Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Sembelihan Ayam Yang Diragui Halalnya
08.01.04 (12:21 pm)   [edit]
Oleh Rajawali
Ekoran daripada pendedahan melibatkan pengusaha pemprosesan ayam membekalkan produk yang tidak disembelih mengikut Islam kepada beberapa buah restoran mamak dan restoran makanan segera di sekitar pekan lama dan Bandar Baru Kuala Selangor baru-baru ini, nampaknya kian ramai umat Islam (Melayu) di situ yang telah sedar sekali gus bertindak tidak lagi memasuki premis-premis berkenaan.

Difahamkan sehingga ke saat ini, pihak berkuasa agama daerah belum lagi menarik balik arahan mereka melarang umat Islam makan di premis-premis terbabit. Ertinya larangan tersebut meskipun tiada dibuat secara bertulis, ianya tetap berkuatkuasa demi memelihara kesucian zahir dan batin umat Islam.

Tiga buah restoran masakan segera 99,Seri Kampong dan Waterfall yang diusahakan oleh pengusaha Cina meskipun menggunakan khidmat pekerja Melayu sepenuhnya tetapi `Sijil dan Logo Halal` yang dikeluarkan oleh JAKIM sudah lama tidak kelihatan. Termasuk di dalam kategori yang meragukan adalah beberapa buah restoran Daun Pisang milik pengusaha India (Hindu) di antaranya Varsha Villas.

Ramai pihak meragui sama ada restoran-restoran terlibat masih lagi dikategorikan sebagai halal atau sebaliknya. Akibat daripada keraguan tersebut kebanyakan umat Islam tempatan tidak lagi melanggani restoran-restoran tersebut kalau ada pun ia hanya melibatkan orang luar yang tidak tahu hujung pangkal.

Demi menyelamatkan umat Islam luar Kuala Selangor daripada terlibat memakan bangkai (ayam yang disembelih tidak mengikut Islam) di restoran-restoran berkenaan diharapkan artikel dapat menyedarkan mereka.

Seperkara lagi, salah seorang pengusaha restoran-restoran berkenaan pernah dikesan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan ) cuba menjadikan bahagian tingkat atas premisnya sebagai mini gereja. Mujurlah MDKS telah bertindak untuk menghalangnya hasil daripada maklumat orang ramai. Insiden tersebut berlaku kira-kira empat tahun lalu.

Apa yang dikhuatiri kemungkinan pengusaha restoran tersebut masih lagi menyebarkan dakyah Kristian kepada pekerja-pekerjanya terdiri daripada wanita-wanita Melayu Islam. Ada desas-desus mengatakan tauke restoran itu (seorang wanita Cina) menggalakkan para pekerjanya memakai skirt.

Sementara itu diberitakan salah seorang bekas Kadhi Kuala Selangor yang kini bertugas di SUK Shah Alam memaklumkan bahawa pusat pemprosesan ayam yang amat diragui halalnya adalah di Pasir Penambang Kuala Selangor.

Setakat ini pihak berkuasa agama belum dapat bertindak kerana kekurangan tenaga justeru itu beliau mengingatkan agar umat Islam sendiri memulaukan apa sahaja premis makanan yang mendapat bekalan daging ayam dari tempat itu.

Seperkara lagi satu lagi premis pemprosesan ayam di Bandar Baru Kuala Selangor yang diusahakan oleh wanita Cina juga telah dikesan oleh pihak-pihak tertentu mencampur adukkan ayam yang disembelih secara Islam dengan yang tidak disembelih di dalam peti sejuk untuk tujuan penyimpanan.

Terpulanglah pada umat Melayu Islam untuk menentukan sikap mereka berdasarkan tuntutan hukum. Yang paling utama jangan biarkan makanan kita dicemari oleh unsur-unsur haram yang akan mengikis akidah dan kekuatan kita secara perlahan-lahan tanpa kita sedari.

Kalau kita semua bersatu hati untuk mendokong kalimah Syahadatain sewajarnya setiap sen yang kita keluarkan dari saku kita bagi membeli sumber makanan sudah pasti kita salurkannya kepada yang menguntungkan agama dan bangsa kita.

Ingat sdr/sdri ku seagama! Tanggungjawab untuk mempertahankan maruah dan agama adalah di tangan kita sendiri bukan di tangan orang lain yang tak kenal haram atau halal. Jangan biarkan mereka terus membuli kita kerana tanpa komitmen kita kepada mereka nescaya mereka tidak boleh berlagak seperti sekarang ini.

Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita tetapi yang terlebih peting: Agama Kita Adalah Tanggungjawab Kita.

Rajawali - 31.07.2004
 
SKANDAL BALAK DI PAHANG: MB DAN BEKAS MB DIDAKWA TERLIBAT
08.01.04 (11:53 am)   [edit]
Kiriman: Meli

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,
Masihkah saudara ingat pada tarikh 28 Mac 2001, Dato’ Fauzi Abdul Rahaman ketika itu adalah sebagai ADUN Beserah telah membuat satu laporan pois di Balai Polis Kuantan, Pahang Darul Makmur mendakwa bahawa Tan Sri Khalil Yaakob ketika beliau menjadi MB telah melakukan penyelewengan dalam urusan pembalakan di negeri itu. Laporan tersebut sehingga kini tinggal sebagai laporan tidak ada sebarang tindakan diambil, malah Khalil diangkat darjatnya lagi dilantik sebagai Gabenor Melaka pula menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin yang telah tamat tempoh.

Untuk mengikuti siri skandal ini seterusnya, sila baca laporan yang saya kumpulkan ini untuk dijadikan sebagai peringatan bahawa UMNO dulu, kini dan selama-lamanya adalah “penipu“ bagi pemimpin-pemimpin atasannya mencari kekayaan dan kemewahan hidup secara “mee segera“ melalui jalan pintas mempergunakan kuasa yang ada:

MB PAHANG PERLU JAWAB TUDUHAN MENIPU

Lapan orang telah berjalan kaki sejauh 240 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kuantan dalam usaha meraih perhatian dan sebagai tanda sokongan terhadap saranan Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam usaha membanteras rasuah.

Mereka bermula dari rumah tol Gombak pada jam 10.30 pagi 20 Jun lalu. Perjalanan yang mengambil masa selama lima hari itu berakhir pada 24 Jun. Perjalanan itu dikenali sebagai ‘Perjalanan Anti Rasuah’.

Pada jam 10.30 pagi 24 Jun 2004 yang lalu, ketua kumpulan pejalan kaki itu, Lee Sin telah membuat satu laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di Balai Polis Kuantan. Beliau telah membuat tiga pertuduhan terhadap YAB Menteri Besar.

Lihat gambar MB Pahang, Adnan Yaakob sedang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong-penyokong PAS ketika pilihan raya kecil di Sanggang pada tahun 2000. (Animasi oleh webmaster FeU / M@RHAEN telah dipetik dan digunakan secara meluas oleh pelbagai laman pro-reformasi sebelum ini.)

Pertama, penipuan terhadap sebuah syarikat pembalakan (Seruan Gemilang Makmur), kedua, penyalahgunaan kuasa sebagai menteri besar dan ketiga rasuah.

Peristiwa-peristiwa ini telah mendapat liputan meluas dalam lima akhbar berbahasa Cina. Beberapa hari berikutnya, pada 29 Jun 2004, YAB Menteri Besar telah memberi respons melalui akhbar Cina China Press.

Beliau meminta agar rakyat bertenang dan bersabar menunggu hasil siasatan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap dua pertuduhan tetapi tidak memberi sebarang komen kepada pertuduhan berkaitan penipuan.

Sebagai rakyat yang prihatin, timbul persoalan kenapakah YAB Menteri Besar masih membisu dan tidak membuat sebarang ulasan mengenai isu tersebut. Hasil kajian menunjukkan, ini bukanlah kali pertama Lee Sin membuat tuduhan yang sedemikian. Beliau telah beberapa kali menuduh YAB Menteri Besar sebagai penipu melalui media massa.

Amatlah dipersetujui bahawa siasatan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah memerlukan masa agar ia dilakukan secara menyeluruh. Tetapi, tuduhan sebagai penipu adalah satu pertuduhan yang amat serius.

Tambahan pula pertuduhan ini ditujukan kepada ketua kepada sebuah kerajaan negeri. Ia melibatkan maruah YAB Menteri Besar khususnya, kerajaan negeri dan Umno Pahang amnya.

Apakah pandangan satu juta rakyat Pahang dan 24 juta rakyat Malaysia terhadap isu ini? Yang pasti, rakyat akan berpendapat Lee Sin berada di pihak yang benar kerana beliau begitu berani ‘ibarat kucing’ dan YAB Menteri Besar berada di pihak yang salah, kerana beliau takut ‘ibarat tikus’. Jadi, layakkah beliau menawarkan diri untuk menjadi naib presiden Umno?

Pemikiran yang sedemikianlah yang akan sentiasa bermain-main di dalam fikiran rakyat Pahang dan ahli-ahli Umno jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera..

Dengan itu, adalah disarankan agar YAB Menteri Besar mengambil tindakan undang-undang terhadap Lee Sin supaya segala kekeliruan/fitnah ini dapat dihuraikan/dihentikan, seterusnya memenjarakan pemfitnah ini jika pihak YAB Menteri Besar berada di pihak yang benar.

Sekian untuk renungan kita bersama. Adakah slogan “Mari Berkerja Bersama Saya, Bukan Berkerja Untuk Saya“ untuk menghapuskan rasuah hanya angan-angan Mat Jenin. Terima kasih.Wassalam.

Oleh: Meli - 31.07.2004
 
PUK: Ada kumpulan diperalat untuk mempersoal hukum Islam
07.31.04 (11:37 am)   [edit]
[b][i]Kiriman: Mat Sepai Dipetik drp: malaysiakini.com [/i][/b]

Persatuan Ulama Kedah (PUK) mendakwa sebuah kumpulan anti-Hadis di Pulau Pinang sedang giat menjalankan dakyah untuk mengeliru dan menyesatkan umat Islam dengan menyebarkan buku-buku yang dituliskan secara biadab untuk merosakkan kesucian Islam.
Menurut Yang Dipertuanya, Sheikh Abu Bakar Awang, dua daripada buku-buku tersebut bertajuk “Dilema Hadith” dan “Hudud” yang diedarkan secara percuma kepada orang awam termasuk pelajar.

“Buku-buku ini juga diletakkan di tempat-tempat awam termasuk perhentian rehat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, PUK juga mendapati ada majalah yang diberi permit penerbitan yang sah, sedang cuba membawa topik-topik perbincangan berkaitan hukum hakam dan syariat Islam dengan cara berniat jahat untuk mengelirukan umat Islam.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jabatan Agama Islam negeri supaya memperluas dan meningkatkan kemampuan Unit Pemantauan Operasi dan Penguatkuasaan untuk bertindak menyekat dakyah-dakyah ini.

Katanya, ini termasuklah saranan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria supaya KDN memantau dan mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan Islam dan bukan Islam yang cuba mempersoalkan hukum hakam untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Keharmonian negara

Menurutnya, fenomena tersebut sedang berkembang dalam arus perdana terutama melalui saluran media, seperti majalah dan buku-buku, yang dijual atau diedarkan secara terbuka kepada masyarakat, termasuk oleh kumpulan anti-hadis yang beroperasi di Pulau Pinang itu.

Manakala Jabatan Agama Islam pula, katanya, seharusnya juga perlu lebih bertindak tegas terhadap kumpulan-kumpulan ini kerana mereka secara jelas telah menghina dan mencerca Islam melalui pelbagai saluran.

“Perkara ini secara jelas bertentangan dengan undang-undang sama ada di bawah Kanun Keseksaan kerana cuba menjejaskan keharmonian negara dan juga di bawah Enakmen/Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

“PUK juga menyarankan agar masyarakat lebih responsif dan peka mengenai hal ini dan jangan membiarkan kumpulan dan individu ini meneruskan dakyah untuk mengeliru umat Islam dan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti kumpulan-kumpulan tersebut supaya mereka dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Kiriman: Mat Sepai - 30.07.2004

 
Muftis declare TV3's Sure Heboh carnival 'haram'
07.30.04 (9:33 pm)   [edit]
The Council of Malaysian Muftis has issued a ruling declaring TV3's ‘Sure Heboh’ concert carnivals as haram (prohibited in Islam) as it ‘encouraged vice and immoral activities’ among Muslims in the country.

Perak Mufti Harussani Zakaria said today the council, which met recently, had decided that the carnival, a series of concerts held in major towns, had a negative influence on spectators.

As such, he said, the organising and watching of the concerts was prohibited by Islam as it would be detrimental to Malays and Muslims.

“The ‘Sure Heboh’ carnival is detrimental to our own race and has also weakened their thinking,” Harussani told reporters after the closing of the Muzakarah Ulama 2004 in Ipoh.

“With so many entertainment programmes being shown on TV, there is no need for yet another form of entertainment such as the TV3's ‘Sure Heboh’.

“Islam allows entertainment but it must observe the limit,” he added.

Studies neglected

Harussani elaborated that while Islam did not forbid enjoyment in life, Muslims should be aware of their responsibilities. The younger generation should also not be exposed to activities which were detrimental to their future, he said.

He claimed that 90 percent of those who were fond of watching entertainment shows were young Muslim students.

“As they watch to much of that (entertainment shows), they neglect their studies ... and this is against the teachings of Islam,” he said.

TV3 is holding a grand 'Sure Heboh' carnival to wrap up the nationwide series of concerts beginning today for three days at the Bukit Jalil stadium in Kuala Lumpur.

Among the performers due to appear on stage are Anuar Zain, Erra Fazira, Misha Omar, Ella, Sasi and The Don, Reshmonu, Ruffedge, Spider dan Raihan.

http://www.malaysiakini.com/news/28827" title="http://www.malaysiakini.com/news/28827" target="_blank"http://www.malaysiakini.com/n...
 
Politik Wang Adalah Satu Cara Hidup Melayu Umno
07.28.04 (7:07 pm)   [edit]
Sdr Pengarang,
Saya sebenarnya tidak hairan langsung mengenai adanya politik wang dalam Umno tetapi marah kerana pemimpin Umno yang menjadi pemimpin negara berlakon, seolah-olah dirinya bersih daripada amalan rasuah keji itu. Alasan saya mungkin bodoh, tetapi perhatikanlah:

Pertama: Dasar perjuangan Umno ialah memartabatkan bangsa Melayu ke satu tempat unggul sebagaimana bangsa-bangsa termaju di dunia. Ukuran keunggulan Melayu itu diukur dengan pemilikan harta benda atau wang! Justeru, semakin banyak bangsa Melayu memiliki wang, maka bangsa Melayu dianggap semakin berjaya. Lalu, jangan hairan dengan permainan wang dalam Umno kerana itu sudah way of life mereka.

Kedua: Dalam pemilihan Umno sekarang dan yang terdahulu menggambarkan amalan politik wang adalah rasuah terkeji. Beri duit, belanja minum, buat kenduri, ajak buat lawatan termasuk beri gula-gula adalah politik wang atau rasuah. Ceh. jijik dan jelik amat! Bukankah apa yang dikatakan HARAM dalam pemilihan Umno itu adalah satu amalan MULIA dalam pilihan raya demi mengalahkan parti seteru Umno? Apakah pembinaan projek segera, hadiah-hadiah, pemberian wang kepada warga tua dan seribu macam pemberian segera semasa kempen pilihan raya itu bukan politik wang atau rasuah keji. Siapa dapat menafi bahawa daripada nama Abdullah Badawi sehingga pecacai politik di kampung, mereka menghambur umpan (rasuah) kepada mereka yang boleh dibeli undi untuk kemenangan BN-Umno.

Ketiga: Daripada kenyataan pemimpin dan orang Umno, mereka kutuk rasuah politik wang. Semua kata begitu. Pak Lah, Najib, Muhyidin, Mat Taib, Adnan Yaakob, Nakhaie, Rahim Tamby Chik dan yang kecil-kecil pun kata begitu. Yang kalah kutuk dan yang menang pun kutuk. Jadi, siapa yang hulur wang sebagai rasuah itu. Nakhaie kata Umno sudah teruk dan jadi parti untuk mencari wang. Adnan Yaakob kata, orang Melayu (Umnolah...) seperti lapar duit. Yang beri duit ialah para pemimpin Umno. Kalau Adnan mengecualikan dirinya, tuduhannya ialah majoriti pemimpin Umno termasuklah yang besar-besar di KL dan setiap bandar utama!

Sdr pengarang, jika pandapat bodoh saya ada betulnya, apa hendak dibuat dengan Umno? Nakhaie dan orang besar Umno kata, politik wang boleh menyebabkan negara terjajah semula. Nakhaie beri contoh dulu-dulu semasa ada team wawasan. OKlah, kepala team tersebut sudah masuk sel. Tapi Najib, Muhyidin dan Mat Taib masih berkuasa dalam Umno. Najib sudah jadi Timbalan Presiden Umno, sama jawatan dengan ketua team wawasan tahun 1993 dulu. Sekali lagi yang tidak menghairankan saya ialah jika negara tergadai atau terjajah semula. Nakhaie beri petunjuk, ketua pengamal rasuah/ politik wang sudah jadi TPM! Betul juga Adnan Yaakob, Melayu memang mahu cepat dan mudah saja. Semua yang ada dalam Umno adalah contoh terbaik melihat budaya sebenar Melayu!

- Mandalaputra - 28.07.2004
 
MELATAH HARI RABU
07.28.04 (12:56 am)   [edit]
[b]MENCARI BURUNG BELATUK [/b]

Sejak kecil lagi memang Pak Ngah amat menyukai Burung Belatuk. Bulunya beraneka warna, cara terbangnya juga berbeza sehinggakan hinggapnya pun hanya di batang. Saban hari mengetuk dan membuat lubang. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila ikuti laman Harunyahya di bawah ini.

Semua orang tahu bahawa burung belatuk membina sarangnya dengan mematuk batang pokok. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana burung belatuk tidak mengalami pendarahan otak apabila mereka mencacah begitu kuat dengan kepala mereka. Apa yang dilakukan oleh burung belatuk ini sama seperti seorang manusia memasukkan paku ke dalam dinding dengan menggunakan kepalanya. Jika seorang manusia cuba melakukan seperti itu, dia pasti akan mengalami kejutan otak diikuti dengan pendarahan otak. Bagaimana pun, seekor burung belatuk dapat mematuk batang pokok yang keras 38-43 kali di antara 2.10 dan 2.69 saat dan tiada apa yang berlaku.

Tiada apa pun yang berlaku kerana struktur kepala burung belatuk telah direka sesuai untuk kerja seperti ini. Tengkorak burung belatuk mempunyai satu sistem "suspensi" yang mengurangkan dan menyerap daya pukulan itu. Terdapat tisu-tisu lembut khas di antara tulang-tulang dan tengkoraknya.

APA YANG INGIN PAK NGAH NYATAKAN DI SINI, [b]MENGAPA KITA TIDAK MAHU MELIHAT KEAJAIBAN SAINTIFIK AL-QURAN? [/b]

Kementerian Pelajaran sepatutnya menyarankan pembelajaran bahasa Al-Quran diperkenalkan dengan bersungguh-sungguh kerana di dalam Al-Quran ilmu tiada terbatas. Rujukan utama sepatutnya Al-Quran dan bukan hanya teori-teori Archimedes, Newton, Einstein dan selainya yang begitu terbatas.

Bagi melahirkan generasi yang mencipta, kita perlu kembali kepada Kitab Al-Quran kerana di dalamnya ilmu yang tiada sempadan. Kita mesti keluar dari paradigma dan amalan bangsa yang sentiasa menganggap Bahasa Inggeris sahaja sebagai Bahasa Ilmu sedangkan Ilmu yang paling tinggi dan besar berada di dalam bahasa Al-Quran.

Kerajaan Barisan Nasional yang telah begitu lama memerintah telah hilang inisiatif dan tidak mempunyai visi yang baru, Visi 2020 adalah satu visi mengejar Pembangunan sahaja iaitu untuk menjadi Negara Maju. Apabila negara telah mencapai Negara Maju, apakah yang dapat dilihat hanyalah Bangunan dan Bangunan dan Bangunan, Landskap dan keindahan tiruan ciptaan Manusia. Jika dilihat kepada landskap semula jadi, walaupun tidak diatur dalam sesuatu ciptaan idea seperti Putrajaya, Ianya tetap kekal indah zaman berzaman tetapi landskap ciptaan Manusia terpaksa diubah apabila jemu mata memandang.

Akal yang ada pada diri kita hendaklah kita pergunakan sepenuhnya agar tidak terkongkong di bawah tempurung Barisan Nasional. Seluruh rakyat terutama orang Melayu mesti keluar dari kepompong UMNO yang kuno dan ketinggalan zaman. Mereka hanya mementingkan KUASA sedangkan kita mementingkan HIDUP yang ceria dengan hak-hak kemanusiaan yang di redai oleh Allah dan bukanya di tetapkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Kita ini umpama Burung Belatuk, hentakan kita keras tetapi tidak merosakkan diri kita. Mereka tidak sepatutnya menetapkan kepada kita supaya semua hanya Mengikut kehendak mereka. Mana boleh menetapkan semua burung mesti bersarang di dahan atau semua burung mesti minum air dari PUAS sahaja atau pun semua burung mesti berkembang biak di keliling tasik Putrajaya sahaja.

Kita ingin menjadi burung yang bebas terbang, hinggap dan berteduh di mana saja. Kita tidak mahu memakan makanan burung lain, kita tidak mahu menceroboh kediaman bukan kita punya dan yang terpenting KITA TIDAK BERHAK MENGHALANG LAIN-LAIN BURUNG UNTUK BEBAS TERBANG dan hinggap dimana saja di Bumi ciptaan Allah ini.

Kegagalan Barisan Nasional dan UMNO yang berkehendakkan Rakyat supaya menjadi seperti mana Ahli-ahli UMNO yang umpama Burung Kakaktua, terhangguk-hangguk mengampu dan membodek. Sedangkan majority rakyat mahu menjadi Merpati yang Jinak di dekat dan terbang hendak ditangkap. Apa yang berlaku hari ini UMNO dan BN berkehendakkan Merpati menjadi seperti Burung Kakaktua, Pak Ngah percaya ianya adalah mustahil tetapi Pimpinan Burung Kakaktua percaya dengan kuasa yang ada pada mereka, Mereka akan memaksa supaya merpati mengaku burung kakaktua. Jika perlu ISA digunakan.

Akhirnya Pak Ngah ingin menyarankan kita meneruskan usaha memperoleh ilmu secara alternatif dengan tidak lagi bergantung kepada sistem pendidikan mereka yang lapuk dan ketinggalan masa. Kita perlu menerokai dan menghasilkan generasi Barisan Alternatif yang mencipta dan biarkan generasi Barisan Nasional menggunakan hasil ciptaan kita. Barisan Alternatif akan menjadi kumpulan pengusaha dan Barisan Nasional hanya menjadi kelompok pengguna. Barisan Alternatif akan menjadi peneraju di dalam arah tuju negara tetapi Barisan Nasional hanya akan memimpin negara tanpa kuasa kerana kekuatan ekonomi berada di tangan Barisan Alternatif. Fikir-fikirkan lah bersama Pak Ngah. Renungilah kata-kata dari Harunyahya ini.

Masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami satu "ketika" yang sedang didiami kini.

Akhirnya, insyaallah bertemu lagi pada hari akan datang. Wassalam.

[b]…….. Salam dari Pak Ngah - 28.07.2004 [/b]
 
MELATAH HARI SELASA
07.27.04 (6:58 pm)   [edit]
[u][b]RAKYAT TETAP TIDAK KELIRU [/b][/u]

Permainan kata di kalangan pimpinan mereka tidak akan menyebabkan rakyat keliru sebaliknya memperlihatkan diri pemimpin UMNO dan BN sendiri yang kian terkeliru dari hari ke sehari. Kita ibaratkan seorang yang ingin menceritakan sesuatu, contohnya kemiskinan yang ianya sendiri pun tak berapa tahu, kepada orang ramai yang rata-rata sememangnya miskin, bukan hanya tahu kemiskinan tetapi merasai apa itu kemiskinan. Sudah pasti apa yang dicakapkan akan menampakkan kekeliruan diri sendiri dan amat mudah bagi yang mendengarnya membuat kesimpulan sebenarnya bukan kita yang terkeliru sebaliknya dialah yang amat terkeliru.

Kita Lihat kenyataan Abdul Hamid Othman ini;

[i]Jangan tafsir Islam Hadhari agama baru
SINTOK 25 Julai - Konsep Islam Hadhari yang diuar-uarkan secara terbuka sejak akhir-akhir ini bukan membawa erti agama baru tetapi lebih kepada usaha mengubah pemikiran masyarakat khususnya umat Islam yang memisahkan ilmu agama dengan ilmu kehidupan.[/i]

Kita ingin bertanya Hamid Othman siapakah yang mengatakan Islam Hadhari Agama Baru tetapi ianya jelas memisahkan antara ilmu agama dengan ilmu kehidupan kerana bagi mengejar ilmu kehidupan Islam Hadhari langsung memijak semua ilmu agama yang tidak selari dengan kehendak Islam Hadhari mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan, mereka hanya bergantung kepada keharmonian berbagai bangsa melalui hiburan dan pergaulan bebas sahaja. Mengetengahkan cara penghidupan murni Islam telah mereka pinggirkan bagi menghilangkan rasa takut dan khuatir bangsa dan agama lain dari terus menyokong perjuangan politik dunia mereka semata-mata. Sesungguhnya perbuatan mereka sendiri pun bersalahan dengan saranan Islam hadhari yang diwar-warkan mereka.

Perkembangan terkini ekoran kesihatan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat cuba di manipulasikan sepenuhnya oleh UMNO dan BN supaya mereka dilihat memberikan perhatian dan tumpuan yang serius ke atas TGNA dan memuatkan setiap hari di dalam Akhbar Utama dan TV setiap waktu berita ke udara bertujuan supaya rakyat melihat begitulah layanan kepada pemimpin lain sekalipun dari pembangkang dan begitu juga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakyat sudah pasti tidak mudah tertipu dengan perang saraf yang sedang mereka mainkan sebaliknya menuntut supaya kerajaan tidak double standard dalam memberikan rawatan kepada DSAI.

Apa jua lakonan dan sandiwara dari pemimpin golongan orang yang suka berbohong dan menipu ini tetap nampak jelas akan niat yang tersirat pada hati mereka. Kalau benar ikhlas, mereka tidak perlu setiap hari dan setiap kali berita di semua saluran menceritakan harapan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri agar TGNA supaya segera sembuh dan memaklumkan PM mengarahkan Pakar IJN merawat TGNA berkali-kali, cukuplah sekadar 3 kali adalah munasabahnya. Niat tersirat mereka kelihatan dengan penyiaran yang berulang-ulang tanpa henti setiap hari dan waktu sedangkan perbuatannya hanya sekali. Lihatlah kenyataan ini;

[b]PM bersyukur kesihatan Nik Aziz semakin pulih [/b]

[i]KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersyukur apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di Unit Rawatan Koronari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat serangan jantung sudah semakin pulih.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memberikan segala kemudahan dan rawatan yang diperlukan oleh Nik Abdul Aziz bagi membolehkan beliau cepat sembuh[/i]

TGNA sebagai seorang Ulama dan Pemimpin tidak pernah melupakan jasa orang lain dan tidak juga melupakan jasa baik Kerajaan Pusat terhadap beliau, namun DSAI tidak boleh dipinggirkan sedangkan dia juga memerlukan rawatan yang sempurna sesuai dengan jasa yang telah ditaburkannya. Lihat kenyataan TGNA.

[b]Nik Aziz minta Anwar diberi layanan perubatan seperti dinikmatinya [/b]

[i]Oleh Nazman Yusof
KOTA BHARU, 26 Julai (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menderita sakit turut diberi layanan sama seperti diterimanya sekarang.

"Alangkah bahagianya kalau layanan perubatan yang sama sebagaimana yang diberikan kepada saya turut dinikmati Dato' Seri Anwar. Jika saya ditawarkan dengan perkhidmatan pesawat khas dan lain-lain layanan perubatan kelas pertama, hal yang sama juga patut diberikan kepada Anwar.

"Sepanjang berkhidmat, Anwar turut memberi sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara kita," katanya pada sidang akhbar pertama selepas dimasukkan ke hospital, 22 Julai lalu.[/i]

BEGITULAH HEBAT DAN RENDAH DIRINYA ORANG BERILMU, WALAU DALAM KEADAAN DIRINYA MENERIMA SEMUA LAYANAN ISTIMEWA NAMUN TIDAK SEDIKIT DILUPAKAN INSAN YANG MALANG YANG TIDAK MENERIMA LAYANAN SEPERTINYA. MANUSIA YANG MELUPAKAN RAKAN APABILA BERADA DALAM KESENANGAN BUKAN SAHAJA SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT TETAPI TAK UBAH SEPERTI HAIWAN LIAR YANG HANYA MAHU MENGEYANGKAN PERUT SENDIRI.
Akhirnya, insyaallah bertemu lagi pada hari akan datang. Wassalam.

[b]…….. Salam dari Pak Ngah - 27.07.2004 [/b]
 
MELATAH HARI AHAD
07.25.04 (12:07 pm)   [edit]
[u][b]MACAM CERITA SEMBAHYANG DUA IMAM
TETAPI YANG INI SATU KAPAL DUA JURAGAN [/b][/u]

Beberapa ketika yang lalu, hingar-bingarlah seantero Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak akan kisahnya sembahyang dua imam. Berbagai tohmahan dan serangan di tujukan kepada pihak lawan, gegak gempitalah seluruh umat Melayu, sedangkan Cina, India dan lain bangsa tersenyum melihat gelagat orang gila kuasa.

Hari ini, kumpulan orang gila kuasa itulah juga, KINI TELAH PULA menjadi pembohong dan penipu, sedang berebut melayarkan bahtera kuno dan usang mereka dengan dua juragan. Ingatan mereka masih kepada Kapal Layar yang telah ditenggelamkan sendiri oleh mereka semasa memuncaknya kegilaan kuasa. Di kala ini mereka menggilai PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN ke atas rakyat

Akhbar utama mereka sendiri telah menceritakan sepenuhnya pertembungan dua juragan yang gila kuasa dan disahkan oleh seumpama Shahbandar mereka yang sememangnya pembohong dan penipu. Berikut adalah catatan penuh perebutan kuasa tersebut:

[b]Antara Dua, Siapa Ketua Wanita Gua Musang Yang Sah? [/b]

GUA MUSANG, 21 Julai (Bernama) -- Persoalan siapa sebenarnya Ketua Wanita Umno Bahagian Gua Musang kian rumit dijawab apabila satu lagi mesyuarat perwakilan wanita bahagian itu berlangsung Rabu dan mengundi memilih pencabar Zubaidah Ariffin sebagai ketua barunya.
Ini berbeza dengan keputusan pada mesyuarat perwakilan Jumaat lepas yang menyaksikan penyandang jawatan Wan Hazani Wan Mohd Noor menang tanpa bertanding selepas Zubaidah bekas pengerusi tetap Wanita bahagian "gagal melepasi kuota pencalonan minimum".

Pada mesyuarat Rabu yang dihadiri 309 perwakilan, Zubaidah mendapat 177 undi manakala Wan Hazani 34 undi.

Ia diadakan kerana Umno bahagian itu yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah menganggap mesyuarat Jumaat lepas tidak sah atas alasan ia tidak dimaklumkan kepada bahagian terlebih dahulu serta tidak mengikut arahan bahagian. (cerita selengkapnya)

[i]Kenapakah berlaku kekecohan dan perebutan kuasa seperti tersebut tidak lain dan tidak bukan kerana kepimpinan di peringkat negeri mereka penuh dengan korupsi, perlindungan, pembohongan dan penipuan. Keadaan ini telah pun dilaporkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan lanjut. Petikan laporannya seperti mana di bawah ini; [/i]

[b]‘Police told to probe Mustapa for power abuse
Beh Lih Yi - Jul 22, 04 12:13pm [/b]
A police report was lodged against Minister in the Prime Minister’s Department Mustapa Mohamad yesterday for allegedly abusing his power in the National Economic Action Council (NEAC) during the March general election.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth wing deputy chief Faizal Sanusi lodged the report at the Dang Wangi police station.

His report was based on the election petitions filed by PAS against Mustapa’s Jeli parliamentary and Air Lanas state seats after the general election. The election petitions however were struck out last month.

In the petitions’ affidavit, PAS has attached a letter handwritten and signed by Mustapa with the NEAC letterhead that urged the people to ensure his victory in Jeli and Air Lanas, as well as the two other state seats under his parliamentary constituency. He was then the NEAC executive director.

[b]“Saudara, I attach herewith a little contribution to help in the election campaign. I hope we can all ensure that I win in Jeli and Air Lanas while Mr Adhan (Kechik) in Bukit Bunga and Mr Aziz (Derashid) in Kuala Balah,” the letter read. [/b]

[i]Bak kata pepatah orang tua dulu-dulu, buaya mana yang menolak bangkai. Manakah tidak kerana mereka sudah bergelumang dengan kerosakan tersebut puluhan tahun yang lalu.

Perkara Politik Wang pula benar-benar diakui oleh mereka tetapi mereka merasakan mereka lebih tinggi dari undang-undang sedia ada kerana Politik Wang itu adalah RASUAH, tetapi bila disebut Politik Wang, ianya tidak lagi menjadi rasuah kepada UMNO sebaliknya ianya hanyalah masalah dalaman. Memang dasar orang kuat rasuah sentiasa memandang serong pada orang lain, berbohong dan menipu, terang-terang rasuah pun tak mengaku, kalau tak percaya lihatlah petikan dari Laman UMNO sendiri. Mereka mengakui memang UMNO penuh dengan RASUAH; Tetapi lihatlah mereka cuma menyebut perkataan Allah tetapi mereka langsung tidak takut kepada Allah, inilah cara Islam Hadhari mereka, penuh dengan slogan, laungan, kenyataan, arahan……. Tetapi semuanya hanya untuk rakyat marhaen tidak termasuk kelompok mereka iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Lihatlah sendiri cara kenyataan dan perancangan mereka tetapi telah lebih dari 10 tahun …..HABUK PUN TARAK…………… [/i]

[b]J/kuasa Pemantau Ditubuh Atasi Politik Wang Yang Masih Wujud Buktikan UMNO Bertegas Mahu Hapuskan Amalan Itu Sepenuhnya [/b]

Oleh Fadzil Abd Rashid
RASUAH pernah menyebabkan banyak kerajaan di dunia tumbang penuh kehinaan dan seterusnya dijajah kuasa asing akibat kelemahan pemimpinnya.

Kejatuhan beberapa kerajaan Islam dan Eropah khususnya di Eropah Timur suatu masa dahulu banyak berpunca akibat rasuah.

Kejatuhan beberapa pemimpin Asia juga banyak menyedarkan kita betapa dahsyatnya kesan amalan rasuah – satu daripada tujuh dosa-dosa besar yang difirmankan Allah dalam Al Quran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali pada setiap Perhimpunan Agung UMNO atau pada sidang akhbar menyentuh kesan buruk rasuah dalam politik dan system pentadbiran negara.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk membanteras amalan ini termasuk menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang antara tugasnya membicarakan amalan-amalan kotor ini dalam politik parti.

Bagi menguatkan lagi usaha murni ini, satu jawatankuasa khas dinamakan JAWATANKUASA PEMANTAU POLITIK WANG diwujudkan untuk menjalankan usaha menyekat penularan amalan ini di seluruh negara. (cerita selengkapnya)

[i]Akhir kata dari Pak Ngah, jangan jadi macam mereka, mereka suka berbohong, menipu dan penuh kepura-puraan. Hidup mereka penuh ketakutan bila akan jatuh. Tetapi apabila Allah telah takdirkan masa dan tarikhnya dan hanya menantikan waktu dan hari tersebut sahaja lagi. Merekalah yang memusnahkan diri mereka dan jangan mengatakan orang Melayu yang lain, hanya mereka iaitu orang melayu umno yang kuno.
Akhirnya, insyaallah bertemu lagi pada hari akan datang. Wassalam. [/i]

[b]…….. Salam dari Pak Ngah - 24.07.2004 [/b]
 
Bukti Politik Wang Dalam Pemilihan Umno:Akuan Bersumpah Ahli Umno
07.24.04 (11:48 am)   [edit]
Kiriman: Mat Sepai Dipetik drp: Umno-reform.com

Bersama ini disertakan tulisan Ghazali Mat Dom, editor Umno reform, yang membongkar skandal politik wang dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno sekarang yang telah menjadi barah Umno, dari dulu, kini dan selamanya.
UMNO - demokrasi yang disalah definisikan?
Ghazali Mat Dom
editor1@umno-reform.com
012-6544762

Bila saya katakan UMNO perlu reformasi, maka suara - suara ortodoks akan mengatakan bahawa suara saya adalah suara pembangkang dan yang mengatakan bahawa saya adalah ahli Parti Keadilan. Mungkin hari ini mereka semakin tahu siapa Ghazali Mat Dom dengan terpapar nombor keahlian saya dalam UMNO. Tetapi itu semua tidak penting bagi saya.


Biarpun apa pun yang dilemparkan kepada saya - pendirian saya kuat untuk memperjuangkan perubahan dalam UMNO - sebuah parti yang ulung yang sehingga kini seolah-olah tersekat tumbesarannya.


Saya mahu merealisasikan apa yang sebenarnya dituntut - untuk rakyat Malaysia mempunyai pemikiran kelas 1 dan bagi saya program utama seharusnya melibatkan ahli UMNO dan arah apa yang di katakan oleh Pak Lah pemikiran nombor 1 itu. Mungkin sudah sampai masanya Pak Lah memberi erti sebenarnya apa yang di maksudkan dengan pemikiran kelas 1.


Mungkin kita boleh berdiskusi mengenai isu pemikiran kelas 1 dan juga menceritakan erti demokrasi dalam konteks yang lebih luas setelah membaca kenyataan akuan bersumpah yang di terima oleh saya. Akuan ini mempunyai banyak "significant" yang membolehkan kita berbahas - berhujah - mengkritik apa dan ke mana arah UMNO sekarang ini dan apakah erti UMNO kepada mereka yang memimpin dan bakal memimpin UMNO sekarang ini.

Lihat Akuan bersumpah ini:



Catatan pengirim: Sdr. Ghazali, rasa-rasanya le? bukti sahih ni akan diberi perhatian oleh pimpinan umno dan BPR ke? Silap-silap hari bulan, si pengadu pula yang dituduh memfitnah. Cuba perhatikan kes Datuk Fauzi, bekas ADUN Beserah?. Last-last Khalil kaki rasuah tu yg dilantik jadi YG DiPertuan Negeri? Fauzi dapat apa? Habuk pun tarak. Bukankah Pak Lah Al Imam Hadhari pun terpaksa akur dan melantik Ketua Wanita rasuah dan ahli-ahli kabinetnya yang terpalit dengan skandal rasuah? Jadi kepada siapa nak diadu hal ini?. sebab rasuah telah menjadi darah daging sebahagian besar pimpinan umno.

Kiriman: Mat Sepai - 22.07.2004
 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz semakin stabil - Timbalan MB
07.22.04 (11:32 pm)   [edit]
KOTA BHARU, 22 Julai (Hrkh) - Rakyat, khususnya penduduk Kelantan dan penyokong PAS, tidak perlu bimbang terhadap perkembangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana keadaannya semakin stabil.

Timbalannya, Ustaz Ahmad Yaacob, dalam sidang akhbar di Hospital Pakar Perdana tengah hari tadi ketika mengumumkan perkembangan tersebut, berkata kesihatan Tuan Guru semakin stabil khususnya selepas pukul 1.00 tengah hari tadi.

Menurutnya lagi, memang pada awalnya Tuan Guru menghadapi sedikit masalah dan tekanan darah tinggi, bagaimanapun keadaan beliau sudah kembali stabil hingga sekarang.
“Untuk itu saya berharap rakyat di negara ini khususnya rakyat Kelantan yang sentiasa menanti-nantikan perkembangan Tuan Guru tidak perlu berasa risau kerana beliau semakin stabil,” ujarnya lagi.

Apa yang penting, tambahnya panjatkan doa kehadrat Allah semoga Tuan Guru cepat sembuh.

Ahmad seterusnya memberitahu, Tuan Guru dalam keadaan sedar, cuma pihak hospital meminta beliau berehat agar kesihatannya kembali pulih.

“Sekiranya keadaan ini berlaku dalam masa dua hari, insya-Allah, Tuan Guru akan kembali pulih sebagaimana biasa,” ujarnya lagi.


Timbalan Menteri Besar itu seterusnya berkeyakinan punca awal Tuan Guru menghadapi masaalah ini kerana terlalu kepenatan berikutan lawatan rasminya ke tapak projek pembangunan Tok Bali dan Bukit Gedombak tengah hari semalam selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Pasir Putih.

Beliau seterusnya berkata, bagaimanapun kerajaan negeri berjaga-jaga untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik khususnya di Institut Jantung Negara (IJN) sekiranya keadaan memerlukan.

Berhubung kesudian Kerajaan Pusat untuk membantu Menteri Besar bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik, beliau akan mempertimbangkannya.

“Terima kasihlah atas pelawaan itu dan sekiranya keadaan memerlukan, pihak kami tidak ada masaalah untuk menerimanya,” ujarnya lagi.

Sementara itu Raja Perempuan Kelantan adalah antara kenamaan yang mencemar duli menziarahi Tuan Guru.

Baginda tiba di hospital tersebut jam 3.57 petang tadi.

Keberangkatan baginda turut disambut isteri Timbalan Menteri Besar, Ustazah Siti Zubaidah, isteri-isteri wakil rakyat dan kakitangan hospital.

Selain itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Dato’ Mustafa Ali; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mustapa Mohamed turut menziarahi Tuan Guru.

Hadir sama, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Nik Mazian dan yang lain turut berada di sisi Tuan Guru. - SMH/lanh
 
EMPAT MELAYU MOHON MURTAD: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan
07.22.04 (5:20 pm)   [edit]
Kiriman : Mat Sepai.
Dipetik drp : Malaysiakini.
Jul 21, 04 7:48pm

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh empat individu – yang telah mengaku meninggalkan Islam pada tahun 1988 – untuk mendapat pengisytiharan mahkamah bahawa mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk menganut agama pilihan mereka.

Keempat-empatnya – Daud Mamat, 62, Kamariah Ali, 51, suaminya Mohamad Ya, 57 (sudah meninggal dunia)) dan Mad Yacob Ismail, 62 – juga memohon mendapatkan pengisytiharan mahkamah yang Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa terhadap mereka kerana mereka sudah meninggalkan Islam.

Mereka juga memohon untuk mendapatkan habeas corpus supaya dibebaskan dari Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan di mana mereka menjalani hukuman tiga tahun penjara kerana bersalah menghina mahkmah pada bulan November 2000. (Mereka kesemuanya telah dibebaskan pada bulan November 2002 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman tersebut). Keputusan tersebut dibaca Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azimah Omar. Mahkamah tersebut telah menangguhkan keputusannya pada 13 November lalu, berhubung kes ini.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Hakim Datuk Pajan Singh Gill, Hakim Datuk Rahmah Hussain dan Hakim Datuk Richard Malanjum sebulat suara menolak tiga isu yang dikemukakan oleh pihak perayu. Hakim kelima yang turut mendengar keas tersebut, Hakim Mohd Noor Ahmad, telah bersara pada 19 Mei lalu.

Dalam reaksinya terhadap keputusan mahkamah tersebut, peguam perayu, Haris Mohamed Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut. Menurutnya, pihak mahkamah gagal menjelaskan undang-undang berhubung tindakan seseorang meninggalkan agama anutannya.

[b]Keputusan kehakiman [/b]

Dengan itu, katanya, undang-undang tersebut akan terus kekal tidak menentu sebagaimana keadaannya sekarang. Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan menfailkan kes-kes lain yang juga menunggu keputusan kehakiman yang sama.

Menurut Haris lagi, beliau perlu berbincang dengan pelanggannya mengenai tindakan seterusnya memandangkan taraf agama mereka kini tidak jelas. Ketiga-tiga perayu berkenaan juga menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan tersebut, tetapi menjelaskan bahawa mereka tetap dengan keputusan mereka meninggalkan Islam. “Saya tidak puashati dengan keputusan mahkamah tetapi ia tidak akan menghalang perjuangan saya ke arah kebebasan untuk menganut agama pilihan saya,” kata Daud (gambar). Manakala Mad Yacob pula berkata, beliau sedih dengan keputusan mahkamah tersebut.
“Ia gagal memberi hak kami. Kami bertiga tidak mahu lagi menganut Islam. Saya perlu berbincang dengan peguam saya mengenai alternatif yang ada pada kami...jika masih ada kuasa yang lebih tinggi untuk kami rujuk,” katanya.
Kamariah, isteri kepada Mohamad Ya, tidak dapat berkata apa-apa kecuali matanya bergenang dengan air mata.

Dalam keputusannya, mahkamah memutuskan bahawa tindakan perayu membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan bukan lagi menganut agama Islam, tidak dengan sendirinya, melepaskan mereka daripada pertuduhan yang mereka hadapi di Mahkamah Syariah.

[b]Bidangkuasa [/b]

Dengan mengambil pendekatan maksud ini, mahkamah berpendapat masa yang material untuk menentukan sama ada perayu penganut Islam adalah ketika sewaktu mereka melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Oleh itu, menurut mahkamah, walaupun perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada 1998, mereka layak dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada 2000 kerana ia berkaitan dengan kesalahan yang telah mereka ketika masih beragama Islam. Menurut mahkamah lagi, jika pendekatan maksud ini tidak diambil, maka orang Islam yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Syariah, boleh menggunakan pembelaan yang mereka bukan lagi Islam dan dengan itu, tidak tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Keadaan sebegini, katanya, akan menjejaskan pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia dan mungkin juga undang-undang agama lain.
Oleh itu, kata hakim-hakim tersebut, berdasarkan ketaakulan dan pendekatan yang mereka ambil itu, maka nyatalah bahawa soal atau isu perayu berhak keluar dari agama Islam, adalah tidak relevan. Mereka juga bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa tugas mahkamah adalah untuk memutuskan kes yang dibicarakan di hadapannya, berasaskan kepada fakta yang dikemukakan, dan bersetuju dengan penghakiman Lord Bridge dalam kes Ainsbury mln Millington (1987), iaitu: “Ia telah menjadi ciri-ciri fundamental dalam sistem kehakiman kita bahawa pihak Mahkamah menghakimi pertikaian antara pihak-pihak di hadapannya; mahkamah tidak memberi pendapat mengenai persoalan undang-undang abstrak apabila tiada terdapat pertikaian yang hendak diselesaikan”. Mahkamah juga memetik penghakiman majoriti dalam kes Raphael Pura mln Insas Berhad & Anor (2003) bahawa“mahkamah ini memutuskan tidak menjawab soalan yang dikemukakan walaupun kebenaran untuk merayu di atas soalan tersebut, telah diberikan. “Berpandukan fakta di hadapan mahkamah ini, kami sebulat suara berpendapat ketiga-tiga soalan tersebut tidak perlu dijawab walaupun kebenaran untuk merayu di atas soalan-soalan tersebut telah diberikan oleh mahkamah ini.

“Justeru itu, rayuan perayu-perayu adalah dengan ini ditolak dengan kos,” kata mereka.

[b]Catatan pengirim [/b]: Apa sudah jadi dengan Melayu ni ? Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari..tapi Melayu masih tak sedar diri..... dibela pula oleh peguam bangsa Melayu sendiri ! Bukti bahawa Melayu tidak mestinya Islam.

[i]Keterangan gambar atas :
Kapsion 1 – dari kiri: Mad Yacob Ismail,Daud Mamat,Kamariah Ali, kubur dah kata mari, masih tak sedar diri. [/i]
 
Harga Kereta Di Pasaran Malaysia Adalah KE-3(TERMAHAL!!!) Di Dunia
07.22.04 (10:19 am)   [edit]
Osman Jailani

Alasannya matawang YEN & EURO naik. Kemungkinan harga kereta akan naik lagi sedangkan selama ini Malaysia berkiblatkan matawang US.

Sekarang Matawang US sedang turun kerana pergolakan, kenapa kita tak kaji? Sekarang $US 1 = RM 3.80

Ikut keadaan sekarang kita boleh pergi ke RM3.30-RM3.50

Jika berbuat demikian, selogiknya harga barangan akan kembali turun contohnya Minyak Petrol!!! Kat Malaysia ni mana ada barang yang naik akan turun? Yang herannya Tun Dr Mahathir dinobatkan sebagai WIRA DUNIA KE-3 tapi Kos hidup di Malaysia ni sebenarnya tinggi.

Ada yang antara no 1, KEMALANGAN antara NO 1 di dunia... Nak buat macam mana nak, puak tu nak cari makan...

Apa pun mereka akan akur jugak nanti...proton/ modenas rasanya sakit tahun ke hadapan nanti...kita lihatlah nanti... takdir tuhan memang kita tak boleh lawan. Ini angkara kedurjanaan manusia sendiri. Kalau bukan kita yang akan memangkah masa pilihanraya nanti maka itulah caranya kita nak mengubah takdir, bukan begitu? MINISTRY MISTAKE. Itulah akibat menaikkan cukai import sewenang-wenangnya dulu, sekarang nak tutup kantoi le!

Toyota Corolla di Jepun RM30,000 sampai je kat Malaysia jadi RM112,000, dimanakah logiknya?

Ini bukan konsep miskin atau kaya... konsep yang ditimbulkan sekarang ialah

1. kita mahu harga kereta yang adil dan betul...

2. kita mahu sistem ekonomi dan persaingan sempurna yang adil dan betul...

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu ditempatnya yang sewajarnya... Contohnya kalau harga kereta jenis "A" di Thailand 50 ribu takkan harga kereta yang sama dijual samapai 3 kali ganda harganya di Malaysia?

Persaingan sempurna bermakna tiada campurtangan kerajaan dalam perniagaan sesuatu barangan...

Antara kebaikan persaingan sempurna ialah peniaga berlumba-lumba meningkatkan kualiti untuk menarik minat pembeli. Kalau persaingan sempurna tidak diwujudkan maka kualiti kereta nasional tidak akan meningkat kerana dia yakin dia berada di dalam situasi selamat dan sentaisa dilindungi walaupun dia tidak berkualiti.

Jika kerajaan sekarang kata mereka mesra rakyat dan prihatin kepada rakyat, masa nilah masa terbaik untuk menunjukkan komitmen mereka untuk menolong rakyat.

oklah, mungkin Merz tu untuk golongan elit, tapi, cam ne ngan model-model lain? bukannya rakyat nak pakai keter mewah, tapi, ingin rasa lebih selamat untuk pakai keter berkualiti ngan harga yang seswai. mungkin juga, jika harga keter yang berkualiti diturunkan, ia boleh menarik minat mat-mat moto untuk beli keter plak, dan sekaligus akan menyenangkan urusan diri dan keluarga mereka... dan yang pasti, yang kuar statement keter akan mahal ialah Rafidah Aziz.. tak mustahil ini boleh jadi isu untuk pembangkang untuk menarik lebih ramai pengundi..

Nampaknya orang miskin di Malaysia terpaksa memakai kereta proton yang tak berkualiti. Kereta proton tak berkualiti sebab ia dilindungi dan sentisa merasa selamat walaupun dia tidak berusaha meningkatkan kualitinya. Spare part seperti "clutch plate" dan sebagainya terpaksa diganti dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan kereta import kerana ia tidak berkualiti...Begitulah nasib orang miskin termasuk penyokong BN sendiri terpaksa menerima hakikat ini.

Yang peliknya Menteri-menteri beria-ia suruh sokong barangan tempatan tapi kereta personal adakah mereka pakai Proton? "Kereta Rasmi" tu memang la Proton sebab pernah kena sound pakai Merc dan Volvo. Kalau dulu dalam ruangan "Salam Aidilfitri, student pakai Superbike 1000CC ke atas (Student Malaysia Kat Jepun). Ada ke depa pakai EX5? Kalau kat Turki contohnya Merc Mata bulat RM60,000 aje...Iswara di sana 1000 POUND = RM7,000, Honda, Peugeot antara 6,000-7,000 POUND dalam lebihkurang RM42,000.

Entah la... dulu tertunggu-tunggu gak kalo-kalo ader AFTA ni harga ketar boleh turun... boleh la nak merasa walaupon bukan Merz tapi yang berkualiti la skit...sedap gaya pemanduan...selesa... tapi itu tinggal impian semata... entah bila plak la nak mampu... time gaji naik... nak seronok skit..planning tukar keta...bukan aper..budget mampu...rega barang-barang plak naik....minyak naik... tol naik...last-last pakai la keta buruk ni sampai bila-bila la...dengar khabo barangan spare part untuk ketar nasional ni pon dah start naik...tak terlepas gak...dah beli ketar nasional...dah la masa tu pon mahal... sekarang alat ganti plak naik lagi... tak abis-abis la camni... yang kaya makin kaya...yang miskin tak terkejo pasai pakai keta buruk...

Sebelum lahirnya kereta proton di Malaysia dulu, kebanyakan orang miskin mampu beli kereta import seperti MAZDA 323, Nissan sunny, Toyota corolla, Honda civic, Daihatsu Charade yang mana semuanya sangat berkualiti, tahan lama dan cantik...tapi sejak ada kereta nasional yang dilindungi ini semua orang miskin termasuk penyokong BN hanya mampu beli kancil dan lain-lain kereta nasional yang tak berkualiti dan tak tahan lama sahaja.

Harga kereta impot mahal selepas lahirnya proton disebabkan oleh perlindungan yang dilakukan oleh kerajaan melalui:

1. Sebelum AFTA: kereta import dikenakan tarif import.

2. Selepas AFTA: kereta import dikenakan cukai eksais pula.

tapi kereta nasional dikecualikan dari tarif atau cukai eksais.

Inilah keluhan-keluhan perasaan dan rungutan-rungutan yang diterima dari rata-rata rakyat Marhaian mengenai masa depan salah satu yang dianggap sebagai "keperluan" bagi rakyat Malaysia.

Ada aduan mengenai satu SMS yang mengatakan... Pekerja Proton dikerah menukar alamat IC untuk mengundi di Kelantan, mereka dibayar RM100... dan mereka mungkin mendapat tambang percuma, tempat tinggal dan makan minum disediakan dan diberi cuti oleh pihak Proton...

Salah seorang yang bekerja di syarikat EON, Proton mengadu dia telah dibuang KERJA oleh pihak EON kerana tidak mahu menukar alamat IC dan mengundi untuk BN di Kelantan... beliau disarankan oleh sahabatnya agar laporkan perkara ini di Pejabat Buruh dan laporkan kepada pihak Harakah...tak tahulah... adakah dia follow up apa yang disarankan... harap-harap pihak Harakah dapat dedahkan KEJAHATAN Umno tersebut yang semakin desperate... BN semakin takut apabila 600,000 pengundi yang mendaftar semasa isu Anwar dapat mengundi pada 2004 ini...

Semoga Allah dedahkan penipuan Umno yang kini umpama ‘bangkai bernyawa’...


P/S Pak Lah suruh bekerja bersama saya bukan bekerja kerana saya. Najib keluarkan statement berikut dalam interview NST,

"I look forward to working hard for him because we want to make Malaysia a greater place; (and) put it on the world map," he said."

Inilah Kesalahan Pertama Najib terhadap Pak Lah. Apa raaa...punya tak
reti.
 
AWASI KUMPULAN INI(tranungkite.net)
07.21.04 (11:07 pm)   [edit]
Anggapan yahudi bahawa manusia selain dari bangsa yahudi sebagai goyim adalah asas kepada tindak tanduk jahat yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin. Seterusnya anggapan itulah yang menghalalkan perbuatan jahat sehinggakan tidak memperdulikan kemarahan dari mana-mana pihak sekalipun. Apabila mereka mempunyai anggapan demikian, pada mereka tidak ada kesalahan walaupun mereka membunuh tanpa ada alasan. Bagi mereka darah goyim adalah halal. Tambahan pula semua tahu bahawa yahudi menganggap diri mereka ada bangsa pilihan tuhan. Semua anggapan seperti inilah yang menjurus kepada semua tindakan jahat mereka di bumi ini sejak dari dulu lagi.

Anggapan Mahathir bahawa darah atau genetik melayu di dalam badan beliau adalah risesif juga sama maksudnya dengan anggapan yahudi bahawa manusia lain adalah goyim. Mahathir selalu menekankan genetik lain dalam darahnya adalah dominan.

Ini terbukti dari buku yang ditulis oleh beliau sendiri iaitu Delima Melayu, disamping itu, dalam temubual di tvtv sebelum ini pun dia banyak kali mengulangi perkara yang sama. Rasa atau fahaman atau anggapan diri sendiri terhadap kehebatan diri seperti yahudi inilah menyebabkan Mahathir dan rakan genetiknya adalah merbahaya kepada orang lain, terutamanya jika mereka diberikan sesuatu kedudukan dan mempunyai peluang untuk menindas orang lain. Kumpulan ini islam, tetapi islam sekular.

Jika mereka diberi peluang berniaga, mereka menindas dengan cara meniaga. Contohnya, restoran mamak di jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Cuba makan di restoran berkenaan, kari ikan + sayur dan papadong pun RM18. Disamping itu, kedai disepanjang jalan berkenaan telah dikuasai oleh hampir kesemuanya oleh geng-geng ini. Bagi mereka adalah wang. Kedai-kedai di premis kerajaan contohnya, lihat kedai di Bangunan Kerajaan di Damansara, geng ini juga yang berniaga di dalam kawasan premis. Di hospital putrajaya, geng ini juga dapat berniaga di dalam kawasan hospital. Pengalaman terbaru berlaku minggu lepas (17.Julai.2004). Klinik Mata (Pakar) Al-Aasim di Taman Seroja Salak Tinggi. Temujanji di buat dan masa ditetapkan. Apabila sampai di klinik berkenaan pada masa yang ditetapkan, doktornya tak ada lagi, katanya belum sampai. Setelah tunggu dalam ½ jam, barulah doktornya sampai dan apabila dipanggil masuk untuk periksa mata, doktor berkenaan Cuma suluh mata guna lampu picit kemudian beritahu ianya perlu dirujuk ke hospital lain sebab di kliniknya tak ada peralatan. Kemudian disuruh keluar dengan bayaran lebih RM50.00 ringgit. Yang hendak disampaikan di sini adalah klinik yang dikatakan sebagai klinik pakar mata berkenaan adalah milik geng darah segenetik dengan Mahathir. Mereka ini sanggup berbuat demikian dengan ada rasa bersalah dan malu demi mendapatkan wang. Kalau nak cuba silakan ke klinik berkenaan. Kenapa mereka sanggup berbuat demikian?. Tidak lain kerana sifat menggoyimkan orang lain sepertimana yahudi ada di dalam diri mereka. Nama klinik berkenaan bukan main Islamnya, tetapi sebaliknya amalan perniagaannya lebih buruk dari riba yahudi.

Kelakuan geng segenetik dengan Mahathir bukan setakat itu saja. Ia berada disemua peringkat, tetapi mereka ini suka berada di peringkat tinggi. Ia bermula dari Memanda Mandalia di zaman kesultanan Melaka sehinggalah Mahathir di zaman wawasan 2020. Sejarah telah membuktikan betapa Mandalia adalah pembelot - pengkhianat. Keyakinan Mahathir kepada sifat goyim yang ada pada genetik mereka jelas ditonjolkan dalam proses memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mempertahankan supaya hasil fitnah dan kedurjanaan berkenaan dapat di kekalkan. Perasaan, fahaman dan anggapan yang Mahathir tulis di dalam Dilema Melayu jelas terbayang di dalam tindakannya terhadap DSAI.

Menteri-menteri yang dilantiknya tidak diambil dari ahli parlimen yang menang dalam pilihanraya. Sebaliknya diambil dari luar. Kadir Syeikh Fadzir, Zainuddin Maidin & Mohammad Nor Yaakob adalah contoh terbaik. Apa yang mereka buat?. Program yang dilakukan oleh mereka adalah semata-mata untuk menutup kedurjanaan Mahathir dari diintai oleh rakyat. Kenapa jawatan yang penting dan berkeupayaan melakukan propaganda itu tidak diberikan kepada orang lain yang tidak ada jenis genetik Mahathir?. Sebabnya terjawab, kerana itulah sebenarnya Mahathir. Tuanku Abdul Rahman sudah maklum ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada pada Mahathir itulah yang menyebabkan dia dibuang dari UMNO(lama) dulu. Cuma orang melayu UMNO(baru) sekarang saja yang buta tentang perkara ini.

Berbalik kepada kes DSAI, Rahim Tamby Chik dan Khalid Jefry juga dari jenis genetik Mahathir. Kerana itulah mereka sanggup melakukan firnah jahat dan seterusnya dipertahankan oleh Ghani Patail melalui saluran Mahkamah. Yang kena dan malu pula ia Rahim Noor dan Mokhtar Abdullah – mereka ini mungkin dari genetik Mahathir. Rangkaian genetik Mahathir berakar umbi sudah lama. Mungkin ia bermula sebelum buku Dilema Melayu lagi atau di zaman Mamak Bendahara Mandalia di Melaka. Walaupun tidak ada kajian akademik mengenai perkara ini, tetapi itulah yang sedang berlaku di Malaysia.

Sehinggakan Pak Lah seolah-olah tidak mampu untuk buat keputusan dan seterusnya mengambil langkah ke atas rayuan DSWA untuk mendapatkan rawatan suaminya DSAI di luar negara, sedangkan dalam masa yang sama mahkamah semacam mempermainkan saja keputusan rayuan DSAI.

Oleh yang demikian, orang melayu semua sedarlah betapa mereka ini sama bahaya dengan yahudi.

Sekian, [b]Muramatsu, japan. [/b]

 
WAWASAN DOLAH HAD HARI
07.20.04 (6:28 pm)   [edit]
Dolah had hari masih seperti dahulu, terpesong walaupun di dalam hati mengakui bahawa kerajaan biend sekarang adalah kerajaan sekular dan mementingkan sesetengah kroni. masih ada ramai rakyat dan peniaga melayu yang menderita.

namun bagi dolah had hari dan kerajaan nya itu merupakan bukan tanggungjawab mereka kerana tanggungjawab mereka ialah mengkayakan kroni dan membaham segala pati kekayaam bagi diri mereka sendiri.

inilah dunia yang mahu diwujudkan oleh dolah had hari dan kerajaanya. kehulu kehilir dengan jajaan bahawa negara kita adalah islam kerana mahataik telah mengistiharkannya di hadapan para pemimpin dan ahli parti gerakan. maka berkatalah para pemimpin gerakan(cina) rakyat malaysia tidak boleh lagi mempertikaikan malaysia sebagai sebuah negara islam.

dipelusuk kampung, makcik dan pakcik sibuk mengwar-warkan bahawa negara kita memang negara islam, sebab mahataik telah mengistiharkannya. maka anak2 yang baru nak belajar bercakap pun mengiakan kata2 ibu bapa mereka.

disamping itu pusat2 hiburan, judi, kelab2 malam, dangdut, pelacuran, GRO dan yang seumpamanya tumbuh dan diluluskan oleh dolah had hari seiringan dengan rancaknya mainan di bibir makcik pakcik serta anak2 tadi bahawa negara ini adalah ISLAM.

10 ke 20 tahun lagi maka anak2 itu akan menjadi remaja dan dewasa, maka dikatakan pula kepada anak2 mereka bahawa malaysia ini memang negara islam rasminya. maka anak2 mereka melihat sekeliling daratan dan laut malaysia maka akan ternampaklah segala pusat2 maksiat dan kemungkaran melebihi dari pusat2 ibadat islam. maka anak2 mereka tadi pun menyangka, inilah rupa2rupanya negara islam yang mana semua perkara tadi iaitu kemaksiatan dan kemungkaran boleh dicampurkan dengan rukun islam.

maka apabila 100 tahun lagi menuju ke 2/3 generasi anggapan setiap generasi akan bertukar dari satu ke satu tanggapan bahawa negara islam itu sendiri membolehkan rakyat mencampuradukkan kemaksiatan dan rukun islam itu bersama.

maka inilah dunia yang akan diwujudkan dan dipersetujui oleh dolah had hari dan kerajaannya bagi menunjukkan islam had hari itu adalah boleh buat segala2nya tanpa ada batasan

lahirlah generasi baru islam had hari yang memang diimpikan oleh imamnya iaitu DOLLAH hadhari. di masa 100 tahun ke depan mungkin imamnya sudah di alam kubur maka akan tersenyum lah dia menampakkan bahawa projek had hari yang di bawanya selama ini telah menunjukkan kejayaan.
wallahualam
 
Mengapa Anwar Tolak Tawaran Rawatan Kerajaan
07.19.04 (10:15 pm)   [edit]
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, yang bersidang pada malam semalam, 14 Julai 2004, telah meneliti kenyataan akhbar Menteri Kesihatan, Dato’ Chua Soi Lek, berhubung keadaan kesihatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan keputusan kerajaan untuk hanya membenarkan pembedahan dilakukan di dalam negara.

Kita bersyukur akhirnya pihak kerajaan khususnya Menteri Kesihatan mengakui bahawa DSAI memang mengalami kesakitan, kritikal dan perlu mendapatkan rawatan pembedahan segera. Namun kita kesal dengan kenyataan Dr Chua yang juga seorang doktor perubatan banyak mengandungi fakta yang tidak tepat dimana keadaan kritikal beliau hari ini adalah akibat keengganan beliau menerima tawaran rawatan yang diberi oleh kerajaan.

Kerajaan telah memberi dua pilihan kepada DSAI pada tahun 2001 iaitu samada menjalani pembedahan secara konvensional di dalam negara atau kembali ke penjara Sungai Buloh. DSAI menolak tawaran tersebut dan memilih untuk menjalani pembedahan yang lebih selamat Endoskopik Spinal Surgery di Klinik Alpha Munich, Jerman berdasarkan sebab-sebab berikut:

DSAI menghadapi masalah di bahagian leher sejak tahun 1997 (Cervikal Spondylosis) yang mana pembedahan konvensional di Hospital Kuala Lumpur yang menggunakan ubat bius keseluruhan (GA) yang boleh mengakibatkan komplikasi sebelum pembedahan tulang belakang dibuat manakala pembedahan endoskopik pilihan DSAI menggunakan bius setempat (LA) yang pasti dapat mengelakkan komplikasi tersebut.
Pembedahan pilihan DSAI diakui sendiri oleh pakar sebagai prosedur paling selamat.
Doktor pilihan DSAI, Dr Thomas Hoogland adalah pakar khusus tulang belakang yang telah melakukan sebanyak 8000 pembedahan.
KeADILan menegaskan keputusan menolak tawaran pembedahan oleh pihak kerajaan oleh DSAI dan keluarga adalah berkait rapat dengan sejarah buruk yang dialami beliau pada tahun 1998 dimana DSAI telah dipukul ketika di dalam tahanan polis oleh Ketua Polis Negara sendiri. Tambahan pula, pemalsuan laporan Parlimen Malaysia ke Inter Parliamentary Union (IPU) Geneva, pada 2003 menguatkan lagi alasan menolak tawaran tersebut.
KeADILan berpegang teguh kepada lunas-lunas Perlembagaan yang menjamin hak seseorang untuk memilih doktor dan jenis rawatan yang terbaik baginya. Perlu ditegaskan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah membuat perakuan bahawa DSAI perlu diberikan hak untuk dibedah di Jerman. Hak ini juga telah diisytiharkan di dalam Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 Disember 1999 melalui resolusi 45/111.

KeADILan menegaskan sekiranya pihak kerajaan akur dengan hak DSAI sebagai pesakit sudah tentu pada hari beliau telah selesai menjalani pembedahan dan beransur pulih serta tidak lagi menderita kesakitan.

Berdasarkan kepada fakta perubatan dan undang-undang di atas, keADILan berpendapat sebagai seorang tahanan, kebajikan DSAI adalah menjadi tanggungjawab Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Perdana Menteri bukannya Menteri Kesihatan. Justeru, kami merayu agar Perdana Menteri selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri meneliti semula keputusan Menteri Kesihatan dan dapat segera menimbangkan permohonan DSAI dan keluarganya di hospital pilihannya sendiri secara objektif tanpa pengaruh politik.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

 
Bagaimana DSAI memasuki UMNO(ameno)
07.19.04 (7:23 pm)   [edit]
Sudah diterima ramai bahawa Mahathir bawa masuk Anwar ke dalam Umno untuk menghadapi kemaraan Pas sesuai dengan Anwar seorang yang berjiwa Islam. Kerusi pertama yang Anwar perlu tawan ialah kerusi yang dimenangi Pas iaitu Permatang Pauh yang disandang oleh Tuan Haji Zabidi Ali(cikgu Zabidi Ali). Tindakan meletakkan Anwar di kerusi ini jelas menunjukkan niat Mahathir untuk menjadikan Anwar sebagai perisai Umno menghadapi kemaraan Pas.

Digembar-gemburkan di Malaysia Mahathir sebagai seorang yang anti-Barat, tetapi hakikat sebenarnya beliaulah agen Barat. Mahathirlah yang mengamalkan Dasar Pengswastaan yang merupakan intipati Neo-Liberalisme Barat sehingga memberi syurga pelaburan kepada syarikat-syarikat multinasional Barat. Sampai sekarang rakan kongsi dagangan yang terbesar bagi Malaysia ialah US. Hairan! seorang yang dikenali anti Barat rakan kongsi terbesarnya perdagangannya ialah US. Mahathir pernah dianggap Freemason oleh orang Umno sendiri, sehingga beliau terpaksa menjawab panjang lebar dalam Perhimpunan Agung Umno.

Pada tahun 1983 Mahathir mengambil pendekatan yang menggembirakan DAP untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu yang sebenarnya benteng politik terakhir orang-orang Melayu Islam. Lee Kuan Yew pada waktu itu memberi pandangan positif terhadap tindakan Mahathir. Pada tahun 1986 Mahathir menggubal Dasar Sains dan Teknologi negara yang sememangnya mirip Barat, berbanding dengan Anwar yang lebih mirip kepada konsep Sains dan Teknologi Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Ismail al-Faruqi. Anawar dan Ismail al-Faruqi sememangnya dikenali rapat sehingga Ismail al-Faruqi di bunuh dipercayai oleh agen-agen CIA dan Mosad di US.

Kebanyakan orang yang rapat dengan Anwar memang dikenali dan disenarai hitamkan oleh CIA kerana Islamnya. Seperti Ismail al-Faruqi, Dr Toha Jabir, Malcom X dan yang terakhir Dr Yusouf al-Qardawi sehingga di halang dari masuk ke Britain oleh seorang ahli Parlimen pro-Israel. Manakala orang yang rapat dengan Mahathir ada juga yang disenarai hitamkan tetapi kerana diktatornya seperti Castro dan Mugabe.

Mahathir telah mengarahkan Malaysia yang pada waktu itu menduduki kerusi Majlis Keselamatan untuk menyokong ketetapan majlis itu untuk mencerobohi Iraq pada tahun 1990 yang jelas merupakan tunggangan US. Ketika ekonomi Malaysia merudum pada tahun 1997 Mahathir bertanggungjawab melantik sebuah firma yang dikuasai yahudi untuk menjadi perunding menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Semasa Erbarkan Perdana Menteri Turki hendak membentuk kesatuan dagangan negara Islam, Mahathir tidak begitu serius menyathut seruan itu. Persidangan 8 negara Islam yang kebanyakan dihadiri oleh Ketua Negara, Mahathir hanya menghantar Pak Lah yang ketika itu Menteri Luar.

Mahathir dan orang-orang Umno gembira bila alGore kalah kepada G.W. Bush kerana Algore pernah menyatakan sokongan kepada reformasi. Sekarang terbukti sokongan Mahathir dan Umno terhadap Bush adalah silap kerana Bush sepertimana bapanya sememangnya anti Islam. Seburuk-buruk Clinton yang terlibat dengan sekandal seks yang timbalannya pada waktu Algore, dasar luar US pada waktu itu tidaklah seganas Bush dan bapanya.

Mahathir begitu takut kepada gelaran anti-semantik atau anti Yahudi. Beliau cepat-cepat menarik balik kenyataannya bila difahami oleh akhbar Barat sebagai anti-sematik. Bebarapa orang Amerika seperti Prof Esposito (walaupun pernah disebut menjadi agen CIA) lebih berani daripada Mahathir kerana sehingga sekarang beliau masih disenaraikan sebagai golongan anti-yahudi di US.

Mahathir yang telah dibatalkan jemputannya oleh Kumpulan Pedagang Islam di Amerika Utara telah menjaja tentang bahayanya Pas dan BA dihadapan pimpinan-pimpinan US kalau mereka memerintah Malaysia. Semasa BA mulai menguasi banyak kerusi pada tahun 1999, Lee Kuan Yew terus mengadakan perbincangan dua hala dengan Mahathir pertama di Kuala Lumpur dan selepas di Singapura. Semasa lawatan Dr Mahathir ke US mereka turut berjumpa di sana.

Pada zaman Mahathirlah tercetusnya ura-ura untuk mengiktiraf Israel. Pada zaman dia lah disebut seorang kerabat di raja Negeri Sembilan sudah mula berjinak-jinak untuk berniaga di Israel. Mahathirlah satu-satunya PM yang pernah berbincang dengan PM Israel (Beliau mengakuinya baru-baru ini). Mahathir senada dengan Bush menganggap pejuang berani mati Palestine sebagai pengganas.

Hai banyak lagi kalau kita nak tunjukkan bukti-bukti bagaimana Mahathir yang merupakan tunggangan US dan Yahudi. Yang jelas Mahathir memang dikenali sebagai anti Barat bagi mereka yang tidak panjang akal, tetapi hakikatnya beliaulah musuh dalam selimat sebagai tunggangan Barat.
 
Konspirasi Saksi BN Untuk Kalahkan Pirdaus?
07.18.04 (11:26 pm)   [edit]
GEORGETOWN, 15 Julai- Perbicaraan Petisyen Permatang Pauh yang bersambung semula semalam, selepas ditangguhkan sejak Jun lalu, menyaksikan satu lagi cubaan menipu oleh saksi-saksi BN. Selepas membuat tuduhan palsu sebelum ini, saksi yang sama iaitu Puan Latifah Asmawi mengulanginya untuk kali kedua.
Tuduhannya kali ini, mendakwa Nurul Nuha anak kedua, DS Anwar dan DS Dr. Wan Azizah telah “bertugas” sebagai agen mengira undi BA, sewaktu kiraan semula undi di Dewan MP Tuanku Bainun. Dakwanya, Nurul Nuha yang belum mencapai umur 21 tahun telah “bertugas” bersama-sama beliau ketika itu.

Latifah cuba mengaitkan pelantikan Nurul Nuha menyalahi Seksyen 13 (1) (d) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, sama seperti kesalahan Mohd Nizam Man, yang dilantik sebagai agen mengira undi BN. Pembongkaran kesalahan pelantikan Mohd Nizam ini telah didedahkan oleh Peguam Fernando di mahkamah pada Jun lepas.

Dakwaan itu timbul, selepas Latifah diasak dengan pelbagai soalan oleh Peguam Fernando. Kerana terdesak, untuk menegakkan benang basahnya beliau telah membuat tuduhan palsu itu.

Sementara itu, Nurul Nuha yang dihubungi petang tadi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini. Menurutnya, beliau tidak berada di dewan MP Tuanku Bainun semasa keputusan rasmi kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan, apatah lagi hadir untuk bertugas sebagai agen mengira undi BA.

Sebelum ini, saksi yang sama pernah mendakwa bahawa Shaik Sazli, kaki tangan sementara SPR yang bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi ialah ahli parti Keadilan. Namun, tuduhan ini telah disangkal oleh Fernando yang mendedahkan bahawa Shaik Sazli sebenarnya ialah Setiausaha Khas, Senator Che Jam Harun, Ketua Wanita Umno Kepala Batas. Pendedahan ini telah mengejutkan saksi dan para peguam Pirdaus.

Tindakan saksi BN ini menimbulkan tanda tanya. Hal ini demikian kerana Latifah Asmawi ialah isteri kepada YB Arif Syah Omar Syah, iaitu saingan kepada Pirdaus untuk jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh. Mesyuarat Umno Bahagian yang ditangguhkan ketika ini, menyaksikan Arif Syah telah memperoleh 32 pencalonan berbanding Pirdaus yang hanya mendapat 17 pencalonan daripada keseluruhan 49 cawangan Umno Permatang Pauh.

 
Keadaan Kesihatan Anwar Yang Kritikal
07.17.04 (1:42 pm)   [edit]
Pada malam Khamis lalu, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, telah memberikan maklumat kepada sekitar 200 pemimpin dan anggota parti mengenai keadaan kesihatan suami beliau yang berhadapan dengan saat-saat yang genting.
Suami beliau, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengidap kecederaan tulang belakang sejak beberapa tahun yang lalu, namun segala usaha merayu kepada kerajaan Malaysia agar dibenarkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman telah tidak dipedulikan.

Pembedahan boleh dilakukan di Malaysia, kata kerajaan. Malaysia mempunyai segala kepakaran membuat pembedahan ini dan kerana itu Anwar tidak perlu menjalaninya di Jerman.

Namun demikian, seorang pakar bedah urat saraf (neurosurgeon) terkemuka di Malaysia,Dr. Halili Rahmat, tidak bersetuju. Beliau telah menceritakan kisah beberapa banyak pembedahan tulang belakang yang dilaksanakan di negara ini. Memang ada pembedahan yang berakhir dengan kejayaan. Tetapi terlalu banyak kisah yang menyedihkan juga. Dr. Halili telah melihat banyak kes di mana penyakit tulang belakang itu menjadi lebih teruk disebabkan pembedahan di Malaysia.

Seperti juga ramai pakar lain yang telah memeriksa Anwar, Dr. Halili berpendapat bahawa beliau (Anwar) tidak seharusnya dibiarkan menjalani pembedahan terbuka. Pertama, untuk melakukan pembedahan terbuka (open surgery), Anwar perlu disuntik pelali biasa (general anaesthetic). Kalau diambil-kira keadaan Anwar masa kini, tindakan demikian adalah terlalu berbahaya. Anwar mesti berada dalam keadaan sedar sepanjang pembedahan itu kata Dr. Halili dan beberapa pakar yang lain, kerana beliau bukan sahaja sedang kesakitan tulang belakang, tetapi mempunyai masalah leher yang sakit, jua. Inilah yang menjadi perkara itu lebih rumit.

Selain itu, pembedahan terbuka melibatkan turisan bahagian belakang untuk doktor menjenguk bahagian tulang belakang. Apabila bahagian belakang sudah terbelah, yang pertama sekali terdedah ialah urat saraf, yang menyekat tulang belakang itu. Mengikut kata Dr. Halili lagi, segala urat saraf demikian perlu ditolak ke tepi secara berhati-hati untuk membolehkan pakar bedah menyentuh bahagian tulang belakang. Inilah bahagian pembedahan yang sungguh berbahaya. Seandainya berlaku secebis kesilapan, Anwar akan terus lumpuh, buat selama-lamanya. Itu sebabnya Anwar perlu sentiasa sedar kerana seandainya urat saraf beliau tertekan, sehingga mencetuskan risiko, Anwar masih mampu memberi isyarat kepada pakar bedah.

Pembedahan terbuka secara konvensional menaruh kadar kejayaan sekitar 70% hingga 80%. Pembedahan mikro (microsurgery) pula memberikan kadar kejayaan sekitar 99%. Memang tidak ada pembedahan yang boleh menjamin kejayaan 100%. Namun, kadar kejayaan pembedahan mikro adalah lebih tinggi berbanding pembedahan terbuka dan dengan itu dianggap lebih selamat.

Sebab utama pembedahan mikro dianggap selamat ialah bahagian belakang tidak dituris. Yang dilakukan ialah menyelitkan ‘probes’ (alat pengesan) melalui lubang-lubang kecil yang ditebuk di bagian sisi badan, untuk meninjau keadaan tulang belakang yang diselimuti urat saraf itu. Ini bererti urat saraf tidak terganggu sangat semasa peninjauan dilakukan. Sudah tentu kadar pemulihan untuk pembedahan mikro adalah lebih singkat kerana tidak ada luka besar yang perlu menjalani proses pemulihan dan tanpa meninggalkan parut di badan. Kerja-kerja rawatan pasca-pembedahan tidak merumitkan kerana bahaya jangkitan adalah di tahap paling minimum.

Dengan lain perkataan, pembedahan mikro adalah lebih selamat berbanding pembedahan terbuka yang mengundang risiko tinggi. Itu sebabnya Anwar memilih pembedahan mikro dan enggan mengambil kira pembedahan terbuka kerana para pakar yang memeriksa beliau turut berpendapat demikian.

Seandainya Anwar memilih pembedahan terbuka yang konvensional itu, kata Dr. Halili, dan pembedahan itu menemui jalan buntu, adalah tidak boleh diperbetulkan balik kesilapan yang berlaku. Apabila pembedahan cara itu gagal, tidak ada gunanya lagi menghantar Anwar ke Jerman untuk menjalani pembedahan yang kedua kali. Beberapa kes sudah dirakamkan betapa pembedahan kedua tidak mampu memperbetulkan kesilapan pembedahan yang pertama.

Dr. Halili juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai segala kemudahan untuk melaksanakan pembedahan mikro seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Dr. Thomas Hoogland, pakar tulang belakang daripada Alpha Klinik di Munich, Jerman telah dibawa ke Malaysia sedikit masa dahulu untuk memeriksa Anwar dan melihat sendiri segala kemudahan yang ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Beliau terpegun melihatkan keadaannya. Kemudahan di Malaysia adalah bertaraf primitif, kata Dr. Hoogland. Memang tidak sesuai langsung untuk melakukan pembedahan mikro di situ. (He.he. kemudahan untuk pembedahan orang utan kot!!!! – penterjemah)

Untuk meredakan keadaan dan setelah menyedari bahawa kelecehan rawatan kepada Anwar boleh membahayakan nyawa beliau, mendorong kerajaan Malaysia memberikan persetujuan agar Dr. Hoogland datang ke Malaysia dan memeriksa Anwar. Kerenah birokrasi ini memang menepati bidalan Mat Salleh yang berbunyi: ‘If Mohammed cannot be allowed to go to the mountain, then at least the mountain could be brought to Mohammed”

Dr. Hoogland turut bersedia membuat penyesuaian untuk menentukan Anwar mendapat perhatian perubatan yang amat dihajatinya. Beliau sudah bersedia melakukan pembedahan di Malaysia kalaulah itu mampu meredakan ketegangan. Akan tetapi beliau tidak akan mengambil risiko mengadakan pembedahan di HKL kerana kemudahan yang tidak mencukupi. Memang ada bahayanya yang beliau akan gagal, sekali gus beliau akan ditohmah dan diketawakan sambil dipertanggungjawab dengan kegagalan. Bukannya disebabkan kemudahan yang tidak menentu.

Di samping itu, Anwar telah diminta menandatangani surat perakuan untuk melepaskan kerajaan daripada segala tanggungan seandainya pembedahan itu tidak berjaya. Kalau ada yang tersilap, kesilapan itu adalah tanggungan Anwar dan bukannya kerajaan. Tidak kiralah kalau kekalutan itu disebabkan rawatan pasca-pembedahan ataupun kesilapan persediaan awal ataupun pra-pembedahan.

Anwar telah diberikan satu minggu untuk menerima tawaran kerajaan itu agar pembedahan dilakukan oleh doktor tempatan. Jika tidak, beliau dihantar balik ke penjara. Anwar enggan berubah fikiran mahupun menandatangani surat pengakuan itu. Dengan pantas beliau dibawa balik ke penjara tanpa rawatan tambahan kecuali tambahan ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan yang ditanggungnya.

Kesakitan yang ditanggung boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat penahan sakit dan dengan berlagak seolah-olah tidak ada yang sakit. Akan tetapi kesakitan adalah satu isyarat duniawi yang menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak perlu diselindung dengan memakan ubat pelali yang mampu mengubat sakit itu, walaupun ini merupakan satu tipu-helah untuk menganggap yang sakit itu sudah tidak ada lagi.

Pakar perubatan telah menasihatkan Anwar seandainya beliau tidak dibedah, keadaan tulang belakang beliau akan menjadi lebih teruk lagi dan berkemungkinan memudaratkan beberapa masalah yang lain. Hari ini, segala ramalan pakar tersebut sudah menjadi kenyataan.

Inilah yang diceritakan oleh Dr. Wan Azizah kepada para tetamu yang mengunjungi kediaman beliau pada malam Khamis lalu.

Anwar sedang dihantui satu krisis dalam kemelut perubatan yang ditanggungnya dan kemungkinan beliau menjadi lumpuh di bahagian bawah badannya sudah semakin ketara. Sudah beberapa minggu berlalu, beliau mengalami kesakitan yang bertambah dan sukar untuk buang air kecil secara selalu. Itu pun, yang terpancut adalah amat sedikit berbanding kebiasaannya.

Pada 6 Julai, apabila keadaan beliau semakin tenat, beliau telah dibawa ke HKL untuk diperiksa oleh pakar saluran kencing (urologist). Pemeriksaan menunjukkan bahawa masalah yang dihadapinya tidak bersifat setempat lagi, tetapi ada kaitannya dengan keadaan tulang belakang beliau. Doktor telah mencadangkan agar beliau menjalani imbasan ‘ultra-sound’ terhadap buah pinggang (ginjal). Oleh kerana ketiadaan pakar tulang belakang, Anwar telah dirujuk kepada satu sesi fisioterafi dan dibawa balik ke penjara.

Dua hari kemudiannya, beliau dibawa semula ke HKL untuk diperiksa oleh pakar ortopedik dan neurologi. Peguam Anwar cuba melawat beliau tetapi tidak dibenarkan. Oleh kerana kesesakan di jabatan radiologi, pemeriksaan MRI dan imbasan ultra-sound telah ditunda kepada 13 Julai dan Anwar terpaksa balik ke penjara. Namun demikian, di tahap ini, SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia) telah menerima rayuan daripada ahli keluarga Anwar dan ini telah membolehkan pemeriksaan itu dikedepankan pada 10 Julai.

Imbasan menunjukkan kecederaan pada saraf sudah semakin teruk hingga mewujudkan keadaan ‘spinal stenosis’. Kedua-dua buah pinggang beliau sudah membengkak (Hydronephrosis). Jelas kini betapa keadaan kesihatan Anwar sudah semakin teruk namun beliau tidak juga dibenarkan rawatan di hospital. Beberapa pakar bebas berkata, bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan Anwar menjadi lumpuh untuk selama-lamanya. Hanya dengan berlakunya pergerakan kecil-kecilan, keadaan lumpuh kekal itu boleh terjadi. Namun, beliau terus dibawa keluar-masuk hospital daripada penjara hampir setiap hari. Bayangkanlah risiko beliau yang terpaksa turun naik kenderaan dan kerusi roda. Bayangkan juga keadaan kemudahan di klinik penjara yang tidak dilengkapi kemudahan untuk menangani keadaan darurat. Lagipun kawalan keselamatan sungguh banyak kerenahnya, selalu melecehkan pergerakan keluar-masuk banduan di penjara.

Tidaklah menghairankan apabila pada 13 Julai, Anwar terpaksa dikejarkan ke hospital pada waktu subuh. Tetapi, ahli keluarga beliau terpaksa tercari-cari maklumat mengenai kesihatannya walaupun terpaksa mencuba berkali-kali. Mereka hanya mengetahui kemudiannya, betapa Dr. Jeyaindran, yang mengawasi perubatan Anwar, telah mengulang kembali ‘ultimatum’ (ugutan/katadua) yang pernah diberikannya kepada Anwar pada 2001. Beliau memaksa agar Anwar memilih dibedah di negara ini ataupun pulang ke penjara. Para doktor juga sudah faham kini betapa Anwar menanggung kesakitan yang melampaui keadaan saraf yang rosak dan memerlukan ujian tambahan untuk dilanjutkan siasatannya. Sesungguhnya Anwar memerlukan pembedahan oleh pakar pembedahan yang dipercayainya, tanpa banyak turisan dan membawa risiko yang paling minimum.

Anwar telah dihantar pulang ke penjara pada hari yang sama, tetapi ternyata mengalami krisis yang lagi satu kira-kira 10 malam di hari yang sama. Sekali lagi beliau dikejarkan ke hospital, tanpa sesiapa yang memberitahu ahli keluarganya. Adalah dipercayai beliau akhirnya dimasukkan ke dalam wad.

Raja Petra Kamarudin
http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/
http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com...
http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... - 16.07.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)

 
Saksi BN Atau Firdaus Yang Menipu?
07.15.04 (11:05 pm)   [edit]
[b]Fakta Kes: [/b]
Parlimen Permatang Pauh

[b]Seksyen: [/b]Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya, 1954

[b]Hakim: [/b]Dato' Hassan Leh

[b]Petisyen dikemukakan oleh: [/b]Dato' Mohd Pirdaus Ismail (BN)

[b]Responden pertama: [/b]Datin Seri Wan Azizah Ismail (KeADILan)
[b]Responden kedua: [/b]Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
[b]Responden ketiga: [/b]Pegawai Pilihan Raya Permatang Pauh

[b]Peguam Wan Azizah: [/b]Christopher Fernando, Malik Imtiaz Sarwan, Zulkifli Nordin dan Saiful Idham Ramli.
[b]Peguam Pirdaus: [/b]Dato' Shafiee Abdullah, Dato' Khalid Ahmad, Tan Sri Dato' Zaki Tun Azmi dan Dato' Ahmad Reza Abdullah.
[b]Peguam SPR: [/b]Tuan Saiful Idris


[b]1. Saksi BN Atau Firdaus Yang Menipu? [/b]

GOERGETOWN: Petisyen pilihan raya Parlimen Permatang Pauh bermula 20 Jun lepas dengan salah seorang saksi BN mengaku bahawa calon parti itu, Dato' Pirdaus Ismail membuat kenyataan palsu mengenai pelantikan ejen pengiraan undi (Paca) ketika pilihan raya umum lalu.

Saksi tersebut Mohd Nizam Man, ketika memberi keterangan berkata beliau telah mengangkat sumpah dalam borang dan dilantik sebagai Paca BN bagi pihak Pirdaus.

Walaupun begitu, kata beliau pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan beliau masuk ke pusat pengiraan undi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti ketika penjumlahan undi dibuat.

Namun, Mohd Nizam terperangkap apabila peguam Christopher Fernando yang mewakili Datin Seri Wan Azizah Ismail berjaya membuktikan bahawa beliau baru berusia 20 tahun ketika perbicaraan berlangsung dengan itu tidak layak dari segi undang-undang untuk menjadi Paca pada pilihan raya yang berlangsung pada Mac lalu.

Pelantikan seseorang yang di bawah umur 21 tahun sebagai ejen pengundian menyalahi Seksyen 13(1)(d) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menyedari hal ini dan apabila ditekan oleh peguam Christopher Fernando dan Tuan Saiful Idris yang mewakili SPR, Mohd Nizam mengaku bahawa beliau tidak pernah mengangkat sumpah di depan pegawai SPR bagi melayakkan beliau mewakili Pirdaus.

Nizam sekali lagi terperangkap apabila Tuan Saiful merujuk surat pelantikan beliau sebagai Paca yang ditandatangani sendiri oleh Pirdaus.

Dalam surat itu, Pirdaus menyatakan: "Dengan ini disahkan bahawa pemegang surat ini, Mohd Nizam B Man@Mansor ialah wakil saya dari parti Barisan Nasional dan telah mengangkat sumpah..."

Saiful (merujuk surat tersebut): Apakah benar jika ada yang mendakwa bahawa ada telah mengangkat sumpah?
Nizam: Tidak benar jika ada yang mendakwa bahawa saya ada mengangkat sumpah.
Saiful: Bagaimana jika ada yang mendakwa sedemikian.
Nizam: Jika ada yang mendakwa (demikian), itu adalah kenyataan palsu.
Saiful: Sekiranya Dato' Pirdaus yang membuat kenyataan itu?
Nizam: Sekiranya Dato' Pirdaus buat kenyataan begitu, bererti beliau buat kenyataan palsu.

Pada hari ketiga, Saksi BN yang memberi keterangan ialah Latifah Asmawi, isteri kepada Adun Seberang Jaya, Arifshah Umarshah.

Dalam usaha menunjukkan ketidakadilan SPR, Latifah telah menuduh salah seorang daripada Ketua Tempat Mengundi yang merupakan petugas sementara SPR, Shaikh Sazaly Shaikh Anuar sebagai ahli dan penyokong KeADILan.

Tetapi beliau dan barisan peguam Pirdaus terkejut apabila dalam sesi soal balas, peguam Fernando memaklumkan bahawa Shaik Sazaly bukan penyokong KeADIlan.

Malah Fernando berjaya membuktikan Shaik Sazali adalah Setiausaha Khas kepada YB Senator Che Jam Binti Harun yang merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepala Batas.

Sebelum itu pada hari pertama, Fernando memulakan hujah dengan membuat bantahan awal mengenai petisyen oleh Pirdaus yang disifatkan tidak mempunyai sebarang asas.

"Pihak pempetisyen gagal menunjukkan sebarang asas untuk menyokong petisyen mereka kerana ia hanya berdasarkan kepada andaian kosong, khabar angin, cakap dengar (hearsay) dan spekulasi semata," kata Fernando.

Bagaimana pun hakim setelah mendengar hujah kedua belah pihak memutuskan untuk tidak membuat keputusan? segera mengenai bantahan awal ini sebaliknya hanya akan memutuskan apabila perbicaraan tamat, tidak seperti yang dilakukan terhadap bantahan pihak BN seperti di Kuala Kangsar dan Sik.

Perbicaraan telah berlangsung selama enam hari dengan pihak pempetisyen telah mengemukakan 13 saksi. Perbicaraan disambung pada 14, 15 dan 16
Julai.

[b]Pirdaus Selerakkan Dokumen Tanda Kemarahan [/b]

CALON BN yang merupakan bekas Imam Masjid Negara, Dato' Mohd Pirdaus Ismail menzahirkan kemarahan selepas mendapat tahu beliau kalah kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam kenyataannya kepada peguam, Pengurus Pilihan Raya Permatang Pauh, Muzamin Bin Mastak menyatakan tindak tanduk Pirdaus itu merupakan salah satu sebab mengapa kiraan semula penjumlahan undi bagi kawasan parlimen tersebut lewat dimulakan.

"Ia nya sedikit sebanyak berpunca dari Pirdaus sendiri apabila pada jam 10.30 pagi pada 22 Mac lalu tanpa sebab musabab yang sahih telah menzahirkan kemarahan beliau dengan mengubah kedudukan peti-peti undi serta menyelerakkan sampul-sampul dokumen yang telah tersusun rapi... " kata Muzamin.

Penjumlaah undi tersebut dibuat atas permintaan Pirdaus setelah kiraan pertama malam sebelumnya menunjukkan Wan Azizah menang dengan 449 undi.

Menceritakan gelagat Pirdaus pada malam pengiraan undi itu, saksi Daud Md Saman menyatakan: "Pirdaus ketika itu yakin dengan kemenangan setelah mendapat keputusan tidak rasmi dan telah dijulang oleh penyokong-penyokongnya. Nampaknya beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau tewas..."

Saksi lain, Shaikh Sazaly pula menyatakan beliau melihat Pirdaus sangat kecewa dan gelisah menerima keputusan tersebut.

[b]2. Pemilihan Umno Permatang Pauh digantung untuk selamatkan Pirdaus? [/b]

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno, dalam mesyuaratnya 27 Jun lepas, mengumumkan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Permatang Pauh yang sepatutnya diadakan pada 17 Julai ini digantung ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Dalam surat pemakluman penangguhan tersebut, Setiausaha Agungnya, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad menyatakan alasan bahawa keputusan itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan dalam parti itu untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekiranya mahkamah mengisytiharkannya.

Namun pemerhati politik berpendapat alasan sebenar penggantungan tersebut ialah untuk menyelamatkan Dato' Pirdaus Ismail, iaitu calon pilihan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Senario sebelum pertandingan ialah bekas Imam Masjid Negara itu memperoleh hanya 17 pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian manakala pencabarnya, Ariff Shah Omar Shah menerima 32 pencalonan.

Sekiranya pemilihan diteruskan, peluang Pirdaus untuk kalah adalah cerah.

- [b]Isamo Fer - 15.07.2004 [/b](suntingan M@RHAEN)

 
Isu DSAI dipetik dari forum tranungkite.net
07.15.04 (10:39 pm)   [edit]
Menurut hasil MRI Scanning yang dilakukan kepada tubuh Anwar mendapati bahawa tulang rusuk anwar yang ke 5 dan ke 6 mula dijangkiti oleh Kuman dan yang laporan MRI yang terbaru pada Sabtu lalu mengesahkan bahawa kedua buah pinggang Anwar membengkak dan Anwar perlu mendapatkan rawatan segera. Namun regim zalim hanya membenarkan Anwar disuntik dengan ubat penahan sakit sahaja dan menghalangnya dari membuat pembedahan di luar negara seperti yang dicadangkan oleh pakar perubatan Jerman. Masa Anwar memohon haknya sebagai seorang warganegara Malaysia untuk berubat di luar negara pada waktu itu keluarlah kenyataan dari mulut-mulut celupar pemimpin Umno Termasuk Dr Mahathir dan dolah badawi. [b]"oohh anwar tidak patriotik kepada negara sampai mahu berubat diluar negara" "oohh anwar tidak percaya kepada doktor tempatan" [/b]. tapi selang satu waktu selepas itu, dr mahathir di serang kayap di muka, dimana dia berubat? DI JEPUN !! beberapa selang masa selepas itu, DS Endon isteri dolah badawi diserang kanser payu dara, DI mana dia berubat??? Di LA, Amerika Syarikat. Kamu mengatakan anwar tidak patriotik kepada negara, sekarang [b]Adakah kamu Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu tidak Patriotik kepada negara?? kenapa kamu berubat di Jepun? kenapa kamu tidak berubat di Malaysia? tak ada doktor kayap ker kat malaysia? adakah kamu tidak percaya pada Doktor tempatan? [/b]

[b]di mana endon berubat?? DI LA, Amerika syarikat, Adakah kamu endon selaku isteri Perdana Menteri Malaysia tidak Patriotik kepada negara?? kenapa kamu berubat di LA? kenapa kamu tidak berubat di Malaysia? adakah kamu tidak percaya pada Doktor tempatan? [/b]

waktu Anwar memohon utk berubat diluar negara kamu katakan dia tak patriotik kepada negara, dia tak percaya pada doktor tempatan. tapi waktu kamu boleh pulak. ini lah pemimpin umno yang double standart dan zalim.


pada waktu anwar meminta haknya utk berubat diluar negara dia dinafikan haknya. Pada waktu itu [u][b]Menteri Luar Malaysia yang bernama Syed Hamid Albar mengatakan bahawa "tidak ada amalan dalam mana-mana negara yang membenarkan banduan menjalani perubatan di luar negara" [/b][/u]

sebagai respon untuk menjawap penipuan Syed Hamid ini, Almarum Dato Fadzill Nor ketika ucapannya di DEWAN RAKYAT semasa Perbahasan Parlimen membacakan [u][b]ketetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, yang telah dipersetujui Malaysia, iaitu ketetapan 45/111 iaitu ketetapan yang membenarkan orang yang dipenjara (banduan) juga mestilah dilayan menurut hak asasi manusia dan mesti dilayan seperti manusia biasa, dan jika orang yang dipenjara itu sakit, dia dibenarkan memilih mana-mana tempat dan mana-mana doktor yang dia suka bagi merawat penyakitnya.[/b][/u]

Tetapi bagaiman Menteri Luar Negara Malaysia tidak mengetahui ketetapan Bangsa-bangsa bersatu ini? Ini adalah pembohongan yang besar daripada pemimpin Umno. Menteri luar makan gaji buta ketetapan PBB pun tak tahu.
 
MELATAH HARI KHAMIS
07.15.04 (12:50 am)   [edit]
[b]BORIA 2 P - PEMBOHONG DAN PENIPU [/b]

Seronok sungguh melihat gelagat kumpulan BORIA 2P sedang membuat persembahan. Ianya bermula dengan Ketua Kumpulan BORIA 2P terutama Timbalan Ketuanya yang mendendangkan tiada pertandingan bagi Presiden dan Timbalan Presiden. Selesai sahaja Ketua dan Timbalan Ketua membuat kenyataan tersebut apa lagi, anak-anak buah yang lain terus mendedangkan lagu boria mereka.

Antara lagu Top Hit Boria 2P yang di dendangkan adalah seperti berikut:

~ Tak Halal tanding lawan Presiden
~ Mengingkari janji yang telah dipersetujui
~ Jangan bertanding bagi elak perpecahan
~ Berilah peluang
~ Dia telah buktikan
~ Mandat Besar sebagai bukti
~ Tradisi Kita
~ Berbagai lagi alasan

Tiba-tiba seorang yang terlatih dan berpengalaman GURKHA membuka langkah memperlihatkan dendangan DIKIR BARAT yang mencemaskan kumpulan BORIA 2P. Mereka gugup dan terpaksa memanggil PDRM untuk menangkap dan menyuraikan beberapa kumpulan dikir barat yang lain kerana boleh mengancam keselamatan, alasannya.

Dalam kelam kabut dan ribut tanpa hujan dan guruh itu muncullah seorang HERO menyatakan:

[b]Umno Sdn Bhd’ culture ruining party: Rahim
Yoon Szu-Mae - Jul 13, 04 6:57pm [/b]

Former Malacca chief minister Rahim Tamby Chik has attributed his defeat as Umno Kota Melaka divisional head during the ongoing divisional polls to rampant money politics within the party, alleging candidates were asked to pay up to RM1,000 for a vote.
Rahim, who lost to incumbent Amid Mordin in Sunday’s elections, said the reason behind his defeat was his refusal to pay for votes. Rahim garnered 126 votes to Amid’s 235.

At a press conference today, Rahim said he expected his revelation to be unpopular with many Umno members. He said he was raising the issue now as he had experienced first-hand being ‘victimised’ by Umno’s money culture.

According to Rahim, the money for votes usually changed hands at hotels where delegates stay the night before voting.

“I feel what I have experienced is something horrible. That is why I have to tell the public, and at the same time take up the issue with the leadership level.

Sebenarnya kumpulan BORIA 2P dapat dilihat kemelut mereka seperti mana artikel yang Pak Ngah baca dan mengambil 7 kesimpulan seperti berikut: [b](Petikan dari Mentaliti politik naungan Umno oleh Lee Ban Chen bertarikh Jul 14, 04 12:52pm) [/b]Sekarang biar kita menyemak beberapa manifestasi paradigma minda politik naungan Umno,

1. Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mencapai persetujuan bahawa dua jawatan tertinggi – Presiden dan Timbalan Presiden – tidak perlu melalui proses pertandingan untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

2. Walaupun ia bertentangan dengan hak perlembagaan ahli-ahli dan prinsip demokrasi. Namun, ia telah diterima sebagai dasar demi kepentingan parti. Sesiapa yang mempersoalkan keadilan dasar tersebut atau berura-ura hendak bertanding jawatan tertinggi, akan dianggap mempunyai niat yang jahat.

3. Umno adalah parti yang “istimewa”! Presiden dan Timbalan Presiden sebuah parti yang “istimewa” tentu juga “istimewa” dan pantang dicabarkan – kononnya adalah memalukan jika Presiden dan Timbalan Presiden Umno jika dicabar!

4. Kalau pilih secara team, nanti ada orang baik dalam team satu lagi tak terpilih, ada orang tak baik dalam team itu terpilih dan ini tak baik dan tak kena.”

5. Duduk diam-diam. “Ia hanya akan membawa pecah belah saja, hanya memporak-perandakan parti. Kalau boleh, masuk Wanita, duduk diam-diam dulu untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Nanti kita lantiklah sebagai ahli jawatankuasa bahagian tambahan, sekurang-kurangnya seorang, kita bolehlah lantik.”

6. Rafidah yang berjanji akan berundur tahun ini empat tahun dahulu sekarang mahu terus menerajui pergerakan Wanita, katanya: “Insya-Allah! Bila saya rasa patut berundur, saya akan berundur, tak payah ditolak-tolak.”

7. Suatu gejala yang lebih ganjil ialah belum pun membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding Naib Ketua Pemuda, keempat-empat pesaing jawatan tersebut, satu demi satu “menarik diri” untuk “memberi laluan”.

Nampak gayanya Kumpulan Boria 2 P rasanya tak boleh bertahan lebih lama lagi. Lepas September ni mulalah mereka membuat Kumpulan-kumpulan Boria yang lain untuk terus bersaing dengan Boria 2 P.

Pak Ngah nak peringatkan bagi pihak pembekal-pembekal pakaian dan peralatan persembahan pada 21 Mac 2004 agar Kumpulan BORIA BN dan Kumpulan BORIA 2P dapat membuat pembayaran sejumlah RM100 juta tu secepat mungkin dan Pengadil pertandingan BORIA SPR dapat membuat keputusan yang adil kerana seluruh Rakyat Malaysia telah melihat dengan mata kepala sendiri persembahan BORIA BN dan BORIA 2P secepat mungkin.

Pak Ngah yang suka tengok boria ni bukannya apa, seronok tengok telatah darai-darai (bapok atau pondan) gelek. Akhirnya harapan Pak Ngah agar dapat faham kot kenen (sindiran) di atas agar dapat menghindarkan diri dari bersama kumpulan pemimpin yang suka berbohong dan menipu. Apa guna berpelajaran tinggi tetapi tidak dapat menggunakan akal. Akal sahaja tanpa iman umpama anjing yang dilatih, disuruh buat itu dan ini dan mendapat sedikit habuan selesai tugasannya. Biarlah ilmu mendidik akal melaksanakan tanggungjawab mengikut kebenaran yang hakiki.

Akhirnya, insyaallah bertemu lagi pada hari akan datang. Wassalam.

…….. Salam dari Pak Ngah - 15.07.2004 (suntingan M@RHAEN)

 
MAKLUMAN MEDIA GAB :Abdullah diberi masa 24 jam !
07.13.04 (12:03 am)   [edit]
[b]Kenyataan GERAKAN ANWAR BEBAS [/b]
12 Julai 2004
TERKINI: Dalam kehangatan seketeriat Gerakan Anwar Bebas turun ke pelusuk negara untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peluang terakhir Anwar mendapat keadilan melalui proses undang - undang, dalam kempen anti DARK JUSTICE, tiba - tiba kami dikejutkan dengan satu perkembangan. Taraf kesihatan Anwar kritikal !

Semalam (11 Jul) hampir seribu penyokong telah berhimpun dalam taklimat kesihatan Anwar Ibrahim yang kritikal. Ramai teman pemimpin NGO dan parti politik hadir. Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memaklumkan mengenai perkembangan terkini Anwar Ibrahim. Anwar benar - benar dalam keadaan yang cukup membimbangkan, sakit belakangnya kini diparahkan dengan beliau kini mengalami kencing berdarah. Mengikut sumber seorang pakar dari HKL beliau kini mengalami masalah buah pinggangnya ekoran terlalu banyak mengambil ubat penahan sakit. Namum apa yang lebih memeranjatkan walaupun doktor HKL meminta Anwar supaya diletakkan di wad untuk rawatan rapi tetapi pihak penjara menafikan hak tersebut, beliau terus dibawa ke penjara dan kini terbiar dengan kesakitan tanpa rawatan. Malah laporan perubatan hospitalnya telah dirahsiakan.

Satu deklarasi tuntutan telah dikeluarkan semalam antara tuntutan tersebut ialah

1. Anwar seharusnya diberikan rawatan yang sepatutnya. Beliau seharusnya diletakkan di wad seperti yang dicadangkan oleh doktor.
2. Laporan perubatan Anwar seharusnya diddedahkan untuk pengetahuan umum.
3. Benarkan segera Anwar mendapat hak perubatan iaitu pembedahan tulang belakang seperti yang dituntut.

Deklarasi ini telah ditandatangani oleh :

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
YB Teng Chang Kim (DAP)
YB Salahuddin Ayub (PAS)
Hj Mahfuz Omar (PAS)
Dr. Syed Hussin Ali
Tian Chua
Cyntia Gabriel (SUARAM)
Yusri Mohamad (Naib Presiden ABIM)
Dr. Sanusi Osman
Ezam Md Nor
Fuziah Salleh
* ini setakat semalam ramai lagi akan dihubungi hari ini.Untuk mendapatkan salinan deklarasi penuh boleh email kepada penerangan_keadilan@yahoo .com

Semalam juga Ezam Md Nor mewakili seluruh aktivis gerakan mengisytiharkan bahawa Abdullah, selaku Perdana Menteri hanya diberi masa 24 jam untuk menunaikan tuntutan 1 dan 2 dalam deklarasi tersebut. Sebelum gerakan reformasi yang telah lama seolah menyimpan kukunya bergerak membangkitkan semula kuasa gerakan rakyat.

Kata Ezam lagi bermula malam ini rakyat akan berkumpul untuk menunjukkan soladiriti di rumah Anwar Ibrahim. Satu keputusan penting akan dibuat dalam perhimpunan rakyat malam ini. Keadaan semakin mendesak ! Seluruh teman pimpinan politik/ngo, penyokong dan pendokong khususnya di kawasan lembah kelang diharapkan dapat hadir bersama.

[b]PERHIMPUNAN SOLADIRITI ANWAR IBRAHIM: "ANWAR KRITIKAL" [/b]
Bersama Ezam Md Nor, Doktor Pakar Saraf HKL, Peguam DSAI, dan ramai pemimpin NGO dan politik.
12 Julai 2004 - Isnin
bermula dengan solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat dan Solat Isyak. Kemudian satu taklimat penting.


"Keadilan untuk semua"

[b]BADRUL HISHAM SHAHARIN [/b]
jurucakap
Gerakan Anwar Bebas (GAB)
d/a : Pusat Gerakan Aktivis Reformasi (PAGER)
Ting 1-A, Wisma Anwar Ibrahim,
No 4 & 5, Tmn Sri Putih,
Jalan Tok Ungku, 70100 Seremban
06 633 8617

 
PM: Kesilapannya Mengenai Anwar Dan PERWAJA
07.12.04 (5:45 pm)   [edit]
Oleh Kim Quek
Akhirnya kerajaan Barisan Nasional mengaku juga kesilapannya terhadap kisah Anwar yang membuat laporan polis mengenai skandal Perwaja Steel.

Ramai anggota Parlimen telah terkejut beruk dengan penafian Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Abdullah Badawi telah menafikan di Parlimen pada 31 Mei, yang Anwar pernah membuat laporan polis mengenai skandal kewangan Perwaja. Jawapan Abdullah itu adalah merujuk kepada soalan MP Teresa Kok (DAP-Seputeh). Teresa bertanya kenapa polis tidak mengambil kenyataan Anwar apabila Pengarah Urusan Perwaja, Eric Chia didakwa dengan tuduhan pecah amanah.

Penafian Abdullah memang mengejutkan kerana skandal Perwaja merupakan kisah penipuan yang terbesar di Malaysia dan Anwar telah menjadikannya fokus utama dalam kempen anti-rasuah. Beliau kerap menyebut perihal laporan polis yang menyebut nama bekas Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir sebagai musibat yang paling besar dosa dan peranannya dalam skandal itu. Bagaimana mungkin Abdullah tidak tahu-menahu bahawa Anwar ada membuat laporan polis? Kalaupun orang bawahannya tidak memberitahu beliau, tentu dia sendiri mampu mengingati perkara ini. Takkanlah dia begitu dungu berfikiran yang dia boleh terlepas dengan jawapan yang sungguh tidak ikhlas. Kesilapan Abdullah masih menjadi satu misteri kepada saya.

Abdullah masih perlu memberikan satu jawapan kepada Parlimen kenapa polis ataupun Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah gagal menemubual Anwar, apabila beliau membuat laporan polis perihal salah urus Perwaja di mana TKT Mahathir turut terbabit. Kegagalan BPR menyoal siasat Anwar memang lebih membingungkan, kerana sebagai orang utama yang membuat tuduhan itu, Anwar seharusnya dianggap sebagai satu sumber maklumat yang begitu penting dalam kes ini. Malahan Anwar merupakan orang yang menentukan diadakan siasatan terhadap salah urus Perwaja semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan dan Disiplin.

Buat masa ini kes Perwaja di mahkamah nampak sangat merupakan satu lakonan untuk menyungkup sesuatu. Selepas 8 tahun diadakan siasatan terhadap salah urus yang memakan masa 7 tahun, sehingga memusnahkan dana rakyat melebihi RM10 bilion, apa yang dilihat kini di mahkamah ialah Eric Chia yang sudah tua, yang dituduh menyalahgunakan kuasa (bukannya membalun wang itu) dalam pembayaran bernilai RM0.76 bilion. Sesungguhnya Eric dikenakan tuduhan kerana bersalah atas tuduhan kecil
sahaja. Bagaimana dengan beberapa bilion yang telah lama ghaib disebabkan penipuan dan korupsi? Bagaimana dengan beberapa musibat dan penyangak yang telah sebenarnya menyedut kekayaan itu semua untuk satu dekad lamanya?

Apakah pihak PDRM dan BPR begitu tidak cekap ataupun memang tidak ada musibat lain yang terlibat dalam Perwaja? Kalaulah jawapannya berupa “tidak” dalam dua perkara ini, tentu ada seseorang yang lebih tinggi kuasanya yang telah merancang mainan wayang kulit itu selama ini untuk membolehkan kekotoran itu dapat dilindungi.

Malaysiakini melaporkan pada 6 Julai 2004, betapa BN telah memberikan satu jawapan bertulis kepada Parlimen memperakui bahawa Anwar sebenarnya telah membuat laporan polis. Jawapan itu telah menjelaskan betapa polis telah merujuk perkara itu kepada BPR, yang kemudiannya membuat siasatan dan mendakwa Eric Chia.

Seandainya Abdullah beranggapan bahawa jawapan semacam ini sudah memadai, dia adalah membuat silap, sebenarnya. Jawapan itu telah mengetepikan soalan pokoknya: kenapakah para penyiasat dalam kes ini sengaja menjauhkan diri daripada Anwar sedangkan beliau seharusnya diberikan tumpuan untuk disoal sebagai bakal saksi dan sumber maklumat.

Malahan, pengakuan Abdullah terhadap laporan polis Anwar itu menjurus kepada satu lagi persoalan yang sama pentingnya: Kenapa pula orang tertuduh yang paling utama TKT Mahathir, dibiarkan bebas tanpa polis dan BPR menyiasatnya? Bagaimana mungkin Abdullah boleh berkata yang polis telah menjalankan kerjanya dengan baik semasa menyiasat aduan Anwar itu dan ini terbukti apabila Eric Chia di kemukakan di mahkamah? Kenapa pula Mahathir tidak disoal siasat? Bukankah Mahathir juga merupakan seorang yang boleh dianggap penjenayah bersama Eric Chia dalam skandal ini? Apakah TKT Mahathir mengatasi undang-undang?

Tentu kita naik mual melihatkan wayang kulit mainan TKT Mahathir. Selama ini kita amat mengharapkan Abdullah dapat menghentikannya. Akan tetapi, setelah melihat masa berlalu, semakin jelas kini betapa harapan itu semua adalah satu ilusi semata-mata.

Kalau kepimpinan Abdullah, Eksekutif dan Sistem Perundangan gagal menguatkuasakan undang-undang, kita dapat merasa sedikit kelegaan melihat Parlimen yang bertenaga semula. Kembalinya pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang, dan kepimpinan Abdullah yang lebih berpijak di bumi nyata, barulah ada sidang Parlimen yang berpandukan kepada ciri-ciri perlembagaan. Adalah menjadi harapan kita bahawa anggota dewan yang prihatin akan terus berusaha mewujudkan sesi yang lebih bermakna, dan kemusykilan yang dimulakan oleh MP Teresa Kok terhadap laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Perwaja akan diteruskan tanpa henti sehingga mencapai matlamatnya.

- Kim Quek - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
 
MELATAH HARI ISNIN
07.12.04 (5:29 pm)   [edit]
[b]ULAMA ZAMAN SEKARANG SUKA JATUH HUKUM KATA ASTORA JABAT[/b]

Pak Ngah hari ini memetik kata-kata Ulama Besar UMNO Saudara Astora Jabat yang membandingkan Imam al Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dengan ulama fiqh zaman ini yang suka menjatuhkan hukum. Bila dilihat, betul juga kata-kata Astora Jabat tu, di bawah di petik tulisan beliau seperti berikut:

“Konsep yang digunakan oleh Imam al-Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani masih boleh digunakan pada hari ini, tetapi mesti diubahsuai supaya sesuai dengan zaman ini. Bagaimanapun, untuk mencari ulama yang mempunyai keperibadian sufi macam mereka berdua pada zaman ini agak susah kerana kebanyakan ulama yang ada terutama di negara ini merupakan ulama fiqah yang menghukum orang semata-mata.”
Yang peliknya nak ubah suai tang mana tu AStora, dengar cerita tak berapa fasih berbahasa Al Quran, jadi nak ubah tang mana. Macam Pak Ngah, yang tau Alif sampai Ya sahaja ni, tak beranilah nak ubah, tetapi Pak Ngah ingat orang lain pun tak berani nak sesuaikan dengan zaman sebabnya Islam itu sesuai sepanjang zaman. Kalau nak ubah ikut zaman sekarang yang kian menjauhkan dari Islam dengan pegangan Islam Hadhari yang lebih mementingkan tamadun, pembangunan dan kebendaan dunia melebihi akhirat, memang sesuailah. Dan itulah yang amat diseru dan diwar-warkan sangat agar diubah suai mengikut zaman Islam hadhari itu.
Kita berbalik kepada pandangan Astora, di mana betulnya adalah apabila melihat salah seorang pemimpin (bagi islam hadhari, pemimpin juga adalah ulama kerana mereka juga mahir di dalam bidang kepimpinan seperti mana kata Dr Ismail Ibrahim dan pemikir-pemikir mereka lainnya di Jabatan Khas) telah pun menjatuhkan hukum “TIDAK HALAL”. Hukum ini dijatuhkan kepada sesiapa yang ingin bertanding jawatan Presiden parti UMNO. Jadi betullah kata Astora yang ulama zaman sekarang suka menjatuhkan hukum.

Bagi Pak Ngah yang TIDAK HALAL itu maknanya HARAM. Dalam hal ini perkara yang haram itu adalah dilarang sama sekali dan jika dibuat akan mendapat dosa, misalnya minum arak, makan babi, beli nombor ekor atau 4D, berzina, memakan bangkai (tidak disembelih). Ada di antaranya yang berdosa besar.

Kalau di Supermarket, kalau ditulis tidak halal, ertinya untuk orang bukan-Islam sahaja. Kita lihat petikan kata-kata pemimpin mereka:

Hasrat bertanding Presiden `tidak halal'
KANGAR 10 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggap hasrat Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden parti sebagai `tidak halal'.
Sehubungan itu, Shahidan meminta Tengku Razaleigh menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

`Kalau Tengku Razaleigh sayangkan UMNO, dia tidak sepatutnya buat macam ini (bertanding jawatan Presiden). Sepatutnya dia kena jaga Presiden dan Timbalan Presidennya,'' kata