 Blog For Free!
Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| ADAKAH KETUA PEMUDA PAS BELUM INSAF ATAU MASIH BERMIMPI? |
| 04.26.04 (6:37 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Saudara-saudara pembaca budiman, Sudah lama saya tidak menulis dalam Laman ini kerana kekangan waktu dan sedang menyiapkan sebuah buku lagi bersama saudara Azizi Hj. Abdullah, Sasterawan Negara berkaitan analisis pilihan raya ke-11 yang lalu yang penuh tipu muslihat UMNO/BN atau lebih tepat lagi kita sebut sebagai NAZI FRONT. Walaupun begitu saya tetap mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang dibincangkan di Laman ini, hanya bercuti sekejap untuk menulis.[+]
|
|
|
| |
| UMNO KELANTAN GILA TALAK |
| 04.26.04 (6:32 pm) [edit] |
Hari ini di akhbar Mingguan Malaysia terpampang satu tajuk besar "BUBAR SEGERA DUN" – Pemuda Umno cabar kerajaan Kelantan. Di muka surat tiga pula ada satu lagi berita bertajuk, BN terus menekan – Mustapa.[+]
|
|
|
| |
| Suatu Malam Di Permatang Pauh: Kisah Imam Duit Ditabur Duit |
| 04.25.04 (7:56 pm) [edit] |
Membaca tulisan MGG Pillai (Konfrontasi Berproksi Pusingan Pertama: Anwar: 1 Paklah 0) saya tersenyum sendirian. Tak sangka peristiwa Imam Duit ditabur duit oleh penyokong BA ketika kempen pilihan raya lalu rupanya menjadi pengetahuan umum, ingatkan hanya masyarakat Permatang Pauh sahaja yang mengetahuinya. [+]
|
|
|
| |
| Jangan Berhenti Berdoa Kepada ALLAH Setiap Siang dan Malam |
| 04.25.04 (7:53 pm) [edit] |
Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian, Assalamualaikum wr wb. Hadis 19 Hadis 19 dari 40 Hadis Imam Nawawi:
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : "Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW di atas binatang tunggangannya , lalu sabda baginda: "Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
1. Peliharalah ( perintah ) ALLAH, nescaya DIA akan memelihara kamu, 2. Peliharalah ( kehormatan ) ALLAH, nescaya engkau akan merasa DIA ada bersama-samamu. 3. Jika engkau memohon, pohonlah kepada ALLAH semata-mata. 4. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada ALLAH semata-mata.
Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH.
Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan ALLAH ke atas kamu.
Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) pada buku catitan. "
Kiriman: I - 24.04.2004
|
|
|
| |
| isu murtad |
| 04.24.04 (6:55 pm) [edit] |
nampaknya isu murtad sudah jadi duri dalam daging bagi umat islam malaysia khasnya dan dunia amnya. bukan sahaja malaysia yg alami masalah ini kerana seluruh dunia dihujaninya, tapi eloklah kita jaga negara kita dahulu.
petanda akhir zaman adalah antaranya menjadi kepada faktor ini, manusia . mementingkan duniawi dari ukhrawi. kalau lihat dari mata kasar bangsa melayu itu sendiri adalah kebanyakan senang terumbang-ambing kehulu dan hilir. maaf dari tok kiranya ini menyinggung sesetengah pihak. ini terbukti apabila kalau didirikan surau dan diajka sembahyang maka kebanyakan akan pergi sembahyan dan kalau ada yang tak nak pergi pun masih lagi tidak membantah hanya saja tak mahu pergi. kalau dibuat pusat judi dan disko dan diajak oleh kekawan bukan islam maka ada yang pergi dengan rela hati dan ada juga yang tak mahu pergi. contoh mudah disini ialah dok sibuk sekarang dengan sureheboh kat tv3 suku tu, rata2 kita nampak adalah anak melayu yang bertudun gkalau perempuannya berhimpit sana-sini bagi sesi malam apabila dijamu dengan konsert nyanyian. apa yang susah sangnt untuk mengetahui halal dan haram, dalam islam kita ambil contoh yang paling mudah kalau bersentuhan laki dan puan yang bukan muhrim mak asudah tentu haramnya, dan kalau haram maknanya berdosa, apa yang susah sangatnya.
kalau dah benda2 camni pun kita msih lagi ambil ringan dan ampuh apa lagi kita nak buat, senang2 je humban je diaorang ke kancah gigolo, pelacur dan yang seumpamanya. sureheboh memang heboh dengan penemuan beratus2 kondom, kalau dah kondom tu mestilah orang buat hubungan seks takkan nak makan kut.
macam jugak muzik, dalam islam tidak melarang muzik tapi yang camana. kalau alat muzik bertali memang sahih haram, yang boleh adalah yang berkonsepkan gendang dan tujuan nya pula adalah kepada yang berfaedah. kalu zaman dulu masa peperangan diguna untuk menaikkan semangat juang tapi sekarang digunakan untuk naikkan semangat seks, sebelum maghrib dah bertapak kat konsert, sembahyangnya tah ke mana, inilah anak2 kita bakal pemimpin masa depan orang2 biend.
pakaian tak usah cakaplah samada keluarga memang benarkan ataupun diaorang tukar kar luar rumah, masa keluar cantik je pakainya, tapi bila dah jumpa kekawan kadang2 kita yang menengokkan pun teruja. muda-mudi sekarang adalah yang plaing berani mencuba sesuatu yang baru berkiatan ngan fesyen kekadang mengalahkan orang kafir itu sendiri beraninya, sampaikan ada yang nampak pusak dan timbulan 'nipple'. maaf kalau bahasa ini kasar sangat.
kebanyakan bandar2 sekarang sudah jadi macam kl, tak kiralah ceruk hulu mana pun bandar2 dan pekanitu, kalau tak percaya cuba jalan2 dan ronda2 beberapa pekan kecil kat negeri kita ni dan lihat apa hasilnya.
kalau pendedahan yang terlalu banyak dan drastik tidak digunakan dengan sepandainya maka beginilah jadinya, dunia internet disalahgunakan, vcd dijadikan lucah bagi orang yang ingin mengaut keuntungan dan bermacam lagi penyebab kepada faktor ini
inilah dunia kita yang dicipta hari ini
|
|
|
| |
| MELAYU BODOH?? |
| 04.24.04 (6:00 pm) [edit] |
Saya masih teringat dengan kata-kata Almarhumah ibu ku yang kerap bercerita untuk mengisi masa lapang akan DAJJAL YANG BERMATA SATU. Kini setelah menempuh hidup yang penuh dengan tipu daya, saya baru nampak segala apa yang diperkatakan oleh Almarhumah ada kebenarannya. Kini kita sedang berada di era "DAJJAL" dengan beribu-ribu bukti yang berlaku setiap saat di sekeliling kita, walau pun saya percaya bahawa DAJJAL telah wujud di zaman Nabi Adam Alihisalam. Contoh mudah ialah apabila mereka yang mendapat kuasa walau dengan apa cara sekali pun tidak mengendahkan segala kemungkaran yang berleluasa begitu ketara. Tidakkah boleh kita kategorikan pihak yang mempunyai kuasa umpama DAJJAL yang bermata satu kerana gagal membendung segala maksiat yang kebanyakannya dilakukan oleh orang Melayu. Malah ada kalanya mereka sendiri yang menganjurkan sesuatu pesta untuk memudah/membolehkan terutama remaja Melayu yang rendah akhlak melakukan maksiat. Contoh yang telah ditunjukkan oleh ALLAH begitu banyak, sebahagian dari yang telah diketahui oleh umum ialah apabila beratus-ratus "KONDOM" ditemui di Kedah tempat berlangsungnya rancangan Sure Heboh tajaan TV3 dengan mendapat restu dari para pemimpin yang dikatakan penganut agama Islam di sana. Kerana mereka bermata satulah maka ada gadis Melayu yang sanggup menari BOGEL di sebuah pusat hiburan di ibu kota. Apa mereka peduli kalau kena tangkap dendanya bukan seberapa. Berlakunya genjala demikian kerana pihak berkuasa yang bermata satu gagal menemui hukum yang telah di tentukan oleh ALLAH dan Rasullah s.a.w melalui Al-Quran dan hadis. Atau mungkin mereka menganggap peristiwa yang mengaibkan itu dibolehkan kerana "DARURAT". Begitu juga dengan gejala murtad yang kini berleluasa, apa tindakan mereka? Pihak ibu bapa yang prihatin tidak boleh dipersalah kan 100% kerana dihalang oleh undang-undang yang menyatakan bahawa setiap anak yang menjangkau usia lebih 18 tahun adalah bebas dari kongkongan keluarga. Undang-undang apa ini? Andai kata undang-undang ISLAM dapat dilaksanakan pasti kesemuayang sedang melanda orang Melayu yang kononnya penganut agama Islam dapat diatasi. Tetapi mengapa mereka masih enggan? Sudahlah begitu, apabila ada dari kalangan orang Islam yang prihatin mencadangkan agar hukum yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan hadis dilaksanakan, mereka mendakwa bahawa undang-undang tersebut tidak sesuai kolot dan sebagainya. Bukankah untuk mencapai tujuannya, DAJJAL tetap terus berikhtiar dengan segala usaha bagi melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan selalunya diberikan kepada mereka segala bentuk hiburan yang dapat melumpuhkan rohani mereka dari mengingati ALLAH sama sekali.
Ungkapan saya di atas adalah bagi menyatakan mengapa Melayu menjadi bodoh. Mereka tidak perasan cara halus yang telah dimainkan oleh para pemimpin yang bermata satu. Sebenarnya mereka begitu gembira apabila kebanyakan orang Melayu hidup dalam keadaan daif, tak bermaruah dan hina. Ini kerana mereka boleh mempergunakan kesemua Melayu yang demikian dengan ugutan dan janji-janji manis apa bila tiba masa pilihan raya yang dikatakan adil, sempurna dan lengkap. Ingatlah wahai orang Melayu bahawa kepapaan membawa kepada kekufuran. Carilah jalan yang sesuai sebagaimana yang kerap di lafazkan oleh orang-orang Melayu ketika menunaikan solat, kalau mereka mengerti. Sedarlah wahai orang Melayu bahawa syurga (Kemewahan dan kesenangan hidup) yang mereka janjikan adalah NERAKA di sana nanti. Neraka (melalui ancaman ugutan, halangan, rintangan) pula di sana nanti adalah SYURGA. Kalau diikut trend pengundi Melayu sebagaimana yang mereka terjemahkan melalui kertas undi pada pilihan raya ke-11, masanya begitu hampir bagi tanah air yang tercinta ini di jajah oleh puak-puak yang ada di Negara ini sebagaimana yang di nukilkan oleh penulis ---MELAYU BODOH---. Rujuk Buat seketika, marilah kita lupakan anutan politik yang berbeza di antara kita dan fikirkanlah kemusnahan yang bakal menimpa orang Melayu kalau kita tidak merubah cara hidup, baik dari segala segi dan bidang terutama cara berfikir semasa memangkah kertas undi. Ini kerana mengikut amalan yang telah ditetapkan oleh penjajah yang terdahulu bahawa KUASA adalah melalui peti undi. ALLAH tidak akan merobah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merobahnya. Elok juga kalau kita fikirkan sejenak mengapa ISLAM masih lagi gagal di letakkan ke tempat yang sepatutnya. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu: lalu kamu akan bertempur dengan DAJJAL, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu. Kini kita sedang menghadapi PEMIMPIN YANG BERMATA SATU, percayalah bahawa ALLAH tidak pernah ingkar kepada janjiNya andai kata kita bersatu. Marilah kita sama-sama melepaskan diri daripada ikatan rantai "MELAYU BODOH" yang kini sedang melingkari persekitaran, pemikiran dan jasad kita oleh pihak yang berkuasa masa kini. Berkaitan dengan sifat dua kaum terbesar yang terdapat di negara kita, sebagaimana yang di nyatakan oleh penulis ada kebenaran nya. Renungkanlah. Hanya sekadar ini yang dapat saya paparkan. Yang benar, jelas dan nyata datangnya dari ALLAH dan yang kabur, kusam dan gelap terbit dari kelemahan hati kecil saya sendiri. Anak Jati Segamat - 22.04.2004
|
|
|
| |
| kondom ditapak Sure Heboh |
| 04.21.04 (8:56 pm) [edit] |
Kenyataan penemuan 540 kondom ditapak Sure Heboh amat menakutkan maka dah sampailah waktunya penguasa dan politikus yang sensitif dilaman ini bertindak segera SEKURANG-KURANG NYA MEMBUAT 'SARANAN' ATAU CADANGAN DISALURAN MASENG-MASENG AGAR PROGREM INI DIHENTIKAN S E S E G E R A MUNGKIN DEMI KEUTUHAN BANGSA MALAYSIA KESELURUHANNYA!Lakukan lah wahai kamu yang punyai kuasa sebelum malapetaka ini menimpa keluagamu!! ini bukan budaya kita orang Malaysia!Resapan akhlak menjijikan yang kita temui pada remaja kita yang sedang berkumpul diPKN baru-baru ini harus dijadikan iktibar jua!
sumber:FGR
|
|
|
| |
| Pembebasan Ezam: Adakah Sesuatu Di Sebaliknya? |
| 04.21.04 (8:51 pm) [edit] |
Berita pembebasan Ezam dari pertuduhan OSA baru-baru ini seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan di kalangan reformis sekalian. Apa tidaknya, Ezam adalah di antara penggerak yang meniup semangat dalam jatuh bangun gerakan reformasi di tanah air. Namun, malam tadi IB digemparkan dengan suatu maklumat yang menimbulkan seribu macam persoalan. Betul atau tidak? Apa akan jadi jika ianya benar? [+]
|
|
|
| |
| PLKN: Program Loklak Kelentungan Najib? |
| 04.21.04 (8:49 pm) [edit] |
[b]Najib Bapa PLKN [/b] Ketika membahaskan rang undang-undang Program Latihan Khidmat Negara di Dewan Rakyat tahun lalu, Najib bekas boyfriend Ziana Zain selaku Menteri yang bertanggungjawab; telah mengecam habis-habisan wakil Barisan Alternatif (BA) yang menggesa agar kerajaan tidak tergopoh-gapah di dalam melaksanakan program tersebut .
Wakil BA menyarankan supaya pandangan semua pihak termasuk pembangkang,NGO dan orang perseorangan diambil kira dalam merangka kokurikulum latihan agar program itu benar-benar berbentuk kenegaraan bukan untuk faedah politik Umno BN. [+]
|
|
|
| |
| Pengundi Cina Berbudi, Azizah Buat Kenduri |
| 04.21.04 (8:47 pm) [edit] |
PERMATANG PAUH - “Kerbau Dipegang Pada Tali, Manusia Dipegang Pada Janji.” Peribahasa inilah yang diamalkan oleh masyarakat Tionghua di “Pekan Cho Tau” ketika menunaikan janji mereka untuk mengundi DS Dr. Wan Azizah dalam pilihan raya lalu. Janji mereka kepada Azizah ketika kempen PRU ke-11 lalu, telah ditunaikan apabila di ketiga-tiga saluran mengundi SRJK Cina Jit Sin memihak Azizah. SRJK Cina Jit Sin merupakan tempat mengundi majoriti masyarakat Tionghua di sini untuk Parlimen Permatang Pauh. [+]
|
|
|
| |
| Memang dah sah!!!! |
| 04.20.04 (6:19 pm) [edit] |
tok ada terdengar berita kat radio semasa memandu tadi. ianya mengenai Program Khidmat Negara(PKN). Diberitahu bahawa PKN sekarang mempunyai jurulatih yang tidak bertauliah dan bekelayakan kerana pengelola(kerajaan la tu) tidak mempunyai masa untuk bebrbuat demikian kerana 'kesuntukan' masa. jadi untuk di masa aka datang mereka akan disaring dulu untuk mendapatkan jurulatih yang benar2 berkelayakan.
apa yang menjadi isu di sini ialah bagaimana boleh kesuntukan masa sedangkan perkara ini tak semestinya dilakukan dalam masa itu juga, boleh ditunda PKN ini, apa yang hendak tok tekankan di sini ialah kesuntukan masa untuk mereka dijadikan 'hantu' masa pilihanraya, buknanya tiada masa untuk menyaring jurulatih yang tidak berkelayakan itu yang menghabiskan duit cukai kerajaan dengan duit belanjanya yang entah berapa? tiada siapa tahu..........
kalau ikut perkiraan tok di sini maka ini adalah kemungkinan yang amat besar si dolah lembik itu punya angkara dengan kementerian dalam negeri yang di bawah telunjuknya maka senang baginya untuk porak-perandakan kementerian itu
|
|
|
| |
| PENAFIAN LAMAN BLACK14.NET-16 April 2004 |
| 04.18.04 (1:11 pm) [edit] |
Kami dengan ini mengumumkan bahawa laman kami telah di godam / hack dengan memasukkan beberapa masej yang memberikan imej buruk kepada laman ini, perhimpunan black14 dan gerakan reformasi secara amnya.
Perkara ini telah berlaku selama dua hari. Kami amat menyesali perkara ini. Malah kejadian ini telah diambil kesempatan oleh beberapa media untuk terus memburukkan lagi imej gerakan rakyat ini.[+]
|
|
|
| |
| Wakil UMNO untuk budaya melayu |
| 04.18.04 (1:05 pm) [edit] |
Di antara beberapa blog yang aktif memperkatakan mengenai isu isu semasa negara ialah blog Jeff Ooi dan yang terkini beliau mengungkap penjelasan Rais Yatim kepada editor akhbar Star June HL Wong yang katanya mendapat satu perspektif baru hasil dari temubual dengan Menteri Kebudayaan. Artikel mengenai temubual itu akan keluar edisi Star Ahad. Saya telah memberikan respon saya…….
Rais kata kerajaan prihatin dengan fenomena “pengaraban” budaya Melayu tetapi masalah ini belum lagi di bahaskan secara umum.Orang Melayu mesti hentikan proses “pengaraban” budaya mereka sendiri dan bertindak balas terhadap mereka yang mengutuk amalan amalan tradisi Melayu.
“Orang Melayu bukan Arab. Maka, kita janganlah mengarabkan budaya melayu hingga kesemua yang arab buat kita mesti buat, ” katanya. Saya tidak nampak dari segi manakah hal ini menjadi satu masalah hingga ia wajar diujarkan diperingkat kementerian. Benarkah kenyataannya bahawa kita seratus peratus menjadi copy-cat kepada segala yang Arab? Sejak Islam berkembang ke Tanah Melayu, unsur unsur Arab yang kekal hingga kini boleh dikatakan hanya yang berkaitan agama seperti pakaian dan amalan syariat. Tidak lebih dari itu. Mengenai amalan amalan tradisi Melayu yang berkonflik dengan syariat memang kita boleh lihat pertentangan itu hingga ke hari ini seperti menepung tawar, memohon bantuan bomoh untuk sesuatu kerja, beberapa amalan khurafat dalam kegiatan seni termasuk silat, wayang kulit dan sebagainya. Adakah unsur unsur memuja roh sebelum persembahan wayang kulit itu mau beliau pertahankan demi memelihara budaya Melayu? Masalah Rais Yatim sebenarnya ialah beliau melihat budaya Arab/Melayu dalam skop yang sangat sempit tanpa melihat kepada rangkaian faktor faktor yang membolehkan ilmuan Arab dalam memekarkan ilmu pengetahuan di zaman keagungannya. Skop pemusatan maksud budaya yang beliau ingin tangani hanyalah bab bab amalan kuno tradisi Melayu berunsur pagan yang sering berkonflik dengan rasional tauhid Islam. Bahkan unsur unsur feudalistik Melayu yang menodai hak dan maruah diri serta nyawa manusia dalam sejarah budaya Melayu ingin beliau pertahankan. Tanggapan beliau terhadap proses dinamisme budaya amat cetek dan tipikal UMNO yang mau terus mengekalkan status rakyat sebagai “hamba” kepada “Tuan” yang memerintah. Sedangkan Islam membebaskan pemikiran umatnya dari belenggu feudalisme - mempertuankan seseorang tidak kira adil atau zalim. Manusia neo-feudalis seperti Rais tidak akan mampu membawa apa apa kecemerlangan kepada bangsa Melayu melainkan mengembalikan mereka ke tahap hamba sahaya yang tidak mampu menggerakkan daya intelek mereka. Walhal, budaya Arab yang dicorakkan oleh Islam telah berjaya membebaskan fikiran mereka untuk lebih terbuka. Ilmuan Arab Islam bersifat terbuka kepada pelbagai tamaddun besar disekeliling mereka hingga sanggup menerima ajaran ajaran falsafah dari Greek, sains dari India dan ilmu perubatan dari Cina. Tetapi apa yang boleh kita dapat dengan mengikut acuan primitif Rais yang mau kembalikan kehebatan amalan pagan yang berpusat dulunya di istana? Orang Melayu jika benar benar mengarabkan minda mereka dari segi intelektual, sudah pasti hari ini ramai ilmuan Melayu yang boleh menguasai sambil berinteraksi dalam bahasa Cina (sebagai meneledani ilmuan Arab yang menggarap penguasaan bahasa dan budaya Greek dan Farsi sebagai tamaddun ulung ketika itu). Orang Melayu tidak akan sempit fikiran nasionalistiknya seperti yang ada sekarang kerana ajaran Islam terhadap orang Arab sebagai contoh kita, ialah, menerima ilmu berfaedah tanpa kawalan atau hambatan nasionalistik sempit. Rais seperti mana ramai kalangan budayawan dan ilmuan Melayu melihat budaya dari teropong acuan Barat yang mengupas persoalan dari skop etnik dan garis sempadan politik negara bangsa. Beliau tidak akan mengerti jika dikatakan bahawa Tarian Singa/Naga dari negara Cina itu lebih di terima Islam dari permainan wayang kulit dan makyong tradisional yang bercampur amalan khurafat lagi sesat.
lemonde, dipetik dari marhaen bombastik
|
|
|
| |
| MGGP:SPR Terjebak Dalam Tipu-helah Pilihan Rayanya |
| 04.18.04 (12:45 pm) [edit] |
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kefahaman bahawa kerja-kerja membuang undi adalah terlalu penting untuk dibiarkan kepada para pengundi. Si pengundi dianggap sebagai seseorang yang tidak akan faham segala isu dan mudah terpikat kepada cakap manis dan isu yang tidak relevan seperti agama ataupun kegiatan aktivis yang bergiat mengenai korupsi, maruah, ketelusan yang boleh menyekat si pengundi itu daripada memangkah calon BN.[+]
|
|
|
| |
| MGGP: Pengerusi SPR Akui Kucar-kacirkan Pilihan Raya |
| 04.17.04 (9:41 am) [edit] |
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, semakin terhenyak gara-gara keputusan pilihan raya umum bulan lalu. Dia pernah menjadi setiausaha SPR untuk hampir dua dekad, dan tempoh yang lama itu adalah satu bukti akan peranannya yang besar untuk menentukan Barisan nasional (BN) terus mencengkam kuasa, selepas setiap pilihan raya.[+]
|
|
|
| |
| Cucu Mat Kilau: GRO Mengaku Menari Bogel: Apa Komen Mashitah Ibrahim? |
| 04.17.04 (9:39 am) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Cucu amat tertarik dengan satu laporan yang dibuat oleh akhbar Arus Perdana Berita Hairan ( Berita Harian ) edisi 17 April 2004. Berita sensai yang pastinya sungguh memalukan umat Islam itu berlaku di Kotaraya Kosmopolitan Kuala Lumpur iaitu berkenaan dengan seorang pelayan pelanggan (GRO) yang mengaku menari bogel dalam bilik di sebuah kelab hiburan , dikenakan hukuman penjara empat hari dan denda RM25 oleh Mahkamah Majistret [+]
|
|
|
| |
| DS Dr Wan Azizah Di Wad 2 Hospital Seberang Jaya |
| 04.17.04 (9:35 am) [edit] |
Kepulangan DS Dr Wan Azizah setiap minggu dari ibu kota ke Permatang Pauh dipenuhi pelbagai program ketat.. Selain perjumpaan dengan AJK bahagian / negeri, memenuhi undangan majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran kemenangannya yang masih berlangsung hingga kini, beliau akan turut menziarahi rakyat Permatang Pauh yang uzur di kampung-kampung ataupun yang sedang dirawat di hospital. [+]
|
|
|
| |
| Pegawai polis di sekolah |
| 04.16.04 (12:24 pm) [edit] |
Pegawai polis di sekolahKetua Polis Negara, Mohd. Bakri Omar cadang tugaskan seorang pegawai polis yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di seluruh negara. Nampaknya Malaysia sekali lagi berjaya mencatat rekod dunia jika cadangannya ini dilaksanakan. Rekod dunia cuma untuk kalangan negara yang mengamalkan demokrasi. Lain hal dengan negara blok komunis yang kita ketahui bahawa agen agen kepolisan atau risik memang digajikan sebagai guru, tukang kebun dan ada juga pelajar yang digajikan oleh KGB untuk mengintip guru guru.
|
|
|
| |
| Ezam bebas tuduhan miliki dokumen rahsia rasmi |
| 04.16.04 (12:19 pm) [edit] |
Ezam bebas tuduhan miliki dokumen rahsia rasmiIni pun asalnya kerja polis juga. Kes ini seperti lain lain kes yang membabitkan OSA, ISA adalah kes yang meletakkan kuasa polis mengatasi Kehakiman. Polis boleh dengan serta merta menangkap seseorang yang baru saja dibebaskan dengan alasan alasan seperti keselamatan awam. Hingga hari ini saya masih belum lihat senjata senjata merbahaya seperti molotov cocktail yang bekas KPN dulu kata ada…..takkan polis cakap bohong?
|
|
|
| |
| Stigma Politisasi Agama |
| 04.15.04 (2:49 pm) [edit] |
Parti-parti Islam yang memperjuangkan syariah Islam atau menegakkan negara Khilafah Islam, sering dituduh melakukan “politisasi agama”. Maksudnya, berpolitik atas nama agama atau membawa-bawa agama dalam dunia politik. Isu parti Islam dalam Pemilu untuk melaksanakan syariat adalah ”politisasi agama demi keuntungan politik yang tak berhubungan dengan kepentingan agama. Tentu tuduhan tersebut cukup menyudutkan parti-parti Islam, sebab tuduhan itu bernada merendahkan. Lagi pula, faktanya memang ada sebahagian parti Islam yang “menjual” agama demi kekuasaan belaka, tanpa memperjuangkan syariah Islam secara serius.[+]
|
|
|
| |
| BN Mula Mereput Selepas Pembangkang Habis Terjerut |
| 04.15.04 (2:17 pm) [edit] |
Kalau dalam keadaan lain, Barisan Nasional tentu sudah mampu menayangkan keangkuhannya terhadap kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2004 dulu sebagai bukti akan kegagahannya. Memang ada juga dibuatnya gelagat itu untuk seketika, dan bukan untuk lama-lama. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang begitu ghairah mahu menentukan kemenangan BN, telah membenarkan hukum-hakam serta peraturan pilihan raya dilanggar begitu sahaja oleh sesiapa direlakannya. Inilah akhirnya yang mencetuskan keresahan apabila pilihan raya itu dianggap terlalu banyak cacat-celanya.[+]
|
|
|
| |
| Blacklist Ulama Upahan |
| 04.14.04 (4:14 pm) [edit] |
Saya ingatkan pembangkang. Usah lagi kita berlembut dengan sesiapa sahaja yang menjadi Barua UMNO. Nama mereka seharusnya dikeluarkan bagi dijadikan "blacklist" di kalangan penyokong Pembangkang. Oleh sebab terlalu "Husnu Zhan" "sangka baik, mereka akan menyerang kembali kita. Siapa sahaja yang berani berdolak-dalik mempermainkan agama dan menentang agama Allah seharusnya kita tentang. Ini sudah terjadi kepada Dr. Mashitah dan Datuk Pirdaus. Mereka barua UMNO. Nama seperti Mufti Wilayah dan ramai lagi pendakwah upahan harus kita "blacklistkan" sebagai Barua UMNO. Jangan biarkan di waktu hampir pilihan raya rakyat dan penyokong pembangkang sendiri keliru bila Ulama' Upahan ini bertanding atas tiket UMNO. Penyokong akan bertanya, benarkan Islam hadhari UMNO ini memang baik, sehingga Dr. Mashita dan Pirdaus sanggup bertanding atas tiket UMNO? Sebenarnya nama seperti Abdullah Md Zain, Mashitah dan Pirdaus sudah saya jangka akan menjadi barua UMNO. Ingat bukan masanya kita mahu berkompromi dengan Ulama' upahan. Mereka bukan bodoh. Mereka ada Ilmu Agama. Kalau dah sokong parti UMNO proxy yahudi ini, sah Barua dan Ulama' Upahan.
Lawan Tetap Lawan!!
Kiriman Reformis Muda - 13.04.2004
|
|
|
| |
| Fun Fair: Kita Tunggu Apa Kata Dr Amran Kasimin... |
| 04.14.04 (4:11 pm) [edit] |
Tertanya juga di hati ini apa kata Dr. Amran Kasimin, wakil hantu bagi DUN Bangi. Masih terngiang-ngiang di telinga ni, kata-kata Amran Kasimin semasa kempen pilihanraya tempoh hari. “Saya masuk UMNO ke, masuk PAS ke, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar”. Satu Malaysia dengar apa yang dia cakap sebab masuk tv. Baguslah apa yang bekas pensyarah UKM ni cakap. Perkara yang benar mesti dikatakan benar dan yang salah tu tetap dikatakan salah walaupun pahit. [+]
|
|
|
| |
| Kementerian Penerangan hapus prosedur lapuk |
| 04.13.04 (8:48 pm) [edit] |
[b][i]KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan akan memperkenalkan tiga pendekatan baru termasuk menghapuskan semua prosedur dan peraturan lapuk, ke arah menjadikan ia kementerian ‘nombor satu’ di negara ini.
Dua lagi pendekatan yang akan diperkenalkan segera ialah memberi kebebasan bersuara bagi mengemukakan idea di kalangan pegawai semua peringkat dan mengamalkan budaya kerja ahli perniagaan.
Menterinya, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, juga mahu setiap pegawai dan kakitangan kementerian itu menanam budaya ‘gila kerja’ dalam diri mereka, serta memberi jaminan beliau sendiri akan bekerja siang dan malam untuk merealisasikan matlamat menjadikan Kementerian Penerangan nombor satu[/i][/b].[lagi kat berita hairan]
ini satu lagi keje yang nak mengabiskan boreh jo, pi balik kat kementerian mana pun asyik cakap no satu dan terbaik jo tapi tak pernah dapat, pah tu plak bila dah tukar kementerian kata kementerian ni tak betul plak, orang lain yang gi kat kementerian dia dulu pun sama cakap kememterian dia dulu tak betul.
orang2 ni(ameno) memang dah tak betul, so camana lagi nak buat, cakap nak betulkan pun betulkan dengan cara 'janji poket aku penuh' tulah cara nak perbetulkan setiap kementerian bagi dari sudut deme tu.
tok dah jenuh dah perhatikan keadaan sama jo dari dulu sampai saat tok tulis benda ni. kekadang nak balun jo kepalo diaorang terutamanya yang cakap nak jadikan kementerian deme tu no 1, terbersih dan tah apa2 lagi. nak keje sampai tak tido konon, pi mampuih kalu hang tak tido, peraturan kolot yang dinyatakan juga menunjukkan semua kementerian bawah ameno adalah kolot termasuk semua menterinya.
maleh dah tok nak cerita panjang, korang pikir la pulak sendiri
|
|
|
| |
| Inilah ‘Islam Hadari’ Pak Lah:‘Bangga’ ‘Anak Malaysia’ BERZINA!! |
| 04.13.04 (10:53 am) [edit] |
Baca petikan Brita Harian 12/4/04 dibawah……
[i]Model kelahiran Malaysia mengaku berasmara dengan Beckham LONDON: Seorang model kelahiran Malaysia menjadi wanita kedua mendakwa menjalin hubungan asmara dengan kapten bola sepak England, David Beckham yang sebelum ini dikatakan meniduri anak diplomat Belanda, Rebecca Loos. Sarah Marbeck (gambar) yang menetap di Australia, mendedahkan hubungannya dengan Beckham yang bermain untuk kelab Real Madrid kepada akhbar British News of the World dalam satu temu bual eksklusif.[/i] (berita penuh)
Astaghfirullahalazim…. saya tak tahu nak kata, apa maksud BH menyiarkan berita sensasi ini…boleh jadi nak lakukan jualan akhbar. Tetapi pada bacaan ‘caption’ tajuknya seolah2 membawa maksud bahawa ‘MALAYSIA BOLEH’ dalam segala hal…boleh pecah ‘Malaysian books of records’ tak kira halal haram…walaupun mungkin Sarah bukan Islam namun cara penonjolan ‘kebolehan’nya menyaingi anak diplomat Belanda tersebut dalam melakukan perbuatan terkutuk diluar tali perkahwinan (yang Beckham sendiri pun mengaku bersalah berlaku curang terhadap isterinya!!) itu seolah-oleh mendidik anak-anak Malaysia berdasarkan ‘ ISLAM HADHARI’ bahawa perkara itu boleh dijadikan amalan oleh pemuda pemudi Malaysia untuk masa depan yang lebih gemilang melahirkan ANAK-ANAK GAMPANG sebagai pemimpin UMNO dan BN dimasa-masa akan datang.
Hurray (3X) kepada anak ulamak UMNO cucu ‘Sheikh Fahim (yang TAK FAHAM beza ISLAM SEKULAR DENGAN ISLAM SEBENAR yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw) iaitulah ABDULLAH BODOHWI AL LEMBIKKI AL PENIPUI AL TUNGGANGI ALSUPIRI wal POLISI wal MAHKAMAHI….
Hidup IMAM UMNO!!!!!!! IMAM Hantu Jembalang!!!!! Boleh jalanlah… cakap tak serupa biki!!!
Oleh Spy Leman - 12.04.2004
|
|
|
| |
| Surat Terbuka Untuk PAS/BA |
| 04.13.04 (10:50 am) [edit] |
Mungkin pandangan ini agak radikal namun demi masa depan ‘SURVIVAL’ ISLAM saya terpanggil untuk melontar pandangan ini untuk dikongsi bersama: Pandangan ini berdasarkan PREMIS….bahawa KITA INGIN MEMENANGKAN ‘ISLAM’ DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH MANUSIA SEJAGAT……. [+]
|
|
|
| |
| Pilihan Raya Umum 2009 |
| 04.13.04 (10:47 am) [edit] |
Sekiranya BA ingin menyertai pilihan raya 2009 dengan berkeyakinan ianya adil dan saksama maka langkah-langkah ini patut di fikirkan. Saudara tentu boleh memikirkan impak dan implikasi di sebalik cadangan ini. Di sebalik peranan media, SPR, JPN, Polis dan sebagainya yang diketahui membantu pihak yang BACOL yang ingin memerintah dengan cara mudah seperti ingin kaya mudah melalui nombor ekor. [+]
|
|
|
| |
| KeADILan Permatang Pauh Terus Menerima Kemasukan Ahli Baru |
| 04.13.04 (10:44 am) [edit] |
PERMATANG PAUH- 11 MAC, Hajat Umno/ BN untuk menghapuskan sokongan rakyat kepada BA melalui konspirasi jahat dengan pihak SPR dan JPN dalam pilihan raya lalu terus menerima tamparan. Terbaru, Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Permatang Pauh telah menerima kemasukan ahli-ahli baru di Bagan Serai dan Permatang Rawa dalam KADUN Seberang Jaya, hari ini. [+]
|
|
|
| |
| Walaupun Terbuang Subra Masih Tenang |
| 04.13.04 (10:38 am) [edit] |
Tepat tiga minggu selepas beliau dikuis ke tepi, Timbalan Presiden MIC Datuk Subramaniam, telah bertemu dengan Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu. Itulah pertemuan kali pertama selepas Samy membuat pengumuman yang mengejutkan semua pihak bahawa Subramaniam akan digugurkannya daripada senarai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum. Walaupun tidak ada pilihan lain, mereka akhirnya bertembung jua dalam persidangan majlis tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Perdana menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada April 3 lalu. [+]
|
|
|
| |
| 2.8 Juta Pengundi Hantu Diakui Wujud Oleh TKT Mahathir |
| 04.12.04 (9:44 am) [edit] |
[b]TKT Mahathir Belum Berhenti Berbohong [/b] Ketika diminta mengulas faktor yang mendorong kemenangan gemilang Barisan Nasional di dalam PRU kesebelas baru-baru ini, bekas PM Tun Kepala Taik menggariskan dua perkara penting; peralihan kuasa kepada Dolah Badawi dan penubuhan Puteri Umno[+]
|
|
|
| |
| Islam Hadhari Dan ‘Gencok’ Hadhari |
| 04.12.04 (9:37 am) [edit] |
Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Tuan Guru Dollah Badawi sejak mula diperkenalkan semakin bercelaru. Dulu ada Ghazal Parti Kepala Batas, sekarang ini ada pula Sarkas Kepala Batas. Gencok adalah sebutan dialek utara berhubung tarian, para pemain Ghazal Parti suka bergencok (menari) dan sekarang ahli Kumpulan Sarkas Kepala Batas juga bergencok dengan irama Padang Pasir (Hadhari) yang disesuaikan mengikut cita rasa yang disukai ramai, “Ya gamil ya gamil li ya gamil,’ala hubbakh lidalil, manakhaiyyir albimin, yam hayar albima’ad, yam ghayyir fikhrirrawarad… , kata tuan guru mereka, mari kita bergencok .(memetik senikata popular nyanyian Ghazal Parti Kepala Batas, di bawah pimpinan Ustaz Ramli Sarif dan Idris Saidi pada tahun-tahun 1970-an dulu, satu nostalgia)[+]
|
|
|
| |
| Kabinet Haram Dolah Ubai, Ulul Amri Haram |
| 04.11.04 (1:17 pm) [edit] |
“Saya tidak akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita Ameno”. Demikian ikrar Datuk Azalina ‘macho’ Othman. Kadang-kadang, kita boleh senyum sendirian apabila membaca kenyataan sedemikian, yang datang dari seorang puteri yang berbadan lasak. Hmmm… kalau kenyataan itu datang dari Datuk Hishammuddin, mungkin kita boleh pandang serius juga. Datuk Seri Rasuah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Ketua Wanita ameno boleh bernafas lega – bukan saja tiada saingan untuknya, malah kiranya ada saingan dari Datuk Azalina yang macho tu, mungkin Datuk Rasuah dapat mempengaruhi Jawatankuasa Teknikal ameno untuk membatalkan pencalonan Datuk Aza atas dasar tidak menepati kriteria wanita. Demikianlah perihal Menteri Belia dan Sukan yang baru, yang mengatakan bahawa perlantikan seorang wanita sebagai Menteri Belia dan Sukan akan menjadi satu cabaran baginya. Aikkk? Apa yang menjadi cabarannya Datuk? Datuk boleh tolong buka seluar tak? Kami nak tengok dulu sama ada betul atau tidak cabaran yang akan datang tu. Apa pun, kita sudah mula mendengar desas-desus bahawa kebanyakan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan tidak akan membawa isteri masing-masing ke sebarang majlis rasmi yang akan dihadiri oleh datuk Aza yang macho tu. Bahaya nanti kalau mana-mana isteri yang ditenung dan dikenyit mata oleh Datuk Azalina!!!! [+]
|
|
|
| |
| Undi SMS TV3: Ulama Pas Masih Relevan |
| 04.10.04 (4:27 pm) [edit] |
Pada malam 8 April 2004, Buletin Utama TV3 telah membuat satu undian SMS seperti berikut: ‘Kepimpinan Ulama Dalam Pas Sudah Tidak Relevan Lagi’. Setuju atau Tidak Setuju. Undian ini dibuat berdasarkan temubual yang dibuat antara wartawan TV3 dengan penulis Md Sayuti Omar. Dalam temubual itu, penulis tersebut telah memberikan pandangan bahawa kepimpimpinan ulama di dalam parti Pas sudah tidak relevan lagi. Berdasarkan undian tersebut, TV3 dengan niat jahat mereka telah mengadakan undian SMS untuk mengetahui sama ada penonton bersetuju atau tidak dengan pandangan penulis tersebut. Jika sebahagian besar penonton bersetuju dengan pendapat penulis tersebut, ia merupakan bonus besar kepada Umno dan BN. Ini akan menunjukkan bahawa kepimpinan ulama sudah tidak diterima lagi oleh sebahagan besar masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.
Namun dengan kuasa Allah, niat jahat mereka itu tidak kesampaian kerana keputusan akhir undian SMS itu menunjukkan 58% penonton yang menghantar SMS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seterusnya tidak bersetuju dengan pendapat penulis tersebut. Ini adalah bukti menunjukkan kepimpinan ulama di dalam Pas telah, masih dan akan sentiasa diterima oleh rakyat Malaysia. Walaupun yang menghantar SMS itu tidak ramai dan mungkin ada yang menghantarnya lebih dari sekali, tetapi ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini masih lagi menerim Pas dan kepimpinan ulamanya. Ini menjadi bukti bahawa penyokong dan pendokong Pas adalah besar dan ramai walaupun tewas besar pada pilihan hanturaya yang lalu.
Nampaknya niat jahat TV3 itu tidak kesampaian dengan keputusan undian SMS tersebut. Pandangan penulis itu juga merupakan peribadi yang bersifat syok sendiri dan mencari publisiti murahan. Bagi saya, penulis tersebut telah dipergunakan oleh TV3 dalam menyokong politik kotor pemerintah. Kita rasa bersyukur kerana undian itu memihak kepada kita walaupun kesan undian itu mungkin kecil kepada masyarakat kita. Semoga dilain masa jika ada lagi undian SMS yang bersifat jahat seperti itu, keputusan undian tidak akan memihak kepada golongan-golongan jahat seperti mereka.
Takbir!!!!
Kiriman Rindu Purnama - 09.04.2004
|
|
|
| |
| MP Kuala Selangor Mula Tunjuk Tembelang |
| 04.10.04 (4:24 pm) [edit] |
[b]MP Kuala Selangor pasti dilawan [/b]
Keputusan pilihan raya umum kesebelas belum pun lagi diwartakan tetapi Mohd Daud Tarihep selaku calon BN yang baru memenangi kerusi Parlimen P096 Kuala Selangor sudah menampakkan tembelangnya.
Daud yang meyakinkan pengundi ketika kempen p/raya konon beliau akan dilantik sebagai Timbalan Menteri atau sekurang-kurang Setiausaha Parlimen akhirnya melopong apabila namanya langsung tidak disenaraikan untuk apa-apa jawatan di dalam kabinet Pak Lah baru-baru ini[+]
|
|
|
| |
| Pemakaian Toha Sebagai Tanda Protes Terhadap Penipuan UMNO dan SPR |
| 04.10.04 (4:12 pm) [edit] |
Assalamualaikum wbt Tuan Editor dan para pembaca yang dihormati Saya cadangkan semua pencinta keadilan dan kejujuran memakai toha atau 'armband' hitam sebagai protes senyap dan tanda bergabung atas kematian demokrasi di Malaysia ini, yang dibunuh oleh musuh-musuh Islam paling keji iaitu parti UMNO dan talibarut kerajaan SPR !
Jika ada badan bertindak yang sanggup mengeluarkan kain-kain hitam itu dan mengedarkannya keseluruh negara lagi baik dan alhamdullillah diucapkan kerana ini juga cara menentang kemungkaran, kalau boleh dikain hitam itu ditulis 'spr' jadi kita bergabung keatas kematian 'SPR' yang munafiq itu.
Jika cadangan ini dapat diselaraskan seluruh negara, sedikit sebanyak akan memalukan siRaSHIT dan yang sewaktu dengannya di samping mengingatkan kaum Melayu yang mungkin mudah lupa saperti kata mamak shit Madey dulu. Ini akan mengingatkan diri kita supaya tidak mudah terlupa, tertipu, terzalim dan teraniaya oleh puak-puak mungkar UMNO itu. Ingatlah, agenda mereka serupa dengan Yahudi dan Amerika iaitu untuk memerangi Islam dan umatnya sampai tidak ada lagi suara Islam didunia ini. Takbir
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar - Jingoza - Kg Makam Hj Kasim P.Pinang - 10.04.2004
|
|
|
| |
| ADAKAH KITA PERLU MENYERTAI PILIHAN RAYA TAHUN 2009? |
| 04.10.04 (4:09 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Saudara-saudara pembaca budiman, Sudah lebih tiga minggu pilihan raya umum ke-11 telah berlalu, namun rakyat masih lagi membicarakannya. Pelbagai gelagat yang paling kotor dalam sejarah pilihan raya di Malaysia kita telah dapat melihat, mendengar dan membaca dari bermacam-macam pandangan serta ulasan dari pelbagai sumber. Dalam pilihan raya tersebut, PAS yang merupakan parti pembangkang terkuat di Malaysia mengalami kekalahan paling teruk selepas tragedi tahun 1978. PAS hanya mampu memenangi 7 kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN, manakala Keadilan hanya menang satu kerusi parlimen menerusi Presiden partinya iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, Pulau Pinang[+]
|
|
|
| |
| Syeikh Abdul Kader Al-Jailani |
| 04.06.04 (2:43 pm) [edit] |
JANGANLAH engkau cemas tentang rezekimu, kerana pencariannya kepadamu lebih uat daripada engkau mencarinya. Apabila kamu telah memperolehi rezeki untuk hari ini, maka janganlah engkau risaukan rezeki untuk hari esok, sebagaimana engkau tidak lagi merisaukan hari kelmarin yang sudah berlalu. Sedangkan hari esok, apakah engkau tahu sama ada ia akan sampai kepadamu atau tidak?
Uruslah keperluanmu untuk hari ini. Seandainya kamu mengenal Allah, maka kamu akan menyibukkan diri denganNya dan menjauhkan dirimu daripada memburu rezeki, kerana perasaan takut kepadaNya itu akan mampu mencegahmu daripada memburu rezeki.
Wahai hamba, aku melihat, bahawa kamu hanya sedikit sekali mengenal Allah dan rasulNya, sedikit sekali mengenal kekasih Allah dan pewaris para nabiNya untuk menusia. Kamu ialah manusia yang kosong daripada pengertian, tidak ubahnya bagaikan sebuah sangkar tanpa burung, atau bagaikan rumah kosong yang sudah hancur luluh, atau bagaikan pepohon kering yang daunnya berguguran.
Semaraknya hati seorang hamba adalah dengan Islam, kemudian dengan meyakini hakikat dan kewujudan Islam itu, iaitu penyerahan jiwa raga secara menyeluruh. Serahkanlah dirimu kepada Allah yang Haq, maka Dia akan menyelamatkan engkau, menyelamatkan nafsumu dan dirimu sendiri. Keluarlah engkau dari hatimu dan daripada semua makhluk, khususnya manusia. Kemudian menetaplah kamu di hadapan Yang Maha Haq dengan bertelanjang daripada dirimu dan daripada segala insan. Jika al-Haq menghendaki, maka Dia akan memberimu pakaian dan mengembalikan engkau kepada makhluk manusia. Kerana itu ikutilah perintahNya kepadamu dan kepada semua makhluk, disertai dengan sikap reda kepada rasul dan sudah diutusNya.
Hai manusia! Apakah yang engkau miliki dan untuk apakah semuanya itu? Engkau hanyalah seorang hamba nafsu, hamba dunia dan hamba makhluk. Engkau hanyalah hamba manusia, engkau bersekutu dengan mereka. Kerana engkau berpendapat, bahawa akan ada manfaat dan mudarat yang datang daripada mereka.
Wahai kaumku.... malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu mensia-siakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak akan dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada makam Tuhanmu.
Ingatan kepada Allah selalu terhunjam didalam hati orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu. Apabila hal itu kamu dapat laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada Qadak Allah, dekat hati kepada Allah, bermunajat kepadaNya, menyingkap tabir yang ada diantaranya dengan Allah. Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan. Ada pun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Taala kepada orang yang beriman dan melihat Zat Allah yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah disisi Allah, manakala kedudukan itu berada di sisi makhluk.
Kebaikan adalah dalam menghadap kepadaNya sedangkan keburukan adalah berpaling daripadaNya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untukNya. Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya, maka balasan untukmu ada kepada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana ZatNya, maka balasan untukmu ialah kedekatanmu kepadaNya dan melihatNya.
|
|
|
| |
| KAKITANGAN PRO-UMNO SUKAR TERIMA KEMENANAN PAS |
| 04.06.04 (1:29 am) [edit] |
KOTA BHARU, 5 April (Hrkh) – Kejayaan PAS terus menguasai pentadbiran Kelantan pada pilihan raya umum baru-baru ini, masih sukar diterima segelintir kakitangan kerajaan yang proUmno sehingga ada yang bertindak di luar batasan.
Misalnya di bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ada pihak tertentu memasang bendera dacing pada pintu masuknya pagi 22 Mac lalu, biar pun kemenangan berpihak kepada PAS.
Begitu juga di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), ada kakitangan yang menjadi ‘talibarut’ Umno sudah merayakan kononnya kemenangan berpihak kepada parti itu.
Mereka juga membuat ugutan kepada kakitangan yang menyokong PAS termasuk menyenaraikan seramai 186 kakitangan untuk diberhentikan.
Keadaan itu timbul kerana propaganda dimainkan stesen televisyen yang mengumumkan Umno berjaya memenangi 26 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan pada malam pengumuman keputusan pilihan raya.
Sementara itu, malam kelmarin beberapa kakitangan MPKB yang proUmno menurunkan bendera bulan besar yang dipasang di tanah persendirian di Jalan Pekeliling dekat sini.
Jurucakap MPKB berkata, tindakan segelintir kakitangan terbabit adalah bertentangan dengan arahan awal iaitu hanya menurunkan poster yang dipasang di tempat awam sahaja.
Katanya, mereka diarah tidak menurun dan membuang poster yang dipasang di tanah-tanah milik persendirian.
Sehubungan itu, beliau berkata, MPKB akan menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.
Selain itu, difahamkan ada beberapa kakitangan kerajaan negeri yang hilang pertimbangan mengoyak, membakar serta menconteng poster Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
Penyokong Umno juga cuba membakar replika wau bulan besar di Simpang 4 Cherang sehingga menimbulkan perbalahan dengan penyokong PAS. – NY/mj
Komen: MCA tak buat begitu pada DAP.
|
|
|
| |
| Sekadar catitan ....Dollah Hadhariun |
| 04.06.04 (12:55 am) [edit] |
Oleh : blackseptember@freeanwar.com
Pagi tadi aku pergi untuk menziarahi anak buah ku di Batang Melaka. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, ianya jauh dari pekan Selandar tetapi berada dipinggir pekan Batang Melaka. Pelik juga aku memikirkan mengapa tidak disebut Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batang Melaka, apakah kerana nama pekan itu kurang manis???. Semasa menghantar dulu kami berputar-putar mencari sekolah tersebut di pekan Selandar, akhirnya orang kampung di Selandar menyuruh kami ke Batang Melaka. Sekolah baru dan istimewanya ialah dipenjuru padang permainan sekolah itu dikongsi bersama oleh sebuah Kuil Hindu...
Ada durian ...Durian Tunggal...tak berbuah ...Durian Daun Ada batu .... Batu Berendam Ada lubuk dah bagi kat cina ......Lubuk Cina Ada tanjung dah bagi kat keling ..... Tanjung Keling apa lagi yang tinggal????
Batang Melaka ... kah kah kah ...itu pun Rahim Tambi Kecik yang punya !!!!!
Pergi dan balik aku melalui pekan Gemencheh yang pernah diwakili oleh Si Waad Mansur, anak ustaz yang mengajarku mata pelajaran ugama semasa aku di sekolah kebangsaan gemas.
Aku singgah untuk minum di sebuah kedai kopi berdepan dengan balai polis gemencheh. Dari kedai tersebut aku dapat melihat sederet rumah kedai di tepi jalan dari Tampin ke Gemas. Aku tertarik melihat deretan kedai tersebut. Di Corner Lot terdapat sebuah bank,di sebelahnya kedai Pajak Gadai jahilliah, sebelahnya Magnum 4 D, selang beberapa kedai selepas Maybank Bhd terdapat kedai Sport TOTO dan di sebelahnya pula kedai Ajensi Ramalan Nombor 3 D.
Hebat kan ?????? Negara Islam Malaysia dengan sistem Islam Hadharinya... gemilang dan cermelang...memang Terbilang !!!!
Apakah dalam Islam Hadhari tidak ada ayat Allah yang mengatakan sesungguhnya 'arak judi dan bertenung nasib itu merupakan amalan syaitan !!!!????'... berderetan 'kedai amalan syaitan' di depan balai polis negara Islam Hadhari!!!
Kedua Bank sudah tentu beramal dengan sistem jahilliah, apa lagi pajak gadai milik seseorang yang dulunya datang dari Tongsan...
Melihat TOTO (Tipu Orang Takada Otak) aku teringat khir johari....
Tengok magnum aku teringat hanif omar ...
Berderet-deret manusia menunggu giliran, cumanya di kedai pajak gadai... sunyi sepi ...
Di Bank .... mereka beratur di Automated Teller Machine ..
Di Magnum 3D dan 4D, TOTO dan Ajensi Ramalan Nombor - mereka beratur mencuba nasib ...
Semuanya mengharapkan wang !!!!!
Malaysia Negara Islam Hadhari, memiliki rakyat yang mencari wang dengan berpelaburan judian seringgit dua untuk menjadi kaya !!!!
Dari 10 orang yang beratur 6 melayu, 3 cina satu India ....hebat kau wahai Dollah !!!!!! Dollah Hadhariun !!!
Kalau di Kuala Lumpur...10 yang beratur...5 Indon,4melayu dan satu India...Cina beli ekor haram !!!!!
Susah ker nak mengharamkan amalan judi ni? Kalau tanya orang cina pun, cina pun tak suka, kecualilah kaki judi, sedangkan kaki judi ni tak semestinya Cina ...
Ada komen????????
Fenin...fenin.....Dollah Hadhariun
[i][b]sumber : FGR[/b][/i]
|
|
|
| |
| Apakah BA Belum Layak Memerintah Malaysia? |
| 04.05.04 (4:36 pm) [edit] |
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
[b]Kemerosotan Jumlah Kerusi BA [/b]
Para reformis sekalian! Sudah banyak kita baca ulasan dan pandangan yang dikemukakan berkaitan sebab-sebab terjadinya kemerosotan jumlah kerusi BA di Parlimen juga di DUN-DUN seluruh Malaysia. Jangan ada sesiapa di sana yang menafikan ianya Taqdir Allah. [+]
|
|
|
| |
| Ustazah Umno Yang Ingin Perbetulkan Akhlak Ahli Pas? |
| 04.05.04 (4:34 pm) [edit] |
Pada abad 20 yang lalu, kalau tidak silap Zaleha Hussien hanya sempat menjadi Adun Salor (Umno BN) di Kelantan selama sepenggal sahaja sebelum ditolak rakyat pada pilihan raya umum 1990.
[b]Kelantan Tolak Ustazah Umno Terima Ustazah Pas [/b]
Sejak itu sehinggalah pilihan raya umum di abad 21 yang baru saja berlalu Ustazah Umno itu sudah tiga kali terkangkang tanpa sebarang kemenangan,dan beliau mungkin akan kempunan sehingga ke akhir hayat untuk digelar semula sebagai YB seperti yang pernah dikecapinya pada sesi DUN Kelantan 1986-90 dulu.
Nampaknya para pengundi di Kelantan telah memberi laluan kepada dua orang Ustazah dari Pas (BA) mewakili Parlimen Pasir Putih dan DUN Tanjong Mas.
Bertuahlah YB Ustazah Kalthom Othman MP Pasir Putih dan YB Ustazah Rohani Ibrahim Adun Tanjong Mas yang baru pertama kali bertanding jika dibandingkan dengan Zaleha ustazah Umno yang semakin kerepot itu.[+]
|
|
|
| |
| Satu Suratan Ataupun Sekadar Satu Kebetulan? |
| 04.05.04 (4:32 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Assalamualaikum WBT Dan Salam Perjuangan! Keputusan Pilihan Raya Umum ke-11, telah pun kita ketahui. Walaupun banyak benda yang tersirat di sebalik keputusan tersebut, namun yang tersurat sudah kita saksikan di hadapan mata kita. Segalanya tidak perlu dihuraikan lagi, walaupun kita merasakan keputusan pilihan raya ini tidak sah dari segi undang-undang .. Tapi apalah gunanya kita berpegang lagi kepada undang-undang, kerana undang-undang di negara kita ini sudah lama tercemar oleh pemerintah yang rakus dan zalim. Justeru itu apalah gunanya untuk kita menuding jari menyalahkan serta mengeluarkan bukti demi bukti penyelewengan pilihan raya sedangkan kita sudah tau akan akibat dan tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan.[+]
|
|
|
| |
| Hapuskan Segera Mitos BN Melalui Jalan Raya |
| 04.02.04 (6:18 pm) [edit] |
Sekarang kita ada beberapa pendekatan yang besar di dalam mencapai matlamat kita iaitu untuk menegakkan pemerintahan Islam yang dinamik dan adil bagi semua kaum; 1. Masuk pilihan raya - kaedah ini nampaknya sudah 10 kali gagal dan telah mengambil masa hampir 50 tahun. Walaupun pimpinan kita tahu segala tipu daya BN selama ini, tiada sebarang tindakan konkrit diambil untuk menanganinya, hanya melepas batuk di tangga. Jikalau kita berhujah bahawa perjalanan dakwah ini panjang tempohnya, seraya mengambil contoh dakwah Nabi Nuh as, tetapi kaedah yang kita ambil nampaknya bakal meningkatkan lagi jumlah tahun tersebut dan bukan memendekkannya. [+]
|
|
|
| |
| Laungan ‘SPR penipu’ bergema di pekarangan pejabat Suhakam |
| 04.02.04 (6:06 pm) [edit] |
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) – ‘Tipu…tipu…SPR penipu, Tipu…tipu…SPR penipu… – demikian bergegar laungan kira-kira 500 orang di pekarangan bangunan yang menempatkan pejabat Suhakam, Jalan Raja Laut di sini jam 3.00 petang tadi ketika penyampaian memorandum bantahan pilihan raya oleh pemimpin Parti KeADILan Rakyat.lagi kat harakahdaily
|
|
|
| |
| Mathematics, Malaysian-style |
| 04.01.04 (11:44 pm) [edit] |
I find it most alarming that Malaysian schools teach our children the wrong things. I mean: can the children really apply what they are taught in school later in life? For example, can you imagine a mathematics question in a recent examination as follows?
“If an egg costs fifty Sen, and if you buy one-eighth of the egg, how much would you have to pay?”
Who in heaven’s name will want to buy one-eighth of an egg? The shopkeeper will probably think you are crazy and he will be equally stupid to break the egg and measure one-eighth for you. Yet, this is how they structure the questions in Malaysian schools. Why not pose questions that would be more useful later in life when you go out into the world to earn your living? To help Malaysia’s Ministry of Education better prepare our students to face the realities of life, we are suggesting some questions they could use in our classrooms.
QUESTION 1
If you drive from Kuala Lumpur to Penang along the PLUS Highway and there are four speed traps along the way, and if each speed trap would cost you RM300.00 in fines, how much in fines would you accumulate by the time you reach Penang?
ANSWER (Choose one)
I would not suffer any fines as the oncoming cars would flash their headlights and I would slow down before coming to the speed trap. I would only need to pay a total of RM80.00 as I would pay a RM20.00 bribe at each speed trap. I would not be stopped as I am an UMNO Wakil Rakyat so I am exempted from speed traps. QUESTION 2
If your Bumiputera company is awarded a RM150 million government contract, and you make a 20% profit, how much profit would your company make at the end of the contract period?
ANSWER (Choose one)
I will not be making a 20% profit as I would have to pay the Minister 10% and UMNO 5%. I would make 30% profit, which is the progress payment I receive, after which I will abandon the project and let the government call for a re-tender. My company will not make any profit at all as I will siphon out all the profits and show a loss to avoid paying corporate tax. QUESTION 3
If the ruling party obtained 54% of the popular votes the last election and won 151 or 80% of the seats, and if it saw an increase of 10% in votes this election, how many more seats would it gain?
ANSWER (Choose one)
The ruling party will not show a 10% increase in votes, as it will stuff the ballot box with another 20% to give it a 30% vote increase. The ruling party will win an additional 25 seats, which are the newly created seats in the delineation exercise recently done. The ruling party has already decided it will win 90% of the seats and the votes have nothing to do with it. QUESTION 4
If the national petroleum company, Petronas, pays a 5% royalty to Terengganu State and if the amount paid is RM800,000,000 per year, how much should Petronas have in the bank accumulated over the last 25 years?
ANSWER (Choose one)
Nobody is supposed to know as Petronas need not show its accounts to anyone except the Prime Minister and this information comes under the Official Secrets Act. Petronas earns only 50% of its petroleum revenue from Terengganu so Petronas’ total income accumulated in the banks over 25 years should be RM800 billion. Petronas has nothing accumulated in the bank as all the money has been spent bailing out failed banks and crony companies and to finance mega projects.
Source FGR
|
|
|
| |
| Adakah Taksub Itu Milik Pembangkang? |
| 04.01.04 (11:00 pm) [edit] |
Melalui rangkaian-rangkaian televisyen, akhbar-akhbar dan laman-laman web selepas 'kekalahan teruk' parti pembangkang yang diketuai oleh PAS, maka pengikut-pengikut PAS diserang bertalu-talu dari segenap penjuru. Televisyen, radio berulang-ulang melaporkan betapa penyokong-penyokong PAS tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka semasa PRU-11 yang lepas. Di tambah segmen-segmen tambahan di mana, ketaksuban pengikut-pengikut PAS termasuklah memulaukan ayah Dr. Mashitah, ibu menghalau anak kerana tidak menyokong PAS dan pelbagai versi cerita yang mengambarkan betapa ketaksuban pengikut-pengikut PAS ini di tahap yang melampau.[+]
|
|
|
| |
| Bersedia Fitnah Paling Dahsyat UMNO Terhadap PAS! |
| 04.01.04 (10:49 pm) [edit] |
Pilihan raya paling kotor telah berlalu.. cengkaman UMNO terhadap jentera kerajaan kini makin kuat.. badan kehakiman dan Polis terus menerus menjadi barua segala kejahatan!! Media mereka makin menggila terus menjadi saluran fitnah bagi pihak Pemerintah!! Operasi Fitnah paling Dahsyat terhadap PAS bakal bermula.. Bersedia..!!! [+]
|
|
|
| |
| Agenda Baru UMNO |
| 04.01.04 (6:36 pm) [edit] |
Nampaknya setelah berjaya menipu pakcik makcik kat kampung akan keislaman sebenar oleh Paklah dan rakan taulannya... akhirnya suara pembangkang bangsa melayu tenggelam di parlimen untuk 5 tahun akan datang.... dan kekuatan pembangkang lebih hebat dari pihak DAP yang lebih dikenali oleh umno sebagai musuh kaum mereka... jadi untuk 5 tahun akan datang agenda dan isu-isu yang akan dimainkan oleh UMNO semestinya yang bersifat perkauman... mengajak orang melayu bersatu menentang pembangkang DAP khususnya... MAKA... kisah-kisah lama akan dimainkan semula... kita akan dengar semula musuh-musuh dalam selimut dan semangat JATI DIRI akan berkumandang semula...[+]
|
|
|
| |
| Kan Dah Kata, Sandiwara Sahaja |
| 04.01.04 (6:35 pm) [edit] |
Apabila sebuah kerajaan memperoleh mandat secara tipu helah dan bermuslihat, ia juga sekali gus tidak terasa terikat dengan rakyat yang di bawah. Apatah lagi kepada tuntutan dan suara pembangkang. Dengan majority lebih 2/3 di Dewan serta bantuan media, mereka akan sewenangnya bercakap dengan angkuh dan berlagak sombong. [+]
|
|
|
| |
|
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...
|