Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


9 Kecelaruan Pendakwaan Dan Pemenjaraan Anwar
05.27.04 (1:23 pm)   [edit]
VENUE: Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Hakim: Abdul Hamid Mohamad, Rahmah Hussain dan Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud

Perayu: Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja

Kes: Hukuman sembilan tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Ariffin Jaka pada Ogos 2000 di bawah Seksyen 337 B Kanun Seksaan atas tuduhan meliwat.

Peguam Anwar: Christopher Fernando, Karpal Singh, Sankara N Nair, Pawancheek Marican dan Zulkifli Noordin.

Pendakwa: Abdul Gani Patail, Yusof Zainal Abiden, Tun Majid Hamzah dan Mohd Hanifah Zakaria. (more...)

 
Penerusan Kezaliman Abdullah Badawi Terhadap Anwar
05.27.04 (1:19 pm)   [edit]
KINI sudah lebih enam tahun mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merengkok di sebalik jeriji besi di Sungai Buloh.

Walau berulangkali menegaskan bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik peringkat tertinggi yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tetap dihukum untuk tempoh 15 tahun atas tuduhan rasuah dan meliwat oleh mahkamah.(more...)
 
Parlimen: Hasil judi Country Heights turut diguna bayar dividen Tabung Haji
05.26.04 (6:50 pm)   [edit]
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Hasil keuntungan daripada urus niaga judi Country Heights (CH) diakui menjadi antara sumber kewangan bagi Tabung Haji membayar dividen kepada pencarum.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdullah Mohd Zin ketika menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat hari ini mengakui bahawa Tabung Haji menerima keuntungan hasil pelaburannya terhadap syarikat CH.

Abdullah sebelum itu menegaskan bahawa Tabung Haji membayar dividen sehingga empat peratus kepada pencarumnya pada tahun 2003 iaitu lebih tinggi pada tahun sebelumnya.

Katanya lagi, pembayaran dividen yang tinggi kerana pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji mengalami keuntungan yang baik.

[b]Ikuti laporan selanjutnya dalam HARAKAH CETAK terbaru yang akan mula berada di psasaran Jumaat (28 Mei ini). [/b]

 
Parlimen: Kerajaan BN didesak jelas dakwaan bantu Mugabe bina istana RM30 juta
05.26.04 (6:49 pm)   [edit]
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelaskan kepada rakyat berhubung dakwaan Malaysia membantu Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, membina mahligainya yang bernilai lima juta pound sterling (RM30 juta)lagi harakahdaily.net
 
Proton's earnings decline by 54%
05.26.04 (3:48 pm)   [edit]
by:Kevin Tan

Proton Holdings Bhd's net profit for the financial year ended March 31, 2004 fell by 54% to RM510.07 million from RM1.11 billion a year ago, as car sales declined by nearly one-third.

In a statement on May 25, Proton said sales at the company level fell by 29.4% to 152,648 units in FY2004 from 216,083 units in the previous year due to "weaker domestic demand and intense competition".

Its revenue fell by 30.2% to RM6.47 billion in FY2004 from RM9.27 billion previously. Of its revenue, RM5.66 billion was from Malaysia and the rest from other countries.

Earnings per share declined to 92.9 sen from 201.9 sen a year ago. It also announced a dividend of five sen per share for FY2004 compared with the 20 sen a year ago.

Its principal subsidiary Proton Edar Sdn Bhd's contribution was also lower mainly due to higher incentive given to boost sales and lower optional accessories sales. Another Proton subsidiary Lotus Group International also recorded a small profit this year, it added.

Proton also said group operating expenses had declined 24.7% to RM6.12 billion in FY2004 from RM8.13 billion in the previous year.

Its cash pile was also reduced to RM2.56 billion as at March 31, 2004 from RM3.72 billion a year ago.
Despite the lower earnings, Proton remained optimistic about its prospects in FY2005 as demand from the domestic market was on the rise, based on orders received from its distributors.

"The higher demand and the launch of new models are expected to have a positive impact on the performance of the group," it added.

Meanwhile, Proton announced that it had proposed to make an offer to acquire a controlling stake in Italy-based MV Agusta Motor SpA which manufactures the MV Augusta, Cagiva and Husqvarna motorcycles.

http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bbedb63f-cb73c03a -511e0a00-f73ec7f9" title="http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bbedb63f-cb73c03a -511e0a00-f73ec7f9" target="_blank"http://www.theedgedaily.com/c...
 
Igauan Politik Gara-gara Anwar Ibrahim
05.26.04 (3:27 pm)   [edit]
Gagasan Barisan Nasional (BN) dan parti utamanya, UMNO semakin tertekan apabila berdepan dengan perpecahan daripada dalam. Walaupun sudah berjaya menang besar dalam pilihan raya umum yang berlalu, dengan keputusan yang terbaik pencapaiannya, ia masih teraba-raba hingga mencetuskan petaka. Hasilnya ramai pemimpin yang termangu-mangu, lebih takutkan masa depan tidak menentu; berdepan igauan apakah parti komponen gagasan dapat terus bertahan. Masyarakat Melayu sudah berpecah, hilang arah, serba salah dan masih mencari seorang tokoh baru untuk memimpin bangsanya gara-gara kehilangan seorang tokoh begitu apabila UMNO memperlekehkan budaya Melayu ketika memecat Timbalan Presidennya, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri negara, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998[+]
 
Penderaan Pengasuh dan Pengadilan Secara Histeria
05.26.04 (3:25 pm)   [edit]
Seorang pembantu rumah warga Indonesia telah didera dan diseksa. Ini bukannya perkara baru, kerana kerja-kerja mendera dan menyeksa pengasuh dari negara asing sudah dianggap perkara biasa. Tidak ada sesiapa yang mahu ambil peduli. Kecuali segelintir manusia daripada pertubuhan amal ataupun pertubuhan bukan-Kerajaan (NGO). Kerajaan sengaja berdiam diri seolah-olah bibirnya terkunci. Semuanya bermula pada minggu lalu, apabila tersiar kisah seorang pengasuh muda Indonesia bernama Nirmala Bonat dengan kisah penderaan dan penyeksaan yang merosakkan barang tubuhnya. Kisah tragis itu mewarnai muka depan akhbar perdana Malaysia sekali gus meledakkan satu histeria seluruh negara[+]
 
Laksana Beruk Diberikan Cincin
05.24.04 (11:34 pm)   [edit]
Pada satu ketika dahulu kerajaan Selangor pernah mengagihkan komputer riba kepada Ahli Dewan Undangan Negerinya. Walaupun pemberian itu tidak membawa sebarang makna, siapa pula yang mahu mengambil kira. Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Mohamed (Mike Tyson) Taib mempunyai keyakinan betapa wakil rakyat negerinya mesti mempunyai daya unggul dalam teknologi. Yang pasti ialah memberikan mereka komputer riba agar mudah berhubungan setiap masa dengan kerajaan negeri dan juga penduduk dalam konstituensi mereka. [+]
 
Catatan Hidup Seorang Pejuang Bernama Anwar
05.23.04 (3:48 pm)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak berani menyatakan pendirian tentang rayuan ikat jamin Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sesungguhnya satu keputusan yang sudah dijangkakan oleh ramai pemerhati politik tanah air. Sebagai seorang daripada rakyat Malaysia yang selama ini mengagumi ketokohan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Cucu berharap agar semua pejuang Islam dan Keadilan tidak terlalu emosi dengan keputusan yang jelas dilihat mencabuli hak Saudara Anwar sebagai rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Kerajaan hari melayan Saudara Anwar lebih teruk dari seorang "Pengganas" atau "Komunis". Saudara Anwar Ibrahim dilihat pemangkin kebangkitan rakyat terbanyak bagi menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di negara kita selama ini. [+]
 
Wajah pendera Nirmala Bonet
05.23.04 (3:28 pm)   [edit]
Wajah pendera Nirmala Bonet:

tapi...suami sukar disabitkan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi... samalah
macam kes Rahim Bapak Anjing dulu.
Sukar nak buktikan... sukar nak tentukan siapa yang melebamkam muka DSAI... 
sedangkan pada masa yang sama, pelbagai bahan bukti, saksi, serta undang-undang
boleh dicipta dan diubahsuai untuk mensabitkan DSAI dengan pelbagai dakwaan
palsu... oh PolisrajaDi Malaysia...! Kes ini baru sangat berlaku jika nak dibandingkan dengan kes tahun 1993 hasil rekaan dan pindaan Musa
Hassan tu !!

 
TERKINI:Ikat Jamin DSAI dan Sukma DITOLAK.
05.22.04 (10:07 pm)   [edit]
Ikat Jamin DSAI dan Sukma DITOLAK.

Alasan: Mahkamah Persekutuan tidak punyai bidang kuasa untuk meluluskan permohonan ikat jamin yang dibuat selepas pendengaran permohonan rayuan. Pulak daaaaahhhhhh!
 
Perbezaan antara pemimpin berjiwa mulia dan pemimpin Bolehland
05.22.04 (9:59 pm)   [edit]
Perbezaan antara pemimpin berjiwa mulia dan pemimpin Bolehland:

[b]Sonia Gandhi [/b]
1 Menang pilihanraya tanpa tipu helah
2 Menolak pemintaan menjadi PM sungguhpun diminta - India untuk orang India bukan Italy

[b]Pemimpin Bolehland - Dollah Endon Badawi [/b]
1 Cemerlang – Teringin sangat menjadi PM sehingga sanggup menipu untuk menang dalam pemilu ke-11.
2 Gemilang – PM paling banyak berjanji tapi masih belum menunaikan janjinya.
3 Terbilang – kronisma & nepotisma terbilang: anak serta menantu menjadi kaya-raya dan gila kuasa selepas Endon Badawi menjadi PM.

- Kiriman OEL
 
Kisah Penderaan Tahanan ISA No 39/01 Untuk Tatapan Pak Lah
05.22.04 (2:40 pm)   [edit]
[u][b]Petikan drp MalaysiaKini: Dot Mai Kembali - Hishamuddin Rais - 21.05.2004 [/b][/u]

(Laporan Utusan Malaysia 19 Mei)
Tidak benar tahanan ISA didera seperti di Abu Ghraib: PM
"PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa dakwaan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didera seperti tahanan di penjara Abu Ghraib, Iraq adalah tidak benar sama sekali.

Perdana Menteri yang menyifatkan dakwaan itu sebagai `nakal' berkata, mereka yang membuat dakwaan itu tidak sepatutnya membuat tuduhan sesuka hati, sebaliknya wajar memberi bukti-bukti kukuh kepada kerajaan untuk diambil tindakan sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Setakat ini saya tak pernah dengar apa-apa yang spesifik seperti kekejaman yang berlaku di Abu Ghraib, tidak ada dan saya berani kata tidak akan berlaku penderaan tahanan seperti yang berlaku di sana."

"Tentulah tuduhan itu tuduhan yang berat tetapi itu bukanlah sesuatu yang kita lakukan."

"Tetapi kalau mereka ada sesuatu yang spesifik, yang mereka benar-benar tahu, cakaplah betul-betul dan tidak payahlah buat tuduhan rambang kerana kita pun sukar hendak ambil tindakan," tegasnya.

Apabila saya membaca berita ini saya ingin ketawa terbahak-bahak (atau sebenarnya saya ingin meratap menangis). Dari dulu lagi saya telah menulis dan menyatakan dalam affidavit saya: '… kalau sesiapa mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tahanan ISA tidak didera samalah seperti mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Nabi Muhamad makan babi….' ( sila baca affidavit Hishamuddin Rais dalam kes mala fide). [+]
 
Zaid Ibrahimov dan Bekas Penjenayah Seksual Pulau Carrey
05.22.04 (2:19 pm)   [edit]
Oleh si Songkok Tinggi Kapar

Assalamu`alaikum Tuan Pengarang!
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Noh Omar siang-siang sudah memulakan kempennya untuk menduduki salah satu kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Sejak tiga empat hari kebelakangan ini dia kelihatan sibuk mempromosikan mukanya bak kambing bandot (kambing jantan) itu di media cetak dan elektronik penjilat yang dikuasai oleh Umno BN Hadhari.[+]

 
Transkrip Pendengaran Rayuan di Mahkamah Persekutuan 10 Mei 2004 (Hari Pertama)
05.21.04 (1:52 pm)   [edit]
Wednesday, 19-May-2004 7:19 PM

ANWAR IBRAHIM APPEAL HEARING[+]
 
KDN suka tengok rakyat mabuk seks haram, tapi...KDN tak suka HARAKAH sbb takde gambau seks
05.19.04 (5:52 pm)   [edit]
SATU masa dulu, masyarakat dikejutkan dengan VCD lucah yang berlambak di pasar mini, pasar malam, di kaki lima sehingga memaksa polis, majlis perbandaran dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna melancarkan operasi merampas serta menahan penjual dan pengedarnya.[+]
 
SEMANGAT GOTONG ROYONG BERSAMA PAK NGAH
05.19.04 (5:44 pm)   [edit]
Tersebut dulu nya satu cerita, Pak Ngah teringat lagi kat dia, Alfatihah, dah arwah dah pun, tetapi terkenai lah di utara semenanjong. Kalau naik bas dari Bagan (Butterworth) ke Sungai Petani atau Alok Stak (Alor Setar), Bas United tu lah, mesti jumpa arwah ini. Orang panggil dia pun Pak Ngah juga. Bawa payung dan galas beg BOAC, dengar cerita Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang bagi beg tu masa balik dari UK tuntut kemerdekaan dulu, wallahu’aklam. Dia ni, kalau nampak orang muda melayu, terutama perempuan kalau duduk dengan lelaki bukan melayu di satu kerusi dalam bas, mesti dia kata “kapiaq, kapiaq”. Jadi kalau ada orang nampak dia tak berani nak duduk sembarangan.
Arwah ini suka juga minta duit kat orang dewasa tetapi tidak pada budak muda. Bila dapat duit terus bagi kat budak muda tetapi kena pantun, gurindam sikit. Bunyi nya macam ini “ Lama sungguh tak jumpak Pak Ngah, burung terebang pi mai, pi mai. Buah keriang pun dah masak merah, Minta duit sekupang, Pak Ngah.” Arwah Pak Ngah pasti tersenyum dan akan berikan sebanyak mana duit yang dia dapat, (dari orang yang bagi kat dia). Walau pun arwah Pak Ngah begitu, ia tidak pernah menyusahkan masyarakat keseluruhan sebalik nya, kalau tak nampak Arwah Pak Ngah tu dalam perjalanan dari Bagan ke Sungai Petani terasa sesuatu kehilangan pulak. Bandingkan dengan kehidupan hari ini, walau PM yang lalu tu dah pergi dan dapat PM baru, tetapi tak terasa apa-apa pun, bukan rasa kehilangan sebali nya kehidupan bertambah menjadi sempit, keliru, kesusahan dan kehilangan kebebasan hak yang hakiki. Kalau Arwah Pak Ngah tu masih ada, pasti dia akan sumpah seranah orang yang menyusahkan rakyat pada masa ini.

Pak Ngah teringat tentang Gotong Royong dalam zaman dulu-dulu. Gotong Royong Kenduri Kenara, Buat Masjid, Bersih Kubor, Cuci Parit, Baiki Jambatan, Merumput Sawah dan Kebun, Mengagau Ikan di parit/sungai, Bina rumah, pindah rumah. Orang tua dulu-dulu ni mana ada kira bayaq, apa-apa tulong dengan ikhlas, selesai kerja, makan bihun ke, bubok kacang (paling disukai), roti kapai, the O atau Kopi O dan ayaq kosong. Mulai kerja dengan baca doa dan habis kerja dengan baca doa. Berkat sampai anak cucu.

La ni, tengok lah apa dah jadi, kenduri kenara pakai “catering” mai kedarah, lepas tu balik, bagi lah sikit dalam sampui RM10, RM20 atau RM50. Mula makan jam 12.00 tengah hari sampai 3 petang. Adik beradik pun mai macam tetapi, habis makan, bersembang sikit balik. Mana nak ada silaturrrahim yang baguih. Kalu dulu, seminggu lagi, orang kampong dah mula ambik kayu dan bahan nak buat balai untuk marhaban dan tempat baca doa dari masjid. Tiga hari sebelum kenduri, pakat gotong royong bina balai dan tempat mengidang, memasak dan membasuh. Hari kenduri pukui 5 pagi dah mai, sembeleh lembu dan memulakan bermacam penyediaan makanan. Inilah nilai yang terbina silaturrahim yang sebenarnya.

Masa la ni orang modern akan kata, kita mana ada masa, mana nak cari orang, kan ada cari lebih mudah dan effesyien dan berbagai alasan bagi membenarkan tindakan depa, tetapi harus lah Pak Ngah ingatkan dapatkah nilai kemanusiaan di beli dengan wang, di pupuk tanpa masa, menjadi effisyien tanpa pratikal, menjadi mudah tanpa di bina semangat kasih saying. Nilai ini lah yang di pegang oleh orang tua kita dulu-dulu, walau pun orang kata tidak maju, tetapi nilai kemanusiaan mereka dan lambang kemasyarakatan mereka amat tinggi ketamaddunan nya. Bandingkan diri tuan-tuan sekarang, tambah-tambah yang Tan Sri, Datuk dan seumpama dengan nya. Diri rasa besaq saja tetapi hidup macam katak bawah tempurung, dia saja yang betui, dia saja yang pandai, tengoklah apa dah jadi ekonomi la ni, dulu boleh beli surat habaq 15 duit (15 sen) la ni, seringgit dua kupang (RM1.20). Ekonomi baguih apa?, Nilai duit dulu cukup besaq berbanding la ni, apa guna bunyi macam banyak tapi nilai jadi rendah. Dok terbawak tu yang slogan itu, slogan ni, Malaysia Negara Islam, Islam Hadhari dan macam macam lagi, tapi mana ada bezanya, serupa jugak. Hari Sabtu dan Rabu penuh depa berdiri depan kedai ekor, dalam surat habaq cerita kes bunoh Norita. Kawannya nama Nor Azora Abdul Hamid duduk sebilik dengan boyfriend Cina, minum minuman keras balik jam 0430 pagi, Jakim, Jais tak buat apa pun. Pak Ngah nak bagi tau, tok sah dok sembang banyak la. Ikutlah apa yang Allah tetapkan sebagaimana disampaikan oleh Baginda Rasulallah. Tok sah buat dalih itu dan inilah. Kalau dah bodo itu, jangan malu, tanya orang pandai. Pepatah orang dulu mengatakan “Kalau malu bertanya nanti sesat Jalan”. Janganlah kerana berasa dah jadi orang besaq dah pandai, bukan kepakaran kita tanyalah pada orang yang pakar bidang depa, jangan rasa niat baik dah tentu jadi baik, dipendekkan cerita, tok sahlah menampakkan kejahilan kita pada orang, berserabut, bodoh sombong dan sebagainya.

Hari ni Pak Ngah nak bagi nasihat sikit, nilai kemusiaan bukan perkara mudah dengan boleh belajar dari buku sahaja, tetapi pengamalan yang berterusan yang akan membawa hasil. Masa akan menentukan kualitinya. Tiada yang cepat, sekalipun peralatan tercanggih tak dapat membina kasih, penghormatan, silaturrahim, semangat dan sebagainya sebalik nya kewibaan terlahir dari pengamalan ilmunya yang tersusun rapi dengan tertib pengambilan ilmu.

Akhir kalam Pak Ngah pada kali ini, ingin Pak Ngah sarankan, semoga kita bergotong royong memusnahkan segala bentuk fizikal, kebendaan, sistem pentadbiran dan kepimpinan serta spiritual yang telah dipupok dalam diri yang bercanggah dengan semangat gotong royong yang sebenar yang menjadi amalan orang melayu zaman berzaman. Kembalikan hak hak pada tempatnya, ikhlas, jujur, saling mempercayai dan kasih sayang.

Pak Ngah menitiskan airmata mengenangkan kegembiraan masa remaja, kini anak muda tidak lagi berpeluang merasakan kegembiraan sepertimana Pak Ngah dulu-dulu. Kita kehilangan nilai budaya yang indah. Bersama kita bergotong royong mengembalikan kegemilangan Islam dan Melayu selanyaknya. Rasa nya macam Pak Ngah tidak menjumpai noktah penutup sebab sebak dada Pak Ngah mengenangkan nasib bangsa ku yang di musnahkan pemimpin dari bangsa ku sendiri atas nama pembangunan dan kebendaan. Pak Ngah tak tahan lagi, izinkan Pak Ngah undur diri, dan mungkin 2/3 hari boleh tulis lagi kerana terbawa kesedihan ini. (Maklumlah orang tua cepat sedih hati kalau orang buat tak ketentuan hal) Insyallah jumpa lagi. Wassalam

Tanggal: 28hb Rabiulawwal 1425.

Pak Ngah - 18.05.2004

 
Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu
05.17.04 (11:37 pm)   [edit]
Oleh: Iman NugrahaSH

Bagi sebagian umat, Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu. Orang-orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan. [+]
 
Abd Hamid Mohammad - Hakim Yang Mempermainkan Tuhan!
05.16.04 (4:11 pm)   [edit]
[b]Waad Mansor `perasuah mega` didenda RM45 Ribu, Anwar `perasuah sifar` kena 6 tahun. [/b]
Hakim Abd Hamid Mohammad selaku Pengerusi kepada dua orang lagi hakim junior yang mendengar rayuan kes liwat dan permohonan jamin DSAI di Mahkamah Persekutuan Palace of Justice (Istana Keadilan) Putrajaya pada hari pertama (10 Mei 2004 ) terang-terangan menyindir Karpal Singh apabila menyatakan kepada peguambela Anwar itu apakah Tuhan yang turut memerhati perjalanan kes itu patut dicatat dalam senarai kehadiran. [+]

 
Wanita Buat Laporan Dakwa Polis Memaksanya Berbogel
05.14.04 (12:29 am)   [edit]
12 Mei, 2004 19:09 PM

Wanita Buat Laporan Dakwa Polis Memaksanya Berbogel


KOTA BAHARU, 12 Mei (Bernama) -- Seorang wanita membuat laporan hari Selasa, mendakwa dua anggota polis yang menggeledah rumahya pada 28 April lepas berkaitan kes mengedar ubat batuk, telah menyuruhnya menanggalkan pakaian bagi membolehkan mereka memeriksa tubuhnya.

Wan Huzaini Wan Harun, 37, ibu kepada dua orang anak, mendakwa kejadian berlaku ketika dia membasuh pakaian dan enam anggota polis datang ke rumahnya melalui pintu belakang.

"Dua daripada anggota polis yang memasuki rumah, menggari tangan saya (ke depan) dan kemudian menyuruh saya membuka pakaian. Kerana takut saya menyelak dan mengangkat kain (baju tidur kaftan ) dari kaki ke paras dada," katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.

Katanya dua anak lelakinya yang masih kecil dan sedang tidur, turut terjaga dan menyaksikan perbuatan polis berkenaan.

Polis kemudian membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu untuk siasatan lanjut dan beliau ditahan reman sehingga 5 Mei lepas.

Wan Huzaini kesal anggota polis itu tidak mengikut peraturan memperlakukan dirinya seolah beliau sudah bersalah dan tidak membawa anggota polis wanita untuk memeriksa tubuhnya.

Suaminya, Mazlan Abdullah, 42, seorang peniaga kereta terpakai berkata beliau tiada di rumah ketika kejadian.

Katanya perbuatan anggota polis itu mengaibkan keluarganya dan jika perlu beliau sanggup membawa kes itu ke mahkamah.

Sementara itu, jurucakap IPD Kota Baharu ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan wanita itu dan akan menjalankan siasatan.

-- BERNAMA
 
Kekejaman Terhadap Tawanan Iraq: Penyangak Mengkritik Bajingan
05.10.04 (9:14 pm)   [edit]
Hadhariyyun memarahi bajingan.

Pengasas mazhab Hadhari dan pembantunya Najib dilihat begitu bersungguh-sungguh mengutuk `kepala bajingan global` George Bush apabila Presiden AS itu sekadar memohon maaf terhadap kekejaman yang telah dilakukan oleh tenteranya kepada para tawanan di kem-kem tahanan dan di penjara Iraq, sejak negara itu mereka takluki kira-kira setahun lalu. [+]

 
Rampasan Senjata Di Hong Kong Mencetuskan Ribut Di Malaysia
05.10.04 (9:11 pm)   [edit]
Pegawai Kastam Hong Kong yang bertugas pada Khamis 4 Mei, 2004, telah merampas 2,000 laras senapang terpakai, 25,000 butir peluru dan pelbagai lagi kelengkapan lain yang cukup untuk menjadi kelengkapan perang satu divisyen angkatan tentera. Ini juga merupakan rampasan dan tangkapannya yang terbesar. Hong Kong memang memberi kemudahan kepada laluan senjata tetapi mesti diisytiharkan dan kegiatannya berlesen. [+]
 
Satu Lagi Mangsa PLKN
05.10.04 (9:08 pm)   [edit]
Angkatan Muda merakamkan ucapan takziah kepada keluarga T.Saravanan, 18 tahun merupakan mangsa terbaru PLKN yang mati lemas ketika mengikuti aktiviti bersama 200 orang peserta di Sungai Wangi dekat Gua Musang, sabtu lalu (8 Mei 2004).

Mangsa seorang pelatih PLKN di Kem Etnobotani Gua Musang berasal dari Taiping, Perak merupakan pelatih PLKN siri ketuga di kem tersebut.

Mengikut sumber maklumat kami mangsa bersama semua peserta telah diarahkan mengikuti program riadah di Sungai Wangi. Rombongan tiba kira – kira jam 9.00 pagi di tempat kejadian. Bilangan yang ramai seolah gagal dikawal oleh jurulatih pengiring.

Hanya kira – kira jam 11.30 pagi kehilangan mangsa disedari. Hanya pada 1.45 petang mayat mangsa ditemui di dasar sungai oleh penduduk kampung yang berada dikawasan berhampiran yang membantu usaha mencari.

Angkatan Muda melahirkan rasa kekesalan yang tidak terhingga di atas kejadian tersebut. Pihak yang mengendalikan PLKN termasuk Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak seharusnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya diatas kejadian ini.

Ini bukan kejadian pertama. Berapa banyak lagi kematian, kes cabul atau berapa ramai lagi Remaja Malaysia (peserta PLKN) yang bakal mempunyai rekod polis / dihadapkan ke Mahkamah ?

Ternyata sebenarnya ini semua membuktikan bahawa pihak terbabit sebenarnya belum bersedia mengendalikan peserta PLKN yang sebegitu ramai. Ia merupakan program tergesa- gesa. Semoga Najib benar – benar paham akan maksud surat terbuka Angkatan Muda kepadanya tempoh hari, buang jauh ego kamu !

Gantung segera PLKN kembali semula kemeja ayuh sama-sama kita meneliti semula Kerajaan, NGO, Aktivis masyarakat perlu digabungkan untuk mengkaji semua program ini sebelum diteruskan. Angkatan Muda sendiri SENTIASA BERSEDIA menawarkan segala kepakaran dan tenaga kami.

SURAT TERBUKA MENGENAI ISU KHIDMAT NEGARA

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
016 3242564 – chegubard@freeanwar.com

 
Antara Kekejaman PDRM dan Kekejaman Tentera Penceroboh Iraq
05.08.04 (10:46 pm)   [edit]
(Kami perturunkan terjemahan afidavit Dr. Munawar Ahmad Anees untuk memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan POLIS Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Tindakan mereka, melalui pendedahan afidavit ini sekali lagi menguatkan pendapat kami terdahulu : bahawa Polis Malaysia memang binatang! - mz) Apa ke jadahnya Pak Lah tiba-tiba melenting dengan pendedahan kisah kekejaman Tentera Penceroboh terhadap rakyat Iraq?[+]
 
Lagi Soal Nasib dan Masa Depan Melayu Pulau Pinang
05.08.04 (10:43 pm)   [edit]
Assalamualaikum wbt Tuan Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati
Izinkan saya menyoal dan menjawab sedikit hal nasib Melayu P Pinang yang mana kes baru terjadi di Tanjong Tokong. Sejak dulu Melayu umno/BN berkomplot dengan Gerakan yang memang anti-Melayu (tapi dalam senyap) telah merampas, meroboh dan mencabul tanah-tanah Melayu yang memang kita tahu amat sedikit tertinggal macam sekangkang kera kata pepatah Melayu. Contohnya lihatlah Kg Dodol, Kg Makam, Sg Pinang, Jelutong, Bayan Lepas, Kelawai, Bagan Jermal, Tg Bunga, Batu Feringgi, Telok Bahang, Balik Pulau semua jadi 'target' perosak/perompak ni semua supaya lingkupkan dan gantikan dengan kondo atau rumah mewah yang memang tak mampu dibeli Melayu! Taktik mereka ni serupa taktik 'pecah & perintah ' oleh Zionist Israel dan Amerika terhadap negara Islam ! [+]
 
ISU PERTEMUAN DENGAN UMNO
05.08.04 (10:37 pm)   [edit]
Memang benar tidak haram hukumnya kesudian Ezam menemui Umno. Malah tidak haram hukumnya jika Tn Guru Hj Hadi bertemu Umno. Tidak ada nas yang mengharamkan pertemuan-pertemuan sedemikian malah ianya digalakkan dan dituntut demi bangsa agama dan tanah air kepada yang ada bangsa, ada agama dan ada tanah air. Dia antara bangsa, agama dan tanah air, agamalah segala-galanya. Sekiranya bangsa yang menjadi faktor utama untuk pertemuan, agama perlu tetap di atas. Bangsa tidak boleh mengenepikan agama. Agama perlu terkedepan. Begitu juga jika tanah air menjadi faktor utama untuk pertemuan, agama perlu tetap di atas. Agama perlu terkedepan. [+]
 
MASANYA 'PASTI' TIBA
05.07.04 (11:26 pm)   [edit]
Melihatkan gambar-gambar penyeksaan ke atas puak Islam Iraq oleh kuffar Amerika begitu menyayat hati. Setelah menontonnya, saya pasti ramai daripada kalangan orang Islam hanya mampu berkata, "alah kesiannya, kejam sungguh askar Amerika". Itu sahaja dan terus melupakannya bila TV menyiarkan rancangan lain. Tambahan apabila rancangan yang disiarkan selepas itu berbentuk hiburan. Lebih mendukacitakan apabila tiada tindakan positif yang dilakukan oleh warga dunia Islam. Mana pergi OIC yang hanya tahu berseminar sahaja? Bukan di Iraq sahaja umat Islam dihina, dinoda dan diseksa. Ianya berlaku hampir ke atas kesemua umat Islam di seluruh dunia. Apa yang terjadi ke atas tahanan yang terdapat di Guantanamo Bay, tiada siapa yang tahu, kerana sehingga ke hari ini tiada rakaman gambar yang mampu dicuri untuk ditayangkan kepada umum[+]
 
Anwar Bebas: Menyanggah Harapan Palsu Editor UmnoReform
05.07.04 (11:23 pm)   [edit]
Membaca pemikiran Ghazali Mohd Dom-editor UmnoReform melalui tulisannya Jangan ada campur tangan politik dalam keputusan rayuan bagi ikat jamin Anwar Ibrahim saya tersenyum sinis. Bukanlah bermaksud memperkecilkan pemikirannya, namun realiti politik Umno masa kini adalah sebaliknya. Sejarah tercatat, sistem perundangan negara telah dirobek teruk bermula dengan episod pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas oleh Mahathir yang berselindung di sebalik keputusan Tribunal yang dilantik DiPertuan Agong atas nasihatnya. Sistem kehakiman pincang ini akan terus diwarisi Pak Lah, kerana ia terbukti akan menguntungkan karier politiknya dan Umno pada masa depan. [+]
 
Maulidur RASUL
05.02.04 (1:20 pm)   [edit]
Selamat Menyambut Maulidur RASUL, semoga ISLAM akan terus diperkuatkan oleh orang2 yang mahu memperkuatkannya

dari tokjanggut
 
PLKN Untung RM1.2 Juta : Awas !! Projek Lumayan Kroni Najib ( PLKN )!!!
05.02.04 (1:18 pm)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Alkisah kini semakin hebat rakyat Malaysia memperkatakan tentang Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Cucu yang selama ini tidak pernah memperkatakan sesuatu tentang program ini, akhirnya terpanggil untuk sama-sama membicarakan soal PLKN ini. Kabarnya , pogram yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Najib itu semakin hari semakin menghadapi masalah yang besar.[+]

 
Petrol Dan Diesel Naik 2 Sen : Tahniah Buat Pengundi BN ( Barang Naik ) !!!!!
05.02.04 (1:13 pm)   [edit]
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Maka, Tahniah Cucu ucapkan kepada semua pengundi Barisan Nasional dalam piihanraya umum ke-11 baru-baru ini. Kerana kebijaksanaan tuan-tuan lah maka Harga runcit petrol RON97 dan RON92 serta diesel di seluruh negara akan naik dua sen seliter berkuat kuasa hari ini 1 Mei 2004.. [+]
 
Dilema Terengganu
05.02.04 (1:04 pm)   [edit]
Pada hari Jumaat 23 April 2004, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kuasa Ketua Perhubungan Umno Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Terengganu yang baru, Idris Jusoh. Memang kenalah tempatnya. Selalunya apabila sesebuah negeri dikuasai oleh parti pembangkang, seperti yang terjadi pada Terengganu daripada 20 November 1999 hingga 21 Mac, 2004, Perdana Menteri ataupun Timbalannya yang memegang kuasa itu. Kini, setelah kembali ke pangkuan gagasan yang memerintah (Barisan Nasional), seharusnyalah jawatan itu pulang ke tangan Menteri Besar. [+]
 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...