Blog For Free!


Archives
Home
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Kertas undi pos dalam tong sampah bukti pilihan raya tidak telus
03.31.04 (6:50 pm)   [edit]
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) – Sejumlah 17 helai kertas undi pos ditemui di dalam tong sampah oleh petugas Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) di Sabak Bernam membuktikan sekali lagi dakwaan pembangkang bahawa pilihan raya ke-11 dijalankan secara tidak telus adalah benar.lagi kat harakahdaily
 
Cerita seorang pembaca bagaimana pengundi hantu beroperasi
03.31.04 (6:47 pm)   [edit]
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh)- "Pada hujung tahun 2003, saya telah diajak oleh seorang rakan saya untuk mendaftar untuk pilihanraya umum yang akan datang. Menurut kawan saya ini, selepas pendaftaran kami akan diberikan duit sebanyak RM100 seorang. lagi kat harakahdaily
 
Perlukah menunggu 5 tahun lagi untuk terus ditipu SPR-BN?
03.31.04 (5:34 pm)   [edit]
Oleh AZLANSHAH

Ini pertama kali saya menulis dalam ruangan pembaca ini. Kita saksikan keputusan pilihanraya ke - 11 adalah suatu keputusan yang amat 'dahsyat' dan 'paling teruk' dalam sejarah pilihanraya Malaysia yang kucintai ini.

Cukuplah kita saksikan pilihanraya ke-11 ini yang penuh tragedi, menyakitkan hati, penipuan yang dahsyat, berat sebelah, dan komplot rapi SPR-BN dan lain-lain lagi.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin BA: Adakah kamu semua ingin menunggu plihanraya ke-12, kira-kira lagi lima tahun untuk kamu mencapai kemenangan?

Jawapannya, mudah saja. Janganlah bermimpi Barisan Alternatif (BA) nak menang. Malah saya rasa lagi teruk keputusan pilihanraya ke-12 nanti. Silap-silap BN sapu bersih semua kerusi.

Mereka mempunyai kekuatan yang dahsyat, mereka sanggup merompak, melacur, merogol, menghina undang-undang dan sistem kehakiman kita

Malah mereka sanggup menghina dan menodai undang-undang dan kehakiman Allah SWT demi mencapai kemenangan.

Kita telah saksikan sendiri dalam pilihanraya lalu. Adakah kita perlu menunggu pilihanraya ke-12 untuk sekali lagi buat post-mortem dan terus kecewa?

Terus terang saya katakan saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang amat kecewa sekiranya kita perlu menunggu pilihanraya ke-12 untuk BA memerintah, kerana saya hampir pasti bahawa BN akan mengganas lagi dalam pilihanraya itu.

Kepada pemimpin BA (harap mereka juga membaca Harakahdaily!), ayuh mari kita bangun bersama-sama. Saya percaya rakyat bersama-sama kamu.

Mari kita bersatu untuk mempertikai keputusan pilihanraya ke-11. Yang penting semua pemimpin BA harus bersatu dan menunjukkan komitmen untuk bersama-sama rakyat menentang dan mempertikaikan keputusan pilihanraya itu.

Sekiranya pertikaian melalui pen & dakwat dan rundingan tidak di ambil peduli oleh pemerintah, kita ikhtiar cara lain.

Kita gerakkan rakyat untuk berhimpun menyatakan ketidak-puasan hati.

Kita adakan himpunan besar rakyat mempertikaikan keputusan SPR ini. Kita jangan takut pada polis, ISA dan pemerintah; perjuangan pastinya menagih pengorbanan!

Kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang, ayuh kami semua rakyat Malaysia sentiasa bersamamu untuk menegakkan keadilan dan demokrasi di dalam negara tercintai ini.

Marilah kita bersama-sama mengadakan protes dengan menganjurkan perhimpunan besar dengan menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk menunjukkan rasa amarah dan protes terbuka kita dengan penipuan SPR-BN itu.

Ayuh rakyat Malaysia, marilah kita bangun menentang penindasan dan kepincangan menjolok mata ini.

Terdapat seorang insan yang sedang menderita di penjara demi untuk menegakkan keadilan, iaitu Anwar Ibrahim. Beliau memerlukan sokongan kita untuk sama-sama berjuang dengannya.

sumber FGR
 
Artikel M@rhaen
03.30.04 (10:43 pm)   [edit]
TAG 1566 Kim Quek: Bagaimana Pilihan Raya Dianggap Tidak Sah
Spirit of Truth: Shameless Badawi & UMNOBN's Illegitimate Government
Karkunku: Qadha dan Qadar
Karkunku:Ikuti Sunnah: Berdiri Yang Dianjurkan
Osman Jailani: Kuat Kerja, Kerja Kuat
 
Abdullah bertanggungjawab tangani penyelewengan SPR
03.30.04 (5:48 pm)   [edit]
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh melepaskan tanggungjawab terhadap penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum baru-baru ini. [+]
 
TAHAP KEMATANGAN RAKYAT MALAYSIA PADA PILIHANRAYA UMUM 2004
03.30.04 (5:42 pm)   [edit]
Pilihan Raya Umum 2004 telah pun berlalu. Berbagai cerita kedengaran berlegar seolah-olah khabar angin yang tidak berkesudahan. Namun kita juga merasa terusik, kenapa pilihan raya kali ini agak kecoh dan memaparkan sedikit huru-hara. Memang begitulah. Cerita pengundi hantu masih belum reda, kini timbul berbagai cerita. Kabinet Paklah pula dikatakan banyak membawa perubahan. Namun masih ada beberapa muka lama dikekalkan. Turut dikekalkan ialah muka-muka yang sudah usang seperti Samy Vellu dan Rafidah Aziz, yang kononnya sudah lama difailkan kes rasuah terhadap beliau, namun beliau tetap kukuh dalam Kabinet Paklah. Kekalnya dua muka lama ini memperlihatkan Paklah memerangi rasuah hanya sekadar kata-kata sahaja. Dua muka lama ini sudah dimaklumi sebagai di antara mereka yang banyak kes rasuah, namun Paklah masih memberi muka kepada mereka, tetapi dalam masa yang sama menasihatkan ahli-ahli MP dan ADUN agar bekerja untuk rakyat dan menjauhi rasuah. Inilah cakap tidak serupa bikin namanya[+]
 
Alahai SPR- Sandiwara Pilihan RaSHIT
03.30.04 (12:16 am)   [edit]
Tan tak Berseri Rashit ni ada lah pengerusi SPR. Barangkali telah pekak sebelah. Tak tahu rintihan pembangkang. Padanya pembangkang ni buat semak saja tak lebih dari keturunan hamba abdi seperti sampah.
Nampaknya dia tak tahu apa yang dia buat dan tak tahu malu. Sedar atau tidak wahai RaSHIT. Berpuluh ribu duit rakyat yang keluar dari poket sendiri terutama pembangkang kerana semata memasuki sistem pilihan raya yang ditadbirkan ala Si RaSHIT ni. Apakah Rashit ini ingat pilihan raya seperti pertandingan boleh sepak antara PASTI vs pra sekolah kemas? Kalau silap boleh maaf begitu saja. Yang jelas ni si Rashit nampak lebih-lebih pulak. Dan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan menampakkan Rashit ni sudah terencat akal.

Langsung tidak terdetik di hati dia bahawa kesilapan pilihan raya kali ini adalah satu kesilapan besar. Tetapi lebih kepada kesilapan teknikal kecil yang tidak mencacatkan SPR dan diri dia (orang paling pandai di Malaysia sekarang ini) malah nampak gembira bila PM kata buat dan lantik gang sendiri lah siasat SPR. Seperti budak tak cukup akal RaSHIT terus mengucapkan terima kasih kepada PM. Nak tergelak pulak tengok perangai si RaSHIT ni.

Elok lah buat silap, sendiri betulkan dan nanti puji diri sendiri. kalau ini macam lah RaSHIT, orang gila pun kata dia betul.

Pada dia ini sekadar kesalahan salah laku kecil saja (misdemeanor) tak sampai kepada haram hanya makruh saja.

Rupanya ini hasil satu lagi Sandiwara BN yang diarahkan oleh RaSHIT Tan Seri pengkhianat Bangsa dan agama.

Anakmama - 29.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

 
Pi Mai, Pi Mai Tang Tu
03.30.04 (12:14 am)   [edit]
Sejurus selepas Pak Lah memberitahu CNN bahawa DSAI adalah bukan tahanan politik, Ezam Moh Noor menulis ke Malaysiakini bahawasanya kenyataan Pak Lah itu menunjukkan pendirian sebenar beliau terhadap permasalahan tersebut. Jika diteliti dengan halus, sebenarnya begitulah gambaran yang telah dipahat ke minda rakyat oleh Dr Mahathir Mohamad. Untuk berlaku adil kepada Pak Lah, kita masih boleh mengharapkan bahawa beliau sedang memikirkan bagaimana caranya untuk membebaskan seorang "penjenayah" tanpa beliau nanti dituduh melakukan satu precedent yang buruk dari segi undang-undang negara. [+]
 
Calon PAS Jerlun buktikan adanya pengundi hantu
03.29.04 (5:54 pm)   [edit]
Oleh HELMI KHALID
ALOR STAR, 29 Mac (Hrkh)- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kedah mengesahkan terdapat dua nama dalam buku daftar pemilih yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari Pilihanraya Umum 21 Mac lalu tidak ada dalam rekod pihaknya. lagi kat forum marhaen
 
Di Sebalik Kemenangan Kak Wan: Apa Kata Pengundi Permatang Pauh?
03.29.04 (5:52 pm)   [edit]
Selepas laporan awal media elektronik (bersifat mala fide) melaporkan berita kekalahan Presiden Parti Keadilan Rakyat selaku isteri mantan TPM DS Anwar Ibrahim, penyokong BA di sini seperti direntap jantung mereka. Suasana sugul di kalangan para penyokong yang kedapatan menitiskan air mata, begitu mengharukan. [+]
 
Pemuda Keadilan Permatang Pauh Terima Kemasukan Ahli Baru
03.29.04 (5:50 pm)   [edit]
PERMATANG PAUH, 27 Mac - Kepulangan Kak Wan dari ibu kota ke Permatang Pauh minggu ini untuk menemui para penyokongnya disambut dengan kenduri kesyukuran. Bermula dengan cawangan Mengkuang Titi dan Kubang Ulu malam tadi, diikuti dengan cawangan Kepala Bukit, Kampung Petani, Kuala Mengkuang, Guar Jering dan Kampung Jawa keesokannya. Sebagai tanda kasih pengundi kepada Kak Wan dan DS Anwar, majlis kesyukuran ini dibuat hasil pengorbanan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Ada ahli-ahli cawangan yang korbankan lembu dan kambing untuk menzahirkan betapa kasih dan sayangnya mereka kepada Anwar dan perjuangan ini. Perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.[+]
 
PM musnahkan peluang ketiga wujudkan pemerintahan bersih rasuah
03.28.04 (10:57 pm)   [edit]
Oleh Ahmad Lutfi Othman
SAYA ada sebab tersendiri untuk menunggu pengumuman Perdana Menteri mengenai kabinet barunya, tengahari Sabtu lalu, selepas mendapat mandat besar dalam pilihanraya terburuk dalam sejarah negara, sejak 1959.lagi kat harakahdaily
 
PAS akan bongkar penyelewengan pilihan raya umum
03.28.04 (10:53 pm)   [edit]
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menegaskan kemenangan besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu membuktikan komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi `barua' pimpinan BN/Umno.lagi kat harakahdaily
 
Rashid buat kenyataan terbodoh; apa sikap kita?
03.28.04 (10:50 pm)   [edit]
Oleh DIN TUALANG

Walapun cukup hampa dan kecewa, saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan Pengerusi SPR (anggota komponen BN yang ke-15), Abdul Rashid Abd Rahman bahawa badan itu sendiri akan membentuk jawatankuasa khas peringkat dalaman bagi menyiasat komplen pengundi.lagi kat harakahdaily

 
Kenyataan oleh Musa Hitam
03.28.04 (10:03 pm)   [edit]
Mereka mengundi bukan kerana sayangkan PAS, DAP atau Keadilan tetapi akibat bencikan Umno.Pilihan raya ini, pelarian itu datang semula.- kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam. Menurutnya "Faktor Pak Lah" adalah faktor utama yang membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum Ahad lalu.Beliau berkata mereka yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya umum 1999 merupakan "pelarian" sementara yang kembali semasa pilihan raya umum Ahad lalu.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menampilkan perubahan dalam budaya politik dan pentadbiran kerajan,kata beliau.Musa menyifatkan penampilan itu sebagai "sajian" yang telah dihidangkan begitu menarik oleh Abdullah dan ini membantu memenangi hati orang Melayu dan Bumiputera lain.Musa bercakap di forum mengenai "Pilihan Raya Umum ke-11 Malaysia: Apa telah Berlaku dan Apa Ertinya buat Malaysia?" di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di Kuala Lumpur Selasa.

komen tok:
beginikah cakap seorang pengerusi suhakam?
kalau nak main politik lagi tak yah jadi p.suhakam la , masuk politik tengok ada orang sokong dak kau
 
semasa dari Dungun, ganu
03.28.04 (12:55 pm)   [edit]
apa yg ana nampak di daerah ana sendiri...dungun

Pub & karaoke tiba2 dibuka semula setelah lebih kurang 4 tahun berpuasa. Agaknya mereka2 ini sudah tidak sabar utk menjalankan kegiatan maksiat ini seolah2 mendapatkan restu drp pimpinan kerajaan yg baru dibentuk dan itu yg pasti. Jualan nombor pun sudah dilakukan secara terbuka dan bukan lagi sembunyi2 seperti dulu. Tak payah melangkah sempadan lagilah. Itu baru intro dia je belum lagi yg lebih buruk menimpa.

Itulah yg mereka mahu dengan menukar kerajaan.

dari Forum Marhaen
 
Pembangkang Harus Mulakan Kempen Boikot Media
03.28.04 (12:22 pm)   [edit]
Setelah kita kalah besar hasil penipuan ala silap mata oleh jentera kerajaan terutama SPR, Polis dan JPN. Peranan media juga memainkan peranan penting terutama TV3 !! Penyalahgunaan kuasa Paklah lebih teruk daripada Dr. Mahathir. Kalau tindakan Mahatir menggunakan media secara berleluasa pada pilihan raya 1999 kita boleh faham yang Mahathir bukan orang beretika dan dia terdesak dalam menangkis gelombang kes Anwar.. Tetapi bagaimana pula dengan Paklah? Di mana etikanya? Di mana lembutnya? Di mana Islam hadharinya? Perbuatan Paklah seakan-akan lebih teruk daripada binatang yang mempermain-mainkan agama !!

Kemuncaknya, semalam TG nik Aziz berkecil hati kerana tindakan wartawan upahan yang tak beretika. Kalau ia dibuat RTM kita boleh fahamlah.. ini adalah satu stesen TV swasta seperti TV3, termasuk akhbar-akhbar tempatan!! Wartawan tidak ada rasa sensitif dalam etika penyiaran dan soal halal dan haram!!

Dengan ini saya mencadangkan.. BOIKOT besar-besaran dilakukan Barisan Alternatif terhadap TV3 dan akhbar tempatan!! Kita akan lihat impak yang besar bakal menimpa syarikat TV3 yang baru distruktur semula. Kini peranan Boikot bukan lagi gerakan reformasi dari laman pro reformasi! Kali ini mari kita lakukan gerakan Boikot TV3 dari semua pimpinan pembangkang!! Setidak-tidaknya, syarikat pengiklanan bakal menjauhi TV3 dan TV3 akan berkurangan hasil pendapatan!! Kini siaran TV sudah bertambah.. Alihkan channel anda ke NTV7 atapun CHANNEL 9 !! Mulakan.. Ayuhh semua pemimpin BA !! Cetakkan poster besar-besaran BOIKOT Media fitnah!! Mulakan gerakan ini..!!! Gerakan BOIKOT Utusan - BHarian dan TV3 !!
Lawan Tetap Lawan!!

Kiriman Reformis Muda - 27.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

 
Pengurus Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh Enggan Serah Keputusan Rasmi
03.28.04 (12:19 pm)   [edit]
27 Mac- Tidak profesional atau Ada Udang di Sebalik Batu? Demikian antara persoalan yang timbul dengan tindakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen ( P 044 Permatang Pauh ) kerana enggan menemui wakil Datin Seri Dr. Wan Azizah, yang diketuai oleh Hajah Che Wa binti Harun, di pejabatnya pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi , di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah itu amat dikesalkan. En. Muzamin Mastak selaku Pegawai Daerah SPT merangkap Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P044, enggan menemui wakil tersebut. Padahal, sebelum itu, beliau telah pun dimaklumkan tentang kehadiran mereka, malah telah bersalaman dengan wakil Dr. Wan Azizah yang sedang menunggu beliau di bilik Setiausahanya ketika itu.

Selepas setengah jam menunggu, wakil tersebut dimaklumkan oleh Setiausahanya, bahawa En. Muzamin terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabat SUK Pulau Pinang dan telah pun meninggalkan pejabatnya melalui pintu belakang tanpa disedari oleh wakil Dr. Wan Azizah.

Kunjungan mereka untuk mendapatkan keputusan rasmi pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak kesampaian. Tindakan Pengurus Pilihan Raya P044 yang enggan menyerahkan keputusan rasmi itu menimbulkan tanda tanya. Apa pula helah Umno/BN kali ini, setelah diberitakan Ustaz Pirdaus calon umno/BN Permatang Pauh, tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada BA setelah kiraan semula undi yang diadakan Isnin lepas.

Takbir…..Lawan Tetap Lawan

- Mat Sepai - 27.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
 
statistik PR11
03.28.04 (12:27 am)   [edit]
statistik dah ok.

sebelum raSHIT ubah. gi kat sini
http://www.geocities.com/kmmkelate/statistik_p r11.html" title="http://www.geocities.com/kmmkelate/statistik_p r11.html" target="_blank"http://www.geocities.com/kmmk...
 
Surat terbuka kepada TV3
03.27.04 (11:01 pm)   [edit]
Syabas kerana mendedahkan kesusahan rakyat khususnya wargatua di Kg. Munggal, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Berita TV3 jam 8.00 malam 26/03/04).

Apakah ini polisi baru TV3, mendedahkan kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat BN khususnya UMNO. Nampaknya kebanyakan penduduk di sini masih lagi hidup seperti zaman pra kemerdekaan (tanpa kemudahan air paip, sumber air dari air hujan). Apa dah jadi? Kalau diperhatikan betul-betul, mereka ini lebih daif dari penduduk Kelantan dan Terengganu yang selalu TV3 gambarkan sebagai mundur di bawah kerajaan PAS.

Kenapa keluarkan berita ini selepas pilihanraya? Takut calun UMNO kalah ke? Bagus stragegi anda di TV3.

Jadi sekarang anda tahu wakil rakyat kawasan ini tidur sepanjang masa. Hanya banguan untuk mengambil elaun sebagai YB sebulan sekali. kemana peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan disalurkan? masuk poket sendiri agaknya!

Harap-harap Dato’ Farid Riduan tidak akan dipanggil mengadap oleh Menteri Penerangan yang baru bagi menjelaskan kenapa pekong ini didedahkan.

Penonton
AU3 Keramat


:twisted: :twisted: :twisted: :twisted: :twisted:
 
Berita Marhaen
03.27.04 (5:44 pm)   [edit]

Belasungkawa: Syeikh Ahmad Yassin: Darah Untuknya, Pesanan Untuk Kita
Ibn Sabah: Sekadar Menang Di Luar Gelanggang, Itulah UMNO/BN
Spirit of Truth: Malaysia Transformed To A Pariah Nation By Badawi The Tyrant
Abidsyah: Cadangan Strategi Perjuangan BA Yang Baru

Saumagrho’: Najib Adalah Steven Spielberg Malaysia
Erer: Satu Renungan
Nota-nota Daripada Pembaca: SRM - Nuri Selasih - Jingoza

 
Senarai Penuh Barisan Hantu Kabinet Dolah Hantu Raya
03.27.04 (5:12 pm)   [edit]
27 Mac, 2004 14:40 PM

Senarai Penuh Barisan Hantu Pentadbiran Tok Pe Kong Abdullah Hanturaya Mat Bad wi.

PUTRAJAYA, 27 Mac (Bernama) -- Berikut adalah senarai lengkap anggota kabinet hantu dan anggota pentadbiran kerajaan hantu pimpinan Perdana Menteri Penipu Tok Pe Kong Seri Abdullah Hanturaya Ahmad Badawi yang diumumkan di sini Sabtu. [+]

sumber FGR
:twisted: :twisted: :twisted: :twisted: :twisted:
 
Jika pangkah bn banyak perkara musykil akan berlaku
03.27.04 (12:32 pm)   [edit]
Musykil calon 3A dapat masuk kolej Matrikulasi, 7A gagal

Saudara Pengarang,
PADA 15 Mac 2004, keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diumumkan. Mengikut laporan akhbar, daripada lebih 100,000 pemohon, hanya 25,000 orang yang dipilih.[+]

sumber FGR

:twisted: :twisted: :twisted: :twisted: :twisted:
 
Mohamad Khir TOYOL angkat sumpah jadi MB HANTU Pelesit Selangor
03.27.04 (12:01 pm)   [edit]
SHAH ALAM 26 Mac - Tok Pekong Mohamad Khir TOYOL hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Hantu Selangor di hadapan Sultan Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, di sini. [+]

sumber : FGR

:twisted: :twisted: :twisted: :twisted: :twisted:
 
BN juga kritik SPR: satu lagi sandiwara terhebat
03.27.04 (11:53 am)   [edit]
Oleh PENGUNDI MATANG

Kita sedang cuba dikelirukan oleh BN dengan babak-babak kecaman dan tuduhan ke atas SPR. Lihat, bukan pembangkang saja yang kritik SPR, BN dan Abdullah Badawi juga buat begitu.

BN mahu memesongkan isu sebenarnya. PM kata pilihanraya sudash selesai, maka segala kritikan dan kecaman terhadap proses pilihanraya perlu dihalakan hanya kepada SPR, bukan kerajaan.

BN kini mahu mengendurkan kecaman terhadapnya. Maka langkah untuk mengawal keadaan adalah berdasarkan konsep "damage that has been done and what are we going to do about this".

Maka yang ditonjolkan ialah muka-muka sedih yang dibuat-buat oleh pegawai tinggi SPR, terutama pengerusi dan setiausahanya.

Sedangkan pada masa sama, mereka yang mendapat untung dari tipu helah di belakang SPR itu sudahpun membentuk kerajaan masing-masing.

Di peringkat negeri, MB dan KM berkenaan telah melantik exco masing-masing dan mula merangka "perancangan" untuk negeri masing-masing.

Ini semua sandiwara yang telah lama di rancang sejak 1999. "Punishing the SPR does not solve the issue. Re-election is the best solution."

Oleh itu, saya gesa agar seluruh rakyat gemblengkan tenaga bagi memastikan:

1. Pengerusi SPR dipecat

2. Setiausaha SPR juga dipecat

3. Suruhanjaya diraja ditubuh menyiasat perjalanan demokrasi dan pilihanraya negara ini

4. Pilihanraya ke-11 dibatalkan dan satu pilihanraya baru diadakan semula.

:twisted: :twisted: :twisted: :twisted: :twisted:
 
Buat Rashid: Benang itu sudah basah, tidak mampu ditegakkan lagi
03.27.04 (11:51 am)   [edit]
Oleh Ghazali Mat Dom
umno-reform.com

Perdana Menteri yang baru sahaja menerima mandat turut mengkritik perjalanan pilihan raya ke 11 baru-baru ini.

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang akan menghantar memorandum mengenai kelemahan SPR dan beberapa cara untuk mengatasinya.Lagi kat harakahdaily
 
Warkah Kepada Pimpinan KEADILAN Mengenai Ajakan DAP
03.26.04 (7:59 pm)   [edit]
oleh : Kabusputih(FGR)

DAP ditubuhkan pada lewat 60han. Ia adalah lanjutan kepada People's Action Party (PAP), Singapore yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew setelah PAP tidak lagi boleh aktif di Malaysia berikutan perpisahan di antara Malaysia dan Singapore. [+]
 
Teori ''Grand Design''yang menewaskan BA
03.26.04 (5:39 pm)   [edit]
Oleh Penulis Khas
Berikut adalah daftar pemilih untuk pengundi di Negeri Sembilan sahaja. Dan ini hanyalah 3 contoh antara beratus-ratus contoh yang penuh kemusykilan di Negeri Sembilan. Ianya telah "disortkan" menurut susunan nama abjad.lagi kat harakahdaily.net
 
Rahsia Sebenar AprilFool...!
03.26.04 (2:29 pm)   [edit]
Assalamualaikum wbh..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.

Yang penting mereka puas melihat muka mangsa- mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari,
kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang
agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba
kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan
selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah
pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat
untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, [i][b]orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. [/b][/i]Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah

- Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......

Rawahu ttirmizi Illal Liqaq

Allah Maha Mengetahui.
 
Shahrizat Menang, Rakyat Terseksa
03.26.04 (12:39 pm)   [edit]
Saudara Editor,

Sebagai pengundi bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, saya berasa amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terhadap rakyat biasa seperti saya.

Waktu datang ke pejabat pagi ini, saya amat terperanjat apabila diberitahu rakan sepejabat bahawa pihak berkuasa telah mula memasang meter di tempat letak kenderaan (parking meter) di sekitar Bangsar Utama. Lebih malang bagi penduduk dan pekerja di sekitar Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, kerja-kerja memasang meter itu baru saja dimulakan pada hari Isnin 22 Mac yang lalu, sehari selepas Shahrizat memenangi semula kerusi parlimen tersebut.

Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum yang lalu, ramai penduduk Bangsar Utama, Pangsapuri KTMB, Flat Seri Pahang dan sekitarnya mengeluh dan tidak dapat tidur lena disebabkan serangan nyamuk pada waktu malam. Sepanjang waktu Shahrizat berkempen pada minggu lalu, serangan nyamuk semakin bertambah mungkin kerana kawasan Bangsar Utama semakin redup dengan banyaknya poster dan bendera digantung di sini sana.

Kini saya mula menyedari bahawa pihak berkuasa hanya mahukan sokongan dan undi rakyat biasa seperti saya. Setelah bersusah payah mencari tempat letak kereta di sekitar pusat pembuangan undi pada Ahad lepas hanya untuk memenangkan calon bergetah pilihan hati penduduk Lembah Pantai, kini kami akan dipaksa membayar sewa tempat letak kenderaan. Mungkin kami akan terus digigit nyamuk dan membayar sewa letak kenderaan kerana Shahrizat hanya pasti akan datang semula ke sini andai pilihan raya terpaksa diadakan semula. Kalau tidak, tunggulah sehingga Pak Lah teringat untuk membubarkan Parlimen bagi pilihan raya akan datang.

Inilah agaknya yang dikatakan jasa kepada rakyat. Wakil Rakyat senang lenang, yang diwakili tetap malang.
Ipin
Flat Seri Pahang - 25.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
 
Apakah Cara Untuk Tidak Mengiktiraf Kerajaan Dipilih Secara Penipuan?
03.26.04 (12:37 pm)   [edit]
Tuan Webmaster,
Saya berharap tuan dan penulis-penulis siber dapat memberi nasihat kepada rakyat yang tidak mahu mengiktiraf keputusan pilihan raya yang dinodai penipuan dan penyalahgunaan "demokrasi".

Kiranya kita tidak bersikap positif dalam penentangan kita terhadap perilaku mereka ini,mereka akan bersikap angkuh dan beranggapan rakyat Malaysia terlalu bodoh dan pengecut.

Mereka akan beranggapan rakyat menerima apa saja kezaliman mereka terhadap kita. Penulis-penulis yang mempunyai "kepakaran" dalam undang-undang serta selok-belok menafi pengiktirafan kerajaan yang diujudkan dengan penipuan mestilah memberi jalan untuk kita sama-sama bertindak sehingga satu pemilihan semula dibuat yang lebih adil dan saksama.

Biar melalui tindakan kita itu beratus ribu ditahan tetapi kita mesti sepakat menuntut demokrasi yang adil dan saksama untuk semua.

ABR - 25.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
 
Pilihan Raya Menipu Rakyat
03.26.04 (12:31 pm)   [edit]
Hanya satu perkataan sahaja yang dapat menggambarkan dengan tepatnya pencapaian UMNO BN dalam Pilihan Raya Umum yang ke-11. “DAHSYAT”....! Tidak ada perkataan yang lebih tepat dari itu untuk menggambarkan kesan apa yang dikatakan kemenangan terbesar dalam sejarah UMNO
[+]
 
STATISTIK PERBANDINGAN PENGUNDI YANG KELUAR(P-D)
03.25.04 (2:33 pm)   [edit]
perhatikan nombor merah , perbezaan yan timbul bagi setiap negeri
yang tanda # adalah negeri yan ada kawasan menang percuma, jadi pengiraan nya lain sikit. ken aada ms excel, baru cantik.

statistik setiap negeri


 
Hishamuddin mencium Endon di khalayak ramai?
03.25.04 (2:10 am)   [edit]
Pada malam pengumuman kemenangan BN secara LIVE di TV3, di mana saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, seorang pemimpin yang diagungkan Datuk Hisyammuddin telah mencium pipi Isteri PakLah didepan seluruh rakyat Malaysia yang dipancarkan secara langsung. Betapa jijiknya saya melihat adegan pemimpin yang dipilih rakyat sebegini rupa yang tidak tahu hukum halal dan haram.
Malah lebih teruk lagi ini berlaku didepan suaminya ( Paklah ) Apakah ini tidak dikatakan Paklah Dayus dan tidak cemburu membiarkan Isterinya dicium lelaki yang bukan muhrim. Masyaallah!! Inikah pemimpin yang kita mahu yang secara terang-terang melanggar HUKUM Allah dihadapan berjuta rakyat . Apakah ini pemimpin yang kita pilih untuk memimpin kita yang secara terang-terang melanggar hukum Allah. Ini bukan Fitnah ini reality. Masyaallah

Sebelum adegan tersebut, saya melihat PakLah telah berpelukkan dengan seorang perempuan yang berambut panjang. Saya tidak mahu menuduh kerana itu mungkin Muhrimnya kerana saya tidak kenal dengan perempuan tersebut. Bersangka baik juga perlu. Tapi kalaulah perempuan tersebut bukan muhrimnya! Alangkah jahilnya mereka.

Sungguh tidak bermaruah pemimpin UMNO hari ini, Paklah digambarkan sebagai iman sembahyang, digambarkan membaca doa selepas sembahyang.

Cuma kalau boleh forwardkan email ini kepada Dr Masitah Ibrahim, Firdaus Ismail, atau Amran Kasimin. Nak tanya bagaimana hukum nya? Nak charge saya mengkritik peribadi pemimpin? Tapi ianya disiarkan secara langsung dalam TV?

Kiriman Anjang Awang - 24.03.2004
 
Mana pergi 10,943 Kertas Undi Parlimen Bukit Gantang?
03.25.04 (1:55 am)   [edit]
Parlimen
Jumlah Undi P.59 BUKIT GANTANG
BN 16,846
PAS 10,144
Kertas Undi Tak Dikembalikan 54
Undi Rosak 655
JUMLAH KERTAS UNDI 27,699
Dewan Undangan
JUMLAH KERTAS UNDI 38,642

Perbezaan Jumlah Kertas Undi PARLIMEN dan Semua DUN - 10,943

Berikut adalah undi untuk DUN di dalam Parlimen P59 BUKIT GANTANG

N.13 KUALA SAPETANG
BN 6,544
PAS 3,858
DAP 2,443
Kertas Undi Tak Dikembalikan 24
Undi Rosak 443

N.14 CHANGKAT JERING
BN 10,966
PAS 6,202
Kertas Undi Tak Dikembalikan 8
Undi Rosak 321


N.15 TRONG
BN 5,338
PAS 2,318
Kertas Undi Tak Dikembalikan 25
Undi Rosak 152



 
Ramai yang kecewa dengan keputusan PAS malam tadi... tapi
03.24.04 (11:35 pm)   [edit]
Suasana di Taman Melewar malam tadi cukup tensed. Bilangan orang, bukan hantu, hampir sama dengan bilangan yang hadir pada pelancaran GERAK dahulu. Ramai yang mengharapkan PAS melakukan sesuatu yang praktikal dan bukan hanya meneruskan strategi biasa, iaitu mengalah dan serah kuasa di Terengganu kepada BN. Walaupun ada janji untuk membuat bantahan, tapi kita semua tahu ia tidak akan membawa apa-apa natijah, dan kalau ada pun, kita tidak akan tahu bila.Lagi kat sini
 
Kertas Undi P 036 Kuala Terengganu Berlebih?
03.24.04 (10:59 pm)   [edit]
Kertas Undi P 036 Kuala Terengganu Berlebih?

BERIKUT adalah keputusan P 036 Kuala Terengganu yang dikeluarkan oleh SPR melalui laman webnya:

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P 036 - KUALA TERENGGANU

[i]NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN [/i]

RAZALI BIN ISMAIL BN 30,994 MENANG

SYED AZMAN BIN SYED

AHMAD NAWAWI PAS 29,061 KALAH

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 72,259

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 1,013

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI : 61,068

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 71,322

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 10,254

PERATUS PENGUNDIAN : 98.7

MAJORITI : 1,933

Berdasarkan kepada kertas undi yang dikeluarkan bagi 4 DUN dalam kawasan ini iaitu: N13 Wakaf Mempelam (15,399),

N14 Bandar (15, 031),

N15 Ladang (13,190) dan

N16 Batu Buruk (17,328),

Jumlah keseluruhannya ialah 60,948.

Tetapi keputusan mencatatkan jumlah kertas undi di peti undi ialah sebanyak 61,068. Dari mana datangnya 120 kertas undi itu?

Paling mengejutkan, bagaimana SPR boleh mengeluarkan 71,322 kertas undi bagi P036

Ini sedangkan sepatutnya hanyalah 60,948 sahaja jika berdasarkan kepada jumlah kertas undi yang dikeluarkan bagi 4 DUN tersebut.

Jumlah kertas Undi yang tidak dikembalikan berjumlah 10,254 juga menjadi tandatanya kerana jika berdasarkan kepada 4 DUN itu, jumlahnya hanyalah 124 sahaja (Wakaf Mempelam 5, Bandar 0, Ladang 110 dan Batu Buruk 9)

Kemana perginya kertas undi berjumlah 10,254 ini?

Diharap pihak PAS dapat menyiasat perkara ini.

ANAK RANTAU
 
Wak Janggut:Pengalaman Lama: Tektik / Teknik Pembelian Kertas Undi
03.24.04 (10:49 pm)   [edit]
Untuk orang-orang muda yang belum tahu tektik dan teknik yang biasa dijalankan untuk mendapat undi percuma. Disini aku ceritakan kapada kamu apa yang biasa berlaku. Teknik inilah yang digunakan oleh UMNO sejak dari dulu.

Pengundi-pengundi biasanya akan dihubungi sehari sebelum pembuangan undi dimana perjanjian akan dibuat secara mulut.

Pengundi pertama akan memasuki dewan mengundi dan akan diberi kertas undi. Tetapi pengundi ini tidak memangkah kertas tersebut tetapi dibiarkan kosong dan memasukan kertas kosong lain kedalam peti undi. Kertas ini kemudiannya akan diserahkan kepada BARUA UMNO dengan bayaran tertentu diluar dewan/kawasan undi. BARUA UMNO ini akan memangkah kertas tersebut dan menyerahkan kepada pengundi kedua yang akan memasuki dewan mengundi. Pengundi ini juga tidak memangkah kertas yang diberi tetapi memasukan kertas undi yang telah diserahkan oleh BARU UMNO kedalam peti undi. Pengundi ini kemudian akan menyerahkan kertas yang beliau bawa keluar kepada BARUA UMNO untuk dipangkah dan mendapatkan wang. Proses ini akan terus berjalan selagi ada pengundi yang sanggup menjual undinya. UMNO memang sanggup untuk melabur dalam bentuk ini walau pun memakan belanja besar.

Dalam kes di Kuala Terengganu sekarang ini, kaedah tersebut juga digunakan tetapi pengundi tidak diarahkan untuk memasukan kertas undi yang sudah dipangkah, tetapi kertas tersebut dibawa keluar dan dimusnahkan atau dimasukkan kedalam peti undi kawasan lain oleh SPR (UMNO JUGA) oleh BARUA UMNO dengan bayaran tertentu.

Sebab itu, agen calun perlu cerdik dan tau selok belok ini kalau tidak sampai ketua le kalah memajang.

SUDAH FAHAM....ingat UMNO je tau tektik..aku pun tau.

PAS PERLU ADAKAN BENGKEL KHAS UNTUK INI.

sumber FGR
 
SENARAI KABINET PAK LAH
03.24.04 (10:34 pm)   [edit]
pm - PAK LAH SCOMI
DPM - MUHYIDDIN YASSIN
MENTERI TENAGA - AWANG ADEK
MENTERI KEWANGAN DUA - KU LI
MENTERI KEWANGAN PERTAMA - PAK LAH
MENTERI PENGANGKUTAN - CHAN KOK CHOY
MENTERI DLM NEGERI - ZAINAL ABIDIN ZAIN
MENTERI SUKAN - AZLINA LES KARATE
MENTERI SAINS - LAW HEING DENG
MENTERI 'TOL' - S. SUBRAMANIAM ( DI LANTIK SENATOR , SAMY KICKED)
MENTERI INDUSTRI - SHAHRIR SAMAD
MENTERI HAL EHWAL PENGGUNA - HISHAM AUW
MENTERI PERTAHANAN - MUHYIDDIN
MENTERI PERTANIAN - NAJIB
MENTERI JPM - RAIS YATIM
MENTERI KERAJAAN TEMPATAN - FONG CHAN ON
MENTERI KESIHATAN - CHUA JUI MENG
MENTERI WANITA - DR. ct ZAHARAH
MENTER PEMBANGUNAN LUAR BANDAR - KADIR SHEIKH FADZIR
MENTERI PELANCONGAN - SHARIZAT

KEBANYAKKAN TEAM MAHATHIR DI SEPAK TERAJANG , BAKI YG LAIN SELEPAS PEMILIHAN UMNO........TEAM B 87 MENGAMBILALIH UMNO(BARU)

sumber : FGR
 
terkini dari tv3 suku
03.24.04 (10:30 pm)   [edit]
UPDATE, 8:10pm: In TV3's Buletin Utama tonight, Election Commission (EC) chairman Abdul Rashid Abdul Rahman said a total of 9.2 million voters registered under various laws in the past had been manipulated by certain parties.

He said the EC knew about it but couldn't do anything.
 
sekadar renungan
03.24.04 (6:18 pm)   [edit]
5 syawal 5 hijrah, medan uhud yang menyaksikan kemenangan musyrikin kerana 300 orang yang pergi (kononnya) untuk berperang bersama Rasulullah saw telah balik kampung dan menubuhkan cawangan umno di madinah, ketua penajanya ialah abdullah bin (badui) ubai.
Selang beberapa ketika, geng2 ni menubuhkan markas pilihanraya (masjid dhirar) yang kemudiannya diperintahkan oleh Rasulullah saw supaya dibakar.

Perjuangan deme2 ni masih berterusan hingga ke hari ni. Sifat2 dan intipati masih sama; khianat, sesat, penipuan etc, spr….
Di kalangan orientalis, deme2 ini dikenali sebagai islam hadhari, di kalangan ulama sirah mereka ini adalah “Al-Munafiqin” ;.

sumber forum marhaen
 
KeADILan desak adakan semula pilihan raya
03.24.04 (6:09 pm)   [edit]
Oleh Roy Rasul & Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Parti KeADILan hari ini turut menggesa supaya pilihan raya umum ke-11 diadakan semula sebagaimana didesak oleh PAS semalam.[+]
 
BUKTI...
03.24.04 (5:47 pm)   [edit]
BUKTI...Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Nasharudin Mat Isa menunjukkan bukti bagaimana pilihanraya ini tidak boleh diterima. Ustaz Abdul Hadi menunjukkan contoh kertas undi yang telah dipangkah ditemui bertaburan manakala Ustaz Nasharudin menunjukkan akhbar The Sun yang menunjukkan bagaimana undi tidak rahsia lagi apabila orang sedang mengundi dalam petak undi mereka di Marang diambil gambar dan disiarkan oleh media. Foto Nasir Sudin.
 
PAS tolak pilihan raya 21 Mac
03.24.04 (5:44 pm)   [edit]
KUALA LUMPUR 24 Mac- Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini, sebulat suara menolak keputusan pilihan raya 21 Mac lepas dan menyifatkan kerajaan Terengganu sebagai kerajaan hantu. [+]
 
PAS pulau pilihan raya DUN Sungai Lembing
03.24.04 (5:42 pm)   [edit]
MARANG 24 Mac– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS telah membuat keputusan memulau pilihan raya semula bagi Dun Sungai Lembing, Pahang.

Katanya, keputusan itu dibuat walaupun PAS yang bertanding dalam pilihan raya tersebut pada 28 Mac ini.
“Ini sebagai tanda protes kita terhadap demokrasi,” ujarnya.

Katanya, walaupun protes itu nampaknya kecil tetapi ia memberi makna dan satu pengertian yang sangat besar.

Tambahnya, PAS memprotes pilihan raya kali ini dengan cara yang betul dan menganggap keputusannya luar biasa.

 
forward fm Mkini: Dear Pak Lah, thanks for the letter
03.24.04 (2:30 pm)   [edit]
Dear Pak Lah, thanks for the letter


Hamba Allah
4:00pm Tue Mar 23rd, 2004



I received your letter dated March 13 addressed to my mother. In that letter, you expressed with all humility that the responsibility of a leader is not only assessed by the rakyat at large, but more than that, also by Allah SWT. You acknowledged that if you should fail in that responsibility, you will carry a heavy burden in akhirat.

It is unfortunate that your letter arrived four years too late as my mother passed away in 1999 at the age of 80. If she had been around, I have no doubt she would have been very proud of you today. And so would my cousin who lived in Kepala Batas but passed away 19 months ago. They both would not have hesitated to put the cross against the ‘dacing’ on Sunday. Malaysians have overwhelmingly given you the mandate to lead the country to greater heights of achievement as you have promised.

I do not have a tabulation of the total number of electorates who came out to vote, and exactly how many of those crossed against the ‘dacing’. However, I do know that 21,737 of Malaysian electorates voted for Dr Wan Azizah Wan Ismail in Permatang Pauh. I do not believe they wanted a stronger representation in parliament or that they opposed BN.

These are the people who chose to remind you, Pak Lah, as a leader, that Dr Wan Azizah's husband deserves to be given medical treatment of his choice. They have prayed to Allah SWT to ease Anwar's suffering and to open up the heart of a Muslimin to make it possible. And now, they have asked you, through the ballot boxes, to hear their prayers.

At the very least, you have two choices. One, you can rejoice in your electoral victory and reiterate that Anwar is already getting the best medical treatment and attention available in Malaysia and does not need to be released to seek medical treatment overseas. Two, you can be gracious to Allah SWT for the electoral victory and exercise the empowerment in the manner you would want to be assessed in akhirat and decide what is good for Anwar.

You are now a leader in the eyes of Allah SWT, with a heavy responsibility. Please do not turn that responsibility here on earth into a burden in akhirat when you have to account for all your actions.
 
Kemusykilan Jumlah Pengundi Di Terengganu
03.24.04 (2:15 pm)   [edit]
Kemusykilan Jumlah Pengundi Di Terengganu
(Rujukan Berita Harian Selasa 23 March 2004, Keputusan Penuh Pilihanraya 2004)

Pengundi Berdaftar dengan SPR di Terengganu
Pengundi Biasa : - 450,442
Pengundi Pos : - 5,482
Jumlah Pengundi :- 455,924


Jumlah Kiraan Undi PR 2004 di Terengganu
Jumlah Undi 2004 BN :- 340,974
Jumlah Undi 2004 BA :- 266,626
Jumlah Pengundi :- 607,600

Perbezaan Jumlah Pengundi Berdaftar vs Jumlah Kiraan Undi Yang diPerolehi
607,600 (-) 455,924 = 151,676
 
Tahniah Sepatutnya Kepada TS Abdul Rashid, Bukannya PakLah
03.24.04 (2:06 pm)   [edit]
Oleh Dr. Nologareng
Memang jelas terbukti betapa SPR itu perlu dikembalikan kebebasannya. Adalah tidak logik untuk ia terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apa yang dibimbangkan oleh pemimpin yang peka dari dahulu lagi telah menampakkan kebenarannya. Jelas kepada kita yang punca kejayaan besar BN yang jelas mengkhianati rakyat, autokratik dan angkuh selama ini ialah pelacuran yang dilakukan oleh SPR demi mengekalkan kuasa pemerintah.[+]
 
BANTAHAN RASMI AWAL KEPADA SPR
03.24.04 (2:01 pm)   [edit]
BANTAHAN RASMI AWAL KEPADA SPR TERHADAP PROSES PERJALANAN PILIHANRAYA DAN PENGUNDIAN PADA 21 MAC 2004[+]

 
kabusputih: Sah Undi Kita Tidak Rahsia
03.23.04 (7:11 pm)   [edit]
Bila kita pergi kat booth SPR, dia bagi kita satu kertas putih. Kat atasnya ditulis no. pendaftaran, mslnya 716 dan no. saluran, mslnya 2.

Kemudian bila kita masuk polling station (saluran 2), polling clerk tu tanya no. kita, iaitu 716.

Lepas tu, dia tengok daftar pengundi. Masa itu dia akan cakap 716. Kemudian baru bilang no. ic kita dengan kuat.

Masa dia cakap 716 tu, polling clerk yang pegang ballot paper tulis 716 atas counter foil ballot paper untuk kita tu.

Kemudian kita ambil ballot paper yang punyai serial no. padanya dan pada counter foilnya.

Kita pun pangkah dan masukkan ke dlm peti.

Maknanya, kalau SPR nak tahu apa kita undi senang aja.

Mereka hanya perlu tie-up nama/KP kita dengan no. pendaftaran di atas daftar pengundi dengan counter foil yang ditulis no. pendaftaran itu dan dengan ballot papaer yang ada serial no. sama dengan serial no. di counter foil yang ada no. pendaftaran itu.

Jadi kalau mereka nak tahu pengundi-pengundi mana yang support PAS mslnya mereka boleh tahu. Pilihanraya akan datang, mereka boleh pindahkan nama kita ke mana-mana atau padamkan nama kita dari daftar pengundi atau pinjamkan nama kita kepada pengundi hantu/impot ke kawasan-kawasan yang UMNO/BN perlukan undi bantuan.

Inilah yang telah berlaku di seluruh negara. Akhirnya kita yang sokong PAS jadi macam sokong UMNO/BN. Pegundi hantu ni mengundi dengan nama kita dulu. Kemudian balik undi atas nama dia pula - tentu le BN.

Lagi satu aku tak puas hati kenapa undi gunakan pensel. Boleh padam senang-senang aje dan pangkah tempat lain pula. Jangan-jangan ada dua copy ballot paper yang sama. Siapa nak tahu.

Pada pandangan aku ini bukan kerja Tuan Hj Abdul Rashid, Pengerusi SPR tetapi kerja Setiausaha SPR. Dialah Ketua Eksekutif SPR sepertimana penjelasan Tuan Haji Rashid dalam Malay Mail hari ini. Tuan Haji Rashid dalam Malay Mail hari ni seolah-olah menyalahkan Setiausaha SPR, Wan Ahmad. Wan Ahmad memang terkenal orang UMNO kuat. Dialah yang rekrut Puteri UMNO berkerja untuk SPR. Kerani-kerani pilihanraya di Terengganu dan Kelantan dikhabarkan banyak Puteri UMNO.

Baca dalam The Star.online Nik Aziz kata "Dia tak halalkan duit yang dia orang ambil, air yang dia orang minum dan nasi yang mereka makan sampai dunia kiamat. Allah akan seksa mereka dan rahmati kita yang teraniaya". Ini rasanya Nik Aziz dah tahu banyak orang-orang PAS sendiri yang telah belot - disogok duit - dan orang-orang PAS yang setia tidak sedarkan hal ini kerana lalai.

Pada aku, mereka lalai waktu perkiraan undi yang dilakukan setelah mereka penat. Ada polling agents jadi counting agents jugak.

Jadikanlah peristiwa ini satu pengajaran untuk kita. Tetapi kita ditarbiyah jangan tipu macam tu. Nak tanya TG tak leh ke kita tipu sunat.

FGR
 
Kesian Melayu
03.23.04 (6:02 pm)   [edit]
Kerana tamak, orang Melayu dibelakangkan. Orang bukan Islam duduk tersandar tak yah nak pikir apa dah, biarlah orang Melayu ngan conflict mereka. Kita di luar berkumpul nak protes tapi tak ada sapa nak dengar sebab kerajaan sibuk tengah dengar lagu final countdown. Bangga dengan keputusan yang mereka sendiri tentukan.

Besok orang-orang yang dah dilantik nih kan mengatur strategi, jumpa kroni yang tak reti buat kerja tanya "Ko ada projek? Kerajaan baru ada banyak duit ko tak nak? " So kroni yang tak reti buat kerja mula kerah kengkawan dier pulak suruh create satu projek. So kengkawan yang disuruh nih maklumlah orang yang sekadar sahaja kehidupannya pun excited, perah otak sampai malam cari idea. Bila dah buat kertas kerja yang memerah otak nih dapatlah sikit, yang lain tuh sapa sapu?

Yang bukan Islam pulak sibuk membangunkan kawasan mereka tapi orag Melayu jangan harap dapat habuan kat kawasan tuh walaupun orang melayu adalah majority. So kekallah orang Melayu nih ditakuk lama.

Now siapa yang benefit dari pilihanraya baru-baru nih? Yang kita nak banggakan sangat kemenangan BN. Bukan UMNO yang menang tapi BN, BN yang telah meletakkan komponen bukan Islam di kawasan Melayu. Tak sedih ker? Tak sedih?

Yang kita masih dok cakap Hj Hadi tak betul, Nik Aziz tak elok, bangsa lain dah sibuk menaikkan anak bangsa dia orang. Kita melayu sibuk gak nak naikkan anak bangsa orang. Anak bangsa sendiri kat mana? Melukut di tepi gantang?

So betulkah UMNo nak menjaga hak Melayu? Kalau betul kenapa bangsa lain yang dijulang? Jawab?

FGR
 
Kontroversi pilihan raya: Kertas undi ditemui di sekolah Kubang Pasu
03.23.04 (5:51 pm)   [edit]
Oleh Helmi Khalid
KUBANG PASU, 23 Mac (Hrkh) - Mutu proses perjalanan pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac lalu terus menjadi tanda tanya dengan penemuan 5 helai kertas undi di Kubang Pasu.[+]
 
Kertas undi SPR jatuhkan PAS
03.23.04 (5:48 pm)   [edit]
Analisa
Oleh ZULKIFLI SULONG
"Zul, PAS akan kalah dengan cara kertas undi dicetak,"kata seorang pegawai SPR di sebuah pusat mengundi di Kuala Terengganu."Lihatlah pada nombor sirinya, besar dari biasa. Umno masuk jarum melalui itulah," kata pegawai SPR itu.[+]
 
PAS Terengganu adakan perhimpunan khas di Rusila malam ini
03.23.04 (5:45 pm)   [edit]
KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Hrkh)- PAS Terengganu akan mengadakan perhimpunan khas di perkarangan Masjid Ruslia malam ini bukannya di Stadium Sultan Ismail sebagaimana maklumat asal.[+]

 
Maklumat pilihan raya di Terengganu (1)
03.23.04 (5:28 pm)   [edit]
Seperti yang disebut sebelum ini, keputusan pilihan raya di Terengganu dan Kelantan cukup mengujutkan dan diluar jangkaan sama sekali. Andaian awal daripada bilik gerakan negeri Pas hanya akan kalah sekitar 10 kerusi sahaja. Risikan awal daripada pihak musuh BN pun membuat ramalan sekitar 17 kerusi DUN sahaja yang mampu ditawan.

Andaian BN mula berubah di saat-saat akhir apabila Pak Lah mengistiharkan akan membuatkan kejutan besar di Terengganu. Pengistihar Pak Lah sedikit pun tidak memberikan kesan ke atas Pas penyokongnya.

Kenyataan yang meragukan sebelum hari pengundian

Kempen-kempen BN pada saat akhir yakni 3-4 hari sebelum pilihan raya telah menunjukkan tanda-tanda keraguan mula terasa. Pak Rosli (Calon Parlimen Dungun BN yang melawan Dato' Mustafa Ali PAS) telah menyebut pada waris terdekatnya (nama dan hubungan waris dirashiakan) bahawa MB Terengganu akan kalah di Parlimen dan UMNO akan memerintah semula. Kenyataan ini disebut diberhampiran Markaz besar 2 hari sebelum pilihan raya (19 Mac 2004).

Ustaz Kamal (Calon BN Dun Sura) telah memberikan amaran kepada dua orang Ustaz Pas yang menjadi Iman Masjid Intan Zaharah. Antara lain dia menyebut dia akan tukar kedua-dua orang iman ini selepas aje pilihan raya. Kenyataan ini dibuat di pasar Dungun pada 20 Mac 2004 dengan bersaksikan 3 orang lama pasar dan seorang pengujung yang kebetulan ada bersama di situ. Dun Sura adalah antara kubu kuat Pas kerana di situ Pas mula bertapak di Terengganu. Calon Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli adalah calon yang digeruni oleh semua pemimpin UMNO kerana dia boleh hadir mana-mana kenduri atau kematian ahli-ahli UMNO.

Ya (Calon BN Dun Paka) dalam satu kenyataannya di ceramah kelompok menyebut dengan yakin sekali BN akan sapu bersih semua kerusi di Terengganu dan menyebut akan membawa perubahan kepada rakyat. Kenyataan ini dibuat dihadapan 15 orang pengundi dun Paka pada 19 Mac 2004.

Zaaba (Calon BN Dun Rantau Abang) dalam cakap-cakap dengan rakan-rakan terdekat pada 20 Mac 2004 telah menyebut BN akan menguasa Terengganu dengan menyapu bersih semua kerusi di Terengganu. "Ini adalah kerja orang atasan" sambil memberi insyarat Pak Lah dan Najib.

Din Adam (Calon BN Bukit Besi) telah menghubungi salah seorang pekerja kuat PAS di Bukit Besi meminta dia masuk UMNO semula dengan menjanjikan wang dan kedududukan dalam pasti UMNO. Din Adam ada juga menyebut dia akan memegang EXCO Kerajaan Negeri apabila BN ambil alih Kerajaan.

Berfikir Semula

Kenyataan-kenyataan ini, sebelum ini tidaklah memberikan apa-apa makna kepada penyokong Pas tetapi selepas aje keputusan pilihan raya barulah mereka ini sedar dan membuat kesimpulan sebenarnya pihak BN telah pun membuat perancangan rapi untuk menipu dalam pilihan raya ini bagi memastikan BN memerintah semula di Terengganu.

Oleh itu nampak sangat mereka ini begitu berkeyakinan bahawa mereka akan tawan semula Terengganu.

Berbeza dengan orang bawahan yang tak tahu apa-apa, mereka tidak yakin akan kemenangan kerana wujud perpecahan yang nyata dalam UMNO. Jentera parti BN bawahan tidaklah berkeyakinan seperti ini, tidak hairanlah seorang cikgu (UMNO yang bertanggungjawab menjaga peralatan BN Dungun) secara berseleroh berkata tahun ini tak boleh lagi, akan datang Insya-Allah katanya kepada salah seorang pekerja parti Pas. Kebetulan Bangunan Pas berhampiran stor peralatan BN.

Rakyat Tak Puas Hati

Pengumuman awal daripada media massa menyebut Terengganu dan Kelantan jatuh kepada BN dan MB Terengganu kalah di Parlimen dan DUN membuatkan penyokong PAS rasa gelisah dan timbullah suasana yang tidak tenteram. Sebahagian penyokong terus menjadi lesu dan balik kerumah atau markaz kerana kecewa tetapi ada sebahagian yang tak puas hati merasakan ada unsur yang tak boleh dipercayai.

Bila pengiraan undi dibuat semula, PAS memang dengan jumlah undi yang berbeza. Menang dengan undi yang besar menyebabkan ada sebahagian membuat andaian ada unsur penipuan dalam pilihan raya ini. Manakala di Kelantan pula kiraan demi kiraan dibuat sehingga pagi masih belum ada keputusan tetapi desas desus menyebut PAS boleh memerintah di Kelantan.

Terima Kekalahan

Pada keesokkan hari, bilik gerakan Negeri telah mengarahkan buku semakan pengundi disemak semula. Ada sebahagian daripada buku telah menampakkan banyak kepincangan. Ada 41,000 pengundi yang tak dikenali dikesan. Ada diantaranya yang mengundi 2-5 tempat.

Sebelah petang Tuan Guru Hj Abdul Hadi membuat pertemuan dengan calon-calon Pas dan wakil serta s/u calon. antara isi taklimat itu ialah ;

i. Pas mesti menerima hakikat rakyat Terengganu telah menolak PAS.

ii. Apa usaha yang dibuat selama 5 tahun pemerintahan tidak dihargai oleh rakyat.

iii. Pas mesti kembali seperti perjuangan asal, utamakan proses tarbiyyah.

iv. Walaupun ada partisyen pilihan raya akan dibuat kerana pengundi hantu, tetapi tahulah dalam sistem perundangan yang ada ini mungkin tidak akan memberi ruang kepada kita untuk mendapatkan hak.

v. Mesti membuat penjelasan kepada gerak kerja parti sekarang ini kerana mereka semua memerlukan sokongan daripada pemimpin.

Kekecohan dan penyembaran SMS

Satu pertemuan Gerekakerja parti di peringkat Dungun telah dibuat pada 9.00 malam di Surau Kubur. Kehadiran macam ceramah walaupun tidak ada seorang pun pimpinan tertinggi Pas yang hadir. Suasana pertemuaan ini mmeberikan rasa dan semangat yang baru kepada ahli gerak kerja parti.

Dalam sussana ini ada segelintir golongan penyokong Pas telah bertundak diluar daripada arahan kepimpinan. Oleh kerana hubungan dengan kepimpinan sama ada peringkat rendah atau tertinggi agar sukar maka tindakan seperti penahan bas pengundi hantu berlaku. Ini di tambah pula dengan SMS yang bermacam-macam bentuk tersebar.

Peristiwa yang berlaku pada malam 22 Mac 2004

Di Kemaman (laluan akhir perjalanan sebelum masuk ke Pahang) telah berlaku penahan bas oleh penyokong Pas. Ini menyebabkan ada sebahagian penyokong Pas ditahan oleh pijak polis. FRU telah bergeas dan berkawal sepanjang jalan di kemaman.

Di Bukit Besi Dungun, beberapa buat bas ditahan dan polis juga menahan beberapa orang peyokong Pas.

Di Wakaf tapai Kuala Terengganu, penyokong Pas telah mengempung IKBM (Institut Kemahiran Belia Negara) yang dikatakan telah disimpan pengundi hantu di situ. FRU datang dan membuat road block. Ada tangkapan juga di sana.

Oleh kerana ada SMS mengatakan ada pengundi hantu di Stadium Sultan Ismail, tak sampai setengah jam beribu-ribu orang telah mula mebanjiri jalan raya ke stadium meyebab polis dan FRU tak berhenti lelah mengejar penyokong PAS. Dalam TV kata ada 300 orang... TIPU LAGI!!!

Banyak lagi tempat-tempat lain berlaku kepongan kepada bas yang membawa pulang pengundi hantu. Suasana ini bertambah genting apabila Sultan Mizan menanguhkan perlantikan MB baru pada hari Khamis sehingga selesi masalah 41,000 pengundi yang tak tahu indentiti.

23 Mac 2004

Pada sebelah pagi sahaja sepanjang jalan antara kemaman ke Besut ada lebih daripada 100 roadblok dibuat. hingga nak pergi kerja pun susah. Mana-mana kenderaan yang ada lambang pas akan ditahan untuk soal siasat. Ini berlaku kerana ada SMS meminta untuk membuat perhimpunan aman di Istana Sultan.

Sebelah pagi PAS telah mendapat Permit Polis untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Ismail. Tuan Guru Hj Abdukl Hadi dijangkankan akan berucap untuk mententeramkan rakyat.

Tengah hari Permit telah ditarik balik atas arahan Ketua Polis Negara. Perhimpunan dibuat di Rusila.

Sambung... sila lihat laman ada live ucapan malam ini

Cucu Bavoo
mailto:monelbavoo@hotmail .com
Webmaster V4,
Tranung Kite

Maaf tulisan tanpa edit dan spotan dalam suasana deman kejutan selepas pilihan raya



_________________________ __
Terbitan : 23 Mac 2004

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung" title="http://clik.to/tranung" target="_blank"http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.ne...
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
 
Rumusan: Boikot Pilihanraya akan datang!!!
03.23.04 (2:31 pm)   [edit]
Kesemua pandangan mengenai kaedah menyelesaikan masalah dengan SPR dah saya baca dan merumuskan secara mudah begini: boikot atau teruskan dengan sedikit modifikasi dalam kaedah. Dalam kaedah perubatan yang pertama sekali fokus doktor ialah sakit dimana, apa tanda tanda atau kesan seperti muntah, pening, cirit dan sebagainya. Cadangan dan pendapat yang saya lihat setakat ini hanyalah umpama mengubat sakit kepala dengan Panadol sahaja sedangkan punca masalahnya belum terhurai. Bukan kepala yang sakit, dan panadol pula hanya bertindak selaku pain-killer sahaja.

Cuba kita renungkan kenapa Anwar masih mau meneruskan agenda REFORMASI dipentas mahkamah? Kenapa tidak diseru penyokong ke jalanraya menuntut pembebasannya. Setelah berkali kali gagal menerusi proses mahkamah, kenapa beliau masih teruskan juga? Saya tidak fikir beliau punyai keyakinan terhadap kebebasan Kehakiman hingga begitu taat mengikut laluan prosedur judicial tak kunjung henti.

Ada sesuatu yang perlu kita terjemahkan dari sikapnya itu. Apakah status mahkamah dalam sebuah negara demokrasi? Dalam kerangka negara modern bertamaddun, mahkamah dilihat sebagai satu lembaga yang bebas dan wujudnya sebagai satu penunjuk kepada "kesihatan" perjalanan sistem dan susun atur masyarakatnya - satu gambaran sepintas lalu kelestarian proses politik dan sosial sesebuah negara. Kehakiman perlu diingat adalah satu cabang "keramat" atau tiang seri sesebuah negara. Anwar melalui beberapa siri kehadirannya di mahkamah sebenarnya mau membawakan mesej ini. Mesej bahawa "kesihatan" demokrasi negara ini berada diperingkat yang parah - kritikal!

Bila kehakiman binasa, apalah sangat dengan cawangan cawangan atau jabatan lain yang berfungsi diperingkat eceran seperti jabatan kemajuan masyarakat, jabatan penerangan, jabatan polis dan sebagainya. Sama juga halnya bila radas yang mengepam aliran darah ditubuh kita tersandung sandung operasinya, maka apalah sangat kewajarannya kita menyibukkan diri kalau hanya kaki terluka sedikit atau kepala kita terantuk atau jari kita putus sekalipun.

Nah sekarang kita baru mulai mau bicara soal SPR, setelah kita melihat secara keseluruhan peta proses kemasyarakat-kenegaraan kita. Sebagai satu suruhanjaya yang sepatutnya neutral (sebagai badan kerajaan- seperti mana kehakiman) adakah kita wajar mengharapkan ia LEBIH professional dari Kehakiman Negara Malaysia? Jika badan tertinggi yang tugasnya memberi keadilan berdasarkan Perlembagaan {Kehakiman) tidak lagi mampu memberi khidmat yang adil cerdikkah kita untuk mengharapkan sesuatu yang sepatutnya dari SPR?

Ringkasnya, apa yang Anwar Ibrahim pertontonkan kepada kita menerusi beberapa siri kehadirannya di mahkamah itu sebenarnya satu mesej halus (subliminal message) kepada yang mau mengerti - bahawa salah satu jentera utama yang melestarikan proses demokrasi negara sudah rosak!

Parti parti pembangkang yang menyertai pilihanraya kali ini seperti biasa masih tidak berani berubah kepada paradigma baru, melainkan masih mau meneruskan tradisi lama yang sebenarnya sudah rosak seperti yang telah dibuktikan dalam episod Anwar Ibrahim vs Kehakiman/Kerajaan Malaysia.

Apakah itu paradigma baru? Kita seterusnya akan memasukki satu ruang yang masih suram dan sukar untuk di ta'kulli secara objektif kerana paradigma baru ini memerlukan kesepakatan kesemua parti politik, NGO, badan media bebas, Suhakam. Transparency International untuk melobi badan badan NGO dunia yang berpengaruh (bukan negara dunia berpengaruh seperti USA, UK dsb) untuk turut serta dalam menyelesaikan masalah - dengan diiringi satu kata putus tanpa bertolak ansur : Kembalikan/Pulihkan Hak Hak Asasi Rakyat Atau Boikot Pilihanraya.

marhaen bombastik
 
mengundi di Gombak
03.23.04 (2:22 pm)   [edit]
Kisah kejadian benar-benar berlaku kepada aku semasa mengundi di Gombak. Aku sampai di Sek Men Keb Gombak Setia pukul 9.40 pagi dan berkobar-kobar untuk mengundi bersama isteri dan emak. Biasanya mengikut 2 pilihanraya lepas, selepas menyemak nama di popndok PAS/BN, aku diberikan nombor siri dan saluran mengundi. Aku dan isteri di berikan nombor saluran 4 sementara emak aku di saluran 1 sebagai saluran emas.

Emak aku berbaris dan dapat mengundi dalam masa tak sampai 15 minit. Tapi nasib tak sama untuk aku dan isteri. Bila kami ke saluran 4, di pintu telah tertulis "Untuk tahun kelahiran 1953 - 1957 saja". Isteri aku tanya, "En, saya nak semak ic saya". Agen SPR kata "ini untuk orang tua-tua saja, orang muda saluran lain". Kami pun pergilah ke saluran 2. Di saluran ni apa yang tertulis di pintunya "Untuk pengundi Taman Greenwood, Taman Berjaya, Taman Samudra... " dan lain-lain taman lagi. Aku dah naik hot. Menjelang tengahari, macam-macam orang bagi spekulasi saluran mengundi, polis pun campur tangan, wakil Election Watch datang interview pengundi yang tak puas hati sebab nama tak ada. Pengundi dah mula mengamuk-ngamuk.

Menjelang pukul 3.00 ptg, aku balik dulu sembahyang Zohor dan makanan untuk kami sekeluarga. Pukul 4 ptg aku ke tempat mengundi (nasib baik tak jauh dari rumah emak aku). Bila sampai, pengundi-pengundi yang dah mengundi kata untuk taman Greenwood di saluran 3. Aku pun beratur sama. Lepas sejam beratur, bila sampai giliran aku, kerani tu kata, "Encik Taman Greenwood jalan 14 di saluran 4!". Rupanya saluran 3 untuk pengundi Taman Greenwood dari jalan 1 sampai jalan 6. Aku pun beraturlah semula di saluran 4 yang panjangnya macam ular melingkau. menjelang 4.50 ptg, aku dapat masuk dan NAMA AKU ADA DALAM SENARAI TAMAN GREENWOOD JALAN 14 DI SALURAN 4!!!!". Apa punya bengap SPR ni. Bila aku datang pagi-pagi dikatanya untuk pengundi kelahiran 1953 - 1957, tapi bila datang petang, ditukar untuk semua pengundi taman greenwood di jalan 7 hingga jalan 14. Bila aku tengok pintu tempat mengundi, ada kertas baru yang ditampal dan tertulis, "TAMAN GREENWOOD JALAN 7 HINGGA JALAN 14".

Ini pilihanraya ke pilihan hantu raya??? Sewenang-wenangnya SPR membuat kita ni jadi macam beruk yang boleh dimain-mainkan?
Pada pengerusi SPR tu, masuk sekolah balik ambik SRP lagi baik.

dari forum marhaen:mengundi di Gombak oleh ijoi
 
ANALISIS PILIHANRAYA 2004
03.23.04 (1:13 pm)   [edit]
Banyak pihak yang terkejut dengan keputusan pilihanraya kali ini.Dan rasanya yang paling terkejut adalah pihak Pas, yang kalah besar dalam pilihanraya 2004.Memang nasib kurang menyebelahi Pas kali ini.Banyak kerusi yang dulunya dimenangi kini hilang, diambil kembali oleh BN.Terengganu terlepas dari cengkaman Pas.Di Kelantan,Pas gagal mengekalkan majoroti dua pertiga,namun masih boleh membentuk kerajaan. Apakah puncanya kegagalan Pas kali ini? Apakah yang patut kita lakukan untuk menghadapi masa depan yang kurang pasti ini? Inilah beberapa persoalan yang sedang berligar di kepala sewaktu penulis mencatat di sini.

Dahulu,sewaktu kelahiran Puteri Umno,penulis ada mencadangkan (mungkin ada dalam arkib Marhaen atau Tranungkite) supaya satu tindakan yang berhati-hati diambil terhadap sayap Umno yang baru ini.Sayap Umno ini kini menampakkan bisanya.Kemungkinan sebahagian sebab perpindahan pengundi dari Pas ke Umno/BN adalah datangnya dari faktor ini.Puteri Umno nampaknya berjaya menawan sebahagian wanita muda untuk mengundi BN di mana-mana sahaja.Kekurangan kegiatan Pas/BA dalam aktiviti ceramah dan usrah kebelakangan ini menyebabkan gadis-gadis muda yang baru keluar dari universiti dan pusat pengajian tinggi menyertai Umno.Mereka tidak terpanggil oleh dakwah Pas dan Keadilan.Mungkin juga sekatan dari kerajaan menyebabkan kurangnya kegiatan ceramah dan usrah,sehingga daya tarikan Puteri Umno berjaya menawan sebahagian anak-anak gadis ini.Kalaulah benar dakwaan bahawa kemenangan BN di sebahagian kawasan di Kelantan disebabkan oleh undi dari kaum Hawa, maka benarlah faktor yang disebabkan oleh Puteri Umno ini.Arus materialisme yang agak kuat kebelakangan ini juga menyebabkan Pas kurang daya tariknya,dan anak-anak muda yang kurang kefahaman terhadap Islam meninggalkan perjuangan Islam dan menyertai Umno seterusnya mengundi Umno/BN.

Itulah satu dari beberapa sebab yang memungkinkan kekalahan Pas/BA.Satu program perlu disusun dari sekarang bagaimana hendak menawan anak-anak muda ini dan memberikan kefahaman Islam yang mendalam dan meyakinkan mereka kenapa kita mesti berjuang dalam sebuah organisasi Islam.Merekalah penentu masa depan,kerana kita yang ada sekarang akan menjadi tua dan seterusnya meletakkan pena atau pedang atau keletihan lalu berhenti berjuang. Kita harus menawan hati mereka sebelum hati mereka keras menjadi batu dengan dosa dan maksiat yang bertaburan di segenap pelosok negara.

Sebahagian anak-anak muda tersebut membawa lambang BN ketika pilihanraya baru-baru ini, dengan dibayar RM 50 sehari atau lebih.Bila kita tanya mereka tentang PAS atau BA,mereka ajukan semula soalan; apakah yang Pas boleh beri kepada kami? Inilah mentaliti meraka sekarang ini. Sesuatu harus dibuat untuk membetulkan keadaan. Sebelum pilihanraya 1999,kegiatan ceramah,usrah tamrin dan sebagainya agak memberangsangkan, ditambah lagi isu bekas TPM yang bermata lebam itu.Kini isu itu sudah kurang bisanya. Kita harus memikirkan alternatif lain untuk menguasai keadaan pada 2009.

.........bersambung,insyallah.

alkundangi,
23.3.2004

FGR
alkundangi
ANALISIS PILIHANRAYA 2004
Tue Mar 23 2004 1:06:32 pm
 
URGENT!!!!!!!!!!!!
03.23.04 (12:29 pm)   [edit]
Ucopdemo
Dakwaan Rusuhan TIDAK BENAR
Tue Mar 23 2004 12:21:37 pm
203.82.77.98

SELASA 10.45 am - Beberapa SMS sedang disebarkan yang mendakwa bahawa sedang berlaku rusuhan di K.Terengganu dan Kemaman. Dakwaan SMS tersebut adalah TIDAK BENAR. TIDAK ADA RUSUHAN DI K.TERENGGANU DAN KEMAMAN. Dipercayai ini adalah salah satu tektik kotor yang digunakan oleh BN untuk mencetuskan kekacauan! Abaikan dan jangan sebarkan SMS tersebut.

Laman Pilihanraya

sumbre : FGR
 
sahih & terkini
03.23.04 (12:08 pm)   [edit]
PENGARAH SPR TERENGGANU LETAK JAWATAN DAN SEKARANG BERADA DI KUALA LUMPUR BERSAMA MUSTAFA ALI UNTUK BUAT LAPORAN...nantikan maklumat seterusnya...ALLAH HUAKBAR...
 
Wallahu'alam betul atau tidak...
03.23.04 (12:03 pm)   [edit]
Wallahu'alam betul atau tidak...
Please someone sahkan.
SMS lain yang ana terima

1. PAS sdg mengepong sejumlah 1 ribu pengundi hantu di ikbn n pusat latihan bomba d wakaf tapai sekarang. Fru sdg membantu. Sila sebarkan.

2. hj hadi masuk hosp tolong doakan. Rusuhan di stadium t'ganu. Hantu india ditemui.

3. Latest fr KB Keadaan tegang FRU kepong krna orn marah dgn SPR menyebelahi UMNO-Arhn T.G NIK AZIZ,teruskan BACA S.AL-IKHLAS 500X SEORG JIKA SYNGKAN KELATE sebarkan!

4. Pengerusi SPR ltk jawtn,bpuluh buah bas mbawa p'undi hantu ditahan BPR &penyokong PAS di kemaman.SEBARKAN.Di JITRA,kertas undi dijumpai dlm sg,PAS repot polis.
 
BAGAIMANA DIKATAKAN PENGUNDI HANTU (IKUTI PENJELASAN PENTING
03.23.04 (11:08 am)   [edit]
ASSLAMUALAIKUM,

Bersyukur kepada Illahi walaupun ketidakteluasan telah pun terhidu namun belum ada pertumpahan darah yang tidak diingin. dari maklumat saya perolehi ramai ahli umno baru terutama golongan pelajar pro kerajaan telah diupah sekurang-kurangnya untuk mengundi dibukan kawasan dan negeri kelahiran mereka,sebagai contoh paling nyata saya terpaksa bersumpah dengan nama allah kerana saya menulis dilaman yang semamang laman yang selalu berita, namaun saya terpaksa meluahkan kerana tiada saluran lain.kes ini bermula apabila kawan saya yang boleh dipercayai bagaimana seorang kawannya telah memeberitu beliau terpaksa mengundi di johor dan akan di upah rm 150. perkara ini sebenarnya sebelum pilihan raya lagi. ternyata ini benar kerana saudara ini terpaksa atau dengan rela hati untuk mengundi di tanah merah walaupun alamat ic di johor kerana menetap di johor.
Di, palimen arau dan tambun tulang dikatakan pengundi hantu dari setiu thailand dibawa masuk.

sunber FGR
 
Perbandingan parlimen dan dun K.trengganu
03.23.04 (9:10 am)   [edit]
Tok nak buat perbandingan bagi parlimen dan dun kuala trengganu dulu

jumlah pengundi yang keluat termasuk undi rosak ialah:
p:61872
d:60824

purata mengundi kat dun 80+ dan satu ada 90 tapi kat parlimen sampai 98%. ni apa ni?

kalaupun pengundinya 100% ke, 20% ke keluar takkan jumlah yang keluar mengundi keseluruhan di dun tak sama ngan yang parlimen

ni tok tak faham dan tok rasa ada pengundi hantu

sumber dari
http://218.208.36.234/res/view_res.php?n_id=04" title="http://218.208.36.234/res/view_res.php?n_id=04" target="_blank"http://218.208.36.234/res/vie...
 
Mustafa Ali sahkan kemungkinan ada pengundi hantu di Terengganu
03.23.04 (7:58 am)   [edit]
Tuesday, March 23 @ 00:12:44 MYT


KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Hrkh)-Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali mengesahkan kemungkinan adanya pengundi hantu di Terengganu.

"Kita mengesan kampus UiTM Dungun telah dijadikan tempat berkumpul mereka sebelum dan selepas pengundian di samping tempat-tempat yang lain.

"Kita juga mendapat maklumat pelatih Program Khidmat Negara (PKN) juga menjadi pengundi di samping pengundi bawah umur yang lain.

"Kita juga dapat mengesan, ramai pengundi mengundi dua kali apabila ada pengundi mati telah datang mengundi," kata Mustafa dalam kenyataan media pertamanya kepada Harakah selepas kejatuhan PAS di Terengganu.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak satu suruhanjaya bebas dibentuk segera untuk mengkaji perkara-perkara ini bagi memulihkan semula imej pelaksana pilihan raya ini iaitu SPR.

Katanya, kekecohan yang berlaku di Selangor dan Pahang menambahkan keluabiasaan yang berlaku di Terengganu.

Presiden PAS, katanya, telah memanggil mesyuarat khas Rabu, 24 Mac ini di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara ini.

"Kita menjangka, satu JK Post Mortem akan ditubuhkan untuk segera untuk mengkaji apa yang berlaku dalam pilihan raya lepas," katanya.

Berkait dengan berita angin yang mengatakan Dato' Idris Jusoh tidak boleh mengangkat sumpah lagi sebagai Menteri Besar, Mustafa berkata, ia tidak ada kaitan sama sekali dengan PAS.

"Saya difahamkan ia akan dibuat Khamis ini," katanya.

SMS berterbangan di udara kononnya Idris di siasat polis dan SPR.

Ada juga berita angin yang disebarkan kononnya Mustafa dan Dato' Wan Mutalib Embong membuat laporan polis di Kuala Lumpur.

Ekoran itu, orang ramai berkumpul di perkarangan Wisma Darul Iman tanpa sebab yang jelas.

Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli dan penyokong PAS agar bertenang untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan menyerahkannya kepada para pucuk pimpinan parti untuk bertindak
 
gambar Sheikh Yassin(Hamas) meninggal
03.22.04 (10:39 pm)   [edit]


al-fatihah untu allahyarham
 
orang terengganu:BN..pakai pengundi hantu
03.22.04 (9:09 pm)   [edit]
Ada kemunginan besar...BN telah guna pengundi hantu dari selangor,wilayah k.lumpur,pahang dan johor...kerana saya telah lihat kenderaan ini begitu laju sekali didalam perjalan balik kedestinasi mereka masing-masing pada pukul 12.00 tengahri hingga 5.00petang di jalan jerangau=jabor pada kelmarin ( 21/3/04). saya dalam perjalan hantar anak balik ke asrama sekolah di kuantan.Tempat pengundi saya di pagi hari itu saya ada dengar seornag pengundi hantu ( mungkin) sedang bercakap denga rakan mereka by handphone dengan gaya cakap orang selangor. ornag terengganu duduk kat luar bila balik tengganu mesti cakap dailek tenganu.Dok gitu!

sumber : FGR
 
PENIPIUAN TERSOHOR
03.22.04 (9:02 pm)   [edit]
Berpandukan kepada beberapa maklumat yang telah saya terima, saya yakin penipuan besar telah berlaku dengan kerjasama SPR di dalam pemilu kali ini.

Penipuan ini dilakukan secara berikut:-

1. Mengadakan pengundi hantu/impot

2. Membenarkan seorang pengundi mengundi beberapa kali

3. Menggunakan pekerja-pekerja SPR yang juga ahli UMNO untuk melakukan penipuan di dalam perkiraan undi

4. Merasuah pekerja-pekerja SPR dan petugas-petugas parti pembangkang bagi melakukan atau membenarkan penipuan di dalam perkiraan undi.

Kehilangan ramai pengundi daripada daftar pengundi di Selangor, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dan pelanjutan masa pengundian ke 7 malam di negeri Selangor dipercayai ada kaitannya dengan pengundi impot dan penipuan perkiraan undi di Terengganu dan Kelantan. Kaitan ini berbentuk dua macam:-

1. Nama-nama mereka telah dibenarkan digunakan oleh beberapa pengundi hantu di negeri-negeri tumpuan PAS.

2. Untuk mengalih pandangan perti-parti pembangkang daripada penipuan di dalam perkiraan undi.

Pada pandangan saya, penipuan jenis 3 dan 4 di atas adalah lebih besar kali ini berbanding 1 dan 2. Ini telah berjaya mengelirukan pemantau daripada pihak pembangkang dan luar yang menumpukan perhatian lebih kepada pembuangan undi.

sumber : FGR
 
Idris Jusoh Angkat Sumpah MB Baru Terengganu 25 Mac
03.22.04 (8:56 pm)   [edit]
KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Idris Jusoh akan mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Khamis ini (25 Mac).

Pada majlis yang sama barisan exco Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dijangka turut mengangkat sumpah jawatan bersama Menteri Besar Terengganu yang ketujuh itu.

Idris, 47, Isnin menghadap Sultan Mizan bagi memaklumkan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-11 Ahad, dan juga rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu.

Beliau tiba di Istana Badariah, di sini, pada kira-kira pukul 5.30 petang dan keluar setengah jam kemudian.

Dalam sidang media selepas itu beliau berkata Sultan telah berkenan agar majlis mengangkat sumpah itu dilangsungkan pada pagi Khamis.

Dalam pilihan raya umum semalam BN menguasai 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di samping menyapu bersih kesemua lapan kerusi Parlimen. Pas hanya menang empat kerusi DUN termasuk bekas Menteri Besar kerajaan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menang di kerusi DUN Ru Rendang dan tewas di kerusi Parlimen Marang.

Idris, sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatannya ke Besut pada Khamis lalu sebagai Menteri Besar sekiranya BN berjaya menawan semula Terengganu daripada Pas.

Idris memperolehi ijazah Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada University Of New Haven, Amerika Syarikat.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah anggota lembaga Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari 1990 sehingga 1995 dan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan bagi tempoh 1995-99.

-- BERNAMA


 
padahal hari tu FI berlangsung sebab itu pak lah berkeras nakkan hari mengundi pd 21hb juga
03.22.04 (8:53 pm)   [edit]
kerana ada cuti sekolah seminggu sebelum tu. Masa nilah dihantar pengundi-pengundi hantu beramai-ramai ke pantai timur dengan bas-bas pelancungan. Jadi taklah nampak sangat muslihat mereka...orang ingat datang untuk bercuti tapi ada motif lain.

Kalau setakat hendak membiayai kos hantu-hantu ni menginap dan makan minum mereka selama mereka berada ditempat-tempat yang telah diatur pada hari-hari sebelum mengundi, itu tidak menjadi hal langsung bagi puak-puak yang membiayai mereka.

Nak buat taktik lama iaitu datang pada hari mengundi orang dah tahu jadi tukar taktiklah kali ini. Tak mengapa, biarkan mereka bertipu daya kerana tipu daya Allah LEBIH BESAR DAN HEBAT. DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN DAN INILAH MASANYA KITA MENGGUNAKAN SEPENUHNYA SENJATA TERSEBUT!!

sumber : FGR
 
Deris jusuh nak tubuh kerajaan pagi tadi...
03.22.04 (8:44 pm)   [edit]
Sultan Kata Tunggu...Sebab kamu guna pengundi hantu...Hari khamis ini akan menentukan

FGR
 
Kemenangan diredhai --penipuan UMNO tak makan
03.22.04 (8:35 pm)   [edit]
Mon Mar 22 2004 8:28:40 pm

KOTA BHARU, 22 Mac (Hrkh) – PAS sehingga kini disahkan menguasai 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sembilan DUN dan satu Parlimen terbabit dengan pengiraan semula, hari ini.

Pengiraan semula di DUN Temangan secara muktamad berpihak kepada calon PAS, Ustaz Hassan Muhamad yang menang dengan majoriti 75 undi. Jumlah itu berkurangan lima undi berbanding perkiraan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

Sehingga jam 7 malam ini, hanya satu lagi DUN yang belum selesai pengiraan semula yang dilakukan. DUN terbabit iaitu Kemuning yang dimenangi calon PAS, Haji Zakaria Yaakub malam tadi dengan kelebihan 24 undi.

Sebelum ini, tujuh DUN yang terbabit dengan pengiraan semula secara muktamad sudah disahkan SPR. DUN terbabit iaitu Kota Lama, Pengkalan Pasir, Melor, Selising, Gaal, Pulai Chondong, Manek Urai dan parlimen Machang.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS DUN Temangan, Abdul Kadir Othman berkata, pengisytiharan kemenangan calon PAS bagi DUN itu dibuat kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Pengiraan semula itu dilakukan di pusat pengiraan di Dewan Majlis Daerah Machang. Kawalan keselamatan di kawasan itu agak ketat di mana kelihatan empat trak FRU dan polis sedang berkawal.

Di kawasan itu juga terdapat kira-kira 500 penyokong kedua-dua parti datang untuk melihat perkembangan yang berlaku.

Kadir berkata, proses pengiraan semula bagi DUN Kemuning sedang berjalan sekarang dan ia dijangka diketahui malam ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengadakan persidangan media malam ini untuk memaklumkan penubuhan kerajaan baru.

Berdasarkan kepada perkembangan sekarang PAS sudah mendahului dengan kelebihan dua DUN berbanding dengan Umno.

Menurut sumber, dengan kemenangan itu sudah melayakkan PAS menubuh kerajaan baru bagi penggal ke-11. Ini bermakna PAS menguasai Kelantan bagi penggal keempat selepas menang pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Katanya, apabila diisytiharkan PAS menang dengan ‘majoriti simple’ oleh SPR permohonan untuk mengadap Sultan Kelantan akan dibuat sebelum diperkenan majlis angkat sumpah. - MJ
 
Keputusan Muktamad Berhubung Kelantan Dijangka Akan Diketahui Malam Ini
03.22.04 (6:56 pm)   [edit]
Berita Pilihan Raya

------------------------- ------------------------- ------------------------- -----
March 22, 2004 18:54 PM

Keputusan Muktamad Berhubung Kelantan Dijangka Akan Diketahui Malam Ini


KOTA BAHARU, 22 Mac (Bernama) -- Proses pengiraan semula undi membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, yang bakal menentukan siapa layak menerajui kerajaan negeri Kelantan, dijangka diketahui seawal-awalnya pukul 7.30 petang ini.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memaklumkan bahawa proses pengiraan semula undi masih lagi sedang berjalan.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing hanya memerlukan dua kerusi lagi bagi menang untuk secara sah membentuk kerajaan negeri.

Parti yang memperolehi kerusi ke 23 akan diisytiharkan menang dengan majoriti mudah kerana Pas dan BN setakat ini terikat apabila masing-masing memenangi 21 kerusi daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Bagi kerusi Parlimen, BN telah menang tujuh kerusi manakala Pas sebanyak enam. Baki satu lagi kerusi, iaitu Parlimen Machang turut berlaku proses kiraan semula undi, dan masih belum ada keputusan mengenainya diterima sehingga kini.

-- BERNAMA
 
pengundi hantu dari selangor ke trengganu
03.22.04 (2:36 pm)   [edit]
70,000 pengundi hantu dari Selangor datang keTerengganu. Jika ada 32 DUN, maka purata pengundi hantu setiap DUN ialah lebih kurang 2,000.

Pada pilihanraya 1999, kebanyakan PAS menang dalam majoriti kurang 1,000 undi.

Nah, UMNO/BN tabur 2,000 hantu....mana nak menang !.

Semalam, saya balik dari KL, nampak kenderaan betalu arus dengan bayaknya dari arak Kuantan ke KL sejak pukul 2:00 ptg. Masa tu kita baru sampai sebelum Temerloh lagi...

Sebab tu SPR pura2 buat kecoh di Selangor untuk membenarkan pengundi hantu ni mengundi semula di Selangor...

Tipu lah....UMNO/BN boleh menang.

Tetapi ingatlah ALLah Maha Mengetahui.
 
bersabar
03.22.04 (2:35 pm)   [edit]
Walaupun tewas, kemenangan dan kekalahan di Terengganu membuktikan bahawa PAS tidak cepat melatah. Rakyat Terengganu memang telah terpedaya di bawah BN dulu. Tapi dibawah PAS ramai telah memperolehi hak-hak mereka seperti tanah. Semasa PH ini, mungkin ada yang telah menerima habuan lagi dari BN ( inilah hak2 mereka yang dulu di perdayakan oleh BN ), lantas di undi BN kembali. Jadi rakyat Terengganu telah untung 2 kali. Titik pangkalnya harta dunia masih lagi menjadi keutamaan pengundi. Begitu juga di Pantai Barat, ramai yang terpaksa menerima duit didalam kenderaan resmi BN .... tetapi akan merana dalam 5 tahun ini dengan berbagai-bagai masalah. Jagalah anak2, cucu2 anda semua semoga berada didalam keadaan iman yang baik. BN akan mencorakkan masyarakat yang kucar kacir selepas ini kerana rata-rata pemimpin mereka tidak berakhlak.

Kita lihat kembali adakah wang ehsan ditukar ke royalti kembali? Adakah peluang kembali PAS pada PH ke 12 nanti?

dipetik dari FGR
 
terbaru kelate
03.22.04 (1:59 pm)   [edit]
Unofficial result DUN Kelantan - PAS 24 BN 20 - 1 still
 
tak rasmi dari kelate
03.22.04 (1:48 pm)   [edit]
saya ronda ronda kat Dewan Majlis daerah Machang tadi, naik takut sebab ramai FRU.Tapi keadaan tenang.

Kalau ikut kabar angin, ada kata kedudukan terakhir seri 19 sama.Tapi iktu berita radia tgh tadi kedudukan seri 18 sama selepas pengiraan semula satu DUN di Pasir Mas yg telah dimenangi oleh pas dengan 55 majoriti

dipetik dari abangbaik, FGR
 
tak rasmi Permatang Pauh
03.22.04 (1:42 pm)   [edit]
dxcrew wrote:

Ini adalah tak rasmi yang diberitahu oleh rakan2 SPR di Permatang Pauh

KeADILan tumbang di Permatang Pauh dengan majoriti 36 sahaja
 
Recount for these seats at 10am
03.22.04 (10:59 am)   [edit]
Permatang Pauh (Penang), Kota Melaka (Malacca), Bukit Bintang (Kuala Lumpur), Ipoh Barat, Batu Gajah (Perak). The latest in Kelantan - Umno won 20, PAS won 19, with a recount for six remaining seats. Meanwhile, Keadilan leader Wan Azizah Wan Ismail has 'won' Permatang Pauh on two recounts by 27 and 28 votes respectively. There will be a third recount in the morning.
 
Kelantan: Both sides claim victory
03.22.04 (9:59 am)   [edit]
Both the ruling Barisan Nasional coalition and the opposition PAS are claiming victory in Kelantan. PAS, which has held the state since 1990, claimed that it had won 24 out of the 45 state seats. On the other hand, BN has claimed victory in 23 seats. Recount is currently underway in five seats.
 
Nik Aziz, Hadi Awang not defeated
03.22.04 (9:58 am)   [edit]
Both PAS leaders - the party spiritual leader Nik Aziz Nik Mat and party president Abdul Hadi Awang - have won the Chempaka (Kelantan) and Ru Rendang (Terengganu) state seats respectively after a recount. Malaysiakini had earlier reported that they had lost. However, Hadi was defeated in his Marang parliamentary seat.
 
Bukti Kukuh Mahathir Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara
03.21.04 (12:03 pm)   [edit]
Bukti Kukuh Mahathir Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara

Ketahuilah, segala perbelanjaan pilihanraya Barisan Nasional kali ini adalah bersumberkan duit negara haram ISRAEL!! Sebarkan maklumat ini ke pelusuk negara! HARAM Hukummya mengundi BARISAN NASIONAL!!

Terjemahan dalam Bahasa Melayu
Terjemahan Surat Si Pengkhianat Mahathir Mohamad Kepada PM Israel Dalam Bahasa Melayu

Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok Barat, Aras 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia
------------------------- ------------------------- ----------------------

SULIT
No Ruj: PM/Pers/AHO/01/121 Jld 1

Tarikh : 16 Ogos 1999

Yang Dihormati Encik Ehud Barak,

Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malayisa dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.

Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kwibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.

Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.

Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat.

Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.


*-surat mahathir di Laman Tranungkite
 
Dari Sorayanii (Perlis):
03.21.04 (11:42 am)   [edit]
Dengan kehadiran Tun KT Dr Mahathir di Kangar 20 Mac petang kelmarinsatu tanda isyarat telah dikeluarkan bahawa 3 kawasan DUN Tambun Tulang, Sanglang dan Santan akan jatuh ke tangan Barisan Nasional. Jangan terkejut jika PAS/BA akan menghadapi kekalahan di 3 Kawasan DUN ini berikutan kehadiran Pengundi Hantu yang telah serap masuk ke dalam kampung melalui perancangan anak bapa atau ibu angkat taktik yang mereka selalu guna pakai. Pengundi Hantu ini telah mula bergerak sejak lewat petang kelmarin dan mengundi sebelah pagi Diharap para petugas PAS/BA dapat mengambil perhatian dan cuba menghalang kemaraan mereka

Sekian dimaklumkan terima kasih.

Sorayanii Dot Com
Perlis Indera Kayangan - 21 Mac 2004
 
Akan Terhenyakkah UMNO?
03.21.04 (4:17 am)   [edit]
Sejak beberapa hari yang lalu, UMNO dan BN telah mempromosikan propaganda besar bahawasanya “BN akan Menang Besar”. Akhbar asing pun turut sama melaungkannya dengan mengatakan BN akan menang “landslide victory’, kerana mereka terpikat dengan laungan BERNAMA.[+]
 
Barisan Nasional Salahguna Harta Awam Untuk Berkempen!
03.20.04 (10:53 pm)   [edit]
Barisan Nasional Salahguna Harta Awam Untuk Berkempen! Dengan Ihsan SPR, semestinya!
 
Amanat Anwar Ibrahim untuk pengundi seluruh negara
03.20.04 (10:52 pm)   [edit]
DARI bilik kurungan penjara, saya ingin merayu kepada saudara-saudari supaya memastikan suara rakyat didengar di Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Terlalu ramai tukang angguk di dewan-dewan perwakilan rakyat yang tidak berupaya membela nasib rakyat; tidak punya keberanian untuk membetulkan; bergelumang atau terpalit rasuah hingga takut mengemukakan masalah rasuah tersebut.

Berilah kesempatan kepada calon-calon pembangkang khususnya, KeADILan, PAS dan DAP untuk mempertahankan prinsip dan amalam demokrasi hidup subur di tanahair kita!

Fahamilah bahawa kita bertarung dengan kuasa pemerintah, jentera, media dan dana yang besar. Dengan segala kekurangan yang ada, saya merayu bukan sekadar undi saudara-saudari, tetapi bantuan dan ikhtiar sekurang-kurangnya menghubungi rakan-rakan sekerja dan saudara-saudara di kampung meminta mereka menyokong calon pembangkang.

Semoga Allah memberi keberkatan, taufiq dan hidayah.

Salam Reformasi,

Anwar Ibrahim

Petikan daripada HarakahDaily 20.03.2004

 
Terkini: Petugas BA Kulim berjaya patahkan cubaan larikan peti undi
03.20.04 (10:38 pm)   [edit]
KULIM, 20 Mac (Hrkh) - Kecekapan petugas-petugas BA Kulim telah berjaya mematahkan percubaan melarikan dua peti undi daripada Pejabat Daerah Kulim tengah hari tadi.

Kejadian berlaku apabila dua lelaki yang tidak dikenali cuba melarikan dua peti undi kosong daripada simpanan Pejabat Daerah tersebut yang menyimpan peti undi bagi Parlimen Padang Serai.

Namun, percubaan tersebut berjaya dipatahkan apabila petugas-petugas BA berjaya mengesan kegiatan dua lelaki tersebut yang menaiki kenderaan Kelisa berwarna kelabu.

Dengan kerjasama polis, kedua peti undi tersebut dapat dikembalikan.
 
Menuju Ke Arah Malaysia Baru
03.20.04 (4:56 pm)   [edit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal mengundi pada 21 March 2004 ini, kita menyeru agar mereka jangan takut untuk memilih pemimpin yang betul-betul jujur,ikhlas,bertanggungj awab serta bebas dari melakukan rasuah. Jangan takut dengan ugutan dari pihak-pihak yang cuba menghalang kita dari mengundi. Jangan takut untuk mengubah nasib kita dengan memilih pemimpin yang berwibawa kerana mereka akan jadi wakil rakyat yang akan mencapaikan hasrat rakyat di Parlimen serta dewan negeri nanti.[+]

 
HUDUD: JAWABAN UNTUK DR ISMAIL IBRAHIM DAN RAKAN-RAKAN
03.20.04 (4:54 pm)   [edit]
SEBAGAIMANA telah diduga ulama seperti Dr Ismail Ibrahim (Pengerusi Majlis Fatwa), Noh Gadut (Mufti Johor), Abdul Shukur Husin (KUIM), Shamsudin Abd Munir (Ikim), Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan (sekadar beberapa nama utama) dan lain-lain lagi akan senantiasa mengisi ruang udara media pada musim pilihan raya. Peranan mereka juga sangat nyata, sebagai penjelas pendirian kerajaan (dibaca BN-Umno) dalam isu-isu Islam. Sebelum tulisan ini menjauh, perlu ditegaskan bahawa Dr Ismail dan rakan-rakannya yang kerap muncul media kini sebenarnya sebaghagian daripada jentera pilihan raya BN menghadapi BA yang diterajui oleh Pas. [+]
 
permandangan kat kampung baru, kl
03.20.04 (11:19 am)   [edit]

Pemandangan sekitar Jalan Raja
Abdullah


Pemandangan sekitar Jalan Raja
Musa


Pemandangan sekitar Jalan Raja
Alang
 
Bagaimana bekas penjual kondom pungut RM320 juta? - Jomo
03.20.04 (12:00 am)   [edit]
ABDULLAH Ahmad Badawi bersungguh-sungguh cuba memberi gambaran bahawa beliau berbeza daripada pemerintahan Mahathir, terutama dalam menangani rasuah dan banteras amalan nepotisme. lagi kat harakahdaily.net
 
Perbelanjaan untuk puasa 2004, tetapi bayaran Mac 2004?
03.19.04 (11:58 pm)   [edit]
KUALA TERENGGANU, 19 Mac (Hrkh)-Walaupun bulan puasa hanya akan datang pada Oktober dan November depan, tetapi bayaran untuknya dibuat kepada JKKK di Terengganu pada 9 dan 10 Mac lepas.lagi kat harakahdaily.net
 
terkini dari marhaen 20/03/2004
03.19.04 (11:27 pm)   [edit]
  • Meli:Politik PAS [BA] V Umno [BN]
  • – Siri 5 (Siapa Dia Dr. Ismail Ibrahim?)
  • Meli:Politik PAS [BA] V Umno [BN]
  • – Siri 4 (Sorot Kembali Era Mahathir)

  • Insan Berguna: Titiwangsa 2: Jentera UMNO Bukan Sahaja Diboikot Malah Disabotaj

  • Insan Berguna: Titiwangsa 1: Drs Suleiman Dendam, Jentera UMNO Berpecah

  • TAG 1557 MGGP: Jatuh Bangun Ke arah Kemenangan Majoriti Dua Pertiga

  • Mat Sepai: PAS Akan Tambah Majoriti Kemenangan di KADUN Permatang Pasir

  • Mat Sepai: Azmin Cabar Pirdaus Berdebat Di Permatang Pauh

  • Anak Jati Segamat: Satu Tamparan Buat Umno/BN Johor

  • UMNOPutera Ori: Inikah Pemimpin Melayu Yang Kita Pilih?



  • UMNOPutera Ori: Sumbang Mahram: Calon BN Bukit Melawati Menangis

  • UMNOPutera Ori: Siapa Amiruddin Sutero Calon DUN Jeram?

  • Nota Ringkas Daripada Pembaca
  •  
    tv3 suku menyampah
    03.19.04 (8:05 pm)   [edit]
    tok cukup menyampah tengok iklan kat tv3 suku sekarang(ala yang berkaitan ngan dacing senget tu). sekarang ada trend baru diaorang guna bahasa cina pulak, tok bukan nak merendahkan bahasa cina, apa yang tok nak katakan ialah bangsa melayu dan hilang kepercayaan dan tak mahu lagi kat biend(majoritinya).
    oleh sebab itulah tv3 suku guna bahasa selain dari bm.

    satu lagi adalah tentang iklan mas(yang terbang2 tu)-dah guna bahasa inggeris pula, mcam la orang kat malaysia ni semo orang putih. ni mesti ada apa2 ni. lepas tu pulak cakpa pasal orang2 kita boleh dok sekali minum makan. kat negara lain tak boleh ke? kena tembak ke? ko kena saman?

    balik2 cakap pasal harmoni, pembangunan, dah naik meluat dah tok. ada lagi tu dok tunjuk pak lah lembik sembahyang kat masjid dan pegi tengok orang susah dan tah apa2 lagi yang mengarut. cuba datang kelate dan tengok berapa kerap tuan guru nik aziz sembahyang dan siap bagi ceramah agama lagi. boleh ke pak lah lembik buat camtu.

    geram betul ngan tv3 suku ni. kalu orang ba nak buat masuk kat tv jangan harap le.kalu dah 3 suku tu 3 suku jelah sampai bila2.

    tok berundur dulu la.
    wassalam
     
    SURAT TERBUKA UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
    03.19.04 (5:43 pm)   [edit]
    Saudara-saudari sekalian,

    Kini pilihanraya umum ke 11 sudah bermula. Sebagai pegawai-pegawai kerajaan, saudara-saudari sekalian sudah tentu memikul beban dan tanggungjawab yang besar dan berat. Harapan rakyat berada pada saudara-saudari.baca lagi kat calon keadilan wangsa maju

     
    Sumbang Mahram: Calon BN N 10 Bukit Melawati Ustaz Sayuti Menangis .
    03.19.04 (3:22 pm)   [edit]
    Calon Umno-BN Dun N 10 Bukit Melawati Kuala Selangor, Ustaz Mohd Sayuti Said bukan sahaja terpaksa berdepan dengan musuh dalaman dikalangan Umno Bahagian Kuala Selangor malah dimasa yang sama begitu sukar untuk menjelaskan hal sebenar kepada para pengundi melibatkan dakwaan sumbang mahram yang pernah dilakukannya.lagi kat undiba.com
     
    INIKAH PEMIMPIN MELAYU YANG KITA PILIH ?
    03.19.04 (3:15 pm)   [edit]
    Sumber dari kakitangan Pejabat Umno Bahagian Kuala Selangor disebarkan melalui orang yang paling rapat dengan Mohd Daud Tarihep calon Parlimen P 096 Kuala Selangor menjelaskan bahawa: lagi kat undiba.com
     
    Benarkah Pesara Kerajaan Tidak Mengenang Budi?
    03.19.04 (3:11 pm)   [edit]
    Assalamu`alaikum!
    Sabda Rasulullah sollahu`alaihi wasallam. “Hendaklah kamu menolong saudaramu sama ada seorang yang zalim atau seorang yang dizalimi.” Para sahabat bertanya “ya Rasulullah menolong orang yang dizalimi itu nyata (tuntutannya) bagaimanakah menolong orang zalim? Jawab Rasulullah “menolong orang yang zalim dengan kamu menghalang ia melakukan kezaliman". [+]
     
    Surat Layang untuk Man Pin dan Kontrak Kroni
    03.19.04 (3:08 pm)   [edit]
    Berikut disertakan salinan surat layang yang diedarkan oleh ahli UMNO Jerlun. Juga senarai kontrak kroni Syed Razak iaitu Syed Sobri yang menjadi kemarahan orang UMNO dan Pengarah baru JKR Kedah. Data ini adalah sahih dari JKR Kedah sendiri. [+]
     
    terkini marhaen terbitan 19/03/2004
    03.18.04 (9:32 pm)   [edit]

    Dr.
    Putera Jebat: Surat Terbuka Untuk Dr. Ismail Ibrahim

    Mustapha
    Ong: Do Pak Lah A Favour, Don't Vote For...

    Raja
    Petra: All PAS Flags Must Come Down

    Insan
    Berguna: Suasana Terkini di Terengganu

    Insan
    Berguna: Pak Lah Suruh BPR Bertindak - Indah Khabar Dari Rupa

    Ibn
    Sabah: PRU-11 - Berusahalah Tumbangkan Paklah dan Najib

    Dr.
    AQ: Manifesto 2004: Asas Untuk Kehidupan Manusia

    Cikgu
    Pencen: DUN Ijok: Khir, Mike Tyson dan Ah Tiam Bersekongkol...

    Yatim
    Mustapha: Rasuah di KADUN Seberang Jaya Oleh Calon Umno
     
    satu lagi cerita dari Jeli
    03.18.04 (9:17 pm)   [edit]
    kalau masa pilihanraya 1999 bagi RM50 sekurang2nya, saya ulang di sini sekurang2nya dan kalau ada yang 'terrer' sikit biasalah mesti dapat lebih punya.tahun ni dapat dabal orang kelate kato, RM100 la tu.

    ini tak lain dan tak bukan keje to'pa la, siapa lagi. saya berani tulis kat sini kerana saya dapat dari mulut keluarga saya sendiri kerana beberapa orang keluarga saya adalah ameno totok.

    boleh dikatakan setiap malam di pos biend kawasan jeli memang meriah kerana slalu ada 'pesta' makan2. kat kawasan saya iaitu bukit bunga setiap pos akan ada orang dapat kontrak untuk memasak makanan yang akan dijamu kepada mereka yang 'melepak' kat pos tak kiralah orang tu nak pangkah apa pun pada hari ngundi nanti. orang yang dapat kontrak itu akan perolehi durian runtuh RM1k bagi hanya 1 minggu berkempen(kaya).

    to'pa memang 'banyak' duit. masa PR dulu pun berguni2 duit ditabur kat jeli. pada tahun ini dengan nafsu gelojohnya untuk menang kat jeli maka tak segan silu dia melakukan perbuatan rasuahnya.

    mungkin pada pandangan yang melihat dari jauh to'pa, dia adalah pemimpin 'bersih', tapi ramai yang tak tengok dari dekat kerana beliau tidak lari dari tempias perangai beberapa penyangak ameno lain.

    ini sebahagian drama di jeli, nanti tok akan sambung lagi di lain masa jika ada kesempatan.

    wassalam
     
    Amboi! tak sayang mulut
    03.18.04 (8:29 pm)   [edit]
    a'kum

    tok nak cakap sikit tentang komen yang dikeluarkan oleh mulut calon biend chuping, perlis - mansor bersama2 dengan 2 orang lagi perempuan calon biend dalam edisi 7 di ntv7 tadi.

    mansor kata 'sapa lagi akan beri pembangunan jika rakyat memilih selain dari biend dalam pilihanraya nanti'
    nampaknya rata2 orang biend(calon la tu) semuanya akal letak kat tapak kaki kerana orang bodoh sendiri pun boleh tahu apakah maksud komen mansor itu.

    adakah orang ini tuhan? kerana hanya dia saja yang boleh memberi pembangunan kepada rakyat malaysia. orang lain tak boleh. sesungguhnya cakap biar berlapik. berfikir dulu sebelum berkata dan kalau tak tahu bertanya, jangan hanya nak menang pilihnaraya sanggup memesongkan aqidah sendiri.

    kepada yang masih mentah dalam hal ini hendaklah berguru kepada yang mengetahui. jnagan main ikut sedap mulut je.

    lakukanlah kewajipan kita dengan berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. wallahualam.

    wassalam
     

    Dipetik dari marhaen
    03.18.04 (4:39 pm)   [edit]
    FACNews:
    MANIFESTO PILIHAN RAYA BARISAN ALTERNATIF

    Tapai:
    Laporan Ceramah Sdr. Saifuddin di Kubang Rotan

    Leluhur
    Long Senik: Ubah Tiang Gol

    Dari
    Sebelah Sana: Selamatkan Pak Lah
    (updet 10.50 pagi)
    Dr.
    AQ: Seruan Anak-Anak Kelantan?

    Dollah
    Dagang: Timb. Pengerusi Tetap Umno Wasiat Anak Buah Undi Bulan (BA)

    Dollah
    Dagang: Umno Keluar Pas - Keadilan Masuk Umno Semula

    Anak
    Jati Segamat: Antara Dua Wajah

    Peminat
    Harun Din: Wahai Orang Agama
    (2)
    Kenari2004:
    Hudud Umno Mana?

    MestiPAS:
    Awas, Jin Kepala Manusia

    Khalid:
    UMNO Mahu Laksanakan Islam Hadhari

    Khalid:
    Menjawab Tulisan 'Sekadar Mukmin'

    Khalid:
    Benarkah UMNO Terengganu Sejahat Komunis?

    Mat
    Sepai: Calon ADUN Penanti Cuba Disogok Untuk Tarik Diri
    (bergambar)
    Penting:
    Maklum-balas Diperlukan
     
    Calon DUN Penanti Permatang Pauh Cuba Disogok, Imam Duit Terus Tabur Duit
    03.17.04 (10:21 pm)   [edit]
    Calon DUN Penanti, Parlimen Permatang Pauh Sdr. Anwar bin Shaari yang mewakili keADILan pula cuba disogok supaya menarik diri daripada bertanding. Anwar yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika berceramah di Markas PAS Kubang Semang di sini petang tadi. Menurutnya, beliau telah didatangi oleh seorang rakan lamanya, Sdr Halim Hamid yang mendakwa mewakili Datuk Jalil, calon Umno di situ. [+]
     
    Wahai Orang Agama!
    03.17.04 (3:08 pm)   [edit]
    Assalamu`alaikum!
    Beberapa malam yang lepas RTM telah menjemput 3 orang tokoh agama dalam forum khas. Mereka ialah Datuk Dr. Ismail Ibrahim(DDII), Datuk Noh Gadut (DNG) dan Profesor Abdul Syukor (PASY). [+]

     
    Harap BA Manfaatkan Pergolakan Dalaman BN
    03.17.04 (3:06 pm)   [edit]
    Oleh Tapai

    Pergolakan dalaman UMNO nampaknya semakin sengit. Inilah masanya BA boleh mengambil kesempatan semaksimum mungkin. Di Kedah terutamanya UMNO-BN memang sedang berentap sesama mereka. maklumat dari UMNO sendiri mengakui pertelingkahan tersebut bukan saja berpusat sekitar UMNO negeri tetapi menjangkau kepada permusuhan Pak Lah dan TKT[+]
     
    Bekas Imam Besar Akan Malu Besar di Permatang Pauh
    03.17.04 (1:22 pm)   [edit]
    UMNO merupakan sebuah parti yang berpegang teguh kepada prinsip “Matlamat Menghalakan Cara”. Prinsip ini digunakan untuk demi untuk menyelamatkan survival mereka dalam dunia politik. Mereka begitu takut dengan bayang–bayang sendiri sehingga mereka tidak percaya kepada sesiapapun yang berada di sekeliling mereka terutamanya dari kalangan mereka sendiri. [+]
     
    Sorayanii: Terkuburnya Kompleks Yayasan Islam Perlis
    03.17.04 (1:20 pm)   [edit]
    ASSALAMU’ALAIKUM..WBT
    Salam Sejahtera Salam Reformasi
    Salam Perjuangan untuk semua Rakyat Marhaen
    Di persimpangan jalanraya persekutuan Kangar Alor Setar dan Jalan Dato’ Wan Ahmad kita akan saksi satu kawasan tapak binaan terbengkalai seperti tertera digambar. Tapak binaan ini adalah milik Yayasan Islam Perlis. [+]

     
    Ahli UMNO Yang Bekerja Untuk Pilihan Raya Sedang Dalam Ketakutan
    03.17.04 (1:09 pm)   [edit]
    UMNO merupakan sebuah parti yang berpegang teguh kepada prinsip “Matlamat Menghalakan Cara”. Prinsip ini digunakan untuk demi untuk menyelamatkan survival mereka dalam dunia politik. Mereka begitu takut dengan bayang–bayang sendiri sehingga mereka tidak percaya kepada sesiapapun yang berada di sekeliling mereka terutamanya dari kalangan mereka sendiri.[+]
     
    Rasionalnya Janji BeNd Tubuh Universiti Di Kelantan & Terengganu
    03.17.04 (1:07 pm)   [edit]
    Assalamualaikum w.t.
    Saya tertarik dengan janji KERAjaan BN melalui Umno Terengganu & Kelantan nak tubuh universiti awam di kedua-dua negeri berkenaan. Sungguh molek bunyinya dan cantik gambarannya yang mana dengan tertubuhnya universiti di kedua-dua negeri itu akan merangsang pembangunan dan ekonomi. [+]

     
    Berita dari Harakahdaily.net
    03.16.04 (6:28 pm)   [edit]
  • Anak calon KeADILan Putrajaya dipukul gerak gempur Umno

  • PAS kesal sikap SPR semasa penamaan calon di Kedah

  • 4 faktor kelebihan PAS menang Kedah, Perlis

  • Calon PAS & KeADILan di Negeri Sembilan cuba disogok
  •  
    PILIHAN RAYA ADALAH PERANG DUA PUAK MELAYU!
    03.16.04 (4:33 pm)   [edit]
    Setelah masuk zon berkempen dalam pilihan raya pertama abad ke-21, semakin jelas bahawa pilihan raya ini adalah pertempuran dua puak Melayu alaf baru. Fokus pilihan raya ini memang politik Melayu: Pertarungan antara Umno, parti yang berasaskan nasionalisme Melayu dengan Pas parti yang berasaskan Islam (Al-Quran dan Sunah). Kesengitan pertempuran ini kerana parti Keadilan yang didominasi Melayu merupakan sekutu utama Pas sejak penubuhannya lima tahun lalu.[+]
     
    Pilihan Raya Umum Yang Menonjolkan Negara Islam Malaysia
    03.16.04 (4:29 pm)   [edit]
    Tidak ada peristiwa yang lebih besar di Malaysia minggu ini selain Pilihan Raya Umum. Inilah masanya parti-parti politik kehilangan pertimbangan dalam menjanjikan syurga dunia dalam perjalanan ke neraka sambil menunggu kita di selekohnya. Apakah matlamat semua pati politik ini merupakan teka-teki kepada kita sahaja. Semua parti mempunyai manifesto sendiri, yang diedarkan sebaik-baik menjelang ataupun sejurus selesainya hari pencalonan. Inilah yang disebut-sebut oleh media walaupun tidak banyak yang mengungkapnya. Dengan lain perkataan, kita tidak tahu apakah pendirian parti politik itu selain perkara yang samar-samar belaka. Kalau ada yang khususnya, ia adalah laksana rang undang-undang kerajaan yang dibentangkannya kepada Parlimen, di mana agenda tersirat selalunya ditulis dengan huruf yang kecil dan sengaja di sungkup tujuan sebenarnya kerana mahu mengejar masa. Seperti juga dengan undang-undang kita, pilihan raya umum ini pun mahu disudahkan secepat yang boleh, tanpa ada pertimbangan untuk merenung sejenak dan memikirkannya dan berdebat akan makna sebenarnya. [+]
     
    Bendera Selimut 2 Bulatan Utama Bandaraya Alor Setar
    03.16.04 (4:25 pm)   [edit]
    Oleh Tapai
    ALOR SETAR 15.03.2004: memang benar kedua-dua bulatan Telok Wanjah dan Jalan Stadium telah ditawan oleh PAS. Pandangannya cukup menarik dan cukup meriah!! Syabas!! Keadaan itu berjaya merisaukan BN dan juga Syed Razak sendiri. Syed Razak naik berang lalu mengerah 'orang kita' untuk membantu 'menutup' bendera dan poster PAS di bulatan Telok Wanjah….. terpaksalah…. [+]
     
    Harimau Mengganas Di Jeli
    03.16.04 (9:49 am)   [edit]
    Di Jeli ada dua jenis HARIMAU. Kedua-duanya makan orang. Di musim pilihan raya ini harimau jenis kedua sedang berkeliaran dengan begitu galak sekali. Biasanya harimau yang ada di not kertas RM50 dan RM100[+]
     
    Aduhai JELItawan
    03.16.04 (9:46 am)   [edit]
    Oleh Pemilu Jeli
    Umno akan tawan Jeli walau dengan apa cara sekali pun. Pegawai-pegawai kerajaan di Jeli seperti guru, askar, kakitangan Pusat Kesihatan, Kesedar dan semua jentera kerajaan seperti lembu dicucuk hidung.[+]

     
    Abdullah nyaris tewas di Kepala Batas
    03.14.04 (2:21 pm)   [edit]
    KEPALA BATAS, 13 Mac (Hrkh) - Pencalonan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi P41 - Kepala Batas dan Dato' Azhar Ibrahim (BN) bagi Penaga - N1, nyaris dibatalkan kerana tidak menyerahkan penyata perbelanjaan pilihanraya 1999. lagi kat harakahdaily.net
     
    Calon orang agama alat Umno pulihkan imej buruk
    03.14.04 (2:12 pm)   [edit]
    TEMERLOH, 14 Mac (Hrkh)- Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Idris Omar berkata, Umno berusaha mengubah imej sekularnya apabila mempelawa ramai penceramah agama popular di televisyen menjadi calon parti itu dalam pilihan raya umum kali ini.
    lagi kat harakahdaily.net
     
    Analisis: Apabila makcik bertudung merah kata calon BN ‘handsome’(memalukan orang melayu
    03.14.04 (2:11 pm)   [edit]
    KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) – Tiada apa yang menyedihkan ketika demam pilihan raya ketika ini apabila menyaksikan gelagat seorang wanita pertengahan usia bertudung merah berkata begini dalam salah satu temu ramah Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi (13 Mac): “Calon BN Duyong (Melaka) best, handsome!” ...............................

    Sebelum ini seorang pemimpin Umno Kelantan pernah berkata mengundi tiada kena mengena dengan dosa dan pahala. Jadi jangan takut untuk mengundi siapa saja calon yang kita suka. Sebab itulah mereka takut dengan cakap-cakap kalau kita undi dengan betul, kita akan dapat pahala.

    Jika dalam soal memilih pemimpin, ada yang boleh gelak-gelak dan berlawak, akan sia-sialah perjuangan imam-imam besar seperti Iman Ghazali dan Abul A’Ala Maududi yang turut mengasaskan pergerakan Islam, Jamaet-Islami di Pakistan. lagi kat harakahdaily.net
     
    BN Pahang Kecoh Soal Calon Pilihan Raya !!
    03.14.04 (12:05 am)   [edit]
    Oleh Cucu Mat Kilau
    Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

    Alkisah, Cucu mendapat satu berita yang cukup mengejutkan bagi Barisan Nasional di Kuantan baru-baru ini. Dalam keghairahan untuk menghadapi pilihnaraya, sememangnyer macam-macam boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada BN Pahang sebelum proses penamaan calon baru-baru ini. Akibat daripada krisis tersebutlah senarai akhir nama-nama calon BN Pahang lewat dihantar kepada Perdana Menteri[+]
     
    Parlimen permatang Pauh: DS Wan Azizah Bakal Kekalkan Kerusi
    03.13.04 (11:26 pm)   [edit]
    Kiriman Wartawan Rasmi Laman Reformasi

    Penamaan calon Parlimen Permatang Pauh nampaknya telah memihak kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut iaitu isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Datin Sri Wan Azizah Ismail. Walau pun ramai pihak yang menyatakan bahawa ramainya yang hadir memihak kepada beliau tidak semestinya membawa kemenangan, namun ada beberapa sebab kenapa perkara ini boleh di perjelaskan melalui kehadiran ribuan pengundi di kawasan tersebut.[+]
     
    PAS Johor catat sejarah apabila Dr Ramli Kari menang
    03.13.04 (10:10 pm)   [edit]
    Oleh Salman Hussin
    BATU PAHAT, 13 Mac (Hrkh) – Penantian hampir 50 tahun PAS Johor untuk menembusi kubu kebal Barisan Nasional (BN) di negeri Johor berakhir berikutan kemenangan tanpa bertanding calon PAS bagi kerusi Dun Senggarang, Dr Ramli Mohd Kari.harakahdaily.net
     
    Dahlamaadah: Idealisme Perjuangan Yang Belum Selesai
    03.13.04 (3:30 pm)   [edit]
    Saya merasa amat terharu dan sekaligus bangga dengan beberapa kenyataan calon calon UMNO untuk pilihanraya ke 11 ini. Sungguh berwawasan dan inilah antara beberapa “tokoh” yang bakal menjulang bangsa ke mercu kegemilangan nanti:

    Saya pernah dimandikan dengan tahi lembu serta biasa makan dan tidur dengan petani di kampung,'’ kata adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Arau atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-11 ini. [+]

     
    Pergolakan Dalam BN: Sanggup Bunuh Kawan Untuk Survival
    03.13.04 (3:22 pm)   [edit]
    Oleh Dollah Dagang
    Peluang Ustaz Mohd Sayuti bin Said untuk memenangi DUN Bukit Melawati adalah tipis kerana beliau bukan sahaja terpaksa berdepan dengan cabaran hebat calon BA tetapi dimasa yang sama terpaksa menghadapi ancaman dalaman sengaja dicetuskan oleh golongan tertentu yang didalangi oleh pemimpin utama Umno Bahagian Kuala Selangor.[+]

     
    Calon BN Parlimen Kuala Selangor Pengamal Politik Wang
    03.13.04 (3:20 pm)   [edit]
    Oleh Cikgu Pencen
    Calon Umno-BN Parlimen Kuala Selangor Encik Mohd. Daud Tarihep dicabar untuk menafikan bahawa beliau tidak pernah terlibat di dalam amalan politik wang.

    Seorang bekas AJK Umno Bahagian menegaskan bahawa beliau punya bukti yang kukuh keterlibatan Daud membeli undi perwakilan di dalam Persidangan Tahunan Umno Bahagian sesi 1998 dan sesi 2000.[+]

     
    100 Hari Kedua PM PakLah kita
    03.13.04 (3:18 pm)   [edit]
    Oleh Dr. Nologareng
    Biar pun apa kata Najib dan juga para pembodek media, 100 hari PakLah yang lalu, tidak pun menampakkan satu anjakan paradigma yang mungkin menarik rakyat menyokong mereka. Cakap-cakap angkuh dan mereka lebih kepada untuk menyedapkan dan menggula-gulakan hati dan gegendang telinga sendiri. Itu sahaja. [+]

     
    Paklah Menghadapi Sedikit Masalah Dengan Calon UMNO Di Johor Dan Pahang
    03.13.04 (3:16 pm)   [edit]
    Oleh MGG Pillai
    Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badwi, terjebak dalam satu kemelut yang menghantui Barisan Nasional dan UMNO sebegitu menekan yang boleh menyenangkan muka-muka baru yang dicalonkannya. Betapa pun bermuslihat masalah itu, ia tidak dibenarkan terdedah semudah itu.[+]

     
    Parlimen Kuala Selangor: Apa Status Perkahwinan Calon BN?
    03.13.04 (3:10 pm)   [edit]
    Oleh Cikgu Pencen
    Para pengundi di Parlimen Kuala Selangor khususnya penduduk Kg. Sepakat, kampung kelahiran calon Parlimen BN Mohd Daud Tarihep ragu-ragu sama ada beliau orang yang boleh dipercayai atau sebaliknya.[+]

     
    Jangan Dok Heran Dr. Mashitah Tanding Atas tiket UMNO
    03.13.04 (3:06 pm)   [edit]
    Oleh Insan Berguna
    Ramai rakan yang bertanya macammana seorang pendakwah yang popular seperti Dr. Mashitah boleh masuk dan bertanding bawah tiket UMNO.

    Kepada mereka yang bertanya-tanya perkara seperti ini, sebenarnya kerana mereka tidak begitu kenal dengan Dr. Mashitah ini.[+]

     
    Syarikat keluarga Endon dapat projek RM700 juta
    03.13.04 (2:59 pm)   [edit]
    Oleh Insan Berguna
    Rakan IB dari Kementerian Tanah baru memaklumkan bahawa sebuah syarikat yang dimiliki oleh keluarga Endon isteri Pak Lah baru menerima tawaran projek e-tanah bernilai lebih RM700 juta.[+]

     
    tokoh agama?
    03.13.04 (12:31 pm)   [edit]
    saya rasa perletakan calon tokoh agama? di kawasan2 ini adalah sebagai satu ujikaji kerana kalau biend kalah pu tak pa diorang tak malu kerana kebanyakan tokoh agama? mereka adalah muka baru , mungkin itu alasan mereka. kalau menang lagi la untung dan cakap besar mereka nanti.

    calon2 seperti yang disebut di utusan meloya ini tidak lebih dari satu bahan eksperimen kerana ini telah terbukti dalam PR 1999 lalu,mereka kebannyakannya kalah di kawasan tersebut.

    si lembik pun tak kurang ngan si mahataik jugak, tak serik2.
    wassalam

    cucu tokjanggut

     
    Shamsuddin Lias Menang?
    03.13.04 (12:19 pm)   [edit]
    Oleh Orang Dalam
    Bacaan politik penulis terhadap untung nasib Shamsuddin Lias DO Kuala Selangor setakat ini ternyata tidak meleset. Sebelum ini penulis telah meramalkan bahawa Dr Khir Toyo tidak ada alasan kukuh untuk menolak Shamsuddin Lias, terbukti ia tidak meleset apabila nama DO itu telah pun dicalonkan untuk menentang Dr Hassan Ali di DUN Sungai Burung.[+]

     
    Umno Terengganu Sejahat Komunis!Rasuah: Khir Toyo Sendiri Makan, Sendiri Nafi, Sendiri Bersihkan Dir
    03.13.04 (12:17 pm)   [edit]
    Oleh si Songkok Tinggi Kapar
    Assalamualaikum Tuan Pengarang!

    Akhirnya saat yang dinanti dengan penuh pelbagai debaran dan kegilaan berakhirlah sudah. Semua pihak sama ada BA tau pun BN telah pun menghebahkan secara rasmi senarai calon masing-masing.[+]

     
    Umno Terengganu Sejahat Komunis!
    03.13.04 (12:14 pm)   [edit]
    Oleh Mandalaputra
    Kenyataan di atas memang keras tak berampun. Penulis hanya mengutip luahan hati seorang teman dari Terengganu bekerja sebagai guru. Teman penulis itu hanya memaklumkan sedikit babak paling sedih dalam kehidupannya sebagai anak watan pantai timur. Seluruh warga guru di Terengganu telah diberi taklimat sejam oleh Pengetua masing-masing mengenai politik semasa pilihan raya.[+]

     
    penamaan calon parlimen bukit katil
    03.13.04 (11:54 am)   [edit]
    meriah sungguh cucu tengok tadi, memang la ramai orang biend dan bendera mereka tapi yang cucu nampak kebanyakannya adalah di bawah umur dan puteri umno, boleh dikatakan ramai yang tak cukup umur lagi (takboleh mengundi la tu). dah la camtu , polis lak kasi orang2 biend kat depan sek men teknik tu, sementara orang2 kita jauh kat tepi semasa berkumpul.

    cucu tokjanggut
    bukit katil
    melaka
     
    Pilihan Raya Yang Terpilih
    03.12.04 (9:39 pm)   [edit]
    Bila parlimen dibubarkan bermakna sesebuah negara tidak mempunyai kerajaan buat sementara waktu sehingga keputusan pilihanraya dijalankan... tetapi telah menjadi perangai umno/bn sejak dari dulu yang tak tau malu... sewenang-wenangnya menggunakan balairaya
    awam, dewan majis bandaran atau sekolah sebagai bilik gerakan mereka... bagi mereka milik kerajaan adalah milik parti umno... menyedari kesilapan ini (menggunakan hakmilik kerajaan sebagai kegunaan parti)... PakLah telah mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan balairaya dijadikan bilik gerakan buat umno(sumberdari macai umno sendiri)... dan jikalau kita lihat mereka (UMNO) masih menggunakan harta kerajaan ini... pakat-pakat kita halau mereka!!! [+]
     
    Menyorot tokoh agama dalam Umno
    03.12.04 (7:36 pm)   [edit]
    Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
    DALAM kesibukan penamaan calon esok, saya terasa seakan dipaksa untuk bercakap soal tokoh agama yang kononnya telah diturunkan oleh UMNO untuk mengelabui mata rakyat tentang diri mereka yang sebenarnya.
    lagi dalam harakahdaily
     
    Isu kekayaan Kamaluddin, Abdullah bohongi rakyat
    03.12.04 (7:35 pm)   [edit]
    Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
    KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - Pengakuan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau tidak pernah memberinya sebarang kontrak kerajaan atau peluang perniagaan kepada anak lelakinya adalah satu pembohongan semata-mata.
    lagi dalam harakahdaily
     
    Perpecahan dalam BN tidak dapat disorok
    03.12.04 (7:34 pm)   [edit]
    Oleh Roy Rasul
    KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - Pengguguran beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) sehingga ada yang sanggup ‘mengadu dan menangis’ di depan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memperlihatkan perpecahan BN tidak dapat disorok lagi. lagi dalam harakahdaily
     
    Surau Baru Pak Lah?
    03.12.04 (9:26 am)   [edit]
    Oleh Meluat UMNO
    Isu salahguna Surau Paya Kercut semakin hangat diperkatakan oleh penduduk sekitar di Jitra ini. Terkini, papan tanda nama ‘Surau Al-Amin’ yang sebelumnya terpampang di tembok surau telah diturunkan oleh petugas-petugas UMNO/BN dan digantikan dengan poster-poster Perdana Menteri, Pak Lah dan poster BN. [+]
     
    Ketua-ketua Parti Melibas Cambuk sementara Pemimpin BN Masih Terkapai
    03.12.04 (1:58 am)   [edit]
    Oleh MGG Pillai
    Apabila Pilihan Raya Umum menjelma, barulah kita tahu betapa berkecamuknya Barisan Nasional (BN). Setiap parti komponen mempunyai ketua yang mahu melihat hanya peraturannya yang diikuti dan setiap orang yang dicalonkan mesti memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi. Inilah yang berantakan akhirnya bila pilihan raya menjelma.[+]

     
    Keajaiban Sembilan Hari dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004
    03.12.04 (1:56 am)   [edit]
    Oleh MGG Pillai
    Pilihan Raya Umum Ke-Sebelas ialah pada 21 Mac. Kalau tidak ada sebarang aral yang melintang, adalah dijangkakan kemenangan Barisan Nasional akan meniru rekod lama sejak ia berkuasa selama lima dekad, di mana ia akan menang dengan kelebihan majoriti dua pertiga. [+]

     
    Majlis pengisytiharan calon BN Kelantan kecoh
    03.12.04 (12:18 am)   [edit]
    KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) - Majlis pengisytiharan calon Barisan Nasional (BN) yang sepatutnya berlangsung tengahari tadi terpaksa ditunda sehingga kepada lewat petang ini kerana berlaku kekecohan di perkarangan Pejabat Umno Kelantan. nak? baca lagi harakahdaily
     
    Cabaran Presiden PAS kepada PM
    03.12.04 (12:15 am)   [edit]
    Pada ketika rakyat akan membuat keputusan dan memberi ketentuan mandat baru pada 21 Mac ini, adalah wajar bagi Perdana Menteri (PM) baru Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan reaksinya terhadap cita-cita umat Islam untuk mengadakan perundangan Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini. nak? baca lagi
     
    Kroni Ah Tiam Pacak Pisau Di Meja Khir Toyo
    03.11.04 (11:41 pm)   [edit]
    Oleh Orang Gomen
    Cerita curi pasir di Batang Berjuntai dan Pucong yang di siarkan media massa sudah sepi . Tetapi kegiatan mencuri pasir masih berterusan terutama di bekas lombong Batang Berjuntai. DO Hj. Shamsudin, kroni Khir Toyo, cuma bertindak hangat-hangat tahi ayam Pencuri masih berleluasa di Batang Berjuntai. [+]



     
    Kemenangan Tidak Semestinya Mencerminkan Kebenaran
    03.11.04 (11:39 pm)   [edit]
    Kiriman Ummah Online Team
    Deman Pilihan Raya Umum Malaysia ke-11 telah mula di rasai bahang kehangatannya. Daripada pengamatan umum, riak Pilihan Raya Umum kali-11 tampaknya jauh berbeza dengan suasana sebelumnya di mana ketika Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999, kuasa rakyat begitu mencengkam untuk menuntut perubahan dalam pemerintahan negara ekoran reaksi terhadap krisis Anwar-Mahathir. Maka, kali ini melalui pilihan raya (baca: demokrasi) adakah agenda perubahan dapat digarap? Atau wujud lagikah status quo?[+]



     
    Muhasabah: Apa Maknanya Mengundi BN?
    03.11.04 (11:37 pm)   [edit]
    Oleh Dus Gur
    Apabila anda mengundi BN maknanya anda;

    1. sama-sama menyokong dan menegak kezaliman Buktinya: Berapa ramai tahan ISA yang merangka dan diseksa dalam penjara tanpa dibicara semata-mata pendirian mereka yang tidak selari dengan polisi
    kerajaan tak kira sama ada pelajar atau ahli politik.[+]

     
    Dahlamaadah: Melayu Sembah Berhala
    03.11.04 (11:19 pm)   [edit]
    Tajuknya agak kasar dan pelik malah bisa mengundang pelbagai reaksi. Apa hujahnya yang boleh kita tegaskan kenyataan demikian? Baiklah, kita perhalusi apa itu berhala atau tokong. Berhala, tokong dan apa saja objek sembahan adalah hasil bikinan manusia. Ia tidak jadi atau wujud dengan sendirinya. Sejak zaman primitif manusia telah menyembah berhala sehingga datang agama Tauhid yang mengajar manusia bahawa objek objek itu bukanlah kuasa sebenarnya.[+]
     
    Panglima Angkatan Tentera Yang Sudah Meninggal Masih Boleh Mengundi Pada 2004
    03.11.04 (7:12 pm)   [edit]
    Jeneral (B) Tan Sri Abdul Hamid Bidin, merupakan seorang askar yang tegas tetapi bersuara lembut. Beliau telah naik daripada pangkat prebet hingga menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera setelah berkhidmat dengan gigih dan penuh taat setia kepada negara. [+]
     
    Panglima Angkatan Tentera Yang Sudah Meninggal Masih Boleh Mengundi Pada 2004
    03.11.04 (6:58 pm)   [edit]
    Jeneral (B) Tan Sri Abdul Hamid Bidin, merupakan seorang askar yang tegas tetapi bersuara lembut. Beliau telah naik daripada pangkat prebet hingga menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera setelah berkhidmat dengan gigih dan penuh taat setia kepada negara. [+]
     
    Dahlamaadah: Buku Edaran UMNO
    03.11.04 (6:34 pm)   [edit]
    UMNO hari ini akan mengedarkan sebuah buku berjudul ”Ad Din Wa Daulah”, dengan kulit muka depan berlambangkan simbol PAS. Tektik yang dikira termasuk dalam kategori “Dahlamaadah” . Elok lah anda yang menerima buku buku tersebut buang saja atau pulangkan saja kepada sesiapa yang memberikannya. Setiap kali pilihanraya, inilah strategi “mangkok tandas” yang dilakukan. Jangan terjebak dengan virus “Dahlamaaadah” ;. Bahaya tau! (komen2 banyak kat sini)
     
    Bendera BA Mula Menguasai Parlimen Permatang Pauh
    03.11.04 (12:04 am)   [edit]
    Perang Bendera di Permatang Pauh telah merebak sehinggakan UMNo mula naik gelabah untuk memasang di tempat tertentu. Pada malam 2 hari yang lalu satu perang besar telah berlaku di mana para juak UMNO cuba meletakkan khemah sebagai satu strategi membuktikan bahawa mereka mempunyai banyak cawangan di kawasan Permatang Pauh walaupun tidak mempunyai ahli[+]
     
    Kesan-Kesan Kepincangan Barisan Nasional
    03.10.04 (11:58 pm)   [edit]
    Oleh Meluat UMNO

    Peringkat Nasional

    1. Tindakan yang paling nekad dilakukan oleh BN ialah usaha penghapusan Islam meskipun dicanangkan merata dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Terkini ialah perihal yang berlaku ke atas SAR (Sekolah Agama Rakyat) Banyak SAR terdapat di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah iaitu negeri yang mempunyai pengaruh PAS dan Parti Alternatif tertinggi. [+]

     
    Janji Syurga
    03.10.04 (11:03 pm)   [edit]
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pilihan raya akan diadakan tidak berapa lama lagi dan seperti yang kita maklumi SPR telah melarang parti-parti politik khususnya PAS dari menggunakan “Janji Syurga” dalam kempen pilihan raya umum nanti. Kita umat Islam terasa terharu/kecewa dengan larangan tersebut seperti juga larangan kerajaan Perancis melarang umat Islam memakai purdah di negara sekular tersebut. Kalau negara sekular Perancis melarang umat Islam memakai purdah kita tidak hairan tetapi masalahnya negara Malaysia yang kununnya negara Islam melarang umat Islam dari mengatakan pasal “janji syurga” ini yang susah kita hendak terima.[+]

     
    Frustrating Utusan Online poll
    03.10.04 (4:19 pm)   [edit]
    Dipetik dari Diari Pemantau Media Pilihanraya Malaysia

    Blog visitor yf77 sent us this observation of a poll conducted by Utusan Online on their website. The poll asked readers to list the most important issue that would influence their voting decision on election day.

    Says yf77: "Looked at Utusan Online election polls. Not that development and all are not important but I can't find the answer that I want i.e. equality and justice, which is the most important. Seems like the whole process is skewed and manipulated to show everything is fine."
     
    Smart people don't vote for opposition, implies ntv7 reporter
    03.10.04 (4:18 pm)   [edit]
    Dipetik dari:Diari Pemantau Media Pilihanraya Malaysia

    In an ntv7 report during the main bulletin yesterday (9 March), the reporter who was presenting an analysis of the situation in Kedah concluded by saying that the opposition may not win as many seats as in the last elections "...since the people are smarter now (lebih bijak)..."

    These were the words of the reporter, without quoting any leader or member of the public. Seems very unethical for a reporter to take this line especially given that the opposition lack meaningful access to the media as it is and stations like ntv7 should be trying to present a broad range of opinions.
     
    Imam Khir, Makmum Mike Tyson dan `Father` di SUK
    03.10.04 (3:24 pm)   [edit]
    Oleh Si Songkok Tinggi Kapar
    13 Mac 2004 telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum Kesebelas tanah air tercinta ini.[+]

     
    Dahlamaadah: Reloaded
    03.10.04 (3:20 pm)   [edit]
    Rakyat Malaysia semakin hari semakin sedar betapa wujudnya sejenis makhluk bahaya yang menyerang dan membaham manusia tanpa memilih bangsa, tidak pilih bulu yang keriting atau lurus yang blonde atau hitam macam rambut Samy Vellu. Lembaga halus dalam bahasa umum lahjah Arab kampongan dipanggil Dahlamadah menampakkan kesan serangannya buat pertama kali dalam sejarah Malaysia moden tatkala ia merasuk seorang “negarawan” Melayu. [+]
     
    Kronisme dan Kawalan Modal : Bukti UMNO itu Jijik!
    03.10.04 (3:17 pm)   [edit]
    Oleh Dr. Ekonomi
    Dipetik drp Respons Kpd ‘Mendedahkan Pengkhianatan SPR’

    UMNO sememangnya sebuah parti yang amat jijik dan amat rakus dalam membalun duit negara dan duit rakyat jelata. Malangnya, rakyat jelata masih tidak sedar akan hal ini. [+]

     
    Tangkap Seteru - Agenda Utama Bakal Wakil Rakyat
    03.09.04 (11:31 pm)   [edit]
    Ketika ahli-ahli Umno dan para pengundi Kuala Selangor sedang mencongak siapakah calon-calon yang akan berentap mengadu nasib baik di peringkat Parlimen maupun di ketiga-tiga DUN Jeram, Bukit Melawati dan Ijok, orang-orang suruhan `ketua bahagian paling bermasalah` di Selangor terus berkeliaran ke hulu ke hilir penuh konfiden menghebahkan Daud bakal jadi `somebody` selepas p/raya nanti. [+]
     
    Mendedahkan Pengkhianatan SPR
    03.09.04 (11:29 pm)   [edit]
    Sekali lagi kita mendengar kokok dan laungan kuda tunggangan AMENO, Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat memberi amaran kepada bakal calon yang bertanding agar jangan menghentam peribadi semasa berkempen untuk pilihanraya yang tinggal lebih dari seminggu saja lagi. [+]
     
    Lagi Surau Dijadikan Bilik Gerakan BN
    03.09.04 (11:24 pm)   [edit]
    BN Guna Surau Rakyat
    Kiriman Meluat UMNO, Jitra

    Setelah isu Surau Kg. Paya Kercut Jitra didedahkan, terdapat sebuah lagi surau turut dijadikan Bilik Gerakan Barisan Nasional, Cawangan Kg. Tanah Merah iaitu Surau Kg. Tanah Merah juga dalam DUN Jitra. [+]
     
    Awasi sindiket minta kad pengenalan selepas hari penamaan calon
    03.09.04 (2:39 pm)   [edit]
    BACHOK, 8 Mac (Hrkh) - Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Norhashimah Deraman mengingatkan bakal pengundi berhati-hati terhadap sindiket mengambil kad pengenalan kononnya untuk memudahkan urusan membuang undi. (lagi kat harakahdaily.net)

     
    Petronas bagi projek RM2 bilion lagi untuk anak PM
    03.09.04 (2:34 pm)   [edit]
    KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh)- Selepas diumumkan oleh Mingguan Malaysia anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah orang Melayu ke 10 terkaya di Malaysia dengan hartanya bernilai RM320 juta, Petronas pula mengumumkan pemberian kontrak bernilai RM2 bilion yang memberikan keuntungan kepada Scomi Group Berhad, syarikat yang dimiliki Kamaludin. (lagi kat Harakahdaily.net)
     
    BH nak lagakan parti2 BA
    03.09.04 (2:07 pm)   [edit]
    Laporan berdasarkan BH msB1(09032004)

    dilaporkan bahawa seorang pemimpin Keadilan rakyat(yang tidak disiarkan namanya) tidak puas hati dengan cara pembahagian kerusi negeri 9. kerana banyak pas dan dap.

    pemimpin itu tidak pula bagitau namanya, kalau pemimpin kita mesti berani bagitau nama. apa yang tak puas hati. bh dah tak de berita nak lagakan parti BA jadi dia letak istilah seorang pemimpin Keadilan rakyat(yang tidak disiarkan namanya).

    kalau macamni tok pun boleh buat cerita.
    [i]kat kampung saya jeli, kelantan seorang pemimpin ameno tempatan tidak puas hati sebab duit yang sepatutnya dia dapat untuk buat jambatan gantung dan jalan raya untuk ke kebun getahnya telah disonglap oleh salah seorang ketua ameno bahagian ynng tidak dapat disiarkan nama dan bahagiannya kerana untuk tujuan keselamatan kerana takut namanya tidak akan tercalon sebagai pemimpin ameno pada tahun ini[/i]

    keh......keh.......keh............
     
    Laporan dari Berita Hairan
    03.09.04 (1:51 pm)   [edit]
    kononnya penyokong pas telah menghalang dan memulakan pergaduhan berkiatan dengan siapa yang berhak menggantung bendera di jambatan kuala ibai.

    BH melaporkan bahawa penyokong bn hanya tidak mengambil tindakan tetapi penyokong pasa yang memulakan dulu.

    bagi saya apa yang hendak dihebohkan sangat kalau pihak majlis bandaran tak kasi permit tak payah la nakgantung kat situ pi la gantung tempat lain. yang polis pula tak tangkap orang2 bn tu apasal? kan mereka dah melanggar undang2 ngan melanggar arahan yang telah dikeluarkan oleh majlis. tangkap aje la.

    itu dah kira ok. baru kena sekali tapi yang pas sebelum ni dan kena bertahun2 kalu nak minta permit untuk ceramah ke atau benda lain ke bukan main susah. tapi kalu siti nan nyanyi ataupun mariah kari ke mesti senang. mohon pukul 9 pagi pukul 9 seminit dah lulus. dunia.............dunia malaysia.(sumber BH, kalu nak baca lagi la)
     
    Apabila Demokrasi Sudah Hilang Maknanya
    03.09.04 (9:55 am)   [edit]
    Di Malaysia sekarang in banyak diperkatakan akan keluhuran demokrasi. Sejak 1955 dulu, kita telah mengadakan pilihan raya umum (pemilu - Pemilihan Umum di Indonesia) di mana rakyat membuang undi tanpa takut-takut ataupun pantang larang yang membolehkan pihak Pembangkang bertanding dan mempunyai peluang untuk menang[+]
     
    Pilihan Raya Umum 2004 - PAS sudah sedia hadapi BN
    03.09.04 (12:08 am)   [edit]
    PAS dan rakan pembangkang dalam Barisan Alternatif (BA) sudah bersedia dengan persiapan sepenuhnya bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2004 ini.

    Manifesto BA akan dilancarkan dan senarai calon-calon PAS/BA akan diumumkan sehari sebelum hari penamaan calon. (lagi : ihsan parti-pas.org)
     
    Tiga sebab mengapa rakyat mesti tolak kepimpinan Abdullah Badawi
    03.09.04 (12:04 am)   [edit]
    PAS Wilayah Persekutuan menyeru pada pengundi di seluruh negara supaya menolak pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi sekurang-kurangnya atas tiga fahaman sempit yang boleh menyekat kemajuan dan kebebasan rakyat dan negara iaitu demokrasi yang sempit, fahaman rasuah yang sempat dan fahaman agama Islam yang sempit. (lagi : ihsan parti-pas.org)
     
    Islam ‘Harakiri’ Acuan Pak Lah Lembik
    03.08.04 (11:11 pm)   [edit]
    Bagi orang Islam di Malaysia yang berfikir, tiada keraguan sama sekali bahawa Islam ‘harakiri’ yang kini dipelopori oleh Pak Lah lembik adalah kepalsuan dan penyesatan yang nyata. Biar pun Pak Lah sanggup mendustakan agama dengan menurunkan manusia seperti Dr Mashitah, Dr Abdullah Zin, Imam Firdaus dan beberapa lagi tokoh Islam ‘harakiri’ yang lain untuk bertanding dalam pilihan raya agar dapat ‘menegakkan Islam’ menurut acuan Darul Boleh, sudah jelas bagai siang dan malam bahawa kaedah Pak Lah adalah pendustaan agama yang nyata. Sekilas ikan di air, sudah ku tau jantan betina.[+]
     
    Apabila PAS Persoal Kewarakan Paklah, BN Anggap Sebagai Serangan Peribadi
    03.08.04 (3:47 pm)   [edit]
    Akhbar-akhbar di Malaysia memang mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan para pembacanya bahawa segala laporan yang mereka buat itu tepat dan benar belaka, kononnya. Seperti juga dengan setiap akhbar perdana di mana juga di merata dunia, mereka kerap cenderung lentok menyebelahi pihak yang berkuasa, sehingga mampu menjadi penyambung suara tuannya, sambil meraih keuntungan besar kepada tuan milik korporat dan politik, dan para pengawalnya. [+]
     
    Imam Dollah And I
    03.08.04 (3:44 pm)   [edit]
    Tajuk ini diilhamkan dari filem The King and I filem mengenai Raja Siam. Tapi cerita ini hanya berkaitan Imam Dollah Vs Imam Hadi. Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan oleh BERNAMA hari ini, berkata, pendekatan PAS melancarkan serangan peribadi ke atas pemimpin Umno dan kerajaan sebagai modal berkempen dalam pilihan raya umum ke-11 menunjukkan tahap peribadi pemimpin parti itu yang rendah dan tidak bermoral. Parlimen dan DUN dah bubar, kerajaan mana yang beliau maksudkan? Histeria semakin memuncak nampaknya sampai masih dirasakan beliau masih lagi sebagai eksekutif dalam kementerian. [+]
     
    Bukan Lagi Faktor Anwar: Dolah-Mahathir sama-sama meracau
    03.08.04 (3:42 pm)   [edit]
    Pencetus Krisis Bangsa dan Agama Mahathir Kutty terus yakin dengan rumusannya bahawa tanggapan rakyat terhadap Anwar Ibrahim sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan persepsi pada pilihan raya umum 1999 dulu.. [+]
     
    SPR 'Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat'
    03.08.04 (9:33 am)   [edit]
    Alhamdulillah rabbul alamin, wabihi nasta'in; wassolatu wassalamu ala rasulillah wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Wa ba'd..
    Maka dengan rasminya peraduan untuk merebut kepimpinan negara Malaysia ini telah dimulakan. Inilah demokrasi yang diamalkan dengan hapraknya oleh
    juak-juak AMENO musibat! AMENO dulu haram sudah, AMENO kini haram jadah!!!! Apa jenis demokrasikah di mana pilihan raya diadakan dalam masa 2 minggu! atau secara tekniknya, 1 minggu sahaja selepas hari penamaan? Di India, di Indonesia, antara 2 demokrasi terbesar di dunia, tarikh pilihan raya diumumkan jauh lebih awal bagi kesemua peserta membuat persiapan. Tak usah mimpilah nak jadi Amerika! Di sana, Kerry sedang membuat persiapan untuk menentang Bush dalam masa LAPAN BULAN dari sekarang. Di Darul Boleh, AMENO siang malam membantai pembangkang dalam TV, akhbar dsb tanpa sedikit ruang pun untuk PAS, Keadilan atau DAP membela diri, jauh sekali untuk berkempen menerangkan perjuangan dan kebaikan mereka berbanding AMENO dan kuncu-kuncu dacing mereka. [+]
     
    Pesta Dan Perang Bendera Bermula Hebat Di Hadapan UiTM Permatang Pauh
    03.08.04 (9:31 am)   [edit]
    UiTM Permatang Pauh menjadi medan perang poster sehingga pagi ini sebelum ketibaan Imam Dollah untuk memulakan kempen dan penamaan calon bagi calon UMNO Permatang Pauh. Perang bermula dengan kibaran bendera parti karat baghdad UMNo dan Kati senget yang mula di pasang sejak pagi semalam[+]
     
    Shamsuddin Lias Hentak Meja: Khir Toyo Terkejut Beruk
    03.08.04 (9:28 am)   [edit]
    Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr Mohd Khir Toyo sedikit pun tidak menyangka bahawa Hj. Shamsuddin Lias DO Kuala Selangor yang selama ini dianggap `humble` tiba-tiba sahaja menghentak meja ketika membincangkan hal pencalonan baru-baru ini. [+]
     
    MANIFESTO 2004: Asas Untuk Kehidupan Manusia
    03.08.04 (9:24 am)   [edit]
    Seperti yang telah disebutkan pada 06 Februari 2004 bahawa yang paling perlu bagi manusia ialah mendapat percuma dua bidang asas kehidupan iaitu PENDIDIKAN DAN PERUBATAN.
    PERSOALAN: Mengapa manusia, meskipun selama ini di dunia yang penuh dengan berbagai kemudahan alam diberi Allah, mereka tidak berjuang terhadap dua bidang ini lebih dahulu ? Mengapa pemimpin politik dan masyarakat tidak meletakkan dua hal ini di atas segala-segalanya? [+]
     
    GERAKAN MESRA RAKYAT: PAK LAH TAKUT KOT?
    03.07.04 (10:37 pm)   [edit]
    Hari Ahad, hari nilah tu, datanglah Imam Dollah untuk berkempen di UiTM Permatang Pauh. Memang inilah jasa Anwar semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Projek menjadikan kawasan Permatang Pauh sebagai pusat ilmuwan berkembang setelah beliau terpenjara. Selain UiTM, Maktab Perguruan, Yayasan Bumiputera,juga IKTBN, Politeknik Kini lembu punya susu tapi sapi dapat nama. Rasanya Imam Dollah jadi Menteri lebih lama dari Anwar jadi menteri, tapi Kepala Batas tak ada satu pun pusat ilmu, kalau ada pun setakat yayasan pendidikan atas nama bapak dia, tu pun setelah naik jadi PM. [+]
     
    Apa Jawapan Anda Di Padang Mahsyar Nanti?
    03.07.04 (10:34 pm)   [edit]
    Sebenarnya malas saya nak mengulas lebih lanjut mengenai pilihan raya. Semua sudah sedia maklum bahawa pilihan raya di Malaysia sejak dulu lagi tidak pernah bersih. Parti pemerintah biasanya akan memperkudakan semua cabang organisasi kerajaan mahupun swasta untuk kepentingan mereka. [+]
     
    Sah Umno/BN Menggunakan Surau Untuk Menentang Islam
    03.07.04 (10:10 pm)   [edit]
    Ini adalah bukti sahih UMNO/BN sendiri yang ‘cakap tak serupa bikin’ telah bertindak menyanggah peraturan yang mereka laung-laungkan selama ini. Setakat inilah kematangan UMNO/BN dalam berpolitik. Sedih dan memalukan. Lokasi tempat ini adalah di Lokaliti Kampung Paya Kerchut bersebelahan dengan Kawasan Perumahan Taman Mahsuri Fasa 2C, Bandar Darulaman dalam DUN Jitra dan Parlimen bekas PM dan Ahli Parlimen Kubang Pasu. Mereka telah memulakan operasi Bilik Gerakan UMNO/BN ini pada 4 Mac 2004.[+]
     
    Pesta Dan Perang Bendera Bermula Hebat Di Hadapan UiTM Permatang Pauh
    03.07.04 (3:55 pm)   [edit]
    UiTM Permatang Pauh menjadi medan perang poster sehingga pagi ini sebelum ketibaan Imam Dollah untuk memulakan kempen dan penamaan calon bagi calon UMNO Permatang Pauh. Perang bermula dengan kibaran bendera parti karat baghdad UMNo dan Kati senget yang mula di pasang sejak pagi semalam.[+]
     
    Apabila Orang Umno Keluar keADILan
    03.07.04 (11:46 am)   [edit]
    Assalamualaikum Tuan Pengarang!
    Parlimen sudah pun dibubarkan, hanya menanti waktu untuk penamaan calon, berkempen seterusnya mengundi dan selepas itu barulah ditubuhkan kerajaan baru yang akan menentukan nasib rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun mendatang. [+]
     
    PakLah Menyambut Hindun Pulang Pun Menjadi Kempen
    03.07.04 (12:31 am)   [edit]
    Diberitakan dalam akhbar UM, betapa PM kelihatan gembira menyambut isterinya Hendon yang baru pulang dari rawatan di Amerika. Isteri PM itu mengidap penyakit barah buah dada seperti mana kembarnya yang sudah pun kembali ke rahmatullah akibat penyakit itu juga. Sekeping gambar mereka berjalan beriringan dengan PakLah memeluk Endon sambil isterinya tersenyum menguntum disertakan sekali. [+]
     
    PRU 2004: SPR Jangan Rosakkan Sistem Pilihan Raya
    03.06.04 (11:17 am)   [edit]
    Parlimen Malaysia sudah pun dibubarkan oleh Perdana Menteri, Pak Lah Badwi setelah memohon perkenan Duli Yang Dipertuan Agong pada 3.3.2004. Kemudian diikuti oleh semua DUN di seluruh negara kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya umumnya terlebih awal tahun lepas. [+]
     
    LAMAN WEB UMNO NEGERI PERLIS
    03.06.04 (11:12 am)   [edit]
    Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera kepada seluruh warga Perlis Indera Kayangan,

    Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua kerana sudi melawat laman web ini. Saya amat berharap agar semua yang melewati laman ini dapat menyampaikan berita serta hasrat hati saya ini agar kita dapat kembali bersatu bagi menentukan kejayaan besar Barisan Nasional negeri Perlis dan sekaligus kita dapat menawan kembali 3 DUN yang sekarang ini menjadi milik PAS. [+]


     
    Berpaling Tadah Atau Pulang Berteduh
    03.05.04 (2:18 pm)   [edit]
    Demam pilihan raya sudah pun bermula. Hanya demam keputusannya yang masih menjadi tanda tanya. Apakah Barisan Nasional pimpinan Paklah akan menang besar ataupun tipis sehingga membawa perubahan besar dalam pemerintahan negara ini tetap akan menjadi teka-teki besar juga[+]
     
    IMAM SUKAN KOMANWEL MENENTANG DATIN SERI WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH
    03.05.04 (2:15 pm)   [edit]
    Permatang Pauh merupakan kawasan paling hangat dalam pilihan raya ke 11 kali ini apabila Imam besar Masjid Negara mula melibatkan dalam politik. Jika dahulu UMNO sering kali mengutuk parti PAS bahawa para alim ulama tidak seharusnya bergiat dalam politik, kini cacian itu mengena batang hidung UMNO, apabila Imam besar masjid Negara menyertai parti tipu melayu itu untuk menjadi calon menentang Wan Azizah. Memanglah satu kelebihan jika memenangi kawasan Anwar Ibrahim. Namun jika kalah sekali pun Imam ini akan tetap menjadi imam juga di masjid Negara[+]
     
    N-10 Bukit Malawati Di Kategori ‘KELABU’ oleh UMNO Kuala Selangor
    03.05.04 (2:11 pm)   [edit]
    KUALA SELANGOR, Rabu, 4 Mac 2004. DUN ini bakal dirasmikan oleh BA jika calon, isu dan jentera pilihan raya BA nanti berterusan membantu kemenangan bakal calon yang begitu berkaliber. Ini terus dibuktikan dengan beberapa suara daripada pihak lawan yang menjawab dengan nada "letih" yang barang pasti kecewa dengan situasi yang ada sekarang, rata-rata kedai dan restoran bercerita dengan irama yang sama iaitu politik UMNO yang pincang. Di restoran Yusof bercerita tentang kelemahan UMNO Daud, di Restoran Oli bercerita pula kekurangan Ishak Harun, di Pantimur II lain cerita pula, di Selera Kampung pun sama. [+]
     
    Fitnah: Kerja Tradisi Umno Tanjong Karang
    03.05.04 (2:08 pm)   [edit]
    Umno Tg. Karang yang ditaja oleh Noh bin Omar Kambing memang punya hobi bikin fitnah. Untuk jadi Ketua Penaja Umno Bahagian Tg. Karang dia banyak bikin fitnah sesama Umno terutama Dato’ Abu Hasan Omar. [+]
     
    Kes Azmin,Ezam dan Irene: ‘Bukan SPR kata tak boleh…undang-undang kata tak boleh’-
    03.05.04 (1:57 pm)   [edit]
    Berita awal yang diterima pada waktu tengahari Khamis mengenai ‘larangan’ bertanding dalam pilihanraya kali ini keatas tiga pemimpin utama Parti Keadilan Nasional iaitu Naib Presiden, Azmin Ali, Ketua Pemudanya, Ezam Mohd Nor dan Timbalan Ketua Wanita,Irene V.M. Fernandez oleh Suruhanjaya Pilihanraya mulanya agak kabur.
    Ketiga-tiga mereka tidak boleh bertanding kerana masih ada kes tertangguh di mahkamah.

    Desas desus segara menjalar pada andaian kemungkinan ia satu helah Barisan Nasional untuk menekan parti itu disaat akhir.

    Azmin bakal bertanding di kerusi parlimen Putrajaya dan kerusi dewan undangan negeri Hulu Kelang.

    Ezam pula di kerusi parlimen Pekan menentang Timbalan Perdna Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dewan undangan negeri Anggerik dekat Shah Alam.

    Perkembangan ini dianggap satu setback besar bagi Parti Keadilan Nasional kerana kedua mereka dikira ‘anak emas’ dan tunjang utama parti itu serta menjadi crowd puller .

    Bagaimanapun keadaan menjadi lebih jelas setelah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Setiausaha SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menerangkan kedudukan sebenar.

    ‘Kejutan’ itu adalah berpunca dari surat yang dikirim oleh parti itu sendiri kepada SPR Jumaat lalu meminta kepastian mengenai kedudukan bakal calon yang disabitkan dengan kesalahan yang membawa hukuman penjara antara 12 bulan hingga dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM2,000.

    Surat berkenaan yang dihantar oleh Setiausaha Agung Keadilan, Mustaffa Kamil Ayub tidak menyebut secara spesifik nama-nama calon yang ada kes di mahkamah.

    SPR membalas surat itu Rabu menjelaskan dari segi undang-undang sesiapa yang ada kes dalam kategori berkenaan tidak layak bertanding.

    “Itu saja yang kita beritahu…maknanya dari segi undang-undang dia tidak boleh bertanding,”kata Rashid yang ditemui oleh wartawan di ibupejuabat SPR di Putrajaya.

    Namun begitu ,katanya kalau mereka hendak mengemukakan pencalonan pada hari penamaan calon itu terserah kepada mereka.

    “SPR tidak boleh buat keputusan,”ujarnya.

    Tambah beliau, “bukan SPR yang kata tak boleh,undang-undang yang kata tak boleh…tak usah mari nak serang SPR.”

    Wan Ahmad pula berkata SPR hanya menjawab surat yang diterima dari parti Keadilan.

    “Itu pandangan kita…kita tidak beritahu sesiapa orangnya (yang tak layak) itu.

    Katanya surat dari parti itu ingin tahu kalau keadaan begitu bagaimana kedudukannya.

    “Kita berilah pandangan berasaskan pada perlembagaan…itu saja ,”kata Wan Ahmad.

    Difahamkan Azmin,Ezam dan Irene boleh mengemukakan surat pencalonan tetapi pegawai pemilih di pusat penamaan calon kelak akan menolaknya kerana kes mereka di mahkamah.

    Ini kerana peraturan itu termaktub di dalam pelembagaan persekutuan bagi mereka yang kena hukuman penjara antara 12 bulan hingga dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM2,000.

    Azmin dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

    Ezam pula dipenjarakan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Rahsia Rasmi. Irene dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah menerbitkan memorandum mengandungi berita-berita palsu.

    Mereka bertiga bebas dengan ikat jamin dan dalam proses rayuan.

    Dalam komen mereka mengenai hal itu ,Azmin dan Ezam menganggap keputusan SPR itu mengejutkan memandangkan mereka masih dalam proses rayuan di mahkamah.

    Menurut mereka parti itu akan memikirkan cara menghadapi masalah ini termasuk mengambil langkah menerusi saluran undng-undang.

    Presiden Keadilan ,Datn Seri Wan Azizah Ismail dijadual mengadakan sidang akhbar jam 10 pagi ini (Jumaat) di ibupejabat parti itu di Shah Alam berhubung perkembangan ini.
     
    Peluang Khir Toyo dan BN Selangor Menang 50 – 50
    03.05.04 (1:44 pm)   [edit]
    Juak-juak DS Dr Khir Toyo diingatkan agar jangan terlalu gembira dengan jaminan PM Pak Lah bahawa Pengamal Rasuah Terkemuka itu akan kekal mempertahankan kerusi DUN Sungai Panjang pada p/raya umum akan datang.
    Menurut seorang tokoh veteran Umno Bahagian Sabak Bernam, PM Pak Lah berbuat begitu mungkin untuk mengendurkan ketegangan kerana banyak pihak di dalam Umno Selangor mendesak supaya jawatan MB diganti demi kebaikan Umno BN peringkat negeri. [+]

     
    Kenapa BN Perlu Adakan Pilihan Raya Umum Sekarang?
    03.05.04 (1:38 pm)   [edit]
    Pelbagai ramalan dan khabar angin tentang tarikh pembubaran parlimen dan pilihan raya umum telah kita dengar. Dengan pembubaran parlimen yang telah disahkan tengah hari (3 Mac) tadi maka terbuktilah bahawa parti pemerintah yang memegang majoriti di parlimen itu tidak dapat menunggu tempoh penggal yang penuh sebelum terpaksa mengadakan pilihan raya yang lebih awal.
    Tetapi mungkin tidak ramai yang mempersoalkan kenapa perlu diadakan sekarang walaupun tempoh untuk wajib diadakan pilihan raya umum masih lebih 6 bulan untuk tamat. [+]

     
    Pak Lah Pernah Ditahan Polis Di USA Pada 1981?
    03.05.04 (1:34 pm)   [edit]
    Suatu ketika (akhir 2002) heboh berita Pak Lah diperiksa rapi oleh imigresen USA. Berita itu ini mengingatkan kembali kisah hampir 20 tahun lalu. Berita ini dimaklumkan oleh bekas pegawai MSD di USA ketika itu.
    Pada musim sejuk 1981, seperti biasa pelajar Melayu akan menganjurkan perhimpunan tahunan mereka di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Amerika Utara (PEMAU). Satu lagi perhimpunan (saingan) ialah perhimpunan MISG. Lazimnya beberapa tokoh dari Malaysia dijemput hadir untuk memberi ucapan. Pada kali ini, perhimpunan tersebut diadakan di sebuah bandar kecil di selatan Illinois, Canbondalle. [+]
     
    PR umum dah nak mula, 04/03/04 parlimen bubar
    03.03.04 (10:59 pm)   [edit]
    Demam pilihanraya semakin panas. Suhunya sudah sampai ke peringkat mendidih. Bila-bila masa sahaja Parlimen akan dibubarkan – mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan atau akhir bulan ini, tarikh pilihanraya umum ke-11 kini menjadi tekaan semua orang. (Parlimen akan dibubarkan pada 4 March)

    Dalam pada itu, yang paling resah gelisah, bagaikan cacing kepanasan ialah para Yang Berhormat (orang ameno la tu)yang sedang berkhidmat, terutama yang masih bernafsu untuk terus "berkhidmat untuk rakyat". Saban hari mereka tertanya-tanya bagaimana nasib badan kali ini – masih terpilih atau digugurkan.

    Bagi YB-YB seperti TKT, Daim yang sudah mengisytiharkan untuk pencen, tarikh pembubaran parlimen sudah tidak membawa erti apa-apa kepada mereka.

    Namun bagi mereka yang berangan-angan untuk menjadi YB atau mahu mengekalkan kerusi, pengumuman pembubaran Parlimen oleh Si Lembik amat mendebarkan dan dinanti-nantikan. Masing-masing berharap dan berdoa semoga terpilih atau terpilih semula, terutamanya orang-orang ameno yang gila projek.
     
    AMANAT DSAI DI HKL 3-3-2004
    03.03.04 (10:53 pm)   [edit]
    =http://img31.photobucket.com/...Rabu – 3-3-4, Hospital Besar Kuala Lumpur.
    Selepas menjalani rawatan di HKL pagi ini, Datuk Seri Anwar memberikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum beliau kembali ke Penjara Sungai Buluh dengan kawalan ketat pihak polis dan penjara.

    [i][b]“ Saya kuat di dalam, saya tidak mahu orang di luar lemah dengan tekanan pemerintah, kuatkan jentera pilihan raya pastikan BA berjaya kali ini “.

    “ Saya harap semua berjuang dengan ikhlas demi ISLAH dan Negara “

    “ Jangan kita berpecah belah kerana kuasa dan wang ringgit “

    “ Allah swt akan bersama kita semua selagi kita berjuang ke arah ISLAH “

    “ Perjuangan kita perlu diteruskan tanpa rasa takut dan lemah, saya di dalam sentiasa mendoakan semua pejuang BA terus kuat dan berani menentang musuh BA “.

    “ Salam rindu saya buat seluruh rakyat Malaysia semoga sihat dan dikuatkan imam “. [/b][/i]
    Amanat DSAI di HKL 3-3-2004.


    KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

    kiriman PSARAFHQ
     
    Cerita Najib dan Kroninya
    03.03.04 (9:51 am)   [edit]
    Najib memang layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan di mana kedua-dua jawatan tersebut merupakan jawatan yang dapat menyumbangan pendapatan yang besar kepada Najib dan juga rakan-rakan sekutunya. Besar jugalah harapan rakyat Pekan terutamanya dapat tengok Pekan membangun selain dari bangunan kilang milik DRB-HICOM. [+]
     
    IGP Bakri Omar Warak ke Haprak?
    03.02.04 (6:15 pm)   [edit]
    Assalamualaikum Tuan Pengarang!
    Lebih sebulan saye tidak menulis, rasenye banyak juge perkembangan-perkembangan yang berlaku di sepanjang tempoh tu. Macam-macam cerite, maklumlah kate orang tuwe-tuwe sekali ayer bah sekali pantai berubah.

    Itu kate orang-orang tuwe, tapi perkare tu tak pernah terjadi pade Umno parti korup (sebut saje anjing kurap).

    Bergantilah musim, bertukarlah pemimpin, `korup tetap korup` sebabnye orang-orang besar Umno lebih-lebih lagi sejak Tun Kepale Taik Mahathir diiktiraf sebagai `tuhan politik` selame lebih 22 taun, parti sesat itu sudah dianggap sebagai agame mahasuci yang tak mungkin berubah rukun-rukunnye sampai kiyamat. [+]

     
    PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 6/Akhir)
    03.02.04 (6:12 pm)   [edit]
    Assamu'alaikum wm.wbt
    5. MENGHALANG PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM

    Tindakan Zahid Ibrahim, Timbalan Perhubungan UMNO Kelantan membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah [Hudud dan Qisas] telah diluluskan oleh DUN Terengganu pada 8 Julai 2002 dan telah diperkenan oleh Sultan Mizan pada 2 September 2002 serta pun telah diwartakan untuk dilaksanakan pada 27 Oktober 2003 bersamaan 1 Ramadan 1424 ke Mahkamah Persekutuan merupakan satu tindakan pengkhianat terhadap orang yang ingin mengamalkan ajaran Islam sebenar. Hanya orang-orang yang tidak beriman dan berfahaman secular sahaja yang sanggup mengambil jalan sebegini untuk menghalang Islam memerintah bukan Islam diperintah. Mereka menjadikan dunia dan akhirat tidak ada hubungan. Bagi mereka politik hendaklah dipisahkan daripada agama. Politik lain. Agama lain. Perkara ini pernah di suarakan oleh Zainudin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan ketika mengulas Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi penekanan agama dalam mentadbir negeri, beliau pernah mengatakan agama sebagai candu dalam usahanya menuduh Kerajaan Kelantan mengabaikan pembangunan berbentuk fizikal untuk rakyatnya yang banyak merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki. [+]
     
    Kenapa Najib Mahu Tinggalkan Konstituensi Parlimen Pekan?
    03.02.04 (6:09 pm)   [edit]
    Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob berkata bahawa Barisan Nasional sudah pun bersedia dengan senarai calon pilihan raya melainkan untuk kerusi parlimen di tiga kawasan. Kawasan itu ialah Bentong, Indera Mahkota dan Pekan. Kenapa pula Pekan, sedangkan itulah kubu kuat Dato' Shahbandar Pahang yang diwarisi oleh bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak, dan kemudiannya diambil alih pula oleh anak beliau, Dato’ Seri Najib. Itulah kerusi yang telah dirangkul oleh UMNO sejak 1955. Kawasan Tun Razak dulu memang lebih luas daripada kawasan yang sedia ada. Mengikut Adnan kawasan yang paling utama berada dalam konstituensi yang baru ini. Dia tidak pula menyebut bagaimana gamaknya. Bagaimanakah mungkin satu kubu kuat UMNO satu ketika dulu menjadi satu konstituensi pinggiran sahaja? Pada 1999, Najib menang hanya dengan kelebihan 241 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Sejarah ketokohan Razak sudah tidak lagi mampu menyuntik ketaksuban yang dapat memenangkan anaknya. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Hakikat sebenar memang jauh berbeza. [+]
     
    Menghitung Kemunculan Hari Mengundi
    03.02.04 (6:06 pm)   [edit]
    Setiap kali munculnya musim Pilihan Raya Umum, Barisan Nasional akan mula main sorok-sorok dengan pihak Pembangkang. Tarikhnya ialah pada tahun ini, tahun depan, bulan ini, ataupun bulan depan. Kami yang akan menentukannya dan tidak ada sebab kenapa seseorang harus merasa pelik akan perkara itu. Tarikhnya akan muncul juga bila tiba masanya. Demikianlah tipu muslihat yang dikenakan terhadap Pembangkang sebagai onar untuk membuatkannya alpa, bercelaru, dan tidak tentu hala. Selama sembilan pilihan raya umum, taktik busuk ini sudah mengena - 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 – tetapi tidak menjadi sangat pada 1999 dan pasti tidak menyengat pada 2004. Selama tahun-tahun yang berlalu itu, pihak Pembangkang telah berusaha mengatasi masalahnya dan mampu mewujudkan satu organisasi yang begitu perkasa kecuali kemampuan menyediakan berjuta-juta ringgit yang harus disediakan sebagai deposit pencalonan, kerana kekurangan daya mengumpulkan dana. Tuah Barisan Nasional ternyata berubah apabila ia mengizinkan UMNO memecat timbalan presiden partinya daripada jawatan dan memenjarakan beliau setelah didapati bersalah yang dianggap sebagai keputusan mahkamah ungka yang menghukum orang yang tidak bersalah. [+]
     
    FIRDAUS MENENTANG DS WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH?
    03.02.04 (6:01 pm)   [edit]
    Permatang Pauh - Hampir 500 petugas sukarela Barisan Alternatif menaikkan logo Parti yang akan bertanding di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum ke-11 yang akan di adakan pada bila-bila masa sahaja.
    Logo yang diperbuat daripada besi dan zink ini menandakan betapa hangatnya kerusi Parlimen Permatang Pauh di mana Isteri Mantan Timbalan Perdana Menteri Datin Sri Wan Azizah akan berusaha mempertahankan kerusi beliau di Permatang Pauh. [+]

     
    Jeli dan Tok Pa
    03.02.04 (5:48 pm)   [edit]
    Adakah To' Pa akan bertanding di Jeli?
    Suatu laman web telah menyoal.

    To' Pa kononnya menjawab bahawa dia akan tetap bertanding di Jeli. Kalau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pun ianya pasti di Jeli. Dato' Mustapha mustahil akan meninggalkan Jeli. Dia tidak akan meninggalkan Jeli, bukan kerana dia telah membangunkan (kononnya) Jeli tetapi kerana strateginya yang cukup rapi yang telah dirancang dan disusunnya selama ini. Kawasan inilah yang memberi peluang (jika ada) yang terbaik kepadanya. Kawasan Jeli yang dulu telah dikecilkan. DUN Kemahang dikeluarkan ke kawasan Tanah Merah. DUN Kemahang banyak mendatangkan masalah kepadanya. Selain daripada peneroka Felda ada juga bekas ADUN Umno Md Dahan yang seperti duri dalam daging. Awal-awal lagi Kemahang dikeluarkan daripada Jeli. [+]

     
    Mari Pilih Wakil Rakyat!!!
    03.02.04 (5:43 pm)   [edit]
    Apa dier criteria penting dalam pemilihan seorang wakil rakyat? Orang yang pandai menabur janji manis? Pandai berdalih? Bila
    diajukan masalah, pandai lepas tangan dengan alasan, 'Benda nie luar bidang kuasa saya, cuba korang gi sini jumpa orang bla... bla... bla...' [+]
     
    Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...