 Blog For Free!
Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| Saifuddin Jumpa Dolah - Ruslan Menjilat Najib |
| 03.01.04 (9:44 am) [edit] |
Keberanian Saifuddin Nasution Ismail menemui Dolah Badawi secara `terang` harus dihormati oleh semua pihak lebih-lebih lagi dalam suasana masing-masing ternanti-nanti tiupan wisel sebagai tanda berakhirnya penggal ke-10 kekuasaan Umno dan sekutunya sebagai parti pemerintah di bumi Malaysia sejak kemerdekaan tanah air. [+]
|
|
|
| |
| Paklah Menganggap Tindakan Naib Presiden Keadilan Menyertai UMNO Sebagai Karut.. |
| 03.01.04 (9:42 am) [edit] |
Sejak kebelakangan ini UMNO sudah mulakan amalan kelazimannya yang di buat menjelang setiap pilihan raya. Itulah kerja memancing anggota parti pembangkang melompat daripada parti mereka untuk menyerang para pemimpin parti itu. Pihak akhbar akan memberikan publisiti meluas, dengan harapan rakyat Malaysia akan berfikiran sejajar dengan harapan UMNO betapa parti Pembangkang itu tidak boleh dipercayai, semuanya. Namun, kisah mengarut di sebaliknya tidak pernah terdedah, kerana UMNO mengeluarkan belanja untuk mengupah dan menyogok mereka agar melompat. Satu ketika dahulu, khususnya di Sabah, berjuta-juta ringgit telah bertukar tangan, tetapi pada hari ini jumlah sogokan itu tidak pun sampai mencecah RM50,000 dan satu janji manis yang akan diberikan selepas pilihan raya selesai. Keadaan ekonomi memang bertambah baik, cuma sudah tidak ada wangnya, masalah hidup sekarang berkisar kepada wang ringgit juga. Ramai di kalangan mereka yang melompat itu menyedari betapa semua itu hanya merupakan janji manis yang tidak membawa banyak erti. Tidak ada prinsipnya, kerana alasan yang kerap dinyatakan itu adalah kerana si tukang lompat sudah tidak sebulu dengan pucuk kepimpinan parti Ataupun kepercayaan yang muncul secara mendadak bahawa UMNO adalah seperti yang didakwanya, kerana itu mereka berbangga menjadi sebahagian kepada kehaprakan itu[+]
|
|
|
| |
| PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 5) |
| 03.01.04 (9:38 am) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt 5. MEMUSNAHKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Dalam pada itu juga, UMNO telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR] dengan memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah ini dan pada masa yang sama kerajaan pimpinan UMNO terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga ditawarkan untuk diserapkan ke dalam sekolah-sekolah kerajaan. Tindakan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap umat Islam yang mahu mendalami pengajian Islam dalam era keruntuhan moral yang dahsyat yang melanda masyarakat sekarang ini. SAR memberi sumbangan yang amat besar dalam menyediakan peluang-peluang pendidikan yang tidak mampu ditampung oleh pendidikan biasa. SAR juga banyak memberi sumbangan melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam pelbagai bidang termasuk Hamid Othman dan Zainal Abidin Abdul Kadir yang belajar di sekolah ini. [+]
|
|
|
| |
| ADAKAH UMNO ITU SEBUAH PARTI GILA? |
| 02.29.04 (11:19 am) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Membaca kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam Laman Web PAS Pusat pada hari Khamis, 26.2.2004, beliau telah mencadangkan satu penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi memantau peranan SPR dalam mengendali urusan pilihan raya secara adil dan bebas. [+]
|
|
|
| |
| PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 4) |
| 02.29.04 (11:17 am) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt 3. MELUCUTKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU
Menjadikan Raja-raja Melayu sebagai budak suruhan UMNO. Perkara ini dibangkitkan oleh Rais Yatim semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden parti SM46 [Ahmad Lutfi Othman, Mahathir Khianat Melayu, 1994, ms: 67 – 72]. Menurut beliau lagi, UMNO pimpinan mantan PM ke-4 langkah jahat untuk memecahkan dan menghapuskan kuasa raja bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan. [+]
|
|
|
| |
| DO Kuala Selangor dan Dato K.Sivalinggam Sama-sama Korup |
| 02.29.04 (11:14 am) [edit] |
Penduduk Pekan Batang Berjuntai meminta Badan Pencegah Rasuah menyiasat bagaimana tanah seluas 40 ekar di Sungai Rambai yang sepatutnya diagih-agihkan kepada rakyat terlepas ke tangan sebuah syarikat milik anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato K.Sivalinggam.[+]
|
|
|
| |
| BAHAN EDARAN PILIHAN RAYA UMUM :Saranan Kepada Pengundi Pos |
| 02.28.04 (4:37 pm) [edit] |
Tugas pejuang Islam bertambah-tambah rumit dan sangat sukar apabila Najib bercakap pasal Islam. Bukan Islam di Malaysia terutama wartawan bukan Islam menjadi bertambah keliru, tetapi ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam walaupun mereka hardcore UMNO kerana mereka lebih kenal Najib dari orang-orang BA. [+]
|
|
|
| |
| PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 3) |
| 02.28.04 (3:04 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt 2. POLITIK
Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal Kemerdekaan mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan-Melayu dengan tujuan menghalang PAS memenangi pilihan raya. Malangnya bila setengah kawasan ramai pengundi bukan-Melayu, maka ia menyulitkan pula calon-calon bukan-Melayu BN untuk menang kerana bukan-Melayu khususnya orang-orang Cina menyokong DAP. [+]
|
|
|
| |
| Umno kecut! |
| 02.28.04 (2:59 pm) [edit] |
- Oleh Anual Bakhri Haron - Dipetik drp Harakah Daily Net
KEBENARAN berita mengenai kemasukan tiga anak bekas aktivis PAS Al-marhum Uztaz Buniyamin Yaakob ke dalam Umno seperti yang termuat di dalam Berita Minggu pada 22 Februari 2004 sangat singkat umurnya. Kepalsuannya terbongkar di ceramah pada malam berikutnya yang telah diadakan di Alor Bakat, Gunong, Bachok pada 23 Februari 2004.
Bukan setakat itu sahaja, malah majlis ceramah tersebut juga gempar apabila seramai 118 ahli dan penyokong Umno di majlis terbabit menyerah borang menyertai PAS[+]
|
|
|
| |
| Persidangan Pilihanraya |
| 02.28.04 (2:21 pm) [edit] |
Pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional dan menteri besar telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara berasingan di pejabat Putrajaya. Orang yang pertama adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, diikuti oleh Ketua Menteri Sabah. Selepas beberapa jam, Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden PPP Datuk M. Kayveas dll berjumpa/bermusyuarat dengan Pengerusi Barisan. Mesyuarat ini dipercayai membincangkan pengagihan kerusi dalam plihanraya yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini. [+]
|
|
|
| |
| Harapan & Kenangan Seorang Sultan Umno |
| 02.28.04 (2:17 pm) [edit] |
Harapan: Sultan Pahang gesa rakyat sokong BN TEMERLOH 26 Feb. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini mengingatkan rakyat dari pelbagai kaum di negeri ini supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan faedah pembangunan dapat dinikmati secara berterusan.
Baginda berharap, rakyat membuat penilaian mendalam terhadap pesanannya itu berdasarkan usaha dan sumbangan kerajaan selama ini.
``Saya merayu kepada rakyat supaya beri sokongan tak berbelah bagi kepada BN (kerajaan) dan pemimpin-pemimpinnya, saya harap pesanan ini dikaji serta diteliti sehalus-halusnya.
``Kalau benar ada perubahan (pembangunan dilaksanakan kerajaan) berilah sokongan,'' titah baginda pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor, Mukim Mentakab dekat sini hari ini..... [+]
|
|
|
| |
| Surat Anwar buat Ketua Hakim:Mengapa badan kehakiman relakan kezaliman |
| 02.27.04 (6:08 pm) [edit] |
harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan tindakan tidak adil badan kehakiman terhadapnya dalam isu permohonan ikat jamin.
Beliau berkata demikian dalam surat peribadi kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Fairuz Abdul Halim berhubung perkara itu 24 Februari lepas.
Anwar menekankan, kelewatan pendengaran kes, penghakiman yang tempang, ditambah dengan jangkamasa lebih lima setengah tahun mendekam di penjara dalam keadaan uzur, memaksa beliau menulis dan menulis terus kepada Fairuz.
Dalam surat tersebut, Anwar berkata berlaku ketidakadilan ketara oleh pihak mahkamah dalam menangani permohonan ikat jamin beliau berbanding permohonan ikat jamin oleh orang lain.
Bahkan, menurut Anwar lagi, tindakan mahkamah adalah keterlaluan. Pertama, menolak permohonan ikat jamin secara lisan beliau yang lazim diterima dalam semua kes lainnya.
Dan kedua, masa yang begitu lama diambil untuk membuat keputusan walaupun berjanji untuk menyegerakan keputusan.
“Permohonan ikat jamin adalah perkara mudah dan asas dalam undang-undang; lebih-lebih lagi manakala saya telah mengemukakan alasan kukuh untuk diberi hak ikat jamin.
"Tetapi Mahkamah Rayuan telah mengambil masa sembilan bulan untuk memberi keputusan menolak atas alasan yang tidak munasabah.
Eric Chia mudah dapat ikat jamin
“Mengapakah badan kehakiman merelakan ketidakadilan sebegini ketara terhadap saya? Walhal dalam kes terkini seperti Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gaddam, mahkamah meluluskan permohonan ikat jamin secara mulut dalam tempoh setengah jam sahaja,” kata Anwar.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan surat oleh peguam Sankara N Nair kepada Fairuz mengenai kelewatan Mahkamah Persekutuan memberi keputusan untuk mendengar rayuan permohonan ikat jamin Anwar setelah ditolak Mahkamah Rayuan Januari lepas.
Anwar berkata beliau berasa kecewa kerana Fairuz juga tidak memberikan sebarang pengesahan terhadap permohonan tersebut.
“Saya khuatir kelewatan yang sedemikian akan ditafsir sebagai satu kelemahan badan kehakiman dalam melaksanakan tugas, tanggunggjawab dan sumpah jawatan untuk menegakkan keadilan tanpa tunduk kepada sebarang tekanan termasuk penguasa politik,” kata beliau.
Sehubungan itu, Anwar menggesa Fairuz bertindak adil, sekali gus mempertahankan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman dari persepsi negatif di kalangan rakyat yang menganggap badan kehakiman bertindak di bawah kuasa eksekutif.
|
|
|
| |
| Memo Salahguna Kuasa Polis (untuk endorsement) |
| 02.27.04 (3:42 pm) [edit] |
Kawan-kawan dan para aktivis, Disertakan bersama adalah memo (di dalam Bahasa Melayu)mengenai salahguna kuasa polis yang akan disampaikan pada 28 Februari, Sabtu ini di Bukit Aman. Sila berikan endorsement atau sokongan dari kumpulan atau organisasi anda. Sila juga sebarkan dan dapatkan sokongan dari kawan-kawan dan jaringan semua.
Dengan solidariti, Eric Paulsen [+]
Bagi pihak gabungan menentang salahlaku polis.
|
|
|
| |
| Ketua Penaja Umno Bhg. Kuala Selangor Tidak Bertanding? |
| 02.27.04 (3:37 pm) [edit] |
Mohd. Daud Tarihep, Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor kemungkinan besar tidak disenaraikan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang dijadualkan akan berlangsung tidak berapa lama lagi.
Mungkin itu sekadar spekulasi tetapi tidak seorang pun termasuk tuan punya badan sendiri berani menafikannya. [+]
|
|
|
| |
| Dalam Usaha Menumpaskan PAS Kelantan, Paklah Dihantui UMNO Yang Bercakaran |
| 02.27.04 (3:34 pm) [edit] |
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah membuatkan semua pihak tertanya-tanya apakah beliau akan menghadiri Persidangan Puncak G-15 di Caracas, minggu ini. Sekejap ada yang kata ia dan sekejap tidak pula. (Terkini: Beliau telahpun membatalkan kehadirannya ke persidangan berkenaan). Ini adalah satu keputusan yang amat mudah, kerana pilihan raya umum yang akan datang seharusnya memberikan beliau pendirian mudah untuk bertegas dengan keputusannya. Akan tetapi, seperti biasalah, setiap keputusan yang perlu dibuat semenjak memegang kuasa kerap sangat berdolak-dalik. Dia mahu mencetuskan satu debaran untuk menggoyahkan puak Pembangkang. Cuma kesannya tidak seperti yang dijangka, seolah-olah ia datang daripada seorang pemimpin yang tidak tentu arah pegangannya. [+]
|
|
|
| |
| Kehancuran Melayu |
| 02.27.04 (3:28 pm) [edit] |
Kenapa berlaku kehancuran, apa yang hancur dan macam mana boleh hancur. Kalau Melayu yang hancur, di mana arah hancurnya, tak nampak pun hancur. Memang banyak persoalan yang timbul. Gejala kehancuran ini memang sudah menjadi, tetapi puak golongan Melayu ini pura-pura tidak mengenalinya. Sebab kalau hendak dikatakan Melayu ini buta, ianya celik. Tapi celik di mana, kemungkinan celik pada perkara yang itu. Mungkin semua tahu perkara itu, kalau dilawan, takut merana dan kehilangan semua harapan yang dikehendaki, takut timbul perkara menyulitkan dan menyusahkan. [+]
|
|
|
| |
| Daya intelek juga perlu diuruskan di USM? |
| 02.27.04 (3:21 pm) [edit] |
Saya mahu ketawa dan juga pada masa yang sama, berasa sedih setelah membaca surat yang ditulis oleh Warga USM mengenai hal urus-mengurus Universiti Sains Malaysia (USM) oleh pihak yang berkuasa. Di satu segi, saya merasakan aneh jawapan yang begitu menggelikan hati diberikan oleh seorang pegawai tinggi universiti yang bertaraf Timbalan Naib Canselor (TNC). Adakah disebabkan peluh dan bau ketiak yang boleh mengganggu ‘ketenteraman’ ; pengguna bas maka alat memegang tidak disediakan dalam bas untuk menjaga keselamatan penumpang? [+]
|
|
|
| |
| Paklah Mengetuai Pilihan Raya Umum Sebagai Ketua Barisan Yang Bercelaru |
| 02.26.04 (2:49 pm) [edit] |
Pilihan Raya Umum sudah semakin dekat. Janganlah diragui hakikat ini lagi. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan kehadirannya di Persidangan Puncak G-15 di Caracas, di mana tuan rumah Presiden Hugo Chavaez sedang dihantui kempen besar-besaran yang memaksa beliau turun takhta. Memang tepat tindakan Paklah begitu di mana keselamatannya membayangkan sedikit bahayanya. Tetapi tidak ramai yang percaya itu adalah sebabnya. Akhbar The New Straits Times telah menjadikan berita muka depan kan perkara ini dan berkata: “adanya spekulasi yang berterusan tentang kemunculan pilihan raya umum. Semua Menteri kabinet di luar negara telah diarahkan pulang ke Kuala Lumpur sebelum 29 Februari. [+]
|
|
|
| |
| Kisah SCOMI Makin Mengundang Tanda Tanya |
| 02.25.04 (4:28 pm) [edit] |
Presiden George W. Bush dan Pengarah CIA, George Tenet, telah menyatakannya secara terbuka: bahawa kilang milik SCOMI Precision Engineering (SCOPE) di Shah Alam mempunyai hubungan rapat dengan satu urusan perdagangan gelap antarabangsa dalam senjata nuklear. Namun, Malaysia telah menafikannya. SCOPE telah mempelawa wartawan tempatan dan luar negara untuk membuat lawatan ke kilang dan melihatnya sendiri. Seorang pegawai AS, Mr. John Bolton, di Singapura, berkata bahawa Malaysia tidak terlibat dalam jaringan operasi gelap yang diketuai oleh Pakistan. Kenyataan itu telah dijadikan satu temasya kelegaan kepada Malaysia. Yang peliknya tidak ada sesiapa di Malaysia yang kena tuduh, hanya setakat pembabitan SCOPE sahaja. Malaysia telah cuba mengapai apa juga dalil yang dapat melepaskan kaitan antara SCOPE dengan rangkaian Pakistan itu. [+]
|
|
|
| |
| PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 2) |
| 02.25.04 (4:26 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt 1. UMNO MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA SEBUAH SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
UMNO apabila bercakap dengan rakyat terutama ketika berhadapan dengan pilihan raya, lembut gigi daripada lidah. Kata-kata penuh bermadah. Kalau dulu, rakyat banyak disediakan dengan kemudahan awam yang tidak berbayar, kini semuanya kena bayar. Malaysia telah dijadikan sebuah syarikat sendirian berhad. [+]
|
|
|
| |
| Rasuah: Dr. Yusof Cabar Khir Toyo dan Noh Omar |
| 02.25.04 (4:21 pm) [edit] |
Kg. Ujong Permatang, Kuala Selangor 23 Februari – Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Tanjong Karang Dr. Mohd. Yusof Abd. Wahab sekali lagi mencabar Menteri Besar Selangor supaya menyaman beliau jika `isu rasuah Khir Toyo` yang diketengahkan oleh BA lebih dua tahun lalu berbentuk fitnah. Dr. Yusof menegaskan beliau bersama-sama Ahmad Lutfi Othman dan beberapa orang rakan lain akan terus membongkar isu tersebut hingga keakar umbi[+]
|
|
|
| |
| Abdullah Mahukan Noh, Khir Toyo Meraung Sakan |
| 02.25.04 (4:17 pm) [edit] |
Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo merasa begitu lega apabila kira-kira sebulan sudah Dato Dr. Shafie Salleh Timbalan Menteri Kewangan secara terbuka menyatakan bahawa buat masa ini beliau masih belum berminat untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor. Nama Dr. Shafie dikembarkan dengan Dato Noh Omar yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khir Toyo sekiranya Umno BN berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan di Selangor selepas p/raya umum akan datang. [+]
|
|
|
| |
| Hukum Sebat di Khalayak - Pemikiran P. Ramlee Mendahului Zaman |
| 02.24.04 (6:57 pm) [edit] |
“Dari hidup bergelimang dosa, biar mati dijilat nuraka”, Teruna mengeluh kesal di hadapan sahabatnya Aduka. Dengan parang di atas kedua telapak tangannya, Teruna (P. Ramlee) menyerahkan nasibnya di tangan Aduka (Nordin Ahmad) ketika menyatakan pengakuannya; berzina bersama Dara. [+]
|
|
|
| |
| Hukum Hudud - Masihkan Ingin Menentang Hukum Allah? |
| 02.24.04 (6:52 pm) [edit] |
Pelik kan manusia ni? Bila Allah turunkan peraturan-peraturan dan hukuman-hukuman yang keras untuk membolehkan semua manusia hidup dengan aman dan damai, ramai yang menentang dan mempersendakan. Di antara orang-orang yang mempersendakan itu adalah terdiri dari orang-orang Islam sendiri. Kononnya nanti ramailah orang Islam yang kudung tangan sebab dipotong di atas kesalahan mencuri, akan berkuranglah orang-orang Islam sebab dibunuh kerana melakukan jenayah zina dan rogol. [+]
|
|
|
| |
| Isu Inderaloka Dakwaan Pak Lang Reformasi: Penjelasan Hj Rusli Bin Ibrahim (Adik DSAI) |
| 02.24.04 (4:00 pm) [edit] |
PENJELASAN SEBENAR SALAM sejahtera/reformasi diucapkan kepada teman-teman yang telah berjuang sejak 1998. Kepada Allah SWT kita berserah.
Sejak 15 Februari 2004, nama saya (Ejaan nama pun salah) telah dicemari di Laman Marhaen dengan nama ‘Inderaloka’.
Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya bukanlah ‘Inderaloka’, saya tidak kenal Inderaloka atau berkerjasama dengan beliau.
Begitu juga saya tak mengenali orang yang memakai nama ‘Pak Lang Reformasi’ yang mengaku beliau adalah adik ipar saya. Saya telah bertemu dengan adik ipar saya, dan beliau juga menyatakan sekeras-kerasnya bahawa beliau bukanlah ‘Pak Lang Reformasi’ yang telah membuat tomahan melulu terhadap saya.
Dengan ini, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak bertanggungjawab di atas segala tulisan dan pertuduhan oleh ‘Inderaloka’ seperti yang didakwa oleh ‘Pak Lang Reformasi’ yang tersiar dalam laman-laman reformasi atau di mana-mana laman selama ini.
Semoga penjelasan ini dapat mmebersihkan nama saya dan prasangka terhadap saya oleh pihak-pihak berkenaan.
Sekian, harap maklum.
Hj Rusli Bin Ibrahim - 24.02.2004
|
|
|
| |
| PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG-ORANG MELAYU (Prakata) |
| 02.24.04 (3:56 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Prakata:
Pada hari Sabtu 21.2.2004, Harakahdaily.net telah menyiarkan tiga peristiwa penting yang mengecewakan sebahagian besar rakyat terhadap amalan demokrasi di Malaysia. Pertama, dilaporkan program Ijtimak Tahun 2004 di negeri Kelantan yang dijadualkan diadakan di Kampung Nibung, Jeli pada 21.2.2004 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah dibatalkan kerana pihak polis tidak membenarkan program tersebut berlangsung. Keputusan ini amat mengecewakan sebahagian besar ahli dan penyokong PAS termasuk YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membuat persiapan rapi untuk menjayakannya dan terpaksa ditunda kepada 27.2.2004 di Stadium Sultan Mohammad ke IV. [+]
|
|
|
| |
| Nik Aziz Berbahasa, Kadiarq Pula Menunjuk Bagak |
| 02.24.04 (3:46 pm) [edit] |
TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat memanglah seorang politikus dan Ulama yang berwibawa. Itu adalah antara sebab kenapa Kelantan terus di bawah pemerintahan Parti Bulan Purnama walau telah digodam semahunya oleh parti kalah yang masih mahu menunjuk bagak. Semasa disoal pemberita yang mahu bikin cerita, MB Nik Aziz telah dengan berhemah mengatakan yang kerajaan PAS mungkin kehilangan beberapa kerusi ekoran kegiatan kempen parti lawan. Beliau tahu bahawa itu adalah jawaban yang mereka mahu dengar dan rakyat tahu. TG memang sudah mahir dan masak untuk berhadapan dengan wartawan khadam pemerintah. Jawaban itu sekali gus menyebabkan mereka tidak berselera untuk menghembus sebagai isu murahan. [+]
|
|
|
| |
| Kenapa Saya Di Kambing-hitamkan? |
| 02.24.04 (3:40 pm) [edit] |
Assalamualaikum…wbt Salam Reformasi Salam sejahtera warga cyber sekalian Rasuah-merasuah-perasuah adalah budaya dulu, kini dan selamanya ia telah wujud dari akar umbi UMNO/BN!!! Dalam “surat terbuka” ini adalah salah satu kerenah rasuah bagi yang terperangkap dengan permainan rasuah dan penyelewengan. Surat ini telah berada di edaran dalam negeri Perlis selepas tertangkap Encik Baharudin Ahmad bekas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar dan didakwa oleh Mahkamah Sesyen Kangar. [+]
|
|
|
| |
| Tahanan ISA dibogelkan, janggut dibakar, isteri diganggu |
| 02.23.04 (10:49 pm) [edit] |
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
TINDAKAN keras pihak berkuasa polis terhadap tahanan ISA, khususnya semasa siasatan 60 hari, yang mencabul hak asasi manusia memaksa tahanan melalui sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membuat laporan demi laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). [+]
|
|
|
| |
| GMI dedahkan anak tahanan ISA hadapi tekanan jiwa |
| 02.23.04 (10:34 pm) [edit] |
Anak seorang mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengalami penyakit mental yang serius disebabkan tekanan jiwa akibat penahanan ayahnya.
Abd Muaz Abd Samad disahkan mengalami keadaan itu oleh Pakar Perubatan Dr Mohd Hatta Shahrom dan beliau kini sedang dirawat di wad psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). [+]
|
|
|
| |
| Malaikat dan Pilihan Raya |
| 02.23.04 (3:33 pm) [edit] |
Bisik – bisik pilihan raya menjadi kian deras. Silap – silap angin – anginnya boleh bertiup selaju ribut taufan sekuat puting beliung. Matahari di Malaysia pun semakin panas. Padahal di Indonesia khabarnya banjir seJakarta. Politik di Indonesia gempar pula dengan Demam Berdarah Dengue (DBD) yang sudahpun meragut beberapa nyawa. Bagaikan mengilhamkan satu isu untuk Pilihan Raya Umum 2004 yang semakin hampir[+]
|
|
|
| |
| Seni Perperangan – Sun Tzu |
| 02.23.04 (3:24 pm) [edit] |
dipetik drp : suagam/rencana13
Dalam prakata oleh Professor Norman Stone dari Universiti Oxford, beliau menegaskan bahawa Sun Tzu ialah salah seorang pemimpin China yang hidup lebih 2400 tahun yang lalu. Dan beliau hidup sezaman dengan Confucius. Buku Kesenian Peperangan tulisan Sun Tzu ini adalah suatu buku yang mempunyai banyak kaedah kebijaksanaan dan akal fikiran. Ianya mengandungi bentuk-bentuk yang lengkap bertujuan untuk mencapai kemenangan mutlak tanpa menumpahkan darah. [+]
|
|
|
| |
| Rakyat perlu siasatan dan laporan lebih telus |
| 02.23.04 (3:21 pm) [edit] |
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh)- Polis diminta membuat siasatan dan laporan yang lebih telus dalam isu pasaran gelap komponen senjata nukleur yang melibatkan syarikat yang dikuasai anak Perdana Menteri. Dua orang AJK PAS Pusat dalam kenyataan mereka kepada Harakah berkata, cara tindakan terhadap pihak yang terlibat sangat berbeza dengan kes sebelum ini.
"Cara tindakan terhadap anasir KMN, JI dan Kumpulan Reformasi dan tindakkan terhadap kes ini adalah sangat berbeza dan menunjukan layanan yang lebih istemewa. [+]
|
|
|
| |
| HENTIKAN SALAHGUNA KUASA POLIS |
| 02.22.04 (11:04 pm) [edit] |
Gabungan Menentang Salahlaku Polis akan mengadakan suatu perhimpunan secara besar-besaran untuk memprotes pelbagai insiden melibatkan salahguna kuasa polis, terutamanya yang melibatkan kematian suspek-suspek di dalam tahanan polis dan akibat tembakan polis, salahguna proses reman, penyuraian perhimpunan yang aman dan penyekatan sebaran risalah. Keadaan menjadi lebih keruh akibat ketiadaan keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis dan segala aduan telah tidak mendapat respon yang memuaskan dari segi penyiasatan yang bebas dan transparen, tindakan tatatertib atau pendakwaan terhadap pesalah anggota polis. Oleh itu, kami memanggil semua untuk hadir untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini untuk memberi suatu mesej yang kuat bahawa segala salahlaku polis tidak boleh dibenarkan untuk bermaharajagila dan harus diberhentikan dengan serta merta. "HENTIKAN SALAHGUNA KUASA POLIS" Perhimpunan Menentang Salahlaku Polis Tarikh: 28 Febuari 2004 (Sabtu) Masa: 10.00 pagi Tempat: Ibupejabat Polis Bukit Aman (Pintu masuk Lake Garden, Off Jalan Parlimen) Info: 03 - 7782 0357 / 013 - 377 1473 Bersama-sama Kita Suarakan Bantahan Kita!
|
|
|
| |
| Lokman Dan Malaun 12: Lalat-Lalat Hijau Kembali Mengerumuni Najis |
| 02.21.04 (11:49 pm) [edit] |
Azmin Ali, Naib Presiden keADILan menyeru saki-baki `malaun` yang mungkin masih berkeliaran di dalam parti (BA) untuk segera mengikut jejak langkah rakan mereka `malaun 12` menyertai Umno. KeADILan (BA) dan gerakan Reformasi tidak goyah sedikit pun malah bertambah mantap apabila tidak lagi diganggui oleh `lalat-lalat hijau` yang kerjanya asyik mengejar najis . [+]
|
|
|
| |
| Pengerusi PIBG Sekolah Bestari Batang Berjuntai Menyeleweng? |
| 02.21.04 (11:44 pm) [edit] |
Ramai kalangan ibu bapa di sekitar Pekan Batang Berjuntai, Selangor yang menghantar anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Bestari dekat sini merungut kerana tidak berpuas-hati terhadap prestasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dipengerusikan oleh Encik Ariffin bin Rahmat. [+]
|
|
|
| |
| Polis halang petugas PAS sertai taklimat pilihan raya melampau |
| 02.21.04 (11:39 pm) [edit] |
MARAN, 21 Feb (Hrkh)- Tindakan polis sehingga ke peringkat menyekat petugas PAS untuk menyertai taklimat pilihan raya pada 17 Februari lepas dianggap keterlaluan dan melampaui batas. Ekoran itu, Ketua Penerangan PAS Temerloh, Abdul Ghafar Jalil telah membuat laporan polis tanda protes rasmi PAS di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada jam 5.45 petang kelmarin.
Ketika ditemui selepas itu Abdul Ghafar berkata, pihaknya memandang serius tindakan Polis yang disifatkan sebagai tidak profesional dan bertindak keterlaluan apabila menghalang orang ramai menghadiri majlis Taklimat Pilihan raya di Pasti Barakah, kampung Berkat, Maran dengan mengadakan empat sekatan pada jarak 500 meter. [+]
|
|
|
| |
| Polis geledah bilik, gari pemimpin KeADILan tanpa waran |
| 02.21.04 (11:33 pm) [edit] |
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Sepasukan enam anggota Polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Klang bertindak memecah masuk ke sebuah bilik hotel yang sedang didiami oleh seorang pimpinan parti KeADILan dan menggeledah tempat tersebut tanpa mengemukakan sebarang waran. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor, mengesahkan kejadian tersebut berlaku di bilik 821 Hotel Crystal Crown, Klang yang sedang disewa oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim kira-kira jam 2.30 pagi bertarikh 20 Februari 2004. [+]
|
|
|
| |
| Sungguh Hinanya Mereka 12 Orang |
| 02.19.04 (7:56 pm) [edit] |
Seperti kata Raja Petra, perginya mereka ber-12 dikeji rakan lama tetapi disyaki pula oleh rakan baru. (The Trouble With Defecting) (Terjemahan) Begitulah kesiannya mereka ini. Semenjak peristiwa itu, IB sempat bertemu beberapa orang barisan pelapis muda pimpinan UMNO termasuk beberapa orang SU (sulit/politik dsb) para menteri. Tidak seorangpun yang menerima mereka dengan tangan terbuka. Malah ramai dari mereka mencemuh tindakan 12 orang pembelot ini dan kesemuanya mengatakan kesangsian tindakan mereka.
Antaranya ada yang mempersoalkan apa gunanya perjuangan mereka selama ini. Dengan kesusahanya yang telah dilalui. Tekanan dari pelbagai pihak. Yang dipenjara, dipenjaralah. Yang dipukul dan disiksa semasa ISA (sampai lebam dan pelbagai) tak berbaloi kerana akhirnya menyerah kalah. Apa gunanya mengharungi ranjau itu semua kalau akhirnya melutut juga. Baik dari dulu lagi tak bersusah payah. Tak sakit. Tak tertekan. Bisnes pun tak terbungkus.
Sesetengah mereka yang IB berbual itu ada yang mengatakan geng 12 tidak pandai berunding. Kesesuaian masa belum baik. Pokoknya pakej mereka ini tidak berbaloi dan tidak terjamin. Terlalu banyak janji dan syarat yang mungkin tak sampai separuh sahaja dapat apa yang dijanjikan.
Salah seorang dari SU yang IB temui (pernah bersimpati dengan DSAI satu ketika dulu), mengatakan sekurang-kurangnya, aturlah pakej untuk DSAI sekali. Ini tidak. IB tanyakan bagaimana dia pasti geng 12 tidak buat deal untuk DSAI. SU ini dapat beri kepastian 100%. (dan disebut hujah dan maklumat lain yang mana IB tak boleh sebut kerana akan terbongkar identiti SU ini).
Seorang lagi yang IB temui mengakhiri perbualan dengan mengatakan bahawa DSAI amat tepat melaungkan slogan Usah Bicara Soal Perjuangan Jika Takut Akan Risikonya. Begitulah pengajaran buat yang 12 dan lain-lain lagi yang akan turuti langkah para pembelot dan pengecut ini.
Dan kerana slogan inilah DSAI akan kental dan akan meneruskan prinsipnya. Maka agak sukarlah untuk kita percaya khabar angin dan berita palsu yang cuba diperangkapkan bahawa DSAI akan dilepaskan selepas pilihan raya nanti.
Sekian Ibrahim Baba 18 Februari 2004
|
|
|
| |
| Bersihkanlah Diri Anda |
| 02.19.04 (7:55 pm) [edit] |
Slogan Bersih, Cekap dan Amanah dikumandangkan semula oleh PM setelah 100 hari pemerintahannya berlalu. Menurut kata LKSiang, slogan tersebut lahir dalam masa 100 hari pemerintahan Tun Mahazir dulu... dan sepanjang pemerintahan Tun Mahazir kita telah lihat apa yang telah 'bersih', siapa yang 'cekap' dan 'amanah' diletakkan di mana. Kita lihat file rasuah berprofile tinggi sudahlah... semuanya berlaku dalam zaman tersebut. Jadi usahlah slogan purba tersebut dicakapkan semula. Orang Umno mungkin telah lupa, tetapi tidak bagi orang lain. Sekarang, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Ezam dan beberapa tokoh pembangkang lain telah mencabar Rafidah supaya menyaman mereka kerana menuduh Rafidah rasuah. Kalau tak betul, apa lagi? Samanlah... Rafidah sewajarnya membersihkan namanya melalui Mahakamah! Kalau betul tak rasuah, saman aje. Lagipun semua hakim di mahkamah tu semuanya 'lantikan' Mahatua. Keputusan telah ada!
Selagi Umno tidak membawa mak nenek mereka itu ke mahakamah selagi itulah mereka menanggung biawak hidup... menyusahkan diri sendiri dan orang lain!. Dalam umno ni banyak biawak hidup, gagak hitam dan kambing hitam! Demikianlah umno. Bezanya Rafidah dengan BPR ialah jangan sebut-sebut lagi dia makan rasuah... nanti dia saman sebab hari tu BPR kata fail dia sudah siap... tapi masih di tangan peguam negara... tapi Rafidah sudah buat penjelasan...jangan sampai kena saman- sebab biarpun ada kes...dia dengan peguam negara adik beradik,macam tidur sebantal.
Ini kira kebal kaa atau bebal! Kalau dia berani, saman sajalah... masa DSAI jadi Timbalan Perdana Menteri pun memang kes Rafidah ni dah ada kat tangan BPR...Kak Dah tu berani nak menyaman sebab dia tahu kalau kes bukak pun dia akan menang... Dah tentu hakim akan berpihak kepada dia... macam tak biasa pulak... Lagipun Pak Lah ni member kamcing dia... ini diakui sendiri oleh Kak Dah dalam salah satu dinner... Dalam ucapan tu Kak Dah kata Pak Lah ni member dia la masa zaman study kat UM dulu...
Mengikut kata Rais anak Yatim sejak kecil tu, kebanyakan kes rasuah 'high profil' adalah kes lama. Kes baru tak ada. Yang kita nak tahu mengapa kes-kes tersebut menjadi lama? Tak berani nak ambil tindakan ke dulu?. Dan kita pun faham, kes-kes baru yang ada sekarang akan dibiarkan lama, baru akan ditimbulkan. Itupun tentu mengikut kepentingan pihak-pihak tertentu. Jadi rakyat tak dapat tahu dengan segera maksiat rasuah pemimpin Umno. Demikianlah Umno dalam 'menyara' hidup mereka...
Satu kisah lucu dalam ceramah PAS - UMNO yang diadakan serentak dan BERSEBELAHAN tempat, jarak tempat ceramah adalah antara 2-3 tiang electric jer!!! Kisah ni berlaku di Kemaman. Tengah syok UMNO dan PAS sampaikan ceramahnya, UMNO sindir PAS!! PAS jawab... (secara kebetulan sebab audience boleh dengar kedua-dua ceramah serentak, kadangkala dua-dua timbul tenggelam)
UMNO soal lagi.. PAS jawab. UMNO soal lagi.. PAS jawab. UMNO soal lagi.. PAS jawab. UMNO soal lagi.. PAS jawab. UMNO soal lagi.. PAS jawab.
Sampailah satu soalan/sindiran yang UMNO tujukan pada PAS... PAS masih boleh jawab... Nak tau tak apa reaksi penceramah UMNO selepas itu? "Tuiiiiii!!"... Penceramah tu respond!! Bengang lah tu... Macam di Jasin Melaka dulu... bila Ali Rustam mengadakan ceramah segera dengan topik 'kafirkan' segera orang PAS tapi tak ada ludah yang ada cuma maki dan 'kafirkan orang PAS '
Sementara itu, kehadiran sedikit atau ramainya orang dalam majlis memperingati/membebaskan DSAI tidak dapat menjadi ukuran bahawa beiau telah hilang sokongan. Dalam keadaan sekarang, banyak program pembangkang yang di'ganggu' oleh Umno dengan menggunakan 'anjing' mereka. Rata-rata ada anjing di sekatan jalanraya dan SB yang bertugas. Kebanyakan orang melayu terutamanya penjawat awam lebih suka tidak menunjukkan sokongan mereka secara terbuka. Mereka lebih suka diam di rumah. Tunggu hari mengundi sahaja. Lagipun bahan di internet sudah terlalu banyak untuk menilai situasi semasa.
Kumpulan 12 pemimpin Keadilan yang melompat kepada umno dah berbalah dan rundingan kecoh kerana tidak pegang pada janji. Rundingan di antara pemimpin Umno dan pemimpin tertinggi Keadilan yang ingin menyertai semula Umno kini kecoh kerana ada pihak terbabit yang tidak berpegang pada janji untuk merahsiakan perkara itu. Manusia hanya merancang, Aziz hanya memujuk, Najib hanya membayar, K12 hanya melacurkan diri... Demikianlah umno.
Rafidah Aziz sebenarnya masih mencari sesiapa sahaja yang boleh membantu beliau untuk mengunci mulut rakyat dari membicarakan kes rasuah beliau, atau sekurang-kurangnya membelanya. Jika dahulu Rafidah harapkan Tun Mahathir membelanya, kini hendak diharapkan Pak Lah belum tentu. Kita ingin cadangkan kepada beliau, hanya dua orang "haprak" ini sahaja yang boleh bantu beliau hatta mencuci "najis rasuah"nya. Mereka adalah Zahid Md Arip dan 'Ustaz' Ruslan Kassim. Lagipun, Rafidah Aziz juga merayu agar puak-puak yang keluar dari KeADILan dan menyertai semula Umno baru-baru ini agar membantu "membasuh" kembali tuduhan-tuduhan yang telah mereka lemparkan sebelum ini. Tidakkah Zahid dan Ruslan Kassim pernah mencanangkan kes rasuah Rafidah di merata dunia? Maka, siapa lagi yang layak bantu Rafidah? Kepada Zahid dan Ruslan, kita merayulah agar mereka membantu "itik gembo-gembo" yang seekor ini. Hebahlah pada dunia sekarang bahawa Rafidah Aziz adalah seorang yang beriman, bertaqwa lagi bersih tanpa rasuah. Katakan juga bahawa Anwar Ibrahim memang kaki liwat. Katakan juga bahawa hudud memang tidak sesuai lagi. Katakanlah bahawa zaman Nabi dahulu tiada pisau cukur maka sebab itulah nabi berjanggut. Takkan kamu lupa cerita-cerita ini?
Kiriman Osman Jailani - 18.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Bila Biduk Berlalu |
| 02.19.04 (7:46 pm) [edit] |
Datuk Norjan mati bermotif rompakan??? Datuk Norjan mati kerana dirompak???... cuba baca dan fahamkan kedua-dua petikan dari Berita Harian mengenai kes ni... petikan 1 pada hari kejadian... petikan 2 dua hari lepas kejadian. Petikan 1. BH 12 Feb.04
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar, ditemui mati dalam sebuah bilik di Hotel Shangri-La, Bandaran Berjaya, di sini, pagi semalam, dipercayai dibunuh.
Ketika ditemui, mayat Allahyarham berpakaian lengkap, manakala barang kemas termasuk beg tangan, telefon bimbit serta keadaan bilik penginapannya tidak terusik
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di bilik 208 itu tidak menjumpai sebarang senjata atau benda tajam lain, yang mungkin digunakan dalam kejadian berkenaan.
"Siasatan awal juga mendapati tidak ada tanda berlaku sebarang pergelutan di dalam bilik itu manakala pintu bilik berkenaan juga tidak dirosakkan," katanya di tempat kejadian semalam.
************************* ************************* **********
Petikan 2. BH 14 Feb.04 Lelaki mengaku bunuh: Motif rompak, polis angap kes Norjan selesai
KOTA KINABALU: Polis menganggap kes pembunuhan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar selesai, selepas menahan suspek utama, seorang lelaki Indonesia di Tawau ketika dipercayai mahu melarikan diri ke negara jiran.
Polis turut menemui barang kemas berupa gelang dan rantai emas, jam tangan, dua set telefon bimbit dan wang tunai RM1,450 yang dipercayai milik Norjan daripada lelaki berkenaan.
Norjan, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik dan Ketua Wanita Umno Bahagian Papar ditemui mati di sebuah bilik di hotel berkenaan, kira-kira jam 9 pagi Rabu lalu. Mayatnya mempunyai beberapa kesan luka di muka dan kesan tikaman di leher.
Itu bukan persoalannya...tiada niat nak gembar gembur mengenai orang yang dah mati... yang dipertikaikan ialah lapuran dalam surat khabar tu... mungkin kita kena sangka baik... penulis suratkhabar ni tersilap dengar kenyataan polis pasal barang kemas dan tepon bimbit tu kot! Adakah lagi indon yang dikambinghitamkan semata-mata untuk menutup kes ini???... polis sudah kata jangan dengar khabar angin... tapi kalau kita meneliti lapuran akhbar yang bercanggah ni pon kita rasa budak amik UPSR boleh fikir sendiri.
Melihat pada lapuran awal pada kejadian tersebut (tiada tanda mangsa dirompak berdasarkan barang-barang kemas mangsa yang tidak terusik menguatkan tanggapan orang ramai bahawa mangsa dibunuh kerana samada masalah peribadi ataupon politik memandangkan mangsa seorang ahli politik... dan ini pastinya memberi tamparan buruk pada imej UMNO itu sendiri lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya akan datang...
Jadi untuk mengubah tanggapan masyarakat dakwaan bahawa mangsa dibunuh telah ditukar kepada kes rompak dan bunuh... bagi menunjukkan pada masyarakat kununnya mangsa mati disebabkan kerana dirompak semata-mata dan tiada kaitan dengan peribadi atau politik... tetapi pihak tertentu telah tersilap dalam percaturan mereka sendiri... lapuran awal pada hari kejadian yang menyatakan mangsa tidak dirompak yang dikeluarkan oleh pihak media itu sendiri tidak dapat disorokkan lagi... bak pepatah, terlajak kata tidak boleh diundur lagi.
Apa yang cuba disampaikan di sini ialah ada sesuatu yang cuba disembunyikan... adakah fakta penting (siasatan awal kata tiada motif rompakan memandangkan barang kemas dan harta benda mangsa tidak terusik...tup-tup 2 hari lepas kejadian... polis jumpa plak barang milik mangsa dari mamat indon ni.)..tak ke pelik...
Selepas pihak polis menyatakan kes ini selesai dengan mamat indon ni mengaku bersalah(kununnya)..tok najib kita dan pegawai atasan polis dengan pantas mengeluarkan kenyataan berbau pujian pada pihak polis yang bertindak pantas kununnya, dengan harapan boleh mengembalikan kepercayaan rakyat pada polis yang berada ditahap paling rendah ketika ini... perlu diingat...petikan ni diambil dari media rasmi kerajaan...bukannya harakah!!!
Kita tengok orang politik yang kena tangkap pasal rasuah 100% terdiri dari orang BN. Tak ada seorang pun orang BA yang kena tangkap. Cuma yang ada setakat gembar-gembur dalam media sahaja... tak sampai dihadapkan ke mahkamah pulak. Tapi orang BN dah banyak yang kena tuduh secara rasmi di mahkamah... ada ADUN BN yang sudah sabit kesalahan rasuah dan sudah di denda...
Terbaru: Menteri Kabinet pun dihadapkan ke mahkamah... Jadi apa pasal orang BN monopoli kes rasuah?
Apa pasal orang PAS tak ada yang kena tangkap? sedangkan orang PAS di Kelantan dan Terengganu pun ada peluang juga untuk makan rasuah kalau mereka mahu? Adakah kerana BPR tak pandai nak tangkap orang PAS yang makan rasuah? atau kerana orang PAS sangat licik? Atau memang orang PAS tak ada kes rasuah?
Rasuah nei dah lama dalam BN cuma serius tahap mana je, dan satu lagi nak ambil tidakkan susah sikit sebab kadang satu kapal jadi nak tak nak diteruskan aje perlayaranya. Sudah kapal dah tak larat nak bawak banyak sangat hasil rompakan kalau dia biarkan mungkin kapal itu akan tenggelam. Tuan Nakhoda dulu kata tak pa bek pi la janji buleh jalan tak apa, La nei Nakhoda baru takut bimbang pun ada sebab banyak sangat nei lalu dia buangkan ke laut separuh demi separuh. Kalau orang PAS yang kena tangkap pasal rasuah ni... kita rasa sangat hebat publisitinya... Dalam TV tiap-tiap hari akan disiarkan kutukan sampai tak cukup masa...
Pemimpin besar songlap juta juta juta, pemimpin cawangan main ribu ribu je, sampai ahli biasa...dapat ratus ratus duit kopi. Bila sampai ke pengundi... dapat kain pelikat, beras sekampit dan t shirt undilah BN. Kes pendi ahli parlimen yang claim lebih RM 10K dulu... dalam surat khabar kata dah selesai siasat, tapi masih belum diumumkan... Kes rasuah Anwar 1999 yang dibangkitkan oleh bekas timbalan gabenor bank negara dulu pun belum ada hasil siasatan lagi... sekarang 2004 dah...
Umno dan rakan-rakan sewaktu dengannya untuk subjek ni kecewa sangat sebab sampai ke la ni takdak pemimpin PAS yang kena tangkap sebab rasuah... Mungkin dalam kepala mereka bertanya... Kenapa Ekkk??? Kesian kat pemimpin-pemimpin umno kat Kelantan dengan Terengganu tak tidur malam nak cari ada ke tak pemimpian PAS yang amal rasuah... Hmmmm... Last-last buat kecoh dalam TV... Itu pun tak confirm tu dah buat press conference... Hebat... Si wartawan-wartawan pencacai ni pun kena kerah sebab konon ada story hot isu rasuah kerajaan PAS Terengganu/Kelantan... Bila sampai kat tempat PC... Hampeh!! Tak lebih daripada mencari publisiti murahan untuk tujuan propaganda... Nasib kau la wartawan... Tapi takpe lepas PC dapat makan free...
Rupanya Anwar yang satu itu sukar dicari ganti. Semasa gegak gempita laungan reformasi menggegar bumi tercinta ini bagai mahu tercabut kepala PM persisnya. Pemuda-pemudi berani tanpa disuruh-suruh meredah apa saja mahu menyerap semangat Anwar untuk terus berjuang dengan laungan keramat, “Satu Anwar pergi, muncul seribu Anwar lagi�. Ya, cukup meriah ketika itu. Erti perjuangan sebenar seolah-olah dapat dihayati oleh mereka yang mengerti. Yang petah berbicara tempatnya di pentas. Yang bersimpati mahu saja memberi dan mendengar. Rupanya lagi keras suara penentangan berkumandang lagi keras tindakan sang penguasa menghalang.
Akhirnya, satu demi satu, jelmaan Anwar kecundang. Mana tidaknya, di bumi kita ini, yang menang nak ambil semua. Yang menentang , kalau tak pandai cari, tak makan. Sebab itu, jelmaan-jelmaan Anwar tak sanggup terus-terusan berumah di tepi pantai. Peduli pada prinsip, sumpah dan janji.
12 sahabat yang pergi, kalau sebab perpaduan Melayu disandarkan pertaruhan, UMNO belum tentu selamat buat kamu semua. Realiti hidup kita dewasa ini bukan itu lagi. We have to go way, way beyond that or else teruslah bersandiwara sebagai golongan opportunis murahan yang tak punya harga diri lagi.
Perpecahan dalam KEADILAN? Pelik? Tidak untuk aku. Tapi benar? Ya untuk aku. Inilah sedikit contoh paling nyata di zaman teknologi tinggi ini - sedikit tentang KEHEBATAN ORANG MELAYU:
1. Munafiknya - bertambah bijak bermuka muka walau di dalam apa jua situasi demi kepentingan diri sendiri dalam pencarian kemewahan duniawi.
2. Pembelotnya - akan bila bila pun sanggup menjadi pembelot lanjutan dari sikap munafiknya. Dan ia akan menjadi pengutuk paling berat bila mana kepentingan untuk dirinya tidak tercapai.
3. Ketuanannya - akan jadi cukup taat kapada tuannya apabila dapat merasakan masih puas dengan apa yang tuannya sogokkan ke mulut (subsidi atau barang free).
4. Membodeknya atau mengampunya - sanggup menghina diri sendiri dan menjual maruah diri dengan membodek dan mengampu selagi tuannya masih memerlukannya walau perasan diri diperkuda atau diperkucing atau diperkadam.
5. Mementingkan diri sendiri - ingin dan bercita cita ingin cepat kaya dengan mudah ditambah dengan sikap tamak haloba walau cukup malas berusaha kuat dengan jujur.
6. Menghasut - untuk memastikan kepentingan diri tidak tergugat.
Kalau dikaji dari sejarah, pernahkah orang melayu menang dalam peperangan mempertahankan negara sendiri? Mengapa tidak pernah menang? Janganlah dibawa isu komunis surrender - sebab mereka tu memang dah lama mahu surrender lantaran jemu dan tidak mahu terus jadi bodoh duduk dalam hutan berkawankan segala binatang, tidak berpeluang makan sedap dan hidup mewah. Bila lagi orang melayu akan jujur dan ikhlas bersama memerintah, diperintah dan memenangi segala perjuangan mempertahankan maruah bangsa dan agama di tanahair sendiri?
Election lepas... umno kelantan paling kukuh perpaduan berbanding tahun tahun sebelumnya dengan penyertaan Ku li ke dalam umno dan bubarkan semangat 46. Kali ni Mustapha Mohd melawan arus dengan menyantas ramai pemimpin lama umno Kelantan... adakah dia masih bermimpi nak tawan Kelantan sedangkan asyik nak bergocoh satu kapal dengan pemimpin lain. Awang Adek dan Zaid pula masih belum tau selok belok politik Kelantan.
Kiriman Osman Jailani - 16.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Apakah Kempen Anti-Rasuah Paklah Sudah Tersasar? |
| 02.18.04 (4:48 pm) [edit] |
Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah menunjukkan ketegasannya ketika mengumumkan mahu berperang membanteras rasuah. Akan tetapi, kini rencana yang sudah semacam peperangan Presiden George Bush mahu mengganyang keganasan. Rencana Paklah sudah menjadi lintang-pukang di depan mata semua orang. Ada seorang peniaga, seorang Menteri kabinet, segelintir pegawai kerajaan kelas pertengahan telah ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana rasuah. Ada 18 orang tokoh ternama (VVIP) yang dikatakan sedang menunggu giliran. Menteri yang bertanggungjawab dengan kehakiman negara, Dato’ Rais Yatim (pbj) telah berkata bahawa kebanyakannya akan didakwa juga, walaupun ada segelintir yang tidak akan terdakwa kerana kekurangan bukti sahih. Anggota kabinet sudah semakin takutkan polis mengetuk pintu pagar mereka, setelah melihatkan bencana yang menimpa seorang rakan sekandang, Tan Sri Kasitah Gadam, dan mereka mahu Paklah meredakan keadaan sedikit. Ada seorang Menteri kabinet yang telah digeledah rumahnya semasa beliau berada di luar negara. Angin desas-desus kini sarat dengan kisah siapa pula yang bakal ditahan. Penangkapan itu tidak pula mencetuskan impak yang amat diharapkan daripada satu masyarakat yang sudah mual dan membenci gelagat rasuah yang sudah begitu menjadi-jadi dan juga ketidak-upayaan kerajaan membanterasnya. Pihak pembangkang memperlekehkan kempen anti-rasuah itu sebagai gimik pilihan raya sahaja. Rakyat marhaen berpendapat begitu juga sehingga tidak ingin mengeluarkan pendapat mereka untuk disiarkan oleh akhbar perdana. Tetapi, Paklah berkata bahawa kempen itu adalah bertujuan membersihkan Malaysia daripada maksiat. Apakah ini bererti sebelum dia memegang jawatan, maksiat ini belum wujud lagi? Sudah terlalu banyak usaha kerajaan yang bersadur janji-janji yang tidak menjadi sehingga kini. Kita boleh anggap langkah terbaru ini sebagai satu kempen Paklah untuk menunjukkan kukunya.
Paklah bertegas mahu meneruskan pembanterasan itu tanpa henti. “Semua orang benci korupsi”, kata beliau, dan itulah yang amat disokong oleh rakyat. Ini bukan satu gimik. Pihak pembangkang tersilap dengan niatnya. Faham-fahamlah sahaja karenah Pembangkang. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memperlekeh Barisan Nasional dan meracuni minda rakyat Malaysia untuk mendapatkan keuntungan politik. Kata Paklah lagi: “Pilihan raya itu tetap pilihan raya. Kerajaan akan meneruskan tugas dan kita tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya umum tiba. Apa sahaja yang kita tidak suka - rasuah - akan kita hapuskan. Tidak usah dihiraukan apakah itu satu gimik pilihan raya mahupun sebaliknya. Akhirnya nanti kejayaan Paklah akan bergantung pada bilangan jerung yang dihantarnya masuk penjara. Itulah sahaja kejayaan yang boleh diterima dalam keadaan sekarang, setelah mengambil kira kenyataan Rais (pbj) bahawa hanya kes yang cukup bukti dan boleh menang yang akan dibawa ke hadapan pengadilan. Apa yang kita mahukan daripada Paklah bukannya cakap-cakap kosong, tetapi tindakannya mengikut apa yang dijanjikannya. Kalau itu merupakan gimik pembangkang biarkanlah. Kenapa pula dia mahu ambil kisah sindiran pembangkang? Semua pihak akan menjuarai Paklah kalau dia berjaya dengan rencananya. Paklah patut tidak pedulikan segala sindiran dan tumpukan kepada usahanya. Kalau betullah apa yang dicakapkannya, memang kita tidak ada banyak harapan lagi. Memandangkan kepada kisah dulu-dulu, Perdana Menteri yang terdahulu pun telah membuat janji mahu membanteras rasuah, tidak seorang pun yang berjaya. Takkan Paklah sanggup mengikut gelagat mereka. Lagi pun dia kata usaha ini bukan satu gimik pilihan raya. Dia memang suka kalau orang ramai mengatakan bahawa mereka membenci rasuah.
Kempen anti-rasuah Paklah telah kecundang daripada awal lagi. Tan Sri Eric Chia telah menunjukkan kedegilannya selepas beliau didakwa kerana korupsi semasa dia mengetuai Perwaja Steel, yang dimiliki kerajaan selama tujuh tahun sehingga 1996. Eric telah menjanjikan kehangatan suasana apabila kes dia bermula, kerana dia tidak sanggup memikul biawak hidup. Eric memang mampu membayar RM2 juta yang dikenakan sebagai ikat-jamin. Tetapi, bagaimana dengan Tan Sri Kasitah Gadam? Ikat jamin sebanyak RM1 juta telah dibayar oleh anak perempuan beliau. Alangkah hebatnya apabila seorang Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang berasal daripada satu keluarga miskin di Sabah mampu mengeluarkan wang sebanyak itu kalaulah selama ini dia bergantung hidup kepada pendapatan gaji bulanannya? Apabila para majistret mengenakan ikat jamin dalam bentuk berjuta-juta, menunjukkan adanya pengakuan betapa wujud asap tanpa apinya, dan terbukti apabila peraturan itu ditepati dengan segera. Sebenarnya Paklah kehilangan pengaruhnya apabila enggan memecat Tan Sri Kasitah sejurus beliau telah dikenakan tuduhan. Dialah yang melantik orang itu bulan lalu, dan kini mahukan beliau pergi mengambil cuti selepas kesnya nanti. Sepatutnya Paklah telah menggantung Kasitah tanpa gaji, sehinggalah kes itu selesai, ataupun memecat beliau langsung. Bukannya Kasitah akan kelaparan. Kalau dia boleh mengeluarkan satu juta Ringgit untuk ikat jamin, tentu ada beberapa juta lagi dalam simpanannya. Bukankah menjadi satu kehairanan kepada kita apabila ahli-ahli politik di Malaysia ini merupakan perancang kewangan yang lebih pintar daripada tokoh-tokoh yang bijaksana dalam industri perbankan dan pelaburan? Seandainya Paklah tidak bertindak tegas terhadap mereka yang didakwa itu, dia akan kehilangan wibawanya.
Paklah tidak boleh bertindak separuh jalan. Rakyat marhaen tidak akan meyakini beliau ataupun kerajaannya, memang benar-benar mahu membanteras korupsi. Selama bertahun-tahun yang lalu kerajaan BN telah menumpulkan apa juga Undang-undang anti-rasuah sehinggakan tidak siapa yang takut kalau ditangkap kerana rasuah. Satu ketika dahulu ada Undang-undang mengenai hidup melebihi kemampuan seseorang, dan terpulang kepada yang disyaki membuktikan sebaliknya. Inilah Undang-undang yang membolehkan Pengarah pertama BPR, Tan Sri Harun Hashim yang akhirnya naik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, menghenyak dua orang Menteri Besar UMNO, di Perak dan di Terengganu pada 1969. Itulah yang menakutkan kerajaan. BPR telah dinafikan kuasa dan bisanya sehinggakan pada hari ini, apa juga kerja baik yang dilakukan oleh BPR, ia tidak boleh mendakwa orang atasan dan yang berkuasa dalam kerajaan seandainya si Perdana Menteri tidak merestuinya. Itu sebabnya setiap kali ada siasatan BPR ke atas seseorang Menteri kabinet kerana korupsi, dia akan melalak dengan riak dan bangganya bahawa dia tidak bersalah. Sedangkan dia mudah sangat didakwa untuk meringkuk beberapa dekad dalam penjara. Inilah yang masih menjadi Undang-undang kita.
Memang pernah ada satu usaha untuk membetulkan keadaan itu. Pada 1997, ketika Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir sedang bercuti, Timbalan beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim menjalankan tugas sebagai Pemangku Perdana Menteri. Anwar telah meminta anggota kabinet bersetuju dilakukan pindaan terhadap Undang-undang anti-rasuah untuk memberikan kuasa yang lebih termasuk hak menyiasat semua rekod sesiapa juga yang sedang disiasat itu sehingga enam tahun sebelum kes itu dimulakan. Tidak kiralah orang itu sudah bersara ataupun sudah melepaskan jawatannya, seperti keadaan sekarang ini. Semasa membentangan cadangan itu kepada kabinet, kertas cadangannya itu telah dibantah dengan hebatnya sehinggalah beliau bertanya secara selamba apakah para Menteri membantah cadangan itu kerana mereka mempunyai terlalu banyak kes rahsia yang mahu diperam begitu sahaja. Cadangannya itu telah diluluskan termasuk oleh dua orang yang bernama Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak. Kertas yang diluluskan itu telah dihantar kepada Parlimen, di mana ia telah dibaca untuk kali pertama dengan amat segera. Akan tetapi, sejurus TKT Mahathir pulang, cadangan itu telah diputar-balik, dan kini sedang terapung tanpa tujuan. Oleh kerana pandangan Paklah terhadap korupsi, amat seiras dengan pandangan Dato’ Sri Anwar, dia harus menggunakan Undang-undang itu sebagai asasnya, untuk mengetatkan segala peruntukan, dan akhirnya disykuri oleh golongan marhaen betapa dia berani kerana benar.
Begitulah harapan kita. Namun, pertanda usaha itu semakin longgar sudah amat ketara. TKT Mahathir bertegas bahawa seseorang Menteri itu akan terus tidak bersalah sehinggalah beliau terbukti didapati bersalah. Itu pun apabila semua rayuannya telah diusahakannya dan satu permohonan agar diampunkan telah dinafikan. Pegawai kerajaan pula digantung kerjanya dengan bayaran setengah bulan gaji sepanjang proses mahkamah itu. Inilah yang Paklah praktikkan dalam kes Tan Sri Kasitah. Sebenarnya TKT Mahathir telah tersilap (ataupun sengaja buat-buat silap) dengan Undang-undang. Apa pun tafsiran beliau (seseorang itu tidak bersalah sehingga mahkamah mendapati dia bersalah) itu telah pupus sejurus beliau memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menafikan beliau kebebasannya semasa kes beliau diadili oleh mahkamah. Insan ini, sedang merana kesakitan dan bergerak dengan kereta sorong, tetapi masih berjuang di mahkamah agar dibenarkan ikat jamin untuk membolehkan beliau keluar negara mendapatkan rawatan perubatan. Kerajaan bertegas beliau tidak berhak kepada semua itu. Sebenarnya dia boleh menyogok para saksi. Tetapi semua kes beliau sedang bertaraf ‘dalam rayuan’. Tidak ada sebarang saksi yang diperlukan dalam apabila kes berada di peringkat rayuan. Apakah kerajaan takut kalau-kalau dia menyogok para hakim pula? Apakah Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam menyogok saksi-saksi mereka? Kenapa pula mereka diberikan ikat jamin? Kenapakah Paklah liat memaksa Kasitah Gadam meletakkan jawatannya sejurus beliau dikenakan tuduhan? Atau pun apakah Paklah mencari jalan mudah menunggukan akhir tempoh tiga tahun (kali kedua) Tan Sri Kasitah menjadi seorang senator, kerana secara automatis beliau terkeluar daripada kabinet? Mungkin begitu gamaknya, tetapi nampak sangat inilah yang akan menjadi faktor yang kuat menggugat kempen Paklah sebagai seorang Perdana Menteri. Inilah yang memaksa Paklah agar tidak cuai kerana dia tidak harus berkeadaan begitu.
MGG Pillai pillai@streamyx.com
|
|
|
| |
| Pecat Mandatori Lokman, Habis Cerita! |
| 02.18.04 (4:47 pm) [edit] |
Deformis Lokman difahamkan sengaja tidak mahu menghadirkan diri untuk sesi penyiasatan terhadap dakwaan salahlaku politik yang dikenakan ke atasnya oleh Ezam Mohd. Noor, Ketua Pergerakan Pemuda keADILan. Sesi penyiasatan tersebut dibuat ke atas Lokman sebagai mematuhi keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan pada 28 Januari lalu yang telah menggantung buat sementara waktu `status` keanggotaan Lokman sebagai ahli MPT berikutan dengan pemecatan beliau selaku SU Pemuda keADILan oleh Ezam dua hari sebelum itu.
Lembaga Penyiasat yang dianggotai oleh Timbalan Presiden keADILan Abd. Rahman Othman, Naib Presiden Tian Chua dan Bendahari Datuk Kamarul Baharin akan mencadangkan kepada MPT sama ada status Lokman sebagai MPT kekal atau sebaliknya, setelah mendengar penjelasan Lokman.
Ezam sudah pun membentangkan kes (dakwaannya terhadap Lokman ) berserta saksi dan bukti di hadapan Lembaga Penyiasat pada hari Isnin 16 Februari lepas.
Manakala Lokman pula sepatutnya hadir di hadapan Lembaga Penyiasat selewat-lewatnya pada 17 Februari 2004, untuk menafikan dakwaan Ezam dan mengemukakan saksi serta bukti terhadap dakwaan konon Ketua Pemuda keADILan itu dan beberapa orang pemimpin lagi terlibat di dalam menyelewengkan dana parti.
Namun bekas SU Pemuda itu diberitakan tidak muncul langsung untuk membela diri dan mengesahkan dakwaannya, sehingga ke larut petang pada hari yang telah ditetapkan itu.
Ahli Lembaga Penyiasat diberitakan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu Lokman kerana keenganannya mematuhi prosedur parti yang menyediakan ruang buat beliau untuk diadili dengan saksama.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak menghadirkan diri untuk sesi berkenaan Lokman berkata: “Saya tidak yakin pada perbicaraan itu.” Ujarnya lagi di dalam nada berbentuk ugutan: “Saya lebih suka untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh segelintir pimpinan keADILan kepada publik, jika parti menggugurkan saya.”
Menurut anak muda yang dilihat semakin tidak stabil itu lagi: “Saya dapat menjangka tidak akan mendapat sokongan daripada ahli parti tetapi saya yakin aktivis reformasi berdiri di belakang saya.”
Nampaknya deformis itu masih terbawa-bawa dengan illusi yang terpasak ke mindanya gara-gara terlebih menonton, mana mungkin perjuangan rakyat mahu diolahnya bagaikan plot filem Bollywood.
Kalau 2 atau 3 tahun dulu Lokman bergelar `hero`, tetapi sebaik-baik sahaja dia menjadi musang berbulu ayam di dalam parti kerana merelakan diri untuk diperbaruakan oleh Umno demi wang ringgit, gelaran `hero` itu bukan sahaja tertanggal bahkan dia dianggap lebih hina daripada seekor anjing kurap.
Justeru itu, tak usahlah deformis itu bersusah payah mendakwa konon aktivis reformasi berdiri di belakangnya. Ciss buat memalukan reformis sahaja!! Mana ada reformis yang bersedia untuk berdiri di belakang seorang pengkhianat perjuangan rakyat!
Terbuktilah segala dakwaan Lokman terhadap Ezam, Azmin, DS Dr Wan Azizah, Khalid Jaafar dan beberapa pemimpin yang lain adalah palsu belaka. Jika dakwaan itu berasas, mengapa Lokman tidak berani berdepan dengan Lembaga Penyiasat?
Sebenarnya sedikit keributan bikinan anak muda yang kurang waras itu adalah sebahagian strategi malaun-malaun pengkhianat perjuangan untuk menggoyahkan keADILan daripada dalam, setelah mereka melompat keluar meluru bagaikan katak puru menyertai (sesat) semula Umno.
Lokman sengaja dibiarkan menceceh dan merapu tak habis-habis dengan harapan dapat menarik simpati penyokong BA dan reformis, sementara malaun-malaun yang sudah mengumnokan diri kini dan selamanya akan mengatur serangan daripada luar.
Mereka mengharap setidak-tidaknya keADILan akan melayani karenah Lokman, jika strategi itu mengena maka banyak masa akan terbuang begitu sahaja.
KeADILan, BA dan para reformis diharap tidak terjebak dengan mainan `anjing-anjing kurap` itu. Langkah drastik perlu diambil tanpa menoleh ke belakang lagi! Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan wajib memecat Lokman daripada parti serta-merta..
Selepas itu jangan sesiapa pun menghampiri dia, kerana masa dan tenaga seharusnya ditumpu dan digembleng untuk menghadapi `kebuasan` Umno BN di dalam perang pilihan raya yang boleh terjadi bila-bila masa mulai sekarang.
- Inderaloka - 18.02.2004
|
|
|
| |
| ABDULLAH DENGAN KORUPSI: CABARAN SELEPAS 100 HARI |
| 02.18.04 (4:46 pm) [edit] |
Sempena 100 hari Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, media perdana yang dimiliki atau dipengaruhi UMNO-BN telah menghidangkan pembaca dengan jamuan berita mewah mengenai kejayaan dan janji-janji Abdullah. Janji beliau yang terutama ialah untuk memerangi korupsi. Dalam seminggu selepas tamat seratus hari itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah bertindak menangkap Eric Chia, bekas Pengarah Urusan Perwaja, dan Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, dan menghadapkan mereka ke mahkamah atas tuduhan melakukan korupsi.
Kenduri berita mewah berterusan. Walaupun media tersebut tidak mengheboh-hebohkan, namun mereka jelas membayangkan bahawa dua tindakan ini membuktikan Abdullah sudah mengotakan kata hendak memerangi korupsi. Malangnya, Abdullah seolah masih main-main perang saja, belum betul-betul serius.
Penangkapan Eric Chia memeranjatkan sebab beliau sudah sembilan tahun dilindungi oleh Mahathir Mohamad. Tetapi tuduhan ke atasnya, yang bertumpu hanya kepada pembayaran RM76.4 kepada syarikat hantu, menjadi anti-klimaks. Apa sudah jadi kepada kerugian kira-kira RM3 bilion, hutang bank hampir RM7bilion, kontrak tanpa tender, bayaran RM13 juta kepada peguam Mahalingam yang telah membawa Hakim Negara Yusof Chin bercuti keluar negara?
Mengenai Kasitah Gadam pula, ini bukan kali pertama menteri didakwa kerana korupsi. Menteri Pelajaran dalam kabinet Tunku Abdul Rahman, Rahman Talib, dan MB Selangor Harun Idris di bawah pentadbiran Hussein Onn telah dihukum mahkamah. Siasatan ke atas Kasitah selesai dibuat oleh BPR kira-kira lapan tahun dahulu. Tetapi, walaupun kesnya diketahui, Mahathir melantiknya semula sebagai menteri.
Memang sudah menjadi pengetahuan umum bahawa siasatan telah dilakukan ke atas Rafidah Aziz dan Megat Junid kerana pemberian saham kepada anggota keluarga mereka, dan juga ke atas Rahim Tamby Chik kerana beberapa amalan rasuah. Kertas pertuduhan telahpun disiapkan oleh kamar Peguam Negara, dan ditandatangani oleh Ghani Patail, yang waktu itu menjadi pegawai di kamar tersebut.
Tetapi Mahathir membersihkan nama Rafidah dalam Parlimen; sebelum itu Rafidah mengugut akan membongkar nama menteri lain sekiranya tindakan diambil ke atasnya. Adakah sekarang ini BPR diberi kebebasan untuk mengambil tindakan ke atas Rafidah, Rahim dan Megat Junid? Setakat ini, hanya Ezam Mohd Nor, ketua Angkatan Muda keADILan yang telah dipenjarakan kerana melaporkan semula kes Rafidah dan Rahim.
Bagaimana pula dengan laporan-laporan polis terhadap Samy Vellu berhubung Maika, Lim Liong Sik mengenai kekayaan anak mudanya, Najib dengan pembelian senjata dan ramai lagi? Apa sebabnya kes Airod senyap begitu saja? Adakah kerana Hamid Albar, Jamaludin Jarjis dan juga Abdullah adalah terlibat?
Bahkan adakah BPR akan bebas menyiasat laporan-laporan terhadap anak dan adik Abdullah? Anaknya menguasai SCOMI, dan saham syarikat ini naik 1000 peratus di pasar saham selepas beliau mengambil alih. Begitu juga beliau diberikan tender menyediakan makanan untuk syarikat penerbangan MAS dengan janji untung 80 peratus terjamin selama sembilan tahun. Adakah ini boleh berlaku kalau beliau bukan anak Abdullah? Adik Abdullah pula telah diberi kontrak membekal makanan kepada angkatan tentera, semasa Abdullah menjadi Menteri Pertahanan.
Rancangan penswastaan pemerintah telah menimbulkan berbagai-bagai amalan korupsi dan kronisme yang mengaitkan keluarga dan suku-sakat pemimpin politik pemerintah. Perkhidmatan elektrik, pos, air yang penting dan menjamin keuntungan besar diswastakan. Sebelum pilihanraya 1999 ada rancangan untuk menswastakan hospital dan bermacam-macam perkhidmatan berhubung dengannya yang belum diswasta lagi.
Oleh kerana rakyat dan parti-parti pembangkang serta NGO menentang kuat terhadap rancangan ini, pemerintah berjanji tidak akan meneruskannya. Kini diketahui bahawa kira-kira tiga bulan lalu, selepas Abdullah mengambil pucuk pimpinan negara, keputusan telah dibuat untuk mengkorporatkan hospital sera perkhidmatan kesihatan. Ini pasti akan berakhir dengan penswastaan. Adakah ini bertujuan untuk memberikan kontrak kepada kroni-kroni yang baru pula?
Kita diberitahu korupsi bukan terbatas kepada wang dan kontrak saja. Anwar dipenjara enam tahun atas tuduhan cuba mempengaruhi polis, yang dianggap sebagai korupsi. Kalau ini korupsi, bagaimana dengan perbuatan Mahathir mempengaruhi, bahkan menguasai polis dan kehakiman? Beberapa orang hakim, termasuk Fairuz, Augustine Paul dan Pajam Singh, yang membantu memastikan supaya Anwar dihukum, telah naik pangkat. Kemudian mereka terus dipilih untuk mendengar kes rayuan Anwar. Apa lagi?
Sebenarnya, ada jenis korupsi yang lebih serius, tetapi sengaja tidak dihiraukan sangat oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN, kerana mereka sendiri melakukannya, iaitu politik wang. Mahathir pernah menyelar amalan politik wang, tetapi lebih membataskannya kepada hanya pembelian undi untuk mendapat jawatan dalam UMNO. Beliau sedar, jikalau politik wang tidak disekat dalam UMNO, jawatan beliau sendiri akan terancam. Walau bagaimanapun politik wang dalam UMNO masih belum hapus.
Sebaliknya, politik wang yang dilakukan sebelum atau semasa pilihanraya umum, yang luas dan terang-terang dilakukan untuk membeli undi , tidak pernah diselar, apatah lagi diambil tindakan. Sebabnya, ia menjamin UMNO-BN terus berkuasa, kerana mereka saja yang mampu membeli undi. Adakah Abdullah akan bertindak dalam hal ini?
Baru-baru ini 12 orang anggota keADILan telah pulang kepada UMNO, parti asal mereka. Sudah diketahui umum sekarang ini bahawa mereka ditarik dengan bayaran wang, walaupun mereka sudah lama tidak puas hati dan merancang untuk pulang kepada UMNO. Mereka ini memang sudah biasa dengan kehidupan mewah dalam UMNO dulu, dan tidak tahan lagi dengan segala tekanan akibat berjuang dengan keADILan.
Sekarang ini sudah terbongkar bahawa Najib, melalui datuk-datuk yang menjadi kroninya, telah membayar pendahuluan RM25 ribu kepada tiap-tiap seorang dengan janji akan menambahnya. Bukankah ini rasuah? Saya setuju dengan gesaan Timbalan Ketua Angkatan Muda keADILan, Faizal Sanusi, supaya Najib disiasat dan diambil tindakan oleh pihak BPR dan polis.
Sebelum ini, kita mendengar bahawa di Kelantan banyak ibu-bapa murid sekolah diberikan sehingga RM500, kononnya sebagai bantuan. Kalau benar-benar hendak membantu keluarga susah memang tidak ada salahnya. Akan tetapi, penghulu dan pemimpin UMNO tempatan mengugut bahawa jikalau ibu-bapa itu tidak mengundi UMNO, jaga-jagalah. Mereka menggertak ada cara untuk mengetahui siapa mengundi parti mana.
Di Terengganu pula, wang royalti minyak telah dibolot oleh UMNO dan digunakan untuk memberi sebahagian daripada wang itu kepada mereka yang dianggap “miskin”. Pada hal selama mereka memerintah Terengganu dulu kadar kemiskinan semakin bertambah dan hutang negeri kepada pusat semakin naik. Jumlah berjuta-juta diberikan kepada pemimpin UMNO negeri pula dengan tujuan melaksanakan projek-projek yang boleh memberikan peluang kontrak dan rasuah.
Perang menghapuskan korupsi yang diisytiharkan oleh Abdullah memang perlu. Tetapi ia harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan dengan terbatas cara pilih-pilih. Abdullah mesti perang cara betul-betul dan jangan kelihatan main-main perang saja untuk pilihanraya. Jikalau tidak, dalam jangka setahun dua lagi, rakyat tidak akan mempercayainya lagi.
- Suara PRM - 12.02.2004
|
|
|
| |
| Kerana Mu, Rasuah dibanteras – Tahniah Kepada Parti Pembangkang |
| 02.18.04 (4:44 pm) [edit] |
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-11, pemikir Umno dan BN sedang sibuk mencari akal untuk memperbetulkan imej pemimpin tertingginya, Perdana Menteri baru, DS Abdullah Badawi yang dianggap ramai sebagai “Lembik”, tidak berkarisma serta tidak berwawasan. Apa pun yang cuba dilakukan oleh mereka akhirnya membuktikan bahawa parti pembangkang yang utama di negara ini telah berjaya mengubah sikap pemerintah yang selama ini sentiasa dengan angkuhnya menolak segala dakwaan salahlaku atau rasuah yang terang-terang berlaku dan dilakukan oleh kroni-kroni, ahli-ahli dan juga pemimpin-pemimpin daripada parti-parti pemerintah. Dakwaan-Dakwaan Salahlaku dan Rasuah Disifatkan Sebagai Fitnah Terhadap Parti Pemerintah Bekas Pm, Dr Mahathir dan Menteri kabinetnya, sering kali memperkecilkan usaha-usaha parti pembangkang dalam membongkar penyelewengan yang berlaku dengan menyifatkannya sebagai fitnah parti pembangkang. Akan tetapi, keadaan kini telah berubah. PM baru terpaksa mengambil langkah drastic dengan tindakan diambil ke atas kroni serta ahli kabinet kerajaan Pusat BN. Anjakan Paradigma (Paradigm shift) ini mungkin disebabkan oleh keghairahan PM baru yang mahu membentuk imejnya sebagai pemimpin yang berwibawa dan beliau cuba menjauhi dirinya daripada cara keras kepala Dr Mahathir. Ada juga yang mengatakan ia mungkin disebabkan oleh sifat “Lembik” PM baru yang tidak dapat menahan tekanan-tekanan pihak lawan dan untuk memancing pengundi di bandar kerana keadaan Umno tidak selesa terutama di kawasan luar bandar. Tindakan BN yang cuba menyerikan imej PM baru jika dilihat tanpa iklan-iklan dan propaganda-propaganda dalam media massa hanya menunjukkan ia memerlukan mandat yang lebih besar daripada rakyat dan pihak BN akan melakukan apa sahaja untuk memancing undi. Peranan Parti Pembangkang Apa pun andaian orang ramai, peranan parti pembangkang seperti Parti KeADILan Rakyat, PAS, dan DAP dalam membongkar isu-isu rasuah dan penyelewengan adalah sangat penting dalam system demokrasi yang kita amalkan. Jika bukan kerana pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang bertungkus-lumus menjelajahi seluruh negara membongkar kes rasuah Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin, Khalil Yaakub serta kes penyelewengan seperti Perwaja, MAS, dan RENONG, manakah kita sebagai rakyat dapat tahu akan sifat rakus pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan penyangak-penyangak wang rakyat seperti Eric Chia, Tajuddin Ramli, Halim Saad dan lain-lain lagi. Surat khabar perdana tidak akan menyiarkan berita sebegini kerana ia akan menggugat kedudukan Umno dan BN. Selain daripada itu, Rakyat tidak boleh bergantung kepada BN untuk memantau pentadbirannya sendiri. Kita sedia maklum jika ada sesiapa dalam BN yang berani menyoal penyelewengan yang berlaku dalam gagasan tersebut ataupun setakat mengambil keputusan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak BN mahupun pembangkang, mereka-mereka ini akan dikenakan tindakan tatatertib ala BN. Tindakan ADUN Dato’ Keramat dan Jawi dari Pulau Pinang yang tidak menyokong dasar kerajaan negeri BN yang membelakangkan kepentingan rakyat telah digantung selama lebih daripada 1 tahun. Ia menjadi bukti yang paling sahih bahawa BN tidak boleh bertoleransi terhadap perbezaan pendapat dalam gagasan tersebut. Oleh yang demikian, parti pembangkang sangat diperlukan untuk menjadi mata dan telinga rakyat untuk memantau tindak-tanduk kerajaan BN dalam pentadbiran negara. Dalam pilihan raya yang akan datang Rakyat harus peka dan membuat keputusan yang tepat. Suka atau tidak, parti pembangkang tetap diperlukan. Iklan serta propaganda BN dalam media massa yang mewarwarkan ketegasan PM baru dalam memerangi rasuah dan imej barunya hanya untuk mengaburi mata Rakyat menjelang pilihan raya. Jika benar PM baru hendak menghapuskan rasuah, beliau mesti menggubal akta rasuah pada sidang Parlimen yang akan datang iaitu pada bulan Mac 2004, untuk memperketatkan dan menutup sebarang jalan-keluar atau “loophole” yang membolehkan perasuah terbebas dan BPR pula harus diletakkan di bawah kuasa Parlimen yakni satu Suruhanjaya bebas yang dianggotai oleh PM, Ketua Pembangkang, ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak secara sama rata. Jika tidak berbuat demikian, BN tetap sama jika diberi mandat baru. Rasuah tetap rasuah, penyangak tetap penyangak. “Nothing Less Nothing More”. CKChew - Lunas. 17.02.2004
|
|
|
| |
| Rakyat berhak tahu mengapa Rafidah tidak didakwa walaupun pertuduhan telah siap |
| 02.18.04 (4:42 pm) [edit] |
PETALING JAYA, 17 Feb (Hrkh) - Meskipun Rafidah Aziz berhak mempertahankan dirinya dari pelbagai tuduhan rasuah, namun rakyat lebih berhak mengetahui mengapa dakwaan ke atasnya tidak dibuat, meskipun kertas pertuduhan telahpun disiapkan. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu menunjukkan ketelusan dan memberikan penjelasan yang memuaskan kepada rakyat Malaysia mengenai kerja-kerja siasatan yang telah dibuat ke atas beberapa kes berprofil tinggi mengenai rasuah dan salah guna kuasa.
"Ia menjadi lebih penting lagi memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, telah mengakui bahawa wujud sekurang-kurangnya 18 kes rasuah berprofil tinggi, termasuk yang melibatkan peringkat menteri Kabinet," tegas Lim dalam kenyataan medianya.
Laporan polis Anwar
Sebagai contoh, kata Kit Siang, rakyat Malaysia berhak diberitahu hasil siasatan terhadap laporan polis pertama mengenai gejala rasuah di peringkat tinggi yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai 1999.
Anwar mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah telah campur tangan dalam urusan kehakiman dengan melindungi Rafidah Aziz dari didakwa di mahkamah atas lima tuduhan rasuah.
Anwar merujuk kepada satu dokumen dari Bahagian Pendakwaan, Pejabat Petuam Negara yang bertarikh 14 Mac 1995 yang telah diberikan kepadanya semasa beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mohtar Abdullah pada akhir tahun 1995.
Jelasnya lagi, dokumen berkenaan jelas menyatakan wujudnya asas "prima facie" untuk membawa Rafidah ke mahkamah atas lima kesalahan rasuah mengikut Seksyen 2(2) Ordinan Darurat 22, 1970 berhubungan dengan tugasnya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Dr Mahathir campur tangan
Kit Siang menambah, Anwar dalam laporannya berkata, Peguam Negara pada masa itu berasa kerja-kerja siasatan yang dilakukan oleh BPR memang cukup untuk mendakwa Rafidah Aziz atas lima kesalahan rasuah yang melibatkan pemberikan 1.5 juta saham Leader Universal Holdings Bhd dan 4,173,190 unit saham FACB kepada menantunya Fazrin Azwar bin Mohd. Nor, tetapi tiada tindakan yang diambil akhirnya setelah Dr Mahathir campur tangan.
"Soalnya, apakah BPR pernah memberitahu Anwar mengenai keputusan laporan polisnya itu, memandangkan BPR telah mengumumkan satu dasar ketelusan yang baru pada bulan Julai tahun lepas dan berjanji akan lebih responsif terhadap permintaan pengadu untuk mendapat maklumat mengenai status penyiasatan kes yang dibangkitkan mereka," tegas Kit Siang.
BPR diharap dapat mengumumkan keputusan atau laporan status kerja siasatannya mengenai laporan rasuah yang dibuat oleh Anwar mengenai Rafidah itu.
"Mengapa Rafidah tidak pernah mengambil tindakan mahkamah terhadap Anwar dalam tempoh lima tahun yang lepas kerana memburukkan nama baiknya melalui laporan polisnya terhadap Rafidah pada Julai 1999," ujarnya lagi.
Pendakwaan terpilih
Sementara itu, Kordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), S. Arutchelven menegaskan, Rafidah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berupa ugutan kepada pemimpin pembangkang yang mahu beliau dihadapkan ke mahkamah. "Kalau Rafidah benar-benar rasa dirinya tidak bersalah, beliau perlu memberi laluan kepada BPR untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara telus dan jujur," katanya ketika hubungi Harakahdaily.
Menurut Arutchelven, penangguhan pendakwaan ke atas Rafidah dan beberapa bekas menteri kanan kerajaan menunjukkan mereka sebenarnya dilindungi oleh Perdana Menteri dan kerajaan hanya membuat pendakwaan terpilih.
"Kerajaan perlu memberi kuasa penuh kepada BPR bagi melakukan penyiasatan tanpa sebarang campurtangan politik. Dengan itu imej BPR dapat dibersihkan dan badan itu tidak perlu lagi menunggu 'lampu hijau' dari orang atasan," ujarnya.
Beliau mengharapkan Abdullah benar-benar serius mahu menghapuskan rasuah, dengan mengambil tindakan tegas terhadap tokoh berprofil tinggi, tanpa memilih bulu.
Dalam bulan Ogos 2002, Ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Noor telah disabit kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), apabila dipenjarakan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Kesalahan Ezam ialah membocorkan butiran pertuduhan rasuah ke atas Rafidah, yang sebenarnya disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. Dokumen yang sama juga telah dirujuk oleh Anwar dalam laporan polisnya (rujuk link di bawah). - um
Petikan daripada HarakahDaily - http://harakahdaily.net/artic... - 17.02.2004
|
|
|
| |
| Awas! Pak Lang Reformasi Palsu Sedang Merasuk |
| 02.17.04 (4:47 pm) [edit] |
Pak Lang Reformasi Mengkagumi Roslan Pak Lang Reformasi melalui artikelnya (Tergamak Inderaloka Menghina Ruslan...) yang disiarkan oleh Laman Marhaen dan Forum Gerak Reformasi pada 15.2.2004 mendakwa beliau masih mampu bertahan apabila Inderaloka menghina Lokman, namun hilang sabar apabila `Ruslan yang banyak berjasa` itu turut dihina sebaik-baik sahaja malaun itu kembali ke pangkalan jalan (sesat) menyertai Umno.
Yang menarik, Pak Lang Reformasi tanpa sebarang keraguan telah menuduh Sdr. Rosli Ibrahim (saudara kandung DSAI) sebagai Inderaloka. Seterusnya dia memberi amaran kepada Rosli dan siapa sahaja dari kalangan famili Anwar agar tidak terlibat di dalam konflik yang melibatkan pimpinan keADILan.
Pak Lang Reformasi juga mengambil kesempatan untuk melambung setinggi-tingginya segala jasa Ruslan seolah-olah hanya malaun itu sahaja yang telah `menghidupkan` keADILan di samping membelasah Ezam, Azmin dan Dato Wan Ismail (ayah DS Wan Azizah) sebagai penyonglap dana parti.
Nampaknya seorang lagi watak baru cuba dihidupkan untuk meyakinkan `khalayak` bahawa penyelewengan terhadap dana parti itu benar-benar wujud.
Seperti yang telah saya dedahkan di dalam artikel lepas, bahawa isu `penyelewenngan dana parti` ini mula bergema di dalam kempen pemilihan ahli MPT keADILan pada 2001 dulu.
Kem yang menyokong Roslan, Anwar Tahir dan Gobala Krishnan sebagai calon Naib Presiden telah menjadikan isu tersebut untuk menewaskan Azmin Ali dan dua orang lagi calon Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Sheikh Azmi. Hasilnya kem Ruslan tewas.
Anwar Tahir dan Gobala Krishnan difahamkan tidak berminat untuk melibatkan diri dengan isu tersebut berbeza dengan Roslan yang begitu beriya-iya meyakinkan para perwakilan.
Skrip kempen Ruslan ketika itu sama seperti yang ditulis oleh Pak Lang Reformasi di dalam artikelnya tadi. Nama Rosli Ibrahim dibabitkan sebagai orang yang `amat mengetahui` tentang selok-belok kononnya wujud penyelewengan dana parti.
Kenalilah Mana Satu Pak Lang Reformasi Tulen dan Palsu
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan bahawa hamba Allah yang mengakui diri sebagai Pak Lang Reformasi bukanlah Pak Lang Reformasi yang tulen.
Pak Lang Reformasi yang tulen adalah adik ipar DSAI. Semua warga keADILan dan Reformasi amat mengenali beliau. Mustahil beliau sanggup menganjurkan fitnah.
Sebagai di antara famili yang terapat dengan DSAI, Pak Lang belumlah lagi hilang kewarasan dan laparkan duit untuk mengkhianati perjuangan rakyat dan abang iparnya sendiri.
Penulis pada mulanya tidak berhasrat mahu melayani Pak Lang Reformasi palsu itu, namun apabila nama Rosli dibabitkan, penulis rasa terpanggil untuk menafikan serkap jarang yang telah dibuat oleh seorang lagi musibat layak digelar malaun.
Kalau siang-siang serkap jarang itu ternyata dibuat sesedap rasa dan nafsunya, apakah saudara-saudara masih ingin mempercayai butir-butir penulisannya sesudah itu? Pasti anda tidak akan mempercayainya melainkan kalian terlalu mudah untuk dipertolol-tololkan!
Sebenarnya Inderaloka bukan Rosli Ibrahim. Inderaloka tidak langsung mempunyai pertalian kerabat dengan Anwar.
Pak Lang Reformasi Palsu Sama Malaun Dengan Roslan
Kalaupun Inderaloka dilihat sebagai pembela perjuangan Anwar (Reformasi-Islah) dan segala pendokongnya, ia semata-mata didorong oleh penghayatannya terhadap prinsip perjuangan yang sama.
Buat malaun seperti PLR palsu dan yang semabur dengannya, sampai bila pun mereka tidak akan mengerti hakikat perjuangan sebenar. Seseorang itu tidak perlu menjadi kerabat rapat kepada mana-mana tokoh perjuangan untuk beriltizam dengan `perjuangan` itu.
Rapat dan renggangnya seseorang atau kelompok juang itu dengan sang ketua bukan menjadi ukuran mutlak untuk menguji kesetiaan mereka kepada perjuangan yang didokong.
Umpamanya siapa tak kenal dengan Roslan Kassim yang begitu hebat mengapit Anwar ketika mula meledaknya Reformasi sehinggalah malam 20 September 98, apabila Wira Rakyat itu dipisahkan daripada dunia bebas oleh sang penguasa zalim Mahathir dan kroni-kroninya.
Selain Roslan, banyak lagi malaun-malaun yang mahu dilihat sebagai benteng-benteng Anwar di saat itu, tak perlulah disebut satu persatu (rasa nak termuntah kalau menyebutnya), namun akhirnya tidak ramai yang sanggup berkongsi derita dengan Anwar.
Mereka hanya sanggup berkongsi bahagia tatkala Anwar masih boleh diharapkan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka yang tidak pernah-pernah jemu membaham habuan.
Kini saya cukup pasti bahawa tidak ada bezanya di antara Roslan Kassim dengan malaun-maluan lain yang sudah lama bersekongkol dengan Mahathir dan Dolah Badawi menzalimi agama, bangsa dan tanahair.
Apa ertinya semua itu? Jawabannya amat mudah, walaupun Roslan dan 11 malaun lain telah lima tahun lebih ditarbiyyah oleh `perjuangan` namun masih gagal untuk membebaskan jiwa mereka dari `akidah khurafat` bahawa hanya Umno sahajalah satu-satunya pemberi rezeki dan pentadbir yang terbaik di alam ini!
Jiwa seperti mereka memang tidak layak untuk tinggal lebih lama di dalam wadah Reformasi – Islah. Terima kasih di atas kesudian Umno mengangkut mereka keluar dengan kadar bayaran lebih rendah dari harga sebuah Produa-Kancil yang baru.
Pak Lang Reformis Palsu,Deformis Gelong?
Akhirnya teramat sukacitalah saya untuk mengisytiharkan kepada seluruh warga Reformasi dan BA bahawa Pak Lang Reformasi palsu itu, adalah malaun yang ke-13 sesudah Roslan, Zahid MA, Hanapiah Man, Hamdan Taha berserta 8 malaun lain!
Lebih istimewa jika malaun ke-13 itu adalah seorang deformis yang kian merewang dan mereng akalnya.
Sejak dihumban keluar daripada kelompok Reformasi, deformis itu kelihatan tak jemu-jemu untuk menukilkan `hikayat-hikayat dongeng` bagi memburuk-burukkan imej pemimpin dan parti yang pernah dianggotainya.
Siapa lagi yang mahu mempercayainya? Kalangan tertentu di dalam Umno sendiri ( Kem Dolah Badawi )sudah pun melabelkan 12 malaun yang baru melompat sebagai `12 Budak Hitam.
Bukan itu sahaja, malah kem Dolah terang-terangan menyindir bekas boyfriend Ziana Zain – Najib Tun Razak sebagai `berjiwa kecil` tidak layak memimpini warga Umno, kerana keghairahan TPM itu menarik semula bekas-bekas ahli yang pernah memaki hamun semahu-mahunya Umno dan pimpinannya ketika bersama-sama dengan keADILan..
Begitu pendirian kem Dolah Badawi di dalam `mengalu-alukan` kepulangan semula 12 orang malaun itu, bagaimana pula tanggapan mereka terhadap seorang lagi malaun?
Kalaulah Umno masih sudi menerima deformis segelong itu, sahlah sudah! `Confirmed 100 persen` Umno memang parti Gila! (kalau ikut kata Roslan dulu, Umno parti babi gila bukan lagi gila babi…) kalau tak percaya tanyakanlah dia! Itu pun jika dia masih belum lagi dihinggapi sawan babi gila …!
- Inderaloka - 17.02.2004
|
|
|
| |
| MENGAPA PERLU MENGUNDI BA? |
| 02.17.04 (4:46 pm) [edit] |
Assalamulaikom wrt.wbh Saudara-saudara pembaca budiman, Menjelang pilihan raya ke-11 bila-bila masa sahaja dari sekarang, nampaknya UMNO semakin resah dengan kekuatan parti pembangkang terutama PAS yang berkerjasama dengan parti Keadilan yang telah bergabung dengan PRM menjadi Parti Keadilan Rakyat Malaysia [ atau Keadilan ], yang mana gabungan ini tidak diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan adalah lambang ketakutan UMNO menghadapi pilihan raya itu.
Sebagaimana biasa, UMNO akan menggunakan sepenuhnya media massa baik akhbar cetak dan elektronik untuk melancarkan perang propaganda dan memburukkan reputasi parti pembangkang terutamanya PAS. Akan muncul nanti pelbagai tektik digunakan untuk mencapai matlamat tersebut sehingga media-media ini membelakangkan kebenaran dan memutarbelitkan fakta. Media-media ini juga akan membesar-besarkan isu kecil, memberat-beratkan isu ringan dan memperlekehkan perjuangan PAS dan Keadilan.
Tujuan utama UMNO ialah pertama untuk memusnahkan pakatan di antara PAS dan Keadilan dan keduanya mahu mengkikis kepercayaan rakyat terhadap peranan kedua-dua parti ini supaya pada pilihan raya itu, rakyat menolak PAS dan Keadilan dan menerima UMNO untuk mengekalkan kuasanya memerintah Malaysia.
Oleh itu, sebelum dan semasa kempen pilihan raya ke 11, kedua-dua parti ini mesti bijak merencana dengan pantas, cekap dan berkesan dalam menangani setiap propaganda dan momokan politik UMNO. Pemimpin kedua-dua parti ini perlu sedar bahawa semua saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat telah ditutup awal-awal lagi dan mereka harus bijak mencari peluang menyampaikan maklumat ini kepada rakyat.
Dalam kontek ini, PAS merupakan parti yang menjadi tunjang kepada pakatan di antara Keadilan, di samping PAS mempunyai pengaruh yang luas di akar umbi di seluruh ceruk kampong dan desa di Negara ini dan berkuasa memerintah dua buah negeri, Kelantan dan Terangganu, maka dalam tulisan ini saya mengajak rakyat memilih PAS [ bersama dengan Keadilan ] dan menolak UMNO kerana beberapa factor yang akan dibincangkan di bawah.
PENUBUHAN DAN DASAR
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan Melayu di Tanah Melayu serta menuntut kemerdekaan dari British secara lembut dan bertolak ansur bersama-sama kaum-kaum lain[ Cina dan India ] yang mendiami di sini. PAS pula ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendaulatkan ISLAM setelah UMNO enggan menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangan.
Kelahiran PAS tidak disenangi oleh penjajah British kerana perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kehendak British yang mahu mengekalkan Tanah Melayu sebagai Negara secular seperti British. Oleh itu, British melambat-lambatkan proses pendaftaran parti ini sehinggala ia diluluskan pada tahun 1955, iaitu ketika beberapa bulan lagi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 akan diadakan. Tujuan British melambat-lambatkan pengesahan pendaftaran PAS ini adalah kerana pertama, British mahu menyekat pergerakan PAS, kedua, British mahu mengekang pengaruh PAS dan ketiga, British tidak mahu PAS menjadi pesaing kuat terhadap UMNO dalam pilihan raya 1955. Sikap ini menjadi lebih nyata apabila Pesuruhanjaya Tinggi British, Edward Gent menegaskan bahawa British tidak akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sekiranya golongan ISLAM [PAS] memenangi pilihan raya tahun 1955 itu. Parti induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan dan beberapa pemimpin utamanya ditangkap dan dipenjarakan oleh British. British menganggap pemimpin PAS sama bahayanya dengan komunis. Tektik ini juga digunapakai oleh UMNO kini, di mana ramai pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan Keadilan disumbat dalam penjara dan ditahan di bawah ISA.
Sebaliknya penubuhan UMNO mendapat restu dari penjajah British. Pemimpin UMNO mendapat belaian mesra dan mendapat tempat yang baik di sisi British seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato' Abdul Razak Hussein, malah mereka diberi jawatan kerajaan sebelum merdeka lagi. British merestui UMNO dan rakan-rakannya [ MCA dan MIC ] kerana meraka bukan parti agama. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya untuk meneruskan dasar sekularnya.
Sebenarnya, kita hanya merdeka dari segi fizikal sahaja, bertukar kulit, warga sendiri yang memerintah mengantikan penjajah British. Kita sebenarnya masih dijajah oleh UMNO melalui pelbagai akta dan undang-undang yang diwujudkan oleh British dulu masih digunapakai sehingga sekarang untuk menyekat kebebasan rakyat sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh British bagi menghalang rakyat menuntut kemerdekaan. Oleh itu sekiranya kita mahu kemerdekaan kedua, yang bebas dari belenggu UMNO dari segi fizikal dan mental, maka kita hendaklah mengundi PAS dalam pilihan raya ke 11 nanti.
DASAR PERJUANGAN
UMNO memperjuangan semangat kebangsaan yang sempit untuk menjaga kepentingan Melayu atau Bumiputra. UMNO menjadikan Islam diperintah bukan Islam yang memerintah. Islam mesti tunduk dengan kehendak dasar kebangsaan yang dilaksanakan oleh UMNO. Mana-mana hukum yang bertentangan dengan kehendak UMNO atau yang tidak mendatangkan keuntungan kepada UMNO akan ditolak. UMNO akan menerima perkara agama sekiranya ia membawa keuntungan kepadanya seperti pungutan zakat, bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dan sebagainya. Politik dan agama tidak boleh disatukan menjadi pegangan UMNO. Politik lain, agama lain. UMNO boleh menghalalkan dan mengeluarkan lesen-lesen perjudian, arak, kelab malam kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan politik bagi UMNO.
PAS ditubuhkan dengan semangat keIslaman. PAS menggunakan politik untuk agama [ tidak seperti UMNO mengunakan agama untuk kepentingan politik ] sebagaimana kehendak ALLAH SWT menjadikan manusia yang hidup di muka bumi ini mesti menurut kaedah yang ditetapkanNya. PAS mencuba dan berusaha untuk melaksanakan ISLAM sebagai dasar pemerintahan di Negara ini di semua aspek kehidupan seperti dalam ekonomi, social, politik , pendidikan, pembangunan, undang-undang dan sebagainya, tetapi dihalang oleh UMNO dengan pelbagai cara dan ugutan. Terbaru Zaid Ibrahim, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan menggunakan mahkamah untuk menghalang perlaksanaan undang-undang Islam untuk orang Islam [ kononnya ini adalah undang-undang PAS, mana undang-undang HUDUD UMNO yang telah memerintah lebih 46 tahun ]. Amat malang, orang Islam yang mengaku ia seorang Islam tergamak menghalang orang Islam yang lain yang hendak melaksanakan ajaran Islam yang sebenar.
Islam tidak akan dijadikan asas pemerintahan Negara sekiranya UMNO masih berkuasa. Islam hanya untuk ritual semata-mata. Oleh itu, sekiranya kita hendakkan Islam dimertabatkan di muka bumi Malaysia ini, Islam memerintah bukan Islam diperintah, maka kita hendaklah memilih PAS dalam pilihan raya nanti
RUJUKAN TERTINGGI
UMNO meletakkan " Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang " kepada Perlembagaan Negara Malaysia yang dihasilkan oleh Lord Reid dengan kerjasama penjajah British. Perlembagaan Negara memberi peruntukan yang tertinggi kepada undang-undang di Negara ini seperti yang diperuntukan di perkara 4 (1), yang mana sebarang undang-undang digubal, pindaan, enakment, akta,yang bercanggah dengannya akan terbatal setakat mana ianya bertentangan. Ini bermakna undang-undang syariah yang dipetik dari Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Ini bermaksud Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam menjadi lebih rendah taraf kedudukannya dari undang-undang Negara. UMNO terus mengekalkan undang-undang ini setelah 46 tahun merdeka.
PAS pula meletakkan Al-Quran sebagai Undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang undang-undang yang digubal dan dipinda yang bercanggah dengan Al-Quran dengan tersendirinya akan terbatal. Inilah dasar pemerintahan Islam. Hukum hudud dipetik dari Al-Quran. Dalam amalan demokrasi, parlimen menggubal akta yang bertaraf undang-undang, tetapi dalam Islam pemimpin tidak boleh menggubal undang-undang yang bertentangan dengan Al-Quran. Pemimpin dibenarkan mengubal undang-undang yang belum termaktub dalam Al-Quran dan pemimpin juga dibenarkan membincangkan bagaimana undang-undang Al-Quran itu hendak dilaksanakan.
Bagi menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman dalam menjalani kehidupan harian supaya kita semua diberkati oleh ALLAH SWT, maka kita hendaklah memilih PAS sebagai wadahnya bukan UMNO. UMNO hanya untuk dunia sahaja.
PERLAKSANAAN ISLAM
UMNO hanya melaksanakan " Penerapan Nilai Islam " dalam kehidupan masyarakat dengan menubuhkan bank, universiti, mempertingkatkan syiar bukan syariat dan badan-badan lain yang berbau Islam. Perkara-perkara seumpama ini ada di Negara-negara bukan Islam seperti di Thailand, Britain, Amereka malah di Switzerland terdapat sebuah bank Islam terbesar lagi canggih berbanding Malaysia. UMNO menghalang perlaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan muslim dengan memberi pelbagai alasan seperti masyarakat majmuk, masyarakat Islam masih lagi ketinggalan dalam semua bidang, sekatan melalui undang-undang dan sebagainya. Hanya dibenarkan melaksanakan rukun Islam sahaja.
PAS mahukan perlaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan masyarakat kerana bagi PAS Negara Islam ialah melaksanakan Islam secara keseluruhan dan pemimpinnya melakukannya dengan penuh keimanan dan ketakwaan Beriman dengan Al-Quran. Firman Allah bermaksud,: " Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukuman yang Allah SWT turunkan, mereka itu adalah orang-orang kafir "- Al-Maidah, 5:44 ...Zalim, Al-Maidah, 5:45.
Sekiranya kita hendak melihat Islam dapat berfungsi dengan sebenarnya dalam semua aspek kehiduapan kita, maka kita tidak boleh lari dari memilih PAS yang menjadikan ISLAM sebagai perjuangannya semenjak ia ditubuhkan sehingga ke hari ini. Masih lagi konsisten, tidak seperti UMNO yang mengamalkan prinsip pragmatic dalam pemerintahan Negara.
SYARAT KEPIMPINAN
Dalam UMNO, pemimpin dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat. Pemimpinnya sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan dari segi kewangan. Nilai-nilai akhlak dan ketakwaan tidak menjadi pra syarat untuk menjadi pemimpin UMNO. Di kalangan mereka, fenomena rasuah, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah, arak, perempuan dan mencari kedudukan dan kekayaan tanpa menghiraukan haram dan halal menjadi perkara biasa. UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam mesyuarat agung mereka tidak menitikberatkan soal sembahyang dan ini boleh disaksikan secara langsung melalui tv yang mereka boleh bersorak ketika presiden sedang mengulung perbahasan sehingga melepasi waktu maghrib, malah membentangan budget 2004 soal sembanyang yang menjadi tiang agama tidak dipedulikan.
PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat utama menjadi pemimpin. Mereka yang melanggar etika Islam dengan sendirinya terlucut keahlian PAS dan mereka yang melakukan rasuah, pecah amanah dan sebagainya hilang kelayakan sebagai pemimpin jemaah. Dalam Muktakmar, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Dalam PAS, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab, tidak dalam UMNO, kepimpinan mencari kedudukan dan kekayaan.
Memilih pemimpin yang beriman dan bertakwa, apabila mendapat kuasa ia merasa takut untuk melakukan sebarang penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa apalagi untuk melakukan pecah amanah. Kuasa yang diberikan itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat yang akan dipersoalkan dihadapan ALLAH SWT kelak apa yang ia lakukan dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Berbeza dengan UMNO, mereka terlalu sangat hendakkan kuasa kerana dengan kuasa mereka boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki hati dan nafsu serakah yang tidak puas-puas merompak harta rakyat yang diamanahkan dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan harta-harta tersebut untuk kemaslahan rakyat keseluruhannya.
Kalau hendakkan rasuah tidak wujud, tidak berlakunya pembolotan kekayaan Negara untuk memperkayakan diri dan keluarga, tidak menyalahgunaan kuasa untuk mencari kedudukan, kuasa dan kekayaan dan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, perbezaan fahaman politik dan sebagainaya, kita tidak boleh lagi mengharapkan kepada UMNO. Cuba kita beralih dengan memilih PAS sebagai alternatifnya.
KEPIMPINAN
Model kepimpinan UMNO ialah " Kepimpinan Melalui teladan ". Model ini sangat longgar kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang boleh dibuat teladan oleh rakyat. Dari matan PM ke 4, PM sekarang, TPM, Menteri-menteri, MB-MB dan Ketua Menteri yang mana satu boleh dijadikan teladan. Tidak ada dalam sejarah Malaysia, seorang PM yang bersara dibenci oleh rakyat dan dibuat laporan polis mengenai salahlaku dalam masa 22 tahun memerintah. Media sering melaporkan pemimpin UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah, pecah amanah, pilih kasih dan gejala maksiat.
Model kepimpinan PAS ialah " Kepimpinan Ulamak " adalah penerus kepimpinan para anbia sebab ulamak ialah pewaris anbiya. Kepimpinan ulamak adalah sinonim dengan kepimpinan Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin. Para ulamak mempunyai sifat takwa yang boleh mengelakkan melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti oelh rakyat. Jadi, pada pilihan raya ke 11 nanti, cuba tinggalkan UMNO dan memilih PAS pula.
WAWASAAN
UMNO mencipta " Wawasan 2020 " sebagai matlamat pada tahun 2020 nanti Negara ini akan maju dengan pembangunan industri. UMNO menekankan pembangunan berbentuk fizikal, tetapi pembangunan jiwa rakyat yang akan menikmati pembangunan fizikal itu tidak diutamakan. Muda-mudi berhibur secara melampau dalam menyambut tahun baru, industri hiburan dikembangbiakkan, pusat-pusat hiburan dan tempat perjudian diberi lesen dan banyak berlakunya penyakit social.
PAS membawa " Wawasan Dunia dan Wawasan Akhirat " kerana selepas hidup di dunia, kita akan dihidupkan pula di akhirat. Di sana nanti akan dihitung dosa pahala yang kita lakukan di dunia ini. Pembangunan dalam Islam ialah pembangunan Negara yang tidak mengorbankan akhlak. Pembangunan fizikal dan rohani yang dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat.
PARTI ALTERNATIF UTAMA ORANG MELAYU
PAS merupakan parti politik dominant Melayu kedua terbesar selepas UMNO. Ia merupakan parti alternatif bagi orang Melayu untuk bernaung di bawahnya. Banyak parti-parti dominan Melayu tidak bertahan lama seperti PAS, kebanyakan parti-parti tersebut seperti Parti Negara pimpinan Dato' Onn Jaafar, Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Nasma pimpinanan Raja Nong Chik dan Parti SM46 terkubur satu demi satu tanpa batu nisan, tetapi PAS tetap unggul di sepanjang sejarah perkembangan politik Negara.
Ada lima sebab mengapa PAS boleh menjadi parti alternative kepada orang Melayu. Pertama, kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam, yang mudah menarik sokongan, simpati dan kepercayaan dari orang Melayu Islam, tidak seperti UMNO yang mana ahli-ahlinya ada orang Melayu dan bumiputra bukan beragama Islam. Kedua, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS mendapat sokongan padu daripada orang-orang Melayu beragama Islam yang mempunyai cita-cita dan harapan yang sama dengan PAS. Ketiga, kelantangan PAS membela hak, nasib dan kepentingan orang Melayu menaikkan imej PAS sebagai kubu terakhir pertahanan orang Melayu. Keempat, kewibawaan akhlak pemimpin PAS menjadikan PAS sebagai parti yang dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat, tidak seperti UMNO yamg mana pemimpinnya yang banyak tidak berakhlak dan terlibat dengan pelbagai skandal yang mengaibkan. Kelima, keupayaan PAS mentadbir Terangganu dan Kelantan walaupun ditekan dan ditindas oleh kerajaan persekutuan boleh terus mentadbir dengan jayanya berdasarkan kemampuan yang ada.
Dalam pada itu, PAS juga tidak lagi bergantung kepada sokongan golongan agama sahaja dan orang kampong semata-mata, malah kini banyak golongan professional dan orang Bandar menganggotai PAS. Ini merupakan satu perubahan yang nyata dalam sejarah PAS sejak penubuhannya tahun 1951.
PENUTUP
Pada pilihan raya akan datang, pasti kita akan menyaksikan satu pertempuran yang hebat akan berlaku di antara kedua parti yang berpengaruh ini untuk mendekati dan mempengaruhi pemikiran orang Melayu supaya memberi undi kepada parti masing-masing. Dalam system yang kita amalkan, walaupun satu undi lebih dari pihak lawan, dikira parti itu menang.
UMNO seperti biasalah akan memperkudakan segala jenis jentera, media massa dan berjenis manusia akan digunakan untuk berkempen, berhujah, berdrama dan sebagainya bagi membentok propaganda perang saraf memikat hati pengundi untuk mengundi UMNO sekali lagi.
Dalam pada itu, para strategis PAS dan Keadilan perlu merangka pelan tindakan bagi menghadapi perang saraf UMNO ini mulai dari sekarang. Perkara-perkara yang boleh dilakukan sebagai persediaan adalah seperti berikut:
i. Pada kebiasaannya, pilihan raya yang diadakan itu berat sebelah. Semua agensi yang terlibat dalam pilihan raya memihak kepada UMNO sebagai parti pemerintah. Pada pilihan raya pada tahun 1999 telah ditubuhkan sebuah badan pemantau yang diberi nama BUDI yang membuat pemantauan pengurusan pilihan raya pada tahun itu. Pada tahun ini dicadangan ditubuhkan satu pasukan pemantauan pilihan raya yang ahli-ahlinya terdiri dari kalangan professional tempatan yang berkecuali dan amat perlu dari pertubuhan antarabangsa membuat pemantauan bersama. Di akhir pilihan raya mesti dikeluarkan laporan dan dibincamgkan di forum atau persidangan di peringkat antarabangsa.
ii. Pada masa kempen, masa membuang undi dan masa pengiraan undi, semua petugas perlu membawa bersama kamera atau kamera video untuk merakam peristewa-peristewa yang tidak diingini akan berlaku. Gambar-gambar ini akan dijadikan bahan buktisebagai persediaan untuk perkembangan selanjutnya.
iii. Mulai sekarang, perlu dicetak bahan-bahan untuk penjelasan kepada rakyat mengenai salahlaku, rasuah, penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan kerajaan pimpinan UMNO untuk disebarkan kepada rakyat sebagai tindakbalas perang saraf UMNO.
iv. Mulai sekarang kita mesti melatih petugas parti yang cekap mengesan tipu muslihat UMNO kerana kita tidak ada agensi yang boleh membantu termasuk SPR, maka kita sendirilah perlu bertindak dengan pantas, cepat dan berkesan.
Akhir kata, marilah bersama-sama kita memberi undi kepada PAS supaya keadilan dalam Negara kita yang tercinta ini dapat ditegakkan semula. Keadilan hakiki dapat diwujudkan dengan hanya perlaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia di muka bumi ini seperti yang ditentukan oleh ALLAH SWT, selain dari ISLAM semuanya akan musnah bila sampai masanya. petikan dari :Pas Bukit Bendera website.
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 16.02.2004
|
|
|
| |
| FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA PAS |
| 02.17.04 (4:43 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Dalam satu artikel saya yang disiarkan oleh Laman ini pada 25.1.2004 yang saya beri judul, : “ Mengapa Perlu Mengundi PAS “, saya telah menonjolkan satu perbezaan yang amat ketara di antara PAS berbanding dengan UMNO dari segi semangat perjuangannya. PAS asas perjuangannya ialah kepada ISLAM. Menjadikan ISLAM sebagai lambang pembangunan agama, Negara dan bangsa . Pendik kata semua aktiviti social-budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya menjurus kepada anjuran ISLAM dan Sunnah Nabi s.a..w.
Berbanding dengan UMNO, UMNO mempergunakan ISLAM untuk mengekalkan kuasanya. UMNO tidak memperdulikan halal-haram, dosa-pahala dalam perjuangannya. Perjuangannya ialah matlamat menghalalkan cara. Konsep neraka-syurga tiada dalam kamus perjuangan UMNO.
Memandangkan pilihan raya ke 11 tersangat hampir dengan kita yang dijangkakan parlimen akan dibubarkan pada 10.3.2004 dan pembuangan undi akan dilakukan pada hari Sabtu [ cuti minggu ke 3 ] 20.3.2004. Pada pilihan raya kali ini, peperangan sebenar ialah di antara PAS dengan UMNO. Berbeza dengan pilihan raya pada tahun 1999 yang lalu, di mana UMNO/BN terpaksa berhadapan dengan kekuatan BA yang dianggotai oleh parti-parti seperti PAS, Keadilan, PRM dan DAP. Sekarang DAP telah keluar dari pakatan BA, yang tinggal hanya PAS dan Keadilan [ Keadilan telah bergabung dengan PRM]. Keadilan pula sekarang ini mengalami masalah pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti dan masuk UMNO sepertimana yang pernah dialami oleh parti SM46 dulu.
Jadi, pertembongan sebenar ialah di antara PAS dengan UMNO. Pertembungan di antara haq dan bathil. Seumpamanya peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Nabi Muhammad saw memperjuangkan yang haq dan Abu Jahal mewakili kumpulan yang memperjuangkan yang bathil yang mana akhirnya Abu Jahal tumbang dalam peperangan tersebut.
UMNO sebagaimana yang kita sedia maklumkan sejak dari dulu, kini dan selama-lamanya akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mengekalkan kuasa memerintah Malaysia. Pelbagai cara, strategi, taktik, manipulasi, tipu-muslihat dan sebagainya akan digunakan untuk menghadapi tentangan PAS khususnya bagi menarik sokongan orang-orang Melayu kembali menyokongnya.
UMNO memiliki semua yang ada di dunia ini. Media massa, kewangan, jentera-jentera kerajaan dan bukan kerajaan, SPR, pasokan polis dan system kehakiman yang akan membantu UMNO untuk memenangi dalam pilihan raya tersebut.
Kekuatan yang ada pada UMNO itu, tidak ada pada PAS. PAS hanya ada ALLAH dan RasulNya, yang tiada ada pada UMNO. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang memperjuangan kedaulatan ISLAM ke dalam seluruh system kehidupan manusia. UMNO adalah parti secular. Perjuangannya adalah berdasarkan harta benda yang tidak dapat bertahan lama. Ini saja kelebihan PAS yang ada.
Sebijak mana pun para strategis PAS merangka pelbagai strategi mengunakan otak dan kemampuan fizikal tidak mungkin boleh mengatasi UMNO. Bukalah Al-Quran dan mentelaahlah sejarah yang dicatatkan di dalamnya. Nabi Muhammad s.a.w. dan para-para Nabi dan Rasul yang terdahulu dari baginda juga menghadapi masalah sama sepetimana PAS menghadapinya sekarang.
Nabi Musa terpaksa menghadapi Firaun yang mempunyai seluruh kekuatan duniawi. Begitu juga dengan Nabi Ibrahim yang menghadapi Namrud. Apatah lagi mehnah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semua mereka mencapai kejayaan kerana Allah SWT senantisa membantu hamba-hambaNya yang menolong agamaNya.
Oleh itu, seluruh ahli, penyokong dan kepimpinan PAS dari pelbagai peringkat hendaklah memegang prinsip ini, di samping kita berusaha segala upaya dan kudrat yang ada untuk melawan UMNO. 100% kemenangan perjuangan Islam yang digerakkan oleh mana-mana organisasi termasuk PAS adalah pertolongan yang datang dari Allah SWT kerana menolong memperkembangkan agamaNya.
Dari itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan factor-faktor yang boleh membawa kepada kemenangan dan kejayaan di dunia ini dan di akhirat kelak. Faktor-faktor itu ialah:
1. IMAN DAN AMAL SHALEH
Allah telah menjanjikan bagi orang-orang mukmin yang mempertahankan agamaNya, Allah akan membantu menghancurkan musuh-musuhnya sekalipun dalam jangka waktu yang lama, sepertimana firman Allah:
“ Sesesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka [keranaNya] dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, [iaitu] orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya… 8230;……..” [ Al Anfal: 2 – 4 ]
“ Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di anatar kamu dan mengerjakan amal-amal shaleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Ku. Dan barang siapa yang [tetap] kafir sesudah [janji] itu, maka mereka itulah orang-orang fasik “. [ An Nur : 55 ]
“……R 30;..dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang beriman “. [An Nisaa : 141 ]
Oleh itu, bersungguh-sungguhlah penyokong, ahli dan pemimpin PAS mengerjakan amal maarof nahi mungkar untu mendapat pertolongan dari Allah SWT. Jangan kita menjadi sebahagian dari UMNO, amal makrof, nahi mungkar tidak ditegah malah dibiarkan membiak dalam masyarakat seperti pesta sambut tahun baru dan membenarkan konsert Mariah Carey diadakan dalam sebuah Negara Islam yang diwar-warkan itu. Bersifat tamak dan haloba dalam mencari kemewahan duniawi.
2. EMBELA AGAMA ALLAH
Membela agama Allah merupakan salah satu factor terpenting yang dapat mewujudkan kemenangan. Menegakkan Ad-Din boleh dilakukan melalui perkataan, perbuatan, amal shaleh ataupun berdakwah, firman Allah :
“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [agama] Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. Dan orang-orang kafir, maka kecelakaanlah mereka bagi mereka dan Allah menghapuskan amal-amal mereka “. [ Muhammad : 7-8 ]
“ Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi Rasul [ iaitu ] sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang “. [ Ash Shaaffat : 171 – 173 ]
Adakah UMNO membela agama Allah. Tidak sama sekali. Bekas PM yang lalu, Mahathir Mohamad menghina Nabi, menghina Allah [ mempermain-mainkan hukum hudud], mempersenda-sendakan ayat-ayat suci al-Quran, hendak menafsirkan semula ayat-ayat suci al-Quran, menghina ulama pewaris nabi dan anbiya mempertahankan penulis-penulis yang menghina kesucian Islam dan menghina Nabi sertakan mengalakkan perbuatan yang bertentangan dengan Islam [ seperti bertudung, pergaulan bebas, pesta-pesta hiburan dan sebagainya ].
UMNO mengalakkan dan membiarkan serta memberi ruang yang luas untuk penulis-penulis menulis dalam media massa arus perdana tanpa halangan dan sekatan. Contohnya Faris A.Noor [ NST, 4.11.2002 ] menghina Nabi mendakwa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai kemanusiaan Nabi. Katanya lagi, Nabi sendiri dalam kontek sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih pemimpin agama.
Akhbar Ali pula menulis dalam The Star, 21.2.2001 berkata, ………R 30;.. mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras. Mereka membuat fatwa yang mana kebanyakan orang termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikut. Ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah dan ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik.
Malik Imtiaz Sarwar salah seorang peguam Zaid Ibrahim yang menentang hukum Allah pernah berkata dalam NST 11.12.2001, Islam awam boleh menghakis kebebasan asasi dengan mengambil contoh kes yang berlaku ke atas seorang peniaga bukan Melayu di Kelantan yang hilang haknya apabila beliau didenda kerana menjual makanan kepada orang Islam di bulan puasa. Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam mengatakan Islam boleh ditafsirkan oleh sesiapa sekalipun tanpa mengira latar belakang keilmuannya [UM,26.9.2000]. Paling hebat dan paling sensasi sekali penulis upahan UMNO, Astora Jabat yang kerjanya 24 jam untuk mengelirukan pemikiran rakyat supaya meninggalkan ajaran Islam sebenar dan mengamalkan ajaran Islam celok yang sesuai dengan selera UMNO. Berjudi boleh. Asalkan ada lesen. Berzina boleh kalau dua-dua perlu memerlukan seperti yang berlaku di barat. Minum arak boleh asalkan secara sah di hotel-hotel atau tempat yang dilesenkan.
Apa yang UMNO buat kepada mereka ini untuk mempertahankan kecucian Islam itu sendiri. Kes-kes murtad berluasa, kes rogol dan membunuh meningkat dan pelbagai penyakit social melanda mesyarakat.
Malah sampai ke satu peringkat menghalang sebahagian orang Islam yang lain yang ingin mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan mengunakan saluran undang-undang seperti yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan menyaman Kerajaan Negeri Terangganu dan Kelantan yang hendak melaksanakan hukum hudud dengan alasan hukum hudud PAS bukan hukum hudud Islam sebenar. Mana dia hukum hudud Islam yang sebenar. Sudah 46 tahun memerintah, tiada ada satu pun cadangan perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh UMNO, yang kita dengar ialah rasuah, menyalahguaan kuasa, menyeleweng amanah yang diberi, mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan duniawi.
Bolehkah kita mengharapkan UMNO untuk membela agama Allah ini, jauh api dari panggang.
3. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH DISERTAI DENGAN USAHA YANG GIGIH TANPA PUTUS ASA Ini juga merupakan satu factor penting yang akan dapat pertolongan dari Allah SWT, sebagaimana firmanNya :
“ Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu [ tidak memberi pertolongan ], maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu [ selain ] dari Allah sesudah itu ? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal “. [ Ali Imran : 160]
UMNO memang berusaha gigih untuk mengekalkan kuasa dengan melakukan pelbagai cara dan tektik. Mempergunakan apa sahaja yang boleh diperkudakannya, asalkan matlamat tercapai.
4. BERMUSYAWARAH
Rasulullah selalu bermusyawarah dengan para sahabat. Setiap kali hendak memutuskan sesuatu perkara.
Pemimpin PAS perlu mendengar padangan orang bawah. Jangan angkoh dan sombong. Perlu ada saluran hubungan atas-bawah saling lengkapi melengkapi di antara satu sama lain. Jangan jadi macam UMNO. Hanya ada satu saluran perhubungan sahaja atas ke bawah, tiada ada sama kali pandangan bawah ke atas.
Keputusan hanya dibuat oleh peringkat atasan yang wajib dipatuhi oleh orang bawah. Tiada ada percambahan fikiran berlaku. Semuanya menjadi jumud. Sebarang kritikan dianggap menderhaka dan perlu diambil tindakan yang keras kadang-kadang tindakan yang diambil itu tidak masuk akal, walaupun kesalahan yang dibuat itu kecil. Hukuman sebagai pengajaran kepada orang lain supaya jangan lagi mengkritik kepimpinan atasan. Pimpinan atasan tidak dan tidak pernah melakukan kesalahan. Orang bawah sahaja yang bersalah. Pemimpin mahu senantisa dipuja dan disanjung.
Pemimpin PAS perlu elak perkara ini berlaku dalam organisasi PAS. Sebarang kritikan mesti dialu-alukan, walaupun pahit untuk ditelan. Selalu bermuhasabah diri dan kepimpinan. Insafkan diri bahawa kita manusia yang pasti ada kekuatan dan kelemahan. Pemimpin UMNO bolehlah mereka insan mulia yang terhindar dari melakukan sebarang dosa dan noda. Kita dalam PAS akui kelemahan dan Allah SWT yang maha berkuasa.
5. TEGUHKAN PENDIRIAN DALAM MENGHADAPI MUSUH
Pertolongan Allah akan datang jika kita selalu berpendirian tegas dalam perjuangan ketika menghadapi musuh. Seorang mujahid pantang gementar, penakut dan pengecut apabila menghadapi musuh. Jangan sekali-kali lari dari dari perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Jangan jadi seperti kepimpinan parti SM46 dan sebahagian dari bekas pemimpin Keadilan.
Lihatlah Nabi yang selalu bersikap tegas ketika memimpin peperangan, baik perang Badar, Uhud ataupun Hunain. Sabda beliau, “ Hai manusia, janganlah mengharapkan untuk berjumpa dengan musuh dan pohonlah kepada Allah keselamatan. Jadi, jika berjumpa musuh, bersbarlah, dan perlu mengetahui bahawa shurga itu di bawah baying-bayang pedang [ HR Muslim ]
6. BERANI BERKORBAN
Setiap pejuang PAS perlu berani berkorban harta, wang ringgit, masa dan tenaga untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Perlu ada keyakinan diri bahawa jihad itu bukan penyebab kematian merupakan factor-faktor yang dapat mendatangkan pertolongan Allah, seperti firmanNya:
“ Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh “. [ An Nisaa : 78 ]
7. SELALU BERDOA DAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR
Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dan perlukan pertolongan dari Allah, maka kita perlu banyak berzikir dan mengingiti Allah. Jangan jadi macam UMNO yang mereka ingat hanya kedudukan, kuasa dan kekayaan. Ingat Allah ketika berada dalam kesusahan. Allah sahaja yang kita harapkan untuk menghancurkan musuh-musuhNya. Firman Allah :
“ Berdoalah kepada Aku nescaya akan Ku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, mereka akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam kehinaan “. [ Al Mukmin : 60 ]
8. TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
Semua yang menyokong PAS perlu memperhambakan diri kepada Allah dan megikuti segala sunnah Nabi, baharulah datang pertolongan dari Allah bagi kita untuk mengalahkan UMNO dalam pilihan raya nanti.
UMNO kebanyakan pemimpinnya mengabaikan soal ini. Mereka boleh mengabaikan sholat 5 waktu. Dalam aktiviti tidak dimasukkan acara untuk mengingati Allah, selain membaca doa untuk membuka majlis. Selepas itu acara mungkar akan dilakukan.
Firman Allah, “ Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan “. [ An Nur : 52 ]
9. BERSATU
Para pejuang PAS perlu bersatu dan dilarang berselisih atau berpecahbelah. Selain itu wajib berpedomankan hanya kepada Allah dan RasulNya.
Firman Allah, “ ……..dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu menjadi gemetar dan hilang kekuatan dalam menghadapi musuh “ [ Al Anfal : 46 ]
“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah [agama] dan jangan kamu bercerai berai “. [ Ali Imran : 103.
10. BERSABAR
Setiap menghadapi permasalahan, termasuk persoalan menghadapi musuh [ UMNO ], umat Islam dituntut untuk bersikap sabar. Sabar itu tiga jenis. Pertama, sabar terhadap ketaatan kepada Allah. Kedua, sabar terhadap larang-larangan Allah dan ketiga, terhadap ketentuan dari Allah, sekalipun hal itu tersangat memilukan. Allah berfirman :
“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu memperolehi keuntungan “. [ Ali Imran : 200 ]
11. IKHLAS KERANA ALLAH
Semua penyokong PAS hendaklah ikhlas dalam perjuangan bukan kerana wang dan harta benda seperti yang diamalkan oleh UMNO. Firman Allah :
“ Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Allah, maka Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.
12. TAAT KEPADA PEMIMPIN
Penyokong PAS wajib memberi ketaatan kepada pemimpin yang amal makrof nahi mungkar. Taat mengikuti apa yang diarahkan dan menjalankan strategi yang telah diatur untuk mencapai kemenangan. Firman Allah :
“ Sesunggunya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu “ . [ Al Hujurat : 13 ] PENUTUP Saya amat pasti sekiranya semua penyokong, ahli dan pemimpin-pemimpin PAS mengamalkan apa yang saya bincangkan di atas, pasti kita dapat tumbangkan UMNO dalam pilihan raya nanti.
UMNO memiliki semua kekuatan. Media yang akan digunakan 24 jam berkempen memburukkan PAS dan imej pemimpinnya, menyiarkan iklan-iklan dalam akhbar-akhbar dan TV yang tidak bermoral dan tidak beretika dalam menghentam PAS, kewangan yang mewah untuk merasuahkan pengundi-pengundi dan membeli pemimpin yang tiada ada maruah diri, jentera-jentera kerajaan seperti pasokan polis, SPR, kakitangan awam, kenderaan-kenderaan milik agensi kerajaan, bangunan-bangunan, sekolah-sekolah, balai-balai raya akan digunakan membantu UMNO untuk memenangi pilihan raya dan kembali berkuasa semula. Tiada pada UMNO ialah taat pada Allah SWT dan RasulNya. Ini yang ada pada PAS. Gunakanlah. Kita tidak boleh bersaing dengan kekuatan UMNO yang ia miliki.
Sekian, kita akan bertemu lagi di lain waktu. InsyaAllah. Terima kasih. Wassalam.
- Meli - 17.02.2004
|
|
|
| |
| Keberanian Dalam Kebodohan Tiga Abdullah |
| 02.17.04 (4:41 pm) [edit] |
Keberanian Pak Lah yang bodoh (barua Dr. Mahathir) membiarkan proses undang-undang berjalan telah memukau kelibat sebahagian besar pemimpin pembangkang. Penentang Pak Lah kini telah kehilangan kata-kata mereka. Mungkin situasi ketika ini, Ustaz Hadi dan Wan Azizah agak serba salah untuk memilih antara terus mengasak atau bertolak-ansur dengan Pak Lah ekoran sedikit keberanian Pak Lah memukat jerung-jerung seperti Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia atas pertuduhan rasuah. Namun saya berkesimpulan selagi Pak Lah gagal/enggan membawa Dr. Mahathir (dan dirinya sendiri) ke muka Mahkamah di atas pelbagai pertuduhan; rasuah, penyalahgunaan kuasa, perang Memali dan yang terpenting seperti pandangan Hishamuddin Rais, dosa yang paling akbar UMNO/BN ialah memperbodohkan rakyat! Maka selagi itulah segala tindakan Pak Lah hanyalah sekadar kosmetik untuk satu persembahan pentas bagi mendapat tepukan gemuruh dari rakyat.
Wahai Pak Lah, kami tidaklah sebodoh Salahuddin Ayyub yang mengiakan kezaliman Ezam Mohd Nor ke atas teman-temannya dan kami juga tidaklah sepenakut seperti Ustaz Hadi yang gementar dengan penjara. Tindakan kosmetik ini sesekali tidak akan mengabui mata kami bahawa kehadiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah petunjuk kuat bahawa dunia sekarang di ambang kezuhuran Imam Al-Mahdi. Pemimpin yang bernama Abdullah adalah oposisi kepada legitimasi kepimpinan Imam Al-Mahdi termasuk Pak Lah.
Sebelum kezuhuran Imam Al-Mahdi, akan muncul beberapa pemimpin dalam dunia Islam yang bernama Abdullah sebelum akhirnya dinoktahkan dengan pelantikan Putera Mahkota Abdullah sebagai Raja baru di Arab Saudi mengantikan King Fahd. Dan, kesemua kepimpinan negara di bawah mereka yang bernama Abdullah pada akhir zaman pastinya akan membawa watak pengkhianat terhadap perjuangan Islam angkara kebodohannya.
Jika Abdullah Jordan sanggup berdamai dengan Israel dan Abdullah Arab Saudi mengemukakan cadangan pendamaian bodoh dengan Israel manakala Abdulllah Malaysia telah mengkhianati amanah sebagai pengerusi OIC dan NAM. Pak Lah sekadar melepek (pinjam kata-kata Lokman Noor Adam) sambil menunggu kecaman dan kritikan tanpa ada satu sikap proaktif ke arah membebaskan Baitul Muqaddas. Inilah namanya pengkhianatan halus terhadap perjuangan Islam. Sewajarnya Pak Lah berani bertempur dengan Bush-Blair selaku Pengerusi OIC bukannya cakap benda yang remeh-temeh yang langsung tidak mengerakkan kebangkitan ummah di seluruh dunia. Malulah sikit dengan Syria, Iran dan Libya!
Pemimpin spiritual Republik Islam Iran (negara pendukung kepimpinan Imam Al-Mahdi), Ayatollah al-Udzma Sayyed Ali Khamenei dalam satu kenyataannya yang dipetik dari IRIB telah menempelak kepincangan kepimpinan Pak Lah selaku pengerusi OIC yang disifatkan gagal menyuarakan suara dunia Islam. Saya sebagai rakyat Malaysia merasa amat malu bagaimana negara kita langsung tiada kredibiliti untuk memimpin OIC yang sebelum ini Malaysia dilihat bertungkus-lumus dalam merebut jawatan ini. Dan, yang lebih memalukan lagi kita sedang dipimpin oleh seorang pemimpin yang bodoh (maaf, sebenarnya amat-amat bodoh!).
Pak Lah ingat dengan mendakwa Eric Chia dan Kasitah Gaddam (yang langsung tidak popular itu) boleh menafikan label bodohnya. Sesekali tidak! Pak Lah boleh menipu Barisan Alternatif tetapi bukannya insan seperti saya. Pada saya, berjuang untuk membawa Malaysia ke arah meletakkannya dalam peta negara pendukung Imam Al-Mahdi adalah satu ibadah. Mudahnya, menentang Pak Lah yang dungu adalah ibadah selagi mana kepimpinan negara tidak terarah di bawah legitimasi kepimpinan ilahi –Imam Al-Mahdi.
Saya sebagai anak muda mencabar Pak Lah untuk melaksanakan dua perkara mendesak:- 1. Antarabangsa; letak jawatan sebagai Pengerusi OIC atau ambil satu sikap proaktif ke arah membebaskan Baitul Muqaddas. 2. Nasional; membiarkan proses undang-undang berjalan bagi mendakwa anak-anaknya atas pertuduhan rasuah dalam pemberian kontrak makanan ATM, mendakwa Dr. Mahathir di atas kezaliman Memali dan penyalahgunaan-kuasa, mendakwa Khir Toyo dan 2R (Rafidah dan Rahim) atas pertuduhan rasuah. Jika tidak, sahlah Pak Lah memang bodoh! Saya akan menunggu tindakannya…
Husayn Rowhani husaynrowhani@yahoo.com - 16.02.2004
|
|
|
| |
| Mariah Carey dan Siti Norhaliza Sama saja |
| 02.17.04 (4:38 pm) [edit] |
Tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Perseketuan menghantar memorandum bantahan konsert Mariah carey kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunjukan sikap double standard pemuda terhadap hiburan. Aku tak pasti sama ada ianya satu keiklasan dari Dewan Pemuda WP atau hanyalah satu gimik politik murahan pemuda PAS. Aku tidak bermaksud untuk menyokong konsert tersebut tetapi adalah amat menghairankan mengapa hanya penyanyi luar sahaja di tentang tetapi penyanyi tempatan pula belum pernah aku dengar atau terbaca Dewan Pemuda WP membuat bantahan tanda tidak setuju. Dewan Pemuda WP memberi alasan penyanyi tersebut berpakaian tidak sopan dan tidak sesuai dengan budaya orang Malaysia. Persolannya siapakah penyanyi Malaysia yang berpakaian sopan dan apakah sebenarnya budaya Malaysia. Kalau yang dianggap bersopan itu adalah Si Siti Norhaliza perhitungan ada adalah cukup tersilap besar. Andaikata pakaian siti Norhaliza menjadi kayu pengukur kesopanan artis aku cadangkan Dewan Muslimat PAS bertukar dari bertudung labuh kepada baju kurung yang kadang-kadang bertudung. Bukankah itu Siti Norhaliza yang orang PAS sanjung. PAS jangan lagi bercerita tentang halal dan haram kerana sudah cukup untuk megikuti teladan yang di tunjukan oleh siti Norhaliza. Kerja pemuda PAS ialah asal ada saja artis luar negeri datang hantar memorandum tapi kalau siti Norhaliza jangan ditentang kerana PAS tentang konsert Mariah Carey kerana dia tidak berpakaian sopan. Itu saja.
Entahlah kalau ya pun Mariah Carey ini jahat tapi belum pernah aku dengar Mariah carey menhina Islam tapi Siti Norhaliza bukan saja menjadi penyokong kuat kepada mereka yang menentang Islam di Malaysia ini malah berkempen agar jangan sekali kali Islam tertegak di Bumi Malaysia ini.
Please …… la Brader! Sama saja sapa pun yang buat konsert kat Malaysia ni. Peminat Mariah carey 70% bukan Islam tapi peminat siti Norhaliza 100% orang islam. Apsal dok kalut dengan Mariah Carey tu dia tak ajak pun pemuda pemudi undi BN tapi yang jahat tu Siti Norhaliza yang menjadi penyambung lidah Syaitan di Malaysia ni. Kalau anda betul ikhlas jom kita bantah semua konsert Siti Norhaliza kat Malaysia ni.
UNICORN survivalunicorn@yahoo.com - 17.02.2004
Respons 1: Assalamu’alaikum wbt
Alhamdulillah… saya ahli PAS dan masih yakin dengan arah yang nak di bawanya… saya sependapat dengan anda… siapa pun anda…! (rujuk Laman Marhaen, “Mariah Carey dan Siti Norhaliza Sama saja!” Oleh: Unicorn”)… terima kasih atas teguran itu… semoga mereka sedar dan berbuat sesuatu untuk mengatasinya! Jika tidak perjuangan mereka akan hanya sia-sia… dan mengakibatkan para penyokong mereka juga hanya menyokong sesuatu yang sia-sia!... (na’udzubillah!) .. - BiQ (respons ini diterima pd 17.02.2004 - 10.15 pagi)
|
|
|
| |
| Keadilan Bentong Terus Utuh Dan Bertambah Kuat |
| 02.17.04 (4:36 pm) [edit] |
Parti Keadilan Nasional Bahagian Bentong telah membuat keputusan untuk melantik Sdr Othman Bin Ismail selaku Pemangku Ketua Bahagian Bentong yang baru dan juga Sdr Aeri Azahar Bin Ghazali selaku Pemangku Ketua Pemuda Bahagian bentong yang baru mulai 15 Februari 2004. Keputusan ini dicapai ketika mesyuarat tergempar Keadilan Bahagian Bentong semalam (15 Februari 2004) bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Wahid Shuhaimi dan Sdr Jeffrey Nizam akibat kemasukan mereka berdua ke dalam umno pada 11 Februar1 2004 yang lalu. Seramai 16 Ahli Jawatankuasa Keadilan Bahagian Bentong telah mengadakan perbincangan selama 2 jam di pejabat bahagian yang mana ianya turut dihadiri oleh Sdr Amir Abd Aziz dan Sdr Rizal Ali Selaku Wakil dari Perhubungan Negeri untuk memantau perjalanan mesyuarat tersebut.
Sdr Amir Abd Aziz ketika dihubungi turut melahirkan rasa kagum terhadap ahli-ahli di Bentong kerana masih kuat dah teguh dengan keputusan bersama Parti ini walaupun dipercayai wakil kedua-dua bekas pemimpin ini telah mula turun ke bawah untuk memujuk mereka agar menyertai bersama-sama mereka ke dalam umno. Di samping itu juga keputusan memilih 2 pemimpin baru bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan itu adalah amat tepat kerana secara tidak langsung telah menjawab teka teki ahli bawahan sama ada Keadilan di Bentong ini masih wujud atau tidak dan juga secara tidak langsung telah memberi isyarat kepada Dr Wahid Shuhaimi bahawa ahli-ahli di Bentong ini tidak mudah untuk diperdagangkan maruah dengan memasuki umno!
Sementara itu Pemangku Ketua Bahagian Sdr Otman Ismail dan Sdr Aeri Azahar Ghazali selaku Pemangku Ketua Pemuda Bahagian sepakat mengatakan "pemimpin boleh datang dan pergi tetapi perjuangan tetap diteruskan" dan "rakyat bawahan tidak pernah mengkhianati pemimpin tetapi pemimpin (yang keluar parti) selalu mengkhianati rakyat bawahan". Kenyataan mereka bersama ini juga turut mengingatkan kepada 2 bekas pemimpin Keadilan Bentong itu agar jangan sesekali cuba untuk membuat huru hara terhadap parti keadilan Bahagian Bentong ini dengan menghantar wakil untuk memujuk agar bersama-sama untuk menyertai umno.
Menurut mereka lagi, proses memujuk ahli ini terpaksa dilakukan kerana mereka berdua sekarang ini berada di dalam 'situasi' yang tidak menyenangkan akibat kegagalan mereka untuk menunjukkan kepada umno bentong khususnya Dato Seri Adnan Yaakob selaku ketua umno Bentong dan MB Pahang tentang pengaruh mereka berdua di dalam Keadilan selama ini. mereka juga ingin memberitahu kepada umno bahawa tanpa mereka berdua Keadilan Bentong pasti lumpuh dan seterusnya dibubarkan akibat ketiadaan orang yang layak untuk memimpin Keadilan di Bentong itu sendiri.
RIZAL ALI Pemangku S/usaha Perhubungan Negeri Parti Keadilan Nasional, Pahang DM
Bertarikh: 16 FEBRUARI 2004
|
|
|
| |
| Apa kejadahnya? 60 000 orang Utusan Meloya kata 1000 orang saja |
| 02.17.04 (4:34 pm) [edit] |
Assalamuallaikum, Saya tergerak untuk menulis kejadian sebenar dari apa yang saya alami di Program Perhimpunan 100 000 di Charok Tok Kon pada 14.02.2004 tempoh hari. Ini adalah gara-gara saya membaca Utusan Meloya keluaran hari ini dimana yg bertajuk Keadilan dijangka berkubur tidak lama lagi. Ini bukan apa, kita kan sudah tahu yang apa yang ditulis tu selalunya tak betul tapi jika tak betul tuu biar laa orang percaya sikit ini tak…yang pie tulis orang hadir kat program tu cuma 1000 orang apa kejadahnya…..nie saya nak habaq bagi semua rakyat Malaysia tau…pada hari tuu jumlah manusia yang datang adalah tak kurang daripada 60 000 orang, itu pun jika tak silap mata memandang laaa….. Oklah pada semua ahli reformasi…teruskan perjuangan…usah peduli apa kata lawan….janji…lawan tetap lawan….Allah’huakbar… ; P/s: kepada urusetia Program 100 000 rakyat lebih bagus sekiranya disertakan gambar-gambar pada hari itu…biaq BN tau apa yang sebenarnya dan satu lagi saya dapat tahu jika nak cerita sebenar pie cari akhbar cina…depa nie tulis yg betoi…..tahniah pada mereka…. Wassalam Anak Reformasi “Progresif Adil Sejahtera” BA tawan Kedah 2004…..Insya’Allah Petikan dari Utusan meloya….. Keadilan dijangka berkubur tidak lama lagi BUKIT MERTAJAM 15 Feb. - Program Perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang semalam memberi isyarat jelas bahawa parti itu akan berkubur tidak lama lagi ekoran ketiadaan sokongan rakyat. Ketua Penaja UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, ini kerana rakyat kini telah menyedari bahawa parti pembangkang itu tidak memperjuangkan rakyat jelata sebaliknya membela kepentingan individu tertentu.
``Kegagalan Keadilan mendapat sambutan adalah isyarat jelas bahawa ia tidak lagi diperlukan oleh rakyat yang pada waktu ini telah merapatkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas program anjuran Keadilan di Kampung Cherok To'Kun, Permatang Pauh dekat sini semalam yang gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan yang hadir pada perhimpunan yang turut membabitkan siri ucapan pendek oleh beberapa pemimpin pakatan pembangkang itu bukan dari kalangan penduduk setempat, sebaliknya dari luar Pulau Pinang.
Antara pemimpin kanan yang kelihatan semasa perhimpunan tersebut ialah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail; Naib Presidennya, Tian Chua dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.
Perhimpunan Rakyat GAB Kejayaan Besar! Editor 16 Februari 2004 (Dipetik drp Forum Gerak Reformasi)
Ketika kerajaan BN merwarwarkan kemasukan 12 bekas ahli Keadilan ke dalam UMNO, perhimpunan Gerakan Anwar Bebas di Galeri Pejuang, Cherok To' Kun yang berlangsung pada hari Sabtu lepas menarik antara 10 000 - 20 000 rakyat Malaysia dengan kehadiran pimpinan tertinggi Keadilan, BA serta reformis-reformis lain. Mereka yang hadir dari 3.00 petang berkampung di sana sehingga tengah malam dan bersorak Reformasi ketika Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Tian Chua melepaskan poster gergasi Anwar ke udara serentak dengan percikan bunga api.
Rakyat yang hadir di sana dari pelbagai kaum dan golongan, membuktikan kedudukan Keadilan sebagai parti pelbagai kaum yang terulung di Malaysia. Lebuhraya dan jalanraya menuju ke Cherok To' Kun juga penuh sesak dengan kenderaan mereka yang menghadiri program tersebut. Rakyat yang berhimpun di sebelah petang telah melaungkan 'Bebaskan Anwar', 'Reformasi' dan 'Tangkap Mahathir!'. Perhimpunan sebelah petang menyaksikan penyertaan mahasiswa USM, serta aktivis-aktivis kempen Broga dan SOS Damansara.
Antara mereka yang menyampaikan ucapan termasuklah pimpinan parti Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Syed Husin Ali, Tian Chua, Azmin Ali, Ezam Mohd Noor, Saifuddin Nasution, serta Dr. Hatta Ramli dari PAS, Dr. Jeyakumar Selvaraj dari PSM, dan Hishamuddin Rais.
Presiden Parti Dr. Wan Azizah berkata sambutan rakyat terhadap perhimpunan tersebut membuktikan Keadilan tidak terjejas dengan penyertaan 12 ahlinya ke dalam UMNO.
Keadilan juga dikatakan bersedia dengan penyertaan beberapa lagi ahlinya dengan pilihanraya semakin hampir dan pelbagai tarikan yang ditawarkan oleh UMNO.
Isu Anwar ialah isu rakyat, kata Tian, kerana Anwar menjadi simbol kehancuran institusi demokrasi di Malaysia.
Azmin mencabar Pak Lah untuk bertanding di Permatang Pauh jika beliau benar-benar yakin Keadilan sudah lemah. "Kita akan tamatkan karier politik Pak Lah sekiranya beliau bertanding di sini!"
Ezam pula mengumumkan beliau akan menentang Timbalan Perdana Menteri dan perunding UMNO utama dibelakang penyertaan 12 bekas ahli Keadilan, Najib Tun Razak di Pekan.
Kemunculan Zool Hilmi Yahya, yang berjaya dalam intipannya terhadap gerak-geri perunding-perunding UMNO dan 12 bekas ahli Keadilan telah mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Saifuddin Nasution turut mendapat sokongan gemuruh penonton. Ceramah beliau beberapa hari yang lepas mendapat kunjungan 20,000 hadirin.
Seorang penganalisa di sebuah universiti tempatan berkata perhimpunan tersebut membuktikan BN tidak boleh merendah-rendahkan Keadilan. "Perhimpunan ini menunjukkan kekuatan utama Keadilan - memobilasi rakyat untuk berhimpun, mengumpulkan aktivis pelbagai NGO, universiti dan rakyat umum dan menarik sokongan rakyat pelbagai kaum."
Menurut beliau lagi, antara perkara yang membuat UMNO merasakan Keadilan lemah ialah dengan kawalan ketat terhadap ceramah akhir-akhir ini. "Jadi UMNO merasakan Keadilan lemah kerana mereka mahu berasa demikian. Hakikatnya, rakyat umum masih memberi sokongan mantap terhadap Keadilan."
17.02.2004
|
|
|
| |
| Masalah Orang Melompat (The Trouble With Defecting …) |
| 02.16.04 (7:56 pm) [edit] |
Sesiapa yang suka melompat parti akan menghadapi cercaan dan makian daripada bekas rakan seperjuangannya dan juga para penyokong di dalam parti lama, dan dipandang rendah oleh golongan dalam parti yang masuk secara melompat itu. Tidak sesiapa yang suka dengan pembelot, walaupun rakan parti baru akan menunjukkan kemesraan menerima kemasukannya, mereka sebenarnnya tidak akan menghargai lompatan itu kerana menyedari bahawa si ‘katak’ itu adalah seorang petualang yang menderhaka.
Namun, mereka akan menerima ketibaan orang baru itu dengan tangan yang terbuka, bukan kerana menghargai kemasukan itu sebagai satu aset pada partinya, tetapi kerana memikirkan perbuatan itu akan menghenyak dan merumitkan parti lawannya. Sesungguhnya mereka tidak perlukan kemasukan seseorang penderhaka, tetapi mereka lebih rela menafikan parti lawan kehilangan orang yang melompat itu.
Contohnya ialah kalau anda memiliki banyak pokok berbuah, seperti yang dimiliki oleh jiran anda. Tetapi si jiran itu memiliki pohon yang lebih baik mutunya. Namun dia akan bersedia menebang pokok anda, bukan kerana mahu menafikan anda menikmati buah yang mungkin muncul daripada pokok yang ditebang itu. Apabila pokok anda sudah ditebangnya tentulah anda sudah dinafikannya daripada menikmati buah yang sepatutnya membesar daripada pokok-pokok itu.
Itulah secara ringkasnya andaian apa yang terjadi apabila berlaku lompat-melompat.
Sesungguhnya saya amat kenal dengan kebanyakan pemimpin akar-umbi Parti KeADILan yang melompat memasuki UMNO empat hari yang lalu. Salah seorang antara mereka ialah Ruslan Kassim, yang satu ketika pernah menjadi Ketua Penerangan parti. Saya pernah mewujudkan pejabat operasi Free Anwar Campaign (FAC) di Jelatek, untuk mudah berinteraksi dengan beliau selalu.
Sebahagian kerja saya dalam FAC ialah menerbitkan buku dan VCD mengenai Anwar Ibrahim, Reformasi dan banyak lagi. Semasa itu Ruslan sibuk bersimpang siur ke sana ke mari menjelajah negara untuk menghadiri ceramah. Setiap kali dia keluar berceramah, dia membawa bersamanya buku-buku dan VCD untuk dijual di majlis ceramah itu.
Semasa diadakan pilihan raya kecil di Lunas pada 29 November, 2000, Ruslan telah menyediakan satu gerai untuk menjual bermacam-macam buku dan cenderamata serta VCD. Dia mendapati perniagaan yang laris dan mampu menjual apa yang dibawanya pada beberapa hari sahaja.
Dia telah menelefon untuk mendapatkan bekalan tambahan dan saya telah membawanya penuh satu kereta dan menyerahkannya kepada beliau. Semuanya habis terjual. Ketika dia pergi ke U.K. untuk mengadakan ‘road-show’, dia telah membawa banyak barang sehingga terpaksa membayar kos bagasi yang terlebih berat.
Sudah tentu saya gembira melihatkan ‘agen pemasaran’ saya berjaya dengan penjualannya. Masalahnya ialah saya tidak pernah dibayar dan telah kerugian sebanyak RM60,000 yang terpaksa saya luputkan kerana memang tidak ada cara lain untuk Ruslan membayar balik hutang itu kepada saya.
Kemudian Ruslan meminta saya bersamanya menghadiri satu mesyuarat yang diaturnya dengan seorang ‘financier’ (pembiaya). Tugas saya ialah memberikan penjelasan apa yang sebenarnya dibuat oleh FAC. Saya turutkan kehendaknya dan Ruslan telah mengakhiri penerangan saya itu dengan penekanan betapa rencana besar itu memerlukan pembiayaan.
Demikianlah, saya telah menghadiri beberapa mesyuarat lagi tetapi tidak ada susulan selepas pertemuan itu. Pada mulanya saya fikir semua pembiaya itu tidak berminat. Rupanya, tanpa saya sedari wang ringgit sudah bertukar tangan banyak kali sebagai sumbangan untuk membiayai operasi FAC.
Saya menjadi hangat juga menyedari bagaimana wang telah dikumpulkan atas nama FAC dan saya telah terbabit menguruskan penerangan semua untuk menghalalkan urusan itu. Ketika itu baru saya sedar kenapa Ruslan begitu bersedia menjemput FAC untuk beroperasi di pejabatnya. Dia mahu menunjuk-nunjuk bahawa FAC itu adalah urusan yang dikelolakannya, dan itulah yang memudahkan beliau membuat kempen untuk mendapatkan sumbangan.
Saya telah keluar berpindah daripada pejabatnya selepas itu hingga hari ini. Saya tidak tahu berapa banyak wang yang telah diterimanya atas nama FAC.
Inilah kualiti pemimpin KeADILan yang telah dipancing oleh UMNO.
Sepatutnya Dr. Wan Azizah sudah lama menghumban Ruslan keluar daripada parti. Kenapa beliau tidak berbuat begitu adalah sesuatu yang masih tidak dapat saya fahami.
Namun demikian, Dr. Wan Azizah telah mengetepikan Ruslan daripada jawatan Ketua Penerangan Parti. Tetapi dia telah diberikan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negri Sembilan. Sejak memegang jawatan itu, KeADILan Negri Sembilan berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan banyak cawangannya telah tidak bergerak langsung.
Saya akan terkejut seandainya kita dapat melihat sehelai bendera KeADILan berkibar lagi di Negri Sembilan.
Kalau anda mahu pendapat saya, UMNO tidak berjaya mencuri satu pun aset kita yang berharga. UMNO sebenarnya melakukan bakti kepada kita untuk mengetepikan Ruslan Kassim. KeADILan tidak memerlukan khidmat Ruslan Kassim. Mungkin sekarang ini kita tidak dihantui masalah beliau berkeliaran ke sana sini mengutip derma untuk kegunaan parti atas nama perjuangan. Saya tefikir juga berapa ramai manusia yang telah dikelentung oleh Ruslan. Mereka itu pasti menempelak diri sendiri kerana ditipu oleh kaki kelentung yang sungguh licik ini.
Sesungguhnya saya masih marah dengan diri sendiri kerana membiarkan barangan berharga RM60,000 yang merupakan hasil titik peluh sendiri boleh lenyap begitu sahaja.
Raja Petra Kamarudin. Pengarah, Free Anwar Campaign. http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya... http://www.tun-uda.com/" title="http://www.tun-uda.com/" target="_blank"http://www.tun-uda.com/
|
|
|
| |
| Tergamak Inderaloka Menghina Roslan... |
| 02.16.04 (7:54 pm) [edit] |
[i](Disiarkan atas permintaan penulis, Pak Lang Reformasi di mana salinannya juga telah disiarkan di Forum Gerak Reformasi) [/i]
Apabila adinda Lokman dipecat kerana menegur sikap Ezam yang melalaikan kebajikan anak buahnya ketika dia bersenang-lenang membina mahligai, saya masih boleh berdiam diri melihat Lokman dihina oleh Inderaloka (Lokman Gila Talak?). Tetapi apabila Ruslan memutuskan untuk menyertai UMNO semula dihina oleh Inderaloka(Hamdan Penjual, Najib Pembeli – Sebelas Malaun Bertukar Tuan), saya rasa saya perlu menegur sikap buruk manusia yang berselindung dibalik nama pena Inderaloka ini. Untuk makluman pendokong reformasi sekalian, manusia yang memakai nama Inderaloka merupakan saudara saya juga. Beliau ialah Rosli Ibrahim, adik kepada Anwar Ibrahim. Apa yang menyebabkan saya terkilan ialah Rosli sendiri tahu bahawa pengorbanan manusia bernama Lokman dan Roslan sepanjang kita berjuang membebaskan abang Non. Apa yang Lokman dan Roslan belum buat sehingga beliau tergamak menghina mereka sedemikian rupa. Lokman tu, masuk lokappun dah dekat sepuluh kali,ISA dan 2 kali, didakwapun dah hampir 5 kali. Malah kita jangan lupa pengorbanan beliau sehingga terpaksa berpisah dengan isterinya kerana meletakkan perjuangan membebaskan abang non mengatasi kepentingan keluarganya sendiri. Bila dia tegur Ezam dia dipecat, sepatutnya kita sebagai ahli keluarga Anwar tidak boleh masuk campur dalam krisis mereka. Rosli sendiri pernah mengerluh bagaimana duit yang orang sumbangkan untuk perjuangan kita digelapkan oleh Azmin dan Pak Wan Ismail. Saya juga masih ingat kerluhan Rosli apabila orang menceritakan tentang kehebatan mahligai yang dibina oleh Ezam. Kalau yapun tak tahu hal sebenar, lebih baik kita berdiam diri. Takkan Lokman berani menentang Ezam kalau dia takde bukti. Sebab dia ada buktilah dia berani lawan Ezam yang didokong oleh semua pemimpin parti.
Apa yang menyebabkan saya bertambah kecewa ialah apabila Rosli atau Inderaloka mula melemparkan fitnah keatas Roslan yang kita semua tahu betapa hebat perjuangannya. Siapa boleh nafikan bahawa dari segi gerakkerja, tiada siapa yang boleh mengatasi kecemerlangan Roslan. Dahlah kita sebagai keluarga Abang Non tak pernah pedulikan masalah dia, bila dia tinggalkan keadilan kita hina dia pulak. Apa yang Roslan belum buat untuk kita? Nak cerita dari ceramah, hampir tiap malam dia ceramah. Nak cerita dari program, program keadilan Negeri sembilan pimpinannya paling banyak berbanding negeri lain. Yang saya sedih ini, Roslan ni bila hari raya, dia jual kuih raya, bila budak nak sekolah, dia jual beg sekolah, jual shaklee dan minyak hitam serta pelbagai kerja lain untuk meneruskan perjuangan membebaskan abang Non. Pernah kita tolong dia? Roslan ni bukan hanya dah berhempas pulas untuk parti malah dia sanggup pinjam duit untuk hidupkan program parti. Itu, renovation pejabat Negeri Sembilan RM 20,000, dia pinjam juga. Macamana mereka ini tak tinggalkan parti, mereka terpaksa bersusah-payah untuk bangunkan parti padahal orang tertentu mengelapkan dana yang orang sumbangkan untuk parti.
Saya seru kepada semua keluarga Abang Non, insaflah dengan apa yang berlaku. Kita perlu betulkan parti kita sebelum terlambat. Hentikan perbuatan menuduh Roslan, Hamdan, Zahid, Lokman dan Hanafiah dapat RM 500,000 tu. Semuanya bohong belaka. Rahman Osman sendiri mengaku bahawa Lokman berada dirumahnya ketika pertemuan dengan Dato Najib berlangsung. Yang penting sekarang, Jawatankuasa Disiplin Parti perlu siasat, kemana duit yang orang sumbangkan kepada Ezam, Azmin dan lain-lain.
Pak Lang Reformasi. Lawan Tetap Lawan - 15.02.2004
Sanggahan HC: Siapa yang nak percaya yang kamu semua ni masuk UMNO tanpa mendapat atau dijanjikan apa-apa habuan? Masalah kamu akan dapat atau tidak habuan itu, kamu punya pasal. Pokoknya kamu yakin pasti mendapat habuan. Tak perlu saudara Zoolhilmi membuat sebarang pengakuan bersumpah untuk meyakinkan kami semua sebenarnya.
Apa yang ambo nampak sekarang ialah satu usaha di pihak UMNO untuk menggambarkan seolah-olah pejuang lain seperti Ezam, Azmin etc juga sekepala dengan geng malaun 12 itu. Bahawa mereka ini semua pernah terlibat dalam usaha untuk masuk UMNO semula, bahawa semuanya cuba mendapatkan habuan daripada UMNO. Tiada bezanya mereka ini dengan geng malaun 12.
Bagi ambo, siapa yang sudah confirmed masuk UMNO tu, ambo kira confirmed malaun, dan harus diberikan layanan selayaknya sebagai MA LA UN. Dan siapa yang tidak atau belum masuk lagi, ambo kira sebaliknya, sehingga terbukti mereka masuk UMNO nanti. Bila dah confirmed masuk, baru kira lain. Namun untuk menyimpan rasa was-was tentang niat mereka yang belum masuk ini, jauh sekali.
Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh para penulis UMNO ini ialah untuk menanam rasa was-was dan syak di dalam hati para reformis semua tentang golongan yang didakwa akan masuk UMNO. Bila kita rasa was-was, sukar untuk kita memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan khususnya menjelang pemilu tidak lama lagi.
Bagi ambo lagi, saudara Inderaloka, whoever you are, masih boleh dipercayai selagi dia tidak masuk UMNO atau menulis sesuatu yang boleh menimbulkan was-was kepada perjuangan dan pejuang reformasi. Bravo untuk anda kerana mendedahkan segala kemelut di sekitar isu pembeleton ini.
Prinsip 'Az-Zhannu Ithmun' atau rasa zan/was-was/syak itu adalah suatu dosa. Maka untuk mengambil sesuatu tindakan atau prinsip berdasarkan semata-mata atas rasa syak dan zan tanpa YAKIN adalah suatu tindakan yang berdosa. Islam telah menetapkan bahawa sesuatu tindakan yang akan kita ambil harus dibuat atas rasa yakin. Selagi tiada yakin, atau selagi tiada confirmation, kita berpeganglah kepada yang zahirnya sahaja. Dan yang zahirnya, geng 12 telah masuk UMNO dan yang lain tidak.
Penulis UMNO boleh tulis apa sahaja untuk menimbulkan syak kepada para pejuang yang ikhlas, tetapi tulisan mereka tidak akan sampai ke tahap YAKIN. Dan oleh itu, kita boleh baca sahaja tetapi tidak perlu percaya. Kalau tidak baca terus pun lagi baik. Berjela-jela panjang macam nak buat novel tapi habuk pun tarak, penuh dengan maklumat heresay sahaja.
Betul kata sahabat di atas, kalau nak masuk UMNO tu masuk sajalah Labu, tak payah nak tulis panjang-panjang untuk menjustifikasikan perbuatan terkutuk kamu itu. Kalau nak defend Lokman atau Roslan dengan mengungkitkan jasa-jasa mereka ketika di dalam Keadilan dulu, si madey tu lagi banyak jasanya kepada negara, tetapi kenapa di saat akhir hidupnya rakyat mengutuk dia?
- HC (Dipetik drp Forum Gerak Reformasi) - 15.02.2004
|
|
|
| |
| Suara PRM: Mana hilangnya RM250 bilion wang Petronas? |
| 02.16.04 (7:51 pm) [edit] |
PELANTIKAN Najib Razak tidak menggemparkan sebab ia sudah dijangka. Yang menjadi soal ialah: Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi akhirnya memilih Najib, walaupun beliau lebih sukakan Muhyuddin Yasin? Adakah untuk memastikan Umno tidak pecah belah? Atau adakah kerana tekanan dari dua Tun, iaitu Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin begitu kuat sekali?
Dari apa segi pun dilihat, nyata bahawa Abdullah masih gelap dibayangi oleh bekas Perdana Menteri yang menjadi bosnya dulu.
Hal ini lebih jelas lagi apabila Abdullah melantik Nor Mohamed Yakcop sebagai Menteri Kewangan Kedua yang baru. Banyak orang tidak mengenali Nor Yakcop sebenarnya, walaupun beliau agak lama menjadi Penasihat Ekonomi Dr Mahathir, semasa masih Perdana Menteri.
Media menggambarkan Nor Yakcop selalu memberi nasihat kepada Dr Mahathir. Apa yang tidak disebut oleh media yang sama ialah beliau sangat taat menurut perintah Mahathir, walaupun melibatkan penggunaan wang negara dengan cara yang tidak telus sehingga akibatnya merugikan negara dan rakyat.
Pada tahun 1992-93, Mahathir menceburkan negara ke dalam aktiviti spekulasi berkaitan nilai wang Sterling British berbanding dengan dolar Amerika.
Mahathir menyokong sterling, manakala George Soros memihak kepada dolar.
Nor Yakcop, sewaktu itu bertugas di Bank Negara, melaksanakan segala aktiviti spekulasi itu.
Akhirnya, Malaysia kerugian lebih dari RM15 bilion; bahkan ada yang menganggarkan RM25 bilion. Mahathir sangat marah kerana Soros untung besar.
Setahun lalu, Nor Yakcop melaksanakan idea yang memang dikehendaki oleh Mahathir, iaitu untuk menyelamatkan pasaran saham.
Mengikut sebuah laporan CIMB, dari 1997 hingga 2002, sebanyak RM53 bilion telah ditarik keluar dari pasaran saham KL. Untuk memulihkan pasaran ini, Syarikat Valuecap telah dibentuk, dengan modal RM10 bilion dikumpul dari wang Khazanah, PNB dan Amanah Pencen.
Pada masa yang sama, ini diharap boleh memberikan keuntungan kepada korporat kroni besar tertentu dan dapat menambah dana pilihanraya Umno. Menurut Nor Yakcop Valuecap ialah idea beliau.
Dijangka Nor Yakcop akan menguruskan segala hal dalam Kementerian Kewangan, kerana Menteri Kewangan Pertama tidak memahami a b c ekonomi dan kewangan dan juga akan sibuk dengan berbagai-bagai urusan lain.
Kami khuatir apa yang akan berlaku ialah Nor Yakcop melapor dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan yang lepas (Mahathir) dan bukannya yang sekarang (Abdullah).
Semasa berkuasa Mahathir sering mengarahkan penggunaan wang negara terutama untuk projek-projek mega yang membazir dan menyelamatkan (bailout) syarikat serta korporat kroni yang nazak.
Segalanya dilakukan dengan cara yang tidak telus. Ada skandal yang telah terbongkar, tetapi masih banyak yang belum terdedah, berhubung penggunaan wang negara, Petronas, KWSP, Khazanah dan lain-lain untuk projek mega dan "bailout" kroni.
Bahaya paling besar ialah jikalau Nor Yakcob dijadikan alat untuk melindungi segala skandal, yang melibatkan Mahathir, dari terdedah.
Adakah perlantikan Nor Yakcop akan menguatkan lagi usaha untuk menutup bermacam-macam skandal yang berupa salah guna kuasa dan yang berbau korupsi?
Sebelum ini ramai yang telah mempersoalkan perlantikan Tun Mahathir sebagai Penasihat PETRONAS. Mereka mendakwa sebagai penasihat beliau bukan saja boleh menasihat bahkan mampu mengarah PETRONAS menutup segala pekong.
Kita semua tahu bahawa simpanan modal terkumpul Petronas sekarang tinggal hanya sekitar RM50 bilion, walaupun jumlah sepatutnya melebihi RM300 bilion.
Ke mana lesapnya lebih RM250 bilion? Berapa banyak digunakan untuk projek mega dan "bailout"? Jawapan dari kebanyakan soalan seperti ini hanya diketahui oleh Mahathir serta segelintir manusia yang paling rapat sebagai kroni ekonomi dan politiknya.
Segala perlantikan dan perubahan dalam pucuk pimpinan yang diumumkan oleh Abdullah menunjukkan dengan jelas betapa lemahnya beliau sebagai Perdana Menteri dan pucuk pemimpin negara.
Ia membuktikan Abdullah tidak lebih dari watak wayang kulit yang didalangi Mahathir.
Jangan mimpi Abdullah boleh memerangi korupsi dan salah guna kuasa. Tiada harapan Abdullah boleh membawa perubahan.
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 15.02.2004
|
|
|
| |
| Kedah Lanie: Nak jadi pengeluar daging halal dan produk hilirannya? |
| 02.16.04 (7:49 pm) [edit] |
Assalamualaikum, Sedarkah kita semua betapa harga sekilogram daging babi di negara ini jauh lebih murah dari daging lembu. Sekilogram babi ialah RM8 sedangkan daging lembu menjangkau RM 15 untuk berat yang sama. Bekas Menteri Besar dahulu yang terkenal dengan projek ‘Mat Jenin gila’ adalah juga seorang Menteri Pertanian sebelumnya. Sanusi hanya gah dan hebat di dalam akhbar akan tetapi tidak bersungguh dalam memajukan pertanian negara. Dia lebih leka dan asyik dengan program yang akan disiarkan dalam media dan TV seperti tanam orkid di tiang lampu, tanam padi atas bumbung dan pertandingan lembu cantik. Memang lembu sungguh manusia bernama Sanusi ini. Akan tetapi manusia pendek yang bejat ini amat pintar dan cerdik dalam memperkayakan diri sebagaimana ketuanya Mahathir yang mempunyai harta di luar negara termasuk Argentina!!
Memang gah dan menyeronokkan apabila Pak Syed ini berkelentong tentang hasrat visinya untuk menjadikan Kedah negara pengeluar daging halal dan produk hilirannya melalui Halal Food Hub di Kompleks Paya Pahlawan, Kubang Pasu, Kedah. (satu lagi projek politik yang akan menambah jumlah kerugian kepada kerajaan negeri) Begitu jugalah seronok dan megahnya kita suatu masa dahulu apabila projek Sate Ria diumumkan dahulu untuk dipasarkan ke arena antarbangsa. Tanya Mahathir apa sudah jadi?? Siapakah tuan punya Aman Agro Sdn. Bhd itu?? Kita tahu bahawa Sanusi Joned mempunyai lesen bagi mengimpot daging beku dari India, apakah manusia derhaka ini berada di sebalik kepentingan itu?? Alasan itu juga menerangkan kenapa tiada usaha besar-besaran dari kerajaan untuk menternak lembu kambing. Lebih mudah mereka mengimpotnya.
Kita menjangkakan projek negeri yang sebaik ini akan kantul akhirnya kerana ia lebih bercorak politik sepertimana juga kantulnya Sate Ria, Perwaja dan dasar Penswastaan negara. Mampukah mereka mengotakan janji untuk membekalkan daging dalam pasaran secukupnya? Bolehkah mereka menjadikan harga daging lembu supaya setara daging babi yang jauh lebih murah? Alasannya ialah kenapa daging impot sekilo hanya RM 5 sedangkan daging segar RM 15? Kenapa ikan bawal tambak segar berharga RM 38 sekilo dengan yang dinginbekunya juga bertanda harga yang sama?? Nampak tak politiknya di sini!! Siapakah yang mengawalnya?
“Progresif Adil Sejahtera” BA tawan Kedah 2004…Insya’Al lah
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 15.02.2004
|
|
|
| |
| The trouble with defecting … |
| 02.16.04 (7:45 pm) [edit] |
The trouble with defecting, you are not only despised by your ex-comrades and supporters, but the receiving side also looks down on you. No one likes a defector, and though your new comrades will receive you with open arms, they however do not have much regard for you for they know you are nothing but a turncoat.
But they receive you with open arms anyway, not because you are an asset to them, but because your defection can hurt the other side. They actually do not need you, but they would rather the other side not have you.
It is like you and your neighbour are feuding. You have many fruit trees. So does your neighbour. In fact, he has more fruit trees than you do, and better ones at that too. But he will happily chop down your tree, not so that he can eat your fruits -- for once the tree is chopped down it dies and can no longer bear any fruit -- but so that he can deny you the pleasure of eating your own fruits.
That, in a nutshell, is the trouble with defecting.
Anyway, I know most of those National Justice Party grassroots leaders who defected to Umno four days ago. One of them, Ruslan Kassim, was once the party Information Chief. For a couple of months I parked the Free Anwar Campaign (FAC) operation in his office in Jelatek so I interacted with him often enough.
Part of my work in the FAC was to publish books and produce VCDs on Anwar Ibrahim, Reformasi, and so on. Ruslan then was actively touring the country to attend ceramahs and he took these books and VCDs with him to sell at these ceramahs.
During the Lunas by-election on 29 November 2000, Ruslan set up a stall to sell all sorts of nick-knacks, my books and VCDs amongst them. He did brisk business and sold everything the first couple of days.
He phoned me for more stocks and I drove up with a carload of stuff to deliver to him. Everything was sold out. When he went to the UK for his road show, he took so much stuff with him he had to pay excess baggage.
Understandably, I was thrilled that my “marketing agent” was doing such brisk business. The only problem though is that I was never paid and lost RM60,000 which I had to write off seeing that there would be no way he was going to pay me.
Ruslan then asked me to join him in a meeting he had arranged with a “financier”. My job was to explain what the FAC was doing. I did just that and Ruslan closed my presentation emphasising that this grand plan therefore requires financing.
I was brought to a couple more such meetings but there never seemed to be any follow-ups to these meetings. I took it that the financiers he had lined did not come through. Later I found out money had in fact changed hands, purportedly to finance FAC’s activities.
I was quite perturbed that money was being raised in the name of the FAC and I had been used to conduct these presentations to legitimise the arrangement. That was when I realised why he had so willingly invited the FAC to operate from his office. He wanted to give the impression that the FAC was his operation, which would then enable him to canvas for donors.
I moved out of his office soon after that and till this day I do not know how much money he raised in the name of the FAC.
And this is the quality of keADILan leaders that UMNO has pinched from us.
Frankly speaking, he should have been thrown out of the party long ago and why in heaven’s name Dr Wan Azizah did not do so is beyond me.
Dr Wan Azizah did, however, remove him as Information Chief but then he was given the Negeri Sembilan Chief’s post. Under his charge, keADILan Negeri Sembilan practically collapsed and many of its branches are now defunct.
I will be surprised if you will be able to see a single keADILan flag flying in Negeri Sembilan.
If you ask me, Umno did not steal one of our prized assets. Umno did us a favour by helping the party rid itself of Ruslan Kassim. KeADILan needs Ruslan Kassim like it needs a hole in the head. Maybe now we can be spared the agony of him going all over town collecting money in the name of the perjuangan (struggle). I wonder how people he had suckered who must be kicking themselves hard at being conned by this sleek con artist.
I, for one, am still kicking myself silly for letting go RM60,000 worth of goods, hard-earned money that is now down the drain.
Raja Petra Kamarudin Director, Free Anwar Campaign http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya... http://www.tun-uda.com/" title="http://www.tun-uda.com/" target="_blank"http://www.tun-uda.com/ - 11.02.2004
|
|
|
| |
| LAPORAN GAB 14.02.2004 DI PERMATANG PAUH : Laporan Jam 4.00 Petang Dari Galeri Pejuang |
| 02.15.04 (11:37 pm) [edit] |
Jam 4.00 petang. Galeri pejuang telah mula menerima kedatangan para aktivis dari PAS, Keadilan,PRM,NGO,s yang berani dan yakin bahawa perjuangan dan pilihan jalanraya serta perhimpunan sebagai satu dari corak perjuangan bagi menunjukkan bahawa sokongan kepada pembangkang dan pihak-pihak yang mempunyai keyakinan bagi menghadapi regim UMNO/Barisan nasional. Memanglah dari beberapa segi dan corak perjuangan yang berbagai itu, salah satu darinya ialah rapat umum yang dilakukan. Ianya lebih baik dari duduk sahaja dan membebel di kedai-kedai kopi dan tempat kerja.Walau pun itu juga merupakan satu bentuk kempen dari mulut ke mulut.Kita jangan jadi pak tungku sahaja dan hanya memangkah 5 tahun sekali untuk menumbangkan regim zalim ini.
Dijangkakan malam ini keadaan akan bertambah sesak. Maklumat dari galeri pejuang , beberapa buah bas dari luar Pulau Pinang telah sampai terutamanya dari Selangor , Negeri sembilan,Kedah, Perlis dan Perak.Sebelum daripada itu pada jam 9.00 semalam tadi pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menurunkan bendera PAS dan Adil yang di pasang sepanjang 3 KM menuju ke Galeri pejuang. Syabas, Perhimpunan ini berjaya.
Jam 9.00 malam semalam 14.02.2004
Orang ramai mula memasuki perkarangan galeri pejuang. Walau pun tidak sampai 100,000 yang hadir namun jalanraya mulai sesak dan kawasan galeri pejuang seluas dua ekar telah penuh dan tidak dapat menerima kemasukan lagi para pencinta keadilan dan kebenaran. Ramai yang terpaksa menunggu di keai kpi sementara para petugas sibuk mengawal lalulintas. Terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia yang memberikan kerjasama tanpa mengaakan sekatan jalanraya. Berbagai wakil politik dan bukan politik mengambil tempat terdiri dari wakil parti sosialis,wakil save our school(sos), Hishamuddin Rais, wakil pelajar Lim Hong Siang,wakil PAS Dr Hatta Ramli, dan juga pemimpin pemuda keadilan seluruh Malaysia termasuk yang datang dari Sabah dan Sarawak,Kepimpinan utama pemuda dan pusat Partai Keadilan Rakyat.
Apa Kata mereka???
Wakil Parti Sosialis Dr Xavier- menjelaskan mengenai keadaan Negara terutamanya hak asasi,PORR, keberanian pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional dalam mengkritik pemimpin,korupsi dan juga tahanan ISA. Inlah satu-satunya wakil yang keras mengkiritk tahan ISA.
- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 15.02.2004 - 10.40 pagi (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| - LAPORAN GAB 14.02.2004 DI PERMATANG PAUH : EZAM AKAN BERTANDING MENENTANG NAJIB RAZAK DI PEKAN |
| 02.15.04 (11:35 pm) [edit] |
Sewaktu melancarkan kempen GAB semalam di Bukit Mertajam.Ezam dengan tegasnya menyatakan bahawa tidak seorang pun ketua pemuda negeri Parti keADILan Rakyat yang belot. “Di atas pentas ini semua ketua pemuda parti keAdilan hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.Di sambut dengan tepukan ribuan rakyat yang hadir. Beliau kemudiannya memperkenalkan Sdr Zol hilmi ketua pemuda keADILan Perak yang penuh kontroversi berkaitan pembelotan 12 pemimpin, baru –baru ini serta terpaksa di kerjakan oleh FRU baru-baru ini.Beliau memang seorang yang berani dan berpendirian. Demikian jelas Ezam lagi.
Menurut Ezam, jika Najib yang diarahkan Mahathir supaya Abdullah Badawi melantiknya sebagi timbalan telah mula menjalankan kerja-kerja kotor ini, maka tidak mustahil apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, beliau akan tetap mengulangi apa yang pernah di lakukan oleh Mahathir Mohammad.
Maka kerana itulah , saya akan mendapatkan sokongan daripada semua pemuda untuk menentang Najib di parlimen Pekan, di sambut dengan laungan Reformasi yang menggegarkan Bandar Bukit Mertajam.
Menurut maklumat yang di kumpulkan semalam , saya sempat berbual dengan seorang pejuang “komando” keadilan yang berjaya melarikan Zol Hilmi dari rumah Najib bersama wang “tebusan” bernilai RM25 ribu ringgit.Menurut beliau , apabila Sdr Zol di culik oleh kumpulan 12, beliau di bawa kesebuah hotel dan seterusnya kerumah Najib . Di situ beliau melihat beberapa lagi pemimpin yang belot telah berada bersam Najib dan semuanya telah mendapat habuan wang masing-masing termasuk beliau. Zol kemudiannya menelefon rakannya untuk membebaskan beliau lalu satu rancangan telah di atur dengan menculik beliau di rumah Najib di hadapan para pembelot tersebut. Beliau turut melarikan wang RM 25,000 iaitu wang pendahuluan sebagai permulaan rancangan pembelotan mereka.
Mereka kemudiannnya dikejar oleh Sb sehinggalah akhirnya drama ini berakhir dengan Sdr Zol terlepas dari diekori pihak polis melalui laluan yang telah di rancang.Maklumat juga akan di dedahkan oleh Raja Petra berhubung mengenai sambutan dingin Pak Lah terhadap kemasukan 12 pemimpin ini.
- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 15.02.2004 - 10.40 pagi (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Wayang Kulit Perwaja |
| 02.15.04 (11:33 pm) [edit] |
Akhirnya, si bajingan di Perwaja sudah pun ditangkap dan didakwa di mahkamah! Ini bermakna BPR menjadi lega, seperti juga Peguam Negara dan Perdana Menteri baru Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sudah dikenali sebagai seorang pemimpin yang lebih cakap daripada tindakannya! Alangkah hebatnya semua ini sebagai bahan kempen untuk pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional. Akan tetapi, sebelum kita terbawa-bawa oleh ‘berita baik’ ini, cuba renung sejenak untuk menjawab beberapa soalan yang mudah di bawah ini:
Apakah sebenarnya tuduhan yang dikenakan ke atas Eric Chia (bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel)? Jawapan: Kerana pecah amanah semasa meluluskan pembayaran bernilai RM76 juta.
Berapakah kerugian kerajaan bagi keseluruhan kemelut Perwaja? Jawapan: Lebih daripada RM10,000 juta (lebih 10 billion).
Selama mana Perwaja menanggung kerugian? Jawapan: 20 tahun.
Berapa lama Eric Chia menguruskan Perwaja? Jawapan: 8 tahun (sejak 1995)
Berapa lama BPR membuat siasatan ke atas skandal Perwaja? Jawapan: 8 tahun (sejak 1996)
Bilakah Eric Chia akan diadili? Jawapan: Ogos 2004.
Di mana silapnya di Perwaja Steel?
Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim telah melaporkan kepada Parlimen pada 1996 betapa Perwaja sudah muflis dengan kerugian besar disebabkan salah urus dan pembayaran yang boleh dipersoalkan.
Bekas Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir mengaku semasa sesi dialog dengan pelajar di London pada Februari 2002 bahawa kejatuhan Perwaja adalah disebabkan salah urus dan penipuan besar.
Kalau direnung maklumat ini semua, tidaklah sukar untuk kita membuat rumusan bahawasanya kemelut Perwaja itu adalah satu penipuan besar yang bukan kepalang hebatnya membabitkan ribuan juta ringgit yang sudah tentu membabitkan persekongkolan ramai manusia. Tidak mungkin Eric Chia mampu melaksanakan salah urus yang penuh penipuan itu untuk beberapa tahun tanpa dikesan dan dibanteras, seandainya dia tidak menerima kelulusan dan perlindungan daripada pihak yang lebih atasan.
Dari segi pandangan ini, tuduhan yang baru dikenakan ke atas Eric Chia sebagai satu usaha untuk menamatkan skandal Perwaja Steel nampak sangat menyinarkan kehaprakannya, kerana jumlah yang disebut dalam kes itu hanya merupakan cebisan daripada satu peratus jumlah besar yang terbabit, dan tidak ada muka lain terutama sekali jerung yang lebih besar dibabitkan sama.
Ini bererti selama ini, kita disogok dengan berita palsu, kerana pihak berkuasa telah bercakap kosong sedangkan hanya RM76 juta yang disebut sebagai pembayaran palsu setiap kali perihal Perwaja diungkit secara terbuka.
Apakah pucuk kepimpinan Barisan Nasional benar-benar mahu kita percaya bahawa BPR yang kerap bercakap besar kerana mempunyai ribuan tenaga petugas, tidak mampu mengesan orang lain yang turut terbabit slain tuduhan ini terhadap Eric setelah lapan tahun dihabiskan untuk siasatan daripada begitu besar timbunan penipuan dan kekotoran yang dihimpun berdekad lamanya salah urus itu? Apakah anggota penyiasat BPR sudah rabun mata sehingga tidak mampu melihat kebajingan lain selain Eric?
Berdasarkan tuduhan semasa terhadap Eric, memang banyak lagi soalan yang boleh dibangkitkan. Eric hanya dituduh kerana pecah amanah meluluskan pembayaran, dan bukan kerana membalun wang itu. Siapa yang membalun sebenarnya? Tentu BPR kenal pasti identiti penerima dana yang diluluskan itu, sekarang ini, setelah mengambil kira 8 tahun berulang-alik daripada Jepun ke Hong Kong dan Switzerland di mana memang diperakukan wujudnya dua akaun rahsia dalam bank. Lagi pun berita kerjasama kerajaan Swiss telah digembar-gemburkan di mana kenyataan kerajaan Swiss betapa butiran lengkap akaun simpanan rahsia itu telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada Mei 2001. Kenapakah Peguam Negara tidak mengenakan tuduhan terhadap penerima bayaran haram itu? Bukankah gelagat itu membuktikan dia cuba mengelak membuka pekung yang mencetuskan kemungkinan terbukanya kotak Pandora?
Dengan membuat tumpuan hanya kepada RM76 juta, kerajaan sudah pun membuat andaian supaya rakyat tidak perlu terperanjat dan menyibuk lagi. Sekarang, kesahihan muslihat kerajaan itu sudah dipertikaikan.
Walaupun RM 76 juta ini merupakan secebis jumlah kecil apabila dibandingkan dengan penipuan besar-besaran dalam skandal Perwaja, senario yang lebih besar bagaimana penipuan itu dilaksanakan akan memberi kita satu gambaran bagaimana caranya dana yang sebanyak itu boleh disedut keluar daripada syarikat ini. Latar belakang dan butiran lanjut mengenai pembayaran ini telah dilaporkan oleh Asian Wall Street Journal pada 14.5.2002 dan 11.2.2004.
Pada 1993, ada satu anak syarikat Perwaja Steel telah memberikan kontrak bernilai 76 billion Yen (bersamaan US$805 ketika itu) kepada satu konsortium yang diketuai oleh Itochu untuk membina satu kilang besi. Ekoran kontrak itu, konsortium tersebut telah mengeluarkan satu pinjaman bernilai US$ 196 juta kepada anak syarikat Perwaja, kononnya untuk membeli alat gantian dan khidmat teknikal bagi kilang yang baru itu. Akan tetapi pinjaman itu “telah digunakan sepenuhnya untuk tujuan lain” termasuk pembayaran bernilai US$30.6 juta (bersamaan 76 juta ringgit) yang dibuat pada awal 1994 kepada satu syarikat palsu, Frilsham Enterprise Inc. Di Hong Kong. Pembayaran inilah yang merupakan asas kes pendakwaan Eric. Sejurus menerima bayaran itu, Frilsham telah mengalihkan dana tersebut kepada tiga pihak yang berbeza, dan yang paling banyak kepada Borneo Enterprise Inc.
{Catatan: Semalam, Marhaintua ada menyebut risikan masyarakat diplomatik di KL yang menyatakan sebahagian besar wang ini telah digunakan untuk membiayai kos pilihan raya!!!) (Marhaintua: Mr. Clean Sudah Jadi Mr. Kelentung?)
Jelas, keikhlasan harga kontrak, dan tujuan pinjaman US$196 serta segala pembayaran yang berputik daripadanya adalah perkara yang boleh dipertikai. Ini bererti, melalui satu anugerah kontrak, ratusan juga ringgit telah disedut keluar daripada syarikat itu.
Sejak beberapa tahun lalu, banyak laporan polis mengenai pelbagai aspek salah urus oleh Perwaja telah dikemukakan oleh masyarakat parti pembangkang, yang paling penting sekali ialah laporan Anwar Ibrahim pada 22 Julai 1999, bernombor 19625/1999. Saya ingin petik sebahagian laporan itu:
“Sebenarnya ‘Eric Chia telah membuat dakwaan berulang-ulang bahawasanya tindakan beliau telah direstui dan mengikut arahan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir. Dakwaan itu disokong oleh beberapa keping surat yang ditulis-tangan oleh Perdana Menteri itu sendiri.
Dengan mandat semacam itu, Lembaga Syarikat telah diketepikan, peraturan pengeluaran tender sengaja diabai dan tentunya boleh dipersoal, bayaran yang tidak telus telah dikeluarkan kepada pihak tertentu.”
Laporan ini sudah memadai untuk menjelaskan kenapa pihak berkuasa telah sengaja berlagak tidak kisah terhadap skandal kewangan yang paling besar dalam sejarah negara kita.
Walaupun sudah ada perubahan dalam pucuk kepimpinan yang kini diterajui oleh Abdullah, nampaknya jenayah sebenar yang bersangkutan dengan kemelut ini akan terus terbenam, seperti yang terbukti daripada tuduhan yang dikenakan terhadap Eric Chia.
Sejurus Eric Chia dikenakan tuduhan di mahkamah Anwar telah menuduh pihak berkuasa sengaja mencuba melindungi orang atasan yang terlibat dalam skandal ini.
Bagaimanakah pihak berkuasa menafikan tuduhan Anwar sedangkan sumber maklumat yang begitu penting seperti Anwar sendiri tidak pernah ditemubual untuk mendapat kenyataannya? Bagaimanakah kita boleh meyakinkan rakyat jelata bahawasanya pentadbiran Abdullah memang berniat ikhlas dan telus dalam menyelesaikan kemelut Perwaja sedangkan punca dan tonggak skandal itu, yakni TKT Mahathir, tidak pun disiasat oleh BPR?
Ada pihak yang mencadangkan sebaik sahaja Eric di kemukakan pada pengadilan, kebenaran akan menjelma juga. Saya tidak fikir begitu. Saya tidak fikir perubahan pucuk kepimpinan kepada Abdullah berjaya mengembalikan semula martabat badan kehakiman negara, apalagi selepas melihatkan bagaimana kejamnya mahkamah rayuan bertindak mendengar rayuan Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mahu diikat jamin dan mahukan mahkamah membuat penghakiman terhadap kes sodominya. Kita masih tidak yakin apakah kes Eric ini akan diperdengar oleh badan kehakiman pada masa hadapan, setelah mengambil kira bagaimana kes rayuan Anwar terhadap hukuman sodomi itu boleh dilengah-lengahkan bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang penjelasan. Apa yang pasti ialah melihat tirai kemelut Perwaja ini akan dilabuhkan secara ‘selamat’ tidak lama lagi tanpa ada cacat-cela kepada pihak yang mencengkam kuasa, tidak kiralah apakah akan ada kes mahkamah itu ataupun tidak.
Apabila disorot semua itu, tentu kita perlu mngucapkan tahniah kepada pasukan Paklah yang telah mencetuskan satu tindak-balas taktikal yang begitu bijaksana mencipta serampang tiga mata menjelang pilihan raya.
Pertama: Kemelut Perwaja akan hilang daripada pantauan umum, seperti yang telah disebut oleh Menteri Rais Yatim bahawa sebarang perbincangan kes ini sebelum mahkamah bersidang adalah dianggap bersalahan, kerana perbincangan rakyat akan menjejaskan sebarang penghakiman mahkamah.
Kedua: Inilah bahan peluru kepada BN untuk menyerang balas sebarang tuduhan bahawa sikap Abdullah untuk memerangi rasuah adalah cakap retorik belaka tanpa tindakannya. Mereka tidak perlu gusar akan berlakunya kegoyahan dalam struktur kuasa BN.
Ketiga: Inilah peluang BN untuk menghentikan segala mimpi ngeri yang sudah lama diharunginya.
- Kim Quek
|
|
|
| |
| Kenapa Malaysia Harus Melatah Apabila Washington Mengacah? |
| 02.15.04 (11:31 pm) [edit] |
Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Hamid Albar, tidak menunjukkan lemah lembutnya dengan mengatakan bahawa Pengarah CIA, Mr. George Tenet telah berbohong. Malaysia tidak terbabit dengan perancangan peralihan teknologi nuklear yang direncana oleh Dr. A.Q Khan daripada Pakistan. Syarikat yang kena tuduh, Scomi Precision Engineering Sdn Bhd. (SCOPE) tidak tahu-menahu bahawa barangan yang dihasilkannya untuk seorang peniaga Sri Lanka yang perpangkalan di Dubai – MR. B.S.A Tahir, boleh dijadikan sebahagian senjata nuklear. SCOPE telah memberi peluang kepada para wartawan untuk membuktikan betapa Mr. Tenet telah berbohong. Segalanya merupakan perniagaan yang telus dan jelas, katanya. Mr. Tahir telah menandatangani satu kontrak yang panjang untuk membina serombong nuklear. Untuk memenuhi kontrak itu, SCOPE telah membina satu kilang di Shah Alam pada 2001, dengan urusan yang biasa. Syarikat ini mendakwa tidak pernah menyoal apa kegunaan barang yang dihasilkannya. Sayugia begitulah, kerana SCOMI cergas dalam bidang carigali minyak dan gas. Ia sedar sekurang-kurangnya, betapa serombong itu digunakan dalam industri minyak dan gas, farmasi, dan teknologi nuklear. Untuk membuktikan semua itu SCOMI telah mengundang wartawan tempatan dan luar negara untuk membuat siasatan mereka. Ada seorang wartawan New York Times yang begitu yakin bahawa SCOMI tidak bersalah dan menyalahkan Mr. Tenet pula. Lagi pun pegawai-pegawai syarikat telah menunjukkan kemesraan mereka. Mana mungkin orang yang baik hati boleh melakukan sesuatu yang dahsyat dan terbabit dalam pasaran gelap teknologi nuklear? Kini, Presiden George Bush muncul semula untuk menuduh SCOPE sebagai sebahagian operasi pasaran gelap itu. Dalam ucapan beliau kepada National Defense University pada 11 Februari 2004, dia telah mengungkit tema pasaran gelap teknologi nuklear, sambil menghabiskan masa yang lebih menyebut pembabitan Malaysia dalam perdagangan gelap itu. Dia turut berbohong sebenarnya. Tetapi bagaimana kita boleh memberitahu dunia bahawa beliau berbohong? Adalah lebih baik menolak apa yang dia kata. Tidak lama kemudian, Malaysia telah bersetuju agar kilang SCOPE di Shah Alam, ditutup dahulu. Kenapa perlu dilakukan perkara itu? Apakah tidak cukup dengan memberitahu Mr. Tahir agar mencari pembekal baru, dan meneruskan perniagaan lain seperti biasa? Sebuah kilang semacam itu memerlukan RM100 juta untuk membinanya. Kilang itu bersetuju untuk ditutup selepas membekalkan bahagian serombong nuklear bernilai RM13 juta. Yang anehnya, Mr. Tahir merupakan satu-satunya pelanggan kilang tersebut. Dengan lain perkataan, memang ada sesuatu yang lebih bermakna daripada yang telah diperakukan oleh syarikat itu.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, terkejut beruk apabila Mr. Bush menuduh syarikat anaknya melakukan kerja kotor dalam industri nuklear. Apakah beliau tidak tahu bagaimana Polis Raja Di Malaysia yang telah darah oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyiasat dengan rapi akan perkara ini, telah mengeluarkan kenyataan bahawa SCOPE adalah bebas daripada sebarang salah-laku berbentuk jenayah. Jadi, bagaimana pula Mr. Bush sanggup bercakap celupar mengenai syarikat anaknya. Jelas, Paklah tidak mahu menerima tuduhan Mr. Bush. Nampak sangat Paklah tidak berfikir panjang dalam hal ini. Sepatutnya dia tidak terlibat langsung dalam hal ini. Malaysia tidak perlu mewajarkan tindakannya kepada dunia semata-mata kerana Presiden Bush mahukannya. Sepatutnya Paklah pimpin negara ini ke zaman kegemilangannya seperti dahulu. Sebagai permulaan, dia patut biarkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, menangani perkara ini dan teruskan kerja-kerja yang lain.
Tidak ada satu Undang-undang dunia yang boleh menuduh Malaysia mahupun Pakistan akan apa yang dilakukannya itu. Amerika Syarikat masih lagi memperkasa program senjata nuklearnya sedangkan ia menggugat pihak lain daripada berbuat demikian. Secara bersendirian Amerika bertindak bahawa kuasa nuklear hanya terhad kepada mereka yang sudah memiliki teknologi itu. Orang baru tidak dibenarkan selepas satu tarikh penentuan. Rasional yang berbaur perkauman ini memang amat jelas lagi; teknologi senjata nuklear tidak boleh dibenarkan keluar daripada ruang lingkup negara-negara Judei-Kristian di barat. Orang lain mesti dinafikan teknologi itu. Tetapi Hindu India dan Islam Pakistan telah memecahkan empangan itu, dan banyak lagi negara lain yang hampir berada di ambangnya. Israel dan Afrika Selatan memiliki senjata nuklear, tetapi peranan mereka sengaja dipendamkan kerana dua negara itu terlalu rapat dengan Washington. Negara lain tidak mempunyai hubungan rapat seakrab itu. Kisah kemungkinan negara Islam seperti Iran dan Libya dan negara komunis seperti Korea Utara memiliki senjata nuklear memang menakutkan Washington, apalagi kalau teknologi itu dibuat secara bebas pula.
Dunia ini akan bebas daripada ancaman senjata nuklear seandainya lebih banyak negara memiliki senjata nuklear kerana ia dapat digunakan secara unilateral. Kita harus jangan lupa bahawa Amerika Syarikat telah menguggurkan bom atom ke atas Jepun, dan bukannya ke atas Jerman - sebagai isyarat untuk memberitahu Soviet Union bahawa ia memiliki bom itu. Mampukah Amerika menggunakan bom atom ke atas Soviet Union ketika itu, seandainya Soviet Union turut memiliki bom atom? Saya tidak fikir begitu. Sekarang ini, Amerika boleh menggunakan sisa-uranium dalam pelurunya di Iraq, kerana Iraq dan penyokongnya tidak mempunyai kekuatan untuk mencetuskan masalah kepada askar AS di negara lain. Kenapa pula Malaysia menikus dalam usahanya mahu memiliki teknologi nuklear? Masalah Malaysia timbul ialah kerana menangani muslihat itu secara berdikit-dikit, menumpang orang lain secara berahsia, sambil menafikannya apabila dikesan, untuk terus menjadi bercelaru.
Oleh kerana dunia sudah dikuasai oleh satu kuasa besar yang tunggal, semua negara menggeletar apabila Amerika Syarikat menyerangnya. Tidak ada sesiapa yang berani mempersoalkan Amerika. Cuma ada seorang pemimpin sahaja yang pintar bersikap berani-berani-bodoh. Itu pun dia sudah bersara dan namanya ialah Tun Kepala Taik Mahathir Mohammad. Sayang, beliau sudah bersara, tanpa meninggalkan segala pemikirannya untuk diwarisi sebagai satu dasar pentadbiran. Kerana itu Paklah tinggal terkonting-konting tanpa arah kerana syarikat milik anaknya yang terbabit. Malaysia sudah terjebak dalam muslihat politik ini gara-gara sikapnya mengharapkan bantuan Amerika semasa mahu menekan kumpulan fundamentalis Islam di negara ini untuk membolehkan kerajaan BN terus berkuasa.
Oleh kerana sendiri selalu gelabah tanpa arah, ia terpaksa membenarkan kuasa tunggal dunia menentukan siapa yang sepatutnya mencengkam kuasa. Apa pun yang kita lihat sekarang tidak mungkin orang yang direstui oleh Amerika itu bernama Paklah. Yang lebih diminati oleh Amerika ialah Dato Seri Najib Tun Razak. Paklah harus sedar perkara ini sekarang. Beliau harus ingat Amerika pernah memberikan sokongan terbuka kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terpenjara sehingga menggelorakan debat politik di Malaysia. TKT Mahathir pernah menuduh Anwar sebagai orang suruhan Washington, kerana antara lainnya, Pentagon telah menyambut ketibaan beliau dengan permaidani merah persis sambutan DiRaja, lengkap dengan perbarisan askar penyambutnya. Sedangkan layanan yang sama tidak pernah diberikan kepada TKT Mahathir. Kalau senario semacam ini dikaitkan kini, begitulah yang menyambut Najib semasa mengadakan lawatan yang terakhir ke Amerika. Apakah Paklah akan diberikan layanan yang sama kalau dia melawat Washington? Mungkin juga ataupun mungkin tidak, bergantung kepada kesediaan beliau menjilat Amerika Kesediaan Najib dalam bidang ini memang tidak boleh disyaki lagi. Semasa Najib mengadakan kunjungan ke pejabat Mr. Tenet, orang besar itu telah melunjurkan kakinya di atas meja tulis sambil badannya melingkar di atas kerusi besar. Pada waktu yang sama Mr. Tenet mengingatkan Najib betapa Amerika adalah satu kuasa besar yang lebih perkasa berbanding Empayar Roma. Memang itu satu perbuatan biadab yang memalukan Najib, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Saya fikir, Washington memang sudah lama tahu bahawa syarikat SCOPE tidak mampu memainkan peranan utama dalam hubungan teknologi nuklear haram. Malangnya Paklah sudah terlalu mudah melatah. Apa sebabnya dia mudah gelabah?
MGG Pillai pillai@streamyx.com
|
|
|
| |
| Skandal Perwaja: Hentikan Main Wayang (terbitan semula) |
| 02.15.04 (11:26 pm) [edit] |
Rakyat marhaen telah disogok kelentungan wayang kulit dalam satu kemelut panjang untuk menutup penipuan besar sebanyak RM10 billion membabitkan Perwaja Steel. Babak Pertama, Perdana Menteri Mahathir Mohamed telah mengumumkan kepada dunia dalam satu sidang akhbar bersama di Switzerland pada 10 Jun, betapa dia akhirnya berjaya mendapatkan akujanji bantuan kerajaan Swiss untuk membuka tabung simpanan rahsia membabitkan RM 76 juta yang disebut telah disedut secara haram daripada Perwaja. Kenyataan ini adalah satu pembohongan besar yang memberi andaian bahawa Malaysia tidak pernah menerima kerjasama sedemikian daripada Swiss pada masa silam. Yang sebenarnya, pihak yang berkuasa di Swiss telah lama menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta oleh Malays seawal bulan Mei tahun lalu.
Perdana Menteri mungkin terlupa bahawa rakyat Malaysia masih mempunyai ingatan yang baik. Hanya pada Mac tahun ini kerajaan Swiss telah mencemuh Malaysia dengan sinis apabila Perdana Menteri cuba menjadikan pihak Switzerland sebagai kambing-hitam gara-gara apa yang disebut kegagalan Biro Pencegah Rasuah gagal menyelesaikan kemelut Perwaja. Sebelum itu dalam satu sesi soal-jawab dengan pelajar di London pada Feb 26, Mahathir cuba memberi penerangan sebab BPR gagal mengesan penyangak bedebah selama enam tahun lamanya siasatan mereka itu dengan cara menuding jari menyalahkan pihak Swiss. Dia menuduh pihak berwajib di Switzerland enggan mendedahkan butiran dalam akaun bank yang berkenaan. Dakwaan haprak beliau itu telah diselar dengan jelasnya oleh seorang jurucakap di jabatan Kehakiman Swiss, Folco Galli, yang menyatakannya melalui sebuah akhbar berbahasa Jerman pada 1 Mac, bahawa segala dokumen berkaitan dua akaun bank yang terbabit, satu di Geneva dan satu lagi di Zurich, telahpun diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada bulan Mei tahun lalu. Gali mendedahkan bahawa pihak berkuasa di Malaysia tidak pernah meminta agar akaun itu dibekukan, walaupun telah diberikan butiran akaun yang berkenaan.
Dalam satu kenyataan susulan daripada Kuala lumpur pada akhir Mac, Konsul Swiss di Malaysia Ulrich Schlaesli, telah menjelaskan betapa jabatan Kehakiman Swiss telahpun? menunaikan segala permintaan dengan cara yang pantas tanpa banyak karenah?. Schlaesi menambah bahawa pentadbiran Swiss telahpun menerima perutusan terima kasih daripada pegawai kerajaan Malaysia kerana kepantasan pihak Swiss.
Perkara ini sebenarnya sudah lama tertahan di pihak Mahathir. Apakah dia tidak pernah berbohong ketika menyatakan betapa BPR merasa 'frust' dengan sikap Swiss yang tidak memberikan kerjasama?
Malangnya, Mahathir tidak pernah memberikan reaksinya terhadap segala dokumen yang diserahkan oleh Swiss Walaupun sudah ada permintaan secara terbuka agar beliau berbuat demikian, yang memberikan andaian betapa dia tidak pernah berterus-terang dalam hal itu.
Tanggapan itu diperkukuhkan lagi oleh Presiden Switzerland Kamper Villiger yang secara peribadinya dalam sidang akhbar bersama Mahathir pada Jun 10, 2002, menyatakan bahawa sejak 30 tahun dulu lagi, Undang-undang rahsia sudah tidak lagi dikuatkuasakan terhadap dana dan simpanan yang dicetuskan oleh aktiviti rasuah dan jenayah. Sekali gus kenyataan itu memperlekehkan mitos yang kerap dikitar berulang-kali oleh pegawai Malaysia bahawa Switzerland mempunyai Undang-undang rahsia yang ketat menghalang siasatan pegawai Malaysia. Dengan demikian, Villager menjelaskan lagi, Undang-undang rahsia tidak pernah menjadi batu penghalang kepada Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang disebut amat diperlukannya terhadap simpanan akaun yang terbabit.
Skandal Perwaja Steel, adalah satu kemelut yang sungguh dahsyat dan luas dimensinya. Ia merupakan yang terbesar, menyebabkan Negara kerugian besar melebihi satu per sepuluh daripada bajet negara. Segala kerugian ini adalah disebabkan salah urus yang sungguh dahsyat dirangkumi pecah amanah yang sungguh besar, yang dibiarkan membara bertahun lamanya, sebahagian besarnya berlaku sepanjang penerajuan orang paling dipercayai oleh Mahathir bernama penyangak Eric Chia.
Bencana buatan manusia yang sungguh besar ini melambangkan kerakusan dan kehaprakan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang telah memalitkan nama Mahathir ke dalam longkang najis, sehingga dia tidak dapat mencuci bersih nama itu sehingga kini. Mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah membuat aduan polis pada 22 Julai 1999, (Report No. 19625/1999) terhadap Mahathir, menuduh beliau sebagai kepala-ikan-busuk dalam skandal yang dicetus membabitkan pentadbiran Eric Chia. Anwar melaporkan dalam aduannya itu begini:
'Malahan Eric Chia telah mengulang-ulang dakwaannya bahawa segala tindak-tanduknya menerima sokongan dan arahan Perdana Menteri Dr. Mahathir. Perkara ini disokong pula oleh beberapa salinan surat kepadanya yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri. Dengan mandat sedemikian, Lembaga Pengarah Syarikat telah diketepikan, prosedur tender sengaja diperlekehkan dan memang banyak tindak-tanduknya yang boleh dipersoal, termasuk 'bayaran habuan kepada rakan niaga tertentu.'
Sehingga kini, Mahathir tidak pernah memberikan jawapan kepada dakwaan ini. Malahan polis ataupun BPR ataupun Hakim Negara (AG) terus terpukau tanpa bertindak terhadap laporan polis Anwar.
Apabila diambil-kira latar belakang politik yang menyungkup skandal ini, adalah tidak menghairankan tidak ada satu pun pendakwaan yang telah dicetuskan daripada siasatan yang bertahun lamanya dilaksanakan oleh beberapa agensi penguatkuasa negara, walaupun wujud kes jenayah yang ratusan banyaknya menyebabkan Perwaja tergolek oleh bebanan kerugian yang menggunung tinggi itu. Bebanan hutang marhaen yang sungguh besar ini, apabila diambil kira pula akan sikap merelakannya terus berleluasa, sudah tentu membawa kesan buruk yang sungguh besar kepada negara sehingga mencetuskan gegaran yang sungguh mengaibkan dan untuk terus menghantui negara di masa depan.
Sementara itu pihak pemerintahan akan terus mengatur mainan wayang kulit bersama persekongkolan media massa untuk menipu rakyat marhaen akan keburukan gunung hutang yang semakin tinggi seolah-olah ia hanya satu busut kecil yang tidak perlu mendedahkan penyangak yang sedang bersembunyi. Sudah tentu para hadirin yang dipukau oleh wayang kulit ini akan bertepuk tangan bersorak-sorai mengkagumi hero dalam mainan haprak ini.
- Kim Quek
|
|
|
| |
| Kumpulan 12 - Junjung Al-Quran Sendirilah |
| 02.15.04 (11:25 pm) [edit] |
Saya tertarik dengan cabaran yang dibuat oleh Kumpulan 12 yang menyertai UMNO semula, yang mencabar Ezam untuk menjunjung Quran bagi membuktikan kebenaran mereka yang tidak menerima sogokan. Dalam soal ini saya rasa Ezam tidak perlu menyahut cabaran tersebut, kerana Ezam adalah pihak yang membuat tuduhan berdasarkan maklumat yang ada. Sama seperti Peguam Negara yang mengheret seseorang ke Mahkamah setelah mendapati ada kes terhadap mereka. Dalam soal ini orang yang dituduhlah yang perlu membuktikan tuduhan itu tidak betul dan kalau perlu membela diri dengan cara bersumpah, lakukanlah sendiri tanpa mengajak sama orang yang membuat tuduhan. Kalau mereka betul-betul tidak disogok sesen pun duit, mereka patut membersihkan nama mereka dengan apa cara sekali pun. Jika itu cara yang mereka fikir adalah baik, mereka hendaklah teruskan. Mereka boleh panggil semua media masa sama ada media cetak atau media elektronik dan bersumpahlah supaya semua orang se Malaysia dapat melihat dan menilai. Terpulanglah kepada orang ramai yang akan membuat keputusan. Bagi saya dan mungkin orang-orang yang beriman yang lain pastinya mempercayai mereka yang sanggup berbuat demikian, kerana bersumpah dengan Kitab Suci ini bukan main-main dan boleh dibuat suka-suka. Mereka hendaklah mempastikan yang mereka benar-benar tidak menerima sebarang bentuk habuan sekali pun sehelai kain pelikat. Bagi orang yang benar-benar tidak bersalah saja yang sanggup berbuat demikian, kerana mereka tau akan akibat sumpah yang sedemikian tidak boleh dipermainkan. Sekiranya mereka bersumpah palsu mereka akan terima laknat Allah yang akan (mungkin) diterima di Dunia ini juga dan dapat dilihat oleh sekelian manusia yang menyaksikan sumpah mereka itu. Akhirnya saya menyeru Kumpulan 12 ini agar meneruskan niat mereka jika mereka benar-benar berada di pihak yang BENAR. Tak payah ajak Ezam sama, kerana Ezam yang membuat pertuduhan dan sumpah mereka itu akan membuktikan KEBENARAN mereka dan KETIDAKBENARAN Ezam. Ayuh teruskan. Buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang anda tidak menerima sogokan RM500,000 untuk kembali ke pangkuan UMNO. Bukan saja nama anda yang akan BERSIH malah nama NAJIB, PAK LAH dan UMNO itu sendiri akan BERSIH dengan sumpah anda itu. Tapi AWAS akan akibatnya. -Jika anda teruskan akan terbuktilah kebenaran anda, JIKA TIDAK ???? TERBUKTILAH ANDA ADA MENERIMANYA..... Anak Tok Sira - 08.02.2004
|
|
|
| |
| Malam panjang 10 Februari, bilik 601, dan RM25 ribu(Harakahdaily.net) |
| 02.15.04 (7:44 pm) [edit] |
Oleh Zool Hilmi Yahya Saya Zool Hilmi bin Yahya, (No. K.P.780116-08-5537), beralamat di 364 Jalan Meranti, Taman Seri Setia, 36000 Teluk Intan, Perak dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengatakan bahawa:
Pada 10 Februari 2004, saya telah diberitahu oleh Hamdan Taha, bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional untuk menunggu beliau di Kedutaan India.
Kemudian dia menelefon untuk memberitahu sebuah teksi akan mengambil saya berdekatan Kedutaan India tersebut.
Rumah Najib
Kira-kira jam 9 malam saya dibawa oleh teksi dari berdekatan Kedutaan India ke rumah Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di No 15 Jalan Langgak Duta. Saya tidak kenal pemandu teksi tersebut.
Sampai di rumah tersebut, saya diperiksa oleh beberapa anggota polis dan dicatatkan nama saya.
Saya kemudiannya disambut oleh dua orang yang dipanggil Datuk (selepas ini saya merujuk sebagai "Datuk-Datuk") dan dipelawa masuk.
Saya tahu mereka dipanggil Datuk kerana sesama mereka memanggil masing-masing Datuk.
Saya kemudian dibawa ke bilik mesyuarat dan disambut oleh Datuk Seri Najib. Saya diperkenalkan oleh Hamdan Taha kepada beliau sebagai "Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Negeri Perak".
Datuk Seri Najib kelihatan gembira ketika menyambut saya.
Saya menyertai perbincangan di dalam bilik mesyuarat tersebut. Ketika itu sudah ada beberapa pemimpin keADILan di dalam bilik tersebut.
Antaranya ialah, Hamdan Taha, Hanafiah Man, Zahid Md Arip, Rosli Joha, Shamsul Bahari, Ruslan Kassim dan Fakhrul Azman.
Belum bersedia
Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa proses perundingan masih diteruskan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi belum bersedia menerima kemasukan mereka ke dalam Umno.
Bagaimanapun, beliau (Najib) sedang berusaha meyakinkan Abdullah bahawa kemasukan bekas ahli keADILan ini perlu disegerakan. Beliau memaklumkan bahawa keputusan akhir akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet pada 11hb Februari.
Datuk Seri Najib meminta yang hadir menjelaskan kenapa mereka ingin menyertai Umno.
Ruslan Kassim menjawab bahawa beliau tidak yakin keADILan akan mampu bertahan lama.
Hamdan menyatakan bahawa beliau tidak lagi yakin dengan kepimpinan keADILan.
Zahid pula menyatakan bahawa beliau yakin keADILan tidak akan kekal. Beliau yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah.
Fakhrul Azman menyerahkan laporan "Bagaimana Umno dapat menawan Terengganu" kepada Datuk Seri Najib.
Bukan isu Anwar
Keseluruhan pimpinan keADILan yang hadir meminta kemasukan ke dalam Umno disegerakan.
Tidak ada sesiapa yang membangkitkan kebebasan Anwar Ibrahim.
Ruslan menimbulkan mengenai masalah kes mahkamah yang dihadapi mereka. Beliau meminta penjamin dan wang jaminan baru disediakan memandangkan jaminan sebelum ini ialah oleh penyokong keADILan dan berkemungkinan besar selepas ini akan ditarik balik.
Tidak ada mana-mana pemimpin Umno lain, selain Datuk Seri Najib bercakap dalam mesyuarat itu.
Mesyuarat tamat sekitar 10.30 hingga 11.00 malam.
Mereka kemudian menikmati jamuan dan bergambar dengan Datuk Seri Najib.
Di perkarangan rumah Datuk Seri Najib, dua orang yang dikenali antara satu sama lain sebagai "Datuk" tersebut memberikan saya sejumlah wang. Saya tidak mengira jumlah sebenar, tetapi saya percaya lebih kurang seribu ringgit.
Saya kemudiannya naik kereta bersama Ruslan Kassim ke Hotel Quality di Jalan Raja Laut.
Bilik 601
Semua yang hadir di rumah Datuk Seri Najib ditempatkan di bilik 601 hotel tersebut.
Kami diminta memesan apa sahaja makanan yang dikehendaki sementara berbincang mengenai surat yang akan dikirim kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail memaklumkan mengenai keluarnya kami daripada keADILan dan menyertai Umno.
Ketika di bilik itu, saya diserahkan sebungkus wang kertas RM100 yang diikat dalam jumlah seribu ringgit seikat.
Saya tidak mengira jumlahnya tetapi dimaklumkan oleh Hamdan bahawa jumlahnya RM25 ribu untuk saya belanjakan.
Saya masukkan semua wang yang diterima ke dalam peti keselamatan yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Hamdan juga memberi jaminan bahawa saya tidak perlu kembali ke Perak. Mereka akan menyediakan pekerjaan kepada saya dan isteri. Mereka juga akan memastikan segala keperluan kami terjaga.
Terdapat tiga beg sandang dan satu beg kecil berisi wang dibawa oleh dua orang "Datuk-Datuk" tersebut bersama dua orang pengawal peribadi ke bilik 601 Hotel Quality.
Wang ini kemudiannya diagihkan kepada mereka yang hadir.
Memandangkan isteri saya telah tiba dari Perak, bilik lain perlu diuruskan untuk saya. Bagaimanapun bilik di Hotal Quality sudah penuh dan saya akan ditempatkan di Hotel Plaza.
Ketika di lobi Hotel Quality, saya sekali lagi diberikan sejumlah wang tunai lebih kurang RM500 oleh "Datuk-Datuk" tersebut.
Saya kemudiannya dibawa ke Hotel Plaza dan ditempatkan di bilik 820. Wang tunai, beg tangan dan telefon bimbit isteri saya tertinggal di Hotel Quality.
Sepanjang di Hotel Plaza terdapat beberapa orang berpakaian awam mengawal saya dan isteri.
Keluar hotel
Saya kemudiannya dihubungi oleh beberapa orang rakan dan Pengerusi Perhubungan keADILan Perak, Haji Osman Abdul Rahman, Dr. Lee Boon Chye, S.D. Johari dan Zamil Ibrahim. Mereka menyatakan kesediaan untuk membawa saya keluar dari hotel jika saya mahu.
Zulkaply daripada PRM kemudiannya menelefon saya, dan saya menyatakan kesediaan untuk dibawa keluar.
Ng Lum Yong dan beberapa orang tiba dan membawa saya keluar lebih kurang pukul 2 pagi. Saya ditempatkan di Hotel Grand Central. Saya berada di sana kira-kira selama 2 jam.
S.D. Johari kemudiannya membawa saya kembali ke Hotel Quality untuk mendapatkan beg tangan isteri saya tertinggal di sana. Fakhrul Azman menyerahkan di pintu bilik 601.
Saya kemudiannya dibawa ke Shah Alam.
Pada pagi 11 Februari 2004, saya menerima SMS "Zul tergamak ko khianat duit dlm peti dah di ambil berapa? Ezam bayar kau budak ngang mana balance duit dato haramkan ko makan" daripada 016-2720343 dan "Ingat ini melibatkan tpm lari la selagi boleh kerana ezam jgn salahkan org lain" dari nombor yang sama.
Dan saya membuat akuan berkanun ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. - um
---------
[i]Tulisan ini merupakan akuan berkanun Zool Hilmi, Ketua Pemuda KeADILan Perak. Beliau merupakan saksi mata atas kejadian sebenar bagaimana 12 bekas KeADILan menyertai Umno. [/i]
|
|
|
| |
| Did I not tell you so? |
| 02.15.04 (11:16 am) [edit] |
Two months ago, I wrote a Seruan Keadilan (National Justice Party newspaper) editorial entitled ‘Back to the Future: Semangat 46 revisited’. (TAG: Mengimbau Semangat 46) This editorial did not make some people too happy to say the least. Well, medicine is not always sweet and sometimes the more bitter medicine may be the best for you. It is always nice to be able to say, “I told you so!” But the situation may not necessarily always be equally nice. Nevertheless, today, in response to the 12 keADILan members who, yesterday, crossed over to UMNO, I am going to say, “I told you so”, and I am doing that by reprinting my “offending” article below:
SERUAN KEADILAN EDITORIAL DECEMBER 2003
From the word go, the Islamic Party of Malaysia (PAS) never had a comfortable relationship with the Umno-breakaway party, Semangat 46 (Spirit of ‘46). To PAS, Semangat 46 was nothing more than another Umno, a clone of the real thing if you wish. This feeling was strengthened by the fact that Semangat 46’s “perjuangan” was the “restoration” of the “original” Umno and that it had attempted to register itself as “Umno Malaysia” -- and only after the name was rejected by the Registrar of Societies did it change to Semangat 46. For all intents and purposes, Semangat 46, as what the Malays would say, was “gila talak”.
When PAS and Semangat 46 formalised their partnership after the 1990 General Elections when the loose coalition they formed, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), won Kelantan State, the cracks in the relationship started to emerge. The main problem with Semangat 46 was: it was a party of Umno has-beens. Compounding this was the fact Semangat 46’s members and leaders could not shed their Umno culture and brought it with them into Semangat 46.
Semangat 46 toured the country claiming it was the real Umno and that Umno Baru was in fact a “pirated copy”. The reason their party was called Semangat 46, argued its leaders, was because they wanted to revive the spirit of 1946, the year Umno was formed. Their struggle, claimed its leaders, was to revive the old Umno and oust the pretender to the throne, Umno Baru.
Semangat 46 had a new partner, PAS, but it continued to talk about its old partner, Umno. It is like being married to a new wife but constantly talking about your old wife, even calling out her name at the most passionate of moments. I am sure PAS felt insulted, as any wife would when you call out your previous wife’s name at point of climax. It did not take long for Semangat 46 to divorce its new “wife” and go back to the old one, though it had denounced Umno Baru as a fake and swore it would never reconcile may they die and be reborn.
PAS was now a lover scorned and that one bitter episode is something it would take a whole generation to get over. Its bad trip with Semangat 46 was not its first one though, for almost 20 years before that it had joined Barisan Nasional (BN) and had experienced the hurt of betrayal. Umno had invited PAS into the BN marriage only to cripple it once it was part of the government. PAS took a long time to recover from that, but now, not only has it fully recovered, but it is also on top, way ahead of Umno in the fight to win the hearts and minds of the Malay voters.
Since then, PAS never looked back. It has been uphill all the way for the party and it has not even reached the peak yet. After Kelantan came Terengganu. It almost grabbed Kedah as well and it probably only needs an election or two more to not only add Kedah to its list of states under Malay opposition control, but possibly Perlis as well. And who knows, with the right formula, it could even see a measure of success in Selangor and Pahang as well.
Now PAS no longer has Semangat 46 as its bedfellow. Semangat 46 is long dead and buried. In its place is Parti Keadilan Nasional. But the question on PAS’ lips is, while Semangat 46 was a reincarnation of Umno, is keADILan, in turn, a reincarnation of Semangat 46? Semangat 46 certainly displayed serious symptoms of gila talak. KeADILan has to make sure it does not show signs of this same illness. And whatever it says and does must be tempered with this in mind. PAS cannot go beyond where it is now without the help of keADILan. This it knows and it has no reservations of admitting. But it is still quite comfortable where it is even if it can go no further. But the same thing cannot be said for keADILan. KeADILan, therefore, needs to know which side its bread is buttered lest it fondles the wrong side and get sticky fingers.
Raja Petra Kamarudin Director, Free Anwar Campaign http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya... http://www.tun-uda.com/" title="http://www.tun-uda.com/" target="_blank"http://www.tun-uda.com/ - 11.02.2004
|
|
|
| |
| The writings were on the wall, but why did we not act early enough? |
| 02.15.04 (11:15 am) [edit] |
Yesterday’s crossover by the 12 Parti Keadilan Nasional (keADILan) second- and third-liner leaders was expected said its President, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. And their exit will not seriously hurt the party contends Wan Azizah. Maybe so, but there are still pertinent questions that beg answers and Wan Azizah cannot just brush the whole issue aside with a wave of the hand. The “top gun” in that “Dirty Dozen” is probably Ruslan Kassim, the Negeri Sembilan State Chief and one-time Information Chief of the party. The rest, save for Hanafiah Man, the Chief Editor of Seruan Keadilan (the party newspaper), could be regarded as insignificant.
What do all these defectors have in common? They are all enemies of Ezam Mohd Nor, keADILan’s Youth Leader. They just cannot stand the sight of Ezam and all their efforts at bringing down the Youth Leader have failed, so they have given up and have left the party. The crossovers last night can be attributed to one thing -- infighting.
But infighting is normal in any political party, anywhere in the world. The DAP suffers from it. MCA suffers from it. MIC suffers from it. Gerakan suffers from it. Umno suffers from it, in bigger doses than the others. And so on and so forth! Even PAS, to a certain extent, is not spared infighting, but PAS is cleverly able to contain it and the members do not allow any misunderstanding to override party interests.
Take the controversial Islamic State Document (ISD) as one example. Did you think ALL the PAS members and leaders agree with it? If you were to do a “closed-door” opinion poll, you will find that more are against it than those who support it. Nevertheless, the ISD was pushed through without too much open dissent and the simmering below the surface soon after cooled down and life went back to normal. I suppose, PAS, which is a 53-year old political party, is more mature in this respect compared to some others, even those that may be older.
But the PAS members are able to send the party certain hidden messages about their unhappiness. Mustapha Ali’s failure to win the Deputy Presidency recently is one such hidden message. And the leaders got the message.
The keADILan members and grassroots leaders too have sent their party’s top leadership clear messages. And the messages were not hidden mind you. They were very open and very vocal. But the party leaders chose to ignore them. And they do this at the detriment of the party.
Dr Wan Azizah is a doctor, albeit an eye doctor, and any doctor should know that diseases always bear symptoms. And keADILan had been showing symptoms of a certain disease. And any doctor should know that if you ignore the symptoms, then the disease will spread to a point it becomes terminal.
Pain is nature’s way of telling you there is something wrong with you. You ignore the pain; then eventually you die. A common cold may go away. But a cancer will not. And that is what keADILan had been inflicted with all along, a cancer in the form of infighting.
The second reason for the defections is that many of the keADILan members and grassroots leaders were suffering from AIDS -- an income deficiency syndrome. And they were not suffering from this “disease” due to their own doing but it was a cleverly engineered plan by the ruling party to hurt them where it hurts most, in their pockets.
When I was detained under the Internal Security Act (ISA) along with nine others in April 2001, the focus of the marathon interrogation sessions we were subjected to from dawn to dusk were not about bombs, guns, grenade launchers and Molotov Cocktails -- the alleged crime we had committed -- but about where the party gets its finances from, how do we survive, where does our money come from, and so on.
All ten of us were subjected to the same interrogation script. At the end of it all, our interrogators were able to figure out that income from ceramahs and the sale of Reformasi paraphernalia was where most obtained their income. Soon after that, ceramahs were banned and the police clamped down hard on any ceramah with arrests and head-breaking sessions. The street stalls selling VCDs, CDs, etc., were raided, the “illegal” items confiscated, and those petty traders arrested.
Soon the avenues for income were all sealed up and the money, though in dribs and drabs, dried up totally. The opposition members, grassroots leaders and Reformasi activists, though were earning peanuts, now no longer had any source of income whatsoever.
The authorities knew, without any means to put food on the table, these opposition diehards would soon enough “soften”. Those with any skills or qualifications moved on to make a better life for themselves. Some started working. Others opened up food stalls. Perjuangan (struggle) is fine. But if the kids at home are wailing from starvation should not your first priority be to feed them? Islam, after all, says that charity starts at home. And why should one be serving the masyarakat (community) if one’s own family is destitute?
To be fair, the party leadership like Wan Azizah was aware of this. They realised that the “ground” was being squeezed and suffering from an income deficiency syndrome. But there was nothing they could do about it. There were just too many to take care of.
There was one Reformist who needed an expensive heart operation but did not have the money. He appealed for help but everyone he turned to was equally broke. He eventually “ran away” from the hospital because he could no longer afford his stay there. He is now waiting for death to come claim him unless a Samaritan somewhere can fork out the RM60,000 required to save his life.
But even if that Good Samaritan does come forward, what about the many others? One Reformist died recently leaving a widow and two children. Earlier his house was wiped out by a landslide killing one of his sons. He had to build a new house, which the widow would now have to take care of. How do we help this family?
Another hardcore women Reformist’s husband just had his leg amputated due to diabetes. It seems, now, the other leg also needs to be amputated and so far his toes have been cut off to try to save his only leg. How can she continue working for the party with a husband in that condition and with no more money in the kitty?
It is a pathetic situation indeed. All these activists who struggled to try to make this country a better place are now struggling just to stay afloat. While they may have given so much for the sake of a better Malaysia, who will now help them in their hour of need?
Initially, many suffered in silence. They bore it for almost three years. Landlords were chasing families out of their homes due to the many months of unpaid rent. Cars were being repossessed. Those who once used to drive around in Mercedes Benzes now had to travel on buses. I too, who once not only owned a string of Benzes but a Mercedes dealership as well, took to riding a motorcycle.
We took it as all part of the struggle. But then, I may be fortunate. Though my standard of living may have deteriorated drastically, I can still live decently. What about the many others who may not be as fortunate as I? How do they continue with their lives?
Take Ruslan Kassim as one example. For the last couple of years it was apparent he was in dire straits. He was borrowing money from left, right and centre. He even owed me about RM60,000 which I knew I would never see again. And I calculated that Ruslan had debts easily in excess of RM500,000, many in the form of “loans” which the loaner sort of wrote-off the day they handed the money to him, as they knew it was a one-way street.
The party leadership also knew this. Ruslan, who was then the Information Chief, was not performing. Eventually, the Information Bureau office closed down, as Ruslan could no longer sustain it, yet he was still appointed the Negeri Sembilan State Chief. Did the top party leadership not realise that Ruslan was an accident waiting to happen? And Ruslan was not the only one in this predicament. Zahid Md Arip, is another case in point.
Granted, Wan Azizah is too nice a person. Ruslan had served the party well. He was even detained under the ISA because of his loyalty to Anwar Ibrahim. How can she or the party now just dump him? Would this not be zalim (cruel)?
This would be like saying it is cruel to amputate the leg that has gangrene. In fact, if the toes had been cut off earlier, the leg could probably have been saved. Now, due to neglect, the leg has to go. And, if neglected any further due to sayang (love) for the leg, the patient will certainly die.
Wan Azizah cannot afford to be a nice person. She has to be a strong leader. When an amputation is required, an amputation needs to be done. You cut off the leg to save the body. There are no two ways about it. And Wan Azizah, as a doctor, should know this.
If Ruslan and those “AIDS” patients had been removed, the party could have been spared this embarrassment of the defections. Wan Azizah should have known that the defections were inevitable. The only question is the timing, and it makes sense that the timing should be close to the coming election. But at least, if they did defect, they would not have been able to do so while holding “sensitive” positions in the party. That way, the party’s image would not suffer too much.
Dr Mahathir Mohamad may have been a dictator. But he was a strong party leader and he would have nipped it in the bud, like what he did with Anwar Ibrahim though mercilessly at that. And that is why Mahathir can be considered a “good” politician. Even Prophet Muhammad dealt with the enemy using the sword when all reasoning failed. One must take proactive action and not reactive like what the party is doing now in the damage control exercise following the defections.
Take my word, there are many still around who are in dire straits. Also, take my word we could probably see more defections in the days or weeks to come. Some, in fact, have “quietly” slipped away and are no longer active in the party, waiting for the “right” time to announce their defection. And there is nothing we can do about this, short of paying them a handsome monthly salary to make them stay. But then, we do not have barrels of money like UMNO does.
The positive aspect of these defections is that these people, except for people like Hanafiah Man, were not productive anyway. Their exit will not really hurt the party because they had not been contributing to the party for some time now. Maybe, in a way, this is actually good. Now that we are rid of the deadwood their places can be filled by more capable people who can really contribute to the party. We no longer need to let these people hold posts in the party, not because they are the best for the post, but because we kenang jasa (in consideration of their past services).
At worse, the party will suffer an image problem due to these defections last night. But then, in politics, image is everything and that is why UMNO is making a big show out of the whole thing. While we can easily replace these people -- which was what should have been done earlier anyway -- we will not be able to overcome that negative image problem that easily.
And this the party must address. And Wan Azizah now has to be brutal and identify those potential defectors and chop them off. And it is not too difficult to identify who they are. In fact, if you keep those bad apples around any longer, the good ones might instead leave out of disgust, like one or two have already done.
Raja Petra Kamarudin Director, Free Anwar Campaign http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya... http://www.tun-uda.com/" title="http://www.tun-uda.com/" target="_blank"http://www.tun-uda.com/ - 11.02.2004
|
|
|
| |
| Mr. Clean Sudah Jadi Mr. Kelentung? |
| 02.13.04 (11:23 pm) [edit] |
Setelah menyedari reaksi rakyat marhaen betapa pentadbirannya selama 100 hari tidak akan membawa negara ini maju ke hadapan, para strategis Paklah buka fail Pelan B dan menyogok dua nama bergelar Tan Sri untuk didakwa kerana rasuah. Yang pertama, Tan Sri Eric Chia telah ditonjolkan ke muka pengadilan dengan tuduhan pecah amanah melibatkan tidak lebih RM70 juta. Untuk menyedapkan cerita, Polis Raja Di Malaysia telah menghambat beliau di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan dan menangkapnya di tempat rehat semasa beliau mahu makan. Apa salahnya kalau Ketua Polis Negara menelefon beliau dan memberitahu agar pergi ke balai polis berdekatan rumahnya untuk satu siasatan polis?
Soalnya sekarang, kenapa polis mengerahkan satu pasukan petugas menghambat beliau di lebuhraya? Nasib baik tak mainkan lagu Getaran Jiwa (ikut gelagat Norian Mai main lagu itu semasa mahukan anggota Al Maunah menyerah diri di Sauk dahulu) semasa dia sedang makan sebelum menahannya!!!!!!!
Berapa persenkah jumlah yang dikatakan pecah amanah kalau dibandingkan dengan RM13 billion yang lesap? Tak sampai lima persen pun! Apa jadi dengan yang sebanyak tiga belas billion itu? Siapa lagi yang balun?
Apabila Eric Chia ditahan, hampir keseluruhan masyarakat kedutaan asing sudah mengangguk kepada satu berita hangat yang selama ini terpendam di kalangan mereka: Bahawasanya Eric Chia hanya orang suruhan ataupun proksi Tun Kepala Taik Mahathir, sahaja!!!!!! Sebilangan besar duit yang lesap melalui Perwaja sebenarnya telah digunakan untuk mengongkosi pilihan raya umum bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.
Ada pula sumber risikan pihak tertentu yang mempunyai maklumat betapa sebahagian besar wang subsidi yang disalurkan kepada Perwaja telah disedut keluar semasa teraju pengurusan Perwaja diganti oleh orang baru selepas Eric Chia. Secara tidak semena-mena beberapa bangunan pencakar langit naik tersergam atas nama sebuah syarikat yang ada kaitan dengan peneraju baru Perwaja itu. Syarikat itu sebenarnya satu syarikat proksi bagi anak-anak tertentu kepada si Tun Kepala Taik.
Kisah syarikat mega bertaraf korporat di mana teraju pengurusan dipegang oleh orang tertentu yang sebenarnya merupakan proksi Tun Kepala Taik Mahathir memang bukan kepalang banyaknya. Kalau mahu disebut di sini, mungkin tidak ada peluang untuk pembaca membaca semua nama itu sekali baca. Kena baca berulang kali pula. Memadailah kita katakan semua proksi itu adalah orang suruhan yang ditugaskan merealisasikan satu impian indah yang sebenarnya haprak belaka.
Apa kata kalau kita sebut akan syarikat Proton dan pembazirannya? Apa yang akan terjadi kalau satu hari nanti terdedah segala maklumat bagaimana Proton dan Perwaja Steel menjalani satu gerakan operasi yang sama juga getarannya? Proton sedang tercungap sekarang ini dan harga keretanya tidak mampu turun mengikut rentak penurunan harga kereta global, sedangkan selama ini rakyat marhaen telah berkorban membeli kereta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualannya di luar negara.
Bagaimana pula dengan projek Bakun yang digantung setelah kerajaan membayar gantirugi kepada Tan Sri pembuat Batang Penyapu? Kemudian wang itu dilarikan dengan pesawat ‘Global Express’ ke Paris, sedangkan Ting adalah tetamu Peranchis kerana mengekori rombongan seorang Perdana Menteri? Kalau tidak kerana keberanian kastam Peranchis, rakyat negara ini tidak akan tahu bagaimana gantirugi itu sebenarnya dibayar kepada seorang proksi juga!!! Wang yang dilarikan ke luar dengan ihsan kos penerbangan percuma itu dikatakan sekitar RM800 juta.
Apa sangatlah RM24 juta yang disonglap oleh Kasitah Gadam, yang mungkin digunakannya untuk membeli undi menyokong BN di Sabah? Apakah status Kasitah Gadam sekarang? Adakah dia digantung daripada jawatannya ataupun disuruh berhenti kerana sudah ada kes rasuah ataupun ditukar kepada Jabatan Perdana Menteri sahaja? Kalau Kasitah menang nanti, apakah dia akan diberikan semula jawatan menterinya? Apakah implikasi penangkapan ini kepada kemenangan BN di Sabah?
Apabila menyebut pembayaran gantirugi dan subsidi kepada projek mega, bagaimana dengan Tan Sri Vincent Tan yang dibantu lebih lima kali bagi setiap projek penswastaannya yang kantul belaka? Bagaimana pula setelah dibantu dengan subsidi itu semua pengurusan syarikat yang gagal itu diserahkan balik padanya untuk diuruskan lagi? Kalau wang rakyat telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang kantul itu, kenapa pula dia masih difaraidkan syarikat itu?
Seperti yang semua orang maklum, Vincent Tan mempunyai beberapa perniagaan di Australia melibatkan projek cuci kereta dan penjualan ‘home video’. Projek niaga semacam ini mudah terdapat di merata negara dibuat oleh sindiket yang dikuasai oleh Jacky Chan. Itulah taraf Vincent Tan di luar negara. Tetapi di negara ini dia dianggap sebagai pakar penswastaan yang tidak mampu diuruskan oleh anak-anak Malaysia khusus pegawai Melayu yang berkelulusan tinggi-tinggi. Vincent Tan masih menjadi peneraju utama syarikat milik rakyat itu dengan saham yang sama dan bayaran gaji tahunan sekitar sepuluh juta.
Apabila disebut kisah subsidi dan wang ihsan menebus kebankrapan syarikat mega, tentu kita ingat lebih dua billion yang dibelanjakan untuk menyelamatkan syarikat anak-anak Tun Kepala Taik. Saya pernah kata sepatutnya semua syarikat itu pulang kepada pangkuan rakyat jelata dan diuruskan oleh pengurusan yang dilantik oleh satu badan bebas. Di waktu yang sama apa juga wang simpanan yang ada atas nama mereka mesti dimilik-negarakan untuk digunakan bagi menyelamatkan syarikat itu.
Bagaimana pula dengan kisah beberapa Tan Sri yang dimanjakan oleh si Tun Kepala Taik dengan tanah kerajaan seperti tanah bekas tapak Sekolah Convent Bukit Bintang, serta diberikan pinjaman bank di negara ini termasuk wang KWSP dan Tabung Haji, tetapi telah melencongkan dana tersebut untuk melabur di negara lain seperti di Britain, Afrika dan USA?
Nampak sangat semacam ada satu skrip besar melakonkan penangkapan proksi Mahathir kali ini. Mula-mula ia bermula dengan Eric Chia daripada kaum Cina, kemudian Kasitah Gadam, seorang Bumiputra, kemudian siapa lagi? Apakah Tan Sri Samy Vellu akan menyusul kerana kes Maika Holdings? Ataupun mungkinkah berlaku penangkapan seorang pemimpin India dengan tuduhan menyonglap duit sebagai upah dan wang pendahuluan dalam mendapatkan gelaran DiRaja?
Paklah memang dalam dilemma besar. Bukan kepalang besarnya. Sebagai cucu seorang ulama besar tentu dia sedar akan pertanda dari langit. Satu ketika dahulu Putrajaya dilanda taufan sehingga banyak atap genting yang berterbangan dan tanah runtuh. Tidak lama selepas kejadian itu, Tun Kepala Taik telah tersasul cakap mahu berundur daripada pentas politik yang diterajuinya selama 22 tahun. Kisah ini tidak mahu diperbesar-bearkan oleh media propaganda UMNO dan BN.
Peristiwa buruk taufan yang sama melanda lagi. Ia muncul beberapa hari sebelum Paklah memasuki ambang ke-100 hari sebagai Perdana Menteri. Apa pula gerangannya pertanda itu.
Saya bukan seorang perawi tetapi saya nampak betapa nyawa Paklah sedang dalam bahaya. Paklah harus berhati-hati dengan keselamatan dirinya, jangan dia merupakan Perdana Menteri Malaysia yang mula-mula sekali mati terbunuh kerana pembunuh upahan.
Satu ketika dahulu, Anwar Ibrahim telah melalui beberapa peristiwa yang mengancam nyawanya. Sehinggalah beliau terpenjara, masih ada usaha membunuhnya baik secara cepat mahupun secara berdikit-dikit. Allah masih menyayangi Anwar dan mahu dia terus bernafas. Lagi pun Anwar cekal dan kental.
Apakah Paklah mempunyai ketahanan diri seperti itu?
Masyarakat kedutaan antarabangsa tahu segala kelemahan Paklah. Dia naik kerana adanya satu kumpulan manusia yang menyokongnya seperti dalam Polis, Tentera dan BTN. Yang lebih penting lagi dia naik kerana si Kepala Taik tersasul cakap dan terpaksa memberi laluan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Itu pun ada syaratnya. Pertama Najib mesti jadi Timbalan Paklah. Kedua, orang yang memufliskan Bank Negara mengikut rentak Mahathir mesti menjadi Menteri Kewangan Kedua.
Demikian antara syarat-syarat itu, yang lain kita bincangkan lain kali. Inilah yang mencetuskan satu tanda tanya: Bila pula Tan Sri Menteri Kewangan Kedua itu akan didakwa kerana salah guna wang kerajaan melibatkan 33 BILION? Siapa yang mengaudit akaun Bank Negara. Beliau merupakan proksi Mahathir. Apa kata kalau sebahagian wang itu telah diterbangkan ke Latin Amerika untuk Mahathir membeli sebahagian ladang besar di sana? Ataupun ke Britain di mana dia sudah mempunyai satu mahligai purba menjadi singgahsana barunya?
Semua tanda tanya ini sedang menghantui setiap rakyat marhaen di negara ini kerana mereka mahu tahu jawapannya. Paklah telah membuka kotak Pandora dengan penangkapan Eric Chia dan Kasitah Gadam. Dia mesti teruskan penangkapan dan pendakwaan.
Kalau diikutkan syarat penangkapan dan iltizam Paklah, tidak ada seorang pun anggota kabinet beliau yang akan terlepas. Kalau semua mereka itu adalah proksi Mahathir seperti yang disebut-sebut oleh masyarakat kedutaan antarabangsa di Kuala Lumpur, bererti si Tun Kepala Taik akan menjadi saksi paling utama dalam setiap kes yang akan dibuka oleh BPR.
Kalau Mahathir disapina oleh mahkamah kali ini, takkan Paklah luluskan permohonan beliau mahu tahu apa soalan yang akan ditanya padanya oleh mahkamah?
Segala kemungkinan ini mencetuskan beberapa teka-teki:
Apakah penangkapan dan tuduhan yang baru terjadi mendapat restu Tun Kepala Taik? Jika tidak, bagaimana mungkin Paklah begitu berani bertindak begitu sedangkan dia tidak berani merombak kabinet yang ditubuhkan oleh Mahathir?
Kalau kes Eric Chia dan Kasitah menjadi unsur dan faktor penangkapan dan pendakwaan BPR, bererti sudah sedia ada lebih tiga puluh kes yang boleh dibawa ke muka pengadilan pada akhir bulan ini. Semuanya akan mempalitkan TKT Mahathir.
Satu ketika dahulu, Anwar Ibrahim hampir terkorban semasa diserbu di rumah beliau kerana dia enggan mengeluarkan cek untuk membantu bebanan anak-anak Mahathir, Ting dan Vincent Tan. Kegagalan membunuh itu telah membuatkan Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Noor dirasuk penyakit anjing gila dan membaham Anwar sehingga lumat sedangkan tangannya bergari di belakang dan matanya ditutup ketat. Ada desas-desus mengatakan semasa Rahim melakukan kerja gila itu TKT Mahathir ataupun proksinya dalam kabinet ada bersama Rahim dan turut tumpang sekaki. Kerana itu buku catatan keluar masuk sel boleh hilang lesap secara kilat.
Penangkapan Anwar dan pemenjaraannya adalah satu hukuman zalim kerana dia tidak bersalah. Yang mendapati beliau bersalah ialah para hakim upahan TKT Mahathir.
Kalau projek tangkap-menangkap yang dimulakan oleh Paklah ini tidak mendapat restu TKT Mahathir, besar kemungkinan Paklah akan mati ditembak oleh pihak tertentu yang tidak mahu diaibkan secara terbuka. Ataupun dia digulingkan dengan apa juga muslihat, ugutan dan tipu daya politik yang ada. Sekali gus, Najib akan menjadi Perdana Menteri seperti yang diimamkan oleh ‘Uncle Dir’nya. Berbaloikah usaha Paklah menukar imej daripada Mr. Clean kepada Mr. Kelentung?
Marhaintua 13 Februari, 2004
|
|
|
| |
| MANIFESTO UNTUK PILIHAN RAYA KE-11 |
| 02.13.04 (11:21 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Pilihan Raya Umum ke-11 amat dekat dengan kita. Suasana politik yang dikuasai oleh UMNO amat panas. UMNO siang malam 24 jam memainkan peranannya melalui media massa [dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti pasukan polis, SPR, BPR dan System Kehakiman] mencucuk jarum propagandanya ke dalam pemikiran rakyat bahawasanya, “UMNO/BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia. Boleh memberi keamanan kepada rakyat. Boleh membawa pembangunan dan kebahagiaan kepada rakyat. UMNO boleh memberi segala-segalanya yang ada di dunia ini. Parti lain, selain dari UMNO/BN akan membawa kehancuran kepada Negara dan kehidupan rakyat menjadi melarat dan merempat mengharap bantuan asing yang akhirnya membawa Negara ke arah kekacauan dan akan mewujudkan ketidak-stabilan politik dan ekonomi”.
UMNO telah menggunakan pasukan polis untuk menyekat kemaraan PAS khususnya bagi menghalang rakyat mendapat pandangan kedua dan maklumat mengenai kejahatan UMNO dalam memerintah Malaysia selama 46 tahun. Contohnya, PAS Perhubungan Negeri Kedah telah mengadakan satu carnival bertempat di Batu 6, Tandop, Kota Sarang Semut, Kedah mulai 4 hingga 9 Februari 2004. Sebelah siangnya diadakan pelbagai aktiviti dan sebelah malamnya seperti mana biasa diadakan ceramah. Sambutan orang ramai amat menggalakkan. Pihak polis telah melakukan pelbagai tekanan untuk menghalang orang ramai menghadiri karnival tersebut.
Pada malam terakhir, 9 Februari 2004, satu Ceramah Perdana diadakan di antara tetamu utama yang menyampaikan ucapan ialah YAB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang, Presiden PAS dan MB Terengganu. Polis telah memulakan gerakkannya dengan melakukan sekatan jalan raya dari semua arah menuju ke tempat ceramah tersebut. Pada malam itu, pihak polis benar-benar melakukan provokasi bagi menghalang program itu berlangsung. Saya dengan beberapa teman terpaksa meredah sawah bendang [nasib baik sekarang Kedah mengalami musim kemarau, jadi sawah bendang kering kontang] dan sampai ke tempat ceramah pukul 11.15 malam. Pada malam itu kami tidak dapat mengikuti sepenuhnya ucapan-ucapan yang disampaikan oleh penceramah-penceramah terdahulu daripada Haji Hadi. Dianggarkan lebih 50,000 orang berkumpul untuk mengikuti ceramah tersebut, walaupun ada angkara daripada pasukan polis. Begitulah amalan demokrasi di Malaysia, yang mana jika ada majlis yang sama yang dianjurkan oleh UMNO pasukan polis akan memberi segala kerjasama dan sokongan hatta diadakan di kawasan sekolah seperti yang berlaku di SMK Pendang baru-baru ini.
Berdasarkan kepada scenario yang kami hadapi itu, maka terfikir di fikiran adalah amat baik PAS dan Keadilan [walaupun Keadilan sekarang ini menghadapi masalah pemimpin-pemimpin mudanya dibeli oleh UMNO] memasukkan agenda yang akan dilakukan oleh mereka apabila berkuasa kelak dalam manifesto. Banyak pandangan yang telah diberikan oleh ramai penulis dalam ruangan ini untuk melakarkan satu manifesto bagi digunakan dalam kempen pilihan raya ke-11 nanti yang boleh diterima baik oleh semua rakyat di Negara ini.
Manifesto ialah satu kenyataan atau hasrat yang ditawarkan kepada rakyat yang mengandungi unsur-unsur perjanjian yang mana apabila rakyat memilih orang, pertubuhan atau organisasi yang membuat kenyataan atau hasrat tersebut, maka menjadi satu kewajiban pada orang, pertubuhan atau organisasi itu menunaikan perjanjian tersebut.
Melalui ruangan ini, saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang patut disentuh oleh PAS dan Keadilan untuk merangka manifesto tersebut, yang perkara ini belum disentuh lagi oleh mana-mana penulis. Sebagaimana semua kita sedia maklum bahawa asas pemerintahan demokrasi dalam sesebuah Negara dimainkan oleh 3 badan utama, iaitu pertama, Badan Perundangan [ Parlimen ], kedua, Badan Eksekutif dan ketiga, Badan Kehakiman.
Ketika-tiga badan ini berfungsi seperti yang ditetapkan oleh Undang-undang [Perlembagaan Malaysia]. Dalam menjalankan peranan masing-masing, badan-badan ini tidak boleh sama sekali mencampuri bidang kuasa yang dimiliki oleh badan lain. Contohnya, Badan Eksekutif tidak boleh mencampuri hal ehwal Badan Kehakiman yang fungsinya untuk menyemak pelaksanaan sesuatu Undang-undang itu adakah ia mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan oleh Parlimen. Dalam erti kata lain pihak Eksekutif tidak boleh menentukan hukuman ke atas seseorang sebelum mahkamah membicarakan orang itu mengikut proses Undang-undang yang adil dan benar.
Kita amat malang menjadi rakyat Malaysia, yang mana semua badan-badan ini tunduk dan sujud dengan kehendak pihak Eksekutif sehinggakan system pemerintahan menjadi kacau-bilau dan caca-marba. Keadilan dan kebenaran tidak dapat ditonjolkan. Misalnya, kes Jackie Chan, seorang ketua gangster yang terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah tidak pernah dibicarakan dan dikuarantinkan satu tahun di Simpang Renggam, Johor di bawah Akta Darurat 1960 dan kini dibebaskan dengan mendapat pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong.
Bandingkan pula kes yang menimpa bekas MP Kota Melaka Lim Guan Eng, anak Lim Kit Siang [Pengerusi DAP]. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan dan dipenjarakan selama 19 bulan. Semua proses Undang-undang dilaluinya termasuk mendapatkan tandatanagan seramai 300,000 untuk menyokong beliau mendapat pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong, tetapi semuanya gagal. Beliau terpaksa menjalani hukuman penjara dan hilang semua haknya sebagai wakil rakyat.
Oleh itu, saya mencadangkan:
Pertama, PAS dan Keadilan perlu menyatakan hasrat untuk memperbaiki system Badan Perundangan iaitu Parlimen supaya ia benar-benar menjadi tempat percambahan fikirkan bagi menggubal pelbagai Undang-undang dan dasar-dasar Negara demi kepentingan rakyat. Bukan seperti sekarang, Parlimen kelihatan sebagai sebuah badan “rubber stamp“ untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN.
Kedua, PAS dan Keadilan perlu menyatakan secara jelas kepada rakyat hasrat untuk memperbaiki system Kehakiman kita yang kelihatan terlalu dikongkong oleh kuasa politik UMNO/BN. PAS dan Keadilan perlu nyatakan kepada rakyat bahawa Badan Kehakiman akan dibebaskan daripada belenggu kuasa politik apabila rakyat memberi kuasa memerintah kelak.
Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim bukan ditentukan oleh Perdana Menteri, sebaliknya ditentukan dan disahkan oleh Parlimen sebelum ianya diangkat untuk mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong. Di sini mesti diadakan satu “public inquiries“ untuk menilai kelayakan Ketua Hakim dan Hakim-hakim yang akan dilantik itu benar-benar layak dan mencerminkan keadilan dapat ditegakkan. Kita tidak mahu system yang kita amalkan sekarang ini digunapakai lagi kerana pelantikan tersebut mencemarkan system keadilan yang ada. Mereka bertanggungjawab kepada Parlimen bukan kepada Perdana Menteri.
Begitu juga dengan pelantikan Peguam Negara, ia mesti melalui proses “public inquiries“ juga. Kita tidak mahu seseorang pegawai Undang-undang yang penuh kontroversi dilantik ke jawatan itu kerana dengan kuasa budi bicara yang ada padanya disalah-guna untuk menjaga kepentingan kuasa orang-orang tertentu. Ia bertanggungjawab kepada Parlimen bukan kepada Perdana Menteri.
Ketiga, Badan Eksekutif hendaklah dibebaskan daripada kongkongan kepentingan politik sempit yang mementingkan kuasa. Biarkan badan ini bergerak bebas.
Keempat, PAS dan Keadilan perlu menyatakan hasrat untuk membebaskan Pasukan Polis daripada diperkudakan mana-mana pihak untuk kepentingan masing-masing. Pasukan Polis hendaklah dikembalikan ke tugas asal iaitu menjaga keamanan rakyat dan menguatkuasakan Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Ini kerana kadar jenayah semakin meningkat disebabkan pasukan polis tersasar daripada menjalankan tugas sebenar asyik untuk menjaga kepentingan UMNO/BN.
Kelima, peranan SPR mesti ditunjukkan ia benar-benar bebas dan bertanggungjawab terhadap Parlimen bukan kepada Perdana Menteri. SPR mesti diberi kuasa untuk membuat pemantauan setiap kali pilihan raya diadakan. Sesiapa yang melanggar peraturan kesalahan pilihan raya mesti diambil tindakan tanpa mengira sesiapa. Perjalanan SPR sekarang ini terganggu kerana ia terletak di bawah pengaruh Perdana Menteri.
Keenam dan terakhir, BPR mesti diletakkan di bawah Parlimen bukan di bawah JPM. BPR mesti diberi kebebasan untuk menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terhadap mana-mana orang yang disyaki terlibat dengan rasuah bukan melalui Jabatan Peguam Negara seperti yang diamalkan sekarang yang akan merujuk pula kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri tiada kuasa untuk mengganggu kerja-kerja BPR.
Saya amat berharap PAS dan Keadilan memberi prihatin terhadap cadangan saya ini. Kita semua mengharapkan sebuah kerajaan yang baik untuk menguruskan Negara ini untuk kepentingan rakyat keseluruhannya bukan untuk kepentingan diri yang boleh menjerumuskan Negara kea rah kehancuran dalam jangka masa panjang.
Sekian, kita akan bertemu lagi dengan satu lagi artikel yang bertajuk “Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kemenangan“. InsyaAllah. Terima kasih. Wassalam.
- Meli - 12.02.2004
|
|
|
| |
| Kedah Lanie: Apa sudah jadi dengan Amanah Saham Kedah |
| 02.13.04 (11:19 pm) [edit] |
Assalamualaikum, Tahukan anda berapa harganya Amanah saham Kedah (ASK) pada masa ini? Jika dilihat akan perancangan Kedah Maju 2010 sudah tentu kita akan menyangkakan harga saham itu berada pada kadar sama dengan harga saham ASN iaitu pada RM0.66 seunit. Tetapi malangnya ianya indah kabar dari rupa kerana harga ASK sekarang ini berada pada kadar RM0.31 iaitu lebih murah dari harga Tea ‘O’ panas atau roti canai sebiji. Ingatkah kita semasa ianya mula dilancarkan dahulu, dimana seluruh rakyat telah dicanangkan akan ASK ini sehinggga ada petani-petani dan penoreh-penoreh di kampung sanggup membuat pinjaman semata-mata ingin membeli akan saham ini dengan harga bukanya pada RM 1.00 seunit. Tapi cuba bayangkan akan nasib yang melanda dengan harga yang telah jatuh sehingga 3X ganda itu, apa sudah jadi dengan pinjaman yang telah dilakukan itu… fikirkanlah?
Apakah tindakan kerajaan negeri Kedah untuk menyelamatkan nasib-nasib pembeli ASK pada masa ini…dari apa yang dilihat ianya macam sunyi sepi aja…macam tak ada apa-apa yang berlaku… tetapi jika kita lihat akan kerajaan Negeri Selangor dan Johor sekurang-kurangnya mereka menawarkan kepada pembeli saham-saham negeri mereka dengan tawaran untuk membeli semula dengan harga belian dahulu atau dengan kata dollar to dollar.
Untuk pengetahuan kerjaan negeri Terengganu yang mana mereka juga menguruskan amanah saham negeri sendiri (ASDI) yang mana mereka telah mampu memberikan pulangan yang meningkat setahun ke tahun dari mula memerintah pada tahun 1999 hingga ke 2003 dengan kadar bonus dan dividen juga meningkat.
Jika dengan masalah saham pun kerajaan tak mampu nak menyelesaikannya bagaimanakah hendak menjadi Kedah Maju 2010……fikirka nlahhh????
“Progresif Adil Sejahtera”
BA tawan Kedah 2004…Insya’Al lah
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 09.02.2004
|
|
|
| |
| Sudah Terang Lagi Bersuluh, Kenapa Tidak Bertindak Awal? |
| 02.13.04 (11:18 pm) [edit] |
Kisah melompat parti ahli Parti Keadilan yang melibatkan 12 orang pemimpin lapisan kedua dan ketiga memang telah lama dijangka oleh Presiden Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pemergian mereka tidak akan menjejaskan parti, jelas beliau. Mungkin juga, tetapi masih ada beberapa persoalan yang memerlukan jawapan dan Wan Azizah tidak boleh menepis begitu sahaja isu itu. Orang yang paling tinggi pangkatnya di kalangan ‘sedozen yang melompat’ itu ialah Ruslan Kassim, Ketua Keadilan peringkat Negeri Sembilan dan satu ketika dahulu menjadi Ketua Penerangan parti. Yang lain kecuali Hanafiah Man (Ketua Editor Seruan Keadilan (akhbar parti) boleh dianggap sebagai melukut sahaja.
Apakah kesamaan yang terdapat kepada mereka sedozen ini? Semua mereka itu telah memusuhi Ketua Pemimpin Pemuda, Ezam Mohd Nor. Kerana terlalu membenci Ezam dan gagal dalam usaha menjatuhkannya, mereka mengalah dan bertindak keluar parti. Peristiwa melompat parti itu bolehlah dikatakan berpunca daripada satu isu sahaja - perang dalaman.
Akan tetapi pergaduhan dalaman memang merupakan satu perkara biasa pada setiap parti politik, di mana jua di dunia ini. DAP pernah merana kerana perkara itu. Demikian juga MCA dan juga MIC bahkan juga Gerakan. Apalagi UMNO, yang mengharunginya lebih hebat lagi berbanding yang lain-lain. Malahan juga PAS, tidak terkecuali daripada fenomena ini, cuma PAS pandai mengekangnya dan ahli-ahli parti tidak membenarkan salah faham itu mengatasi kepentingan parti.
Cuba ambil kisah Dokumen Negara Islam sebagai satu contoh. Apakah semua pemimpin PAS dan ahli parti bersetuju sebulat suara? Kalau diadakan satu pungutan pendapat (poll) secara tertutup tentu akan timbul jumlah yang lebih ramai menentang konsep itu berbanding mereka yang menyokongnya. Namun demikian, DNI itu telah di kemukakan juga tanpa banyak bantahan terbuka dan pergolakan yang bergelora di sebaliknya akhirnya menjadi dingin untuk membolehkan kehidupan berjalan seperti biasa. Saya fikir, PAS yang sudah berusia 53 tahun, adalah lebih matang dalam hal ini berbanding parti lain, walaupun banyak parti itu mungkin lebih tua usianya.
Akan tetapi, ahli-ahli PAS berjaya menyalurkan satu isyarat terpendam kepada pucuk kepimpinan parti tentang ketidak-puasan mereka. Kegagalan Mustapha Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden baru-baru ini adalah salah satu isyarat itu. Pucuk kepimpinan pun dapat menerima maksud isyarat yang terpendam itu.
Akar umbi KeADILan dan pemimpin bawahan memang telah menghantar isyarat yang amat jelas kepada pucuk kepimpinan parti. Segala mesej mereka memang jelas dan terang. Memang kumpulan itu begitu lantang dan berfahaman terbuka, tetapi pemimpin parti lebih selesa tidak mempedulikan mereka. Tindakan mereka tentunya menjejaskan perjalanan parti.
Wan Azizah adalah seorang doktor, khususnya seorang pakar mata. Tentunya mana-mana doktor akan dapat tahu betapa setiap penyakit ada simptomnya. KeADILan telah lama menunjukkan simptom tertentu. Mana-mana doktor akan faham kalau simptom itu sengaja diabaikan, maka penyakit yang ditanggung akan menular hingga menjadi barah.
Kesakitan adalah merupakan satu isyarat adanya sesuatu yang tidak kena pada diri seseorang. Kalau kesakitan itu dibiarkan terabai, akhirnya si penanggungnya akan mati. Kalau seseorang dihinggapi selesema biasa, penyakit itu lambat-laun akan menghilang juga. Tetapi, bukan begitu halnya dengan barah yang ditanggung. Inilah yang sudah lama menghinggapi KeADILan selama ini, yakni barah dalam bentuk pergaduhan dalaman.
Sebab kedua berlakunya paling tadah itu ialah kerana kebanyakan anggota KeADILan dan pemimpin akar umbi sedang menanggung penyakit AIDS – jenis ‘An Income Deficiency Syndrome’ (Sindrom Kekurangan Pendapatan) Mereka menanggung penyakit ini bukan gara-gara pilihan sendiri, tetapi kerana ia sudah direncana begitu licik oleh parti pemerintah untuk menghenyak mereka di tempat yang paling menyakitkan, yakni di saku masing-masing.
Ketika saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) bersama sembilan orang lain pada April 2001, tumpuan soal-siasat yang dilakukan bertubi-tubi daripada subuh hingga ke senja bukannya soal bom, pelancar roket dan Molotov Koktel seperti yang didakwa sebagai jenayah yang kami lakukan – tetapi soal bagaimana parti KeADILan mendapat kewangan untuk terus bernafas. Bagaimana pula kami dapat terus hidup, dan bagaimana kami dapat wang mengongkosi hidup kami, dan sebagainya lagi.
Kesemua sepuluh orang yang ditahan itu telah disoal dengan skrip soalan yang sama. Akhirnya barulah para penyelidik kami itu sedar bahawa pendapatan daripada ceramah dan penjualan lambang dan lencana Reformasi adalah punca pendapatan itu semua. Tidak berapa lama kemudian, kerajaan mengharamkan ceramah dan polis bertindak ganas terhadap sebarang sesi ceramah itu dengan tangkapan dan kelakuan biadap yang kejam. Gerai-gerai di tepi jalan yang menjual CD, VCD dan sebagainya telah digeledah dan barang yang dikatakan ‘haram;’ itu dirampas, dan peniaga yang tidak berdosa telah ditangkap.
Lama-kelamaan punca sumber pendapatan telah menjadi kering-kontang. Anggota pembangkang, pemimpin akar umbi dan aktivis Reformasi yang ketika itu masih bertahan dengan pendapat ala kadar, kini sudah kehilangan sebarang punca pendapatan mereka.
Pihak berkuasa faham kalau sudah sukar menyediakan makanan di meja, pengikut pembangkang yang keras hati pun akan menjadi ‘lembut’ akhirnya. Mereka yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan telah beralih jauh untuk mencuba nasib mereka sendiri. Ada yang mula bekerja. Ada yang membuka gerai makan. Memang tidak salah meneruskan perjuangan. Tetapi kalau kanak-kanak di rumah meraung kerana kelaparan bukankah keutamaan kita menyuapkan rezeki ke mulut mereka dahulu? Lagi pun Islam menyarankan bahawa kemurahan hati itu harus bermula di rumah sendiri. Kenapa pula mesti memperjuangkan hal ehwal masyarakat kalau anggota keluarga hidup merana?
Sebenarnya, pucuk kepimpinan parti, khususnya memang menyedari perkara ini. Mereka sedar betapa peringkat akar umbi sedang dipenyek, betapa mereka sedang ketandusan punca pendapatan itu (AIDS). Tetapi apakan daya, terlalu banyak golongan yang serupa itu untuk dibantu. Ada seorang Reformis yang memerlukan ongkos yang tinggi untuk menjalani pembedahan jantungnya, tetapi ketiadaan wang sebanyak itu. Dia telah membuat rayuan agar ada sesiapa yang membantunya. Tidak ada yang mendengarnya sehingga mereka sudah pokai seperti dia juga. Akhirnya beliau lari daripada hospital yang merawatnya kerana tidak lagi mampu berada di situ. Kini dia menunggu saat kematian kecuali ada seorang penderma yang sanggup membelanjakan RM60,000 untuk menyelamatkan nyawanya.
Walaupun ada orang yang baik-budi sanggup tampil, bagaimana pula kisah orang yang lain? Ada seorang Reformis yang baru-baru ini meninggal dunia meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Sebelum itu rumah beliau telah musnah dalam satu kejadian tanah runtuh yang mengorbankan salah seorang anak lelakinya. Dia terpaksa membina semula satu rumah kediaman baru, yang terpaksa diteruskan oleh jandanya. Bagaimana cara membantu keluarga ini?
Ada seorang penyokong Reformasi yang sungguh setia mempunyai suami yang terpaksa dipotong kakinya kerana penyakit kencing manis. Khabarnya kaki yang satu lagi pun perlu dipotong. Doktor sudah mulakan memotong bahagian jari dahulu, untuk menyelamatkan kaki itu. Bagaimana mungkin wanita ini meneruskan perjuangannya untuk parti sedangkan si suami berada dalam keadaan begitu, tanpa duit simpanan mereka?
Inilah keadaan yang sungguh malang. Semua aktivis yang berjuang ini cuba menjadikan negara ini sebuah negara yang lebih baik sedangkan mereka hanya mampu bernafas untuk terus hidup. Mereka telah banyak berkorban untuk kebaikan Malaysia, siapa pula yang sanggup membantu semasa mereka amat memerlukannya?
Pada tahap awal ramai yang sanggup menanggung keperitan itu secara sendirian, senyap-senyap. Mereka menanggungnya hampir tiga tahun. Tuan rumah telah mengejar mereka kerana sewa yang tertunggak berbulan lamanya. Kereta telah ditarik balik. Mereka yang pernah selesa dengan memiliki Mercedes kini sudah terpaksa menggunakan bas. Saya pun begitu kerana pernah memiliki beberapa kereta Merc dan satu lesen pengedar Mercedes. Kini terpaksa merasa selesa menunggang motorsikal pula.
Semua itu dianggap sebagai sebahagian perjuangan kita. Walaupun cara hidup ini sudah semakin menjunam dengan dahsyatnya, saya masih mampu hidup secara selamba. Bagaimana orang lain yang tidak bernasib baik seperti itu? Bagaimana mereka meneruskan hidup mereka? Cuba ambil Ruslan Kassim sebagai contohnya. Sejak beberapa tahun yang terdekat dia memang ternyata terlalu terdesak. Dia telah meminjam sekeliling pinggang. Malahan dia telah meminjam RM60,000 daripada saya dan saya sedar duit itu tidak mungkin akan dikembalikan. Saya telah mencongak bahawa Ruslan Kassim mempunyai hutang sekitar sedikit lebih RM500,000. Kebanyakan hutang itu merupakan ‘pinjaman’ yang si peminjam anggap sebagai sesuatu yang tidak akan dilunaskannya.
Pucuk kepimpinan parti memang arif akan perkara ini. Ruslan yang ketika itu merupakan Ketua Penerangan parti, memang tidak aktif dengan tugasnya. Akhirnya Biro Penerangan Parti terpaksa ditutup kerana Ruslan tidak mampu menyaranya. Tetapi, dia masih dilantik menjadi Ketua Keadilan Negeri Sembilan. Apakah pucuk kepimpinan parti tidak menyedari betapa Ruslan sudah menjadi satu kes yang pasti akan mencetuskan masalah? Bukan Ruslan sahaja yang menghadapi masalah semacam ini. Zahid Md Arip turut dihantui masalah yang serupa.
Sememangnya Wan Azizah merupakan seorang wanita yang terlalu baik hati. Akan tetapi Ruslan telah berkhidmat kepada parti dengan cemerlangnya. Dia pernah ditahan di bawah ISA kerana kesetiaan kepada Anwar Ibrahim. Bagaimanakah Wan Azizah ataupun parti itu melepaskan Ruslan dengan mudah semacam itu? Bukankah ini zalim namanya?
Perbuatan ini adalah semacam kita memotong kaki yang sudah membengkak. Malahan kalau jejari kaki telah dipotong terlebih dahulu, tentu sekali kaki itu boleh diselamatkan. Sekarang, kerana kecuaian, kaki itu terpaksa dikerat juga. Dan kalau kecuaian terus berpanjangan disebabkan sayangkan kaki itu tadi, si pesakit akan mati juga akhirnya. Memang tidak ada pilihan lain dalam hal ini. Sebagai seorang doktor Wan Azizah harus memahaminya.
Wan Azizah tidak boleh terus menunjukkan baik hati. Dia harus mempamerkan satu ketokohan kepimpinan yang kental. Kalau kaki perlu dipotong, maka eloklah dipotong juga, kalau ia mampu menyelamatkan nyawa. Tidak ada pilihan lain dalam perkara ini Sebagai seorang doktor tentu sekali Wan Azizah memahami perkara ini.
Ruslan dan kawan-kawan sekandang dengannya telah pun diketepikan. Parti itu telah dapat mengelak daripada keaiban kerana kisah melompat itu. Sepatutnya Wan Azizah sudah tahu dulu-dulu lagi betapa akan berlaku peristiwa paling-tadah itu. Soalnya ialah masa dan ketikanya dan memanglah tepat kalau masanya itu berdekatan dengan hari pencalonan pilihan raya. Setidak-tidaknya kalau mereka berpaling-tadah, mereka tidak mampu berbuat demikian semasa memegang jawatan yang sensitif dalam parti. Dengan cara itu imej parti tidaklah menanggung kesengsaraan yang besar bencananya.
TKT Dr. Mahathir mungkin merupakan seorang diktator. Tetapi dia adalah seorang pemimpin parti yang tegas dan sentiasa menumpaskan sebarang masalah yang mahu mula berputik, seperti yang dilakukannya terhadap Anwar Ibrahim dengan cara tindakan yang tidak ada ampunnya. Itu sebabnya TKT Mahathir dipandang sebagai seorang ahli politik yang pintar. Sedangkan Nabi Mohamad menggunakan pedang terhadap musuhnya apabila segala kewajaran sudah tidak berjaya. Tindakan proaktif harus dijadikan satu amalan bukannya tindakan reaktif seperti yang dilakukan oleh KeADILan sekarang ini.
Yakinilah cakap saya, betapa masih ramai lagi dalam parti itu yang sedang merana. Yakinlah cakap saya betapa akan berlaku banyak lagi lompat-melompat daripada parti itu dalam beberapa hari dan minggu yang mendatang. Malahan ada yang sudah lama berundur secara senyap-senyap dan tidak lagi aktif dalam parti, sambil menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman mereka sudah melompat parti.
Secara positifnya, semua yang melompat itu, kecuali seorang dua seperti Hanafiah Man, bukanlah banyak menyumbang kepada parti. Mereka sememangnya tidak proaktif. Pengunduran mereka tidak akan menjejaskan parti kerana memang mereka tidak ada sumbangan pun. Mungkin juga pengunduran itu membawa kebaikan kepada parti. Tempat mereka boleh diisi dengan orang yang lebih berkeupayaan yang mampu menyumbang kepada parti. Tidak perlu lagi kita biarkan mereka memegang jawatan bukan disebabkan mereka itu calon yang terbaik, tetapi kerana mengenang jasa mereka.
Yang teruk ialah keadaan parti yang menanggung imej yang tercalar disebabkan tindakan berpaling-tadah mereka. Itu sebabnya UMNO mengadakan satu pertunjukan besar akan peristiwa itu. Kita memang boleh menggantikan tempat orang-orang ini, inilah langkah pertama yang seharusnya dilakukan sejak dahulu lagi – kita tidak akan mampu mengikis masalah imej yang negatif itu dengan mudahnya.
Inilah yang mesti diperbetulkan oleh parti. Wan Azizah mesti mengambil sikap ganas sambil mengenalpasti mereka yang bakal melompat dan menolak mereka terlebih dahulu. Kalau anasir itu masih dikekalkan akan berlakunya pengunduran ahli yang baik-baik kerana tidak tahan melihatkan semua itu, seperti yang dilakukan oleh seorang dua setakat ini.
Raja Petra Kamarudin. Pengarah, Free Anwar Campaign. http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya... http://www.tun-uda.com/" title="http://www.tun-uda.com/" target="_blank"http://www.tun-uda.com/
|
|
|
| |
| Penangkapan Seorang Menteri Untuk Dilapah Harimau Ataupun Untuk Kekang Rasuah? |
| 02.13.04 (11:08 pm) [edit] |
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini terjebak dalam perangkap bikinan sendiri. Seorang kroni TKT yang satu ketika dahulu merupakan seorang peniaga terkemuka, Tan Sri Eric Chia, telah ditahan tiga hari lalu dan didakwa kerana rasuah semasa beliau mengepalai Perwaja Steel sekitar pertengahan 90-an. Tiga hari kemudiannya, pagi tadi (12 Februari 2004) Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, telah didakwa apa yang dikatakan kesalahan yang dilakukannya pada akhir 1990-an dulu. Turut ditangkap bersama beliau ialah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sabah, Datuk Wasli Mohamad Said. Kedua-dua orang Tan Sri itu telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM2 juta dan RM1 juta. Ada seorang lagi Tan Sri yang dipercayai akan ditahan tidak lama lagi. Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membuat siasatan terhadap satu kes selama sembilan tahun dan dalam satu kes lagi itu selama empat tahun, dan mendakwa mereka itu kerana Paklah mahu membuktikan betapa beliau benar-benar berazam membersihkan rasuah ke akar umbinya. Inilah yang mencetuskan lebih banyak teka-teki daripada jawapannya. Memang Paklah tidak boleh berhenti setakat itu, sekarang ini. Dia mesti kotakan apa yang dijanjinya. Kalau BPR memerlukan lima hingga sepuluh tahun untuk menyiasat kes rasuah, apakah mereka benar-benar cekap? Tidak banyak keyakinan yang dapat mereka tonjolkan dalam membanteras korupsi. Kes kelas tinggi ini hanya satu pertunjukan betapa ia menjalankan tugas tanpa takut-takut ataupun berpilih-pilih sedangkan itulah gelagat yang sudah lama diperlekeh dan dihumban oleh rakyat jelata sejurus mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikenakan tuduhan kerana korupsi. Apakah ini merupakan peluang terbaik untuk BPR membetulkan imejnya? Namun, ia bertugas hanya untuk satu tujuan politik yang amat nyata. Segala siasatan bermula semasa Tun Kepala Taik Mahathir masih menjadi Perdana Menteri. Kemudian kes itu diperam begitu sahaja. BPR tidak pula bertindak sehinggalah pengganti TKT memerlukan sesuatu yang menarik untuk membuktikan betapa beliau memang serius mahu membanteras korupsi.
Penangkapan yang pertama ternyata satu kesilapan. Tan Sri Eric Chia telah menyerlahkan keberanian kerana yakin betapa dia terpaksa menjadi mangsa kerana orang lain yang sama-sama bersalah, dan berkata dia akan mempertahankan dirinya daripada segala tuduhan yang dikenakan. Apa pun motif sebenar, penangkapan Tan Sri Eric Chia tidak berupaya memuaskan keghairahan besar bahawa Paklah memang benar-benar mahu membanteras korupsi. Ada seorang ahli politik PAS yang menulis dalam keluaran terkini Harakah betapa dia telah membuat laporan polis mengenai aktiviti rasuah yang membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Dato' Seri Rafidah Aziz, dua tahun dahulu, tetapi satu tindakan pun tidak pernah dilakukan. Ratusan laporan polis telah dibuat beberapa tahun lalu terhadap kegiatan rasuah para anggota kabinet dan di kalangan orang-orang atasan. Tidak ada satu siasatan yang dilakukan.
Kalau setakat satu dua penangkapan yang membabitkan jerung dan pegawai kerajaan kelas menengah, memang tidak memadai. Sebarang harapan betapa penangkapan Tan Sri Eric Chia dapat mendinginkan laungan yang mahukan tindakan keras memang merupakan satu tanggapan yang tidak kena pada tempatnya. Lantas, pada pagi tiada seorang menteri kabinet terpaksa dikorbankan. Akan tetapi, penangkapan Tan Sri Kasitah itu melantun balik ke muka Paklah. Seandainya kes ini telah mula disiasat pada 1999, kenapa pula dia tidak menyedarinya semasa melantik Kasitah menganggotai kabinet beliau? AFP melaporkan bahawa Tan Sri Kasitah adalah orang lantikan Tun Kepala Taik Mahathir. Memang betul perkara itu dan itulah jadinya tetapi sekarang ini dia merupakan orang lantikan Paklah. Dia menganggotai kabinet Paklah bukan kerana dia dilantik oleh TKT tetapi kerana dia telah dipilih oleh Paklah. Penangkapan beliau kini, bukan boleh dijadikan satu bukti kukuh bahawa Paklah memang serious mahu membanteras korupsi. Sebenarnya ia menyerlahkan betapa Paklah tidak pandai memilih orang yang patut menganggotai kabinetnya. Inilah yang tidak mencerminkan naluri anti-rasuah yang ada padanya, cuma dia tidak pandai memilih orang. Apakah setiap agensi kerajaan tidak melakukan siasatan dan pemeriksaan rapi terhadap lantikan kabinet? Tentu tidak. Kenapa agaknya?
Setakat ini tuduhan korupsi itu tidak mendedahkan apa-apa. Siasatan kes itu semua telah siap beberapa tahun yang lalu. Kalau ada alasan lain akan membogelkan BPR dan apa juga siasatan yang lain itu sebagai tidak cekap. Kalau kes korupsi memerlukan bertahun-tahun untuk disiapkan siasatannya, bagaimana mungkin kita percaya kepada BPR untuk membanteras korupsi? Ini bererti Paklah memang telah melakukan sesuatu yang betul dalam penangkapan itu tetapi dia ternyata silap dengan cara melakukannya. Dia cuba menangguk kemenangan dalam tindakannya. Inilah yang sudah melantun kesannya. Apakah tujuan penangkapan itu untuk melencung skandal yang lebih besar aibnya yang berlaku di halamannya sendiri, sabit pembabitan syarikat anaknya dengan skandal penjualan teknologi nuklear oleh Dr. A.Q Khan. Akhbar Malaysia tidak pun memberikan liputan besar dalam kes ini seperti yang sepatutnya. Kerana itu para pembaca terpaksa meraba-raba mencari intipati ceritanya yang sebenar.
Kenapakah Paklah semakin tidak boleh dipercayai? Sedangkan korupsi adalah sentiasa berada di bibir orang ramai. Kita semua sudah menjadi mangsa kepada perbuatan terkutuk ini di peringkat bawahan lagi. Kita terpaksa menyogok wang kepada pegawai kerajaan di peringkat bawahan untuk memudahkan urusan kerja kita dan begitu juga pada kelas atasan yang kita perlukan khidmat mereka. Kalau Paklah mahu dipercayai beliau terpaksa bertindak tegas seperti yang dikatakannya, dan dia mesti bermula di peringkat atasan, yang mempunyai banyak kes rasuah yang telah dilaporkan. Kalau segala laporan itu telah dibuat dengan niat jahat, kumpulan yang membuat aduan itu mesti juga dikenakan tuduhan kerana menyongsangkan pihak berkuasa. Apa pun, Paklah mesti bertindak tegas. Tapi tidak pun ada pertanda itu dalam tindakannya terhadap korupsi. Buat masa ini, semacam ada satu cabutan nombor bertuah, di mana sesiapa yang mendapat nombor bertuah itu bukannya bersalah tetapi cuma tidak bernasib baik sahaja. Tentu sekali itu bukannya tujuan Paklah mahukan rakyat beranggapan begitu. Paklah tidak mempunyai banyak masa sebenarnnya. Dia terjebak dalam perangkap yang telah dipasang untuk menjerutnya. Sama ada itu perkara disengajakan ataupun tidak oleh orang yang digantinya itu, bukan menjadi soalnya. Paklah sedang berdepan dengan masyarakat Melayu yang tidak lagi rela menerima UMNO semula sebagai pelindung budaya mereka. Paklah terpaksa melupakan ketaksuban lama betapa UMNO adalah pemimpin bangsa Melayu. Kemelut yang menghantui Anwar sudah menjadi pencetus perubahan tanggapan itu. Apa yang dilaungkannya sebagai jihad membanteras korupsi itu ternyata tidak ditegaskannya sepenuh hati kerana mempunyai agenda peribadi sendiri. Memang terlalu ramai yang tidak mempercayai Paklah lagi. Inilah kesilapan segala perancangan beliau. Untuk dipercayai, langkah pertama yang patut dilaksanakan ialah menentukan rakyat jelata mempunyai keyakinan terhadapnya. Inilah yang belum dilakukannya dan lebih memburukkan keadaan dia dikatakan masih mentah dan terlalu bergantung kepada bengkung ketuanya dahulu. Orang tidak yakin apakah Paklah benar-benar boleh bertindak sendirian, ataupun dia sebenarnnya menjadi boneka mainan si dalang. Walaupun ada secebis keyakinan yang dia mampu bertindak sendirian, masih banyak kesangsian bahawasanya segala tindakan itu adalah bertujuan melencongkan skandal yang bakal menjadi mimpi ngeri baginya. Inilah dilemma Paklah. Lagi cepat dia menyelesaikannya, lagi baik untuk masa depan politiknya.
MGG Pillai pillai@streamyx.com
|
|
|
| |
| Proton Gen.2: Tunggguuuuuu! |
| 02.13.04 (11:07 pm) [edit] |
Tahniah untuk Proton kerana akhirnya berjaya melepasi pengaruh Mitsubishi dan melahirkan model terbarunya GEN.2 selepas hampir 20 tahun beroperasi di Shah Alam. Jika dilihat pada hari pelancarannya boleh dikatakan hebat juga. Abdullah Badawi dan Tengku Mahaleel nampaknya begitu gembira dengan hasil teknologi yang dikeluarkan oleh Proton. Gen.2 juga dikatakan hasil pertama ciptaan Proton dengan kerjasama Lotus iaitu pengeluar kereta sport yang ternama didunia.
Pada hari pertama Gen.2 dilancar nampak cantik dan bergaya kerana belum diusik dan diuji. Selepas beberapa hari ‘dilanyak’ di bilik pameran oleh bakal-bakal pembeli maka benarlah bahawa ‘Proton tetap Proton’.
Luangkan masa anda di bilik pameran Proton Edar yang berdekatan untuk melihat Gen.2 ini. (EON tidak diberi hak untuk mengedar Gen.2 – kesian, hingga Mak Cik Rafidah nasihatkan Proton supaya mempertimbangkan masalah ini)
Anda boleh perhatikan perkara berikut. Tutup bonet belakang dan perhatikan ‘gap’ antara lampu belakang dan bonet. Adakah ukuran ‘gap’nya sama dikiri dan kanan? Dari atas hingga bawah?. Bagaimana pula ‘gap’ pintu depan dan belakang. Rasanya ‘gap’ pintu depan dan belakang boleh dipuji – nampak sekata pada sekelilingnya. Anda boleh lihat masalah ini di Proton Waja dengan jelas.
Cat pada ‘handle’ pembuka pintu (berbentuk bulat) sudah hilang warnanya. Getah belakang (keliling pintu) sudah tertanggal. Pintu ‘jamn’ dan sebagainya adalah komen biasa.
Jika anda duduk dibelakang harap berhati-hati, mungkin kepala anda akan terhantuk pada bumbung kereta yang terlalu dekat dengan kepala anda. Ini kerana Proton ingin menonjolkan ciri-ciri ‘sporty’ pada rekabentuknya.
Enjinnya kita belum tahu lagi. Anda juga boleh minta pada Proton Edar risalah Gen.2 yang di dalamnya dibuat perbandingan dengan Toyota Altis dan beberapa model lagi – anda akan terkejut Gen.2 lebih baik dari segenap aspek! Markahnya 100%!
Bukanlah niat saya untuk menghentam Gen.2. Tetapi ia sebagai sedikit panduan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sekarang atau tunggu hingga masalah-masalah ini dapat diatasi oleh Proton.
Nak ‘booking’ saja RM3,000, jadi berhati-hati sebelum wang deposit anda terbang! Jangan lupa janji anda - ‘tidak akan membeli kereta baru dalam masa 6 hingga 12 bulan ini’
Kalau anda komen apa-apa yang anda tidak puashati pada jurujual Proton, jawapannya tetap sama – INI PROTONlah, encik!. Jadi di mana perginya slogan ‘Berani Berubah’
Teruskan niat anda dan lawan nafsu anda - ‘saya tidak akan membeli kereta baru dalam masa 6 hingga 12 bulan ini’.
- Panaurama.com - 13.02.2004
|
|
|
| |
| The Perwaja Wayang Kulit |
| 02.13.04 (11:04 pm) [edit] |
Hurray! The Perwaja culprit is finally nabbed and charged in court! So, ACA is exonerated, AG is exonerated, and the new premier Abdullah is also exonerated of the accusation of being a leader of words but not action! What a masterstroke by Barisan Nasional to herald in the election! But before we get carried away with this “good news”, just pause for a moment to answer a few simple questions.
What exactly is alleged culprit Eric Chia (former managing director of Perwaja Steel) charged for? Answer: For dishonestly authorizing a payment of RM 76 million.
How much is the loss inflicted on the government in the entire Perwaja fiasco? Answer: well in excess of RM 10,000 millions.
How long had Perwaja been incurring losses? Answer: 20 years.
How long had Eric Chia been running Perwaja? Answer: 7 years (1988 – 1995).
How long has ACA been investigating the Perwaja scandals? Answer: 8 years (since 1996).
When will Eric Chia be tried? Answer: August 2004.
What has gone wrong with Perwaja Steel? Former Deputy Prime Minister and Finance Minister Anwar Ibrahim reported to Parliament in 1996 that Perwaja was insolvent with colossal losses due to mismanagement and large questionable payments.
Former Prime Minister Mahathir Mohamad admitted during a dialogue with students in London in February 2002 that Perwaja’s downfall was due to mismanagement and frauds.
Reflecting on these data, it should not be difficult to surmise that the Perwaja fiasco is a grand scam of astronomical scale entailing many dubious multi-million ringgit deals that necessitate the complicity of many people.
And Eric Chia couldn’t possibly have perpetuated such fraudulent management for so many years unhindered, if he had not received sanction and protection from the very top hierarchy.
From that point of view, the present charge on Eric Chia as the end all and be all of the entire Perwaja scandal looks ridiculously inadequate, as the quantum involved in this case constitutes only a fraction of one percent of the total damage done, and no other fishes are netted besides Eric, particularly the big ones.
So all these years we have been led on a red herring chase, as the authorities have been talking nothing but this RM 76 million fraudulent payment whenever the subject of Perwaja is raised in public.
Does the Barisan Nasional leadership really wants us to believe that the ACA, whose strength boasts thousands of men, could not find any misdeed other than this charge on Eric after 8 long years of search from the mountain of filth and frauds accumulated over decades of mismanagement?
Are ACA men’s visions so blurred that they could see no evil other than Eric?
And even for this present charge on Eric, questions abound as to its adequacy. Eric is only charged for dishonestly approving the payment, not for pocketing the money.
Who have pocketed the money? Surely ACA must know the identities of the beneficial recipients of these funds by now, after chasing these for 8 years from Japan to Hong Kong to Switzerland where it has admittedly unlocked two secret bank accounts with highly publicized co-operation from the Swiss government (a Swiss government statement disclosed that details of the relevant accounts were conveyed to the Malaysian authority in May 2001).
Why hasn’t the Attorney General charged the recipients of these ill-gotten goods? Why must he be contended with the lesser charge of illegally approving payment? Is he not trying to avoid treading on raw nerves that may lead to opening of the Pandora’s box?
By confining its focus to only this RM 76 million fund, the government is already telling the people to look at only the tree but not the woods. Now, even the authenticity of this tree is questionable.
Though this RM 76 million is a relatively small sum in the sea of massive scams known as the Perwaja scandal, the larger context within which this fraud has taken place nevertheless offers a useful glimpse into a modus operandi of how funds were siphoned off from this company. The backgrounds as well as the intricate details surrounding this payment were reported by the Asian Wall Street Journal on 14.05.2002 and 11.02.2004.
In 1993, a subsidiary of Perwaja Steel awarded a 76 billion yen (US$805 then) contract to a Itochu-led consortium to build a specialized steel plant. Following this award, the consortium gave a loan of US$196 million to the Perwaja subsidiary, ostensibly for the purpose of acquiring spare parts and technical services for the new steel plant. But the loan was “fully utilized for other purposes”, including the US$30.6 (RM 76 million then) payment made in early 1994 to a bogus company, Frilsham Enterprise Inc. in Hong Kong.
This payment is now the subject matter of the Eric Chia trial. Immediately upon receipt of this payment, Frilsham transferred the money to 3 different parties, the bulk of which to Borneo Enterprises Inc.
Needless to say, the honesty of the contract price, the purpose of the US$196 loan and the various payments emanating therefrom are all questionable. Thus, through the award of one contract, hundreds of millions of ringgit are siphoned off from the company.
Over the past years, many police reports on various aspects of misconduct by Perwaja have been made by members of opposition parties, the most important of which is one made by Anwar Ibrahim back on 22nd July 1999 (No.19625/1999). I quote from part of this report as follows:
“Eric Chia in fact repeatedly claimed that his actions had the support and under the direction of the Prime Minster Dato Seri Dr. Mahathir. And this is further substantiated with letters written by the prime minister himself. With the so called mandate, the Board was sidelined, tender procedures were blatantly ignored and there were questionable, unsatisfactory payments made to certain parties”.
This report should suffice to explain why the authorities have been acting so impotently on this biggest financial scandal of all in our history.
Even with the change of guard of leadership to Abdullah, it looks set that the real crimes associated with this fiasco will remain buried, as evidenced from the present charge on Eric Chia.
Immediately after Eric is charged in court, Anwar accused the authorities of attempting to shield high profile figures associated with this scandal.
How could the authorities refute Anwar’s accusation when such an important source of information as Anwar himself was not interviewed for a statement? How can we convince the people that Abdullah’s administration is doing an honest and sincere job to tackle the Perwaja issue when the pinnacle of the scandal Mahathir himself was not interrogated by the ACA?
Some may suggest that when Eric is put on trial, the truth may emerge. I wouldn’t be on that. I do not think the change of leadership to Abdullah has brought any semblance of restoration of integrity to our judiciary, after seeing the savagery displayed recently by the court of appeal in dealing with Anwar’s application for bail and for review of the court’s earlier judgment on the sodomy case.
We can’t even be sure that Eric’s trial will be heard in the foreseeable future, after seeing how Anwar’s appeal on the sodomy sentence could be delayed for years without any explanation.
What we are certain is that the curtain on the Perwaja saga will be down safely in due course without scratching the entrenched power, with or without a court case.
On reflection, one must congratulate Abdullah’s team for having come up with this superb tactical move of shooting three birds with one stone on the eve of election.
First, it will remove the Perwaja scourge from the radar screen, as Minister Rais Yatim already advised taboo on this subject pending court hearing, on ground that public comments may prejudice future court judgment.
Second, it will give BN ammunition to counter accusation that Abdullah’s war cry on corruption is all words and no action, without having to pay the price of unsettling the BN power structure.
Third, it enables BN to put a full stop to this long running nightmare.
- Kim Quek - 13.02.2004
|
|
|
| |
| Angin Perubahan |
| 02.13.04 (11:01 pm) [edit] |
Kita lihat komen 2 ulamak besar umno mengenai konsert Mariah Carey: 1) Sementara itu, Abdul Hamid ketika dihubungi semalam, mengalu-alukan langkah penganjur mengubah tarikh konsert itu. Katanya, langkah menukar tarikh itu membuktikan penganjur akur dengan teguran yang dibuat.
"Pada masa depan kita harap penganjur konsert lebih peka dengan sensitiviti masyarakat terutama yang membabitkan agama," katanya.
2) Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim turut lega kerana penganjur konsert menarik balik tarikh persembahan artis Barat itu yang jatuh pada sambutan Awal Muharam.
"Sepatutnya penganjur konsert peka dengan perkara ini dari awal lagi bukannya menunggu sehingga teguran dibuat. Sensitiviti masyarakat sepatutnya di ambil kira sebelum tarikh konsert ditetapkan," katanya.
Kedua-dua ulamak besar ini bersetuju agar tarikh konsert itu dipinda, bukan dibatalkan. Ini bermakna kedua-dua ulamak besar ini bersetuju / halalkan konsert Mariah Carey ini dijalankan cuma kena lihat pada tarikh.
Agak-agak apakah hukum diadakan konsert Mariah Carey ini pada kaca mata Islam? Agak-agaklah, kalau Rasulullah s.a.w. ada, adakah baginda akan benarkan konsert tersebut diadakan didalam jajahan takluk negara Islam contoh??? Inilah negara Islam contoh yang dilaungkan oleh ulama besar Tun Dr Mahathir bersama ulama-ulamanya suatu waktu dahulu dan diteruskan oleh Pak Lah dengan Islam Hadharinya atau ada Harinya?...
Kita mesti ingat bahawa pembangunan ekonomi bawah Kerajaan PAS Terengganu adalah lebih baik dari semasa UMNO dulu.
A) Kadar Kemiskinan bawah UMNO dulu adalah tinggi. Terengganu adalah negeri KEDUA termiskin. Di bawah PAS/BA, Terengganu menjadi negeri KEEMPAT termiskin, naik dua tangga (Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-8
Kadar kemiskinan di Terengganu adalah SAMA dengan Kadar kemiskinan di Kedah.
B) Pertumbuhan ekonomi di Terengganu dalam tahun 2000-2003 adalah TERTINGGI di MALAYSIA. Malah lebih tinggi dari Selangor dan Penang.(Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-8
C) Index Pembangunan di Terengganu dari tahun 2000-2003 adalah lebih TINGGI dari Selangor dan Penang. (Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-8
D) Tahun 2003, negeri yang paling banyak terima FDI ialah Terengganu berbanding dengan semua negeri dalam Malaysia.
Jadi takda sebab nak kata Terengganu tidak membangun selepas PAS ambil alih kuasa.
Yang marahnya ialah puak-puak kontraktor sebab diorang ni dah biasa dapat duit mudah masa zaman BN dulu. Tak payah buat apa-apa boleh dapat duit dan bagi kat sub-con. Jadi puak-puak kontraktor yang takda pakai ni mestilah suka kat BN sebab BN boleh bagi diorang duit free tanpa berusaha bersungguh-sungguh.
Lima tahun adalah sangat pendek untuk menilai keupayaan kerajaan Terengganu dan PAS. Tapi PAS dapat membuat perubahan-perubahan lebih BAIK dan DIBANGGAKAN walaupun dalam jangkamasa yang sangat pendek.
Yang marah kat PAS di Terengganu adalah kontraktor-kontraktor sahaja sebab:
1) Kontrak kurang : Kontrak kurang ni pun ada banyak sebab:
A) Kerajaan dah berenti buat projek-projek membazir dan tak boleh pakai. Misalnya masa Ayah Wang dulu, di buat Gelanggang Silat Peringkat Asia yang berjumlah RM 4 Juta sempena Sukan SEA. Sekarang ni hanya tinggal kambing dan lembu aje yang bersilat
B) Kontrak yang keluar dari Kerajaan Negeri dah tak boleh mark up macam dulu. Dulu kalau projek RM 50 ribu akan jadi RM 250 ribu. Biasala kan. Sekarang tak boleh.
C) Projek-projek yang keluar semuanya menguntungkan rakyat dan bukannya kroni. Jadi sebab tu kontraktor-kontraktor semua marah sebab diorang payah nak jadi kaya.
Tapi kita ada jumpa kontraktor-kontraktor yang sokong PAS sikit pun tak ambik projek dari Kerajaan Negeri. Diorang concentrate buat renovation rumah orang dan buat ni aje pun diorang jadi kaya sebab sekarang ni ramai rakyat Terengganu dah banyak duit. Janganlah percaya sangat kelentong kontraktor kelas F UMNO ni. Di daerah Hulu Terengganu nak bagi kontrak banyak-banyak buat apa. Orang kampung nak benda-benda yang kecik macam jalan tar, jambatan dsbnya. Semua ni Kerajaan Negeri banyak buat secara gotong royong orang kampung. Jadi tak payah nak pakai kontraktor. Sebab tu lah tak banyak kontrak keluar kat daerah-daerah yang terpencil ni.
Betulkah selepas ini Hishamudin Hussien bakal kene tangkap?? Hishamudin dah pecat setiausaha dia & gantikan dengan EXCO lantikan yang kuat main politik duit. Orang nak kurangkan rasuah dia makin galakkan orang yang suka rasuah... isk isk isk nak kene pancung dia nnieee sian zul alwi... agaknya songkok dia tinggi sangat sampai Hisyam tak berapa berkenan. Pemecatan beliau pun nampaknya ada hubung kait ngan Khir Toyo dan ini hanya menyerlahkan betapa perebutan kuasa dalam pemuda umno bukan lagi sekadar gossip!!!
Kak Pidah lak, tak risau ke mana tau angin Pak Lah datang... rasanya semua kroni Tun Mahathir tu tengah ketaq lutut... tahniah umno tahniah. Ada ura-ura rakyat marhain akan menerima bonus kenaikan harga barang-barang dalam masa terdekat... 'ini currency punya pasal'... dia naik pasai money currency kita amat tinggi, pasai kita pakai us dollar- itu yang gomen protect, yang tak protect... gomen kasi duit tax naikkk, maknanya dua-dua naik. Jadi, tahniah umno tahniah sekali lagi!!! Insyallah kalu ada umur panjang kita tetap dapat merasakan bersama-sama. Kita telahpun melihat keberkesanan umno memerintah... kadang-kadang kesian tengok rakyat tak tahu apa...tapi apa yang depa pemimpin buat benar-benar menyusahkan kita. Kita rasa dua tiga bulan saja lagi, tak lama kan... masa itu baru depa akan sedar bila dah terantok kepala- tahniah lagik umno.
Kiriman Osman Jailani - 13.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Terengganu Nak Berubah! |
| 02.13.04 (10:57 pm) [edit] |
Rasuah Eric Chia adalah salah satu dari kotak rahsia Ezam. Sewaktu Ezam mendedahkannya, bukan main lagi Ezam dicerca oleh saki-baki Umno. Kini benarlah dedahan yang dibuat oleh Ezam. Peguam Negara pun kata mereka telah cukup bukti. Kita nak tunggu dengar dan lihat apa tindakan yang akan diambil dari kisah-kisah kotak rahsia Ezam yang lain. Ezam sendiri sanggup ke penjara demi mendedahkan rasuah penguasa. Kita harap sendiwara ini bukanlah cerita penglipurlara macam cerita 'rombongan che kiah' sahaja ... atau sekadar menghabiskan masa untuk menanti azan maghrib! Begitulah jua kononnya rakyat Terengganu dah tak sabar-sabar nak tumbangkan kerajaan PAS sekarang. Masa pilihanraya yang lepas, rakyat Terengganu terutama yang merantau balik kampung memberitahu ibu ayah, sepupu sepapat supaya membakar kelambu yang ada sehingga terbakar rumah sendiri, hanya kerana marahkan nyamok.
Sekarang rakyat Terengganu sudah tidak sabar-sabar lagi nak tumbangkan kerajaan yang ada sekarang kerana selama ini yang ada hanya retorik-retorik dan janji-janji kosong, kepimpinan ulamak yang diwar-warkan hanyalah satu angan-angan yang tidak kesampaian...cukuplah peluang sudah diberi, peluang yang ada tidak disempurnakan dengan sebaik-baiknya, malah rakyat dihempit dengan kesusahan, nasib baik Kerajaan Pusat sedia menolong... Oleh itu rakyat Terengganu sudah tidak percaya lagi kepada Parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini... Sekarang ini rakyat Terengganu sudah mahu mendirikan rumah yang baru dan kelambu yang lebih kualitinya. SAYONARA LAH PAS...Haha. Kalau tak silap, Terengganu tu memang sebuah negeri yang serba kekurangan even sebelum PAS ambil alih kerajaan.
Pada akhir tahun 1990an, Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang "sangat maju" kerana kepimpinan UMNO di bawah Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang sungguh berkesan sehinnga menjadi antara yang tercorot dalam senarai pujaan pembangunan.
Itulah alasan yang dapat diberikan, sebelum PAS ambil alih, memang Terengganu serba kekurangan... tapi sebelum PAS ambil alih, macam-macam janji telah ditaburkan, kalau dibawah kepimpinan Ulamak semuanya akan selesai, termasuk pembangunan, ekonomi dsb...itulah salah satu sebabnya rakyat Terengganu ingin mencuba, manalah tahu kok-kok betul PAS lagi baik dari UMNO, tapi setelah hampir 5 tahun PAS memerintah Terengganu, rakyat melihat PAS tidak pun sehebat yang diwar-warkankan, maka sebab itu rakyat Terengganu sudah mula bosan dengan berbagai-bagai masalah yang mereka hadapi sekarang, nak kata PAS tak kroni, mereka pun kroni, nak kata mereka tak botakkan bukit, mereka botakkan bukit, nak kata mereka tak menyeleweng, mereka pun menyeleweng, nak kata mereka tak berlaku zalim, PAS lagi zalim, naka kata mereka tak mengkayakan diri sendiri, itulah yang mereka dok buat sekarang, jadi senang cakap PAS cakap tak serupa bikin. Sekarang rakyat Terengganu sudah melihat di bawah kepimpinan UMNO yang baru tidak sama dengan kepimpinan yang lama, maka sebab itu mereka sekarang sudah berkira-kira nak jatuhkan PAS sama seperti mereka jatuhkan UMNO dulu. Maka sebab itu mereka berkata... SAYONARA LAH KALI INI PAS.
Agaknya sudahkah mereka baca kenyataan PAK BERAHIM ke??? 1 orang yang masuk PAS, TOK PA gi tambah 1 juta masuk PAS. Umno memang baik dan tidak busuk hati, memang umno ada dalam landasan dan batasan, mereka akan buat apa saja untuk memenuhi selera rakus mereka, halal dan haram mereka letak ke tepi, yang penting hajat dan tujuan mereka tercapai. Kalau ada sikit-sikit yang rasa nak berjuang dengan baik, moga pamparan ini diharap dapat menyedarkan sikit mereka. Tapi kalau nak berjuang dengan baik masakan bersama dengan umno...itulah umno nampak macam baik je... belakangnya Ya Allah, tuhan yang tahu betapa Umno itu di penuhi noda dan dosa. Mereka sanggup membuat tuntutan palsu menggunakan agensi kerajaan negeri untuk mendapatkan duit untuk kegunaan pilihanraya 1999. Itu kalau kasi makan anak isteri lagilah.
Kali ini didedahkan tututan palsu yang dibuat melalui PMINT(Perbadanan Memajukan iktisad Negeri Terengganu). Ini tidak termasuk yang dibuat melalui anak anak syarikat yang lain.
1.Bayaran pendahuluan kepada consultion bagi projek Perumahan PERMINT Perdana, Permai Unggul Sdn Bhd sebanyak RM200,000.00 Melalui cek Malayan Banking Berhad (MBB) No.382461.
2.Bayaran kemajuan membina 50 unit rumah Kos Rendah di Kg Banggol Peradong Kuala Terengganu oleh Permai Unggul Sdn.Bhd sebanyak RM100,000.00 Melalui cek Malayan Banking Berhad (MBB) No.382462.
3.Bayaran penyediaan tapak jalan masuk dan lain lain yang berkaitan untuk Perasmian Tapak perumahan PERMINT Perdana Kuala Terengganu oleh PMN Bina Sdn.bhd sebanyak RM100,050.00 Melalui cek Malayan Banking Berhad (MBB) No.382463.
4.Bayaran penyelenggaraan Projek Rumah Awam Kos Rendah Alor Jambu,Batu Rakit oleh Amira Supplies Trading sebanyak RM50,000.00 Melalui cek Malayan Banking Berhad (MBB) No.382493.
5.Bayaran pengurusan bagi menjayakan Hari Ukhwah PMINT oleh SHK Enterprise sebanyak RM 61,000.00 Melalui cek Malayan Banking Berhad (MBB) No.382494.
Bayaran tuntutan palsu ini di bayar melalui KESUMIN(Kelab Sukan dan Kebajikan PERMINT)Sebahagiannya juga suap kepada orang atasan PMINT yang sengaja tidak disebut namanya di sini. Kita tahu ramai Pegawai yang bersubahat dan terpaksa dalam kes-kes seperti ini, sehingga ke hari ini tiada sebarang komen dan ulasan daripada pemimpin Umno. Kita cabar pemimpin Umno supaya ikhlas untuk benteras Rasuah, Kita cabar Din Adam bersama Pemuda Umno supaya naik ke Tingkat 10 Wisma Persekutuan (pejabat BPR)untuk buat laporan dalam kes ini. Ini adalah pendedahan sangat kecil berbanding masih berlori lori yang masih disimpan.
Sepatutnya penyokong-penyokong umno yang saban waktu ditipu oleh pemimpin mereka insaf dan sedar bahawa sokongan mereka bukan menguntungkan rakyat terbanyak tetapi untuk kepentingan sesetengah pemimpin umno sahaja. Oleh itu rakyat Terengganu khususnya kena SERIK untuk tidak sokong umno lagi.
SERIK DOH WEHHHHHH.....SOKONG UMNO. Antara Jasa baik Bekas Kerajaan Ameno Terengganu
1. Menghasut Peneroka Felda Neram dan lain-lain supaya jangan keluar bila kerajaan nak bagi geran tanah - kononnya geram palsu - palsu korok dia!!!
2. Bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk Merompak Duit Royalti minyak Terengganu
3. menghasut Kerajaan Pusat sehingga tertutupnya dua MRSM di Terengganu
4. Membolot Duit Ehsan dengan membuat beberapa projek sekolah yang jumlahnya tak masuk akal diketuai oleh JE (Jusoh Enterprise)...sama bahaya dengan Kutu JE dulu.
5. mewujudkan masjid dua imam di beberapa tempat di TRG
6. Mewujudkan Jin Kuca dan Khianat Kampung ( JKKK )
7. Menggunakan Tanah Kerajaan untuk bina Bilik Gerakan ( N.21 ) - Tanah haram tu !!
8. Siasat salahguan duit ehsan habis-habisan sebab duit ehsan sudah habis dibaham JE & Gang.
9. Mengugut Untuk menarik balik tanah yang telah kerajaan beri seandainya AMENO berjaya menang di Terengganu 2004 - Boleh menang ke?
Kiriman Osman Jailani - 12.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Hamdan Penjual, Najib Pembeli – Sebelas Malaun Bertukar Tuan |
| 02.13.04 (11:54 am) [edit] |
Sebenarnya tindakan empat orang `bekas pemimpin kecil` keADILan yang `menghidupkan` semula keahlian mereka di dalam Umno pada 11 Februari 2004 lalu, tidaklah begitu diambil peduli oleh kebanyakan para penyokong BA diperingkat akar umbi. Mereka berempat cuba digambarkan oleh media pengampu sebagai tokoh penting penggerak keADILan, walhal kelibat mereka sudah lama tidak kelihatan di mana-mana program parti sama ada dalaman maupun luaran .
Hamdan Taha sudah dianggap bukan lagi warga keADILan sejak dia meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Penaja Pemuda keADILan menjelang Perhimpunan Agung Tahunan di Kemaman 2001 lalu.
Manakala Roslan Kassim pula lebih dikenali sebagai jurujual Shakelee dan Poropolis Gold dari statusnya sebagai pemimpin parti, semenjak dua tahun kebelakangan ini.
Sementara Zahid Mat Arip sudah sekian lama diketahui `bergantung hidup` dengan saraan bulanan daripada Dato Zahid Hamidi ahli MT Umno. Hanapiah Man meskipun selalu kesempitan wang tetapi dia dikatakan lebih `smart` dan tidaklah segelojoh bekas cucu saudara Tun Ghaffar Baba itu.
Kekerapan kedua-duanya dan seorang dua `pemuda cicak mengkarung` berkunjung mengadap Dato Aziz Sheikh Fadzir Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, meletakkan diri mereka seolah-olah Exco Pemuda Umno bukan lagi Exco Pemuda keADILan.
Taraf lapan orang pengikut yang telah berjaya mereka sesatkan untuk menyertai semula Umno, tidak lebih dari `gurkha yang tak bernama`. Lantaran itu tak perlu membuang masa untuk memperkenalkan siapa mereka.
Hamdan difahamkam begitu menyinga apabila ada pihak tertentu di dalam keADILan dan BA mendakwa punya cukup bukti untuk mengaitkan penyeberangannya dan sebelas musibat lain kepada Umno adalah atas dasar `urusan jual beli` dengan bekas boyfriend Ziana Zain, Najib Tun Razak.
Ketika menafikan dakwaan itu, Hamdan bagi pihak sebelas rakannya yang lain berkata : “Kemasukan semula kami ke dalam Umno adalah berdasarkan realiti politik bukan kerana sebab-sebab lain.”
Tiada siapa pun boleh menafikan kebenaran Hamdan itu kerana realiti politik yang dimaksudkannya adalah `politik wang` yang sudah berakar umbi di dalam Umno dari bawah hinggalah ke atas.
Roslan, Zahid dan Hanapiah sebelum ini juga kerap kali mengakui secara terbuka di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa Umno memang sudah lama berhasrat untuk membeli mereka.
Zahid dan Hanapiah mendakwa pernah ditawarkan wang tunai ratusan ribu RM, Roslan pula cuba dipancing dengan RM 2 juta tetapi semua itu mereka tolak demi perjuangan. Itu dulu ketika hati masih meyakini kemurnian perjuangan, tetapi sekarang semuanya terbang melayang!
Penantian yang agak lama terhadap `kemenangan` membuatkan mereka bosan. Segala-galanya habis terlucut. Anwar Ibrahim tidak juga bebas-bebas. Ketika di dalam Umno dulu segala-galanya mewah. Apabila terlibat dengan reformasi satu persatu tertanggal. Mana boleh tahan!
Bak kata Roslan di dalam kenyataannya kepada media untuk menyedapkan hatinya yang bergelodak kerana mengkhianati perjuangan: “Setelah merenungi sedalam-dalamnya dan bermuhasabah diri maka adalah wajar untuk membuka sebuah lembaran baru yang tidak akan membicarakan perkara remeh-temeh dan mudah menuding jari ke arah……… .”
Tak payahlah berbelit-belit memutar lidah biawak tu, Roslan hanya perlu menyatakan: “Menyesal kami ikut Anwar, duit habis, pangkat pun hilang. Walaupun Rahim Tamby Chik, Aziz Shamsuddin dan Najib itu penyangak besar tetapi mereka boleh beri wang dan kemewahan, jadi tak salahlah masuk Umno semula. Apa Reformasi! Reformasi! Semua tu karut.”
Mujurlah malaun yang bernama Roslan ini tidak dimenangkan di dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang dan tidak pula dia diberi tempat sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden keADILan di dalam pemilihan parti sesi lalu. (2001-2004)
Untuk makluman semua, ketika berkempen bagi jawatan Naib Presiden itu, Roslan adalah antara calon yang menjadikan isu `penyelewengan dana parti` sebagai bahan kempennya untuk meraih sokongan para perwakilan..
Sasarannya tatkala itu adalah Azmin Ali kerana bekas SU Sulit DSAI itu dikatakan sebagai orang yang ingin mencantas Roslan dan fraksi Abim. Walau apa pun niat Roslan itu tidak tercapai. Dia hanya menduduki tempat keempat di belakang Sheikh Azmi.
Ertinya sebelum Lokman memainkan isu `penyelewengan dana parti` Roslan telah mendahuluinya. Tidak mustahil mainan Lokman itu diatur sendiri oleh Roslan dengan menjadikan Ezam pula sebagai sasarannya.
Bayangkanlah jika Roslan memenangi kerusi Parlimen Teluk Kemang kemudian diikuti kerusi Naib Presiden keADILan tentulah harga dirinya bukan setakat RM 2 juta mungkin mencapai angka RM 10 juta di sisi Umno dan Najib Tun Razak !
Tetapi kekadang sukar juga untuk mempercayai Umno sanggup membayar bangsat-bangsat politik seperti itu ratusan ribu malah hingga jutaan RM. Janji dan nyanyi mereka memanglah wujud, tetapi apabila `advance` telah dibayar maka ianya terhenti setakat itu sahaja.
Seperti yang disebut oleh Zoolhelmi Yahya Ketua Pemuda keADILan Perak, Najib Tun Razak menawarkan RM500 ribu jika dia bersetuju meninggalkan parti. Advance telah dibayar pada pertemuan malam itu (10 Februari) bakinya pula akan dilangsaikan dalam tempoh tiga bulan.
Alhamdulillah walaupun Zoolhelmi hidup serba susah tetapi beliau masih memiliki maruah. Tidaklah dia terpesona dengan janji Umno, Hamdan Taha dan Najib.
Percayalah! Tempoh tiga bulan yang dijanjikan itu hanya kelentung belaka. Apa yang mereka perolehi di dalam bayaran `advance` tadi, itulah sebenarnya nilai diri mereka.
Kalau Roslan dibayar `advance` RM50 Ribu, Zahid dan Hanapiah RM25 Ribu serta `gurkha-gurkha tak bernama` yang lain setakat beberapa ribu RM sahaja, mereka tidak boleh mengharap lebih daripada itu.
Baki jutaan dan ratusan ribu RM yang dijanjikan hanya boleh dituntut di alam mimpi sahaja. Kalau tidak menipu, bukanlah Umno namanya.
Justeru itu Hamdan Taha tak perlu menyusah-nyusahkan diri menyatakan kesediaan untuk bersumpah dan mencabar orang lain agar berani bersumpah demi menjaga kesucian Umno konon!
Umno itu sudah terlalu kotor luar dan dalam, tidak mungkin boleh disucikan dengan sumpah yang sudah menjadi mainan hidup bangsat-bangsat politik kelas pariyah yang semabur (sama taraf) dengan Hamdan, Lokman, Roslan, Zahid, Hanapiah dll.
Seperkara lagi jika diperhati, DS Abdullah Badawi tidak menampakkan reaksi cerianya ketika menemui pencari-pencari makan tersebut di sebuah bilik kecil di pejabat PM di Putrajaya antara jam 5.50 – 6.20 petang 10 Februari lepas.
Kalaulah pertemuan itu dianggap penting oleh Abdullah sudah tentu ia berlaku di dalam waktu pejabat (office hours) dan mendapat liputan luar biasa. Namun ia berlaku di luar waktu pejabat dan liputannya pula ala kadar sahaja.
Dalam erti kata lain Abdullah hanya memandang sebelah mata sahaja drama yang diarahkan oleh bekas boy friend Ziana Zain itu. Abdullah walaupun lembik, tetapi beliau tahu memang wujud urusan bisnes persis `jual beli kerbau` di antara Hamdan Taha dengan Najib.
Abdullah juga tahu kalaulah karenah Najib yang telah membeli 11 ekor kerbau dari Hamdan tidak dilayan, nescaya TPM itu kecil hati dan di dalam situasi dirinya sebagai Pemangku Presiden belum diendorskan lagi, adalah terlalu bahaya jika hati Najib disinggung.
Ertinya Abdullah mau tak mau akan terus melayani apa dan siapa saja yang dibawa kepadanya oleh Najib, meskipun tindakannya berbuat begitu dilihat bodoh oleh rakyat dan kebanyakan ahli Umno sendiri!
KeADILan dan BA tidak pun terjejas dengan tindak tanduk segelintir pencari makan itu. Malah hasrat untuk merealisasikan politik baru akan lebih mudah terlaksana dengan kepergian `pengamal-pengamal politik kuno` seperti Roslan dan geng-gengnya itu.
Apa pun, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kesediaan mereka untuk tidak bertangguh-tangguh lagi menyertai semula Umno kini dan selamanya.
Setidak-tidaknya cabaran penulis telah mereka sahut, bagaimana pula baki dua tiga kerat lagi? Lekas-lekaslah declare!
- Inderaloka - 13.02.2004
|
|
|
| |
| Siapa Yang Lebih Penting: Bapak Merdeka ataupun Bapak Kamaludin? |
| 02.13.04 (11:53 am) [edit] |
Pada 8 Februari 2004, Bapak Kamaludin ataupun nama sebenarnya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah melengkapkan 100 hari tugasannya sebagai seorang Perdana Menteri. Tarikh itu secara kebetulannya adalah bersamaan dengan ulang tahun ke-101 kelahiran Bapak Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Pada hari itu, akhbar dan media perdana Malaysia mula berlumba-lumba untuk menyambut peristiwa itu sambil melupakan sama sekali kehebatan tokoh yang seorang lagi. Tidak ada satu artikel yang disiarkan untuk menghormati dan mengenang Bapak Malaysia. Sesungguhnya dalam pandangan Malaysia moden, Tunku adalah merupakan bahan sejarah sahaja, sudah lama terkubur dan sudah lama pergi. Tentunya tidak ada tempat di Malaysia ini bagi Bapa Kemerdekaan sejurus Malaysia bertuankan Bapa Kamaludin. Akhbar The Star telah menyediakan 48 muka surat yang mengandungi segala sanjungan dan pendewaan yang menyebabkan ramai pembacanya naik mual. Ada kisah mengatakan betapa pejabat Paklah cuba menyekat terbitan isu itu. Tetapi Dato Sri Ong Ka Ting, Presiden MCA yang menguasai akhbar tersebut tentu sekali tidak akan mengizinkannya. Satu ketika dahulu Ong ka Ting terlalu memandang rendah akan Paklah, jadi bagaimana pula dia kini begitu memuji-muja Paklah sedangkan kesetiaan itu sudah lama disangsikan? Bapak Merdeka pernah menjadi Pengerusi The Star, dan pernah menjadi kolumnis terunggul dalam akhbar itu. Beliau pernah menyelamatkan akhbar itu daripada hancur diganyang oleh kerajaan yang berpendapat ia terlalu kurang ajar semasa itu. Sememangnya kita mudah memusnahkan sejarah silam kita. Kerana itu kita tidak mahu di peringkat akan itu semua. Kita sudah beranggapan bahawa sesuatu sejarah itu bermula apabila ada seorang Perdana Menteri baru yang memulakan tugasnya. Inilah yang sudah dijadikan dasar rasmi kerajaan. UMNO pimpinan Bapak Merdeka sehingga mampu mewujudkan Malaysia, bukanlah UMNO yang mahu dipimpin oleh Bapak Kamaludin. Perbezaannya memang laksana langit dengan bumi. UMNO yang berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan negara ini merupakan satu pergerakan masa yang akhirnya dimusnahkan oleh Mahkamah Tinggi secara mengharamkannya. UMNO yang ini adalah ciptaan TKT Mahathir setelah menghancurkan UMNO lama dengan mewujudkan satu UMNO Baru yang tidak pun menggunakan gelaran itu. Untuk memudahkan kerja penipuan meganya, TKT Mahathir berkomplot dengan Pendaftar Pertubuhan, membuat satu penentuan, sejurus UMNO Baru didaftarkan secara bidan terjun sahaja pada 1988, bahawasanya UMNO Baru diumumkan secara rasminya sebagai UMNO.
Sekarang, mari kita mengimbau apa yang terjadi pada 2003. Dua buah parti pembangkang, Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia, telah bergabung untuk dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Malangnya ia tidak dibenarkan terus dikenali sebagai KeADILan. Pendaftar pertubuhan telah mengumumkan bahawa parti yang lama itu harus menggunakan nama baru apabila bercantum. Parti itu mengemukakan samannya. Semasa kes itu dihadapkan ke mahkamah semalam (10 Februari, 2004) ROS (Pendaftar Pertubuhan) mahu menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah. Apa lagi yang terdaya dilakukannya? UMNO Baru boleh bertukar menjadi UMNO tetapi KeADILan tidak boleh menjadi KeADILan seandainya ia bergabung dengan parti lain. Yang satu ialah kerajaan dan yang lagi satu ialah parti pembangkang. Yang satu boleh diberikan kebenaran, sedangkan yang lagi satu tidak dibenarkan. ROS sudah sedar apakah yang akan terdedah apabila kekalutan ini diperdengar oleh mahkamah, kerana itu ia cuba berdamai di luar mahkamah.
Memang saya tidak hairan apabila Bapak Merdeka dijadikan satu imej yang melambangkan suka-suka dan tidak lagi bermakna, dalam Malaysia hari ini. Beliau memang terkenal sebagai seorang ‘playboy’ DiRaja yang mengambil masa 25 tahun untuk lulus peperiksaan undang-undangnya. Tetapi beliau yang mengisi kekosongan kerusi kepimpinan UMNO apabila orang yang mengasaskan parti itu Dato Sir Onn Jaffar bertindak keluar parti. Tunku telah mengambil-alih kepimpinan parti dan merundingkan Kemerdekaan negara. (Secara kebetulan, Dato Sir Onn, tidak pula dikenang kerana jasanya kepada negara – dia meninggal dunia sebelum Malaysia ditubuhkan. Kalau Malaysia memberi penghormatan kepada arwah pelakon filem seperti Tan Sri P. Ramlee, dan isteri kepada setiap Perdana Menteri yang bersara dengan gelaran Tun, Dato Onn tidak dianugerahkan apa-apa, kerana dia dianggap penderhaka kepada UMNO?) Para pengkritik Tunku mungkin mahu mengulangi kisah kelembapan Tunku dahulu sambil mempersendakan beliau lagi. Memang benar perkara itu, tetapi adakah tokoh lain dalam sejarah Malaysia di abad-ke-22 ini yang boleh diingati selain daripada putera raja yang gemar berfoya-foya?
Dalam kabinet Paklah sekarang terdapat dua manusia yang sepatutnya tidak ada di sana. Ada seorang anggota kabinet yang tidak lulus SRP dan peperiksaan ijazah beliau di sebuah universiti di Britain. Seorang lagi mendakwa dirinya adalah seorang putera raja, sedangkan dia kuli-batak sahaja, asalnya. Dia menyauk gelaran Tunku itu setelah mengahwini seorang puteri raja dan menceraikan beliau tidak berapa lama kemudian (Heh.he.he. adik-beradik beliau pun sekarang bergelar Tengku juga kan..kan...kan? - penterjemah) Ada sahabat salah seorang anggota kabinet itu memberitahu saya betapa Tengku Razaleigh pun pernah gagal di universiti satu ketika dahulu. Akan tetapi, Ku Leigh ialah lulusan ijazah ekonomi Queen’s University di Belfast. Dia telah menyambung pelajaran dalam jurusan Undang-undang selepas itu tetapi terpaksa pulang ke tanah air sejurus kemangkatan ayahandanya pada 1962. Yang menariknya perkara itu ada disebut dalam ‘curriculum vitae’ beliau.
Sebenarnya bukan orang politik sahaja yang suka main kotor. Ada seorang pegawai tinggi kerajaan yang naik dan kehilangan peluang untuk naik lebih tinggi lagi setelah didapati kelulusan ijazah kedoktoran beliau daripada Harvard University, adalah satu penipuan. Tidak ada tindakan tatatertib ke atasnya, selain beliau tidak dapat naik lebih tinggi lagi. Dia teruskan khidmatnya sehinggalah bersara secara terhormat beberapa tahun dahulu. Kerajaan BN menganggap semua ini sebagai remeh-temeh belaka. Tetapi, apabila ia bertegas mahu berterus terang kerana memikirkan kepentingan rakyat dalam tugasannya, tentulah kerajaan mesti mempunyai pegawai yang bijaksana mengendalikan urusannya. Inilah yang enggan dipraktikkan oleh kerajaan sehinggakan korupsi menjadi berleluasa tanpa ada sebarang tindakan kecuali kalau tindakan itu memenuhi kehendaknya. Itu sebabnya orang yang bergelar Tengku dan seorang menteri lagi masih boleh menganggotai kabinet diabaikan begitu sahaja dengan harapan orang lain akan berbuat begitu juga, sekali gus menghaprakkan pentadbiran.
Akan tetapi, bukan begitu tanggapan di Malaysia yang bermula pada 31 Oktober. Sejak itu apa yang lebih dipentingkan ialah pemerintahan Bapak Kamaludin. Bapak Merdeka hanya sudah menjadi satu anakronisme. Seandainya Paklah tidak bersetuju dengan sesuatu hal, sudah sedia ada Akta Keselamatan Negeri yang boleh digunakannya. Pada tahun 80-an dahulu, beberapa tahun sebelum melaksanakannya, Dr. Mahathir terfikir juga betapa menggunakan ISA sebagai helah politik tidak merupakan sesuatu yang kurang baik. Sebaliknya beliau telah mengarahkan The Star supaya ditutup, dan memulangkan semula lesen penerbitan dengan beberapa syarat, termasuk antara lainnya akhbar itu tidak menyiarkan lagi cerita ataupun tulisan Bapak Merdeka. Kalau itulah kisahnya semasa Tunku masih hidup, apa yang boleh diharapkan apabila beliau sudah mangkat. Demikianlah kisahnya yang berlegar dalam persekitaran Bapa Kamaludin Abdullah, sedangkan Kamaludin mempunyai satu syarikat yang sudah dikaitkan dengan kisah pengalihan teknologi pembikinan nuklear bertaraf antarabangsa yang dipimpin oleh Pakistan.
MGG Pillai pillai@streamyx.com
|
|
|
| |
| SANGGAHAN KEPADA WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
| 02.13.04 (11:52 am) [edit] |
Merujuk kepada tulisan Wartawan Rasmi Laman Reformasi (WRLR) didalam Laman Marhaen bertarikh 11 Februari 2004 (Himpunan 100,000 Rakyat (10): Pilihan Jalan Raya Atau Pilihan Raya) aku terpanggil untuk memberi sedikit komen terhadap tulisan beliau. WRLR dalam tulisan beliau cuba memperlekeh dan merendah-rendahkan perjuangan, pemimpin dan ahli PAS dengan tuduhan yang sangat jahat. Rasa tidak puas hatinya terhadap sambutan dingin rakyat kepada perjuangan haru biru parti bulan mata biru membuat beliau menunding jari kepada pimpinan PAS dengan tuduhan pimpinan PAS sehingga kini masih mencari-cari identity dan menanam fahaman kolot kepada ahli PAS. Ketaatan ahli PAS kepada pimpinan di anggap taksub oleh WRLR. Ahli PAS juga di tuduh sebagai penakut hanya kerana tidak mahu turut serta dalam politik jalan raya mereka. Beliau dengan terang menghina ahli PAS sebagai penakut.
Sebagai seorang ahli biasa PAS aku ingin menjelaskan kepada WRLR bahawa tuduhan beliau itu melambangkan kebodohan dan ketidakcerdikan beliau dalam berpolitik. Apakah ketaatan kepada pimpinan pada anggapan WRLR sebagai satu fahaman ortodoks pengikut PAS yang fanatik. Tidak ada istilah fanatik atau sederhana di dalam Islam. Tidakkah WRLR pernah membaca atau mendengar sabda Rasulluah yang berbunyi
“dengar dan taatlah kamu sekalipun yang bertanggung jawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba habsyi sementara rambutnya pula bekerinting”
Ahli PAS tidak pernah diajar untuk menjadi seorang penakut seperti dakwaan WRLR. Kami bersama PAS adalah atas kesedaran ilmu Islam. Kami didik dan di tarbiah oleh pimpinan melalui usrah dan majlis malis ilmu. Apakah kerana tidak turut serta bersama kamu maka kami dianggap penakut? Kalau begitu keADILan lebih layak di beri gelaran penakut kerana tidak menerima Dokumen Negara Islam yang di bentangkan oleh PAS hanyalah kerana takut di tuduh sebagai penyokong pelampau Islam. Ketaatan ahli PAS sebenarnya tidak pernah membabi buta. Selagi pimpinan PAS tidak tergelincir dari aqidah Islam kami akan sentiasa bersama mereka walaupun susah atau pun senang. Sejarah membuktikan ahli PAS tidak akan bersama walaupun yang meninggalkan PAS itu adalah seorang Presiden. Presiden (dulunya YDP) PAS yang pertama Ustaz Ahmad Fuat Hassan (1951-1953) meninggalkan perjuangan namun ahli PAS tetap beristiqamah dengan perjuangan. Begitu juga tokoh PAS yang hebat Dato’ Asri Bin Hj Muda (1969-1982) meninggalkan perjuangan namun ahli PAS terus dengan perjuangan ini.
Kita ingin bertanyakan WRLR dan rakan rakannya berapa ramaikah orang keADIlan yang telah mati kerana menentang kufar UMNO sehingga kini? Berapa ramai pula yang susah hidupnya kerana dipulau oleh orang UMNO? Ahli PAS sudah 52 tahun mengharungi derita ini. Bukan setakat dianak tirikan dalam masyarakat malah ahli dan pimpinan PAS sudah pernah merasa peluru dan parang hasil kebencian parti yang pernah WRLR sokong dahulu. Tahukah WRLR berapa lamakah presiden PAS yang ketiga di tahan dalam penjara sehinggakan membawa maut? Tahukah WRLR siapa dan berapa ramaikah yang terbunuh di Memali? Kenalkah WRLR YB Abdul Samad Ghul Bin Ahmad Mianji pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1965-1966) yang mati dikapak oleh kufar UMNO. Pernahkah suatu ketika dulu WRLR merasa zalimnya ISA apabila Mohammad Bin Sabu, Ustaz Buyamin Bin Yaakop, Mahfuz Bin Omar, Ustaz Abu Bakar Bin Chik, Ustaz Sidek Bin Noor dan ramai lagi pimpinan serta ahli PAS dikurung dalam sel penjara???? Ketika itu siapakah pembela mereka ini? Anwar sendiri yang pernah merengkok dalam ISA menjadi penyokong kepada undang-undang zalim ini sewaktu bersama sama golongan kuffar UMNO. Kalau sejarah manis pimpinan dan ahli PAS ini diterjemahkan sebagai penakut dan berhimpun di jalan raya dianggap berani ramailah yang akan menjadi penghuni syurga Allah tanpa diuji keimananya.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah di timpa kepapaan, (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncang(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)” Al baqarah 214.
WRLR harus sedar perjuangan PAS adalah atas dasar aqidah. Kalau UMNO itu baik dan adil sekalipun kami akan tetap menentang mereka. PAS membela Anwar kerana beliau dizalimi dan kami juga akan membela Dr Mahathir sekiranya beliau dizalimi. Ahli PAS tidak pernah didik untuk membenci individu dalam UMNO. Kami diajar untuk mengenali batas iman dan kuffur. Aku menyeru kepada WRLR supaya marilah bersma sama perjuangan Islam dan percayalah kamu akan menemui sakinah di dalah perjuangan ini yang tidak pernah kamu rasai selama ini.
“ TIADA ISLAM TANPA JAMAAH, TIADA JAMAAH TANPA KEPIMPINAN DAN TIADA KEPIMPINAN TANPA KETAATAN”
UNICORN survivalunicorn@yahoo.com - 13.02.2004
|
|
|
| |
| Ruslan nak turun padang.... |
| 02.13.04 (11:51 am) [edit] |
Berita BERNAMA: Ruslan kata dia nak turun padang, "Keduanya, kami menyatakan kami sedia untuk turun ke padang bila-bila masa untuk memberikan bantuan agar apa-apa yang dihasratkan oleh beliau (Abdullah) akan terlaksana," katanya.
Silalah turun padang, wahai Ruslan oi. Tak sabar den nak tengok muko ekau tu atas pentas umno pulak. Agaknya sama tak gaya ekau sekarang dengan gaya ekau dulu. Kalau boleh bagi sama, wa respek la woi.
Mengenai dakwaan bahawa mereka menerima habuan tertentu dalam mengambil keputusan itu, Ruslan berkata perkara itu perlu disertakan bukti. Ewah...macam majistret pulak dah ekau ni jang. Nak pakai bukti segala. Ops..memang pun ekau bekas majistret, sorry. Tapi Allah punya kuasa, permohonan kau dimakbulkan Allah, tak sampai 12 jam bukti sudah datang. Zoolhilmi is your eye-witness, my lord, and a would-be accomplice to youself. He is not a heresay witness mind you. Please note that in your court proceeding, sir.
Tapi tak apalah, aku percayalah kau masuk UMNO kerana ikhlas tanpa dijanjikan sebarang ganjaran. Mungkin kau tersilap agaknya dulu ketika keluar daripada UMNO tu. Tersilap selama 5 tahun tu jang. Bukannya sokojap tu. Kalau masuk UMNO tu kau kira ikhlas, yang keluar UMNO dulu selama 5 tahun tu nak namakan apa? Ikhlas juga kah? Banyaknya kau punya ikhlas ni Lan.
Jadi kau pun ikhlas lah juga ketika masuk Keadilan dulu kan? Memang lah ikhlas sebab Keadilan dan BA tidak menjanjikan apa-apa, bahkan meminta-minta lagi daripada penyokongnya, itu semua orang tahu. Jadi kau ikhlas masuk UMNO dan kau pun ikhlas juga masuk Keadilan. Memang bagus lah kau ni. Tak pernah aku jumpa orang seikhlas kau ni. Kau memang tergolong di dalam kalangan orang yang al-mukhlisin gitu.
Menjawab pertanyaan lain, beliau menyifatkan kumpulan yang menyertai Umno itu sebagai penggerak utama Keadilan. "Mereka yang saya sebutkan ini memegang begitu banyak jawatan. Ini jelas menunjukkan mereka adalah penggerak utama Keadilan. Jawapan mutlaknya tunggu pilihan raya. Kita tengok berkesan atau tidak keluarnya kami dari Keadilan," katanya.
Garang benar bunyinya tu Lan. Macam nak balas dendam aja. 'Kesan' apa yang kau nak tunjukkan tu Lan oi? Oooo...kau nak tunjukkan bahawa langkah bijaksana kau ni akan menyebabkan lebih ramai pengikut Keadilan keluar parti dan membelot ke arah UMNO? Sebijik macam kau yang belot, tunjuk muka tak tahu malu dalam tv tu?
Jadi kau banggalah bahawa tindakan kau ini akan menyebabkan ramai lagi penyokong Keadilan keluar parti dan masuk UMNO balik macam kau tu? Dah lah kau tu tak tahu malu, kau nak suruh ornag lain jugak jadi muka macam kau? Inikah janji yang kau buat kepada UMNO ketika menerima sampul berisi RM25,000.00 downpayment itu?
Berapa kali kau cuba acting depan cermin nak cakap macam tu Lan? I know you Lan. It must be difficult kan? It's ok. You'll get used to it soon. In fact that was a nice start.
Cuma jangan lupa, nanti dalam ceramah UMNO karang, jangan tersasul suruh orang bertakbir pulak, atau terkeluar pulak REFORMASI! Ingat, masa tu nanti ada Siti Nurhaliza kat atas stage tu. Hilang mood dia nak menyanyi karang. Akibatnya baki lagi RM475,000.00 tu kira burnt dengan kau-kau sekali.
Hai Lan, Lan. Kalau BN menang sekali lagi tak apalah jugak. Tapi kalau BA yang menang karang, susah jugak kan?
Salam, - HC (Honda Civic) honciv@yahoo.com - 12.02.2004
|
|
|
| |
| Kisah Ruslan Menjual Maruah: Kuasa Allah Melahirkan Saksi |
| 02.13.04 (11:48 am) [edit] |
Kalau diperhatikan di dalam setiap kes pengkhianatan selama ini, akan ada seorang dua saksi yang dilahirkan untuk mendedahkan apa-apa peristiwa penting yang berlaku itu. Ketika para pengkhianat agama dan bangsa berkumpul untuk merencanakan kejatuhan dan keaiban Anwar pada 1998, saudara Raja Komando telah diutuskan untuk menjadi saksi di dalam permesyuaratan tersebut. Beliau telah dijemput untuk menyertai komplot peringkat tertinggi itu.
Beliau yang kemudiannya berfikir dan bertafakur serta bermunajat kepada Allah di dalam keretanya sejurus selepas selesai mesyuarat tersebut, terus membuat keputusan untuk tidak menyertai komplot jahat tersebut. Seterusnya beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan peristiwa pengkhianatan tersebut ke seluruh negara.
Kini satu lagi peristiwa pengkhianatan ke atas agama dan bangsa bertaraf tinggi berlaku lagi. Sekali lagi Allah telah melahirkan seorang lagi saksi untuk melakukan pendedahan mengenainya, saudara Zoolhilmi Yahya. Beliau jelas tidak boleh dibeli dengan wang ringgit setakat ini. Tetapi yang penting ialah testimoni beliau mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya yang turut dihulurkan wang rasuah untuk menjual diri dan ruhnya kepada syaitan.
Ketika pulang ke rumah sebentar tadi, orang rumah ambo terus menerpa dan memberitahu mengenai apa yang dilihatnya di kaca tv tadi, bagaimana puak-puak pengkhianat perjuangan Islam dan kebenaran ini telah berjabat tangan dan menCIUM tangan Pak Lah, kecuali seorang...Ruslan Kasim.
Pada ketika ini, ambo merasa begitu kasihan kepada saudara Ruslan. Ini kerana seorang yang seperti beliau tidak seharusnya melakukan pengkhianatan seumpama ini, walaupun di sepanjang sejarah perjuangan agama dan kemerdekaan, individu yang jauh lebih 'beragama' dan lebih karismatik daripadanya pernah menjual diri mereka kepada syaitan.
Tetapi masih tidak tergamak nampaknya saudara Ruslan hendak mencium tangan seorang pemuka UMNO ini. Tidak mengapalah, beliau mungkin dalam tempoh peralihannya. Mungkin beliau masih perlu adjust dengan suasana barunya sebagai seorang pengkhianat agama dan bangsa serta prinsip murninya selama ini.
Prinsipnya selama ini bahawa UMNO itu sejenis parti yang tidak boleh didekati, bahawa saudara Anwar itu telah dizalimi, bahawa perjuangan beliau ketika itu adalah yang benar, dan UMNO itu adalah segalanya yang kotor dan jijik. Kini UMNO itulah yang benar dan bersih, UMNO itu Islamik, bahawa saudara Anwar itu tidak dizalimi. Bahawa saudara Anwar itu sememangnya patut dipenjarakan dan ditumbuk sehingga lebam dan tidak harus dikeluarkan dari penjara selama-lamanya. Inilah prinsip baru yang dipegang saudara Ruslan.
Saudara Ruslan kini menjadi saksi yang membuktikan bahawa politik itu sememangnya kotor, bahawa sama sahaja UMNO dengan PAS, dengan Keadilan, dengan PRM. Bahawa tidak perlulah kita nak terlalu beremosi sangat dengan kisah dia masuk UMNO semula...sama sahaja semuanya.
Tetapi setakat siaran tv sebentar tadi, saudara Ruslan masih belum dapat menerima hakikat itu sepenuh jiwanya. Masih ada saki-baki rasa malu dan sesal dalam dirinya terhadap rakyat marhaen hasil pengkhianatan ini, terhadap rakan seperjuangan, terhadap ahli partinya dan ya... pengkhianatannya terhadap marhaen yang dahulunya teruk dibelasah polis dan FRU semasa berdemo di jalanan, disumbat ke dalam lokap dan yang hilang pekerjaan mereka akibat semua itu.
Tetapi tidak lama lagi, saudara Ruslan pasti akan 'get over it'. It's just a matter of time, kata orang kan. Mungkin besok saudara Ruslan sudah jadi orang baru, kalau tidak pun 'orang kaya baru'. Saudara Ruslan dan rakan-rakan sepengkhianatnya akan berjiwa baru selepas ini. Bersiap-siaga untuk menempuh sejenis perjuangan baru, whatever that is.
Segala kepayahan hidup akan dapat diatasi selepas ini. Ada lah sedikit modal untuk buat meniaga contohnya. Kalau dilaburkan wang sejumlah itu boleh tahan juga kan Lan? Tak payah nak kerja, kutip dividen sahaja. Atau tambah down-line dalam MLM, taja orang bawah dalam Shaklee ke...lumayan juga tu. Ish...pendek kata banyaklah yang boleh dibuat dengan wang sebanyak M500,000.00 tu kan. Takda lah pening lagi macam dulu.
Ya, saudara Ruslan akan menjadi orang baru mulai besok. Seorang PENGKHIANAT perjuangan agama dan bangsa. Peristiwa ini akan dicatit dalam sejarah bangsa kita untuk beberapa dekad akan datang. Betapa seorang yang begitu berani menentang sebuah regim zalim satu ketika dahulu kini telah menjual dirinya kepada regim tersebut dengan hanya RM500,000.00, ansuran.
Bagi kita semua, ini bukan tentang wang dan keselesaan hidup. Tetapi tentang harga diri. UMNO terbukti lagi sebagai sebuah parti yang membeli harga diri manusia yang berprinsip goyah. Inilah Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional yang sangat berjaya. Kaedah membeli harga diri manusia bukanlah satu kaedah yang suci bahkan begitu menjijikkan. Tetapi lebih hina lagi manusia yang sanggup dirinya dibeli sedemikian rupa.
Apa perasaan saudara Anwar di dalam sana, Lan? Saudara Anwar mungkin tersenyum gembira agaknya, kan Lan? Sebab anda akan membebaskannya dari dalam UMNO. Itukah sebabnya anda masuk UMNO semula? Nak bebaskan saudara Anwar? Kalau begitu, apa nak buat dengan RM500,000.00 itu Lan? Pakailah dulu, benda lain nanti kita kira lainlah.
Inilah yang menjadi dilemanya, sebab semua orang dah mendengar pengakuan saksi mata dan telinga saudara Zoolhilmi. Saksi ini menyebut bahawa anda semua telah dijanjikan dengan wang sebanyak itu dan bahawa satu sampul berisi wang telah diberi sebagai downpayment nya. RM25,000.00 tu kira macam 10% kah? Ewah, macam beli kereta pulak rupanya. Boleh pakai ansuran gitu.
Pasal apa Najib bayar downpayment macam ni? Kenapa tak bayar tunai sahaja? Tak caya ke kat puak-puak ni? Yang puak-puak ni pulak boleh percaya ke Najib akan membayar bakinya? Ada sebarang perjanjian bertulis tak? Ish, bahaya tau kalau tak ada perjanjian bertulis. Ruslan tentu arif hukum fiqah (bekas Majistret lah katakan) bahawa apa-apa perjanjian berkenaan hutang, yang besar jumlahnya pulak tu, haruslah dibuat secara bertulis, dak gitu Lan? Besok elok ekau suruh Najib tu tuliskan perjanjian tu jang oi.
Najib nak caya macamana? Najib pun tahu depa tu merupakan para pembelot terbesar dekad ini. Pasal itulah dia bagi downpayment dulu. Kalau bagi cash, besar risikonya kan Datuk Seri? Maknanya Datuk Seri kita ni pun bijak juga orangnya. Takkan senang-senang dia nak caya kat para pembelot macam muka-muka ni semua. Lagi kan perjuangan rakyat marhaen dan harapan rakyat marhaen mereka boleh khianati, ini kan pemimpin UMNO yang muka macam Najib dan Pak Lah tu.
Maknanya Najib dan Pak Lah tahu dan kenal sangat jenis binatang malaun macam Ruslan, Zahid Mat Arip dan yang lain itu. Mungkin anjing kurap tidak bertuan yang sering ditembak Majlis Bandaran belakang rumah ambo tu jauh lebih suci daripada jenis binatang yang tersebut di atas itu.
Wamakaru wamakarAllah...betul tak Lan? Alahai, ekau jugak yang manjang dok baca ayat tu dulu. Tetiba ada pulak saksi mata yang menengok perangai ekau semuo yang tak senonoh ni. Siapo eh yang pembongak sekarang ni Lan? Ekau juo..
Tapi Lan, duit tu kan duit tak halal, kira haram lah tu kan? Takkan Halam pulak. Nak buek apo dengan duit tu? Takkan ekau nak boyi makan anak-bini? Susah jugak nak memikirkannya kan? Tapi takpa, dalam UMNO kan ada ramai pakar yang boleh menjadikan yang haram itu halal dan sebaliknya. Silalah rujuk kepada mereka untuk mendapatkan ketenangan jiwa serta membelanjakan wang tersebut ke arah yang benar.
Sorry lah Lan, aku terpaksa sedikit-sebanyak mengutuk kau dalam tulisan ini. Sebab aku pernah bersembang dengan kau sekejap ketika di pertemuan mingguan Shaklee di Wangsa Maju pada tahun lepas. Kita orang semua yang dok bawah kau ni, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah majoritinya orang BA, memang bangga dengan Ruslan Kasim, ekaulah tu jang. Dapat kereta Merc mata belalang, chewah...tak cukup lagi kot? Tapi sekarang, tak tahu nak cakap apa dah. Kalau kau ingat sipeguam yang ambil kes anak saudara kau tu, tentu kau ingat Lan.
Lan, percayalah...kau sekarang berada pada jalan yang benar lagi suci. Janganlah kau sangsi dan ragu lagi. Teruskan berada pada jalan itu. Nescaya niat murni kau itu akan diberkati.
Lan.... pap! pap! piiiiirah!
Salam, - HC (Honda Civic) honciv@yahoo.com - 12.02.2004
|
|
|
| |
| Kembalinya Mereka Ke UMNO Bukan Suatu Yang Baru |
| 02.13.04 (11:46 am) [edit] |
Ketika heboh cerita Lokman beberapa minggu lalu, IB dipanggil untuk berbincang dengan beberapa kenalan yang aktif dalam Keadilan dan media. Mereka nampak pemergian beberapa pimpinan Keadilan untuk memasuki UMNO semula suatu yang definite. Terutama lagi ketika Pilihanraya umum yang mesti diadakan dalam masa yang teramat dekat – maka daya tarikan semakin memuncak nilainya. Malah IB sendiri telah menghubungi beberapa orang dari nama mereka yang disebut-sebut. Kerana kepercayaan dan rapatnya mereka dengan IB mereka telah memperakui desas-desus tersebut namun pakejnya masih dirundingkan ketika itu.
Hasil beberapa perbicangan tersebut dan selanjutnya dengan beberapa penganalisis politik serta mereka yang arif dengan gerak-geri perang saraf pemergian seperti kes mereka ini berpunca dari dua sebab utama.
Pertama ialah tekanan yang dikenakan ke atas mereka. Terdapat pelbagai tekanan dan yang paling mudah ialah kerana terlalu banyak berhutang hasil dari gaya hidup mewah semasa dalam UMNO dulu. Pelbagai bidang perniagaan yang dilabur dan pinjaman yang diambil, masa inilah digunakan oleh agensi tertentu untuk menekan mereka yang dilihat sebagai vulnerable (mudah di ngap).
Kedua ialah daya tarikan yang amat sukar untuk ditolak terutamanya berlaku punca pertama di atas. Lazimnya dalam hal ini tarikan itu ialah wang ringgit dan amat kecil sekali kedudukan. Ada sebab-sebabnya ini berlaku IB tak akan ulas panjang di sini.
Dan punca yang kadang-kadang sangat berlaku (yang ketiga - tidaklah utama) ialah kerana perbalahan dalaman. Punca ini biasanya membawa seseorang itu memencil diri lebih dari untuk mengkhianati perjuangan mereka sebelum itu. Kecuali mereka yang keluar kerana pergolakan ini mencari kedudukan dalam parti asal - maka mungkin juga berlaku perbuatan mengkhianati perjuangan asal.
Dalam perkara yang berlaku semalam, IB kenal rapat dengan 4 dari mereka dan turut mengenali keperibadian dan selok-belok kehidupan mereka yang lain walaupun tidak dikira rapat.
Dan kedua-dua sebab yang disebut di atas menepati kesemua mereka yang terbabit. Walaupun ada yang akan menggunakan punca ketiga namun itu hanyalah smokescreen yang dilakukan bagi tidak menzahirkan tekanan yang telah mereka hadapi dan tarikan yang mereka terpesona.
Salah seorang dari mereka ini memang mempunyai hutang yang besar dan terpaksa menampung kos keluarga dan gaya hidup yang tinggi atas sebab-sebab tertentu. Semenjak mula mengikuti perjuangan DSAI lagi pihak-pihak bank menghantui beliau ditambah pula dengan hilang banyak punca pendapatan. (Kes yang sama ini berlaku pada Zaid Hamidi dan hingga kini makin galak berhutang dan ramai kontraktor kecil yang melakukan kerja-kerja kontrak beliau masih dibayar walaupun sudah lebih 3-4 tahun usah dicerita barisan kereta dan kemewahannya yang lain)
Seorang lagi terlucut kontrak ratusan juta ringgit apabila syarikat beliau digugurkan dari mendapat habuan yang telah diperolehi sebelum krisis 98 berlaku. Surat LOI telah pun dikeluarkan oleh agensi kerajaan terbabit. Bukan sahaja kontrak tersebut dibatalkan malah beberapa projek lain lagi terlepas. Malah 3 tahun lalu beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk memulihkan tekanan yang dihadapinya dengan mencari jalan untuk kembali ke dalam UMNO. Memikirkan faktor kedua (daya tarikan) akan bertambah nilai apabila suasana lebih menekan pihak yang menawar (dekat dengan pilihanraya sebagai contoh) barulah dia akan mengambil langkah yang lebih menguntungkan dirinya ini.
Dengan terakamnya dalam sejarah yang menzahir kekuatan daya juang masing-masing ini maka terkuburlah mereka ikatan setiakawan dan titisan airmata sebelum ini dalam mengenangkan perjuangan (dan kesakitan) DSAI dan REFORMASInya.
Dan seperti yang disebut oleh rakan lain - pengkhianatan ini adalah 1st wave. Ada lagi yang akan terikut ... Namun hanya yang kental akan meneruskan perjuangan. Seharus kita sama-sama mengukuhkannya.
Sekian Ibrahim Baba 12 Februari 2004
|
|
|
| |
| Teori Mahathir Rubbish, Paklah Bebal! |
| 02.13.04 (11:44 am) [edit] |
Thailand & Indonesia setahun dulu Pasaran sahamnya hanya sekitar 500 mata !! tetapi sekarang Indeksnya menghampiri indeks BSKL.. Itupun setelah Malaysia menggunakan taktik kotor dengan menaikkan saham berkaitan indeks atau saham Mewah!! bayangkan dalam awal bulan febuari , Pasaran saham Thailand dikejutkan dengan wabak Bird Flu ataupun selsema burung yang melanda wilayah di Thailand..pasaran sahamnya jatuh ketahap bawah 650 mata setelah mencecah hampir 800mata.. tidak sampai sebulan pasaran sahamnya mengalami pantulan yang memberangsangkan sehingga lebih 100 mata, pada hari ini sahaja pasaran sahamnya melonjak ke paras 753.24mata !! ini menunjukkan Thailand mempunyai paras sokongan yg kuat didalam pasaran sahamnya!! sedangkan malaysia pasarannya terkial kial mencari arah seolah olah malaysia pula yang dilanda wabak selsema burung!! orang lain yang selsema..orang lain yang sakit teruk!! begitulah diumpamakan Thailand dan Malaysia!! kalau tidak, masakan Perdana Menteri Thailand Thaksin sinawatra mengatakan dengan nada sinis.. " Kita tidak perlukan masa sehingga tahun 2020 untuk menjadi negara maju ..kita hanya memerlukan 3tahun untuk menjadi negara maju" dan kini kata kata itu semakin kelihatan Jelas, malah rakyat malaysia disogokkan dengan tahun 2020 yang entah bila tahu akan menjelma berdasarkan Dongeng dari Tukang Karut iaitu Tun Dr.Mahathir,patut la lee kuan yew menggelarkan Dr.Mahathir sebagai "Story Teller". Dulu Dr.Mahathir menghentam Anwar kerana mahu menggunakan nasihat IMF !! katanya negara akan BANKRUPT atau hancur jika menerima nasihat IMF.. malah dalam roadshow sebelum pilihanrayanya pada tahun 1999.. Dr.M pernah berkata ,KOrea yg menerima bantuan IMF akan lingkup..dan rakyatnya yang sering berdemontrasi di jalanan sehinggakan kerajaan tidak akan ada ruang untuk maju.... tetapi lihatlah sekarang KOREA Selatan kini kuasa AUTOMOTIf DUNIA.. kalau dahulu kita tidak pernah mendengar brand KIA.. Brand..HYUNDAI.. yang hanya kita tahu..TOYOTA.. NISSAN ataupun Mutsibisi jenama kereta dari JAPAN. nahh.. sekarang KIA dan HYUNDAI bukan sahaja kuasa Asia.. sekarang sudah menjadi Brand DUNIA!! sedangkan Proton masih tidak mampu bersaing sehingga memaksa perlaksanaan AFTA ditangguh ke 20 tahun akan datang!! malah HYUNDAI bukan sahaja satu jenama yang menguasai sektor Automotif..malah keperingkat Kuasa baru dalam mengeluarkan perkakasan IT(Komputer) berjenama Hyundai.. Proton sekarang dimana?? sehinggakan Model proton GEN2 kini menggunakan kepakaran Korea!! malah reka bentukkan Ala kereta Jenama KIA..
Malah PM kita yg Baru PAKLAH lebih gemar berbicara Hal ehwal kemalangan jalanraya dari mencari jalan Bagaimana menguatkan ekonomi negara!! semua dasar Dr.mahathir diteruskan, malah penasihat Hal ehwal ekonomi Dr.Mahathir diambil menjadi Menteri Kewangan sedangkan Mohd Nor YaaCop telah terlibat dalam Skandal Bank negara dimana dia menghaguskan duit negara hampir 10 Billion dengan memperdagang MataWang diperingkat Antarabangsa sewaktu menjadi penasihat pelaburan Bank Negara! mujurlah saudara Anwar Menteri Kewangan selepas itu berjaya mengurangkan sedikit Hutang Malaysia diluar Negara!! kejayaan saudara Anwar mengurus Hutang Negara dipuji Bekas Perdana Menteri Britain Magaret Techer dengan mengatakan " Jika Anwar diibarat pemain Bola sepak.. pasti banyak negara berebut mendapatkannya" . sekarang Anwar dihumban kedalam Penjara atas tuduhan yang direka cipta oleh story teller ataupun Tukang karut Tun Dr.Mahathir.. Penjenayah seperti Mohd Nor yaaCop dilantik menjadi Menteri Kewangan.
Dollah bedawi sebelum menjadi PM, tidak ada apapun tindakannya yang masuk dek Akal.. ketika Menjawat Pemangku kepada PM sewatu Dr.M bercuti 3 selama bulan, Kita ketika itu dihimpit masalah Ekonomi.. kononnya mahu mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan dia membuat keputusan menghantar balik semua pekerja Indonesia tak kira..yang tidak ada permit mahupun yang ada permit, kalau tidak mereka akan dihukum sebat !! ketika itu Malaysia mendapat bantahan dari Indonesia.. malah industri perkilangan dan pembinaan menghadapai masalah yang besar kerana kekurangan perkerja , ketika itulah Ekonomi dan pasaran saham mula merudum.. sedar akan kesilapannya itu dia memanggil kembali pendatang asing masuk ke malaysia secara sah.. ape yang Sahnya.. yang ada ermit dulu pun dia hantar balik!! takke Bodoh namanya Dolah bedawi ni..!!
Bukan sahaja isu pekerja Asing, malah dalam soal mahu menambahkan pendapatan negara dia memaksa rakyat mengeluarkan Duit dengan mengerah Polis memeras duit saman kepada rakyat!! malah ketika itu kenderaan seperti Tracktor pun kena Saman trafik punya kemaruknya Polis mencari duit !! Kini bila PAKLAH jadi PM.. dia buat lagi ..kali ni dia akan buat tribunal Trafik..dia akan siarkan nama didalam Akhbar siapa yg tak bayar saman.. kalau siapa yang perasan POLIS sekarang kerap melakukan Operasi , dimana ceruk.. dimana susur jalan ada sahaja pak pacak menunggu untuk mendapatkan mangsa!! maka berhati hatilah.. jerat menunggu anda !!
Dia selalu bercakap Berkobar kobar mahu menaikan Ekonomi negara.. nak buat itu.. nak buat Ini.. tapi Habukpun takde..!!! kalau takat bercakap jee.. baik dia pergi layan bini dia kat rumah..tambah bini dia tengah sakit, tapi apakah kita nampak usaha atau tindakan Drastik Paklah mencari jalan memulihkan ekonomi Negara !! Tidak Ada sama sekali.. dia hanya mampu bercakap dan BerOpera!! malah dasar tambatan ringgit yang dibuat Dr. Mahathir masih dikekalkan walaupun mendapat kecaman dari hampir semua pakar Ekonomi !! namun ketaatan Paklah masih menebal kepada BOss yang Nyanyuk itu Dr. Mahathir !! bayangkan dibawah pemerintahan PAKLAH sebuah syarikat sekukuh TNB telah merekodkan kerugian bagi suku pertama tahun ini!! Apa nak jadi..!! orang sebangang Dr.Awang adek dijadikan pengeursi TNB.. habis jentera TNB digunakan sebagai Jentera pilihanraya UMNO!! itupun sorang lagi manusia yang datang dari bank negara macam Nor Mohd yaacob!! pemain Judi dalam Bank Negara !!
Maka sekalian rakyat terutama warga Niaga.. warga Korperat.. terutama Majoriti berbangsa Cina.. Ambillah Peluang dalam Pilihanraya akan datang menukar Kerajaan yang Baru.. kita bukan mahu menerima Konsep negara Islam.. tetapi kita mahu sebuah Kerajaan Alternatif yang lebih subur demokrasinya!! Kerajaan yang menawarkan suasan Ekonomi yang lebih Kondusif.. dan memberi kesamarataan ekonomi secara menyeluruh.. Konsep Negara
Islam diperjuangkan PAS akan diimbangi dengan Parti Keadilan dan DAP yang lebih bertoleranasi dalam Soal soal melibatkan dasar rakyat Bukan Islam !! maka Gunalah peluang Keemasan untuk memberikan satu Dimensi baru negara Malaysia yang dipimpin Kerajaan Alternatif, Moga ekonomi Malaysia selepas ini setanding Korea selatan kerana suatu ketika dahulu.. Malaysia digelar Harimau Asia !!
Lawan Tetap Lawan!!
Kiriman Reformis Muda - 09.02.2004 (disebabkan kesuntukan masa, artikel ini disiarkan tanpa semakan/suntingan)
|
|
|
| |
| Seorang Kroni Mahathir Tumbang, Namun Kekalutan Perwaja Berterusan |
| 02.12.04 (1:07 pm) [edit] |
Ketika Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel, Tan Sri Eric Chia, minggu ini (9 Februari) tercetuslah lebih banyak teka-teki berbanding dahulu kala. Perwaja merupakan mahkota kehaprakan dalam usaha Malaysia menjadi sebuah negara industri menjelang 2020. Eric Chia telah ditahan dan dikenakan tuduhan di mahkamah sembilan tahun selepas BPR mulakan siasatan terhadap pengurusan kroni TKT Mahathir ke atas Perwaja yang kini sudah pun ditutup. BPR sudah pun menutup siasatan mereka beberapa tahun yang lalu, tetapi ia tidak pernah dibenarkan mendakwa sesiapa. Ia bertindak garang kini kerana Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menayangkan kepada ramai betapa dia bukannya pentadbir secara didalangi oleh bekas ketua yang digantinya. Akan tetapi, penangkapan itu tidak pun mencetuskan satu impak yang amat diharapkan oleh Abdullah. Akhbar perdana, radio dan television telah memberikan liputan meluas akan episod ini tetapi tidak pula seperti reaksi rakyat semasa tersiar kisah cadangan kerajaan mahu merotan perogol di depan khalayak ramai ataupun mengkasi mereka ataupun menjatuhkan hukuman mati. Drama besar penangkapan Eric Chia menunjukkan betapa BPR, Polis Raja Di Malaysia dan Pejabat Peguam Negara telah bersatu padu melakukan penahanan Eric Chia. Ketua Polis Negara telah berkata: "Beberapa orang anggota polis telah dikerah membantu penangkapan itu...” Kami diberitahu betapa telah berlaku satu drama 'kejar mengejar' yang bermula di Sungai Petani. Apakah perlu semua itu? Tan Sri Chia mengalami penyakit diabetik (kencing manis). Beliau sentiasa berada di rumah dan bergerak dengan bantuan kerusi roda. Kalaulah dia diminta menghadirkan diri di balai polis tentu sekali dia tidak akan menolaknya. Tentu sekali tidak perlu lakonan drama pihak polis.
Rupanya, sejurus memegang jawatannya yang ini, tiga bulan dahulu, dia telah meminta kertas siasatan kes Perwaja, dan mengaitkannya kepada usaha mahu membasmi korupsi. Selepas penangkapan itu dia berkata bahawa tindakan itu 'adalah mengikuti kehendak Undang-undang' Apakah perlunya memberi jaminan seperti itu? Apakah wujud bahaya ataupun kesangsian perkara semacam itu tidak akan berlaku? Apakah perlunya beliau memberi keyakinan kepada rakyat jelata bahawa seandainya korupsi itu dapat dibuktikan, maka Undang-undang akan menjalankan peranannya? Kita dapat merasakan bahawa penangkapan ini adalah satu helah untuk menunjukkan betapa pentadbiran baru ini cuba melakukan sesuatu laksana penyapu baru juga. Inilah yang dimusykilkan kerana terlalu banyak siasatan yang dilaksanakan masa dahulu masih terbengkalai di separuh jalan. Rekod polis terhadap siasatan membabitkan jenayah berat, boleh dikatakan kosong. Banyak kes yang diselesaikan itu adalah kes di mana yang kena tuduh mengaku bersalah. Tetapi yang ini tidak akan menjadi semacam itu kerana yang kena tuduh akan bertarung menentangnya.
Sebenarnya terlalu banyak rahsia terpendam di sebalik kes Perwaja ini. Ia mula diwujudkan pada 1982 dalam satu perancangan haprak mahu melompat ke hadapan menjadikan Malaysia bertaraf negara maju menjelang 2020. Ketika itu, Tun Kepala Taik Mahathir baru sahaja menjadi seorang Perdana Menteri. Dia berlagak mahu menjadikan Perwaja Steel satu batu loncatan kepada impian mega untuk melonjakkan Malaysia ke dunia industrialisasi. Dia tidak peduli apakah Malaysia mengingininya ataupun apakah negara ini sudah bersedia melaksanakannya. Rencana itu kantul dengan hebatnya. Dalam masa enam tahun Perwaja sudah berada di ambang kemuflisan, tetapi kerajaan terus berusaha menentukan agar ia terus mampu bernafas lagi. Kilang itu tentu tidak akan ditutup seandainya Dato’ Sri Anwar Ibrahim tidak menjawat jawatan Menteri Kewangan. Dia tidak nampak logiknya membazirkan wang secara itu, terlebih lagi kalau ia merugikan usaha meningkatkan perbelanjaan sosial dan khidmat yang lain-lain. Seperti juga projek Empangan Bakun, Perwaja turut menjadi bahan konfrontasi antara Tuan doktor dan Tuan Sheikh. Di sebalik penangkapan dan pemenjaraan Tuan Sheikh itu, tindakan beliau telah berjaya mengurangkan banyak kerugian. Kini giliran Paklah mengutip sampah sarap yang bertaburan. Orang yang menjadi mangsa pertama dalam usaha ini ialah Tan Sri Eric Chia dan Perwaja Steel.
BPR mulakan siasatan pada 1996, ketika konfrontasi (TKT vs Anwar) masih tegang dan Perwaja Steel sudah pun mencatat kerugian sebanyak RM2.98 billion dan berhutang kepada bank sebanyak RM7 billion. Bunga ataupun faedah pinjaman Yen bernilai RM815 juta adalah punca syarikat itu mengalami pendarahannya, seperti yang dilaporkan kepada Parlimen oleh Dato' Seri Anwar. Perwaja Steel sebenarnya sudah muflis pada 1988 lagi tetapi kerajaan terus menyuntik dana tambahan untuk ia terus bernafas. Pada 2003, syarikat itu telah ditutup dengan kerugian yang dicatatkan sebanyak RM11 billion. Sejurus Tan Sri Eric Chia berundur, Perwaja Steel telah diserahkan kepada beberapa kroni lain, yang turut menjahanamkan syarikat itu. Akhirnya ia ditutup juga tahun lalu, dengan mencatatkan kerugian paling besar yang pernah ditanggung oleh sebuah syarikat di Malaysia. Skandal BMF (Hong Kong – penterjemah) telah menghenyak syarikat induknya (Bank Bumiputra MB – penterjemah) sebanyak RM2.5 billion. Akan tetapi tidak ada mana-mana syarikat yang mampu menyaingi kerugian urusan tukaran asing (forex) Bank Negara Malaysia yang menelan RM33 billion (he.he... yang menjadi ketua projek ‘kerugian besar’ itu kini menjadi Menteri Kewangan Kedua negara kita!!!)
Tuduhan korupsi ke atas Eric Chia hanya merupakan satu kerlipan di skrin (minda) kita, kerana tidak ada yang telah diselesaikan mengikut ragam kekalutan yang terbengkalai itu. Tidak ada seorang pegawai kerajaan yang berani mengaku apakah kerugian sebenar Perwaja Steel. Cuma yang nyata Perwaja memang diramalkan akan kecundang pada tahap mulanya lagi. Para perunding industri besi waja India, MR. M.N. Dastur & Co telah dibawa masuk untuk mengkaji kertas kerja asal projek itu sejurus usahasama antara kerajaan Malaysia dengan Nippon Steel Corporation gagal separuh jalan. Tetapi Perwaja telah menolak sebahagian besar cadangan yang dikemukakan oleh para perunding India itu, sehingga sanggup memperlekehkannya. Ada pula pihak yang bertungkus lumus mahu menonjolkan ketokohan agar dikenali sebagai orang besi. Ini bukannya satu niat yang baik untuk menyelamatkan satu syarikat besi waja. Tentulah tidak menjadi satu kejutan kalau Perwaja kecundang dan menggelongsor dengan bebanan hutang yang bertimbun.
Tan Sri Eric Chia sebenarnya merupakan orang suruhan sahaja. Sama ada dia didapati bersalah ataupun dibebaskan, ia tidak menghakiskan hakikat betapa memang tidak ada alasan kenapa mesti diwujudkan Perwaja Steel. Syarikat itu diasaskan dengan alasan yang palsu dan apabila kerugian mula menjelma, ia telah disorok melalui saluran subsidi yang lumayan yang pasti dapat terus diperam, sehinggalah berlaku satu pertembungan politik akan cara mengongkosi pentadbiran negara. Inilah yang menyebabkan kerajaan tidak ada pilihan lain, menghumban seseorang ke kandang serigala. Mangsa pertama tindakan itu ialah Eric Chia. Apakah ada yang lain lagi? Tentu sekali, kalau Paklah mahu memperkasakan cengkamannya ke atas negara dan UMNO. Sebaliknya kalau dia enggan berbuat begitu, tidak perlu tonjolkan seorang mangsa lagi. Kalau kita teliti impak penangkapan kelas tertinggi ini, kita boleh buat andaian memang ia merupakan indah khabar dari rupa. Kecuali kalau penangkapan ini dituruti dengan penangkapan jerung-jerung korporat lain secara bertubi-tubi, untuk menunjukkan Paklah memang serius dengan rencananya. Kalau dia benar-benar mahukan perkara itu berlaku dia mesti berusaha melenyek dahulu segala warisan Tun Kepala Taik Mahathir. Malangnya dia belum menampakkan kesungguhan itu, lagi.
- MGG Pillai
|
|
|
| |
| TANGKAPAN ERIC CHIA: SAH SANDIWARA |
| 02.12.04 (1:06 pm) [edit] |
Jangan kita tertipu lagi……. Pilihan raya dah sangat dekat…… Isu-isu Rasuah yang menikam UMNO / BN sedang cuba di ‘sweep under the carpet’ dengan tangkapan ikan-ikan bilis dan tangkapan bak kata orang sebagai ‘melepas batuk ditangga’. UMNO is ‘INSULTING the INTELLIGENCE of Malaysian citizen…depa ingat semua rakyat BODOH macam puak UMNO dan BN TOTOK…..
Perhatikan petikan akhbar BH berikut bertarikh 11/2/04.
….”Chia dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta oleh seorang penjamin pada jam 12 tengah hari. Anaknya, Micheal Chia Kok Meng bertindak sebagai penjamin, manakala rumah Chia bernilai RM2.6 juta dijadikan cagaran…”.
Komen: Eric Chia dah sebat duit 10 billion bersama Kepala Taik…..boleh jamin dan masih ‘BEBAS’ ….kena jamin cuma 2 juta…itu pun satu sen tak keluar duit….Cuma CAGAR TANAH sahaja….…….enaknya….MESSAGE PAK LAH NAK SAMPAIKAN IALAH…DIA DAH JALANKAN TUGAS HAPUS RASUAH…tapi perasuah tetap bebas……
….”Chia ditahan oleh anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Petaling Jaya kelmarin selepas siasatan selama lapan tahun, berdasarkan laporan yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Lim Guan Eng pada 11 April 1996.”……R 30;
Komen: ….Kah KAH KAH KAH…….MEMANG BPR AMAT CEKAP!!!!!!!(CEKAP IKUT TELUNJUK UMNO/BN)…..APA TAK NYA…. LAPURAN DIBUAT TAHUN 1996….SELEPAS LAPAN TAHUN.. ulang .. LAPAN TAHUN……baru, dapat tangkap…….DAN KENAPA SEKARANG….KENAPA SEKARANG….DAH HAMPIR PILIHANRAYA KAN KAN KAN….…SAH SANDIWARA….KENAPA TAK TANGKAP MAHATHIR KEPALA TAIK DENGAN BERBELAS REPOT RASUAHNYA…KENAPA TIDAK RAFIDAH AZIZ ATAU RTC….SEBABNYA…MEREKA SEMUA ORANG2 UMNO…NANTI IMAGE UMNO MAKIN BERKARAT…….KAN ORANG UMNO MEMANG ABOVE THE LAW !!!!!!! Lepas tangkap di pertuduh dimahkamah …dan kerana dah tua nak mapus…dibebaskan dengan ikat jamin….PULAK TU AKAN DIBICARAKAN BULAN OGOS YAKNI SELEPAS PR……sah SANDIWARA…JIKA BN MENANG BESAR….KES ERIC CHIA PASTI PASTI PASTI HILANG DARI DADA AKHBAR DAN PASTINYA ERIC CHIA BEBAS…WALAU PUN TERHUKUM KERANA BELIAU DAH SAH SAKIT TAK SEHAT DAH NAK MAMPUS…..(BANDING kan dengan DSAI…memang DOUBLE STD…memang DOLAH ANAK BADUWI PENZALIM…..)
….”Berhubung ikat jamin, Abdul Gani berkata beliau sudah berbincang dengan Muhammad Shafee dan bersetuju dengan jumlah RM2 juta oleh seorang penjamin….”…
….”Dalam prosiding yang dimulakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meminta jurubahasa membacakan tuduhan….”
Komen: Sah ini rentetan sandiwara yang tak berkesudahan….lihat pelakunnya….masih lagi ANAK EMPAT TAIL………
SELAMAT BERSANDIWARA WAHAI PAK LAH BODOHWI……..semoga laknat Allah untuk engkau dan kuncu-kuncu PENZALIM…….
Oleh Spy Leman - 11.02.2004
|
|
|
| |
| Selamat Berambus Zahid Mat Arif and Klik! |
| 02.11.04 (6:50 pm) [edit] |
Kalau tiada aral melintang, hari ini Rabu 11 Februari 2004, K3P (Kumpulan Polong Perasuk Perjuangan) yang sudah begitu lama berkeliaran, akan mendedahkan identiti mereka sekali gus bertindak meninggalkan keADILan. Diberitakan upacara pendedahan identiti dan kepulangan semula ke pangkal jalan (sesat) K3P itu akan dibuat di hadapan Imam Umno Dolah Badawi dan para makmum (penyamun) yang lain.
Bekas cucu saudara Tun Abd. Ghaffar Baba, Zahid Mat Ariff khabarnya akan mengepalai istiadat menyatakan `penyesalan` tidak terhingga kerana meninggalkan Umno selama lebih 5 tahun di samping memperbaharui ikrar akan `hidup dan mati` bersama-sama Umno sekali lagi.
Kalau deformis Lokman menyerang Ezam dan beberapa orang tokoh keADILan yang lain kerana kononnya mereka telah menyelewengkan dana parti,apa pula alasan K3P menyertai semula Umno?
Biasalah, perjuangan keADILan sudah tidak relevan, demi perpaduan Melayu, Pak Lah ikhlas untuk melakukan perubahan….. dan macam-macam lagi.
Difahamkan Roslan Kassim Pengerusi keADILan Negeri Sembilan, Hanapiah Man bekas Exco Pemuda keADILan, Hamdan Taha bekas Naib Ketua Penaja Pemuda keADILan Pusat dan beberapa orang `bekas tokoh` dari Pahang yang sudah lama statik, akan turut menjual diri dan maruah mereka bersama-sama Zahid.
Ketua Pergerakan Pemuda keADILan Perak Zool Helmi yang baru dibelasah FRU pada 24 Januari lalu kerana terlibat menganjurkan program Gerakan Anwar Bebas (GAB) peringkat Negeri Perak di Pasir Salak, juga `dipaksa` untuk menyertai kumpulan berkenaan.
Zool Helmi diculik oleh Hamdan Taha pada sebelah petang 10 Februari dari Teluk Intan untuk dibawa berjumpa bekas boyfriend Ziana Zain TPM Najib pada sebelah malam. Ketika artikel ini ditulis Zool sedang di dalam kurungan dan kawalan ketat kumpulan terlibat di Hotel Quality.
Menurut suatu sumber yang boleh dipercayai, kumpulan di atas adalah merupakan `badge` pertama sebelum diikuti oleh `badge` kedua di dalam masa yang terdekat akan mengambil langkah yang sama untuk menyertai semula Umno.
Sebenarnya baik Umno mau pun keADILan (BA) tidak mudah untuk tidak mempercayai bahawa Zahid Mat Arif dan rakan serasukannya bukan pencari makan yang sama taraf dengan ayam, itik, lembu dan kambing. Itulah hakikat diri mereka!
Soalnya setakat mana para pencari makan itu dapat memastikan diri mereka tidak ditipu dan berapa lamakah Umno sanggup melayani `kelahapan` mereka yang memang sudah lama berlapar? Siapa tipu siapa nanti? Yang pasti Umno `kaki belit` tidak mudah tertipu!
- Inderaloka - 11.02.2004
|
|
|
| |
| Raya di Terengganu: Isu Hudud |
| 02.11.04 (6:39 pm) [edit] |
Masuk bab Royalti, masuk sahabat ini sudah 2 orang rakyat Terengganu yang saya sembang, walaupun mereka cuma rakyat marhain biasa, tapi mereka cukup berminat mengikuti perkembangan kes duit royalti ini. Bagi orang Terengganu, tak kira PAS atau pun UMNO, semuanya percaya bahawa duit royalti ini adalah hak mutlak rakyat Terengganu. Dua-dua orang tu cerita benda yang sama kat saya: Kata mereka orang Terengganu yakin Kes Perbicaraan Duit Royalti ini pastikan akan berterusan, meleret-leret hingga ke selepas p/raya.
Jika PAS menang, maka kes itu akan terus meleret lagi. Jika UMNO menang, maka ada kemungkinan Negeri Terengganu akan dapat balik duit tu, dan yg menariknya siapa entah cakap kat mereka, mereka kata kalau UMNO menang, bukan saja duit tu akan dapat balik, tapi bayaran yang tertangguh selama PAS memerintah tu pun mungkin akan dibayar balik; makna kata the moment UMNO menang, Negeri Terengganu akan dpt bonus 2X Duit Royalti. Yang jadi mangsanya PETRONAS.....nasib engkaulah Petronas oii...tak habis-habis nak kena jadi kuda tunggangan UMNO!
Bila saya tanya, bukankah isu wang ehsan ini akan memakan diri UMNO sebab sekarang ini rakyat nampak bila PAS memerintah rakyat dapat duit tu direct, tapi masa UMNO memerintah dulu tak dapat pun; maknanya ada org akan pangkah PAS untuk memastikan mereka (rakyat jelata) akan terus dapat merasa duit royalti tu.
Sahabat ini jawab, memang itulah yang rakyat biasa dok sembang tapi UMNO lagi cerdik, UMNO kata kalau selepas ini UMNO menang, duit tu akan terus diagih-agihkan kpd rakyat seperti sekarang, tapi kalau UMNO kalah, setakat itu sajalah, tiada lagi wang free duit EHSAN!
Kata beliau: "Pening juga rakyat dok fikirkannya!!"
Tinggal bab wang ehsan/royalti, masuk pula bab Hudud; saya kata tat pa aih, UMNO boleh menang rasanya sebab isu Hudud kali ini mungkin akan makan PAS balik. Pasal apa pulak?
Saya kata sebab sekarang ini rakyat boleh tengok walaupun PAS dah perintah Kelantan & Terengganu tapi masih tak boleh nak buat hudud. Memanglah ada masalah dengan undang-undang Negeri vs Pusat, masalah Polis tak kerjasama dan sebagainya, tapi secara umumnya rakyat tak fikir benda tu, yg rakyat nampak PAS Gagal Laksanakan Hudud walaupun dah dapat kuasa memerintah 2 buah Negeri. Saya cakap yang ini adalah Point penting untuk UMNO.
Saja ja saya cakap macam tu nak test the water tengok; saya terkejut bila sahabat ini jawab:
"Masuk bab Hudud ini, kita (Org Terengganu selalu biasakan diri mereka "Kita" untuk menggantikan "Saya") tak berani nak cakaplah bab ini; bila kita dengar ucapan Pak Lah kat TV hari tu, kita setuju 100% dengan Pak Lah pasal tak sepatutnya ada 2 sistem dalam satu negara. Kita tahu UMNO tak tolak Hudud. Tapi, bila kita dengar tazkirah selepas solat tu, kita jadi confuse bila ustaz tanya "Islam suruh mu solat, mu solat, Islam suruh mu puasa, mu puasa, islam suruh mu zakat, mu zakat, islam mu kita haji, mu gi haji, tapi bila islam suruh mu buat hudud, pasal apa mu tak mau buat? Pasal apa mu cari macam-macam alasan tak mau buat?. Masuk bab ini kita jadi confuse sungguh, sebab tu kalau boleh masuk bab ini, kita tak mau sembang, silap-silap cakap boleh jatuh syirik, takut tergelincir, jadi bab ini biar orang yang ahli uruskan"
Kemudian saya kata:
"UMNO bukan tak mau buat hudud, tapi kita kena fikir suasana semasa dan kesan jangkapanjang; kalau kita buat, nanti Dunia terutamanya Amerika akan cop kita sebagai Extreme, negara Fundamentalist dan sebagainya, nanti ganggu pelaburan asing dll"
Belum sempat saya perabis, sahabat ini potong:
"Abih tu mana lebih besar, hukum Tuhan ka Amerika?"
Saya tak kata apa! (Heran sungguh aih, ada juga orang macam ini, confuse sungguh sat sokong UMNO sat sokong PAS - penin!)
Sembang lagi pasal Hudud, daripada feedback beliau, secara amnya rata-rata rakyat Terengganu tak kisah sangat dengan isu Hudud ini, dan tidak akan menjadi isu besar dalam p/raya akan datang.
Cuma ada satu benda yg saya tak perasan tapi berjaya dihilitekan oleh sahabat ini secara berkesan; kata beliau isu Hudud ini akan memerangkap UMNO jika ditakdirkan UMNO menang kelak, sebab kanun Hudud ini telah pun digazet dan di-enacted di DUN Terengganu dan telah pun ditandatangani oleh Duli Tuanku. Soalannya sekarang, jika UMNO menang kelak apa yang akan UMNO buat dengan Undang-Undang Hudud ini? Kalau UMNO tolak nampak sangat dia tolak, kalau dia tak buat PAS akan tanya:
"Hei UMNO, apasal mu tak laksanakan undang-undang yang dah pun digazet dan dienacted serta dah diperkenankan oleh Duli Tuanku itu; mu dah ada Polis, pasal apa mu tak suruh Polis mu laksanakan undang2 tu?"
Kata beliau, inilah dilema yang bakal dihadapi oleh UMNO kiranya UMNO menang di terengganu kelak.
Last sekali saya tanya pasal isu Wanita sebab dalam p/raya ini undi wanita sebenarnya jauh melebihi jumlah undi kaum Lelaki; saya kata bab ini mesti UMNO boleh makan PAS sebab kalau kita tengok dalam media massa, UMNO melalui Kementerian Syarizat dan juga melalui Puteri UMNO begitu bersungguh-sungguh menonjolkan isu kaum wanita, terutama isu Ibu Tunggal misalnya, sedangkan PAS kita tak nampak pun Muslimatnya ada mengambil berat mengenai isu-isu sebegini, so saya tanya bolehkan UMNO harapkan undi kaum wanita untuk mengalahkan PAS dalam p/raya ini.
Suprise saya bila sahabat ini jawab:
"Isu wanita ini, apa mereka sebut Women's Right ini kalau di KL bolehlah; sini Kampung bukannya Bando macam KL sana nu. UMNO tok sahlah dok main isu tu, tak makan punya. Lagipun, ini Terengganu, di Terengganu ini kaum Puang (Perempuan) ikut kaum Laki. Kalau Tok Laki dia pangkah PAS, Puang dia pangkah PAS juga!"
Laa....habis lah peluang Syahrizat & Puteri UMNO nak makan kaum PUANG di Tganu ning!
Bila masuk bab IT (Ibu Tunggal) ini, dalam nada agak berbisik, sambil menoleh kat isteri dia yg tengah dok bersembang dengan isteri saya di hujung ruang tamu sana, sahabat ini kata:
"Hm....sebab tulah dalam Islam, kita dibenarkan berpoligami....bla,bla,bla...."
Kemudian sembang politik kami masuk pulak bab poligami. Bab ini kita sembang lain kali.
Adapun mengenai kecenderungan sahabat ini mengundi PAS atau pun UMNO dlm p/raya akan datang; di akhir sembang-sembang raya ini, saya membuat kesimpulan bahawa sahabat ini akan pangkah UMNO walaupun banyak benda yang beliau cakap nampaknya menyebelahi PAS, mungkin kerana masih terdapat satu isu utama yang saya rasa PAS buat masa ini gagal menarik undi orang-orang sepertinya, iaitu pasal peluang bisness/project yang banyak berkurang akibat sekatan wang royalti dan bantuan pembangunan daripada kerajaan Pusat. Bab ini, kita biarkan pakar strategi politik PAS untuk menguruskannya.
Walau bagaimanapun, diharapkan siri tulisan saya yang agak ringkas ini mampu membantu PAS mempertahankan Terengganu dalam p/raya akan datang. Insyallah.
Sekian.
Temingat Di Belantara - 10.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Raya di Terengganu: Soal Calon |
| 02.11.04 (6:33 pm) [edit] |
Sekarang ini ke mana-mana sahaja kita pergi, terutama di negeri yang dilihat sebagai pro-pembangkang seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, kita boleh lihat bendera BN di mana-mana, menandakan pilihanraya memang nak dekat sangat dah. Dalam banyak-banyak negeri, yang paling menarik perhatian saya ialah negeri Terengganu. Bukan kata saya, tapi saya yakin ramai juga peminat politik tanah air yang berminat benar ingin mengetahui kedudukan dan peluang serta nasib kedua-dua parti PAS dan UMNO dlmp/raya akan datang.
Kerana itu, mengambil peluang ketika berhari raya korban di sana baru-baru ini, saya cuba membuat survey peribadi sambil menganalisa peluang kedua-dua parti. Berikut adalah analisa saya yang saya rasa ada yang berminat untuk tumpang membacanya.
Oleh kerana saya cuma berpeluang menghabiskan dua tiga hari di sana, maka tak banyaklah rasanya maklumat yang mampu saya pungut; cumanya saya bernasib agak baik kerana dalam perjalanan berhari raya itu, perjalanan takdir menentukan saya diberi peluang untuk ‘bersembang politik’ dalam masa yang agak panjang dengan saudara mara yang punya fikrah politik yang berbeda; yang seorang itu UMNO Hardcore, seorang lagi PAS Pure dan seorang pula Atas Pagar Yang Keliru!
Memang menarik sekali perbualan saya dengan mereka ini, dan tidak salah jika saya katakan hasil daripada perbualan panjang itu, apa yang dibicarakan mereka itu benar-benar mampu menggambar suasana politik di negeri Terengganu pada masa ini, dan kesimpulan daripada bicara politik dengan mereka ini juga saya agak yakin mampu menggambarkan peluang kedua-dua parti, PAS dan UMNO dalam pilihanraya akan datang.
Hari raya pertama, saya berhariraya di rumah seorang saudara yang hardcore UMNO, punya la hardcore sehinggakan anak isterinya sendiri suatu ketika dulu tidak dibenarkannya memakai tudung kepala; cuma sejak akhir-akhir ini sahaja mulai nampak perubahan, salah sorang anak perempuannya sudah pun mula bertudung walaupun kakak yang sulung walaupun sudah beranak dua, masih lagi glamor dengan rambut perangnya.
Entah mengapa, entah tanda apa yang ada di dahi saya, awal-awal lagi saudara saya ini ingatkan saya juga seperti beliau, seorang UMNO sepertinya. Mungkin nafas saya yang masih berbau UMNO itu dapat dihidunya. Apabila saya tanyakan peluang UMNO kali ini, beliau nampaknya tidak berapa confident UMNO akan kembali bertapak di sana. Mungkin kerana ingatkan saya orang UMNO, maka perbualan beliau lebih berkisarkan kelemahan UMNO yang beliau rasa adalah punca kenapa masyarakat memilih PAS di sana.
Antara yang tak boleh saya lupa, apabila beliau berkata:
“Cuba tengok UMNO kita, mana kita ada Dewan sendiri, yang kita ada Dewan Orang Ramai, yang kita ada Balai Raya. Sepatutnya kita kena ikut style PAS, mereka ada Dewan/Bangunan/Markaz mereka sendiri. Kita perlu ada Dewan kita sendiri di setiap kampung macam yang PAS buat tu……kalau ada Dewan sendiri, barulah ada ROH!!!”
Tu dia aih, tak sangka betul Markaz PAS yang banyak dok ada di merata ceruk kampung itu, walaupun sesetengah orang PAS sendiri tak tahu tujuan dibinanya, tapi tiba-tiba ada hardcore UMNO yang boleh nampak rahsia di sebaliknya. Saya sendiri tak pernah terfikir markaz-markaz tersebut mampu berperanan sehingga ke tahap itu.
Beliau juga mengeluh mengenai pemuda-pemuda UMNO yang tidak seghairah dan sekomited pemuda-pemuda PAS dalam merealisasikan perjuangan mereka. Selain itu, yang agak memeranjatkan saya ialah apabila beliau bercerita mengenai isu Wang Ehsan yang bakal makan diri.Kata beliau:
“Inilah yang kita sendiri pun rasa ada yang tak kena. Wang Ehsan yang kita dok bagi atas macam-macam nama itu (Dana Pemuda, Bantuan Raya, Bantuan Persekolahan, Bantuan Baiki Rumah dll) kita rasa boleh makan kita balik. Ya lah, orang mesti fikir, dulu ada wang royalti tapi duit rakyat tak nampak; bila PAS perintah, duit ada pula. Sekarang ini rakyat dapat duit tu, rakyat mesti fikir, kalau UMNO menang, habislah mereka, tak dapatlah merasa duit tu lagi. Jadi, nak mudah; biar PAS terus perintah rakyat terus dapat duit. Makan dirilah saya rasa duit ehsan ni!”
Itu tak masuk lagi cerita bagaimana ada orang-orang UMNO sendiri yang tak puas hati sebab duit ehsan itu pun bila dibahagi-bahagi, ada juga orang UMNO yang miss, ada juga cerita pasal kroni dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda yang tidak pernah ke Terengganu; wang ehsan ini begitu mewah ditaburkan UMNO di merata ceruk kampung di sana.
Wang Ehsan itu diagih-agihkan atas berbagai nama dan jenama, walaupun lain tajuknya tapi matlamatnya sama, untuk meraih undi. Misalnya, ada bantuan khas untuk setiap isi keluarga, satu keluarga ~ RM300 setahun, ada pula bantuan khas untuk musim buka sekolah, satu budak RM120.
Ada pula bantuan raya, satu keluarga ~RM200. Ada juga dana khas untuk baiki rumah mencapai beribu ringgit satu keluarga. Tak cukup dengan itu, untuk mendapat undi golongan pemuda khususnya yg pertama kali mendaftar dan akan mengundi dlm p/raya akan datang, satu kepala tak silap saya RM200 atau RM300 dengan syarat mereka pergi mendaftar mengundi kemudian isi borang UMNO pergi jumpa JKKK minta pengesahan.
Dua tiga hari menjelang aidiladha misalnya, penuh sesak Bank Pertanian di Bandar Kemaman dengan geng-geng muda, mat-mat Rock, kaki motor rambut pendek rambut panjang seluar ketat seluar compang comping beratur panjang dekat Bank Pertanian untuk mendapatkan wang ehsan.
Orang-orang PAS gelak saja tengok keadaan ini, dan orang-orang UMNO yang punya kemampuan berfikir seperti sahabat saya ini hanya mampu mengeluh panjang. Banyak kali beliau ulang, silap-silap wang ehsan ini kelak makan Tuan. Apabila ditanya mengenai peluang UMNO dan juga PAS menang dlm p/raya ini, beliau cakap, itu semua benar-benar bergantung kepada siapa si CALON yang ditonjolkan.
Dan, to my surprise, jawapan yang sama juga diberikan oleh 2 orang lagi sahabat saya , seorang Atas Pagar dan seorang lagi orang PAS. Makna kata, besar sungguhlah faktor siapa calon dalam menentukan siapa yang akan menang dlm p/raya ini.
Misalnya, sahabat saya ahli PAS di sebuah kawasan DUN di Terengganu, cuma ahli biasa dan bukan aktivist parti, apabila ditanya mengenai prestasi YB di tempatnya, dalam nada agak perlahan beliau katakan secara ikhlas bahawa YB DUN di situ agak lembab perkhidmatannya, agak sukar ditemui apabila rakyat memerlukan.
Lain pula dengan sahabat saya, orang Atas Pagar itu; beliau memuji seorang YB PAS yang kebetulan terserempak dengan beliau tatkala beliau berkunjung ke sebuah rumah yang ada kematian. Beliau bercerita bagaimana “Tok Wakil” itu sendiri yang baca Yassin dan menyembahyangkan Jenazah berkenaan. Kata beliau:
“Cuba tengok UMNO , boleh YB UMNO buat macam tu? YB PAS ini silap-silap kalau gi kubur boleh baca Talkin lagi. YB UMNO, kalau turun pun, salam tangan kiri kanan, hulur 2 ketol, kemudian angkat h/phone, dial sana dial sini, kemudian salam lagi cakap minta maaf nak kena pergi dulu sebab ada hal sikit, macam tu aja. Macam mana nak tarik hati masyarakat, sedangkan dalam masyarakat bila berlaku kematian, waktu itulah yang paling sedih dan paling sensitif sekali. Waktu itu pitih/duit tak perlu dah, kalau orang tolong baca Yassin pun, sejuk rasa dada. Bila orang lihat YB sendiri baca Yassin dan solat jenazah, orang akan ingat sampai bila-bila dan orang akan cerita sampai ke mana-mana; hat inilah yang YB UMNO tak leh nak buat”
Seronok sembang dengan sahabat Atas Pagar yang Keliru ini, sekejap beliau sokong PAS, sekejap beliau hentam PAS, sekejap beliau sokong UMNO sekejap beliau hentam UMNO.
Di akhir perbualan, saya masih tak dapat nak kesan p/raya ini beliau akan undi PAS atau Barisan, cuma sama juga dengan 2 orang sahabat saya di atas tadi, semua mereka bersetuju tang satu benda sahaja; menangnya PAS atau UMNO di Terengganu dalam pilihanraya akan datang banyak bergantung kepadasiapakan CALON yang ditonjolkan.
Harapan saya, sedikit feedback yang diberikan ini mampu membantu Parti PAS khususnya PAS Negeri Terengganu dalam mencaturkan pergerakan mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Moga, Calon yang akan disenaraikan nanti akan benar-benar memenuhi kriteria yang diperlukan oleh rakyat jelata di sesuatu Daerah atau Mukim itu.
Dari kejauhan, kami doakan moga Terengganu Darul Iman akan terus bersama PAS dalam pilihanraya akan datang. Allah hu Akbar. Insyallah!
Sekian.
Temingat Di Belantara - 10.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Raya di Terengganu: Isu Pembangunan |
| 02.11.04 (6:31 pm) [edit] |
Meneruskan cerita berhari raya korban di Terengganu; pada hari raya kedua saya ke rumah seorang sahabat yang fikrah politiknya agak keliru, sekejap sokong UMNO sekejap sokong PAS, kadang-kadang hentam PAS dan kadang-kadang balun UMNO. Antara banyak-banyak rumah yang saya kunjungi, rumah beliaulah yang paling lama sekali saya singgah dan bergebang politik punyalah rancak sehinggakan hampir lupa nak menjamah juadah raya. Yang menariknya, entah macam mana seawal bicara lagi, sahabat ini ingatkan saya Atas Pagar, dan saya pun tak kata saya UMNO atau pun PAS, so gebang politik kami lebih berkisar atas sifat masing-masing sebagai orang atas pagar; agar menarik gebang politik saya kali ini.
Soalan yang mula-mula saya tanya adalah soalan yg sama yang saya mesti tanya setiap kali saya singgah di mana-mana rumah saudara mara atau pun sahabat handai yg saya kunjungi di Terengganu tatkala sembang raya bertukar menjadi gebang politik. Soalannya: Macam mana pilihanraya ini, agak-agak siapa boleh menang?
Jawapan sahabat saya orang Atas Pagar ini sama saja dengan jawapan-jawapan yang saya temui sebelum ini baik daripada orang PAS Pure mahu pun drpd ahli UMNO Hardcore: peluang PAS & UMNO di Terengganu 50-50!
Kemudian saya tanya pula apa yang UMNO perlu buat sekiranya UMNO nak dapat balik Terengganu kali ini?
Mungkin kerana soalan ini kot, maka selepas itu sahabat ini nampaknya dok agak saya orang UMNO. Lalu, kata beliau, isu utama yang UMNO boleh main ialah isu Pembangunan. Kata beliau lagi, zaman PAS perintah ini orang bisness macam beliau agak susah nak cari makan sebab project dah banyak kurang.
Saya cakap, ish apa pula masalahnya, nanti kalau UMNO main isu pembangunan, rakyat akan kata tengoklah masa UMNO perintah dengan PAS perintah sama saja, misalnya bandar Kuala Terengganu dan Bandar Kemaman, lampu lit lat lit lat kat tengah bandar tu dok terang benderang macam tu juga pa, tak gelap gelemap pun.
Beliau jawab, betul juga, tapi itu bergantung kepada Majlis Perbandaran/Daerah mana, kalau yang kaya macam KT dan Kemaman tu memanglah tak ada masalah, tapi yang hat ke dalam macam Hulu Terengganu tu teruklah sebab duit tak cukup.
Saya cakap, rakyat mungkin kata ini semua pasal kerajaan pusat tarik balik duit royalti. Kemudian, belum sempat saya sambung panjang, beliau sendiri yang kata:
“Tapi, dari satu segi bagus juga kerajaan PAS ini, walau pun tak ada wang royalti macam zaman UMNO dulu, mereka masih boleh survive, masih boleh bayar gaji kakitangannya, masih boleh bergerak. Ini bermakna mereka punya management quite efficient (pengurusan cekap), hat ni kita nak kena puji!”
Aik, sokong PAS pula.
Panjang juga beliau sentuh pasal isu Pembangunan ini, cuma point yang menarik yg ingin saya tulis di sini ialah bila saya cakap kata UMNO tak boleh main sangat isu pembangunan ini sebab di Kelantan pun UMNO main isu ini juga tapi dah 15 tahun UMNO masih lagi gagal di sana. So, di Terengganu pun samalah, kalau UMNO nak menang tak boleh harap sangat kat isu ini.
Jawab beliau:
"Kita tak boleh bandingkan orang Terengganu dengan orang Kelantan. Orang Kelantan ibaratkan anak-anak yang ibu & ayahnya memang susah sejak awal, cuma kerja menoreh getah saja sejak anak-anak tu celik mata; tapi di Terengganu, rakyatnya ibaratkan anak-anak yang ibu & ayahnya pernah mewah dan kaya raya suatu masa dulu, selalu makan luar, kejap Mc D, kejap Pizza Hut, kejap KFC dsg; kemudian tiba-tiba ayah & ibunya jatuh miskin, tak boleh lagi keluar makan keluar, tak boleh lagi pergi Mc D, Pizza, KFC dll. Sikit sebanyak, bila UMNO dok tekankan isu pembangunan ini, kalau tak ramai pun, nanti adalah juga "anak-anak" ini yang akan terpengaruh. "
Hmmm.....no wonder lah UMNO pulun sungguh sekat duit royalti; semunya atas tujuan untuk menyekat prosess pembangunan di Negeri Terengganu dengan harapan rakyat jelata khususnya orang-orang atas pagar yang pernah mengundi PAS dlm p/raya 1999 hari tu akan berpatah balik mengundi UMNO.
Busuk sungguh hati perut siapa-siapa yang menjadi dalang kpd UMNO di Terengganu dalam isu wang Royalti ini.
Harap-harap PAS punya persediaan yang cukup untuk menghadapi UMNO dalam isu pembangunan ini.
Sekian.
Temingat Di Belantara - 10.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Reka Cerita, Tutup Cerita |
| 02.11.04 (6:27 pm) [edit] |
Ntah apo sebab musababnya Hamid Zainal Abidin dah marah-marah pasal konsert Mariah Carey. Kononnya penganjur tak prihatin akan sambutan Maulidur Rasul. Benda tue sejak mula diumumkan, pembangkang dah bantah tapi pembangkang dikata jumud, takdak sapa yang ajak lebai PAS pergi, tu untuk bukan islam, mendedahkan Malaysia pada perkembangan dunia dan bagi tujuan sambutan kongsi tahun baru. Kita harap takdak budak umno yang pi tanya Pak Hamid tue kalau tak malam maulidur rasul, malam bila plak kita nak izinkan??? Islam ikut hari...kalau nak afdal buat konsert tu...buat hari yang diberkati oleh islam...c ontohnya maulidur rasul tu baru terbuka minda dan 'seluar dalam' orang islam. Mana kita tak kata purak-purak... benda tue termasuk dalam kalendar kementerian. Dapat kelulusan kementerian... waktu diwar-warkan dulu tak pun dibantah. Apa dia tak tau ke??? tiket dah banyak dijual baru teringat kat maulidur rasul. Apa telinga dah panas ke kena kutuk kat NGO-NGO Islam??? Kalau dia betul-betul prihatin... dia ada saluran yang paling baik untuk nyatakan tindakan yang boleh diambil bukannya setakat purak-purak bersuara dari biliknya... bos dia orang kuat agama, pi laaa ngadu!!!
Rata-rata rakyat nak kembali kepada Islam...yakni kembali kepada SELAMAT DUNIA DAN SELAMAT AKHIRAT tapi Idris jenis samseng takkan berjaya mengajak rakyat menyokong umno...kerana dia hanya pentingkan hiburan demi hiburan ala maksiat dan selepas hiburan... tentulah maksiat jenis lain pula yang setan tuntut, masakan Idris mampu nak melayan kerenah setan-setan yang tentunya selepas paha nakkan badan pula. Sedangkan rakyat hendakkan apa yang boleh menyenangkan mereka seperti tapak tanah, bebas cukai tanah dan cukai rumah, kurang bayaran kemudahan, barang semakin murah dan kerja semakin mudah.
Mana boleh Idris hidangkan hiburan semata...tentu depa tak kebuluq...sebab hiburan dalam tvpun dah melimpah ruah. Rakyat tentu juga nakkan kesenangan dan ketenangan jiwa dan ketenangan jiwa hanya boleh didapati dengan Islam... dan segala hak-hak rakyat dikembalikan oleh PAS/BA dari umno kerana umno perampas hak rakyat. Pembesar dan pembuat dasar Umno tidak nampak kesan negatif dari amalan maksiat tersebut... maka apalah yang kita boleh harapkan para penyokong dan pencacai mereka boleh berfikir.
Umno tidak nampak kesan jangkamasa panjang daripada amalan berunsur maksiat yang berterusan itu. Malah mereka menamakan program-program maksiat dengan nama-nama yang muluk dan indah untuk mengaburi rakyat... kongsi rayalah.... Malam Amallah.... macam-macam lagi!!! Pernah Tun Mahathir mereka mengatakan bahawa kebanjiran filem bollywood di tv Malaysia tidak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Umno tidak percaya kesan-kesan yang bakal terjadi selagi tidak terjadi kepada mereka sendiri... Kemungkinan juga Umno nampak kesan buruk jangkamasa panjangnya... tapi Umno lebih senang mentadbir rakyat yang rosak dan jauh dari pegangan agama. Maka program begitu dihalalkan... Demikianlah Umno.
Memang benarlah kita kata, umno pasti takkan mahu melaksanakan syariat Islam. PAS dari dulu lagi sudah ajak dengan baik supaya umno kembali pada Islam...tapi ajakan PAS kepada Islam dianggap umno sebagai jalan permusuhan. Bagi umno jika PAS melaksanakan Islam itu adalah permusuhan terhadap umno tapi bagi umno jika PAS sanggup halalkan hiburan maksiat seperti kongsi hiburan raya, tarian ronggeng, menari dangdut dan konsert artis...itu adalah jalan pendamaian dengan umno kerana... bagi umno syariat Islam adalah permusuhan dan keporak-perandaan melayu... yang gilakan hiburan seperti pemimpin umno... seperti Idris dan Fadzir yang sanggup langgar waktu solat tapi tak sanggup langgar peraturan Lord Reid. Rakyat dah lama miskin...di bawah umno... dah lama susah di bawah umno...dah lama melarat di bawah umno InsyaAllah di bawah PAs/BA...rakyat senang dan selamat...cukai hapus, bantuan pelajaran mencukupi, geran tanah dapat, dan bermacam-macam lagi rezeki kurniaan Allah pasti mencurah-curah di bawah PAs/BA... Walaupun umno rompak duit royalti...lepas tu salahkan PAS pulak sebab Terengganu tak dapat royalti... tapi rezeki Allah untuk Terengganu pasti datang...itu janji Allah bagi yang berjuang menegakkan Islam.
Kita lihatlah mentaliti pemimpin umno jenis Idris Jusoh InsyaAllah takkan menang dengan umpan hiburannya kepada rakyat Terengganu... melainkan setan-setan yang pasti tidak mengundi untuknya tapi pasti menjahanamkanya. Selagi Idris tak kembali menghayati Islam dan tinggalkan setan-setan maka payahlah Idris nak menang, apa tah lagi dengan umno... yang sekular perjuangannya yang mengenepikan Islam tapi menyogok rakyat kononnya mereka mengamalkan Islam Hadhari!!! Maka barang siapa yang mengenepikan Islam...pasti jalannya susah...dan di akhirat pasti dicampakkan ke dalam api neraka.
Sekarang kes Eric Cheah, Pewaja steel kena tangkap. Ini ikan bilis ke jerung, harap-harap semua kroni kena tangkap juga, lepas tu tarikh bicaranya ditangguh selepas pemilu? Lepas dah menang besar, dia didapati tidak bersalah, atau bersalah dan dihukum 2 bulan penjara... Rakyat malaysia kena tipu lagi... Cerita pendek...Kerajaan Umno/BN...main wayang aje. Tangkap ayam, tangan bau taik, kita rasa isu ni jelas ada orang nak pekena Pak Lah bila SCOMI milik anak dia kena cekup buat nuklear. Takkan ini kerja Pak Lah sendiri? Tak mungkin. Ini mesti kerja orang Tun Mahathir. Jadi Pak Lahpun tak tunggu lama, dalam masa dua tiga hari saja terus balas balik dengan penangkapan Eric Chia kesayangan intan payung Tun Mahathir...bercekau teruk nampaknya kat atas sana atau sandiwara untuk menutup kes SCOMI???
Kalau setakat tangkap lepas tu hantar pi hospital lebih baik duduk di rumah je, buang masa dan duit bayar gaji BPR. Kalau betul, hantar ke Bukit Aman, panggil bapa anjing bagi karate dua tiga kerat baru orang percaya. Tengoklah sekarang dah boleh ikat jamin pasai tak ngaku salah... kalau dulu Saidin Tambi dengan alasan tak sihat...kalau tengokkan lamanya ambik masa nak tangkap Eric Chia... sekarang Eric chia kat mana?..penjara ka rumah ka ISA!!!...inilah salah satu sandiwara/wayang kulit kerajaan... tangkap Eric Chia tak cukuplah... tangkaplah Tun Mahathir sama... kan Tun Mahathir yang lantik Eric Chia tu jadi pengerusi perwaja...lagipun Tun Mahathir yang kata melayu tak leh harap sebab tu dia lantik Eric Chia ni... tapi bagi kita kedua-duanya tak leh harap... duit yang berbillion tu sekarang kat mana?...dah nak dekat ngundi biasalah pemimpin-pemimpin umno nak tunjuk hero....hero versi cerita keling/mamak... kira baguslah Pak Lah jadi PM... orang macam Eric Chia dah dapat ditangkap... kalau time Pak Lah memerintah, Tun Mahathir dan Tun Daim ditangkapkan lagi bagus tuuu
P/S Kalau korang perasan, TV3 siarkan komen PM pasal tangkapan Eric Chia. Temuramah tu dibuat awal pagi. Sedangkan tangkapan Eric Chia sebelah petangnya jam 3.45 dan kenyataan media jam 4. Macam mana TV3 dapat tahu lebih awal... mmmm macam ada yang tak kena je!!! Lain kali nak kelentong pun plan la betul-betul... bagi nampak real sikit yang percaya dengan sandiwara ni... hanyalah umno saja... sebab mereka ini mana yakin menang pilihanraya akan datang hanya mahu tutup kes SCOMI saja...
Kiriman Osman Jailani - 10.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Kata-kata Hikmah Yang Bermakna? |
| 02.11.04 (6:22 pm) [edit] |
Dengan perlantikan Tun Salleh Abbas dalam top 3 kepimpinan suruhanjaya PDRM, apakah akan mampu membawa impak positif terhadap institiusi penguatkuasa itu? Nampaknya percaturan PM dalam meletakkan Tun telah membuka ruang secara tidak langsung orang yang ber'high profile' dalam pembangkang bertapak dalam badan kerajaan. Satu pendekatan yang banyak rasional kebaikan untuk perpaduan orang melayu Malaysia amnya dan islam khasnya. pendekatan yang halus tapi berbahang. Semoga Tun Salleh membawa sesuatu yang 'sejuk' dalam institusi yang sentiasa 'panas' ini. Rakyat Terengganu diharap undilah BN... sebab,lepas ni kita buleh concert lagi... Sehari-dua ni nampaknya sambutan mereka terhadap kita, BN dan UMNO agak menggalakkan - Najib kata bila tengok ramai sangat orang di Kongsi Raya tu. Seronok dapat tengok konsert free... lagi seronok pasal dapat wang royalti balik. Boleyla MB susun dalam laci...
Haiii (sehari dua) dah boleh buat conclusion??? Ramai sungguh mai datang tengok konsert tu... pelbagai kaum mai... cina, india pon ramaiii sungguh (hampir penuuh satu stadium (opsss satu sekolah) ...menunjukkan rakyat majmuk hidup amai damai dan mahu BN perintah Negeri Teganu niii kembali... cukup progresif pemikiran oomno - buat konsert menang pilihanraya!!!
Kita rasa dalam manifesto berasingan yang umno Ganu nak buat tue diorang mesti janji pada rakyat Ganu bahawa wang ehsan akan diagihkan seperti sekarang dan bukan seperti zaman Wan Mokhtar... hanya untuk pemimpin umno sahaja. Jika ada jaminan nie... umno ada harapan
Akhbar Umno melaporkan bahawa kerajaan Terengganu menolak permohonan untuk mengadakan program kongsi raya. Cerita sebenarnya Kerajaan Terengganu meluluskan permohonan tersebut dengan beberapa syarat, iaitu antaranya jangan adakan Majlis pada waktu Magrib... Kerajaan negeri Terengganu ni pun satu juga... mereka bukan tak tahu bahawa MCA tu tak sembahyang... Umno yang ikut 'berkongsi raya' tu pun lebih kurang sama sahaja. Lagipun tok ketua mereka dulu pun pernah tinggal sembahyang asar kerana urusan dunia.
Akhbar umno juga mensensasikan tulisan seorang penulis di ruangan forum akhbar, mereka mengatakan beliau terdengar khatib mencerca bapa mangsa rogol dalam kutbah Jumaat di Penang. Cerita sebenarnya tidak begitu, khatib tersebut ada pita rakaman penuh dan boleh nilai kutbahnya. Beliau akan ambil tindakan mahkamah... Khatib ni pun satu juga... beliau sepatutnya maklum bahawa mungkin si penulis itu tertidur dalam masjid dan tidak dapat mengikut kutbah sepenuhnya. Bila tersedar orang dah mengadah tangan berdoa dan beliaupun cepat-cepat sapu air liur yang hampir basi tu...lalu niat sembahyang jumaat berjamaah! demikianlah... adanya.
Tengku Zainuddin, Marang... Belum pun pegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, sekarang ini sedang mengamuk mahu kontrol semua kegiatan jabatan-jabatan di bawah kerajaan pusat. JPNT dan PPD dan sekolah jadi mangsa beliau. Kononnya beliau orang UMNO dan orang Pak Lah. Orang macam ini ke yang kita nak harapkan untuk jadi wakil rakyat? Marang Oh Marang, Malang oh Malang... Orang yang mencerminkan umeno sebenar dan mendokong Islam yang menghalalkan pesta maksiat macam kongsi Raya di Terengganu itulah yang dimahukan oleh Pak Lah. Insya'Allah beliau akan dilantik jadi calon melawan TG Haji Hadi.
Di sini kita perturunkan kata-kata Rais Yatim ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda dan Wanita Semangat 46 pada 22.10.1995 di Hotel Federal, Johor Baharu:
i. Memang diakui, rakyat sudah biasa sangat dengan tindak-tanduk dan muslihat parti memerintah untuk menang dalam pilihanraya. Dari peraturan berat sebelah, politik wang, pemberian serta habuan, gertak serta amaran sampailah kepada penyalahgunaan harta awam termasuk monopoli media massa - semuanya diketahui umum sebagai perencah hidangan pilihan raya.
ii. Kecuali Melayu Kelantan, Melayu Pantai Barat semenanjung boleh dikatakan rata-rata menelan makjun yang dijual. Semacam orang melayu sudah sepakat menerima semua dasar dan perlakuan parti pemerintah sebagai jalan selamat bagi diri, keluarga, masyarakat dan bangsanya.
iii. Pengundi melayu menyerah secara murah identiti dan maruah kepada suatu sistem yang menelan bangsa itu sendiri.
iv. Politik ini bukanlah mementingkan orang melayu tetapi mementingkan orang yang menganggotai UMNO - itu pun mengikut amalan pilih bulu'
v. Pelik, si pembeli membeli juga barang dan makjun yang dijual walaupun tahu ia tidak baik dari segi kepentingan jangka panjang.
v. Unsur pengimbang seperti Raja Melayu sudah hapus dari kuatkuasa Perlembagan Malaysia. Kuasa politik disalahgunakan terhadap Raja-raja Melayu sehingga terhapusnya kedaulatan melayu itu sendiri.
vi. ....masa akan menunujukkan bahawa sesungguhnya perbuatan menumbangkan kedaulatan Raja-raja Melayu itu adalah satu-satunya pengkianatan terhadap bangsa sendiri.
ooo... itu cuma sebahagian dari tesis saya. Realitinya saya cuma nak kuasa, dengan kuasa saya boleh buat apa saja yang saya suka.... Apa dah jadi dengan tesis Rais Yatim sehingga melayakkan dia dapat phd dulu? Mesti tesis tu di bakar skali ngan jematan...
Ini pula Kutukan perwira UMNO... Kenyataan yang pernah diluahkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah :
i. Sewaktu merasmikan bangunan Ibu pejabat Parti Semangat 46 di Desa Pandan, : "Tidak cukup dengan mengenakan pelbagai halangan, ada yang cuba memujuk dan mengugut orang-orang kita supaya menyertai mereka [ UMNO ]. Kononnya mengajak kita memperbaiki kepincangan itu dari dalam. Kita tolak pujukan itu kerana tidak mungkin kita dapat mencuci kekotoran kalau kita sendiri berada dalam kekotoran itu. Hanya lalat sahaja yang sanggup hidup dalam najis dan kenyang dengan najis di sekelilingnya. Parti SM46 bukanlah parti lalat yang sanggup hidup dalam timbunan najis".
ii. Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah terhadap kepimpinan Mahathir [ sekarang masih lagi berkuasa dalam percaturan politik UMNO melalui Pak Lah sebagai proksinya ],: "Di bidang politik, kita perhatikan kemungkaran-kemungkaran tersebut menjelma dalam gaya kepimpinan yang semakin dictatorial dan otokratik yang enggan berunding dan semakin enggan mendengar pendapat dan teguran-teguran yang membina, yang semakin ternoda dengan amalan-amalan pilih kasih yang menyebabkan kerosakan perpaduan...".
iii. Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah lagi,: "Apalah erti projek-projek besar dan raksasa, sekiranya orang-orang Melayu terpinggir sekadar menjadi penonton melihat dengan putih mata kemewahan dan dinikmati projek-projek seumpama itu diangkut keluar oleh orang-orang asing yang diberikan segala keistimewaan. Dalam keadaan yang mendukacitanya begini, nasib bangsa Melayu tidak berubah seperti kata pepatah, " ibarat memagar kelapa condong, pohonnya tumbuh di kebun orang, buahnya jatuh ke kebun orang. Rakyat luar Bandar [ rakyat marhaen ] menjadi semakin jauh...". Sebahagian dari ucapan beliau
"Hanya lalat sahaja yang sanggup hidup dalam najis dan kenyang dengan najis di sekelilingnya."Skang ni dia jadi lalat balik, hurung taik balik... mungkin dia dapat hasil dari menjilat "..." Madey sebab nak join ameno smula...
Ini pula kenyataan Awang Adek di Kelantan...
Awang Adek: PAS distorting facts
BACHOK: Bachok Umno division chief Datuk Dr Awang Adek Husin has dismissed allegations by the PAS official organ Harakah that he tricked 2,900 people into attending a "Farewell PAS" programme last month.
He added that he was disappointed that PAS would use such underhand tactics by accusing him of using the "one off" RM120 education aid scheme payment to lure people to attend his function.
Under the scheme, students whose parents earned less than RM500 will be given the cash to buy their children's school uniforms and pay school fees.
"I am upset that PAS has accused me of this and all I can say is that those who came to the function were PAS members and they were sincere in wanting to join Umno.
"The payment was not distributed at night and it is usually done during office hours," he told reporters after launching the upgrading of 397 streetlights at Kampung Kual Telaga here yesterday.
Dr Awang Adek, who is also Tenaga Nasional chairman, was commenting on the report in Harakah last week that claimed his gathering at Tangok on Jan 18 was attended by parents who went there to receive the cash payment.
"I just cannot believe that the party (PAS) would go that low and distort the facts.
"Those who came to the function were genuine PAS members who told me that they left because they had lost confidence in the party.
"If it was true that I had deceived them, I am sure they would have left the gathering but they stayed on until the end of the function," he said.
Saper caya cakap dia nih. Taknak ke dia saman??? Ikutkan dah jadi fitnah la tu kan??? Musykil gak sedangkan kebiasaan mereka akan berselindung di balik mahkamah...sebenarnya... umno kelantan di bawah Jenderal Baru Tok Setopa, Awang Adek dan Zaid nampak lebih berminat untuk bermain acah acah dengan barisan umno lama daripada menghadapi lawan sebenar iaitu PAS. Politik orang-orang Kelantan susah nak faham, termasuk orang-orang Kelantan sendiri. Banyak yang bermain politik untuk kepentingan diri. Mereka lebih cepat bersatu daripada mencari gaduh lebih-lebih lagi bila berada diperantauan.
Membiarkan kita terus ditadbir oleh Umno, maka kita akan kehilangan segalanya! Lihatlah, kita sedang kehilangan sedikit-demi sedikit... Ada telor pun mahu di kasi! Cuba lihat kad pengenalan anda. Ke mana pergi melayunya? Bagaimana dengan Jawi? Ke manakah jawi kita? Kita asyik diulit dengan bermacam jenis kongsi Raya yang yang kini nampaknya macam kongsi dosa dan kongsi maksiat. Orang cina tak mahupun kongsi kaya. Cukuplah saudara... cukuplah kita menyokong UMNO tuh!!!
Di dalam sesebuah negara berdasarkan Demokrasi, rakyat yang menentukan orang yang memimpin mereka. Justeru, pemimpin yang mewakili rakyat. Orang yang berintelek dan pakar dalam sesuatu bidang tidak akan menjadi "pemimpin" mereka. Rakyat akan menyingkir "pemimpin" itu kerana rakyat tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan jalan yang lurus dan ikhlas. Mereka akan pilih orang yang sejenis dengan mereka - dapat lakukan apa sahaja ikut pintu belakang. Mereka membutakan diri kepada apa yang salah. Mereka akan berlagak seperti "Luncai" - Luncai terjun dengan labu-labunya. Rakyat berkata, "Biarkan. Biarkan".
Datuk Chin Kong Nam menindas Mamat bin Deraman kerana tak bersih cuci tandas. Tan Sri Poh Gong Sar maki-maki Abdullah bin Ali kerana tak guna baja tahi anjing ketika menanam sayur di belakang rumah besarnya. Datin Miau Ku Ching pula herdih Minah, isteri Mamat kerana pecahkan mangkuk limau depan tok pekongnya. Paling menyedihkan Puan Seri An Bin Jing menampar Salmat, isteri Abdullah kerana enggan menyerahkan anunya pada Tan Sri Poh. Melayu oh melayu yang menikmati kehidupan di bawah BN selama 46 tahun ini. Katankan, "Good Bye UMNO!" dan tinggalkanlah UMNO. Kita mesti sanggup berubah...
Kiriman Osman Jailani - 10.02.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Bekas Bos Perwaja Eric Chia Ditahan BPR |
| 02.09.04 (10:55 pm) [edit] |
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) Isnin selepas siasatan bertahun-tahun berhubung kerugian bernilai berbilion ringgit yang dialami oleh syarikat pengeluar besi waja itu. Penahanan beliau dimaklumkan dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara dan BPR.
Menurut kenyataan itu lagi Chia, 71, ditangkap oleh sepasukan anggota BPR di kediamannya di Petaling Jaya pada pukul 3.45 Isnin petang dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Selasa.
Kemelut Perwaja telah disiasat oleh BPR dan polis sejak 1996 dan lebih 50 orang saksi, di dalam negara dan di luar negara, termasuk Chia sendiri serta sebilangan kakitangan Perwaja telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Kerajaan mengarahkan siasatan dijalankan selepas satu laporan audit oleh firma audit Coopers and Lybrand menunjukkan kedudukan kewangan Perwaja dalam keadaan tenat.
Pengeluar besi-waja yang berpangkalan di Terengganu itu dikatakan menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.
Sumber: Bernama: http://www.bernama.com/bernam...
HarakahDaily: BPR tahan Eric Chia
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh)- Bekas Pengarah Urusan Perwaja, Tan Sri Eric Chia telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di rumahnya, Petaling Jaya jam 3.45 petang tadi.
Beliau dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Kuala Lumpur esok.
Sementara itu, PAS menyambut baik tangkapan tersebut kerana sudah lama ianya diharapkan oleh pelbagai pihak.
AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakah berharap lebih ramai lagi pemimpin yang terbukti salah diambil tindakan selepas ini.
Antaranya di kalangan pemimpin Umno sendiri, katanya.
Sementara itu, seorang pemerhati politik yakin para pemimpin Umno tidak akan diambil sebarang tindakan oleh BPR.
Ini kerana, tindakan ini diambil untuk mengukuhkan apa yang dikatakan imej bersih Perdana Menteri tetapi dia tidak akan bertindak sampai menyusahkan Umno dan pemimpinnya.
"Walaupun sudah terbukti dalam kes Ezam Mohd Nor dakwaan terhadap Dato' Seri Rafidah itu asli (genuin), BPR tidak akan berani mendakwa Rafidah," katanya. - zs
Sumber: HarakahDaily: http://harakahdaily.net/artic...
09.02.2004
|
|
|
| |
| Sandiwara Terbaru!! Diramalkan Eric Chia Dibebas Dengan Ikat Jamin! |
| 02.09.04 (10:54 pm) [edit] |
Rentetan daripada Sandiwara Paklah dalam isu Rasuah Permit Teksi melibatkan Nazri Tan Sri Aziz yang hilang entah ke mana failnya. Kini Eric Chia dijadikan kambing hitam sebagai persediaan menghadapi Pilihan raya yang hampir tiba!! Di mana Dato' Nordin yang lantang 'menegur si Nazri' sekarang? Hanya dengan sedikit ugutan Nazri dan Anugerah Dato' yang tak semena-mena daripada Sultan Selangor telah menghilangkan terus taring Dato' Nordin si Pengarah Penyiasat BPR!! Kalau nakkan Anugerah Dato' cakaplah awal-awal.. Tak payah bising-bising!! Mengapa saya katakan ianya Sandiwara? Pertama: Penahanannya telah dirancang? Apa sebabnya ? Sudah tentu Pilihan raya semakin hampir lantas sejurus ditangkap Eric Chia dibawa ke Hospital Putrajaya!! Mengapa? inilah alasannya esok di Mahkamah ERIC Chia akan dibebaskan dengan Ikat jamin atas alasan Kesihatan!! kalau nak buat medical check-up pun mengapa harus berita ini digembar-gemburkan..?? Apakah mahu apabila Eric Chia dibebaskan esok dalam perbicaraan yang dirancang. rakyat tidak mampu berkata apa?? Jadi apa bezanya?? Eric Chia akan terus bebas seperti biasa sementara menunggu perbicaraan. Mungkin sampai Eric Chia mati baru kes ini akan selesai!! ini juga bermakna dengan menahan Eric Chia di hospital, tidak seminit pun Eric Chia dibawa ke sel Balai Polis ataupun ke Bukit Aman untuk disoal-siasat.. hairan juga. Soal-siasat Eric Chia pun tak ada. Itulah keistimewaan yang dinikmati Eric Chia setelah merompak wang rakyat!! macam juga layanan kerajaan kepada Jackie Chan pembunuh atau Kongsi Gelap paling kejam dalam Malaysia... Kerajaan Islam Hadari yang dipimpin PAKLAH lebih sanggup menahan pelajar belasan tahun yang menuntut Ilmu Agama di Pakistan daripada menahan pembunuh dan perompak berbillion Ringgit wang rakyat!!! Kedua: Peguam Negara Abdul Gani Patail dalam sidang telefon sewaktu siaran berita Buletin Utama. Gani berkata.. kami sedang merangka draf pertuduhan! baru merangka ketika Eric Chia ditahan..?? Patutlah sewaktu Kes Nazri Tan Sri Aziz, Gani Patail hanya mengambil masa 24 jam untuk mengatakan Kes Nazri tiada asas pendakwaan. Memang hairan, belum pun BPR selesai menyiasat. di waktu tengah hangat BPR dan Nazri bertengkar. Gani Patail terus mengatakan tiada asas pendakwaan!! macam mana ni..?? Patutlah dahulu tarikh pertuduhan terhadap saudara Anwar Ibrahim dibuat pada tarikh Apartment Villa itu sendiri belum siap!! bagaimana kejadian liwat boleh berlaku di situ!!! Ketiga: Di awal berita Buletin Utama TV3. Tv3 menyiarkan sedutan rakaman temuramah Wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada Perdana Menteri si Paklah 'pak sandiwara' berkenaan penangkapan Eric Chia. lagi hairan. Kenyataan Akhbar berkenaan penangkapan Eric Chia dikeluarkan pada waktu petang. Dia 'Eric Chia' ditangkap pada jam hampir pukul 4. macam mana Paklah boleh disoal lebih awal? Pandainya Penerbit Rancangan temuramah tersebut meramalkan Eric Chia ditangkap, untuk pengetahuan, Temuramah itu dirakamkan khas sempena 100 hari Paklah memerintah sebagai PM paling kuat menipu dalam dunia pada waktu pagi hari ini .... Jadi saya berharap, jangan ada di kalangan pemimpin Pembangkang masuk perangkap dalam Sandiwara terbaru Paklah!!! Paklah..oii... Paklah... agaknya macam mana dia Kow Tim dengan Eric Chia.... Eric Chia pun dah umur 70 tahun... agaknya sampai mati kes ini takkan selesai. Itupun tak tahulah esok Eric Chia akan dihadapkan di depan hakim mana..??? Agustin Paul lagi ke... macam kes bunuh Balwant Singh yang dibebaskan dengan ikat jamin atas kesihatan. Tungguu.... Kalau Eric Chia ditangkap sementara menunggu keputusan kes, saya ucapkan sekalung Tahniah kepada Paklah. Kalau dibebaskan, tahniah kepada Paklah kerana pandai BerSandiwara!!! Tulisan ini ditulis ketika TV3 sedang menyiarkan berita penangkapan Eric Chia!!
Lawan Tetap Lawan!!
Kiriman Reformis Muda - 09.02.2004 (disiarkan tanpa semakan/suntingan)
|
|
|
| |
| SEKUNTUM MAWAR MERAH SEMPENA VALENTINE'S DAY |
| 02.09.04 (10:51 pm) [edit] |
Assalamualaikum, "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [maksud Hadis ]
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan.
Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.
Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan.
Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.
Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang megucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai lagenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah?
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan.
Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua.
Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.
Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.
Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 09.02.2004
|
|
|
| |
| SEKUNTUM MAWAR MERAH SEMPENA VALENTINE'S DAY |
| 02.09.04 (10:50 pm) [edit] |
Assalamualaikum, "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [maksud Hadis ]
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan.
Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.
Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan.
Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.
Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang megucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai lagenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah?
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan.
Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua.
Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.
Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.
Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 09.02.2004
|
|
|
| |
| 100 HARI SEORANG PERDANA MENTERI |
| 02.09.04 (10:49 pm) [edit] |
Banyak pihak yang memperkatakan soal ini. Bukan hanya di pihak pembangkang tetapi juga oleh media massa-media massa arus perdana. Biasalah, akan ada yang memberi kredit, ramai juga yang melontar kritik, itukan hukum demokrasi! Maka telah lepaslah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyelusuri 100 hari pemerintahannya. Apakah report card yang boleh dibentangkan? Kelihatannya tiada special remark yang boleh diberikan, beliau hanya meneruskan rutin seorang Perdana Menteri dari Dinasti UMNO/Barisan Nasional.
Pertamanya tentulah saya ingin menyampaikan salam takziah buat Datuk Seri Perdana Menteri sekeluarga atas kepergian ke rahmatullah Allayarhamah Bonda beliau. Sedekah al-Fatihah daripada saya, semoga roh Allayarhamah sentiasa dicucuri rahmatNya.
Selain salam takziah, saya juga ingin menyampaikan ucap selamat kepada Datuk Seri Abdullah sekeluarga kerana isteri tersayang beliau, Datin Seri Endon berjaya menjalani pembedahan kanser payudara di luar negara. Tetapi persoalannya mengapa Saudara Anwar terus dinafikan hasratnya untuk berubat di luar negara? Apakah perbezaan hak yang wujud di antara mereka? Datuk Seri Abdullah mungkin berjaya memberi contoh seorang suami yang prihatin tetapi masih gagal menjadi pemimpin yang mengambil berat akan rakyatnya.
Saya juga mengikuti dengan penuh minat iltizam seorang Perdana Menteri untuk menghapus dan membersih amalan rasuah di dalam pentadbirannya. Maka di Pahang ini, kes SGM lawan UMNO Pahang mula disiasat oleh BPR. Faktanya SGM telah memberi rasuah sebanyak RM 320,000 kepada UMNO Pahang untuk mendapatkan konsesi tanah balak. Persoalannya mengapa hanya kes bilis ini yang disiasat? Bagaimana dengan laporan Datuk Fauzi Abd Rahman (ADUN Beserah) mengenai salah urus hasil kuota balak Negeri Pahang untuk tahun 2000 hingga 2004 oleh Tan Sri Khalil Yaakob yang dianggarkan berjumlah di antara RM 1.5 billion hingga RM 4.5 billion? Tan Sri Khalil terus senyum dan naik pangkat lagi, baru-baru ini dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional oleh Datuk Seri Abdullah sendiri. Bagaimana pula dengan skandal rasuah dalam pembelian senjata oleh timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang pernah disiarkan oleh sebuah majalah di London itu?
Datuk Seri Perdana Menteri nampaknya cuba juga untuk bercakap soal ketelusan dalam pentadbiran. Lalu diumumkanlah bahawa selepas ini semua projek kerajaan akan ditawarkan melalui tender terbuka, tetapi jangan dibaca setakat itu sahaja kerana ada sambungannya, "kecuali untuk projek-projek tertentu." Jadi apa bezanya dengan polisi Tun Dr. Mahathir sebelum ini? Terma "kecuali untuk projek-projek tertentu" itu menunjukkan akan terus wujud tender tertutup dan kaedah runding terus, yang memungkinkan pula penerusan amalan rasuah! Bagaimana pula dengan tender yang diperolehi oleh anaknya, Kamalludin Abdullah melalui Kementerian Pertahanan, kontrak selama 15 tahun! Apakah ia diperolehi secara terbuka?
Dalam 100 hari ini, Datuk Seri Abdullah juga mengambil inisiatif mengejut dengan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Perkhidmatan Polis, alasannya untuk memastikan profesionalisme polis akan berterusan dan wujud tempat bukan polis untuk rakyat mengadu mengenai salah laku anggota polis. Tetapi mengapa dalam masa yang sama kezaliman polis tetap berterusan? Penyokong-penyokong keADILan di Perak termasuk Ketua Angkatan Mudanya, Saudara Zul Helmi Yahya dibelasah oleh anggota polis dalam pelancaran program Gerakan Anwar Bebas peringkat negeri itu.
Bagaimana pula dengan bidang kehakiman dan struktur perlaksanaan undang-undang? Apa pula ikhtiar Datuk Seri Perdana Menteri untuk melepaskan cengkaman kuasa eksekutif keatasnya? Kerana cengkaman ini, Saudara Anwar terus-terusan menjadi mangsa, sementara itu disebaliknya, "Jackie Chan" pula menjadi raja.
Saya tidak mahu sentuh soal sahsiah Datuk Seri Abdullah, terlalu peribadi mungkin! Datuk Seri Abdullah mungkin satu-satunya antara lima Perdana Menteri Malaysia yang mampu dan berani untuk mengimamkan sembahyang secara terbuka. Tetapi tidak salah rasanya untuk saya katakan, bahkan saya percaya orang-orang UMNO juga tahu, malah YB Mat Sabu pernah turut mengaku (jauh sebelum pemecatan Saudara Anwar) bahawa jika Saudara Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau akan mampu dan berani untuk menjadi khatib membaca khutbah Jumaat di mimbar Masjid Negara!
Jika saya adalah salah seorang panel pemeriksa kad laporan 100 hari Datuk Seri Perdana Menteri, maka saya akan menggunakan pen merah, akan dipenuhi dengan tanda soal dan catatan "Mengapa," "Bagaimana," serta "Apa."
Mohd Zukri Aksah Ketua Penerangan Angkatan Muda keADILan Negeri Pahang - 09.02.2004
Klik untuk memberikan komen anda di Blog Zukri Aksah (dibuka dalam browser berasingan)
|
|
|
| |
| Jackie Chan Bebas Setelah Badan Penilai Puas Hati Dengan Rayuan |
| 02.09.04 (10:48 pm) [edit] |
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bekas ketua MCA cawangan Persiaran Gurney, Pulau Pinang, Ong King Ee atau lebih dikenali sebagai "Jackie Chan" dibebaskan pada 30 Jan lepas setelah panel khas berpuas hati dengan alasan rayuannya. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Zainal Abidin Zin berkata setiap pusat tahanan mempunyai panel tersendiri yang akan bertindak untuk memutuskan sama ada setiap tahanan itu boleh dibebaskan atau sebaliknya.
"Apabila dia ditahan dia boleh cabar atau mengemukakan rayuan. Bukan sahaja Jackie tetapi orang lain juga. Apabila dia ditahan di tempat-tempat tertentu, ada panel yang boleh menilai, berhak untuk bertanya dan mengetahui mengapa dia ditahan serta (meneliti) bukti-bukti lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Keempat Majlis Anti Dadah Kebangsaan di Dewan Ibu Pejabat Kebangsaan di sini, Isnin.
Zainal berkata demikian apabila ditanya oleh pemberita mengenai pembebasan pemimpin kontroversi itu
Beliau berkata panel terbabit berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan dan telah menyokong pembebasan Jackie yang ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat 1969.
Ong yang juga didakwa ketua kumpulan kongsi gelap Sio Sam Ong (Tiga Maharaja Kecil) menyerah diri kepada polis di ibu negara pada 31 Julai tahun lepas dan ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor sebelum dibebaskan setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun Zainal berkata pembebasan itu tidak bermakna Jackie tidak boleh ditahan semula jika dia melakukan kesalahan jenayah.
"Yang bebas ini tidak bermakna dia tidak boleh disentuh dan sesiapa yang telah terlepas dan jika melanggar peraturan, mereka akan ditangkap semula," katanya.
Sumber: Bernama: http://www.bernama.com/bernam... - 09.02.2004
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----
Berita Hairan: MCA belum terima permohonan ‘Jackie Chan’ sertai semula KUALA LUMPUR: MCA belum menerima sebarang permohonan daripada bekas Ketua MCA cawangan Persiaran Gurney, Ong King Ee atau lebih dikenali sebagai ‘Jackie Chan’ untuk menyertai semula parti itu.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Wong Kam Hoong, berkata mana-mana individu yang berminat menyertai parti itu perlu memohon melalui prosedur sah.
“Mereka yang berminat menjadi ahli MCA perlu menghantar borang permohonan ke mana-mana cawangan MCA, mendapatkan persetujuan mereka dan kemudiannya borang itu akan dihantar ke Jawatankuasa Pusat (CC) parti sebelum diluluskan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ong yang juga ketua kumpulan kongsi gelap Sio Sam Ong (Tiga Maharaja Kecil) itu meletak jawatan dan menyerah diri kepada polis di ibu negara pada 31 Julai lalu.
Dia ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat 1969 dan dihantar ke Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor.
Pada 30 Januari lalu, dia dilepaskan daripada tahanan selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Ong dan rakannya, Chee Kok Loong, 26, sebelum ini dikehendaki kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, membunuh, menculik serta merompak di Pulau Pinang dan negeri jiran.
Mereka juga dipercayai terbabit dalam pembunuhan ngeri membabitkan enam orang, termasuk sepasang suami isteri di Sungai Petani, Kedah pada 1992.
Wong berkata, CC perlu mengkaji rekod dan jenis jenayah yang pernah dilakukan oleh Ong sebelum memutuskan sama ada hendak melulus atau menolak permohonannya.
Beliau berkata, mengikut Perkara 14.1 Perlembagaan MCA, seseorang itu tidak boleh menjadi ahli atau boleh dilucutkan keahliannya jika beliau didapati tidak layak memegang jawatan atau menyertai mana-mana parti politik mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Perkara 14.2 pula menyatakan bahawa nama individu yang didaftar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) tidak boleh menjadi ahli MCA.
Perkara 14.3 pula menyatakan bahawa sesiapa yang pernah dikenakan tindakan mengikut sub seksyen (4) Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966 atau sebarang undang-undang sedemikian di negeri lain.
Perkara 14.4 menjelaskan bahawa bekas ahli yang pernah dilucutkan keahlian atau keluar daripada parti dan belum mendapat kelulusan secara bertulis daripada Jawatankuasa Pusat (CC) parti untuk memulihkan keahliannya.
Sumber: Berita Harian: http://www.bharian.com.my/m/B...
|
|
|
| |
| Kebajingan Dan Skandal Menyerlah Selepas 100 Hari Paklah Berkuasa |
| 02.08.04 (10:17 pm) [edit] |
Apa juga kilauan yang digilap ke atas peribadi Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sejurus beliau melepasi 100 hari di pejabat seorang Perdana Menteri, hakikat yang tidak boleh dilupakan ialah beliau tidak berjaya menonjolkan sesuatu yang boleh dianggap berunsur kejayaan. Demikianlah pada 7 Februari, 2004 ini, Paklah merakamkan hari yang keseratus itu dengan hanya meyerlahkan sikap pengecutnya dalam melakukan sesuatu yang menyanggah ketokohan orang yang digantinya, Tun Kepala Taik Mahathir. Apa yang dilakukan selama 100 hari itu ialah kerja-kerja haprak yang dikotori sikap kebodohan walaupun ia digembar-gemburkan dengan rentak riak besar-besaran sedangkan kesan yang dibawa hanya tidak sampai ke mana-mana. Tidak ada ruang untuk melakukan taksiran dasar-dasar beliau ataupun terhadap ketokohannya. Dia ditonjolkan sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh berbuat salah. Itu juga yang telah disogokkan kepada kita rakyat Malaysia selama 22 tahun yang lalu, sehinggakan negara ini sudah tersungkur ke kancah kemuflisan. Sepatutnya Paklah berani mengambil langkah yang tegas untuk menyemak segala dasar pemerintahan silam yang silap. Dia tidak pun melakukannya. Setiap kenyataan beliau dibuatnya dengan nada yang tegang seolah-olah dia memang mahu bertegas mengenainya. Setiap tindakan beliau dianggap sebagai satu permulaan. Lawatan biasa menziarahi negara jiran diberikan satu keutamaan sedangkan perkara itu adalah tidak perlu. Ini merupakan satu usaha menonjolkan ketokohan yang sememangnya tidak ada pada beliau. Alangkah menyedihkan perkara ini kerana beliau sebenarnya merupakan seorang insan yang baik. Sepatutnya beliau mengambil satu jalan yang mematuhi perasaan dirinya dan sentuhan naluri yang mampu melakar kepimpinan yang berani merobek apa juga kesilapan yang dilakukan oleh orang yang digantinya. Dia sepatutnya melahirkan satu kabinet yang lebih kecil daripada yang sedia ada dan tidak membiarkan kabinet yang dipenuhi kuda tua untuk terus keseronokan dengan kuasa. Apa pun kebenaran yang terselindung di sebalik persahabatan beliau dengan TKT Mahathir, semasa tiba saat beliau melepaskan jawatannya dahulu, TKT Mahathir telah mempamerkan kesangsian terhadap penggantinya sehinggakan Paklah terpaksa berkeliaran dan meraban mahu menentukan dia tidak diketepikan pada saat akhir. Seperti biasa, setiap raja yang gering tidak akan mendapat sokongan padu ahli istananya. Demikianlah yang terjadi kepada Mahathir apabila Majlis Tertinggi UMNO menunjukkan ketegasan mereka tidak mahu membiarkan TKT merombak perancangannya sebelum mundur dengan memilih muka baru menggantikan Paklah. Inilah juga yang menyebabkan TKT merasa tertekan selepas itu. Martabat Paklah sebagai ‘Mr. Clean’ sudah pun terjejas. Dia terpalit dengan skandal yang tidak diperlukannya, apabila sebuah syarikat yang dikuasai oleh anak lelaki beliau, En. Kamaludin Abdullah, membina beberapa unit serombong nuklear yang didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai sebahagian perancangan projek nuklear Libya. Memang, Paklah sengaja dipalitkan kepada kisah ini. Akhbar-akhbar perdana dan agensi kerajaan cuba menjauhkan Paklah dan anak lelaki beliau daripada kemelut ini. Sebenarnya saya tidak nampak mana salahnya kerja membina sesuatu yang dibayar oleh orang yang menempahnya. Kalau pun ada kesalahan di situ seperti kelentungan yang berputar ligat sekarang ini, kenapa pula mesti ada pembabitan kerajaan menafikannya? Amerika Syarikat memang suka menghenyak Malaysia kerana mahu mengaitkan TKT Mahathir kepada kemelut ini. Tetapi apabila menyedari Paklah turut terpalit mereka sedang berusaha meredakan keadaan. Soalnya sekarang, kenapa pula Malaysia melatah seolah-olah telah berbuat silap besar? Di manakah kesalahan yang dilakukan oleh Malaysia? Apakah satu kesalahan besar kalau kita membina sesuatu untuk pihak ketiga kalau barangan itu mempunyai banyak bentuk gunanya, termasuk senjata nuklear ataupun untuk industri gas dan minyak? Kenapakah kita mudah terjebak kepada kelentungan itu hanya berasaskan teka-teki dan syak wasangka Washington bahawa ada satu syarikat di Malaysia membuat satu barangan yang sebenarnya bukanlah ada unsur bahaya pun? Malangnya, Malaysia merupakan satu cebisan kecil dalam satu agenda yang lebih besar yang mahu menyekat Pakistan daripada memberikan bantuan kepada negara Islam yang lain daripada memperolehi program nuklear. Malangnya pentadbiran Paklah tidak nampak perkara ini. Pada tahap awal ini pentadbiran Paklah mahu menolak tepi andaian Washington bahawa Malaysia memang terlibat dengan tipu muslihat ini – seperti yang didakwa – kerana sifat sentiasa akur sebagai hamba abdi kepada Washington. Apakah itu satu langkah yang baik untuk kita?
Mungkin ada hikmahnya di sebalik pembabitan anggota keluarga Paklah dalam dakwaan Washington itu. Dia bertegas tidak mahu menyorokkan perkara ini, sedangkan itulah yang sebenarnya telah berlaku. Ketika syarikat yang dikuasai oleh anak lelakinya membuat serombong nuklear itu, Paklah bertugas sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Tidak pula dia mengeluarkan sebarang isyarat berhati-hati dalam hal ini, seperti yang sepatutnya apabila perkara ini tersembul. Apakah Polis Cawangan Khas dan Agensi Keselamatan Negara memberitahu beliau betapa seriusnya perkara ini dahulu? Yang membuatkan saya pelik dalam hal ini ialah sikap syarikat pengeluar, SCOPE, yang tidak peduli langsung untuk mengetahui apakah kegunaan serombong yang dibina itu. Oleh kerana syarikat SCOMI, yang dikuasai oleh anak Paklah terlibat dengan industri minyak dan gas, tentu sekali ia tahu apakah segala kegunaan barang hasilannya itu. Namun kini, baru ia berkata bahawa syarikat itu tidak pun menyelidiki dahulu apakah kegunaannya. Ini tidak boleh dianggap sebagai satu kelalaian, tetapi satu kecuaian jenayah dalam suasana yang difahami secara amnya oleh Barat bahawa negara Islam itu betapa pun mesranya, memang tidak boleh dipercayai. Sepatutnya Paklah mampu bertegas dalam hal ini, dan menamatkan kemelut itu, dan bukan menunjukkan sikap pengecutnya. Nampak sangat betapa dia terjebak dan menjadi gelabah tidak menentu. Sekali gus Paklah telah digelumangi pentadbiran beliau dengan kekotoran skandal ini. Malangnya inilah yang boleh kita kenangkan sebagai pencapaian beliau selepas berada 100 hari di jawatan barunya.
Semasa mula-mula memegang tampuk kerajaan pada 31 Oktober, 2003, Paklah berlagak laksana anjing serigala yang terlepas daripada tali kekangnya. Dia telah berjanji besar melepasi apa yang pernah dijanjikan oleh orang yang digantinya dahulu. Dia ditonjolkan sebagai pemimpin masa depan yang akan menunaikan janjinya. Apa yang mampu dibuat setakat ini adalah benda remeh-temeh sahaja: bahawasanya korupsi itu tidak baik, orang Cina adalah baik, orang Melayu tidak boleh dipercayai dan terlalu berkecamuk mindanya, merogol itu satu kerja dahsyat dan perogol mesti dihukum mati. Paklah lebih memberi penekanan agar rakyat Malaysia tahu yang dia akan menunjukkan kerja yang lebih hebat daripada Mahathir. Sayangnya tidak ada sebarang bukti daripada Paklah baik daripada cakapnya mahupun daripada perbuatannya. Sesungguhnya Paklah tidak mudah berbuat sesuka hatinya, kerana si doktor haprak itu telah mewasiatkan beliau dengan segala muslihat yang bermasalah yang tidak mampu diselesaikan untuk berdekad lamanya, sedangkan beliau masih lagi mendalangi pentadbiran Malaysia secara remot (remote). Malahan si tua kerepot itu masih berkuasa tanpa tanggungjawabnya, sedangkan Paklah semakin melatah seolah-olah dia sedang didalangi lagi. Terlalu banyak masalah yang perlu Paklah selesaikan, hutang negara yang menggunung tingginya, Perbendaharaan yang sudah muflis, kehancuran daripada dalam yang menghenyak negara, pengharapan tinggi kaum muda-mudi, ketaksuban betapa kerajaan Barisan Nasional boleh memerintah tanpa keizinan Parlimen, percanggahan dan kekalutan mengenai negara Islam yang berpandukan perlembagaan sekular, antara lainnya, sengaja dibiarkan terabai.
Bagaimana pula pandangan kerajaan BN terhadap prestasi Paklah selepas 100 hari? Insan yang tidak diingininya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, berlagak bersahaja walaupun membuat silap dengan taksirannya. Dia menggunakan satu perkataan yang tidak kena pada tempatnya: ‘HEBAT”. Najib berkata: “Kita mengukurnya daripada komen-komen rakyat bukan sahaja melalui media tetapi perbualan seharian yang menampakkan mereka benar-benar meletakkan keyakinan yang meningkat terhadap Perdana Menteri.” Najib terus memuji: “Arah tuju yang beliau tentukan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di kalangan segenap lapisan rakyat. Saya melihatnya sebagai bukti cukup betapa martabat beliau adalah sepadan dengan martabat bekas Perdana Menteri.” Lagi pun, “kepimpinan beliau disenangi oleh rakyat menerusi cara merendah diri, sanggup turun ke padang, bersalaman dengan rakyat dan mesra rakyat. Saya lihat imej ini amat menyerlah. Lagi pun mesej Perdana Menteri agar rakyat bekerja bersama-sama beliau dan bukannya untuk beliau, semakin dihayati oleh segenap lapisan rakyat.” Anda harus ingat betapa “kerajaan sekarang ini sudah semakin efisien, cekap dan mesra rakyat” Bayangkan kalau semua itu lahir dalam masa 100 hari pertama Paklah mencengkam kuasa? Sememangnya lidah tidak bertulang, oleh itu amat mudah membuat dakwaan semua itu dan memuji-muja serupa itu. Kalaulah benar pentadbiran Paklah telah menunjukkan sesuatu yang begitu cemerlang, tentu sudah lama tersembul segala-galanya mengikut bab dan surahnya.
Pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi, walaupun tarikh penamatnya pada bulan November nanti. Tetapi, Paklah mesti memacak kesahihan kepimpinan beliau itu secepat mungkin dan sebelum pemilihan jawatan tertinggi UMNO. Namun, sudah ada bermacam-macam pertanda yang meragukan persis ketegangan politik Kelantan pada 1978 dan Kedah pada 2003. BN yang merancang itu semua, di mana tersiar pelbagai siri di radio dan TV yang memberi penekanan kepada negeri utara itu. Ini merupakan satu pengakuan seandainya BN Kedah tumpas, bererti Paklah juga akan kecundang. Tambahan lagi kalau Kelantan dan Terengganu akan terus berada di tangan PAS. Pada 1978, tercetus kegawatan yang ditaja oleh UMNO yang membolehkan kerajaan pusat mengisytiharkan keadaan darurat untuk membolehkannya merampas kuasa di negeri itu yang telah terlepas daripadanya pada 1959. Sekarang sudah ada pertanda satu rencana yang sama akan diolah di Kedah tahun ini. Apakah pisang akan berbuah dua kali di rumpun yang sama, walaupun 25 tahun sudah berlalu, adalah sesuatu yang serba mungkin. Sekurang-kurangnya BN semakin terdesak akan keselamatannya di Kedah, walaupun tidak mahu akur secara terbuka. Saya percaya BN akan menang lagi di Kedah walaupun dengan kemenangan kecil, tetapi bukan dengan cara ciptaan jahat yang dirancang itu. Dengan lain perkataan, selepas Paklah mencengkam kuasa selama 100 hari memang tidak ada sebarang pertanda akan berlakunya perubahan.
- MGG Pillai
|
|
|
| |
| Polis Rampas 3 Baldi Wang Syiling RM1 Palsu |
| 02.08.04 (10:15 pm) [edit] |
‘Sejumlah wang syiling RM1 palsu yang bernilai RM20,000 telah dijumpai di sebuah kilang terbiar di Sungai Bakap Nibong Tebal. Bersamanya juga dijumpai pelbagai mesin yang berkaitan dan juga beberapa rod tembaga yang merupakan bahan untuk menempa wang palsu itu. Dikatakan dua orang anggota polis telah mengesyaki sesuatu yang kemudiannya pergi ke Balai Polis Daerah untuk mendapatkan seorang lagi anggota untuk dibuat serbuan. Kedua orang polis itu juga dikatakan telah melakukan pemantauan di kawasan terbabit yang disangka sebagai sarang perjudian. Akhirnya mereka telah menjumpai 3 baldi duit syiling palsu dengan penjenayahnya terlepas. Walau pun begitu, anggota polis terbabit sempat mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan di tempat terbabit.’- Terjemahan ringkas The Star 7 Februari 2004. Sekali imbas membaca petikan akhbar itu macam tak ada apa-apa untuk dimusykilkan, malah kita secara psikologinya telah dicatur untuk memuji dan mengkagumi tindakan tiga orang anggota polis itu yang berjaya melumpuhkan sindiket wang syiling palsu di negara kita. Apa pun, ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana industri haram itu memang sudah lama diketahui, cuma ianya jarang-jarang sekali yang berjaya dibanteras.
Daripada laporan terbabit, sebenarnya terdapat beberapa fakta yang agak meragukan dan menimbulkan curiga pula pada akhir pembacaan kita. Pertamanya jumlah anggota yang pergi membuat serbuan yang hanya tiga orang itu. Keduanya, cara anggota polis itu memanggil bantuan. Ketiganya, fakta yang tapak kegiatan itu ditinggalkan penjenayah dengan beberapa hasil tangkapan untuk dibuat laporan seperti tiga baldi wang syiling, beberapa peralatan dan juga batang-batang rod tembaga. Keempat adalah harapan palsu yang diberi polis dengan nombor kenderaan penjenayah yang dicatatkan.
Memang menjadi kelaziman untuk anggota polis GD untuk meronda secara berpasangan. Pada kebiasaannya mereka dilengkapi dengan senjata minima- pistol, cotar dan gari serta alat perhubungan walkie talkie. Apabila meragui atau mengesyaki sesuatu, pada kebiasaannya mereka akan menghubungi balai berdekatan atau ibu pejabat mereka untuk bantuan atau tindakan lanjut. Di sinilah kecurigaan pertama yang mahu kita kongsi bersama. Kenapa agaknya mereka perlu untuk pulang dahulu ke Balai Polis Daerah sedangkan alat perhubungan banyak dan berselerak, dari walkie talkie yang sebesar lengan di pinggang, handphone dalam poket mereka (milik peribadi) sehinggalah ke telefon awam yang berderet tepian jalan?? Apakah ianya prosedur baru yang dikeluarkan KPN Bakri ataukah memberi peluang untuk penjenayah melarikan diri?
Kenapa agaknya yang pergi membuat serbuan itu hanya tiga orang sahaja? Kenapa tidak sedozen atau setengah dozen sekurang-kurangnya? Bukankah tempat itu disyaki sebagai sarang jenayah. Semestinyalah si penjenayah itu lengkap bersenjata dan ramai pula jumlahnya. Kalau dalam mengganggu ceramah PAS/ Keadilan, mereka boleh menghantar dua lori anggota dan FRU sedangkan jenayah tidak pun dilakukan, kenapa pula hanya tiga orang anggota buat serbuan? Apakah ianya lebih mudah untuk berkompromi dan berpakat dengan penjenayah yang dibiarkan terlepas itu?
Amat malang sekali bagi anggota yang membuat serbuan setelah catatan rekod dibuat, apabila mendapati penjenayah hilang bersama-sama dengan bahan bukti. Alamat akan kena latu dan cemuhan pegawai atasan mereka yang mungkin berpangkat ASP atau Inspektor. Kenapa pula beberapa peralatan ringan dan wang palsu itu ditinggalkan? Sebagai mengukuhkan cerita dan juga melegakan anggota yang menyerbu supaya tidak dilatu! Mungkin dalam sidang akhbar ditunjukkan segala peralatan yang dirampas, kita tidak pasti. Akan tetapi itu pun boleh dipentaskan mereka jika mahu.
Seperkara lagi yang menimbulkan curiga ialah pengumuman polis bagaimana anggotanya berjaya mencatat nombor kenderaan yang dipercayai digunakan oleh penjenayah cetakan wang syiling palsu itu. Apa maksud mereka memberitahu maklumat itu? Sebagai penawar kepada kegagalan yang direka sehingga penjenayah angkat kaki? Ataukah ianya sebagai sinar harapan palsu kepada rakyat untuk menjungkit imej PRdM yang kini terbenam di dalam lumpur sehinggakan memerlukan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk memulihkannya? Adalah menjadi kebiasaan dan tradisi bagi penjenayah menggunakan nombor kenderaan palsu. Amat malang nanti orang yang tidak bersalah akan terseret ke balai polis untuk diseligi dan disiat-siat. Sering kali juga mereka yang tidak berdosa ini akan teraniaya sehingga ada yang tercabut nyawanya. Perhatikan kes yang berlaku di Balai Polis Butterworth, Sentul dan sekitar Kuala Lumpur. Penjenayah terlepas, orang lain pula yang mendapat getahnya.
Memang banyak persoalan yang timbul dalam kes ini. Kita boleh menganggap keseluruhan operasi itu melucukan lagak sebuah pementasan Senario sahaja. Akan tetapi itulah yang terjadi apabila institusi itu telah disalahguna oleh pemerintah selama ini. Mereka sudah tidak tahu lagi bidang kerja yang sebenarnya. Bukan lagi satu yang mengejutkan atau menghairankan orang awam apabila anggota PRdM terlibat sebagai perompak, pemeras ugut, penyangak mahupun perogol. Inilah legasi yang telah ditinggalkan Tun Mahathir Kepala Taik.
Dan budaya pelik, songsang dan membingungkan ini diteruskan pula oleh PM PakLah Badawi. Seorang penjenayah tersohor rakan akomplis Presiden MCA, Jackie Chan telah dibebaskan setelah hanya setahun ditahan di Simpang Renggam. Ini adalah Taiko nombor wahid samseng Triad Cina di Malaysia. Ketua nombor satu dalam dunia gelap atau underworld. Bedebah yang telah dibebaskan atas keizinan PakLah itu terlibat dengan pelbagai jenayah, daripada yang kecil sehinggalah yang seberat-berat jenayah dalam negara. Pembunuhan adalah mainannya. Ada yang dicabut nyawa atas arahannya secara menanam hidup-hidup. Ada satu keluarga telah ditembak mati di Sungai Petani. Ianya hanya sebahagian sahaja. Soalnya kenapa PakLah telah menandatangani pembebasan itu? KENAPA??
Ternyata benar seperti kata sesetengah orang yang PM hari ini adalah seorang yang lembik, lemah dan tiada keberanian. Ia hanya berani kepada bangsa Melayu yang masih bersabar diasak dan dihina. Tetapi ia harus merasa waspada. Setiap kesabaran ada hadnya. Gelombang di bawah akan timbul juga di permukaannya akhirnya nanti. PakLah dengan mudah telah dicatur oleh Presiden MCA- DS Ong Ka Ting yang meningkat dalam MCA dengan pengaruh samseng Triad. Soal kita kenapa orang yang begitu busuk dan hanyir reputasinya boleh dibebaskan semudah itu? Kenapa pula untuk DS Anwar Ibrahim, ‘anggota’ KMM- al Maunah, JI serta pelajar Agama Islam di Pakistan lain pula cara mengendalinya? Barangkali kerana mereka tidak membunuh orang!
Apakah cukup dengan testimoni Najib untuk mengatakan PakLah sebagai PM yang cemerlang? Atau bolehkah kisah wang syiling tiga baldi itu memantulkan imej Polis yang kusam itu?
Memang haru.
Dr. Nologareng - 08.02.2004
|
|
|
| |
| Pilihan Raya Entah Bila Tetapi TKT Mahathir Sudah Mulakan Kempen |
| 02.07.04 (11:30 pm) [edit] |
Bekas Perdana Menteri, TKT Mahathir berlagak seperti biasa dengan melancarkan kempen pilihan raya, sedangkan pengganti beliau, Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, masih diganggu mimpi ngeri mencari kepastian akan tarikh pilihan raya itu. Kesulitan seperti itu tidak pula mengganggu insan yang memang terkenal kerana amat membenci kegiatan bercampur dengan orang bawahannya. Dia menganggap mereka berguna hanya pada waktu pilihan raya dan mereka dianggap menjalankan tanggungjawab hanya kalau mengundi calon BN. Tetapi, itulah sesuatu yang amat sukar untuk diharapkan, terutamanya daripada masyarakat Melayu di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Setelah melihatkan BN yang ditunjangi UMNO di Kedah sudah hancai boncai, si tua kerepot itu mahu memberikan sedikit sumbangan khidmatnya dalam menentukan agar seorang Menteri Besar UMNO akan terus menjadi ketua eksekutif di negeri itu. Namun, daripada apa yang dicakapkannya berasaskan kerunsingan beliau seandainya Kedah tumbang sejurus dia berundur, kesalahan akan diarah kepada kepimpinan beliau juga. Lagi pun laporan risikan agensi kerajaan tahun lepas menunjukkan siapa juga yang memimpin negara ini, baik TKT Mahathir mahupun Paklah, keputusan yang sama akan menghenyak BN di Kedah. Pada minggu lalu, TKT Mahathir telah melancarkan kempen pilihan raya BN Kedah di Alor Star. Dia berucap dengan lantang dan celupar dengan harapan semua pengikut setia BN akan sama-sama bertungkus-lumus mengalahkan Pembangkang di negeri itu. Beliau telah mencemuh usaha Pembangkang mahu menang di Kedah. Memang dia bijak menguasai suasana majlis itu walaupun hadirin begitu mual dan marah terhadapnya. Akan tetapi para hadirin mendengar sahaja tanpa banyak bersuara, sambil bertepuk tangan itu mereka menyandarkan harapan agar calon mereka tidak akan kalah teruk di tangan PAS. Apa yang dituturkannya adalah gambaran betapa gelabahnya beliau terhadap keputusan pilihan raya itu nanti. Sumpah seranah dan caciannya memang banyak pada kali itu. Tetapi itulah gelagat yang menjatuhkan martabat beliau di mata pemimpin BN dan orang ternama yang hadir pada hari itu Jumaat, 31 Januari 2004.
Nampak sangat betapa si Tun Kepala Taik begitu berdendam dengan hasadnya. Beliau mempunyai anggapan kalau PAS boleh mewajarkan perbuatan rogol dan pembunuhan kerana bapa si mangsa adalah seorang ahli UMNO – nampak sangat dia sudah bersikap ‘lebih’ dalam hal ini. Beliau mahu jentera pilihan raya BN mencabar setiap tuduhan yang muncul daripada Pembangkang, seperti mana Pembangkang bertindak menjawab segala serangan daripada pihak BN. Apakah cakap-cakap peleseran itu dapat membawa lebihan undi untuk BN, walaupun cakap-cakap itu terpacul daripada mulut seorang bekas Presiden? Apa yang telah dilakukan sebenarnnya melebarkan jurang permusuhan antara dua pihak, di mana satu pihak akan terus mengemukakan jawapannya sedangkan satu pihak yang lain akan hilang ghaib mencari perlindungan. Beliau tidak boleh terlepas daripada kerja-kerja haprak seperti ini tanpa mencetuskan tindak balas yang akan menghentam balik. Seandainya betul PAS telah mendakwa bahawa kisah rogol dan pembunuhan itu adalah satu balasan Illahi kerana si mangsa mempunyai bapa yang aktif dalam UMNO, tentu sekali UMNO boleh membuat dakwaan bahawa banjir besar di Kelantan dan Terengganu serta banyaknya kes sumbang mahram (incest) di dua negeri itu adalah disebabkan ‘putar-belit’ PAS terhadap Islam untuk tujuan politik mereka di situ. (Khatib Nafi Persenda Nurul dan Kaji Tindakan Mahkamah) Jelas, betapa TKT Mahathir sedang meniti laluan yang berbahaya kali ini. Apakah beliau membuat andaian oleh kerana segala bencana itu amat ketara di negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan BN yang tidak berapa peduli akan agama, makanya PAS berjaya menumpaskannya di dua buah negeri itu? Semasa UMNO memerintah di dua buah negeri itu, tidak pula ia berjaya menghindari apa yang disebut oleh TKT sebagai ‘balasan Allah’.
Memang tidak ada kata-manis selain cacian terhadap pemimpin Pembangkang. Tetapi dia tujukan serangan berbisanya terhadap Lim Kit Siang (DAP), Dato’ Nik Aziz dan Ketua Penerangan PAS, Dato' Dr. Harun Din. Serangan beliau terhadap Lim Kit Siang dan Dato' Nik Aziz bukanlah satu perkara baru. Tetapi, dia tersilap besar semasa mengutuk Dato' Dr. Harun Din, yang dituduhnya sebagai pengecut kerana lari daripada bertanding mencabar beliau pada Pilihan Raya Umum 1999. Kenapakah Dato' Dr. Harun Din menarik diri pada saat terakhir? Sebenarnya, beliau telah menjadi seorang penjamin kepada seorang kawan yang mengambil pinjaman bank dan kawan itu gagal membayar hutangnnya. Setiap kali Dr. Harun Din bercadang mahu bertanding dia menerima ugutan akan dimufliskan. Kini, masalah itu sudah diselesaikannya dan hutang itu sudah pun dilangsaikan. Saya difahamkan Dr. Harun Din akan bertanding di Kubang Pasu. TKT Mahathir menganggap Dato' Dr. Harun Din seorang penipu dan pembohong. Tetapi pada waktu yang sama kenapa pula dia cuba mendapatkan khidmat Dato' Dr. Harun Din menghalau hantu dan jin yang turut menghuni rumah kediaman rasmi beliau di Putrajaya? Saya difahamkan Dr. Harun Din menolak permintaan itu dengan alasan, kerja-kerja itu sepatutnya dilakukan sebelum hutan rimba ditebas tebang dahulu lagi. Memang menjadi pengetahuan umum betapa TKT Mahathir tidak pernah dapat tidur lena di rumah kediaman itu. Itu sebabnya beliau selesa memilih kediaman sendiri di Sungai Besi.
Kemudian, TKT Mahathir cuba berbohong perihal pembedahan jantung yang dialaminya. Dia telah dibedah di hospital tempatan kerana dia yakin dengan kepakaran doktor di Malaysia. Sebenarnya beliau tidak sempat terbang ke luar negara kerana sudah terlalu uzur ketika itu sejurus diserang sakit jantung di tengah malam. Sebetulnya dia sudah pun merancang menjalani pembedahan itu di seberang laut, tetapi terpaksa mengubah agenda disebabkan keadaan kecemasan. Hanya selepas pembedahan itu barulah beliau mengarahkan pembinaan satu hospital jantung bertaraf antarabangsa yang mampu menangani operasi kecemasan seperti yang pernah dilaluinya. Sekarang ini kos pembedahan tempatan adalah terlalu tinggi, kerana itu adalah lebih murah kalau pembedahan dilaksanakan di luar negara. Namun demikian, dia masih menuduh Dato' Dr. Harun “sebagai seorang penipu yang sanggup menyeleweng ajaran agama kerana kepentingan politik dan mahu memancing undi.” Sebenarnya ada muslihat terpendam kenapa dia begitu celupar. Saya difahamkan bahawa Dato' Dr. Harun adalah calon PAS untuk jawatan Menteri Besar seandainya PAS berjaya menang di Kedah. Dato' Dr. Harun merupakan seorang ahli politik yang berkarisma, dan mempunyai penyokong setia dalam UMNO. Saya fikir TKT Mahathir sudah melampau ketika menyerang Dato' Dr. Harun. Tetapi dia tahu apa yang dilakukannya. Apakah ini bererti dia juga mempunyai agenda tersembunyi kerana mahu memperlekeh Paklah, kalau PAS akhirnya berjaya menubuhkan sebuah kerajaan di Alor Star. Ataupun apakah kemungkinannya dia sudah tidak faham getaran perasaan akar umbi? Apapun jawapannya, inilah yang akan menjebak BN dan UMNO untuk terus bermasalah. Jika demikian, kenapa dia melakukannya?
- MGG Pillai
|
|
|
| |
| 100 Hari Berkuasa: Dolah Hilang Maruah, Ibu Dan Perikemanusiaan |
| 02.07.04 (11:29 pm) [edit] |
“Imam Umno itu bukan sahaja telah kehilangan maruah bahkan ibu dan perikemanusiaan!”Ha nya itulah ungkapan yang paling sesuai untuk dilafazkan sebagai `sanjungan` sempena genap 100 hari beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada seorang diktator bernama Mahathir. Abdullah diragut maruahnya secara terang-terangan di hadapan para pembesar dan teknokrat negara serta rakyat jelata apabila diktator tua Mahathir mengisytiharkan Najib sebagai TPM pada 6 Januari, kemudian dituruti dengan rombakan kabinet pada keesokan harinya juga atas perintah situa bangka itu.
Beliau juga telah hilang perikemanusiaan apabila tidak`merasai apa-apa langsung` terhadap tindakannya terus menyiksa Dato` Seri Anwar Ibrahim, menahan 5 daripada 13 orang bekas `pelajar Pakistan` di bawah ISA dan melonjakkan dua tahun lagi tempoh penahanan 13 orang dituduh sebagai`teroris` yang sepatutnya tamat 6 Februari lepas. Sebelum itu beberapa orang lagi menerima nasib yang sama termasuk Nik Adli anak MB Kelantan.
Walaupun Abdullah dikatakan begitu sedih sehingga hampir-hampir kekeringan air mata (jangan air mata buaya sudahlah) meratapi kepergian ibunya, tetapi beliau sedikit pun tidak menampakkan minat untuk mematuhi pesanan siibu tatkala Abdullah mengunjunginya sehari selepas pelantikan beliau sebagai PM: “Kerja baik-baik, jangan selalu berbangga diri (zalim dan berlagak) dan ingat-ingatlah orang bawah.”
Mungkin dalil-dalil di atas akan diremehkan oleh sesetengah golongan untuk menjustifikasikan kemampuan Abdullah sebagai PM di sepanjang tempoh 100 hari itu. Terpulanglah kepada mereka!
Apa pun jika maksud keadilan -meletakkan sesuatu kena pada tempatnya- dijadikan sorotan, sesiapa pun tidak akan ragu-ragu lagi untuk menobatkan Abdullah sebagai penzalim yang tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Mahathir.
Itu belum lagi disenaraikan banyak lagi kejahatannya termasuk bersekongkol menyaman Allah swt di mahkamah yang dihakimi oleh seorang Punjabi non-Muslim, bagi menghalang pelaksanaan hukum Hudud, Qisas dan Takzir.
Perihal retorika dan pembebelan Abdullah untuk memerangi rasuah, saranan supaya semua pihak baik di dalam parti mahu pun kerajaan supaya melapor dan bercakap yang benar-benar sahaja jangan berbohong, keazamannya untuk mempertingkatkan kredibiliti dan integriti pelbagai agensi kerajaan serta banyak lagi `idea-idea` baiknya, bolehlah ditakrifkan sebagai pengelipur lara jua. Sekadar bermanis-manisan di bibir, pelaksanaannya jauh sekali. Hanya temberang semata-mata!
Abdullah terbukti lebih ghairah membebaskan penjenayah paling ganas Jackie Chan rakan baik Presiden MCA Ong Ka Ting daripada Pusat Tahanan Simpang Renggam, setelah ditahan di situ selama setahun. Sedangkan kes-kes jenayah besar yang dilakukan oleh ketua MCA Cawangan Jalan Gurney, Pulau Pinang itu cukup lengkap dengan segala bukti untuk diheret ke muka pengadilan.
Barangkali Abdullah selaku Menteri Dalam Negeri melepaskan pembunuh paling sadis itu di atas pertimbangan bahawa beliau memerlukan khidmat Jackie Chan untuk menyusun semula gangster-gangster di bawah jagaannya bagi menjalankan kerja-kerja kotor untuk mempastikan Pulau Pinang sifar pembangkang pada pilihan raya akan datang.
Bukan sahaja di Pulau Pinang, malah Jackie Chan diberitakan mempunyai rangkaian gangster yang cukup brutal di mana-mana sahaja. Tidak mustahil potensi yang ada itu akan dimanfaatkan untuk menakut-nakutkan pengundi kaum Cina keseluruhannya supaya tidak memihak kepada pembangkang!
Keberkesanan aksi Jackie Chan dan gangster-gangster itu telah terselah pada p/raya umum 1999 apabila DAP kalah teruk di Pulau Pinang dan di tempat-tempat lain yang sebelumnya menjadi kubu kuat parti Lim Kit Siang itu.
Anwar Ibrahim Wira Rakyat dan tahanan-tahanan ISA yang dizalimi itu, kesemua mereka berbangsa dan seagama dengan Abdullah. Segala tuduhan yang dilemparkan untuk menghalalkan penyiksaan berterusan kertas mereka hanyalah tohmahan jauh daripada kebenaran.
Manakala Jackie Chan yang amat terkenal dengan keganasannya bukanlah seagama dan sebangsa dengan Abdullah, lantas faktor apa yang mendorong beliau mengampuni segala dosa-dosa besar `Bapak Gangster MCA` itu?
Sebenarnya Abdullah dewasa ini sedang diperkuda-kudakan oleh Ong Ka Ting secukup-cukupnya, kerana Presiden MCA itu cukup faham bahawa tanpa sokongan kaum Cina Umno akan bungkus, tambahan pula Abdullah itu sendiri lembik senang digertak. Bayangkanlah jika permintaan Ong untuk membebaskan Jackie tidak dihampakan oleh Abdullah, apatah lagi kalau MCA mendesak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya, sudah tentu akan dilayani oleh Abdullah.
Jika diamat-amati sekarang pun, seolah-olah status Bumiputera itu sudah beralih tangan daripada kaum Melayu kepada kaum Cina.
Seratus hari pemerintahan Abdullah sikit pun tidak membawa apa-apa makna terhadap sebuah peralihan kuasa. Imej Umno-BN tetap unggul bersama-sama kehaprakan Mahathir.
Abdullah dilihat sedang bertungkus lumus menyolek (make-up) kehaprakan itu supaya tidak lagi kelihatan seperti Mahathir. Itu sahaja yang mampu dibuatnya.
Seratus hari pertama akan berlalu besok 8 Feberuari, apakah seratus hari kedua akan menyaksikan Abdullah kehilangan lagi? Khabarnya Hendon Mahmud yang tidak kelihatan pada hari pengkebumian Allahyarhamah Datuk Khailan, berada di Australia untuk meneruskan rawatan kanser payu daranya.
Anak lelaki tunggal Abdullah pula sedang terjebak di dalam isu `serombong centrifugal` komponen senjata nuklear. Scope anak syarikat Scomi Sdn Bhd. milik Kamaludin jelas dikesan terlibat menghasilkan komponen tersebut untuk dihantar ke Libya pada tahun lepas.
Bolehkah Abdullah bertahan jika ditakdirkan kedua-duanya pergi, seorang meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan seorang lagi pula mungkin diberkas untuk disoal-siasat oleh agen-agen keselamatan USA kerana disyaki bersyubahat menghasilkan komponen senjata nuklear.
- Dolah Dagang - 07.02.2004 (suntingan M@RHAEN) HarakahDaily: Jackie Chan: KDN Dipengaruhi Pertimbangan Politik? BN Membela Penjenayah: Kerajaan BN Cuba Sembunyikan Sesuatu (Terbitan Semula) BN Membela Penjenayah: Kes Jackie Chan Penyelesaian Ala-Hollywood? (Terbitan Semula) BN Membela Penjenayah: Tiada Hubungan Antara MCA-Kongsi Gelap? (Terbitan Semula)
|
|
|
| |
| KEDAH KINI: ANTARA K3P DAN KARNIVAL PAS DI BT.9 KEDAH |
| 02.07.04 (11:28 pm) [edit] |
Assalamualaikum, Kini di Kedah sekarang sedang ada 2 tempat tumpuan iaitu satu di Sg. Layar dan satu lagi di Bt. 9 Kota Sarang Semut di mana sedang diadakan satu karnival. Di Sg. Layar ialah K3P (hari ini lastday) anjuran Kementerian Penerangan dan di Bt. 9 adalah Karnival Membeli Belah anjuran PAS Kedah.
Daripada 2 program ini, tidak payahlah diberitahu yang mana akan mendapat layanan kelas pertama dan layanan anak tiri. Pada hari pertama program ini dijalankan iaitu di malam pertama ceramah penerangan isu-isu terkini diadakan Pihak Berkuasa telah datang berkumpul dengan banyaknya sambil membuat provokasi untuk menakutkan penyokong BA.
Untuk pengetahuan umun, pada sebelum ini di sepanjang jalan dihadapan Komplek PAS Kedah, pihak berkuasa telah membuat satu garisan kuning yang bermula dari Masjid Bt. 9 hingga ke Masjid Bt. 9, dengan itu pada sebelah malamnya semasa ceramah umum dijalankan Pihak Berkuasa (polis) telah mengeluarkan saman kepada mana-mana pemilik kenderaan yang telah meletakkan kereta di sepanjang garisan kuning yang telah dibuat itu.
Fikirkanlah.. Kenapakan garisan kuning itu dibuat dan saman itu dikeluarkan? Ini sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati ataupun tidak senang akan program yang dianjurkan oleh PAS yang semakin hari semakin mendapat sambutan dari rakyat Kedah. Sedangkan sebelum ini garisan itu tidak penah wujud.
Tetapi kenapakah pula program yang diadakan di Sg. Layar itu boleh pula kenderaan diletakkan di sepanjang jalan dan tak ada pula polis yang saman-meyaman. Dari sini jelas dengan apa yang berlaku di Bt. 9 adalah di atas rasa dengki dan menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan sendiri.
Wassalam
p/s: Karnival Membeli Belah Anjuran PAS Kedah. Dari 10.00 pagi sehingga 12.00t/mlm mulai 06.02.2004 hingga 10.02.04 (untuk jadual keseluhuran sila lihat JOM KE KARNIVAL PAS KEDAH)
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 07.02.2004
|
|
|
| |
| KEDAH KINI: ANTARA K3P DAN KARNIVAL PAS DI BT.9 KEDAH |
| 02.07.04 (11:27 pm) [edit] |
Assalamualaikum, Kini di Kedah sekarang sedang ada 2 tempat tumpuan iaitu satu di Sg. Layar dan satu lagi di Bt. 9 Kota Sarang Semut di mana sedang diadakan satu karnival. Di Sg. Layar ialah K3P (hari ini lastday) anjuran Kementerian Penerangan dan di Bt. 9 adalah Karnival Membeli Belah anjuran PAS Kedah.
Daripada 2 program ini, tidak payahlah diberitahu yang mana akan mendapat layanan kelas pertama dan layanan anak tiri. Pada hari pertama program ini dijalankan iaitu di malam pertama ceramah penerangan isu-isu terkini diadakan Pihak Berkuasa telah datang berkumpul dengan banyaknya sambil membuat provokasi untuk menakutkan penyokong BA.
Untuk pengetahuan umun, pada sebelum ini di sepanjang jalan dihadapan Komplek PAS Kedah, pihak berkuasa telah membuat satu garisan kuning yang bermula dari Masjid Bt. 9 hingga ke Masjid Bt. 9, dengan itu pada sebelah malamnya semasa ceramah umum dijalankan Pihak Berkuasa (polis) telah mengeluarkan saman kepada mana-mana pemilik kenderaan yang telah meletakkan kereta di sepanjang garisan kuning yang telah dibuat itu.
Fikirkanlah.. Kenapakan garisan kuning itu dibuat dan saman itu dikeluarkan? Ini sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati ataupun tidak senang akan program yang dianjurkan oleh PAS yang semakin hari semakin mendapat sambutan dari rakyat Kedah. Sedangkan sebelum ini garisan itu tidak penah wujud.
Tetapi kenapakah pula program yang diadakan di Sg. Layar itu boleh pula kenderaan diletakkan di sepanjang jalan dan tak ada pula polis yang saman-meyaman. Dari sini jelas dengan apa yang berlaku di Bt. 9 adalah di atas rasa dengki dan menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan sendiri.
Wassalam
p/s: Karnival Membeli Belah Anjuran PAS Kedah. Dari 10.00 pagi sehingga 12.00t/mlm mulai 06.02.2004 hingga 10.02.04 (untuk jadual keseluhuran sila lihat JOM KE KARNIVAL PAS KEDAH)
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 07.02.2004
|
|
|
| |
| KEDAH KINI: ANTARA K3P DAN KARNIVAL PAS DI BT.9 KEDAH |
| 02.07.04 (11:26 pm) [edit] |
Assalamualaikum, Kini di Kedah sekarang sedang ada 2 tempat tumpuan iaitu satu di Sg. Layar dan satu lagi di Bt. 9 Kota Sarang Semut di mana sedang diadakan satu karnival. Di Sg. Layar ialah K3P (hari ini lastday) anjuran Kementerian Penerangan dan di Bt. 9 adalah Karnival Membeli Belah anjuran PAS Kedah.
Daripada 2 program ini, tidak payahlah diberitahu yang mana akan mendapat layanan kelas pertama dan layanan anak tiri. Pada hari pertama program ini dijalankan iaitu di malam pertama ceramah penerangan isu-isu terkini diadakan Pihak Berkuasa telah datang berkumpul dengan banyaknya sambil membuat provokasi untuk menakutkan penyokong BA.
Untuk pengetahuan umun, pada sebelum ini di sepanjang jalan dihadapan Komplek PAS Kedah, pihak berkuasa telah membuat satu garisan kuning yang bermula dari Masjid Bt. 9 hingga ke Masjid Bt. 9, dengan itu pada sebelah malamnya semasa ceramah umum dijalankan Pihak Berkuasa (polis) telah mengeluarkan saman kepada mana-mana pemilik kenderaan yang telah meletakkan kereta di sepanjang garisan kuning yang telah dibuat itu.
Fikirkanlah.. Kenapakan garisan kuning itu dibuat dan saman itu dikeluarkan? Ini sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati ataupun tidak senang akan program yang dianjurkan oleh PAS yang semakin hari semakin mendapat sambutan dari rakyat Kedah. Sedangkan sebelum ini garisan itu tidak penah wujud.
Tetapi kenapakah pula program yang diadakan di Sg. Layar itu boleh pula kenderaan diletakkan di sepanjang jalan dan tak ada pula polis yang saman-meyaman. Dari sini jelas dengan apa yang berlaku di Bt. 9 adalah di atas rasa dengki dan menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan sendiri.
Wassalam
p/s: Karnival Membeli Belah Anjuran PAS Kedah. Dari 10.00 pagi sehingga 12.00t/mlm mulai 06.02.2004 hingga 10.02.04 (untuk jadual keseluhuran sila lihat JOM KE KARNIVAL PAS KEDAH)
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 07.02.2004
|
|
|
| |
| Sandiwara Yang Menjebak Malaysia ke Dalam Kancah Nuklear Dunia Islam |
| 02.07.04 (11:25 pm) [edit] |
Tersebut kisah hikayat purba China di mana ada seorang Maharajah China yang begitu takut akan gerakan penggulingannya sehingga dia merancang rapi satu sistem pembunuhan sesiapa sahaja yang dianggap berkemungkinan menjadi musuhnya, termasuk ahli keluarga musuh bayangannya itu. Kemudian, dirancang pula usaha membunuh golongan cerdik-pandai yang dianggap mampu merencana penggulingannya, termasuk golongan tukang mahir dan pemilik perkakasan yang dianggap boleh digunakan terhadap pemerintahannya. Demikianlah dahsyatnya ketaksuban itu sehingga rakyat bangkit meminta penasihat raja memberitahu baginda betapa kegilaannya itu akan menghancurkan takhta yang didudukinya. Memanda penasihat itu terus memikirkan perkara itu sedalam-dalamnya. Ketika beliau berjalan seiring dengan baginda dia ternampak seorang tukang kebun di taman itu. Lantas dia berpaling kepada Maharajah dan berkata: “Ampun patik Tuanku, eloklah Tuanku bunuh si tukang kebun itu!” Maharajah terkejut beruk, lantas berpaling wajah merenung penasihatnya sambil bertanyakan alasannya. “Tuanku,” jawab si tukang jilat itu tadi, “si tukang kebun itu mempunyai wajah seorang yang mungkin melakukan onar satu hari nanti.” Cuba kita ambil iktibar akan cerita dongeng ini dan rangkumkan keadaan semasa dengan melakukan sedikit perubahan kepada kisah dongeng itu mengikut senario di London dan di Washington semasa mereka bertindak mengganyang Iraq. Presiden Saddam Hussein difitnah memiliki senjata berat pemusnah dan dianggap menjadi pengancam besar dunia dan mesti dihapuskan. Sebenarnya dia tidak memiliki semua itu, tetapi dianggap mampu membelinya bila-bila dia mahu. Lantas mereka merancang mengganyang beliau dan negara yang diperintahnya. Seperti juga dengan Maharaja China dahulu, Presiden George Bush dan Perdana Menteri Tony Blair terpaksa memusnahkan musuh bayangan mereka. Seperti yang terjadi di China, mereka berdua ini terpaksa berdepan dengan dalil-dalil yang tidak dapat diterima-pakai, tetapi mahu terus bertegas betapa semua alasan itu adalah benar. Cuma, setakat ini mereka belum berjaya lagi dengan pembohongan ini.
Kisah paranoia (gila) ini telah dicipta di Britain dan Amerika Syarikat sejurus barat mendapati bahawa kumpulan militan Islmiah dan semua pemimpin yang telah mereka latih berjaya memusnahkan empayar Soviet Union. | |