiri oleh Adnan Yaakub,jika tidak masakan beliau enggan berhenti menyalak bersama-sama beberapa orang pemuka Umno lain menghebahkan kepada umum tentang hal tersebut sebaik-baik sahaja PA Umno 2004 ditangguhkan.
 
Kalau bukan taik, apalagi sesuai buat `samseng taik minyak` Umno.
 
Terkini pada 20 Oktober 2004, Adnan menghebahkan ke seluruh negara bahawa beliau telah menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh pertemuan khusus bagi membincangkan isu politik wang dengan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen.
 
Menurut Adnan,TAR sendiri yang mendesak supaya pertemuan tersebut segera diadakan dan untuk memenuhi maksud itu, Adnan telah berjanji akan membawa bersama-samanya pada pertemuan itu tiga orang saksi yang sanggup tampil di hadapan Lembaga Disiplin .
 
Tidak sampai pun 24 jam `samseng taik minyak` Umno itu berdegar-degar menggoncang `rangkaian taik` Umno di hadapan jutaan rakyat menerusi TV3, RTM dan segala media cetak/elektronik tiba-tiba dia menarik balik azam dan janjinya melalui pentas yang sama.
 
Ketika mencari alasan untuk membenarkan tindakannya itu Adnan berkata: “Biarlah saya dituduh sebagai orang yang tidak berprinsip,saya rela……. kerana saya tak mahu terlibat memusnahkan karier politik rakan-rakan saya. Tentang tiga orang saksi yang saya janjikan itu,saya tidak akan membawa mereka bersama-sama saya di dalam pertemuan dengan Tengku Ahmad Rithauddeen nanti,terpulanglah kepada mereka untuk tampil sendiri jika mereka benar-benar mempunyai bukti”
 
Semudah lidah tak bertulang Adnan melafazkan janji sesenang itulah dia melupakannya,kalau bukan `taik` apa lagi gelaran yang layak dianugerahkan kepadanya!
 
Kalaulah Adnan tidak merelakan dirinya terus ditaikkan oleh `rakan-rakannya` itu sudah tentu ahli-ahli Umno di segenap peringkat akan tabik kepada beliau kerana muncul sebagai salah seorang jagoan yang akan menyelamatkan Umno dari terus ditenggelami politik wang.


Namun Adnan memilih untuk mengekalkan statusnya sebagai satu ketul dari sejumlah ketul-ketulan taik yang mewujudkan `rangakaian taik` di dalam Umno.
 
Apa yang mendorong Adnan membatalkan hasratnya untuk mendedahkan pengamal politik wang secara berdepan dengan TAR?


Sedangkan menurut sumber dalaman Umno jika Adnan berani sudah pasti Khir Toyo, Isa Samad, Ali Rostam,Rahim Tamby Chik, tengku Adnan Mansor, Aziz Shamsuddin serta ramai lagi pemuka Umno akan `kantoi` kerana dikatakan terlibat secara terang-terangan merasuah para perwakilan,khabarnya puluhan Juta RM telah dihabiskan oleh mereka untuk tujuan itu!
 
Apakah tindakan Adnan menyelamatkan karier politik `rakan-rakannya` itu akan dapat membantu Pahang dari muflis dan sejauh manakah keupayaan Khir Toyo, Isa Samad, Ali Rostam dan pengamal-pengamal politik wang lain dapat menolong Adnan melepaskan Pahang dari belenggu kebankrupan?
 
Dogol-dogol Umno itu tidak sama sekali berupaya membantu Adnan menyelamatkan Pahang kecuali Mahathir Mahataik sendiri yang dikatakan memiliki berbillion-billion RM hasil daripada rompakannya terhadap harta rakyat di sepanjang kekuasaannya selama 22 tahun.
 
Kalau saya katakan musibat yang bertanggung jawab menggertak Adnan supaya menjilat balik ludahnya adalah Mahathir Mahataik, apakah sdr/sdri pembaca bersetuju? Saya tak minta sdr/sdri menyetujuinya tetapi itulah pandangan saya.
 
Adnan mungkin sudah digula-gulakan oleh bekas PM ke-4 itu kerana situa bangsat itu diberitakan lebih rela Umno dikuasai oleh perasuah-perasuah daripada membiarkan Imam Hadhari selesa menguasai parti dan kerajaan, lebih-lebih setelah Anwar Ibrahim dibebaskan.
 
Tiadalah sesiapa yang amat digeruni oleh bapak konspirator itu kini kecuali Sang Rajawali Anwar Ibrahim, pada Imam Hadhari sedikit pun Mahataik tidak gentar namun situa keparat tetap bimbang Dolah Badawi akan menjadikan dirinya (Si Mahataik) sebagai mangsa di dalam usaha menyaingi pengaruh Anwar.


Seperkara yang harus sdr/sdri para pembaca ingat! Penarikan diri secara mengejut Adnan dalam memerangi politik wang kerana konon tidak mahu terlibat memusnahkan karier politik `rakan-rakanya` menyerlahkan lagi bahawa Umno memang parti yang memperjuangkan rasuah dan penyelewengan!
 
Nampaknya Si Mahataik masih lagi mencengkam kuasanya di dalam Umno,mampukah Imam Hadhari bertahan sehingga 2007 kerana dia kini hampir-hampir keseorangan sedangkan Najib bekas boyfriend @ pasangan khalwat Ziana Zain terus mengumpul kekuatan hari demi hari……….
 
Jika Imam Hadhari mahu terus bertahan sebagai PM dan menjadi hero beliau harus berani memberkas Si Mahataik dan kuncu-kuncu keparatnya! Beranikah suami Endon Mahmud itu berbuat demikian?


Inderaloka - 22.10.2004

 
KEBIMBANGAN DI SEBALIK KEPULANGAN ANWAR 31 OKTOBER INI
10.23.04 (6:10 pm)   [edit]

Pejuang dan aset semua bangsa Sdr Anwar Ibrahim akan pulang ke tanah air pada 31 Oktober ini setelah kira-kira sebulan menjalani rawatan di Munich, Jerman. Satu acara sambutan telah diatur-susunkan. Semua pihak, individu dan NGOs serta parti politik Barisan Alternatif (BA) mengambil bahagian, masing-masing sebagai ‘pengarah’ sambutan. Semua pihak tidak sabar lagi untuk melihat dan berjabat salam dengan tokoh dan wira mereka itu.

Apa yang orang ramai ingin lihat nanti ialah seri wajah, gaya, penampilan serta jenakanya selepas sihat daripada mengalami sakit tulang belakang. Kalau dalam keadaan derita beliau masih boleh berjenaka dan menghibur orang ramai, tentulah selepas sihat dan mendapat kerihatan selepas diperapkan selama kira-kira enam tahun lebih, tentulah kepulangannya kelak tambah ceria dan menggembirakan.

Seperti ramai menjangkakan, kehadiran orang ramai menyambut kepulangannya tentu lebih ramai daripada bilangan mereka yang menyerbu airport KLIA untuk menghantarnya ke Jerman tempoh hari. Kerinduan dan harapan yang mereka sangkutkan ke atas bahu wira itu agar menjadi penyelamat mereka menjadikan orang ramai akan berpusu-pusu ke KLIA.

Menyedari kemungkinan itu, maka cadangan mengadakan sambutan itu di luar kawasan KLIA adalah sangat elok. Ini untuk mengelakkan berlaku kesesakan dan gangguan kepada mereka yang berurusan dengan KLIA.

Lagi pun, bila jumlah manusia bertambah susah untuk menguruskannya. Di dalam jumlah yang ramai, boleh berlaku apa-apa sahaja. Apa yang perlu diingat, walaupun ribuan yang hadir itu atas semangat dan harapan untuk meletakkan Sdr Anwar di atas persada kuasa sebagai kandil bangsa, tetapi masih ada yang membenci dan cuba meneruskan pengkhianatan kepadanya.

Musuh-musuh beliau yang belum insaf dan masih berlingkaran dengan nafsu akan terus memainkan peranan untuk melakukan sesuatu ke atas Anwar.

Kita faham kenapa mereka ini kurang senang terhadap bakal pemimpin agung semua bangsa itu. Kerana bagi mereka pembebasan dan kemunculan Anwar boleh mengganggu mimpi dan igau mereka. Ketika ini mereka sedang bermimpi untuk berada di atas kerusi emas. Justeru mereka akan berusaha dan melakukan apa sahaja demi impian mereka tidak terkubur.

Untuk tujuan itu, tidak boleh dalam baik (sembunyi) mereka akan lakukan di dalam jahat (nyata). Apa yang berlaku selepas beberapa jam Anwar dibebaskan, mereka telah menunjukkan kebencian mereka.

Mereka memulakan serangan mereka dengan mengeluarkan kenyataan yang menghiriskan sukma. Misalnya belum pun Anwar memasang niat untuk mengetuk pintu UMNO, (untuk melihat apakah bekas Presidennya sakit atau sihat, menggeletar atau tidak selepas mahkamah membebaskannya), mereka telah membuat kenyataan pintu UMNO untuk Anwar sudah tertutup.

Budak-budak UMNO yang tidak sepatutnya mencampuri percaturan politik orang tua, (kerana kurang pengalaman dan buta sejarah!) turut sama membuat kenyataan; kami tidak akan membenarkan walaupun seinci untuk Anwar memasuki UMNO! Wah... hebatnya budak UMNO ini.

Lebih melucukan lagi mereka teruk memburukkan Anwar sebagai penderhaka. Betapa jahil dan bodohnya kenyataan itu. Lebih memalukan lagi, sebagai orang Melayu mereka persis tidak memahami apakah definisi penderhaka sebenarnya. Dari konteks Islam (Melayu) penderhaka itu hanya berlaku kepada tiga keadaan (institusi) sahaja. Anak kepada ibu bapa, murid kepada gurunya dan umat kepada Nabinya. Dalam hubungan yang ditafsirkan oleh budak hingusan UMNO itu, definisi penderhaka itu tidak pun berlaku ke atas Anwar.

Apakah bekas Presiden UMNO yang sanggup mengaibkan orang itu boleh dianggap sebagai guru? Apakah parti UMNO itu boleh dianggap sebagai Ibu bapa? Tidak, jadi apakah makna penderhaka yang diucapkan itu. Kalau kita tidak memahami dan mengerti mengenai definisi, konotasi dan falsafah dan juga hujung jatuh sesuatu perkataan itu, lebih baik jangan cakap. Kalau kita cuba juga bercakap maka akan terserlahlah kepandiran kita.

Berbalik kepada majlis sambutan tadi kita semua kena hati-hati agar sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Tidak mustahil golongan yang pengecut dan ‘desprado’ itu akan mengambil kesempatan. Mereka boleh lalukan apa-apa termasuk menimbulkan kekecauan sehingga mencetuskan huru-hara pada majlis itu.

Mereka mempunyai ‘kepakaran jahat’ di dalam hal ini. Sejarah lampau menunjukkan bagaimana mereka berperanan. Beberapa siri tunjuk perasaan (puak reformasi) telah diganggu oleh mereka. Kesannya, ia memberi implikasi buruk kepada pihak reformis, mereka pukul, tangkap dan menyeretnya ke dalam black maria kemudian dibawa ke mahkamah.

Golongan yang pengecut itu sangat mengharapkan suasana itu bagi mereka menyuntikkan jarum jahat mereka. Bagi mereka itu adalah satu cara untuk menggagalkan agenda reformasi.

Seperti dihebahkan permohonan untuk mendapat permit di stadium Bukit Jalil masih belum diluluskan. Dan jika pun diluluskan, ia besar kemungkinan tidak dibenarkan. Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab ke atas stadium itu, yang juga bekas ‘Puteri Gergasi’ UMNO, Azalina Said telah membayangkan pihaknya keberatan untuk membenarkan stadium itu sebagai tempat menyambut kepulangan Sdr Anwar.

Eloklah kalau pihak tertentu yang menguruskan kepulangan Sdr Anwar nanti mencari jalan lain. Kalau boleh biarkan secara harmoni dan tidak menyusahkan mana-mana pihak. Pada saya, persediaan plan B atau C yang disembunyikan itu tidak berapa elok kerana ia boleh menimbulkan beberapa spekulasi dan tanggapan negatif kepada pihak reformasi. Lebih baik kita berterus terang sahaja.

Sekiranya sudah pasti tempat itu tidak dibenarkan, maka pengumuman mengenai di manakah majlis sambutan itu akan dibuat, hendaklah diumumkan segera. Rasanya tidak menjadi masalah, kalau tidak boleh di Bukit Jalil, atau di Shah Alam atau mana-mana tempat awam di Lembah Klang, mungkin di luar seperti di Johor, Pahang, hatta Pulau Pinang pun boleh di adakan. Para pejuang dan penyokong dan peminat Anwar akan bersedia pergi beramai-ramai ke mana sahaja tokoh telah teruji serta terbilang itu pergi.

Kalau enam tahun mereka boleh bersabar inikan pula untuk berkonvoi ke tempat ratusan batu!

Apa pun, sambutan itu kelak biarlah secara teratur, tenang dan suasananya kelak menggambarkan bahawa para reformasi sudah matang setelah melalui perjalanan pahit selama berbulan-bulan di awal meletusnya reformasi (1989) dahulu! – reformasi.

Tun Paduka Tuan - 22.10.2004

 
TERKINI: MAS Diarah Jangan Terima Tempahan Tiket Anwar
10.23.04 (12:29 am)   [edit]

MULANYA kerajaan Malaysia membantah layanan kerajaan Arab Saudi terhadap Anwar. Layanan ini termasuk lemudahan menggunakan jet khas keluarga diraja negara itu. Oleh itu, demi menjaga hubungan baik antara kedua negara, Anwar mengambil keputusan untuk tidak pulang dengan pesawat khas itu.

Namun, tindakan kerajaan Malaysia melangkau lebih jauh. Syarikat penerbangan MAS diarah agar tidak menerima tempahan tiket oleh Anwar, atau dengan kata lain tidak membawa Anwar pulang.

Oleh itu, Anwar terpaksa pulang dengan penerbangan pagi 31 Oktober ini dengan Saudi Airlines.

Tekanan banyak dilakukan oleh Mahathir. Pak Lah mengambil pendirian tidak campur tangan.

Mahakuda - 22.10.2004 (5.30 ptg)

 
PATUTLAH BISING PASAL TARIK BALIK GELARAN DATO’, RUPANYA DATO' SERI PADA ANWAR NAK DITARIK BALIK
10.22.04 (2:11 pm)   [edit]


Hari ini di dalam dua surat khabar yang berbeza Utusan dan The Star menyiarkan satu berita dengan berbeza. Bagaimana yang dimaksudkan berbeza. Lihat sendiri berita berikut bahagian yang dibesarkan:



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, Sultan Azlan memberi perkenan baginda demi memastikan penerimanya mempunyai pekerti mulia dan disanjung oleh masyarakat.


“Sehubungan itu juga sebuah jawatankuasa pemantau yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ditubuhkan bagi memantau rekod jenayah penerima darjah kebesaran negeri,'' katanya.

Menurut Tajol Rosli, jawatankuasa itu berfungsi untuk mengenal pasti nama-nama penerima darjah kebesaran negeri yang mempunyai rekod jenayah di samping memantau mereka.

Katanya, jika didapati seseorang penerima gelaran Datuk itu terbabit dalam kesalahan di mahkamah, nama mereka akan dibawa ke pengetahuan Dewan Negara Perak sebelum dipersembah kepada Sultan.

“Secara dasarnya Sultan kena perkenan dahulu sebelum sebarang pelucutan gelaran dilakukan,'' katanya.

Ketika ditanya terdapat antara penerima gelaran Datuk berkenaan berpotensi untuk dilucutkan, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan mengenainya.

"Kita masih mengkaji perkara ini,'' katanya.

Perak looks set to be the next state to take action against errant Datuks, according to Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, who announced yesterday that the state royalty had in principle agreed to withdraw all titles awarded to recipients found guilty.


He said the decision to withdraw state titles rested with the state-level Dewan Negara.

He added that the titles included the Seri Paduka Cura Simanja Kini bestowed on Datuk Seri Anwar Ibrahim


Mengapa Utusan cuba menyorokkan berita yang melibatkan Anwar Ibrahim? Mereka sebenarnya amat takut kepada sokongan rakyat Melayu kepada Anwar akibatnya orang bangsa lain akan tahu lebih dahulu daripada Melayu sendiri, akbar UMNO sendiri yang sering mengisytiharkan merekalah pejuang tulen Melayu di Malaysia. Inilah dasar pengamalan Melayu mereka yang berpilih-pilih. Orang Melayu telah mula meninggalkan UMNO dan akan berterusan meninggalkan UMNO dari masa ke semasa kerana UMNO tidak ada satu pun usaha memperjuangkan orang Melayu dari dulu, kini dan selamanya...


..….. Pak Ngah - 22.10.2004

 
30 Polis Barua Pengedar Dadah: Noh Omar Tukang Fitnah?
10.22.04 (2:09 pm)   [edit]

Oleh Inderaloka


Dato’ Noh Omar sejak menjawat Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah berjaya mempromosikan dirinya sebagai orang yang kuat bekerja.
 
Kekerapannya muncul dengan pelbagai isu kontroversi di layar media elektronik milik kerajaan mahu pun swasta sudah cukup mempopularkan pemenang nombor 7 anggota MT Umno di kalangan penonton setia slot berita /Buletin Utama.
 
Khabarnya PM Imam Hadhari juga selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah memberi kuasa penuh kepada Noh Omar untuk menerajui kementerian itu kecuali yang berkaitan dengan kelulusan mengeluarkan lesen memiliki senjata api.
 
Timbalan Menteri yang pernah menjadi guru dan dikaitkan dengan kejadian meraba payu dara beberapa orang pelajar (gadis sunti) keturunan India di Pulau Carey beberapa waktu dulu oleh musuh-musuh politiknya, sekilas pandang menyerlahkan bakatnya untuk memikul tugas lebih berat jika diberi kepercayaan.
 
Nampaknya tindakan Imam Hadhari melantik Noh sebagai pembantu kanannya di KKDN adalah tepat.
 
Kata pemuka-pemuka Umno yang kurang senang dengan kelincahan Noh: “Siapa tak kenal dengan Noh, disuruh menyalak dia menyalak, disuruh memburu dia memburu, kadangkala overacting pula tu!”
 
Sementara itu jentera propaganda Noh juga tak kurang hebatnya menjaja berita antara yang disemarakkan sejak menjelang pemilihan MT Umno bermula sehinggalah kini ialah kononnya Noh telah berkunjung ke Penjara Sungai Buloh khusus untuk menemui Dato’ Seri Anwar Ibrahim kira-kira dua bulan sebelum mantan TPM itu dibebaskan.
 
Di dalam pertemuan itu kononnya DSAI menyanjungi sikap Noh yang muncul sebagai satu-satunya pemimpin Umno berani mengunjungi beliau setelah hampir enam tahun di penjarakan di situ. Status cerita tersebut adalah sukar untuk diklasifikasikan; para penyokong Noh mati-matian mengiyakannya manakala yang kontra dengan beliau akan menganggap itu sebagai cerita karut.


Perihal Noh dikaitkan dengan cerita karut itu sebenarnya bukan terbit daripada kalangan pembangkang sebaliknya lebih berkisar di sekitar kabilah Umno sendiri.
 
Khabarnya sudah terdapat kelompok-kelompok tertentu di dalam Umno yang mencemburui Noh lantaran itu imejnya mesti digerhanakan perlahan-lahan .
 
Difahamkan dalam Umno Selangor sendiri terdapat pemimpin kanan tidak begitu gembira kerana PM Imam Hadhari terlalu mempercayai Noh.
 
Sudah ada cerita tersebar bahawa orang yang paling dipercayai PM di Selangor ialah Noh Omar bukan Dr Mohd Khir Toyo meskipun MB Selangor itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan pemenang No 1 anggota MT.
 
Pengolahan cerita karut versi Noh Omar itu disemarakkan oleh kumpulan tertentu itu apabila baru-baru ini beliau telah mendedahkan terdapat 30 orang anggota polis terlibat sebagai barua pengedar dadah.
 
Menurut Noh operasi pengedaran dadah itu tertumpu di pusat-pusat hiburan tertentu (ertinya secara tak langsung, premis-premis yang menawarkan pelbagai aktiviti maksiat itu turut dilindungi polis-polis terlibat).
 
Noh telah pun menyerahkan senarai nama tersebut kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan mengarahkan agar siasatan segera dibuat.
 
Belum pun dua minggu pendedahan berani itu dilakukan oleh Noh tiba-tiba sudah ada kenyataan dibuat oleh golongan tertentu (kabilah Umno) menyifatkan kemungkinan dakwaan 30 orang anggota polis terlibat sebagai barua pengedar dadah sebagai fitnah.
 
Sekiranya dakwaan tersebut dianggap fitnah oleh golongan berkenaan secara tak langsung mereka menuduh Noh Omar sebagai punca fitnah dan penyebar cerita karut. Nampaknya peranan PDRM yang diarahkan untuk menyiasat dakwaan salahlaku sebahagian daripada anggotanya itu telah diambil alih oleh golongan anti Noh Omar.
 
Munasabahkah pendedahan Noh itu dikategorikan sebagai fitnah? Kalau sumber maklumat itu tidak dikutip daripada kaki lima dan kutu rayau, sudah tentu sukar untuk semua pihak menafikan kesahihannya.


Lazimnya seorang Timbalan Menteri tidak akan membuat statemen bersumberkan input kabur kecualilah dia memang haprak suka mengutip maklumat tepian jalanan.
 
Selaku orang nombor 2 di dalam kementerian yang memproses dan menyimpan pelbagai data menyentuh bidang keselamatan dalam negeri,sudah tentu Noh Omar menerima maklumat berkaitan daripada punca-punca perisikan tertinggi dan canggih. Dalam hal ini SB dan lain-lain agensi risikan yang menyalurkan maklumat itu bukan pihak lain!
 
Bagi rakyat marhaen kuantiti tersebut (30 orang) adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan situasi sebenar.
 
Pasti ribuan anggota polis yang bukan sahaja terlibat sebagai barua pengedar dadah malah barua penyeludup, pengusaha mesin kuda, ekor gelap, pelindung pendatang haram, pelindung pengusaha kenderaan perniagaan (lori, bas, dll biasanya bayar rasuah secara bulanan), premis-premis pelacuran serta aneka maksiat dapat dikesan di seluruh pelosok tanah air jika pembongkaran besar-besaran dapat dilaksanakan secara telus dan berani.
 
Perihal PDRM yang telah sinonim sebagai pelindung aktiviti haram (jenayah) bukan cerita baru!
 
Apakah yang mendorong golongan anti Noh Omar menganggap dakwaan beliau sebagai fitnah? Jika mahu menjatuhkan Timbalan Menteri itu, carilah isu lain yang lebih sedap didengar bukan dengan membela sekumpulan manusia haprak dan bangsat laparkan wang haram meskipun terpaksa bersubahat dengan pengedar dadah.
 
Jika Noh tidak mahu dirinya digelar sebagai tukang fitnah beliau mesti komited dengan dakwaannya itu dan terus membongkar apa segala bentuk salahlaku pihak polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan,apatah lagi di kawasan parlimennya Tanjong Karang merupakan syurga bagi pengusaha mesin kuda, ekor gelap, pendaratan pendatang tanpa izin dan penyeludupan pelbagai barangan haram dan halal!
 
Jika kawasan sendiri pun sukar untuk dibersihkan ,kurang wajar Noh Omar ribut-ribut tidak tentu fasal nanti dikata orang kuman di seberang laut nampak gajah di depan mata tidak kelihatan! Amat haprak namanya tu!


Inderaloka - 21.10.2004

 
ITO, SKINHEAD DAN SALAHUDDIN AYUB
10.20.04 (4:51 pm)   [edit]
Semasa Ito membuat persembahan di Taman Melewar aku tak dapat masuk untuk menyaksikannya. Aku berada di luar Dewan kerana urusan lain. Pembesar suara hanyalah di buka sebelah dalam dewan Walau di saat Ustaz Aqil menyanyi lagu BPR dan Raihan suaranya terlepas keluar dewan mungkin kerana gangguan sistem pembesar suara atau memang sengaja crew konsert malam itu membukanya untuk peminat Ustaz Aqil dan Ito yang berada di luar dewan yang tidak masuk mungkin sebab tak ada duit nak beli tiket atau pun sememangnya tak mahu masuk kerana nak menjeling-jeling guru PASTI yang datang dari seluruh Malaysia pada hari itu. (Aku tak termasuk dalam golongan jeling-jeling ni… kalau aku nak, aku pi habaq terus). Alamak ada intro pulak tulisan kali ni..

Aku kenal Ito sewaktu aku dalam darjah 4. Waktu itu kalau ada skinhead pun tak boleh nak lawan dengan BLUES. Semuanya blues waktu itu. Yang dok hentam Ito sekarang ini pun waktu tu BLUESSSSSSS… Mentang-mentang dah alim sekarang ni terlupa pulak yang dia waktu mudanya BLUES Gilerr. Amboi sekarang pantang tengok SKINHEAD maki hamun yang bukan-bukan orang PAS yang dulunya BLUESSSSS. “APO NAK DI KATO…. KALAU BOLEH NAK JADI USTAZ SEKOLAH KET KOLA PILAH..”

Kalau dalam akhbar ruangan hiburan aku paling suka membaca tulisan Ito. Ito pernah menjadi penulis tamu dalam akhbar Berita Harian dalam sekitar tahun 1995. Satu artikel tulisan Ito yang masih aku ingat sehingga kini ialah apabila Ito menulis tentang PAS ketika itu. Menurut Ito beliau sering menghadiri ceramah PAS di sekitar Kuala Lumpur, Ito menyatakan bahawa beliau sememangnya tertarik dengan PAS ketika itu. Ito tahu UMNO tak betul sebelum Anwar yang buat-buat baru tahu UMNO tak betul, cumanya yang menjadi persoalan Ito ketika itu adalah sama seperti yang menjadi persoalan Siti Norhaliza. (Nak termuntah bila kena tulis nama budak pompuan yang makan teloq dalam jamban ni). Kata ito ketika itu andainya PAS memerintah di manakah golongan artis seperti mereka (PERHATIAN: Siti Norhaliza bukan artis…. Wekkkkk) PAS hendak letakkan.

Kini hampir 10 tahun persoalan itu telah terjawab.. PAS meletakan Ito di atas pentas Dewan Dato” Hj Fadzil Mohd Noor yang selalunya hanya di naiki oleh pimpinan PAS sahaja. Inilah kehebatan pemuda PAS era YB Salahudin. Tahniah Brader Salahudin… We Salute U. Setelah tindakan Demo membantah konsert Scorpions bertukar kepada beramah mesra dengan peminat Scorpions Brader Salahudin sekali lagi mencipta sejarah baru PAS dengan menjemput Ito dan Ghani berada di atas pentas bersama gitar dan harmonica. Tapi kalau selepas ini PAS nak jemput CT Norhaliza naik pentas aku sepak kau YB.

Tindakan pemuda PAS era Salahudin mencari kawan dan mengelak bermusuh seharusnya di beri sokongan 200%. Cumanya jangalah hanya hendak mencari undi maka sanggup berbuat demikian. Brader Salahuddin punya orang seni seperti Muhaimi Sulam. Ala kalau Muhaimi tak boleh buat kau panggil je aku……
Pemuda PAS jangan jadi macam orang PAS.. Orang PAS bila NTV7 cerita pasal SKINHEAD depa lagi dahsyat maki SKINHEAD dari NTV7 dan METRO pada hal kat dalam kereta depa tape Hindustan pun ada tapi simpan bawah bangku sebab nak berlagak alim. Brader Salahudin lepas ni kena turun lorong-lorong tempat SKINHEAD gig. Lagi pun rambut Brader dah memang keras jadi mudah la masuk gang SKINHEAD ni. Tanya depa apa pasal UMNO benci depa. Tanya depa kenapa depa benci polis. Tanya depa jugak percaya tak kalau PAS perintah depa boleh gig atas pentas PAS seperti mana yang kita tak pernah menjangka yang Ito akan menyanyi atas pentas PAS 10 tahun yang lalu. Bukankah Rasulullah pernah berjanji pada Suraqah Bin Malik Al Mudlaji yang mahu membunuh Rasulullah dan Abu Bakar bahawa suatu hari nanti gelang kebesaran maharaja Rom akan menjadi milik Suraqah??? Adakah SKINHEAD tak layak mendapat hidayah Allah jika nak di bandingkan dengan orang yang hendak membunuh Rasulullah.

UNICORN THE SKINHEAD
survivalunicorn@yahoo.com - 20.10.2004
 
PAGER: Menjelang Kepulangan Negarawan DSAI
10.20.04 (4:49 pm)   [edit]
Kemungkinan besar DSAI akan balik sekitar 31 Oktober 2004. Diharapkan tarikh ini diberikan perhatian serius oleh kita semua. Satu mobilisasi rakyat besar-besaran perlu digerakkan untuk menyambut DSAI.

Perlu diberi perhatian mobilisasi ini perlu digerakkan dengan teratur dan bersistem, dalam suasana keraian atau kesyukuran. Imej sambutan 31okt tersebut akan terus terlekat untuk perjuangan kita selepas ini. jika ia mampu di susun teratur dengan sambutan rakyat yang besar maka imej itu di sebelah kita.

Untuk tujuan tersebut Pusat Aktivis Gerakan Reformasi Malaysia (PAGER), Wisma Anwar Ibrahim menawarkan satu pakej istimewa untuk sesiapa yang mahu mengadakan program taklimat mobilisasi kepulangan anwar ibrahim di tempat mereka. (bercorak seperti ceramah kelompok / umum - tapi tidak begitu besar dgn sesi tayangan video khas dan sesi interaksi)

Kami akan turun dengan
PA System + 2 mic
LCD projector
Vcd player
skrin besar
tayangan VCD Dokumentari khas
4 petugas dengan kenderaan khas + kenderaan ada speaker besar (dicat dengan logo dan gambar DSAI pejuang rakyat) akan mengedarkan 2000 risalah percuma kepada orang ramai - akan bermula petang hari tersebut.
Taklimat (sumbangan penceramah berasingan kami cuma dapatkan penceramah yang sesuai sahaja)
Kami bersedia turun ke tempat/ kawasan saudara dengan semua di atas dengan sumbangan minima rm 400 sahaja (utk cover kos ajer tu)

untuk anda yang berminat sila hubungi

Badrul Hisham Shaharin, co ordinator, Pager, Wisma Anwar Ibrahim, 016 324 2564
Marvin, co ordinator, Pager, Wisma Anwar Ibrahim, 012 665 7329
Ryzal, co ordinator, Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, 013 455 9558 / 016 4599484

Semoga dengan cara ini dapat mempertingkatkan kesedaran rakyat mengenai kepulangan negarawan negara, anwar ibrahim

Tawaran ini untuk semua pertubuhan politik, ngo atau mana - mana kumpulan yang nak bersama menyumbang ke arah mobilisasi rakyat menjelang peristiwa besar itu.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Penyelaras
Pusat Aktivis Gerakan Reformasi Malaysia (PAGER)
suite 1-A, Ting 1, Wisma Anwar Ibrahim,
Taman Sri Putih, Jalan Tok Ungku, Seremban
0163242564 / penerangan_keadilan@yahoo .com

Edisi 20.10.2004
 
Kerajaan Malaysia tidak senang layanan Saudi kepada Anwar
10.19.04 (11:43 pm)   [edit]

JEDDAH, 18 Okt (Hrkh) - Kerajaan Malaysia dikatakan tidak senang dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Sebuah laman web, Laman Marhaen menyebut kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra mengemukakan bantahan tidak rasmi kepada kerajaan Arab Saudi terhadap layanan yang diterima Anwar. (Mahakuda: Kerajaan Bantah Layanan Saudi Terhadap Anwar)

Apabila dihubungi melalui telefon, seorang ahli keluarga Anwar yang bersama rombongan beliau di Jeddah mengesahkan wujudnya isu bantahan tersebut.

"Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan setakat ini, sama ada bantahan itu dikemukakan secara rasmi atau tidak, " kata beliau yang tidak mahu namanya disiarkan.

Anwar tiba di Jeddah dari Munich untuk menunaikan Umrah dengan pesawat khas kerajaan Arab Saudi 11 Oktober lepas.

Sebaik tiba, beliau disambut mengikut protokol diraja negara itu dan menunaikan ibadah itu keesokan malamnya dengan diiringi pengawal istana.

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia dikatakan tidak senang dengan layanan yang biasanya hanya diberikan kepada ketua kerajaan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar yang kini berada di Madinah diberi penghormatan untuk menunaikan solat waktu dan Tarawih di sebelah makam Baginda Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi, kata pembantu peribadi beliau, Azmin Ali.

Menurut Azmin, pada sebelah malam, Anwar ditempatkan di Raudah, taman yang dikatakan paling baik untuk berdoa.

Anwar dan rombongannya tiba di Madinah selepas selesai menunaikan umrah di Mekah untuk tujuan ziarah, jam 8.30 malam waktu Malaysia, 16 Oktober lepas.

Sebelum itu, Anwar baru sembuh dari menjalani rawatan tulang belakang mengadakan solat Jumaat pertama beliau selepas pembedahan di Masjidil Haram, Mekah, 14 Oktober lepas.

Anwar juga menunaikan solat Tarawih dan Witir sebanyak 23 rakaat di masjid yang sama.

Anwar akan bertemu pemimpin dan ahli perniagaan Arab Saudi sebelum pulang ke tanahair yang dijangkakan pada 31 Oktober nanti. --ER/zs

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10181&" title="http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10181&" target="_blank"http://www.harakahdaily.net/a...;mode=thread&order=0

 - 18.10.2004

 
KREDIBILITI UMNO DIPERTIKAIKAN: DR M
10.19.04 (11:42 pm)   [edit]

Dalam akhbar THE STAR hari ini terdapat wawancara eksklusif bersama bekas PM Dr Mahathir. Dr M telah menghuraikan secara panjang lebar pandangannya berhubung isu-isu semasa. Yang menarik adalah komen beliau terhadap Umno dan wabak politik wang.


Beliau mendakwa politik wang sebenarnya telah wujud dalam Umno sejak sekian lama. Dalam tahun 1975 semasa beliau bertanding jawatan Naib Presiden terdapat orang tertentu yang menemui beliau untuk mendapatkan wang bagi membeli undi mereka ketika itu:


But usually corruption in Umno I know is giving money. There were people who came to me before I was elected vice-president (1975) and told me if I gave them money they were prepared to give me a bloc vote.


Tambah beliau ianya menjadi semakin kencang semasa Tengku Razaleigh mencabar beliau dan kini ianya semakin parah. Lantaran itu katanya imej Umno semakin rosak. Politik wang menjadi-jadi kerana Umno tidak berupaya mengatasinya dari dalam. Tidak ada sesiapa yang berani tampil kedepan mendedahkan perlakuan sumbang ini, keluh beliau.



Thats the problem with money politics. People talk about it but people do not want to do anything about it. In fact two of the most senior people who lost (in the Umno elections) have said they know who but they cannot reveal because it would hurt their friends. Now if you are thinking about your friends then of course lets not talk about money politics. But if you are thinking about the nation, the people, the morality of the people, the success or failure of the people whether we elect corrupt leaders or not, then we must start, we must say "He is the one who gave."


Bersungguh Dr M apabila membicarakan masalah politik wang ini. Yang anehnya politik wang dizaman Pak Lah ni Dr M menuntut agar yang memiliki bukti tampil kedepan, namu politik wang di zamannya, sebagaimana yang beliau sendiri dedahkan di atas, tak pula Dr M membongkar siapa petualangnya. Agaknya sebab dia menang macam Isa Samad maka tak perlulah mendedahkannya, macam Adnan yang kalah maka wajib mendedahkan petualangnya.


Masing-masing garu kepala nampaknya?

Sesungguhnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sambil kita berdiri solat tarawih di belakang imam hafiz dikebanyakkan masjid dan surau yang membawa satu juzuk setiap malam, eloklah kita renung-renungkan ayat berikut.

Allah swt berfirman dalam Surah An Nisa' ayat ke 135:


Hai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapamu dan kaum kerabatmu samada dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih utama dari kemaslahatan keduanya. Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu sehingga kamu tidak berlaku adil. Dan jika kamu memutarbelitkkan keadilan atau menolak menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.


Selagi politik wang tinggal sebagai bahan sebutan tanpa ada yang berani tampil menjadi saksi atas dasar kebenaran, maka selagi itulah kredibiliti Umno akan semakin longgar dan pudar dari hari ke hari.


Berita berkaitan: Alex: The Star: Mahathir 'frustrated' with corruption in Umno

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 18.10.2004

 
KALAU RAMAI DAH TAK MAHUKAN KITA, KITA BERUNDURLAH...
10.19.04 (11:41 pm)   [edit]

Pak Ngah tetap kenang jasa DS Samy Vellu yang telah menjadi menteri semenjak 1979 lagi. Masa telah berubah bak kata pepatah “Sekali air bah sekali pantai berubah”. Apa salahnya, kan ianya lumrah alam. Di kampung Pak Ngah ini ada seorang imam, warak orangnya, kalau nak cari ganti memanglah sukar tetapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini ramai pula anak-anak kampung lulusan Al Azhar telah kembali. Sebutan huruf dan bacaannya anak muda jelas dan penuh tertib dan tajjuwidnya. Sebagai seorang imam yang warak dan berilmu beliau dengan berlapang dada melepaskan jawatannya dan melantik anak kampung yang muda pula. Begitulah agaknya tertib orang berilmu ye.


Dalam suasana politik tanah air ianya amat berbeza. Gesaan oleh Ahli-ahli Parlimen BN kepada DS Samy Vellu kian berpanjangan, jawab menjawab, kesudahannya siapalah yang tahu. Berikut petikan akhbar utama pada hari ini:


Hanya PM berhak tentukan kedudukan saya - Samy Vellu
Oleh: ZALINA YAHAYA
SEREMBAN 17 Okt. - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan, hanya Perdana Menteri yang berhak menentukan kedudukannya sebagai menteri dan bukannya mengikut telunjuk dan desakan ahli-ahli Parlimen.


Kata beliau lagi, hanya Perdana Menteri sahaja berhak memecatnya jika didapati prestasi beliau tidak baik dan tidak layak lagi menjadi menteri.

"Soal letak jawatan terletak pada Perdana Menteri, tetapi kalau ahli Parlimen menuding jari kepada saya dan meminta saya letak jawatan, ia bukan satu perkara yang baik,'' tegasnya di sini hari ini.


Semenjak dahulu kita tak pun pernah dengar ada masalah, tetapi bila adanya gesaan supaya meletak jawatan baru timbul masalah. Kan lebih baik dari dulu, semua masalah ini didedahkan, barulah semua rakyat boleh nampak di mana sebab musababnya. Maklumlah rakyat mana boleh korek atau cari rahsia kerajaan sebab adanya OSA. Elok jugalah bila berlaku keadaan seperti ini, bolehlah rakyat melihat siapa yang membuat masalah tersebut.


Lihat petikan berikut:


Dalam laporan itu Samy Vellu berjanji mendedahkan ‘siapa yang membuat masalah’.


Menteri itu yang dikecam di Dewan Rakyat minggu lalu berikutan beberapa masalah yang timbul berkaitan projek seliaan kementeriannya juga berjanji menjawab ‘segala-galanya’ di Parlimen kelak.

Samy Vellu berkata, beliau akan memberi penjelasan kepada Abdullah sebelum membentangkan dalam mesyuarat Kabinet, keesokan harinya dan menyerahkannya kepada media jika mendapat kebenaran Perdana Menteri.


Kenyataan DS Samy Vellu ini adalah ekoran dari kenyataan PM semalam yang berbunyi:



Beliau mengulas mengenai kenyataan Abdullah kelmarin yang kecewa dan tidak berpuas hati dengan masalah pelaksanaan dan penyelenggaraan projek kerajaan, terutama berkaitan Kementerian Kerjaraya.


Sehubungan itu, Abdullah mahukan Samy Vellu menyerahkan laporan dan memberi penjelasan kepada beliau berhubung semua projek bermasalah di bawah seliaan kementerian itu.

Antara projek terbabit termasuk keretakan 31 daripada 33 tiang jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong dekat ibu negara, hospital berkulat di Johor Bahru dan terbaru kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung, di Ipoh, Isnin lalu.

Masalah beberapa sekolah di Johor, Melaka dan Langkawi yang masih gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun siap pada 2001 serta kelewatan projek jalan berkembar di antara Mentakab dan Temerloh, turut menjadi perhatian Abdullah.


Berhubung dengan kenyataan DS Samy Vellu seperti berikut ini, terserahlah kepada rakyat untuk menilai sendiri kesudahannya.



Ketika ditanya mengenai kritikan, termasuk desakan daripada Ahli Parlimen yang menyuruhnya meletakkan jawatan berhubung masalah projek berkenaan, Samy Vellu menyifatkan ia tidak adil, sukar dipercayai dan perlu diabaikan.


“Sekiranya itu prosedurnya (untuk suruh menteri letak jawatan), setiap menteri kena letak jawatan. Jika berlaku hujan lebat, menteri kena letak jawatan, berlaku kemalangan jalan raya, seseorang meninggal dunia di hospital... menteri kena letak jawatan?”

“Saya fikir (desakan meletak jawatan) itu tidak adil, sukar dipercayai dan perlu diabaikan. Sebaliknya, saya akan bentang dan menjawab segala-galanya di Parlimen nanti. Saya tidak takut pada sesiapa.


Akhirnya dari Pak Ngah, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kemarau setahun hujan sehari manakan dapat petani bercucuk tanam. Setiap sesuatu peristiwa yang berlaku tentulah ada hikmahnya, Sekiranya permata, walaupun di dalam Lumpur tetap terpancar cahayanya tetapi kalau kaca digilap bagaimana pun ianya tetap kaca. Selamat berpuasa dan bergembiralah di bulan penuh barakah dan nikmat ini. Salam daripada Pak Ngah dan rajin-rajinlah Tarawikh dan meningkatkan amal kebajikan yang lain semoga kita ketemu Lailatulqadar.


..….. Pak Ngah - 19.10.2004

 
ISU REFORMIS PAS: JANGAN MAIN TUDUH-TUDUH
10.18.04 (10:13 pm)   [edit]

Cerita masuk UMNO bukan cerita main-main. Begitu juga cerita masuk PAS. Ini cerita Syurga dan neraka. Mungkin kasar bila membacanya tapi inilah hakikatnya. Bila REFORMIS PAS menulis kenyataan Timbalan Presiden PAS tentang isu Anwar ada juga kawan-kawan yang cuba serkap jarang yang REFORMIS PAS itu adalah aku. Aku ingin bertanya pada sahabat sekalian mengapa kalau aku yang menulisnya aku harus berlindung di sebalik nama yang lain. Aku bukan penakut seperti sesetengah ustaz dalam PAS. Dalam setiap tulisan aku sudah pasti akan aku cc kan email aku kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali ataupun sebaliknya. Kalau dulu ada yang bertanya siapa UNICORN tapi kini sahabat-sahabat di Penang ni semuanya dah tahu siapa UNICORN. Sama ada aku memuji atau aku menghentam PAS aku tak pernah berselindung di sebalik nama yang lain. Bila timbul cerita REFORMIS PAS menghentam Ustaz Hassan Shukri, sahabat-sahabat sekalian tercari-cari siapa itu REFORMIS PAS.. setelah tak berjumpa akhirnya ditekanya akulah yang menulis cerita itu. Mungkin semasa Ustaz Hassan berucap di Markas Tarbiah PAS Pongsu 1000 aku pun turut serta dalam program itu. Mengapa begitu mudah sahabat sekalian termakan perang saraf yang dibuat UMNO. Relax la brader semua, kalau aku nak hentam ustaz Hassan aku tak payah nak berselindung di sebalik nama lain. Dalam program hari tu pun aku boleh hentam, cumanya tak ada apa benda yang aku nak hentam Ustaz Hassan. Yang aku nak hentam tu hampa. Kalaulah ustaz Hassan bagi peluang pada aku untuk kemukakan soalan hari tu aku nak Tanya Ustaz satu soalan. Soalanya berbunyi begini:-
 
“Ustaz saya ada satu soalan. Dulu semasa Ustaz Fadzil menjadi presiden apa apa saja yang diterbitkan atau bahan bercetak yang pemuka-pemuka PAS buat mesti punyai 3 orang gambar pimpinan. Pertama TG Nik Aziz, kedua Ustaz Fadzil dan ketiga Ustaz Hadi. Mengapa sekarang bila ustaz menjadi timbalan presiden susah benar nak cari gambar ustaz di buku-buku Cenderamata, banner atau lain-lain yang orang PAS cetak yang ada hanyalah gambar TG Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Contoh yang paling ketara Muktamar ke 50 di Kelantan satu pun gambar ustaz tak ada. Adakah kerana pemuka-pemuka PAS ini tak suka ustaz jadi timbalan presiden ataupun kerana ustaz tak pakai sereban macam TG Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Kalau nak kata Ustaz tak hensem, saya rasa ustaz hensem lagi dari Tok Mat Bulat si Kapir Pulai tu. Mungkin ustaz kena gantikan gelaran ustaz tu kepada tuan guru dan selepas tu kena pakai sereban baru pemuka-pemuka PAS ini akan masukkan gambar ustaz. Sekian terima kasih”.
 
Jadi kau orang semua jangan la sedap mulut je tuduh aku yang bernama si bodoh REFORMIS PAS tu. Jahat-jahat aku pun aku taklah pelaq macam REFORMIS PAS. Bukannya tahap kau nak mempertikaikan apa yang pimpinan buat walaupun Ustaz Hassan sememangnya tak menyentuh soal Anwar seperti yang di dakwa oleh AL PELAQI REFORMIS PAS. Bagi aku isu Anwar cukup jelas bagi orang PAS dan tak perlu untuk dibincangkan. Kalau betul Anwar ikhlas PASlah pilihannya dan kalau sebaliknya UMNOlah pilihannya. Dalam dunia ini yang ada adalah antara Hak dan Batil dan di akhirat yang ada hanyalah Syurga dan Neraka. Lebih baik berkawan dengan UMNO yang terang-terang UMNOnya dari berkawan dengan yang malap-malap UMNOnya. Ini soal aqidah bukan soal amerika suka atau tak suka cumanya bagi aku soal nak lawan UMNO kalau yang UMNO itu Tok Alim dan yang lawannya itu hindu Tok Sami sekalipun aku tetap sokong Tok Sami hindu. Bukan lawan UMNO kerana dia zalim, bukan lawan UMNO kerana dia jahat tapi aku lawan UMNO kerana UMNO ni kapir.
 
“You never learn the things in school
You learn by living and going through
You taught me how to be myself
How can I thank you”


UNICORN THE SKINHEAD
survivalunicorn@yahoo.com - 17.10.2004

 
PAK SAMY... SAYA PUN BOLEH JADI MENTERI KERJA RAYA!
10.18.04 (10:12 pm)   [edit]

Oleh Tun Paduka Tuan


Bingung juga kepala Menteri Kerja Raya, Samy Vellu, apabila kena keronyok dan buli oleh para ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di Parlimen minggu lepas. Mungkin teruk sangat kesnya sampai Presiden MIC itu diminta letak jawatan. Tentu kalau Abdullah Badawi al-Hadhari tidak campur tangan minta budak-budaknya berhenti, makin banyak yang bersuara mendesak Pak Samy meninggalkan kabinet.

Terima kasih dan syabas kepada mereka (YB) yang telah mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2005 untuk Kementerian Kerjaraya sambil mendedahkan kelemahan Samy dan menimbulkan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam projek yang dilaksanakan oleh kementerian Samy.

Wakil rakyat seperti itulah yang kita mahu, berada di dewan membawa aspirasi rakyat dan bukannya mengukuhkan tokoh idola masing-masing, walaupun tokoh itu berkerapu, berkurap dan berpenyakit sopak (kudis buta bernanah di waktu malam).

Kalau menteri itu orang Melayu mungkin dia sudah gelabah dan sudah menghitung hari-hari akan datang. Tetapi tidak pada Samy. Beliau nampaknya selamba sahaja. Dalam reaksi pertamanya beliau rileks menjawab masalah tanah runtuh dan bencana alam itu dengan mengatakan ia masalah semula jadi. Katanya sesiapa pun yang jadi menteri akan menghadapi masalah sama. Senang Samy melepaskan diri. Wah.... pandai Pak Samy... bercakap soal takdir.


Kerana beliau menjustifikasikan kesnya dengan masalah takdir saya ingin ulas sedikit. Saya ingin tanya Pak Samy, takdir yang berlaku itu apakah ianya langsung daripada Tuhan, ataupun kerana kecuaian manusia juga? Maksudnya ada sangkut paut dengan manusia?

Ingat Tuhan tidak akan menurunkan bala ke atas sesuatu kaum itu kalau bukan kerana kedurjanaan kaum itu. Kaum-kaum yang diturunkan bala ialah mereka yang durjana. Kedurjanaan itu antara lain ialah kerana kecuaian jaga alam sekitar, kejahilan (kurang ilmu), kedegilan – tidak mendengar nasihat, tamak haloba sehingga mendorong rasuah, dan sebagainya.

Di sini boleh difahami, tanah itu runtuh kerana manusia telah membongkarkan pasak bumi. Konkrit jejambat yang runtuh itu disebabkan simen tidak cukup atau kekurangan jerjak besi (kerana nak jimatkan wang) (wang terpaksa dijimatkan kerana nak bagi kepada tol-tol di tengah jalan). Begitu juga bangunan hospital di Johor itu tidak tumbuh kulat kalau alat perawat bangunan yang digunakan berkualiti tinggi dan ada pula pemantau dari pegawai JKR.

Saya harap Pak Samy jangan membabit dan menyalahkan Tuhan dan takdir di dalam hal ini!  Jawapan Pak Samy itu boleh diterima oleh orang yang bodoh dan tidak mengetahui tentang wasilah hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam dan mengakui bahawa apa-apa yang berlaku di atas dunia ini adalah disebabkan oleh kelalaian (ghafi) dan ketamakan manusia juga.

Bagaimana pun apabila Abdullah Badawi al-Hadhari menasihati budak-budaknya bertenang sambil meminta Samy memberi jawapan dan penjelasan, menjadikan Samy tenang semula. Samy tidak perlu  gundah gulana kerana ia masih ada ruang untuk bersilat meloloskan dirinya dari kepungan ahli Parlimen.

Samy akan memberi jawapan bukan sahaja untuk membela dirinya. Dia akan memberi jawapan ‘sangat’ memuaskan hati Abdullah dan sekalian wakil rakyat yang membangkitkan soalnya. Sudah tentu dalam tempoh beberapa minggu ini – menjelang sidang Parlimen yang akan disambung selepas puasa nanti, Samy sudah ada jawapan yang kemas dan memuaskan.

(Satu formula untuk Samy bagi memudahkan kesnya selesai, kalau ada apa-apa projek di kementeriannya, panggillah yang bersuara itu dan berikan mereka satu seorang projek, pasti ianya akan khlas -- selesai!)

Soal pembinaan melibatkan soal teknikal. Soal teknikal sepertilah soal perundangan di mahkamah. Dengan sebaris ayat, atau sebutir titik sahaja ia boleh merubahkan makna dan keputusan. Saya tidak nampak Samy akan terperangkap di dalam kata-katanya itu. Dia akan lepas. Sejarah sebelum ini sudah banyak menunjukkan Samy ‘cemerlang’, ‘gemilang’ dan ‘terbilang’  dalam menghadapi situasi buntu seperti itu. Kalau tidak masakan sampai begitu lama dia di Kementerian Kerjaraya itu. Rakan sejawatannya Ling Liong Sik sudah pun kena tendang?

Apa kata kalau di dalam jawapan (pertemuan tertutup) dengan Abdullah nanti, Samy akan menjawab, soal-soal teknikal itulah; kelemahan kontraktor – yang tidak ada pengalaman, kepakaran serta kewangan yang mencukupi, yang menjadi punca berlaku segala masalah itu. Dan kenapa kontraktor demikian dipilih ialah kerana kehendak pihak atasan?

Dalam bahasa yang mudah difahami walaupun oleh budak tadika, kontraktor itu adalah di kalangan kroni dan kaum kerabat UMNO dan parti BN sendiri. Takdirnya itulah jawapan, dan Samy mendedahkan kedudukan sebenarnya, apalah yang Abdullah boleh buat? Apakah Islam Hadharinya sanggup mengambil tindakan?

Saya tidak mahu menjawab, tetapi memulangkan pertanyaan ini kepada kita semua. Apa yang berlaku ke atas Samy Vellu itu adalah satu ujian besar kepada Abdullah. Apakah beliau akan tegas dengan janjinya, bahawa setiap janji yang dilafaz katanya, bukan janji politik. Atau beliau tetap terikat dengan amalan tolak ansur, hormati menghormati sambil poket (parti) mendapat wang, birokrasi dan amalan sebelum ini! Kita tunggu selepas ini.

Bagaimanapun saya yakin, selepas Samy berjumpa Abdullah, isu yang dibangkitkan itu pun akan senyap sunyi sehinggalah berlaku apa-apa bencana lain, barulah ia akan ditimbulkan kembali. Selamanya isu-isu penyelewengan atau skandal peringat tertinggi sebegitu akan jadi seperti cerita bangau oh bangau, yang berakhirnya dengan pengakuan sang ular berbunyi “memang ia makanan aku… memang ia makanan aku!.

Habis....

Tun Paduka Tuan - 17.10.2004

 
Respons: Layanan Kerajaan Arab Saudi Terhadap Anwar
10.17.04 (6:41 pm)   [edit]

Apabila rakyat Malaysia mendapat khabar bahawa mantan TPM Anwar Ibrahim dilayan secara istimewa tentu ada yang berasa janggal. Anwar bukan lagi TPM, hanya mantan TPM malah mengikut undang-undang Malaysia (yang dikhaskan kepada Anwar!) Anwar adalah mantan banduan. Anwar mantan pesalah jenayah. Oh ya, Anwar kepada sebahagian kecil mereka, Anwar bukan sekadar mantan si banduan pesalah jenayah, malah wajib disebut kesalahan jenayahnya ialah berkaitan seks luar tabi'i.
 
Penulis catatkan pengalaman kecil sewaktu mengerjakan haji pada tahun 2001. Di Arab Saudi kebanyakan masyarakatnya mengikuti peristiwa Anwar tahun 1998 akan memberi tanda jempol (bagus) sambil mengucapkan nama Anwar dan menurunkan tanda jempol apabila menyebut nama Mahathir. Apabila penulis mengkhabarkan penulis hadir dari Malaysia, mereka kaum peniaga itu mengatakan Malaysia Boleh dan Anwar bagus sambil menunjuk tanda jempol!
 
Sewaktu penulis bersama rombongan membuat lawatan ke tiga tempat jamrah sekitar dua pekan sebelum kemuncak haji, di salah satu tembok bulatan itu tercatat dengan jelas frasa ayat 'Mahathir syaitan!'. Frasa ayat itu mahu merujuk bahawa apabila jemaah mahu merejam si syaitan, maka seharusnya mereka juga mengingat Mahathir selaku syaitan terkutuk (?). Namun kunjungan kedua ketika hampir musim kemuncak haji ke tempat yang sama, tulisan itu sudah dipadamkan oleh kontraktor yang ditugas mengecat dinding jamrah itu.
 
Saat bilangan para jemaah kian bertambah kerana kian dekat hari wukuf, penulis melihat satu manusia diiringi pasukan pengawal untuk melakukan tawaf dan saie di Masjidil Haram. Setelah diperhati rupa-rupanya manusia itu ialah mantan Presiden Indonesia Pak Habibie. Sebelum Pak Habibie itu diiring menuju ke arah istana al Malik Fahd di tepi Masjidil Haram, banyaklah jemaah Indonesia termasuk penulis menjabat tangan beliau. Penulis mengkhabarkan layanan terhadap Pak Habibie kerana sudah menjadi tradisi kerajaan Arab Saudi meladeni orang kenamaan dan mereka yang sudah mantan sebagai penghormatan, tambahan pula nama itu punya nilai istimewa kepada rakyat negara itu. Penulis juga sempat melihat Datuk Hamid Othman diiringi Duta Malaysia Wan Mokhtar tahun 2001 itu diladeni seperti Pak Habibie!
 
Apakah kembalinya Anwar nanti ke Malaysia, beliau akan dilayan seperti hari-hari selepas beliau digusur dari jawatannya selaku TPM?


Kiriman: Haji Labu

 
AMALAN DEMOKRASI TERCEMAR:RAMAI AHLI PARLIMEN MINTA MENTERI LETAK JAWATAN, TETAPI TAK MAU LETAK JUGA
10.17.04 (6:40 pm)   [edit]

Mereka adalah golongan yang sentiasa memekikkan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan demokrasi. Anehnya tetapi telah jadi amalan bagi mereka, bila terkena di kalangan pemimpin mereka, mereka menolak demokrasi. Dari memilih barisan kepimpinan hinggalah yang tidak mampu lagi memimpin pun masih nak berpaut juga. Mesti ada sesuatu yang istimewa hingga mereka sanggup dicemuh, dikecam dan berbagai lagi tetapi tetap sanggup memegang jawatan. Satu kajian dan penyiasatan rapi perlu dilakukan bagi mendapatkan fakta dan kebenarannya.


Nampaknya hanya PM seorang yang mempertahankan DS Samy Vellu sementara yang lainnya menerima saranan Ahli Parlimen semasa di Parlimen. Apa kata PM: Walaupun Ahli Parlimen berhak untuk memberikan apa juga pandangan di Dewan Rakyat, namun mereka tidak wajar untuk bertindak sehingga meminta menteri meletak jawatan. "Sebenarnya kita ada peraturan di mana ahli-ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan tak boleh ambil tindakan mendesak mana-mana menteri meletakkan jawatan mereka,'' katanya.

Yang peliknya ada pula tambahan kata-kata ini, sekejap cakap macam ini, kemudian macam itu pulak, betulkah apa yang dicakapkan ini: Abdullah bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen mempunyai hak untuk mengetahui apa juga tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan membahas sesuatu perkara yang membabitkan kementerian-kementerian.

PM perlu ambil perhatian dari kata kata Datuk Shahrir ini: "Ahli Parlimen kita pun semuanya cerdik-cerdik belaka (berpendidikan tinggi). Mustahil mereka mahu dengan sewenang-wenangnya meminta menteri letak jawatan,'' katanya

Bagi Samy Vellu inilah jawapan terkini beliau, seperti biasa:,


Saya jawab kecaman pada persidangan Parlimen akan datang - Samy
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau hanya akan membalas kecaman oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang memintanya meletakkan jawatan kerana beberapa isu kelemahan di kementerian itu pada persidangan Parlimen akan datang.


Katanya, mereka bebas untuk membuat kecaman, tetapi beliau mempunyai jawapan tertentu dan perlu dijawab secara berhemah di Parlimen.

"Tak apa, biarlah mereka mahu kata saya begitu di Parlimen (Dewan Rakyat), tetapi tunggulah saya akan jawab segala kecaman mereka itu di Parlimen juga nanti.

"Lain-lain saya tak mahu komen lagi, tak mahu cakaplah perkara itu, tunggu sahaja di Parlimen baru saya cakap,'' katanya di sini hari ini.

Samy Vellu diminta mengulas lanjut kecaman penuh emosi yang dibuat oleh beberapa orang Ahli Parlimen BN pada sesi membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2005 menyentuh Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.


Bagi kita yang benar itu kita sokong kerana ianya benar, tak kiralah macam mana nak suruh menteri beri penjelasan. Kalau suruh berhenti, maknanya suruh berhenti jadi menteri, bukannya putar belit pulak supaya menteri jawab atau beri penjelasan. Bila dah suruh berhenti itu makna berhentilah bukan pembohong, ni dah mula buat wayang cina, mula balik dah perangai suka berbohong mereka. Bukan apa, bila nampak rakyat bersungguh minta menteri berhenti mereka sendiri pun dah mula gelabah dan mula lah nak mereka cerita pula…… cukup... cukup tok sah cerita lagi lebih baik buat kenyataan. Kami memohon penarikan balik seruan supaya Samy Vellu berhenti, rakyat faham sangat dah dengan sandiwara BN ni. Lihat petikan ini:



Letak jawatan `cara' buat menteri beri penjelasan
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) menyifatkan tindakan beberapa anggotanya mendesak Datuk Seri Samy Vellu meletak jawatan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini sebagai `cara' untuk membuatkan menteri itu memberikan penjelasan sebenar bagi isu-isu berbangkit.


Pengerusinya, Datuk Shahrir Samad menjelaskan, sebelum ini ahli-ahli Parlimen BN tidak pernah meminta mana-mana menteri meletakkan jawatan dalam perbahasan di Dewan Rakyat kerana ia adalah sesuatu yang `tidak manis' dari segi etika.

Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut akhirnya dicetuskan oleh beberapa ahli Parlimen kerana mereka sudah tidak mempunyai cara lagi untuk membuatkan Menteri Kerja Raya itu menjawab beberapa isu penting yang membabitkan kepentingan awam.

Selama ini, katanya, menteri berkenaan gagal memberikan jawapan yang konkrit bagi sesuatu isu.

“Isu-isu yang diketengahkan sudah terlalu menonjol dengan kelemahan nampak begitu ketara dan sebagai ahli Parlimen mereka mendengar rintihan rakyat di peringkat akar umbi.

“Ramai yang bertanyakan apa jalan penyelesaian yang bijak mengenai isu seperti hospital di Johor yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tetapi tidak boleh digunakan kerana jangkitan kulat.

“Bagaimanapun, sampai sekarang tiada apa-apa jawapan yang konkrit daripada menteri berkenaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan beberapa ahli Parlimen yang meminta menteri berkenaan meletakkan jawatan dalam sesi Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2005 di bawah Kementerian Kerja Raya, Rabu lalu.

Antara isu yang dijadikan modal utama beberapa penyokong kerajaan itu ialah keretakan 31 daripada 33 tiang jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kepong dan kejadian tanah runtuh di Kilometer 302 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Isnin lalu.

"Ahli Parlimen kita pun semuanya cerdik-cerdik belaka (berpendidikan tinggi). Mustahil mereka mahu dengan sewenang-wenangnya meminta menteri letak jawatan,'' katanya.


Pak Ngah menerima keadaan semasa dengan hati terbuka, bak kata pepatah “Patah Tumbuh, Hilang Berganti” apa yang nak disusahkan sangat tanpa DS Samy Vellu adakah lebuhraya tak boleh dibuat, atau tanpa JKR pembangunan tak boleh dibuat? Sesiapa pun yang memimpin JKR dengan amanah ikhlas dan telus pasti tidak akan mendatangkan masalah atau kerumitan atau penipuan dan sebagainya. Setiap sen adalah duit rakyat dan hargai lah duit rakyat tersebut.


..….. Pak Ngah - 17.10.2004

 
Kedudukan Husam Yang Kukuh
10.17.04 (6:39 pm)   [edit]

Saya merujuk kepada artikel tulisan Nash Rahman di MalaysiaKini berjudul “Kedudukan Husam Musa goncang di Kelantan’


Artikel itu memang menarik tetapi kekurangan analisis yang mendalam. Laporannya berat sebelah dan hanya berasaskan satu artikel orang asing dan segala komentar prejudis “Unknown Kelantan UMNO”.

Rumusan yang diketengahkan oleh Nash hanya menggambarkan ilusi harapan kosong pemimpin UMNO Kelantan. Malahan ia juga mencerminkan kelompongan kumpulan yang kalah bertarung sebagai satu langkah menyerasikan kehampaan mereka dalam Pilihan raya Umum 2004 lalu dan juga persidangan UMNO yang baru berlalu.

Terlalu ramai pemimpin UMNO yang kalah naik angin dengan Khairy Jamaluddin kerana mengusahakan satu pelan damai dengan PAS. Mereka sebenarnya menipu diri sendiri dengan angan-angan bahawa UMNO boleh merampas Kelantan semula daripada PAS seandainya UMNO teruskan petisyen mahkamah dan diadakan pilihan raya kecil semula. Tindakan Khairy yang sungguh berani itu sebenarnya menyelamatkan UMNO daripada kekalahan teruk selepas berjaya dengan kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum dulu.

Oleh kerana Khairy tidak boleh disentuh, mereka dalam UMNO yang kalah hanya mampu berangan-angan dengan keburukan pihak lawan. Secara sendirinya, Husam menjadi sasaran mereka kerana dia telah merupakan ancaman paling besar kepada UMNO dalam sejarah politik Malaysia.

Memang terdapat beberapa calon PAS yang kalah dan telah cuba memperkenalkan budaya politik wang ala UMNO dalam susun-atur politik PAS tetapi dapat dikesan dan ditolak oleh Menteri Besar Kelantan dan ahli-ahli Exco negeri. Kerja-kerja menyebar berita angin dan mencetuskan tajuk bualan di kedai kopi adalah cara yang paling mudah dan murah untuk orang politik kampungan yang kecewa untuk memburukkan pemimpin yang tulus dan berwibawa,.

Kerana ketiadaan isu besar, Husam sekali lagi telah menunjukkan kepintarannya untuk mendinginkan muslihat politik yang dicetuskan oleh musuh politiknya. Dia berlagak seolah-olah tidak aktif, lemah dan berjauhan untuk memudahkan para musuhnya mempamerkan keangkuhan mereka dan membiarkan akar umbi parti menumpaskan mereka.

Sepanjang proses itu, Husam hanya mendiamkan diri sambil berhibur menyaksikan kekecohan yang terjadi tanpa menuturkan sepatah kata pun!

Lantas, para pemimpin UMNO Kelantan yang gila bayang itu terpaksa merasa hampa gara-gara ilusi bikinan sendiri.

Satu ketika dulu, Maharaja Peranchis, Napoleon Bonaparte telah mendarat di bumi Mesir dan bertembung dengan budaya Islam yang dianggapnya unik. Beliau sedar bahawa Peranchis boleh menjajah bumi Mesir, tetapi tidak akan berjaya merampas Islam daripada hati umatnya di sana.

Besar kemungkinannya Nash Rahman terlepas pandang dalam menganalisis budaya politik PAS yang mematuhi ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Inilah yang tidak mudah disentuh oleh pendekatan sekular kerana ajaran Islam yang memang sudah lama berakar umbi. Para pemimpin yang lurus akan dipertahankan oleh para pengikutnya dengan apa cara sekali pun. Lagipun Husam adalah seorang profesional yang memiliki kebijaksanaan untuk serasi dengan pemikiran ulama yang membolehkan wujudnya rangkuman Profesional-Ulama laksana dua-dalam-satu dalam menterjemahkan wawasan yang dicetuskan oleh Mursyidul Am PAS.



(Husam’s Position Is As Solid As Rock) Oleh Alex 16-10-2004

 
Kerajaan Bantah Layanan Saudi Terhadap Anwar
10.16.04 (1:44 pm)   [edit]

KERAJAAN Malaysia melalui Wisma Putra mengemukakan bantahan tidak rasmi kepada kerajaan Arab saudi terhadap layanan yang diterima Anwar Ibrahim ketika di negara itu semalam.

Anwar menaiki pesawat khas kerajaan Arab Saudi dari Munich ke Jeddah. Sampai di sana di sambut mengikut protokol Diraja, kemudian mengerjakan Umrah dengan dikawal oleh pengawal-pengawal Istana.

Kerajaan Malaysia tidak dapat menerima hakikat ini kerana bagi mereka hanya Perdana Menteri dan Agong saja wajar menerima layanan seperti ini.

Mahakuda - 15.10.2004

 
UMNO NAK TAHU APA 'RANCANGAN B' SAMBUT KEPULANGAN ANWAR
10.16.04 (1:42 pm)   [edit]

Seperti mana telah diputuskan dalam perhimpunan agung mereka yang baru lalu, Anwar sudah tidak lagi relevan dan UMNO menutup terus pintunya kepada Anwar, tak kan dah lupa… sebut penderhaka lagi….. Pak Ngah peringatkan kembali. Lihat petikan ini:



TEKS UCAPAN
 MEMENUHI TUNTUTAN PERJUANGAN Ucapan Dasar Y.B. Dato' Hishammuddin Tun Hussein Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Rabu, 22 September 2004


11. UMNO menjadi parti keramat kerana kemurnian dan kesucian matlamat perjuangannya. Kemurnian dan kesucian ini perlu dipelihara dengan membina benteng-benteng kekuatan dan ketahanan. Kitalah yang merupakan benteng-benteng kekuatan dan ketahanan itu, yang dibina berteraskan kepada keikhlasan, kesetiaan, kemurnian dan kesucian perjuangan. Maka, Pemuda tidak akan membiarkan UMNO dilemahkan sekali lagi oleh dalang dan petualang. Pemuda akan menjadi pelindung parti dan tidak akan sama sekali membiarkan mereka yang derhaka kepada perjuangan, kembali menganggotai parti. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa penderhaka ini pernah merosakkan perpaduan sesama kita, menjejaskan imej dan ekonomi negara melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan serta mengemis campur tangan asing dami memenuhi kehendak politik yang sempit. Pemuda tidak akan membenarkan pengkhianat ini diberi ruang walaupun seinci untuk memusnahkan parti dari dalam buat kali kedua. Mereka yang pernah menentang UMNO, yang pernah membakar bendera UMNO dan yang pernah berarak mempersenda pemimpin UMNO, jangan mimpi untuk kembali berada dalam UMNO, apatah lagi untuk berada dalam tampuk kepemimpinan UMNO.


Tetapi pada hari ini, laman UMNO sendiri terkial kial nak tahu apa Rancangan B menyambut kepulangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Apa, UMNO dah mula meroyan atau gila talak. Hari itu bukan main tutup pintu terus, la ni apa dah jadi? Itulah kata-kata orang tua dulu-dulu: Kalau kail panjang sejengkal jangan di duga lautan dalam.


Mereka tertanya tanya dan berandaian sambil melemparkan ugutan dan amaran, secara tak langsung suruh polis pi tengok lah itu. Memang elok polis pi tengok kerana dijangka kesesakan lalulintas akan berlaku dan satu penghormatan besar akan diberikan kepada PDRM sekiranya mereka dapat berfungsi secara profesional menjaga kesesakan lalulintas dan sekalung hormat perdana kepada mereka. Sekarang ini PDRM bawah PM yang baru dah nampak lebih baik berbanding dulu, kita tak boleh salah mereka kerana kita pun faham tugas mereka.

Lihatlah ratapan gila meroyan, putus asa, melalut dan melelong UMNO terhadap majlis sambutan kepulangan Anwar:


Majlis Sambut Kepulangan Anwar di Stadium Bukit Jalil: Apa `Rancangan B’ Jika Permit Tidak Diluluskan?
Oleh: Zulkifli Ibrahim


PARTI Keadilan dengan nada yang sombong berkata mereka mempunyai `Rancangan B’ jika permohonan mereka untuk mendapatkan permit berhimpun di Stadium Bukit Jalil menyambut kepulangan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar negara ditolak oleh kerajaan.

Menurut seorang ahli jawatankuasa khas sambutan, Johari Abdul orang ramai yang ingin menyambut kepulangan Anwar yang dijangka pada 31 Oktober depan diminta berkumpul di Stadium Bukit Jalil dan jawatankuasa telah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan untuk mendapat kebenaran mengunakan stadium bagi tujuan itu.

“Kami berharap menteri berkenaan akan meluluskan permohonan mengunakan Stadium Bukit Jalil untuk orang ramai berkumpul. Walau bagaimanapun, pihak jawatankuasa mempunyai `rancangan B’ sekiranya ia tidak diluluskan,” katanya sebagaimana yang disiarkan dalam laman rasmi sebuah parti pembangkang.

Banyak pihak melihat segelintir ahli-ahli parti Keadilan yang masih setia dengan perjuangan parti itu sekarang ini sudah seperti `besar kepala’ semenjak pengasas parti itu dibebaskan daripada penjara.

Namun begitu, mereka perlu ingat negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi dan dihormati, sesiapa yang bersalah melanggar undang-undang akan dihukum tidak mengira darjat dan kedudukan.

Jika dahulu negara dikejutkan dengan reformasi jalanan sehingga mengakibatkan pelabur takut untuk melabur di negara ini, tetapi hari ini mereka yang berhajat untuk berbuat demikian perlu berfikir seribu kali kerana pihak berkuasa dan keselamatan negara tidak akan memberi ruang kepada mereka untuk berbuat demikian.’

Sudah tentu, penyokong-penyokong Keadilan tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana `seksa’ kehilangan nakhoda sungguh perit sekali tambahan pula pada saat genting menghadapi pilihanraya umum.

Pepatah Melayu ada mengatakan, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Jangan disebabkan oleh kebiadapan segelintir penyokong-penyokong yang fanatik nokhoda dan sebuah parti terpaksa menanggung azabnya.

Rakyat negara ini baru sahaja selesai memilih sebuah kerajaan untuk memerintah Malaysia bagi jangka masa selama 5 tahun. Rakyat membuat keputusan memberi mandat dan kemenangan yang besar kepada UMNO serta Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara.

Paling malang dalam pilihanraya umum 2004 rakyat menolak pakatan pembangkang yang diketuai oleh Pas dan parti Keadilan. Pas bukan sahaja hampir kalah di semua negeri dan hampir-hampir kehilangan Kelantan manakala Keadilan hanya tinggal satu kerusi iaitu Parlimen Permatang Pauh.

Jika pakatan pembangkang terutamanya parti Keadilan merasakan rakyat masih menyokong mereka, tunggu pilihanraya umum 2009 biarlah rakyat membuat pilihan apakah masih ada tempat untuk parti Keadilan pada mata rakyat.

Merusuh di jalanan sebagaimana yang mereka lakukan dahulu adalah satu perbuatan pengecut dan bacul kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan kerajaan boleh ditukar setiap 5 tahun.

Menukar kerajaan melalui keganasan bukanlah cara di Malaysia dan mereka yang terlibat dengan rusuhan dan keganasan akan menerima hukuman yang setimpal kerana tidak ada sesiapa yang kebal serta boleh mengatasi undang-undang di negara ini.

Adalah diharapkan penyokong-penyokong parti Keadilan menjadikan peristiwa lampau sebagai pengajaran yang amat berguna dan rancangan mereka untuk mengunakan `pelan b’ diharap bukannya sepertimana yang mereka lakukan dahulu.

Terkini rakyat Malaysia berjumlah hampir 24 juta orang dan jika lima ribu orang menyambut kepulangan Anwar bukanlah bermakna rakyat Malaysia sudah menyokong parti pembangkang dan mereka yang berkenaan tidak perlulah `besar kepala’.


Ketakutan yang sedang dialami UMNO kini berada pada tahap yang parah dan merumitkan. Ianya bukan kerana sukar bagi UMNO menanganinya tetapi sesungguhnya UMNO langsung tidak berupaya menangani nya kerana segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan amalan mereka berada dan di lalui oleh Anwar seorang diri dan rakyat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Apa jua yang bakal dilakukan UMNO ke atas Anwar selepas ini akan lebih membawa keburukan di mata rakyat dan dunia antarabangsa sekiranya tersalah atur. Dulu, kini,…. Dan selamanya UMNO akan terus buntu. Kekalutan kepulangan Anwar membuatkan UMNO merasakan mereka terlalu kecil berbanding hanya Anwar seorang, kini ketakutan itu kian menghantui UMNO yang sememangnya telah berhantu


..….. Pak Ngah - 16.10.2004

 
Semua Rahsia Negara Ada Dalam Kocek Saya!!!
10.16.04 (1:41 pm)   [edit]

Noh Omar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, bergerak ke sana-sini dengan rahsia negara dalam koceknya (The Star, 14 Oktober, 2004) Nation ms. 27). Walaupun dia arif akan segala rahsia kementerian, dia masih bingung kenapa rakyat Malaysia tidak faham akan peranannya menentukan keselamatan negara daripada ancaman kumpulan seperti Al Qaeda, Taliban, Jihad Islamiah, PAS, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan pegawai polis yang korup. Noh Omar ternyata orangnya dalam perjuangan yang tidak ada tepian, kerana menterinya ialah juga merangkap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sememangnya sibuk dalam perkara yang lain-lain. Lantas, tidak ada orang lain untuk menangani isu membabitkan keselamatan dalam negeri. Namun demikian, UMNO memang tidak tahu kenang jasa kerana tidak menghargai bakat yang ada padanya.


Noh Omar sedar betapa dia tidak boleh bergantung harap kepada polis setelah terkejut mengetahui perihal anggota polis kuat makan suap. Nor terkejut mengetahui perihal kira-kira 30 anggota polis yang bergiat sebagai perisik (spy) untuk memberi amaran kepada tempat hiburan akan berlakunya operasi penggeledahan. Noh berpendirian bahawa Ketua Polis Negara tidak pun tahu kisah ini. Lantas dia memberitahu Mohamed Bakri Omar akan kisah ini melalui akhbar perdana sekali gus memberi andaian yang dia memberi amaran kepada Ketua Polis Negara itu. Tidak pun terlintas di kepala otak Noh pentingnya beliau berbincang dengan KPN secara rahsia akan perkara itu. Mungkin dia sengaja berbuat begitu agar rakyat akan membuka mata mengetahui betapa dia menjaga rahsia negara dalam koceknya. “Saya tahu nama-nama pegawai polis itu dalam kocek saya” katanya, dan dia mahu menghantar faks itu kepada KPN (IGP).

Noh memang menepati apa yang dikatakannya. Kenyataan yang mengejutkan ini bolehlah dianggap kenyataan rasmi kerajaan, walaupun pengumumannya dibuat semasa kerja-kerja lain seperti mengumumkan beberapa nama penyanyi sebagai “duta mencegah penggunaan dadah”. Noh mendedahkan lagi: Mujurlah, pegawai polis yang bertaraf penyangak itu terlibat dengan tujuh buah “pusat hiburan” sahaja dan menerima bayaran bulanan. Adalah tugas beliau, katanya, untuk membersihkan nama pasukan polis daripada dilumpuri pegawai penyangak seperti itu. “Mereka ini adalah penderhaka di kalangan kita dan hubaya...hubaya... kita akan menangani perkara ini dengan seriusnya”. Ketua Polis Negara perlu diberitahu akan perkara sebenar: betapa “penderhaka’ itu semua mesti digegarkan kerana “kita akan bertindak terhadap mereka.” Gara-gara segelintir pegawai yang ‘kotor” keseluruhan 80,000 anggota akan tercemar. Kerana itu si musibat itu semua mesti digugat. Tidak syak lagi mereka akan merasa tergugat.

Apabila Noh mula bertindak, dia tidak akan dapat dihalang lagi. “bagaimana kami akan membuat operasi kalau semua pusat hiburan itu diberi isyarat awal oleh polis penyangak?” tanya Noh. Apabila selesai melepaskan geram, Noh mula berlembut. “Saya merayu kepada anggota polis agar tidak tamak dan sanggup mencemar nama baik pasukannya.” Malahan, Noh mahu rakyat Malaysia maju ke hadapan untuk meminggirkan pegawai polis penyangak ini. Cuma, dia mempunyai sedikit masalah. Noh sebenarnya tidak tahu pucuk-pangkal apa yang dicakapkannya. Namun, perkara itu tidak penting kalau dibandingkan dengan kisah bagaimana dia lebih arif daripada Ketua Polis Negara akan wujudnya anggota polis penyangak, dan dia boleh memberi arahan kepada KPN, sambil dia menyimpan rahsia negara dalam koceknya. Kerana itu Noh Omar tidak boleh diperlekeh begitu sahaja.

Sebenarnya Noh Omar tidak tahu apa-apa. Dia anggap rakyat Malaysia akan pergi memberitahu polis akan maklumat anggotanya yang penyangak? Kalau boleh, rakyat Malaysia cuba mengelak daripada bertemu dengan pegawai polis, kerana faham sangat risikonya. Rakyat Malaysia hanya bertemu anggota polis apabila terpaksa. Mereka melawat balai polis hanya kalau ada kelapangan. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah menghabiskan sembilan jam pada satu malam gara-gara kereta saya kena langgar. Terpaksalah saya berulang-alik ke balai polis itu beberapa kali untuk mendapatkan salinan laporan polis yang diperlukan untuk membuat tuntutan insurans. Akhirnya saya berjaya juga mendapatkan pampasan daripada orang yang melanggar kereta itu dengan menggunakan taktik kasar sedikit. Pihak polis pula tidak mahu tahu-menahu akan taktik yang saya gunakan itu. Saya harap rakyat Malaysia yang pergi ke balai membuat aduan terhadap polis penyangak akan bersabar dan mempunyai masa lapang yang banyak untuk ditolak ke sana ke mari,  daripada satu tempat ke satu tempat.

Noh Omar tentu sudah sedar akan legenda cerita bagaimana jawatan tinggi di dalam pasukan polis ditentukan melalui satu sistem seakan-akan tender. Tidak siapa yang mahu bercakap mengenainya. Ada seorang pegawai polis yang telah bersara, yang dulu giat dalam pencegahan dadah, menceritakan bagaimana dia tidak mampu mengeluarkan dana yang dimestikan untuk diberikan kenaikan pangkat menjadi seorang koperal. Saya diberitahu bahawa perkara semacam ini adalah normal. Harga bayaran naik tinggi mengikut pangkat yang dibabitkan. Mungkin juga ada cerita-tambah dalam hal ini, tetapi memang tidak syak lagi betapa angkatan polis Malaysia memang menghadapi masalah yang lebih serius berbanding segelintir pegawai penyangak yang menerima upahan daripada pusat hiburan.

Ada satu cerita dongeng mengenai seorang Ketua Polis Negeri yang naik pangkat kerana dia menang tender. Beliau telah memberikan tawaran beberapa ribu ringgit setiap bulan kepada pegawai atasannya . Dia menang tender jawatan itu kerana tawarannya yang paling tinggi

Kemudian, ada kisah seorang pegawai kanan polis yang terpaksa bersara secara mengejut gara-gara perbuatan beberapa ketua samseng yang rapat dengannya telah menculik anak perempuan pegawai itu dan merogolnya. Perbuatan itu adalah balasan kepada tindakan polis melakukan operasi yang menangkap beberapa ketua samseng itu. Apakah benar cerita ini? Saya tidak tahu. Akan tetapi apabila pegawai polis yang bersara tidak mahu menafikannya, sudah tentu ada juga kebenaran dengan cerita semacam itu. Apa yang sepatutnya menakutkan Paklah dan kerajaan beliau ialah, amalan semacam ini sudah pun menular kepada perkhidmatan awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Oleh kerana Noh Omar memang begitu prihatin mengenai masyarakat yang bebas daripada korupsi, beliau seharusnya memulakan kerja itu dulu dalam UMNO. Pemilihan pucuk kepimpinan UMNO yang baru selesai adalah contoh korupsi yang paling hebat. Tidak seorang pun yang mahu mengaku perkara ini. Mereka yang kalah barulah bersuara; mengeluh kalah kerana rasuah. Salah seorang calon yang kalah, Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang, percaya bahawa UMNO boleh dibeli dengan harga RM2 bilion. Akan tetapi, mereka yang menang tidak pun tahu apakah sogokan dan rasuah. Hanya seorang sahaja calon Naib Presiden yang tidak merasuah, yang lain sudah tentu berbelanja hampir RM50 juta. Cuba gandakan jumlah itu sebanyak lima ataupun enam kali untuk jawatan Majlis Tertinggi. Masalahnya tidak ada sesiapa dalam UMNO, daripada Paklah hinggalah ke akar umbi yang mahu merobah status quo ini. Bukan kerana tidak adanya wang yang bertukar tangan, tetapi kerana wujudnya semua perkara itu, dan seandainya diadakan siasatan, kemungkinan orang yang tidak bersalah yang akan didapati terhukum.

Sudah tentu Noh Omar sedar akan perkara ini. Bukankah beliau seorang penjaga keselamatan negara? Apabila wujud seseorang pegawai UMNO yang korup dalam kerajaan, bererti korupsi akan mengalir laksana air lata yang terjun untuk membasahi apa sahaja yang disentuhnya. Adalah tidak masuk akal untuk membuat kepastian bahawa sesiapa yang telah menggunakan rasuah untuk menang ataupun kalah tidak bergelumang dengan perbuatan keji itu apabila memegang jawatannya. Lagipun mereka mesti menebus semula segala perbelanjaan yang telah dibuat. Tidak kiralah wang itu bukan haknya tetapi datang daripada saku para penaja mereka. Dengan lain perkataan, si pemenang itu telah terjebak dalam satu perangkap yang menjerut para menteri kabinet dan kerajaan yang beranggapan bahawa jawatan mereka adalah milik sepanjang hayat, dan tidak siapa yang boleh menggegar tempat mereka menenggek. Lantas mereka mengeluarkan kenyataan seperti ini yang tidak pun membawa sebarang erti.

Selagi perkara semacam ini dijadikan amalan, lebih banyak kenyataan yang akan dirangka, dan semakin membuak kemarahan yang akan dijana terhadap mereka kerana menganggap rakyat Malaysia sebagai golongan yang boleh diputar belit. Yang menyedihkan kita ialah semua ini memang amat difahami oleh Paklah cuma dia sudah kehilangan taring dan kuasa untuk menguasai perjalanan UMNO. Golongan yang berjaya memulas UMNO percaya bahawa adalah bukan satu kesalahan untuk berbelanja berjuta-juta ringgi. Dengan kata mudah mereka sudah menjadi manusia yang terlalu rakus dan korup – untuk berkhidmat kepada parti, bangsa dan negara. Demikianlah kisahnya apabila semangat untuk berkhidmat itu begitu memuncak dan menebal. Semua puak yang merengek dan tidak bersetuju sebenarnya mempunyai perasaan cemburu terhadap pencapaian pihak yang berjaya, dan mereka mahu terus berkhidmat. Alangkah tidak berguna dan bersyukurnya manusia (seperti ini).

Berbalik kita kepada Noh Omar; dia memang cakap merapu sahaja. Dia tidak tahu apakah tugasnya yang sebenar. Tetapi dia anggap dirinya sebagai orang yang paling sesuai dan paling bertepatan untuk memegang tugasnya sekarang. Malangnya, terlalu ramai dalam kabinet dan kerajaan adalah manusia sepertinya juga. Pernah terjadi dalam dewan Senat Amerika Syarikat satu ketika dulu, apabila muncul seorang paderi yang melihat anggota senat itu. Beliau telah berdoa agar tuhan menyelamatkan negaranya. Demikianlah juga di negara kita ini. Apabila ada manusia seperti Noh Omar, tidak mudah kita dapat melupakan peristiwa semacam ini juga..

MGG Pillai (mggpillai.com)
pillai@streamyx.com - 16.10.2004

 
Jack The Ripper Umno Menegur TYT Korup
10.15.04 (10:11 am)   [edit]

Oleh Inderaloka


Jack The Ripper Umno @ Perogol Bersiri kelihatan sudah diampunkan dosanya oleh para perwakilan yang mengundi memenangkan bekas KM Melaka itu sebagai salah seorang anggota MT Umno yang akan membantu PM Imam Hadhari menjayakan agenda hadharinya untuk tempuh tiga tahun mendatang.
 
Berapa sekilogram harga perwakilan Umno dan Ruslan Kassim?
 
Meskipun tewas didalam usahanya untuk bertapak semula di peringkat bahagian setelah tiga kali kecundang ditangan Datuk Wira Amid Nordin, namun RTC menang di peringkat pusat.
 
Amid Nordin juga selaku anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka walaupun pun berjaya menghalang RTC daripada bertapak semula di Bahagian Kota Melaka tetapi nasibnya agak malang apabila beliau digantung selama tiga tahun ( 2004 – 2007 ) kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno di dalam pemilihan peringkat bahagian yang lepas.
 
Apakah dosa perogol bersiri sudah dilupai dan diampunkan oleh orang-orang Umno begitu sahaja atau RTC menebus dosa tersebut dengan taburan wang ringgit di dalam kempen pemilihan MT lalu ? Rasa-rasanya orang-orang Umno tidak mudah untuk mengampunkan dosa RTC merogol gadis bawah umur hampir sedekad lalu sekiranya perut atau mulut mereka tidak disumbat secukup-cukupnya.
 
RTC yang bertaraf `multi millionaire` itu memang mampu menyumbat perut dan mulut siapa sahaja terutama mereka yang mampu menolong menggilap semula kepudaran bintang politiknya.
 
Sebelum itu pun `bekas panglima` keADILan Ruslan Kassim telah berjaya dijinakkan oleh Perogol Bersiri itu,sehinggakan Ruslan sanggup menarik ( menjilat ) balik tuduhan yang dilemparkan kepada RTC di dalam PA Umno 1998 dulu sejurus sebelum p/raya umum 2004 yang menyaksikan Si Dogol itu bersama Gang 11 melompat semula ke dalam Umno.
 
Ruslan telah terlebih dahulu mensucikan RTC daripada dosa apabila dia menarik balik tuduhan bahawa bekas Ketua Pemuda Team Wawasan itu terlibat di dalam menaja Khalid Jefri menulis buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM`.


Bekas Ketua Penerangan keADILan itu bukan sahaja menarik balik tuduhan yang pernah dibuatnya di dalam PA Umno yang terakhir (1998) dihadiri oleh Anwar bahkan turut memohon maaf kepada RTC.
 
Berapa harga sekilogram diri Ruslan dan perwakilan Umno di sisi RTC,hanya mereka sahaja yang tahu.


Melayu Umno memang mudah lupa.
 
Cina DAP belum lagi lupa, Melayu Pas,PRM dan keADILan tidak pernah lupa,India DAP,PRM dan keADILan sampai bila pun tidak akan lupa lebih-lebih lagi para reformis serta rakyat marhaen langsung tidak boleh melupai `insiden` betapa koyak rabaknya seorang gadis bawah umur dikerjakan oleh Rahim Tamby Chik KM Melaka sehingga melahirkan seorang `anak luar nikah.`
 
Lim Guan Eng pada ketika itu MP Kota Melaka terlucut gelaran Yang Berhormat kerana dihukum penjara 24 bulan setelah disabitkan kesalahan oleh `mahkamah beruk Mahataik` sebagai pemfitnah.
 
Lim Guan Eng ( kini SUA DAP ) tidak akan berehat di penjara sehingga hilang gelaran berprestij itu kalau beliau hanya membatu apabila nenek gadis bawah umur mangsa RTC merayu agar keadilan ditegakkan.
 
Orang lain termasuk jagoan Melayu baik di dalam Umno maupun Pas ketika itu tidak berani menyahut cabaran si nenek sebaliknya Lim Guan Eng yang mara ke depan walaupun akhirnya beliau terkorban.
 
Kalau saya katakan bangsa Melayu memang haprak sepertimana yang pernah disebut oleh Mahathir Mahataik tentu anda semua bersetuju ! apa tidaknya…. cuba perhatikan fakta berikut :
 
a. Ketika nenek mangsa `tambi` RTC menuntut pembelaan ,semua orang Melayu bungkam yang muncul dan terkorban adalah seorang berbangsa Cina.
 
b. Terang-terang RTC boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tetapi Peguam Negara juga seorang Melayu tidak berbuat begitu kerana mematuhi arahan Mahataik.
 
c. Ruslan Kassim juga seorang Melayu pada tahun 1998 di dalam PA Umno mendakwa bahawa dia punya cukup bukti untuk mengaitkan RTC dengan pembiayaan terhadap penerbitan dan pengedaran sebuah buku fitnah besar (` 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM` ) yang dijadikan sebagai sebahagian daripada rujukan para konspirator untuk menganiaya Anwar..


Tiba-tiba di akhir tahun 2003 Ruslan tanpa sebarang rasa malu menarik balik dakwaan itu sedangkan Anwar Ibrahim masih meringkuk di dalam penjara.
 
d. Ketika isu skandal RTC tersebar luas hampir semua ahli - ahli Umno termasuk di Melaka telah meminta agar Rahim Tamby Chik direhatkan daripada menjalankan tugasan Ketua Pemuda Umno dan KM Melaka sehingga semua siasatan selesai demi menjaga nama baik Umno dan kerajaan. Majlis Tertinggi Umno akur dan akhirnya secara perlahan-lahan RTC dipinggirkan daripada parti dan kerajaan.
 
Malang sekali belum sampai pun satu dekad, si penyangak yang pernah dianggap sebagai `pembawa malu` kepada Umno itu dinobatkan semula sebagai wira semata-mata kerana wang ringgit yang telah dilaburkannya untuk membeli orang-orang Umno.
 
Ya! Melayu memang haprak dan mudah lupa tetapi bukan semua Melayu begitu kerana satu-satunya yang layak digelar demikian hanyalah Melayu penganut Umno.
 
Lihatlah bagaimana hebat dan gilang gemilangnya para penganut Umno Melaka merayakan kemenangan RTC sebagai ahli MT dan Ali Rostam anak Benggali itu sebagai Naib Presiden Umno.
 
Majlis `kesyukuran` yang dihadiri oleh ribuan rakyat jelata itu mungkin sama hebatnya dengan majlis-majlis anjuran istana di zaman kesultanan Melayu Melaka masa lampau.
 
Kalaulah Bendahara Tun Perak dapat menyaksikan majlis itu nescaya beliau turut terpesona dengan kemeriahan dan kehebatannya termasuk juga lagak raja – raja baru Melaka: Rahim Tamby Chik dan Ali Rostam.
 
RTC dan Ali Rostam dipakaikan dengan selempang berwarna merah sebagai simbol bahawa merekalah `pahlawan terbilang` kerana berjaya menempatkan diri di dalam barisan kepimpinan parti Melayu yang kian haprak dan reput - Umno. Memang mereka `pahlawan terbilang` yang menjuarai rasuah politik (politik wang)!
 
Maka menyalaklah Perogol Bersiri menegur Perompak
 
Setelah dipakaikan dengan selempang merah simbol pahlawan maka tanpa membuang masa perogol bersiri itu bertitah: “Di masa depan segala pemberian pingat hendaklah dibuat secara lebih teliti. Rakyat Melaka seharusnya diberi keutamaan bukan orang luar. Satu garis panduan mesti dibuat untuk tujuan itu umpamanya menyenaraikan jasa-jasa penerima pingat berkenaan kepada umum secara terbuka.”
 
Seterusnya RTC menyatakan bahawa isu pemberian 84 butir bintang yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran TYT Melaka ke-66 itu agak memalukan rakyat Melaka. “Kita sepatutnya merasa malu kerana isu pemberian pingat itu diperkatakan banyak pihak oleh itu mari kita pastikan hal seumpama itu tidak akan berulang lagi.” Ujar RTC .
 
Ali Rostam KM Melaka/Naib Presiden Umno hanya tersengih bak kerang busuk ketika melihat RTC membuat komen, jauh di sudut hatinya, anak Benggali itu cukup bimbang dengan kebangkitan RTC.
 
Sebenarnya segala komen berhubung dengan pemberian bintang kebesaran yang amat memalukan itu ditujukan khusus kepada dirinya (Ali) dan Khalil Yaakub TYT Melaka.
 
Kalau Ali Rostam dan Khalil Yaakub megak-megak disindirnya, ke arah manakah kiblat RTC sekarang? Masih menyembah Mahathir Mahataik?
 
Kalau RTC masih menyembah Mahathir tidak mungkin dia tergamak menyindir kedua-dua orang musibat yang dikenal pasti sebagai pembodek kelas pertama bekas PM ke-4 itu.
 
Kata kebanyakan orang Umno RTC sudah menukar sembahan daripada Mahataik kepada Imam Hadhari!
 
Wahai orang-orang Melaka, awasilah anak-anak gadis dan puteri-puteri Umno kamu kerana Perasuah Hebat dan Perogol Bersiri itu muncul semula untuk membaham mangsa!


Inderaloka - 14.10.2004

 
SAMY VELLU JANGAN MACAM ITU… DENGAR NASIHAT RAKYAT SAMA
10.14.04 (7:10 pm)   [edit]

Hari ini mukaddimah Pak Ngah berhubung alumni. Pak Ngah memanglah orang kampong mana lah tau sangat, sebut alumni saja, terus ingat “Bekas-bekas” Jadi bila tengok ada  alumni umno Pak Ngah tersenyum. Mereka memang telah tahu umno kini dah mula jadi alumni dan mereka telah pun menyediakan kelab mereka sendiri. Harapan Pak Ngah, walaupun apabila bermulanya era Malaysia Baru, pandangan alumni umno akan tetap diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia Baru dan jangan seperti sekarang ini, pandangan orang lain semuanya disanggah dan ditolak.


Kita berbalik kepada tajuk perbincangan kita. Salah siapa? Ibu mertuaku? Di dalam hal-hal Lebuhraya ini ada Menteri yang diberi tanggungjawab. Itulah salah satu kerjanya menentukan semua lebuhraya selamat digunakan sepanjang masa. Bila Pak Ngah sebut macam ini jangan dok putar belit pula. Tanggungjawab kepadanya tetapi bagaimana melaksanakannya terpulang kepada inisiatif dan daya intelek yang ada dan bukannya pandai cakap, bagi penakulan sahaja bila sesuatu berlaku. Ianya terus berulang perkara yang sama, penakulan yang sama, apa nak jadi ni hah. Pantun Melayu mengatakan:

Sorong Papan Tarik Papan
Buah Keranji di dalam Perahu
Bagi Makan engkau Makan
Suruh Mengaji Engkau Tak mahu


Lihatlah petikan surat khabar Utama UMNO dan BN ini:


Limpahan `air terjun' punca tanah runtuh
IPOH 12 Okt. - Limpahan takungan air seperti `air terjun' di puncak bukit bersebelahan lebuh raya dipercayai punca utama berlakunya kejadian tanah runtuh di Kilometer 303 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung malam tadi.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, limpahan takungan air dari hulu sungai yang membawa tanah, runtuhan batu dan pokok itu telah merempuh jambatan berhampiran.

"Ia membabitkan runtuhan termasuk bungkahan batu besar dan benda lain dari puncak bukit setinggi kira-kira 700 meter dan insiden ini sama seperti kejadian di Genting Highlands pada tahun 1995,'' katanya selepas melawat kawasan kejadian di sini, hari ini.

Samy Vellu berkata, kesan dari kejadian itu menyebabkan tiga daripada 16 tiang rusuk jambatan yang merentangi sungai itu rosak dan kerja membaikinya akan dilakukan secepat mungkin.

Katanya, di samping kerosakan pada tiang jambatan, terdapat juga kerenggangan pada struktur jambatan akibat hentakan batu dan kayu balak semasa kejadian banjir lumpur berkenaan.

"Sungguhpun sudah tiga kali kejadian banjir lumpur berlaku, saya percaya struktur tanah di kawasan ini masih kukuh dan saya sama sekali menolak andaian terdapat pergerakan tanah di kawasan ini,'' katanya.

Semasa taklimat oleh para pegawai PLUS, Samy Vellu diberitahu bahawa pemeriksaan biasa yang dilakukan pada 6 Oktober di kawasan itu tidak mengesan sebarang masalah di kawasan berkenaan.


Masalah yang sama dan pemeriksaan akhir pada 6 Oktober dan kejadian berlaku 5 hari selepas itu, ajaib…ajaib. Inilah bukti percanggahan fakta dalam satu berita yang sama. Kalau kejadian seperti ke Genting Highlands tentulah terbentuknya takungan air yang memakan masa yang panjang dan pastinya dapat dilihat dari udara sekiranya pemeriksaan dibuat. Keruntuhan tak mungkin berlaku dalam masa sebulan, sebaliknya prosesnya berlaku selama berbulan-bulan. Helikopter bukan untuk bawa kenamaan sahaja ke sana ke sini, rasanya boleh juga kan 3 bulan sekali membuat tinjauan teliti sepanjang lebuhraya dan menyediakan gambar fotoudara untuk diteliti setiap 2 atau 3 bulan. Kalau tak boleh baca gambar fotoudara, Pak Ngah pun boleh tawarkan diri tetapi tak payah bayar konsultan banyak-banyak sebab untuk kepentingan rakyat. Cukup makan anak bini dan petrol kereta sudahlah. Kerja untuk orang ramai, masyarakat dan ummah ini mana boleh ambil kesempatan. Jangan jadi seperti mereka yang suka mengambil kesempatan dari kejadian ini untuk mengaut keuntungan peribadi, belajarlah berkorban untuk rakyat.


Kadang rasa geram juga bila teringat kata-kata si Samy “Apa, koran boleh bikin lebuhraya ke?” Tengoklah hari ini Lebuhraya yang dibina dimusnahkan dengan sekelip mata saja oleh yang mengutuskan Al-Quran tersebut. Kajian telah dibuat sejak tahun 2000 lagi, tak perlu kaji-kaji lagi, ambil langkah pencegahan, bukankah “prevention is better than cure” Tengok Laporan di bawah ini:


Sebanyak 105 lokasi di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berpotensi untuk mengalami kejadian tanah runtuh pada bila-bila masa seperti yang berlaku di kawasan Gua Tempurung, Ipoh, semalam terutamanya dalam bulan ini.


Pengarah Pusat Penyelidikan Hakisan Tanah Negara (NASET), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin yang membuat kajian mengenai perkara itu sejak tahun 2000 berkata, kawasan berkenaan ialah 43 lokasi di Perak, 39 (Selangor) dan 23 (Negeri Sembilan).

Menurut beliau, punca menyebabkan kawasan itu mudah mengalami runtuhan tanah ialah muka buminya yang berlekuk.

"Berdasarkan kajian yang kami buat sejak tahun 2000, keadaan muka bumi yang bergeluk atau berlekuk merupakan satu tahap kritikal di mana runtuhan tanah boleh berlaku pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi apabila hujan lebat.

"Berdasarkan data-data hujan yang diperoleh, kami dapati bulan Oktober merupakan bulan bahaya di sepanjang lebuh raya tersebut berikutan kadar hujan yang luar biasa, ia diikuti bulan April, September dan November,'' katanya.

Antara kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi mengalami tanah runtuh dikesan di Perak ialah di Sungkai, Slim River, Tapah, Bidor, Simpang Kampung Pulai dan Jelapang.


Akhirnya daripada Pak Ngah , DS Samy Vellu, dengarlah sama nasihat orang lain tetapi kalau tak mau dengar pun nasihat Pak Ngah, dengar nasihat PM sendiri seperti berikut:



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemimpin yang baik mestilah seorang yang berani dan sanggup mendengar segala permasalahan dan kritikan rakyat walaupun ia pedih untuk didengar. “Sebagai pemimpin, kalau ada orang tegur dan bagi tahu kita di mana yang kita (lakukan sesuatu) salah, itu satu rahmat. Kalau tidak, kita tidak tahu mungkin apa yang kita buat itu tidak betul,'' katanya.


Menurut Abdullah, jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka mungkin akan berasa megah lalu terpesong daripada tanggungjawab yang diamanahkan. "(Jadi) kalau kena kritik sikit, janganlah cepat marah, sebenarnya ada rahmat kalau ada orang tegur kita,'' tambahnya.

"Rakyat tidak boleh ditipu dan dibohongi. Kita kena berikan maklumat yang betul dan terbaik (pada masa yang sama) kita kena dengar kehendak rakyat,'' Dalam zaman ledakan teknologi maklumat sekarang, rakyat bukan lagi seperti dahulu kerana mereka kini mudah menjadi pengkritik hasil daripada ilmu pengetahuan tinggi yang ada pada mereka. katanya


Kalau terlalu lama selalunya banyak membuat kesalahan maklumlah “mangli” kata orang kampong Pak Ngah. Ditambah lagi dengan “Alah bisa tegal biasa”. Biarlah Keluar sendiri tak payah disuruh orang baru nak keluar. Teringat pula buku “SHIT” tulisan Prof Ameratus Dato’ Shahnon Ahmad. Semoga bertemu lagi insyaAllah.


..….. Pak Ngah - 14.10.2004

 
Imam Hadhari vs Kaki Betina
10.14.04 (2:57 am)   [edit]

Oleh Inderaloka


Di dalam satu majlis anjuran Kementerian Penerangan dua hari lalu,nampaknya Imam Hadhari dengan penuh semangat telah menggariskan beberapa ciri penting yang harus ada pada seseorang pemimpin.
 
Imam dan pariyah Umno tersohor sama-sama marah
 
Antaranya seperti mana saranan beliau ketika merasmikan majlis berkenaan: “Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik seseorang itu mesti berilmu dan bersedia menerima kritikan walaupun telinga kita pedas mendengarnya.”
 
Persoalan yang menarik kepada siapakah `amanat` itu ditujukan, apakah kepada hadirin rata-ratanya pelajar dan pemimpin peringkat kampung yang dikerah untuk menjayakan majlis tersebut?
 
Sekilas pandang nampaknya begitu tetapi kalau diamat-amati, Imam Hadhari sedang menghalakan senapangnya ke arah `orang yang paling dibencinya`, siapa lagi kalau bukan bekas boyfriend Ziana Zain Timbalan Perdana Menteri Malaysia pilihan Mahathir Mahataik.
 
Sementelah pariyah Umno yang frust menonggeng kerana tewas di dalam pemilihan MT di PA Umno lalu atas kapasitinya sebagai Menteri Penerangan turut berucap. Tidak salah kalau pariyah Kadir SF dan Imam Hadhari menjadikan majlis itu sebagai salah satu gelanggang untuk membelasah musuh masing-masing.
 
Pariyah Kadir SF marah kerana beliau tidak diundi oleh kumpulan pemberi dan penerima rasuah politik begitu juga Imam Hadhari yang terlalu kecewa lantaran orang harapannya Mustafa Muhammad dan Mike Tyson tidak terpilih sebagai Naib Presiden.
 
Pengundian yang dikuasai sepenuhnya oleh bekas boyfriend Ziana Zain didalangi oleh bekas PM Mahathir Mahataik menyaksikan Si Kontot Isa Samad dan anak benggali Ali Rostam muncul sebagai Naib Presiden baru.
 
Seorang lagi `buah hati` Imam Hadhari cemas-cemas tidak dibungkus. Berbuihlah Imam Hadhari mempromosikan TS Muhyuddin Yassin tetapi para perwakilan korup hanya meletakkan `incumbent` itu di tangga tercorot pemenang Naib Presiden sesi 2004 –2207.


Terang-terang para perwakilan tidak langsung mengendahkan nasihat dan amaran Imam Hadhari agar rasuah politik di dalam Umno di perangi habis-habisan.
 
Najib/Mahathir Mahataik berjaya meletakkan hulubalang-hulubalang yang bila-bila masa boleh menyingkir melalui undi tidak percaya di peringkat Majlis Tertinggi terhadap Imam Hadhari, segala-galanya disebabkan rasuah politik yang terus mencengkam Umno.
 
Statemen pariyah Umno tersohor Abd Kadir SF: “Pemilihan kali ini adalah pemilihan yang paling teruk dicemari politik wang sejak 34 tahun” sudah memadai untuk menceritakan segala-galanya.
 
Yang tersirat: Imam Hadhari kata Najib bodoh
 
Orang yang tidak berilmu dan kurang daya tahan untuk berdepan dengan kritikan yang dimaksudkan oleh Imam Hadhari di dalam ucapan perasmian majlis di atas, tidak lain ditujukan kepada bekas boyfriend Ziana Zain Najib TR.
 
Memang semua telah maklum bahawa Najib tidak memiliki sebarang kelayakan akademik meskipun di peringkat diploma. Jika ada pun hanyalah penganugerahan Diploma Kehormat dari salah sebuah universiti di UK ketika beliau menjawat Menteri Pendidikan dulu.
 
Manakala Mustaffa Muhammad,Mike Tyson dan Muhyiddin kesemuanya adalah graduan cemerlang di peringkat pengajian tinggi masing-masing sama ada di universiti dalam negeri maupun seberang laut.
 
Pujian Imam Hadhari terhadap Muhyiddin begitu jelas di dalam perasmian MAHA baru-baru ini. Menurut Imam Hadhari; Muhyiddin selaku Menteri Pertanian dan Asas Tani begitu mudah memahami hasrat PM dan kerajaan untuk memartabatkan sektor pertanian sebagai penyumbang terbesar sumber ekonomi negara.
 
Musataffa Muhamamd pun sudah beberapa kali menerima pujian Imam Hadhari,begitu juga Mike Tyson meskipun gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden tetapi terang-terang diangkat oleh Imam Hadhari di dalam sesi penggulungan ucapan penangguhan Presiden di PA Umno yang lepas.


Imam Hadhari menjanjikan jawatan penting untuk Mustaffa dan Mike Tyson di dalam Umno walaupun mereka tewas.
 
Kalau Muhyiddin bijak, Mike Tyson dan Mustaffa pandai lalu siapa yang bodoh menurut persepsi Imam Hadhari? Jika bukan Najib sikaki betina itu siapa lagi!
 
Imam Hadhari mahukan `orang yang pandai dan bijak` membantu beliau menggerakkan agenda kerajaan dan parti tetapi bekas PM ke–4 Mahathir Mahatik tidak kisah itu semua, biar bodoh asalkan taat kepada kehendaknya; lagi bodoh dan lagi haprak lagi disukai si Mahataik itu ……senang dipulas telinga.
 
Anda semua jangan pula tersalah tafsir bahawa penulis mula mencenderungi stail Imam Hadhari, jauh panggang daripada api! Na`udzubillah hi mindzalik! kerana sejak Imam itu mengganti Mahataik tidak ada suatu kejayaan pun dilakukannya melainkan bercakap itu pun umpama menjirus air ke daun keladi.
 
Pembebasan Sang Rajawali Anwar Ibrahim? Mungkin sekelumit ucapan terima kasih boleh di beri kepada Imam Hadhari kerana dia mengizinkan para hakim membuat keputusan sendiri tanpa dirasuk oleh mana-mana polong.
 
Itu bukanlah sesuatu yang paling gemilang pernah dilakukan Imam Hadhari sepanjang hampir setahun pemerintahannya kerana membenarkan pihak kehakiman bebas dan berdaulat adalah merupakan kewajipan asas seorang ketua di dalam sebuah negara yang mengamalkan `pembahagian kuasa.” (separation of power).
 
Itu pun baru satu kes,bagaimana dengan kes-kes penganiayaan lain terutamanya tahanan-tahanan ISA yang masih menderita zahir batin di dalam Kemta Kemunting kerana dipisahkan dari anak isteri, kaum keluarga dan dunia luar menerusi akta drakonian mahajakun?
 
Seperkara lagi; jika bukan disebabkan tekanan dalaman berterusan yang dilakukan oleh reformis dan rakyat marhaen serta gesaan masyarakat internasional ditokok tambah pula dengan gerakan Mahathir Mahataik yang tidak mengizinkan Imam Hadhari berkuasa penuh di dalam parti dan kerajaan, relakah Imam Hadhari membiarkan mahkamah membebaskan Wira Negara Bapa Reformasi Anwar Ibrahim?


Lupakan dulu buat sementara persoalan itu. Mari kita kembali kepada topik asal betapa Imam Hadhari `membodohkan` Najib seterusnya menuduh anak Arwah Tun Razak itu sebagai orang yang cepat melenting apabila dikritik . Mahu buktinya?
 
Najib enggan terima kritikan `politik wang`
 
Penghuni rumah sakit mental pun sudah tahu bahawa malan politik wang @ rasuah politik begitu dahsyat berlaku di dalam mana-mana pemilihan Umno di segenap peringkat.
 
Amalan yang diperkenalkan oleh Mahathir Mahataik ketika berlakunya pertembungan di antara dia dengan Ku Li pada abad ke 20 lalu tidak akan berjaya dibanteras selama Umno terus haprak dan bersifat sekular.


Lihat sahaja bagaimana luahan para Menteri dan bekas-bekas ahli MT
 
Umno yang tewas di dalam perebutan jawatan tertinggi serta para penyokong mereka berterang-terangan mendedahkan berlakunya rasuah politik dan mengungkit ke mana perginya lebih seribu orang pemantau yang dilantik oleh parti untuk mengawasi perjalanan persidangan dan apa-apa yang menyalahi etika dan peraturan berkempen dan bermesyuarat.
 
Malah ada yang mempertikaikan kemampuan Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh TS Tengku Ahmad Rithauddeen dan keberkesanan JK Pengurusan Parti diketuai oleh Najib di dalam menangani pelbagai masalah dan penyelewengan yang berlaku di dalam parti.
 
Tengku Ahmad Rithauddeen sendiri mengakui bahawa Lembaga Disiplin kurang berupaya untuk menangani masalah politik wang dan lain-lain penyelewengan di dalam parti secara berkesan kerana kekurangan mekanisme. Lantas beliau mencadangkan supaya `skuad pendakwaan` ditubuhkan untuk membantu mempercepatkan tindakan Lembaga Disiplin mendakwa dan menghukum pesalah .
 
Cadangan tersebut bukan sahaja disokong oleh Muhyiddin, bahkan Naib Presiden Umno itu turut mencadangkan supaya peranan dan kuasa Lembaga Displin Umno diperluaskan. Antaranya Muhyiddin mencadangkan lembaga itu diberi kuasa untuk turun padang menjalankan siasatannya sendiri bukan sekadar bergantung kepada pelapor sahaja.


Paling menarik apabila Muhyiddin turut menyarankan agar `reward` diberi kepada sesiapa yang berani tampil ke depan untuk membuat laporan politik wang kepada Lembaga Disiplin dan pelapor berkenaan mestilah dilindungi dan dirahsiakan mereka.
 
Pendek kata terlalu banyak saranan dan cadangan untuk membanteras amalan rasuah politik dan lain-lain amalan yang melanggari tata etika Umno yang kian membobrok itu.
 
Hampir semua pemimpin besar Umno bersuara mengemukakan idea untuk membersihkan parti haprak mereka daripada gejala politik wang.
 
Namun tanpa disangka-sangka Najib selaku Timbalan Presiden Umno yang baru tiba-tiba sahaja mengherdik mereka: “Rombakan kepada sistem pemilihan Umno dan apa sahaja yang berhubung kait dengannya hanya akan dilaksanakan pada pemilihan tahun 2007. Ertinya segala aduan atau apa-apa dakwaan berlakunya penyelewengan di dalam pemilihan yang baru berlalu akan dibuat berdasarkan sistem sekarang.”
 
Statemen bekas boyfriend Ziana Zain itu dibuat ketika Imam Hadhari sedang mengadakan lawatan kerja ke Thailand.
 
Apa ertinya itu? Najib tahu bahawa sistem pendakwaan Lembaga Displin sekarang adalah terlalu lemah dan banyak cacat celanya, justeru itu dengan mengekal situasi itu Isa Samad, Ali Rostam, Khir Toyo dan siapa sahaja yang dikenal pasti sebagai `orang Najib` akan terselamat walaupun dihadapkan ke Lembaga Disiplin nanti.
 
Sementara itu `pondan tua Bangladesh` Hishamuddin Hussien selaku ketua Pemuda Umno tanpa berselindung ketika menyokong sepupunya Najib berkata : “ Agenda utama Umno sekarang berdasarkan kepada sokongan padu yang telah ditunjukkan rakyat di dalam p/raya umum lalu ialah meneruskan `agenda Melayu` di dalam bidang ekonomi dan pendidikan,pembasmian politik wang bukanlah agenda utama kami !”
 
Selamat berperang dan berbunuh-bunuhan. Jangan fikirkan sangat bulan Ramadhan wahai para penganut Islam Umno Hadhari !!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Inderaloka - 13.10.2004

 
Skandal seks YB Ustaz Umno akan dibongkar!
10.14.04 (2:56 am)   [edit]

Usaha untuk menjatuhkan dan memusnahkan kredibiliti seorang Adun Umno di Selangor sedang rancak dijalankan oleh musuh-musuh dalamannya lebih-lebih lagi selepas selesai pemilihan peringkat bahagian yang lepas.


Adun tersebut juga merupakan Timbalan Ketua Umno di salah sebuah bahagian di Selangor adalah bekas Ahli Parlimen di kawasan berkenaan untuk tempoh 1999 – 2004. Adun tersebut juga bekas seorang guru agama (ustaz), sejak akhir-akhir ini kerap menyampaikan kuliah agama di Radio Malaysia Shah Alam terutamanya pada awal pagi.

Menurut maklumat diperolehi daripada kumpulan yang menggerakkan usaha untuk menjatuhkan Adun berkenaan, bahawa kali ini usaha mereka akan berjaya kerana beberapa pihak termasuk pihak berkuasa agama dan orang luar dari Umno akan memberi kerjasama.

“Kita tak mahu konsep Islam Hadhari yang sedang diketengahkan oleh Pak Lah dicemari dengan perlakuan dan akhlak keji sesetengah pemimpin Umno. Kita akan bongkar skandal siapa saja,walaupun orang itu adalah pemimpin Umno.” kata salah seorang penggerak kumpulan yang ingin menjatuhkan YB Ustaz MSS Adun BM.

“YB Ustaz MSS usahlah berlagak baik, tunggulah masanya nanti bila dia diheret ke Mahkamah Syar`iyah kerana skandalnya.” kata orang itu lagi.

Punca maklumat itu seterusnya mendedahkan bahawa setakat ini dua orang bekas Kadi yang bertugas di daerah KS ketika skandal yang membabitkan YB berkenaan dengan adik ipar beliau berlaku, sedia memberi kerjasama.

Menurut sumber itu lagi Adun berkenaan semenjak dulu lagi amat takut kalau skandal itu didedahkan kepada umum. Walaupun sudah banyak kali YB itu menafikan skandal tersebut tetapi tiada siapa pun yang mempercayai beliau lebih-lebih lagi saudara mara dan jiran-jirannya di kampung I dan Bukit B.

Adik ipar yang dikatakan merelai dirinya `dingap` itu, telah lama menjanda kini terus sihat sejahtera dan bertugas di pejabat salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor di Batang B. Soal sama ada dia masih lagi dipakai oleh abang iparnya masih belum dapat dipastikan lagi… boleh jadi ya boleh jadi tidak.

Keluaran akan datang: Detik-detik bagaimana skandal tersebut berlaku akan diceritakan seperti dikisahkan oleh orang yang terapat dengan YB Ustaz MSS.

Pendekarnusa - 13.10.2004

 
KISAH MANGKUK NORITAKE DAN DATUK WIRA NORITA
10.14.04 (2:55 am)   [edit]

Di Jepun ada mangkuk cap NORITAKE. Juga ada Narita Airport. Di Malaysia pula ada mangkuk cap NORITA dan Norita Airport. Menurut yang empunya cerita, TYT Melaka, Tun Khalil Yaakub, amat mencintai mangkuk ini. Sambil menghayun mangkuk cap Norita, dia suka mendendangkan lagu kuda hitam kerana power mangkuk cap Norita hebat macam kuda hitam jalang. Tapi, kerana sudah pecah berderai, Khalil pun menganugerahkan pingat kepada mangkuk cap Norita secara niat sahaja. Maka, mangkuk cap Norita pun bergelarlah DATUK WIRA NORITA. Sama tarafnya dengan Datuk Wira Asmah, isteri kepada KM Melaka. Menurut yang empunya cerita lagi, bezanya, Wira Norita tu mangkuk si Khalil, dan Datuk Wira Asmah pula, mangkuk si Ali Rastam!!!!! Kedua-duanya adalah Datuk Wira Mangkuk!!!!!


Yang empunya cerita juga berkata, Datuk Seri Shahidan Kassim, MB Perlis, amat gemar mendarat di Norita Airport, bukannya Narita Airport. Katanya, Shahidan cuba tutup cerita yang kononnya karut ni. Tutup, punya tutup, mulut tempayan terus bercerita… Shahidan pun menggigil. Sebab itulah agaknya maka sewaktu dia berada di London, ofisnya pun terbakar (atau dibakar?)!!!!!!

Inilah bahananya mangkuk cap Norita dan Norita Airport. Katanya, sesetengah pihak tertentu pun tau kisah mangkuk cap Narita dan Narita Airport ini. Khairy Al-Hadhory pun katanya campurtangan untuk menutup kisah mangkuk cap Norita dan Norita Airport ini dari merebak kerana ia boleh melumpuhkan Umno dan Islam Hadhori.

Oleh itu, kalau nak tau kisah sahih pasal mangkuk cap Norita dan Norita Airport ni, tanyalah pada pihak yang tau. Sekurang-kurangnya tanya pada Khairy Al-Hadhory menantu PM yang amat bijaksana.

HANG NADIM - 13.10.2004

 
Pengumuman: Konvensyen Perpaduan Umat dan Rakyat Malaysia (PADU)
10.13.04 (8:30 pm)   [edit]
Konvensyen Perpaduan Umat dan Rakyat Malaysia (PADU)
“Ke Arah Kestabilan Politik, Keutuhan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat”

 

Tarikh, waktu dan tempat

24 hb Oktober 2004 (Ahad) 8.00 pagi – 6.00 petang
Di Dewan Seri Damai, Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur

 

UCAP UTAMA OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Juadah berbuka puasa disediakan

 

Program
Pembentangan Kertas Kerja / Ucapan Wakil Parti Politik:  PAS / DAP / PKR / Lain-lain
Pembentangan Kertas Kerja / Ucapan Wakil NGO/Persatuan Peguam / Persatuan / Pengusaha
Pandangan Peserta Wakil Ugamawan /  Pelajar / Persatuan Pengguna / Persatuan Professional / Lain-lain
Resolusi dan Pengisytiharan Bersama

 

Tujuan
- Membentuk suatu pakatan di kalangan ahli politik, badan bukan kerajaan, pertubuhan belia, pelajar, akademik, peniaga, petani, nelayan, buruh dan aktivis sosial.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang perlunya reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
- Menyatukan seluruh keupayaan yang sedia untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan ke arah mewujudkan kesetabilan politik, keutuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

Maklumat Lanjut Sila Hubungi
Sekretariat Konvensyen Perpaduan Umat dan Rakyat Malaysia (PADU)
No. 18-1-G, Jalan AU, 1A/4A
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Phone: 03-4141 1366, 019-422 6410 , 012-204 8224
konvensyen_padu@hotmail.com
Fax: 03-4256 1700

 

 
BERTABUR SEJUTA BINTANG TERMASUK TUKANG FITNAH DAN SI TUKANG KANGKANG
10.13.04 (7:15 pm)   [edit]

Tun Khalil Yaakub mungkin mengong. Dia mengong kerana tidak mampu mendaulatkan jawatan TYT yang baru disandangnya. Dia mengong kerana pekertinya yang hodoh telah mencemarkan jawatan tersebut. Dia mengong kerana termakan sumpahan Hang Tuah dan Hang Jebat yang tidak rela kebesaran Negeri Melaka diperdagangkan untuk kepentingan peribadi.


Datuk Seri Ali Rastam pula mungkin biol. Dia biol kerana tak sangka boleh menang jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini. Jadi dia pun terkejut monkey. Jadi dia pun dipanah cultural shock. Orang Sarawak kata, dia pun jadi lijah. Macam beruk dapat bunga. Bagai si kodong dapat cincin. Sebab itu, Ali Rastam pun joli habis-habisan. Semua orang yang membantu dia memenangi jawatan Naib Presiden Umno pun dianugerahkan dengan pingat dan bintang-bintang yang bertaburan.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak bintang itu, kenapa ada yang diberikan oleh Ali Rastam kepada isterinya sendiri? Kenapa ada yang diberikan kepada Khalid Jaffri Laknautullah yang telah membunuh politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fitnah-fitnahnya? Kenapa? Apakah jasa isteri Ali Rastam kepada bumi Melaka sehingga dia layak mendapat bintang Datuk Wira? Apakah jasa Khalid Jaffri Laknatullah kepada bumi Melaka sampai layak dia mendapat gelaran Datuk Melaka? Adakah Ali Rastam yang sedang biol kini telah mewujudkan satu tradisi baru di mana tukang kangkang dan tukang fitnah layak dianugerahi bintang kebesaran Negeri Melaka?

Tun Khalil Yaakub dan Datuk Seri Ali Rastam patut insaf bahawa kecemerlangan Empayar Melaka Purba telah lingkup kerana karenah dan perilaku sultannya yang zalim. Oleh itu, tidak mungkinkah survival kerajaan Melaka Moden akan lingkup akibat TYTnya yang mengong dan Ketua Menterinya yang biol?

Untuk mendapatkan kepastiannya, Tun Khalil Yaakub yang mengong dan Datuk Seri Ali Rastam yang biol kenalah mandi air dari perigi Hang Tuah, kenalah bertafakur di Masjid Kampung Hulu, kenalah berziarah ke Pulau Besar, dan kenalah cari di manakah sebenarnya makam Hang Tuah dan Hang Jebat. Setelah berbuat demikian, mereka perlu melawat Bukit Senjuang dan renunglah A Famosa sepuas-puasnya. Jika mereka sanggup berbuat demikian, dan jika Tun Khalil tidak mengong dan Datuk Seri Ali tidak biol, pasti mereka akan teringat sejarah silam, bahawa bumi Melaka telah diserang oleh Portugis pada suatu tengah hari, hari Jumaat, dengan bantuan sesetengah orang Melaka yang belot akibat marahkan kezaliman sultan mereka pada ketika itu. Oleh itu, insaflah. Raja adil Raja disembah. Raja zalim, Raja disanggah!!!!!!

HANG NADIM - 12.10.2004

 
KETIKA PEMUDA UMNO DAN PEMUDA MCA SERANG MENYERANG,BEKAS PM TUN DR M MENANTIKAN KETIBAAN PEMIMPIN BE
10.13.04 (7:13 pm)   [edit]

Pemuda MCA usah gugat semangat muafakat BN – Khairy
oleh: HAIRULAZIM MAHMUD
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO memberi amaran kepada Pemuda MCA supaya jangan menggugat semangat muafakat dalam Barisan Nasional (BN) dengan menuduh orang Melayu terlalu tamak bagi mencapai 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera.


Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebaliknya menegaskan, golongan muda dalam sayap MCA itu perlu sedar bahawa jumlah pemilikan ekuiti yang diperjuangkan oleh orang Melayu adalah asas dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Pemuda UMNO dan orang Melayu bukan membawa perkara baru tetapi ini adalah kembali memperjuangkan matlamat asal DEB yang hanya melibatkan 30 peratus nilai ekuiti, bukan kita mahu 100 peratus.

"Jadi, saya melihat kenyataan yang dibuat ketika Perhimpunan Agung Pemuda MCA yang menjurus kepada Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (yang juga Ketua Pemuda UMNO) adalah tidak berasas, ekstrem dan berhajat untuk mewujudkan ketegangan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini sebagai mengulas tindakan beberapa perwakilan Pemuda MCA pada Perhimpunan Agung mereka kelmarin yang terang-terangan `menyerang' Hishammuddin.

Mereka mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu mengeluarkan ucapan yang disifatkan melampau pada Perhimpunan Agung parti bulan lepas.

Kata mereka, ucapan Hishammuddin bahawa orang Melayu tidak akan berkompromi selagi matlamat DEB tidak tercapai, ditolak oleh masyarakat Cina.


Ketika pemuda-pemuda BN sedang serang menyerang, mantan PM Tun Dr Mahathir yang semalam mengatakan ANWAR homoseksual, tetapi hari pula, menunjukkan yang beliau sebenar tidak dapat menolak sebaliknya seolah-olah mengakui apa yang sebaliknya, Pertuturannya, kian hari kian tidak teratur, apakah beban yang ditanggung oleh jiwanya ternyata amat berat ditanggung. Walau bagaimana berat mata kita memandang pasti lagi berat yang ditanggung oleh mantan PM tersebut.


Bayangkan diri anda semasa berkuasa menuduh orang liwat dan sepanjang pemerintahan mempertahan tuduhan tersebut, kini telah hilang kuasa dan orang yang dituduh telah dibebaskan mahkamah, tambahan pula mendapat perhatian dunia bukannya perhatian rakyat Malaysia sahaja. Kerajaan Saudi memberikan Jet khas dan istana khas sepanjang DSAI di Mekah. Mendapat sambutan tetamu negara. Orang baru keluar penjara pula tu, hati yang mana boleh melihat semua ini. Hidup menjadi tak keruan menanti masa dan apa yang bakal menimpa diri. Tidak menghairankan jika mantan PM terusan menggelabah menanti sesuatu yang pasti bakal tiba. Tunggulah detik detiknya sahaja….

Pak Ngah jangkakan, dalam kesusahan hati yang tak keruan itu, seperti mana selalunya, manusia akan menyebut apa yang sebenarnya, lihatlah, mantan PM sendiri menyatakannya, apakah dianya itu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM? Lihat di bawah.


Asia jangan tunduk kepada kuasa Barat
SINGAPURA 11 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa para pemimpin Asia hari ini supaya jangan lagi tunduk kepada kuasa Barat. Mahathir menegaskan, penduduk Asia sedang menantikan seorang pemimpin berwibawa daripada sebuah negara berwibawa.


“Pemimpin yang terlalu tunduk kepada warga Eropah jangan terkejut jika rakyat mereka bangkit menentang mereka atau melakukan tindakan keganasan,'' katanya.

“Pemimpin Asia mempunyai pilihan. Tunjukkan kepimpinan sebenar, ambil inisiatif dari segi idea dan pemikiran serta kembalikan maruah diri. Jika tidak, hadapi situasi memalukan apabila negara dipengaruhi oleh kuasa asing dan diri dibenci oleh rakyat sendiri''.

Mahathir menyelitkan ucapannya dan sesi soal-jawab yang menyusul dengan kenyataan-kenyataan pro-Asia dan anti-Barat.

"Penduduk Asia sudah bertamadun lama sebelum penduduk Eropah mencapai tamadun. Mereka seharusnya belajar daripada kita,'' tegasnya. - AFP


Apakah mantan PM sudah mula tersedar siapalah diri ini. Pada pandangan Pak Ngah seluruh kenyataan di atas menjadi tunggang-langgang kerana ianya terbit dari kerunsingan diri yang mendalam. Ingin menyatakan sesuatu tetapi menyimpang siur ke sana sini, resah, resah. Apakah hari esok masih ada buatku!. Seperti mana kata DSAI “Forgive but not forgotten”. Kalau dulu menyeksa tetapi kini jiwa terseksa. Bertemu di hari mendatang, salam dari Pak Ngah untuk semua menantikan Malaysia Baru.


..….. Pak Ngah - 13.10.2004

 
SEBAT TUN DR MAHATHIR 80 KALI
10.12.04 (9:28 pm)   [edit]

Kenyataan Tun Dr Mahathir di Singapura telah mengundang malapetaka kepada dirinya sendiri di akhirat kelak. Ianya adalah berpandukan kenyataan beliau sendiri dan kenyataan beberapa ulamak terkemuka seperti Shaikh Taha Jabir Al Awani, Dato’ Dr Harun Din dan Dr Yusuf al Qardhawi. Lihatlah petikan di bawah:



Mahathir says Anwar finished
Monday, October 11 @ 17:41:30 MYT
SINGAPORE, Oct 11 - Retired Malaysia Prime Minister Mahathir Mohamad launched a scathing attack on former deputy Anwar Ibrahim Monday, rubbishing his one-time protege's chances of a comeback "because he was homosexual."


Perhatikan PETIKAN tulisan di Laman M@rhaen yang terdahulu oleh ER



Lalu apa dosa memfitnah seseorang dengan tuduhan zina atau liwat?
Ahli Majlis Fiqh Antarabangsa, Shaikh Taha Jabir Al-Awani merumuskan bahawa tuduhan salah laku liwat adalah satu jenayah maruah dan akhlak. Seperti juga tuduhan zina, ia memerlukan empat orang saksi yang boleh dipercayai dan telah melihat salah laku tersebut secara sah, tanpa sebarang halangan atau gangguan.


“Sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam keterangan yang diberi, maka keseluruhan kes hendaklah dibuang dan para saksi atau pendakwa bersalah kerana memburuk-burukkan dan memfitnah,” kata Shaikh Taha.

Tokoh ulama terkemuka, prof Dato’ Dr Harun Din pula berkata sekiranya orang yang menuduh gagal membuktikan dengan empat orang saksi, maka hukuman berubah daripada kes zina kepada kes qazaf. Qazaf bermakna menuduh seseorang berzina tanpa berjaya membawa empat orang saksi.

“Bila sabit kes qazaf, maka hukuman terhadap orang yang membawa kes itu ialah sebatan 80 rotan,” kata beliau.

Firman Allah bermaksud:
"Mereka-mereka yang menaburkan fitnah, melakukan fitnah keatas orang-orang mukmin lelaki dan perempuan maka Allah sediakan bagi mereka itu dua seksa. Yang pertama azab neraka jahannam, dan kedua (mereka jadi) bahan api neraka yang dibakar selama-lamanya", tegasnya.


Ahli Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islami Mekah, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pula menegaskan bahawa menuduh seseorang dengan tuduhan zina dan liwat adalah dosa besar. “Penuduh mesti mengemukakan empat orang saksi. Jika gagal mendatangkan empat saksi, maka dia dianggap pendusta,’ kata beliau.

Pendusta itu mesti dikenakan hukuman syariah seperti firmanNya (terjemahannya):
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4-5).


Berlapang dada menerima hakikat, kalau kayu dikatakan kayu, kalau batu dikatakan batu, umpama kata orang tua tua “Kubur kata mari, rumah kata pergi”. Di akhir hayat kita banyakkan menyebut nama Allah, apatah lagi menjelang Ramadhan bulan yang mulia, jangan kita menjadi ibarat “Tiada beban batu digalas”. Apa lagi yang hendak dikata “Nasi sudah menjad bubur”. Doa kita semoga Allah mengembalikan mereka-mereka itu ke jalan yang benar, Amin.


..….. Pak Ngah - 12.10.2004

 
PATUTLAH MEREKA TAK NAK SIARAN LANGSUNG PARLIMEN RUPA-RUPANYA, MACAM INI GAYANYA...
10.12.04 (9:26 pm)   [edit]

Patutlah mereka memberikan berbagai alasan untuk tidak diadakan siaran langsung, katanya kos tinggilah, rupa rupanya ada tak tinggi kosnya, beginikah perbincangannya? Kalau semua rakyat lihat mesti tolak BN punya.


Pak Ngah bila baca petikan hansard parlimen ini rasa macam tak percaya sahaja, beginikah standard ahli yang diberikan mandat berbincang di Parlimen, hai, apalah nasib rakyat dimasa hadapan. Persoalan yang timbul disini adalah seperti berikut:

Apakah ini menjadi kelaziman mereka di parlimen dari dulu hingga kini? Pak Ngah tak ada komen apa cuma mengurut dada mengenangkan anak bangsa dan negara dan lihatlah sendiri petikan yang Pak Ngah ambil dari Malaysia Today ini:


(Petikan dari Hansard Parlimen)
Tuan Karpal Singh: [Bangun]
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Ha, itu dia bapa bai! You sudah tipu ya.
Tuan Chang Kon You: Pembohong berdiri, pembohong berdiri, duduk!
Beberapa Ahli: Bohong, penipu.
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: 'Belakang' kena jaga ya.
Tuan Chang Kon You: Pembohong, duduk!
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Apa tengok-tengok, cakaplah!
Tuan Karpal Singh: Bolehkah .......
Tuan Chang Kon You: Liar, liar!
Seorang Ahli: Bohong, bohong!
Tuan Karpal Singh: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah mengarahkan 'binatang-binatang' ini......
Seorang Ahli: A great liar.
Beberapa Ahli: Liar, liar!
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, tarik balik dia kata 'binatang' itu, Tuan Yang di-Pertua. Ini 'benggali' sudah kurang ajar, dia kata 'binatang'.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, sudahlah!
Tuan Chang Kon You: Benggali!
Tuan Karpal Singh: 'Binatang' yang ada di sini boleh dikawal atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat.


Baca petikan selengkapnya di Malaysia Today.


Rakyat perlu membuat penilaian sendiri setelah membaca petikan hansard tersebut. Kita mengimpikan Malaysia Baru yang serba serbi berhemah tinggi. Tidak ada hipokrasi sama ada di hadapan rakyat atau di belakang rakyat. Sama ada dapat dilihat rakyat atau tidak dapat dilihat rakyat ianya tetap sama. Malaysia Baru yang telus dan Adil.


..….. Pak Ngah - 12.10.2004

 
Pura-Pura Enggan Dirasuah: YDP MDKS Hampir-Hampir Bertumbuk Dengan Kontraktor
10.12.04 (9:24 pm)   [edit]

Oleh Rajawali


Berikut cerita terbaru Mohd Amin Jaya Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Selangor yang dikatakan oleh kebanyakan kontraktor dan lain-lain pelanggan yang berurusan dengannya sebagai kaki rasuah:
 
Amin Jaya baru-baru telah didatangi oleh seorang kontraktor bernama Nor Rahim di pejabatnya di Kompleks MDKS Kuala Selangor berhampiran dengan Kompleks Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor.
 
Nor Rahim juga adalah Timbalan Ketua Umno di sebuah cawangan dalam DUN Bukit Melawati Kuala Selangor. Dia merupakan salah seorang pendokong kuat YB Daud Tarihep Ahli Parlimen Kuala Selangor yang kalah di dalam pemilihan ketua Umno Bahagian yang lepas.
 
Kontraktor itu diberitakan terlalu laparkan projek seperti mana kontraktor-kontraktor bumiputera lain yang terpaksa bersaing sesama sendiri bagai nak gila. Semua orang tahu bahawa `stail` YDP Amin Jaya melaksanakan taktik rasuahnya adalah melalui orang tengah `runner`.
 
Segala habuan tidak boleh diberikan kepada Amin Jaya secara terus tetapi mestilah melalui runnernya. Amin Jaya selalunya mengurniakan projek MDKS kepada kontraktor-kontraktor tertentu tetapi mengenakan syarat bahawa kerja-kerja perlaksanaan projek itu mesti diberi kepada sub-sub kontraktor yang telah dipilih oleh Amin.
 
Maknanya main-con hanya menerima wang komisen atau pun sedikit keuntungan sahaja. Selalunya harga tender yang dikeluarkan oleh MDKS adalah `untung lipat dua` (untung 100 persen).
 
Nor Rahim yang tamak dikatakan mahu menyekat tradisi itu terus menemui Amin Jaya dan secara `gentleman` memberi tawaran rasuah secara terang-terangan. Amin Jaya gelabah tetapi dapat mengawal keadaan lalu memaki hamun Nor Rahim sambil menafikan bahawa dia ( Amin ) tidak pernah menerima rasuah daripada sesiapa pun.
 
Kontraktor orang kuat Umno itu tidak dapat menerima kepura-puraan Amin Jaya terus mengherdik YDP MDKS apalagi suasana pun hangat dan mereka hampir-hampir bertumbuk. Akhirnya Amin Jaya mengusir Nor Rahim dari pejabatnya, Nor Rahim yang kurang berpuas hati terus keluar dan menjaja cerita bahawa YDP MDKS tidak mengizinkan orang awam menemuinya.
 
Cerita panas Nor Rahim/Amin Jaya itu terus diulang-ulangi sama ada di ofis kerajaan, beranda-beranda surau dan masjid, di kedai-kedai kopi dan di mana sahaja. Kedua-duanya Melayu bergaduh fasal projek, fasal rasuah! Hidup Melayu!!!!


Rajawali - 11.10.2004

 
ASAL USUL POPULARITI NOKIA COMMUNICATOR DI MALAYSIA
10.12.04 (9:22 pm)   [edit]

Menurut kisahnya, sejurus Umno membentuk kerajaan di Terengganu selepas PRU lalu MB barunya Idris Jusoh bersungguh-sungguh mahu membawa imej baru serba serbi. Antara arahan beliau bahawa semua wakil rakyat BN dibekalkan dengan telefon NOKIA COMMUNICATOR 9210i yang harga pasarannya sekitar RM2200 - RM2350 di KL, tapi tak tahulah kerajaan negeri Terengganu bayar berapa. Sebab diberitakan rupanya bukan hanya YB-YB sahaja yang dapat, semua para pegawai kanan sehingga penghulu masing-masing dapat seorang satu.


Sebagai bukti sebuah risalah yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Negeri Terengganu di bawah tajuk 4 BULAN LEBIH BAIK DARI 4 TAHUN menyebut:

MB, WAKIL RAKYAT & PEGAWAI KERJA 24 JAM

Pengunaan telefon mudah alih (Communicator) - EXCO/Wakil Rakyat/Pegawai Tadbir Negeri dibekal dengan sebuah telefon Nokia Communicator bagi memudahkan penyaluran maklumat/arahan. Dapat berfungsi 24 jam. 7 hari seminggu.

Hebat sungguh kerajaan baru Pak Yeh ni! Soal reti tak reti guna soal kedua, latihan boleh diberi. Praktikal tak praktikal soal kedua, barang free! Maka usunglah communicator seorang satu. Telefon lain tok leh ko?


Yang menariknya seorang pemimpin baru sebuah anak syarikat kerajaan negeri ada memberitahu darihal asal-usul sebenarnya handphone model ini digunakan. Kata beliau cerita bermula apabila orang Umno ternampak Pak Lah guna model ni maka selepas itu berebut yang lain nak turut guna. Bukan hanya di Terengganu sampai seluruh negara. Sampai kehabisan stok, ketawa besar taukeh-taukeh handphone.

Dan yang lebih menarik menurut beliau juga sebenarnya model ini sudah dianggap ketinggalan zaman kerana memiliki banyak kekurangan berbanding dengn contohnya model PDA yang turut beroperasi sebagai alat komunikasi. GPRS pun tak boleh support.

Sebagai contoh berikut diberikan review berhubung Model NOKIA ini:


Consider carefully 3 years ago, when the 9210 was first released, it was such a fancy device. It amazed everyone who saw me use it, and it was such a James Bond gadget. But as with any other computing device- 3 years is enough time for any computer to get outdated.
the 9210 uses Serial port (not USB) hence data transfer is EXTREMELY slow.


My communicator has developed display problem because the display wires are hooked at the axis of the opening part- so when you open and close it about 500 times, (over a year), the display starts to flicker, and now its like a junk TV that operates sometimes, and fails most times.

Also, the keyboard has developed a strange fault which doesnt allow the left hand side of many special keys to work anymore. Extremely annoying as the '@' symbol amongst many others doesnt work. I would never recommend the communicator to anyone. It is fancy, useful alright, but over time, you will realize it has more disadvantages than advantages. I prefer my MUCH smaller, Sony T610 now.

I would never recommend this to anyone. Consider buying a PDA- based phone if you want one. Symbian OS is extremely unreliable, it hangs up atleast twice a day, and booting time is almost 2 mins (terrible when you are making an emergency call, and your phone hangs up!!). its not a phone, its a Pda, with a crap operating system and terrible phone features.


Sementara itu YB-YB Umno dan oran g-orang kuat kerajaan negeri yang lain terpaksalah pikul ke hulu ke hilir mesin usang ini SEBAB Pak Lah pun guna, patutlah outdated!


Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms
- 11.10.2004

 
Forum Politik Nasional
10.12.04 (2:02 am)   [edit]

Forum Politik Nasional dalam Laman "Idealis Mahasiswa" - JIN menghuarikan tafsirannya terhadap hadis-hadis mengenai BUGHAT untuk terus menegakkan kefahamannya bahawa PAS adalah BUGHAH dalam usahanya mempengaruhi para mahasiswa supaya membenci PAS dan supaya para mahasiswa merasa telah berdosa menyokong PAS.

Apakah betul tafsirannya itu dan menghukum PAS adalah BUGHAH? Sila klik: http://www.voy.com/66209" title="http://www.voy.com/66209" target="_blank"http://www.voy.com/66209/

Di bawah ini dipaparkan artikel oleh JAKIM mengenai
Bughah:

KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM
Oleh : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
FORMAT PDF

Pengertian bughah.
Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah
Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes"> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”

Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim
2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. yes"> Riwayat al-Bukhari dan Muslim
3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)
4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)
5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)


Bughah Menurut Pandangan Ulamak

1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…”


2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”.

Ali Imran ayat 165

Dan Allah S.W.T. berfirman yes"> yang bermaksud;

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”.
Al-An`am ayat 129


Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)

3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)

4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Al-Nawawiberkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yangmemerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan janganmenentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepadaAllah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan danmenjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12,hlm. 232)
5. Sahl binAbdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selamamana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-duainstitusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika merekamerendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”.(al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)
Kesimpulan
Pemberontakanatau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islamdigesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakankeharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.
Disediakan oleh
BAHAGIAN PENYELIDIKAN
JAKIM
1. AL-IMAM TAQIYUDDIN ABI BAKARBIN MUHAMMAD AL-HUSAINI,KIFAYAH AL-AKHYAR FI HILLI GHAYAH AL-IKHTISAR,DAR AL-KUTUB AL-ILMIYAH, BEIRUT, JLD 2
2. QANUN JINAYAH SYAR`IYYAH,HAJI SAID HAJI IBRAHIM, CETAKAN PERTAMA 1996, DARUL MA`RIFAH, KUALA LUMPUR
3. AHKAM AL-SULTANIAH WAAL-WILAYATI AL-DINIYYAH, ABI HASAN ALI BIN MUHAMMAD BIN HABIB AL-BAGHDADIAL-MAWARDI, DAR AL-KUTUB AL-ILMIAH, BEIRUT
4. SYARH AL-`AQIDATIAL-TOHAWIYYAH, JUZ 2, CETAKAN KE-13 TAHUN 2000, MUASSASAH AL-RISALAH
5. AL-ADILLATU AL-SYAR`IYYAH FIBAYANI HAQQI AL-RA`IYYAH, SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN SABIL, DAR AL-SALAF,RIYADH
6. Syarh al-Nawawi li SahihMuslim, juz 12, cetakan ke-7 tahun 2000, Dar Ma`rifah, Beirut.SIASAH SYARIYYAH
HTTP://WWW.ISLAM.GOV.MY/E-RUJUKAN/SIASAH.HTML

 
Ini cerita orang dalam tong taik menjerit taik ! Taik taik !. Tolong buang taik dalam tong ni !.
10.12.04 (1:55 am)   [edit]

Saya adalah seorang perwakilan Umno Pulau Pinang ketika Perhimpunan Agung Umno tempoh hari. Saya ingin membuat pengakuan tulus tentang gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno kerana bimbang tentang masa depan Malaysia apabila dipimpin oleh pemimpin yang menjadikan rasuah sebagai ‘modus operandi’ mereka untuk mendapatkan kuasa politik.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, ingin saya menyatakan rasa tidak puas hati saya terhadap pemimpin dan media yang menggunakan istilah ‘politik wang’ dalam menghuraikan gejala rasuah dalam Umno.

Kenapa perlu kita menukar istilah rasuah kepada politik wang? Rasuah tetap rasuah. Saya beranggapan penukaran istilah ini adalah sebagai satu usaha licik pemimpin yang kononnya membela Melayu untuk menipu rakyat, seolah-olah rasuah dan politik wang adalah perkara yang berbeza.

Rasuah menjadi ideologi baru bagi Umno. Baru pun tidaklah baru sangat, semenjak zaman Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden lagi. Umno sudah tidak punya ideologi untuk membela Melayu lagi. Majoriti perwakilan membicarakan tentang rasuah dari calon pemimpin ‘Melayu’ sesama mereka.

Antara dialog popular mereka ialah, ‘Bila lagi duit dari Datuk ‘A’ nak turun ni? Kalau tak turun juga, kita takkan pangkah dia!’. Mereka sudah tidak lagi membicarakan tentang agenda untuk memartabatkan Melayu dan Islam.

Bagaimanakah sesetengah pemimpin party mendapat undi yang banyak semasa piliharaya party? Sebenarnya, mereka menang kerana merasuah para perwakilan dengan jumlah rasuah yang tinggi sehingga RM1,000.

Bayangkan berapa juta ringgit dihabiskan demi memenangi kerusi dalam parti.

Dan dari mana sumber dana yang mereka perolehi untuk tujuan rasuah tersebut? Mereka telah memperolehi dana itu daripada ahli-ahli perniagaan yang juga menyewakan bilik-bilik hotel untuk dijadikan tempat tidur para perwakilan.

Kenapa ahli-ahli perniagaan ini sanggup menaja mereka? Jawapannya tentulah dengan kemenangan mereka, ahli-ahli perniagaan tersebut itu dapat mengaut projek kerajaan yang berharga paling kurang tiga kali ganda dari nilai suapannya itu.

Inilah keburukan rasuah yang berleluasa sekarang yang menyebabkan saya terpaksa membongkarkannya walaupun saya sendiri adalah ahli Umno kerana saya bimbang dan gusar tentang masa depan umat Melayu di Malaysia hasil mainan jahat pemimpin-pemimpin Umno yang tidak bersih.

Ramai yang terkejut bagaimana Muhammad Muhammad Taib boleh kalah dari jawatan yang dia sedang sandangi. Sedangkan dia telah banyak berjasa kepada Umno terutama sekali ketika pilihanraya kecil Kuala Berang baru-baru ini.

Ini kerana pada pemilihan kali ini, dia ingin bermain bersih dengan tidak merasuah kepada perwakilan. Dia cuba menggunakan taktik bahawa dia adalah pemimpin Melayu tulen yang ingin memartabatkan Melayu di persada dunia.

Akhirnya dia gagal kerana Umno sudah sebati dengan ideologi rasuah dan bukannya lagi agenda perjuangan Melayu.

Pembaca mungkin menyoal kenapa saya tidak kemukakan saja aduan ini melalui saluran yang betul terhadap jawatankuasa displin parti. Saya tidak lagi percaya dengan jawatankuasa tersebut yang telah terbukti berat sebelah dalam keputusannya.

Kita boleh lihat dalam kes rasuah ketika pemilihan di peringkat bahagian tempoh hari di mana yang telah terbukti bersalah kerana terlibat dalam rasuah hanya dikenakan amaran sahaja.

Adakah laporan saya yang akan melibatkan orang yang lebih besar dari mereka akan diadili dengan sewajarnya oleh jawatankuasa tersebut?

Saya tidak nampak Pak Lah serius dalam hal membenteras rasuah dalam Umno ini kerana dia ingin mengelakkan peperangan yang lebih besar berlaku dalam Umno. Dia lebih rela Umno selamat dengan mengorbankan nasib rakyat di tangan perasuah-rasuah Umno yang berleluasa.

Di samping tidak diadili dengan sewajarnya, saya juga yakin nasib saya akan malap dalam Umno kerana bertindak berani menyalak pemimpin-pemimpin tertinggi di peringkat naib presiden.

Siapakah lagi yang menjadi harapan saya untuk menyelamatkan Umno dan negara tercinta dari gejala rasuah? Hendak harapkan pemimpin ulung yang sedang dirawat di Munich pun belum pasti tercapai kerana sesetengah pemimpin telah menghalangnya dengan keras daripada kembali memimpin Umno dengan alasan beliau adalah ‘pengkianat’ parti (adakah seseorang menjadi pengkianat sedangkan dia dipecat?).

Saya doakan moga Umno yang saya dokongi ini tidak akan pudar dan akhirnya mati akibat penyakit rasuah di tahap kronik yang sedang melandanya.


Rasuah yang kritikal dalam Umno
Perwakilan Umno Pulau Pinang
Oct 11, 04 3:46pm

 
Mahathir di kejar hantu
10.12.04 (1:34 am)   [edit]

(dipetik dari FGR tanpa suntingan)


Kata orang, pencen adalah waktu yang sangat tenang dan menyeronokkan. Orang yang pencen boleh duduk goyang kaki, pulang pergi daripada masjid ataupun surau, menghabiskan masa di tengah-tengah keriangan anak-anak dan cucu. Hidup berjalan perlahan tanpa banyak kerisauan.

Apatah lagi jika persaraan itu diiringi dengan jumlah pencen yang banyak. Ditambah pula, pelbagai kemudahan diberikan termasuk wang, pejabat dan sarana persantauan seperti rumah rehat dan kapal terbang peribadi. Alangkah seronoknya!

Namun, keadaan seperti itu, yang sepatutnya dinikmati oleh mantan perdana menteri Mahathir Mohamad, seolah-olah tersimpang daripada beliau. Raut muka Mahathir tidak menunjukkan keriangan, tetapi kesugulan yang amat sangat. Mahathir kelihatan lemah dan lesu. Cebik mulutnya yang sangat ketara itu semakin jelas. Malah, matanya liar ke kanan ke kiri seakan-akan ada hantu yang mengejarnya.

Mungkin benar, ada hantu yang menghambatnya. Hantu apa? Hantu raya, polong, pelesit atau bajang? Mustahil Mahathir, yang terkenal sebagai tokoh perubatan dan sains yang tersohor, takutkan hantu? Bukankah Mahathir pernah mengherdik Haron Din sebagai "bomoh jampi" dan "penghalau hantu"?

Mahathir takut kerana hantu-hantu yang mengejarnya bukan imaginasi atau rekaan, sebaliknya sangat tulen lagi menakutkan. Hantu-hantu tersebut adalah rasuah, salahguna kuasa, kezaliman dan kekejaman yang pernah dilakukannya semasa menjawat tugas dahulu.

Ada kawan-kawan Mahathir yang sudah pun mati diserang hantu. Eric Chia, misalnya, tersampuk polong dan kini meracau-racau dalam mahkamah dan memaki-hamun orang keliling termasuk pemberita.

Kawan-kawan yang lain pula duduk tidak senang kerana takutkan hantu. Hantu politik wang, contohnya, kerapkali mengacau mereka walhal sedang mereka sedap menikmati kemenangan dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Ada yang sedang seronok dijulang-julang oleh penyokong, tiba-tiba disapa oleh hantu-hantu politik wang. Lantas, mereka terkedu umpama ketegur.

Hantu-hantu yang mengejar Mahathir sangat luar biasa kekuataannya. Baru-baru ini, mereka disertai pula oleh orang mati yang hidup kembali. Itulah Anwar Ibrahim. Sudah enam tahun beliau mati, tetapi beliau hidup kembali untuk mengganggu Mahathir.

Tentulah, hantu Anwar Ibrahim itu sangat menakutkan. Mahathir sendiri yang menanam dan mentalqinkan jenazah Anwar pada tanggal 2 September tahun 1998 dahulu. Mahathirlah yang mencacakkan batu nisan di pusara Anwar, seraya menyatakan bahawa Anwar sudah mati dan tidak relevan lagi dalam politik tanah air.



"Lupakan Anwar, dia sudah mati".

Rupa-rupanya, Anwar mengorek dirinya keluar daripada kubur dan kembali mengejar Mahathir. Aduh, aduh, Mahathir dihambat hantu Anwar, sampai ke Manila. Walaupun naik pesawat terbang dan disambut oleh pemimpin luar, walaupun di kelilingi oleh ribuan pendokong dan penyokong, Mahathir tetap mendengar nama Anwar. Ke kiri Anwar, ke kanan pun Anwar.

Dalam benak Mahathir, tentulah hidupnya bising kerana hantu Anwar sering menjadi sebutan. Mahathir mahu hidupnya kembali tenang, supaya dia boleh mengajar dunia bagaimana untuk maju dalam bidang politik, ekonomi, kewangan, sains, teknologi dan keagamaan. Sayang, hantu Anwar pula yang menjadi tuturan orang.

Mahathir hidup dalam ketakutan. Tidak lama lagi, hantu Anwar akan kembali ke tanahair. Hantu boleh melolosi sempadan dan udara kasa, namun paling menakutkan bila hantu itu terpacak di hadapan kita.

Mahathir meracau-racau.


"Nyah, nyah, nyahlah hantu!" ujarnya. "Hantu ini pengkhianat, tidak perlu kita semua me;ayan hantu," bujuknya.

Tetapi semuanya tidak berhasil, kerana hantu Anwar akan menghantar Mahathir ke kuburnya.

Hanya ada satu mantera, atau jampi, atau serapah, yang dapat menyelamatkan Mahathir iaitu mati. Hanya sesudah mati, barulah hantu Anwar akan membiarkan Mahathir diam dan tenang. Oh, terlupa pula...pada waktu itu tugas hantu Anwar akan diambilalih pula oleh dua malaikat penyoal.

 
PERISTIWA GANJIL SEDANG MELANDA, TANDA-TANDA PENGHUJUNG HAYATNYA UMNO dan BN
10.11.04 (6:53 pm)   [edit]

Keganjilan yang timbul adalah sesudah hampir 50 tahun Malaysia Merdeka dan beribu ribu telah dikurniakan pangkat dan gelaran duniawi tiba tiba menjadi perbualan dan perbincangan umum pemimpin dan rakyat tentang kepelikannya tetapi ianya adalah benar atau dalam terminologi TV3 PELIK TETAPI BENAR. Ianya patut di videokan . Berbagai cerita menarik timbul, ada yang dapat pangkat tetapi orang itu kata tak mau ambil tetapi orang lain kata dia nak ambil juga, Ada orang kata penulis BUKU konspirator pun dapat juga, ada juga kata bukan balas budi, malah ada yang kata mudah beri datuk cetus rasa syak.


Apa lagi Pak Ngah pun teruslah syak, berbagai syak wasangka sekarang ini tengah bermain di kepala Pak Ngah, di antaranya seperti berikut:

Betul lah, patutlah pun, memang mereka macam itu, tapi tak sangka sungguh dia boleh dapat, Mana ada, dulu-dulu mana ada pilihan macam ini, Sekarang ini dah pelik, bukan dikiranya jasa sangat, apa yang dikira sokong siapa. Macam mana pulak dia itu boleh dapat, satu Malaysia tahu, bukan kerana yang baik tetapi yang buruk.

Dan akhirnya, apa nak jadi dengan gelaran Datuk di masa depan, seduit pun dah tak laku lagi macam yang dapat dari Filipina itulah akhirnya. Berikut diperlihat tajuk Utama akhbar Utama mereka:


Ali nafi beri anugerah kerana menang Naib Presiden UMNO - `Bukan balas budi'
MELAKA 9 Okt. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menolak desas-desus mendakwa ramai ahli politik diberi anugerah kebesaran negeri itu termasuk gelaran Datuk kerana mahu membalas budi mereka memberinya kemenangan Naib Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti itu bulan lalu.


Mudah beri `Datuk' cetus rasa syak
KOTA KINABALU 9 Okt. - Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, anugerah gelaran Datuk yang terlalu mudah diperoleh boleh mengundang sangkaan atau rasa syak kepada masyarakat.


Berhubung dengan kebakaran ini, pada adat orang melayu, banyak sangat alamatnya, kalau nak disebut tak elok disebabkan takut jadi fitnah. Yang Pak Ngah dengar dari kekawan dibidang perniagaan dan Perindustrian kecil ini, bila bisness tak baik dan hutang mula meningkat, mula cari Jalan, bila terbakar kilang dapatlah tuntut insuran, sambung kembali bisness dan tambah besar pulak itu. Macam macam cara orang yang selesaikan masalah, tetapi kalau Pejabat MB terbakar, tak tau lah macam mana nak kata. Litar pintas kot………



Pejabat MB Perlis hangus
KANGAR 9 Okt. - Sebahagian dokumen penting kerajaan negeri musnah apabila pejabat Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran petang ini.


Masalah yang ditanggung oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lagi teruk, PM kata hanya tolong melalui surat sokongan sahaja tetapi dalam Laporan CIA kata



“According to the Duelfer report, ‘Abdullah Badawi’ was given vouchers in 2000 to sell two million barrels of Iraqi oil. It was estimated that the profit could be as high as 65 cents per barrel.


The report said that ‘Abdullah Badawi’ - through a company called Tradeyear - had sold 1,949,900 barrels, possibly making a tidy profit of as much as US$1.3 million.


Kalau kita tak bersalah apa yang hendak disusahkan, buka balik fail tahun 2000 itu, dedahkan kepada rakyat, rakyat pasti akan melihat ketelusan PM kerana berani kerana benar dan takut kerana salah.



Kontrak: Penjelasan Abdullah
HANOI 9 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau hanya menulis surat sokongan kepada kerajaan Iraq bagi membantu syarikat-syarikat tempatan mendapatkan kontrak di bawah program minyak-untuk-makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Dua cerita di bawah ini tentang keganjilan yang cukup jelik kerana segala yang akan dilakukan rakyat sekiranya tidak berpihak kepada mereka adalah tidak betul dan salah sebaliknya kalau pihak kerajaan menggunakan saluran yang sama adalah yang betul, baik, sesuai, memenuhi tuntutan ramai, berbetulan dengan Islam.


Sekiranya ada yang mengambil tindakan Mahkamah, kalau musuh dalam selimut amat memeranjatkan mereka (lebih sesuai amat menakutkan mereka) tetapi kalau musuh luar selimut dia tidak akan terperanjat kerana cukup konfiden pihak Berkenaan tidak akan melakukan sebarang siasatan ke atas mereka. Maklumlah pakai ilmu kebal tetapi kata orang, mengamalkan ilmu kebal ini bukannya amalan umat Islam.


Internet bukan gelanggang membicarakan soal keagamaan - Isu agama gugat perpaduan
Cetusan Pemikiran Oleh Dr. Ismail Ibrahim
Maka benarlah seperti yang telah saya utarakan, tiba-tiba dalam beberapa hari ini timbullah isu pembicaraan tentang konsep Islam Hadhari dan perumpamaan antara najis dengan air kencing, dan sebagainya, yang disiarkan melalui media Internet. Perkara ini membangkitkan kemarahan kerajaan, kerana hal itu dianggap bertentangan dengan etika kebebasan media. Ia juga boleh membawa kepada kesalahfahaman rakyat umum, yang akhirnya akan menimbulkan ketegangan antara orang awam.


Isunya bagi saya bukanlah sama ada tulisan tersebut benar atau tidak benar. Kerana benar atau tidak benar sesuatu hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh seseorang itu adalah tertakluk kepada pentafsiran penulis dan pembacanya. Tetapi isunya di sini ialah apakah tulisan begitu dapat difahami oleh berbagai-bagai golongan pembaca yang terdiri daripada pelbagai kalangan dan mempunyai cara berfikir masing-masing yang berbeza?

Syeikh Al-Azhar, mufti sokong seragam azan
Bicara Agama Oleh Astora Jabat astora_jabat@yahoo.com. ADA pihak menuduh penulis menghina Islam dalam rencana minggu lalu. Pada mulanya terkejut juga kerana menyangka musuh dalam selimut membuat angkara lagi. Tetapi selepas mendapati dakwaan itu dibuat oleh pihak yang merupakan musuh di luar selimut, maka hilanglah rasa terkejut itu. Pihak yang sentiasa melihat diri mereka lebih Islam daripada orang lain tidak pernah melihat penulis dari kaca mata yang baik. Pada mereka penulis tidak betul belaka.


Pak Ngah amat takut apabila seseorang yang menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan mengungkap kata-kata sepertini: “Isunya bagi saya bukanlah sama ada tulisan tersebut benar atau tidak benar. Kerana benar atau tidak benar sesuatu hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh seseorang itu adalah tertakluk kepada pentafsiran penulis dan pembacanya. Tetapi isunya di sini ialah apakah tulisan begitu dapat difahami oleh berbagai-bagai golongan pembaca yang terdiri daripada pelbagai kalangan dan mempunyai cara berfikir masing-masing yang berbeza?”


Pada pandangan Pak Ngah yang cetek ini, yang benar, tetap benar dan yang salah tetap salah tanpa mengira siapa yang mentafsir atau membacanya kerana Islam itu amat jelas kebenarannya yang datang dari Allah. Jangan kita bermain kata-kata untuk itu dan ini, Jalan yang lurus tetap lurus sekalipun diletakkan papantanda JALAN BENGKANG BENGKOK kerana kita ada mata untuk memandang, ada telinga untuk mendengar dan ada otak untuk berfikir dan yang Utama adanya ilmu untuk beramal.

..….. Pak Ngah - 11.10.2004

 
Umno Yang Kian Menjakun
10.11.04 (6:51 pm)   [edit]

Oleh Inderaloka


Di sebalik kegamatan menjaja Islam versi Hadhari @ Islam Progresif @ Islam Tamadun ke seluruh pelosok negeri rupa-rupanya tanpa disedari oleh para penganut tulen Umno bahawa parti nasionalis haprak itu sedang menuju ke arah penyempurnaan kejakunannya.
 
Kejakunan membawa erti primitif, terasing dan seronok dengan dunia (tempurung) sendiri. Ya! Umno sedang menjakunkan dirinya terang-terangan di hadapan puluhan juta rakyat Malaysia khususnya dan warga dunia amnya.
 
Mengapa Umno yang diuar-uarkan sebagai parti pendokong kemajuan dan pembangunan berdekad-dekad lamanya itu tiba-tiba dihina begitu rupa? Bukankah itu biadab namanya, sebenarnya tidak! bahkan istilah `jakun` itulah paling tepat diguna untuk memakrifatkan kepada umat Melayu dan rakyat Malaysia terhadap Umno
 
Masih tidak percaya bahawa Umno bukan sahaja baru menjakunkan diri bahkan sejak dulu lagi, mahu bukti yang terbaru? Nah! Lihat bagaimana para pemuka dan pengampu bertempek bagaikan jakun di rimbaraya sedang memburu babi hutan di dalam Perhimpunan Agung parti mereka baru-baru ini.
 
Sorak tempek itu ditujukan khas kepada Anwar Ibrahim yang baru bebas setelah enam tahun meringkuk di dalam penjara gara-gara kezaliman Mahathir Mahataik dan kroni-kroninya.
 
“Anwar pengkhianat, perosak, pemecah belah ……..jangan sesekali diterima semula menyertai Umno”. Begitulah salakan para jakun jantan dan betina; Hishamuddin Hussein, Rafidah Rasuah Aziz, Azalina Othman dan sebahagian daripada para perwakilan yang sudah diremot otak mereka termasuk jua Imam Hadhari sendiri yang dipaksa untuk mengiyakan kenyataan paling goblok itu.
 
Soalnya apakah para jakun itu siuman atau sedang mabuk ketika menyuarakan hasrat untuk menolak 100 persen Anwar daripada menyertai Umno semula, jika mereka sedar pasti hasrat itu tidak akan diutarakan di dalam perhimpunan sebegitu besar kerana insan yang bernama Anwar Ibrahim belum pernah terlintas sama sekali untuk menyertai semula Umno.
 
Lantas di dalam situasi apa para jakun itu menyalak menghalang kemasukan semula Anwar ke dalam Umno? Kalau bukan gila apa lagi perkataan yang sesuai! Ya! Umno sendiri yang menggilai bebayang Anwar sedang Anwar memandang sebelah mata pun tidak.
 
Sama ada Najib bekas boyfriend Ziana Zain, Hishamuddin, Rafidah dan siapa saja semuanya terlalu takutkan bebayang Anwar namun ketakutan mereka masih lagi terbatas jika dibandingkan dengan ketakutan Mahathir Mahataik.
 
Tidak syak lagi bahawa bekas PM dan Presiden Umno paling bangsat itulah yang merencana agar Anwar Ibrahim dibelasah secukup-cukupnya di dalam perhimpunan yang pernah diibaratkan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor mantan Presiden Pas persis `perhimpunan kerbau`.


Mahathir Mahataik mahu semua minda para perwakilan Umno dan ahli-ahli di merata kampung dipasakkan dengan persepsi bahawa Anwar Ibrahim itu adalah pengkhianat dan perosak parti yang tidak boleh dimaafkan.
 
Apa pun rencana Mahataik nampaknya sia-sia sahaja kerana majoriti orang Melayu dan bukan Melayu hanya mentertawakan saja aksi goblok penjilat-penjilat bekas PM itu ketika mereka menyumpah seranah Anwar Ibrahim di dalam Perhimpunan Agung yang baru berlalu itu.
 
Rakyat marhaen sama ada penyokong BA mahupun BN setakat itu amat sukar untuk mempercayai bahawa Anwar akan menyertai semula Umno sebagaimana sukarnya mereka untuk mempercayai bahawa Anwar kaki rasuah dan liwat seperti yang didakwa oleh Mahathir Mahataik dan kroni-kroninya dulu:
 
Menyalak pemuda bukan kepalang,
Wanita dan puteri turut menjalang,
Berperang sakan dengan bebayang,
Anwar di Munich dimaki ganyang,
 
Berperang sakan dengan bebayang,
Anwar di Munich dimaki ganyang,
Memasuki Umno perkara terlarang,
Walhal sekilas pun Anwar tak pandang.
 
Memasuki Umno perkara terlarang,
Walhal sekilas pun Anwar tak pandang,
Sahlah Umno jakun terbilang,
Ibarat kerbau berlonggok di kandang.


Anwar Ibrahim Wira Rakyat Bapa Reformasi itu walaupun tidak pernah terlintas untuk menyertai semula Umno, tetapi siang-siang Perhimpunan Agung Umno menolak kemasukannya. Tidakkah itu suatu yang pelik?

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 10.10.2004

 
DIRGAHAYU TUN YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
10.11.04 (3:10 am)   [edit]

Kiriman: Meli
Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Kelmarin hari Ahad, 10 Oktober 2004, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob telah menyambut Hari Ulang Tahun ke-66. Sempena perayaan sambutan hari ulang tahun Yang DiPertua, maka pada adatnya sejak turun-temurun lagi upacara penganugerahan bintang-bintang kebesaran akan diadakan bagi merai dan menghargai pengorbanan dan sumbangan yang tinggi nilainya yang telah disumbangkan oleh penerima-penerima terhadap agama, bangsa dan Negara.

Pada tahun ini sebagai menghargai jasa-jasa mereka yang terlibat mempromosi dan menaikkan Khalil sebagai Yang DiPertua Negeri, kemenangan Mohd. Ali Rustam mendapat undi kedua terbanyak di belakang Isa Samad sebagai Naib Presiden UMNO dan kejayaan Abdul Rahim Tamby Chek kembali ke pangkuan arus perdana politik UMNO, maka dengan perasaan rendah hati dan penuh tawazuk Kerajaan Negeri Melaka telah bermurah hati menganugerahkan kepada 84 orang menerima pelbagai gelaran Datuk, satu jumlah yang terbesar pernah dikeluarkan dalam sejarah negeri ini. Menurut laporan Utusan Malaysia, rekod terbesar adalah dari negeri Pahang pada tahun 2002, seramai 96 orang menerima anugerah daripada Sultan yang juga merupakan ahli UMNO.


Mereka menerima pelbagai gelaran Datuk termasuk Dato' Seri Utama [hanya dianugerahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda terima kasih atas jasa beliau mengangkat Khalil sebagai Yang DiPertua dan penutup kes rasuah balak beliau di Pahang yang menyebabkan beliau tidak didakwa seperti Kasidah Gadam dan Eric Chia], Dato' Seri, Dato' Wira dan Dato'. Turut menerima gelaran Dato' adalah penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM, Khalid Jafri Bakar Shah. Saya rasa Kerajaan Negeri Melaka terlupa untuk memasukkan nama dalam senarai penerima gelaran Datuk kerana sumbangan mereka yang terlalu besar untuk agama, bangsa dan Negara. Mereka yang saya maksudkan ialah Azizan Abu Bakar, Umi Hafilda Ali, Dr. Rastina Mati [sudah meninggal dunia jatuh katil di Indonesia], Khairudin Abu Hassan dan Musa Hassan. Tahun hadapan jangan lalai lagi masukkan nama-nama mereka ini sebagai penerima anugerah Datuk Melaka.

Mengikut pendapat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Rais Yatim penganugerahan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang terlalu banyak oleh sesebuah negeri tidak kena daripada segi "budayanya".

Jika terlalu banyak anugerah seperti itu, masyarakat akan berasa syak kerana terlalu mudah bagi seseorang untuk mendapat gelaran itu sedangkan ianya adalah gelaran tradisi yang menjurus kepada kepakaran dan sumbangan, khidmat kepada negara dan lain-lain lagi. Itu pandangan Rais. Semua yang terpilih itu semuanya memberi sumbangan yang teramat besar nilainya kepada Negara ini, tunggulah kita jumpa di Padang Masyar nanti [pinjam kata-kata Isa Samad].
 
Sebagai menghargai sumbangan Khalil dan sama-sama untuk turut serta merayai Hari Ulang Tahun kelahirannya, marilah kita sama-sama mengimbas kembali kenangan mengusik jiwa alu berhubung dengan laporan Dato’ Fauzi Abdul Rahman, bekas ADUN Beserah, sila ikuti laporan


    & nbsp;


 



 
 
Sekian “SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE-66 MUDAH-MUDAHAN DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI KERANA DIBERI KUASA DITANGAN MEMUDAHKAN MENCARI KEKAYAAN DUNIAWI”.


Terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 11.10.2004 

 
Empat Dekad Masa Berlalu, Senator Hassan Shukri Tetap Begitu!
10.11.04 (3:09 am)   [edit]

Oleh Inderaloka


Orang luar mungkin tidak berapa mengenali YB Senator Ustaz Hassan Shukri jika dibandingkan dengan para pemimpin Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang lain sejak dulu lagi.
 
Mungkin kerana beliau terlalu `low-profile` atau memang tiada sebarang daya tarikan sebagai tokoh politik membuatkan anak kelahiran Kg Sepintas Sabak Bernam itu kurang popular di luar khalayak Pas.
 
Hassan Shukri `Ensiklopedia Hidup`
 
Namun di sisi para pendokong gerakan Islam (Pas) beliau dianggap sebagai `Ensiklopedia Hidup` gara-gara penglibatan beliau dengan Pas sejak parti itu ditubuhkan bermula sebagai pengusung mikrofon di dalam program-program ceramah pada awal tahun lima puluhan sehinggalah kini bergelar sebagai Timbalan Presiden.
 
Pengalamannya berdepan dengan pasang surut perjuangan Pas merupakan aset yang amat berharga untuk diwariskan kepada generasi pejuang mendatang.
 
Bukanlah Hassan Shukri namanya jika beliau tidak menceritakan pengalaman silamnya dan sentiasa melafazkan betapa kecintaannya kepada Pas meskipun kekadang omelan itu mengundang kebosanan para pendengarnya
 
Kecintaannya kepada Pas merupakan sebahagian besar daripada perjalanan hidupnya yang hampir-hampir mencecah ke penghujung `Asar. Tiada siapa pun berhak mempertikaikan kecintaan Senator Hassan kepada perjuangan yang didokongnya itu, sama ada kecintaan itu tulen atau masih disaluti hijab nafsu hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya.
 
Jika disoroti sejarah perjuangan beliau, ternyata di dalam beberapa siri pilihan raya umum yang disertainya tidak pernah membuahkan sebarang hasil boleh dibanggakan malah beliau pernah hilang wang deposit, apa pun itu tidak pernah melunturkan semangatnya.
 
Hassan Shukri di kala itu dengan penuh semangat antaranya berpegang kepada statistik jumlah masjid dan surau di kawasan parlimen tertentu untuk mengesahkan sama ada Pas boleh bertanding atau sebaliknya meskipun secara logiknya kemenangan tidak mungkin boleh dicapai di dalam kawasan Parlimen Batu umpamanya, walhal masjid dan surau cukup banyak di situ.
 
Namun itu bukan ukuran penting kerana menurut pegangan politik Hassan Shukri; kemenangan bukanlah matlamat utama sebaliknya peluang berdakwah menyampaikan mesej perjuangan tidak harus dipersia-siakan lantaran itu menyertai p/raya adalah suatu keperluan walau kerap kali hilang wang deposit.
 
Jika kurang percaya, para pembaca bolehlah rujuk kepada para pimpinan veteran Pas atau bekas Semangat 46 yang merasai betapa peritnya berunding dengan Hassan dalam pengagihan kerusi p/raya ketika permuafakatan Pas-46 dulu. (1990/1995)
 
Khabarnya ketika perundingan pembahagian kerusi pada p/raya umum 99 lalu pimpinan BA yang lain (KeADILan, DAP dan PRM) pun turut terkedu dengan `kehebatan` congak politik Hassan Shukri.
 
Ada juga desas desus kedengaran betapa Senator Hassan pernah meluahkan kekesalannya kerana pimpinan Pas Selangor menghadiahkan kerusi sedikit lebih kepada KeADILan berbanding Pas pada p/raya umum lalu yang menyaksikan semua 4 kerusi Pas dan 1 kerusi KeADILan dimenangi tahun 1999 lenyap ditelan Umno BN.
 
Di dalam p/raya umum 2004 itu juga Hassan Shukri selaku Timbalan Presiden Pas diberitakan menandatangani watikah bagi membolehkan calon-calon Pas turut bertanding melawan KeADILan dan BN di DUN Taman Medan dan Dengkil, Selangor.
 
Walhal menurut permuafakatan kerusi - kerusi berkenaan ditandingi oleh BA atas tiket KeADILan, ertinya strategi satu lawan satu (BA lawan BN) itu tidak berhasil lantaran sekali lagi ditelan kehebatan `congak politik` Hassan Shukri.
 
Macam mana mahu menang kalau siang-siang sudah tergamak mengkhianati janji muafakat, pantang melihat bebayang kemenangan mahu pun terhidu wap kejayaan maka rasa tamak haloba mula menguasai jiwa.
 
Elok juga kemenangan BA itu ditangguhkan, kalau tidak kemungkinan Hassan Shukri akan berparang-parangan dengan Azmin Ali atau mana-mana pemimpin BA untuk menentukan line-up Menteri Kabinet Federal dan parti mana yang berhak mengetuai kerajaan negeri.
 
Daripada dulu Hassan Shukri memang tidak sukakan Anwar Ibrahim
 
Kalaulah terdapat di kalangan tokoh Pas yang tidak pernah mengiktiraf sumbangan Anwar Ibrahim kepada gerakan Islam di negara ini dulu kini dan selamanya, maka orang itu tak lain tak bukan adalah Senator Ustaz Hassan Shukri seorang sahaja.
 
Tiada siapa pun dapat merumuskan mengapa Hassan begitu menyampah dengan Anwar sejak wira rakyat itu terlibat memimpin ABIM lagi. Mahu dikata Anwar ketika itu menggugat kedudukan Hassan di dalam Pas adalah mustahil kerana Anwar tidak pernah menyertai Pas.
 
Lalu apa yang dicemburuinya? Barangkali kerana `keceluparan` Anwar menyindir betapa Pas di kala itu hanya sibuk berpolitiking dengan mengabaikan soal tarbiyyah membuatkan Hassan sakit hati.
 
Mungkin juga ketika itu Anwar bukan sahaja disokong oleh generasi muda di negaranya sendiri bahkan amat popular di peringkat antarabangsa turut menggundah gulanakan hati Hassan!
 
Apa pun senario ketika itu menampakkan secara jelas betapa golongan muda khususnya para pelajar yang tidak menyokong Umno lebih tertumpu kepada kepimpinan dinamik Anwar berteraskan Islam berbanding kebanyakan pimpinan Pas yang masih berbaur dengan politik versi Islam - nasionalis .
 
Kemasukan Anwar ke dalam Umno begitu menggembirakan ustaz lulusan Universiti Baghdad itu kerana peristiwa tersebut menguatkan lagi hujah betapa Anwar memang tidak berapa berguna di sisi gerakan Islam. Ertinya Hassan Shukri tak perlu lagi bersusah payah untuk menjelaskan kepada para pendokong gerakan Islam siapa Anwar sebenarnya.
 
Di kalangan pendokong gerakan Islam termasuk ahli-ahli ABIM ramai yang membenarkan dakwaan Hassan lantas menyertai Pas atau bertawakuf, di samping ramai juga yang menyertai Umno.


Seyogia diingat kemasukan ahli-ahli ABIM ke dalam Pas itu adalah di antara faktor penting yang mempercepatkan runtuhnya rejim Asri untuk ditukar kepada Kepimpinan Ulama'.
 
Hassan Shukri janganlah menafikan sama sekali peranan Anwar menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam kerajaan dan Umno sendiri. Walaupun akhirnya Anwar dikhianati dan disingkir penuh tragik dari Umno dan kerajaan namun kesan `tangannya` dapat dilihat secara jelas sehingga ke saat ini.
 
Tanpa menyebut satu persatu `kesan tangan Anwar` ketika berada di dalam Umno dan kerajaan namun paling ketara adalah kebangkitan rakyat mencetuskan gelombang yang hampir-hampir melemaskan Umno BN pada tahun 98-99. Jika Anwar tidak dihumban secara kejam ke dalam jel sudah tentu Umno BN tumbang tunggang langgang di saat itu jua.
 
Anwar dipecat, diaibkan dan diseksa selama 6 tahun semata-mata kerana menjuarai perjuangan Reformasi-Islah
 
Tidak perlu diulas maksud Islah kerana YB Senator Ustaz Hassan Shukri lebih `alim dan layak untuk menterjemahkannya. Jika Anwar tidak disingkir secara kejam dari Umno usahlah Hassan Shukri bermimpi parti pimpinannya mampu mencecah keahlian lebih satu juta seperti sekarang.
 
Andainya Anwar mementingkan tembolok dan hawa nafsu sendiri, beliau hanya perlu mengaminkan apa sahaja kemahuan Mahathir dan untuk tempuh beberapa tahun selepas 97-98, nescaya Anwar bergelar Perdana Menteri.
 
Namun demi prinsip perjuangan yang berteraskan kebenaran, keadilan dan kebebasan serta wawasan masyarakat Madani, Anwar sanggup menempuh kepelbagaian seksa dan duka lara.
 
Apakah YB Senator Ustaz Hassan sanggup menjalani penderitaan sebagaimana Anwar jika peluang untuk dia (Hassan) menjadi PM hanya sejengkal lagi jaraknya?
 
Saya tak kata YB Senator Ustaz Hassan tak punya ketahanan tetapi Anwar sudah terbukti keimanan dan kekentalan semangat juangnya baik ketika di luar mahupun di dalam kerajaan sedangkan Hassan Shukri hanya terbukti unggul di dalam partinya sahaja.
 
Jika Hassan boleh berbangga bahawa beliau tetap bersama Pas ketika parti itu ditendang keluar dari BN oleh Arwah Hussein Onn pada tahun 78 dulu, tetapi harus diingat ketika itu beliau bukanlah Menteri /Timbalan Menteri/SU Parlimen di dalam kerajaan BN.
 
Kalaulah salah satu jawatan kerajaan itu sedang disandangnya belum dapat dipastikan beliau akan turut keluar bersama jemaah dari BN, buktinya Allahyarham Hassan Adli Panglima Jihad Pas yang berjawatan Timbalan Menteri tetap berada di dalam BN.
 
Sekali lagi ditekankan bahawa Anwar bukan sekadar Menteri biasa bahkan Timbalan Perdana Menteri, itu pun sanggup di tinggalkannya semata-mata kerana mempertahankan prinsip.


Setakat ini ada sesiapa seberani dan senekad Anwar di dalam menyata dan mendukung prinsip perjuangan, tolong tunjukkan siapa orang itu di antara anda sekelian di bumi tercinta ini!
 
Hassan Shukri agen Mahathir?
 
Bukanlah tujuan penulis memprovok sesiapa, jauh sekali untuk memperlekeh-lekehkan mana-mana pemimpin BA, tetapi apabila mendapat maklum bahawa YB Senator Ustaz Hassan Shukri seolah-olah berkongsi fikrah dengan Mahathir Mahataik menganggap Anwar Ibrahim tetap bersalah walaupun Mahkamah Persekutuan telah membebaskan beliau berdasarkan kepada fakta perundangan yang cukup jelas, maka saya terpanggil untuk menegur Timbalan Presiden Pas itu demi kebaikan BA dan kesatuan rakyat marhaen.
 
Hassan Shukri dipetik sebagai berkata bahawa Pas tidak perlu terlaju di dalam menerajui isu Anwar kerana dikhuatiri apabila mahkamah bertindak semula terhadap Anwar, Pas akan menanggung aib.
 
Cukup nyata Hassan Shukri tidak pernah percaya bahawa Anwar tidak terlibat di dalam kes-kes seperti yang di rekacipta oleh Mahathir Mahataik dan kroni-kroninya. Dalam ertikata lain Hassan Shukri adalah satu-satu pemimpin Pas yang percaya bahawa Anwar adalah kaki rasuah dan liwat.
 
Kenangkanlah budi Anwar padamu Ustaz Hassan!
 
Ustaz Hassan kalau pun tidak mampu untuk mengenyahkan rasa menyampahnya kepada Anwar tolonglah ingat-ingatkan sedikit budi Anwar terhadap beliau.
 
Apa budi itu? Jawatan Senator disandang oleh Hassan yang telah memasuki penggal kedua (terakhir) kini adalah hasil pengorbanan Anwar.
 
Jawatan itu merupakan kuota senator lantikan kerajaan BA Terengganu 1999 – 2004, siapa pun jangan menafikan peranan Anwar di dalam memenangkan BA (Pas) pada p/raya umum 1999 di Terengganu.


Masih was-was lagi peri pentingnya peranan Anwar mendorong kemenangan rakyat pada tahun 99? Cuba-cubalah menginsafi betapa teruknya kekalahan yang dialami BA pada p/raya umum 2004! Apa puncanya?
 
Umno BN menipu? Umno memang penipu dulu kini dan selamanya tetapi lebih parah lagi apabila BA sendiri terutamanya pemimpin seperti Ustaz Hassan serta yang sealiran cuba menipu diri mereka sendiri dengan melupai Anwar pada p/raya umum kesebelas itu, natijahnya mereka terbongkang kecundang!
 
Buat para pemimpin BA sama ada Pas atau KeADILan mahupun DAP yang berkongsi fikrah dengan Hassan Shukri cuba-cubalah belajar mengakui kelebihan dan kehebatan orang lain daripada asyik mengagumi diri sendiri bersulamkan sejarah silam pernah dilalui dan idea yang sebahagian besarnya sudah tidak lagi relevan buat generasi masa kini.


Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!
 
- Inderaloka  - 10.10.2004

 
Abd. Kadir SF Pariyah Umno Tersohor `Frust Menonggeng’
10.11.04 (3:06 am)   [edit]

Oleh Inderaloka


Tiadalah detik yang paling memilukan di sepanjang karier politik Abd Kadir Sheikh Fadhir pariyah Umno tersohor melainkan apabila dia kecundang di dalam pemilihan untuk jawatan ahli Majlis Tertinggi pada Perhimpunan Agung parti nasionalis Melayu haprak yang berlangsung baru-baru ini.
 
Ketulah menyanggah kenyataan Mufti
 
Saya tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa pun kerana memberi gelaran `pariyah Umno tersohor` terhadap Abd Kadir. Percayalah! gelaran itu tidak akan saya beri kepadanya jika beliau tidak menyanggah kenyataan DS Harussani Zakaria selaku jurucakap kepada Majlis Mufti-mufti Malaysia yang mengharamkan konsert `Sure Heboh` beberapa bulan dulu. (Pariyah Lawan Mufti Perak)
 
Selagi Menteri Penerangan itu tidak meminta maaf kepada Majlis Mufti-Mufti Malaysia dan umat Islam yang cintakan agama mereka selama itulah gelaran `pariyah Umno tersohor` itu akan lekat di batang tubuhnya berkekalan sampai ke lubang kubur. Ya! Kadir wajib meminta maaf, mengakui kebenaran fatwa mufti dan bertaubat kepada Allah swt secara terbuka jika dia mahu selamat.
 
Kalau masih enggan mengakui kesalahan dan keterlanjuran serta mengekalkan kepariyahannya nescaya banyak lagi bencana akan menimpa dirinya. Kekalahan dalam pertandingan MT merupakan salah satu daripada petanda awal balasan terhadap dosanya mempertikaikan hukum halal haram.
 
Siapa tahu sesudah ini Imam Hadhari Dolah Badawi akan terus menyingkir pariyah Umno itu daripada senarai Menteri Kabinet kerajaan korup Barisan Nasional.
 
Tidaklah dapat dibayangkan bagaimana dukacitanya Kadir apabila namanya kelak digugurkan daripada senarai Kabinet. Kata sesetengah ahli Umno jika pariyah itu tidak lagi menganggotai kabinet maka profesion yang paling sesuai buat dirinya adalah sebagai tauke Restoran Kari Kepala Ikan. Melihat raut wajah dan bentuk fizikal Kadir, saranan ahli-ahli Umno itu patut disokong oleh semua pihak.


Apabila Pariyah Mencerca Partinya Sendiri

Kalaulah namanya tersenarai sebagai salah seorang pemenang ahli MT untuk sesi 2004-2007, sudah tentu pariyah Abd Kadir akan memuji habis-habisan bahawa sistem pemilihan pucuk pimpinan di dalam Umno adalah yang terbaik di dunia. Seyogia diingat, kerja-kerja mengampu sudah sekian lama menyebati di dalam jiwa Kadir dan pariyah-pariyah Umno yang sealiran dengan beliau.

Namun setelah Perhimpunan Agung Umno 2004 berlalu,  tiba-tiba saja pariyah tersohor itu tanpa berselindung mengutuk bahawa pemilihan pada kali ini adalah `pemilihan yang paling teruk dicemari oleh politik wang sejak 34 tahun`. Lazimnya pariyah tidak begitu mudah mencerca kelompoknya sendiri kalau dia tidak merasai situasi benar-benar teruk dan haprak!

Sahlah Umno yang haprak itu sudah sampai ke kemuncak hapraknya apabila pariyah seperti Kadir itu sendiri tiada lagi mampu tertahan jiwa dan raga menghadapi `kehaprakan` di dalam parti nasionalis sekular dan bangsat itu.

Apakah Kadir mahu dilihat sebagai wira bakal membersihkan Umno yang sudah bergelumang dengan aneka kebobrokan itu atau dia sekadar menjadi jurucakap kepada kelompok pimpinan yang ditolak oleh para perwakilan?

Kalaulah Kadir ingin digelar `wira pembersih Umno` kerana kutukannya terhadap amalan rasuah politik maka kewarasan otaknya benar-benar diragui, mana mungkin Kadir yang turut bermain tahi sejak sekian lama melarang para pemain tahi yang berselerak di dalam Umno daripada meneruskan permainan kegemaran mereka itu, justeru kutukan Kadir itu hanyalah luahan kekecewaan `golongan tunggul lapok` yang sudah tidak lagi relevan untuk menjuarai Umno.

Golongan muda Umno yang tidak sabar-sabar untuk naik dan menguasai parti nampaknya bukan sahaja menolak `group jahil` seperti Kadir pariyah Umno bahkan `group ulama` (ularmaa`) turut menjadi mangsa mereka. Para perwakilan jelas menerajang keluar Ustaz Abd Hamid Othman dan Ustaz Mohd Yusof Noor, ertinya tiada seorang pun lagi `ulama` yang tertinggal di dalam MT di era Umno yang sedang dimabukkan dengan slogan Islam Hadhari.

Apakah ajaran mazhab Hadhari mengarahkan agar semua ditolak baik sijahil mahupun siustaz? Jika demikian era kepimpinan Mahathir Mahataik dilihat baik sedikit kerana situa bangsat itu masih lagi membenarkan para ustaznya turut berada di dalam MT meskipun sekadar menjadi burung belatuk.

Bayangkanlah betapa kelam kabutnya Imam Hadhari nanti kerana terpaksa berdepan dengan ahli MT yang buta agama untuk melaksanakan cita-cita Hadharinya. Sebingung-bingung Ustaz Hamid dan Ustaz Yusof sudah tentu mudah memahami kemahuan Imam Hadhari dari sudut kehadharian jika dibandingkan dengan konspirator bangsat Aziz Shamsuddin dan Perogol Bersiri Rahim TC.

Mungkin selepas ini kesemua musibat-musibat yang buta agama itu akan diberi gelaran ustaz untuk memudahkan mereka mengelentung rakyat dengan temberang hadhari! Ustaz RTC, Ustaz Aziz Shamsuddin, Ustaz Khir Toyo, Ustazah Rafidah, Ustazah Shahrizat, Ustazah Azalina, Ustaz Shahidan, Ustaz Isa dan macam-macam lagi.

Rasanya sudah sampai masa buat Kadir yang begitu lama mempariyahkan dirinya kepada Umno untuk berundur, dia tidak perlu ribut-ribut kerana penolakan para perwakilan Umno itu bukan disebabkan beliau tidak `main wang` tetapi lebih kepada peri meluatnya mereka terhadap peranan tunggul lapok seperti Kadir itu.

Siapa kata Kadir tidak `main wang`? Dia tetap main wang sama ada secara langsung atau pun tidak, selaku Menteri Penerangan beliau telah memperalatkan secukup-cukupnya kakitangan kementerian itu untuk berkempen memenangkan dirinya di dalam pemilihan MT Umno,  namun rezekinya sudah tidak ada lagi… pariyah yang korup (sebut kurap) itu ditolak bulat-bulat oleh para perwakilan korup daripada senarai kepimpinan parti mahakorup (mahakurap) Umno.

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 10.10.2004

 
Ketahuilah, Toyota Avanza Sebenarnya....
10.09.04 (1:45 pm)   [edit]

Assalamualaikum Marhaen,


Saya tertarik apabila membaca artikel daripada salah satu media arus perdana mengenai pelancaran 'model baru' - Toyota Avanza. Untuk makluman, model baru Avanza yang dimaksudkan sebenarnya telah keluarkan oleh kilang pembuatan kereta di Indonesia, PT. Astra Daihatsu Motor pada penghujung tahun 2003 dan diperkenalkan di pasaran Indonesia pada Januari 2004.


Mengikut artikel berkenaan, model Avanza transmisi manual yang dipasang di Kilang Perodua akan dijual pada harga tanpa insurans sebanyak RM55,967.00 sebuah manakala transmisi automatik pula pada harga RM59,989.88 sebuah. Harga model manual yang sama di pasaran Indonesia ialah sebanyak Rp89,500,000 atau kira-kira RM37,461.00, manakala transmisi automatik pada harga Rp99,500,000 (RM41,647.00) 

























AvanzaHarga di IndonesiaNilai bersamaan RMHarga di Malaysia Tanpa InsuransPerbezaan HargaPeratus Perbezaan
Transmisi ManualRp89,500,000RM37,461.00RM55,967.00RM18,506.0033%
Transmisi AutomatikRp99,500,000RM41,647.00RM59,989.88RM18,342.8830%


Bahan rujukan:
Pengenalan Model Avanza & Xenia di Indonesia (Disember 2003)
Jadual Harga Avanza di Indonesia
Indonesia Akan Eksport 2000 Avanza sebulan ke Malaysia
Jadual Harga Xenia di Indonesia
Eksport Avanza Indonesia ke Thailand (dlm bentuk siap - CBU)


Kiriman: SK
Penyelidikan tambahan: M@RHAEN - 08.10.2004

 
DILEMA DOLLAH
10.09.04 (1:45 pm)   [edit]

1. Dipersabitkan dengan sebuah syarikat Tradeyear dalam mengaut keuntungan berjumlah USD1.3 juta melalui program tidak sah yang dijalankan oleh UN bagi membantu rakyat Iraq dalam tahun 2000. Program kemanusiaan tersebut yang membenarkan Saddam Hussein menjual minyak secara terhad ke pasaran luar dipercayai menjual secara haram kepada seorang yang bernama Abdullah Badawi dari Malaysia. Inya juga dikatakan terlibat mengaut keuntungan peribadi.


2. Skandal persenjataan Scomi yang melibatkan anak beliau Kamaluddin dalam membuat serombong senjata nuklear.

3. Skandal melibatkan perjanjian melalui DEWINA yang membekalkan  tender makanan ke Kementerian Pertahanan selama 15 tahun.

4. Cabaran menghadapi Najib Tun Razak yang menjadi proksi  Mahathir bagi membenam beliau. Menantu beliau diboo dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

5. Kemelut rasuah dalam UMNO dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini sebagai amaran bahawa beliau tidak dapat menguasai UMNO dengan sepenuhnya.

6. Cakap tak serupa bikin apabila 3 bulan lepas beliau memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga tahun ini, namun harga tetap naik. Sepatutnya beliau tidak mengeluarkan kenyataan memberi jaminan untuk menentukan harga minyak.

7. Beliau selalu berbohong dan mengarahkan kakitangan kerajaan mendengar mengenai Islam Hadhari tetapi isteri beliau sendiri tidak memakai tudung sebagai tanda seorang Muslim yang taat.

8. Mengutamakan saudara mara dalam beberapa syarikat yang menguasai ekonomi negara

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 08.10.2004

 
ULASAN UMNO ISLAM HADHARITERHADAP KONSERT ALTERNATIF ANJURAN PEMUDA PAS
10.09.04 (1:43 pm)   [edit]

Pak Ngah merasakan UMNO merasakan kian terdesak dalam hal hiburan ini. Apabila mengatakan PAS “HARAMKAN” hiburan tetapi sebaliknya Pemuda PAS menganjurkan hiburan alternatif.


Kita amat memahami, mereka tentu malu untuk hadir ke Majlis yang mereka katakan PAS Kata Hiburan Haram tu, jadi dengarlah dari cakapan orang. Orang undang-undang kata HEARSAY. Tetapi laman UMNO bukan kira apa, hearsay ke, fitnah ke, rasuah ke, asal diri mereka semuanya boleh kerana Malaysia boleh yang tak boleh orang lain dari UMNO dan BN sahaja.

Lihatlah betapa usaha memburukkan majlis yang sesuai seperti Hiburan Alternatif ini mahu dibusukkan sepertimana perhimpunan mereka yang busuk tempohari dengan politik wang = rasuah.

Apa salahnya hadirkan diri sendiri dan buat komen, setelah melihat dengan mata kepala sendiri. Ini tidak, tanpa fakta dan bukti merapu merapu memfitnah tak tentu hala. Kalau Konsert Sure Heboh itu tengok, dibuktikan dengan penemuan penemuan kondom, ertiya betul lah tu ye tak?


Pas dan Blues Gang: Kumpulan Yang DiGam RTM Kerana Kesalahan Dadah Menjadi `Roll Modul’ Pas
Oleh: Zulkifli Ibrahim


KUALA LUMPUR: Jika keadaan sudah terdesak orang akan melakukan apa sahaja dan begitu juga dengan parti Pas yang sebelum ini menyifatkan hiburan sebagai menyesatkan umat Islam telah menganjurkan konsert bersama kumpulan Rock Blues Gang.

Kumpulan Blues Gang yang diketuai oleh penyanyi Ito sebelum ini telah disenarai hitamkan oleh RTM kerana kesalahan penyalahgunaan dadah tetapi `diangkat’ oleh Pas untuk dijadikan `roll modul' kepada muda mudi dan kanak-kanak yang menyaksikan konsert itu.

Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar yang sebelum ini berkemundang dengan ayat-ayat suci al Quran dan laungan takbir oleh pengikut-pengikut parti itu apabila diadakan ceramah telah `dicemari’ dengan bunyi gitar elektrik dan keyboard sehingga menganggu ketenteraman penduduk di kawasan berkenaan.

Konsert yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Pas ini telah dihadiri oleh 1000 orang penonton yang terdiri daripada kanak-kanak tadika (PASTI), muslimin, muslimah dan golongan wargatua yang baru keluar daripada masjid.

Seorang penduduk di Taman Melewar yang enggan namanya disebut memberitahu UMNO Online, apa yang dilakukan oleh Pas ini telah menyimpang jauh daripada matlamat sebenar perjuangan parti itu.

Beliau yang tinggal berdekatan dengan Markas Tarbiah Pas berkata, konsert Blues Gang pada malam itu bukan sahaja menganggu ketenteraman penduduk di kawasan itu dengan bunyi bising malah apa yang dikesalkan kanak-kanak yang masih kecil telah disogok dengan sebuah kumpulan berambut panjang yang pernah terlibat dengan najis dadah.

“Saya sungguh kesal dengan apa dilakukan oleh Pemuda Pas. Apakah tidak ada kumpulan lain yang lebih elok budi pekertinya seperti kumpulan nasyib Raihan dan Rabani yang boleh dijadikan contoh serta ikutan muda mudi.

"Kumpulan Blues Gang yang Pemdua Pas bawa pernah digam oleh RTM kerana penyanyi kumpulan ini pernah terlibat dengan kesalahan najis dadah,” katanya penuh kesal.

Beliau juga mempertikai pendirian pemimpin-pemimpin Pas yang sebelum ini menentang keras sebarang bentuk hiburan dan menyifatkannya sebagai haram kerana boleh melalaikan umat Islam.

“Jadi sekarang saya hendak tanya pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Haji Hadi, apa sudah jadi dengan parti Pas yang sebelum ini menyifatkan hiburan sebagai haram dan pendirian mereka dalam perkara ini?,” katanya.

Menurutnya lagi, Nik Aziz sebelum ini telah mengharamkan dikir barat, makyong dan menora kononnya kerana bertentangan dengan Islam serta Menteri Besar Kelantan itu juga pernah menghalang artis-artis luar daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Sebagai Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz tidak membenarkan mana-mana artis dari luar mengadakan konsert dan persembahan di Kelantan tetapi Pemuda Pas telah membawa kumpulan Blues Gang untuk membuat konsert di Pusat Tarbiah Pas iaitu tempat Pas mengadakan Muktamarnya setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, Pas kini terpaksa menelan apa yang mereka ludah sebelum ini’ dan selepas ini pemimpin-pemimpin Pas tidak perlulah lagi bercakap soal halal serta haram kerana mereka juga sudah melakukan perkara yang mereka sifatkan `haram’ sebelum ini.


Kini UMNO mula gementar apabila PAS memulakan langkah memperlihatkan bentuk hiburan yang bersesuaian dengan keperluan naluri kemanusiaan di dalam batas batas yang dibenarkan. Kalau dahulu PAS hanya mengatakan hiburan yang melalaikan itu haram tetap kini mereka telah mula memperlhat bagaimana bentuk hburan yang bersesuaian dengan kejadian manusia tanpa melampaui batas.


Pak Ngah amat berharap PAS dapat memperlihatkan lagi lain-lain bidang seperti Dasar Hiburan mereka, Dasar Pelajaran mereka, Dasar Perdagangan mereka, Dasar Pembangunan mereka Dasar Bahasa Ibunda dan berbagai lagi dalam masa terdekat ini agar semua bangsa d Malaysia dapat melhat sendiri bentuk-bentuk pentadbiran negara yang bakal dibentuk menjelang 2009 Malaysia Baru.

Kita bakal menduduki sebuah negara baru dengan pemerintahan baru. Pejuang semua, ayuh kita gerakkan minda kita, berikan pandangan kita dan mula membina sebuah negara Malaysia Baru.

..….. Pak Ngah - 09.10.2004

 
HASSAN SHUKRI: WAJIB MEMBUAT KENYATAAN PENAFIAN
10.09.04 (1:42 pm)   [edit]

Kiriman: Meli
Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Saya terkejut membaca satu artikel yang dikirimkan oleh Reformis PAS yang disiarkan oleh Laman Marhaen pada 8.10.2004, menuduh Hassan Shukri, Timbalan Presiden PAS dan seorang Senator (Hassan Shukri, Ulama Apa Ni?) dalam satu majlis Hi-Tea di Kepala Batas pada 26.9.2004 telah membuat satu kenyataan seperti berikut :


"Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS”.


Jika benar, kenyataan ini dibuat oleh Hassan, maka dari satu segi kita telah berjaya membantu menanamkan perasaan curiga di fikiran rakyat Malaysia berhubung pembebasan DS Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat oleh Mahkamah Persekutuan pada hari Khamis, 2.9.2004 yang lalu. Peranan ini setakat ini hanya dimainkan oleh Mahathir Mohamad yang kecewa dengan keputusan tersebut telah membuat kenyataan yang hampir serupa dengan apa yang dibuat oleh Hassan. Sekarang ini, ke mana Mahathir pergi, dia akan menjaja isu ini dan terbaru ketika di Filipina beliau menegaskan bahawa Anwar bebas kerana masalah teknikal, Anwar tetap seorang peliwat.


Sekiranya benar kenyataan ini terbit dari mulut Hassan [bukan salah dengar] seolah-olah beliau telah mencurah air ke atas api yang sedang membara, bererti PAS telah bertindak melampui batas setiakawan dalam BA. Sepatutnya beliau tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan berhubung dengan kes DS Anwar Ibrahim itu. Semua pihak dalam BA mesti “cool” sambil perhatikan perkembangan politik semasa yang berlaku terutama dalam rumah tangga UMNO, sebelum kita menyusun strategi menyerang balas selepas kita mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya yang lepas dan kekalahan yang begitu pedih di DUN Kuala Berang pada 28.8.2004.

Memang benar, kita tidak perlu sangat mengharapkan Anwar untuk melakukan perubahan melalui posisinya sebagai pembangkang dalam gabungan BA [kemungkinan DAP ikut serta sekali lagi seperti tahun 1999]. Politik tetap politik. Ia tidak statik. Politik tetap berubah mengikut rentak dan suasana semasa. Tidak ada sesiapa yang boleh membaca secara tepat perkembangan politik di Malaysia untuk masa hadapan.

Dalam politik, tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal abadi selama-lamanya. Anwar juga berkemungkinan akan menurut jejak Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah bersumpah di hadapan beribu orang bahawa beliau tidak akan masuk semula dalam UMNO selagi UMNO dipimpin oleh Mahathir. Begitu juga dengan Rais Yatim telah sanggup menyambung kembali jambatan yang telah dibakarnya. Ramai lagi ahli-ahli politik seangkatan dengan Ku Li dan Rais yang masuk UMNO semula seperti Ibrahim Ali, Zainal Abidin Zain, Radzi Sheikh Ahmad, Shahril Samad, Roslan Kassim dengan geng 12nya dan lain-lain lagi berdasarkan suasana semasa bukan untuk keadilan dan kebenaran, bukan untuk memerangi rasuah dan bukan untuk menghapuskan penyalahgunaan kuasa atau bukan untuk membentuk “good governance”, tetapi untuk kepentingan diri dan kepentingan untuk mendapat projek-projek perniagaan yang mampu diberi oleh UMNO yang memerintah untuk menjadi jutawan mee segera dengan ikhsan pemerintah. Seribu kemungkinan akan berlaku menjelang pilihan umum ke 12 nanti yang dijangkakan diadakan pada tahun 2008.

Bagi masa terdekat ini, kenyataan Hassan adalah tidak bijak dan matang [walaupun beliau adalah seorang tokoh atau pemimpin PAS veteran yang banyak pengalaman dalam politik Tanah Air] sepatutnya kita sama-sama menumpukan perhatian terhadap perkembangan politik Anwar selepas beliau dibebaskan, di samping kita dapat mengasakkan pemikiran rakyat Malaysia bahawa Anwar dizalimi dan menjadi satu kewajipan bagi kita semua sebagai warganegara Malaysia menukar kerajaan yang diperintah oleh UMNO melalui demokrasi. UMNO menjalankan pemerintahan secara diktator berperlembagaan, menutup semua ruang demokrasi untuk bercakap, berhimpun dan berorganisasi.

Halangan untuk menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia mempunyai pelbagai karenah dan cabaran seperti mana yang pernah dialami oleh rakyat Indonesia di bawah pemerintahan Sukarno dan Suharto dan rakyat Filipina di bawah pemerintahan Marcos. Kita juga serupa dengan rakyat di kedua-dua buah Negara tersebut. Sekarang mereka telah bebas. Kebebasan yang mereka peroleh terpaksa dibayar dengan darah dan air mata. Kita baru bermula menuntut kemerdekaan kali kedua seperti mana rakan-rakan kita itu pernah lalui.

Kita di Malaysia juga amat memerlukan seorang yang berkarisma dan berwibawa yang boleh diterima oleh semua rakyat dari pelbagai kaum dan agama. Seorang pemimpin yang boleh menggerakkan rakyat menuntut hak kebebasan asasi, boleh menjadi pendorong dan pembimbing dan menjadi pelindung rakyat marhaen dari kebuasan nafsu penguasa yang zalim.

Kita tidak nampak ada orang lain lagi yang lebih berkarisma dan berwibawa selain dari Anwar Ibrahim. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam politik dan pentadbiran Negara serta mempunyai ramai kenalan dan konteks di dalam dan di luar Negara seperti mana yang ditunjukkan semasa beliau menerima rawatan di Alpa Klinik, German, ramai pemimpin, tokoh-tokoh ternama dalam pelbagai bidang, kenalan dan kawan-kawan rapat menziarahinya, termasuk pemimpin-pemimpin PAS seperti YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang [Presiden PAS], Dato’ Dr. Harun Din [Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Penerangan Pusat]. Dr.Abdul Wahab, Ismail, Dr.Hatta Ramli dan ramai lagi yang datang ke Munich untuk menziarahi beliau.

Ketokohan yang ada pada Anwar inilah yang menjadi harapan dan pergantungan rakyat supaya dapat membuat Reformasi terhadap pengurusan politik, pentadbiran Negara, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, kehakiman, perundangan, eksekutif dan sebagainya supaya ia dapat menjadi lebih tulus dan berintegriti. Bukan asyik bercakap untuk menambah cawangan dan ahli di seluruh Negara dengan tidak mengemukakan sebarang cadangan dan strategi bagi PAS menghadapi cabaran masa kini.

Jadi, adalah diharapkan Hassan Shukri dapat membuat satu kenyataan rasmi mengenai tuduhan daripada Reformis PAS. Menyepi diri bererti tuduhan itu adalah benar, maka segala perancangan yang dibuat oleh pemimpin PAS [tidak termasuk Hassan] dan Keadilan serta ahli-ahli dan penyokong kedua-dua buah parti amat kecewa dan menghancurkan impian untuk menyemarakkan kembali “api Reformasi“ telah terpadam.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 08.10.2004 

 
Hassan Shukri, Ulama Apa Ni?
10.08.04 (9:19 pm)   [edit]

Sebaik sahaja dibebaskan, pemimpin-pemimpin tertinggi PAS segera menemui Anwar. Ustaz Hadi, Harun Din, Nik Aziz, Dr Wahab, Dr Hatta, Dr Lo Lo, Mahfuz, Mohd Sabu serta ramai lagi dan meletakkan harapan untuk berkerjasama dengan Anwar. Mereka yakin Anwar jadi mangsa konspirasi dan mahkamah bertindak betul dan membebaskannya. Arwah Ustaz Fadzil pun yakin Anwar dipihak yang benar.


Ulama-ulama terkemuka dunia seperti Yusuf Qardawi dan Shiekh Taha Jabir Al Awani juga yakin teguh bahawa Anwar tidak bersalah sama ada berdasarkan syarak atau mahkamah sivil.


Tetapi Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri mengatakan Anwar bersalah!

Dalam majlis Hi tea bersama Pemuda PAS Kepala Batas pada 26 September lepas, perwakilan bertanya mengenai isu Anwar.

Ini jawapan Hassan Shukri, "Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS.

Ulama apa ni? Terserah kepada pembaca untuk menentukan.

- Reformis PAS - 08.10.2004

 
Lanjutan Isu Pencerobohan Tanah Wakaf Kampong Makam Tuan Hj Kassim Pulau Pinang Oleh Melayu Umno
10.08.04 (9:18 pm)   [edit]

Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati


Pada tahun 1996 dan 1997, iaitu lapan tahun lalu Persatuan Belia Tanah Wakaf Haji Kassim, Jawatankuasa Qaryah Masjid Haji Kassim Kg Makam dan juga saya sebagai penjaga makam Masjid Hj Kassim telah membuat aduan kepada Majlis Agama Islam P.Pinang dan Majlis Perbandaran P.Pinang terhadap pembinaan bangunan kedai dan gerai-gerai haram yang mencacatkan dan mengotorkan kawasan hadapan masjid,tetapi tidak ada sebarang jawapan sehingga kini dari kedua-dua badan berkuasa tersebut mahupun sebarang tindakan yang sepatutnya .Kedua-dua pihak ini berkuasa penuh terhadap bidang masing-masing seperti MAIPP berkuasa dan diamanahkan mengurus perihal kebajikan tanah-tanah wakaf, tanah perkuburan juga hal-hal agama, MPPP pula bertanggungjawab terhadap keselamatan bangunan, menyelia dan memantau segala bentuk undang-undang bersangkutan dengan pembinaan bangunan, memberi kebenaran dan memeriksa keselamatan setiap bangunan yang didirikan.
 
Tetapi malang sekali sikap tidak bertanggungjawab kedua-dua pihak berkuasa itu tidak menjalankan amanah dan prihatin akan tugas-tugas mereka ,sehingga pembinaan haram,kedai-kedai dan gerai-gerai yang tak berpelan boleh naik bagai cendawan sesuka hati seperti Malaysia tak ada undang-undang ! Inikan pula berhadapan masjid dan mengotorkan serta mencacatkan pandangan masjid juga mencemar dengan segala kekotoran seperti tandas,tong sampah dan sebagainya.
 
Lapan tahun berlalu tanpa sebarang tindakan. Ini menimbulkan banyak tanda tanya adakah mereka-mereka yang ada di jawatan-jawatan yang dilantik itu boleh bekerja atau beramanah,atau ada udang sebalik batu? Ia menunjukkan seolah-olah mereka memberi galakkan untuk membina bangunan haram, kedai dan gerai haram dan juga rumah haram (semuanya didirikan orang-orang UMNO!)
 
Pada 25 Februari 2003, sandiwara UMNO bermula lagi dengan orang-orang kuat UMNO setempat, Setiausaha UMNO Bahagian Jelutong, Mohamad Ismail Habib Mohamad, wakil UMNO bahagian Mahadzir Mohd Mustaffa (bekas ahli Keadilan!) dan beberapa anggota dari UMNO cawangan serta TV3/4, beberapa orang Polis tak beruniform, pemberita Utusan Malaysia (dibaca: Utusan Meloya) dan kontraktor Cina datang dengan memberitahu penduduk kampung terhadap pembinaan kononnya untuk membina tadika! Sebenarnya bangunan haram UMNO! Mereka mempergunakan anggota Polis untuk menunjukkan mereka ada kebenaran dan mendapat kerjasama semua pihak (termasuk MAIPP dan MPPP). Parti mereput kerajaan (UMNO) ini bertindak lebih teruk dengan membina bangunan UMNO di atas tanah perkuburan di Tanah Wakaf tersebut! Makam atau kubur lama keluarga Allahyarham Tn Hj Kassim lebih kurang 40 buah itu dilanyak dengan rakus seperti tentera Yahudi melanyak perkampungan penduduk Palestin, kontraktor Cina yang datang dengan sikap biadab mencemar kubur-kubur tersebut untuk membina bangunan UMNO yang baru dua tingkat mengganti yang lama dari papan! Sikap jawatankuasa qariyah juga bak tikus melihat anjing-anjing lapar menikus diam dalam ketakutan dan kebodohan walhal mereka ada kuasa untuk bertanya apakah pembinaan ini mendapat kelulusan dari MAIPP dan MPPP! Tanggungjawab yang diamanahkan pada mereka sia-sia.
 
Sebagai anak jati kampung dan insan penjaga makam sekitar masjid itu saya menelefon serta-merta kepada Sahibul Samahah Mufti Negeri P.Pinang bertanya apakah fatwa berhubung pembinaan bangunan di atas kubur? Jawapan yang diterima ialah tidak ada sebarang fatwa dan akan memberinya  selepas pulang dari Mekah. Juga pertanyaan melalui telefon kepada Ketua Bahagian Wakaf P.Pinang En Fakharrudin bin Abdul Rahman yang menjawab bahawa tidak pernah memberi sebarang kebenaran pada siapa-siapa pun, tetapi keesokannya (26 Februari 2003) di dalam Utusan Malaysia pihak UMNO berkata ada kebenaran dari MAIPP dan diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut walaupun mendapat tentangan yang dikatakan angkara parti pembangkang padahal satu penipuan dan fitnah! Ini satu pembohongan besar dan sangat biadab sehingga memperlekehkan MAIPP serta undang-undang.
 
Walaupun sudah dilaporkan pada MAIPP dan MPPP juga tetapi tiada sebarang tindakan diambil menyebabkan laporan Polis dibuat oleh saya, Salim bin Hashim (nombor Repot J/Petani: 1761/03), malah itu pun tidak diambil tindakan sampai sekarang! Saya juga membuat laporan ke pejabat BPR P. Pinang. Masih saya ingat satu masa dulu ketika di bawah pemerintahan British, ketika itu seorang Nazir iaitu semacam penghulu sekarang membuka gerai menjual minyak tanah di hadapan Masjid Tn Hj Kassim. Pegawai Inggeris memberi amaran tidak boleh berniaga di situ dan menyuruh berpindah ke tempat lain di belakang Masjid! Walaupun pegawai Inggeris itu bukan-Islam, tapi dia tahu menghormati Masjid. Inikan pula orang Melayu Islam sepatutnya lebih prihatin tapi dek kerana tamak dan khianat terhadap tanah-tanah orang Islam yang mudah ditipu maka perkara halal haram ditolak tepi.
 
Jika pentadbir agama Islam khasnya MAIPP yang tidak prihatin terhadap amanah serta tanggungjawab menjaga tanah-tanah wakaf dan perkuburan orang-orang Islam ambilah contoh tanah perkuburan orang-orang Yahudi di sebelah bangunan Menara UMNO di Jalan Macalister/Jalan Yahudi di Pulau Pinang, yang mana berada beribu-ribu batu jauhnya dari Israel tapi siap dijaga rapi dengan ada penjaganya sekali dan tidak ada sesiapa pun boleh berbuat sesuka hati seperti tanah perkuburan Islam macam pengkhianat Melayu UMNO sedang buat sekarang!
 
Sedangkan Yahudi pun lagi mulia menjaga perkuburan mereka jadi saya cadangkan MAIPP menghantar pegawai-pegawainya ke Israel berjumpa Ariel Sharon dan bertanya atau belajar bagaimana menjaga/mentadbir dan mengurus tanah-tanah wakaf dan perkuburan! Mungkin akan terjaminlah tanah-tanah perkuburan dan wakaf orang-orang Islam di Malaysia nanti. Wassalam
 
Allahu Akbar  Allahu Akbar  Allahu Akbar
 
Salim bin Hashim
Kg Makam Tuan Hj Kassim
Jalan Datuk Keramat
Pulau Pinang
22S yaaban 1425

 
Alasan Yang Ditunggu `Pesta Naik Harga' Sudah Tiba
10.08.04 (9:17 pm)   [edit]

Inilah alasan yang ditunggu-tunggu, sungguh melucukan dan dungu. Kenapakah alasan ini diberikan? Apakah sudah tidak ada lagi helah yang lain boleh meyakinkan rakyat. Apa akan jadi sekiranya musim hujan yang akan datang ini, disediakan untuk kenaikan harga lagi. Masyallah, fenomena alam yang biasa dijadikan alasan, lainlah kalau tsunami menyerang seluruh negara al maklumlah…



`Pesta naik harga' berlaku sebab hujan bukan minyak
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini mengakui berlaku `pesta naik harga' hampir di seluruh negara dan kebanyakannya melibatkan barangan pasar.


Pegawai Perhubungan Awam kementerian, Nik Suzana Nik Shapik berkata, berdasarkan pemantauan, mendapati barang-barang yang mengalami kenaikan secara mendadak ialah cili, tomato, ikan, sayur-sayuran dan beberapa barangan lain.

Bagaimanapun beliau berkata, kenaikan itu berlaku disebabkan bekalan barangan pasar amat terhad sekali berikutan musim hujan.

Bagi menangani kenaikan ini, kementerian meminta orang ramai melaporkan kepada mereka melalui talian hotline 1-800-886-800 atau bilik gerakan di talian 03-40425819 yang dibuka 24 jam.

Nik Suzana, bagaimanapun yakin `pesta naik harga' yang berlaku sekarang tidak akan berpanjangan.

Ini kerana, katanya, pengimport, pengeluar, pemborong dan pengedar dalam satu pertemuan dengan pihak kementerian pada 1 Oktober lalu telah memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan mereka.

“Dalam perbincangan tersebut, mereka turut berjanji untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan (oleh kementerian),'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas isu `pesta naik harga' yang semakin rancak berlaku hampir di seluruh negara.

`Pesta naik harga' bermula apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol, diesel dan gas lima sen, sejak 1 Oktober ini.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan peniaga dan pihak-pihak lain tidak menaikkan harga barangan, tetapi arahan itu tidak dipatuhi.


Berhubung dengan politik wang kita belum tamat dan kini satu perkembangan baru pula. Ada yang kena ugut tetapi yang peliknya Pak Ngah petik kata-kata ini. “Katanya (Adnan), beliau akan terus bercakap berkenaan soal politik wang mengikut kesesuaian masa untuk menyedarkan masyarakat.


Semua masyarakat dah faham sangat pasal politik wang ini mungkin orang UMNO sahaja yang menganggap politik wang itu bukan rasuah, eloklah buatkan perjumpaan dengan semua ahli UMNO sahaja dan terangkan pada mereka sahaja sebab rakyat yang lain semua dah faham.


Adnan terima SMS ugut henti bercakap politik wang
KUANTAN 6 Okt. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menerima satu SMS memintanya berhenti bercakap tentang politik wang dalam Umno jika tidak mahu `tembelangnya pecah'.


Beliau bagaimanapun tidak menganggap SMS yang diterimanya pagi tadi itu sebagai satu ugutan, tapi menyifatkannya hanya sebagai `gigitannyamuk'.

“Saya dapat satu pesanan (SMS) yang dibuat melalui telefon kepada pegawai saya yang minta saya jangan bercakap banyak tentang politik wang, kononnya kalau saya cakap banyak, tembelang saya akan pecah.

“Tembelang saya ialah saya menghantar wakil-wakil ke Sabah untuk melobi mendapatkan undi perwakilan (sebelum Perhimpunan Agung UMNO 21 hingga 25 September lepas),'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

“Saya ingin jelaskan bahawa menghantar wakil-wakil melobi kawan-kawan ini perkara biasa, kita (saya) tidak nafikan, tapi kalau untuk menutup mulut saya jangan bercakap banyak, saya minta maaflah kepada pihak berkenaan,'' kata Adnan. yang tewas merebut kerusi naib presiden parti.

Katanya, beliau telah cuba memanggil balik nombor berkenaan iaitu 019- 9904879, tetapi ia tidak berjawab.

“Ini bukan ugutan, ini gertak, main-main saya saja... memang peringkat awal kita tidak berkempen, tetapi selepas dibenarkan berkempen, barulah kita berkempen, saya mula berkempen pada 8 September,'' kata Adnan, yang menjelaskan beliau tidak akan membuat laporan polis.
Katanya, beliau akan terus bercakap berkenaan soal politik wang mengikut kesesuaian masa untuk menyedarkan masyarakat. - Bernama


Adalah dimaklumkan, masyarakat adalah meliputi seluruh rakyat Malaysia tetapi yang tak faham politik wang itu apa dia, hanyalah ahli UMNO yang merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat, jadi tentulah lebih mudah untuk ahli UMNO sahaja kalau diterangkan dengan betul.


..….. Pak Ngah - 08.10.2004

 
Mahathir tetap mengatakan; "Saya yakin Anwar bersalah"
10.08.04 (6:04 pm)   [edit]

-- Malaysia Today --

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengatakannya lagi: biarpun Mahkamah Persekutuan Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat dan mengeluarkannya dari penjara, beliau masih yakin Anwar bersalah.

Bagi memahami kedegilan Mahathir ini, kita harus menyingkap kembali sejarah di sebalik 'pakatan' Mahathir-Anwar dan memahami terlebih dahulu apa yang mengikat mereka berdua.

Hakikatnya, Dr Mahathir, tidak mahu Anwar memasuki Umno. Beliau membenci Anwar dan segala pendiriannya. Sebaik sahaja Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau telah mempersiapkan diri untuk bersemuka dengan ABIM, pergerakan belia Islam yang dipimpin Anwar ketika itu. Anggota-anggota ABIM terpaksa menanggung penyiksaan serta gangguan dan dipercayai Dr Mahathir berusaha mengawal ketat pemimpin-pemimpin dan orang-orang penting ABIM dengan manahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dr Ismail Farouqi, yang ketika itu bertugas di Temple University di Philadelphia, bertindak sebagai perantara atau orang tengah dalam mencegah konfrantasi yang makin meruncing di antara Dr Mahathir dan ABIM. Beliau datang ke Malaysia untuk menemui Dr Mahathir dan mengusahakan perjanjian damai di antara kedua-duanya.

Setelah mencapai kata sepakat dalam perbincangan tersebut, Dr Mahathir menulis sepucuk surat sepanjang dua helai kepada Dr Ismail Farouqi pada 11 Januari 1981 yang memaparkan antara lainnya:




  1. ABIM harus menamatkan hubungannya dengan PAS.


  2. Ahli-ahli atau pucuk pimpinan ABIM tidak boleh bertanding sebagai calon pilihan raya di bawah bendera PAS atau berkempen bagi PAS dalam pilihan raya. Juga, mereka tidak dibenarkan meletakkan jawatan dalam ABIM untuk bertanding di atas tiket PAS dan memasuki ABIM semula kemudiannya.


  3. ABIM tidak boleh menyelar Dasar Ekonomi Baru sebagai tidak islamik.


  4. ABIM tidak seharusnya mengkritik dasar pendidikan Malaysia tetapi sebaliknya menyokong perancangan kerajaan untuk mendidik orang Melayu bagi membolehkan mereka bersaing dengan kaum bukan Melayu.

Sebagai penutup, Dr Mahathir menulis dengan tulisan tangan menyatakan surat itu ditaipnya sendiri.

Dr Ismail menegemukakan satu salinan surat Dr Mahathir itu kepada Anwar dan, pada 12 Januari 1981, Anwar mengutus surat kepada Dr Ismail yang antara lainnya menegaskan kerajaan harus berhenti dari mengganggu ABIM dan ahli-ahlinya.

Pada 26 Januari 1981, Dr Ismail menghantar sepucuk surat setebal tiga halaman, dengan satu salinan kepada Dr Mahathir, menggesa ABIM bekerjasama lebih akrab dengan kerajaan. Dr Mahathir, bagaimanapun, mahukan satu ikatan kerjasama yang 'longgar'. Beliau tidak bersedia menerima Anwar di dalam Umno. Tengku Razaleigh Hamzahlah orangnya yang memainkan peranan meyakinkan Dr Mahathir untuk membawa Anwar masuk. Mulanya Dr Mahathir tidak bersetuju, tetapi akhirnya mengalah dan menurut cadangan Tengku Razaleigh membawanya menyertai Umno.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak begitu menyukai idea tersebut. Beliau kurang selesa dengan kehadiran Anwar dalam Umno kerana dirasakannya Anwar akan mengancam kedudukannya sendiri. Setelah memecat Anwar dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998, Dr Mahathir menjelaskan, beliau membawa masuk Anwar ke dalam parti kerana percaya Anwar orang terbaik untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Beliau juga mengaku menganggap Anwar seperti anaknya sendiri dan kecewa dengan salahlaku seks Anwar. Di samping itu, beliau juga mendakwa telah bertahun-tahun lama menyedari Anwar seorang homoseks yang melibatkan diri dalam kegiatan homoseksual.

Ini satu pembohongan yang nyata. Beberapa hari sebelum itu, beliau telah membuat pengumuman di Pulau Pinang bahawa Anwar akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri dan apa yang dibuatnya untuk membuktikan tiada perselisihan antara mereka, memeluk Anwar di khalayak ramai?

Bukan Dr Mahathir yang mengheret Anwar ke dalam Umno, tetapi Tengku Razaleigh. Dr Mahathir tidak menginginkan Anwar dalam Umno. Namun beliau juga tidak mahu Anwar menyertai PAS, jadi beliau terpaksa akur dengan perancangan Tengku Razaleigh membawa Anwar masuk bagi menghalangnya menghala kepada PAS. Ini diakui Dr Mahathir sendiri dalam wawancaranya dengan majalah Asiaweek pada 26 Januari 2001.

Berikut adalah kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang menarik perhatian dalam wawancara dengan majalah Asiaweek:





  1. Anwar lebih cenderung menyertai Pas, parti Islam.


  2. Saya membawanya memasuki Umno untuk mengelakkannya dari menyertai Pas dan membawa huru-hara.


  3. Sememangnya dia telah lama merancang semua ini.


  4. Sebaik sahaja menjawat timbalan perdana menteri, langkah pertama diambilnya adalah menggulingkan saya.


  5. Tetapi bila saya mendapat tahu perancangannya untuk menyingkirkan saya memang benar. Saya fikir dia tidak akan berjaya. Tapi kini saya tidak pasti bolehkah saya menang jika dia mencabar saya ketika dia masih dalam parti.


Asiaweek:26 JANUARI, 2001 VOL.27 NO.3



Asiaweek: Dari sudut pandangan asing, kebencian ini berpunca dari politik Malaysia. Bila anda memecat timbalan anda dan kemudiannya dia diheret ke dalam proses kehakiman yang kejam, pastinya ini menimbulkan banyak tunjuk perasaan di jalanan.

Mahathir: Anda menyokong timbalan saya, tapi anda patut mendengar pandangan saya tentangnya. Lelaki ini yang saya jaga, saya naikkan sehingga menjadi timbalan saya, selama ini hanya bekerja untuk dirinya sendiri. Dia menyertai Umno bukan kerana mempercayai Umno. Dia ada pilihan lain. Dia lebih cenderung memasuki PAS, parti islam. Tapi dia memasuki Umno kerana dia telah nampak tiada masa depan bagi Pas. Tidak mungkin Pas akan menjadikannya perdana menteri. Tapi peluang untuk menjadi perdana menteri terbuka luas jika menyertai Umno. Dia tiada komitmen terhadap Umno. Dia masuk kerana menjangkakan berupaya menguasai Umno dan mengubahnya mengikut caranya sendiri. Selama ini dia telah merangka plotnya -- menurut sesetengah orang dia menjangka menjadi perdana menteri dalam masa 10 tahun. Anda boleh bayangkan betapa kecewanya dia setelah 10 tahun saya masih menjadi perdana menteri.

Asiaweek: Tapi dalam hal ini, Dr Mahathir, bukankah kedua-dua kalian bertarung permainan yang sama? Anda membawanya ke dalam UMNO kerana perlu menyuntik faktor Islamik Melayu ke dalam UMNO.

Mahathir: Saya membawanya masuk UMNO bagi mengelakkannya menyertai Pas dan menimbulkan kacau-bilau. Saya ingatkan sekali anda menyertai UMNO and perlu menerima perjuangan UMNO. Bukannya mempergunakan UMNO untuk kepentingan peribadi. Dia membina kubu peribadi di setiap organisasi. Dalam polis, dalam gerakan pertahanan, dalam perkhidmatan awam, di kalangan pelajar, tenaga pengajar universiti, di luar negara. Dia membina kesetiaan peribadi terhadap dirinya sendiri, menggunakan kuasa yang ada.

Sebaik sahaja menjadi timbalan perdana menteri, langkah pertamanya adalah untuk menyingkirkan saya. Dia telah menumbangkan ramai orang, [bekas timbalan perdana menteri] Ghafar [Baba] di antaranya. Sasaran selepas itu adalah saya. Saya tidak terfikir orang yang saya bantu boleh menikam saya kembali. Tapi sekarang ramai pihak telah mendedahkan bagaimana dia merancang menyingkirkan saya, walaupun pemecatannya tiada kaitan dengan politik atau ekonomi. Dia bersetuju dengan saya bila kami menguatkuasakan kawalan matawang kerana ketika itu dia masih dalam kerajaan.

Kemudian selepas itu barulah saya menyedari desas-desus tentang cubaannya menjatuhkan saya memang benar-benar berlaku. Saya ingat dia tak akan berjaya. Tapi sekarang saya kurang pasti boleh menang jika dia mencabar saya ketika dia masih dalam parti. Pada 1987, bila saya dicabar oleh Tengku Razaleigh [Hamzah], saya hampir tewas. Jadi [Anwar] berharap dengan kubu-kubu sokongan yang telah dibinanya dalam UMNO sendiri, dia akan berjaya menjatuhkan saya.

Inilah sebenarnya Anwar. Apabila tindakan diambil ke atasnya, dia bertegas akan melawan. Dan perjuangannya, tentunya, melibatkan perkara-perkara yang pernah dibuatnya dahulu, ketika masih di luar parti, mempengaruhi pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi. Sekarang ini dia pastinya lebih sofistikated. Dia mempunyai banyak kenalan, jadi anda perhatikan ketika dia menduduki kerajaan tiada berlaku demonstrasi. Bila dia keluar sahaja, demonstrasi pun bermula. Itulah timbalan saya. Saya merasa lega saya menyedari perbuatannya tepat pada masanya, dan saya melakukannya kerana sebab lain, kerana moralnya yang terkutuk. Itulah sebabnya.

Tanpa semua ini, saya rasa dia mungkin telah menjadi perdana menteri sekarang kerana saya memang telah merancang untuk mengundur diri pada 1998.

 
Jeff Ooi jadi penutup tempayan UMNO yang pecah
10.07.04 (9:29 pm)   [edit]

(petikan dari malaysia-today.net)

Kadir Sheikh Fadzir, Muhammad Muhd Taib dan Adnan Yaakob mungkin antara pemuka-pemuka UMNO yang mula mencipta musuh baru di dalam lingkungan mereka sendiri, UMNO, selepas tamatnya perhimpunan agong mereka baru-baru ini. Mereka ini bukan macai dan balaci politik dalam UMNO, seorang Menteri Penerangan, seorang bekas Naib Presiden dan bekas Menteri Besar Selangor serta seorang lagi Menteri Besar Pahang. Jelas, untuk bercakap bagi pihak UMNO, mereka punya wibawa yang cukup kuat! Apa yang UMNO rasa, di mana UMNO mahu meletakkan muka bila secara terang-terangan mereka mengakui bahawa UMNO sedang dihinggapi penyakit politik wang yang sangat kronik, rasuah sedang berleluasa dan tidak terkawal. Kredibiliti Pak Lah sudah tentu tercalar, yang naik ke kerusi Perdana Menteri dengan iltizam (kononnya) untuk memerangi rasuah habis-habisan. Sepertinya seorang ketua kampung berpesan kepada orang kampung jangan membiarkan lembu-lembu peliharaan berak di merata-rata tempat, tetapi lembu peliharaan beliau sendiri berak di depan rumahnya.

UMNO mula menjadi kelam-kabut, mula tergagau-gagau mencari daun kering yang boleh diguna untuk menutup malu. Orang-orang seperti Kadir Sheikh Fadzir, Muhammad Muhd Taib dan Adnan Yaakob telah membawa angin ribut yang begitu kuat, sehingga tersingkaplah segala kain baju ke atas, UMNO yang telanjang bogel dan kotor mula terpampang di mata rakyat.

UMNO tahu perkara ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Satu tindakan "damage control" mesti dilakukan, tetapi bagaimana? Sedangkan semuanya telah terpampang di dada-dada akhbar arus perdana, apalagi akhbar-akhbar yang menentang arus. Maka jalan terbaik, seperti biasa ialah menyepikan isu ini, caranya? Mudah sahaja, cipta satu isu baru yang menyentuh sentimen orang Melayu, war-warkan di dada akhbar, terbeliaklah pembaca-pembaca Utusan dan Berita Harian, redalah ghairah dan ingatan marah mereka pada perilaku rasuah pemimpin UMNO yang semakin parah. Sang Sapurba UMNO (Mahathir Mohammed) kan ada mengajar, Melayu ini mudah lupa...

Isu bagaimana pula yang ingin disuapkan kepada rakyat menjadi satu lagi masalah kepada UMNO. Dari mana sumber isu yang terbaik? Sumber yang kebanyakan pembaca Utusan dan Berita Harian tidak pernah kenal dan ambil tahu! Jawapannya tentulah internet, apalagi bila namanya "Screenshots" dan "Jeff Ooi." Tanyalah abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang lepak di warung atau di kedai mamak, yang di rumah menjaga anak atau mendengar radio era, yang bermain dam di tepi pasar atau di tepi sungai di kampung-kampung, SAMBIL membaca Utusan atau Berita Harian, tahukah mereka apa itu "Screenshots" dan siapakah itu "Jeff Ooi"? Jauh panggang dari api bukan! Strateginya, amat mudah untuk memanipulasi sesuatu isu yang sumbernya rakyat tidak tahu, sekurang-sekurangnya sebelum ini.

Jadilah "Screenshots" mangsa, dan Jeff Ooi sebagai kambing hitamnya. Isunya? Tentulah yang paling menyentuh sentimen orang Melayu, iaitu agama Islam, tambah lagi ia antara Islam dan orang bukan Islam. Apakah kesan yang diharap? Orang Melayu akan marah, dan mula melupakan UMNO yang sedang punah-ranah dengan politik wang dan rasuah, lebih dari itu kembali mempertahankan UMNO, (kononnya) sebagai wadah memperjuangkan kesucian Islam.

Dilaporkan bahawa web blog Jeff Ooi telah menyiarkan satu komen pengunjung yang menggunakan nama samaran "Anwar," yang didakwa telah menghina agama Islam, melalui forum di bawah tajuk "Islam Hadhari and Money Politics." Pengunjung itu antara lain menulis


"Tidak boleh membandingkan Islam Hadhari dan politik wang seperti minyak dan air kerana air dan minyak kedua-duanya suci. Islam Hadhari dan politik wang ibarat najis dan air kencing - itulah caranya membuat perbandingan."



Saya boleh mengakui bahawa wujud nada keterlaluan dalam analogi tersebut, apalagi bila ia menyentuh soal Islam, tetapi secara sinisnya, ia semacam sindiran bagaimana sebuah organisasi yang baru ditelanjangi keburukan amalan politik wang dan rasuahnya, oleh kalangan pemimpinnya sendiri, mahu menawarkan satu pakej berlabelkan Islam (walau apapun konsepnya) kepada rakyat? Ia seperti kita memakai kopiah, mengadap kiblat untuk solat tetapi dalam keadaan telanjang bulat! Jadi, walaupun agak keterlaluan, saya melihat pengunjung itu ada alasan untuk "menajiskan" Islam Hadhari, pakej politik ciptaan UMNO! Zaman ini, walaupun ada tanda halal Jakim di luar bungkusan, belum tentu produk itu halal... :-)

Apa yang diberitakan oleh akhbar-akhbar arus perdana? Berita Harian 2 Oktober 2004 memberi tajuk "Laman Web Siar Pandangan Hina Islam Hadhari." Noh Omar pula dalam kenyataannya memberitahu bahawa isu agama ini lebih bahaya daripada isu perkauman, boleh membawa kepada berbunuh-bunuhan, ketara, beliau sedang menjentik sentimen "amarah" orang Islam di Malaysia. Untuk menunjukkan bahawa besarnya isu ini, maka Utusan hari ini (5 Oktober 2004) menyiarkan pula reaksi Pak Lah. Yang ingin dihebohkan oleh pemimpin UMNO adalah "ada orang Malaysia telah menghina agama Islam, menyamakannya dengan najis dan air kencing." Berbahayakan ayat itu? Maka marahlah orang Melayu, lupalah mereka yang pemimpin UMNO yang sedang berlagak mempertahankan agama Islam itu sebenarnya datang dari kandang politik wang dan rasuah.

Sekarang pemimpin UMNO sudah mampu menarik nafas lega. "Screenshots" dan "Jeff Ooi" meledak di dada-dada akhbar arus perdana, menjadi penutup yang ampuh kepada tempayan rasuah UMNO yang sepatutnya sudah pecah terbelah.

Belum sedar lagi? Inilah dasar pecah dan perintah.


Mohd Zukri Aksah


Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

 
Mungkinkah usaha Abdullah hapuskan korupsi, terbantut?
10.07.04 (9:26 pm)   [edit]

(petikan dari malaysia-today.net)


Usaha Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengukuhkan kuasa di dalam parti politik dominan Malaysia, UMNO, menemui halangan apabila beberapa orang pengikut setianya tewas dalam pemilihan parti yang dicemari dakwaan adanya pembelian undi.

Penganalisa politik mengatakan kemenangan luar jangkaan beberapa ahli politik UMNO yang tidak sehaluan dengan Abdullah bagi tiga kerusi naib presiden dan kedudukan dalam Majlis Tertinggi, sebuah badan pembuat keputusan seramai 25 orang, juga boleh melemahkan kempennya bagi menghapuskan korupsi dan menggalakkan lebih banyak ketelusan dalam kerajaan.

UMNO merupakan elemen penting dalam kerajaan Barisan Nasional. Abdullah dan pemimpin parti biasanya memegang banyak kedudukan penting dalam kabinet.



“Ini adalah petanda kurang baik,” ulas Abdul Razak Baginda, ketua Pusat Kajian Strategik Malaysia, sebuah badan pemikir politik. “Dengan pendirian tegas Abdullah terhadap isu rasuah, anda menjangkakan berkurangnya politik wang, bukan semakin bertambah.”



Dalam pemilihan parti akhir bulan lalu, 2,500 perwakilan Perhimpunan Agong Tahunan UMNO tanpa disangka-sangka memilih Menteri Wilayah Persekutuan Mohamed Isa Abdul Samad dan ketua menteri Melaka, Mohamed Ali Rustam sebagai dua dari tiga orang yang menduduki kerusi naib presiden, mengalahkan penyandang Muhammad Muhammad Taib, sekutu rapat Abdullah.

Seorang lagi penyandang, Menteri Pertanian Muhyiddin Yassin, yang menjadi ‘favourite’ untuk menang kerana hubungan rapatnya dengan Abdullah, mengekalkan kerusinya dengan mendapat kemenangan tipis. Tiga orang menteri kabinet ‘senior’ UMNO yang rapat dengan Abdullah hilang kerusi masing-masing dalam pemilihan Majlis Tertinggi, yang menyaksikan kepulangan beberapa orang ahli politik kontroversi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang bersara tahun lalu.

Beberapa orang pemimpin UMNO yang baru terpilih menolak dakwaan yang mereka mempergunakan wang untuk mendapat kemenangan. Namun, sepanjang perhimpunan selama tiga hari itu, isu politik