Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Anwar tidak percaya pada sistem, bukannya doktor
08.15.04 (2:48 pm)   [edit]

Anwar Ibrahim telah mengalami sakit tulang belakang sejak tahun 2000. Walau sekuat mana dicuba, para doktor tempatan masih tidak dapat menyembuhkan sakit Anwar. Fisioterapi dan ubat tidak dapat menyelesaikan masalah. Hanya pembedahan yang boleh. Dan inilah keputusan sebulat suara para doktor dan pakar bedah yang pernah memeriksa Anwar.


Tetapi Anwar enggan meletakkan nasibnya di tangan para doktor Malaysia di hospital negara ini walaupun dipaksa. Beliau bukannya berpandangan para doktor Malaysia tidak berkebolehan. Sebaliknya, beliau memang memandang tinggi terhadap para doktor Malaysia. Sistem di negara ini yang sebenarnya tidak boleh dipercayainya.


Dan Anwar mempunyai alasan kukuh untuk berpendirian demikian.


Semasa beliau disyaki terkena keracunan Arsenic, sampel darah, rambut dan air kencingnya telah diseludup keluar dari penjara dan dihantar ke Australia. Pejabat Koroner Australia telah mengesahkan jangkaan itu. Anwar kemudian telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani pemeriksaan lanjut. HUKM juga telah mengesahkan keputusan yang diperolehi daripada Australia. Anwar terkena keracunan Arsenic.


Walau bagaimanapun, laporan HUKM telah ditolak oleh kerajaan dan dihantar semula ke hospital untuk didrafkan semula untuk mengatakan bahawa tiada bukti kukuh bahawa Anwar keracunan, dan walaupun beberapa tanda Arsenic dapat dilihat padanya, ia mungkin datang daripada sumber-sumber yang tidak diketahui.


Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan bahawa Arsenic boleh didapati daripada makanan laut seperti udang galah. Sejak bila Penjara Sungai Buloh menghidangkan udang galah kepada tahanannya tidak pula dijelaskannya.


Selepas itu, ketika Anwar mendapat sakit belakang, beliau dihantar ke Hospital Selayang supaya satu X-ray dapat dilakukan. X-ray tersebut membuktikan bahawa Anwar mengidap sakit tulang belakang. Anwar kemudian meminta salinan X-ray tersebut untuk mendapatkan pandangan kedua dan beliau diberitahu bahawa hospital itu telah memusnahkan semua rekod perubatannya.


Hospital-hospital (dan juga para doktor swasta) tidak pernah melupuskan rekod perubatan seseorang pesakit, terutama yang masih belum mula mendapat rawatan dan yang belum sembuh daripada kesakitan. Dan para doktor Hospital Selayang mengesahkan kenyataan ini. Mereka hairan tentang bagaimana pihak hospital boleh mengatakan bahawa rekod perubatan Anwar telah dimusnahkan sedangkan bukanlah polisi hospital tersebut untuk berbuat demikian.


Jelas sekali walau betapa berkebolehan dan jujurnya para doktor tempatan, mereka tidak dapat mengawal keadaan seperti itu. Mereka harus berhadapan dengan kuasa yang mutlak. Mereka yang pandai-pandai dan mendiagnos Anwar atau pun mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak kerajaan akan dibawa ke Bukit Aman untuk soal siasat. Yang lain pula akan ditukar ke hospital yang terpencil sebagai hukuman. Itulah nasib para doktor tempatan yang cuba melakukan perkara yang betul.


Anwar bertanya kepada para doktor dan pakar bedah yang memeriksanya sama ada mereka boleh menjamin keselamatannya atau tidak. Tiada siapa yang berani untuk memberi jaminan tersebut. Mereka hanya boleh berjanji untuk melakukan yang  terbaik. Tetapi mereka tidak mempunyai kawalan ke atas aspek lain dalam pembedahan itu seperti rawatan sebelum dan selepas pembedahan, atau pun sama ada Anwar akan diberikan oksigen atau gas maut sebagai ubat pelali.


Dan terdapat beberapa pakar bedah terbaik Malaysia yang memeriksa Anwar enggan menjalankan pembedahan ke atasnya. Mereka bimbang jika terdapat unsur sabotaj yang mungkin akan timbul dan mereka yang harus menanggung akibatnya jika pembedahan tersebut gagal atau, lebih buruk lagi, menyebabkan kematian Anwar.


Jika para pakar yang sepatutnya menjalankan pembedahan itu enggan berbuat demikian, siapa lagi yang boleh diharap oleh  Anwar? Anwar bercakap dengan beberapa individu yang terbaik dalam dunia perniagaan tetapi tiada yang bersedia untuk memberi jaminan ke atas keselamatannya. Mereka juga enggan menjalankan pembedahan ke atas Anwar sebaliknya lebih suka jika pakar bedah yang lain melakukannya.


Bukannya para doktor dan pakar bedah ini meragui kepakaran dan kebolehan mereka sendiri. Mereka juga tidak percaya  pada sistem dan bimbang akan sabotaj. Jadi, mana mungkin Anwar mempercayai sistem yang ada.


Para doktor dan pakar bedah yang telah memeriksa Anwar juga sebulat suara tentang satu lagi perkara, bahawa mungkin jalan terbaik bagi Anwar ialah menjalani  pembedahan di luar negara, di sebuah negara yang 'selamat' di mana tidak dapat dicapai oleh kuasa mutlak Malaysia.


Seperti kata mereka, kita perlu ikut arahan doktor, dan kini doktor telah mengeluarkan arahannya.

 
Kes Lunas: Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Roslan Kassim
08.15.04 (2:43 pm)   [edit]
KULIM- 14 Ogos: Hakim Mahkamah Majistret Kulim, Yang Arif, Ainy Suhailah Yunus memerintahkan waran tangkap tanpa jamin dikeluarkan terhadap Roslan Kassim kerana gagal hadir untuk perbicaraan kes Pengundi Hantu Pilihan Raya Kecil Lunas hari ini.

Keputusan itu dikeluarkan selepas mendengar permohonan daripada para peguam tertuduh, iaitu Yunus Shariff dan Prabakaran yang mewakili Naib Presiden KeAdilan; Tian Chua dan Azmin Ali, Ketua Pemuda KeAdiLan; Ezzam Mohd Noor, Ketua Pemuda KeAdiLan Kedah; Mohd Zamil Ibrahim, serta aktivis PAS, Mohd Fauzi Awang Kecil, Khairi Yahya dan Ahmad Khairuddin Jamaluddin.

Dalam hujahnya, Yunus menjelaskan pada perbicaraan 18 Jun 2001 lalu, salah seorang anak guamnya iaitu Gobalakrisnan tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan telah mengemukakan sijil sakit daripada hospital kerajaan. Namun Majistret ketika itu (Pn. Rosaini) tetap mengeluarkan waran tangkap tanpa jamin terhadap Gobalakrisnan, dan akibatnya beliau telah ditahan selama 4 hari dalam lokap.

Menurutnya, mahkamah tidak boleh ada “double standard” dalam mengadili Roslan Kasim, walaupun sebelum ini saya mewakili dirinya, kini dia telah melantik peguam lain, (setelah masuk Umno semula) dan peguam yang dilantiknya juga tidak hadir hari ini. Saya memohon mahkamah mengambil tindakan yang sama terhadap beliau.

Sebelum itu, Prabakaran turut membuat permohonan yang sama, meminta mahkamah turut memanggil doktor yang terbabit ke mahkamah untuk memastikan sama ada Roslan benar-benar sakit atau sebaliknya.

Tegasnya, tindakan Roslan membuang masa mahkamah. Mahkamah perlu tegas sama ada, bebaskan semua tertuduh, keluarkan waran tangkap atau tetapkan tarikh perbicaraan yang baru.

Dalam pada itu, mahkamah turut dimaklumkan bahawa Pendakwaraya, Azman Abdullah juga tidak dapat hadir kerana sedang mengikuti kursus Sains Forensik dari 9 hingga 14 Ogos.

Perbicaraan kes pengundi hantu pilihan raya kecil Lunas telah berlanjutan sejak tahun 2001, dan telah ditangguhkan beberapa kali. Hakim yang mengadili kes ini juga turut bersilih ganti, antaranya Majistret Johari Hasan, Rosaini dan Ainy Suhailah Yunus.

Perbicaraan yang tidak dapat dijalankan ini telah ditangguhkan ke 1 Disember 2004.
 









Para Reformis bersama peguam dan sebahagian penyokong BA di luar Mahkamah Majistret Kulim
 
Kiriman: Mat Sepai - 14.08.2004

 
ANWAR MENANG 2-1 TETAPI DIHALANG!!!
08.09.04 (5:42 pm)   [edit]

DUA maklumat berbeza dari mahkamah menyatakan dua daripada tiga hakim yang mendengar kes Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan telah memberi kemenangan 2-1 kepada beliau. Seorang bekas hakim kanan dan seorang pegawai mahkamah yang bertugas di Putrajaya mengesahkan maklumat ini.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Fairuz Shiekh Halim segara segera bertindak menangguhkan pengumuman yang sepatutnya dibuat pada 22 Julai lalu ke satu tarikh yang belum diputuskan apabila mendapat maklumat ini.

Tiga hakim yang mendengar kes Anwar ialah Hamid Mohamad, Rahmah Hussain dan Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud.

Usaha sedang dijalankan oleh Fairuz dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail agar kedua-dua hakim berkenaan mengubah keputusan mereka!

Mahakuda - 09.08.2004 (suntingan M@RHAEN)

Terkini:
Maklumbalas terkini diterima drp Wartawan Rasmi Laman Reformasi berhubung maklumat yang disalurkan oleh MahaKuda:

Maklumat yang dibekalkan oleh pengirim yang bernama MAHAKUDA tepat. Maklumat yang jarang-jarang beliau poskan kebanyakkannya tepat. Dalam website mahazalimtwo, maklumat beliau, tak banyak, tapi tepat. Kemungkinan beliau ada bertugas di jabatan di Putrajaya.

- Webmaster Rasmi Laman Reformasi - 4.30 ptg 09.08.2004

 
MELATAH HARI AHAD
08.08.04 (9:53 am)   [edit]
OMONGAN KOSONG ISLAM HADHARI

Islam Hadhari baru diperkenalkan oleh para pemuka yang suka berbohong dan menipu. Semalam dalam akhbar utama mereka seorang pemuka utama mereka telah mendendangkan dongengan kisah 1001 malam dan “Around the World in 80 days”. Apakah pemuka ini telah lupa atau itu hanyalah cerita lama sebelum Islam Hadhari diperkenalkan tentang kes Noritta, Canny Ong, Mohd Farid, Norzi Ayu, Mah Ann Ann, Nurul Huda, Dato’ Norjan. Ucapan pemuka utama mereka ini jelas membaca skrip yang ditulis oleh KH yang berbunyi begini;

Islam Hadhari berjaya ubah sikap umat - Najib
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep Islam Hadhari telah berjaya mengubah umat Islam negara ini ke arah meningkatkan mutu kerja, beretika dan berdisiplin sambil menolak amalan buruk seperti rasuah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, konsep yang diperkenalkan sejak 2002 itu bukan sahaja membawa kejayaan dari segi ibadah tetapi juga kesan kepada fardu kifayah.

Malah, katanya, konsep yang diperkenalkan itu merupakan satu proses ke arah membanteras pelbagai gejala sosial dan peningkatan dalam kes jenayah sejak kebelakangan ini.

Kata beliau, usaha membendung gejala sosial tidak boleh dilakukan sekelip mata kerana usaha membanteras gejala tersebut memerlukan pendekatan untuk mengatasinya.

"Kerajaan percaya konsep (Islam Hadhari) yang diperkenalkan itu telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menangani permasalahan itu,'' katanya selepas merasmikan Seminar Percambahan Fikiran Islam Hadhari di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini hari ini.

Kalau pemuka ini sedar apa yang dituturkannya pasti akan malu kerana tajuknya Islam Hadhari berjaya ubah sikap umat, sebaliknya apa yang berlaku berleluasanya maksiat dengan Konsert Sure Heboh yang haram, Malaysia Idiot, Top Star, Akademi Fantasia, Siti Nurhaliza tour konsert dan sebagainya. Serta Kuiz SMS yang Haram semuanya timbul semasa Islam Hadhari diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

Jelas dan tepat sekali kalau Pak Ngah menegas dan menyatakan ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM BERTEMPAT. Sebagai contoh kita lihat pada wanita penganut Islam Hadhari ini. Kalau ke Majlis Musabaqah bertudung dan boleh duduk sebelah menyebelah bukan Muhrim asalkan bertudung dan lebih ayu kalau dengan tudung merah atau merah muda dengan baju putih dan kain merah atau kain merah muda. Mematuhilah amalan Islam hadhari itu. Itulah dari kacamata Islam Hadhari.

Tetapi kalau ke Majlis Perasmian selainnya, boleh saja memakai apa saja. Kalau tak pakai tudung, ketat, terbelah sana sini, ternampak sana sini, asal tidak menyusahkan orang lain merupakan hak kebebasan seseorang hendak memakai apa yang dirasakan sesuai untuknya. Asalkan nampak cantik dan sedap mata keranjang memandang. Kesesuaian zaman sentiasa membolehkan, tambahan pula Undang-undang Syariah, Fatwa bukan boleh dijadikan undang-undang selagi tidak dilulus dan diputuskan oleh Parlimen. Kata Dr Ismail Pengerusi Fatwa itu, selagi tidak diwartakan, tidak berkuatkuasa. Itulah bezanya dengan Hukum Islam yang tidak perlu wartakan kerana Kitab Allah da Hadis Rasullallah sudah mencukupi. Ianya diwarta sejak azali kejadian alam ini.

Kita sambung dan lihat kenyataan seterusnya pemuka Islam Hadhari ini yang berbunyi;

Amat jelas, kata Najib, konsep Islam Hadhari menolak konsep masyarakat Islam yang keras, tidak mengakui kepelbagaian ijtihad, taksub dan tidak mahu mendengar pandangan dan aliran pemikiran lain.

"Umat Islam di Malaysia bukan lagi terdiri daripada golongan Islam ritual yang melihat Islam terlalu sempit hanya hidup di masjid, sembahyang sunat, zikir, berjubah, berserban, berjanggut hingga tidak meletakkan hal kehidupan duniawi sebagai penting.

"Puak beginilah sebenarnya menyebabkan umat Islam menjadi jumud dan pandangan orang lain kurang tertarik terhadap Islam,'' ujarnya.
Tegas beliau, isu agama di negara ini sering disalahgunakan iaitu Islam dan agenda agama seolah-olah hanyalah pengucapan dan ceramah, teori yang berjela-jela dan kata-kata retorik yang sedap didengar sahaja.

Sehubungan itu, Najib yang juga Penasihat Kehormat Islam Hadhari, menggariskan tujuh asas pelaksanaan konsep berkenaan, iaitu setiap tugas dan usaha yang baik adalah ibadat, merancang untuk mencapai mutu kerja berkualiti, memupuk budaya inovatif dan kreatif, mengekalkan politik yang stabil, ekonomi yang kukuh, sistem pendidikan bertaraf dunia dan membentuk akhlak mulia dan terpuji. (Berita Harian 7 Ogos 2004)

Sekarang kita terkenang kembali berita tentang pemuka ini sendiri seperti yang dikiaskan oleh bekas Ahli Parlimen Baling, Al-Fadhil Ustaz Taib Azamudden:
YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB AHLI PARLIMEN BALING (Bekas Imam Besar, Masjid Negara)
KENYATAAN MEDIA BERKAITAN "RAHSIA BESAR"

1. Kenyataan ini dibuat kerana menyahut cabaran pihak-pihak tertentu khususnya merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh: ....
......
5. Di antara perkara yang pernah dirujuk kepada saya ialah:
a. Masalah bekas ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis semasa isterinya terbaring sakit dan hampir lumpuh;
b. Masalah kesahihan kahwin lari yang dilakukan oleh pemimpin tinggi UMNO membabitkan seorang janda di Selatan Thai;
c. Masalah tangkapan khalwat pemimpin tinggi UMNO dengan seorang artis di Port Dickson; ....
.......
14. Nasihat saya ialah biarlah kalau nak berpolitik, kita berpolitik menggunakan prinsip keislaman dan kemanusiaan; dan janganlah kita meletakkan diri ketahap politik haiwan yang semestinya liar, ganas dan tidak berakal.

YB USTAZ HAJI.TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB
AHLI PARLIMEN BALING
Selasa: 24 Safar 1423 / 07 Mei 2002

Pak Ngah amat musykil dengan pemuka yang ini, takut kalau pemuka yang dikiaskan oleh Ustaz Taib Azamudden ini adalah pemuka yang sama, dan kini merupakan Penasihat Kehormat Islam Hadhari serta pemuka lain seperti; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad merangkap Penasihat Program Islam Hadhari. Sedangkan diri mereka sendiri tidak terurus manakan upaya menguruskan umat.

Beginilah kenyataan Penasihat Kehormat Islam Hadhari bila ditanya berhubung isu laungan Azan; Pak Ngah sebut dulu kata tuan penasihat ini “Tidak apalah. Kita tengok sejauh mana dia (Majlis Peguam) bawa isu ini,''

Isu laungan azan akan dilihat secara dekat
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melihat secara dekat perkembangan isu penyiaran rencana oleh Majlis Peguam yang didakwa menghina Islam sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap badan itu.

"Tidak apalah. Kita tengok sejauh mana dia (Majlis Peguam) bawa isu ini,'' katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan meminta badan itu menarik balik rencana yang disiarkan itu.

Ini selaras dengan desakan pelbagai pihak yang mahu Majlis Peguam menarik balik rencana berkenaan dan menuntut maaf kerana gagal bersikap sensitif kepada perasaan kaum dan penganut agama khususnya Islam.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Akhirnya Pak Ngah memilih kenyataan Setiausaha PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk renungan kita bersama.
Isu konsert dan azan: Ulama Umno masih membisu
KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) – Ulama-ulama Umno sehingga kini membisu seribu bahasa terhadap isu konsert hiburan melampau dan azan yang riuh rendah diperkatakan sekarang.

Keadaan itu dilihat bertentangan dengan hasrat kepemimpinan parti itu yang ‘menjaja’ konsep Islam Hadhari dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, sehingga kini ulama Umno masih lagi membisu terhadap isu tersebut, biarpun ia sudah jauh menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Kita pun hairan macam mana boleh berlaku perkara sedemikian, sedangkan Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam dan konsep Islam Hadhari diperkenalkan.

“Macam mana pelopor Islam Hadhari boleh berdiam diri dan membiarkan perkara seperti itu berlaku,” katanya kuliah pagi Jumaat yang diadakan di JKR 10 di sini.

Pak Ngah ingin mengingatkan diri Pak Ngah dan seluruh rakan dan taulan agar terus menganalisis diri dan memerhatikan perkembangan yang ingin memesongkan umat Islam dengan berbagai pendekatan termasuk berselindung di sebalik Islam Tamadun (Islam Hadhari – Islam tak sedar diri) kerana kita telah melihat rekod pemuka-pemuka Islam Hadhari sendiri yang penuh dengan pembohongan, penipuan, rasuah, salah guna kuasa, nepotisme, kronisme, zalim, angkuh, bodoh sombong, leka berhibur, tekun mengumpul harta dunia, kebendaan, gila kuasa dan pangkat atau dalam kata ilmu CINTA DUNIA. Salam dari Pak Ngah semoga panjang umur dan jumpa lagi.

…….. Salam dari Pak Ngah - 08.08.2004

 
FAC News: Surat Peguam DSAI Kepada Ketua Hakim Negara (2)
08.07.04 (9:11 pm)   [edit]









Thursday, 05-Aug-2004 8:55 AM


Tarikh : 4 Ogos 2004


Ruj. Kami : SNN/DSAI/MPM/Ketua Negara


Ruj Tuan : Sila kemukakan


SETIAUSAHA


Y.A.A Ketua Hakim Negara


Palace of Justice


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


62506 Putrajaya


Y.A.A. Tan Sri,


PER   &nbs p; : MAHKAMAH PERSEKUTUAN RAYUAN JENAYAH NO:05-4-2000 (W)


    & nbsp;   &n bsp;     (Mahkamah Rayuan – Rayuan Jenayah No:W05-26-1999)


    & nbsp;   &n bsp;     DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM V. PENDAKWA RAYA


Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.


Dimaklumkan bahawa setelah mengambil arahan dari anak guam kami,beliau amat terpanggil untuk merungkaikan peristiwa yang sebelum ini berlaku berkaitan dengan kes yang telah ditetapkan pada 10.8.2004 nanti.


Anak guam kami ingin menyatakan bahawa berdasarkan kepada perjumpaan rasmi di antara Encik Karpal, Encik Sankara Nair dari pihak Perayu, Y.Bhg.Datuk Seri Panglima Abdul Ghani dari pihak Peguam Responden, dan juga Y.A.A. Tan Sri sendiri selaku Ketua Hakim Negara pada sekitar Mac 2003, yang mana Y.A.A Tan Sri telah bersetuju untuk menangguhkan kes tersebut atas permohonan Peguam Responden melalui surat bertarikh 14.3.2003 serta berdasarkan alasan bahawa Y.A.A Tan Sri berjanji ingin memastikan bahawa terdapat panel 5 orang hakim yang akan mendengar kes ini kelak.


Oleh yang demikian, anak guam kami amat terkejut dan kesal apabila surat yang bertarikh 21.7.2004 jelas menyatakan bahawa Y.A.A Tan Sri tidak dapat membentuk penal 5 orang hakim setelah berjanji sedemikian.


Anak guam kami juga tidak dapat menerima alasan yang dikemukakan kerana terdapat ramai lagi Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan juga Mahkamah Rayuan yang belum pernah mendengar kes beliau ini


Justeru itu, anak guam kami ingin menggesa supaya Y.A.A Tan Sri dapat menunaikan janji yang telah dipersetujui secara bersama tersebut iaitu untuk melantik panel 5 orang hakim bagi kes ini.


Jika dirungkaikan, anak guam kami ingin menyatakan bahawa Peguam Perayu iaitu Encik Karpal pernah memohon supaya panel 7 orang hakim dilantik untuk mendegar kes ini pada perjumpaan tersebut dengan Y.A.A Tan Sri.


Oleh yang demikian, kami benar-benar berharap supaya Y.A.A Tan Sri dapat mempertimbangkan permohonan anak guam kami dengan segera kerana kes yang ini telah ditetapkan pada 10.8.2004.


Segala kerjasama dan pertimbangan yang segera oleh Y.A.A Tan Sri dalam perkara ini, amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


TETUAN S.N.NAIR & PARTNERS


Bagi Pihak Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim


s.k:


1.    & nbsp;    Peguam Negara Malaysia


2.    & nbsp;    Tetuan Karpal Singh & Co.


3.    & nbsp;    Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

 
FAC News: Surat Peguam DSAI Kepada Ketua Hakim Negara (1)
08.07.04 (9:09 pm)   [edit]









Thursday, 05-Aug-2004 8:54 AM



Tarikh : 4 Ogos 2004


Ruj. Kami : SNN/DSAI/MPM/Ketua Negara


Ruj Tuan : Sila kemukakan


SETIAUSAHA


Y.A.A Ketua Hakim Negara


Palace of Justice


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


62506 Putrajaya


Y.A.A. Tan Sri,


PER   &nbs p; : MAHKAMAH PERSEKUTUAN RAYUAN JENAYAH NO:05-6-2003 (W)


    & nbsp;   &n bsp;     (Mahkamah Rayuan – Rayuan Jenayah No:W05-64-2000)


    & nbsp;   &n bsp;     DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM V. PENDAKWA RAYA


Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas dan surat kami yang bertarikh 21.7.2004.


Adalah dimaklumkan bahawa anak guam kami amat kesal dengan kegagalan pihak Y.A.A. Tan Sri untuk memberi jawapan berkaitan kenyataan dan permohonan di dalam surat tersebut.


Anak guam kami juga begitu kesal kerana sehingga ke hari ini, kes yang telah ditetapkan untuk keputusan tersebut telah ditangguhkan pada saat-saat akhir dan juga sehingga kini belum ditetapkan tarikh yang baru.


Anak guam kami berpendapat bahawa, kes tersebut hanyalah ditetapkan untuk keputusan dan beliau sesungguhnya percaya bahawa tiada alasan yang munasabah untuk melengah-lengahkan keputusan tersebut tanpa sebarang alasan yang sewajarnya dikemukakan kepada  anak guam kami tersebut.


Oleh itu, kami ingin menegaskan di sini  bahawa anak guam kami dalam keadaan yang amat membimbangkan dan memerlukan pembedahan secepat mungkin. Tambahan pula beliau telah membuat rayuan secara sendiri kepada Y.A.A Tan Sri supaya melulusakan permohonan beliau untuk mendengar keputusan tersebut sebelum memberi kata putus untuk menjalani pembedahan yang kritikal tersebut.


Justeru itu, kami benar-benar berharap supaya Y.A.A Tan Sri dapat mempertimbangkan permohonan anak guam kami dengan sedalam-dalamnya serta mengambilkira prinsip kemanusiaan dalam kes sekarang ini. 


Kami sesungguhnya percaya bahawa perhatian yang segera perlu dalam kes ini memandangkan wujudnya situasi dan/atau keadaan yang amat membimbangkan yang mana sewajarnya diberi perhatian dengan segera.


Segala kerjasama dan pertimbangan Yang Amat Arif dalam perkara ini, amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


TETUAN S.N.NAIR & PARTNERS


Bagi Pihak Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim


s.k.:


1. Peguam Negara Malaysia


2. Tetuan Aris Rizal Christopher Fernando & Co.


3. Tetuan Karpal Singh & Co.


4. Tetuan Wan Marican Hamzah & Shaik


5. Tetuan Zulkifli Nordin


4. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

 
Dua Kali Lima: Khir Tak Suka Surau, Pei Keng Anti-Azan
08.07.04 (9:07 pm)   [edit]
Oleh Inderaloka
 

Meskipun MB muda ini berjaya mensifarkan kerusi Barisan Alternatif di dalam DUN Selangor pada p/raya umum lalu, namun hakikatnya Dr Khir Toyo terus dihantui oleh bebayangnya sendiri apabila secara tak semena-mena beliau membuat kenyataan kononnya Sultan Selangor telah mengarahkan agar sebarang pembinaan surau baru di negeri termaju itu dihentikan kerana dikhuatiri kewujudannya yang terlalu banyak boleh memecahbelahkan umat Islam.

Bukan titah Sultan tetapi arahan Khir Toyo sendiri.

Menurut satu sumber yang rapat dengan istana, baginda Sultan difahamkan tidak pernah menitahkan demikian sebaliknya Khir Toyo bertindak sendirian untuk mewajarkan arahan gilanya itu. Ertinya Dr Khir `memperalatkan`nama Sultan bagi mengelakkan kegilaannya itu daripada dipertikaikan rakyat marhaen khususnya Melayu Islam.

Baginda Sultan diberitakan amat memurkai Khir Toyo, ekoran daripada kemurkaan pihak istana itu semakin kuatlah khabar angin bertiup bahawa khidmat Khir sebagai MB sekadar bertahan sehingga Oktober ini. Sejauh mana kebenarannya hanya masa yang akan menentukan.

Dr Khir memberikan alasan bahawa larangan pembinaan surau baru itu kerana bimbang masjid kurang dikunjungi para jemaah. Sebagai contoh kata Khir: “Lazimnya para penceramah memberikan kuliah di surau pada musim tertentu seperti Maulidur Rasul atau Maal Hijrah sedangkan Masjid Negeri juga menganjurkan ceramah yang disampaikan oleh Mufti.”

Ujar Khir lagi  “Ceramah Mufti tiada dapat sambutan sedangkan ceramah golongan ustaz-ustaz di surau-surau mendapat sambutan agak baik sedangkan kualitinya rendah.”

Khir Toyo terus dihantui pengaruh BA

Benarkah seperti apa didakwa oleh MB yang dikatakan paling kuat mengamalkan rasuah itu? Jawapannya tidak benar, kalau tidak benar lantas apa yang benar-benar berlaku?

Khir Toyo belum lagi pulih daripada phobia bahawa ustaz-ustaz dan para penggerak BA (Pas) masih menguasai kebanyakan surau di negeri Selangor. Di dalam minda Khir Toyo yang diselaputi dengan virus rasuah itu tiada bayangan lain kecuali kebanyakan surau di negeri itu masih di bawah pengaruh BA.

Sama ada pengaruh BA masih bertapak di surau-surau seperti yang disyaki Khir Toyo tidaklah dapat dipastikan statusnya namun langkah pencegahan mesti dilakukan walau dengan apa cara sekali pun.

Bagi Khir tindakannya merampas kuasa melalui JAIS terhadap pentadbiran beberapa buah masjid tertentu dan kebanyakan surau-surau yang sebelumnya dimakmurkan oleh golongan dipilih dan diredhai ahli jamaah masih belum memadai.

Nafsu serakahnya masih lagi mengarahkan agar beliau bertindak lebih `terkedepan` lalu pembinaan surau baru mesti dihalang ( diharamkan). “Apa salahnya mengeluarkan arahan `palsu` Sultan agar memberhentikan pembinaan surau,sedangkan dua tahun lalu aku pernah meruntuhkan surau ( masjid ) di Bangi, kalau tindakan aku itu salah sudah tentu Allah swt telah menurunkan bala pada ku. Pedulikan itu semua kerana yang penting pengaruh BA (Pas) mesti dihalang,” mungkin begitulah bisikan hati Khir Toyo.

Pei Keng benci Azan, Khir benci surau lalu apa bezanya?

Tindakan Umno Bahagian Shah Alam membuat laporan polis terhadap Majlis Peguam kerana menerbitkan artikel tulisan Yang Pei Keng menyamakan Azan dengan salakan anjing kerana mencetuskan pencemaran bunyi yang mengganggu hak asasi dan ketenteraman awam, harus diberi pujian.

Artikel itu terbit di dalam buletin Infoline keluaran Majlis tersebut edisi Mei/Jun 2004 lalu.

Kalau Pei Keng tidak selesa kepada laungan azan itu adalah wajar kerana dia tidak pernah tahu pengertian dan kebesaran azan. Mana mungkin Pei Keng yang bukan-Islam akan menyokong sebarang syiar kerana mindanya sama sahaja dengan Kit Siang dan Karpal Singh, usahkan Islam yang tulen bahkan Islam Celupan Hadhari pun habis mereka tentang!

Namun jika seorang berjawatan sebagai Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno yang pernah didakwa sebagai parti Islam ke-3 terbesar di dunia mengharamkan pembinaan surau tetapi tidak pernah mengawal dan menghalang pembinaan kuil-kuil Hindu yang berselerak di dalam negeri di mana beliau menjadi ketua pentadbir, itu langsung tidak dapat diterima oleh akal waras.

Tindakan Umno Bahagian Shah Alam itu akan dianggap lebih sempurna jika mereka turut membuat laporan polis terhadap kebiadaban Khir memperalatkan nama baik Sultan untuk mengharamkan sebarang pembinaan surau baru di Selangor.

Khir silap besar jika dia menganggap dirinya akan memperoleh sokongan terbanyak daripada para perwakilan Umno bahagian-bahagian dengan mengetengahkan isu pengharaman binaan surau tersebut. Para perwakilan yang akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno akhir September nanti bukan semuanya buta kayu. Wang yang ditaburkan oleh Khir Toyo tidak boleh membeli semuanya .

Banyak pihak di dalam Umno termasuk PM Imam Hadhari sendiri sudah maklum bagaimana Khir Toyo berjaya mendapatkan pencalonan tertinggi dari kalangan mereka yang menawarkan diri untuk jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dr Khir menggunakan kuasa RM untuk membeli pencalonan itu dan tidak mustahil beliau akan kecundang jika itu yang dimahukan (anti-politik wang) oleh Imam Hadhari di saat-saat akhir Ucapan Dasar perasmian Perhimpunan Agung Umno nanti ! andai Imam Hadhari `cakap tak serupa bikin` pasti Khir Toyo akan muncul sebagai pemenang `Top Five `di dalam MT Umno sesi 2004 – 2007.

Catatan: Nama Khir Toyo masih lagi mengetuai senarai `20 Perasuah Mega` seperti yang pernah diuar-uarkan oleh bekas Menteri di JPM DS Rais Yatim. Apakah itu akan benar-benar mengundang sial buat Khir selepas PA Umno nanti? Sama-sama kita tunggu…...

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 07.08.2004

 
Pemilihan UMNO: Awas, Dato' Nan Punggah Duit Ke Indonesia!!!
08.06.04 (5:44 pm)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Debaran menjelangnya pemilihan pucuk pimpinan UMNO semakin terasa. Khabarnya Perhimpunan Agong UMNO kali ini bakal menyaksikan pertembungan yang sengit bagi jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi. Kedudukan selamat telah diketahui bahawa Pak Lah dan Najib bakal ditabalkan sebagai Presiden dan Naib Presiden UMNO.
 
Perebutan bagi jawatan Naib Presiden , dijangka sengit kerana menyaksikan perebutan antara muka lama Muhyiddin, Mat Taib dengan Tok Pa. Ali Rustam, Isa Samad, Sharir Samad dan MB Pahang Dato' Nan. Melihat kepada percaturan politik UMNO, Muhyidin, Ali Rustam dan Mat Taib dijangka berpeluang untuk menduduki kerusi no.3 UMNO itu. Ketrampilan ketiga-tiga pemimpin itu sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Muhyiddin dilihat saingan terdekat Najib sebelum beliau ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Pak Lah dulu. Justeru itu Muhyiddin dijangka akan menang mudah berdasarkan kepada kedudukan beliau itu.
 
Cuma apa yang ingin Cucu perkatakan di sini ialah, dalam kehangatan bahang pemilihan pucuk pimpinan UMNO sama ada Naib Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi itu maka sudah kedengaran unsur lobi-melobi di kalangan mereka yang bertanding. Cucu nampak yang menguntungkan ialah mereka yang bergelar menteri atau yang mempunyai kedudukan dalam kabinet dan kerajaan, ini kerana mereka mempunyai lebih peluang yang lebih untuk memperkenalkan diri mereka kepada perwakilan. Maka itu Naib Presiden UMNO sekarang , Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan jawatan itu apabila dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang di Terengganu. Andai kerusi tersebut gagal dipertahankan maka Mat Taib juga akan menerima tamparan hebat dan reputasi beliau juga akan turut terjejas sebenarnya.
 
Apa pun sama-sama kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Cuma apa yang ingin Cucu dedahkan di sini ialah, Cucu mendapat laporan dari SB Cucu di Kuantan, yang mengatakan MB Pahang Adnan Yaakob sedang mengumpul kekuatan untuk melobi bagi memenangi jawatan tersebut. Lantaran itu Adnan berani mengatakan yang beliau sedia menolak pencalonan untuk MT UMNO bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerusi Naib Presiden. Persoalannya di sini, apakah Dato' Nan mempunyai harapan untuk itu.
 
Perkhabaran dari Pahang mengatakan, Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib tidak sebulu dengan MB Pahang ini, maka itulah UMNO Bahagian Pekan tidak mencalonkan nama beliau untuk jawatan Naib Presiden. Mungkinkah Adnan tidak menyedari hakikat ini. Apakah yang menyebabkan Adnan beria-ia benar untuk merebut jawatan nombor tiga UMNO itu sebenarnya. Jika dilihat kepada prestasi Adnan dalam pilihan raya umum yang lalu beliau mempunyai harapan cerah kerana berjaya merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang ke tangan BN. Hanya kerusi DUN Triang sahaja yang gagal ditaklukinya.
 
Ada yang mengatakan peluang Adnan nampak selesa kerana dia dikatakan orang Pak Lah. Adnan naik jadi MB Pahang pun kerana UMNO Bentong sahajalah yang tidak mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mantan Timbalan Perdana Menteri itu menentang Ghafar Baba dulu. Sebab itulah Adnan tiba-tiba dilantik jadi MB oleh Mahathir, sedangkan calon favourite Dato' Hassan Ariffin terus terpinggir.
 
Tapi, dalam pada itu Adnan masih lagi ragu-ragu akan kekuatannya. Maka SB Cucu melaporkan dalam masa terdekat ini Adnan akan mengadakan perjumpaan dengan kroni-kroninya untuk mengadakan perbincangan tentang strategi mereka menjelang pemilihan nanti. Khabarnya pertemuan akan diadakan di satu tempat rahsia di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan di negara jiran Indonesia.
 
Menurut SB Cucu lagi, bagi merealisasikan hasrat tersebut Adnan menggunakan banyak wang untuk menanggung perbelanjaan kesemua kroninya untuk bersantai selama seminggu di tempat tersebut. Alkisah, khabarnya sebuah syarikat jualan langsung terkenal di negara ini telah sanggup menaja perbelanjaan para wartawan yang akan turut akan dibawa oleh Adnan selama seminggu di sana. Bayangkan berapa banyak wang yang akan Adnan punggah untuk tujuan itu. Sebab itu Adnan berani mengeluarkan kenyataan bahawa beliau rela kehilangan kerusi Majlis Tertinggi untuk tujuan tersebut. Padahal umum sudah mengetahui bahawa Menteri Besar akan dilantik secara automatik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 
Saranan Cucu agar UMNO dapat memantau perkara ini, Cucu hanya mendedahkannya untuk semua . Dari mana Cucu dapat maklumat ini, sebenarnya salah seorang kroni Adnan yang akan pergi bersama rombongan tersebut adalah SB Cucu. Justeru itu segala maklumat akan disalurkan kepada Cucu dari masa ke semasa. Oleh itu awas puak-puak UMNO kerana SB-SB Cucu telah Cucu tugaskan untuk memantau pergerakan calon-calon yang akan bertanding dalam perhimpunan Agong UMNO akan datang.
 
Harapan Cucu kepada Dato' Nan , MB Pahang tuu... Sudah-sudahlar tu Dato' !!! Cakap tak serupa bikin !!! Konon nak banteras politik wang ...padahal awak tu punggah wang berkoyan-koyan semata-mata nak membeli undi orang Asli kat kawasan awak masa pilihan raya umum lalu... hampeh !!! Ni punggah lagi wang nak beli undi untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.. !!!
 
Kesian Cucu tengok gelagat MB Pahang yang dikatakan Samseng ini... Tapi jangan lupa ... Adnan ada peluang untuk mempromosikan dirinya dalam masa terdekat ini , khabarnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat pusat akan diadakan di Kuantan pada 31 Ogos ini. Maka peluang Adnan untuk menaikkan imejnya agak cerah, jika beliau menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada nanti. Sama-samalah kita nantikan babak selanjutnya dalam perebutan jawatan pucuk pimpinan UMNO ini.
 
P/S Buat semua orang Kuala Berang ... tahniah !! Nantikan habuan-habuan yang akan mencurah-curah datang ke tempat anda tidak lama lagi. Jangan lupa dapatkan borang mintak tanah dari pejabat daerah dan jumpa Mat Taib untuk sokong dan luluskan permohonan tersebut..
 

Jangan biarkan Anwar pergi meninggalkan kita tanpa pembelaan!!! Lawan Tetap Lawan!!! Teruskan Perjuangan!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan!!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan!!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
cmk_pahang@yahoo.com - 06.08.2004

 
Syabas Majlis Fatwa Kebangsaan
08.06.04 (5:41 pm)   [edit]
Oleh Ikanjenahak
Pada hari ini (5 Ogos 2004 Utusan Malaysia) Majlis Fatwa Kebangsaan telah menemplak kenyataan Peguam Zaid Ibrahim. Ketegasan yang ditunjukan oleh Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim amatlah dibanggakan. Beginilah sikat yang harus ditunjukan oleh sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesejahteraan Islam di Malaysia.
 
Begitu juga ketegasan Dato' Seri Dr Harussanai Zakaria yang sekali lagi mempertahankan pandangan beliau berhubung isu pengharaman keatas Sureheboh TV3.
 
Dalam hal ini terbukti bahawa tanpa mengikut kehendak politik dan juga sifat mengampu sekaligus tindakan memecahbelahkan agama itu dihapuskan. Ketegasan yang ditunjukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu petanda bahawa Islam masih subur di Malaysia.
 
Rasanya tidak perlu lagi lah kenyataan kenyataan yang bersifat memecahbelahkan dan mengampu itu di war warkan. Kalau pihak Kerajaan dan juga Perdana Menteri Dato Seri Abdulllah Ahmad Badawi melancarkan Islam Hadhari jadi ikutlah seperti yang telah PM ilhamkan.
 
Tetapi kalau sudah begini caranya nampaknya Isalam Hadhari akan mengalami kegagalan kerana baru sahaja pihak yang menjaga Agama membuka mulut menyatakan kebenaran ada pula yang cuba untuk menentangnya.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahadhir Muhammad pernah mengishtiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi kemudian ada yang mengatakan Kita bukan negara Teokratik (Kalau tidak salah saya perkataan Teokratik adalah agama atau kepercayaan-kalau salah sila betulkan) Jadi bagaimana ? Saya keliru atau yg mengeluarkan kenyataan keliru.
 
Syabas sekali lagi Majlsi Fatwa Kebangsaan dan petikan pada hari ini yang mengulung semua hujah ialah (petikan daripada Utusan Malaysia)
"Mengulas lanjut mengenai kenyataan Zaid bahawa fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan sistem sedia ada kerana Malaysia bukan negara teokratik, beliau memberitahu, Malaysia juga tidak mengamalkan sistem sekular.

Sebaliknya, tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara Islam"

Jelas disini bahawa Majlis Fatwa telah menyatakan bahawa kita adalah NEGARA ISLAM

Jadi bertindak lah mengikut naluri sebagai seorang Islam, jangan lagi melawan para Ulama yang telah dipilih oleh kerajaan untuk menjaga kesyumulan Islam itu sendiri. Kasihan kepada PM kerana beliau melancarkan Islam Hadhari tetapi orang dari dalam sendiri menghancurkan Islam Hadhari yang ingin diterapkan.
 

Catatan Penyunting: Tidak ada apa yang dapat dibanggakan dengan Islam Hadhari tajaan PM sekiranya  kebathilan masih dibiarkan berleluasa, pengamal rasuah masih bebas berkuasa. Kezaliman masih berterusan demi mempertahankan kuasa yang dimiliki melalui pelbagai penipuan dan salah guna kuasa dalam pilihan raya umum.

- Ikanjenahak  - 05.08.2004

 
MELATAH HARI KHAMIS
08.05.04 (5:25 pm)   [edit]
TENTERA OIC BAKAL JADI ORDERLY / BATMAN TENTERA USA 
(YANG HANYA BERTARAF SUKARELA SAHAJA)

Pak Ngah ni paham jugaklah pasal Tentera Amerika ini. Kesemua mereka yang dihantar ke barisan hadapan adalah terdiri dari tentera bertaraf kerahan tenaga sahaja dan bukannya askar terlatih. Apa yang sukar Pak Ngah terima tetapi tak tahulah dengan Pak-pak Jeneral kita, setuju ke askar kita yang jauh terlatih dan berkemahiran diletakkan di bawah askar kerahan tenaga USA tersebut? Beberapa Pegawai dan Tentera sebenar USA hanya berada di Markas sahaja yang membuat perancangan tetapi macainya askar upahan itulah. Ianya akan lebih menyedihkan apabila Tentera OIC deploy besok kerja macam batman askar tak terlatih USA pula. Inilah akibatnya untuk “please Uncle Sam”.

Meminjam kata-kata Menteri Dato’ Abdul Kader Sheikh Fadhil, dah buat kajian membincangkan kesan buruk-baiknya dari tindakan yang dibuat ini?.
Tengok berita di bawah ni, Negara Arab sendiri, bukan jauh macam kita ini, keliling Iraq sahaja pun tak suka, tentulah mereka lebih dekat lebih faham kedudukan perkara sebenarnya. Janganlah buat kerja macam kuli batak Amerika tetapi dok bangga Pengerusi OIC dan NAM tetapi otak masih lagi macam Pengerusi JKKK. Pengerusi JKKK jaga kampung, ini jaga nama negara. Akhirnya Nama Malaysia tercemar. Inilah akibatnya memilih pemimpin yang suka berbohong dan menipu.

Negara Arab enggan ke Iraq
RIYADH 2 Ogos - Negara-negara Arab dan Islam buat masa ini tidak mahu menghantar pasukan tentera ke Iraq, kata Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan rundingan dengan para pemimpin Arab Saudi yang telah mencadangkan penghantaran pasukan keselamatan Islam untuk menggantikan tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

"Negara-negara Arab dan Islam sebenarnya tidak mahu menghantar askar ke Iraq dan perkara ini terserah kepada setiap negara (untuk diputuskan),'' kata Amr menurut laporan agensi berita rasmi Saudi, SPA selepas rundingan di bandar Jeddah.

Idea tersebut perlu dibincangkan dengan Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) iaitu Malaysia, tambah beliau.

Menurut ketua Liga Arab itu, soalan yang menjadi halangan utama ialah askar-askar Arab atau Islam akan beroperasi di bawah pemerintahan siapa.
"Askar Arab dan Islam tidak mungkin memasuki Iraq dan menyertai pasukan tentera penceroboh pimpinan AS untuk diletakkan di bawah kuasa pemerintah selain kuasa pemerintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),'' kata Amr.

Sementara itu di Islamabad, sumber politik mendedahkan bahawa Pakistan membuat keputusan untuk tidak menghantar askar ke Iraq sekalipun jika diminta secara rasmi oleh PBB atau kerajaan sementara Iraq.

Rakyat Pakistan rata-rata beranggapan, sebagai anggota tentera sebuah negara Islam, askar Pakistan tidak harus diletakkan dalam situasi di mana mereka mungkin berkonfrontasi dengan rakyat sebuah negara Islam lain. – AFP

Sekalipun Pak Ngah bukanya pakar tentang perang-perang ini tetapi rasanya bolehlah beri sedikit pandangan.

Kita mulakan begini, bila hendak melaksanakan sesuatu operasi melibatkan ketenteraan tentulah mempunyai MISI (Mission) yang jelas. Di dalam hal penghantaran tentera ke Iraq ini apakah Misi Kerajaan Malaysia:
1. Memenangi Hati Amerika?
2. Menurut Arahan Amerika?
3. Memelihara Air Muka Amerika?
4. Untuk Keamanan Iraq?
5. Untuk Keamanan Rakyat Iraq?
6. Untuk Keselamatan Boneka Amerika ( Pemerintah Sementara Iraq)

Pada pandangan Pak Ngah misinya tidak lari dari di atas, dan amat malang dan memalukan Negara seperti Malaysia yang menjawat sebagai Pengerusi OIC dan NAM menjadi kuda tunggangan Amerika, bukan kerana apa, semata mata kebodohan dan kepentingan kemajuan ekonomi dan keselamatan serta kepentingan politik UMNO dan BN semata. Mereka sanggup menggadai maruah dan nama negara semata mata untuk terus berkuasa. Beginilah sifatnya kepimpinan yang penuh pembohongan dan penipuan. Dalam pada itu pu masih sanggup menyeru rakyat mengibarkan bendera tanda kecintaan kepada negara sedangkan mereka sendiri telah melacurkan nama baik negara semata mata kepentingan dunia sahaja. Kalau beginilah caranya, mereka bukan membantu negara Islam sebaliknya umpama gunting dalam lipatan dan perangai saling tak tumpah seperti Raja Mendeliar di zaman keagungan Melaka dahulu

Pabila telah mendapat misi yang jelas sekiranya nak membantu Islam di Iraq, kena lihatlah pula siapa pemimpin di Iraq itu sama ada di pilih oleh orang Islam atau dipilih oleh orang bukan-Islam. Kalau bukan dipilih oleh orang Islam, buat apa nak bantu mereka.

Setelah jelas misinya kita melihat kepada ke semua pendekatan (approach) berhubung dengan keadaan Negara Iraq tersebut termasuk siapakah sahabat dan musuh yang sebenar. Memahami sepenuhnya bentuk muka buminya, rakyatnya, ekonominya, perhubungan dan jalan rayanya, kesenian dan kebudayaannya, kemajuan sains teknologinya, pentadbiran kerajaan sementaranya, tahap pendidikan, kehidupan harian masyarakatnya dan berbagai lagi. Dalam hal ini dah buat penyelidikan ka? Tok sah dok dengar cerita dari USA saja. Kalau semua ni tak buat lagi tok sah dok suggest nak hantar apa-apa punlah, membuang masa dan tenaga tentera sahaja. Pendatang asing yang masuk berjuta-juta pun tak boleh halang, nak cerita nak halang penyusupan di Iraq. Tuiiiiiiii pi cermin diri dulu.

Tanggungjawab menghalang kemasukan pendatang asing itu sepatutnya kerja tentera bukan kerja polis sebab pendatang dari negara asing. Ancaman ini datang dari negara asing. Pak Ngah ingat depa ni banyak sangat dok ingat cari Datok dan Tan Sri sahaja sampai lupa pada Mat Indon dan Mat Bangla. Tu kerja hangpa, fikir sikit nooo. Pasai Askar tak tau buat kerja dia mengikut peredaran masa terkini nanti Pak Ngah tulis kemudian. Kerja askar ini paling bagus tetapi kalau Jeneral tidoq, kesian askar yang lain, walaupun mereka kerja kuat yang bodek juga naik pangkat. Kita cerita hari lain.

Kita sambung pasal hantar tentera ke Iraq, Dalam urusan bantu membantu ini biarlah sesama Islam, Yang pi marah kat orang Islam di Iraq serang Amerika tu apa pasai. Bila Amerika serang Iraq Cuma kata tidak setuju tindakan Amerika Syarikat tetapi apabila pejuang tangkap orang Amerika dan bunuh kata pula “ Tindakan tersebut memalukan orang Islam” Amerika dan Israel bunuh 30 orang awam boleh pula tetapi bila orang Islam bunuh seorang terus jadi pengganas. Ni Pak Ngah nak Tanya , Hangpa ni betui ka sokong Islam atau hipokrit (Munafik). Nampak sangat takut orang bukan Islam tak pangkahlagi pada pilihan raya akan datang. Belajar-belajarlah insaf dan bertaubat.

Sekarang ini dapat Perdana Menteri cuba memperlihatkan perjuangan Islam Hadharinya, maka apa lagi disambut oleh semua Mufti dan terus mengambil tindakan selaras dengan seruan PM itu. Apabila saja Mufti mula menyatakan kebenaran mulalah Pemimpin yang suka berbohong dan Menipu ini menggelabah. Kita akan tengok akhirnya semua kenyataan Mufti tidak akan berada lagi di akhbar utama mereka, sebaliknya Pemimpin Jahil mereka akan mengeluarkan berbagai kenyataan yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak ada sebarang teguran dibuat dan Mufti akan bersara dan Pemimpin-pemimpin yang pembohong dan penipu ini akan terus berfatwa dengan sewenang-wenangnya. Begitulah amalan UMNO dan BN dari dulu, kini dan selamanya berkekalan lah mereka hingga ke hari akhirat. Bagi kita, mohon dijauhkan dari bersama golongan UMNO dan BN ini. Sekian dari Pak Ngah kali ini.

Semoga bertemu lagi.

…….. Salam dari Pak Ngah - 05.08.2004

 
BERTANYA KHABAR
08.05.04 (12:21 am)   [edit]

BERTANYA KHABAR...Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani isteri menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz di wad CCU Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.30 pagi 2 Ogos. Turut kelihatan adalah Setiausaha Agung PAS, Nasharudin Mat Isa. Ini adalah lawatan kedua beliau selepas mengunjunginya di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu 22 Julai lalu. TG Nik Abdul Aziz masih di CCU selepas menjalani pembedahan untuk memasukkan bateri kecil untuk jantung beliau Sabtu lepas. Foto Wan Zahari.
 
Keprihatinan Tok Guru terhadap Anwar perlu diteladani
08.05.04 (12:15 am)   [edit]
Oleh Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, kepemimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar diteladani, memandangkan keprihatinannya terhadap nasib dialami Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak pernah luput.


Kata beliau, biarpun Menteri Besar Kelantan juga sekarang sedang berdepan dengan serangan sakit jantung, namun kesusahan dialami bekas Timbalan Perdana Menteri itu tetap tidak dilupakan.

"Biarpun sedang sakit, Tok Guru tidak melupakan Anwar yang kini terpaksa merengkok di Penjara Sungai Buluh dan hak-haknya untuk mendapat rawatan dinafikan," katanya pada satu majlis ceramah di sini, baru-baru ini.

Menurutnya juga dalam sejarah negara, negarawan ulung yang dikenali Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pun sanggup berunding dengan pemimpin Parti Komunis Malaya di Baling, Kedah suatu ketika dahulu.

Malah, katanya, Tunku memberi jaminan keselamatan terhadap ketua Komunis untuk datang dan balik semula dengan selamat pada perundingan tersebut.

“Ini bermakna kerajaan ketika itu boleh bertolak ansur dengan musuh.

"Namun, malangnya sekarang pemimpin negara tidak boleh bertolak ansur dengan bekas kawan sendiri yang sedang menderita sakit,” ujarnya.

Salahudin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian menjelaskan Anwar tidak diberi jaminan untuk mendapat rawatan yang selamat dalam negara, sehingga beliau terpaksa memilih dirawat di Jerman. - mj/lanh

 
Pemimpin tidak berani hapuskan judi, arak - Ustaz Idris
08.05.04 (12:13 am)   [edit]
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Kerajaan mementingkan keuntungan hingga mengenepikan hukum Islam apabila penjualan arak dan budaya judi tidak diharamkan dan dibiarkan berleluasa di negara ini.

Ini jelas terbukti apabila kerajaan tidak berhasrat mengadakan kempen anti ketagihan arak dan judi seperti 'Tak Nak Merokok' yang dilancarkan baru-baru ini, tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Ustaz Idris berkata, penjualan arak dan budaya judi itu sudah jelas haram, tetapi tiada pemimpin yang berani untuk menghapuskan lesen-lesen judi.

Katanya, ini kerana sektor arak dan judi merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Kerajaan hanya lihat pada nombor sahaja. Apabila berkaitan dengan hukum, mereka akan lihat pula soal untung atau tidak untung. Jika haram tapi membawa untung, ia akan diterima dan begitu juga sebaliknya," kata beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Idris mengingatkan kerajaan agar menyedari bahawa Allah SWT sentiasa memberi rezeki yang lebih baik jika melaksanakan hukum Islam sebenar-benarnya.

"Sekiranya kepimpinan negara berlandaskan Islam, sudah tentu terdapat keberkatannya. Contohnya di Terengganu, walaupun pendapatan negeri telah diambil sebanyak 75 peratus dari hasil royalti, kepimpinan PAS negeri masih boleh mentadbir Terengganu, begitu juga di Kelantan," jelas Ustaz Idris.

Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan harus menunjukkan pendirian yang jelas berhubung arak dan judi.

Katanya, jangan disebabkan konflik kepentingan yang ada dalam industri arak dan judi menyebabkan soal hukum diketepikan.

"Dasar berkenaan jelas bercanggah dengan hasrat menjadikan negara ini sebagai negara Islam dan tidak patut berdolak-dalik dalam melaksanakan syariat Islam," jelas beliau.

Azmi menegaskan, walaupun sektor arak dan judi memberi pendapatan yang tinggi kepada negara, ia tetap tidak memberi pulangan yang baik apabila kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang untuk tujuan membanteras isu sosial yang berleluasa di kalangan masyarakat.

"Ini kerana, kos tersebut telah memansuhkan kos pendapatan negara bagi tujuan pemulihan masyarakat yang semakin hilang jati diri," jelas beliau.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan agar kembali kepada kepimpinan Islam sebenar-benarnya bagi menjamin keberkatan di dunia dan akhirat. - AN/mks.

 
Tidak wajar Abdullah rasmi Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia – Ustaz Idris
08.05.04 (12:10 am)   [edit]

Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Idris Omar berkata, tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri, Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia, dekat sini, semalam, sebagai tidak wajar.

Ini katanya, sebagai ketua negara tindakan beliau itu akan mempunyai kesan dan mempengaruhi umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia yang juga telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.


Malah katanya, secara tidak langsung, masyarakat luar akan mentafsir perkembangan Islam di negara tidak mempunyai kekuatan sehingga boleh memberi ruang kepada pendakwah pelbagai agama menyuburkan agama mereka.

"Kebebasan beragama dalam negara kita dihormati tetapi apa yang kita pertikai ialah seseorang pemimpin Islam merasmikan sesuatu majlis agama lain menggambarkan kita turut mengiktiraf agama tersebut sedangkan perkara itu boleh diserahkan kepada pemimpin agama itu sendiri melakukannya," katanya.

Ini katanya, berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku." - Ayat keenam, surah Al-Kafirun.

Malah katanya, dalam surah al-Baqarah, ayat 20, Allah SWT berfirman yang membawa erti, "Yahudi dan Nasrani tidak akan suka kepada kita (Islam) melainkan kita ikut agamanya."

Perhimpunan anjuran Majlis Gereja Sedunia yang dirasmikan Abdullah itu dihadiri lebih 100 wakil gereja dari seluruh dunia dan ia adalah julung kali diadakan di negara ini dan juga dalam sebuah negara Islam.

Abdullah yang ketika ini bertindak sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), juga menjadi ketua negara Islam pertama merasmikan majlis seumpama itu.

Beliau juga dilaporkan dihadiahkan senaskhah ‘Bible’ dalam bahasa Arab dalam majlis itu.

Ustaz Idris berkata, penglibatan Perdana Menteri dalam majlis tersebut tidak sesuai kerana ia adalah majlis gereja sedunia untuk agama Kristian.

"Dalam Islam pun agama yang benar di sisi Allah adalah Islam, dan merasmikan majlis seumpama itu seolah-olah kita mengakui agama Islam sama dengan agama lain" ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang pendakwah bebas, Zain Aboo Abdullah, menyifatkan apa yang didakwa toleransi oleh Abdullah menerusi perasmian tersebut sebagai keterlaluan.

Katanya, sebagai pemimpin negara beliau sepatutnya hanya membenarkan upacara keagamaan dilakukan di kalangan mereka bukan beliau sendiri yang merasmikan.

Lebih-lebih lagi Abdullah mengaku dia bukan pemimpin umat Islam tetapi seorang Islam yang memimpin negara dan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai anutan.

Dalam majlis itu, Abdullah bukan merasmikan sesuatu yang berkaitan rakyatnya (Malaysia) tetapi hal ehwal agama Kristian. Ini sudah tentu di luar bidang kuasa beliau, katanya.

Apatah lagi, katanya majlis itu melibatkan majlis gereja sedunia yang boleh dirasmikan oleh ketua agama Kristian seperti Pope John Paul II.

Ini dakwanya, tindakan tersebut boleh menyanggahi tatasusila agama Islam yang diwarisi sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Sebaliknya dalam masa yang sama katanya, aktiviti-aktiviti agama Islam di masjid dan surau ada yang disekat malah sehingga ada rumah ibadat tersebut dirobohkan.

"Jadi di manakah toleransi beragama yang diuar-uarkan dalam konteks itu," tanya beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya pemimpin negara melihat semula isi kandungan Islam yang berpaksikan al-Quran, sunah dan Sirah Nabi agar setiap tindakan yang dilakukan tidak merugikan agama itu sendiri. – lanh

 
MELATAH HARI RABU
08.04.04 (1:01 pm)   [edit]

Oleh Pak Ngah
DI MANA AKAN BERAKHIRNYA EPISOD INI?


Manusia yang bijaksana adalah manusia yang sentiasa memikirkan matinya. Kerana apabila seseorang memikirkan tentang matinya sudah pasti akan menghisab kerja baik dan tidak baik yang telah dilakukannya. Dengan itu akan cepat memohon taubat dan keampunan Allah. Apakah yang menjadikan manusia itu bijaksana, tidak lain dan tidak bukan kerana ilmunya.


Hari ini, banyak manusia tanpa ilmu cuba menasihati orang berilmu kerana kekuasaan yang dimilikinya. Sementara orang berilmu terdapat dua golongan iaitu yang mengamalkan ilmunya untuk kesenangan dunia semata-mata dan golongan kedua mengamal dan mempertahan ilmunya untuk dunia dan akhirat.

Tidak menghairankan, apabila ada Menteri menyuruh para Mufti memikirkan dengan semasak-masaknya kembali tentang pengharaman SURE HEBOH kerana pada pandangannya, katanya tidak ada sebab yang mungkin sebaliknya lebih memberikan kebaikan pula. Inilah contoh yang amat jelas orang jahil memimpin negara.


‘Elak hukum haram keliru’
Oleh Nurul Hazren Masitom


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara supaya mengkaji terlebih dulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat.

Beliau berkata, menjatuhkan hukuman haram perlu dibuat secara mendalam dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan bukan pihak tertentu saja.

“Kita patut berjaga-jaga dengan kenyataan yang dibuat, kalau tidak akan timbul banyak kekeliruan dan menyusahkan banyak pihak.

“Kenyataan yang menggunakan itu haram, ini haram patutlah dikaji sedalam-dalamnya dan dirundingkan dengan seberapa ramai orang dan akhirnya kalau membuat sesuatu keputusan pun biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri buat keputusan.

“Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah, tidak ada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja.

“Malah, acara seperti ini patut digalakkan kerana memberi sedikit keceriaan kepada rakyat dan merapatkan hubungan antara kaum di negara ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak karnival TV3 Sure Heboh di sini, semalam.


Menjadi amalan Islam Hadhari Islam mengikut tempat, lain tempat lainlah saranannya, kalau tak percaya lihat pula kenyataan berikut:



SHAH ALAM: Kerajaan perlu menetapkan syarat atau garis panduan bagi penyiaran program, termasuk filem bagi memastikan siaran itu tidak mengandungi unsur yang boleh merosakkan masyarakat.


Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, berkata penetapan syarat bukan berniat menghalang kebebasan berkarya tetapi untuk menerapkan nilai murni pada rakyat.

Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak memaksa atau menggunakan kekerasan ke atas pihak terbabit untuk mematuhi peraturan itu, mereka seharusnya akur dengan tidak menyajikan program yang tidak sesuai dengan nilai dan budaya masyarakat negara ini.

“Apa salahnya kita mengenakan syarat ini? Kita tidak berniat buruk. Apa yang penting, kita tidak mahu program yang keterlaluan, baik unsur ganas atau seks.


Apabila orang jahil berkuasa ini membantah akan ada pula orang yang ada ilmu tetapi amalan tertumpu untuk dunia semata-mata cuba memberikan pandangan yang membolehkannya semula. Inilah kejahatan kemuncak di akhir zaman.



PM minta hujah konsert haram
KEPALA BATAS: Kerajaan ingin mengetahui hujah yang diguna pakai Majlis Mufti Malaysia dalam membuat keputusan untuk mengharamkan konsert yang diadakan sempena satu karnival anjuran syarikat televisyen swasta, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


DI KUALA LUMPUR: Pengerusinya Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata, pihaknya akan merangka garis panduan berhubung penganjuran konsert dan majlis keramaian di tempat awam secara menyeluruh bagi memastikan ia tidak memesong akidah umat.

Garis panduan berkenaan akan memastikan setiap penganjuran perjumpaan di tempat awam bukan saja melihat kepada nilai akidah umat Islam di negara ini, malah daripada aspek persembahan supaya ia tidak keterlaluan, hidangan makanan dan minuman serta simbolik seperti perjumpaan perayaan mengikut kaum di negara ini.


Kalau daripada kitab-kitab, kita melihat Imam Shafei menolak guru sekalipun guru tersebut berbohong dengan binatang, tetapi hari ini, orang-orang yang jelas tidak baik pekertinya tetap menjadi ahli di kalangan pembuat fatwa. Janganlah kita ikut mereka-mereka ini supaya terhalang musibah ke atas masyarakat.
Lihatlah kebanggaan mereka menganjurkan Konsert yang telah disarankan oleh para Mufti sebagai HARAM dengan berita di bawah:



Edisi Nasional: Sure Heboh gamat
Oleh Meor Riduwan Ahmad
KUALA LUMPUR: Lebih 80,000 pengunjung membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena majlis penutupan Karnival Sure Heboh dan mega konsert XX Fiesta Sure Heboh, di sini, malam tadi.


Selepas tujuh bulan menjelajah 10 destinasi di seluruh negara, karnival anjuran TV3 itu sampai ke penghujungnya di Kuala Lumpur malam tadi dan diakhiri konsert yang bermula seawal 6 jam petang.

Konsert yang disifatkan terbesar tahun ini turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara dan Indonesia menerusi Trans TV dan Anteve, dua setengah jam bermula 8.30 malam hingga 11 malam.

Selain artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Spider, Erra Fazira, Ruffedege, Search dan Misha Omar, dua artis didatangkan khas dari Indonesia, Shanti dan Dewi Sandre turut membuat persembahan.

Turut mencuri tumpuan adalah persembahan bertenaga penyanyi dari Bombay Dream Broadway, Stephen Rahman Hughes.


Kenapakah manusia yang mengaku dirinya Islam masih sanggup menghadiri konsert seperti ini, tidak lain tidak bukan di antara salah satu sebabnya kerana memakan makanan yang tidak halal. Inilah antara akibat yang ditanggung.



Edisi KL: Ayam haram logo halal
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membongkar kegiatan haram sebuah syarikat penyembelihan ayam milik pengusaha bukan Islam yang didapati mengedarkan ayam mentah menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.


Kilang penyembelihan ayam itu yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Bandar Sri Damansara dipercayai membungkus ayam mentah yang disembelih di dalam plastik berlogo halal Jakim palsu sebelum diedarkan ke pasar utama sekitar Lembah Klang.


Syarikat pengilang ayam itu juga menggunakan khidmat pekerja warga asing untuk menyelenggara tugas penyembelihan dan pemprosesan ayam berkenaan.
Akhirnya Pak Ngah ingin memesan, tentukan makanan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak semuanya ditentukan HALAL. Kalau ayam itu eloklah sembelih sendiri, walau pun kerja lebih, tetapi terjamin suci dan halal dengan itu barulah wujud keluarga yang soleh.


Semoga bertemu lagi.

…….. Salam dari Pak Ngah - 03.08.2004

 
SIKAP PEMIMPIN MENJADI ACUAN BUDAYA MASYARAKAT
08.04.04 (12:58 pm)   [edit]

Kiriman: Meli

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,


Saya memulakan tulisan saya kali ini dengan mengajak saudara-saudara merenung tiga ayat Firman Allah SWT dalam al-Quran sebagai petunjuk arah masa depan politik di Negara ini khususnya pengundi-pengundi di Kuala Berang yang akan menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyat UMNO, Komarudin Abdul Rahman pada 30 Julai 2004 yang lalu.
 
(BERTANDA BULAT MERAH IALAH ALLAHYARHAM KOMARUDIN ABDUL RAHMAN, WAKIL RAKYAT KUALA BERANG)
 
Renungilah Firman Allah SWT ini:
 
“Bagaimana dapat dipercayai, padahal kalau mereka mendapat kemenangan atas kamu, tidak akan mereka hormati tali persaudaraan dan tidak akan mereka penuhi perjanjian. Mereka itu memujuk kamu dengan mulut-mulut mereka,sedang hati mereka tidak sedemikian, dan kebanyakan dan mereka itu orang-orang yang fasiq lagi derhaka”. (Surah aI-Taubah: Ayat 8)
 
“Mereka bersumpah kepada kamu (dengan berbagai rupa janji dan kesanggupan), supaya kamu suka dan rela kepada mereka walaupun kamu suka dan rela kepada mereka, tapi Allah tidak suka kepada karun yang fasiq”.
(Surah al-Taubah: Ayat 96)
 
Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh, ‘Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan (penduduk) negeri-negeri yang telah musnah?. Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Surah At-Taubah:Ayat 70)
 
SENARIO PEMILIHAN UMNO 2004
 
Mesyuarat perwakilan 190 bahagian Umno telah selesai diadakan di seluruh negara mulai 8 Julai 2004 hingga 22 Julai 2004. Mesyuarat ini amat menarik perhatian kerana ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada bulan September nanti. Sejumlah 570 mesyuarat semuanya telah berlangsung dalam tempoh tersebut. Dikatakan seramai 85,500 orang ahli-ahli UMNO di seluruh Negara menghadiri mesyuarat berkenaan. Ini berdasarkan hitung panjang 150 wakil bagi setiap mesyuarat itu, tetapi terdapat banyak bahagian yang perwakilannya melebihi 200 orang [ Berita Harian, 1 Ogos 2004].
 
Pada pemilihan kali ini, Tengku Razaleigh Hamzah [Ku Li ] sekali lagi mencuba nasib bagi kali kedua untuk muncul kembali dalam arena perdana politik UMNO. Kali pertama pada bulan Mei 2000 selepas beliau membubarkan parti SM46 pada tahun 1996 dan menyertai UMNO semula, beliau gagal dan pada kali kedua ini juga, beliau turut mengalami nasib yang sama. Beliau gagal dalam percaturan politik dalaman UMNO.
 
Ku Li pada pemilihan kali ini membuat keputusan lebih awal [ sebelum ini beliau mengambil masa menawarkan diri untuk bertanding dan memerhati reaksi perjalanan mesyuarat sebelum menawarkan diri untuk bertanding ] untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang kosong berikutan persaraan Dr.Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia. Jawatan ini hanya dipangku oleh Abdullah Ahmad Badawi dan akan disahkan dalam mesyuarat tahunan parti itu dalam bulan September ini. Sayang seribu kali sayang, beliau hanya menerima 1 pencalonan itu pun dari bahagian pimpinannya sendiri. Manakala Abdullah menerima 187 pencalonan. Abdullah menang tanpa bertanding. Begitu juga dengan Najib Tun Razak tiada siapa yang berani mencabar beliau, beliau yang hanya menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden memperoleh 188 pencalonan. Menang tanpa bertanding juga. Lain-lain jawatan yang akan dipertandingkan nanti tidak penting untuk dikaji dan diberi perhatian serius.
 
Bagi Ketua Pemuda pula, Hishammudin Tun Hussein yang juga yang menjaga pendidikan menang tanpa bertanding dengan mendapat 188 pencalonan. Tiada ada sesiapa yang berani mencabar beliau, walaupun pada mulanya ada desas-desus mengatakan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd.Khir Toyo ingin mencabar beliau, tetapi akhirnya tidak menjadi.
 
Naib Ketua Pemuda, dimenangi oleh Khairy Jamaludin, menantu kesayangan Abdullah menerima 178 pencalonan dengan mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu anak bekas PM ke 4, Mukhriz Mahathir hanya menerima 7 pencalonan. Dalam politik UMNO tiada ungkapan “terima kasih dan penghargaan terhadap tokoh-tokoh yang lepas”, apa yang ada hanya menjadi penyokong setia kepada orang yang berkuasa. Tiada kuasa, tiada kawan.
 
Ketua Wanita berdekad-dekan terus dipegang oleh Rafidah Aziz nenek tua beruban yang tidak sedar diri, kubur kata mari, rumah kata pergi, setelah Dr. Siti Zaharah Sulaiman menarik diri pada sat-saat akhir. Jadi, dalam politik UMNO pemilihan pemimpin masih meneruskan “ status quo “.


Apa sebenarnya yang telah berlaku dalam pemilihan pemimpin dalam UMNO baru-baru ini. Ku Li pada mulanya merasa yakin bahawa beliau akan berjaya melepasi syarat minimum menerima 58 pencalonan atau 30% dari jumlah bahagian UMNO yang ada, gagal mencapai matlamatnya. Untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang berlaku, saya petik beberapa kerat tulisan Nakhaie Hj Ahmad [Nakhaie bin Hj Ahmad, Ketua Pengarah YADIM, “ Perjuangan UMNO Sudah Terkubur “, Berita Harian, 16 Julai 2004, MS: 12 ]

Katanya :
“Wujud broker politik yang bergiat cergas sewaktu pemilihan Umno bahagian. Mereka menawarkan khidmat untuk bekerja bagi memastikan kemenangan seseorang calon. Mereka bekerja untuk sesiapa saja yang mampu atau sanggup memberi wang. Broker ini mungkin bertindak sebagai talam dua muka dan makan keliling. Kerja mereka termasuk melakukan pembunuhan karektor, menyogok wang dan apa saja yang boleh memberi kemenangan kepada calon yang sanggup membayar kepada mereka sejumlah wang yang lumayan.


Pertandingan mengikut kumpulan masih diteruskan. Senarai setiap kumpulan daripada ketua hingga ahli jawatankuasa diedarkan. Kebanyakan yang menang dalam pemilihan kepemimpinan Umno Bahagian Baling adalah mereka yang tersenarai dalam kumpulan yang menang. Hanya beberapa orang daripada kumpulan yang kalah berjaya dipilih.

Amalan politik wang dalam Umno bukan hanya sogokan calon yang bertanding, tetapi juga kutu-kutu politik yang mengambil peluang untuk meminta wang daripada calon. Mereka tidak semestinya perwakilan ke mesyuarat agung tetapi mengaku sebagai perwakilan.

Saya yakin bahawa Umno dari segi cita-cita perjuangannya yang asal untuk agama, bangsa dan negara, sudah berkubur. Umno sekarang sudah tiada perjuangan lagi, melainkan sebagai wadah untuk mendapat kedudukan dan kuasa. Perjuangan dalam Umno adalah semata-mata sebagai kegiatan pelaburan yang menanti keuntungan dalam bentuk kedudukan dan kuasa”.

Budaya inilah telah diterapkan dalam pilihan raya ke 11 yang lalu dengan “ modus operasi “ yang sama, yang membezakannya hanyalah dari segi tatacara perlaksanaannya sahaja. UMNO menggunakan demokrasi untuk mengurung demokrasi. Dalam UMNO, ahli-ahlinya diwajibkan duduk diam dan diam-diam duduk dengan menggunakan pelbagai peraturan untuk mengekalkan “ status quo “. Tekanan dan ugutan terhadap ahli-ahli dilakukan dengan pelbagai kaedah, menjadikan ahli merasa takut -takut untuk membuat pemilihan yang tepat, takut menghadapi risiko bagi kepentingan peribadi. Jadi, ahli-ahli terpaksa memilih memenangkan tokoh-tokoh yang ditonjolkan. Inilah yang menyebabkan Ku Li gagal dalam misi keduanya itu.

Dalam pilihan raya umum yang lalu atau dalam perkembangan politik semasa pula, kaedah ini diperkembangkan-luaskan dengan memperkenalkan beberapa undang-undang dan peraturan untuk menyekat kebebasan demokrasi seperti mana yang terkandung dalam Akta Kesalahan Pilihan raya 1957 [Pindaan tahun 2002] banyak memberi advantage kepada UMNO dan merugikan pembangkang [PAS]. ISA, OSA, Akta Polis, Akta Hasutan dan sebagainya membantutkan amalan demokrasi seperti apa yang berlaku dalam UMNO. Pelbagai ugutan dan tekanan serta diskriminasi dilakukan terhadap rakyat dan penyokong- penyokong pembangkang. Jadi, rakyat merasa takut dan terus memberi undi kepada UMNO.

SIKAP PEMIMPIN

Kepimpinan dalam Islam merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Ia wajib dipikul oleh para pemimpin dengan penuh kejujuran dan berhati-hati. Kepimpinan juga merupakan instrumen syariat dalam melaksanakan segala ketetapan, kewajipan dan kehendak agama. Kepimpinan bukan wadah untuk mendapatkan kedudukan, kuasa dan keuntungan.
 
BEKAS PM KE 4, BERSENANG LENANG LEPAS MEMERINTAH SELAMA
22 TAHUN. BELIAU TELAH MENGHANCURKAN SISTEM PEMERINTAHAN
DI NEGARA INI. RAKYAT TERBANYAK TERUS MISKIN PAPA KEDANA.


Islam menghendaki umat Islam memilih pemimpin di kalangan yang mempunyai keilmuan yang tinggi [ dunia dan akhirat ], latar belakang yang baik, memiliki pancaindera yang sempurna dan kebijaksanaan dalam pentadbiran untuk kemaslahan rakyat, bukan bijaksana untuk mengekalkan kuasa dengan menghancurkan institusi yang lain.

Di dalam pemilihan pemimpin, golongan yang paling dicemuh oleh Islam ialah pemimpin yang fasiq, bergelumang dengan maksiat, zalim, pengamal kronisme, nepotisme dan tidak menjaga hak umat Islam dengan baik.

Persoalan kepimpinan merupakan soal politik dan siasah Islam. Ia meliputi soal kemasyarakatan dan sosial yang mempunyai pertalian yang sangat rapat di antara keperibadian pemimpin dengan kehidupan masyarakatnya. Kehidupan masyarakat Islam di zaman Rasulullah dan pemimpin-pemimpin selepas Baginda berbeza daripada masyarakat Rome, Parsi dan bangsa-bangsa lain. Hatta dalam masyarakat Islam sendiri pun berbeza-beza dari satu masa ke satu masa lantaran sikap dan kelakuan pemimpin mereka.

Dalam sejarah Islam ada menceritakan 3 plot waktu 3 orang pemimpin. Umat Islam pada zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik sukakan keadaan hidup yang mewah dengan limpahan harta yang banyak. Mereka sangat sukakan kepada pembangunan berbentuk material dan mengagumi bangunan-bangunan yang indah-indah dan tinggi mencakar langit. Budaya bersikap mewah ini disebabkan oleh sikap khalifah al-Walid yang suka mengamalkan cara hidup mewah.

Sementara itu, di zaman khalifah Sulayman bin Abdul Malik pula adalah seorang yang kuat makan sehinggakan masyarakat waktu itu suka menyediakan makanan yang lazat-lazat di rumah mereka.

Namun, keadaan masyarakat Islam menjadi baik dan berubah di zaman khalifah Umar Abdul Aziz memerintah. Umat Islam pada ketika itu menjadikan masyarakat Islam contoh yang mengungguli idealisme kepimpinan dan kebudayaan Islam sebenar. Khalifah Umar Abdul Aziz mampu merubah keadaan dan budaya masyarakat Islam di zamannya dalam tempoh yang amat singkat iaitu selama 2 tahun sahaja bukan 22 tahun.

PELANTIKAN BELIAU SEBAGAI KHALIFAH

Umar Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulayman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi SAW kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda.
 
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.
 
PERISTIWA YANG BERLAKU DI ANTARA BELIAU DENGAN ANAK BELIAU SEMASA MEMEGANG TERAJU PEMERINTAHAN


Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya."
 
Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"


KEADILAN BELIAU

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fikah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya."
 
Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.


BAGAIMANA PULA KEADAANYA DI MALAYSIA?

Di Malaysia keadaan yang berlaku sebaliknya, ia perlu kembali kepada budaya masyarakat Melayu itu sendiri yang tidak mengendahkan ajaran dan panduan yang diberikan oleh Islam. Mereka tidak mempedulikan syarat-syarat kepimpinan yang dinyatakan oleh para ulama Islam [ malah mereka memperlekehkan ulama dengan bermacam-macam cemuhan dan sindiran] ketika mereka mengundi atau memilih calon.

Dalam Islam, pemimpin yang terlibat dengan kesalahan moral atau mempunyai akhlak yang rendah tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi sebagai orang yang ditakrifkan untuk melaksanakan syariat Allah. Berapa ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berakhlak dan bermoral rendah serta didakwa terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal, rasuah dan menyalahgunakan kuasa masih lagi dipilih sebagai pemimpin dalam pilihan raya yang lepas. Nama-nama seperti Rafidah Aziz, A.Nazri Aziz, Mohd.Khir Toyo, Adnan Yaakob, Shahidan Kassim [Bernas], Khalil Yaakob dan ramai lagi yang nama mereka tidak asing bagi kita yang terlibat perbuatan tidak bermaruah sebagai pemimpin umat Islam. Mereka sanggup menolak pemimpin-pemimpin yang berjuang di atas landasan kebenaran seperti Dr.Harun Din, Ismail Kamus dan lain-lain pemimpin yang berjuang dengan tulus dan ikhlas termakan pujukan dan rayuan serta taburan duit ringgit yang menjadi daki dunia.

Lihatlah selepas pilihan raya, pelbagai penyakit sosial melanda masyarakat kita. Perzinaan semakin menjadi-jadi. Tidak menjadi satu kesalahan pula bila kedua-dua belah pihak rela-merelakan. Kes-kes kecurian, rompakan, ragut, pembunuhan, rogol dan bunuh semakin meningkat dan sangat membimbangkan.

Budaya samseng berleluasa di kalangan pelajar-pelajar. Pergaulan bebas digalakkan dalam program-program anjuran UMNO seperti Program Khidmat Negara, dipertingkatkan hiburan yang melalaikan seperti Sure Heboh yang menyumbangkan kes-kes pembuangan bayi, persetubuhan haram, sumbang mahram, mengandung luar nikah, lepak, judi, minum arak, murtad, tidak sembahyang, bohsia-bohjan dan pelbagai lagi gejala sosial yang timbul amat mencemaskan kita kerana kita tidak mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW khususnya dalam bab memilih pemimpin.

Berebut-rebut untuk menjadi pemimpin. Cantas mencantas menjadi mainan. Semuanya untuk menjadi pemimpin. Politik wang digunakan untuk membeli jawatan yang diidam-idamkan. Sesudah menjadi pemimpin, kuasa sudah ada di tangan, apa sahaja yang dihajati akan dipenuhi. Mengejar kekayaan dan kemewahan tanpa mempedulikan halal-haram, dosa-pahala, hak kita, kita punya, hak orang [rakyat ] juga kita punya. Oleh itu, rasuah dan menyalahgunakan kuasa bermaharajalela. Semua institusi tunduk sujud dan boleh diperalatkan bagi memenuhi nafsu serakah pemimpin serta takut menyatakan kebenaran dan keadilan. Malaysia…………… ….. oh Malaysia Ku.

KESIMPULANNYA

Jika kita inginkan survival masyarakat khususnya umat Islam, maka persoalan pemilihan pemimpin menjadi amat penting. Marilah kita kembali kepada panduan yang digariskan dalam al-Quran dan al-Hadith dalam soal memilih pemimpin yang bertakwa kepada Allah dan RasulNya, yang takut kepada pembalasan di hari akhirat nanti. Jangan memilih pemimpin yang mengejar pangkat, kedudukan dan kemewahan nanti binasa umat.

Sekian, terima kasih. Jumpa lagi InsyaAllah. Wassalam.

Oleh: Meli - 03.08.2004

 
Skandal Di Sebalik Rampasan Perisian ‘Haram’ Di Kafe Siber
08.04.04 (12:55 pm)   [edit]

Oleh Veteran Umno
Kebelakangan ini kita kerap membaca cerita bagaimana operasi ‘membanteras’ penggunaan perisian yang dikira tidak sah dijalankan oleh pihak tertentu dengan kerjasama satu unit khas polis daripada Bukit Aman dan satu unit khas Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.


Setiap tangkapan diberikan laporan meluas di media massa lengkap dengan nilai rampasan yang melepasi lebih satu juta Ringgit setiap operasi.

Operasi demikian semakin rancak selepas tersiar berita Bill Gates, tuan punya Microsoft menghulurkan derma sebanyak sepuluh juta kepada Malaysia. Berita pemberian sebanyak sepuluh juta itu diberikan liputan muka depan akhbar propaganda UMNO. Tetapi apa yang tidak dijelaskan ialah tempoh derma itu memakan masa lima tahun, bererti setiap satu tahun jumlahnya ialah dua juta sahaja.

Berapa puluh juta pula yang dibelanja oleh kerajaan Malaysia dan swasta bagi membeli perisian tulen, setiap tahun?

Tentu kita hairan bagaimanakah PDRM boleh menubuhkan satu unit khas di Bukit Aman untuk menyelongkar siber kafe di merata Malaysia dan mengangkut komputer yang digunakan oleh siber kafe itu semua? Berapakah bajet menyediakan unit khas ini?

Bagaimana pula dengan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang turut serta membuat operasi mengesan pengguna perisian ‘palsu’ ini?

Siapa pula orang-orang yang mewakili tuan punya perisian ini? Kenapa pula perisian yang lama-lama masih perlu dirampas sedangkan versi baru sudah melambak di merata dunia?

Di sinilah letaknya skandal dalam operasi begini.

Selalunya syarikat yang mengaku mempunyai hak mengedar perisian ini hanya merupakan proksi syarikat yang berpusat di Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Di Hong Kong dan Taiwan, hanya perisian yang dikeluarkan untuk tahun semasa yang memerlukan penguatkuasaan yang ketat. Tetapi di Malaysia, CD versi cetak-rompak Windows 95 pun masih dikira termasuk dalam kawalan. Begitu jua dengan CD versi 2003. Malahan, di negara barat operasi semacam ini jarang dilaksanakan kerana adanya konsep ‘shareware’ di mana perisian tulen dikongsi ramai.

Dalam rampasan perisian yang dikatakan bernilai berjuta-juta Ringgit setiap kali dilakukan operasi di Malaysia, tidak pernah disenaraikan secara terperinci kerana kebanyakan perisian itu adalah perisian lama yang memang tidak berguna, dan layak di buang sahaja. Kebanyakan perisian ini dijual secara pukal pada kadar lima keping untuk satu Ringgit.

Syarikat pengedar mutlak (yang berpangkalan di sebarang laut itu) membayar sekitar satu ribu Ringgit kepada kumpulan khas Bukit Aman bagi setiap komputer yang dirampas. Ini bererti setiap kedai siber kafe yang diserang-hendap begitu akan kerugian modal perniagaan mereka kerana kebanyakan komputer yang dibeli adalah secara tunai ataupun hutang yang tinggi nilai ‘bunga’nya.

Apakah satu kebetulan, kedai-kedai siber yang diserang hendap ini kebanyakannya dimiliki oleh orang bukan-Cina?

Soalnya sekarang, kenapa rampasan itu dilakukan ke atas siber kafe, khususnya milik bukan-Cina? Kalau kerajaan benar-benar mahu membanteras cetak rompak, kerajaan harus  mengarahkan pemilik empat bangunan terbesar di Kuala Lumpur yang merupakan ibu pejabat pengedaran CD cetak rompak agar tidak menyewakan ruang lantainya kepada penjual CD cetak rompak. Cuba lihat apa yang ada di Low Yat Plaza, Di Imbi Plaza, di Sungai Wang Plaza Tingkat atasan dan di dua lagi bangunan berdekatan kompleks itu. Rata-rata perniagaan di sana ialah menjual CD cetak rompak dan alat-ganti komputer yang diklon.

Begitu juga dengan beberapa bangunan besar di bandar lain seperti di Yik Fong, dan Wisma Kinta Ipoh, dan beberapa tempat yang sudah lama terkenal di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Perisian yang dirampas merupakan CD yang digunakan oleh dunia pendidikan. Yang peliknya CD lucah jarang sangat dijumpai oleh penguatkuasa serang hendap ini. Sedangkan CD lucah merupakan barang jualan yang amat laris di negara ini, di samping CD dan DVD filem keluaran Hollywood dan Hong Kong.

Setiap perisian asli dalam bidang pendidikan berharga sekitar RM350. Sedangkan yang jenis klon boleh dibeli secara mudah di sekitaran Imbi Plaza sekitar lima hingga enam Ringgit sahaja. Begitu juga dengan harga CD permainan komputer seperti ‘counter Strikes’, Red Alert’ dan ‘Bolasepak FIFA’.
 
Siber kafe milik bukan-Cina tidak mampu membeli perisian tulen kerana harganya yang mahal. Pengedar permainan komputer mengenakan caj yang tinggi untuk setiap CD dan mengenakan lagi caj bulanan kepada siber kafe kalau menggunakan CD tersebut. Ada pengedar yang mengenakan caj bulanan sebanyak RM150 bagi setiap komputer yang ada di kedai siber itu. Misalannya, kalau sesuatu siber kafe mempunyai dua puluh unit PC ia perlu membayar RM3,000 sebulan untuk menggunakan permainan ‘Counter Strike’. Kalau mahu menggunakan perisian ‘FIFA’ kedai yang sama perlu membayar caj bulanan sekurang-kurangnya sebanyak RM1400, jika tidak diancam risiko dirampas.


Kenapa Mesti Dirampas komputer Siber kafe?

Siber kafe milik peniaga bukan-Cina adalah siber kafe yang menggunakan hutang banyak ataupun saki-baki wang simpanan pemiliknya yang baru berara daripada jawatan tetap. Kalau kita jenguk siber kafe milik orang Melayu kita akan tahu mana datang modal perniagaan mereka. Kalau si peniaga itu golongan muda, besar kemungkinan mereka meminjam daripada MARA ataupun Bank. Kalau pemiliknya sudah berusia, besar kemungkinan dia membelanjakan wang persaraannya untuk menjalankan satu perniagaan yang ada unsur beramal jariah kepada masyarakat sekeliling.

Selalunya peniaga siber kafe oleh orang bukan-Cina (orang Melayu khususnya) menjalankan perniagaan berunsur kecil-kecilan berbanding peniaga Cina yang mempunyai antara empat puluh hingga tiga ratus set komputer. Kebanyakan bisnes mereka tertumpu kepada permainan ‘online’ ataupun ‘computer-games’ sahaja. Mereka tidak suka pelanggan yang datang untuk mencari maklumat ataupun buat kerja-kerja ilmiah. Kerana itu siber kafe mereka sentiasa bingit sengaja dibuat begitu untuk menaikkan semangat bersukan sahaja.

Sikap demikian jarang diamalkan oleh peniaga siber kafe Melayu dan Islam kerana mereka lebih memberi tumpuan untuk pelajar menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan pendidikan. Ada segelintir pesara Melayu yang membuka siber kafe dan mengenakan caj antara 1.30 hingga 1.50 sejam kerana sikap membuat amal jariah dalam bidang ini. Kerana itu peniaga seperti ini tidak berminat membeli program mainan yang asli dengan bayaran bulanan dan tahunan yang tinggi, kerana program itu hanya dianggap program selingan kepada pelanggan mereka. Lagipun apa bezanya antara program asli dengan yang dikatakan tidak asli sedangkan dua jenis ini dikeluarkan oleh kilang yang sama?

Setiap kali diadakan operasi penipuan ini, pihak penguatkuasa akan merampas komputer kedai siber yang menggunakan program yang bukan asli. Ini adalah satu ‘drama’ ataupun kerja opera wayang Cina sahaja. Kenapa perlu dirampas set komputer sedangkan yang pihak polis memang diketahui tidak pernah mempunyai gudang untuk menyimpan barang ‘rampasan’ mereka? Lihat apa yang terjadi kepada kenderaan yang dirampas oleh polis ataupun set video perjudian yang dirampas? Semua itu ditempatkan merata tempat untuk dimamah panas dan hujan.

Yang patut dilakukan ialah mengambil ‘hard disc’ (cakera keras) yang mengandungi perisian program itu sahaja. Apa perlunya mengambil semua set komputer?

Satu perkara yang amat pelik ialah kenapa penangkapan perisian bukan asli ini dilakukan pada siber kafe yang sah dan berpermit. Tetapi, ratusan siber kafe haram yang terdapat di merata pekan dan ditaja oleh Kongsi Pertubuhan Cina (Kwangtung) tidak pula pernah dirampas? Siber kafe haram ini merupakan kedai menjual peralatan telefon bimbit ataupun kedai buku lama yang digunakan sebagai ‘topeng’ untuk siber kafe haram. Dan siber kafe haram ini menjalankan aktiviti perjudian seperti lumba kuda besi dan kasino keputusan permainan bola di luar negara. Banyak siber kafe haram ini terletak beberapa tapak sahaja daripada balai polis di merata negara. Kebanyakannya pula dimiliki ataupun ditaja oleh orang besar dalam masyarakat Cina yang pastinya menjadi pemimpin MCA dan Gerakan. Selalunya mereka bergelar Datuk dan Tan Sri.

Kebanyakan pengusaha siber kafe haram adalah juga penjual loteri nombor ekor haram. Dengan lain perkataan kebanyakan perniagaan siber kafe haram dan loteri haram adalah ditaja oleh pemimpin MCA dan Gerakan.

Kenapakah kita jarang mendengar operasi menyeluruh oleh Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan PDRM terhadap siber kafe haram dan juga operasi penjual ekor haram?

Kalau kita teliti operasi haram ini, kumpulan yang sama menguruskan perniagaan karaoke, bar minuman keras dan rumah urut, dan beberapa aktiviti haram seperti yang pernah ditulis oleh Pak Marhaintua.

Sesungguhnya inilah yang disebut oleh Pak Marhaintua dulu sebagai industri ‘Deadly Sins’ :- Perjudian berbentuk kasino (menyaingi operasi Genting Highlands - Casino), Karaoke dan Bar (Clubbings), Social Escort dan GRO (seperti yang dilakukan oleh Norrita, Loteri Haram dan Nombor Ekor, Mahjong dan Pakau, Rumah Urut, Pelacuran dan Penyundalan, Dadah, Penyeludupan Barangan Konsumer Yang Tinggi Cukainya, Pembikinan dan Penyeludupan Alat-gantian yang tinggi nilainya, Gengsterisme dan Peras-ugut (melibatkan bayaran wang perlindungan), Ceti Haram (Ahlong), Pemalsuan lesen dan sijil.

Beberapa orang ketua mafia ataupun Triad Cina sudah pun tertangkap dan disumbat dalam Pusat Pemulihan di Simpang Renggam. Yang menariknya ada beberapa orang pegawai atasan polis yang pernah di’rehatkan’ di situ sebagai menggantikan proses mendakwa mereka secara rasmi dan terbuka.

Apakah ini sebabnya kenapa aktiviti perniagaan haram orang Cina dapat berjalan terus dengan tidak ada banyak dakwa-dakwinya?

- Veteran Umno  - 03.08.2004

 
Islam Hadhari Harus Menyokong Mufti Perak
08.04.04 (12:51 pm)   [edit]

Oleh Ikanjenahak
Melihat kepada perkembangan terkini isu pengharaman program Sureheboh TV3 oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria saya menyokong penuh kenyataan beliau itu. Saya berharap agar semua pihak tanpa melibatkan UMNO atau kerajaan harus memandang serius perkara ini.
 
Justeru terdapat beberapa pihak yang cuba untuk menyanggah pandangan Datuk Seri Harussani Zakaria yang bersifat menegakkan benang yang basah amatlah dikesali seperti pernyataan daripada saudara Astora Jabat dan Menteri.
 
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Islam Hadhari peringkat Nasional dan mengeluarkan artikel-artikel berkenaan Islam Hadhari dan juga penubuhan Kelab Islam Hadhari di peringkat IPT telah memberikan keyakinan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
 
Jadi oleh yang demikian, kenapa perlu ada pihak yang sengaja membuat sensasi dengan pernyataan Mufti Perak tersebut. Nampaknya pihak tersebut telah mencemarkan konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri kita. Tidak malukah anda mempermainkan hukum agama sedang Perdana Menteri kita sendiri mengajak untuk kita mempertahankan agama yang kita cintai dan merealisasikan konsep Islam Hadhari.
 
Saya ingin mengajak ahli Umno untuk sama-sama mempertahankan kenyataan Dato' Seri Harussani Zakaria. Jelas hari ini beliau sekali lagi hari ini (Utusan 2/8/2005) beliau mempertahankan pernyataan bahawa haram program Sureheboh tersebut.
 
Saya hairan kenapa saudara Astora Jabat beria-ia untuk menyanggah pandangan Mufti Perak yang jelas ilmu agama beliau lebih tinggi. Kemudian kenapa pula ada yang cuba untuk menyanggah pendapat berkenaan ini bukan berkenaan dengan politik saya rasa tidak wujud langsung unsur politik dalam isu ini, ini adalah isu agama isu umat Melayu yang kian lama kian luntur.
 
Dato' Seri Harussani Zakaria begitu jujur dalam mengeluarkan pandangan beliau. Kelmarin PM sedih kerana banyak jenayah berlaku dalam negara. Oleh yang demikian, wajar punca kepada berlakunya jenayah dalam negara adalah kerana kerosakan akhlak Melayu Islam. Jadi bagi jawapan kesedihan PM adalah kurangnya nilai akhlak mulia dalam masyarakat kita sekarang jadi pendapat Dato Mufti haruslah tidak dipandang enteng.
 
Sedihnya masih ada yang buta hati kerana tidak melihat permasalahan sebenar dan mereka ini menolak hukum Islam dan pandangan Ulama. Akhirnya akhlak orang Melayu semakin lama semakin hilang akibat daripada mereka yang suka berbalah dan memecahbelahkan agama. Tolonglah ambil tindakan kepada mereka ini.


- Ikanjenahak  - 03.08.2004

 
Pariyah Lawan Mufti Perak
08.03.04 (10:45 pm)   [edit]
Gelagat para penganjur dan penggalak Sureheboh TV3 bagaikan beruk terkejut apabila Mufti Perak SS Dato’ Seri Harrusani Zakaria menyatakan pendirian Majlis Mufti Malaysia bahawa Konsert yang merupakan agenda wajib perhimpunan itu adalah HARAM menurut hukum Islam. (Sila rujuk petikan-petikan berita daripada BERNAMA dan NSTP di akhir artikel ini.)

[b]CEO TV3 Dato Farid Ridwan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu tentang penemuan hampir 500 kondom di tapak Sureheboh di Alor Star tidak berapa lama dulu. Mengapa baru sekarang Farid sibuk membuat penafian walhal perkara tersebut sudahpun didedahkan kira-kira tiga bulan lalu. [/b]

Apa pun leteran Farid itu langsung tidak menarik minat penulis kerana ternyata ia dibuat di dalam suasana agak emosional yang tidak berlandaskan fakta. [b]Adalah tidak masuk akal apabila Farid mendakwa seolah-olah beliau pun turut meronda dan melakukan pembersihan bersama kakitangan MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) di tapak berkenaan. [/b]

Kalau mahu berbohong sekalipun, Farid seharusnya lebih profesional supaya pembohongannya itu tidak begitu mudah dikesan oleh orang lain.

[b]Lain halnya pula dengan Pariyah Umno yang bertaraf Menteri bernama Abd Kadir Sheikh Fadzir. Darah keturunan mamak yang tidak malu mengaku sebagai pejuang bangsa Melayu itu secara terang menyelar fatwa SS Dato’ Seri Harussani Mufti Perak.

Menurut Pariyah Umno itu: “Saya tak nampak di mana haramnya Sureheboh TV3, kerana apa yang saya lihat adalah kunjungan orang ramai, anak beranak, suami isteri untuk melihat pameran dan mengambil kesempatan untuk membeli belah. Konsert Sureheboh itu pun saya tak nampak di mana haramnya kerana para penyanyinya berpakaian lengkap.” [/b]

Memang layak dia digelar pariyah kerana tahap kefahamannya terhadap isu berkenaan adalah cetek. Apa yang difatwakan haram bukanlah perhimpunan Sureheboh secara menyeluruh sebaliknya dikhususkan kepada Konsert yang dianjurkan oleh perhimpunan itu. Otak apakah yang dimiliki oleh pariyah ini?

(Catatan: Apakah para penari iringan Konsert Sureheboh di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berseluar dengan belahan di tepi hingga ke pangkal peha (ulangi: hingga ke pangkal peha) dikatakan berpakaian lengkap? Penyunting memaksa diri untuk menonton selama satu atau dua minit sahaja daripada tempoh persembahan yang habis kurang pun berjalan selama lebih 2 jam. Kalau dalam tempoh 2 minit pun sudah terbukti akan dakwaan Majlis Mufti yang disampaikan oleh SS Dato’ Seri Harussani, tak tahulah kita apa yang berlaku di atas pentas selama lebih 2 jam dan yang berlaku di sekitar stadium sebelum dan selepas tamat persembahan. – M@RHAEN)

[b]Persoalan halal haram bukan terletak di tangan Mufti atau mana-mana makhluk. Mufti atau orang yang sepadan dengannya hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka demi kepentingan dan kesucian Islam itu sendiri. [/b]

Mufti dan segala para ulama yang ikhlas tidak menghukum berdasarkan hawa nafsu mereka melainkan setelah merujuk kepada empat sumber hukum Islam yakni Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias.

Penulis yakin pariyah seumpama Kadir Sheikh Fadzir itu; kalau ditanya kepada dia soalan semudah di atas (apakah sumber hukum Islam) nescaya dia terkebil-kebil untuk mencari jawapannya.

Lain kali sebelum menyelar fatwa Mufti berfikirlah tujuh lapan kali atau cerminlah muka dulu. Kalau itu yang dilakukan sudah pasti Pariyah Kadir tidak berani menyanggah SS Harussani dan kalau dia rajin pula mencermin dan terus mencermin tentu dia akan merasa malu semalu-malunya mengaku sebagai pejuang Melayu kerana darah dan wajahnya tidak langsung termasuk di dalam alam kemelayuan .

Apalah hak mu Pariyah Kadir untuk membicarakan hukum halal haram kerana kamu bukan ustaz atau orang yang sekurang-kurangnya pandai menghormati agama! mujurlah masih ada orang Melayu Umno yang buta kayu mahu mengiktiraf `kemelayuanmu` jika tidak pastinya `pengusaha restoran ` adalah profesion yang paling layak buatmu wahai mamak tak sedar diri. Puihhhhhh !!!!!!!!

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka - 02.08.2004
 
PELUANG MEMILIKI SEBUAH MINIMARKET
08.03.04 (12:54 am)   [edit]
Aslkm & salam sejahtera,

[b]PELUANG MEMILIKI SEBUAH MINIMARKET[/b]

Saya Abdul Rahman B Ismail adalah salah seorang peserta/bakal Pengurus Kedai untuk projek SISTEM PERUNCITAN BERSEPADU (SPB) yg berhasrat mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah minimarket bagi setiap mukim di seluruh Malaysia.

Pra-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1). Kelulusan SPM shj
2). Berumur 21 tahun hingga 35 tahun
3). Fresh Grads/siswazah menganggur - boleh cuba memohon

FYI: Penyertaan dari technical background buat masa ini 'ON HOLD'

[b]Di antara kemudahan yang disediakan untuk Peserta/Pengurus Kedai (PK):[/b]
Modal dibiayai 100% (Interest Free)
Tiada deposit & cagaran diperlukan.
Bukan pinjaman bank atau kerajaan, semua boleh memohon. walau pun anda "black listed".

Purata pendapatan kasar sebulan di antara
RM30,000.00 - RM100,000.00 Sebuah VAN RUSA disediakan Sebuah PC dgn internet line Dll

[b]DAFTAR HARI INI, PELUANG TERHAD ! ! ![/b]

Sila email kepada windfalls1@yahoo.com dengan melengkapkan data di bawah:
Subject: DAFTAR SPB0507

[b]Butir-butir Diri[/b]

Nama Penuh:
No. K/P baru:
Umur:
Tarikh Lahir:
Taraf Perkahwinan:
Taraf Penduduk:
Kampung Asal:
Negeri:
Alamat Lengkap :
Email:
No. Tel Rumah:
No. Tel Pejabat:
No. H/phone :
Butiran Kawasan Dipilih
Negeri Pilihan :
Parlimen:
Daerah :
Mukim/Bandar/Pekan :
Taman/Flat/Apt/Kond :
Kampung/Desa :

Tanah Rancangan:

(Sila lengkapkan mana yang berkenaan)

PS: Tolong sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia
ref: http://worxout.com/

On line registration:
Sila masukkan Nombor SPB Introducer / Ejen:SPB0507

email:windfalls1@yahoo.com
Introducer Code:SPB507
 
perbezaan antara hak, kewajipan, ihsan dan budi yang baik
08.03.04 (12:26 am)   [edit]
Assalamualaikum

Saya merasa terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan terkini yang telah diketahui umum, iaitu YAB Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, yang kemudiannya dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian akibat serangan jantung.

Ruih rendahlah rakyat jelata khususnya penyokong Pas dan Umno apabila tersebarnya SMS yang mengatakan bahawa YAB Tuan Guru telah meninggal dunia. Berita sedih itu bertukar gembira apabila pihak HPP mengatakan bahawa YAB Tuan Guru masih lagi selamat, cuma perlu menjalani sedikit pembedahan.

Akhbar perdana dan tabloid saban hari membuat liputan mengenai keadaan perkembangan terkini YAB Tuan Guru. Perdana Menteri ketika masih berada di luar negara segera memberi jaminan dan kesediaan Kerajaan Pusat untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada YAB Tuan Guru dan beliau mendoakan agar YAB Tuan Guru segera pulih.

Dengan kenyataan YAB Perdana Menteri itu, maka ianya telah dimanipulasikan dengan begitu meluas dan keterlaluan tentang betapa baiknya YAB Perdana Menteri dalam hal ini, termasuklah penyediaan pesawat dan perkhidmatan pakar di Institut Jantung Negara ( IJN ) untuk merawat YAB Tuan Guru. Rakyat sebenarnya begitu mudah dikelabukan, dibuta dan ditutup mata dengan kebaikan sedikit yang dijelmakan secara zahiriah.

Sebenarnya perkhidmatan kesihatan dan rawatan yang telah, sedang dan akan diberikan kepadaYAB Tuan Guru itu adalah perkara wajib dan telah menjadi haknya sebagai rakyat dan ketua kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui saluran pilihanraya secara demokrasi. Tidak perlulah kita memuji-muji secara berlebihan tentang kebaikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

Kenapa harus kita sebagai rakyat pada zaman kini telah berpendidikan dan celik maklumat amat mudah untuk menerima bulat-bulat apa yang telah disajikan oleh media massa dan elektronik? Mengapa kita terlalu buta untuk menilai antara hak dan ihsan? Hak dan kewajipan amat jauh berbeza dengan jasa dan budi.

Perkhidmatan rawatan yang diberikan kepada YAB Tuan Guru adalah hak beliau. Bukannya semata-mata ihsan Kerajaan Pusat. Hak untuk bersuara, berpersatuan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya itu adalah hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Lagipun YAB Tuan Guru adalah ketua kerajaan. Apa yang pelik sangat? Kenapa harus dimanipulasikan perkara itu sedangkan itu sudah memang menjadi hak beliau sebagai rakyat dan ketua kerajaan? Memanglah patut kita mengucapkan terima kasih kerana pertolongan itu. Namun ianya harus berpada-pada dan jangan kita hanya melihat kepada zahir semata-mata.

Isu royalti petroleum, bahasa melayu, tulisan jawi, ISA, kelemahan Bahasa Inggeris dan pengangguran puluhan ribu graduan adalah masalah yang lebih besar melibatkan rakyat. Itu tanggungjawab besar yang terpikul di bahu Kerajaan Pusat. Kenapa harus diperbesar-besarkan ihsan dan budi yang baik YAB Perdana Menteri dalam hal ini? Kalaulah betul YAB Perdana Menteri jujur, ikhlas dan punya budi yang baik seperti yang beliau tunjukkan kepada YAB Tuan Guru, maka kenapa beliau berdiam diri dan masih zalim terhadap permohonan rawatan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim? Kenapa dalam kes penderitaan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini YAB Perdana Menteri masih berdolak dalik? Dan kita sebagai rakyat kenapa tidak melihat itu semua sebagai suatu kepincangan? Nampaknya tahap pemikiran rakyat amat senang dimanipulasikan oleh kepentingan pentadbiran pemerintah dengan bantuan juak-juak para penulis pengampu dan wartawan yang telah disuap dengan habuan yang menguntungkan.

Sebagaimana ibu bapa yang menyediakan tempat tinggal, makan minum, kesihatan dan keperluan peralatan pendidikan kepada anak-anak, maka itu adalah tanggungjawabnya dan bukan dinamakan ihsan. Dari pihak anak-anak hendaklah diajar bahawa itu semua pengorbanan kedua ibu bapa. Namun ibu bapa pula mereka tidak boleh memaksa anak-anak mengucapkan terima kasih kepada setiap apa yang dilakukannya. Didikan yang baik daripada kedua ibu bapa secara tersendirinya akan menyebabkan anak-anak tahu menilai dan akan menghargai segala pengorbanan ibu bapa tanpa perlu dipaksa mereka untuk melafazkan terima kasih.

Kita sebagai rakyat harus melihat semua itu secara kondusif, syumul, menyeluruh dan sama rata. Adalah tidak bijak sekiranya kita bersikap mudah terlena dengan kebaikan yang ditunjukkan sedikit, padahal kezaliman dan penindasan serta ketidakadilan lebih banyak dari itu yang perlu ditamatkan. Selagi kita tidak mampu untuk menilai dan mudah termakan dengan suapan kebaikan zahiriah, maka selagi itulah kita mudah ditindas. Bukan itu sahaja, tahap pemikiran akan menjadi statik dan tidak mampu untuk berubah.

Sikap mudah menerima maklumat tanpa kewarasan, penilaian yang tidak bijak dan bersikap pak turut serta tukang angguk dalam setiap perkara sebenarnya amat-amat perlu untuk dijauhi. Ianya secara tidak sedar akan membawa masyarakat dan rakyat ke arah terkebelakang dalam segala aspek kehidupan.

Wassalam


Abdul Hadi bin Muhamad
 
Kembalinya Seorang Pengkhianat Keling UMNO Pemusnah Di P. Pinang
08.02.04 (9:20 pm)   [edit]
Assalamualaikum wbt Tuan Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati
Izinkan saya mengingatkan kembali kisah pencabulan dan perancangan pemutarbelit keling umno bersama Majlis Agama Yahudi oops... Islam Pulau Pinang yang merancang menjual tanah wakaf Tuan Haji Kasim di Kampong Makam Jalan Datuk Keramat P.Pinang sedikit masa dulu yang tersekat disebabkan Saudara Salim Hashim dan sekumpulan pemuda Islam yang menentang rancangan itu dengan penuh seksa dan ujian.

UMNO yang semasa itu diterajui oleh keling pengkhianat Yusoff Latiff sekarang Presiden Persatuan Melayu PP dan MAIPP bersekongkol ingin menukar taraf tanah wakaf kepada komersial dengan niat menjual tanah sekangkang kera tinggalan allahyarham Tuan Haji Kasim yang berhati mulia itu,tanah yang berada di tengah-tengah Bandaraya Georgetown itu adalah yang terakhir dimiliki orang Melayu (itupun sebab diwakafkan) yang kini bernilai berjuta-juta ringgit yang mana membangkitkan ketamakkan semula keling khianat Yusoff itu. Rancangannya yang terbantut dulu dan nyaris di'kuak'kan oleh UMNO telah dihidupkan semula dengan pelantikan SiLembik Dollah Pembohong sebagai PM.

Maka dengan kekuatan yang ada pada keling ini sekarang ,dia memulakan kerja-kerja niat jahatnya itu semula sekarang dengan menuduh penghuni-penghuni di tanah wakaf itu semuanya adalah setinggan atau penduduk haram (macam di Palestin),jadi dengan tuduhan ini mungkin memudahkannya melingkupkan tanah itu, dengan bantuan Melayu-Melayu pembelot UMNO maka mungkinkah 'perogolan' beramai-ramai keatas tanah wakaf itu berhasil?

Hanya Allah SWT sahaja dapat menentukannya sebab kini Sdr Salim Hashim yang juga uzur sekarang sudah tentu lemah untuk menentang pengkhianat-pengkhianat mega yang terdiri dari Yusoff Latiff presiden Persatuan Melayu PP, parti penjual Islam/Melayu iaitu UMNO PP, MAIPP serta MPPP yang memang berniat menghilangkan saki baki tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang.

Jadi sekarang pada siapakah lagi harapan umat Melayu/Islam P.Pinang untuk mendapat pembelaan satelah habis ternoda tanah-tanah Melayu di sebelah pulau ini saperti di Tanjung Tokong dan banyak lagi yang tak tercatat. Inilah padahnya mengangkat pemerintah yang anti Islam/Melayu yang kononnya diterajui oleh pemimpin Islam hadari entah apa-apa itu yang mana saya rasa Israel pun lebih baik mempertahankan bangsanya dengan tanah yang mereka cerobohi itu.

Saya berdoa dan harap moga Melayu/Islam di Pulau Pinang bersatu dan berilah sokongan kuat untuk Sdr Salim demi mempertahankan tanah wakaf Tn Haji Kasim Kampong Makam sebelum menjadi hak kafirin yang dipenuhi oleh kondo-kondo,apartment dan segala kemewahan yang tak mampu dibeli Melayu Pulau Pinang ! Berilah tentangan kuat terhadap parti perosak Islam/Melayu iaitu umno yang diterajui oleh setan-setan besar boneka kafirin itu.. Moga Allah memberi kekuatan melawan kezaliman dan kemungkaran,wassalam.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

- Jingoza - Kg Makam Hj Kasim P.Pinang - 01.08.2004
 
Musa Hassan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Marahkan Media Massa
08.02.04 (9:12 pm)   [edit]
Anak kepada guru tilawah al Quran tersohor (Dato Hassan Azhari) juga merupakan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Dato Musa Hassan diberitakan tidak menyenangi tindak tanduk sebahagian besar media massa negara ini bertindak keterlaluan melaporkan kes-kes jenayah tertentu sama ada yang masih di dalam proses perbicaraan atau sedang disiasat oleh pihak polis.

[b]Penyangak besar PDRM yang cuba berlagak baik. [/b]

Pegawai kanan PDRM yang disenaraikan oleh rakyat marhaen sebagai salah seorang penyangak besar selepas bekas KPN Rahim Noor itu dipetik sebagai berkata peranan media massa mensensasikan kes-kes tertentu melalui laporan mereka telah menimbulkan kesulitan serta menggangui proses perbicaraan dan siasatan.

Musa Hassan yang terlibat sebagai ketua penyerbu skuad UTK PDRM ke atas kediaman DSAI pada malam 20 September 1998 dulu dan seterusnya menyeret mantan TPM itu keluar dari situ untuk dibelasah oleh Rahim Noor di dalam sel tahanan di IPP Bukit Aman setengah mati, kemudian diseksa sehingga ke saat ini, juga menggesa media agar lebih bertanggung jawab di dalam melaporkan kes-kes jenayah tertentu demi menjaga nama baik Malaysia di kacamata asing.

Sebarang laporan yang keterlaluan akan mengakibatkan orang asing merasakan keselamatan mereka tidak terjamin apabila berkunjung ke negara ini,jika senario ini berterusan sudah tentu akan menjejaskan sektor pelancongan mungkin begitulah maksud penyangak besar PDRM itu.

Menurut Musa lagi media tidak seharusnya mengambil pendekatan mensensasikan laporan mereka hanya semata-mata untuk menarik minat pelanggan bagi melipatgandakan keuntungan dan mempopularkan rangkaian mereka sebaliknya mereka punya tanggungjawab moral dan sosial untuk menjaga nama baik negara.

Wah ! wah ! wahhh……..petahnya lidah penyangak besar PDRM itu menuturkan bicara, sekali imbas kelihatan dia terlalu tulus dan telus di dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab sebagai penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam.

Ya ! seolah-olah dia adalah pegawai tinggi PDRM yang terbilang walhal semua orang tahu dia sebenarnya adalah penyangak besar PDRM paling besar bertemberang dan menyimpan tembelang.

Apa temberang dan tembelang Musa Hassan yang telah dilakukannya sehingga dia layak digelar penyangak besar PDRM sepanjang zaman, ayuh mari sama-sama kita perhatikan:

1. Terlibat di dalam menyusun affidavit Dato Nallakarupan yang mengandungi fitnah dan cerita rekaan terhadap DS Anwar Ibrahim untuk meracuni pemikiran rakyat bahawa Anwar memang jahat. Affidavit tersebut telah disiarkan secara meluas oleh media cetak dan elektronik negara sebelum dibawa ke mahkamah. (September 1998)

2. Terlibat secara terang-terangan memprogramkan Azizan Abu Bakar supaya pura-pura mengaku bahawa DS Anwar dan Sukma telah meliwatnya. Fakta tarikh yang diubah-ubah daripada tahun 1994 kemudian 1992 dan akhirnya di antara Januari – Mac 1993 menjelaskan sejelas-jelasnya bahawa tuduhan tersebut adalah palsu. Pengakuan Azizan di dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah diliwat sama ada oleh Anwar atau Sukma dan penyediaan tarikh `insiden` adalah rekaan Musa,sudah cukup membuktikan bahawa anak Hassan Azhari itu tidak merasai apa-apa di dalam melakukan dosa paling besar .

3. Terlibat mereka cipta bahan bukti dan saksi untuk mensabitkan kesalahan terhadap DSAI di antaranya adalah tilam yang dipenuhi dengan tompok-tompokan lendir diusung ke hulu hilir dan diperagakan di dalam mahkamah beruk.

[b]PM Borek Khadamnya Rintik. [/b]

Apakah yang mendorong abang kepada artis terkenal dengan `kegatalannya’ Jalaluddin Hassan dan bekas Exco Kerajaan Selangor Fuad Hassan yang banyak bini itu untuk berlagak sebagai pemuka penguatkuasa yang amat prihatin?

Kalau Jalaluddin Hassan beraksi begitu, rakyat marhaen tidak merasa pelik kerana beliau adalah seorang aktor yang sudah cukup mahir dengan skrip dan aksi wayang. Setahu kita Musa bukanlah aktor dia hanyalah seorang pegawai kanan PDRM!

Lantas apa yang merangsang musang jebat itu bersandiwara? Kata orang: ada janji dari Imam Zalim bahawa tak lama lagi musang itu akan dinaikkan pangkat tertinggi, justeru itu namanya harus dihighlightkan setinggi mungkin.

Sekiranya spekulasi itu benar,ertinya Imam Zalim Dolah Hadhari sudah pun berjaya menerapkan membudayakan `cakap berdegar-degar namun tahi tersangkut di atas gelegar` untuk dilihat hebat oleh rakyat bahawa beliau dan segala jentera propagandanya memang cukup hebat.

Puiiih !!!!! cukup loya dan amat memualkan sekali, tidakkah kamu sedar wahai Dolah dan Musa apa yang telah kamu lakukan terhadap media massa sejak dulu lagi khususnya sejurus sebelum 9/20/ 98 demi mematuhi kerakusan nafsu Mahathir Mahataik !

[b]Dulu media massa OK, sekarang tak OK? [/b]

Akhbar, radio dan TV mana yang berani membantah daripada menyiarkan berita fitnah tulen terhadap DS Anwar Ibrahim 24 jam sehari semalam hinggakan mahkamah sendiri telah dipaksa menuruti sahaja hukuman yang telah dijatuhkan terlebih dahulu oleh media massa terhadap Anwar.

Tiada sebarang media pengampu arus perdana yang berani membantah kemahuan Mahathir Mahataik yang didokong kuat oleh pemimpin penyangak seumpama Dolah Hadhari dan `khadam babi buta` Musa Hassan. Anwar Ibrahim sudah dihukum terlebih dahulu oleh media massa sebelum para hakim yang telah diberukkan sepenuhnya oleh sang penguasa zalim menjatuhi hukuman mereka.

Terlalu biadab dan bangsat kamu Musa Hassan! Konon pura-pura menegur media massa supaya lebih waspada di dalam membikin laporan agar nama baik negara tetap terpelihara sedangkan kamu lupa tidak berapa lama dulu penyangak dan musibat-musibat seperti kamulah yang menunggangi media massa secukup-cukupnya untuk menyingkir dan mengaibkan seorang wira rakyat harapan agama, bangsa dan negara.

Siapa lagi wira rakyat itu kalau bukan Anwar Ibrahim yang kini terus menderita dan diseksa gara-gara konspirasi tajaan Mahathir Mahataik disokong dan dijayakan oleh spesis-spesis `iblis` seperti kamu Musa dan ramai lagi yang masih bebas berkeliaran dengan pelbagai `ragam cemerlang` seolah-olah mereka itu maksum dan terbilang.

Al-Quran bukan setakat untuk mengaji tetapi wajib diimani, dikaji dan dihayati.

Apakah Dato Hassan Azhari hanya mengajar Musa mengaji al Quran tetapi tidak pernah mengajar apa yang dituntut oleh Kitab Suci itu? Sdr/sdri para pembaca tentu dapat merumuskannya sendiri.

Apa pun al Quran bukan sekadar untuk dipelajari segala hukum tajwidnya atau lengguk lagu bacaannya tetapi terlebih penting adalah untuk diimani secara mutlak dan dihayati setiap tuntutannya.

Jika tidak, percayalah al Quran itu akan melaknati pembacanya…..dan Dato Musa anak lelaki kepada guru tilawah al Quran yang tersohor itu sedang menunggu saat untuk laknat Allah itu sempurna tertimpa ke atas jasmani dan rohaninya…………. Amiin !

[b]Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!! [/b]

[b]- Inderaloka - 01.08.2004 [/b]
 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...