Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Anak tahanan ISA alami tekanan mental yang serius
10.01.04 (4:11 am)   [edit]

30 Sept - Muhamad Rausyan Fiker, 20, anak kepada mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohamad Faiq Hafidh sedang mengalami masalah mental akibat tekanan fikiran yang dialaminya sejak penahanan bapanya di bawah akta tersebut.


Menurut surat yang dikeluarkan oleh Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, ketua Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan UKM, Rausyan Fiker sedang mengalami masalah mental yang serius.http://malaysia-today.net/aug_dec_2004/MT_BM_30 0904g.htm" title="http://malaysia-today.net/aug_dec_2004/MT_BM_30 0904g.htm" target="_blank"http://malaysia-today.net/aug... (klik untuk selanjutnya)

 
Pengakuan - Indeks Rasuah yang Kritikal Dalam Umno
10.01.04 (4:05 am)   [edit]

Perwakilan Umno Pulau Pinang


Saya adalah seorang perwakilan Umno Pulau Pinang ketika Perhimpunan Agong Umno tempoh hari. Saya ingin membuat pengakuan tulus tentang gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno kerana bimbang tentang masa depan Malaysia apabila dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang menjadikan rasuah sebagai modes operandi mereka untuk mendapatkan kuasa politik.http://malaysia-today.net/aug_dec_2004/LtE_3009 04.htm" title="http://malaysia-today.net/aug_dec_2004/LtE_3009 04.htm" target="_blank"http://malaysia-today.net/aug... (klik untuk selanjutnya)

 
Anwar: masihkah dia pemimpin sepanjang zaman?
09.30.04 (9:06 pm)   [edit]

Josh Hong
(Dari Malaysiakini: Anwar: still a man for all seasons?)


Anwar Ibrahim kini bebas. Begitu juga dengan akhbar Malaysia.


Maksud saya, akhbar-akhbar yang telah meracuni rakyat Malaysia dengan berita rasmi serta tulisan propaganda BN, yang kononnya merupakan komentar, kini bebas untuk menyebut nama Anwar Ibrahim dan, lebih penting lagi, memaparkan imejnya.


Anwar lenyap daripada media Malaysia sejurus selepas dia disabitkan dengan kes rasuah dan liwat. Apabila ada berita tentangnya yang terlalu penting untuk diendahkan, berita tersebut sering diperosokkan jauh-jauh di bahagian muka surat tengah akhbar.


Agak jelas, kuasa pemerintah, samada menggunakan pengaruh mereka ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian atau New Straits Times, atau pun dengan hanya duduk senang-lenang di Putrajaya, telah bekerja keras untuk memastikan supaya Anwar luput daripada ingatan orang ramai.


Keseluruhan episod ini tidak mungkin dapat menjadi lebih menarik lagi. Sebelum 2 September, bayang-bayang Anwar seakan-akan sudah hilang daripada masyarakat Malaysia, sesuatu yang menyedihkan kepada mereka yang menganggapnya sebagai mangsa ketidakadilan yang mutlak.


Walau bagaimanapun, selepas 2 September, bekas timbalan perdana menteri Malaysia yang terkenal itu telah tiba-tiba hidup dan menjadi relevan semula.


Akhbar Cina


Sewaktu kemuncak zaman reformasi, ketika protes jalanan melanda seluruh Kuala Lumpur, ada yang bergurau dengan mengatakan bahawa akhbar Cina merupakan pihak yang paling beruntung berikutan situasi sebegitu.


Ketika akhbar Melayu dan Inggeris mengikut arahan kerajaan serta menjadi badut kepada Dr Mahathir Mohamad dengan menghantui Anwar, akhbar Cina terus menerbitkan gambar-gambar daripada demonstrasi tersebut.


Ini membuatkan ramai orang Melayu dan India terus mendapatkan naskah tersebut menikmati kandungannya walaupun tidak tahu membaca tulisan Cina. Jualan semua akhbar Cina meningkat secara mendadak ketika itu.


Maka, tidak mustahil akhbar Cina sekali lagi akan mendapat manfaat daripada pembebasan Anwar dari penjara.


Akhbar Melayu dan Inggeris hanya menyiarkan sedikit sahaja gambar penyokong Anwar menyambut wira mereka di luar Mahkamah Persekutuan, melawatnya di rumahnya di Bukit Damansara, dan menghantarnya ke KLIA semasa dia hendak berlepas ke Jerman bagi menjalani rawatan.


Malah, Sin Chew Daily, akhbar yang cuba menghilangkan muka Anwar daripada gambar kumpulan tersebut pada tahun 1999, cukup teruja tentang pembebasan Anwar.


Pun begitu, salah seorang daripada wartawannya terus terang mengakui betapa dia berharap agar Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Anwar supaya semua wartawan, yang sememangnya sudah dibebani dengan banyak kerja, tidak mendapat tambahan kerja. Wartawan konon!


Dengan wujudnya berita hebat ini, yang dilihat sebagai tanda terbaik ke arah perubahan sistem perundangan Malaysia, ‘I certainly couldn't be jotting and joshing last weekend’. Tetapi saya mampu tersenyum dan merasa lega.


Setelah bertahun-tahun dikongkong oleh politik, saya akhirnya dapat juga untuk menulis dengan rasa bebas. Dan saya tidak keseorangan dalam hal ini.


Pagi hari selepas sabitan kes liwat Anwar ditarik balik, satu program pagi di 988, stesen radio popular Cina, telah mendapatkan pandangan orang ramai tentang pembebasan Anwar.


Dua orang DJ tersebut seolah-olah terlalu gembira, bersungguh-sungguh ketika berulang menyebut perkataan seperti ‘hebat’, ‘bagus’ dan ‘bersemangat’. Dulu saya sering menghina aliran utama media elektronik Malaysia itu, tetapi sikap sinis saya itu mungkin telah memandang rendah kebijaksanaan dua DJ wanita tersebut.


Mungkin mereka juga berharap agar satu hari nanti, mereka akan dapat menghoskan program radio secara bebas? Kemunculan semula Anwar dalam lingkungan masyarakat pasti memberi harapan kepada segenap lapisan masyarakat, dan tidak kurang juga memberi harapan kepada profesional media.


Satu keraguan dapat di kesan di sebalik kegembiraan ini: adakah Anwar akan mengikut jejak Tengku Razaleigh Hamzah dan kembali kepada Umno bagi menyatu padukan masyarakat Melayu?


Penyokong Anwar tentu mahukan dia supaya meneruskan agenda reformasinya, tetapi jika nasib tidak menyebelahinya kali ini, dia hanya boleh kembali aktif dalam politik pada April 2008. Seminggu adalah terlalu lama dalam politik, dan apa-apa pun boleh berlaku dalam masa empat tahun.


Orang Cina mempunyai sebab yang baik untuk berasa ragu-ragu dan skeptikal terhadap Anwar. Liew Chin Tong, seorang pengulas politik yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia, menulis dalam Oriental Daily News, beberapa orang dalam pergerakan pendidikan Cina berasa kurang senang dengan semasa dia melawat bekas timbalan perdana menteri itu selepas dia (Anwar) dipecat.


Lagi pun, Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi menteri pelajaran, telah meletakkan pentadbir bukan Mandarin di beberapa sekolah rendah Cina pada 1987, langkah yang telah menimbulkan protes yang kuat daripada masyarakat Cina dan kemudiannya menyemai benih perselisihan kaum antara Melayu dan Cina.


Insiden tersebut telah membawa kepada penahanan beberapa ahli pendidikan Cina berprofil tinggi di bawah ISA dalam Operasi Lallang. Anwar ketika itu langsung tidak membantah penggunaan undang-undang tersebut oleh Mahathir.


Pada 1980an, sebagai ketua pemuda Umno dan ingin dilihat sebagai pembela hak orang Melayu, Anwar telah memecah-belahkan masyarakat Cina dengan tindakan-tindakan kerasnya.


Pelbagai wajah Anwar


Satu masa dahulu, saya rasa kurang senang dengannya sebagai timbalan perdana menteri, atas sebab-sebab yang sama, mengapa sekarang saya rasa ragu-ragu terhadap Najid Abdul Razak yang bakal menggantikan Abdullah Ahmad Badawi nanti.


Anwar Ibrahim yang dulu pernah memakai beberapa topeng politik dalam bentuk dan saiz yang berbeza-beza, dan sukar untuk membezakan Anwar sebagai bekas orang no. 2 Umno daripada Anwar sebagai ahli reformasi. Ini membuatkan Philip Bowring bertanya dalam International Herald Tribun: ‘Anwar Ibrahim yang manakah telah dibebaskan?’ (walaupun dinasihatkan supaya ‘to take his opinions with a pinch of salt’).


Memandangkan kepada artikelnya baru-baru ini yang banyak menyebelahi Malaysia, yang diterbitkan dalam NST, saya mengesyaki Bowring, yang pernah menulis satu kritikan hebat ke atas Mahathir dalam Prospect, majalah British, pada tahun 1999, telah ‘dilantik’ oleh kerajaan pimpinan Abdullah.


Ya, wartawan barat pun mahu cari makan juga.


Saya sungguh terperanjat apabila Anwar dipecat daripada kabinet Mahathir pada September 1998 dan ditahan di bawah ISA. Cara nasibnya menjunam, daripada pemangku perdana menteri, pemangku Presiden Umno dan menteri kewangan pada pertengahan 1997 kepada seorang pariah 15 bulan kemudian- menunjukkan betapa tidak peliknya senario politik tanah air.


Semasa dia dibawa ke mahkamah dengan matanya yang lebam, saya sangat terkejut dan marah; begitu juga dengan rakan-rakan asing saya di London pada ketika itu.


Dengan izin tuhan, saya telah dapat meletakkan ke tepi keraguan peribadi terhadap Anwar dan memutuskan untuk melihat insiden tersebut bukan dari sudut etnik. Dalam kata lain, saya enggan membenarkan perkauman menjadi penghalang bagi saya untuk melihat isu tersebut daripada sudut keadilan serta hak asasi manusia.


Saya gembira apabila ramai orang bukan Melayu, seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan mereka yang aktif dalam pergerakan kemasyarakatan, turut melakukan langkah yang sama, dan juga menjadi contoh ikutan bagi yang lain, malah ada yang telah membayar harganya dengan sekatan kebebasan diri mereka sendiri.


Apa yang telah dilalui oleh Anwar selepas September 1998, telah menimbulkan beberapa siri perubahan serta reformasi dalam Malaysia, walaupun Barisan Nasional cuba untuk bertindak sebaliknya.


Kembali kepada Umno, sama seperti memusingkan semula jarum jam, satu langkah yang mundur yang akan mengakibatkan bencana. Kini, Anwar berada pada tempat terbaik untuk menghalang bencana tersebut daripada menjadi realiti, seterusnya menguatkan kepercayaan orang lain terhadap Malaysia yang lebih baik.


Tetapi sebelum itu, Anwar perlu berhenti berterima kasih kepada Perdana Menteri Abdullah ke atas apa yang sepatutnya menjadi keputusan adil dan saksama daripada mahkamah. Ia adalah hari kemenangan rakyat Malaysia dan sistem kehakiman, bukannya kemenangan kerajaan.

 
TARIAN SEPARUH BOGEL DI BUKIT TINGGI RESORT....
09.30.04 (3:36 am)   [edit]










Performing at Colmar Tropicale from

except Tuesday & Wednesday


All the way from Russia with their sensational talents, The Deligence Dancers will entertain you and your family while taking up in the cool refreshing temperate!












Performing Time:

Monday & Thursday
(2 sets per day)


3.00p.m. – 3.30p.m. (30 minutes)


9.30p.m. – 10.00p.m. (30 minutes)


Friday, Saturday, Sunday, Eve of Public Holiday & Public Holiday
(3 sets per day)


2.30p.m. – 3.00p.m. (30 minutes)


5.00p.m. – 5.30p.m. (30 minutes)


9.30p.m. – 10.00p.m. (30 minutes)


 


sila ke sini untuk details http://www.btresort.com.my/what.php" title="http://www.btresort.com.my/what.php" target="_blank"http://www.btresort.com.my/wh...

 
Pengampunan dari Yang Dipertuan Agong; Peluang Anwar bersihkan nama
09.29.04 (9:38 pm)   [edit]

KUALA LUMPUR – Bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim berkata, dia tidak akan memberikan peluang kepada lawannya di Malaysia untuk memenjarakannya lagi.


Tetapi Datuk Seri Anwar, dalam satu temuramah dengan The Associated Press, berikrar untuk terus berkempen ke arah reformasi yang demokratik.


Itulah yang merupakan sebab dia dipenjarakan pada 1998 selepas memimpin protes jalanan yang menyeru supaya perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad disingkirkan.


Datuk Seri Anwar bercakap menerusi telefon daripada Jerman, di mana dia sedang pulih daripada pembedahan ke atas kecederaan belakang yang disebabkan oleh pukulan polis.


Ia adalah petang selepas mahkamah tertinggi Malaysia menafikan permohonannya untuk menarik balik sabitan ke atas kes rasuahnya.


Dia berhati-hati berkenaan ancaman ke atas kebebasannya sekali lagi apabila dia pulang ke Malaysia nanti – dijangka pada pertengahan Oktober ketika bulan Ramadan.



‘Saya harap tidak kerana saya menyokong proses demokrasi,’ katanya. ‘Jika mereka ingin menggunakan cara Mahathir ke atas saya, itu terpulang kepada mereka.’


Datuk Seri Anwar berkata bahawa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kini menerima tekanan yang hebat daripada ahli-ahli Umno yang marah.



‘Saya tahu mereka yang paling bising adalah mereka yang paling korup,’ katanya lagi, sambil menuduh ‘orang yang rapat dengan pucuk pimpinan’ mengadakan kempen untuk mencercanya.


Pembebasannya telah mengganggu politik di Malaysia. Walaupun dia merupakan satu lambang kepada pembangkang, di mana isterinya mengetuai parti Keadilan, dia adalah orang nombor 2 dalam Umno sebelum Tun Dr Mahathir memecatnya enam tahun lalu.


Kemungkinan bahawa dia akan kembali kepada Umno – di mana kehadirannya akan mengkucar-kacirkan keseimbangan pakatan dan pengaruh – telah membawa kepada keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi parti itu untuk menutup pintunya kepada Anwar.


Parti tersebut akan mengadakan perhimpunan agongnya minggu depan dan usul tentang Anwar akan dibahaskan. Dijangka tiada orang yang akan bercakap baik tentang Anwar.


Keputusan terbaru mahkamah tidak menyebelahinya dan dia tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti politik atau bertanding dalam pilihan raya sehingga tahun 2008.


Langkah terakhir untuk membersihkan rekodnya adalah dengan mendapatkan pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.


Dia berkata, keputusan sama ada untuk merayu untuk pengampunan atau tidak, perlu dibuat dengan nasihat daripada peguamnya dan ia perlu dilakukan selepas dia pulang ke Malaysia nanti.



‘Saya tidak kisah sangat kerana saya tahu saya tidak bersalah,’ katanya.


Dia berharap agar, jika rayuan untuk pengampunan diraja itu dibuat, ia akan ditangani dengan adil.



‘Saya sangat berharap bahawa jika ia memang keputusan mutlak Yang Dipertuan Agong dan tiada campur tangan politik, saya pasti saya akan diampunkan,’ tambahnya lagi.


‘Tetapi saya perlu meneliti dahulu kes ini serta implikasi undang-undangnya.’


Walaupun dia tidak boleh bertanding bagi jawatan politik, dia akan terus aktif dalam politik. Dia berharap agar dapat berjuang ke arah kebebasan media, keadilan pilihan raya serta kebebasan sistem perundangan.



‘Saya akan terus aktif,’ katanya.


‘Saya akan berjuang ke arah agenda reformasi. Keputusan itu tidak menghalang saya daripada bertemu rakyat.’


Dia sedang menjalani fisioterapi intensif serta senaman lain setiap hari.

 
Hishamuddin hina keluarga sendiri - Azmin Ali
09.28.04 (12:00 pm)   [edit]

Oleh: Faisal Mustaffa


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali menyeru agar Ketua Pemuda UMNO, Dato' Hishamuddin Tun Hussein segera bertaubat kerana dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Pemuda UMNO, 21 September lalu, telah menghina keluarganya sendiri termasuk ayahnya, Allahyarham Tun Hussein Onn dan datuknya, Allahyarham Onn Jaafar.


Ketua Pemuda UMNO itu telah secara terang-terang menuduh seseorang yang telah terkeluar dari UMNO sebagai penderhaka atau pengkhianat parti.


Azmin Ali memberitahu bahawa arwah bapa Hishamuddin sendiri telah meninggal dunia luar dari UMNO dan arwah datuknya telah meninggalkan UMNO bagi menubuhkan Parti Negara.



"Apakah dia lupa bahawa almarhum Tunku Abdul Rahman meninggal dunia di luar UMNO dan apakah dia lupa Tun Dr Mahathir telah dipecat dari UMNO dan akhirnya memimpin UMNO baru?", kata Azmin lagi.


Azmin juga memberitahu bahawa Dato' Seri Abdullah Badawi telah keluar UMNO, menyerang parti itu dan akhirnya memimpin parti pemerintah itu.


Azmin yang diambil kenyataannya sewaktu beliau pulang sebentar ke Kuala Lumpur sebelum kembali ke Munich menemankan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 24 September berkata, selain daripada sayap Pemuda, sayap Puteri dan Wanita juga tidak matang dalam membincangkan kemasukan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO kerana menurutnya, Dato' Seri Anwar tidak pernah memberi sebarang isyarat atau membuat kenyataan untuk menyertai UMNO.



"Jadi, tidak ada sebab bagi mereka ini melatah", ujar Azmin.


Dalam ucapan pada hari pembukaan, Hishamuddin berucap,



"mereka yang pernah menentang UMNO, yang pernah membakar bendera UMNO dan yang pernah berarak mempersenda pemimpin UMNO, jangan mimpi untuk kembali berada dalam UMNO, apatah lagi untuk berada dalam tampuk kepimpinan UMNO."

 
TNB: berkhidmat untuk si kaya, menghimpit rakyat jelata
09.28.04 (11:59 am)   [edit]

Malaysia Today: Isnin, 27 September 2004 09:17 PM


TNB: berkhidmat untuk si kaya, menghimpit rakyat jelata


Raja Suraya


Rakan saya seorang penjaja yang sentiasa sibuk dengan perniagaannya hinggakan jarang sekali beliau teringat untuk membayar bil-bil utilitinya. Beliau berpengalaman menjalani kehidupan harian dalam keadaan gelap-gelita sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan kerap kali dia hanya menyedari yang dia telah terlupa untuk membayar bil-bilnya selepas beliau terpaksa mengalami keadaan bergelap tersebut.


Tindakan segera yang akan diambil oleh Tenaga terhadap para pengguna yang pelupa seperti itu adalah dengan memotong bekalan elektriknya, dan tindakan menghukum seperti itu memang telah membawa kesan yang diharapkan.


Bagi rakan saya itu, apabila terkenangkan kepayahan hidup bergelap, beliau lebih rela mencuri masa dari jadual kerjanya yang sibuk untuk pergi membayar bil-bilnya.


Beliau hanya berhutang beberapa ringgit untuk penggunaan utiliti setiap bulan, tetapi Tenaga sangat pantas dan cekap dalam memutuskan bekalan tenaga elektrik untuknya. Seperti mana ramai lagi orang awam yang lain, dalam jiwa rakan saya itu telah tertanam semacam rasa hormat dan takut terhadap Tenaga.


Hormat, disebabkan kecekapan Tenaga bertindak, dan takut, mengenangkan kecerewetan prosidur permohonan bagi sambungan semula nanti; apa lagi kesulitan-kesulitan yang dialami sepanjang masa tiadanya bekalan elektrik.


Namun begitu, imej sedemikian telah berkecai baru-baru ini.


Rakyat Malaysia terkejut apabila menyedari yang sementara Tenaga tidak bertolak-ansur dengan jumlah tunggakan-tunggakan yang kecil, ia berlembut terhadap syarikat-syarikat besar yang berhutang berjuta-juta ringgit dalam bil-bil utiliti tidak berbayar.


Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman b Mansur telah mendedahkan di Parlimen yang enam syarikat-syarikat besar telah berhutang kepada Tenaga sejumlah RM 852.893 juta.


Shaziman tidak menjelaskan sejak bila syarikat-syarikat gergasi ini mula berhutang. Bagaimanapun, ianya membingungkan apabila syarikat utiliti gergasi itu, yang tidak bertolak-ansur walaupun hanya tunggakan beberapa ringgit oleh rakyat biasa, sebaliknya mampu membenarkan syarikat-syarikat besar berhutang melangkaui RM850 juta.


Kita tidak dapat lari dari mengesyaki samada Tenaga telah terlalu berlembut kepada syarikat-syarikat besar, atau ia mengamalkan sikap pilih bulu.


Kita juga tidak dapat mengelak daripada memanjangkan sedikit khayalan kita, dan berfikir betapa banyaknya jumlah RM850 juta itu dan apa yang boleh dilakukan dengan wang sejumlah itu.


Kita masih ingat mengenai kos sebanyak RM850 juta untuk pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985, manakala kita hanya membelanjakan RM700 juta ke atas pembinaan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)…


Jelas di sini yang RM850 juta bukanlah suatu jumlah yang kecil. Jika digunakan dengan betul, jumlah tersebut mampu memberi faedah kepada ramai orang dan pada masa yang sama memperkukuhkan infrastruktur negara.


Tetapi hakikatnya, jumlah ini hanyalah sepertiga dari keseluruhan jumlah yang terhutang kepada Tenaga. Sewaktu sidang akhbar pada bulan Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Che Khalib b Mohd Noh berkata, terdapat hutang sebanyak RM2 bilion yang belum dibayar oleh para pelanggan industri kepada Tenaga .


Apa yang boleh dibina dengan RM2 billion? Sebuah jambatan baru yang ultra moden dan canggih menghubungkan Malaysia ke Singapura.


Tetapi Tenaga telah mengizinkan pelanggan-pelanggan industrinya berhutang sejumlah wang yang mencukupi untuk membina jambatan tersebut!


Sebaliknya, Tenaga telah beberapa kali cuba menaikkan tarif untuk para pengguna isi rumah, dengan memberikan alasan-alasan seperti kenaikan kos dan upah, hatta peningkatan harga minyak.


Fakta sebenarnya, kita menggunakan sehingga 70% gas asli, 20% gas arang batu dan baki 10% selebihnya menggunakan hidroelektrik untuk penjanaan kuasa, dan semua ini tidak terjejas oleh turun-naik harga minyak.


Sepatutnya Tenaga memburu syarikat-syarikat besar berkenaan sebagai sasaran mendapatkan hutang yang belum dijelaskan, bukannya membebankan lagi rakyat biasa.

 
Pembebasan Anwar menguntungkan Pak Lah
09.27.04 (11:17 am)   [edit]

Waja Timur(malaysia today.net)


Pada bulan ini enam tahun lalu, Malaysia telah dilanda oleh kekalutan politik dan sosial yang terbesar sejak rusuhan pada penghujung 1960an. Kini, episod penutup kisah tersebut seolah-olah sudah pun tertulis.


Samada secara berniat atau kebetulan, pihak berkuasa Malaysia telah membebaskan bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim genap enam tahun daripada tarikh dia dipecat daripada kabinet, menjadikannya sebagai satu penamat yang indah kepada satu drama yang paling mengasyikkan dalam sejarah Malaysia baru-baru ini.


Ia memang satu drama yang hebat. Ketika krisis kewangan yang melanda Asia sampai ke kemuncaknya pada penghujung 1990an, Malaysia pula terjerat dalam satu krisis politik yang hampir serupa yang sedang berlaku di negara jiran, Indonesia, pada ketika itu. Malah, insiden yang berlaku di Indonesia sehingga membawa kepada kejatuhan Soeharto itu jugalah yang telah memberi inspirasi kepada pergerakan reformasi di Malaysia.


Tetapi, perjalanan sejarah kedua-dua negara itu menuju ke dua arah yang berbeza. Perdana menteri ketika itu, Mahathir, tidak mahu 'mematikan' Anwar begitu sahaja. Sebaliknya, dia memilih untuk menyeksa Anwar dengan memenjarakannya serta terus memimpin negara ini untuk tempoh lima tahun lagi - semua dengan berasaskan kepada teori konspirasi, perbicaraan kes liwat,
ujian DNA ke atas tilam, mata yang lebam akibat dibelasah polis dan pelbagai tipu helah lagi yang telah mencetuskan protes jalanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lalu 'memasyhurkan' nama Malaysia dalam sekelip mata.


Adakah dia akan kembali ke dalam politik tanah air - itu merupakan satu topik yang paling hangat diperkatakan masa kini. Tetapi, soalan yang lebih penting sekarang adalah - apakah makna tiga minggu lepas kepada Malaysia?


Malaysia sedang berubah, ke arah yang lebih baik - itulah yang telah dibuktikan oleh kejadian-kejadian yang berlaku baru-baru ini. Perhatian kini mungkin lebih terarah kepada Anwar tetapi apabila semua ini reda, akan dapat dilihat bahawa Malaysia kini sedang bergerak ke satu arah yang baik.


Pujian harus diberikan kepada perdana menteri Abdullah Badawi atas usahanya melakukan perubahan seperti ini. Ramai pemerhati sebelum ini melabelkan Pak Lah yang lemah lembut serta budiman itu sebagai "lemah" atau boneka Mahathir.


Tetapi semenjak dia mengambilalih pemerintahan daripada pemimpin yang memerintah paling lama di Asia Tenggara, Pak Lah dengan yakinnya telah menunjukkan bahawa dia mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.


Mandat yang kuat telah diberikan kepadanya, menerusi kemenangan besar dalam pilihan raya umum Mac lalu, serta satu kemenangan mudah dalam pilihan raya kecil di kubu pembangkang baru-baru ini.


Pak Lah berjanji untuk membanteras rasuah, dan walaupun terdapat aduan yang janji tersebut masih belum dipenuhi, terdapat bukti bahawa memang perubahan sedang berlaku. Tanpa perlu melaungkan slogan menentang Rasuah, 'Collusion' dan Nepotisma daripada masjid-masjid serta jalan-jalan di KL, pentadbiran baru tersebut telah menggunakan cara yang lebih efektif dalam
menangani rasuah, termasuk membicarakan seorang ahli perniagaan terkemuka yang 'kebal' sebelum ini.


Pembebasan Anwar Ibrahim dilihat sebagai membantu proses perubahan ini dan mengingatkan orang ramai bahawa cara pemerintahan Pak Lah adalah berbeza daripada pentadbiran sebelum ini. Walaupun tidak dinafikan akan wawasannya yang hebat serta keupayaannya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit, terbukti Mahathir merupakan seorang otoritarian yang berhati 'kering' sehingga sanggup melemahkan sistem perundangan serta menghancurkan lawan yang tidak disenanginya.


Dengan memburu kroni-kroni yang kuat pada satu masa dahulu, memberikan nafas baru kepada sistem perundangan supaya dapat berfungsi dengan bebas, dan membebaskan 'musuh nombor satu' kepada pentadbiran sebelum ini, Pak Lah dilihat sedang menjauhkan dirinya daripada tabiat 'peninggalan' pemimpin lepas.


Kehadiran Pak Lah dianggap akan dapat membetulkan ketidakseimbangan yang telah ditinggalkan dan juga melakukan perubahan untuk masa hadapan. "Malaysia yang lebih baik dan lembut" mungkin kini dalam proses. Dalam melancarkan agenda tersebut, Pak Lah mungkin akan merampas senjata Anwar yang paling berharga - label dirinya sebagai satu-satunya harapan ahli reformasi Malaysia.


Seperti yang telah kita lihat beberapa hari ini, Anwar masih lagi dihujani dengan ucapan-ucapan manis dan mendapat tumpuan media seluruh dunia. Tetapi sama ada perkara ini akan bertukar menjadi undi atau tidak, ia tidak dapat dipastikan lagi. Prestasi partinya sendiri tidak begitu baik beberapa tahun kebelakangan ini. Jika kerajaan terus melakukan perubahan yang berkesan sedikit demi sedikit, ini mungkin akan dapat memenangi sokongan golongan pertengahan di Malaysia.


Dengan ekonomi yang kembali berada pada tahap yang baik ketika ini, orang ramai tidak akan mahu untuk menimbulkan kekacauan. Pak Lah mungkin telah menemui formula untuk menang - lagipun, Malaysia memang tidak pernah gemarkan perubahan yang ganas serta pergolakan.


Di tengah-tengah realiti politik Malaysia hari ini, Anwar mungkin harus kembali memikirkan di manakah kedudukan yang sesuai buatnya, jika dia benar-benar serius mempertimbangkan untuk kembali dalam kancah politik tanah air.

 
Kenyataan bodoh seorang Naib presiden UMNO
09.27.04 (11:12 am)   [edit]

Padang Mahsyar: Isa anggap kenyataan sekadar jenaka
Oleh: SRY ANGRENI MOHD. ZET

PUTRAJAYA 26 Sept. - Naib Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menganggap kenyataannya pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2004 semalam mengenai pertemuan di Padang Mahsyar adalah sekadar satu jenaka.

Beliau berkata, kenyataan itu sekadar untuk menarik perhatian para perwakilan yang menghadiri persidangan tersebut.

``Saya hanya berjenaka. Saya telah 30 tahun dalam UMNO dan sekiranya kita bercakap secara serius, ia tidak akan mendapat perhatian.

``Tanyalah perwakilan mengenai kenyataan saya, mereka akan faham,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri perlumbaan bot laju Grand Prix F1 Malaysia di Tasik Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai ucapan penggulungannya yang antara lain meminta perwakilan yang tidak mengundinya tidak mencarinya di Padang Mahsyar.
Dalam ucapan itu, Isa berkata, beliau tidak akan menemui perwakilan yang mengundinya di Padang Mahsyar.

Bagaimanapun beliau juga meminta agar perwakilan yang membuat kesilapan tidak mengundinya agar tidak mencarinya di Padang Mahsyar.

Namun Isa tidak mengakui bahawa kenyataan itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan jumlah undi yang diterima walaupun memperoleh undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden.

Pada pemilihan Khamis lalu, Isa memperoleh 1,507 undi mengatasi Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mencatat 1,329 undi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 1,234 undi.
Selain daripada soal pertemuan di Padang Mahsyar, Isa turut meminta supaya ahli-ahli parti tidak bermain sandiwara dalam menyokong barisan kepimpinan baru bagi menghadapi politik masa depan.


komen: lihatlah kenyataan yang boleh disamakan dengan teramat bodoh ataupun memang 'mencari nahas', orang umno memang takkan ambil perkara yang dibincangkan secara serius. itu adalah kenyataan seorang naib presidennya, so memang sudah terbukti parti tong taik umno hanya memikirkan semua benda secara main-main saja.


pikir2 la skit barua umno...orang macam nilah pemimpin yang kamu sanjungi tu, sama macam kepala taik TKT

 
20 september 1998
09.25.04 (8:42 pm)   [edit]

Pertama kali diberi satu catatan dari diari Anwar pada malam 20 september 1998.


Setelah rumah saya diserang dalam keadaan kelam kabut di malam tersebut, saya diiriingi OCPD dan UTK bersama dalam kereta. Mereka kemudian memberi jaminan bahawa saya akan dibenarkan menemui keluarga saya, jadi saya pun mengharap, sebab tidak dapat berjumpa anak-anak ketika ditangkap.


Kemudian di tengah jalan, panggilan telefon diterima dari Ketua Polis Negara (Rahim Noor) yang mengarahkan mata saya ditutup.


Pegawai UTK dengan sopan memberitahu saya, “Dato' Seri, minta maaf saya dapat arahan supaya mata Dato' Seri ditutup.” Saya jawab, “Tak mengapalah kalau itu tugas anda.”


Kemudian pegawai itu nampak sedih dan mengeluarkan air mata sambil memeluk dan mendakap saya, sambil menyatakan maaf, lalu mata saya ditutup. Lalu saya dibawa ke Bukit Aman. Saya mengintai di balik penutup mata dan daripada bawah saya nampak kaki ramai pegawai polis beratur. Kemudian saya dengar satu suara jeritan, "Why is he not hand-cuffed like a common criminal?! (Kenapa tangan beliau tidak digari seperti penjenayah lain!?)”


Saya dapat tahu kemudiannya suara tersebut datangnya dari Pengarah CID, Dato' Yaakub Amin. Maknanya saya dapat membaca bahawa pada masa itu saya bukan dituduh, walau pun belum dihadapkan ke mahkamah, saya telah dianggap sebagai penjenayah.


Jadi, saya telah menyangka bahawa ujud rencana politik jahat terhadap saya.


Saya masuk ke dalam lokap dan kemudian dibuka gari dan penutup mata, saya berdoa dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran. Kemudian masuk pegawai polis dan menyatakan mereka menerima arahan untuk menutup mata dan menggari semula tangan saya.


Mata saya ditutup dan tangan saya digari semula. Kemudian saya dengar bunyi derapan kaki, disertai tabik dan sebagainya serta bunyi orang berdehem. Dua orang masuk ke dalam dan saya dipukul dengan keras dan ganas mengakibatkan saya terjatuh. Dan saya terus membaca ayat yang diperingatkan kepada saya dua malam sebelumnya oleh Dr Yusuf Qardawi.


Pukulan yang saya terima amat kuat dan kencang sekali dan ditujukan di muka, kepala dan leher saya.


Saya dapat mengesan bahawa tujuannya untuk merosakkan.


Saya dapati pukulan itu mahir dan bukan saja ditujukan di bahagian kepala dan leher, tetapi oleh kerana saya terjatuh di atas pangkin simen lokap polis yang keras itu, maka kesan sakit saya rasakan di tulang belakang. Kaki saya ditendang beberapa kali tetapi ia tiada kesan yang banyak. Paling kuat ialah di bahagian kepala.


Seperti mana yang disebut kemudian oleh Dr Halim ketika perbicaraan Suruhanjaya Siasatan sebelumnya, pukulan-pukulan tersebut boleh membawa maut.


Seterusnya saya terlentang di atas pangkin simen. Beberapa lama kemudian, masuk seorang pegawai untuk membuka semula gari saya. Ketika itu, saya nampak banyak darah di atas lantai dan di baju Melayu berwarna putih yang saya pakai juga terdapat percikan darah, juga di hidung, kepala dan sebagainya.


Selepas itu, saya terus pengsan. Kira-kira dalam pukul 2 atau 3 pagi, seorang pegawai polis datang dan kejutkan saya dari tidur serta meminta saya mengisi borang ISA. Ketika itu saya berada dalam keadaan separuh sedar. Selalunya saya melarang semua kawan-kawan saya untuk menandatangani apa-apa surat ketika dalam lokap kerana saya tahu benar muslihat kotor pihak penguasa dalam keadaan begitu.


Kerana ketika itu saya tidak berupaya dan tidak betul-betul sedar, saya terus menandatangani surat tersebut. Kemudian, saya terus terlantar semula sehinggalah keesokan pagi.


Sebelum ditangkap, saya telah ingatkan Azizah dan anak-anak bahawa kita tidak tahu apa kesudahannya dan pada ketika itu saya berdoa kepada Allah SWT, kalaupun ditakdirkan kehidupan saya berakhir di situ biarlah saya sempat menemui Azizah, anak-anak dan ibu bapa saya terlebih dahulu.


Esoknya sampai lewat pagi, polis yang bertugas berkata beliau cuba mengejutkan saya dari tidur tetapi saya belum sedar. Beliau memberitahu bahawa ada pegawai-pegawai polis yang datang tetapi mereka tidak berupaya melakukan apa-apa kerana doktor tidak dibenarkan menemui saya.


Sehinggalah ke awal pagi, saya mula merangkak keluar dari bilik dan kemudiannya dipapah oleh anggota polis yang sebenarnya begitu sopan dan baik serta bersimpati kepada saya. Beliau membawa saya ke tandas untuk membersihkan muka dari kesan darah dan kemudian saya menyempurnakan solat.


Sebelum selesai wirid, saya terus terlantar lagi seterusnya tertidur sehingga ke petang. Kemudian datang seorang pegawai polis (berpangkat komandan) dan saya memberitahu beliau bahawa saya dalam keadaan kesakitan dan kalau boleh diberikan ubat dan diberi kesempatan untuk menemui doktor.


Pegawai tersebut keluar dan datang kembali sejam kemudian dan berkata dengan nada yang sangat sedih: "Maaf, saya telah menghubungi SAC Musa Hassan dan beliau menyatakan bahawa beliau dan Ketua Polis Negara (Rahim Noor) tidak membenarkan saya menemui sesiapa.


Tidak ada sebarang ubat diberi. Kemudian ada polis yang bersimpati membantu saya menyapu minyak biasa ke muka saya.


Pada dua hari petama, saya tidak makan apa-apa melainkan air panas suam.


Memang pada masa itu, setiap satu jam, ada pegwai polis yang melalui kawasan tersebut, tetapi tidak ada sebarang tindakan. Pada hari kedua, seorang anggota polis memberitahu dengan nada simpati bahawa keadaan di luar masih gawat, masih ramai gerakan yang membantah penahanan saya.


Beliau juga memberitahu ramai lagi yang ditangkap.

 
Dengan satu sambar, tilam tersebut hilang dan tidak wujud lagi.
09.25.04 (8:40 pm)   [edit]

Rejal Arbee, bekas kumpulan pengarang  akbar Melayu, Berita Harian, berkata dalam ruangannya,



“Satu perkara yang rakyat perlu terima ialah bahawa pembebasan Anwar daripada tuduhan tidak bermakna dia tidak terlibat dalam kegiatan homoseksual. Apa yang telah disebut oleh Mahkamah Persekutuan apabila ia menolak kes terhadap Anwar dan Sukma ialah tarikh-tarikh berlakunya perbuatan tersebut seperti yang dinyatakan dalam pertuduhannya tidak boleh dibuktikan. Inilah perkara yang semua perlu faham.”


Reme Ahmad daripada akbar Singapore Straits Times mengatakan,



“Dalam keputusan 2-1 mahkamah yang telah menolak pertuduhan liwat, penghakiman bertulis mengatakan seperti berikut: ‘Kami mempunyai bukti mengesahkan bahawa pihak yang merayu, terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk meyakini bahawa dakwaan insiden di Tivoli Villa benar-benar berlaku.”


Malaysia Today sudah sebelum ini menjelaskan bahawa, walaupun pada jam kesebelas, masih ada cubaan mengubah keputusan para hakim. Oleh kerana ini sudah menjadi tidak munasabah memandangkan berita mengenai pembebasan Anwar yang ditangguhkan sudah tersebar dua minggu sebelum hari penghakiman 2 September 2004, paling baik para hakim boleh lakukan ialah membantu kerajaan dalam usaha ‘mengawal kerosakan’. Mereka akan tetap bebaskan Anwar tetapi mereka akan katakan bahawa mereka percaya Anwar masih bersalah. Ini akan membantu pembawa berita palsu membikin kisah bahawa Anwar seorang tidak bermoral, dengan itu memusnahkan segala cubaan untuk kembali aktif dalam politik, khususnya dalam Umno, dimana ramai dalam parti tersebut yang bimbang.


Tetapi ini memang sesuai dengan pembangkang. Mereka juga, terutama sekali PAS, amat bimbang jika Anwar kembali kepada Umno. Mereka lebih selesa jika Anwar mengetuai pakatan pembangkang. Kini Umno sudah menutup pintunya kepada Anwar, PAS merasa lega dan tiada bantahan tentang komen para hakim. Lagipun, tiada dalam pembangkang atau PAS yang percaya akan dakwaan tersebut. Jadi, ia tidak penting apa para hakim percaya atau kata apa mereka percaya. Hakikatnya Anwar sudah bebas, atas alasan tiada bukti untuk penjarakannya, itu sudah memadai.
 
Mari kita lihat apa yang para hakim telah katakan dan bandingkan dengan kenyataan mereka sepanjang enam tahun perbicaraan-perbicaraan Anwar dan lihat samada boleh disamakan dengan apa yang para hakim dan tukang putarbelit telah katakan.


Pertama sekali, mereka mengatakan, “Kami mempunyai bukti mengesahkan bahawa pihak yang merayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami percaya bahawa dakwaan insiden tersebut di Tivoli Villa benar-benar berlaku.”



Sekiranya, terdapat bukti bahawa insiden tersebut berlaku, bagaimana mungkin mereka tidak dapat menggunakan ‘bukti’ tersebut bagi menegakkan tuduhan ke atas Anwar? Mengapa mereka terpaksa bebaskan Anwar? Dan apakah ‘bukti’ yang mereka cakapkan itu? Ini tidak pernah dinyatakan dengan khusus.


Baiklah, mari lihat ‘bukti’ pertama yang mereka usong masuk dan keluar mahkamah semasa perbicaraan – tilam yang bisu.



Tilam yang pihak polis rampas daripada Tivoli Villa ditayangkan dan diusong untuk semua lihat seolah itulah bahan bukti paling penting yang mereka ada terhadap Anwar. Tilam tersebut sebenarnya dirampas SEBELUM kes terhadap Anwar timbul. Masa itu tiada kes terhadap Anwar lagi. Mengapa perlu merampas tilam tersebut?


Dalam soal siasat, polis mengesahkan bahawa tilam tersebut disimpan di dalam setor. Setor tersebut bukan kawasan yang dikawal dan tiada siapa yang menjaganya daripada disentuh dan diubah. Pihak polis mengaku bahawa sesiapa saja boleh memasuki setor dan berbuat sesuatu kepada tilam tersebut. Akhirnya, hakim memutuskan tilam tersebut tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dan segala sebutan mengenainya dibuang daripada rekod.


Dengan satu sambar, tilam tersebut hilang dan tidak wujud lagi.
 
Semasa tilam tersebut masih dikira sebagai bahan bukti paling penting kepada pihak pendakwa, mereka memanggil seorang pakar kimia untuk mengesahkan ujian-ujian yang telah dilakukan pada tilam tersebut bagi memastikan samada apa-apa aktiviti seks telah dilakukan di atas tilam tersebut.


Mengapa seorang ahli kimia biasa? Malah, dia bukan seorang pakar DNA. Dalam kes-kes berprofil tinggi seperti perbicaraan Mona Fendy, mereka akan dapatkan Ketua Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Halim Mansar, untuk mengesahkannya. Mengapakah kepakaran Dr Halim tidak diminta dalam kes berprofil tinggi kali ini? Menurut sumber yang dipercayai, Dr Halim telahpun diminta datang ke ibu pejabat polis. Mengapakah perlu memanggilnya ke ibu pejabat polis dan apakah yang diarahkan oleh polis kepadanya? Adakah bagi menutup mulutnya atau memintanya menjadi saksi terhadap Anwar? Dan adakah dia enggan  -- dengan itu dia tidak dipanggil untuk menjadi saksi?


Akhirnya, semua bukti yang zahir diruntuhkan satu persatu dan kemudian mereka terpaksa berpaut kepada kesaksian utama pendakwa, yang juga mangsa perbuatan liwat.


Dalam satu kes yang berkait dengan seks, dimana tiada bukti yang jelas, kemudian kesaksian dari saksi menjadi amat penting. Walau bagaimanapun, kerana kebanyakan kelakuan seks dilakukan secara sembunyi, dengan itu kesaksian saksi mesti disokong. Ini bermakna, kesaksiannya sahaja tidak cukup. Ia mesti disokong oleh kesaksian saksi-saksi lain atau bahan bukti lain – seperti pemeriksaan perubatan, ujian DNA dll.


Ini walau bagaimanapun tidak dilakukan. Mangsa tidak pernah dilakukan ke atasnya pemeriksaan perubatan walaupun, pembela meminta dilakukan. Jadi, tiada bukti yang sah atau kenyataan doktor yang mengatakan mangsa telah diliwat. Hanya kata-katanya bahawa dia diliwat sebagai ‘bukti’.


Dalam kes ini, oleh kerana mahkamah hanya ada kata-kata Azizan, dengan itu kata-katanya mesti boleh mendakwa tertuduh. Tetapi hakim perbicaraan sendiri mengatakan kenyataan saksi utama dikhuatiri. “Dia tidak boleh menjawab soalan mudah,” kata hakim dengan rasa meluat. ”Dia cakap satu perkara hari ini dan sebut yang lain esok.”


Malah hakim perbicaraan mendapati saksi utama pendakwa sebagai tidak boleh dipercayai, atau lebih teruk, menipu.
 
Kemudian, semasa memberi kesaksian semasa disoal siasat, yang dikatakan mangsa  dan saksi utama pendakwa mengaku bahawa dia TIDAK diliwat. Dan dia mengaku perkara tersebut sebanyak tiga kali semasa dalam kandang saksi.


Apabila ditanya mengapa dia mendakwa dia telah diliwat, dia menjawab bahawa pihak polis telah meberitahunya supaya berkata demikian. Apabila ditanya samada dia mengadu kepada sesiapa atau kepada polis yang dia telah diliwat, dia menjawab “tidak”. Apabila ditanya samada dia membuat laporan polis mengenai perkara tersebut, dia menjawab “tidak”. Siapa yang telah membuat aduan atau memberitahu pihak polis mengenainya? Kepada itu, dia menjawab, dia tidak tahu.


Itu merupakan ‘bukti penting’ mensabitkan Anwar, satu-satunya kesaksian daripada mangsa dan saksi utama pendakwa. Tetapi keseluruhan kesaksiannya ditolak dengan pengakuannya bahawa dia tidak pernah diliwat.


Apa lagi yang mereka ada sebagai bukti? Tarikh?



Mereka ubah tarikh TIGA kali kerana mereka tidak dapat menyatakan dengan tepat tarikh sebenar perbuatan liwat tersebut berlaku. Akhirnya, mereka terpaksa bersetuju dengan ‘SATU HARI DALAM 90 HARI, ANTARA 1 JANUARI DAN 31 MAC 1993’.


Tidak pernah dalam sejarah kehakiman Malaysia, tuduhan yang dibuat terlalu samar.


Kemudian, pihak yang didakwa dikehendaki membuktikan ia tidak bersalah, sedangkan pendakwalah yang sepatutnya perlu membuktikan bahawa kejadian tersebut betul berlaku. Dalam perbicaraan jenayah, pihak pembela tidak perlu membuktikan apa-apa. Apa yang ia perlu buat hanyalah menimbulkan keraguan, dan selalunya keraguan tersebut menyebelahi pihak yang didakwa, bukan kepada pendakwa. Pendakwa sebaliknya perlu membuktikan bahawa kejadian tersebut tidak berlaku, bukan sebaliknya.


Meskipun begitu, pembela, walaupun diberikan tugas yang mustahil membuktikan yang jenayah tersebut tidak berlaku, telahpun berbuat demikian. Mereka telah membuktikan di mana Anwar berada keseluruhan 90 hari tersebut.


Sebelum perbicaraan tersebut, polis telah menyerbu pejabat Anwar dan merampas semua dairi tahun-tahun dia menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya, semua dairi dipulangkan kecuali bagi tahun 1993, tahun yang didakwa berlakunya kesalahan tersebut.


Apabila pihak pembela meminta dairi dipulangkan supaya ia boleh digunakan membuktikan Anwar tidak pernah berada di Tivoli Villa antara 1 Januari dan 31 Mac 1993, pihak pendakwa berkata semua dairi ada pada mereka kecuali dairi 1993. Kebetulan, dairi 1993 terhilang dan tidak dapat dijumpai. Dairi 1993, yang boleh memusnahkan seluruh kes terhadap Anwar, secara misteri hilang dari permukaan bumi.


Saya boleh ceritakan berkaitan perkara ini tidak habis-habis, mungkin mengambil beratus mukasurat. Tetapi cukup sekadar di sini. Amat sukar untuk membuktikan mengenai pandangan hakim bahawa mereka mempunyai bukti yang Anwar memang bersalah atas tuduhan liwat. Jika mereka ada, Anwar tidak mungkin berada di Jerman hari ini menjalani rawatan perubatan. Kenyataan mereka hanya bagi membantu tukang putarbelit melaksanakan tugas mereka mengawal keadaan bagi menyelamatkan maruah kerajaan BN.

 
Dollah Badawi membilang hari sebagai Perdana Menteri
09.25.04 (8:38 pm)   [edit]

Perwakilan Umno Pulau Pinang


Pemilihan Umno telah selesai dengan menyaksikan majoriti ahli MT dan Naib Presiden Umno dikuasai oleh juak-juak Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibayangi oleh pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Khairy Jamaludin telah diejek ketika namanya diumumkan sebagai penjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Ini dapat difahami kerana majoriti perwakilan pemuda adalah juak-juak Datuk Hishamudin Hussein yang menyokong sepupunya Najib.


Mahathir terus diingati apabila anak kesayangannya Mukhriz dipilih dengan undi tertinggi sebagai Exco Pemuda Umno. Mukhriz terpaksa berpuas hati buat penggal kali ini hanya sebagai Exco Pemuda sahaja memandangkan dia telah diugut lebih awal oleh Khairy melalui panggilan telefon supaya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.


Saya menganggap Datuk Seri Abdullah Badawi sekarang dalam keadaan tertekan membilang hari sebagai Perdana Menteri memandangkan pemilihan majoriti juak-juak Najib dalam MT menghasilkan impak yang akan menggugat kedudukan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Abdullah akan mencipta rekod sebagai Perdana Menteri paling sekejap dalam sejarah Malaysia moden iaitu selama satu penggal sahaja.


Dalam pada itu, Abdullah tentulah akan cuba mematahkan taring musuh-musuhnya terutama sekali Najib dengan lebih hebat lagi selepas ini. Maka kita sebagai rakyat marhain akan berpeluang menyaksikan peperangan besar untuk kesekian kalinya dalam Umno dalam masa terdekat ini. Abdullah sebagai Perdana Menteri akan menggunakan segala kemudahan jentera kerajaan demi memastikan Najib tidak kesampaian dalam usaha untuk merampas takhtanya.


Sejurus selesai saja Perhimpunan Agung ini, Abdullah akan mengatur strategi bersama menantu kesayangannya Khairy untuk memusnahkan Najib dan bayangan Mahathir dari kamus politiknya. Khairy tentunya terpaksa bekerja keras lagi selepas ini setelah dia telah berjaya menyudahkan teks ucapan dasar Abdullah.


Ucapan dasar Abdullah yang banyak menyentuh tentang Islam hadhari tajaannya pasti gagal kerana Umno adalah ibarat gelanggang sarkas yang dipenuhi dengan 'binatang buas'. Bagaimana mungkin binatang-binatang buas seperti ini yang hanya memikirkan untuk memenuhi perut semata-mata melalui projek-projek anugerah kerajaan dapat memahami isi-isi ucapan dasar yang sebegitu lunak?


Abdullah sebagai 'ringmaster' pasti gagal kerana dia tidak mempunyai 'tali cepati' untuk memukul binatang-binatang buas tersebut. Tali cepati itu masih dimiliki oleh Mahathir yang amat marah terhadap Abdullah kerana berani mendakwa Tan Sri Eric Chia dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara Sungai Buloh.


Justeru, istilah yang dipopularkan oleh Abdullah ketika mula masuk pejabat Perdana Menteri iaitu "bekerja bukan untuk saya tetapi bersama-sama saya" secara realitinya ialah "kerja bersama Abdullah untuk majikan lama iaitu Mahathir".


Mungkinkah politik Malaysia yang tidak pernah surut dari peperangan ini hasil daripada dosa-dosa negara yang zalim, pembahagian kekayaan negara yang tidak adil, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dalam negara?

 
SIAPA PENDERHAKA DAN PETUALANG RAKYAT?
09.24.04 (9:19 pm)   [edit]

CATATAN M@RHAEN:
Sejarah mencatatkan dalam satu PRK di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, calon BN berhadapan dengan calon Bebas (Lambang Ikan). Ketika itu DSAI berada dalam BN dan manusia bernama Hishamuddin Hussein Onnberkempen membantu calon Bebas menentang calon BN (UMNO). Jadi siapakah PETUALANG dan PENGKHIANAT KEPADA UMNO YANG SEBENARNYA?






Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Seronok juga mengikuti serba sedikit telatah-telatah “lembu pawah” yang sekarang ini sibuk bersidang dalam Perhimpunan Tahunan Tepok Amai-amai di PWTC. Nampaknya amaran Najib Tun Razak jangan ada para perwakilan “lembu pawah” yang membangkitkan isu DS Anwar Ibrahim tidak dipedulikan khususnya Ketua Pemuda, Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Wanitanya, Rafidah Aziz dan mantan Ketua Puteri. Mereka bertiga menganggap Anwar sebagai penderhaka dan tidak dibenarkan sama sekali Anwar diterima kembali menyertai UMNO.

Sebenarnya siapakah yang menderhaka? Dato’ Onn Jaafar datuk kepada Hishamuddin juga seorang penderhaka. Beliau pengasas UMNO pada tahun 1946. Keluar dari UMNO menubuhkan dua buah parti, iaitu Independent dan Parti Negara menentang UMNO yang ditubuhkan olehnya sendiri. Mahathir Mohamad lebih dahsyat dari itu, selepas beliau dipecat oleh Tengku Abdul Rahman Putra selepas peristiwa 13 Mei 1969, beliau bertindak menentang Tengku dengan menulis surat mengecam tindak-tanduk Tengku menguruskan UMNO. Menyusup masuk ke universiti-universiti mempengaruhi para pelajar menentang UMNO. Anwar salah seorang pelajar di UM terpengaruh dengan tindakannya, membatu Mahathir berkempen, mencetak dan mengedar risalah-risalah menentang UMNO. Mahathir menggunakan platform PAS berceramah menghentam UMNO. Mahathir pergi ke luar negeri menghasut pelajar-pelajar di sana supaya bangkit menentang kepimpinan UMNO ketika itu yang diterajui oleh Tengku. Kenapa beliau tidak dipanggil sebagai “penderhaka”? Dengan bantuan Allahyarham Dato’ Harun Idris, Tun Razak pungut balik beliau masuk ke dalam UMNO semula sehingga beliau berjaya berkuasa selama 22 tahun .

Anwar belum lagi mengambil tindakan seperti mana yang pernah dilakukan oleh Mahathir. Beliau dikurung hampir 6 tahun dalam penjara, menempuh pelbagai kesengsaraan dan kesakitan sebelum ia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 yang lalu. Mahathir tidak pernah melalui semuanya itu, walaupun ia bertindak mengutuk, mengecam dan menghina UMNO dan kepimpinannya. Tengku tidak mengambil sebarang tindakan seperti mana yang beliau lakukan terhadap Anwar. Beliau bebas bercakap, bebas berkempen dalam dan luar negeri menghentam UMNO.

Dalam konteks tulisan saya pada kali ini, saya memfokuskan ketakutan setengah-tengah pemimpin UMNO terhadap kemunculan semula DS Anwar Ibrahim di persada politik tanah air kerana ia boleh mengancam pemimpin-pemimpin yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Ini yang sebenarnya yang menjadi igauan dan menghantui mereka yang gilakan kuasa, kedudukan dan kekayaan. Kita lihat satu persatu kes-kes rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang ada dalam rekod Anwar.

Pertama, kes rasuah Rafidah Aziz. Laporan yang dibuat oleh Anwar pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu beliau sebagai Pengerusi Pembahagian saham Bumiputra di MITI. Dalam laporan polisnya itu, Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14.3.1995 yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Patail [kini sebagai Peguam Negara] yang jelas menyatakan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970 seperti mana yang dikenakan tuduhan terhadap Anwar yang tidak melibatkan wang sesen pun, tetapi dikenakan hukuman penjara 6 tahun, iaitu:
 
* Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI [ Jawatan yang mengagihkan saham-saham kepada bumiputera Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa ], beliau telah meluluskan 1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada anak menantunya yang bernama Fazrin Azwar bin Mohd.Nor
 
* Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 450,000 unit saham berkenaan.
 
* Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 315,000 unit saham berkenaan.
 
* Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 335,000 unit saham berkenaan.
* Beliau meluluskan pengagihan 4,173,190 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar.


Pendedahan kes ini mengakibatkan Ezam Mohd. Noor, Ketua Pemuda Keadilan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi [OSA ] dan didapati bersalah dihukum penjara dua tahun meringkuk dalam penjara Kajang dan beliau kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kedua, kes rasuah dan menyalahgunakan kuasa oleh Khalil Yaakob. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah Datuk Fauzi Abdul Rahman pada 23.3.2001 telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di hadapan ACP Ghazali Md. Amin berhubung salah guna kuasa mantan Menteri Penerangan dan mantan Setiausaha Agung UMNO Yaakob ketika itu beliau memegang jawatan Menteri Besar Pahang telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika memimpin Pahang di antara tahun 1986 hingga 1999 yang katanya boleh menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai kerajaan negeri Pahang sebanyak RM300 juta hingga RM900 juta setahun yang sebab dibuka lebih awal.

Kini Khalil Yaakob dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Melaka [Gabenor] sebagai menghargai jasa-jasa beliau yang pandai memerintah negeri Pahang Darul Makmur, yang makmur dengan hasil-hasil hutan dan perjudian. Tempat perjudian terbesar di Asia terletak di Genting Highlands dalam negeri Pahang yang sultannya adalah ahli UMNO.
 
Ketiga, kes rasuah Rahim Tamby Chik. Anwar juga telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 12:20 tengah hari di Balai Polis Tun H.S Lee Kuala Lumpur berhubung tuduhan rasuah oleh Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh Abdul Ghani Patail mengenai pertuduhan terhadap Rahim Tamby Chik bertarikh 10 Jun 1994. Dokumen tersebut menyatakan bahawa terdapat kes Prima Facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Rahim Tamby Chik mengikut seksyen 2(1) Ord.22 1970, keterangan dan pertuduhan dikemukakan seperti berikut:


Tuduhan Pertama:
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Belah Bahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengisytiharkan kepentingannya.
Tuduhan Kedua:
Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot 1727
Tuduhan Ketiga:
Tidak mengisytiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara.
Tuduhan Keempat:
Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 199 kanun keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum di bawah seksyen 193.


Harta dan kepentingan Dalam Syarikat :

Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:
1. Hotel Ayer Keroh D'Village.
2. Stesen Pam Minyak Shell.
3. Lot 706 yang dijual kepada EON.
4. 17 anak syarikat Daya Promile
5. 53 ekar dusun durian di Bertam.
6. Rumah kedai di Masjid Tanah
7. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya
8. Peringgit Point.
9. Taman Buaya Melaka
10. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
11. Taman Ikan Melaka


Kereta-Kereta:
1. BMW 525 harga RM 180,000.00
2. Porche 928 harga RM 448,495.00
3. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00
Sehingga 31 Mei 1993, harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.


Keempat, tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor. Laporan kes rasuah terhadap Dr. Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ini dibuat secara terperinci dan dilakukan penyelidikan secara teliti dan diserahkan kepada BPR, di Putrajaya oleh Ahmad Lutfi Othman pada 23.10.2001. Sekali lagi pada 8.11.2003 setelah sumber dari BPR Putrajaya menyatakan laporan Lutfi pada 23.10.2001 hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi [ berlainan pula dengan kes yang berlaku di Terengganu semasa PAS memerintah hasil perbincangan dalam Dewan berkaitan pembalakan, BPR bertindak pantas walaupun ia hanya dibekalkan dengan makluman bukan aduan rasmi ]. Sekali lagi Lutfi membuat laporan pada 9.11.2001 di BPR Shah Alam kepada Penguasa Azni Yahya. Aduan tambahan pada hari Selasa 4.12.2003 jam 10.30 pagi berkaitan pembelian tapak banglo di lot no.14 jalan 2/1 G. Lagi laporan dibuat laporan polis dan BPR pada bulan Mei 2002 terhadap salah urus pembelian kereta rasmi MB dan Exco yang tidak mengikut peraturan.
 
Di antara dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman ialah :
 
* Pembinaan projek Jalan Cross Ban 4 di Sungai Panjang [ B44 ] oleh Syarikat Meram Holding Sdn. Bhd yang bernilai RM92.5 juta.
 
* Mesyuarat EXCO pada 20.12.2000 yang dipengerusikan oleh Dr. Khir Toyo meluluskan permohonan tanah di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada 4 syarikat yang berbeza, tetapi mempunyai seorang pengarah yang sama.
 
* Mesyuarat EXCO pada 4.7.2001 yang dipengerusikan oleh Dr. Khir Toyo meluluskan kepada 4 pemohon berumur awal 20an tanah seluas 50 ekar setiap satu.
* Persoalan yang timbul bagaimana pemohon yang sama boleh berjaya mendapat tanah lebih dari sekali
 
Kelima, ingatkah pembaca-pembaca sekalian ketika Pemilihan Ketua Puteri UMNO pada 1 November 2002 yang lalu. Azlina ini didakwa melakukan pelbagai penyelewengan dan menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadinya sebagai Ketua penaja Puteri. Salah seorang AJKnya, Elly Zalilah Yusof telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields mengenai kepincangan yang dilakukan oleh Azalina. Azalina didakwa mendaftar 4 buah van milik Puteri UMNO di bawah nama orang yang tidak ada kaitan dengan pergerakan itu. 2 buah van tersebut didaftar dengan nama abangnya dan dua buah lagi, didaftar dengan seorang sahabat karibnya. Di samping itu, Azalina juga dituduh membuka tiga akaun berasingan pergerakan itu untuk kepentingan peribadinya.


Dalam pada itu mengikut cerita Elly lagi, Azalina juga didakwa membawa masuk sahabat karibnya iaitu Datin Sabarina yang bukan ahli Puteri untuk memporak-perandakan barisan exconya yang tidak sehaluan dengannya. Datin inilah yang didakwa mempunyai hubungan “CINTA” dengan Azalina seperti mana yang diceritakan oleh Khalid Jeffri dalam akhbar tabloid Perdana Sari. Khalid menuduh Azalina seorang “lesbian”. Tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap Azalina ataupun Khalid sendiri. Ini bertentangan dengan apa yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim, yang mana manusia Khalid ini juga yang menulis buku “ 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM” yang diedarkan di Perhimpunan Tepok Amai-amai pada bulan Jun 1998, malah buku ini turut disebarkan ke seluruh Negara dengan pos percuma kepada orang-orang tertentu seperti tok-tok imam, ketua –ketua, kampung, JKKK, institusi-institusi tertentu, pemimpin-pemimpin politik tempatan dan sebagainya yang akhirnya membawa Anwar dipecat dari UMNO dan jawatan-jawatan kerajaan yang disandang olehnya pada ketika itu dan berakhir ke dalam penjara.

Mahathir membela Azlina dengan memberi kedudukan yang tinggi dalam politik UMNO sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan meminggirkan beberapa orang Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri Besar yang lebih berjasa dan berpengalaman dari Azalina. Azalina menjadi “buah hati dan pengerang jantung” Mahathir Mohamad. Azalina diselamatkan oleh Mahathir dan diberikan pula kedudukan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Keenam yang teramat bahaya ialah laporan rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh “ bapa segala rasuah “ yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. Berikutan persaraan Mahathir sebagai PM ke 4 pada 31.10.2003, 15 laporan polis telah dibuat di seluruh negara oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS dan Keadilan mengenai jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah. Di antara laporan yang dibuat di Balai Polis [BP] Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang Wangi, Jalan Stadium, Kuala Lumpur oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin bin Ayob dan Ketua Pemuda Keadilan, Mohamad Ezam bin Mohd.Noor. BP Kuala Terengganu oleh Naib Ketua PAS Negeri, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, jam 5.00 petang. Di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Haji Zulkifli Yaakob dan Ketua Pemuda Keadilan Negeri, Zaman Khasari Ibrahim, jam 3.20 petang [ sebaik saja upacara angkat sumpah jawatan di Istana Negara selesai ]. Di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuantan oleh Ketua Pemuda PAS dan Keadilan Negeri, Ustaz Nasarudin Hassan dan Razali Alias, jam 5.00 petang bersama-sama dengan 30 penyokong. Di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang oleh Ketua Pemuda PAS, Azizi Ayob, jam 4.45 petang dengan disertai 40 orang penyokong. Di BP Central Johor Bharu oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri, Haji Zulkifli Ahmad dengan 14 penyokong pada jam 5.00 petang dan di Sabah, di BP Daerah Kota Kinabalu oleh Andy Alwi Asis, Ketua Penerangan PAS Negeri pada jam 5.10 petang.
 
Berikut ini adalah siri-siri penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri telah melakukan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh tersebut:
 
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
• Pemberian saham oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara;
• Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur; dan
• Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
 
• Penyiasatan kes Perwaja dan Tan Sri Eric Chia;
• Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF;
• Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman;
• Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu;
• Penyiasatan kes Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320;
• Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta.
 
3. Penyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
 
• Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang Ehsan untuk kegunaan politik Umno/BN;
• Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat Umno, PWTC
• Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham
• Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
• Pengambilalihan syarikat Umno, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta;
• Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation;
• Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);
 
• Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
• Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom;
• Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS;
• Memaksa Petronas membeli saham Proton;
• Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang;
• Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;
• Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian;
• Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;
• Kes anak Datuk seri Dr Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun;
• Penglibatan keluarga Tun Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan; dan
• Penglibatan adik dan anak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
 
4. Menyalahgunakan akta-akta drakonian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik BN;
 
• Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), Al-Arqam (1994), Reformasi (1998), Al-Maunah (2000) dan KMM (2001);
• Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002); dan
• Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guan Eng (1999).
 
5. Menyekat kebebasan badan penguat kuasa
 
• Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;
• Mengganggu penyiasatan BPR;
• Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara; dan
• Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
 
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
 
• Keruntuhan makmal Komputer;
• Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
• Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
• Keretakan PULAREK; dan
• Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
 
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
 
• Kes Anwar Ibrahim;
• Kes kemelut Tun Salleh Abbas;
• Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam;
• Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas;
• Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;
• Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran;
• Pelantikan Tan Sri Mokhtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan
• Pelantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Augustine Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.
 
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
 
• Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
• Kerugian pelaburan Tabung Haji;
• Kerugian RM15b Bank Negara;
• Kerugian RM40 juta AIM;
• Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
• Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
 
9. Menghina dan menyekat Islam
 
• Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
• Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
• Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
• Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
• Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
• Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
 
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
 
• Menutup dua MRSM di Terengganu;
• Menutup sekolah agama rakyat; dan
• Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
 
Atas beberapa keadaan inilah maka kami berpandangan bahawa:
 
• Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
• Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
• Dr Mahathir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
• Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
• Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.


Kesimpulannya ialah barua-barua ini sebenarnya takut akan bayang-bayang Anwar yang akan bertindak menghumbankan mereka ke dalam penjara dan mereka akan kehilangan keistimewaan yang mereka nikmati sekarang ini. Itu sahaja sebabnya yang mereka beria-ia benar menghalang golongan yang berusaha untuk membawa balik Anwar ke dalam UMNO.

Sekian untuk kali ini. InsyaAllah kita akan bersua kembali di lain isu pula. Terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 24.09.2004 

 
ANTARA SURAT LAYANG DSAI & SITI NORHALIZA
09.24.04 (9:17 pm)   [edit]


Membaca surat terbuka Muramatsu untuk Siti Norhaliza dalam TranungKite terbitan hari Khamis 23 September membuat tangan aku tak boleh sengap untuk membalasnya. Walau aku tahu niat sebenar penulis bukan untuk membela Siti Norhaliza tapi aku merasakan tidak sepatutnya Surat layang antara DSAI dan Siti Norhaliza dibandingkan. Ianya cukup berbeza dengan fitnah yang UMNO reka dengan kenyataan surat layang buat Siti Norhaliza. Siti Norhaliza sebenarnya mencari publisiti murahan setelah namanya tenggelam dengan kehebatan artis-artis baru. Setelah tewas di tangan Misha Omar Siti Norhaliza serta merta mengumumkan yang dia tidak akan bertanding lagi dalam Juara Lagu 2004 ini. Apatah lagi bila dia tidak dijemput ke majlis meraikan pasangan pengantin Di raja Brunei baru-baru ini.


Kenyataannya Siti Norhaliza sememangnya seorang yang berakhlak buruk. Perokok antarabangsa ini berselindung di sebalik kesopanan sehinggakan aku pernah melihat di screen saver seorang pemimpin pemuda PAS meletakkan gambar Siti Norhaliza. Begitu hebatnya pengaruh Siti Norhaliza pada pemuda PAS.

Berbalik kepada artikel saudara Muramatsu yang meminta Siti Norhaliza bertanyakan Musa Hassan tentang buku 50 dalil dan fitnah terhadap DSAI sepatutnya Muramatsu dan orang PAS tahu yang Siti Norhaliza yang SPMnya Gred 3 tak pernah tahu pengetahuan am. Walaupun Muramatsu memberi klu Musa Hassan adalah abang kepada Jalaluddin Hassan Siti Norhaliza tetap tak tahu siapa Musa Hassan kerana Siti Norhaliza hanya kenal Siti Norhaliza. Pantang Siti Norhaliza kalau orang lain lebih popular darinya. Soal fitnah terhadap DSAI juga usahlah ditanya padanya kerana Siti Norhaliza lebih teruk lagi dari Ummi Halfida memfitnah DSAI. Lupakah kita betapa jijiknya Siti Norhaliza terhadap PAS sehingga secara sukarela berkempen untuk UMNO pada musim pilihan raya. Sudahlah janganlah kita nak samakan Surat layang Siti Norhaliza dengan surat layang yang pernah dibuat untuk DSAI. Buang masa…. Tunggu saja Dato’ Sharifah Aini membongkar segalanya sikit masa lagi.. Aku tetap bersama kak Pah atau sapa saja yang menentang UMNO dan Siti Norhaliza.

UNICORN THE SKINHEAD
survivalunicorn@yahoo.com - 24.09.2004

 
MPP (Lalang) Yang Tidak Diiktiraf Oleh Mahasiswa
09.24.04 (9:14 pm)   [edit]

Sudah kita lihat dan dengar bagaimana hebohnya akhbar media kerajaan yang begitu bangga menyatakan kemenangan calon proaspirasi (LALANG) terutamanya di UM, UUM, UKM dan UPM. Tapi mereka tidak pula menonjolkan pemboikotan pilihanraya kampus oleh tig buah kampus utama iaitu UM, UUM dan UPM selain penyelewengan di semua kampus. Antaranya ialah pengambilan no siri kertas undi, kengganan Dekan dan Pengetua kolej menandatangani surat pengesahan untuk bertanding untuk calon-calon Gagasan, perubahan tempat mengundi dan pengiraan undi yang meragukan, tidak membenarkan pemerhati memerhati proses pilihanraya dan pengiraan undi, kiraan undi menggunakan kaedah online (e-voting) yang meragukan (keputusan pilihanraya di UPM hanya diketahui pada pukul 2 pagi walaupun menggunakan kaedah online), lantikan pegawai HEP yang merupakan bekas calon-calon Aspirasi (LALANG) kerajaan untuk mengendalikan pilihanraya yang turut diragukan lantikan itu samada sah atau sebaliknya dan pelbagai lagi penipuan yang dihalalkan oleh Kerajaan dan pentadbiran universiti. Bapa borek, anak rintik itulah kata-kata yang sesuai bolah diungkapkan jika melihatkan proses perjalanan pilihanraya kali ini. apa tidaknya, jika kerajaan telah mengajar tentang bagaimana nak menipu pada pilihanraya umum yang lepas, apa susahnya pentadbiran universiti nak lakukan.


“Why can’t we record the serial number when this practice was allowed during the general election?”

Kenyataan di atas adalah dari seorang kakitang HEP yang dipetik dari laman malaysiakini.com apabila beliau diajukan pertanyaan tentang relevennya pihak universiti mengambil no siri kertas undi bersama nama pelajar. Malah apa yang lebih mengejutkan ada universiti yang menawarkan cabutan bertuah untuk undi-undi yang dibuat. Bayangkanlah begitu hinanya sistem politik dalam kampus yang dibentuk oleh kerajaan.

Oleh itu janganlah MPP terutamanya di UM, UUM dan UPM nak berlagak. Anda bukan dipilih oleh majoriti pelajar. MPP yang wujud adalah MPP yang rapuh dan tidak sah.

Peratusan keluar mengundi jatuh teruk

Jumlah peratus yang dikeluarkan oleh media kerajaan memang menghairankan. Sampai lebih 90% yang mengundi di semua kampus. Selama ni jumlah mengundi paling tinggi pun 70% sahaja. Sesi lepas kat UM tak samapai 60% pun. Bagi pilihanraya kali ini dianggarkan peratusan keluar mengundi tak sampai 35%(tak termasuk undi rosak) di UM.Itu pun sebab mahasiswa dipaksa mengundi di setiap kolej. Tapi berita mengatakan peratusan keluar mengundi meningkat walaupun di boikot. Pelik tak? Pihak HEP sendiri tidak mengeluarkan peratusan mengundi yang sebenar. Macam mana media ni boleh meletakkan angka sesuaka hati mereka. Apa yang lagi pelik diberitakan di API UM yang tak ada pertandingan langsung, peratusan keluar mengundi melebihi 90%. Pada hal anggaran kasar sekitar 10% sahaja yang keluar. Mengapa media ni buat benda bodoh? Berita tu biarlah logik. Nak menipu pun janganlah terang-terang.

Maka sahlah bahawa MPP terutamanya di UM, UUM dan UPM adalah MPP yang tidak disokong oleh majoriti mahasiswa. MPP ini adalah MPP yang tidak diiktiraf oleh mahasiswa universiti masing-masing.

akan bersambung: Wajarkah Mahasiswa Berpolitik ?

STUDENT POWER!
GAGASAN POWER!
Kiriman : Gerbang_IPTA 2004 - 24.09.2004

 
AWAS ZAM dan Shagul Hamid !
09.24.04 (11:05 am)   [edit]

MERUJUK maklumat saya sendiri mengenai mereka-mereka yang kutuk Anwar, kita harap perasuah-perasuah dan pengamal tabiat buruk dalam Umno jangan lebih-lebih sangat!


Selain dari menteri Kabinet dan Menteri Besar yang kaki rasuah kita juga kenal benar peribadi Zam dan kisah keluarga Shagul Hamid.

Zam ini ada skandal dengan kakitangan Utusan. Mereka ini merendek ketika isteri Zam terlantar sakit.

Shagul Hamid ni pula, abang beliau sendiri terlibat kes bunuh di Pengkalan Chepa, Kelantan. tetapi ditutup kerana beliau pandai mengampu dan manipulasi.


Awas! Saya akan dedahkan nama mak we Zam dan abang Shagul Hamid ini sedikit masa lagi.

Mahakuda - 23.09.2004 

Catatan M@RHAEN: Shagul Hamid adalah merupakan bekas penyanyi yang pernah berkhidmat di RTM pada tahun 70-an yang kemudiannya bergiat dalam Biro Tatanegara (BTN) sezaman dengan Nordin Kardi. Nordin kini menjadi Pengarah BTN manakala Shagul memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

 
APA KATA MAHATHIR DAN APA KATA SALEHA ALI?
09.24.04 (11:04 am)   [edit]

Pak Ngah mendapati kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 19/10/2002 amat bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Kakak Ipar Mahathir. Berita tersebut hanya keluar dalam Sin Chew tetapi tidak keluar dalam akhbar-akhbar lain. Oleh itu Pak Ngah perlihatkan untuk semua yang amat prihatin perkembangan DSAI.



Interview: I am not dictatorial, says Mahathir
Kuala Lumpur | By Khaled Al Maeena | 19-10-2002
About the accusation that Anwar Ibrahim was becoming too big so I detained him, let me say I didn't detain him. The only thing I could do which was in my power was to tell him once I discovered that he indulged in sodomy was to get his act together, or else I would sack him, which I did.


But as far as his detention is concerned the police found that he committed sodomy.

The case went on for nine long months and nine lawyers, the best lawyers in the country, defended him but in the end the judges found him guilty. I did not detain him, he was found guilty by the court. But of course, they say "Aah, but he manipulated the court."

So again, I cannot win. If I had detained him under the ISA just by ordering his detention then they would have said "Aah, he is not fair, he has not tried him." How can I manipulate the court?

"Mahathir let Abdullah free Anwar"
Ex-PM's wife's sister not surprised (by Anwar's release)
We know that Saleha Ali, the elder sister of Siti Hasmah, had breakfast with Anwar and Wan Azizah on Friday morning. But did you know that Saleha spoke to the media as she was leaving?


It was brought to my attention that there was a report (http://www.sinchew-i.com/arti...;data=scnews) on this in Sin Chew Daily. I will translate it here for your benefit:

Kuala Lumpur: The sister of former prime minister's wife Tun Siti Hasmah (Ali), Datin Paduka Saleha (Ali) believed that it was Tun Dr Mahathir Mohamad's intention to free Datuk Seri Anwar (Ibrahim) during Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi)'s present tenure as the prime minister in order to win the people's support.

She said Mahathir could have released Anwar during his time but he choose to let Abdullah do it, so that the people would support Abdullah.
She said she was not surprised by Anwar's release.


Saleha told Sin Chew Daily this after she paid a visit to Anwar at his house at around 7 morning on Friday.

She said Mahathir had previously viewed Anwar as his own son and groomed Anwar in the Cabinet, as he planned to pass on the baton to Anwar at a later stage.

"But Anwar was instigated by foreign powers to fight Mahathir, and this angered the entire Umno supreme council. It was not Mahathir’s wish."


Persoalan kita di sini, Kenapa hanya berita di surat khabar Cina sahaja yang melaporkannya? Apakah ada udang di sebalik batu atau ada batu di sebalik udang. Pak Ngah nasihatkan semua agar penuh berhati hati dengan langkah yang sedang dijalankan oleh mereka-mereka ini. Kebenaran hanya ada satu dan kebenaran itu berada pada pencipta alam semesta ini.


..….. Pak Ngah - 24.09.2004

 
Web Mahasiswa LALANG
09.24.04 (11:02 am)   [edit]

Pesanan ringkas - Dimaklumkan, UKM , UPM, UTM dan UM dimenangi oleh kumpulan aspirasi dengan majoriti lebih besar. Manakala di USM dikatakan keputusan seri dengan masing-masing mendapat 18 kerusi dan 1 kerusi berkecuali. Di UIAM masih kekal di tangan pro pembangkang. UM mencatat rekod paling gemilang iaitu pro Aspirasi 38; pro pembangkang 1 kerusi. Di UTM pro Aspirasi mendapat 33 berbanding dengan pro pembangkang 12 kerusi.Noor Amin Ahmad calon Aspirasi UPM (penulis prolifik IM) mendapat undi terbanyak (10,500 undi) kerusi umum UPM. Team IM mengucapkan syabas kepada beliau, semoga kemenangannya itu akan terus merangsang untuk terus berkarya di laman ini. Sebelum ini pro Aspirasi menang tanpa bertanding di 7 IPTA iaitu UUM, UiTM, UMS, KUKUM, KUSTEM, KUKUM dan KUiTTHO. Saudara/i boleh melaporkan perkembangan IPTA masing-masing atau menulis komentar mengenai keputusan pilihan raya kampus melalui form hubungi editor. Kerjasama saudara/i amat dialu-alukan.



Utusan Meloya
Budaya berpuak-puak masih kukuh di setiap IPTA
oleh: MARZITA ABDULLAH


PILIHAN raya kampus semalam menyaksikan penguasaan calon-calon proaspirasi kerajaan di 15 daripada 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Walaupun berjaya menguasai Universiti Malaya (UM) ekoran pemulauan calon-calon Gagasan, namun calon-calon aspirasi masih gagal menakluk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malah `terlepas' Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada calon-calon bukan proaspirasi.

Kegagalan menguasai UIAM merupakan tamparan kepada calon-calon aspirasi kerana peratus pelajar yang keluar mengundi di UIAM adalah yang tertinggi di kalangan IPTA.

Seperti biasa, setiap kali selesai pilihan raya kampus, IPTA yang telah dilabelkan sebagai propembangkang akan menafikan sekeras-kerasnya kecenderungan calon-calon tersebut terhadap kumpulan-kumpulan tertentu.

Bagi pihak pentadbiran universiti, mereka menyifatkan perkara tersebut sengaja diadakan-adakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej mereka seperti yang terjadi di UIAM dan UPSI.

Namun benarkah tidak wujud kumpulan pelajar atau calon yang bertanding, yang mendokong dan dikongkong oleh pandangan politik partisan sepanjang berlangsungnya pilihan raya kampus itu?

Pihak universiti telahpun meletakkan syarat bahawa calon yang bertanding mestilah mewakili diri sendiri, bukan lagi mewakili satu-satu kumpulan atau persatuan.

Maka diwujudkan kerusi fakulti, umum atau bebas, bagaimanapun rata-rata pelajar dan pegawai universiti yang ditemui mengesahkan budaya berpuak-puak dan berkumpulan terutama kecenderungan ke arah sesebuah parti politik masih kukuh di setiap IPTA.

Justeru didapati ada kumpulan-kumpulan seperti Gagasan, We Unite For Islam (WUFI), Gabungan Mahasiswa Universiti (GMU), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Revo, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sahabah Persatuan Untuk Belia Baru UM (UMANY) dan beberapa kumpulan lain, sama ada `dihalal' atau `diharamkan' oleh pihak universiti.

Di UM, tidak perlu dinafikan sikap berpuak-puak yang amat jelas terutama pada hari penamaan calon.

Beberapa kumpulan pelajar dengan sebuah kumpulan lengkap berpakaian seragam, malah kumpulan ini juga mengasingkan diri seolah-olah mengelak dan tidak mahu bergaul dengan kumpulan lain.

Di UIAM sendiri, setiap kali diumumkan kemenangan seseorang calon, laungan `Allahuakbar' bergema dan adakah ini tidak cenderung atau mirip kepada amalan sebuah parti politik?

Betapa hebatnya pilihan raya kampus malah kehebatan dan kehangatannya memang tidak kurang sedikitpun daripada pilihan raya umum untuk memilih pemimpin negara.

Namun jika diamati, di manakah letaknya akujanji pelajar yang telah ditanda tangani ketika menjejak kaki ke menara gading, yang berjanji untuk berfikiran terbuka dan tidak dikongkong oleh pandangan politik partisan.

Jika pihak universiti mahupun pelajar di UIAM ataupun UPSI berpegang kepada kebenaran bahawa mereka tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan, maka mereka sendiri perlu membuktikannya.

Buktikan pemikiran mereka tidak dikongkong dan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada yang dilakukan secara halus oleh pihak dalaman universiti ataupun dari luar universiti.

Buktikan apa juga aktiviti mereka tidak ada kaitan langsung atau berbau politik partisan dan dibiayai oleh mana-mana kumpulan politik.

Buktikan mandat yang diamanahkan itu tidak dipersia-siakan dan bersama-sama menyokong untuk meneruskan aspirasi serta wawasan kerajaan, terutama kepada bakal guru yang akan membentuk generasi pemimpin masa depan negara.

The Star
‘Pro-government’ candidates in near clean sweep
PUTRAJAYA: “Pro-government” candidates almost managed a clean sweep in the public universities’ student representative council elections this year.


Higher Education Minister Datuk Dr Shafie Mohd Salleh said all public universities had either recorded a clean sweep or a high majority of pro-government candidates winning – except at International Islamic University Malaysia (IIUM) and Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) where “pro-opposition” candidates took control of the student representative councils.

At UPSI, he said 14 “pro-opposition” candidates had taken control of the 26-member council while IIUM’s “pro-opposition” candidates had recorded a slim majority with 14 seats to 11 seats for the “pro-government” candidates.

“I am convinced that the pro-government candidates did well because undergraduates are impressed with the way Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is running the country.

“I also make it a point to be approachable and encourage students to speak to me whenever I am visiting any university,” he said after officiating at a dialogue between Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia and players in the IT industry and related government agencies.

Dr Shafie said the Government had also shown its concern for students’ welfare by creating a separate Higher Education Ministry.
“We are also looking into increasing hostels so that 80% of students can live on campus,” he said.


On another matter, Dr Shafie said students in both public and private institutions of higher learning would soon have to take up “elements of entrepreneurship” as part of their degree programmes.


Boikot di UM, UUM dan UPM


Keputusan memboikot pilihan raya di kampus UM, UUM dan UPM terpaksa dibuat bagi menunjukkan pada rakyat sekelian bahawa mahasiswa mempunyai pendirian tersendiri dalam membuat keputusan drastik. Ia secara tidak langsung dapat memberitahu rakyat di luar sana, bahawa pilihan raya kampus yang diadakan sekarang adalah yang paling zalim dan tidak bertamadun yang dipelopori oleh kerajaan BN dan dilaksanakan oleh pentadbiran universiti yang jelas terang-terangan memerangi mahasiswa. Sepatutnya pihak pentadbiran berkecuali dalam melaksanakan pilihan raya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pilihan raya kali ini seolah-olah mahasiswa melawan HEP universiti yang diwakili oleh calon-calon LALANG. Mereka ini umpama LALANG yang bakal menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh pemerintah tanpa penilaiaan secara ilmiah. Maka akan rosaklah imej mahasiswa dan universiti sendiri dalam mengeluarkan mahasiswa yang bukan sahaja berilmu malah mempunyai pendirian sendiri yang kukuh dan berketrampilan dalam menyatakan hujah dalam menyanggah ketidakadilan dan kezaliman. Siapa pula yang akan membela golongan mahasiswa jika mereka ini menjadi penyokong HEP? Melalui MPP lah mahasiswa menyatakan segala teguran dan ketidakpuasan hati pentadbiran universiti. Jika mereka ini dah jadi macam LALANG, apakah faedah yang mahasiswa bolah dapat dari mereka ini? Renungkanlah…

akan bersambung: MPP (Lalang) Yang Tidak Diiktiraf Oleh Mahasiswa

STUDENT POWER!
GAGASAN POWER!
Kiriman : Gerbang_IPTA 2004 - 23.09.2004

 
Pertemuan Khas Pemimpin Tertinggi keADILan dengan Anwar
09.23.04 (9:50 pm)   [edit]


Munich (23 Sept): Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menemui pemimpin-pemimpin tertinggi keADIlan di Alpha Klinik malam ini.


Untuk itu, beberapa pemimpin keADILan telah kelihatan tiba di Munich sejak awal semalam. Antaranya, Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar, Sivarasa Rasiah dan Sanusi Osman; Setiusaha Agong, Mustapha Kamil Ayub; dan Ahli majlis tertinggi, Hj Osman.


Manakala Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali dan seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua dijangka tiba lewat malam ini. Mereka akan menyertai Presiden parti itu, Wan Azizah Ismail dan Ketua Pemuda, Ezam Mohd Noor yang telah tiba lebih awal.


Selain ziarah, mereka juga akan mengadakan pertemuan khas dengan Anwar yang merupakan penasihat parti tersebut. Mereka dijangka membincang halatuju dan masa depan parti keADILan serta penglibatan Anwar dalam gerakan pembangkang keseluruhannya. Sebaik dibebaskan, dalam kenyataan akhbar pertamanya, Anwar nenegaskan akan memperkuatkan parti-parti pembangkang.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, kira-kira jam 9 pagi tadi, Anwar dihubungi oleh bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino melalui telefon, ketika sedang sarapan. Mereka berbincang selama 15 minit sebelum dihubungi oleh seorang lagi bekas pemimpin Filipina, bekas Menteri Pertanian, Boy Morales.


Sejak dibebaskan, Anwar dikunjungi atau dihubungi oleh Pengasas Liga Islam Sedunia, Makkah dan Pengerusi Majlis Fiqh Amerika, Sheikh Taha Jabir Al Alwani; Pemimpin Jamaat-e-Islami, Qazi Hussein; Pemimpin Rafah, Najmuddine Arbakan; Menteri Luar Sudan, Mustafa Othman Ismael, Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang dan pemimpin Ikhwan Muslimin


Beliau juga berbincang dengan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie dan Abdul Rahman Wahid (Gus Dur); bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada dan Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.


Perbincangan panjang lebar juga diadakan melalui telefon dengan bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore, Menteri Luar United Kingdom, Menteri Luar Arab Saudi, Perdana Menteri Maurutius dan beberapa tokoh lain.


Dalam kenyataannya, Anwar berkata pemimpin-pemimpin tersebut mahukan beliau memainkan peranan di peringkat antarabangsa bagi meredakan ketegangan antara negara-negara Islam dan Barat.

 
BN Sarawak handal bermain hantu
09.23.04 (9:48 pm)   [edit]

BN Sarawak memang pakar dalam maianan hantu dan hantu yang dimaksudkan ialah pengundi hantu. Pemimpin pembangkang hari ini mendakwa parti pemerintah mempelopori gejala pengundi hantu di Sarawak dengan bantuan Pejabat Pilihan Raya Negeri.



"Sebenarnya ahli politik Semenanjung belajar dari Sarawak dalam hal ini, tak percaya tanyalah (Datuk) Rosli Paleng (ahli SPR)," tegas Datuk Hafsah Harun, Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Sarawak.


Hafsah, selaku bekas Menteri negeri berkata tindakan menggunakan khidmat pengundi hantu dilaksanakan bagi menjayakan rancangan untuk mengalahkan pemimpin tertentu dengan apa cara sekalipun, sewaktu kemuncak krisis politik di Sarawak.


Beliau berkata di sesetengah kawasan, jumlah pengundi hantu dari kawasan luar melebihi penduduk tempatan, menyebabkan calon pembangkang yang mendapat sokongan padu rakyat tempatan tewas. "Mereka membawa pengundi dari kawasan yang tidak mendatangkan masalah buat BN ke kawasan panas untuk mempastikan calon BN menang atau apabila mereka perlu untuk membuang seseorang," katanya.


Hafsah berkata pihaknya sering membantah perkara ini, namun sehingga kini ia masih berleluasa sementara SPR pula bertindak mendiamkan diri seolah-oleh tidak ada apa yang berlaku. "Kita sudah berkali-kali membawa perkara ini untuk perhatian pihak berkuasa namun sampai kini tiada tindakan," keluh Hafsah.


Beliau menjelaskan majoriti daripada pengundi terlibat jahil tentang kesalahan perundangan yang mereka lakukan, semata-mata kerana mahukan ganjaran kecil. "Mereka biasanya disediakan makan, minum dan diberikan wang saku," kata Hafsah lagi.


Pengundi terbabit biasanya dibayar di antara RM50 hingga RM300 bergantung dengan kemampuan calon dan saingan pembangkang.
Ketipisan peluang untuk menang juga membuatkan ada calon memberikan saham kepada pengundi luar secara terang-terangan sebagai sogokan dalam tahun 2001, namun tiada tindakan diambil.


Lebih melucukan lagi ada caloin yang terang-terangan mendaftarkan pekerja kilang di kawasan tertentu untuk menang.
Walaupun SPR telah menetapkan pemilih membuang undi berdasarkan alamat kediaman, masih ramai pengundi hantu profesional bergiat semasa pilihan raya umum yang lalu dengan izin SPR.


Hafsah berkata jumlah pengundi terlibat agak besar dan majoriti daripada mereka didatangkan ke kawasan mengundi secara sistematik dan terancang. Apa yang lebih melucukan lagi, terdapat parti politik terlibat yang mempunyai cawangan di kawasan yang langsung tidak relevan dengan kawasan pilihan raya, terutamanya melibatkan calon dari etnik berbeza.


Pengundi Melayu atau Iban biasanya dibawa keluar dari kawasan calon BN yang diwakili oleh parti berasakan masyarakat Tionghua. Di antara zon pengekspot pengundi terbesar di Sarawak ialah Kuching, Miri dan Bintulu. Pengundi-pengundi biasanya masyarakat Bumiputera yang dibahagikan mengikut zon, berdasarkan etnik penduduk setempat.


Penduduk Melayu, Bidayuh dan Iban dari kawasan pinggir bandar Kuching biasanya didaftarkan di sekitar Simunjan yang letaknya kira-kira 100 kilometer. Ia sudah berlaku bukan sekali, tetapi tidak kurang tiga kali plihan raya negeri. Malahan PBB Gedong, Simunjan mempunyai cawangan di kampung-kampung Melayu, Bidayuh dan Iban sekitar Kuching. Paling hebat merupakan pengundi impot dari Niah yang cukup terkenal di kalangan ahli politik Sarawak. Mereka menaburkan bakti tidak terhad di kawasan Miri atau Bintulu, malah sehingga ke Sarikei jika perlu.


Namun usaha itu mungkin menghadapi masalah kali ini memandangkan pembangkang sudah mengenalpasti cara paling berkesan untuk mempastikan senjata BN makan tuan. Iklim politik Sarawak yang semakin hangat berikutan pergolakan parti politik berasaskan masyarakat Dayak lewat tahun 2002 berikutan perebutan kuasa bakal menyaksikan persaingan hebat dalam pilihan raya negeri akan datang.


Jika Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya berkomplot dengan Tun Abdul Rahman Yaakub untuk terus berkuasa dalam tahun 1987, serta menapis angin reformasi dalam tahun 1999, ini tidak bermakna dia akan mendapat laluan mudah dalam pilhan raya berikut.


Memandangkan pilihan raya negeri terakhir diadakan pada tahun 2001, tanda-tanda awal menunjukkan masyarakat Dayak mahukan perubahan drastik dalam tahun 2006 jelas terpampang di Ba’Kelalan.

 
Betulkah Anwar Seorang Penderhaka?
09.23.04 (12:14 pm)   [edit]

Kadang-kadang berdesing juga telinga saya apabila mendengar Hishamuddin menyatakan dalam ucapannya di Perhimpunan Pemuda UMNO bahawa Anwar adalah seorang penderhaka yang tidak boleh diberi tempat untuk kembali memasuki UMNO.


Rupanya begitu buruk sekali pandangan beliau terhadap Anwar setelah Anwar disingkirkan daripada UMNO kerana fitnah Mahathir dan angkara orang-orang dan institusi yang diperalatkan oleh Mahathir.

Ketika Anwar masih menduduki jawatan penting dalam UMNO dahulu dan diwar-warkan sebagai bakal Perdana Menteri, tidak ada yang menganggap Anwar sebagai penderhaka (walaupun dikatakan beliau pernah memijak bendera UMNO).

Ketika itu semuanya tunduk dan hormat kepada Anwar. Semuanya sanggup mencium tangan Anwar dengan segala senang hati.

Memang begitu agaknya budaya politik UMNO: seseorang disanjung setinggi langit ketika berkuasa, tapi dipijak dan dihina apabila tidak lagi berkuasa.

Bagaimanapun, saya rasa Hishamuddin tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menganggap Anwar sebagai penderhaka.

Memang Anwar menentang pihak yang berkuasa (khasnya rejim Mahathir) dan melancarkan gerakan reformasi setelah beliau disingkirkan daripada UMNO. Tapi hal itu dilakukan oleh beliau, setelah beliau diaibkan dan dizalimi.

Dan yang paling penting sekali, ketika itu semua alat negara (termasuk polis) dan semua institusi penting (termasuk mahkamah dan media massa) telah dimanipulasi dan diperalatkan oleh Mahathir dan konco-konconya untuk menghancurkan Anwar.

Jadi kalau hendak dikatakan Anwar menderhaka, ketika itu Anwar sebenarnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim, dan pemerintah yang zalim, termasuk kepada alat-alat negara yang gagal menegakkan keadilan.

Anwar bukan menderhaka kepada bangsa dan negara. Tuduhan Anwar menderhaka kepada bangsa dan negara, sekali lagi merupakan fitnah besar yang tidak berasas.

Bagaimanapun, kita semua tahu mengapa Hishamuddin sanggup memfitnah Anwar dan begitu bersungguh-sungguh untuk menutup pintu UMNO kepada Anwar.

Sebabnya yang pokok saya kira tidak lain kerana kuasa juga. Maknanya Hishamuddin sedang mengidam jawatan yang lebih tinggi, dan idamannya akan terjejas jika Anwar diterima semula memasuki UMNO

Jadi kerana kuasa, Hishamuddin sanggup melemparkan fitnah yang tidak berasas kepada Anwar. Betapa buruknya hati perut pemimpin UMNO!

Harat - 23.09.2004

 
TNC HEP Cari Publisiti Murah Dan Cari Simpati Untuk Melindungi Kezalimannya
09.23.04 (12:13 pm)   [edit]






Berita-berita media : Antara sahih atau palsu

Berikut adalah sebahagian daripada berita-berita dari laman web dan media semasa. Diharap semua rakyat dapat menilai sendiri betapa kemenangan adalah dipihak kita kerana kita menang di 4 universiti utama dan kita tidak tewas di UM, UUM dan UPM kerana proses pilihanraya di boikot mahasiswa. Dari berita-berita ini kita dapat melihat nada kecewa kerana kegaga;an mereka untuk merampas semua kampus tidak berjaya dan apa yang memberi tamparan hebat ialah jumlah peratusan keluar mengundi di UIA adalah yang paling tinggi sekali. Ini menunjukkan betapa mahasiswa antarabangsa pun menyokong perjuangan kita. Selain itu terdapat percanggahan dan fakta yang tidak benar dari kalangan media kerajaan seolah-olah tidak mahu mengaku kalah:


Malaysiakini.com
Campus polls dominated by ‘pro-establishment’ faction
Beh Lih Yi
Sep 16, 04 4:46pm
‘Pro-establishment’ candidates took control of most of the major universities following yesterday’s nationwide campus elections, marred by boycotts and allegations of irregularities by their rivals.


Popularly known as ‘Aspirasi Kerajaan’ (government aspiration), the ‘pro-establishment’ candidates reigned supreme in Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) and Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM).

Whereas, the ‘anti-establishment’ teams launched boycotts in UM, UPM and UUM, claiming that they have been subjected to unfair and biased election rules.

However, this faction retained its control in three universities - Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Sains Malaysia (USM).

In UIA, where most students are seen to be PAS sympathisers, ‘anti-establishment’ candidates won with a landslide victory when the faction lost just a single seat out of 25 seats.

This came about as a surprise as many were expecting a setback due to the implementation of the new e-voting system, the short one-day campaigning period and the reduced number of seats from 37 to 25.

Close fight in USM

In USM, the faction only managed to scrap through with a mere one-seat majority. The team won 19 seats as opposed to 18 by the ‘pro-establishment’ group. The ‘pro-establishment’ candidates won seven of them uncontested.

In UTM, a recount was conducted in one seat due to the same number of votes received by two candidates. Here, the ‘anti-establishment’ faction took 28 of the 45 seats.

According to media reports, the ‘anti-establishment’ team also succeeded in retaining control in Universiti Pendidikan Sultan Idris in Perak (UPSI) but malaysiakini could not obtain the results immediately.

Despite the e-voting system, UPM only announced its election result at about 2am today, much to chagrin of students and candidates.

It is learnt that the late announcement was due to the ballot boxes being transported from UPM branches in Kuala Berang, Terengganu, where polling was conducted manually.

Here, ‘pro-establishment’ candidates won 42 seats while their rivals took six seats.

Clean sweep

It was almost a clean sweep for ‘pro-establishment’ candidates in UM, who won 36 of the 39 seats up for grabs.

The two seats in the Islamic studies faculty remained vacant as both sides did not nominate anyone. The university will appoint representative to fill the vacancies.

However, this landslide victory in the country’s oldest university was an expected one after 22 of the 39 seats went uncontested after nomination closed on Saturday.

It was the first time in eight years that UM was controlled by the ‘pro-establishment’.

The coup, was however due to ‘anti-establishment’ candidates withdrawing in protest after claiming that university officials had refused to endorse their nomination forms without reason.

In UUM, all 39 seats went uncontested to ‘pro-establishment’ candidates due to a ‘anti-establishment’ boycott.

Whereas in UKM, ‘pro-establishment’ candidates won 26 seats and the ‘anti-establishment’ team five.


 
akan bersambung: Web Mahasiswa Lalang


STUDENT POWER!
GAGASAN POWER!
Kiriman : Gerbang_IPTA 2004 - 23.09.2004

 
DATUK SHAFEI MOHD SALLEH PERLU KEMUKAKAN BUKTI !!
09.23.04 (12:10 pm)   [edit]

Di manakah salahnya daripada segi undang-undang, daripada segi hak kerakyatan, daripada segi kemanusiaan, daripada segi akta pendaftaran pertubuhan dan daripada segi perlembagaan Malaysia yang menghalang mana-mana individu yang menganggotai parti bukan parti memerintah untuk diambil bekerja.


Persoalan imej yang dilemparkan kepada pembangkang, imej yang bagaimanakah dimaksudkan yang menghalangkan mendapat pekerjaan. Yang jelas dan diakui kepimpinan parti sendiri UMNO mengamalkan RASUAH BAWAH MEJA seperti mana kata Tun Dr Mahathir dan juga mengamalkan RASUAH untuk mendapatkan kedudukan dalam parti. Pelajar yang pro-aspirasi atau pro-kerajaan inilah yang perlu dihindarkan oleh Syarikat kerana semasa belajar lagi telah didedahkan dengan amalan rasuah yang buruk dan hina. Kalau pelajar kelompok ini wajar dihalang memperoleh pekerjaan kerana boleh dijangkakan mereka akan teruskan sikap yang UMNO perlihatkan.


Tetapi adalah tidak munasabah, meminjam kata-kata Setiausaha Usaha Agung Pas Ustaz Nasharuddin Mat Isa di dalam rancangan Debat Perdana TV1, “BUKTIKAN”. Pak Ngah ucapkan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi (gambar kiri). Bagaimana mungkin seorang bertaraf Menteri Pendidikan Tinggi membuat kenyataan tanpa data atau rujukan yang sahih. Jangan terbawa-bawa cara kepimpinan UMNO KUNO ke dalam Institusi Pengajian Tinggi dan apatah lagi jangan sesekali membawa kepimpinan JKKK ke dalam Institusi Pengajian Tinggi. Tuan-tuan Profesor itu buat apa? Perkara yang menjejaskan prestasi Universiti pun nak buat cacamarba juga. Cukuplah dan dibiarkan gelaran yang amat tinggi penuh hormat Profesor itu di pelihara dan jangan ditambahkan lagi jumlah Profesor kangkung sedia ada.


UM kini bersih daripada pelajar propembangkang
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Imej Universiti Malaya (UM) yang pernah dianggap sebagai sarang pembangkang kini sudah hampir lenyap, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Mohd. Salleh.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, UM kini dianggap bersih daripada pelajar yang cenderung kepada pembangkang.
"Pilihan raya kampus 15 September lalu telah berjaya membuang imej negatif yang telah mencemari UM selama lapan tahun.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor UM, Datuk Prof. Dr. Hashim Yaacob  (gambar bawah) dan semua kakitangan universiti dalam memastikan ramai pelajar iaitu 93 peratus keluar mengundi.

"Ini merupakan jumlah terbesar setakat ini,'' katanya.


Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara UM dan Golden Hope Plantations Berhad.

Turut hadir pada majlis terbabit ialah Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Prof. Hashim Yaacob dan Dekan Fakulti Sains UM, Prof. Mohamed Abdul Majid.

Tambah beliau, imej sebagai sarang pembangkang menyukarkan graduan lepasan UM untuk mendapatkan pekerjaan.

"Difahamkan, sesetengah majikan enggan menerima pelajar UM kerana imej tersebut,'' jelasnya.
 


Benarlah seperti mana kata nenek moyang orang Melayu sejak zaman berzaman, kalau yang datang itu dari tempat yang kotor semua hasilnya juga akan kotor, kalau datang dari tempat hina dan keji, yang dihasilkan juga akan amat hina dan keji dan kalau yang lahir itu dari jiwa yang kotor, jijik, prejudis, buruk sangka maka hasilnya juga begitu. Begitulah juga halnya dengan UMNO yang kuno, kalau datangnya dari UMNO maka hasilnya juga seburuk pandangan dan perlakuan yang telah ditunjukkan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Apa yang tidak dilakukan di kalangan pemuka UMNO, semua dilakukan mereka, Tamak, Haloba, gila pangkat, gila kuasa, salahguna kuasa, rasuah, nepotisme, kronisme, fitnah, tuduhan tak berasas, bertongkat, meminta minta, memuji dan memuja pemimpin dan penghibur, Kalau nak disebut lagi berbuih mulut kita tetapi mereka tetap serupa dari dulu, kini dan selamanya..


..….. Pak Ngah - 23.09.2004

 
ALAHAI HISHAMUDIN, CERMINKAN DIRI DULU SEBELUM BERKOKOK
09.23.04 (12:04 pm)   [edit]

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Perasaan hendak ketawa, jengkel dalam hati dan meluat apabila mendengar dan membaca ucapan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran ketika merasmikan Persidangan Pemuda mengenai kedudukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu yang jurangnya semakin luas berbanding dengan kaum-kaum lain dalam Negara ini. Ketua Pemuda UMNO pondan ini masih lagi mendayu-mendayu mendodoi pemuda pimpinannya supaya berdiri teguh di belakang pimpinan yang gagal memartabatkan bangsa Melayu ke puncak kejayaan. 47 tahun kita merdeka, UMNO gagal memperkasakan kedudukan ekonomi dan pendidikan Melayu. UMNO sanggup membunuh ITM dengan menubuhkan UiTM menyempitkan ruang untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi yang dikhususkan untuk mereka. Kini pemimpin yang sama yang berpandangan sempit ini cuba menghidupkan kembali ITM.

Dalam bulan Disember 1995 hingga Januari 1996, Parlimen telah meluluskan 4 akta baru berkenaan dengan pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibuat pada bulan Disember 1995 dan dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1995. Keempat-empat akta pendidikan ini memberi kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti.
 
Fasal 17 dalam Akta Pendidikan 1995 dan Fasal 41 dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memberi ruang yang luas kepada universiti dan kolej swasta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian masing-masing. Kebanyakan IPTS ini mempunyai program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Berapa ramaikah orang Melayu dan bumiputera yang mampu menuntut di IPTS-IPTS ini.
 
Mengikut statistik tahun 2000 [ MM , 2.6.2002, ms: 6 ], bilangan pelajar bukan bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dianggarkan berjumlah 112,000 orang berbanding dengan pelajar bumiputera yang ditaja hanya berjumlah 5,800 orang sahaja. Begitu juga bilangan mereka di kolej-kolej swasta bilangan mereka menjangkau 170,000 orang dan lebih 22,000 di universiti swasta.
 
Di Kolej Tunku Abdul Rahman [ dan kini sudah dinaikkan taraf sebagai universiti ] bilangan pelajar bukan bumiputera menghampiri 15,000 orang, manakala di peringkat ijazah di universiti awam pula mereka mencecah 80,000 orang. Jika angka-angka ini dicampurkan, bilangan pelajar bukan bumiputera yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ialah seramai 399,000 orang berbanding jumlah keseluruhan enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi seramai 753,000 orang.
 
Amat jelas bilangan pelajar bukan bumiputera lebih tinggi berbanding pelajar bumiputera, walaupun jumlah penduduk bumiputera pada tahun 2000 ialah 65.1% berbanding cina 26.0% dan India 7.7%. MCA umpamanya sangat mengambil berat betapa pentingnya pelajaran di kalangan masyarakat Cina. Mantan Presiden MCA, Dr. Ling Liong Sik pernah melafazkan : “ Pendidikan adalah masa depan kita dan ia adalah segala-segalanya “. Beliau berucap demikian dalam satu majlis menyerahkan derma untuk sebuah kolej swasta bernama New Era College. MCA terlibat khusus dalam mewujudkan beberapa institusi pengajian seperti New Era College, Southern College, Kolej Jayadiri, KTAR dan Projek Langkawi.
 
Kolej Tunku Abdul Rahman [ kini bertaraf universiti ] yang ditubuhkan pada tahun 1969 mengeluarkan beribu profesional dalam pelbagai bidang. KTAR telah mengembangkan lagi beberapa buah kampus cawangannya di Kampar, Pulau Pinang, Segamat dan Perak. Betapa seriusnya MCA terhadap pendidikan boleh dilihat melalui sumbangan yang diterima dari anggota-anggotanya. Pada tahun 1997, Perhubungan MCA Pahang berjaya mengumpul RM10,888,888.88 hanya dalam satu majlis makan malam. Untuk membiayai pembinaan kampus cawangan yang keempat di Kampar, seorang YB bernama Hew See Tong telah menderma RM5 juta di samping menderma sebuah tapak di Bandar Baru Kampar seluas 20 hektar.
 
Pemimpin pondan ini masih memikirkan kewujudan IPTA-IPTA sudah dikira sebagai agenda UMNO dan dianggap telah selesai dalam mengharungi era dunia ITC. Agenda itu dianggap sebagai agenda kerajaan. Amat malang, UMNO tidak tahu membezakan atau memisahkan apakah itu kerajaan dan apakah itu UMNO. Oleh sebab itulah dalam Perhimpunan Tepok Amai-amainya RTM boleh menyiarkan siaran langsung kerana mereka berfikir bahawa RTM itu harta mak bapak mereka punya, bukan harta awam yang dibayar cukai oleh semua rakyat tanpa mengira pegangan politiknya.


Mulai tahun 2002, kemasukan ke ITPA adalah berdasarkan kepada sistem kuota dan meritokrasi dan mulai tahun 2003 juga ruang 10% telah diberikan kepada bukan bumiputera untuk memasuki MRSM dan program matrikulasi, Dalam pada itu, akibat perbezaan politik dua MRSM di Terengganu telah ditutup. Kuota pengambilan pelajar bukan bumiputera di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai bulan depan[Februari 2004] akan dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz [ kini Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen kerana tiada lagi kerja lagi untuk diberi disebabkan kabinet yang ada kini dihuni oleh 93 ahli terbesar di dunia ] berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis. Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja. ``Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' [ BH, 6.1 2004].

Dulu anak-anak Melayu diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di dalam dan di luar negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ramailah anak-anak orang Melayu yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti dan bila tamat belajar mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan ataupun swasta.
 
Kini biasiswa dihapuskan, diganti dengan pinjaman. Universiti-universiti dikorporatkan. Kos pengajian di IPTA-IPTA ini meningkat berkali-kali ganda berbanding sebelum ianya dikorporatkan. Biaya pengajian mencecah RM25,000.00 bagi mengikuti kursus di IPTA-IPTA ini selama 3 tahun. Manakala di ITPS pula kosnya lagi mahal di antara RM50,000.00-RM60,000.00. Orang Melayu bersediakah membayar kos yang semahal ini.


Bila tamat belajar, peluang-peluang pekerjaan tidak disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Mereka menganggur dan kita diberitahu seramai lebih 48,100 siswazah Melayu menganggur tiada ada pekerjaan tetap. Pinjaman terpaksa dibayar mengikut jadual seperti yang ditetapkan. Pelajar-pelajar ini terpaksa menanggung hutang pinjaman tersebut bertahun-tahun lamanya. Bila mereka ada pekerjaan, duit gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan diri sendiri dan keluarga serta ibu bapa yang miskin yang tinggal di kampung-kampung. Akhirnya mereka senantiasa dihimpit oleh kemiskinan. Apa yang boleh dibuat oleh PONDAN ini, melainkan bercakap berlegar-legar macam ayam berkokok riuh sekampung, ekor terpalit dengan SHIT.

Pemilikan harta, orang Melayu hanya memegang 19% [ berkumpulan atau individu dan 2% ladi dipegang oleh agensi amanah. Milik bukan Melayu ialah 43.4% dan milik asing 27.7%. Kekayaan 19% ini tidak menyeluruh hanya dipegang oleh UMNOPUTRA yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin. Bagaimana pula kedudukan orang Melayu dalam bidang pekerjaan. Malu hendak ulas di sini. Biarkan barua-barua UMNO yang sedang bersidang di PWTC dalam Mesyuarat Tepok Amai-amai bersuka ria, bermadah seloka dengan penuh kegembiraan dihiburkan oleh Kumpulan Akademi Fantasia UMNO.


Apa yang saya tidak boleh tahan sangat ialah semacam beliau seolah-olah pemimpin yang bermaruah dan bermoral tinggi. Beliau berkata: “Pemuda juga akan terus mendokong gagasan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai suatu pendekatan bagi memastikan Malaysia menjadi model dunia bagi negara Islam. Islam Hadhari bukan satu agama atau akidah baru sebaliknya amalannya telah dijadikan panduan kita sejak dulu. Jika ada yang mempertikaikan pendekatannya, pihak itu hanyalah parti Pas, bukannya kerana ia menyalahi Al-Quran atau sunah Rasulullah tetapi semata-mata kerana ia menyedarkan rakyat bahawa ideologi politik Pas yang memperalatkan agama terlalu dangkal, beku dan tidak relevan lagi,''

Bahagian ini saya tidak mahu membuat ulasan dan hanya menampilkan gambar beliau sedang berseronok-seronok merokok dan meminum arak semasa beliau bersama isterinya menuntut di luar negara dahulu. Layakkah orang semacam ini untuk membentuk siasah anak-anak kita di sekolah-sekolah yang mana sistem pendidikannya dipegang oleh orang tidak bermoral dan berakhlak seperti beliau. Lihat gambar-gambar disertakan dan saudara-saudara berfikirlah sendiri.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 23.09.2004

 
Mukaddimah: Berundur Bukan Bererti Kalah
09.22.04 (9:45 pm)   [edit]

Pilihan raya kampus seluruh Malaysia yang baru lalu sekali lagi telah menonjolkan betapa hebatnya tekanan yang mahasiswa terima dan betapa hebatnya tentangan yang telah kita lakukan untuk menegakkan keadilan dalam sistem politik kampus. Demonstrasi, boikot dan pelbagai lagi agenda dalam dan luar yang telah kita lakukan akan kami teruskan selepas ini bagi memastikan perjuangan ini tidak akan terkubur. Kita juga akan mempertahankan demokrasi di kampus dan REFORMASI PENTADBIRAN IPTA akan dilancarkan bagi memastikan semua barua-barua kerajaan yang zalim akan ditumbangkan satu persatu. Kami akan menuntut satu organisasi yang lebih adil dan telus dalam kampus yang diketui oleh mereka yang tidak mempunyai latarbelakang politik UMNO. Segala kezaliman, penyelewengan, ketidakadilan, jenayah, ugutan dan pelbagai lagi taktik kotor pentadbiran universiti akan kami bongkar satu persatu dan akan kami pastikan mereka yang terlibat akan dihadapkan kemuka pengadilan.


Kepada semua mahasiswa, diharap bersabar. Mulai sekarang kita akan terus memboikot segala aktiviti UNIVERSITI. Jangan menyertai atau terlibat langsung dengan aktiviti mereka. Segala aktiviti yang diluar tabii akan kita tentang habis-habisan. Pastikan imej universiti akan terpampang sebagai universiti yang mempunyai pentadbiran yang zalim.

GADUH: Kezaliman pihak pentadbiran HEP UM

***Nota :
Kejadian bermula apabila rundingan antara bersurai telah selesai. Ketika sekumpulan siswi berjalan pulang, tiba-tiba seorang pensyarah yang juga penyelia kolej ke-12 telah mengejar dan menarik tudung seorang daripada kumpulan siswi tersebut dari arah belakang sehinggkan siswi tersebut terjatuh. Siswi tersebut tidak langsung menyedari dirinya dikejar oleh pensyarah tersebut malah tidak langsung melawan. Apakan daya seorang wanita untuk menentang seorang lelaki yang bergelar pensyarah pula tu. Tindakan tersebut telah mencetuskan ketegangan. Sehingga tercetus tumbuk menumbuk selama hampir 5 minit. Bayangkanlah rakyat semua, macam mana seorang pensyarah yang diberi tanggungjawab membimbing mahasiswa dengan dayusnya telah menggunakan kekasaran melampau keatas seorang siswi yang dihantar oleh ibu bapa mereka dengan harapan anaknya itu selamat dalam pentadbiran UM. Malangnya semua itu sebaliknya bila seorang pentadbir dalam UM sendiri telah bertindak sebaliknya. Perlukah manusia ini wujud dalam dunia ini?


Dalam kejadian pergaduhan ini, 2 orang mahasiswa yang cuba membela siswi yang dikasari telah ditahan oleh mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai ‘orang HEP’. Apa yang menghairankan ada juga siswa LALANG yang turut mengaku pegawai HEP dan lebih malang lagi ada beberapa orang yang tidak dikenali turut memainkan peranan dalam pergaduhan tersebut juga turut mengaku sebagai pegawai HEP. Selain itu seorang yang dipercayai kaki pukul yang sebelum itu dilihat bersama Wira Karnain dan turut mengaku sebagai pegawai HEP telah ditahan kerana mencetuskan suasana tegang tersebut. Beliau dipercayai dibiayai oleh pihak tertentu dalam pentadbiran UM. Wira adalah pengetua kolej ke-9 yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi mengenai isu penahanaan bas bersama pelajar yang hendak mengikuti aktiviti luar kampus tetapi sebaliknya si Wira jahanam ini menuduh mereka hendak berkempen untuk pilihan raya kecil pada waktu itu.

Laporan polis telah dibuat dan diharap pihak universiti menunjukkan sikap yang adil dengan mengenakan tindakan disiplin keatas pensyarah itu kerana bagi kami beliau tidak layak menjadi pensyarah. Jadi kaki pukul adalah yang terbaik untuknya…..

akan bersambung: TNC HEP cari publisiti murah dan cari simpati untuk melindungi kezalimannya

STUDENT POWER!
GAGASAN POWER!
Kiriman : Gerbang_IPTA 2004 - 22.09.2004

 
Dia lakukan atau tidak? Anda saja jadi hakimnya!
09.22.04 (5:30 pm)   [edit]

Pada 2 September 2004, setelah menggugurkan sabitan ke atas Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, para hakim berkata bahawa mereka percaya Anwar dan adik angkatnya, Sukma Dermawan Sasmitaat Madja, telah meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isteri Anwar. Inilah juga apa yang hakim perbicaraan dan mahkamah rayuan percaya.


Tapi, saya bukan hakim. Saya juga bukan peguam. Tetapi saya mengajak anda menjadi hakim dan fikirkan samada ia munasabah dan atas alasan apa semua hakim telah membuat penghakiman sedemikian.


Dalam mana-mana dakwaan jenayah, tiga perkara yang amat penting; bahan bukti yang kukuh, kenyataan saksi yang tidak diragui, dan alibi yang tertuduh. Dan satu aspek penting pertuduhan adalah waktu, tarikh dan tempat jenayah yang didakwa berlaku.


Dalam kes ini secara khusus, mereka tidak mampu memberi tarikh yang tepat berlakunya dakwaan jenayah tersebut. (Mereka tukar tarikh tiga kali dan akhirnya menetapkannya satu hari dalam tiga bulan). Kemudian mereka tiada sebarang bukti dengan kesaksian daripada satu-satunya saksi yang juga mangsa, diputuskan tidak dapat dipercayai oleh hakim perbicaraan sendiri. (”Dia sungguh tidak boleh dipercayai, dia tidak mampu menjawab soalan yang mudah. Hari ini dia cakap satu benda, esok benda lain pula.”)


Jadi, apakah ‘bahan bukti’ yang mereka ada terhadap Anwar? Tiada! Tiada langsung! Jadi, sepatutnya pendakwa membuktikan Anwar dan Sukma telah lakukan jenayah yang didakwa. Tetapi, sebaliknya, mahkamah menyuruh pembela pula membuktikan Anwar tidak lakukan jenayah tersebut.


Ini memang amalan kehakiman yang pelik. Tertuduh tidak perlu membuktikan apa-apa. Dia hanya perlu menimbulkan keraguan dan tugas pendakwa sebenarnya membuktikan kesalahan. Walau bukan tugasnya, Anwar telah membuktikan dia tidak bersalah dan dia lakukannya dengan memberi alibi yang kukuh. Apabila semua yang lain gagal, alibi ini yang telah membuktikan kebenaran Anwar dan ia tidak dapat ditolak, dipertikaikan atau dihapuskan.


Alibi Anwar


Batal semua tarikh dari 1 Januari ke 11 Februari 1993. Katil di apartmen Sukma hanya ada pada 12 Februari 1993. Pendakwa tidak pertikai perkara tersebut dan Azizan secara khusus mengesahkan bahawa perbuatan seks tersebut berlaku atas katil.




  • 4 - 9 Feb: Anwar berada di United Kingdom.



  • 9 – 11 Feb: Anwar berada di Paris.



  • 11- 13 Feb: Anwar berada di Jerman.



  • 14 Feb: Anwar kembali ke Kuala Lumpur lewat petang.



  • 15 Feb: Anwar berada di rumahnya.



  • 16 Feb: Anwar berada di majlis merai delegasi OIC pada malamnya.



  • 17 Feb: Anwar berada di oditorium DBKL pada malamnya.



  • 18 Feb: Anwar menghadiri majlis ice-skating anjuran Walt Disney malamnya.



  • 19 Feb: Hari Jumaat, Azizan secara khusus mengatakan perbuatan liwat tidak berlaku pada hari Jumaat.



  • 20 & 21 Feb: Hari Sabtu dan Ahad dan Azizan mengesahkan bahawa perbuatan liwat tersebut berlaku pada hari dia mengambil anak-anak Anwar dari sekolah – jadi ia tidak boleh berlaku pada hari Sabtu dan Ahad kerana cuti sekolah.



  • 22 Feb: Hari Isnin, menurut Azizan dia bekerja hari sebelumnya berlaku perbuatan liwat tersebut. Jadi, ia tidak boleh berlaku pada hari Isnin kerana dia tidak bekerja pada hari Ahad.



  • 23 & 24 Feb: Anwar berada di Bangkok.



  • 23 Feb – 25 Mac: Ini bulan Ramadhan dan Azizan mengesahkan tiada perbuatan seks berlaku dalam bulan Ramadhan.



  • 24 – 29 Mac: Anwar berada di Pulau Pinang untuk Hari Raya.



  • 30 Mac: Anwar berada di rumah menjadi hos untuk majlis rumah terbuka pada petangnya.



  • 31 Mac: Anwar berada di rumah Dr Abdul Hamid Abu Sulaiman menghadiri rumah terbuka Hari Raya.


Anda saja jadi hakimnya. Adakah Anwar dan Sukma telah meliwat Azizan di Tivoli Villa pada “satu malam pukul 7.45 malam antara 1 Januari dan 31 Mac 1993” seperti yang didakwa?


sumber:http://malaysia-today.net/aug...

 
Saya Tidak Berminat Menyertai Umno Semula: Anwar
09.22.04 (4:15 pm)   [edit]

“Saya tidak pernah memohon untuk menyertai Umno semula, dan saya tidak memberikan apa-apa bayangan minat saya untuk memasuki Umno. Ia hanya telah menimbulkan kegelisahan beberapa orang pemimpin Umno, yang takut tidak tahu sebab apa. Tapi saya boleh agak sebabnya.”


Demikian, jawapan tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya samada beliau akan menyertai Umno semula, dalam program secara langsung "Sure Hebat OnLine Bersama Datuk Seri Anwar Dari Jerman" yang telah berlangsung di dataran Galeri Pejuang Cherok Tok Kun baru-baru ini. Majlis dianjurkan oleh Jawatankuasa Galeri Pejuang dengan kerjasama Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

Sesi soal jawab selama 20 minit bermula 10.50 malam itu telah dihadiri lebih 5000 hadirin, turut menarik minat para wartawan tempatan dan asing.

Menjawab soalan para wartawan yang dikemukakan melalui bekas Ahli Parlimen Kemaman, Abdul Rahman Yusof, sama ada beliau akan terus melibatkan diri dalam politik atau bersama dengan NGO, selepas pulang dari Jerman, Anwar menjelaskan,

"Sesetengah orang bimbang sangat dengan saya hendak berpolitik atau tidak. Saya masuk penjara pun kerana politik takkan setelah keluar ( penjara ) tidak mahu berpolitik," ujarnya sambil mendapat tepukan bergemuruh hadirin.

Sambungnya lagi, saya dipenjara kerana konspirasi politik, saya katakan tidak mengapalah saya tidak mahu berdendam dan tidak mahu bangkitkan isu lama. Tapi kita tidak mahu kezaliman, rasuah dan penyelewengan itu berulang. Jadi peranan saya mengikut keupayaan saya ialah sebagai rakyat, saya akan mengemukakan isu-isu yang boleh membawa faedah kepada keamanan negara, pertumbuhan ekonomi yang segar, membela nasib dan kesejahteraan rakyat. Saya tidak akan ketepikan kesemua rakyat, termasuk yang tidak berparti dan ahli-ahli biasa Umno. Kita bukan membawa politik permusuhan, kita membawa politik perdamaian.

Menurutnya lagi, perjuangan ini bukannya untuk bebaskan Anwar sahaja, tapi kita nak tingkatkan kesedaran rakyat, tentang hak rakyat, halatuju politik dan ekonomi yang baik, berlandaskan etika dan akhlak yang baik, dan mesti menuju ke arah perjuangan pembelaan nasib rakyat terbanyak.


”Jangan bimbang kita akan tetap teguh dengan perjuangan kita, dan usah peduli sangatlah simpang siur, mereka kata kita lebih kurang, itu memang kerja mereka. Tapi kadang-kadang, saya pun naik hairan, hairan ada sikit, geli hati pun ada sikit. Setelah lebih enam tahun mereka masih tak puas hati lagi, nak bantai lagi,” ujarnya sinis.


Ketika disoal tentang keputusan Mahkamah menolak rayuan kes rasuahnya, Anwar menjelaskan,



”Rayuan di mahkamah ini terbatas soal teknikal, kerana Mahkamah Persekutuan telah putuskan. Jadi bidang kuasa dan wibawa, dan ruang untuk mahkamah menolak keputusan awal sangat terbatas. Tetapi bukan saya yang nyatakan, proses penghakiman kes pertama itu tidak adil. Ini disebut oleh Majlis Peguam, Majlis Peguam Sedunia dan Mahkamah Antarabangsa (ICJ ), pun telah buat kenyataan yang tegas bahawa proses ini ditolak kerana tidak adil. Kemudian diperkukuh oleh Sheik Yusoff Al-Qardawi dan kenyataan Syed Taha Jabir.”


Beliau turut disoal pendiriannya, kerana terpaksa menunggu sehingga tahun 2008, sebelum boleh menyertai pilihan raya semula. Anwar menyatakan,



"Dalam proses demokrasi, rakyat yang menentukan. Saya tidak akan tunggu sehingga 2008. Saya akan aktif dari sekarang. ( Disertai tepukan gemuruh hadirin). InsyaAllah, kita akan bersama. Bukan membawa politik permusuhan hendak maki hamun seperti mereka buat, tidak. Kita kena lakukan dengan bijaksana dan membawa perubahan ke arah kebaikan."


Sebelum itu, Anwar telah memaklumkan tahap kesihatannya ketika ini, ”Syukur, alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan baik, sekarang dah ada pinggang baru, makin ramping, terlebih gagah,” dan disambut ketawa hadirin.



”Kampung Cherok Tok Kun memang teristimewa di dunia, pengorbanan dan doa semua rakan-rakan di sana, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan Pulau Pinang, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua,” ujarnya lagi.


Sementara itu, kehadiran orang ramai yang memenuhi dataran Galeri Pejuang menggambarkan sambutan hebat rakyat yang bakal menanti kepulangan beliau nanti.


Komen salah seorang reformis, "Sambutan hadirin pada malam ini, baru untuk mendengar suaranya sahaja, itu belum lagi ketika Anwar pulang ke sini nanti."

Selain Abdul Rahman Yusof, turut berucap dalam majlis itu, Tian Chua, Naib Presiden PKR, dan Idrus Ibrahim ( Abang Datuk Seri Anwar ). Majlis yang dipengerusikan Amirzudin Amad Ketua Angkatan Muda P.Pinang, turut dihadiri Omar Osman, Penasihat PKR Pulau Pinang, Mustafa Kamal Yusof, Setiausaha PKR Negeri, Ariffin Yatim- Ketua Penerangan PKR Negeri, Lau Choo Kiang-Pengerusi Biro Masyarakat Cina dan beberapa pimpinan PKR Negeri dan Bahagian.

 
Suhaimi Ibrahim: Badut Umno Buat Lawak Di Munich
09.22.04 (3:29 pm)   [edit]


I was the one who fought for your release: Suhaimi Ibrahim”.  (Sayalah Yang Perjuangkan Kebebasan Anda: Suhaimi Ibrahim)


He…he…he… ha…ha…ha…kah…kah kah…ke…ke…ke..HA…HA…HA….HE… HE…HE…KE…KE…KE… He…he…he… ha…ha…ha…kah…kah kah…ke… ke…ke.

Maaf kerana tak boleh tahan ketawa bila membaca kenyataan Suhaimi Badut ni. Sampai keluar air mata ketawa…. Sudah lah. Balik le jaga GPMS tu baik-baik. Ingat semua orang hang boleh kelentong ke. Ni kes sokong dari jauh lah ni… pinjam kata-kata Hishamuddin … PooRahhh.

Kenapa nak bodek DSAI? Sebab tak dapat jadik YB ke? Ke sebab tak dapat jadik Timbalan Ketua Umno Bahagian ke? Dah diketepikan dalam Umno ke? Orang macam Suhaimi ni tak layak untuk jadi ketua sebab tidak istiqamah dalam perjuangan.

Perangai membodeknya lebih kurang macam Ibrahim Ali. Kesemuanya dilakukan dengan harapan akan dapat habuan macam Ibrahim Ali dapat …menteri ke, timbalan menteri ke… Akhirnya kempunan….kesian…

Antara pembodekan yang telah Suhaimi adalah menganjur seminar pemikiran Mahathir. Kalau dengar dia bodek Mahathir semasa seminar ni… tak larat telinga nak dengar. Pemimpin abad baru lah, menjadi kesinambungan pemikiran golongan sarjana lah, pemikirannya mencakupi soal agama dan politik dunia lah, idea Mahathir tak terjangkau oleh pemimpin negara lain lah dan lain-lain lagi.

Suhaimi juga menyokong perlaksanaan membahasa inggeriskan subjek sains dan matematik yang di jalankan secara tergesa-gesa oleh Mahathir. Bukan itu sahaja malah dia beria-ia nak hidupkan semula sekolah aliran bahasa Inggeris. Dia juga ada kata adalah suatu yang silap menghapuskan sekolah aliran inggeris dulu. Mahathir pun tak sebut pasal sekolah aliran inggeris, dia pulak melebih-lebih.

Ketika Mahathir nak letak jawatan dalm perhimpunan Umno dulu, dia pun tumpang sekaki membodek. Katanya “AGENDA perjuangan Melayu yang digagaskan oleh Perdana Menteri belum selesai kerana itu rakyat dan negara ini masih memerlukan lagi kepimpinan beliau. Sumbangan beliau masih belum cukup selain daripada semua pihak masih belum bersedia untuk mengambil alih tugas beliau sebagai pemimpin negara. Kita akan mengadakan perhimpunan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.'' Pergh… pembodek nombor wahid…

Ingat tak kes bunuh Noritta yang mana kes itu segala hujah telah dilaporkan dalam surat khabar secara terperinci sehinggakan kalau nak dibaca kes tu dalam surat khabar pun rasa jijik. Suhaimi ini lantang mengatakan perkara ini memalukan Melayu. Tapi masa kes DSAI di aibkan lebih teruk dari kes Noritta, kenapa tak membantah? Takut Mahathir ke?

Yang lebih teruk, masa kes DSAI dipecat dulu, dia tumpang sekaki menghina DSAI. Ingat tak isu bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad, yang mengatakan DSAI mengawal 20 akaun sebanyak RM3 billion sebab Murad nak lepaskan diri dari kes tak isytihar harta. Suhaimi mengatakan “pendedahan itu membuka mata rakyat mengenai siapa sebenarnya menyalahguna kuasa dan rasuah di negara ini". Dia kata lagi, “Dulu kita hormat DSAI sebagai pemimpin yang bersih daripada kronisme dan amalan yang negatif, tetapi perkara ini menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai TPM dan Menteri Kewangan”.

Dia adalah antara orang yang mengutuk DSAI yang agak lantang dan sekarang dia cakap dia menyokong DSAI daripada dalam. Dan lebih teruk daripada itu, dia kata dia yang berjuang membebaskan DSAI daripada dalam…. Betul ke suhaimi ni ada jumpa hakim suruh lepaskan DSAI?

He…he…he… ha…ha…ha…kah…kah kah…ke…ke…ke..HA…HA…HA….HE… HE…HE…KE…KE…KE… He…he…he… ha…ha…ha…kah…kah kah…ke… ke…ke

Ahem - 22.09.2004

 
Ibrahim Ali: Undur Katak Undur!!!….. Undur Katak Undur!!!
09.21.04 (1:22 am)   [edit]

Anwar menangis tersedu-sedu di bahu saya mengatakan bertaubat kerana telah melakukan perbuatan terkutuk tu…
    & nbsp;   - Ibrahim Ali -


Masih terngiang-ngiang di telinga ini perkataan-perkataan jijik di atas ini di satu ceramah umno dulu. Inilah manusia yang tidak berprinsip, menipu untuk mengaut keuntungan, menikam kawan dari belakang, tidak berpegang pada janji, dan langsung tidak boleh dipercayai!!!!

Berita lawatan Ibrahim Ali pergi ke Munich menziarahi DSAI mencurigakan tetapi tidak mengejutkan. Dia telah dikenali sebagai oportunis yang tidak mempunyai prinsip dan tidak malu untuk lompat parti demi kepentingan peribadi. Wira Umno Jati telah menulis tentang dia ni seperti berikut :

“Sedikit profail sejarah Ibrahim Ali sebagai manusia munafik. Mempunyai pendirian yang tidak tetap dan sanggup meninggalkan jemaah dalam pertempuran. Bermula dengan menyertai Berjasa, tapi menyertai Pas bila Berjasa lemah di Kelantan, bila Pas semakin goyah menyertai Umno untuk mencari kedudukan, di masa Umno bergolak tahun 1988, menyertai pula parti S46, bila S46 hampir lemas cepat - cepat berpaling tadah dengan menyertai Umno kembali. Oleh itu tidak mustahil jika Umno dan BN kalah, dengan muka tebal memohon untuk menyertai gerakan rakyat melalui GERAK atau ADIL ( REFORMASI ). Mengenai menikam kawan dari belakang pula, selain kes DSAI, beliau pernah meninggalkan tokoh pujaannya iaitu Ku Li dan menjadi petualang untuk menyerang parti S46.”

Tepat sekali tulisan ini. Belum lagi Umno jatuh dan DSAI telah bebas, dia dah datang jumpa DSAI. Dasar katak!!!!

Semasa kes DSAI dia telah menumbuk meja dan menjerit kepada DSAI. semasa mesyuarat MT Umno malam 3 September 1998. Dia juga pergi berkempen ke serata tempat membuat ceramah untuk mengaibkan DSAI dengan fitnah yang tak terfikir oleh akal yang kononnya orang akan percaya.

Dia juga telah menubuhkan kumpulan “Pasrah” yang merupakan persatuan anti-homoseks yang mana dia adalah pengerusi. Tujuan persatuan ini untuk memerli DSAI. Selepas dua hari pertubuhan ini ditubuhkan, dia dan dua lagi berhenti sebab disergah oleh Marina Mahathir (berita penuh). Pengecut!!!!

Dia juga menuduh kumpulan reformis yang mewujudkan laman web mendapat sumber kewangan dari negara asing (berita penuh). Dia ingat reformis ini macam dia, ada kepentingan peribadi.

Dia juga menyuruh DSAI sumpah Al-Quran untuk menafikan tuduhan. Nak tunjuk pandai konon. Mana dalam Islam ada sumpah Al-Quran. Yang ada sumpah dengan nama Allah. Kononnya jika DSAI sumpah Al-Quran dia akan membela DSAI (cerita penuh). Bila DSAI bersumpah dengan nama Allah di Batu Pahat kenapa tak bela DSAI? Penipu!!!!


Dia juga mengada-adakan cerita kononnya ada kumpulan Islam telah membuat fatwa untuk membunuh Mahathir dan kaset “Majlis Islam Fatwa sulit” itu telah diedarkan sebanyak 10,000. Ini adalah bertujuan supaya Mahathir dapat meraih simpati dari orang ramai dan melupakan isu DSAI. Cuba fikir sikit, kalau orang nak bunuh Mahathir takkan nak bagitau kat semua orang. Kalau bunuh Mahathir pun apa faedahnya. Sampai sekarang kaset tu tak dijumpai!!!!!

Dan dia juga pernah bersumpah untuk 'mencium serta menjilat punggung Mahathir' sekiranya beliau keluar dari Parti Melayu Semangat 46 dan memasuki UMNO (Baru). Haaa… Dah cium dan jilat ke? Haprak punya orang.

Semua usaha ini telah di hadiahkan oleh Mahathir dengan melantiknya jadi timbalan menteri. Inilah perjuangannya. Untuk membesarkan perut dan anggota di bawah perut. Dan jangan terkejut jika dia mencuba untuk menyertai parti pembangkang. Dan percayalah sekarang tidak ada siapa yang mempercayainya.

Oh ya… sambung dari cerita ceramahnya dalam perenggan pertama, sambil di berceramah, kumpulan Reformasi berkumpul di sekeliling kawasan ceramahnya dengan melaungkan “Undur Katak Undur!!!….. Undur Katak Undur!!!” dan doa suci dari para reformis telah terjawab. Undur Katak Undur…. untuk selamanya……

Ahem - 20.09.2004

 
Umno: Anwar Isu Utama
09.20.04 (10:20 pm)   [edit]

“Datuk Seri Najib Razak mahu isu agenda Melayu diberi keutamaan dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan, bukannya isu yang berkisar kepada individu tertentu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim”. (Berita Harian: Berita Penuh)


Jika kita baca petikan di atas bermaksud sekarang isu utama dalam Umno adalah isu DSAI. Jika tidak, kenapa Najib bersungguh menyuruh perwakilan umno untuk tidak menjadikan DSAI sebagai isu utama dalam perhimpunan Umno. (Di luar Perhimpunan takpe)

Kemudian kita lihat ramai di kalangan pemimpin Umno menyokong seruan Najib ini iaitu untuk fokuskan kepada isu agenda Melayu. (Berita Harian: Berita Penuh)

Semua orang maklum, dalam perhimpunan Umno nak bincang apa lagi…. Bincang pasal kepentingan Melayu la. Kalau MCA bincang kepentingan Cina, Kalau MIC bincang kepentingan India. Ini semua orang tau. Tapi kenapa Umno gelabah tak pasal-pasal. Ini kerana mereka takut kepada bayang-bayang sendiri sehinggakan sanggup buat Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk tidak membenarkan DSAI masuk Umno semula. Padahal DSAI tak pernah kata nak masuk Umno. DSAI tak nak masuk umno, dan tidak pernah memberikan apa-apa isyarat nak masuk semula dalam Umno. Yang Umno sibuk-sibuk buang masa buat mesyuarat tak nak bagi DSAI masuk Umno apa hal?

Untuk menjadikan isu ini makin hangat di kalangan orang Umno adalah sikap Pak Lah. Sikap Paklah yang selamba tentang isu DSAI menjadikan spekulasi dan gosip tentang adanya rundingan sulit menjadikan suasana ribut dalam Umno dinaik taraf kepada taufan. Kalau kita lihat kenyataan Paklah:


Pintu untuk (Anwar) masuk UMNO tertutup pada waktu ini. Semua ahli MT turut memberi sokongan padu kepada saya dan Datuk Seri Najib (Tun Razak),'' (Utusan Online: Berita Penuh)


Apa maksud “pada waktu ini”? Adakah di masa hadapan ok? Ini pun menjadi isu yang besar di kalangan orang Umno. Mengikut spekulasi sesetengah penganalisis, Pak Lah ada ura-ura ingin masukkan DSAI dalam Umno semula tetapi ditolak oleh DSAI.. Sebab tu Khairy jumpa Anwar secara tertutup. Alasan Pak Lah sebab nak uruskan pasport, tidak berapa boleh diterima walaupun alasan ini telah diakui oleh DSAI sendiri. Mengikut penganalisis politik semasa, mungkin betul pasal pasport tetapi bukan itu sahaja. Mesti ada apa-apa yang lain. Kalau pasal pasport pegawai imigresen boleh uruskan dan tak payah Khairy datang. Lepas tu, tambah penganalisis politik tu lagi, kenapa ikut pintu belakang? Kalau tak ada apa-apa ikut le pintu depan. Lepas tu kenapa pulak Ezzam escort Khairy tu.


Inilah gosip-gosip yang sedang melanda dalam umno. Yang mana gosip-gosip inilah yang dibincangkan oleh orang Umno sehingga 2 pagi seperti yang dikatakan oleh mahathir. Dan sama ada suka atau pun tidak, gosip-gosip ini akan terus menjadi isu utama Umno. Walaupun nanti dalam Perhimpunan Umno, pada zahirnya mereka akan membincangkan tentang kepentingan Melayu tanpa menyentuh langsung tentang DSAI, tetapi jauh di lubuk hati orang-orang Umno DSAI adalah isu utama bukan sahaja untuk survival Umno tetapi juga untuk kepentingan bangsa dan negara.

Di peringkat antarabangsa, isu DSAI telah memenuhi akhbar-akhbar seluruh dunia di bahagian berita antarabangsa. NST Singapura dalam artikelnya ada menyebutkan (berita penuh):


 “From the front pages of major international and regional newspapers to the editorials, columns and features inside, it has been hard to miss reading about Datuk Seri Anwar this month.”


“Dari muka depan surat khabar antarabangsa dan setempat yang utama sehingga kepada sidang pengarang, artikel dan menarik di dalam, adalah susah untuk tidak membaca tentang DSAI pada bulan ini”



Bukan itu sahaja, semasa DSAI di Munich, beliau telah didatangi oleh pelbagai pemimpin antarabangsa dan berbincang tentang pelbagai isu antarabangsa dengan mereka. Mereka juga berbincang peranan yang boleh DSAI mainkan di peringkat antarabangsa. Ini semua menunjukkan DSAI adalah isu utama bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga di peringkat antarabangsa.


Akhir kalam, Untuk umno dan BN ingatlah angin perubahan sedang bertiup dan ia akan merempuh apa jua rintangan dan halangan. Untuk golongan reformis, teruskan perjuangan sehingga berjaya InsyaAllah.

Dan setiap kali ada perhimpunan Umno ini, teringat satu lagu oleh A to Z: Itik gembo-gembo. Rasanya sangat sesuai menjadi lagu tema perhimpunan Umno. Setuju tak?

Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muka come lote
Peel biar molek


Wallaua’lam

Ahem - 20.09.2004

 
The Star perli perwakilan UMNO yang hadir:AKADEMI FANTASIA UMNO
09.20.04 (10:19 pm)   [edit]

Akhbar The Star 20 September 2004 menyiarkan satu muka penuh ruangan kartun menyindir para perwakilan UMNO yang datang untuk bertanding ala Akademi Fantasia. (Gambar bawah) Malah dalam satu gambar kartun yang disiarkan menunjukkan permintaan sebuah lagu “janji manismu” yang mengutuk perwakilan yang hanya pandai berjanji untuk memajukan bangsa Melayu, akan tetapi mengenyangkan tembolok suku sakat dan anak pinak masing-masing.


Inilah persidangan yang kononnya persidangan yang terbesar bagi orang Melayu, namun kalau dilihat kepada persidangan agung PAS pun orang Melayu banyak juga. Maknanya persidangan ini memang persidangan Akademi Fantasia, sebab skrip telah di atur, para perwakilan dilarang bercakap itu ini begitu begini, malahan pengarah di atas melarang sama sekali para perwakilan untuk berucap jika keluar dari landasan sebagaimana yang telah ditetapkan.


Setiap tahun kita akan dengar berbagai bahan-bahan yang akan di bincangkan. Tahun ini perbincangan adalah berkaitan dengan pendidikan, ekonomi orang Melayu. Turut untuk tidak menghampakan para perwakilan ialah nama Dato Seri Anwar Ibrahim jangan sesekali di sebut. Kerana ini akan mengecewakan para pemimpin atasan. Mana mungkin parti yang sebegini besar sebagaimana yang di akui oleh pemimpin nya mempunyai agenda menghalang perwakilan dari membahaskan apa yang tidak boleh di bahaskan dan apa yang harus di bahasa kan. Betullah setiap tahun kalau dasar ekonomi Melayu tidak berjaya, perwakilan nampaknya berjaya.

Siapa yang hadir?? Tak lain tak bukan ialah ketua-ketua mafia UMNO. Dengan duit bertimbun-timbun sudah tentulah kuasa juga makin meningkat. Yang kaya orang itu-itu juga, orang lain papa kedana. Rakyat nak ke universiti pun perlu duit sendiri. Bagaimana dengan perjanjian persekutuan 1948?? Sebagaimana yang termaktub. Sudah tentu lah hilang. Mana boleh ada kalau orang Melayu senang, nanti menentang UMNO pula.

Orang Melayu mesti banyak yang susah supaya UMNO senang perintah, Orang Melayu biar bodoh kesemuanya supaya senang di jajah minda dan pemikiran mereka. Orang Melayu mestinya papa kedana supaya UMNO senang merencana dengan dasar yang penuh warna-warna. Orang Melayu mesti ditanam dalam jiwa mereka bahawa UMNO sahajalah yang dapat menyelamatkan mereka jika berada dalam kesusahan. Usah dikira sebanyak mana yang kami laksanakan asalkan semuanya nanti akan kami kaut segala keuntungan untuk kami, anak beranak, suku sakat ,sahabat handai agar kami juga mendapat segala keuntungan yang berlipat kali ganda.

Fenomena sebegini sebenarnya bukanlah susah untuk di teka. Setiap tahun agendanya menghentam para pemimpin PAS sebagaimana Mahathir selalunya menghentam pemimpin PAS yang kononnya tidak mahu bangsa Melayu maju. Sedangkan UMNO yang dikatakan telah menjuarai Melayu selama 50 tahun pun nampaknya masih gagal untuk memajukan orang Melayu. Itu apabila UMNO berkuasa di tanah air sendiri, Bangsa Melayu bukan sahaja gagal dalam bidang ekonominya, pelajarannya, malahan kini semakin buruk pula moralnya.

Apalah yang nak dibanggakan sangat jika kini budaya para pemimpin pula menjadi-jadi dengan fitnahnya. Sudahlah memfitnah Anwar Ibrahim dengan berbagai tuduhan yang memalukan, kini pemimpin nya pula mengaut keuntungan dalam bidang yang rakyat sendiri tidak dapat menikmatinya apabila segala bentuk perniagaan di kuasai oleh para pemimpin politik. Inilah cita-cita yang ditanam di kalangan generasi muda bahawa untuk menjadi kaya raya semestinya menjadi ahli UMNO dan berjuang pula menduduki petak nombor satu bagi mendapat habuan dalam perniagaan dan bukannya matlamat utama bagi membantu anak bangsa sendiri.

Eloklah benar apabila akhbar The Star telah memaklumkan bahawa fenomena ini sebenarnya terjadi. Dan bagi generasi muda, janganlah berangan-angan menyertai parti UMNO untuk mencapai kekayaan kerana yang kaya-raya bukanlah bangsa Melayu tetapi ahli korporat yang menduduki singgah sana Melayu. Yang peliknya ada lagi ahli yang sokong secara membuta tuli , masih lagi naik motor cabuk dan kayuh basikal, malah menekan brek dengan kaki.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 20.09.2004

 
BERANIKAH PERWAKILAN UMNO MEMASTIKAN ISU AGENDA MELAYU DIBERI PERHATIAN UTAMA
09.20.04 (10:18 pm)   [edit]

Memulakan bicara kita pada kali ini dengan mengambil pedoman “BERANI KERANA BENAR DAN TAKUT KERANA SALAH”. Ianya cukup memberikan maksud yang bukannya tersirat tetapi amat jelas. Beraninya kerana sememangnya sesuatu itu. benar. Kita ambil petikan berhubung kenyataan terkini UMNO Islam Hadhari iaitu, Perwakilan perlu berani seperti diperlihatkan di bawah tajuk akhbar Utama mereka:



Perwakilan perlu berani -- Pastikan agenda Melayu tumpuan utama Perhimpunan Agung UMNO
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Perwakilan UMNO perlu berani memastikan isu agenda Melayu diberi perhatian utama dalam perhimpunan agung parti itu kali ini bagi menentukan masa depan, maruah dan kedudukan orang Melayu di negara sendiri terus terbela.


Apa yang dapat kita simpulkan daripada saranan para juak dan lubalang UMNO ini adalah seperti berikut:


1. Jangan membahaskan isu remeh-temeh dan tidak relevan.
2. Konflik di kalangan orang Melayu
3. Ekonomi orang Melayu
4. Tingkat kualiti hidup
5. Ubah sikap.


Kita ingin bertanyakan pemuka UMNO Kuno ini, apakah isu yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan isu remeh-temeh? Penghinaan dan pengaiban yang dilakukan ke atas orang Melayu Islam bernama Anwar Ibrahim itu satu isu remeh-temeh. Anwar Ibrahim bukannya orang tak berparti sebaliknya bekas Naib Presiden UMNO sendiri. Adakah ianya tiada kaitan dengan UMNO? Tak masuk akal langsung atau sudah merengkah orang yang menolak isu Anwar di dalam UMNO. Menolak kemasukan Anwar ke dalam UMNO adalah perbuatan orang yang keliru kerana orang yang ditolak kemasukannya tidak pun memohon menyertai UMNO. Macam mana nak tolak keluar orang yang tak minta masuk pun. Persoalan di sini adalah “Bagaimana orang Melayu boleh dihina dan diaibkan sehingga sedemikian rupa? Adakah ada sikap orang Melayu sekeji itu di kalangan orang Melayu masa kini atau ada anasir luar yang menyelinap masuk di dalam kelompok orang Melayu?”

Berhubung dengan konflik yang berlaku di kalangan orang Melayu, ianya hanya terjurus kepada orang melayu di dalam UMNO sahaja. Mereka berebut kuasa dan pangkat, harta benda, projek-projek semata-mata untuk memperkayakan diri dengan menunggang UMNO sebagai kuda tunggangan mereka. Mereka juga berbalah di dalam pembahagian harta kekayaan negara di kalangan mereka tanpa melihat nasib bangsanya. Mereka melunturkan jiwa Melayu yang tertanam sekian lama; penuh sopan santun, ikhlas, bertanggungjawab dan lemah-lembut kepada tamak haloba, rakus, ganas, mengikut hawa nafsu, biadab, menerima pakai apa yang dapat dilihat secara fizikal sahaja dan menolak perkara spiritual. Suka berhibur dan bermewah mewah.

Berhubung dengan Ekonomi orang Melayu, mempertingkatkan kualiti hidup dan ubah sikap lebih merupakan cara pemuka mereka mengalihkan pandangan orang Melayu sedangkan semua dasar yang telah dijalankan mereka telah menjadikan mereka dan kelompok nepotisme dan kronisme mereka telah menjadi kaya raya, mengharungi penghidupan penuh kemewahan yang tiada sempadan yang akhirnya membawa kepada padahnya tetapi terus meminta minta projek tanpa henti-henti. Ubah sikap inilah yang cuba dibuat tetapi mereka menempelak orang melayu seluruhnya. Hanya orang melayu yang rapat dengan pemuka UMNO sahaja yang sentiasa meminta minta, bertongkat, merayu-rayu, menipu-nipu dan bodoh-membodoh di kalangan orang melayu UMNO. Orang Melayu di luar UMNO telah lama mengorak langkah ke hadapan seperti mana bangsa-bangsa lain. Yang terkebelakang hanyalah orang melayu UMNO.

Akhirnya dari Pak Ngah, RTM tidak perlulah membuat siaran langsung persidangan UMNO ini kerana ianya banyak kepada keburukan dari kebaikannya. Yang bermasalah itu UMNO dan bukan orang Melayu. Kenapa perlu didedahkan kepada umum kebodohan dan kelemahan UMNO seolah-olah mewakili orang Melayu seluruhnya sedangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO tidak sampai pun 50% untuk majoriti mudah.

UMNO TIDAK SEWAJARNYA MENERUSKAN AGENDA MEMBERI PANDANGAN YANG SALAH DAN MENGELIRUKAN TENTANG ORANG MELAYU KERANA UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI DENGAN ORANG MELAYU.

..….. Pak Ngah - 21.09.2004

 
Bila Anwar Ibrahim Bebas…
09.20.04 (2:28 pm)   [edit]

Pada 2 September 2004 lalu adalah hari amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan, keadilan dan perikemanusiaan. Kawan dan sahabat penulis ada yang meng’sms’kan beberapa mesej antaranya: Apa perasaan bila DS Anwar Ibrahim dibebaskan Mahkamah? Allah Maha Adil, inilah kemerdekaan, syukur ALHAMDULILLAH, mahkamah Malaysia sudah menghampiri pintu kebebasan kehakiman tanpa dicengkam oleh penguasa zalim dan banyak lagi..


Namun, ada yang tidak percaya Anwar Ibrahim boleh bebas. Sebab majority rakyat berpendapat mahkamah di Malaysia sejak zaman kuku besi Mahathir sebagai PM adalah tidak memihak kepada mana-mana rakyat yang tidak sebulu dengan penguasa UMNO/BN yang dikepalai Mahathir sejak zaman pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim lagi.

ALHAMDULILLAH..bila Anwar telah dibebaskan, mereka merancang sesuatu, tetapi rancangan Allah-lah menjadi penentunya. Betul kata seorang sahabat penulis ALLAH MAHA ADIL!!!

Dengan bebasnya Anwar Ibrahim, Malaysia seperti dilanda angin baru khususnya politikus-politikus pengecut yang berada dalam UMNO/BN. Mereka buat macam-macam spekulasi yang dibuat oleh pencacai-pencacai politik jalanan di kaki lima PWTC di Kuala Lumpur yang menempatkan pejabat UMNO. Rasanya penulis tidak payah mengulang-ulang lagi pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari No. 1 hinggalah yang berada di cawangan-cawangan UMNO dari Perlis hingga ke Sabah. Nada sama saja, kalau orang No. 1 UMNO kata begini, begitulah yang dilaporkan dan ditulis oleh wartawan. Walaupun, hakikatnya masih ada yang tidak dikata dan tidak berani untuk ditulis oleh wartawan Berita Hairan, Utusan Meloya dan akhbar lain yang serupa dengannya.

Menghairankan juga, kenapa media begitu berminat dengan cerita Anwar Ibrahim, sehingga MT UMNO terpaksa bersidang untuk membuat satu keputusan bahawa pintu UMNO tertutup rapat untuk Anwar Ibrahim. Sedang sejak Anwar dibebaskan dari penjara tidak pernah beliau menyatakan akan kembali masuk UMNO bagi meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Itulah kelebihan manusia yang Allah berikan. Walaupun, seluruh jentera pemerintah zalim itu mengerahkan jenteranya bekerja siang malam mahu menghitamkan seorang manusia yang dimusuhi dan digeruni kepala penguasa. Pasti tidak akan berjaya, sekiranya Allah TIDAK MERESTUI kerja jahat dan zalim itu, untuk mereka menzalimi orang yang dilindungi Allah S.W.T.

Pak Lah Dapat Markah Bonus

Ramai berpendapat bahawa pembebasan Anwar Ibrahim telah melonjakkan nama PM ke 5 itu, iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, cucu ulama tersohor dari Pulai Pinang itu, kebetulan satu negeri dengan Anwar Ibrahim. PM tidak campur tangan dengan urusan mahkamah sebagaimana TKT Mahathir semasa PM dulu kalau boleh semua kuasa dalam negara ini ada dalam poket seluar dia, jangan orang lain ganggu. Siapa mahu ganggu kuasa dan harta dalam negara ini, AWAS!!! Penjara dan ISA akan dihadiahkan kepada orang itu. Itulah yang terjadi kepada Anwar dan rakan-rakannya pada September 1998 dulu. Kita masih ingat kezaliman Mahathir dan rejimnya waktu itu.

Kini, Pak Lah sudah mula berusaha melangkah satu langkah ke hadapan untuk membawa Malaysia keluar dari rekod hitam dan zaman gelap demokrasi, kebebasan dan keadilan di bawah cengkaman kuasa zalim TKT Mahathir dan rejimnya.

Kita harus memberikan markah bonus kepada Pak Lah dalam bab kehakiman untuk seketika ini. Pantulan cahaya ilmu dan taqwa yang dimiliki oleh Tok Wan dan ayahnya yang bergelar ulama itu telah menyinari hati kecil Pak Lah. Selain, Pak Lah masih ingatkan pesan arwah ibunya ketika dia ditabalkan sebagai PM ke 5 yang telah menyingkirkan si TKT Mahathir dari kerusi PM yang orang tahu bahawa si TKT Mahathir tidak mungkin mahu turun semudah itu dari kerusi PM. Tetapi, itulah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa yang mengangkat darjat hamba-Nya yang dikehendaki-Nya dan menurunkan darjat hamba-Nya yang dikehendaki-Nya juga.

Najib Gelabah…

Sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda UMNO dulu, Najib Tun Razak adalah Naib Ketua Pemuda UMNO kalau tak silap penulis. Sebaik Anwar berundur dari kerusi Ketua Pemuda kerana faktor usia, Najiblah yang menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Setidak-tidaknya Najib masih ingat kepimpinan Anwar yang telah bersamanya dalam pemuda dulu dan juga dalam kabinet zaman TKT Mahathir dulu. Tempoh 16 tahun Anwar bersama UMNO/BN, kerajaan dan kabinet tentu rakan-rakan lama masih ingat kebolehan, kewibawaan dan kepimpinan Anwar, khususnya Datuk Najib Tun Razak yang sekarang sudah pun berada di tangga paling atas sebelum selangkah lagi mahu menduduki kerusi PM, sebagaimana Anwar dulu berada…

Najib tidak harus kemaruk dan gelabah untuk duduk cepat di kerusi PM yang kini sedang dikawal dan diduduki oleh Pak Lah. Najib patut belajar pada pengalaman bapanya Tun Abdul Razak yang menduduki kerusi TPM zaman Tunku Abdul Rahman jadi PM, sehingga dia dapat duduk di kerusi PM dengan baik. Itu Tun Razak, bapa Najib. Tentu tidak sama dengan keadaan Najib sekarang. Jawatan PM bukan harta warisan yang boleh diwarisi dari datuk nenek kita. Mungkin sejarah Singapura saja sudah ditakdirkan anak Lee Kuan Yew sekarang telah ditabalkan sebagai PM Singapura ke-3. Apakah Najib bakal mendapat tempias apa yang terjadi di Singapura itu?

Bukan saja Najib yang gelabah, tetapi seluruh pasukan Mahathir yang turut menghina, mengaibkan, menyeksa dan memenjarakan Anwar juga terasa bahang akibat kejahatan mereka sendiri yang mahu dijadikan kuda dan bersekongkol dengan Mahathir.

Anwar Masih Berubat Di Jerman

MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz kata; kita sama-sama sakit sekarang. Nanti sembuh, kita boleh bangun bersama lagi seperti yang pernah kita lakukan sebelum ini, tulis Tuan Guru Nik Aziz kepada Anwar.

Mengikut berita yang disampaikan Anwar masih dalam proses pemulihan setelah selesai pembedahan yang dilaluinya di Klinik Dr Hoogland di Jerman. Mudah-mudahan TG Nik Aziz dan Anwar cepat sembuh dan dapat membawa gelombang baru perjuangan BA di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Penulis benar-benar terkenangkan kepimpinan Ketua Pembangkang Almarhum Ustaz Fadzil Nor, Presiden PAS semasa di Parlimen. Seandainya regu Ustaz Fadzil, Haji Hadi, TG Nik Aziz, DS Anwar, Dr Syed Husin Ali, Dr Hasan Ali, Mustafa Ali, Senator Hassan Shukri, Mahfuz, Ezam, Mohd Sabu, Tian Chua, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lain masih diadunkan dan ada bersama kita, pasti satu perubahan lebih baik dalam iklim politik dan pentadbiran negara akan merata ke seluruh pelosok tanah air dari Perlis hingga ke Sabah. InsyaAllah…

ALLAHU AKBAR 3X
REFORMASI 3X


Ibn Sabah
19.9.2004.M

 
NAMA ANWAR LANGSUNG TIDAK ADA DI LAMAN WEB RASMI UMNO
09.20.04 (2:27 pm)   [edit]

Apabila Pak Ngah melihat kepada tajuk-tajuk utama akhbar UMNO, amat jelas ketakutan seperti melihat taufan Tsunami yang menyerang beberapa negara satu ketika dahulu tu sedang melanda mereka. Ketokohan DSAI yang tidak ada tolok bandingannya di kalangan pemuka UMNO kini telah menggegarkan kepompong UMNO KUNO. Pemuka-pemuka UMNO yang selalu melaungkan demokrasi kini bertukar menjadi kuku besi. Berikut adalah petikan kata-kata dari beberapa pemuka mereka.



Perwakilan jangan sentuh isu Anwar
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Para pemimpin UMNO hari ini meminta perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 23 hingga 25 September ini tidak menyentuh isu Dato'Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan mereka kerana ia tidak relevan dengan parti itu sekarang.


Akibat dari ketakutan yang amat menggerunkan pemuka UMNO ini, Pak Ngah terus meninjau laman rasmi UMNO Online bagi melihat sendiri apa yang dah berlaku di kalangan UMNO. Benar dan amat mengejutkan sekali, sudah tidak ada angsung sebarang huruf ANWAR IBRAHIM.


Mereka juga telah sanggup melupakan semua nama Timbalan Perdana Menteri yang lain semata-mata kalau dinyatakan, akan terpaksa tulis nama Anwar Ibrahim. Yang ada hanya “jangan sentuh isu Anwar”.

Apalah malangnya nasib bekas Timbalan Perdana Menteri yang lain seperti Tun Dr Ismail, Tun Ghafar Baba, Dato’ Musa Hitam? Semuanya gara-gara takut memasukkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim mereka sanggup merubah sejarah UMNO semata mata takut kepada DSAI. Apatah lagi gambar-gambar, kini laman rasmi UMNO telah menjadi seperti sebuah Parti yang ada pengasasnya dan bekas-bekas Perdana Menteri dan PM dan kalangan pemuka terkini sahaja.

Sejarah UMNO yang dibanggakan mereka sebelum ini terkubur bersama pembebasan DSAI. Kini mereka sedang melakarkan sejarah muram, mendung, mundur menuju kemalapan dan pelupusannya. UMNO kini sedang memadam sejarah kerana menjadi amalan mereka suka menyembunyikan kebenaran.

Kalaulah Anwar tidak relevan, masakan sejarah UMNO sendiri telah dipadamkan. Apakah Anwar tidak pernah ada di dalam UMNO? Akhirnya Pak Ngah ingin bertanya “SIAPAKAH TIMBALAN PERDANA MALAYSIA PADA TAHUN 1996”?

..….. Pak Ngah - 20.09.2004

 
Mana bukti kukuh?
09.20.04 (2:26 pm)   [edit]

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat


SEKALI lagi, maka berkatalah Perdana Menteri, “MT telah tutup pintu terhadap DSAI” (Berita Harian 15 September 2004).

Sungguhpun dalam nada yang setegas itu saya masih khuatir kepada kenyataan Perdana Menteri yang selanjutnya berbunyi, “Pada waktu ini, tertutuplah pintu itu,”.

Ini terdapat dalam akhbar yang sama. Apa maksud “Pada waktu ini?”

Apa kata di waktu yang akan datang? Di sini, para perwakilan Umno yang akan memenuhi PWTC pada 23 September 2004 ini mempunyai keraguan yang munasabah untuk mempersoalkan niat sebenar pemangku presidennya.

Saya kadang-kadang naik hairan dengan sikap Umno yang menutup pintunya yang begitu rapat. Bukankah sudah jelas yang mahkamah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah?

Setelah beliau disahkan bersih, sepatutnya Anwar bebas untuk menyertai Umno (itu pun jika beliau memohon).

Sikap memaut daun pintu cepat-cepat dan menurun palang kayu atas bawah oleh Majlis Tertinggi semalam seakan-akan menghantar mesej yang Umno masih enggan akur kepada keputusan mahkamah. Lagipun, tidak berbangkit soal Anwar yang dikatakan hendak masuk Umno.

Tiada sebarang bukti lisan atau tulisan daripada beliau setakat ini. Yang Umno sibuk menolak pintu dan kalut bermesyuarat siang malam tak pasal-pasal, apa pasal?

Tanpa perlu mencampuri urusan politik pemangku presiden Umno lebih lanjut, saya secara peribadi masih berminat dengan apa yang dilaporkan oleh NST yang berbunyi, “Unanimous ‘aye’ not to re-admit Anwar” (NST 15 September 2004).

Mengikut laporan itu lagi, Perdana Menteri dikatakan berkata, bahawa beliau tidak risau jika Anwar terus kekal dalam pakatan pembangkang kerana “Umno was strong” konon, rakyat sudah berada bersama Umno. Itu dulu. Kenyataan ini cuma merujuk kepda sentimen pengundi pada 21 Mac 2004.

Kita perlu ingat, itu enam bulan yang lalu. Kita sedang mencongak suasana pengaruh semasa. Apa yang didakwa itu pun belum tentu lagi benar. Benarkah Umno benar-benar menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu?

Jika diambil keputusan hakim mahkamah Malaya, Yang Amat Arif Dato’ Md. Raus Mohd Sharif pada awal bulan ini di Mahkamah Tinggi yang mengakui SPR melangggar undang-undang kerana menyediakan buku senarai nama pemilih berbeza dan turut diputuskan sebagai bersalah kerana melanjutkan masa mengundi di Selangor, maka sahlah yang kemenangan Umno/BN itu sangat tidak sebenar.

Dengan penyelewengan ini dan pelbagai lagi muslihat jahat yang telah dilakukan, benarkah pilihan raya yang lalu merekodkan keputusan yang begitu membanggakan Umno?

Jika rakyat tidak pasti, malah meragui kekuatan Umno yang sebenar pada ketika itu, kini rakyat mempunyai asas yang lebih kukuh lagi untuk menolak dakwaan Pemangku Presiden Umno yang kononnya Umno sangat kuat sekarang.
 
Ini lebih-lebih lagi benar apabila “wounded tiger” yang kini sudah selesai menjalani pembedahan tulang belakang di Klinik Alpha semakin kelihatan sangat rajin mengangkat kaki dan mendepa-depa tangan mengikuti kelas-kelas senaman.


Mustahil Umno tidak menerima laporan yang terdapat hampir 10,000 orang penyokong dan para simpati terhadap DSAI yang berhimpun penuh sesak untuk mengucapkan selamat jalan di KLIA tempoh hari.

Malah, kini pun beliau sedang dikunjungi oleh pelbagai pemimpin bertaraf dunia dari pelbagai strata, kelas dan fahaman politik baik yang berhaluan tengah, kiri dan kanan.

Anwar bukan sebarang orang. Dia bukan setakat dipercayai akan menjadi orang terpenting di Malaysia. Bahkah, dunia terkini sedang mengantung harapan dan keyakinan yang cukup tinggi terhadap beliau untuk mengembalikan perimbangan kuasa antara dua faham agama dan tamadun yang sedang bertelagah di dua tanjung ketegangan antara timur dan barat.

Dalam keupayaan yang se luar biasa itu, tiba-tiba saya perhatikan sikap pemimpin Umno yang masih asyik berselimut ketakutan di bawah tempurung kuasa ugut mengugut. Semua berpusing di sekitar wang. Sungguh malang!

Apabila Umno menutup pintu sedangkan PAS sentiasa membuka pintu kota untuk meraikan Anwar dengan seluas-luas, maka benarkah yang pemimpin Umno sedang berada dalam zon selesa dan tidak cemas?

Kami tidak pasti apa yang sedang dibuat oleh pemimpin Umno terkini tetapi kami tahu yang kami sedang bersiap siap untuk menyambut seorang panglima.

Jika begitu, kita mahu bertanya, masih adakah Tuah yang mampu turun bertarung dengan Jebat dalam keadaan segala “dosa” Jebat telah dibuktikan oleh mahkamah sebagai fitnah?

Malah, dia sememangnya tidak bersalah. Sekarang, ke mana bersembunyinya pihak yang pernah mendakwa bahawa “dia” ada bukti kukuh yang Anwar membuat kerja-kerja liwat?

Tidakkah penghakiman yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 yang lalu adalah yang sebenar dan jauh daripada sebarang campur tangan seperti yang disahkan sendiri oleh Perdana Menteri.

Jika inilah yang sebenar, maka nista yang diheret ke muka Anwar dan penghinaan panjang yag ditanggung beliau selama ini adalah sebuah kezaliman yang sezalim zalimnya.

Tentu ini semua ada kaitan dengan kerja orang orang tertentu dalam Umno. Ia tidak ada kena mengena dengan PAS.

Di atas latar belakang inilah orang Melayu khususnya, orang Islam pada umumnya dan seluruh rakyat Malaysia pada amnya sedang melihat Umno dengan penuh curiga. Mereka terasa dihina, ditipu dan dipermainkan.

Membuang seorang pemimpin berkaliber yang bakal menjadi perdana menteri pada waktu itu adalah sebuah khianat yang sehabis besar cemarnya.

Sahlah sudah bahawa DSAI telah dicantas.

Beliau dijatuhkan tertiarap dan tercedera dalam aib yang sangat hina. Tidak siapa boleh menyekat rakyat Malaysia untuk membaca ini semua.

Bagaimanapun, jika Umno masih percaya yang Umno tetap kuat dan tidak takut kepada pembangkang, maka saya tidak kuasalah untuk mengubah kepercayaan itu.

Bagi kami mudah sahaja. kes pengkhianatan terhadap Anwar telah kami bela sejak tarikh 2 September 1998.

Dari tarikh itu, ada kalanya kami dikepung, disembur air asid, dilepaskan gas pemedih mata, dikejar, ditangkap, dikurung, ditahan reman, malah dihalau tak bertangga.

Kami sabar. Kini, pengorbanan kami ternyata berhasil.

Yang benar telah terserlah. Yang bersalah akan menerima padah.

Firman Allah SWT ada bermaksud, “Katakanlah, apabila yang hak telah datang, yang batil akan lenyap. Sesungguhnya, yang batil itu pasti lenyap.”

Apabila yang batil telah lenyap, apa yang muncul dan sedang timbul ialah kebenaran. Tenaga kebenaran inilah yang saya kira terlalu kuat. Tak terkudrat untuk disalahi oleh Umno dan para pemimpinnya. Tengoklah nanti. - mj/mks.

Sumber: HarakahDaily.Net

 
DARI MUNICH KE CHEROK TO’ KUN
09.19.04 (11:06 am)   [edit]

Bukit Mertajam 19 September 2004- Hampir 5000 hadir bagi mendengar Anwar online yang dijalankan semalam. Program khas bagi penduduk Permatang Pauh dan sekitarnya itu, turut dihadiri oleh Sdr Tian Chua dan juga bekas YB Kemaman Rahman Yusoff yang bertindak sebagai pengacara majlis perbualan antara para wartawan dan DSAI. (Gambar kiri:  YBhg Rahman Yusoff)


Sebelum majlis berbicara bersama DSAI, bermula, bacaan doa dilakukan bersama zikir munajad, bermula sekitar jam 11.00 malam semalam, satu tayangan video pembebasan dan nostalgia keluarga beliau ditayangkan. Sebelum dari pada itu, YB Rahman menceritakan detik-detik beliau yang mengikut DSAI dalam pesawat penerbangan ke Munich. Menurut beliau suasana dalam pesawat begitu meriah apabila ramai kakitangan penerbangan ingin bergambar dengan beliau termasuklah pramugari.. DSAI sempat berjenaka terutamanya pramugari yang cantik-cantik agar tidak dekat dengan beliau.

Setibanya di Munich, ramai wartawan luar dari ABC,CNN,BBC turut hadir berserta puluhan wartawan luar negara. Menurut bekas YB Rahman lagi, Dr Hoogland begitu gembira kerana mendapat publisiti percuma dari luar negara kerana sebelum ini pun Presiden Husni Mubarak pernah mendapatkan rawatan di hospitalnya , namun tidak mendapat liputan yang sebegini. Oleh kerana itulah pembedahan ini dilakukan secara percuma termasuklah segala kos di sana.

Antara istimewanya penduduk Permatang Pauh ialah menghantar kad ucapan kepada DSAI ke Jerman yang dikenakan caj sebanyak RM2. Kad yang akan dibalas pada perayaan nanti itu akan dihantar melalui ejen penghantaran antarabangsa.


Dalam perbualan selama 30 minit itu berbagai soalan di kemukan terutamanya mengenai pendirian beliau dalam politik. Menurut DSAI, beliau terpenjara kerana politik, maka sudah tentulah beliau akan terus melibatkan diri dalam arena politik, diikuti dengan tepukan gemuruh ribuan penonton. Ada juga soalan berkisar mengenai kepulangan beliau, sama ada ingin menerima tawaran bekerja di luar, beliau menolak sama sekali.

Apa yang jelas, soalan berkaitan beliau akan menyertai UMNO masih lagi ditanya. Apabila menjawab soalan ini, beliau berjenaka dengan menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung menyertai UMNO semula. Beliau begitu komited untuk meneruskan agenda reformasi dan menyatukan barisan parti politik terutamanya pembangkang dan badan bukan kerajaan agar rakyat tidak lagi ditindas dan dijijak dan rakyat harus mengetahui hak sebagai rakyat yang merdeka.


Majlis diakhiri dengan ucapan dari Sdr Tian Chua yang terus merayu rakyat agar lebih berani dan bertanggungjawab terhadap negara. Ada 3 kejayaan yang kini telah dicapai rakyat. Pertamanya pembebasan DSAI adalah kerana kerjasama dan desakan rakyat. Keduanya, negara kita hampir sebaris dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina, juga Myanmar di mana rakyatnya berani menyatakan tidak kepada pemerintah yang zalim dan ketiganya Penyatuan dan semangat rakyat sebenarnya tidak luntur untuk mendesak kerajaan yang ada agar lebih prihatin dan menangani rasuah di kalangan para menteri. Majlis diakhiri dengan laungan reformasi.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 19.09.2004 (9.00 pagi)

 
TUN DR LING LIONG SIK MEWAYANG TONGKOIKAN SANDIWARA MELAYU
09.19.04 (11:05 am)   [edit]

Pak Ngah ingin mengucapkan terima kasih ke atas usaha Tun Dr Ling Liong Sik mewayang tongkoikan Sandiwara Melayu dalam perancangan usahasama bagi meningkatkan semangat ahli-ahli UMNO KUNO menjelang perhimpunan mereka beberapa hari akan datang ini. Inilah di antara contoh yang mudah dan jelas bagaimana pemuka UMNO KUNO membodohkan ahli-ahlinya. Mereka berusaha mencetuskan isu hangat kepada ahli dengan menaikkan semangat Melayu bagi melindungi perkara yang benar, perkara pokok dan lebih berfaedah jangka panjang. Di samping tu dapat mengelakkan ahli mereka mempersoalkan perkara berhubung dengan Pembebasan DSAI, Rasuah dan salah guna kuasa serta pengamalan Nepotisme dan Kronisme di kalangan pemuka UMNO KUNO ini.


Apa yang akan berlaku di persidangan perwakilan kali ini adalah ucapan berapi-api menyerang Tun Dr Ling Liong Sik. Begitulah caranya pemuka UMNO KUNO membodohkan ahlinya dengan mengadakan usahasama ALIBABA mencetuskan idea dan isu. Siapa yang untung …. MCA juga yang untung. Begitulah lingkaran kehidupan ahli UMNO KUNO yang terkongkong dalam paradigma kepompong UMNO yang kuno itu dari dulu, kini dan selamanya menantikan hari kepupusannya.
Menjelang hari tersebut para juak-juak dan lubalang Melayu UMNO Kuno pun mulalah bertempik sorak bagi memperlihatkan diri di khalayak yang ramai. Maka berteriak-teriaklah mereka ke seluruh pelosok ceruk rantau dan melalui media termasuk media yang kakitangan berpiket menentang ketidakadilan di dalam syarikat mereka. Sebenarnya media akhbar mereka ini sedang dalam proses gulung tikar. Sebelum Pak Ngah teruskan, elok kita lihat gambar-gambar berikut:


APA DAH JADI DENGAN PENGURUSAN AKHBAR UTAMA UMNO KUNO INI? Kalau kalangan sendiri dah tak boleh urus, tak payahlah nak laporkan tentang hal-hal lain (Orang Kampong kami kata: Very poor personal admin). Lihatlah tempik sorak juak-juak dan lubalang mereka tentang hal berkaitan orang Melayu seperti dilaporkan akhbar utama yang kakitangan sedang berpiket di atas.


Jangan sentuh hak Melayu ke atas UiTM
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Tokoh-tokoh pendidik dan kepimpinan Melayu hari ini meminta mana-mana pihak agar tidak sesekali menyentuh hak keistimewaan orang Melayu ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana tindakan itu disifatkan seperti `menjolok sarang tebuan'.


Rata-rata mereka kurang senang dengan cadangan Pengerusi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Tun Dr. Ling Liong Sik supaya kemasukan pelajar ke universiti berkenaan dibuka kepada semua kaum.

Malah, mereka beranggapan tindakan Liong Sik itu sebagai tidak menghormati perlembagaan Malaysia dan menghiris perasaan orang Melayu.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, sepatutnya kemasukan pelajar bukan Melayu di UiTM tidak harus dibangkitkan sekiranya Liong Sik memahami bagaimana kewujudan Dewan Latihan Lembaga Kemajuan Kampung-Kampung dan Perusahaan (Rida) pada tahun 1956 sebelum ia ditukar nama kepada Institut Teknologi Mara pada tahun 1965.

Jelasnya, Liong Sik perlu ingat Raja-Raja Melayu dahulu membenarkan kaum lain mendapat kewarganegaraan dengan syarat mereka tidak boleh menggugat kedudukan keistimewaan orang Melayu termasuk penubuhan Rida.

"Perjanjian ini dibuat pada tahun 1948 antara Onn Jaafar, Presiden MCA pertama, Tan Cheng Lock dan Presiden MIC, Tun Sambanthan. Mengapa sekarang perkara tersebut hendak dibangkitkan.

"Tindakannya itu seolah-olah tidak menghormati perjanjian sosial yang dibuat oleh pemimpin sebelum ini,'' katanya ketika diminta mengulas cadangan bekas Presiden MCA itu.

Bekas Pengarah UiTM, Tan Sri Wira Abdul Rahman Arshad turut mengkritik pandangan Liong Sik dan mempersoalkan mengapa UiTM sahaja yang dijadikan sasaran beliau.

"Kalau betul-betul hendak membentuk perpaduan mengapa tidak kita seragamkan sahaja penubuhan sekolah wawasan, tidak payah ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina atau sekolah Tamil,'' ujarnya.

Profesor Diraja Ungku Aziz pula menyifatkan cadangan Liong Sik itu sebagai satu provokasi terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu.
Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Datuk Adham Baba juga berkata, Pemuda UMNO menolak keras cadangan tersebut dan berikrar akan mempertahankan hak orang Melayu sampai bila-bila.


"Beliau perlu ingat, UTAR dibuka kepada kaum Melayu atas desakan Pemuda UMNO tetapi perkara tersebut tidak boleh dilakukan ke atas UiTM.
KUALA TERENGGANU 17 Sept. - Kerajaan Terengganu hari ini menegaskan status Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khusus untuk orang Melayu dan golongan bumiputera perlu terus dipertahankan.


Selesai sahaja agenda usahasama ALIBABA ini dilaksanakan dan akhbar mewar-warkannya serta berkata-katalah semua juak  dan lubalang maka Pemuka UMNO KUNO pun bermadah seperti berikut:



Utama agenda Melayu: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu isu agenda Melayu diberi keutamaan dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan, bukannya isu yang berkisar kepada individu tertentu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno berkata, perhimpunan agung kali ini tidak perlu mengubah haluannya dan memberi tumpuan kepada hanya satu isu berkenaan seorang individu.

“Perhimpunan agung kita ini lebih besar daripada itu. Ini adalah satu landasan, wahana yang membicarakan isu parti, bangsa Melayu dan negara secara keseluruhannya.

“Sebab itulah kita nak beri fokus utama dalam parti ke arah masa depan bangsa, agama dan negara. Itu adalah tugas utama sebagai ahli parti, bukan memberi tumpuan kepada isu yang tidak dikaitkan dengan soal masa depan perjuangan kita,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam.


Perjuangan Melayu apakah yang hendak dibuat oleh kumpulan UMNO KUNO ISLAM HADHARI INI, sedangkan Bahasa Melayu yang menjadi tonggak lidah percakapan mereka sendiri pun mereka abaikan , apakah perjuangan mencari wang ringgit dan kekayaan sahaja matlamat mereka? Telah terbukti itulah perjuangan utama mereka adalah untuk diri sendiri, nepotisme, kronisme dan tidak untuk bangsa, agama dan negara seperti mana dilaungkan.


..….. Pak Ngah - 18.09.2004

 
KHAIRY TERHIMPIT DAN TERSEPIT
09.19.04 (11:04 am)   [edit]

THE STAR hari ini muka 14 memuatkan berita dengan tajuk:
Khairy explains why he was at Anwar's house


Manakala THE NEW STRAITS TIMES muka 3:
Najib: think of party not Anwar


Berterusan nampaknya Khairy diperlakukan oleh Najib dan gengnya. Ianya bermula apabila Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah yang minggu depan akan dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno yang baru telah berkunjung ke rumah Dato Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas DSAI dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Pak Lah ketika ditanya mengapa menantunya berada di rumah DSAI akhbar THE STAR melaporkan:


On Khairy's presence at Anwar's home, PM Pak Lah had said that he had instructed his son-in-law to go there to facilitate Anwar's passport application so that he could travel to Munich as soon as possible to seek medical treatment


Menurut maklumat Khairy telah merancang suatu gerakan politik yang jika tidak pun berjaya menarik DSAI kembali ke Umno sekurang-kurangnya membersihkan nama Pak Mertuanya dari terlibat dalam kes DSAI sekali gus menaikkan imej Pak Lah termasuklah Khairy sekali sebagai bakal pemimpin pemuda yang berkarisma dan berwibawa. Pak Lah dikhabarkan begitu ghairah dengan rancangan Khairy sehinggakan Najib tidak dimaklumkan langsung darihalnya. Lalu apabila Khairy ke rumah DSAI dan akhbar-akhbar saluran perdana pula memberikan liputan meluas tentang pembebasan DSAI termasuklah akhbar THE STAR yang menerbitkan edisi khas maka Najib dan gengnya berasa sungguh tercabar. Mengapa Pak Lah tak maklumkan beliau darihal tindakan ini!


Akhirnya Najiblah yang telah kononnya menyelamatkan keadaan. Pak Lah diminta menafikan ura-ura penyertaan DSAI ke dalam Umno setelah mesyuarat kabinet baru-baru ini dan penafian ini diberikan liputan meluas. Ia diikuti dengan Mesyuarat MT Umno di mana sekali lagi Pak Lah mengeluarkan kenyataan yang sama.

Cuba perhatikan kenyataan Najib dalam NST dan Hishamuddin Tun Hussien dalam THE STAR hari ini:


Najib: Abdullah has stated that there was no deal with Anwar. This is a very significant statement to all Umno members and thay must give their full trust that this is the truth.



Hisham: We have made our position very clear that we do not and will not allow Datuk Seri Anwar back into Umno. There should not be any more discussion on Khairy's presence in Anwar's house. It's superfluous becuase there is no issue of conspiracy and politcal manoeuvring.
 
 
 



Jaga-jaga Pak Lah


Nampaknya dalam episod ini Khairy terbit sebagai budak nakal dan ternampaklah oleh Pak Lah betapa tajamnya kuku Najib, Hishamuddin dan leftenan-leftenan mereka. Jangan main-main Pak Lah silap langkah hang tersungkok nanti.
 
 
 
 


Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/" title="http://n32.blogspot.com/" target="_blank"http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms
roslansms@hotmail.com
roslan_s@yahoo.com - 12.09.2004

 
INI SATU LAGI PERMAINAN SILAP MATA UMNO
09.19.04 (11:01 am)   [edit]

Kiriman: Meli

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Pada 17 dan 18 September 2004, Malaysiakini.com telah menyiarkan satu keputusan kajian yang telah dibuat oleh Pusat Merdeka Untuk Kajian Pendapat bagi menyoal-selidik kenapa UMNO/BN menang besar dalam pilihan raya ke 11 yang diadakan pada 21 Mac 2004 yang lalu. Kajian ini dibuat dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] dan Institut Kajian Antarabangsa [IKMAS]. Seramai 1,017 sampel digunakan dalam kajian itu yang merangkumi pelbagai kaum terbesar di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Ia dijalankan 4 bulan selepas pilihan raya umum berlangsung iaitu di antara 14 hingga 21 Julai 2004.

Dalam kajian tersebut, responden yang terlibat ditanya [questionnaire] berkaitan dengan kemajuan pembangunan Negara, kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang dianggap sebagai “Mr.Clean”, pengurusan atau pertumbuhan ekonomi Negara, perpaduan, keharmonian kaum, standard wakil-wakil rakyat yang terpilih, kestabilan politik, perubahan-perubahan yang akan, sedang dan telah dibawa oleh Abdullah terutama soal membanteras rasuah dan tidak ketinggalan juga diajukan soalan yang berhubung dengan kewibawaan pembangkang [khususnya PAS dan Keadilan?-Penulis].


Laporan rasmi kajian tersebut dikeluarkan pada hari Khamis, 16.9.2004 yang menunjukkan kemenangan besar UMNO/BN melebihi 90% undi adalah disebabkan oleh factor Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM yang dianggap oleh pengundi-pengundi memberi satu penghargaan, pengharapan dan keupayaan Abdullah membawa Negara ini ke arah kemajuan berterusan untuk rakyat. Sila ikuti sepenuhnya laporan yang saya petik dari Malaysiakini.com untuk saudara-saudara memikirkan ini adalah permainan silap mata dari UMNO bagi menghadapi Perhimpunan Tahunan Tepok Amai-amai, Belalang Kuku-kuku, Tepok Bagi Ramai, Emak Upah Susu :
 



Survey confirms ‘Pak Lah factor’ in BN polls victory
Pauline Puah
Sep 18, 04 10:45am
The ruling coalition Barisan Nasional (BN)’s track record in delivering progress and material development and the ‘Pak Lah factor’ were the keys to the ruling coalition’s success in the March general election, an independent survey has shown.


The survey, by the Merdeka Centre for Opinion Research, had 42% of its respondents across all ethnic groups saying that BN’s promise of continued development had been the ruling front’s strongest appeal to them.

A close second was Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s promise for change which got the support of a quarter of the survey’s respondents.

Interestingly, the survey also registered about 8% of respondents indicating that they had supported BN ‘for some form of personal gain’.

The survey, carried in collaboration with Universiti Kebangsaan Malaysia’s Malaysian and International Studies Institute (Ikmas), interviewed a nationally representative quota sample of 1,017 adults between July 15 and 21 - about four months after the March 21 general election. The results of the survey were revealed to the press on Thursday.

‘Clean image’

Asked what they perceived to be the BN’s strength, the survey’s respondents cited 27% ‘generating economic growth’ to be the ruling front’s principle strength followed by maintaining racial harmony and political stability.

Thirty-two percent of the respondents chose to describe Pak Lah as a ‘man of the people’ while 22% described him as having a ‘clean image’.


Another 19 percent saw him in the context of his religious background.

“Demographically, it was found that the ‘Pak Lah factor’ had the greatest traction amongst Malays and Indians, those below 35, and those in lower and middle-income groups,” said the report.

The perception of the prime minister as an able manager of the economy appeared more popular with respondents from the lower-income group as opposed to those from higher-income households.

On the performance of members of parliament, 61% of the survey’s respondents said that they were satisfied with their output. However, 25% of Chinese Malaysians respondents said they did not know their MPs, twice as many compared to Malay and Indian Malaysians.

National issues

On state of the nation, nearly 80% of the respondents said were satisfied with the way things were with 16% saying they were ‘very satisfied’ and 65% somewhat satisfied.

Nearly half those answering ‘somewhat dissatisfied’, meanwhile, were below 30 years of age and more prevalently from Malay and Chinese Malaysians.

“Those who expressed dissatisfaction were also found to be more likely to vote for the opposition,” noted the report.

The poll also found that national issues of top concern were crime and public safety at 42%, followed by concerns about social problems involving the young at 12%.

Concerns about the economy encompassing factors such as inflation, employment and business growth was the third most important concern at 9%.

On public perception of the economy, over 61% of respondents were optimistic about the prospects of the economy for the coming year.

“This is an improvement compared to October last year where 57% respondent optimistically,” said the report.


ULASAN :


Kajian ini adalah pembohong dan auta semata-mata. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk memulihkan imej kerajaan pimpinan UMNO yang tercalar teruk akibat pelbagai penyelewengan dan menyalah guna kuasa yang berlaku ketika pilihan raya ke 11 berlangsung. Sudah 10 kali pilihan raya kita hadapi selepas Negara mencapai kemerdekaan tahun 1957, tetapi bagi setiap pilihan raya-pilihan raya umum yang lepas tidak seburuk yang kita hadapi pada pilihan umum ke 11 yang lalu. Saya tidak mahu menyentuh di sini tentang pelbagai penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang berlaku kerana kita sudah berbuih mulut berbincang mengenainya dan pihak PAS dan Keadilan telah menubuhkan Badan Bertindak Penyelewengan Pilihan Raya Ke 11 dan telah pun mengambil tindakan-tindakan tertentu. SRP diperkudakan, pasukan polis dijadikan benteng pertahanan menghalang kemaraan pembangkang, JPN diperalatkan dan semua agensi dan institusi kerajaan dan separuh kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan UMNO. Kenapa tidak membuat penyelidikan mengenai kepuasan hati rakyat terhadap pengendalian pilihan raya yang lalu. Mana pergi post-mortem yang dibuat oleh SPR sendiri. Kenapa Dollah Badawi pengecut untuk menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat urusan pilihan raya ke 11 tersebut.

Laporan ini tidak ada langsung kredibilitinya. Kertas laporan kajian ini hanya layak untuk membungkus najis dan dicampakkan ke dalam longkang yang berbau hanyir dengan SHIT. Itu sahaja standard laporan ini. Mana munasabah seramai 1,017 sampel sahaja dipilih sebagai responden dari bilangan pengundi berdaftar yang layak mengundi seramai 9,762,720 orang. Apa kaedah yang digunakan untuk memilih sampel-sampel ini. Sekurang-kurangnya 10% atau 5% daripada jumlah pengundi yang berdaftar wajib dipilih sebagai sampel atau responden dari pelbagai golongan dan kaum yang berumur lebih dari 21 tahun dan dari pelbagai parti politik yang berdaftar di Negara ini. Ia perlu diadakan di seluruh Negara mengikut zon atau kawasan yang ditetapkan. Kita juga perlu tahu tujuan kajian diadakan, skop kajian, metodologi kajian, permasalahan kajian dan sebagainya yang boleh meyakinkan bahawa kajian ini tulus dan mempunyai integriti yang tinggi. Baharulah laporan yang dikeluarkan itu mempunyai kredibiliti atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dari masyarakat dalam dan luar negeri. Ini tidak, kita tidak diberitahu apa kaedah yang diguna pakai, tiba-tiba sahaja dikeluarkan laporan kajian tersebut. Amat mendukacitakan.

Dinyatakan juga bahawa 3 badan yang mengendali kajian ini adalah badan bebas. Pembohong. UKM dan IKMAS adalah barua UMNO. Semenjak adik Muhyudin Yassin [kalau tidak silap saya] dihantar khusus ke UKM untuk mengUMNOkan UKM kerana sebelum itu UKM merupakan lubuk pembangkang terutama PAS. Semua aktiviti yang berbau pembangkang [khususnya amalan keagamaan] disekat dan dikenakan pelbagai peraturan yang ketat bagi menghalang kebangkitan dari menguasai kampus ini. Siapa ada di sini sekarang. Ramai kita tahu siapa dia, mereka ternama dan terbilang.

Apa sudah jadi dengan pilihan raya kampus baru-baru ini di UKM, timbul macam-macam isu. Pilihan raya kampus pada sesi ini penuh dengan tekanan, ugutan, ancaman, kerenah birokrasi dan pelbagai lagi masalah yang tidak demokratik timbul sehinggakan pelajar-pelajar di UM mengadakan tunjuk perasaan. Kalau 3 badan ini juga diberi tugas untuk menjalankan kajian mengenai perjalanan pilihan raya kampus baru-baru ini, nescaya jawapannya yang akan kita terima ialah paling demokratik, adil, bebas dan berkecuali serta semua pelajar-pelajar di IPTA-IPTA di Negara ini berpuas hati dan mengucapkan syabas kepada semua Naib-Naib Canselor yang jujur dan ikhlas untuk mempertingkatkan siasah pelajar-pelajarnya cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum.

Sebagai kesimpulannya, saudara-saudara sekalian laporan ini dikeluarkan hanya untuk menaikkan imej kerajaan sahaja di kaca mata rakyat yang buta maklumat dan di kalangan pengampu-pengampu yang berada di setiap penjuru alam ini yang hanya hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup. Mengejar pangkat, kedudukan dan kekayaan tidak kira malam-siang dan dosa-pahala. Oleh sebab itu, ianya diberi publisiti yang meluas oleh media-media perdana di Negara ini. Selebihnya saudara-saudara boleh memikirnya sendiri pada kenyataan yang bertanda merah pada laporan tersebut.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 18.09.2004

 
Pesta 2 September di "Palace Of Justice"
09.19.04 (11:00 am)   [edit]

Pesta 2 September di "Palace Of Justice"
Oleh: Zulkifli Mohamed


ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA: Penantian kita selama 5 tahun 11 bulan 2 hari semenjak beliau ditangkap pada malam 20 September 1998 telah berakhir, Anwar Ibrahim, Tokoh Reformasi, telah pulang ke pangkuan rakyat. Inilah hadiah paling berharga buat seluruh rakyat Malaysia.

Sebak dan terharu, ada yang teresak-esak kerana tidak dapat menahan air mata kegembiraan meraikan pembebasan beliau. Berpelukan erat, dengan ribuan yang bergenang air mata, sudah cukup menzahirkan kesyukuran kita terhadap keputusan mahkamah ini.


Ada rakan-rakan yang menampar-nampar pipi sendiri, untuk memastikan mereka bukannya bermimpi. Sebahagian pendokong reformasi, Melayu, Cina, India gembira menari dan menyanyi, berselang seli laungan keramat. Reformasi!

Kibaran bendera keADILan, poster Datuk Seri Anwar dan kain rentang "Bebaskan Anwar", "Pejuang Reformasi", "Selamat Kembali Anwar", yang bertulisan Melayu, Inggeris dan Cina turut menyemarakkan suasana di sini.

Kemeriahan ini bukan sahaja dirasai di perkarangan Istana Keadilan Putrajaya, malah turut dikongsi seluruh rakyat yang tidak jemu-jemu mendoakan pembebasan Anwar, mangsa fitnah terkeji dalam sejarah politik negara. Fitnah terkeji yang didalangi konspirasi pimpinan tertinggi Umno, pastinya akan terpahat dalam lipatan sejarah untuk tatapan generasi ke generasi.

Penulis yang hadir di Putrajaya, bersama penyokong serta pimpinan PKR Pulau Pinang dan Permatang Pauh dengan berkonvoi kereta dan bas, turut meraikan "pesta" ini.

Ketika Dr. Badrul Amin mengetuai bacaan Yassin dan berdoa sewaktu menunggu keputusan hakim, tanda-tanda pembebasan Anwar sudah terasa. Keyakinan itu makin bertambah, kerana dalam waktu yang sama, maklumat melalui (SMS) daripada salah seorang peguam Anwar dari kamar mahkamah, memaklumkan berita awal bahawa ada hakim telah menolak pengakuan fitnah Azizan. Degup jantung semakin kencang berdegup.

Bunyi telefon bimbit berselang-seli, menandakan maklumat melalui SMS itu sedang tersebar di kalangan pendokong reformasi. Nampak sedikit cahaya keceriaan di wajah masing-masing. Namun, ada juga yang tidak mahu mempercayainya - takut kecewa, kerana sudah acap kali "tertipu" dengan harapan palsu.

Hampir sebulan lalu, maklumat yang tersebar melalui "cakap-cakap kedai kopi" dan di laman web pro-reformasi, melaporkan bahawa Anwar akan bebas dengan keputusan 2-1. Hakim Datuk Hamid Mohamad dan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud akan membebaskan Anwar manakala Datuk Paduka Rahmah Hussain sebaliknya.

Malah, Datin Seri Dr. Wan Azizah, ketika pulang ke Permatang Pauh baru-baru ini, pernah melahirkan keyakinan beliau kepada beberapa orang pimpinan bahagian, tetapi masih berselindung dalam nada gurauannya.

"InsyaAllah selepas 2 September nanti Kak Wan akan ke Jerman berubat abang Anwar, kain baju pun dah siap sedia," katanya dalam gelak tawa.
Ketika Azmin Ali, Naib Presiden PKR, membuat pengumuman tidak rasmi tentang pembebasan Anwar, laungan Reformasi dan takbir bergema di perkarangan Istana Keadilan di Putrajaya. Kemudiannya disusuli kehadiran Peguam Zulkifli Nordin dari kamar mahkamah, mengesahkan pengumuman awal Azmin. Kemenangan 2-1 yang berpihak kepada Anwar seperti yang diumumkan Peguam Zulkifli, mengesahkan berita yang telah tersebar sebelum ini. Ketika itu suasana cukup mengharukan.


Ada yang terpaku, sebak, pilu, yang menitiskan air mata kegembiraan usah dikira, pelukan erat sesama penyokong Anwar, tangisan, jabat tangan, nyanyian dan tarian, laungan reformasi dan takbir berlaku spontan tanpa pengarahnya. Rakyat pelbagai bangsa yang tua (lama), muda, lelaki dan wanita, semuanya ikut bersyukur dan bergembira. Dr. Hatta Ramli, Azmin Ali, dan beberapa pimpinan BA dilihat mengesatkan air mata. Kartunis Zunar masih sempat berseloroh, katanya beliau akan pencen melukis gambar Pak Lah selepas ini. Mungkin karikatur Ariffin Jaka, Augustine Paul dan Ghani Patail akan disemadikan dalam satu liang lahat, ujarnya.

Doa kesyukuran dan diaminkan ribuan yang hadir berkumandang di "Palace Of Justice". Orang ramai yang baru menerima maklumat pembebasan Anwar mulai membanjiri perkarangan mahkamah. Pintu besar untuk ke ruang legar mahkamah yang dibuka sebelum ini, kini ditutup. Semuanya kelihatan ghairah menanti untuk menatap wajah Anwar. Semuanya kelihatan tersenyum hingga ke telinga.


Ketika menunggu kemunculan Anwar para reformis bersemangat mendendangkan irama lagu berikut:
Hidup, hidup, hidup Anwar!
Bebas, bebas, bebas rakyat!
Hancur, hancur, hancur BN!
Tangkap, tangkap, tangkap Mahathir!
Reformasi, reformasi, reformasi!
Takbir, Allahuakbar!


Maklumat yang mengatakan Anwar akan menemui penyokongnya di hadapan mahkamah membuatkan orang ramai dan pihak media asing dan tempatan, mulai menyerbu pintu utama. Mereka diminta berbaris panjang, sambil menyediakan ruang laluan untuk "stretcher" Anwar. Pada peringkat awal, arahan ini dipatuhi.

Tiba-tiba laungan reformasi bergema, orang ramai yang diarahkan duduk sebelum ini secara spontan bangun. Disangka Anwar, rupa-rupanya Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan beberapa peguam Anwar kelihatan meninggalkan perkarangan mahkamah melalui celah-celah orang ramai. Salah seorang Peguam Anwar, Karpal Singh sempat memberikan ucapan ringkas kepada wartawan :


"Kita mahu Mahathir memberi penjelasan ke atas segala yang telah dilakukan ke atas Anwar selama lebih enam tahun lalu. Kita tidak akan lepaskan Mahathir."


"Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan DAP akan kembali bersama keADILan," ujarnya disambut tepukan gemuruh dan laungan reformasi.


Setelah sabar menanti, sebahagiannya tidak menghiraukan terik mentari, akhirnya wajah Anwar muncul di pintu depan bangunan mahkamah.


Laungan reformasi dan takbir silih berganti, barisan orang ramai yang teratur sebelum ini, kini tidak terkawal. Mereka yang berada di belakang kini mula berasak-asak menyerbu ke bahagian depan, dengan harapan dapat berjabat tangan atau setidak-tidaknya dapat menatap wajah Anwar dari dekat.

Melihat suasana yang tidak terkawal, atas faktor kesihatan dan keselamatan, rancangan awal Anwar untuk menemui para reformis terpaksa dibatalkan. Beliau hanya sempat melambaikan tangan di pintu utama yang terpaksa ditutup kembali.

Akhirnya Anwar terpaksa dibawa melalui pintu belakang mahkamah, yang dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.

Masih tidak berputus asa, orang ramai kemudiannya berpusu-pusu pula ke bahagian belakang mahkamah. Dengan diiringi Azizah dan pasukan polis, kenderaan yang membawa Anwar akhirnya meluncur laju menuju ke rumah bapanya. Seterusnya pulang ke Damansara, Jalan Setiamurni 2, yang kali terakhir beliau kembali, sewaktu menikahkan puteri sulungnya Nurul Izzah.

Kita panjatkan doa agar Anwar selamat jalani rawatan di Munich, Jerman. Kita juga berharap agar Mahathir terus panjang umur, kerana dakwanya, pembebasan Anwar tidak akan mengganggu tidurnya.

Ketika ini, penulis teringat kembali kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Datuk Adnan Ramli, bekas Pembantu Khas Anwar, yang kini memegang jawatan penting dalam Umno Bahagian Permatang Pauh.

Kata Datuk Adnan: "Anwar telah dikuburkan, kuburnya telah disimen kukuh."
Apa khabar Umno Permatang Pauh selepas ini?
 







Kiriman: Mat Sepai - 18.09.2004  Gambar-gambar kiriman Mat Sepai 

 
BANNER RAKYAT KEPADA DSAI DITURUNKAN MPSP
09.18.04 (9:00 pm)   [edit]

PERMATANG PAUH 18 SEPT- Banner Rakyat Permatang Pauh yang ditujukan khas untuk menyambut kepulangan DSAI telah diturunkan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai pada petang 17 September baru-baru ini sekitar jam 4.00 petang. Ianya diturunkan dengan bantuan dan perlindungan dari pihak berkuasa. Banner yang hanya sebahagian kecil daripada puluhan banner yang akan muncul tidak lama lagi itu telah diturunkan atas arahan Ahli Majlis Perbandaran dengan didalangi oleh UMNO di sebaliknya.


Walau bagaimanapun, Banner tersebut dipulangkan semula ke tempat asalnya setelah bekas YB keADILan Pak Rakman atau Abd Rahman Kadir telah berbincang dengan pihak majlis dan polis, banner tersebut telah dipulangkan semula dan diletakkan di tempat asalnya (gambar sebelah). Inilah dia apa yang pernah diucapkan oleh DSAI semasa pelancaran Deklarasi Permatang Pauh pada 18 September 1998 setelah pemecatannya yang menegaskan bahawa pemimpin yang takut dan mempunyai budaya “culture of fear”, atau budaya rasa takut yang menguasai pemimpin atasan. Pemimpin seperti ini lah yang hanya tahu untuk menakutkan rakyat dan memperbodohkan orang Melayu.


Ini tidaklah menghairankan kerana sebahagian Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah di kalangan ahli politik dari Barisan Nasional. Misalnya YDP Majlis perbandaran adalah orang Pak Lah sendiri, manakala berapa beberapa pencacai yang juga ahli majlis dilantik daripada kalangan ahli UMNO yang tak ada kerja. Misalnya salah seorang yang kini mempunyai kenderaan MPV adalah Ahmad Nizar Hashim ketua pergerakan pemuda UMNO Permatang Pauh.

Menurut maklumat, Ahmad Nizar tidak mempunyai sebarang pekerjaan di ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO. Kini setelah UMNO berjaya menguasai ADUN Penanti, beliau dilantik menjadi ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Menurut maklumat juga, sebahagian besar pegawai atasan di Majlis Perbandaran Seberang Perai mempunyai berbagai projek dan dijalankan atas nama proksi. Inilah satu-satunya Majlis Perbandaran yang penuh dengan para perasuah dalam mengamalkan amalan kerja tidak sihat dalam masyarakat. Adalah tidak menghairankan kerana Majlis Perbandaran adalah antara Majlis Perbandaran tertua dalam negara kita. Juga tidak menghairankan jika inilah pusat lubuk bagi kakitangannya menidakkan segala bentuk tender yang seharusnya dijalankan dengan telus. Pernah beberapa kali pihak BPR mengintip kakitangannya untuk diambil tindakan namun semuanya lepas bebas.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah sampaikan banner yang digantung, dan dibiayai sendiri “dituduh” sebagai satu ancaman ke atas keselamatan dan ketenteraman, malahan pihak yang menyuruh atau mengarah begitu dungu sekali dalam kerja-kerja membodek beberapa pemimpin atasan atas alasan tidak mendapat lesen @ permit. (pendedahan akan dibuat ke mana MPSP memberi permit@lesen……..tungguuuuuuu). Maka kerana itulah kata Hishamuddin , semoga ayat kontot bodek ini akan dapat mengenyangkan Darul Al bodek.

Berita awal berkaitan:
Wartawan LR: Rakyat Pmtg Pauh Dapat Berinteraksi Online Bersama DSAI
HarakahDaily: Ikuti 'online' Bersama Anwar


Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 18.09.2004

 
PENGAKUAN IKHLAS BEKAS PERDANA MENTERI
09.17.04 (8:57 pm)   [edit]

Memang sejak akhir ini Bekas PM mula memberikan penjelasan secara jujur. Kejujuran yang Pak Ngah petik ini menceritakan pengakuan sebenar Bekas PM sendiri dari petikan surat khabar utama mereka di bawah tajuk iaitu:



Ahli Umno tidak harus utamakan individu: Dr M


Dalam wawancara itu, Dr Mahathir yang melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti Oktober tahun lalu, mengutarakan pendapatnya berhubung kedudukan parti tonggak Melayu itu yang akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan minggu depan.

Beliau menyifatkan masalah rasuah di Malaysia sebagai sesuatu yang berlaku ‘di bawah meja’, tidak seperti di sesetengah negara lain di mana rasuah dibuat ‘di atas meja’.

Di bawah meja, kita boleh betulkan tapi kalau sudah naik atas meja, semua orang terbabit sehingga yang di atas, ia tidak boleh nak ubat lagi.


Kini telah jelas UMNO dan BN Islam Hadhari telah lama menerima RASUAH BAWAH MEJA. Rasuah jenis ini boleh dibetulkan… macam mana gaknya ye….. mungkin ubah sikit sebutan


Mula mula: Politik Wang kemudiannya sebut pula Rasuah Bawah Meja dan kemungkinan di ubah Rasuah di dalam Sampul. Tetapi yang jelas pada mereka ianya bukan rasuah sebab sebutannya lain. RASUAH hanya RASUAH apabila di sebut RASUAH atau ditulis RASUAH. Selain daripada itu sama ada Politik Wang, Rasuah Bawah Meja, Dalam Meja, Dalam Sampul bukannya rasuah. Inilah yang telah diwujudkan dalam Kamus UMNO dan BN yang terkini.

Bagi Rakyat Marhaen kita menolak rasuah tanpa mengira kedudukan, siapa yang melakukannya, di mana ia dilakukan kerana ianya tetap rasuah.

..….. Pak Ngah - 17.09.2004

 
MB PAHANG MENGHINA PELANCONG KE PULAU TIOMAN
09.17.04 (8:53 pm)   [edit]

Pak Ngah memang orang kampung tetapi bila ada kelapangan waktu, mau juga ke Pulau Tioman tetapi telah terbantut apabila membaca kenyataan MB Pahang berhubung Projek RM 42 di Pulau Tioman seperti berikut:


"Kita mahu menerokai ‘up-market tourism’ yang dapat menjana semua sektor ekonomi di Tioman dan bukannya jenis pelancong yang tidak berbelanja, seperti melepak dan tidur di tepi pantai," katanya.


Siapa yang tak marah kalau dah siap sedia nak jalankan projek dan boleh buat duit , tiba tiba orang ramai pula heboh dan terganggu projek tersebut. Kemarahan tersebut pula telah menyebabkan MB Pahang ini menghina Pelancong yang ke Pulau Tioman. Oleh hal demikian kita beramai-ramai memboikot bercuti di Tioman selama mana beliau terus menjadi MB Pahang.

Kata pepatah Melayu, “Terlajak perahu boleh berpatah arah tetapi terlajak cakap badan binasa”. Orang yang sombong selalunya bodoh tetapi kebanyakan orang bodoh tidak sombong.

..….. Pak Ngah - 17.09.2004

 
KAWAN KHAIRY TERLIBAT POLITIK WANG
09.17.04 (4:15 pm)   [edit]

Salah seorang dari 20 pimpinan Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dengan politik wang adalah Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya Ahmad Zaki Zahid. Siapakah Ahmad Zaki ini?


Ahmad Zaki adalah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri mengetuai Unit Penyelidikan Dasar di Pejabat PM. Seorang lulusan undang-undang beliau telah mengalahkan Khairun Dato' Aseh anak KSU Kementerian Dalam Negeri dengan kelebihan 3 undi. Menurut laman BLOG Jeff Ooi di http://jeffooi.com/ :


Putrajaya Umno Youth chief Ahmad Zaki Zahid, who is also the PM's Special Officer, has been found guilty of money politics by the party's disciplinary committee, little birds told Screenshots today.


He was found to have contravened Section 2.2 of the Umno's Code of Ethics but is let off with only a warning.

Zaki used to be associated with Booz Allen Hamilton, and Ethos Consulting, a consulting setup now defunct business magazine founded by Khairy Jamaluddin and friends.


Macam mana orang yang di bawah dagu PM pun boleh terlibat dalam politik wang satu penyakit yang menurut pimpinan Umno sendiri menjahanamkan parti dan bangsa! Kawan baik pula pada menantu PM sendiri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru. Ada sumber yang menyatakan Khairun mendakwa lawannya menyogok para perwakilan Pemuda Putrajaya dengan wang tunai sehingga RM3000.


Kata Zaki dalam The Star:


I am very sad because I did not do anything wrong.


Kalau begitu siapa yang bersalah, Lembaga Disiplin Umno? Makin parah nampaknya barah politik wang yang menyerang Umno ini. Kebetulan sejak Anwar dibebaskan ini Khairy (gambar atas bersama isterinya, Nori Abdullah Badawi) dan kawan-kawannya asyik menerima tekanan sahaja.


Oleh Roslan sms
roslansms@hotmail.com
roslan_s@yahoo.com - 12.09.2004 (suntingan

 
Ni dia yang kuat kutuk Anwar!
09.16.04 (5:30 pm)   [edit]

Ni dia yang kuat kutuk Anwar!

INI dia nama-nama pemimpin yang kuat mengutuk Anwar dalam mesyuarat MT Umno dua tiga hari lepas. Adnan Yaakob, Nazri Tan Sri Aziz, Shafie Afdal, Rafidah Aziz, Hishamuddin Hussien, Azalina Othman, Kadir Sheikh Fadzir dan Shahidan Kassim. Juga Zainuddin Maidin serta Shagul Hamid (ketika taklimat khas).


Mahakuda - 16.09.2004 - 10.00 pagi 

 
"Saya berjuang dari dalam Umno.."
09.16.04 (5:29 pm)   [edit]
Pengampu utama, Suhaimi Ibrahim menemui Anwar di Munich semalam.

Siapa Suhaimi? Orang kuat GPMS dan pemimpin Umno ini muncul di TV pada September 1998 dengan menggeleng-gelengkan kepala kerana selama ini beliau tidak sangka Anwar rupa-rupanya adalah seorang peliwat!

Namun beliau menemui Anwar di Munich semalam dan membisikkan "saya berjuang dari dalam Umno".    Meminjam kata-kata Hishamuddin Rais, ''poooorah!"

Mahakuda - 15.09.2004

 
Mahathir: Dah Demam?
09.16.04 (5:27 pm)   [edit]

Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan pujian yang diberikan oleh kuasa-kuasa besar kepada negara ini termasuk dalam kes membabitkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September lalu (Utusan Online: Berita penuh).


Bila terbaca artikel di atas, rasa nak tergelak pun ada, nak muntah pun ada pening pun ada. Jika kita perhatikan berita sejak kebebasan DSAI banyak pujian adalah kepada Pak Lah kerana tidak campur tangan dalam badan kehakiman. Dengan tidak secara langsung, mereka yang memuji Pak Lah mengkiaskan zaman pemerintahan Mahathir badan kehakiman tidak bebas.

Pak Lah mesti tersenyum dengan pujian ini. Sebaliknya Mahathir tersangat marah dengan pujian ini seolah-olah memerlinya. Kata orang angin satu badan. Ahem rasa Pak Ngah mesti ketawa membaca artikel di atas kerana merujuk kepada artikel Pak Ngah, APA DAH JADI PADA BEKAS PM TUN DR MAHATHIR?, Mahatir dengan hidung yang tak mancung pipi tersorong-sorong sendiri bodek John Kerry (calon Presiden US). Yang lebih memalukan John kerry cakap "Orang luar jangan masuk campur nooo…" hahaha.

Kemudian dalam Bisik-Bisik Awang Selamat Mahathir ada mengatakan dia rasa kecewa rakyat Malaysia malas menulis. Bukan tak nak menulis, tapi tidak ada kempen yang terancang bukan sahaja untuk menulis malahan untuk membaca buku. Kempen yang ada dan dicanang-canangkan adalah Konsert Sure Heboh, Konsert Scropion, Konsert Ramli Sarip, Konsert Siti Norhaliza dan berbagai-bagai konsert. Cuba kita lihat ada tak kempen membaca betu-betul dihebohkan sebagaimana konsert-konsert berkenaan? Kalau ada pun, adakah se grand konsert-konsert yang ada? Anda sendiri boleh menjawabnya.

Mahatir bercakap lagi


“Bagaimanapun mereka (Rakyat Malaysia) cukup ligat dalam bab gosip dan sembang kedai kopi - sampai pukul 2 pagi pun boleh. Orang kita memang kuat bercerita, lebih-lebih lagi hal politik”


Sebab apa kita kuat bergosip? Sebabnya kita tidak mendapat laporan yang betul dan tepat. Media tempatan telah dibisukan dengan berita-berita sahih dan disogokkan dengan berita-berita yang telah diolah agar menyebelahi parti pemerintah. Dan media-media ini juga banyak membuat gosip yang merupakan bahan gosip untuk rakyat. Siapa mulakan semuanya ini? Takkan tak tau Che Det oiiii.


Dan Mahathir bercakap lagi.


”Sebab itu negara kita begitu kerap dilanda khabar angin dengan teori konspirasi gila-gila.”


Haaaa!!! Dia sebut konspirasi… Konspirasi apa ya? Konspirasi Jatuhkan DSAI ke? Tension ke? Tak lena tidur ke? Teringat-ingat ke? Dan akhir sekali Ahem nak tanya Mahathir satu soalan cepu emas….. Dah Demam….?


Ahem - 16.09.2004 - 8.15 pagi

 
Pirdaus Menjerit-Jerit, Mencampak Dokumen SPR Dan Menendang Peti Undi
09.15.04 (4:44 pm)   [edit]

GEORGETOWN: 9 September. Sukar dipercayai, tapi inilah hakikatnya. Bekas Imam Masjid Negara yang bergelar hafiz Al-Quran, sanggup menjerit-jerit, mencampakkan dokumen SPR dan menendang peti undi hanya kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihan raya lalu.


Perlakuan bekas calon BN Parlimen Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail ini, telah dinyatakan secara bersumpah di kamar Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, oleh saksi SPR, Puan Siti Asmah binti Mohd Salleh, 33, Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, merangkap Penolong Pengurus Pilihan Raya, P044 Parlimen Permatang Pauh.

Keterangan beliau turut diakui oleh Tuan Haji Rahim Md Salleh, 52, selaku Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang yang turut memberikan keterangan yang sama di Mahkamah Tinggi di sini.

Perlakuan sumbang itu, telah dilakukan pada malam 21.3.2004 dan pagi 22.3.2004, sewaktu proses kiraan semula undi akan bermula di Dewan Maktab Perguruan Tuanku Bainun.

Ketika soal jawab dengan Peguam SPR, Shaiful Idris, Pn. Siti Asmah menceritakan secara terperinci tentang kejadian tersebut.

SHAIFUL: Setelah mengetahui keputusan pada malam itu, ( 21.3.2004 ) apa yang berlaku?

ASMAH: Ketika saya menfakskan keputusan pilihan raya Parlimen Permatang Pauh kepada SPR Negeri ( Pulau Pinang ) dan Putrajaya, Datuk Pirdaus berada di sana. Ketika menunggu pengesahan daripada SPR, Datuk Pirdaus telah MENJERIT-JERIT kepada saya untuk berjumpa dengan Pegawai Pengurus Pilihanraya ( RO)- Muzamin Mastak. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada RO.

RO seterusnya meminta supaya saya menghubungi Pengarah Pilihan Raya Negeri bertanya sama ada beliau boleh berjumpa Datuk Pirdaus. Setelah berhubung dengan Pengarah Pilihan Raya Negeri, beliau mengatakan bahawa majoriti undi 449 yang dimenangi Datin Seri Dr. Wan Azizah kurang daripada 2%, oleh itu RO bolehlah memanggil Datuk Pirdaus untuk memaklumkan keputusan tersebut serta memberitahu hak Datuk Pirdaus bahawa beliau boleh memohon untuk diadakan perkiraan semula undi, dan jika Datuk Pirdaus tidak mahu perkiraan semula undi dilakukan, beliau hendaklah mengisi “Borang 17”.

RO telah memaklumkan kepada Datuk Pirdaus bahawa beliau kalah kepada Datin Seri Dr Wan Azizah, sebanyak 449 undi. Datuk Pirdaus tidak puas hati, Datuk Pirdaus menyatakan bahawa beliau ingin bercakap dengan SPR. Saya telah hubungi SPR Putrajaya dan pegawai yang ada ketika itu, hanyalah Setiausaha SPR. Datuk Pirdaus tidak mahu bercakap dengan Setiausaha SPR, sebaliknya beliau meminta supaya RO hubungi Pengerusi SPR, tetapi Pengerusi SPR tidak dapat dihubungi pada malam itu.

SHAIFUL: Setelah dimaklumkan Pirdaus kalah 449, apa reaksinya?

ASMAH: Pirdaus berkata, “Saya yakin saya menang”, tapi RO mengatakan keputusannya terbalik, Datuk. Kemudian Datuk Pirdaus bertanya lagi, berapa banyak saya kalah kepada Dr. Wan Azizah? Dan RO memaklumkan keputusan yang sebenarnya kepada Datuk Pirdaus.

SHAIFUL: Adakah Datuk Pirdaus meminta kiraan semula?

ASMAH: Datuk Pirdaus meminta kiraan semula pada malam itu juga.

SHAIFUL: Ketika itu pukul berapa?

ASMAH: Lebih kurang pukul 11.00 malam.

SHAIFUL: Apa jawapan RO?

ASMAH: RO katakan, ikut peraturan pilihan raya, pengiraan semula hanya boleh dibuat pada esok hari, mulai jam 10.00 pagi.

SHAIFUL: Pada 22.3. 2004 ( hari kiraan semula undi ) pukul berapa Pn. Siti Asmah tiba di MP Tuanku Bainun?

ASMAH: Lebih kurang 8.00 pagi.

SHAIFUL: Pukul berapa masuk dewan?

ASMAH: Pukul 10.00 pagi, ketika pintu dewan dibuka oleh RO dan diperiksa dengan rapi oleh pihak polis.

SHAIFUL: Adakah masuk bersama RO?

ASMAH: Ya.

SHAIFUL: Ada orang di dalam dewan ketika itu?

ASMAH: Tiada orang dalam dewan.

SHAIFUL: Pukul berapa Datuk Pirdaus tiba?

ASMAH: Tidak pasti dengan tepat, tetapi dia tiba ketika urusan menyusun meja sedang dibuat lebih kurang jam 10.00 pagi.

SHAIFUL: Setelah Datuk Pirdaus tiba apa yang berlaku?

ASMAH: Setibanya Datuk Pirdaus, Dr. Wan Azizah juga tiba, setelah semua urusan selesai, RO telah memanggil kedua-dua calon untuk naik ke pentas dan memeriksa peti-peti undi yang berada di atas pentas, dalam lingkungan “tali rentang” SPR. Peti-peti undi disusun mengikut DUN Seberang Jaya di tengah, Permatang Pasir dan di sebelah kanan DUN Penanti.

Saya berdiri di sebelah Datuk Pirdaus ketika Datuk Pirdaus memeriksa peti-peti undi tersebut, tiba-tiba Datuk Pirdaus MENINGGIKAN SUARANYA, kerana beliau tidak puas hati sebab terdapat sampul-sampul di atas peti undi. Saya berikan penjelasan kepada Datuk Pirdaus bahawa sampul-sampul tersebut mengandungi bahan-bahan seperti alatan pembaris, penindik dan poster-poster yang tidak boleh dimasukkan ke dalam peti undi. Beliau kemudiannya MENGAMBIL SAMPUL ITU, DAN DIBUANGKAN KE ATAS LANTAI, DENGAN NADA KERAS, BELIAU ARAHKAN SUPAYA SEMUA SAMPUL ITU DIANGKAT DAN DILETAKKAN DI TEMPAT LAIN.

SHAIFUL: Selain membuang sampul itu, apa lagi yang dibuat Datuk Pirdaus?

ASMAH: Datuk Pirdaus MENYEPAK PETI UNDI yang berada di depan beliau.

SHAIFUL: Apa lagi yang dikatakan Datuk Pirdaus?

ASMAH: Beliau mengatakan, “Jangan mulakan kiraan sehingga saya berpuashati”.

SHAIFUL: Akhirnya dapatlah dilakukan kiraan semula?

ASMAH: Ya

SHAIFUL: Apa keputusannya?

ASMAH: Keputusan pada 22.3.2004 ialah Datin Seri Dr. Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.

SHAIFUL: Bolehkah Puan Asmah beritahu mahkamah apa yang terjadi?

ASMAH: Yang Arif, keputusan yang dibuat pada hari itu (22.3.2004) itulah keputusannya.

SHAIFUL: Mengapa terdapat perbezaan, daripada majoriti 449 menjadi 590?

ASMAH: Pada ketika itu saya tidak tahu.

SHAIFUL: Sekarang?

ASMAH: Setelah petisyen dikeluarkan barulah saya tahu.

SHAIFUL: Boleh jelaskan?

ASMAH: Yang Arif, terdapat undi yang tercampur pada kiraan undi pertama yang terbahagi lebih kepada kedua-dua calon.

Sebelum itu, pada sebelah paginya, Peguam Shaiful Idris, turut menyoal Tuan Haji Rahim Md Salleh, saksi ke-18 SPR, sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, tentang keadaan yang berlaku sebelum proses kiraan semula.

SHAIFUL: Sila Tuan Haji jelaskan pada mahkamah apa yang berlaku pada 22.3.2004 di Dewan MP Tuanku Bainun.

RAHIM: Di dewan MP Tuanku Bainun, pintu telah dibuka oleh RO pada jam 10.00 pagi 22.3.2004. Meja-meja tempat meletakkan peti undi dan dulang mengira undi mula disusun atur mengikut jumlah saluran dan 3 DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Sebanyak 94 meja telah diatur dengan jarak yang sesuai bagi petugas-petugas, iaitu Ketua Tempat Mengundi (KTM), kerani mengira undi, dan 2 ejen parti dari parti bertanding. Lebih kurang 12.30 tengah hari, meja telah siap disusun atur dan RO telah meminta saya supaya memberi penerangan ringkas mengenai tugasan dan tanggung jawab mereka pada hari itu. Antara lain penekanan saya ialah “Hanya undi bersih sahaja yang perlu diambil kira. Bagi undi ragu yang telah ditolak pada 21.3.2004 hendaklah tidak diambil kira.”

Sebelum pengiraan bermula, saya melihat RO telah menjemput kedua-dua calon naik ke atas pentas untuk membuat pemeriksaan peti-peti undi di atas pentas yang dikawal dengan tali rentang sejak dari malam 21.3.2004.

Pada masa itu, saya lihat calon BN ( Pirdaus ) telah mengubah-ubah dan MENYELERAKKAN DULANG-DULANG MENGIRA UNDI yang diletakkan di atas susunan
peti undi, serta MENYEPAK BEBERAPA PETI UNDI.


Soalan balas kepada kedua-dua saksi ini masih ditangguhkan oleh Peguam Christoper Fernando, memandangkan ketua peguam Pirdaus, Datuk Shafiee Abdullah tidak hadir dan hanya diwakili pembantu-pembantunya sahaja.

Datuk Pirdaus bersama penyokong-penyokong yang kebiasaannya mengikuti perbicaraan ini tidak kelihatan, semenjak Mahkamah Persekutuan di Putrajaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak SPR diwakili oleh barisan Peguam Kanan Persekutuan, Kamaludin Md. Said, Saiful Edris Zainuddin dan Kamarudin Kamsun.

Perbicaraan didengar oleh Hakim Datuk Hassan Lah dan akan bersambung pada 30 September sehingga 7 Oktober 2004.
 






Kiriman: Mat Sepai - 14.09.2004 

 
TAK APA DATO’SERI. PEMIMPIN MEREKA PENUH PERASUAH. MARI BERSATU BERSAMA BARISAN ALTERNATIF
09.15.04 (4:43 pm)   [edit]

Berita semalam tidak lah mengejutkan sangat. Tidak masuk akal juga jika Anwar Ibrahim mahu menyertai semula UMNO kerana sejak mula lagi beliau telah berazam dengan agenda Reformasinya. Memanglah agenda para penyokong UMNO untuk menolak para pemimpin yang pernah mereka tolak dahulu. Buat apa menyertai semula UMNO jika sekadar menjadi seperti Ku Li dan Shahril Samad dan juak-juak lain lagi. Itu semua tidak perlu. Apa yang perlu ialah bersatu dan menyatukan pembangkang.


Jika UMNo, berpendirian begitu, pendirian Anwar lebih jelas sejak awal lagi. Komitmen beliau untuk berusaha menyatupadukan Barisan Alternatif dilihat sebagai satu jalan ke arah sebuah barisan pembangkang yang kukuh dan kuat. Tidak mustahil jika beberapa negeri dapat ditawan semula.

Buat apa Dato’ Seri menyertai semula parti yang menipu bangsa sendiri dan mengayakan tembolok pemimpinnya. Bangsa sendiri tidak terbela meskipun sudah 47 tahun merdeka. Yang kaya raya pemimpinnya yang papa kedana penyokongnya.Yang hidup senang kroni dan suku sakatnya, yang merempat rakyat terbanyak yang teraniaya dengan agenda UMNO pembela bangsa.

Buat apa Dato’ Seri berkawan dengan kawan yang makan kawan. Buat apa bersahabat dengan sahabat yang tak mengenal kawan. Masa senang jadi kawan, masa susah jadi lawan. Tak apa, kami golongan rakyat marhaen bersedia berkawan dan menjadi sahabat dan rakan seperjuangan.

Buat apa Dato Seri, kalau bangsa sendiri tidak dapat menikmati kemerdekaan dan diperbodohkan oleh pemimpin yang hanya tahu membuat retorik dan kemudiannya menjadikan bangsa sendiri tidak berdaya maju. Buat apa jika ada antara anak bangsa yang cerdik dan pandai-pandai ditendang dari menjadi pemimpin kerana memang budaya parti mereka disertai oleh golongan yang hanya tahu mengaut keuntungan peribadi.

Buat apa Dato’ Seri sekiranya menjadi orang yang akan ditempelak oleh para reformis. Semalam nenek Rafidah Rasuah Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa pergerakan wanita UMNO menolak usaha bagi membawa masuk semula Anwar ke dalam UMNO. Bagaimana mungkin sang ketua yang dahulunya menyatakan Anwar berbekam mata sendiri dalam tahanan polis. Punya la dunggu ketua pergerakan wanita , sama dunggunya dengan wanita UMNo yang sudah patut dipanggil nenek-nenek yang masuk ke kampung berkempen.

Takkan lah pula nenek Pidah mahu berdepan dengan wajah Dato Seri, setelah laporan yang dibuat berhubung dengan rasuah. Baik bawa perkara ini dan perjuangkannya di mahkamah kelak. Biar Rafidah Rasuah Aziz berbekam mata sendiri dalam lokap polis dan membuat dakwaan sendiri bahawa polis tolong membekamkan matanya.Inilah luncai yang suka main dengan labu-labunya.

Beberapa hari lepas saya telah menulis adakah benar tiadanya perjanjian? Bukannya apa Dato’ Seri, angin bertiup begitu kencang sehinggakan para reformis dan penyokong tertanya-tanya di manakah pendirian saudara. Kini apabila sudah dijelaskan bahawa Dato’ Seri akan bersama-sama kami rakyat marhaen yang di tindas dan tidak berpuas hati dengan cara dan tindakan pemimpin UMNo yang memang rakus dan  menyalahgunakan kuasa, maka kami golongan rakyat era Reformasi menjadi begitu yakin dan yakin bahawa saudara akan bersama kami dengan agenda reformasi.

Welcome back Anwar Ibrahim.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 14.09.2004

 
"Umno tolak Anwar. Tak apalah!" - TGNA
09.14.04 (4:13 pm)   [edit]

" Saya membaca sikap penolakan terhadap Anwar ini, sebagai begini.

Anwar adalah seorang yang berpendirian Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengambil beliau ke dalam Umno lebih kurang 22 tahun lalu pun adalah di atas kekuatan ini.

Anwar adalah bekas Presiden ABIM sebelum itu. Beliau juga sering dilihat sebagai orang penting dalam usaha penerapan nilai-nilai Islam.

Walau pun ada orang tertentu cuba memadamkan sejarah beliau yang berjasa dalam penubuhan UIA dan Bank Islam, tetapi rakyat boleh bersetuju bahawa semuanya itu adalah buah tangan darinya.

Orang lain yang cuba mengambil kredit sebenarnya hampir tidak mempunyai perkaitan.

Hatta, beliau difitnah, dibuang dari Umno, dikepung, ditangkap, dikurung, diikat tangan dan ditutup mata, dihina lalu dibelasah secukupnya – semuanya ada kena mengena dengan pendirian beliau terhadap Islam.

Beliau amat menentang rasuah, nepotisme dan kronisme. Beliau sangat tidak gemar membazirkan wang rakyat.

Beliau anti penyalahgunaan kuasa. Beliau tidak suka menghukum sebelum terbukti sebarang kesalahan. Beliau sebaliknya ingin memulihkan demokrasi. Beliau mahukan keadilan.

Tegasnya, beliau cintakan Islam.

Di sini, jika Umno dalam musim Abdullah Ahmad Badawi memperjuangkan Islam dari jenis yang sebenar, maka apa salahnya diraikan DSAI?

Apakah ini bermakna bahawa slogan Islam Hadhari laungan pemimpin Umno sekali lagi bersifat “hiasan baju luar sahaja”?

Jika Islam hakiki yang berteraskan al-Quran dan Hadith tentu ia boleh serasi dengan apa yang diperjuangkan oleh Anwar. "

Dari Artikel Harakahdaily:
"Umno tolak Anwar. Tak apalah!"
Oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

 
Isu Anwar: Apakah Isu Sebenarnya?
09.14.04 (4:07 pm)   [edit]

Dalam laman-laman web pro-UMNO, isu moral Anwar nampaknya terlalu diperbesar-besarkan dan digembar-gemburkan. Dikatakan Anwar seorang yang bermoral rendah (seorang homoseks), dan kerana itu tidak harus diberi peluang lagi untuk muncul sebagai pemimpin supaya negara ini tidak dirosakkan oleh orang seperti Anwar.


Pada pendapat saya, isu moral ini bukanlah isu yang sebenar, malah mungkin boleh dianggap sebagai ‘isu palsu’ dan isu yang sengaja diada-adakan dengan tujuan tertentu.

Kita tidak patut melupakan bahawa pada pokoknya sebab sebenar Anwar dilucutkan daripada jawatan Timbalan PM dan dipecat daripada UMNO tidak lain daripada isu politik, atau lebih tegas lagi isu kuasa.

Maknanya pada masa itu, di pihak Dr. Mahathir dan suku sakatnya terdapat kepercayaan bahawa Anwar mahu merampas kuasa daripada beliau. Oleh itu, dicarilah isu yang boleh dijadikan alasan untuk mengambil tindakan drastik ke atas Anwar.

Entah mendapat ilham daripada mana, isu moral telah dijadikan isu pokok untuk ‘menghancurkan’ Anwar. Itulah mulanya timbul isu liwat yang dikaitkan dengan Anwar. Isu lain, seperti salah guna kuasa, jadi agen Amerika, tak pandai mengurus ekonomi dan sebagainya adalah isu sampingan untuk menguatkan alasan untuk menyingkirkan beliau.

Kini, setelah Anwar bebas, isu moral ditimbulkan lagi, malah dijadikan isu utama pula. Akan tetapi, pada pendapat saya isu yang sebenar masih lagi isu politik dan kuasa; bukan isu moral.

Kita boleh mengandaikan, jika Anwar kembali memasuki UMNO, adalah wajar satu jawatan tinggi diberikan kepada beliau, dan jawatan itu tentu tidak kurang daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Akan tetapi, adakah orang-orang yang mengidamkan jawatan itu seperti Najib dan juga Hishamuddin mahu melihat perkara itu berlaku? Sudah tentu tidak. Begitu juga orang-orang lain yang bercita-cita untuk memegang jawatan tinggi dalam UMNO.

Jadi itulah sebabnya mereka menghalang Anwar daripada memasuki semula parti UMNO yang telah ditinggalkannya. Pelbagai alasan dan sebab memang boleh dicari dan direka-reka, termasuk isu moral. Akan tetapi, isu yang sebenar tidak lain daripada isu politik dan kuasa.

Dalam hal ini jelas isu moral itu telah digunakan oleh orang-orang tertentu itu untuk melindungi pendirian dan hasrat mereka yang sebenar, iaitu mereka sendiri mahu memegang dan menguasai kedudukan politik yang berkuasa itu; dan bukan Anwar.

Harat - 13.09.2004

 
Betulkah melayu maju di Johor ?
09.13.04 (11:22 pm)   [edit]

saya tertanya2 ketika mengunjungi negri johor baru2 ini, ketika melintasi segamat, kemudian saya ke kluang, langsung ke bandaraya JB, melalui jalan lama, melintasi beberapa bandar kecil lain seperti yong peng, air hitam, macap, simpang renggam, kulai, senai, skudai, tampoi dan akhirnya ke JB. Setelah itu, saya bergerak pula ke pantai timur negeri johor idan singgah di Kota Tinggi, kemudian ke pusat pelancongan Desaru kerana ada sedikit program di sana. Selepas itu, saya terus ke Mersing dan bermalam di sana 2 malam.

Setelah itu, saya dan kawan2 yang dalam program "mencari dunia melayu" bergerak ke arah barat pula iaitu ke pontian. Dari pontian, saya bergerak ke arah utara, singgah di rengit, muar dan batu pahat. Apa yang saya ingin perkatakan ialah, kesemua bandar2 yang disinggahi itu, kemajuan ekonominya bukan dikuasai oleh bangsa melayu. Saya diwar2kan betapa johor merupakan negeri yang melayunya paling kuat, paling hebat, paling maju, paling canggih, rupa2nya bangsa melayu di sana sekadar KUAT SEMANGAT sahaja, tidak lebih dari itu. Bangsa melayu saya di sana setakat berbangga dengan kemajuan yang orang lain mendapat faedahnya samada pembangunan ekonomi, fizikal mahupun sosial. Lihatlah kemajuan ekonomi yang berlaku di kesemua bandar2 di johor itu, bangsa melayu sekadar menguasai tak lebih 10% daripada kek ekonominya. Inilah yang cukup menyedih dan memedihkan perasaan saya bila melihat negeri yang dikatakan melayu paling kuat itu, hanya setakat boleh BERBANGGA saja, tak lebih dari itu.

Saya mula membanding2kan dgn bandar2 di negeri kelantan, bermula dari pekan gua musang di selatannya, hinggalah ke bandar KB di utaranya dan R.Panjang serta Pengkalan Kubor di sempadan siamnya, kesemua bandar2 ini, aktiviti ekonominya adalah dikuasai oleh bangsa melayu kelantan. Inilah perkara yang perlu kita sama2 fikir dan renungkan. Kalau sebut pulau pinang, 10 tahun lagi, mungkin akan terlepas macam singapura juga, begitu juga dgn langkawi, yang pasa asalnya tanah milik di pulau itu adalah 100% atas KEPENTINGAN MELAYU (MALAY INTEREST). Hari ini, apa sudah jadi ? satu hotel bertaraf berbintang2 itu, tak ada pun milik orang melayu ! mereka hanya boleh berbangga dgn pelancongan, tetapi tak pernah berbangga dengan apa ang sepatutnya mereka miliki ! Sekali lagi berbeza dengan hotel2 di negeri kelantan, rata2 adalah dikuasi oleh orang melayu, bermula dari chalet2 yang kecil hinggalah hotel2 di bandar KB.

Renungkanlah.

Raihana86.(petikan dari forum tranungkite.net)

 
Debat Perdana: Nasihat untuk diri saya, Johan dan kita semua..
09.13.04 (11:16 pm)   [edit]

Nasihat untuk diri saya, Johan dan kita semua:


Pengerusi Johan Jaafar adalah wartawan yang sangat KELIRU ketika debat ditv1.
Apakah tanggungjawabnya sebagai seorang Islam?


Kenapa ada persepsi memandang Wadah yang menjunjung Islam sebagai ekstremis?
Kenapa beliau merasakan Perjuangan Islam sebagai fundamentalis dan teroris?


Terkeluar dari lidahnya ketika forum menyebut gerakan Islam sebagai militan/teroris.
Apakah bukti yang boleh beliau berikan bahawa penganut Islam sebenar adalah Ganas?
Apakah bukti yang boleh beliau berikan bahawa penganut Islam sebenar adalah teroris?


Kenapa tak teruskan Buruk Sangkanya dengan christian militan, christian teroris?
Bukankah IRA itu christian teroris? Pengganas Basque ETA di sepanyol christian militan?


Kenapa tak teruskan Buruk Sangkanya dengan hindu militan, hindu teroris?
Bukankah yang meroboh masjid Babri hindu teroris? Merusuh di gujerat hindu teroris?


Kenapa tak teruskan Buruk Sangkanya dengan jewish militan, jewish teroris?
Bukankah yang membunoh rakyat Palestin dan merampas tanah Palestin jewish militan?
Bukankah yang melanggar ketetapan mahkamah antarabangsa jangan bina tembok di Palestin dan mengebom kampung Palestin jewish teroris?


Kenapa tak teruskan Buruk Sangkanya dengan buddhist militan, buddhist teroris?
Bukankah japanese red army buddhist militan? Bukankah korea utara itu buddhist teroris?


Kenapa tak teruskan Buruk Sangkanya dengan american militan, british teroris?
Bukankah SANGAT Kejam dan Gopoh amerika mengebom Iraq, paling banyak bom, "sortie" dan paling ganas pengebomannya dalam sejarah dunia,
terhadap rakyat marhaen iraq yang telah terkapar-kapar tanpa senjata dan pesawat,
Itulah sikap Baculnya penjajah amerika dan british.


Semua itu atas dasar isme keduniaan, kapitalis dan sekularnya pembawaan amerika itu,
nafsu berkuasa, nafsu harta, nafsu sombong dan bongkak, yang telah melupai adanya Yang lebih Maha BERKUASA.
penjajahan amerika terhadap Iraq adalah yang terburuk dalam sejarah penjajahan di dunia, dan amerika dan british adalah teroris sebenar masa kini.


Ramai yang termakan dan terikut dengan Propaganda dan kerja jahat yahudi serta amerika dengan melabelkan nama-nama buruk terhadap ISLAM,
seperti teroris dan militan.
Itulah hasrat media di barat yang dikuasai yahudi,
kerana bencinya yahudi terhadap Islam,
keranan penipunya yahudi dengan meminda kitab injil sehingga tertipunya kaum nasara/kristian hingga kini.
kerana dalam AlQuran ada menceritakan keburukan kaum yahudi ini (keturunan penipu yehuza) yang sanggup menipu ayahnya Nabi Yaakub dan mencampakkan dengan niat membunuh Nabi Yusuf ke dalam perigi.


Media di barat seperti cnn, msnbc, bloomberg, microsoft, akhbar, perfileman dan banyak lagi telah dikuasai yahudi sepenuhnya untuk meneruskan agenda penipuan mereka dari dulu hingga kini.
Di Malaysia kerajaan kuasai media,
tetapi di barat media kuasai kerajaan,
sebab itu bush dan blair ikut telunjuk yahudi,


Kejantanan dan kewibawaaan pbb juga telah hilang kerana kuasa kejam dan teroris yang dipinjamkan pada amerika itu sebagai proksi yahudi,
adakah dunia ikut kata amerika saja?
adakah dunia ikut telunjuk yahudi saja?


Penganut Islam dikatanya teroris, fundamentalis, militan,
radical, extremists, segala muntah yahudi dan amerika
pembaca berita, penulis dan wartawan ikut menyebut, macam burung kakak tua,


Tapis-tapislah sikit, gunakan kewarasan spontan sebagai orang Islam.

Adakah Johan terikut sama?
ikut kata amerika saja?
ikut telunjuk yahudi saja?


Sebenarnya amerika, yahudi dan britishlah teroris sebenar, jelas dan nyata.

Johan mesti ingat tanggungjawab sebagai wartawan Islam sangat besar!
Jangan menghina agama sendiri di hadapan bukan Islam.
Jangan perlekeh hukum Islam dihadapan bukan Islam.
Jangan mencerca Pejuang Islam dihadapan bukan Islam.
Jangan buruk sangka kepada Gerakan Islam dihadapan bukan Islam.
Jangan mempersenda Alim Ulama Islam di hadapan bukan Islam.


Jangan kata Islam itu militan. Sedangkan awak orang Islam!
Mendaulatkan ISLAM di atas dunia ini adalah Tugas kita sebagai Orang Islam.
Kewajipan setiap Muslim,
walau dari latar belakang mana pun pendidikan kita, hatta wartawan pun.


Kerana Islam itu agama untuk semua manusia tidak kira apa bangsa dan darjat,
dari Adam a.s. dan semua anak cucu Adam yang ada kini hingga akhir zaman.
Inilah kewajipan kita menegur dan menyedarkan semua umat manusia itu,
memanggil mereka kepada Islam disamping berpolitik.


Jangan lupa, kita keturunan orang Islam.
Jangan lupa, kita adalah orang Islam yang mempunyai Tanggung jawab untuk menyebarkan Agama Islam,


"Semoga ALLAH menetapkan iman kita semua, Amiin.

Semoga ALLAH memberikan sekelian umat Taufik dan HidayahNYA ke arah memperjuangkan syariat Islam, Amiin.

ALLAH Maha MENGETAHUI.

- Anonymous.
Dipetik daripada Forum Gerak Reformasi - 13.09.2004
(sepatutnya dipanggil Forum Perdana, bukan debat.... bukankah debat (debate) melibatkan dua pihak?) - M@RHAEN

 
APA DAH JADI PADA BEKAS PM TUN DR MAHATHIR?
09.13.04 (10:58 pm)   [edit]

Bila dah pencen buatlah perangai macam orang pencen. Kalau orang yang baik walau pun dah pencen, orang kata baik begitu juga kalau tak baik tetap orang kata tak baik.


Dalam Pak Ngah tengah baca cerita dari luar negara itu Pak Ngah terjumpa berita bekas PM ini cuba nak bodek calon Presiden Amerika Syarikat. Tak usah dok melalut lah Tun. Dulu masa jadi Y.A.B. PM bolehlah hang cakap macam-macam, tapi la ni sekupang pun tak laku lagi. Lagi pun dalam negeri pun rakyat dah suka kat hang, tambah di luar negara lagi depa tau cerita sebenar. Dalam negara bolehlah sekat media tetapi di luar negara semua orang dah tau dah…….
Tengoklah apa depa kata percubaan membodek oleh bekas PM Tun Dr Mahathir:



JOHN KERRY won the endorsement of another "foreign leader" today, former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad.


"I think Kerry would be much more willing to listen to the voices of people and of the rest of the world," Mahathir, who retired in October after 22 years in power, told The Associated Press in an interview.

"But in the U.S., the Jewish lobby is very strong, and any American who wants to become president cannot change the policy toward Palestine radically," he said.

Well, this should help Kerry lock up the crucial anti-Semitic voting bloc.

UPDATE: The Kerry campaign has released a statement disavowing any and all endorsements by foreign leaders:
This election will be decided by the American people, and the American people alone. It is simply not appropriate for any foreign leader to endorse a candidate in America's presidential election. John Kerry does not seek, and will not accept, any such endorsements.


Cukuplah, cukuplah… jangan bagi malu rakyat Malaysia lagi dengan apa juga ulasan, lagi pun .. sedar-sedar dirilah, dah bukan PM lagi tetapi MUNGKIN TUN DR MAHATHIR MERASAKAN DIRINYA MASIH Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA, hanya Pak Lah yang tahu? Salam dari Pak Ngah.


..….. Pak Ngah - 12.09.2004

 
Gani Patail: Publisiti Murahan Atau Nak Tutup Malu?
09.12.04 (9:46 pm)   [edit]

Pada hari Khamis lepas, telah terpampang di muka depan akhbar muka salah seorang konspirator Anwar yang bernama Tan Sri Abdul Gani Patail http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Muk adepan/20040909081141/Art icle" title="http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Muk adepan/20040909081141/Art icle" target="_blank"http://www.bharian.com.my/m/B... . Isu yang diperkatakan adalah tentang keputusan mahkamah mengenai tarikh pertuduhan penting atau tidak dan kononnya dia hendak mempertahankan mangsa rogol. (rasa nak tergelak pun ada bila mengenangkan apa yang telah dibuat terhadap DSAI). Pihak hakim ketika diminta membuat ulasan, mengatakan tunggu sehingga keputusan bertulis dikeluarkan. Yang menambahkan kehangatan adalah seorang lagi konspirator, Dato' Musa Hassan, pun menyelit memberi kenyataan seolah-olah dia sangat prihatin terhadap profesionnya dan sangat profesional (Polis yang betul-betul profesional pada pendapat saya adalah “Gerak Khas The Movie”).


Kedua-dua konspirator ini mempunyai pangkat Tan Sri dan Dato' yang mana pangkat ini hanya diberi kepada mereka yang berjasa kepada Negara. Pada pendapat saya mereka hanya berjasa kepada orang tertentu dan mereka inilah petualang Negara dengan merosakkan proses kehakiman dan keadilan Negara. Oleh itu mereka tidak layak mendapat pangkat ini!!!!! Oleh itu daripada sekarang saya tidak akan menggunakan Dato dan Tan Sri pada mereka.

Kenapa baru hari ini Gani Patail ini prihatin terhadap kehakiman Negara? Apa yang telah dia lakukan terhadap proses pengadilan semasa kes Anwar adalah sangat jijik dari segi akhlak dan proses keadilan. Bagaimana dia dan bos dia telah mengubah tarikh pertuduhan sebanyak 2 kali semasa perbicaraan. Bagaimana dia dan bos dia telah cuba mereka-reka bukti daripada Saudara Nallakaruppan yang telah ditangkap untuk memberi pengakuan palsu terhadap DSAI http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacifi c/271165.stm" title="http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacifi c/271165.stm" target="_blank"http://news.bbc.co.uk/1/hi/wo... yang mana Saudara Nallakaruppan telah membuat kenyataan akhbar menafikan segala tuduhan terhadap DSAI http://www.fortunecity.com/skyscraper/analogue/5 10/nalla.htm" title="http://www.fortunecity.com/skyscraper/analogue/5 10/nalla.htm" target="_blank"http://www.fortunecity.com/sk... . Bagaimana dia boleh meminta mahkamah untuk tidak membenarkan DSAI diikat jamin. Bagaimana pula dengan kes Rahim Nor yang mana pihak pendakwaraya telah tidak menamakan Rahim Nor sebagai orang yang telah memukul DSAI walaupun laporan kes Rahim Nor ini telah diserahkan kepada pendakwaraya selama 2 bulan. Bukankah dia juga berada di Bukit Aman semasa DSAI di pukul? Bagaimana pula dengan Dokumen Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani oleh dia (Abdul Gani Patail) mengenai kes Rafidah Aziz yang dia mengatakan bahawa terdapat asas prima facie dan kenapa Rafidah tidak didakwa sehingga sekarang? Dan banyak lagi…. Adakah perbuatan-perbuatan jijik ini tidak akan memberi kesan kepada sistem perundangan Negara seperti yang dihebohkannya dalam surat khabar?

Musa Hassan pula, kenapa sekarang nak tonjolkan diri macam pro je. Macam mana dengan perubahan tarikh semasa kes liwat? Kalau sekali logik jugak, ini sampai dua kali “http://www.expressindia.com/ie/daily/19990819/ige 19028p.html" title="http://www.expressindia.com/ie/daily/19990819/ige 19028p.html" target="_blank"http://www.expressindia.com/i...”. Apa cerita tilam yang diusung? Kenapa tidak teruskan sahaja? Takut terkantul ke? Kenapa bukti-bukti berkenaan seks dan liwat pada pertuduhan penyalahgunaan kuasa itu di buang? Siasatan tak lengkap ke? Atau bukti yang direka? Nak nampak pro konon…. Piii Rahhh..

Pada pendapat saya, tertuduh terlepas dalam kes yang dikomen oleh Gani Patail ini adalah disebabkan pendakwaraya tidak bersedia dengan sepenuhnya. Mereka tidak membuat persediaan yang penuh dan mungkin penyiasatan polis tidak lengkap. Kata orang “kalau tak pandai berjoget, jangan kata lantai terjongket-jongket”

Dan Gani ini, mungkin menghadapi tekanan yang amat sangat dari kes pembebasan DSAI dan Kes Rayuan rasuah DSAI yang mana dia telah dilanyak bertubi-tubi oleh peguam Fernando. Ini menyebabkan ia merasakan kredibilitinya jatuh dan membuat keputusan membuat komen pada akhbar supaya imejnya akan nampak baik sikit dengan alasan prihatin kepada mangsa rogol. Memang kita amat prihatin dengan mangsa rogol ini. Tapi jika yang komen itu Gani Patail dan komennya tentang proses keadilan, nampak sangat dia nak publisiti murahan dan menutup malu dengan bebasnya DSAI.

Malang sekali gani… Dah terlambat…. Bau busuk perbuatannya terserlah di seluruh dunia dan tidak akan hilang walaupun dengan menyembur perfume berbotol-botol.

Dia tidak layak untuk bercakap tentang keadilan setelah apa yang dia lakukan. Dia tidak layak mendapat title Tan Sri. Dia tidak layak menjadi Peguam Negara. Yang lebih penting dia patut berhenti sekarang!!!!

Wallahu A’lam

Ahem - 11.09.2004

 
BENAR ATAU TIDAK ADANYA PERJANJIAN?
09.12.04 (9:37 pm)   [edit]

Kiirman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi (Mahazalim Two)


Beberapa minggu sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, Freeanwar.com, iaitu nama domain yang digunakan dalam kempen pembebasan DSAI telah tidak bermaya. Perlahan-lahan FAC.net mula tidak lagi muncul di kaca Internet. Munculnya makhluk yang menamakan Mahakuda menjadi tandatanya. Beliau telah mengeluarkan berita mulai 18.8.2004, melalui Laman Marhaen (Hakim Harap Penyokong Anwar Tak Ramai Hadir). Seperti biasa para reformis yang mengekses internet seolah-olah hilang kepercayaan terhadap berita rambang tersebut. Pada mulanya insan ini tidak diberikan perhatian. Namun sebagai pengakses Internet, saya memaklumkan kepada webmaster bahawa berita dari Mahakuda boleh dipercayai kerana beliau pernah menghantar maklumat yang tepat ke Laman Mahazalimtwo. Pada 20 Ogos pula, satu lagi berita berhubung dengan penangguhan yang akan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara telah muncul dan menjadi kenyataan (Percubaan Paksa Hakim Ubah Keputusan).


Saya telah menyatakan bahawa manusia ini sebenarnya seseorang yang begitu dekat dengan maklumat atau sumber mahkamah. Ianya telah menjadi tajuk perbincangan termasuk mula menafikan sebuah berita dari seorang penulis. Mahakuda pernah memberikan satu mesej yang tepat beberapa tahun lepas dalam laman Mahazalimtwo. Tak perlu saya jelaskan maklumat itu kerana ianya telah menjadi sejarah.

Kes pembebasan DSAI bermula apabila satu ayat pendek yang dihantar ke Laman Marhaen berhubung dengan keputusan 2-1 yang akan di putuskan pada 28 Ogos lalu. Namun ayat itu kemudiannya telah ditukarkan dengan satu maklumat baru bahawa kes akan ditangguh. Memang betul kes itu tertangguh sehinggalah, kemudian muncul pula artikel dari Raja Petra (sifu FAC) yang turut memuatkan berita mengenai pembebasan DSAI yang akan menjadi 2-1 sebagaimana maklumat awal oleh insan yang menamakan MAHAKUDA. Muncul pula berita MGG Pillai dengan sumbernya yang selalunya mengancam. Akhirnya DSAI dibebaskan pada 2 September yang lalu.

Kes ini dikejutkan lagi apabila 2 September memberikan satu nostalgia lalu. 2 September 1998 rakyat termasuk saya yang baru celik politik telah turun ke Kuala Lumpur sehinggalah kepada gerakan KESAS dan Jamuan Hari Raya di tahun berikutnya yang disambut di Selangor. Memang semasa itu para Reformis hanya bergantung sumber dari ceramah-ceramah Ezam, Azmin, Saifuddin dan gerakan reformasi pada ketika itu begitu hangat sekali dan dianggap sebagai pemberi mesej dan maklumat penting. Mobilasi semasa ialah melalui Internet sebelum diiklankan di layar akhbar alternatif seperti Harakahdaily dan Buletin keadilan, yang kini diambil alih oleh Raja Petra.

Keadaan menjadi bertambah lesu selepas pilihan raya 2004 yang mana Barisan Nasional menipu secara besar-besaran dalam pilihan raya itu dengan berbagai sumber termasuk persekongkolan besar-besaran SPR.

Khairy Jamaluddin memang lah seorang yang disayangi oleh Pak Lah. Khabarnya rundingan dengan beliau juga turut berlaku sebagaimana yang di lakukan oleh Husam Musa dalam petisyen di Kelantan. Namun kedatangan Khairy untuk menguruskan pasport DSAI adalah sesuatu yang luar biasa. Sebagai menantu malahan orang nombor dua dalam hierarki pemuda UMNO, kedatangan beliau menjadi satu tandatanya. Dia tidak perlu datang ikut pintu belakang. Malahan Ezam sendiri menjemputnya tanpa pengetahuan reformis di rumah DSAI. Adalah lebih mudah untuk menelefon dari pejabat Perdana Menteri.

Apabila ditanya kepada Abdullah, beliau memberitahu kedatangan Khairy adalah untuk menguruskan soal pasport,namun apabila ditanya soalan kepada DSAI, beliau memberitahu bahawa Abdullah menyampaikan salamnya.

Kini apa yang menjadi tandatanya, apakah DSAI akan kembali menyertai UMNO??? Akhbar berbahasa Cina empat hari lepas melaporkan keadaan yang amat tidak menyenangkan buat para Reformis jalanan dan marhaen apabila melaporkan DSAI akan kembali menyertai UMNO apabila bertemu pembangkang sekembalinya dari rawatan dan mengerjakan umrah. Apakah ini benar?? Hanya masa sahaja yang menentukan. Namun bukan masanya untuk DSAI menyertai semula UMNO.

Bagi penduduk Permatang Pauh kepulangannya dinanti-nantikan dan ucap utama beliau akan didengar dan di pancarkan ke seluruh dunia di manakah kedudukan politik beliau nanti. Apa yang pastinya, mimbar Masjid Jamek Kubang Semang akan menanti kedatangan beliau memberikan ceramah dan khutbah.

Rakyat Permatang Pauh telah lama menanggung dan membela beliau sejak terpenjara. Jalan kemenangan UMNO tidak lagi kelihatan walau berbagai cara dan kerenah birokrasi dikenakan kepada kakitangan kerajaan. Bukan mudah juga berada dalam pembangkang di Permatang Pauh. Malahan kejadian yang sama juga berlaku di seluruh negara. Bagi yang telah mengetahui sejarah Permatang Pauh, rakyatnya memang cerdik dalam berpolitik.

Buat para juak-juak yang dahulunya meninggalkan perjuangan ini, khasnya rakan taulan dalam UMNO, teman-temannya, mari kita bermuka-muka semula. Mesyuarat yang dahulunya lengang, kini telah penuh, malahan jika dahulu untuk memanggil ke mesyuarat, jangankan H/P tidak diangkat, malahan nak membalas kembali pun tidak mahu. Maklumlah sibuk dengan kerja dan bergaji besar pulak. Bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang.

Itulah antara sedikit kerenah para reformis. Yang di luar keadilan berlainan juga. Waktu DSAI meringkuk dalam penjara, jangankan nak tanya khabar, nak sembang fasal DSAI pun tak boleh. Takut, takut projek tak dapat. Takut kena tangkap,takut bermacam-macam takut. Pendek kata, renungkanlah sikap pura-pura kita agar jangan sampai pecah tembelang dan temberang. Apa pun perjuangan mesti diteruskan. Dan yang paling perlu disedari juga perjuangan perlu kepada keberanian selain bijaksana dalam berpolitik. SALAM REFORMASI

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 12.09.2004

 
Pemimpin UMNO Tamak Kuasa?
09.12.04 (9:35 pm)   [edit]

Sebagai seorang tokoh yang berkaliber dan berwibawa, Anwar Ibrahim sebenarnya boleh bergerak di mana-mana sahaja: dalam parti pemerintah, dalam parti pembangkang, atau dalam NGO.


Akan tetapi, apabila UMNO awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa Anwar tidak akan diterima kembali memasuki parti itu, kesan pertama saya ialah UMNO kini dikuasai oleh orang-orang yang tamak kuasa, dan tidak mahu memberi ruang kepada tokoh seperti Anwar untuk berkongsi kuasa.

 Pemimpin UMNO rupanya mahu menghalang seorang Melayu yang sepatutnya berhak memasuki parti itu, kerana takutkan Anwar dan kerana sayangkan kedudukan mereka.

Dalam hal ini orang-orang seperti Najib dan Hishamuddin yang sedang mengidamkan kedudukan yang lebih tinggi, mungkin merupakan penghalang utama kepada Anwar untuk kembali semula ke dalam UMNO.

Bagaimanapun, tindakan UMNO menyekat Anwar daripada memasuki UMNO semula dengan begitu cepat mungkin ada juga baiknya.

Dengan tindakan UMNO ‘menutup pintu’ itu, bererti Anwar juga tidak perlu membuang masa untuk memikirkan parti manakah yang sesuai untuk dimasukinya.

Setelah disekat untuk memasuki semula UMNO, pilihan Anwar barangkali hanyalah PAS atau Keadilan.

Akan tetapi, saya kira PAS tidak sesuai untuk beliau sertai kerana sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu, buat masa ini pilihan yang terbaik buat beliau tidak lain daripada memimpin Keadilan.

Memang pada masa ini Keadilan tidak berada dalam keadaan yang kuat. Akan tetapi, di bawah pimpinan Anwar, dan dengan isu-isu reformasi yang dibawanya, Keadilan mungkin boleh diperkasakan, dan seterusnya boleh menjadi parti alternatif bagi orang Melayu dan juga bukan-Melayu.

Setelah memimpin Keadilan, Anwar mungkin boleh pula menggerakkan dan memperkasakan semula Barisan Alternatif (BA) dengan mempelawa DAP memasuki semula Barisan itu.

Apabila Keadilan dan BA sudah kuat, BA boleh pula menjadi alternatif kepada BN. Dengan itu, BA yang dipimpin oleh Anwar boleh menjadi pencabar utama kepada BN dalam pilihan raya. Pada masa itu, kita mungkin boleh menyaksikan sama ada orang Melayu dan rakyat Malaysia masih menyokong BN ataupun bertukar haluan menyokong BA!

Harat - 12.09.2004

 
US will get Anwar to be PM at any cost
09.11.04 (2:03 pm)   [edit]

US will get Anwar to be PM at any cost (Sumber: MalaysiaKini)


Kzacar
Sep 10, 04 11:50am


Under President Bill Clinton’s administration, Anwar Ibrahim was ‘their man’ to become the prime minister of Malaysia. During Clinton’s terms of presidency, substantial ‘resources’ were given to ensure that Anwar would become the Malaysian PM.

Ronald Reagan, George Bush Senior, and Clinton despised Dr Mahathir Mohamad for all the obvious reasons. Also, substantial ‘resources’ were given to ensure that Mahathir’s administration failed in one way or the other. Some may know of the ‘hardships’ they posed for Mahathir.

Their objective was always Anwar Ibrahim.

Such a close alliance and friendship with the US administration, that Anwar was given the 21- gun salute by the US military - first of its kind to a deputy prime minister. Mahathir was never given the honor.

Deals were setup between US bankers and Anwar during the Asian financial crisis. Anwar being pro-US, was inclined to take up the International Monetary Funds (IMF) offer to bail out Malaysia.

It is no secret in the US Congress that the Clinton administration was disgusted and unhappy when Anwar was put in jail. ‘Their man’ imprisoned brought certain amount of grief that Clinton send his deputy Albert Gore to ‘humiliate’ and teach Mahathir a lesson or two on democracy. Gore did just that.

To the US, Mahathir was a clear and present danger to their national security and interest.

Substantial amount of ‘resources’ were also allocated to jumpstart the reformasi movement. The US wanted the reformasi movement to masquerade as a local Malaysian movement by Malaysians to topple the Mahathir administration. The US has utilised this tactic successfully in the Philippines, Nicaragua, Panama, Chile and other South American countries.

Just before Anwar’s release last Thursday, a US aircraft carrier battle group docked at Westport, Port Klang. It included the USS John C Stennis aircraft carrier, three destroyers, three frigates and a nuclear submarine. They had a reason for being here.

Gunboat diplomacy still works. ‘Their man’ was released. Now, these ‘resources’ also finance Anwar’s medical treatment in Germany. And now these ‘resources’ will get to work.

For their objective. To get Anwar to be the Malaysian prime minister - by whatever means necessary.

 
Kesengsaraan Anwar Adalah Penderitaan Rakyat Juga
09.11.04 (1:57 pm)   [edit]

Hukum Karma Mula Menjelma


Kita mahu rakamkan dahulu tiga perkara yang penting pada minggu ini:

a) Anwar Ibrahim selamat dibedah di Alpha Klinik Munich dan beliau kini khabarnya sudah boleh duduk dan berdiri tanpa tongkat.

b) Karpal Singh, selaku Presiden DAP yang baru, telah digantung tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan atas tuduhan mengelirukan Parlimen.

c) Tun Kepala Taik Mahathir sedang sibuk menjelajah dunia untuk mengajar apakah itu Islam. Beliau berpendapat Islam hari ini sudah jauh terpesong.
 
Sesungguhnya apa yang dijatuhkan ke atas Karpal Singh adalah satu langkah berjaga-jaga untuk kerajaan BN.UMNO mengurangkan tekanan pihak pembangkang ke atas kerajaan. Kalau Karpal Singh didapati bersalah kerana apa yang disebut sebagai memberi maklumat salah kepada Parlimen, orang yang patut mendahului Karpal menerima hukuman yang serupa ialah Abdullah Ahmad Badawi, yang merupakan Pemangku Presiden UMNO.


Beberapa minggu yang lalu, Abdullah telah memberitahu Parlimen bahawa Dato’ Seri Anwar tidak pun membuat laporan polis mengenai Perwaja. Apabila Dr. Wan Azizah menunjukkan salinan fotokopi laporan itu, kenapa Parlimen tidak menggantung Paklah? Lagipun bukankah Paklah melanggar undang-undang pilihan raya dengan tidak mengemukakan penyata akaun kempen pilihan raya tahun 1999 dulu?

Berbalik kepada Tun Kepala Taik Mahathir; nampaknya beliau sibuk menjelajah dunia untuk berucap mengenai Islam. Mula-mula dia bercakap di Pakistan dan kini di Mesir. Pelik juga apabila seorang yang tidak boleh membaca Jawi (ataupun tulisan Arab) boleh bercakap mengenai Islam di negara yang mengamalkan abjad Arab dalam bahasa rasmi mereka. Lagipun bagaimana mungkin orang yang tidak setuju dengan salah satu hukum Islam (Hudud) boleh bercakap mengenai agama Islam? Sementelah itu, dia berucap kepada bangsa yang lebih lama menganut Islam daripada bangsa kita. Malaysia Book of Records harus mencatatkan aktiviti Tun Kepala Taik kali ini.

Anwar yang semakin pulih

Kita bersyukur ke hadrat Ilahi bahawa Anwar semakin pulih. Seperti biasa, apa yang dilaluinya di Munich itu menjadi perhatian umum terutama sekali rakyat Malaysia yang suka melaungkan reformasi. Maklumlah antara mereka yang menjerit itu dengan penuh semangat tentu ramai yang sudah kehilangan pekerjaan, ataupun punca pendapatan yang lumayan gara-gara disingkirkan oleh majikan. Seperti yang saya baru tulis, kesengsaraan Anwar adalah penderitaan rakyat juga. Kali ini Anwar dan keluarganya mesti sedar bahawa keriangan keluarga Anwar adalah suntikan semangat kepada rakyat juga.

Dalam suasana riang ria ini kita tahan dahulu segala emosi dan luahan perasaan akan penderitaan penyokong Anwar semasa beliau mula ditahan hinggalah beliau dibebaskan. Enam tahun kita menunggu saat ini, takkan kita tidak boleh peram gundah gulana dulu-dulu dan selama ini untuk satu waktu yang singkat lagi?

Saya memang menerima banyak emel yang mengungkit cerita lama, malahan ada tulisan itu yang disiarkan di Laman M@RHAEN yang meminta kita berwaspada. Biarlah saya jawab dengan ringkas ungkit-mengungkit ini. Sesungguhnya Anwar Ibrahim ialah seorang manusia semacam kita juga. Dia bukan maksum, lantas dia tidak boleh lari daripada membuat kesilapan dalam tugasnya. Gara-gara berlakunya sedikit kesilapan yang mencetuskan perasan marah, keliru, cemas dan teka-teki semasa Anwar menjalankan tugasnya, tanggungjawab kesalahan itu tidak harus jatuh terus ke atas bahunya. Kita mungkin tidak sedar kalau ada sesuatu perkara itu yang diserahkan kepada Anwar oleh rakyat marhaen tetapi diserahkan pula oleh Anwar kepada pemimpin setempat untuk menanganinya. Tetapi, kalau pemimpin setempat itu merupakan ‘insan rakus’ yang tidak disedari oleh Anwar dan sengaja enggan menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Anwar, maka berlakulah kepincangan dalam perkara tertentu ini.

Mestikah Anwar disalahkan? Tentu tidak. Masalah kita orang Melayu, suka menyerahkan tugas yang kecil-kecil yang mampu kita usahakan kepada wakil rakyat. Itu sebabnya kita lihat ada wakil rakyat yang terpaksa melayani kunjungan pengundi selepas waktu subuh. Ada pengundi ataupun rakyat marhaen mula menunggu rumah wakil rakyat selepas tengah malam. Pada ekstrem yang lain pula ada rakyat marhaen terlalu segan untuk menemui wakil rakyat kerana stigma ‘Yang Berhormat’. Ada marhaen yang serik berjumpa wakil rakyat kerana gelagat kaum kerabat si wakil rakyat itu yang lebih besar sudu daripada cawannya.

Kita boleh bincangkan perkara ini sehari suntuk dan masih tidak ada tepiannya. Orang putih kata ‘until the cows come home’ (sehingga lembu masuk kandang semula), kita tidak juga akan menyelesaikannya. Maklumlah kita sudah merdeka selama 47 tahun, tentu banyak rakaman suka-duka rakyat terhadap golongan Yang Berhormat yang sudah tercatat, sejak dahulu lagi. Kerana itu eloklah kita ambil pepatah purba Afrika: “Setiap satu jari yang kamu tunjuk ke arah orang lain, ada empat lagi yang menunjuk ke arahmu.”

Kisah pembedahan Anwar di Jerman tidak diberikan banyak liputan di akhbar negara kita. Kerana itu kita terpaksa mencedok berita daripada akhbar-akhbar asing yang lebih bermurah hati dengan liputan mereka. Inilah kerja akhbar kita yang tidak menyiarkan apa yang diminati oleh pembacanya. Kalau disiar pun berita itu kita boleh faham bahawa banyak unsur tipu dalam beritanya.

Sekarang ini segala usaha sedang ditumpukan dalam akhbar perdana untuk melencongkan kes pembebasan Anwar sebagai satu muslihat perundangan. Kerajaan Paklah melalui Rijal Arbee, sebagai contohnya, masih mahu rakyat marhaen faham bahawa Anwar dibebaskan bukan kerana dia tidak melakukan apa yang telah dituduh. Anwar dibebaskan kerana kelemahan teknik perundangan. (Rijal Arbee: Rakyat harus faham hujah mahkamah bebas Anwar) Alahai.... inilah status pengarang dan editor yang masih lagi berpaut kepada tugas mereka. Inilah musibat yang terpaksa menulis apa yang dikehendaki tuan yang dijilatnya. Ada yang sanggup menipu dalam penulisan itu sehinggakan rambut pun tidak sanggup kekal di atas kepala.

Kenapa tidak diceritakan bahawa Azizan Abu Bakar mengaku berkali-kali di mahkamah yang dia tidak pernah diliwat oleh Anwar dan juga oleh orang lain? Kenapa tidak diceritakan bagaimana polis telah mengorek dubur Darmawan dan Dr. Anees untuk mengada-ngadakan calar-balar seolah-olah dubur itu telah dirodok dalam kegiatan sodomi?
 
Sepatutnya Rijal Arbee menyorot ke belakang kepada kisah bagaimana Buku 50 Dalil itu diwujudkan. Kemudian ceritakan bagaimana mahkamah telah menjatuhkan hukum bahawa buku itu adalah berunsur fitnah? Kenapa pula tidak diceritakan kalau Anwar didakwa di mana-mana mahkamah yang bebas di dunia ini, kes dia dibuang begitu sahaja? Keseluruhan kes itu tidak berasas, bukannya keseluruhan hujah peguambela yang sentiasa sahaja dianggap tidak relevan oleh Augustine Paul.


Rijal Arbee Menangguk Di Air Keruh

Rijal Arbee masih beranggapan bahawa marhaen Melayu adalah satu kumpulan yang tidak tahu perspektif undang-undang. Sepatutnya dia mengungkit kisah bagaimana Tun Kepala Taik Mahathir lari daripada tanggungjawabnya untuk hadir di mahkamah apabila dihantar sapina. Sedangkan si tua hangkoi itu yang mula-mula pergi mengelilingi dunia menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti yang Anwar telah melakukan sodomi. Begitu juga dengan Daim Zainudin yang diminta berada di mahkamah tetapi enggan berbuat demikian kerana mahu tahu terlebih dahulu apakah soalan yang akan ditanya oleh peguambela.

Rijal Arbee harus sedar betapa liciknya perancangan TKT dalam menggulingkan orang yang dikatakan sebagai anak-didiknya. Mula-mula sekali dia atur agar Khalid Jafri bersiap dengan buku dalil yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai fitnah. Pada waktu yang sama dia setuju kalau Ummi Hafilda mencetuskan berita bagaimana Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin hingga Shamsidar melahirkan Afifa. Untuk menguatkan cerita Ummi, maka direncanakan pula agar Azizan Abu Bakar turut mengaku yang dia kena balon oleh Anwar dan Darmawan. Kerana takutkan kes fitnah ini akan mendapat liputan meluas di luar negara, maka dikaitkan pula penulis ucapan Anwar Dr. Anees dalam kes yang sama. Dr. Anees yang sudah berusia lebih lima puluh tahun dan mempunyai anak daripada hasil perkongsian hidup dengan seorang wanita Algeria, sanggup dikaitkan dengan kes ini. Bayangkan, untuk menguatkan cerita, mereka suruh polis korek dubur Dr. Anees sehingga beliau kini menghadapi satu trauma dalam hidupnya.

Orang-orang Mahathir sedar, kalau Dr. Anees tidak dikaitkan dalam kes ini, beliau akan menulis dengan jelas, sejelas-jelasnya apa yang sebenarnya terjadi. Beliau akan berkata bahawa Anwar diaibkan kerana masalah perniagaan dan politik dan bukannya kerana dia memang melakukan perbuatan songsang. Dr. Anees adalah orang luar yang berada dalam kelompok Anwar. Sebagai warga Pakistan yang sudah mendapat kerakyatan Amerika Syarikat, dia mampu menulis dan mempengaruhi pembaca di Amerika dan Pakistan. Isteri beliau pula boleh mempengaruhi pembaca di Algeria dan Peranchis.

Sesungguhnya seperti yang terjadi kepada kisah mata lebam Anwar, perbuatan mengaitkan Azizan Abu Bakar, Darmawan dan juga Dr. Anees adalah satu olahan skrip yang jauh tersasar dan menyebabkan Anwar dibebaskan oleh mahkamah. Betapa pun diusahakan oleh orang-orang Mahathir untuk menguatkan fabrikasi fitnah ini, semuanya tidak menjadi.

Cuba kita imbau kembali apa sebenarnya rencana jijik si Tun Kepala Taik. Sejak bulan Julai 1998 si tua hangkoi ini telah berkeliaran menjelajah negara memberitahu rakyat yang dia akan melakukan kejutan. Rakyat marhaen fikir itulah tindakan beliau untuk memulihkan ekonomi Malaysia yang sudah merudum. Setiap kali dia berucap agar rakyat menerima apa yang akan dilakukannya, dia kerap menyebut hal ehwal ekonomi, perbuatan George Soros dan penyangak mata wang. Sudah tentu rakyat fikirkan semua itu adalah langkah-langkah ekonomi yang mahu dilaksanakan. Lagipun kalau mahu menangkap orang mengikut undang-undang ISA, si tua hangkoi tidak pernah memberitahu orang dulu secara berkias.

Semakin dekat tarikh 31 Ogos 1998, semakin ligat si TKT menjelajah negara dengan agenda yang sama. “Rakyat harus percaya kepada saya dan segala tindakan saya.” Itulah yang diulangnya selalu. Pada 31 Ogos 1998 beliau telah berdiri sebelah Anwar untuk menyaksikan upacara perbarisan memperingati hari kemerdekaan.

Dalam beberapa sidang akhbar sekitar waktu itu, beliau kerap ditanya apakah ada sesuatu yang tidak kena antara beliau dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Beliau menjawab dengan menyoal balik: “Apakah saya perlu memeluk beliau untuk menyatakan kami memang tidak berbalah?”

Lega hati rakyat marhaen dan lega pelabur asing. Maklumlah, jawapan itu dirakamkan oleh setiap kamera dan catatan wartawan. Setakat 1 September 1998, Tun Kepala Taik tidak menaruh sebarang niat jahat terhadap Anwar.

Akan tetapi, buku ’50 Dalil...’ masih disebarkan merata dunia sedangkan DSAI sudah pun mendapat injunksi mahkamah bahawa buku itu satu fitnah besar. Pada lazimnya apabila seseorang mendapat kelulusan injunksi mahkamah terhadap sesuatu bahan cetak ataupun penerbitan ataupun pemberitaan, bahan itu tidak boleh diedarkan ataupun dibincangkan lagi. Sebaliknya apa yang dibuat oleh si tua hangkoi? Beliau telah menggalakkan keseluruhan ahli-ahli UMNO membincangkan isi buku itu. Ini bererti keseluruhan anggota UMNO telah melanggar hukum mahkamah.

Pada 2 September 1998 Tun Kepala Taik telah membuat pengumuman melucutkan Anwar daripada segala jawatan yang dipegangnya dalam kerajaan dan beliau tersingkir daripada parti. Inilah pengumuman yang direncanakan terlebih dulu - lebih lima bulan mengikut perkiraan kasar kita. Si tua hangkoi telah menjelajah merata negara meminta rakyat menerima apa juga tindakannya. Rakyat telah dipukau terlebih dulu agar memahami keadaan dan tindakannya. Individu tidak penting, tetapi parti dan negara yang lebih penting.

Bayangkan berapa juta telah dihabiskan untuk beliau menjelajah merata negara dengan duit rakyat sedangkan amarannya itu adalah urusan parti politik sahaja.

Apabila Anwar tersingkir daripada parti, keseluruhan jentera propaganda UMNO telah digembleng untuk memburukkan beliau. Semua orang-orang yang rapat dengan beliau telah tersingkir dan tergugat daripada jawatan mereka. Orang semacam Rijal Arbee pun dapat naik pangkat secara tidak semena-mena. (Kini pangkat itu pun mula tergugat kecuali beliau terus melalak cuba mempertahankan pentadbiran negara yang sedia ada).

Sejurus DSAI tersingkir, negara menjadi kelam-kabut kerana alasan beliau disingkir itu memang mengejutkan. Kita harus ingat semasa itu buku ’50 dalil’ masih belum meluas tersebar kerana adanya injunksi mahkamah. Lagipun masih ramai orang Melayu yang waras fikiran yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kenapa buku itu disebarkan. Setakat bulan September 1998, buku itu baru berada dalam pasaran sekitar tiga bulan sahaja. Rakyat marhaen masih fikir itulah rencana konspirasi yang baru berusia kira-kira empat bulan.

Akan tetapi pada 15 Ogos 1999, ada satu surat yang ditulis dan dikirimkan oleh YM Raja Kamaruddin bin Raja Ab. Wahid ataupun lebih dikenali sebagai Raja Komando, selaku Ketua Cawangan UMNO Taman Bukit Andalas, kepada Tun Kepala Taik.

Surat Raja Komando telah mendedahkan “demi Allah dan Rasul” bahawasanya konspirasi politik itu telah dirancang (dengan izin TKT juga) oleh Setiausaha Politik beliau ketika itu yang bernama Aziz Shamsuddin.

Anwar Sudah Maklum Dia akan Dihukum oleh Mahathir

Akan tetapi, kalau kita buka laporan lengkap perbicaraan Anwar yang dirakamkan oleh BERNAMA (khususnya di bawah tajuk ‘Saya Tidak Sangka Sedrastik Ini’) Anwar dilaporkan telah diminta mengingati mengenai peristiwa yang relevan sehingga pemecatannya, Anwar berkata ia bermula dengan dia memaklumkannya pada 12 Ogos 1998 bahawa beliau akan didakwa di mahkamah.

“Anwar berkata beliau perlu merujuk kepada buku catatan hariannya bagi mengesahkan tarikh itu, bagaimanapun buku itu tidak dapat dikemukakan kerana kini berada dengan pihak polis.

“Anwar berkata, beliau mengingati tarikh berkenaan sebagai hari Rabu sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung apabila Daim memaklumkannya bahawa Mohtar Abdullah (mantan Peguam Negara yang meninggal dunia setelah lama menderita di hospital kerana bengkak otak) telah berbincang berkaitan tindakan yang akan diambil terhadapnya.

“Katanya, Mokhtar memberitahu Daim bahawa beliau (Anwar) akan didakwa dengan segera dan Daim mengusulkan kepadanya supaya meletakkan jawatan tinggi bagi mengelakkan “keaiban terhadap saya dan keluarga”.

“Anwar berkata beliau memberitahu Daim dengan nada yang keras bahawa beliau terkejut dengan tindakan Mokhtar yang memilih beliau (Daim) untuk membincangkan perkara itu, dan berkata “saya tidak gentar pada ugutan”, sebelum terus ke pejabat Perdana Menteri.

“Saya memaklumkan kepada Perdana Menteri apa yang diberitahu oleh Tun Daim kepada saya dan saya membantah kerana Tun Daim tidak mempunyai hak atau peranan atau tanggungjawab menguasai atau memberi telunjuk kepada Peguam Negara,” katanya.

Anwar berkata Dr. Mahathir telah menelefon Mohtar dan beliau dapat mendengar perbualan mereka yang antara lain Perdana Menteri membenarkan Peguam Negara meneruskan pendakwaan terhadap Dato’ S. Nallakaruppan (rakan tenis Anwar) dan Khalid Jefri, penulis buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi PM,” dan berkata “tunggu arahan saya selanjutnya mengenai Dato’ Seri Anwar.”

Mesyuarat Kabinet telah tertangguh sehingga jam 10 pagi setelah beliau meminta penjelasan Dr. Mahathir mengenai sebab beliau akan didakwa berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh Daim iaitu rasuah dan salah laku seks, Akta Rahsia Rasmi dan kemungkinan kerana kesalahan mengkhianati negara.

Beliau berkata bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengesahkannya. “Setelah Perdana Menteri meletakkan telefon, saya menyatakan semata-mata kerana saya berbeza pendapat dalam beberapa isu termasuk kes-kes rasuah yang besar yang melibatkan pemimpin-pemimpin termasuk kes “bail-out” perniagaan yang melibatkan anaknya, Mirzan, dan lain-lain, beliau tidak patut mengambil tindakan untuk mereka cipta pertuduhan dan berkompromi terhadapnya,” kata Anwar.

Beliau berkata isu konspirasi sering dibincangkan antara beliau dan Dr. Mahathir berminggu-minggu sebelum kejadian itu dan perbincangan yang agak tegang kerap berlaku semasa pertemuan mereka setiap hari yang bermula antara 8.10 dan 8.15 pagi dan berakhir antara 8.45 dan 9.00 pagi.

Demikianlah bahagian awal jalan cerita apa yang saya iktiraf sebagai ‘Hikayat Bodoh Melayu Moden’. Kini Anwar sudah bebas dan seperti yang kita jangka Tun Kepala Taik Mahathir sedang kepanasan bontotnya. Beliau tidak boleh duduk diam, mesti menunjuk bagak berkeliaran ke luar negara, berucap di Pakistan, di Mesir dan mana lagi agaknya?

Satu ketika dahulu TKT pernah menggelarkan George Soros sebagai seorang penyangak. Sebenarnya dalam hikayat Melayu moden beliaulah sebesar penyangak yang bertaraf Raja Penyangak. Apabila dikumpulkan segala bukti penindasan terhadap Anwar dan penyelewengan wang rakyat di Malaysia ini memang ternyata bahawa si Tun Kepala Taik ini memang seorang Raja Penyangak.

Sesungguhnya Allah Maha Besar. Salah satu punca kenapa TKT ghairah mahu mengetepikan Anwar ialah kerana beliau mahukan perniagaan anak-anaknya tidak terjejas. Seandainya Anwar akur kepada campur tangan IMF dahulu, sudah tentu semua bidang perniagaan anak TKT terpaksa disusutkan ataupun dijual sama sekali. Sebagai contoh kita ambil kisah syarikat Konsortium Perkapalan milik Mirzan bin Mahathir. TKT Mahathir telah mengarahkan Anwar membayar 2 billion kepada Mirzan dan semua kapal miliknya diambil alih oleh MISC. Tetapi apa yang rakyat masih belum tahu, sehingga hari ini, kontrak pengangkutan arang batu telah terus diberikan oleh Tenaga Nasional kepada Mirzan yang menggunakan kapal asing untuk mengangkutnya. Itulah urusan yang dikendalikan oleh Dr. Jamaludin Jarjis semasa beliau menjadi Pengerusi TNB. Habuannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan Kedua.

Satu contoh ini sudah cukup menguatkan bukti pendirian saya bahawa Tun Kepala Taik Mahathir tidak pernah ikhlas memimpin negara ini. Setelah mengaibkan Raja-raja Melayu, beliau menganggap dirinya raja segala raja Melayu. Kita nampak usaha giat dilakukan oleh penulis upahan TKT Mahathir untuk mengaitkan tuduhan bahawa Anwar memang telah melakukan salah laku.

Namun, kita sudah nampak betapa hukum karma semakin menjelma. Anak beliau Mirzan sudah ditahan di sebuah kasino di Monte Carlo kerana kekurangan dana untuk berjudi. Ini merupakan satu kenyataan yang lemah lembut, kerana mana-mana kasino tidak akan menahan pelanggannya yang bermodal besar kecuali ada unsur menipu di pihak pelanggan itu.

Sebelum ini pun Azizan Abu Bakar kehilangan isterinya dalam kemalangan kereta. Aziz Shamsuddin telah kehilangan isterinya semasa kemalangan kereta di Rawang pada pagi raya. (Kita masih menunggu kisah cek pemberian kilang air botol mineral atas nama isteri beliau yang dicuri oleh kakitangan PLUS dan sepatutnya dibicarakan)

Beberapa orang polis yang turut terlibat dalam kes Anwar sudah pun menerima hukum karma mereka. Ada yang mati ditanduk lembu semasa lembu itu mahu dikorbankan. Ada yang hampir-hampir mati ditembak penjenayah seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Peguam Negara Mohtar ‘dugung’ Abdullah sudah lama meninggal dunia gara-gara otak beku yang terpaksa dibedah, dan terus membengkak hingga tidak boleh dimasukkan semula ke dalam tempurung kepala. (Banyak lagi cerita ngeri membabitkan orang-orang yang bertanggungjawab memfitnah dan menyeksa Anwar yang kita tahu tetapi tidak mahu dedahkan dahulu).

Sedikit demi sedikit hukum karma sedang menghambat Tun Kepala Taik sendiri. Dia akan menanggung aib secara bertahap semasa masih lagi boleh berfikir, melihat, mendengar dan bercakap. Sekarang ini pun pemergiannya ke luar negara sedang dipertikai oleh rakyat marhaen. Siapa yang mengeluarkan belanja?

Pada waktu yang sama, Anwar sedang berehat di Alpha Klinik. Beliau menerima banyak undangan daripada pemimpin negara luar untuk menjadi tetamu mereka. Ramai pemimpin dunia menghantar surat tahniah kepadanya. Kegembiraan beliau bermula sejurus selesai pembedahan itu. Semasa membuka matanya, beliau telah melihat seorang sahabat lama yang merupakan mantan Presiden Indonesia J.B. Habibie berada di sisinya.

Marhaintua - 11.09.2004

 
RAKYAT PERMATANG PAUH MENONTON VIDEO PEMBEBASAN DSAI
09.09.04 (3:36 pm)   [edit]

Permatang Pauh 8 Sept- Rakyat Permatang Pauh yang tidak hadir pada hari keputusan pembebasan DSAI di Putra Jaya berpeluang menyaksikan rakaman video pada hari pembebasan tersebut melalui video yang disiarkan di pejabat keADILan bahagian di sini semalam.


Walau pun tidak dihebohkan perkara ini, namun sambutan yang diberikan membuktikan semangat rakyat kembali pulih selepas pilihan raya lepas. Dengan tontonan video ini, ia dapat menebus kehampaan ramai kerana tidak dapat menghadirinya pada hari tersebut. Video yang diambil semasa di mahkamah, di rumah dan di lapangan KLIA itu berjaya mengubat hati rakyat malahan masyarakat Permatang Pauh menanti kepulangan wira reformasi itu untuk berucap di hadapan rakyat Permatang Pauh apabila pulih kelak.


SELAMAT PULANG KE PERMATANG PAUH. REFORMASI PASTI BERGEMA KEMBALI. SALAM REFORMASI

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 09.09.2004

 
Apakah UMNO Tidak Relevan Tanpa Anwar Ibrahim?
09.09.04 (3:35 pm)   [edit]

UMNO sudah bercelaru. Dua minggu lagi ia akan mengadakan persidangan tahunannya, namun para pemimpin, perwakilan dan akar umbi semakin resah gelisah akan seorang insan yang pernah mereka tendang keluar, dan apa yang mampu dibuatnya. Setiap kali persidangan UMNO datang menjelma, ia didahului oleh aktiviti yang ligat. Pada tahun ini, sepatutnya begitulah keadaan itu. Malahan ia sepatutnya lebih ligat lagi. Pemangku Presiden UMNO sedang cuba memacakkan kesahihannya sebagai seorang pemimpin yang dipilih. Beliau mahu semua orang pilihannya terpilih dan tidak berpura-pura mahukan niatnya tertunai. Ada satu Kod Etika yang menjadi panduan pemilihan, tetapi peraturannya sentiasa berubah-ubah daripada sehari keesokan harinya sehingga UMNO memerlukan kursus bimbingan untuk menjelaskan perkara itu kepada para perwakilan dan calon (yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi). Lembaga Disiplin sepatutnya menyekat sikap amalan rasuah, yang dalam istilah UMNO disebut ‘politik wang’; serta apa juga bentuk habuan yang haram. Tetapi keputusan lembaga itu telah menggalakkan amalan rasuah, kerana sikapnya memberi amaran adalah bukannya satu ingatan tegas kepada orang lain untuk menghentikan perbuatan rasuah mereka.


UMNO telah melantik pemeriksa untuk membasmi rasuah tetapi semua pemeriksa yang bergerak secara senyap-senyap tanpa diketahui identiti mereka tidak pun mampu mengesan sebarang bukti. Saya merasa pelik dengan kisah ini. Malam semalam, saya telah bertemu segelintir perwakilan, yang kesemuanya bercakap secara terbuka mengenai rasuah, dan kenapa mereka terpaksa melakukannya. Mereka bercerita ini di tempat yang selalu dikerumuni oleh orang UMNO untuk minum kopi. Apa yang perlu dilaksanakan oleh para inspektor UMNO itu ialah hadir di beberapa tempat semacam ini dan di beberapa hotel bertaraf lima bintang ataupun di tempat minum-minum. Tetapi mereka masih lagi tidak tahu-menahu.

Akan tetapi kita harus tidak terkejut akan perkara ini. Kewujudan para pemeriksa (pemantau) itu ialah sebagai menakut-nakutkan sahaja, dan bukan untuk menghentikannya. UMNO enggan menangani masalah ini seperti yang sepatutnya. Rasuah dan politik wang sudah lama berakar umbi dalam pemikiran UMNO sehingga amat sukar untuk membanterasnya.

Tokoh-tokoh korporat tidak dapat memegang jawatan penting dalam parti walaupun berbekalkan wang ringgit. Ada seorang tokoh yang kalah kepada seorang tukang kasut untuk jawatan pengerusi bahagian. Seorang tokoh lagi kalah kepada orang yang tidak dikenali, yang mencabar beliau secara suka-suka. Orang Melayu beranggapan, bahawa jawatan politik memberikan laluan mudah untuk mengaut kekayaan dan jawatan tinggi. Mereka yang tidak berjaya, seperti tokoh korporat, membeli undi para perwakilan dan membuat rundingan agar mereka menang. Ini bukannya satu perkara baru. Peniaga Cina melakukannya setiap hari. Perkara begini bukanlah bahan perbincangan terbuka. Tetapi perhatikan setiap pemimpin UMNO, daripada peringkat bahagian dan kita akan nampak ada sahaja peniaga Cina yang mengekorinya. Mereka mengekor begitu sambil membayangkan kekayaan yang dapat dihimpun seandainya orang UMNO yang mereka sokong itu naik ke atas. Para pemimpin UMO yang sibuk dengan rasuah dan politik wang secara terbuka adalah berada dalam kerajaan, baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. Empat orang yang memang bergelumang dahsyat tanpa segan-silu ialah dua orang Menteri Besar dan dua orang menteri kabinet,. Bukan mereka sahaja yang berbuat begitu. Di belakang setiap ahli politik UMNO dan peniaga Melayu ada seorang peniaga Cina yang setia membantu.

Kekecohan mengenai rasuah ini memang sudah tidak relevan. UMNO mereput kerana kecuaian, asasnya sudah berpecah-belah, pemimpinnya yang sentiasa gelabah untuk menyekat kejatuhan parti sambil cuba berpura-pura kepada dunia luar yang segala-galanya masih segar-bugar. Keadaan begini akan berterusan sehingga muncul bencana alam. Yang paling dahsyat sudah pun menjelma. Namanya ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Inilah insan yang ditegaskan oleh para pemimpin UMNO sebagai seorang penjenayah yang sudah kehilangan sokongan selagi beliau berada dalam penjara. Untuk menentukan keadaan ini, pemimpin UMNO yang memimpin gagasan Barisan Nasional (BN), sengaja melantik para hakim yang sanggup menghamba-abdikan diri kepada mereka. Mereka tidak peduli sangat bagaimana dia dihenyak dalam penjara, yang pentingnya beliau mesti terus disimpan di sana. Kini, dia sudah pun bebas dan sedang berehat daripada pembedahan penyakit belakang yang dialaminya. Beliau belum membuat keputusan akan pilihan politik yang ada, akan tetapi masa depan UMNO sudah dikaitkan kepada keputusannya. Para pemimpin UMNO mungkin merasa jijik dengan keadaan semasa tetapi mereka terpaksa memujuk beliau kembali semula ke pangkuan parti yang telah menghumbannya dalam longkang pengaiban dan tentukan beliau terus terperuk di sana. Sedangkan ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO. Semua ini bergantung kepada tanggapan beliau apakah itu satu idea yang bijak.

Kerana inilah kenapa persidangan UMNO tahun ini dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi sudah menjadi tidak relevan lagi. Perkataan ‘tidak relevan’ itu tidak boleh disamakan maknanya dengan sebutan Hakim Augustine Paul ketika beliau menghakimkan kes rasuah Dato’ Seri Anwar yang penuh bidaah. Akhbar perdana Malaysia kini sibuk membuat laporan akan dua perkara ini sambil mengetepikan berita yang lain-lain. Akan tetapi mereka lebih menumpukan berita mengenai Dato’ Seri Anwar dan bukannya terhadap persidangan itu lagi. Lebih banyak ruang akhbar yang diperuntukkan kepada masa depan Anwar berbanding masa depan UMNO. Pemimpin UMNO sudah terjerat, tanpa mampu menyesuaikan haluan parti kepada perubahan yang akan menentukan nasibnya. Mereka memang tertekan kerana terperangkap sebagai orang tebusan oleh seorang insan yang dianggap sudah mereka musnahkan. Yang membuatkan pemimpin UMNO naik takut ialah kemungkinan wujudnya sokongan besar terhadapnya dalam parti. Ada pihak yang membuat taksiran betapa wujud satu pertiga sokongan semacam itu, tetapi kita anggarkan sekitar dua puluh peratus sebagai yang lebih mungkin. Ini mungkin bertambah lagi kalau beliau menonjolkan peranannya selepas berada enam tahun dalam penjara. Adalah dianggarkan kira-kira dua puluh peratus lagi sokongan ditumpukan kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Setakat ini belum lagi ada tanda-tanda yang mereka berdua akan bergabung tenaga. Kemungkinan perkara ini akan berlaku sudah cukup menghambat para pemimpin UMNO untuk yakin betapa mereka sudah betul-betul terkena dan punah-ranah oleh kombinasi bencana alam. Memandangkan fenomena ini bagaimana mungkin mereka menumpukan perhatian kepada persidangan tahunan dan pemilihan anggota MT?

MGG Pillai (mggpillai.com)
pillai@streamyx.com
09.09.2004 - Terjemahan MT-SPAR

 
Salam Daripada Dato' Seri Anwar
09.08.04 (10:10 am)   [edit]

GEMBIRA SELEPAS PEMBEDAHAN...Anwar Ibrahim bersama isteri dan pembantunya (Azmin dan Dr Halili) bergambar kenangan dengan Dr Thomas Hoogland selepas selesai pembedahan tulang belakangnya dengan jayanya di Alpha Klinik, Munich, Jerman Malam tadi. Selepas tiga jam selesai pembedahan Anwar boleh berjalan kaki ke biliknya tanpa memerlukan kerusi roda lagi. Foto kiriman keluarga Anwar - (tiada hak cipta)


Berikut merupakan gambar terbaru yang diterima dari rombongan Anwar di German.
  


Salam dari Anwar !

dilaporkan oleh
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Penyelaras
Pusat Aktivis Gerakan Reformasi Malaysia (PAGER)
suite 1-A, Ting 1, Wisma Anwar Ibrahim,
Taman Sri Putih, Jalan Tok Ungku, Seremban
0163242564 / penerangan_keadilan@yahoo .com






P/s : SEGERA! PAGER telah siap membina satu sistem penyebaran berita menggunakan teknologi untuk memastikan majoriti rakyat malaysia mendapat maklumat mengenai perkembangan DSAI dan aktiviti reformasi. untuk tujuan mengaktifkan sistem tersebut PAGER sedang mencari rakan kongsi untuk menyumbangkan pinjaman modal sekurang-kurangnya RM 4,500 - RM 5,500 yang akan dibayar bersama keuntungan 7 minggu selepas sistem diaktifkan. berminat untuk membantu dengan menjadi rakan kongsi (pinjamkan modal) sila hubungi saya terus seperti alamat di atas.


Edisi 8.00 pagi - 08.09.2004

 
MEROSOT PRESTASI KERANA MEREKA
09.08.04 (10:09 am)   [edit]

Berbagai perencanaan yang dilaksanakan Kerajaan yang di pelopori oleh Pemuka UMNO yang suka berbohong dan penipu sejak hampir 20 tahun lalu kini telah mula menunjukkan kesan yang amat negatif kepada badan-badan kerajaan tersebut. UMNO dan BN menyalahgunakan semua Jabatan dan perkhidmatan kerajaan dan akibatnya adalah pergantungan Jabatan atau perkhidmatan kerajaan hanya kepada UMNO. Apabila UMNO melalui zaman kemerosotan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semua Jabatan dan perkhidmatan turut merosot


Contoh termudahnya apabila UMNO memperkenalkan politik wang dan terus mengamalkannya, maka Jabatan dan perkhidmatan kerajaan juga terlibat dengan politik wang Cuma sebutannya sahaja diubah kepada rasuah. Apabila UMNO dan BN telah mencapai kemuncak Politik wang, Jabatan dan perkhidmatan kerajaan juga, rasuahnya mencapai kemuncak. Nampaknya macam cakap orang cina ..LUA LUA SELUPA O.

Kita lihat bagaimana gangguan terhadap sistem pengurusan hutan, Habis kawasan balak di Pahang ditebang hingga melebihi kuota 5 tahun akan datang. Apabila UMNO yang gagal menguruskan pentadbiran dan pengurusan ekonomi dengan baik mengakibatkan Jabatan Hutan tersebut juga kerugian jutaan ringgit Malaysia.. UMNO telah menyebabkan kefungsian Jabatan Hutan menjadi tidak efisien.

Apabila UNMO dan BN mewar-warkan slogan pengurusan yang bermutu dengan menswastakan sistem bekalan air, dulunya rakyat menerima bekalan air dari Jabatan Bekalan Air dengan bersih, jernih dan putih memperlihatkan betapa bermutunya perkhidmatan yang dapat diberikan kepada rakyat, tetapi bila UMNO dan BN yang memang suka berbohong dan menipu mengambil alih dan diserahkan kepada kroni mereka dengan slogan mempertingkatkan kualiti air, ianya menjadi perang/Merah, air yang tidak berkualiti dan rakyat terpaksa pula membeli air lain sebagai minuman. Kemudian mereka bersandiwara mengatakan air yang dijual di Arab Saudi lebih murah berbanding dengan air di Malaysia. Beginilah sikap kepura-puraan dan berhelahnya mereka. Tangan-tangan mereka yang mengakibatkan kemelesetan tingkat mutu perkhidmatan tetapi terus dengan sikap suka berbohong dan menipu mereka dengan telunjuk mereka diarah kepada orang lain.

Sebut berkenaan air mestilah yang ada hubung-kaitnya dengan minuman. Bila minum biarlah dimulakan dengan membaca Bismillah dan ada tertibnya. Untuk lebih jelas Pak Ngah perturunkan perkara yang berhubung dengan cara dan tertibnya Rasullullah minum;

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:


1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.


Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepadanyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan

Ringkasan adab minum

1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2.Bacalah " Bismillah"
3.Minum dengan tiga nafas
4.Minum dalam keadaan duduk
5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain
9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
10.Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.


Apalah malang yang menimpa negara Malaysia kini, Negara yang menerima jumlah turunan hujan yang tinggi sepanjang tahun serta memiliki sungai yang banyak tetapi tetap mengalami permasalahan air. Bertambah usaha meningkatkan mutu air untuk keperluan rakyat dengan dasar pengswastaan bertambah buruk pula perkhidmatan dan mutu yang diterima rakyat. Sedangkan kos yang dipaksa bayar oleh rakyat terus meningkat. Untuk mendapatkan air minuman yang baik terpaksa dibeli dengan kos yang lebih tinggi berbanding negara Arab yang tandus dan bergurun.


Kenapa boleh terjadi begini? Dari segi lojiknya tidak mungkin berlaku, tetapi apabila allah katakan kun fayakun, ianya terus terjadi. Inilah petanda pemerintahan dan negara yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Lihat lah apa kenyataan yang dibuat oleh pemuka kerajaan seperti berikut:


Utusan Malaysia 6 Sept 2004 - Oleh: ZAID MOHD. NOOR
SUNGAI PETANI 5 Sept. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berpendapat harga air mineral yang dijual di negara ini patut diturunkan kerana ia dianggap terlalu mahal.


Sebagai perbandingan, Menterinya, Datuk Shafie Apdal berkata, harga air mineral yang dijual di negara ini lebih mahal berbanding di Arab Saudi yang mempunyai bekalan air terhad.

Oleh itu, katanya, harga air mineral patut dikaji semula memandangkan bekalan air termasuk air mineral mudah diperoleh di negara ini.
"Di Arab Saudi harga air mineral satu liter dijual satu riyal (kira-kira RM1), kita jual lebih mahal iaitu satu liter RM1.50,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Pengguna peringkat negeri Kedah di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.


Berita Harian 6 Sept 2004 -
“Saya balik dari Arab Saudi, di sana air mineral dijual satu Riyal (kira-kira RM1) bagi sebotol 1 liter.


“Bagaimanapun, di negara kita yang banyak bekalan air, pengguna terpaksa membayar di antara RM1.20 dan RM1.50 sebotol dan tidak semua air yang dibotolkan itu air galian kerana sesetengahnya air paip yang dirawat,” katanya.


Apa yang lebih mendukacitakan, jumlah jenayah yang terus meningkat di Malaysia, Ianya dilihat seperti pihak yang bertanggungjawab langsung tidak ada sistem pengumpulan maklumat dan pengawasan yang terancang. Pasukan PDRM nampak seolah olah telah disalah arah memantau. Disebalik untuk memantau penjenayah, mereka telah diarahkan memantau pertubuhan parti politik yang berdaftar sah dengan Pendaftar Pertubuhan seperti PAS dan Keadilan dengan secara serius sehingga tergendala penugasan Utama memantau penjenayah, kumpulan kongsi gelap. Apabila tidak adanya sebarang pengumpulan maklumat yang lengkap menyebabkan berbagai kes jenayah meningkat dan kelihatan ketidakupayaan pula kepada PDRM. Mengesan penjenayah telah menjadi sukar dengan ketiadaan database. UMNO dan BN sudah tidak membezakan penjenayah dan pejuang bangsa dan tanahair, UMNO dan BN juga bertanggungjawab diatas kejatuhan imej dan nama baik PDRM dimata rakyat.


Bagitu juga kalau dulu nampak orang luar masuk, satu kampong riuh rendah, kini merekalah yang mempelopori kehadiran pendatang asing bukan seorang dua berjuta orang, padahnya kini ditanggung, jenayah berat meningkat dan pemuka UMNO berlepas tangan.

Kalau dulu tak baca Surat Kabar Utusan sehari bagaikan tak sempurna hidup, resah tak dapat maklumat, kini apabila melihat akhbat utusan penuh kebencian dan kejijikan. Kalau tak bacanya lebih tenteram dari ditipu seolah olah kita tak tahu. Ada diantara beritanya berlaku di depan mata kita, ditempat kita tetapi di siarkan jauh berbeza dan pasti kita akan kecewa. Bagitu juga dengan RTMnya, suatu ketika tertunggu rancangan kebun Pak Awang atau pun rancangan berita TETAPI KINI tak mau lagi tengok TV atau dengar radio.

Masa mula kerja kontraktor dulu, orang melayu jadi kuli, angkat batu, susun bata dan sebagainya tetapi bila UMNO kuasai perniagaan kontraktor terus jadi kuli tapi tukar nama kepada ALIBABA. Orang lain makan isi dia makan kuah sahaja asalkan pakai mata belalang sudah.

Kalau Pak Ngah nak berkisah semua kementerian semakin hari semakin merosot mutu kerja akibat pengamalan gaya urus kepentingan sendiri dan kroni. Sehari ke sahari akibat dari pengamalan rasuah telah meletakkan semua pengurusan dan perkhidmatan kearah mundur ke belakang. Bak kata orang tua dulu dulu, menang bersorak kampong tergadai. Bersambung lagi jika panjang umur.

..….. Pak Ngah - 08.09.2004

 
Puting-Beliung, Tsunami, Taufan, Gempa Bumi, Ledakan Gunung Berapi, Anwar Ibrahim
09.05.04 (1:35 pm)   [edit]

Pada hari Khamis 2/9/04, UMNO telah dilanda satu tiupan kencang laksana taufan, puting beliung, tsunami dan bergegar laksana gempa bumi yang disusuli ledakan gunung berapi. Ia telah melanda keseluruhan Malaysia dan namanya ialah Anwar Ibrahim. Lantas muncul komentar orang awam, baik di negara ini mahupun di kalangan orang asing, betapa seorang Perdana Menteri telah bersedia melupakan perkara yang lepas-lepas, dan betapa badan kehakiman Malaysia mahu membincangkan kes Anwar mengikut meritokrasi. Seolah-olah satu fajar baru mula menyinsing kata mereka. Kononnya, zaman perpecahan politik Malaysia yang penuh berantakan sudah menjadi sejarah sahaja. Apabila semua pihak sudah kekeringan modal untuk memuji-muji kerajaan, mereka mula berbincang akan masa depan Dato’ Seri Anwar: apakah beliau akan kembali menganggotai UMNO? Apakah beliau akan menjadi Perdana Menteri, dan bertenaga memikul tanggungjawab itu memandangkan penyakit belikat yang ditanggungnya? Mampukah beliau menangani tugas, setelah didapati bersalah terhadap apa yang dia tuduh kerajaan sekarang melakukannya? Namun demikian, kita harus ingat, semua ini tidak boleh terjadi, seandainya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak bertegas yang beliau mahu badan kehakiman bertindak bebas, dan beliau sudah bersedia menerima apa jua penghakiman mereka tanpa banyak soal.


Sesungguhnya apa yang benar-benar terjadi adalah amat berbeza daripada semua ini. Paklah telah menentang pembebasan Dato’ Seri Anwar hingga ke saat-saat terakhir. Pada awal Khamis, semasa hakim sedang bersiap melangkah memasuki Mahkamah Persekutuan, sudah ada satu usaha terakhir agar Anwar dinafikan kebebasannya. Hakim yang terlibat telah membuat keputusan sendiri bahawa cukuplah segala kerenah yang terjadi. Tetapi mereka perlu bertindak tegas mengembalikan martabat badan kehakiman yang sudah lama ternoda selama dua dekad lamanya agar bebas seperti sedia kala. Martabat diri mereka sudah tercabar, makanya Dato’ Seri Anwar perlu dibebaskan tidak kira apa jadinya. Dengan kata lembut, kerajaan Barisan Nasional telah terpeleot. Kecuali Tun Kepala Taik Mahathir yang tegas mengatakan yang Dato’ Seri Anwar tetap bersalah, orang lain meluru terburu-buru cuba meraih nama kerana pembebasannya. Segala tanggapan awam serta laporan yang tersiar semakin cenderung kepada rumusan ini sambil melupakan keputusan mahkamah itu. Sedangkan apa yang terjadi sebenarnya adalah bahaya mengetepikan desakan bertubi-tubi kerajaan Arab Saudi, yang meminta izin agar mereka bertanggungjawab dengan pembedahan Anwar di luar negara. Selepas itu mereka berjanji membawa Anwar pulang untuk dikembalikan ke dalam penjara. Inilah yang sudah lama sengaja diabaikan oleh kerajaan Malaysia. Kira-kira dua minggu lalu, permintaan itu diperbaharui lagi. Itu juga telah diketepikan sehingga muncul keputusan mahkamah.

Segala rencana rapi untuk menonjolkan Paklah sebagai wira perkasa pada persidangan UMNO yang akan datang sudah hancur berkecai. Dato’ Seri Anwar akan membayangi persidangan itu nanti seperti mana dia membayangi TKT dan Paklah selama enam tahun. Para pemimpin UMNO sudah terketar lutut akan perkembangan ini. Pihak media telah diberi ingatan agar tidak melampau-lampu dengan laporan pembebasan Anwar, dan hanya kenyataan daripada Paklah, Timbalannya Najib Tun Razak harus diambil kira mengenainya. UMNO sedang bergegar. Media tempatan sudah mengerumuni rumah kediaman Anwar untuk memantau setiap perkembangan yang terjadi, tanpa mahu tertinggal waima secebis berita. Lagipun inilah yang melariskan penjualan akhbar. Anwar telah diberikan liputan yang menyeluruh lebih hebat dalam masa dua hari berbanding apa yang telah diberikan padanya selama enam tahun yang lalu. Kali ini segala laporan mengenainya adalah warna-warni, tidak bersifat negatif lagi mengikut segala kekangan yang ditentukan. Kini sudah ada desas-desus bahawa salah seorang penyokong kuat beliau yang menganggotai Majlis Tertinggi, Dato’ Zahid Hamidi, yang kini berjawatan Timbalan Menteri mungkin membangkitkan usul bahawa pemilihan di peringkat bahagian harus dibatalkan dan pemilihan baru diadakan. Mereka berkata Kod Etika UMNO adalah tidak sah. Segala peraturan telah diubah-ubah dan Lembaga Disiplin parti dan pemimpin UMNO sengaja mengada-adakan undang-undang baru untuk menguis ‘ikan bilis’ sambil membiarkan ‘ikan jerung’ terus bebas. Kegiatan korupsi Paklah dan Najib – yang sama nadanya dengan apa yang dituduh oleh mahkamah terhadap Dato’ Seri Anwar – adalah terlalu nyata, tetapi mereka masih bebas melakukannya.

Para pemimpin UMNO mengungkit perkara ini sebagai bukti betapa mereka ikhlas sedangkan Lembaga Disiplin yang ada hanya bersikap sambil-lewa dengan tindakan mereka yang selalunya diabaikan sahaja. Jika tidak, tentulah Paklah sudah menggugurkan dua anggota kerajaannya yang telah dikenakan tindakan tatatertib. Mereka adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Mahdzhir Khir, dan Setiausaha Parlimen Shamsu Bahrin Abdul Rahman. Yang pertama tadi diberikan amaran sahaja sedangkan yang lagi satu digantung untuk tiga tahun. Yang lebih teruk sekarang ini ialah ketidakserasian antara Paklah dan Najib sudah saling menyengat, kerana mereka tidak mampu bergerak bebas tanpa sokongan yang seorang lagi. Kini mereka terpaksa bersatu. Cuma mereka masih termangu dengan kepercayaan yang menular bahawa Dato’ Seri Anwar harus dibawa kembali menganggotai UMNO dan beliau harus diberikan kembali jawatan utama yang pernah disandangnya sebelum beliau disingkir kerana konspirasi politik.

Semasa saya menziarahi beliau pagi tadi, Anwar ternyata menikmati kebebasannya selepas diperam selama enam tahun. Beliau riang menerima lawatan tetamu dan para pengunjung, antaranya adalah orang politik yang rapat dengan Paklah dan Najib.

Memang jelas dia sedang kesakitan yang amat sangat. Beliau sudah duduk lama beberapa jam sebelum itu, di atas kerusi roda, kakinya dibalut dengan stoking khas, lehernya dipasang pengekang. Beliau berkata dia akan menanggung kesakitan yang amat sangat selepas beberapa jam duduk dan terpaksa berbaring untuk melegakan kesakitan itu. Anwar cuba menepis apa juga persoalan mengenai masa depan politiknya. Cuma beliau merasa lega dengan pembebasannya sambil berterima kasih kepada Paklah dengan apa yang terjadi. Ternyata beliau sengaja menangguhkan sebarang pemikiran mengenai masa depan politiknya sehingga dia pulang nanti. Anwar akan berlepas tengah malam ini kerana kelewatan jet peribadi Saudi yang dilengkapi kemudahan perubatan. Beliau dijangka berlepas ke Munich dan mungkin berada di hospital sana untuk dua minggu dan pergi pula ke Arab Saudi untuk berehat. Beliau memang kelihatan semacam dulu penuh berkarisma, sentiasa segar dan mempamerkan ciri-ciri berdebat seperti dahulu yang dilunakkan oleh pengalamannya dalam penjara. “Marilah kita lupakan masa lalu, dan hadapi masa depan dengan keyakinan,” kata beliau dengan tegas beberapa kali selama 30 minit saya berada di sisinya. Pada waktu yang sama, barisan para pengunjung terus bertali arus untuk memberikan penghormatan padanya.

Keyakinan beliau seperti ini yang menakutkan UMNO, yang semakin hilang punca dengan apa yang dilakukannya. Baik semasa beliau dalam UMNO mahupun di luarnya. Beliau menggugat UMNO dan segala pemuka yang kebanyakannya sudah maju ke hadapan, kerana beliau berada dalam penjara. Dengan munculnya beliau semula, igauan UMNO sudah pun bermula. Selain Paklah dan Najib, yang lain seperti Hishamuddin Hussein mungkin menghadapi laluan sukar dalam kerjaya politik mereka. Keadaan semakin menekan kerana beliau menunda segala cadangannya menunggukan beliau pulang daripada pembedahan di luar negara. Apa juga yang disebutnya sudah cukup menjadi bahan yang menakutkan, dan apa yang tidak disebutnya adalah menjadi bahan igauan pula. Kerajaan telah tersilap langkah menangani masalah Anwar. Apabila tindakannya hangat-hangat tahi ayam sahaja, niat sebenar kerajaan itu terserlah juga. Kerajaan mahu menghabiskan Anwar untuk kali terakhirnya dengan pukulan maut. Tetapi entah kenapa kerajaan beranggapan dengan membiarkan beliau terus terpenjara beliau tidak mampu melibas semula. Tetapi Anwar berjaya melibas mereka membuatkan kerajaan lebih rela menghadapi bencana alam yang melanda negara lain seperti Jepun dan Amerika daripada berhadapan bencana yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

MGG Pillai (mggpillai.com)
pillai@streamyx.com
04.09.2004

 
DSAI selamat berangkat ke Germany
09.05.04 (1:21 pm)   [edit]

KLIA mencatat sejarah. Tidak pernah dalam sejarah, KLIA dipenuhi manusia seperti malam ini. Tidak pernah dalam sejarah, perhimpunan reformis sebesar ini tanpa kehadiran trak-trak FRU. Reformis dan pejuang keadilan mula berkumpul di KLIA seawal 6.00ptg. Selepas itu, tidak putus-putus kenderaan menuju ke KLIA sehingga pukul 11.00mlm.


Rombongan DSAI tiba lebih kurang pukul 10.15 mlm. Foyer KLIA dipenuhi pejuang-pejuang dengan bendera Barisan Altenatif dan laungan REFORMASI!!! Keadaan begitu sesak di pintu masuk terminal terutama di kawasan drop-off point . Sebahagiannya mula memasuki ruang legar utama KLIA. Pekikan REFORMASI bergema dengan penuh semangat.

DSAI terpaksa mengambil masa lebih setengah jam untuk sampai ke check-in point. Pengawal keselamatan KLIA terpaksa bekerja kuat masa tu untuk mengawal keadaan. Kelihatan rakyat Malaysia berbagai bangsa dengan bangga mengibar bendera KeADILan dan PAS. Pekerja-pekerja KLIA juga sama-sama menemani keberangkatan DSAI. Pramugari dan pilot juga kelihatan memegang poster DSAI. Suatu fenomena yang tidak pernah kita lihat sejak peristiwa September 1998.

Sebelum turun ke boarding hall dgn menggunakan lif, DSAI sempat menyampaikan sepatah dua kata kepada ribuan penyokong yang menemani beliau. Dianggarkan tidak kurang dari 3000 rakyat yang hadir pada malam ini.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan DSAI selamat pergi dan kembali untuk mengetuai perjuangan REFORMASI!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!

- Ucop Demo.
Dipetik daripada Forum Gerak Reformasi - 04.09.2004

 
Pembebasan DSAI Pulihkan Semangat Menentang Kemungkaran
09.04.04 (10:26 pm)   [edit]

KUALA LUMPUR- Pembebasan DSAI telah menjemput beberapa muka UMNO ke kediaman beliau di Damansara. Antara yang hadir adalah menantu Pak Lah, Khairi dan juga Khalid Yunus. Namun yang turut hadir dan mendapat ejekan ialah Roslan Kassim kerana para penyokong tidak membenarkan beliau masuk, malahan mengejek beliau. Namun saudara Anwar menegur kerana tidak salah membenarkan beliau masuk berjumpanya.


Semalam juga diberitakan hampir 300 kenderaan mengadakan konvoi di Jalan Duta sahaja. Ini tidak termasuk di beberapa stesen lain dan dianggarkan jumlahnya melebihi 500 buah kenderaan.

Selepas pilihan raya hampir melumpuhkan semangat para reformis untuk bergiat kerana masing-masing percaya tidak ada jalan lain bagi membebaskan DSAI dari penjara, malahan dengan penipuan yang dijalankan oleh SPR membuktikan kesukaran pembangkang untuk memenangi semula semangat rakyat.

Pembebasan DSAI menyuntik kembali semangat juang para parti Barisan Alternatif, NGO’s, para Reformis untuk kembali mengatur strategi dalam menyuntik semangat juang menentang kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Untuk itu para pejuang Reformasi haruslah bersiap sedia dari sekarang menunggu perancangan yang akan dibawa oleh DSAI apabila kembalinya beliau dari menerima rawatan.

Sama-samalah kita menunggu kepulangan wira Reformasi yang berjanji untuk terus berjuang menegak keadilan dan menyatupadukan semula Barisan Alternatif yang dilihat kurang bermaya. Satu pendekatan baru perlu dilakukan untuk menawan semula semangat rakyat terutamanya golongan rakyat marhaen.

Syabas para pejuang yang memberikan sokongan padu dan juga pengorbanan tanpa mengharap imbuhan untuk hadir berjumpa pemimpin.

REFORMASI PASTI BERGEMA KEMBALI.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 04.09.2004

 
Lagi Pembohongan Dan Penipuan Umno Dan TV 3 Di Pulau Pinang
09.04.04 (10:25 pm)   [edit]

Assalamualaikum wbt Tuan Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati


Izinkan saya memberi sedikit penerangan atas tohmahan oleh UMno Pulau Pinang dan TV3 yang tersiar di TV3 beberapa hari lalu dengan menunjukkan Kampong Makam Hj Kassim Pulau Pinang di mana difokuskan kononnya rumah-rumah dan kedai haram di depan kampung itu membantut/mencemar perancangan serta menyakitkan mata.

Sebenarnya kedai-kedai dan rumah haram itu adalah dimiliki oleh ahli-ahli parti mereput UMno dan mereka mengambil kesempatan dengan membina bangunan haram itu dengan bantuan UMno PPinang, MPPP dan TNB, tetapi mereka (UMno) lupa bahawa pada tahun 1996 dan 1997, Jawatankuasa Qaryah Masjid Haji Kasim Kg Makam waktu itu (tahun 1996) telah menghantar bantahan pada Majlis Agama Islam PPinang dan Majlis perbandaran Pulau Pinang membantah bangunan-bangunan yang didirikan dan mendesak diambil tindakan kerana mencacatkan kawasan depan Masjid dan mengotorkan dengan pencemaran bangunan haram, jamban-jamban serta sampah sarap yang sungguh menjijikkan.

Juga pada tahun 1997 Sdr Mahmud bin Halim sebagai Pengerusi Persatuan Belia Tanah Wakaf Hj Kassim merangkap jawatankuasa qaryah masjid telah menghantar bantahan yang serupa pada Majlis Agama Islam PP, Majlis Perbandaran PP juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam PP ada menjawab surat untuk mengambil tindakan tetapi selepas itu terus membisu,semua bantahan itu senyap sepi, pada tahun 1999 disusuli pula dengan laporan polis oleh Sdr Halim terhadap bantahan yang dihantar kepada MAIPP.
 
Tiba-tiba timbul sandiwara penipu oleh TV3 yang memang tidak bermaruah dan pembohong besar dengan mengatakan cacatnya kampung itu dengan bangunan haram, kedai haram demi untuk membolehkan penipuan UMno PP merampas tanah wakaf itu (dinyatakan tanah reserve Melayu!). Dengan alasan itu maka tercapailah hendaknya kehendak mereka kononnya tetapi para penentang pengkhianatan dan penipuan oleh Melayu UMno itu tidak akan berdiam diri kerana perkara ini akan dibawa kepada pengadilan demi membongkar kerja-kerja kotor pengkhianat-pengkhianat terutama oleh Yusoff Latiff (Datuk!) dengan UMno, Majlis Agama Islam PP dan juga MPPP. InsyaAllah pihak ini akan disaman.


Setelah sekian lama tidak menjawab bantahan dari Jawatan Kuasa Qariyah dan Persatuan Belia Kg Makam maka sekarang ditimbulkan pula kes ini demi mengabui mata rakyat! Inilah sandirawa ciptaan perosak dan pengkhianat Melayu UMno BN terhadap kaum Melayu, juga kesinambungan kepada cita-cita merampas tanah-tanah Melayu baik 'reserve' ataupun 'wakaf' oleh Najib anak Razak!

Perlukah lagi semua Melayu Islam menyokong pembelot-pembelot ini? Semoga Allah SWT juga memeliharakan akan tanah-tanah warisan yang tinggal sedikit lagi itu untuk generasi anak-anak akan datang! Insyallah Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

- Jingoza - Kg Makam Tuan Hj Kasim, Jalan Datuk Keramat, P.Pinang - 04.09.2004

 
DSAI BERLEPAS KE GERMANY MALAM INI
09.04.04 (8:42 pm)   [edit]

MAKLUMAN :
4 September 2004 - Sabtu


Setelah tertangguh dari jadualnya semalam akhirnya, malam ini Dato Seri Anwar Ibrahim akan bertolak ke Jerman untuk menjalani pembedahan tulang belakangnya. Anwar Ibrahim akan bertolak meninggalkan rumahnya di No.8, Jalan Setiamurni 1,Bukit Damansara pada jam 8.00 malam ini dan pesawat dijangka akan berlepas ke Jerman sekitar jam 10.00 malam.

Satu konvoi besar-besaran akan mengiringi beliau dari rumahnya ke KLIA. Penyokong dinasihati berkumpul awal (sebelum 8.00 malam) dan menjaga disiplin dan keselamatan semasa bertolak dan dalam perjalanan ke KLIA nanti. Sila beri kerjasama penuh kepada semua petugas keselataman yang menjalankan tugas tidak kira dari pasukan polis atau petugas keselamatan yang dilantik.

Semua diminta membawa bendera pertubuhan masing - masing termasuk bendera Malaysia.

Difahamkan juga di beberapa tempat seluruh negara ada diadakan kenduri kesyukuran pembebasan Anwar Ibrahim dan solat hajat memohon Anwar Ibrahim diberi kekuatan dan disembuhkan penyakitnya.

Badrul Hisham Shaharin
Jurucakap Gerakan Anwar Bebas
0163242564
- edisi 04.09.2004

 
Populariti Pak Lah Naik Mendadak!
09.04.04 (3:38 pm)   [edit]

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,


Umum sudah mengetahui bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya telah dibebaskan setelah 2 daripada 3 hakim yang mendengar kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan “Palace Of The Justice” di Putrajaya memihak kepadanya. Maka kini Anwar kembali menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang ”Merdeka”. Cucu merasa amat terharu atas pembebasan tersebut, sekurang-kurangnya Anwar ada peluang yang lebih terbuka untuk menentukan hala tuju karier politiknya selepas ini.

Susulan daripada pembebasan Anwar sebenarnya telah melonjak nama Pak Lah selaku Perdana Menteri sebenarnya. Walaupun Pak Lah menyatakan beliau tidak mahu campur tangan dalam urusan kes rayuan Anwar, tetapi Cucu rasa pasti ada simboliknya di sebalik kenyataan terbuka beliau itu. Kita tahu sebelum ini, segala keputusan yang dibuat oleh para hakim jelas memihak kepada kerajaan walaupun pada dasarnya Anwar berada dipihak yang benar.
 
Apa yang lebih menarik dengan keputusan pembebasan Anwar, Pak Lah menerima banyak ucapan tahniah daripada beberapa orang pemimpin dunia atas sikap ketelusan yang beliau tunjukkan dalam kes Anwar ini.


Apakah benar Pak Lah terlibat dalam menentukan Anwar bebas? Cucu ada mendengar khabar angin bahawa sebelum bonda Pak Lah menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau sempat berpesan supaya Pak Lah membebaskan Anwar. Ini mungkin mengambil kira datuk Abdullah iaitu Abdullah Fahim adalah merupakan tokoh ulama terulung yang amat disegani oleh orang ramai ketika itu. Bahkan beliau jugalah yang memainkan peranan dalam membawa kemerdekaan kepada negara pada tahun 1957. Beliau juga adalah ulama yang bertanggung jawab hingga tertubuhnya Parti Islam SeMalaysia (PAS). Maka tidak hairanlah Pak Lah digelar mewarisi ketokohan arwah datuknya itu. Lantaran untuk menjaga nama baik keturunan Abdullah Fahim, maka arwah bonda Pak Lah memberi amanat kepada beliau supaya membebaskan Anwar sepeninggalannya nanti. Inilah khabar angin yang banyak dikisahkan oleh orang ramai terutamanya di Pulau Pinang.

Maka, asas yang mungkin digunakan oleh Pak Lah dalam memberi kebebasan terhadap Anwar ialah beliau menunggu sehingga beliau benar-benar berkuasa dan tidak ada tangan-tangan lain yang membelenggu di belakangnya. Dan sekarang adalah masa yang paling sesuai, di kala UMNO sedang bersiap-sedia untuk menghadapi perhimpunan agungnya pada bulan ini. Pak Lah sendiri dilihat berada dalam kedudukan yang agak selesa apabila majoriti bahagian UMNO sebulat suara mencalonkan beliau sebagai Presiden UMNO dan Dato Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kedudukan selesa inilah yang ditunggu oleh Pak Lah dalam usaha untuk membawa kepada pembebasan Anwar sebenarnya.

Melihat kepada percaturan politik Pak Lah dilihat semakin kukuh apabila menantu beliau Khairy Jamaluddin juga mendapat pencalonan majority bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Maka tidak syak lagi empayar Pak Lah akan mula melebarkan sayapnya baik dalam kerajaan mahupun UMNO selepas ini. Sedangkan bekas Perdana Menteri terus dipinggirkan dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah yang lebih serius selepas ini apabila Pak Lah beria-ia benar untuk mengorek fail-fail kes Perwaja Steel yang ditutup Mahathir sebelum ini. Andai kata Eric Chia mengatakan bahawa dalang di sebalik tindakannya adalah Mahathir, maka sudah pasti Mahathir akan menerima akibatnya nanti. Dengan kes rasuah dan pembebasan Anwar, sudah pasti Mahathir bagaikan “Cacing-Kepanasan” sebenarnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita, bahawa pembebasan Anwar baru-baru ini berjaya melonjakkan nama Pak Lah sebagai pemimpin yang bersih, bukan sahaja bagi seluruh rakyat Malaysia malahan di mata dunia. Pak Lah dilihat pemimpin yang berwibawa dalam membanteras penyelewengan, rasuah dan mengembalikan imej badan kehakiman serta perundangan negara yang tercemar akibat kebobrokan Mahathir dulu. Lantaran itu, Pak Lah berpeluang untuk mempertahankan jawatannya bagi tempoh yang agak lama sama seperti yang pernah dilakukan oleh Mahathir dulu.

Apa pun pandangan umum terhadap Pak Lah, Cucu melihat dari sudut positif Pak Lah adalah seorang tokoh yang berwibawa dan berupaya untuk membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti, bahkan mengatasi ketokohan Mahathir sebelum ini.

Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!! Reformasi...Reformasi.. Reformasiii....  Takbirrrrrrrrrrrr !!!!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan!!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan!!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan... Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
cmk_pahang@yahoo.com - 03.09.2004

 
Anwar Bebas: Satu Penghinaan Buat Mahathir Mohamad !!!
09.04.04 (12:23 pm)   [edit]

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,


Tanggal 2 September, tercatat dalam lipatan sejarah seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Pada tahun 1998 lalu, tarikh keramat itulah beliau dihina , diaibkan dan dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden UMNO. Kini setelah enam tahun berlalu tarikh keramat itu juga dunia menyaksikan bahawa Anwar sememangnya adalah mangsa konspirasi politik jahat seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan dan bermaruah sebenarnya.

Cucu masih ingat enam tahun lalu , bagaimana maruah Anwar dijatuhkan. Anwar yang terkenal dengan imej Islamik dalam UMNO dikatakan telah melakukan perbuatan LIWAT yang sebenarnya memang tidak masuk akal bagi manusia yang berfikiran waras. Tetapi bagi manusia yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan, ianya dianggap biasa dan mainan semata-mata kecuali kepada hamba rakyat yang cintakan keadilan. Bagi mereka yang mempunyai prinsip perjuangan dan maruah, terus berada di belakang Anwar di bawah panji perjuangan Parti Keadilan Nasional dan kini Parti Keadilan Rakyat. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai prinsip perjuangan , dan sememangnya mempunyai kepentingan peribadi masing-masing masih terus berada dalam parti Haprak UMNO demi survival perjuangan dan periuk nasi masing-masing.

Dengan keputusan yang dibuat oleh hakim di “Palace Of The Justice” di Putrajaya itu yang nyata berpihak kepada Anwar jelas menunjukkan bahawa mereka yang berada di belakang Anwar selama ini dan tetap berdiri teguh hingga ke hari ini, adalah pejuang sebenar yang harus diberikan penghormatan oleh seluruh rakyat Marhaen. Mereka-mereka ini sanggup meringkuk dalam penjara, dibelasah, dicederakan dilakukan seperti binatang oleh pihak berkuasa. Syabas Cucu ucapkan kepada para pejuang ini, yang menggelari diri mereka “Pejuang Reformasi”.

Tetapi bagaimana pula dengan para pejuang yang tidak tahan dengan segala kekejaman dan penindasan ini yang mana akhirnya sanggup melupakan prinsip perjuangan mereka dan kembali semula ke pangkuan UMNO seperti “Kumpulan 12“ yang diketuai oleh Sdr. Roslan Kassim. Apa yang lebih menyedihkan para pejuang ini bukan sahaja ditolak oleh UMNO malahan tidak diterima langsung untuk kembali bertapak dalam UMNO pada Pemilihan UMNO baru-baru ini. Ramai di antara mereka kini, seolah-olah hilang arah tuju masing-masing. Apakah ada ruang untuk mereka ini kembali kepada Keadilan ataupun masa depan politik mereka akan terus reput ditelan arus zaman ? Sama-sama kita nantikan.

Apa pun yang berlaku dalam kes Anwar ini, yang lebih menarik ialah insan yang bernama Mahathir Mohamad iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengaibkan dan menjatuhkan maruah Anwar selama ini. Dalam ulasan ringkas Mahathir ketika diwawancara oleh pemberita TV3 malam tadi, beliau seolah-olah merasakan dirinya tidak bersalah sama sekali. Alasan yang diberikan ialah beliau tidak mahu memberi apa-apa komen kerana kini beliau tidak lagi berada dalam politik dan kerajaan. Bukankah sesuatu yang amat melucukan sebenarnya. Seluruh dunia tahun Mahathirlah orang yang bertanggungjawab memecat Anwar dan kemudiannya menuduh Anwar meliwat tanpa menunggu perbicaraan di mahkamah. Kemudian menghalau Anwar dari pejabatnya di Kementerian Kewangan, memecat Anwar dari menjadi ahli UMNO seumur hidup, kemudian mengarahkan anggota polis menangkap Anwar seperti penjenayah perang di rumahnya di Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara. Semua ini telah diketahui hamba rakyat sejak sekian lama sebenarnya.

Dan apa yang paling menyedihkan ialah, Mahathirlah orang yang bertanggungjawab menuduh Anwar menumbuk matanya sendiri setelah terpapar di dada-dada akhbar mata Anwar lebam. Kemudiannya Suruhanjaya Penyiasatan Diraja membuktikan perbuatan tersebut dilakukan oleh orang kanan Mahathir iaitu Tan Sri Rahim Noor yang kini mendapat habuan menjadi Tokey Genting Highlands. Semua ini masih segar dalam ingatan kita, dan kita juga masih ingat Mahathir berdolak-dalik ketika dipanggil ke untuk menjadi saksi di mahkamah dalam kes perbicaraan Anwar, walaupun pihak mahkamah telah mengeluarkan "sapina" terhadap beliau. Alasan yang beliau berikan bahawa tidak ada kepentingan untuk beliau menjadi saksi, sedangkan beliaulah punca segala-galanya ini.

Cucu yakin jika Mahathir tidak memecat Anwar dulu, mungkin gelombang kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan, menentang kezaliman dan penindasan tidak akan terwujud. Ini kerana kes Anwar bukanlah kes individu sebaliknya ianya melibatkan keseluruhan rakyat. Badan kehakiman dijadikan bahan boneka oleh Mahathir dan nama-nama seperti Hakim Coklat Hacks “ Augustine Paul”, Ariffin Jaka, Mohtar Abdullah (Dugong) yang mati penuh kehinaan dan peguam seperti Gani Patail, dan ramai lagi seperti Arwah Dr. Rastina, Umi Halfida Ali, SAC Musa Hassan tidak akan bermain di bibir rakyat.

Jika orang yang bernama Mahathir tidak melakukan perbuatan terkutuk ini, sudah pasti badan kehakiman negara tidak akan tercemar dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia. Dengan tilam yang diusung ke hulu-ke hilir kemudian kes dibuang, kemudian tarikh kejadian yang berubah-ubah, kemudian dengan kemusykilan demi kemusykilan baik dari segi masa, tempat, cara kejadian, saksi yang tidak relevan dan sebagainya semuanya itu jelas telah menjatuhkan dan mencemarkan imej badan kehakiman negara yang dianggap mengamalkan undang-undang rimba oleh para pemerhati bebas yang mengikuti perbicaraan Anwar ketika itu.

Maka jelaslah kepada kita bahawa insan yang bertanggungjawab menyediakan skrip-skrip dan sandiwara ini ialah Mahathir Mohamad. Para pelakon lain yang turut bersubahat dengan beliau hanya mereka-mereka yang diarahkan mengikut segala skrip yang telah ditulis oleh Mahathir Mohamad. Mahathir sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri lantaran sanggup melakukan Anwar, anak didik yang telah diasuh sekian lama semenjak beliau menarik Anwar menyertai UMNO sebelum ini.

Justeru itu, berita pembebasan Anwar ini sebenarnya adalah satu hadiah buat seluruh pejuang keadilan dan juga merupakan satu penghinaan buat Mahathir Mohamad sebenarnya. Mahathir tidak boleh lari dari bayang-bayangnya sendiri !!! Penderitaan yang Anwar tanggung selama 6 tahun berada dalam sel tahanan Penjara Sungai Buloh harus dibalas dengan penderitaan dan juga penghinaan buat Mahathir. Kalau dulu beliau adalah Perdana Menteri dan berkuasa untuk melarikan diri dari berhadapan dengan Anwar di mahkamah, kini beliau adalah rakyat biasa yang harus menerima pembalasan atas apa yang telah beliau lakukan terhadap Anwar selama ini. Bukan masanya untuk Mahathir mengatakan tidak berdendam dengan Anwar seperti yang diucapkan di hadapan para wartawan!! Sepatutnya persoalan itu harus ditujukan kepada Anwar apakah beliau menyimpan dendam terhadap Mahathir.

Sebagai manusia yang kini bebas dan tidak bersalah Anwar ada hak untuk mendakwa Mahathir dan meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf secara terbuka melalui media massa jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan saman malu dan banyak lagi yang boleh dilakukan oleh Anwar terhadap beliau sebenarnya. Nantikan sahaja apakah insan bernama Mahathir ini mempunyai maruah dan harga diri agaknya ? Bagi Cucu sebelum Mahathir menghembuskan nafasnya yang terakhir (berdasarkan kepada usia dan keadaan beliau yang semakin kerepot .. bak kata pepatah kubur kata mari rumah kata pergi) elok sangatlah Mahathir memohon maaf secara terbuka atas segala keterlanjuran beliau terhadap Anwar selama ini.

Atau mungkinkah kita akan kehilangan Mahathir dari bumi Malaysia ini dalam masa terdekat ini? Mahathir kini mungkin seperti cacing kepanasan , kerana beliau tidak sangka Perdana Menteri yang dilantik oleh beliau tidak mahu campur tangan dalam kes rayuan Anwar di “Palace Of The Justice” Putrajaya yang mana akhirnya keputusan hakim 2-1 memihak kepada Anwar dan menyebabkan beliau dibebaskan. Mungkin inilah yang sedang difikirkan oleh Mahathir agaknya. Dan ada kemungkinan beliau akan melarikan diri dan meninggalkan negara buat selama-lamanya, tambahan pula Pak Lah sedang asyik membuka fail kes Perwaja yang melibatkan Tan Sri Eric Chia yang juga merupakan orang kanan Mahathir ketika beliau di puncak kekuasaan dulu. Sama-samalah kita nantikan kehinaan demi kehinaan yang akan diterima oleh Mahathir di dunia tidak lama lagi, di akhirat itu hanya Allah sahaja yang Maha MengetahuiNya.
Cucu juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas atas ketelusan yang ditunjukkan oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri yang secara jelas mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah. Semoga dengan ini akan mewujudkan satu sistem kehakiman dan perundangan yang lebih berwibawa dan diterima oleh seluruh rakyat hendaknya pada masa-masa akan datang.


 Buat keluarga Anwar, terutamanya Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail selamat menempuh alam baru selepas ini , setelah enam tahun Kak Wan menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya Cucu harap kehadiran Awar kembali ke pangkuan keluarga sememangnya menjadi hadiah “Hari Kemerdekaan” buat Kak Wan seisi keluarga. Buat semua para pejuang keadilan dan Islam yang senantiasa berjuang dan mendoakan kesihatan dan pembebasan Anwar selama ini, anggaplah sema ini sebagai takdir dan satu rahmat dari Allah SWT berkat kesabaran kan konsistensi dalam perjuangan selama ini.

Cucu juga mendoakan semoga Anwar akan selamat dalam rawatan sakit tulang belakang dan pembedahan yang akan dilaluinya di Jerman nanti. Salam sembah takzim dari Cucu Mat Kilau dari Pahang Darul Makmur. Insya Allah kalau tiada aral melintang Cucu akan turut menjenguk Kak Wan serta keluarga di Bukit Damansara dalam masa terdekat ini. Kenangan semasa menceriakan majlis perkahwinan Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar tetap segar dalam ingatan.

Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!! Reformasi...Reformasi.. Reformasiii....  Takbirrrrrrrrrrrr !!!!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan!!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan!!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
cmk_pahang@yahoo.com - 03.09.2004

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...