 Blog For Free!
Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com
|
| balik kampung |
| 01.30.04 (9:51 am) [edit] |
untuk makluman semua rangkaian blog tok janggut akan bercuti bermula 31/01/04 dan mungkin hingga 5/02/04. maaf atas kesulitan. ini kerana blogmaster balik kampung. terima kasih atas sokongan semua. selamat hari raya aidiladha kepada yang beragama islam.
|
|
|
| |
| Perang Pasir: Khir Toyo Mula Mencari Kambing Hitam |
| 01.30.04 (9:47 am) [edit] |
Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang sedang mengemis simpati Umno Selangor dan Pak Lah supaya dikekalkan sebagai MB Selangor sepenggal lagi, terus menghebohkan kejayaannya menawan puluhan jentera berat, lori hantu dan belasan orang kuli batak upahan para perompak, hasil daripada `Perang Pasir Selangor`yang telah memasuki minggu keempat. Amat malang hebohan itu sedikit pun tidak berjaya mengikis imejnya sebagai Pengamal Rasuah Terkemuka. Rata-rata rakyat di pelbagai peringkat termasuk ahli-ahli Umno dari Sabak Bernam hingga ke Sepang hanya mentertawakan drama arahan Dr. Khir, terutamanya episod `puluhan jentera berat berjaya melarikan diri daripada sitaan`.
Didorong oleh rasa marah dan kecewa kerana dipersenda-sendakan oleh rakyat, pembangkang dan pencabar-pencabarnya di dalam Umno Selangor, Dr Khir mula mencari kambing hitam untuk dikorbankan.
MB Muda itu di dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kuala Selangor pada 27 Januari lalu berkata: “Saya ada menerima laporan bahawa ada ketua kampong terlibat di dalam kegiatan mencuri pasir. Jika benar, jawatannya akan dilucutkan dan tindakan Undang-undang akan diambil terhadap orang berkenaan.”
Kenyataan Pengamal Rasuah Terkemuka itu sekali lagi diperolok-olokkan oleh rakyat. Seorang pesara Penghulu mengulas: “Kecurian pasir sudah berjalan selama 3 tahun, kerajaan rugi 180 juta ringgit, tak kan seorang saja yang akan ditangkap, macam mana pula pencuri-pencuri yang lain? Hiss….tak masuk akal la!”
Hasrat Khir untuk mengkambing-hitamkan ketua kampong berkenaan tidaklah menghairankan. Sebelum ini bekas DO Kuala Langat adalah korban pertama Khir untuk menutup dosa rasuahnya.
Yusop Badul 56, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 6 Disember tahun lalu kerana menyalahgunakan kuasa membuat pengesyoran permohonan tanah seluas 50 ekar di Bukit Cheding, Mukim Tanjung Dua Belas Kuala Langat kepada Syarikat Nadi Jitu Sdn.Bhd, untuk diluluskan oleh Exco yang bermesyuarat pada 4 Julai 2001.
Nadi Jitu Sdn. Adalah milik Azril Yusri berusia 21 tahun anak lelaki Yusop. Turut terbabit di dalam pengesyoran itu tiga syarikat lain; Kualiti Anggun Sdn.Bhd, Awal Sentosa Sdn Bhd dan Semaian Bintang Sdn.Bhd. Masing-masing memperolehi 50 ekar.
Keempat-empat syarikat terbabit mempunyai alamat yang sama di Jalan Goh Hock Guat Klang. Manakala Pengarah setiap syarikat terdiri daripada empat orang anak muda berusia berusia awal dua puluhan termasuk Azril Yusri.
Menurut aduan Sdr. Lutfi Othman kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia pada 23 Oktober 2001, Khir Toyo disyaki menyogok Yusop Badul dengan memasukkan Nadi Jitu Sdn Bhd sebagai salah satu daripada empat syarikat terbabit untuk melicinkan urusan permohonan tanah tersebut.
Sah Yusop Badul telah dikambing-hitamkan oleh Khir Toyo. Diberitakan Pengamal Rasuah Terkemuka itu kini sedang berusaha untuk merasuah Yusop jutaan RM, agar tidak melibatkan namanya di dalam perbicaraan yang akan bermula pada April depan.
Yusop buat masa ini dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM6000 sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Mungkinkah ketua kampong yang disyakki itu akan senasib dengan Yusop? Tidak mustahil begitu, kalau Dr Khir punya cukup telur untuk bertindak!
Jika pendakwaan terhadap ketua kampong itu nanti benar-benar berlaku, bolehlah Insan Menggilai Rasuah itu menjadikannya sebagai bahan kempen untuk memperlihatkan `kesungguhannya`memerangi perompak pasir.
Menurut sumber dari pihak tertentu, ketua kampong yang bakal dimangsakan itu adalah kroni rapat bekas MB Dato Seri Abu Hassan Omar. Beliau difahamkan adalah Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Pasir di salah sebuah daerah di Selangor.
Dipercayai beliau pernah menghantar memorandum bantahan bagi pihak para pengusaha kepada Khir Toyo kerana membekukan permit pengeluaran pasir dengan alasan semua kawasan yang terlibat telah diambil semula oleh anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Sdn.Bhd (PNSB).
Kebanyakan para pengusaha pasir tersebut difahamkan meragui keikhlasan tindakan Khir menyerahkan semula kawasan-kawasan terlibat kepada PNSB. Tindakan Khir itu dianggap sebagai menaruh pasir ke dalam periuk nasi mereka.
Ada yang berpendapat MB itu sengaja berbuat begitu agar dapat mengeluarkan permit baru untuk kroni-kroni rapatnya sahaja.
Ada pula desas-desus lain yang mengatakan sebuah syarikat LBS Sdn Bhd memainkan peranan penting merangsang Khir di sebalik pengambil-alihan semula kawasan-kawasan (tanah-tanah) terlibat.
Bagaimana pun ceritanya, mari sama-sama kita nantikan tindak tanduk Pengamal Rasuah Terkemuka itu seterusnya. Mengkambing-hitamkan ketua kampong bererti melondehkan seluarnya sendiri kerana tiada seorang pun ketua kampong di Selangor yang bukan ahli Umno.
Sekurang-kurang penjawat berkenaan mestilah ketua Umno cawangan atau pun AJK Bahagian. Apa kata kalau individu berkenaan mengugut akan menjadi pelapor pertama muncul dari kalangan Umno untuk melaporkan amalan rasuah mega dan mini Khir Toyo?
Almaklum sajalah! Kalau orang sudah marah dia boleh berbuat apa saja. Habuannya yang kecil diheboh-hebohkan sedangkan Khir Toyo sendiri membalun ratusan juta RM wang rasuah.
Difahamkan ketua kampong yang disyaki itu terkenal dengan keberaniannya lagi pun laporan lengkap Rasuah Khir Toyo kepada Ketua Pengarah BPR senang-senang boleh diperolehi daripada pihak pembangkang.
Mari kita lihat siapa yang lebih jantan... Khir Toyo atau ketua kampong yang bakal dikambing-hitamkan?
Orang Dalam - 29.01.2004
|
|
|
| |
| KERUGIAN RM26.4 JUTA TNB MEMBIMBANGKAN |
| 01.30.04 (9:46 am) [edit] |
KENYATAAN MEDIA YB Haji Husam Musa Ahli Dewan Rakyat, Kubang Kerian Pada 28 Januari 2004 KERUGIAN RM26.4 JUTA TNB MEMBIMBANGKAN
Saya merujuk kepada berita hari ini bahawa TNB mengalami kerugian sebanyak RM26.4 juta bagi suku tahun ini berbanding keuntungan RM663.2 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Kerugian ini disebabkan kerugian tukaran asing bagi hutang TNB dalam matawang Yen Jepun sebanyak RM382.7 juta. Ini mengingatkan kita semula kepada jumlah hutang TNB yang dikira besar – RM31.3 biliion. RM 16 billion adalah pinjaman asing.
Sungguhpun jumlah hutang yang akan matang pada tahun ini adalah RM740 juta sahaja, namun 42% dari jumlah hutang TNB berkenaan akan matang dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini bermakna sejumlah sekitar RM12 billion akan matang dalam tempoh lima tahun akan datang. Adakah TNB mampu mengendalikannya? Jika pengurusan TNB tidak mengambil langkah berkesan yang segera untuk menyusun semula hutangnya, kami percaya TNB akan bermasalah.
Kami selaku Ahli Dewan Rakyat sebelum ini telah berkali-kali membangkitkan di Dewan Rakyat perlunya TNB memandang berat usaha penyusunan semula hutangnya. Nampaknya TNB tidak melakukan apa-apa sehingga terbukti ia mengalami kerugian akibat hutangnya, seperti yang kita saksikan.
2. Sungguhpun TNB mencatat kenaikan dalam keuntungan operasinya bagi tempoh suku pertama tahun ini, peratus keuntungan kasar yang diperolehi oleh TNB adalah amat rendah jika dibandingkan pencapaian oleh Janakuasa Elektrik Swasta dimana TNB membeli tenaga elektrik dari mereka.
YTL Power umpamanya, mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM603.4 juta bagi tahun kewangan 2003. Margin keuntungan bersih bagi YTL Power untuk tahun 2002 ialah 43% berbanding TNB hanya 9.6%. Bagi Malakoff umpamanya, margin keuntungan bersihnya adalah juga lebih tinggi dari TNB iaitu 34.25%.
Ini dicapai antara lain TNB membeli tenaga yang dibekalkan oleh Janakuasa swasta sekalipun melebihi margin simpanan yang munasabah, selain harga pembelian tenaga oleh TNB dari mereka begitu tinggi. Pada masa ini, margin simpanan TNB adalah 45% melebihi kadar biasa pada kadar 15-20%.
Ini bermakna TNB membayar tenaga daripada janakuasa swasta melebihi keperluannya. Ia menguntungkan janakuasa swasta tetapi merugikan TNB.
Apa perlunya TNB mempunyai margin simpanan sampai 45%?
3. Langkah TNB akhir-akhir ini merundingkan pembelian janakuasa yang merugikan dan menjualkan janakuasa yang menguntungkan adalah juga sesuatu yang menimbulkan tanda tanya tentang pengurusan prudent perniagaannya.
Pengakuan Pengerusi TNB bahawa ia merundingkan pembelian Northern Utility Resources (NUR) adalah suatu contoh.
Sekali pun NUR telah menyiapkan janakuasanya untuk membekalkan elektrik ke kawasan Kulim High Technology Industrial Park, janakuasanya belum beroperasi. Sebaliknya ia membeli tenaga daripada TNB untuk dijual ke kawasan itu.
Ini bermakna jika TNB membeli janakuasa ini, kapasiti pengeluaran tenaga TNB akan lebih meningkat dan melebihi keperluan yang sebenar. Sudah tentu kadar keuntungan TNB sekali lagi akan mengecil.
4. Berdasarkan beberapa contoh di atas, adalah jelas pengurusan TNB perlu dipantau dengan teliti.
Kemampuan Pengerusi TNB sebenarnya wajar dipersoalkan. Sejauh mana beliau mampu mengatasi kerumitan kewangan TNB? Bahkan secara prinsip, pelantikan tokoh politik menerajui TNB sendiri boleh dipersoalkan.
Kita bimbang TNB diterajui lebih banyak atas pertimbangan politik dari perniagaan dan tumpuan terhadap isu-isu utama TNB tidak dapat diberikan kerana komitmen politik mengatasi pengurusan berkesan di TNB. Pembelian janakuasa elektrik yang merugikan mungkin akan dibuat berasaskan pertimbangan politik.
Jika kerajaan tidak peka, TNB mungkin menghadapi kerugian yang lebih besar pada masa hadapan. Keadaan ini mungkin memaksa kerajaan membenarkan kenaikan tariff elektrik sebagai jalan mudah membantu TNB memperkukuhkan kedudukan kewangannya.
5. Walau apa juga prestasi TNB, kami berharap tariff elektrik tidak dinaikkan selepas pilihan raya ini. Sekian terima kasih.
Dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Kiriman WJWO - 29.01.2004
|
|
|
| |
| Kebakaran Kuala Perlis- Apakah satu Sabotaj? |
| 01.29.04 (4:47 pm) [edit] |
Sudah lebih seminggu berlalu kejadian kebakaran perkampongan penduduk di Kuala Perlis yang menyebabkan kerugian harta benda sekitar RM14 juta dengan seribu orang kehilangan tempat kediaman. Kebakaran yang berlaku seawal jam 6 petang itu telah memenghanguskan lebih seratus buah rumah. Berbagai punca kebakaran telah disogok kepada rakyat Malaysia dan juga Seri Paduka YDP Agong yang menziarahi perkampongan malang itu.. Seketika dikatakan litar pintas, sesekali penggunaan dapur kayu dikatakan sebagai punca. Manakala yang terbaru dari sumber bomba mengatakan kebakaran berpunca dari sebuah kipas angin yang memercikkan api. Alasan sedemikian yang bersumber pula dari pehak berkuasa memang mampu memuaskan hati mereka yang menerima (mandom) sahaja. Apatah lagi mereka yang mempunyai kepentingan. Ini tentu menjadi modal untuk menahan dan menghentikan keberangan serta kemarahan orang ramai terutamanya penduduk di situ. Sekurang-kurangnya ada 300 pengundi di situ jika kita mengambil purata 3 orang sebuah rumah. Kebanyakan mangsa kebakaran di tempatkan di sekolah berhampiran, dewan dan juga menumpang sanak saudara kampong berdekatan. Keinginan mereka yang mahu menggelidah tapak rumah untuk mencari saki-baki barangan berharga telah dikekang oleh pehak berkuasa yang sering memperkudakan anggota polis sebagai khadamnya. Tapak kebakaran yang begitu luas telah dihadang oleh kenderaan polis yang dihiasi tali pita yang mengatakan tanah itu hak kerajaan. Bersama itu juga terdapat ugutan untuk mendakwa mereka sebagai penceroboh jika melanggar arahan.
Jika ada pun bantuan yang diberi ia lebih kepada bertaraf melepaskan kentut Menteri Besar sahaja. Banyak derma dan bantuan orang ramai dihulurkan kepada mangsa melalui satu jawatankuasa yang sebenar nya adalah jentera politik juga. Para ketua dari berbagai lapisan samada YB, JKKK mahu pun para ular air nya berkeliaran menampakkan muka. Sumbangan orang-orang tertentu akan pula dijadikan modal memperkasa kedudukan mereka sebagai penguasa menjelang pilihanraya yang bakal tiba. Itu lah yang dibuat oleh MB Shahidan Kassim apabila bermegah dengan sumbangan RM50,000 oleh seorang teman kenalannya.
Yang lebih penting sebenarnya bagi mangsa di situ ialah rumah kediaman yang selesa bersesuaian dengan jumlah ahli keluarganya. Apakah mereka menumpukan perhatian kepada masalah itu sebagai satu penyelesaian? Memang malang sebenarnya bagi mangsa kebakaran itu yang selama ini dijadikan suruhan dan khadam sahaja oleh kerajaan negeri itu. Bagi pemimpin negeri, mereka hanyalah sekumpulan manusia yang boleh dipecacai dan disogok dengan murah bagi mencengkam kuasa. Mereka tidak pun memikirkan satu penyelesaian yang berpatutan dan menguntungkan bagi penduduk di situ yang bukannya pendatang haram. Kebanyakan penduduk di situ dan kampong tradisi persekitarannya adalah peneroka dan penduduk asal yang sudah 4 hingga 7 keturunan bertapak. Nenek moyang mereka telah lebih dahulu berada di situ berbanding Umno/Bn.
Secara tradisinya juga ramai penduduk di situ adalah penyokong tegar UmnoBn walau pun sudah ada angin perubahan dengan ramai ahli Agama, cerdik pandai serta golongan muda yang mencanggahi arus kebodohan itu. Kematangan sudah bertapak di situ sebagai bara api untuk perubahan. Kemarahan dan ketidak puasan hati mereka memang berasas sekali. Ia bertitik tolak juga dari fakta betapa selama ini kerajaan Umno/Bn telah memerintah negeri, kenapa nasib mereka dibiar hanyut sehingga digelar penempatan haram apabila kampong mereka terbakar?? Apakah agaknya perasaan dan naluri mereka rasai apabila dengan celuparnya MB Shahidan Kassim telah menggelari kampong tradisi kebanggaan mereka selama ini sebagai penempatan haram? Apakah pernah Shahidan Kassim mengeluarkan perkataan itu ketika datang mengendeng merayu undi semasa pilihanraya dahulu??
Angin perubahan dan pembangunan bertiup kencang selari dengan perubahan geo-ekonomi dunia dan negara. Itu jugalah yang telah menimpa Pekan kecil di Perlis itu. Kuala Perlis selama ini adalah merupakan laluan utama untuk ke Pulau Langkawi sehinggalah Kuala Kedah membuka laluan baru. Namun ramai pengguna bot ekspress ke Pulau Lagenda itu lebih suka menggunakan laluan Kuala Perlis kerana laluannya kurang berangin dan gelora yang mampu memuntahkan isi perut. Ia juga terkenal dengan laksa Kuala Perlis dan ikan bakar pada malam harinya. Menurut seorang teman yang sering ke sana atas urusan perniagaannya, Kuala Perlis memang sebuah destinasi yang mengasyikkan untuk kaki makan. Makanan dan kuih –muih yang dijual memang menepati cita-rasa tunas perasa pada lidah serta murah pula. Menurut teman itu lagi, ianya hanya boleh dinikmati di perkampongan seberang Sungai Perlis di situ. Manakala di seberang pekan sini, perniagaan lebih banyak dikendalikan pendatang.
Jika pembinaan bangunan baru serta kewujudan taman perumahan mahu dijadikan alasan pembangunan, memang Kuala Perlis jauh berubah. Pertamanya deretan gerai makanan di tepi sungai yang dikenali sebagai Gerai Mara sudah pun tiada. Dahulunya terkenal dengan Restoran Yusoff Bee, Haji Mohd Nor serta Restoran PakLong. Sejak berpindah ke tapak Pasar Lama, ianya tidak lagi semeriah dulu. Jeti untuk memunggah hasil tangkapan telah dibina Jeti LKIM setelah berlaku satu kebakaran sedikit masa dahulu (ini pun ada ceritanya). Manakala laluan ke Kompleks Kastam di tepi sungai telah dibina satu mercu tanda yang digelar Konkos yang kini sunyi dipenuhi kambing serta ketulan taiknya yang menjadi lambang kebodohan pemimpin negeri tersebut. Sebuah Jeti baru untuk laluan bot ekspres ke Langkawi telah dibina yang mana sering menjadi bahan ketawa masyarakat setempat oleh kerana masalah tambor atau selut yang sering termendap sehingga menjadikan pergerakan bot ekspres tercungap-cungap. Menurut sumber di sana, ia disebabkan oleh pembinaan jeti LKIM yang ditambak terus tanpa menggunakan pembinaan bertiang yang akhirnya menyebabkan mendapan berlaku. Pertimbangan sebegitu tidak pernah diambilkira kerana pehak berkuasa tidak perlu diberi nasihat atau menerima pandangan dari rakyat kecil.
Taman-taman perumahan juga berkembang dengan mengorbankan sawah dan bendang. Beberapa penempatan agensi kerajaan dibina. Pendek kata pembangunan yang dibuat telah menenggelamkan identity dan jati diri masyarakat setempat. Tapak Nat (pasar minggu) sudah menjadi medan selera. Sekolah Kebangsaan di situ telah menukar padang kecil yang ada untuk riadah sebagai sumber tabung PIBG dengan membina garaj parking bas untuk sewaan semasa cuti sekolah. Dengan tanah yang terhad, penempatan penduduk kini menjadi sasaran untuk pembangunan. Dari sini lah masalah bermula.
Pasca kebakaran yang melanda, cakap-cakap di kedai kopi dan perbualan harian telah menimbulkan satu macam kesedaran betapa wujud elemen hitam yang memulakan kebakaran. Apatah lagi apabila melihat bagaimana reaksi dan cara kerja bomba dalam menangani kebakaran itu. Sumber maklumat kita ketawa berdekah apabila membaca laporan akhbar yang mengatakan kipas elektrik sebagai punca. Beliau menarik perhatian kita kepada kejadian kebakaran di jeti lama dahulu yang memberi laluan kepada pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang sungguh pelik dan anih pengurusannya. Sebahagian besar penduduk setempat sudah mula meragui kerajaan yang ada.
Cara kerja anggota bomba dan kelewatan mereka tiba menyebabkan ramai orang mengangkat kening menanda curiga. Semasa kebakaran terjadi, angin bertiup kencang dari arah Timur. Apa yang mendatangkan kehairanan ialah, anggota bomba bertumpu di kawasan atas angin iaitu berada di arah angin bertiup. Seolah-olahnya mereka menghimbau angin supaya meratah apa sahaja yang menghadang laluannya. Ini dikira satu pendekatan yang salah, lain lah jika mereka mempunyai arahan tertentu supaya perkampongan itu menjadi padang jarak padang tekukur! Sepatutnya mereka cuba meminimakan kawasan kebakaran dengan membentuk satu zon buffer sebagai hadangan bagi api merebak. Seperti membakar kawasan jerami padi, biasanya kawasan sempadan di bakar dahulu supaya pembakaran tidak merebak selepas itu. Itulah kaedah yang sepatutnya anggota bomba lakukan.
Namun realitinya, kebakaran itu seolah-olah satu rezeki yang tidak terduga kepada pemaju dan akomplisnya untuk membangunkannya sambil mengaut untung. Bukan lagi menjadi rahsia tanah itu menjadi idaman pemaju dan kerajaan untuk dibangunkan. Beberapa rundingan dan perbincangan telah menemui jalan buntu apabila tuntutan penduduk dirasa keterlaluan dan tidak menguntungkan pemaju. Kini bola sudah di kaki mereka dengan penduduk dalam keadaan tempang dan tidak ada kuasa tawar- menawar lagi.
Apakah benar seperti dakwaan setengah pehak yang mengatakan kebakaran itu akibat sabotaj? Apakah kesannya dalam pilihanraya akan datang? Bagaimana pula sikap penduduk di lain-lain perkampongan tradisi di situ? Kenapa selama ini wakil rakyat Umno tidak pernah mengusahakan agar penempatan kampong tradisi di situ diberi geran melalui pindaan undang-undang tanah?
Banyak sebenarnya Shahidan Kassim dan gerombolannya perlu jawab kepada rakyat.
Dr. Nologareng - 29.01.2004
|
|
|
| |
| Isu Pokok Pilihan Raya Umum 2004, Sama Dengan Isu Pilihan Raya Umum 1999 |
| 01.29.04 (4:45 pm) [edit] |
Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO boleh menjerit melolong bahawasanya manta Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi bahan sejarah, sahaja. Lantas, beliau dianggap tidak akan menjadi satu isu politik dalam pilihan raya umum yang akan tiba. Dia sudah terpenjara, tidak dibenarkan ikat jamin, masa yang telah berlalu sudah cukup mengubati luka hati orang Melayu yang terguris semasa beliau ditangkap untuk dilanyak sampai lumat dan dihukum oleh mahkamah ungka yang memang tidak bermartabat. Rakyat Malaysia mempunyai hidup yang perlu dilayarinya, tentu tidak punya mesa memikirkan keperitan hidup seorang insan yang telah dihukum secara saksama oleh mahkamah, tanpa sebarang alasan membenarkan beliau ikat jamin semasa tempoh rayuannya. Inilah yang menjadi jampi serapah kerajaan BN, bukan kerana kebenarannya, tetapi kerana sifatnya untuk menyenangkan. Kalau betul BN merasa selesa dengan segala fakta yang tidak benar itu, sudah tentu seluruh negara dapat merasakan kelegaannya juga. Sesungguhnya itulah tindakan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO tidak berapa lama dahulu. Itulah rencana UMNO yang tidak menepati perancangannya. Minggu lalu (21 Januari 2004) Mahkamah Rayuan yang menghakimi permohonan Anwar agar diberikan ikat-jamin, enggan membaca penghakiman mereka secara terbuka semata-mata kerana hilang martabat di mahkamahnya sendiri. Yang termampu dilakukan oleh hakim-hakim bangsat itu ialah cabut lari apabila hadirin menjerit dan memaki-hamun mereka tanpa henti. Tindakan politik yang dilakukan oleh Tun Kepala Taik Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, ialah menghancurkan anak didiknya kerana berani memberitahu beliau sudah tiba masanya untuk beliau berundur daripada tugasnya. Kesannya Anwar diarah agar ditangkap, dihenyak dan diaibkan serta dipenjara atas tuduhan fitnah korupsi dan sodomi yang tidak ada sebarang bukti. Lima tahun sudah berlalu, Anwar Ibrahim masih dianggap oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia sebagai mangsa politik yang diaibkan secara tidak adil. Inilah yang menjadikan satu risiko besar kepada perancangan pilihan raya BN. Jentera pilihan raya BN sudah tergugat sedangkan Pilihan Raya Umum dijangkakan sebelum April ini.
Pada 31 Oktober 2003, si tukang dalang telah memartabatkan boneka pilihannya sebagai proksi menjawat jawatan Perdana Menteri. Inilah yang menghancurkan segala usaha Paklah untuk mengemukakan rencana sendiri menghadapi Pilihan Raya Umum nanti. Dia dipaksa bertungkus-lumus dengan bencana yang pasti datang menimpa dalam bentuk kabinet Mahathir, dan memberitahu dunia betapa itulah suasana terbaik yang mampu diusahakannya. Jika demikian apa perlunya menunggu dua bulan sebelum membuat pelantikan itu? Kelewatan tersebut adalah bertujuan satu sahaja, yakni menyekatnya. Akhirnya beliau tertewas juga. Paklah tidak berjaya melantik waima seorang pun Menteri pilihan hati yang amat diingininya. Menteri kewangan kedua yang dikatakan seorang profesional sejati, mengikut pandangan Paklah sendiri, ialah Tan Seri Mohamad Yakcop, seorang pegawai tinggi Bank Negara yang amt terkenal kerana spekulasi mata wang yang membuatkan negara kerugian sekitar RM33 BILION. Timbalan Perdana Menteri ialah Najib Tun Razak. Mereka berdua telah disogok kepada Paklah untuk menerimanya. Walaupun beliau memuji mereka naik meninggi, mereka sudah bukannya popular di kalangan UKNO.
BN pimpinan UMNO sedang terumbang-ambing di samudera politik gara-gara seorang insan yang hampir lumpuh dan dikatakan menghadapi kerjaya politik yang dianggap sudah berada di pinggir ambang kepupusannya. Demikianlah pendirian UMNO dan BN akan masa depan beliau. Parti komponen lain dalam BN bukannya mempunyai daya fikir t tersendiri, kerana para pemimpin mereka sanggup akur dengan pendirian yang ditentukan oleh UMNO. Akan tetapi, UMNO sendiri sentiasa menggelabah dalam menghadapi kemelut Anwar. Semasa Paklah bersuara lantang mempertahankan kewibawaan badan kehakiman negara sejurus meledaknya kekecohan dalam sidang Mahkamah Rayuan minggu lalu, dia sebenarnya membuktikan bahawa badan kehakiman itu tidak lagi bebas seperti saranannya. Kalau benar badan kehakiman itu masih bebas, tentu sekali ia bertindak pantas, mengusir pemerhati sidang itu keluar mahkamah, dan bertindak tegas apabila semua mata memandang bontang terhadap panel hakim yang gelabah tidak keruan ketika itu. Mahkamah itu tidak mampu berbuat demikian kerana keseluruhan sidang itu bukannya mengamalkan keadilan seperti yang sepatutnya. Mahkamah yang ada di Malaysia sudah menjadi satu tempat membentangkan ribuan pembohongan untuk menutup hanya satu pembohongan besar yang memulakan itu semua.
Memang ada secebis kebenaran kalau isu Anwar sudah dikebelakangkan pada tahun lalu. Fenomena ini memang diakui oleh parti yang menumpukan dedikasi kepada pembebasan beliau, KeADILan, untuk ketika itu. Tidak lagi sekarang ini. Dato’ Seri Anwar mahukan ikat-jamin untuk membolehkan beliau mendapat rawatan di seberang laut ke atas keadaan sakit yang amat menggugat nyawanya setelah dilanyak lumat oleh mantan ketua polis negara, Tan Seri Abdul Rahim Nor. Perbuatan ganas dan zalim itu dikenakan terhadap Anwar yang digari tangannya di belakang, matanya ditutup dengan ikatan ketat sejurus beliau ditangkap pada bulan September 1999. Inilah satu permohonan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan. BN dan UMNO amt gusar kalau kelulusan diberikan kepada beliau. Kalau semasa berada di bilik penjara beliau boleh mencetuskan huru-hara politik, bayangkan apa yang mampu dibuatnya kalau dibenarkan bebas atas ikat-jamin? Kerana itu Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sambil membuktikan bahawasanya kebebasan badan kehakiman Malaysia sebenarnya terletak di tangan Perdana Menteri. Kemantapan politik mengikut falsafah haprak Tun Kepala Taik Mahathir semasa 22 tahun dia mencengkam kuasa memerlukan badan kehakiman itu dan juga Parlimen negara ini menari mengikut rentak tabla pukulannya. Kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan negara sudah terdampar menjadi satu fiksyen politik sahaja.
BN dan UMNO masih tidak faham bagaimana seorang ahli politik yang didapati salah oleh mahkamah dan dikenakan hukuman, masih mampu mempengaruhi pentas politik Malaysia seperti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Umum 1999 dahulu, isu tunggal pilihan raya ialah Anwar Ibrahim. Ia telah menggegarkan UMNO sehingga goyah di kalangan masyarakat Melayu, lantas tumpas di Terengganu dan Kelantan. Dalam Pilihan raya Umum kali ini, gegaran itu akan terus membimbangkan walaupun tanpa isu Anwar. Seorang pegawai UMNO berpendapat bahawa Perlis dan Kedah sedang terancam. Kalau pun BN menang juga di Pahang, Selangor dan mungkin juga Negeri Sembilan, suara dua pertiga di negeri itu tidak akan mudah dipertahankan lagi. Perkara ini serba mungkin apabila pemimpin UMNO tidak lagi turun padang untuk memberikan pendapat mereka. Pesaing utama UMNO, Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah pun bekerja kuat di peringkat akar-umbi untuk beberapa tahun, sambil menunjukkan kesungguhan apa yang mahu dilakukannya berbanding yang terdaya dipertontonkan oleh BN dan UMNO selama ini.
Yang menjadi duri dalam daging politik BN dan UMNO sekarang ini ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. UMNO sudah lama jatuh merudum selepas ia menjalani satu proses Reformasi sejurus mahkamah mengharamkannya. UMNO Baru yang ditaja oleh Tun Kepala Taik Mahathir menjadi satu kenderaan politik untuk beliau. Yang ironisnya, insan yang bertanggungjawab memacu parti baru (UMNO Baru) itu naik mencanak ialah insan yang bernama Anwar Ibrahim juga. Apabila dia disingkir dan akhirnya dipenjarakan, tidak ada seorang pun yang mempunyai kebijaksanaan sepertinya yang mampu memacu UMNO terus berada jauh di hadapan. Walaupun Anwar kerap mengutuk sistem politik yang menyukarkan hidupnya, dia tidak mahu menyerang Tun Kepala Taik, yang masih lagi dianggapnya sebagai mahaguru politiknya. Inilah yang tidak difahami oleh para penyokong beliau. Anwar masih belum bersedia menunjukkan sikap lupa dan tidak berterima kasih kepada apa yang pernah dinikmatinya. Beliau yakin betapa nasib yang diharunginya kini adalah kerana puak yang tidak mahukan kehadirannya telah menyerang beliau di sebalik bayang TKT Mahathir juga. Memang ada sebab kenapa Anwar boleh dipercayai.
UMNO dan BN memang tidak merasa selesa. Keyakinan mereka a bahawa Dato’ Seri Anwar sudah tidak relevan, sudah berkecai kini. Inilah satu hambatan yang perlu mereka atasi. Di sebalik segala kelentungan yang bersadur harapan dan kebenaran, BN dan UMNO sedang dihantui satu kegusaran untuk meraih kemenangan suara majoriti dua pertiga di Parlimen dan merampas semula Kelantan dan Terengganu. Jentera BN dan UMNO sudah berkecamuk. Yang menyelamatkan keadaannya ialah keadaan kelam-kabut yang menghantui pihak pembangkang, yang tidak bersedia lagi untuk menghadapi pilihan raya. Dato’ Seri Anwar berjaya menyatu-padukan semua parti pembangkang itu secara sementara sahaja, untuk menakut-nakutkan UMNO dan BN. Keadilan telah mengadakan beberapa kempen politik di Kedah, Perak dan Selangor untuk membincangkan kisah Anwar dan menarik himpunan manusia melebihi 12,000 setiap sesi. Beberapa perhimpunan ini diadakan di kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu. UMNO tidak mampu menghimpunkan manusia seramai itu untuk membalas balik hujah KeADILan yang mengatakan betapa Anwar adalah mangsa kezaliman UMNO. Namun, masih ada satu jalan lagi untuk BN dan UMNO meraih pengaruh dan kuasa lama: dengan membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan ikat jamin sekitar lima hari sebelum pembuangan undi. Ini akan menaikkan keceriaan masyarakat Melayu untuk memberikan semula sokongan mereka agar UMNO dapat berkuasa semula. Tetapi, itu pun akan membuktikan betapa kisah Anwar ini adalah sama bisanya seperti biasa.
- MGG Pillai
|
|
|
| |
| Dari Reformasi Ke Deformasi: Lokman Mangsa K3P Di dalam KeADILan |
| 01.29.04 (4:43 pm) [edit] |
MPT Wajib Hapuskan K3P Sebaik-baik sahaja saf pimpinan tertinggi KeADILan merestui tindakan Ezam memecat Lokman sebagai SU Pergerakan Pemuda, sekali gus menggantung keahlian di dalam MPT sementara menunggu keputusan penyiasatan terhadap dakwaan salahlaku politiknya di dalam parti, bekas tahanan ISA itu seharusnya tidak perlu membazirkan tenaga dan masa serta menebalkan muka untuk mengakui bahawa dia masih berada di dalam lingkaran Reformasi.
Sekujur jasadnya sudah pun berada di luar kecuali sebelah kakinya masih menapak di dalam lingkaran, memadai sekali henjut dan sesedutan nafas, terkeluarlah dia secara total untuk kembali menuju ke zon deformasi (pencacatan ) yang ditinggalkanya beberapa tahun lalu.
Selama lebih lima tahun anak muda itu bergelumang dengan tribulasi untuk menempatkan dirinya sebagai kartika (bintang) Reformasi di mata rakyat marhaen, akhirnya terperdaya dengan khayalannya sendiri.
Untuk meletakkan beban kesalahan secara mutlak kepada Lokman kerana membeloti perjuangan setelah tercatat sebagai kumpulan awal yang menjuak (menjulang) Anwar dan Reformasi adalah kurang adil.
Sebenarnya dia adalah mangsa K3P yang sentiasa berkeliaran di dalam mana-mana lingkaran perjuangan.
Rejim korup Umno BN menerusi Kementerian Penerangan menubuhkan K3P – (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) hampir dua dekad lalu sebagai jentera propaganda untuk membohongi rakyat.
Pengasasnya Tok Mat Bulat (Muhammad Rahmat) bekas Menteri Penerangan sudah pun menggolek keluar daripada arus politik Umno BN. Jawatan akhirnya sebagai Setiausaha Agung BN, baru saja diambil alih oleh seorang lagi penyangak yang tak kurang hapraknya bernama Khalil Yaakub.
Apa pun peranan K3P versi rejim korup itu tidak berubah walau siapa pun pengendalinya. Tugasan utama adalah menghasut rakyat daripada menghampiri kebenaran dan keadilan.
K3P yang memangsakan Lokman tidak ada bezanya daripada segi misi dan visi dengan K3P rejim korup. Cuma namanya sahaja yang berlainan. K3P yang berkeliaran di dalam KeADILan paling tepat jika dinamakan Kumpulan Polong Perasuk Perjuangan atau Kumpulan Pedagang Politik Perut. Pilihlah yang mana sesuai.
Kurang logik jika ada telahan Lokman bertindak sebagai penjuak (penghasut) upahan Umno secara solo. Tidak mungkin dia seberani itu sekiranya K3P bukan sebuah gerakan dalaman parti yang terencana.
Pastinya gerakan penghasut itu dianggotai lebih daripada seorang. Justeru itu siapa lagi musibat-musibat yang beraksi bagai musang berbulu ayam itu? Siapa master mindnya, siapa chiefnya, siapa….?
Mustahil MPT tidak tahu menahu kecuali kebanyakan mereka sekadar rileks-rileks memanaskan kerusi pimpinan atau pun bersekongkol dengan K3P. Jika tidak! mereka wajib meyakinkan ahli parti dan rakyat marhaen dengan memburu dan mencabut hingga ke akar umbi pengkhianat-pengkhianat` perjuangan Anwar (rakyat) itu`.
Ezam Mohd. Noor pemuda gagah candang (sangat berani) telah pun memulainya, MPT tunggu apa lagi! Walau bilangan K3P itu barangkali beberapa kerat sahaja, jangan sesekali terlepas pandang.
Peluang masih terbuka buat mereka untuk memukul KeADILan dan BA. Mungkin ketika ini mereka kecut perut melihat Lokman yang terbongkang keseorangan, tetapi apabila sampai saatnya berpilihan raya dan mereka tercalon, sudah pasti tanpa sebarang keraguan mereka akan menjual diri kepada Umno BN. Itulah sebenarnya nawaitu K3P itu!
MPT sewajarnya tanpa sebarang kompromi melakukan evakuasi (penyingkiran) dengan mengabaikan status atau pengaruh musibat-musibat tersebut sebaik-baik sahaja kemusangan mereka dikenal pasti. Lakukannya mulai sekarang jangan bertangguh-tangguh.
Biar cepat asalkan selamat! Usah terikut-ikut kelembikan Dollah Badawi, gara-gara terhegeh-hegeh untuk melantik Muhyiddin sebagai TPM pilihannya, akhirnya Najib bekas boy friend Ziana Zain yang ditabalkan oleh Tun Kepala Taik Mahathir.
Kesian Lokman! Dari Reformasi Kembali Semula Ke Deformasi
Kesian Lokman! rupa-rupanya pelbagai tribulasi yang dilalui sepanjang terlibat dengan gerakan Reformasi, kemuncaknya dia meringkuk bersama-sama 5 orang rakan juang yang lain termasuk Ezam di Universiti Kamunting, masih belum dapat mematikan sepenuhnya `akidah Umno` yang bersarang di sudut hatinya.
`Akidah Umno` itu hanya lumpuh buat sementara lantaran mantera Reformasi, namun kelumpuhan itu hanya memerlukan enam bulan untuk segar semula selepas Lokman bergelar graduan ISA.
Penggerak K3P di dalam KeADILan memang licik. Mereka menolak Lokman ke depan kerana `kehebatan` anak muda itu. Mereka sedar tidak memiliki `keistimewaan` seperti Lokman bagi memudahkan kerja-kerja menghasut rakan juang lain untuk menyertai Umno.
Mereka mencongak `pengorbanan hebat` Lokman akan melunakkan hati golongan sasar, lebih-lebih lagi `isu pembebasan Anwar` ditonjolkan sebagai motif utama untuk mewajarkan niat jahat mereka itu.
Buat golongan sasar yang kurang arif sepak terajang politik, skrip khas disediakan oleh K3P untuk memukau mereka.
Lokman disuruh meratap dan mengeluh betapa pengorbanannya tidak diendahkan oleh Ezam dan pimpinan KeADILan yang lain, sedangkan dia punya keluarga untuk disara.
Situasi tersebut meletakkan dia di persimpangan sama ada memilih perjuangan atau keluarga. KeADILan hanya menyediakan wadah perjuangan tetapi Umno menjanjikan wang.
Walau pun wang bukan segala-galanya di dalam hidup ini, tetapi segala keperluan hidup membutuhkan wang termasuk perjuangan. Dengan wang kita boleh mereformasikan Umno daripada dalam.
Calang-calang orang pasti terharu bahana ratapan itu. Silap-silap terhasut untuk menyertai Umno atau sekurang-kurangnya merestui dalam diam.
Kerja onar K3P itu tidak tertumpu kepada KeADILan sahaja, malah tanpa segan Lokman memberitahu kalangan pimpinan tertentu di dalam Pas bahawa BA sudah tidak relevan lagi. Beberapa orang tokoh KeADILan di antaranya Ezam dan Azmin Ali akan kembali menyertai Umno.
Lihat betapa cekapnya mereka berserampang dua mata. KeADILan dihasut menyertai Umno pada masa yang sama Pas dimomokkan agar meragui kesetiakawanan KeADILan supaya BA hancur. Bukankah itu kerja polong namanya!
Berapa ringgit agaknya sekilogram Umno membeli Lokman? Seribu, sepuluh ribu, seratus ribu terpulanglah kepada persetujuan yang mereka capai. Walaupun Najib menafikan bahawa partinya menggunakan wang untuk membeli musibat-musibat tertentu di dalam BA yang punya sedikit nama, tetapi siapa pula yang mahu mempercayainya?
Mentaliliti Umno yang sudah dipasakkan dengan rasuah, akan merasuah siapa sahaja untuk mendapatkan sokongan. Budaya politik wang itu sudah berkematu di dalam Umno! Jangan nak temberanglah.
Lokman dan tiga empat kerat munafik-munafik perjuangan tidak perlu menunggu sehingga esok, sebaik-baiknya saat ini juga segeralah terbang ke sarang asal yang menempatkan sejuta kebobrokan kerana tak seorang pun pendokong Reformasi dan BA yang masih mempercayai mereka.
Sebaik-baik sampai ke destinasi, bolehlah Lokman menyertai Pemuda Lembut Pondan Tua Bangladesh Hisham atau Khir Toyo Jagoan Rasuah untuk sama-sama menjerit: `Deformasi! Deformasi! Deformasi!` di depan PM Lembik@PMMP Dollah Badawi.
Deformasi bermaksud pencacatan. Umno BN sudah lama cacat. Kecacatan itu tidak mungkin boleh dipulihkan melainkan menunggu saat kereputan.
Seperkara lagi, belum pun sampai 72 jam Lokman buat hal, sudah kedengaran nada-nada sumbang daripada Umno Johor khususnya Bahagian Kluang yang menyuarakan: “Jangan layani sangat `pencari makan` itu!”
Percayalah! selepas ini apa pun pendedahan yang akan dibuat oleh Lokman konon untuk menelanjangkan Ezam dan keadilan, ianya tidak akan menarik perhatian sesiapa pun sebaliknya mengundang keboyakan (kebosanan) yang amat sangat.
Kalau Umno sendiri siang-siang sudah tidak mempercayai Lokman, apa pula yang diharapkan daripada BA, reformis dan rakyat marhaen?
Buat YB Azmin Ali pula: “Bila lagi nak pecat Lokman daripada Ketua Penerangan KeADILan Selangor? Jangan lambat-lambat takut nanti tak fasal-fasal YB juga digelar sebagai Polong Tak Bertuan.” Amat buruk gelaran tu!
- Inderaloka - 29.01.2004 - 8.20 pagi
|
|
|
| |
| Catatan Anwar di Mahkamah : SANDIWARA HAKIM-HAKIM |
| 01.29.04 (4:42 pm) [edit] |
Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipilih khas untuk mendengar rayuan kes saya dan Sukma Darmawan ialah Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Richard Malanjum dan Datuk Hashim Yusof.
Sejurus selepas menolak rayuan saya tahun lalu, Pajan telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan bersama hakim-hakim yang menjatuhkan hukuman kejam ke atas saya di Mahkamah Tinggi, iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Sebaik rayuan ditolak pada April 2003, saya dan Sukma mengemukakan permohonan untuk ikat jamin sementara menunggu rayuan ke ahkamah Persekutuan, seperti yang lazim berlaku.
Hakim-hakim berkenaan menolak dengan alasan permohonan harus dibuat secara bertulis, bukan secara lisan. Peguam saya jelaskan bahawa selama ini dalam semua kes lain, permohonan lisan diterima.
Saya lantas dapat mengesan sandiwara awal mempersulit dan melengah keputusan. Peguam Negara, Datuk Abdul Gani Patail dan pasukannya bangun membantah keras setiap permohonan saya, hal yang hanya mungkin dengan arahan penguasa politik atasan.
Permohonan bertulis dikemukakan lagi kemudiannya dengan alasan undang-undang dan fakta yang kukuh termasuk keadaan kesihatan saya berserta laporan pakar perubatan.
Notis alibi
Pada bulan Julai berikutnya barulah hakim-hakim tersebut mendengar hujah dan sekali lagi dibantah keras oleh Abdul Gani. Mahkamah ditangguh dengan jaminan hakim akan memberi keputusan segera.
Sepanjang tiga bulan, kami telah mengemukakan permohonan berulangkali memohon hakim memberi keputusan tetapi diketepikan juga.
Apabila mendapat keputusan bertulis rayuan (seperti yang disebut di awal artikel), kami dapati satu kesilapan besar telah dilakukan hakim. Dalam keputusan itu, hakim telah menafikan wujudnya notis alibi yang kami kemukakan, sedangkan notis tersebut dibahas selama dua hari dan turut disentuh oleh pihak pendakwa dalam perbicaraan.
Hakim merujuk empat kali mengenai ketiadaan notis yang menurut mereka menjejaskan pembelaan. Namun, rekod fakta adalah di sebaliknya kerana dalam kes ini, pihak pendakwa telah juga diberikan salinan dan menjawab panjang mengenainya.
Saya terus mengesan percubaan menipu dan memutarbelitkan fakta oleh hakim, kerana jika dengan mengakui wujudnya notis alibi tersebut, akan menyebabkan keputusan hakim ketika perbicaran saya di Mahkamah Tinggi, menjadi salah, dan rayuan saya mesti diterima atau sekurang-kurangnya diarah untuk mengadakan ulang bicara.
Ikatjamin
Jesteru, kami mohon hakim memberikan pertimbangan mengenai hujah tambahan untuk permohonan ikat jamin selain peluang mendengar semula.
Selang beberapa bulan, mahkamah akhirnya menetapkan untuk mendengar hujah baru pada bulan Disember. Ketika itu, apabila ditanya mengapa keputusan ikat jamin yang biasa diputuskan oleh mahkamah dalam masa satu jam, hakim mengelak dengan berdolak dalik kononnya kerana pihak saya ingin mengemukakan hujah tambahan.
Walhal kami usulkan sedemikian kerana menunggu terlalu lama tanpa sebarang keputusan.
Dalam sidang yang baru berlalu (Januari 19, 2004), sebaik diminta keputusan ikat jamin, Pajan Singh menjawab sidang ini berkaitan dengan isu lain, dan soal ikat jamin akan diputuskan kemudian.
Ketika ini, saya bangun dan membantah kelewatan keterlaluan oleh hakim yang mencemar kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman.
Pajan Singh menegur saya dan menyebut bahawa memadai peguam saya yang berbicara, jika tidak saya dianggap menghina mahkamah.
Saya menyoal balas menegaskan bagaimana hakim yang bertindak atas telunjuk penguasa politik dan dengan itu mencemar perlembagaan, hukum dan maruah manusia.
Afidavit
Setelah berlawan hujah seketika, hakim-hakim tersebut berunding dan mengumumkan bahawa keputusan ikat jamin akan dibuat pada hari Rabu 21 Januari. Saya terus duduk mengikuti perbicaraan seterusnya.
Yang merumitkan hakim ialah pihak pendakwa dalam afidavit mereka mengesahkan bahawa notis alibi memang disampaikan kepada mereka dalam mahkamah.
Ini menyebabkan suasana kelam kabut, dan hakim menekan pendakwa yang akhirnya menyatakan bahawa sementara menerima dokumen tersebut, mereka tidak melihat sama ada dokumen tersebut diserahkan kepada hakim. (Saya kira Abdul Gani dan kelima-lima pasukan pendakwa terlena ketika itu!)
Walau bagaimana pun ia tidak dapat menolak kenyataan bahawa dokumen tersebut dibahaskan oleh peguam, dijawab oleh pendakwa, bahkan menjadi pokok persoalan utama dalam hujah kami selama dua hari.
Dan hakim tidak ingat semua ini berlaku walaupun disahkan oleh peguam dan pihak pendakwa!
Untuk mendapat kepastian muktamad mengenai persoalan ini, peguam kami memohon untuk mendapatkan nota prosiding (catatan hakim) daripada hakim-hakim tersebut, namun ditolak.
Keputusan menolak permohonan kami untuk mendapat nota prosiding tidak munasabah sama sekali. Walhal Akta Keterangan 1950 menetapkan bahawa nota hakim termasuk sebagai dukomen awam. Bila hal tersebut dibangkitkan, Pajan Singh hanya menyebut, "keputusan telah dibuat".
Sebenarnya penafian wujudnya notis alibi ini adalah penipuan jahat. Notis alibi tersebut menunjukkan pergerakan saya semasa pertuduhan dibuat pada Januari hingga Mac 1993. mengikut seksyen 402 A Kod Prosidur Jenayah, hak tertuduh mengemukakan notis alibi adalah wajib (mandatory) diterima oleh hakim.
Kegagalan mematuhinya oleh hakim bicara, Ariffin Jaka seharusnya mengakibatkan perbicaraan dianggap batal.
Editor: Sila hadir perhimpunan di Suhakam 5 Februari (3 ptg) ini sebagai tanda sokongan kepada Anwar dan protes kepada hakim-hakim yang menerima wang sebagai imbuhan mengikut telunjuk tuan-tuan politik mereka.
Kiriman ER - 28.01.2004
|
|
|
| |
| Proton: 'Berani Berubah' |
| 01.29.04 (4:41 pm) [edit] |
Isu kenaikan harga kereta sehingga hari ini masih terus panas. Terbaru pengumuman dari Proton bahawa kereta keluarannya akan mengalami kenaikan antara RM2,000 hingga RM5,000. Menurut jurucakapnya kereta yang dipasang sebelum 31 Disember 2003 tidak akan terlibat dengan kenaikan tersebut. Tambahnya lagi, terdapat 49,000 unit kereta stok lama tersebut masih ada di pasaran dan dijangkakan akan habis sebelum akhir bulan depan. Harga baru ini akan melibatkan model Iswara, Wira, Waja dan Perdana itu merupakan peningkatan di antara dua hingga lima peratus berbanding harga semasa kereta Proton. Pada pengamatan kita dengan saranan PM supaya pengeluar mencari jalan untuk mengurangkan harga kenderaan dengan cara mengurangkan keuntungan hanyalah cakap-cakap kosong. Tidak ada siapa yang ambil pusing. Kalau spesis ular, PM kita ini umpama ular lidi, sudahlah kecil tidak ada bisa pulak.
Sepatutnya Proton dengan model ‘antik’nya iaitu Iswara dan Wira hendaklah dikurangkan harganya supaya menjadi contoh pada pengeluar-pengeluar yang lain. Jika semua pengeluar mengumumkan kenaikan harga dimanakah letaknya nilai ‘amanat’ PM.
Model Iswara adalah asalnya dari model SAGA yang sudah berusia 19 tahun, begitu juga Wira dah mencecah usia 12 tahun. Bagi dua model tersebut Proton sudah untung bersih 100%. Tidak ada lagi bayaran royalti pada Mitsubishi, juga kos peralatan (mesin dll) semuanya sudah sifar. Dulu kita kata EON sembelih pengguna, tapi nampaknya Proton Edarpun 2 kali 5. (Nota: Proton Edar adalah anak syarikat milik penuh Proton Berhad)
Sekarang ini kalau kita dengar dan lihat, dengan bangganya Proton dalam iklannya bahawa mereka telah menyumbangkan RM13 billion (apa yang nak dibanggakan – Bank Negara Malaysia boleh rugi berbillion RM dalam sekelip mata!) pada ekonomi negara dan menghasilkan 100,000 peluang pekerjaan di ‘serata dunia’.
Proton ‘BERANI BERUBAH’-begitulah lebih kurang bunyinya diakhir iklan. Apa yang berubahnya? Kilangnya di Shah Alam dah jadi kilang ‘accessories’ kereta. Tukar lampu dan tukar bumper, itu sahaja! Mana R&Dnya yang suatu ketika dipuji oleh Tun. Kasihanlah sedikit pada pengusaha-pengusaha kedai accessories yang berlambak kat luar tu.
Proton memberi peluang pekerjaan sebanyak 100,000 tapi mereka tidak sedar, mereka telah menyusahkan 25,000,000 rakyat. Kita yakin kalau tidak ada Proton, harga kereta tidaklah sehingga berlipat kali ganda kalau dibandingkan dengan negara maju yang lain atau sebelum ‘kelahiran’ Proton. Juga rakyat tidak akan menjadi miskin sampai tidak ada makanan.
Pengurusan Proton sekarang penuh dengan politik kalau nak dibanding sewaktu era Pengarah Urusannya yang dikuasai oleh orang Jepun. Keadaannya sekarang sungguh kelam kabut, model yang dirancang sejak 12 tahun lalu, baru tahun lepas keluar iaitu model Arena. Bayangkanlah bagaimanakah tahap keupayaan kejuruteraan yang diimpikan oleh Tun. Indah khabar dari rupa.
Cantas mencantas kakitangannya lebih kurang macam politik dalam Umno sahaja. Silap cakap atau berbeza pandangan (yang sepatutnya) dengan pihak pengurusan, akan ditukar 24 jam!
Model terbarunya yang telah diberitakan akan keluar awal tahun (sepatutnya Januari) hasil dari kilangnya di Tanjung Malim hingga dah nak masuk Februari masih belum keluar lagi. Dimanakah letaknya kredibiliti Tengku Mahaleel? Zamannya menyaksikan kelembapan pengaruh Proton dan memang sepatutnya beliau meminta AFTA untuk industri automotif dilanjutkan sehingga 20 tahun! Mengikut berita yang boleh dipercayai Tengku Mahaleel tidak akan lama di Proton dan akan diganti oleh taukey Naza Motor. Kita tunggu dan lihat apa pula yang akan terjadi pada Proton selepas ini.
Akhirnya, yang berlaku telahpun berlaku, dan yang akan datang tetap akan datang. Kita sebagai rakyat boleh berubah, iaitu dengan bersatu hati menekan industri kereta dengan tidak membeli untuk 6 bulan ini seperti saranan penulis-penulis yang lain. Rakyat juga harus “BERANI BERUBAH” pada pilihanraya yang akan ‘menjelma seperti pencuri’ , 2 atau 3 bulan lagi. InsyaAllah.
- Panaurama.com - 28.01.2004
|
|
|
| |
| Mengapa Lokman Meninggalkan Kita.... |
| 01.29.04 (4:39 pm) [edit] |
Mengapa Lokman meninggalkan kita.... 1. Mungkin dia ingin membuat reformasi dari dalam UMNO pula...? 2. Mungkin dia merasakan perjuangan yang dia masuki ini adalah sia2.....? 3. Mungkin dia mendapat tawaran yang lumayan dari UMNO....? 4. Mungkin dia mendapat ugutan dari pihak2 yang tidak diketahui...? 5. Mungkin dia mahukan jawatan yang menjamin tiada apa gangguan...? 6. Mungkin dia ingin mengorek rahsia UMNO dan kemudian akan mendedahkannya..? 7. Mungkin dia ingin mengetahui segala rancangan UMNO dari dalam...? 8. Mungkin dia dan keluarganya telah diancam atau diugut...? 9. Mungkin dia merasakan perjuangan membela DSAI adalah perjuangan sia-sia...? 10. Mungkin dia merasakan perjuangan amal makruf nahil mugkar dapat ditegakkan dalam UMNO..? 11. Mungkin dia sudah hilang semangat kejantanan yg dilaung2kan sewaktu masa dahulu...? 12. Mungkin dia......mungkin dia.....mungkin dia......segalanya berkemungkinan.............. KINI segalanya terserah kepada kita semua untuk menafsirkannya....dan kepada Lokman jika ini perjuangan yang kau pilih...teruskanlah....sesungguhnya "kita merancang Allah juga merancang...TETAPI ingatlah bahawasanya perancangan ALLAH itu adalah sebaik-baik perancangan...." Insya'Allah perjuangan yg kita semua turuti ini adalah perjuangan yg panjang...jadi teguhkan iman, kuatkan semangat, yakin kpd Allah dan susunkan langkah....Ayuhhh....takbir...Allah'huakbarrr..... Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 28.01.2004
|
|
|
| |
| Berimam Bemakmum Pula Mereka Iye! |
| 01.27.04 (10:33 pm) [edit] |
Semenjak pengumuman Najib sebagai TPM, media dan jentera yang dikuasai Umno telah menjaja setiap hari betapa PakLah dan Najib adalah pasangan serasi macam kuku dengan isi. Apa yang dilakukan mereka kini adalah asap perabun kepada pertelingkahan yang terbit sejak PakLah enggan dahulunya memperakukan pilihan TKT Mahathir itu. PakLah sedar betapa selagi ia bukan Presiden Umno, jawatan PM itu hanyalah seperti nasib abu di atas tunggul kayu sahaja, datang angin beralihlah ia. Pada dasarnya seorang Presiden Umno adalah juga merupakan seorang Perdana Menteri dalam negara kita. Di sinilah kunci kuasa yang sebenarnya. PakLah tahu bahawa ia belum lagi menjadi Presiden Umno. TKT Mahathir pada jasadnya sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, akan tetapi cengkamannya terus berakar serta menjadi penentu apa sahaja perubahan yang mahu dibuat Abdullah. Bedebah itu cuma tidak berjawatan rasmi seperti Lee Kuan Yew sahaja. Rombakan kabinet yang tidak pun melibatkan pengguguran beberapa tunggul buruk serta memasukkan pula seorang loyalis TKT Mahathir sebagai penjaga Khazanah negara, tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat yang amat berharap agar PakLah membawa perubahan. Janji manis bersari oleh PakLah untuk membuat perubahan serta menghapuskan rasuah hanyalah umpan tawar seperti mana penternak menawar kambing seranting daun semata-mata untuk dibawa ke tempat sembelihan. Itu sahaja.
Perang antara PakLah dan Mahathir dalam melantik calon TPM tidak lagi menjadi rahsia dahulunya. Namun akhirnya PakLah tewas juga kepada Presiden seumur hidup parti UMNO tajaan TKT itu. Mungkinkah ada ugutan dan kilasan tangan sehingga PakLah terpaksa menggadaikan kabinetnya kepada kehendak Mahathir adalah satu persoalan yang menarik. Apakah helah ekonomi dan sabotaj kewangan menjadi modal ugutan TKT Mahathir? Satu hari nanti kisah ini akan terdedah juga.
Pelantikan Najib yang pernah tercemar dengan beberapa skandal moral itu memang mengocak trankuiliti dalam Umno. Keheningan dan ketenangan yang cuba dirasai dengan berambusnya Mahathir kini bergelora semula. Ini memang amat dirasai oleh ahli bawahan, malah turut diketahui oleh pemimpin atasannya. Belum pun reda dan hilang kesan gegaran oleh penyingkiran dan pengaiban yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim, Umno bergolak lagi. Apa yang dibuat oleh media dan juga lawatan PakLah dan Najib ke seluruh negara adalah untuk memperbaiki kerosakan yang timbul.
Manakala media pula memainkan peranan betapa tiada perpecahan di kalangan pemimpin atasan terutamanya tiga Naib Presidennya. Masing-masing menunjukkan kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi. Yang berjawatan menteri akan memuji, apatah lagi yang menggigit jari seperti TS Muhammad Mohd Taib. Lebih menarik apabila beliau yang terkenal dengan kisah menyeludup wang 17 kilogram ke Australia itu turut menggunakan analog imam dan makmum dalam sembahyang sebagai alasan ketaatan. Lalu peranan masing-masing cuba ditekankan demi memperkukuh dan memperkuatkan parti. Matlamat mereka hanya satu- yakni bagi menghadapi pilihan raya. Mereka tidak sanggup menghadapinya dalam keadaan yang berkecamuk seperti sekarang.
Analog imam dan makmum ini memanglah satu modal Umno yang terkini. Kita masih ingat pada hari-hari pertama PakLah menjadi PM, gambar beliau mengimamkan sembahyang sudah menjadi bahan jajaan. Cuma belum ada yang membingkaikan untuk dibuat pelaris perniagaan seperti golongan peniaga Melayu yang menggunakan gambar Almarhum Sultan Badlisah di Kedah. Mike Tyson begitu ghairah menekankan konsep perpaduan dan ketaatan itu sehingga telah menjadikan Selangor sebagai contoh yang kini diimamkan oleh Perasuah Terkemuka Dr Khir Toyol. Maka analog itu sudah menjadi seperti satu lelucon pula. Apakah rakyat perlu taat dan mengikut sahaja pemimpin yang memang sah bergelumang dengan rasuah?
Semenjak menjawat jawatan PM, PakLah secara berkala telah menimbulkan soal rasuah dan usaha kerajaan pimpinannya untuk menangani gejala itu. Berselang-seli ia timbul di celahan tragedi jalan raya, kebakaran mahupun kes pembunuhan yang berleluasa. Dengan pengaruh akhbar, cakapnya itu digembar-gemburkan seolah-olah sehingga hari ini belum ada rasuah dalam negara atau sekurang-kurangnya ia dalam bentuk kecil yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dan penguatkuasa sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Malangnya bagi rejim yang baru mendapat TPM baru, kerana tajuk rasuah dan seumpamanya hanya akan membidas untuk kena atas batang hidung sendiri. Siapa yang tidak tahu kes rasuah Mahathir, Rafidah Aziz, Rahim TC dan lain-lain bapa menteri? Media alternatif telah menyiarkan siap dengan bahan bukti. Malah telah diberitahu dalam ceramah, kaset, VCD dan sebagainya. Rakyat masih menunggu apa agaknya yang akan dibuat PakLah selain daripada bercakap saja? Rakyat sudah meluat dengan retorika ala Tun Kepala Taik. Rakyat dan Orang Melayu tidak pernah lupa.
Bersamaan dengan bersaranya TKT Mahathir, pemimpin muda Barisan Alternatif telah sekali lagi membuat laporan polis akan isu rasuah PM dan kroninya. Apakah yang sudah dibuat PakLah selain daripada menghayunkan kerandutnya sahaja? Retorika adalah kesinambungan TKT Mahathir juga.
Orang Melayu wajar bertanya ke manakah mereka mahu dibawa? Kita nampaknya bukan berada di persimpangan akan tetapi berada dalam bulatan sebuah jalan. 22 tahun TKT berkuasa, orang Melayu sudah menjadi bercempera dalam segala perkara. Memang sedih dan malang kerana bangsa lain mentertawakan orang Melayu dek kerana sikap dan gelagat seorang petualang. Orang Melayu masih diajak untuk memuji sedangkan bangsa lain sudah memindahkan wang ke luar negeri. Mereka juga digalakkan bersyukur kepada seorang bedebah bertaraf pisau cukur.
Selain daripada Najib, melonjaknya seorang lagi keturunan mamak TS Mohamad Yakcop memang suatu yang patut diawasi. Mereka yang berada di bidang ekonomi dan kewangan harus memantau musibat yang seorang ini. Jika PakLah begitu berazam sangat mahu menghancurkan institusi rasuah dalam negara, sepatutnya loyalis TKT ini tidak diambil-kira semasa ia mengarap kabinetnya. Kenapa perlu PakLah membawa masuk seorang lagi bedebah yang pernah menyebabkan negara kerugian RM30 Billion sedikit masa dahulu. Kerana kerja kotornya yang tidak diberitahu kepada Gabenor BNM ketika itu, Datuk Jaafar Hussein, Gabenor telah mengambil tanggungjawab untuk bersara. Manakala TS Mohd Nor telah diberi surat berhenti sambil arahan supaya tidak lagi terlibat dengan institusi kewangan semasa Anwar berada di situ. Apabila sahaja beliau dinaikkan semula oleh TKT Mahathir, kita patut menyedari betapa mereka berdua adalah rakan akomplis dalam menjahanamkan ekonomi negara.
Jika sudah begitu buruk dan kotor latar belakangnya, kenapa pula media massa dan PakLah sanggup berbohong di khalayak betapa pilihannya itu tepat bagi menjungkit kembali ekonomi negara yang tenat? Kenapa ia digilap sebagai seorang tokoh ekonomi yang hebat dan super tanpa menyebut langsung jumlah wang negara yang lebur? Lebih melucukan apabila akhbar kongkongan mereka telah bermantera yang Najib seorang yang berkebolehan dalam ekonomi, malah dikatanya sebagai tokoh! Tidakkah haru cerita sebegitu?
Apa yang cuba ditenun oleh Muhd Taib adalah seumpama seekor lelabah yang bersusah-payah membaiki sarangnya yang telah hancur dibolos angin badai. Jika pun ia berjaya menenun sarang itu, ia tidak lagi kuat seperti mana asalnya. Lebih mengerikan sekiranya sarang itu sendiri menjadi kuburan bagi si penenunnya. Apa tidaknya, jika kita mengambil tahu dan memahami dengan tepat apa yang berlaku kini dalam negara kini. Kita seharusnya jangan lupa akan catatan sejarah kerana daripada situ banyak yang boleh dipelajari dan boleh memandu kita untuk melakar masa hadapan.
Apabila memperkatakan tentang sejarah, kita dengan segera dapat mengingati kisah seorang pembesar negara yang ditahan Imigresen Australia kerana cubaan menyeludup sejumlah mata wang yang hanya diukur dengan penimbang sahaja. 17 kilo wang asing memang besar nilainya. Akhirnya beliau terlepas setelah berlakon sebagai seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris! Kemudiannya negeri yang diketuainya dahulu, kini sudah pula mempunyai seorang ketua baru yang amat terkenal dalam pengamalan rasuah sehingga digelar penulis Marhaen sebagai Pengamal Rasuah Terkemuka. Dan orang ini yang Muhd Taib seru supaya dianggap sebagai imam. Mungkin elok untuk mereka berdua berimam dan bermakmum sesama sendiri kerana cita rasa dan jatidiri yang sama. Akan tetapi janganlah pula diajak rakyat bersama-sama menjadi bodoh dan jahil seperti mereka.
Jika kita melihat kembali ke belakang selama 22 tahun lalu, kita pasti dapat meneka siapakah Imam Besar mereka. Tanpa diragui lagi. Anda tentu dapat mengagak siapa gerangannya.
Dr. Nologareng - 26.01.2004
|
|
|
| |
| Hanya REVOLUSI Dan Bukannya EVOLUSI Yang Mampu Membawa Perubahan |
| 01.27.04 (10:32 pm) [edit] |
Sudah sah kini betapa ‘peperangan’ itu sudah pun bermula. Pertembungan antara polis dan para penyokong Anwar Ibrahim di Pasir Salak pada malam Sabtu lalu, sudah memperakukannya. Sejak Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk kepimpinan negara daripada TKT Mahathir, pada jam 3.00 petang, 31 Oktober 2003, pihak polis dan kumpulan Anwaris sudah mula bertentangan mata. Ketika mereka naik marah dan meluat dengan keputusan mahkamah rayuan yang menafikan ikat-jamin, mereka telah mengepung kereta pacuan empat roda milik Jabatan Penjara untuk menyekat mereka membawa Anwar pulang ke Sungai Buluh. Ketika itu pihak polis sungguh berhati-hati meredakan keadaan. Tetapi pada malam Sabtu lalu, walaupun perhimpunan manusia itu berbentuk kumpulan aman, polis telah bertindak ganas menyerbu masuk dan meneruskan semula tradisi kebajingan yang diamal mereka semasa era Mahathir dengan memukul dengan ganasnya para penyokong Anwar.
Sesungguhnya, kerajaan sudah semakin gerun melihatkan kumpulan Anwaris di bawah panji-panji Gerakan Anwar Bebas (The Free Anwar Movement) yang merupakan versi tempatan kepada ‘International Free Anwar Campaign', yang telah menyusun-atur perhimpunan tersusun, konvoi dan edaran risalah di seluruh negara. Gerakan itu masih di tahap awalan lagi, dan kempen sebenarnnya hanya baru bermula. Kita boleh menjangka lebih banyak pertembungan pada minggu dan bulan-bulan mendatang. Ini merupakan satu peristiwa yang tidak boleh dielakkan.
Akan tetapi masih ada isu yang lebih besar selain memperjuangkan kebebasan Anwar, ataupun sekurang-kurangnya kebebasan “sementara” ikat-jamin. Isu itu ialah pilihan raya umum yang akan menjelma paling lewat pada akhir Mac ataupun pada awalan April tahun ini. Apa juga tindakan Anwaris dan Gerakan Anwar bebas, seharusnya tindakan itu tidak membahayakan peluang pihak pembangkang dalam pilihan raya umum itu, kerana pihak pembangkang bukan sahaja mempunyai peluang terbaik mengekalkan dua negeri yang kina sudah pun dikuasainya, malahan berkemungkinan merangkul satu ataupun dua negeri lagi yang sudah menyerlahkan kemungkinannya.
Kumpulan Anwaris harus faham bahawasanya bukan semua pengundi yang akan turun mengundi (ataupun sudah pernah mengundi pada pilihan raya umum dahulu) berbuat demikian untuk pembangkang itu adalah kumpulan Anwaris. Malahan, ada antara mereka itu tidak pun suka kepada Anwar. Tetapi mereka memberikan sokongan kepada pembangkang kerana isu yang lebih besar melibatkan usaha membasmi rasuah, ketelusan, menamatkan pembaziran kerajaan dan dana rakyat, mengembalikan kebebasan kepada badan kehakiman, menghentikan kezaliman polis dan pembunuhan suka-suka, dan untuk menegakkan kebebasan seperti hak berkumpul beramai-ramai, kebebasan bersuara dan berkumpulan.
Pada pilihan raya umum yang lalu, pihak pembangkang telah berjaya merangkul 46% bersamaan dengan 2.6 juta undi, berbanding 54% yang dimenangi oleh parti kerajaan yang bersamaan dengan 3.1 juta undi. Sokongan seperti ini masih lagi wujud dan mungkin naik bertambah lagi dengan kemasukan pengundi baru yang berdaftar – seramai dua juta orang. Yang ternyata anti-establishment. Akan tetapi sokongan ini mestilah tidak boleh didingini oleh kemunculan adanya riak ‘keganasan’ di pihak pembangkang, terutama sekali golongan Anwaris.
Memang tidak perlu digusarkan lagi bahawa kerajaan akan terus mencetuskan provokasi ke arah pertembungan semacam ini pada minggu-minggu yang mendatang sebagai satu helah menunjukkan betapa pihak pembangkang memang ganas dalam usaha menakut-nakutkan para penyokong pembangkang yang lebih konservatif, kumpulan ini merupakan kumpulan yang bersedia mahukan perubahan melalui peti undi dan bukannya melalui rusuhan jalanan. Para konservatif ini mahukan perubahan evolusi dan bukannya dengan cara revolusi.
Apakah yang harus dilakukan sekarang? Haruskan kita gencatkan kempen pembebasan Anwar itu setelah menyedari kerajaan akan terus menumpulkan setiap usaha dan cuba menukarkannya menjadi rusuhan jalanan? Tidak! Apa yang perlu kita lakukan ialah mengadakan satu pemisahan antara peranan parti daripada pergerakan membebaskan Anwar. Parti masih boleh menyuburkan isu kebebasan Anwar itu sebagai salah satu isu kegiatan parti. Ia masih boleh menggunakan isu kezaliman yang ditimpa ke atas Anwar, terutama sekali penafian hak ikat-jamin dan gelagat ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan yang sengaja ‘terlupa’ akan beberapa bahan bukti yang penting bagi kes Anwar, sebagai bukti betapa korupnya kerajaan yang ada. Anwar masih boleh menjadi satu ikon perjuangan mewujudkan satu Malaysia yang lebih baik. Tetapi pihak pembangkang perlu juga menyuburkan segala isu yang lebih besar dan lebih menyeluruh serta tidak menimbulkan satu persepsi bahawa kelantangan pembangkang itu hanya setakat hal ehwal Anwar semata-mata.
Anggota kumpulan Anwaris seperti Tian Chua, Lokman Noor Adam, Ezam Mohd Nor, Ghani Haroon, N, Gobalakhrishnan, Zahid Md Arip, Adlan Benan Omar, Ruslan Kassim, dan ramai lagi, harus membuat keputusan apa yang sebenarnya mahu mereka lakukan. Kalau mereka mahu bertanding dan menjadikan politik itu kerjaya masa depan mereka sepenuh masa, mungkin mereka harus tidak begitu terlibat dengan kerja-kerja mengatur ataupun memimpin sebarang aktiviti yang mungkin dianggap sebagai ganas dan memberikan tumpuan mereka kepada pilihan raya yang akan tiba. Akan tetapi, seandainya mereka tidak berminat bertanding dalam pilihan raya umum nanti ataupun sudah dikira tidak boleh bertanding disebabkan terlalu banyak hukuman mahkamah ataupun berkemungkinan menghadapinya lagi, maka eloklah mereka teruskan dan mengetuai kempen membebaskan Anwar berasaskan satu pentas berbeza bukan-kepartian bentuknya.
Enam minggu adalah tempoh dijangkakan pilihan raya umum yang akan datang. Ini bukanlah satu masa yang lama untuk menunggu. Dengan sekelip mata kita akan menghadapi para pengundi. Mereka tidak seharusnya merasa gementar, dan takut-takut kalau ada lagi pertembungan sepanjang enam minggu mendatang. Kerana itu pergerakan membebaskan Anwar mesti berenggang jauh daripada perjuangan parti.
Adalah amat penting, dan mungkin juga diperlukan, kalau insan seperti Lokman dan beberapa lagi ‘pemikir’ di sebalik pergerakan Gerakan Anwar Bebas, keluar daripada parti. Adalah menjadi tugas mereka untuk melindungi dan menampan parti daripada sebarang libasan disebabkan kempen manusia, konvoi dan kempen risalah yang dirancang sepanjang beberapa minggu yang mendatang. Seandainya mereka difikirkan lebih berguna kepada parti, eloklah mereka memberikan tumpuan kepada hal ehwal parti, khususnya untuk menghadapi pilihan raya. Tetapi kalau mereka lebih berguna memimpin kempen membebaskan Anwar, mereka boleh teruskan kempen itu di luar ruang lingkup parti. Dengan cara itu mereka tidak terkongkong dalam pergerakan mereka itu.
Kita sedar bahawasanya Anwar tidak akan dibebaskan melalui saluran kehakiman dan Undang-undang. Satu cara membebaskan Anwar ialah menubuhkan kerajaan yang baru, tetapi ini mungkin memerlukan beberapa pilihan raya umum lagi kerana ia tidak mampu terlaksana melalui satu pilihan raya sahaja. Kerana itu, harapan untuk mengadakan perubahan melalui proses evolusi adalah satu perkara yang terlalu besar untuk diimpikan. Perubahan terpaksa dijalinkan melalui revolusi.
Ramai pihak yang mentakrifkan revolusi itu sebagai keganasan dan pertumpahan darah. Sebenarnya perkara ini tidak perlu begitu. Evolusi bermakna perubahan yang mengambil tempat secara perlahan-lahan sedangkan revolusi adalah perubahan yang terjadi secara tergesa-gesa dan mendadak. Contohnya ialah Revolusi Industri di Eropah tidak melibatkan tindakan militan tetapi melibatkan anjakan paradigma. Perubahan revolusi masih boleh dicapai tanpa mengangkat senjata dan bunuh-membunuh. Tetapi, perubahan revolusi, berbeza dengan perubahan evolusi, memang memerlukan anjakan paradigma.
Memang kita amat memerlukan satu perubahan. Sudah lima tahun mereka menahan Anwar. Kalau kita terus berlengah, ia akan memakan masa enam tahun lagi sebelum Anwar dapat melihat erti kebebasan, dan itu pun kalau dia dibenarkan pengurangan hukuman sebanyak satu-pertiga. Jika tidak ia akan memakan masa sembilan tahun lagi.
Kita memerlukan orang-orang yang bersedia mengorbankan kerjaya politik dan bekerja ‘sepenuh masa’ untuk melihat Anwar dibebaskan. Kita memang sedar hakikatnya di kalangan parti pemerintah itu sendiri, khususnya UMNO, memang terdapat ramai loyalis Anwar. Cuma mereka masih merupakan penyokong terkongkong yang tidak berani menyatakan kesetiaan mereka kepada Anwar secara terbuka. Malahan Tun Kepala Taik Mahathir tidak berupaya membuat congakan apakah tahap sokongan terhadap Anwar yang sebenarnnya masih wujud dalam UMNO.
Salah seorang pemimpin utama UMNO pernah bersuara baru-baru ini, bahawa terdapat ramai penyokong Anwar yang masih berada dalam UMNO. Cuma tidak wujud ‘pergerakan’ Anwar yang sebenar-benarnya dalam UMNO kerana tidak ada sesiapa yang menganjurkannya. Setiap pergerakan memerlukan seorang pemimpin, ataupun sekurang-kurangnya seorang tukang fikir. Tanpa nisbah ini, para penyokong akan terus bersembunyi.
Hmmmmm.... Apakah kemungkinannya kalau ada antara kita yang dapat menerbus masuk menjadi anggota UMNO dan mulakan Pergerakan Bebaskan Anwar daripada dalam parti itu? Sudah pasti ia akan menggegarkan UMNO. Siapa tahu, itu jalan yang paling mudah untuk membebaskan Anwar.
Orang Melayu kerap berkata, musuh dalam selimut adalah musuh yang paling berbahaya. Sememangnya UMNO memerlukan beberapa musuh dalam selimutnya untuk menentukan kepupusannya yang lebih cepat, dan dengan itu dapat membebaskan Anwar.
Raja Petra Kamarudin Pengarah, Free Anwar Campaign http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya...
|
|
|
| |
| Lokman Noor Adam: Perginya Wira Dari Sebalik Tirai Perjuangan ! |
| 01.27.04 (10:31 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT Dan Salam Perjuangan,
Berita Gempar! Penyertaan semula Setiausaha Pemuda KeADILan, Saudara Lokman Nor Adam ke dalam UMNO sesungguh tidaklah memeranjatkan Cucu. Beliau yang baru enam bulan keluar daripada Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dikatakan bukan sahaja keluar dari parti KeADILan malahan turut menjalankan kempen bagi menarik lebih ramai lagi rakan-rakan supaya menuruti jejak langkahnya. Sebagai rakan yang mengenali Lokman semenjak beliau masih di menuntut di Institut Teknologi Mara Cawangan Perak lagi, Cucu sebenarnya amatlah bersimpati dengan Lokman. Cucu tahu keputusan untuk beliau meninggalkan KeADILan dan kembali menyertai UMNO sebenarnya bukanlah satu keputusan yang dibuat dengan sepenuh hati. Beliau sesungguhnya berada dalam dilema antara memilih perjuangan politik dan perjuangan hidup. Melihat kepada sikap dan gerak-geri Lokman setelah dibebaskan dari ISA, Cucu sudah dapat membayangkan yang keputusan ini akan diambil oleh beliau suatu hari nanti. Perjuangan politik sememangnya harus diteruskan demi menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan melakukan perubahan atau reformasi. Kata-kata inilah yang sering bermain dibenak fikiran beliau kerita mula-mula dibebaskan daripada tahanan ISA. Cucu sempat bersama Lokman ketika beliau datang ke Kuantan baru-baru ini, di mana ketika bersama Lokman sempat mengeluarkan kenyataan yang beliau sendiri bosan dengan keadaan hidupnya hari ini. Sudahlah selama dua tahun berada dalam tahanan ISA, bila dibebaskan beliau masih gagal untuk memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarganya. Ini kerana, beliau terpaksa mengadakan siri ceramah ke seluruh negara, sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan seharian. Bayangkan beliau harus memenuhi setiap undangan ceramah yang diadakan pada setiap hari, hinggakan masa bersama keluarga terus terbiar begitu sahaja, sudahlah dua tahun tidak bersama. Apa yang menjadi masalahnya ialah faktor ekonomi. Lokman terjebak dalam masalah ekonomi yang kritikal. Walaupun beliau sayangkan perjuangan! Namun perjuangan hidup itu adalah yang paling utama, demi kebahagiaan anak-anak serta keluarga . Apalah gunanya perjuangan, kalau masa depan diri sendiri tidak tentu hala tujunya. Perjuangan harus diteruskan.. tetapi masa depan keluarga juga harus diutamanakan. Apa yang berlaku kepada Lokman sebenarnya turut dialami oleh sebahagian besar pejuang KeADILan yang lain. Cuma apa yang membezakan Lokman dengan mereka ialah, mereka masih menggunakan slogan ”Lawan Tetap Lawan”. Slogan keramat inilah yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa era”Reformasi” ;dulu, dan slogan inilah yang menjadi senjata sebahagian besar pejuang KeADILan bagi meneruskan cita-cita untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman di bumi Malaysia ini. Susulan daripada penyertaan semula Lokman ke dalam UMNO, Cucu amatlah berharap agar pucuk pimpinan KeADILan dapat memantau akan perkara ini. Cucu difahamkan lebih ramai lagi pemimpin KeADILan akan mengikut jejak Lokman selepas ini. Justeru itu, pucuk pimpinan KeADILan perlulah lebih berhati-hati dalam menangani perkara ini. Sesungguhnya fenomena ini sering berlaku ketika menjelang pilihan raya umum. Apa yang pasti, sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung Cucu khuatir orang ramai terutamanya pengundi atas pagar akan hilang keyakinan untuk menyokong KeADILan . Bukankah ini akan merugikan parti sebenarnya? Cucu tidak mahu fikirkan berapa banyak imbuhan wang yang Lokman terima bila mengisytiharkan dirinya menyertai semula UMNO? Itu hak Lokman, dan Cucu percata memang habuan itu akan Lokman terima. Cucu difahamkan pihak-pihak SB sebenarnya sedang mencari orang-orang seperti Lokman untuk”dibrainwash 8221;agar kembali menyertai UMNO. Cucu tak fikir usaha ini dijalankan tanpa ada”WANG". Imbuhan wang lah yang biasanya akan menyebabkan sesorang itu akhirnya tewas ketika beliau dalam keadaan terdesak dan amat memerlukan . Alasan ini jelas sekali kerana, Lokman adalah bekas orang kuat Pemuda UMNO dan berjuang dalam keadilan selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat. dan beliau merupakan seorang pejuang yang kental dan berhati waja. Sebab itulah ketika ditahan dibawah ISA, beliau cekal melawan segala dugaan yang mendatang..dan tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus berjuang dalam KeADILan. Sedangkan pada masa itu pihak SB setiap hari menekannya dengan pelbagai ujian. Kenapa ketika itu Lokman tidak saja kembali ke pangkuan UMNO. Mungkin ketika itu beliau akan terus dibebaskan dan tidak berada dalam ISA hingga dua tahun lamanya. Lihat saja apa yang berlaku kepada Zahid Hamidi, belum apa-apa dah umumkan yang beliau setia dengan UMNO. Akhirnya masih diberi kepercayaan untuk terus menjadi pemimpin dalam UMNO dan menikmati kemewahan UMNO. Paling menyedihkan, Cucu ada mendengar berita beberapa bahagian KeADILan di seluruh negara termasuk di negeri Pahang ini sedang melobi untuk mencalonkan Lokman sebagai Calon Kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Mujurlah Lokman keluar dari KeADILan sebelum namanya dicalonkan. Kalau tidak apakah yang akan terjadi kepada KeADILan agaknya. Sayang seribu kali sayang! Lokman tidak selicik Zahid Hamidi, beliau sanggup menanggung segala onak dan ranjau yang berduri, dan sanggup berada dalam kerangga besi di Kem Kemunting atas nama perjuangan, tetapi akhirnya tertunduk dan terkulai layu. Apakah keputusan Lokman itu ada kaitannyer dengan penolakkan rayuan ikat jamin Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ini? Tahniah diucapkan kepada Lokman kerana sudi berjuang dalam KeADILan selama ini. Semangat wira yang beliau tunjukkan haruslah diteruskan oleh generasi akan datang .. semoga hikayat Lokman akan terus kita kenangi ”Lokman: Perginya Wira Dari Sebalik Tirai Perjuangan!” Apa yang penting, Cucu senantiasa mendoakan agar Lokman akan berjaya dengan keputusan yang beliau lakukan ini. Ingatlah! Anwar terus terpenjara! Betapa sedihnya hati DSAI bila menerima berita ini. Marilah kita sama-sama jadikan kes Lokman ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus berjuang bagi menegakkan keadilan di bumi tercinta ini.
"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan!!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan!!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan "Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cmk_pahang@yahoo.co.uk - 26.01.2004
|
|
|
| |
| Paklah Berunding dengan PM Singapura yang dah Tak berguna. |
| 01.27.04 (10:30 pm) [edit] |
Bangga la kononnya Paklah dapat berdiplomasi dengan Singapura? Benarkah? Apakah Paklah mahu bersandiwara lagi. Barang siapa yang peka terhadap politik negara iiran, Goh Chok Tong PM Singapura sekarang hanya tinggal sisa-sisa usianya sebagai PM!! Desas-desus Goh Chok Tong bakal melepaskan jawatannya seperti yang berlaku kepada Tun Dr. Mahathir. Ia bakal diganti dengan anak Lee Kuan Yew. Apakah ini satu lagi siri Pembaziran Kerajaan? Lupakah kita isu Air yang mana kerajaan membelanjakan berjuta ringgit hanya mahu menerbitkan buku menghentam Singapura yang membuli Malaysia dari harga air yang dibeli kononnya! Kini senyap seribu bahasa. Cukuplah Paklah.. jangan dok berlakon... menghabiskan duit kerajaan saja dok main golf.. Raikan Goh Chok Tong!! Takkan ada hasilnya. Diberitakan juga, kesudian Goh Chok Tong ke Malaysia adalah antara kebimbangan PM Singapura itu terhadap senario politik sekarang!! Mereka bimbang Islam naik di Malaysia melalui PAS!! Dan Singapura akan diancam dengan Kerajaan Baru ini. Jadi elok sangatlah Paklah yang juga Anti Islam. Bermuafakat dan bermesra dengan yahudi Asia itu. Jangan Lupa... Isu JI ditimbulkan oleh Singapura hasil pakatan POLIS Malaysia dan Singapura!! Malah polis Malaysia percaya 100% hasil risikan Singapura yang terkenal Anti Islam itu..!! Malah nama yang ditangkap ISA adalah datangnya daripada arahan Singapura... Jadi bersedialah sebelum Pilihan Raya. Ini kerana PAKLAH sekali lagi bakal berganding bahu dengan Singapura mahu membuat pakatan rahsia menghancurkan Islam!! Dahulu Paklah selaku Menteri Dalam Negeri memainkan peranannya. Kini melalui jawatan PM yang disandang!! Perancangan Paklah akan lebih Licik!! Saya ingatkan!! Isu Air takkan selesai dengan cara Paklah!! PAKLAH sebenarnya Barua kepada Singapura!! Paklah yang menghancurkan Islam di Malaysia dengan bantuan Singapura!! Jadi PAS harus bersiap sedia dengan pakatan terbaru Malaysia - Singapura!! Lawan Tetap Lawan!!
Kiriman Reformis Muda - 26.01.2004 (disiarkan tanpa semakan/suntingan)
|
|
|
| |
| Amerika Membunuh Diri di Iraq |
| 01.27.04 (10:29 pm) [edit] |
Semua orang tahu yang apabila seorang pegawai polis menangkap seorang yang disyaki, perkara terakhir yang berada dalam fikiran mereka ialah menjalankan ujian DNA selama dua hari yang kompleks itu bagi memeriksa asal-usulnya, atau bagi melihat sama ada yang disyaki itu mungkin mendakwa terdedah kepada penyakit Alzheimer atau pelbagai penyakit yang menakutkan. Sudah tentu tidak! Sekiranya terdapat keraguan pengenalan diri, pegawai polis akan mengambil cap jari lelaki itu dan membandingkannya dengan beberapa cap jari yang diperolehi dari tapak jenayah. Dapatkan persamaan ciri-ciri yang mencukupi atau bandingkan dengan cap jari dan anda perolehi persamaan yang sempurna. Dalam kes Presiden Saddam Hussein ianya tentu sahaja mudah, kerana beberapa salinan sempurna ibu jari bekas pemimpin Iraq itu bertaburan dengan banyaknya di seluruh Iraq, dan ada juga yang tersimpan dengan selamatnya dengan sebuah syarikat Jerman dan dua buah syarikat British termasuk kilang logam Morris Singer. Dalam tahun 1986 Morris Singer adalah sebahagian konsortium yang dikepalai Jerman, yang telah menempa lengan gangsa dalam pembinaan lengan Saddam Hussein yang besar bergelar ‘Arca Tangan Kejayaan’ di Baghdad. Kita akan kembali kepada cerita menarik ini kemudiannya.
Malangnya, cap jari akan membuktikan penipuan mega Cheney, Wolfowitz dan Rumsfeld di Tikrit, yang bergantung sepenuhnya kepada asap perabun bagi meyakinkan populasi dunia yang AS sedang memenangi peperangan/pencerobohan di Iraq, yang juga bermaksud semua negara yang menentang pencerobohan haram AS sebelum ini sepatutnya bersama-sama menyertainya dan mula menyumbang wang tunai kepada Washington DC.
Pada paras ketiga, kelentungan mega ini telah mematikan peluang parti Demokrat menang di Amerika, yang kini terkutik tanpa isu kuat dalam perebutan jawatan Presiden nanti. Tanpa diragukan Cheney, Wolfowitz dan Rumsfeld beranggapan yang mereka telah berjaya menyelam sambil minum air dan makan roti sekali gus, akan tetapi gerombolan senteng akal ini hanya memandang ke Utara dari Baghdad ke Tikrit semasa mencetuskan perancangan itu dan terlupa untuk menjeling cermin memandang belakang. Sekiranya mereka meluangkan masa untuk itu, mereka tentu sahaja mengambus terus lelaki berjanggut yang dijumpai itu untuk selamanya dengan bulldozer D9.
Kita pun tidak tahu apa yang telah menyebabkan kelompok Shiah itu mempercayai CIA yang terang-terangan mempunyai hubungan dengan Mossad, lalu mengangkat senjata AK-47 dan Grenad Pelancar Roket menghala ke Utara, membunuh siapa sahaja yang dilihat sebagai Islam Sunnah. Presiden Saddam tentu sahaja tidak gembira lalu menghantar 3 division kereta kebal Pengawal Republikan bagi menghadapi penentangan Shiah itu secara berhadapan. Walaupun angka sebenar masih tidak diketahui, adalah dipercayai yang antara 15,000 dan 20,000 Islam Shiah telah dibunuh dalam tempoh kurang sebulan.
Gerombolan Shiah yang begitu terdesak cuba menghubungi rakan baru mereka itu daripada CIA untuk bantuan sokongan udara, peluru dan pelbagai kelengkapan lain yang dijanjikan dengan banyaknya itu, malangnya rayuan mereka hanya dibalas oleh suara mesin menjawab telefon. Jelas para bedebah itu sedang berpelesiran bercuti di Florida dan tidak berselera untuk diganggu oleh kelompok ‘Ayrab’ yang telah pun mereka lupai beberapa minggu sebelum ini. Dalam erti kata lain, dalam tradisi hebat komuniti Perisikan Amerika, CIA telah memungkiri perjanjian mereka.
Jadi dalam masa kurang sebulan, puak Islam Shiah Selatan Iraq telah mempelajari dua emosi yang cukup kuat. Pertamanya adalah ketakutan yang amat terhadap Saddam Hussein dan keduanya kebencian yang tiada tara terhadap CIA dan semua rakyat Amerika secara amnya. Bagi memahami kesan daripada perancangan oleh Cheney, Wolfowitz dan Rumsfeld dengan kelentungan Mega Tikrit itu, adalah penting bagi kita memahami perbezaan antara dua emosi itu dan implikasi yang terjadi daripadanya.
Satu-satunya yang menghalang orang Islam Shiah daripada membunuh para penceroboh ialah kebimbangan setelah AS berundur pergi dari Iraq, Saddam akan kembali menghenyak mereka seperti mana yang telah dilakukan pada tahun 1991. akan tetapi dengan ‘penangkapan Saddam’ pihak AS telah membuang kebimbangan itu, lantas mempelawa Moqtada al-Sadr bagi membuka medan perang di Selatan terhadap penceroboh.
Di sinilah kebencian akan menonjolkan dirinya. Bukan sahaja Islam Shiah menyalahkan AS yang telah menyebabkan 15,000-20,000 rakan mereka terbunuh pada tahun 1991, malah mereka juga berhak menyalahkan AS atas kematian ribuan warga yang terbunuh dan cacat oleh serpihan senjata sejak pencerobohan bermula awal tahun ini. Setiap seorang lelaki Shiah di Selatan mahukan cebisan daging tubuh tentera Amerika dan dengan penahanan Saddam Hussein, tindakan mereka kini tidak lagi ada hambatannya. Orang Shiah memang takutkan Saddam, tetapi mereka nyata tidak bimbangkan tentera Amerika yang dianggap mereka secara kolektif sebagai kacang hantu pengganggu keamanan.
Apa yang berlaku ialah Cheney, Wolfowitz dan Rumsfeld telah membuang hadangan terhadap mesin perang yang berjumlah sejuta orang Shiah yang dipanggil tentera Mahdi dan apa yang perlu Moqtada al-Sadr lakukan kini hanyalah memberikan arahan. Ingat, tentera Mahdi Shiah telah mengepung semua laluan tentera AS ke Selatan mengarah ke Kuwait, satu-satunya jalan keluar bagi 110,000 lebih tentera Amerika.
Agak sukar untuk mengatakan secara tepat bila Moqtada akan bertindak. Beliau mungkin memulakan serangan ke atas konvoi tentera, atau mungkin berpandangan yang lebih baik menunggu beberapa bulan sehingga pasukan penentangan Sunnah di Utara berjaya melemahkan tentera AS. Apa pun, Moqtada al-Sadr akan membalun kesemua konvoi Amerika yang tergesa-gesa meninggalkan bumi mereka, dengan meminjam istilah kuno ketenteraan yang bermaksud ‘suasana sasaran yang mewah’. Masihkah anda ingat kemusnahan besar atas ‘lebuh raya Maut’ yang mengarah ke Kuwait semasa Perang teluk pertama? Begitulah rupanya, cuma kali ini gantikan mayat tentera AS dengan mayat tentera Iraq yang kamu lihat 13 tahun lalu.
Hanya satu jalan bagi menghentikan kemusnahan itu, dengan cara membenarkan lelaki berjanggut itu terlepas dari kurungan di Lapangan terbang Baghdad, sebelum Rusia, Peranchis dan Jerman menuntut yang lelaki itu diambil cap jarinya di mahkamah terbuka oleh pasukan pakar forensic yang bebas menggunakan peralatan ringkas berharga 50 dollar. Cara bagaimana Saddam melepaskan diri perlulah meyakinkan, iaitu sungguh dramatic dan terakam oleh video, dengan lelaki berjanggut itu menghamburkan diri dengan beraninya menyeberangi timbunan pasir di celah-celah bunyi bising peluru pengesan Amerika.
Tentu sahaja kerja ini mudah jika diserahkan kepada produser Hollywood yang menghasilkan drama dokumentari ‘Spider Hole in Tikrit’ dan filem baru itu mungkin memiliki kesan merencat sekali lagi kebangkitan orang Shiah
Dakwaan pertama Rumah Putih tentang ‘persamaan DNA Saddam Hussein’ telah dibuat kurang dua belas jam selepas lelaki berjanggut itu diserkup, yang mana adalah mustahil, akan tetapi mudah sahaja mereka memperlecehkan hukum-hakam ujian itu. Hanya beberapa bulan lalu, para Saintis menjadi terkejut dengan satu penemuan di New Zealand betapa manusia yang langsung tiada hubungan persaudaraan di Pulau Selatan dan Utara memiliki DNA ‘seiras’, yang sekali gus telah menghayun ke dalam tong sampah dakwaan betapa DNA adalah senjata ajaib pengesanan forensik.
Manakala cap jari pula jauh berbeza kerana ianya mutlak unik yang dimiliki oleh setiap individu di atas muka bumi ini. Sharon Pink, Ketua Eksekutif syarikat British Foundry Morris Singer, tentu sahaja mengenali fakta ini apabila melihat kereta kebal AS bergerak di bawah Gerbang Kejayaan’ Baghdad dalam televisyen. “Pengarah syarikat itu sedar yang kita mempunyai contoh cap ibu jari Saddam yang tersimpan dalam peti keselamatan. Saya tahu yang mereka mempunyai DNA Saddam, namun masih merasa perlu untuk mengingatkan kerajaan untuk meminta daripada mereka contoh cap ibu jari tersebut sekiranya pihak keselamatan mahukannya bagi tujuan pengesahan diri.”
Pada masa itu, beberapa bulan lalu, PM British Tony Blair bersetuju. Dalam sepucuk surat ia berterima kasih kepada Sharon Pink kerana ‘tawaran luar biasa bagi specimen cap jari Saddam itu’, seraya mendedahkan yang Pejabat Kementerian Luar telah menyampaikan maklumat itu kepada Christopher Segar, ketua Pejabat British di Baghdad. Sharon mengatakan yang beliau telah pun memindahkan spesimen cap jari itu keluar daripada kilang ke satu tempat selamat dan menanti sekiranya Pejabat Menteri Luar berminat mendapatkannya. Salinan silicon cap jari itu yang diambil tahun 1986 juga tersimpan di Jerman.
AS dan Britain begitu terdesak untuk memanjangkan mitos lelaki berjanggut sebagai Saddam, adalah mungkin bagi pihak keselamatan akan merampas salinan silicon ini dan memusnahkan ia secepat mungkin, akan tetapi langkah itu tidak akan mematikan semangat mereka yang mahu membuktikan siapa lelaki berjanggut itu dalam perbicaraan penjenayah perang nanti. Apa yang perlu dilakukan ialah menghantar seorang pakar ke atas salah satu tangan itu bersenjatakan sekeping kertas 4 meter persegi dan sedikit ketulan arang. Dia hanya perlu mengambil cap jari gergasi Saddam itu dan kecilkan ia secara fotografi kepada saiz sebenar. Beres!!
Permohonan kepada pasukan penentang pencerobohan di Iraq: Sekiranya anda melihat seorang lelaki yang berwatak ilmuwan memanjat memorial perang dengan sekeping kertas besar dan ketulan arang, tolong biarkan ia lakukan tugasnya kerana ia sedang melakukan demi kepentingan keselamatan negara Iraq. Namun, sekiranya anda melihat gerombolan AS melakukan panjatan yang sama dengan membawa mesin pelican (grinder), tentu sahaja mereka itu anggota CIA yang mahu merosakkan bahan bukti, dan sepatutnya ditembak tanpa tangguh oleh penembak tepat anda. Tolong gunakan senjata yang khas yang mampu menghancurkan bedebah itu tetapi tidak merosakkan ibu jari gangsa yang amat berharga bagi tujuan kenal pasti itu. Terima kasih.
Pada awal laporan ini, anda telah secara sengaja telah disogok supaya mempercayai betapa tindakan Cheney, Wolfowitz dan Rumsfeld berkenaan pembohongan mega Tikrit itu adalah kerja haprak si pandir yang tidak pun mempunyai pengalaman berperang, atau dalam kata lainnya tiga orang pelawak politik dengan kecekapan analisis ketenteraan yang tidak mencukupi bagi mengenal bahaya sebenar dengan ‘penangkapan Saddam’ kepada nasib 100,000 tentera Amerika, yang terkepung di Iraq oleh sejuta tentera Mahdi pimpinan Moqtada al Sadr yang berdendam. Memang menyedihkan kerana bahan bukti telah mengarah ke situ.
Selepas pasukan rahsia ‘Red Dawn’ berlepas dari pangkalan ke Tikrit dan hanya dua jam sebelum lelaki berjanggut itu ditarik keluar dari lubang persembunyian, saya telah menghantar laporan ke internet bertajuk “Fortress Americas – Ben Gurion’s One True Zion” yang mana buat pertama kalinya perancangan rahsia Zionis untuk menculik dan menjajah rakyat Amerika didedahkan kepada umum.
Sebahagian daripada perancangan itu menyeru supaya ‘sekurang-kurangnya lima puluh peratus anggota militari AS dilemahkan secara biologinya” bagi melemahkan penentangan tentera Amerika, dan bagi alasan yang sama seruan dibuat agar sebahagian besar anggota tentera yang berbaki di Amerika diumpan keluar dari Amerika dengan alasan palsu ‘kecemasan keganasan’ di Hemisfera Timur.
Sekarang cuba anda fikirkan dengan cermat. Dick Chenney, kepala penipuan mega Tikrit, telah menjadi alas kaki Zionis untuk lebih dua dekad, dan sebagai Naib Presiden AS bedebah ini juga memiliki kuasa untuk mengetahui kesemua data taktikal dan strategic di Iraq seperti mana juga Wolfowitz dan Rumsfeld.
Lantaran itu adalah mustahil yang ketiga-tiga konspirator ini tidak nampak akan keadaan bahaya yang menanti tentera AS oleh tentera Mahdi Shiah Moqtada al Sadr yang dengan mudah saja melanyak tentera Amerika, sekali gus dengan itu telah membahayakan keupayaan tentangan tentera Amerika Syarikat terhadap penjajahan Zionis ke atas negara Amerika.
Secara ringkasnya, pemimpin politik AS secara sengaja telah melemahkan tentera AS sebagai ikhtiar mereka untuk membantu pengabdian dan kemusnahan separa rakyat Amerika di tapak kaki Zionisma.
Artikel asal dan juga rujukan bergambar http://www.joevialls.co.uk/subliminalsuggestion/w hatshisname.html" title="http://www.joevialls.co.uk/subliminalsuggestion/w hatshisname.html" target="_blank"http://www.joevialls.co.uk/su...
Terjemahan J-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 26.01.2004
|
|
|
| |
| Anjing PM Mati Pucuk Mengganas di Pasir Salak |
| 01.26.04 (10:45 pm) [edit] |
Assalamualaikum Tuan Pengarang! Hanye tinggal 2 minggu lagi, sebelum `Report Card 100 Hari` laki Endon Mahmud diperikse oleh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan, kebenaran, kebebasan dan ketelusan tertegak di tanah air mereke.
Tempoh 100 hari yang diberikan oleh rakyat untuk menguji kemampuwan sesorang pemimpin baru, sudah memadai. Sebenarnye jike seseorang itu punye kekuwatan diri, prinsip dan karisma sebagai pemimpin, diye hanye memerlukan beberape hari sahaje untuk diyakini oleh rakyat.
Namun bagi seorang malaun yang lembik, tak punye prinsip dan karismanye lompong, usahkan 100 hari malah kalau diberi tempoh 100 taun pun diye tetap tolol serte berlaku zalim. Begitulah hakikatnye Dolah Badawi PM Mati Pucuk.
Anjing PM Mati Pucuk Mengganas
PM Mati Pucuk yang tolol dan zalim tidak punye pilihan untuk meneruskan `wasiat Mahataik` menyikse Anwar Ibrahim melainkan mengerahkan segale macam anjing-anjing terlatih bagi menghalang kemaraan wira rakyat itu.
Heran ye! Bagaimane Anwar yang sedang menderite bertarung dengan kesakitan di Jel Sungai Buloh terus ditakuti dan digeruni oleh Dolah Mati Pucuk serta baruwa-baruwanye, sehinggekan kalau boleh name Anwar itu diharamkan daripade disebut-sebut.
Tambah pelik, di sebalik gembar-gembur regim korup (sebut regim anjing kurap) Umno BN mengkhabarkan rakyat dan duniye bahawa isu Anwar sudah hambar tapi terus menekan dan mengekang ape saje yang `berbau Anwar`.
Tak cukup dengan kekejaman PM Mati Pucuk dan Kabinet Korupnye (sebut Kabinet Anjing Kurap) menafikan permohonan ikat jamin DSAI pade 21 Januari lepas, kini program Gerakan Bebas Anwar (GAB) yang dikepalai pemude gagah berani Ezam Mohd. Noor terus diganggu.
Terbaru majlis pelancaran GAB Perak di Markas keADILan Pasir Salak di Permatang Pelanduk pada malam 24 Januari 2004 terang-terangan diganasi oleh skuad gangster berlesen Regim Anjing Kurap Dolah Mati Pucuk.
Lapan buah trak memuwatkan lebih duwe ratus ekor gangster berlesen lengkap bersenjate dan water canon telah menyerbu ke dalam kawasan markas membelasah dan menyepak terajang rakyat marhaen yang hadir untuk menyokong perjuwangan Anwar.
Saye amat beruntung kerane dapat hadir di majlis itu dan melihat sendiri insiden yang memaparkan betape dayus, bacul dan pengecutnya gangster berlesen @ anjing-anjing belaan PM Mati Pucuk mengganasi rakyat di dalam suwasane gelap gelite apebile bekalan elektrik sengaje diputuskan oleh Special Baruwa (SB) di premis berlanngsungnye program.
Berikut saye catatkan serbe-sedikit rentetan peristiwe di atas:
1. Roadblock oleh gangster berlesen telah dibuwat di setiyap pintu masuk ke lokasi program seawal jam 6.00 petang lagi. Antarenya jalan masuk utame ke Kpg.Gajah dari Teluk Intan – Cenderung Balai. Kerete yang saye naiki bersame tige oarng rakan dari Kapar turut digeledah luwar dalam. 2. Saye dan rakan-rakan (duwe daripadenye masih Umno MMK) sampai ke lokasi pade jam 9.00 malam. Kebetulan bersebelahan markas terdapat masjid. Kami pun solat `jama` Takkhir`. Ketike itu baru ade lime enam ekor gangster berlesen dan duwe buwah kerete peronde diletakkan di jalan besar berhampiran markas. 3. Saye terus masuk ke kawasan markas dan saye perhatikan ketike itu pengunjung masih belum berape ramai sekitar seratus lebih sedikit. 4. Sebaik-baik saje Sdr. Muhaimin Sulam Ketuwe Dewan Pemude Pas Perak selaku MC memulekan program pade jam 9.30 malam, kunjungan rakyat marhen mule bertambah. 5. Ketike Tn. Hj. Othman Abd. Rahman selaku Pengerusi keADILan Negeri Perak juge Ketuwe keADILan Bahagian Pasir Salak berucap, Ezam Mohd. Noor Ketuwe Pemude keADILan bersame rombongannya tibe di lokasi. Di saat itu kawasan markas mule sesak dengan ribuwan rakyat jelate. 6. Saye dapat mengagak sesuwatu yang tak berape baik akan berlaku, apebile melihat seorang lelaki pertengahan umur dengan walkie talkie di tangannye menghampiri saye yang berade kire-kire 30 metre dari pentas. Secare berbisik saye beritau rakan di sebelah` malaun` tersebut gerenti Special Baruwa yang ingin membuwat kacau. Ketike itu YB Usaili Adun Bota juge selaku Ahli MPT keaDILan sedang berucap. 7. Jangkaan saye tepat apebile SB itu menghampiri pentas untuk berbincang dengan seorang petugas program. Sejurus selepas itu Hj. Othman turun dari pentas untuk menemui SB berkenaan kemudiyan mereke keluwar dari kawasan markas. Hj.Othman balik semule kemarkas duwe puluh minit selepas itu. 8. Saye rase tak sedap hati dan mengambil keputusan untuk pergi lebih hampir bersebelahan pentas (markas masih tak berdinding) sehingge jarak saye dengan pentas hanye 5 metre sahaje. Ketike itulah saye diberitau oleh petugas program di luwar kawasan markas sudah menanti ratusan FRU, 8 buwah trak dan sebuwah water canon serta puluhan SB untuk bertindak membatalkan program. Jam ditangan saye baru menunjukkan pukul 10.15 malam. 9. Apebila Sdr. Muhaimin Sulam selaku MC mempersilekan Ezam seawal jam 10.20 mlm untuk berucap saye sudah menjangke program itu akan diganggu, kerane masih ade lagi tokoh yang belum berucap di antarenye Sdr.Faisal Sanusi Timb. Ketuwe Angkatan Mude Parti keaDILan Rakyat. Kalau ikut aturcara Ezam akan muncul sebagai pemidato terakhir seterusnye melancarkan GAB peringkat Negeri Perak. 10. Saye tambah excited dan yakin program tersebut gerenti havoc punye. Betul! tak sampai pun 20 minit Ezam berucap OCPD Teluk Intan Sup. Ismail Baruwa bersame pembantunye DSP Arjunaidi Bahalol menerjah masuk dan terus naik ke pentas untuk menghalang Ezam daripade terus berucap. Mengiringi Ismail Baruwa adelah ratusan FRU lengkap dengan aparat anti-rusuhan. 11. Situasi mule tegang, para reformis dari KL dan warge tempatan mule mempertikaikan tindak tanduk polis yang menganggu program rakyat itu. Macam-macam suware yang saye dengar: “Ini program rakyat, kami buwat di premis yang didaftarkan, ape pasal nak kacau.” “Gaji engkau orang kami bayar, sedarlah diri sikit, jangan jadi baruwa pemimpin zalim.” Malah seorang tuwe dengan beraninye mencabar FRU: “Umur saye dah 65 taun, kalau nak buwat ape buwat lah..saye tak takut mati.” 12. Ezam meminte hadirin bertenang sementare perbincangan di atas pentas dengan Ismail Baruwa dibuwat. Ketike perbincangan dijalankan ketuwe FRU bername Inspektor Aziz cube berbuwal-buwal dengan beberape orang reformis tetapi tidak mendapat layanan. Kate Aziz: “Saye hanye mengikut arahan OCPD.” 13. Untuk mententeramkan suwasane gerombolan FRU tadi dimintak beredar dari kawasan premis. Mereke pun beredar tetapi berkumpul 30 metre dari situ. Setelah berbincang lebih kurang 10 minit persetujuwan telah dicapai majlis berkenaan akan digantikan dengan jamuan. Sdr. Abd.Ghani Harun Exco Pemude keADILan Pusat memintak hadirin jangan beredar lagi. Ternyate kesemuwe yang hadir tidak berganjak. 14. Lime minit selepas itu saye lihat YB Usaili selaku ketuwe perunding mewakili GAB bertekak dengan Ismail Baruwa apebile OCPD Teluk Intan merobah pendiriyan untuk tidak mengizinkan program diteruskan walaupun diganti dengan majlis jamuan. 15. Ismail Baruwa dan Arjunaidi Bahalol dikerumuni semule oleh para petugas GAB sementare Usaili teru mempertikaikan `lidah biyawak` Ismail.Situasi kembali tegang. Ismail Baruwa mengarahkan agar FRU masuk semule kedalam premis. 16. Pentas mule dipenuhi para petugas GAB. Sdr. Zoolhelmi Ketuwe Pemuda keADILan Negeri Perak dan beberape pemude lain bediri diatas tangge pentas, kebetulan saye turut berade di situ. Kalaulah saye tidak menenangkan Sdr Zool, mungkin Arjunaidi Bahalol sudah diterajangnye. Saye sendiri tak tau ape tujuwan Arjunaidi yang begitu ghairah untuk naik ke pentas. 17. Akhirnye setelah puwas YB Usaili bertekak dengan Ismail Baruwa, make penganjur pun memutuskan untuk menangguhkan majlis dengan bacaan do`e. Ismail Baruwa dan anjing-anjingnye diminte beredar oleh Usaili. 18. Ismail Baruwa tidak mau beredar kerane katenye diye mau mengaminkan same do`e tersebut. Saye dan beberape orang lain termasuk Usaili sound tepat kepade Ismail “Kami tak perlukan amin dari orang macam kamu.” Namun Ismail Baruwa tak tau malu tetap berdiri disitu. 19. Do`e dibacekan oleh Sdr.Nor Fazli Musa, pimpinan Dewan Pemuda Pas Perak.Kate orang beliau juge merupekan pegawai kanan di Mahkamah Syariyyah Daerah Manjung. Bacaan do`e mengambil mase lebih kurang 10 minit. Ketike do`e dibace saye lihat Ismail Baruwa seolah-olah tak sabar-sabar untuk mengarahkan anjing-anjingnye bertindak. 20. Sebaik-baik sahaje do`e berakhir tibe-tibe Arjunaidi merampas pembesar suware di atas pentas. Zool Helmi terpakse menghalang Arjunaidi Bahalol. Make berlakulah tarik menarik diantare keduwenye. Usaili dan Hj Othman mempertikaikan ape hak polis merampas pembesar suware. Ismail Baruwa buat-buat tak dengar saje. Ketike tarik menarik itu pembesar suware itu berlaku tibe-tibe sahaje lampu terpadam dan di saat gelap gelite itulah itulah FRU menyerbu terus membelasah menyepak terajang rakyat yang memenuhi premis keADILan Pasir Salak. 21. Setelah lampu dihidupkan semule lebih kurang lime minit kemudiyan, Zool Helmi didapati cedera parah. Ghani Harun, Muhaimin, Nor Fazli benjol dan ramai lagi yang lebam biru. Di aat inilah Zool Helmi, Muhaimin dan Nor Fazli diheret oleh anjing-anjing Dolah Mati Pucuk tanpa belas kasihan. YB Usaili pun sudah diheret tetapi dilepaskan setelah beliau berkata: “Saye wakil rakyat, mengape layan saye seperti ini.” 22. SD Johari, Ketuwe Pemude keADILan Selangor, Zamil Ketuwe Pemude keADILan Kedah dan seorang pimpinan Pemude Pas dicekup ketike melalui road block polis pade kire-kire jam 1.00 pagi. Keenam-enam pemimpin pemude gagah berani itu ditahan semalaman di Lokap Polis Teluk Intan sebelum dibebaskan pade tengah hari 25 Januari. FRU mabuk SB ketagih dadah Saye dan tige orang rakan lagi serte ratusan orang reformis termasuk ramai warge tempatan tidak beredar lagi dari lokasi program walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 12.30 malam.
Anjing-anjing Dolah mati Pucuk masih berkawal dipintu jalan masuk ke markas dan jalan masuk ke masjid bersebelahan. Kerete kami diletakkan di dalam kawasan masjid. Saye mengambil keputusan untuk sengaje keluwar ke jalan besar bagi meninjau ape yang patut.
Saye memberanikan diri memilih jalan masuk ke masjid untuk tujuwan itu. Ketike melalui hampir 100 ekor gangster berlesen yang masih berbaris mengawal laluwan berkenaan saye terciyum bau yang selalu saye hidu di zaman jahiliyyah ketika berkawan dengan penyamun-penyamun Umno yang terkenal sebagai kaki Nite Club.
Apelagi kalu bukan kesan bau selepas meneguk `Ayer Setan- Arak`. Saye betul-betul terkejut tetapi masih dapat mengawal emosi. Cume didalam hati saye berkate: “Patutlah sebahagian daripade mereke ganas membelasah rakyat tanpa belas kasihan, rupe-rupenye anjing-anjing Dolah Mati Pucuk itu telah `Yum Seng` terlebih dahulu.”
Lalu teringat saye kepade Tragedi Memali yang mane dikatekan Pasukan Polis Hutan berpengekalan di Sungai Petani dan FRU Ipoh telah terlebih dahulu dimabukkan dengan arak sebelum membunuh Assyahhid Ibrahim Mahmud dan 13 Syuhada yang lain serte mencedere parahkan ramai lagi.
Begitu jugak beberape insiden keganasan skuad gangster berlesen ke atas banyak program rakyat; mereke mabuk terlebih dahulu sebelum mengganas di antarenye peristiwa di Kupang duwe taun lalu.
Satu hal lagi, saye juge diberitau oleh seorang petugas GAB bahawe musibat yang bertanggungjawab memadamkan lampu sebelum insiden pembelasahan rakyat oleh anjing-anjing PM Mati Pucuk di Markas keADILan Pasir Salak itu, adelah seorang SB.
Kate petugas itu pade saye: “Saye lihat dengan mate kepale saye sendiri bagaimane seorang SB yang kurus melidi memakai topi memadamkan swis lampu berhampiran dengan tangge pentas.” Bile diberitau begitu barulah saye teringat memang ade seorang yang kurus melidi macam penagih dadah sentiayase rapat dengan Ismail Baruwa dan Arjunaidi Bahalol ketike tekak menekak berlaku dengan YB Usaili.
Saye sengaje mengacah petugas GAB itu: “Abang tenguk orang tu macam drug addict aje.” Secare spontan petugas GAB itu berkate: “Memang betul kate abang tu,di Teluk Intan siyape yang tak kenal diye…..memang kaki sedut!“
Kalau benarlah ape yang dikatekan oleh petugas GAB tu, make tak heranlah SB kurus melidi itu begitu taat mematuhi perintah tuannye.Mungkin diye sengaje dibiyarkan berbuwat ape saje termasuk menagih dadah asalkan boleh diperanjingkan bile-bile mase yang diperlukan.
Kalaulah ini gambaran sebenar make tidak ade lain pilihan kepade rakyat kecuwali Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang.
Dolah Mati Pucuk mewarisi 100 persen segale macam kebangsatan dan kezaliman Mahathir Mahataik. Jangan sesekali menaruh sezarah harapan kepada cucu Allahyarham TG Hj. Abdullah Faahim yang dikatekan oleh sesetengah orang sebagai Wali.
Datuknye Wali tetapi cucunye Kuwali. Kuwali yang boleh menggoreng dan memasak ape saje. Ikan boleh, daging ayam boleh, daging lembu boleh, daging babi boleh…. pendek kate semuwe boleh.
Jangan kompromi dengan Dolah Mati Pucuk dan Regim Anjing Kurapnye walau sesaat kerane Anwar Ibrahim telah mengajar rakyat secare praktik bahawe beliau tidak pernah berkempromi dengan rasuwah dan penyelewengan meskipun sedetik.
Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!
Berani Kerane Benar! Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!
SI SONGKOK TINGGI KAPAR - 26.01.2004 - 8.5 pg
|
|
|
| |
| Pemimpin UMNO Naik Gila Bila Dato’ Seri Anwar Kembali Semula Ke Pentas Perdana |
| 01.26.04 (10:44 pm) [edit] |
Mantan Timbalan Perdana Menteri yang terpenjara, Dato' Sri Anwar Ibrahim muncul semula dengan jayanya meniti pentas perdana politik Malaysia. Dia masih berada dalam penjara dan akan terus berada di sana untuk sementara. Kini, terpulang kepada parti pemerintah Barisan Nasional dan parti tunjangannya, UMNO, untuk meyakinkan rakyat Malaysia yang dia memang layak berada di sana, menjalani hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah secara ‘saksama’. KERANA HUKUMAN ITU DIBUAT OLEH BADAN KEHAKIMAN YANG BEBAS, MAKANYA PERSEPSI ORANG MELAYU BAHAWA BELIAU TELAH DIAIBKAN ADALAH SATU KESILAPAN. Jika tidak, BN terpaksa bertungkus-lumus mentadbir negara ini dengan kuasa majoriti dua pertiga selepas pilihan raya umum nanti. Sebenarnya segala dakwaan Perdana Menteri bahawa badan kehakiman negara adalah bebas itu, merupakan satu pembohongan semata-mata. Ukuran dakwaan itu boleh dinilai daripada cara mahkamah menguruskan rayuan Anwar. Setiap hari Anwar meringkuk lagi di penjara merupakan satu kesulitan yang bertambah kepada BN dan UMNO untuk berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya umum nanti. Kemelut Anwar adalah sama bisanya dengan segala isu politik seperti yang muncul menyerlah semasa pilihan raya umum 1999 dahulu. Masyarakat Melayu sudah semakin yakin bahawa Anwar Ibrahim tidak sepatutnya berada dalam penjara. Satu suasana luar biasa telah meledak dalam Mahkamah Rayuan minggu lalu, gara-gara tiga orang hakim menolak ikat-jamin beliau hingga tercetus senario yang hingar-bingar dan penuh kelam-kabut. Namun ia tidak mampu merangsang semangat Istana Keadilan yang sungguh gah itu. Orang ramai yang hadir, Dato’ Sri Anwar dan orang lain telah mencerca serta mencabar panel Hakim Rayuan yang tidak mampu bersuara lantang untuk diambil peduli oleh semua puak yang menjerit dan mencaci mereka. Selama dua abad mahkamah Malaysia diwujudkan, belum pernah terjadi satu peristiwa luar biasa semacam itu. Satu ketika dahulu mahkamah mendapat laluan mudah menghukum Dato Seri Anwar walaupun berasaskan dakwaan yang palsu, tidak boleh diambil kira dan ternyata tidak ada bukti sahihnya. Mahkamah semacam itu sudah pasti mengambil kira semua yang hadir pada 21 Januari 2004, sebagai biadap terhadap mahkamah, patut dikenakan hukuman dan dipenjarakan. Pada kali ini yang termampu dilakukan oleh mahkamah itu ialah satu tindakan para hakim, yang bergegas cabut lari, dan enggan membaca penghakiman kes itu secara terbuka. Inilah sebenarnya satu lagi pertanda betapa Barisan Nasional (BN) mesti meyakinkan rakyat Malaysia yang ia memang benar-benar bertanggungjawab menghancur dan memusnahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, serta menafikan hak asasi beliau seperti yang diberikan kepada setiap panduan lain, merangkumi ikat jamin kerana kesalahan yang kini menyebabkan beliau berada dalam penjara. Lagi pun, mahkamah telah mengambil satu masa yang terlalu panjang untuk menentukan permohonan biasa seperti yang telah dikemukakannya.
Dato' Seri Anwar sudah membuat keputusan bahawasanya harapan yang ada padanya hanya terletak pada mahkamah rakyat, dan bukan kepada keadilan mahkamah ungka kerajaan BN. Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sedar akan hakikat itu dan terkejut apabila tercetus kelam-kabut di Mahkamah Rayuan. Paklah terpaksa mempertahanakn badan kehakiman negara untuk menyelamatkan jangka hayat politik beliau, sedangkan yang dicetusnya ialah satu teka-teki besar apakah benar badan kehakiman itu bebas menjalankan tugasnya. Mantan Perdana Menteri Tun Kepala Taik terpaksa menafikan ia ada melakonkan peranan Rasputin kepada Paklah. Beliau telah memberitahu The New Straits Times: “Apabila saya berkata mahu bersara, saya memang bermaksud begitu sahaja.” Akan tetapi ramai pemimpin kanan UMNO, dalam kabinet dan yang menganggotai majlis tertinggi UMNO, akan menafikan apa yang disebutnya. Lagipun, apabila diambl kira semua perkara, kes Dato’ Sri Anwar merupakan kes yang paling terunggul yang memaksa TKT Mahathir berundur dan bersara seperti yang telah dilakukannya. Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bukan merupakan pilihan Paklah, tetapi disogokkan secara paksa untuk beliau melantiknya. Begitu juga dengan kabinet yang ada. Apabila Paklah memperakui kabinet Mahathir dahulu sebagai kabinet beliau yang pertama ia mendedahkan betapa besarnya tali pusat yang dikekalkannya kepada Si Bedebah Tua itu. Inilah yang telah digunakan di pentas politik oleh parti pembangkang. BN dan UMNO tidak dapat menunjukkan reaksi balas secara ghairah seperti yang sepatutnya. Besar kemungkinan ia akan kalah pertembungan dalam peperangan, kerana kesilapan.
Majlis Tertinggi UMNO telah mebuat andaian sebelum Mahkamah Rayuan bersidang, dan mencapai satu keyakinan bahawa Dato' Seri Awnar sudah tidak relevan lagi. Beliau diangap satu bahan sejarah sahaja dan jangkauan politik beliau hanya laksana seketul air batu ditepi bara. Beliau diperlekeh sudah tidak mampu berbuat apa-apa dengan berkerusi tolak dan meringkuk di dalam penjara. Akan tetapi Majlis Tertinggi UMNO masakini bukannya tempat untuk mendengar pendapat yang benar-benar ikhlas bunyinya. Mereka yang berani mengangkat tangan untuk menyatakan tidak besetuju sudap pasti terjamin menemui laluan kerjaya politiknya yang buntu. Lantas, untuk terus cari makan terpaksalah mereka terus berpura-pura menyokong segala cadangan yang disyorkan oleh pemimpin mereka. Para pemimpin mahu percaya yang Anwar sudah tidak berguna lagi. Ada seorang Naib Presiden UMNO telah bertemu dengan seorang pemimpin bahagian, untuk berbincang akan hal yang membabitkan Anwar Ibarahim. Semakin lama mereka berbincang semakin terhakis keyakinan beliau betapa Anwar benar-benar bersalah. Apabila selesai perbincangan dia menjadi keliru dan mula gelabah. Ahli-ahli UMNO yang satu ketika dahulu benar-benar taksub mengatakan Anwar memang bersalah, kini sudah goyah kerana mereka mula sangsi sudah termakan maklumat songsang yang diberikan sebagai dakyah. Lebih ramai yang lebih rela berundur jauh dahulu daripada bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya nanti.
Yang menukarkan persepsi semua ini ialah kebijaksanaan kempen mantan Timbalan Perdana Menteri itu untuk membersihkan namanya. Inilah yang gagal disaingi oleh BN dan UMNO sedangakan inilah juga yang amat penting untuk memacak pengaruh dalam medan politik mereka. Dalam masa satu bulan yang lalu sahaja, KeADILan telah berjaya menarik minat 12,000 manusia dariapda tempat yang jauh-jauh serpti Grik di Perak, dan Sungai Petani di Kedah, Kelang dan Kuala Selangor di Selangor, sedangkan kempen mereka itu baru sahaja bermula. Kempen itu dijadualkan di Pasir Salak, Perak pada malam ini (24 Januri, 2004). Malahan, PAS turut sedar betapa ia mampu menarik himpunkan manusia atas isu ini. Perkara ini memang disedari oleh UMNO. Lagipun satu ketika dahulu, kemelut Anwar yang memaksa UMNO lari lintang pukang daripada berdepan dengan orang-orang Melayu. Yang lebih menyulitkan kedudukan UMNO ialah ramai menteri kabinet dan pemimpinnya yang enggan menjadi calon UMNO dalam pilihan raya nanti, sekaligus memutuskan hubungan erat yang pernah terjalin antara UMNO dengan kawasan pilihan raya yang pernah dikuasainya. Kerana itu apabila para pemimpin UMNO bercakap perihal memperkasakan pengaruhnya, ia lebih brtujuan mahukan para pemimpinnya mengangkat sumpah dengan Al-Quran betapa gelagat mereka dahulu untuk menghancurkan kerjaya poltik Anwar adalah satu tindakan yang tepat dan betul. Tindakan ini dianggap paling mustahak sejurus Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar agar dibenarkan ikat-jamin. BN dan UMNO mungkin mampu terus berfoya-foya dengan ketaksuban bahawasanya Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan keputusan pilihan raya umum nanti. Akan tetapi hakikatnya ternyata akan berbeza sekali.
- MGG Pillai pillai@streamyx.com http://www.mggpillai.com/" title="http://www.mggpillai.com/" target="_blank"http://www.mggpillai.com/
|
|
|
| |
| J.W.W Birch `Hidup Semula` Di Pasir Salak |
| 01.25.04 (10:56 pm) [edit] |
“Seronok betul dapat belasah orang malam ini.” demikian antara cakap-cakap yang dapat penulis dengari terpacul keluar daripada mulut `sekawan samseng upahan` yang masih berkeliaran disekitar kawasan Markas keADILan Permatang Pelanduk, Pasir Salak selewat jam 1.00 pagi tanggal 25 Januari 2004. Samseng-samseng upahan tersebut nampaknya begitu megah setelah berjaya menyerbu menerajang dan membelasah rakyat marhaen yang menyertai program pelancaran Gerakan Anwar Bebas (GAB) Peringkat Negeri Perak di premis berkenaan dua jam sebelum itu.
Sebagai salah seorang daripada ribuan rakyat yang hadir dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri keganasan samseng-samseng upahan itu, tidak ada gelaran yang lebih layak diberikan kepada mereka kecuali `anjing’.
Sesungguhnya kebuasan samseng-samseng upahan itu mengingatkan kembali sejarah silam betapa gerombolan yang sama ganas dan tidak beradab pernah menghuru-harakan bumi Pasir Salak.
Tatkala itu gerombolan tersebut merupakan anjing-anjing upahan JWW Birch terdiri daripada Sepahi-sepahi (Sepoi-sepoi) Punjabi dan beberapa kerat pengkhianat bangsa ditugaskan untuk memburu para pejuang rakyat berjiwa merdeka yang dikepalai oleh Datuk Maharajalela Lela dan Datuk Sagor.
Namun kini, setelah lebih satu abad JWW Birch menemui ajalnya di Pasir Salak penangan pahlawan rakyat Si Puntum, samseng-samseng upahan itu muncul semula untuk meneruskan tugasan sebagai barua `JWW Birch baru` bernama Ramli Ngah Talib yang beragama Umno dan `bertuhankan` lelaki paling bacul lagi lembik bernama Dolah Badawi.
Apa pun penulis amat kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh para reformis dan rakyat jelata khususnya warga Pasir Salak pada malam itu. Meskipun sebahagian mereka dibelasah dan dikasari oleh samseng-samseng upahan Umno-Dolah Mati Pucuk, tetapi sikit pun tidak mengeluh dan mengaduh sebaliknya tetap bersabar menahan kesakitan.
Bagi mereka kesakitan dibelasah dan diterajang adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan yang dialami oleh `Datuk Maharajalela` mereka Anwar Ibrahim.
Ternyata semangat perjuangan Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan Si Puntum masih begitu menebal di sanubari warga berjiwa merdeka di Pasir Salak. Ayuh! Terjemahkanlah semangat itu untuk mempastikan `JWW Birch` lenyap terus dari bumi Pasir Salak dan Malaysia.
Catatan: (Samseng-samseng upahan tersebut diketuai oleh OCPD Teluk Intan bernama Ismail – pembantunya bernama Arjunaidi dan SB yang `paling kurang` ajar bertubuh kurus kering macam penagih dadah tak pasti namanya, tetapi menurut penduduk tempatan malaun itu memang Mat Gian.). Do`akanlah apa saja buat mereka…..!
- Inderaloka - 25.01.2004
|
|
|
| |
| KERAJAAN PAKLAH MULA MENGGANAS! |
| 01.25.04 (10:54 pm) [edit] |
Berikutan tindakan ganas polis "Isu Anwar menakutkan Abdullah Badawi" - Ezam
TAIPING: Ketua Pemuda KeADILan, Mohd Ezam Mohd Nor berkata kempen Gerakan Anwar Bebas (GAB) yang didadakan di seluruh negara sekarang menakutkan Perdana Menteri, Dato?Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengulas tindakan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang merempuh majlis pelancaran GAB di Pasir Salak, Perak malam semalam.
Dalam kejadian tersebut, FRU yang lengkap dengan dengan peralatan ‘water cannon' merempuh masuk ke markaz KeADIlan dan terus bertindak memadamkan lampu dan merampas alat pembesar suara ketika Ezam sedang berucap.
Polis kemudian bertindak membelasah Ketua Pemuda KeADILan Perak, Zulhelmi Yahya sehingga cedera teruk. Beliau kemudiannya ditahan bersama Ketua Pemuda PAS Perak, Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda KeADILan Selangor, SD Johari dan Ketua Pemuda KeADILan Kedah, Zamil Ibrahim.
Mereka ditahan di balai polis Teluk Intan sejurus selepas itu sebelum dibebaskan pagi ini.
Menurut Ezam, sebelum ini telah banyak kali ceramah diadakan di tempat sama atas isu lain dan tidak pernah diganggu polis.
“Tetapi bila menyentuh isu Anwar Ibrahim, polis dikerah dengan tindakan ala Gestapo walau pun ia diadakan di permis sah parti KeADILan. Tidakan keras polis yang sudah tentu atas arahan politik ini jelas memerlihatkan sikap panik dan takut Abdullah apabila berhadap dengan isu Anwar.
Sebelum ini polis berindak di saat akhir menarik balik permit pelancaran GAB di Kelang, Selangor serta mengganggu konvoi rakyat di Kuala Lumpur.
Ezam yang sedang menyertai konvoi rakyat dari Taiping ke Ipoh, ketika berita ini ditulis (11 pagi) berkata beliau akan membuat laporan polis dan sidang akhbar di Ipoh tengahhari ini berikutan kejadian semalam.
Kekejaman polis terhadap pembangkang
Mengulas lanjut tindakan polis tersebut, Ezam menggesa Abdullah mengutamakan isu ini sebagai agenda utama Suruhanjaya Di Raja mengenai Polis yang akan diumumkan minggu depan.
“Saya ingin mengingatkan Abdullah supaya menekankan suruhanjaya tersebut mengutamakan kekejaman polis terhadap pembangkang sebagai isu utama. Tak bererti bagi Abdullah berbicara mengenai disiplin polis sekiranya isu utama ini diabaikan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau juga mengkritik pihak polis yang dianggap tidak tahu memilih keutamaan dalam menjalankan tugas. “Polis sepatutnya menumpukan usaha membanteras gejala sosial. Sebaliknya, ketika jenayah berleluasa, pihak polis mengerahkan sebahagian besar angggotanya untuk menyekat kegiatan poliitik pembangkang," katanya.
Kempen GAB akan diteruskan di Pualau Pinang bermula 29 Januari ini.
Jadual Gab Pulau Pinang.
29 Januari 2004 Pelancaran GAB Nibong tebal 8.30 malam Markas KeADILan Nibong Tebal, Kg. Sg Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang
30 Januari 2004 Pelancaran GAB P.Pinang 9.00 malam Markas KeADILan Balik Pulau, Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang
31 Januari 2004 KONVOI GAB Jelajah Pulau Pinang 9.00 pagi Bermula di Pejabat KeADILan Sg. Semambu, Permatang Pauh.
- ER - 23.01.2004
|
|
|
| |
| Mengapa Perlu Mengundi PAS? |
| 01.25.04 (10:53 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Saudara-saudara pembaca budiman.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-11 bila-bila masa sahaja daripada sekarang, nampaknya UMNO semakin resah dengan kekuatan parti pembangkang terutama PAS yang bekerjasama dengan parti Keadilan yang telah bergabung dengan PRM menjadi Parti Keadilan Rakyat Malaysia [atau Keadilan], yang mana gabungan ini tidak diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan adalah lambang ketakutan UMNO menghadapi pilihan raya itu.
Sebagaimana biasa, UMNO akan menggunakan sepenuhnya media massa baik akhbar cetak dan elektronik untuk melancarkan perang propaganda dan memburukkan reputasi parti pembangkang terutamanya PAS. Akan muncul nanti pelbagai taktik digunakan untuk mencapai matlamat tersebut sehingga media-media ini membelakangkan kebenaran dan memutar-belitkan fakta. Media-media ini juga akan memperbesar-besarkan isu kecil, memberat-beratkan isu ringan dan memperlekehkan perjuangan PAS dan Keadilan.
Tujuan utama UMNO ialah pertama untuk memusnahkan pakatan di antara PAS dan Keadilan dan keduanya mahu mengikis kepercayaan rakyat terhadap peranan kedua-dua parti ini supaya pada pilihan raya itu, rakyat menolak PAS dan Keadilan dan menerima UMNO untuk mengekalkan kuasanya memerintah Malaysia.
Oleh itu, sebelum dan semasa kempen pilihan raya ke 11, kedua-dua parti ini mesti bijak merencana dengan pantas, cekap dan berkesan dalam menangani setiap propaganda dan momokan politik UMNO. Pemimpin kedua-dua parti ini perlu sedar bahawa semua saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat telah ditutup awal-awal lagi dan mereka harus bijak mencari peluang menyampaikan maklumat ini kepada rakyat.
Dalam konteks ini, PAS merupakan parti yang menjadi tunjang kepada pakatan di antara Keadilan, di samping PAS mempunyai pengaruh yang luas di akar umbi di seluruh ceruk kampong dan desa di Negara ini dan berkuasa memerintah dua buah negeri, Kelantan dan Terengganu, maka dalam tulisan ini saya mengajak rakyat memilih PAS [bersama dengan Keadilan] dan menolak UMNO kerana beberapa factor yang akan dibincangkan di bawah.
PENUBUHAN DAN DASAR
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan Melayu di Tanah Melayu serta menuntut Kemerdekaan daripada British secara lembut dan bertolak ansur bersama-sama kaum-kaum lain [Cina dan India] yang mendiami di sini. PAS pula ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendaulatkan ISLAM setelah UMNO enggan menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangan.
Kelahiran PAS tidak disenangi oleh penjajah British kerana perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kehendak British yang mahu mengekalkan Tanah Melayu sebagai Negara secular seperti British. Oleh itu, British melambat-lambatkan proses pendaftaran parti ini sehinggalah ia diluluskan pada tahun 1955, iaitu ketika beberapa bulan lagi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 akan diadakan. Tujuan British melambat-lambatkan pengesahan pendaftaran PAS ini adalah kerana pertama, British mahu menyekat pergerakan PAS, kedua, British mahu mengekang pengaruh PAS dan ketiga, British tidak mahu PAS menjadi pesaing kuat terhadap UMNO dalam pilihan raya 1955. Sikap ini menjadi lebih nyata apabila Pesuruhjaya Tinggi British, Edward Gent menegaskan bahawa British tidak akan memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sekiranya golongan ISLAM [PAS] memenangi pilihan raya tahun 1955 itu. Parti induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan dan beberapa pemimpin utamanya ditangkap dan dipenjarakan oleh British. British menganggap pemimpin PAS sama bahayanya dengan komunis. Taktik ini juga digunapakai oleh UMNO kini, di mana ramai pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan Keadilan disumbat dalam penjara dan ditahan di bawah ISA.
Sebaliknya penubuhan UMNO mendapat restu daripada penjajah British. Pemimpin UMNO mendapat belaian mesra dan mendapat tempat yang baik di sisi British seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato’ Abdul Razak Hussein, malah mereka diberi jawatan kerajaan sebelum Merdeka lagi. British merestui UMNO dan rakan-rakannya [MCA dan MIC] kerana mereka bukan parti agama. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya untuk meneruskan dasar sekularnya.
Sebenarnya, kita hanya Merdeka daripada segi fizikal sahaja, bertukar kulit, warga sendiri yang memerintah menggantikan penjajah British. Kita sebenarnya masih dijajah oleh UMNO melalui pelbagai akta dan Undang-undang yang diwujudkan oleh British dahulu masih digunapakai sehingga sekarang untuk menyekat kebebasan rakyat seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh British bagi menghalang rakyat menuntut Kemerdekaan. Oleh itu sekiranya kita mahu Kemerdekaan kedua, yang bebas daripada belenggu UMNO daripada segi fizikal dan mental, maka kita hendaklah mengundi PAS dalam pilihan raya ke 11 nanti.
DASAR PERJUANGAN
UMNO memperjuangan semangat Kebangsaan yang sempit untuk menjaga kepentingan Melayu atau Bumiputra. UMNO menjadikan Islam diperintah bukan Islam yang memerintah. Islam mesti tunduk dengan kehendak dasar Kebangsaan yang dilaksanakan oleh UMNO. Mana-mana hukum yang bertentangan dengan kehendak UMNO atau yang tidak mendatangkan keuntungan kepada UMNO akan ditolak. UMNO akan menerima perkara agama sekiranya ia membawa keuntungan kepadanya seperti pungutan zakat, bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dan sebagainya. Politik dan agama tidak boleh disatukan menjadi pegangan UMNO. Politik lain, agama lain. UMNO boleh menghalalkan dan mengeluarkan lesen-lesen perjudian, arak, kelab malam kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan politik bagi UMNO.
PAS ditubuhkan dengan semangat keIslaman. PAS menggunakan politik untuk agama [tidak seperti UMNO mengunakan agama untuk kepentingan politik] sebagaimana kehendak ALLAH SWT menjadikan manusia yang hidup di muka bumi ini mesti menurut kaedah yang ditetapkanNya. PAS mencuba dan berusaha untuk melaksanakan ISLAM sebagai dasar pemerintahan di Negara ini di semua aspek kehidupan seperti dalam ekonomi, social, politik , pendidikan, pembangunan, Undang-undang dan sebagainya, tetapi dihalang oleh UMNO dengan pelbagai cara dan ugutan. Terbaru Zaid Ibrahim, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan menggunakan mahkamah untuk menghalang pelaksanaan Undang-undang Islam untuk orang Islam [kononnya ini adalah Undang-undang PAS, mana Undang-undang HUDUD UMNO yang telah memerintah lebih 46 tahun]. Amat malang, orang Islam yang mengaku ia seorang Islam tergamak menghalang orang Islam yang lain yang hendak melaksanakan ajaran Islam yang sebenar.
Islam tidak akan dijadikan asas pemerintahan Negara sekiranya UMNO masih berkuasa. Islam hanya untuk ritual semata-mata. Oleh itu, sekiranya kita hendakkan Islam dimartabatkan di muka bumi Malaysia ini, Islam memerintah bukan Islam diperintah, maka kita hendaklah memilih PAS dalam pilihan raya nanti.
RUJUKAN TERTINGGI
UMNO meletakkan “Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang“ kepada Perlembagaan Negara Malaysia yang dihasilkan oleh Lord Reid dengan kerjasama penjajah British. Perlembagaan Negara memberi peruntukan yang tertinggi kepada Undang-undang di Negara ini seperti yang diperuntukkan di perkara 4 (1), yang mana sebarang Undang-undang digubal, pindaan, enakmen, akta yang bercanggah dengannya akan terbatal setakat mana ianya bertentangan. Ini bermakna Undang-undang Syariah yang dipetik daripada Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Ini bermaksud Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam menjadi lebih rendah taraf kedudukannya daripada Undang-undang Negara. UMNO terus mengekalkan Undang-undang ini setelah 46 tahun Merdeka.
PAS pula meletakkan Al-Quran sebagai Undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang Undang-undang yang digubal dan dipinda yang bercanggah dengan Al-Quran dengan tersendirinya akan terbatal. Inilah dasar pemerintahan Islam. Hukum hudud dipetik daripada Al-Quran. Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubal akta yang bertaraf Undang-undang, tetapi dalam Islam pemimpin tidak boleh menggubal Undang-undang yang bertentangan dengan Al-Quran. Pemimpin dibenarkan menggubal Undang-undang yang belum termaktub dalam Al-Quran dan pemimpin juga dibenarkan membincangkan bagaimana Undang-undang Al-Quran itu hendak dilaksanakan.
Bagi menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman dalam menjalani kehidupan harian supaya kita semua diberkati oleh ALLAH SWT, maka kita hendaklah memilih PAS sebagai wadahnya bukan UMNO. UMNO hanya untuk dunia sahaja.
PELAKSANAAN ISLAM SECARA MENYELURUH
UMNO hanya melaksanakan “Penerapan Nilai Islam“ dalam kehidupan masyarakat dengan menubuhkan bank, universiti, mempertingkatkan syiar bukan syariat dan badan-badan lain yang berbau Islam. Perkara-perkara seumpama ini ada di Negara-negara bukan Islam seperti di Thailand, Britain, Amerika malah di Switzerland terdapat sebuah bank Islam terbesar lagi canggih berbanding Malaysia. UMNO menghalang pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan Muslim dengan memberi pelbagai alasan seperti masyarakat majmuk, masyarakat Islam masih lagi ketinggalan dalam semua bidang, sekatan melalui Undang-undang dan sebagainya. Hanya dibenarkan melaksanakan Rukun Islam sahaja.
PAS mahukan pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan masyarakat kerana bagi PAS Negara Islam ialah melaksanakan Islam secara keseluruhan dan pemimpinnya melakukannya dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Beriman dengan Al-Quran. Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukuman yang Allah SWT turunkan, mereka itu adalah orang-orang kafir “- Al-Maidah, 5:44 …..Zalim, Al-Maidah, 5:45.
Sekiranya kita hendak melihat Islam dapat berfungsi dengan sebenarnya dalam semua aspek kehiduapan kita, maka kita tidak boleh lari daripada memilih PAS yang menjadikan ISLAM sebagai perjuangannya semenjak ia ditubuhkan sehingga ke hari ini. Masih lagi konsistan, tidak seperti UMNO yang mengamalkan prinsip pragmatic dalam pemerintahan Negara.
SYARAT KEPIMPINAN
Dalam UMNO, pemimpin dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat. Pemimpinnya sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan daripada segi kewangan. Nilai-nilai akhlak dan ketakwaan tidak menjadi prasyarat untuk menjadi pemimpin UMNO. Di kalangan mereka, fenomena rasuah, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah, arak, perempuan dan mencari kedudukan dan kekayaan tanpa menghiraukan haram dan halal menjadi perkara biasa. UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam Perhimpunan Agung mereka tidak menitik-beratkan soal sembahyang dan ini boleh disaksikan secara langsung melalui TV yang mereka boleh bersorak ketika Presiden sedang menggulung perbahasan sehingga melepasi waktu Maghrib, malah membentangan budget 2004 soal sembahyang yang menjadi tiang agama tidak dipedulikan.
PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat utama menjadi pemimpin. Mereka yang melanggar etika Islam dengan sendirinya terlucut keahlian PAS dan mereka yang melakukan rasuah, pecah amanah dan sebagainya hilang kelayakan sebagai pemimpin jemaah. Dalam Muktakmar, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Dalam PAS, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab, tidak dalam UMNO, kepimpinan mencari kedudukan dan kekayaan.
Memilih pemimpin yang beriman dan bertakwa, apabila mendapat kuasa ia merasa takut untuk melakukan sebarang penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa apalagi untuk melakukan pecah amanah. Kuasa yang diberikan itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT kelak apa yang ia lakukan dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Berbeza dengan UMNO, mereka terlalu sangat hendakkan kuasa kerana dengan kuasa mereka boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki hati dan nafsu serakah yang tidak puas-puas merompak harta rakyat yang diamanahkan dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan harta-harta tersebut untuk kemaslahan rakyat keseluruhannya.
Kalau hendakkan rasuah tidak wujud, tidak berlakunya pembolotan kekayaan Negara untuk memperkayakan diri dan keluarga, tidak menyalahgunaan kuasa untuk mencari kedudukan, kuasa dan kekayaan dan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, perbezaan fahaman politik dan sebagainya, kita tidak boleh lagi mengharapkan kepada UMNO. Cuba kita beralih dengan memilih PAS sebagai alternatifnya.
KEPIMPINAN
Model kepimpinan UMNO ialah “Kepimpinan Melalui teladan “. Model ini sangat longgar kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang boleh dibuat teladan oleh rakyat. Dari mantan PM ke 4, PM sekarang, TPM, Menteri-menteri, MB-MB dan Ketua Menteri yang mana satu boleh dijadikan teladan. Tidak ada dalam sejarah Malaysia, seorang PM yang bersara dibenci oleh rakyat dan dibuat laporan polis mengenai salahlaku dalam masa 22 tahun memerintah. Media sering melaporkan pemimpin UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah, pecah amanah, pilih kasih dan gejala maksiat.
Model kepimpinan PAS ialah “Kepimpinan Ulamak“ adalah penerus kepimpinan para anbia sebab ulamak ialah pewaris anbiya. Kepimpinan ulamak adalah sinonim dengan kepimpinan Rasullullah SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin. Para ulamak mempunyai sifat takwa yang boleh mengelakkan melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti oleh rakyat. Jadi, pada pilihan raya ke 11 nanti, cuba tinggalkan UMNO dan memilih PAS pula.
WAWASAAN
UMNO mencipta “Wawasan 2020“ sebagai matlamat pada tahun 2020 nanti Negara ini akan maju dengan pembangunan industri. UMNO menekankan pembangunan berbentuk fizikal, tetapi pembangunan jiwa rakyat yang akan menikmati pembangunan fizikal itu tidak diutamakan. Muda-mudi berhibur secara melampau dalam menyambut tahun baru, industri hiburan dikembang-biakkan, pusat-pusat hiburan dan tempat perjudian diberi lesen dan banyak berlakunya penyakit social.
PAS membawa “ Wawasan Dunia dan Wawasan Akhirat “ kerana selepas hidup di dunia, kita akan dihidupkan pula di akhirat. Di sana nanti akan dihitung dosa pahala yang kita lakukan di dunia ini. Pembangunan dalam Islam ialah pembangunan Negara yang tidak mengorbankan akhlak. Pembangunan fizikal dan rohani yang dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat.
PARTI ALTERNATIF UTAMA ORANG MELAYU
PAS merupakan parti politik dominant Melayu kedua terbesar selepas UMNO. Ia merupakan parti Alternatif bagi orang Melayu untuk bernaung di bawahnya. Banyak parti-parti dominan Melayu tidak bertahan lama seperti PAS, kebanyakan parti-parti tersebut seperti Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar, Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Nasma pimpinan Raja Nong Chik dan Parti SM46 terkubur satu demi satu tanpa batu nisan, tetapi PAS tetap unggul di sepanjang sejarah perkembangan politik Negara.
Ada lima sebab mengapa PAS boleh menjadi parti alternative kepada orang Melayu. Pertama, kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam, yang mudah menarik sokongan, simpati dan kepercayaan daripada orang Melayu Islam, tidak seperti UMNO yang mana ahli-ahlinya ada orang Melayu dan bumiputra bukan beragama Islam. Kedua, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS mendapat sokongan padu daripada orang-orang Melayu beragama Islam yang mempunyai cita-cita dan harapan yang sama dengan PAS. Ketiga, kelantangan PAS membela hak, nasib dan kepentingan orang Melayu menaikkan imej PAS sebagai kubu terakhir pertahanan orang Melayu. Keempat, kewibawaan akhlak pemimpin PAS menjadikan PAS sebagai parti yang dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat, tidak seperti UMNO yang mana pemimpinnya yang banyak tidak berakhlak dan terlibat dengan pelbagai skandal yang mengaibkan. Kelima, keupayaan PAS mentadbir Terengganu dan Kelantan walaupun ditekan dan ditindas oleh kerajaan Persekutuan boleh terus mentadbir dengan jayanya berdasarkan kemampuan yang ada.
Dalam pada itu, PAS juga tidak lagi bergantung kepada sokongan golongan agama sahaja dan orang kampong semata-mata, malah kini banyak golongan professional dan orang Bandar menganggotai PAS. Ini merupakan satu perubahan yang nyata dalam sejarah PAS sejak penubuhannya tahun 1951.
PENUTUP
Pada pilihan raya akan datang, pasti kita akan menyaksikan satu pertempuran yang hebat akan berlaku di antara kedua parti yang berpengaruh ini untuk mendekati dan mempengaruhi pemikiran orang Melayu supaya memberi undi kepada parti masing-masing. Dalam sistem yang kita amalkan, walaupun satu undi lebih daripada pihak lawan, dikira parti itu menang.
UMNO seperti biasalah akan memperkudakan segala jenis jentera, media massa dan berjenis-jenis manusia akan digunakan untuk berkempen, berhujah, berdrama dan sebagainya bagi membentuk propaganda perang saraf memikat hati pengundi untuk mengundi UMNO sekali lagi.
Dalam pada itu, para strategis PAS dan Keadilan perlu merangka pelan tindakan bagi menghadapi perang saraf UMNO ini mulai daripada sekarang. Perkara-perkara yang boleh dilakukan sebagai persediaan adalah seperti berikut:
i. Pada kebiasaannya, pilihan raya yang diadakan itu berat sebelah. Semua agensi yang terlibat dalam pilihan raya memihak kepada UMNO sebagai parti pemerintah. Pada pilihan raya pada tahun 1999 telah ditubuhkan sebuah badan pemantau yang diberi nama BUDI yang membuat pemantauan pengurusan pilihan raya pada tahun itu. Pada tahun ini dicadang ditubuhkan satu pasukan pemantauan pilihan raya yang ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan professional tempatan yang berkecuali dan amat perlu daripada pertubuhan antarabangsa membuat pemantauan bersama. Di akhir pilihan raya mesti dikeluarkan laporan dan dibincangkan di forum atau persidangan di peringkat antarabangsa.
ii. Pada masa kempen, masa membuang undi dan masa pengiraan undi, semua petugas perlu membawa bersama kamera atau kamera video untuk merakam peristiwa-peristiwa yang tidak diingini akan berlaku. Gambar-gambar ini akan dijadikan bahan bukti sebagai persediaan untuk perkembangan selanjutnya.
iii. Mulai sekarang, perlu dicetak bahan-bahan untuk penjelasan kepada rakyat mengenai salahlaku, rasuah, penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan kerajaan pimpinan UMNO untuk disebarkan kepada rakyat sebagai tindak balas perang saraf UMNO.
iv. Mulai sekarang kita mesti melatih petugas parti yang cekap mengesan tipu muslihat UMNO kerana kita tidak ada agensi yang boleh membantu termasuk SPR, maka kita sendirilah perlu bertindak dengan pantas, cepat dan berkesan.
Akhir kata, marilah bersama-sama kita memberi undi kepada PAS supaya keadilan dalam Negara kita yang tercinta ini dapat ditegakkan semula. Keadilan hakiki dapat diwujudkan dengan hanya pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia di muka bumi ini seperti yang ditentukan oleh ALLAH SWT, selain daripada ISLAM semuanya akan musnah bila sampai masanya.
Sekian, pada pertemuan kali ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain masa dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Aidil Adha – maaf zahir bathin”. Wassalam.
- Meli - 12.01.2004
|
|
|
| |
| Rogol Juga Salahguna Kuasa |
| 01.25.04 (10:52 pm) [edit] |
Seperti telah diduga, sepanjang minggu ini akhbar-akhbar Melayu seperti mematuhi skrip atau agenda pengisian media dengan isu rogol dan sorotan terhadap reaksi para VIP UMNO bermula dari PM sehinggalah kepada peringkat kampung. Aspek-aspek umum seperti moraliti dan kriminaliti rogol tidak perlulah dipanjang-lebarkan lagi kerana tahap intelektual pembaca bukan berada di tahap baru mengenal tamadun. Satu sudut lain juga wujud dalam perbuatan merogol tetapi ia tidak akan diperkatakan walaupun hakikatnya adalah sama. Apa kaitannya merogol dengan salahguna kuasa? Pertama, rogol berlaku secara paksa. Orang yang merogol adalah orang yang berkuasa yakni punyai kudrat yang lebih daripada mangsa rogol. Ia berlaku secara paksa tanpa rela mangsa yang selalunya kurang kudrat dan kuasa daripada perogol.
Kedua, siperogol adalah orang dewasa, berkuasa untuk bertindak sebagai penjaga, dan diamanahkan oleh masyarakat yang bertamadun (adakah kes masyarakat primitif merogol?) sebagai pelindung kepada yang lemah. Tetapi kuasa serta amanah itu tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan.
Paradigma atau model yang jelas disini menunjukkan keadaan yang kuat, berkuasa memperlakukan kehendaknya ke atas yang lemah.
Daripada sorotan model atau contoh yang mudah itu adakah ia tidak sama dengan kes kes pecah amanah? Polis yang memegang amanah ada yang menjadi perompak? Lembaga Tabung Haji yang diamanahkan wang orang Islam melabur dalam aktiviti perjudian? Akhbar yang diamanahkan untuk mendidik rakyat menjadi penyebar budaya permisif lagi negatif?
Parti politik Melayu yang diamanahkan untuk memertabatkan bahasa Melayu tiba-tiba merumuskan dasar yang mengetepikan penggunaan Bahasa Melayu? Pelik dan lucu bila menyentuh soal bahasa. Murid Melayu tidak boleh menggunakan Bahasa Melayu untuk menjawab kertas soalan Sains & Matematik tetapi murid sekolah Cina diberikan pilihan. Siapa yang merdeka sebenarnya?
Rumusannya, janganlah kita merasa takjub, terkejut dengan berleluasanya kes kes rogol kerana pada hakikatnya kerja "rogol-merogol " dalam erti kata yang berkuasa dan berkudrat memaksakan kehendaknya ke atas yang lemah telah dan sedang berlaku ke atas diri kita semua.
Oleh Karim Selamat - 25.01.2004
|
|
|
| |
| Police clash with Anwar supporters; six arrested and many injured |
| 01.25.04 (10:51 pm) [edit] |
Late last night, riot police broke up a rally in Pasir Salak, Perak, organised by the Gerakan Anwar Bebas (Free Anwar Movement) and arrested six opposition youth leaders. Three were arrested at the site of the rally while another three were arrested later at police roadblocks that had been set up at all exit points from the state. Around 11.00pm, the police move in and ordered all those present to immediately disperse as, according to the police, they were participating in an “illegal assembly”. When the crowd refused to budge, the police moved in with batons and rattans and started beating up people at random. In the melee, many people were injured including some of the Youth Movement leaders.
Zool Hilmi Yahya, the Perak State Youth Leader of the National Justice Party (keADILan), was immediately arrested for “organising an illegal assembly” and for “obstructing the police from carrying out its duty”. The police also beat him up.
Also arrested were Nor Azli Musa, the Perak State Deputy Youth Leader and Muhaimi Sulam, the Islamic Party of Malaysia (PAS) Perak State Youth Chief.
Around midnight, SD Johari, the keADILan Youth Leader for Selangor State, Zamil Ibrahim, the Kedah State Youth Leader, and Mohd Johan Mohd Nor, a PAS Youth EXCO Member, were picked up at the police roadblocks that had been set up at all exit points from the state.
At the time of this report, the six are still under detention and it is believed bail may be posted later today.
This morning, a convoy will start from the keADILan office in Kamunting and criss-cross Perak State. Simultaneously, another convoy will start at the keADILan office in Senawang, Seremban, for a similar exercise in the state of Negeri Sembilan.
The convoys will be conducting a leafleting campaign to bring the Anwar Ibrahim issue to the people and better inform them of the current status of Anwar’s health and bail application. It is believed the police may try to block these two convoys as it did with the many before this.
Raja Petra Kamarudin Director, Free Anwar Campaign http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya... - 21.01.2004
|
|
|
| |
| Jadual Program Gerakan Anwar Bebas |
| 01.24.04 (9:40 pm) [edit] |
24 Januari 2004 - Masa : 8.00 malam Ceramah di Pejabat KeADILan, Permatang Pelanduk, Pasir Salak. 25 Januari 2004 - Masa: 8 Pagi Konvoi GAB JELAJAH PERAK Konvoi bermula di Pejabat KeADILan, Kamunting, Taiping. 11 pagi : Jaya Jusco Kinta, 2 Ptg : Bandar Ipoh 4 Ptg : Kampar dan berakhir di Pejabat Keadilan Lumut
25 Januari 2004 - Masa: 9 Pagi Konvoi GAB peringkat Negeri Sembilan Tempat: Bermula di Pejabat KeADILan Senawang, No 10, Kg Baru Rahang, Seremban.
30 Januari 2004 - Masa: 9 malam Pelancaran GAB Peringkat Balik Pulau, Pulau Pinang Tempat: Markaz KeADILan.
31 Januari 2004 - Masa: 9 pagi Konvoi GAB Pulau Pinang Tempat: Bermula di Pejabat KeADILan Sungai Semambu, Permatang Pauh kemudian ke Tasek Gelugor, Kepala Batas, Nibong Tebal dan berakhir di Bukit Mertajam.
3 Februari 2004 - Masa: 5 Petang Taklimat GAB oleh Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor Tempat: Akan diumumkan kemudian
6 Februari 2004 - Masa : 3 petang Perhimpunan Rakyat GAB Tempat: Di perkarangan bangunan Suhakam, Kuala Lumpur
13 Februari 2004 - Masa: 9 Malam Pelancaran GAB Negeri Perlis Tempat: Dewan Cina Sengkhor, Bukit Lagi
14 Februari 2004 - Masa : 3 petang hingga 12 malam Perhimpunan 100,000 rakyat GAB Tempat: Dataran Pejuang, Cherok Tok Kun, Pulau Pinang
Kiriman: zunar
|
|
|
| |
| Maaf di atas ketaksempatan beberapa hari sebelum ini |
| 01.24.04 (9:36 pm) [edit] |
mohon maaf kepada semua yang melayari blog ini kerana ada masalah teknikal dengan komputer saya
|
|
|
| |
| Penjelasan Paklah Mengenai Kes Anwar Ibrahim Dan Kebebasan Sistem Keadilan |
| 01.24.04 (9:27 pm) [edit] |
Sergahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sejurus Mahkamah Rayuan menolak rayuan beliau agar diberikan ikat jamin pada minggu ini, (21 Januari 2004) serta rayuan beliau terhadap hukuman kerana fitnah sodomi, telah membuktikan betapa para hakim memang sudah diperalatkan oleh tetuan politik mereka. Sepatutnya ketiga-tiga hakim itu telah bertindak menghukum Anwar kerana mengaibkan mahkamah. Sebaliknya mereka angkat kaki, cabut lari meninggalkan mahkamah. Pihak penghakiman telah diam membisu akan peristiwa itu, kerana kalau ada reaksi daripada pihak itu, ia harus datang daripada ketiga-tiga hakim yang terbabit ataupun Ketua Hakim sendiri. Sebaliknya, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menonjolkan muka, sambil mencetuskan lebih banyak teka-teki mengenainya. Sambil mempertahankan sistem kehakiman, dia cuba memandai-mandai akan perihal Perlembagaan dan prinsip kehakiman, bukannya terhadap kepentingan sistem Perundangan negara dan juga Ketua Hakim yang harus bersifat bebas daripada tekanan politik. Pernah terjadi satu ketika duly apabila seorang Ketua Hakim digugurkan kerana beliau bertindak terlalu bebas dan tidak mudah diperkotak- katikkan oleh tekanan politik. Tetapi kini, hakim yang haprak pun boleh dinaikkan pangkat asalkan sanggup menjilat arahan tuan politiknya si Perdana Menteri. Itu sebabnya ada kes Ketua Hakim yang pergi bersantai dengan peguam kesayangannya, sedangkan peguam itu mempunyai satu kes rayuan untuk anak guamnya, yang menunggu giliran di mahkamah. Mantan Timbalan Perdana Menteri yang terpenjara itu sedar betapa tidak ada keadilan baginya lagi di mahkamah Malaysia, dan beliau telah bertindak mengikut rentak politik. Dia telah menggelarkan ketiga-tiga orang hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai tidak bertulang belakang, dan bermacam-macam ejekan lagi. Dia juga mahu Paklah menghentikan lakonan itu dan menentukan adanya pemisahan kuasa dalam pentadbirannya. Dia bukannya menghalakan seruan itu kepada hakim-hakim tersebut mahupun kepada Paklah, tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang sudah begitu mual kerana dipermain-mainkan oleh pihak Eksekutif, Parlimen dan badan Kehakiman. Pihak kehakiman tidak dapat menjawabnya. Kalau pun ia cuba menjawab ia terpaksa menutup beribu-ribu lagi pembohongan yang pernah dibiarkan untuk menghukum Dato’ Seri Anwar. Beberapa pembohongan telah timbul semasa kes rayuan dibentangkan. Pada mulanya, pihak pendakwa memulakan kisah sodomi itu dengan menggunakan sebuah kondominium sebagai tempat perbuatan itu, sedangkan semasa ‘kejadian’ itu dikatakan berlaku, kondominium itu belum lagi dibina. Para hakim telah mendera Dato’ Seri Anwar dan juga beberapa orang peguam yang membela beliau dengan beberapa tuduhan mengaibkan mahkamah. Eloklah kita berterus-terang dalam hal ini, kalau Dato’ Seri Anwar memang bersalah, biarkan dia menerima hukumannya dan apa juga lagi deraannya. Tetapi pihak pendakwaraya sengaja mencipta bukti, dan pihak hakim-hakim telah menunjukkan keghairahan untuk menentukan beliau dihukum. Pelbagai hambatan telah dicipta untuk menentukan beliau tidak diberikan layanan keadilan yang sepatutnya.
Pada 1 November 2003, Paklah menggantikan Tun Kepala Taik Mahathir Mohamed, dan tidak ada yang berubah. Paklah berkata, bahawa dia meniru stail TKT Mahathir yang tidak mempertikaikan tindakan penghakiman di Mahkamah. Jika benar beliau amat percaya akan kebebasan mahkamah sebagai satu kenyataan Perlembagaan dan hakikat politik, kenapa pula dia menyibuk dengan perkara itu? Kalau benar, biarkanlah sahaja perkara itu. Soalnya sekarang, perkara itu tidak benar, itu sebabnya ia muncul dengan hangat sehingga menyesakkan Paklah. Paklah pernah mempengerusikan satu pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra, sejurus Dato’ Seri Anwar ditangkap pada September 1998, dan sebelum Paklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itulah pertemuan yang merancang agar Anwar dihancurkan dan kerjaya politik beliau dimusnahkan. TKT Mahathir tidak menghadiri pertemuan itu, kerana itulah cara beliau beroperasi. Memang si barua itu bijak membaling batu dan menyembunyikan tangan sambil membiarkan orang lain yang kena tuduh. Kata-kata Paklah mengenai kebebasan Undang-undang itu boleh dipercayai kalau dia boleh mengaku dengan tegas bahawa dia tidak terbabit dengan rakaman lakonan palsu golongan UMNO yang mentohmah Anwar pernah melakukan kerja-kerja sodomi. Beranikah dia?
Di Malaysia, kebebasan Undang-undang memanglah dijamin oleh Perlembagaan. Sepatutnya badan kehakiman negara bertindak bebas dalam mengamalkan Undang-undang dan bukan mudah dipulas oleh tekanan politik ataupun apa sahaja. Mengikut amalan, para hakim disaring dengan teliti sebelum dibenarkan mengangkat sumpah. Perdana Menteri yang mengemukakan nama mereka untuk dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Kenaikan pangkat mereka itu bukan ditentukan oleh hubungan politik tetapi kerana kepintaran minda mereka dan kebijaksanaan yang mampu memperkasa badan penghakiman yang mampu meneguhkan sistem Perundangan menjadi terus bebas. Lagi kurang campur tangan politik lagi baik hasilnya. Sebagai contoh di India, apabila seseorang hakim menerima lantikannya, ia akan terus naik pangkat untuk melayakkan beliau naik menjadi ketua hakim negara itu. Amalan ii dipraktikkan dengan tegas sehinggakan seseorang Ketua Hakim mampu memegang jawatannya hanya kurang satu bulan sebelum beliau bersara. Di Malaysia, penghormatan semacam ini sengaja dinafikan untuk menyedarkan setiap hakim bahawa pangkatnya itu adalah merupakan kebebasan penghakiman yang ada maksud dan syarat isthmus.
Sistem di India itu memang pernah wujud di Malaysia sehingga tercetus satu dendam kesumat yang memusnahkan Ketua Hakim ketika itu, Tun Salleh Abbas. Dia telah dihadapkan kepada satu panel hakim yang dikatakan bertaraf antarabangsa dan dipengerusikan oleh seorang hakim yang dijangka akan menggantikan tempatnya, seandainya beliau didapati bersalah. Apa yang tidak disedari mereka ketika itu, bahawa semua hakim itu telah belajar pada waktu yang sama dengan seorang insan yang memang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri waktu itu. Ini mungkin merupakan satu kebetulan, tetapi apabila dilihat keadaan sejak itu dan keadaan perbicaraan Dato’ Seri Anwar, selepas itu, kebetulan semacam itu adalah sesuatu yang tidak berasas. Inilah yang telah memusnahkan martabat badan kehakiman yang digembar-gemburkan kewibawaannya oleh Paklah, sekarang. Kalau satu ketika dahulu Dato’ Seri Anwar boleh dikatakan terlalu naif mahu memaksa TKT Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri, begitulah juga halnya dengan Tun Salleh Abas yang memberitahu seorang pegawai kanan kerajaan yang ‘menemani’ perjalanan beliau ke Mekah akan rencana mahu mengadakan satu majlis kehakiman untuk membincangkan segala perkara politik yang semakin menular itu. Dia telah dikuis ke tepi. Kalau seorang Ketua Hakim tidak mampu menguasai mahkamahnya, apakah kebebasan Perundangan yang kita cakapkan? Apa yang dialami oleh Tun Salleh Abbas sudah memadai menjadi satu pengajaran kepada setiap Ketua Hakim berfikir panjang sebelum menguatkuasakan kebebasannya semasa dia mengangkat sumpah jawatan. Dengan munculnya Paklah dengan kuasa kepimpinan pentadbiran, dia sudah pun menunjukkan kesungguhan bermain politik. Inilah yang memang dinanti-nantikan oleh Dato’ Seri Anwar.
- MGG Pillai pillai@streamyx.com http://www.mggpillai.com/" title="http://www.mggpillai.com/" target="_blank"http://www.mggpillai.com/
|
|
|
| |
| Tanpa Khir Toyo Umno Tetap Rasuah |
| 01.24.04 (9:25 pm) [edit] |
Tanpa Khir Toyo BA Rugi? BA Selangor akan rugi sekiranya Dr. Khir Toyo tidak lagi mengepalai Jentera Pilihan Raya Umno BN pada PRU akan datang. Demikian andaian sesetengah pihak daripada kalangan pimpinan dan penyokong BA.
Menurut mereka `isu rasuah Khir Toyo' dengan sendirinya akan menjunam apabila seorang tokoh lain diketengahkan oleh Umno bagi menggantikan Dr Khir sebagai MB.
Lebih-lebih lagi bakal calon MB yang akan dijaja oleh Umno di dalam kempen PRU nanti, membawa perwatakan agak bersih dan tidak kontroversial.
Dato Shafie Salleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap MP Kuala Langat dikatakan memiliki ciri-ciri tersebut. Tambahan pula beliau merupakan bekas penyokong DSAI.
Faktor Shafie dikira amat berkesan untuk menarik pengundi atas pagar dan ahli-ahli Umno yang masih menyokong DSAI agar kembali memihak kepada BN setelah golongan berkenaan mengundi BA pada PRU 1999.
Seterusnya para spekulator tadi merumuskan bahawa peluang BA untuk menang di Selangor pada PRU akan datang adalah cerah jika `status-qou` Khir Toyo tidak berubah. Isu rasuah dan penyelewengan MB Muda itu sudah pasti digarap seberkesan mungkin supaya rakyat memihak kepada BA.
Anwar Tidak Pernah Berkompromi Dengan Rasuah Walau Sesaat
Spekulasi para pengandai BA itu, tidak semestinya tepat. Boleh jadi betul, boleh jadi meleset. Dalam ertikata lain itu bukanlah` pandangan rasmi` BA Selangor secara kolektif.
Apa pun, penulis agak terpanggil untuk memperbetulkan persepi para spekulator berkenaan terhadap pengundi atas pagar dan ahli-ahli Umno yang masih menyokong DSAI.
Sokongan mereka kepada BA dalam PRU 1999 adalah atas dasar kebenaran prinsip perjuangan Anwar Ibrahim. Meskipun kebanyakan mereka tidaklah sehebat dan sekomited penyokong-penyokong `tulen` BA yang lain, jangan sesekali dipermudah-mudahkan maruah mereka.
Kalaulah rasuah itu boleh dikompromikan untuk kepentingan politik, sudah tentu Anwar Ibrahim tidak perlu mengharungi derita bukan kepalang seperti sekarang.
Apakah Anwar Ibrahim tidak pandai bermain politik semata-mata kerana beliau enggan melayani kerakusan Mahathir daripada terus memperkosa hak dan membelasah harta rakyat?
Kenyataannya, Anwar tatkala itu (1997–1998) masih mempunyai pilihan. Beliau hanya perlu mengaminkan segala kebejatan Mahathir jauh sekali daripada `menderhakainya`, nescaya kerusi PM ketika ini milik Anwar.
Ternyata Anwar menolak secara total pendekatan politik murahan seperti itu dan beliau terpaksa membayar dengan harga paling mahal kerana mempertahankan prinsip.
Ertinya Wira Rakyat Terbilang itu telah membuktikan bahawa beliau tidak pernah berkompromi dengan rasuah, penyelewengan dan segala macam kebobrokkan walau sesaat.
Peringatan Buat Para Spekulator BA Selangor
Mengandaikan kedua-dua golongan pengundi berkenaan akan berbondong-bondong murtad daripada BA untuk kembali memangkah BN pada PRU akan datang adalah suatu kezaliman.
Tidak dinafikan pada ketika ini pun sudah ada yang murtad, tetapi bilangannya amatlah sedikit dan itu bukanlah fenomena baru yang melanda alam perjuangan. Mungkin tak tahan ujian, mungkin juga disogok dan sebagainya.
Tetapi harus diingat bilangan yang terus menyertai BA daripada kalangan atas pagar dan ahli-ahli Umno penyokong DSAI pun tak kurang ramainya.
Penulis tahu kebanyakan pemimpin dan penyokong tulen BA Selangor cukup hebat, tetapi kehebatan itu masih belum cukup untuk merampas Selangor daripada BN. Silap-silap kerusi yang dimiliki sekarang pun tergugat.
Apa yang perlu dititik beratkan adalah keterbukaan sikap yang lebih meluas. Usahlah melulu tak tentu fasal.
Tidak menjadi sebarang kecacatan kepada BA Selangor sekiranya mengikhlaskan hati untuk bersangka baik terhadap para-para mualaf (golongan atas pagar dan ahli Umno yang baru menyertai BA) dan `silence supporters` yang lain.
Bersangka buruk kepada penyokong BA yang belum menyertai mana-mana komponen BA, samalah juga bersangka buruk terhadap Anwar Ibrahim
Sesungguhnya sokongan mereka terhadap BA dari tahun 1999 sehingga kini berpunca daripada kefahaman dan penghayatan terhadap perjuangan murni Anwar. Tidaklah mereka mengkhianati kefahaman dan penghayatan itu semudah yang dispekulasikan!
Ingatlah pesanan orang tua-tua `Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa`.
Umno Itu Rasuah, Rasuah Itu Umno
Para pendokong dan penggerak BA tidak perlu membimbangi apa-apa, sekalipun Khir Toyo dipindahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen, isu rasuahnya tetap relevan dan menyengat.
Selagi dia masih hidup selama itulah dosa rasuahnya akan terus didedahkan kepada rakyat jelata.
Soal dasarnya, BA bukan bertarung dengan Umno BN atas nama kelompok atau individu. Perjuangan BA adalah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.
Kebetulan Umno BN adalah pendokong kezaliman dan kebatilan. Justeru itu pertarungan di antara keduanya tidak akan terhenti tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Khir Toyo terjun kedalam `kawah besar rasuah` bukan setakat didorong oleh nafsu tamaknya sahaja, malah Umno itu sendiri berperanan menyediakan prasarana paling sempurna untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi pengamal rasuah.
Dasar dan falasafah parti yang tidak terikat kepada dosa dan pahala serta pragmatik menjela-jela memudahkan Umno untuk bertukar warna dan wajah.
Warna dan wajah Yahudi boleh, komunis boleh, kapitalis bole,sosialis boleh……. asalkan jangan Islam - keadilan serta kebenaran!
Parti yang tidak terikat kepada dosa pahala, kebenaran dan keadilan akan membudayakan pelbagai kesongsangan untuk menghancurkan kemuliaan (karamah) insan. Pemujaan dan pemuasan tuntutan nafsu serakah menjadi matlamat perjuangan mereka.
Lihat sahaja realiti yang menghantui Selangor. Semenjak Allahyarham Dato’ Harun menjadi MB sehingga kini Khir Toyo, tiada seorang pun yang berjaya membersihkan diri daripada amalan rasuah.
Tukarlah seribu kali, selagi terasnya Umno, selama itulah rasuah bermaharajagila, bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh negara. Umno BN `secara total` sudah `korup` dari setinggi-tinggi pemimpin sehinggalah sekecil-kecil ketua cawangan.
Tidak timbul soal Dato’ Shafie akan lebih menyulitkan BA Selangor dalam mengharungi kempen pilihan raya berbanding Khir Toyo. Kedua-duanya tetap serupa kerana dicetak dengan acuan yang sama.
Kalaulah Shafie benar-benar bersih dan baik, mengapa dia menyertai parti yang tidak baik?
Orang yang baik dan bersih lazimnya pandai menilai baik buruk sesuatu perkara. Sesudah penilaian dibuat dia pasti memilih yang baik.
Jika Shafie benar-benar bersih dan baik sudah lama dia meninggalkan Umno untuk menyertai BA sebagai menyahut seruan Anwar Ibrahim yang pernah disokongnya satu ketika dulu.
Atau setidak-tidaknya Shafie memberanikan diri menegur salahlaku Khir Toyo yang sewenang-wenangnya membaham rasuah.
Sampai kiamat pun Shafie dan siapa sahaja tokoh Umno tidak berani menegur kerakusan rakan mereka mengkhianti amanah rakyat, kerana mereka sama-sama menyimpan niat : “Hari ini you jadi MB, you bahamlah sepuas-puasnya, esok bila sampai giliran I, I pulalah yang jadi King.”
Kesimpulannya, di mana sahaja ada Umno, di situ ada rasuah. Umno Itu Rasuah, Rasuah Itu Umno. BA jangan gusar! Teruskan kerja perjuangan, rakyat jelata tidak lagi mudah diperbodoh-bodohkan oleh Umno!
- Inderaloka - 24.01.2004
|
|
|
| |
| Awas! Polis Johor Warisi Jenayah Ketuanya Datuk Musa Hassan! |
| 01.24.04 (3:13 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT Dan Salam Perjuangan, Alkisah, selang beberapa hari tragedi pembunuhan kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Ghani yang dirogol dan dibunuh secara kejam di Gelang Patah, Johor pada Sabtu lepas.. Kini muncul pula satu lagi kes yang lebih memalukan!! Kalau kes Nurul Huda, ianya melibatkan anggota Pengawal Keselamatan (Security Guard) yang kononnya tidak mempunyai tahap disiplin yang memuaskan dan ramai yang mempunyai rekod jenayah sebelum diambil bertugas. Lantaran itulah syarikat yang mengambil pengawal terbabit dipersalahkan oleh pihak berkuasa. Maka akhirnya kini satu lagi bala menimpa, kali ini melibatkan anggota Polis daripada negeri UMNO Karat, Johor Darul Takzim pula. Sesuatu yang sungguh memalukan seluruh rakyat Johor. Kejadian empat anggota polis yang ditahan kerana dipercayai merogol bergilir-gilir seorang wanita warga Indonesia di Jalan Mahmoodiah di sini pagi semalam, setelah didapati keluar dari asrama di Pusat Latihan Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan, Tampoi sesungguhnya satu kejadian yang amat memalukan dan mencemarkan Polis Johor khasnya dan PDRM amnya. Sebelum kejadian tersebut, negara turut digemparkan dengan kejadian rompakan Bank Alliance Cawangan Taman Yayasan, Segamat yang juga melibatkan anggota Polis daripada Negeri Johor iaitu Cif Inspektor Ahmad Shukri Hamid. Dalam kejadian tersebut Ahmad Shukri dari Alor Star, Kedah, merupakan salah seorang daripada dua lelaki yang ditembak mati oleh seorang pengawal semasa mereka sedang merompak bank berkenaan petang Isnin lalu. Susulan daripada dua kejadian terbabit Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun mengeluarkan kenyataan yang mahukan jenis tindakan disiplin terhadap anggota polis yang terbabit melakukan kesalahan jenayah dikaji semula agar hukuman yang lebih berat dapat diperkenalkan jelas menunjukkan sebahagian besar anggota polis di negara ini tidak mempunyai tahap profesional yang cukup. Malahan sebenarnya, ramai di kalangan anggota polis terlibat dengan jenayah seks, rasuah peras ugut, pelacuran, judi dan sebagainya. Maka tidak hairanlah kita kerajaan terpaksa menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memperbaiki serta meningkatkan lagi tahap professionalisme para anggota polis semua. Persoalannya sekarang, benarkah anggota polis Malaysia benar-benar mempunyai disiplin serta profesional dalam menjalankan tugas masing-masing? Apa yang jelas kepada kita ialah PDRM kini hanyalah dijadikan alat untuk menghalang serta menggagalkan segala aktiviti yang ingin dijalankan oleh Rakyat Malaysia terutamanya yang tidak menyokong kerajaan yang memerintah. Banyak sikap "double-standard" yang ditunjukkan oleh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka. Mereka menjadi mata telinga pemerintah yang zalim. Sebab itulah bekas Ketua Polis Negara sendiri iaitu Tan Sri Rahim Noor (bekas banduan) sanggup mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan mata tertutup dan tangan bergari, semasa beliau ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beberapa tahun yang lalu. Sikap ganas dan kurang ajar inilah yang akhirnya menjadi contoh dan teladan kepada anggota polis keseluruhannya. Sebab itulah mereka tidak segan-segan sanggup melakukan jenayah sebenarnya. Bak kata pepatah “Bapa Borek Anak Rintik". Cucu juga difahamkan banyak kes rasuah yang melibatkan anggota polis sebenarnya yang ditutup mulut begitu sahaja. Kes-kes seperti Along, Ceti Haram, Disko, Kelab Malam, Pelacuran, Kongsi Gelap di negara ini sebenarnya gagal dibendung kerana kebanyakan anggota polis dari peringkat atas hingga yang paling bawah telah menerima "RASUAH" daripada pihak terbabit. Bagaimana harus kegiatan jenayah ini diselesaikan sekiranya anggota polis yang ditugaskan membuat siasatan, pergi menyiasat kononnya tetapi menerima habuan wang daripada pihak terbabit. Anggota polis tidak berani untuk menegakkan Undang-undang apabila disajikan dengan imbuhan wang ringgit dan ancaman nyawa oleh mereka yang kebanyakan menjadikan kegiatan jenayah dan maksiat sebagai punca pendapatan mereka. Perkara ini bukan sahaja banyak berlaku di bandar-bandar besar, malahan juga turut melibatkan bandar-bandar kecil di seluruh negara. Sebab itulah kita dapat lihat, anggota polis di negara kita ini hanya menggunakan motto “Mesra, Cepat Dan Betul" bila sesuatu kes melibatkan individu yang menentang kerajaan, contohnya yang melibatkan parti pembangkang. Ceramah-ceramah dan program yang dianjurkan oleh pihak pembangkang dikacau-ganggu oleh mereka, pada hal ahli-ahli parti pembangkang juga merupakan rakyat Malaysia yang perlukan demokrasi dan parti yang mereka naungi juga adalah sebuah parti yang sah dan berdaftar. Begitu juga bila rakyat Malaysia yang melaporkan kegiatan jenayah yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan, pihak polis bukan sahaja gagal membuat siasatan bahkan si pengadu pula akan ditekan malahan hingga didakwa kononnya membocorkan rahsia rasmi kerajaan dan sebagainya. Inilah yang berlaku serta yang dilakukan oleh Polis Raja Di Malaysia ini sebenarnya. Apakah mereka-mereka ini layak digelar profesional? Bila laporan yang dibuat oleh pihak kerajaan, barulah mereka menggunakan motto “Mesra, Cepat dan Betul ", dan bertindak dengan pantas sama ada menangkap atau mendakwa mereka yang terbabit di Mahkamah. Berbalik kita kepada kes empat anggota polis yang dipercayai merogol secara bergilir-gilir seorang wanita warga Indonesia di Jalan Mahmoodiah di Johor Bahru, baru-baru ini. Kes ini jelas menunjukkan kepada kita PDRM sendiri gagal membuat penilaian yang sepatutnya dalam memilih anggota polis. Apa yang amat membanggakan, kejadian ini melibatkan anggota polis di Negeri Karat UMNO, Johor Darul Takzim. Lebih menyeronokkan lagi ialah, Ketua Polis Johor ialah Dato' Musa Hassan, iaitu seorang anggota Polis Haprak yang pernah terlibat mereka-reka cerita dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Lihat sekarang! APA yang berlaku anggotanya sendiri kini terbabit dengan LIWAT. Justeru itu tidak hairanlah kita anggota polis di Johor, terlibat dengan jenayah!!! Sebab mereka mengikut jejak Ketua mereka iaitu Datuk Musa Hassan, yang naik pangkat setelah berjaya menyempurnakan skrip Mahathir Mohamad dalam kes DSAI sebenarnya. Semoga dengan kes ini dapatlah dijadikan ikhtibar kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau dahulu bila mereka nampak Pengawal Keselamatan mereka rasa takut!!! Kini berhati-hatilah kita semua.. AWASI ANGGOTA POLIS!!! Mereka juga “Musang yang berbulu ayam”!! Silap hari bulan kita dijadikan mangsa mereka!! Buat semua anggota polis, jadikan kes ini sebagai pengajaran. Jangan hanya bekerja membabi-buta mengikut arahan daripada pihak atasan. Ingat!! Bahawa di atas kepala anda ada tertera perkataan ALLAH dan MUHAMMAD S.A.W ...Maka berfikir sebelum bertindak.. Jangan menganaiya insan-insan yang tidak berdosa dan ingin menegakkan keadilan serta memartabatkan Islam di Bumi Malaysia yang tercinta ini. Ingat!!! Esok lusa kita akan mati menghadap ALLAH SWT bukannya menghadap Mahathir Mohamad atau Abdullah Ahmad Badawi.. !!! Ataupun menghadap Ketua Polis Negara!!!! Tak pun menghadap Perdana Menteri Malaysia!! Buat semua pejuang Islam dan keadilan, teruskan usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa sistem keadilan, Undang-undang di negara ini sudah tercemar. Badan Polis dan Kehakiman telah dinodai oleh manusia yang rakus, zalim dan gila kuasa... Selagi mereka ini berkuasa selagi itulah tidak akan wujud keadilan di Bumi Malaysia ini. Ayuh yakin kan rakyat.. supaya mereka sama-sama bercita-cita untuk merobah fenomena ini dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan!!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan!!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan "Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cmk_pahang@yahoo.co.uk - 22.01.2004
|
|
|
| |
| Hari Itu Dalam Sejarah: HAKIM DICACI & DIMAKI! |
| 01.24.04 (3:12 pm) [edit] |
BUAT pertama kali dalam sejarah, hakim-hakim menerima cacian, makian dan cemuhan paling jijik oleh orang ramai dalam mahkamah. Kejadian berlaku ketika hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Dato’ Pajan Singh Gill, Dato’ Richard Malanjum dan Dato’ Hashim Mohd Yusoff menolak permohonan ikat jamin Anwar yang sepatutnya diberi kepada sesiapa saja yang dituduh dibawah seksyen tersebut.
Selepas keputusan diumum, orang ramai memaki hakim-hakim dengan perkataan: Oii! Babi!!! Sial!!! Hakim Rasuah!!! P*k*m*k punya hakim!!! Babi pun ada akal!!! Hakim Anak Haram! Dll…
Mereka kemudian segera lari meninggalkan mahkamah diikuti pasukan pendakwa yang diketuai Dato’ Gani Patail.
Saya yang berada dalam mahkamah tidak dapat berkata apa selain berkata hakim-hakim berhak menerima cacian serta makian tersebut.
Kawan yang berada di sebelah saya berkata: Kalau aku jadi depa (hakim-hakim), aku segera letak jawatan!
- Isamo Fer - 23.01.2004
|
|
|
| |
| Dolah Mula Memasuki Zon Pembohongan |
| 01.24.04 (3:11 pm) [edit] |
Hampir tiga bulan Dolah Badawi menggantikan Mahathir sebagai PM. Di sepanjang tempoh itu tidak ada sesuatu pun yang boleh dilabelkan sebagai `kesan tangan Dolah` sama ada di dalam parti pimpinannya mau pun negara. Berbeza dengan bekas PM Tua Mahathir di mama dalam tempoh yang sama telah memperkenalkan kad perakam waktu dan menjolok jam bagi menyelaraskan waktu di Semenanjung dan Sabah-Sarawak.
Sekurang-kurangnya ketika itu, Mahathir berjaya membuat sedikit pembaharuan walau baru tiga bulan menggantikan Tun Hussien Onn.
Apa yang mampu dilakukan oleh Dolah untuk dilihat sebagai PM agar tidak dikata sebagai klon Mahathir hanyalah membebel tak sudah-sudah. Pembanterasan rasuah yang diwar-warkannya sebaik-baik memasuki pejabat paling berprestij di Putrajaya, kini kian lenyap dibawa angin berlalu.
Pemulihan imej untuk meningkatkan prestasi dan integriti beberapa buah agensi kerajaan yang turut diagendakan sebagai salah satu visi penting PM baru itu, tidak menampakkan sebarang tanda positif bahkan kian berkecamuk.
Masyarakat antarabangsa pula masih menganggap Malaysia sebagai negara jakun apabila undang-undang barbarik terus dipergunakan untuk mengekang kebebebasan rakyat. Beberapa siri tangkapan baru dan pelanjutan tempoh tahanan ISA terus dibuat sesuka hati.
Budaya bodek dan laporan bohong yang telah diamalkan begitu berleluasa oleh media massa di zaman PM Tua Mahathir tidak sedikit pun mengendur meskipun Dolah beriya-iya mahukan perkara tersebut diberhentikan.
Umno-BN yang sudah retak seribu di bawah cengkaman Tun Kepala Taik menanti saat untuk berkecai.
Tanpa bantuan media massa pembodek perdana yang berperanan menyembunyikan perang dalaman parti pemerintah itu sekali gus menyerang pihak oposisi habis-habisan, nescaya Umno-BN tak ubah seperti sebuah pulau buangan yang menempatkan segala jenis jakun, lanun, perompak dan penyamun.
Terbaru, sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA dan Gerakan di Wisma MCA pada 22 Januari 04 memperlihatkan PM Lembik (sesetengah orang kata PM Mati Pucuk) mula memasuki zon baru di dalam proses menggilap `karismanya.`
Pada sidang media di majlis tersebut Dolah dengan wajah dan tutur-kata tak tentu arah menjelaskan bahawa sistem kehakiman di negara ini adalah yang terbaik. Pihak eksekutif katanya memberi kebebasan sepenuhnya kepada para hakim untuk membuat apa-apa keputusan. Dia sendiri yang telah menemui para hakim untuk memastikan perkara tersebut dilaksanakan.
Kenyataan Dolah itu adalah sebagai menjawab dakwaan DSAI, pihak pembangkang dan masyarakat antarabangsa bahawa PM Lembik itu terlibat mengarahkan Pajan Singh dan dua orang lagi hakim Mahkamah Rayuan supaya menolak permohonan rayuan ikat jamin Anwar Ibrahim pada 21 Januari lepas.
Nampaknya Dolah belum cukup professional untuk berbohong. Tidak seperti Mahathir yang begitu berselamba setiap kali dia berbohong walau di mana dia berada dan dengan `skill pembohongan` itulah dia berjaya memilikdirikan Malaysia selama 22 tahun.
Dolah selaku Imam Umno wajib belajar dengan Tun (Dr. Ir.) Kepala Taik untuk mengimplementasikan struktur dan teknik pembohongan zero-defect.
Bukankah Mahahthir baru sahaja memperolehi Ijazah Doktor Kehormat Bidang Kejuruteraan dan Pengurusan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)? Rugi besar kalau Dolah tak mahu belajar daripada Mahathir.
Cucu Allahyarham Abdullah Fahim sudah pandai berbohong. Mana mungkin dia tidak mengaku mengarahkan Pajan Singh supaya terus menyiksa Anwar, sedangkan keputusan untuk menafikan permohonan ikat jamin tersebut sudah tersebar seawal jam 12.30 t/hari di kalangan ratusan penyokong Anwar yang sejak pagi-pagi lagi berhimpun di Istana Keadilan Putrajaya.
Ertinya Dolah melalui mesyuarat Kabinet pada hari tersebut telah memutuskan untuk menafikan hak Anwar dan Sukma. Jika tidak mengapa Pajan Singh hanya membacakan `keputusan Dolah` itu pada jam 4.00 petang.
Jelaslah sudah satu-satu Imam Umno yang agak betul bacaan Fatihahnya, jika dibandingkan dengan imam-imam sebelumnya (Mahathir kata sesetengah orang tak pandai membezakan –menyebut Ha dengan Kha) lidah bercabang.
Dolah kononnya amat memarahi golongan yang cakap tak serupa bikin. Golongan tersebut jelasnya lagi tidak layak bekerja bersama-sama dengan dia. Tapi siapa sebenarnya golongan cakap tak serupa bikin itu?
Dolah lupa pada dirinya sendiri. Dialah sebenarnya kepala kepada golongan itu malah lebih dahsyat apabila dia sendiri sudah mulai berbohong hidup-hidup.
Dalam pada itu, penulis walau pun meluat dengan Samy Vellu Presiden MIC, namun dia kelihatan `jujur` apabila diminta membuat statement oleh pihak media di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina berkenaan. Kata Samy: “Kita patut meneruskan sambutan seperti ini untuk mengeratkan lagi perpaduan bangsa Malaysia sampai bila-bila pun. Tengok hari ini semua orang hadir, PM baru pun ada, PM lama pun ada.”
`Kejujuran` Samy Vellu bukan dibuat-buat ianya terpacul secara spontan. Ertinya di dalam benak Samy, Mahathir belum pergi lagi. Malaysia kini ada dua PM seorang lama manakala seorang lagi baru. Soalnya siapa PM sebenar? Yang lamakah atau yang baru?
Kalau diamat-amati dengan mata kasar dan mata hati yang lama itu masih lagi cukup berkuasa jika dibandingkan dengan yang baru- kurang berkuasa lembik pula!
- Dolah Dagang - 10.45 pg - 23.01.2004
|
|
|
| |
| Hantu Raya Umno Kuala Selangor Panik |
| 01.24.04 (3:10 pm) [edit] |
Hantu raya kena serang
Ketua Penaja Umno Bahagian yang paling bermasalah di Selangor, Encik Mohd. Daud Tarihep semakin tertekan apabila puak-puak penentang beliau di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor sudah mula mengatur langkah untuk menyerang balas.
Difahamkan selama ini, seteru-seteru dalaman Daud lebih banyak mengambil sikap berdiam diri terhadap pelbagai serangan yang ditujukan kepada mereka.
Serangan yang berbentuk propaganda memburuk-burukkan tokoh-tokoh tertentu di bahagian Kuala Selangor, diatur oleh Daud sendiri sama ada melalui penulisan atau cakap-cakap kaki-kaki busuk yang terlatih.
Daud telah mempraktikkan pengalamannya bertugas sebagai orang kanan bekas Menteri Penerangan TS Mohamamad Rahmat untuk tujuan kerja-kerja merosakkan imej seteru-seterunya.
Dr. Khir Toyo sendiri diberitakan turut menjadi sasaran propaganda jahat Daud untuk beberapa lama. Akibatnya hubungan kedua-dua anak Jawa itu renggang sehingga sekarang.
Ustaz Sayuti Said, MP Kuala Selangor merangkap Timbalan Ketua Penaja Umno Bahagian merupakan mangsa serangan Daud yang paling teruk tercedera. Jentera propaganda Daud sering memperbodoh-bodohkan Sayuti di kacata mata ahli-ahli Umno.
Tak cukup dengan itu, kini Daud dikatakan menjadikan `skandal silam` Sayuti sebagai `senjata ugutan` agar MP itu memberi laluan kepada Daud untuk bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Datin Paduka Mesrah Selamat, selaku Ketua Penaja Pergerakan Wanita Bahagian merangkap ADUN Jeram juga tak sunyi daripada menjadi mangsa propaganda tersebut. Kaki-kaki busuk Daud menyebarkan dakyah bahawa Mesrah kaki rasuah, tak buat kerja dan tak taat kepada ketua.
Motif propaganda amat jelas. Daud mahu menyingkirkan semua fraksi di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor yang berpotensi untuk menggugat kedudukannya sebagai ketua.
Meski pun beberapa dakwaan yang dipropagandakan oleh Daud terhadap seteru-seterunya itu ada juga kebenarannya, tetapi selaku orang politik mereka juga ada pengikut dan penyokong tersendiri.
Ekoran daripada itu mangsa-mangsa Daud mula bertindak balas. Risalah anti-Daud mula disebarkan melalui internet atau terus kepada cawangan-cawangan Umno. Di antaranya paling popular: 10 Dalil Mengapa Daud Tak Layak Menjadi Wakil Rakyat.
Laporan Polis `Politik Wang ` Daud dibuat
Paling menggemparkan seorang bekas orang kuat Daud yang didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana kes politik wang pada pemilihan Umno Bahagian sesi 1998, telah membuat laporan polis untuk mengakui keterlibatannya menjadi `runner` Daud bagi tujuan membeli undi.
Pengakuan yang dibuat dalam laporan polis itu jelas bercanggah dengan pengakuan yang dibuat di dalam mahkamah yang mana bekas runner Daud itu menafikan bahawa dia terlibat sebagai orang perantara Daud di dalam kes politik wang tadi.
Ertinya bekas runner Daud sudah berbohong di dalam mahkamah. Dia mengakui pembohongannya itu dengan membuat laporan polis. Sudah tentu risikonya amat tinggi. Apa yang mendorong dia melakukan kerja `bunuh diri` itu?
Di dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada sesi 1998 itu Daud tewas kepada Dato Miskon Sutero, bekas Exco Kerajaan Selangor.
Apabila kes politik wang itu meletup, pada mulanya Daud telah meyakinkan runnernya itu agar berkorban demi setiakawan dan perjuangan.
Daud Membohongi Valacheenya Hidup-hidup
Daud juga berjanji akan menanggung segala kos guaman dan lain-lain termasuk jaminan sara hidup anak isteri ditakdirkan runnernya itu didapati bersalah.
Namun setelah tengkuknya terlepas, Daud tidak mempedulikan langsung nasib runner yang malang itu. Mujurlah Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan bekas valachee Daud itu daripada tuduhan `politik wang` November tahun lepas.
Khabarnya Daud telah mengekploitasi isu pembebasan bekas runner itu untuk menunjuk-nunjukkan kehebatannya pada ahli-ahli Umno Kuala Selangor. Konon dia telah meminta jasa baik Pak Lah untuk `dismissed` kes tersebut.
Sebenarnya Daud hanya berbohong, dia sudah lama tidak mengendahkan nasib bekas runnernya itu.
Salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batang Berjuntai Julai tahun lalu telah pun dihantar sendiri kepada Pak Lah oleh bekas orang kuat Daud itu.
Semua ahli MT Umno dan AJK Badan Perhubungan Umno Selangor juga mendapat salinannya setiap seorang.
Respons daripada Lembaga Disiplin Umno Malaysia ,mengarahkan agar sipengadu (bekas runner Daud) menyediakan butiran terperinci.
Difahamkan hampir kesemua 30 orang pemimpin cawangan dan ahli Umno yang dikaitkan dengan politik wang tahun 98 itu, menyatakan kesediaan untuk membuat `akuan bersumpah` bahawa mereka pernah dirasuah oleh Daud.
Daud kini benar-benar panik. Jika bekas runnernya itu berpakat dengan seteru-seterunya, nescaya terlalu sulit untuk Daud berdepan dengan mereka. Silap-silap peluang untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat pun akan gelap.
Hantu Raya Cari Risalah di Pasar Malam
Terbaru, Sabtu lepas 17 Januari Daud yang panik sakan terus melatah. Kali ini pihak pembangkang pula yang ingin dijadikan sasarannya.
Pada sebelah tengah hari 17 Januari, BA Kuala Selangor telah mengadakan program turun ke padang.
Pengedaran risalah Gerakan Anwar Bebas dan BA dibuat di Pekan Lama Kuala Selangor. Sambutan penduduk tempatan dikatakan cukup memberangsangkan. Kebetulan Ezam Mohd. Noor Ketua Pemuda Keadilan turut menyertai program tersebut.
Daud diberitakan menerima maklumat yang salah daripada kaki-kaki busuknya. Menurut mereka Ezam sekali lagi akan turun ke padang pada sebelah petang dan lokasinya di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor.
Terpukau dengan laporan palsu kaki-kaki busuknya Daud bersama orang kuatnya bergegas ke Pasar Malam Bandar Baru seawal jam 5.30 petang. Dia bercadang untuk menjadi hero bagi menghalang sebarang edaran risalah anti –Umno.
Akhirnya setelah berpenat lelah menayang-nayangkan muka di Pasar Malam, tidak ada sehelai risalah pun disebarkan kerana dikatakan BA tidak pernah pun mengatur program tersebut di lokasi itu pada hari berkenaan.
Di kalangan ahli-ahli Umno sendiri pun turut mempertikaikan tindakan Daud itu. Kata mereka: “Siapa Daud untuk menghalang edaran risalah parti pembangkang, dia bukan Polis, bukan SB, bukan Penguatkuasa. Dia hanya Ketua Umno Bahagian saja. Polis pun tak ambil hal kalau pembangkang edarkan risalah. Apa fasal pula Daud yang menyibuk. Buat malu Umno saja.”
Sebenarnya Daud bukanlah mempedulikan sangat risalah Gerakan Anwar Bebas dan BA, kerana yang paling ditakutinya ialah penyebaran 10 Dalil, salinan laporan Polis dan beberapa lagi risalah yang menyentuh kerakusan kepimpinannya.
Daud harus ingat BA Kuala Selangor tidak mahu mencampuri `pergocohan` sesama Umno. Kalau mahu mencari risalah anti- Daud yang kini melambak di Kuala Selangor tanyakan sahaja kepada Umno, bukan kepada BA.
Oh ya! sebelum terlupa ramai ahli-ahli Umno Kuala Selangor tertanya-tanya apakah hubungan Daud dengan seorang wanita (Puteri Umno) yang bernama Azifah Jins Jaafar? Nak kata `girlfriend` Daud, Azifah sudah bersuami……jan gan main-main Daud!
Cikgu Pencen - 23.01.2004
|
|
|
| |
| Hikmah Di Sebalik Penolakan Rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim |
| 01.22.04 (10:55 pm) [edit] |
Keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim tanpa sebarang alasan dan sebab-musabab sesungguhnya adalah satu lagi episod sedih dan durjana institusi Kehakiman negara. Cucu melihat rakyat perlu melakukan sesuatu demi mengembalikan semula imej sistem kehakiman yang terus dicemari oleh manusia-manusia yang zalim dan tidak bermaruah seperti ini.
Sudah sekian lama kita menantikan perubahan demi perubahan, bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim ...kita perlu melakukan "REFORMASI" baik dalam apa jua keadaan. Dalam hal perundangan, kita harus sedar bahawa selagi parti pemerintah yang "ZALIM” seperti UMNO dibiarkan terus berkuasa, Cucu percaya selagi itu juga keadilan tidak akan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Maka, apa yang harus kita lakukan sekarang !!! Anwar akan terus terpenjara, sedangkan kita harus berhadapan dengan Pilihan raya Umum tidak lama lagi. Jalan terbaik untuk memberi keadilan dan pembebasan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kini hanyalah menerusi undi dalam pilihan raya. Justeru itu, apalah guna lagi untuk kita berharap kepada badan kehakiman yang dikuasai oleh parti pemerintah. Harapan kini tinggal harapan. Keputusan kes rayuan Anwar juga, haruslah kita jadikan sebagai bahan untuk meyakinkan sekelian rakyat, bahawa sistem kehakiman negara sudah musnah dan rosak binasa.
Di Malaysia, mereka-mereka yang melakukan jenayah akan selamat jika pandai memberi rasuah kepada hakim. Di Kuantan misalnya, dalam kes membawa masuk pelacur asing tanpa permit, seorang Tauke Kelab Malam dikatakan memberi rasuah kepada hakim yang mana akhirnya bukan sahaja beliau tidak didakwa malahan semua pelacur terbabit dihantar pulang ke negara asal tanpa syarat. Ini semua berlaku apabila para hakim dikatakan diberi rasuah sejak daripada awal lagi. Inilah Undang-undang Malaysia.
Begitu juga sekiranya jenayah melibatkan pemimpin yang rapat dengan kerajaan, mereka bukan sahaja tidak didakwa bahkan akan terus dilindungi. Yang paling menyedihkan kita yang bertujuan memberikan maklumat jenayah pula akan didakwa melakukan kesalahan, lihat saja apa yang berlaku kepada Saudara Ezam selama ini. Laporan demi laporan dibuat terhadap Rafidah dan Rahim Tamby Chik..tetapi apa yang berlaku hingga hari ini. Siasatan langsung tidak dilakukan oleh pihak polis, malahan Ezam pula dituduh memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta Rahsia Rasmi. Sedangkan rahsia yang dimiliki ialah rahsia yang melibatkan jenayah pemimpin terbabit, bukannya rahsia pentadbiran kerajaan misalnya.
Inilah dia yang berlaku di Malaysia hari ini. Apakah kita mahu melihat badan kehakiman dan Undang-undang di negara ini terus dicemari? Walaupun kita ada Bar Council (Majlis Peguam), tetapi apa yang boleh mereka lakukan. Bahkan pada satu ketika kerajaan berhasrat untuk membubarkan Majlis Peguam kononnya telah dipengaruhi oleh Pihak Pembangkang, memainkan isu keadilan terutamanya dalam kes pelantikan Ketua Hakim Negara dan sebagainya. Inilah yang berlaku.
Susulan daripada penolakan rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim juga, Cucu melihat ianya bagai ada satu HIKMAH untuk kita mempopularkan kembali "Isu Anwar" dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sekian lama kita tahu ramai di kalangan UMNO menyangkakan isu Anwar sudah basi dan tidak boleh digunakan oleh pihak pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum nanti. Namun kini, marilah kita sama-sama menyebarkan segala maklumat ini kepada seluruh rakyat baik di desa mahupun di kota, agar mereka tidak terus terpengaruh dengan laporan sempit media massa yang dimiliki oleh kerajaan selama ini.
Buat kaum keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim. terutamanya Kak Wan..Cucu berharap mereka akan terus tabah dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan ini. Cucu juga akan terus pastikan segala maklumat dapat disebarkan seluas-luasnya, yang pastinya Pahang bakal jatuh ke tangan BA sekiranya tidak ada aral melintang. Salam Takzim daripada Cucu buat Kak Wan sekeluarga..
"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cmk_pahang@yahoo.co.uk - 22.01.2004
|
|
|
| |
| Penjage Babi Lebih Muliye Daripade Dolah |
| 01.22.04 (10:53 pm) [edit] |
Assalamualaikum Tuan Pengarang! Mulai jam 4.00 21 Januari 2004 make sahlah sudah PM Mati Pucuk dinobatkan sebagai Mahafiraun Keduwe selepas Tun Kepale Taik Mahathir Mahafiraun Pertame.
Endon yang tinggal sebelah sahaje payu darenya, pasti marah apebile title dilekatkan ke batang tubuh lakinye.
Kalau Endon menyaksikan sendiri bagaimane reaksi lebih daripade lime ratus orang rakyat marhaen di Istane Keadilan Putrajaye,pade petang rayuwan ikat jamin DS Anwar Ibrahim ditolak atas arahan lakinye yang mati pucuk itu, gerenti diye kecut perut habis punye!
Bukan Endon Mahmud saje yang pandai marah, lebih buruk padahnye kalau rakyat marhaen benar-benar marah. Jike itu berlaku, di dalam sekelip mate saje Endon akan jadi perempuan tuwe biyase bukan lagi 1st Lady.
Datuk Kailan Hassan, bonde PM Mati Pucuk jugak turut marah bile anak jantan lembiknye itu digelarkan orang sedemikiyan rupe. Kalau gelaran lain boleh tahanlah jugak.
Tapi gelaran Mahafiraun tu cukup hine. Tidak mungkin cucu sorang ulama` menjadi Firaun, mungkin begitulah kate hati Datuk Kailan! Namun Datuk Kailan lupe ilmu, iman dan taqwa bukanlah harte pusake yang boleh diwarisi anak cucu.
Nabi Allah Noh seorang Rasul manekale ade di antare anak dan isteri Baginde yang kufur. Macam tu jugak Firaun yang mengaku tuhan, tetapi anak angkatnye Nabi Musa as salah seorang daripade Rasul Ulul `Azmi.
Walau ape pun, siyape yang boleh menghalang rakyat marhaen menggelarkan PM Mati Pucuk dengan gelaran sehine itu? Tiayade siyapun kecuwali Dolah sendiri yang menempahnye.
Seluruh penduduk langit dan bumi tau Anwar dibicarekan atas kesalahan yang direkecipte oleh Tun Kepale Taik Haram Jadah Mahahthir di dalam mahkamah yang telah diperlembu dan diperbabikan sepenuhnye.
Semuwe orang yang berakal tau, Anwar yang sedang menjadi penghuni sel sempit bersebelahan bilik mayat di Penjare Sungai Buloh, kini menanggung kesakitan teramat sangat gare-gare berselisih pepering tulang belakang angkare `Bapak Anjing Rahim Noor`.
Yang Muslim tau, non-Muslim pun tau, pemimpin-pemimpin besar duniye tau, pendokong dan pejuwang Hak Asasi manusiye tau, ulama Islam tau, paderi Krisitian tau, sami Buddha tau, budak kecik pun, penjenayah pun tau…. pendekate semuwenya tau kecuwali Dolah Mati Pucuk!
Bute ke diye, bangang ke diye, gile ke diye, sasau ke diye? Jawabnye tidak! Dolah saje-saje buwat tak tau demi ketaatannye mematuhi perintah wahyu `tuhannye` yang bername Mahathir Mahataik.
Untuk melayakkan dirinye disembah sebagai`tuhan` oleh hambe sahaye peninggalan Mahathir make PMMP (Perdane Menteri Mati Pucuk) mesti terlebih dahulu mempertuhankan anak arwah Iskandar Kutty itu sepenuhnye.
Mahataik sudah berkate didalam kitabnye: “Wahai orang-orang Umno (jawi: Aa manu -maknenya `orang-orang yang beriman` - rumi: Umno) sesungguh Anwar Ibrahim dan Reformasi itu adelah musuh yang amat nyate bagi kamu. Janganlah sesekali engkau ikut jejak langkahnye dan tentanglah diye habis-habisan, kelak kamu beruntung dan aku tetap memberi pertolongan.”
Berdasarkan kepade `wahyu` itulah PMMP terus menyikse Anwar dan mempunah-ranahkan sistem perundangan negare.
Dolah langsung tak pedulikan namenye busuk dan hancur-hancur sehancurnye di merate duniye asalkan diye beriman dengan tuhannye.
Segale-galenye disebabkan kegilaannye untuk mempertuhankan diri sebagaimane Mahathir Mahabangsat. Kalau tak Mahafiraun, adeke lagi perangai setarap dengan itu?
Kesimpulannye, seorang penjage babi yang diamanahkan oleh taukehnye membuwat kerje-kerje itu kemudiyan `komited sepenuhnye`terhadap kerjayenye, lebih muliye dan adil daripade Dolah.
Apekan tidak, katekanlah sipenjage babi itu saban waktu menepati segale macam punye prosedur dan jaduwal demi kesempurnan babi-babi yang terkurung di dalam kandang, ertinye diye telah melengkapkan haknye sebagai manusiye sekali gus memberikan hak kebabian kepade haiwan-haiwan ternakan itu.
Meletakkan sesuwatu kene pade tempatnye adelah makne sebenar kepada keadilan. Namun Dolah yang bergelar PM, Imam Umno, Ketuwe BN dan cucu ulama' bukan setakat tidak meletakan maruah dirinye di tempat sewajarnye,malah dimase yang same diye tak segan-segan merampas hak Anwar dan rakyat marhaen.
Last sekali, bukan saje penjage babi lebih muliye daripade Dolah, bahkan Mahafiraun Keduwe itu tidak layak same sekali meskipun pun untuk menjage babi kerane babi-babi itu pasti tidak akan memperolehi keadilan daripade laki Endon yang zalim!
Di sebalik `Musibah` menimpe Umno
Saye perhatikan sejak bulan Disember 2002 sampai sekarang ade beberape `perkare' berlaku di dalam Umno MMK yang sekali pandang seolah-olah tiyade ape-ape, tetapi bile diamat-amati agak menarik untuk diperkatekan.
Kite tinggalkan dulu kemelut politik dan kepimpinan didalam Umno. Mari kite perhatikan rentetan peristiwe sejak Disember 2003:
1. Setiyeusahe Badan Perhubungan Umno Trengganu menemui ajal setelah kerete yang dipandunye terlibat di dalam aksiden pada jam 5.00 pagi. Kate orang arwah baru balik mesyuarat Umno negeri, kate yang lain pulak baru balik dari majlis sambutan raye. Mane satu yang betul? Jangan mabuk sudahlah….. kalau mabuk gerenti mati katak punye. 2. Kanak-kanak lelaki berusiye duwe taun anak kepade Setiyeusahe Umno Bahagian Kelang bersame pembantu rumahnye dibunuh dengan kejam pade siyang hari di kediamannye sendiri. 3. Setiyeusahe Badan Perhubungan Umno Kedah dihentak setengah mati oleh sekumpulan Mat Motor di hadapan`banglow mewahnye` di Alor Star. SU tu dikataekan cube berlagak `samseng` untuk menghalang Mat- Mat Motor tu daripada berlumbe haram. 4. Terbaru anak perempuan Ketuwe Umno cawangan di Gelang Patah berusiye 10 taun diperkose, diliwat kemudiyan dibunuh di satu lokasi kurang 100 metre dari rumahnye. Peristiwa itu berlaku pade sebelah siyang jugak.
Saye tidak berhasrat untuk mengundah-gulanekan hati keluwarge mangse yang terlibat dengan musibah tersebut. Semoge mereke bersabar menempuh segale ujian.
Tetapi ape yang harus dipikirkan ape kaitannye dengan Umno? Peristiwe begitu terjadi jugak kepade yang bukan-Umno namun publisitinya tak lah sehebat apebile Umno dilibatkan.
Mesej yang nak saye sampaikan begini:
1. Kejadian bunuh Mustakizah yang dikaitkan dengan Megat Joned terus disenyapkan. 2. Perogol gadis bawah umur RTC dan Shahidan Kassim dilindungi kerana mereka punya cukup wang dan kedudukan untuk membeli maruwah manusiye. 3. Zaid Ibrahim menyaman Allah swt di hadapan Hakim bukan-Islam untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud dan Qisas di Trengganu dan Kelantan. 4. Keceluparan mulut sesetengah pemimpin Umno di segenap peringkat memaki-hamun tok-tok guru dan Islam serte beriye-iye memberitau rakyat bahawe Anwar memang terlibat di dalam salah laku seks. 5. Pesta besar-besaran maksiyat mude-mudi anjuran Umno BN di setiyap sambutan hari-hari perayaan tertentu.
Cukup setakat lime contoh mudah di atas untuk same-same direnungkan, same ade munasabah atau tidak jike saye katekan:
1. Segalenye itu adelah amaran Allah swt terhadap golongan yang menyokong pembunuh, perogol bersiri, tukang saman Allah, mulut-mulut celupar memaki hamun Islam dan tok-tok guru serte menghine Anwar. Termasuk juge penganjur pesta maksiyat yang merosakkan akhlak mude mudi sehingge lahirnye budaye samseng di kalangan mereke.
Maknenye, dek kerane terlebih menyokong puwak-puwak yang menuduh Anwar meliwat, last sekali anak sendiri terkorban dirogol dan diliwat.
Dek kerane Allah disaman, semakin banyak seminar anti-rogol dan jenayah lain dianjurkan semakin ganas penjenayah berpesta. Cakaplah ape saje, cadanglah hukuman berat ape saje, para penjenayah langsung tak takut!
Perogol under-aged girls macam RTC dan Shahidan, seperti saye katekan tadi punye cukup wang dan kedudukan untuk melepaskan diri, tetapi perogol kelas bawahan tidak penye wang dan kedudukan ..last-last bile nafsu syaitan sudah dipuwaskan make bunuh saje mangse kemudiyan campakkan di dalam parit atau tandas……..
Saye serahkan kepade para pembace untuk mengaitkan fakta-fakta selainnye dengan pelbagai musibah yang menimpe Umno dan orang Melayu Islam.
Ye! orang Umno ketulah kerane menyokong para pemimpin mereke yang mengkhianati agame, bangse dan tanahayer. Ape tak ade otak ke untuk puwak-puwak Umno ni berpikir!
Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!
Berani Kerane Benar! Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!
SI SONGKOK TINGGI KAPAR - 15.01.2004 - 8.20 pg
|
|
|
| |
| Suasana Ketika Menunggu Keputusan Rayuan DSAI di Istana Keadilan Putrajaya |
| 01.22.04 (10:51 pm) [edit] |
Foto-foto suasana keputusan rayuan DSAI di Istana KeADILan Putrajaya REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADILLebih 10,000 ribu risalah berjaya diedarkan oleh para peserta konvoi. Hidup DSAI, Bebas DSAI, Teruskan Perjuangan REFORMASI Total. gambar2 dapatkan di http://tokjanggut.blog-city.c... PSARAFHQ Putra Jaya - 21-01-2004
|
|
|
| |
| Kemelut Anwar Terus Memecah-belahkan Malaysia |
| 01.22.04 (10:36 pm) [edit] |
Mahkamah Rayuan telah bertindak mengikut apa yang diarahkan ke atasnya agar keadilan itu mesti dibiarkan terus mereput. Insan yang menjadi tumpuan keributan itu, mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terpaksa melakukan apa yang mesti dibuatnya. Sistem keadilan negara sudah menjadi alat manusia menghancurkan keadilan. Tidak ada yang berubah apabila Dato Seri Anwar dinafikan ikat-jamin dan hukumannya dahulu kerana sodomi yang difitnah itu telah ditolak ke tepi. Eloklah kita menyorot lembaran sejarah dan menilai kejadian semalam di mahkamah Rayuan (21 Januari 2004), dan rakamkan betapa tidak ada sesuatu perubahan yang berlaku. Ini menjadi satu bukti yang amat jelas selagi kemelut Anwar ini tidak diselesaikan melalui bidang politik, setiap pergerakan yang tidak melibatkan politik hanya merupakan satu drama sahaja, satu lakonan kepada mereka yang tidak mahu menyelesaikan perkara itu melalui rundingan meja politik. Kemelut ini sudah pun berakar umbi sehinggakan masyarakat Melayu sudah berpecah-belah. Inilah yang tidak boleh diperbetulkan, selagi kemelut itu tidak diselesaikan untuk selama-lamanya. Apakah segala kemungkinannya sedangkan kecelaruan politik itu sudah hampir menghancurkan negara, di mana tidak ada sesiapa yang mahu beralah ataupun mencuba merundingkan satu kompromi? Sesuatu pihak tidak pun bercakap dengan pihak yang lain. Tidak kisahlah sekarang ini apakah Dato Seri Anwar benar-benar bersalah atas segala tohmahan yang dihimpunkan tuduhan ke atasnya. Pada mulanya pihak pendakwa telah menyediakan kes mereka dengan keadaan yang sungguh tidak cekap, dan para hakim terlalu ghairah mahu menjatuhkan hukuman bukan sahaja ke atas si banduan, malahan juga para peguamnya kerana berani membela beliau seperti yang sepatutnya mereka lakukan. Lantas, apa juga penghakiman yang dijatuhkan akhirnya adalah satu gambaran betapa beliau sememangnya didera untuk gugur daripada tampuk kuasa dan bukannya kerana apa juga sebab yang dinyatakan kenapa dia mesti meringkuk di penjara. Apa yang harus merunsingkan Perdana Menteri Abdullah Badawi sekarang ini ialah keadaan masyarakat Melayu yang semakin berpecah-belah lebih dahsyat lagi berbanding ketika Anwar mula-mula ditangkap dahulu, dan ketika tercetusnya gelombang Reformasi. Membenarkan beliau ikat jamin untuk bebas sudah pasti akan menyulitkan keadaan dan inilah yang tidak mampu ditangani oleh kerajaan.
Yang memberikan beliau ruang lega sedikit ialah cara kedua-dua pihak berkonfrontasi antara mereka tanpa adanya satu rancangan yang khusus dan jitu. Satu pihak mahu menentukan Dato' Seri Anwar akan terus terpenjara sedangkan satu pihak lagi mahu beliau dibebaskan. Sejak lima tahun konfrontasi ini dimulakan belum ada usaha antara dua pihak ini merundingkan pendapat mereka untuk dipertimbangkan oleh pihak lawan. Inilah yang akhirnya akan menyenakkan Barisan Nasional. BN sedang berdepan dengan satu kes yang begitu ketara cacat-celanya kerana kegagalan menyatakan sebab sebenar Anwar dipenjarakan itu adalah berasaskan alasan yang sahih buktinya. Sememangnya alasan Anwar dipenjarakan kerana dosa yang dilakukannya adalah satu alasan haprak yang tidak boleh digunapakai lagi. Kerana itu kumpulan Anwaris mahukan beliau dibebaskan dengan segera. Keghairahan mahukan beliau dibebaskan itulah yang mengkaburkan segala persepsi strategik terhadap apakah langkah terbaik yang mesti dilaksanakan. Semua itu selalu sangat dibuat secara tergesa-gesa. Kerana wujudnya ketidakcekapan di kedua pihak makanya tercetus keadaan yang membuatkan perkara itu tergantung begitu sahaja.
Inilah keadaan yang sentiasa memuatkan kisah Anwar terus bergelegak. Kalau ada pun seorang insan yang mempunyai fikiran yang begitu waras terhadap isu ini, adalah orang yang bernama Dato Seri Anwar Ibrahim. Memang banyak teka-teki yang mesti dijawabnya, mengenai peranan beliau dalam kerajaan semasa dia naik melonjak dari bawah naik ke atas menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam masa 15 tahun. Semua itu telah dilupakan dalam tempoh lima tahun selepas beliau dipecat, dipenjara dan diaibkan. Dia sudah berjaya naik mendongak daripada lembah satu kempen yang begitu hebat untuk memburuk-burukkannya, dan kini muncul sebagai seorang insan yang dipersalahkan dengan alasan yang salah. Selama lima tahun dia berjaya melepasi belenggu ini, sambil berusaha secara berdikit-dikit untuk muncul dengan peranan sebagai satu ikon bergemerlapan di Malaysia. Inilah yang menjebak kerajaan BN dalam perangkap berkarat. Setiap kali diadakan satu gerakan untuk terus menghenyak beliau dalam penjara telah bertukar menjadi satu kes yang memperkasa kedudukannya. Setiap kali ada usaha melaungkan nasib buruk yang menimpanya, ia memberikan gambaran betapa kerajaan sudah begitu tertekan akan kebenaran, tidak kiralah apa bentuknya.
Inilah yang memcah-belahkan orang Melayu dan sudah pun menular kepada masyarakat Malaysia yang lain. Inilah dia krisis yang paling serius yang menghantui Kerajaan. Episod 13 Mei 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum, kini dilihat sebagai satu kisah yang sengaja dicetuskan oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO ketika itu untuk menentukan peranan masyarakat Cina dalam kerajaan akan terus terbendung. Kegiatan komunis yang menjadi warisan penjajah satu ketika dahulu sejurus Malaysia mencapai Kemerdekaan pada 1957, merupakan panduan perang politik yang mempunyai garisan rujukan yang amat menyerlah, terbahagi antara nasionalisme Melayu dan komunis Cina. Belum pernah lagi negara ini begitu terbelah sebelum kemunculan kemelut Anwar ini. Sudah menjadi satu kepercayaan pelbagai kaum bahawasanya Anwar telah dianiaya. Inilah juga yang menjadi satu kesedaran yang amat menakutkan kalaulah seorang Timbalan Perdana Menteri boleh diaibkan sebegitu dahsyat, apakah harapan lain yang dapat disandarkan oleh rakyat Malaysia yang terjebak dengan drama putar-belit yang melibatkan Anwar.
Memang amat nyata betapa tertekannya kerajaan sekarang ini, kerana tidak mampu mendengar keputusan mahkamah yang menyongsang harapannya. Akan tetapi manipulasi begini sudah menakutkan ramai orang yang waras fikiran, terutama orang Melayu dalam bidang kehakiman, tentang caranya kes itu disalah-tanggung. Mereka bertegas kalau betul keadilan mahu ditegakkan biarkan sahaja orang yang dituduh itu dibebaskan berasaskan andaian yang beliau sebenarnya tidak bersalah kecuali ada bukti yang sahih bahawa beliau benar-benar bersalah. Beliau seharusnya diberikan segala kemudahan dan kehormatan sepanjang tempoh penghakiman kes itu termasuk ikat-jamin sebelum rayuan yang dibenarkan ke atasnya. Ramai insan yang tidak mahu terlibat dengan drama politik ini. Itu sebabnya muka-muka yang menjadi hakim mengadili kes Anwar adalah muka yang sama sahaja. Keadaan begini bukan sahaja terdapat dalam badan kehakiman. Ada seorang Setiausaha Politik yang mahu meletakkan jawatan kerana telah mengambil peranan dalam perencanaan memusnahkan kewibawaan Anwar sehingga menjadikan beliau begitu cacat sekarang ini. Sentuhan nalurinya terus mengasak pendirian agar tidak lagi terbabit dengan skandal yang mahu menghancurkan Anwar semata-mata kerana dia merupakan satu ancaman besar kepada kerakusan Perdana Menteri yang mahu terus menongkat langit, ketika itu.
Salah satu kesan kepada keputusan Mahkamah Rayuan semalam memang berbaur politik. Pada mula-mula kemelut Anwar meledak di mahkamah pada tahun 1999 dahulu, kerajaan BN telah kehilangan pengaruhnya dan kalah di Terengganu. Tahun 2004 adalah satu tahun yang akan menyerlahkan satu lagi bencana kepada kerajaan, lebih dahsyat berbanding yang dilaluinya pada 1999 dahulu. Dato Sri Anwar telah memiliki lima tahun semata-mata bersiap sedia menghadapi perbicaraan tahun 2004 ini, dan inilah yang mencetuskan satu enigma yang menggoncangkan kerajaan begitu dahsyat sekali sejak 50 tahun ini. Baru-baru ini PAS telah mengadakan satu perjumpaan dengan para Duta asing untuk menjelskan Dokumen Negara Islam. Majlis itu telah melantik seorang moderator yang merupakan seorang bekas Duta yang disegani dan pernah bertugas di istana Yang DiPertuan Agong atas permintaan istana juga. Insiden paling-tadah semacam ini sudah menjadi perkara lumrah. Ada seorang bekas Ketua Hakim yang sekarang ini merupakan ahli Exco kerajaan Terengganu. Ada seorang bekas ketua Panglima Angkatan Tentera kini merupakan seorang aktivis PAS. Begitu juga dengan beberapa Ketua Setiausaha beberapa kementerian kerajaan pusat. Pecah-belah politik akan terus melebar tanpa hentinya.
- MGG Pillai pillai@streamyx.com http://www.mggpillai.com/" title="http://www.mggpillai.com/" target="_blank"http://www.mggpillai.com/
|
|
|
| |
| Hisham Zuhudy, Bukan Sekadar Kenangan |
| 01.22.04 (10:33 pm) [edit] |
Ketika jam menunjukkan angka 10:45 malam, pada 20 Januari 2004 ketika itu saya sedang menyusun ayat bagi menyiapkan satu artikel yang mengupas mengenai persoalan Islam untuk disumbangkan kepada sebuah majalah tempatan, saya telah menerima satu panggilan telefon dari seorang teman yang mengabarkan berita yang benar-benar mengugahi hati nurani saya sebagai seorang manusia. Pemergian Allahyarham Hisham Zuhudy Mustaffa, seorang aktivis muda PAS Kelantan yang sedang menuntut pada peringkat kedoktoran di UPM ke alam baqa’ dalam satu kemalangan jalan raya di Dungun pada awal pagi 20 Januari 2004 - (untuk maklumat terperinci sila lawati; http://www.harakahdaily.net/a...) - amat memeranjatkan saya serta teman-temannya kerana di kala ini, PAS samada peringkat negeri Kelantan ataupun Kawasan Serdang, Selangor dan juga kepada negara kita amat memerlukan peranan beliau memandangkan berharganya pewatakan kerja perjuangan beliau yang saya sifatkan sebagai sangat prolifik dan proaktif. Sebelum saya menulis lebih jauh lagi, perlu saya nyatakan disini, sebenarnya saya agak serba salah untuk menulis artikel ini bilamana memikirkan akan implikasi daripada luahan ini terhadap ahli keluarga beliau. Namun kerana merasakan bahawa beliau bukan sahaja merupakan milik keluarganya tetapi juga milik kepada para pencinta gerakan Islam khususnya di dalam PAS selain daripada perasaan bertanggungjawab untuk berkongsi akan pengajaran dan pengiktibaran, maka saya mengambil kesempatan ini (yang sudah pasti kesempatan ini tidak akan kunjung lagi pada masa akan datang) untuk merakam sekelumit kenangan yang wajar diteladani oleh aktivis PAS yang lain yang mahu terjun dalam medan perjuangan yang nyata. Mudah-mudahan dengan secebis kenangan ini boleh membantu kita dalam memarakkan lagi api perjuangan Islam di tanahair lantas menoktahkan Malaysia sebagai sebuah pemerintahan yang berteraskan Islam.
Menghimbau kembali kenangan bersama beliau. Pernah pada satu ketika saya sedang rancak berbual dengan beliau mengenai kerjayanya dan asas desakan beliau untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD, beliau dengan penuh yakin menyatakan kepada saya, “hasrat ana mengambil PhD ini bukannya untuk naik pangkat tetapi kerana merasakan ilmu yang ana tuntut ini nanti boleh disumbangkan untuk parti terutamanya PAS Kelantan”. Saya fikir tidak ramai di kalangan aktivis muda PAS yang boleh meletakkan dirinya sampai ke tahap sedemikian rupa sekiranya kita tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai halatuju perjuangan. Tetapi Allahyarham Hisham Zuhudy telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah berada pada landasan itu untuk berbakti kepada negara melalui wadah PAS. Pada saya, bukan sahaja PAS malahan Malaysia sebenarnya amat kerugian kerana kehilangan seorang anak muda yang berprospek tinggi untuk mencorak sesuatu yang bermakna kepada Islam di tanahair. Namun kita tetap insaf bahawa Tuhan lebih menyayangi beliau.
Teman saya yang juga teman karib beliau ada menyifatkan, kalau kita nak tengok ciri-ciri individu yang bersifat ‘Rabbanun Layl wa Fursannun nahar’ (Bagaikan pendeta dimalam hari dan tangkas berjuang di siang hari), maka lihatlah Hisham Zuhudy. Pada saya ungkapan ini yang seringkali disebut oleh para pejuang dalam Ikhwanul Muslimin, Mesir amat mahal harganya. Dan, sungguh bertuah kepada mereka yang dilihat oleh insan yang lain sebagai memenuhi taraf seupama itu. Yang pastinya, ketiadaan beliau telah meninggalkan satu komitmen yang sukar ditampung oleh individu yang lain. Beliau mempunyai bakat sebagai pemimpin (walaupun beliau seringkali menolak) dan acapkali teruji dengan mehnah & tribulasi, pemikiran Islamnya cukup dinamik terutamanya apabila memperkatakan soal survival ummah manakala daya kekuatan tenaganya seolah-olah berupaya mencabar kudrat pemuda yang berusia 21 tahun. Atas kombinasi inilah, maka menyelinap perasaan kagum saya terhadap diri beliau. Sepanjang hampir dua tahun perkenalan saya dengannya, beliau sentiasa cuba merealisasikan pesanan surah as-Shaff ayat 2-3 ke dalam keperibadiannya; diam bila perlu manakala apabila berbicara penuh dengan sentuhan ruhani. Inilah karekter yang menyebabkan dhamir saya begitu tergugah apabila menerima berita kehilangan antara salah seorang tauladan yang unggul dalam sejarah kehidupan saya. Saya sangat-sangat syahdu.
Pada diri beliau menonjol pewatakan pemberian Allah SWT yang diterjemahkan dari ma’arif Qurani yang beliau pelajari dan tekuni dimana hati dan jiwa beliau terhias indah dengannya. Dari peribadi inilah yang menyerlahkan sosok agung beliau, penuh daya tarikan di iringi dengan sikap tawaduk, namun jika dihadapkan semua pujian di hadapan beliau maka beliau segera berkata ‘I am nothing syeikh’. Pekerjaan beliau samada dalam karier mahupun perjuangan dilakukannya dengan penuh perancangan, tekad, iman, tawakal, kebijaksanaan dan kesabaran sehingga menakjubkan para teman-temannya. Inilah erti kata jihad sebuah kehidupan seorang muslim yang membesar dalam ketaatan. Pemikiran beliau bukan sahaja terbatas kepada pemasalahan Malaysia tetapi turut menjangkau krisis ummah seluruh dunia. Konflik berzaman Palestin sentiasa mengundang kepedihan di hatinya serta membuatkan jiwa beliau selalu merasa sedih. Sanubari beliau sentiasa bersama di kalangan mustadha’fin.
Saya menyedari segala keperibadian murni beliau tidak dapat saya titipkan dalam satu lembaran kertas. Tetapi cukup sekiranya saya menyatakan bahawa Allahyarham Hisham Zuhudy adalah seorang ‘rajulun shaleh’ yang kaya dengan senyum dan kehadiran beliau dalam hidup saya bukan sekadar kenangan, malahan beliau adalah uswatun hasanah kepada para mujahid dalam landasan gerakan Islam dan para anak muda Malaysia. Semoga ruh suci beliau serta para syuhada yang lain diliputi rahmat Ilahi yang tidak terhingga.
AL-FATIHAH
- Ali Baheshti - 22.01.2004
|
|
|
| |
| Anwar Dinafikan Ikat-jamin Kerana Arahan Paklah |
| 01.22.04 (10:28 pm) [edit] |
Kelmarin, Hakim Pajan Singh Gill telah bertanya kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, apakah yang harus mereka putuskan dalam kes Anwar Ibrahim yang memohon ikat-jamin. Arahan Abdullah adalah terlalu mudah: tidak harus ada perubahan.
Berbekalkan senjata itu, Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan penghakiman yang menafikan ikat jamin kepada Anwar. Apabila Anwar bangkit dan mendesak apakah alasan mereka membuat keputusan begitu, para hakim haprak itu enggan menyatakannya. Mereka hanya sanggup berkata ‘Tidak’ tanpa memberikan alasannya.
Mahkamah menjadi kelam-kabut hari ini semasa Anwar menjerit kepada para hakim. Mereka telah mengugut mahu menghukum beliau kerana mencemar mahkamah, sedangkan orang ramai yang mengikuti prosiding itu telah menjerit dan mengejek mereka. Belum pernah terjadi di Malaysia mahupun di mahkamah dunia yang lain apabila orang ramai menjerit dan mengejek para hakim seperti yang terjadi di Istana Keadilan Malaysia.
Kompleks mahkamah yang baru itu terletak di Putrajaya dan diberikan nama Istana Keadilan. Sesungguhnya bangunan itu dapat menggerhanakan keindahan Taj Mahal. Tetapi, penggunaan perkataan keadilan pada kompleks itu memang menjadikan ia satu bahan lelucon seperti yang menyerlah pada hari ini
Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Anwar agar nota catatan prosiding untuk membolehkan beliau menyiapkan kertas rayuannya.
Sebelum itu Mahkamah Rayuan telah mengesahkan hukuman ke atas Anwar di mana dia dihukum penjara sembilan tahun kerana sodomi, untuk membolehkan beliau merayu kepada Mahkamah Persekutuan. Untuk berbuat demikian dia mesti mengetahui sebab-musabab rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Hanya selepas itu dia boleh mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Salah satu faktor utama kenapa Anwar boleh mencabar Mahkamah Rayuan ialah pendapat awal Mahkamah Rayuan yang mengatakan beliau tidak mengemukakan ‘Notis Alibi’ yang dianggap penting. Sebenarnya Anwar sudah pun mengemukakan notis alibi itu dan pihak pendakwa sudah pun memfailkan affidavit yang mengesahkan penerimaannya. Malahan ada satu salinan yang dikemukakan kepada mahkamah. Apabila mahkamah berpendapat Anwar gagal menyempurnakan perkara yang penting itu dan kerana itu dia mesti terus berada dalam penjara, merupakan satu kesilapan besar.
Para hakim sebenarnya terkejut apabila diberitahu bahawa ‘Notis Alibi’ itu sudah pun difailkan, dan disahkan oleh pihak pendakwa dan satu salinan pernah dikemukakan kepada mahkamah.
Keseluruhan penghakiman bergantung ke atas satu perkara yang sungguh penting ini dan itu pun telah diaibkan. Segala catatan prosiding mahkamah dapat mendedahkan perkara yang sebenar. Kerana itu mahkamah enggan memberikan satu salinan kepada Anwar sebagai helah untuk menyekat beliau mengemukakan bantahan dan kemungkinan mengatakan bahawa kes itu adalah satu kesilapan besar.
Mahkamah telah menyandarkan harapan kepada satu ekor kuda memikirkan kuda itu paling cemerlang. Rupanya apa yang dianggap seekor kuda itu adalah seekor kaldai baghal sahaja. Tidak ada hakim yang suka diberitahu bahawa pertaruhannya ke atas seekor kuda sakti sebenarnya disandarkan kepada seekor kaldai baghal sahaja. Para hakim itu sedar kalau Anwar dapat satu salinan catatan prosiding itu, mereka akan menjadi bahan lelucon masyarakat kehakiman sahaja.
Yang menakjubkan, keputusan penghakiman sudah pun ditentukan sebelum kes itu bermula. Mereka sudah lama membuat keputusan bahawa Anwar seharusnya dibiarkan terus meringkuk dalam penjara dan mereka perlu satu alasan untuk memperkuatkan pendirian itu.
Jadi, Anwar tidak diberikan catatan prosiding mahkamah dan tanpa catatan itu dia tidak akan dapat mengungkit hujah sebagai bahan pembelaannya.
Pilihan Raya Umum tidak akan lama lagi. Mungkin dalam masa enam minggu ataupun sekitarnya. Kalau Anwar dibebaskan sekarang memang mencetuskan banyak bahaya. Sedangkan semasa Anwar terpenjara, parti pemerintah hanya mampu meraih 54% undi. Kalau Anwar dibebaskan, adalah lebih baik kalau parti pemerintah tidak mengadakan pilihan raya itu kerana ia pasti akan kalah.
Parti pemerintah mengaku mempunyai empat juta ahlinya. Tetapi ia hanya mampu meraih 3.5 juta undi yang memihak kepadanya. Itu pun ia memerlukan parti komponen BN untuk mencapai jumlah pengundi sebanyak itu. Pihak pembangkang hanya mengandungi empat parti yang bersekutu, itu pun kalau diambil kira penyertaan DAP. Jumlah anggotanya hanya 1 juta sahaja. Tetapi ia berjaya meraih 2.6 juta undi.
Hari ini, terdapat sekitar dua juta pengundi baru, buat pertama kali mengundi dan merupakan tulang belakang Pergerakan Reformasi.
Mengikut congak parti pemerintah, pengundi baru ini kebanyakannya bersifat anti-establishment, dan berkemungkinan memperlekehkan parti pemerintah. Mampukah kerajaan membebaskan Anwar untuk membolehkan beliau meraih sokongan lagi.
Anwar mempunyai satu lagi masalah selain Anwar. Itulah cabaran yang timbul dalam partinya sendiri. Dia baru sahaja melantik Najib Tun Razak sebagai Timbalannya, bukan disebabkan itu adalah pilihannya. Najib adalah pilihan Dr. Mahathir. Yang mengumumkan pelantikan Najib ialah TKT Mahathir dan bukannya Paklah. Abdullah naik angin dengan pengumuman awal Mahathir itu, dan menyekat akhbar tempatan agar memeram berita itu sebelum dia membuat pengumuman rasmi. Bagaimanakah agaknya dunia menilai keadaan setelah mengetahui bahawa pelantikan itu diumumkan oleh bekas Perdana Menteri dan bukan penggantinya?
UMNO sedar Paklah tidak berapa pintar sangat menerajui negara. Rombakan kabinet yang diumumkan kepada keesokan harinya adalah pilihan Mahathir dan bukannya pilihan Paklah. Kerana itu orang-orang Mahathir diberikan jawatan yang utama untuk memperkukuhkan persepsi rakyat jelata. Bagaimana mungkin Abdullah membiarkan Anwar bebas? Memang jelas betapa Mahathir yang mengendalikan urusan negara sekarang ini. Tetapi, Anwar ialah masalah bagi Abdullah dan bukannya bagi Mahathir. Setidak-tidaknya Paklah boleh tunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa dalam hal Anwar – walaupun dalam pemilihan Timbalan dan anggota kabinetnya itu dia tidak mempunyai banyak kuasa. Setidak-tidaknya dia tunjukkan kelakiannya dalam hal menangani Anwar.
Dalam kes terbaru membabitkan Anwar sebenarnya segala-galanya adalah tanggungan Paklah dan bukannya Mahathir. Keputusan hari ini di mana Anwar mesti terus terpenjara adalah keputusan mutlak Paklah.
Pergerakan Reformasi mesti membetulkan fokus mereka dan mengenali siapa musuh baru mereka. Bukan Mahathir lagi, tetapi Paklah. Apabila Paklah mengatakan supaya tidak ada perubahan, sebenarnya Paklah sudah mendalangi kehakiman negara ini.
Seperti yang lazim mereka lakukan di zaman Mahathir, para hakim merujuk dahulu kepada Perdana Menteri sehari sebelum mereka menjatuhkan hukuman. Hukuman yang dijatuhkan itu mesti mengikut selera Perdana Menteri.
Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menyumbat Anwar ke dalam penjara. Tetapi itu adalah cerita basi. Yang menjadi isu sekarang siapa pula yang terus membiarkan Anwar terpenjara. Orang itu ialah Abdullah Badawi. Abdullah mesti digulingkan dan dilakukan secara keras. Mungkin juga Abdullah berandaian kalau Anwar terus terpenjara dia dapat memusnahkan Anwar selama-lamanya. Jauh panggang dari api. Apa yang telah dilakukan hanya menyemarakkan semula bara Reformasi yang kini mula menyala di kalbu setiap reformis.
Eloklah Abdullah berwaspada. Orang Melayu merupakan satu bangsa penyabar sehinggakan kesabaran itu boleh melampau menjadikan mereka tidak ambil kisah langsung. Tetapi, berwaspada dengan orang Melayu yang naik angin kerana apabila angin sudah menghambat si Melayu itu, dia sudah tidak terkawal lagi. Bukankah perkataan ‘amuk’ datangnya daripada istilah kata Melayu? Orang barat tidak mempunyai budaya mengamuk sehingga terpaksa meminjam perkataan ‘amuk’ daripada orang Melayu. Seperti yang dirakamkan oleh sejarah, apabila Melayu mengamuk, mereka tidak pernah membiarkan gerakan itu terbatal di setengah jalan.
Raja Petra Kamarudin Pengarah, Free Anwar Campaign http://www.freeanwar.com/" title="http://www.freeanwar.com/" target="_blank"http://www.freeanwar.com/ http://www.seruankeadilan.com/" title="http://www.seruankeadilan.com/" target="_blank"http://www.seruankeadilan.com... http://www.wanitakeadilan.com/" title="http://www.wanitakeadilan.com/" target="_blank"http://www.wanitakeadilan.com... http://www.partikeadilanrakyat.org/" title="http://www.partikeadilanrakyat.org/" target="_blank"http://www.partikeadilanrakya...
|
|
|
| |
| AFTA Atau AUTA |
| 01.22.04 (10:27 pm) [edit] |
Sudah menjadi satu berita anti-klimaks apabila harga kereta yang ramai-ramai orang jangkakan turun, tetiba mencanak pula naiknya. Dua tiga tahun kebelakangan ini, ramai dari kita yang bertahan dan bersabar saja dengan karenah kereta lama sambil memujuk hati, tak lama lagi harga kereta akan turun. Sudah terbayang di mata untuk memandu kereta baru yang serba selesa serta selamat dengan harga yang murah pula (bukan Mercedes Mata Belalang). Apapun sehingga ke hari ini, mimpi itu telah ditafsir sebagai salah walaupun petunjuk dan kehendak AFTA sendiri menuntut kepada kejatuhan harga untuk dinikmati oleh pengguna. Ramai pengguna yang mengeluh. Sudah ada pula yang mempersoalkan, kalau begitu lebih baik kembali kepada sistem yang lama tanpa AFTA. Ramai juga yang merasa marah dan geram melihat kepada jawaban Menteri MITI Rasuah Aziz yang jelas tiada kemanusiaannya. Tidak layak untuk seorang menteri bagi mempermain dan menaikkan kemarahan rakyat yang juga merupakan pengundi. Rafidah telah memperolok dan memperbodohkan rakyat dengan berkata betapa mereka sepatutnya mendengar saja pendapat dan pandangan beliau serta PM terdahulu- Tun Kepala Taik Dr Mahathir Mohammed. ‘You should’ve listened to what I’ve said, You should’ve listened to what Tun Mahathir said before…’ begitulah lebih kurang ayatnya yang jelas mempamerkan kesombongan dan keangkuhan seorang menteri dalam negara kita ini seolah-olah rakyat bodoh belaka. Dan menteri ini juga merupakan center stage tuduhan pengamalan rasuah yang dibuat Anwar Ibrahim sedikit masa dahulu.
AFTA ini memang satu ikatan perdagangan bebas serantau yang penting serta tidak boleh dibuat main-main. Ia menjadikan rantau ini sebagai satu kawasan perdagangan antarabangsa yang kompetetif. Perjanjian itu membenarkan anggotanya mengekalkan tariff terhadap bukan ahli sementara itu pula memansuhkan kesemua halangan perdagangan sesama mereka. Ini dianggap sebagai batu loncatan kepada pendekatan multilaterisme yang dikatakan sebagai terbaik sekali dalam dunia perdagangan. Perdagangan bebas sebegini akan menghukum ketidakcekapan manakala bagi perdagangan yang berdaya saing pula akan memperolehi manfaat serta habuan yang lumayan. Industri yang dilindungi sebelum ini akan berada di pihak yang merugikan kerana peningkatan barangan import pada harga yang rendah akan mengancam mereka. Bagi industri yang kompetetif, mereka akan mengecapi keuntungan besar melalui pergerakan bebas dalam pasaran negara anggota.
Melalui Kawasan Perdagangan Bebas ini, pengguna adalah golongan yang paling beruntung sekali kerana mereka boleh menikmati harga barangan yang rendah disebabkan penghapusan tariff. Ini ditegaskan oleh Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia, MIER dalam satu tulisannya yang boleh dipetik dari lamannya. (Why AFTA Must Translate Into Lower Prices: fail pdf)
Proton dan lain-lain kereta nasional memang akan menghadapi masalah sekiranya mereka tidak melakukan satu perubahan ketara dalam operasi mereka terutamanya yang bersangkutan vendor pembekalan yang diwarnai oleh hubungan politik yang berbelit dan jelik. Tariff yang agak tinggi sebelumnya akan segera dikurangkan serta ditarik mengecil sesuai dengan tuntutan AFTA. Namun, rupanya kerajaan telah berhelah dengan mengumumkan pula struktur cukai eksais yang baru dan menjadikan keadaan semakin haru dan bercelaru. Memang di negara kita, para menteri sungguh berkuasa. Cuba kita lihat dalam kes Menteri Nazri yang dengan angkuh telah memaki hamun pegawai BPR, Kes Menteri Musa Mohamad dengan dua orang pensyarah UKM yang menyoal kebekersanan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kalau mahu disenarai memang panjang sekali, cukuplah dua contoh sahaja yang diberi.
Apabila Proton merasa tertekan dengan cemuhan rakyat dan juga jelingan saingnya yang telah ditempangkan dengan pelbagai pendekatan dan syarat, maka mereka cuba menagih simpati dan sokongan moral dengan iklan yang sungguh melucukan serta nakal. Habis segala media diguna, tak cukup kaca tv akhbar pula ditempah mereka dengan niat mencatur rakyat punya minda. Apakah ianya berjaya? NEHI HEY! Para nada. Iklan itu sekadar melegakan kerungsingan isi perut mereka sendiri sahaja. Kalau pun ada yang terpikat adalah suku-sakat dan juga kroni yang dekat. Kenaikan harga kereta melalui pendekatan baru jelas menyebabkan rakyat rasa terbuku. Ramai orang Melayu dan rakyat umum yang menjeruk rasa. Arus kebencian dan rasa menyampah kepada pemerintah bagai mendapat nafas baru atas kejahatan tangan mereka sendiri melalui AFTA yang telah diautakan.
Kini Proton memaksa perlindungan baru untuk 20 tahun lagi sambil melempar pelbagai cerita dan janji. Lalu diungkit yang Proton menyuntik RM13 Billion ke dalam ekonomi negara serta menyediakan perkerjaan untuk ratusan ribu rakyatnya dan orang luar. Proton dikatakan telah menaikkan martabat negara menjadi pengeluar kereta yang ke sebelas di dunia.(tetapi kenapa dalam Malaysia sahaja gebu pasarannya?) Memang panjang hujah dan kata-kata manis mereka supaya rakyat terjerat. Akan tetapi mereka terlupa untuk menceritakan bagaimana mereka telah dilindungi dan dibajai laksana bayi yang kecil dari awalnya. Malangnya seperti kata seorang penulis, bayi itu tidak pun membesar sedangkan keperluannya mengalahkan orang dewasa. Kebantutan yang terjadi dalam perkembangan Proton disebabkan oleh factor yang multi sifatnya. Antaranya ialah agenda yang lebih bersifat politik serta dipolitikkan pula perjalanan industri itu. Pernah orang menyoal apakah benar dan ikhlas rejim negara ini mahu menjadikan negara terkenal sebagai pengeluar kereta.
Negara kita menjadi huru-hara dan bercelaru apabila politik dijadikan satu industri. Kalau benar mahu memastikan Proton sebagai pengeluar kereta yang unggul, kenapa pula ada anak menantu yang diberi AP membawa masuk kereta dari luar negeri? Hasil dari aktiviti begitu mereka boleh menyauk senang-senang berjuta RM tanpa sempat ketiak berpeluh. Sudah lah begitu, selama ini Proton tidak pun mempunyai terowong angin bagi menguji model keretanya, sedangkan Petronas pula membeli ekuiti terowong serupa di luar negara hanya untuk kegunaan pasukan lumba kereta yang ditajanya sahaja. Bukankah ia sudah menjadi satu cerita gila?
Wang rakyat akan akhirnya habis begitu sahaja di tangan mereka yang tidak jujur kepada amanah yang diberi. TKT Mahathir telah memulakannya manakala PakLah pula mengikut sahaja seperti orang buta yang dipimpin arah tujunya. Ada sekali dua yang kununnya menunjukkan PakLah cuba beralih arah, akan tetapi apabila kita mendalami apa yang diwar-warkan ia lebih kepada membina imej sahaja. Antaranya ialah penggunaan tender terbuka dalam kontrak kerajaan untuk masa hadapan. Akan tetapi secara berlapik telah pula diberitahu betapa dalam kes-kes tertentu, kaedah lama menjadi penentu. PM baru dikatakan akan lebih memberi tumpuan kepada pembangunan di bawah RM ke-8, akan tetapi segala projek mega dan perjanjian haprak yang ditinggal Musibat Tua itu terus berjalan. Keadaan sudah menjadi semakin rumit dan sukar. Akan tetapi mereka siarkan dalam bentuk yang lunak dan enak. Malaysia dipuji sebagai penjaja Bon Islam yang elegante. Gabenor pula dipuji sebagai yang terbaik di dunia.
Manakala imej Menteri Kewangan Kedua si TS Mohd Nor Yakcob tak usah cerita lah. Digilap bagai ia sebuah lampu Aladdin yang boleh mengeluarkan jin untuk memperbaiki ekonomi negara. Walhalnya beliau adalah seorang cendekia yang jahil dalam ekonomi sehingga negara kehilangan RM30 Billion dalam satu urusniaga spekulasi mata wang yang dibuat secara sembunyi-sembunyi dengan izin Perdana Menteri. Kerana kesilapan itu Gabenor Jaafar Hussein telah meletakkan jawatan dengan mamak itu sendiri dilarang dari terlibat dalam industri kewangan. Perginya Anwar melalui helah politik yang hodoh oleh Mahathir telah membuka peluang untuk jin itu kembali. Ceritanya hampir sama dengan kisah Menteri Pendidikan TS mUsa Mohammad yang juga makan suap. Kedua orang ini meningkat naik dengan kehendak dan arahan TKT Mahathir. Sepatutnya TS Mohamed Nor Yakcob sudah berhenti atas kesilapannya mengurus soal ekonomi. Akan tetapi dalam negara Malaysia Boleh ini, yang baik terpenjara dan yang khianat, jahat dan sadis bebas menghayunkan telornya.
Kembali kita kepada soal AFTA. Jika menurut adat dan seperti yang diamal oleh negara jiran, berlaku penurunan harga barangan terutamanya kereta. Akan tetapi rejim yang angkuh ini telah melakukan sebaliknya. Memang benar ia tidak menyalahi atau melanggar AFTA kerana muslihat itu dibuat secara putarbelit juga. Akan tetapi ia telah menyebabkan ramai rakyat dan warga yang merajuk hati dan menyimpan dendam. Kata mereka – tahulah kami mengajarnya nanti! Apakah sudah mula bergolak gejolak bawah permukaan sehingga mampu mengganggu ketenangan di permukaan?
Apakah AFTA yang AUTA akan menjanjikan satu perubahan? Perubahan yang besar dalam negara.
Dr. Nologareng - 21.01.2004
|
|
|
| |
| BN Masih Memerlukan RM3.5 Billion Untuk Pilihan Raya |
| 01.22.04 (10:26 pm) [edit] |
Keadaan tabung kewangan Barisan Nasional (BN) memang bercelaru. Ia ketandusan dana sendirian, dan terpaksa bergantung kepada sumbangan parti komponen untuk mengendalikan pilihan raya umum yang akan tiba. Pada zaman dahulu, dana parti komponen itu melimpah ruah. Memang lebih daripada mencukupi untuk mengendalikan pilihan raya, dan mengambil kira segala pembaziran dan songlapan yang berjuta ringgit banyaknya. Tetapi kini, pemimpin parti menguasai kewangan parti tanpa ada jentera pengawalannya, sehinggakan berbilion ringgit yang sepatutnya ada dalam tabung itu sudah lesap begitu sahaja. Sebagai contoh, UMNO tidak membentangkan penyata kewangannya hampir dua dekad lamanya. Perkara itu kerap dilencongkan supaya tidak dibahaskan dalam Persidangan Tahunan dengan alasan biarlah ia diluluskan sahaja oleh Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi, sehingga kini badan itu masih belum dapat menerima akaun itu selama ini. Begitu juga halnya dalam setiap parti komponen BN. BN amat yakin ia mampu berbuat sesuka hati, kerana wang mengalir laksana air, dan kemenangan masih dapat dirangkul pada saat kegentingan ketika menghampiri garisan kekalahan. Sudah hilang segala keyakinan dahulu. BN bukan lagi dikuasai oleh Tun Kepala Taik Mahathir Mohammad. Tempat beliau sudah diganti oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi Paklah bukannya ada kuasa ke atas kewangan UMNO, kerana akaun parti itu masih bercelaru, dan penyata terakhirnya masih belum dibentangkan. Perbendaharaan negara sudah kering kontang. Walaupun ada dana pilihan raya yang telah dikutip sebelum Paklah mengambil alih kuasa - sekitar satu billion banyaknya. Saya telah diberitahu bahawa wang kutipan itu telah lesap dan tidak sesiapa yang tahu mana lesapnya. Kepintaran TKT Mahathir menggunakan taktik umpan dan rotan berjaya memulas telinga para panglima karut-marut dalam UMNO mengeluarkan apa juga yang diperlukannya. Kini, Paklah yang menghadapi laluan sukar berdepan dengan segala panglima perang itu terpaksa merayu agar diadakan dana itu. Tekanan yang sama sedang menghantui pemimpin parti komponen BN yang lain. Sebagai contoh, pemimpin MCA sudah diberitahu oleh masyarakat niaga Cina dan ketua kongsi (kwangtung) mereka, bahawa dana yang mencukupi akan disediakan seandainya MCA dapat meraih lebih banyak kerusi untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan menyelesaikan segala masalah yang menghantui masyarakat Cina. Dengan lain perkataan MCA mesti tunjukkan bukti yang ia benar-benar mengambil kira kepentingan masyarakatnya.
Sebelum BN ditubuhkan dahulu, Perikatan membolehkan setiap parti komponen, Menteri kabinet, Menteri Besar dan setiap pemimpin yang berpengaruh memiliki sumber dana pilihan raya masing-masing. Setiap kali munculnya pilihan raya, setiap pihak dikenakan tugas memberikan sumbangan tertentu terhadap tabung pilihan raya, menjadikan tabungan dana itu sesuatu yang sihat keadaannya. Tetapi, tiga dekad yang lalu, ketika BN menggantikan Perikatan, sistem itu telah dimansuhkan semata-mata untuk mematahkan kuasa yang berada di tangan Almarhum Dato' Harun Idris yang turut dikorbankan oleh UMNO. Stail pemusnahan Dato' Harun telah dicuba ke atas bekas Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi tanpa sebarang kejayaan. Orang yang bertanggungjawab merancang kemusnahan Dato’ Harun ialah Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Tun Hussein Onn yang kemudiannya menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Hussein Onn telah memanggil setiap anggota Majlis Tertinggi ke rumah kediamannya untuk meminta mereka mengisytiharkan dana politik mereka. Dia telah menentukan dengan bijak setiap anggota Majlis Tertinggi itu tidak terserempak dengan anggota lain untuk memberitahu apa yang telah dimintanya. Jumlah dana politik yang diperolehinya daripada mereka sungguh besar dan lumayan sehingga membolehkan beliau melaburnya di United Kingdom. Kisah itu hanya didedahkannya sekali selepas dia bersara dan menyatakan betapa faedah simpanan itu sudah menjadi begitu lumayan, dan lebih banyak daripada yang diperlukan oleh UMNO untuk mengongkosi Pilihan Raya Umum 1978.
Oleh kerana pergerakan parti komponen BN tidak pernah difikirkan dalam-dalam, tidak ada usaha untuk menyekat perancang kuasa itu, yang kini sudah muncul di dalam rejim Paklah sebagai panglima perang sahaja – kerana mereka sudah mampu mengumpul harta karun sehingga tidak lagi dapat dikawal oleh kerajaan pusat. Apabila pilihan raya umum menjelang tiba, BN tiba-tiba gelabah mahukan dana untuk mengongkosinya. Berapa banyakkah yang diperlukannya? Para pegawai BN menganggarkan bahawa sebanyak RM3,000 diperlukan bagi setiap pengundi bagi kawasan Parlimen, dan RM1,500 bagi setiap pengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri. Semasa berlaku Pilihan Raya Kecil di Pendang dan Anak Bukit pada 2001, BN telah berbelanja RM 60 juta untuk kawasan Parlimen dan RM30 juta untuk kerusi dewan negeri. Kalau terdapat sekitar 40,000 pengundi di setiap kawasan Parlimen, BN memerlukan sejumlah RM120 juta, ataupun sebanyak RM2.5 billion semuanya kalau diambil kira kerusi Dewan Negeri sekali. BN menyediakan RM500,000 untuk calon kerusi Parlimen dan RM250,000 untuk calon kerusi Dewan Negeri. Jumlah ini beserta perbelanjaan organisasi adalah menepati peraturan yang dibenarkan oleh Undang-undang kerana itu adalah perbelanjaan parti politik dan bukannya perbelanjaan calon individu.
Inilah yang menyulitkan kedudukan Paklah. Kerana itu para pemimpin UMNO mengadakan pertemuan dengan peniaga dan orang lain di karaoke, kelab-malam, dan banyak tempat yang lain meminta sumbangan mereka. Mereka gagal mengumpulkan sumbangan itu. Para panglima perang sudah pandai bermain catur politik dan tidak lagi seghairah dahulu semasa UMNO dipimpin oleh TKT Mahathir. Sebenarnya dana itu masih ada lagi. Ada seorang Menteri kabinet yang telah membelikan sebuah Mercedes Benz Sports berwarna hitam bernilai RM1.2 juta lengkap dengan nombor kereta tunggal sebagai hadiah hari jadi ke-40 kepada anak perempuannya. Mampukah dia menunjukkan keghairahan menderma sebanyak itu kepada Paklah sebagai tabung dana pilihan raya? Saya tidak fikir begitu. Para panglima perang sedang bermain catur untuk meraih kepentingan pertaruhan mereka. Mereka sudah melihat betapa Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak laksana hambatan besar kepada Paklah. Ada seorang pemimpin PAS, yang tahu sangat akan masalah kewangan UMNO lebih mendalam berbanding ramai pemimpin UMNO yang lain, berkata Paklah tidak perlu menghadapi masalah besar seperti ini kalaulah RM4 billion berbentuk wang royalti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terengganu telah disimpan sebagai dana pilihan raya. Sebaliknya UMNO telah membazirkannya. Dalam edisi terakhir Harakah ada disiarkan kisah Ketua Bahagian UMNO Barat, Dato’ Hamzah Zainuddin, yang menyaman akhbar itu kerana kisah politik yang dikatakan mencemarkan nama baiknya. Dalam edisi yang sama ada disiarkan bagaimana pemimpin UMNO Terengganu, Dato’ Idris Jusoh memainkan peranan besar membazirkan wang royalti itu.
- MGG Pillai http://www.mggpillai.com/" title="http://www.mggpillai.com/" target="_blank"http://www.mggpillai.com/
|
|
|
| |
| Keghairahan Media Terhadap Rogol Dan Pengawal Keselamatan Untuk Menyungkup Gelagat Kehancuran Diri B |
| 01.22.04 (10:24 pm) [edit] |
Pihak media sedang ghairah melaporkan kisah dua orang gadis sunti yang dirogol di Johor dan Sabah. Pada waktu yang sama Barisan Nasional sedang dihantui suasana penghancuran diri sendiri. Inilah gelagat yang mesti diperbetulkan menjelang Pilihan Raya Umum. Pihak media mesti menghentikan laporan perkara ini kerana ia menunjukkan keadaan pecah-belah dalam parti. Gadis kecil di Johor dikatakan telah dirogol, dan diliwat serta dijerut oleh tiga orang lelaki yang dipercayai merupakan pengawal keselamatan. Gadis di Sabah itu telah diperkosa oleh seorang penagih dadah dan bekas banduan. Kisah ini sudah mencukupi untuk melancarkan satu kempen. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, menjadi “begitu marah, dan kecewa” mengetahui perkara itu semasa membuat lawatan hormat ke atas pemimpin Laos di Vientiane. Beliau mahukan kes itu diselesaikan secepat mungkin. Isteri beliau, Datin Seri Endon Mahmood, berpendapat kisah itu begitu zalim, dan tidak berperikemanusiaan. Beliau tidak faham kenapa moral kaum lelaki sudah menurun begitu rendah sekali. Sebarang usaha untuk membincangkan bagaimana dan kenapa perkara begini berlaku sengaja diabaikan. Apabila Paklah membuat komen seperti itu, semua pihak atasan pun mula membebek mengulangi sentimen yang sama. Perbuatan merogol adalah satu jenayah besar. Akan tetapi para tukang karut dalam BN mengharapkan keghairahan media itu dapat dijadikan alat untuk memesongkan perhatian umum daripada masalah yang sedang menghantui BN. Sayangnya muslihat itu tidak dapat mengabui pemikiran rakyat jelata seperti yang mereka jangka. Kerana itu, pada setiap hari kelentungan berita putar-belit itu sengaja diperbesar-besarkan. Menteri yang bertanggungjawab dengan kehakiman, Dato' Seri Rais Yatim, berpendapat adalah baik kalau para perogol dikenakan sebatan di depan khalayak ramai. Sudah tentu perkara ini akan dapat menjadi helah yang melencongkan perhatian jauh daripada BN. Tetapi, Presiden Majlis Peguam, En. Khutubul Zaman, tidak bersetuju. Beliau berpendapat, bahawa hukuman mati, dan penjara seumur hidup dengan hukuman rotan, yang diperhebat oleh keghairahan media beberapa tahun dahulu, sudah memadai. Namun, Timbalan Presiden Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dalam Majlis Peguam, Mr. Yeo Yang Poh, berkata bahawa sebatan rotan secara terbuka adalah sesuai kerana Malaysia belum lagi menyertai Deklarasi Hak Asasi manusia sejagat. Alangkah hebatnya!!
Akhbar The New Straits Times hari ini (21 Januari, 2004) menyiarkan kisah kemarahan rakyat dan tuntutan orang awam agar diadakan “tindakan yang keras dan segera”. Dr. Rais tumpang sekaki dengan menyebut perangkaan yang menunjukkan betapa dua pertiga mangsa rogol adalah berusia di bawah 18 tahun. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Tentu ada pihak yang hairan apakah hukuman gantung sampai mati masih tidak mencukupi, sebagai hukuman jenayah itu. Beliau berpendapat, bahawa merotan secara terbuka adalah mengenai hak asasi sahaja. Bekas Perdana Menteri, TKT Mahathir Mohamed, pernah mencadangkan agar diadakan hukuman merotan di depan khalayak ramai atas jenayah sumbang mahram dan rogol, setahun yang lalu. Perkara itu tidak dikuatkuasakan menjadi satu Undang-undang disebabkan bantahan rakyat jelata. Kini, dia percaya sudah tiba masanya. Mengenai keadilan yang pantas dia mencadangkan agar Undang-undang Jenayah itu dipinda, untuk membolehkan kes seperti itu dibawa ke mahkamah dalam waktu yang tertentu khususnya.
Keghairahan media itu tertumpu ke atas pasukan pengawal keselamatan; bagaimana mereka diberikan layanan, dan ada yang antara mereka memang mempunyai rekod jenayah. Tetapi, dengan hanya segelintir wang ringgit yang dibayar kepada mereka setiap hari, untuk memudahkan syarikat keselamatan mengaut keuntungan yang tinggi, dan bukannya untuk menyediakan khidmat kawalan yang dijanjikan. Disebabkan gaji yang begitu rendah tidak ada orang lain yang sanggup berkhidmat dengan upahan yang murah. Selalunya syarikat pengawal yang memberikan khidmat kawalan dikhususkan kepada pesara pegawai tinggi tentera ataupun polis. Mereka yang tahu selok-belok perihal memberikan perkhidmatan kawalan, tetapi disebabkan kerakusan wang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Inilah yang membiakkan korupsi. Tidak ada sesiapa yang bersedia membincangkannya. Ada satu syarikat kawalan yang mengimport pengawal berbangsa Gurkha daripada Nepal. Pihak berkuasa Imigresen berpendapat syarikat berkenaan hanya mampu membiayai kemasukan satu pertiga jumlah pengawal yang dimintanya kerana RM1,500 yang perlu dibayar untuk membolehkan si pengusaha mengimport pengawal asing itu. Ini bermakna pihak lain diberikan peluang mendapatkan jumlah yang berbaki itu. Dengan lain perkataan, sistem menyediakan khidmat kawalan memang diwarnai oleh korupsi yang sungguh menular.
Reaksi mendadak orang awam dan keghairahan media dalam kes rogol dan pengawal keselamatan itu tidak akan memperbetulkan kepincangan kenapa polis tidak lagi melakukan tugas meronda. Sekarang ini amat sukar kita melihat anggota polis membuat rondaan mereka. Terdapat satu pos polis di Brickfields tidak jauh daripada rumah kediaman saya. Pondok itu terletak dekat dengan lampu isyarat, tetapi ia jarang dihuni oleh anggota polis. Sejak kebelakangan ini saya memang belum dapat melihat anggota polis melakukan rondaan berjalan kaki. Memang sekali-sekala kita dapat melihat operasi menyaman kereta yang diparkir di tepi jalan. Jika tidak, kelibat mereka memang amat jarang sekali. Tetapi, apakah itu caranya polis mesti meronda di jalan raya? Apabila polis tidak kelihatan dan sistem yang ada dipenuhi korupsi dan pelbagai kecurangan, apakah kita mesti terkejut melihat kalau-kalau ada pihak yang menggunakan Undang-undang sendiri? Perkara ini tidak boleh dikurangkan dengan cara hukuman yang lebih berat seperti sebatan di khalayak ramai tetapi dengan menguatkuasakan segala hukuman yang sudah lama diperkanunkan. Menambahkan hukuman yang lebih berat tidak akan menyusutkan sebab-musabab yang mencetuskan jenayah lain – bukan sahaja sumbang mahram dan rogol. Mampukah kerajaan BN membetulkan kepincangan yang sudah terjadi sejak dua dekad ini dan menilainya semula. Sedangkan memang ternyata tidak ada kesungguhan politik melaksanakannya.
Bagaimana pun dilihat keadaan ini, selagi BN terus bertindak gostan ke belakang, segala penyelesaian spontan terhadap jenayah ganas adalah bertujuan untuk memesong krisis politik daripada penelitian masyarakat. Ini tidak bererti jenayah yang ganas itu boleh direlakan dan tidak seharusnya ditangani dengan berat. Tetapi, sebarang perubahan dalam Undang-undang harus dilakukan selepas penelitian dan perbincangan yang menyeluruh. Bukan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah politik ataupun untuk melencongkan perhatian daripada masalah itu. Akan tetapi kesilapan congak politik masih lagi berterusan. Ketua Pemuda UMNO, Dato' Hishamuddin Hussein telah mengugut mahu merombak susunan Pergerakan Pemuda di setiap negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum, yang kini kuat dijangkakan dalam masa tiga bulan. Dia terlambat dengan rencananya itu.
Kalau Pergerakan Pemuda UMNO belum bersedia menghadapi pilihan raya, ia tidak akan bersedia lagi. Menteri Besar Selangor pula berkata beliau tetap akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri, dan bukannya untuk kerusi Parlimen. Ini adalah satu perkara ganjil kerana penentuan bertanding di mana-mana adalah hak Presiden UMNO menentukannya. Namun, dia menyebutnya dengan segala ketegasan yang mengandungi sindiran bahawa di sebalik kesetiaannya kepada Paklah dia mahu bersuara laksana seorang panglima perang yang kuat temberang. Sebarang usaha oleh UMNO dan BN untuk membetulkan kepincangan yang nyata itu, dilihat sebagai campur tangan dalam dunia budaya Melayu. Itu sebabnya BN dan UMNO mesti dibantu oleh kempen yang berterusan seperti peningkatan hukuman kerana rogol dan sumbang mahram, saling bertukar-tukar sehinggalah selesai pilihan raya. Semua itu adalah bertujuan memberi ruang kepada BN dan UMNO menyelesaikan masalahnya secara senyap-senyap. Akan tetapi itu semua tidak akan mematahkan kehangatan bantahan yang akan dihadapinya apabila perkara itu berdepan dengan masyarakat.
- MGG Pillai http://www.mggpillai.com/" title="http://www.mggpillai.com/" target="_blank"http://www.mggpillai.com/
|
|
|
| |
| PM Baru Malaysia Pak Lah Hanya Berupaya Mengikut Jejak Habibie |
| 01.22.04 (10:23 pm) [edit] |
Selepas Suhaeto melepaskan jawatannya sebagai pemerintah tertinggi di Indonesia, beliau melantik Habibie yang dianggap lemah dan tidak mempunyai karisma sebagai penggantinya dengan harapan Habibie dapat melindungi segala salahlaku beliau dan sekutunya. Hari ini, di Malaysia pula, seorang “Habibie” dilantik hanya untuk mengikut telunjuk bekas PM supaya segala salahlakunya dan kepincangan yang berlaku sewaktu beliau menerajui kerajaan dapat dilindungi dan segala kehendak bekas PM dapat ditunaikan. “Habibie Malaysia” adalah PM baru, Abdullah Ahmad Badawi. Mengapa Pak Lah sama dengan Habibie?
Dasar Negara Islam yang diistiharkan oleh bekas PM
Bekas PM, Dr Mahathir mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam secara lisan tanpa sebarang dokumen dasar yang rasmi sebagai sokongan kepada pengistiharan beliau. Ia memberi mengambaran bahawa Umno di bawah Dr Mahathir, tidak bersedia sewaktu membuat pengistiharan tersebut.
Setelah Pak Lah mengambilalih tampuk pimpinan Umno dan kerajaan pusat BN, dasar negara Islam Umno tetap tidak berubah. Dengan latarbelakang pendidikannya yang berasaskan kepada agama, Pak Lah sepatutnya lebih arif dan bersedia untuk membetulkan pengistiharan negara Islam oleh Dr Mahathir.
Langkah pertama yang patut diambil oleh Pak Lah selaku ketua pemimpin masyarakat Islam ialah mengarah jentera Umno yang kononnya berjuang untuk agama dan bangsa supaya menyediakan satu dasar rasmi Negara Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh PAS.
Akan tetapi, Pak Lah tidak bertindak sedemikian selepas memegang jawatan PM, beliau hanya meneruskan langkah yang telah diambil oleh Dr Mahathir yang secara langsung menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai wawasannya sendiri dan tidak berkewibawaan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai asas pendidikan agama.
Kes Dato Seri Anwar Ibrahim
Boleh dikatakan kesemua rakyat tahu bahawa kes DSAI ini adalah satu dakwaan yang direka dan ia adalah sebahagian daripada agenda jahat Dr Mahathir terhadap DSAI. Kes ini jika mengikut normal keadilan antarabangsa sudah lama ditendang keluar oleh mahkamah yang adil.
Akan tetapi Pak Lah membiarkan kes ini berterusan dan ia menunjukkan Pak Lah sentiasa akur kepada kehendak Dr Mahathir. Ini adalah kerana Dr Mahathir mahu melihat DSAI menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah kangaroonya sebelum dibebaskan.
Kes rayuan dan ikat jamin DSAI menjadi bahan kelakar antarabangsa. Kekeliruan yang ditunjukkan oleh para hakim dan juga hakim yang tiba-tiba ghaib sewaktu berjalannya kes tersebut mengambarkan kelemahan Pak Lah sebagai PM dan juga Menteri Dalam Negeri. Beliau selaku ketua kepada jabatan kehakiman, tidak berupaya memberi arahan dan keputusan yang jelas dan di atas kemahuan beliau sendiri. Oleh yang demikian, hakim-hakim terbabit terpaksa meminta tunjuk-ajar daripada Tuan politik mereka bila peguam bela mengemukakan hujah dan bukti yang bernas. Di manakah kepimpinan Pak Lah?
Kabinet baru Dr Mahathir bukan Kabinet Pak Lah
Perlantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri mengkukuhkan lagi perspesi rakyat bahawa Pak Lah senantiasa di bawah telunjuk Dr Mahathir. Pak Lah mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk mengumumkan perlantikan timbalannya kerana khabarnya beliau mahu Muhiddin Yassin mengambil tempat tersebut.
Malang sekali, hajat beliau tidak kesampaian tetapi sebaliknya atas kehendak Mahathir, Muhiddin pula diturun-pangkatkan menjadi menteri pertanian. Di manakah kewibawaan Pak Lah sehinggakan kabinet beliau dilantik atas kehendak Dr Mahathir?.
Selain daripada itu, Pak Lah tidak berupaya untuk menggantikan kesemua ahli kabinet tinggalan Dr Mahathir yang telah usang dan tamat tempoh. Pak Lah hanya sekadar menerima apa sahaja yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir dan yang paling mengecewakan ialah Pak Lah terpaksa melantik seorang penyanggak mata wang yang juga sekutu rapat Mahathir, Nor Mohamed Yakcop untuk memegang jawatan sepenting Menteri Kewangan ke-2. Umum mengetahui bahawa Nor Yakcop telah menyebabkan bank negara mengalami kerugian berpuluh billion ringgit setelah pertaruhannya dalam pasaran mata wang gagal dan kegiatan ini dilindungi oleh Mahathir sendiri. Jika penyanggak mata wang Mahathir juga boleh diterima oleh Pak Lah, apa lagi yang Pak Lah boleh lakukan atas kehendak dirinya?
Dasar Ekonomi Negara
Kekeliruan adalah perkataan yang paling sesuai untuk menghuraikan dasar ekonomi Pak Lah. Dua perkara yang berlaku yang melibatkan ekonomi kita akhir-akhir ini menunjukkan bahawa Pak Lah sangat keliru dan hanya mewarisi dasar ekonomi Mahathir secara bulat-bulat.
Kenaikan harga kereta selepas pengumuman tariff baru oleh Pak Lah berikutan perjanjian Afta telah menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah Pak Lah faham berkenaan dengan pengurangan tariff mengikut perjanjian Afta ataupun beliau hanya mengikut arahan Dr Mahathir supaya bertindak sedemikian untuk menyelamatkan projek kereta nasional Mahathir?
Rata-rata harga kerata di seluruh dunia menurun akibat daripada perjanjian setempat(regional) seperti Afta dan juga WTO. Di Singapura, harga kereta jatuh secara mendadak, misalannya, harga kereta Toyota Corolla 1600 cc pada tahun 1995 adalah S$ 127,000 berbanding dengan sekarang hanya S$ 74,000 sahaja. Sementara kereta Nissan Cefiro pula hanya sekadar S$107,500 berbanding dengan harga S$ 115,000 3 tahun lalu (dipetik daripada Mailmoney, Malay Mail 12/1/04 - More affordable Car). Begitu juga di India, harga kereta Honda City 1.5 Exi ialah 647,000 rupee ( RM 53,377 – 100 rupee = 8.25 ringgit) berbanding dengan 667,000 rupee (RM 57,502) (dipetik dari Mailmoney, Malay Mail – Honda Motor India to lower prices).
Selain daripada itu, dasar mata wang Pak Lah yang tidak menentu ataupun langsung tidak ada juga menunjukkan beliau terpaksa bergantung kepada dasar RM 3.80 untuk US$1.00 yang diperkenalkan oleh Mahathir. Menurut analisas Malaysian Institute of Economic Research (MIER), ringgit Malaysia adalah berada di tahap bawah-nilai (undervalue) sebanyak 20%. Ini menyebabkan harga barang import naik secara mendadak dan di Malaysia boleh dikatakan kebanyakkan barang kegunaan seharian adalah diimport dari luar negara. Oleh yang demikian rakyat menanggung beban yang tinggi selepas Pak Lah mengambilalih jawatan menteri kewangan dan juga PM. Bagi Pak Lah, beban tanggungan rakyat nampaknya tidak begitu penting jika dibanding dengan dasar kewangan Mahathir yang diwarisinya. Jika kepentingan rakyat diutamakan, sudah tentu Pak Lah selaku menteri kewangan akan mengubal dasar RM 3.80 untuk US$ 1.00 supaya harga import barangan dapat diturunkan, juterus itu beban rakyat dapat dikurangkan.
Kewibawaan Pak Lah dipersoal jika beliau masih tetap tidak mengambil tindakan proaktif terutama berkaitan dengan isu-isu penting seperti yang dijelaskan di atas. Jika beliau mempunyai wawasan dan berkarisma, keadaan seperti sekarang tidak mungkin berlaku. Atas sebab ini, rakyat perlu sedar dan tidak memberi mandaat secara membuta-tulit kepada Pak Lah yang lemah dan ia mungkin akan merosakkan lagi ekonomi dan juga keadaan hidup rakyat Malaysia
Kewibawaan Pak Lah dipersoal jika beliau masih tetap tidak mengambil tindakan proaktif terutama berkaitan dengan isu-isu penting seperti yang dijelaskan di atas. Jika beliau mempunyai wawasan dan berkarisma, keadaan seperti sekarang tidak mungkin berlaku. Atas sebab ini, rakyat perlu sedar dan tidak memberi mandaat secara membuta-tulit kepada Pak Lah yang lemah dan ia mungkin akan merosakkan lagi ekonomi dan juga keadaan hidup rakyat Malaysia.?
CKChew - Lunas. 19.01.2004
|
|
|
| |
| PROTES keputusan Kejam keatas Anwar !! |
| 01.22.04 (10:16 pm) [edit] |
Hari ini tercatat lagi satu sejarah apabila Mahkamah Rayuan Malaysia yang diketuai Pajan Sing Gill Menolak ikat jamin Mantan TPM saudara Anwar Ibrahim.... seterusnya mencipata rekod apabila tidak ada dalam Dunia dalam kes sekecil kes Liwat tidak dibenarkan diIkat Jamin sementara menunggu keptusan Rayuan!! malah penyanyi Michael Jackson yang dituduh Mencabul kanak kanakpun dibenar ikat jamin.. malah tidak sampai setahun Mahkamah Malaysia pernah membenarkan ikat Jamin seorang peguam yang menembak mati seorang warga India di Bangsar!! walaupun dalam kes yang membawa Hukuman mati... apa nak jadi dengan Malaysia!!! inikah sikap cucu Ulama' yg tersohor... itulah sebabnya saya secara keras menetang sebarang diplomasi antara kepimpinan Keadilan mahupun pemimpin PAS dengan Juak atau Puak UMNO!! kebelakangan ini tentangan pemuda Keadilan sebagai contohnya terlalu kendur terhadap kezaliman UMNO!! kini.. masanya kita turun kembali ke Jalanraya!! masa untuk berdiplomasi sudah tamat !!! Langkah pertama yang harus dilakukan Pemimpin BA.. PEMIMPIN BA MESTI MENOLAK SEBARANG MUZAKARAH ATAU PERBINCANGAN TERHADAP PERPADUAN MELAYU SEBAGAI PROTES TERHADAP KEZALIMAN KEATAS ANWAR !!! KERANA ISU ANWARLAH.. PENYEBAB MELAYU BERPECAH !!! KITA KENA BERSIKAP TEGAS... SEKARANG MASANYA KITA BANGUN MENENTANG KEZALIMAN UMNO !!! Ingat berhati hati.. Kerana tujuan isu perpaduan melayu ini ditimbulkan adalah kerana mahu mengendurkan kemarahan rakyat terhadapap UMNO!!!
Bangunlah wahai seluruh Anak muda.. Bangunlah menetang kezaliman UMNO terhadap Anwar dan Islam di Malaysia!!
LAWAN TETAP LAWAN !!!!
REFORMASi AKAN KEMBALI BERGEMA...
Lawan Tetap Lawan!!
Kiriman Reformis Muda - 21.01.2004 (disiarkan tanpa semakan/suntingan)
|
|
|
| |
| Hukum Hanya Milik Allah Semata |
| 01.19.04 (8:23 am) [edit] |
Allah menciptakan makhluk dengan tujuan agar mereka beribadah kepadaNya semata. Ia mengutus para rasulNya untuk mengajar manusia, lalu menurunkan kitab-kitab kepada mereka, sehingga boleh memberikan hukum (keputusan) yang benar dan adil di antara manusia. Hukum tersebut tercermin dalam firman Allah Taala, dan dalam sabda Rasulullah SAW. Hukum-hukum itu mengandungi berbagai masalah. Di antaranya ibadah, mu'amalah (pergaulan antara manusia), aqa'id (kepercayaan), tasyri' (penetapan syariat), siyasah (politik) dan berbagai permasalahan manusia lainnya. 1. Hukum dalam akidah:
Yang pertama kali diserukan oleh para rasul adalah pelurusan akidah serta mengajak manusia kepada tauhid.
Nabi Yusuf misalnya, ketika berada di dalam penjara beliau menyeru kedua temannya kepada tauhid, ketika keduanya menanyakan padanya tentang ta'bir (tafsir) mimpi. Sebelum Nabi Yusuf menjawab pertanyaan keduanya, ia berkata: "Hai kedua penghuni penjara, manakah yang lebih baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Hukum (keputusan) itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yusuf: 39-40)
2. Hukum dalam ibadah:
Kita wajib mengambil hukum-hukum ibadah, baik shalat, zakat, haji dan lainnya dari Al-Quran dan hadis shahih, sebagai realisasi dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Shalatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku shalat" (Muttafaq alaih)
"Ambillah teladan dariku dalam tata cara ibadah (hajimu)." (HR. Muslim)
Dan merupakan penerapan dari ucapan para imam mujtahid, "Jika hadis itu shahih maka ia adalah madzhabku."
Bila antara imam mujtahid terjadi perselisihan pendapat, kita tidak boleh fanatik terhadap perkataan seseorang di antara mereka, kecuali kepada yang memiliki dalil shahih yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Hukum dalam mu'amalah:
Hukum dalam mu'amalah (pergaulan antara manusia), baik yang berupa jual beli, pinjam-meminjam, sewa-menyewa dan lain sebagainya. Semua hal tersebut harus berlandaskan hukum (keputusan) Allah dan RasulNya. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa': 65)
Para mufassir, dengan menyitir riwayat dari Imam Al-Bukhari menyebutkan, sebab turunnya ayat di atas adalah kerana sengketa masalah irigasi (pengairan) yang terjadi antara dua sahabat Rasulullah . Lalu Rasulullah memutuskan bahawa yang berhak atas irigasi tersebut adalah Zubair. Serta merta lawan sengketanya berucap, "Wahai Rasulullah, engkau putuskan hukum untuknya (maksudnya, dengan membela Zubair) kerana dia adalah anak makcikmu!" Sehubungan dengan peristiwa tersebut turunlah ayat di atas.
4. Hukum dalam masalah hudud (hukuman yang ditetapkan untuk memenuhi hak Allah) dan qishash (hukum balas yang sepadan):
Hal ini berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka (pun) ada qishashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishash)nya maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." (Al-Maa'idah: 45)
5. Tasyri' (penetapan syariat) adalah milik Allah semata:
Allah berfirman yang bermaksud: "Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu." (Asy-Syuura: 13)
Allah menolak orang-orang musyrik yang memberikan hak penetapan hukum kepada selain Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?" (Asy-Syuura: 21)
KESIMPULAN:
Setiap umat Islam wajib menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih sebagai hakim (penentu hukum), merujuk kepada kedua-nya manakala sedang berselisih dalam segala hal, sebagai realisasi dari firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah." (Al-Maa'idah: 49)
Juga penerapan dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dan selama para pemimpin umat tidak berhukum kepada kitab Allah, dan memilih apa yang diturunkan oleh Allah, nescaya kesengsaraan akan ditimpakan di tengah-tengah mereka." (HR. Ibnu Majah dan lainnya, hadis hasan)
Umat Islam wajib membatalkan hukum-hukum (perundangan-perundangan) asing yang ada di negaranya. Seperti undang-undang Perancis, Inggeris dan lainnya yang bertentangan dengan hukum Islam.
Hendaknya umat Islam tidak lari ke mahkamah yang berlandaskan undang-undang yang bertentangan dengan Islam. Hendaknya mereka mengajukan perkaranya kepada orang yang dipercaya dari kalangan ahli ilmu, sehingga perkaranya diputuskan secara Islam, dan itulah yang lebih baik bagi mereka. Sebab Islam menyedarkan mereka, memberikan keadilan di antara mereka, efisien dalam hal wang dan waktu. Tidak seperti peradilan buatan manusia yang menghabiskan material secara sia-sia. Belum lagi azab dan siksa besar yang bakal diterimanya pada hari Kiamat. Sebab dia berpaling dari hukum Allah yang adil, dan berlindung kepada hukum buatan makhluk yang zalim.
AKIDAH DAHULU ATAUKAH KEKUASAAN?
Bilakah Islam akan tampil kembali memimpin dunia? Da'i besar Muhammad Qutb menjawab persoalan ini dalam sebuah kuliah yang disampaikannya di Daarul Hadis, Makkah Al-Mukarramah. Teks pertanyaan itu sebagai berikut:
"Sebahagian orang berpendapat bahawa Islam akan kembali tampil melalui kekuasaan, sebahagian lain berpendapat bahawa Islam akan kembali dengan jalan meluruskan akidah, dan tarbiyah (pendidikan) masyarakat. Manakah di antara dua pendapat ini yang benar?"
Beliau menjawab: "Bagaimana Islam akan tampil berkuasa di bumi, jika para du'at belum meluruskan akidah umat, sehingga kaum muslimin beriman secara benar dan diuji keteguhan agama mereka, lalu mereka bersabar dan berjihad di jalan Allah. Bila berbagai hal itu telah diwujudkan dalam kehidupan sehari-hari, barulah agama Allah akan berkuasa dan hukum-hukumNya diterapkan di persada bumi. Persoalan ini amat jelas sekali. Kekuasaan itu tidak datang dari langit, tidak serta-merta turun dari langit. Memang benar, segala sesuatu datang dari langit, tetapi melalui kesungguhan dan usaha manusia. Hal itulah yang diwajibkan oleh Allah atas manusia dengan firmanNya yang bermaksud:
"Demikianlah, apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka, tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain." (Muhammad: 4)
kerana itu, kita mesti memulai dengan meluruskan akidah, mendidik generasi berikut atas dasar akidah yang benar, sehingga terwujud suatu generasi yang tahan uji dan sabar oleh berbagai-bagai cubaan, sebagaimana yang terjadi pada generasi awal Islam."
SYIRIK BESAR DAN JENIS-JENISNYA
Syirik besar adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu (tandingan) bagi Allah. Ia memohon kepada sesuatu itu sebagaimana ia memohon kepada Allah. Atau melakukan padanya suatu bentuk ibadah, seperti istighatsah (mohon pertolongan), menyembelih haiwan, bernazar dan sebagainya.
Dalam Shahihain disebutkan, Ibnu Mas'ud meriwayatkan, aku bertanya kepada Nabi, "Dosa apakah yang paling besar?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau menjadikan tandingan (sekutu) bagi Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
A. CONTOH-CONTOH SYIRIK BESAR
1. Syirik dalam doa:
Iaitu berdoa kepada selain Allah, baik kepada para nabi atau wali, untuk meminta rezeki atau memohon kesembuhan dari penyakit. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim."(Yunus: 106)
Zalim yang dimaksud oleh ayat ini adalah syirik. Dan Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud:
"Barangsiapa meningal dunia sedang dia memohon kepada selain Allah sebagai tandingan (sekutu), nescaya dia masuk Neraka." (HR. Al-Bukhari)
Sedangkan dalil yang menyatakan bahawa berdoa kepada selain Allah, baik kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak hadir merupakan perbuatan syirik adalah firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu, dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari Kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui," (Faathir: 13-14)
2. Syirik dalam sifat Allah:
Seperti kepercayaan bahawa para nabi dan wali mengetahui hal-hal yang ghaib. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." (Al-An'aam: 59)
3. Syirik dalam mahabbah (kecintaan):
Yang dimaksud syirik dalam mahabbah iaitu ia mencintai seseorang baik wali atau lainnya sebagaimana kecintaannya kepada Allah. Allah Taala berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cintanya kepada Allah." (Al-Baqarah: 165)
4. Syirik dalam ketaatan:
Iaitu ketaatan kepada ulama atau syaikh dalam hal kemaksiatan, dengan mempercayai bahawa hal tersebut dibolehkan. Allah berfirman yang bermaksud: "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31)
Taat kepada para ulama dalam hal kemaksiatan iaitu dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Atau sebaliknya, mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Taat kepada para ulama dalam hal kemaksiatan inilah yang ditafsirkan sebagai bentuk ibadah kepada mereka. Rasulullah SAW menegaskan yang bermaksud: "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal maksiat kepada Al-Khalik (Allah)." (HR. Ahmad, hadis shahih)
5. Syirik hulul:
Iaitu mempercayai bahawa Allah menitis kepada para makhluk-Nya. Ini adalah akidah Ibnu Arabi, seorang sufi yang meninggal dunia di Damaskus. Ibnu Arabi ada mengatakan: "Tuhan adalah hamba, dan hamba adalah Tuhan.
Duhai sekiranya, siapakah yang mukallaf?"
Seorang penyair sufi lainnya, yang mempercayai akidah hulul bersenandung:
"Tiada anjing dan babi itu, melainkan tuhan kita (juga).
Dan tiadalah Allah itu, melainkan seorang rahib yang ada di gereja."
6. Syirik tasharruf (tindakan):
Iaitu keyakinan bahawa sebahagian para wali memiliki keleluasaan untuk bertindak dalam urusan makhluk. Percaya bahawa mereka boleh mengatur persoalan-persoalan makhluk. Mereka namakan para wali itu dengan "wali Quthub". Padahal Allah Taala telah menanyakan orang-orang musyrik terdahulu dengan firmanNya yang bermaksud:
"Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab, 'Allah'." (Yunus: 31)
7. Syirik khauf (takut):
Iaitu keyakinan bahawa sebahagian dari para wali yang telah meninggal dunia atau orang-orang yang ghaib boleh melakukan dan mengatur suatu urusan serta mendatangkan mudharat (bahaya). Karena keyakinan ini, mereka menjadi takut kepada para wali atau orang-orang tersebut. kerana itu, kita menjumpai sebahagian manusia berani bersumpah bohong atas nama Allah, tetapi tidak berani bersumpah bohong atas nama wali, kerana takut kepada wali tersebut. Hal ini adalah kepercayaan orang-orang musyrik, yang diperingatkan Al-Quran dalam firmanNya yang bermaksud: "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya? Dan mereka menakut-nakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah." (Az-Zumar: 26)
Adapun takut kepada haiwan liar atau kepada orang hidup yang zalim maka hal itu tidak termasuk dalam syirik ini. Itu adalah ketakutan yang merupakan fitrah dan tabiat manusia, dan tidak termasuk syirik.
8. Syirik hakimiyah:
Termasuk dalam syirik hakimiyah (kekuasaan) iaitu mereka yang membuat dan mengeluarkan undang-undang yang bertentangan dengan syariat Islam serta membolehkan diberlakukannya undang-undang tersebut. Atau dia memandang bahawa hukum Islam tidak lagi sesuai dengan zaman.
Yang tergolong musyrik dalam hal ini adalah para hakim (penguasa, yang membuat serta memberlakukan undang-undang), serta orang-orang yang mematuhi dan menjalankan undang-undang tersebut, jika dia meyakini kebenaran undang-undang itu serta rela dengannya.
9. Syirik besar boleh menghapuskan amal:
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)
10. Syirik besar tidak akan diampuni oleh Allah kecuali dengan taubat dan meninggalkan perbuatan syirik secara keseluruhan:
Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." (An-Nisaa': 116)
11. Syirik banyak macamnya:
Di antaranya adalah syirik besar dan syirik kecil. Semua itu wajib dijauhi. Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita agar berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepadaMu dari (menyekutukanMu dengan sesuatu) yang kami tidak ketahui." (HR. Ahmad dengan sanad shahih)
PERUMPAMAAN ORANG YANG BERDOA KEPADA SELAIN ALLAH
1. Allah berfirman yang bermaksud: "Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Al-Hajj: 73)
Allah menyeru kepada segenap umat manusia agar mendengarkan perumpamaan agung yang telah dibuatNya, dengan mengatakan:
"Sesungguhnya para wali dan orang-orang shalih serta lainnya yang kamu berdoa kepadanya agar menolongmu saat kamu berada dalam kesulitan, sungguh mereka tak mampu melakukannya. Meskipun sekadar menciptakan makhluk yang sangat kecilpun mereka tidak boleh. Menciptakan lalat, misalnya. Bahkan jika lalat itu mengambil dari mereka sejumput makanan atau minuman, mereka tak mampu merebutnya kembali. Ini merupakan bukti atas kelemahan mereka, juga kelemahan lalat. Jika demikian halnya, bagaimana mungkin engkau berdoa kepada mereka, sebagai sesembahan selain Allah?"
Perumpamaan di atas merupakan pengingkaran dan penolakan yang amat keras terhadap orang yang berdoa dan bermohon kepada selain Allah, baik kepada para nabi atau wali.
2. Allah berfirman yang bermaksud: "Hanya bagi Allah lah(hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadah) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka." (Ar-Ra'ad: 14)
Ayat di atas mengandungi pengertian bahawa doa, yang ia merupakan ibadah, wajib hanya ditujukan kepada Allah semata.
Orang-orang yang berdoa dan memohon kepada selain Allah, tidak mendapatkan manfaat dari orang-orang yang mereka sembah. Mereka tidak boleh memperkenankan doa barang sedikitpun.
Menurut riwayat dari Ali bin Abi Thalib , -menjelaskan perumpamaan orang yang berdoa kepada selain Allah- iaitu seperti orang yang ingin mendapatkan air dari tepi telaga (hanya) dengan tangannya. Maka hanya dengan tangannya itu, tentu dia tidak akan mendapatkan air selama-lamanya, apatah lagi lalu air itu boleh sampai ke mulutnya?"
Menurut Mujahid," (seperti orang yang) meminta air dengan lisannya sambil menunjuk-nunjuk air tersebut (tanpa berikhtiar selainnya), maka selamanya air itu tak akan sampai padanya."
Selanjutnya Allah swt menetapkan, bahawa hukum orang-orang yang berdoa kepada selain Allah adalah kafir, doa mereka hanya sia-sia belaka. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan doa (ibadah) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka." (Ar-Ra'ad: 14)
Maka dari itu, wahai saudaraku sesama muslim, jauhilah dari berdoa dan memohon kepada selain Allah kerana hal itu akan menjadikanmu kafir dan tersesat. Berdoalah hanya kepada Allah semata, sehingga engkau termasuk orang-orang beriman yang mengesakan-Nya.
Kiriman aku punya karkunku@yahoo.com - 16.01.2004
|
|
|
| |
| UMNOBN Must Be Taught A Lesson By The Rakyat |
| 01.19.04 (8:22 am) [edit] |
UMNO’s Warlord politics must be put to an end. This mode of politics, barbaric in nature, wrought with corruption and immoral abuse of power, will not benefit the rakyat in the long run. Only immorality will abound, bringing in its wake, untold havoc, bribery will rule supreme and the life of the people disturbed by bribery. The people will be tormented by mental misery, unable to secure justice in their daily living. If the rakyat do not teach UMNO a lesson, suffering will continue, Malaysia will become acquire pariah immorality, instead of civilising the nation, it will bring the country back to political barbarism. The people must be given the mental liberty to choose the best, not forced and tricked to vote UMNO, which is ruining the morality of the nation. Malaysians can best serve the nation by learning how to recognize political deception in the propaganda of UMNO, how they are bought over through a pittance, and how their mind is distorted to believe that a corrupt UMNO is still good. People who are matured must be able to dodge the UMNOBN propaganda and teach an irresponsible UMNO that they cannot go on tricking people and continue ruling the nation using the evil instrument of corruption. Spirit of Truth - 18.01.2004
|
|
|
| |
| Bila Gamaknya Pilihan Raya Yang Dijangka? |
| 01.18.04 (11:25 am) [edit] |
Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menganjurkan Pilihan Raya Umum sebelum UMNO bersidang untuk memilih siapa Presiden baru parti itu, Jun nanti. Seandainya beliau berjaya menyatu-padukan negara ini beliau akan melangkah untuk berdiri megah dalam gelanggang dan merangkul kejuaraan jawatan Presiden sebagai miliknya yang mutlak. Pada waktu dahulu, Pilihan Raya Umum memberikan tumpuan kuasa kepada Presiden parti yang mampu memilih calonnya untuk mengalahkan sesiapa yang mahu menyainginya dalam parti. Tetapi, Pilihan Raya Umum 2004 ini merupakan sesuatu yang dipaksa ke atas Paklah, kerana dia tidak ada pilihan lain. Kerajaan Barisan Nasional sudah lama mahu mengadakan Pilihan Raya Umum itu sejak Ogos tahun lalu, mulanya di Sabah untuk Dewan Undangan Negeri sebelum mengisytiharkannya untuk seluruh Malaysia. Inilah yang tidak dapat dilakukannya. Bukan sahaja UMNO Negeri yang mendominasi Sabah sedang bergolak, tetapi sudah ada kini gejala perasaan anti-Persekutuan yang menular dalam semua parti politik Sabah masa kini. Kerana itu sejak Disember lalu, setiap tarikh yang dijangkakan terpaksa disekat begitu sahaja sehingga kerajaan BN sudah ketandusan tarikh sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Kini, berita angin semakin kencang bertiup menyebut bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 1 Mac, disusuli oleh pilihan raya umum pada 22 Mac. Majlis Tertinggi BN bersidang pada Khamis 15 Januari, 2004 dengan banyak gambaran walau tanpa kesungguhan ia akan diadakan secepat mungkin. Persidangan itu telah melantik penyelia bagi keseluruhan 219 konstituensi Parlimen. Semasa memberikan kenyataan akhbarnya selepas itu, Paklah bertegas bahawa BN sudah bersedia, dan semua parti komponen sudah menyelesaikan apa juga masalah mereka, dan laksana seorang pelari jarak jauh, sudah bersedia menunggu. Akan tetapi tidak pula ada perbincangan bagaimana agihan kerusi Parlimen dan Negeri itu kepada semua. “Kalau kami bincangkan perkara itu, sudah pasti mesyuarat tidak dapat ditamatkan seawal ini,” kata Paklah. Apa masalahnya? “Kami terpaksa merancangnya dengan jitu. Kami perlu kaji bagaimana agihan itu dilaksanakan pada waktu dahulu dan apakah formulanya kali ini.” Dengan kata-kata lain, di sebalik segala gembar-gembur itu, memang banyak yang tidak kena, sekarang ini.
Para wartawan telah bertanya apakah orang yang digantinya, TKT Mahathir Mohamed akan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum itu? Paklah melenting, kerana tarikh itu akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Apakah pilihan raya Sabah yang mesti diadakan sebelum Jun ini, diadakan serentak dengan negeri-negeri lain. Tidak ada komen darinya. “Kami tidak ada membincangnya. Masih ada banyak masa lagi.” Selain masalah di Sabah, masalah di Sarawak telah dicetuskan oleh BN negeri yang sebulat suara tidak mahu menghadapi pilihan raya kalau Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi menjadi pemimpin mereka. Di Semenanjung pula, parti Cina dan India telah bercakap akan perihal percantuman parti perkauman. Tetapi perkara ini tidak disenangi oleh UMNO dan masyarakat Melayu. Ia dilihat sebagai menghenyak UMNO dan orang Melayu ke satu sudut.
Pilihan Raya Umum itu mesti diadakan sebelum akhir tahun ini. Pemilihan dalam UMNO sepatutnya diadakan pada akhir tahun lalu tetapi telah ditunda satu tahun kerana menjangkakan Pilihan Raya Umum itu. Tetapi Pilihan Raya Umum ini tidak boleh ditunda lagi. Kemarahan rakyat akan perkara itu pasti menyenakkan Paklah. Lagi pun dia mesti tentukan agar masyarakat Melayu bersatu di belakangnya. Ini bukannya satu kerja mudah tetapi yang lebih penting BN mesti menang dengan kelebihan dua pertiga majoriti seperti biasa. Paklah akan merasa hampa seandainya pengundi Cina berpaling tadah. Pengundi Melayu sudah berpecah. Dia tidak mampu membetulkan perpecahan itu yang disebabkan keaiban yang dikenakan ke atas mantan Timbalan Presiden UMNO Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu. Masyarakat Melayu yang satu ketika dahulu memang taat dan setia kepada UMNO, kini sudah berada di pinggiran. Mereka menunggu melihat parti Melayu yang mahu disokong mestilah parti yang mampu menjaga keselamatan budayanya. UMNO terpaksa bertarung untuk mendapatkan segala itu.
Sambil BN yang dipimpin oleh UMNO menyandarkan harapan kepada pengundi Cina, ia terpaksa berhati-hati melihatkan rencana parti pembangkang, PAS dan Parti Keadilan Nasional. Dalam usaha untuk berdepan dengan PAS, UMNO telah mencabar parti itu atas landasan keIslaman, sehinggakan ramai pengikutnya menjadi keliru dan termangu. KeADILan sudah diperkukuhkan oleh cantumannya dengan PRM (Parti Rakyat Malaysia). Inilah parti yang perlu diawasi seandainya ia mampu menyelesaikan masalahnya untuk menarik puak-puak yang sudah mual dengan karenah BN. Para pemimpin UMNO lebih takutkan Keadilan berbanding PAS, kerana seandainya kumpulan sederhana keluar daripada UMNO, parti itu akan tinggal tulang rangka sahaja. UMNO sudah tidak mampu bertegang urat dengan PAS atas landasan teokrasi kerana itu adalah dimonopoli oleh PAS. BN amat mengharapkan agar puak pembangkang, PAS, Keadilan dan DAP akan terus berkecamuk dalam menghadapi Pilihan Raya Umum nanti. Tetapi kalau Paklah mahu menguasai keadaan dia mesti tentukan tidak kehilangan sokongan Melayu di akar umbi. Kemenangan besar dua pertiga di Parlimen tidak mencukupi sebagai penentu kemenangan. Dia mesti tentukan akar umbi Melayu akan terus menyokong UMNO. Kalau tidak dia akan merasa kecewa apabila ada negeri kawalan BN yang mampu dirangkul oleh PAS.
- MGG Pillai http://www.mggpillai.com/" title="http://www.mggpillai.com/" target="_blank"http://www.mggpillai.com/
|
|
|
| |
| Perang Pasir: Perompak Terus Bebas - Mesin Disita Pun Lesap |
| 01.18.04 (11:24 am) [edit] |
Operasi Pasir ke Operasi Mesin Perang Pasir yang dilancarkan untuk membanteras kegiatan merompak pasir di Selangor kira-kira dua minggu lalu kini telah memasuki fasa kemuncak.
Perang tersebut sudah pun ditukar namanya daripada Operasi Pasir kepada Operasi Mesin. Ini berikutan kejayaan besar dicapai oleh bala tentera Dr Khir Toyo itu
Di dalam operasi sulung di Daerah Sepang, sebilangan `perompak` berjaya diberkas kemudian disita.
Menurut Dato Abd Fatah Iskandar Exco Kerajaan Negeri Selangor `panglima` yang mengetuai operasi itu, dengan tertawannya `perompak` (Jengkaut–jengkaut lapuk dan lori-lori hantu) itu maka Daerah Sepang diisytiharkan bebas daripada musuh.
Bermotivasikan `kejayaan gilang gemilang` itu Operasi Mesin diteruskan ke Daerah Kuala Selangor pada 14 Januari lepas.
Kali ini Panglima Fatah (selepas ini sebut sahaja Patah) seawal jam 6.00 pagi disertai oleh kira-kira 90 orang pendekar yang terdiri daripada anggota polis, BPR, pihak berkuasa PBT, kakitangan tangan JKR dan beberapa buah jabatan lain sudah memulakan penyerbuan mereka di Kuala Selangor.
Dua orang tawanan telah berjaya diberkas pada pagi itu setelah terjun ke dalam lombong kerana terkejut dengan kehadiran Patah. POW`s itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk sesi soal-siasat.
Dipercayai kedua–duanya bertugas sebagai operator jengkaut yang belum sempat dilarikan daripada kawasan penyerbuan.
Hasil kejayaan operasi di Kuala Selangor melibatkan dua lokasi - di Sungai Darah dan satu lagi di Berjuntai Bistari terbukti lebih hebat daripada yang dicipta di Sepang.
Operasi sehari suntuk itu menyaksikan sebanyak 59 `perompak` ditawan `mati-mati` (bukan hidup-hidup). Anehnya hanya sebilangan kecil sahaja daripada `perompak` tersebut berjaya ditawan dalam kawasan penyerbuan.
Manakala sebahagian besar yang lain hanya ditawan setelah Patah dan pendekar-pendekarnya berjaya menggeledah ladang kelapa sawit di persekitaran kawasan penyerbuan.
Menurut Patah, kemungkinan besar operasi itu awal-awal telah `leaking` bagi membolehkan para pengusaha pasir terlebih dahulu bertindak untuk menyembunyikan mesin–mesin itu di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.
Dengan tertawannya 59 ‘buah’ perompak itu, sekali lagi Khir Toyo dan Panglima Patah mengisytiharkan sebuah lagi daerah – Kuala Selangor - bersih daripada musuh.
Beberapa buah daripadanya diangkut dan di sita di Balai Polis dan Pejabat Daerah Kuala Selangor. Sebahagian besarnya pula disita di Sungai Tinggi dan Rantau Panjang - berhampiran dengan lokasi penyerbuan.
Sebelum `perompak-perompak` tersebut disita, Panglima Patah telah mengarahkan supaya semua enjin dinyahaktifkan (tidak boleh dihidupkan) dan dikawal ketat.
Tugas pengawalan diserahkan Permodalan Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd (KEDB) kerana insiden itu berlaku di kawasan tanah milik kedua-duanya yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.
Akhirnya…..Mesin yang disita pun lesap.
Belum sampai pun 24 jam, mesin-mesin sitaan itu didapati lesap daripada zon penyitaan.
Khir Toyo telah mengarahkan pihak polis dan BPR segera menyiasat punca kehilangan penuh misteri itu.
Beliau berkata demikain ketika ditemui wakil media selepas merasmikan `Team Building` Umno Bahagian Kelana Jaya di Institut Budaya Melayu Baru (IBBM) di Kemensah pada malam 16 Januari lepas.
Meskipun bilangan `mesin-mesin sitaan` yang berjaya `melarikan diri` daripada zon penyitaan itu tidak disebut secara terperinci, apakah Menteri Besar Selangor itu sudah hilang akal? Atau menganggap kebanyakan rakyat Selangor ini bermindakan `selut` serta `otak udang`?
Lori-lori hantu, mesin-mesin berat dan jengkaut-jengkaut lapuk tersebut tidak akan lesap daripada zon penyitaan sama seperti mesin rumput lesap daripada simpanan di dalam setor, atau motorsikal dan basikal yang hilang kerana kecuaian para pemiliknya?
Untuk mengalihkan mesin-mesin berat dan lori hantu itu, sudah tentu memerlukan masa, kakitangan dan peralatan yang lengkap termasuklah lori pengangkut (low-loader) serta crane.
Biasanya purata masa yang diambil untuk mengalihkan sebuah `benda` berkenaan minima mengambil masa 1 jam dalam keadaan normal.
Bayangkan jika 20 mesin-mesin berat itu sudah berjaya dilarikan daripada tempat penyitaannya, sudah tentu mengambil masa hampir sehari .
Ertinya para empunya mesin-mesin berat yang telah disita itu sengaja diberi peluang berbuat demikian oleh pihak pengawalan sendiri.
PNSB dan DESB hanya menutup sebelah mata ketika menyaksikan insiden melarikan mesin-mesin sitaan itu berlaku. Mungkin begitu senario sebenarnya!
Wayang apakah ini? Wayang Jawa, wayang Cina, wayang India ..bukan! Sebenarnya adalah wayang-wayang penyangak, penyamun,perasuah dan perompak harta rakyat .
Atau mungkin ini sebahagian daripada tanda-tanda `buang tebiat` pemimpin bacul dan rosak akhlak yang sedang menunggu ajal politik mereka ?
Menurut satu sumber sahih daripada Putrajaya, dua orang tokoh Selangor yang kini berada di Federal akan diturunkan untuk menghalau Khir daripada Shah Alam.
Jagoan rasuah itu dikatakan sudah menjadi `liabiliti besar` kepada Umno Selangor. Dia tidak mampu lagi mengekang asakan BA dan DAP. Penyelamat mesti dibawa turun jika tidak Selangor pasti punah.
Mereka adalah Dato Shafie Salleh, Timb. Menteri Kewangan merangkap MP Kuala Langat dan Dato Noh Omar SUP JPM juga selaku MP Tanjong Karang.
Namun Shafie dikatakan lebih cerah peluangnya untuk menjadi MB jika BN masih mampu mengekalkan kuasanya pada PRU akan datang, berbanding Noh dikatakan agak sukar diterima oleh semua pihak di dalam Umno Selangor.
Noh pernah digelar `Mail Kerbau Umno Selangor`, Apa sebabnya kurang pasti pula.
Ertinya Khir akan ditolak ke Parlimen, sementara Panglima Patah akan dipaksa mengosongkan kerusi Dun Sijangkang yang disandangnya sekarang kepada Shafie.
Khir dilihat tidak bermasalah untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar atau Serdang yang kedua-duanya diketuai oleh beliau pada peringkat penajaan sekarang.
Dia boleh memilih mana satu yang selesa walaupun menang belum pasti lagi!
Apa pun nasib Panglima Patah lebih malang, dia kemungkinan akan hilang segala-galanya. Adalah terlalu sukar untuk Panglima Patah mengambil alih kerusi Parlimen Kuala Langat daripada Shafie sebagai tukar ganti kepada Dun Sijangkang.
Bukan Panglima Patah tidak layak, tetapi terlalu ramai `tokoh Umno` di situ yang mengidami kerusi tersebut dan kempen `all-out` sedang dibuat untuk memastikan Fatah betul-betul `patah dan remuk` di Kuala Langat-bahagian yang diketuainya sekarang.
Justeru, kalau kedua-duanya membuang tebiat munasabah juga. Seorang membuang tebiat kerana terlepas `kuasa` untuk terus membaham rasuah, sementara seorang lagi membuang `tebiat` kerana tak lama lagi akan bergelar `wakil rakyat pencen`.
Lantaran itu usahlah dihairankan jika kedua mereka akan terus menawan seberapa banyak mesin berat, excavator lapuk, traktor dan lori-lori hantu untuk `didakwa` nanti kerana mengakibatkan kerajaan Selangor kerugian hampir RM 200 juta.
Merekalah perompak sebenar. Yang mereka perangi itu adalah manifestasi daripada kejelekkan mereka selaku pemimpin yang tidak punya kekuatan diri dan moral serta akhlak.
Berapa lamakah lagi rakyat Selangor Darul Ehsan sanggup bertahan dan bersabar menghadapi `pengkhianat bangsa, agama dan tanahair` seperti ini? Nak tunggu segala-galanya hancur baru bertindak?
- Inderaloka - 17.01.2004
|
|
|
| |
| UMNO: Satu Kekalutan (Bhgn 1) |
| 01.18.04 (11:23 am) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Saudara-saudara pembaca budiman.
Dalam siri Imbasan Kembali ini, saya akan mengajak saudara-saudara merenung prestasi UMNO dalam pilihan raya ke 10 pada tahun 1999 dan berfikir untuk merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya ke 11 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, sebaik-baik sahaja UMNO menerima laporan risikan yang memberi gambaran positif untuk berkuasa semula memerintah Malaysia.
Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dihentikan pada 16 November 1999 [ dan disambung semula pada pertengahan Januari 2000 ] kerana pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum ke 10 diadakan pada 29 November 1999. Kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu takut kebangkitan orang Melayu melalui parti PAS dan Keadilan dan gabungan parti-parti pembangkang melalui Barisan Alternatif [BA]. Keadaan ini menyatakan apabila keputusan pilihan raya itu menunjukaan orang-orang Melayu menolak UMNO. UMNO dan BN berkuasa semula melalui sokongan orang bukan melayu khususnya orang-orang Cina yang takutkan PAS selaras dengan kempen dan propaganda UMNO dalam media massa memberi gambaran buruk Islam yang dibawa oleh PAS.
Keputusan pilihan raya itu amat mengecewakan pemimpin besarnya, seorang MATAN Perdana Menteri Malaysia ke 4 dan juga MATAN Presiden UMNO ke 5, Tun Dr.Mahathir Mohamad (Mahathir). Kalau tidak disokong oleh pengundi bukan melayu dan bantuan secara tidak langsung dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melambat-lambatkan proses pendaftaran pengundi baru seramai 650,000 orang lebih, nescaya UMNO pada hari ini akan menjadi pembangkang ataupun sekurang-kurangnya tidak dapat membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Kekalahan UMNO dalam pilihan raya itu memberi kesan yang amat hebat kepada lanskap politik negara dalam usahanya memenangi semula hati pengundi-pengundi Melayu yang menolaknya dalam pilihan raya tersebut.
Dalam Mingguan Malaysia pada 1.10.2000, Dato’Seri Dr.Rais Yatim, bekas Timbalan Presiden Parti SM46,orang kanan Ku Li yang merupakan seorang tokoh yang paling lancang mengencam dan mengkritik kepimpinan UMNO di bawah pentadbiran Mahathir telah menyambung kembali “ jambatan “ yang telah dibakarnya itu demi kepentingan politik peribadi. Walaupun alasan yang diberi ketika membubarkan parti SM46 adalah bertujuan untuk “ perpaduan orang-orang Melayu ‘. Alasan itu hanyalah auta atau pembohongan paling besar dalam sejarah kehidupan peribadi Rais sendiri. Kalau “ya”, kenapa beliau bersama-sama dengan Ku Li dan lain-lain pemimpin UMNO yang tidak puas hati terhadap pemilihan tahun 1987 itu menubuhkan parti serpehan parti SM46 melawan UMNO. Bukankah ini merupakan punca perpecahan orang-orang Melayu, sedangan pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah pun bernaung di bawah parti PAS dan UMNO.
Tujuan sebenar ialah untuk merebut kuasa memerintah Malaysia dari tangan UMNO, sebab itu kepimpinan parti SM46 berusaha mengadakan gabungan dengan parti-parti pembangkang yang lain seperti PAS [ Perpaduan UMMAH ], DAP, PRM, IPF dan PBS melalui Gagasan Rakyat. Dua pilihan raya ditempohi [ 1990 dan 1995 ], agenda tersirat untuk memerintah Malaysia tidak tercapai, maka untuk menjalani kehidupan berpolitik masa depan terpaksalah menjilat ludah kembali dan menebalkan muka masuk semula ke dalam UMNO.
Selepas pilihan raya tahun 1999 dan memenangi semula kerusi Parlimen nya di Jelebu, beliau dilantik semula sebagan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Undang-undang, tetapi amat malang bagi rakyat Malaysia, beliau tidak melaksanakan apa yang beliau tulis dalam tesis beliau yang bertajuk, “ Freedom Under Executif Power In Malaysia- A Study In Executif Suprepacy “, malah beliau bermati-matian telah mempertahankan tindakan-tindakan kerajaan melalui undang-undang “draconian” yang menjadi tentangannya ketika beliau di luar kerajaan. Inilah manusia bernama Rais Yatim yang tidak ada prinsip dalam perjuangan politiknya, lebih mementingkan faedah diri sendiri bukan rakyat marhaen sepertimana yang beliau sering laung-laungkan semasa memimpin parti SM46 dulu. Boleh percayakah wahai ahli-ahli UMNO pemimpin seperti ini.
Merujuk balik wawancara beliau dengan MM pada 1.10.2000, beliau menyebut di kawasan-kawasan Melayu 90%, UMNO mengalami kekalahan dan PAS menang. UMNO hanya menang 4 kerusi sahaja di kawasan 90% Melayu, sedangkan PAS memenangi 27 kerusi, 198 kerusi DUN, boleh mengekalkan memerintah Kelantan dan menawan Terangganu. UMNO memperolehi 55.5% undi atau 3.16 juta dan PAS memperolehi 44.5% undi atau 2.53 juta. UMNO hanya menang di kawasan yang Melayunya di antara 50 – 60% dan di kawasan Melayunya di bawah 30%, semuanya disapu bersih oleh UMNO. Inilah yang menjadi formula yang digunakan oleh UMNO dengan mempergunakan SPR meminda persempadanan semula kawasan-kawasan baru pilihan raya, menambah bilangan kerusi yang UMNO kuat, memindah dan mencampuradukkan pengundi-pengundi dan tidak memberi pertambahn kerusi di kawasan-kawasan yang PAS kuat khususnya di negeri Kedah, Kelantan, Tereangganu dan Perlis.
- Akan bersambung ke Bahagian 2.
- Meli - 12.01.2004
|
|
|
| |
| PILIHAN RAYA UMUM 2004 |
| 01.18.04 (11:21 am) [edit] |
Kerajaan Malaysia umumnya dan kerajaan Negeri Kedah khasnya bakal tamat edah pemerintahannya tidak lama lagi. Kerajaan yang sedia ada hari ini terpaksa kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandate baru bagi mentadbir Negara Malaysia dan Negeri Kedah ini melalui proses pilihan raya. Mengikut Perlembagaan mandat kerajaan yang ada pada hari ini bakal tamat pada penghujung tahun 2004 ini tetapi Perdana Menteri boleh pada bila – bila masa sahaja membubarkan Parlimen dan mengisytiharkan pilihan raya.
Dalam konteks negeri Kedah ini kedudukan UMNO dan Barisan Nasional amat tertekan sekali, ekoran isu – isu yang diketengahkan oleh BA menyebabkan BN berada dalam keadaan defensif.
Kajian yang dijalankan menunjukkan BN negeri Kedah tidak mampu menubuhkan kerajaan Negeri Kedah selepas pilihan raya umum nanti (kajian terkini menunjukkan BN = 14.4 kerusi, BA = 21.6 kerusi ).
Oleh itu adalah diingatkan kepada pengundi terutama dalam DUN Lunas ini bahawa BN mungkin akan menjalankan beberapa program perang saraf untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.
Antara rancangan–rancangan yang berkemungkinan dijalankan oleh BN ke arah menyakinkan rakyat adalah:
“Mengadakan program penyerahan borang menyertai parti komponen BN, kononnya oleh bekas ahli-ahli daripada parti dalam pakatan BA bagi mengabui mata rakyat yang kononnya BA telah tidak mendapat sokongan daripada rakyat lagi”. Serta bermacam–macam taktik dan propaganda lagi. (Tunggu, laman ini akan mendedahkan beberapa lagi taktik kotor dan bodoh UMNO/BN menjelang Pilihan Raya Umum nanti. Sementara itu, kami masih terus mengumpul bahan-bahan berkenaan dan para pembaca bolehlah mengirimkan kepada kami supaya dapat kita sediakan satu senarai panjang taktik-taktik kotor dan bodoh berkenaan. - M@RHAEN)
Oleh itu adalah diingatkan kepada para pengundi agar jangan mudah terpengaruh dengan propaganda BN ini yang bertujuan untuk melemahkan semangat kita dalam menuntut REFORMASI total terhadap system pemerintahan ke arah MALAYSIA YANG ADIL. Sekian, mengundi adalah hak kita sebagai rakyat MALAYSIA.
REFORMASI !!!! REFORMASI !!!! REFORMASI !!!!
Salam hormat dari saya.
Lim Boon Lang, Bendahari Pemuda KeADILan, Padang Serai. 17.01.2004
|
|
|
| |
| Salahuddin Ayub: Khir Toyo Pondan dan Bacul! |
| 01.18.04 (11:20 am) [edit] |
Sabak Bernam 16 Januari – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Sdr. Salahuddin Ayub menyifatkan Dr Mohd. Khir Toyo sebagai `pondan`.
Beliau berkata demikian ketika berpidato di hadapan ribuan penyokong BA dan rakyat dikawasan parlimen Sabak Bernam yang memenuhi perkarangan rumah Sdr Busran di Tebuk Pulai dekat sini malam tadi, sempena Program Jelajah Negara anjuran Pemuda BA.
Salahuddin telah mencabar Khir Toyo supaya berpolitik secara anak jantan untuk berdepan dengan BA, bukan dengan memperalatkan pasukan polis. Ini berikutan dengan perubahan lokasi program yang sepatutnya berlangsung di Tapak keADILan Batu 39 Sabak Bernam akibat gangguan polis.
Sementara itu Dr.Badrul Amin selaku Ketua keADILan Bahagian Sabak Bernam merangkap Ahli MP Pusat yang bertindak selaku pengacara menjelaskan bahawa pasukan polis telah diarahkan oleh Khir Toyo menutup semua jalan dan lorong menuju ke lokasi asal seawal jam 6.00 petang lagi.
“Sehingga lorong babi hutan pun diblocking” gurau Badrul. Situasi tersebut bukan sahaja menyulitkan pengunjung yang ingin menyertai program tersebut, malah menggangu penduduk setempat keluar masuk. Menurut Badrul lagi: “Ramai ahli-ahli Umno setempat yang menyesali sikap `tak gentleman` Khir Toyo.
Manakala Sdr.Ezam Mohd.Noor ,Ketua Pergerakan Pemuda keADILan menegaskan bahawa PM Dolah Badawi tidak akan berjaya membawa sebarang perubahan kerana tidak memiliki kekuatan diri dan prinsip. Bekas PM Mahathir tetap menguasai Dolah dan Umno BN keseluruhannya.
Ujarnya “Gangguan polis terhadap program kita pada malam ini, jelas menunjukkan Suruhanjaya Di Raja yang bakal ditubuhkan untuk memperbaiki prestasi pasukan polis, tidak akan sampai ke mana. Semuanya sandiwara menjelang pilihan raya.”
Ezam juga menjelaskan kemungkinan `bail` kes OSAnya akan ditarik balik apabila kes rayuannya disambung Februari ini. Namun tegas Ezam “Sama ada di luar atau di dalam penjara saya akan terus berjuang menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan pembebasan DSAI.”
Beliau juga memuji sikap Sdr. Ahmad Lutfi Othman yang konsisten memerangi rasuah Khir Toyo. Jelasnya lagi berdasarkan kertas siasatan BPR yang pernah dilihatnya tidak ada pun seorang pemimpin BN Selangor yang akan lepas daripada hukuman apabila BA menang kelak.
Turut berucap Ust. Idris Ahmad Timb.DPP Pusat, Muhaimin Sulam Ketua DPP Perak dan Sdr. Abd. Ghani Harun Exco Pemuda keADILan Pusat.
Akibat daripada `main lenget-lenget` dengan polis program hanya dimulakan pada jam 10.45 malam. Meskipun polis suruhan Umno, mengarahkan agar program yang dipindahkan ke lokasi alternatif itu dibatalkan,namun arahan itu tidak diendahkan.
Cikgu Pencen - 17.01.2004
|
|
|
| |
| Bukan Harga Kereta Saja Tapi Dengan Tol Lebuhraya Sekali |
| 01.17.04 (5:59 pm) [edit] |
Mutakhir ini heboh diperkatakan kenaikan harga kereta. Ada di antara sahabat kita di laman pro-pembakang mencadangkan supaya isu harga kereta ini diletakkan dalam Manifesto BA sebagai usaha memikat hati rakyat Malaysia. Ini kerana apa yang kita lihat, AFTA hanya mengenyangkan para kroni pemimpin Umno-BN, sedangkan rakyat terus sengsara.
Ia akan menjadi lebih elok lagi jika para pakar ekonomi dalam Barisan Alternatif dapat mengkaji segala tol lebuh raya di Malaysia, bagi mengurangkan sebanyak 30 peratus jika BA memerintah negara.
Ia bagai serampang dua mata untuk memikat hati pengundi. Isu-isu menyentuh kepentingan rakyat harus diberi formula baru bagi membawa keuntungan kepada golongan bawahan.
Kini rakyat mengeluh kerana perbelanjaan yang meningkat saban hari, tidak kira perbelanjaan makanan, pendidikan, perubatan, perumahan, pengangkutan dan lain-lain lagi.
Justeru, isu-isu rasuah yang banyak menghanguskan berbilion sumber negara juga dapat ditangani dengan baik. Akhirnya rakyat dapat melihat bahawa BA benar-benar serius untuk kepentingan rakyat, bukannya seperti BN yang hanya memperalatkan rakyat untuk membina kekayaan dan mengaut kemewahan sendiri.
Pedang Samurai Negara matahari terbit - 16.01.2004 (tanpa suntingan)
Hantar artikel ini kpd sahabat:
|
|
|
| |
| Politik Reverse Psychology |
| 01.17.04 (5:58 pm) [edit] |
Dari segi lojiknya kalau kes rasuah yang dilakukan oleh pihak pembangkang dapat dibuktikan oleh BPR maka pihak media akan menghebahkan dan menggembar-gemburkannya sekurang-kurangnya selama sebulan disiarkan dalam berita perdana TV1 untuk mendapat keuntungan politik. Ini satu lagi novel yang tak siap... baru diperingkat permulaan dah terbantut... tapi promosinya gila-gila diperingkat permulaan dulu... Siasatan BPR terhadap anwar pada 1999 - siapa tahu cerita terkini?
31/10/1999 BPR siasat dakwaan Murad SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan mula menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, BPR sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan diketuai Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris.
Tun Dr Mahathirkan ada bukti segala kesalahan DSAI, mungkin dia boleh bantu BPR dalam kes ni...itupun kalau dia 'telor' ( maklumlah dalam sidang akhbar dulu sampaikan pelacur yang main dengan DSAI pun dia temuramah, "sampai begitu kukuh bukti" yang Tun Dr Mahathir ada)
Hairan bin Ajaib bila kes murad disiasat tapi kes si 'Ali' ( Bekas Gabenor Bank Negara ) tukang curi yang ditangkap di pejabat bersama sejumlah wang besar hanya BPR buat tak pandai.
Senyap sepi sajakan kes rasuah DSAI ni... dulu heboh sana-sini... macam Tun Ghafar Baba lah... kata dekat DSAI macam-macam... tahun lepas kena atas batang hidong sendiri... isterinya ditangkap khalwat dengan 2 orang lelaki Bosnia... Tun Dr Mahathir n BPR pun senyap sepi dalam kes ni... kalau kita Tanya Pak Lah tentu dia jawab macam ni ‘masih dalam siasatan’... Tanya sampai ke ???? pun duk keluaq jawapan yang samalah... nampak sangat "cakap benarnya".
Pak Lah: Antara cakap tak serupa bikin dan jerung
Kategori Ikan Bilis: * BPR Johor siasat 3 pegawai kastam http://www.bernama.com/bernam... * Kes rogol: BPR tahan 2 konstabel * BPR siasat Penguatkuasa MPSJ terima sogokan http://www.utusan.com.my/utus... ... =mh_04.htm&arc=hive * BPR siasat dakwaan penyiasat minta tanah http://www.utusan.com.my/utus... ... =mh_03.htm&arc=hive * Pen. Penguasa KDN Dituduh Rasuah http://www.bernama.com/bernam... * Peniaga dituduh kemuka dokumen palsu
Kategori Seluang: * AIM: Mukhtar suspended for six months http://www.utusan.com.my/utus... ... =hn_03.htm&arc=hive * BPR Siasat Felcra = http://www.bernama.com/bernam...
Kategori Jerung: - Tindakan tersekat-sekat 1. Rafidah Aziz / Permit AP 2. Rahim Tamby Kecik 3. Khalil Yaacob / Balak Pahang http://www.malaysiakini.com/n... 4. Khir Toyo 5. Nazeri Aziz / Permit Teksi 6. Annuar Musa / PPRT 7. Eric Chia / Perwaja http://pemantau.tripod.com/ar... Kategori SUPER JERUNG - Belum diambil tindakan Laporan polis berhubung salahlaku Tun Dr Mahathir Mohamed oleh pihak BA pada 01.11.2003 - ada kes perlu siasatan BPR. * Senarai Pembaziran MEGA * Penyalahgunaan Wang Petronas http://www.black14.net/reportdrm.htm" title="http://www.black14.net/reportdrm.htm" target="_blank"http://www.black14.net/report...
PERHATIAN: Ini bukanlah merupakan senarai yang lengkap.
Jika tidak ada apa-apa tindakan terhadap JERUNG DAN SUPER JERUNG... maka siapakah yang sebenarnya cakap tak serupa bikin... Pak Lah, Jangan biarkan tali yang dihulur menjerut leher sendiri. Bertindaklah sepertimana yang dicakapkan agar para makmum tidak berimamkan seorang munafik...
Petikan daripada: http://wmmarhaen.tblog.com/
Universiti UMNO - Mahathir juara kena tangkap khalwat
115 daripada 200++ kes tangkap khalwat di kalangan pelajar datangnya dari UITM... universiti kebanggaan Tun Dr Mahathir yang paling kuat membodek Tun Dr Mahathir dengan mewujudkan Institusi Pemikiran Tun Dr Mahathir... dan universiti inilah jugak yang mengharamkan kewujudan Persatuan Mahasiswa Islam di situ... kena henti bantuan ke SAR, projek untuk kroni, hantam DSAI, tolong proton, konsert kena banyak sket,... [antara pemikiran madey]
Parti Ajaran Sesat tu parti mana?
Orang UMNO ini ingat kaedah psycho dengan mengulang-ulang ayat tu boleh buat orang jadi psycho macam dia juga ke? Ingat kita ni semua macam balaci dan pecacai UMNO ke? yang bila diulang-ulang macam itu dia orang boleh percaya? Hakikatnya kalau PAS itu sesat dah lama JAIS yang dikuasai UMNO tu pergi buat serbuan kat markaz PAS dan heret pemimpin PAS ke Mahkamah Syariah, tapi sampai hari ini pun diorang tak berani nak buat. Sebab apa tau? Sebab diorang tu sendiri yang sesat. Orang yang sesat mana berani dengan orang yang tak sesatkan gitu?
Para mufti dan raja-raja pun tak berani tarik nama Islam daripada PAS, maknanya PAS itu berada pada jalan yang benar, dan boleh terus gunakan nama Islam. Itu satu pengiktirafan tertinggi kepada PAS sebagai sebuah parti yang genuine Islam. UMNO memang takkan berani bubuh nama Islam sebab dia sedar diri dia siapa, kaki rogol, kaki mabuk, kaki judi, kaki rasuah, kaki kaki kaki, dan takkan sanggup live to the Islamic standard. Mana sanggup...tu pasal habis abisan mempertahankan kuasa yang ada...
So siapa yang sesat wahai pecacai UMNO? Adakah Ulama PAS Pembohong? Tapi apasal tak diambil tindakan seperti Al-Arqam? Kan bahaya tu membiarkan mereka terus membohongi rakyat, menghina Allah SWT, memutar-belit ayat Al-Quran dan sebagainya. Takkan Majlis Agama korang cuma berdiam diri dalam perkara yang boleh merosakkan akidah macam nie?
Pengerusi JAKIM tengah buat skrip drama Debat Ulama 2, nak tengok-tengok yang ni leh makan tak Ulama Ameno Yang Menyamar Jadi Orang PAS. Itu ari nyer bungkus ulama ameno kene kejekan ngan UAYMJOP tu, sampe Tun Dr Mahathirpon terkena. Mana boley nak lawan hukum Tuhan, boleh ke??? tu lah sebab kita terfikir banyak yang claim ulama PAS menyeleweng, pembohong dan sebagainya, tapi kalau betul-betul begitu, apasal tak ambil tindakkan aja. Takkan biarkan rakyat Kelantan dan Terengganu rosak akidah dibawah pemerintahan PAS. Entahlah kitapon pelik gak. Bergegar sana-sini kata ulama PAS guna agama sampai ade sorang pemimpin yang patut kene pimpin kata PAS parti ajaran sesat, sampe suruh TGNA bertobat, kelaka tak??? Orang yang mengata ulama PAS tak betul, orang yang sama anjur maksiat sana sini, kepak kat kelab dangdut. Apa nak diharap pada golongan ni untuk tegakkan syariat? hampeh belaka.
Masalahnya sampai bila mereka (baca:PAS) hendak dibiarkan seperti itu? Tak kan tunggu sampai penipuan mereka melarat ke negeri-negeri lain baru nak bertindak? Ketika itu mungkin agak terlewat untuk mengambil tindakan kerana sokongan terhadap PAS semakin kukuh. Huru-hara mungkin tidak dapat dielakkan tetapi ianya lebih baik dari membiarkan rakyat terus tertipu dan rosak akidah dibawah pemerintahan mereka.
Walaupun ada penjelasan-penjelasan diberikan oleh pihak media mengenai penipuan tersebut, tetapi ianya tidak memadai, dan mungkin juga ada yang terfikir mengapa dibiarkan kalau betul-betul salah? Walaupun pada dasarnya sultan berkuasa penuh, tetapi ada dalam berapa hal, keputusan sultan dapat dipengaruhi oleh majlis mesyuarat negara dan menteri-menteri kabinet. Sultan cuma berkuasa penuh dalam perkara-perkara yang membabitkan hal-hal kedaulatan negara. Kalau hal-hal yang membabitkan tugasannya sebagai Perdana Menteri, semua perkara tersebut akan dibawa ke majlis mesyuarat negara.
Kalau sultan berkuasa penuh kat sini, kes Brunei Malaysia dah lama selesai, tetapi memandangkan ada tentangan dari segolongan bekas menteri yang arif tentang masalah tersebut, maka mereka diberi kepercayaan untuk mencari jalan penyelesaian.
Memanglah adat mereka yang ditangkap akan melemparkan tuduhan kepada kerajaan. Contoh Anwar, semasa dibuang banyak jugak tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, tapi majoriti rakyat masih memilih BN untuk kekal memerintah. Sekarang kita tengok foundation PAS amat kukuh jika dibandingkan dengan parti-parti lain seperti DAP dan Keadilan, dan tidak mustahil bagi mereka menawan negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Pahang dan Perak. Jika PAS boleh menjamin atau sekurang-kurangnya membayangkan perjalanan economy Malaysia dibawah pemerintahan mereka, tidak mustahil mereka dapat sokongan padu dari dalam negeri dan luar negara.
Memang tidak adil untuk menghukum satu kumpulan atau pergerakan disebabkan oleh satu individu. Tapi perjuangan sesuatu kumpulan atau pergerakan akan rosak disebabkan oleh satu individu. Di sini kerajaan perlu bertindak sama ada menahan individu tersebut atau mengharamkan terus kumpulan tersebut. Untuk membiarkan rakyat menilai sendiri bagi kita, bukanlah satu tindakan terbaik kerana tidak mustahil mereka boleh tepengaruh dengan agenda-agenda yang dibawah individu tersebut. Seperti yang dikatakan, penjelasan melalui media tidak berkesan, kerana orang akan berfikir, jika salah mengapa dibiarkan?
Mungkin kalau perbezaan ideologi, kita boleh menerima keputusan tersebut, tetapi masalah di sini ialah Agenda Agama, di mana Ulama-Ulama PAS dilabelkan sebagai Ulama Pembohong, dan boleh merosakkan akidah rakyat/pengikutnya. Selaku negara Islam, Malaysia patut bertindak tegas terhadap apa jua penyelewengan agama yang dilakukan oleh mereka, bukan sekadar berdiam diri atau memberi penjelasan yang belum pasti diterima oleh rakyat. Bukanlah sesuatu yang tak terpikir oleh umno untuk mengharamkan PAS. Masih ingatkah kita lagi bilamana umno bercita-cita untuk menghapuskan penggunaan istilah islam? masih ingatkah kita lagi bila PAS pernah difitnah dan dihuru-harakan di Kelantan untuk dimagerankan?
Namun, tentulah mereka memerlukan suatu alasan yang wajar dengan barisan ulama dan tokoh-tokoh agama yang ada dalam PAS tentulah mereka juga memerlukan barisan yang hampir sama untuk menghalalkannya nanti. Di situlah kelemahan umno, tiada suara ulama dan agama yang boleh melawan PAS yang ada hanyalah jenis-jenis yang bercakap agama untuk memalukan agama dan cakap-cakap orang sebegini memanglah takkan laku. Orang tau mereka menipu... sama ada mereka mencari suap, jenis ulama palsu atau telah dicucuk hidung kerana ada scandal lama.
P/S Ada maklumat yang menanyakan siapa yang menaja buku PAS BUKAN PARTI ISLAM? Untuk makluman Khir Toyo telah membayar sebanyak RM500RIBU kepada seorang lelaki india yang bernama RAMESH RAO untuk menerbitkan buku ini? Lelaki india inilah Kroni yang sebenar Khir Toyo yang telah banyak mengumpulkan duit untuk Khir Toyo. Ada orang yang mempunyai bukti yang dia nilah yang merupakan kroni Khir Toyo. Hidup serba mewah dengan mbenz bernombor WBQ1004 dan no bimbit dia 019-3991100/016-6177737.
Kiriman Osman Jailani - 16.01.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| BA Kuala Selangor Calonkan Kerabat DiRaja |
| 01.16.04 (11:04 pm) [edit] |
Keributan yang melanda Umno Bahagian Kuala Selangor kerana rasukan ala-hanturaya Ketua Penaja Bahagian itu, belum reda sedikit pun malah bertambah hangat.
Terbaru bekas SU Bahagian Encik Jakiran Jacomah dijadikan sasaran oleh kaki-kaki busuk Encik Mohd. Daud Tarihep apabila rumah kediamannya yang sedang dibina di Kampong Pasir Tuntong mula `diquery.`
Kaki-kaki busuk Ketua Penaja Umno Bahagian membawa mulut ke hulu hilir, mempertikaikan dari mana Jakiran memperolehi wang sebegitu banyak untuk membina rumah berkenaan. Menurut mereka kosnya melebehi RM500,000.
Jakiran merupakan salah-seorang AJK yang mendapat undi terbanyak pada pemilihan Umno Bahagian sesi 2000. Beliau juga adalah bekas SU Sulit MB ketika DS Abu Hassan menjadi MB Selangor.
Kini beliau masih lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Adun Kawasan Permatang yang juga disandang oleh DS Abu Hassan Omar.
Difahamkan pegawai daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) telah menemui Jakiran baru-baru ini.
Begitulah hodohnya perangai Daud dan kaki-kaki busuknya kerana dikatakan cemburu dengan pengaruh Jakiran yang begitu meluas di dalam Umno Kuala Selangor. Beliau juga disebut-sebut sebagai salah seorang candidate Umno untuk Dun Malawati.
Sementara itu BA Kuala Selangor difahamkan akan meletakkan seorang Kerabat DiRaja Selangor sebagai salah seorang calon mereka di dalam pilihan raya umum nanti.
Kalangan pemerhati dan peminat politik tempatan ada yang berani meramalkan BA boleh menyaingi BN jika benar Kerabat DiRaja itu turun. Menurut mereka Parlimen Kuala Selangor pernah diwakili oleh tiga orang berdarah raja.
Mereka ialah Almarhum Raja Rom Raja Makmur, Almarhum Raja Nong Chik Raja Ishak dan Raja Nasron Raja Ishak. Mana tau kali ini seorang lagi raja akan membawa tuah tetapi bukan kepada BN sebaliknya BA.
Daud Tarihep diberitakan sudah mula kecut perut, kerana kemungkinan Kerabat DiRaja itu akan diletakkan BA untuk menentangnya.
Indentiti Kerabat DiRaja itu belum dapat didedahkan, tetapi menurut jurucakap BA Kuala Selangor sebagai `clue` beliau adalah bekas orang kuat Umno dan `hard core` DS Anwar Ibrahim.
Difahamkan MB Selangor DS Mohd. Khir Toyo pernah memujuk Kerabat DiRaja tersebut supaya menyertai Umno, tetapi pelawaan itu ditolak.
Bagaimana pun anak raja yang bermulut celupar itu dirayu oleh DS Dr. Khir supaya tidak bercermah di kawasan beliau Dun Sungai Panjang.
Cikgu Pencen - 15.01.2004
|
|
|
| |
| Setuju Saranan Harga Kereta Diturunkan Jika BA Memerintah |
| 01.16.04 (11:03 pm) [edit] |
Membaca artikel dari Reformis Muda supaya dijadikan isu harga kereta sebagai agenda utama dalam manifesto kerajaan BA, saya amat bersetuju yang amat sangat! (Turunkan Harga Kereta Agenda Utama Menifesto Kerajaan BA!) Apa tidaknya, kita sudah menunggu sekian lama agar kereta Import diturunkan harga, tetapi tidak kesampaian, bukannya turun tapi naik pulak! Selain reformis muda, tulisan HC (Masukkan Harga Kereta Baru Dalam Manifesto Pilihanraya BA) dan ramai lagi menunjukkan cadangan Reformis Muda begitu diminati, jika ia benar-benar dilakukan kerajaan BA, saya rasa sokongan mesti beralih kepada BA! Tetapi sentimen Manifesto mesti ditiup dari sekarang! biar angin berita penurunan harga kereta ini terus memukau bakal pengundi. Saya berharap BA jangan menekankan sangat isu negara Islam atau hukum hudud.. kerana itu semua sedia maklum mahu dilaksanakan PAS, kini kita beralih kepada janji kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai Malaysia baru. Bila melihat dalam siaran berita, saya lihat Rafidah Aziz begitu berang sekali bila soalan penurunan harga kereta diperkatakan. Mana tidaknya, anak menantu dan suaminya semuanya Jutawan kereta Import! Mereka inilah yg memerah keringat rakyat untuk mendapatkan sesuatu yang tak bernilai,mereka sanggup jual kereta kita di luar dengan harga yang tidak munasabah bagi memperlihatkan kita kuasa Auto dan Proton mendapat sambutan di luar negara, sehingga harga kereta kita di luar di bawah RM10 ribu. Jadi saya berharap agar BA antara PAS & Keadilan bersedia mengadakan Dialog serta Poster manifesto BA secepat yang mungkin..
Halimah Rahman - 15.01.2004
|
|
|
| |
| Sebuah Lagi Pesawat Korbankan Juruterbang |
| 01.16.04 (11:02 pm) [edit] |
(Sila rujuk artikel keluhan seorang juruterbang TUDM: Juruterbang Dedah Pelbagai Penyelewengan) Beberapa minggu yang lalu sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM buatan Britain telah jatuh ke laut di perairan Pantai Sepat Pahang. Kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua orang juruterbang itu berlaku semasa mereka sedang melakukan latihan targeting di kawasan terbabit. Pesawat malang itu telah memulakan latihan pada pukul 11.30 pagi dan kali terakhir membuat perhubungan adalah jam 12.08 petang sebelum hilang daripada kaca radar.
Menurut rekod, ini adalah kemalangan yang kelima membabitkan pesawat Hawk sejak tahun 1996 lagi. Pesawat ini memasuk inventori persenjataan Negara tahun 1994 dalam satu urusniaga yang menimbulkan kontroversi di Britain. Pembelian itu dilakukan semasa zaman Margaret Thatcher memegang kuasa. Pada asalnya diura-urakan pembelian pesawat Tornado Panavia yang kemudiannya dibatalkan ekoran beberapa alasan antaranya kerana harganya yang terlalu tinggi.
Dalam kejadian pada 18 Disember 2003 itu, dua juruterbang anak Melayu, Kapten Khairul Hazrin Kamaruddin, 28 dan Kapten Ashraff Che Hussin, 30 telah terkorban. Kapten Khairul dikatakan telah meninggal di tempat kejadian, manakala Kapten Ashraff pula meninggal dunia dua jam kemudiannya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat Kuantan. Allahyarham berdua adalah dalam latihan terakhir sebelum diserap ke Skuadron pesawat canggih FA-18D Hornet di Butterworth.
Berita ini memang menyedih dan memilukan terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban. Manakala kita sebagai rakyat yang prihatin turut merasa dan menumpang kesedihan di kalangan ahli keluarga mereka. Ianya adalah satu kehilangan yang besar untuk negara. Wang ringgit sagu hati dan insurans kelompok beratus ribu itu tidak boleh mengubati kesedihan yang ditanggung keluarga mangsa. Nyawa bukanlah satu barangan komoditi yang boleh diniagakan. Ia tidak pernah dinilai setara itu. Apa yang menggamit persoalan dan pertanyaan dalam benak kita ialah, apakah penyelenggaraan pesawat TUDM disenggara dengan baik secara yang sepatutnya mengikut hukum-hakam penerbangan?
Kita belum mahu mengulas kenyataan oleh Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak yang tentu sahaja akan menjulang segala peraturan dan kecanggihan sistem penyelenggaraan pesawat dalam negara oleh pihak swasta. Dalam negara kita Malaysia, ahli politik menjadi terlalu berkuasa sehinggakan ia mampu berkata dan berbuat apa saja tanpa merasa terikat secara perundangannya. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka pegawai kerajaan tertentu akan dijadikan kambing hitam, dengan kambing putihnya terus terselamat menjadi anggota kabinet. Apabila rakyat mengungkit dan berkeriau tentang penyelewengan Menteri dalam Tabung Haji, kerajaan mendiamkan cerita itu dengan isu pelaburan lesap oleh syarikat penyanyi Asmadi Hassan. Apabila cerita penyelewengan peruntukan PPRT di Kelantan memuncak, rejim dengan segera memasong leher pegawai tertentu untuk dikorbankan sambil menunda-nunda tarikh perbicaraan. Begitulah adatnya dalam negara kita.
Dalam memperkatakan persoalan pesawat dalam negara, elok kita kembali membaca artikel yang telah ditulis oleh seorang yang menggunakan nama samaran ‘war rust’ dalam Harakah sedikit masa lalu. Keluhannya begitu natural tanpa ditokok tambah kebimbangannya itu. Ianya benar-benar menyatakan keresahan dan kebimbangan sebilangan besar anggota pengendali pesawat dalam negara kita. Jika menurut adatnya, tentu sahaja rejim akan cuba menjejaki si penulis untuk menghukum sebagai amaran kepada anggota-anggota lain.
Kita masih belum lupa tentang Surat Layang yang ditulis seorang hakim sedikit masa dahulu yang menyatakan keluhan akan perangai haprak dan tidak beretika segolongan Hakim yang ‘bercengkerama̵ 7; dengan Peguam yang terlibat dalam kes yang diadili mereka. Akhirnya Hakim itu telah dipaksa bersara sedangkan Hakim yang berkelakuan sumbang diberi kenaikan pangkat, walhal apa yang didedahkannya itu memang suatu yang benar, memalukan serta perlu ditangani dengan segera. (jika browser anda tidak menyokong penggunaan iframe, sila klik di sini)
Masalah penyelenggaraan pesawat dalam negara kita mula timbul dan membahayakan keselamatan negara setelah dasar penswastaan diperkenalkan. Seperti selalunya alasan untuk penswastaan hanyalah bertaraf halwa telinga sahaja. Apa yang berlaku ialah skim untuk memperkayakan penyokong, kroni dan suku-sakat. Meningkatkan mutu serta menjana ekonomi adalah retorika yang sudah membudaya. Apa yang berlaku selepas itu ialah penurunan mutu kerja, kerugian yang ditanggung rakyat serta ancaman kepada keselamatan negara secara tidak langsungnya. Dan keadaan sebeginilah yang sedang menghantui seluruh pesawat penerbangan. Sekali gus juga ia bermakna nasib juruterbang dan pengguna pesawat bagai telur di hujung tanduk.
Mungkin kerajaan merasa cukup dan berbaloi untuk membayar sejumlah wang dalam bentuk insurans kelompok dan sagu hati kerana jumlah itu jauh lebih kecil daripada biaya senggaraan pesawat?
Kita berharap TPM yang sedang berbulan madu itu dapat menjawabnya.
Dr. Nologareng - 15.01.2004
|
|
|
| |
| TPM Lantikan Mahathir Mule Menyalak |
| 01.15.04 (9:57 am) [edit] |
Assalamualaikum Tuan Pengarang! Menurut kekawan saye yang masih Umno MMK kat Kapar, Kelang, Kuwale Selangor, Tanjong Karang dan Shan Alam, PMMP (Perdane Menteri Mati Pucuk) masih belum lagi pulih daripade sawan yang menyerangnye pade malam 6 Januari lepas.
`Sawan Mahathir` yang hinggap pade PMMP tu, silap-silap kate kekawan saye boleh memeranekan pengidapnye seumur hidup. Entah betul atau kan tidak, tak maulah saye memeriksenye.
Diye nak merane ke, diye nak ape ke terpulanglah pade dirinye kerane diye memang sengaje menempah jalan ke arah itu. Kalau tak lembik gerenti orang tak berani usik punye!
Najib Mule Menyalak
Memang tak siye-siye TKT melantik bekas pasangan khalwat artis popular Ziana Zain menjadi TPM kepade PMMP.
Kalau Najib belum diperturunkan ilmu amalan TKT, tidaklah diye dipilih oleh Mahathir sebagai proksi untuk melentukkan kepale PMMP.
Baru duwe tige hari jadi TPM proksi sudah mule tunjuk belang. Sehari selepas dilantik Najib berkate:
a. Diye tetap akan jadi orang nombor 2 kepade Dolah Badawi. b. Tidak membenarkan same sekali ade orang di dalam kemnye yang bercite-cite besar. c. Tidak mengizinkan kalau ade mane-mane pihak yang cube merenggangkan hubungannye dengan Dolah.
Kelamrin dulu 12 Januari diye mengulangi lagi kenyataan `c` itu kali ini lebih spesifik. Disebutnye: “Saye akan bertindak kepada mane-mane golongan same ade di dalam Umno dan BN atau parti pembangkang yang cube melage-lagekan saye dengan YAB DS Abdullah selaku PM.”
Ape maknenye tu? Kalau ikut bahase Mahathir, maknenye Najib bile-bile mase sediye mendekel kepale Dolah. Diye cakap macam tu kerane nak tutup mulut orang-orang Umno dan BN yang sudah sibuk meramalkan Najib akan memberi kate duwe pade PMMP apebile sampai masenye nanti.
Seperti yang saye sebut di dalam penulisan lalu (Jack The Ripper Umno Kembali: Awas Puteri Umno!) kalau Dolah boleh diendoskan sebagai Presiden Umno selepas PA Umno taun ni diye hanye diberi peluwang menjadi PM paling lewat sampai taun 2007 saje.
Selepas tu Najib akan jadi PM dan Pemangku Presiden Umno, silap-silap sepupunye pemude lembut Hisham jadi TPM. Mahathir pulak sampai mampus jadi senior Minister.
Kalau PMMP tak mau ikut sarat tu, taun ini jugak Najib atas arahan TKT Mahathir akan memenggal kepale Pak Lah. Najib gerenti boleh berbuwat begitu kerane tiyade siyape pun yang teramat powerful di dalam Umno MMK Dulu, Kini dan Selamenye melainkan Mahathir Tun Kepale Taik.
Mengape pulak pembangkang dikaitkan?
Hoy TPM 250 Undi! Jangan nak buwat lawak bodoh la, kalau you nak bergasak berlembing dan berkeris-kerisan sesame Umno mengape pulak libatkan name pembangkang.
Kalau kamu tidak bangang, seharusnye kamu tahu hukum politik itu selamenye tidak akan membenarkan pihak pembangkang mengiyekan ape yang dikatekan baik oleh pihak kerajaan. Kalau kerajaan kateYes, Pembangkang akan kate No!
Kat Terengganu dan Kelantan bukan ke macam tu perangai Umno yang menjadi pembangkang. Kat negeri lain macam tu jugak yang BA buwat kepade BN. Ape biyul sangat ke nak pikir teori sesenang itu?
Oleh itu jangan lah gabrah tak tentu punce kalau terdapat bermacam-macam andaian daripade pihak pembangkang yang meramalkan akan berlaku perang besar di dalam Umno tak lame lagi.
Lagi pun kalaulah cakap-cakap pembangkang tu boleh menentukan hale tuju politik Umno, gerenti Umno sudah mampus sejak taun 50-an dulu.
Wasting time la! Pembangkang nak masuk campur urusan dalaman Umno. Cube pikir baik-baik aduhai bekas pasangan khalwat Ziana Zain:
a. Dato Onn Pengasas Umno dan Presiden Pertame keluwar Umno menubuhkan Parti Negara adekah disebabkan hasutan pihak pembangkang pade mase tu? Jawabnye tidak, sebab arwah Dato Onn sendiri merasai marwahnye selaku Presiden tercabar apebile perwakilan Umno menolak ideanya untuk menerime keahliyan bukan Melayu ke dalam Umno. b. Mahathir TKT pulak buwat perkare paling biyadap dengan memaki hamun dan memburuk-burukkan Almarhum Tunku pade taun 1969 kerane Umno Perikatan hampir-hampir bungkus pade pilihan raye taun itu adekah kerane hasutan pembangkang? Tidak, TKT sendiri yang melatah kerane diye tewas kepade Allahyarham Haji Yusof Rawa bekas Mursyidul Am Pas. c. Begitu jugak apebile arwah Tun Razak (bape kamu) meninggal, arwah Tun Hussin jadi PM ingin melantik TS Ghazali Shafie menjadi TPM nye, siyape yang mengugut untuk meletakkan jawatan? Tige orang Naib Presiden iye itu Ku Li, Gafar Babe dan TKT Mahathir sendiri. Last-last TKT jadi TPM, apekah itu jugak hasutan pembangkang? d. Siyape pulak yang membatu-apikan arwah Sulaiman Palestin supaye melawan arwah Hussien Onn sebagai Presiden Umno pade taun 80 semate-mate untuk memalukan bapak sepupu kamu itu dan sesudah itu siyape pulak yang memakse arwah Hussien untuk letak jawatan sebagai PM dan Presiden Umno, adekah itu kerje pembangkang? Jawabnye tidak jugak! Kerje tu didalangi oleh Mahathir sendiri. e. Selepas tu bile arwah Hussien Onn mintak Mahathir yang menggantikannye sebagai PM supaye melantik Ku Li jadi TPM nye, mengape pulak Mahathir lantik TS Muse Hitam bukan Ku Li? Apekah itu jugak ade campur tangan pembangkang. Tidak same sekali, semuwenye perancangan Mahathir si Tun Kepale Taik jugak. Kalau nak cerite satu persatu memang panjang, tapi semuwe orang dah tau siyape yang melage-lagekan Muse Hitam dengan Ku Li, sehingge duwe kali Ku Li tewas jawatan Timbalan Presiden kepade Muse. Lepas tu pulak Muse sengaje dibiyarkan sakit jiwe apebile Ku Li terus diberi tempat istiwema di dalam Umno dan Kabinet. Muse tak tahan terus cabut begitu saje! Macam tu jugak bile Ku Li dah tak tahan sangat dengan perangai buruk Mahathir diye tubuhkan team B dan berentap dengan Mahathir sebagai Presiden pade taun 1987. Mahathir Mahataik menang 40 undi lebih sikit dengan jalan tipu.
Akibatnye Umno lame diharamkan oleh Mahathir, kerane diye kecut jike diadekan `perlawan ulangan` gerenti Ku Li menang. Mahathir segere tubuhkan Umno (Baru) yang kemudiyan dibaruwa-baruwakannye sampai sekarang.
Kemudiyan Ku Li dan gurkha-gurkhanye tubuhkan Semangat 46 untuk lawan Umno. Apekah itu jugak hasutan pembangkang? Tidak! Semuwenye pasal Mahathir.
Last sekali, adekah konspirasi yang dibuwat oleh Mahathir Tuwe Keparat terhadap mantan TPM Anwar Ibrahim pade September 98 itu, dihasut oleh pihak pembangkang jugak? Not at all la bahlol! Mahathir berlaku kejam pade Anwar kerane Anwar tidak mau melayani kerakusan nafsu Si Tuwe Keparat tu untuk `bail out` segale macam punye kroni yang muflis kerane ekonomi merudum pade mase tu!
Cukup lah Najib, janganlah nak kelentong rakyat! Kite orang dah paham betul ilmu Mahathir yang baru diperturunkan kepade you! Dah tak mujarab… dah lama dah.
Dengan Ziana Zain bolehlah you nyanyikan sementare belum dapat meneggeknye. Lepas tu kene tangkap di PD you gunekan kuwase politik untuk menggelapkan kes tu. Ziana Zain yang rabak you yang syok!
Janganlah nak melalak macam anjing gile, ade lebih baik kalau YAB jage Parlimen Pekan yang you menangi dengan undi pos tak sampai 260 dalam pilihanraye taun 99 tu.
Dengar cerite Ezam Mohd.Noor Ketuwe Pemude keADILan sudah menyingsing lengan untuk berentap dengan you di mane-mane saje you bertanding. Heeee… tak takut ke? Mane lah tau you akan mencipe sejarah sebagai TPM yang paling sekejap berkhidmat apebile kecundang di tangan Ezam nanti! Malunyeee…… 8230;..
Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!
Berani Kerane Benar! Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!
SI SONGKOK TINGGI KAPAR - 15.01.2004 - 8.20 pg
|
|
|
| |
| Farewell Dinner Yang Songsang |
| 01.15.04 (9:56 am) [edit] |
Untuk menghukum Pak Lah totally lembik mungkin agak keterlaluan tetapi tetap ada kebenarannya. Farewell dinner (jamuan perpisahan) yang sepatutnya dianjurkan oleh Parlimen Malaysia untuk menobatkan bekas PM Tun Mahathir sebagai Wira Negara sempena persaraan mengejutnya itu telah dua kali dibatalkan oleh Pak Lah.
Kali pertama bulan lepas kerana alasannya Pak Lah terlibat dengan program di Melaka. Kali kedua tiga hari sebelum 6 Januari lalu.
Mungkin pembatalan tersebut disengajakan oleh Pak Lah sebagai tanda awal beliau sedang bersiap untuk melepaskan diri daripada kongkongan Mahathir.
Kelantangan suara Pak Lah untuk membanteras rasuah, penangguhan projek mega Landasan Keretapi Berkembar dan penyenaraian FELDA di BSKL serta kenakalan Pak Lah mengusik beberapa orang `denak` Mahathir, boleh diandaikan Pak Lah sedang mengasah parang untuk memancung kroni bekas PM keempat itu.
Lihat sahaja bagaimana beraninya menimbulkan semula isu lama kes pembunuhan Mustakizah untuk mengertak Megat Joned Ketua Penerangan Umno Malaysia. Siapa dia Megat Joned kalau bukan sebagai `tangan kanan` Mahathir.
TS Nazeri Aziz juga cuba diusik oleh Pak Lah, manakala Dolah Kok Lanas pula di antara yang terawal KO hasil tumbukan padu Pak Lah.
Mahathir kelihatan membenarkan Pak Lah mengasah taringnya setajam yang boleh buat seketika, kerana orang tua itu sudah berkirar tidak akan menganggui penggantinya sebaik-baik saja dia bersara.
Itu ikrar seorang yang bernama Mahathir tetapi siapa yang boleh mempercayainya kerana sejarah telah merakamkan bahawa segala cakap-cakap Mahathir itu,haruslah ditafsir dengan maksud yang berlawanan. Jika dia kata tidak maksudnya `ya` jika dia kata `ya` maksudnya tidak.
Lihat saja betapa pada 31 Ogos 1998, Mahathir bagai nak gila meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah satu-satu pengganti. Selang beberapa hari sahaja selepas itu Anwar disingkir dan dihina semahu-mahunya. Sampai sekarang Anwar disiksa seakan-akan mantan TPM penjarah paling berbahaya.
Nampaknya Pak Lah terlepas pandang siapa Mahathir sebenar. Kelembapannya melewat-lewatkan perlantikan Muhyiddin sebagai TPM memberi ruang yang cukup luas untuk Mahathir menabalkan Najib Tun Razak sebagai TPM, meskipun itu bukan kehendak zahir dan batin Pak Lah.
Farewell Dinner pada malam 6 Januari 2003 yang sudah dibatalkan oleh Pak Lah tiga hari sebelumnya, tidak dipedulikan langsung oleh Mahathir.
Sebaliknya orang tua itu sendiri telah mengarahkan supaya semua Menteri Kanan dan Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan pada malam berkenaan hadir ke Seri Perdana Putrajaya yang belum dikosongkannya walau sudah lebih dua bulan hilang kelayakan menjadi penghuninya.
Akhirnya terbukti sudah Farewell Dinner yang sepatutnya dianjurkan oleh Parlimen Malaysia itu bertukar menjadi majlis anjuran Mahathir sendiri. Pak Lah dan para pengikutnya terbongkang habis apabila Mahathir mengisytiharkan Najib Tun Razak sebagai TPM baru.
Menurut sumber yang sahih, Mahathir telah memanggil Pak Lah dan Najib berbincang selama 20 minit dibilik bacaan Seri Perdana sebelum majlis bermula.
Ertinya orang tua yang hampir mencecah usia 80 tahun itu,hanya memerlukan dua puluh minit untuk meleburkan hasrat terpendam Pak Lah yang mahukan Muhyiddin sebagai TPM sejak 19 bulan lalu .
Insiden yang amat menghancurkan hati kebanyakkan penyokong Umno terutamanya yang mahu melihat `reform` berlaku didalam parti itu jelas memperlihatkan betapa Mahathir masih belum mahu berhenti didalam ertikata sebenarnya.
Pak Lah yang telah diprojek dengan imej Pak Imam telah dimalukan oleh Mahathir di hadapan rakyat dan dipentas global.
Kesian…. Pak Lah hanya baru mau mengacah memerangi rasuah serta mengusik sedikit ini dan itu apa yang ditinggalkan oleh bekas bossnya, tetapi Mahathir lebih laju bertindak.
Farewell Dinner yang lazimnya diadakan bagi meraikan kepergian seseorang yang sudah lama berkhidmat, tiba-tiba ditukar bentuk kepada majlis mengalu-alukan kepergian orang yang baru datang. Tentunya orang yang baru datang itu Pak Lah sendiri, bukan orang lain!
Kalau ada orang yang mengatakan Pak Lah adalah topeng Mahathir, rasanya tiada apa halangan untuk saya menyetujuinya kerana kesongsangan Mahathir mungkin tidak dapat diperbetulkan lagi sehingga akhir hayatnya.
Terserah kepada rakyat untuk memberhentikan kesongsangan itu sebelum ia menjadi `agama dan budaya` bangsa pada masa hadapan. Bertindaklah sekarang atau orang Melayu Islam akan menyesal buat selama-lamanya.
- Dolah Dagang - 15.01.2004
|
|
|
| |
| Abdullah Silap Formula Untuk Cukai Kenderaan? |
| 01.15.04 (9:54 am) [edit] |
Pening….pening. Begitulah keluhan seorang sahabat saya apabila menerima berita kenaikan harga kereta yang telah di’booking’ny a sebelum pengumuman tarif cukai baru untuk AFTA mulai Januari 2004. Begitulah adat peniaga yang dididik oleh BN, kalau sesuatu harga barang akan turun bermacam-macam alasan diberikan untuk menangguhkan penurunan harga. Stok lamalah, harga baru belum dikeluarkanlah dan bermacam-macam lagi. Kalau harga naik, tepat jam 12.00 tengah malam, terus sahaja naik tanpa alasan stok lama lagi. Ini termasuklah harga ayam, gamaknya sebab tulah Muhyiddin kena tukar jaga Kementerian Pertanian. Inilah bahana yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana berketuakan seorang ‘imam’ yang hanya menjadi imam di bulan Ramadhan. Macamlah seperti orang Umno yang lain, kita cuma dapat lihat mukanya dengan Mercedes yang besar ke masjid –saf paling depan lak tu- hanya di bulan Ramadhan. Bulan lain sibuk mencari harta dunia. Tunggulah pulak Ramadhan akan datang, itupun kalau umur panjang.
Nampaknya apa yang Abdullah buat semua jadi terbalik. Buat kempen keselamatan jalanraya, makin ramai yang mati di hari raya. Buat pengumuman tarif cukai kenderaan yang sepatutnya turun jadi naik. Kata Abdullah dalam sidang akhbarnya “Kita buat satu formula dan pada masa kita buat formula itu, kita kira dan ia menunjukkan tidak ada peningkatan harga... kalau dia naik pun adalah amat kecil”. Alamak….macamanalah awak boleh jadi Menteri Kewangan. Salah formula ka? Inikah yang dikatakan kerajaan yang mengambil berat kepentingan rakyat? Atau kerajaan yang pentingnya ‘tokey-tokey’ kaya supaya mendapat lebih keuntungan dan menyalurkan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya depan?
Ulasan Abdullah malam tadi lebih menyakitkan hati, dengan saranannya supaya pihak pengeluar mengurangkan margin keuntungan. ‘Kalau idea macam tu, anak aku yang darjah 6 tu pun layak menjadi Menteri Kewangan’ bentak sahabat tadi yang bertambah marah dengan Abdullah. Lagi kata Abdullah, kerajaan tidak akan campur tangan untuk menentukan had harga kereta di pasaran. Adakah ini cuma alasan untuk melarikan isu dengan meletakkan kesalahan kepada pengeluar kereta. Kalau polisi ini digunakan sejak dulu, lama dahhh …. Proton bangkrap. Waktu Perodua memohon untuk menurunkan harga kereta Kancilnya pada paras bawah RM20,000.00 dahulu, mengapa Rafidah, menteri kesayangan Tun tidak bersetuju? Kalau Abdullah tak percaya tolong semak dengan orang Perodua. Atau tanya saja Rafidah, itupun kalau Abdullah berani nak tanya.
Kesimpulannya, selagi Umno/BN memerintah Malaysia ni, janganlah mengharap kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat. Semuanya akan naik …naik….naik dan yang turun ialah nilai gaji kita. Kalau dulu RM50.00 belanja dapur untuk seminggu, sekarang cuma untuk dua hari sahaja. Saya cadangkan untuk manifesto pilihan raya BA untuk pilihanraya dimasukkan – ‘Harga kereta akan diturunkan’
- Panaurama.com - 15.01.2004
|
|
|
| |
| Masukkan Harga Kereta Baru Dalam Manifesto Pilihanraya BA |
| 01.15.04 (9:49 am) [edit] |
Dicadangkan supaya BA dapat buat kajian tentang harga baru bagi setiap jenis kereta baru yang sepatutnya ditetapkan kesan daripada perlaksanaan AFTA. Dedahkan kepada rakyat harga baru yang sepatutnya rakyat terima tapi dinafikan oleh pemerintah. Dan jadikan harga baru ini sebagai tawaran kepada rakyat jikalau mereka mengundi BA. Contohnya kalau rakyat sudah boleh membeli sebuah honda VIOS baru jepun dengan hanya RM30,000.00, tapi masih perlu bayar RM70,000.00 selepas AFTA, sila tawarkan RM30,000.00 kepada rakyat kalau mereka mengundi BA.
This is a very serious issue kerana kereta merupakan perbelanjaan kedua terbesar selepas rumah, maybe terdiri daripada 30-40% daripada keseluruhan perbelanjaan isi rumah. Kalau BA tak ambil kesempatan berlian ini ambo rasa susah dah isu berlian seperti ini akan timbul balik, sebab come next 2 elections, rakyat dah boleh adjust dengan harga AFTA yang mencengkam ini.
MP's take note.
Salam, - HC (Honda Civic) honciv@yahoo.com - 14.01.2004
|
|
|
| |
| Tun KT Mahathir Penasihat 20 Persen |
| 01.14.04 (5:43 pm) [edit] |
Nampaknya negara ini akan terus berada di bawah bayangan dan pengaruh manusia durjana yang masih terus mahu berkuasa. Jika kita berfikir secara mendalam, memang benar agak susah bagi orang yang sudah terlalu masyhuk dengan kuasa tetiba menjadi rakyat biasa walau pun gelaran Tun Kepala Taik mendahului namanya. Inilah dia Tun Kepala Taik Dr Mahathir punya cerita. Belum pun sampai 100 hari yang dinanti untuk dibuat penilaian ringkas terhadap PakLah sebagai Perdana Menteri, perkembangan tentang TKT yang amat dibenci orang Melayu itu jelas menunjukkan betapa Abdullah bukanlah seorang PM yang berkuasa penuh seperti lazimnya. PakLah tidak lebih hanyalah BJ Habibie kepada Soeharto. Manakala si Tua itu terus menerus menghulurkan bisanya. Kini istilah penasihat adalah senjata beliau untuk terus mengacau segala dasar dalam negara dengan bantuan para juak dan tunggul buruk yang terus mengongsi kabinet Abdullah Badawi.
Memang jelas kini yang Abdullah telah tersilap langkah. Langkah beliau menolak syor yang dibuat marhaen supaya beliau segera merombak kabinet kini sedang memakan kerajaan pimpinannya. Jika mengambil katanya baru-baru ini, nampaknya Pilihan Raya Umum akan diadakan pada bulan Mac nanti ketika cuti sekolah. Ramalan yang mengatakan Pilihan Raya Umum pada bulan ini telah ditolak Abdullah secara spontan. Akan tetapi PakLah memang sangat mahukan haknya sendiri bukannya jawatan ehsan yang kini dipangkunya.
Secara tiba-tiba kita melihat suasana dalam negara yang sebelumnya dikejutkan dengan berita kematian di jalan raya pada musim raya, telah beralih pula kepada kekalutan parti politik dan pentadbiran seperti pengharaman parti PBDS serta menteri bergocoh dengan Pegawai BPR. Pada masa yang sama juga berlaku kekalutan dalam kedudukan pegawai parti Umno di Kelantan sehinggakan Ibrahim al Kataki mahu menunjuk jantan. Sekali gus pemimpin Umno di negeri tersebut yang ditolak rakyat telah pula cuba mengait dan bikin cerita yang pemimpin dan parti PAS yang memerintah negeri cuba menangguk di air keruh. Kita kini mampu bertanya, apakah ada sesuatu yang sedang dirancang mereka?
Memang bijak apabila pemimpin PAS dan Barisan Alternatif lain mengambil sikap membisu dan tidak terbawa-bawa dengan isu yang dimainkan pemimpin Umno. Mungkin mereka sudah faham dan kenal hati budi pemimpin Umno. Bukannya lama pun apabila kita mengenang kegawatan buatan mereka yang kemudiannya disusuli pula oleh Ops Lalang secara borong. Ramai pemimpin PAS, DAP dan NGO yang diseret ke ‘Resort’ Kamunting sedangkan yang bikin onar dan cerita ribut adalah Lee Kim Sai dan Najib anak lelaki Tun Razak.
Rakyat yang sebelum ini menarik nafas lega dengan pengunduran Tun KT Dr Mahathir ada yang tersedak dan mengkelan makannya sejak beliau dilantik sebagai Penasihat Petronas melalui agahan soldadunya di kalangan wartawan. Kemudiannya dia dilantik lagi sebagai penasihat LADA, pembangunan Pulau Tioman dan pelbagai lagi yang semakin meleret senarainya. Mungkin bedebah itu tahu yang dirinya akan terus dilupakan sebaik mengundur diri, tambahan lagi dengan pelbagai gelaran buruk yang diperolehinya dari rakyat marhaen. Lalu inilah kaedah yang difikirnya amat sesuai. Semuanya bermula dengan pejabat baru nya di perpustakaan Kepimpinan Perdana, satu Yayasan haprak yang dia sendiri reka untuk terus membalun wang rakyat dan berfoya-foya secara percuma.
Secara tersembunyinya, kita tahu yang bedebah tua itu amat kepingin kedudukan seperti Lee Kuan Yew di Singapura sebagai menteri Kanan. Akan tetapi tidak mungkin langkah itu ditirunya kerana terlalu menjolok mata apatah lagi setelah janji berhentinya itu dicurigai orang sehingga lah ke tarikh ia angkat kaki.
Jika diteliti secara halus, TKT Mahathir bukanlah seorang pemimpin hebat yang mampu orang Melayu agung-agungkan. Apa yang tersemat dan tertanam dalam kepala otak orang Melayu adalah hasil propaganda media dan jentera yang dikuasainya. Pagi, petang siang dan malam, orang Melayu diasak betapa Tun Kepala Taik seorang yang sungguh hebat, hanya satu dalam sejuta dan pelbagai lagi frasa yang molek-molek belaka. Soal nya benarkah begitu? Kalau lah, saya ulangi, kalau lah orang Melayu tersedar dari kepompong pemikiran sebegitu, tentu sahaja Tun KT sudah pun diseret ke penjara atau lebih teruk lagi jika nasib Presiden Romania, Nicolai Causescu jatuh menimpanya. TKT Mahathir dilihat unggul hanya sanya kerana propaganda, propaganda dan propaganda seperti kata Marhain Tua.
Ramai penulis rakyat yang pernah mempersoalkan tentang kehebatan Mahathir. Kita pernah meminta ia namakan 5 projeknya yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat. Cabaran itu gagal dijawabnya dengan baik. Sebaliknya ia akan membebek tidak karuan sambil memberi nama satu dua syarikat Korporat yang kunun ditajanya. Memang pun ia tidak akan mampu memberi lima contoh projek berjaya yang diminta tadi kerana hampir kesemuanya gagal dalam erti kata yang sebenarnya. Lihat sahaja muka belakang wang kertas RM10-tentu anda faham maksud saya.
Baru-baru ini Tun KT sekali lagi membangkitkan isu projekMega yang sering dibanggainya selama ini. Seperti biasa ia akan terus berkelentung dan berbohong. Pengkhianat bangsa ini telah cuba memperbodohkan rakyat dengan mengambil contoh jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya PLUS sebagai antara projek Mega yang berjaya dan berdaya maju. Apa punya auta keling sekor ini. Penulis Kim Quek ada menyebut perkara ini yang sekaligus memperleceh temberang yang dijual Mahathir. Hakikatnya kedua projek tadi adalah yang diminta rakyat sekian lama. Ia tidak pun termasuk ke dalam senarai projek Mega yang dibangkitkan oleh rakyat. Apa yang disebut adalah penyelewengan pengurusan penswastaan yang telah menjadikan rakyat sebagai korban. Bukankah pengurusan PLUS, IndahWater serta pelbagai penswastaan telah melingkupkan wang rakyat sedangkan pemegang konsesi terus kaya-raya.
Memang pun Mahathir adalah contoh pemimpin yang gagal, segagal-gagalnya dalam mengemudi negara. Perhatikan apa sudah jadi kepada ekonomi negara sebaik Tun angkat kaki! Kemelut tender landasan kereta api berkembar akhirnya telah ditunda. Kenapa agaknya? Tentu sekarang rakyat mula faham akan keadaan ekonomi negara yang sedang meruncing. Sekali gus alasan yang diberi PakLah betapa ia memberi keutamaan kepada RM-8 sambil memperlekehkan projek landasan itu telah membuka pekung sebenar ekonomi negara. Semasa YB Kemaman telah mendakwa hutang luar negara mencecah angka RM 1 Trillion, tiada siapa pun di kalangan jemaah menteri yang berani memperlecehnya. Bayangkan sekiranya angka itu terus meningkat dan menghampiri USD 500 Billion. Tentu sahaja negara kita juga akan jatuh bankrup sepertimana yang dialami Argentina!!
Langkah songsang oleh PakLah begitu bercanggah dengan gaya ego yang Mahathir tunjukkan sebelum ini. Kenapa ada perbezaan yang begitu ketara dan menjolok mata? Apakah selepas ini ada lagi beberapa projek dan MOU yang telah ditandatangani akan ditunda dan dibatalkan sahaja? Bagaimana tentang kontrak pembelian pesawat SU-30MKM yang khabarnya menghadapi masalah enjin seperti dialami pesawat serupa dari India? Apakah negara akan mampu melunaskan bayaran tunai bagi segala pembelian senjatanya yang dibuat semasa era Tun kepala Taik mencengkam kuasa?
Apapun, langkah PakLah itu memang bertepatan dan harus dipuji kerana berani menunda serta membatalkannya kemudian hari. Pada awalnya memang ia akan ditunda, namun pengamat ekonomi sudah dapat membaca betapa matlamat sebenar ialah untuk terus membatalkannya. Projek itu memang ternyata tidak ada gunanya buat masa ini. Begitu jugalah dengan senarai panjang projek gajah putih yang kini sedang membawa negara ke pintu kemuflisan. Sekiranya LTSAAS masih boleh diguna, kenapa perlu KLIA dibina? Jika banyak bangunan pejabat yang kosong di KL, kenapa perlu KLCC dipacakkan sehingga menyakitkan mata memandang? Apakah pembinaan Bandar Putarjaya mengurangkan kesesakan jalan di Ibu Kota? Jawabnya semua projek tadi adalah sebagai helah untuk merompak dan menyamun wang rakyat.
Hanya dengan meletakkan TKT Mahathir di kandang pesalah barulah semua itu akan dihuraikan satu persatu. Soalnya berani kah PakLah menyahut seruan itu?
Apa sudah jadi kepada Petronas selama 22 tahun Tun KT memegang kuasa? Gergasi minyak negara yang pada mulanya ibarat lembu tenusu kini sudah menjadi seperti penagih dadah di Pusat Serenti. Bebanan hutang termasuk bon sudah ratusan billion, manakala dalam negara pula ia telah dipaksa Mahathir si bedebah untuk menanggung segala syarikat yang rugi serta membeli pula pegangan dalam Putrajaya Holdings. Memang ada benarnya, jika ada yang mendakwa Petronas sudah tidak mampu menyediakan peruntukan tahunan RM2 Billion untuk pembangunan Putrajaya. Petronas adalah sebuah agensi kerajaan yang terletak secara eksklusif di bawah batang hidung Mahathir sebelum ini. Jika begitu parah keadaannya sekarang, kepada siapa agaknya yang mahu kita tudingkajn jari sebagai pesalahnya?
PakLah harus lebih berani untuk membatalkan beberapa lagi projek Mega yang berunsur kronisma dan nepotisma. Negara dan rakyat akan berterimakasih sekiranya PakLah mengikuti jejak Presiden Argentina yang begitu berani untuk menghumban anasir tunggul buruk dalam kabinet dan institusi kerajaan. Presiden itu lebih terkehadapan apabila ia telah mengurangkan kuasa Presiden dan menyerahkan hak itu kembali kepada Parlimen. Nah! Inilah yang amat diperlukan Malaysia. Mulakan dengan kembalikan Petronas kepada Parlimen dan bebaskan perjalanan perundangan yang telah Mahathir belenggu selama ini.
PakLah wajar melihat semula semua MOU dan projek yang telah diluluskan Mahathir pada saat akhir sebelum ia berambus pada 31 Oktober lalu. Oleh kerana PakLah sudah memulakan dengan Projek landasan Kereta api berkembar, maka tidak sukar untuk PakLah membatalkan sedozen projek lain yang dikira sama tarafnya dengan projek landasan berkembar itu.
Pada kebiasaannya penasihat adalah seorang yang mempunyai akal yang jenuh serta mempunyai pengalaman yang berharga untuk disumbang kepada yang memintanya. Berpandukan legasi kodi yang ditinggalkannya, apakah layak ia menjadi penasihat negara?
Dr. Nologareng - 13.01.2004
|
|
|
| |
| Masuk PAS Masuk Syurga Arahan Siapa? |
| 01.14.04 (5:42 pm) [edit] |
Skrip baru UMNO menjelang pilihan raya dengan rasminya dilancarkan di sekitar pekan Pendang. Poster yang bertulis kalimat Masuk PAS Masuk Syurga diberi liputan penuh di TV1 dalam berita jam 8. Seperti biasa mengikut prosedur kerja laporan berita propaganda, visual menayangkan bagaimana poster-poster itu tertampal di pokok-pokok dan diikuti dengan pendapat "orang ramai" seolah penduduk Pendang ditemui secara rambang. Dengan cara itu persepsi yang cuba diwujudkan terhadap penonton ialah percaya bahawa PAS telah melakukan satu kerja yang salah dengan penampalan poster-poster tersebut. Keseluruhan sketsa lakonan UMNO dengan mudah dapat kita kesani hanya dengan menyaksikan bagaimana poster-poster itu ditampal dan barisan "penduduk" pekan Pendang yang ditemui. Analisis pertama ialah cara penampalan poster itu dilakukan. Sekian lama PAS mengadakan aktiviti ceramahnya di mana-mana tempat sekali pun, kita lihat cara ia ditampal tidaklah seperti yang berlaku di Pendang itu. Poster-poster itu kelihatan ditampal dalam keadaan tergesa-gesa hingga ada yang ditampal menutupi poster-poster lain yang sedia tertampal mempromosikan sekolah atau pusat tuisyen. Tidak pernah ada mana-mana poster pengumuman ceramah yang ditampal menutupi poster-poster lain.
Kedua, dalam barisan orang yang diminta pendapatnya muncul muka Hj Kamal Saidin. Hj Kamal ini cukup terkenal dengan permainan politik dan kerja-kerja menipu. Telah banyak bisnes yang beliau lakukan atas dasar menipu. Sebelum aktif politik beliau pernah membuka sekolah swasta yang dikenali sebagai Akademi Nusa di pekan Bakar Arang Sungai Petani. Sekolah tersebut tidak bertahan lama kerana beliau bermain politik dengan guru-guru yang bekerja di bawahnya. Gaji dibayar lambat dan tercatat dalam rekod bahawa guru yang bekerja dengannya telah melaporkan salahlaku beliau dalam peraturan caruman KWSP para pekerjanya.
Mengenali watak dan peribadi Hj Kamal Saidin adalah tidak mustahil kerja menampal poster Masuk PAS Masuk Syurga adalah rekayasa beliau. Sebagai seorang yang terlalu amat ambitious dalam politik, dengan sedikit bekalan ilmu agama yang ada pada beliau, kerusi Pendang dilihat sebagai satu potensi rezeki mendatang. Inilah masanya untuk menonjolkan prestasi supaya dapat menarik perhatian Putrajaya.
Hj Kamal Saidin rupanya salah seorang Melayu yang mudah lupa. Ramai di antara pelajar terkandas yang pernah menyambung usaha belajar di sekolahnya kini telah dewasa. Merekalah yang bakal mengundi dan menentukan nasib orang-orang UMNO seperti Hj Kamal. Penipuan yang beliau pernah lakukan dan apa yang berlaku di Pendang dengan poster bodoh itu sebenarnya menghidupkan kembali ingatan bahawa masih hidup lagi rupanya Cik Gu Kamal yang pandai sejarah. Silap haribulan, Cik Gu Kamal bukan saja akan menjadi sejarah, malah dengan kerja jahatnya ini, budak-budak Pendang boleh pelangkong mukanya seperti yang terjadi kepada Datuk Abd Rahman Ariffin
Oleh Karim Selamat - 13.01.2004
|
|
|
| |
| Respons Tulisan Anti Hipokrit: Pas Tawan Pahang 2004 !!! |
| 01.14.04 (5:40 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Saya terpanggil untuk menjawap tulisan "Anti Hipokrit" dalam sebuah laman web pro-pembangkang baru-baru ini atas tulisan beliau yang bertajuk "PAS tawan Pahang 2004 - Realiti kepada angan-angan".
Walaupun saya tidak menjalankan perniagaan SHAKLEE seperti yang dinyatakan, tetapi saya ingin memberikan sedikit teguran kepada beliau agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan . Saya bukanlah ahli PAS, namun saya juga seperti Anti Hipokrit ..menyokong dan terus mengharapkan kezaliman dihapuskan dan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini , khasnya di Pahang negeri kelahiran saya.
Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau iaitu fenomena ramai pemimpin, serta ahli-ahli PAS yang terlibat dengan sebuah perniagaan MLM iaitu SHAKLEE. Kononnya mereka yang terbabit dengan perniagaan tersebut adalah "Agen Yahudi" kerana produk SHAKLEE dikeluarkan dari sebuah negara Yahudi iaitu Amerika Syarikat.
Senario penglibatan para pemimpin dan ahli PAS bahkan pemimpin dan ahli parti permbangkang yang lain (Keadilan/PRM) bukanlah satu fenomena luar biasa sebenarnya. Bahkan saya amat mengenali beberapa orang pemimpin kanan PAS dan Keadilan yang terlibat dalam perniagaan MLM ini. Apa yang difahamkan, ramai juga antara mereka yang menikmati ganjaran serta pendapatan lumayan hingga mencecah empat atau lima angka sebulan. Bahkan ramai juga yang menikmati pakej umrah dan haji secara percuma, pelancongan, kenderaan mewah dan macam-macam lagi.
Mengapa MLM menjadi pilihan? Perniagan MLM bukan sahaja disertai oleh para pemimpin PAS atau pembangkang semata-mata, malahan hampir 80% rakyat Malaysia kabarnya terlibat dalam MLM ini. Saya berpendapatan pernglibatan pemimpin dan ahli PAS dalam SHAKLEE adalah satu petanda baik ke arah menjadikan mereka usahawan yang berjaya dan sekali gus memudahkan mereka untuk sama-sama membantu pernjuangan parti di masa-masa yang akan datang. Bagaimanakah parti dapat bergerak dan mengatur program terutamanya menjelang pilihanraya jika tabung ekonomi ridak mencukupi atau kronik?
Dengan adanya usahawan MLM inilah, secara tidak langsung ianya dapat menjana ekonomi individu terbabit dan seterusnya parti itu sendiri. Bukankah perniagaan itu adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Adalah lebih baik mereka terlibat dalam perniagaan seperti itu, demi meneruskan perjuangan bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Anti Hipokrit harus sedar, mutakhir ini banyak program-program yang dianjurkan oleh pembangkang sering kali dikacau-ganggu oleh pihak berkuasa, atas alasan tiada permit berhimpun. Dipihak lawan pula perhimpunan yang bercorak hiburan yang melalaikan dibiarkan berleluasa tanpa ada sebarang gangguan. Sikap "Double-Standard" inilah akhirnya menyebabkan sumber ekonomi parti pembangkang sedikit terjejas. Maka langkah bijak menyelesaikan masalah ekonomi ini ialah melibatkan para ahli dan jemaah menyertai perniagaan bercorak Multi Level Marketing kerana iainya tidak memerlukan modal yang besar, tidak memerlukan lesen perniagaan, sewa premis, bayar gaji pekerja, bil-bil berkaitan serta overhead kos yang rendah dan banyak lagi kemudahan lain yang diperolehi. Apa yang lebih penting dengan menyertai perniagaan bercorak MLM ini, pihak berkuasa tidak dapat mengambil sebarang tindakan untuk memantau mereka.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Anti Hipokrit ialah, tindakan pihak-pihak terbabit yang menjadikan SHAKLEE sebagai landasan utama perjuangan dan mengenepikan perjuangan asal parti. Adakah Anti Hipokrit mempunyai BUKTI. Seantero dunia sudah tau bahawa SHAKLEE adalah produk permakanan tambahan yang amat baik untuk kesihatan manusia sejak turun-temurun.
Memang umum tahu SHAKLEE dari Amerika iaitu proksi YAHUDI yang menjahanamkan umat Islam selama ini. Tetapi Anti Hipokrit tidak boleh menggunakan alasan tersebut untuk menghentam para pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan SHAKLEE. Komen Anti Hipokrit tentang hal ini sebenarnya adalah satu komen yang bertujuan untuk menjatuhkan imej PAS Pahang. Kononnya pemimpin PAS Pahang mengajar ahli-ahlinya menjual dan membantu ekonomi YAHUDI "agen-agen YAHUDI". Atas alasan kilang SHAKLEE terletak di Amerika dan mereka membayar cukai kepada kerajaan Amerika. Hinggakan kata beliau SHAKLEE dijual di markas-markas, kuliah dan ketika ceramah diadakan untuk mencari ahli baru.
Tergamak Anti Hipokrit mengatakan ahli dan pemimpin pas mengamalkan wirid SHAKLEE dalam kehidupan dan perjuangan mereka !! Kononnya mereka lupa bercerita tentang perjuangan untuk memartabatkan Islam. Kenapa ? Anti Hipokrit hebat sangat ke ??
Sebelum menuduh yang bukan-bukan adalah lebih baik Anti Hipokrit menilai dulu apa yang ingin diperkatakan. Dalam hal YAHUDI ini, memang kita tahu ISLAM dan YAHUDI telah dijanjikan tidak akan dapat bersatu hingga ke hari Kiamat. Umat Islam perlu mengikut peraturan Al-Qur'an . Saya bukanlah Ustaz atau Ulamak untuk berbicara hal ini, Tapi pada pandangan saya.. Sesuatu yang menrosakkan dibawa oleh YAHUDI memang harus kita tentang..contohnya ideologi mereka, cara kehidupan mereka, cara percakapan mereka, cara pergaulan mereka serta apa jua unsur yang boleh merosakkan maruah Islam itu sendiri.
Dalam hal SHAKLEE ... ia berbeza.. ianya adalah TEKNOLOGI dan bukannya IDEALOGI !!. Umat Islam dilarang mengikut dan mengambil idealogi YAHUDI bukannya TEKNOLOGI. SHAKLEE adalah satu bentuk TEKNOLOGI PERMAKANAN yang dihasilkan oleh saintis Islam ( Pakistan ) untuk tujuan KESIHATAN.. Apabila umat Islam sihat maka mudahlah merangka agenda dan strategi untuk menghadapi golongan-golongan YAHUDI itu semula..seperti proksi Yahudi di negara kita ini.
Anti Hipokrit jangan HIPOKRIT !! Contoh yang paling nyata didepan mata ialah TEKNOLOGI KOMPUTER. Semua orang tau , termasuk Anti Hipokrit sendiri bahawa BILL GATES yang menguasai empayar MICROSOFT dan merupakan MULTI -BILLIONAIRE orang terkaya di dunia adalah rakyat Amerika yang berbangsa YAHUDI !! Sedarkan Anti Hipokrit yang beliau juga menggunakan teknologi Komputer dalam kehidupan seharian. Malahan mungkin menggunkannya untuk membuat kertas kerja, laporan, kajian dan sebagainya dengan menggunakan teknologi komputer dan MICROSOFT kan.
Adakah Anti Hipokrit sedar, berapa banyak untung yang mengalir kepada Microsoft dan Bill Gates bila kita menggunakan program ini, bahkan berpa billion manusia di dunia termasuk umat Islam yang menggunakan komputer termasuk Anti Hipokrit sendiri ? . Adakah Anti Hipokrit sedar perkara ini.
Bukankah apa yang kita gunakan sekarang adalah TEKNOLOGI dan BUKAN IDEOLOGI? Dengan teknologi ini juga kita ada wadah perjuangan untuk menghancurkan manusia yang menerapkan IDEOLOGI YAHUDI dalam pentadbiran dan kehidupan mereka !! Bukankah ini sesuatu yang baik untuk masa depan perjuangan Islam sebenarnya? Justeru itu salahkan pernggunaan TEKNOLOGI PERMAKANAN seperti SHAKLEE itu diusahakan oleh para pejuang Islam, ahli dan pemimpin PAS selama ini ?
Mungkin dengan cara ini , mereka dapat menggunakan kaedah perniagaan tersebut untuk mengumpul DANA yang boleh digunakan dalam pilihanraya umum akan datang bagi menggempur kekuatan pihak lawan iaitu Barisan Nasional. Inilah saja cara terbaik yang boleh dilakukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Jika benar , SHAKLEE menjadi alasan yang menghalang perjuangan Islam seperti yang diperkatakan oleh Anti Hipokrit itu , saya dengan ini menyeru supaya semua pemimpin PAS dan Keadilan yang terlibat dalam perniagaan MLM seperti SHAKLEE, LUXOR, PROPOLIS GOLD, CNI, GANNO, SURECO dan banyak lagi syarikat MLM terkenal agar lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan mereka. Jangan sampai melupakan tugas yang hakiki iaitu menyebarkan serta mencari seberapa ramai ahli baru untuk berjuang dalam menegangkan keadilan dan Islam di Bumi Malaysia ini. Jangan hanya sibuk mengadakan promosi ke sana-sini dengan tujuan untuk mendapatkan ahli baru menyertai perniagaan MLM yang mereka sertai semata-mata.
Kalau takutkan risiko usah bicara soal perjuangan !! Kalau takutkan perjuangan usah bicara soal keadilan !!! Kalau takutkan keadilan usah bicara soal pembangunan... Lawan tetap lawan..Takbirrrr
CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cucumatkilau@yahoo.co.uk - 13.01.2004
|
|
|
| |
| BN Mesti Menang Punya.... |
| 01.14.04 (5:38 pm) [edit] |
Tindakan para pemimpin umno mengutip kad pengenalan penagih dadah untuk tujuan membenarkan mereka mengundi bagi pihak penagih merupakan antara taktik kotor yang dilaksanakan BN menjelang pilihanraya umum negara. Di negeri Perak tindakan serupa sudah diambil terhadap penagih dadah yang sedang menjalani pemulihan di Perlop Sg. Siput (U). Perkara ini didedahkan oleh Senator Faezah Abu Kassim sendiri kepada ahli umno negeri ini.
Senator Faezah mendakwa tindakan itu tidak keterlaluan kerana katanya kerajaan sudah mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit untuk merawat mereka sehingga pulih. Justeru itu mereka mestilah mengundi BN, katanya.
Tindakan ini disifatkan sebagai satu penyelewengan dan SPR diminta supaya jangan menutup mata terhadap kezaliman UMNO/BN.
Pada masa yang sama Teruskan Penipuan Untuk Pancing Undi Cina & India:
KUALA LUMPUR, Jan 4 (Bernama) -- Police have arrested 13 members of a new wing of Kumpulan Militan Malaysia (KMM) and are investigating the group's possible links with Zacarias Moussaoui, the Frenchman who is being tried for his alleged role in the Sept 11 terrorist attacks in the United States.
Teruskan Laa cerita-cerita untuk menggambarkan kejahatan Islam, keganasan Islam... Rakyat memang dah tahu! Kalau ada Pilahanraya jee maka jahatlah Islam, ganaslah Islam, perompaklah Islam... samapai percaya habis orang-orang bukan Islam kat Malaysia. umno dah putus harapan dengan orang Islam sendiri... oleh itu mereka cuba menipu orang-orang bukan Islam pulak.
Macam dalam tahun 60 & 70'an dulu, bila komunis digambarkan sebagai jahat & pengganas dan tiap-tiap orang cina dikatakan komunis untuk tujuan menakut-nakutkan orang Islam... wahai umno, tipuhelah begitu dah basi dah!!!
Lu cerita apapun tak guna. Kita olang mesti undi BN punya. Ua suka itu lacing...
sebab ua manyak suka tipu lacing/timbang lo! Ua tatak kila sapa, ua misti mau tipu jugak lo! Ua cuma kila ua misti manyak untung senlili jugak lo! Ua jugak tunggu subsidi dan balang free jugak lo! Ua tatak peluli apa lu olang mau cakap lo! Ua cuma kila ua punya pelut sama ua punya poket jugak lo! Lain hat ua tatak peluli lo! Lu punya ide manyak babut lo! Ua manyak sokong sama lu!
Kita tengok plak projek membazir umno/BN yang kita banggakan:
Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion. Istana/Mahligai PM : RM200juta yang hanya mahu dihuni oleh dua orang tua. Jet peribadi PM (Global Express): RM200juta. Pesawat TUDM terhempas tak apa, nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak mengapa, asalkan jangan wira dunia ketiga. Panggung Negara: RM225juta. Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion (kemudahan di sini tanpa sebarang halangan boleh digunakan untuk menghimpun rakyat bagi memuji pemimpin, tapi bila pembangkang ingin menyewanya ditolak dengan alasan nak repair). Sukom: RM330juta. (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) Kenyataan dari Kementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 99) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00. Replika keris gergasi, dipintu masuk kompleks sukan di Bukit Jalil: RM9 juta. Projek Empangan Hidroelektrik Bakun: RM13.4 bilion Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion. Program Jaya MSN: RM160 juta. Velodrom Cheras: RM9 juta. KLIA, Sepang: RM10.5 bilion. KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion Litar Sepang F1: RM286 juta. Untuk menganjurkan perlumbaan, Malaysia terpaksa membayar RM76 juta. Hadiah dan kos perbelanjaan RM182.4 juta. Petronas pula membelanjakan RM1.9 bilion untuk membolehkannya mempunyai pasukan pelumba sendiri. Saban tahun Malaysia kehilangan ribuan rakyatnya akibat kemalangan di jalanraya, tapi Tun Dr Mahathir pula seolah-olah menggalakkan rakyatnya berlumba...? Lumba dah tamat tonjol pula budaya barat, goncang botol arak!!!
Pelbagai projek lebuhraya bertingkat di Lembah Kelang Projek Kota Terapung Di Johor Bharu. Laluan Kedua (menghubungi Singapura) di Gelang Patah, Johor. Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja. Jeti Parameswara di Bandar Hilir, Melaka berharga RM11.5 juta juga terbiar masih belum digunakan kerana kedudukan tak sesuai. Projek "genius" Sanusi Junid; tanam padi atas bumbung. Projek bernilai RM200,000.00 hasilnya hanya 41 kg di bumbung seluas 97 meter persegi. Projek Sanusi, Kompleks Jihad Basmi Kemiskinan berharga RM16 juta untuk sembelih binatang korban. Ia boleh memuatkan daging 1000 ekor lembu pada satu-satu masa. Tak ada lembu apa nak buat? Nak isi kerbau pendek tak boleh, akhirnya jadilah kompleks ini sebagai projek yang rugi kerana kepintaran MB Umno.
KERAjaan proksi yahudi memang suka membazir sedangkan ada rakyat yang tingal dalam reban ayam tapi pemimpin sebok dengan pojek mega!!!
Terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana membiarkan harga kereta dinaikkan iaitu barang keperluan rakyat.
Satu lagi, salah laku pemimpin umno sungguh memalukan:
Etika dan kepimpinan YB-YB dalam kerajaan BN kebanyakannya rosak binasa akibat salahlaku dan pelanggaran terhadap hukum Tuhan! Ini lebih-lebih lagi kepada yang beragama Islam.
Ramai di antara YB-YB UMNO terlibat dengan perjudian, perzinaan dan ketagih arak. Ini bukanlah satu tuduhan yang dilemparkan akibat perasaan marah, tetapi realiti kehidupan mewah mereka tidak terbatas, terlibat dengan seribu pergolakan kehidupan yang meruntuhkan keperibadian dan akhlak mereka sebagai manusia yang boleh diberikan penghormatan. Apa lagi kesesuaian mereka untuk dijadikan pimpinan.
Setiap waktu kita diperdengarkan dengan kejadian seperti menari di disko dalam keadaan mabuk. Isu khalwat paling popular dan jika tidak dapat dibendung maka akhirnya jadi isteri berikutnya. Bukanlah sebegini kepimpinan yang dianjurkan oleh Islam dan memilih pemimpin satu ciri yang amat penting agar masyarakat terpelihara dari gejala keruntuhan akhlak.
Justeru itu rakyat seharusnya menilai kembali kepimpinan yang hendak ditonjolkan. Apakah kita mahu mengagungkan pemimpin bersifat takwa dan rendah diri atau pemimpin yang jahil, angkuh dan suka bermegah-megah serta menggalakkan dan melakukan maksiat!!!
Ini pula Cerita disebalik lantikan Najib: Sumber Kerajaan
Menurut sumber yang hadir malam tersebut Abdullah hadir ketika Mahathir , Najib dan hampir semua jemputan telah duduk. sebaik sahaja Abdullah sampai Mahathir telah membawa beliau dan Najib naik ke bilik bacaan. Selepas 20 minit Mahathir, Abdullah dan Najib turun semula untuk mengambil tempat Najib kelihatan begitu ceria manakala kesugulan Abdullah jelas diwajahnya.
Abdullah yang berucap dahulu malam itu seperti biasa meminta semua bekerja bersamanya. Ucapan Mahathir selepas itu dimulakan dengan ucapan tahniah kepada Najib kerana dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua terkejut tetapi beberapa menteri dan pegawai kerajaan yang sememangnya kem Najib / Mahathir bangun untuk memberikan tepukan tahniah. Selepas majlis tersebut Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan embargo iaitu melarang berita perlantikan Najib itu disiarkan sehingga pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri sendiri.
Esoknya 7 Januari 2004 Abdullah terpaksa memanggil mesyuarat khas kabinet dengan kemudian mengumumkan Najib sebagai perdana menteri. Selepas itu Abdullah telah dipaksa oleh Najib dan beberapa menteri untuk mengadakan mensyuarat kabinet khas sekali lagi tengahari itu tetapi kali ini Najib diberi peranan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam mesyuarat tengahari itu Najib telah membacakan perutusan Mahathir yang mahukan rombakan kabinet dibuat. Perutusan itu menamakan terus lantikan dalam rombakan tersebut. Abdullah terpaksa meminta pandangan semua dan secara undian majoriti menteri kabinet setuju dengan rombakan yang dibuat oleh Mahatahir itu. Akhirnya setelah pagi Abdullah dipaksa menamakan Najib sebagai timbalan dan petangnya dia terpaksa mengumumkan rombakan kabinet.
Kita tak perlu tunggu lama lagi untuk tengok umno terbarai, terpecah lantaran game fanatik berkepentingan dalaman parti itu sendiri. Kita tak perlu tunggu asakan dari BA untuk tengok hal ini terjadi. tak caye? Just wait and see.
Kiriman Osman Jailani - 13.01.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Harga Kereta Di Pasaran Malaysia Ke-3 Termahal di Dunia! |
| 01.14.04 (5:36 pm) [edit] |
Alasannya matawang YEN & EURO naik. Kemungkinan harga kereta akan naik lagi sedangkan selama ini Malaysia berkiblatkan matawang US. Sekarang Matawang US sedang turun kerana pergolakan, kenapa kita tak kaji? Sekarang $US 1 = RM 3.80
Ikut keadaan sekarang kita boleh pergi ke RM3.30-RM3.50
Jika berbuat demikian, selogiknya harga barangan akan kembali turun contohnya Minyak Petrol!!! Kat Malaysia ni mana ada barang yang naik akan turun? Yang herannya Tun Dr Mahathir dinobatkan sebagai WIRA DUNIA KE-3 tapi Kos hidup di Malaysia ni sebenarnya tinggi.
Ada yang antara no 1, KEMALANGAN antara NO 1 di dunia... Nak buat macam mana nak, puak tu nak cari makan...
Apa pun mereka akan akur jugak nanti...proton/ modenas rasanya sakit tahun ke hadapan nanti...kita lihatlah nanti... takdir tuhan memang kita tak boleh lawan. Ini angkara kedurjanaan manusia sendiri. Kalau bukan kita yang akan memangkah masa pilihanraya nanti maka itulah caranya kita nak mengubah takdir, bukan begitu? MINISTRY MISTAKE. Itulah akibat menaikkan cukai import sewenang-wenangnya dulu, sekarang nak tutup kantoi le!
Toyota Corolla di Jepun RM30,000 sampai je kat Malaysia jadi RM112,000, dimanakah logiknya?
Ini bukan konsep miskin atau kaya... konsep yang ditimbulkan sekarang ialah
1. kita mahu harga kereta yang adil dan betul... 2. kita mahu sistem ekonomi dan persaingan sempurna yang adil dan betul...
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu ditempatnya yang sewajarnya...
Contohnya kalau harga kereta jenis "A" di Thailand 50 ribu takkan harga kereta yang sama dijual samapai 3 kali ganda harganya di Malaysia?
Persaingan sempurna bermakna tiada campurtangan kerajaan dalam perniagaan sesuatu barangan...
Antara kebaikan persaingan sempurna ialah peniaga berlumba-lumba meningkatkan kualiti untuk menarik minat pembeli. Kalau persaingan sempurna tidak diwujudkan maka kualiti kereta nasional tidak akan meningkat kerana dia yakin dia berada di dalam situasi selamat dan sentaisa dilindungi walaupun dia tidak berkualiti.
Jika kerajaan sekarang kata mereka mesra rakyat dan prihatin kepada rakyat, masa nilah masa terbaik untuk menunjukkan komitmen mereka untuk menolong rakyat.
oklah, mungkin Merz tu untuk golongan elit, tapi, cam ne ngan model-model lain? bukannya rakyat nak pakai keter mewah, tapi, ingin rasa lebih selamat untuk pakai keter berkualiti ngan harga yang seswai.
mungkin juga, jika harga keter yang berkualiti diturunkan, ia boleh menarik minat mat-mat moto untuk beli keter plak, dan sekaligus akan menyenangkan urusan diri dan keluarga mereka... dan yang pasti, yang kuar statement keter akan mahal ialah Rafidah Aziz.. tak mustahil ini boleh jadi isu untuk pembangkang untuk menarik lebih ramai pengundi..
Nampaknya orang miskin di Malaysia terpaksa memakai kereta proton yang tak berkualiti. Kereta proton tak berkualiti sebab ia dilindungi dan sentisa merasa selamat walaupun dia tidak berusaha meningkatkan kualitinya. Spare part seperti "clutch plate" dan sebagainya terpaksa diganti dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan kereta import kerana ia tidak berkualiti...Begitulah nasib orang miskin termasuk penyokong BN sendiri terpaksa menerima hakikat ini.
Yang peliknya Menteri-menteri beria-ia suruh sokong barangan tempatan tapi kereta personal adakah mereka pakai Proton? "Kereta Rasmi" tu memang la Proton sebab pernah kena sound pakai Merc dan Volvo. Kalau dulu dalam ruangan "Salam Aidilfitri, student pakai Superbike 1000CC ke atas (Student Malaysia Kat Jepun). Ada ke depa pakai EX5? Kalau kat Turki contohnya Merc Mata bulat RM60,000 je... Iswara di sana 1000 POUND = RM7,000, Honda, Peugeot antara 6,000-7,000 POUND dalam lebihkurang RM42,000.
Entah la... dulu tertunggu-tunggu gak kalo-kalo ader AFTA ni harga ketar boleh turun... boleh la nak merasa walaupon bukan Merz tapi yang berkualiti la skit...sedap gaya pemanduan...selesa... tapi itu tinggal impian semata... entah bila plak la nak mampu... time gaji naik... nak seronok skit..planning tukar keta...bukan aper..budget mampu...rega barang-barang plak naik....minyak naik... tol naik...last-last pakai la keta buruk ni sampai bila-bila la... dengar khabo barangan spare part untuk ketar nasional ni pon dah start naik...tak terlepas gak...dah beli ketar nasional...dah la masa tu pon mahal... sekarang alat ganti plak naik lagi... tak abis-abis la camni... yang kaya makin kaya...yang miskin tak terkejo pasai pakai keta buruk...
Sebelum lahirnya kereta proton di Malaysia dulu, kebanyakan orang miskin mampu beli kereta import seperti MAZDA 323, Nissan sunny, Toyota corolla, Honda civic, Daihatsu Charade yang mana semuanya sangat berkualiti, tahan lama dan cantik...tapi sejak ada kereta nasional yang dilindungi ini semua orang miskin termasuk penyokong BN hanya mampu beli kancil dan lain-lain kereta nasional yang tak berkualiti dan tak tahan lama sahaja.
Harga kereta impot mahal selepas lahirnya proton disebabkan oleh perlindungan yang dilakukan oleh kerajaan melalui:
1. Sebelum AFTA: kereta import dikenakan tarif import. 2. Selepas AFTA: kereta import dikenakan cukai eksais pula. tapi kereta nasional dikecualikan dari tarif atau cukai eksais.
Inilah keluhan-keluhan perasaan dan rungutan-rungutan yang diterima dari rata-rata rakyat Marhaian mengenai masa depan salah satu yang dianggap sebagai "keperluan" bagi rakyat Malaysia.
Ada aduan mengenai satu SMS yang mengatakan... Pekerja Proton dikerah menukar alamat IC untuk mengundi di Kelantan, mereka dibayar RM100... dan mereka mungkin mendapat tambang percuma, tempat tinggal dan makan minum disediakan dan diberi cuti oleh pihak Proton...
Salah seorang yang bekerja di syarikat EON, Proton mengadu dia telah dibuang KERJA oleh pihak EON kerana tidak mahu menukar alamat IC dan mengundi untuk BN di Kelantan... beliau disarankan oleh sahabatnya agar laporkan perkara ini di Pejabat Buruh dan laporkan kepada pihak Harakah...tak tahulah... adakah dia follow up apa yang disarankan... harap-harap pihak Harakah dapat dedahkan KEJAHATAN Umno tersebut yang semakin desperate... BN semakin takut apabila 600,000 pengundi yang mendaftar semasa isu Anwar dapat mengundi pada 2004 ini...
Semoga Allah dedahkan penipuan Umno yang kini umpama bangkai bernyawa
P/S Pak Lah suruh bekerja bersama saya bukan bekerja kerana saya. Najib keluarkan statement berikut dalam interview NST,
"I look forward to working hard for him because we want to make Malaysia a greater place; (and) put it on the world map," he said."
Inilah Kesalahan Pertama Najib terhadap Pak Lah. Apa raaa...punya tak reti.
Kiriman Osman Jailani - 13.01.2004 (tanpa suntingan)
|
|
|
| |
| Projek Barisan Nasional: Air Berkelodak Di Selangor |
| 01.14.04 (5:34 pm) [edit] |
Puncak Niaga Sdn Bhd dapat konsensi buat WTP (Water Treatment Plant) jual air kepada PUAS Sdn Bhd, Puncak Niaga dipunyai oleh kroni Mat Taib (Bekas Menteri Besar Selangor dulu) iaitu Datuk Razali Ismail yang berasal dari FELDA Gadangsa. Puncak Niaga jual air pada PUAS mark up sikit profit lepas itu PUAS jual kepada orang ramai mark up sikit profit. Kita pengguna kena bayar dua kali profit kepada Puncak Niaga dan PUAS... ITU NAMANYA PERKONGSIAN BIJAK Oleh kerana kita sebagai pengundi terlalu bijak memilih BARISAN NASIONAL.. tak sedar yang kita minum air BERKARAT ATAU KEKELODAK. PUNCAK NIAGA , PUAS dan BARISAN NASIONAL peduli apa dengan rakyat minum air kelodak. Yang penting kepada DUIT masuk setiap bulan.
Lepas itu dok bising orang Kelantan dan Terengganu minum air kelodak, sedangkan rakyat Selangor sendiri dan negeri lain pun minum air kelodak.kita tak sedar.
Water Distribution PUAS yang buat, walaupun pun air yang disebarkan dari kerumah-rumah BERKARAT ATAU KEKELODAK itu tanggungjawab PUAS bukan Puncak Niaga.
Oleh kerana pentadbiran BARISAN NASIONAL sabuah parti yang paling cekap lagi amanah maka bertahun-tahun rakyat Selangor minium air BERKARAT ATAU KEKELODAK. Sampai tak boleh nak ganti paiping baru.
UNDI LAGI BARISAN NASIONAL.. BOLEH MINUM AIR BERKARAT BIAR CEPAT RAKYAT SELANGOR PENYOKONG UMNO/BN MAMPUS. BIAR PEMIMPIN UMNO TERUS HIDUP BUAT HARTA UNTUK ANAK BINI.
Kiriman Anjang Awang - 13.01.2004
|
|
|
| |
| Jack The Ripper Umno Kembali: Jage-jage Puteri Umno! |
| 01.13.04 (10:09 pm) [edit] |
Assalamualaikum Tuan Pengarang! Saya amat bersetuju terhadap Sdr.Inderaloka yang telah menaikkan taraf gelaran Si Lembik kepade `Mati Pucuk` terhadap PM kelime, sebaik-baik saje terbukti laki Endon itu tidak boleh berbuat ape-ape langsung untuk menghalang nafsu TKT Mahathir daripade terus meliwat Umno. (Inderaloka: Gara-gara Mahathir: Dolah Terus`Mati Pucuk’)
Mulai saat ini saye akan meminjam istilah baru ciptaan Sdr Inderaloka sebagai gantiname paling sesuwai buwat Dolah Badawi disebabkan perlantikan bekas pasangan khalwat Ziana Zain dan rombakan kecil Kabinet adelah 100 persen paksaan Paduke Tun Kepale Taik..
Jack The Ripper Umno Muncul Kembali
Petang Isnin 12.01.04 saye menerime panggilan telefon sorang kenalan lame dari Umno Bahagian Kote Melake. Rakan saye tu, adelah orang kuwat Datuk Amid Nordin Ketuwe Penaje Umno Bahagian tersebut.
Saye mule rapat dengan diye ketike diberi peluwang sebagai `pelakon tambahan` menyertai group kempen kem DSAI didalam menentukan kemenangan Datuk Amid bagi jawatan Ketuwe Bahagian Kote Melake taun 1997 yang dicabar oleh Jack The Ripper @ Perogol Bersiri Umno RTC.
Yang menariknye dalam nada cemas dan tergopoh-gapah rakan saye tu memberitau bahawe pade hari Ahad 11 Januari lalu di dalam satu majlis penerangan Umno Kote Melake, Tengku Celup Denan Mansor selaku SU Kerje Umno Malaysia telah mengisytiharkan JTR@PBU RTC dilantik sebagai salah sorang AJK Penaje Bahagian.
JTR@PBU RTC turut hadir tersengih-sengih di dalam majlis tu. Kate kawan saye tu lagi: “Ade ke patut Tengku Denan bagai nak gile kempen kat kite, supaye mengalu-alukan penyertaan semule Rahim sebagai usahe bagi menyatukan Umno Bahagian untuk mengukuhkan jentere pilihan raye.”
Sebagai sorang kawan lame saye layan jugaklah diye dan sempat mengacah: “Pasal ape pulak engkau menggelupur, kan RTC tu `anak emas` Tun Mahathir.Engkau tak takut ke pade Tun Mahathir yang masih lagi teramat powerful dalam Umno.Lagi pun… hal Umno ni aku dah hilang mood nak intefere.”
Saye sengaje nak menaikkan steamnye kerane saye tau diye memang penyokong kuwat Muhyiddin Yassin. Setelah puwas memaki hamun RTC, Mahathir dan PM Mati Pucuk barulah diye menyatekan hasratnye: “Engkau tolonglah havockan cerite ni,biyar orang Umno Kote Melake dan seluruh Malaysia tau bahawe anak Tamby Chik itu belum lagi puwas merodok. Kalau diye dapat tempat semule dalam Umno aku berani kerat jari banyak Puteri Umno yang akan menjande sebelum kawin.”
Perbualan melalui telefon tu mengambik mase lebih kurang satu jam. Sebenarnye saye langsung tak terperanjat apebile diberitau tentang hal tu kerane saye telah menjangkekannye lebih awal didalam tulisan saye tahun sudah bertajuk Perogol Bersiri Umno Nak Jadi Jagoan Islam.
Saye sebutkan disitu bahawe diantare tujuwan Tun Kepale Taik Mahathir menubuhkan Persatuan Pemimpin Mude Islam Antarebangse menjelang Persidangan OIC 2003, dan melantik RTC sebagai Pengerusinya adelah untuk dijadikan tiket memasukkan semule RTC ke dalam arus perdane politik Umno.
Dengan berimejkan Islam ala Mahathir, RTC akan kelihatan bersih daripade dose-dose rasuwah dan beberape siri perogolan di mase lepas termasuk skandalnye menenggek seorang gadis Melayu di bawah umur sehingge melahirkan anak gampang.
Barangkali begitulah planing Mahatir supaye JTR@PBU tu diterime semule sebagai panglime Umno.
RTC tidak berjaya menewaskan Datuk Amid kerane pade taun 1997 disebabkan campur tangan kem Anwar. Macam mane Anwar tak campur tangan kerane sudah terang-terang kertas pendakwaan kes rasuwah RTC disediyekan AG,tapi `kroni punye pasal` TKT Kutty mengeluwarkan arahan agar kes tu diperap saje.
Mane Anwar yang anti-rasuwah tu boleh lagi tahan, lagi pun diye TPM pade mase tu, apelagi jalan yang perlu dipilih, tak ade lain cantas saje melalui politik. Tak kanlah nak simpan lame-lame perasuwah dan perogol macam RTC tu dalam Umno.
Perlu diingat pasal kes rasuwah RTC tu jugak lah Ezam Mohd. Noor terpakse merengkok didalam jel Kajang selame 18 bulan kalau tak silap saye. Tapi sekarang diye bebas kerane dibenarkan ikat jamin oleh High Court Shah Alam akhir taun lepas untuk menunggu rayuan. (Laporan Polis Terhadap Perogol Bersiri oleh DSAI)
Kalau rayuan Ezam tak lepas pade bulan Februari ni, diye terpakse menjalani semule hukuman! 18 bulan jugak. Hukuman terdahulu yang telah dijalani Ezam selame setaun tidak dikire. Mari same-same kite doe`kan kehadrat Allah SWT supaye Ezam menang dalam appealnye nanti. Amiin!
Kali keduwe RTC berentap dengan Datuk Amid adelah pade pemilihan Bahagian Sesi 2000. Sekali lagi RTC tak dapat nak gigit Datuk Amid.
Tun Kepale Taik Mahathir bukan tak mau campur tangan, tetapi diye sengaje rileks kerane diye tau pengaruh Anwar masih kuwat di Kote Melake ketike itu, walaupun sudah duwe taun mantan TPM itu disumbatkan kedalam jel Sungai Buloh melalui konspirasi yang didalangi oleh TKT sendiri.
Tetapi pemilihan taun 2004 ni, gerenti TKT kauw-kauw masuk campur. Kalau PM Mati Pucuk boleh dipeletuk tengkuk dan dijentik telur supaye bersujud menjunjung titahnye agar bekas pasangan khalwat Ziana Zain jadi TPM Proksi, inikan pule setakat Datuk Amid yang jawatannye hanye Ketuwe Bahagian Kote Melake dan Speaker DUN Negeri Melake saje.
Cukup dengan TKT sekali berdehem saje, gerenti terkecing dalam seluwar Amid dibuwatnye. “Yes Sir. Mr.President!” kate Amid dan JTR@PBU RTC automatically jadi Ketuwe Umno Bahagian Kote Melake untuk sesi 2004 – 2007. Kalau tak percaye tunggulah!
Lepas tu kalau RTC menang dalam pilihan raye umum taun ni, silap-silap haribulan Ali Ketam pun akan tercirit same. Manelah tau kalau TKT hendak menobatkan semule `anak emasnye` tu jadi KM Melake kerane banyak lagi peluwang untuk mengkaye rayekan diri dengan meranapkan harte rakyat di negeri Laksamane Tun Tuwah tu.
Kalau masih ade kesian belas TKT pade Ali Ketam, tidak mustahil RTC akan dilantik menjadi menteri Kabinet, Menteri Kewangan ke, Menteri Perdagangan Antarebangse ke dan ape-ape lagi Menteri yang boleh diharap 100 persen jage hasil rompakan harte rakyat milik Mahathir.
Suwatu yang pasti, RTC akan dilantik sebagai `panglime kempen` kem TKT- Najib untuk memenggal kepale Ku Li, Muhyiddin, PM Mati Pucuk dan lain-lain seteru Mahathir di dalam PA Umno taun ni.
Jike perancangan ini berhasil, Anwar Ibrahim gerenti akan dipakse untuk menjalani hukuman jel sehingge tamat tempuhnye pade taun 2015 (kalau tolak diskaun taun 2009). Kezaliman regim diktator tuwe ini akan berterusan! Cukup ngeri kalau nak diceritekan satu persatu!
Rakyat jelate hanye ade satu pilihan saje,tak kirelah orang Umno ke, orang Pas ke, orang Adil ke, orang Cine ke, India ke, Kadazan ke, Dusun ke atau ape-ape saje: Pastikan Umno BN ditumbang dan dimusnahkan pade pilihan raye umum nanti. Pemimpin Umno BN tidak boleh diharap same sekali kerane mereke sudah menganggap Mahathir `tuhan politik` mereke. Hanye rakyat marhaen sahaje yang boleh menumbangkan Mahathir Haprak.
Mahathir Lebih Powerful Selepas Bersare
Nampaknye ramalan awal Anwar Ibrahim, tokoh-tokoh BA dan NGO termasuk penulis-penulis siber serte penganalisis politik tanahair terhadap keengganan Mahathir untuk berambus dari takhtenye kiyan menjadi kenyataan.
Mule-mmule bile situwe kutuk tu betul-betul letak jawatan pade 31 Oktober 2003, ramai jugak yang terpukul dibuwatnye. Namun bile diteliti perkembangan terakhir ni Anwar, BA, NGO, para penulis siber dan penganalisis politik tanah air tak perlu malu malah patut berbangge dan tambah bersemangat.
Ape tidaknye! TKT Mahathir hanye meletakkan jawatan rasminye sahaje sebagai PM, Presiden Umno dan Pengerusi BN tetapi tidak sekali-kali dan sekuman pun menyerahkan kuasanye kepade penggantinye PM Mati Pucuk. Kalau bukan PM Boneka ape lagi istilah yang layak untuk diberikan pade PM Mati Pucuk? Jawablah sendiri!
Hasil daripade sembang-sembang saye dengan kekawan Umno MMK di Kapar, Kelang dah Shah Alam, dapatlah dirumuskan beberape impilikasi dan langkah politik yang akan diambil oleh TKT setelah berjaye memakse TPM Mati Pucuk menerime BPK Ziana Zain menjadi TPM dam membuwat rombakan kecil kabinet 7 Januari lalu. Di antarenye:
a. TKT berjaye meletakkan PM Mati Pucuk sebagai `pemimpin Nombor Satu` yang tidak memiliki sebarang kewibawaan.Haprak habis! b. TKT telah berjaye memecahbelahkan Umno secare total. Orang-orang Umno yang masih ade saki-baki akal, tidak begitu marah pade TKT sebaliknya marah habis pade PM Mati Pucuk. Dan yang paling jelas gabungan Dolah-Muhyiddin telah berkecai. c. TKT berjaye menjerat PM Mati Pucuk untuk bergantung sepenuh harapan kepade Najib (kem Mahathir lah tu) bagi mengendoskan jawatan Presiden Umno yang dipangkunye sekarang. d. Untuk survival Muhyiddin, Muse Hitam akan bergabung dengan Ku Li dan ex- S 46 bagi mengoutkan kem Mahathir. e. Jike hal `d` berlaku PM Mati Pucuk akan diselamatkan oleh Mahathir dan diberi peluwang untuk menjadi Presiden sehingge taun 2007 atau lebih awal. Sesudah tu Najib akan jadi PM dan Pemangku Presiden. f. Bile projek `e` sukses Najib yang masih mude dan kurang pengalaman pastinye terhutang budi kepade TKT. Last sekali TKT akan dilantik sebagai Menteri Kanan macam Lee Kwan Yew sampai mampus. Punah dan pape kedanelah rakyat dan negare.
Perancangan di atas tu akan berjaye kalau gabungan Muhyiddin-Musa Hitam-Ku Li dan ex-s 46 dapat dihancurkan oleh TKT. Kalau gagal, mampus Mahathir dan para kroninye.
Last sekali, macam saye sebutkan tadi, kalau rakyat Malaysia nak selamat jangan sesekali bergantung harap pade para pemimpin yang sudah puluhan taun dirobotkan supaye menyembah Mahathir.
Same saje sipat dan akidah mereke,Umno tetap Umno sampai kiyamat, tak kirelah same ade Mahathir ke, PM Mati Pucuk ke, Najib ke, Mike Tyson ke, Muhyiddin ke, Ku Li ke, Muse Hitam ke, Khir Toyo ke, Hishamuddin ke atau sesiyape saje semuwenye kaki kelentong belake. Ingat baik-baik tau!
Sekali lagi saye tegaskan kalau rakyat dan Malaysia nak selamat make teruskan menuntut: Reformasi! Reformasi! Reformasi! InsyaAllah DSAI akan bebas untuk memimpin kite semuwe.
Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!
Berani Kerane Benar! Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!
SI SONGKOK TINGGI KAPAR - 13.01.2003 - 8.35 pg
|
|
|
| |
| Belasungkawa Untuk Rakyat Malaysia |
| 01.13.04 (10:08 pm) [edit] |
Akhirnya benarlah seperti yang berlegar dalam dunia internet betapa PakLah hanyalah PM proksi kepada Mahathir tanpa mempunyai kuasa mutlaknya sebagai PM. Pelantikan Najib yang amat tidak disenanginya suami isteri itu jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir Kepala Taik masih lagi mewarnai politik dan hala tuju sosioekonomi negara. Sekali gus ini ialah tahun ke-23 ia mencengkam kuasa. Kenapa pilihannya Najib? Tandus sangatkah Umno untuk mencari Timbalan Perdana Menteri? PakLah mungkin sudah kehilangan bunga silat politiknya atau pun gerakan anaknya sendiri sudah terhenti apabila Tun KT mencampuri. Sekali gus, secara simbolisnya Mahathir memberi pertanda betapa tidak semudah itu untuk rakyat melupakannya. Bedebah tua itu rupa-rupanya masih mempunyai bisa dan berkuasa.
Kalau kita merenung kembali keputusan Pilihan Raya Umum tahun 1999, adalah suatu yang tidak logik untuk meletakkan Najib di jawatan itu kerana menang tipisnya 243 undi walau setelah ribuan undi tentera diangkut ke situ. Seni dalam politik menjadikan ia serba mungkin. Dengan kerjasama khianat Pegawai di Jabatan Pendaftaran, ribuan rakyat marhaen telah diangkut dari Kedah dan diberikan petempatan sementara di bekas kawasan pembalakan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka siap dibekali dengan MyKad baru yang menunjuk bukti betapa mereka menempat di situ. Di mana? Di situ, dalam kawasan Parlimen Pekan sebagai pengundi hantu.
Akan tetapi perancangan itu sudah pun dihidu beberapa bulan sebelumnya bila mana pemimpin negara menegaskan untuk menetapkan syarat pengundi mengikut alamat tempat tinggalnya. Lalu meriahlah mereka berhujah dan bertingkah mempertahankan ide itu. Rupa-rupanya, kelentungan itu adalah untuk menghalalkan kerja haram lagi khianat demi mencengkam kuasa. Khabarnya para penduduk setinggan yang rata-ratanya datang dari Kedah itu telah pun dilawati oleh Najib sendiri.
Setelah puas rejim menggunakan orang Filipina, Siam dan Pakistan, kini mereka beralih kepada bangsa Melayu sendiri sambil menabur janji. Menurut khabar mereka dijanjikan tanah sawah apabila BN/Umno menang dan terus memerintah. Yang menganehkan, dalam kawasan bekas hutan balak begitu sawah jenis apa agaknya yang mahu ditanam? Takkanlah mereka mahu dikerah menanam padi huma yang tidak produktif itu. Lebih bimbang sekiranya nasib mereka terbiar sebaik Najib mendapat kuasa. Bayangkan apa terjadi kepada mereka sekiranya Najib tewas!!!
Persoalan kenapa Najib kelihatan tenang dan bersahaja serta yakin wataknya apabila tampil di kaca TV terjawab dengan pendedahan eksklusif oleh akhbar Harakah itu. Sekiranya kita meluaskan lagi skopnya, itulah juga pengamalan yang dibuat seluruh negara dengan bantuan Pegawai khianat yang mengongsi Jabatan Pendaftaran Negara. Sudah kedengaran bagaimana anak-anak muda pekerja pejabat yang diarah untuk mendaftar MyKad baru khusus untuk Pilihan Raya Umum dengan habuan RM500 satu kepala apabila masanya tiba. Akan tetapi mereka ini anak muda Melayu yang sudah sedar dengan helah dan perangai pemimpin Umno yang onar. Dengan berani, sebahagiannya telah membantah.
Apa yang dikatakan rombakan kabinet oleh PakLah hanyalah umpama serakan dan mengacau buah mahjong di atas meja sahaja. Apa yang berlaku adalah alih kedudukan portfolio sambil menambah satu lagi mamak mangkuk hayun melalui pintu belakang. Jika itulah rupa cabinet baru Perdana Menteri, tidak perlu rasanya mengambil masa sampai dua setengah bulan sehinggakan sudah ada yang termengkelan.
Dakwaan betapa PakLah menggadaikan anggota kabinet kepada TKT Mahathir bedebah ada benarnya. Apatah lagi dengan menambah seorang lagi loyalis berdarah mamak yang bernama TS Mohd Nor Yakcop. Kata PakLah, TS Mohd Nor akan menumpukan kepada kerja pejabat bagi menjaga kewangan negara dengan jawatan Menteri Kewangan Kedua. Memang bagus alasannya memandangkan keadaan ekonomi yang terhimpit kini. Masalahnya insan inilah yang telah menyebabkan negara kerugian RM30 Billion atas nasihatnya yang silap dan tidak tepat sedikit masa dahulu. Kerugian yang diakui kerajaan dalam salahurus perniagaan mata wang itu hanyalah RM13 billion. Beliau juga teraju utama semasa Valuecap ditubuhkan Mahathir sedikit masa dahulu bagi menjaga pelaburan kerajaan. Hasil kerja kelompok akomplis beginilah yang menjadikan tabungan awam kering-kontang dan diganti dengan nota dan skrip.
Apakah Najib boleh membantu PakLah bagi memacu kembali ekonomi negara? Kelentungan media yang mengatakan Najib ahli ekonomi memang satu jenaka terkini yang nakal dan berniat jahat. Kita tidak tahu apakah itu unsur yang cuba memalukan Najib atau pun memang satu lagi acara merobotkan minda rakyat jelata. Sebelum kita tertipu, elok diulang lagi sekali- Najib pulang menyauk peluang politik selepas kematian ayahnya dengan tangan kosong!! Ya…..tanpa sijil kelulusan dari sana. Tidak ada sijil, ijazah mahupun postgraduate yang boleh dicantumkan dengan namanya. Just plain Najib!
Ingatkah para pembaca satu ketika dahulu, bagaimana ada seorang penulis yang mengatakan Najib telah mengeluarkan buku hasil tulisannya bertajuk- Mari Melukis Bersama Abang Najib??
Jika ada pun kejayaan cemerlang Najib adalah dalam memperkayakan serta memberi peluang kepada sang isteri untuk membalun sakan peluang dan projek kerajaan. Rasanya hampir setiap rakyat tahu bagaimana isterinya melalui pelbagai syarikat telah membalun kontrak Kementerian Pertahanan. Dahulu semasa Najib menjadi Menteri Pendidikan, Rosmah telah galak dalam projek Sekolah Bestari yang jelas menampakkan betapa ia memang seorang yang cerdik lagi bestari. Projek itu kantul begitu sahaja dengan pembaziran yang tiada taranya.
Itu sebablah semasa TV mengadakan acara membodek dan membina imej Najib mendatangkan satu macam punya rasa loya. Kita amat arif dan tahu bagaimana mereka melaksanakan acara syok-syok sendiri dengan melayani panggilan telefon yang telah ditapis serta dirancang inti-patinya. Kita juga amat peka, apabila beberapa nama mendakwa sebagai warga angkatan tentera yang merasa bangga sambil pujian melambung dihamburkan kepadanya. Apakah benar begitu? Ataukah ia sekadar solekan bedak untuk menutup sopak di muka?
Elok kita ulang tayang dan membaca semula rintihan seorang juruterbang pesawat helikopter dalam TUDM seperti yang tersiar dalam Harakah (Juruterbang TUDM Dedah Pelbagai Penyelewengan). Kita perhalusi dan dalami apa rintihan dan rasa tidak puas hati yang cuba disampaikan beliau. Kebenaran apa yang ditulisnya telah terhidang dengan berlakunya peristiwa pesawat terhempas baru-baru ini. Malah jika kita menoleh ke belakang, beberapa insiden yang memakan korban juga berasal dari masalah yang timbul oleh dasar kerajaan yang semakin pincang. Dasar penswastaan yang dahulunya dicanangkan akan memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan hanyalah bertaraf melonggarkan taik telinga sahaja.
Kita pernah mendedahkan tentang tender pembekalan alat keselamatan SAR helikopter yang telah dimenangi tender yang mahal tanpa kursus menggunakannya. Kita juga pernah menyiarkan tentang beza harga yang pelik bagi pesawat SU-30MKM serta kekeliruan kontrak perolehan yang jauh mahal harganya. Kita juga telah siarkan cara pendekatan ‘barter-tradingR 17; yang salah dan menghamput harga komoditi kita sendiri.
Malah sudah ada yang mendedahkan bagaimana syarikat perunding yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene telah membuat untung buta jutaan ringgit, sedangkan yang meneliti dan mengkaji adalah pihak tentera sendiri! Kalau kita himpunkan kesemua kontrak pembelian yang dilakukan dalam tempoh terdekat yang lalu seperti pembelian MBT PT91, Scorpene, SU-30MKM, Sistem Astross dan segala perolehan lain-lain Kementerian, berapa agaknya yang dibolot mereka? Berapa pula yang Najib mendapat durian runtuhnya?
Najib bergelut melalui isterinya untuk memunggah khazanah manakala PakLah pula menggunakan anaknya si Kamaludin sebagai proksi. Jika dahulunya Tun KT Mahathir telah menyauk sebanyak mungkin wang rakyat di sebalik pelbagai slogan, alasan dan penswastaan dengan pendekatan proksi dan kroni. Sudahlah begitu, ditapuknya pula berbagai skrip, nota dan bon untuk generasi berikut membayarnya.
Dengan berlatar belakangkan fakta:
1) Hutang negara 1 Trillion Ringgit Malaysia 2) RM23 billion untuk melunaskan bon bagi tahun ini saja. 3) Eksport yang rendah dan FDI yang meleleh masuknya. 4) Bajet negara 9 tahun berturut-turut defisit 5) Perbelanjaan sakan oleh PM lalu, Tun Kepala Taik 6) Tabungan awam yang kontang dipenuhi dengan nota dan skrip 7) Kadar tambatan mata wang yang sudah tidak logik kerana USD menjunam 50%.
Apakah agaknya yang boleh dibuat oleh Najib dan PakLah? Takkanlah nak cap duit macam Perang Jepun dahulu kot?? Belasungkawa rakyat Malaysia.
Dr. Nologareng - 12.01.2004
|
|
|
| |
| Pengganti Khir Toyo: Bekas Ketua Pengarah BPR Tolak Lamaran |
| 01.13.04 (10:07 pm) [edit] |
Kem Khir Toyo Kembali Ceria. Setelah agak lama diselubungi kemuraman, kem MB Muda DS Dr Mohd. Khir Toyo dikatakan kembali ceria apabila DS Najib Tun Razak dilantik oleh `Tun Mahathir` sebagai TPM.
Dr. Khir memang dikenali sebagai salah seorang loyalis Tun Mahathir. Pertukaran baton kuasa kepimpinan Umno dan kerajaan amat tidak menggembirakan hati Pengamal Rasuah Terkemuka itu.
Sebagai orang muda keturunan Jawa yang telah dipasakkan dengan ajaran mengenang budi sejak anak-anak lagi, adalah mustahil bagi Insan Menggilai Rasuah itu untuk melupai sehingga akhir nyawa `jasa besar` Mahathir yang telah melantiknya sebagai MB Selangor
Siang-siang lagi Kem Pak Lah agak keberatan untuk menyenaraikan nama Dr Khir di dalam fail politik mereka. Ketidakhadiran Pengamal Rasuah Terkemuka itu pada sesi upacara Pak Lah mengangkat sumpah sebagai PM pada 31 Oktober tahun lepas, masih diungkit-ungkit hingga sekarang.
Alasan menunaikan ibadah umrah yang dikemukakan oleh Khir adalah longgar. Kata salah seorang pendokong kuat Pak Lah di Selangor: “Ibadah umrah itu boleh ditangguhkan kerana masih ada yang waktu lebih sesuai. Kalau Dato Nik Abd.Aziz MB Kelantan boleh menangguhkan program-program penting yang sudah lama diatur mengapa Dr. Khir menganggap enteng upacara angkat sumpah Pak Lah. Tentu ada sesuatu yang tak kena.”
Sejak itu angin politik mula bertiup kencang membawa khabar bahawa peluang Khir untuk terus kekal di kerusi MB Selangor adalah terlalu tipis.
Sebenarnya komplot untuk mengusir Dr. Khir Pengamal Rasuah Terkemuka dari kantor paling berprestij di tingkat 23 Bangunan SUK Shah Alam sudah pun bermula sebaik-baik sahaja Pak Lah dinamakan oleh Mahathir sebagai penggantinya didalam perhimpunan Agung Umno yang historikal pada Jun 2001 lalu.
Komplot yang menggabungkan golongan veteran dan orang baru Umno Selangor telah menjadikan isu rasuah mega dan kegelojohan MB Muda itu mentadbir politik dan kerajaan, sebagai senjata utama mereka.
Terbukti isu tersebut amat berkesan sehinggakan Khir hampir-hampir mengangkat bendera putih.
Beberapa nama telah diketengahkan sebagai bakal pengganti Khir. Di antaranya YB Dato Shafie Salleh, Timb. Menteri Kewangan, Dato Mokhtar Ahmad Dahalan, Dato Raja Idris kedua-duanya ahli Exco kerajaan Selangor dan beberapa nama lagi yang dikira layak. Nama bekas Exco Dato Hj. Aini Taib dan YB Dato Noh Omar SU Parlimen di JPM pun turut disebut-sebut.
Apa pun komplot yang dikatakan mendapat `green light` daripada kem Pak Lah itu tiba-tiba terhenyak ,apabila bekas PM Tua dilihat masih lagi mendominasi politik Umno di sebalik persaraannya.
Kegagalan Pak Lah meletakkan TS Muhyiddin sebagai TPM adalah isyarat paling jelas bahawa Mahathir masih lagi menjadi `Presiden` Umno di belakang tabir.
Dr. Khir menarik nafas lega dan mula tersenyum lebar serta melemparkan jelingan tajam kepada para penggerak komplot yang telah merancang untuk menggugat status qou nya tadi.
Bukan sekadar itu sahaja, bahkan sudah mula kedengaran suara-suara keras di kalangan `hard core` Pengamal Rasuah Terkemuka itu, bahawa nasib malang pasti menimpa kelompok yang terbukti tidak setia kepada Khir.
Peluang sebahagian besar daripada mereka untuk dicalonkan semula sebagai Adun di dalam PRU akan datang adalah amat tipis. “Yang belum pernah bertanding pula, jauh panggang daripada api. Sure kempunan punya!” ujar mereka lagi.
Dato Zaki Hussien Bekas KP BPR Dilamar Untuk Menggantikan Khir Toyo
Keceriaan, kelantangan, keceluparan dan `raya sakan` kem Khir hanya mampu bertahan untuk dua tiga hari sahaja.
Perkembangan terbaru agak menggelisahkan Khir Toyo apabila penggerak komplot yang menurut sangkaannya sudah tidak berani mengangkat muka, masih belum berputus asa. Umno Bahagian Kuala Langat dijadikan pengkalan baru untuk menggerakkan semula komplotan itu.
Kali ini `prestasi buruk` Dato Abd Fatah Iskandar selaku Ketua Penaja Umno Bahagian, Adun Sijangkang dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, dijadikan isu untuk mengumpan Dato Zaki Hussien mengambil alih tempat `Panglima Perang Pasir` (meminjam bahasa penulis siber Sdr. Inderaloka) itu..
Difahamkan jurucakap komplot tersebut yang berjawatan Exco Kanan Kerajaan Negeri telah menawarkan jawatan Menteri Besar kepada bekas Ketua Pengarah BPR itu.
Jurubicara itu meyakinkan hanya Dato Zaki yang paling layak menggantikan Khir Toyo untuk mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan pembangkang ;
Latar belakang Zaki sebagai Ketua Pengarah BPR yang tegas mampu memadamkan arang yang telah menghitam-legamkan wajah Umno Selangor akibat kerakusan Khir membaham rasuah.
Kredibiliti dan sejarah Dato Zaki itu juga boleh melonglaikan kombinasi Dr Hassan Ali- Azmin Ali yang mengepalai BA melancarkan slogan Ke arah Selangor Baru di dalam usaha pihak pembangkang untuk menawan Selangor.
Ujar Exco Kanan itu lagi untuk meyakinkan Zaki: “Dato tak perlu bimbang, terima sahaja lamaran ini. Pucuk pimpinan sendiri merestui kami.”
Bekas Ketua Pengarah BPR kelahiran Sijangkang itu dikatakan setakat ini masih belum termakan umpan. Secara bersahaja Zaki menegaskan: “Adalah kurang bijak jika saya menolak lamaran ini. Tidak ada siapa pun yang mahu menolak tuah. Tambahan pula jawatan MB negeri termaju, tetapi apa yang saya perhatikan sejak Allahyarham Dato Harun Idris hingga sekarang, belum ada seorang pun MB Selangor yang tidak terlibat dengan rasuah.”
“Biarlah saya dianggap bodoh serta menolak tuah, kerana saya tak yakin rasuah tidak akan mengunjungi Umno dan saya jika ditakdirkan ada rezeki menjadi MB. Hormatilah prinsip saya yang akan memerangi rasuah sampai bila-bila. Dato bolehlah cari calon yang lebih sesuai.” Sesi `negotiate` itu difahamkan berhenti disitu sahaja. Full stop!
Cubalah para pembaca gambarkan bagaimana suasananya jika lamaran seperti itu disuakan kepada Abd. Ghani Patail Peguam Negara atau Mohd. Noor Hamat Ketua Polis Selangor, sudah tentu mereka akan terjun tak bertangga untuk menerimanya. `Kurang tapak tangan Istana Keadilan dan lori FRU ditadahkan.`
Rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya bolehlah berbangga kerana setidak-tidaknya saki baki `pembasmi rasuah` masih lagi tegak berdiri di sebalik kejayaan Umno merasuahkan secara total segala institusi dan jentera kerajaan.
Khabarnya Dato Zaki masih lagi berkhidmat di Kementerian Kewangan, itu pun di peti aiskan.
Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka aka Insan Menggilai Rasuah dan kroninya bolehlah meneruskan pesta mereka merompak harta rakyat Selangor, selagi Pak Lah merelakan dirinya untuk dijadikan `boneka` Mahathir.
Tetapi awas! Seandainya Pak Lah memperolehi ilham baru dan kekuatan luar biasa untuk menjinakkan Mahathir, Khir sekali lagi bolehlah mengemaskan tikar bantal sebagai persediaan berpindah dari kediaman rasmi MB Selangor di Bukit Megawati.
Walau apa pun, mood rakyat Selangor yang sudah begitu `fed-up` dengan amalan rasuah mega Khir Toyo, bila-bila masa boleh meleburkan impian proksi loyalis Mahathir itu serta rencana Pak Lah dan Umno-BN untuk terus bertapak di negeri yang diwar-warkan akan mencapai matlamat sebagai Negeri Maju menjelang 2005.
- Orang Dalam - 13.01.2004
|
|
|
| |
| Tidak Akan Wujud Rampasan Kuasa |
| 01.13.04 (10:05 pm) [edit] |
Assamu'alaikum wm.wbt Saudara-saudara pembaca budiman.
Saya amat tertarik dengan tulisan saudara Marhaintua yang berjudul 'Rombakan Kabinet Paklah Untuk Siapa?' yang disiarkan dalam Laman ini pada 9.1.2004.
Ulasan yang dibuat oleh saudara Marhaintua berhubung pelantikan Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-9 amat menarik. Apa yang menjadi persoalan ialah kenyataan yang dinyatakan oleh beliau bahawa Negara ini akan mengalami satu rampasan kuasa jika sekiranya saudara Anwar Ibrahim meninggal atau apa-apa yang berlaku ke atas beliau seperti mana yang berlaku di Filipina dan Liberia. Saya petik balik tulisan beliau yang berbunyi seperti berikut:
“Saya pernah menyebut bahawa keadaan Anwar Ibrahim di dalam penjara adalah satu bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa. Hidup dan mati adalah ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Tetapi kalau Anwar mati dalam keadaan kesihatannya sekarang, sudah pasti negara ini akan bergelora dan kemungkinan ada rampasan kuasa yang dilakukan oleh rakyat marhaen bersama-sama anggota tentera”. Pada pandangan saya realiti rampasan kuasa tidak akan berlaku di Negara ini. Ini berdasarkan dua faktor, pertama sosio-budaya orang-orang Melayu yang tidak ada prinsip dalam perjuangan atau pegangan dalam hidup, mengikut arus, mudah lupa, bertolak ansur, pemaaf, sikap hangat-hangat tahi ayam, malas, suka dibodek dan dipuja dan suka kepada ciri-ciri hiburan yang melekakan. Tidak berpandangan jauh untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama dari keadaan yang buruk kepada keadaan yang lebih baik. Selesa dengan keadaan yang sedia ada. Tidak seperti kaum-kaum lain, terutama bangsa Cina. Mereka mempunyai perancangan masa depan yang tersusun rapi. Mereka ada parti dalam kerajaan yang diwakili oleh MCA dan Gerakan dan di luar kerajaan mereka ada DAP. Semua parti ini memperjuangkan kepentingan kaum Cina seperti pendidikan, perniagaan dan sebagainya. Mereka mempunyai sikap rajin berusaha dan mempunyai daya tahan yang mantap. Kalau semua orang Melayu ini mempunyai prinsip pegangan yang kental dan memperjuangkan keadilan dan kebenaran seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Mohammad SAW, sudah lama pemimpin dan UMNO dapat ditumbangkan. Berapa kerat orang Melayu yang sedar tentang kebobrokan UMNO dan pemimpinnya yang telah melakukan pelbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa?
Kalaulah orang Melayu ini sedar, ketika Anwar mengalami pelbagai masalah yang beliau dizalimi dan tidak mudah ditipu oleh media dan pemimpin-pemimpin yang korup, sudah tentu pada tahun 1998, rampasan kuasa ini telah berlaku. Saya amat pasti seandainya Anwar meninggalkan kita semua pada hari ini [bukan saya memohon untuk Anwar meninggal dunia, hanya andaian], keadaan dan suasana politik di Negara ini akan berterusan tidak akan apa-apa perubahan. Tentera mana yang hendak memberontak? Sepanjang kes Anwar berlaku tidak ada riak langsung daripada pihak tentera memberi komen tentang ketidak-adilan yang telah dilakukan terhadap Anwar. Dalam pada itu, keadaan ekonomi kita yang baik, tidak seperti yang berlaku di Indonesia dan Filipina menambahkan lagi keseronokan menjalani kehidupan harian. Di Indonesia dan di Filipina berlaku ketempangan dalam pembahagian kekayaan yang sangat ketara. Kaya-miskin mempunyai jurang yang sangat besar. Ada rakyat yang hidup melarat, merempat, tidur di kaki-kaki lima [kita di Malaysia hanya orang gila sahaja yang merempat] dan senantiasa berkeadaan kelaparan. Suasana ini yang menimbulkan ketidak-puasan hati rakyat dan bangun menggulingkan kerajaan yang ada. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia. Rakyat senantiasa dalam kekenyangan. Mulut rakyat senantiasa disumbat dengan pelbagai makanan dan juadah terutama hampir dengan pilihan raya. Kadar pengangguran masih lagi rendah, walaupun beribu-ribu pelajar lepasan sekolah menengah dan universiti tidak ada kerja. Keadaan aman dan selamat. Berdasarkan faktor ini, rampasan kuasa tidak mungkin berlaku, apa lagi untuk mengharapkan kaum tani bangun memberontak. Saya pernah menulis dalam Laman ini yang disiarkan pada 26.11.2003 yang berjudul: 'Dua Wajah Demokrasi Di Malaysia' di mana saya ada menyebut di Negara ini ada dua kumpulan, pertama yang tahu apa erti demokrasi yang sebenar. Mereka ini boleh mengkritik dan menukar kerajaan, sekiranya mereka berpendapat kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini tidak menunaikan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. Kumpulan ini sangat kecil tidak sampai 10%. 90% lagi ialah kumpulan kedua, yang boleh dibeli dengan wang ringgit, yang tidak faham atau buat-buat tidak faham kerana ada kepentingan duniawi di situ. Proses pilihan raya pada fikiran mereka adalah memberi mandat kembali kepada pemimpin yang terang-terang melakukan penyelewengan kuasa yang diberikan itu. Faktor kedua yang tidak memungkinkan rampasan kuasa berlaku ialah pelaksanaan pembentukan model terhadap masyarakat [manusia] khususnya orang Melayu oleh UMNO. Oleh sebab manusia mempunyai pelbagai sikap dan kelakuan, maka analogi model boleh diambil daripada spesis ayam kerana pengaruh oleh persekitaran persis manusia juga. Kita ada ayam daging, kita ada ayam kampong dan kita ada ayam hutan.
UMNO melaksanakan model ayam daging dalam pembentukan masyarakat. Antara ciri-ciri ayam daging ialah bertubuh besar, pasif, dagingnya kenyal dan lembut, bersifat hamba, diurus rapi dan perjalanan hidupnya berjadual. Masa makan, tempoh matang dan keperluan biologi boleh dijadualkan. Sepanjang hidupnya adalah dalam reban yang direka khas dengan dilengkapi segala-segalanya seperti lampu, makanan dan minuman serta bantuan perubatan jika kelihatan monyok. Begitulah manusia yang dihasilkan melalui model ini. Membentuk manusia seperti yang kita kehendaki. Mana ada ketahanan diri untuk memperjuangan keadilan ada kebenaran yang memerlukan pengorbanan harta dan nyawa. Saya harap saudara Marhaintua dapat memahami situasi ini dan maafkan saya sekiranya saya menyinggung perasaan saudara. Sekian, terima kasih. InsyaAllah kita bertemu lagi. Wassalam.
- Meli - 12.01.2004
|
|
|
| |
| Lapan Sebab Malaysia Bukan Negara Islam |
| 01.13.04 (10:00 pm) [edit] |
1. Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan, bermakna negara kekal sebagai negara sekular. 2. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang2 tertinggi, di mana sebarang undang-undang dan akta termasuk undang-undang Islam, jika bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal.Ini bermakna meletakkan hukum Allah di bawah undang-undang manusia.
3. Perisytiharan Malaysia negara Islam tidak dibawa ke kabinet dan sidang majlis Raja-raja Melayu. Tidak diumumkan parlimen, hanya diumumkan di perhimpunan parti Gerakan, salah satu parti bukan-Islam dalam komponen BN.
4. Cadangan untuk memansuhkan perkataan Islam dalam semua pertubuhan dan parti politik.
5. Tiada perubahan ke arah memenuhi ciri2 negara Islam, bahkan ceramah agama di sekat, masjid dirampas dan hukum Islam dan sunnah Rasul serta ulama dipersendakan.
6. Kanun jenayah syariah Terengganu dicabar di mahkamah oleh Timbalan Ketua Umno Kelantan, Zaid Ibrahim dan diambil menjadi kes oleh Jabatan Peguam Negara.
7. Pelbagai kemungkaran khususnya arak dan judi berleluasa.
8. Upacara penghormatan di depan Tugu Negara di Hari Pahlawan yang dianggap syirik masih diteruskan. Bekas mufti wilayah telah mengeluarkan fatwa dengan melarangnya tapi tidak diendahkan.
Dipetik daripada ucapan Dato' Dr Haron Din pada 15 November 2003.
Kiriman: GuagStation PAS tawan Kedah 2004 guaqstation@al-islam.com - 12.01.2004
|
|
|
| |
| Gara-gara Mahathir: Dolah Terus `Mati Pucuk’ |
| 01.12.04 (4:10 pm) [edit] |
Jika sebelum ini ada pihak yang menggelarkan PM kelima sebagai Si Lembik kerana ketidakupayaannya menyerlahkan karisma sebagai peneraju nombor satu negara atau sekurang-kurangnya mewangikankan sedikit `kebusukan ` bikinan Mahathir, tetapi selepas pengumuman lantikan TPM baru dan sedikit rombakan kecil kabinet, Dolah Badawi bukan saja layak menerima gelaran itu bahkan bolehlah diibaratkan sebagai `lelaki mati pucuk.` Sindrom `lembik` masih ada harapan untuk `dikeraskan` sekiranya sipengidap berikhtiar sungguh-sungguh untuk menjalani rawatan. Sebaliknya `simati pucuk` tidak perlu berbuat apa-apa lagi melainkan menunggu saat untuk diterajang.
Ajaran Islam sendiri mengharuskan sang isteri memohon fasakh terhadap suami yang sudah hilang kejantanannya.
Mahathir diktator tua yang telah mengoyakrabakkan Umno selama lebih dua dekad nampaknya tidak mudah untuk melepaskan `parti tunggangannya` itu kepada mana-mana penunggang gantian.
Situa haprak itu ternyata sudah berjaya `memahathirkan` Umno luar dan dalam.Tanpa Mahathir Umno akan mati,tanpa Umno Mahahtir akan padam.
Umno itu Mahathir, Mahathir itu Umno. Sebarang usaha untuk memisahkan Mahathir daripada Umno hanya sia-sia sama seperti menceraikan `busuk` daripada tahi.
Jauh disudut hatinya, mungkin juga Dolah Badawi terlintas untuk menghalau `puaka tua` daripada Umno sebaik-baik sahaja dirinya dinamakan sebagai pengganti sang ketua.
Bukan menjadi rahsia lagi,bahawa Dolah telah menggunakan khidmat beberapa orang `bomoh handalan Umno` di antaranya TS Musa Hitam bagi memastikan Mahathir berpegang pada janjinya untuk berambus daripada singgahsana kuasa.
Malangnya Dolah tidak punya cukup kekuatan dan jatidiri untuk mengenyahkan buat selama-lamanya `puaka tua` itu dari terus merasuk Umno.
Imej imam sembahyang Umno, pembanteras rasuah, anti-projek mega dan aneka retorika yang cuba ditonjolkan oleh para pembodek Dolah bagi menutupi kelembikan semula jadinya, bukan setakat tidak diyakini rakyat malah agak mengundang kemarahan puaka tua itu.
Tindakan Dolah menangguhkan projek mega landasan Keretapi Berkembar bernilai RM 14.3 Billion yang telah diawardkan kepada Syed Mokhtar kroni rapat Mahathir jelas menyinggung perasaan bekas PM itu.
Begitu juga langkah Dolah untuk mengkambing hitamkan Nazeri Aziz dengan` kes 6000 permit teksi` dan tindakannya menghidupkan semula `kes pembunuhan Mustakizah` yang dikaitkan dengan Ketua Penerangan Umno Megat Joned dianggap oleh Mahathir sebagai percubaan awal Dolah untuk memulakan cengkamannya di dalam Umno.
Kepatuhan Dolah untuk tidak memberi muka pada Ku Li dan jangan menunjukkan sedikit pun belas kasihan terhadap DS Anwar Ibrahim, belum memenuhi syarat untuk beliau tidak digelar sebagai penderhaka oleh situa bangsat itu selagi bekas boyfriend Ziana Zain (SSTinggi Kapar: TPM Baru: Bekas Pasangan Khalwat Ziana Zain Dilantik), Najib Tun Razak tidak dilantik menjadi TPM.
Sebagai `bapak segala penyangak` yang telah merompak sebahagian besar khazanah rakyat untuk diagih-agihkan kepada para kroninya di sepanjang 22 tahun dia berkuasa,Mahathir sigembala tua sudah benar-benar masak dengan karenah haiwan-haiwan gembalaannya. Memadai dengan sekali jerit, akan lintang pukanglah haiwan-haiwan peliharaan itu memasuki kandang.
Justeru itu secara selamba sigembala tua mengisytiharkan bekas boy friend Ziana Zain sebagai TPM di hadapan para pembesar parti pemerintah dan kerajaan pada Selasa malam tanggal 6 Januari 2004 di majlis Farewell Dinner yang dibuat secara tertutup di kediaman rasmi Dolah (kediaman lamanya selaku TPM –masih belum lagi berpindah ke Seri Perdana RM 200 juta Putrajaya) .
Pengumuman rasmi pada keesokan harinya Rabu 7 Januari dituruti dengan sedikit rombakan kabinet menyaksikan `calon TPM Dolah` Muhyiddin Yassin dihumbankan ke Kementerian Pertanian manakala Nor Mohammad Yaakub bekas Penasihat Kewangan Mahathir dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua menggantikan Jamaludin Jarjis yang mengambil alih tempat Muhyiddin.
Sementara Effendi Norwawi bekas Menteri Pertanian pula dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas. Kementerian ini diwujudkan semula setelah buat beberapa ketika dimansuhkan.
Begitulah hebatnya Mahathir di sisi Umno dan BN. Dolah dan sesiapa pun tidak mampu untuk menghalangi kemahuannya walaupun dikatakan sudah meletak jawatan lebih dua bulan.
Para pendokong dan penyokong BA sewajarnya meyambut `kehadiran semula` Mahathir ke dalam Umno BN itu dengan penuh kegembiraan. Tanggapan mereka selama ini bahawa tangan jahat Tun Kepala Taik masih lagi mendalangi segala bentuk kehaprakan dinegara tercinta ini, kian diyakini rakyat jelata.
Bukan sedikit bilangannya ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan begitu menyesali `kelembikan` Dolah .Mahathir yang selama ini mereka anggap sebagai liabiliti kepada Umno rupa-rupanya masih belum bertaubat daripada melakukan dosa besar terhadap parti, agama, bangsa dan negara.
BA harus pantas dan tangkas mengeksploitasi `peluang` yang dicetuskan oleh puaka tua itu. BA tidak perlu lagi mengambil sikap defensif, sebaliknya pendekatan menyerang patut dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan.
Seperkara lagi ,jika benar desas-desus yang tersebar sejak beberapa minggu kebelakangan ini bahawa terdapat beberapa kerat `pemuka` didalam BA khususnya keADILan yang agak ghairah untuk menumpangi `tuah Muhyiddin` lupakanlah sahaja impian karut itu kerana Muhyiddin sudah tidak bertuah lagi.
Tidak ada lagi ` kerja paling paling bodoh` di dunia ini selain daripada menaruh harapan kepada mana-mana tokoh di dalam Umno untuk membebaskan Anwar Ibrahim sekali gus menegakkan keadilan dan kebenaran, kerana Umno itu selama-lama akan kekal dengan kehipokritannya.
Najib, Muhyiddin, Mike Tyson atau siapa sahaja pemuka `parti pragmatik` itu sama sahaja pegangan politik mereka, lebih-lebih lagi Dolah Badawi yang bukan sekadar lembik tetapi kini telah pun jelas `mati pucuk` kepimpinannya.
- Inderaloka - 11.01.2004
|
|
|
| |
| Umno Kuala Selangor Terus Dirasuk Hanturaya |
| 01.12.04 (4:08 pm) [edit] |
Setelah puas merasuk Ust Sayuti Said, Timbalan Ketua Penaja supaya tidak lagi bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor dalam pilihan raya umum akan datang, Encik Mohd. Daud Tarihep selaku Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor mula mengacau Encik Amiruddin Sutero.
Amiruddin selaku Naib Ketua Penaja bahagian itu telah dihebahkan memburuk-buruk Dato Seri Dr. Khir MB Selangor kerana kurang bijak menangani pelantikan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian di Selangor.
Difahamkan Dr. Khir hampir-hampir termakan hebahan itu. Mujur bekas AJK Bahagian Kuala Selangor yang mendapat undian tertinggi pada pemilihan lepas sempat menemui Dr. Khir untuk menejelaskan keadaan sebenar setelah mendapat maklumat daripada Amiruddin sendiri.
Bekas AJK Bahagian Kuala Selangor yang amat dihormati oleh ahli-ahli Umno setempat kini dilantik sebagai salah seorang AJK di Bahgian Tanjong Karang, hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Amiruddin juga adik kepada bekas Exco kerajaan Negeri Selangor Dato Miskon Sutero dianggap oleh Daud serta kaki-kaki busuknya sebagai musuh mereka dan agen Dr. Khir di Kuala Selangor.
Kerja kotor Daud itu bertujuan untuk merenggangkan hubungan intim Amiruddin dengan Dr. Khir. Sekiranya ia berhasil, mudahlah bagi Daud untuk meranapkan peluang Amiruddin yang disebut-sebut sebagai salah seorang calon favourite Umno untuk kerusi Dun Jeram yang kini disandang oleh Datin Paduka Mesrah Selamat, Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia.
Strategi Daud untuk meletakkan dirinya sebagai calon Parlimen dan memastikan kerusi Dun Jeram dan Dun Bukit Melawati (Dun baru) diisi oleh proksinya, adalah sebagai persediaan agar dirinya terselamat daripada dicabar pada pemilihan bahagian tahun ini.
Daud yang benar-benar terdesak akibat tindak tanduk politik gelojohnya yang tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno Kuala Selangor sentiasa dihantui syak wasangka bahawa selain daripada bekas-bekas pencabarnya pada tahun pemilihan 2000 - Hj. Jahaya Ibrahim dan Dato Hanafi Sulaiman, Amiruddin juga akan turut terlibat untuk menjatuhkannya.
Bakal MB Selangor, Timbalan Menteri dan Menteri Penuh itu (tak tau yang mana satu dihajatinya) tambah terserlah tembelangnya apabila dikatakan terlibat dengan skandal yang membabitkan pimpinan Puteri Umno dibahagian itu.
Sementara itu Exco Kerajaan Selangor Dato Abd. Fatah Iskandar ketika ditemui di Kuala Selangor baru-baru ini menganggap Daud sebagai`orang cerdik tetapi bodoh` kerana masih terbawa-bawa ego dan stail pegawai kanan kerajaan yang menganggap orang-orang bawahan sebagai kakitangan yang mesti menurut perintah.
Kata Fatah: “ Orang-orang Umno diperingkat cawangan bukan seperti kakitangan kerajaan yang tidak dibenarkan melawan bos. Lebih baik Daud membuang tabiat silamnya yang begitu bermegah dengan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Tan Seri Mohammad Rahmat,kalau tidak didalam masa yang terdekat Daud akan menjadi sejarah.”
Cikgu Pencen - 11.01.2004
|
|
|
| |
| Perhimpun Reformis Di Bukit Cerakah |
| 01.12.04 (4:06 pm) [edit] |
Foto Perhimpunan dan Dailog Reformis di Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam 10-1-2004. Turut Hadir dalam perhimpunan ini para pemimpin BA dan keluarga DSAI. Para REFORMIS yang hadir adalah kumpulan awal pengasas gerakan REFORMASI yang bersama-sama DSAI pada 1998.
Kumpulan awal ini masih terus dengan semangat juang walaupun mereka ditekan oleh pemerintah yang zalim. Ramai diantara mereka pernah ditahan polis dan dipecat dari kerja serta perniagaan mereka disekat.
Tapi dengan semangat juang yang tinggi, kumpulan pengasas ini masih terus kukuh dengan dasar REFORMASI mereka walaupun telah menyartai parti kompenan BA.
Agenda perubahan yang dilaungkan oleh DSAI masih tersemat dalam jiwa mereka, REFORMASI TOTAL tetap jadi agenda utama walaupun BA telah berjaya memerintah Malaysia. Kumpulan pengasas ini tetap yakin ISLAH yang dituntut akan menjelma bila tiba waktunya.
PSARAFHQ - Bukit Cerakah 10-1-2004
foto boleh didapati di mirror tok janggut
|
|
|
| |
| Anugerah Untuk TKT Bukan Kepalang Lagi |
| 01.10.04 (11:30 pm) [edit] |
Beberapa minggu lalu, TKT Mahathir telah diraikan dalam satu majlis makan malam atas persaraannya yang sebelumnya telah ditunda kerana Abdullah tidak menampakkan muka. Terdapat beberapa cerita sebalik tabir yang menggelikan hati kerana begitu rupanya telatah mereka yang diselindungkan daripada pengetahuan rakyat selama ini. Khabarnya dalam majlis yang dibuat itu sekitar RM300,000 telah dibelanjakan daripada segi persiapan makan minum dan juga anugerah yang diberi kepada Tun berdua itu. TKT telah dihadiahkan sepasang jam tangan berharga RM40,000 dengan pasangannya telah pula diberi seutas jam tangan bernilai RM30,000. mereka berdua juga telah diberi persalinan songket yang puluhan ribu RM harganya. Aduh! Hebat sungguh hadiah yang Tun terima. Kununnya ia sesuai dengan jasa yang telah Tun taburkan dalam Negara. Dalam kata lain, kerajaan PakLah mewakili rakyat untuk membalas budi seraya mengucapkan terima kasih!
Apabila dikenang dan ditilik secara mendalam mana satukah yang patut berterima kasih- antara Tun dan rakyat Malaysia? Rakyat marhaen merasakan Tun sepatutnya yang berterima kasih kepada rakyat yang memberi amanah.
Walaupun telah berundur namun TKT tetap mahu terus membalun sesuatu daripada wang rakyat. Inilah dia spesis manusia yang tidak tahu malu dan hidup tidak bersendikan adat. Kiranya sekarang tembelang pemerintahannya sudah pun pecah, namun dia masih mahu tunjuk gah. Segala retorika kejayaan serta keunggulan pemerintahannya sudah mula menampakkan muka hodohnya yang sebenar. Segala hutang-piutang yang dibuat secara bermuslihat sudah mula merayap keluar dari bawah permaidani yang berselindung di sebalik ‘pembangunan’ negara. Apa yang sedikit masa dahulu dicemuh mereka sebagai fitnah dan pembohongan pembangkang sudah mula membengkak dan bernanah menunjukkan kebenarannya.
Sedikit masa dahulu TKT dan Dato Jamaludin Jarjis pernah mengatakan betapa bon-bon yang dikeluarkan itu adalah berupa satu tindakan kerajaan menguji penanda aras (benchmarking index) kepercayaan dunia ekonomi terhadap Malaysia. Tegasnya bukanlah bermakna yang kerajaan tidak ada wang atau kecairan untuk dibelanjakan. Begitulah hebatnya bapa menteri dalam negara kita menjual kelentung.
Dalam masa seminggu ini kita diberitahu yang negara akan mengeluarkan Bon (hutang bercagar) bernilai RM35 billion, dengan RM13 billion nanti akan digunakan untuk belanja urus kerajaan, manakala selebihnya sebagai memenuhi tuntutan bon dan segala hutang yang sudah matang. Sebahagian besar bon itu akan ‘dipaksa’ ke atas Tabungan awam serta bank-bank tempatan. Kita katakan sebagai paksaan kerana memang begitulah pendekatan selama ini. Bermakna juga Negara kita terpaksa berhutang untuk berbelanja mengurus kegiatannya. Ini adalah sesuatu yang amat bahaya. Kita juga tahu bagaimana empat buah negeri yang dikuasai Umno terpaksa meminta bantuan daripada Persekutuan bagi membiayai gaji kakitangan negeri. Malah kilang hebat tajaan Mahathir di KHTPC (Kulim High Technology Park Corporation) yang bernama Silterra juga sudah mula membiayai gaji pekerja dengan bantuan wang daripada Khazanah.
Dari kenyataan akhbar itu, sebanyak RM23 Billion akan diguna untuk melunaskan hutang dan bon. Itu kata pemimpin dan Pegawai tinggi kerajaan. Ianya masih boleh diperincikan lagi. Apakah ianya menjelaskan hutang itu sendiri atau sekadar melepaskan bunganya sahaja?? (Alangkah gembiranya kita jika TKT terseret di kandang Mahkamah bagi memperincikan kelentungan ekonominya selama ini!!) Sekiranya RM23 billion itu hanya untuk melunaskan bunga, berapa pula agaknya nilai hutang pokok? Agaknya kini baru Abdullah sedar yang TKT Mahathir telah juga menipunya.
Di sinilah pembohongan dan retorika TKT Mahathir si Pengkhianat Negara itu mula menghanyir. Semasa YB Rahman dari Terengganu mendedahkan dalam Parlimen yang jumlah hutang negara sekitar RM1 Trillion, tidak ada seorang pun ahli kabinet dan penyokong kerajaan yang bangun dan menyanggahnya. Malah mereka juga tidak berani mencabar beliau di luar Dewan. Tentu ada sebabnya yang media massa dalam negara tidak berani mengusiknya serta memperlecehkan kenyataan YB Rahman itu.
Dengan pelbagai usaha kem Abdullah yang menggunakan strategi serampang beberapa mata, akhirnya Mahathir mengalah juga. Namun penyerahan kuasa itu sendiri penuh dengan syarat dan prasyarat yang terpaksa Abdullah lakukan atas beberapa sebab. Antaranya ialah ugutan ekonomi. Sekiranya Abdullah memungkiri janji yang dibuat beberapa hari sebelum Tun KT mengangkat kaki, tentu sahaja ekonomi Negara akan dihenyak sehingga dada PakLah menjadi sesak.
PakLah sudah pun membuktikan betapa ia seorang PM yang tiada keberanian dan khadam tertinggi Dr Mahathir dalam beberapa langkah yang ditunjukkannya. Pertama dengan rombakan kabinet dengan restu Mahathir, keduanya melumpuhkan Ku Leigh dengan menggodam kedudukan Ibrahim Ali, ketiganya dengan menjerukkan isu DSAI dan yang keempat ialah dengan pelantikan Najib Tun Razak sebagai TPM.
Atau dalam bahasa lain seperti kata seorang teman penulis, PakLah hanyalah sebahagian daripada rombakan kabinet terkini TKT dengan melantik ia sebagai proksi ke jawatan Perdana Menteri. Seorang yang gila kuasa seperti Mahathir yang pernah mengharamkan parti Umno demi untuk mencengkam kuasa, tidak semudah itu melepaskan kekuasaannya. Tun Mahathir Kepala Taik masih lagi seorang yang punya kuasa seperti Perdana Menteri dengan senjata ekonomi yang berpusat di sekelilingnya. Manakala Tun Daim pula adalah sekutu rapat yang sengaja ditayangkan kunun mereka punya keretakan hubungan.
Sekiranya kita perhatikan dengan teliti dan kritis, beberapa syarikat konglomerat yang kukuh dan berbisa ke atas ekonomi Negara secara tidak langsung dipunyai Mahathir secara proksi. Sesiapa sahaja boleh membahaskannya, akan tetapi perhatikan bagaimana perjalanan syarikat sedemikian, kekadangnya begitu ganjil dan tidak munasabah sehingga telah melanggari hukum normal perniagaan mahupun dasar yang kerajaan sendiri laungkan.
Kenapakah Berjaya yang lingkup dengan IWK dan LRT Putra masih lagi memperolehi tender kerajaan? Kenapakah Binariang milik Biliana keling Ananda Krishnan dibenarkan membeli harta orang Melayu yang berupa koleksi filem P Ramlee serta memiliki sistem satelit yang begitu sensitif? Bagaimana pula dengan kehilangan wang Umno yang berbilion dilarikan Daim ke luar Negara semasa zaman Umno mahu dihidupkan semula?
Memang panjang dan dahsyat senarai kerosakan yang Mahathir telah lakukan dalam Negara. Akan tetapi kesemuanya dilindungi dan diperabunkan oleh propaganda yang berterusan tanpa jemu. Jangan kita persoalkan bagaimana orang kampong yang terleka dibuai dengan segala retorik itu, malah ada juga saki-baki cerdik pandai yang mempunyai pandangan yang terpimpin. Mereka seolah-olah mengidap penyakit ketumbuhan pada saraf mata ‘optic chiasma’ ataupun mengalami sindroma kaldai yang baru dilatih sebagai penarik kereta tunggangan. Atau juga boleh dikiaskan sebagaimana bendulnya gajah yang terikat dengan seutas rantai yang jauh lebih lemah daripada kekuatan badannya. Begitulah jumudnya sebahagian cerdik pandai yang masih dibelenggu berita dan cerita propaganda. Kita tahu mereka bersikap demikian kerana menjaga periuk nasi sahaja.
Soalnya kini, apakah wajar TKT dianugerah dan diraikan dengan belanja sebegitu besar? Hanya untuk memuaskan egonya, seorang anak bangsa yang berpenyakit Biliary atresia sudah teraniaya kerana peruntukan sudah di simpang ke sana. Apa perlu berhabisan untuk seorang insan yang selama ini membalun wang rakyat semahu-mahunya??
Dr. Nologareng - 10.01.2004
|
|
|
| |
| Najib PM dan Hishamudin TPM Selepas Pilihan Raya!! |
| 01.10.04 (11:23 pm) [edit] |
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Tulisan saya mengenai ‘Rahsia Di Sebalik Pelantikan Dato' Najib Sebagai Timbalan Perdana Menteri’ sesungguhnya telah menyebabkan ramai yang tertanya-tanya. Daripada manakah berita ini saya perolehi? Dan siapakah individu yang mendedahkan maklumat penting ini kepada saya? Soalan ini bukan sahaja diajukan oleh para penyokong Barisan Alternatif, bahkan saya juga mendapat banyak email daripada penyokong UMNO yang secara terang-terangan mengaku mereka amat kecewa dengan situasi ini. Jika benar pelantikan Dato' Najib itu akibat campur tangan Dr. Mahathir, sesungguhnya mereka sendiri tidak yakin apakah Pak Lah dapat melaksanakan tugas beliau dengan baik selepas ini. Mereka juga kecewa, Mahathir yang ketika meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dahulu secara terang-terangan menyatakan kepada media massa yang beliau tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara, malahan akan mengambil peluang untuk terus berehat dan menumpukan perhatian kepada anak-cucu serta keluarganya. Namun apa yang berlaku sebaliknya..!! Lantaran itu, kini jelaslah kepada kita yang Mahathir adalah seorang manusia yang "Kejam". Bukan sahaja beliau zalim kepada rakyat yang tidak menyokong beliau, malahan juga kepada ahli dan pemimpin UMNO yang setia kepada beliau. Setelah lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan telah banyak jasa dan noda yang ditinggalkan untuk kita semua beliau masih lagi ingin cuba campur tangan dalam urusan politik tanah air. Bukankah Pak Lah kini mengambil alih tugas beliau. Apakah beliau tidak yakin dengan kebolehan Pak Lah, lantaran sanggup menggunakan kuasanya untuk menentukan hala tuju pentadbiran negara. Mungkinkah Mahathir akan menjadi seperti Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. Jika dilihat kepada fenomena banyak agensi yang mengambil beliau sebagai "penasihat”, saya yakin perkara ini tidak mustahil. Kemungkinan besar UMNO akan melantik Mahathir sebagai penasihat UMNO dan seterusnya penasihat Perdana Menteri selepas ini. Dalam hal ini, yang menjadi mangsa sebenarnya bukanlah pihak pembangkang, tetapi pemimpin UMNO sendiri terutamanya Pak Lah. Lihat sahaja orang Pak Lah, Muhyiddin yang diturunkan pangkat daripada Kementerian yang selesa dihumbankan ke Kementerian yang kurang popular, iaitu Kementerian Pertanian. Sedangkan orang Mahathir Dato' JJ dan Penasihat Kewangan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop pula dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua. Sebenarnya, segala drama yang kita saksikan ini, adalah satu episod sedih yang terjadi kepada Team Pak Lah, dalam perjuangannya meneruskan cita-cita politiknya. Dengan pelantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, menandakan zaman kecemerlangan Pak Lah tidak akan kekal lama. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan kekuatan Najib yang mendapat sokongan penuh daripada Mahathir. Malahan menurut satu "sumber kerajaan" (macam kenyataan akhbar arus perdana semasa pelantikan Najib sebagai TPM tempoh hari) riwayat hidup Pak Lah akan ditamatkan selepas pilihan raya umum akan datang. Khabarnya Mahathir tidak senang dengan cara Pak Lah menjalankan tugas. Walaupun belum sampai 100 hari Pak Lah mengambil alih jawatan PM daripada beliau, Pak Lah telah cuba menggunakan kuasa sendiri untuk mengurangkan pengaruh Mahathir dalam kerajaan dan UMNO. Contohnya langkah Pak Lah mengeluarkan orang-orang Mahathir dan memegang jawatan penting dalam media massa, serta langkah menangguhkan projek landasan berkembar yang akan memberi keuntungan besar kepada anak Mahathir iaitu Mokhzani. Maka laporan menurut "Sumber Kerajaan" itu lagi, Mahathir akan menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan Pak Lah dan kemudiannya Najib akan diangkat menjadi Perdana Menteri dan Timbalannya pula ialah Hishamuddin Tun Hussein. Khabarnya adegan ini akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum akan datang. Apakah perkara ini akan menjadi kenyataan? Justeru itu Pak Lah perlu lebih berhati-hati sekiranya mahu selamat dan terus memegang jawatan orang nombor satu itu, kalau tidak beliau akan menerima nasib yang sama seperti apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Tetapi sumber kerajaan yang memberikan maklumat ini ialah orang yang paling rapat dengan Dato' Najib Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik. Semoga dengan berita ini, akan menyebabkan politik UMNO semakin kucar-kacir, dan gelombang biru yang melanda UMNO ini akan memudahkan Barisan Alternatif merangka strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum akan datang. Apa yang penting, kalau pun kita tak dapat memenangi 2/3 kerusi Parlimen, tapi setidak-tidaknya kita dapat merampas 2/3 kerusi di negeri-negeri seperti Pahang, Selangor, Perlis atau Kedah. Itu harapan kita, maka teruskan usaha, pastikan semua ahli melaksanakan gerak kerja mulai sekarang, sebarkan segala maklumat yang diperolehi melalui internet, jangan hanya harapkan akhbar Harakah, keadilan dan suara PRM yang terbit dua minggu dan sebulan sekali. Pastikan semua rakyat menerima maklumat yang seimbang, agar jiwa dan minda mereka tidak terus berkarat dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kalau takutkan risiko usah bicara soal perjuangan !! Kalau takutkan perjuangan usah bicara soal keadilan !!! Kalau takutkan keadilan usah bicara soal pembangunan... Lawan tetap lawan..Takbirrrr
CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cucumatkilau@yahoo.co.uk - 10.01.2004
|
|
|
| |
| 4,000 hadiri Selamat Tinggal PAS? |
| 01.10.04 (11:20 pm) [edit] |
IB terpanggil untuk memberi komen berhubung berita yang mengatakan seramai 4,000 orang berhimpun di Padang Luas, di perkarangan rumah Derih Jusoh (http://members.lycos.co.uk/mi... dan berhimpun di rumah Idris selaku Ketua Umno Bahagian Besut. Seorang kenalan rapat IB kebetulan adalah ipar kepada sepupu Derih. Dan setahu beliau, yang kini menetap di KL, laman rumah Derih, di tepi jalan utama Jertih - Pasir Putih itu tidaklah luas sangat untuk memuatkan seramai itu. Kalaupun 1,000 sudah pasti akan melimpah ke jalan raya.
Tapi bagi mereka yang tidak tahu penipuan seperti ini macam boleh percaya. Sebab mereka tidak lihat berapa besar laman rumahnya. Dan mungkin orang ingat boleh melimpah ke kawasan luar – tapi laman itu di kelilingi pagar dan tanah tapak rumah (ada beberapa rumah dalam tu) memanjang ke dalam (yakni sempit).
Rakan IB kesiankan mak saudara isterinya (mak Derih) yang sakit tak boleh bangun diganggu dengan suasana yang tidak tenang tu. “doh lah tok leh nak gi mana, baring atas katil je, dok buat rioh pulak.” kata beliau.
Tapi IB turut hairan dengan pelbagai cerita lagi perihal perhimpunan itu. Antaranya:
a. Nampak sangat orang UMNO takut penipuan mereka dirakamkan hingga dikejarnya jurukamera luar. Kerana takut pemalsuan mereka dapat dibuktikan dan disebarkan. b. Peristiwa berdarah dan kekasaran yang dilakukan mereka membuktikan ganas dan samsengnya orang UMNO. Itu pun Polis pejam mata. c. Kalau Latif tu sudah dipecat semenjak 1999, macam mana dia baru nak tinggal PAS selepas lima tahun berlalu. d. IB masih ingat lagi sepanjang tempoh sebelum pilihan raya 99, Latif kerap keluar TV menceritakan bahawa dia sudah meninggalkan PAS (masa itu) ada sesiapa yang masih simpan rakaman berita masa itu? Boleh kita siar balik untuk buktikan pemalsuan yang jelas ini.
Sesuatu yang kurang manis disebut di sini, Derih kena ingat perihal yang berlaku semasa beliau kecil. Ada seorang (yang kini sudah arwah) yang dibuang kawasan kerana peristiwa ...
Sekian Ibrahim Baba 10 Jan 2004
|
|
|
| |
| Biar ‘Makan Sampah’ Janji Melawan |
| 01.10.04 (11:18 pm) [edit] |
Tabik hormat saya kepada Skinhead untuk suratnya yang bertajuk 'Bantah siaran ‘skinhead makan sampah’ di NTV7' yang berterus-terang itu. Kerana anda adalah anak muda yang berani. Tahniah kerana berani menyuarakan kebenaran. Teringat saya kepada kata-kata azimat Pramoedya Ananta Toer yang ditujukan khas buat anak muda. “Keberanian! Sekali lagi keberanian! Terutama untuk Angkatan Muda keberanian adalah modal pertama. Tanpa keberanian, seperti sering saya sampaikan, kalian akan diperlakukan sebagai ternak belaka: dibohongi, digiring ke sana kemari atau bisa saja digiring ke pembantaian. Keberanian saja yang bisa membuat peribadi menjadi kokoh.” - ANGKATAN MUDA SEKARANG
Benar! Inilah masanya untuk kita semua, sebagai anak muda melakukan perlawanan terhadap pembohongan mereka. Sampai bila anak muda mahu diperbodohkan? Hingga sampai waktu itulah kita akan tetap menjadi binatang ternakan mereka, jika kita tidak melakukan perlawanan.
Maka, benarlah juga Peringatan Widji Thukul yang terkenal itu, “Apabila usul ditolak tanpa ditimbang Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan Dituduh subversif dan mengganggu keamanan Maka hanya ada satu kata: lawan!”
Persoalan penting untuk kita fahami dalam isu sebegini bukanlah tentang benarkah anak muda sekarang ini makan sampah atau tidak.
Apa yang perlu kita kita fahami, NTV7 dengan Edisi Siasat serta media seangkatannya hanyalah alat propaganda penguasa dalam usaha mereka memperbodohkan rakyat. Salah satu cara mereka memperbodohkan adalah dengan memesongkan sebanyak mungkin fakta dan kebenaran.
Pemerintah Malaysia, melalui alasan moraliti dan kesopanan memang sering menggunakan konsep ‘orang lain’ (The Others) untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
Melalui kaedah ini, orang lain yang berada di luar kelompok mereka akan dimomokkan sebagai jahat, kurang baik atau sekurang-kurangnya akan dikaitkan dengan apa saja yang negatif. Di sini kita seharusnya dapat membaca pesanan dan niat mereka yang menjalankan konsep ‘orang lain’ ini adalah untuk memperlihatkan bahawa orang yang tergabung dengan mereka adalah baik, sempurna dan positif belaka.
Pada awal minggu lepas saja, dalam akhbar New Strait Time, berturut-turut selama dua hari disiarkan rencana dengan sengaja mengutuk tindakan anak muda yang menyembur cat ke dinding. Tindakan itu dimomokkan sebagai tidak bermoral kerana merosakkan harta benda, menurut laporan tersebut.
Hakikatnya, anak-anak muda itu sebenarnya sedang melaksanakan tugas menyedarkan masyarakat supaya menyedari hak kemanusiaan mereka. Selain daripada menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pelaksanaan Program Khidmat Negara, saya dapat melihat kesan semburan cat di sekitar Jalan Telawi itu mempunyai nilai seni yang boleh dibanggakan.
Tidak kira siapa mereka ini, saya juga tabik kepada mereka atas kemampuan dan keberanian mereka melakukan apa yang saya dan kawan-kawan saya tidak mampu lakukan. Tahniah!
Samalah juga dengan isu sampah tadi. Kalaupun benar ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpaksa memakan makanan yang dikutip dari bakul sampah, apa masalahnya? Salahkah bagi seorang manusia (baca: bukan malaikat) memakan lebihan makanan sisa orang-orang kaya itu?
(Hakikatnya memang ramai rakyat Malaysia di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu dan seumpamanya yang terpaksa mengambil makanan dari bakul sampah dan tidak ada rumah untuk berlindung. Tidak percaya? Datanglah ke belakang Muzium Telekom, Bukit Nenas, Kuala Lumpur pada setiap petang Ahad untuk melihat situasi sebenar yang berlaku.)
Saya menganggap tindakan makan sampah adalah wajar bagi mereka yang masih mahu meneruskan hidup di dunia ini.
“Biarlah kita makan sampah, jangan makan rasuah. Biar saja kita hina kerana makan sampah, asalkan kita berani melawan perasuah itu”, kata kawan saya, seorang vegetarian yang mendapat kesedaran kerana menyertai kelompok punk.
Terima kasih buat NTV7 kerana telah berjaya memberi kefahaman mendalam kepada saya tentang dasar kerajaan Pak Lah yang lebih sayangkan sampah berbanding nyawa manusia.
Setelah perlantikan Effendi Norwawi sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet baru Pak Lah minggu lalu, saya pasti ada banyak majlis keraian untuk beliau nanti. Saya cuma mahu mengingatkan menteri yang juga merangkap pemilik NTV7 itu, dalam setiap majlis keraian supaya menyelamatkan sisa makanan (yang selalunya terlalu banyak) daripada terjatuh ke tangan mereka yang tidak layak memegangnya.
Enot Sabah - 10.01.2004
Enotsabah, pelajar yang sudah tidak lagi belajar di mana-mana universiti, pernah menerima biasiswa sebuah agensi kerajaan dan berhenti pengajian kerana dia memilih untuk tidak menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA atau PTPTN. Dia dapat dihubungi melalui e-mel enot_sabah@hotmail.com.
|
|
|
| |
| Kepentingan Tauhid |
| 01.10.04 (11:16 pm) [edit] |
1. Sesungguhnya Allah menciptakan segenap alam agar mereka menyembah kepadaNya. Mengutus para rasul untuk menyeru semua manusia agar mengesakanNya. Al-Quranul Karim dalam banyak suratnya menekankan tentang erti pentingnya akidah tauhid. Menjelaskan bahaya syirik atas peribadi dan jamaah. Dan syirik merupakan penyebab kehancuran di dunia serta keabadian di dalam Neraka. 2. Semua para rasul memulai dakwah (ajakan)nya kepada tauhid. Hal ini merupakan perintah Allah yang harus mereka sampaikan kepada umat manusia. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya, 'Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku'." (Al-Anbiyaa': 25)
Rasulullah SAW tinggal di Kota Makkah selama tiga belas tahun. Selama itu, beliau mengajak kaumnya untuk mengesakan Allah, memohon kepadaNya semata, tidak kepada yang lain. Di antara wahyu yang diturunkan kepada beliau saat itu adalah yang bermaksud: "Katakanlah, 'Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya' (Al-Jin: 20)
Rasulullah SAW mendidik para pengikutnya kepada tauhid sejak kecil. Kepada anak saudaranya, Abdullah bin Abbas, beliau bersabda, "Bila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan bila kamu memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah." (HR. At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih)
Tauhid inilah yang di atasnya didirikan hakikat ajaran Islam. Dan Allah tidak menerima seseorang yang mempersekutukanNya.
3. Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya agar memulai dakwah kepada umat manusia dengan tauhid. Ketika mengutus Mu'adz ke Yaman sebagai da'i, beliau bersabda yang bermaksud: "Hendaknya yang pertama kali kamu serukan mereka adalah bersaksi, 'Sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah,' Dalam riwayat lain disebutkan, 'Agar mereka mengesakan Allah'." (Muttafaq 'alaih)
4. Sesungguhnya tauhid tercermin dalam kesaksian bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Maknanya, tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan tidak ada ibadah yang benar kecuali apa yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Kalimat syahadat ini boleh memasukkan orang kafir ke dalam agama Islam, kerana ia adalah kunci Syurga. Orang yang mengikrarkannya akan masuk Syurga selama ia tidak dirosak dengan sesuatu yang boleh membatalkannya, misalnya syirik atau kalimat kufur.
5. Orang-orang kafir Quraisy pernah menawarkan kepada Rasulullah SAW kekuasaan, harta benda, isteri dan hal lain dari kesenangan dunia, tetapi dengan syarat beliau meninggalkan dakwah kepada tauhid dan tak lagi menyerang berhala-berhala. Rasulullah SAW tidak menerima semua tawaran itu dan tetap terus melanjutkan dakwahnya. Maka tak menghairankan, dengan sikap tegas itu, beliau bersama segenap sahabatnya menghadapi banyak gangguan dan siksaan dalam perjuangan dakwah, sampai datang pertolongan Allah dengan kemenangan dakwah tauhid. Setelah berlalu masa tiga belas tahun, kota Makkah ditaklukkan, berhala-berhala dihancurkan. Ketika itulah beliau membaca ayat yang bermaksud: "Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (Al-Israa': 81)
6. Tauhid adalah tugas setiap muslim dalam hidupnya. Seorang muslim memulai hidupnya dengan tauhid. Meninggalkan hidup ini pula dengan tauhid. Tugasnya di dalam hidup adalah berdakwah dan menegakkan tauhid. Tauhid mempersatukan orang-orang beriman, menghimpun mereka dalam satu wadah kalimat tauhid. Kita memohon kepada Allah, semoga menjadikan kalimat tauhid sebagai akhir dari ucapan kita di dunia, serta mempersatukan umat Islam dalam satu wadah kalimat tauhid. A. KEUTAMAAN TAUHID
1. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-An'am: 82)
Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan, "Ketika ayat ini turun, banyak umat Islam yang merasa sedih dan berat. Mereka berkata siapa di antara kita yang tidak berlaku zalim kepada dirinya sendiri? Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Yang dimaksud bukan (kezaliman) itu, tetapi syirik. Belumkah kalian mendengar nasihat Luqman kepada puteranya, "Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah (syirik) benar-benar suatu kezaliman yang besar" (Luqman: 13) (Mutafaq Alaih)
Ayat ini memberikan khabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengesakan Allah. Orang-orang yang tidak mencampur adukkan antara keimanan dengan syirik. Serta menjauhi segala bentuk perbuatan syirik. Sungguh mereka akan mendapatkan keamanan yang sempurna dari siksaan Allah di akhirat. Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk di dunia.
2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang. Cabang yang paling utama adalah 'Laa Ilaaha Illallah' dan cabang paling rendah adalah menyingkirkan kotoran dari jalan." (HR. Muslim)
B. TAUHID PENGANTAR BAHAGIA DAN PELEBUR DOSA
Dalam kitab Dalilul Muslim fil I'tiqaadi wat Tathhiir karya Syaikh Abdullah Khayyath dijelaskan, "Dengan kemanusiaan dan ketidakmaksumannya, setiap manusia berkemungkinan terpeleset, terjerumus dalam maksiat kepada Allah."
Jika dia adalah seorang ahli tauhid yang murni dari kotoran-kotoran syirik maka tauhidnya kepada Allah, serta ikhlasnya dalam mengucapkan "Laa ilaaha illallah" menjadi penyebab utama bagi kebahagiaan dirinya, serta menjadi penyebab bagi penghapusan dosa-dosa dan kejahatannya. Sebagaimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah semata, tiada sekutu bagiNya, dan Muhammad adalah hamba dan utusanNya, dan kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam serta ruh daripadaNya, dan (bersaksi pula bahawa) Syurga adalah benar adanya dan Neraka pun benar adanya maka Allah pasti memasukkannya ke dalam Syurga, apapun amal yang diperbuatnya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Maksudnya, segenap persaksian yang dilakukan oleh seorang muslim sebagaimana terkandung dalam hadis di atas mewajibkan dirinya masuk Syurga, tempat segala kenikmatan. Sekalipun dalam sebahagian amal perbuatannya terdapat dosa dan maksiat. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam hadis qudsi, Allah swt berfirman yang bermaksud: "Hai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa sepenuh bumi, sedangkan engkau ketika menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukanKu sedikitpun, nescaya Aku berikan kepadamu ampunan sepenuh bumi pula." (HR. At-Tirmizi dan Adh-Dhayya', hadis hasan)
Maknanya, seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa dan maksiat yang banyaknya hampir sepenuh bumi, tetapi engkau meninggal dalam keadaan bertauhid, nescaya aku ampuni segala dosa-dosamu itu.
Dalam hadis lain disebutkan yang maksudnya: "Barangsiapa meninggal dunia (dalam keadaan) tidak berbuat syirik kepada Allah sedikit pun, nescaya akan masuk Syurga. Dan barangsiapa meninggal dunia (dalam keadaan) berbuat syirik kepada Allah, nescaya akan masuk Neraka." (HR. Muslim)
Hadis-hadis di atas menegaskan tentang keutamaan tauhid. Tauhid merupakan faktor terpenting bagi kebahagiaan seorang hamba. Tauhid juga merupakan sarana yang paling agung untuk melebur dosa-dosa dan maksiat. C. MANFAAT TAUHID
Jika tauhid yang murni terealisasi dalam hidup seseorang, baik secara peribadi mahupun jamaah, nescaya akan menghasilkan buah yang amat manis. Di antara buah yang didapat adalah:
1. Memerdekakan manusia dari diperhambakan serta tunduk kepada selain Allah, baik benda-benda atau makhluk lainnya:
Semua makhluk adalah ciptaan Allah. Mereka tidak kuasa untuk menciptakan, bahkan keberadaan mereka kerana diciptakan. Mereka tidak boleh memberi manfaat atau bahaya kepada dirinya sendiri. Tidak mampu mematikan, menghidupkan atau membangkitkan.
Tauhid memerdekakan manusia dari segala penghambaan kecuali kepada Tuhan yang menciptakan dan membuat dirinya dalam bentuk yang sempurna. Memerdekakan hati dari tunduk, menyerah dan menghinakan diri. Memerdekakan hidup dari kekuasaan para Fir'aun, pendeta dan dukun yang menuhankan diri atas hamba-hamba Allah.
Kerana itu, para pembesar kaum musyrikin dan thaghut-thaghut jahiliyah menentang keras dakwah para nabi, khususnya dakwah Rasulullah. Sebab mereka mengetahui makna laa ilaaha illallah sebagai suatu permakluman umum bagi kemerdekaan manusia. Ia akan menggulingkan para penguasa yang zalim dan angkuh dari singgasana dustanya, serta meninggikan darjat orang-orang beriman yang tidak bersujud kecuali kepada Tuhan semesta alam. 2. Membentuk keperibadian yang kukuh:
Tauhid membantu dalam pembentukan keperibadian yang kukuh. Ia menjadikan hidup dan pengalaman seorang ahli tauhid begitu istimewa. Arah hidupnya jelas, tidak mempercayai Tuhan kecuali hanya kepada Allah. KepadaNya ia menghadap, baik dalam kesendirian atau ditengah keramaian orang. Ia berdoa kepadaNya dalam keadaan sempit atau lapang.
Berbeza dengan seorang musyrik yang hatinya terbagi-bagi untuk tuhan-tuhan dan sesembahan yang banyak. Suatu saat ia menghadap dan menyembah kepada orang hidup, pada saat lain ia menghadap kepada orang yang mati.
Sehubungan dengan ini, Nabi Yusuf Alaihissalam berkata yang bermaksud: "Hai kedua penghuni penjara, manakah yang lebih baik tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?" (Yusuf: 39)
Orang mukmin menyembah satu Tuhan. Ia mengetahui apa yang membuatNya redha dan murka. Ia akan melakukan apa yang membuatNya redha, sehingga hatinya tenteram. Adapun orang musyrik, ia menyembah tuhan-tuhan yang banyak. Tuhan ini menginginkannya ke kanan, sedang tuhan lainnya menginginkannya ke kiri. Ia terombang-ambing di antara tuhan-tuhan itu, tidak memiliki prinsip dan ketetapan.
3. Tauhid sumber keamanan manusia: Sebab tauhid memenuhi hati para ahlinya dengan keamanan dan ketenangan. Tidak ada rasa takut kecuali kepada Allah. Tauhid menutup rapat celah-celah kekhuatiran terhadap rezeki, jiwa dan keluarga. Ketakutan terhadap manusia, jin, kematian dan lainnya menjadi sirna. Seorang mukmin yang mengesakan Allah hanya takut kepada satu, iaitu Allah. Kerana itu, ia merasa aman ketika manusia ketakutan, serta merasa tenang ketika mereka kalut.
Hal itu diisyaratkan oleh Al-Quran dalam firmanNya: "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik) mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-An'am: 82)
Keamanan ini bersumber dari dalam jiwa, bukan oleh penjaga-penjaga polisi atau pihak keamanan lainnya. Dan keamanan yang dimaksud adalah keamanan dunia. Adapun keamanan akhirat maka lebih besar dan lebih abadi mereka rasakan.
Yang demikian itu mereka peroleh, sebab mereka mengesakan Allah, mengikhlaskan ibadah hanya untuk Allah dan tidak mencampuradukkan tauhid mereka dengan syirik, kerana mereka mengetahui, syirik adalah kazaliman yang besar.
4. Tauhid sumber kekuatan jiwa:
Tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada pemiliknya, kerana jiwanya penuh harap kepada Allah, percaya dan tawakkal kepadaNya, redha atas qadar (ketentuan)Nya, sabar atas musibahNya, serta sama sekali tak mengharap sesuatu kepada makhluk. Ia hanya menghadap dan meminta kepadaNya. Jiwanya kukuh seperti gunung. Bila datang musibah ia segera mengharap kepada Allah agar dibebaskan darinya. Ia tidak meminta kepada orang-orang mati. Syi'ar dan semboyannya adalah sabda Rasulullah Salallahu alaihi Wasalam: "Bila kamu meminta maka mintalah kepada Allah. Dan bila kamu memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah." (HR. At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih)
Dan firman Allah swt yang bermaksud: "Jika Allah menimpakan kemudharatan kepadamu maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri." (Al-An'am: 17)
5. Tauhid dasar persaudaraan dan persamaan:
Tauhid tidak membolehkan pengikutnya mengambil tuhan-tuhan selain Allah di antara sesama mereka. Sifat ketuhanan hanya milik Allah satu-satunya dan semua manusia wajib beribadah kepadaNya. Segenap manusia adalah hamba Allah, dan yang paling mulia di antara mereka adalah Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasalam.
D. MUSUH-MUSUH TAUHID
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh. Iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)." (Al-An'am: 112)
Di antara hikmah dan kebijaksanaan Allah adalah menjadikan bagi para nabi dan du'at tauhid musuh-musuh dari jenis syaitan-syaitan jin yang membisikkan kesesatan, kejahatan dan kebatilan kepada syaitan-syaitan dari jenis manusia. Hal itu untuk menyesatkan dan menghalangi mereka dari tauhid yang merupakan dakwah utama dan pertama para nabi kepada kaumnya.
Sebab tauhid merupakan asas penting yang di atasnya dibangun dakwah Islam. Anehnya, sebahagian orang beranggapan, dakwah kepada tauhid hanya akan memecah belah umat. Padahal justeru sebaliknya, tauhid akan mempersatukan umat. Sungguh namanya saja (tauhid bererti mengesakan, mempersatukan) menunjukkan hal itu.
Adapun orang-orang musyrik yang mengakui tauhid rububiyah, dan bahawa Allah pencipta mereka, mereka mengingkari tauhid uluhiyah dalam berdoa kepada Allah semata, dengan tidak mahu meninggalkan berdoa kepada wali-wali mereka. Kepada Rasulullah Salallahu alaihi wasalam yang mengajak mereka mengesakan Allah dalam ibadah dan doa, mereka berkata: "Mengapa dia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan." (Shaad: 5)
Tentang umat-umat terdahulu Allah berfirman yang bermaksud: "Demikianlah tidak seorang rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengata-kan, 'Dia itu adalah seorang tukang sihir atau orang gila.' Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas," (Adz-Dzaariyaat: 52-53)
Di antara sifat kaum musyrikin adalah jika mereka mendengar seruan kepada Allah semata, hati mereka menjadi kesal dan melarikan diri, mereka kufur dan mengingkarinya. Tetapi jika mendengar syirik dan seruan kepada selain Allah, mereka senang dan berseri-seri. Allah menyifati orang-orang musyrik itu dengan firmanNya yang bermaksud: "Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, dan apabila nama sesembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati." (Az-Zumar: 45)
Allah berfirman yang bermaksud: "Yang demikian itu adalah kerana kamu kafir apabila Allah sahaja yang disembah. Dan kamu percaya apabila Allah dipersekutukan. Maka keputusan (sekarang ini) adalah pada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar," (Ghaafir: 12)
Ayat-ayat di atas meskipun ditujukan kepada orang-orang kafir, tetapi boleh juga berlaku bagi setiap orang yang memiliki sifat seperti orang-orang kafir. Misalnya mereka yang mendakwahkan dirinya sebagai orang Islam, tetapi memerangi dan memusuhi seruan tauhid, membuat fitnah dusta kepada mereka, bahkan memberi mereka julukan-julukan yang buruk. Hal itu dimaksudkan untuk menghalangi manusia menerima dakwah mereka, serta menjauhkan manusia dari tauhid yang kerana itu Allah mengutus para rasul.
Termasuk dalam golongan ini adalah orang-orang yang jika mendengar doa kepada Allah hatinya tidak khusyu'. Tetapi jika mendengar doa kepada selain Allah, seperti meminta pertolongan kepada rasul atau para wali, hati mereka menjadi khusyu' dan senang. Sungguh alangkah buruk apa yang mereka kerjakan. E. SIKAP ULAMA TERHADAP TAUHID
Ulama adalah pewaris para nabi, Dan menurut keterangan Al-Quran, yang pertama kali diserukan oleh para nabi adalah tauhid, sebagaimana disebutkan Allah dalam firmanNya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), 'Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut," (An-Nahl: 36)
Kerana itu wajib bagi setiap ulama untuk memulai dakwahnya sebagaimana para rasul memulai. Yakni pertama kali menyeru manusia kepada mengesakan Allah dalam segala bentuk peribadatan. Terutama dalam hal doa, sebagaimana disabdakan Rasulullah Salallahu alaihi wasalam yang bermaksud: "Doa adalah ibadah". (HR. At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih)
Saat ini kebanyakan umat Islam terjerumus ke dalam perbuatan syirik dan berdoa (memohon) kepada selain Allah. Hal inilah yang menyebabkan kesengsaraan mereka dan umat-umat terdahulu. Allah membinasakan umat-umat terdahulu kerana mereka berdoa dan beribadah kepada selain Allah, seperti kepada para wali, orang-orang shalih dan sebagainya.
Adapun sikap ulama terhadap tauhid dan dalam memerangi syirik, terdapat beberapa tingkatan:
1. Tingkatan paling utama:
Mereka adalah ulama yang memahami tauhid, memahami erti penting tauhid dan macam-macamnya. Mereka mengetahui syirik dan macam-macamnya. Selanjutnya para ulama itu melaksanakan kewajipan mereka: menjelaskan tentang tauhid dan syirik kepada manusia dengan menggunakan hujjah (dalil) dari Al-Quranul Karim dan hadis-hadis shahih. Para ulama tersebut, tak jarang –sebagaimana para nabi– dituduh dengan berbagai macam tuduhan bohong, tetapi mereka sabar dan tabah. Syiar dan semboyan mereka adalah firman Allah yang bermaksud: "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (Al-Muzammil: 10)
Dahulu kala, Luqmanul Hakim mewasiatkan kepada puteranya, seperti dituturkan dalam firman Allah yang bermaksud: "Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (Luqman: 17)
2. Tingkatan kedua:
Mereka adalah ulama yang meremehkan dakwah kepada tauhid yang menjadi dasar agama Islam. Mereka merasa cukup mengajak manusia mengerjakan shalat, memberikan penjelasan hukum dan berjihad, tanpa berusaha meluruskan akidah umat Islam. Seakan mereka belum mendengar firman Allah yang bermaksud: "Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan." (Al-An'am: 88)
Seandainya mereka dahulu mengajak kepada tauhid sebelum mendakwahkan kepada yang lain, sebagaimana yang dilakukan oleh para rasul, tentu dakwah mereka akan berhasil dan akan mendapat pertolongan dari Allah, sebagaimana Allah telah memberikan pertolongan kepada para rasul dan nabiNya. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal shalih bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (An-Nuur: 55)
Kerana itu, syarat paling asas untuk mendapatkan pertolongan Allah adalah tauhid dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
3. Tingkatan ketiga:
Mereka adalah ulama dan du'at yang meninggalkan dakwah kepada tauhid dan memerangi syirik, kerana takut ancaman manusia, atau takut kehilangan pekerjaan dan kedudukan mereka. Kerana itu menyembunyikan ilmu yang diperintahkan Allah agar mereka sampaikan kepada manusia. Bagi mereka adalah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati." (Al-Baqarah: 159)
Semestinya para du'at adalah sebagaimana difirmankan Allah yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah," (Al-Ahzab: 39)
Dalam kaitan ini Rasulullah Salallahu alaihi wasalam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menyembunyikan ilmu, nescaya Allah akan mengekangnya dengan kekang dari api Neraka." (HR. Ahmad, hadis shahih)
4. Tingkatan keempat:
Mereka adalah golongan ulama dan para syaikh yang menentang dakwah kepada tauhid dan menentang berdoa semata-mata kepada Allah. Mereka menentang seruan kepada peniadaan doa terhadap selain Allah, dari para nabi, wali dan orang-orang mati. Sebab mereka membolehkan yang demikian. Mereka menyelewengkan ayat-ayat ancaman berdoa kepada selain Allah hanya untuk orang-orang musyrik. Mereka beranggapan, tidak ada satupun umat Islam yang tergolong musyrik. Seakan-akan mereka belum mendengar firman Allah yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-An'am: 82)
Dan kezaliman di sini ertinya syirik, dengan dalil firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (Luqman: 13)
Menurut ayat ini, seorang muslim boleh sahaja terjerumus kepada perbuatan syirik. Hal yang kini kenyataannya banyak terjadi di negara-negara Islam.
Kepada orang-orang yang membolehkan berdoa kepada selain Allah, menguburkan mayat di dalam masjid, tawaf mengelilingi kubur, nazar untuk para wali dan hal-hal lain dari perbuatan bid'ah dan mungkar, kepada mereka Rasulullah Salallahu alaihi wasalam memperingatkan yang bermaksud: "Sesungguhnya aku sangat takutkan atas umatku (adanya) pemimpin-pemimpin yang menyesatkan." (Hadis shahih, riwayat At-Tirmizi)
Salah seorang Syaikh Universiti Al-Azhar terdahulu, pernah ditanya tentang bolehnya shalat atau memohon ke kuburan, kemudian syaikh tersebut berkata, "Mengapa tidak dibolehkan shalat (memohon) ke kubur, padahal Rasulullah Salallahu alaihi wasalam dikuburkan di dalam masjid, dan orang-orang shalat (memohon) ke kuburannya?"
Syaikh Al-Azhar menjawab: "Harus diingat, bahawa Rasulullah Salallahu alaihi wasalam tidak dikuburkan di dalam masjidnya, tetapi beliau dikubur di rumah Aisyah. Dan Rasulullah Salallahu alaihi wasalam melarang shalat (memohon) ke kuburan. Dan sebahagian dari doa Rasulullah Salallahu alaihi wasalam adalah: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat." (HR. Muslim)
Maksudnya, yang tidak aku beritahukan kepada orang lain, dan yang tidak aku amalkan, serta yang tidak menggantikan akhlak-akhlakku yang buruk menjadi baik. Demikian menurut keterangan Al-Manawi.
5. Tingkatan kelima: Mereka adalah orang-orang yang mengambil ucapan-ucapan guru dan syaikh mereka, dan mentaatinya meskipun dalam maksiat kepada Allah. Mereka adalah orang-orang yang melanggar sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasalam yang bermaksud: "Tidak (boleh) taat (terhadap perintah) yang di dalamnya terdapat maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam kebajikan." (HR. Al-Bukhari)
Pada hari Kiamat kelak, mereka akan menyesal atas ketaatan mereka itu, hari yang tiada berguna lagi penyesalan. Allah menggambarkan siksaNya terhadap orang-orang kafir dan mereka berjalan di atas jalan kufur, dalam firmanNya yang bermaksud: "Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam Neraka, mereka berkata, 'Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul.' Dan mereka berkata, 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." (Al-Ahzab: 66-68)
Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini berkata, "Kami mengikuti para pemimpin dan pembesar dari para syaikh dan guru kami, dengan melanggar ketaatan kepada para rasul. Kami mempercayai bahawa mereka memiliki sesuatu, dan berada di atas sesuatu, tetapi kenyataannya mereka bukanlah apa-apa." PERANG ANTARA TAUHID DENGAN SYIRIK
Perang antara tauhid dengan syirik telah terjadi sejak lama. Sejak zaman Nabi Nuh AlaihisSalam menyeru kaumnya untuk beribadah hanya kepada Allah semata dan meninggalkan ibadah kepada berhala-berhala.
Nabi Nuh berada di tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Beliau menyeru kaumnya kepada tauhid, tetapi penerimaan mereka sungguh di luar harapan. Secara jelas Al-Quran menggambarkan penolakan mereka, dalam firmanNya yang bermaksud: "Dan mereka berkata, 'Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghust, ya'uq dan nasr." Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia)." (Nuh: 23-24) Tentang tafsir ayat ini, Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata:
1. Ini adalah nama-nama orang-orang shalih dari kaum Nabi Nuh. Ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaumnya agar mereka membuat patung orang-orang shalih tersebut di tempat-tempat duduk mereka, dan agar memberinya nama sesuai dengan nama-nama mereka. Maka mereka pun melakukan perintah syaitan tersebut. Pada awalnya, patung-patung itu tidak disembah. Tetapi ketika mereka semua sudah binasa dan ilmu telah diangkat, mulailah patung-patung itu disembah.
2. Selanjutnya datanglah para rasul sesudah Nabi Nuh. Mereka menyeru kaumnya agar beribadah hanya kepada Allah semata, dan agar meninggalkan apa yang mereka sembah selain Allah, sebab mereka tidak berhak untuk disembah. Renungkanlah Al-Quranul Karim yang menceritakan tentang keadaan mereka:
"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?." (Al-A'raaf: 65)
"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shalih. Shalih berkata, "Hai kaumku, sembahlah Allah sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia." (Huud: 61)
"Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syu'aib. Ia berkata, "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia." (Huud: 84)
"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah, tetapi (aku menyembah) Tuhan yang menjadikanku; kerana sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku." (Az-Zukhruf: 26-27)
Terhadap dakwah para nabi tersebut, kaum musyrikin meresponnya dengan penentangan dan pengingkaran terhadap apa yang mereka bawa. Orang-orang musyrik itu memerangi para rasul dengan segala kemampuan yang mereka miliki.
3. Rasulullah SAW misalnya, sebelum diutus sebagail rasul, beliau terkenal di kalangan orang-orang Arab dengan julukan "ash-shaa-diqul amiin" (yang jujur dan dapat dipercaya). Tetapi tatkala beliau mengajak kaumnya menyembah kepada Allah dan mengesakanNya, serta menyeru agar meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang mereka, serta merta mereka lupa dengan sifat jujur dan amanah beliau. Lalu mereka menghujaninya dengan berbagai julukan buruk. Di antaranya ada yang menjuluki beliau dengan "ahli sihir lagi pendusta". Al-Quran mengisahkan penolakan mereka terhadap dakwah tauhid dalam firmanNya yang bermaksud: "Dan mereka hairan kerana mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul) dari kalangan mereka; dan orang-orang kafir berkata, 'Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak dusta. Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan." (Shaad: 4-5)
"Demikianlah tidak ada seorang rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan. "Ia adalah seorang tukang sihir atau orang gila. Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas." (Adz-Dzaari-yaat: 52-53)
Demikianlah itulah sikap segenap rasul dalam dakwahnya kepada tauhid. Dan sebagaimana gambaran ayat-ayat di atas itulah sikap kaum mereka yang pendusta lagi mengada-mengada.
4. Pada zaman kita saat ini, jika seorang muslim mengajak sesama saudara muslim lainnya kepada akhlak, kejujuran dan amanah, ia tidak akan menemukan orang yang menentangnya.
Berbeza halnya jika ia mengajak mereka kepada tauhid yang kepadanya para rasul menyeru –iaitu berdoa (memohon) hanya semata-mata kepada Allah dan tidak memohon kepada selainNya, baik kepada para nabi atau wali, kerana sesungguhnya mereka hanyalah hamba Allah–, nescaya orang-orang segera menentangnya dan menuduhnya dengan berbagai tuduhan dusta. Mungkin mereka akan dituduh wahabi, dengan maksud untuk membendung manusia dari dakwah kepada tauhid. Jika sang da'i mengetengahkan ayat yang didalamnya terdapat ajakan kepada tauhid, mereka tak segan-segan menuduh dengan mengatakan, "Ini ayat wahabi". Manakala sang da'i membawakan hadis: Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan jika kamu mohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah." (HR. Ahmad dan At-Tirmizi)
Maka serta-merta sebahagian mereka akan mengatakan, "Itu hadis wahabi."
Bila seseorang shalat dengan meletakkan tangan di atas pusat, atau menggerakkan jari telunjuknya ketika tasyahud , sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu alaihi wasalam, maka sebahagian orang akan mengatakan sebagai orang wahabi.
Kata wahabi seakan menjadi simbol bagi setiap orang yang mengesakan Allah, yang hanya menyembah Tuhan Yang Satu, dan mengikuti sunnah nabiNya.
Sesungguhnya wahabi adalah nisbat kepada Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi). Ia adalah salah satu dari nama-nama Allah Yang Paling Baik. Bererti Dialah yang memberikan kepadanya tauhid, yang merupakan nikmat Allah yang paling besar bagi orang-orang yang mengesakan Allah.
5. Para du'at kepada tauhid hendaknya sabar dan meneladani Rasulullah Salallahu alaihi wasalam, yang kepadanya Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (Al-Muzammil: 10)
"Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka." (Al-Insaan: 24)
Setiap orang Islam hendaknya menerima dakwah kepada tauhid, serta mencintai pada da'inya. Kerana sesungguhnya tauhid adalah dakwah para rasul secara keseluruhan, juga dakwah Rasul kita Muhammad Salallahu alaihi wasalam. Maka barangsiapa mencintai Rasul, nescaya dia akan mencintai dakwah kepada tauhid dan barangsiapa membenci kepada dakwah tauhid, maka bererti ia telah membenci Rasulullah Salallahu alaihi wasalam.
Kiriman aku punya karkunku@yahoo.com - 11.01.2004
|
|
|
| |
| Kejutan Paklah – Memperakukan Kabinet Mahathir |
| 01.10.04 (12:50 pm) [edit] |
Akhirnya Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dan memperakukan kabinetnya. Setelah bertempoh-tempoh selama sepuluh minggu dia telah melantik s | |