Blog For Free!


Archives
Home
2009 October
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2006 December
2006 October
2006 August
2006 June
2006 April
2006 March
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Alternatif TokJanggut
M@rhaen
Anwar Ibrahim Blog
Boikot PRU
Amin Iskandar @ Black
Minda Kembara
TranungKite.net

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Penafian /Pengakuan
Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran TokJanggut secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang TokJanggut sertai. Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan TokJanggut. TokJanggut boleh dihubungi dengan email tokjanggutt@gmail.com


Tabung Bantuan Penyakit Kronik
01.01.04 (1:13 pm)   [edit]
Kini dalam negara digegak-gempitakan dengan cerita Tabung Bantuan Penyakit Kronik yang katanya berjumlah RM100 juta, namun satu sen pun belum terusik. Isu itu timbul setelah Pemuda Umno melakukan sedikit godaman politik kepada Kementerian terbabit sambil Kementerian Kesihatan juga turut diseret. Jika tidak silap tabung ini diumumkan kewujudannya semasa rakyat dipilukan dengan cerita kematian beberapa pesakit Biliary Atresia seperti Allahyarham Sofea Qhairunnisa yang gagal mendapatkan rawatan di bumi yang sedang bermegah dengan KLIA dan Menara kembar Petronasnya.
Selepas pengumuman penubuhan tabung itu pula, tak kurang 5 orang anak watan yang menemui ajal kerana tiada pembelaan yang sepatutnya dari kerajaan. Ianya amatlah berbeza dengan sikap kerajaan di bawah TKT Mahathir yang telah menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya Mirzan, dengan wang rakyat RM2 billion yang akhirnya terus terlungkup sambil anak lelakinya bergaya sakan menghayun telor ke sana-sini tanpa sedikit pun mempunyai rasa malu sebagai orang Melayu.

Untuk sehari dua lalu, masing-masing Kementerian dan Jabatan saling menuding antara satu sama lain sebagai punca kenapa wang Tabung itu tidak dikeluarkan untuk membantu mangsa yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir seraya memalitkan arang di muka pembesar negara yang hanya tahu bercakap megah sahaja. Memang benar seperti dakwaan penulis rakyat, betapa pemimpin rejim warisan dari Tun Kepala Taik masih berdiri dek kekuatan propaganda.

Setelah dihebohkan akhbar, baru lah kita tahu apa yang berlaku. Rupa-rupanya, Kementerian yang memegang kuasa bagi mengeluarkan bantuan itu telah diberi syarat bahawa hanya mereka yang berpendapatan RM600 sahaja layak untuk menerima peruntukan tersebut. Lidah yang dibelit dan jari yang dituding selama dua tahun ini, akhirnya telah menyerlahkan betapa mereka yang mengungguli jawatan tertinggi baik dalam kabinet mahupun Kementerian hanyalah para badut sarkas, mangkuk hayun dan kera yang diberi bunga. Mereka tidak tahu sebenarnya untuk melaksanakan amanah yang diberi.

Mari kita perhatikan secara perlahan-lahan. Bagaimana agaknya mereka boleh muncul dengan ide haprak hanya mereka yang berpendapatan rendah RM600 sahaja yang layak untuk diluluskan bantuan bagi menyambung nyawa anak pinak mereka?? Bukankah sedikit masa dahulu, Tun KT Mahathir ada menyatakan yang Malaysia bercadang merealisasikan tahap gaji minimum RM1000. Bahkan ianya sudah pun menjadi modal politik Samy Vellu menipu kaum bangsanya. Kita sebagai rakyat marhaen teringin sangat meneliti perkiraan dan congak para menteri yang menjadikan tahap gaji itu sebagai genting menghalang rakyat malang mendapatkan pembelaan. Formula apa yang digarapnya? Kajian di negara mana pula yang disauk mereka dengan menjolok angka sekecil itu sebagai batas kelayakan menerima bantuan??

Sedikit masa dahulu Dr Mahathir si Raja Kelentong merangkap Tun Kepala Taik pernah menipu rakyat dengan mengatakan bukan tangga gaji yang penting. Angka bukanlah penting sambil mengambil contoh wang Yugoslavia yang begitu besar angkanya tetapi kecil nilai pasaran untuk memperbodohkan rakyat. Ia juga telah menegaskan, yang penting adalah kuasa membeli. Kita rakyat telah disogok supaya bersyukur melulu kepada dirinya dan rejim pimpinannya yang ‘konon’ telah berjaya menjaga keupayaan daya beli rakyat sambil mengambil satu dua contoh yang mengelirukan untuk dibebelkan kepada rakyat. Malah Pengkhianat Melayu itu juga telah sempat menyeru rakyat untuk meniru gelagat rakyat luar negara yang tinggi pendapatan perkapita nya atas kerja keras mereka dan sentiasa menerima dan bersyukur dengan apa sahaja yang dibuat kerajaan.

Akan tetapi bedebah itu tidak pun mengambil dan menghurai suasana perubahan ekonomi pasaran dalam negara yang sudah jauh berubah sejak ia mencengkam kuasa. Kenapa ia tidak huraikan tentang harga kereta Toyota DX pada tahun 1980 berharga RM7000 dan kini yang setaranya ialah Toyota Vios pada harga RM80 ribu? (bagaimana pulak dengan Proton yang katanya kereta untuk rakyat?) Kita juga hairan kenapa ia gagal mengulas harga tepung yang dahulunya 20 sen sekati dan kini menjadi RM1.60 sekilo. Saudara sebut sahajalah apa bendanya, kesemuanya telah melompat berkali ganda berbanding harga dahulu. Kemudian cuba kita bandingkan pula dengan perubahan kenaikan gaji kakitangan awam dan swasta serta pendapatan isi rumah terutamanya orang susah. Sekiranya anda terdiri dari anak Datuk, Tan Sri, Tun dan segala tokoh korporat dan biliana serta miliana dalam negara, perkara ini mungkin remeh serta leceh untuk difikirkan. Almaklumlah, duit macam padi dalam kapok. Jika Tun Daim boleh membuat kejutan di BSKL dengan nilai puluhan juta hanya untuk duit kopi, takkan lah anak pinaknya tidak menikmati kemewahan setara itu??

Gaji guru lebih-kurang berubah dua kali ganda dari tahun 80-an. Begitu juga gaji para doktor. Malah ianya boleh di ‘generalised’ kan kepada semua pekerja dalam negara kita. Dalam masa yang sama cukai di naikkan serta diadakan yang baru sambil membatalkan cukai kecil yang tidak seberapa. Dalam dua puluh tahun TKT mencengkam kuasa secara tipu muslihat (dia kalah sebenarnya dalam pemilihan Umno tahun 1987 kepada KuLeigh), musibat ini telah menipu rakyat dengan angkuh dan berleluasa. Bayangkan kerana mahukan kereta nasional Proton, pembeli kereta telah dicaj berlebihan sebanyak RM25 bilion untuk dibayar royalti kepada Mitsubishi untuk tempoh sedekad yang lalu. Tetapi kenapa pulak dia batalkan royalti Petronas kepada kerajaan Terengganu sedangkan nilainya hanya RM700 juta?? Kemudian secara khianat diganti pula Wang Ehsan, semata-mata atas pertimbangan politik sempit.

Dalam negara kita hanya hujan dan juga yang terikat oleh hukum graviti sahaja yang turun. Manakala yang lainnya semua telah meningkat naik, malah ada juga yang meroket. Harga perkhidmatan utiliti juga sudah melonjak dari paras yang sebelumnya. Tol jalan sudah berapa kali dinaikkan dan dipanjangkan konsesinya melalui perjanjian yang penuh muslihat.

Berbalik kita kepada tabung yang menjadi isu kini. Apakah sebenar yang menghantui perjalanannya? Soal syarat dan peraturankah atau duit peruntukan itu sendiri tidak ada? Sudah menjadi satu amalan untuk menteri terlepas cakap atau mengucapkan janji retorik tanpa terikat untuk menunaikannya. Mungkin kewangan yang dijanjikan itu sendiri satu gurauan buruk kepada rakyat miskin? Maksud saya ia hanya sebagai gula-gula untuk pilihan raya yang bakal tiba.

Sudah muncul pelbagai tanda betapa Malaysia sudah kering kecairan kewangannya. Pembatalan projek kereta api berkembar serta dua tiga projek mega lainnya yang tidak dihebahkan media memberi petanda yang sihir ekonomi Tun Kepala Taik Mahathir sudah menampakkan rupa sebenar. Hari ini di halaman ekonomi akhbar UM, kerajaan dikatakan akan mengeluarkan bon bernilai RM35 billion dengan RM15bilion akan diguna sebagai perbelanjaan kerajaan, manakala selebihnya adalah untuk melunaskan bon yang matang pada tahun 2004!!! Siapa kata era Mahathir bedebah itu tidak membuat hutang??

Lihat! Abdullah pada tahun pertama pemerintahannya sudah dibebankan dengan bon hampir RM20 billion!! Kita juga patut merasa marah apabila Tabungan awam seperti KWSP dan KWAP akan dipaksa melanggan bon tersebut. Soalnya, tidak cukupkah lagi himpunan bon, nota serta skrip yang tersimpan dalam perbendaharaan Tabung awam tadi??

Kita juga jangan menjadi Melayu Pelupa bahawa Belanjawan negara sudah pun 9 tahun defisit berturut-turut. Mana-mana juga kontraktor dalam negara tahu bagaimana kerajaan memindah-mindahkan wang peruntukan pembangunan akibat ketiadaan kecairan tunai. Begitu banyak anugerah projek yang ditunda dan kontraktor yang belum menerima bayaran perkhidmatan mereka.

Ura-ura untuk mendikitkan pengeluaran wang simpanan KWSP sedikit masa lalu juga, jika diperhatikan dengan teliti mungkin disebabkan oleh kekurangan wang tunai. Atau mungkin juga ia diguna untuk memantulkan imej PakLah yang segera menyergah sambil melarang peraturan itu.

Hari ini diberitahu syarat baru bagi memohon wang tabung penyakit kronik itu dengan memaksa keluarga mangsa mencari wang sendiri dari pelbagai punca dengan kerajaan hanya akan menganugerah melalui tabung itu sebanyak mana yang telah dikutip mereka. Ini satu lagi syarat yang timbul dari otak manusia berhati jahat dan tiada perikemanusiaan. Apa mereka fikir keluarga mangsa itu artis seperti Ras Adiba Radzi yang mampu mengheret Mahathir bersama para korporat untuk menyumbang?? Siapakah gerangan manusia berhati busuk yang menyekat wang rakyat dari dinikmati oleh marhaen untuk menyambung nyawa mereka??

Bagi kita, sepatutnya rakyat marhaen tidak kira status ekonomi mereka, kecuali jutawan seperti anak pinak pemerintah berhak menerima wang tabung penyakit kronik itu tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka harus sedar bahawa wang itu adalah dari kutipan cukai yang sama-sama rakyat sumbangkan. Mereka hanya diberi amanah untuk mengatur pemberian bantuan itu secara sistematik. Bukannya untuk membuatkan rakyat merasa mual dan getik.

Apakah saudara fikir, pendapatan RM3,000 sebulan dengan anak 5 orang serta tanggungan hutang rumah, kereta dan peribadi mampu menyediakan peruntukan kos rawatan RM300,000??? Walaupun setelah memungut derma dan mengiklankan di dada akhbar? Alangkah beruntung sekiranya anda berbinkan Tun Kepala Taik Mahathir dan mengidap segala penyakit kronik itu.

Memang sah kerajaan perwarisan Tun Kepala Taik wajar dipunggahkan.

Dr. Nologareng - 31.12.2003

 
ZAM Jadikan RTM Sebagai Alat Propaganda Kaki Lima
01.01.04 (1:10 pm)   [edit]
Nampak gayanya Zam atau Zainudin Maidin cuba nak mengampu Pak Lah dengan menyiarkan segmen `Wajah Sebuah Parti' bermula 5 Januari 2004 ini. Kita rasa Pak Lah patut pecat atau tamatkan saja perkhidmatan Zam dari jadi menjadi Timbalan Menteri Penerangan. Kalau tidak silap kita tempoh Zam jadi senator sudah pun tamat dan tidak perlu lagi orang macam beliau disambung perkhidmatan. Orang macam beliau tidak layak sebagai seorang menteri kerana mentalinya tidak elok kerana suka sangat menghasut serta dengki terhadap pihak lain.
Kita sebagai rakyat Malaysia tidak suka melihat RTM dijadikan alat propaganda oleh parti Umno/BN.

Kita tidak mahu rakyat Malaysia akan berbalah sesama sendiri akibat fitnah serta hasutan yang disiarkan oleh RTM.

Jangan jadikan RTM sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu politik perkauman serta hasad dengki seseorang yang "kurang pandai' dengan menjadi RTM sebagai alat beliau untuk menghasut rakyat Malaysia supaya membenci sebuah politik yang tidak sehaluan dengan beliau.

Diharap Pak Lah sebagai seorang yang dikira 'alim' serta dari keturunan yang baik-baik (ulama) dapat mengambil sesuatu tindakan terhadap Zam yang nyata suka menghasut rakyat Malaysia untuk membenci PAS amnya.

Diharap jangan biarkan orang macam ini menjadi menteri kerana ia akan merosakkan perpaduan kaum di negara tercinta ini.

Di harap pihak RTM hendaklah berlaku adil pada semua pihak terutama sekali pihak pembangkang kerana mereka juga perlu menjelaskan apa-apa jua masalah yang berbangkit nanti. Berilah peluang yang sama adil kepada semua pihak kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapat gambaran yang jelas dari semua pihak.

Sekiranya Zam betul-betul ikhlas jangan hanya menayangkan keburukan parti lawan sedangkan mereka (pembangkang) tidak dapat peluang untuk membalas balik tuduhan yang dilemparkan oleh Zam nanti.

Jangan biarkan perkara tidak baik berlaku nanti dan diharap mendapat perhatian dari semua pihak yang berkenaan.
Sekian harap maklum.

- Rakyat Malaysia Prihatin - 31.12.2003

 
Untuk mu BPR
12.31.03 (2:19 pm)   [edit]
1. Isu Rasuah Saham Rafidah (Dipetik drp Sangkancil List)

Di laman web Pemuda Keadilan, ada dipaparkan dokumen yang membabitkan korupsi terhadap YB Dato' Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, berkaitan dengan pemberian beberapa juga saham kepada menantu lelaki beliau. Saya telah difahamkan bahawa BPR belum pun membebaskan Rafidah daripada tuduhan itu semua. Tentu ada sebab kenapa BPR liat menjalankan siasatan itu semasa TKT Mahathir masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi, setelah dia bersara sekarang ini, saya yakin BPR akan laksanakan peraturan undang-undang. Lagipun semasa merangka pertuduhan itu sebelum mengemukakannya kepada Perdana Menteri dahulu, sudah tentu BPR telah pun mengutip bahan bukti yang secukupnya terhadap beliau. Untuk menafikan semua perkara yang penting itu sekarang ini, tentu boleh disamakan dengan pengakuan bahawa satu pasukan buruh DBKL pun mampu menguruskan juga agensi itu.
Kalu Paklah benar-benar serius mahu membanteras korupsi, beliau harus mengetepikan Rafidah daripada barisan kabinetnya dan membekukan segala aset beliau dan ahli keluarga yang terdekat sehinggalah mahkamah menentukan apakah beliau bersalah ataupun tidak. Saya yakin bahawa Paklah sedar akibat menyimpan seorang menteri yang sudah begitu bergelumang dengan rasuah adalah bertentangan dengan nawaitu pemerintahan yang baik yang telah pun dihebohkannya selama ini.

Kumpulan NGO tidak akan berdiam diri. Asakan mereka akan menyebabkan Paklah kehilangan beberapa ribu undi. Tetapi Rafidah memang amat menghormati Perdana Menteri. Baru-baru ini dia naik berang apabila orang ramai masih menggunakan panggilan Paklah apabila merujuk kepada Perdana Menteri yang baru. Atas sebab itu, saya yakin dia akan bersedia melepaskan jawatannya untuk mengelakkan Perdana Menteri diaibkan.

Ada orang berkata bahawa pemimpin sekumpulan penyamun tidak boleh menjadi seorang warga yang baik. Segala tindakan yang akan dikenakan terhadap Rafidah seharusnya dikuatkuasakan terhadap TKT Dr. Mahathir untuk menentukan apakah segala harta yang dihimpunkannya di dalam dan di luar negara itu benar-benar dikumpulkannya secara halal.

Paklah merupakan lulusan agama di universiti, dan dia terkenal sebagai seorang insan yang baik tetapi dia akan kehilangan semua itu kalau gagal bertindak dengan berkesan terhadap perkara ini.

- Sangkancil List-malaysia.net
Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 30.12.2003

Teks asal: At the Pemuda KeAdilan website there is a facsimile of an ACA document listing out 3 counts of corruption against YB Dato' Seri Rafidah Aziz, Minister of International Trade involving the illegal transfer of shares worth several millions of dollars to her son in law. As far as I know the ACA has not officially cleared her of the charges. There must have been some reluctance to prosecute her during Dr. Mahathir's watch but now that he has retired, I am sure that the ACA will do what it is bound by law to do since it is obvious that when the Agency drew up the charges against Rafidah for the consideration of the Prime Minister it had already collected sufficient evidence against her. To deny all this now or to waffle on so important a matter would be like admitting that even a team of Buruh DBKL can manage the Agency.

Pa' Lah if he is really serious about eradicating corruption should interdict Rafidah from her cabinet position and freeze her assets and those of her immediate family until a court of law decides on her guilt or otherwise. I am sure that Pa' Lah realizes that to retain a cabinet minister disfigured with the leprosy of corruption is to go against all the ideals of good governance which he has been preaching with a bullhorn. And the NGO's will not keep quiet.Their agitation could cost Pa' Lah several thousands of votes. But Rafidah has great respect for the office of Prime Minister. Recently she blow her top when members of the public began using the fond diminutive Pa' Lah to refer to the incumbent. I am sure that she would voluntarily and gladly step down from her position to save him painful embarrassment.

It has been said that the leader of a troop of robbers cannot himself be a law abiding citizen. The measures to be applied in the Rafidah case should also be enforced against Dr. Mahathir to determine whether his wealth both local and overseas was acquired lawfully.
Pa' Lah has studied Religion at the university, and he his known as a decent person but he would lose all moral authority to speak on government ethics if he fails to act decisively on this matter.



------------------------- ------------------------- ------------------------- -----

Untuk mu BPR
2. Isu Kereta Mewah Zaharah (Dipetik drp Sangkancil List)
Baru-baru ini sebuah kereta berjenama Mercedes Benz yang diimport secara haram oleh seorang berbangsa India telah didapati diparkir di rumah kediaman Dato' Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman – Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Setakat hari ini, Mak Menteri masih belum memberikan satu penjelasan yang memuaskan bagaimana dia boleh dikaitkan kepada kenderaan itu.

Kalau Paklah benar-benar serius mahu membanteras rasuah di negara ini, dia harus meminta Siti Zaharah memberikan satu surat penjelasan yang bertulis dan mengarahkan BPR menjalankan siasatan sehingga membolehkan BPR mendakwa menteri itu di mahkamah, seandainya perlu.

Saya masih ingat gelagat menteri itu ketika menepis soalan pihak akhbar yang ada kaitan dengan kereta mewah itu dengan menyebut dengan megahnya bahawa “perkara itu sudah ditutup”.

Kalau Paklah tidak siasat perkara ini, kita akan faham betapa segala cakapnya mahu membasmi korupsi adalah cakap kosong sahaja...

Salinan kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Rahmat Ilahi melimpahi hidup Dato’.
Dikemukakan untuk maklumat dan tindakan Dato’

- Sangkancil List-malaysia.net
Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 30.12.2003

Teks Asal: Recently an expensive Mercedes Benz imported illegally into the country under the name of an Indian was found parked at the residence of Dato' Dr Siti Zaharah binti Sulaiman, Minister of National Unity and Social Development. To date the honorable Minister has not provided a satisfactory explanation as to how she came to be connected with the vehicle. It is only reasonable in the circumstances to presume corruption on her part. If Pa' Lah is really serious about extirpating Rasuah in the nation, he should demand a public explanation in writing from Dr. Siti Zaharah and then get the ACA to verify it,allowing the Agency to prosecute her in court if necessary.

I remember how the learned lady during an encounter with the press defly parried embarrassing questions rleating to this kereta mewah and then announcing jubilantly that the " matter is closed. "

If Pa' Lah does not get to the root of this case, then we will know that all his talk of eradicating corruption is so much ..... I shall not resort here to the pastoral expletive the unrestrained use of which earned the feminist Germaine Greer a severe rebuke from a judge in New Zealand......

sal kpd. Y.A.M. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

Semoga Rahmat Illahi melipahi hidup Dato'
Di kemukakan untuk ma'alumat dan tindakan Dato'
 
Akhirnya Umno Mengakui Mahathir Memang `Taik`
12.31.03 (2:17 pm)   [edit]
Di kalangan pemimpin Umno, DS Adnan Yaakub MB Pahang, bolehlah diibaratkan sebagai `samseng taik minyak`.Peristiwa beliau menunjukkan isyarat lucah kepada ribuan para penyokong BA ketika penamaan calon pilihanraya kecil DUN Sanggang masih segar di dalam memori rakyat jelata.
Kecaman beliau kepada ADUN BA semasa menggulung usul penghargaan kepada bekas PM Tun Mahathir dan tahniah kepada DS Abdullah Ahmad Badawi di atas perlantikannya sebagai PM ke-5, jelas mempamirkan kerendahan akhlak MB samseng itu.

Adnan menyifatkan sokongan BA di persidangan Dun Pahang terhadap usul tersebut umpama `bungkusan gula-gula mengandungi tahi`.

Kebiadapan Adnan itu semata-mata untuk melepaskan geram apabila Ketua Pembangkang Dun Pahang YB Ustazd Idris Omar menggariskan enam kegagalan Mahathir dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan agama di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Kegagalan tersebut langsung tidak disentuh oleh Adnan ketika membentangkan usul berkenaan. Ertinya Ustaz Idris hanya bertindak sebagai pelengkap di samping ingin menyampaikan mesej agar pemimpin lain tidak mengulangi kesilapan penzalim tua itu.

Adnan sepertimana para pembodek yang lain, menganggap Mahathir maha sempurna dari sebarang kelemahan, apa-apa langkah yang dikira cuba mencacatkan kesempurnaan bekas bosnya itu wajib dikutuk habis-habisan.

Barangkali diantara amalan wirid harian Adnan: “Mahasuci Mahathir dari sebarang kelemahan.” Jika tidak, masakan `samseng taik minyak` Umno itu begitu menyinga apabila Paduka Tun `dihina`.

Apa pun, cercaan beliau yang menyifatkan sokongan wakil BA terhadap usul di atas sebagai `bungkusan gula-gula mengandungi tahi`, tanpa disedarinya memperakui `ketaikkan` Mahathir. Tahi siapa yang dibalut dengan bungkusan gula-gula itu jika bukan tahi Mahathir!

Kebenaran maksud novel Shit karya Sasterawan Negara mkp Ahli Parlimen Sik, Dato Shahnon Ahmad serta jolokan sTK (si Kepala Taik) bertahun lamanya sebelum dinaikkan taraf TKT (Tun Kepala Taik) kepada Mahathir oleh para penulis siber, akhirnya diakui oleh Umno.

Syabbas dan tahniah DS Adnan Yaakub! Mulai saat ini rakyat jelata tidak perlu lagi membuang masa `mentaikkan` Mahathir kerana Umno sendiri sedang menghebahkannya.

- Inderaloka - 31.12.2003
 
Oooo Macam Ni Cara Nak Menang....
12.31.03 (2:16 pm)   [edit]
Sekumpulan pemuda yang sedang berjalan keluar dari Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara didengar bertengkar mengatakan walaupun beliau dijanjikan upah RM500 tetapi beliau tidak akan diperbodohkan untuk mematuhi apa saja yang disuruh tanpa pertimbangan.
Menurut seorang daripadanya, "Ini negara demokrasi. Mereka tak boleh paksa kita." Apabila ditanya, tatkala mereka singgah di kedai mamak berdekatan, mereka menceritakan bahawa mereka baru saja membuat Kad Pengenalan baru di kaunter VIP JPN.

Mereka dikehendaki oleh "penganjur" supaya datang ke ibu pejabat JPN selepas waktu pejabat untuk membuat Kad Pengenalan baru di kaunter VIP yang dikhaskan untuk mereka.

Menurut para belia ini, semenjak beberapa minggu lepas, JPN telah bekerja lebih masa dan kini sedang giat membuat Kad Pengenalan baru untuk kumpulan-kumpulan belia yang dipilih bagi tujuan menukar alamat mereka.

Mereka telah diberitahu oleh penganjur bahawa semasa pilihan raya umum nanti mereka akan diberi RM500, tambang dan makan percuma dan dikehendaki/ akan dihantar untuk membuang undi di kawasan-kawasan yang akan ditentukan mengikut alamat yang ditetapkan di dalam Kad Pengenalan baru tersebut. Dan negeri-negeri yang menjadi tumpuan ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mereka menambah, bagi tujuan tersebut, JPN telah membuka kaunter-kaunter khas bermula dari waktu selepas pejabat hingga sebelum tengah malam.

Daripada sumber ini, jelaslah bahawa selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah digunakan oleh Puteri UMNO, JPN juga sedang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kepentingan mereka memenangi pilihan raya dengan cara membuat Kad Pengenalan baru di kaunter VIP selepas waktu pejabat hingga larut malam. (Petikan HarakahDaily)

Sementara itu umno juga ada bawak pengundi baru ke Pekan. Merujuk pada pembongkaran ekslusif harakah bahawa terdapat satu penempatan baru ala pendatang tanpa izin di Pekan, pahang. Mereka ini didatangkan dari Kedah dan diberi kad pengenalan baru yg beralamat baru. Dengan prasarana yang serba dhaif mereka dikatakan dibawa ke kawasan bekas balak(?) itu untuk menanam padi. Diletakkan pada kedudukan yang jauh terpencil dan keadaan peserta seperti para perempat di negara sendiri, memang berlaku kecurigaan akan tujuan utama kedatangan mereka ini.

Adakah ini satu lagi strategi "baik" umno untuk menjadikan mereka ini pengundi hantu??? Bagaimana dengan mudah sahaja satu penempatan dan pengeluaran kad pengenalan baru boleh dikeluarkan secara pukal? Apa lagi dengan program-program anjuran umno Pahang kepada mereka yang dilihat seperti satu perancangan untuk menjelang pilihanraya.

walaupun harakah cuba mengaitkan mereka mungkin dijadikan pengundi hantu untuk membantu Najib yang hampir tewas di sana... namun jangan dilupakan mungkin juga ianya strategi musuh Najib untuk memastikan Najib benar-benar kalah di sana. Politik umno serba mungkin untuk tikam-menikam. Apa-apapun hampeh makin hampeh!!! orang Pahang jangan sampai gadai maruah dengan wakil rakyat yang dilantik adalah atas lantikan hantu-hantu umno.

Bab Pendang ngan Anak Bukit tue apa cite??? kalau setakat nak jadi tukang rayu undi atau sekadar pemeriah pilihanraya, biasalaaa. Nie depa yang baru sampai nie diperlakukan macam pendatang, duduk rumah kongsi,takdak kemudahan yang cukup, dijanjikan kerja sawah, diberi kp baru beralamat sana dan terlibat plak dalam program-program umno. Dah laaa dulu heboh orang umno jual kp kat Likas sampai masuk mahkamah dan hakim kena ugut... la nie depa tukar strategi lak, ubah kp sesuka hati.

Sebab tue kita yakin sangat umno nie bukan lagi parti yang benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan aku tak ragu-ragu lagi untuk tidak mengundi umno lagi. Nampaknya, bahang piliharaya semakin terasa. Tiga kontena berisi bendera, payung, t-shirt dan topi dah sampai dari China. Orang-orang politik sibuk mengatur strategi, senyum dipaksa macam pramugara. Masa la ni, kenduri, kematian, tak boleh dilupa kena tunjuk muka.

Once PM announce the election is coming
This is the time to ask for road resurfacing
Without much time steamroll will come rolling
Because the wakil rakyat want to make sure you pangkah dacing!

Kampung-kampung kat Kedah, semacam Hairan bin Ajaib terutama bila lihat jalan tar kelihatan hitam dan baru. Padahal 2 hari sebelum tu jalan tar lama masih elok, cuma warnanya agak pudar. Depa mai bubuh tar hinggakan jalan yang ada satu atau dua rumah pun depa bubuh tar sampai depan tangga. Beginilah orang-orang Umno buat kerja. Kerja yang sepatutnya dibuat dalam masa 5 tahun dibuat dalam masa sehari! Kita boleh bayangkan bagaimana jalan tar segera ini dibuat. Jalan tar ini bagaikan batas ubi keledek! Kita harap orang-orang kampung celik mata luas-luas. Jangan jadi bodo. Jadilah cerdik macam orang Kelantan dan Terengganu. Bagi kain pelikat-pakai. Bagi beras-tanak,Bagi gula-kacau. Bila mengundi pakat-pakat pangkah bulan dan adil! kali ni biar kita kalih dacing berkarat tu sampai terbalik.

Happy Campaigning!

P/S ooo yerr kalau nak berita betul dengar laa dari paper kerajaan yang tak penah membohong iaitu berita hairan, utusan meloya, tv3 suku dan banyak lagi... ini paper tak pernah tipu dalam empat no ekor. Geng-geng umno bolelah kena tipo... bangangg sungguhh nak suruh orang pecaya...Harakah baru satu dah gelabah. Kalu ada 2 harakah tinggal seluar dalam jer laa pemimpin proksi yahudi ni...

Kiriman Osman Jailani - 30.12.2003 (tanpa suntingan)

 
Jalan Golongan Yang Selamat
12.31.03 (2:14 pm)   [edit]
1. Allah berfirman:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai." (Ali Imran: 103)
"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Ar-Ruum: 31-32)

2. Nabi bersabda yang bermaksud:
"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan taat, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." (HR. Nasa'i dan At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih).

3. Dalam hadis yang lain Nabi bersabda yang bermaksud:
"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah." (HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadis hasan)

4. Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:
"Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya." (HR. At-Tirmizi, dan dihasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' 5219)

5. Ibnu Mas'ud meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah membuat garis dengan tangannya lalu bersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah yang bermaksud, 'Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153) (Hadis shahih riwayat Ahmad dan Nasa'i)

6. Syaikh Abdul Kadir Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah berkata, "... adapun Golongan Yang Selamat iaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Dan Ahlus Sunnah, tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama, iaitu Ashhabul Hadis (para ahli hadis)."

7. Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada Al-Quranul Karim. Tidak termasuk orang-orang musyrik yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah menjadi banyak golongan, sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi, golongan-golongan tersebut akan masuk Neraka kerana mereka menyimpang dan jauh dari Kitabullah dan Sunnah NabiNya. Hanya satu Golongan Yang Selamat dan mereka akan masuk Syurga, iaitu Al-Jamaah, yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah yang shahih, di samping melakukan amalan para sahabat dan Rasulullah SAW.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah). Dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya.

MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT

1. Golongan Yang Selamat ialah golongan yang setia mengikuti manhaj Rasulullah SAW dalam hidupnya, serta manhaj para sahabat sesudahnya.

Iaitu Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah kepada RasulNya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis shahih. Beliau memerintahkan umat Islam agar berpegang teguhkepada keduanya:

"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah (AlQuran) dan Sunnahku (Hadis). Tidak akan bercerai-berai sehingga kedua-nya menghantarku ke telaga (Syurga)." (Dishahihkan Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami')

2. Golongan Yang Selamat akan kembali (merujuk) kepada Kalamullah dan RasulNya tatkala terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka, sebagai realisasi dari firman Allah yang bermaksud:

"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa': 59)

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa': 65)

3. Golongan Yang Selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas Kalamullah dan RasulNya, realisasi dari firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hu-jurat: 1)

Ibnu Abbas berkata:
"Aku mengira mereka akan binasa. Aku mengatakan, 'Nabi bersabda, sedang mereka mengatakan, 'Abu Bakar dan Umar berkata'." (HR. Ahmad dan Ibnu 'Abdil Barr)

4. Golongan Yang Selamat senantiasa menjaga kemurnian tauhid.

Mengesakan Allah dengan beribadah, berdoa dan memohon pertolongan –baik dalam masa sulit mahupun lapang–, menyembelih korban, bernazar, tawakkal, berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan berbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tegaknya Daulah Islamiyah yang benar. Menjauhi dan membasmi berbagai bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam, sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid. Dan sungguh, suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika ia meremehkan masalah tauhid, tidak membendung dan memerangi syirik dengan segala bentuknya. Hal-hal di atas merupakan teladan dari para rasul dan Rasul kita Muhammad Sallahu alihi Wassalam.

5. Golongan Yang Selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW, baik dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap hidupnya Kerana itu mereka menjadi orang-orang asing di tengah kaum-nya, sebagaimana disabdakan oleh Nabi yang bermaksud:

"Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing." (HR. Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:
"Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (Al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad shahih")

6. Golongan Yang Selamat tidak berpegang kecuali kepada Kalamullah dan Kalam RasulNya yang maksum, yang berbicara dengan tidak mengikuti hawa nafsu.

Adapun manusia selainnya, betapapun tinggi darjatnya, terkadang ia melakukan kesalahan, sebagaimana sabda Nabi Sallahu alihi Wassalam yang bermaksud: "Setiap bani Adam (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan riwayat Imam Ahmad)

Imam Malik berkata, "Tak seorangpun sesudah Nabi melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi (yang ucapannya selalu diambil dan diterima)."

7. Golongan Yang Selamat adalah para ahli hadis.

Tentang mereka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah." (HR. Muslim)

Seorang penyair berkata, "Ahli hadis itu, mereka ahli (keluarga) Nabi Sallahu alihi Wassalam, sekalipun mereka tidak bergaul dengan Nabi Sallahu alihi Wassalam, tetapi jiwa mereka bergaul dengannya.

8. Golongan Yang Selamat menghormati para imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.

Golongan Yang Selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari Al-Quran, hadis-hadis yang shahih, dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadis shahih. Hal ini sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil hadis shahih, dan meninggalkan setiap pendapat yang bertentangan dengannya.

9. Golongan Yang Selamat menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.

Mereka melarang segala jalan bid'ah dan cabang-cabang yang menghancurkan serta memecah belah umat. Baik bid'ah dalam hal agama mahupun dalam hal sunnah Rasul dan para sahabatnya.

10. Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan para sahabatnya.

Sehingga mereka mendapatkan pertolongan dan masuk Syurga atas anugerah Allah dan syafa'at Rasulullah Sallahu alihi Wassalam –dengan izin Allah–.

11. Golongan Yang Selamat mengingkari peraturan perundang-undangan yang dibuat oleh manusia apabila undang-undang tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Golongan Yang Selamat mengajak manusia berhukum kepada Kitabullah yang diturunkan Allah untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Hukum-hukumNya abadi sepanjang masa, cocok dan relevan bagi penghuni bumi sepanjang zaman.

Sungguh, sebab kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan mundurnya khususnya dunia Islam, adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hukum Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam tidak akan jaya dan mulia kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam, baik secara peribadi, kelompok mahupun secara pemerintahan. Kembali kepada hukum-hukum Kitabullah, sebagai realisasi dari firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad: 11)

12. Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan Allah.

Jihad adalah wajib bagi setiap Muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan:

Pertama, jihad dengan lisan dan tulisan: Mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang shahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak terdapat di negara-negara Islam. Rasulullah SAW telah memberitakan tentang hal yang akan menimpa umat Islam ini. Beliau bersabda yang bermaksud:

"Hari Kiamat belum akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala." (Hadis shahih, riwayat Abu Daud, hadis yang semakna ada dalam riwayat Muslim)

Kedua, jihad dengan harta: Menginfakkan harta buat penyebaran dan peluasan ajaran Islam, mencetak buku-buku dakwah ke jalan yang benar, memberikan santunan kepada umat Islam yang masih lemah iman agar tetap memeluk agama Islam, memproduksi dan membeli senjata-senjata dan peralatan perang, memberikan bekal kepada para mujahidin, baik berupa makanan, pakaian atau keperluan lain yang diperlukan.

Ketiga, jihad dengan jiwa: Bertempur dan ikut serta di medan peperangan untuk kemenangan Islam. Agar kalimat Allah ( Laa ilaaha illallah) tetap JAYA sedang kalimat orang-orang kafir (syirik) menjadi hina. Dalam hubungannya dengan ketiga perincian jihad di atas, Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam sabdanya yang bermaksud:

"Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisanmu." (HR. Abu Daud, hadis shahih)

Adapun hukum jihad di jalan Allah adalah:
Pertama, fardhu 'ain: Berupa perlawanan terhadap musuh-musuh yang melakukan pelanggaran ke beberapa negara Islam wajib dihalau. Pelampau-pelampau Yahudi misalnya, yang merampas tanah umat Islam di Palestine. Umat Islam yang memiliki kemampuan dan kekuatan –jika berpangku tangan– ikut berdosa, sampai orang-orang Yahudi terkutuk itu keluar dari wilayah Palestine. Mereka harus berupaya mengembalikan Masjidil Aqsa ke pangkuan umat Islam dengan kemampuan yang ada, baik dengan harta mahupun jiwa.

Kedua, fardhu kifayah: Jika sebahagian umat Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajibannya menjadi gugur. Seperti dakwah mengembangkan misi Islam ke negara-negara lain, sehingga berlaku hukum-hukum Islam di segenap penjuru dunia. Barangsiapa menghalangi jalan dakwah ini, ia harus diperangi, sehingga dakwah Islam dapat berjalan lancar.

TANDA-TANDA GOLONGAN YANG SELAMAT

1. Golongan Yang Selamat jumlahnya sangat sedikit di tengah banyaknya Umat Manusia.

Tentang keadaan mereka, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang shalih di lingkungan orang banyak yang berperangai buruk, orang yang mendurhakainya lebih banyak daripada orang yang mentaatinya." (HR. Ahmad, hadis shahih)

Dalam Al-Quranul Karim, Allah memuji mereka dengan firman-Nya yang bermaksud, "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba': 13)

2. Golongan Yang Selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah dan dilecehkan dengan gelar dan sebutan yang buruk.

Nasib mereka seperti nasib para Nabi yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)." (Al-An'am: 112)

Rasulullah SAW misalnya, ketika mengajak kepada tauhid, oleh kaumnya beliau dijoloki sebagai "tukang sihir lagi sombong". Padahal sebelumnya mereka memberi beliau jolokan "ash-shadiqul amin", yang jujur dan dapat dipercaya.

3. Syaikh Abdul Aziz bin Baz ketika ditanya tentang Golongan Yang Selamat, beliau menjawab, "Mereka adalah orang-orang salaf dan setiap orang yang mengikuti jalan para salafush shalih (Rasulullah, para sahabat dan setiap orang yang mengikuti jalan petunjuk mereka)."

Hal-hal di atas adalah sebahagian dari manhaj dan tanda-tanda Golongan Yang Selamat. Pada pasal-pasal berikut akan dibahas masalah akidah Golongan Yang Selamat iaitu golongan yang mendapat pertolongan. Semoga kita termasuk mereka yang berakidah Firqah Najiyah (Golongan Yang Selamat) ini, Amin.

THA'IFAH MANSHURAH
(KELOMPOK YANG MENDAPAT PERTOLONGAN)

Untuk mendapat jawapan, siapakah Tha'ifah Manshurah yang bakal mendapat pertolongan Allah, marilah kita ikuti huraian berikut:

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang keputusan Allah." (HR. Muslim)

2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Jika penduduk Syam telah rosak, maka tak ada lagi kebaikan di antara kalian. Dan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang hari Kiamat." (HR. Ah-mad, hadis shahih)

3. Ibnu Mubarak berkata, "Menurutku, mereka adalah ashha-bul hadis (para ahli hadis)."

4. Imam Al-Bukhari menjelaskan, "Menurut Ali bin Madini mereka adalah ashhabul hadis."

5. Imam Ahmad bin Hambal berkata, "Jika kelompok yang mendapat pertolongan itu bukan ashhabul hadis maka aku tidak mengetahui lagi siapa sebenarnya mereka."

6. Imam Syafi'i berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal, "Engkau lebih tahu tentang hadis daripada aku. Bila sampai kepadamu hadis yang shahih maka beritahukanlah padaku, sehingga aku bermadzhab dengannya, baik ia (madzhab) Hijaz, Kufah mahupun Basrah."

7. Dengan spesialisasi study dan pendalamannya di bidang sunnah serta hal-hal yang berkaitan dengannya, menjadikan para ahli hadis sebagai orang yang paling memahami tentang sunnah Nabi, petunjuk, akhlak, peperangannya dan berbagai hal yang berkaitan dengan sunnah.

Para ahli hadis –semoga Allah mengumpulkan kita bersama mereka– tidak fanatik terhadap pendapat orang tertentu, betapapun tinggi darjat orang tersebut. Mereka hanya fanatik kepada Rasulullah SAW.

Berbeza halnya dengan mereka yang tidak tergolong ahli hadis dan mengamalkan kandungan hadis. Mereka fanatik terhadap pendapat imam-imam mereka –padahal para imam itu melarang hal tersebut– sebagaimana para ahli hadis fanatik terhadap sabda-sabda Rasulullah SAW Kerananya, tidaklah menghairankan jika ahli hadis adalah kelompok yang mendapat pertolongan dan Golongan Yang Selamat.

Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Syarafu Ashhabil Hadis menulis, "Jika shahibur ra'yi disibukkan dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat baginya, lalu dia mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah SAW, nescaya dia akan mendapatkan sesuatu yang membuatnya tidak memerlukan lagi selain sunnah.

Sebab sunnah Rasulullah SAW mengandungi pengetahuan tentang dasar-dasar tauhid, menjelaskan tentang janji dan ancaman Allah, sifat-sifat Tuhan semesta alam, mengkhabarkan perihal sifat Syurga dan Neraka, apa yang disediakan Allah di dalamnya buat orang-orang yang bertakwa dan yang ingkar, ciptaan Allah yang ada di langit dan di bumi.

Di dalam hadis terdapat kisah-kisah para nabi dan berita-berita orang-orang zuhud, para kekasih Allah, nasihat-nasihat yang berguna, pendapat-pendapat para ahli fiqih, khutbah-khutbah Rasulullah SAW dan mukjizat-mukjizatnya...

Di dalam hadis terdapat tafsir Al-Quranul 'Azhim, khabar dan peringatan yang penuh bijaksana, pendapat-pendapat sahabat tentang berbagai hukum yang terpelihara…

Allah menjadikan ahli hadis sebagai tiang pancang syariat. Dengan mereka, setiap bid'ah yang keji dihancurkan. Mereka adalah pemegang amanat Allah di tengah para makhlukNya, perantara antara nabi dan umatnya, orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam memelihara kandungan (matan) hadis, cahaya mereka berkilau dan keutamaan mereka sentiasa hidup.

Setiap golongan yang cenderung kepada nafsu –jika sedar– pasti kembali kepada hadis. Tidak ada pendapat yang lebih baik selain pendapat ahli hadis. Bekal mereka Kitabullah, dan Sunnah Rasulullah SAW adalah hujjah (argumentasi) mereka. Rasulullah SAW kelompok mereka, dan kepada beliau nisbat mereka, mereka tidak mengindahkan berbagai pendapat, selain merujuk kepada Rasulullah SAW. Barangsiapa menyusahkan mereka, nescaya akan dibinasakan oleh Allah, dan barangsiapa memusuhi mereka, nescaya akan dihinakan oleh Allah."

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk kelompok ahli hadis. Berilah kami rezeki untuk mengamalkannya, cinta kepada para ahli hadis dan membantu orang-orang yang mengamalkan hadis.

Kiriman aku punya
karkunku@yahoo.com - 30.12.2003

 
Megat Joned Akan Dicekup?
12.30.03 (11:59 am)   [edit]
Assalamualaikum Tuan Pengarang!
Hari ini genaplah duwe purname Si Lembik menggantikan TKT sebagai PM. Sepanjang tempuh itu diye asik bercakap tak sudah-sudah .Kekadang rakyat lihat diye macam anak kecik yang sedang kemaruk nak bercakap, sibuk bertanye itu dan ini pade bapanye.

Lokman Bukan Pedagang Politik.

Nampaknya permintaan Si Lembik supaye sekeliyan anak-anak ternaknye melaporkan perkare yang betul tidak diendahkan langsung. Rakyat memang pun tidak mengharap Umno MMK akan bercakap betul kerane berbohong sudah dimaktubkan oleh TKT sebagai salah satu rukun parti (agame) ciptaannye.

Terbaru, tersebar berite yang disiyarkan secare rasmi oleh sebuwah lama web bangsat bahawe Lokman Noor Adam tokoh mude keADILan telah menyertai semule (rejoined) Umno MMK.

D peringkat awal ramai jugak penyokong BA yang agak termakan dengan cerite dongeng tu, last-last bile Lokman sendiri secare tegas menafikannye barulah semuwe orang merase lege.

Punyelah bangsat dan terdesaknye Khalil Yaakub @ Marlon Brando Belacan sehingge sanggup mengeluwarkan surat arahan supaye Umno Bahagian Kluang melantik Lokman sebagai salah sorang AJK Penaje bahagian itu. Dah gile ke penyamun balak ni? Merisik tak pernah, bertanye pade tuan punye badan pun tak pernah,tibe-tibe dilantik jadi AJK.

Stail ape yang diye pakai? Orang asli Papua New Guinea pun tak buwat macam tu tau…hanye Umno yang lebih Jakun daripade segale Jakun!

Ape diye orang ingat Lokman tu pelahap sangat ke kat Umno MMK. Kalau nak tau, budak mude tu merupekan di antare orang yang paling awal keluwar Umno apebile DSAI dipecat. Sebelum meringkuk duwe taun di Kemta (Kem Tahanan) Kemunting dari 2001-2003, diye dah banyak kali keluwar masuk lokap. Semuwenye kerane Reformasi !

Lokman anak jantan Melayu Islam yang gagah berani tau! Bukan Pondan Tuwe Bangladesh macam Hisham atau Benggali Muke Herot macam Aziz Sheikh Fadhir atau macam anak Jawe Pembedal Rasuwah macam Khir Toyo!

Ketige-tige `penyangak mude` Umno MMK dan yang seotak dengan mereke tu kalau tak ade Umno gerenti mampus punye. Sebab Umno adelah sumber pemberi rezeki mereke, tempat mengumpul kekayaan, tempat mencarik kemegahan dan tak keterlaluwan jike dikatekan Umno itu juge agame mereke manekale sang ketuwe disembah seperti tuhan!

Lokman seperti jugak ketuwenye Ezam adelah anak mude mewakili generasi pembaharuwan (reformasi ) bukan mewakili generasi pembaruwahan! Mereke bukan pedagang-pedagang politik yang senantiyase mengintai ruwang untuk mengaut labe. Percayelah dikerat bercaing-caing dan ditumbuk lumat pun Insya Allah mereke tidak akan menciyum Umno MMK apatah lagi nak masuk!

Walau ape pun pembohongan Umno itu adelah petande jelas bahawe Reformasi,Anwar Ibrahim dan keADILan itu tetap di takuti oleh Umno MMK! Cume mulut mereka saje mengatekan perjuwangan reformasi dah lentuk tetapi didalam hati gerun bukan kepalang tau !

Megat Joned Akan Dicekup?

Ketuwe Penerangan Umno MMK dikatekan sudah tidak berape terang lagi nasibnye sekarang.Tidak seperti ketike diye diangkut masuk semule oleh TKT ke dalam MT dulu setelah berehat lebih duwe taun gare-gare terbenam di dalam Parit (Kawasan Parlimen). Khabarnye situe bangke tu memasukkan semule Megat Joned adelah untuk memastikan TKT terus berkuwase, namun perancangan tersebut tidak berjaye.

Kini laki Zeila Jalil tu murung macam ayam berak kapur. Bukan murung tak ade duwit untuk berjudi (hobi diye), bukan pulak kerane Zeila dah ade buwah hati lain tetapi disebabkan kes arwah Mustakizah diungkit kembali.

Perempuwan malang yang didapati mengandung tige bulan setengah ketike dibunuh secare kejam lebih sedekad lalu,sudah pasti jasadnye kini hanye tinggal rangke saje di dalam kuburan tetapi Megat Joned yang belum menjadi warge kubur itu mengape pulak penasaran (tak tentu arah) !

Pasal ape pulak penasaran kalau tak salah. Buwat aje statemen terbuke: “Saye sediye disiyasat berhubung dengan kes Mustakizah.” Itu baru gentleman! barulah layak mengaku keturunan Megat Terawis. Ini tidak! Baru kene gempar sikit dah gabrah penasaran! Itu bukan sikap Megat Terwais tetapi sikap Megat Alang Di Laut (Bapak Lanun) tau!

Kalau tak silap ketike kes pembunuhan (dikapak dan ditembak) Mustakizah –14 November 1988, Ketuwe Siyasatan Jenayah Bandaraye adelah Penolong Penguwase Mohamad Bakri Omar sekarang ni KPN.

Maknenye Bakri kemungkinan besar sudah tau siyape yang terlibat, tetapi tidak berani menghebahkan kerane ditegah oleh Mahathir. Tambahan pulak seingatan saye pade mase tu Megat Joned Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pendapat popular rakyat dari dulu sampai sekarang tidak berubah. Megat Joned tetap disyaki sebagai culprit yang terlibat mengupah orang membunuh Muztakizah. Khabarnye arwah memakse Megat Joned mengahwininye kerane benih didalam perut kian membesar.

Setelah Megat menolak,arwah mengugut untuk membuwat laporan polis…. last-last terbang nyawe.

Menurut cerite yang tersebar kat Kapar dan Kelang ni, Ketuwe Penerangan Umno tu mungkin dicekup seminggu duwe sebelum parlimen dibubarkan. Maknenye diye tidak akan berpeluwang untuk dicalonkan sebagai calon BN.

Berite penangkapannye itu nanti akan dieksploitasi sebagai bahan kempen Umno BN, konon Si Lembik tu telus, tegaslah, adillah bla! bla! bla! Selepas pilihan raye kalau Umno BN MMK menang lagi belum tentu pulak Megat akan dibicarekan!

Soalnye kenape tak dicekup sekarang? Mengape mesti tunggu dekat-dekat PRU? Kalau betul Megat terlibat sudah tentu failnye masih belum ditutup. Ape yang menghalang KPN baru memerintahkan anak buwahnye mencekup segere Megat, Mahathir dah tak pedulik lagi…… Megat nak mampus ke,nak terlungkup ke diye punye pasal.

Kalau dibicarekan sekarang,setidak-tidaknye dapat jugak rakyat mengetahui sikit sebanyak cerite sebenar walau pun kes tu akan ditangguh-tangguhkan sehingge selesai PRU.

Bagilah peluwang Megat membele dirinye jangan jadikan diye sorang saje sebagai babi hitam untuk melonjakkan populariti Si Lembik. Banyak lagi babi-babi hitam yang mesti diseret kemuke pengadilan bukan saje kes bunuh, termasuk jugak kes-kes rasuwah, rogol, salah gune kuwase dan penyelewengan bangsat-bangsat Umno BN MMK.

Kalau betul Megat bersalah dan layak dihukum gantung sampai mati, rakyat tak kate ape pun.Padan muke diye! Sekurang-kurangnya kematiyan Mustakizah terbele jugak, tak lah mati katak. Tertegak jugaklah keadilan!

Semoge Allah swt mengampunkan segale dose arwah Mustakizah. Al Fatihah !

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR - 30.12.2003
 
Kerakusan Penternak Amerika Mengejar Keuntungan
12.30.03 (11:57 am)   [edit]
Di tengah kehangatan debu yang berterbangan di ladang lembu nun jauh di utara Montana, minggu lalu, ada sesuatu yang begitu menyayat hati sedang berlaku. Rantau yang begitu tersorok ini merupakan satu kawasan yang dihuni oleh orang-orang yang pragmatik. Mereka menjadikan tempat itu satu kawasan uji kaji penternakan lembu dengan kaedah yang begitu zalim sehingga ia mengejutkan para penternak lembu di kawasan Barat Tengah Amerika. Di ladang ternakan yang khusus itu, ribuan lembu telah disumbat dalam kandang terbuka yang dibuat daripada besi keluli pagarnya di mana sekitar 200 ekor dikurung dalam setiap kandang berpagar. Tidak ada bumbung di situ dan tidak ada tempat berteduh ataupun rumput di bumi untuk makanan lembu. Hanya debu yang berterbangan selalu. Di setiap tepian kandang itu terletak satu takung besar yang mengandungi bijirin gandum yang lembap setelah direndam dalam ubat pencegah kuman.
Setiap lembu yang ada di situ memang besar bukan kepalang saiznya - kesan memakan bijirin dan pelbagai jenis suntikan hormon steroid yang ditakuti sebagai penyebab barah di kalangan manusia.

Disebabkan setiap lembu itu begitu berat badannya dan sistem penghadaman di badan sudah dicipta Ilahi untuk memakan rumput dan bukannya bijirin, ada kalanya bahagian usus dalaman lembu-lembu itu terpacul keluar. Oleh kerana kos memanggil doktor haiwan adalah terlalu mahal di Amerika, penyakit lembu semacam ini diperbetulkan sahaja oleh pekerja ladang yang menjenguk setiap lembu seekor demi seekor dan menyumbat kembali bahagian usus yang tersembul itu ke dalam bahagian badan lembu dan menjahit ruang luka yang dihidapi oleh lembu tersebut.

Seorang petugas ladang lembu Howard Lyman menjelaskan: “Perniagaan lembu dibayar mengikut berat daging. Lembu tidak memenangi sebarang hadiah berasaskan kecantikan badannya,” (kecuali yang berlaku di Kedah semasa Sanusi Junid menjadi menteri besar - penterjemah)

“Saya pernah menghabiskan waktu berjam-jam menyumbat balik bahagian usus lembu seberat 25 paun dan kemudian menjahit bahagian badan yang koyak itu sedangkan keseluruhan badan lembu yang beratnya sekitar 600 paun menekan ke atas saya.”

Setakat ini Eropah dan Amerika Syarikat sudah berantakan dalam perang dagang mereka melibatkan pisang dan barang makanan keluaran GM (yang menggunakan proses genetik – penterjemah). Kini, peperangan terbaru melibatkan hormon dalam daging.

Pada Selasa depan Persatuan Eropah akan mengenakan satu larangan baru terhadap pengimportan daging lembu Amerika, setelah yakin bahawa simpanan yang berlabel ‘steroid free’ (bebas steroid) adalah penuh dengan hormon juga.

Amerika merancang untuk bertindak balas dengan mengenakan cukai import bernilai sekitar 125 juta paun ke atas barangan Eropah seperti buah ‘pear’ ‘chewing gum’ dan motosikal.

Perbalahan Trans-Atlantik itu berkemungkinan merebak menjadi perang dagang. Akhbar Daily Mail (London) telah membuat siasatan terhadap pelbagai kaedah pelik dan berbahaya bagaimana penternak Amerika memutarbelitkan kehendak alam.

Apa yang pernah kami jumpai pasti akan menjadikan konsumer British berfikir dua kali sebelum mula memamah steak ataupun burger Amerika.

Pada waktu yang sama pekerja ‘cowboys’ Montana melaksanakan tugas-tugas yang jijik itu, satu kumpulan lembu ternakan yang berada kira-kira 900 batu di sebelah timur Cedar Falls, Iowa, sedang diberikan suntikan hormon yang diperbuat secara genetik dan diberi nama Bovine somatropin (BST). Suntikan itu dilakukan setiap dua minggu. Ada kajian yang mendakwa bahawa hormon itu adalah penyebab kenapa hampir 20 peratus ternakan menemui kematiannya. Sistem kekebalan lembu (cows’ immune system) menjadi rosak, sehingga menyebabkan pundi-pundinya dan sistem kencing dijangkiti kuman.

BST juga dikatakan melembutkan tulang kepala lembu disebabkan kekurangan kalsium di bagian tulangnya. Banyak lembu yang mampu terus hidup tidak mampu berdiri tegak kerana tulang rangka yang lemah.

BST ialah kimia keluaran Monsanto. Syarikat itu mendakwa hormon ini adalah selamat, tetapi ia merupakan dadah yang ada kaitannya dengan barah di kalangan manusia. Namun, hormon itu meningkatkan pengeluaran susu sehingga 25 peratus. Apabila lembu sudah dilanyak sehingga tahap akhir ketahanannya, para petugas ladang menambahkan suntikan hormon dengan dos antibiotik yang lebih banyak untuk mengelakkan lembu daripada dijangkiti kuman.

Angka statistik memang menakutkan. Sekurang-kurangnya seorang daripada setiap enam orang penternak lembu yang menyuntik hormon yang diperbuat melalui ‘genetic engineering’. Kira-kira 90 peratus daripada 29 bilion paun daging lembu yang dimakan oleh rakyat Amerika setiap tahun datang daripada lembu yang digemukkan oleh suntikan hormon. Untuk daging khinzir kesannya ialah hampir 100 peratus.

‘Memang terdapat pelbagai perkara yang menakutkan dalam industri makanan Amerika’. Demikian pendapat Ronnie Cummins pengarah ‘Pure Food Campaign’ di Amerika. ‘Tetapi tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji kesan hormon itu. Lagipun tidak banyak laporan mengenainya di TV dan media cetak.

Ada satu sebab kenapa Amerika tidak mahu daging lembu yang mengandungi hormon diberikan label seperti itu di pasaran dan supermarket Eropah kerana pembeli di Eropah tidak akan membelinya. Lagipun rakyat Amerika sendiri akan bertanya “kenapa tidak ditaruh label yang sama?” Sudah tentu mereka tidak mampu melihatkan perkara begini terjadi.

Industri daging Amerika memang jauh bezanya dengan zaman silam semasa koboi berkeliaran menjaga lembu yang dibiarkan bergerak bebas di ladang ternakan.

Anak-anak lembu dibiarkan bebas mengekori ibunya selama enam hingga sebelas bulan sebelum dimasukkan dalam kandang terhad. Kini terdapat sebanyak 42,000 ladang ternakan yang menggunakan sistem ‘feedlot’ dan sekitar 100 juta lembu diternak mengikut cara begitu.

Ada penternak yang menggunakan sistem feedlot sudah mula membuat penyelidikan menggunakan kadbod, akhbar lama dan abuk-papan sebagai sebahagian menu makanan ternakan mereka sebagai helah mahu mengurangkan kos. Ada penternak menggunakan tahi ayam dan tahi babi sebagai bahan makan lembu mereka. Sekali gus Amerika Syarikat merupakan negara barat yang tunggal menghalalkan tahi ayam dan babi sebagai bahan makanan lembu ternakan.

Ada penternak yang menggunakan debu simen yang dikatakan memberi tambahan berat badan sebanyak 30 peratus lebih cepat lagi menggemukkan ternakan mereka.

Catatan penterjemah: Bagaimana Mc Donald’s dan KFC kepunyaan UMNO membiarkan daging import untuk warga negara ini. Bukankah mudah kalau lembu diternak di ladang FELDA, RISDA dan FELCRA menggunakan bahan makan yang ada dan murah harganya??

- London Daily Mail

 
Mahathir dan Umno Kejam
12.30.03 (11:55 am)   [edit]
ADIK sedih melihat Dato' Seri Anwar diseksa oleh Mahathir. Mahathir memang begitu kejam dan Dato' Seri Anwar tidak bersalah. Patutkah kita menuduh tanpa bukti. Sebenarnya Mahathir takut pada Dato' Seri Anwar.
Kalaulah Dato' Seri Anwar menjadi PM Malaysia, maka akan aman negara kita. Tidak ada konsert-konsert, minum minuman keras dan lain-lain yang boleh menjejas kehidupan kita. Kalau Mahathir dan Umno konsert-konsert terbiar merata-rata, bergelek –gelek di atas pentas, he!! Apalah nak jadi dengan negara kita yang dikatakan negara Islam?

Tuan-tuan dan puan-puan janganlah jadi macam Mahathir dan Umno. Sokonglah Dato' Seri Anwar, Reformasi dan BA.

LAWAN TETAP LAWAN, SAMPAI MENANG!

Kiriman ADIK - 29.12.2003

 
BPR Bertindak Ikut Laporan
12.30.03 (11:53 am)   [edit]
Kenyataan:
BPR Terengganu siasat kes tanpa ada laporan. Sebaliknya BPR Pahang tidak siasat kes walaupun ada laporan. Kes permit teksi pun dah 'SELESAI'. Tapi laporannya ilek.
BPR siasat ikut arahan bukan ikut laporan. Arahan tu datang dari tangan-tangan ghaib tapi yang pasti dan nyata dari ameno bukan dari PAs... sebab tue kita yakin umno nie bukan di pihak yg benar!!! umno bukan perjuangkan islam dan umno memang menipu rakyat selama ini.

Tapi jangan malu pasal ada lagi "lembu-lembu" yang masih pekak, buta dan bisu sedang mengunyah-ngunyah rumput sambil sekali-sekali berbunyilah mmmooooooooo....hhhhhhh "Perjuangan ameno adalah perjuangan yang tak akan selesai, selagi ada kekayaan pat negara ini selagi itulah mereka berjuang masuk poket diorang sendiri..."kite kena baik sangka (konon) maybe BPR Terengganu kurang keje tu pasal la cepat bertindak...tak macam BPR Pahang... mana nak kejau pasal balak... pasal tanah lagi...pasal Denan lagiii kalo pk cara baik la...tak banyak la kes-kes kat Terengganu tu kan sampai BPR sana siap bole gi buat edisi siasat sebelum orang report... proactive la katakannn...

Teringat alasan-alasan yang kerap diberi oleh BPR kenapa tak mulakan siasatan walaupun isu kepentingan awam seperti isu pasir dll telah didedahkan oleh media seperti yang dilapor oleh NTV7 di pihak anda..."Kami tidak menerima apa-apa laporan. Tanpa laporan kami tidak boleh mulakan siasatan...".

BPR ni pencacai je... tengok la how Nazri treat pengarah BPR... yalaa... dah dia kata dia 'tuan' dalam kerajaan, sapa berani nak dakwa. Lagi dia Nazri ugut nak seret BPR duduk dalam penjara. Kita kira ini makpenakan dia punya buleh kot?? apapun sudah tercatat dalam sejarah seorang menteri mengesahkan pengarah BPR kinda low mentality. KP BPR tue pun dah mengesahkan selama ini bila kes melibatkan orang besar-besar memang susah siasatan nak berjalan. Orang besar-beasr nie ingat harta negara nie diorang yang punya. ni semua salah rakyatlaaaa.

Diorang tetap pi pangkah orang yang sama walaupun saban tahun kita tahu orang tue buat macam-macam kesalahan. Kita terlalu dibodoh-bodohkan hingga takut untuk tukar pemerintahan. Berdoalaaaa kita agar kecerdikan politik rakyat Malaysia makin meningkat. Bagi golongan muda kita rasa diorang ok... cuma golongan-golongan lama yang dinostalgiakan oleh umno akan jasa-jasa umno ketika zaman kemerdekaan dulu je yang menyelamatkan mereka.

Kiriman Osman Jailani - 29.12.2003
 
Debat Penyokong PAS - Penyokong Umno
12.30.03 (11:52 am)   [edit]
PAS 1: Kita umat Islam di Malaysia hendaklah memberi perhatian dan memfokuskan minda dan pemikiran kita kepada ayat 38 dalam Surah Al-Israa, mengenai bab Hukum Hudud yang ditentang oleh pihak tertentu dari dapat dilaksanakan. Ayat tersebut jelas mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mematuhi Peintah Allah swt, maka di sisi Allah swt. itu adalah perbuatan yang dibenci oleh-Nya.
PAS 2: Pemerintah WAJIB memastikan Kerajaan melaksanakan hukum hudud dan hukum hudud hendklah dijadikan undang-undang. Oleh sebab ada pihak yang menentang ia dijadikan undang-undang, bermakna pihak berkenaan telah TIDAK mematuhi Perintah Allah. Akibatnya ialah seperti yang tersebut dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu. Ini adalah jelas.

Atas Pagar 1: Maka dengan itu, kita setiap orang daripada kita perlu bertindak, iaitu membuat surat edaran dan setiap orang fotostalah 100 salinan dan edarkan kepada setiap rumahumat Islam di seluruh Malaysia, mendedahkan ayat 38 Surah Al-Israa' itu; dan jelaskan pihak yang tidak mahu mematuhi Perintah Allah supaya Kerajaan melaksanakan Hukum Hudud, adalah JAHAT dan menjadi kebencian Allah.

Kita tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang di sisi Allah adalah JAHAT dan mengundang kebencian oleh-Nya. menyokong mereka adalah bererti kita menempah diri menjadi golongan JAHAT dan mengundang kebencian Allah terhadap kita sama.

Hanya amal cara nabi s.a.w yang Allah s.w.t terima. Segala amalan dan perbuatan kita akan jadi ibadat sekiranya kita ikut cara nabi s.w.t. taat perintah Allah s.w.t dengan cara nabi s.a.w barulah ibadat kita sempurna dan diterima.

PAS 1: kalau kita ikut amalan sesuatu kaum itu, maka bila di hari akirat nanti, kita akan di bangkitkan dengan kaum yang kita ikutkan itu. kalau kita ikut cara secular untuk tegakkan Islam maka kita nanti akan di bangkitkan bersama orang-orang yahudi. Sekiranya cara nabi s.a.w untuk tegakkan Islam maka kita di bangkitkan bersama-sama nabi s.a.w bila di akhirat nanti.

PAS 2: UMNO ikut Nabi-kah? Nabi (saw) laksanakan Hukum Hudud. UMNO ikutkah begitu? Jadi bukti orang UMNO beribadat kepada Allah ialah menjadi peneraju Pemerintahan Negara adalah jangan laksanakan Hukum Hudud? Cakap saja pandai, ibadatlah itulah, iman, taqwa, tetapi bab Hukum Hudud, ketepikan. Hipokrit!

Atas Pagar 1: Aku percaya semua kita yang punyai niat untuk kebaikan pada umat Islam di Malaysia khususnya. Semua kita nakkan agama ditegakkan oleh semua orang. Orang PAS nakkan Umno amalkan agama, Umno nakkan PAS amalkan agama. Alhamdulillah. Malangnya dalam kita berusaha ke arah tersebut, kita tak terlepas juga dalam menjadi 'proksi' kepada kafir laknatullah. Kita gemar melabelkan umat sebagai PAS dan Umno dsb. Mengapa tidak kita berbicara dan berbincang sebagai satu masalah umat Islam seluruhnya? Selagimana kita berbincang menggunakan parameter tadi selagi itulah resolusi tak akan tercapai. Apabila hudud ditentang ia bukan masalah Umnoatau PAS, ia adalah masalah sebahagian umat Islam. Apabila ulamak dihina ia bukan masalah Umno atau PAS, ia adalah masalah umat Islam, apabila umat caci-mencaci, ia bukan masalah Umno atau PAS, ia adalah masalah sebahagian umat Islam. Akuilah! Apabila kita nak memperbaiki keadaan kita sepatutnya meminimakan apa-apa halangan terutamanya halangan mental. 'Pas' ke Umno ke hanyalah parti yang diciptakan oleh sebahagian umat Islam atas maksud 'politik' masing-masing. Apabila kita meletakkan 'borders' antara kita, bukankah kita sendiri telah memecah belahkan umat Islam?

Kita seolah-olah meletakkan parti-parti ini sebagai satu perkara yang begitu penting dalam menyelesaikan masalah umat. Tidakkah dengan kita berbuat begini, menyebabkan satu orang menentang suatu yang baik hanya kerana ayahnya, datuknya, neneknya berparti itu dan ini? Kisah Abdul Mutallib sepatutnya menjadi iktibar kepada kita! Kenapa dia tak mahu beriman?, kerana itu melanggar agama datuk neneknya! Kita telah mencipta satu keadaan di mana faktor 'parti' akan menjadi penapis sebelum isu itu difikirkan. Malang sungguh jika kita yang berjuang untuk agama yang satu untuk umat yang satu ini, mencipta perpecahan kepada umat!

Faktor kepartian menjadikan apa-apa points dan hujah yang diketengahkan tak dapat menembusi kepala otak kita masing-masing. Sungguh sedih dan meletihkan! Sampai kiamat pun hudud takkan diterima sebagai satu perintah Allah hanya kerana yang menyampaikannya memperkenalkan dirinya sebagai PAS bukan saudara seagama! Tembok pemikiran yang dicipta golongan kafirun ini telah berjaya
mengkucar-kacirkan umat Islam termasuklah yang mengakui diri sebagai pejuang agama!

Itu baru melihat skop negara Malaysia, bagaimana pula Indonesia, yang sekian banyak 'parti-parti', dan seluruh dunia Islam? Begitu dahsyat sistem yang dibangunkan kufar diterima pakai umat Islam dan memusnahkan mereka! Secara tak sedar umat Islam ditanamkan keyakinan bahawa untuk bangunkan agama, memerlukan alat-alat ini, kemudian dapatkan kuasa, kemudian...dan kemudian... umat Islam akan terus bertelagah sehingga kiamat! Hentikanlah PAS dan Umno ini, ia takkan ke mana. Berbicaralah sebagai saudara seagama. Berbicaralah dengan saudara kita dengan penuh rasa kasih padanya, bukannya penuh dengan benci, sangkaan buruk dsb. Mana mungkin kita menyampaikan agama yang suci murni ini kepada seseorang dalam keadaan hati kita penuh dengan zulmat pada saudara kita sendiri!. Semoga Allah ampunkan kita.

PAS 1: Saudara!!! percayalah, hukum hudud adalah mudah saja hendak di tegakkan bila semua orang di Malaysia pergi pangkah PAS/bulan pada pilihan raya yang ker 11 nanti. Bila semua orang sokong PAS ini bermakna semua orang Islam telah datang kepada Islam yang sebenar. Bila orang Islam datang kepada Islam yang sebenar maka orang Islam yang sebenar ini tidak akan berzina, merompak, merogol, membunuh dan minum arak.

PAS 2: Orang UMNO kena fokus kepada ayat 38 Surah Al-Israa! Dengan sendirinya hukum Allah boleh ditegakkan. Selagi UMNO tidak fokus kepada ayat 38 Surah Al-Israa itu dan ambil tindakan; dan selama UMNO dasar partinya mengabaikan ayat 144 dalam Surah An-Nisa dan ayat 3 dalam Surah Al-Maidah, maka selama itulah di Malaysia susah hendak ditegakkan hukum Allah!

PAS 1: Sesiapa yang menyokong UMNO maka ia adalah bersekongkol mengabaikan ayat 8 dalam Surah Al-Israa' itu. Eh mana pegi umno 1 dan umno 2??? Alhamdulillah, atas pagarpun dah faham sekarang, itulah depa ni percaya sangat pada khabar angin dan berita-berita bohong kerajaan.

Kiriman Osman Jailani - 29.12.2003
 
PdRM: Mesra, Cepat, Dan Betul Itu Di Mana?
12.29.03 (6:05 pm)   [edit]
Pada 25.12.03, Khamis, kira-kira jam 6.00 – 6.30 petang, saya ingin melaporkan aduan kecurian di Balai Polis Pendang, Kedah. Malangnya, pegawai polis wanita yang bertugas di situ endah tak endah dengan aduan saya. Gaya percakapan berlagak sombong dan layanan tidak mesra itu membantut hasrat saya membuat aduan. Hati saya bertambah terhiris apabila beliau memarahi saya ketika saya menyelak buku di depan kaunter. Saya fikir, buku itu adalah buku mengenai laporan aduan kecurian. Sambil menarik balik buku itu dari saya beliau berkata,
“Apa yang tengok buku ni? Benda ni rahsia. Mana boleh tengok. Pandai-pandai pulak …”, marah beliau sambil meletak semula buku itu ke tempat lain.

Kalau dokumen itu rahsia, mengapa cuai letak di kaunter? Saya tidak terlintas pun untuk mencuri rahsia pejabat. Saya cuma ingin tahu apakah buku itu adalah buku aduan kecurian. Sebagai orang ramai yang tidak tahu undang-undang, saya merasakan tindakan saya itu tidak dikira bersalah kerana saya melakukan hal itu diluar pengetahuan saya dan di luar niat jahat. Barulah saya tahu bahawa buku aduan polis bertajuk “Polis 55”.

Saya balik dengan rasa kecewa dan hasrat saya terbantut. Esoknya (26.12.03) saya kembali semula ke balai polis berkenaan untuk mencuba nasib. Saya merasa sedikit lega dengan layanan empat orang pegawai lelaki polis kira-kira jam 3.00 petang itu. Terima kasih diucapkan atas penerangan lengkap mereka walaupun aduan kecurian saya tidak dapat diterima kerana ia berlaku di tempat lain. Kisah ini dipaparkan bukan dengan niat untuk mencari siapa benar dan siapa yang silap tetapi soal sikap dan amalan budaya kerja Mesra, Cepat, dan Betul tidak benar-benar meresap ke akar umbi walaupun sudah berlaku peralihan Perdana Menteri. Saya harap Perdana Menteri atau wakil KDN dapat lanjutkan siri-siri operasi lawatan mengejut ke seluruh cawangan polis di seluruh negeri pula.

Adakah faktor ini masyarakat tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis? Walau pun drama Gerak Khas dan Skuad Elit ditayangkan berulangkali, namun di mana-mana tempat kita dapat melihat senario begini. Saya percaya jika sikap ‘Mesra’ itu didahului terlebih dahulu, maka kerjasama dapat diwujudkan bagi sesuatu kes. Baru wujud Cepat & Betul setelah ada kerjasama.

Seperkara lagi, saya dapati ramai mahasiswa yang kecurian barang di USM. Saya adalah salah seorang mangsanya. Seolah-olah jadi suatu amalan, budaya, serta sindiket di sini. Pelbagai jenayah kecurian berlaku khususnya telefon bimbit dan dompet duit. Aduan yang dilakukan ke Jabatan Keselamatan cuma tinggal aduan. Agak sukar bagi mengenal pasti pencurinya selama ini. Menurut pegawai polis Pendang yang saya tanya hari itu (26.12.03), jika aduan dibuat mengenai kehilangan barang-barang, kadang-kadang pihak polis membuat siasatan atas barang-barang berharga. Jenayah kecurian membabitkan hal yang kecil; handset dan dompet duit terlalu banyak dan tidak mampu diselesaikan.

Saya berterima kasih kepada beliau kerana memberi penerangan khusus tentang jenis-jenis aduan. Bukannya semua pegawai polis seperti kelmarin (25.12.03). Jika hal ini tidak dijaga, maka tepatlah peribahasa; kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Saya berpandangan tindakan-tindakan kerohanian dan amalan kebatinan wajar dilakukan secara sistematik dan berkesan di USM serta di mana-mana IPT. Hal ini makin teruk dan berleluasa. Saya telah menubuhkan jawatankuasa bagi menangani jenayah curi di sini untuk menangi hal ini melalui pendekatan alternatif; paranormal. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada mereka yang ahli dalam bidang paranormal, pakar ilmu terawangan, serta yang terlibat aktif dalam kegiatan perbomohan agar tampil depan bagi menangani jenayah kecurian di IPT-IPT. Hal ini jika dibiarkan akan menjadi suatu amalan dan budaya yang tidak sihat dan semoga menjadi iktibar bagi mereka yang baru berjinak-jinak dan berkecimpung dalam industri curi-mencuri di IPT.

Saya cadangkan agar seluruh IPT menubuhkan matapelajaran kursus pengenalan undang-undang sebagai kursus wajib di universiti agar mahasiswa kita celik perundangan dan tidak mudah ditipu serta membuat tindakan yang tidak menyalahi undang-undang. Jika mereka membuat tindakan yang menyalahi undang-undang dalam keadaan faham undang-undang, itulah yang lebih utama untuk dihukum. Malangnya, kini ramai khalayak yang buta perundangan ditangkap dengan peraturan seksyen yang tidak pernah diketahui selama ini. Hal ini perlu diperbaiki segera agar sikap yang lebih adil dapat diterjemahkan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua pihak yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan membanteras jenayah kecurian di IPT-IPT dapat hubungi kami di Peti Surat 4, Pos Malaysia Gelugor, 11700 Gelugor, Pulau Pinang atau emel garap@tm.net.my.

- Ali Bukhari Amir - 29.12.2003

 
Mengimbau Semangat 46
12.29.03 (6:04 pm)   [edit]
Sejak mula-mula bersekutu dulu, PAS tidak pernah berjaya menikmati hubungan yang selesa dengan parti serpihan UMNO, Semangat 46. PAS menganggap Semangat 46 sebagai satu lagi UMNO, walaupun ia merupakan klon daripada parti yang dikatakan tulen. Perasaan demikian telah diperkukuh oleh sikap Semangat 46 yang mahu menghidupkan “perjuangan asal UMNO” apalagi dengan usahanya mahu mendaftar parti sebagai ‘UMNO Malaysia’. Hanya selepas nama itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan barulah nama Semangat 46 dikemukakan. Apa pun Semangat 46 telah mempamerkan gelagat apa yang disebut oleh orang Melayu sebagai ‘gila-talak’.
PAS dan Semangat 46 telah merasmikan gandingannya sejurus selesai Pilihan Raya Umum 1990 dengan satu pakatan bergelar Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang berjaya menawan Kelantan. Namun, sejak itu juga keretakan dalam perhubungan mereka mula menyerlahkan rupa. Malahan utama Semangat 46 ialah: ia merupakan parti orang-orang bekas UMNO. Keadaan semakin menyulitkan kerana para anggota dan pemimpin Semangat 46 tidak mampu melupakan budaya Umno dan membawanya bersama untuk menghayati Semangat 46.

Semangat 46 telah menjelajah negara dengan dakwaan bahawa ialah UMNO sebenar dan UMNO Baru (tajaan si Kepala Taik ketika itu) merupakan satu ‘salinan cetak rompak’. Sebab parti itu diberi nama Semangat 46, kata pemimpinnya, adalah kerana mereka mahu menyuntik semula semangat 1946 dulu semasa UMNO mula-mula ditubuhkan. Para pemimpin parti itu mendakwa bahawa perjuangan itu adalah untuk menghidupkan semula UMNO lama dan menepis keluar pewaris palsu takhta yang bergelar Umno Baru(a).

Semangat 46 memiliki satu rakan baru, PAS tetapi ia terus bercakap mengenai rakan lamanya UMNO. Samalah dengan kisah seorang lelaki yang mengahwini isteri baru tetapi kerap menyebut nama isteri lamanya. Sehinggakan menyebut nama jandanya dulu pada ketika dia merasakan kemuncak kenikmatan dengan isteri yang baru. Saya percaya PAS merasa terhina seperti mana setiap isteri yang terdengar si suami mengerang dan meraung nama isteri lamanya, ketika puncak kenikmatan mencengkam syahwatnya. Semangat 46 tidak memerlukan masa yang lama untuk menceraikan isteri barunya dan merujuk kepada yang lama, walaupun sebelum itu ia telah mengutuk UMNO baru sebagai parti yang palsu dan bersumpah tidak akan rujuk semula walaupun mati hidup semula.

PAS sudah menjadi kekasih yang ditinggalkan dan episod yang sungguh pahit itu mungkin memakan masa satu generasi lamanya untuk dilupakan. Pahit maung dengan Semangat 46 bukanlah merupakan pengalaman pertama untuk PAS. Hampir 20 tahun sebelum itu, PAS pernah menganggotai Barisan Nasional (BN) dan pernah merasa keperitannya apabila dipermainkan. UMNO telah mengajak PAS menyertai BN hanya untuk melumpuhkannya sejurus ia menganggotai kerajaan. PAS mengambil masa yang lama untuk bangkit semula daripada keaiban itu, tetapi kini, bukan sahaja ia sudah menjadi segar semula, tetapi ia berada di puncak kuasa, lebih ke hadapan daripada UMNO dalam peperangan memenangi hati dan minda pengundi Melayu.

Sejak itu PAS tidak menoleh ke belakang lagi. Kemaraan parti itu ibarat usaha mendaki bukit walaupun puncak bukit itu belum dicapai lagi. Selepas Kelantan, PAS berjaya merangkul Terengganu. Ia hampir berjaya menyauk Kedah dan mungkin memerlukan satu ataupun dua pilihan raya umum lagi untuk merangkul Kedah dan mungkin juga Perlis. Siapa sangka kalau muncul formula yang mapan, PAS berkemungkinan berjaya mencengkam pengaruh dengan jayanya di Selangor dan Pahang pula.

Kini PAS tidak lagi mengongsi kuasa dengan Semangat 46 yang sudah lama mati dan dikuburkan. Tempat itu sudah digantikan oleh Parti Keadilan Nasional. Namun, yang menjadi teka-teki kepada PAS sekarang ialah kalau Semangat 46 dulu merupakan jelmaan UMNO, apakah Keadilan merupakan jelmaan Semangat 46? Semangat 46 sudah nyata diserang penyakit gila talak. Keadilan terpaksa membuat kepastian yang ia tidak dijangkiti penyakit yang sama.

Apa juga yang dituturkan dan dilakukan oleh Keadilan harus mengambil kira perkara ini. PAS tidak mampu melangkah maju lagi tanpa bantuan Keadilan. Ini merupakan hakikat yang amat difahami oleh PAS dan memang tidak payah untuk mengakuinya. Namun, PAS masih selesa dengan keadaannya sekarang ini kalaupun ia tidak dapat maju lebih ke hadapan lagi. Perkara yang sama tidak boleh diandaikan oleh Keadilan. Keadilan harus sedar apakah hakikat yang sebenar sebelum ia membuat pilihan silap dan melangkah ke tanah jerlus yang mungkin menambat kaki untuk terus maju ke depan.

Raja Petra Kamarudin
Pengarah FAC

 
Perubahan Imej UMNO Kelantan
12.29.03 (6:02 pm)   [edit]
Pada pagi Isnin lalu, seorang pemimpin politik UMNO Kelantan, Tuan Hashim Tuan Yaakob telah memandu keretanya daripada Kubang Kerian menuju Kota Bharu untuk membeli-belah. Sejurus menghampiri pusat bandar, dia tertarik kepada beberapa poster dan kain rentang yang tergantung di pokok dan pagar meminta orang ramai datang berkumpul di lapangan terbang pada 25 Disember menyambut ketibaan sahabatnya dalam UMNO, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Jelas bahawa Ibrahim belum pulang ke Kelantan sejak beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Penaja Bahagian UMNO Pasir Mas sebulan yang lalu. Selama itu dia telah menetap di rumah kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur sambil mengubati gundah-gulana yang bergoyang kencang seperti kibaran bendera dan poster yang berselerakan di negeri asalnya.

Empat orang Ketua Penaja Bahagian UMNO di Kelantan telah digugurkan semasa Majlis Tertinggi parti bersidang bulan sudah untuk menyediakan senarai Jawatankuasa Penaja sebagai melengkapkan persiapan kerusi Parlimen yang baru diisytiharkan.

Ibrahim telah digantikan oleh Dato’ Abdul Rahim Abdul Rahman (Pasir Mas), Tuan Hashim oleh Datuk Rusli Ibrahim (Kubang Kerian) Datuk Ahmad Shahibuddin Mohd Nor oleh Dr. Awang Adek Hussein (Bachok) dan Dato’ Wan Zaid Wan Abdullah oleh Datuk Romzi Abdul Rahman (Kuala Krai).

Antara empat tokoh itu tadi, ternyata Ibrahim telah merasa begitu tertekan. Jawatan utama di peringkat bahagian merupakan permulaannya untuk kebanyakan ahli politik UMNO dan kalau digantikan, bererti pada lazimnya penamatan segala harapan untuk menjadi seorang wakil rakyat.

Tokoh yang lain, walaupun telah tersingkir dan merasa musykil telah memilih jalan senyap membisu tanpa mahu mengocak ketenangan begitu.

Reaksi Tuan Hashim adalah bertentangan dengan apa yang ditonjolkan oleh Ibrahim Ali. Beberapa hari selepas kehilangan kedudukannya, Tuan Hashim telah menghadiri majlis tajaan UMNO di Kota Bharu yang diadakan sebagai upacara menyerah tugas kepada Ketua Penaja Bahagian yang baru dan beliau telah berucap meminta para anggota parti supaya terus menyokong parti dan Ketua Bahagian yang baru.

Upacara itu telah disaksikan oleh ketua UMNO negeri Datuk Mustapha Mohamad. Itulah upacara penyerahan kuasa yang mungkin begitu tenang dalam politik UMNO Kelantan kerana sebahagian besar yang memungkinkan ketenangan itu ialah ketokohan yang terdapat pada Tuan Hashim.

“Pucuk kepimpinan telah memberitahu saya betapa masanya sudah tiba, dan saya turut akur padanya. Itu cara hidup saya dan saya masih taat setia kepada UMNO dan akan terus berkhidmat kepada parti,” kata beliau.

Akan tetapi, bukan satu perkara yang mudah apabila situasi yang sama menghantui Ibrahim Ali.

Lantas, kemunculan pemimpin UMNO itu di Lapangan Terbang Pengekalan Chepa Kota Bharu pada pagi Cuti Krismas, terdapat lebih 1,000 penyokong beliau yang melaungkan “Hidup Ibrahim”, sambil berpusu-pusu, siku-menyiku dan mengangkat sepanduk yang menyokong beliau.

Ibrahim Ali telah memberikan satu ucapan yang cukup bersemangat di lapangan terbang, dengan pengisytiharan yang dia akan terus taat dan setia kepada UMNO walaupun beberapa minggu sebelum itu dia menyifatkan pengguguran beliau sebagai satu tindakan membalas dendam.

Sememangnya reaksi Ibrahim dan para penyokong beliau itu bukannya satu perkara yang tidak terduga, kalau diambil-kira segala keinginan beliau sebelumnya.

Satu tahun yang lalu, dia telah bekerja keras untuk melobi agar dijadikan Timbalan Ketua UMNO Kelantan. Tetapi jawatan itu telah diberikan kepada seorang peguam di Kota Bharu bernama Datuk Zaid Ibrahim. Hubungan beliau dengan Ketua Perhubungan UMNO negeri memang sudah lama tidak selari.

“Ibrahim ialah seorang ahli politik yang matang. Dia tahu apa yang perlu dibuatnya, tetapi kami memang berhutang budi dengannya,” kata Alwi Che Ahmad, Ketua Penerangan UMNO di Kelantan.

Perubahan yang terkini merupakan usaha terbaru Mustapha ataupun lebih dikenali sebagai Tok Pa dalam usaha menonjolkan kepimpinannya di Kelantan.

Mustapha memang suka menunjukkan kepimpinan yang bersahaja. Sejak mengambil-alih pucuk kepimpinan negeri dua tahun dahulu, dia telah sibuk menjelajah merata negeri merapati akar umbi.

Mustapa sudah melihat betapa politik Melayu sudah berganjak semasa zaman pasca 1999 dan mengambil kira segala rungutan yang ditujukan kepada Umno – korupsi, kronisme, kekurangan bahagian pelapis dan ahli politik yang hanya mementingkan tembolok sendiri.

“Terdapat dua isu utama yang kerap menonjol setiap kali diadakan bedah siasat terhadap kekalahan UMNO di Kelantan selepas pilihan raya umum - imej UMNO dan para pemimpinnya,” kata pembantu Mustapha, Juhaidi Yean Abdullah.

Imej UMNO sudah berubah sejak itu walaupun imej para pemimpinnya masih memerlukan perubahan yang lebih baik dari itu.

Mustapha telah mencuba bersungguh-sungguh menangani masalah ini dengan membawa masuk muka baru yang dia fikir akan diterima oleh rakyat marhaen. Mereka adalah orang yang bersih, tidak mudah berang, pintar, tidak kontroversi dan tidak banyak kerenah politiknya.

“Ini menunjukkan beliau sedia mendengar pendapat orang dan bukan sahaja kumpulan panglima perang,“ kata Alwi.

Ada pihak yang berkata pada mulanya, lapan bahagian telah disasarkan untuk melalui perubahan yang dicadangkan. Pucuk kepimpinan negeri mahu pergi jauh melaksanakan perubahan itu tetapi pucuk kepimpinan pusat takut akan libasan tindakan itu dan mengecutkan cadangan yang diterima.

Semua perubahan itu menjadi tajuk perbualan di serata Kelantan.

PAS yang selama ini memomokkan Ibrahim Ali sudah mula memihak kepadanya dan mengkritik UMNO kerana ‘layanan keras’ terhadap empat orang pemimpin UMNO Kelantan. Itu sahaja yang termampu dikritik oleh PAS, kerana sebelum itu PAS telah mengkritik agar UMNO melakukan perubahan besar-besaran kepada pucuk kepimpinan parti negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bertegas bahawa parti itu tidak ada mengambil bahagian dalam protes akar umbi UMNO itu setelah muncul dakwaan bahawa kebanyakan mereka yang muncul di lapangan terbang itu untuk menyambut ketibaan Ibrahim Ali adalah penyokong kuat PAS kerana kebanyakannya memakai ketayap putih.

Namun demikian Harakah telah memperbesarkan isu tersebut sambil memberi ruang besar kepada kain rentang dan sepanduk yang digantung oleh para penyokong Ibrahim Ali di muka hadapan akhbarnya dan memberikan empat ruang tulisan mengenai perubahan yang berlaku.

Ibrahim telah dilaporkan sebagai berkata bahawa dia mengetahui pemecatan beliau ketika mendengar siaran radio dalam kereta. Tuan Hashim dan Wan Zahid mengetahui penukaran mereka semasa menonton berita TV tengah hari dan Shahibuddin hanya mengetahuinya semasa membaca akhbar pada keesokan hari.

Bagaimana pun, semua orang yang baru dilantik, mengetahui kenaikan pangkat mereka melalui media juga.

Ada soalan yang memerlukan jawapannya: Apa yang akan berlaku selepas perubahan itu?

Impak perubahan perlu diteliti melalui dua tahap – dalam parti dan terhadap rakyat marhaen.

Para penyokong mereka yang kehilangan jawatan sudah tentu merasa tidak senang dan mungkin bertindak balas. Yang serba mungkin ialah mereka tidak akan keluar berkempen semasa pilihan raya umum nanti ataupun mereka akan mensabotaj parti.

Impak yang lagi satu ialah kesan tindakan itu terhadap rakyat biasa, terutama orang-orang yang bukan menganggotai UMNO mahupun PAS. Mungkin kumpulan ini yang disasarkan oleh Datuk Mustapha.

Mustapha kerap bercakap akan prinsip: “Kita rugi sedikit untuk untung yang banyak” seolah-olah undur setapak ke belakang untuk melompat ke depan dua tapak. Strategi ini mungkin menyebabkan satu kumpulan penyokong bertindak setelah menyaksikan kesan terhadap orang yang mereka sokong, masyarakat yang belum menganggotai UMNO mungkin menganggap perubahan itu dengan pemikiran yang positif.

“Mungkin ada segelintir orang parti yang tidak senang hati, tetapi saya yakin perubahan itu akan diterima oleh pengundi biasa,” kata Alwi.

Namun, Mustapha tidak alpa, dia mengadakan perjumpaan di setiap bahagian yang berkaitan untuk memberikan penjelasan kenapa perlunya perubahan itu kepada akar umbi.

Himpunan manusia di Pasir Mas telah menarik penyertaan ramai orang sehingga beberapa ribu yang berkumpul semasa Ibrahim Ali tidak ada dan banyaknya sepanduk dan kain rentang yang terpasang memberikan sokongan terhadap beliau. Pemimpin bahagian yang lain datang menunjukkan muka kecuali Ketua Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman adalah seorang taikun yang bukannya merupakan manusia kerdil, menggantikan Ibrahim Ali. Dia sudah menjadi Timbalan Ketua Pasir Mas selama tiga penggal. Tetapi dia lebih dikenali sebagai seorang juruukur profesional Melayu dengan adanya syarikat beliau bernama Rahim & Co., Chartered Surveyors.

Tetapi itu tidak menyekat penyokong Ibrahim mengedarkan risalah mengutuk Abdul Rahim sambil menyebut gelagat ahli keluarganya. (Mona Fandi adalah bekas adik ipar Rahim – penterjemah).

Namun demikian, Abdul Rahim ada berkata: “Saya harap Ibrahim Ali akan terus mengongsi pengalamannya dengan kami dan memberikan nasihat kepada kami. Saya bukannya melakukan sebarang perubahan di peringkat bahagian selagi pemegangnya sanggup berkhidmat kepada rakyat.”

Di Bacok, Ketua Penaja Bahagian baru ialah Datuk Dr. Awang Adek Hussain. Beliau telah bertindak bijak menawarkan jawatan penasihat kepada orang yang digantinya.

Kenaikan pangkat Dr. Awang Adek yang juga merupakan pengerusi TNB adalah yang paling licin tahap kontroversi kerana orang Bacok melihat beliau sebagai orang tempatan yang berjaya dan pulang ke kampung halamannya. Sebagai ahli ekonomi yang dilatih di Kanada dan Amerika, beliau lahir di tengah-tengah keluarga nelayan yang miskin di Bachok.

Dr. Awang Adek telah memuji Shahibuddin di setiap majlis politik sejak berlakunya perubahan itu dan memastikan beliau berjumpa di hari pertama lebaran hari raya puasa. Beberapa hari kemudiannya, isteri Shahibuddin telah datang menyerikan rumah terbuka Awang Adek.

Ahli UMNO Kelantan memang sudah membuat pengakuan secara persendirian betapa sukarnya mereka memenangi Kelantan semula. Tetapi segala perubahan yang dilakukan kepada UMNO Kelantan adalah satu usaha untuk melakarkan prestasi yang lebih baik semasa pilihan raya umum nanti.

Mengikut pendapat Syed Alwi: “Saya semakin yakin kita mempunyai peluang yang lebih cerah kali ini.”

- Joceline Tan

 
Kita Sudah Dapat Dia! Apa Lagi?
12.29.03 (6:01 pm)   [edit]
Berita tertangkapnya Saddam Hussein telah diwar-warkan oleh tentera perceroboh bersekutu di Iraq sebagai kemenangan yang mencetuskan satu pertanda kemajuan di Iraq.
Walaupun peristiwa itu membawa makna yang tinggi nilai simboliknya kepada kebanyakan rakyat Iraq yang begitu merana dan sengsara hidupnya di bawah pemerintahan diktator itu, ia tidak membawa banyak perubahan kepada masyarakat bangsa yang sudah begitu lama terhimpit hidupnya. Malahan, penangkapan Saddam Hussein mungkin membawa berita buruk kepada Bush dan Blair.

Orang Iraq yang keseronokan menyambut peristiwa itu menganggap bahawa zaman gelap kehidupan mereka dan berakhirlah sudah sejarah negara yang begitu kelam.

Sayangnya, keceriaan mereka itu tidak akan mampu menghakis kemiskinan, pengangguran, kekurangan makanan berzat, kekurangan perubatan, sekolah yang musnah, bekalan air yang punah, bekalan api yang semakin tiada dan minyak kereta yang semakin sukar. Ia juga tidak akan memperbaiki keseluruhan prasarana yang habis dimusnahkan gara-gara pengeboman yang menggila oleh pasukan bersekutu dan sekatan PBB. Ia tidak akan mengembalikan ekonomi negara yang kini sedang digadaikan kepada pencagar yang paling tinggi harganya. Begitu juga ia tidak akan meredakan sikap kurang ajar askar penceroboh AS yang tidak ambil-kira keperitan hidup rakyat Iraq, harapan mereka ataupun penderitaan yang sedang mereka tanggung.

Pentadbiran Bush di Washington begitu taksub terhadap peperangan yang ia amat mudah lupakan dan tidak peduli, kerana mahu merencana satu pelan kedamaian, sambil melupakan segala janji manis mahu mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Iraq yang dibuatnya dulu. Sedangkan rakyat yang merasa bebas daripada satu belenggu yang menjerut hidup mereka sedang merana dijerut azab hidup yang dirancang secara ujian oleh orang luar yang berlagak laksana Dewata kepada masa depan mereka.

Memang sudah lama, Bush dan Blair berandaian bahawa penangkapan Saddam akan menumpulkan bisa kumpulan pejuang kebebasan. Mereka beranggapan secara naifnya, sambil menyanggah nasihat dan pendapat para pegawai serta panglima tentera a yang berada di medan perang, dengan berkata bahawa Saddam masih lagi mendalangi operasi para penentang. Akhirnya mereka berjaya menjumpai seorang tua yang lusuh pakaiannya dan tidak keruan pemikirannya menyorok di satu lubang sempit – jauh berbeza daripada seorang pemimpin contoh kepada pergerakan tentera pejuang kebebasan.

Sambil memperlekehkan segala bukti yang dikemukakan oleh para wartawan yang telah menemubual para pemimpin kumpulan pembebasan dan pejuang mereka, dengan mengatakan bahawa semua pejuang itu bertindak mengikut arahan Saddam kerana beliau mempunyai peluang untuk kembali semula merangkul kuasa memerintah Baghdad sekali lagi.

Mereka pernah berandaian secara bersahaja walaupun tidak ada kebenarannya, bahawa penentang orang Iraq terhadap Saddam akan bertukar menjadi sokongan padu terhadap pencerobohan tentera asing. Tentu kita masih ingat harapan mereka dahulu yang mengatakan rakyat Iraq bersedia membarisi jalan raya untuk melontar bunga ke kaki mereka yang tiba di bumi Iraq? Tentu kita masih ingat keceriaan yang tercetus sejurus anak-anak Saddam mati dibunuh? Alangkah cepatnya peristiwa itu lesap begitu sahaja?

Kumpulan pejuang kebebasan tidak akan lesap begitu sahaja. Penangkapan Saddam tidak akan menjadi jawapan kepada impian yang dinanti-nanti oleh Blair dan Bush. Mereka telah dengan sengaja memperlekehkan kebangkitan penentangan rakyat terhadap pencerobohan – sedangkan itulah negaranya (Amerika dan Britain) yang selama ini memberikan sokongan padu kepada Saddam untuk menzalimi mereka. Kemudian, mereka juga yang menggugurkan bom ke atas negara yang kaya-raya dan tinggi tahap pendidikan masyarakatnya sehingga menjadi sebuah negara ketiga. Mereka juga yang merancang untuk mengadakan sekatan ekonomi terhadap Iraq dan menghukum setiap manusia kecuali orang sebenar yang menjadi sasaran mereka..

Penentangan itu akan terus bergelora dan Bush dan Blair akan terus mencari kambing korban dan satu lagi alasan haprak untuk menutup segala kekalutan yang mereka semai bersama. Ini tidak akan memadamkan kebangkitan semangat juang kumpulan yang amat jauh matlamatnya daripada Saddam.

Masyarakat yang amat benci melihatkan negara mereka dicerobohi akan terus menentang Amerika dan Britain. Mereka yang sedang menderita gara-gara salah-urus penjajah baru itu akan terus merana hidupnya. Malahan, berita tertangkapnya Saddam akan memberi tumpuan baru kepada pemikiran terhadap apa yang mereka deritai. Mereka yang satu ketika dulu berjuang mati-matian untuk Saddam mempunyai sasaran baru untuk terus berjuang membalas dendam pula.

Akhirnya nanti, akan timbul kesedaran antara Bush dan Blair, betapa mereka sepatutnya membiarkan Saddam terus menyembunyikan diri menjadi orang buruan. Dengan cara itu mereka mampu terus menghimpunkan tuduhan ke atasnya.

Dengan terbukanya penutup mata, penangkapan Saddam memang boleh dikatakan sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya Bush dan Blair kekurangan satu dalil yang menyokong pendapat kenapa mereka terus berada di Iraq. Perkara itu juga akan melumpuhkan jentera propaganda yang menyungkup Saddam dan turut menyerkap segala rintihan yang sah dan serius serta nyata yang selama ini mengatakan Saddam adalah orang yang mendalangi gerakan pejuang kebebasan menentang askar penceroboh itu.

- Sherif Hikmat Nashshibi ialah Pengerusi Arab Media Watch.-

 
Penangkapan Saddam Melonjakkan Ketokohan Pentadbiran Bush
12.29.03 (5:58 pm)   [edit]
Dengan tertangkapnya mantan Presiden Iraq Saddam Hussein, pada Sabtu dahulu, telah memberikan lonjakan ketokohan yang amat diperlukan oleh pentadbiran Bush terhadap operasinya di Iraq. Kegagalan tentera Amerika Syarikat (AS) untuk menangkap ataupun membunuh Saddam di tahap permulaan perang dahulu telah memperlekehkan imej pentadbiran itu. Oleh kerana rakyat Amerika pada dasarnya menunjukkan sokongan kepada pencerobohan yang diketuai oleh AS ke atas Iraq semasa musim bunga dan awal musim panas dahulu, berita terbunuh ataupun tertangkapnya Saddam ketika itu tidak menyuntik nilai politik yang tinggi. Dengan menangkap Saddam ketika rakyat Amerika sudah naik mual bersabar terhadap operasi AS di Iraq, pentadbiran Bush telah menyuntik sokongan tempatan dan berjaya merangkul ruang lega daripada rakyat yang semakin menyindir mereka. Lagipun, para strategis kempen dalam pentadbiran itu telah berjaya memutar muslihat bahawa kejayaan Amerika yang utama ialah berkisar kepada nasib yang menghantui Saddam Hussein.
Semasa peperangan itu mula dirancang, alasan utama perancangan itu ialah untuk menyerang Iraq kerana Parti Baath pimpinan Saddam sudah pun memiliki senjata pemusnah yang besar dan sedang membina lebih banyak lagi senjata itu. Pada Oktober 2002, Presiden Bush membebek bahawa Iraq “sedang berusaha merancakkan program senjata nuklear. Saddam Hussein telah menganjurkan beberapa mesyuarat dengan pakar sains nuklear Iraq...... beliau memberikan gelaran ‘mujahidin nuklear’ kepada wira sains nuklear beliau”. Malahan tiga hari sebelum serangan AS bermula, Dick Cheyney, Naib Presiden Amerika telah membuat dakwaan bahawa Iraq “sudah pun memulakan program nuklearnya”

Pentadbiran Bush juga mendakwa bahawa Iraq mempunyai bekalan kimia dan senjata biologi yang besar. Presiden Bush menuduh Baghdad menyimpan lebih “25,000 liter antraks” dan “ lebih dari 38,000 liter toksin botulinum”.

Itulah alasan Bush untuk menyerang Iraq kerana Iraq dikatakannya merupakan risiko besar kepada kepentingan AS gara-gara memiliki banyak senjata pemusnah itu.

Pentadbiran Bush juga melakukan penipuan besar dengan mengatakan bahawa Iraq mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan fundamentalis Al-Qaeda dan berkemungkinan sama-sama terlibat dengan serangan 11 September terhadap New York dan Washington. Hakikat bahawa Saddam adalah seorang pemimpin kejam yang mengamalkan dasar ganas terhadap rintihan dalam negara telah sengaja disungkup dengan faktor itu semua dengan tujuan Bush mahu rakyat Amerika percaya dan menyokong serangan ke atas Iraq.

Pada tahap awal peperangan itu, Bush membuat jaminan bahawa Saddam akan dilenyapkan secepat mungkin. Di tahap awal pencerobohan satu rangkaian serangan maut telah dilancarkan dengan tujuan menumpaskan Saddam dan pucuk kepimpinan Parti Baath. APABILA SERANGAN ITU GAGAL, sedangkan tentera Amerika menguasai Baghdad, rakyat Amerika dan pentadbirannya mengharapkan Saddam dapat ditangkap ataupun dibunuh dalam beberapa minggu selepas itu. Sebaliknya Saddam berjaya mengelakkan semua usaha itu walaupun ramai pucuk kepimpinan parti yang tertangkap ataupun dibunuh, termasuk dua orang anak lelakinya, Uday dan Qusay.

Apabila peperangan terus berlarutan, kegagalan untuk mengesan simpanan besar senjata pemusnah yang selama itu telah didakwa oleh Bush memang ada di Iraq, dan menjadi pemangkin utama kenapa Amerika memimpin satu gerakan menceroboh Iraq, telah merobek martabat pentadbiran Bush. Temberang besar betapa pentadbiran Bush tahu di mana letaknya simpanan senjata pemusnah yang disorok oleh Saddam dan sekian lama telah disogokkan kepada rakyat Amerika sebagai alasan kenapa Saddam mesti diganyang, telah menjadi satu tanda tanya yang menjauhkan rakyat Amerika daripada pentadbiran negara. Sebagai contoh, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld telah mendakwa pada 30 Mac 2003, bahawa dia tahu di mana tersoroknya senjata pemusnah itu, sambil bercakap besar: “Kami tahu di mana benda itu disorok. Tempatnya ialah di Tikrit dan kalau di Baghdad ia berada di bahagian Timur, Barat, Selatan dan Utara.” Namun akhirnya, pentadbiran Bush terpaksa akur untuk mengaku bahawa dakwaan mereka semuanya adalah palsu, dan dalam banyak hal, “sengaja dibuat-buat”

Di sebalik kegagalan itu, pentadbiran Bush terpaksa menarik-balik usaha awal mereka mengaitkan kerajaan Baathis Saddam Hussein dengan kumpulan Al-Qaeda. Alasan kenapa mereka cuba menyimpang jauh daripada dakwaan itu bermula selepas Parti Demokrat mula menggunakan hujah yang tidak berasas terhadap pentadbiran itu sendiri. Malahan, inilah yang menyebabkan Presiden Bush bertindak pada pertengahan September, dengan berkata: “Kami tidak mempunyai bukti sahih bahawa Saddam Hussein terlibat dengan episod 11 September”.

Keadaan ini semakin menjadi berat dengan munculnya kumpulan pemberontak di Iraq yang muncul secara berdikit-dikit, tetapi berjaya menyebabkan bahana besar kepada tentera AS di sana. Kumpulan ini (yang sepatutnya diberi gelaran pejuang pembebasan tanah air – penterjemah) giat bergerak sebagai penembak tepat dan melaksanakan serangan dengan menggunakan pelancar grenad. Mereka merancang dan menyerang di jalan raya dan menggunakan kenderaan untuk meledakkan bom sehingga berjaya menembak jatuh helikopter AS, dan menyebabkan bencana yang agak menyerlah.

Tiga bentuk perubahan itu telah menyebabkan pentadbiran Bush kehilangan populariti di kalangan rakyat jelata. Bukan sahaja semakin terserlah pembohongan besar segala dalil untuk pergi berperang itu adalah sengaja diada-adakan, tetapi, tentera Amerika sekarang ini sedang menghadapi serangan pejuang bebas yang mengimbau kembali malapetaka yang pernah dihadapi tentera Amerika di Vietnam dulu.

Kekentalan dan keberanian pejuang kebebasan Iraq dan kegagalan askar Amerika di Iraq membuatkan rakyatnya yakin Amerika gagal untuk mencapai matlamatnya di Iraq. Masa depan pentadbiran Bush semakin gelap nampaknya. Mujur jugalah, secara tiba-tiba tentera Amerika berjaya ‘menangkap’ Saddam pada hari Sabtu itu, dan sekali gus mencetuskan semangat kemenangan politik yang boleh diputar-belit sebagai jawapan kepada alasan besar kenapa Amerika menyerang Iraq.

Setelah tertangkapnya Saddam Hussein, membuatkan ramai rakyat Amerika berpendapat bahawa misi mereka di Iraq sudah selesai dan Washington sudah pun berjaya menggapai sasarannya. Selepas mengharungi kegagalan awal pentadbiran Bush dan sebahagian besar rakyat Amerika berpendapat bahawa penangkapan Saddam adalah objektif misi yang utama. Sebagai contoh, sejurus Saddam tertangkap, Rumah Putih telah berusaha menyiarkan segala salah laku Saddam dari segi hak asasi manusia. Walaupun tuduhan itu memang ada kebenarannya, tidak pula segala maklumat itu dijadikan alasan utama, kenapa mesti dilaksanakan ‘perubahan rejim’ di Baghdad.

Namun demikian, apa juga sokongan yang diterima oleh pentadbiran Bush setakat ini selepas tertangkapnya Saddam Hussein tidak akan dapat bertahan lama. Pergerakan pejuang kebebasan Iraq nampaknya semakin garang dan berang dan amat jauh bezanya dengan kegiatan saki-baki pertubuhan Baath. Kalau diambil kira pergerakan mereka sekarang ini, besar kemungkinannya kebangkitan pejuang kebebasan itu akan menjadi semakin berbisa walaupun Saddam sudah tertangkap. Kalaulah askar pimpinan AS itu terus kehilangan jiwa dan merana serta gagal menstabilkan rantau Timur Tengah itu, apa sahaja keuntungan yang diperolehi oleh pentadbiran Bush daripada segi sokongan rakyat jelatanya, akan meruap dengan pantas, begitu sahaja. Lagipun, disebabkan tidak juga terjumpanya simpanan senjata pemusnah itu, episod tertangkapnya Saddam Hussein akan merupakan peristiwa penyuntik semangat yang paling akhir yang mampu menyemarakkan martabat politik Bush dalam konflik yang membara itu.

- Erich Marquardt

 
Lima Pembohongan Terbesar Bush
12.28.03 (9:03 pm)   [edit]
Padat dengan hujah yang meyakinkan, The Five Biggest Lies bukan setakat mendedahkan muslihat dasar luar Bush. Christopher Scheer dan rakan rakannya memaparkan kerja kerja kotor puak neo-konservatif yang menguasai dasar luar Amerika, mendedahkan keangkuhan, alasan alasan dan percanggahan yang buruk padahnya terhadap Amerika – dan dunia.
–Arianna Huffington, pengarang Pigs at the Trough: How Corporate Greed and Political Corruption are Undermining America
 
Mereka tidak mau dipercayai - UMNOReform dan Agenda Daily
12.28.03 (8:58 pm)   [edit]
Tidak semua orang percaya apa yang dibacanya di dalam internet. Psikologi manusia sudah banyak berubah dan menjadi matang dengan pelbagai pengalaman hidup mereka khususnya bila bersangkutan dengan media massa. Keraguan tehadap apa yang dibaca, atau apa yang dikhabarkan boleh jadi satu ciri ciri kematangan manusia.

Semasa bercuti di Terengganu baru baru ini perbualan saya dengan seorang pemandu teksi boleh dijadikan satu petunjuk bahawa rakyat Malaysia rata rata cukup matang dalam mencerakin fakta dalam akhbar.

Pak "A" langsung tidak yakin dengan segala berita dan rencana politik tempatan yang disiarkan diakhbar Utusan dan Berita Harian. Kenapa tak percaya?

Katanya, menjelang pilihanraya musim lalu, hampir tiap hari dilaporkan sejumlah ramai penyokong pembangkang keluar parti untuk menyertai UMNO. Tetapi akhirnya, dengan keputusan yang mengejutkan itu, beliau seolah olah mendapat 'pendidikan media" di universiti terbuka. Akhbar itu sah kerjanya menipu.

Contoh terkini di alam maya pula ialah berita Lokman Nafikan Menyertai Semula UMNO. Teknik berbohong menerusi media masih diamalkan oleh sesetengah pihak yang terlalu naif dengan kematangan dan kemampuan manusia menilai kebenaran.

Arus peredaran masa dengan pelbagai kejadian sekitar banyak menukar persepsi manusia terhadap ehwal disekelilingnya. Yang jumud akan terus jumud dan bergerak dalam alam jumud yang mentafsirkan alam sebagai statik.

Generasi pertama muslimin di Mekah tidak jumud kerana sanggup menerima revolusi akidah, meninggalkan amalan nenek moyang mereka. Yang jumud adalah golongan musyrikin yang melihat dan yakin serta taksub dengan persekitaran yang mereka warisi dari nenek moyang mereka.

Muhammad membawa ajaran baru, pemecah belah bangsa, menggugat harmoni, ajaran sesat, menjejaskan ekonomi

Tetapi kebenaran utuh hingga hari ini bahawa apa saja tawaran pangkat dan harta dari establishment di Mekah di tolak. Walau apa saja propaganda yang di sebarkan untuk mengkaburkan kebenaran tidak mampu memukul dan melenyapkan "kematangan manusia" menggarap kebenaran fakta.

Usaha usaha laman web UMNOReform dan Agenda Daily tiada bedanya dengan usaha mengkaburkan kebenaran seperti yang diusahakan oleh puak Quraisy di mekah. Dan ini tanpa disedari hanyalah usaha yang bakal menipiskan kepercayaan orang ramai terhadap kredibiliti bahan bahan dari laman web tersebut.
 
Lokman Nafikan Menyertai Semula UMNO
12.28.03 (12:41 am)   [edit]
Lokman Noor Adam, Setiausaha Kerja Pemuda KeADILan telah menafikan berita yang dia akan menganggotai UMNO semula. Sejak dua hari yang lalu, banyak laman web kerajaan seperti UMNOReform dan Agenda Daily telah menyiarkan berita yang menyebut kemungkinan Lokman menganggotai UMNO semula. Laman web itu turut juga menyatakan ramai lagi pemimpin Keadilan yang mengikut jejak langkah itu sebagai memenuhi sebahagian syarat pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara. Antara nama-nama yang disebut itu ialah Hanafiah Man, Adlan Benan Omar, Azmin Ali dan Ezam Mohd. Nor.
Lokman akan mengeluarkan kenyataan akhbar hari ini untuk menjelaskan perkara tersebut.

Daripada maklum balas yang diterima oleh FAC News menyebut bagaimana UMNO bahagian Keluang telah mengadakan mesyuarat di mana jawatankuasa yang bersidang telah menerima arahan daripada ibu pejabat UMNO untuk menawarkan satu jawatan kepada Lokman kalau dia bersedia meninggalkan KeADILan untuk menganggotai UMNO semula. Apabila Lokman ditawarkan perkara itu dia telah menolaknya.

Lokman yang pernah ditahan di bawah ISA pada 24 April 2001, adalah ketua Pemuda KeADILan Johor. Beliau telah dibebaskan pada Jun tahun ini, bersama lima pemimpin Reformasi yang lain – Ezam Mohd Nor Ketua Pemuda, Tian Chua, Dr. Badrulamin Bahrom, Saari Sungib dan Hishamuddin Rais – selepas ditahan tanpa bicara selama 26 bulan.

Pemimpin ‘Enam Reformis’ itu telah ditahan berasaskan tipu-helah politik mendakwa mereka berura-ura ‘mahu menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan dan ganas’. Mengikut tuduhan kerajaan, mereka berenam sudah merancang mahu menggunakan senjata, bom, Koktel Molotov untuk memulakan revolusi berdarah.

Perdana Menteri haprak ketika itu Tun KT Mahathir, telah mengadakan satu sidang akhbar pada 11 April 2001, mendakwa polis mempunyai bukti terhadap pemimpin reformasi tersebut. Apabila ditanya kenapa mereka yang dituduhnya tidak di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan secara terbuka, si Kepala Taik menjawab bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membawa mereka ke muka pengadilan dan “seseorang peguam yang bijaksana mudah mendapatkan kebebasan mereka”.

Dua orang tahanan, Pengarah FAC Raja Petra Kamaruddin dan aktivis hak asasi manusia Baharuddin Ismail (Pak Din) telah dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari sedangkan Ghani Haroun dan N. Gobalakrishnan telah dibebaskan di Mahkamah Shah Alam yang mendengar kes Habeas Corpus mereka. Enam orang pemimpin Reformis itu telah dihantar ke Kamunting untuk ditahan selama dua tahun lagi.

Ini bukanlah kali pertama adanya desas-desus mengatakan bekas tahanan ISA mahu menganggotai UMNO semula. Malahan pemimpin itu semua sudah sepatutnya dilanjutkan tahanan untuk dua tahun lagi. Apabila mereka dibebaskan, muslihatnya ialah sebagai satu taktik untuk memujuk mereka balik ke pangkuan UMNO semula.

Pada kali pertama Ezam menemui orang ramai sejurus beliau dibebaskan ialah di rumah kediaman Presiden KeADILan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau ada menceritakan bagaimana wakil-wakil UMNO ada menjenguk beliau di Penjara Kajang untuk berbincang agar beliau rujuk semula ke pangkuan UMNO. Pada tahap awal penahanannya, Ezam telah ditahan bersama-sama enam temannya yang lain di Kamunting. Tetapi beliau telah dipindahkan ke Penjara Kajang setelah dikenakan hukuman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), hukuman penjara selama 18 bulan.

Ezam menceritakan bagaimana pihak kerajaan telah tergesa-gesa mempercepatkan kes dakwaannya dengan muslihat mahu memisahkan beliau daripada teman seperjuangan yang lain. Sejurus dia disumbat di Penjara Kajang, dia telah ditemui oleh perwakilan UMNO untuk rujuk semula. Ezam menolak itu semua walaupun ini bererti kebebasannya daripada penjara turut dipercepatkan.

Dalam desas-desus kepulangan Lokman merujuk kepada UMNO semula – dan teman-temannya dalam KeADILan yang lain, adalah muslihat mahu menggoyahkan parti itu dan perjuangan Reformasi dalam parti. Reformasi memang ternyata kurang aktif semasa enam orang pemimpin itu meringkuk di pusat tahanan, tetapi sudah jelas akan pergerakan itu kebelakangan ini. Kini mereka semakin segar meningkatkan kempen agar Anwar Ibrahim dibebaskan.

Pada 23 Disember 2003, Pergerakan Reformasi telah melancarkan Gerakan Anwar Bebas yang bertujuan menyelaras dan menyokong di tahap dalam negara usaha-usaha yang dianjurkan di peringkat antarabangsa oleh International Free Anwar Campaign. Kesan pelancaran yang berjaya diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur, Gerakan Anwar Bebas kini bercadang menjelajah merata Malaysia. Majlis yang sama dirancang akan diadakan di pangkalan pengaruh Anwar di Cherok Tok Kun di Pulau Pinang.

Kebangkitan Pergerakan Reformasi ini sudah mencetuskan ketakutan di kalangan rejim baru pimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi, memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir tiba. Pergerakan Reformasi itu merangkumi semua parti, perkauman dan keagamaan mereka yang mungkin terpaut kepada ideologi parti masing-masing untuk bersatu padu di bawah panji-panji Reformasi. Kerajaan menganggap pergerakan ini sebagai begitu mengancam.

Kerajaan sudah sedar bahawa penangkapan dan penahanan tanpa bicara tidak memadamkan semangat juang para reformis. Walaupun Reformasi ternyata lembap selama dua tahun, para pemimpin pergerakan itu dikurung, ini tidak bererti pergerakan itu sudah lama terkubur. Rupanya mereka bertindak laksana seekor harimau yang tidur. Kini, satu strategi baru terpaksa dirancang untuk mencekik pergerakan itu semula: mendekati para pemimpinnya dan menawarkan habuan dan kedudukan dalam UMNO.

Pada 17 Mei 2002, semasa gerakan kempen membebaskan Anwar rancak dilancar di serata negara, UMNO Terengganu telah memujuk Pengarah FAC, Raja Petra Kamaruddin untuk menganggotai UMNO. Melalui seorang ‘orang tengah’ UMNO Terengganu telah membuat tawaran dengan menyebut betapa UMNO mempunyai banyak wang dan Raja Petra hanya perlu menyebut berapa harganya.

Tawaran itu dibuat di hadapan Aliza Jaafar (isteri Saari Sungib) dan Zumrah Husni (isteri Dr. Badrulamin) di rumah kediaman ‘orang tengah’ itu di Kuala Terengganu. Muslihat tambahan ketika itu agar tawaran tersebut dapat dipanjangkan kepada suami mereka juga. Raja Petra menjawab kalau ada jawatan yang diingininya dalam UMNO ialah jawatan Presiden UMNO dan tidak kurang daripada itu. Jawapannya itu telah disambut dengan hilaian ketawa dan tidak lagi ada tawaran ulangan selepas itu.

Memang jelas, UMNO menganggap Reformasi sebagai satu ancaman dan mahu membunuhnya secepat mungkin kali ini, kalau boleh. Oleh kerana ugutan dan tahanan tidak membawa sebarang kesan, mereka kini cuba menawarkan habuan pula kepada para pemimpinnya. Namun setakat in, belum nampak sebarang kejayaannya.

Raja Petra Kamarudin
Pengarah Free Anwar Campaign

 
Sayangilah Anwar Ibrahim
12.28.03 (12:40 am)   [edit]
Walaupun ADIK masih belum dewasa tapi ADIK sayang sangat pada Anwar Ibrahim. Pada masa Anwar Ibrahim ditangkap oleh Mahathir ADIK baru berumur 5 tahun. Bapa ADIK beritahu ADIK Anwar tidak bersalah. ADIK percaya cakap bapa ADIK.
Selepas itu semua keluarga ADIK tidak lagi percayakan Mahathir dan Umno. Kawan-kawan ADIK pun benci pada Mahathir. Bila besar nanti ADIK ingin menjadi pejuang keadilan macam Anwar.

Tiap-tiap hari ADIK berdoa supaya Anwar bebas. Kalau Anwar bebas Malaysia akan selamat.

SAYANGILAH DAN SOKONGLAH ANWAR IBRAHIM!!!!!!!

Kiriman ADIK - 27.12.2003
 
Dasar Ikutan Penjajah
12.28.03 (12:27 am)   [edit]
AMENO memang terkenal dengan dasar ikutan penjajah. Dari dahulu lagi kita sedar bahawa penjajah memberi kemerdekaan pada Tanah Melayu adalah kerana antara pemimpinnya sanggup mengikut telunjuk penjajah. Ini adalah kerana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan rundingan, bukanya seperti jiran terdekat kita yang mempunyai penduduk islan teramai itu.

Maka tidak hairanlah dasar itu masih lagi digunapakai hingga ke hari ini
 
KEMPEN PEMBEBASAN ANWAR
12.28.03 (12:13 am)   [edit]
PERMATANG PAUH 26 Dis. 2003 : Hampir 3000 menghadiri ceramah kempen pembebasan Anwar yang julung kalinya di adakan sejak pilihan raya 1999 di sebuah perkampungan Siam di Permatang Pauh. Cawangan baru ini yang diusahakan bersama beberapa pemuda kampung berkenaan bersama beberapa penduduk keturunan Siam berjaya menjadikan kawasan baru menjelang pilihan raya 2004 sebagai sesuatu yang menarik. Antara kawasan yang mendapat sokongan kuat UMNO adalah dari kawasan Kampung Tun Saadon.
Kampong ini yang mendapat nama bersempena dengan nama bekas TYT Negeri Pulau Pinang dan dijadikan sebagai kampung asas pembangunan semula penduduk di Permatang Pauh. Kampung ini juga adalah bersempadan dengan Pekan Lunas. Turut berceramah semalam ialah YB Azmin, Sdr Ezam, Sdr Tian Chua, yang secara kebetulan menghadiri perbicaraan mahkamah di Kulim berkaitan dengan kes pengundi hantu dalam pilihan raya Lunas. Kes mereka kini telah ditangguhkan kw 14.02.2004.

Dalam ceramah berkenaan, Sdr Ezam menyeru masyarakat supaya sedar dan celik bahawa selama ini wang rakyat telah disalah-gunakan oleh pemimpin Negara, dan sekiranya rakyat masih lagi membiarkan perkara ini terjadi, maka pemimpin baru juga akan turut membuat perkara yang sama iaitu merampas hasil Petronas sesuka hati untuk membantu kroni, anak pinak dan saudara mara. “Lihat sahaja apa yang telah Mahathir Mohammed lakukan. Kita mesti berani untuk menyanggah dan menyoal ke mana wang ringgit yang bernilai 750 Billion ringgit yang telah hilang semasa pemerintahan beliau. Kini PM baru juga sudah mula menunjukkan langkah yang sama apabila belum pun menjadi PM , anak telah menjadi tycoon”.

Sementara itu, YB Azmin mendedahkan betapa lemahnya Pak Lah dan tindakan menghantar isteri beliau mendapatkan rawatan ke luar negara. “Hindon kini berada di Los Angeles untuk melakukan rawatan. Pak Lah telah menghina Anwar dengan mengesyorkan kepada beliau agar menerima rawatan dalam Negara. Kini kita mempunyai Pusat Kanser Negara, kenapa Hendon mendapatkan rawatan di Los Angeles? Soal YB Azmin lagi dan di sambut dengan cemuhan daripada para penyokong yang hadir.

Sementara itu YB Azmin juga mendedahkan satu peristiwa yang berlaku kepada Pak Lah apabila diherdik oleh Hendon di hadapan para pegawai pengiring dan pasukan keselamatan dan beliau terus turun dari kereta dan masuk ke rumah. “Kita mempunyai maklumat bahawa Pak Lah takutkan isterinya. Pernah terjadi suatu peristiwa di mana Hendon telah menengking Pak Lah pada ketika beliau hendak keluar ke pejabat. Apabila ditengking oleh Hendon, Pak Lah terus keluar daripada kereta dan masuk ke rumah dan tidak hadir ke pejabat”. Inikah PM yang akan kita lantik dan jadikan ia sebagai satu pemimpin contoh.

Sementara Sdr Tian Chua menjelaskan bahawa ISA harus dihapuskan dan semua tahanan ISA seharusnya dibebaskan. Jangan jadikan soal 60 hari dipendekkan sebagai umpan pilihan raya. ISA tetap kejam kerana menafikan hak individu untuk membela diri jika ditahan oleh pihak penguasa Negara. Majlis tersebut berjaya mengumpul derma hampir RM2000.

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - Khas untuk Marhaen - 11.15 pg drp Kulim (suntingan M@RHAEN) - 27.12.2003
 
Kini baru kau sedar
12.28.03 (12:05 am)   [edit]
Pada Hemat Saya Oleh ZIN MAHMUD (Wartawan Utusan) mencerminkan keseluruhan watak dan sikap segelintir orang Melayu yang keliru dan sebagai penulis veteran di akhbar arus perdana, beliau juga menyumbang kepada kekeliruan.

Dalam artikel "Cukup dengan sistem pendidikan kebangsaan", sebagai respon terhadap gesaan PM baru baru ini dalam usaha menambah "nilai" Islam ke dalam aspek pendidikan, memang ia merupakan satu pernyataan betapa kelirunya hala tuju dasar pendidikan selama ini.

Dilemma yang menghantui para penggubal dasar tidak berani disentuhnya. Sebaliknya beliau meletakkan kekeliruan atau dilemma itu kepada para ibu bapa. Tambahan masa untuk pengajian ilmu dengan subjek subjek agama tambahan dilihat sebagai satu halangan yang menafikan para pelajar kepada "aktiviti-aktiviti lain".

Dalam gelabahnya mencari punca beliau bertanya,"
bilakah masanya mereka dapat mengulang kaji pelajaran sekolah kebangsaan mereka. Sudah tentu anak-anak ini sudah keletihan setelah belajar pagi di sekolah kebangsaan, petang di sekolah agama dan mengaji al-Quran selepas maghrib."

Intipati kepada keseluruhan kekeliruan Zin Mahmud terkandung didalam keluhannya,

Sedangkan hakikatnya dalam sistem pendidikan kebangsaan, sudah ada mata pelajaran agama Islam. Tetapi mengapakah ibu bapa Islam masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama petang?
Hakikatnya, bukan setakat mata pelajaran agama Islam sahaja, malah terhadap matapelajaran seperti matematik dan sains juga ibu bapa sanggup menghantar anak anak mereka ke kelas kelas tambahan. Kenapa tidak dipersoalkan yang ini. Ia menjadi masalah hanya bila melibatkan pelajaran agama? Rata rata ibubapa telah melihat betapa merosotnya mutu pendidikan sekolah kebangsaan justeru mereka melihat keluar dan mencari jalan sendiri. Lihat apa yang berlaku terhadap sistem pendidikan bahasa, tidak kira bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Arus perkembangan pendidikan kedua dua bahasa ini punah ranah akibat dijadikan bola politik. Kini PM baru muncul dengan gesaan baru tanpa sedikit pun perancangan mau wajibkan bahasa Arab. Tidak salah apa bahasa pun jika mau di majukan tetapi yang menambah kepada kekusutan dan kerosotnya sistem pendidikan kebangsaan ialah sikap menukar nukar dasar mengikut kehendak dan selera politik semasa.

Zaman Mahathir, bahasa Inggeris. Datang Pak Lah bahasa Arab, selepas ini apa pula? Sarjana dan cendekiawan pendidikan diam membisu, merelakan bidang pendidikan dipermain mainkan oleh para politikus. Majukah kita selama ini dengan go head gostan begini?

 
ANTARA MEMBEBASKAN ANWAR DAN MENEGAKKAN KEADILAN
12.27.03 (2:06 am)   [edit]
Tanggal 23hb Disember 2003 baru-baru ini saya berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Gerakan Anwar Bebas yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Dato’ Maharajalela, Kuala Lumpur. Meriah, penuh warna-warni, penuh semangat, penuh harapan. Mencari kembali kesepaduan yang tertinggal akibat kecamuk pendekatan yang pelbagai, menggali semula makna dan takrif reformasi, apakah ia masih tersemat kuat di jiwa-jiwa mereka yang mahu dikenal sebagai pejuang dan aktivis.
Tahun-tahun 1998 dan 1999 ibarat musim mengutip kepah yang telah terlepas. Kerana tidak menjangkakan begitu banyak kepah yang muncul di tepian pantai ketika itu, kita menjadi kelam-kabut, orang yang tidak cukup, cara yang tidak kena, tempat yang salah dan alat yang tidak sesuai membuatkan kita telah terlepas dari mengaut hasil yang lumayan.

Kita mula belajar dari situ, lalu sementara menunggu musim seterusnya, pemimpin-pemimpin kita yang dating dan pergi, naik dan turun masing-masing muncul dengan cara dan teori sendiri. Mungkin kerana kepelbagaian dan perbahasan tidak wujud dalam kitab politik kuno karangan UMNO/Barisan Nasional, atau mungkin juga kerana kealpaan kita yang terlalu memilih dan mempertahankan yang satu dari yang pelbagai itu, ada daripada kalangan kita yang kecewa dan berjauh hati bila merasai pendapat dan pandangannya tidak di pihak dominant, apakah sampai kita terlupa tentang hasrat dan cita-cita reformasi yang kita sama-sama junjung selama ini? Tepuklah dada, Tanya hati sendiri.

Musim seterusnya akan kembali. Dengung pilihanraya sudah kedengaran dan itulah tanda hadirnya. Malam 23hb Disember 2003 harus menjadi pemula kedua, pemula yang lebih tersusun dan mantap. Kita mulakan dengan melunaskan kehendak yang satu, sama dan tidak pelbagai, MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM!

Anwar Ibrahim… beliau adalah ikon, beliau aalah symbol. Simbol kepada keadilan yang telah disepak terajang, symbol kepada kezaliman yang dijunjung dijulang. Maka membebaskan Anwar bermaksud membebaskan keadilan, membebaskan Anwar bermaksud meruntuhkan kezaliman.

Tetapi, kenyataan bahawa Anwar perlu dibebaskan dengan apa cara sekalipun tidak boleh diguna pakai. Pembebasan Anwar perlu hanya melalui satu landasan, iaitu PERJUANGAN! Tidak boleh ada kompromi! Ya, Anwar mungkin boleh dan akan bebas dengan KOMPROMI, dan mungkin juga ramai yang akan gembira dengan pembebasan ini. Namun percayalah, dengan cara ini yang akan bebas hanyalah batang tubuh Anwar Ibrahim. Sedangkan sama ada kita sedar atau tidak, keadilan akan terus terpenjara menanti hukuman gantung sampai mati mandatori, kezaliman akan terus melata dan berkuasa.

Dimanakah kita yang mengaku pejuang dan aktivis jika Anwar terbbas dengan cara ini? Turut sama merayakan pembebasan ini? Apakah kita akan mula melupakan fail-fail rasuah dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin teritinggi UMNO/Barisan Nasional (Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Khalil Yaakob, Mohd Khir Toyo dsb – sekadar menyebut beberapa kes) yang masih kemas terikat dengan tali merah dan bertanda SULIT? Ini juga adalah kezaliman yang wajib kita rungkaikan dan kita adili, atas nama REFORMASI dan PERJUANGAN!

Pastikan kita berada di landasan perjuangan, perjuangan membebaskan keadilan bersimbolkan Anwar Ibrahim, bukan membebaskan Anwar Ibrahim bersimbolkan keadilan. Musim baru akan tiba; susun dan percukupkanlah orang-orang kita, kenalpasti cara yang paling berkesan, pilih tempat-tempat yang betul dan perlengkapkanlah segala peralatan, jangan nanti kita terlepas lagi mengaut hasil yang lumayan atau kepah sendiri yang merajuk hati dan tidak mahu lagi hadir dan muncul di tepian pantai ini.

Mohd Zukri Aksah
Ketua Penerangan Angkatan Muda keADILan Negeri Pahang

 
Dua Bulan Sesudah Mahathir Hilang Kuasa - Kecerdikannya Dipertikai
12.27.03 (2:04 am)   [edit]
Masa bulan terakhir Tun Dr Mahathir berkuasa, certain projects dianugerah secara tergesa-gesa di antaranya ialah landasan kereta api berkembar (yang kini tiba-tiba ditangguh oleh Pak Lah). Hakikatnya semua orang tahu bahawa Letter of Intention sudah diberi kepada kontraktor India/China, kemudiannya dibatal begitu saja dan diserah kepada Konsortium MMC-Gamuda. Dan tak lama saja lepas tu ditunda. Alasan Pak Lah ialah nak beri keutamaan untuk Rancangan Malaysia ke-8 dan fokus kepada 'belanjawan berhemah'. Hanya dua bulan...last two months seorang bekas Perdana Menteri yang dikatakan cerdik tak terfikirkah ini semua? Tak cerdik atau tak cukup cerdik?
Biasalah... orang umno ni ... tuan mana yang boleh hulur makanan kat situ la dia akan tuju... masa Tun Mahathir berkuasa, depa ni pakat hanggok kat Tun Dr Mahathir... masa Pak Lah berkuasa, Pak Lah la pulak pojaan hatiku... bukan kes double track ni aje kecerdikan Tun Dr Mahathirr dipijak-pijak macam pijak kain lap kaki... tapi ada dua tiga kes lagi yang nampaknya pencacai umno dah mula berani angkat muka.... antaranya:

1. Isu-isu rasuah yang mula mendedahkan kebobrokan dasar lindung rasuah zaman Tun Dr Mahathir

2. Design Gerbang Perdana kat Tambak Johor yang mula-mula dulu dipuji sakan oleh geng umno konon rekaan yang setaraf 7 wonders of the world... tapi la ni Pak Lah dan UMNO JB dah mula kutuk idea Tun Dr Mahathir tu

3. Dasar Tun Dr Mahathir yang groom dua tiga bilionaire melayu yang akhirnya terbukti gagal mengangkat martabat bangsa melayu...

4. Kenyataan Pak Lah yang menyindir projek-projek mega yang tak mementingkan priority rakyat

Kita akan terus saksikan bagaimana geng umno akan mengubah cara temberangnya... kalau zaman Tun Dr Mahathir temberangnya angkat kaki kiri... zaman Pak Lah temberangya pulak angkat kaki kanan...

Penilaian 'pakar' untuk projek bilion-bilion berubah dalam masa TAK SAMPAI DUA BULAN. sapalah dia tuan penasehat kepada Perdana Menteri tu...nak juga tahu. Penasihat ker yang bodo or PM itu sendiri yang bodo.....

Bila Pak Lah beri alasan penangguhan kerana negara perlu beri keutamaan untuk Rancangan Malaysia ke-8 dan fokus kepada 'belanjawan berhemah' bermakna hanya dua bulan lepas Tun Mahadey tak dapat berfikir seperti Pak Lah? Secara tak langsung kita sedar yang Tun Dr Mahathir ni sebenarnya Bapa Pembaziran Malaysia.

Nampak sah Tun Dr Mahathir tu tak buat kajian yang mendalam apabila membentangkan belanjawan 2004 hari tu... bila bedolah jadi pm je, penyenaraian Felda di BSKL kena postpone, apasal??? si mamat Bukhari ni macam dah hilang dua projek mega... projek double-tracking dan projek bakun... ada apa-apa ke?? kena cantas???

Selepas bersara gambar Tun Dr Mahathir ada keluar dalam berita tv3... tapi tengah-tengah diaorang tunjuk, tiba-tiba tersembol keluar gambar Tun Dr Mahathir duduk dekat meja makan dengan muka macam ada masalah... sorangsorang dia aje, takde senyum takde nak toleh-toleh...tapi itupun sekejap aje, takde ler cameraman tu nak fokus muka dia lama-lama, seimbas lalu macam takde orang yang kenal dia. Tapi kesian ler pulak nengoknya... apasai, depa boikot Tun Dr Mahathir kaa??? itu laa... dulu masa berkuasa taknak beringat, sekarang orang nak dekatpun terpaksa pikir empat lima kali, itu sebab lain kali ingat...

Cendiakawan melayu(konon nya) macam Awang Had Salleh yang keluar statement 5 tahun sekali semasa pilihanraya rupa rupanya 'cerdik' juga macam melayu lain. Kena tipu dengan melayu keturunan Zam Maidin Masa dasar pelajaran Tun Razak diubah oleh Tun Dr Mahathir dan Najib dia orang ni senyap sepi takut tak dapat nak suap nasi. Anak bangsa dia dah tak kisah lagi. Tunggulah tahun depan bila ada pilihanraya maka cendiakawan melayu akan wujud kembali. Inilah dia Cendiakawan melayu yang selalu kena tipu!!!

KALAU NAK JATUHKAN UMNO MESTILAH BERSEBAB, jika tidak, jangan! Jika anda rasakan UMNO perlu dijatuhkan, mestilah bersebab, kerana kita umat Islam tidak boleh menjatuhkan sesama umat Islam lain atas dasar dengki dan lain-lain sebab nafsu mengikut kehendak musuh utama kita yang Allah swt nyatakan di dalam Al-Quran, iaitu Syaitan.

Apakah alasan anda, untuk menjatuhkan UMNO mestilah alasan-alasan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam, maka barulah tindakan anda itu akan diberkati dan diredhai oleh Allah swt.

Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali untuk menjatuhkan sesiapapun berdasarkan rasional emosi; tetapi boleh jika rasional kita itu adalah bernawaitu lillahita'ala. Maka dengan sebab itu apakah kriteria anda, iaitu yang berpaksikan kepada nawaitu lillahita'ala yang melayakkan bahawa UMNO itu boleh dijatuhkan, iaitu kriteria yang adil di sisi Allah swt.?

Kriterianya ialah ayat 38 dalam Surah Al-Israa'. Jika anda dapat menyenaraikan dengan adil bahawa UMNO selama 46 tahun menerajui pemerintahan Negara telah terbukti adanya telah dan sedang TIDAK MEMATUHI PERINTAH ALLAH SWT., iaitu sama ada melalui kegiatan-kegiatan UMNO sendiri, mahukan dasar-dasar serta aktviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui tindakan-tindakan oleh Kerajaan Negeri mahupaun Kerajaan Pusat; maka layaklah UMNO dijatuhkan.

Ini bererti apabila ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu dijadikan kritera atau kayu ukur bererti yang ingin menjatuhkan UMNO bukan menggunakan kriteria sendiri; tetapi kriteria yang ditetapkan oleh Allah swt. Maka dengan menggunakan kriteria Allah, menjadikan tidak ada sesiapapun boleh mempertikaikan anda bagi menjatuhkan UMNO itu.

Maka senaraikanlah, sejak 46 tahun yang lalu hingga sekarang; apakah perkara-perkara yang UMNO dan kegiatan-kegiatannya serta tindakan-tindakannya melalaui Kerajaan, adalah tidak mematuhi Perintah Allah swt. Pastikan ianya mempunyai Nas/Dalil sebagai tidak mematuhi perintah Allah dan bersih dari sebarang andaian dan fitnah: Misalnya:

1. Menolak, tidak mahu menegakkan Hukum Hudud supaya Negara menerima dan menguatkuasakan Hukum Hudud sebagai Undang-undang bagi rakyat yang beragama Islam. [Al-Quran: 5:44, 5:45, 5:47]

2. Dalam UMNO sendiri mempunyai ahli-ahli seperjuangan yang beragama Kristian. [Al-Quran: 5:3].

3. Mendirikan Solat adalah Perintah Allah swt wajib dipatuhi, tetapi Kerajaan tidak mengarahkan Sekolah-sekolah sessi petang menjadualkan waktu solat Asar supaya para pelajar mendirikan Solat Asar di sekolah-sekolah [Al-Qur'an: 2:238].

Apabila kebenaran menjadi terserlah maka akan ramailah yang akan insaf dan sedar sendiri mana yang hak dan mana yang batil mengikut ajaran Agama Allah. Geng-geng sekular mudah kecut bila kena ugut sikit... takut itu dan takut ini... walhal, matipun tinggailah sorang-sorang kat dalam kuboq ... hah, tika tu, amacam geng sekular penentang hak-hak Allah didaulatkan??? masa tulah hangpa punya kata-kata kesat kat sini pasai hudud, pasai ajaran Islam akan menjadi saksi... tak caye? Silalah tambahkan lagi saham akhirat tu... ada saham baguih ada saham tak baguih ... hangpa buleh pilih mana satu saham hangpa nak... untung rugi tanggung sendiri... hutang kepada Allah, boleh dimohon taubat dan jika diizinkanNya, InsyaAllah, selamat... tapi hutang ngan manusia, umpamanya manusia yang mengajak kepada makruf, tegakkan hak-hak Allah, tapi hangpa dok lawan habis dengan kata-kata nista kat depa, apa hangpa nak jawab... atas donia hangpa bulehlah klentong ikut suka hangpa, tapi bila mati, baru taulah apa itu AZAB... apapun, buat penentang hak-hak Allah, itu hak hangpalah nak teruskan atau nak bertobat...

Kiriman Osman Jailani - 26.12.2003 (tanpa suntingan)

 
KONSERT AIDIL FITRI BN BAHAGIAN KAPAR DIATAS TAPAK SURAU
12.27.03 (2:02 am)   [edit]
24 Disember 2003, Rabu, Kapar, Selangor. Program Mesra Rakyat -AidilFitri BN Bahagian Kapar menguris sensitiviti penduduk Sg Kapar Indah, Kapar. Kerana berlangsung diatas Tapak Cadangan Surau Sg Kapar Indah yang akan diberi nama Surau Al-Faizin.

Jika mengikut poster ditulis Padang Awam sebenarnya terletak disebelah hujung taman berkenaan, tanpa segan silu program itu dilaksana tanpa pengetahuan penduduk setempat dan tidak ada perbincangan secara menyeluruh bagi mengambil kata sepakat dalam penetapan lokasi tempat berkenaan, senang kata "masuk kampung orang tak bagi salam". Ada AJK surau yang terlibat tidak mahu menegur keputusan ini, kerana mereka bukan AJK surau yang berjiwa Islam yang sensitif tentang kepentingan menghormati walau ia baru CADANGAN tapak surau. Papan tanda Tapak Cadangan dicabut dan diletak ditempat lain (puas mencarinya tidak jumpa). Bagi memberi laluan Pentas didirikan diatas tapak berkenaan sungguh menyedihkan. Antara artis yang terlibat ialah Ogy Ahmad Daud, Siti Sarah, Waheeda (tak hadir) 1 penyanyi India, 1 penyanyi Cina, dan Senario. (sebut pasal senario malam itu mereka buat lawak dengan mempermainkan orang bermusabaqah - macam tiada lawak lain, dengan mempermainkan bacaan al-Quran (di Melayukan) dilagukan bacaan Quran) berserta dengan Bismillahnya). Harap orang cerdik pandai agama menilai semula aqidah Senario ini.

Seperkara lagi, mengikut maklumat syarikat perumahan yang bertanggungjawab telah menyumbangkan sebanyak RM15,000 untuk majlis berkenaan. Syarikat lain pula telah menyumbangkan pertunjukkan bunga api. Hebat. Lebih 40 khemah didirikan. Sehingga berita ini ditulis masih banyak sampah bertimbun diatas tapak Surau berkenaan. Untuk pengetahuan tapak surau berkenaan juga mengandungi tapak Tadika, Dewan. Berginilah cara BN berkempen, menggunakan wang "pau" syarikat yang dapat projek, gunakan MPK, gunakan semua jenteranya. Termasuk artis untuk berkempen, dari awal majlis yang diMCkan oleh Redwan kalau tidak silap, pengerusi PIBG SRK Sementa merangkap orang kuat Raman Palil. Dari awal sampai habis marilah sokong BN, kita undi BN, kita sokong Khir Toyo.

Pada malam sebelumnya 3 orang pemuda UMNO ingin menurunkan bendera 3 PAS yang dipasang diatas 3 pokok didepan tapak berkenaan (lama dah pasang). 4 orang penduduk setempat membantah dan perbalahan berlaku yang menyebabkan hampir 20 penyokong UMNO yang lain turut serta. Namun kata sepakat telah dipersetujui dari perbincangan untuk tidak menurunkan bendera berkenaan melainkan Kakitangan MPK menurunkannya sendiri kerana ini adalah bidang kuasa MPK, bukan UMNO, setelah berjabat tangan kami pulang kerumah. TETAPI keesokan paginya, bendera berkenaan telah hilang. Inilah UMNO yang tidak suka buat kerja cara baik, main kotor saja. Jadi kawan-kawan, dengan cerita ini jangan sekali kali bawak berbincang dengan mereka ini dengan cara baik, buang masa. Mereka tidak akan berpegang pada kata. Ini baru "balaci"nya , pemimpinnya lagilah teruk kalau macam tu. Tidak hairanlah UMNO akan jadi parti "rare species" satu hari nanti.

Semasa kerja-kerja pembersihan, ternampak di backdrop ditulis nama MB selangor, yang ditambah "L" pada nama bapanya. Rupanya ada jugak geng UMNO yang tidak kenan dengan MB ini. :)

Tetapi, natijah dari program sebegini sebenarnya menampakkan bahawa:-

1) UMNO tidak Islamic
2) UMNO hanya berkempen kepada budak-budak yang nak dengar Senario Berceloteh
3) UMNO kehilangan idea nak kumpulkan audien melainkan dengan Artis dan Makan
Untuk makluman juga tidak ramai yang menyokong UMNO ditempat berkenaan cuma kaum Cina.

Gambar menyusul kemudian.
- MAT KAPAR - 26.12.2003

 
DATUK YANG DIJUAL-BELI
12.27.03 (2:00 am)   [edit]
Tidak lama dulu hangat dibincang tentang 10 buah negeri yang anugerah kebesaran gelaran Dato boleh dibeli dengan wang. Wah ramai yang menafi kerajaan pimpinann ya tidak terlibat. Adenan Yakob, MB Pahang berwajah samseng dan memang seorang samseng telah menafi gelaran tersebut boelh dibeli di Pahang. Begitu juga dengan Ali Rustam MB Melaka bermisai tebal seperti Hitler juga turut menafi. Biar saya kemukakan bukti ini untuk BPR memulakan penyiasatan.
Ramai ahli perniagaan Sarawak yang telah mendapat Dato ship dari kedua-dua negeri ini.Dato Haji Khalid Tan Sri Marzuki, ayah kepada penyanyi Camelia mendapat Dato dari Pahang. Persoalannya apakah jasa yang diberikan oleh nya kepada rakyat Pahang. Minta Adenan Yakob, MB samseng Pahang menjawab. seoarng lagi ahli perniagaan Sarawk ialah Dato Mazlan Bugo, adik kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Haji Hamid Bugo mendapat Dato dari Negeri Melaka. Jasa apa yang telah diberikan nya kepada negeri Melaka...Minta Ali Rustam, MB misai Hitler menjawab. Malah di kalangan orang Sarawak jadi bahan gurauan jika mahu Dato boleh beli di kedua-kedua negeri ini.

Sila siasat

- Gus Dur - 26.12.2003

 
Di Sebalik Serbuan BPR ke MPKS..kini MBAS..TK
12.27.03 (1:08 am)   [edit]
Oleh Tapai
Pagi ini, sedang saya mula menulis artikel 'Antara Gembira dan Sedih Baca Akhbar Hari Ini', seorang rakan lama bekas KCS (Kedah Civil Servant) tetiba telefon, nak datang jumpa..... Katanya..... saja datang melawat sejak lama tak contact. Sebab tu posting saya agak lewat.

Antara perbualan hari ini, rakan saya menceritakan perihal serbuan BPR ke Majlis Perbandaran Alor Setar (MPKS) yang kini Majlis Bandaraya Alor Setar...Taik Kucing (MBAS...TK). Rupa-rupanya serbuan BPR ada kaitan dengan perlantikan Datuk Bandar (Datuk Yusof Nayan). Telah diketahui umum bahawa Tuanku Sultan sangat sayangkan KCS... itu satu. Dua.... Chop Nayan sangat rapat dengan Man Che Puan iaitu adik kepada Che Puan yang bakal ditabalkan sebagai Sultanah Kedah 10 Januari nanti. Semua kontrak parking di Alor Setar diberikan kepada Man Che Puan.

Menurutnya lagi, Che Puan telah lama lobi Tuanku supaya perkenankan Chop Nayan yang pada waktu itu YDP MPKS supaya dilantik menjadi Datuk Bandar. Ini amat bertentangan dengan kehendak Pak Tuan Syed yang lebih beragendakan politik dengan percubaan menolak seteru-seterunya ke tepi dan memegang jawatan yang tidak mengizinkan mereka bertanding!! Chop Nayan jugak didendami MB kerana serah semua projek pada sorang tokey Cina.... Sheng Li. Inilah satu-satunya orang yang sapu semua kerja-kerja pembinaan jalan, lampu jalan dan Star Walk di bawah kelolaan MPKS ketika itu. Tentulah Chop Nayan ada hoon... MB ada hoon ke tidak.... tidaklah dapat dipastikan!!

Antara tujuan Pak Tuan Syed adalah untuk melantik Man Tok Pin (seterunya) supaya tidak mengganggu gugat untuk menjadi calon di Jerlun. Empat calon teratas dalam senarai yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan adalah Datuk Rahman Ariffin (Man Tok Pin), Datuk Ismail Shafie (bekas SS), Datuk Omar (bekas SS) dan Tan Sri Osman Aroff (Tok Man Ghaup bekas MB).... dan yang nombor Lima ialah Chop Nayan yang terkebawah sekali dalam senarai.

Adapun setelah dipersembahkan dengan senarai tersebut, Tuanku Sultan secara sinis bertanya apakah calon nombor Lima tidak layak?? Pak Ku Nahar SS menjawap..... LAYAK Tuanku...!! (berani kata tak layak... kang kena buang negeri kott??) Maka terpilihlah Chop Nayan adanya....

Ini membuatkan Pak Tuan Syed fenin lalat seketika!! Lalu muncullah mentol lampu atas kepala Pengkhianat Bangsa dan Bahasa itu (ada ka... dia pi tukaq Alor Setar jadikk Alor Star??) Maka diarahkan BPR menyiasat MPKS bagi memburukkan Chop Nayan supaya tidak boleh dilantik sebagai Datuk Bandar!! Walau bagaimanapun... Pak Tuan Syed sekali lagi terkecewa apabila Tuanku Sultan masuk campur dan meminta supaya BPR Putarjaya tidak mendakwa Chop Nayan. Yang menjadi mangsa ialah akauntan, budak pejabat dan kakitangan MPKS yang lain (bilis je..), malah supervisor projek Star Walk ditahan 4 hari untuk membantu siasatan. Budak ni rapat dengan Chop Nayan tapi tak nak ngaku. Sementalah itu, tokey Sheng Li bergegas membayar wang sogokan kepada Pegawai Tinggi BPR di Putarjaya untuk mendiamkan kes itu. Makanya.... senyaplah hingga ke hari ini. Tak tahulah jika ianya akan muncul kembal macam biskut!! Sekejap ada...sekejap takdak!! Wallahu'alam.

Menurut rakan saya, Tuanku Sultan sering menyelamatkan KSC kerana kasihankan mereka. Mungkin Tuanku dapat melihat.... jerung-jerung besar UMNO di Kedah sering terlepas tetapi ikan bilis seperti KCS sering dimangsakan. Ini adalah campurtangan kedua dalam kes BPR, setelah sekian lama sejak kes Shafie Burung Antu (kes tipu mileage claim). Chop Nayan dikatakan sangat bernasib baik!!

Sebab itulah kita dapat baca di akhbar, wartawan ditengking oleh Pak Tuan Syed bila bertanyakan soal lantikan Chop Nayan sebagai Datuk Bandar!! Pak Tuan Syed sudah resah kiri kanan, ditambah dengan senarai pencalonannya ditolak oleh Pak Lah. Pak Lah mahukan seorang lagi 'bekas exco' yang bermusuh dengan Pak Tuan Syed (dalam barisan Exco Tok Man Ghaup) bertanding..... ini amat-amat tidak dipersetujui oleh Pak Tuan Syed. Bekas Exco ini silap hari bulan boleh jadi MB!!! Tapi namanya terpaksalah saya rahsiakan buat masa ini....

Apapun.....untuk 'Bekas Exco' itu, saya harap Datuk tinggalkan sikap lama selepas peristiwa menyayat hati ke atas keluarga Datuk. Insaflah... jangan jadi macam dulu!! Setakat yang saya kenal Datuk masa mula-mula jadi wakil rakyat... Datuk seorang yang mudah didekati, kerja kuat dan tak ada protokol. Cumanya tegurlah sikit sikap sombong Datin..... Ikhlas nie Datuk.. jangan ambil hati plak!!

Oleh Tapai - 25.12.2003 (dipetik drp Sudut Bincang-bincang Forum M@RHAEN)
 
Isu Duit Haram atau ‘Sin Money’
12.27.03 (1:07 am)   [edit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saudara pengarang,

Sekarang isu Duit Haram atau ‘Sin Money’ telah dijadikan isu oleh puak BN khususnya MCA untuk menentang kerajaan Islam PAS di Terengganu. Mereka menghasut kaum Cina di negeri tersebut agar jangan menerima duit haram tersebut kununnya adalah suatu penghinaan terhadap kaum tersebut.

Tahukah MCA bahawa maksud Duit Haram atau ‘Sin Money’ itu hanya haram bagi umat Islam tapi bagi penganut bukan-Islam adalah halal. Umpamanya makan babi adalah haram bagi umat Islam tapi halal bagi penganut agama lain. Contohnya kalau ada ayam yang disembelih cara bukan-Islam bagi umat Islam adalah haram, tapi bagi penganut agama lain adalah halal.

Adakah puak MCA yang bukan-Islam akan membuang daging ayam yang tidak disembelih cara Islam itu disebabkan orang Islam tidak makan daging tersebut? Adakah itu suatu penghinaan sedangkan bagi umat Islam adalah haram makan daging ayam yang tidak disembelih cara Islam tapi bagi penganut bukan-Islam itu tidak salah bahkan boleh dimakan.

Jadi mengapa MCA dan puak-puak lain dalam BN bising tentang masalah duit haram bagi Islam tapi halal bagi orang bukan-Islam nak dijadikan isu? Sepatutnya mereka bergembira kerana kerajaan Islam PAS di Terengganu memberi peruntukan khas kepada bukan-Islam, mungkin MCA dan puak-puak lain dalam BN merasa takut sokongan bukan-Islam terhadap PAS sebab itulah mereka menghasut orang Cina di Terengganu supaya jangan menerima peruntukan tersebut.

Kalau duit haram itu haram bagi MCA bagaimana pula tentang duit yang mereka dapat hasil daripada 'Casino', ternakan babi, arak dan juga rasuah? Adakah duit itu halal bagi mereka cuma haram apabila kerajaan Islam PAS bagi kepada orang bukan-Islam di Terengganu? Masalah duit haram itu sebenar digembar-gemburkan oleh puak BN supaya orang bukan-Islam menentang PAS.

Kita berharap agar para alim ulama dapat memberi penerangan yang jelas tentang apa yang dimaksudkan duit haram itu pada kaum bukan-Islam agar mereka tidak dikelirukan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab dalam perkara tersebut.

Jadi kesimpulannya, ‘Duit Haram’ itu sebenarnya ‘Duit Halal’ bagi orang bukan-Islam. Orang bukan-Islam tidak perlu takut tentang duit haram tersebut kerana bagi umat Islam duit itu adalah halal bagi bukan-Islam. Adalah rugi kiranya orang bukan-Islam di Terengganu menolak peruntukan tersebut dan jangan sekali-kali mereka termakan hasutan puak MCA dan puak-puak lain dalam BN ini.

Oleh Pemerhati Bebas - 25.12.2003
 
BA Jangan Sesekali Terima Ibrahim Ali!
12.27.03 (1:05 am)   [edit]
Kita tak mahu melihat mana-mana Komponen Parti Barisan Alternatif menerima Ibrahim Ali! Jangan rosakkan kekuatan jati parti PAS di Kelantan! Kalau dia hendak menentang UMNO, itu dia punya pasal, tetapi kalau untuk menjadi kawan, tidak sama sekali!! Kita boleh berikan ruang atau gelanggang untuk dia menentang UMNO!
Dalam sejarah politik, Ibrahim Ali seorang yang tidak punya prinsip!! Beberapa kali jatuh bangun, namun ia tetap menjilat dan menelan ludahnya sendiri. Kita tidak mahu nanti rakyat kata PAS sendiri menelan ludah sendiri. Jangan sesekali samakan dia dengan Anwar.. Anwar dipecat kerana prinsip, tetapi Ibrahim Ali dipecat kerana ia tidak punya imej baik bagi Umno itu sendiri!!

Kebelakangan ini saya lihat media Internet atau akhbar pembangkang seolah-olah menyokong Ibrahim Ali! Kita boleh bagi dia senjata untuk menentang UMNO.. tetapi bukan Persahabatan!! Kalau dia tak masuk Pembangkang pun, dia tetap akan lawan UMNO!! Kita tidak mahu berita akhbar hari ini berulang apabila diberitakan PAS ajak penyokong sambut Ibrahim Ali! Kita kena tegas. Kita tidak boleh terima Ibrahim Ali. Ini soal prinsip. Ibrahim Ali bukan Anwar.. Jangan samakan Ibrahim Ali dengan Anwar. Anwar dipecat kerana prinsip.. Ibrahim Ali dipecat kerana politik dalaman!!

Saya harap PAS tak masuk perangkap seorang kaki lompat!!

Lawan Tetap Lawan!!

Kiriman Reformis Muda - 25.12.2003
 
Petua Hadhari: Kalau inginkan kemajuan dan pembangunan SEGERA bagi kawasan yang diperintah BN, doakan semoga wakil rakyat kawasan berkenaan cepat-cepat ........ (isikan sendiri). Batu Talam, Machap dan Ijok telah membuktikannya ...