Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Graduan Melayu tidak rugi belajar bahasa Mandarin
06.29.04 (3:49 pm)   [edit]
[i][b]apa akan jadi dgn nilai jati diri melayu jika idea ini diteruskan?
isu bahasa ini sebenarnya ada pihak² tertentu yg cuba menangguk diair yg keruh.
member kita ini mungkin salah seorang yg dah termakan umpan.
cuba anda buka tv sblh petang & tengok kesemua siaran(kecuali astro sbb berbayar) anda akan merasa bagaikan duduk dibumi asing samada hong kong, china, taiwan atau yg sewaktu dgnnya.
tolong lah peka dan berfikiran jauh terkehadapan & jangan hanya tahu berfikir utk esok sajer.[/b][/i]

KELUHAN graduan Bumiputera yang gagal mendapatkan pekerjaan khususnya di sektor swasta atau lebih tepat lagi di kilang dan syarikat bukan Bumiputera bukan isu baru.

Selain memberikan alasan dan merintih tidak seorang pun yang memperkatakan isu ini, mencadangkan langkah positif untuk mengatasinya.

Keluhan Arjuna Putra, Sang Wira Perdana dan Anak Bumi Johor berkaitan isu ini lebih banyak menyalahkan syarikat bukan Bumiputera yang menyebabkan graduan Melayu terus menganggur.

Mereka seolah-olah tidak faham hak majikan dalam menentukan kriteria pekerja.

Graduan Bumiputera perlu celik dan menghadapi cabaran ini secara positif, bukannya menimbulkan rasa tidak puas hati.

Jika syarat bekerja dengan syarikat bukan Bumiputera adalah mengetahui atau menguasai walaupun sedikit bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris belajarlah, mereka perlu mengambil kelas malam sebagai persiapan.

Jangan asyik mengeluh tetapi buktikan graduan Melayu berkebolehan. Ambil syarat itu sebagai peluang menambah pengetahuan dan bersikap positif.

Tiada faedah yang anda dapat dengan mengeluh dan menyatakan kekesalan tanpa mengatur langkah mengikuti kelas yang banyak dianjurkan di ibu kota.

Persoalannya, sampai bila graduan Melayu hanya tahu meraih simpati daripada kerajaan? Tidak bolehkah kita berusaha untuk diri sendiri? Apakah kita cacat dan sepanjang masa memerlukan perhatian dan simpati kerajaan?

Sebenarnya apabila kita pandai menguasai dialek Cina atau Mandarin, pekerja dan pemilik kilang atau syarikat bukan Bumiputera amat menghormati kita dan tidak berani mempersendakan kita terutama dalam urusan niaga.

Sedarlah wahai graduan Melayu, kerajaan sejak dulu tidak mengabaikan hak Bumiputera, cuma kita yang lupa dan terlalu selesa sehingga malas dan hanya mahu simpati sepanjang masa seperti orang cacat.

Orang cacat pun berusaha dan berdikari serta malu mengharap simpati orang lain.

Sebenarnya peluang Melayu bekerja di syarikat bukan Bumiputera ada sejak dulu, namun tauke Cina tidak begitu yakin dengan graduan Melayu menyebabkan mereka mengenakan syarat perlu menguasai bahasa Mandarin.

Saya tidak ada kelulusan tinggi tetapi pernah bekerja di syarikat bukan Bumiputera. Pengalaman bekerja di syarikat ini mengajar saya menjadi pekerja yang berdaya saing dan berani menghadapi cabaran. Sekarang saya menjalankan perniagaan sendiri hasil pengalaman yang diceduk di syarikat itu.

Bagi saya bukan saja syarikat bukan Bumiputera tidak mahu menggajikan graduan Melayu, malah jika diberi pilihan syarikat milik Bumiputera juga mungkin keberatan mengambil graduan kita kerana sikap negatif di kalangan mereka. Tetapi bak kata pepatah kerana ‘setitik nila rosak susu sebelanga.’

Saya berpendapat sesetengah graduan Melayu lupa dan sering membanggakan diri. Apabila berkelulusan tinggi, mereka mahu kerja yang sesuai dengan kelulusan, minta gaji tinggi, jawatan tinggi dan kanan dalam masa singkat. Ramai tidak sabar belajar selok-belok pekerjaan baru dan hanya mengejar pangkat.

Mereka tidak mahu membuat kerja kakitangan bawahan. Ada antara mereka yang bekerja dan berfikiran seperti pekerja yang tiada kelulusan.

Bagi saya kelulusan tinggi bukan perkara utama untuk bekerja di sektor swasta. Perkara paling penting adalah sikap positif dan kesanggupan belajar sambil menerima gaji kecil sebelum mengejar kenaikan pangkat.

Kebanyakan syarikat swasta yang ingin maju atau sudah maju memerlukan tenaga kerja yang bukan saja berkelulusan tinggi tetapi juga boleh menyumbang idea, kemahiran dan tenaga kerja untuk jangka panjang ke arah kejayaan syarikat. Sikap ini kurang dimiliki graduan Bumiputera.

Ramai graduan Melayu yang hanya menunggu gaji hujung bulan, tidak boleh bekerja lebih masa, tidak boleh menerima tekanan dalam kerja, malas, mahu banyak cuti, sering sakit, melompat bekerja, tidak jujur, tidak ikhlas dan sering menyalahkan majikan.

Sikap negatif ini banyak menimbulkan masalah dalaman seperti dengki, anggap sudah pandai, enggan belajar mengenai kerja, tidak boleh menerima perubahan oleh majikan, gagal berinteraksi, tidak berdisiplin, tidak kreatif dan tidak berkeyakinan.

Inilah punca graduan Melayu walaupun berkelulusan tinggi sukar mendapat kerja di syarikat swasta milik bukan Bumiputera atau syarikat Melayu sendiri.

Janganlah kita asyik menyalahkan kerajaan atau majikan, tetapi salahkan diri sendiri. Buangkan sikap negatif dan tanya diri sendiri mengapa kita perlu bekerja keras, lebih masa dan menambah kemahiran menguasai bahasa lain.

Pada zaman IT dan era globalisasi sudah ada beberapa orang Melayu yang menguasai bahasa Jerman dan Perancis.

INNA HABIB,
Bandar Sri Damansara,
Kuala Lumpur.

sumber http://disc.server.com/discus...;article=604553;title=FOR UM%20GERAK-REFORMASI
 
Hasil Pool SMS tv3/4 tadi malam
06.29.04 (3:25 pm)   [edit]
Sebanyak 68% undian menolak mentah² nasihat Ketua Wanita si RASUAH AZIZ sbg wajar. Ini bermaksud nasihat si RASUAH AZIZ sesuai ditong-sampahkan sahaja. Elok benar situa kerepot menopose ini berundur dan beri laluan kepada tenaga muda, fresh mengambil alih. Tak usah nak nasihati org kalau diri sendiri bergelumang dgn rasuah.

Ayat power yg diguna mlm tadi, cermin dulu diri tu sblm nak bertanding & sempat tu dia cover kata² tu ditafsir keatas dirinya. Kelakar betul si ibu KETAM nih, buat lawak bodoh plak ! ekor kalau bergelumang dgn najis takyah lah cakap berdegar², bertambah meluat ada ler !
kalau tengok pada sejarah, si rasuah aziz ni duk di kerusi ketua wanita bukanlah atas tiket kredibiliti atau sokongan akar umbi. kamu tu dinafikan oleh ct zaharah bukan? dek kerana masa tu tkt kutty yg berkuasa maka semua perkara boleh terjadi bersesuaian dgn slogan melayu boleh.

Malam tadi aku tengok muka sipemberita(female) tersenyum sinis slps keputusan pool disiarkan.
kesian si rasuah aziz, ingatkan kes rasuahnya dpt dicover baik, tapi sayang rata² rakyat percaya akan dia ni mmg kaki rasuah. ini mungkin salah satu usaha laman M@rhaen yg telah menghigh-lightkannya, syabas!

sumber http://disc.server.com/discus...;article=604519;title=FOR UM%20GERAK-REFORMASI
 
Dang Anum ex-gundek raja
06.29.04 (3:18 pm)   [edit]
Melihat kpd kisah dang anum dlm slot teater klasik tv3/4 ahad 3pm menunjukkan betapa bongoknya raja² melayu dulu². tak tahu lah islam jenis fahaman mana diguna-pakai pada waktu itu. mulanya ambo nak tengok sampai tamat tapi hati jadi tawar ntah kenapa ambo pun tak pasti. ambo naik meluat lagi sipendekar (nordin ahmad) handalan diberi nama 'malang'. dah tak ada nama lain ke yg lebih sesuai atau mmg mentaliti melayu ni mmg dah sinonim dgn nama malang umapama lebai malang.

Ambo(saya) sempat tengok kepala budak dicukur menggunakan kapak yg disuruh oleh raja(diambil rambut) utk mbalas hantaran penghinaan raja majapahit. sesuai benar kalau tkt kutty melihat akan slot ini. kerana pernah satu ketika dulu dia ada menghina janggut Nabi S.A.W. tidak dicukur kerana tiada pisau gillette pada waktu itu. puak² umno bongok diam sajer menandakan setuju dgn kepandiran tkt kutty itu. mentang² dia tu lahir pada zaman gillette tanpa berfikir dgn waras terus membuat tafsiran bahawa hanya pisau gillette yg boleh mencukur janggut, lain² alat tak boleh.

Penasihat agama patut memberi ulasan bahawa tujuan Nabi S.A.W. menyimpan janggut adalah kerana utk membezakan lahiriah org² muslim dgn org yahudi. maknanya disini kita tidak disuruh utk mengikut atau mengamalkan cara hidup sbgmana org yahudi.
tapi 1000 kali sayang di malaysia ini, malaysian idiot begitu mendpt sambutan drp melayu bongok !

sumber http://disc.server.com/discus...;article=604521;title=FOR UM%20GERAK-REFORMASI
 
PAK NGAH DENGAR ADA KOMPLOT LAWAN PAKLAH
06.27.04 (1:14 am)   [edit]
Tengah hari tadi masa Pak Ngah di kedai kopi, depa mai cerita kat Pak Ngah cerita betui, sebab dia ini orang kuat pemimpin besar parti komponen BN. Lagi pun dia saja balik ke kampong pasai nak cerita kisah ni la supaya jangan terkejut kemudian katanya.
Sekali ini konspirasi telah diaturkan oleh Najib dan Rafidah dengan arahan penasihat ulongnya Tun Mahathir. Hai… apalah nasib Pak Lah kali ni, pasti hancai punya dan Najib bakal menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat. Dia bagi tau pemimpin parti komponen BN yang lain pun dah naik risau dengan perkembangan terbaru ini.

Begitulah nasib mereka yang berada di dalam kumpulan orang yang amat takut kehilangan kuasa akibat kezaliman. Tindakan ancam mengancam dan masing-masing perlu sentiasa gugat menggugat kedudukan yang lain bagi menyelamatkan diri dari terbongkar segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka sebenarnya tidak berupaya lagi untuk menghalang kehancuran UMNO sendiri. Bagi mereka menggenggam bara api biar jadi abunya. Rakyatlah yang menghadapi malapetaka akibat keserakahan dan gila kuasa ini.

Di mulut mereka berkata bersatu teguh, di hati mereka telah berkerat rotan. Kenapa berlaku demikian, mereka telah melupakan agama kerana dunia semata, lihat petikan kata Rais Yatim berikut:

[b][i]"Even Bahasa Malaysia is imbued with salient influences from Arabia. But the community should not be influenced to the extent that they are blinded into thinking all that is Arabic is good for them."
"Take the beard an an example. Why must Malays copy the Arabs and sport beards? Olden days Malays did not have beards."

"Malays feel that it is Islamic to sport beards. As our previous beloved Prime Minister, Dr Mahathir Mohamd, once said, Prophet Muhammad did not shave because Arabia then did not have Gillette shaving blades. It is not a sign that you are a Muslim."

"This fervour began in 1983 (during the Iran Revolution) in accepting as gospel anything with the world 'Islam' in it. That seems to be changing now with Islam Hadhari that the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, is talking about lately. That is the practical, progressive sort of Islam we should accept."

"I promise to put on the map again what has been lost such as the Mak Yong and Manora dances which had been banned by PAS in Kelantan and Terengganu. This is where I would say politics and culture don't seem to mix in the hands of those responsible in the past decade."

"Islam Hadhari is in fact not a new thing. Our first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, was a propagator of Islam Hadhari or modern, progressive Islam. He set a good example of what a Hadhari Muslim should be like."

"If you can remember, our equally beloved recently-retired Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, once openly criticised Tunku Rahman for gambling with his Chinese friends while there was rioting on the streets on 13 May 1969. Mahathir was then sacked from Umno for this criticism of the Tunku."

"But that is another matter. The point I am trying to make is the whole country admits that the Tunku gambled. He also owned race horses and never missed his weekends at the Turf Club."

"The Tunku also never denied he indulged in liquor and told everyone his sin of drinking is between him and God and does not concern any other mortal. All that matters, said the Tunku, is that he was a good prime minister and his gambling and drinking did not make him a bad prime minister."

"The Tunku, in the 1960s, had already taught us what Islam Hadhari is all about. Then, in the 1980s, all this changed and we became radical Muslims. We need to bring Malaysia back to the days when we were liberal Muslims, modern Muslims, progressive Muslims, or Hadhari Muslims, not radical Muslims like today."

With regards to the contradicting policies of the government in implementing Islamic rules:

"I agree, in the 1960s, Muslim couples could court in the Lake Gardens without any disturbances. I remember couples would be necking in dark corners, under the trees, and behind the bushes in the Lake Gardens. They would also park their cars along Jalan Duta and the road leading to Carcosa Sri Negara and have sex in their cars and no one would come and disturb them."

"Today, even non-Muslim, Chinese couples, get arrested merely for holding hands. And they did not even do this is dark corners, yet they get arrested."

"We shall reject PAS' version of Islam and the Islamic State they wish to introduce to Terengganu. We will ensure Terengganu remains a secular state and that the Islam Hadhari of our Bapak Merdeka, Tunku Abdul Rahman, is practiced to the fullest."[/i][/b]

Begitulah pegangan dan kepercayaan kepimpinan UMNO yang ada masa kini, dan apa akan terjadi kepada anak bangsa kita pada masa hadapan. Apakah kita akan menunggu sehingga tahun 2009 baru nak berubah atau setelah anak cucu menjadi mangsanya. Kita wajib terus memohon dan bermunajat semoga Allah cepat menghancurkan kepimpinan yang hanyut dan tiada arah tujuan ini. Kita mahu tergolong menjadi orang yang kerugian di dunia dan akhirat kelak.
…….. Salam dari Pak Ngah - 25.06.2004
 
PLKN: Waran Tangkap , Bukti Puak UMNO Hilang Pertimbangan !
06.27.04 (1:00 am)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Cucu amat tertarik dengan laporan akhbar arus perdana Utusan Meloya hari ini yang menyatakan nama-nama peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gagal mendaftar bagi mengikuti program wajib tersebut akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan mengheret mereka ke mahkamah, seawal-awalnya minggu depan.

Menurut Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri bagi kumpulan peserta yang mendaftar tetapi tidak melapor diri pada hari pertama program tersebut dijalankan, nama mereka akan diserahkan sehari selepas itu.

Apalah malangnya nasib anak-anak buah Cucu ini? Kenapakah kerajaan beriya-iya benar untuk mengeluarkan waran tangkap kepada lebih 8000 peserta PLKN yang dikatakan masih gagal untuk melaporkan diri bagi mengikuti program tersebut.

Cucu merasakan MLKN seharusnya tidak bertindak sedemikian, mengeluarkan waran tangkap seolah-olah peserta yang tidak hadir atau pun sememangnya tidak berminat untuk hadir ke program tersebut dianggap seperti penjenayah atau pun mereka yang melakukan kesalahan besar!!! Hadir atau tidak hadir, adalah hak mereka. Tindakan untuk menggunakan pasukan polis bagi memburu peserta terbabit adalah satu tindakan kejam terhadap mereka.

Sesungguhnya Cucu tahu, majoriti peserta yang dikatakan tidak mendaftar itu adalah terdiri dari kalangan anak-anak ahli parti pembangkang seperti PAS, Keadilan dan sebagainya. Umum sebenarnya sudah mengetahui bahawa Program Latihan Khidmat Negara sebenarnya satu program yang membazir wang rakyat dan semata-mata untuk memberi keuntungan kepada kroni-kroni UMNO terutamanya puak-puak Dato' Najib sebenarnya. Seperti yang telah Cucu perjelaskan dalam artikel Cucu terdahulu bahawa setiap kem akan mendapat untung hampir RM 1.2 Juta dalam masa hanya 3 bulan melaksanakan program tersebut.

Cucu difahamkan, maka hingga ke hari ini berlumba-lumbalah puak-puak UMNO haprak ini menghantar proposal "Kertas Kerja" cadangan tapak kem PLKN yang baru. Dan dari sumber yang boleh dipercayai di Pekan sahaja ada 2 kem baru akan wujud tidak lama lagi. Satu di Chini dan satu di Sg. Miang ( Kawasan penempatan haram pendatang tempatan yang diimport dari utara untuk memastikan kemenangan Najib dalam pilihan raya umum baru-baru ini - seperti yang disiarkan di Harakah).

Maka, yang mendapat untung besarnya ialah puak-puak UMNO dan Najib sendiri. Justeru itulah mereka tidak mahu langsung mengendahkan agar program ini ditangguhkan dulu sebelum kajian terperinci dibuat oleh semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang. Setakat ingin melahirkan generasi yang lebih berdisiplin dan mempunyai semangat juang yang tinggi, tetapi naluri dalaman atau pembangunan kerohanian diabaikan. Ia seolah-olah membuka ruang bagi merosakkan akidah para peserta terbabit.

Cucu difahamkan banyak perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu termasuk mengasingkan peserta lelaki dan perempuan, memasukkan program agama, serta memastikan jurulatih-jurulatih atau mereka yang terlibat dipilih di kalangan individu yang sememangnya layak. Ini berbeza, Cucu dengar untuk pemilihan jurulatih ataupun fasilitator, pihak PLKN mengadakan temuduga dan membuka peluang kepada semua pihak. Namun untuk pemilihan nama, ia diserahkan kepada sebuah konsultan yang mana akhirnya mereka yang sepatutnya diterima sebagai jurulatih / fasilitator akhirnya diketepikan. Sebaliknya mereka yang tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dipilih oleh konsultan terbabit. Inilah yang menyebabkan berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini di sesetengah kem sebelum ini.

Justeru itu sebagai pemerhati bebas PLKN, Cucu sekali lagi berharap agar kerajaan dapat menangguhkan dulu program tersebut dan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap lebih 8000 peserta yang gagal mendaftar itu. Kita perlu fikir mengapa mereka tidak mahu mendaftar? Sebab banyak maklumat yang diterima oleh para ibu bapa, PLKN langsung mengabaikan program-program agama, seperti solat berjemaah, kuliah agama, tazkirah dan sebagainya. Padahal sebelum ini ketika Cucu terlibat dengan program Biro Tatanegara, semua elemen agama tersebut ada, dan tidak pernah dipolitikkan langsung. Tetapi mengapakah dalam PLKN, kerajaan tidak peka terhadap perkara ini. Inilah yang menyebabkan ramai peserta tidak dibenarkan hadir oleh ibu bapa mereka.

Bayangkan selama 3 bulan di kem, anak anda yang selama ini diberikan didikan agama yang secukupnya, solat 5 waktu termasuk berjemaah. Tetapi bila mereka berada di kem PLKN, semua itu tidak digalakkan!! Bahkan Cucu mendapat maklumat program bermula seawal jam 6.00 pagi di padang kawad, dan barang sesiapa yang bersolat subuh pasti akan ketinggalan untuk hadir di padang kawad pada masa yang ditetapkan, akhirnya akan didenda. Tempoh 3 bulan adalah satu jangka masa yang lama sebenarnya, bahkan dalam tempoh tersebut sekiranya penerapan agama diabaikan, maka yang akan menjadi mangsa ialah peserta itu sendiri. Bagi anak-anak orang UMNO, mereka memang suka program seperti ini, bercampur gaul lelaki dan perempuan, bersuka-ria, bertepuk tampar dan sebagainya. Tapi bagi anak-anak orang PAS terutamanya, sudah pasti kita tidak mahu akhlak dan akidah anak kita dihancurkan oleh PLKN (Projek Lumayan Kroni Najib) ini.

Semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, apabila pihak polis mengadakan operasi menangkap peserta-peserta terbabit hendaknya. Ingatlah, berpijaklah di bumi yang nyata. Mengeluarkan waran tangkap kepada peserta terbabit sebenarnya jelas membuktikan pihak terbabit sudah hilang pertimbangan. Jangan biarkan anak-anak anda dirosakkan akhlak mereka oleh program mungkar dan membazir seperti PLKN ini.. Selamatkan generasi kita.. Islam Dulu, Kini dan Selamanya. Takbir !!!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!!

Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
cmk_pahang@yahoo.com - 25.06.2004
 
Lebih 70% GRO Di Lembah Klang Datang Dari Kelantan?
06.27.04 (12:58 am)   [edit]
IB menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh 'penasihat' belia, Sdr Mustafa. Namun apakah benar yang diperkatakan dan apakah motif sebaliknya? Dan jika disiasat dengan lebih - terbongkar tahap mentaliti seseorang itu.
Begitulah parahnya implikasi apabila membuat sesuatu kenyataan tanpa berfikir semasaknya. Atau apabila sesuatu kenyataan dibuat oleh orang yang kurang cerdik.

Yang IB takuti, apakah kerana 'nasihat' dari 'penasihat' inilah yang mengalakkan para belia itu menjadi GRO?

Dengan mengatakan 13,000 dari 18,000 jumlah GRO di Lembah Klang adalah dari Kelantan bermakna jumlah keseluruhan dari negeri-negeri hanya kurang dari 30%. Amat tidak logik.

Tetapi yang paling utama, bagi menyebut bilangan dengan pecahan negerinya sekali - sudah tentu suatu kajian yang agak menyeluruh telah dilakukan.

Apakah kaedah kajian? Bila dilakukannya? Siapa yang menjalankan kajian tersebut? Harap dapat dikongsi bersama supaya dapat dibuat penelitian yang sewajarnya untuk diadakan suatu perancangan yang teliti untuk mengeluarkan anak-anak gadis ini dari lubuk maksiat. Bukannya dibiar mereka berterusan dalam kemaksiatan.

Jika benar kita dapat kenalpasti sedemikian rupa, kenapa kita biarkan sahaja. Di mana perginya pejuang bangsa kita? Kenapa mereka membisu? Bukankah ini suatu tanggung jawab yang besar untuk mengeluarkan anak-anak gadis ini dari terus bergelumang dengan maksiat?

Apabila mengeluarkan statistik seperti itu, 'penasihat belia' tersebut harus peka dan serious mencadangkan langkah-langkah pemulihan. Takkanlah nak dibiarkan begitu sahaja. Apa guna jadi penasihat?

Langkah terbaik dan paling mudah yang sepatutnya diutarakan oleh 'penasihat belia' ini ialah membuat saranan kepada kerajaan dan PBT di Lembah Klang untuk menutup sarang maksiat yang beliau telah kenal pasti dari kajian beliau itu.

Beri sahaja senarai Pub / Karaoke Lounge dsbnya itu kepada mereka yang bertanggung jawab. Lakukan tangkapan dan pendakwaan segera dan diikuti dengan langkah pemulihan. Jangan dibiarkan anak-anak gadis itu terus dalam maksiat.

Sekurang-kurangnya Hishamudin berani pergi sendiri ke Internet Café yang dikatakan dikunjungi oleh budak-budak ponteng. Mungkin itu satu publicity stunt.

Kenapa terdapat ramai anak-anak gadis dan juga belia lelaki berhijrah dan mencari pekerjaan di Bandar? Bukankah di bandar ada disediakan tempat kerja yang sah. Banyak anak-anak gadis menjadi Minah Kilang atau Minah Current di pelbagai kawasan perindustrian di seluruh negara. Begitu jugalah bila disediakan peluang pekerjaan di karaoke dan pub, maka adalah orang yang nak cari kerja.

Jalan penyelesaian - tutup pub dan karaoke. Bukankah itu lebih mudah?

Mereka yang datang ke KL bukan kerana tiada kerja di Kelantan. Mereka ke KL kerana glamour. Mereka ke KL kerana mentalilti material. Mereka ke KL kerana hiburan. Mungkin juga ada yang tertipu dan dipaksa - maka yang menipu dan memaksa itu yang punya angkara. Bukan kerana kerja tak ada di Kelantan maka mereka berhijrah ke KL jadi GRO. (salah konsep hijrah tu!).

Tetapi mereka jadi GRO di KL kerana tidak dapat jadi GRO di Kelantan.

Sekian.
Ibrahim Baba
24 Jun 2004
 
BAPA BOREK ANAK RINTIK
06.25.04 (7:20 pm)   [edit]
KUALA LUMPUR 23 Jun - Sebanyak 21 tan metrik ekor lembu dan kerbau beku dari China yang diisi dalam 1,084 kotak bertanda `Keluaran dari New Zealand' dan tiada tanda halal, dirampas di Kompleks Selayang di sini semalam kerana ia dibawa masuk tanpa permit import (AP).(more...)
 
Petisyen Pilihan Raya Permatang Pauh: Umno Kemukakan Saksi Palsu
06.25.04 (7:18 pm)   [edit]
Perbicaraan petisyen Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh yang telah masuk hari ketiga, menyaksikan beberapa lakonan penipu Umno mulai terbongkar. Saksi-saksi umno yang dipanggil memberikan keterangan, mulai terperangkap dengan skrip yang direka-reka.
Sebelum itu, Fernando telah meminta mahkamah menolak kenyataan saksi-saksi umno, kerana kenyataan bertulis itu sepatutnya diberikan 2 minggu lebih awal kepada mahkamah, SPR dan pihak Azizah, bukannya pada hari perbicaraan. Namun, seperti biasa, hakim yang didatangkan khas dari Alor Setar ini menolak permohonan Fernando.

Yang menariknya, apabila salah seorang saksi pihak Imam Duit, Pn. Fadilah iaitu, isteri Arif Syah- Adun Seberang Jaya, memberikan keterangannya. Dengan lagak yang sombong, beliau mendakwa pada malam kiraan undi, kononnya pihak SPR telah membenarkan salah seorang ahli keAdilan (Sdr. Sazli) menaiki pentas dan mendekati peti-peti undi yang boleh menimbulkan syak, lebih-lebih lagi dakwanya, kedudukan peti-peti undi itu telah berselerak pada keesokan paginya untuk proses pengiraan semula.

Apabila ditanya Fernando bagaimana dia boleh mengetahui bahawa Sazli itu ahli Keadilan, maka dijawab Fadilah, dia melihat di dalam kereta Sazli terlekat lambang keadilan berukuran 1 inci.

Apabila ditanya nombor keretanya, maka dijawab saksi beliau tidak nampak. Secara sinis Fernando mengatakan. Lambang 1 inci boleh nampak, plat kereta yang besar tak nampak.

Fernando: Kenal tak Che Jam Harun?

Fadilah: Kenal, Ketua Wanita Bahagian Tasek Gelugor.

Fernando: Keadilan atau Umno?

Fadilah: Ketua Wanita Umno.

Pernando: Tahu tak bahawa Sazli ialah Setiausaha Khas kepada Senator Che Jam Harun. Adakah wajar Setiausaha Khas Ketua Wanita Bahagian Umno, ialah ahli Keadilan?

Fadilah: Tidak wajar. [Ketika ini muka saksi dah jadi kecut dan pucat]

Soal balas oleh Fernando benar-benar mengejutkan pihak umno.

Imam Duit yang turut berada di mahkamah ketika itu kelihatan gelabah habis. Duduknya sudah tidak tenteram. Mukanya berubah merah. Songkok hitam yang dipakainya mula ditanggalkan. Saksi-saksi palsu dengan skrip yang direka-reka mulai terdedah di mahkamah. Mereka sedang terperangkap dengan skrip yang direka-reka.

Bersambung ……

- Mat Sepai - 25.06.2004 - Gambar kiriman Mat Sepai
 
Talkin buat Massa...
06.24.04 (8:37 pm)   [edit]
Oleh Anual Bakhri Haron
TERKUBURNYA majalah Massa seperti yang diulas dalam bentuk rencana di Utusan Malaysia pada 17 Jun 2004 mengesahkan lagi perihal muaknya masyarakat pembaca terhadap sebarang usaha keterlaluan untuk memperbodohkan mereka.

Melalui Massa, khalayak seakan dihantar “hingga ke dapur” dan dipimpin untuk memilih pinggan yang mana dan siap disendukkan gulai dan nasinya.

Minda mereka diprogramkan menyerupai warta jam 8 atau rencana pengarang Utusan Malaysia. Ia hampir tidak dibenarkan langsung untuk beranalisis di luar dari lorong perdana semasa seperti yang dirintis oleh Awang Selamat. Inilah yang menjadikan Massa akhirnya “selamat dikebumikan”. Jika perlu dibuktikan unsur-unsur yang terlalu mengatur seperti yang dimaksudkan, ia boleh dilihat dalam petikan-petikan ini:

“Adalah haram jika ada lagi gerakan untuk menubuhkan negara Islam sedangkan negara ini sudah menjadi negara Islam. Pengisytiharan tidak semestinya dibuat oleh ulama kerana yang penting ia pemimpin tertinggi dan paling berpengaruh.” Massa 1 – 7 Mac 2003.

“Azalina memang layak untuk menjadi pelapis dalam perjuangan Umno. Beliau ada wawasan, bertenaga serta pintar.” Massa 13 – 19 Mac 2004.

“Dato' Dr Mashitah Ibrahim bukan ahli politik. Kepimpinan dilihat memilih beliau sebagai calon berdasarkan populariti dirinya.” Massa 13 – 19 Mac 2004.

“Kalau betul Dato' Dr Abdul Monir Yaakob ini bertanding dalam pilihan raya, ini adalah satu titik perubahan kepada Umno.” Massa 13 - 19 Mac 2004.

“Kita akan rugi jika Dato' Seri Nazri Aziz ini tidak lagi diberi peluang memimpin.” Massa 13 - 19 Mac 2004.

“Keadaan negeri sendiri yang teruk, memaksa beribu-ribu anak Kelantan berhijrah ke negeri lain. Anak-anak Kelantan di perantauan berjumlah lebih 750,000.” Massa 14 - 20 Februari 2004.

Dari enam petikan berkenaan, tidak syak lagi yang Massa adalah Umno dan begitulah sebaliknya. Massa adalah burung kakak tua. Dengan keadaan ini, orang Melayu rata-ratanya merasakan membazir masa dan wang untuk membeli informasi yang basi. Ia cuma siaran ulang tayang yang dipindahkan dari visual skrin TV kepada kertas bercetak yang bergambar.

Apa perlunya mereka membeli untuk sekadar mengunyah berita basi yang penuh propaganda. Mungkin mereka lebih menghargai dua balang tong gas yang boleh menghidupkan api di dapur selama dua bulan dari terus membelek-belek hikayat selorong yang tidak pernah mencabar minda.

Percubaan Puan Maria Abdullah menyamakan Massa dengan FEER atau Majalah Time (Utusan Malaysa 17 Jun 2004) saya anggap sedikit keterlaluan. Lihatlah sikap profesional kedua-dua majalah antarabangsa itu dalam menyoroti berita. Mereka mengupas setelah melapor.

Massa dalam banyak hal lebih gemar menyogok dan mengatur. Khalayak jarang sekali diajak berfikir, diajar cara berfikir dan membuat kesimpulan sendiri. Mereka seakan-akan diatur apa yang patut difikir. Mereka tidak diajar “how to think but what to think.” Ini yang ramai naik meluat, menyampah dan loya. Kalau pun perlu membanding, bandinglah dengan mutu Majalah Dewan Masyarakat atau Dewan Sastera.

Membudayakan tabiat membaca di kalangan intelektual Melayu perlu cermat. Orang Melayu sudah ada ”taste”. Mereka selektif. Kita bukan lagi orang Melayu di awal tahun 1900 di mana apa sahaja yang boleh mengenyangkan perut terus disumbat.

Orang kini lebih melihat unsur khasiat dan perimbangan dalam diet. Khasiat ialah bahan yang tidak nampak tetapi ia tetap ada seperti juga dengan roh. Oleh kerana manusia itu mengandungi jisim dan roh maka makanan roh turut wajib dihidangkan dalam penulisan.

Massa nampaknya langsung tidak mengiktiraf roh berunsur kebenaran, fakta dan keadilan dalam menyediakan ramuannya. Ia cuma berkiblatkan pemerintah dan membebel bagi pihak pemerintah. Bukan asal sahaja bahan bacaan, ia terus akan dikunyah dan boleh mengasah minda.

[i][b]Datuk Zam menyalahkan sikap orang melayu yang tak minat membaca, menyebabkan terkuburnya Massa.Tapi artikel diatas, bagi saya ada kebenarannya...orang melayu dah ramai yg cerdik lagi pandai..
dah baligh pun.[/b][/i]

dipetik dari http://bigfield.blogspot.com/...
 
Taksub
06.24.04 (8:24 pm)   [edit]
Salam sejahtera pada semua pembaca sekalian. Mari kita fikir-fikirkan masalah Taksub. Kerajaan Malaysia cuba membawa seluruh rakyat di Malaysia ini, betapa buruknya perangai bila terlalu Taksub. Segala media dibawa pada masalah tersebut, TV selalu menayang slot Taksub bagi renungan kita. Tetapi rakyat Malaysia masih buta hati untuk menilai keTaksuban tersebut.
Pemaparan dan penayangan mengenai rancangan Taksub tersebut membawa beraneka Hikmat bagi renungan kita. Mungkin para pembaca lebih memahami apa erti Taksub tersebut tetapi mungkin lalai dengan penilaian keTaksuban diri dan sekeliling kita.

Kalau dilihat pada masa kini elemen Taksub kini sudah bermaharajagila di dalam diri semua rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu. Tetapi sayang, Taksub hanya dinilai pada masalah pengganas orang-orang Islam sahaja. Bagi saya, orang berfikiran tersebut adalah orang yang paling bodoh, buta, pekak dan bisu. Terdapat beberapa hikmat pada masa zaman milinium ini dari rancangan tersebut di antaranya adalah:

A. Terdapat orang-orang melayu yang terlalu Taksub dengan parti atau sebagainya, sehingga tidak mengenali.
1. Di mana satu parti yang membawa rahmat, berkat dan menepati kehendak islam serta diredai oleh Allah.
2. Parti yang menyemaikan sifat membunuh, menggalakkan, membenarkan dan menghalalkan bunuh membunuh, cuba kita renungi siapa membunuh orang islam dalam peristiwa memali dan arahan dari parti mana.
3. Parti dan kerajaan mana menggalakkan rasuah, di mana-mana ada rasuah. Sehingga hendak menyandang ketua surau pun ada rasuah. Ketua yang kaki rasuah semuanya duduk di puncak atas sehingga membentuk kekebalan dari jenayah rasuah.
4. Parti dan kerajaan mana yang menghukum rakyatnya tanpa bicara dan bukti, sehingga diseksa di dalam ISA.
5. Parti dan kerajaan mana yang menghalalkan judi, maksiat, kekejaman sesama islam dan sebagainya.
B. Harta benda dunia ditaksubkan di dalam diri tanpa memikirkan dosa dan pahala lagi.

1. Sanggup menipu, mengancam, menyeksa, menyekat dan membunuh jika segala kemewahan yang dimilikinya digugat oleh manusia lain sebagai contoh peristiwa Dato Sri Anwar Ibrahim.
2. Sanggup membuat fitnah dan menyebarkan ke serata pelosok dunia bagi membenarkan tuduhannya tanpa bukti nyata dan bicara sebagai contoh mudah peristiwa Memali dan Dato Sri Anwar Ibrahim.
3. Sanggup bersubahat dengan manusia manusia binatang dan berkelakuan seperti binatang. Dan menjual agama bagi bahan ketawa dan cemuhan masyarakat bukan islam. Sehingga orang orang melayu pun berani mendustakan agama islam sendiri dan mencemuhkannya serta menidakkan agama islam itu sendiri.
4. Sanggup mempertahankan dan mempengaruhi orang lain agar terjerumus didalam ketaksubannya. Memberi dan menyediakan habuan dunia pada mereka yang bersekutu dengannya asalkan kepentingan dia selamat.
5. Memperbodohkan, mengubahkan dan menekankan semua kuasa kuasa yang ada seperti Mahkamah, Jabatan dan sebagainya.
6. Menjual maruah, harga diri dan kawasan tertentu dengan golongan yang menjahanamkan diri, bangsa, agama dan negara.
7. Dan sebagainya.

Cuba kita renungi rancangan tersebut, kenapa hanya berkisar pada satu arah sahaja iaitu pengganas. Mereka bukanlah pengganas tetapi diganaskan oleh mereka yang ada kepentingan. Mereka bukanlah meminta untuk dibunuh dan disiksa tetapi maruah mereka tercabar oleh mereka yang bersifat binatang. Fikir fikirlah.
Jika terdapat kekurangan diharap pembaca lain menambah dan jika terdapat pendapat lain, dipersilakan kemukakan, sama-sama kita renungi.

- Azman, Kuching sarawak - 23.06.2004
 
Tawaran Pekerjaan GRO Di Negeri UMNO
06.24.04 (12:43 am)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Isu 13 000 rakyat Kelantan jadi GRO begitu memeranjatkan sekali, yang lebih memeranjatkan sekali ialah begitu banyak peluang pekerjaan yang disediakan bagi mereka yang menganggur di negeri terbabit.
Dengan jumlah sebanyak 13 000 dapat kita bayangkan berapa banyak pusat sedemikian di Kuala Lumpur dan Selangor. Maknanya di sini sekiranya anda menganggur maka anda boleh mencuba untuk meminta pekerjaan di tempat-tempat tersebut. Maka dengan akal yang mudah difahami pusat-pusat maksiat ini adalah sah dijalankan di sisi undang-undang. Jika sah di manakah lokasinya tentu sekali di Selangor dan Kuala Lumpur. Persoalannya kenapa tidak di Kelantan?

Sekarang ini ramai siswazah susah untuk mencari pekerjaan jadi pada pandangan saya apa kata anda memilih saja pekerjaan GRO kerana ia sah di sisi undang-undang di Selangor dan Kuala Lumpur.

Apa sebenarnya niat di sebalik pendedahan isu ini adakah untuk memberitahu kepada kita rakyat Malaysia bahawa negeri Kelantan itu tidak maju atau memberitahu kita Kelantan tidak suka kepada mereka yang berbuat maksiat. atau si pembawa isu mahu memberitahu kita bahawa di Kuala Lumpur dan Selangor tersedia begitu banyak pekerjaan dan peluang kepada mereka yang ingin menceburi bidang profesional ini.

Alhamdulillah niat pihak berwajib dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penganggur telah berjaya. Dahulu salah seorang penting dalam negara menyebut golongan penganggur bukan tanggungjawab pihak berwajib dan ada beberapa pihak lain menyalahkan para penganggur bahawa mereka kurang ilmu mereka tidak pandai berkomunikasi, mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Bolehkah saya bertanya salah siapa ? adakah kewajipan pihak IPT menyediakan program yang mantap untuk para graduan. Mereka tak henti-henti menyalahkan penganggur terhormat sedangkan isi dalam pengajian tidak di kaji keberkesanannya dan keperluannya dengan bidang pekerjaan masa kini.

Berbalik kepada isu 13 000 rakyat Kelantan menjadi GRO saya melihat kesalahan di letak kepada pihak berwajib yang menyediakan dan meluluskan kewujudan tempat-tempat maksiat ini.

Di mana orang-orang Kelantan yang lain ? tidakkah anda marah dengan isu ini. Maka selepas ini anak-anak gadis Kelantan yang keluar daripada Kelantan apabila pulang pasti akan dipandang serong. Sedangkan mereka mencari nafkah yang halal.

Tuan-tuan selalulah baca Harian Metro lihat di bahagian mahkamah lihat dari mana kes–kes khalwat didapati dan tuan-tuan akan dapat bahawasanya kes itu daripada utara tuan-tuan. Lihat lah semaklah buka mata luas – luas. Sedangkan di Utara ketua-ketua negara kita banyak terdapat di utara tanahair. Namun isu ini tak pula diheboh-hebohkan. Saya cabar anda untuk membuka Harian Metro dan lihat di mana kes-kes kesalahan syariah dilakukan.

Sedih saya membaca pernyataan si pembawa isu. Tidak terfikirkah dia tentang nasib anak bangsanya. Di Kelantan tidak ada tempat maksiat kerana pihak berwajibnya mementingkan sahsiah. Sedangkan di Kuala Lumpur dan Selangor tidak mementingkan sahsiah kerana mengejar dunia dan kebendaan. Maka salah siapa ? Adakah kita terlalu dungu untuk memikirkan benda semudah ini.

Saya pohon supaya di kalangan pihak Kerajaan dan UMNO untuk memperbetulkan perkara ini kerana ia bukan lagi isu politik tetapi isu maruah yang telah tergadai. Kasihan anak bangsa kita di perkotak-katikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Silalah mengambil tindakan kepada yang membawa isu ini kerana dia cuba untuk menjatuhkan maruah orang melayukan dan kedua-dua kerajaan negeri dan di antara parti politik seperti PAS dan UMNO (Iaitu kerajaan Negeri Kelantan - PAS dan Kerajaan Negeri Selangor - UMNO)

Ramai di kalangan teman-teman daripada Kelantan marah dengan kenyataan itu ternyata sipembawa isu menuding jari telunjuk menyalahkan pihak berwajib Kelantan tetapi dia lupa sebenarnya 3 jari lain menuding ke arah diri sendiri.

Saya yakin orang UMNO tidak akan begitu mudah menyalahkan orang lain. Saya yakin dengan kesopanan orang-orang UMNO.Ini adalah kerana jika orang menyalahkan kerajaan PAS kerana tidak menyediakan kerja maka kerajaan Umno juga harus dipersalahkan kerana menyediakan kerja tetapi yang sedihnya pekerjaan yang disediakan adalah pekerjaan yang hina di pandangan masyarakat Malaysia tidak kira Cina, India, Melayu dan kaum-kaum lain.

Saya bermohon agar Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat melihat hal ini dengan jelas bahawasanya terdapat amalan tidak benar dalam institusi kerajaan negeri di beberapa buah negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.

Saya mendukung Islam Hadhari yang dibawa oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya dapat membuktikan bahawa gejala kemaksiatan di hapuskan dari negara yang tercinta ini dan jika benar kita adalah sebuah negara Islam.

13 000 GRO itu bukan kerana mereka daripada Pantai Timur ini adalah kerana mereka itu diberi kesempatan dan peluang iaitu wujudnya pusat-pusat maksiat. Kita tidak mahu supaya negeri Selangor dan Kuala Lumpur menerima penganggur daripada negeri lain untuk bekerja di pusat-pusat maksiat yang telah diwujudkan dan disediakan oleh pihak berwajib di negeri terbabit. Biarlah pekerjaan yang diwujudkan di negeri itu adalah pekerjaan yang halal. Banyak lagi yang boleh dibuat.

- Haji Ridzuan Mat Isa - 23.06.2004

Dengan pembatalan petisyen pilihan raya di Kelantan ini, terutamanya yang melibatkan kerusi DUN jelas membuktikan bahawa mahkamah sebenarnya masih mengutamakan keadilan dalam sesetengah hal perundangan di negara ini. Ia jelas membuktikan kepada kita bahawa walau apa jua cara sekalipun yang dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk merubah keputusan Pilihan raya Umum baru lalu, tetapi ia tetap tidak direstui. UMNO Kelantan haruslah menerima hakikat yang kerajaan PAS masih relevan dan tetap diterima oleh rakyat Kelantan dan mereka adalah pembangkang di negeri tersebut.

Cucu juga berpendapat walaupun pihak kerajaan dan SPR diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abd Ghani Patail, iaitu individu yang dikatakan terlibat secara langsung dalam kes perbicaraan Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Namun, akhirnya keadilan masih berpihak kepada PAS, dan inilah yang sebenarnya diharapkan oleh seluruh rakyat terhadap perbicaraan yang melibatkan DSAI. Tetapi apakah malangnya nasib insan bernama Anwar Ibrahim, bila perbicaraan kes beliau, mahkamah seolah-olah menjadi seperti "Kartun", rakyat boleh mendahului keputusan mahkamah !! Ini yang menghairankan Cucu, bila dikatakan kes Anwar adalah satu "Konspirasi Politik" , ramai penyokong UMNO dan juga pemimpin mereka mempertikaikannya. Tetapi apa yang berlaku terlalu mendukacitakan, sehinggalah dalam kes rayuan Anwar baru-baru ini..hakim-hakim mahkamah boleh mengisytiharkan mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan keputusan kes rayuan DSAI. Inilah yang memeningkan kepala kita sebenarnya.

Justeru itu, iktibar dari keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes petisyen di Kelantan itu seharusnya dijadikan iktibar agar seluruh pejuang dan rakyat yang cintakan Islam serta keadilan agar dapat merancang sesuatu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Cucu juga sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya YAB Tuan Guru Hj. Nik Aziz atas keputusan ini, semoga dengan ini kerajaan negeri akan dapat melaksanakan segala pembangunan baik dari segi fizikal mahupun spirituil dengan lebih tersusun dan teratur selepas ini.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
cmk_pahang@yahoo.com - 23.06.2004
 
Petisyen Pilihanraya: Tahniah Buat Kerajaan Negeri Kelantan!!
06.24.04 (12:40 am)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan kesemua kes Petisyen Pilihan Raya di Kelantan semalam sesungguhnya sesuatu yang amat menggembirakan seluruh rakyat Kelantan, pejuang Islam, Keadilan dan seluruh rakyat Marhaen yang menyokong perjuangan Barisan Alternatif di seluruh pelosok tanah air sebenarnya. Tulisan Cucu sebelum ini yang mengatakan mahkamah boleh menangkan BN dalam kes Petisyen Pilihan Raya di Kelantan sesungguhnya tidak berlaku akhirnya. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana itulah yang diharap-harapkan selama ini. Tahniah diucapkan kepada kerajaan PAS Kelantan atas kejayaan ini, walaupun terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Pasir Puteh kepada BN. Sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri masih lagi dipimpin oleh PAS, walaupun terdapat ura-ura perancangan jahat ini akan dibuat oleh UMNO/Barisan Nasional dengan pihak mahkamah untuk memastikan kemenangan BN dalam kes Petisyen Pilihan raya tersebut dan seterusnya merubah tampuk pemerintahan negeri kepada UMNO / BN. Tetapi itulah realitinya, walau sehebat mana perancangan manusia tapi perancangan Allah itu lebih utama. PAS dan perjuangan Islam masih unggul dan diterima oleh seluruh rakyat di Kelantan dan Malaysia amnya.

Dengan pembatalan petisyen pilihan raya di Kelantan ini, terutamanya yang melibatkan kerusi DUN jelas membuktikan bahawa mahkamah sebenarnya masih mengutamakan keadilan dalam sesetengah hal perundangan di negara ini. Ia jelas membuktikan kepada kita bahawa walau apa jua cara sekalipun yang dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk merubah keputusan Pilihan raya Umum baru lalu, tetapi ia tetap tidak direstui. UMNO Kelantan haruslah menerima hakikat yang kerajaan PAS masih relevan dan tetap diterima oleh rakyat Kelantan dan mereka adalah pembangkang di negeri tersebut.

Cucu juga berpendapat walaupun pihak kerajaan dan SPR diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abd Ghani Patail, iaitu individu yang dikatakan terlibat secara langsung dalam kes perbicaraan Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Namun, akhirnya keadilan masih berpihak kepada PAS, dan inilah yang sebenarnya diharapkan oleh seluruh rakyat terhadap perbicaraan yang melibatkan DSAI. Tetapi apakah malangnya nasib insan bernama Anwar Ibrahim, bila perbicaraan kes beliau, mahkamah seolah-olah menjadi seperti "Kartun", rakyat boleh mendahului keputusan mahkamah !! Ini yang menghairankan Cucu, bila dikatakan kes Anwar adalah satu "Konspirasi Politik" , ramai penyokong UMNO dan juga pemimpin mereka mempertikaikannya. Tetapi apa yang berlaku terlalu mendukacitakan, sehinggalah dalam kes rayuan Anwar baru-baru ini..hakim-hakim mahkamah boleh mengisytiharkan mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan keputusan kes rayuan DSAI. Inilah yang memeningkan kepala kita sebenarnya.

Justeru itu, iktibar dari keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes petisyen di Kelantan itu seharusnya dijadikan iktibar agar seluruh pejuang dan rakyat yang cintakan Islam serta keadilan agar dapat merancang sesuatu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Cucu juga sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya YAB Tuan Guru Hj. Nik Aziz atas keputusan ini, semoga dengan ini kerajaan negeri akan dapat melaksanakan segala pembangunan baik dari segi fizikal mahupun spirituil dengan lebih tersusun dan teratur selepas ini.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/" title="http://cucumatkilau.blogdrive.com/" target="_blank"http://cucumatkilau.blogdrive...
cmk_pahang@yahoo.com - 23.06.2004
 
TENGOK, TENGOK ALASAN MEREKA
06.24.04 (12:35 am)   [edit]
Muka depan Utusan Malaysia bertarikh RABU, 23 Jun 2004 / 5 Jamadilawal 1425, BIL: 15 TAHUN KE-36 PP 362/12/2004 bertajuk Permohonan baru lesen stesen televisyen swasta mungkin beku. Kerajaan mungkin membekukan permohonan baru lesen televisyen swasta dalam usaha mengurangkan persaingan sengit di antara stesen sedia ada di samping menghadkan pengaliran unsur negatif terhadap rakyat.

Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, persaingan sengit itu telah mendorong kepada penyiaran banyak program berunsur ganas dan seks.

Apakah yang dapat kita kutip dari pernyataan di atas. Kita perturunkan satu persatu seperti berikut:

1. [b]Membekukan permohonan baru membawa [/b]maksud Kerajaan meluluskan semua lesen yang telah dimohon terdahulu. Maknanya stesen baru yang katanya ada 80 saluran akan memulakan siaran pada akhir tahun ini tidak termasuk di dalam kategori permohonan baru. Dah lulus lah tu. Ini idea roti canai atau idea lama sebagai justifikasi apabila stesen baru bermula nanti. Apabila di persoalkan rakyat kenapa lesen di berikan maka akan di maklumkan mereka telah lama memohon lesen tersebut. Teknik ini merupakan MENDAHULU MASA bagi mengelirukan rakyat. Dibuat-buat sibuk lebih dahulu, seolah-olah mereka amat mengambil berat pandangan rakyat, sebaliknya hanya wayang sahaja.

2. [b]Mengurangkan persaingan sengit[/b]. Adat berniaga hendaklah bersaing. Rakyat disuruh bersaing dalam semua bidang tetapi apabila mereka ingin menguasai sesuatu bidang itu, beginilah helah kerajaan BN. Apa salahnya sikit kongsi sorang sikit dan bila banyak kongsi sama banyak. Inilah tabiat orang tamak haloba, sikit pun dia hendak, banyak pun dia sorang juga hendak. Polisi dan dasar menipu dan berbohong telah menjadi sebahagian budaya mereka.

3. [b]Menghadkan pengaliran unsur negatif[/b]. Inilah di antara perkara paling tidak munasabah dilakukan kerajaan Islam Hadhari BN apabila telah tahu unsur negatif, bukan menghalangnya tetapi menghadkannya. Sekali pun amalan Islam Hadhari mereka, takkanlah unsur negatif pun ada had hadnya. Dah tahu negatif tak perlulah lagi. Dah tahu benda busuk buangkanlah saja. Nak makan juga, tak boleh makan nak hidu juga? Benarlah, yang kotor dan jijik itu mainan orang yang kotor dan jijiklah juga.

4. [b]Program berunsur ganas dan seks[/b]. Ini menjelaskan Kerajaan Islam Hadhari BN menyedari adanya unsur ganas dan seks yang sedang ditayangkan oleh stesen TV sekarang ini. Jadi kenapa sudah bertahun lamanya tidak ada sebarang tindakan dibuat. Apa yang Kementerian Penerangan dah buat, makan gaji buta ka? Cakap tak pernah serupa bikin. Kes Noritta dan Canny bukan main siar setiap hari tetapi mengapa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim buat-buat macam tak tau sahaja? Bukankah ianya sama sensasi juga?

Cubalah buat satu kajian yang menyeluruh dengan mendapatkan pandangan semua lapisan masyarakat, kumpulan NGO dan pertubuhan lain, individu yang berwibawa bukan Profesor berbayar tetapi Profesor yang benar-benar ahli akademik, Alim ulama semua agama, semua peringkat umur dan berbagai lagilah. Takkan semuanya Pak Ngah nak sebut satu persatu kot, tentang kebaikan dan keburukannya ada banyak stesen TV. Kalau baiknya lebih banyak, apa salahnya, tetapi kalau buruknya yang lebih, bukan tidak dikeluarkan lesen, yang ada ni pun elok dikurangkan. Apa salahnya untuk kebaikan.

Ini tidak, tahap menteri pun bercakap pakai andaian sahaja. Mana ada kajian yang dibuat. Akhirnya akan jadilah macam Projek Bakun atau Insinerator Broga. Buat kerja secara rahsia-rahsia, bila gagal dan mendatangkan keburukan mulalah tunjuk jari sana, sini, orang itu salahlah, orang ini gagal dan sebagainya. Yang diri salah dan gagal, langsung tak usul periksa, Inilah akibatnya suka menipu dan berbohong. Kata orang tua dulu-dulu, orang yang suka berbohong dan menipu ni lama-lama jadi pencuri. Apa tak curinya, Projek 6 billion jadi 25 billion, pencuri duit rakyat lah tu.

Penutup kata dari Pak Ngah, mana ada manusia hidup menongkat langit. Lihat kepada Tun Mahathir, akhirnya berundur dia, apa yang diperolehnya hanya penghinaan rakyat berterusan. Walau pun jasanya besar, tidak dinafikan, tetapi kezalimannya juga besar. Rakyat berhak berpandangan begitu. Lihat Tunku Abdul Rahman, tetap disayangi walau pun ada kelemahannya tetapi lebih banyak kebaikannya. Akhirnya Harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama. Biarlah nama yang ditinggalkan kerana kebaikannya bukan kerana kezalimannya.

Tanggal 5 Jamadilawal 1425

…….. Salam dari Pak Ngah - 23.06.2004
 
TG Nik Aziz Diminta Suruh Kerajaan Islam UMNO tangkap 13,000 GRO!!
06.24.04 (12:29 am)   [edit]
TG Nik Aziz diminta menyuruh kerajaan Islam Hadhari UMNO tangkap 13,000 GRO dan tutup kesemua tempat hiburan tersebut. Kerajaan Kelantan dan Pemuda PAS Pusat menggesa Kerajaan mengambil tindakan jika ia benar berlaku.. Jangan hanya kerja buat fitnah. Cabar mereka mendedahkan syarikat hiburan mana yang menawarkan GRO dari Kelantan tersebut.
Tutup kesemua tempat hiburan tersebut dan negeri mana yang paling banyak menawarkan tempat hiburan dan GRO!! Dan hasil kerajaan negeri
tersebut yang didapati dari tempat hiburan yang menawarkan GRO!! Ini membuktikan perlaksanaan Syariat Islam berjaya kerana anak Kelantan yang nak buat kerja Kotor terpaksa ke negeri yang menawarkan tempat yang Kotor! Dan dedahkan juga jumlah GRO yang pendidikannya dari Sekolah Kebangsaan Umno dan Sekolah agama rakyat! Dedahkan juga Norita Shamsudin tersebut graduan mana.. Apakah dari SAR?? Apakah dari Universiti Al Azhar ataupun apakah dari Universiti yang Naib Canselornya yang bermisai tebal itu selalu berada di Majlis-majlis UMNO!! Dedahkan...

Lawan Tetap Lawan!!

Oleh Reformis Muda - 23.06.2004
 
Rosmah Mansor Lebih Islamik Daripada Endon Mahmud!
06.22.04 (6:53 pm)   [edit]
DS Rosmah Mansor Wanita Nombor 2 Malaysia telah pun mengorak selangkah ke hadapan berbanding DS Endon Mahmud Wanita Nombor 1 apabila beliau sudah mula berani berbicara tentang kesyumulan Islam.

Endon isteri kesayangan dan amat ditakuti oleh orang yang paling berkuasa di Malaysia pernah terlibat merasmikan majlis pelancaran Anti-Poligami anjuran Sisters In Islam dan beberapa buah Persatuan Wanita Sekular beberapa bulan sebelum Dolah Hadhari bertenggek di atas kerusi PM.(more...)
 
Karnival Keluarga Bahagia Penyayang: Imam Hadhari Terus Temberang
06.21.04 (11:55 pm)   [edit]
Bapa kepada Kamaluddin pengedar haram centrifuge untuk komponen senjata nuklear baru-baru ketika merasmikan Karnival Keluarga Bahagia Penyayang anjuran YB Menteri Shahrizat Jalil di Sunway Lagoon menasihatkan para peserta dan pengunjung agar menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga meskipun tiada sebarang masalah yang melanda.(more...)
 
haramjadah Akademi Fantasia(AF)!!!???
06.21.04 (6:32 pm)   [edit]
semasa tok dok jenguk2 komputer melayari internet, tok sempat jengok2 kat tv yang ditonton oleh adik tok kat astro ria(CH4) masa tu keudara rancangan yang memaparkan kegiatan AF serta konsertnya.

tok bukan nak mengulas mengenai konsertnya tapi mengenai orang2 kita(islam) yang berpusu2 dan berebut2 untuk memasuki dewan konsert seawal pukul 6 petang lagi sedangkan diwar2kan konsertnya bermula 8.30/9 malam jadi apa salahnya kalau masuk lewat dan kerjakan dulu kewajipan kepada yang Esa(Allah)-sembahyang maghrib dulu. Tapi itulah sikap orang islam kita(malaysia) yang berebut2 untuk memasuki dewan konsert dan kita tak nampak orang berebut2 memasuki masjid, kalau adapun masa sembahyang jumaat itupun masa nak keluar je, sampaikan tertonggeng2 kena tolak.

Islam hadhari dolah nampaknya berjaya membentuk manusia yang menyintai kebusukan lebih dari kewangian itu sendiri. Nampaknya tak lama lagi selepas beberapa tahun rancangna ini diadakan maka akan melimpah-ruahlah anak muda islam hadhari dolah badwi di bumi malaysia ini.

soal tiket juga menjadi persoalan kepada rancangan AF ini. pada musim pertamanya tidak dikenakan tiket, hanya pas2 masuk dikeluarkan kepada penonton yang ingin menonton. tapi tahun ini dah kena tiket pulak dah, bukan sikit tu tapi RM20-gilo apo orang yang menengoknya. Salah sorang penerbit eksekutifnya memberikan alasan bahawa pada musim lepas terlalu ramai orang ingin menonton jadi maka tahun ini terpaksa dikenakan tiket, nampaknya keling(ananda)jugak yang kaya, pi mai pimai orang tu gak kaya. pdahal orang kita yang bodoh menghabiskan banyak duit. dahlah kadar astro pun naik sekarang.

satu lagi adalah berchating sambil menonton CH15, banyak anak2 muda kita yang menghabiskan kredit handset untuk meluahkan kata2 yang tak berilmiah langsung bagi menarik orang ramai. sedangkan kadar bagi satu sms adalah sangat mahal.

nampaknya inilah dunia hadhari dolah badwi, bersama2 lingkupkan generasi kita sambil mengaut untung seberapa banyak yang boleh

tokjanggut
tokjanggut@mailblocks.com
 
Mahathir Mahataik The Rajah of Penang?
06.21.04 (5:42 pm)   [edit]
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Setelah agak lama tidak kedengaran khabar beritanya tiba-tiba pengkhianat agama dan bangsa tersohor Mahathir Kutty menjelma semula di paparan dada media dengan pelbagai publisiti yang bentuknya tidak pernah berubah sejak simahabangsat itu berkuasa pada tahun 1981 sehinggalah dia meletak jawatan secara terpaksa pada 31 Oktober 2003.(more...)
 
Calon Ketua Puteri Bahagian Dakwa Ada Surat Nikah Thailand Pencabarnya
06.21.04 (5:39 pm)   [edit]
Meskipun PM juga selaku Pemangku Presiden Umno Pak Lah melarang calon-calon yang ingin bertanding merebut jawatan-jawatan di peringkat Bahagian daripada menubuhkan kem-kem tetapi nasihat itu nampaknya tidak diendahkan oleh kebanyakan ahli-ahli Umno.
Budaya berkem-kem tidak dapat dipisahkan daripada Umno kerana amalan itu sudah lama berlaku dan hampir-hampir mustahil boleh dibasmi sepenuhnya.(more...)
 
Melayu Mudah Lupa atau Mamak Kutty Yang Sudah Nyanyok?
06.19.04 (10:40 pm)   [edit]
TKT Mahathir saran agar KERAjaan Kedah semak semula perjanjian dengan P.Pinang mengenai bayaran honorarium RM10,000 setahun kepada KERAjaan Kedah. Pada tahun 1994 (10 tahun yang lalu) si TKT yang ketika itu menjadi PieM MENOLAK permintaan KERAjaan Kedah di bawah Osman Arop agar bayaran RM10,000 setahun ini disemak semula dan kadarnya dinaikkan...!!! Dulu dia kata "Government Not Bound To Pay Royalty" - Kerajaan tidak terikat untuk membayar royalti - sebagai menjawab permintaan KERAjaan Kedah untuk menyemak semula kadar bayaran royalti (honorarium) daripada RM10,000 ke RM1,000,000 (RM1 juta) setahun. Dulu dia kata 'KARUT' - hari ini, dia pulak yang bangkitkan semula cerita karut. (more...)
 
Khidmat Negara : anugerah dari satu kegagalan
06.19.04 (6:44 pm)   [edit]
[b]IPTA rugi berjuta ringgit akibat vandalisme pelatih PLKN[/b]

KUALA LUMPUR 18 Jun - Hampir semua 22 kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menempatkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerugian berjuta ringgit akibat kegiatan vandalisme sebahagian peserta program itu.

Berikutan itu, terdapat IPTA yang enggan membenarkan kampus mereka sebagai pusat latihan kepada pelatih PLKN setelah menamatkan modul pertama di kem.

Perbuatan seperti merosakkan bilik, kunci pintu, meja dan pelbagai kemudahan lain itu menjadi antara faktor cadangan membatalkan modul di IPTA dan sebaliknya latihan hanya akan diadakan sepenuhnya di dalam kem.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri berkata, banyak kerosakan harta yang dianggap serius dilaporkan di kampus IPTA yang menempatkan pelatih PLKN itu. ``Hampir semua IPTA, ada yang teruk dan ada yang tidak seberapa tetapi keseluruhannya ada masalah vandalisme sehingga mencecah juta ringgit,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Problem lagi..Program ni memang sepatutnya digantung saja sehingga satu perancangan yang lebih teliti dapat di adakan..kalau agak susah,hapuskan saje program ni..buat habis beras aje..Itulah apabila politik dicampuradukan dengan agenda negara, macam nilah jadinya..tapi these morons will never learn, betul tak?

http://bigfield.blogspot.com/" title="http://bigfield.blogspot.com/" target="_blank"http://bigfield.blogspot.com/...
 
Nepotism in a raw form
06.19.04 (6:42 pm)   [edit]
How many "sijil" would Khairy Jamaluddin submit when he went to an interview for a COO job at Khazanah Holding?

Answer : Only ONE...Sijil Nikah
http://bigfield.blogspot.com/" title="http://bigfield.blogspot.com/" target="_blank"http://bigfield.blogspot.com/...
 
What Have U Done With My Tax Money?
06.19.04 (6:40 pm)   [edit]
WEB EDITION :: theSun says


[b]Making local government accountable[/b]

THEY spend some RM13 billion a year throughout the country. Their performance affects everyone in the country to some extent or other. They have more power to improve our immediate environment than anybody else.They are the local councils.

Right now, even the largest and those considered to be the best among them fall far short of standards that we expect."

Other examples of abuse abound. A particularly odious example is the recent one involving the Seberang Perai Municipal Council.
It is puzzling why a council should give out a contract for the supply of fresh cut flowers for an amazingly high cost of RM5,750 a week. The cost of the flowers is undoubtedly more than the salary of the council president.

What is equally amazing is the lackadaisical response to questions as to why that RM1.5 million contract was given in the first place.

It took a stake-out by theSun to ascertain that the flowers came from a company in Kuala Lumpur, a company which was not even involved in the flower trade.
 
web1000.com tak boleh access
06.19.04 (9:14 am)   [edit]
maaf kepada pengguna yang melibatkan link web1000.com keran tak boleh access
 
Mat Taib Berkempen Untuk Ku Li , Kempen Melanyak Najib Pun Bermula
06.18.04 (11:08 am)   [edit]
Cuba tuan-tuan dan puan-puan tengok muka DS Najib dan PM Dolah sejak akhir-akhir ini, ada tak tanda-tanda ceria melekat pada raut wajah kedua-dua pemimpin besar parti nasionalis Melayu sekular itu? Jawapannya tuan/puan akan tahu sendiri kalau tuan/puan sama ada secara sengaja atau pun tidak terpandang muka mereka di dalam mana-mana media baik cetak mahu pun elektronik. (more...)
 
Ku Li tetap rentap, Najib jangan gila bayang!
06.16.04 (7:21 pm)   [edit]
Semerluki menulis - "Timbalan Perdana Menteri `ehsan` Tun Mahathir,DS Najib Razak tanpa malu-malu memanjangkan kerja-kerja karut marut untuk terus meyakinkan pemimpin dan ahli Umno di peringkat bawahan terhadap kenyataan media yang telah dibuat oleh beliau pada 26 Mei lalu.(more...)
 
Bekas Timbalan Pengarah Operasi Hapus (Memali) Nafikan Umno Parti Samseng
06.15.04 (9:19 am)   [edit]
Radzi Sheikh Ahmad Setia Usaha Agung Umno yang baru, kelihatan begitu berselamba ketika menafikan dakwaan sesetengah anggota parti bahawa ada pihak-pihak tertentu di dalam Umno terlibat menggunakan khidmat samseng untuk tujuan mengekalkan kuasa pada mesyuarat agung cawangan-cawangan yang sedang rancak berjalan diseluruh negara bermula 1 Jun hingga akhir bulan ini.(more...)
 
Sungai Lembu Menerima Kunjungan DS Wan Azizah
06.15.04 (9:17 am)   [edit]
PERMATANG PAUH- 13 Jun 04, Permasalahan penduduk di Perkampungan Sungai Lembu dalam Parlimen Permatang Pauh, terus mendapat perhatian wakil rakyatnya, DS Wan Azizah Ismail. Sebagai wakil rakyat yang prihatin, sebarang permasalahan yang diutarakan, sama ada kecil atau besar, akan diselesaikannya sebaik mungkin.(more...)
 
Mesyuarat Cawangan Umno: Wang Mula Berterbangan
06.15.04 (9:15 am)   [edit]
Bekas Naib Ketua Penaja Pergerakan Pemuda Umno cawangan Bandar Baru Kuala Selangor mendakwa pihaknya telah diminta untuk membayar RM 1500 kepada seseorang jika mahu menjadi Ketua Pemuda di cawangan itu.
Bagaimanapun Encik Mohd Ramdhan bukan sahaja enggan melayani permintaan tersebut bahkan bertindak tidak mahu menghadirkan diri dalam mesyuarat agung tahunan Umno Cawangan Bandar Baru Kuala Selangor pada 12 Jun lalu kerana bimbang akan bersubahat dengan politik wang. (more...)
 
KONSERT SURE HEBOH
06.14.04 (11:34 pm)   [edit]
Seheboh namanya, patutlah begitu. Musnah dan punah ranahlah Islam kerana kehebohannya. Mana dia Mufti Perlis, [b]TOLONGLAH BERIKAN SEDIKIT PENJELASAN DI ATAS KONSERT YANG DI JALANKAN DI NEGERI HANG PA. [/b]Apa nak terus membisu seribu bahasa, nanti kalau di katakan ulama bisu jangan pulak nak marah no! (more...)
 
Negara Islam: Wong Foon Ulama Baru Umno
06.14.04 (11:32 pm)   [edit]
[b]Setelah para pencacai Umno yang diketuai oleh bekas pasangan khalwat Ziana Zain Najib Razak dan sepupu `bapuknya` juga selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia Hishamuddin Hussien memaki hamun dan memberi amaran keras kepada Lim Kit Siang supaya menghentikan segera tindakan mempertikaikan keaslian negara Islam Malaysia yang telah diisytiharkan oleh bekas PM Diktator Tua Mahathir, tibalah pula giliran rakan sekutu dunia akhirat Umno – MCA menyuarakan nada yang sama[/b].(more...)
 
Kerjasama MiTV [Malaysia] dan Runcon [Israel] Untuk Wawasan Islam Hadhari
06.13.04 (1:56 pm)   [edit]
Seperti dimaklumkan Sdr. Saifuddin dalam ceramahnya baru-baru ini syarikat MiTV milik jutawan judi terkaya di Malaysia, kroni pemimpin Umno iaitu Vincent Tan telah bekerjasama dengan sebuah syarikat Israel, Runcom Techonologies Ltd, beribu pejabat di Rishon Lezion, berdekatan Tel Aviv. Rancangan kerjasama ini telah dimaklumkan oleh Runcom dalam pembentangan kertas kerjanya dalam sebuah seminar di Orvieto, Italy pada Februari tahun lepas. . Rujuk [ http://www.itelco-usa.com/dow... ] -m/s 2 dan 22. Perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak dipercayai telah dimeterai ketika zaman TKT Mahathir lagi. (more...)
 
POLIS MENYAMUN PENGGUNA JALAN RAYA
06.13.04 (1:53 pm)   [edit]
ENTAH berapa ribu kali orang mengeluh kerana tidak puas hati cara kerja pasukan polis. Kalau tidak masakan ditubuhkan suruhanjaya terhadap kerja-kerja polis.

Kes yang hendak saya sebutkan ialah bagaimana polis trafik melakukan saman kelajuan yang sebenarnya adalah satu rompakan atau samun terancang yang dilindungi undang-undang. Kepada mana-mana anggota polis yang membaca tulisan ini harap jawab dengan tuntas supaya minda penulis dan pembaca dapat dijernihkan.(more...)
 
Berita Buruk Buat Haprak Yang Berkuasa
06.13.04 (1:50 pm)   [edit]
Kebijaksanaan konvensional adalah begini: Dengan pemulihan ekonomi, nasib politik Presiden Bush akan bergantung kepada apa yang berlaku kepada Iraq.
Bagi para haprak yang menguasai pentadbiran, ini ialah berita buruk kerana mereka tidak dapat serta mampu menguasai Iraq. Apa yang berlaku di Iraq antara sekarang dan pilihan raya depan bergantung kepada rakyat Iraq dan juga siapa jua mereka yang terlibat dalam negara bermasalah itu.(more...)

 
Akulah YB Datuk Pirdaus…. Ahli Parlimen Permatang Pauh
06.07.04 (3:13 pm)   [edit]
Tersengeh-sengeh penuh keyakinan, diiringi isterinya yang berpakaian kekuningan sedondon dengan warna bajunya, dia melangkah masuk ke Dewan Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Laporan awal TV mengesahkan, dia bakal diumumkan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, menumpaskan penyandangnya DS Wan Azizah.(more...)
 
Nazeri (Permit Teksi) bebaskan dirinya dan Rafidah daripada dakwaan rasuah....
06.07.04 (3:11 pm)   [edit]
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan Malaysia, Dato' Seri Rafidah Aziz, kini dibebaskan daripada dakwaan menerima rasuah.
Peguam Negara Malaysia telah menutup kes ke atas Rafidah kerana beliau berpuas hati bahawa tiada bukti yang cukup untuk mendakwa menteri tersebut, kata laporan akhbar tempatan di Kuala Lumpur semalam, sambil memetik satu kenyataan dari parlimen negara itu.(more...)

 
Satu Malapetaka Besar Buat Rakyat Melaka
06.07.04 (3:08 pm)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Cucu ucapkan syabas dan tahniah kepada Tan Sri Khalil, yang berjaya meyakinkan Pak Lah untuk melantiknya ke jawatan "kebal" yang setaraf dengan raja-raja negeri Melayu. Ini maknanya Khalil akan duduk semeja dengan Sultan Pahang, bekas bosnya semasa menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Rata-rata rakyat Pahang yang Cucu temui menyatakan perlantikan Mantan MB Pahang yang penuh dengan Skandal itu, sebenarnya adalah satu malapetaka besar buat rakyat Bumi Hang Tuah itu. Seingat Cucu Pahlawan Hang Tuah pernah berkata dulu " Raja Adil Raja Disembah , Raja Zalim Raja Disanggah". Jika dilihat kepada fenomena ini, Khalil sememangnya manusia yang zalim. Beliau Zalim dan tidak adil kepada rakyat Pahang. Hutan Balak "Dara" yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2010 telah ditarah dan ditebang oleh Khalil Balak Kop. Bagi Khalil, kuasa MB yang ada padanya dapat mengHALALkan segala perlakuan buruknya itu, bahkan beliau sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan sendiri berhubung dengan balak. (more...)

 
`Perasuah-Perasuah Mega` Yang Telah Dikebalkan
06.07.04 (3:05 pm)   [edit]
Ling Leong Sik bekas Presiden MCA / Menteri Pengangkutan nampaknya akan terselamat daripada sebarang dakwaan rasuah yang telah beliau lakukan di sepanjang kariernya sebagai ahli politik dan `orang penting` kerajaan lebih suku abad..
Bekas kroni rapat Tun Kepala Taik Mahathir itu telah dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan anak lelakinya sehingga memiliki aset bernilai berbillion RM pada usia semuda 27 tahun. `Kes penipuan` urusniaga yang melibatkan Leong Sik dengan Datuk Soh juga masih jauh daripada penyelesaian dan terus diperkatakan oleh masyarakat keturunan Cina khususnya ahli-ahli MCA. (more...)

 
Bohong-Bohong Sianak Kutty, Bohong Lagi Imam Hadhari!
06.05.04 (12:33 pm)   [edit]
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Hari pemerintahan PM kelima Dolahov telah pun memasuki babak seratus hari yang ketiga, namun tiada apa pun perubahan yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh rakyat marhaen bahkan ahli-ahli Umno sendiri apabila melihat beliau terus beretorika demi retorika semata-mata untuk menutupi kelembikkannya zahir dan batin.(more...)

 
Lawan Ketua Bahagian K.Selangor: Sumpah Adun Jeram diragui?
06.05.04 (12:28 pm)   [edit]
Saya akan mengulas pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kuala Selangor yang akan memulakan mesyuarat agung cawangan-cawangan pada minggu depan.

Selama ini saya lihat hanya penulis siber Cikgu Pencen yang agak aktif mendedahkan kepincangan yang berlaku khususnya melibatkan Ketua Penaja Bahagian juga selaku YB Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Daud Tarihep, Sekarang tibalah pula giliran saya. (more...)

 
TEORI PEMBAHAGIAN HADHARI AMALAN SEMASA TERKINI
06.05.04 (12:24 pm)   [edit]
[i]Beberapa pihak menyarankan supaya Pak Ngah mengurangkan loghat Kedah tu, dan Pak Ngah sahut cabaran tersebut…….. [/i]

Kita mulakan dengan satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau dan tiga untuk aku. Tapi rasanya lebih beradab kalau kami menerima kenyataan, apa salahnya lapan untuk tuan dan dua untuk kami. Tuan telah bersusah payah tanpa melihat kepada kepentingan diri, berkorban untuk rakyat tanpa mengenal masa dan penat lelah, selayaknya tuan menerima pengiktirafan begitu. Rakyat juga amat arif dan faham pengorbanan tuan. Indah sungguh kata disusun bagi memenangi hati orang atasan mereka. (more...)

 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...